Thursday, May 27, 2010

Implikasi Persetujuan Mohd Najib-Lee Hsien Loong

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DARIPADA laporan media massa mengenai persetujuan antara Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, fakta berikut boleh dikesan.

1. Singapura tidak berhasrat menyambung Perjanjian Air 1961 dan akan menyerahkan loji pembersihan di Johor kepada negeri itu apabila perjanjian tamat;

2. Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura, bermula dengan stesen Tanjong Pasar, akan dimajukan;

3. Pemajunya adalah M&S Private Ltd. Khazanah Nasional Berhad pegang 60 peratus saham dan Temasek 40 peratus;

4. Stesen KTM Tanjong Pagar akan ditutup dan stesen Woodlands jadi stesen terakhir. Menjelang 2018, stesen Woodlands mungkin ditutup. Johor Baru jadi stesen terakhir KTM di sebelah selatan;

5. Persetujuan Mohd Najib-Shien Loong selaras dengan perjanjian “Malaysia-Singapore Points of Agreement (POA), 1990;

6. POA ditandatangani oleh PM Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew dan Menteri Kewangan Malaysia waktu itu, Daim Zainuddin, pada 27 November 1990;

7. Di bawah perjanjian itu, KTM akan kosongkan stesen Tanjong Pagar dan berpindah ke Bukit Timah. Tanah KTM antara Bukit Timah dan Tanjong Pagar akan kembali kepada Singapura;

8. Tanah Tanjong Pagar akan diserahkan kepada sebuah syarikat sendirian berhad untuk dimajukan dengan pembahagian saham 60 peratus untuk Malaysia dan 40 peratus untuk Singapura;

9. Fakta sejarah – tanah KTM seluas 217 hektar dan merentasi 20 hingga 30 kilometer ke dalam wilayah Singapura diperoleh di bawah ordinan penjajah Inggeris pada tahun 1918 yang secara khusus menyebut bahawa tanah itu adalah untuk kegunaan KTM) bagi tempoh masa 999 tahun;

10. POA tidak dilaksanakan dengan serta-merta kerana Malaysia bimbang ia terpaksa (atau dipaksa) menyerahkan kawalan ke atas sebahagian atau semua tanah KTM itu kepada Singapura;

11. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib tidak merasi kebimbangan yang sama apabila bersetuju melaksanakan pembangunan semula stesen Tanjong Pagar atas dasar 60 peratus Malaysia dan 60 peratus Singapura itu?

12. Adakah tanah KTM itu akan berpindah hak milik kepada Singapura dan kemudiannya diserahkan kepada syarikat usaha sama Khazanah-Temasek untuk dimajukan?

13. Perlu juga ditanya dan dijawab sama ada pembangunan semula stesen Tanjong Pagar itu akan memperbaiki atau memburukkan daya tarikan serta daya saing Iskandar Malaysia yang juga ditujukan kepada pelabur dan pembeli Singapura?;

14. Apakah pembabitan Khazanah dalam projek raksasa Tanjong Pagar itu tidak akan menyebabkan pengaliran keluar pelaburan terus (FDI) dari Malaysia ke Singapura? dan

15. Apakah Khazanah akan meminjam daripada pasaran kewangan Singapura untuk membiayai penyertaannya dalam projek itu?

Perlu disebutkan iaitu sejak 2006, lebih banyak pelaburan langsung Malaysia mengalir ke Singapura daripada FDI Singapura masuk ke Malaysia.

Kita harap pihak berkuasa akan memberi jawapan kepada kemusykilan kita ini kerana kita tidak mahu sejarah lama berulang kembali di mana kepentingan kita tidak dilindungi sepenuhnya.

Berita buruk Pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan dua blok padang minyak kepada Brunei tahun lalu dan pembatalan Projek Jambatan Bengkok pada tahun 2004 masih menghantui kita.

Memandangkan sensitiviti perhubungan dua negara, adalah keterlaluan kalau kita mengharapkan kemajuan yang lebih besar. Namun kita tidak boleh mengenepikan begitu sahaja isu-isu tertangguh yang lain seperti simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) dan hak Malaysia membina semula Tambak Johor di wilayahnya.

77 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Tun Mahathir dulu gaduh dengan Singapura, masa Najib dan Pak Lah depa berbaik-baik pula.

Adakah sebab mahu majukan Nusajaya?

pkrpasdap.blogspot.com

(search- abe MIE)

Anonymous said...

Datuk, Salam,

Dalam kita sentiasa kritikal terhadap PM Najib, saya rasa baik juga kita beri peluang dan lihat apa yang dia boleh dan akan buat demi kebaikan kita.

Saya pasti dia lebih baik dari PM yang lalu yang banyak membuat keputusan yang merugikan negara, umpama batal projek Jambatan Bengkok dan diam-diam serah telaga minyak kepada Brunei.

Najib kena cuci banyak hal yang AAB buat yang tak masuk akal dan rugikan negara.

Cuma kita kena selalu ingatkan Najib dan budak-budaknya jangan buat kerja diam-diam yang merugikan negara. Dia wajib bincang seluas-luasnya dengan kita melalui Kabinet, Parlimen dan media massa.

Ex-Banker

Anonymous said...

Dato'

"Perlu disebutkan iaitu sejak 2006, lebih banyak pelaburan langsung Malaysia mengalir ke Singapura daripada FDI Singapura masuk ke Malaysia."

