Sunday, May 16, 2010

DAP Rebut Kerusi Parlimen Sibu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

STRATEGI bagi untuk memikat hati pengundi nampaknya tidak berkesan di Sibu , Sarawak, di mana Barisan Nasional gagal mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Calonnya, Robert Lau Hui Yew dari parti SUPP dikalahkan oleh calon DAP, Wong Ho Leng dengan kelebihan undi tipis 398.

Lau memperoleh 18,447 undi manakala Wong mendapat 18,845 undi dan calon bebas Narawi Haron 232 undi.

Peratusan mengundi yang rendah – sekitar 60 peratus – dikatakan berpunca daripada pemilih yang tinggal di luar kawasan tidak balik mengundi.

Melihat perkembangan pilihan raya kecil Sibu dari jauh, saya tidak berani membuat kesimpulan tegas selain mengatakan mungkin juga wujud unsur pemulauan atau boikot oleh pemilih.

Nampaknya pengundi Cina bukan sahaja tidak meneruskan sokongan kepada BN seperti dalam pilihan raya umum 2008, sebaliknya berpindah menyebelahi DAP walaupun BN memberi belasan juta ringgit peruntukan segera kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan menjanjikan pelbagai projek serta tindakan.

Mengubahsuai pantun lama; sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, beri makan mereka makan, minta mengundi mereka tak mahu.

Jelas bahawa usaha BN mendapatkan semula undi Cina masih tidak berhasil walaupun telah memberi dan menjanjikan pelbagai kemudahan.

Walaupun keputusan PRK Sibu bukanlah ukuran atau bukti mutlak kekuatan DAP, namun ia menjadi salah satu petunjuk bahawa BN Sarawak mungkin menghadapi cabaran besar dalam pilihan raya negeri akan datang.

Bagi DAP, kemenangan ini sangat manis kerana ia memberikan parti itu seorang perwakilan tambahan di Parlimen di saat-saat rakan kongsinya, PKR sedang dalam krisis dan kehilangan wakil dalam Dewan Rakyat. Sekarang DAP sah parti komponen Pakatan Rakyat terbesar di Parlimen.

151 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak(Tun) Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO atas kekalahan BN di tangan DAP. Jika ada lagi PRK dimasa hadapan diharap PM akan memberi berpuloh-puloh juta ringgit lagi untuk kaum Cina yang tidak pernah mengenang budi, apa diberi mereka sapu namun undi tetap pada pembangkang p- ITULAH HATI CINA!!! dan Melayu bertungkus lumus untuk memikat hati mereka kononya.

fauzi
ampang

OKJ said...

Salam DAKJ

Bonus 2 bulan gaji

Tahniah diucapkan kepada DAP kerana menang pilihanraya. Nampaknya kaum Cina telah bersatu padu dibawah DAP semenjak 2008. Melayu macam biasalah akan berlawan sesama sendiri. Walaupun pahit tapi ianya begitu berguna kepada pemimpin atasan supaya celik mata & cepat sedar diri. Setakat ni nampaknya yg dikejar tak dapat dan yg dikendong berciciran. Nak berapa banyak bukti lagi da???

Apa salahnya lepas ni peruntukan besar diagihkan ke orang Melayu pulak. Majoriti pekerja perkhidmatan awam adalah orang Melayu. Cadangan saya, sebagai langkah pertama, apa salahnya tahun ni diberikan bonus 2 bulan gaji kepada semua kakitangan awam. Saya rasa ramai yg bersetuju. Cubalah ambil sikit hati orang-orang Melayu ni. Apa salahnya. Sekian TQ.

Mohd said...

Orang Melayu harus melihat trend ini.
Kaum Cina akan mengundi DAP. Sebab mereka sudah sedar bahawa tidak bermakna menguasai 70% dpd ekonomi Malaysia sahaja. Kaum Cina mahu memerintah Malaysia spt yg berlaku di Singapura. Kaum Cina tidak boleh 100% memerintah Malaysia melalui parti2 MCA dan Gerakan dlm BN. Kaum Cina hanya boleh melalui DAP. Sebab DAP ada kaldai PAS utk mendapatkan undi orang2 Melayu. PAS akan hanya menganggukkan kepala dgn apa2 sahaja tindakan DAP. Tengoklah apa yg sedang berlaku di Penang dan Selangor sekarang.
Pakatan Rakyat dgn hanya DAP dan PAS akan menang besar di PRU13 nanti! Pada masa itu, Malaysia akan jadi sebuah republik spt Singapura. Kaum Bumiputera akan mengemis di negara sendiri spt apa yg berlaku di Singapura sekarang. DAP akan mengubah perlembagaan utk mencapai cita2 kaum Cina. Pada masa itu nanti orang Melayu akan menangis! Sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur!
Tahniahlah UMNO dan PAS yg bodoh.

zakwan said...

hank you to the people of Sibu for putting PM Najis's grand scheme of regaining their 2/3 majority 2 steps backwards

Kudos to the Chinese for voting for the sake of the country's future

As a Muslim myself, THE WAY I SEE IT,the Chinese of both Hulu Selangor and Sibu are more Muslim than actual Muslim for voting for long term benefits (good governance, transparency) rather than short term monetary benefits

Praise to Allah for this victory to the rakyat

Anonymous said...

salam,

ishhh janganlah jadi sore loser, kalah menang adat pemilihan.

The best money can buy cannot bribe the people in sibu. Not even from the JUDI sources from you know who.

This day shall be the turning point in sarawak political scenes.

People are no longer rooting for empty promised because they have been conned all this while and yet no development for rakyat has significantly ever happens except to the corrupt few.

People have spoken. Get real!!!!!

matt
sibu

Anonymous said...

Tok Kadir said

"..Nampaknya pengundi Cina bukan sahaja tidak meneruskan sokongan kepada BN seperti dalam pilihan raya umum 2008, sebaliknya berpindah menyebelahi DAP walaupun BN memberi belasan juta ringgit peruntukan segera kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan menjanjikan pelbagai projek serta tindakan..."

My advice is this, Don't patronize the chinese with janji janji bantuan dan peruntukkan mee segera because chinese, iban, melanau and the lot know what RASUAH is when they see one. DONT PATRONIZE PPL THESE DAYS.

Padan muka UMNO-APCO..eeeee...geram nye aku...

regards,
melayu anti judi bola
mattderis

wali said...

Dato... peratus keluar mengundi meningkat dari 67.7%(2008) kepada 70%(2010)... SPR akui kesilapan pengiraan peratus... Tahniah DAP... Gembira rasanya PR menang...

Anonymous said...

Elok le juga BN kalah. Saya tengok UMMNO baru2 ni macam tak sedar diri.Mengada2.

1. Ada "first lady"
2. Bini PM "Her Excellency". Tun Hasmah yang lebih "illustrious" pun tak pernah perasan macam tu.
3. Bini PM buat komen politik.
4. Bagi Cina berjuta-juta ringgit.
5. Hidupkan lesen judi. Cina dapat sumber "income" yang besar untuk digunakan melawan Melayu.

Kalau ada parti melayu yang boleh pakai, habis le UMNO.

Kali-Gula

Are You Gonna Go My Way said...

Apabila Hishamudin keluarkan statement dia tak sangka ramai org2 sarawak masih takda IC dan surat beranak.....automatik BN akan kalah

bayangkan TAK SANGKA....dah tu kau buat apa kat KDN...? tengok DVD blue kat bhg penapisan ker?

Dulu kau cakap TAK SANGKA jugak ramai org2 asing kat puduraya....semua main sangka jer ker...sampai bila kau nak sangka?
Org lain dah bertahun tahu ..kau masih main sangka2 pulak...kau sangka BN bole menang? sangka lagi...

Projek Smart Card utk pekerja asing apa cerita? dengarnya company tu dah lobi berjuta ringgit untuk Sibu...

Ntah lah kau orang ni...orang jadi menteri kau nak jadi menteri..tapi bangang...

bila expert2 tempatan keluar negeri..kau suruh balik..bila balik..nak masuk proposal pun kene lobi berjuta..last2 satu habuk pun tarak..semua rakyat jadi miskin kedana...

ni semua melayu ada power tapi bangang tahap gaban...lebih baik zaman dulu2 cikgu sekolah jadi menteri...

Anonymous said...

Asmk, kenapa setiap kali ada PRK, penelitian dan perhatian terhadap sesuatu kaum sering diperbesarkan. Saya rasa zaman memperbodohkan rakyat sudah berlalu. Sejak akhir-akhir ini, mana-mana parti yang diistiharkan menang dalam PRK menghadapi persaingan yang cukup sengit. Kalau dulu, jika diadakan PRK, hampir pasti parti pemerintah akan mendapat kemenangan mudah memandangkan mereka memiliki segala kelengkapan dan bantuan. Tapi kini, pemikir-pemikir lapuk yang mengelilingi pemimpin masih begitu teguh memegang idealogi bodoh sombong mereka.

Bagi PRK Sibu, kemenangan yang diperolehi bukannya kemenangan DAP tetapi lebih kepada kemenangan rakyat. DAP langsung tidak dapat menandingi SUPP dari segenap segi kempen dan tawaran, namun rakyat sebenarnya telah lama membuat pilihan mereka. Luka rakyat yang berpunca dari pentadbiran lepas bukannya mudah untuk diubati dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran yang kurang kondusif.

Hampir kesemua dasar yang dipraktikkan/diperkenalkan sekarang mempunyai ruang yang terlalu luas untuk dipertikaikan. Sememangnya sesuatu dasar itu baik jika dilihat dari satu sudut, tetapi terlalu banyak yang tidak baik jika dilihat dari sudut yang berlainan.

Terlalu ramai rakyat Malaysia hari ini tidak lagi bekerja untuk negara, termasuklah menteri-menteri dan pengarah. Mereka bekerja hanya untuk diri sendiri sahaja. Rakyat sudah berani menunjukkan rasa muak yang disimpan. Saya yakin semakin ramai rakyat yang keluar mengundi hari ini dan hari-hari yang terdekat ini sekadar menunjukkan bantahan terhadap kepimpinan negara. Perkara sebegini juga akan berlarutan walaupun negara diperintah oleh parti Pakatan Rakyat.

Rafidi

A KADIR JASIN said...

Sdr OKJ, mampukah Kerajaan nak bago bonus? Kata nak kurangkan defisit belanjawan.

Tapi kalau bagi bonus kepada Melayu, bukan Melayu saja syok. Cina pun syok.

Berduyun-duyunlah Melayu pergi ke kedai dan supermarket milik peniaga dan tauke Cina.

Nasib baik tak menang Thomas Cup.Kalau menang, jangan-jangan cuti lagi.

Asyik cuti saja macam mana nak tambah produktiviti dan jadi ekonomi pendapatan tinggi.

Orang berniaga yang ada pekerjalah yang teruk. Gaji kena bayar, produktiviti taja ada.

Terima kasih.

saji said...

Salam Dato'

Jika DS Najib benar2 nak tawan hati orang Cina, janjikan DEB dihapuskan dan janjikan orang Cina jawatan TPM. Itu yang mereka mahu yang DS Najib pun tahu. Tetapi bukan CSL.

ab said...

Salam Dato,


PETANDA JELAS:


Orang putrajaya masih tak dapat
rasa denyut nadi orang sibu...


KAT ulu selangor,negeri dibawah pakatan,kerusi PKR...letak wakil PKR,melayu....bungkus.


KAT sibu,...negeri bawah BN,kerusi
BN, wakil cina....letak cina,kalah BN.


SO KERUSI hasil PRU 2008,kat MANA SEKALI PUN,dinegeri mana sekali pun, tak semestinya HITAM.....
bolih burnt laa.....


ORANG PUTRAJAYA KENA RASA DENYUT NADI sendiri kuat-kuat....pastikan ada denyutan nadi sendiri untuk PRK seterusnya dalam 4-6 bulan lagi...


Abu Bakar Ab Rahman

Hang Jebat said...

Datuk,

Saya dah agak BN akan kalah. Apa yang saya nak tenguk adalah 'result' untuk Narawi (Bebas). Dalam 'statement' ringkas semasa hari penamaan calon, dia beritahu mahu tarik undi pengundi Melayu. Ada 20,000 Melayu di Sibu tapi hanya 232 orang sahaja yang undi dia.

Kasihan Narawi..

asyMok_Aambo said...

itu bijak namanya.

asyMok_Aambo said...

untung ada pembangkang kuat. Kerajaan memerintah akan terus usaha pikat SLURUH rakyat.

Vish said...

It really is simple enough - while 'vote buying' has long been regarded as a common practice, it just doesn't work anymore.

Some UMNO-ites call it 'ungratefulness', but the truth is that it is a simple principled stand.

I know that I for one am not willing to whore my vote out - and quite frankly the fact that the PM thinks that he can buy me is downright insulting.

Would that we had leaders who bought us with their words and actions rather than their wallets.

-Vish.

pakbelalang said...

Mayday! Mayday! Mayday! Barisan Nasional.

So what now?

What is Najib's next strategy?

Frankly, looking at the trend now, BN don't expect to get anything from the Chinese voters. This trend will continue in the next General Election.

No matter how much money you pump in order to gain the Chinese support the end result will be still GROUND ZERO. So don't be generous to shower every damn thing to them. They have been influenced by "whispering campaign" to deny BN from winning in their majority areas and if possible to see the downfall of BN government.

I hope Najib is aware of the famous quote by Abraham Lincoln " You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time."

What is the long term effect for the Chinese to shy away from BN?

The answer is that politically you will see our country will be polarized further. This does not augur well in a multi racial society. I hope the Chinese community leaders are aware of this situation because it is a very dangerous trend, period.

I CAN SMELL A RAT!!!

It will be a tall order for Taib Mahmud to have a clean sheet in the coming Sarawak election, not unless he is going to be a tough cookie!!

abdul halim said...

walaupun memiliki segalanya, infra, duit, pengaruh,gerak kerja dan segalanya, namun BN tewas lagi, jelaslah betapa hapraknya BN di mata pengundi... itupun tak sedar diri lagi, masih lagi dengan cara lama.. nampak sangat para pemimpin BN yg ada sudah tak relevan lagi, tak malu ke... cukuplah tu turun segera sebelum diturunkan...
DAP bukannya bagus sangat, tapi BN lagi haprak.. nak buat camna

man dego said...

Dah tahu cina tak suka BN menyapa masih nak ulok berjuta-juta kepada mereka? Dok kena di Malaysia barat masih dok ulut lagi.

ikan emas said...

mereka tak belajar dari pengalaman..

bila menang sekali bukan bermakna akan menang lagi...

tabuan said...

akm dato..

Namapaknya bukan Melayu/islam (CINA) tidak menghargai pemberian lesen judi (bola)kepada mereka sebab tu mereka tolak BN....

MUMMY ROKIAH said...

Serawak seharusnya mempunyai Ketua Menteri yang baru.

abdullahngah said...

orang China dah nampak bahawa negara Malaysia akan diperintahnya melalui Pakatan Rakyat.

Sebab itu segala tawaran yang dijanjikan oleh perdana menteri tidak memberi apa apa makna pun.

Parti PAS dan keadilan rakyat adalah penyokong kuat dan menolong memberi jalan mudah kepada orang China untuk memerintah negara ini.

Datuk Seri Nawar Ibrahim mungkin dah nampak, sebab itu beliau mencadangkan supaya DAP dan Keadilan rakyat bergabung.

Strategi Yahudi telah digunakan pakai oleh DAP iaitu berlembut dengan PAS sehingga sudah ada yang menganggap orang China tolong PAS.

Bukan setakat berlembut malah bekan perdana menteri Singapura mengunjung Datuk Nik Abdul Aziz di Kota bahru Kelantan agar dilihat kebaikan orang China terhadap orang Islam.

Orang China akan undi pakatan rakyat, kerana pakatan rakyat jalan mudah untuk memerintah negara ini berbanding berada didalam BN.

Inilah punca DAP mmenang diu Sibu miskipin dengan majoriti yang kecil.Kecil tapi dominan sifatnya.

dari komentarkini

Anonymous said...

Tahniah buat DAP atas kemenangan diSibu. Ini adalah hanya permulaan dan sudah pasti akan muncul banyak lagi kemenangan pada pilihan negeri Sarawak yang akan datang.Ini tentu mengusarkan ketua menteri yang memegang tampuk kuasa berzaman lamanya.Salah satu punca kekalahan BN adalah ketua menteri sendiri yang sudah menjadi liabiti pada BN. Tanyalah orang Sibu, semua nya sudah meluat sama itu ketua mentri.
Mereka melihat kekayaan nya sampai melimpah ruah sedangkan rakyat miskin-miskin belaka.
Ini juga pengajaran buat menteri-menteri Umno, jangan nak "show off" sangat kekayaan yang ada nanti buat orang meluat....

Pasti akan muncul lagi prk sebelum pru ke13.Piala dunia bolasepak sudah hampir dan harus diingat kali ini kerajaan ada terbabit dalam mengutip cukai JUDI bola yang di lesenkan petama kali dalam sejarah Malaysia.Sudah pasti hasil cukai judi membawa keuntungan berlipat-lipat kali ganda dan sudah pasti juga ada yang tersenyum gumbira medapat laba cukai JUDI....
Maka selepas ini kalau ada ada prk harap makcik-pakcik kat kampung tu berhati-hati lah kalau ada yang memberi kain pelikat, beras sekampit, milo sebungkus.
Kesian depa tak tau dari mana sumber duit tu HALAL atau HARAMMM !!!!!!!.

...AlunBm....

Anonymous said...

datok
saya amat gembira atas kemengan dap.sekali lagi masyarakat cina menunjukan kematangan politik.mereka cerdik dan sedar atas apa yang dilakukan oleh umno dan BN.isu rasuah,kronisme,jenayah,salah urus dan lain2 lebih mustahak dari bantuan segera buat jalan,baiki sekolah,bantuan SKJcina dll.tidak seperti orang melayu,mereka dungu dan lembab kerana orang melayu hanya nampak apa yang ada depan mereka.cerdik pandai melayu pun sama menjadi barua dan pembodek saja.mereka sokong berdasarkan siapa bukan isu.asalkan melayu umno jahat pun tak apa tapi kalu melyu pas/pkr baik pun menjadi jahat bagi mereka.itulah melayu.dulu ,kini dan selamanya.jelas orang melayu tidak berupaya berbicara secara rasional tapi penuh emosional.tengok perkasa kalau sime darby tu dibawah TS khalid/selangor saya fikir perkasa akan mengheret segala kepala lembu,kerbau,babi,dll berarak ke pejabat MB selangor.tapi oleh kerana sime darby bawah umno senyap sunyi tak dak apa-apa tindakan.kita tunggu apa perkasa nak kata kat masyarakat cina kerana mereka mengundi dap di sibu.akhir saya melayu tetapi tidak seperti melayu perkasa.
sekian zmy.

