Friday, April 02, 2010

Ada Lagi Yang Guna Telaga Dan Tandas Alam Semesta

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

CERITA malang seorang anggota Askar Wataniah mati tertimbus dalam perigi di Gaal, Pasir Putih, Kelantan semalam membawa balik ingatan saya ke zaman serba kekurangan di kampung pada tahun 1950an dan 1960an dulu.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, ramai orang kampung gali semula perigi buta atau buat telaga kerana bekalan air paip selalu putus dan tarif air naik. Emak saya pun masih mengekalkan telaga di belakang rumah walaupun airnya masam.

Askar yang mati itu namanya Mohd Amirul Abdul Razak, 21. Daripada usianya, bolehlah saya andaikan yang dia bukanlah daripada generasi yang pakar hal gali dan timbus telaga.

Jadi, mungkin inilah juga sebab dia mati tertimbus ketika menolong dua orang lain iaitu Mohd Firdaus Che Ishak, 19, and Hussin Sultan, 25, menggali perigi. Generasi mereka bukan generasi penggali atau penyelenggara telaga macam generasi saya.

Generasi saya pakar gali telaga. Mandi pagi-pagi buta di telaga. Angkut air dari telaga. Waktu hendak bersunat, kita berendam dalam telaga berjam-jam lamanya supaya kecut dan kebas. Dengan itu, konon-kononnya taklah sakit sangat bila dikhatankan.

Masa saya budak-budak dan remaja, menggali dan menjaga telaga adalah tugas kolektif yang wajib dilakukan setiap tahun pada musim kemarau.

Ada dua sebab kita korek atau pulihara telaga pada musim kemarau. Pertama, tanah kering jadi lebih mudah digali. Kedua, pada musim itulah kita perlu telaga yang lebih dalam sebab aras air bumi (water table) jatuh ke bawah. Kita kena dalamkan telaga sampai berjumpa mata air.

Ini kerja sukar dan boleh bawa maut kalau tidak pakar. Telaga boleh terkambus menimbus kita. Apatah lagi telaga di kampung digali dalam tanah liat atau lumpur.

Hanya orang berada saja yang akan perkuat tebing telaga dengan kalbat (calvert) atau di Utara lebih dikenali sebagai kok.

Bagi telaga yang sedia ada dan tidak masam airnya, kita gali semula setiap tahun untuk membuang lumpur, lanyau dan sampah sarap.

Kalau di Kedah, musim kemarau memang seksa. Kering kontang. Orang Kedah kata kering kong sampai empat atau lima bulan. Kena turun ke sungai lebih empat kilometer pergi balik untuk mandi, mencuci, mengangkut air dan memberi minum kerbau, lembu dan kambing.

Silap-silap air sungai pula payau atau masin kerana dimasuki air laut waktu pasang besar. Ada tahun ikan air payau macam siakap masuk sungai. Durian runtuh. Orang Utara kata raya Hindu.
Waktu itulah nak ke tandas cukuplah susah. Nak solat susah. Nak bercucuk taman langsung tak boleh. Yang boleh hanyalah main wau (layang-layang) dan main bola dalam bendang.

Banyak kerbau lembu mati kebuluran atau terperangkap dalam yoi. Yoi, kelebur dan lanyau adakah peringkat-peringkat lumpur mengikut kepekatannya (viscosity). Yoi sama hebat dengan pasir mendap (quicksand).

Nasib baik waktu itu ada banyak burung ereng/eriang (vultures) yang makan bangkai. Sekarang burung makan bangkai tu dah tak ada sebab dah tak banyak kerbau lembu yang dipelihara. Sekarang semua guna mesin.

Masa itu tandas curah dan tandas simbah belum ada. Hanya pada tahun 1960an dan 1970an baru diperkenalkan di bawah Rancangan Kesihatan Luar Bandar. Buat tandas curah pun dapat bantuan kerajaan.

Sebelum itu kita guna tandas alam semula jadi macam di tebing sungai, atas jambatan buluh, dalam belukar atau rumpun mengkuang. Mungkin tidak bersih tapi mesra alam (eco-friendly) sebab kita berkongsi lokasi dengan kura-kura, tuntung, ikan seluang dan “temekong”, ayam dan agen-agen kitar semula yang lain.

Yang susah wanita dan anak dara sebab ramai kaki mengendap yang ambil kesempatan. Tapi bila mandi di sungai, kita tidak kisah sangat jantina. Wanita mandi atas pelantar dan tangga di tebing sungai, lelaki mandi dalam sungai, atas sampan atau bergayut di batang nipah hanyut.

Sekarang kalau kita cerita pengalaman macam ini kepada anak cucu kita, mereka ternganga atau mereka kata “boring” (membosankan). Bekalan air putus sehari macam nak kiamat satu dunia.

Tapi kalau bukan semua tempat dah tak guna telaga dan sungai. Banyak lagi kawasan pedalaman dan miskin, khasnya di Sarawak dan Sabah, yang belum ada air paip, elektrik dan tandas moden. Mereka masih guna perigi, sungai, pelita minyak tanah dan tandas berpindah dalam semak.

Harap-harap Model Ekonomi Baru tidak melupa dan meminggirkan mereka!

57 comments:

Hambali ® said...

Sedih bila tengok aduan rakyat pasai masalah bekalan ayaq di Sik. Takkan la pemimpin (tak kira parti)tak nampak?

Tak sangka dalam dunia Jalur Lebar dan Internet tanpa sempadan pun masih ramai tak berayaq paip.

pakbelalang said...

Tandas semula jadi yang best sekali ialah apabila cangkong dengan kain pelikat atas batang pokok kelapa kecil yang condong dan rendah. Sebab batang kelapa itu boleh dihenjut dan begoyang sikit dan boleh mengkhayalkan kita. Kalau tak pandai henjut dan "balancekan" badan dan kaki kita akan terjunam jatuh kebawahlah akhirnya. Betul-betul eco-friendly dan nyamankan tanpa bau apa-apa pun. Saya binatang lain saya tak takut tapi jangan ular.

Masa kecil dulu bila nak "berlabuh" pada malam hari menjadi satu masaalah.

Anonymous said...

Kena ada seni jika nakkan air guna timba bertali.

Lagi dalam telaga, lagi tinggi seninya.

Lepaskan timba ke air dan pegang tali. Timba akan timbul dan sampai sudah takkan dapat air.

Generasi baru yang umur 25 ke bawah belum tentu tahu apa maksud seni di sini.

Fed Up

langitbiru said...

Tu di Kelantan. Masuk muka depan Utusan Malaysia!

Hang pa duk sekat royalti, kemudahan asas pun tak bagi,
bila guna telaga semulajadi,
tertimbus mati heboh satu negeri!

