Friday, March 12, 2010

MPM Uji Dasar Umno Dan Pas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADALAH memalukan apabila muncul suara-suara sumbang daripada segelintir orang Umno yang mendakwa kononnya Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) adalah “outfit” Umno.

Inilah cara kera sumbang yang mahu tumpang sekaki apabila buah di pokoknya mula kehabisan atau tidak sesedap buah di pokok orang lain.

Kera sumbang Umno ini sepatutnya bertanya mengapa begitu banyak NGO Melayu dan pemikir Melayu berdiri di belakang Ibrahim Ali bagi menubuhkan MPM jika bukan kerana kecewa dengan sikap Umno dan parti-parti politik Melayu/Islam.

Seperti kita maklum, pada 27 Feb. lalu, sebanyak 76 NGO Melayu bergabung bagi menubuhkan MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam.

Ini adalah perkembangan yang sihat kerana buat sekian lama suara orang Melayu/Islam terlalu dipolitikkan oleh Umno dan Pas sehingga mula hilang taring dan keberanian, khasnya selepas Pas bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kemunculan suara alternatif Melayu yang bebas politik seperti MPM boleh menghidupkan kembali kepelbagaian suara orang Melayu/Islam dan menjadi pemangkin kepada penyemarakan semula dialog agama dan bangsa serta mengingatkan Umno dan Pas mengenai peranan mereka.

Secara kebetulan, penubuhan MPM berlaku seminggu selepas Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh media massa sebagai menggesa Umno melakukan perubahan cara bertindak (paradigm shift) supaya mendapat sokongan orang Melayu dan bukan Melayu.

Bernama melaporkan yang Perdana Menteri menggesa Umno mengambil berat kebajikan orang lain “agar mereka menghormati parti kita”dan jika Umno dihormati, akan wujudlah integrasi dan perpaduan.

Malaysian Insider pula memetik beliau sebagai berkata, ini boleh dilakukan dengan menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera di ibu negara pada hari Sabtu, 20 Feb.

“Mengapakah mereka tidak melihat kepada Umno untuk menyelesaikan masalah mereka? Mengapa mereka pergi kepada pembangkang?” tanya Mohd Najib.

Perdana Menteri berkata, kejayaan Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan kepemimpinan orang Melayu, selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Kita mesti menjaga kaum-kaum lain agar mereka hormat kepada kita,” katanya.

Tidak ada salah atau celanya saranan Perdana Menteri itu. Malah orang Melayu sepatutnya berasa lebih lega dengan “jaminan” beliau bahawa kepemimpinan Melayu adalah selaras dengan konsep 1Malaysia.

Cuma kita harus bertanya apakah masih tidak cukup apa telah Umno lakukan untuk orang bukan Melayu selama ini dan adakah sudah cukup apa yang dilakukannya untuk orang Melayu sendiri?

1. Bukankah selama ini Umno membela nasib semua kaum di Malaysia secara langsung dan tidak langsung sebagai parti induk Perikatan/Barisan Nasional?

2. Bukankah Umno yang membawa masuk kaum pendatang Cina dan India ke dalam proses perundingan kemerdekaan lebih 50 tahun lalu yang sekali gus menjadikan mereka warganegara?

3. Bukankah kata putus Umno atau lebih tepat kata putus Perdana Menteri Umno menentukan dasar negara yang merangkumi semua kaum?

4. Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kalau bukan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum?

5. Diputar-lajukan ke hadapan ke tahun 2010. Bukanlah Perdana Menteri dari parti Umno yang menliberalisasikan syarat pelaburan yang tidak lagi mewajibkan penyertaan modal Bumiputera dalam 27 bidang industri perkhidmatan?

6. Bukankah Umno juga berperanan membolehkan orang bukan Melayu menjadi senang dan kaya raya di negara ini lebih daripada orang Melayu sendiri?

7. Bukankah Perdana Menteri dari parti Umno yang menguar-uarkan dasar meritokrasi dan membuka pintu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada calon bukan Melayu sehingga melepasi nisbah kaum?

8. Bukankah dasar kerajaan pimpinan Umno yang membenarkan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di mana bilangan pelajar Melayu sangat kecil?

9. Atau Perdana Menteri bermaksud mengatakan yang pembesar dan penggiat Umno perlu terbabit terus membantu masyarakat bukan Melayu seperti memberi derma dan bantuan, menguruskan mayat, menjadi bentara di majlis kenduri kahwin dan mencari gadis Cina atau India yang lari dari rumah?

10. Bukankah tanpa Mohd Najib membuat saranan itu pun, sudah cukup ramai orang Melayu yang berasa Umno lebih menjaga hati dan kepentingan orang bukan Melayu daripada hati dan kepentingan orang Melayu?

11. Atau tidakkah pembabitan terus ala Michael Chong oleh Umno dalam hal ehwal masyarakat bukan Melayu akan mengurangkan dan mengganggu-gugat peranan parti-parti BN yang mewakili kaum-kaum bukan Melayu seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah?

12. Benar kata Mohd Najib yang Umno perlu berubah. Tetapi bolehkah Umno berubah apabila Ketua Bahagian hanya peduli kedudukan sendiri dan bukan kepentingan ahli dan orang Melayu?
13. Bagaimanakah Umno boleh diterima oleh orang bukan Melayu sedangkan orang Melayu sendiri muak dengan pembesarnya yang terbabit dengan politik wang, mabuk kuasa dan mementingkan tembolok sendiri?

14. Atau pembesar Umno hanya mahu mendengar puji-pujian, sanjungan dan sambutan besar-besaran dengan dipagari pegawai tinggi kerajaan, pegawai khas, pengawal keselamatan dan kaki ampu?

15. Dan bukankah kerajaan pimpinan Umno yang membatalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ditentang oleh beberapa pihak termasuk Dong Jiao Zong?

16. Jadi apa lagi yang tidak Umno lakukan untuk semua bangsa di Malaysia melainkan menukar namanya kepada United Malaysian National Organisation?; dan

18. Pas pula sudah menjadi kacau-bilau dalam matlamatnya memperjuangkan Islam kerana terlalu bertolak-ansur dengan DAP dan PKR seperti yang terjadi dengan isu kalimah Allah baru-baru ini.

Akhir kalam, buat peringatan kepada orang Melayu, saya petik pesanan Presiden pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, yang berbunyi:

“Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai lain orang menggesek (dan) kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya.” -- (Daripada buku Amanat Presiden Umno 1946-2009 terbitan Berita Publishing.)

98 comments:

Roti Planta said...

Dato',
Bila....
UMNO bercakap pasal Melayu dikatakan perkauman
PAS bercakap pasal Islam dikatakan pelampau agama
NGO Melayu bercakap pasal nasib melayu dikatakan menolak keterbukaan

tetapi mengapa bila....
Dong Jia Zong cakap pasal bahasa dan sekolah Cina dikatakan kebebasan
Dewan perniagaan Cina bercakap pasal monopoli perniagaan dikatakan liberalisasi
Hindraf bercakap pasal 17 perkara dikatakan perjuangan
Syarikat2 Cina hanya mengutamakan pekerja2 bangsa Cina strategi perniagaan
Majlis Peguam tidak menghormati perlembagaan berkaitan Melayu /Islam dan syariah dikatakan hak asasi

Jadi bagi saya... 1Malaysia ciptaan NajibUMNO adalah satu lagi 'modal' bukan Melayu untuk mengikis hak2 orang Melayu. Adakah Umno tidak perasan?

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Dato'!!! apa yang Dato' merapu ni!!!
Orang yang menyokong Ibrahim Ali adalah pengkhianat negara kerana di kelabukan mata mereka melihat apa agenda sebenar raja katak tu!!!
I wish what you wrote will one day be judged by the future generation.
Do you really think Malaysia needs someone like Ibrahim Ali to show the way!!! The very reason of the 76 NGOs that attended the MPM-alahai Dato' malas nak cerita lah.....
Either UMNO change their president now to salvage the party with whatever credibility left or face the masses that will decide their future and Dato' can expedite the people disgusting feeling towards UMNO with this kind of spin!!! sorry you are still dreaming and please go ahead and join IBrahim Ali with your UMNO historical facts. Matjenin Malaysia69.

OKJ said...

Salam DAKJ

Prinsip ‘anak menantu’

Senang cakap, memanglah kita sayang harta kita tapi sampai masanya kena bagilah jugak macam anak menantu. Kita sayangkan anak kita tapi kalau dah disunting takkanlah kata tak boleh. Janji kita tahu ‘background’ dan sangat percaya kumbang yg nak menyunting tu. Bukan je orang Melayu malahan Mat salleh pun kita bagi (gurau je). Sekian TQ.

bat8 said...

Dato,

UMNO yang mana satu dato' refer ni - UMNO lama atau UMNO(Baru). Saya setuju lah kalau dato refer kepada UMNO lama.

2. As always, tidak sukar untuk kita memahami masaalah UMNO(Baru) hari dalam konteks membela orang melayu, perlaksanaan DEB dll jika kita memahami sejarah secara jujur mengenai UMNO lama dan UMNO(Baru).

3. Yang menjadi masaalah UMNO(Baru) hari ini tidak selesai dan tidak nampak penyelesaian kerana kita cuba menolak fakta sejarah UMNO lama dan UMNO(Baru).UMNO lama dan UMNO(Baru) adalah 2 entiti yang berbeza dato'.

4. Perjuangan Ibrahim Ali semata-mata untuk kepentingan politik diri dia sahaja. Bagi sesiapa yang mengikuti perjuangannya, terutama orang kelantan, tahu sangat politik ibrahim ali.

4. As for PAS, jika MPM adalah kesinambungan dasar DEB pasca 1990, perjuangan hak orang melayu bermaksud memindah hak orang melayu kepaada golongan elitist UMNO/UMNOputra, kita tahu dimana pendirian PAS.

Neraca ukuran senang sahaja untuk menilai perjuangan UMNO membela orang melayu- apakah orang kelantan bukan orang melayu? Mengapa UMNO begitu berhempas pulas untuk menidakkan hak orang melayu kelantan atas royalti minyak?

bat8

al-Din-amin said...

What else I can say, The Scribe has said it all in very clear and forceful terms what need to be said. Thank you.

Anyway just a short one - as it is many Malays are disenchanted with UMNO how we expect others to respect us? Changes (made and proposed), words and actions by UMNO leaders are in many cases contradictory towards the needs, security and further enhancement of the majority pribumi.

The message is clear in the voices of MPM.

zaid.onn said...

Salam Dato',
ramai dikalangan org UMNO yang percaya bahawa keputusan pilihanraya 2008 kesan protes org Melayu saja. Jadi pada harapan mereka pada pilihanraya akan datang segalanya akan kembali seperti asal sebelum pilihanraya 2008. Inilah mimpi UMNO.

Padahal kesan pilihanraya 2008 itu pelbagai. Dan penubuhan MPM bak kata Dato' dan ramai pemikir Melayu/Islam diluar dan di dalam UMNO adalah kesan kegagalan UMNO/Pas bertindak sebagai suara Melayu.

Kegagalan 2 parti besar ini bermula dari sebelum 2008 lagi. dan padahnya nampak jelas pada UMNO. Pas sendiri sedang mengudang padah pada parti mereka sekarang ini.

Kedua-duanya atas kesilapan yang sama, iaitu gagal memenuhi aspirasi dan sama-sama meneropong impian melalui kacamata org-org Melayu.

Inilah padah apabila memerintah syok sendiri. Baik Pas, baik UMNO.Keduanya gagal melindungi Melayu dan hak-haknya.

Penemuan terbaru membuktikan SEA didiami sejak 16000 tahun yang lalu. Inilah asas wujudnya kaum seperti Melayu (Majoriti SEA), jawa, Kadazan, Iban, banjar dan yang lain-lain. Kami memang peribumi. Salahkah kami mahu terus berbangga dengan semangat cintakan tanah ini tanpa berbelah bagi? dan kami tidak pernah tinggalkan tanah ini untuk sesuap nasi di tanah orang. Kami kekal di SEA.

Jadi atas dasar ingin terus meraikan semangat cinta ini. Dan supaya anak cucu kami tidak pernah lupa yang kita adalah bumiputera.

Bumiputera tidak pernah ambil hak org lain. Tapi bila ada hak kita yang ingin diambil. Kami akan mempertahankannya. Jika UMNO dan Pas gagal. Kami mampu bergerak sendiri.

Tak perlulah UMNO dan Pas nak kongsi nama.

tabuan said...

akm dato..

Ramai org melayu yg mewakili parti seperti UMNO/PAS/PKR cuba bercakap untuk mempertahankan hak-hak umat melayu, tetapi amat malang apabila mereka di jadi kan sembelihan korban untuk santapan ultra kiasu demi sekelumit undi daripada kaum mereka.

Lihat lah mangsa-mangsa korban ini...

Kaum mereka tidak pernah pon korban untuk kita, apabila wakil mereka ternyata menghina bukan sahaja umat melayu tetapi agama islam, lihat sahaja bagaimana KOK..kok menghina laungan azan, bagaimana eli berbogel, bagaimana ronie dengan arak nya....

pemerhati said...

Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi


Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

orang lama said...

Mungkin ramai yang telah lupa atau tidak tahu asal usul sebab UMNO di tubuhkan.

Baca lah ungkapan sejarah di bawah dan berfikirlah sebagai orang Melayu.

Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai RANCANGAN MALAYAN UNION pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan dan hak orang Melayu di nafikan telah, menyebabkan orang Melayu sangat marah.

Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mencari jalan menentang rancangan tersebut.

Kongres ini dihadiri wakil dari 41 NGO Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres ini juga telah dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu demi menjaga hak di samping memastikan agar tidak Melayu hilang di dunia sendiri.

A. Alshukor said...

Dato,

Kenapa orang melayu masih macam ini sekarang?

Kalau kita ambil cerita cerita tentang diri Dato, kejayaan Dato adalah kerana peluang yang diberi kepada Dato serta usaha-usaha Dato.

Agak ramai orang melayu yang berjaya seperti Dato kerana "PELUANG" dan "USAHA" mereka.

Apabila PRU12 memberi kita satu keputusan yang tak di sangka-sangka, kita tersedar bahawa ramai orang melayu telah tersedar.

Kita marah ... tapi kita lupa kenapa mereka (rakyat)marah.

Semasa ucapan peralihan kuasa PM Najib berkata Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan.

Pada saya ini adalah satu pengakuan bahawa sekian lama UMNO/BN memerintah ini tidak berlaku.

Yang baik ada dan telah dilakukan, malangnya dalam proses itu kita, terlupa banyak juga perkara yang kurang baik.

Adakah projek PROTON, PUTRAJAYA,PKFZ atau Jembatan Bengkok ... Baik??? Wawasan 2020 tak relevan lagi kah ???

Bagaimana pula Corridor di sana sini, Islam Hadhari???

Sekarang kita ada apa pula, 1 Malaysia, dah tu berberapa kerat orang melayu ada MPM adakah itu baik?

UMNO perlu buktikan bahawa mereka masih relevan, begitu juga PAS ... tapi akhirnya UMNO perlu kepada BN dan PAS perlu kepada PR.

Inilah Negara Orang Melayu, ada negara lain lagi kah, apa yang orang kenal tentang Malaysia sekarang???

Dulu dalam sukan ada Badminton, Bolasepak, Hockey, lepas tu Bowling, sekarang Squash. TDM dengan semuanya, tapi yang sebenarnya adalah kelantangan nya.

Malangnya diakhirnya adalah ... apa cerita buruk dan lagi cerita buruk dan lagi cerita buruk...

Bangunlah orang melayu dan semua rakyat Malaysia. Ambil PELUANG yang ada, dan BERUSAHA lah dengan sekuat hati.

Cinta Alam Malaysia ... kerana apa yang kita ada ramai yang jealous, tapi mereka usaha apa cara sekalipun dan mereka berjaya.

Tinta Hitam said...

Datuk

MPM adalah NGO NGO yang menyokong UMNO.Saya tak pernah tgk pun mereka berdemo serta menghantar bantahan mengenai polisi polisi UMNO yang menghakiskan kepentingan org org melayu.

Contoh yang jelas adalah penghapusan oleh PM Najib equiti 30% bumiputera kepada syarikat asing yg akan melabur di Malaysia.Dimana NGO NGO ni?

Keduanya banyak tanah tanah kerajaan yang digadaikan kepada bukan melayu samada berbentuk estet,entah kawasan perindustrian.Antaranya adalah kilang simen di Padang Rengas Perak.Kalau Datuk balik ke Kedah,kilang tu jelas nampak dari lebuhraya Utara Selatan.Kilang itu telah dijual kepada YTL oleh Kerajaan Perak semasa Tajol Rosli atau Ramli Ngah Talib.Kawasan kilang dan bukit tu shj dah boleh buat pekan kecil.Skg ni yg byk bekerja kat situ adalah Bangla dan Indonesia bukan org org kampung sekitar.Persoalannya mengapa NGO NGO ni diam sampai sekarang?