Orang Jerlun said...

Datuk,
Bagi lah banyak mana pun duit sejuta ke, seratus juta atau satu billion RM ke, pengundi Cina terima. Bukan itu matlamatnya (Dah PM nak bagi, terima lah). Apa yang penting bagi mereka ialah KUASA. Trend ini akan berterusan sehingga ke pilihanraya umum akan datang. Faktor pertumbuhan ekonomi 10% ke, kurangnya kadar jenayah (?), pengangkutan awam bandar bertambah baik (?), Anuar bersalah atau tidak, walkabout, Perkasa... bukan penentu undi. Apapun yang berlaku, undi tetap kepada Pakatan, especially DAP. Ada bukan tidak ada pengundi Cina yang mengundi BN, tapi tak berapa orang. Cuma pengundi Melayu dan India yang mungkin mengundi BN. Yang hard core PAS tu macam pengundi Cina, akan tetap sokong PAS.
Saya ni... Melayu, next pilihanraya (election lepas tak keluar) nak keluar mengundi Federal bagi dekat UMNO (BN lah tu) dan State PAS (selagi Ustadz Azizan MB). Tapi bila tengok Najib terlebih-lebih sangat bagi tu bagi ni... 3 juta sana, berjuta-juta sini, Federal tu mungkin undi rosak. Kalau PAS keluar pakatan, undi tu bagi dekat PAS. Bukan marah dekat Cina, tapi cara Najib tu terlebih-lebih... meluat.

mad said...

masyarakat cina lebih tahu budaya rasuah merosakkan bangsa dan negara sebab tu tolak bn. setuju dgn zakwan, they are more muslim than muslim. selamatkanlah malaysia dari budaya rasuah yg sudah tenat ini.

Anonymous said...

a kadir....xnk bg bonus xpelah.... daripada bg org cina lingkupkn krajaan.... baik,.. kami org2 melayu sendiri akn lingkupkn kerajaan sbg pengajaran

You Will See



Mr K

nasir said...

SAUDARA MOHD ;

Hujah anda terlalu dangkal . DAP hendak memerintah Malaysia ? Janganlah anda buat2 buta sejarah pula . Siapakah sebenarnya yang mula2 menyerahkan KM PPinang kepada Cina ? Bukankah UMNO sendiri yang melepaskan kerusi penting itu kepada cina .

PAS menjadi tunggangan DAP ? bukankah BN sekarang ditunggangi oleh cina . Hulu Selangor RM3j SIbu RM18j . Kalau saudara nak tahu peruntukan untuk SAR tak adapun sedangkan disinilah 100% pelajarnya melayu muslim juga ramai anak2 UMNO dan PAS ada di sini . Jadi siapa kuda tunggangan ?

Lulus JUDI BOLA kepada siapa dan siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi ? Lepas nie berporak perandalah pula rumahtangga melayu dek penangan judi halal . Berlambaklah pula mangsa ah long yang tak berkesudahan hanya kerana nak memenuhi nafsu towkey cina untuk mengaut keuntungan .

Apa yang berlaku di Penang ?

- tiada apa2 melainkan melayu semakin terbela kerna diberi perhatian oleh Kjaan Negri mahupun NGO yang kuat melalak . Baru sekarang kita tahu melayu PPinang Naif , Fakir setelah 53 tahun merdeka. Baru sekarang kita tahu PPinang membangun tetapi yang dapatnya hanya kroni sama ada cina melayu india . Siapa yang meluluskan projek mewah PCCC yang hanya menguntungkan cina ? siapa yang luluskan pembangunan kg tokong untuk kediaman berjuta ringgit ? siapa yang menggadaikan tanah rizab hingga tinggal sekankang kera ? bukankah itu kerja 50 tahun dahulu .

Selangor ?

Mungkin anda sendiri sudah buta dan pekak tapi tidak bisu sahaja . Dengan adanya PR maka barulah kita tahu bahawa selangor sedang nazak dengan rasuah dan suapan dan korupsi terdahulu . Beratus2 buah rumah murah terbengkalai ? tanah2 dibuat keuntungan dikalangan kroni sahaja . Pasir sudah sekian lama dicuri begitu sahaja . Hatta felda sg buaya pun di bawah PR baru diselesaikan setelah hampir puluhan tahun penerokanya berteriak . Sekarang patutnya mereka tahu bila PR berkuasa maka kesemua itu baru dapat diselesaikan .

DAP menjadi PM ?

Igauan dan mimpi buruk bagi mereka2 yang masih dengan pemikiran lama dan kolot .

MCA mengatakan undi DAP menyokong negara Islam ...

UMNO pula mengatakan menyokong PAS menyokong Malaysian Malaysia ...

????????????????????????? jadi mana satu sebenarnya kuda tunggangan PAS atau DAP ?

kluangman said...

Apabila kita memberi, itu istilah orang itu mungkin tidak dapat kalau kita tak bagi.

Bagi kaum dan politik Cina, tidak ada istilah memberi kerana apa saja yang kerajaan bagi sekarang bukanlah 'pemberian' kerana bagi mereka itulah hak mereka dan mereka boleh dapat lebih lagi jika dapat memerintah. Jalan pintar yang mereka ambil ialah menerima buat sementara dan mendapatkannya lebih bila dapat memerintah.

Mungkin banyak 'alasan' akan diberi oleh burung kakak tua dalam UMNO malah ada pemimpin UMNO sendiri 'akan cakap padan muka pada Najib dan Muhyiddin - biasalah, dalam parti yang sama mana ada politik ngam'.
Selepas ini istilah post mortem akan digunakan bagi menutup tirai kekalahan yang tragis.

Bagi saya, UMNO BODOH adalah istilah yang paling tepat, bodoh dan tidak menang kerana mereka lari dari perjuangan asal.

Sudah terlalu banyak pandangan dan analisa diberi, rupanya lebih bebal dari Paklah.

Nak cakap apa lagi !

phen said...

Salam,

Tahniah kepada DAP dan pengundi-pengundi Sibu yang telah menggunakan hak mereka sebagai pengundi. Mereka tidak termakan oleh sogokan-sogokan bermusim yang dilemparkan oleh BN. Mereka sudah sedar bahawa kerajaan yang telah mewakili mereka selam 40 tahunmasih lagi tidak dapat membangunkan Sibu seperti yang sepatutnya. Hanya ada pilihanraya baru segala pembangunan hendak dijanjikan. Rakyat semakin pandai menunaikan hak mereka untuk memprotes kerajaan dan juga ini merupakan isyarat bahawa BN tidak mampu lagi mendabik dada bahawa mereka telah berjaya membawa pembangunan. BN gagal untuk melaksanakan amanah rakyat. Rakyat Sarawak masih lagi miskin tetapi Ketua Menteri kaya raya....Rakyat sudah tidak boleh ditipu selama-lamanya lg.

Anonymous said...

i think ini bala bencana, tak berkat sebab bagi vincent tan lesen judi exclusive tu.

tak serik serik. nak kata bodoh, marah pulak.

-buka mata-

A KADIR JASIN said...

Sdr'Sdri para pembahas yang dihormati,

1. Saya berasa trend PRU 1969 sedang berulang;

2. Undi Cina sudah mula berpindah kepada parti-parti Cina di luar BN. Dalam konteks sekarang kepada DAP;

3. Pada PRU 1969, undi Cina berpindah kepada DAP dan Gerakan. Pada waktu itu Gerakan parti pembangkang. Gerakan mengalahkan MCA di Pulau Pinang;

4. Saya rasa bimbang polarisasi kaum semakin menabal dalam arena politik;

5. Sokongan pengundi Cina kepada DAP akan menjadi lebih kental jika Pakatan Rakyat "terbubar";

6. Kemelut yang melanda PKR adalah antara punca orang Cina lebih kuat menyokong DAP. Orang Cina sokong PR kerada DAP;

7. Parti-parti Cina BN, termasuk parti-parti negeri di sarawak, semakin ditolak oleh orang Cina;

8. Dasar "stick and carrot" Perdana Menteri Mohd Najib tidak akan mengubah sikap pengundi Cina untuk menyokong BN;

9. Setahun lalu PM Najib membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Orang Melayu marah. Sampai sekarang rayuan dihidupkan semula MECD tidak dilayan manakala syarat-syarat pemilikan saham di bawah ICA dilonggarkan dan lesen judi bola sepak (football pool) diberikan semula;

10. Orang Cina akan ambil apa saja yang Najib dan Mahyuddin bagi sebab bagi mereka itu adalah HAK mereka. Their rights;

11. Tapi bila Melayu menuntut agar hak mereka dilindungi, mereka dituduh racist, ultra, kroni dan pengemis.

12. Meminjam ungkapan popular pelawak Nabil -- Lu fikirlah sendiri!

Terima kasih.

Tinta Hitam said...

Datuk,
Terlalu awal utk menganalisa pecah an kecenderongan undi Sibu ni.Tetapi cukuplah saya katakan momentum kejatuhan BN tidak berhenti.DiHulu Selangor undi PR bertambah dari segi kuantiti walaupun kalah manakala diSibu PR yang diwakili oleh DAP menang setelah 28 tahun mencuba.PR menang walaupun undi Pos dan pengundi hantu wujud.Maknanya PR mendapat sambutan besar di Sibu jika ditolak pengudi Pos dan pengundi hantu.

Fakta undi luar tidak memain peranan terhadap kekalahan BN sebab kalau kita perhatikan trend pengundi pengundi luar lebih terbuka dan lebih cenderung kepada PR..

Masa depan PR amat cerah...

Anonymous said...

Bagi saya bukan masalah "apa diberi mereka sapu namun undi tetap pada pembangkang p- ITULAH HATI CINA!!!" macam yang dikatakan oleh Fauzi Ampang itu.

Pengundi tak akan percaya bila dah terkena banyak kali.

Masa PRK Hulu Selangor, BN janji selesaikan isu Felda. Bila dah menang baru bagitahu, rupanya ada syarat tambahan iaitu penyelesaian penuh hanya boleh dibuat hanya selepas BN ambil alih Selangor.

Dah tunggu berbelas tahun, dari generasi peneroka kepada generasi kedua. Ingatkan boleh selesai cepat, rupanya kena tunggu lagi.

Kenapa ini tiada yang ungkit? Orang melayu kita kata, tuhan bayar cash. Orang cina kata, karma.

Isu Limbang macam mana pula? Lagipun isu mee kampua jelas menampakkan taktik BN yang memecah belah dan cubaan menakut-nakutkan semasa berkempen.

DAKJ kata, "Walaupun keputusan PRK Sibu bukanlah ukuran atau bukti mutlak kekuatan DAP, namun ia menjadi salah satu petunjuk bahawa BN Sarawak mungkin menghadapi cabaran besar dalam pilihan raya negeri akan datang."

Mungkin juga angin PRU12 di semenanjung dah sampai ke Sarawak.

Fed Up

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,
Terbukti lagi orang2 cina tidak mengundi/memberi undi kepada UMNO/BN.Jadi kenapa harus PM/TPM melayan mereka dengan begitu istimewa lg?
Seharusnya mereka2 ini ditekan/ diajar/dihukum bukannya dilayan dengan lebih istimewa dan bertambah kuat.Kenapa kera2 dihutan ini disusukan dan anak dirumah dibiarkan kelaparan menunggu kematian ?
Seharusnya pengundi2 Melayu/ bumiputra yang masih mengundi/setia kepada UMNO/BN dijaga hati mereka diberi ganjaran/perlindungan /dipertahankan hak2 mereka bukan dihapuskan/ditekan satu persatu.. Kenapa PM/TPM tidak menjaga/ melindungi pengundi2 setia UMNO terutama Melayu?
Saya sebagai salah seorang Melayu menuntut:-
1)Dikembalikan Kementerian pembangunan usahawan dan koperasi .
2)Biasiswa 100% diberikan kepada bumiputra dan bukan bumiputra yang mengamalkan budaya melayu seperti Baba dan nyona.
3)GLC-GLC hendaklah dijadikan milik syarikat2 bumiputra atau individu.Bagi menambahkan usahawan Melayu.
4)Pemilikan2 bukan bumiputra dimilik negarakan atau sebahagian saham dipegang oleh GLC/kerajaan/ bumiputra.
5)Membubarkan/mengubah/menukar seluruh sekolah2 jenis kebangsaan cina dan tamil kepada sekolah2 kebangsaan dan matapelajaran bahasa china dan bahasa India diajar di sekolah2 kebangsaan.Bagi mengwujudkan Malaysia first.
6)Seluruh akhbar2 utama bahasa cina dan Tamil dibatalkan atau mempunyai dua versi. bahasa Cina/tamil & bahasa kebangsaan.
7)Biasiswa2/pinjaman2 dari syarikat2 koperat milik Cina/Tamil hendaklah dibahagikan mengikut komposisi kaum.
8)Semua Universiti2 milik syarikat2/orang persendirian cina di Malaysia ini hendaklah mengambarkan 1 Malaysia. Kompisisi kaum hendaklah melambangkan juga satu Malaysia.
9)Semua syarikat2 cina/tamil mempunyai komposisi perkerja2 berdasarkan komposisi Malaysia.Dan tiada gaji yg berbeza2 berdasarkan kaum.
9)Oleh kerana matapelajaran matematik dan sains di sekolah kebangsaan dihapuskan dan diajar dalam bahasa engeris. Maka sekolah2 jenis kebangsaan cina sehingga hari ini masih mengajar matematik dan sains dalam bahasa Cina MINTA DIHAPUSKAN JUGAK SEPERTI SEKOLAH KEBANGSAAN?
10)Satu undang2 mahkamah atau peraturan diwujudkan. sekiranya orang2 islam boleh dihukum melanggar hukum2 allah /agama mereka melalui mahkamah syariah maka bangsa cina/tamil juga dihukum sekiranya melanggar peraturan2 agama2 mereka.
bersambung.....part 2

Zabri Mokhtar said...

part 2,
11)Semua syarikat milik cina/India hendaklah memberikan projek2/peluang2 mengikut komposisi penduduk seperti laungan malaysian first dari syarikat2 mereka seperti pembinaan, pembekalan, agent2 , wakil2, lisance2, franchise dll kepada bumiputra/dll tanpa menekan atau terpaksa atau mensebotaj dll. Menurut konsep Malaysian First = 1 Malaysia
12)Syarikat2 besar milik2 mereka seperti bank contoh public bank atau hong leong bank hendaklah menyewa bangunan2/ membuka cawangan2 bank dengan pemilik bangunan adalah bumiputra berdasarkan konsep 1 malaysia atau malaysia first..Contoh2 lain seperti syarikat2 insurance/ kedai2 kopitiam/restoran2 dll.Tanpa mengira perkauman.
13)Membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum iatu persatuan2/dewan2 perniagaan cina, bahasa,perindustrian, club2 spti lion dan beribu2 persatuan/dewan yang ada di Malaysia ini hendaklah dibenarkan/ disertai oleh semua kaum menurut konsep malaysian first dan 1 malaysia..
14)Mengambil seluruh2 perkerja2 berkerja disyarikat2 mereka mengikut komposisi Malaysia tanpa mempunyai perasaan prejudis, diskriminasi , dilayan sama rata dll.
15)Diminta seluruh masyarakat cina/tanpa mengira kaum membeli barangan2 keluaran bangsa lain dengan harga yang adil tidak menekan seperti sekarang yang dilakukan oleh agen2/ orang2 tengah mereka.Bg membuktikan konsep Malaysian first.
16)Diminta seluruh masyarakat cina/tanpa mengira kaum Datang berbelanja dikedai2 bangsa lain seperti kedai2 runcit, makan, harware dll yg diusahakan oleh bangsa lain tanpa mengira bangsa menurut konsep Malaysian First.
17)Menawarkan harga2 barangan/perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan harga yang sama tidak menurut pada sesuatu bangsa atau tidak mengira bangsa menurut konsep Malaysian First.
18)bersambung.....part 3

Melayu Baru said...

Assalamualaikum Dato,

Momokan 13 Mei lagi?

Kalau betulpun pengundi mula mengundi mengikut kaum, tentukah Mei 13 berulang?

Zaman berubah, Dato. Mereka yang masih teringat zaman Mei 13 mengundang kembabli ingatan saya kepada arwah nenek saya yang sampai akhir hayatnya maih membenci orang Jepun. Pada yang mengharungi zaman getir itu - seakan terbayang kengerian di mata minda.

Pada yang tidak, ianya hanyalah lipatan sejarah negara. Mungkinkah ianya berulang? Mungkin ia, dan mungkin tidak.

Zaman berubah. Yang mahukan perubahan ialah rakyat tanpa mengira bangsa. Rakyat yang sudah mual dan muak dengan tingkah laku bebal dan boros oleh pimpinan sekarang.

Rakyat yang sudah jelak dengan institusi negara yang dirogol oleh kuasa eksekutif. Lihat polis, SPR, MACC, badan kehakiman dsb.

Rakyat yang sudah bosan dengan retorik - 1Malaysia, Islam Hadhari, Bersih/Cekap/Amanah - tapi perlaksanaan yang cukup lemah.

BN perlukan rakyat yang penakut dan susah. Kepada golongan yang penakut, momokan Mei 13, ancaman kepada Islam dan kehilangan kuasa bangsa melayu menjadi senjata. Kepada yang miskin, gula gula pilihanraya - gula sekampit, beras sebuntil, menjadi umpan.

Masalah BN ialah rakyat semakin celik. Momokan 13 Mei disimpan sama dengan ketakutan pada polong dan puaka. Kemakmuran ekonomi membuka mata, mengubah nasib dan memajukan minda rakyat.

Malangnya BN masih berharap pada zaman lampau. Penyokongnya adalah golongan melayu totok yang takut bersaing pada dunia yang nyata & pada yang masih dibelenggu kemiskinan. Kedua dua golongan ini makin pupus.

Angin perubahan sedang bertiup. Dunia semakin maju ke hadapan. BN masih dibuai mimpi zaman 70an. Indonesia yang kita pandang hina selama ini pun sudah makin mengorak langkah.

Setakat mahu membela Melayu sewaktu hilang kuasa di Penang dan Selangor, rupanya membuka pekung didada sendiri tentang rakusnya tamak haloba pemimpin melayu sendiri sewaktu berkuasa. Melayu semacam inikah yang mahu kita sokong?

