Monday, March 15, 2010

Pengajaran Daripada Penangguhan Bil GST

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BULAN lalu kita bincang dengan panjang lebar mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Servives Tax – GST) bila pakar percukaian kerajaan, Datuk Kamariah Hussain, dilaporkan berkata cukai itu tidak akan membebankan pengguna.

Katanya, GST akan mengurangkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Ertinya beban cukai rakyat jelata berkurangan RM1 bilion.

Tetapi tidak lama sebelum itu, Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata GST akan meningkatkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Maksudnya beban pengguna meningkat RM1 bilion.

GST ni cerita lama. Zaman Tun Hussein dulu dah cakap. Zaman Tun Dr Mahathir pun cakap juga. Tapi hanya pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini era Mohd Najib Abdul Razak, pemerintah beria-ia melaksanakannya.

Kita tidak menafikan keperluan kerajaan terus mencari hasil untuk mentadbir dan membangunkan negara. Tetapi kita juga tidak boleh mengenepikan kepentingan dan kebajikan rakyat jelata.

Sekarang, setelah jelas bahawa cadangan GST itu mendapat tentangan rakyat jelata dan menghadapi ancaman tunjuk perasaan di Bangunan Parlimen, Pentadbiran Mohd Najib membatalkan bacaan kali kedua rang undang-undang cukai baru itu.

Kita harap penangguhan ini bukan taktik politik atau percubaan mengelirukan perbahasan mengenai isu ini, tetapi kerana pemerintah telah sedar bahawa ia telah tergesa-gesa membentangkan rang undang-undang itu.

Kalau ditanya para pakar dan penasihat yang hanya peduli soal hasil kerajaan tetapi kurang peduli atau tidak peduli akan kesuntukan hidup rakyat jelata, memanglah apa jua kaedah yang boleh menambah hasil kerajaan adalah baik.

Jadi, eloklah mulai sekarang pemerintah turut mendengar keluh kesah dan berdialog dengan rakyat jelata, pembayar cukai dan pengundi daripada hanya mengiakan nasihat pakar dalam dan luar negara. Mereka ini hanya peduli mengenai gaji dan yuran yang mereka peroleh.

Kalau tidak, bukan sahaja pemerintah akan menjadi lebih tidak popular, tetapi yang lebih memalukan ialah apabila ia terpaksa melakukan “flip-flop” pada saat-saat akhir.

Apatah lagi Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa era Internet telah merobohkan banyak benteng yang memisahkan manusia.

Kini, jika beliau peka, beliau boleh memperoleh maklum balas bukan sahaja daripada media massa arus perdana, tetapi lebih banyak dan meluas daripada saluran maklumat yang berlandaskan Internet.

Hal yang sama haruslah juga diamalkan dalam usaha merangka Model Baru Ekonomi dan apa jua dasar atau rancangan yang menyentuh kepentingan umum.

Lagipun, apalah salahnya pemerintah mendengar keluh-kesah rakyat jelata dan meminta nasihat mereka yang berpengalaman, khasnya veteran dalam pelbagai bidang.

Orang lama ni mereka tidak ada cita-cita lagi selain membantu agar masa depan anak cucu mereka dan anak cucu kita sejahtera, aman dan makmur.

Rasa-rasanya, tidak ada seorang pun daripada mereka yang hendak jadi Perdana Menteri atau Presiden Umno semula.

Sebaliknya, orang muda dan para penasihat yang sentiasa memuji dan memuja Perdana Menteri itulah yang perlu diperhatikan.

Bukan apa, kita takut mungkin – saya ulang, MUNGKIN -- ada di antara mereka yang bercita-cita politik dan korporat atau setidak-tidaknya pun untuk menjaga dapur agar terus berasap.

Ibarat kata ungkapan Melayu, sokong membawa rebah! Nasihat umpama jadam. Pahit, tetapi kalau dituruti boleh menjadi penawar kepada racun yang paling bisa. Gula memang manis, tetapi mati semut kerana gula.

70 comments:

Anonymous said...

Salam Dato',

Lega sementara. Ditangguhkan tak bermakna digugurkan...bila keadaan sesuai ia akan timbul semula.

Saya rasa GST ni semacam dengan VAT di UK. Mekanisme pemungutan yang mudah ialah ialah melalui pekedai / peniaga spt mana kita bayar cukai perkhidmatan kat hotel, KFC, McD, dsb.

Kalau nak kan GST tentu ada cukai lain yg kena kurangkan. Kalau tak ada yg kurang tapi tokok dgn GST, alamat meluap2 lah rakyat marahkan gomen. Lagi cepatlah UMNO/BN tumbang.

Satu yg amat merunsingkan saya ialah cara pemungutan GST tu. Kalau melalui pekedai, kita pun tahu sangat feel sebahagian pekedai/peniaga dalam Malaysia ni...menipu atau mengelat jika ada peluang. Ada alat penimbang..diubah suai supaya memihak kepada mereka. Ada meter air..buat by-pass curi air spt di Selangor. Ada meter teksi tapi tak mahu guna meter. Ada satu permit lori tapi gunakan utk tiga lori di tiga bandar berasingan. Ambil GST daripada orang ramai..tapi yang dideclare kat kerajaan tak sebanyak yg diterima. Kat kedai ada macam-macam buku resit..yg dideclare kat HASIL tak sebanyak transaksi sebenar. Akhirnya, target pungutan yg dibuat dalam kertaskerja tak tercapai sepertimana tak akan tercapainya nanti output sasaran Empangan Bakun jika ia berjaya beroperasi. Yang pasti pakar perunding yang membuat kertaskerja dah dapat habuan penuhnya, syraikat yg dapat permit mengimpot/mengedar cash register machine dah dapat habuannya; kerajaan dapat kutip hasil GST kurang dari sasaran asal...bla..bla..bla..

Bunyinya saya ni pesimistik aje. Terlalu banyak contoh sekeliling kita dimana kerajaan tak berupaya memantau sepenuhnya apa yg berlaku. Kalau masalah ulat tiket dan ulat parkir pun tak mampu diatasi, macam mana nak kawal peniaga yg songlap GST. Apa yg berjaya di Barat atau Jepun tak semestinya akan berjaya di sini, sekurang-kurangnya untuk masa ini.

Apa pun tahniah kpd DS Najib kerana tangguhkan Bil GST ni..rakyat didahulukan. Lain kali consult juga orang-orang lama spt kata Dato AKJ ni. Dah pun cakap "internet melepasi banyak tembok" maka eloklah jadikan saluran internet ni sebagai sumber maklumat tambahan mendengar suara rakyat. Flip-flop ni tidak semestinya buruk; litar terkamir digital direkabentuk berasaskan pintu logik manakala banyak pintu logik pula menggunakan ciri flip-flop litar transistor. Tapi kalau DS Najib jadi sinonim dengan flip-flop alamat cepat flop lah Dato'. Gurau aje ni.

Pak Hj JB.

langit biru said...

Assalamualaikum Dato'

NAJIB-RM dok sibuk dengan FACEBOOK,TWITTER-dok melayan peminat-peminat macam selebriti pulak!

Mana ada masa nak kaji GST. Bagi je arahan kpd Kamariah....tup-tup bentang di Parlimen!

Antara GST dan Harga Minyak Naik, salah satu akan jadi kenyataan! Tak jadi GST, BN naikkan harga minyak!!! Tak naik harga minyak, naik GST.

Inilah contoh penyamun tarbus berlesan secara SAH dan HALAL oleh pemikir UMNOBN!

Gaji kakitangan gomen dok tahap tu jugak!


Oooop! Mohon maaf lari dari topik sikit. MCKK jatuh merudum prestasi PMR dan akedemiknya. Manakan tidak, Pengetua bergred hakiki JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) dok sibuk berpolitik. Ada guru kanan jadi Setiausaha Bahagian UMNO pun ada! parah la macam ni!!

Mamat said...

Salam Datuk Kadir yang dirindui,

Tadi saya makan kat kedai mamak. Rava tosei dengan teh tarik nipis kurang manis. Kat depan saya seorang lelaki, jelas benar dia pekerja kilang berdekatan.RM2.20 boleh makan rava tosei ngan teh tarik. Kalau roti canai kosong, murah sikit. Dah kenyang untuk pagi. Perut dah kejap baru boleh buat kerja. Terlintas di fikiran saya waktu itu apa lelaki itu tahu tentang skim baru beratus-ratus juta ringgit yang hendak ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia guna duit rakyat? Orang lelaki seperti itu tidak kuasa nak ambik tahu. Kalau nak ambik tahu pun bukannya faham. Jauh sekali nak persoalkan aspek undang-undang bagi pengumpukan duit yang maha banyak tu, kat poket sapa duit tu akan masuk ? Tak kuasa nak paham laporan Jabatan Audit Negara tiap-tiap tahun.

Yang dia tahu, cukup bulan dapat gaji, bawak balik kat anak bini.Ni nilai ringgit makin hari dah makin susut. La ni, apa boleh dibeli dengan RM5? Harga barang makin hari makin naik dia memang paham. Naik macam mana pun, anak bini nak juga kena bagi makan. Kasihan kan Datuk ? Kalau gaji kita bersih RM800 sebulan, apa kita makan anak-beranak, kat tengah-tengah pekan macam ni?

Mana nak paham pasai GST pulak.Apa kena-mengena GST ngan aku ? Kami ni dengan taatnya tiap-tiap dua bulan pi bayag 5% ufti kat kastam, macam bayag zakat. Tak GST ka tu ? Senang cerita Government nak buat duit daripada duit yang rakyat buat.

Bila government tak dak duit dia reka-reka aja cara dan jalan untuk buat duit lagi daripada titik peluh rakyat. Jalan untuk pakai dana rakyat. Tapi bila rakyat bagi mandat, tak pulak dia buat kerja betui-betui. Tiap-tiap tahun, audit report tunjuk, penyelewengan berlaku. Pembaziran berlaku. La ni reka mai, GST la, skim perlindungan insuran pihak ketiga la.

Ni la nak cakap pasai kontrak sosial (macam mana omputih paham) di antara rakyat jelata dengan raja yang dah termaktub dalam Sejarah Melayu lama dulu di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Government ni bila nak kuasa mai sembah rakyat mintak mandat. Bila dah pegang mandat kena la beringat. Kalau seleweng nanti rakyat meluat.Jangan ditambah-tambah sengsara rakyat. Jangan dilukai lagi hati kami dengan cukai-cukai itu dan ini.

