Sunday, April 11, 2010

Perlembagaan Vs Pelaksanaan Menekan Bumiputera

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA 3 April lalu, Persatuan Wartawan Melayu Kelantan yang di pelopori oleh wartawan dan aktivis sosial, Dr Alias Mohamed, telah menjemput saya memberi ceramah mengenai Perlembagaan dan hak istimewa orang Melayu.

Tujuannya adalah untuk membahaskan kekangan antara apa yang termaktub dalam Perlembagaan dengan apa yang diamalkan.

Kata alu-aluan majlis oleh Dr Alias, mukadimah oleh Profesor Dr Hashim Yaacob, Naib Canselor, International University College of Nursing dan perasmian oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Mohd Nasir Salleh.

Berikut adalah inti pati pembentangan saya itu yang saya ingin berkongsi dengan pelawat dan pembahas blog ini. Kalau ada apa-apa yang kurang, marilah sama-sama kita memperlengkapkannya.

Hak istimewa orang Melayu

1. Hak istimewa orang Melayu mendahului Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ia wujud lama sebelum penjajah Eropah datang ke rantau ini.

Hatta pada zaman penjajahan pun, empayar Melayu seperti yang diwakili oleh Kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah dijajah dalam erti kata yang mutlak.

Hanya pelabuhan Melaka dan sekitarnya saja yang jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Kerajaan Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu terus wujud sebagai pemerintahan berdaulat.

Istilah penjajahan adalah diayah Barat. Tetapi ia berkesan ke atas minda orang Melayu. Sampai hari ini pun, ramai orang Melayu, akibat tidak celik sejarah dan kompleks rendah diri, percaya Tanah Melayu dijajah.

2. Melayu adalah bangsa bertolak ansur dan mudah dipengaruhi. Pada tahun 1946, Melayu bangun menentang Malayan Union (Kesatuan Malaya) dan menolak kerakyatan kaum-kaum pendatang.

Sepuluh tahun kemudian, atas pujukan dan desakan Inggeris, orang Melayu bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, malah bersedia menerima lebih setuju kaum pendatang sebagai warganegara Malaya merdeka.

3. Suruhanjaya Reed memperakukan kerakyatan orang Cina dan India, tetapi mengiktiraf hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai ciri yang mendahului Perlembagaan. Perlembagaan sekadar memaktubkan keistimewaan itu.

4. Gabungan pemaktuban hak istimewa orang Melayu dan pemberian kewarganegaraan kepada kaum-kaum pendatang adalah Kontrak Sosial antara orang Melayu dengan kaum-kaum pendatang. Pakar undang-undang Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim menyifatkan Perlembagaan sebagai Perjanjian Damai.

5. Perkara 153 Perlembagaan amat jelas dan terperinci mengenai apakah yang dimaksudkan dengan hak istimewa orang Melayu dan Anak Negeri Sarawak dan Sabah.

Antaranya, Perkara 153 membuat peruntukan berikut:

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.”

6. Malangnya, keistimewaan orang Melayu dan peruntukan-peruntukan fundamental Perlembagaan, termasuk Perkara 153 dan peruntukan mengenai bahasa, pendidikan dan ekonomi dicabar dan dipertikai sejak awal lagi oleh parti-parti radikal bukan Melayu.

7. Cabaran ini sangat lantang dan terbuka ketika kempen pilihan raya umum 1969 – kempen terpanjang dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

8. Peristiwa berdarah 13 Mei memberikan kesedaran, sebab dan alasan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menutup jurang antara peruntukan Perlembagaan dengan pelaksanaan (amalan), menggunakan pendekatan ekonomi.

DEB Cuba Mengisi Tuntutan Perlembagaan

Berikutan Dengan itu, lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat sejagatnya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat agar bangsa-bangsa di Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan kegiatan ekonomi.

Selain membasmi kemiskinan, DEB diperkenalkan untuk menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara.

Sejak Merdeka pada tahun 1957, pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran hasil peninggalan Inggeris. Dalam banyak hal, Persekutuan Tanah Melayu lebih maju daripada banyak negara baru merdeka yang lain di dunia kerana kekayaan hasil bumi serta infrastruktur ekonomi yang ditinggalkan Inggeris.

Akibat dasar dan sistem peninggalan Inggeris itu, pertumbuhan ekonomi selepas merdeka tidak disertai oleh pembahagian yang adil. Malah ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum dan daerah menjadi lebih buruk.

Paras kemiskinan pada permulaan DEB adalah sangat tinggi iaitu 49.3 peratus dan majoriti adalah orang Melayu dan Bumiputera lain. Menjelang tahun 2005, paras kemiskinan telah turun kepada kurang daripada enam peratus. Begitu juga pengangguran.

9. Pada permulaan DEB, pemilikan kekayaan korporat Bumiputera hanya 1.9 peratus berbanding orang asing 60.7 peratus dan Bukan Bumiputera 37.4 peratus. Kuota yang diperuntukkan kepada Bumiputera sangat sederhana – hanya 30 peratus daripada kekayaan korporat dan guna tenaga.

Namun, kerana kemunduran ekonomi dan pemikiran serta sifat tolak ansur yang keterlaluan, orang Melayu tidak mempertikaikan pembahagian yang sangat tidak adil ini.

Bumiputera begitu daif dan terkebelakang dalam bidang ekonomi serta pemikiran mengenai pembangunan hingga ketidakseimbangan ini sama ada tidak disedari atau tidak mampu ditentang.

Namun kita harus akui bahawa DEB tidak gagal. Sebaliknya ia berjaya mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain, walaupun ia lebih memberi faedah lebih besar kepada orang bukan Melayu. Khasnya orang Cina.

Dalam masa yang agak singkat, kemiskinan telah dapat dikurangkan dan guna tenaga, khasnya di kalangan Bumiputera, menjadi hampir penuh. Walaupun ukuran paras kemiskinan terus dipersoalkan, kemiskinan telah turun kepada 5.7 peratus menjelang Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).

Namun begitu jurang kemiskinan antara bandar dan luar bandar masih berterusan dan ketara. Pada tahun 2006, iaitu permulaan RMK9, kemiskinan luar bandar berada di paras 11.9 peratus berbanding 2.5 peratus di bandar.

Kemiskinan Bumiputera pada tahun 2004 dianggarkan 8.3 peratus berbanding 2.9 peratus bukan Bumiputera.

Malah pada beberapa tahun kebelakangan ini, jurang pendapatan antara kaum dan intra-kaum (dalam kaum yang sama) telah meluas semula.

Ini dibuktikan benar apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dalam pembentangan rangka Model Ekonomi Baru (MEB) pada 30 Mac, menyatakan 40 peratus daripada penduduk Malaysia mempunyai pendapatan bulanan kurang RM1,500.

Manakala pemilikan korporat, termasuk oleh agensi-agensi pemegang amanah Bumiputera seperti PNB, hanya di sekitar 18-19 peratus sahaja, sedang pemilikan bukan Bumiputera telah meningkat kepada 60 peratus, melepasi matlamat DEB.

Walaupun guna tenaga Bumiputera dalam bidang profesional dan perburuhan telah meningkat, namun nisbahnya masih belum boleh mengatasi kaum minoriti Cina dan India.

Di sini berlaku satu lagi kekangan yang sangat menakutkan apabila Perdana Menteri sendiri, ketika membentangkan MEB mengatakan 80 peratus daripada tenaga kerja negara hanya mempunyai kelulusan SPM.

Apakah kesilapan orang Melayu?

(I) Sikap orang Melayu/Bumiputera sendiri – nak cepat kaya, mudah puas dan iri hati:

(II) Kekurangan modal kewangan dan modal insan di kalangan Bumiputera;

(III) Kelemahan sistem pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan;

(IV) Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;

(V) Terlalu bergantung dan menyerah kepada sistem politik dan pentadbiran yang didominasi oleh Bumiputera (akhirnya diabaikan dan dikhianati);

(VI) Padang permainan tidak sama rata atau ada padang yang tidak boleh dimasuki orang Melayu kerana agamanya, dan dimonopoli oleh bukan Melayu/Islam (misalnya arak, judi dan yang tidak serasi dengan hukum Syariah);

(VII) Kerana penguasaan mereka dalam ekonomi, orang bukan Bumiputera mendapat naungan (patronage) yang lebih besar daripada pemerintah berbanding Bumiputera.

(Cuma Bumiputera akibat kedangkalan pemikiran cepat iri hati dan menuduh Melayu jadi kroni dan pemungut sewa (rentier). Realitinya, kroni dan rentier raksasa adalah bukan Bumiputera yang menggunakan operasi pasaran untuk berjual-beli aset, lesen,monopoli dan francais yang diberikan oleh kerajaan.)

Harapan Bumiputera Di Bawah MEB

Model Ekonomi Baru (MEB) ringkasnya bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi selaras dengan hasrat mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri berkata pendapatan per kapita akan dinaikkan daripada AS$7,000 (lebih kurang RM23,000) sekarang kepada AS$15,000 (RM49,000) menjelang akhir dekad ini.

Di bawah model itu, kerajaan tidak akan membenarkan lagi amalan “memungut sewa” (rentier) dan "penaungan” (patronage) yang telah mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Di masa yang sama, pemerintah berulang kali bercakap mengenai penghapusan subsidi yang menjadi payung kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi menjadi sumber kekayaan kepada kapitalis dan pemilik industri.

Kesimpulannya

(I) Kekangan antara peruntukan Perlembagaan dan amalan akan berterusan jika orang Melayu keseluruhannya tidak mengawasi saudara sebangsa dalam kelompok politik, pemerintahan dan pentadbiran agar menjadi lebih telus dan mengotakan apa yang dikata;

(II) Orang Melayu tidak boleh lagi menyerahkan bulat-bulat nasib mereka kepada parti-parti politik, pemerintahan dan pentadbiran yang diterajui oleh Melayu. Mereka wajib bertanya dan menegur kepimpinan politik, pemerintahan dan pentadbiran Melayu secara terbuka.

(III) Kepentingan bangsa wajib mengatasi afiliasi dan taat setia kepartian;

(IV) Melayu wajib mewujudkan semula kepelbagaian suara untuk mendesak dan mengawasi agar kepentingan mereka tidak diabaikan;

(V) Melayu wajib membuang sikap negatif seperti iri hati, menghina bangsa sendiri, rendah diri tetapi terlalu bertolak-ansur dengan bangsa-bangsa lain sehingga merugikan bangsa sendiri;

(VI) Orang Melayu wajib mengkaji dan memahami falsafah, ideologi dan nilai moral kaum-kaum bukan Melayu sebelum boleh bersaing secara berkesan dengan mereka.

91 comments:

PUTRA MERDEKA said...

melayu yang gemar minta maaf dikira sekali ke tok? lebih malang pemimpin melayu sudah merasakan malu untuk bercakap tentang ekonomi dan hak melayu...
terima kasih dato

ab said...

Salam Dato,


Pemahaman ekonomi malaysia saya adalah lebih kurang begini:


1.Sejak dari zaman kerajaan melaka,pertugis,belanda,ingeris,jepun dan ingeris.. perniagaan utama dan hasil duit dan harta terbanyak adalah dari syarikat-syarikat besar, kerajaan dapat cukai, dan peluang pekerjaan terutama rakyat adakah dari syarikat-syarikat tersebut.

Kerajaan kutip cukai dan belanja duit.....


2.Sampai sekarang masih dok macam itu juga....

3.Bezanya didalam tahun 1997/8,2000-2001 dan 2009-2010?2011. KERAJAAN TELAH ambil tugas TUANG DUIT KEADALAM PASARAN ekonomi negara.

4.Dengan kekangan ringgit tak bolih dijualbeli diluar Malaysia dan hutsng negara tak tinggi sangat, serta dah tak banyak FDI dulu yang tinggal...ini dah jadi macam teori alchemist dulu,masuk dalam bathtub berair,dan paras air akan naik dan melimpah.... kalau anologi tersebut diapplikasi kepada negara sekarang, KERAJAAN LETAK KETUL EMAS BESAR(RM 67+7 bilion) DALAM bathtub itu...paras air dah naik dah,syarikat-syarikat besar dah nampak rancak pernia-gaan,ekspot dah bertambah....

5.CUMA yang belum berlaku ialah tumpahan rezeki tersebut kepada syarikat-syarikat kecil dan orang kebanyakan...the cunsumers.. mereka belum dapat tambahan disposable incomes untuk membeli `inventories' barangan dan perkhidmatan yang bertimbun dimerata dan serata tempat.....


6.THE WEAKEST LINK adalah diperingkat bawah dimana retailer kecil(SMEs) tidak dapat jual barangan dan perkhidmatan kerana pembeli kebanyakannya tidak cukup disposable incomes.


7.KALAU DILIHAT pertumbuhan ekonomi sekarang...kalau betui 5-6%, nampaknya, sumbangan dari peniaga kecil ini(SMEs) tidak laa begitu besar.....entah tak sampai 1% dari KDNK.


8.KALAU MACAM BEGINI, kerajaan tak bolih terlompat,terjerit kuat sangat, kalau pertumbuhan ekonomi 5-6%, SEBAB yang bergerak cergas dan memberi jumlah tersebut adalah dari syarikat-syarikat besar....


9. KAT MANA DAN MACAMANA NAK UKUR PENCAPAIAN PERNIAGAAN KECIL, terutamanya perniagaan kecil orang melayu dan APA DIA PENYUKAT TERSEBUT???...tanpa penyukat yang
betui,tak ada apa yang bolih disukat dan bacaan sukatan penyukat sumbang tak bolih dipercayai....


10. SALAH SATU ALAT PENYUKAT adalah BURSA SAHAM BUMIPUTRA (BSB) sepeerti cadangan Datuk Salleh Majid, ada logik dan meritnya....


11.PENYUKAT yang lain seperti registry peniagaan kecil melayu, dan registry peniaga kecil melayu.


12. BAB 153 tu tak bolih padam dah... SO BUAT kerja besar untuk smes melayu,perniaaan melayu dan peniaga melayu...TENTU KITA DAPAT
BERTAMBAH BAIK....RUMINATION sometimes leads to confobulation, bolih jadi susah nanti....


LET US DO THE DOABLE,forget the ideals which is only idealism!.


Abu Bakar Ab Rahman

VelvetFire said...

Salam Dato',
saya menyokong kesimpulan yang Dato' utarakan, terutama pada point 2,3,4,5. Inilah perubahan yang pada saya amat perlu dilakukan oleh segenap umat yang menggelar diri mereka Melayu, dibawah apa bendera sekalipun. Tanpa penyatuan suara,tidak akan ada kekuatan mendesak dan tidak ada pembelaan tanpa desakan (mengikut senario masakini).Pertubuhan yang memperjuangkan 'hak' bangsa lain jadi sangat kuat dengan penyatuan suara mereka hingga mampu mempengaruhi polisi, kenapa tidak kita juga mengambil pendekatan yang sama? Rasanya tak perlu jadi apologetik sekiranya kita tidak sibuk mengira undi sebelum pilihanraya. Hope those who are called 'leaders' have the guts to fulfill their oath and duty.Kalau tak, kita akan dengar makin banyak amaran dan permohonan maaflah dari mereka ni.Cuma kadangkala terfikir, bilakah kali terakhir kita mendengar permohonan maaf dari pemimpin kaum lain, terhadap ucapan mereka yang mengguris hati kaum Melayu ? Food for thought,gentleman!

Nik said...

Dato'

Sepatutnya DS Najib mengubahkan DEB dengan beransur ansur supaya apa jua perubahan akan mendapat sambutan Kebanyakan Orang melayu dan bukan sahaja dilihat sebagai niat untuk mengaut undi bukan Melayu.