Pasir Puteh bersempadan dengan Jerteh. AP Pasir Puteh Wan Hussain (PAS), ADUN Gaal pakar bedah Dr.Nik MAzian. ADUN Jerteh, Idris Jusoh, Mantan MB Ganu Kito.

Sempadan Pasir Puteh - Jerteh, namanya Bukit Yong. Dari Bukit Yong ke Jerteh, jalan dua hala 4 lorong ada divider, dari Bukit Yong ke Pasir Puteh jalan biasa, tar pun dah teruk rosak. Bukit Yong penamat Lebuh RAya PAntai Timur (LPT).

Tu baru lebuhraya,jalanraya. Tak termasuk kemudahan asas yang lain-lain. Air, letrik, dll.

Sampai bila Kerajaan nak diskriminasikan Kelantan dek kerana mereka memilih PAS???

Macammana nak tambah pendapatan USD15,000 setahun???

Tinta Hitam said...

Saya terfikir juga mengapa kejadian telaga runtuh di Kelantan tu sebab kemudahan air bersih takda atau sebab nak jimat bil air?Satu perkara pasal air di Kelantan yang masih tak diselesaikan lagi air warna merah.Masa BN pun mcm tu,masa PAS pun mcm tu jugalah.Tiada perubahan.

Saya pun sendiri kalau boleh nak guna air telaga yg difilter.Sumber air mineral semulajadi yan gtak payah dibeli.Air paip skg ni dah terlalu by klorin.Tidak spt 30-40 thn dulu.Sungai dah kotor dan tercemar,jadi klorin perlu ditambah lagi.

Anyway it was nice to remember the good old days.Mandi telaga pukul 6 pagi dgn suhu subuh 18-19 degree celcius ,mandi sungai etc.mengendap tu saya kurang pasti.Sebab saya ketika itu masih kecil.

Roti Planta said...

Dato',

Mungkin suatu hari perigi atau telaga hanya boleh dilihat di museum apabila pembandaran dan pembangunan manghakis identiti dan rekabentuk rumah kampung. Sekarang ini pun anak2 muda tidak kenal 'baloh padi', 'jemuran', 'sangkak ayam' dsb.

Rumah sudah tiada anjung/serambi dan direndahkan (tiada tiang) meyebabkan tiada tempat untuk anak2 bermain.

Bye/Roti Planta

A KADIR JASIN said...

Sdr Pakbelalang,

Saya tak berapa takut ular. Dah biasa dan tahu cara tangkap atau halau ular. Saya tak suka bunuh ular, hatta tedung.

Pagi tadi masa mengalih pasu bunga, terserampak anak ular. Tangkap masuk plastik dan lepaskan dalam padang golf.

Nasib orang main golf lah. Saya tak main.

Ular tak bahaya. Kalau boleh, ia lari dari kita. Kalau terpijak, itu lain ceritalah.

Tapi ular tedung, ia bagi amaran dulu dengan bunyi "hissssss....."

Di kampung masa budak-budak saya pelihara ular air. Tak ada bisa. Tapi kalau dipatuk, sakit juga.

Sekarang Pakbelalang, ular dah duduk dalam pekan pasal dalam pekan banyak tikus. Sekarang di Kedah, tikus (orang malam) dah banyak balik pasal ular, burung hantu dan sewah habis ditembak dan diracun.

Sdr Hambali, saya dah lama tak masuk pedalaman Sik. Dulu, Sik, Jeniang, sampai ke Kupang dan Baling laluan biasa. Masa kerja dengan Bernama.

Saya rasa kerajaan kena buat pembangunan luar bandar pusingan kedua secara besar-besaran. Kalau tidak, MEB akan indah khabar daripada rupa sekali lagi bangi orang kampung.

Terima kasih.

mad said...

maaf datuk saya keluar tajuk.

tajuk dari malaysian insider : "Najib approval rating climbs to 68pc "

undian secara rambang diambil oleh merdeka center. apa macam blog datuk pula mengadakan undian yg serupa berkenaan kerajaan najib. saya lebih percaya undian di blog datuk daripada undian merdeka center. terima kasih datuk

zahari1950 said...

Sedihnya membaca berita seorang tentera mati kerana menggali perigi. Saya setuju diandaikan Allahyarham yang muda belia memang tidak berpengalaman. Atau mungkin juga yang empunya perigi tersebut tidak berdaya untuk menyediakan keperluan yang sepatutnya untuk menggali perigi. Saya juga tidak pakar menggali perigi. Tetapi dari pemerhatian saya perigi tak akan runtuh kalau menggunakan kaedah yang betul menggali perigi. Malah kalau di kawasan tanah lembut sekalipun perigi masih boleh digali dengan selamat. Saya pernah melihat kerja-kerja menggali perigi. Tidak ada masalah besar sekiranya dibuat dengan betul.

Cara yang betul menggali perigi yang dalam adalah dengan menggunakan pembentung "calbot". Perigi digali sedikit demi sedikit dengan pembentung ikut turun bersama orang yang menggali perigi tersebut.

Pembentung yang diatas akan sentiasa menekan pembentung yang dibawah terus turun kebawah apabila tanah di keluarkan. Risiko tanah runtuh ketika menggali tidak akan terjadi kerana pembentung menahan tanah sekeliling dari runtuh. Berapa dalam sekalipun perigi tersebut tetap boleh di gali melainkan terdapat halangan mata air yang laju dan gas beracun. Kecederaan yang sering berlaku kalau tidak berhati-hati adalah kaki tersepit dipembentung yang paling bawah sekali dan ianya masih boleh diselamatkan.

Bahaya besar selain dari tanah runtuh adalah gas beracun yang boleh membunuh hanya dalam beberapa saat sekiranya tersedut.

Apapun kemalangan tersebut adalah ketentuan Allah. Tetapi apakah puncanya hingga begitu terdesak untuk menggali perigi yang dalam. Kalau tak dalam takkan boleh tertimbus orang.

Adakah tiada pembangunan keperluan asas di kawasan tersebut. Atau mungkin air selalu terputus atau tidak mampu membayar bil. Atau kualiti air paip tidak bermutu. Atau cara terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan kerana berpendapatan kecil.

Kita sebenarnya tidak mahu kisah lama pada tahu 1973/1974 berulang. Hanya kerana seorang mati yang kononya kebuluran,seorang pemimpin pelajar di sebuah IPTA telah mengambil kesempatan untuk mempapularkan diri dengan menganjurkan demonstrasi hingga menghuru harakan negara.