Mista Blogga said...

Salam Dato'

from the look of it, najib seems to be getting economic advice from those of pak lah admin. flip flop, from the now abandoned multi-tiered fuel subsidy to now highly questionable gst!

sigh...

Anonymous said...

Salam....

Apa yg takut sgt nak buat sesuatu ni? Kalau takut...jgn dihebahkan idea tu.Nanti org ramai ingat kerajaan sekarang takut!Sikit² takut...nak buat itu ini...hebahkan, lepastu test market. Byk komen negatif...tangguh!Siapa la yg jadi penasihat kerajaan Malaysia skrg ni? Org ramai sekarang ni pun sudah mula bercerita ...Kerajaan Malaysia sekarang ni dipimpin oleh org yg tidak tetap pendirian! Harap dapat berubah dengan segera demi kepentingan negara ini.....


Malik Klang

Roti Planta said...

Dato',

Kerajaan perlukan duit untuk pembelanjaan pembangunan. Langkah paling mudah ialah kutip cukai daripada rakyat.

Pada zaman dahulu kala apabila anak raja selesai berjoli dan kalah sabung ayam, maka mereka akan tunggu di titi (jambatan) dan kutip duit daripada penduduk yang terpaksa lalu kerana hendak 'cari makan' dikebun. Penduduk terpaksa bayar kerana itu sahaja pilihan yang ada dimana mereka tidak boleh menukar pemerintah walaupun dibenci, memeras rakyat dan zalim.

Adakah kerajaan sekarang pun mahu mangambil jalan yang mudah dengan senag-senang mengenakan cukai kepada rakyat sedangkan kerajaan sepatutnya memikirkan kaedah lain yang tidak membebankan rakyat.

Negara kita adalah kaya dan makmur jika kerajaan tidak boros berbelanja dan tidak menganggap harta negara adalah harta untuk faedah adik-bini sahaja.

Bye/Roti Planta

gagak said...

PENERANGAN RINGKAS CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (CBP)@GST

Apa itu GST

GST adalah cukai kepenggunaan berperingkat yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat rantaian bekalan. GST akan menggantikan Cukai jualan dan cukai perkhidmatan ianya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif telus dan mesra pelanggan

contoh pengiraan GST

PEMBEKAL
Harga jualan RM10
Tambah GST 4%
Jumlah RM10.40
GST dikenakan Rm0.40
Tolak GST telah dibayar RM0.00
GST kena Bayar RM0.40

PENGILANG
Harga jualan RM50
Tambah GST 4% RM2.00
Jumlah RM52.40
GST dikenakan Rm2.00
Tolak GST telah dibayar RM0.40
GST kena Bayar RM1.60

PEMBORONG
Harga jualan RM70
Tambah GST 4% RM2.80
Jumlah RM72.80
GST dikenakan RM2.80
Tolak GST telah dibayar RM2.00
GST kena Bayar RM0.80

PERUNCIT
Harga jualan RM100
Tambah GST 4% RM4.00
Jumlah RM104.00
GST dikenakan RM4.00
Tolak GST telah dibayar RM2.80
GST kena Bayar RM1.20

PENGGUNA

Harga jualan RM100
Tambah GST 4% RM4.00
Jumlah RM104.00
GST dikenakan RM0
Tolak GST telah dibayar RM0
GST kena Bayar RM4.00


inilah kebaikan yang kita kan perolehi sekiranya GST dilaksanakan jika konsep lama iaitu cukai julan pula hanya dikenakan kepada pengilang sahaja contoh harga diatas

HARGA JUALAN PENGILANG
RM50.00 sama diatas
CUKAI JUALAN 10% RM5.00
PERBEZAAN GST-RM1.00(GST LEBIH MURAH)

dan kos ini akan dikenakan kepada pengguna akhir.

sama juga dengan konsep cukai perkhitmatan sekarang iaitu 5%
terus dikenakan kepada pengguna akhir.

Contoh harga jualan

RM50.00
Cukai perkhitmatan 5% RM2.50
GST 4% RM2 (GST JIMAT RM0.50)

banyak lagi penjimatan akan kita perolehi saya akan beri dilain masa....

Ingatlah sekiranya pembangkang menguasai negara kita GST juga akan dilaksanakan kerana menjelang tahun 2015 negara akan kekurangan hasil yang begitu mendadak kerana 2015 kebanyakan duti import akan menjadi 0%

ab said...

Salam dato,


Kalau bolih dato sampaikan kepada PM....


1.THE FACT IS...kebanyakan rakyat jelata tidak dapat menampung kos sara hidup kini...THE PRESENT COST OF LIVING IS ALREADY TOO HIGH for most of the ordinary peoples.


2.THE BASIC economy is, A PERSON must work and earn, and the rest of the economy story just follows this....


Hampir 90% pekerjaan di negara ini adalah disektor swasta. Sektor swasta membayar upah lebih tinggi dari sektor kerajaan.

Didalam keadaan sebegini pun pembayar cukai teramai adalah dari sektor swasta juga.


MACAMANA UPAH NAK TINGGI LAGI kalau
`ruang' jualan do macam tu juga, ruang ekspot dok macam tu juga....TAK ADA INSENTIF BAYAR LEBIH GAJI di hampir keseluruhan sektor swasta.


MACAMANA KALAU KERAJAAN bayar gaji sektor awam setinggi gaji disektor swasta sekarang??, SO SEKTOR SWASTA ndak tak ndak akan bayar upah lebih tinggi....lebih la duit untuk beli itu beli ini, termasuk
bayar cukai...termasuk inflasi.


3.KERAJAAN MENGGALAKAN PEMBAZIRAN PEMBELANJAAN yang ketertaluan!!.

Harga `intrinsic value' kereta, faedah bank,bill talipon,bil eletrik adalah mungkin 30% dari nilai harga jualan sekarang......


Kalau sebuah kereta harga 15-20 ribu ringgits dijual pada 60-80 ribu ringgit, MAKNANYA pengguna dah GUNAKAN 45-60ribu ringgit lebih dari sepaturnya, dan jumlah 45-60 K ini memerlukan pendapatan
1-2 tahun untuk `cover' balik perbelanjaan yang lebih itu,( dari pendapatan orang kebanyakan). Kalau BANK HENTAM 100% interest pulak ,jadi 120-180 K,maknanya habis `future earnings' 5-6 tahun!! bukan digunakan olih rakyat,TAPI DI TELAN OLIH CAR DEALER/DISTRIBUTOR/BANK!.


Bil domestic tertinggi sekarang adalah bil telepon(handset/fixed line telepon)..Yang kedua tinggi, bil eletrik(paling tinggi ialah bil petiais,kedua airconditioner/ and kipas angin...PASAI APA GOMEN TAK TURUNKAN DAN PASTIKAN KOMPENI-KOMPENI ni caj rendah sikit!


Laa ni,bil bercakap dan dok sejukkan makanan dan badan LEBIH MAHAL DARI KOS MAKANAN dan minuman!!!,tak kan nak hidup dengan bercakap dan sejukan badan saja kut!.


IN SUMMARY, THE EARNINGs of ordinary peoples in malaysia is at present below the cost of a `decent'life. KALAU DOK TEKAN LAGI...mampuih `terjeghe' depa ni...


OUR EARNING dah tak cukup untuk hidup kat bumi,tapi jangan la gomen suruh orang kebanyakan guna kos itu untuk HIDUP DIKAYANGAN!!


YANG DOK nasihat PM tu...PARI-PARI DARI KAYANGAN KUT ni! ....welcome to earth and welcome to this earthlings,earthy living bros!!


Abu Bakar Ab Rahman

foo wy len said...

Datuk,
Apabila saya bersara pada tahun 2007, sempat juga saya menerima kenaikan gaji yang terakhir saya.Rasa saya pada ketika itu, sekurang-kurangnya kenaikan gaji ini bolehlah menampung kos hidup yang kian meningkat ini. Tetapi betapa meleset jangkaan saya. Kini kopi secawan dah RM1.20, roti telur tanpa bawang dah RM1.50 dan kita bukan cakap tentang harga di kedai mamak tapi warung di tepi jalan! Harga ikan tak payah cakaplah! Dengarlah keluhan kami pesara ini!

saji said...

Sdr gagak

GST adalah cukai kepenggunaan berperingkat yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat rantaian bekalan. GST akan menggantikan Cukai jualan dan cukai perkhidmatan ianya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif telus dan mesra pelanggan

Sdr seperti kerajaan cuma menjelaskan kebaikan sistem pencukaian GST kepada kerajaan dan rakyat. Boleh selepas ini sdr jelaskan keburukannya yang memungkinkan GST ditangguhkan itu. Kerana apa yang saya tahu setiap sistem Barat ada kebaikan dan keburukannya.

Anonymous said...

Saya pun berfikiran serupa dengan Pak Hj JB. Bagaimana hendak memastikan tax yang kita bayar kat kedai tu betul-betul sampai ke tangan kerajaan mengetahui sikap "cunning" peniaga-peniaga di Malaysia ini? Kalau dari segi income tax yang biasa pun mereka boleh elak, apatah lagi GST. Saya ada terbaca di mana seorang yang buat business sendiri berkata bahawa mereka enjoy dan spend dulu baru bayar tax, kalau orang makan gaji mereka akan bayar tax dulu baru spend/enjoy.

-tax payer-

Anonymous said...

HAPUSKAN GST yang hanya diberi pada kita untuk sumbat perut buncit peragus harta negara!

Dah bagi abis duit rakyat beli beg LV, kapalselam, ntah hapa2 lagi, nak aku yang bayar hutang2 ko, bining najis? VILE PLUTOCRAT!!

Aku ke yang buat keputusan beli itu ini? Aku ke yang beli kapalselam bilion2 tapi tak dapatnya menyelam kapal bangang tu? Bagus namakan 'kapaltakselam', mangkuk!

Aku cadangkan kita semua masukkan nama2 peragut duit rakyat ni ke Vile Plutocrat (https://thevileplutocrat.com/bile/report_vile_behavior/). Dia ni website yang memberi expose mangkuk2 macam Madoff dan suma disgusting, vile perampas harta rakyat dari pelbagai negara di dunia. Senaraikan karparat najis tu dalam senarai sekufu dengan madoff!!