Dengan Laungannya untuk mengubah secara Drastik DEB, maka apa jua langkah DS Najib akan di teliti dengan amat teliti olih semua golongan orang Melayu.

Akhirnya bak kata Orang Inggeris, "He will have to Eat his Own Words".

Atau

Beliau akan berada...."Between the Devil and the Deep Blue Sea"

Anonymous said...

Dato'
The Perlembagan is well and good and I doubt anyone dares to question it openly and for those who understand the history of this nation, surely they are very comfortable and would love to remain and support this country.
Bumiputra issue only becomes the center of the political debate when it was made known of the reality of the issue of the UMNOputra and those entrusted with the power have been abusing it and to the extent of disgusting!!!
Indicators of the dissatisfaction with the ruling regime of UMNO was shown during the 12th GE. It is not only the non Bumi but even the Bumiputras are adamant that they were taken for a ride for the past 50 years.
Time has change and leaders of this nation must realize that you don't ever try to cheat your country men and never treat us, we the people as an idiot. The price to be paid is very high and the present leaders especially those from UMNO must be prepared to face it if they think they are indispensable. Membujur lalu melintang patah hak rakyat mengikut Perlembagaan mesti di pertahankan. ANakHuluS53.

asyMok_Aambo said...

ya tak ya juga.

freelunch2020 said...

1. Hak istimewa orang Melayu mendahului Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ia wujud lama sebelum penjajah Eropah datang ke rantau ini.

Hatta pada zaman penjajahan pun, empayar Melayu seperti yang diwakili oleh Kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah dijajah dalam erti kata yang mutlak.

Hanya pelabuhan Melaka dan sekitarnya saja yang jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Kerajaan Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu terus wujud sebagai pemerintahan berdaulat.

Istilah penjajahan adalah diayah Barat. Tetapi ia berkesan ke atas minda orang Melayu. Sampai hari ini pun, ramai orang Melayu, akibat tidak celik sejarah dan kompleks rendah diri, percaya Tanah Melayu dijajah.


Datuk, pls read Dr M's speech in 1993 on the Royals regarding this.
http://tinyurl.com/y8n5aog

MySkills said...

Dato',

Apakah kesilapan orang Melayu?

(VII) Terlalu bergantung dan menaruh kepercayaan kepada UMNO.

Bye/ Roti Planta

donplaypuks® said...

Dato

Etremely well written and analysed post.

I think two things stand out.

Short term and quick rich inclination resulting in $54 billion in equity being reduced to $2 billion.

Secondly, we must understand one another better before we can dance together.

If we can somehow let common sense prevail and relegate the ultra politicians, MSM and demagogues to the background, M'sia will conquer the world!! Of that I have not the slightest doubt!!

dpp
We are all of 1 race, the Human Race

suparjo said...

Salam Datuk. Dalam buku sejarah di sekolah Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan setelah 2 tahun Malayan Union, bukan setelah 10 tahun. Orang Melayu (Baca Umno) dipaksa menerima org dagang sebagai rakyat mulai tahun 1949 dengan alasan supaya orang dagang tidak menyokong komunis. Dalam buku sejarah 'tukaran terima org dagang sebagai rakyat' ialah kerajaan (British waktu itu) membantu pelajaran dan ekonomi Melayu. Maka ditubuhkan RIDA dikendalikan oleh Dato Onn. Rida menjadi Mara.

Terlalu rumit untuk menyelesaikan masalah kegagalan Melayu 'melawan' kelajuan ekonomi bukan Melayu. Hendak dicari sebab utamanya pun payah sebab banyak dan saling berkait. Dikatakan Melayu bergantung kpd kerajaan, ya juga. Dikatakan Melayu tak boleh masuk perniagaan yg haram, ya juga. Dikatakan Melayu tak dapat menembusi kartel pengedaran barang org Cina, ya juga. Dikatakan pemahaman Islam yg salah, maka rafsirannya terhadap ekonomi pun salah, ya juga...
Orang lainlah fikir...

alunbm said...

Petikan dari kesimpulannya
(v)Melayu wajib membuang sikap negatif seperti irihati,menghina bangsa sendiri,rendah diri tetapi terlalu bertolak ansur dengan bangsa-bangsa lain sehingga merugikan bangsa sendiri.

Saya ingin bertanya pada Dato' siapa yang Dato' maksudkan dengan rendah diri disini, rakyat biasa atau pemimpin?

Kalau rakyat biasa itu adalah pekara biasa sebab berasa kekurangan dari orang lain seperti orang miskin dengan orang berada sudah pasti simiskin berasa rendah diri.

Tapi kalau pemimpin punya rasa rendah diri terutama pemimpin-pemimpin UMNO bunyinya agak ganjil setahu saya bila seseorang itu punya KUASA, punya PENGARUH, punya HARTA sikap merendah diri sudah bertukar pada sikap angkuh, sombong, bangga diri itu yang selalu berlaku pada manusia yang berTUHANkan nafsu terutama tamak kan HARTA sehingga sanggup bersengkongkol dengan bangsa lain untuk menipu bangsa sendiri...

Betulkan saya kalau silap!

FMZam said...

Kalau nak dikata memang ada banyak yang boleh diperdebatkan dalam tulisan Dato ini, dari awal hingga ke akhir. Namun biarlah saya simpulkan bahawa apabila nukilan Dato bermula dengan sesuatu yang mengelirukan atau tidak betul, maka tidak perlulah dipertikaikan butir2 lain bila sesuatu itu bermula dengan pelancaran yang salah.

Bagaimana Dato kata "Istilah penjajahan adalah diayah Barat" bila orang2 Melayu telah hidup beratus tahun dalam realiti (bukan dalam minda atau mentaliti) sebagai bangsa yang tidak ada "sovereignty" sehinnga diberi kemerdekaan oleh British. Kalau kita tidak dijajah kenapa mesti bersusah payah mendapatkan kemerdekaan?

nasir said...

DATO AKJ ;

Ulasan dan faktor kegagalan DEB dato tidak jelaskan sejelas2nya . Jangan letakkan kepada tipikal melayu pula sedangkan kek DEB itu dinikmati hampir keseluruhannya oleh ahli BN .

Mengapa dato tidak senaraikan kegagalan itu disebabkan ;

1- Kontraktor2 kelas F yang dilantik hanya tahu mengambil untung cepat dan suka bergaya . Siapa kontraktor kelas F ? melainkan ketua bahagian / ketua pemuda dari semua peringkat / wanita / puteri . Dato boleh semak berapa orangkah di kalangan mereka ini yang tidak ada lesen kelas F .

2- Syarikat bumiputera manakah yang mendapat kontrak jutaan ringgit . Adakah mereka akan diblacklistkan bila projek gagal . Siapa yang menghabiskan ratusan juta dengan projek terbengkalai ? di Langkawi untuk menyiapkan satu jambatan di kuat pun terpaksa bertukar 2-3 kontraktor . Yang bagusnya kontraktor yang tak dapat nak siapkan diganti dengan yang baru . Yang lama boleh pergi buat kontrak lain pula .

3- Mengapa ekuiti saham yang diperuntukkan untuk bumiputera sebahagian besarnya pergi kepada syarikat2 ternama di bawah kendalian orang2 UMNO . Mengapa tidak disalurkan untuk dimiliki oleh koperasi2 bumiputera sepenuhnya dimana di situ lebih banyak bumiputera yang akan mendapat faedah ?

4 - Mengapa pengurusan felda bazirkan duitnya untuk mewujudkan kelab bolasepak dato ? adakah kutipan tiket penonton mampu menanggun saraan pemain dan pengurusan yang menghabis berpulu2 ribu sebulan ? mengapa tidak digunakan untuk menaiktaraf persekitaran felda ?

5- Dato boleh lihat terengganu yang mendapat royalti hampir 600juta setahun di bawah UMNO .Apa yang dibuat oleh mereka ? Apa yang dibuat oleh wan mokhtar ? mengapa terengganu masih naif dengan peruntukan yang sebanyak itu ?

Jadi DEB memang tiada salah tapi salahnya siapa yang berkuasa menguruskannya . Cuba selidiki mana Pengerusi JKKK yang tidak bergaya ? di kawasan saya pun asal dari RPA tapi tup2 jadi KJKKK dapat lesen kelas F dan sekarang berpindah ke rumah 2 tingkat lot tepi berkereta honda CRV . bukannya dengki dato tapi itulah hakikatnya DEB hanya nak mengayakan mereka yang berjawatan dalam UMNO . Mungkin ada yang tidak berkaitan mendapat tempiasnya tapi hakikatnya sebahagian besar kek DEB ini dinikmati oleh UMNO ...... yang berjawatan ya mereka yang ada jawatan dato ......

Fikir Tajam said...

Salam Datuk,

1. Para cendekia Melayu asyik sebok memperaga kehebatan diri dengan saling bertukar kenderaan luxury.

2. Kebanyakan mereka bagai telah dikasi hilang rasa berani walau sekadar melontarkan pandangan dan hati nurani mahupun denyut nadi bangsa. Meskipun mereka telah dan sedang menikmati kemakmuran hasil dasar DEB anehnya hanya berkisar dalam kelompok kepentingan diri.

3. Rata-rata mereka tidak beridealisme manatah semangat perjuangan. Lihat saja Majlis Profesor yang bagaikan robotik spastik.

4. Mereka barangkali seorang VC atau Presiden sebuah universiti tapi BERJIWA HAMBA dan tak merdeka diri. Lihat saja pabila MECD dikafankan mana satu cendekia yang melengkingkan suara melontarkan pandangan?

5. Minda terjajah begitu tebal meskipun mereka bergelar Profesor. Mereka barangkali pintar tapi belum cukup bijaklaksana.

6. Politikus Melayu di barisan pembangkang ibarat kelana halusinasi tak berjak di bumi. Hanya sebok menyeranah memaki malah berprojeksi itu ini yang kononnya Malaysia ini begitu bangsat hingga begitu desperado mendakap zionis. Mereka ini hanya habiskan wang rakyat langsung tak berintegriti. Cakap saja berapi ekor bergelumang tahi. Merasa diri cukup hebat orang lain semuanya keparat! Ironinya tak bermaya sekali biar sekadar untuk bersumpah di rumah Allah yang dia benar-benar tak buat.

BERANI KERANA BENAR
TAKUT KERANA SALAH
TANGGUH KERANA TAKUT

7. Barisan kerajaan ada pula yang asyik bersikap apolegetik. Tak habis-habis minta maaf. Hairan sekali anak Melayu menjawat Menteri kini sudah hilang taring lenyap gusi. Bagaikan dikasi! Tak cukup dengan dimalukan dengan wanita ketuk ketampi yang sebenarnya wanita Melayu itu...tak pasal-pasal Datuk Azmi Khalid menyembah Beijing memohon maaf walhal salah tak buat... Apa punya menteri yang kita warisi ini? Memalukan negara memalukan bangsa mengkhianati agama. Tak baca agaknya Syair 12 Raja Ali Haji.

8. DS Nazri Aziz pula mulut bak puaka. Akal letak dibontot betul ke study law atau print sijil aje? Masakan Teresa Kok boleh persenda wanita ketuk ketampi punya cetera? Asyik menyalak mencerca Negarawan Kesayangan Negara Tun Dr Mahathir malah persenda DEB dan mencela Utusan Melayu sedemikian racist katanya! Apa punya menteri jenis ini hanya tahu mulut berasap otak benak menghina bangsa sendiri. Berapa kali Teresa Kok bagi sampai tak keruan menista Pribumi Perkasa. Hebat sangatkah dia kenapa tak study nanotechnology atau fussymaths di MIT?

9. DS Hishamuddin dah tak berani menjulang keris bangsanya sendiri simbol ketuanan tanah leluhur moyang ini. Aneh benar anak berdarah Turki ini cakap berapi tapi hilang berani.

10. Zaman Tun Abdullah Badawi penuh bencana asyik mendabik diri dan melengkingkan suara, 'Modal insan!'. Sekonyongnya asyik mencalar legasi Tun Dr Mahathir yang kami kasihi Negarawan Ulung Berjiwa Merdeka Kebanggaan Pertiwi. TAB dulu sebok menyalak mantera Islam Hadhari kini tak kedengaran lagi. Dan lagi..Cemerlang, Gemilang, Terbilang...terus hilang tak dipandang... kasihan bangsaku punya pembesar sebegini.

Anak Ascot said...

Kita perlu renung kembali keadaan orang Melayu sebelum terjadinya peristiwa berdarah Mei 13,1969.Dengan itu,dapatlah kita membuat satu kesimpulan tentang sikap bukan Melayu terhadap orang Melayu walaupun ketika itu tidak ada apa pada orang Melayu.
Pendidikan:
Universiti Malaya (tidak ada universiti lain) hanya 25 peratus penuntut Melayu. Kursus2 kritikal 95 peratus dibolot oleh bukan Melayu. Penuntut Melayu kebanyakan mengambil pengajian Melayu dan Agama Islam.Begitu juga Kolej Teknikal dan Kolej Pertanian, ratio penuntut Melayu tidak sampai 35 peratus.Pengambilan pelajar berdasarkan kecemeralangan peperiksaan School Certificate aliran Inggeris (SPM sekarang) dalam matematik dan Sains.Bagi makluman mereka yang buta sejarah, sekolah2Inggeris hanya terdapat di bandar2 besar.Berapa kerat orang Melayu tinggal di bandar ketika itu.Jadi dalam bidang pelajaran ratio Orang Melayu yang tamat persekolah Menengah (Inggeris) lebih rendah bukan sahaja berbanding dengan Cina, bahkan India. Inilah realiti sebenarnya ketika itu.

Perkhidmatan Awam

Begitu ramai bukan Melayu berkidmat dengan Kerajaan, sejumlah besar memegang jawatan penting termasuk polis dan tentera.Tambahan pula kerja di sekor swasta tidak banyak.Kilang2 perusahaan boleh bilang. Jadi mereka berebut2 hendak kerja dengan kerajaan.

Perniagaan
Saya tidak ingat syarikat Melayu yang berjaya ketika itu. Ada sebuah syarikat bas Sri Jaya yang diambil alih daripada syarikat kepunyaan inggeris.Sudah bungkus. Yang lain, kalau adapun saya tidak ingat.Mungkin ada yang dimiliki bersama pembesar Melayu dengan Cina tetapi urusan niaga dipegang sepenuhnya oleh bukan Melayu.Melayu menjadi pengarah. Masih wujud sekarang

Pertanian

Sememangnya orang Melayu kebanyakan terlibat dalam sektor ini.tetapi kemisikian wujud begitu ketara di bidang ini.Yang kaya ria bukan Melayu. Saya tidak salah mereka kerana orang Melayu sendiri yang tidak berdaya maju, walaupun kerja separuh mati.Tenaga wanita terbiar begitu sahaja. Jadi equiti Melayu ketika itu seperti yang Datuk sebutkan menjadi bukti.

Soalnya mengapa orang bukan Melayu tidak puas hati walaupun Melayu ketika itu ketinggalan jauh daripada mereka. Kebencian mereka telah diterjemahkan ketika pilihanraya 1969. Saya berada di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman)pada petang 13 Mei, menyaksikan sendiri maki hamun dilemparkan kepada Melayu ketika mereka berarak merayakan kemenangan parti2 pembangkang yang dimonopoli oleh bukan Melayu.
Perhitungan terakhir:
Kalau dulupun mereka tidak puashati terhadap orang Melayu, apatah lagi sekarang. Kepada orang Melayu, saya kira eloklah tepuk dada tanya selera.Tetapi saya pasti orang Melayu akan terus bergaduh sesama sendiri. Orang lain tersenyum lebar.Inilah masa menuntut itu dan ini. Orang Melayu baik hati akan memberi, kononya untuk mendapat sokongan mereka. Bahkan mereka yang tidak berkuasa memberi juga akan berpekik supaya memenuhi tuntutan2 itu kerana nahu juga mendapat sokongan bukan Melayu.Perasaan orang Melayu jangan dihiraukan kerana mereka baik hati.Seluruh dunia tahu orang Melayu lekas mengalah dan baik hati.

terence said...