Sebagai warga JB, saya agak terkejut atas kenyataan diatas. Setahu saya banyak pelaburan dibuat di Johor dari negara Selatan dalam bidang pembuatan(manufacturing) dan lain-lain disebabkan perbedaan matawang yang ketara.

Boleh Dato' nyatakan sumber daripada kenyataan di atas berkenaan dengan FDI (Foreign Direct Investment).

Wassallam

Jay Bee

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato Dan Semua,
Sedih teramat lagi kedaulatan negara terlepas. Asyik2 negara singapura yg berpura-pura menang lagi.
Yg kita mintak seperti titipan Dato tak juga kita dapat2.
60% khazanah 40% Temasik. Akhirnya saya percaya kita hanya mendapat 10% aje.Pembangunan di Singapura. konsultan sinpapura, Kontraktor2 Singapura, pembekal2 bahan binaan singapura,sub kontraktor singapura. Pembeli2 singapura.Financing kewangan singapura.Pelabur2 dari Singapura dan Asing.
Dato perlukah kita mendokan agar mereka2 yg mengkianati negara(sekiranya ada) DILAKNATI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT SERTA SELURUH KETURUNAN MEREKA?
Sedih :o(

ab said...

Salam dato,



1.TANAH KTMB tu SIAPA PUNYA SEKARANG?...KTMB ka, kerajaan MALAYSIA KA, KERAJAAN MALAYSIA+ SINGAPURA KA atau depa(PM KITA la) dah tukaq jadi milik SYARIKAT baru M&S ni?....


2 SAYA FIKIR DEPA DAH TUKAQ jadi
tanah kepunyaan syarikat baru tu punya...KALAU MACAM TU...MACAMANA PAMPASAN UNTUK KTMB?? ta ada lang-sung bunyi sikit pun dari PM kita dalam hal ni.....pampasan ini bolih datang dari KHAZANAH DAN SINGAPORE ikut 60/40% percentage juga....atau dah ada yang cekau dan gerengau duit ni.....


3.TUKAQ tanah tu belum tentu lagi...tu bagi sedap cerita saja...
ingat singapura tu murahhati ka??,depa pun tengah lapaq tanah jugak la ni,sebab tu laa depa tampal laut dengan pasir sana sini.... lain la kalau ada next agreement, depa bagi LAUT DAN KITA BAWA PASIAQ TIMBUS LAUT DAN JADI TANAH DARAT.... kat tengah laut sikit,laut diantara tu singapura punya...lepas tu depa tambah pasiaq sikt saja lagi untuk depa punya....hehehe.

Macam certa P Ramlee...satu untuk kamu,satu untuk aku,dua untuk aku, satu untuk kamu!....


3. KAT WILAYAH ISKANDAR tu pulak, kalau PM cerdik kena pastikan Singapura majukan dulu 50% bahagian depa punya tu...kalau tak, nanti depa buat cincai cincai punya projek....LEPAS 7 KETURUNAN nanti kalau yang 40% disingapura tu kata hakmilik depa punya,kalau MALAYSIA NAK JUGA,nak kena bawak askar runtuh ka, bom ka!..dah tu kalau kita nak `kenakan' balik depa dengan `retain' hak depa kat WILAYA ISKANDAR tu rugi lagi kalau depa buat cincai-cincai punya projek...kalau malaysia mahu ambik laa tapi nilai `asset' kepunyaan singapura kat wilayah iskandar itu entah tak seberapa......


4.MACAMANA bab CONSULTANT pulak ni?... consultants 50-50 atau 100% dari singapura untuk projek kat singapura, dan 50-50 atau 100% dari Malaysia untuk projek kat wilayah iskandar?...


5.DUIT bahagian kita nak buat projek kat singapura tu mai mana?
dari malaysia ka atau pinjam kat singapura?....saya fikir dari singapura.


6.DUIT bahagian projek singapura kat wilayah iskandar tu mai mana? dari malaysia atau singa-pura?...saya fikir mesti dari malaysia dalam hal ini, tapi kalau kena putaq ,duit tu mai dari singapura jua la...


7.NI BUKAN NAK PELECEH tapi setakat ni la...kalau projek dari kerajaan malaysia kalau tak silap kata menteri jabatan kerjaraya dulu piwaiannya ialah 80-90% gagal...lewatla,cost overun la dan senyap sunyi sebahagianya!!.

Ni belum kira yang bocoq,yang runtuh, yang senget,yang mendak,yang kiat dll....



WALAU MACAMANA PUN TAHNIAH JUGA KAT PM kerana ada usaha yang baik..bukan dia bolih ambik tau A sampai Z segalanya betui tak?...



SATU lagi kalau stesyen keretapi KTMB diubah kewoodland, bolih tak malaysia buat jembatan terbeng-kalai dulu sampai kat woodland? Keretapi KTMB lalu kat atas titi tu laa...kereta pulak kalau depa tak mau bolih ikut jalan lain! ..paip ayaq dengan bil baru bolih ikut titi baru tu.....



Abu Bakar Ab Rahman

pakbelalang said...

Whatever it is, I think the Singapore govt. must have studied the deal from A to Z and Z to A to make sure that they would gain more than Malaysia. They are more shrewd than their Malaysian partner. If this time around the Malaysian govt. make a slipshod deal then I think Malaysia kena "kencing" lagi. If this thing happens then Azman Mokhtar must be taken to task !!!The whole bunch of Khazanah people who are involved in the deal must be sacked.

zeme said...