- Jangan GST kat aku, bukan aku yang beli kapal selam tak tau menyelam!! a.k.a Bayar hutang tu sendiri, jangan nak forward kat aku hutang2 ko, aku dah kerja 3, 4 part-time dah ni nak menyara keluarga, paham!!! -


man remos

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Jika kita melihat dari aspek logik, masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST adalah selepas impak dan kesan-kesan Model Ekonomi Baru (MEB) terhasil.

Ini adalah kerana objektif asal MEB itu adalah untuk meningkatkan pendapatan aggregate rakyat jelata yg akhirnya menjurus kpd peningkatan pendapatan negara. Pada pendapat saya, selagi impak dan kesan-kesan MEB tidak terhasil, selagi itulah jangan dilaksanakan GST ini.

Barulah adil saya rasa. Barulah MEB nanti boleh ditafsirkan sebagai mempunyai strategic multi-pronged approach. Barulah MEB itu nanti akan menjadi “the causal” kepada perlaksanaan GST. Bukan GST menjadi causal kpd MEB (tak tahulah kalau itu yang kerajaan mahukan?).

Jika kerajaan hendak melaksanakan GST secepat mungkin, kerajaan kenalah pastikan MEB menghasilkan impaknya secepat mungkin juga. Kalau impaknya tidak dirasai oleh rakyat, menteri-menteri yang dok ada tu kenalah digantikan.

Barulah selaras dengan konsep ‘performance management’ yang PM war-warkan itu – “people first, performance now” dan “it’s not the output that matters, it’s the outcome”.

Sekarang ini, satu outcome pun tak nampak lagi. Hanya output sahaja yang asyik diberi penekanan. Itupun dah mula dok “flip-flop”. Macam mana?

Dahulu, cara kerajaan hendak mendapatkan hasil cukai yg besar adalah dengan melaksanakan konsep pengswastaan di mana kos operasi kerajaan dikurangkan dan pulangan cukai bertambah akibat peningkatan pendapatan daripada syarikat-syarikat terbabit.

Kadar cukai tidak dinaikkan tetapi kesan pengswastaan itu berjaya meningkatkan pendapatan hasil cukai kerajaan. Causal effect yang sebeginilah yang mesti difikir dan dilaksanakan. Bukan sebaliknya.

Saya sememangnya menunggu-nunggu pengumuman MEB ini. Nak lihat adakah ianya nanti selaras dengan apa yang PM dok cakap.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

saji said...

Sdr Roti Planta

Sdr, antara lain berkata, Negara kita adalah kaya dan makmur jika kerajaan tidak boros berbelanja dan tidak menganggap harta negara adalah harta untuk faedah adik-bini sahaja.

Maksud kerajaan tidak berbelanja boros itu apa? Atau, sdr setuju dengan apa yang sering diuar2kan oleh pembangang berikut, khasnya

1. Pemberian peluang perniagaan seperti projek, konsesi dsb tanpa tender terbuka atau direct nego?

2. Penganjuran sukan mewah seperti monsoon cup?

3. Pelaksanaan projek tidak digunakan secara optima seperti masjid kristal?

4. Jamuan makan rakyat?

5. Iklan besar-besaran mempromosi
ides PM seperti 1 Malaysia?

6. Penagguhan rancangan kerajaan seperti GST?

7. Pembatalan projek kerajaan melibatkan bayaran pampasan seperti projek jambatan bengkok?

OKJ said...

Salam DAKJ

‘An insult to common sense’ kata suratkhabar

Saya nak bercerita sikit tentang London Underground. Ianya bermula lebih 150 tahun yg lalu. Pada tahun 1862, apabila pakar-pakar engineer mereka nak memperkenalkan London Underground, pertama sekali yg membantah adalah suratkhabarnya. “An insult to common sense” tajuk besar suratkhabar The Times pada masa tu. Walaupun begitu, setahun kemudian iaitu 1863, Meropolitan line dirasmikan. Seperti biasa, pada mulanya keadaan yg tak sihat tetapi akhirnya dalam tempoh setahun saja, lebih 10 juta penumpang menggunakannya. Metropolitan line masih ada sampai harini.

Selepas kejaaan Metropolitan line, muncullah pula District dan Circle line. Kemudian mereka mula mengali dengan lebih dalam termasuklah Central, Bakerloo dan Picardilly line. Landasan yg paling baru seperti Victoria line dibuat pada tahun 1968 dan Jubilee line tahun 1979 iaitu lebih 30 tahun dulu. Dan sekarang dalam kota Londan sahaja, lebih kurang 14 underground dan overground line dan lebih 3 juta penumpang menggunakannya setiap hari. Ini tak termasuk lagi yg menggunakan national railway.

Macamnilah, sedangkan Kota London yg canggih pun ambil masa selama lebih seratus tahun untuk mewujudkan sistem public transportnya, inikan pula kita. Itupun, empayar inggeris pada kurun yg lalu amatlah kaya sehingga boleh membentuk negara negara komenwel. (Rasanya tak payah nak ceritalah macammana mereka jadi kaya). Walaupun begitu, ini belum lagi dicerita tentang tax-tax yg dikenakan disana dan peratusannya. Masyaallah.

Cuba bandingkan pula dengan negara kita yg baru je 50 tahun merdeka. Mat Salleh sendiri kagum dengan pencapaian kita tapi orang kita sendiri merendah-rendahkan negara sendiri. Tak tahu nak cakaplah. Dan tak lupa, sejarah juga telah membuktikan bahawa komen dari suratkhabar pada masa tu SALAH. Sekian TQ.

Roti Planta said...

Dato',

Senang sahaja nak laksanakan GST ini tanpa bantahan daripada rakyat. Tukar nama daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Faedah Barang dan Perkhidmatan (GSI).

Banyak dah kes lain kalu tukar nama maka selesai masalah bila orang nampak macam bagus aje.

Bye/Roti Planta

Melayu Daif said...

Macam mana dia kira tak membebankan rakyat saya tak faham. Yang saya nampak kalau jadi GST saya kena tambah 5% atas setiap amoun pembelian/perkhidmatan. BANYAK tu bagi saya yg gaji rm1800 ni Kamariah Jongang oii!!!

Boleh tak kerajaan mengurangkan perbelanjaan atau mengambil langkah berjimat??

Rakyat macam saya dah cukup sesak kamu lagi nak pijak...bahlol.

pakbelalang said...

Steady lah Najib! I hope he is aware what is going on around him. Baru setahun jadi PM takkan dah "blur"!! Dah mula nak jadi macam Pak Lah pulak, haprak and HP6!!!. Macam dah out of control je!! Kalau dah tak ada stamina to move forward just get ready to step down quickly. Don't wait any longer and dragging down further the confidence of the rakyat.

A good leader must always be decisive in making decisions.It is either yes or no!!

Making "play safe" decision is a reflection of a leader who is lacking in confidence.

Anonymous said...

Tolak pi tolak mai, GST kena bayar terkumpul kepada Rakyat akhirnya???
Senang banyak!!


Kempih perut

Tok Kemuning said...

Rakyat tidak lagi terang terangan menentang pencukaian baru di bawah GST ini TETAPI apa yang akan jadi lagi dengan duit cukai ini.

Cukai diperlebarkan skopnya dan subsidi dikurangkan TETAPI perbelanjaan sebenar negara masih tidak telus.

Sebelum kita bincang soal perlu atau tidak GST adakah cukai yang dipungut dapat dibelanjakan dengan telus dan secara berfaedah kepada negara.

Setakat ini perbelanjaan negara tak pernah cukup walaupun boleh dikatakan setiap tanggungan yang dulunya agak membebankan sudah diswastakan. Lebuhraya, air, letrik, pembentungan, sampah dsb tetapi duit masih tidak cukup juga.

Anonymous said...

Datuk, Salam.

Saya setuju dengan ramai pembahas iaitu yang mendapat tentangan orang ramai bukan cukai GST atau apa-apa juga bentuk percukaian. Kita sudah biasa bayar macam-macam cukai.

Di antara negara membangun yang sama taraf, beban cukai kita adalah antara yang tertinggi. Tetapi sejak zaman Tun Daim pada tahun 1980an, beban cukai terus iaitu cukai pendapatan dikurangkan secara progresif. Tetapi ini tidak memberi kesan kepada majoriti sebab pendapatan mereka di bawah kadar kena cukai.

Yang membebankan dan agak tinggi di Malaysia adalah cukai dan bayaran kepenggunaan atau consumption tax yang banyak bentuknya seperti cukai pintu, cukai beli kenderaan bermotor, cukai jalan, cukai jualan dan perkhidmatan, cukai kastam dan bermacam-macam bentuk perolehan kerajaan.

Itupun rakyat tidak protes. Yang rakyat terkilan ialah pulangan cukai ke atas mereka tidak sebanyak mana dan nyata tidak dalam bentuk yang cekap dan berkesan sedangkan habis semua hasil cukai digunakan untuk gajian (emolumen), bayaran faedah pinjaman dan pencen.

Boleh kata tidak ada duit cukai yang lebih untuk pembangunan dan bayar hutang. Untung pembangunan kerajaan kena berhutang yang bebannya ditanggung oleh generasi sekarang dan akan datang.

Satu lagi, ramai orang kaya dan syarikat korporat bukan saja dibagi kelonggaran tapi ramai yang tidak jelaskan cukai hingga hutang cukai mereka berjumlah berbilion-bilion ringgit.

Untuk atasi ketidak cekapan kutipan cukai korporat dan cukai pendapatan orang kaya ini, kerajaan cadang cukai GST sebab cukai GST mudah dikutip atas dasar siapa yang beli barangan atau perkhidmatan akan kena cukai. Tak boleh lagi tak boleh tipu dan tak boleh merayu.

Jadi bukan saya applikasi hasil GST dan macam-macam lagi cukai yang kita pertikai, tetapi cara kerejaan bagi penerangan seolah-olah mereka tidak tahu macam Menteri Kewangan Kedua yang blur itu atau mereka sangka kita semua bodoh.

Dulu kita tak ada jalan bertukar fikiran. Jadi orang cerdik yang tahu tidak boleh bagi tahu orang yang tidak tahu. Sekarang melalui Internet kita boleh beri tahu satu sama lain. Jadi kerajaan dan Menteri Kewangan cubalah cerdik sikit. Jangan cakap sedap rasa sampai buat hati rakyat jelata sakit. Ingatlah rakyat ada kuasa.