Hi En Kadir. Ada apa-apa idea yg boleh tolong membangunkan Rakyat dan Negara Malaysia secara nilai ekonomi dan moral? Saya baca blog ini, sedih juga sebab macam tak ada harapan untuk Malaysia. Hanya Melayu Melayu Melayu sahaja. Kesian juga Bumiputera Sarawak dan Sabah...dia orang bukan Melayu. Macam tak ada harapan la untuk orang Malaysia. Agaknya tak pernah ada pun orang Malaysia....

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,
Melalui dasar pendidikan Razak hari ini kita lihat ramai dari masyarakat bumiputra telah berkecimpung dalam bidang2 professional.
Malangnya dasar pendidikan keusahawan atau masyarakat perdagangan melayu tidak diwujudkan/diajar/dilahirkan sebanyak seperti kita melahirkan bidang2 professional yg lain.
Apa yg dilahirkan tadi iaitu dalam bidang2 professional atau bukan professional adalah hanya berkerja makan gaji atau berkerja dengan orang lain. Yang mana ianya tidaklah semewah atau besar pendapatannya seperti seorang pengusaha sesuatu keusahawan/perusahaan sama ada dalam bidang pembuatan atau perkhidmatan dll.
Kegagalan dalam menghasilkan keusahawanan/perdagangan melayu ini menjadi bertambah buruk dan parah dengan kewujudan beribu2 anak syarikat kerajaan sama ada milik kerajaan negeri atau kerajaan pusat atau lebih dikenali dengan panggilan GLC.
Boleh dikatakan hampir semua keistimewaan2 Melayu yg diperuntukan didalam perlembagaan dibolot oleh GLC2 ini. Dengan kata lain mereka bukan saja bersaing dengan masyarat perdagangan Melayu yg ada malah menekan dan menghalang kewujudan masyarakat dagang Melayu baru yang lain.
Kalau nak dikatakan GLC2 ini jaguh kampung tidak jugak ini kerana banyak GLC2 ini mengalami kerugian (saya percaya) ber billion-biion ringgit hasil pengurusan oleh orang2 Melayu sendiri yang mana mentalitinya hanya "aku makan gaji" ini berbeza sekiranya pemilikan itu adalah milik individu2 atau orang perseorangan.
Seperti Dato katakan pada no.9 Pada permulaan DEB, pemilikan kekayaan korporat Bumiputera hanya 1.9 peratus berbanding orang asing 60.7 peratus dan Bukan Bumiputera 37.4 peratus.Seharusnya kewujudan GLC2 ini hendaklah mengambil/ berjuang/ mendapatkan semula pemilikan koporat asing yang berjumlah 60.7 peratus sebaik saja mereka meninggalkan negara ini.
Apa yang berlaku pemilikan asing berkurang dengan ketara dan berpindah kepada pemilikan bukan bumiputra dan diburukan lagi dengan sikap2 pemimpim2 politik yg memerintah, kerajaan2 Negeri dan Pusat memberikan pemilikan/perindungan/ keistimewaan/Monopoly kepada syarikat2/perseorangan bukan bumiputra secara langsung dan tidak langsung. Akhirnya mereka ini meningkat kekayaan samaada secara koporat dan individu.
Sebagai Contoh ;-
1)Uncle Lim mempunyai lesen kasino satu2nya dan diberikan tanah beribu-ribu ekar di Genting Hinghand dengan peganggan bebas.
2)Beribu2 ekar tanah milik GLC2 diberikan yg dikatakan "usahasama" antara GLC contoh IOI atau SUNWAY dll.
3)Banyak lagi tak tertulis disini.
bersambung ....part 2

Zabri Mokhtar said...

part ...2
Kini kekayaan bukan bumiputra sama ada milik syarikat2 atau orang perseorangan bukan bumiputra bertambah dengan ketara. dan mereka2 itu kini kebanyakan telah keluar dari Malaysia mencari perniagaan baru atau kekayaan baru diluar negara atau dengan kata lain GLOBAL atau dunia tanpa sempadan.
Yang tinggal dan masih berebut dengan keistimewaan2 bumiputra / Melayu adalah GLC2 ini.
Masih duduk dibawah tempurung masih menjadi katak2 yg melompat2 didalam tempurung.Tak juga sedar2 yg kepala mereka berapa ratus kali terantuk dengan tempurung.Sekiranya mereka berprofessional dan berintegriti tinggi mereka seharusnya menjadi syarikat GLC seperti PETRONAS. Iaitu bersaing/smart partnership dengan syarikat2 petroleum yg lain.
GLC2 ini seharusnya tahu membesarkan kek ekonomi dan mengambil/ memastikan/ mempertahankan/memperbanyakan/ pemilikan kekayaan/koporat bumiputra.
Disamping tidak bersaing/berebut dengan masyarakat perdagangan bumiputra dan mewujudkan/membantu menambah biangan keushawanan/perdaganggan bumiputra dengan cara;-
1)Tidak menjalankan perniagaan2 yg mana boleh membunuh syarikat2 bumiputra yg mana syarikat2 bumiputra ini telah/boleh melakukan seperti katering2, perniagaan food court dihospital2. Perniagaan pembersihan di hospital dll. contoh GLC yg terlibat adalah Faber Group.
2)Tidak terlibat didalam perniagaan2 kecil seperti travel agency dll yg mana syarikat2 bumiputra boleh melakukan.
3)Tidak memberikan/menjual tanah2 milik kerajaan Negeri atau milik2 GLC untuk pembangunan secara terus/usahasama kepada syarikat2 bukan bumiputra . Contoh GLC PKNS dengan SUNWAY dll . Seharusnya usahasama ini hendakah antara syarikat2 bumiputra dengan syarikat2 bukan bumiputra. Atau GLC dengan syarikat2 bumiputra atau syarikat2 bumiputra yg yang menjalankan pembangunan dengan sepenuhnya. Wujudkan lagi pemaju2 bumiputra seperti Glomac dan MKLand dll.
4)Sekiranya pembangunan itu dijalankan oleh GLC2 atau usahasama dengan syarikat2 bukan bumiputra. Katakan pembangunan pembinaan "township".Wujudkan/lahirkan masyarakat keusahawanan/ perindustrian Melayu dalam bidang pembinaan.Sebagai contoh kilang2 pengeluaran atap bumbung, batu-bata, pasir2 dll di beli dan dihasikan oleh pengusaha2 Bumiputra sendiri.
5)Banyak yg boleh saya tulis disini tetapi memandailah buat masa ini.

Sekiranyanya semua bidang2 yg GLC terlibat dan membawa/mewujudkan/ masyarakat perdagangan/perindustrian bumiputra.Saya percaya pemilikan kekayaan melayu bukan saja dipengang oleh GLC2 saja . Malah akan dipegang oleh syarikat2 bumiputra yang lain dan individu2.
DAN ingin saya katakan disini tidak bergunanya GLC2 ini menekan/bersaing dengan syarikat2 bumiputra, merebut peluang2 dengan mengunakan keistimewaan2 Melayu , Tidak menambahkan bilangan kekayaan syarikat2 Melayu melalui konsep payung tadi dll.
Sekiranya GLC2 ini berjaya/kaya atas sebab2 tadi atau kita katakan mereka memegang sebahagian kekayaan pemilikan koperat bumiputra . Kita telah meakukan kesilapan BESAR. Ini KERANA GLC2 INI ADALAH MILIK KERAJAAN SEKARANG KITA KATAKAN KERAJAANNYA ADALAH UMNO MAKA KITA BANGGA IANYA ADALAH MILIK BUMIPUTRA. SEKIRANYAN KERAJAAN ADALAH DAP ATAU CINA BUKANKAH ITU JUGA BUKAN BUMIPUTRA YG BERKUASA MENGUASAINYA?
Ini berbeza dengan syarikat2 bukan bumiputra yg tidak berkait langsung dengan kerajaan. Tidak kira siapa yg memerintah TETAP dimiliki oleh mereka.
ikhlas

pakbelalang said...

Lets move forward and don't reflect too much about history. The world is moving too fast for us to indulge deeply on our history. We have to rectify all our weaknesses and stop the blaming game. It will end nowhere. Identify our weaknesses and find the best solution. Insya'allah, if we are united and focus on what we should do then there is light at the end of the tunnel. We can't afford to continue blaming each other.

We need a lot of sincere Malay technocrats who could mobilise their expertise to help their bangsa to be more productive.

I think the present bunch of Malay politicians (UMNO, PKR and PAS) are bankrupt of ideas and some are materially corrupted. If we still continue to give them a place to govern then it is only us to be blamed.

With regard to UMNO, it is still relevent but not some of its present leaders. Never too late if there is a political will to "humban" these haprak and HP6 leaders and choose new leaders of the best among the best. Yes, we can find these leaders among us. Go out and find them !!!.

Tean Rean said...

Datuk,

Perbahasan mengenai hak antara kaum di negara ini telah lama berlanjutan. Berapa peratuskah kekayaan negara ini yang di miliki oleh 10 peratus golongan atasan.

Mengapakah mereka ini tidak disentuh oleh pejuang-pejuang hak Melayu? Mengapa lesen judi hanya milik Genting? Begitu juga dengan Public Bank, Maxis, MMC dan Arab Malaysia bank dan lain lain. Adakah menjadi kesalahan mereka menjadi kaya dengan perniagaan yang di sokong oleh kerajaan. Sudah tentu tidak. Jadi kekayaan mereka terus meningkat.

Akibatnya hanya segelintir manusia menjadi kaya raya dan di sokong oleh kerajaan.

Melayu miskin dikampung kampung tetap di tahap sama. Berapa ramai lagi orang Pendang yang masih mencari makan cara yang sama dengan Datuk nenek mereka. Malah ramai yang terpaksa lari dari pertanian tanah untuk di usahakan tidak lagi ekonomik. Ini berlaku di seluruh negara. Berapa ramai lagi terpaksa di himpit keluar dari kampung dengan kelulusan tingkatan 5 atau lebih rendah. Akibatnya mereka kebanyakannya akan menjalankan kerja kerja yang setimpal dengan tahap pemikiran mereka.

Ramai golongan Melayu berpelajaran tinggi puas hati bertapa di dalam perkhidmatan kerajaan sampai tua. Berapa peratus cerdik pandaai melayu yang berani keluar untuk bermain gelora dunia perniagaan. Akibatnya ramailah yang tetap menagih bantuan kerajaan sampai pencen dan selepas pencen.

Ahli politik amat selesa kerana pegawai kerajaan Melayu akan terus mendokong mereka. Mereka berbuat demikian kerana di situlah periuk nasi mereka. Akibatnya sebilangan besar cerdik pandai Melayu membazir usia dengan menolak fail di pejabat kerajaan. Ini tidak berlaku bagi orang Cina dan India.

Orang Cina yang berpelajaran keluar menceburi bidang perniagaan. Akibatnya mereka menjadi kaya raya. Ini di permudahkan lagi dengan sikap orang Melayu yang haram makan babi tetapi tak haram makan rasuah.

Akibat perangai Melayu yang haram makan babi tetapi tak haram makan rasuah adalah punca utama masalah negara ini. Jika masalah ini dapat dikurangkankan mungkin Bangsa melayu berhak bercakap mengenai hak orang Melayu. Selagi Melayu berpuas hati dengan 3 peratus untung "Projek" sedangkan orang lain untung 30 peratus selagi itulah Melayu akan merengkok ditahap yang sama walaupun beribu tahun.

Selagi Melayu masih lagi rasuah selagi itulah kekayaan negara ini tidak akan seimbang.

Anonymous said...

Datok
isu orang melayu ketinggalan tak perlu diulang-ulang.kerana ia hanya membuktikan bahwa orang melayu memang tak pandai memimpin perubahan dan kemajuan.apa tidaknya ,selepas 6 orang Perdana Menteri melayu,orang melayu bukan semakin elok tapi bertambah teruk.kerajaan telah gagal dalam (baca:sengaja) membesarkan kek ekonomi orang melayu tidak seperti bangsa lain.paling ketara ada jurang layanan pihak kerajaan terhadap melayu pas dan melayu umno dalam serba serbi tapi bangsa lain kalau pun ada tak ketara .MEM hanya untuk mengekalkan puak-puak yang sedia ada dalam kek ekonomi bukan menambah bilangan.dari dulu lagi kita dengar orang yang bercakap angka juta-juta atau ribu-ribu hanya orang yang sama saja sedangkan orang kampung hanya kenal serial dua rial sahaja(sekupang / dua kupang ).Untuk menyedapkan orang melayu dan menutup kegagalan pemerintah melayu maka dikatakan perjuangan orang melayu belum selesai atau orang melayu perlu bersatu kalau tidak hak mereka akan terancam dan macam-macam lagi.sekarang orang melayu telah sedar akan muslihat ini iaitu selagi bergantung kepada umno orang melayu bertambah daif. maka untuk kembali kuat orang melayu mula meninggalkan umno dan inilah fenomena baru.tak dinafikan ada kumpulan melayu yang hebat,tokoh koperat besar dan kaya raya .mereka menjadi ikon kejayaan orang melayu dalam bidang ekonomi.masalahnya meraka adalah ikon jadi-jadian sahaja .tinggalah orang melayu dalam angan-angan sepertimana mat jenin. lepas satu slogan datang pulak slogan yang lain .
sekian.zmy

usahawan kecil said...

Dato,

saya tak setuju 50% dengan pendapat datuk dalam tajuk kali ini.

Majoriti Orang Melayu lebih leka bercakap dan menunggu peluang dari berusaha mencarinya.

Sokongan di beri pulak ada yang ikhlas dan ada jugak yang mengambil kesempatan dari usaha baik ini.

Inilah kelemahan paling ketara.

Cuba tengok kaum Cina dalam usaha mereka + di sokong oleh pelbagai persatuan yang ada.

Waimah pendatang asing tanpa izin pun mampu berniaga di Tanah Melayu ini tanpa sebarang sokongan walaupun selalu di hambat PBT.

Sikap mee segera kena lah di buang.

dinturtle said...

Salam Dato,

satu pandangan radikal tentang PRK Hulu selangor. Harap dato siarkan....

http://dinturtle.blogspot.com/2010/04/undi-rosak-sebagai-mesej.html

langitbiru said...

Salam Dato'

Saya fikir sebahagian besar umat Islam kalau tak semua, pernah dengar maksud hadis Allah swt tak ubah nasib sesuatu kaum hingga kaum tersebut mengubahnya. BAHkan suatu masa dulu dan hari ini, ramai penceramah-penceramah terutamanya pro-UMNO dok ulang-ulang hadis ini.

Samada pro-uMNo, pro-pas, pro-pkr, hadis tersebut tetap relevan, CUMA bagaimana ianya ditafsirkan oleh penceramah yang pro-pro itu!

Yang agak menarik, yang pro-UMNo tu pula ada yang berani menidakkan Hadis yang mengharamkan Assobiyyah, hujahnya Hadis di atas telah "memadamkan" hadis mengenai Assobiyyah.