Sedialah menerima perubahan.

Anonymous said...

Tidak perlu berburuk sangka terhadap pengundi cina.. mereka menggunakan hak mereka untuk bersuara.. siapa yg bagus akan di pilih.. mereka menunjukkan bahawa undi mereka tidak boleh di beli seperti melayu yang senang sangat di sogok mcm kat hulu selangor..

syabas warga SIBU !!!!

aisya
melaka

jebat said...

Salam Hormat,

Dato' dan lain-lain,

Dah banyak sangat diperkatakan,
Semuanya masuk telinga kanan kelar telinga kiri. X ada yang menyangkut di otak...

Pemembesar di PJ sedang hayal dengan dendangan dan senandong Datin2 dan Datin2seri mereka
Entah bila mereka akan bangun...

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABUNA. BIARKAN, BIARKAN...

DSNTAR LEKA DENGAN JAMBU2NYA ..
BIARKAN BIARKAN....

Jebat Derhaka (bukan derhaka kepada ALLAH)...

sujini said...

Scribe,

Kenapa SUPP kalah?
Tiada faktor Melayu/Bumi di sana.

Majoriti bumi yang ada di sana tinggal di rumah panjang. Dah tu mereka duduk jauh di pendalaman. Pengangkutan pun susah.

Mereka yang tinggal di bandar majoriti Chinoise.
DAP guna isu perkauman dan ugama kata George Chan dan Shafie Apdal.
Tetapi itu tidak menjadi hal. Kalau Perkasa atau UMNO yang bersuara jadi hal besar. Disuruh lagi minta maaf. Jadi Melayu sekarang tidak boleh buka mulut langsong.

Melayu terus layu dan tidurlah.

Terima kasih.

ps. Bila Scribe nak tampal pasal Konvensyen Keusahawanan Bumi di PWTC tempoh hari?
Mesti berasap tu.

ps.ps. If Scribe happens to bump into PM one of these days, pse tell him to stop being in denial.
Thank you.

mar-dh said...

Kawan-kawan cina dah lama bengkek dengan Cosway. Mengkayakan kroni-kroni jah. Lepas tu UMNO nak bagi lagi lesen judi bole sepak pada Berjaya Group. Maka mereka merumuskan bahawa UMNO masih belum tan tak boleh berubah. UMNO akan mati kalu tanggal jubah elit mereka. Peruntukan berjuta pada Sekolah Jenis Kebangsaan dilihat lebih kepada nak mengkayakan puak elitis yang rapat dengan UMNO. Menkayakan orang terdekat itu kepandaian UMNO.


Mereka bukan tak suka Najib, tapi mereka lebih nampak Najib yang suka berbelanja besar demi kengkawan dia. Hah, projek Bakun yang tertangguh. Dahlah tertanggu, bail out lagi. Berapa banyak rugi dah. Orang cina tak suka rugi-rugi ni. Orang kuat disebalik merger Sime Darby itu hari plak adik Najib. Lagilah mereka tak percayakan Legesi Razak. To them, Orang macam Tun jah yang boleh jaga dan kawal ekonomi kita. Lagi lama Najib jadi PM lagi gemuklah kengkawan beliau. Beliau juga diramal akan hanya menyumbang kepada kelebaran lagi jurang pendapatan perkapita rakyat. Betul ekonomi kita sedang merancak, tapi betulkah kita-kita yang biasa-biasa ni punya income sedang menaik? Itu yang mereka pandang dan dalam perkiraan mereka buat masa ini. Mereka tak pandai pandang jauh-jauh. Yang mereka pandang dalam TV kata ekonomi dah melonjak-lonjak tahap 2 digit, tapi income aku tak naik pun, makin mengecut lagi adalah sebab harga barang tak pernah ada yang turun.


Mereka juga kata, Tun M pandai sebab Tun bukan melayu. Kata mereka lagi Melayu hanya pandai mengagihkan kekayaan kepada orang dekat-dekat aje.


Mereka juga benci orang Melayu. Islam larang judi, tapi orang Melayu juga yang kasi lesen judi. Memang dalam kes bola sepak, kita memang tak nampak Berjaya meminta-minta. Bila lesen dah bagi kat Berjaya, ia dah jadi monopoli. Kita harus akui ramai orang takut sama Monopoli. Saya sendiri pun takutkan monopoli lebih dari takutkan syaitan walau saya tau ada monopoli yang tak boleh dielak kerana sifat natural seperti TNB, KTMB, MAS.


Dalam kes lesen judi bola tu pun berapa kerat sangatlah orang cina boleh kaya pun. Yang miskin tetap macam tu juga. Baiklah bagi sedekah judi bola tu dekat semseng-samseng marhaen ni.

Habib RAK said...

To Zakwan and Mad,
I agree with you. A renowned maulana once obsevered that he has been to UK, USA, France and Japan and said "I dont see Islam there but I see many muslims" and he has been to Saudi, Egypt, Pakistan, Indonesia and Malaysia and said "I see Islam there but I dont see many muslims"

eddy said...

Salam Dato', If Najib and his merry advisors had really numerically analysed the Hulu Selangor and Bagan by-election Najib should not have even bothered to come to Sibu bearing gifts.

The result from the 2008 General election showed waning political support for the BN by the Chinese.The Sibu byelection in 2010 only confirmed that the Chinese are united in their increasing support of the DAP. If Najib and his advisors thinks that showering gifts and promises of development to the Chinese for their political support then they are seriously deluding themselves.

The BN must find other ways to win back Chinese lost support the old way do not work. Of course the MCA/Gerakan broken CD way of blaming UMNO and asking for more benefits for the Chinese would not work either.

It also goes to show that if Najib wants BN to win big in the next GE then he will have to give help to Malaysians who would genuinely appreciate his help the majority Malays and Bumis, the Dayaks, Ibans,the Kadazans and the Indian community.

Najib must not give the impression that he is giving much attention just to people who claimed that as a group they pay more taxes than anybody else, but to groups who does not earn as much but are more than willing to sacrifice their energy and time and sometimes even their lives for the security and safety of this country good enough for it to continue being a peaceful place to work and live.


The Sibu campaign was devisiveness at its worse, its all about winning at any cost even dividing the normally harmonious society in Sibu, the repercussion will reverberate in Sibu a long time after this by-election is over,D AP campaigning in Sibu was devisive and played up the fears of the mainly Chinese Christians in Sibu by playing up the issue of "ALLAH" and the burning of the Indonesian Language Bible which did not even happen. I hope that in the interest of national harmony recordings of the DAP ceramahs are investigated to find elements of seditions and charge the perpetrator. Freedom of speech in a parliamentary democracy in a multiracial and multi religious Malaysia must have its limits and the Police must do their job without fear or favor not just giving warnings which nobody bothers to heed.

DAP win in Sibu was hard fought, and the BN marginal lost showed a deeply divided Sibu. One thing for sure with the added MP seat, Anwar Ibrahim's tenure as Opposition Leader is no longer tenable and does not seemed legitimate. In the interest of parliamentary democracy the head of the biggest opposition party should lead and Anwar should step down voluntarily and pass the baton to Lim Kit Siang who is now the rightful Opposition Leader.

further:
Also Sdr kali-gula(12:33am) said this:
"Saya tengok UMMNO baru2 ni macam tak sedar diri.Mengada2.

1. Ada "first lady"
2. Bini PM "Her Excellency". Tun Hasmah yang lebih "illustrious" pun tak pernah perasan macam tu.
3. Bini PM buat komen politik."

....Perangai buruk pembodek UMNO tidak sedar diri dah kembali dah.

Hanez said...

Datuk dear,

Let's let go for a while..

Malaysia needs a strong opposition. It's time we had one. And we are moving towards that. Check and balance, good governance will save the funds for better use. Nabil can't tell them off. You can't tell them off. But in time they will learn, when the Opp osition is at the door.

Anonymous said...

tak dapat petunjuk lah.

semenjak dia bagi lesen judi eksklusif, meluaskan serta memudahkan judi, yang bakal merosak kan kemanusiaan tak kira bangsa agama; nampak jelas, dah hilang keberkatan.

looks like going downhill from now onwards.

macam nak ok before that.

hmmm, macam nak jadi penutup tirai je....

-pru14-

Anonymous said...

Sindir punya sindir, kita tak boleh menafikan polemik dimana masyarakat majoriti Cina di Sibu memboikot BN. Pengundi Cina berasa marah atas isu2 yang semakin perih seperti isu kalimah Allah, kepimpinan Taib Mahmud, kekurangan peluang pelaburan di Sibu, dll. Yang bodohnya ialah apabila BN, daripada menggunakan taktik waras seperti mendebatkan isu2 yang dihadapi rakyat Sibu dengan Pakatan, BN pulak bertindak mengampu orang Cina dengan projek2 berjutaan ringgit. Orang Cina bukan pelacur. Nampaknya BN semakin bankrap dari segi idea, sehingga terpaksa menabur wang untuk memenangi hati pengundi.

Nasihat saya untuk DAP: Tahniah, tetapi usaha kuat bermula sekarang. Dan fokus usaha DAP perlu menitikberatkan isu2 yang dihadapi orang Melanau, Iban serta Melayu, bukan sahaja Cina semata2. Buktikan bahawa DAP merupakan parti untuk semua. Kejayaan di Pulau Pinang, dimana dasar tender terbuka Lim Guan Eng berjaya meningkatkan peratusan projek yang ditawarkan kepada usahawan Melayu, perlu diulangi di Sibu.

PecintaDemokrasi.

mhknzr said...

meelayu mana menang pun sama jgk kut...lesen ipp tak dpt mlayu, lesen univ pun mlyu tgk je,limkokwing a,sunway le,berjaya univ pun tgk dalam layu. kontrek mesjid pun malayu tak buat,,,haha meelayu, kutip derma sek kat kaki lima, itu pun kuasa melayu pgg kunun

Anonymous said...

Salam DAKJ,

biasa la ni, bila post isu politik, yang pas kata umno, yang umno kata pas, bukan setakat itu saja, yang melayu kata melayu bodoh bin bangang pun ada gak. tapi yang pasti orang melayu la yang rugi, yang tak terbela dan yang terpinggir dulu, kini dan selamanya.

saya sebagai orang Melayu beragama Islam dan tidak berparti ni serba salah dan serba tak kena dibuatnya. sedih melihat saudara seagama dan sebangsa dipercaturkan di negara sendiri oleh pemimpin politik di Malaysia ni.

toleh ke umno saya geleng kepala... gelap amat. tak nampak tang mana perubahan tu, ada la nampak sikit berubah iaitu lebih banyak bantuan yang dah sedia banyak kepada masyarakat cina.

toleh ke pas saya nampak bayang dap, lagi saya seriau dengan parti racist no. 1 ni.

kepada blogger zakwan, blogger mad dan lain-lain blogger yang buat statement kata orang cina lebih muslim dari orang muslim dan yang seumpamanya, apa maksud tuan2? macamana orang kafir lebih muslim dari actual muslim?

-aku bukan politician-

Anonymous said...

Salam...

Tiada apa yg perlu digusarkan kerana biasalah...org melayu masih kuat sindrom takutnya. Kerajaan berjaya menanamkan perasaan itu setelah sekian lama memerintah. Mcm-mcm telah diserapkan dlm pemikiran org melayu sehingga majoriti org melayu terlalu bergantung pada UMNO. Bagi saya mudah....kalau UMNO dah tersasar arah tuju, ditegur ego...sokonglah PAS. Dimana UMNO letak calon disitulah lawannya kebiasaannya dari PAS.Jika semua calon PAS ini menang....melayu tetap kuat di PARLIMEN! Org melayu je yg tak pandai matematik. Dah tau macam-macam masalah melanda UMNO/BN tapi kerana takut...kita sokong juga.Tengah haprak pun ...takpe..hapraklah sesama.Walaupun akhirnya yg tinggal dan menang di pihak BN untuk Parlimen majoritinya hanya dari UMNO, tidak apa.Akhirnya UMNO jadi pembangkang, melayu dipihak PR pula manoriti. Yang kita mahu....jika PR menang sekalipun kerana kegagalan dan kesilapan berterusan kerajaan sekarang, PAS mendominasikan PARLIMEN itupun belum dicampur Melayu PKR.Melayu masih majoriti kalau mengikut matematik mudah cuma hingga kini melayu masih tak pandai mengira!...Bangsa lain kalau dah parti yang diharap selama ini tak boleh diharap lagi, ramai-ramai mereka beralih mengundi parti lawan.Mereka menjadi majoriti kerana kesilapan kita iaitu melayu MENGIRA!

Malik Klang

Anonymous said...

Dear AKJ

Actually, what is there for Melayu to further menuntut when all are given for?

1. Lets start with rights to education in University. They even lower down the standards to accomodote every Melayu in our public universities.

2. Rights to obtain government contracts.

3. Rights to purchase ASB, ASN, IPO placement priorities.

4. Malay reserve land.

5. Bumiputra lots for property development.

6. Various subsidies, you name it, for bumi only.

7. Other intangible benefits. Promotion opportunities in civil services and so on.

Resources are finite in Malaysia. When you decided to give so much to bumi, it is simply at the expense of deserving other Malaysians. It is obvious that, the people of Sibu know it.

If Rahman's prophecy comes true, Najib will be the last, umno PM.


Sad

Anonymous said...

A'kum Datuk AKJ,
Tolong buat artikel bertajuk " Lu pikir sendiri la" utk ditujukan khas kpd Najib.
Najib kata 1MALAYSIA org Melayu kata 1MALAYSIA.
Najib kata 1MALAYSIA org Cina kata MALAYSIAN MALAYSIA.

Mat Sabun

MelayuPAS said...

Mengapa Nabi SAW mebuat perjanjian dgn Yahudi selepas tiba di Madinah? Tidakkah org Arab quraisy yg tertinggal di Mekah ketika itu iri hati "...dgn bangsa lain Muhammad boleh ber'pakat'..tapi dgn bangsa sendiri (baca: Arab di Mekah ketika itu) Muhammad bermusuh..

Orang Melayu dalam UMNO perlu faham isu ini berdasarkan AlQuran, Sirah & sunnah..

wallahua'lam.

Paksooyon said...

Kenapa Undi Pos yang dibuat lebih awal hanya dikeluarkan di saat akhir dan genting? Sepatutnya undi pos mendahului lain-lain peti undi biasahingga melengahkan pengumuman . Pelek!

Jangan main sentimen perkauman dalam menganalisa keputusan PRK ini kerana kedua-dua calon adalah dari kaum Cina.Bebas tak usah ambil kira. jangan main sentimen UMNO keterlaluan hingga memanggil PAS kaldai. Menjadi kaldai adalah lebih baik dari orang engkar kpd Allah Janganlah assoboyyah perkauman dijadikan mainan kerana Nabi melarang didalam Hadih sohehnya.

bashir said...

Dato, saya rasa BN masih tak jumpa lagi formula untuk menarik balik sokongan rakyat.kenapa orang macam saya - orang bawahan boleh nampak taktik jutaan ringgit tak cukup bagus? dia orang tak tahu atau terikat dengan sifat penting kan diri sendiri. parah kalau terus macam ni...

akupunyablog said...

Salam Dato,

BN kalah sebab sebab masa PM berkempen di Sibu, beliau telah berkata, "...kalau lu tolong gua, gua tolong lu..." lebih kurang begitu la.

Ini menunjukkan apa...? Mudah saja, ini menunjukkan ada amalan cuba merasuah para pengundi di situ.

Apa pun tahniah kepada pengundi Sibu sebab mereka ada maruah diri tak boleh dibeli.

Anonymous said...

Salam Datuk...
Saya menambah kerana ramai tidak faham. Yang disalurkan oleh PM. TPM dan berbagai agensi adalah WANG kerajaan Persekutuan. Bukannya wang, UMNO, SUPP, MCA atau BN. Bezakan wang itu. Tak kan tak faham wahai cendekiawan diatas. Pemberian itu tidak semestinya diterjemah dengan mengundi BN. JIKA duit BN yg disalur pada rakyat Sibu...baharulah perlu pangkah BN.

Kita tidak perlu perkauman...saya melayu yang akan mengundi siapa sahaja yg bersih dan kelihatan bersih tidak kira melayu, cina atau India. Kalau melayu sekalipun tetapi terpalit dgn berbagai isu rasuah tak kan kena undi dia juga.

Di HULU SELANGOR kena ingat yang memenangkan YB Kamalanathan datangnya dari melayu luar bandar spt Sg Dusun, sg tengi, gedangsa, sg buaya....melayu bandar dan yg berpendidikan bagaimana...kelihatan mereka tidak lagi bersama BN-kerana melayu bandar faham bailout, kronisme, VAT/GST. Jadi kalau nak tolong, tolong lah melayu luar bandar untuk memahami bailout dan nepotisme.

kabin
dna melayu

Anonymous said...

Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak? tanya najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira2 1,000 hadirin perhimpunan dikawasan perumahan disini.

Persefahaman ini sangat mudah, saya bantu anda, anda bantu saya, kata pengerusi BN ini.

Jika Robert Lau menjadi ahli parlimen Ahad ini, saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin, kata najib kepada khalayak masyarakat cina ini.

Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai[perjanjian]! Anda mahukan RM 5 juta, saya mahukan Robert Lau menang, katanya lagi.

Comment: Adakah ucapan seperti ini tidak menyalahi peraturan pilihan raya?.

......Mat Dollah......

sri tribuana said...

Ada dua tiga org ckp Cina lebih muslim. Di Amerika ke mana ke begitula. Islam atau muslim maknanya tidak menyekutukan Allah, submit to God's will. Mcm mana mulia seseorang jika tak ada iman n x percaya kpd Allah n menyekutukan Allab bukan muslim. Stop ckp nonsense k

Col Roseli said...

Hanya undi orang Melayu saja yang boleh dipancing kerana rata-rata mereka miskin.

Namun,apakah itu strategi sebenar UMNO untuk menentukan orang Melayu terus miskin agar sokongan mereka sentiasa diperolehi???

If not, how then could UMNO explain the poor state of the Malays after more than 50 years of ruling??

Kejauhan said...

Assalamualaikum w.b.t

Saya tulis khas untuk Saudari Habib RAK @ 11:52 am dengan Saudari Mad @ 11:57 am.