Pembangkan pun kena ingat juga. Jangan seronok bantai kerajaan saja takut2 kalau mereka berkuasa, mereka pun tekan rakyat jelata dengan macam-macam cukai dan perolehan juga.

Zaman dulu, bila ekonomi merudum menteri dan pegawai tinggi kerajaan potong gaji. Sekarang mereka utamakan gaji dan keselesaan mereka. Yang dulu susah adalah rakyat jelata.

Ex-Banker

Anonymous said...

Pass GST Bill and face the Rakyat's wrath. BN will be doomed at next GE if they keep putting up rates and taxes. Everything going up our Standard of living coming down. Ordinary people can't make ends meet. Only a few getting richer.

Beware of the hungry rakyat's wrath.

minah ronggeng

malaysian sabahan said...

Secara keseluruhannya GST ini akan menambahkan Hasil Negara. Bila Negara punyai wang, suadah semestinya Pembangunan Negara akan senang dilaksanakan. Malangnya Kerajaan dan pemimpinnya menyalahgunakan wang rakyat dengan amalan Rasuah dan kronisma. Pemerhatian saya - Tiada satupun Pemimpin UMNO (AJK Bahagian, Pemuda & Wanita) di tempat saya yang tidak mempunyai Rumah yang Cantik dan Kereta Pacuan Empat roda dan juga rata rata anak anak mereka yang melanjutkan Pelajaran mendapat Biasisiwa. Saya bersetuju GST dilaksanakan tetapi tidak bersetuju dengan cara Kerajaan menyampaikan Hasilny kepada Negara. INGAT! bukan Ahli UMNO saja yang membayar GST.

Anonymous said...

salam dan selamat pagi Datuk

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

kenapa kita perlu takut dengan GST sebenarnya apa yang ditakutkan oleh kerajaan sekarang ialah penyampaian kepada masyarakat, takut di salah tafsir oleh rakyat sebenarnya GST bukan lah satu jenis percukaian baru tetapi ia akan menggantikan sistem yang sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai perkhidmatan, dan sistem ini telah diguna pakai hampir semua negara didunia termasuk di ASEAN kecuali (Malaysia, Myanmar dan Brunei )

Perlu diketahui sekali lagi menjelang 2015 negara akan kehilangan hasil yang begitu banyak hasil perjanjian FTA atau AFTA kerana hampir kesemua barang akan menjadi 0% jumlah duti import yang sepatutnya di pungut.

antara keburukan yang ditakuti sangat oleh kerajaan sehingga sanggup membatalkan bacaan kali kedua di parlimen semalam adalah
1. seperti diatas sistem penyampaian kerajaan yang masih lemah, sepatutnya kerajaan menggunakan medium media massa khusunya TV1,TV2, TV3 dan juga siaran berbayar, serta Radio radio untuk menyampaikan kebaikan secara keseluruhan GST.
2.Kerajaan takut berhadapan dengan mainan politik khusunya dari blog PKR yang kita sedia maklum sentiasa akan menjaja isu sehingga kerajaan sukar untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan atau undang-undang baru.
3.Penguatkuasaan yang akan menguatkuasaan Akta GST . Buat masa sekarang LHDN dan KDRM bersaing untuk mendapatkan GST. di negara lain hampir 90% menggunakan LHDN sebagai penguatkuasa yang akan menjalankan tugas-tugas pemungutan GST. tetapi KDRM pula berpengalaman menjalankan pemungutan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

rakyat juga tidak perlu dihantui dengan kenaikan harga barang dan makanan ini kerana untuk barang makanan GST yang dikenakan ialah 0%,begitu juga dengan lebuhraya 0%. GST ini hanya akan dirasai oleh golongan mewah dan golongan pertengahan atasan.

GST hanyalah menggantikan Cukai jualan dan cukai perkhitmatan sahaja.

InsyaAllah jika saya ada kelapangan saya akan beritahu kenapa peniaga lebih suka GST berbanding Cukai Jualan dan Cukai perkhidmatan.

Salam, GAGAK

saji said...

Salam Dato'

GST dikatakan sebagai cukai kepenggunaan berperingkat yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat rantaian bekalan. GST akan menggantikan Cukai jualan dan cukai perkhidmatan ianya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif telus dan mesra pelanggan

Bunyainya sedap. Tetapi, agak-agak Dato', bolehkah GST ini mengurangkan beban Jabatan Kastam dan Jabatan Hasil dari segi keperluan mengaji tenaga kerja yang ramai dsb iaitu seperti yang dialami oleh sistem pencukaian sedia ada, disamping kegiatan penyeludupan?

Anonymous said...

Pada permahaman saya yang tak seberapa ni, jika GST dilaksanakan selalunya akan diikuti dengan penurunan pada kadar cukai pendapatan. YA2010 26% mungkin di masa depan akan turun kepada 17% macam Singapura/Hong Kong. Jika itu berlaku, golongan2 makan gaji middle class (tanpa tanggungan spt orang bujang atau punya anak sikit) akan untung. Cukai pendapatan rendah dan mereka tidak banyak "consume" jadi bayar GST pun kurang.

Yang parahnya golongan2 miskin yang sekarangni tak bayar cukai pendapatan langsung. Jika mereka nak beli barang "luxury" kenalah bayar GST. Tapi kalau hidup hanya beli barang makan & masak sendiri kat rumah, pergi kerja naik public transportation - sepatutnya kos hidup tidak naik kerana barang2 ni termasuk dalam senarai yang dikecualikan.

Kebaikan GST ialah untuk menangkap golongan2 yang kaya tetapi sekarangni tak bayar cukai pendapatan - seperti peniaga2 yang kita tau ada "2 sets of books". Merekani sebenarnya kaya raya & selalu membeli barang2 luxury jadi GST ialah untuk "memaksa" mereka membayar cukai. GST juga berfungsi untuk mendapat income dari non-residents.

Saya personally tidak mahu GST kerana saya akan dibuang kerja, jadi takde savings dalam penurunan kadar cukai pendapatan.. dan kadang2 saya nak beli luxury goods. TAPI, jika saya masih berkerja saya akan pilih GST+penurunan cukai pendapatan.

Kesimpulannya saya rasa GST menguntungkan untuk "middle-class salarymen/women".

M.Khalid

Pandangan Orang Kampung said...

Datuk,

Dasar-dasar awam yang bersangkutan dengan kewangan rakyat jelata kerajaan perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara berikut:

* Sistem komunikasi antara kerajaan hendaklah dua hala. Kerajaan kena dapatkan juga pandangan majoriti rakyat jelata baru buat rumusan.

* Tidak semua formula matematik sesuai dengan formula politik. Formula matematik kata 2 x 5 = 10, formula politik belum pasti begitu.

* Rumusan yang biasanya dibuat rakyat jelata yang menjadi penyokong dan pengundi adalah mengikut keadaan, bukan lagi kaku.

* Kerajaan juga perlu ingat rakyat jarang menggunakan formula matematik terhadap sesuatu yang menekan kehidupan harian mereka sebaliknya mengguna `formula politik' yang sering berubah mengikut keadaan semasa.

* Kerajaan juga perlu beri perhatian kepada Sabda Nabi SAW yang lebih kurang maksudnya," Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran (keingkaran) .

Sekian pandangan/komen saya.

Ahmad Zack said...

Minta kerajaan pertimbangkan dulu cadangan GST atau menaikkan harga minyak, kiranya ini berlaku, tentu harga barang akan naik & membebankan rakyat, mungkin belum masanya untuk Malaysia amalkan GST, tentu ramai bijak pandai dan professor yang boleh dirujuk untuk meningkatkan pendapatan negara, bukan hanya dari rakyat semata-mata... cost of living is already too high now..

saji said...

Sdr Roti Planta

Senang sahaja nak laksanakan GST ini tanpa bantahan daripada rakyat. Tukar nama daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Faedah Barang dan Perkhidmatan (GSI).

Tak semudah, jika benar Model Ekonomi Baru (MEB), Najib ciplakan Agenda Ekonomi Baru (AEB) Anwar

Roti Planta said...

Sdr Saji
???
Saya tulis Negara kita adalah kaya dan makmur "jika kerajaan tidak boros berbelanja"

jadi baca betul2...

Bye/Roti Planta

pemerhati tanap parti said...

Salam Dato'
pada pendapat saya banyak lagi punca pendapatan yang boleh diperolehi oleh kerajaan dengan tanpa perlu untuk membebankan rakyat tetapi dengan mengenakan kepada rakyat asing yang bekerja di Malaysia seperti kadar bayaran rawatan di hospital kerajaan sebanyak Rm50 dikenakan kepada mereka dan cas masuk wad rm 1500 dikenakan pada mereka.begitu juga kadar tol bagi kenderaan Thailand dan Singapura dinaikkan 300 peratus(jangan takut hilang pelancong kerana mereka tetap akan masuk Malaysia,kenakan cukai apa saja pada mereka yang lebih tinggi dari kita termasuklah kereta cukai jalan dan bil letrik dan air berlainan dari yang dinikmati oleh rakyat Malaysia

saji said...

Salam sdr GAGAK

Sdr berkata, antara keburukan yang ditakuti sangat oleh kerajaan sehingga sanggup membatalkan bacaan kali kedua di parlimen semalam adalah

1. seperti diatas sistem penyampaian kerajaan yang masih lemah, sepatutnya kerajaan menggunakan medium media massa khusunya TV1,TV2, TV3 dan juga siaran berbayar, serta Radio radio untuk menyampaikan kebaikan secara keseluruhan GST.
2.Kerajaan takut berhadapan dengan mainan politik khusunya dari blog PKR yang kita sedia maklum sentiasa akan menjaja isu sehingga kerajaan sukar untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan atau undang-undang baru.
3.Penguatkuasaan yang akan menguatkuasaan Akta GST . Buat masa sekarang LHDN dan KDRM bersaing untuk mendapatkan GST. di negara lain hampir 90% menggunakan LHDN sebagai penguatkuasa yang akan menjalankan tugas-tugas pemungutan GST. tetapi KDRM pula berpengalaman menjalankan pemungutan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Bagi saya, semua itu masalah kerajaan UMNO/BN dan jangan salah pembangkang.