ASSOBIYYAH ni kalau nak faham cukup senang, iaitu menolong kaum sendiri melakukan kemungkaran dan kezaliman. Menolong kaum sendiri melakukan kebaikan dan ketaqwaan amat-amat dituntut dalam Islam, tercatat banyak dalam Al-Quran.

Kalau pemimpin Islam berusaha meningkatkan ekonomi,pembangunan,pendidikan,keusahawan kaumnya dengan cara yang halal itu AMAT digalakkan. Kalau matlamat baik, cara mencapainya melalui jalan yang halal, tiada masalah. TAPI kalau matlam,at baik, tapi cara mencapainya melalui jalan yang haram, itu masalahnya.

DEB mempunyai matlamat yang baik, dan jalan mencapainya adalah baik, TAPI DISALAHGUNA oleh mereka yang berkuasa UNTUK beberapa kerat kaumnya sendiri, menindas kaumnya sendiri yang tak sehaluan dengannya bahkan menindas kaum lain dengan cara tidak adil, tu pun dah termasuk Assobiyyah.

Siapa yang sepatunya memperkasakan DEB? Siapa pula yang memperkosakan DEB? Mereka yang ada KUASA politik dan KUASA pemerintahan, atau mereka yang tak berkuasa/tak memerintah?

JADI FAKTOR II,III,IV,V TU SEMUA SALAH UMNO, yang mengamalkan dasar assobiyyah,kapitalis

(II) Kekurangan modal kewangan dan modal insan di kalangan Bumiputera;

(III) Kelemahan sistem pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan;

(IV) Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;

(V) Terlalu bergantung dan menyerah kepada sistem politik dan pentadbiran yang didominasi oleh Bumiputera (akhirnya diabaikan dan dikhianati);

Faktor (V), BUKAN BUMIPUTERA, TAPI UMNO,UMNO,UMNO!!
.....sistem politik dan pentadbiran yang didominasi oleh UMNO,UMNO,UMNO,(akhirnya diabaikan dan dikhianati);

borhan said...

Semua Presiden US mempertahankan hak istemewa yang mereka berikan kepada Israel. Israel adalah lembu suci mereka yang boleh makan, berak dan menanduk dimana-mana sahaja. siapa yang mncabarnya akan ditentang habis-habisan.
orang Melayu ada kedudukan istemewa yang termaktub dalam perlembagaan tetapi ramai orang melayu yang dah berjaya dan kaya sedikit berlagak meerka tak perlukan kedudukan itu. Sedangkan kejayaan mereka itu sebenarnya dalah kerana adanyanya kedudukan tersebut.
Perdana Menteri pun bercakap semacam saja. Bila sebut tentang kedudukan istimewa ini sentiasa saja ada pelapiknya. kita tak boleh melupakan bumiputra sabah dab sarawkalah, orang cina dan orang india pun warga negara malaysia jugalah..blah..blah..blah.Macamlah orang Melayu ni kejam, tak bertimbang rasa , zalim...Bukanke selama ini yang lebih toleransi dan bertolak ansur tu orang Melayu.Barangkali kalau bukan kerana tolakansur orang Melayu tidak ada wakil MCA atau MIC dalam Parlimen.
Sekarang ni sebab terlalu taksub dengan globalisasi dan terlalu hendak mengambil hati orang Barat dasar kita kononnya hendak diliberalkan.
Dulupun masa krisis kewangan antarabangsa laungan yang sama telah disalakkan tapi mujurlah pada masa itu kita PM yang berpandangan jauh dan tidak masuk perangkap IMF. Kali ini kalau tidak hati-hati alamat akan masuk perangkap IMFlah kita..

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Panjang lebaq tok tulis kali ni.Apa pun kesimpulan tok yang terakhir
no VI bagi saya terpenting.Syabas tok.The last but not least!

Dari mula dok kais cari makan sampai lani pun bergelumang dengan Cina.Cukup syok berurusan dgn depa tapi kalu tak kena gaya,jangan harap boleh.

Jangan masuk kandang sarkas yang ada rimau kalau tak tau cara nak jinak rimau.kalu kena baham,salah diri sendiri pasai rimau tetap rimau dan tak akan jadi kucing.

BUKAN SALAH DEPA,DEPA DAH MACAM TU!

tk

Cucu Mat Merah said...

Salam Dtk.

Sepatutnya hak keistemewaan orang melayu HARUS d serah pada Yang Di Pertuan Agong/Sultan aje. Biar dari Istana saja tadbirkan hak hak MELAYU.
Pemimpin MELAYU yang tidak pandai menolong MELAYU patut di nyakkan dalam pertadbiran. Pemimpim melayu yang tidak berani menyebut hak melayu dalam Fasal 153 dan yang kerap minta maaf bila dikretik mengenai soal melayu HARUS d hukum.
Soal ISLAM/ MELAYU tidak harus di bahas olih orang POLITIK beri hak mutlak pada AGONG/Sultan.
Bila melayu minta hak MEREKA DALAM fASAL 153. Pemimpim melayu cakap mahu tongkat........ APA BANGGANG SANGAT PEMIMPIM UMNO NI...

Maaf cakap Dtk.. Semua Pemimpim UMNO - Ketua Bahagian/Timbalan K. Bhgn. Naib K.Bhgn. K.Wanita./Ketua Pemuda/K.Puteri. Semuanya kaya raya. Sebahagian AJK pun kaya. TETAPI ahli biasa semua di perkuda olih malaon ni.

Datuk Bolih hubunggi saya kalu nak tahu lebih.

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Our leader now says that we are rentiers and petronage suckers. Two new putdown words. At the major level aren't GLCs are rentiers and petronage personified of the supposedly Malay-controlled government? Look who's who at CIMB.
SEDCs control and rent out so much state land. So what is he talking about? Putting catchwords without deep thinking.

Anyway what's wrong with rentier and petronage as a business strategy especially in a global market. Business agents have been used since time immemorial. I can't possibly manage my farm at CHighlands by remote control. So I rent it out.

We want to believe and follow leaders who do and say meaningful and rational things. What a compliment he gave to Robert Lau (just passed away) 'Toilet King' when he put all-out campaign for cleaner toilets! Don't he has a better term? Cakap terengkak-engkak.

Look what Tan Siew Sin did for his people. When the British were leaving many of their plantations were for sale. The estates were cleverly fragmented into holdings or units of 10acres or larger and thus affordable for the Chinese. They got the best land with infrastructure in placed. What I got from the MALAY YB who approved the lease of land for agriculture is 5 years!

Tun Razak gave the whole of Genting for a gambling hub. That income is unavoidably mixed-up with the national coffer. How is that we declare Malaysia is an Islamic country? Siapa yang kaya. Tanggunglah.

Masam Manis said...

Dato,

Mereka kata nak hapuskan "rent seaker" dan "patronage". Mungkin ramai seperti saya kurang arif dengan ayat2 besar ini.

Adakah kunjungan DS Najib ke Wahington, untuk pertemuan 30 min dengan Obama, dan menghadiri Nuclear Security Summit diselang seli dengan "Faces of 1Malaysia Festival" memerlukan deligasi yang besar untuk mengiringi yang setengahnya kurang jelas sumbangan atau penyertaan mereka. Dari sedutan akhbar sana-sini termasuk yang menyertai rombongan, nampak macam ramai yang menyertai untuk memeriahkan majlis. Yang aneh tidak sekali nama Menteri Luar disebut menyertai rombongan. Tidakkah sebahagian besar deligasi itu boleh di anggap sebagai "rent seeker" atau "patronage"?

Teringat kata2 Tun Mahathir mengatakan "Malaysians are poor travellers". Mana-mana pergi terutama kalau keluar negara nak bawak satu rumah kalau boleh. Tidak mudah menyesuaikan dengan dengan makanan, masyarakat ataupun keadaan sekeliling. Mengapakah agaknya?

Anonymous said...

Pada pendapat saya, perlembagaan kita itu dah cantik dah. Malangnya, makin lama, makin banyak usaha yang menyimpang dari tafsiran sebenar perlembagaan dek sikap berkepentingan.

Keadaan ini juga semakin ketara dalam pembentukan polisi pentadbiran.

Paling jelas dalam Dasar Pendidikan Negara. Cuba semak, sistem dan budaya sekolah kini yang berkiblatkan keputusan peperiksaan selain mengharamkan pelajar menggunakan padang semasa rehat, adakah itu menepati Dasar Pendidikan Negara kita?

Semak juga istilah Bahasa Melayu yang ditukar kepada Bahasa Malaysia dan akhir sekali balik semula kepada Bahasa Melayu.

Dalam perlembagaan, bahasa kebangsaannya apa?

Jika pentadbir polisinya kelam-kabut, mana letaknya nilai bahasa kebangsaan.

Bukan kata orang cina dan india, malah orang melayu (hatta orang johor sekalipun yang loghat melayunya dirujuk sebagai asas bahasa kebangsaan) umumnya tidak petah berbahasa melayu.

Dato' Rais Yatim, selalu lupa akan rancangan hiburan tempatan di kaca TV yang majoriti adalah golongan muda.

p/s ingat tak drama TV Dayang Senandung tahun lepas? Tak ada yang perasan ke Dayang Senandung diceraikan suami semasa sedang mengandung? Tayang masa sekitar raya puasa tu!

Fed Up

Nik said...

Dato'

Pakbelalang said;

"With regard to UMNO, it is still relevent but not some of its present leaders. Never too late if there is a political will to "humban" these haprak and HP6 leaders and choose new leaders of the best among the best. Yes, we can find these leaders among us. Go out and find them !!!."

Nampaknya Pakbelalang masih belum faham maksud kata kata Management Guru Inggeris:

Yaitu;

"A Fish Rot from the Head Down"

Mungkinkah disegi UMNO,

"The Whole Fish dah Jadi Rotten?"

Saperti mana kata Tun Dr Mahathir..."Rotten to the Core"

Pakbelalangm apabila kepasar, jangan beli Ikan busuk....nanti kena food poisoning!

mtgbertam said...

Melayu ramai juga yg migrate ke australia, jadi minoriti tapi masih selesa dan bahagia. Yang penting kekayaan negara ditadbir dengan saksama. Buat apa jadi yg mentadbir tapi berlaku ketidak adilan dalam pengagihan kekayaan. Anak datuk pun duduk luaq negara kan?

amarneng said...

Salam Dato,

Apa nak buat,tak ramai yang memahami perlembagaan dan sejarah sebelum merdeka,jika tahu pun negara sememangnya sudah dijajah semenjak 1511 oleh tok jangut eropah dan tuan putih dan simatahari terbit.

Malangnya selepas merdeka pula kaum asing yang sudah diterima menjadi warganegara masih tak puashati,entah apa lagi yang mereka mahu,apapun peribumi sudah banyak berkorban dan terkorban serta di korbankan demi memeilahara sebuah negara yng majmuk rakyatnya dan Islam agamanya serta raja simbol tuanya.

Dato,di Sarawak sudah ramai yang bersuara,samada suara sumbang atau suara menyidir dan suara menghasut serta suara pencetus.Mereka ada yang sanggup menyifatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak adalah kemerdekaan yang merugikan mereka.Darpada ketiakpuashati mereka dengan selamba melontarkan hasrat untuk merdeka sediri.

Mereka tidak menghayati betapa peritnya pemimpin terdahulu untuk menerima kemerdekaan dalam membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia yang tercinta ini.

Jka diteliti golongan mereka di Sarawak yang kononya mahu kemerdekaan kedua selepas Malaysia,mereka adalah golongan yang dangkal dan tidak tahu fikir.Barangkali mereka sememangnya disuruh oleh golongan yang mahu kehancuran negara kita berlaku.

Apa yang menyedihkan ialah tokoh-tokoh kemerdekaan mula bersuara sumbang yang seakan menafikan Sarawak merdeka bukan bersama Malaysia sebaliknya Sarawak membantu membentuk Malaysia. Walaupun ada mesej yang sedikit berbeza tetapi hakikatnya adalah sama.

Saya amat khuatir,satu peralihan akan berlaku nanti di tiga negeri Borneo ini.Sekiranya tidak dikawal.

Kuasa ekonomi di Bumi Kenyalang sebenarnya jauh lebih buruk berbanding di Semenanjung. Orang Melayu dan Bumiputera semakin takut dengan kuasa ekonomi bukan Bumiputera.

Model Ekonomi Baru (MEB) yang dirancang oleh perdana menteri kita diharapkan dapat mengurangkan jurang ekonomi yang teramat sangat.

Dato,saya tahu amat kurang masalah orang Melayu dan perbumi Sarawak dibincangkan diperingkat nasional.Malah di laman dato ini juga sungguh jelas sekali.Di media cetak pula di Sarawak jarang dibahaskan,akhbar pula dikawal...

Mengenai kuasa Yang Dipertuan Agong dibawah perlembagaan negara pun jarang diketahui.Walaupun BN dikatkan kuat di Sarawak namun tidak ramai yang mengetahui penderitaan rakyatnya terutama Melayu/Melanu dan Bumiputera.

Sesungguhnya apa yang diutarkan oleh Dato memang jelas dan benar,cuma ianya jarang diketahui oleh kaum peribumi menyebabkan ketakutn kian menghimpit dan merantai jiwa anak bangsa dan selama ini menjadi penghalng pembangunan ekonomi bangsa kita sendiri.Sekian amarneng.

Anonymous said...

salam dakj,

tajuk yang sangat menarik, luas dan saling berkait dengan banyak faktor-faktor lain untuk diperbahaskan.

Untuk permulaan, izinkan saya quote satu post
"1. Hak Keistimewaan Melayu (atau lebih tepat lagi disebut kedudukan istimewa di dalam Perlembagaan) adalah beberapa perkara yang telah ditetapkan di dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang antaranya berkaitan jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan atau latihan, lesen, permit dan lain-lain kemudahan khas yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan contohnya, seperti penetapan matlamat 30% pemilikan ekuiti melalui Dasar Ekonomi Baru, kepada Melayu/Bumiputera.

2. Dalam konteks semasa, perkara ini dianggap istimewa kerana tiada bangsa lain yang mendapat layanan seumpamanya selain rakyat Malaysia berbangsa Melayu/Bumiputera. Namun, dari perspektif sejarah, adakah perkara 153 ini sesuatu yang istimewa?

3. Sebelum kemerdekaan, tidak timbul soal kedudukan istimewa Melayu kerana merekalah satu-satunya bangsa yang merupakan warganegara kepada Tanah Melayu yang dijajah pada masa itu. Bangsa lain tidak boleh dianggap dijajah kerana mereka bukanlah warganegara.

4. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum negara mencapai kemerdekaan, orang Melayu telah dipaksa menerima bangsa lain sebagai warganegara yang berkongsi hak yang sama dan sebagai tukaran diwujudkan perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan.

5. Dalam perspektif sejarah ini, berbeza dengan perenggan 2, kedudukan istimewa dalam perkara 153 ini nyata bukanlah sesuatu yang istimewa kerana daripada satu-satunya bangsa yang merupakan warganegara, orang Melayu terpaksa menerima bangsa lain sebagai warganegara yang akan berkongsi negara ini. Sebaliknya, bangsa Cina dan India lah yang mendapat kedudukan istimewa apabila daripada sekadar pendatang yang tidak mempunyai hak ke atas negara ini, mereka telah diterima sebagai warganegara. Bahkan Perkara 3 telah turut menjamin bahawa walaupun agama Islam sebagai agama Persekutuan, lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman damai tanpa gangguan (lebih tepat lagi agama buddha, hindu dan kristian) dan Perkara 152 turut menjamin bahawa mereka ini dibenarkan menggunakan, belajar dan mengajar bahasa lain (lebih tepat lagi bahasa ibunda masing-masing). Dahlah dapat jadi warganegara dengan percuma, boleh kekalkan bahasa dan agama yang dianuti pula. Istimewa sungguh.