Jawapan yg mudah adalah kerana semuanya demi kepentingan UMNO.NGO NGO ni cuma berlakun kononnya demi kepentingan melayu.Tetapi jika diperhalusi kita dapat lihat mereka sebenarnya bekerja utk UMNO.

Bagi kami dari PR MPM ni are nothing.Mereka sendiri pun tak tahu apa nak diperjuangkan.Sebab kalau betul betul la mereka memperjuangkan kepentingan melayu dah lama dah UMNO menjadi sasaran mereka.

So to conclude that MPM will become the 3rd force is too far fetch..

serpico said...

Dan akhirnya orang UMNO,PKR dan PAS
hanya akan sedar betapa pentingnya menjaga hak orang Melayu dan Bumiputera tatkala pengaruh, jawatan dan periuk nasi mereka telah tergugat.

Nordin said...

Isu Perkasa ni tak ubah seperti si penyamun menyamar menjadi gembala kambing.Apakah yang boleh kita harapkan?

Mainan kata-kata tidak akan dapat memadamkan contengan arang yang telah terpalit sejak bertahun lamanya.Benarkah orang gagal yang telah diberikan amanah untuk membela bangsa, mahu diberikan peluang ,mendabik dada menjadi pembela bangsa semula.

Hanya orang bodoh saja akan termakan kata jampi serapah orang demikian.

kluangman said...

Dato', saya rasa UMNO dan orang Melayu belum lagi cukup membantu secara ikhlas dan berkorban besar ke atas bukan Melayu, apa yang Dato' senaraikan terlalu kecil berbanding dengan permintaan dan keinginan mereka.

Mereka masih anggap gesekan biola Melayu masih kuat walaupun sebenar dan hakikatnya tali biola orang Melayu sudah putus dan kendur..yang dengar kuat itu adalah tangis sayu bangsa Melayu.

Dalam lain perkataan, kalau kita sanggup sampai serahkan anak bini pada depa barulah kepimpinan UMNO sekarang merasa puas dan yakin, UMNO akan didekati dan dihormati.

Kita dah patut mula ajar anak bini supaya pandai menyanyi lagu mandarin dan tamil untuk kita hiburkan mereka mengikut pukulan gendang dan tabla di majlis mereka.

Itu barulah 1Malaysia !!! Satuuuu...Satuuuuu....Satuuuuu..itu sahajalah yang saya pandai.

Anonymous said...

DAKJ,

Setelah memerintah 52 tahun, melayu kekal kaum majoriti yang kekal miskin majoritinya.

Dato' senaraikan 16 sumbangan UMNO, tapi hakikat diatas kekal sebagai hakiki.

Salah siapa?

MPM itu adalah bayang-bayang UMNO. Jika tidak percaya, cuba lihat berapa ramai orang kuat MPM yang sebenarnya orang bertunjang UMNO.

Dalam perlembagaan UMNO bukankah ada frasa - demi agama, bangsa dan negara. Disini pun sudah menunjukkan UMNO dan MPM adik beradik sahaja.

Sebab itu buat bantahan di Penang sebab konon tiada perarakan Maulud Nabi tapi tiada pula bantahan bila kerajaan potong bajet asrama dan usul gabungan Felda, Felcra dan Risda.

Lagipun jika MPM betul ikhlas, mereka sepatutnya utamakan perang rasuah dan reform UMNO.

Adakah ahli UMNO lupa, sememangnya UMNO sendiri yang ishtihar - PRU08 : PR tidak kuat tetapi sebab rakyat mahu BN reform - punca BN hilang 3+1 negeri dan majoriti 2/3 di parlimen.

Fed Up

Anonymous said...

Datuk,
Semoga ulasan Datuk tentang MPM ni membuka pintu fikiran orang Melayu untuk merenung dan mengatur perancangan dalam mendepani cabaran politik yang semakin sengit di negara ini. Tak kiralah sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan pandangan Datuk tu.

-- Balanglama

bulan said...

Adakah kita disuroh memileh antara Yahudi atau Cina ?

Tak bolehkah kita memileh agenda kita Melayu Kita ?

Adakah ini hanya suatu perasaan ketakutan kerana pemimpin kita, masarakat kita yang bijak lagi terpelajar tidak lagi memikul tanggong jawap, amanah menjaga Tanah warisan Melayu.

Kesalahan siapa dan kemahuan siapa? Siapakah kita untok bertanya tang ini ?

Banyak persoalan yang kena jawab, bukan kerana rakyat merengut atau merengit dengan kebodohan yang melampau.

Rasa- rasanya sejak kerajaan bercampaign mengenepikan dan menghina seorang negarawan Melayu yang terbilang. Tembelangnya mula terbuka luas di mata semua rakyat yang tak mudah lupa.

Majoreti Melayu sudah nampak dan sedar, semacam ada perkongsian agenda sedang dibawa di Malaysia, baik dalam kerajaan mahupun dalam pembangkang untok menghapuskan kepentingan Melayu dengan cara yang paling halus supaya tidak boleh ditolak dan ditarek balek.

Kelihatan ketamakkan, kesombongan semakin menjiwai kehidupan pemimpin kaum yang tidak lagi menjaga amanah yang telah termeteri di dalam perlambagaan.

Nampaknya mulai hari ini dan hari akan datang, ada kemungkinan akan terbentoklah suatu bangsa Melayu yang lebeh dikenali sebagai bangsa PARIAH di dunia yang mencabar ini.

Harap pemimpin bukan Melayu terus menidori pemimpin-pemimpin Melayu dengan memberi kepuasan kuasa dan wang kerana tuhan tidak akan menjalimi kaum manusia itu melain kan kaum itu sendiri memileh pemimpin dikalangan mereka untok menjalimi mereka.

amarneng said...

Assalamualaikum...

Saya bersyukur MPM yang dianggotai 76 NGO tertubuh dan bergabung.Dalam "kecamukan" politik Melayu sekarang badan pemangkin baru perlu diwujudkan.

Tak kira ianya secara langsung mencabar kredibeliti parti-parti politik lain terutamanya Umno/Pas/PBB/PRS/PKR dan parti-parti lain yang selama ini dengan bangganya melaungkan dasar perjuangan mereka akan terus membela nasib Melayu dan peribumi.

Jika di Semenanjung,MPM sudah mula mencabar tetapi di Sarawak masih senyap sunyi.Biasanya Sarawak akan bergerak disaat-saat akhir mudahan-mudahan.Mengenai kera sumbang dan suara-suara parau mula mengakui ada sher berikutan penubuhan MPM.Apatahlagi Ibrahim Ali yang menjadi peneraju adalah perkara biasa.Anehnya mengapa tidak orang Umno yang mengambil inisiatif sebelum ini...? sudah tertubuh barulah cuba memberi alasan gerakan itu adalah " outfit Umno.

Sebenarnya, di Sarawak saya yakin banyak golongan pemikir dan pejuang bangsa kecewa dengan apa yang berlaku sekarang, samada di Semenanjung maupun di Sabah dan Sarawak.Cuma di Semenanjung golongan pemikir dan pejuang Melayu/peribumi ramai dan lebih terdedah dengan suasana dan bersikap terbuka,tetapi di Sarawak khasnya mereka agak kurang semanggat .Barangkali golongan ini sedikit dan terlalu hormatkan parti dan pehin Seri.Mereka kurang memperkatakan nasib Melayu dan Peribumi sendiri. Saya berharap gerakan seperti ini turut berkembang ke Sarawak.

Saya setuju...orang Melayu/peribumi sudah banyak berkorban datuk...Semua orang tahu..tetapi mereka pura-pura tak tahu. Apa yang mereka mahu adalah kuasa dan merampas kuasa sebagaimana mereka fikirkan sebagai warganegara Malaysia mereka juga berhak...tetapi mereka lupa mereka tinggal di Tanah Melayu,bumi Melayu,pusaka Melayu...Yang teramat malang lagi ialah generasi bukan Melayu yang lahir selepas merdeka...sudah ramai yang hilang akal dan pertimbangan serta tidak tahu diri sendiri...Ini adalah akibat dan natijah kita orang Melayu/peribumi terlalu baik....dan liberal.

Saya rasa datuk...saya tidak akan izin...sekiranya usaha melibralisasikan bumi Melayu ini akan membunuh dan menghapuskan Melayu/peribumi sendiri...

Berbanding dengan gerakan dan gagasan dikalangan kaum Cina khasnya,mereka lebih aktif dan memandang jauh ke hadapan serta bijak memanfaatkan sesuatu perubahan dan perkembangan bagi melindungi dan memelihara kepentingan mereka.Yang jelas...di Sarawak kaum Cina sentiasa dalam keadaan menang-menang...

Sekian.Amarneng.

Anonymous said...

MPM, through Ibrahim Ali and Abu Zahar Ujang, etc....

“What used to be under foreign control before the new economic policy (or more known as Dasar Ekonomi Baru implemented in the 1970s) is now controlled by the Chinese. So how can the new economic policy be said to be only for the bumiputera?”

Guess who SOLD it to the Chinese???? Guess who pocket the money?

Which Party controlled the Govt in 1957?
UMNO & Perikatan

Since 1970s the Ketuanan UMNOputra Elitist group that "Betrayed" Tunku & his 1st cabinet - controlled the Govt for 40 years....

"Dasar Ekonomi Baru implemented in the 1970s" for the betterment of the Rural Malays got "Hijacked" by the Ketuanan UMNOputra Elitist group & their cronies (UMNO, MCA, MIC, etc)

So it is not the Party, rather the Leaders in Power since then, that SOLD out all the Malay/Bumi assets...

40 years of "Giving Flowers to monkeys", who ventually "Destroyed that gift" & now "Blaming the Hands that fed them" on the inside & outside UMNO/BN, their GLCs, etc & the non Malays....

It has always been the Malaysian citizens (including the Malays) vs the Ketuanan UMNO/BN Elitist group & their affiliate GLCs, NGOs who have been "Indoctrinated" with "Defeatist & Mediocracy" Mindset - so how to progress beyond the perpetual DEB Policy???

As the saying goes...."Once Beaten, twice Shy"....so keep provoking the rayaat some more!

It will be the GE ballot boxes this time onwards!

Justice will Prevail & We shall Overcome....Insha Allah!


AMM

bodoh.pandai said...

Bukankah Umno yang membawa masuk kaum pendatang Cina dan India ke dalam proses perundingan kemerdekaan lebih 50 tahun lalu yang sekali gus menjadikan mereka warganegara?

BUKAN UMNO YANG BERBESAR HATI DAN MENGUDANG MCA DAN MIC, TAPI BRITISH YANG MEMBAGI SYARAT KAT UMNO, KALAU NAK MERDEKA. KENA BAWA MIC DAN MCA BERKERJASAMA

4. Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kalau bukan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum?

BETULKAH INI? SETAHU SAYA, KALAU MELAYU ANAK DATUK , TAN SRI , MALAH ANAK TUN MAHATHIR YANG JUTAWAN PUN DAPAT DISKAUN 8% KALAU BELI RUMAH MEWAH. TAPI ANAK ORANG INDIA YANG KERJA DI ESTET TAK DAPAT DISKAUN!

5. Diputar-lajukan ke hadapan ke tahun 2010. Bukanlah Perdana Menteri dari parti Umno yang menliberalisasikan syarat pelaburan yang tidak lagi mewajibkan penyertaan modal Bumiputera dalam 27 bidang industri perkhidmatan?
BUKAN SEBAB NAK MENJADI ADIL , TAPI TERPAKSA ATAS DESAKAN PERLABUR PERLABUR ASING!

6. Bukankah Umno juga berperanan membolehkan orang bukan Melayu menjadi senang dan kaya raya di negara ini lebih daripada orang Melayu sendiri?
DARI MANA DAPAT FAKTA INI? TOLONG BUTIKAN?

7. Bukankah Perdana Menteri dari parti Umno yang menguar-uarkan dasar meritokrasi dan membuka pintu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada calon bukan Melayu sehingga melepasi nisbah kaum?
BETUL KAH INI? DATUK DAH MASUKAN KE JUMLAH PERLAJAR DARI UITM DAN PERLAJAR YANG MARA HANTAR KE LUAR NEGARA ?

8. Bukankah dasar kerajaan pimpinan Umno yang membenarkan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di mana bilangan pelajar Melayu sangat kecil?
KENAPA PELAJAR MELAYU NAK MASUK IPTS BILA PELUANG NAK MASUK IPTA MUDAH SANGAT. DAPAT 1A PUN DAH BOLEH MASUK IPTA!

Pak Sako said...
This comment has been removed by the author.
saji said...

Salam Dato'

Masalahanya Dato', orang seperti YB Berahim Ali ini yang dianggap pejuang Melayu sebenar oleh sesetengah orang Melayu kita dan rasis oleh sesetengah orang Cina, mereka, jika diberi peluang menjadi PM oleh orang Melayu dan raja Melayu, akan berkawan dengan taiko2 Cina!

ab said...

Salam dato,

MELAYU dah terlebih baik dah ni dalam 50 tahun ni.....sampai had dah nak di potong leher melayu dah ni....

UMNO TAK PELU ORANG MENGHORMATI-NYA .....dah remuk redam hati orang melayu dibuat olih bangsa china dan india dinegara ini sejak tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya selepas tahun 2003.....


ORANG MELAYU MESTI MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU!!!...yang lain-lain tu kalau tak suka,bolih berambus...I am what i am. If you respect me and my peoples, i do the same to you and your peoples...IF YOU DESPISE ME AND MY PEOPLES, you go your way and me and my peoples going ours....

RESPECT IS RESPECT and it is NONNEGOTIABLE!!! ...ISLAM AND MALAYS AS A RACE ARE ALSO NOT NEGOTIABLE!!!

PM COMES AND GO...we malays and muslims stays on, SO IF PM WANTS TO BOW TO THESE orang-orang tak kenang budi dan tak reti istilah kejiranan, HE CAN DO THAT,...but HIS DAYS ARE NUMBERED as well!!!.

PM is brewing a curse for himself if he goes against the malays and muslims souls...period!.


Abu Bakar Ab Rahman

SingPR said...

I just think you dont get it. The new generation want to see a country regardless of race and religion. Everyone born in this country is a 'Malaysian'. Which ever group who go along racial lines should be stopped as it is bad influence and ruins the country. At a point where our economy is goin from bad to worse and corruption is just limitless, I believe there are more important things to focus on. Stop being so superficial and lets face the deep rooted problems..

amoker said...

Omigosh, you think that MPM is good and commendable that they only memperjuangkan hak Melayu and Islam? Seemed to contradict your questions on the below half of the note.

zainal abidin awang kechik said...

tok..MPM..MAJLIS PEMIMPIN PENCEN,
salam

MELAYA PERJUANGAN MALAYSIA..

PR 13 MEREKA JADI PARTI POLITIK MELAYU YANG TAK MJADI CALON BN OR UMNO..

Anonymous said...

Salam Datuk.

Tak payah nak ulas lagi tulisan datuk ni. Saya setuju sgt²....apa lagi yg UMNO tak lakukan sejak negara ini merdeka? Akhirnya 10 tahun lagi (2020), UMNO menang sokongan semua.....tapi melayu tergadai! Itupun kalau sampai 10 tahun lagi..kalau 3-4 tahun lagi tak tau la pulak saya. Kira hebat lah kita! Pantas menuju kehancuran....seiring menuju Wawasan 2020.

Malik Klang.....

Anak Johor said...

Salam Dato

Elok juga bila ada 3rd Force yang neutral dan bukan sahaja setakat menjaga bahkan menambahbaik hak bumiputera.

Biar 3rd force ini menjadi pemerhati yang bertugas sebagai check and balance keatas segala tindak tanduk UMNO dan PAS yang sibuk berpolitik hingga menghakis segala perkara dasar perjuangan untuk Bumiputera demi survival ideologi mereka.

Asal jangan 3rd force ini menjadi seperti PKR - yang indah khabar dari suratkhabar. Cukuplah.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK A KADIR JASIN,
IZINKAN,

INI LAH A KADIR JASIN YANG KAMI KENAL SATU KETIKA DAHULU...'WITHOUT FEAR OR FAVOUR.'..TEPAT DAN PADAT KATA2 PENDEKAR MELAYU INI ( bukan seperti SAyaMUlutmuRAI MELAYU)

YBHG DATUK'
JIKA PEMBESAR2 MELAYU DALAM UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION MASIH BERFIKIRAN DAN BERCAKAP SEPERTI 'THE MAGICAL DONKEYS THINKING/TALKING THRU THEIR ARSES' ELOK LAH DITUKARKAN SAJA UMNO KEPADA UNITED MALAYSIAN NATIONAL ORGANISATION DAN BUKAKAN SELUAS2 PINTU UMNO UNTUK 'SAHABAT HANDAI' TERMASUKLAH DARI PARTI2 BN DAN PR.