Sdr boleh terus mencari keburukan/kelemahan GST. Tetapi, jawapan yang saya pernah berikan kepada pihak IIM (Institut Intigriti Malaysia) dalam menjawab persoalan yang lebih kurang sama ialah, sistem2 ciptaan Barat hanya sesuai dan berkesan jika ianya dilaksanakan di negara2 yang indeks rasuahnya rendah,di samping rakyatnya amanah, berintergriti dan bertanggungjawab atau telah membudayakan nilai2 murni tersebut dalam kehidupannya.

mad said...

kepada saudara gagak. masyarakat bukannya takut dengan gst tapi takut cara perlaksanaannya yang dikhuatiri tidak telus seperti kebanyakkan polisi2 kerajaan yang terdahulu. ramai masyarakat sudah kurang percaya dengan kerajaan semenjak ramai yang sudah celik it. jangan salahkan rakyat kalau sudah kurang keyakinan terhadap pemerintah yang banyak retorik. pembatalan pembacaan peringkat kedua gst di parlimen lebih meyakinkan rakyat bahawa gst byk keburukan kepada rakyat. hanya kerajaan yang mendapat keuntungan hasil gst tapi rakyat yang merana. tak perlulah saudara gagak menerangkan secara terperinci tentang gst. rakyat biasa seperti saya yang kais pagi makan pagi memang tak kisah semua itu. bentang atas kertas memanglah cantik. tengoklah alasan kerajaan menaikkan harga minyak beberapa tahun lalu dengan alasan wang yang diperolehi hasil kenaikkan itu akan digunakan utk memperbaiki sistem pengangkutan awam. apakah sekarang ini sistem pengankutan awam sudah semakin baik? ini cuma satu contoh saja. banyak lagi contoh yang tak perlu saya tuliskan disini. ketirisan kewangan negara yang dilaporkan ketua audit negara setiap tahun sudah cukup bukti mengapa saya tidak yakin dgn kerajaan yang ada. mungkin sebab ketirisan inilah mengapa kerajaan perlu sangat2 gst ini. pmu

saji said...

Sdr GAGAK

Sdr berkata, antara keburukan yang ditakuti sangat oleh kerajaan sehingga sanggup membatalkan bacaan kali kedua di parlimen semalam adalah
1. seperti diatas sistem penyampaian kerajaan yang masih lemah, sepatutnya kerajaan menggunakan medium media massa khusunya TV1,TV2, TV3 dan juga siaran berbayar, serta Radio radio untuk menyampaikan kebaikan secara keseluruhan GST.
2.Kerajaan takut berhadapan dengan mainan politik khusunya dari blog PKR yang kita sedia maklum sentiasa akan menjaja isu sehingga kerajaan sukar untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan atau undang-undang baru.
3.Penguatkuasaan yang akan menguatkuasaan Akta GST . Buat masa sekarang LHDN dan KDRM bersaing untuk mendapatkan GST. di negara lain hampir 90% menggunakan LHDN sebagai penguatkuasa yang akan menjalankan tugas-tugas pemungutan GST. tetapi KDRM pula berpengalaman menjalankan pemungutan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Bagi saya, itu masalah kerajaan UMNO/BN.

Sdr boleh terus mencari keburukan pelaksanaan GST di negara ini. Tetapi, jawapan yang saya pernah berikan kepada Institut Intergriti Malaysia dalam menjawab peroalan yang lebih kerung sama ialah berikut:

Semua sistem ciptaan Barat hanya sesuai dan berkesan jika ianya dilaksanakan di negara2 yang rekod indeks rasuahnya rendah, disamping rakyatnya semua lapisan telah membudayakan nilai2 hidup murni seperti amanah dan bertanggungjawab atau berintergriti.

affendi hussain said...

Salam semua,

Soal ekonomi & perut rakyat ni adalah isu MAHA SENSITIF.

Jaganlah buat "style ala Pak-Lah" lagi..

Terjun & terjah..bila dah silap - masuk program "flip-flop"...labu dah rosak, tikus yg redah, manusia makan boleh hawar muntah kedarah..

Tengok hasil PRU12.. kalau tak belajar jugak lg memang bengong..

Hah, yg fanatik pembangkang dok sengih tu kat depan skrin tu jgn syok sangat..org pakat sokong hangpa pun pasal ekonomi..bila dah menang hangpa terawang dari bumi terus melencong ke musytari..

Bukan..bukan pasal - liberisasi, hak minoriti, meritokrasi, hak asasi, rasisi dan segala benda bancau basi halusinasi yg korang dok perasan jaja syok sendiri..

Kesimpulannya: 2x5.. dua2 bodo..tak faham bahasa rakyat marhain..kualiti ahli2 politik kita semakin lama semakin buruk.
(",)

alunbm said...

Dato'

Kerajaan nampak nya sekarang sudah sedikit pandai tak macam dulu bodohhh sombonggg dan belagakkk tapi yelah perangai bukan sekelip mata boleh berubah ambil masa jugak!!!

Rakyat sekarang sudah cerdik dapat maklumat dari pelbagai sumber bukan dari surat kabar lama saja macam dulu-dulu.

Apabila hendak melaksanakan sesuatu dasar sepatutnya pembesar-pembesar melayu ni FIKIR FIKIR dulu baru BUAT bukannya buat dulu baru fikir.Jadinya TEKAN BREK ditengah jalan macam kata Nobisha!Makanya tertangguhlah dasar itu dan ini.

Mintalah pandangan dari bawah dulu baru keatas tapi yang berlaku sebaliknya.Kenapa malu ka kat rakyat atau rayat masia ni tak berapa cerdik yang cerdik hanya orang disekeliling yang penuh dengan tipu muslihat atas kepentingan masing2.Silap haribulan sokong membawa rebah macam kata Dato!!!

Macam Manis said...

Dato,

Mungkinkah ada kebenaran didalam unggapan:

There are two distinct classes of men - those who pay taxes and those who receive and live upon taxes. - Thomas Paine

dan

Why does a slight tax increase cost you $200 and a substantial tax cut saves you 30 cents? - Peg Bracken

Syed Mat said...

Disinilah bezanya Tun M dgn Perdana Menteri lain. Selepas era Tun M, kerajaan Malaysia kembali ke era kesultanan Melaka dimana kerajaan mengharapkan pendapatan dari cukai yang dikenakan kepada rakyat.

Sepatutnya kerajaan haruslah bijak menjana pendapatan melalui pelaburan seperti mana diera Tun M. Lihat bagaimana tanah bekas lombong beliau naikkan nilainya berlipat kali ganda.

cmk said...

Salam

Baik setara manapun GST itu, ia tidak lebih daripada sistem ciptaan puak kapitalis yang bersifat berat sebelah. Cuma nampak cantik sebab diletakkan pelbagai kosmetik.

Mana ada sistem ekonomi kapitalis yang benar-benar mensejahterakan rakyat...? Atas kertas memang boleh tulis macam-macam, tapi realitinya, sistem ekonomi kapitalis tetap mengutamakan golongan kaya-raya.

Bagi Golongan "kayap-rayap" pula akan kekal dianaktirikan sampai kiamat. Akan tetapi, bagi mengelakkan golongan ini marah, maka digula-gulakan mereka dengan hal-hal lain agar terlupa bahawa mereka itu dipinggirkan.

Dikatakan jika GST tidak dilaksanakan, lama-lama negara kita susah nak maju. Saya memang tak pandai ekonomi, tapi kalau sistem kafir dikatakan lebih baik dari sistem Islam, saya tak percaya sama sekali...!

Anonymous said...

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".

- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)


Nota:
Antara bapa dan anak..jauh panggang dari api!

minah ronggeng

mad said...

saji kata,

"Semua sistem ciptaan Barat hanya sesuai dan berkesan jika ianya dilaksanakan di negara2 yang rekod indeks rasuahnya rendah, disamping rakyatnya semua lapisan telah membudayakan nilai2 hidup murni seperti amanah dan bertanggungjawab atau berintergriti."

setuju sangat dengan pendapat saudara saji. seharusnya kerajaan membanteras dahulu gejala rasuah secara telus dan jujur. baiki indeks rasuah yang semakin merosot setiap tahun. apabila rasuah sudah terkawal dan rakyat yakin dengan ketelusan kerajaan barulah sistem cukai gst dapat dilaksanakan dengan selesa dan keyakinan rakyat. masalahnya apakah kerajaan bersedia melakukan kerja dengan telus dan tanpa prejudis.

melihat pada keputusan undian di blog datuk beberapa minggu lalu ternyata persepsi rakyat terhadap kerajaan kurang meyakinkan. saya yakin persepsi rakyat ini akan berlanjutan hingga pru13 dan saya tak nampak langkah2 drastik di pihak kerajaan utk memperbaiki persepsi ini. yang nampak ada banyak usaha hanyalah membeli mp pembangkang. tapi ini hanyalah pendapat saya yang kurang arif politik.

A KADIR JASIN said...

Ahmad Husni Hanadzlah seperti dilaporkan oleh NST pada 17-12-2009:

"With the introduction of the GST, he said, the government would receive an additional RM1 billion in revenue in the first year. The revenue from the current sales and service taxes is RM12 billion. He said while the business sector would be able to save RM41.1 billion while the export sector would save RM1.4 billion."

1. Soalnya, kalau sektor perniagaan akan menjimatkan RM4.1 bilion dan sektor eksport RM1.4 bilion, siapakah yang akan membayar cukai yang lebih banyak sehingga hasil GST meningkat RM1 bilion?

2. Kalau difikir-fikirkan, tentulah pengguna terakhir iaitu rakyat jelata.

3. Lagipun, Ahmad Husni sendiri dilaporkan oleh NST dalam laporan yang sama sebagai berkata:

"The GST cover all sectors of the industry and is a tax on final consumption of goods and services."

4. Jadi siapakah pengguna terakhir barangan dan perkhidmatan yang kena GST itu kalau bukan rakyat jelata?

5. Jadi jelaslah beban tambahan RM1 bilion pada tahun pertama itu akan ditanggung oleh pengguna biasa (pengguna runcit).

Terima kasih.

langitbiru said...

Bil GST tangguh.....

MEB khabarnya dibentang dalam 2 fasa. Fasa pertama pada 30Mac, fasa kedua bila?