Kita harap sesuatu perlu dilakukan agar kejadian tersebut tidak berulang. Keluarga yang malang perlu di bantu.

anak tamu said...

lanyau telaga dulu-dulu kita pakat berderau. hari nie telaga umah hang esok lanyau telaga aku pulak.. kira minum dan mandi air mineral la... telaga di kg ada lagi org tua siap pasang pam elektrik... mandi tengahari musim kemarau dengan air telaga... amboi.. sejuknya nikmat sungguh...

musim kemarau dulu-dulu selain lanyau telaga.. musim timba telaga ikan... satu telaga boleh le satu tong padi.. banyak tu kalau jual ha ri mau dapat ribu-ribu... tapi la ni bendang dah tak dak telaga... ikan pun makin kecik.. nak tunjuk kat anak pokok ghuncar dan pohon keriang pun tak dak dah.. tapi gunung keriang dok makan tu juga... cuma bas "jawi" .. bas cap gunung keriang pun luput dah...

Anonymous said...

Salam semua!

Terbunuh lagi seorg Melayu juga seorg askar (askar wataniah) kerana menggali perigi. Kenapa mereka ini menggali perigi? Takde bekalan air? Tanya lah kerajaan negeri. Sudah tentulah jawapannya....'kami duit tak byk....kalau ada ura-ura nak bagi pun tersekat-sekat nak sampai dari kerajaan pusat. Kerajaan pusat pula buat tak tau je dengan kami kerana kami ni berlainan parti!.'Ni la agaknya,pusing-pusing....salahkan sana sini!Kerajaan pusat salahkan kerajaan negeri...kerajaan negeri salahkan kerajaan pusat berkenaan kekurangan infrastruktur awam ni.Di mana PERKASA??? Tak boleh ke desak kerajaan pusat di bawah kepimpinan PM DS Najib tu bantu Kelantan? Kelantan tu majoritinya kan melayu....PERKASA kan ke perjuangkan kepentingan melayu?Saya rasa takde masalah besar bagi PERKASA utk melakukannya...ataupun PERKASA tak mampu melakukannya kerana....(Fikir-fikirkan la sendiri!).Tu la sebabnya ramai juga diluar ni yang sangsi bila PERKASA di pimpin oleh pemimpin yg mmg dikenali kerana perwatakannya...dan kekadang didalam gambar dalam akhbar terpampang rakan-rakan PERKASA yg dikenali mmg ahli parti sama dgn PM sendiri.

Sekian dari...
'Saya yg pernah dipelawa masuk PERKASA tapi masih berfikir byk kali kerana ini!'

abe MIE 'TERJAH' said...

Orang Utara kata raya Hindu.
Waktu itulah nak ke tandas cukuplah susah. Nak solat susah. Nak bercucuk taman langsung tak boleh. Yang boleh hanyalah main wau (layang-layang) dan main bola dalam bendang.

saya tak faham apa maksud datuk nie boleh jelas kan

pkrpasdap.blogspot.com

Melayu Daif said...

DEB bakal diganti MEB namun telaga berhantu yg dibina 40 thn dulu itu jgn sesekali dilupa kerana ia teras kpd kemakmuran & kesejahteraan negara!

pakbelalang said...

Najib's Economic And Unity Measures Lauded By Foreign Envoys




By R. Ravichandran

KUALA LUMPUR, April 2 (Bernama) -- .

Argentinian Ambassador Maria Isabel Rendon said she was under the impression that Najib was taking a strong leadership to make Malaysia a better place for its people.

"His actions make a positive impression of a very concerned government trying and exploring new things to improve the quality and standards of all Malaysians. I think the leadership is there, he is trying hard," she said.

comment:

Yes, indeed. He is trying his very best to make things happen. He is trying very hard. There is no doubt about it. But at the same time we have the right to criticize him if things are not up to our expectations. We have to move on and think positive. The less political distractions the better for the country.

As far as I am concerned I am more keen about upgrading the level of our education system. We are lagging behind in terms of quality education for our children. You just watch how Ibrahim Ali made a statement in the Al-jeera network. His spoken English is horrible. Very shameful indeed.

Secondly, public transport must also be given priority and make it as efficient as possible in the shortest time period. We cannot wait any longer. We must have extensive LRT network in KL-PJ soonest possible. Any delay will cause havoc to our daily life in the city. We have to move people and not to move vehicles to city centre causing traffic jam everyday. It is unproductive and time wasted.

usahawan IKS muda said...

Salah satu sebab ramai orang tidak mahu membuka atau memindahkan perusahaan kecil dan sederhana di kampung pendalaman ada lah di sebab kan bekalan tenaga asas seperti air, letrik dan telekomunikasi yang tidak stabil, serta jalan asas yang masih kurang elok.

sebagai pengeluar produk tahap sederhana, saya lebih suka beroperasi di kampung atas faktor kos dan juga keselesaan keluarga. Akan tetapi faktor tenaga asas ini lah yang menghalang saya untuk memindahkan operasi walaupun mempunyai tanah pusaka di kampung.

Rakan rakan saya lain yang berminat beroperasi di kampung dan sudah bosan tinggal di dalam hiruk pikuk bandar besar juga mendapati masalah
bekalan asas yang tidak stabil ada lah penghalang utama niat mereka walaupun memiliki tanah pusaka.

buat apa kami perlu membeli lot kedai di kawasan perusahaan terdekat sedangkan wang itu boleh di jadikan modal pusingan atau contigencies lain.

Najib kena mulakan slogan
"di kampung pun boleh berniaga" dengan syarat segala sokongan bekalan tenaga asas di ambilkira.

p/s pekerja asing pun cabut lari kalau hari hari kena angkat air. padahal itu mungkin rutin harian di tempat mereka.

noksokmo said...

"Nasib orang main golf lah. Saya tak main". I like this :-) Used to play tiap-tiap minggu, sampai kulit hitam macam keling.

Rumah saya masih pakai telaga, tapi dah tak pakai tali, dah sepuluh tahun lebih pakai pump hitachi. Jangan kerajaan jadi gila nak mintak royalti air sudah lar...

Anonymous said...

Tuan Kadir....
Tersentuh hati saya dengan cerita tuan. saya lahir tahun 70-an masih teringat sedikit sisa kenangan itu di satu kpg bagan serai/kuala kurau. Bah kan tandas curah dibantu oleh kerajaan, jln semen sekeping hanya untuk basikal dan motosikal honda C50. lampu pelita, air parit etc....terima kasih kerajaan pimpinan tun razak/tun hussin. PERSOALAN: TUAN...apakah gomen hari ini, yb,yab hari ini masih perihatin seperti BN dahulu, Umno dahulu-umno tun razak-tun hussin....

kamal-skjb

mawar said...