BAGI ANAK WATAN BANGSA MELAYU/BUMIPUTERA YANG MENJUNJUNG KUAT PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KITA BUAT 'BOMB' UNTUK PERTAHANKAN NYA..

TUBUH PARTI 'BUAT ORANG MELAYU BUMIPUTERA' DAN KITA 'BOMB' MEREKA YANG MENGHIANATI KEDAULATAN DAN KETUANAN BANGSA DITANAH DATUK NENEK KITA!

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Pardon the CAPITAL letters

Anonymous said...

Bagi saya, banyak masalah yang sedang dan akan kita hadapi dalam memenuhi semua kehendak Bukan Melayu.

Sebenarnya banyak kehendak mereka muncul setelah melihat UMNO umpama seekor beruang tua yang telah cedera.

Oleh itu tuntutan kadang-kadang bukan berdasarkan keperluan sebenar, tetapi kerana inilah masanya untuk lebih mengada-ngada.

Perlu dingatkan, bahawa mereka tidak harus menang berbanding Melayu atau Bumiputera, tetapi memenangkan Melayu atau Bumiputera satu-satunya cara mememangkan mereka.

Jika dikatakan kurang sedangkan cukup,alamat akhirnya,semua akan terlingkop.

Apa diharapkan pada PKR dan PAS?

Mereka boleh diharap untuk terus menghancurkan orang Melayu sebab kekeliruan rakyat adalah tiket ke puncak kuasa.

Musa3

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Kalau orang Melayu dan NGO Melayu dah sanggop berdiri di belakang Tok Him, macam kita buat masa muda-muda dulu di ITM, saya rasa mereka dah betol-betol desperate dengan Umno dan Pas.

Saya harap Tok Him berani cakap bukan dengan Umno saja. Tok Him kena cakap juga dengan Pas dan Melayu dalam PKR. Lepas tu Tok Him kena jumpa parti dan NGO Cina dan India bagi tahu mereka perasaan marah orang Melayu.

Tok Him boleh bantu sekat orang Melayu hilang akal dan mengamok.Kita tak mau mengamok balik macam masa kita ikut Tok Him
protes di Jalan Othman dulu.

UiTM Tua

TokMatTempel said...

Mr SingPR,

"Malaysian" kepala hotak kau !

I don't believe in this crap "a country regardless of race and religion... malaysian". It won't work for us. It won't. You bonker !

What is wrong with "going along racial lines" when we are not racists ? We Malays only want what was agreed for us from the very beginning. You want to face the deep rooted problems... why don't you understand racial difference first ? "More important things to focus on" konon.. then start from where you should start; reconcile the difference, not eliminate them altogether. You Bongong!

Anonymous said...

Datuk AKJ and fellow distraught Malayus,

This is Najib's Umno and Najib's 1Malaysia for you. No Malays. No Bumis. Malays and Bumis are an afterthought. Proof? This is what Najib's Malay 2nd Finance Minister has to say about New Econ Model.

"KUALA LUMPUR, March 12 — The New Economic Model (NEM) does not include any framework to protect Malay economic interests yet, Second Finance Minister Datuk Seri Husni Hanadzlah said today.

Husni said the framework would only be inserted after the NEM was revealed to the National Economic Advisory Council for inputs.

“Actually, there is still no formula for initiatives to protect Malay economic development in the NEM,” he told the press after attending an event here.

“But the NEM framework will be given to the NEAC, and then, it will be openly displayed so that everyone, every race and sectors, can give their inputs,” he said further.

Husni said that the government was still looking at developing the economy through “growth with equity” which meant that it would not neglect the interests of any race, particularly the Bumiputeras." -- Malaysian Insider.

Dollah the sleepy head tried to erase Dr Mahathir's legacy. 1Malaysia Najib is erasing Tun Razak's Legacy.

Old Man Jengka

Pak Sako said...

Saudara memetik ayat berikut: “Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai lain orang menggesek (dan) kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya.”

Allahyarham Datuk Onn Jaafar, pengasas Parti Negara (antara parti pelbagai kaum yang terawal), di sini merujuk kepada situasi yang umum dan universal.

Nasihat petikan Datuk Onn Jaafar di atas boleh ditafsir, antara lain, seperti berikut: jangan kita menjadi hamba kepada penjajah kolonialis (sama ada imperialis lama atau pergerakan kolonialisma moden); ataupun jangan rakyat biasa menjadi hamba kepada golongan elit/atasan di dalam masyarakat mereka sendiri.

Nasihat beliau tidak hanya terhad kepada situasi di mana satu kaum memperhambakan kaum lain (misalnya dasar Apartheid di Afrika Selatan dan variasinya di negara-negara lain yang mungkin terbit kerana orientasi politik atau ekonomi tertentu).

Biarpun nasihat ini dihulurkan tidak begitu lama dahulu (kurang dari 60 tahun yang lalu) namun pada zaman ini, golongan pemerintah atasan sudahpun memperhambakan rakyat (dan sumber-sumber asas dan kritikal di tanahair).

Golongan ini terdiri daripada mereka-mereka yang memegang kuasa politik serta 'rakan-rakan kongsi' mereka yang terdiri daripada golongan korporat dan pihak-pihak berpengaruh dari kelompok bangsawan.

Persepakatan ini dipercayai menyalahgunakan kuasa dan menggadaikan masa depan negara dan kebajikan generasi rakyat sekarang dan yang akan datang demi keuntungan peribadi dan tujuan-tujuan jangkamasa pendek sahaja.

Matlamat pergerakan pembangkang yang terdiri daripada PAS dan lain-lain adalah untuk memusnahkan persepakatan ini agar kepentingan seluruh rakyat dikembalikan semula.

Tindakbalas ini selari dengan mesej yang ditinggalkan Allayarham Datuk Onn Jaafar, kerana tanahair ini milik rakyat dan rakyat tidak harus "menari sahaja menurut lagu gesekan" golongan pemerintah.

Sebaliknya, pemerintahlah yang harus menari mengikut gesekan biola rakyat.

Dari perspektif ini, mesej Datuk Onn Jaafar boleh dikatakan menjadi panduan PAS (dan juga PKR dan DAP). Dan dengan demikian, konflik PAS dengan pihak pemerintah tidak dapat dielak. Kecuali kalau PAS memilih untuk bersekongkol dengan pihak pemerintah.

MPM yang tiba-tiba muncul bagaikan cendawan selepas hujan pula tidak berbeza daripada kumpulan-kumpulan haluan kanan ekstrem berbentuk proto-NGO yang terbentuk sewaktu zaman Mussolini di Itali dan Hitler di negara German. Kumpulan-kumpulan ini lazimnya bertindak sebagai agen golongan pemerintah. Maka agenda dan motif kumpulan-kumpulan ini harus disiasat secara terperinci dahulu.

Hujah bahawa MPM itu bukan "outfit" UMNO perlu dibuktikan. Selagi ini tidak dilakukan, andaian yang diutarakan bahawa MPM ini dibiayai oleh golongan-golongan yang ada kepentingan dalam meneruskan hegemoni UMNO-BN tetap dikira sebagai andaian yang sah.

Pak Sako said...
This comment has been removed by the author.
langitbiru said...

Dato’ menulis “16 JASA-JASA UMNO”
17 nya tak ada, terus lompat ke 18, satu ayat menghentam PAS!.

Sebenarnya, Tok boleh tulis bukan sahaja 16 tapi puluhan,ratusan,ribuan “JASA UMNO” selama 52 tahun BERKUASA. Kalau begitu BERJASA, mengapa nampak haru-biru jadinya? Orang-orang Tua dulu kata, kalau buat kerja TAK IKHLAS, tak ada KEBERKATANNYA. Maklumlah Tok, segala “JASA UMNO” yang pemimpin UMNO buat tu, memanglah dapat sedikit kebajikannya kepada rakyat, tapi lebih banyak MASYUUUK kepada periuk nasi masing-masing dulu, saki baki bagilah kepada RAKYAT!

Lawan kepada JASA adalah DOSA.
Bukanlah elok sangat nak cakap pasal dosa pahala ni, sebab tu semua Allah swt yang tentukan. Pun begitu, kita yang diberi akal fikiran yang sihat, boleh memahami sesuatu perkara/tindakan para pemimpin.

Ada pemimpin UMNO yang sangat popular termasyhur, bila ditanya seksa kubur, katanya “Hingga hari ini tak ada siapa yang mati boleh beritahu bagaimana pengalaman seksa kubur”! Subhanallah, bukankah Al-Quran menceritakannya?

Hari ni, UMNO dan sekutunya tak habis-habis kata PAS JADI KUDA TUNGGANGAN DAP.

DAP pula tak habis-habis DISEBUT HALANG HUKUM ALLAH SWT.

DAP juga DISEBUT KAFIR LAKNATULLAH.

Benarlah DAP tu KAFIR, maka amat TAK HERAN lah kalau depa tolak HUKUM ALLAH.

Benarlah UMNO tu ISLAM, tapi AMAT HERAN lah mengapa ISLAM-UMNO tolak HUKUM ALLAH.

Benarlah MCA,MIC tu kafir, maka amat TAK HERAN lah depa juga tolak HUKUM ALLAH,
tapi
AMAT HERAN lah UMNO tak pula bising-bising macam ayam tercabut ekor marah MCA,MIC!

MCA, MIC tu juga KAFIR, tapi AMAT HERAN lah UMNO tak pula panggil depa KAFIR LAKNATULLAH.


Ayat 61 Surah An-Nisa’ menerangkan bagaimana orang Islam yang menolak HUKUM ALLAH swt,

4:61 "Apabila dikatakan kepada mereka: ""Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul"", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu."

Dalam Ayat 88 Surah An-Nisa’, Allah swt bertanyakan kepada kaum Muslimin,

4:88 Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik

Ayat 63 Surah At-Tauba Allah swt menyanggah orang-orang munafik yang sememangnya tahu hukum menentang Allah swt dan RasulNya,

9:63 Tidakkah mereka (orang-orang munafik itu) mengetahui bahwasanya Barang siapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah baginya, dia kekal di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.

Dari Surah At-Taubah ayat 69, Allah swt menceritakan keadaan orang-orang munafik dan musyrikin bahawasanya mereka lebih kuat,lebih kaya harta benda berbanding dengan orang-orang Muslim,

9:69 "(keadaan kamu hai orang-orang munafik dan musyrikin adalah) seperti keadaan orang-orang yang sebelum kamu, mereka lebih kuat daripada kamu, dan lebih banyak harta benda dan anak-anaknya daripada kamu. Maka mereka telah meni'mati bagian mereka, dan kamu telah menikmati bagianmu sebagaimana orang-orang yang sebelummu meni'mati bagiannya, dan kamu mempercakapkan (hal yang batil) sebagaimana mereka mempercakapkannya. Mereka itu, amalannya menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; dan mereka itulah orang-orang yang merugi."

Bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa, Allah swt memerintah mereka berjihad melawan orang-orang munafik dalam Surah At-Taubah ayat 73,

9:73 Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah neraka Jahanam. Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya.

MPM bukan jalan penyelesaiannya.

Satu-satunya Jalan Penyelesaian yang terang bersuluh adalah kembali kepada Islam. (Bukan Islam Hadhari!)

bodoh.pandai said...

Bukankah Umno juga berperanan membolehkan orang bukan Melayu menjadi senang dan kaya raya di negara ini lebih daripada orang Melayu sendiri?

SEBAB ITULAH SIME DARBY ADA DUA HARGA KALAU NAK JADI GOLD MEMBER KAT KLGCC.
MELAYU : RM180k, BUKAN MELAYU : RM250K
HAIRAN SEKALI , ORANG MELAYU DAN UMNO TAK RASA MALU OR SALAH TAPI MELIHAT MAIN GOLF PUN SEBAGAI HAK MEREKA

tebing tinggi said...

Salam semua !

Peneriman orang Melayu dan NGO Melayu terhadap PERKASA bukanlah secara kebetulan walaupon dipimpin olih pemimpin yang dikatakan "katak" olih setengah-setengah pehak, tetapi menunjokan betapa kecewanya orang Melayu terhadap UMNO dan pimpinanya yang telah lupa diri,siapa diri mereka,apa perjuangan mereka ,apakah yang telah diamanahkan kapada mereka dan siapa kah yang telah meletakan mereka disitu juga untok apa.

Walaupon "katak" tetapi katak yang melompat demi perjuangan bukan melompat untok kepentingan dan keseronokan.
Adakah option lain selain katak ini ?. Biarpon katak tetapi katak ini, dewasa ini dilihat mampu menyatukan katak-katak yang lain yang kecewa dengan tindak-tandok katak besar yang telah diberi kepercayan tetapi lebih mendekati katak-katak yang tidak sewarna denganya.
Melayu perlukan pemimpin yang berjiwa Melayu bukan pemimpin yang hanya memakai baju melayu yang melauangkan berbagai solgan bagi memenohi WACANA politik diri sediri.
terpulang kapada kita orang Melayu ,tolaransi kita telah diregang dan hanya menuagu putusnya sahaja .

Melayu Daif said...

Dato, saya ingin bertanya kepada puak-puak yang terlalu melayan dan memberi muka ini;

1. Sebelum menduduki kerusi empok di parlimen/kabinet sekarang, bukankah kamu yang terpekik terlolong di kampung-kampung, bahagian dan di kem2 bina semangat yang kamu akan terus mempertahan hak keistimewaan Melayu?

2. Apakah ada jaminan setelah memenuhi permintaan 'mereka' UMNO masih terus relevan sebagai parti tunggak pemerintahan dan hak orang Melayu mengikut Per. 153 dipertahan?

Orang tua-tua dah pesan, 'BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI'.

Jangan kamu mencatat sejarah atau anak cucu kamu tidak akan mengaku bahawa mereka adalah keturunan kamu.

You made my day Dato, thx.

Anonymous said...

Dato'

Baru Baru ni.....
Cina gesek viola sambil anak DS Najib menyanyi lagu Cina dengan sokongan Rosmah!

Desperate sangat Nampak!!




Joe Black

Melayu Daif said...

TO SingPR,

I think you don't get it too!

You still denying the fact that this land belongs to the Malay and named after the Malay, pls don't forget to remind your descendant.

We and the native live humbly until YOU came and there comes 'corruptors', racism and so on.

And pls bear in mind that we do respect and tolerable to you.

Anonymous said...

datuk,

1. posting paling terbaik yang menyampaikan resah gelisah di hati orang-orang melayu setakat ini.

2. orang Melayu telah lama pedih hati akibat dari orang melayu sendiri (pemimpin UMNO selepas merdeka)

3. apa pilihan lagi yang ada?

4. Tingkatkan syiar Islam.

5. bila ramai tertarik dengan Islam maka terhapuslah prasangka..kerana asal kita adam dan hawa.

6. maka lepas itu tak kisah siapa kaya dan siapa jadi pemimpin sebab tauhid dan akidah yang dipegang 'Islam'

7. tapi bolehkah UMNO diharap untuk meningkatkan Syiar Islam????

8. Ahh... kecewa...

9. Akhirnya perjuangan bangsa tak tercapai.. perjuangan agama apa lagi... mudah tergadai..

10. Kasihan sunggoh kita orang pribumi.. orang bertandang yang beroleh untong.. akhirnya kita tak akan dihitong.

Tn Haji

pakbelalang said...

Jika UMNO dan PAS tidak boleh bersatu untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam maka menjelmanya MPM untuk membela nasib orang Melayu adalah satu petanda yang amat baik. Bolehlah dianggap MPM ini sebagai "pressure group" atau "whistle blower" untuk memberi kesedaran kepada pemimpin UMNO dan PAS.

Penubuhan MPM adalah satu usaha yang murni dan berseh jika pihak yang terlibat ikhlas, jujur dan tidak ada muslihat atau kepentingan peribadi oleh pengasasnya.

Kita tunggu dan lihat keberkesanan MPM. Adalah terlalu awal untuk kita memberikan pujian atau sokongan padu kepada MPM. Takut ianya jadi hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Berkaitan dengan UMNO, selagi ada "dajal-dajal" diperingkat Bahagian dan Cawagan yang masih lagi berkeliaran di koridor-koridor menempelkan diri untuk mempengaruhi pihak yang berkuasa dalam UMNO supaya tunduk dengan kehendak peribadi mereka, selagi itulah credibility UMNO tidak dapat dipulihkan.

UMNO mesti tegas dan berani menghumban "dajal-dajal" ini yang telah merosakkan UMNO.

