Tuesday, January 12, 2010

Sultan Selangor: Allah Untuk Agama Islam Saja

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah bertitah dan sekali gus menunjuk jalan.

Baginda mahu semua pihak di negeri Selangor berpegang teguh kepada pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh semua agama, kecuali Islam.

Baginda memaklumkan yang pendiriannya itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.

Baginda bertitah demikian pada 5 Jan. dalam pertemuan dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa bagi membincangkan perintah hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan, 31 Dis. lalu, membenarkan akhbar mingguan Roman Katolik, Herald, menggunakan kalimah Allah.

Turut menghadap adalah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid, Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin, Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin dan Penasihat Undang-Undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin.

Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu menjadi lebih penting kerana di Selangorlah paling banyak gereja dirosakkan dan Baginda sendiri akrab dengan ramai pembesar bukan Islam.

Selain itu, orang Islam Selangor khasnya dan penduduk Selangor amnya memerlukan panduan yang jelas dan nyata kerana kerajaan Pakatan Rakyat negeri nampaknya berpecah-belah dalam hal ini.

Diharapkan pendirian tegas dan jelas Sultan Sharafuddin Idris Shah ini akan menjadi contoh dan meredakan kegelisahan umat Islam yang tidak mahu kalimah Allah digunakan oleh agama-agama lain.

Titah Baginda itu adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008 yang berbunyi:

“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Adalah diharapkan Raja-Raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu (yakni negeri-negeri yang beraja) yang lain akan segera membuat titah bagi meredakan kegelisahan umat Islam dan menyatakan dengan jelas kepada rakyat jelata bukan Islam mengenai kegelisahan orang Islam itu.

Nota Kaki: Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kedah. Tetapi sejak mula bekerja pada tahun 1969, saya menetap dan mengundi di Selangor. Jadi saya adalah rakyat ke bawah Duli Sultan Selangor. Daulat Tuanku.

66 comments:

Anonymous said...

Datuk AKJ, Salam.

Ijinkan saya bertanya kepada liberalis Muslim seperti Shah, Saji, Lagit Biru dan yang lain poser berikut:-

1. Berapa peratus orang Muslim Malaysia yang habis membaca al-Quran (Arab)?

2. Berapa peratus faham al-Quran asal (bahasa Arab)?

3. Berapa peratus pula yang membaca terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Indonesia?

4. Berapa peratus yang pernah membaca sebagaian atau keseluruhan Injil?

5. Tolong beritahu saya, dari sumber mana dan surah mana, datangnya petikan berikut:

" Pada mulanya Tuhan mencipta Syurga (langit) dan bumi, dan bumi pada mulanya gersang dan kosong dan dalam kegelapan dengan angin kencang yang bertiup dipermukaan airnya, dan Tuhan berkata, biar padanya menjelma cahaya......"

Daulat Tuanku dan Janjung Kasih kepada Baginda Sultan Selangor.

Profesor Pencen
Bangi

Tam Dalyell said...

Daulat Tuanku;

Patik-patik rakyat pacal yanh hina menjunjung perintah.

Pacal sekelian akan menyerang balas jika musuh Islam ini terus memerangi akidah kami.

alunbm said...

Dato' Baguih la macam tu..Pada depa-depa yang berkenaan tu tolong la paham.Jangan nak cari pasai lagi.

loqman hadi said...

Asalamualaikum
Dalam suarah Al Fath ayat yang ke 28, Allah telah berfirman, di antara maksudnya: " Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi ".

Maka tugas kita hendaklah memahami dan melaksanakan ayat tersebut.
Dalam ayat tersebut menyatakan : " Dialah" iaitu Allah, " yang mengutus RasulNya ", iaitu Nabi Muhamad, " dengan mambawa ptunjuk " iatu Al Quran, " dan agama yang hak " iaitu Islam, agar dimenangkanNya, terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebgai saksi".

Shah said...

Dear DAKJ,
DYMM Sultan patut berhati-hati buat statement.Bukan apa , takut apa yang disebut bercanggah dengan ajaran Rasulullah. Ajaran Rasulullah datang dari Allah Subhanahu Wataala. Takut bercanggah pula dengan ketentuan Allah. Nauzubillah.
Memanglah Allah yang kefahaman mengenainya diajar oleh Rasulullah adalah untuk ugama Islam sahaja. Nabi berjuang sampai hampir dibunuh untuk mentauhidkan Allah yang disyirikkan oleh masyarakat Arab jahilliyah dan masyarakat Arab Kristian.Tetapi tidak ada nas yang menunjukkan Rasulullah melarang kaum musyrikin dan penganut Kristian menggunakan nama Allah itu. Tetapi Majlis Fatwa Kebangsaan dalam tahun 2008 buat keputusan melarang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.Nampak macam Majlis Fatwa buat keputusan 'superseding' atau mansukhkan Sunnah Rasulullah dan secara tidak langsung 'superseding' atau mansukhkan ajaran Allah, kerana tentulah tindakan Rasul itu di'inspired' oleh Allah.Atas hujah dan dalil apa Majlis Fatwa buat keputusan tidak mahu pakai Sunnah Rasulullah dan secara tidak langsung ketentuan Allah di Malaysia? Kami hendak tahu sangat kerana kami sentiasa disuruh ikut Al Quran dan Sunnah bahkan ada ustaz yang mengajar apa yang Rasulullah buat adalah umpama Al Quran hidup.Apakah kerana sebahagian besar penganut Islam di Malaysia adalah orang-orang Melayu, maka Sunnah Rasulullah menjadi tidak relevan dan tak boleh pakai.Wallahu Waalam

Bah Lontok said...

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

BENGAH @ SERLING said...

Titah Sultan Selangor tepati
Agama Islam, Sultan ketuai
Jika Perlembagaan dipatuhi
Sultan negeri lain patut ikuti

Anonymous said...

Salam Dato'.

Alhamdulillah....Sultan telah bertitah akhirnya. Bersyukur juga kepada penasihat-penasihat disekeliling tuanku yang memberikan nasihat yang bijak ketika ini.

Malik, Klang.

ali ahmad said...

DAULAT TUANKU..

DAULAT TUANKU..

DAULAT TUANKU..

ali ahmad said...

Dato,

Ada pemimpin parti pembangkang Malaysia beri komen dalam BBC World News 11/1/2010 pukul 10.00 malam macam ini;

"it is time for the Muslim leaders to come out and stop this extremists"

...dari seorang bukan Melayu...perempuan....guna nama Kristian...

....seolah-olah yang bakar, rosakkan gereja itu orang Islam...

..inilah watak sebenar seorang ahli politik pembangkang yang punya fikiran kolot dan ekstrem... yang tidak dapat bezakan fakta serta menilai dengan baik.....

....nasib baik perdana...m...dulu bagi lepas ISA....

..KDN tolong lah pantau mereka-mereka ini....agensi berita asing ini.....

...dimana BERNAMA.....jangan jadi sama yang lain....bukankah BERNAMA agensi yang bertanggung jawab untuk pantau berita-berita yang mengelirukan ini...

ab said...

Salam dato,

Alhamdullilah.....

Yang DiPertuan Agong dan raja-raja melayu lain?....

Mufti-musti dan ulamak-ulamak islam ???

Para VC,professor,cerdik panadai islam???

MP islam lain?

Adun/exco islam lain?


Tak mungkin raja-raja dan Yang DiPertuan Agong sahaja yang mempertahankan akidah,,,,,

Yang lain-lain tu MAMAII ka, MAMUUUN ka, MIMPIIII ka atau takut
berkata benar?...


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

dalam enakmen negeri sgor memang jelas lebih 20 perkataan yg ekslusif telah diwartakan untuk digunakan hanya penganut agama islam sahaja. Dan perkataan yg paling atas ialah "ALLAH"

ini semua permainnan politik jahat pemerintah!!!!! INSAFLAH

HAMBA ALLAH

Quantum Metal Consultant said...

Salah satu kebijaksanaan yang telah ditunjukkan oleh Sultan Melayu sebelum penyakit gatal gatal kulit menjadi kudis, kurap dan kanser kulit.

MB Selangor, tentu boleh memberi nasihat kepada Anwar supaya berhati hati bila memberi ceramah atau mengupas isu itu di Selangor. Ingatkan juga pemimpin DAP di Selangor supaya 'tutup mulut' dan jangan memandai nak komen.
MP PAS Shah Alam juga harap buat buatlah faham akan titah tersebut.