Salam Dato',

Saya berpendapat kejayaan terbesar Singapura dalam isu perpindahan KTMB Tanjung Pagar ini adalah kejayaan memansuhkan sama sekali pemilikan atas nama atau sinonim "Tanah Melayu" di bumi Temasik. Bermakna tiada lagi bumi Tanah Melayu di sana.

Apakah pihak kerajaan Malaysia telah melakukan kaji selidik terlebih dahulu keuntungan untuk tempoh jangka masa panjang dengan menerima pertukaran Marina South dan Rochor Ophir dengan mengadaikan "Tanah Melayu" kepunyaan KTMB? Sebaik-baiknya sebelum keputusan di buat, kaji selidik ke atas potensi Marina South dan Rochor Ophir di buat agar nanti Malaysia tidak berputih mata kelak.

Belajarlah dari sejarah, kerana kesan sejarah itu akan memberikan kita gambaran dan sempadan untuk merencana kemungkinan akan datang. Potensi untuk "Tanah Melayu" KTMB Tanjung Pagar dimajukan rasanya lebih besar berbanding memiliki tanah di Marina South dan Rochor Ophir. Itulah nilai sejarah dan tanda warisan yang bersisa membuktikan Melayu masih mempunyai "Tanah Melayu" di bumi yang dahulunya dikenali Temasik.

Wasalam.

Syed Husin said...

Dapatkah kita lihat fakta perjanjian untuk pastikan tanggapan kita salah.

Anonymous said...

at the least pm najib make a decision, good or bad , time will tell , like pak lah give away the 2blocks to brunei, he made a decision and now has to defend it...tun mahathir did not make the decisions on these issues and has strained relationship with the neibours.....we need to move forward...but all decision by the leaders must be transparent lah.....

langitbiru said...

Soalan-soalan Dato'AKJ 11-15, AMAT relevan dan significant

11. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib tidak merasi kebimbangan yang sama apabila bersetuju melaksanakan pembangunan semula stesen Tanjong Pagar atas dasar 60 peratus Malaysia dan 60 peratus Singapura itu?

12. Adakah tanah KTM itu akan berpindah hak milik kepada Singapura dan kemudiannya diserahkan kepada syarikat usaha sama Khazanah-Temasek untuk dimajukan?

13. Perlu juga ditanya dan dijawab sama ada pembangunan semula stesen Tanjong Pagar itu akan memperbaiki atau memburukkan daya tarikan serta daya saing Iskandar Malaysia yang juga ditujukan kepada pelabur dan pembeli Singapura?;

14. Apakah pembabitan Khazanah dalam projek raksasa Tanjong Pagar itu tidak akan menyebabkan pengaliran keluar pelaburan terus (FDI) dari Malaysia ke Singapura? dan

15. Apakah Khazanah akan meminjam daripada pasaran kewangan Singapura untuk membiayai penyertaannya dalam projek itu?

Seperti biasalah Dato', pemuka-pemuka, pembesar-pembesar UMNO TERUTAMA dari Johor sepantas kilat bagi beri sokongan padu.

Seperti biasalah Dato', surat khabar pencacai-pencacai sepantas kilat memuji kehebatan Najib merungkai menamatkan salah satu kes tertangguh antara Malaysia-Singapura.

Ingat, surat khabar pencacai-pencacai ini dulu sepantas kilat begitu hebat memuji kehebatan Pak Lah merungkai menamatkan kes tertangguh antara Malaysia-Brunai, akhirnya Malaysia merana!

Dato'

Rakyat sekarang dah bijak! Rakyat tak nak kata-kata dari pemimpin, "Kita Tidak Rugi", "Win-Win Situation", KITA NAK PENJELASAN KEPADA BEBERAPA SOALAN SEPERTI SOALAN2 DATO' DI ATAS.

Perjelaskan fakta-fakta penting, kenapa takut nak jelaskan?

Ini KEDAULATAN NEGARA, hak mutlak rakyat. Berilah penjelasan sebaik mungkin kepada rakyat, perkara yang sebenar.

Isu Blok M,N, SELAMBA JE Rais Yatim cakap dua tiga patah perkataan situasi menang-menang, tapi apa dia?

Batu Puteh tu kenapa tak bincang sebagaimana bincang Tanjung Pagar? Singapura AMAT TEKUN BERSEDIA mempertahankan Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa, kita cuma hantar para diplomat, duta sahaja!

Keputusan Batu Puteh tu tak lama, baru 2 tahun lepas.

Blok L,M pun tak lama, baru 1 tahun lepas.

Hari ni, Tanjung Pagar juga terlepas.

NAMPAKNYA DAH 3 KALI KITA 'TEWAS' DALAM PERUNDINGAN ANTARA NEGARA JIRAN.

3 kali kita "kena jual" atau "kena beli"???

WIN-WIN nya MANA Dato'?

Pak Belalang, kalau sekali boleh kata kena kencing. Kalau tiga kali, nak kata kena apa...?

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kepada En Zabri Mokhtar.... ada satu je dari Malaysia iaitu pasir...!!!

skilgannon1066 said...

Salaam, Dato

Judging from your post, it appears that you are highly sceptical about the agreement announced between PM Najib and PM Lee Hsien Loong (tolong lah, Dato - at least spell the guy's name correctly!).