Sebelum tu minta maaf kalau menyinggung. Apa yang saudari berdua tulis ada kebenaran. Tetapi gambar yang saudari-saudari gunakan membuat saya terfikir. Seorang menggunakan pakai seluar dalam, seorang lagi pakai purdah (AlhamDULLILAH). Dan kedua-dua menyokong intipati yang sama - soal hendak melihat sifat2 islam/muslim kembali dalam masyarakat. Umpama satu watak PKR (bekas2 Umno) dan satu lagi watak PAS. Oleh kerana dua2 bercakap soal muslim, tekaan saya dua-dua saudari saya ni muslim. Gambar yang saudari2 pilih itu lah mencerminkan peribadi saudari berdua.

Tengah garu kepala... Boleh kah perpaduan semuslim begini bertahan lama tanpa ada orang 3(pihak ke 3) mengambil untung.

Itu lah saya selalu cakap kan kepada kawan2 yang kami sama-sama mengundi PR dalam Pilihanraya Umum lepas. PAS perlu dominan dalam PR, PKR perlu di dominasi oleh mereka betul2 memperjuangkan Islam dan kepentingan orang muslim. Katakanlah kita ambil watak ke-3, datanglah seorang pengomen dengan mengunakan gambar duit. Tak kira lah DAP atau UMNO, alamatnya undi satu (Purdah) nak lawan undi dua (yang pakai lambang Duit dan pakai lambang Seluar Dalam), alamat yang di kejar tak dapat yang dikendong keciciran... maknanya kalah lah undi Purdah, sebab dasar2 yang akan dibina leboh berat kepada yang seronok pakai seluar dalam aje + yang seronok dapat duit.

Mungkina ada yang berkata: Don't judge book from the cover, etc. Jangan tengok orang, tengok mesej nya, etc. Betul. Tapi perlu saya tekan disini, analisa saya berdasarkan politik semasa. Dan lagi apa yang kita seronok pilih itu lah mencerminkan peribadi kita.

Adoooiii pening apa nak jadi dengan negara aku.

Saya minta maaf dan berlapang dada sekali lagi.

Salam dari kejauhan - JazaKALLAH.

DDL said...

Komen Datuk:
"10. Orang Cina akan ambil apa saja yang Najib dan Mahyuddin bagi sebab bagi mereka itu adalah HAK mereka. Their rights;"

>Saya sokong.. memang macam tu pun cara mereka dari dulu sampai sekarang. Mereka lagi bijak dari kita.

Komen Melayu Baru:

"Momokan 13 Mei lagi?

Kalau betulpun pengundi mula mengundi mengikut kaum, tentukah Mei 13 berulang?"

"Pada yang tidak, ianya hanyalah lipatan sejarah negara. Mungkinkah ianya berulang? Mungkin ia, dan mungkin tidak."

>Sejarah tetap akan berulang dengan sendirinya. Cuma yg membezakan masa & keadaan.

TQ

czackPY said...

BILA PERJUANGAN ATAS NAMA MELAYU INILAH HASILNYA . SAMPAI BILA NAK MELAYU MENONGKAT LANGIT. BERBUIH MULUT ULAMAK MEMBERIKAN PERINGATAN MANA ADA MELAYU DIDALAM AL-QURAN.

UMNO MENUJU KEHANCURAN DENGAN MELAYU UMNO BODOH SAMPAI KEMATI

DinSup said...

Maaf cakap.. UMNO sebuah pertubuhan politik yang hipokrit. Pemimpinnya cakap, air liur penuh kat bibir. Hidup melayu, perjuangan bahasa melayu, negara islam dan macam-macam lagi. Cuma tukar agronium UMNO tu kepada PKMB.. lepas tu baru berjuang. Ini tak, nama dah la mat salleh...dah tu berlagak atas nama perjuangan melayu. Bahasa melayu sendiri malu nak guna, dok jaja dan mendabit dada, dialah satu-satunya pejuang untuk orang melayu, orang lain bukan. Walaupun nampak kecil, tapi biarlah tulin dan sejati. Orang tua dulu, kalau tengok kanak-kanak kecil nakal, susah nak di ajar atau buas lain macam. Antara tindakan pertama yang dibuat ialah tukar nama. Mungkin lebih qhasi (sesuai). Orang pun suka dan berkenan bila tengok. Tak payah nak tarik/suroh orang suka kita, mereka datang sendiri.

casper c said...

Perhaps time to stop the "spin" and face reality. I do realise you are beholden to UMNO but your writings borders on being insidious when you entertain commentaries that blatantly calls for blood.

Firstly, it is not just Chinese at-large that are oppose to UMNO. The fall of Penang, Selangor and Perak (not legitimate no matter the tacit approval from palace) was not down to Chinese votes only but a collective effort against corruption. Yes, UMNO is one big stink hole that you or anyone in UMNO just don't want to highlight or talk about.

Billions wasted, stolen and down the drain should be everyone's concern. There must be a better way to utilise resource and since UMNO has proven incapable over time, hence the need for change.

P/S Look no further than trouble/s at Sime Darby and one would soon realise, this UMNO garbage, GLC's head have the innate gift of turning gold to shit.

Seriously, the problem with Sime lies with middle manager's ie look at the composition and the notion of "entitlement" that comes with it. Word of caution that went unheeded - no time for me to be smug but saw it coming from a mile, the trouble brewing in Sime but as usual, amidst the "Ketuanan" rhetoric, the talent pool that made up the old Sime and stable of companies are all gone, chopped, sacked and victims of politics.

Be responsible and sell lah whatever holding one might have in Sime. Take a look at the broader market for there are stellar companies to invest in. Be proud and stupid but never forsake the futures of the next generation.

Salam Dato' and all out there.

Anonymous said...

Kita mesti pandai bezakan antara Tolong dan Rasuah.

SATU IKLAS.

Anonymous said...

Tok,

Ada orang dari Klang kata orang Melayu kita ni tak pandai mengira. Konon dia pandai sangat la tu.

Ni, kita nak bagitau pada dia la. Masa PRU12 dulu tu, dalam 222 kerusi Parlimen, PAS bertanding 67 kerusi dan menang 23 kerusi saja.

Kalau PAS menang semua 67 kerusi tu pun, dia cuma dapat 30% kerusi Parlimen saja. Itu kira dah handal habieh la sampai Pak Lah pun boleh bungkuih kat Kepala Batas, Ku Li di Gua Musang, Muhyiddin di Pagoh, Rais Yatim di Jelebu, Mustapa Mohamed di Jeli dan Johor, UMNO bungkuih semua!


Tok,

Nak tanya la...

30% tu boleh ka nak pimpin kerajaan? Kalau boleh. Memang handal betui la PAS ni.

Ni nak bagitau la satu hal lagi pada mat klang ni. Masa PRU12 dulu, PKR bertanding 94 kerusi Parlimen dan menang 31 kerusi. Sekarang banding la sendiri, 67 dengan 94 tu mana lagi banyak?

Tak payah la nak berkira PAS ambik kerusi UMNO tapi cuba2 la ambik kerusi PKR tu dulu. Tengok Anwar boleh bagi ka tak. Kalau PAS betul2 yang nak jadi Perdana Menteri, patut2nya dia lah yang bertanding kerusi paling banyak dalam PR. Tapi apahal lak PKR yang bertanding paling banyak kerusi ni?

Nak kata bodo memantul-mantul, marah pulak tapi kalau 67 dengan 94 pun tak tau mana satu kecik mana satu besaq ... lu fikir la sendiri.


kura-kura

Anonymous said...

DAKJ,

Marilah kita tabik spring buat kelincahan, kebijakan dan kelicikan DAP dalam berpolitik. DAP mewakii golongan berada yang mendiami pekan, bandar dan ibu kota.

Mereka menguasai segalanya di peringkat urban. Mereka suruh orang lain tolak politik berasaskan bangsa, agama dan hak keistimewaan. Dalam masa sama mereka tidak amalkan apa yang mereka suruh orang lain amalkan.

Paling bermakna bagi DAP ialah apabila wang boleh beli segalanya. DAP tahu rakan mereka dalam PR tidak ada semua itu meskipun rakannya itu mewakili golongan majoriti. Pas dan PKR hanya memiliki impian dan air liur sebagai modalnya. Kekurangan di pihak Pas dan PKR di pergunakan sebaiknya oleh DAP untuk mengejar cita-cita sendiri.

Atas buku, sepatutnya PAS atau PKR yang sepatutnya meraih bilangan kerusi terbanyak tetapi atas padang semua itu boleh diterbalikkan oleh DAP.

Sebanyak mana PAS dan PKR menolak materialism tetapi dalam masa sama materialism masih satu keperluan wajib untuk Pas dan PKR bagi meneruskan kesinambungan perjuangan. Hanya berbekalkan air liur (tanpa roket), Pas dan PKR tidak mungkin menuju ke bulan.

Sebabnya adalah mudah. Lagi tinggi sasaran dan pencapaian PR maka lagi tinggilah kos yang perlu disediakan untuk keperluan jentera parti yang bergerak ke sana dan ke sini.

Hanya mereka yang naif yang akan percaya tentang adanya manusia yang sanggup bekerja tanpa perlukan imbuhan. Ini jelas kelihatan apabila peruntukan sebanyak 4 juta (yang jatuh dari langit) telah dibelanjakan oleh blogger pencacai Pas semata-mata untuk tujuan politik (bukan berdakwah!)

Justeru, rakyat perlu fahami sedalam-dalamnya makna politik baru yang di perkatakan oleh penganalisis politik. Politik baru yang ada di depan mata adalah pendekatan baru dalam mengelirukan rakan sepakatan dan seterusnya kalangan majoriti agar dengan itu golongan minoriti dapat merobohkan Kota Melaka -- objek yang sinonim dengan benteng terakhir Tanah Melayu.

ANAK BAPAK

affendi hussain said...

Salam semua..

Jadi skrg mcm mana tok Najib ya Memanda Menteri?

1Malaysia dah jadi 1Cina ka ini nama main2 "reverse psychology"?..

Tahniah DAP, org lain kerja kuat, anda tetap sapu undi..

1Melayu ka, 1Islam ka, nak tunggu lambat lagi..

Kena tunggu dekat2 kiamat atau bila dtg Imam Mahdi baru agaknya jadi..

Ada masa lagi..tengoklah..kot2 takdir ilahi ada la lg YB mati..

Apa2 pun yg kesudahan akhir malang & menggigit jari tetaplah si majoriti yg tak makan babi..

Lu..lu punya hal..lu fikirlah sendiri..

Wa pemimpin Melayu aa..kena jaga hati..lu mati ka wa apa peduli..

Lu cakap la, ketuanan melayu ka, ini lu punya tanah, lu punya negeri..

Apa celita lu aa Ibrahim Ali?

Lu punya kawan lama itu Berjaya syok juga dpt bola punya lesen judi..

Melayu tetap miskin mcm macai, duit tarak, apa cerita pasal tuan tanah..tuan 'property'?

syok sendiri ka? baik sendiri korek lubang masuk dalam kambus sendiri kasi senang mati dlm lu punya rumah..lu punya negeri..

Itu realiti..tapi byk lg tuduh org lain tido walhal diri sendiri dok syok mimpi disiang hari..

("/)

astar63 said...

Undi melayu Melanau secara umumnya naik sebanyak 34%.Undi Cina pula naik sebanyak 25%.Manakala undi Iban pula turun sebanyak 12%Jadi secara umumnya kemenangan DAP adalah kerana sokongan org melayu Melanau dan Cina.

Too bad for UMNO.You UMNO always felt that you could fooled everybody all the time..

Anonymous said...

Salam

Kepada pengulas YANG MENGAKU KURA-KURA! Itulah perlunya gabungan parti. Untuk PR dan juga BN! Kalau PAS je bolot semua tak boleh lah memerintah! Kita nak melayu majoriti...tapi kalau UMNO dah tak boleh diharap pilih la melayu PAS dan PKR yg bertanding parlimen tu untuk dipangkah semasa mengundi.Buat apa sokong UMNO kalau akhirnya membawa rebah! UMNO saja menang tapi jadi pembangkang buat apa? Melayu PAS dan PKR pula minoriti walaupun PR menang majoriti kerusi parlimen pun nak buat apa? Cucuk sana cucuk sini memang la huru hara. Cuba PR menang tapi kerusi parlimen melayu tetap banyak dimenangi oleh PAS dan MELAYU PKR dari UMNO...bagi saya Melayu akan bermasaalah ke?? MP DAP tak mungkin majoriti!

Malik Klang

A KADIR JASIN said...

Sdr Casper C said I am beholden to Umno.

Am I? If I am beholden to Umno, can I manage this blog and allow debaters to lambast Umno?

Afraid not.

But I will state shamelessly that I beholden to Islam, to my Malay race and my beloved country.

To all debaters, please note that Umno in not present in Sarawak. Neither do the MCA, MIC and Gerakan.

Sarawak BN in made up of Sarawak-based ethnic parties.

Thank you.

Anonymous said...

Strategi BN masih ditakuk lama. Tunggu ADUN / MP meninggal baru nak tolong sana dan sini. Sebelum ni, apa yang MP BN buat?

mtgbertam said...

Mentaliti yg sebati dgn masyarakat melayu yg disuburkan oleh UMNO melalui lidah pengarang mcm Dato' ialah MCA, GERAKAN, SUPP atau apa saja yg lain bukan cina. Tapi DAP ialah parti cina.

Entah apa yg UMNO dah buat di Pulau Pinang bersama parti gerakan yg KUNUN bukan cina.

casper c said...

Not my intention to hit below the belt Dato' but the response solicited puts to bed any lingering thoughts I might have.

Let me make amends though it was never my intention to cause you any slight Dato' but coming off as a senior statesman from within the Malay community - close to the seat of power - I expect much more from you for the advancement of ALL from within the community.

Topmost concerns : prevailing standards in education, resulting in dubious grads.

In your capacity, so much more should have been voiced but today, it is almost a guarantee students across the board(all races) finish Form 5 with an inadequate command of the English language. Question that begs an answer, WHY ?

My other pet peeve has to be corruption, heighten to an art form ie UMNO tax by them UMNO bigwigs. Your silence over my poser remains Dato' - but let me expand my argument.

During Dr.M's admin, Daim was minting it 'dabbling' in the market. Market rumours often fuel trading and let me be first to say, most made money. Late 80's right up till mid 90's, KLSE had a reputation of a swashbuckling town where riches were created out of nothing. Today, no longer possible to churn(goreng) the market like the good ole'days notably because there aren't many players anymore.

Back in the day, anyone wants money would illicit a "Go see Daim" respond but that rainmaker has packed off and left, and this generation of UMNO lieutenants are an unsophisticated lot who blatantly steal left, right and center. If they had any moral spine, they wouldn't seek fast riches but who am I kidding to expect that from within UMNO's congregation ! In short Dato', my critic of the level of corruption today lacks the finesse of yesteryear.

Today, everyone knows but no one wants to talk about the malaise in UMNO until the day when we go to the polls. Surprise, surprise with Sibu one of many for the offing.

No spin, sugar coating and what we are witnessing now(GE 12 and now, Sibu) is all the result of blatant stealing, songlap and the contempt UMNO has shown towards the rest of the nation.

Let's not get into Anwar's sodomy trial Part Deux, the incestious relation between Prosecutor's Office and IGP - all fingers point towards the most haprak characters in UMNO who continue to forsake members of the greater community with their politics of hate.

It been a while since I wrote Dato' and chief amongst my interest is to see you spearhead a truthful dialogue for the advancement of the Malay community, especially those still in school. There is no hiding what they can see for themselves Dato', no matter what is reported or goes unreported in the msm.

Rushed through this but still 15 minutes well spent but I must beg leave Dato'. Hope and trust the man upstairs grants you and family all that you wish for. Yours in trust as always.

mtgbertam said...

Zabri Mokhtar,

1)In ther first place, sapa yg bawa masuk India & Cina ke Tanah Melayu dan bagi taraf kerakyatan? Bukan UMNO ke?

2) La ni berlambak2 warga Indon, Bangla, Myanmar, Afrika, Filipina dan takdak satu tindakan komprehensif dari kerajaan. 10 tahun lagi generasi depa ini akan dapat taraf kerakyatan juga bahkan jadi ahli politik ternama (spt Khir Toyo).

3) Rakyat yang bergaul dengan masyarakat Cina lebih2 lagi usahawan tulen, lebih kenal hati budi orang cina berbanding orang politik. Bangsa ini bangsa yang rajin dan tidak kenal putus asa. Bila mereka yakin dgn kejujuran seseorang walaupun bangsa berbeza, mereka sanggup bantu dalam soal2 perniagaan walaupun dari segi kewangan. Yang depa marah kalau peniaga2 dok kencing depa, ambil barang tak bayar. Kalau kerajaan PR dapat buktikan ketelusan dalam mentadbir, tidak salah urus wang pembayar cukai, tidak ada sebab mereka tidak sokong kerajaan.

Tapi, lihat saja SIBU !!

casper c said...

One moment of reading(again) what you wrote Dato' and I do realise you are highlighting the absence of component parties in Borneo but the troubles that plague the "white cat" is a topic for another dialogue altogether.

But try take a stick and 'jolok', he would probably threaten to pull Sarawak out of the Federation.

If wealth can be measured affirmatively, the "white cat" easily ranks amongst the riches political rat in the whole wide world, riches that would make Imelda blush and kow tow to - not an achievement to belittle - imagine Imelda Marcos blushing like a 16 year old school girl - the "white cat" can do.

Again, my best regards Dato'.

Anonymous said...

Assalamualaikum DAKJ dan sejahtera kepada semua,

YBhg Dato, kebelakangan ini tidak pernah posted pandangan masyarakat marhaen spt saya. Dalam isu Istana Kelantan,, Dato buat donno saja komentar saya.. terlalu pedihkah untuk diterima perkara yang sebenar?

Saya tidak dapat tidak amat bersetuju dengan komentar Saudara Nasir yang di tujukan kepada Saudara Mohd.. agaknya Saudara Mohd itu "BUTA" .. buta hati dan buta otak dengan komentar yg berunsur kebodohan itu.. sila semua baca dan fikirkan dgn secara halus ttg tulisan beliau.

BN harus belajar.. mula dari bawah kembali menghalusi erti pejuangan utk semua bangsa.. seperti PR yg sudah menerajui kaedah itu.

Dan tolonglah hentikan kenyataan yg bodoh seperti TPM mengatakan PKR itu Parti Kian Runtuh.. tak perlu lah beri kenyataan spt itu sedangkan UMNO-BN sendiri tunggang langgang. Ramai sangat menteri yang pak menteri kurang upaya (MKU).