Nota kaki: Bila pasukan bolasepak Selangor menang, ramai pula yang mengaku jadi rakyat selangor.

Unknown said...

Asalamualaikum/salam sejahtera.

Seharusnya semua rakyat memahami dengan jelas tentang apa itu Kontrak Sosial seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

Sepatutnya kita semua sedar akan akibatnya apabila perkara yang melibatkan sensitiviti kaum diperkosa.

Rahsia tersurat yang sarat dengan hikmah hasil ciptaan Kontrak Sosial oleh orang-orang terdahulu sangat penting kita amati.

Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia semuanya menumpahkan taat setia dan menjunjung kasih kita kepada payung mahkota Raja-Raja.

Pengajaran isu ini amat perlu dihayati oleh setiap insan yang mengaku dan memiliki taraf kewarganegaraan Malaysia kerana ini amat penting bila ianya melibatkan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara.

Janganlah kita derhaka kepada titah Raja dan tiada guna berasa tersentap setelah terjadinya huru- hara.

adieu1999 said...

Daulat Tuanku!
Semoga titah bginda ini dapat di terimapakai oleh semua ra'ayat
Daulat Tuanku!

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Kalau Datuk asal Kedah, kampung saya di Perak. Tapi macam Datuk jugalah, saya telah menetap di Selangor sejak saya belajar di IPT hingga sekarang, lebih daripada 24 tahun. Daftar undi pun memang sejak dari awal di Selangor. Alhamdulillah Tuanku Sultan Selangor telah bertitah dengan jelas mengenai perkara ini. Daulat Tuanku. Kalau ada yang nak bantah tu, termasuk Khalid Samad, pandai-pandailah bawa diri ke Indonesia. Di sana memang keadaan yang dia mahukan memang telah sedia ada. Kalau ada gereja di Selangor yang mahu guna istilah Allah pun, sendirilah bakar gereja tu untuk dapat bantuan RM500k dan pindahkan ke negeri lain. Nampak gayanya Tuanku Sultan lebih cekap berbanding dengan kebanyakan ahli politik, baik di peringkat negeri mahupun di Pusat. Tak payahlah saya sebut mahkamah lagi, nanti dikata menghasut pula.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Syukurlah Sultan Selangor telah bertitah demikian.

Tetapi, kalau Majlis Raja-Raja yang mengeluarkan titah sebegitu secara kolektif, ianya adalah lebih berkesan.

Dulu, kalau tak silap pada tahun 2001, Majlis Raja-Raja juga ada mengeluarkan titah membenarkan penggunaan nama 'Islam' pada parti Pas. Walaupun isunya berlainan sama sekali, tetapi Titah Majlis Raja-Raja tersebut telah melenyapkan 'bising-bising' yang berlaku di antara umat Islam ketika itu.

Isu sekarang ini boleh dianggap lebih besar lagi.

Anyway, titah Baginda Sultan ini mestilah dijunjung oleh semua orang.

Daulat Tuanku.

Terima kasih

Azman Mohd Isa

abdullahngah said...

Geraja di negara ini sikit sahaja bantuan yang diberi oleh pihak kerajaa berbanding dengan masjid.

Sebaik sahaja geraja dibakar Datuk Seri Najib Razak hulu bantuan segera sebanyak RM setengah juta pada geraja yang dibakar.

Lepas itu satu demi satu dibakar. Siapa yang bakar kita tidak tahu. Ada orang kata orang melayu yang bakar kerana marah dan ada juga yang kata orang kristian yang bakar kerana mahu bantuan untuk besar dan cantikkan gereja.

Mengapa mereka bakar gereja mereka sendiri.Mereka buat gitu mahu supaya kerajaan satu Malaysia yang diterajui Najib laksanakan slogan rakyat dudahulukan.

Pembakaran gereja juga hendak uji Najib, berkemampuankah melaksanakan apa yang di kata.

Dikotakah apa yang dikata.Sudah pun dikotakan iaitu meluluskan bantuan membaiki gereja yang dibakar.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

'COURAGE IS KNOWING WHAT NOT TO FEAR.
COURAGE IS A KIND OF SALVATION'-Plato

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

tk

Anonymous said...

Dato' tak heran ke kenapa tiada wakil kerajaan negeri hadir untuk mengadap Sultan Selangor?

adakah mereka diketepikan?

atau mereka tidak diundang?


minah ronggeng

kharami said...

Dato AKJ, harapan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam mempunyai Sultan sama seperti Sultan Selangor. Tegas,tepat dan berkeyakinan dalam mengeluarkan titah bersabit dengan penggunaan Allah. Perkara ini sudah jelas dalam ketetapan yang dibuat oleh majlis Ulama.Daulat Tuanku!!!

ali ahmad said...

Dato,

Menyimpang sikit;

PM buat kenyataan 12/1/2010," 39046 warga India tidak dapat dikesan...."

Ini lah akibat dasar VOA (Visa on arrival) yang Malaysia amalkan.

...Berapa banyak kah negara lain yang amalkan VOA ini selain kita?

Hatta, Amerika Syarikat yang mengamalkan polisi keterbukaan pun tidak amalkan VOA ini...

Ini belum kira lagi;

..Nepal
..Myanmar
..Bangladesh
..China
..Indonesia
..Nigeria
..Chile
..Peru
..lain-lain

..apakah ini hasil yang kita dapat dari polisi Tahun Melawat Malaysia...

..apakah ini dapat kita tukarkan dengan harga wang ringgit yang kita janakan...

..apakah MARUAH NEGARA MALAYSIA begitu murah untuk kita gadaikan...

pakbelalang said...

Itulah cara yang terbaik sekali. Komen saya terdahulu ada kaitan. Almadulillah! Sultan Selangor telah bertitah dengan bijaknya.

So I think Malaysians should put this issue to rest and move on.

Tak payahlah dibawa ketengah perkara ini ke makamah.

Unknown said...

Salam Datuk...

Mahkamah pun dah naik. Keputusan kita dah tau. Bantahan punyalah banyak. Yang menyokong pun boleh tahan jugak. Gereja pun dah 'tebakag'. Surau pun dah kena 'punggai'. Menteri dok bagi amaran. Bapak polisi tak 'tidog' malam. Jerangkung politik sebok dok cari pengaruh.

Satu saja soalan saya.

Sapala yang 'TERLEBIH CERDIK' pi bagi PERMIT(KDN) kat akhbar mingguan Roman Katolik, Herald edisi BM dulu.

Manyau ka... atau g......ka?

P/S: IC saya pun alamat Selangor.
Daulat Tuanku (Selangor/Kedah).

Anonymous said...

Datuk,
1:
Kalu dok pakai touch wood bukan, InshaAllah, MashaAllah, Subhanaallah, memang benar lah mereka ni tak kisah orang kafir menggunakan perkataan Allah.


sri jelawat

Abu Faiq said...

Assalamu 'alaikum Datuk semua yang melayar blog ini,

1 Dulu apabila ada raja-raja hampir kena perangkap penjajah, Datuk kata orang politik Melayu, rakyat Melayu, termasuk para wartawan Melayu sama-sama telah selamatkan Malaya dari Malayan Union. La ni, bila dah kuat-kuat perjuangkan nama 'Allah', cukupkah sampai setakat situ saja? Kalau begitu, kita baru 'separuh benar' lslamnya [kalau istilah ini ada].

2 Marilah sama-sama serukan pula, kepada semua raja, orang-orang politik Melayu, wartawan Melayu dan rakyat jelata Melayu daripada PAS, UMNO, PKR, secara sungguh-sungguh tanam niat dan laksanakan usaha untuk berjuang ke arah menegakkan hukum-hukum syara' [syari'at] sebagai ad-deen [sistem kehidupan], baik sistem politiknya, undang-undangnya, sistem bernegaranya, ekonominya, sosialnya dsb, bagi menggantikan hukum-hukum sivil-sekular yang selama ini diperundang-undangkan bagi mengatur seluruh urusan kehidupan kita. Barulah benar-benar hukum mengurus maslahat, bukan maslahat mengurus hukum.

3 Jangan pandang ringan perintah Allah agar masuk lslam secara kaffah; bukan separuh syari,at, separuh sivil. Itu sangat fatal kosekuensinya kepada akidah.