6. Bagi orang Melayu pula, apa yang disebut kedudukan istimewa itu sebenarnya adalah KOMPROMI orang Melayu (mungkin disebut kedudukan istimewa bagi memujuk hati orang Melayu yang sedang membara pada masa itu) memandangkan mereka terpaksa berkongsi negara ini dengan bangsa lain. Tiada yang istimewa pun, takde apa-apa tambahan. Kurang lagi adalah. Dan hasilnya hari ini, instead of 100% pemilikan ekuiti, orang Melayu/Bumiputera hanya boleh mimpi nak capai 30% sahaja pemilikan ekuiti."

Menyambung komen, to move forward is not for Malaysian to deny this fact but to accept it.

Harapan saya, apapun yang diperbahaskan mudah-mudahan akan memberi manfaat kepada orang melayu dan bumiputera khususnya dan rakyat malaysia dan negara amnya.

p/s: dakj, walaupun blog ini tidak mewakili mana-mana organisasi, bolehkah kalau sesuatu perbahasan itu disimpulkan dengan satu resolusi yang boleh disusuli dengan tindakan oleh pembaca untuk tujuan penambahbaikan.

aku bukan politician

Anonymous said...

Salam Dato',

Orang Melayu perlukan gelombang "Revolusi Mental" yang kedua. Saya sama pendapat dengan pembahas usahawan kecil (12.17PM). Walaupun kerajaan wajib mewujudkan peluang namun orang Melayu wajib menyiapkan diri dan minda untuk merebut peluang yg ada. Pinjam favourite line pakbelalang, make no mistake about it. Kalau kita masih lagi dengan mentaliti subsidi dan mentaliti "yg pipih datang melayang yg bulat datang bergolek" maka sampai bila-bila pun kita masih ditakuk lama. Sebagai contoh, kalau kita melawat penempatan Felda, kita pasti akan berjumpa peneroka yg rumahnya masih rumah kayu asal walaupun ramai jiran-jirannya dah bangunkan rumah yg baru. Eh Jang..orang dah ke bulan eko masih dalam selimut laie..

Pepatah lama mengatakan: Rajin dan usaha tangga kejayaan, jimat dan cermat tangga kekayaan. Ah...tentu ramai orang bosan dengar ini. Kita seronok dengar saranan atau gesaan "Kerajaan mesti membantu peniaga Melayu dengan membina infrastruktur ekonomi yg sesuai dan viable utk mereka, kemudahan pinjaman bank (maunya tanpa collateral), sasaran ekuiti Melayu 60%, mewujudkan rangakaian niaga Melayu peringkat nasional dan antarabangsa, mewajibkan 60% pemngurusan syarikat diisi oleh Melayu...." Tak apalah ada anak-anak kita yang jadi kaki rempit, kaki dadah dan pelaku seks bebas. Kita ada artikel 153, kita ada kontrak sosial, kita ada kata-kata Hang Tuah "tak Melayu hilang di dunia".

Saya memang tak mampu fikir perkara-perkara besar. Memadailah saya menolong Melayu dengan berusaha untuk tidak menjadi Melayu miskin.

Pak Hj JB

saji said...

Sdr langitbiru

"DEB mempunyai matlamat yang baik, dan jalan mencapainya adalah baik, TAPI DISALAHGUNA oleh mereka yang berkuasa UNTUK beberapa kerat kaumnya sendiri, menindas kaumnya sendiri yang tak sehaluan dengannya bahkan menindas kaum lain dengan cara tidak adil, tu pun dah termasuk Assobiyyah."

Komen:

1. DEB bukan sahaja mempunyai matlamat yang baik, malah memenuhi maksud sistem keadilan Islam - meletakkan sesuatu ditempatnya yang sesuai.

2. Namun ia (sistem keadilan Islam tersebut) gagal dipanjangkan ke bawah di peringat pelakasanannya oleh UMNO dan pentadbir Melayu sebagai kumpulan pembuatnya dan kumpulan yang diamanhkan melakukan penterjemahnya masing2, lantaran menjadikan DEB sebagai suatu dasar awam yang tidak baik.

Dalam bahasa mudah, sistem dan tata cara pelaksanaan DEB tidak selaras dengan sistem keadilan Islam membabitkan, antara lain, sekian lama membiarkan kekayaan negara berkisar di tangan seglintir Melayu dan bukan Melayu, tidak menyerahkan tanggungjawab/amanah kepada yang ahli dan amalan ekonomi yang bercanggah dengan prinsip2 muamalat Islam.

saji said...

Salam Dato'

Apakah kesilapan orang Melayu?

Saya tambah satu ke 8 Dato'

1) Sikap orang Melayu/Bumiputera sendiri – nak cepat kaya, mudah puas dan iri hati:

2) Kekurangan modal kewangan dan modal insan di kalangan Bumiputera;

3) Kelemahan sistem pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan;

4) Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;

5) Terlalu bergantung dan menyerah kepada sistem politik dan pentadbiran yang didominasi oleh Bumiputera (akhirnya diabaikan dan dikhianati);

6) Padang permainan tidak sama rata atau ada padang yang tidak boleh dimasuki orang Melayu kerana agamanya, dan dimonopoli oleh bukan Melayu/Islam (misalnya arak, judi dan yang tidak serasi dengan hukum Syariah);

7) Kerana penguasaan mereka dalam ekonomi, orang bukan Bumiputera mendapat naungan (patronage) yang lebih besar daripada pemerintah berbanding Bumiputera.

(Cuma Bumiputera akibat kedangkalan pemikiran cepat iri hati dan menuduh Melayu jadi kroni dan pemungut sewa (rentier). Realitinya, kroni dan rentier raksasa adalah bukan Bumiputera yang menggunakan operasi pasaran untuk berjual-beli aset, lesen,monopoli dan francais yang diberikan oleh kerajaan.)

8)Gagal mewujudkan rangkaian perniagaan dalam sektor ekonomi yang panjang rangkaiannya seperti pembinaan yang ada kaitan dengan kesilapan 1, 2, 3, 4 dan 7 di atas, di samping ketidaan R&D.

kluangman said...

Mungkin Pelembagaan perlu dipinda dan digubal oleh kaum bukan Melayu untuk sama sama melihat sejauhmana 'sosial and economic justice' dari kacamaa mereka.

pakbelalang said...

Nik,

I agree with you. Dr M had a point stating that UMNO is rotten to the core. But do the Malays really have good alternative party to be considered and be comfortable with and could confidently move forward for the better?

I don't find any fresh fish in the market. Practically, all the fish are "imported frozen fish" and also as rotten as the present fish that we are eating or maybe worse.

What choice have got now? Either we have to go out to sea and do our fishing ourselves to get fresh fish, if we are lucky to get one or we just continue to be satisfied with what the market is offering us.

The choice is ours. Hopefully, jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong tercecir. Akhirnya kita jadi Pak Pandir !!!

langitbiru said...

Salam Dato'

Banyak perkara berlaku akhir-akhir ni.

Saya pernah tulis Chew Mei Fun, ahkirnya dia letak semua jawatan dalam parti MCA dan kerajaan. Tahniah, kata dikotakan, ada prinsip.

Saya pernah tulis, perlantikan Illani Isahak sebagai pengerusi inter-faith satu kesilapan besar UMNO. Saya tak sempat nak tulis, boleh pi tanya Brahim Ali sebab apa saya kata Illani satu kesilapan besar. Tup-tup, Brahim dengan PERKASAnya begitu lantang membangkang Illani dan Interfaith. Brahim dan Illani tu satu negeri, Kelantan namanya, sama-sama naik dulu dalam UMNO.

Apapun, Inter-faith dibawah pengendalian menteri di JPM bukan Islam yang ditolak di Penang, Koh Tsu Koon, sesuatu yang AMAT TAK MUNASABAH. Mengapa tidak Jamil Khir? Atau boleh lantik Hamid Othman.

Apapun, saya bersetuju dengan mufti harussemua dari Perak yang tidak mengiktiraf Inter-faith-Committe (IFC).SAYA SETUJU DENGAN HARUSSANI YANG MENGHARAMKAN PERNYATAAN SEMUA AGAMA ADALAH SAMA. Dan bagi saya, sesiapa yang mengatakan demikian, tergelincir akidahnya membawa kepada murtad!

Penubuhan IFC ini saya ulangi satu kesilapan besar UMNO, yang kononnya mahu menunjukkan sikap liberalisasi UMNo kpd non-muslim, kononya mahu menyelesaikan segala pertikaian antara agama, DAN DEMI mencapai matlamat tersebut, maka benarlah, ILLANI adalah orangnya!!!

Kalau benar-benar ikhlas, sepatutnya dibawah Jamil Khir, dan orang sepatutnya Harussani.

Hulu Selangor.
Muhyiddin kata nak bina 4 buah sekolah. RM kata nak wujud PERMATA Centre di sana JIKA,JIKA,JIKA, BN menang.

Itu semua untuk PENDIDIKAN. Pendidikan pra-sekolah, sekolah rendah,sekolah menengah. APAKAH UNTUK PENDIDIKAN RAKYAT JELATA perlu ada SYARAT-SYARAT WAJIB- UNDILAH BN?????

Demi memujuk non-muslim, sanggup wujudkan IFC.

Konon katanya DEMI BANGSA, AGAMA, sanguup letak syarat kepada rakyat majotiti MELAYU, WAJIB UNDI-BN, baru boleh dapat pendidikan!!!!

Apa ini ???

PDRM akhirnya MENAMATKAN khidmat ASIASOFT menyelenggarakan sistem analog-digital komunikasi PDRM.

Akhirnya, jumlah kontrak APCO RM999juta disebut diParlimen, DAN UMNOBN dicabar tamatkan kontrak APCO.

Apa semua ini????

saji said...

Salam Dato' dan pembahas

Apakah kesilapan orang Melayu?

6) Padang permainan tidak sama rata atau ada padang yang tidak boleh dimasuki orang Melayu kerana agamanya, dan dimonopoli oleh bukan Melayu/Islam (misalnya arak, judi dan yang tidak serasi dengan hukum Syariah);

Komen:

Sekadar mengingatkan, pinjaman bank suatu ketika dulu, juga merupakan padang yang boleh dimasuki oleh orang Melayu kerana agamanya membabitkan isu riba' yang jaja oleh golongan ulama'.

Tetapi, setelah sistem perbankan Islam diwujudkan pada 1984 untuk mengatasi isu tersebut, ternyata ia gagal menggalakan orang Melayu menceburi bidang perniagaan.

Saya timbulkan perkara di atas, kerana bersetuju dengan pandangan bahawa, banyak faktor lain yang berkait2 yang tidak menggalakan orang Melayu menceburi bidang perniagaan dan kesilapan golongan ulama' Melayu kita yang cuma menekankan isu riba' tersebut.

saji said...

Sdr nasir

Kontraktor2 kelas F yang dilantik hanya tahu mengambil untung cepat dan suka bergaya . Siapa kontraktor kelas F ? melainkan ketua bahagian / ketua pemuda dari semua peringkat / wanita / puteri . Dato boleh semak berapa orangkah di kalangan mereka ini yang tidak ada lesen kelas F .

Komen:

1. Baru saya tahu mengapa projek2 kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonomi DSN yang diperuntukan kepada kontraktor kelas F bernilai RM 300,000 ke bawah tidak ditenderkan!

2.Baru saya tahu mengapa tender bagi projek pembinaan rumah rakyat termiskin, PPRT di bawah belanjawan pakej rangsangan bagi GLC luar bandar diarah tendernya dikeluarkan oleh Pejabat2 Daerah!

3. Baru saya tahu, mengapa harga tender yang ditawarkan oleh kontraktor kelas F bagi kontrak pembinaan rumah PPRT berkenaan telah naik medadak daripada RM 43,000 kepada RM 60,000!

usahawan kecil said...

Dato

Tiada apa yang salah tentang DEB yang di ujudkan oleh Tun Abdul Razak dulu dan juga perlembagaan yang sedia ada.

Cuma....kalau kita orang Melayu yang di kelas pertengahan dan bawah mahu memohon kemudahan yang di sediakan di bawah DEB hinggalah MEB, kami terpaksa melalui pelbagai dugaan dari kerani di kaunter pertanyaan hinggalah menunggu kelulusan dari boss mereka.

tetapi....jika Dato duduk dan perhati di lobi lobi syarikat GLC, bank, agensi kerajaan negeri dan federal, pejabat daerah dan kementerian, bos paling besar akan keluar menyambut bila ada orang kecik atau besar yang berpengaruh datang ke pejabat mereka.

Padahal jika di bandingkan usaha gigih mereka tidak lah se gah mana jika di bandingkan dengan usahawan IKS.

Ini berlaku didepan mata saya sendiri tanpa kira di negeri pemerintahan BN mahupun PR.

Tak perlu lah kita berbincang panjang pasal bumiputera jika mentaliti masih ini berterusan.

Terlalu ramai little Napoleon di dunia ini.

saji said...

Sdr Pak Hj JB

Orang Melayu perlukan gelombang "Revolusi Mental" yang kedua. Saya sama pendapat dengan pembahas usahawan kecil (12.17PM). Walaupun kerajaan wajib mewujudkan peluang namun orang Melayu wajib menyiapkan diri dan minda untuk merebut peluang yg ada. Pinjam favourite line pakbelalang, make no mistake about it.


Komen:

1. Kenapa perlu merendah diri sebegitu?

2. Maksud saya, mengapa tidak terus terang kepada kerajaan UMNO/BN dengan menegaskan bahawa, orang Melayu sekarang sudah menyediakan diri untuk merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan UMNO/BN!

3. Cuma dan masalahnya, peluang perniagaan yang diwujudkan oleh kerajaan UMNO/BN (di bawah hak keistimewaan orang Melayu) dalam bentuk konsesi, projek, lesen dsb itu kebanyakannya diberikan kepada orang Melayu yang tak ahli, tidak cukup modal, tidak amanah dan tidak bertanggungjawab atau berintegriti.

4. Mungkin sdr tidak tahu sudah semakin ramai golongan profesional, separuh profesional dan berkemahiran Melayu yang berkerja dengan syarikat kontraktor Cina kelas A melibatkan projek swasta dan projek kerajaan yang diali-babakan oleh kontraktor Melayu,khasnya.

Syed Husin said...

Membuatkan saya berfikir. Baik jika dapat disebarluaskan supaya lebih ramai dapat berfikir.

pakbelalang said...

Melayu tak perlu lagi DEB. Dah tak baru!! Dah lapuk!!

Kalau DEB tidak lagi mendatangkan faedah kepada orang Melayu, kita harus cari alternatif lain yang lebeh efektif lagi memandangkan keadaan dunia sekarang telah berubah dengan pesatnya berbanding 30 tahun dahulu.

Kita mesti sesuaikan keadaan masa kini dan melakukan perubahan dasar yang realistik, pragmatik dan boleh mencapai objektifnya.

Pada pandangan saya DEB dah ketinggalan zaman kerana ekonomi dunia sudah menuju kearah globalisasi dan keterbukaan pasaran yang memerlukan strategi yang lebeh sophisticated lagi dalam merancang dasar ekonomi negara.

Jadi saya rasa jika DEB ini dikekalkan tanpa diubah-suai mengikut keadaan ekonomi dunia yang dah berubah maka akhirnya nanti DEB ini akan terkubur dengan sendirinya.

Kesimpulannya, sudah sampai masanya dikumpulkan semua technocrat Melayu yang berwibawa untuk mengadakan "brainstorming session" bagi mengubal semula dasar ekonomi untuk orang Melayu dan bumiputra.

pakbelalang said...