Nanti keyataan itu boleh makan diri TPM...

Dekat dengan rakyat dan tak perlu lah hulur2 kerana politik hulur hulur ni patut di berhentikan.

Harap Dato sudi ketengahkan pendangan saya yg "Political Free" PR pun tidak.. BN pun tidak.. Bebas lagi la tidak....

1280-K Taman Malik

Anonymous said...

Dato'

1. Kemenangan Disibu adalah kemenangan Pakatan rakyat, a team work of DAP,PKR and PAS. No matter how much the UMNO symphatisers here trying to spin and making it a racist issue, the fact is it was a collective efforts by the pakatan components that won the election.

2. My arguement is simple - 28 years DAP has being trying to win Sibu seat to no avail. I am sure each time they did their level best but was beaten each time till yesterday.

3. astrar wrote:

"Undi melayu Melanau secara umumnya naik sebanyak 34%.Undi Cina pula naik sebanyak 25%.Manakala undi Iban pula turun sebanyak 12%Jadi secara umumnya kemenangan DAP adalah kerana sokongan org melayu Melanau dan Cina."

For past 28 years, DAP failed because they could not muster sizeable votes from melayu melanau and iban to add to the chinese votes they abled to secure.

4. PAS especially has helped to secure some reasonable numbers of votes from elayu melanau to complement the swing in the ueban area hence, bring about the victory to Pakatan rakyat.

5. No matter how much the UMNO guys here spins, the fact remain that the last few PRK have helped the 3 components of pakatan rakyat to gell together more effectively. Contrary to what is happening in BN right now.

Idrus

mad said...

saudara kejauhan, tulisan saudara panjang tapi saya kurang faham. lebih baik tulis pendek tapi padat dan mudah difaham. by the way, saya sebenarnya non-partisan, saya undi mana parti yg saya tengok bagus, dan buat masa ini dan sejak beberapa tahun sudah, saya tengok pr lebih baik dari bn kerana mereka baru dan masih bebas dari rasuah, walaupun saya akui memang ada berlaku rasuah tetapi tidaklah sehebat rasuah dlm umno/bn. kalau adapun rasuah dalam pr, ianya cepat dihidu dan diatasi. kalau bukan org pr sendiri yg membuat aduan, tentu org umno yg bermurah hati mengambil mereka ke dalam kem umno/bn. ini baru bab rasuah, belum lagi bab salahguna kuasa dan menyalahguna jabatan2 kerajaan, polis, mahkamah, spr dll. contoh terbaru prk sibu semalam peratus undian tiba-tiba naik mendadak SEMASA kiraan undi sedang berjalan hahahaha

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4954&mode=thread&order=1&thold=0

Anonymous said...

First of all congratulation to DAP…
My message to all Malays for the coming next GE

Most Malays are poor…
Voted UMNO ( > 50 years) makes them poorer…
Umno had failed to fight for the future of the Malays

Kredom
Anak Melayu celik... tanpa UMNO

Ab Razak Hj Ahmad said...

Yang pasti ramai yang kat Sibu dah dapat IC (MyKAd).. What a joke...???

Anonymous said...

Salam Dato',

Sejak PRU12 dan 9(?) PRK berikutnya, nampak sekali bahawa UMNO/BN tidak boleh lagi menang selesa. Undi Cina semakin mantap memberi kelebihan kepada calon PR berbanding calon BN sementara undi Melayu masih lagi boleh dipancing menyokong BN dengan janji-janji habuan, projek segera dan sentimen ketuanan Melayu.

Orang Cina jauh lebih kaya berbanding Melayu sehingga peruntukan puluhan juta RM pun tak kan menjadi perkara besar bagi mereka. Orang Cina hanya takut jika berlaku huruhara spt insiden 13 Mei 1969 kerana huruhara spt itu akan sangat merugikan mereka. Jika ada ketakutan itu mereka pasti akan undi UMNO/BN. Nampaknya sekarang mereka semakin yakin bahawa negara ini tak akan mengalami "13 mei" sekali lagi. Walhasil, undi Melayu masih boleh dipancing dengan peruntukan/projek pembangunan tetapi undi Cina tidak semudah itu untuk dipancing.

Tidak ada siapa yang waras/siuman mahukan insiden 13 mei berulang. Gertak2 cerita 13 mei tak sepatutnya dijadikan rempah ratus pilihanraya lagi. Biarlah itu menjadi penglipur lara Melayu ultra. Kimia insiden 13 mei 1969 sudah tak ada lagi sekarang. Tahun 1969 dulu, 9 daripada 10 kereta mercedes yg kita tahan dijalanraya hampir pasti dipandu oleh Cina tetapi sekarang tidak lagi begitu. Dulu hampir pasti banglow-banglow mewah didiami Cina tapi sekarang tidak lagi. Ramai Melayu kini mendiami banglow mewah dan memandu mercedes benz. Dato' pun memandu Jaguar. DEB walaupun hanya berjaya 67% telah berjaya melemahkan bom jangka perkauman di Malaysia.

Corak sosio-ekonomi Malaysia sekarang meletakkan Cina, Melayu dan India dalam jaringan yang saling memerlukan. Hubungan antara kaum ini memang masam-masam manis tetapi saling memerlukan. Keadaan ini begitu kerana parti politik utama kita masih lagi berdasarkan kaum. Penggiat UMNO, MCA dan MIC tentu berjuang mempertahankan racial baseline demi survival politik mereka sedangkan generasi muda negara kini nampaknya sudah ke hadapan menyokong poltik yang berdasarkan nilai-nilai sejagat. Apabila semakin sering kita dengar anak-anak muda Melayu menganjurkan parti arak dan seks bebas bermakna generasi muda Melayu kini mempunyai pemikiran yg amat berbeza dengan generasi muda Melayu 1969 dulu.

Saya percaya negara kita ke arah sistem dua parti: BN dan PR. Semakin cepat Anwar Ibrahim disumbat dalam penjara maka semakin elok untuk PR kerana PR perlu mengukuhkan dirinya "beyond Anwar Ibrahim". Kelihatannya PR mempunyai kumpulan pemimpin pelapis yang bersedia mengambilalih tempat Anwar bila masanya tiba.

Sebagai anak jati Johor saya mempunyai sentimen yg amat kuat kepada UMNO. Tetapi perjalanan UMNO kini sudah tersasar daripada landasan perjuangan asalnya. Dan saya pula bukan jenis pengundi yg mengundi secara membutatuli. Saya percaya ramai juga pengundi seumur saya yg sama pendirian dengan saya.

Pak Hj JB

Dato hanapi said...

Dato Kadir.

Ada sesatu yang tidak kena dengan PM Najib.
Dia bagi lesen judi kapada Vincent Tan kononnya hendak ambil hati orang Cina.BN kalah di Sibu.Masa Pilehan Raya di ulu selangor pun sama.Undi Cina tidak beri kapada BN.Nasib baik ada undi Melayu Felda.Itu pun menang tak banyak.

Kedua.Pada masa ini Persidangan G15 sedang di adakan di Tehran.Malaysia hanya di wakili oleh Timbalan Menteri.Dimana perginya Menteri Luar kita.Yang peleknya pada masa yang sama kita mengadakan Persidangan Ekonimi Islam.Tidakkah penganjur tidak tahu pada masa yang sama ada mesyauarat G15.

Turkey merupakan negara Islam yang penting dan terpebgaroh .Di Persidangan Ekonomi Islam di KL.Tiadak ada saqorang pun wakil dari Turkey sabagai speaker.

Sesiapa yang menasehatti najib dan menganjor persidangan ini memang buta perut.

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,
Saya setuju/sokong kerajaan bagi bonus pada kakitangan kerajaan seperti cadangan OKJ.
Ini kerana kebanyakan yg mengundi/menyokong UMNO/BN adalah kakitangan kerajaan . Sudah tentu bos2(pemimpim) mereka maaaa.
Mereka layak kerana merekalah yg banyak dipergunakan/diperalatkan untuk memenuhi agenda UMNO/BN.
1)Kenapa cina yg tak mengundi UMNO/BN boleh dapat duit berjuta-juta?
2)RM 320,000,000,000.00 (320 billion kenapa boleh bagi ke Brunei)
3)RM 52,000,000,000.00 ( RM 52 billion hilang dipasaran saham lanun mana yg rembat peruntukan bumiputra ni)
4)RM 72,000,000,000.00 (RM 72 billion ) rangsangan ekonomi . Sape yg merasa ? rakyat susah juga tak merasapun wang tersebut berada diakar umbi/ pasaran.
5)RM 1,500,000,000.00 (RM 1.5 Billion) duit sime darby disapu
6)Maybank berbillion rugi pembelian bank di indonesia.
7)Bank bumiputra berbillion dirembat.
8)Banyak lah dato nak tulis pun penat..

apa salahnya anggaran satu juta ( 1,000,000) kakitangan kerajaan diberi bonus atau dinaikan gaji mereka.
katakan purata seorang mendapat bonus 3000 ringgit.
3000 x 1000000 = 3,000,000,000.00 baru tiga billion je dato. RM 3 billion tak banyak pun. dibandingkan dengan beribu2 billion yg hilang selam 50 tahun diperintah oleh pemimpim2 UMNO yg bodoh, bengap seperti TUN mat ngantuk.
Jangan kita lupa belanjawan kita setiap tahun pun beratus billion, hilang ditengah jalan pun banyak .
Apabila duit berada dipasaran rakyat berbelanja , ekonomi berkembang , kerajaan boleh memungut cukai semula dan mendapat hasil kembali.
ikhlas,

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Saya dah agak dah BN akan kalah dalam PRK Sibu. Ini kerana ia kawasan dominasi kaum Cina iaitu lebih dari 60%. Sejak kebelakangan ini nampaknya BN tidak lagi boleh mengharap sangat undi kaum Cina untuk mendapat sokongan samada di Semenanjung mahupun di Sarawak atau Sabah.

2. Orang Melayu dah mula kembali menyokong Umno dan BN. Begitu juga dengan kaum India. Ini terbukti dengan keputusan PRK Hulu Selangor baru2 ni. Sokongan orang Melayu terhadap BN memang tidak boleh dinafikan lagi. Mereka tidak kira samada calon itu bangsa India,Cina atau kaum lain. Asalkan ia bertanding atas tiket BN mereka tetap akan memberi undi mereka.

3. Tapi bagi pengundi Cina mereka tidak dapat membukti kesetiaan mereka terhadap BN yang selama ini mencurah berbagai bantuan kepada mereka. Mereka sekarang tidak menghargai langsung BN. Bagi mereka samada BN atau PR yang menang, mereka tetap untung. Kerajaan BN bagi apa sahaja bantuan mereka akan kebas. Namun untuk memberi undi jauh sekali.

4. Jadi mulai sekarang eloklah PM DS Najib ambil iktibar dari kedua keputusan PRK di Sibu dan Hulu Selangor yangmana BN jangan lagi mengharap undi kaum Cina. Tidak perlu lagi ambil hati kaum Cina dengan berbagai umpan bantuan. Beri apa yang patut sahaja. Tidak perlu beri lebih2 sangat kepad kaum Cina. Mereka tetap tidak akan memberi undi kepada BN. Yang perlu dijaga sekarang ialah orang Melayu dan India sahaja.

5. Kalau dijaga hati orang Melayu, Insyallah saya percaya BN akan terus kekal menerajui Kerajaan. Jangan sampai orang Melayu beralih sokongan.

Anonymous said...

Tuan Blogger,

Baguslah kalau semua manusia gunakan nama tuhan yang sama. Dan kalaulah Pasik boleh bersetuju dengan DAPiggys dalam isu ini makanya kumpulan lain layak mendapat persetujuan yang sama dari Pasik? Betulkan?

Selanjutnya, 'alang-alang seluk pekasam...' bukankah molek kalau DAPiggys gesa nama agama disamakan juga. Pasik tentu bersetuju kerana agama berada di bawah nama tuhan.

Namun, pada sudut yang lebih waras dan di luar daripada kotak pemikiran politik, apa yang diperjuangkan oleh DAPiggys, hanyalah satu plot kotor untuk menggunakan apa saja isu. Yang pasti ia tidak diperjuangkan demi kebenaran tetapi kegianan terhadap penggunaan strategi kotor/keji.

Analoginya begini: Untuk apa DAPiggys gunakan perisian berjenama Microsoft sedangkan perisian berkenaan bukan yang dikeluarkan oleh Bill Gates sebaliknya yang diciplak di kilang milik Pakatan Runtuh (PR)?

Analogi 2.: katakanlah pihak Pasik mahu menukar nama maktab mereka kepada maktab Francis Light atas alasan Francis Light telah lama mendarat di Tanah Melayu tetapi dalam masa sama masih mengekalkan kearabannya!

Sudah tentu timbul persoalan.

1. Kenapa Pasik tiba-tiba terdesak menukar nama maktab yang mencerminkan diri dan orientasi anutan mereka yang terpakai sejak zaman berzaman kepada sesuatu yang janggal dan asing buat mereka?

2. Tidakkah anak buah Francis Light ternanti-nanti bilakah agaknya Pasik akan menukar aliran bahasa Arab kepada bahasa penjajah untuk disesuaikan dengan selera terkini yang aneh itu?

Natijahnya, nama adalah khusus dan ekslusif tetapi kalau disalahgunakan ia mendatangkan bahaya. Contohnya, dengan menyamar sebagai 'Mat Saleh', Mosad berjaya melakukan penipuan dan pembunuhan. Oleh itu, tidak salah berpolemik tetapi janganlah terlalu asyik mahsyuk sehinggakan semua batas dan adab dilanggar semahu-mahunya.

ANDIKARYA MAYA

Anonymous said...

Dato',

Ternyata Melayu tidak mahu ketinggalan. Melayu mahu maju ke depan! Itulah kokokan Melayu baru.

Cumanya perubahan apa tidak diperincikan. Yang nampak hanyalah perubahan yang tidak memberi makna besar yakni, terhad dalam bidang politik assabiyah.

Fenomena ini bukan saja terserlah di luar sana malah sejak sedari dulu lagi tidak pernah berubah trend sedemikian itu di Menara Gading.

Di Hulu Selangor tempoh hari, ada sekumpulan pelajar IPT membuat persembahan dikir barat atas pentas PR.

Ironinya dalam usaha mereka memulihkan imej calon yang dicemari dengan label kaki itu dan ini, tukang karut secara sinikal mengulangi fakta yang sudah sedia diketahui umum iaitu tentang keburukan golongan muda yang semudah itu terjerumus dalam permasalahan sosial.

Bayangkan kalau itulah aktiviti yang mereka anggap satu perubahan, bagaimana meletakkan harapan yang besar di bahu mereka untuk bersaing mendapatkan bahagian kek ekonomi dalam persekitaran terbuka?

ALPASIKU

Anonymous said...

"Hanya mereka yang naif yang akan percaya tentang adanya manusia yang sanggup bekerja tanpa perlukan imbuhan. Ini jelas kelihatan apabila peruntukan sebanyak 4 juta (yang jatuh dari langit) telah dibelanjakan oleh blogger pencacai Pas semata-mata untuk tujuan politik (bukan berdakwah!)" kata Anak Bapak.

4 juta tu dari sumber apa? Saya tak tahu. Anak Bapak tahu ke? Kickdefella pun tak umum mana sumbernya. Mungkin dia pun tak tahu.

Tapi jika sumbernya dari tabung politik, digunakan untuk politik, kat mana pulak salahnya?

Dan tang imbuhan tu, kalau sesuai dengan kerja, tak apa. Jangan melebih-lebih sampai harga satu laptop jadi berpuluh ribu.

Fed Up

Mustapha Ong said...

Salam sdra ku DAKJ,

Walaupun BN Sarawak telah tercundang kepada kemenangan majoriti yang kecil, DAP seharus nya diberi ucapan tahniah dengan seikhlas tanpa apa-apa sindaran mahupun tanda-tanda kesengkitan dalam arena berpolitik.

Syabas kepada LKS dan anak beliau CM Guan Eng, walaupun DS Najib telah membuat sindiran bahawa DAP hanyalah sebuah arena permainan politik bapak, anak dan anak menantu.Saya yakin DS Najib telah jua menyesal atas komen ini yang kurang manis, kerana beliau sendiri pun bercabang daripada keluarga pahlawan yang termuka dan berpengaruh yang amat disegani bekas PM Tun Abdul Razak.Dahulu nya kita ada dynasti bapak dan anak mertua dan bapak dan anak yang mengikut jejak politik dibawah naungan bapak. DS Najib, saya tidak nampak apa salahnya terdapat dynasti keluarga politik, sedangkan DSAI pun berpayung kepada bapak dan anak cun nya Nurul, MP Lembah Pantai.

Namun demikian, adalah dikhuatirkan bahawa kemenangan DAP di Kuching dan sekarang di Sibu sudah tentu akan membawa hambatan politik yang sengit kepada kepimpinan CM Taib Mahmud sebagai Pengerusi BN negeri Sarawak pada pilihanraya negeri lelak. Apa yang telah terjadi dengan SUPP dibawah Dr. George Chan, kita semua dah tahu dan mana yang buruk dan busuk telahpun dikeluarkan semasa kempen di Sibu. Kekalahan BN sedikit sebanyak nya adalah disebabkan kemelutan politik dalaman SUPP di mana CM sendiri telah melantik Wong Soon Koh sebagai Ketua Kempen dan mengetepikan tokoh-tokoh yang lain.

Wong ini yang telah berkhidmat selama 4 penggal tidak membawa apa-apa khidmat atas kepentingan rakyat, khusus nya kaum Cina Foochow sendiri.Apa lagi untuk suku bangsa lain, termasuk orang Melayu.Padam muka pun pengundi-pengundi Cina memprotes dan tidak mengundi BN atau boikot kertas pengundian tanpa kehadiran mereka pada hari undi 16 Mei.

Sebagai ulasan saya ekoran dengan komen saya dalam isu yang sama di blog Rocky Bru,saya ingin menyarankan bahawa kesedaran golongan ekstremis Melayu dan Cina agak janganlah melampau dan membantah niat Kerajaan BN untuk terus melulusakan dana peruntukan bagi pembangunan kaum Cina di Sarawak.

Tidak ke wajar nya,jika perdana menteri Najib meluluskan peruntukan untuk sesuatu projek kepada kaum Cina, kaum-kum lain juga termasuk orang Melayu juga akan beruntung berlipat ganda.