Datuk, macam mana berendam dalam telaga masa nak bersunat...telaga tu dalam..ada setengah tempat terutamanya di Tumpat ada telaga pancung..itu boleh turun dan masuk berendam..
langitbiru kata tu betul Kelantan terkebelakang..contoh Bukit Yong sempadan Kelantan dengan Terengganu ketara jauh dari segi pembangunan..tapi kenapa masih lagi dok pilih PAS ..bodoh sombong nak membangkang saja tidak ikut arus perdana dan songsang....tengok nanti kalau ditakdir Pakatan Rakyat boleh perintah Malaysia...Kelantan akan pilih UMNO dan jadi pembangkang juga.

A KADIR JASIN said...

MAKSUDNYA Sdr Abe Mie Terjah, bila ikan siakap ikut air payau dan air masin naik ke hulu, kita pun mengai (memancing). Bukan selalu makan ikan siakap. Tu la dikatakan raya Hindu...seronok dan bising satu kampung.

Kalau nasib lagi baik, air surut dan ikan siakap tak sempat ikut turun. Bila kena air tawar, ikan siakap pening dan mati. Kita sauk saja.

Terima kasi8h.

OKJ said...

Salam DAKJ

Pada pendapat saya, sudah tiba masanya kita gunakan JCB untuk korek telaga. Tak payahlah korek dengan tangan lagi. Sewa je JCB untuk sehari. Taklah mahal sangat dan kerjanya cepat siap.

Masa kecil kecil dulu, saya ikut ayah balik kampungnya bila hari raya ditepi sungai (sekali-sekala). Yg specialnya, tandasnya jenis tandas rakit. Kalau tengah melabur tu, banyak anak-anak ikan menunggu dan melompat-lompat dibawah. Takut, geli, semua ada. Terkenangkan kisah lama. Sekian TQ.

pakbelalang said...

Najib's Approval Rating Moves Upwards To 68 Per Cent




KUALA LUMPUR, April 2 (Bernama) -- The proportion of Malaysians satisfied with Datuk Seri Najib Tun Razak's performance as the Prime Minister stands at 68 per cent after 12 months in office as the sixth premier, reports The Malaysian Insider quoting the Merdeka Centre for Opinion Research survey.

But the survey showed that Najib and the Barisan Nasional have yet to win over the Chinese.

comment:

As expected, typical of the Chinese. They have been brainwashed for years to always oppose whatever the govt. does. They will never ever be satisfied for whatever the govt. does until doomsday. But they never realise that one day somebody will say "enough is enough", either you are with us or you don't !! That will be a time when nobody will care a damn about them!!

Anonymous said...

Mawar kata, "contoh Bukit Yong sempadan Kelantan dengan Terengganu ketara jauh dari segi pembangunan..tapi kenapa masih lagi dok pilih PAS ..bodoh sombong nak membangkang saja tidak ikut arus perdana dan songsang...."

Tolong jangan laser sangat kalau tak mahu kena laser.

Baru 1 atau 2 minggu lepas tulis pasal ni, ada lagi yang jahil..

Dalam kelantan, asal DUN/AP BN, jalannya besar-besar. Anuar Musa punya kerja.

Pengundi yang undi PAS takde bayar cukai ke sampaikan tak layak dapat jalan besar? Bukan orang Malaysia ke yang undi PAS tu?

Jangan nak mengata orang bodoh sombong! Tengok cermin dulu.

Fed Up

pakbelalang said...

NEM Fulfils 1Malaysia Concept, Says Dr Mahathir




PETALING JAYA, April 2 (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad said on Friday the New Economic Model (NEM) launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak on Tuesday fulfilled the 1Malaysia concept as it encompasses all the races.

The former prime minister said the introduction of the NEM showed that Najib understood the needs of all races in the country, including the Malays.


comment:

As long as Najib is conscious of the needs of the bumiputras then I think we should support him. Of course, he is the Prime Minister who represents the people of Malaysia and must take into consideration the needs of others as well. Simple logic for a Prime Minister to do in a multi-racial society. He has to do a lot of balancing act so that all races will enjoy the fruits and willing to share without being too greedy.

The Chinese particularly must be able to appreciate this fact and not always think of themselves as if the govt. is depriving their rights to prosper and progress.
And the bumiputras should not always be too dependent on the govt. They should try to stand on their own and remove their "tongkat". The sooner the better.

In my opinion, the first priority for the bumiputras is still to get good education for their children. Then only things will get better. Without good education for the chidren, the bumiputras will end up nowhere. They will still be in the state of poverty for the next generation to come.

I am very happy in my kampong most of the children of my kampong folks are more comfortable than their parents.Some have become professionals and when to go back to see their parents they feel proud that they are succesful in their life. They are more confident and no more suffering from inferiority complex. They earn better income and can afford to help repair their parents home and give allowance to their mothers. Just as an example how by having good education can change your whole family life for the better.

Iqra' bismirab bikallazii halaq !!

pakbelalang said...

NEM Fulfils 1Malaysia Concept, Says Dr Mahathir




PETALING JAYA, April 2 (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad said on Friday the New Economic Model (NEM) launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak on Tuesday fulfilled the 1Malaysia concept as it encompasses all the races.

The former prime minister said the introduction of the NEM showed that Najib understood the needs of all races in the country, including the Malays.


comment:

As long as Najib is conscious of the needs of the bumiputras then I think we should support him. Of course, he is the Prime Minister who represents the people of Malaysia and must take into consideration the needs of others as well. Simple logic for a Prime Minister to do in a multi-racial society. He has to do a lot of balancing act so that all races will enjoy the fruits and willing to share without being too greedy.

The Chinese particularly must be able to appreciate this fact and not always think of themselves as if the govt. is depriving their rights to prosper and progress.
And the bumiputras should not always be too dependent on the govt. They should try to stand on their own and remove their "tongkat". The sooner the better.

In my opinion, the first priority for the bumiputras is still to get good education for their children. Then only things will get better. Without good education for the chidren, the bumiputras will end up nowhere. They will still be in the state of poverty for the next generation to come.

I am very happy in my kampong most of the children of my kampong folks are more comfortable than their parents.Some have become professionals and when to go back to see their parents they feel proud that they are succesful in their life. They are more confident and no more suffering from inferiority complex. They earn better income and can afford to help repair their parents home and give allowance to their mothers. Just as an example how by having good education can change your whole family life for the better.

Iqra' bismirab bikallazii halaq !!

Anonymous said...

Salam Datuk!

Berkenaan ulasan MAWAR...saya nak bagi pandangan sikit. Dalam zaman skrg diharapkan tak kira la parti apa atau siapa pun yg memerintah biarlah melaksanakan tanggungjawab secara profesional.Pengundi Kelantan nak pilih parti PAS sebagai pilihan mereka, biarlah....bagi saya ada lah buruknya UMNO ni pada pandangan hati dan fikiran majoriti mereka. Kenapa kita tak bermuhasabah diri dan perbaiki parti? Laksanakan apa yg sepatutnya. Pengundi di Kelantan juga membayar cukai....termasuk la pada LHDN.Berlaku adil la pada mereka!Barulah nampak UMNO ni pembela BANGSA dan AGAMA kerana mereka di Kelantan adalah SAMA BANGSA dan AGAMA dengan PM kita dan pemimpin PERKASA la rasanya.