Seems to me that there is a lot of wailing and wringing of hands among those who would like to see the status quo re KTM's operations in Singapore maintained indefinitely.

When in doubt, Dato - go back to the British-era ordinances that set up the Malayan Railway link into Singapore and the 1990 Points of Agreement (POA) negotiated by Daim Zainuddin and then-PM Lee Kuan Yew.

You will no doubt know that the Singapore AG's staff and their international consultants would have studied these ordinances before negotiating the POA.

Just what were the terms of reference given to Daim by Dr Mahathir (which means the Malaysian govt) for his negotiations with Lee Kuan Yew?

Why was the negotiated and signed POA not discussed and approved by Dr Mahathir's Cabinet? Or was it done, but the discussions kept secret?

Why is Daim keeping silent about his role in negotiating the POA?

It also appears that some quarters in Malaysia still do not accept that Singapore is an independent sovereign state that can negotiate with Malaysia on an equal footing basis - i.e. no "abang-adik" relationship.

joe said...

Saya berpendapat tanah KTBM patut diserahkan kepada Singapura atas sebab2 kita pun tak boleh buat apa2 dengan tanah yang memanjang kira2 30km dan lebarnya kira2 15 kaki sahaja. Saya fikir pakar perancangan pembangunan yang paling hebat didunia ini pun pening kepala dengan tanah tersebut untuk dibangun dan dimajukan. Dari tidak mendapat apa2 faedah, sekurang2nya kerajaan Singapura telah menggantikannya dengan tanah yang lebih berharga ditengah2 bandaraya Singapura.
Satu lagi yang saya kurang faham bagaimana FDI Malaysia lebih banyak mengalir ke Singapura, sedangkan jika Datuk melawat Johor Bahru, beratus2 kilang Singapura yang beroperasi diJohor Bahru. Harap Datuk dapat huraikan. Terima kasih.

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Saya sebenarnya memang lambat sikit nak faham kesan dan implikasi dari Persetujuan Najib-Lee Shien Loong ini. Namun my first reaction ialah oleh kerana isu ini yang dikatakan berlanjutan hampir 20 tahun, saya ni a bit sceptical tentang bagaimana ia dapat diselesaikan dengan sekelip mata sahaja dari satu lawatan???

2. Hebat sangatkah kedua-dua pemimpin baru ini.Atau teruk sangatkah pemimpin sebelum ini, terutamanya TDM hingga tidak mampu selsaikan masalah begitu lama. Mungkin pemimpin lama, khususnya TDM dan LKY agak keras kepala hingga tidak mahu bagi ruang langsung untk tolak ansur.

3. Kita belum tahu samada persetujuan baru ini akan menguntungkan kedua pihak Malaysia dan S'pura (atau win-win) atau akhirnya akan hanya menguntungkan S'pura sahaja. Secara jujur, saya tidak percaya langsung yang ianya akan berakhir dengan win-win. Tidak mungkin S'pura akan biarkan ini terjadi. Mereka pasti akan menetukan supaya ia berakhir dengan keuntungan pada mereka sahaja.

4. Pada pendapat saya dari segi politik, adalah lebih baik isu yang berlanjutan sekian lama itu dikekalkan "at status quo". We should not be too good to our closest neighbor ini. Dengan cara itu mereka tidak boleh ambil kira or granted.

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,
Harapan kami pada Dato dapatlah sampaikan kerisauan ini kepada Tun Mahathir.
Kami percaya hanya Tun Mahathir sahaja yg dapat menasihati Dato Seri Najib.
Kami berharap isu-isu yg tertangguh diselesaikan dahulu/selari.
Saya sebagai anak johor juga bersetuju dengan Tun/Dato/dll bahawa tambak johor perlu dirobohkan agar dibina Jambatan.
Supaya laluan kapal2 antara Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas dapat lalui dan mengurangkan bau busuk selat tebrau tersebut.
Lagi sekali saya berharap Tun dapat menekan/mengubah Najib.
ikhlas,

zainal abidin awang kechik said...

INI PENGGAL TERAKHIR BUAT BN DAN NAJIB..MUNGKIN..

Roti Planta said...

Dato',

Kes penyerahan dua blok padang minyak kepada Brunei pecah selepas beberapa tahun diserahkan. Saya yakin walaupun media kerajaan dan pimpinan UMNO menghebohkan bahawa perjanjian dengan Singapura menguntungkan Malaysia namun saya yakin selepas ini akan terdedah kesilapan dan kerugian disebelah Malaysia terutama apabila DrM bersuara.

Penasihat APCO tentu lebih faham dan memainkan peranan dalam perkembangan yang berlaku.

Bye/Roti Planta

dino said...

Knowing well that the Singaporean are very shrewd compared to the mediocre and half past six manager of the Khazanah, I think we at the losing end unless the Khazanah guys is willing to explain the rational behind those deals

JohorMali said...

Tok,
Being a Johorean and living in JB, I personally feel that we can give up all the KTM land in S'pore and get something reasonably lucrative in return eg prime lands. Start planning a super duper KTM station at JB in anticipation of a fast train from Kul-Jhb or the Asian Express from Kunming to S'pore in the coming years ( with JB as the last stop) . Forget about the Kranji or Bkt Timah station. Just enhance the JB town ( or city!)

dino said...