UMNO perlukan ramai lagi technocrat yang bijak, pandai dan mempunyai IQ yang tinggi untuk terus mengendalikan parti UMNO dan kerajaan yang baik dan dihormati oleh rakyat.

UMNO tidak perlu lagi pemimpin yang mempunyai sijil "Class F" atau "AP quota holder" !! Mereka inilah diantara "dajal-dajal" dalam UMNO yang merosakkan UMNO dan berperangai seperti warlord.

Pandangan Orang Kampung said...

Datuk,

Seperti kita sekalian sedia ketahui UMNO adalah sebuah parti yang terkuat di negara kita , malah di rantau ini.

Ini kerana ia sentiasa dipimpin oleh barisan kepimpinan yang perkasa dan kuat dari segi berfikir dan bertindak.

Justeru, kita lihat negara dan sekalian rakyat , tanpa mengira kaum dapat menerima segala bentuk nikmat pembangunan dan perubahan sosial dan minda yang diketengahkan .

Namun, dalam pada itu UMNO juga dilihat ada kelemahan. Antaranya ia suka sangat `bertolak ansur'dalam melaksanakan dasar negara .

Apa yang menyedihkan kita apabila ia dilakukan hingga ke peringkat yang tidak sepatutnya dilakukan .

Ini dilihat bukan berlaku sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga mutakhir ini hatta dalam bidang pendidikan , seperti yang Datuk sebutkan itu. Sedangkan bidang pendidikan itu semua orang tahu bahawa ia sangat asas kepada kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini.

Boleh bertolak ansur, tetapi bukan secara `apa sahaja'. Ada perkara yang boleh dan ada perkara yang tidak. Yang tidak itu katakan sahaja tidak . Pun bukan tersasar dari asas Perlembagaan.

UMNO tidak harus "berkorban apa sahaja, harta atau nyawa" sebagai tanda "cintanya sejati".

Atau jika tidak mampu oleh sebab-sebab tertentu, biarkanlah NGO lakukannya, biarkanlah mereka bersatu untuk tujuan yang baik untuk negara , agama dan bangsa - slogan yang selalu kita sebutkan di sana sini sejak zaman berzaman.

Saya kira terdapat banyak perkara yang patut dijadikan teladan dan sempadan sebelum dan sesudah PRU k-12.

Anonymous said...

DAKJ, Salam.

Lama tak komen Tok, Saya nak komen sekali harung pendapat Pakbelalang, Tuan Hj dan Pandangan Orang Kampong.

Pandangan saya macam ini. MPM dan NGO melayu tidak ada daya buat dasar, pinda dasar atau laksana dasar.

Mereka hanya boleh bagi pandangan dan suarakan keloh kesah orang Melayu dan Bumiputera.

Yang ada kuasa adalah Umno (BN) sebagai pemerintah dan Pas (PR) sebagai pembangkang.

Soalnya apakah yang boleh MPM dan NGO Melayu serta orang Melayu buat kalau aspirasi kita tidak ditunaikan oleh Umno atau Pas juga gagal meyakinkan kita dengar alternatifnya?

Saya jangkakan begini. Orang Melayu akan tolak Umno dan Pas. Orang Melayu tidak keluar mengundi atau buat undi rosak macan terjadi pada PRU 2008 lalu.

Bukan Melayu pula akan solid di belakang DAP dan sikit-sikit belakang PKR. Umno dan BN akan kalah lagi teruk. Pas akan menang hanya di negeri Melayu. Suara melayu akan jadi lebih lemah, layu dan kaku.

Hanya kalau Umno dan Pas betul-betul berjuang untuk orang melayu macam DAP dan MCA berjuang untuk orang Cina barulah orang Melayu akan balik kepada Umno dan Pas.

Tetapi selagi Umno dan Pas terus diperalat oleh Bukan Melayu dan bukan Islam, orang Melayu dan orang Islam akan tolak mereka.

Ex-Banker

langit biru said...

Dato’ menulis “16 JASA-JASA UMNO”

17 nya tak ada, terus lompat ke 18, satu ayat menghentam PAS!.

Sebenarnya, Tok boleh tulis bukan sahaja 16 tapi puluhan,ratusan,ribuan “JASA UMNO” selama 52 tahun BERKUASA.

Kalau begitu BERJASA, mengapa nampak haru-biru jadinya? Orang-orang Tua dulu kata, kalau buat kerja TAK IKHLAS, tak ada KEBERKATANNYA. Maklumlah Tok, segala “JASA UMNO” yang pemimpin UMNO buat tu, memanglah dapat sedikit kebajikannya kepada rakyat, tapi lebih banyak MASYUUUK kepada periuk nasi masing-masing dulu, saki baki bagilah kepada RAKYAT!

Lawan kepada JASA adalah DOSA.
Bukanlah elok sangat nak cakap pasal dosa pahala ni, sebab tu semua Allah swt yang tentukan. Pun begitu, kita yang diberi akal fikiran yang sihat, boleh memahami sesuatu perkara/tindakan para pemimpin.

Hari ni, UMNO dan sekutunya tak habis-habis kata PAS JADI KUDA TUNGGANGAN DAP.

DAP pula tak habis-habis DISEBUT HALANG HUKUM ALLAH SWT.

DAP juga DISEBUT KAFIR LAKNATULLAH.

Benarlah DAP tu KAFIR, maka amat TAK HERAN lah kalau depa tolak HUKUM ALLAH.

Benarlah UMNO tu ISLAM, tapi AMAT HERAN lah mengapa ISLAM-UMNO tolak HUKUM ALLAH.

Benarlah MCA,MIC tu kafir, maka amat TAK HERAN lah depa juga tolak HUKUM ALLAH,
tapi
AMAT HERAN lah UMNO tak pula bising-bising macam ayam tercabut ekor marah MCA,MIC!

MCA, MIC tu juga KAFIR, tapi AMAT HERAN lah UMNO tak pula panggil depa KAFIR LAKNATULLAH.

Tinta Hitam said...

Anyway Datuk lupa nak ucapkan terima kasih pd datuk sebab mengetengahkan tajuk yg menarik ini.Terima kasih byk2

langitbiru said...

Bila British begitu ganas dan keras keatas Cendikiawan Melayu, Pemuda Melayu, Agamawan Melayu, Ulama Melayu, MAKA demi meneruskan perjuangan, masuk lah mereka ini berbondong-bondong ke dalam UMNO.

Namun!

Pemimpin angkuh sombong UMNO, menentang kumpulan ini yang menentang sifir kemerdekaan acuan UMNO-British yang disifatkan KEMERDEKAAN SEPARUH MASAK, menyebabkan golongan ini menyisih diri membentuk PAS.

Pemimpin angkuh sombong UMNO, juga sanggup "menyepak" keluar Pengasasnya, Onn Jaafar.

Sejarah, berlalu beriringan dengan masa.

Pemimpin angkuh sombong UMNO tak pernah heran dengan PAS, hinggalah tahun 70an, bila KUASA mula keciciran, dipujuk rayu PAS laksana pujukan Teruna kepada Dara, maka hanyutlah seketika PAS dalam pelukan asmaradana UMNO.

Namun,

Bila mana KUASA kembali ke genggaman, PAS dibuang laksana habis madu hampas dibuang. PAS membayar harga mas kahwin yang mahal dengan parti itu berpecah-belah, menyisih sekumpulan membentuk BERJASA dan merampas kembali Kelantan dari PAS.

Sejarah, berlalu beriringan dengan masa.

1988
Pemimpin angkuh sombong UMNO, "menyepak dan menerajang" keluar pemimpinnya yang paling kanan, anak didik bekas PM no 2 dan 3, kesayangan bekas PM no 1,berdarah raja Kelantan yang ada janji di antara mereka! Selepas mendahului dari awal larian 400meter dalam pertandingan kerusi Presiden 1987, lariannya tetap mantap dan semakin laju hingga selangkah ke garisan penamat, akan tetapi pencabarnya tiba-tiba mendapat tonik amat luar biasa memecut sepertimana pecutan larian 100meter,memotongnya digarisan penamat! Dia tidak jatuh tersungkur tersenbam!

Akan tetapi, kemenangan Presiden dengan 41 undi majoriti, tetap mahu menghambat keluar beliau lalu tertubuhlah “PARTI SEMANGAT 46”.

Parti S46 bergabung dengan bekas serpihan UMNO, iaitu PAS, merampas kembali kerajaan UMNO-Berjasa Kelantan pada 1990.

Sejarah, berlalu beriringan dengan masa.

1998
Tepat 10 tahun, Pemimpin angkuh sombong UMNO, sekali lagi bukan sahaja MENYEPAK dan MENERAJANG pemimpin No 2 nya, yang bercadang berkira-kira untuk mencabar pemimpin No 1, kerusi Presiden di pemilihan akan datang, TETAPI MENGGARI, MENYUMBAT NYA MASUK JEL, MENUMBUKNYA hingga lebam mata dalam keadaan TANGAN BERGARI, MATA DITUTUP.

Lahirlah Parti Keadilan Nasional, yang memberi sedikit sebanyak sumbangan merampas Terengganu dari UMNO tahun 1999.

Jadi,

Pemimpin angkuh sombong UMNO, melahirkan kewujudan PAS, S46,PKR.

Hari ini,
Pemimpin angkuh sombong UMNO, melahirkan MPM yang terdiri dari 76 NGO Melayu?

Apa pun berlaku, SEMUANYA KERANA KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN PEMIMPIN UMNO

Bukan kerana keangkuhan dan kesombombongan pemimpin “parti serpihan”, PAS, S46,PKR.

Sebaliknya, pemimpin angkuh sombong UMNO tak puas-puas menganiaya pemimpin PAS, S46,PKR.

PRU 13, INSYAALLAH, tiba masanya kepimpinan negara kembali kepada pemimpin PAS, S46, PKR dan bantuan DAP.

Anonymous said...

Dato', mengapakah PM dan sekutu-sekutunya beria-ia mempertahankan sistem meritokrasi padahal sejarah telah membuktikan ia akan menjadikan orang melayu lebih ketinggalan? Saya ingin memberi contoh apa yang terjadi di Singapura.

Pada Mei 2005, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, “Kita adalah masyarakat berbilang bangsa. Kita mesti ada toleransi, harmoni. Dan kita mesti mengamalkan meritokrasi supaya setiap orang merasakan ia adil.”
Bapa beliau, mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew, telah membuat kenyataan yang sama apabila, pada 1989, beliau memberitahu komuniti Melayu Singapura bahawa mereka “mesti belajar untuk bersaing dengan orang lain” dalam sistem pendidikan.
Hasilnya, daripada 200 pemegang Biasiswa Presiden dari 1966-2005 hanya 2 dianugerahkan kepada orang Melayu Islam, iaitu pada 1968 dan 2005. Penerima anugerah 2005 tersebut, Mikail Kalimuddin, pula merupakan separuh China (ibunya).


Kita selalu disuruh supaya belajar dari sejarah, tetapi PM merasakan dirinya terlalu hebat, boleh mengubah sejarah. Ataupun beliau merasakan apa yang berlaku di sana tidak relevan di Malaysia. Nampaknya PM menjadikan kedua-dua pemimpin Singapura tersebut sebagai role model kerana beliau mengucapkan benda yang serupa kepada rakyat Malaysia. Jadi boleh kah kita mengharapkan orang seperti ini menjaga kebajikan orang Melayu? Rasanya Ibrahim Ali lebih layak.

-anti meritokrasi-

melayu said...

Orang Melayu sudah dan akan terus proaktif dalam politik negara.

Senario semangat 1946 menentang Malayan Union yang di mulakan oleh datuk kami telah bersinar kembali walaupun tidak dapat di lihat dengan mata kasar.

Silap langkah Umno atau PAS akan tersungkur dan sabuah badan baru
( bukan pkr ) akan mengisi ruang hati orang Melayu yang semakin kecewa.

Anonymous said...

Salam Dato',

Ternyata UMNO dan Pas GAGAL dalam ujian MPM itu.Kedua-dua parti itu telah jauh lari terpesong daripada matlamat perjuangan asal yg termaktub didalam perlembagaannya.Pemimpin-pemimpin mereka sudah dinodai dan dirasuk olih pengaruh kebendaan,kuasa,kemewahan dan kedudukan.Untuk mendapat itu semua mereka sanggup menjual agama, maruah dan bangsa mereka sendiri.Soal perjuangan mereka sudah lama tidak mengtahui erti sebenar apa itu perjuangan.Hanya pada musim PRU sahaja mereka turun kebawah tanpa segan silau melaung dan menabur sejuta janji supaya ternampak sebagai wira pejuang bangsa dan rakyat jelata.Satu puak lagi pula sibuk menjaja dan menjual syurga sambil mengutuk, mencaci dan maki hamun mereka yg dianggap musuh,tak kiralah mereka yg dimaki hamun itu saudara mara,sebangsa dan seagama.Begitu gila mereka ini.

Dalam keadaan yg begitu celaru ,suasana bertambah gawat dan cemas lagi dengan adanya begitu ramai monyet-monyet,sikacang lupa kulit,pahat berbunyi dan badut-badut murahan dengan pelbagai karenah dan lagak serta gaya, cuba mempamirkan kepakaran dan kehandalan masing-masing.Sebahagian mereka ini tergolong didalam kumpulan elit yg mempunyai idea yg terlampau ideal yg tidak langsung berpijak dibumi nyata.Idea dan pandangan yg dilontarkan itu bukan sahaja tidak membantu tetapi menambah kusut dan celaru lagi keadaannya.

Disatu pihak lagi pula, kita mempunyai golongan yg terdiri daripada orang-orang profesional,intelek,cendiakawan dan ahli-ahli koprat Melayu yg tidak mengambil kisah tentng nasib kaum mereka yg terbanyak dengan segala macam masalah dan kepayahan hidup yg masih memerlukan bantuan dan sokongan.Golongan elit,sebahagian daripada mereka, sudah hilang jiwa dan jatidiri Melayu.Gaya dan nilai hidup,sikap, pendirian dan pemikiran mereka semuanya ikut cara Barat.Bercakap dalam program TV dan, mungkin juga dirumah, dalam bahasa Inggris.Orang-orang Melayu semacam inilah yg mengutamankan hak asasi manusia lebih daripada hak istemewa orang Melayu.Mereka juga berjuang untuk mengamal konsep meritokarsi dan samarata dinegara ini.

Dalam keadaan begini orang Melayu sudah kehilangan dan semacam tidak ada tempak bergantung lagi.Olih itu apabila ada pihak menampilkan diri dan nampak pila berupaya memberi kepimpinan untuk memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu maka sudah tentu ianya diterima dan disambut baik .

Ramai yg mepersoal keikhlasan dan motif Dato' Ibrahim Ali dengan meberi pelbagai gelaran dan menghebohkan sejarah dan latarbelakang politiknyn.Semua orang tahu itu semua tetapi didlam keadaan sekarang ramai pula memilih untuk mengenepikan perkara itu dulu untuk menumpu kepada usaha memulihkan semangat perjuangan Melayu yg tulin agar Orang Melayu bersatu kembali demi keutuhan bangsa dan ugama kita.Lagipun pada masa ini,kita tidak nampak sesiapa yg lebih berani dan menonjol serta komited dripada Dato' Ibrahim Ali.Yg lain hanya pandai bercakap dan mengkritik saja.Mereka tidak mampu membuat apa-apa selain daripada menghatam dan mengkritik orang lain yg cuba membuat sesuatu yg baik.

Askar Tua

langitbiru said...

Majlis Perundingan 76 NGO Melayu (MPM) di belakang Ibrahim Ali?

Tok, untuk meletakkan harapan kepada MPM, perlu tengok dulu siapa penerajunya.

Elok dan molek juga kiranya Tok menulis mengenai Brahim, sebab Brahim ni yang nampak dok ke depan MPM.

PERKASA umpamanya, hanyalah untuk meneruskan sisa-sisa hayat politik Brahim, sebab Brahim dah tak boleh lompat ke mana-mana lagi dah!.

Mahathir yang pecat Brahim sbg Ketua UMNO Bhg.PAsir Mas Kelantan. Melalak melolong lah kejap Brahim katanya ini tak ikut perlembagaan Parti! Bila kawan dalam partinya panggil dia kera,dia pantas menjawab, Ya lah, kera ni lah yang dok bbangun negeri Klate nih. Tuh, rretok (jambatan) Tendong tu, Akulah yang buat! memang betul, Brahim yang bawa projek Jambatan Tendong yang menghubungkan Pasir Mas-Kota Bharu. Satu projek yang bijak, dapat mempercepatkan perjalanan Pasir Mas Kota Bharu daripada 40 min kepada 15 min. Akan tetapi, kos nya tak masuk akal!

itu lah Brahim, hebat juga!!! Ramai dok kata hayat politiknya dah berakhir, tapi beliau masih di persada politik Tanah Air dengan memperdayakan PAS, menang kerusi Parlimen PAsir Mas.