Malik Klang

Puyot said...

Fed up, mawar tu kata kat diri sendiri.

Habib RAK said...

Nice to read to this article. Brings back fond memories and takes away the stress of the daily politics. Cheers

saji said...

Salam Dato'

Semasa arwah saya bina 2 perigi yang berdekatan antara satu sama lain dan satu kolam ikan saya belum dilahirkan.

Satu perigi kegunaan mandi lengkap dengan tangga turun dan satu lagi untuk kegunaan miniumanm, masakan dan basuhan yang garis pusatnya lebih kecil dan lebih dalam. Sekali sekala saya nampak arwah ayah saya mengambil air sembahayang/wuduk secara menyelam.

Semasa saya masuk sekolah menegah perigi yang dalam itu dikambus kerana sudah ada kemampuan mendapat bekalan air paip.

Yang untuk kegunaan kolam mandi itu dikekalkan untuk sesekali mandi kolam yang akhirnya saya gunakan untuk membela dan membiak pelbagai ikan pelihara yang meliputi ikan talapia dengan diberikan makanan cacing kerwit yang saya ambil dari longkang besar bersebelahan kilang arak yang terkenal di Parit Setongkat Muar itu.

Kalau orang sekarang mula cuba mendapatkan nekmat urutan kaki ikan talapia seperti di Pasar Seni KL itu, saya mungkin orang pertama yang menekmatinya.

zeqzeq said...

Dalam telaga yang hampir kering juga terdapat asid, jika sesak nafas kebetulan ajal, pun boleh tiba.




as-salam MAWAR,

kenapa di Kelantan tiada penyokong Kerajaan ker, Majoriti Pas, tetapi penyokong Kerajaan kena HUKUM juga ker..

kurangkan TAKSUB .
Sila rujuk semula sistem Ekonomi.

langitbiru said...

Kata Mawar,

"langitbiru kata tu betul Kelantan terkebelakang..contoh Bukit Yong sempadan Kelantan dengan Terengganu ketara jauh dari segi pembangunan..tapi kenapa masih lagi dok pilih PAS ..bodoh sombong nak membangkang saja tidak ikut arus perdana dan songsang...."


Begini Mawar, kita dok bayar kepada LHDN menambahkan pendapatan Negara, UNTUK pembangunan RAKYAT.

Yang dok buat pembangunan kpd rakyat tu dok guna duit hasil negara, BUKAN DUIT PARTI UMNO. Sesiapa yang jadi pemerintah, akan memegang amanah DUIT negara puluhan billion ringgit. Sememangnya dah jadi tanggungjawab kpd MANA_MANA PARTI YANG MEMERINTAH untuk membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat.

Kalau Rakyat Kelantan tak sejahtera kerana peruntukan disekat, royalti disekat, duit duit puluhan billion disekat oleh Kerajaan Pusat, bagaimana Kerajaan Negeri nak bangunkan negeri?

Parti PAS memang tak dak duit, nak buat jalanraya 10km dari Bukit Yong ke PAsir Puteh pu tak mampu!

UMNO pun tak dak duit jugak, tapi pemimpin UMNO semua buncit-buncit, pegang duit rakyat tak amanah!!!

Yang ada duit, KERAJAAN.

Mawar, adakah "masih berduri" atau "dah tak berduri"?

pakbelalang said...

Menyentuh cerita tentang tandas, saya fikir tahap kebersehan dikalangan masyarakat kita maseh lagi perlu diberi tekanan dan diperbaiki. Kita maseh lagi tidak mengambil berat tentang kebersehan disekeliling kita. Perinkat kebersehan kita maseh belum lagi setanding dengan negara maju. Budaya kita maseh menganggap kebersehan sebagai tidak penting wal hal agama Islam kita sangat menitik berat dalam hal kebersehan hinggakan kebersehan itu ditakrifkan sebagai sebahagian dari penentuan kekuatan iman kita. Jadi mengapa kita maseh mengabaikan tentang bab kebersehan.

Kita patut sedia maklum jika masyarakat kita mengambil berat tentang kebersehan kerajaan dapat menyelamatkan bermillion ringgit untuk menguruskan kebersehan diseluruh negara kita.

Adalah amat malang jika dilihat masa kini banyak lagi tempat-tempat awam maseh mengalami keadaan kekotoran yang sungguh menjijik dan meloyakan.

Bila agaknya masyarakat kita dapat berubah sikap untuk menaik tarafkan tahap kebersehan negara kita ke status negara maju?

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Tempat melabur sambil berangan feveret saya masa kecik atas pokok manggis.Duduk lama pun ok.

Yang jenis duduk memang tak biasa.DEB
punya hai,depa hantaq pi mengaji tempat orang puteh.

Kena pulak sampai masa musim sejuk,bahagian atas boleh la pakai baju tebai siap selimut lagi kain pelikat.

Bahagian bawah rasa macam duduk atas ais.Macam kena karan! Masa tu tak tau lg ada pelapik duduk bulu biri biri rupanya.he he

nik hishamuddin nik hassan said...

Kalau manusia itu rasa bertuhan itu kuat nescaya setiap yang berilmu ingin menyampaikan sekalipun tanpa bayaran, setiap yang kaya akan mengagih-agihkan, setiap yang berjuang ingin membela, setiap yang berkuasa ingin menaung dan menjaga.
http://nikhishamuddinnikhassan.blogspot.com/

rillink said...

Assalam Dato

Saya rasa tajuk telaga dan tandas ni tak penting dan tak perlu di bahaskan dalam blog nii...tajuk yang lebih penting untuk di bahaskan masakini adalah seperti issu APCO yang mengugat keselamatan negara,,kalau buat blog untuk mengampu baik tutup dato!!jadi lah manusia yang membina minda jangan jadi manusia yang membutakan minda.

Anonymous said...

PANDANGAN SEORANG GURU PENCEN TENTANG JANJI MENTERI PELAJARAN:

Betulkah janji Menteri Pelajaran di HS pada guru semalam?

(Ini bukan kali pertama seorang menteri pelajaran berjanji perkara yang sama. Tiap-tiap menteri pelajaran baru pernah berjanji perkara yang sama, benda yang sama, aspek yang sama, objektif yang sama dan semuanya sama belaka. Menteri yang ini, janji dah banyak, hasil bukan tambah baik, tambah .....)