Soalnya, MEB tu dasar ekonomi untuk Malaysia. DASAR pun ada fasa-fasa pula untuk dibentangkan?

Nampak sangat DASAR tu boleh berubah-ubah, goyang,akar tunjangnya tak seberapa kuat....

.....satu lagi flip-flop kerajaan laki-bini NAJIB-RM

Terongpipit said...

sebenarnya Ayatollah PAS ni takut terlepas kerusi kesayangannya iaitu MB Kelate.Dah 18 tahun dok kat kerusi tu TAPI Kelate dok macam tu juga... Awat nak pecah rekod Tun DrM ke?

Terongpipit said...

Apa ler... Singapork dah jalankan GST dah berapa lama... Hangpa baru dok bincang2... bila nak buat awat hangpa lembab sangat? Takut hilang komision kot? Sungguh memalukan!!!!

alunbm said...

Saya ingin sekali supaya GAGAK[jurucakap GST] dapat memberi ulasan komentar DATO A KADIR JASIN 10:36am tentang isu ini.Kerjasama Gagak amat dihargai.

Anonymous said...

gagak...

boleh tak ko masuk semua kampung dan bandar untuk explain kat orang ramai apa yang ko tulis tu..

merepek la ko nie..

minah ronggeng

Anonymous said...

assalamualaikum wbt

1. gst...memang penting sgt atau hanya semata-mata mau ikut negara lain...

2. rakyat jangan dijadikan sapi perahan dan pemimpin jgn dilayan seperti tuhan

3. ada 2 jenis pemimpin...yg disayangi rakyat dan yg dibenci rakyat..

4. pemimpin yg syok sendiri jgn disamakan dgn pemimpin yg disayangi rakyat..

5. 2 cara menjana keuntungan: meningkatkan pendapatan atau mengurangkan pengeluaran..

6. mengenakan cukai yg lebih kepada rkyat sbg source of income adalah penghinaan kepada rakyat ketika para pemimpin masih lalai dalam pengurusan kewangan negara

7. ds najib harus mengutamakan pengurangan pengeluaran (kurangkan perbelanjaan tak perlu) sebelum naikkan lagi beban rakyat...

8. kerajaan juga harus menjawab isu2 yg 'mengabihkan'(membazirkan wang rakyat seperti: stadium t'ganu, bas prasarana, isu yayasan rosmah, penangguhan landasan berkembar etc etc..

9 jawapan kerajaan harus datang dgn penjelasan yg masuk akal (bkn menyakitkan ati)

10. rakyat kerja teruk2, kerajaan perabihkan duit..la ni nak naikkan lagi cukai...saya ulang, rakyat bukan sapi perahan...


-bukan sapi perahan-

Tinta Hitam said...

I agreed with your assumtion Datuk

Anonymous said...

Ada lagi yang kata GST ni bagus? Mimpi ke atau cubaan untuk menabur mimpi?

Kalau kerajaan kurang pendapatan, jimat-jimatlah, jangan beli laptop dengan harga puluhan ribu atau buat projek gajah putih macam Masjid Kristal.

GST nak buat, tapi F1 nak taja juga. Dan potong duit makan budak-budak asrama, mana orang tak bising.

Gagak pandai bagi pengiraan. Tapi dia lupa, 90% yang tak kena cukai sebab 'income bracket' rendah sudah kena bayar cukai dek GST.

Ini berbeza dengan peniaga, pengilang kerana mereka memang tetap kena cukai. (Kalau dah memang ahli dalam hal ini, cuba ceritakan apa akan jadi jika syarikat itu pada akhir tahun, kunci kira-kiranya rugi?)

Nak percaya kerajaan supaya jadi macam kisah London Underground? London Underground dah 150 tahun masih kukuh. Sedangkan stadium belum dua tahun dah runtuh dek penggunaan bahan dan kerja kualiti rendah.

Kalau tak ada bocor perbelanjaan, keruntuhan binaan awam dan pulangan setimpal hasil kerajaan sebagai kemudahan rakyat, boleh la.

Akhir ini sudah kerap yang kata "percayalah pada kerajaan". Ini lah mantra kerajaan persekutuan la ni.

Saya kata, REFORM DULU KERAJAAN ITU SEPERTI KESIMPULAN SELEPAS PRU12 DULU, BARU BOLEH MINTA RAKYAT PERCAYA.

Jika hampir semua aspek tak ada beza dengan Pak Lah, mana boleh nak percaya macam itu je.

Fed Up.

A KADIR JASIN said...

Anonymous (bukan pribumi).

Tak boleh siarkan komen anda. Panggil saya Datuki Kayu, tak apa. Tapi perlukah mencarut? Setahu saya, orang bukan pribimi pun ada budi bahasa dan mementingkan budi bahasa.

Mengenai asal usul Melayu, elok bukan pribumi tanya orang Barat. Kalau saya cerita, tentu anda tidak percaya sebab kepada anda, saya adalah kayu.

Lama sebelum Tanah Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan,
ahli sejarah, cartographer, penjelajah dan pemikir Barat sudahpun merujuk kepada daerah ini sebagai The Malay Archipelago atau Kepulauan Melayu.

Terima kasih.

Joyah Kengkang said...

man remos 6.16

wa caya lu.. mmmuahhh !!

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Ye tak ye jgk ye.Saya pun duk perati jugak budak tu sorang.Yang nak jadi PM tu.

Tapi rakyat Malaysia tu bukan dia.Tapi kalu ada apa-apa dato' khabar-khabarkan lah.Saya tak berapa nak nampak jugak ni....kalu kerajaan tk kena...kasi hentam sj

yang benar
Rakyat Malaysia.

affendi hussain said...

Dato AKJ,

Anon bukan pribumi tu sah2 geng 'true blue' pendatang mcm si Vinnan yg tak habih2 perleceh & kutuk melayu..

Bila dah tak mampu dan kalah berhujah secara lojik & ilmiah dgn bangsa yg mereka anggap selama ini bodoh, mereka akan berasa sangat tertekan mental menerima kenyataan hidup dan mula lah memaki hamun & mencarut sebagai jalan keluar meredakan tekanan mental mereka..

Itu dah lumrah fitrah mereka seperti yg boleh dilihat di blog2 politik yg lain yg tanpa tapisan. Kesian mereka..

("/)

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Tetelur Dalam SeBakul
(berani hutang berani lari)

boleh kah deficit budgets,
deficit spending dan GST boleh
duduk dalam bakul satu malaysia tanpa ke'bentrok'an; saperti bersama kabar angin mengaitkan PKFZ dengan isu demam MCA tak mudah rebah

Anonymous said...

assalamualaikum...

kesimpulan yg saya dapat dr perbahasan kali ni...

1. gaya kerja kerajaan masih sama..budaya flip flop masih terjadi..

2. komunikasi kerajaan-rakyat masih lemah...sat kata untung 1bilion,sat kata kurang 1 bilion..

3. rakyat keberatan dengan GST atas beberapa hal...a. tak cukup info akan hal ini..b. pendapatan rakyat cukup2 makan...c. rakyat sudah tidak percaya dengan kerajanaan..

4. info yg harus dikeluarkan kerajaan..kebaikan dan keburukan GST, kebaikan utk rakyat, perubahan2 yg berlaku kiranya GST dilaksanakan etc etc

5. rakyat cukup2 makan..dengan pendapatan rm3000-rm4000 yg dimiliki majoriti rakyat hanyalah cukup2 makan...anak, sekolah anak, duit rumah, kereta, makan minum, minyak, etc etc..ini bukan ttg kehidupan mewah spt sesetengah pemimpin...hanyalah kehidupan sederhana.tu pon cukup2 mkn

6. kepercayaan rakyat kepada kerajaan..kes2 kerugian dan salah urus wang rakyat..rasuah masih berjalan..ambik contoh kes port klang..bilion ringgit terlibat..belum lagi rm100juta ke yayasan tertentu, kempen2 1 malaysia, F1, stadium t'ganu, rasuah etc etc

7. kerajaan terus membingungkan rakyat..kerajaan terus salah membaca keinginan rakyat..kerajaan terus mengecewakan rakyat...kerajaan terus membelakangkan majoriti utk kepentingan minoriti..kepercayaan rakyat terus menerus direnggut kerajaan..

8. kami tidak menagih ihsan kerajaan...cukup tanggungjawab akan amanah yg telah diberikan..

9. masih merindukan kepimpinan Tun M

p/s...boleh tak siapa2 mejelaskan baik buruk gst dan perbandingan gst dengan sistem cukai sekarang (lebih mndalam)..terima kasih banyak2

-adli-

OKJ said...

Salam DAKJ

1. Nampaknya masih ada yg tak paham maksud tersirat daripada sejarah lalu untuk dijadikan tauladan. Tak apalah, IQ manusia memang berbeza-beza.

2. Saya menyokong kebenaran. Maka, saya setuju dan menyokong tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pesalah bumbung stadium runtuh. Ia satu perkara yg cukup serius. Nila setitik, rosak susu sebelangga. Pada masa yg sama, saya cukup menyampah tuduhan liar dan fitnah.

3. Sabar jelah Dato’. Selagi orang Melayu tak bersatu, selagi itulah bangsa kita akan diperlekehkan. Masalahnya, sebahagian KECIL bangsa kita sendiri lebih percaya ke kafir laknatullah dari sesama bangsa & agama. Sebab nakkan kuasa sangat, dulu baca surah Aura, sekarang sampai kafir laknatullah mimpi berjumpa rasullullah pun boleh percaya. Masyaallah. (takda pulak dengar cerita kafir tu masuk Islam lepas mimpi tersebut). Lepastu, ada juga yg sembahyang tapi tak mengadap kiblat. Kerja gila ni. Tak apalah, IQ manusia memang berbeza-beza.

4. Dan terakhir, orang kafir iaitu masih tidak mengaku keesaan Allah, maka neraka jahanamlah tempatnya. Disiksa diakhirat nanti, dibakar sampai otak pun menggelegak. Tiada maaf bagi mereka.

5. Saya minta diri dulu Dato’. Nak bercuti beberapa hari sempena cuti sekolah ni. Salam kemaafan ye kepada semua. Jangan disimpan di dalam hati. Sekian TQ.

saji said...

Sdr Terongpipit

Sdr berkata,sebenarnya Ayatollah PAS ni takut terlepas kerusi kesayangannya iaitu MB Kelate.Dah 18 tahun dok kat kerusi tu TAPI Kelate dok macam tu juga... Awat nak pecah rekod Tun DrM ke?