Dah gaduh dengan PAS, nak lompat balik ke UMNO, pemimpin UMNO Kelantan tok sir walaupun ramai pemimpin Majlis Tertinggi setuju rujuk, ...terpedaya dengan pencak silat Brahim!

PERKASA ni berapa kerat ahlinya Tok? Hanya cukup syarat minimum ROS untuk tubuh persatuan je!!

Minggu lepas dalam Utusan Malaysia ada di sebut sebuah persatuan NGO Melayu yang buat lapuran polis pasal vcd Anwar dalam penjara. Namanya GELI, singkatan Gerakan Anti-Liwat Malaysia.

......laaa! Saya ingat malaun apa Geli ni!!

Terfikir juga bagaimana ROS boleh meluluskan penubuhan NGO nama anti-liwat! Apa aktiviti Geli ni? Tiap-tiap hari dok cakap Jangan Liwat, jangan liwat,jangan liwat......!

Jadi, sejauh mana kualiti,kredibiliti, 76 NGO Melayu ni kalau macam PERKASA dan Geli ahli gabungannya?

amarneng said...

Assalamualaikum...

Walaupun pemimpin Umno sombong dan bongkak serta tak bersyukur, itulah cabaran kita untuk sama-sama mengubah kepimpinan bukan mengubah kerajaan atau menggantikan Umno kepada parti yang lain..

Memperbaiki adalah lebih baik daripada merobohkan kalau tiang dan falsafah serta pegangannya masih kukuh kerana tiang politik dan kepimpinan adalah rakyat bukan pemimpin...

Dato' mudah-mudahan janganlah sampai Umno runtuh, kerana jika ia runtuh sekali lagi..orang Melayu dan peribumi yang susah...kerana biasanya kuasa baru sesebuah negara atau kerajaan mereka hanya lebih tertumpu mengambil kesempatan dan balas dendam.Bukan memperbaiki yang sebagaimana mereka mahukan sebelum berkuasa. Sejarah politik manusia sebelum ini biasanya begitu di sluruh dunia.

Bagi pendapat saya, seseorang pemimpin dan barisan kabinetnya seharusnya meletak jawatan sekiranya mereka tak mampu mengatasinya. kegagalam sesorang pemimpin melaksanakan tanggungjawabnya biasanya adalah berpunca dari masalah peribadinya sendiri.Tidak ada masalah di dunia ini tak dapat diatasi selagi kita dan ianya berurusan dengan manusia, lainlah jika kita dan ia berurusan dengan makhluk lain seperti jin.syaitan,dan iblis.

Jawaban mahu atau tidak demi
Melayu dan agama Islam serta dunia Melayu yang masih secebis yang kita ada ini ada pada setiap pemimpin Umno dan Pas serta parti-parti lain.

" Saya berharap pemimpin Hari ini jangan jadi pengkianat generasi akan datang, jika ada...mereka sebenarnya telah tunduk dengan kuasa syaitan...".

Sekian. amarneng.

saji said...

Sdr anti meritorkrasi

Dato', mengapakah PM dan sekutu-sekutunya beria-ia mempertahankan sistem meritokrasi padahal sejarah telah membuktikan ia akan menjadikan orang melayu lebih ketinggalan? Saya ingin memberi contoh apa yang terjadi di Singapura...............

1. Mengapa memberikan contoh sejarah tak baik mengenai meritoktasi? Maksud saya, tidakkah meritorkrasi telah menjadikan Singapura antara negara Asia termaju walaupun tanpa sumber asli, di samping indeks rasuahnya antara terendah di dunia?

2. Tidakkah meritorkrasi sebahagian daripada pekej penghasilan inovasi yang cuba diterap dan disasarkan oleh PM dalam MEBnya? Atau, sdr mempunyai cara lain? Sila jelaskan.

3. Tidakkah antara punca kegagalan DEB ialah masalah pemberian konsesi, tender dan lesen kerajaan kepada usahawan Melayu yang tidak didasarkan faktor kepada meritorkrasi ?

4. Dalam Islam, meritorkasi boleh dimaksudkan sebagai penilaian seseorang atau kumpulan berdasarkakan yang ahli. Tidakkah meritorkari itu Islamik?

saji said...

Sdr pakbelalang

"Berkaitan dengan UMNO, selagi ada "dajal-dajal" diperingkat Bahagian dan Cawagan yang masih lagi berkeliaran di koridor-koridor menempelkan diri untuk mempengaruhi pihak yang berkuasa dalam UMNO supaya tunduk dengan kehendak peribadi mereka, selagi itulah credibility UMNO tidak dapat dipulihkan.

UMNO mesti tegas dan berani menghumban "dajal-dajal" ini yang telah merosakkan UMNO."

Dalam tulisan saya sebelum ini, saya mengumpamakan UMNO sebagai tangki air besi awam yang umurnya seusia UMNO yang bocor sana sini dek proses kekaratan yang dialaminya dikesemua bahagian dinding dalamnya dengan injab beblolanya sesekali tidak berfungsi.

Jika "dajal-dajal" UMNO tersebut saya umpamakan 'garam' yang 'mengkaratkan' UMNO, bolehkah tangki air UMNO tersebut dipulihkan? Kalau boleh, bagaimana caranya?

abdullahngah said...

Umno sememangnya sudah tidak layak memerintah negara.

Pertama gagal perjuangkan hak orang melayu. Apatah lagi untuk mendaulatkan Islam.

Jika kita biarkan Umno terus menerus memerintah negara ini pasti akan jadilah apa yang terjadi pada rakyat palestin.

Tanah habis dijual kepada Yahudi, kerana terlalu percaya bahawa perjanjian yang dibuat dan dipersetuju boleh buat negara aman.

Demikian juga dengan janji pemimpin negara bahawa kita aman dan makmur tanpa disedari rakyat sudah tidak selamat lagi.

Apa pun satu malaysia suatu celaka yang akan menimpa orang melayu. Sebab itu 76 NGO Melayu bangkit untuk memberi peringatan agar melayu tidak hilang didunia.

UMNO memang tidak layak memerintah Malaysia, kerana kebanyakan para pemimpin tidak ada integeriti.

Tinta Hitam said...

Masalahnya En Abdullah Ngah,MPM ni pun kita tak percaya.Pasal pemimpin Perkasa dah keluar cerita dia didlm blog proPAS.PEKIDA sememangnya tak boleh harap.Saya kenal siapa mereka.Give the right amount of money to their leaders,you can get their services,got it? GPMS dan Persatuan Pengguna Islam sahaja yg org kenal.Lain daripad itu dari mana mereka datang? Tak pernah dengar pun selama ini mereka wujud.Kebanyakkannya adalah NGO melayu "instant".Tetiba aje wujud entah dari mana.

Golongan mcm ini ke nak diharapkan? How could they become an alternative to UMNO and PAS if they were not independent? Everything came from UMNO hidden hands .

What are the proofs?Please observed that all their actions were against PR only.Hardly any to UMNO.

Kalau nak kata mereka membela melayu,mungkin netul juga.Maksudnya melayu UMNO shj.

suka perhati said...

YB Dato'...
Berdiri bulu roma saya dengan tampalan Dato' kali ini, tidak ada satu pun yang tidak benar melainkan benar belaka.Tetapi tak tahu lah Dato' kalau masih ada yang tidak faham atau buat-buat tidak faham!.
Cuma apa yang jelasnya ditempat saya rata-rata setakat ini tidak pernah sekali pun saya mendengar ada orang yang suka atau memuji kepimpinan kita yg baru ni kalau yang mengutuk tu banyaklah Dato'!.
Walau bagaimana pun sehingga ke saat ini yang amat-amat melukai hati saya Dato' ialah pemahsuhan PPSMI,saya kira inilah satu-satunya sebab yang paling besar mengapa kepimpinan UMNO hari ini ditolak, rakyat terlalu dendam kerana saranan dari rakyat yang banyak tidak diterima sebaliknya buah fikiran tidak jujur dari pihak pembangkang diguna pakai sehingga menampakan ketidak cerdikan dan kelemahan pemimpin melayu hari ini.

pakbelalang said...

Sdra Saji,

"Garam" yang mengkaratkan tangki air besi UMNO boleh di "neutralisekan" dari terus membocorkan tangki air dengan pemimpin UMNO mencari kaedah baru menggunakan "teknologi sistem penapisan yang terkini."

Yang dah bocor bolehlah diperbaiki semula dengan mengambil "welders" yang terbaik untuk menampal semula tempat-tempat yang dah bocor dan disembur dengan bahan anti-rust. Mungkin cara begini tangki air boleh terus digunakan tetapi kemungkinan ianya akan bocor semula. Tak boleh gerenti 100% tahan lama.


Jika gagal juga, UMNO terpaksa tukar tangki air baru dengan menggunakan bahan tangki yang tidak mudah karat seperti "aluminium" atau "fibreglass". Sungguhpun kosnya mahal berbanding dengan tangki air besi, penukaranya bebaloi jika ada "lifetime warranty period".

Inilah jawapan yang saya boleh umpamakan dengan situasi UMNO masa kini.

Anonymous said...

Saya rasa dato tertinggal satu lg jasa penting umno kpd umat melayu. pernah tgk adegan penyamun tarbus membahagi hasil rompakan mrk dlm cite p.ramlee?.

"1 utk kau, 10 utk aku". rompakan serupa inilah melayu dikhianati dan dizalimi pemerintah selama lebih 50tahun.

p/s: tok, secara jujurnya, bila tgk muka brahim ali sbg ketua, takde selera saya nak involved dlm organisasi tu. melayu takde prinsipal diri! Hancur m'sia kalau org mcm nih dilantik ketua.

rakyat dah bijak

Wan Malaysia said...

Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.

langitbiru said...

Mingguan Malaysia hari ni siar NAJIB,dan bini RM, RAIKAN RAKAN FACEBOOK di "Istana Putrajaya"!

SUSAH LAH, SUSAH LAH, SUSAHLAH!!!

Kalau PM PUN IKUT "SYOK SENDIRI"!!!!!!!!!!!!!!!

Nak kata HAPRAK, kasar sangat bunyinya.

DARI PADA BACA FACEBOOK,TWITTER dok puji diri sendiri tu, LABIH BAIK lah baca THE SCRIBE ni Najib!!!.

Ooooo Najib!

Hari ini dalam Sejarah laaa Malaysia dapat PM macam ni!

alunbm said...

Dato'

GST tak dibentang esok

Perlu lebih banyak masa kumpul maklum balas

Pesoalannya disini maklum balas yang macam mana?

Adakah maklum balas yang diterima sebelum ini banyak yang negatif dari positif?

Esok(isnin)sudah ada ura-ura demo membantah GST akan diadakan dihadapan bangunan parlimen

Adakah sesiapa sudah berasa kecut teloq?

Jadi atas keperluan apa GST ini hendak diteruskan kalau ia hanya menambah sakit hatikan rakyat Malaysia bukan menambah baikkan keadaan hidup rakyat!!!

Anonymous said...

Datuk,

MPM, NGO dan Pembangkang sudah pun mula buat kacau kepada Kerajaan Najib. Saya tak terkejut kalau MEB juga akan ditangguh macam GST sebab Najib dan penasihatnya pandai-pandai buat dasar tanpa rujuk atau periksa dulu kemampuan dan penerimaan rakyat.

Kalau inilah cara Najib buat dasar, lepas tu fli-flop macam AAB, tidak pelik kalau nasib BN lebih teruk pada PRU akan datang.

Lain kali kajilah dulu dalam-dalam dengan mendengar keloh kesah rakyat miskin. Jangan dengar cakap penasihat kelas menengah saja. Depa tun jangan-jangan tak register jadi pengundi pun.

Wang Tepus

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon izin beri komen sikit kepada Sdr Askar Tua.

Tuan,

Saya suka membaca komen-komen Tuan. Gaya bahasanya walaupun lembut tetapi mesejnya bermakna. Dua-tiga kali saya membaca komen-komen Tuan untuk memahami maksud yg ingin disampaikan. Secara umumnya, terdapat drp komen-komen tersebut yg terkena pada batang hidung saya, namun saya terimanya sebagai sesuatu yg harus saya perbetulkan di hari-hari mendatang.

Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini utk memberi komen sikit berdasarkan ayat terakhir Tuan 12.57pm yg berbunyi “Mereka tidak mampu membuat apa-apa selain daripada menghatam [sic] dan mengkritik orang lain yg cuba membuat sesuatu yg baik.”

Pada pendapat saya pula, “mereka” ini sebenar-benarnya tidak mampu melihat apakah yg dikatakan sebagai “sesuatu yg baik” itu. Terutamanya di dalam suasana kecelaruan politik sekarang ini (yg dicipta oleh mereka sendiri), segala benda yg berpontensi utk menjadi baik, akan dihentam cukup-cukup kerana ianya sudah secara otomatik dilihat sebagai buruk.

Bukankah jika kita tidak dapat melihat sesuatu benda itu sebagai baik, bahawa diri kita sendiri itulah yang sebenar-benarnya adalah tidak baik / buruk?

Samada Umno mahupun Pas, samada pemimpin mahupun penyokong, sama sahaja kedua-dua kelompok itu. Kelangsungan kemenangan parti yg didahulukan berbanding kelangsungan perjuangan asal mereka berpolitik.

Mereka tidak sedar bahawa orang sudah melihat mereka sebagai buruk, walaupun mereka berkobar-kobar mencanangkan bahawa mereka adalah baik.

Agaknya mereka juga tidak sedar bahawa kelangsungan perjuangan asal orang lain yg sedang mereka heboh perjuangkan sekarang ini? Elok-elok orang lain itu sudah jadi semacam hidup segan mati tak mahu, dek angkara prejudis, tamak dan kebodohan sendiri lah yg menyebabkan orang lain tersebut menjadi bukan main ego lagi sekarang ini.

Oleh sebab itulah saya berpendapat, MPM mendapat sokongan yg agak kuat kerana mereka mengkombinasikan kelangsungan perjuangan asal kedua-dua parti politik Umno dan Pas.

Jangan akhirnya MPM pun menjadi macam Umno dan Pas sudahlah.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Salam Dato',

76 NGO menjelma jadi MPM pimpinan Ibrahim Ali. Saya secara peribadi TIDAK menaruh apa-apa harapan. Apalagi jika benarlah seperti yang dikatakan oleh banyak orang kebanyakan 76 NGO tu jenis instant. Ibrahim Ali jenis kaki geger aja tapi never deliver. Syarikat2 dia di Kelantan pun lingkup. Satu kelebihan dia yang pasti boleh masuk rekod ialah, berjaya mengelentong Nik Aziz beri tiket PAS kat kerusi Pasir Mas. Ini buktikan Nik Aziz mudah diperdaya juga dan tak mahu dengar keluhan penyokong PAS yang menentang pemberian kerusi Pasir Mas tu. Makanya, boleh sanjung Nik Aziz tapi tak boleh taksub. Manusia sentiasa tak lepas dari membuat silap. Kali ini siapa agaknya dia nak kelentong.

Rasa saya dasar UMNO sekarang ni ialah nak meraih undi Cina dan India spt sebelum PRU12. Tak sabar2 Najib endorse parti Makkal Sakti..tup-tup belum apa-apa dah berlaku perebutan kuasa peringkat Majlis Tertinggi...memualkan dan mempalitkan malu pada Najib. Nampak sangat Najib ni desperate. Harap-harap Muhyiddin dan orang-orangnya tak merancang untuk jatuhkan Najib.

Sebab hendakkan undi Cina dan India maka UMNO take for granted undi Melayu sedangkan PAS dan PKR sedia menggamit. PAS perlahan-lahan tukar imejnya daripada parti ketayap beserban kepada parti ketayap bertali leher. Sementara UMNO masih kental dengan status quo nya, PAS semacam sedang melalui anjakan paradigma menjadi lebih pragmatik dan akomodatif. Pangillah apa dengan perubahan PAS itu, namun pada hakikatnya itulah percaturan politik. Catch phrase: politic is an art of possible. Kita semua tahu betapa peritnya jadi parti Melayu yang melawan UMNO. S46 pun dah bungkus.

PKR kelihatan semakin kuat dengan bantuan UMNO mengeluarkan politikus kualiti rendah macam Zulkifli Nordin dan dua bekas exco Peraknya. Kelihatannya, UMNO masih dengan cara kuno untuk menang pertandingan sedangkan orang Melayu sudah semakin celik politik. Kata bijak pandai: Kita boleh tipu (read it as maneuver) ramai orang dalam banyak masa tapi tidak boleh tipu semua orang dalam setiap masa.