Knowing the shrewd Singaporean compared to the mediocre management of the Khazanah, we are in the losing end as usual. Unless the Khazanah is willing to explain exclusively the rational behind the deal

kijangbakti said...

Salam Dato,

Malaysia oh Malaysiaku
1. Tiba-tiba dengar 2 blok minyak kita dah bagi orang lain

2. Sekarang tiba-tiba pulak dengar tanah KTM nak dimajukan di Singapura secara usahasama. Dah buat perjanjian dulu. Tanah kita tuu. Seratus peratus tanah kita.

3. Dulu buat perjanjian jual air mentah 3 sen untuk seribu gelen dan beli balik dari singapura 50 sen setiap seribu gelen. Dengar cerita perjanjian itu terpakai sampai sekarang.

4. Dulu dengar Maminco / Bank Negara Main share - rugi billion-billion.

5. Dulu dengar Bank kerajaan buat pelaburan berbillion di Hong Kong.. Rugi Besar.. Popular di seluruh dunia.

6. Dulu dengar cerita beli kapal terbang tapi dengar cerita tak semua ambil bawa balik. Biar reput di gudang orang lain

7. Dulu dengar cerita beli kapal selam. dengar cerita pulak kapal selam tak boleh menyelam dalam air.

8. Dulu beli kilang motor ratus-ratus juta dari Mat Saleh jual balik Euro 1 pada mat saleh

9.Dulu dengar Batu putih hak kita sekarang dengar kita dah berputih mata.

Kebanyakan cerita yang kita dengar kebanyakannya dah kita terima musibah baru kita tahu. Dah tak boleh buat apa-apa.

Saya nak kata pemimpin kita tak tahu buat kerja... susah jugak sebab kita lantik mereka jadi pemimpin jadi mereka lebih baik dari kita.

Lagipun kebanyakan mereka sijil bergulung-gulung dan ada yang lepasan luar negeri.

Nak kata memang takdir.. yalah adat berniaga atau adat dalam kehidupan ada untung dan rugi. Tapi kalau kesalahan yang berulang dan melibatkan wang ringgit yang besar dan terma-terma yang pelik-pelik susah juga nak terima.

Jadi sesiapa yang diberi tanggungjawab untuk menjaga harta kerajaan jagalah seperti duit anak-anak yatim. Besar bencana pada diri sendiri dan negara jika kita menyalahgunakannya.

Semoga Allah melindungi negara yang kita cintai ini dari segala bala bencana dan porak peranda

terima kasih

Tinta Hitam said...

Datuk,

Pad saya perkara ini adalah sudah jelas.Segala urusan penjualan tanah KTM itu dibuat kerana RM utk UMNO dan juga pemimpin pemimpinnya serta kroni kroni mereka.Itulah alasan sebenar kenapa kerajaan Malaysia membuat keputusan yan gmengundang kontroversi ini.

Pimpinan UMNO sebenarnya tidak peduli samada transaksi berkenaan akan merugikan negara dan bangsa.Faktornya sama sahaja dengan isu judi bola baru baru ini.Ini kerana penyokong penyokong UMNO yang terdiri dari 50-60% org org melayu tidak ambil pusing pasal isu ini.

Yang bising cuma pimpinan Pakatan Rakyat sahaja.Ianya tidak akan memberi impak besar kepada kemerosotan undi UMNO.Jadi apa perllu mereka takut?

Anonymous said...

dear datuk

1. We always get the shorter end of the stick when we deal with Singapore.

2. We do not have a good pool of negotiators.

3. Drill down to the source, when you put mediocre pple at helm, do expect them to do a mediocre job for you.

4. Intellectually we are freaking far behind Singapore. But it seems that no ones cares.

SAD

Anonymous said...

Dato'

Untuk apa ada tanah rel keretapi mengunjur masuk dalam negara jiran sedangkan pengguna lebih selesa guna kenderaan bermotor atau kapal udara?

Rakyat tempatan lebih ramai berbanding Singapura jadinya lebih banyak pelancung tempatan yang turun ke Singapura berbanding pelancung yang naik. Tang mana untungnya?

Duit kita kecil, kalau jalan2 cari makan kat Jurung RM seribu dua tak cukup. Sebaliknya, warga Singapura yang jual Bak Kut Teh hanya perlu bawa S$50 dapat ronda-ronda dari JB sampai Bukit Kayu Hitam. Siapa yang seronok/

Kesimpulannya:

1. Nostalgia pada logo KTMB di Kota Singa tidak membawa banyak erti kalau tidak dilihat dari sudut ekonomi. Manusia tak boleh hidup saja dengan nostalgia lama.

2. Betul ke dengan pengekalan landasan keretapi berkenaan selama ini menguntungkan dua belah pihak atau sebelah sini yang lebih rugi.

3. Tidak nampak apa yang penting sangat tentang hubungan darat antara dua negara di selatan. Dah tu dirancang pula hubungan darat yang baru. Untuk siapa?

ATAS PAGAR

Mustapha Ong said...

Salam Datuk KJ,

Datuk Kadir Jasin should be commendable for being responsible in highlighting some of the salient points that he had raised on the recent decision achieved as adhered to in the recently POA signed between Malaysia and Singapore.

However,Kadir Jasin's thoughts and assumption based on his comments need further clarifications, although those where his own opinion just like other postings in the alternate internet media.It is impossible to analyse in totality on all the issues raised in the POA,as some of the details are still being scrutinised by both sides although the essence of the principle issues had been included in the POA.