JANJI SENANG NAIK PANGKAT:
1-berapa lama DG41 nak naik DG44, berapa lama DG44 nak keDG48,berapa lama DG48 nak ke DG52,berapa lama ........ (zaman menteri pelajaran sebelum ini ada kemajuan SIKIT. Tahniah Datuk Hishamuddin)
2-kenapa bukan guru laju sangat naik DG44, DG48, DG52 dan .......Kementerian lain, 3 tahun dah 44, 5 tahun dah 48, 10 tahun dah 52, 15 tahun dah 54, 20 tahun dah jusa. (Cikgu? mintak maaflah. Dapat pencen DG48 pun dah satu "rahmat paling besar! Itupun ibarat kura-kura dah berumur panjat gunung everest!")
3-berapa % boleh jadi pengetua. (Kalau tidak jadi pengetua atau guru cemerlang kenapa setakat DG48 sampai pencen?)
4-kenapa hadkan PTK 3 kali sahaja. (Kalau tak dapat 4 & 4, senyum pahit sahajalah tunggu naik dalam masa 10 tahun)
5-nak jadi guru cemerlang senang ke? Berapa banyakkah nazir (yang cuma pandai cakap) yang akan datang berduyun-duyun menilai cikgu yg memohon? (Guru disiplin ada peluang kah sebab murid tak akan beri nilaian yang baik untuk guru jenis ni!)

JANJI SENANG DAPAT HADIAH/ELAUN:
1-kenapa guru ppsmi sahaja dapat elaun 5 - 10%. Apa kelebihan mereka. mereka ada guna komputer? Mereka guna bi standard? (Sila buat lawatan!)
2-kenapa elaun perjalanan tahun ini dimansuhkan. Kenapa dah tak boleh buat tuntutan perbatuan? pergi mesyuarat naik kereta dan bayar tol bukan pakai daun getah. pergi hantar anak murid sukan/ pertandingan bukan pakai daun kelapa sawit.
3-kenaikan gaji tahunan bulan januari. kenapa bulan 11 baru dapat kenaikan. (dekat setahun tunggu tunggakan)
4-hadiah perkhidmatan cemerlang (PPC) tahun ini apa cerita. biasa bulan januari dah bagi. tahun ni april pun senyap lagi. Ada ke tak ada? buatlah pengumuman di HS.

JANJI KURANGKAN KERJA PENGKERANIAN:
1-Woi! benda ni sejak belum merdeka lagi dah. Satu benda pun tak berubahlah! Siapa nak buat pengkeranian kalau bukan cikgu. Ada nak hantar 20 orang staf bukan guru ke setiap sekolah ke?
2-"Satu pelajar satu sukan". Ha ha Ha, itu bukan nak tambah kerja gurukah? Bukankah guru akan kena buat rekod, pelan strategik, penyediaan sijil dan sebagainya. (Ini maksud menteri pelajaran untuk kurangkan kerja pengkeranian cikgu. Ha ha ha)

UPDATE MAKLUMAT GURU:
1-ingat sebelum ni tak update ke?
(Itulah! pergilah datang melawat ke sekolah. Seminggu 2 buah sekolah pun jadilah!)

******Untuk makluman - Janji di atas akan dijanjikan sekali lagi oleh Menteri Pelajaran yang akan datang, dan yang akan datang selepas itu, dan yang akan menggantikan menteri pelajaran itu selepas itu dan menteri-menteri pelajaran selepas-selepas itu dan seterusnya hingga ke hari kiamat. (dot)******


cikguman

Indahdesa said...

Leaders nowadays are not kampong-grounded and what more kampong-bred. They are born in towns. This means that they don't know the real life, the asam-garam of kampong life. It's difficult to convince them that such difficult life of deprivations still exist in this country.

The jaundice attitude is that in order to make the kampong people happy - easy, just give them the minimal especially before elections. To them, they are just statistics, faceless and voiceless. Yes, they are defenseless people!

The government should examine and compare the development budget per capita or per unit area for urban, semi-urban and rural/interior areas and apportion funds in a fair manner. Upgrading and development of rural/interior areas should be done in an ever continous way as such as in the towns.

The government machinery and systems for rural-interior development must be re-examined, modernised for efficient delivery.

Pandangan Orang Kampung said...

Datuk,

Bagi saya cerita yang Datuk lakarkan itu satu cerminan daripada ketidakseluruhan sebaran pembangunan negara.

Agak sedih kita membacanya kerana senario seperti ini kita telah alami dulu di tempat kita di tahun 1960-an dan sebelum.

Tapi bila dilporkan wujud lagi pada alaf baru ini maka agak mengejut dan mengecewakan.

Saya bersetuju dengan rumusan Datuk iaitu semoga senario ini terhapus dalam tempoh MEB nanti.

alunbm said...

Dato'
Hanya pilihan raya saja mampu mengubah wajah sesuatu kawasan kampung tak kiralah pilihan raya kecil atau besaq.

Waktu itu jambatan nak runtuh pun bertukar baru,jalan tanah merah bertukar tar,rumah nak runtuh pun jadi baru.

Pendek kata apa saja kekurangan sesuatu kawasan akan bettukar baru!

Itu lah tektik kerajaan pemerintah dari dulu sampai sekarang tak berubah!

Saya pasti ramai orang diluar sana tahu dua tiga hari lepas apa janji Muhiyiddin di Hulu Selangor.
Kalau lah bulan dan bintang itu mampu dicapai tak mustahil itu pun akan diberi!

Segala janji dan peruntukan diwar-warkan untuk memikat hati pengundi
Itu tektik lama!
Orang nak bagi kita ambik

Tapi masalahnya sekarang orang dah makin cerdik tak mudah dipergula-gulakan.

Alang kah bagus nya kalau selalu ada pilihan raya...Kah..kah..kah..

Hanezam said...

Datuk,
Dulu Datuk pi Sik, Jeniang, Kupang dan Baling dari Tanah Merah shortcut kot mana ? Banyak ghimau tak Datuk lalu kot tu ?

Anonymous said...

Salam Dato',

Bagi kebanyakan kampung di Malaysia sekarang ni, mendapatkan bekalan air secara menggali perigi adalah satu pilihan atau satu alternatif. Saya tahu di Kelantan masih ada (banyak?) rumah yang menggunakan bekalan air paip dan air perigi serentak. Air perigi dan air paip masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Misalnya, air paip berklorin dan kena bayar tarif. Air perigi adalah jenis "hard water" dan biasanya "banger" (perkataan Jawa untuk bau dan rasa air seperti air banjir semasa sudah surut kerana bercampur dengan rumput yg reput). Aip perigi kena guna timba dan tali untuk dapatkannya atau guna pam elektrik (maknanya tak free juga). Sebenarnya, apabila disebut "kemudahan" bekalan air paip bermakna kosnya lebih murah berbanding air perigi.