Lu pikirlah sendiri sebelum terus menghentam dan menghinakan perasaan bangsa Cina, bukan sahaja di Sibu dan setempat kawasan Cina di sarawak, bahkan akan tersinggong perasaan kaum Cina di Sabah dan Semananjung Malaysia.Jadi kita harus berhati-hatilah dan jangan sekali menghina kaum Cina yang juga telah memperjuangkan secara ikhlas untuk mempertingkatkan taraf ekonomi negara tanpa apa-apa syarat,cuma mereka lebih pandai dalam soal perniagaan dan pelaburan pada keseluruhan nya.

Anonymous said...

WALAU PUN KALAH BN TETAP TUNAIKAN JANJI DI SIBU : MUHYIDDIN – minsider

Barisan Nasional akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lepas walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakannya.

"Segala apa yang telah diumumkan oleh mana-mana pemimpin BN sebelum itu, kita akan tunaikan.


MUHYIDDIN TIPU!

CINA tak undi BN dapat habuan..
MELAYU yang undi BN habuk pon tak dapat lagi...

janji dengan CINA ditunaikan,
janji dengan MELAYU di 'punai' kan..

contoh kat MANEK URAI, HULU SELANGOR dan BAGAN PINANG.

janji di HULU SELANGOR tergendala sebaba janji bersyarat melainkan BN dapat tawan semula SELANGOR dalam PRU13.

janji di BAGAN PINANG tak jalan sebab tender tak jalan dan approval tak dapat.. "kita kena melalui 'PROSES'" kata ISA SAMAD.

janji kat MANEK URAI sudah pun TERBURAI..jangankan JAMBATAN...jamban pun tak dapak..

perlukah di diberi pengertian baru kepada istilah 'JANJI MELAYU'?

minah ronggeng

Anonymous said...

"But I will state shamelessly that I beholden to Islam, to my Malay race and my beloved country."


islam?

betuikah datuk?

bukankah fitnah berleluasa dalam NST satu ketika dulu (when you are at helm) sampailah sekarang?

tau apa persamaan untuk fitnah dalam islam?


minah ronggeng

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya mengucapkan ucapan takziah kepada MP Kapar kerana telah diugut bunuh dan dibaling cat merah pada kereta dan rumahnya. Kepada YB, saya faham, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dan sekali lagi saya juga mengucapkan takziah kerana MBnya pula menyatakan berani dedah berani tanggung (yg mula-mula dulu sebok meminta bukti….) Lain macam je bunyinya. Nasihat percuma saya kepada MB, ikutlah cara Menteri amaran iaitu “kita akan mencari sehingga ke lubang cacing”.

Nampaknya kita dah tak perlukan contoh di Amerika Selatan atau mafia di Italy lagi sebab di Malaysia pun dah mula berputik. Gajah dah di depan mata sekali pun masih lagi tak nampak. Sekali lagi sebagai sesama Islam, kita saling ingat-mengingati; antara manusia yg DITUTUP pintu hati daripada menerima kebenaran dari ALLAH adalah manusia yg mendustakan kebenaran. Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan. Sekian TQ.

Anonymous said...

i love you.. you love me

you jump.. i jump

i help you.. you help me

najib mabuk cinta dgn org sibu!!hehehe

i give you money..but why sack me??
wakakaka

rempit

-thethinker- said...

camna nak undi bn , kalu takda prk , isu banjir buat tak tau keh ? pegang kerusi 26 tahun , banjir tetap terjadi ..

lagi satu , kalau takut melayu jadi minoriti dlm PR , senang jee , semua pakat sokong PAS , PKR .. jadi laa majoriti mcm umno dlm bn .. kan senang ?

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum,

Pilihan raya kecil Sibu nampaknya telah menjadikan beberapa pembahas kita begitu emosi sekali.Saya rasa tidak perlulah kita menghabiskan masa berbincang mengenainya kerana ini di luar kawalan kita. Ianya menyerupai dua parti terdiri dari satu kaum serupa juga seperti antara DAP dan MCA di semenanjung. Kaum Cina tidak kesah siapa yang menang kerana kedua-duanya akan memajukan kaumnya megikut kaedah tersendiri masing-masing.

Berlainan halnya antara UMNO , PAS dan PKR. Mereka akan bermusuhan sampai keakhirnya. Politik , politik dan politik sahaja. Tiadalah mereka berlumba-lumba membuat rancangan konkrit bagai mana hendak membangun anakbangsa. Masing-masing menghabiskan masa untuk mencari kelemahan lawan dan sebuk mengatur strategi jatuh menjatuh antara satu dengan lain.

Saya harap mula dari sekarang mereka akan menukar strategi untuk menunjukkan kebolihan mereka membawa kesejahteraan kepada rakyat dan tidak sibuk memikirkan bagaimana mendapat kuasa dengan menjatuhkan lawan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Anonymous said...

Tok,

mat klang kata kita nak melayu majoriti.

pelik betui permintaan mat klang ni Tok. Macam la sekarang ni melayu bukan majoriti dalam Parlimen tu.

dia pandai kira ka tak pandai ni?

ni kita nak bagitau pada dia la. UMNO ada 78 kerusi, PAS ada 23 kerusi, PKR (yg melayu) ada 16 kerusi. Campur semua tengok, dapat ka tak dapat majoriti. Itu belum kira kerusi Sarawak dan kerusi Bebas lagi tu.

mat klang kata nak Melayu majoriti. Sekarang kan ka dah majoriti. Apa nak kalut lagi?

cakap teruih terang saja la nak tendang keluaq UMNO dan ganti dengan PAS & PKR Melayu. Tak payah nak sorok kata nak melayu majoriti la, nak melayu itu la, nak melayu ini la.

UMNO ada 78 kerusi. Banyak sangat tu kalau kita nak "terbalik kuang" si UMNO ni. Nak lagi mudah, apa kata kita terbalik kuang kerusi yang 16 tu. senang sikit kot? letak pi la kat PAS biaq jadi PAS 39, UMNO 78. baru senang kira.



kura-kura

MegaPena said...

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan depa makan
Tak kisah lah apa yg dia orang jamu.

Anonymous said...

Bila Melayu buat komen negatif kpd org Cina akan ada Melayu yg menentang dan mempertahankan mereka.
Bila Cina mencerca Melayu, tidak ada Cina yg tidak setuju.
Sungguh menghairankan.

Mat Sabun

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Nampak gayanya tak cerdik jugak orang cina
ni keh keh keh

tk

Anonymous said...

Dan Kajang kata;

"3. Tapi bagi pengundi Cina mereka tidak dapat membukti kesetiaan mereka terhadap BN yang selama ini mencurah berbagai bantuan kepada mereka. Mereka sekarang tidak menghargai langsung BN. Bagi mereka samada BN atau PR yang menang, mereka tetap untung. Kerajaan BN bagi apa sahaja bantuan mereka akan kebas. Namun untuk memberi undi jauh sekali."

"4. Jadi mulai sekarang eloklah PM DS Najib ambil iktibar dari kedua keputusan PRK di Sibu dan Hulu Selangor yangmana BN jangan lagi mengharap undi kaum Cina. Tidak perlu lagi ambil hati kaum Cina dengan berbagai umpan bantuan. Beri apa yang patut sahaja. Tidak perlu beri lebih2 sangat kepad kaum Cina. Mereka tetap tidak akan memberi undi kepada BN. Yang perlu dijaga sekarang ialah orang Melayu dan India sahaja."

Nanti dah tak boleh panggil 1Malaysia, nak panggil apa pula?

Itu pendapat anda. Berikut adalah pendapat saya.

Rakyat mengundi BN selama ini untuk jadi kerajaan. Tafsiran saya, BN dilantik oleh rakyat untuk mengurus hal ehwal pentadbiran negara, dengan bersumberkan dana dan hasil negara.

Jadi tak timbul soal sumbangan BN MESTI di balas. Rakyat dapat apa yang hak, bukan ikhsan BN.

Bila BN dilantik lagi untuk kali seterusnya sebagai pemegang amanah/pengurus tadbir itu, itu sudah cukup sebagai tanda penghargaan.

Cuba tenung balik, kenapa Pak Lah boleh menang dengan rekod terbesar pada PRU-11. Yang jelas, bukan sebab reputasi kerja Pak Lah masa jadi menteri atau TPM. Pak Lah menang sebab popular dan Pak Lah popular bukan sebab Pak Lah adalah Pak Lah tetapi atas persepsi boleh berlaku kesinambungan kerja dari PM terdahulu.

Sebab masa 2004, kita semua kebanyakannya percaya negara dalam perjalanan ke wawasan 2020, bukan? Sekarang mana pergi wawasan 2020? Lebih ramai yang percaya negara dalam keadaan lebih teruk sekarang.

Pekerja kontrak macam tu la; bila kerja bagus, kontrak disambung, jika tidak sebaliknya lah.

Kerana itu jika nak talian hayat dari pengundi, BN kena bagi dulu. Bukan mintak dulu macam kat Sibu, Hulu Selangor dan lain-lain pilihanraya.

BN juga susah nak faham, yang dituntut untuk diberi kepada pengundi bukan selalunya duit dan janji, tapi perhatian.

Sayangnya, dalam kes BN, perhatian hanya diperolehi 4/5 tahun sekali, jika tiada ADUN/MP yang mati. Majoriti selalu masuk angin keluar asap. Siapa majoriti, tepuk dada tanya lah selera.

ANDIKARYA MAYA, saya tak faham la awak punya analogi. Maklumlah saya sekolah tak tinggi.

Fed Up

mad said...

saya cuma berharap saya dapat hidup lama utk melihat sendiri negara ini dibawah pemerintahan yg adil, rakyat bawahan benar2 dijaga dan kekayaan negara dikongsi bersama dengan adil dan saksama. tiada lagi campurtangan tangan2 ghaib dalam sistem kehakiman, polis, spr dll. media perdana melaporkan berita secara neutral dgn tidak menyebelahi mana-mana pihak.

mana-mana parti yg berjaya melakukan perkara diatas pasti akan mendapat sokongan penuh rakyat tak kira kaum dan agama. bukan hanya melaung perubahan siang malam tapi habuk pun tarak.

Iban Inggin Maju said...

(1). Mengapa harga rumah di Sarawak Mahal sedangkan Tanah luas,Kayu,Semin,batu semualah... kilang kat sarawak mengeluarkannya dan perkerja pun Org Sarawak, gaji RM 30.00 kebawah sehari. (2). Mengapa Jalan di Sarawak tidak dimajukan...Cuba buat jalan untuk kemudahan perhubungan orang yang duduk di pendalam ke bandar...barulah senang org kat pendalam menyumbangkan hasil petanian mereka...Ini tidak,Menteri Sarawak mengalakan Orang yg duduk dipendalaman keluar ke bandaruntuk menikmati kemajuan...padahal dia sepatutnya..memajukan kawasan tersebut.Mejoriti org yg tinggal di pendalaman Sarawak iaitu di Julau adalah Non Muslim. Banyak org Iban/dayak yg tiada Kad Pengenalan, macam mana nak maju kad pengenlan pun tak ada..Mengapa...Why...org asli yg beragama islam di Semenanjung dapat perhatian sepenuhnya dari kerajaan.Dari situ dimanakah satu malaysia yg dilaungkan...MUNGKIN SEBAB INILAH BN PARLIMEN SIBU KALAH....Org iban pun bumiputera juga.....fikir dan Fahamilah..betul ke salah...Cuba pergilah..lihat buktinya sekiranya tidak percaya

Anonymous said...

Dakj

raja2u menulis:
"Berlainan halnya antara UMNO , PAS dan PKR. Mereka akan bermusuhan sampai keakhirnya. Politik , politik dan politik sahaja. Tiadalah mereka berlumba-lumba membuat rancangan konkrit bagai mana hendak membangun anakbangsa. Masing-masing menghabiskan masa untuk mencari kelemahan lawan dan sebuk mengatur strategi jatuh menjatuh antara satu dengan lain."

===============

Camne orang melayu PAS, PKR dan yang tak berparti tak nak berparang dengan puak satu lagi - bila ada kuasa besar, lupa diri dan cuba bersongkol dengan bukan melayu yang lain untuk menghapuskan melayu bukan puak dia.

Contoh paling jelas bagaimana UMNO(Baru) menindas rakyat kelantan dalam serba-serbi seolah-olah rakyat kelnatan ini seperti kafir harbi yang perlu dihapuskan dimuka bumi ini. yang terbaru mengenai royalti minyak.

Lu pikirla sendiri sebelum menuduh orang lain!

bat8my

Melayu Daif said...

payah nak cerita main dgn pemimpin melayu gila kuasa. ada yg berkuasa pun jd hamba duit cina.

tgk negeri pantai timur yg makmur tu, ku cina lebih power drpd mb & exco.

nak dapat datuk pun mintak kat cina tu...

zainal abidin awang kechik said...

tok... "I DONT UNDERSTAND WHAT NAJIB IS TRYING TO DO"

worst than...dolah
taib mahmud should go ..

salam MONACO

saji said...

Salam Dato'

Kalau diambil iktibar daripada pilihan raya Britain, PAS kena jadi macam Parti Liberal.

saji said...

Sdr dan kajang

Kalau dijaga hati orang Melayu, Insyallah saya percaya BN akan terus kekal menerajui Kerajaan. Jangan sampai orang Melayu beralih sokongan.

Komen:


Yang saya nampak UMNO TAK TAU LAGI hendak jaga hati orang Melayu.

Sebagai contoh, DS Najib bagi lesen judi bola kepada orang Cina yang menguntungkan itu, walau pun beliau tahu ia akan menjadikan orang Cina lebih kaya dan lebih jauh meninggalkan orang Melayu.

Pada ketika yang sama, beliau mahukan orang Melayu memikirkan sendiri bagaimana menyelesaikan masalah kontraktor Melayu kelas F yang terlalu ramai itu.

life is not a fairy tale dude said...

Kalau wakil rakyat tidak berkhidmat untuk kawasannya, rakyat boleh memilih untuk mengubah wakil mereka.

Inilah yang berlaku di Sibu. Wakil rakyat perlu memberikan khidmat yang baik untuk rakyat di kawasannya.

Ketuanan Melayu

akupunyablog said...

Salam semua,

Yang tak cerdiknya bukan org Cina, tapi pemimpin Melayu kita... tak habis2 tibai DSAI...

Masa dan wang ringgit dihabiskan untuk menjatuhkan/mengaibkan DSAI...

Anonymous said...

Ooo najib... mana janji mu?

Lama ku tunggu kau di pintu dapor...


from a makcik at a long house in sibu

Anonymous said...

Salam Dato'

Dalam tahun 1969 selepas 13 Mei saya berbincang dengan beberapa orang kawan,,,apa akan jadi kalau MCA keluar PERIKATAN dan tubuh parti untuk orang Cina saja.Saya jawap,,,habislah kita.

Sebenarnya ini sedang berlaku.DAP akan berusaha keras kearah itu.Tambah lagi apabila mendapat sokongan yang baik daripada PKR dan PAS.Kalau Melayu PKR,Melayu PAS masih boleh ditunggang oleh DAP, saya rasa dalam dua PRU lagi akan tercapailah cita-cita DAP.Orang Melayu akan menjadi 'kelas pendatang' di negara sendiri.

Lat Juno

alunbm said...

Hello Andi Karya Maya
Sesuai dengan nama begitu juga tulisan anda sukar untuk memahami nya.
Anda ini seorang sasterawan kot......

Apa ke benda punya jauh mengembara sampai kezaman francis light dan ada pulak maktab francis light
kah..kah...kah..kah
pandai sungguh hang buat lawak

Lepas tu jumpa pulak Biil gates dengan microsoft nya
Apa benda ni!!!
Hang silap masuk blog kot...

Cuba la tulis dengan cara mudah
tak payah lah berputar, bergulong sampai orang pun tak paham
nampak gaya hang sorang saja yang paham
lawak lawak...

...Mat Dollah.....

Anonymous said...

Tok,

Betulkah rakyat pelbagai keturunan sudah buang sejauh-jauhnya elemen politik berasaskan kaum?

Saya rasa tidak!

Kemenangan DAP di Sibu bukanlah petunjuk sahih yang ianya adalah sebuah parti yang mendapat penerimaan yang signifikan dalam kalangan pelbagai kaum.

DAP hanya boleh diiktiraf sebagai parti penerimaan pelbagai bangsa yang dapat memberikan kebaikan dunia dan akhirat sekiranya mereka selain di bandar, dapat juga memenangi sebilangan kerusi di kawasan luar bandar.

Sebelum itu berlaku, DAP hanyalah parti yang mana talian hayatnya bergantung pada sokongan masyarakat satu kaum saja.

ATASPAGAR

mohamed said...

Mummy rokiah you are one ungrateful bitch. Kalah sekali dah nak buang Serawak Chiefminister. Jasanya pada Serawak dan Negara melebihi dari jasa engkau. Engkau boleh mengundi di serawak ke?

I have some flowery words for you, it is only my respect to the blog owner that stop me.

Anonymous said...

Datuk

BN patut dari sekarang patut fokus kepada golongan minority kaum India oleh kerana mereka merupakan kingmaker disetengah kawasan undi di negara.
Kaum India patut diberi incentif supaya terus undi BN selalu.

Bagawan Solo

Melayu Baru said...

Dato Kadir:

Tergempar!

Najib cuba merasuah rakyat Sibu secara terang terang.

Ini satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Akta Pilihanraya.

Tengok jer video ni kalau tak percaya:

http://www.youtube.com/watch?v=LwNLT428PqU

Nak cakap apa lagi da??

Lain kali nak undi Barisan Nasional lagi ka??

Hancurlah negara dengan pemimpin yang tak beretika dan tak bermoral seperti ni...

Semoga Allah membantu kita menyahkan pemimpin seperti ini...

Anonymous said...

terima kasih atas pengajaran yang diberi semasa penampilan datuk dalam program Hujah di tv9. Mencelik mata fikiran kami rakyat Tanah Melayu.

Hafiz
Klang

Anak Ascot said...

Saya kira ramai pembahas yang tidak tahu menahu gelanggang politik Sarawak.Saya tidak salah sesiapa,mungkin ada yang tidak pernah menjijak kaki di sana.Dan yang adapun,tidak tahu sepak terajang politik Sarawak.