4 Sampai bila kita nak terus-menerus mensyirikkan hukum-hukum Allah [syari'at], sekalipun kita semua [dari yang menaungi sampai yang dinaungi] sungguh-sungguh mempertahankan kesucian nama Allah, hingga berlaku tohmah-mentohmah sesama Muslim seperti sekarang ini?

Wallahu a'lam. Salam.

thibbs_kid said...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
2. لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
3. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
4. وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku

OKJ said...

Salam DAKJ

Senyum kambing

“Oh! dah ada fatwa rupanya” Kata si pembelit. “Eeeeeeh, tapi kenapa tak beritahu rakyat awal-awal lagi”. Kelentongnya lagi. Sekian TQ.

Anonymous said...

HAMPIR 40,000 WARGA INDIA HILANG DI MALAYSIA: PM

Sejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Najib Razak.

Di berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.

Keadaan tersebut menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan berkenaan telah disalahgunakan, terutama mereka dari Chennai, katanya.

"Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini... (mungkin) bekerja di restoran-restoran India.


kah kah kah… MACAM MANA BOLEH HILANG?… kah kah kah…

ADAKAH MEREKA INI TELAH DI MAKAN OLEH ULAR SAWA?... kah kah kah…

KALAU BEKERJA DI RESTORAN… MESTI SENANG JUMPA… kah kah kah…

MACAM MANA TAK BOLEH JUMPA-JUMPA… kah kah kah..

ADAKAH MEREKA MENYOROK DALAM KOTAK MAT EZAM…kah kah kah

JAWAB NYA SEMUA HILANG KERANA RASUAH…. kah kah kah

nota:
jawabnya rasuah.
semua boleh dirasuah.
kad pengenalan boleh didapati kalau di rasuah.
passpot boleh dapat kalau di rasuah.
tak percaya tanya linggam kah kah kah

nota:
dulu bukan ke ada juga minah mongolia
yang namanya hilang di jabatan imigrisen
minah ini mungkin dari madras kah kah kah

BIJAN

Anonymous said...

Dato'

Assalamualaikum.

Saya sungguh hairan ramai pembahas blog Dato' ini tidak faham isu tetapi berlagak pandai. Saya ringkaskan seperti berikut.

1.Ini isu adalah isu pentadbiran. Pentadbiran negara atau eksekutif telah membuat keputusan menghalang akhbar Roman Katolih, The Herald, menggunakan kalimah Allah dalam risalah bahasa Melayunya;

2. Paderi Pakiam menyaman kerajaan kerana larangan itu;

3. Kerajaan melawan saman itu dan hakim berbangsa Cina beri kemenangan kepada Paderi Pakiam;

4. Sebagai orang Islam Malaysia saya tidak setuju kalimah Allah digunakan oleh nama-mana kecuali Islam. Nokhtah.

5. Umno, sebagai parti yang majoriti ahli dan penyokongnya Islam, tidak setuju dengan keputusan membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah;

6. Dalam Pas pun ramai yang tidak setuju tapi kerana taasub kepada Tok Guru dan politik punya hal, ramai orang Pas buat diam-diam. Ini sangat hina. Jadi politik lebih penting dari Islam kepada orang Pas kecuali bagi yang betul-betul Islam macam Dato' Harun Din dan Dato' Tuan Ibrahim;

7. PKR memang tidak boleh diharap menjadi Islam sebab ia parti sekular yang berbagai kaum dan agama. Tapi saya yakin di kalangan komponen Islam, ramai yang tidak setuju dengan keputusan mahkamah itu, tetapi tidak berana bersuara;

8. Kesimpulannya ramai orang Islam, akibat fahaman politik dan taasub kepada pemimpin, bersikap munafik/hipokrit.

1Islam

Ab Razak Hj Ahmad said...

Macam-macam peristiwa lately yang boleh buat pembayar cukai sesak nafas..

Skuad bola dapat dana RM10 juta. Cuba audit FAM, since last 10 years berapa puluh juta dilaburkan untuk skuad bola. Permata dapat RM100 juta. Yang sedihnya untuk pelajaran anak-anak bangsa dan pelajar miskin seperti subsidi uniform, skim baucer tusyen, RMT kena mansuh and budget penyelenggaraan sekolah juga kena cantas... Siapa yang dahulukan siapa... rakyat atau kroni...

Belum lagi hampir 40,000 warga India hilang.. Itu baru India, Indon, China, Myanmar, Nepal, Bangla, Afrika etc...

Tak mengapa... kalau yang kat atas di 'KPI' kan maka Najib akan kata puas hati sebab dah achieve target....

Sorry Dato' Off Topic lagi... bukan tak sensitif... cuma nak pengsan dah ni...

Tinta Hitam said...

Saua tak mahu komen ulasan DYMM Sultan Selangor.Cuma saya nak komen usul asal isu ni.Isu ni cuma dimainkan oleh UMNO utk memberi "impression" bahawa mereka memperjuang dan menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia.

Cuma Malaysia shj yg tak bagi guna nama Allah

langit biru said...

Profesor Pencen,

Saudara Profesor Pencen bertanya, (5.) Tolong beritahu saya, dari sumber mana dan surah mana, datangnya petikan berikut,

" Pada mulanya Tuhan mencipta Syurga (langit) dan bumi, dan bumi pada mulanya gersang dan kosong dan dalam kegelapan dengan angin kencang yang bertiup dipermukaan airnya, dan Tuhan berkata, biar padanya menjelma cahaya......"

Apakah Saudara Profesor Pencen berhemah, beretika dalam perbincangan? Atau emosi mengatasi pemikiran yang waras? Apakah Saudara Profesor Pencen mahukan “kemenangan dalam berhujah” atau mencari “kebenaran dalam berbincang”?

Sekiranya Saudara Profesor Pencen tinggi Ilmu Agama, maka bersyukur lah kurnia Allah swt tersebut dan usahlah menduga Ilmu orang lain! Soalan ke lima ini langsung tiada relevan dengan topik yang kita bincangkan.

Saya bukan Al-Hafiz yang menghafal Al-Quran. Saya juga bukan Pakar Perbandingan Agama. Saya juga bukan Pakar Ilmu Wahyu. Akan tetapi, terjemahan di atas saya baca dengan amat berlainan,berbeza dan terasing susun kata bahasanya dengan terjemahan dalam Al-Quran. Saya tidak pernah membaca terjemahan Al-Quran seperti di atas. (Mungkin sumbernya dari Bible) Saya tidak TAHU. Mungkin Saudara Profesor Pencen boleh memberitahu saya dari sumber mana dan surah mana?

Saya menjumpai dalam Al-Quran Ayat 54 Al-A’raf, Ayat 3 Yunus, Ayat 7 Hud, Ayat 59 Al-Furqan,Ayat 4 As-Sajdah, Ayat 4 Al-Hadid terjemahannya yang bermaksud,

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy”.

Ayat ke 35 Surah An-Nur, “Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi”.

Al-Baqarah ayat 255, “Kursi Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Menyanggah Bible-Keluaran 31:17 yang menyebut, “……enam hari lamanya Tuhan menjadikan langit dan bumi,dan pada hari ke tujuh Ia berhenti bekerja untuk beristirehat.”

Apa maksud Saudara Profesor Pencen bertanyakan soalan ke lima ini?

langit biru said...

Saudara Profesor Pencen,

Saya tidak tahu apa tujuan, maksud Profesor Pencen bertanyakan kelima-lima soalan tersebut, yang saya pasti 4 soalan teratas itu tiada siapa yang mengetahui HATTA Perdana Menteri sekalipun, cuma boleh kita anggar teramat sedikit jumlahnya.

Saya juga agak teruja bila Profesor Pencen melebelkan saya Liberalis Muslim. Saya pernah menulis disini, pihak orientalis dan musuh-musuh Islam iaitu Yahudi Nasrani adalah golongan yang bertanggungjawab menjuzukkan Islam dengan pelbagai nama bertujuan untuk memecahkan Umat Islam.

Dipanggilnya Islam Moderate, Islam Fundamentalis,Islam Konservatif bahkan dijuzukkan juga mengikut benua negeri seperti Islam Afrika, Islam Arab Mediterenean, Islam Arab Telok, Islam Asia Timur, Islam Indonesia dan Islam Malaysia.