Pun begitu UMNO masih boleh rasa selesa lagi sebab ada banyak kelebihan. Boleh sewenang-wenangnya gunakan aparatus kerajaan seperti RTM untuk turning pemikiran rakyat seperti selama ini. Boleh gunakan akhbar untuk tujuan yang sama. Masih ramai lagi rakyat terutama Melayu yang fikir duit kerajaan tu duit UMNO/BN sehingga terasa terhutang budi dengan pembangunan yang UMNO/BN dah buat untuk mereka. Malah pembesar UMNO boleh rasa heran "dengan semua yang kami dah buat ni apa lagi yang Melayu mahu?"


Salam Dato',

Cerita MPM/76 NGO ni timbul dalam senario sokongan kepada UMNO semakin berkurangan. Orang melayu memang kena dan wajib bersatu jika tidak alamat jadi bangsa hamba lah kita nanti. Dalam pada Cina tak ada MEB pun mereka dah kaya raya (boleh langgan berbilion RM amanah saham PNB dalam beberapa minit aja). Kita Melayu belum sampai kekuatan 10% pun untuk bersaing dengan Cina dalam ekonomi. Hanya kuasa politik sajalah perisai orang Melayu. tergadai kuasa ni maka jadilah Melayu seperti Iban di Sarawak..etnik majoriti di Sarawak tapi di outwit oleh etnik minoriti Melanau. Dan yang boleh menyatukan Melayu ialah UMNO...bukan PAS. PAS mewakili Melayu yang tak puas hati dengan kelakuan UMNO (yang kita semua tahu mengapa jadi begitu). Bukankah PAS tu asalnya dari UMNO juga.

DAP parti komunis? Ini cereka orang malas untuk berkempen. DAP tu parti yang disokong oleh orang yang meluat dengan MCA dan MIC. Dulu pun ada ADUN DAP berbangsa Melayu. Pendirian DAP jelas jadi tahu sempadan bila begaul dengan DAP. MCA dan Gerakan memberikan senyuman sahabat sambil tepuk-tepuk belakang UMNO tapi perlahan-lahan Melayu Pulau Pinang semakin terpelau di Balik Pulau. Bukankah pembesar UMNO yang instrumental dalam mempercepatkan kenaikan ramai tycoon Cina?

Walhasil, balik asal maca yang Dato' tuliskan dulu. MPM tak akan memberi sebarang kesan merubah lanskap politik Melayu.

Kalaulah Ibrahim Ali..orang kampung semua dah tahu.

Pak Hj JB

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Sungguh pedas ulasan kali ini.Kerajaan mendengar dan menangguhkan pembentangan bil GST untuk kajian lanjut. Diharapkan ini betul-betul dijalankan dan bukannya seperti yang dilakukan terdahului iaitu itu menangguhkannya sahaja sehingga isu menjadi sejuk.

Kita misti tahu apakah masalah dan ancaman yang terdapat sekarang dan mengatur langkah untuk mengatasinya.

Semua orang tahu Melayu hanya boleh dijatuhkan orang Melayu sendiri. Ini yang sedang berlaku sekarang Melayu menunjukkan betapa pandainya mereka , betapa telusnya mereka dan betapa adilnya mereka dengan tidak memikirkan implikasi tindakan mereka.

Kita telah membuat pengundian bersabit dengan kecekapan pemimpin kita.Keputusannya mereka gagal.Jadi janganlah kita terus menerus mencerca mereka tetapi membantu mereka memperbaiki kedudukan.Begitu juga ahli-ahli UMNO perlu melihat kepada perlembagaan parti samada pemimpin telah mengkhianati parti dengan tidak meneruskan perjuangan parti seperti dahulu atau tidak.Jika telah menyeleweng tegurlah pemimpin berkenaan supaya balik kepangkal jalan.Sebenarnya mereka takutkan suara ahli yang bijak bertindak dan akan berubah jika ahli mengambil tahu apa yang berlaku diperingkat atas.

Semoga Allah memberi kita petunjuk kejalan yang lurus dan tidak menarik balik Rahmat yang diberiNya kepada kita sekian lama.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Pencetus Strategik Vision
Petaling Jaya

saji said...

Sdr alunbm

"Jadi atas keperluan apa GST ini hendak diteruskan kalau ia hanya menambah sakit hatikan rakyat Malaysia bukan menambah baikkan keadaan hidup rakyat!!!"

Tak silap saya untuk menokok-tambah hasil kerajaan sekitar 1b bagi menampung kekurangan pendapatan kerajaan daripada hasil minyak, khasnya.

Shamsul Yunos said...

Guys, KJ's top cybertrooper has 'revealed' to me KJ's latest achievement,

nak tau ape bacalah di SINI

I guarantee you will like this posting

If you don't laugh just tell me and I will come and give you 10 hits on your blog today

Anonymous said...

Assalamualaikum.

"Apa yang boleh saya katakan,idea ini adalah dari rakyat Malaysia" kata Ahmad Husni.

Seperti yang diperkatakan.

Yang benar,
Rakyat Malaysia.

Terima kasih.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Buatlah persatuan, NGO, slogan, moto, persidangan, kemuafakatan, apa lagi.... rakyat makin tersiksa.. and poket makin kempis.... Apa dia orang kisah....

saji said...

Salam pakbelalang

1.Berdasarkan jawapan sdr di atas,maaf cakap, sdr merupakan segelintir individu yang saya acukan analogi dan soalan yang sama berkenaan yang mencadangkan cara pemulihan bahagian dalam tangki air besi awam yang bocor ditampal dengan melakukan welding dan disembur dengan bahan anti rust. Kerana yang lain bertegas mencadangkan ianya digantikan sahaja dengan tangki air baru jenis stainless steel yang sdr mungkin tahu sebab2nya.


2. Apa pun, jawapan sdr dianggap memenuhi falsafah ilmu konservasi bangunan bersejarah dari segi, pertama, keperhatinan dan usaha sdr mengekalkan rupa, bentuk dan bahan pembinaan tangki air sedia ada tersebut sebagai harta warisan silam settempat yang mempunyai nilai sejarah, kedua, melakukan intervensi yang paling minima.

saji said...

Sdr pakbelalang

Jawapan sdr saya telah baca dan faham maksudnya.

Apa yang saya ingin katakan di sini ialah, sdr merupkan segelintir individu yang diacukan analogi dan soalan yang sama berkenaan yang mencadangkan pemulihan bahagian dalam tangki air besi yang bocor dilakukan dengan cara ditampal secara welding yang kemudiannya disembur dengan bahan antirust/karat. Kerana yang lain mencadangkan ianya digantikan sahaja dengan tangki air baru jenis stainless steel yang mengkin sdr tahu sebab2nya.

Apa pun jawapan sdr dianggap memenuhi falsafah ilmu konservasi bangunan bersejarah dari segi keperhatinan dan usaha sdr melakukan usaha pemuliharan harta warisan silam setempat yang sdr anggap mempunyai nilai sejarah dengan melakukan intervensi yang minima bagi maksud mengekalkan bentuk, rupa dan bahan binaan tangki air tersebut di bahagian dalam dan luarnya.

Anonymous said...

Salam....

Saudara LangitBiru menulis dengan begitu menarik sekali. Bernas dan boleh diterima oleh akal saya sekurang²nya. Pemimpin UMNO perlu kembali semula kepada ajaran Islam yg sebenar. Semoga PAS akan terbuka hati untuk bergabung kembali dgn UMNO jika perkara ini terjadi. Buang segala yg keruh dan busuk dari hati dan minda tu untuk kejayaan bangsa Melayu yg beragama Islam. Harapnya begitu juga dgn pemimpin² lama dlm PAS yg masih mengingati dan mungkin berdendam akibat sejarah lampau. Saya memahami ini mungkin sukar dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin UMNO yg berpendidikan barat puluhan tahun lalu. Sekian lama berpegang kepada Islam yg liberal. Berfikiran terbuka segala segi....dan saya faham kenapa mereka menolak PAS walaupun sama agama dlm kad pengenalan. Tak salah untuk jujur ketika ini. Parti UMNO dah boleh ditafsirkan sebagai tenat....tapi masih boleh diselamatkan.Cuma perlu bersatu untuk menjadi kuat. Kenapa kita tak boleh mengikut rentak PAS? Maksud saya apa yg mereka hajati untuk Malaysia ini. Adakah kita bukan lagi majoriti di Malaysia ini? Penganut agama kita? MCA dan MIC bukannya boleh menyelamatkan kita. Dah bermcm kehendak mereka UMNO turuti. Cukuplah tu. PAS yg sama kaum dan agama dgn UMNO tu yg lebih baik untuk dibuat rakan utama dalam politik(ikut akal la bukan hati). Pemimpin UMNO cukuplah bercakap lain ketika berucap depan MCA, lain pula depan MIC dan bertambah-tambah berlainan isinya bila bercakap tentang tajuk yg sama didepan kaum sendiri. Takkan kesudahnya bercakap tentang orang Melayu yg majoritinya beragama Islam di Malaysia ni selagi kita tak....BERSATU!!Sama²lah kita sayangi dan berusaha menyelamatkan Parti UMNO ini kerana yg merosakkan UMNO bukannya perlembagaan parti tapi sebahagian pemimpin²nya kini.

Insan Kecewa 2005-2010

Anonymous said...

Salam Dato',

Semakin lantang Dato' bersuara makin jelas pendirian Dato'.

Anak Parit/Bota

cmk said...

Dato'

Boleh jalan dengan 1Malaysia Najib & Rosmah tu. Kempen itu 2x5 saja dengan Islam Hadhari Pak Lah. Biar 100Malaysia sekali pun, amat susah untuk saya letak kepercayaan pada Najib.

Pada saya Najib dgn Ibrahim Ali tu 2x5 saja. Cuma Najib tu kebetulan anak Tun Razak... itu je modal si Najib ni. Orang melayu masih hormat Tun Razak, jadi Najib untung dapat tempiasnya juga. Rosmah selaku menantu pun dapat juga.

Tapi lama2, orang akan sedar, Najib tu bukan Tun Razak...! Najib hanyalah sekadar suami Rosmah...!

dheepan said...

Saya ingin menjawab:

1. Maaf, perkara ini tidak lagi benar semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak isu yg boleh saya timbulkan-isu kahwin dan tukar agama, kekejaman polis, isu sekolah, isu bahasa etc etc.

2.Pertama yg membawa masuk adalah British yg kemudiannya meninggalkan nenek moyang kami di sini. Penglibatan kami dalam pentadbiran adalah satu syarat yg ditetapkan oleh British untuk menjamin kemerdekaan dan bukannya atas desakan UMNO.

3. Kalau adil, takpelah.

4. Sejauh manakah dasar ini mencapai matlamatnya? Mengapa orang-orang miskin bukan melayu tidak dibela sama?

5. Benar.

6. Orang menjadi kaya kerana usaha sendiri bukan hanya kerana UMNO wujud. It's a warped logic to say so.

7. Meritokrasi ini tidak ikhlas kerana kerajaan turut mewujudkan matrikulasi bg memudahkan kemasukan org Melayu berbanding pljr bukan Melayu yg terpaksa ke STPM (2 tahun). Malaysia satu-satunya negara yg mengamalkan 'dual entry' system.

8. Memang, kerana bukan Melayu mcm saya tidak ada pilihan seperti orang Melayu yg punya UiTM di setiap negeri. IPTS tidak pernah menghalang orang Melayu untuk masuk cuma orang Melayu ada lebih banyak pilihan berbanding kami.

9. Tak perlu macam tu, cukuplah sekadar berhenti mengugut kami dan melayan kami secara adil bukan sebagai bangsa kelas kedua atau ketiga.

10. Saya tidak rasa begitu, saya rasa UMNO semakin lantang bersuara untuk orang Melayu sahaja. Kalau parti komponen bangkitkan sesuatu isu mereka sering dihentam. (contoh: isu pembatalan akreditasi Universiti Ukraine yg dipenuhi pelajar India. Sothinatan digantung hanya kerana bangkitkan isu ini di parlimen)

11. Bukankah ini akan membawa kepada masyarakat yg berpadu? Parti tidak lagi membantu mengikut warna kulit. Apa salahnya UMNO bantu orang bukan melayu dan MCA MIC bantu orang Melayu? Aren't you a Ketuanan Melayu proponent? Which means the Malays should lead by example. Untuk pengetahuan anda, MCA pernah mengambil sebuah kampung Melayu sebagai kampung angkat untuk dibela dan pelbagai lagi contoh. Bukankah ini satu perkembangan yg sepatutnya kita galakkan?

12. Setuju.

15. Organisasi seperti PAGE (pertubuhan ibu-bapa), NUTP, sasterawan negara juga turut menentang, jadi kenapa hanya berkata Dong Jiao Zong yg terlibat?

16.I believe you are living in a self justified self belief that UMNO has done all it can but the reality is far from truth. Malays like you love to ask us Non-Malays to put ourselves in your shoes but for once i ask you to try to do the same and see issues from our perspective. You then will know how we feel and why we are feeling the way we do.

18. Bukankah PAS sudah memberikan justifikasi di atas segala tindakan mereka? Apa kata anda memberikan tulisan yg spesifik melainkan membuat satu tuduhan yg melulu?


"It is no use walking anywhere to preach unless our walking is our preaching."
— St. Francis of Assis

(in other words, lead by example)

Sekian terima kasih.

affendi hussain said...

Salam semua,

Sekadar sedikit pembetulan berhubung kenyataan Sdr Saji > MERITOKRASI - keadilan berasas merit, memang bagus..tetapi tak perlulah taksub dgn Singapura..betulkah meritokrasi 100% tulen diamalkan disana??

..tidakkah meritorkrasi telah menjadikan Singapura antara negara Asia termaju walaupun tanpa sumber asli, di samping indeks rasuahnya antara terendah di dunia?

Tidak. Ia adalah bekas pusat pentadbiran, pengumpulan hasil, logistik, perisikan, ketenteraan , kewangan & pelabuhan entrapot British utk tanah jajahan & naungannya..satu lagi contoh setara: Hong Kong..kenapa bandar2 di China tak semaju HongKong? Sama kan analoginya?

Segala infra & fasiliti telah tersedia untuk Singapura sewaktu diambil alih oleh dinasti LKY..tak perlu bersusah payah bermula dari garisan permulaan seperti Tanah Melayu ditambah porak peranda British dgn wabak "penyakit" hasil dasar pecah & perintahnya..NEP adalah ubatnya..Namanya "Ubat", fitrah lazimnya pahit seperti hempedu, bukan manis seperti madu..memang ada yg tak suka. Masalah kita adalah manusia yg overdose "ubat" ni ibarat penagih dadah tegar..bukan salah ubat tu sendiri..marah nyamuk kelambu dibakar itu perumpamaan nenek moyang kita utk menemplak org yg bertindak bodoh membuta tuli tanpa memikirkan kesan selepasnya.

Walaupun tak mujarab 100% ia tetap terbukti dah menyembuh kebanyakan penyakit sosioekonomi Melayu..kalau tak orang seperti kita jangan mimpilah nak belajar tinggi2 masuk Universiti kerana keparatan kemiskinan..karier terjamin kita dah tentu petani, penoreh , cowboy kampung, nelayan, peon atau kuli di kedai Cina - tak lebih dari itu melainkan anda golongan aristokrat (bangsawan).

Jangan terlalu taksub dengan Singapore & LKY jika ada belum mengenal siapa arkitek sebenarnya yang bernama Albert Winsemius
..

Kesian.. kebanyakan kita seolah-olah percaya negara LKY tu ibarat acuan dewa dari China..hebatnya LKY..he got all the credit for somebody else effort & brain.

Soal indeks rasuah - Menteri2 Singapore adalah manusia2 yg dibayar gaji tinggi..semua jutawan. PM nya gaji lebih dari Presiden USA..org berebut2 nak kerja dgn kerajaan, ..gaji & faedah bagus, sini org nak kerja swasta/GLC..bila pendapatan lebih dari cukup makan, ruang utk rasuah tu dah di "sealed".. dan bandinglah dgn penjawat awam di Malaysia punya gaji dan Purchasing Power Parity..sedih..semakin lama semakin miskin..kemiskinan mendekatkan dgn kekufuran dan dah tentu indeks korupsinya pun turut berkadar terus.

*the main question already answered*

Singapore already coming to its "saturation point". HOW long can they survive?? Country like Thailand, Indonesia & Philipines already evolving & we're still lucky for our abundant resources not yet explored..the big question, will we be lag behind in the race with these fresh newcomers?

Will Singapura rejoin with Malaysia just like Hong Kong or continue "bribing" Melayu-melayu Barua Penjual Negara (MBPN) for survival?..and the index score for this one is on our account, not theirs. They can maintain their "clean index" and survived with that sin, scot free - Thanx to these MBPN.

Everybody know who are these MBPN people, right?


("/)

Anonymous said...