I believe other issues that have yet to be discussed were not conclusive,including the question of CPF's withdrawal, security and air space,educational exchange programs,investment incentives to the Iskandar Malaysia and other outstanding issues will be followed up in the second round of our bilateral talks with Singapore.

In relevance to the recent POA package,we should appreciate the various initiatives taken by prime minister Najib in successfully concluded the negotiations that were swept under the carpet by former prime minister Tun Mahathir and Tun Abdullah administration.Both former prime ministers owe the nation some explanation as to the true reasons that had led to the abode of the POA signed in 1990.We should give due credit to Najib and not pointing fingers on the "suspected negative aspects of the POA" without proper consultations and due diligence.

Anwar Ibrahim does it all the time for his own political agenda and the APCO ISSUE is one of them that he used to blackmail Najib's administration.While all these issues had been raised in Malaysia,his comrade in arms Raja Petra Kamaruddin (RPK) is currently spinning all the lies that they hope to impeach Najib's creditability legally, and also to tarnish the international image of Najib's administration under BN government.

These are the traitors to the government and should be brought to justice at all costs.They seemed to give the notion that prime minister Najib and the government belong to them only, forgetting that the majority Chinese, Malays,Indians and others too have a share of the country's talent and wealth!

I believe it's best that the essence of the POA signed between the two brilliant prime ministers should be left to the professionals and corporate consultants to fine-tune the issues that had been agreed upon in the realisation of our enhanced bilateral relations with Singapore.

There is only 1PM and 1BN government,the rest are all critical observers, with or without their vested interest or personal political agenda.Why should Anwar or LKS demanded that the POA should be subjected to parliamentary deliberations?

The majority of the blogger's comments do not have personal interest in debating the issues publicly and without any prejudice.However,the government needs to engage us in such a conducive public discourse on all national issues.in order to emerge in a win-win situation.

Anwar Ibrahim and LKS can wait until the next PRU13th before they think that they are entitled to mess up and confused BN government's domestic and international initiatives,in pursuance of their selfish political agenda.

It is very obvious that even their Zionist and Jewish friends are now treating them with suspicion and issuing condemnation statements against their unethical behaviours.For Anwar Ibrahim, everything that the BN government do are against his selfish agenda and accused our leaders that they are conspiring to end his "estranged political career."

airman_1 said...

aku tidak faham la...kenapa kita ni hendak sangat berbaik baik dgn singapore ni, harap sangat dgn pergantungan ekonomi kpd singapore apa? tak da singapore ekonomi kita teruk sangat ke? hai..ya lu orang aa tatak pikir ka..orang kata bukan saya kata. fikir diluar kotak look at singapore last????

wajasetia said...

Salam Dato'
Setelah sekian lama kita dikalah oleh negara jiran yang satu itu dalam pelbagai bidang dan peristiwa, adakah kita boleh yakin kali ini negara kita boleh menandingi singapura dengan kelebihan sebanyak 20%?
Apakah senario situasi "menang menang" ini akan sama seperti situasi "menang menang" kita ke atas kes Pulau Batu Putih?
Seakan sama seperti peristiwa Limbang dan Blok M Petronas, segala-galanya nampak menarik sewaktu perjanjian ditandatangani.

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri Jay Bee, antara lain,menulis:

"Sebagai warga JB, saya agak terkejut atas kenyataan diatas. Setahu saya banyak pelaburan dibuat di Johor dari negara Selatan dalam bidang pembuatan(manufacturing) dan lain-lain disebabkan perbedaan matawang yang ketara.

Boleh Dato' nyatakan sumber daripada kenyataan di atas berkenaan dengan FDI (Foreign Direct Investment)."

Berikut adalah perangkaan bagi tahun 2009, 2008 dan 2006. Sumber adalah Bank Negara.

FDI for 2009:

From Singapore to Malaysia is RM 3.564 billion.
From Malaysia to Singapore is RM 5.791 billion.

FDI for 2008:

From Singapore to Malaysia is RM 4.164 billion.
From Malaysia to Singapore is RM 8.684 billion.

FDI for 2006

From Singapore RM3.01 billion
To Singapore RM4.62 Billion.

Terima kasih.

musalman said...

Bak kata pepatah Inggeris....Kerajaan Malaysia kita ni...penny wise...tetapi pound foolish. Samalah mcm kes subsidi skrg ni.
Beratus2 billion yg lain rugi tak tentu hala tak pulak nak difokus....tapi yg ciput kt rakyat ni lah nak dicantas-dipotong-diperah jua.
Satu lagi...sape dlm kjaan boleh gerenti duit2 yg kononnya bakal dijimatkan dari subsidi tu tak disalahguna utk mengenyangkan kroni2 pulak. Sumpah depan Kaabah pun rakyat tak percaya.

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri Skilgannon1066, tq for ponting out the typo. Correction made.

Sdr Joe, yang kita nampak di JB ialah banyak kilang milik Singapura.

Tetapi yang kita tak nampak adalah berbilion ringgit duit Malaysia yang dihantar ke Singapura oleh tauke-tauke dan konglomerat besar Malaysia macam Genting, IOI, YTL, Kuok dan banyak lagi.

Ada juga duit itu balik semula ke Malaysia sebagai "pelaburan asing".