Secara tak langsung mereka cuba menggambarkan Islam itu bukan lagi syumul sepertimana diamalkan oleh para sahabat Rasulullah saw.

Hari ini wujud nama baru Islam Liberal. Dan saya yakin, akan wujud pelbagai nama yang disangkutkan kepada Islam seperti Islam Wahhabi, yang mana penyebutnya sendiri tak tahu apa maknanya!

Sepertimana tulisan saya sebelum ini, kita sepatutnya berlapang dada bila membincangkan soal agama. Perpecahan umat Islam banyak berlaku disebabkan perbezaan pendapat dalam Bab Fekah. Imam Shafei yang menjadi anak murid kepada Imam Maliki dan Imam Abu Hanifah berbeza pendapat dengan gurunya setelah beliau menemui hadis-hadis sahih yang lain, dengan sebab itulah cara berwuduk Shafei, Maliki, Hanafi berbeza dan sebab-sebab membatalkan wuduk pun berbeza. TETAPI mereka tidak berpecah dan berbalah sebaliknya berlapang dada satu sama lain kerana masing-masing bersumberkan hadis sahih.

AKAN TETAPI, perbezaan pendapat dalam Ilmu Tauhid tidak sepatutnya berlaku. Ilmu Tauhid dibahagikan kepada 3, Tauhid Ar-Rububiyah, Tauhid Al-Asma was-sifat, Tauhid Al-Ibadah. Pembahagian ini tidak ada dalam nas Al-Quran dan Al-Hadis, tetapi dilakukan oleh ulamak untuk memudahkan kefahaman dalam pendidikan Ilmu Tauhid. Ke tiga-tiga Ilmu Tauhid ini bersandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadis yang mengESAkan Allah swt.

Saya langsung tidak membaca Taurat dan Injil, kerana bagi saya cukupkan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai pegangan saya. Dalam buku-buku agama, ada disentuh sedikit sebanyak petikan Taurat dan Injil hanya bertujuan menunjukkan pemalsuan sumber kitab tersebut sebagai Firman Tuhan.

ab said...

Salam dato,

anon 10.50am yang faham isu dan tidak berlagak pandai...


Saudara/i kata ini ISU PENTADBIRAN.


Tetapi pada saya yang tidak faham isu dan berlagak pandai seperti yang dikatakan.....isu ini adalah ISU AKIDAH....


Akidah tidak pernah dihakimi didunia.

Akidah tidak ditentukan dimahkamah.

Akidah tidak ditentukan olih paderi.

Akidah tidak ditentukan hakim kafir.


No problem untuk orang kebanyakan seperti saya...THIS IS ISLAMIC TEACHING.Kalau disuruh tukar akidah, sudah ada kisah dulu kala yang mati kena dera kat gurun pun dah ada,tapi AKIDAHnya tidak berubah!!.

Jaga akidah adalah tanggungjawap musliman dan muslimat.

MEMPERTAHANKAN SUPAYA AKIDAH TIDAK DIPAKSAKAN DIUBAH adalah ajaran islam...perang pun sudah berlaku kerana ini.

Abu Bakar Ab Rahman

A KADIR JASIN said...

Sdr OKJ menulis,

"Senyum kambing

“Oh! dah ada fatwa rupanya” Kata si pembelit. “Eeeeeeh, tapi kenapa tak beritahu rakyat awal-awal lagi”. Kelentongnya lagi. Sekian TQ."

Buat makluman saudara dan sesiapa yang berminat, koleksi fatwa boleh diperolehi di e-fatwa.gov.my.

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk

Setelah baca kommen kommen disini saya berfikir comen saudara "Shah" amat penting juga .

mat

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan sekali lagi untuk balas respon Sdr Shah.

Sdr,

1.
Saya sangat bersetuju bahawa Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah sesuatu yang universal sifatnya.

Tetapi, apa yang saya persoalkan (di dalam posting yang terdahulu) adalah berkenaan “garis panduan tambahan” yang dicadangkan oleh Dr Asri. Beliau adalah seorang pakar hadith dan sunnah dan Sdr juga nampaknya macam seseorang yang berpegang kuat kpd Sunnah. Baguslah begitu.

Namun demikian, jika Dr Asri sendiri sudah mengemukakan “garis panduan tambahan” di atas persetujuan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh puak-puak Christians dsb, maka saya secara peribadi tidak dapat melihat di manakah istiqamahnya yang dikatakan berpegang kpd Sunnah tanpa elemen-elemen tambahan, atau rekaan atau bida’ah?

Benar, saya tidak menuduh Dr Asri sebagai seseorang yang “memperbaharui” Sunnah melalui garis panduan tambahan tersebut, tetapi saya persoalkan garis panduan tambahan itu tidak sepatutnya datang dari seseorang yang teguh berpegang kepada Sunnah.

Perlukah dikemukakan “garis panduan tambahan” jika Sunnah adalah sesuatu yang bersifat universal?

Tak perlukan sepatutnya?

Di sinilah yang saya persoalkan sebagai “persetujuan bersyarat” beliau yang menjurus kpd “tidak bersetuju” pada hakikinya. Susah nak akui perkara ini saya rasa.

Oleh itu, nak senangkan cerita, saya berpendapat bahawa semua kita umat Islam ini adalah sebenarnya berada pada muka surat yang sama -- tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah tersebut. Cuma cara olahan “tidak bersetuju” tersebut sahaja yang berbelit-belit. The worst kind is those yang tidak menyatakan pendapat mereka tapi sekadar jadi tukang “armchair critic” terhadap pendapat orang lain!

2.
Berkenaan “supersede” Sunnah -- tidakkah Sdr terpikir bahawa Al Quran itu boleh mengatasi Sunnah? Sudah ramai pakar-pakar agama dan ulama’ menunjukkan bahawa perkongsian nama Allah ini adalah sesuatu yang “tidak boleh” dengan mengemukakan nas-nas Al Quran.

Mengapa mesti taksub sangat dengan Sunnah walhal Al Quran sudah “supersede” sunnah tersebut kerana Al Quran mempunyai hierarchy yang lebih tinggi?

Saya yakin Majlis Fatwa Kebangsaan merujuk kepada nas-nas Al Quran sebagai basis fatwa mereka. Jadi, pengamatan Sdr yang mengatakan Majlis Fatwa Kebangsaan sudah “supersede” Sunnah adalah salah ataupun tidak bijak.

Pada perkiraan saya, janganlah kita menjadi samada taksub dengan sunnah atau pun membuta tuli mengikut kata-kata pakar hadith dan sunnah seolah-olah mereka tidak melakukan khilaf walaupun mereka berbicara tentang sunnah & hadith sohih.

Mohon maaf & terima kasih

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Datuk AKJ, Salam.

Terima kasih teramat kepada Sdr Langit Biru. Mohon diampunkan kalau label liberalis Islam ke atas Saudara itu tidak tepat.

Terima kasih juga kerana cuba menjawab soalan saya tentang ayat berikut.

"Pada mulanya Tuhan mencipta Syurga (langit) dan bumi, dan bumi pada mulanya gersang dan kosong dan dalam kegelapan dengan angin kencang yang bertiup dipermukaan airnya, dan Tuhan berkata, biar padanya menjelma cahaya......"

Saudara memetik beberapa ayat yang seakan dari Al-Quran.

Jawabannya keratan ayat itu bukan dari Al-Quran, tetapi terjemahan yang saya buat kepada ayat pembukaan "surah" Genesis dari Kitab Injil.

Kalau Saudara Langit Baru yang tampak berilmu pun keliru menyangka ia dari Al-Quran, bayangkan sekiranya Injil diterjeman ke bahasa Melayu dan disebarkan dengan luas di kalangan orang Islam.

Keliru yang amat.

Profesor Pencen, Bangi

pakbelalang said...

Dato',

This what my Christian friend who is a Malanau commented about this issue, I quote:

"Why don't the Head of Islam have a meeting with the Head of the Church. These are not violent people and I am sure they can work things out. Don't be ridiculous.....There is no hidden agendas and I don't believe Muslims are easily lured to be Christians. There are more Christians being converted to Islam and the Church never say anything."

Anonymous said...

1Islam kata, "1.Ini isu adalah isu pentadbiran. Pentadbiran negara atau eksekutif telah membuat keputusan menghalang akhbar Roman Katolih, The Herald, menggunakan kalimah Allah dalam risalah bahasa Melayunya;"

Betulkah ini isu pentadbiran?