Dato',

Kehadiran MPM mungkin satu advantage kepada orang Melayu kerana ianya dilihat memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Tetapi Dato' diMalaysia ini kadangkala ianya untuk short term semata-mata. Masyarakat mudah lupa!

Saya akui ramai orang Melayu kini merasa gelisah kerana hak-hak orang Melayu telah mula berkurangan. On the other hand Dato' saya rasa orang Melayu juga perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk lebih bersaing. Kita tidak mahu orang Melayu terus ketinggalan dibumi sendiri. Tiada siapa yang akan dapat membantu sekiranya kita tidak membantu diri kita sendiri.

Saya teringat kata-kata PM Singapura semasa beliau diminta memberikan komen mengenai kemenangan Barack Obama. Menurut beliau diSingapura orang Cina melebehi kaum lain, maka mustahil bagi kaum lain untuk menjadi PM Singapura! Jadi Dato' seharusnya diMalaysia juga memandangkan orang Melayu melebehi kaum lain maka mustahil orang bukan Melayu memerintah. Tetapi....persoalannya adakah orang-orang Melayu benar-benar bersatu? Tentu sekali tidak. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri.....fahaman politik mengatasai segala-galanya. Selagi tiada persefahaman diantara orang-orang Melayu dan tiada inisiatif konkrit dari UMNO untuk mengatasi masalah ini maka apa jua yang dilaungkan PM hanya tinggal laungan sahaja.

Orang-orang didalam UMNO harus sedar dengan kadar segera, terutamanya mengenai keresahan rakyat khasnya orang Melayu. Sepatutnya tidak perlu tunggu MPM ditubuhkan....UMNO harus proactive dan melihat 50 tahun kehadapan. Fikirkan nasib orang Melayu 50 atau 100 tahun akan datang dan bukannnya terlalu ghairah untuk memastikan keturunan mereka sahaja yang hidup senang lenang hingga tujuh keturunan.

Sekiranya orang UMNO dan PAS hanya mementingkan fahaman politil mereka sahaja tanpa memikirkan keperluan orang Melayu dimasa akan datang.....tentunya orang Melayu hanya tinggal Layu sahaja.

Azry Hisham

Anonymous said...

Salam Dato',

Izinkan saya masuk sekali lagi. Kali ini saya nak luahkan pendapat saya dengan rujukan khusus kepada tampalan sdr affendi hussain 5.35 pm.

Saya setuju bahawa infra-struktur tinggalan British telah menjadikan Singapura dan Hong Kong maju berbanding saingannya, sepertimana majunya Selangor, Melaka dan Pulau Pinang berbanding Kelantan, Pahang dan Trengganu. Atau pada skala yang lebih besar, majunya Malaysia berbanding Indonesia adalah atas alasan yang sama.

Tetapi sejarah semata-mata tidak akan membawa kita pergi jauh jika ada yang tidak kena dengan amalan kita. Contohnya, semasa Robert Mugabe ambil alih tampuk kuasa, Zimbabwe antara negara maju dan makmur di Afrika.. tapi sekrang selepas tiga dekad negara itu menjadi "failed state" sampai tak gunakan matawang sendiri. Kadar inflasinya melebihi 2.5 juta peratus.

Saya pasti ada keistimewaan Lee Kuan Yew sehingga berjaya menjadikan Singapura jauh lebih maju berbanding Penang dan Melaka. Memang LKY ada dinastinya sekarang...Temasek Holding tu ada yg panggil LYY Holding. Yang pasti, Singapura lebih maju daripada Malaysia dalam banyak aspek. Dia tentu mengamalkan meritokrasi..setidak-tidaknya dikalangan rakyat sama keturunan dengan dia. Apa dia peduli dengan keturunan lain? Bukankah yg penting Singapura maju ikut acuannya sendiri? LKY berjaya inspires rakyatnya untuk maju ke depan. He seems to be doing what he is preaching.

Kita Orang Melayu adalah jenis manusia yang mudah belajar melalui teladan dan mudah faham apabila ada bukti konkrit. Our leaders must live up to our expectations; meritocracy, honesty, trustworthy, ...all the good traits...AND HAVE TAQWA to Almighty God. Only that kind of leadership will inspires Malay masses to strive for excellence. Mere slogans will not move us.

"Cakap serupa bikin" adalah cabaran besar dalam memajukan Melayu. Alahai, jangankan agihan projek/tender kerajaan; kemasukan anak ke Sek Men Agama (berasrama penuh) pun ada kakitangan Jabatan Agama masukkan anak ikut pintu belakang. Begitulah gawatnya "meritokrasi" kita sekarang.

Melayu memang belum mampu bersaing dengan Cina..kita masih jauh di belakang. Keputusan SPM dan STPM baru-baru ni cukup menggambarkan hal itu. Tetapi apa yg menghalang kita amalkan meritokrasi sesama Melayu? Adakah dakwaan berlakunya amalan rasuah, nepotisme dan kronisme itu tidak benar, semata-mata dakyah pembangkang?

Benar, kita mesti maju ikut acuan kita. Meritocracy and fair competition is our way forwrd. Fair does not necessarily mean equal numbers or percentages, though!

Pak HJ JB

Anonymous said...

Debaters Affendi Hussain, Pak Haji JB and Vinnan,

The naked facts and fallacies about the Lion City.

1. It was built by the Dutch and later the British via the British East India Company. The earliest form of privatization.

2. British destroyed and downgraded all Malay trading ports like Malacca, Jugra (Selangor) and Perak River so that Singapore and, to a lesser degree, Penang would not have competitors.

3. LKY destroyed his own compatriots like Samad Ismail and Lim Chin Siong so that he could establish a pseudo-Chinese empire in Singapore with himself as the new emperor.

4. Meritocracy was used to justify, cover-up and pertuate the Chinese strangehold on multi-racial Singapore.

5.LKY "illegally" kept billions of dollar of pre-separation savings of Malaysian workers in the CPF until this day.

6. LKY and his clan presented Singapore as a democracy. It is in fact a dictatorship of the Lee Clan.

7. Like he destroyed Samad Ismail and LCS, he continues to destroy his opponents, including his own brother-in-arm, President Devan Nair by calling him a drunk.

8. Singapore is a pseudo-democracy without effective oppositions. Opposition leaders are made bankrupt or sent to goal.

9. Singapore is a preudo-free enterprise economy. 60 per cent of its GDP is controlled by Temasek Holdings which in run by Ho Cheng, the wife of PM Shien Loong.

10. Singapore became filthy rich by sucking every drop of blood from the economies of its south-east asian neighbours and by blackmailing the Chinese diaspora to invest their legal and illegal monies in Singapore.

11. LKY is scared shit of Muslim Indonesia and of Pas influence in Malaysia.

12. LKY uses the Muslim spectre and terrorism to get the US and Israeli military protection.

Ben Gurion

affendi hussain said...

Salam Sdr Pak Haji JB.

Saya berkongsi platform sentimen kekecewaan spt sdr Pak Hj juga berhubung perlaksanaan amanah oleh kera bangka pemusnah bangsa ini..kesan akhirnya kena generasi masa depan kita juga..

Cuma sdr Pak Haji.. utk makluman, kita dah pun mengecapi zaman seperti LKY di era Dr. M, Beliau sendiri pun ambil banyak penasihat bijak2 (bukan menantu etc.), sbb tu hasilnya kita boleh nampak hari..soal sentimen, diktatorship & cara ala LKY dia, kita boleh tolak ke tepi utk 22thn, kenapa?
Sebab hidup kita tak seperit zaman gengster MBPN mendominasi ekonomi.

SPM - utk makluman sdr Pak Haji kita dah mampu bersaing..mungkin sdr masih dok berrsa rendah diri lagi..memang senarai 10 pelajar terbaik negara no.1,2,6,8,9 & 10 org Cina, tetapi baki 4 nya Melayu.

Tetapi lihatlah senarai 10 sekolah terbaik, didominasi SBP Kerajaan - kecuali Sek. Convent JB..SBP ni lah satu produk NEP yg berjaya..dari segi 'VOLUME' kita dah lebih dari boleh bersaing..jgn pandang rendah generasi muda ini dgn label stereotype budak mentah & rosak zaman ini. Pelajar elit ini cukup matang & bijak kerana didikan yg holistik (mental, fizikal & spiritual), masakan nak disamakan dgn yg produk 'reject'. Zaman dulukala (50an - 70an) pun dah teruk masalah sosial, cuma tiada media nak canang bagi sensasikan generasi masa itu, yg kini dah pun tua dan difasa bertaubat harapnya. Mungkin depa ni lah watak2 sarkis politikus hari ini yg berlagak bagus nak mentarbiah org2 muda.

Harap sdr Haji perasan yg pelajar terbaik SPM 2009 Cina semuanya datang dari Sekolah Kebangsaan, bukan SRJKC. SRJKC pun tak mampu bersaing dgn SBP yg wujud hasil dasar NEP yg konon hampas & gagal 100%.

Sila klik sini;> Pelajar & Sekolah Terbaik SPM 2009

Kreteria pemilihan pelajar SBP: dulu kami kena ambil ujian pengesanan (IQ test) lepas kertas terakhir UPSR. MRSM pun sama, bukan boleh main sumbat2 jer..

Sekolah Agama bukan kategori Sekolah Kebangsaan. Ia lebih kpd swasta & tertakluk budibicara mutlak pengurusannya.

STPM memang pelajar melayu hampas..sebab yg "cream of the cream" dah ditapis masuk SBP & MRSM..meraka tak ambil STPM tetapi matrikulasi, asasi, A-Level , ADP dll. Lain pentas.Kalau bersaing belum tentu Cina boleh mendabik dada bila bertembung dgn pelajar 'elite melayu' ini. Produk "overloaded mental stretching" masakan sebagus produk "holistik" ..sebab tu kita tidak jadi "robotic human" mcm depa tu.

Sdr Pak Haji JB..jgn risau sangat tentang generasi melayu muda kita ini. Cuma risaukan generasi tua melayu diatas sana terutama MBPN yg memusnahkan secara lansung atau tidak lansung benih2 baik untuk survival bangsa kita ini.

Bab bisnes Melayu memang belum boleh bersaing dgn Cina. Cina "complement each other" dalam soal faedah & kebaikan bersama..istilah 'rasuah' tak timbul dlm kamus depa - it's mutual consent. Cuba bagi Cina kawal satu Jabatan/GLC..nescaya kroninya belaka akan masuk tetapi tiada sapa akan bising. Mereka pandai jaga punggung masing2.

Melayu pula lain. Melayu nak bolot sorang tak boleh tengok bangsa sendiri senang, dengki..kontraktor Melayu pulak berlagak seolah2 penjawat awam marhain adalah hambanya dek kerana kenalannya dgn org besar.. Penjawat awam yg kais pagi makan malam pula wang tak cukup tetapi kuasa ada , maka dah tentu kita boleh berkira-kira formula ke arah korupsinya. Bila kontraktor & penguasa tak dapat apa dihajat mulalah benci dengki canang pekung sini sana. Kesudahanya kedua-dua mampus dicekup SPRM menambah skor indeks korupsi bangsa kita. (Yang untung diantara 2 kaldai ini tetap si sub-con Cina sebab dia adalah watak belakang drama). Itulah epik di Tanah Melayu.

(",)

saji said...

Sdr affendi hussain

1. Terima kasih memberi perhatian kepada respon sya berkenaan dengan hujah balas sdr yang bernas, walaupun saya anggap terkeluar topiknya iaitu meritorkrasi.

2. Kalau sdr boleh tekankan mengenai peranan Dr Albert Winseminus sebagai 'arkitek'-pakar ekonomi yang diupah oleh LKY di sebalik pencapaian ekonomi Singapura, saya juga boleh tekankan mengenai peranan 'arkitek' -pakar ekonomi Eropah yang juga diupah oleh T Razak untuk membantu beliau membentuk DEB. Tetapi mengapa DEB gagal yang saya anggap ada kaitan dengan isu meritokrasi tersebut yang tidak ditekankan oleh pakar ekonomi T Razak berkenaan, berbanding dengan pakar ekonomi LKY tersebut?

affendi hussain said...

Salam Sdr Saji,

Peranan Dr.Winseminus hanya berkaitan dengan transformasi ekonomi dan fasiliti industri Singapura yg masyarakat MAJORITI nya sememangnya dah lama memegang stereng, hanya tinggal nak belajar teknik memandu & kawalan saja..

Tiada lansung melibatkan penyelesaian masalah sosio-ekonomi hasil daripada dasar 'pecah & perintah' British seperti di Malaya dalam formula DEB.

Again, not another example of an apple to apple comparison, sdr..

Mana yang saudara rasa lebih mudah utk direncana..?

Analoginya umpama macam mana nak upgrade kapasiti kereta berbanding nak menyembuh penyakit pandemik manusia.

Meritokrasi mereka (keadilan berasas merit) hanya pada kelayakan menteri2 mereka saja yg secara akedemik jauh meninggalkan barisan kabinet kita yg rata2 taraf HP6. Memang layak dibayar gaji tinggi pun..mereka ada ahli ilmiah, kita pula ada badut sarkis.

wasalam.

("/)

affendi hussain said...

Thanx sdr Ben Gurion for the info feed.

Harap dapat menggegar sikit minda taksub sesetengah melayu2 penyembah pulau itu di Malaysia.

(",)

saji said...

Salam sdr affendi hussain

Peranan Dr.Winseminus hanya berkaitan dengan transformasi ekonomi dan fasiliti industri Singapura yg masyarakat MAJORITI nya sememangnya dah lama memegang stereng, hanya tinggal nak belajar teknik memandu & kawalan saja..

Tiada lansung melibatkan penyelesaian masalah sosio-ekonomi hasil daripada dasar 'pecah & perintah' British seperti di Malaya dalam formula DEB.

Bagaimana jika saya kata, 'tongkat' yang diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO kepada usahawan dan bakal usahawan Melayu, berupa konsesi, projek, lesen, latihan, bantuan kewangan dan mengantikan profesional bukan Melayu kepada Melayu di sektor awam sebagai antara formula yang diterapkan dalam DEB untuk membantu usahawan/bakal usahawan Melayu yang sdr seperti berkata mereka baru pegang stereng, dan menganggapnya sebagai formula untuk mengatasi dasar pecah dan perintah British.

Anonymous said...

saudara affendi menulis;

Cuma sdr Pak Haji.. utk makluman, kita dah pun mengecapi zaman seperti LKY di era Dr. M, Beliau sendiri pun ambil banyak penasihat bijak2 (bukan menantu etc.), sbb tu hasilnya kita boleh nampak hari..soal sentimen, diktatorship & cara ala LKY dia, kita boleh tolak ke tepi utk 22thn, kenapa?
Sebab hidup kita tak seperit zaman gengster MBPN mendominasi ekonomi.

hahaha...lawak. waktu mahathir pm selama 22thn, lagak gengster MBPN sudah lama berjalan. cuma waktu itu disimpan rapi bwh karpet dgn adanya org2 suruhan taat setia sampai mati spt editor2 akhbar tersohor, media2 penipu...kesannya, spt apa yg berlaku skrg..rakyat terus sengsara...

sdr affendi...bandingkan perangai mahathir dan lee kuan yew.memang serupa, busuk hati!

bandingkan kedah di satu negara yg kaya hasilbumi dan singapura negara hutan batu. knp pm selama 22thn waktu itu gagal menjadikan negerinya sendiri kuasa ekonomi org melayu di negara ini?

knp negeri kedah masih menjadi negeri termiskin. knp tidak diangkat org2 kampung kedah sbg petani2 moden bertaraf pro dan jutawan. cemerlangkah pimpinan begitu?

oh ya, kalau pun org melayu itu pandai dan kaya, itu adalah hasil keringat titik peluh sendiri. tidak ada kena mengena dgn umno kecuali yg berjaya mengikut pintu belakang. sentiasa perlu makan disuap...

bab meritokrasi yg perlu diamalkan sbg cth: menteri pendidikan sewajibnya adalah org yg pakar dlm akademik itu sendiri bknnya mangkuk hayun mana yg dilantik berganti2 selepas habis pilihanraya. Begitu juga ekonomi dan lain2 portfolio yg akan mempengaruhi generasi dan kemakmuran negara akan datang..

org melayu ramai yg berjaya dgn kudrat sendiri itulah yg perlu dilantik bknnya yg kaki mengampu, tak berdikari dan taksub pd parti yg memberinya rezeki bknnya Allah.

takkan kemana negara ini kalau berterusan memilih pimpinan tanpa meritokrasi.

rakyat dah bijak

langitbiru said...

Kaum Nabi Musa yang mengikuti Musa Samiri yang mencipta lembu emas boleh bercakap dan dijadikan sembahan juga adalah kaum yang fasik, yang sebab itu Nabi Musa a.s berdoa kehadrat illahi dalam ayat 25 surah Al-Maidah:

5:25 "Berkata Musa: ""Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu"""

Al-Maidah ayat 47 juga menjelaskan siapa orang yang fasik:

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”.