Oleh kerana masalah kos maka tak mungkin semua rumah akan dapat kemudahan bekalan air paip. Di USA pun masih terdapat rumah yg bekalan airnya diperolehi melalui pam (saya tak tahu apa nama jenis pam tu). Kita harap, bagi kampung-kampung terpencil sesuatu boleh dilakukan oleh kerajaan supaya bekalan air bersih terjamin. Saya tahu sangat susahnya menggunakan bekalan air perigi, air sungai dan tandas open air tu. Susahnya menggunakan pelita minyak tanah dan dapur kayu. Susahnya dulu berbanding sekarang... One more thing Dato', masa zaman tandas open air tu dulu amat mudah mengenali keluarga yg pengotor dengan yg tidak; perkarangan rumah keluarga yg pengotor tu amat kuat bau tahi keringnya.

Saya tidak fikir Dato' sekadar bernostalgia dengan zaman 60-70an. Masih banyak keluarga kurang beruntung yg hidup di bawah paras kemiskinan tegar walaupun untuk masuk dalam kategori itu pendapatan Keluarga Isi Rumah sekadar RM 420 sebulan. Semoga MEB dapat mensifarkan kemisikinan tegar.

Pak Hj JB

Cikgu Ibrahim said...

Datuk..

Saya suka tulisan Datuk kali ini.

Saya asal dari Sabah daerah semporna. Menteri luar bandar asal daerah ni. Tapi... jangan cerita... teruk keadaan hidup orang kampung datuk...

Sedih...

dan kajang said...

Asslamualikum Dato',

1. Semasa di Alor Star memanglah rumah saya sejak dulu ada bekalan air dan ada 2 bilik air. Sebabnya kami tinggal di Kuarters Kerajaan di Bakar Bata, Alor Star, berjiran dengan rumah Pegawai Perubatan pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad.

2. Bagaimanapun di rumah nenek saya di Loraong Air Putih, Seberang Perak, Alor Star hanya ada sebuah Stand Pipe pada suatu ketika dulu untuk kegunaan orang kampung sekitar Lorang Air Putih. Ia terletak ditepi jalan Lorong Air Putih dan jaraknya lebih kurang 100 ela dari rumah Nenek saya.

3. Disitulah apabila sebelah petang kami pergi mandi beramai-ramai secara bergilir. Air minum diisi dalam bekas untuk dibawa pulang ke rumah Nenek. Bagi kaum wanita mereka mandi waktu malam sahaja. Seronok suasana ketika itu

4. Stand Pipe itu berada disitu dah lama. Sekarang ini dah tidak ada lagi. Malah ikut cerita emak saya Stand Pipe itu dah ada sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Mengikut cerita emak saya, semasa perang dulu, kaum wanita dan anak gadis disitu hanya berani pergi mandi waktu malam sahaja. Itupun kadang2 semasa mandi apabila ternampak Tentera Jepun datang, habis semua berselerak lari balik.

5. Begitulah seksanya pada waktu itu. Nak mandi pun seksa. Sekarang ini masalah peringi tidak sepatutnya ada lagi.

Najmi Zaini said...

bersyukurlah dengan apa yang tuhan bagi. manusia hanya perlu berusaha dan berdoa kepadaNYA kerana semua itu adalah ujian dariNYA....

ZULKIFLI YAHYA said...

Datuk,
Memang banyak kenangan seperti yang Datuk coretkan.Dulu kat kampung di Seberang Perai sebelum tiba bekalan air paip,air telagalah yang digunakan tapi alhamdulillah air telaga tak pernah kering.Sebelum pengenalan tandas curah,hutan belukar kecil kat belakang rumahlah yang menjadi tandas mesra alam.
Kini semua itu telah menjadi kenangan.Telagapun dah ditimbus,belukar dan semakpun tiada lagi.

Sekian.

pakbelalang said...

Permata Negara Centre Planned For Hulu Selangor




HULU SELANGOR, April 5 (Bernama) -- The prime minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor said a Permata Negara centre was planned for Hulu Selangor for the benefit of children in the area.


comment:

Apa benda Permata Negara ni?

Siapa sebenarnya menguruskannya?

Di-bawah kementerian apa Permata Negara?

Ada jabatan baru ke khas untuk Rosmah?

Adakah Permata Negara ini just a gimmick for PR activity for Rosmah to get daily publicity.

Kalau dibawah Kementerian Pelajaran sepatutnya Menterinyalah yang patut buat kenyataan tentang perkembangan yang berlaku. Apa pasal pulak asyik Rosmah je !!

Seriously, I believe a lot of people are being questioning her involvement in so many things.

Saya ingat kalau Rosmah tak melalut, rating Najib mungkin lebeh tinggi lagi.

No wonder Kerajaan Pakatan Selangor nak lucutkan jawatannya sebagai Cancelor University. Dia dah merapu-rapu!!

langitbiru said...

Cikguman,

Jiran saya lagi 3 tahun nak pencen, dok takat DG48 je, walaupun ada Masters dari UK!

Seorang lagi sahabat saya, ada Masters ada PhD, dok takat DG41 walaupun dah lebih 20 tahun berkhidmat. Kementerian Pelajaran dan JPA kata, sebab pi belajar MAsters dan PhD, maka "seniority" dah turun. MAsa yang digunakan untuk belajar Masters dab PhD dianggap cuti belajar, tidak bekerja, maka "seniority" jatuh. So, ramai yang jauh lebih junior daripada nya terlebih dulu naik 44,48,52,54. JUSA.....bawah sistem SSM katanya, jangan mimpi la!

Jadi, nak jadi guru cemerlang, tak perlu susah payah sambung belajar buat Masters atau PhD. Nak naik pangkat, kena dok rapat-rapat dengan pengetua, ppd, jabatan pendidikan negeri!

Ada yang mengatakan sebabnya adalah jumlah guru terlalu ramai berbanding dengan jawatan perkhidmatan yang lain. Akan tetapi, pengkelasan gred hakiki tidak berdasarkan ramai atau tidak tenaga kerja, tetapi berdasarkan kelayakan akedemik, contohnya Kumpulan Pengurusan Dan Professional (KPP), bermula dengan gred hakiki 41 TAK KIRA apa jawatan (guru,jurutera,doktor,akauntan dll) semuanya ada ijazah sarjana muda. Jadi, saya bersetuju kebajikan guru-guru jauh terkebelakang berbanding dengan jawatan perkhidmatan yang lain yang sekelas dengannya.

Tumpang simpati Cikguman!