Jika mahkamah terima kes untuk dibicarakan, bukankah ia isu undang-undang?

Ada yang merujuk kepada peminjaman kata arab, isu bahasa budayakah itu?

Ada yang merujuk kepada sejarah dan amalan agama sedia ada, isu agama kot?

Pendeknya, isu ini luas skopnya dan bukan terhad kepada pentadbiran semata-mata.

Bila saudara kata "Saya sungguh hairan ramai pembahas blog Dato' ini tidak faham isu tetapi berlagak pandai. Saya ringkaskan seperti berikut." seolahnya pandangan saudara saja yang betul.

Ini adalah ujian terhadap pentafsiran perlembagaan dan undang-undang, sejauh mana kah ia meletakkan islam itu sebagai agama resmi; umumnya di Malaysia dan khususnya di Malaysia Timur.

Sambil berfikir skop isu ini, fikir-fikirkan lah semua yang mengaku beragama islam (termasuk saya sendiri), adakah kita bermimpi semasa

1.kebenaran diberi kepada Lina Joy menukar agama,
2.penangguhan sebatan bagi pesalah islam yang minum arak dan
3.pemantauan longgar terhadap edaran bahan media agama lain dikalangan pelajar islam (disekolah missionary)
4.Dan lain-lain

Atau baru tersedar? Atau polemik politik?

p/s Bila Dr mashitah kata harus bagi perempuan miskin melacur, aman je MSM. La ni siap jadi senator lagi.

Fed Up

Habib RAK said...

AKJ,
Could you please share where I can find the Sultan's titah "Allah untuk Agama Islam Saja" So far, I am not able to verify it at its source. Did you get it from the original source or you relying on the statements by MAIS/JAIS?

Pak_karim said...

"Innadinna in dallah hil islam" , sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam!!

dan kajang said...

Assalmualaikum Dato',

1. Kita bersyukur kerana Sultan Selangor begitu prihatin dan sekali gus memainkan peranannya sebagai Ketua Agama di Negeri Selangor. Kita harap titah dan nasihat baginda akan dihormati semua.

2. Memang dari segi undang2 buat masa ini pihak gereja berkenaan berhak mengguna kalimah Allah dalam keluaran majalah mereka. Cuma buat masa ini pengunaannya ditangguhkan atas sebab rayuan oleh Kerajaan. Kita berharap semua pihak (khususnya pihak gereja berkenaan) harus menggunakan tempoh ini untuk berfikir secara rational tentang kesan kepada keputusan mahkamah itu.

3. KIta percaya dari kejadian2 yang berlaku sejak kebelakangan ini pihak gereja berkenaan tentu dapat membayangkan akan kesan kepada isu ini. Oleh itu jika mereka benar2 ikhlas dalam menjamin keamanan di negara ini mereka seharus tahu apa yang perlu dilakukan. Tidak ada gunanya mereka cakap tentang keamanan dan kedaimaian dalam dakwah mereka jika mereka sendiri tidak mempraktkannya. Jika berlaku (harap2 tidak) kejadian tidak diingini kelak, sejarah akan mencatitkan bahawa mereka juga bertanggung jawab dan merupakan antara puncanya.

saji said...

DAKJ, Sdr Shah dan rakan pembalas lain yang saya hormati

1. Saya percaya, ramainya pembalas yang menyokong pendirian Sultan Selangor sebagai ketua agama Negeri Selangor yang mahukan semua pihak di negeri Selangor berpegang teguh kepada pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh semua agama, kecuali Islam, adalah kerana, ia (pendirian) dibuat berdasarkan, pertama, proses ijtihad yang dilakukan secara jemaah/kumpulan seperti yang disarankan oleh Prof Dr Yusuf al Qaradawi (sudah saya bincangkan sebelum ini), dan kedua, penggunaan kaedah menentukan hukum mengenai perkara / masalah baru umat Islam semasa yang dinamakan Masalih Mursalah yang menjadi amalan imam Hanbali, Maliki dan Shafiee' (juga saya sudah bincangkan sebelum ini). Di mana ahli jemaah ijtihad tersebut dianggap terdiri daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)Mufti Selangor, kesemua Ahli MAIS, Setiausaha MAIS dan Penasihat Undang-Undang MAIS.

2. Namun, apa yang saya ingin tekankan di sebalik pandangan saya di atas ialah,

a) Ia merupakan contoh di zaman moden ini dan di negara ini mengenai keberkesanan penggunaan kaedah Masalih Mursalah tersebut dalam menyelesaikan perkara/masalah baru umat Islam semasa dan setempat yang tiada nas/dalil yang jelas dan terang dalam al Quran, Hadis, Ijma' dan qias.

Nota kaki: Untuk contoh zaman silamnya, saya telah bincangkan dalam posting Dato' sebelum ini mengenai kontrak Islam al-Istisnaa'/Tempahan/Price-in-advance.

b) Tidak timbul soal percanggahan dengan Hadis/ajaran Rasulullah seperti yang ditimbulkan oleh Sdr Shah dalam posting ini dan lalu berdasarkan hujah beliau berikut:

Majlis Fatwa Kebangsaan dan Sultan Selangor tersebut 'superseding' atau mansukhkan Sunnah Rasulullah dan secara tidak langsung 'superseding' atau mansukhkan ajaran Allah, kerana tentulah tindakan Rasul itu di'inspired' oleh Allah.Atas hujah dan dalil apa Majlis Fatwa buat keputusan tidak mahu pakai Sunnah Rasulullah dan secara tidak langsung ketentuan Allah di Malaysia? Kami hendak tahu sangat kerana kami sentiasa disuruh ikut Al Quran dan Sunnah bahkan ada ustaz yang mengajar apa yang Rasulullah buat adalah umpama Al Quran hidup.Apakah kerana sebahagian besar penganut Islam di Malaysia adalah orang-orang Melayu, maka Sunnah Rasulullah menjadi tidak relevan dan tak boleh pakai.

saji said...

Sdr Profesor Pencen

1. Kalau sdr lebalkan saya (Saji) sebagai liberalis Muslim,sdr sendiri di bawah lebal apa? Tradisionalis Muslim? Modenis Muslim? Reformis Muslim? Atau, siang Reformis Muslim malam Tradisionalis Muslim atau sebelum pencen kerajaan Reformis Muslim, sudah pencen Tradisionalis Muslim atau sebaliknya?

2. Tidakkah yang membuat leballing tersebut golongan orientalis Barat yang kerjanya memesongkan ajaran Islam dan memecah2kan umat Islam ? Adakah sdr orientalis Barat?

3. Hujah2 sdr seperti menunjukan sdr memiliki ilmu agama yang tinggi. Apakah usaha yang sdr sudah dan sedang lakukan untuk memajukan agama Islam dan umat Islam?

Anonymous said...

Datuk Akj,

Tahniah kerana daripada komen dalam blog Datuk ini jelas Datok Adalah blogger Pro-Umno dan Pro-kerajaan yang paling ramai pengikut dari Pakatan Rakyat.

Ramai yang komen dalam blog datok ini jelas penyokong tegar Pas dan PKR dan ada sikit-sikit DAP. Boleh jadi pasal mereka nak tumpang glamor jadi pembahas blog datuk yang ramai pengikut atau mereka nak belasah dan patahkan hujah Datok.

Saya tak tahu kalau datok siar semua komen mereka yang partisan dan melampau ini atau ada juga yang datuk bakulsampahkan.

Tahniah Datuk.

Zinn

abdullahngah said...

Terlalu ramai pembahas terdiri daripada manusia yang tidak mahu bertakwa.

sebab itu ada pendapat yang mereka kemukakan kelihatan bercanggah dengan Quran dan sunnah.

Atas sebab itu mereka merasa "bangga", sedangkan bangga itu bukan sifat orang Islam yang ikut ajaran Rasulullah SAW.

Kesimpulan yang dapat saya buat sedikit sahaja yang mahu bertakwa dan kebanyakannya tidak mahu bertakwa.