Datuk Kadir memberitahu pembahas bahawa UMNO tidak wujud di Sarawak.Jadi mengapa salahkan UMNO? Saya pernah berada di sana mengikuti sepenuh masa kempen pilihanraya negeri sebagai pemerhati.Sebenarnya semua program disusun atur oleh komponen parti tempatan.Hendak pergi ke manapun mesti menerima arhan dari mereka.Ini bukan perkara baru.Pemimpin2 Pusat tidak ada suara.Tidak boleh campur tangan.Kalau lebih2 sangat nanti yang lazim terdengar,orang Semenanjung nak buat kacau saja.Saya tidak tahu sejauh mana DPM yang berkampung di Sibu berkuasa menentukan sesuatu tidakan yang bakal diambil.Sebagai orang lama,saya kira beliau sentiasa waspada tentang kerenah di sana.Ketua Menteri sebagi ketua kompon parti tempatan berkuasa penuh. Jika orang Melayu Melanau kurang memberi sokongan kepada BN salah siapa?Bukankan Taib(KM)juga dari kelumpuk itu.Mana ada orang UMNO bercampur gaul dengan mereka.Cakap mereka pun orang UMNO tidak faham.Melambakkan segala kesalahan kepada UMNO adalah satu kejahilan.
Ini berbeza dengan DAP berpusat di Semenanjung.Yang mengatur segala program dan arah tuju kempen ialah Pemimpin2 dari Pusat,manakala DAP sarawak sebagai cawangan sebagai pembantu. Sebab itu mereka boleh cakap apa saja tanpa sekatan.Sama2 Cina.Sekarang lagi Bagus,ada Melayu dari PKR dan PAS membantu mendapatkan undi Melayu.Itulah natijahnya.

Ada hikamah keputusan di Sibu.Sudah tiba masanya perhatian yang lebih bijak ditumpukan kepada kaum bumiputra kerana mereka masih mahu nasib dibela. Begitu juga di Semenanjung: JANGAN ABAIKAN MELAYU DAN INDIA. Dua kelunmpuk ini perlu dibatu.Harus diingat kemajuan bangsa menentukan segala2nya,termasuk agama.Buka mata lihat sendiri.Umat Islam ditindas kerana tidak ada kekuatan ekonomi dan berpengetahuan luas di semua bidang penghidupan.Biarlah apa orang kata termasuk Melayu. Majoriti Kaum Cina sudah nikat dengan pendirian mereka sejak dan sebelum 2008. Mereka kuat segala2nya;yakni berdiri teguh bercerai tidak. Saya tidak lupa sejarah.

AKS
Subang Jaya

Anonymous said...

Mat Sabun kata:

Bila Melayu buat komen negatif kpd org Cina akan ada Melayu yg menentang dan mempertahankan mereka.

komen.

Saya tak heran. Itu pasalnya Melaka dijajah 3 kali !!!

Pasal setengah orang Melayu ada penyakit "dah bodoh stupid" !!!

Mat Lopong

Anonymous said...

Salam dato'

Izinkan...

Blogger -thethinker- said...

lagi satu , kalau takut melayu jadi minoriti dlm PR , senang jee , semua pakat sokong PAS , PKR .. jadi laa majoriti mcm umno dlm bn .. kan senang

-------------------------------------

Salah tu bro. Kalau Melayu mahukan majoriti dalam PR bukannya dengan MEMBUTA TULI beri sokongan pada Pas atau PKR. Ia bersifat politik-berasaskan kaum. DAP pasti tersinggung. Akhirnya ia tidak akan mengubah apa-apa.

Yang betul dan yang dapat mengendurkan kerisauan awak ialah dengan Melayu menguasai hala tuju DAP.

Ia mudah dilakukan kerana bilangan penyokong Pas dan PKR saja sudah cukup untuk mereka mengambil alih kemudi DAP.

Maka dengan itu destinasi DAP tidak lagi berorientasikan pemikiran berhaluan kiri tetapi berorientasikan kemaslahatan gologan majoriti. Betulakan?

ANTIHIPOKRIT-MARIT

Anonymous said...

Melayu Baru,

Jadi sekarang Melayu macam mana yang sdr nak sokong? Tentunya Melayu PKR atau Melayu PAS!!

Baguslah tu selamat maju jaya. Semoga Melayu akan lebeh berjaya lagi!!

Baru betul-betul "MELAYU BARU" !!!

Jangan pula nanti terus tenggelam. Cakap tak serupa bikin akhirnya Mak Tipah tertipu lagi!!


-Melayu Pandir-

Anonymous said...

Fed Up said...


4 juta tu dari sumber apa? Saya tak tahu. Anak Bapak tahu ke? Kickdefella pun tak umum mana sumbernya. Mungkin dia pun tak tahu.

Tapi jika sumbernya dari tabung politik, digunakan untuk politik, kat mana pulak salahnya?

----------------------------------

Memang tak salah kalau wang dari kutipan derma politik digunakan untuk tujuan politik. Semua bersetuju.

Cumanya, sebagai INSAN YANG BERPEGANG KEPADA TALIAN AGAMA, niat kena betul dan perbuatan perlu selari dengan tuntutannya. Walk the talk.

Yang dipersoalkan ialah aktiviti politik berbentuk perang psikologi yang dipenuhi dengan elemen yang bertentangan dengan kehendak agama itu sendiri. Bolehkah?

Ini bukan saya yang kata. Yang menjalankan aktiviti itu sendiri yang mendedahkannya dan telahpun menjadi pengetahuan umum. Harap maklum.

ANAK BAPAK

Anonymous said...

Melayu Baru,

Terima kasih kerana kongsi video tu.

Nampak sangat yang Najib masih mimpi Hulu Selangor.

Fed Up

Anonymous said...

Tak payah salahkan cina lah. Sendiri buat sendiri tanggug. Yang bagi SIngapura kat cina tu siapa? Bukan UMNO ke? Tak kan PAS kot yg bagi.

trinora
the new generation.

mohd said...

Chin Peng (PKM)pernah berkata, PKM gagal menyebarkan fahaman komunis mereka sebab mereka tak dapat sokongan majoriti kaum Melayu di Semenanjung.Maka DAP nak tak nak, kena dapatkan sokongan Melayu jugak....Jadi korang pikirla sendiri.

Anonymous said...

Datuk,

Mohon maaf kerana sudah lama saya tidak menyumbang pandangan di blog Datuk ini. Terlalu sibuk dengan kerja sampai tidak ada masa nak menulis.


Tidak banyak yang saya mahu perkatakan mengenai hal politik negara kita ini. Cuma, kalau kita lihat "trend" politik di dua PRK terbaru iaitu di Hulu Selangor dan Sibu, kita dapati di kawasan 60% majoriti orang Melayu, BN akan menang manakala di kawasan 60% majoriti kaum Cina, DAP akan menang.

Jadi, dari kesimpulan mudah ini kita sudah boleh buat congakkan siapa yang mempunyai peluang dan kelebihan di PRU13 nanti.

UMNO dan DAP nampak seakan selesa. Yang resah gelisah mungkin PAS, MCA dan Gerakan.

DAP mungkin akan menang disemua 46 kerusi yang ditandinginya. Manakala PAS mungkin akan merosot sedikit dari 23 kerusi yang dimilikinya sekarang.


Datuk,

Saya cuma musykil. Apakah sokongan PAS terhadap DAP ini akan kekal utuh andai DAP ada 46 kerusi Parlimen tetapi PAS hanya tinggal 12 kerusi?


-sinbad-

cky said...

Salam Semua...
Saya berharap..Wakil Rakyat Tak kira dari parti mana pun mesti ikhlas membuat kerja...Jangan jadi ketua penyelewengan duit rakyat...Utamakan Kehidupan rakyat.

PM harus memberi perhatian kepada org2 yang tinggal di daerah julau terutama di pendalaman berilah kemajuan,buatlah jalan raya. Tentukan kad pengenalansebab Ramai Rakyat tiada kad pengenalan.

Anonymous said...

Salam Dato Tuan Kadir,

Kenapa UMNO bagi singapore kat cina?

Trinora

amarneng said...

ASSALAMULAIKUM Dato,

Sudah tiga minggu saya tak buat komen di blok Dato kerana pilihanraya Sibu...nampaknya sudah 122 komen dilontar..dan kini izinkan saya untuk memberi pendapat..

Dato,apa yang dihujah oleh rakan-rakan kebanyakannya betul..cuma bagi hemat saya,kekalahan BN di Sibu adalah disebabkan majoriti pengundi dan rakyat Melayu/Melanau/peribumi sudah meluat dengan keangkuhan ADUN Nangka Awang Bemee Awang Ali Basah dan kuncu-kuncunya selama hampir 15 tahun menjadi wakil rakyat.Beliau tidak memberi khidmat dengan baik kepada rakyat dan natijahnya semua komponen BN terpalit najis..

Saya rasa tanpa kehadiran pemimpin UMNO dan pemimpin kerjaan pusat kekalahan Bn dijangka lebih teruk,ramai pemimpin BN negeri sudah sukar untuk memikat rakyat dan pengundi...pengundi bukan marah kepada kerajaan pusat sebaliknya marah dengan kerajaan negeri...

Kelemahan jentera parti PBB amat jelas,mereka hanya syok sendiri tanpa memperdulikan pengundi dan tidak mampu mengenalpasti sokongan pegundi sebenar.Leka dengan pesta nyanyian dan kempen turut menyumbang kekalahan BN.

Kelemahan penganalisis poltitik bagi blok BN begitu jelas,gagal meneliti dan tidak mengambil kira pandangan pemerhati politik tempatan,NGO dan golongan radikal lebih memeburukan keadaan...

Seperkara yang amat penting ialah mengenai permohonan dan tuntutan parti SUPP yang mewakili kaum cina agar Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan seramai 144 ribu permohonan yang majoritinya kaum Cina untuk menjadi warganegara Malaysia dan penduduk tetap Sarawak.

Bagi hemat saya,ia merupakan ugutan kepada BN sekiranya Bn hendak menang.

Sekiranya BN menang,dan KDN terpaksa memenuhi tuntutan masyarakat Cina itu,ini bermakna BN telah memusnahkan masa depan kaum Melayu/melanau dan peribumi.
Kaum itu akan semakin terhimpit dan dihimpit ...Kuasa majoriti akan membunuh peluang dan hak kaum minoriti....jumlah itu apabila diluluskan mampu mencipta 3 kawasan parlimen.Saya bersyukur BN kalah.....

Dato,BN menang atau DAP menang..bagi kaum Cina Sibu...mereka tetap sama dan akan terus menang dalam arena politik Sarawak...

Wong Hoo Leng adalah antara bakal ketua menteri Sarawak sekiranya pembangkang menang dalam pilihanraya DUN nanti......dan saya rasakan BN negeri akan menghadapi sejarah paling getir selepas ini.

Saya berharap...kerajaan negeri perlu bersiap mencari penganti Awang Bemee.....

Anonymous said...

Anak Bapak,

RM4 juta, nilai yang besar. Setakat ubahsuai gambar seperti di blog beliau, budak sekolah pun pandai buat. Saya bukan menyindir, anak saya sendiri pun pandai buat. Tak perlu RM4 juta.

Jadi, untuk RM4 juta, kerja apa yang dikatakan "aktiviti politik berbentuk perang psikologi yang dipenuhi dengan elemen yang bertentangan dengan kehendak agama itu sendiri".

Saya tak kata saya 100% betul dan anda 100% salah. Cuma setakat ini, ceritanya hanya dari sebelah Kickdefella saja.

Cuma seperti yang saya jelaskan di atas, cerita Kickdefella ini masih ada lompongnya. Samada dia buat cerita atau tak cerita habis, itu kita kena sama-sama tunggu la.

p/s Masa pra PRU12, banyak blog yang "berperang" dengan Pak Lah. Bukan setakat yang pro PR, pro BN macam Rocky Bru pun turut "berperang" dengan Pak Lah. Malah setahu saya, ramai dikalangan mereka yang kadang-kadang miss bayar internet.

Fed Up

pakbelalang said...

Home Ministry Has Surpassed Target In Reducing Crime Index




PUTRAJAYA, May 18 (Bernama) -- The Home Ministry's success in reducing the crime rate index for the first four months, has surpassed the initial target set for the first four months, its Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said.

The crime index has been reduced by 15.3 per cent and street crimes dropped by 38.7 per cent over the first four months, compared with the same period last year, he said.


comment:

Why should I give credit to Hisham when I got to cough up unnecessary expense of RM1000 per year to maintain the security of my housing estate where I stay.

Come on, Hisham, you are cheating yourself.

Anonymous said...

YB Dato'

Keputusan PRK Sibu hanya menceriakan untuk seketika dalam keadaan bawah sedar tetapi apabila kesedaran menguasai suasana barulah timbul pelbagai persoalan.

Sedikit sebanyak kejayaan DAP itu bukan saja menjadi "wake-up call" kepada pakatan lawan malah ia dengan sendirinya menjadi pembuka mata kepada rakan DAP itu sendiri.

PKR dan terlebih lagi Pas, yang sebelum ini berasakan panas akan berterusan hingga ke petang tetapi rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Perancangan dan strategi yang diharapkan dan diyakini akan memberikan kelebihan dan dominasi berterusan rupa-rupanya dipintas di separuh perjalanan.

Dalam konteks politik kepelbagaian asas, DAP akhirnya telah menemui satu formula. Formula itu bukan saja mampu memadamkan ingatan umum terhadap MCA dan Gerakan, malah lebih signifikan ialah menggembeling kelebihan yang ada pada Pas untuk meroketkan dirinya ke puncak lebih dominan dan signifikan.

Apapun penafiannya, kita pasti dapat merasakan betapa rakan DAP sedikit sebanyak terkesan baik secara fizikal, mental, mahupun psikologikal.

Justeru, hanya dengan kesabaran serta kecekalan yang akan menjadi faktor penentu kebangkitan bagi mendapatkan kembali apa yang telh terlepas dalam genggaman Pas atau PKR. Bak kata orang Perak: "sabo je ler yop".

APOLITIKAL

Tinta Hitam said...

Samada BN suka atau tidak sekarang perubahan politik sedangn melanda seluruh pelusuk negara.Mengapa menyalahkan pengundi pengundi?

Did you BN gave what they need? Did you BN listened to their plight?Did you BN felt that the voters were as naive and foolish like some 40-50 years ago? Please go do sme soul searching..I know you BN didnt want to reform.Reform will hurt you pocket lining..

Steven said...

Saya ada melihat tv9 program hujah dimana isu May13 dibincang bersama Tan Sri Sabarruddin. Pada pendapat saya, ahli politik BN masih berfikiran feudal dimana pemikiran masih di "What to give? We already given so much to non Malay." Pada hal dalam dunia global sekarang untuk mencapai kemajuan soalan penting adalah "What to create? Who can create and How to create more?" Keadaan dunia global sekarang dimana "travel and communication" boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Orang2 yang berada ditahap tertinggi dalam "creation of new wealth" akan pergi ke negara dimana mereka dapat berusaha dan menjalankan kreativiti mereka.

Pada pendapat saya, ahli2 politik Malaysia perlu menyedari hakikat dunia global sekarang bahawa untuk memajukan ekonomi Malaysia supaya kita tidak ketinggalan, Malaysia perlu menarik minat golongan profesional tak kira warganegara.

Buat la apa yang perlu untuk perkembangan bumi bertuah ini dan bukan buat untuk mempertahankan apa yang ada. Kita memerlukan pemimpin yang visionari.

pakbelalang said...

Dato' AKJ,

Melihat perkembangan yang berlaku di negara Thailand terfikirkah kita ianya berkemungkinan akan juga berlaku di negara kita bila suasana politik di sini tidak stabil. Tidakkah kita sudah merasai bahangnya jika suasana politik kita tidak stabil dan rakyat mengambil tindakan yang serupa seperti di Thailand.

Saya khuatiri bahawa keadaan politik kita sekarang ini seperti "time bomb" jika ahli-ahli politik tidak berhati-hati dengan tindakan mereka meraih sokongan.

Melayu Baru said...

Kepada saudara Fed Up di atas:

Sama-sama.

Saya kongsi video di atas sebab nak bagi org tengok dan faham cara bagaimana seorang Perdana Menteri terang-terang bagi rasuah kat rakyat ("Saya bagi kamu 5 juta ringgit, kamu kena undi calon BN, boleh tak?"), tapi tak disoal atau dihukum kerana apa yang dibuatnya itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pilihanraya negara.

Terutamanya penyokong tegar UMNO harus tengok video ni dan renung seketika untuk memahami budaya tak bermoral yang menyelinap tubuh parti yang dinamakan UMNO (atau lebih tepat lagi UMNO Baru, parti UMNO yang kita kenali sekarang yang telah ditubuh pada 1988; UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 sudah diharamkan dan tamat riwayatnya pada 1987).

Bila lagi nak insaf, wahai saudara-saudara Melayu Islam ku yg sekalian?

Anonymous said...

AMARNENG kata 144 ribu majoriti Cina nak jadi warga negara diSIBU.Mana datangnya tu!
Aku tak yakin dgn Hisham Pon..n !Najib pun lembik juga!
Itu di SIBU, ditempatlain camna?
Ya Allah selamatkanlah orang Melayu.


Si Baju Hijau.

pakbelalang said...

IMD 2010 WORLD COMPETITIVENESS RANKING.

Congratulations, Najib!
You are in the right direction. Keep on moving forward. Leave the haprak and HP6 political distractors behind. They are just a bunch of Dajjal!!

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf

Dato Ahmad Saad said...

Kadir.

Hari ini satu berita yang menarek ia lah Kerajaan najib akan membangun samula sungai besi airport.Tanah itu akan di pindahkan kapada syarikat One malaysia Inc.Menurut berita itu Qatar fund terlibat dengan pembangunan itu.Siapa kah sayrikat malaysia di belakang Qater Fund itu.

Dengar khabar syarikat itu ia lah Malton,syarikat yang membangun The Pavilion KL.Juga dengar khabar first lady memberi blessing nya.Malton ia lah syarikat mileh 100% Cina Malaysia.Tanah iotu saluas 400 ekar.

Sabelum ini Syarikat Bumiputra NAZA telah di beri kelulusan untok membangun Pusat pameran Maltrade.Luas kawasan nya hanya lah 60 ekar.

Apa lagi yang Cina Malaysia tidak puas hati dengan kerajaan BN.Bila sampai Pilehan raya mereka tetap menyokong DAP.

Huidup PERKASA dan Ibrahim Ali.

Pak Mat Tempe said...