Pak Belalang,

Dalam bab lepas, "Hulu Selangor uji BN,PR", Pak Belalang ada menulis, "Bila masa pulak kita ada kerajaan Najib/Rosmah? kah, kah,kah !!!

Memang handal,Rosmah!! Tak susah payah nak bertanding terus dapat mentadbir kerajaan!!"

Sekarang, saya fikir Pak Belalang sudah nampak sikit walaupun tak banyak, mengapa sebahagian rakyat panggil Kerajaan Laki-Bini RM-Najib?

Dalam membahas Titah YAng Di Pertuan Agong, agak menarik juga, dalam titah ada memuji Rosmah dan Program PERMATA. Anwar bangkitkan soal titah ini, yang Anwar dakwa telah ditulis oleh UMNO.

Waaah, begitu hebat RM sampai disebut secara khusus oleh Yang Di Pertuan Agung dalm sidang Parlimen.

Saya suka bertanya, apakah PERMATA ini satu program yang SAH oleh kerajaan, atau satu program seronok-seronok RM?

A KADIR JASIN said...

Sdri/Sdra Hanezam,

1. La ni, rangkaian jalan kampung cukup luas. Itu kita kena akaui.

2. Dari Pendang, pi Padang Pusing, Gajah Putih, Kuala Berok, Jeniang, charok Pelandok, Teloi Tua, Kg Batu Besar, Kg mengkuang, Kg Chenerai, Kupang dan terus ke Baling.

3. Pendang, Air Puteh, Bukit Jenun, Padang Lembu, Sik.

4. Antara hobby saya ambil jalan kampung, ladang dan hutan simpan. Menyegarkan. Leisure driving.

Terima kasih.

Dadi said...

Kesian tengok.Nak buatcamna, Kata orang tua-tua "kalau ajal dah sampai macam tu lah.Dah janji dia nak habis hayat kat situ.

Ayamitogei said...

Salam dato'

Penggunaan air perigi sebenarnya masih meluas di kelantan, terutama di kawasan luar bandar. Selain daripada perigi, mereka juga menggunakan air bowring yang dikorek secara teknik tradisional oleh penduduk kampung dan ada juga yang digerudi secara moden.
Walaupun di kawasan terdapat kemudahan air paip yang disediakan oleh kerajaan, kebanyakan penduduk kelantan masih mengutamakan air telaga atau air bowring. Bukan sekadar orang kampung yang miskin, golongan pertengahan dan kaya juga ramai yang memilih air ini kerana beberapa sebab;
a. mengelakkan bayaran bil air yang tinggi.
b. Kos eletrik bagi pam air telaga/bowring lebih murah.
c. Kualiti dan kuantiti air paip tidak memuaskan.
d. Bagi yang berniaga minuman, air telaga tiada bau klorin.
e. dan macam2 lagi kelebihan menggunakan air telaga/bowring.
Dalam kes sebegini, bagi saya kaitan dengan politik hanya minima sahaja, selebihnya adalah kemalangan yang disebabkan tidak mengutamakan keselamatan semasa melakukan sesuatu pekerjaan.
Namun begitu, apabila sesuatu berlaku melibatkan kemudahan awam terutama di negeri kelantan, ianya terus dikaitkan dengan politik, seterusnya kegagalan pihak pemerintah menyediakan kemudahan asas yang mencukupi kepada rakyat.

A KADIR JASIN said...

Sdr Ayamitogei,

Maksud sdr air "boring" atau air dari lobang yang digerudi.

Kalau dulu, saya diajar, telaga jenis itu dipanggil telaga "artesian" atau artesian well.

Terima kasih.

Ayamitogei said...

Salam dato'

terima kasih atas pembetulan di atas.

MegaPena said...

Saya lahir pada 27 Okt 50. Saya golongan mandi telaga. Satu hari adik saya Abd Rahman bermain-main di gigi telaga. Tergelincir dan jatuh dalam telaga. Memang gerak automatik kasih ibu, emak saya terus terjun menyambar adik saya yg berada di dasar telaga. Alhamdulillah keduanya selamat.

hafiz said...

Datuk,

Betul ke dulu negara kita ada Burung Hering? Ini adalah info paling baru saya tahu.Adakah burung yang Datuk maksudkan adalah sama macam Burung Vulture semacam di Amerika itu? Atau hanya burung helang.

terima Kasih.

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya begitu give up dgn UMNO dan Perkasa.

Suara lantang bukan main nak kan ketuanan melayu. last last...melayu entah kemana...1malaysia entah kemana...tau tau...ada hubungan dgn APCO.....juar maruah melayu kat yahudi betul dia orang ni!!!!

Kita semua dah tak selamat dato, maklumat kita semua dah di simpan oleh cia and isa.

Anytime our identity can be stolen by them. This is evident when the israeli agents that murdered the palestinian guy recently used faked british passport, australia passport etc.

Apa citer ni Dato'...berjuang untuk melayu konon....Pirahhhh!!!!!!!!


regards,
Yg sedang marah gila

Anonymous said...

Salam Dato,

Nak korek telaga mesti ada sains dan teknologi dia. Bukan main korek sebarangan saja. Orang tua-tua melayu zaman dulupun faham prinsip ni. Sebab itu telaga yang dalam-dalam depa boleh buat. Apapun, marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Mohd Amirul. Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Memang malang tak berbau dan hidup mati di tangan Tuhan.

Lama saya tak dengaq perkataan kelemboq dan yoi (teringat kat Lahaq Yooi dekat Pala Bataih, SPU). Satu lagi natural feature ialah tamboq. Melaboq dari atas batang nyioq tumbang adalah satu "rite of passage" kehidupan di kampung pada zaman dahulu. Kenangan itu membuatkan kita rasa bersyukur di atas "kesenangan" yang dinikmati sekarang.

Anak Kampung di KL

drBOND said...

saya bersyukur kerana tak pernah melalui semua itu..

Anonymous said...

Hafiz

Ye benar.

Dahulu memang ada Burung Hering (vulture) yang memakan bangkai di bahagian utara Semenanjung.

Datuk saya yang lahir 1920an pun menceritakan perkara yang sama di mana apabila ada lembu atau kambing yang mati, orang kampung akan meninggalkannya di tengah bendang untuk dihabiskan oleh burung hering.

Itu kisah beliau semasa membesar di Salor, Kelantan sebelum Perang Jepun ..

Sekarang burung Hering sudah tiada lagi. Dahulu ianya banyak,dari benua India sehinggalah ke Semenanjung. Di India pun semakin kurang .. Kerana tiada lagi orang tinggal bangkai haiwan merata-rata dan tiada juga bangkai haiwan liar yang besar2 mati bergelimpangan.

Boleh baca di sini :

http://en.wikipedia.org/wiki/Indian_White-rumped_Vulture

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).