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya bersetuju dan tahniah diucapkan kepada Tuan Professor. Ialah, dalam dunia ni, ramai yg berlagak pandai, sebenarnya tak tahu apa apa pun. Macam tuan Professor kata, yg berlagak pandai agama pun boleh terkeliru yg mana dari Quran dan sebaliknya, inikan pula generasi akan datang nanti. Dah berapa kali ‘terbuka pekong didada’ pun masih tak malu-malu dan cuba tegakkan benang yg basah. Biasalah puak ni, lagikan anak dara orang pun dikebas depan tok ketua, mahkamah pun tak diikutnya, inikan pula yg lain-lain. Gedebeeeee. Inilah dia orang yg mengaku lebih Islam dari Islam lain. Cuma kita nantikan apa pembelit ni akan cuba belit.Sekian TQ.

Shah said...

Dear DAKJ,
Pohon ruangan memberi respons kepada Professor Pencen dan juga Azman.
Terima kasih banyak kerana memberi pandangan terhadap posting saya. Sebenranya saya tak kesah nak beri label apapun terhadap saya, kerana kepada saya yang penting ialah label yang akan diberi oleh Allah kepada saya di akhirat nanti.Saya hanya mencari kebenaran. Itu sahaja. Saya mungkin betul dan mungkin salah.Yang terpenting ialah saya akan menyokong pandangan mana-mana pihak sekiranya pandangan itu benar-benar disandarkan kepada Al Quran, As Sunnah dan logik.Seseorang yang berstatus ulama atau ilmuan akademik dalam ilmu Islam pun akan saya persoalkan pendapatnya kerana saya percaya orang berstatus sedemikian tidak patut berfikiran bahawa kerana dia ulama atau professor dalam ilmu Islam, maka orangramai wajib bersetuju dengan pendiriannya.
Sekarang cuba kita letakkan isu ini dalam konteks sejarahnya. Orang-orang Dayak, Kadazan dan lain-lain yang berugama Kristian di Sarawak dan Sabah telah menggunakan nama Allah ini beratus-ratus tahun dahulu sebelum mereka menjadi rakyat Malaysia. Selepas mereka menjadi rakyat Malaysia mulai tahun 1963, mereka terus menggunakan nama Allah untuk tuhan mereka.Mereka menggunakan bible berbahasa Indonesia yang juga menggunakan nama Allah.Di Indonesia penganut-penganut ugama Kristian juga menggunakan nama Allah. Kemudian pihak gereja katholik memohon pembaharuan permit KDN untuk menerbitkan akhbar dalam bahasa Malaysia yang mana perkataan Allah digunakan.KDN tidak benarkan, lalu mereka memohon keputusan mahkamah.Mahkamah benarkan.
Agak mengherankan kenapa baru sekarang isu ini menjadi kontroversi? Kenapa tidak dilarang penggunaan nama Allah ini sebaik sahaja Malaysia ditubuhkan?
Beralih kepada soal kaedah masalih mursalah seperti yang dibangkitkan oleh Saji, pada pandangan saya isu ini bukan merupakan sesuatu yang baru yang hanya berlaku di zaman moden ini. Ia sudah ada precedent, 1,400 tahun dulu lagi iaitu melalui tindakan Nabi Muhammad Rasulullah terhadap masyarakat bukan islam yang menggunakan nama Allah bagi tuhan mereka. Seperti yang saya katakan dalam posting saya yang terdahulu , nabi tidak pun melarang penggunaan nama Allah oleh orang-orang musyrikin dan Kristian yang telah menggunakan nama Allah itu beratus mungkin beribu tahun sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul.Kenapa tak gunakan precedent ini bagi kes di Malaysia atau di mana-mana pun? Azman Isa kata Al Quran supersedes Sunnah nabi. Saya mohon diyakinkan dalam surah mana dan ayat mana Allah telah mansuhkan sunnah Rasulullah itu.Kalau ada sudah tentu ada hadith-hadith sahihnya yang membuktikan Nabi telah melarang masyarakat bukan Islam menggunakan nama Allah setelah turun ayat-ayat sedemikian.
Mengenai soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Professor Pencen, saya tidak gusar mengenai apa yang akan berlaku di masa akandatang kepada anak-anak muda dan cucu cicit kita, dengan syarat ibu bapa, NGO-NGO Islam, Kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan benar-benar memainkan peranan mereka bagi mendidik generasi muda sekarang dan akandatang dalam ilmu Islam di samping mengujudkan persekitaran yang tidak bercanggah dengan ugama Islam.Tugas Professor lah sebagai ilmuan untuk mengajar anak-anak muda tafsir Al Quran dan Hadith.Ambil contoh yang paling mudah.Saluran Astro 106 OAS adalah saluran yang berteraskan pendidikan ugama Islam.Bagus dan menggalakkan.Tetapi kenapa ada iklan 'Berdansa Sehati Sejiwa' pula di situ? Bukankah akan mengelirukan anak-anak muda kita?
Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Azman Isa berkait dengan perkara-perkara tambahan yang disyorkan oleh Dr Asri, saya harap Dr Asri akan dapat menjawabnya keran sperti yang saya sebut dahulu saya adalah 'layman' dari segi ugama, oleh itu banyak lagi yang saya perlu belajar.Cuma pada pandangan saya , perkara yang disyorkan oleh Dr Asri itu adalah soal yang berkait dengan furu' atau ranting, bukan usul atau pokoknya.Wallahu Waalam

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Saya nak mencelah sikit berkenaan komen Sdr Saji (12.12am).

Sdr,

Mengapa "jumpy" sangat? Kalau "label" yang diberikan itu adalah tidak betul, apa yang Sdr bimbang sangat sehingga Sdr perlu membalas dengan bermacam label pula?

Tidakkah itu menggambarkan 'kekredibilitian' seseorang?

Dalam hal ini, saya suka menarik perhatian terhadap respon-respon yang dibuat oleh Sdr Langitbiru terhadap "label yang sama" yang dilemparkan ke atas beliau -- tak melatah dan tak hilang kredibiliti.

Mohon maaf.

Azman Mohd Isa

a.z said...

Yang pasal ni heboh satu negara.

Awat takdak orang heboh atau ajak pi demo dekat depan Kementerian Dalam Negeri bila Imigresen atau Polis bila depa buat kerja sambil lewa sampai beratus ribu pelawat dari India hilang tak tau kemana?

Tu belum cakap lagi pasal pelawat dari China yang kena jual ke sindiket pelacuran merata2.

Go and watch the movie "Taken" and think what is going to happen to your daughters.

Priority tak kena tempat orang Melayu ni...

Abdullah Kedah said...

Salam Dato'
Berkenaan dengan pengunaan nama Allah ini, saya ada terfikir, bapa kepada Rasullullah kita Abdullah yang bermaksud ' Servant of God-Allah' meninggal dunia lama sebelum Nabi Muhamad diangkat sebagai rasul dan nabi orang Islam. Persoalannya bagaimanakah boleh wujud nama ini sebelum Islam yang menyembah Allah diturunkan? Sekadar untuk membuka minda kita...

langit biru said...

Setiap orang mengaku,

""Ada hubunganku dengan Puteri Laila",

Tetapi Laila sendiri membisu,

Tidak ikut di sini ataupun di sana,

Di kala air mata sudah bertimbun,

Membasahi seluruh pelupuk mata,

Nyatalah nanti siapa sebenarnya yang menangis,

Dan siapa pula yang berpura-pura".

langit biru said...

ADAKAH TUHAN DI SAMPING ALLAH?

"Katakanlah: ""Segala puji adalah bagi Allah
dan keselamatan untuk hamba-hambaNya
yang dipilih olehNya.
Adakah Allah itu yang lebih baik,
ataukah
apa yang mereka persekutukan dengan Allah itu yang lebih baik?"""

Atau siapakah yang menciptakan langit dan bumi
dan menurunkan air dari langit kepadamu semua ,
kemudian Kami(Allah) menumbuhkan
dengan air itu kebun-kebun yang indah permai.
Kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya.

Adakah Tuhan di samping Allah?

Tetapi mereka itu adalah kaum yang berpaling dari kebenaran.

Atau siapakah yang menjadikan bumi sebagai tempat berdiam,
dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya,
dan yang menjadikan gunung-gunung untuk menjadi pasak
dan menjadikan suatu batas pemisah antara dua lautan?

Adakah Tuhan di samping Allah?

Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.

Atau siapakah yang memperkenankan (doa)
orang yang dalam kesulitan
apabila ia berdoa kepada-Nya,
dan yang menghilangkan kesusahan
dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi?