Pak Hj JB,

"Make no mistake about it" saya copy favorite line cowboy President Bush.

Satu lagi favourite line Bush yang saya selalu terikut-ikut ialah "either you are with us or you don't" !!

sujini said...

YB Scribe,

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih saya lurutkan
Buang DEB buang semuanya
Cintakan Cina & India saya relakan....

(Pantun 1Malaysia dan MEB)

saji said...

Sdr usahawan kecil dan Pak Hj JB

Usahawan Kecil

1. Sdr usahawan kecil miaga apa?

2. Sdr tak setuju 50% dengan pendapat DatO' dalam tajuk kali ini.

Boleh sdr jelaskan benda 50% yang sdr tak setuju itu?

Atau, 50% itu dua lagi kesilapan orang Melayu yang tidak disenaraikan oleh Dato' berdasarkan apa yang sdr kata berikut:

a) Orang Melayu lebih leka bercakap dan menunggu peluang dari berusaha mencarinya (seperti yang sdr kata), tetapi tidak disenaraikan oleg Dato'?

b) Sokongan di beri pulak ada yang ikhlas dan ada jugak yang mengambil kesempatan dari usaha baik ini.


3. Sdr berkata, cuba tengok kaum Cina dalam usaha mereka + di sokong oleh pelbagai persatuan yang ada.Waimah pendatang asing tanpa izin pun mampu berniaga di Tanah Melayu ini tanpa sebarang sokongan walaupun selalu di hambat PBT.

Kalau sdr berpeluang bercuti lama di kota London dan bandar2 di England yang banyak didiami pendatang asing, sdr bukan sahaja akan nampak pendatang asing daripada Italy, Sepanyol, Turkey, Arab, Afrika, Cina, India, Pakistan, Thailand, Filipina, Indonesia,Tanah Melayu dan Bangladesh berkerja dan berniaga di situ, malah sesetengahnya barjaya mengambil alih perusahan2 besar warga tempatan. Tidakkah pendatang asing di England itu dan di negara kita juga telah dianugarahkan Ilahi memiliki naluri/budaya mencari peluang kerja dan perniagaan daripada bercakap dan menunggunya?

Pak Hj JB

Sdr berkata, walaupun kerajaan wajib mewujudkan peluang namun orang Melayu wajib menyiapkan diri dan minda untuk merebut peluang yg ada.

Bercakap mengenai peluang (perniagaan khasnya) yang wajib diwujudkan oleh kerajaan tersebut,
bagaimana jika kita katakan kepada kerajaan yang begini bunyinya berikut.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan UMNO/BN telah banyak mewujudkan peluang perniagaan kepada orang Melayu semenjak DEB dilancarkan hingga kini.

Malang dan sayangnya, kebanyakan peluang perniagaan tersebut bukan sahaja mudah diselewengkan oleh pihak2 berkepentingan, malah memerlukan sistem pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan yang sukar dan ketat.

Maksudnya, mengapa tidak selepas ini peluang2 yang diwujudkan oleh pihak kerajaan itu sekali gus dipastikan dahulu oleh kerajaan bahawa ianya tidak mudah diselewengankan oleh pihak berkepentingan, serta mudah dilaksana, diselaras dan dipantau. Atau, ia dianggap mustahil?

Melayu Daif said...

Salam Dato,
well written & said.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Pada saya DEB mesti kekal.DEB ni mcm senjata nak pi perang.lagi banyak lagi baguih.

Cina pasai sifat kiasu,takut hilang yang dok ada, ni yang dok buat depa dok tekan tak pernah cukup,pasai tu kita kena tak boleh ada sikap biaq pi kat depa.

Bukan nak suruh bergaduh,Melayu pun ada kelebihan kita yang depa tak ada.Pasai tu makin hari makin ramai
org kita yang maju.

Yg dengki cap macam macam,tapi depa tak tau mcm mana perit kalu dapat jadi kroni pun.Tak ada benda mai bergolek.

DEB mesti ada untuk bersaing pasai bangsa asing dah ada semua tu.Mungkin ada Melayu yang dah berjaya,tak perlu DEB,tapi kita kena ingat yang ramai lg perlu DEB.

CUMA CANGGIH MANA PUN SENJATA PERANG,TAPI TAK TAU PAKAI,SE DUIT PUN TAK GUNA.

tk

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Cerita MEB
(masih lagi indah khabar dari rupa)

Alhamdulillah.
Sebuah nukilan yang panjang dan sepatutnya kerana MEB itu pun cerita yang agak menarik.

Terima Kasih MITI

zainal abidin awang kechik said...

jelas dan terang...
terima kasih tok..


"pesan mak saya jika kita ada kasih sayang sejati..hidup kita akan sihat selalu"

salam

sasha2020 said...

Inilah hikmah yang terbesar dari apa yg berlaku selama ini...

Secara kasarnya, memang byk perubahan yg telah berlaku dikalangan orang melayu atau bumiputra dibawah pemerintahan BN/UMNO....cuma disebabkan perubahan yg berlaku dikalangan bukan bumiputera juga agak lebih cepat dan besar, maka perubahan dikalangan bumiputra tidak nampak sangat.

Rata-rata kita lihat ramai orang melayu yg telah maju..Dalam bisnes , kroni tu perkara biasa. kalau kat Penang, takkan dia nak bagi projek kepada orang UMNO. Mestilah dia nagi projek kepada orang DAP dulu...

Yang penting sekarang ialah bagaimana kita semua sebagai orang melayu bersatu dan kuat apabila melibatkan hak orang melayu tanpa mengira parti.

BN/UMNO still the best...Pakatan Rakyat bukan satu pakatan yg rasmi. Mereka hanyalah kerajaan campuran di Selangor. Sebagai contoh, di selangor..DAP lebih dominan. Sebab tulah nasib orang melayu jadi lebih buruk. Syarikat bumiputra kurang dibantu. kalau Cina, tak perlu cakaplah...Sebab tu BN/UMNO perlu berkuasa sekiranya kita orang melayu mahu selamat...PKR dan PAS memang tak boleh diharap. Contoh di Penang, padahal PAS ada satu kerusi disana. Apalah salahnya bagi PAS satu seat untuk EXCO yg incharge bahagian agama. Tapi si DAP LGE, langsung tak nak bagi. Padahal, PAS juga adalah dalam pakatan rakyat. Inilah mentaliti orang cina DAP. Bila mereka berkuasa dan ada majoriti, jangan harap mereka nak kongsi kuasa.
PKR pulak...majoriti pemimpin ialah bukan melayu dan aktivis kristian..mereka ni memang tak boleh pakai.

So, BN/UMNo still the best. Pemerintahan berdasarkan muafakat dan kerjasama berdasarkan komposisi kaum. Majoriti mestilah melayu, then baru cina, india dan lain lain. Baru adil dan aman negara. Kita tak mahu macam kat Perak dulu...Majoriti rakyat melayu. Tapi, majoriti EXCO bukan melayu.

Dato Nordin Razak said...

Dato Kadir.

Apa kesilapan Orang Melayu.

Dato ketingalan satu lagi sebab yang saya perlu sebut di sisi.

Waktu Dr Mahathir menjadi PM,Tun Daim menjadi menteri Kewangan.Pada mulanya ia telah berjaya melahirkan ramai peniaga Bumiputra yang menjadi billionair saperti Tan Sri halim Saad,Tajuddin Ramli,Rashid Hussein,Tan Sri Razali Rahman,Tan Sri Amin Shah,dato Shamsuddin,Wan Azmi.

Apabila berlaku krisis ekonomi mereka menghadapi masaalah kewangan.Saya hairan kenapa Tun Mahathir tidak mahu monolong mereka ini.Yang sedehnya Perniaga Cina saperti Tan Sri Vincent Tan,Ananda Krisnan,YTL,Lim kim Yew juga menghadapi masaalah tapi mendapat pertolongan dari Mahathir.Sekarang menjadi kaya raya.

Mungkin dato yang rapat dengan mahathir dan Daim boleh menjelaskan kenapa ini boleh terjadi.

Dato ingat tak masa Tan Sri halim hendak menjual 20% saham Time Telicom kapada Singtel dengan harga 2.5 billion ringgit.
,Tun mahathir yang menyekatnya kononnya ia membahaya kapada keselematan Negara tapi bila Tan Sri Vincent menjaul 30% sahan U mobile nya kapada Syarikat telco dari Singapora baru ini,Tun Mahathir memujinya dan berkata ini baik untok menjalin kerjasama antara Singapora dan malaysia,

Bukan kan ini satu Hypocrate yang jelas.

Salam.

Fikir Tajam said...

Salam Datuk dan para blogger budiman,

1. Pembesar Melayu jangan asyik sebok mendendangkan lagu yang dimainkan PM. Dulu TABadawi menyalak 'Modal Insan!', 'Cemerlang, Gemilang, Terbilang!'. Sekonyongnya barisan juak pembesar negeri mahupun federal tak semena-mena menyanyikan lagu sama berulang-ulang sampai rakyat di luar sana naik muak/jelak. Natijahnya PRU 2008 lalu diterjemahkan kebobrokan itu.

2. Kini bagaikan dirasuk seluruh negara para birokrat dan pembesar melolongkan '1Malaysia'. (Gagasan?) ini taklah hebat dan gah manapun. Cuma Brader Anwar Bin Ibrahim yang mediocre itu budak pengajian (takat lulus GD) Melayu itu yang bagaikan dirasuk histeria menyekutukannya dengan 1Israel. Kita orang Melayu membicarakan 1Malaysia memberikan pengertian perpaduan (unity). Ironinya orang-orang Tamil dan Tionghua memekik pasal hak kesamarataan (equality). Percayalah yang kelak mantera 1Malaysia ini akan berkubur sebagaimana layaknya 'modal insan' dan 'Cemerlang, Gemilang, Terbilang!' itu.

3. YB Tun Dr Mahathir melontarkan ide dan visi 'WAWASAN 2020' sesuatu yang realistik dan tangible. Justeru ianya masih relevan dan menjadi indicator yang semestinya dicapai oleh segenap rakyat yang cintakan tanahair Malaysia ini. Beliau tidak bermain dengan slogan merapu sebaliknya menggerakkan tenaga teknokrat dan aristokrat ke arah membina Malaysia yang makmur berasaskan industri berat dan termaju bersesuaian era k-economy. Kata dikota. Jika adapun mantera keramat hanyalah pada pembakar semangat yang masih memukau kita hingga ke hari ini yakni "MALAYSIA BOLEH!".

4. Para pembesar dan birokrat Melayu mesti buka mata dan tajamkan minda menelaah dan menafsir fenomena dan isu semasa. Ianya tak akan berlaku jika mereka tidak menyemaikan/mengamalkan sikap suka membaca/mencerap/merungkai/menaakul segala pencak sosio-politik kawan dan lawan. TSri Ong Kah Ting pernah menyatakan yang peruntukan kerajaan bagi perusahaan SME dalam genggaman pengusaha Tionghua lantaran 80% pengusaha SME adalah kalangan mereka! Maklumat ini terdapat dalam laman sesawang para blogger Tionghua pada 2009 yang lalu. Begitu juga Jeff Ooi DAP Penang itu dengan megahnya mengatakan dalam blognya sebelum PRU 2008 lalu bahawa Penang adalah satu-satunya negeri yang tidak melaksanakan DEB! (bukankah Gerakan di bawah TSri Koh Tsu Koon yang menerajui Penang waktu itu!).

5. Orang Melayu tidak boleh selamanya tertipu dengan permainan licik Gee Hin dan Hai San ini. Lihatlah bagaimana Dr Wee Kah Siong lebih menonjolkan wataknya sebagai Ketua Pemuda MCA berbanding Timbalan Menteri Pelajaran! Apa yang disalakkan oleh beliau dan Setiausaha Gerakan itu adalah senada dengan DAP! Mantiq apa ini? Sebegini remeh permainan mantiq mereka tak terbaca oleh pembesar Melayu yang asyik sebok menyalak 1Malaysia itu?

Fikir Tajam said...

Salam Datuk AKJ,

9. Biasiswa Nasonal diagihkan kepada 30 orang pelajar cemerlang. 15 Melayu, 13 Tionghua dan 2 Tamil. Sedangkan masyarakat Melayu melangkaui 60% penduduk Malaysia. Nisbah mudah sepatutnya 18 anak Melayu memperoleh biasiswa tersebut. Apa punya bebal birokrat di JPA ini? Lihatlah bagaimana mesyuarat pertama MCA dipengerusikan oleh Chua Soi Lek menekankan kepada 2 perkara utama:

i) Biasiswa JPA (1500 tempat itu)dan

ii) Peruntukan untuk sekolah SJKC dan rumah ibadat.

10. Nampaknya Melayu asyik tertipu dan apologetik. Tak berani mempertahankan hak bangsa sendiri. Seperti kata Datuk AKJ dulu bahawa bila majoriti Melayu mempejuangkan hak sendiri tanpa mengambil dan menafikan hak kaum lain dikatakan rasis. Manakala bila kaum lain memperjuangkan hak yang sama dikatakan human rights. Mantiq apa ini? Bila anak Melayu dapat biasiswa dikatakan tongkat. Bila kaum lain dapat biasiswa disebut merit! Mantiq sebegini remeh (TRIVIAL) pun tak upaya ditangkis oleh para pembesar Melayu. Pabila Madiha si anak Melayu nelayan di Kelate itu dapat 21A TERCENGANG/TERLOPONG SEMUA. Bersilat kaum-kaum kiasu itu mendesak Kementerian Pelajaran menghadkan bilangan subjek pasal dah sah mereka tak larat nak saing tak daya nak lawan! ROBOH SUDAH STIGMA MELAYU TAK BOLEH.

Itulah legasi Tun Dr Mahathir. Kita boleh jika kita fikir kita boleh melakukannya dan fokus ke arah kejayaan dengan penuh gigih dan usaha yang terancang lagi berdisiplin tinggi.

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Duduk Diam-Diam Sat
(hi En Kadir apa habaq)

terence said...

Hi En Kadir. Ada apa-apa idea yg boleh tolong membangunkan Rakyat dan Negara Malaysia secara nilai ekonomi dan moral? Saya baca blog ini, sedih juga sebab macam tak ada harapan untuk Malaysia. Hanya Melayu Melayu Melayu sahaja. Kesian juga Bumiputera Sarawak dan Sabah...dia orang bukan Melayu. Macam tak ada harapan la untuk orang Malaysia. Agaknya tak pernah ada pun orang Malaysia....

11:19 PM


Orang Sarawak dan Sabah, kabar re?
Jangan marah sama melayu totok ini, marah sama itu bimbo.

adakah kasus perlembagaan vs perlaksanaan menekan bumiputra bisa terjadi, Pak Bambang?
salam hormat kita sama si-kalijogo
dan yang lainnya, ya

Terima Kasih Yolok Hui Cerok Tok Kun

Anonymous said...