Kalau duit berlebih buat projek sana sini macam di Ganu tu, tetapi baru guna runtuh sana sini. Kan cari bale namanya!

berasiam said...

Salam Datuk AKJ
Kerajaan nak tingkatkan hasil tu memang bagus. Tapi kalau cuma tumpukan pada kutipan cukai daripada rakyat, itu cara senang orang ekonomi semata-mata tanpa perkiraan kesan sosial dan politik.
Baru saja heboh tentang pekerja asing tanpa izin yang bekerja di sini. Kalau 40k orang India yang hilang itu didaftar secara sah untuk bekerja dan setiap orang dikutip 1k, dah berapa banyak duit yang kerajaan dapat sebagai tambahan hasil. Itu baru cerita 40k orang India sahaja. Yang dari lain-lain negara pun berlambak lagi.
Masalah rasuah masih membarah dan kian parah. Kerajaan perlu cegah yang itu lebih bersungguh-sungguh untuk elak duit hilang dan tambah kutipan. Bukan penguatkuasa sahaja, malah bidang yang menjadi darah daging Datuk, kewartawanan pun tidak bersih dari rasuah lagi sekarang ini.
Bila jumpa kes buang sisa berjadual tak ikut peraturan, hubungi dulu pihak yang terlibat. Kalau hulur, tutup mulut. Kalau tak suap, hari-hari berita keluar dalam media. Itu pun masih dapat anugerah tiap-tiap tahun. Duit lagi. Penyudahnya, orang ramai sanjung wartawan yang rasuah. Tau takpe, Datuk.

langit biru said...

Sejarah amat wajar diambil teladan,iktibar, dan pengajaran.

Benar IQ manusia berbeza-beza. Dan benar,manusia dilahirkan berbeza-beza akal fikirannya. Ada yang membaca sejarah, tapi kefahaman dan tafsirannya berbeza-beza. Dan jangan lupa pula yang mencatat ,menulis, sejarah juga berbeza-beza. Hanya pencatat dan penulis sejarah Rasulullah saw, (atau perawi-perawi HADIS SAHIH ) yang berakhir kepada Bukhari-Muslim dan beberapa imam lain seperti At-Termizi, Abu Daud, An-Nasai’, yang WAJIB DIYAKINI TANPA SEDIKIT RAGU kebenarannya.

Pencatat dan penulis sejarah Turki di zaman Mustafa Kamal Atartuk umpamanya, hanya menulis kehebatan Atartuk sebagai pemimpin kemodenan Turki, hingga pemimpin-pemimpin Arab yang lain turut terpesona. Sejarah kemerdekaan Tanah Melayu umpamanya, hanya menitik berat peranan UMNO, tidak banyak memaparkan perjuangan bersenjata Kaum Melayu termasuk rejimen askar Melayu.

Apapun, analogi London Underground vs GST, tak padanlah! Kerap kali juga dikalangan kita terutamanya pendukung UMNO kata, kita baru merdeka 52 tahun, mengambil analogi Barat seperti Belgium, juga London Underground, yang masa 52 tahun tu teramat singkat!

Mengapa kita tidak mengambil analogi Rasulullah saw yang mengambil masa 23 tahun mengubah MINDA,KEYAKINAN,KEIMANAN,KETAQWAAN para sahabat yang amat dasyat hidup mereka dalam zaman Jahiliah Arab?

Tak apalah, IQ manusia memang berbeza-beza.

Kalau ditanya setiap manusia diatas mukabumi ini, semua orang tak kira Islam, Yahudi, Kristian, kafir, munafik akan berkata, “Saya menyokong kebenaran.” Bahkan, bagi mereka yang BERKUASA, berkata kamilah yang mengadakan kebaikan sepertimana ayat 11 Surah Al-Baqara:

2:11 "Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: ""Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan."""

Tidak seorangpun akan berkata, “Saya menyokong kebatilan.” Siapakah yang boleh DIPERCAYAI membawa berita-berita kebenaran dan kebatilan?

Marilah kita renung Ayat 6, Surah Al-Hujurat,

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.."

Siapakah pula orang yang fasik?

Ayat 99 Surah Al-Baqarah menjelaskan orang-orang yang fasik itu adalah orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Allah swt.

2:99 "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tak ada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-orang yang fasik."

Munafik juga adalah golongan orang-orang fasik, Ayat 61 Surah An-Nisa’ menerangkan

4:61 "Apabila dikatakan kepada mereka: ""Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul"", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu."

langit biru said...

Kaum Nabi Musa yang mengikuti Musa Samiri yang mencipta lembu emas boleh bercakap dan dijadikan sembahan juga adalah kaum yang fasik, yang sebab itu Nabi Musa a.s berdoa kehadrat illahi dalam ayat 25 surah Al-Maidah:

5:25 "Berkata Musa: ""Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu"""

Al-Maidah ayat 47 juga menjelaskan siapa orang yang fasik:

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”.

Adapun yang berkata, “Masalahnya, sebahagian KECIL bangsa kita sendiri lebih percaya ke kafir laknatullah dari sesama bangsa & agama”. Saya amat yakin, maksud penulis tersebut ,“KECIL” ini dirujuk kepada PAS dan pengikutnya dan “kafir laknatullah” itu DAP. Saya juga telah jelaskan, UMNO sudah 52 tahun bergabung dengan MCA,MIC yang “kafir-Islamic-friendly” (mungkin itu yang difaham oleh penulis tersebut) bukan “kafir laknatullah” seperti DAP, tak pula bising-bising! Kalau kafir tu, semua laknatullah lah, tiada pula disebut dalam Al-Quran “kafir yang beriman”.

Sebenarnya, UMNO bergabung dengan MCA,MIC sejak 52 tahun lepas, sepertimana PAS bergabung dengan DAP sejak 3-4 tahun lepas, hanyalah strategi politik mengikut lanskap politik semasa, tak lebih dari itu. Kafir, tetap kafir.

Tak apalah, IQ manusia memang berbeza-beza.

Ada yang meyambung menulis, “…..orang kafir iaitu masih tidak mengaku keesaan Allah, maka neraka jahanamlah tempatnya. Disiksa diakhirat nanti, dibakar sampai otak pun menggelegak”.

Dalam Israk-Mikraj, Nabi Muhammad saw melihat wanita telanjang yang digantung dengan rambutnya SAMPAI MENGGELEGAK OTAK kerana wanita itu tak tutup aurat semasa di dunia ini. Apakah PENULIS tak mahu berdakwah kepada pemimpin-pemimpin PENULIS sendiri yang majoriti isteri-isteri mereka termasuk RM bini pemimpin nombor Wahid PENULIS yang tidak menutup aurat?

YANG KAFIR tu memang SAH NERAKA JAHANAM, saya pun setuju. YANG ISLAM tapi tak tutup aurat, tak payah jadi kafir, hukumnya pun MENGGELEGAK OTAK di akhirat nanti!

Kepada para sahabat, jangan lah dok fikir kata-kata pemerintah tu semuanya benar tiada yang tak benar, seolah-olah mereka tu MAKSUM pulak! Enjin jet hilang diminta bersabar,tunggu hingga siasatan selesai, stadium 300 juta umur 1 tahun runtuh diminta bersabar, tunggu hingga siasatan selesai, semuanya tunggu-tunggu, akhirnya dilupakan begitu saja berlalunya masa, dek dok percaya sangat kepada pemimpin MAKSUM yang suruh bersabar!

Sesiapa yang nak bercuti beberapa hari sempena cuti sekolah ni, nasihat saya kepada diri sendiri dan semua, baca doa sebelum keluar rumah, bawa kenderaan hati-hati, jalan sibuk bila cuti sekolah.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya rasa pendatang asing juga mesti membayar cukai kepada kerajaan. Kalau nak harapkan cukai melalui pinjaman wang di bank, rasanya tak berbaloi.

Cuba lihat, berapa ramai warga asing ini berada di negara kita. Kesemua hasil pendapatan dihantar ke negara asal. Jikalau nak membeli belah, mereka membayar dengan harga subsidi seperti bahan bakar, beras, tepung, dan lain-lain lagi.

Kalau satu kepala kutip RM 1000 setahun, dan jumlah warga asing di Malaysia adalah 2,062,596(statistik 2008 & tidak termasuk PATI). Jumlah tersebut boleh menampung perbelanjaan negara = RM 2,062,596,000(2 billion)

Pak Cik Kayo...!!!

Mungkin kerajaan kena berbuat sesuatu.

Nasi Lemak Ikan Kering

Anonymous said...

Terongpipit kata "sebenarnya Ayatollah PAS ni takut terlepas kerusi kesayangannya iaitu MB Kelate.Dah 18 tahun dok kat kerusi tu TAPI Kelate dok macam tu juga... Awat nak pecah rekod Tun DrM ke?"

Bosan lah dengan orang yang macam ni.

Dah pergi Kelantan ke?

Pernah pergi masa tahun 1990 tahun Nik Aziz jadi MB kali pertama?

Pernah pergi pada 2000, 10 tahun selepas Nik Aziz jadi MB?

Ada pergi setahun dua ini, lepas Nik Aziz jadi MB 20 tahun?

Kalau semua jawapannya tak, jadi tak payah la pergi.

Cukup sekadar pergi Putrajaya dan semak :
1.Pada 1990, Kelantan mewarisi hutang dengan Persekutuan sampai jumlah ratus-ratus juta.
2.Pada 2009, hutang Kelantan dengan Persekutuan tidak sampai RM10 juta.

OKJ,

IQ manusia memang beza-beza. Saya pun sekolah tak tinggi. Segala pandangan saya, sekadar berpegang kepada ajaran cikgu Bahasa Inggeris sekolah rendah supaya selalu bertanya:
1.What
2.Why
3.When
4.Where
5.How

Nak ambil teladan dari sejarah, jangan ambil separuh-separuh. Kejayaan London Underground perlu diambil iktibar beserta dengan kawalan kualitinya.

Walaupun dalam komen yang lepas, saya hanya beri contoh di Terengganu, jangan lupa masalah kualiti infrastruktur dan bangunan bukan isu terpencil di negeri itu sahaja.