Adakah Tuhan di samping Allah?

Amat sedikitlah kamu mengingatiNya.

Atau siapakah yang memimpin kamu
dalam kegelapan
di daratan dan lautan
dan siapa kah pula yang mendatangkan angin
sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya?

Adakah Tuhan di samping Allah?

Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-Nya).


"Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya),
kemudian mengulanginya (lagi),
dan siapa pula yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?

Adakah Tuhan di samping Allah?

Katakanlah: ""Tunjukkanlah bukti kebenaranmu,
jika kamu memang orang-orang yang benar""."


An-Naml : 59-64

Anonymous said...

assalamualaikum wbt....

1. its better late than never...

2. lambatnye sultan keluar titah...

3. mana titah sultan2 lain? bukankah mereka ketua agama setiap negeri?

4. KDN patut malu. abeh malu 1 dunia. di malaysia, ada teroris bakar gereja. belum lagi cerita ada org pi jual enjin kapal terbang tentera kat negara lain illegally...

5. saya terkejut apabila datuk kata majlis fatwa sudah lama mengeluarkan fatwa atas kes ni...

6. ni la masalah kita..fatwa/hukum dah keluar..tp tak sampai ke kelompok sasaran...masa hakim non-muslim tu keluarkan kepututsan dia,abeh semua umat islam malaysia tercengan..taktau nk ikut mana(boleh ke xboleh)..rupa2nya dh ada fatwa...padan la hangpa!

7. ni la masalah bila takdak khalifah..atau ada khalifah serupa takdak ja...saya malas nk kata byk..masing2 punya otak..

8. yg dok compare Malaysia dengn Indonesia dr segi hak2 beragama..cuba pertimbangkan semua ni:

-terimakah kalian anak perempuan kalian nikah dengan org beza agama. dan cucu kalian nanti ada yg islam dan ada yg kristian...

-sanggupkah kalian makan daging hasil sembelihan mereka?

-setujukah kalian bible yg ada sekarang adalah injil yg asli..tidak ada kurang atau lebihnya...

fikirkanla...

H.A.P.R.A.K

suis-media said...

Tuan

saya tak heran kalau banyak orang kata isu merosakkan gereja ini di dalangi oleh orang umNO,sebab orang umno ni nama je islam tapi tak faham islam yang sebenarnya..contohnya cara pakai tudung pun nampakkan jambul,,kalau tuan nak sokong sultan selangor tu pun saya tak heran sebab tuan dan sulatn selangor tu 2x5.saya nak tanya tuan...ada ke nabi junjungan kita MUHAMAD SAW melarang umat bukan islam menyebut dan menulis nama ALLah??kalau ada tolong emailkan hadis tu kepada saya.jamgan lah nak politikkan dalam isu ini...wassalam.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Dipagi Jumaat yang mulia ini banyak masjid membaca Surah As-Sajdah dimasa sembahyang suboh. Sebagai ingat mengingati adalah penting kita menghayati ayat 23 ,24, dan 25 surah tersebut agar kita tidak tersasar dalam perbahasan kita dalam perkara yang sungguh hangat masakini kerana akibatnya teruk seandainya tersasar dan tidak pasal-pasal kita dimurkai Allah :

23. Dan demi sesungguhnya ! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Qur'an kepadamu wahai Muhammad) , maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya ; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah pertunjuk bagi kaum Bani Isra'il.

24. Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami , selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu ) serta mereka tetap yaqin akan ayat-ayat keterangan Kami.

25. (Pertentangan diantara satu golongan dengan yang lain itu ) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang memutuskan hukumNya diantara mereka pada hari kiamat , mengenai apa yang mereka berselisehan padanya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya

Shah said...

Dear Dato Kadir,
Saya ingin mengemukakan satu 'poser' yang perlu jawapan dari pehak-pehak yang berkenaan. Kes ini adalah satu kes benar yang boleh menguji sejauh mana slogan 1 Malaysia Najib hanya satu slogan kosong atau benar-benar hendak dilaksanakan.
You see, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud adalah dari suku kaum Melanau.Sebahagian orang Melanau adalah Islam dan sebahagian lagi Kristian (macam orang Batak di Sumatera).Dari segi anthropologinya, kaum Melanau , tak kira apa ugamapun adalah dari stok bangsa Melayu, tetapi dari segi perlembagaan, hanya kaum Melanau yang berugama Islam mungkin boleh diiktiraf sebagai Melayu, dengan syarat mereka mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu. Orang Melanau yang tidak berugama Islam hanya bertaraf Bumiputera, itupun bukan dari segi perlembagaan, cuma dari segi pentadbiran.
Dato Alfred Jabu iaitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak juga adalah dari sukukaum Melanau. Beliau pula berugama Keristian.Yang lebih menariknya Alfred Jabu adalah saudara sepupu Taib Mahmud.
Sebagai orang Islam tentulah Taib Mahmud menyebut Allah sebagai Tuhannya.Alfred Jabu , sebagai seorang Keristian di Sarawak juga menyebut Allah sebagai Tuhannya.Kepada Taib Mahmud Allah adalah Esa , tiada yang setara dengannya dan tidak beranak serta memperanakkan.Kepada Alfred Jabu pula Allah juga satu (mungkin, boleh tanya dia), tetapi berkongsi status dengan 'anaknya' Jesus dan the Holy Ghost.
Jadi macam mana ni?. Tak ke pening kepala Taib Mahmud hendak laksanakan larangan tak boleh gunakan nama Allah di Sarawak?.

saji said...

Sdr Shah

1. Bagi saya, kes unik dua pemimpin suku kaum Melanau-Melayu-Islam vs kes suku kaum Melanau-Melayu-Kristian yang sdr poserkan itu memperkuatkan hujah logik akal/sains (bagi kalangan kumpulan umat Islam bukan ahli agama (Islam) dan bukan Islam) dan hasil ijtihad (bagi individu/kumpulan/jemaah ahli agama Islam yang layak berijtihad) yang menolak penggunaan kalimah Allah dikhaskan untuk penganut agama Islam tempatan sahaja atau tidak menghalang penganut agama kristian/lain menggunakan kalimah Allah dengan SYARAT tertentu, yang bagaimanapun, saya lihat, belum begitu jelas.

2.Sebagai satu cadangan, bagaimana jika dibezakan antara sebutan/lafaz kalimah Allah yang dilafazkan oleh penganut agama Islam dan Kristian masing-masing, seperti, bagi penganut agama Islam, mereka kena TEBALKAN sebutan kalimah Allah iaitu mengikut tajwid yang betul, manakala, bagi penganut, agama Kristian, mereka kena NIPISKAN atau PELATKAN sebutan kalimah Allah iaitu tidak mengikut tajwid.

abdullahngah said...

Bolehkah kita letak syarat kepada orang kristian bahawa kamu boleh pakai kalimah Allah tapi jangan menyeleweng.

Macamlah kerajaan beri sijil halal kepada orang kafir dan letak syarat, jangan kamu jual benda haram kepada orang islam.

Toleransikah itu?

Apkah yang berlaku apabila kerajaan beri sijil halal kepada orang kafir.

Macam macam sudah berlaku hatta daging babi dalam tin pun ada logo halal.

Bagus.

Airil Haimi Adnan a.k.a. Teech said...

PUTRAJAYA SETUJU PERKATAAN 'ALLAH' DIGUNA DI SABAH, S'WAK

Joe Fernandez untuk MalaysiaKini
Jan 15, 10
3:23pm

Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan Allah disebut di situ.

Ditanya mengapa perlunya dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah, beliau berkata ia bukan satu amalan yang unik kerana Malaysia juga mempunyai dua undang-undang bagi perkara yang lain juga, contohnya, mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Menurut Nazri, situasi di Semenanjung berbeza kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu.

Katanya, umat Islam di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan untuk tujuan penyebaran, sehinggalah baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, mereka mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah.

Menurut Nazri lagi, Perlembagaan Persekutuan juga menegaskan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu-Islam dan ia telah digubal di semua negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

Oleh itu, katanya, ia tidak termasuk Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Katanya, di negeri-negeri tersebut, bagi melarang penggunaan Allah dilaksanakan, menteri dalam negeri boleh menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menguatkuasakannya.