Dalam hal FDI, kitalah yang pada akhir-akhir ini banyak membantu Singapura.Bukan sebaliknya.

Siapa tahu duit Singapura yang masuk ke IDR itupun sebenarnya duit Malaysia yang dibawa ke luar ke Singapura oleh tauke-tauke Malaysia?

Tapi nak salahkan Singapura pun tak boleh. Lee Kuan Yew, Goh Chok Tong dan Lee Hsien Loong berkhemah di negara-negara Arab untuk tarik pelaburan.

Kita, nak layan pelawat rasmi dari negara-negara Arab pun sambil lewa. Hantar junior minister sambut dan jadi menteri pengiring.

Menteri Luar kita pun bila sakit pergi ke luar negara cari rawatan!
Tapi dia juga yang sibuk kempen medical tourism di Malaysia.

Bila Arab melabur berbilion dolar dalam Islamic Banking di Singapura, kita marah dan hairan.

Sudahlah diplomat kita nak cakap dan nak runding pun tak tahu, pemimpin kita pun buat tak hal dengan saudara seagama dari Asia Barat yang banyak modal.

Terima kasih.

saji said...

Salam Dato'

Rasanya pelabur tok Arab yang Dato' kata tu ada ambil kick back atau tidak?

Atau, pernahkah Dato' dengar pemimpin politik Singapura ambil kick-back daripada pelabur?

alunbm said...

Dato kata,
Lee kwan Yew,Goh Chok Tong dan Lee hsien Loong berkhemah dinegara-negara Arab untuk tarik pelaburan.

Comment: Memang benar itulah yang dilakukan oleh orang-orang penting Singapura seperti saya baca dalam media tak lama dulu. Depa tau tok-tok Arab ni banyak duit so why not pelawa tok Arab melabur dinegara depa. VVIP/VIP kita nganga tunggu lalat masuk mulut!!!

Dato kata lagi,
Sudah lah diplomat kita nak cakap dan nak runding pun tak tahu.Pemimpin kita pun buat tak hal dengan saudara seagama dari Asia Barat yang banyak modal.

Comment: Saya cuma boleh tumpang simpati saja lah maklum la saya hanya rakyat biasa tak macam diplomat dan pemimpin tentulah orang yang bijak pandai tapi nampak nya mereka tak guna kepandaian mereka untuk memakmorkan dan mengkayakan Malaysia demi kebaikkan rakyat Malaysia sepenuhnya.
What a shame...........

Anonymous said...

Dato'

Terima Kasih atas jawapan Dato'. Saya telah mencari dari halaman Bank Negara tapi saya tidak dapat data untuk FDI.

Berikut adalah dari halaman Webpage Singapore. (Dalam matawang Singapura/Singapore Dollars)

2004,

FDI from Malaysia to Singapore 5.033 billion
FDI from Singapore to Malaysia 14.733 billion.

2005,

FDI from Malaysia to Singapore 8.159 billion
FDI from Singapore to Malaysia 17.878 billion

2006,

FDI from Malaysia to Singapore 8.412 billion
FDI from Singapore to Malaysia 18.925 billion

2007,

FDI from Malaysia to Singapore 11.378 billion
FDI from Singapore to Malaysia 22.784 billion

2008,

FDI from Malaysia to Singapore 11.209 billion
FDI from Singapore to Malaysia 24.341 billion

Sumber,

http://www.singstat.gov.sg/pubn/business.html#sia

http://www.singstat.gov.sg/pubn/business.html#fei

Melalui laporan yang diberikan, Malaysia adalah negara ke 4 terbesar destinasi pelaburan Singapura.

Adalah amat benar komen Dato' yang banyak pelaburan besar dari Konglomerat seperti Genting terutamanya kerana industri Kasino yang baru dibina.

Tapi saya percaya aliran pelaburan adalah lebih dari Singapura ke Malaysia dari sebaliknya.

Maaf sekiranya memberikan data yang berlawanan dengan Dato'. Ada pepatah orang putih mengata "Numbers are the best discription of a problem".

Sallam. Jay Bee

Anonymous said...

Salam Dato',

Tulisan Dato' 8.32 pm tu walaupun ringkas tapi menceritakan segalanaya. Itulah kualiti peimpinan yg kita ada (yg kita hasilkan sebenarnya). Bila kita kutuk mereka sebenarnya kita kutuk diri kita juga. Dulu pernah saya postkan reply ke blog Dato' ni dengan terjemahan sajak nukilan Khalil Gibran yg berjudul "Bangsa kasihan @ Awe to a nation". Rasanya isi sajak tu mencerminkan kita sebagaimana Gibran melihat Lubnan awal kurun lepas. Kasihan kita...

Saya amat setuju dengan pandangan pembahas JohorMali dan ATAS PAGAR. Dalam dunia ni kita tak boleh harap orang lain berbelanja (melabur) untuk jadikan kita kaya (maju) melainkan jika dalam proses itu dia namapak dia akan jadi lebih kaya. Kita juga tak boleh harap orang lain (misalnya billionaire Cina Malaysia) melabur dalam negeri sendiri (negeri inilah) kalau dia nampak untung lebih besar akan diperolehi jika melabur dinegeri lain (spt Singapura). FDI hanya datang mencurah-curah jika iklim pelaburan tempat kita berpotensi besar membawa keuntungan DAN pelaburannya selamat. Kita kena bina kekuatan sendiri DAN jujur kepada diri sendiri.
Pulau Singapura atau Temasik adalah sejarah silam Melayu Nusantara. Dia telah terlepas dari kita hampir dua abad yg lalu. Amat sedih bila kita ingat tarikh 1819 tu: Ketika Oersted di Copenhagen menemukan kesan magnet disekeliling dawai yang mengalirkan arus elektrik, kerabat Raja Johor memajakkan Temasik dengan habuan duniawi yg ciput jer...Abdullah Munshi yg peranakan Keling tu pun kesal dan sayu dengan kebodohan tu..