Apa halnya dengan Mahkamah yang bocor, Dewan Parlimen yang bocor, jambatan gantung yang runtuh, laporan tanah runtuh yang diletak bawah Akta Rahsia dan lain-lain lagi.

Isu-isu ini yang disulam dengan laporan Audit Negara setiap tahun yang tidak diam dari pembaziran (kualiti bina rendah, penyelenggaraan, pembaikan dan penggantian sebelum tamat hayat guna) sepatutnya dikelaskan sebagai isu nasional yang masih menghantui dan menular.

Yang mana tuduhan liar/fitnah dari yang diatas atau dari komen sebelum ini, sila beritahu.

Perlu nampak siasatan dibuat, pengadilan dijalankan dan hukuman dijatuhkan, baru lah boleh percaya yang pihak berkuasa ada kemahuan dan ikhtiar.

Sekadar ada kemahuan tetapi tiada ikhtiar, maknanya tak mampu. Baik jadi pengundi biasa macam saya ini.

Saya tak pandai mengulas hukum hakam macam Langit Biru (terima kasih Langit Biru). Cukuplah saya dengan rasional akal sebagai orang yang tak sekolah tinggi.

Bila OKJ pergi bercuti, pandang-pandang lah kiri kanan. Bukan Terengganu sahaja yang ada bangunan runtuh/retak. Gajah putih pun banyak sebab ada kemahuan tapi tak ada ikhtiar.

p/s kalau dah habis hujah, diam adalah lebih baik dari merapu tanpa fakta.

Fed Up.

amarneng said...

Assalamualaikum Dato..

Saya terlepas bas nak komen pasal GST sebab pergi ke Limbang/Lawas ke gunong Murut.

Pemebentangan GST belum lagi dibuat di parlimen,kita terpaksa dengar dahulu walaupun tak sabar nak dengar kerana takut-takut sistem cimplakan kapitalis itu hanya sebagai pengisi bermusim para pemimpin kita.

Memang walaupun ada wakil-wakil rakyat dan pak-pak menteri kita di parlimen,tak pasti samada mereka faham dan mengetahui secara makro faedah dan kesan kepada rakyat dan peruncit.

Dato..saya juga agak muskil macamana kerajaan akan mengutip cukai berkenaan
Sedangkan rakyat dah kena bayar,peniaga untung dahulu masuk kantong dan apabila tahun depan baru kutip...akhirnya semua peniaga buat laporan semua rugi..al maklumkah peniaga memang majoriti pembelit, yang miskin adalah rakyat dan yang kaya adalah peniaga dan orang politik...

Kawan-kawan saya di Sarawak banyak yang komen....skim GST untuk pemimpin dan golongan koporat..tak tahu lah datuk..kita rakyat biasa aje...hari-hari berusaha cari rezeki bagi pastikan anak cucu makan...setiap minggu pergi ke KFC dan membeli belah..caj 5 % pasti ada dalam resit belian...sekian amarneng.

affendi hussain said...

Salam semua,

Nampak gaya kabinet Tok Najib dalam armada BN memang goyah..

Nasiblah..inilah bahana tak dapat 2/3 majoriti parlimen.. susah buat kerja..nak bentang draf undang2 pun banyak sedu-sedan & tercekiknya..takut silap jadi modal peluru pembangkang..

Apa kata buat saja Pilihanraya Umum tahun depan.. mohon mandat rakyat sekali lagi..Ada 2 kemungkinan saja..

1) BN menang
2) BN bungkus

apa takut..kalau bungkus, cuba lagi lepas dah betul2 muhasabah diri..kalau kerajaan baru menang tak "perform" kita pastikan mereka "harakiri".. masa tu kita tagihlah janji2..

Lebih baik dari "hidup segan mati tak boleh".. menyusahkan rakyat saja dgn drama flip-flop & HP6..

p/s: Itulah kelebihan China & Singapura ada berbanding kita..diktatorship itu lebih byk kebaikan jika dipegang oleh org yg bijak & bertanggungjawab demi negara..

("/)

Anonymous said...

Salam....

Saudara OKJ!Nak sokong saudara seagama macam mana tu? Kalau diorg sibuk kayakan diri, keluarga dan kroni......ramai yg dah lupa hukum hakam nak buat camne? Melambak-lambak bukti sejak merdeka lagi.Bila dah terdesak sibuk kata marilah saudara seagama yg 'ditinggalkan' tu bersatu! Payahlah camtu....saya rasa la yg berlainan bangsa dan agama tu mungkin lagi menghargai la atau lebih bagus kerana akan ikut buku perlembagaan. Mereka dah tentu akan ikut perlembagaan ....jaga kepentingan melayu seperti yg termaktub kerana undi melayu penting untuk mereka dan perlu dihargai. Dah muak dgr Parti Keramat!Pembela Bangsa dan Agama ni....Kelantan yg majoriti Islam dan berbangsa Melayu tu terang-terang dipinggirkan. Majukanlah Kelantan tu secara telus tak kira siapa yg memerintah. Rakyat bukan selama-lamanya malas berfikir.....

Insan Kecewa

Amarneng said...

Assalamulaikum Dato'

Baru-baru ini dan semenjak tahun lepas,orang Melayu/Melanau dan Bumiputera Sarawak amnya terasa menerima ledakan janji pembangunan.

Apa tidaknya banyak menteri dan timbalan menteri melawat Sarawak.Ada yang bawa janji keramat, ada yang terus membawa batu keramat untuk menunjukan keperihatinan mereka kepada rakyat Sarawak.

Rakyat Sarawak amnya yang selama ini dahagakan pembangunan dan terkecewa dek program pembangunan kerajaan negeri,terlalu mengharap kerajaan pusat pimpinan Najib kali ini dapat melihat dari dekat dan tepat akan kemiskinan dan kedaifan rakyat Sarawak khususnya rakyat Melayu/Melanau dan Bumiputera.

Saya heran,kira-kira 30 tahun saya memerhati program pembangunan dan politik pembangunan Pehin Seri Taib,majoriti rakyat Bumputera Sarawak masih terpinga-pinga,kebanyakan program pembangunan ekonomi rakyat kelas bawahan hanya propaganda dan kejayaanya alamak....dibawah 5 peratus sahaja.

Sekarang Pehin Seri sudah uzur, saya rasa beliau juga pening nak cari pengantinya...oleh kerana terlalu lama memerintah..beliau hampir tidak percaya kepada barisan menteri kabinetnya...

Kesinambungan politik pembangunan beliau sudah menjangkau ke gelombang kedua...di media seringkali beliau melontar-lontarkan wawasan keduanya,tetapi tidak ramai menteri kabinet dan para yang berhormat Sarawak memaklumkan kepada rakyat dengan sejelas-jelasnya, malah majoriti rakyat Sarawak masih tak faham dengan SCORE satu program pembangunan jangka panjang di kawasan tengah Sarawak sekaligus membabitkan kawasan pesisir pantai Sarawak.

Dato'..

Jika di Semenanjung Umno jadi harapan orang Melayu,di Sarawak pula parti PBB.Kemelut dalam Umno tidak sama kemelut dalam PBB. Jika Umno terlalu ramai yang pandai..tetapi dalam PBB ramai yang kurang bijak tapi pandai.

Santimen Umno ialah rasuah dan pemimpin bangsawan,sama juga dalam PBB pemimpin menjadi rakus .Orang pandai sukar sertai PBB,tapi orang alang-alang ramai mahu terus dalam PBB...sebab itu PBB semakin lemah walaupun mereka mendakwa mereka masih kuat. Masyarakat majoriti miskin di Sarawak mereka tak perduli pasal GST atau MEP atau apa sahaja dasar kerajaan,kerana mereka masih bergelut dengan kemiskinan.


Kebanyakan rakyat mahukan pemimpin tua dan lembik diganti,rakyat meluat dengan cara laku kebanyakan pemimpin Sarawak,mereka tidak ada peluang untuk meluahkan kerana mereka pemimpin bijak,sering menang tanpa bertanding kerana kuasa wang.Golongan penentang tak ada duit,berbanding dengan di semenanjung.

Masalah di Sarawak dan keluhan mereka tidak sampai di Parlimen , kebanyakannya sangkut di Gunung Santubong Kuching.

Saya rasa kali ini,BN negeri tidak mampu mengekalkan majoriti dua pertiga dalam DUN. Saya jangka kira-kira 30 kerusi BN akan jatuh ke tangan pembangkang dan calon bebas.

Peristiwa 1988 akan berulang lagi,tetapi kali ini berbeza, iaitu rakyat akan membuat perhitungan dengan BN bukan parti pembangkang. Sekian Amarneng.

langitbiru said...

Saudara Amarneng,

Saya pernah "dicampak" bertugas di Sarawak, Kota Samarahan,Serian semasa jadi pegawai cabuk dalam kerajaan. Bila cakap bab agama, Ketua Jabatan kata pi cakap di Masjid, bukan di sini, tup-tup dapat surat ke Sarawak! Pernah pi meeting di Sibu, Bintulu.

Rumusan yang saya boleh buat, pembangunan kemudahan rakyat tak setimpal dengan kekayaan royalti minyak disedut sekian lama!!!

Sindrom PBB tu lebih kurang sama dengan sindrom dalam UMNO.

Cerdik pandai, ilmuan, akedemik, agamawan,professional sudah mula menjauhkan diri dari UMNO,PBB,BN.Mereka ini tidak lagi sanggup diperkudakan oleh orang yang sememangnya tak layak memegang tampuk pimpinan dalam parti tersebut. Nak rebut jawatan dalam parti pun rasuah,jadi wakil rakyat pun rasuah,negara tergadai!!

amarneng said...

Salam Dato'

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada langitbiru,kerana turut berkongsi pengalaman semasa bertugas di Sarawak.

Memang begitulah situasinya,apabila program pembangunan di dombakan begitu besar tetapi sampai kepada rakyat hanya suku sahaja mencerminkan suasana politik negara masa kini.

Kegagalan demokrasi begitu terasa, saya percaya berpunca daripada aktiviti rasuah yang didalangi oleh para pemimpin kita.

Dalam masa yang sama politik demokrasi masa kini bukan lagi menjadi milik rakyat sebaliknya seakan menjadi milik mutlak golongan bangsawan dan kekeluargaan yang sentiasa merancang dan melaksanakan agenda tersendiri agar menjadi warisan zaman berzaman.

Terima Kasih langitbiru...amarneng.

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).