*** ADAKAH ALLAH SWT DI BORNEO ITU 'VERSI' LAIN DARIPADA ALLAH SWT DI SEMENANJUNG???

ATAU MALAYSIA INI SEBENARNYA DUA NEGARA BUKAN SATU? MAAF, SAYA BUKAN AHLI UNDANG-UNDANG TAPI HUJAH YANG DATANG DARI FIKIRAN YANG DENGKEL, AKAN KEKAL SEBAGAI KATA-KATA YANG TIDAK BERISI.

HAI, MACAM-MACAM DUNIA HARI NI HANYA ALLAH SWT YANG LEBIH TAHU HATI-HATI MANUSIA!!!

saji said...

Sdr kata, "Bolehkah kita letak syarat kepada orang kristian bahawa kamu boleh pakai kalimah Allah tapi jangan menyeleweng."

1.Saya kata untuk kita mengelak kalimah Allah diselewengkan oleh orang Kristian di negara ini, kita kena letakkan SYARAT yang seakan-akan sama dengan SYARAT yang diletakkan ke atas bank2 konvensional/bukan Islam yang di tawarkan lesen perniagaan produk2 perbankan tanpa faedah seperti yang ditetapkan di bawah akta perbankan Islam tanpa faedah yang jelas menampakan SYARAT tersebut agak sukar diselewengkan.

2.SYARAT yang saya maksudkan ialah SYARAT yang menghendaki bank2 tersebut menyediakan pakar perbankan Islam/muamalat Islam sebagai PENYELARAS SYARIAH bagi sistem perbankan Islam tanpa faedah yang tanggungjawabya, antara lain, menjaga amanah yang diwakilkan kepadanya untuk memastikan segala dasar dan prinsip perbankan Islam yang ditetapkan di bawah akta perbankan Islam tanpa faedah dipatuhi dan diselaraskan oleh bank-bank tersebut.

3. Maksudnya, jika kita anggap kes bank konvensional yang ditawarkan lesen perniagaan produk-produk perbankan Islam tanpa faedah di atas sebagai precedent, kita kena letakkan juga PENYELARAS SYARIAH atau seumpamanya di gereja2, di akhbar2 Kristian di negara ini seperti Herald dan sebaginya.

4. Tidak dinafikan ia merlukan PENYELARAS SYARIAH yang ramai, berbanding dengan isu bank-bank di atas. Namun, tidakkah jumlah ahli NGO Islam dan kariah masjid kita mencukupi untuk mengatasinya?

Begitulah halnya dengan isu SYARAT pelesenan sijil halal yang ditawarkan kepada orang kafir yang sdr timbulkan itu.

Maksud saya, kita tidak dapat mengelak untuk meletakkan PENEYELARAS SYARIAH sedemikian di premis2 perniagaan orang kafir yang diberikan sijil halal.

abdullahngah said...

Beri syarat kepada orang kafir itu punca orang Islam jadi lemah dan kena tipu memanjang.

Orang kafir yang pernah ikat janji dengan Rasulullah SAW di Madinah dahulu khianat.Itu Nabi.

Apa tah lagi dengan manusia biasa hari ini. Macam orang Melayu pegangan agamanya macam Yahudi. "Kluklih".

Kalau ikat janji dengan Allah dan Rasululllah SAW dia boleh khianat sudah tentu tak boleh lagi buat apa apa syarat pun dengan orang kafir.

Macam orang Paletin yang buat ikat janji dengan Yahudi. Apa sudah jadi dengan paletin. Sejak tahun 1948 lagi janji demi janji diikat hari hari orang paaletin bunuh.

Orang kafir pernah berkata "kami juga beriman".Boleh percayakah kita dengan ikrar orang kafir.

Orang kafir juga pernah kata, Allah mencipta kami. Yang herannya ramai orang yang mengaku Islam percaya, termasuk bijak pandai Melayu yang guna dalil itu bahawa kristian boleh guna pakai kalimah Allah.

Bebalnya pemikiran bijak pandai Melayu sehingga tidak dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah.

Rasulullah pernah nyatakan dalam hadis, bahawa suatu masa nanti orang akan kata yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk.

Tergamak mereka menyeleweng tafsiran Al Quran ketika berbicara pasal kalimah Allah sedangkan Allah telah terang satu persatu perangai orang kafir tapi tak ambil pengajaran.

Orang yang enggan mengambil pengajaran yang termaktub dalam Qurang mereka memang tidak mahu bertakwa.

affendi hussain said...

Depa ni nak guna "Allah" konon.. bahasa kebangsaan konon..
Cuba sebut "ALLAH" betul2.. kat 'L' bagi qalqalah betul2..bagi jelas..mau lenggok arab bukan?

Apa? cuba sebut lagi betul2?
eh, dah rasa betul ke tu?

"ALLAH".. bukan "A-LAH"
Lagi sekali sebut "ALLAH"
aiyoo..aiyaa..bukan "A-LAH" lah!
ALLAH! sebut pun susah, mcm mana mau guna?

Majoriti geng depa terbelit lidah terbeliak mata nak menyebutnya..

Sebutan pun tak betul..konsepnya lagu mana? Faham ka? Sah2 tak sama mcm Islam melainkan lah nak ikut hukum "Chief of Oompa Loompa & the syeikhs al-Serbani", agama samawi atau sama-we (same lah kita)? Patutlah...

Kalau Herald nak guna 'A.L.A.H' satu 'L' dlm injil versi melayu mereka, saya tak kisah sgt..memang sesuai dgn resam lidah majoriti penganut mereka pun. Sesuai lah dgn hujah "linguistic" sandaran pertikaian mereka tu..

Depa ni dah tanya Pope di the Holy See, Vatican City kah? Dapat restu?
Wow..lawan 'taukeh' nampak..

bak kata peribahasa melayu:

masuk kandang lembu mengembek..
masuk kandang kerbau menguak..
masuk rumah muslim bolehkan meng'khinzir'?


khinzir kan haram..kata dah hidup lama kat malaysia, jiran tetangga sendiri pun tak kenal ka? Setoleransi org muslim, mereka pun manusia, ada perasaan, agak2 mereka tersinggung tak jika ada org tayang mkn khinzir depan mereka dan melaungkan ini 'hak kebebasan', sila hormati hak kami..itu sah provokasi namanya..sama lah mcm kes kepala lembu kt S.Alam..ini adalah contoh analogi.

lagi nak selindung motifnya??

kata nak toleransi..kata nak hidup harmoni..memahami sensitiviti..takkan satu pihak saja asyik bertolak ansur..
Ketua Apologetik Negara Malaysia hanya pandai tolak org kita, lepas tu dia sendiri beransur kendur..kaedah 1Malaysia? esok2 semua 'malay' tak boleh, semua 'malay' kena tolak ke tepi..
negara ni pun kena tukaq nama jawabnya..xxxxxsia? xxxx = apa saja nama nak isi, isilah..negara tiada jatidiri.

..dan seperti biasa geng oompa - loompa terus hidup dalam dunia "blurr" mereka..islam tak dapat, bangsa sendiri jatuh berciciran..syabas!

Tabik Dr. Harun Din..ini baru cth ulamak..konsisten dgn fakta..itulah bezanya yg ada PhD dlm bidangnya dgn jenis yg main taram sesedap rasa je..tak taulah kalau kalau masih nak bela idola2 depa dgn hujah 'khilaf' & 'ijtihad'.. Rukun Islam Pertama, Rukun Iman Pertama..soal Tauhid/Akidah ini ada 'khilaf' & 'ijtihad' kah? Aneh sungguh..ularmak mana sanggup khilaf hal itu..mabuk barangkali?

Kita tunggu sajalah senjata makan siapa nanti..tahu guna senjata?

ALLAHUAKHBAR! Harap2 penganut Katolik yg duduk dkt masjid & surau tak perlulah komplen & politikkan pasal azan lg ye lepas ni..ALLAH Maha Besar.

p/s: kalo sapa rasa tak pernah tengok 'oompa loompa', google je & klik 'image'..ada persamaan tak mereka ini? nampak sgt lurus & blurr bukan...?

("/)

Kay Du Lac said...

Salam,

Barangkali perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh pembangkang mempunyai motif-motif tertentu. Anwar yang dulunya menentang keras, kini menyokong penggunaan kalimah Allah. Anwar bercakap atas kepentingan Islam atau kepentingan politik semata-mata?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).