Salam..
Shasa 2020....yg contoh di Perak tu la menunjukkan Melayu tak pandai mengatur strategi...kurang cekap agaknya berpolitik.Cthnya di Perak, org Melayu akan kuat walaupun PR yang memerintah HANYA JIKA ....PAS menang banyak kerusi di peringkat DUN PERAK. Dimana UMNO bertanding....biasanya PAS akan meletakkan calonnya.Tapi kita org MELAYU ni masih ada sindrom ketakutan yang di'input'kan sekian lama oleh UMNO. Itulah masalahnya.Org Cina dan India...kalau mereka lihat MCA dan MIC dah tak boleh diharap...syok sendiri...mereka tak segan silu atau TAKUT atau fikirkan budi UMNO/BN la segala untuk memangkah parti politik yg berlawanan. Kita boleh lihat dimana majoritinya adalah masyarakat Cina, DAP akan meletakkan calon dan disitulah juga calon MCA akan diletakkan.Samalah juga dengan kawasan yang mempunyai majoriti Melayu di kebanyakan DUN atau Parlimen di Malaysia.Tempat saya dikecualikan kerana faktor ..ye lah..kita ni MELAYU,dari dulu lagi dah bertolak ansur dan beralah.Orang MELAYU ni....masih terlalu bergantung pada UMNO walaupun UMNO pd satu masa sudah tersalah haluan dan perlu disedarkan. Tak salah rasanya jika kita mengubahnya.Cuma sindrom 'TAKUT' tu la penyebabnya. Takut nanti ..itu la..ini la. Tapi cuba kita buat kira-kira mudah tu sekejap.Jikalau Melayu solid memenangkan calon PAS atau Melayu PKR...MELAYU masih lagi kuat!Bagi saya mudah...cara org Cina dan India ni dlm berpolitik kadang kala perlu diteliti dan dipelajari.

Farid Batang Kali Hulu Selangor

Anonymous said...

Fikir Tajam kata,

"9. Biasiswa Nasonal diagihkan kepada 30 orang pelajar cemerlang. 15 Melayu, 13 Tionghua dan 2 Tamil. Sedangkan masyarakat Melayu melangkaui 60% penduduk Malaysia. Nisbah mudah sepatutnya 18 anak Melayu memperoleh biasiswa tersebut. Apa punya bebal birokrat di JPA ini? Lihatlah bagaimana mesyuarat pertama MCA dipengerusikan oleh Chua Soi Lek menekankan kepada 2 perkara utama:"

"i) Biasiswa JPA (1500 tempat itu)dan"

"ii) Peruntukan untuk sekolah SJKC dan rumah ibadat."

Ironi sekali pernyataan ini bila mana :

1.Biasiswa dihadkan manakala Pinjaman PTPTN pula diperkenalkan. Entah kenapa tiada usaha menjadikan PTPTN sebagai bebas riba' malah dihapuskan servis caj.

2.Kos masjid pun, jika bertuah untuk diberi, tidak lali dari amalan mark-up untuk membayar tol bawah meja. Selain itu, sekolah agama semakin kurang bantuannya.

INI ISU PENDIDIKAN DAN IBADAH, KENAPA BUKAN ISLAM MAHU PERJUANGKAN TETAPI TIDAK BAGI ISLAM.

Mana PERKASA?

Fed Up

Fikir Tajam said...

SOALAN CEPUMAS BUAT DS NAJIB

1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. TETAPI KENAPAKAH:

1. MARA semakin tersepit. Kekurangan dana untuk terus beroperasi dan berperanan memajukan kaum Melayu/Bumiputera yang masih jauh ketinggalan. MECD dilenyapkan apakah MARA semakin bagus dan usahawan/pelajar Bumiputera terus terbela? HAKIKATNYA semenjak MECD dihapuskan peruntukan MARA semakin berkurangan. Para pensyarah UniKL universiti milik penuh MARA dinafikan hak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk menyambung Ijazah PhD. Ada yang telah mendapat tawaran universiti terkemuka dunia tetapi sekonyongnya dibatalkan! Inikah indicator bahawa Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan?

2. SPM 2009 yang lalu lebih 1000 orang pelajar lepasan MRSM memperoleh straight A's. Pencapaian ini tak cukup bermaknakah? Sehinggakan keputusan SPM lalu langsung tidak menyebut prestasi MRSM malah lebih dahsyat lagi media cetak dan elektronik langsung tidak membuat liputan. Bukan rakyatkah anak-anak di MRSM itu? Sudahlah kelengkapan infrastruktur yang cukup daif lantaran kekurangan dana daripada MARA. Hinggakan tahun 2008 lalu kesemua pelajar Tingkatan 4 tak memperoleh buku teks di awal pembelajaran. Memalukan. DS Hishamuddin Menteri Pelajaran waktu itu sama sekali lepas pandang! MALU!

3. Jika hendak berbudi biarlah kepada yg bnar-benar memerlukan dan tahu berterima kasih. Apalah erti nilai Biasiswa nasional mahupun Biasiswa JPA kepada mereka yg terkenal cukup kaya raya. Apakah nilai pemberian Biasiswa pada orang yang cukup kaya raya berkereta mewah ratusan ribu malah mencecah jutaan ringgit. Wang itu bukannya gaji DS Najib mahupun Lim Kit Siang. Itu wang Rakyat pembayar cukai. Bayangkan jika anak Bill gates diberikan biasiswa oleh kerajaan Obama. Kelakar bukan? Itulah yang berlaku hari ini.

4. Falsafah Pendidikan Negara sangat cantik, indah, lagi murni. mahu melahirkan insan seimbang lagi harmonis dalam aspek JERI. Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Ironinya pengagihan Biasiswa terlalu mengangkat darjat Intelek. Emosi, Rohani dan Intelek ditolak tepi. MRSM banyak melahirkan pelajar yg cukup seimbang aspek JERI malah utuh jatidiri. Tetapi mereka ini kerap diremehkan hanya kerana bukan sekolah di bawah kementerian Pelajaran. Apa punya mantiq ini?

5. Saban minggu MARA mengiklankan peminjam pinjaman pelajaran yg liat membayar hutang. Pada masa yg sama PTPTN langsung tidak berbuat apa-apa untuk memungut hutang yang berlipat kali ganda berbanding tunggakan hutang MARA. PTPTN ini milik penuh kerajaan yang mana mereka rasa cukup banyak wang justeru tak terlalu mendesak untuk menghambat hutang pelajar dari segenap kaum itu. Bekas pelajar saya seorang berbangsa Tamil cukup liat membayar hutang. 1 sen pun belum dibayarnya. Ini diluahkan oleh sahabat dia sendiri bekas murid Tamil di mana abangnya adalah penjamin sipenghutang tak bertanggungjawab tadi. kenapakan PTPTN tega hati tutup mata seolah-olah muka tak bayar hutang ini hanya anak-anak Bumiputera tajaan MARA. Melayu asyik tertipu!

Politik Kluang said...

Mula-mula minta kuota kerusi untuk MIC saja. Lepas itu bila dengar PM kata kuota diberi pada MIC tapi calon serah pada PM, terus TING otak belit pun mula jalankan tugas. MIC bagi calon yang memang rakyat dan PM tidak setuju. Lepas itu, buat mesyuarat ugut pecat calon MIC yang disukai UMNO. Akhirnya, calon lain tapi....... hehehe ini yang "best"... Tapiiiiiii calon yang tidak dapat jadi calon telah dijanjikan akan dapat senator dan jawatan Timbalan Menteri. GAME OVER. MACAM INILAH MELAYU KENA BELIT.

amarneng said...

Salam Dato,

Saya begitu tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh saudara Fikir Tajam.Setiap dasar baru yang diperkenalkan semakin menekan dan menghimpit hak dan jentera yang menjadi milik kita sebagai orang Melayu dan Bumiputera.

Mengapakah setiap dasar baru di cipta,yang lama menjadi mangsa...?Yang lama belum dicapai yang baru datang membadai..

Dato,sekiranya di lihat dengan mata kasar di Sarawak,siapalah orang melayu dan peribumi sekiranya MARA tidak menampakkan peranannya dalam membangunkan ekonomi.

Selama ini,perkembangan dan sumbngan MARA di negeri itu begitu jelas,sekarng ini hampir disetiap bahagian di negeri Sarawak ada pejabat MARA dan premis perniagaannya sendiri,malah MARA juga turut menyedakan premis kilang dan industri.

Bagi hemat saya,MARA adalah satu-satunya agensi kerajan yang membela dan mahu melihat orang Melayu dan BUmiputera maju dalam pelbagai bidang,sebelum ini juga MARA mampu memberi pinjaman kepada ramai orang,tetapi malangnya sekarang ini,ramai yang sudah berkata MARA tak ada duit untuk dipinjam, MARA sudah dihimpit semenjak era Najib,Apa guna slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan,jika apa yang dah ada dikurangkan dan yang penting dimusnahkan.

Saya teramat setuju dengan pandangan-pandangan lain dari saudara Tajam Fikir.Saya khuatir usaha MARA untuk membela nasib Melayu dan peribumi akan terbantut dan tak berupaya sekiranya PM sengaja menjadikan agensi MARA yang wujudnya semenjak seusia Malaysia merdeka sebagai pilihan terakhir.

Sarawak sebagai sebuah negeri yang warganya masih ketingalan,peranan MARA amat penting,setakat ini saya amat berbangga dengan usaha MARA di Sarawak dalam membina dan membangun warga usahawan di negeri itu.

Dari aspek pendidikan ,sekiranya tidak ada MRSM dimana agaknya ank-anak pintar kita untuk mendapat tempat terbaik, saya melahirkan syukur kerana di Sarawak sekurang-kurangnya sudah ada tiga MRSM dan sebuah IKM,sebuah Institut Kemahiran Tingi sedang dalam pembinaan di Bintlu.Sekarang hampir semua bahagian sudah ada Pusat Giat Mara, disitulah harapan peribumi dan Melayu untuk menempah harapan untuk maju dan berusaha menjadi usahawan.

Sarawak memerlukan banyak lagi bantuan dan perjuangan pihak MARA,bukan etakat itu sahaja malah banyak lagi ang perlu mara lakukan.
Sokongan perdana menteri amat diharapkan.

Di Sarawak ramai jua pelajar melayu dan peribumi mendapat keputusan cemerlang,mereka perlukan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.Sekian amarneng.

INDIGO said...

Scribe
Salaams

Dengan Izin.

A New World Economy
The balance of power will shift to the East as China and India evolve


INVALUABLE ROLE
Now hop a plane to India. It is hard to tell this is the world's other emerging superpower. Jolting sights of extreme poverty abound even in the business capitals. A lack of subways and a dearth of expressways result in nightmarish traffic...


Politik Kluang,
Anda ada 'contact', 'cable', 'member', 'link', 'kawan' di India yang boleh di syorkan kepada Mus MITI? Saya ada contact, tapi Adiakamangelem - a small, tiny village in Tamil Nadoo.

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,

Syabas Fikir Tajam .. saya setuju.. 1000 % . Harap dengan perbincangan ini dapatlah Dato mengambil tindakan dengan sewajarnya.

Kemusnahan Melayu hari ini adalah sikap2 pemimpim2 UMNO sendiri.

Lihat pemilihan calon PRK hulu selangor.. Melayu dibodohkan/ digadaikan/ dipermainkan/ diugut/ diputarbelitkan/ akar umbi inginkan calon dari UMNO.

Calon PRK UMNO tak dapat. Semua dapat oleh MIC. MIC dapat Senator dapat jawatan Timbalan Menteri.Bodoh punya rundingan...

Suara akar umbi Melayu tidak didengarli.. sedangkan Merekalah yg memberi Undi pada UMNO dari dulu sehingga kini.

UMNO tidak kalah pada pemilihanraya yg lalu . yg kalah adalah MCA,MIC dan Gerakan. Mereka2lah yg kalah ditangan kaum mereka.

Anonymous said...

Fikir Tajam,

Cuba tanya soalan-soalan MRSM kat Mukhriz, dia kan boss ANSARA.

Saya ingatkan dulu, puncanya Mukhriz vs Khairy (diwaktu Pak Lah jadi PM).

Kini Pak Lah dah pencen, tapi MRSM terus hanyut lagu tu jugak.

p/s Ada satu MRSM tu (tak payah saya sebut la yang mana satu) dipenuhi anak-anak elit pegawai kerajaan dan ahli politik. Ini pun boleh ditanya kat Mukhriz.

Fed Up

A KADIR JASIN said...

Sdr Fed Up,

1. Saya penyokong utama Mara kerana terhutang budi kepada Mara, bukan kerana dapat biasiswa atau pinjaman berniaga, tetapi kerana tumpang bas Mara luar bandar dari kampung saya ke Alor Star masa bersekolah;

2. Saya rasa sesiapa pun yang dapat bantuan, pinjaman dan kemudahan mara, boleh bantu. Saya sejak dulu lagi sertai Skim Anak Angkat Mara. Tak la banyak, tiga orang saja pada satu-satu masa. Bayar RM2,000 saja setahun. Tolong anak orang susah;

3. Yang malu ni budak-budak kita yang dapat pinjaman pelajaran Mara, tapi bila lulus tak bayar balik. Malu. Dalam Islam orang yang berhutang tu hamba. Malu bila tiap Ahad baca nama "hamba" Melayu yang tak bayar hutang Mara disiarkan dalam New Sunday Times;

4. Orang yang tak bayar hutang ni bukan saja "hamba" daripada pengertian Islam, tapi mereka ini buat kita malu dan susahkan orang. Saya pun kena kelentong dengan makhluk jenis ini. Akhirnya hilang duit dan hilang kawan.

Terima kasih.

Anonymous said...

DAKJ,

Peluang anak-anak kita dalam pelajaran, satu cerita.

Bekas pelajar yang tak bayar hutang, satu cerita lain pula.

Saya ni sekolah tak tinggi, apa yang DAKJ nak sampaikan?

p/s tunang baru Isa Samad pun ahli ANSARA jugak, saja nak bagitahu bagi yang belum tahu...junior saya tu...

p/s Pengerusi MARA, kelayakannya apa ye? Maksud saya, kelayakan selain dari jadi orang besar UMNO... Sejak bermulanya amalan ini, MARA dah hilang taring dalam menaikkan ekonomi peniaga melayu.

Ibrahim Ali mungkin boleh jawab sebab dia pernah duduk kerusi tu.

Persoalan DAKJ tentang hutang MARA ni, elok tanya orang-orang begini, jika mereka tidak sibuk membahagi projek. DUIT MARA PUN DUIT RAKYAT JUGA KAN?

Contoh soalan : Kenapa Bahagian Biasiswa MARA dan lain-lain Bahagian tak dapat perform macam Bahagian Pendidikan MARA?

Fed Up

a said...

DAKJ,

.....saya dulu pun sekolah MRSM.....


.....kawan-kawan saya bila cuti, mak bapak jemput pakai mercedez benz, BMW, VOLVO,Perdana,.....

....saya dengan dua tiga ekor lagi..jalan kaki cari bus tambang henti-henti....

......sebab itu saya sakit hati dengan MARA....

........tipu orang kampung...kata tolong orang miskin.....

...awal-awal lagi dah kena tipu....

.....MRSM sekarang bukan untuk budak pandai orang miskin-miskin yang duduk kampung......

....ada anak bekas menteri, sekolah kat MRSM juga....negeri kat Pantai Timur......

...SPM dapat gred 3 pun boleh pi US..masuk U....balik..bapak bagi post, pengarah sana-sini....

...INILAH HAKIKAT SEBENARNYA....

Anonymous said...

Salam semua.
Maaf saya bercanggah pendapat bila Dato Kadir menulis...

3. Yang malu ni budak-budak kita yang dapat pinjaman pelajaran Mara, tapi bila lulus tak bayar balik. Malu. Dalam Islam orang yang berhutang tu hamba. Malu bila tiap Ahad baca nama "hamba" Melayu yang tak bayar hutang Mara disiarkan dalam New Sunday Times;

Mengapakah dato sbg org yg mempunyai pengaruh di kalangan umat umno tidak mencadangkan kpd pemimpin agar kos pendidikan dan perubatan di negara ini diberikan secara percuma dan berkualiti pd semua rakyatnya?