Adapun yang berkata, “Masalahnya, sebahagian KECIL bangsa kita sendiri lebih percaya ke kafir laknatullah dari sesama bangsa & agama”. Saya amat yakin, maksud penulis tersebut ,“KECIL” ini dirujuk kepada PAS dan pengikutnya dan “kafir laknatullah” itu DAP. Saya juga telah jelaskan, UMNO sudah 52 tahun bergabung dengan MCA,MIC yang “kafir-Islamic-friendly” (mungkin itu yang difaham oleh penulis tersebut) bukan “kafir laknatullah” seperti DAP, tak pula bising-bising! Kalau kafir tu, semua laknatullah lah, tiada pula disebut dalam Al-Quran “kafir yang beriman”.

Sebenarnya, UMNO bergabung dengan MCA,MIC sejak 52 tahun lepas, sepertimana PAS bergabung dengan DAP sejak 3-4 tahun lepas, hanyalah strategi politik mengikut lanskap politik semasa, tak lebih dari itu. Kafir, tetap kafir.

Tak apalah, IQ manusia memang berbeza-beza.

Ada yang meyambung menulis, “…..orang kafir iaitu masih tidak mengaku keesaan Allah, maka neraka jahanamlah tempatnya. Disiksa diakhirat nanti, dibakar sampai otak pun menggelegak”.

Dalam Israk-Mikraj, Nabi Muhammad saw melihat wanita telanjang yang digantung dengan rambutnya SAMPAI MENGGELEGAK OTAK kerana wanita itu tak tutup aurat semasa di dunia ini. Apakah PENULIS tak mahu berdakwah kepada pemimpin-pemimpin PENULIS sendiri yang majoriti isteri-isteri mereka termasuk RM bini pemimpin nombor Wahid PENULIS yang tidak menutup aurat?

YANG KAFIR tu memang SAH NERAKA JAHANAM, saya pun setuju. YANG ISLAM tapi tak tutup aurat, tak payah jadi kafir, hukumnya pun MENGGELEGAK OTAK di akhirat nanti!

Kepada para sahabat, jangan lah dok fikir kata-kata pemerintah tu semuanya benar tiada yang tak benar, seolah-olah mereka tu MAKSUM pulak! Enjin jet hilang diminta bersabar,tunggu hingga siasatan selesai, stadium 300 juta umur 1 tahun runtuh diminta bersabar, tunggu hingga siasatan selesai, semuanya tunggu-tunggu, akhirnya dilupakan begitu saja berlalunya masa, dek dok percaya sangat kepada pemimpin MAKSUM yang suruh bersabar!

Sesiapa yang nak bercuti beberapa hari sempena cuti sekolah ni, nasihat saya kepada diri sendiri dan semua, baca doa sebelum keluar rumah, bawa kenderaan hati-hati, jalan sibuk bila cuti sekolah.

langitbiru said...

Sejarah amat wajar diambil teladan,iktibar, dan pengajaran. Benar IQ manusia berbeza-beza. Dan benar,manusia dilahirkan berbeza-beza akal fikirannya. Ada yang membaca sejarah, tapi kefahaman dan tafsirannya berbeza-beza. Dan jangan lupa pula yang mencatat ,menulis, sejarah juga berbeza-beza. Hanya pencatat dan penulis sejarah Rasulullah saw, (atau perawi-perawi HADIS SAHIH ) yang berakhir kepada Bukhari-Muslim dan beberapa imam lain seperti At-Termizi, Abu Daud, An-Nasai’, yang WAJIB DIYAKINI TANPA SEDIKIT RAGU kebenarannya.

Pencatat dan penulis sejarah Turki di zaman Mustafa Kamal Atartuk umpamanya, hanya menulis kehebatan Atartuk sebagai pemimpin kemodenan Turki, hingga pemimpin-pemimpin Arab yang lain turut terpesona. Sejarah kemerdekaan Tanah Melayu umpamanya, hanya menitik berat peranan UMNO, tidak banyak memaparkan perjuangan bersenjata Kaum Melayu termasuk rejimen askar Melayu.

Apapun, analogi London Underground vs GST, tak padanlah! Kerap kali juga dikalangan kita terutamanya pendukung UMNO kata, kita baru merdeka 52 tahun, mengambil analogi Barat seperti Belgium, juga London Underground, yang masa 52 tahun tu teramat singkat!

Mengapa kita tidak mengambil analogi Rasulullah saw yang mengambil masa 23 tahun mengubah MINDA,KEYAKINAN,KEIMANAN,KETAQWAAN para sahabat yang amat dasyat hidup mereka dalam zaman Jahiliah Arab?

Tak apalah, IQ manusia memang berbeza-beza.

Kalau ditanya setiap manusia diatas mukabumi ini, semua orang tak kira Islam, Yahudi, Kristian, kafir, munafik akan berkata, “Saya menyokong kebenaran.” Bahkan, bagi mereka yang BERKUASA, berkata kamilah yang mengadakan kebaikan sepertimana ayat 11 Surah Al-Baqara:

2:11 "Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: ""Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan."""

Tidak seorangpun akan berkata, “Saya menyokong kebatilan.” Siapakah yang boleh DIPERCAYAI membawa berita-berita kebenaran dan kebatilan?

Marilah kita renung Ayat 6, Surah Al-Hujurat,

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.."

Siapakah pula orang yang fasik?

Ayat 99 Surah Al-Baqarah menjelaskan orang-orang yang fasik itu adalah orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Allah swt.

2:99 "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tak ada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-orang yang fasik."

Munafik juga adalah golongan orang-orang fasik, Ayat 61 Surah An-Nisa’ menerangkan

4:61 "Apabila dikatakan kepada mereka: ""Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul"", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu."

affendi hussain said...

Salam semua,

Sdr Saji,

Saya tak berapa faham apa yg sdr cuba sampaikan..harap dpt huraikan secara ringkas 'point form' utk pemahaman lebih jelas..

Sdr rakyat dah bijak,

Dulu zaman rejim Mahathir kita tak rasa seperit rejim Pak Lah..kalau ada yg masuk bawah karpet pun habuk dia tak kena ke muka kita sampai dpt penyakit lelah.. harga petrol naik mendadak kita dah pun merasa parah..hingga hari ni luka masih lg berdarah. Itu saja sebab utama BN teruk kalah..harap PR jgn dok perasan tak sudah..yakinkan rakyat perancangan kalian bagaimana nak meubah, bukan sekadar kutuk, ungkit & sumpah seranah, hingga hari ni apa pun tak berbuah..cakap kosong memang lah mudah.

Kedah bukanlah negeri termiskin Malaysia
,hanya satu level di bawah Kelantan, tetapi saya cukup kesian negeri2 yg ada petroleum mcm Sabah & Sarawak, Terengganu. No. 1 ,4 & 2! Semua hasil hanya utk ditumpu utk bangun Penang, KL & Selangor je yg ekonominya di dominasi bangsa lain..

Ya, pandai memang hasil diri berusaha..tetapi
POTENSI + PELUANG + USAHA = HASIL..
itu persamaan dlm realitinya.. DEB itu fungsinya mewujudkan PELUANG.

Kalau tak dapat 'peluang' w/pun 'pandai' & rajin berusaha, jangan harap ada hasil..umpama miskin sampai tak mampu bersekolah..masakan mampu masuk Universiti..agak2 boleh ke main jampi2?

Secara ikhlas, adakah saudara rasa DEB itu 100% gagal dan buruk pada skala besar hanya dek kerana segelintir beruk tegar? Adakah DEB perlu diperbetulkan atau lansung dihapuskan?

Mungkin saudara belum mengenal 'tongkat2 rahsia' org Cina dlm dunia mereka terutama bisnes..

Meritokrasi ni ibarat mcm lumba lari..kasut takdak, latihan takdak, makanan seimbang takdak..kalau tercicir jauh nak terus berlumba juga usahlah menangis jika kalah kerana kebodohan diri..baik saja pergi mati.

p/s: Meritokrasi- 'kami' dah 'ready'.

("/)

saji said...

Salam sdr affendi hussain

Adakah saudara (SAJI) rasa DEB itu 100% gagal dan buruk pada skala besar hanya dek kerana segelintir beruk tegar?

Saya seperti sdr tidak menganggap DEB 100% gagal.

Cuma, bagi saya, DEB berjaya memajukan anak2 Melayu yang cemerlang akademik di sekolah rendah dan menegah serta di universiti iaitu sama (kalau tak serupa)dengan apa yang ditunjukan oleh LKY dan pakar ekonominya di Singapura. Tetapi, gagal memajukan orang Melayu yang lemah termasuk yang meskin dari semua aspek, meskipun kebanyakan mereka diajar pegang stereng, memandu kereta dan sesetengahnya diberikan lesen memandu yang saya anggap sama (kalau tak serupa) dengan kelemahan LKY melibatkan rakyat minoriti Melayu,khasnya.

Adakah DEB perlu diperbetulkan atau lansung dihapuskan?

Bukan sahaja DEB perlu diperbetulkan, malah saya terlibat dalam satu kajian dengan ISDEV,USM untuk membetulkan kelemahan DEB dalam aspek pelaksanaannya.

saji said...

Sdr afendi hussain

Mungkin saudara (SAJI)belum mengenal 'tongkat2 rahsia' org Cina dlm dunia mereka terutama bisnes..

Saya banyak supervise kerja kontraktor Cina termasuk yang teralhir menjadi pengurus projek kontraktor kelas 'A'nya.

Saya juga supervise kerja kontraktor Melayu termasuk yang diali-babkan sebagai perbandingan.

Maksud saya, saya tahu sedikit sebanyak 'tongkat2 rahsia' orang Cina.

Pun begitu, mungkin sdr lebih banyak tahu daripada saya mengenainya (tongkat2 rahsia) orang Cina dalam bisnes seperti kontraktor. Jika tidak keberatan pohon ketengahkan untuk keperluan kajian saya seperti di atas.

-Orang Kampung- said...

Salam Dato,

Seperti biasa, bila dah terantuk baru nak tengadah..

Bila tengah kuat... PAS aku pijak pijakkan peduli apa dia sebangsa seagama. nak dapat duit royalti ..jangan haraplah..buat apa aku nak kasi korang duit..nanti korang ada dana boleh tunjuk korang boleh uruskan duit/kelantan dengan baik...

Lagipon ketua bahagian/cawangan nak makan apa..So Semua projek aku sapu..atas nama UMNOPutra...

Bila dah nyawa-nyawa ikan.. Pas.. tolong kami..kasihanilah kami...demi atas nama perpaduan orang Melayu...atas nama Islam.. Atas nama Islam hadari..atas nama Islam Glokal Satu Malaysia...kami lagi mulia dari DAP...

-Orang Kampung-

affendi hussain said...

Salam sdr Saji,

Dalam bisnes org Cina ada "flexibility of integration" dari segi penjanaan modal & pemasaran. Falsafah Machiaveli "the ends justify the means" adalah teras..org Islam boleh ikut ke?

Mereka boleh "hybrid" antara hasil halal & haram tak kiralah dari segi perundangan atau hukum hakam Islam sendiri..

Cuba saudara kaji senarai kosa kata dunia asam garam perniagaan mereka ini:

1) Triad - taiko2 penaung, pelindung & pemberi modal.

2) Hartal - mekanisma menaikkan harga barang walaupun kawalan melalui tekanan pasaran (demand & supply).

3) Money laundering -penyucian duit bisnes haram, cth. kedai2 boneka yg dibuka semata-mata utk mewujudkan urusan transaksi kewangan maya. Duit yg di 'legalized' ini akan disuntik semula sebagai 'dana perniagaan' oleh 'triad'.

4) Tax evasion & manipulation - buat apa makan gaji, masuk gaji dah kena PCB..business is freedom!

5) Alibaba - guna melayu kaldai sbg pengarah boneka utk urusan tandatangan dlm sykt 'bumiputera boneka' yg setaraf org makan gaji saja.

6) Preservant of Monopoly - hapuskan pesaing dari bukan bangsa sendiri dulu dgn kelebihan 'networking'..sengketa peribadi tolak tepi dulu..untung sikit tak kisah janji biar kedai 'pesaing asing' bungkus dulu..sama2 tolong garu belakang.

Itu sebahagian saja dari ekosistem dunia mereka. Lain2 sdr carilah & kaji sendiri ok..
'Tongkat' ini telah wujud turun temurun sejak mereka mula datang ke sini zaman dulu dlm pakej kongsi gelap. Bagi mereka ia adalah kaedah untuk "survival".

("/)

Anonymous said...

sdr affendi ni masih tidur lagi agaknya..

Rakyat tidak menganggap DEB itu salah. Yg salah adalah badan pelaksana itu sendiri. Kalau pemerintah masih mengekalkan pimpinan perasuah dari bawah hingga peringkat tertinggi negara, saya yakin walau 1000tahun DEB diteruskan, melayu akan kekal layu di tanah air sendiri.

sdr affendi,

sebahagian besar ahli keluarga saya adalah berniaga sendiri tanpa pertolongan umno. saya tahu bagaimana peritnya menjalankan business atas usaha sendiri tanpa bantuan kerajaan. sdr mungkin hanya makan gaji dan hanya pandai berteori atau sekadar membaca.

bangsa cina mudah ke depan krn mereka berani dgn risiko tak spt org kita.

percayalah, saya pernah melihat sendiri 2, 3 org pakcik saya dihalau dari penempatan(kaw. majoriti melayu). Alasannya tempat itu akan dimajukan. Bayangkan dah duduk dari anak2 kecil seramai 10org dipaksa pindah ke flet 2 bilik tanpa pampasan yg munasabah!

Dgn adanya pembangkang yg ramai dan media lebih terbuka skrg, rakyat telah celik dan jelik bila berterusan cuba diperbodohkan pemerintah. Dulu bolehlah disorok dan dibodohkan.

Pemerintah melayu merompak hak sebenar majoriti melayu skrg ibarat penyamun tarbus!

rakyat dah bijak

affendi hussain said...

Rakyat dah bijak,

Tak apalah saya masih tidur..Alhamdulillah kerana rezeki kurniaan Allah saya masih boleh tidur nyenyak & hasil usaha saya & berkat kefahaman teori2 yg Allah bagi saya boleh "survive"..

Janji saya tak bermimpi disiang hari mcm sdr yg beranggapan pembangkang sekarang ibarat pembangkang zaman dulu..mereka pun bercakap pasal 'teori'2 juga dulu..

Bukankah mereka dah perintah beberapa negeri? Secara ikhlas bagaimana prestasi realiti mereka? Kalau sdr tak duduk dlm negeri2 diperintah mereka kira mcm cerita inter-dimensi lah..

Saya sendiri tak menyukai rejim pemerintah UMNO yg dtg dari golongan org 'aristokrat' mcm Najib, Hishamuddin malah Mukhriz..apa depa tau pasal kesusahan mcm bapak2 depa?
kalau MPM buat parti baru mcm Semangat 46, mungkin saya akan undi depa pada PRU13..

Kalau isu kena halau tanah penempatan, saya cuma tumpang simpati saja..ikutlah macam Cina..bawa bulldozer & terangkan tanah rizab kerajaan, lepas tu buat kilang haram atau ladang..lepas tu lobi & 'kow-team' utk dpt taraf T.O.L.. boleh?

memang tepatlah mcm kata saudara, mereka berani ambil risiko..org kita memang tak pandai ambil risiko & 'kow-team' mcm mereka..dah tentu mampus main redah mcm tu..

Risiko tanpa 'pengurusan risiko' (risk management) adalah tindakan bodoh..adakah mereka bertindak mcm org bodoh? 'Risk management' mereka sgt 'fleksibel' tanpa sbrg batasan etika & hukum..sdr faham?

Org kita hanya lantang bersuara pasal hak & salahkan org itu ini saja..itu saja senjata yg ada..itu belum cerita hukum hakam Islam..dah tentu mana boleh kita jd mcm depa, bukan?

"One size does not fit all..that's why i measure my own size to avoid buying craps"

("/)

Judin said...

Assalamualaikum atok kadir dan pembaca komen2 sekalian,

Cucu nak tanya sikit pada yg dah matured dan senior atau veteran (termasuk you ya atok), mana lagi "aula", Islam ka Melayu?

- Orang Kampong - said...

hehe.. dah tak reti nak berniaga.. mesti nak salahkan orang cina...
kata orang Cina tak kira halal haram la.. itu la ini la..

Kenapa orang yahudi pandai berniaga yek?
Kenapa orang arab pandai berniaga yek?
Kenapa nabi pandai berniaga yek?

-Orang Kampong-

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).