Salam Dato'

Pada pendapat saya kekalahan BN berpunca dari perpecahan undi melayu dan india. Pecah undi melayu kepada TIGA ia itu UMNO (BN), PAS dan PKR(PR), undi India dari MIC pecah pergi ke DAP juga.
Dalam kes SIBU Bumiputra BN/PBB pun pecah ke PAS atau PKR.(PR)
Manakala undi cina dalam komponen BN telah berhijrah ke DAP (dalam kes SIBU parti SUPP). Bagi orang cina parti MCA, GERAKAN tidak relevan lagi dan dianggap tidak layak mewakili mereka, ditambah lagi dengan masalah dalaman mereka.

Kita boleh marah kepada melayu yang tidak menyokong BN, kita marah kepada PAS kerana menyokong DAP,kita marah kepada PKR yang menjadi orang tengah dalam persahabatan PAS dan DAP sebagai mengkianati melayu. Adakah dengan sentimen MARAH, BENCI, MAKI HAMUN, LABEL MELABEL boleh menyelesaikan masalah. Kalau kita ada 1000 hujah mengatakan kita BN dipehak yng betul, mereka ada 2000 hujah pulak mengatakan perjuangan mereka yang betul. Hasilnya melayu semakin berpecah dan politik melayu semakin lemah. 'Bargaining power' non-bumi semakin kuat ditambah lagi mereka menguasai ekonomi, golongan profesional, sektor swasta, bidang teknikal, kedoktoran dan lain2 .

Berbalik kepada persoalann ini Dato, Bagaimanakah kita hendak menyatukan orang melayu ini sebagaimana semangat yang membawa kepada tertubohnya UMNO. Melayu pada masa itu masih berpecah juga dan masih kuat dengan semangat kenegerian dan kedaerahan tetapi boleh bersatu dan disatukan dalam keadaan kedudukan melayu dan raja2 melayu terancam oleh Malayan Union.

Begitu juga semasa PERIKATAN yang lemah dan Tun Razak telah berjaya menyatukan parti PERIKATAN dengan pembangkang dibawah konsep BN.

So jawapan nya disini Dato' adalah kepimpinan dan kemahuan. Adakah kita pemimpin2 politik melayu(semua parti majoriti melayu)
benar2 hendak bersatu. Adakah kita betul2 bimbang tentang perpecahan melayu atau sekadar cakap politik kosong. Adakah kita serious akibat dari perpecahan ini akan menggugat melayu sebagai teras politik Malaysia(sekarang BN)disamping dasar2 yang telah digubal dari kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua bangsa malaysia dalam menjamin kestabilan politik Negara ini.

Adakah kita juga membuat kajian mengapa melayu menjauhi UMNO, mengapa MCA dan Gerakan tidak mendapat sokongan orang cina. Persoalannya mengapa? mengapa? mengapa?. Jika ini boleh dijawab selesailah masalah BN. Adakah sebab seorang dua individu dalam parti pembangkang menyebabkan sokongan kepada UMNO/BN merosot?. Jika ia nampaknya mereka mempunyai pengaruh yang sangat kuat. apakah hujah2 kita yang boleh mempengaruhi mereka kembali menyokong BN. Marah akan menjauhi mereka lagi.

Jawapannya adalah melayu mesti kembali bersatu dalam ertikata sebenarnya. Kalau kita hendak bersatu mulakan lah dengan langkah pertama seperti merisik sebagaimana Tun Razak buat . Runding dengan berhemah, hantar Utusan seperti Tan sri Abdullah Ahmad buat. bukannya dengan berunding melalui media. Tak setuju sekali cuba lagi, buangkan ego masing2. Bercakaplah tentang fakta, Amanah penting yang ditinggalkan oleh datok nenek kita dan pejuang2 kemerdekaan adalah PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.(terutama Perkara 3,41, 150,152, 153.) Kita dahlah tak dapat nak menambahbaik kandungannya tetapi gagal pula mempertahankannya. itu satu kegagalan yang tidak boleh dimaafkan oleh anak cucu kita nanti. kerana moyangnya ada meninggalkan amanah untuk dijaga bersama, tetapi generasi kita gagal menjaga dan mempertahankannya atas sebab berpecah dan bergaduh sesama sendiri dengan keegoan masing2 disamping mementingkan pangkat, kedudukan dan harta.

Oleh itu kepada pemimpin dan orang melayu eloklah luangkan masa 20 minit sehari bebas dari fahaman parti tetapi dengan jujur bertanya kedalam hati nurani sendiri (hati nurani tidak pandai berbohong) adakah apa yang sedang dilakukan ini iklas demi masa depan dan survival orang melayu dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Komen riangkas

Malaysia sekarang dah di tangga ke sepuluh bersaing di peringkat antarabangsa. Itulah hormatnya mat salleh kepada negara kita. Tapi orang kita sendiri tak sudah-sudah menuduh, memfitnah dan mencaci. Contoh tak diperlukan lagi rasanya.

Dulu kata Tun sebagai duri dalam daging. Sekarang agak-agaknya siapa yg sebenarnya duri dalam daging? Pikir sendirilah.

Saya ucapkan takziah kepada YB kerana terpakasa berpuasa selama sebulan. Biasanya manisnya madu tapi kadang kadang pahit sikit. CUMA betulke meramaikan kalifah Allah di muka bumi ni (secara sah mengikut rukun & syarat akad nikah) dikenakan hukuman penjara??? Sekadar bertanya.

pakbelalang said...

Sungguhpun Malaysia telah meningkat ranking world competitiveness dari tangga 18 ke tangga 10, Najib janganlah lupa agenda untuk meningkatkan semangat "competitiveness" dikalangan bangsanya iaitu orang Melayu.

Walau apa pun peningkatan yang dicapai tidak ada maknanya kalau bangsa Melayu masih lagi tidak berganjak dari takok lama.

Akhirnya nanti akan timbul masaalah yang lebeh besar lagi kepada UMNO dan kerajaan dari segi politik.

Jadi the keywords are " don't get carried away by this small success". A lot has to be done to sustain the ranking or to make it better. Najib has to do a lot of balancing act in order to maintain and move forward to ensure that nobody is deprived from having the opportunity to uplift their living standard particularly the Malays who are still groping to make ends meet.

Janganlah hendaknya beri tumpuan kepada orang Cina kononnya untuk mendapatkan sokongan dari mereka. Telah nyata sekali bahawa sokongan yang diharpkan tidak kunjung tiba. There is a Malay saying which is relevent to Najib "yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercecir". Melayu lari, Cina pun lari. Najib pun MELOPONG dan TERCOPONG!!

ibni ismail kulim said...

Salam dato.selapas bn kalah disibu saya dapati orang malayu khasnya umnolah saya tengok masih relex sahaja.buat tak kisah.Media masa bicara hal ini mereka macam tak ada pun masaalah.Pemimpin umno diperingkat bahagian masih berkelakuan macam umno masih kuat.Sebenarnya dimana-mana pun rakyat dah mula meluat dengan sikap pemimpin parti kerajaan.Sebab itu mereka akan beri undi pada PAS,DAP,PKR.Juga umno masih syok sendiri sepanjang hari.sekian

Amarneng said...

Salam sekali lagi Dato,

Selepa pilihanraya biasanya banyak pihak membuat analisis di setiap peringkat.Golongan pemimpin seperti Pehin Seri Taib menyifatkan kehadiran orang luar menyumbang banyak kepada kekalahan,manakala sebelum itu Perdana Menteri Dato Seri Najib menyifatkan dalam kenyataannya jentera BN negeri lemah dan salah strategi.

Nada dan komen dua pemimpin itu berbeza dan menimbulkan tandatanya. Taib tak mahu PBB dikatakan lemah dan sebaliknya beliau menyifatkan orang luar menjadi penyebab kekalahan BN dan wujudnya unsur boikot.

Apa yang dimaksudkan oleh Taib mengenai orang luar..?Adakah Najib dan barisan kabinetnya termasuk UMNO atau golongan pembangkang. Hujah Taib begitu umum dan meragukan...

Jika orng luar itu ditujukan kepada najib dan amnya umno...saya rasa tidak...jika ia ditujukan kepada barisan pakatan rakyat jawabanya ya kerana mereka bekerja keras dan membuat rakyat dan kaum melayu/melanau/peribumi berfikir.Sekaligus mengubah pendirian dan menerbitkan keberanian untuk mengunakan kuasa undi mereka.

Kehebatan dan keyakinan pakatan rakyat dalam PR Sibu telah menegelamkan keheboban BN. Orang pakatan berjumpa rakyat dan pengundi secara terus,malangnya orang BN berkaraoke dan bersiaran serta angkuh bertemu rakyat...tak dengar dan pekakan teliga aduan rakyat...

Sepanjang kempen kurang poster Pehin Seri Taib,jika ada pun ditampal dipokok kayu sebelah malamnya manakala siangnya sudah dirobek orang....pihak pakatan memasang poster seperti "BYE..BYE..TAIB DYNASTY ""DAN VOTE SUPP(BN) VOTE TAIB" Yang dianggap sebagai pembunuh kempen BN tidak ditangkis....

Itu kerana isu tempatan tidak ditangani dengan baik.Sperti isu tanah dan penempatan semula.Nasib baik isu ptemium tanah dapt dikurangkan dan mampu meraih lebih 500 undi di kawasan penempatan semula Teku dan kawasan Salim. Pasukan BN hanya bergantung kepada lawatan pemimpin,konsert dan poster 1Malaysia.Penggunaan kemeja T 1Malaysia hanya dipakai dan diberikan kepada tukang sebok tetapi tidak kepada pengundi. Manakala majlis kempen Najib dan pemimpin hanya dihadiri oleh kakitangan kerajaan dan golongan bukan pengundi..mereka lupa menjemput makcik dan pakcik serta golongan radikal untuk hadir.

Dato,sehingga hari ini,kaum melayu/melanau/peribumi dan Cina sebenarnya berterimakasih kepada kerajan persekutuan atas limpah pembangunan dan sumbangan tetapi tidak kepada pemimpin negeri....kita kena fikirkan maksud dinasti dan kroni BN negeri..

Jika ada unsur boikot semasa PR Sibu,tidaklah tepat kerana jumlah pengundi keluar mengundi meningkat.Cuma orang melayu/peribumi/melanau nak ajar YB yang malas dan angkuh serta termakan sumpah sendiri.....undi post bukan penentu kemenangan,BN bernasib dengan undi pos,kalau tidak BN akan kalah lebih 3000 undi pada PR Sibu yang lepas.

Semasa pilihanraya juga,orang Melayu/melanau tidak banyak yang diminta...entah dimana YB Nangka pergi dan fikir...

Dan sekarang ini,orang melayu/melanau melopong,sana sini cerita orang melayu/melanau dapat habuan pilihanraya...tetapi habok pun tak ada...yang kaya dan mengaut keuntungan ada dua tiga orang PBB...budaya itu sering berlaku setiap kali PR mendatang...kalau tak percaya tanya YB Awang Bemee dan Awang Julaihi yang bertugas di pejabat JASA Sibu. Sekian Amanarneng.

langitbiru said...

Begitulah reaksi orang UMNO,ahli UMNO, anggota UMNO,penyokong UMNO,pengundi UMNO.....bila kalah!

Betullah UMNO tak tanding di Sibu, dan betullah UMNO tak ada bertapak di bumi Sarawak.

TETAPI kekalahan BN di Sibu bermakna, rakyat Sibu menolak kepimpinan UMNO dalam BN, dan Negara.

Biasalah, kalau Parti Komponen yang kalah, DISEBUTNYA parti itulah yang kalah. Kalau MENANG, dicanangkan ke seluruh negara 3 hari 3 malam tanpa henti, NAJIB 1MALAYSIA menang!

Ya, kalau PRU 12, BN telah kalah di Semenanjung Malaysia, TETAPI hayat BN agak masih panjang dengan "pertolongan" komponen BN di Sabah dan Sarawak.

Jadi, bila P212 Sibu BN kalah, mereka sebenarnya sudah panik.....!

Maka, marahlah UMNO kepada PAS sebab PAS gabung dengan DAP...kononnya DAP adalah extrimis Cina! Kononnya PAS sanggup jadi tunggangan DAP, kononnya macam-macam lah....

APA, SEBELUM INI UMNO berkasih sayang dengan PAS??? Mahathir 22 tahun dok kutuk PAS, dalam PERHIMPUNAN AGUNG UMNO, setiap perwakilan MESTI kutuk PAS, caci PAS, perbodohkan PAS, buat lawak jenaka kpd PAS......macam-macamlah kata kpd PAS.

HARI NI, bila KUASA UMNO kian terhakis, dok usung cerita ke hulu kehilir, ke Utara Selatan, ke Timur Barat, kononnya PAS BODOH sanggup jadi kuda tunggangan DAP, MARAH KPD PAS gabung dengan DAP, TAK ISLAMIK lah PAS gabung dengan DAP....bla,bla,bla...... APA DIA NI????

Kalau hang pa lemah, cermin lah diri tu sendiri, jangan kalut malut marahkan salahkan orang lain!

Parti UMNO adalah Parti Agama,Bangsa,Negara. Slogan keramat UMNO, Demi Agama,Bangsa,Negara.

Betui ke......?

Parti Agama,
BUKTINYA, lulus lesen judi.
Maka berbondong-bondonglah orang UMNO berebut-rebut mencium tangan Najib, Pemimpin 1Agama, yang memartabatkan Agama Islam ke Puncak (Akedemik Fantasia), mengambil "berkat", ambil saham "pahala"!

Parti Negara,
BUKTINYA, serah "FREE" blok L,M bernilai 320 Billion Kedaulatan Negara kpd Brunai.....Inilah kehebatan Parti Negara dalam hubungan antarabangsa!!! Maka berbondong-bondonglah orang UMNO berebut-rebut mencium tangan Najib, yang menyerah kedaulatan negara! Dulu dah serah Temasik, Singapura. Hantar pegawai HP6 pertahankan Batu Puteh akhirnya Puteh Mata!

Parti Bangsa,
Kemana halatuju Bangsa Melayu dibawah kepimpinan UMNO. Peribahasa Melayu tu banyak.....spt ketam ajar anaknya jalan betui, dll. Kalau pemimpin minum arak, maka ramai rakyatnya minum arak. Kalu Pemimpin beri lesen judi dan main judi, maka ramailah rakyatnya berjudi......dan tidak sah arak, judi tanpa wanita! Sebab itulah hari demi hari bayi dibuang oleh perempuam Melayu.....INI LAH UMNO!

Wahai PEMIMPIN UMNO, saya ingatkan diri saya dan anda, akan KEWAJIBAN AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR sebagai pemimpin.

INGATLAH, Bani Israil mendapat MURKA ALLAH SWT, laknatullah hingga Kiamat, BUKAN KERANA mereka tidak menjalankan AMAR MAARUF, TETAPI mereka menyia-nyiakan NAHI MUNGKAR.

Berapa ramai Melayu Islam murtad? Dah lupa apa Mufti Perak Harussani cakap?
Berapa ramai Melayu Islam berzina, lahir generasi anak luar nikah, bahkan membunuh bayi?

APA PEMIMPIN UMNO BUAT?

Sungguh benar Ayat Al-Quran, Ayat 11 Surah Ar-Ra’d, bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

Kaum Melayu takkan berubah ke arah kebaikan,kesejahteraan selagi dibawah telunjuk UMNO. Melayu semakin porak peranda, tiada jati diri, dihina bangsa lain selagi di bawah UMNO!

Anonymous said...

Salam Sdr. A Kadir Jasin,

Nak tau sentimen orang Sarawak terhadap BN, tanyalah mereka. Tak perlu nak buat analisa terlalu banyak.

Kemenangan tidak boleh lagi dipastikan. Apatah lagi dengan adanya KM Taib Mahmud. Taib patut beri ruang untuk orang lain. Keluarga, saudara-mara, dan sahabat handai semua dah kaya raya... Apa lagi nak...?

Kemudahan asas bagi penduduk pendalaman tidak disediakan walaupun banyak janji telah ditabur dan duit telah dibelanjakan...

Maaf saya rasa PM Najib tidak faham akan keperitan orang Sarawak. Duit Sarawak banyak diguna untuk beri subsidi PLUS dan syarikat konsesi lain padahal infrastuktur asas masih ditahap 20 tahun lalu. Ada pilihanraya baru turun padang dan tabur janji! Apa cerita?

Mungkin (a BIG "IF"???) Najib akan paham selepas pilihanraya Negeri diadakan...

Sarawak is not a safe state as far as BN is concerned...

Jangan memperkecilkan keperitan orang Sarawak setelah terlalu lama dibawah telunjuk Taib Mahmud. Bukan nak diperkatakan disini yang Taib tidak pernah membawa kemajuan. Memang ada kemajuan tetapi it has reached a plateau and not much has been done over the past 5 years or so...

Sekian.
Anak Sarawak Diperantauan yang di"persona non grata"kan

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,
kepada mtgbertam said...

Zabri Mokhtar,
1)In ther first place, .....
2)La ni berlambak2 warga....
******************************
Apo lak ko tanyo den? Den bukan nyo boleh buek apo2 pun? Deng bukannyo ado kuaso .. atau ado power ranger macam budak2 kek kampung den khobarkan laaaa.hehehe.;o)

3) Rakyat yang bergaul ....
******************************
Den tak do lah nak maksudkan semuo orang cino tu jahat/tak bagus/... tapi kebanyakan macam tu laaa...
Samo yo bangso melayu ehk tak yo semuo baik.. semuo bangso kek bumi ni ..cam tull ..apo yg den cakap majoriti.. macam sibu jugak ado yo cino yg UNDI BN.

botol tak? botolllllllll..

Ibrahim Yunus said...

Sudah 4 kali pilihanraya umum saya mengundi BN. Tiada apapun kami dapat...habukpun tiada. Sebaliknya, YB2 yang diundi semua senang-senang. Keluarga mereka mewah2 semua. Kita jemput ke kenduri kahwinpun susah mahu datang. Tapi yang kami hairan, bila kami jemput YB2 dari Pakatan Rakyat, mereka boleh datang walaupun sekejap dan menghulurkan duit hadiah kepada pengantin. Kami sekeluarga tahulah sekarang siapa yang patut diundi dalam pilihanraya akan datang...

Anonymous said...

Ibrahim Yunus,

Tak payah tengok kenduri kampung.

Dalam majlis resmi pun, majlis ADUN/MP BN adalah berdinding dan berhawa dingin. Nak bersalam, belum tentu, sedar-sedar dah bergerak dari kamar jamuan ke kereta.

Manakala bagi ADUN/MP PR, khemah terbuka dan berkipas. Nak bersalam dan bersapa, tunggu ditangga pentas selepas pengerusi menutup majlis.

Ini pengalaman saya.

Fed Up

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).