Kalau dasar MEB dan cukai GST dilaungkan negara ini sbg salah satu negara maju, mengapa tidak diberikan pendidikan percuma kpd semua rakyatnya spt negara2 maju yg lain?

Kita mampu membazirkan duit dgn projek2 mega, KLCC, Litar Sepang dan segala bapak projek yg merugikan duit negara dan cukai rakyat tapi bila ke pendidikan semua berkokok tak sudah2. Ini adalah pelaburan jangka masa panjang utk sesebuah negara bangsa!

Sebenarnya tok, pemimpin2 negara yang berhutang pd majoriti rakyat keseluruhannya. Krn tidak mampu membawa rakyat hidup dlm keadaan selesa dan memimpin kita semua ditahap yg membanggakan.

Pak Menteri dibayar gaji menggunakan duit rakyat dan sewajibnya mrk mencari jalan utk memberikan keselesaan pd kita semua selaku majikan mrk. Tapi apa yg berlaku di negara ini adalah sebaliknya dan sgt mendukacitakan.

rakyat dah bijak

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

MRSM & Melayu Miskin

Dari komen-komen yang di atas, maka saya mudahnya sampai kepada kesimpulan bahawa 99% dari pelajar-pelajar MRSM di segenap tanah air kita ini adalah anak melayu yang bukan miskin dan kurang cerdik serta mendapat biasiswa MARA.

Maka ertinya, sistem MRSM telah gagal untuk membantu ramai anak melayu miskin yang cerdik. Oleh itu elok diberhentikan sahaja dan dana yang tersalahguna itu disalurkan untuk membangun sistem pendidikan biasa.

Terima Kasih 1Malaysia!

Anonymous said...

Indigo,

Jika belum tahu, saya nak bagi maklum.

Cream of the cream, jika Kementerian Pelajaran dah tak mahu baru lah MRSM boleh ambik. Amalan ini berlaku beberapa tahun kebelakangan.(Kecuali dalam kes yang pakai kabel).

Itu pun rekod keseluruhan MRSM lebih baik berbanding rekod keseluruhan Kementerian Pelajaran.

Yang salah bukan sistem tapi pentadbir dan politikus. Seperti masalah pada kebanyakan polisi negara macam DEB, Dasar Penswastaan dan lain-lain.

Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakar!

p/s Pelajar yang mendaftar tingkatan 4 di MRSM, perlu memilih kerjaya atas nasihat kaunseling. Dan pakej pilihan subjek selain ko-kurikulum dibuka mengikut pilihan kerjaya pelajar itu.

Mana ada sistem macam tu kat tempat lain di Malaysia ni? (Dulu MCKK ada cuba perkenalkan sistem ini, tak tahu jika masih diamalkan). Tempat macam ni pun nak rekomen tutup?

Bayangkan jika pentadbir dan politikus benar-benar ikut matlamat MRSM memajukan bumiputera. Berapa banyak pelajar miskin luar bandar dari sekolah kategori C yang akan dapat memajukan diri?

Fed Up

zabri mokhtar said...

Salam Dato Dan Semua,
Sila layari blog Tun di http://chedet.co.cc/chedetblog/ Memang tetap dan sesuai.
Selama ini DEB atau apa saja dasal yg kerajaan gubal telah di HIJACK oleh POLITIKUS2 Dan PENGLANKSANA2.
"HIJACKING THE SOCIAL CONTRACT" Betul lah bijak sungguh Tun Kenapa saya tak jumpa/teringat perkataan tu ye? HIJACK.
IKHLAS,

INDIGO said...

Scribe,
Saalams

Dengan Izin.

Buat Anda Aku Fed Up!
(abdul wahab di bawah tempurung)

Weh, weh, weh
dengan sistem Judiciary
SPRM serta LDHN yang tiada
dibenarkan membantu
anda kata saya marah?
marahkankan nyamuk?

Dan yang nak mengamok
mindanya serabut
- bubarkan!
- mana tamingsari kita?

orang tua itu ngomel
tamingsari ku kalam kontot
berdakwat cinta

Tua-tua jiwa melayu
datangnya dagang
kembalinya pun dagang
berbahtera, bersampan,
berkolekperahu menuju alam baru

Terima Kasih

Anonymous said...

Datok,

pada zahir raja (penguasa) yang disembah
pada batin rakyat yang memerintah.

elok negeri dek penghulu (penguasa)
elok surau dek tok guru
elok pasar dek orang berniaga
elok gelanggang dek orang muda.

Yang jadi masalah ialah :

1 penguasa merasa, negeri ini adalah pusaka nenek moyang mereka sehingga tidak boleh diambil oleh orang lain dan sebagai pusaka mereka boleh melakukan apa yang mereka suka.

2 Rakyat pula tidak pernah merasakan bahawa mereka adalah tuan negeri ini. Sebab itu, mereka menghamparkan tikar merah kepada penguasa, jika mereka datang, seharusnya adalah sebaliknya, rakyat sebagai tuan yang harus dihamparkan karpert merah.

3 siapakah penghulu yang boleh mengelokan negeri ? Isunya berlegar di sini, BETULKAH PARA PENGHULU (PENGUASA) YANG SEKARANG BERKUASA MERUPAKAN PUTRA/I PERTIWI YANG TERBAIK ?. Jawabnya mudah TIDAK.

4 Selagi penghulu (penguasa), bukan putra/i terbaik pertiwi ini, tunggu sajalah pelbagai bala akan melanda.

5 Timbul soalan, bagaimana mencari penghulu terbaik dengan sistem sedia ada ?, bagaimana undi seorang profesor boleh disamakan dengan undi seorang daif ? Patutkah digubal atau ubahsuai sistem PRU sedia ada dalam memilih penghulu (penguasa/pemerintah)

Sekadar nak tumpang sekaki jak

borneo menggugat

Anonymous said...

Indigo,

Bila komen, saya rujuk yang ini;

"Maka ertinya, sistem MRSM telah gagal untuk membantu ramai anak melayu miskin yang cerdik. Oleh itu elok diberhentikan sahaja dan dana yang tersalahguna itu disalurkan untuk membangun sistem pendidikan biasa."

Pendapat saya, sistem MRSM tak salah malah amat hebat sekali.

Yang salah, si pengendali sistem itu sendiri.

Jika peribahasa nyamuk dan kelambu tidak kena pada tempatnya, maaf sajalah. Saya bukan orang sastera macam saudara.

Apa kaitan dengan Judiciary,
SPRM serta LDHN? Fakta? Kiasan?

Entah la, aku bukan orang sastera.

Yang pasti, saya yang tak sekolah tinggi ini sering membaca blog ini dan menyedari Indigo amat pantang jika dikatakan kurang betul.

Fed Up

INDIGO said...

Scribe;
Salaams

Dengan Izin.

Modal Ekonomi Baru
(tapi sekolah tionghua galak)

kiasan,
wa wadho'al-mizan
an la tadhghau fil-mizan

Pembetulan: LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) - mohon maaf.

Kata anda: Yang salah, si pengendali sistem itu sendiri.
Satu 'diagnosis'

Saya setuju. Persoalannya, apa ubatnya?
'Cure not the symptom',
kata pakar pengubatan
dan yang arif

Judiciary, Legislative & Executive.

wa wadho'aha fil-mizan
an la tadhghau fil-mizan
wa aqimulwazna bil qisti
wa la thokhsiruu fil mizan

orang kerdil berdalil
tanpa fakta merbahaya

Salam Hormat dan Terima Kasih.

Anonymous said...

Indigo,

Jika sistem betul dan pengendali yang "sakit", ubatkan/tukarkan pengendalinya.

Yang kerdilpun mahu dibaja dengan jawapan supaya mampu membahu sama tinggi. Kerana itu jangan dinafikan pertanyaan si kerdil.

Lebih bahaya jika si kerdil bosan mendongak ke langit dan mula mencabut bulu kaki gergasi.

Fed Up

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Maaf seribu maaf.
Rabbighfirli warhamni:

Modal Ekonomi Baru
(tapi sekolah tionghua galak)

kiasan,
wa wadho'al-miizan
an la tadhghau fil-miizan

Pembetulan: LHDN
(Lembaga Hasil Dalam Negeri)
mohon maaf.

Telah di kata: Yang salah,
si pengendali sistem itu sendiri

Satu 'diagnosis'
Saya setuju

Persoalannya, apa ubatnya?
'Cure not the symptom',
kata pakar pengubatan
dan yang arif

Judiciary, Legislative & Executive.

wa wadho'al-miizan
an la tadhghau fil-miizan
wa aqimulwazna bil qisti
wa la thokhsiruu fil miizan

orang kerdil berdalil
tanpa fakta merbahaya

Salam Hormat dan Terima Kasih.


rabbi zidni 'ilman
warzuqni fahma

langitbiru said...

salam,

Anak-anak Tung juga masuk MRSM. MRSM Mana? MRSM-KB. SPM dapat gred berapa? Satu ke dua? ......boleh tanya sama itu Presiden ANSARA!

Ini......Melayu tak kan lupa!!! Layakkah anak-anak dia duduk di situ? Anak penoreh melecur kena cuka getah.....tempatnya diambil orang!

Neo-malay said...

Salam Dato...

Melayu pada hari ini perlu bersikap radikal yang rasional dan mungkin juga tidak perlu rasional dalam situasi tertentu memandangkan sikap bukan melayu dari dulu hingga sekarang bersikap tidak bertamadun dan rasional.

Sampai bila orang Melayu nak terus bersikap rasional... sesekali kena gasak betul2 dalam menjaga bangsa kita sendiri dalam semua aspek kehidupan terutama dalam struktur sosial dan ekonomi masa kini.

Orang Melayu kena buang sikap kenegerian yang tebal... jangan membentuk pecahan etnik kenegerian kerana ianya akan menjadikan terlalu banyak kelompok atau kumpulan kecil dari beberapa negeri. Bayangkan dalam malaysia ni ada berapa banyak negeri? Dari majoriti menjadi minoriti dengan tidak secara langsung... macam mana nak jadi bangsa yang kuat kalau tidak bersatu...

Sikap jati negeri boleh terus dikekalkan bagi menonjolkan asal usul diri kita..bangga akan akar umbi kita tapi biarlah ianya tidak menjurangkan kita dengan sahabat dari negeri yang berbeza..kita boleh terus berbahasa loghat negeri dsb tapi dalam masa yang sama terus mengeratkan hubungan ukhwah sesama bangsa dan seagama kita. 1UMMAH

Sam 2010 said...

Dato'
Komen dan analisa yang baik dan bagus, cuma siapa orang yg berpengaruh nak dengar dan ikut pandangan Dato' ini. Melayu yg mempunyai kuasa sudah tidak endah ini semua,... Hasilya ia tinggal slogan retorik semata-mata dan isu ini terus jadi perbincangan sajer... melopong lagi bangsa melayu ini. Anyway thanks kerana masih ada lagi melayu yang yg tak punya apa-apa berani dan bersemangat menyuarakan hasrat golongan marhain ini. salam

Anonymous said...

Indigo,

Lagi sekali diulangi kata-kata "orang kerdil berdalil
tanpa fakta merbahaya"

Lagi sekali saya tak faham.

Sastera melayu pun tak cekap, lagi lah pula bahasa arab.

Tambah lagi satu yang saya dah dua kali tak faham.

Boleh jelaskan kedua-duanya? Mungkin jika berkisar kepada komen asal yang berikut, saya yang tak sekolah tinggi akan lebih mudah faham.

"Dari komen-komen yang di atas, maka saya mudahnya sampai kepada kesimpulan bahawa 99% dari pelajar-pelajar MRSM di segenap tanah air kita ini adalah anak melayu yang bukan miskin dan kurang cerdik serta mendapat biasiswa MARA."

"Maka ertinya, sistem MRSM telah gagal untuk membantu ramai anak melayu miskin yang cerdik. Oleh itu elok diberhentikan sahaja dan dana yang tersalahguna itu disalurkan untuk membangun sistem pendidikan biasa."

Bukankah dari komen ini saya telah katakan tentang nyamuk dan kelambu lantas bermula komen-komen balas kita?

Fed Up

INDIGO said...

Scribe'
Salaams

Dengan Izin.


Mesti Faham Double Speak
(fikir fikirkan sampai tak boleh fikir)

Wal hasil balik asal
Kalau marah kena jual,
kata Abdul Wahoob

Terima Kasih MEB, 1Malaysia dan 1984

ps. YBhg Scribe tak pernah nyatakan pendiriannya secara terang melainkan dia Melayu Totok.
Saya pun heran wal takjub.
wal hasil balik asal:
la hawla wa la quwata illa billah

pps. (aku fed up! katanya nanti: janan layan orang sastera terutama sastera UMNO dan Melayu Pekasa)

Anonymous said...

Indigo,

Maaf saya kerana buang masa anda selama ini.

Sangka saya komen di siber adalah perbincangan. Jika kenyataan tak lurus, bukan bincang namanya.

Melainkan DAKJ tulis blog untuk baca sendiri; bukan untuk umum baca.

Hentamlah nak cakap kias-kias. Lebih baik lain kali tulis disclaimer bagitahu komen anda untuk DAKJ saja.

Pada pendapat peribadi saya, yang suka cakap kias-kias tu sebabnya TAK BERANI CAKAP LURUS. Tapi itu cuma pendapat saya yang tak sekolah tinggi, tak sastera dan tak ada masa nak main sorok-sorok.

p/s Ingatkan Penarik Beca je yang suka cakap kias-kias.

p/s Jika anda ahli politik/penjawat awam, saya kata Masya Allah. Jika anda ahli akademik, saya kata kesian budak-budak nak belajar. Jika anda bukan ketiga-tiganya, saya kata Alhamdullillah.

Fed Up

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan Semua,

kepada INDIGO,
Apa lah lu?
Wa pun tak faham apa lu tulis?
Lama2 wa pun "FED UP" jugak dengan lu.. hahhahahaha
Ikhlas,

INDIGO said...

No problem.
Any one got all the all Facts on MRSM and MARA?

Zabri Mokhtar,
orang kerdil bila berdalil
tanpa fakta merbahaya.

You got the facts?

they have a steel band in the caribbeans and make nice mucic.
if an i am an empty vessel at least i try to make good sound, not empty noise.

lol2

btw, you know what MEB looks like? the implementation?

INDIGO said...

Tin Kosong

Algae Biofuels Production – Can We?

i've got a hammer
i'll hammer in the morning
i'll hammer in the evening
i'll hammer out a warning

(part of a song by trini lopez)

Pew Study: Department of Defense Embracing Clean Energy

at least penarik beca knows what he is pom-pang pom-pang about.

INDIGO said...

Scribe,
Salaams

Thank You and a song.

If I Had A Hammer
(by Trini Lopez on YouTube)

Salam Hormat

ps i posed a question about the algae biofuel to an ex-Petronas man on his facebook but no answer. forthcoming yet.

Anonymous said...

"orang kerdil bila berdalil
tanpa fakta merbahaya."

Dah faham dah.

You're giving a picture that you assume you know everything, in particular MRSM issues. Pasai tu you said you make good sound and people like me make empty sound.

Indigo, you assume of me too much.

Dalam sastera melayu ada pepatah "cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar".

Officially, I'm no more fed up. Specially for you , I give up. Terjunlah dengan labu.

Fed Up

INDIGO said...

Betul lah kata Mawar:

Fed Up belawak dan munafik
dan saperti katanya sendiri: bodoh

apakah kata kassim selamat kepada mertuanya di perkuburan itu?

Scribe,
Gembiralah kita terjun bersama-sama labu dari ada bersama Fed Up dalam satu perahu.

Nik Aziz cerdik cuma anak-anak murid nya kencing berlari

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).