Saya secara peribadi setuju tanah KTMB tu dijual kpd Singapura dan perolehan dpd transaksi tu digunakkan untuk menjana pendapatan. Dalam zaman moden ni kita mesti ikut cara moden..inikan zaman k-economy, global village, borderless economy,..entak apa-apa lagi. Mana ada lagi taukeh-taukeh kedai Cina kat kampung macam tahun 60an dulu..Ramai yg dah cabut ke bandar-bandar baru kerana disitu ada peluang buat duit lebih.
Kampung Baru KL adalah contoh terbaik mengenai pembangunan ekonomi. Ada Melayu di situ yg hidup senang lenang kerana majukan tanahnya menjadi kedai/hotel/pejabat untuk disewa tapi ada juga yg masih kat takuk lama. Anak cucu bolehlah rasa senang hati sebab ada tanah pusaka kat KL..takat tu aja lah.

Terlanjur cerita fasal tanah KTMB maka sentuh juga fasal paip air PUB. Singapura dah capai kemampuan bekalan air sendiri 100%, jangan nanti JB terpaksa impot air dari Singapura... Sudah terlalu banyak apathy yg akhirnya memerangkap diri kita.

Pak Hj JB

langitbiru said...

May 27, 2010 23:30 PM BERNAMA

Umno Backs Agreement On KTM Land In Singapore, Says Najib

KUALA LUMPUR, May 27 (Bernama) -- Umno's Supreme Council (MT) backs the agreement Malaysia entered with Singapore to shift Keretapi Tanah Melayu Berhad's (KTMB) rail station in the city-state from Tanjong Pagar to Woodlands next year and jointly develop KTMB's land there, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, who is also Umno president, said the party viewed the agreement reached between him and Singapore premier Lee Hsien Loong on Monday during his visit to the republic as a win-win outcome for both countries.

"I had explained to the MT regarding the Point of Agreement (PoA) between Malaysia and Singapore relating to this issue called 'PoA plus plus' and it was well received by the MT which saw it as a mutually beneficial resolution.

Macam biasa, "win-win outcome". Macam tak biasa, 'PoA plus plus'!

Anonymous said...

salam dakj,

kalau diumpamakan sebagai barang, malaysia ni barang yang takde kelas. barang senang nak dapat, harga boleh nego kaw-kaw punya. ada pelancong, pelancong yang cari makan di sini bukan pelancong tulen yang berbelanja seperti yang dikehendaki.

thai dan cambodia masih berperang walaupun icj buat keputusan serah kuil pada cambodia. diorang dok berperang pertahankan hak kedaulatan dan maruah masing-masing. tapi malaysia ni, dah hilang pulau batu putih, jambatan bengkok tak boleh buat dan byk isu lagi la yang menjadi duri dalam daging, pun masih boleh bekerjasama rapat dengan singapura macam takde berlaku apa-apa. takde rasa apa-apa. sebab tu la depa pandang kita sebelah mata.

pemimpin jangan la memerintah negara ni macam harta mak bapak dia punya. perkara besar macam ni tak boleh putuskan dalam lawatan dua hari, kena ada thorough study dan mesti dibuat secara transparent.

fed up la tgk pemimpin negara sekarang ni. saya yakin banyak implikasi positif dan negatif yang boleh diandaikan dalam senario malaysia singapura ni dan akhirnya pastilah malaysia yang takde kelas ni akan kalah kepada singapura yang ultra kiasu ni. let us see.

aku bukan politician

eddy said...

Salam Dato', another factor to consider is how good and how high is the integrity of our Khazanah Managers who will be handling the 60 percent equity in the M-S Pty. Ltd. with Temasek who will have 40 percent equity.

For this JV company I think there should be a all party Parliamentary Oversight Committee(BN and Opposition Parties) to oversee decisions made by Malaysia's Khazanah in this company.

My confidence level in Khazanah's competency to handle things with Temasek is at an all time low right now Dato'. Our GLCs are beginning or already becoming Government Losing Concerns. TQ.

langitbiru said...

Menarik,

Pak Lah pergi Brunai, selesai isu tertangguh, serah Blok L,M.

Najib pergi Singapura, selesai isu tertangguh, serah Tanah KTMB.

Makna, pemimpin kita PERGI SERAH.
Bukan pemimpin mereka DATANG AMBIL!

Tertanya-tanya saya,
Apakah pemimpin Brunai, Singapura, berkali-kali lagi dan lagi dok tanya pasal isu tertangguh, sampai Wisma Putra tak larat nak layan maka pemimpin kita terpaksa pergi ke sana untuk bincang,

Atau,

Pemimpin kita yang hujan dak ribut dak dok sibuk-sibuk 'nak pi serah'? Banyak lagi isu rakyat, negara yang perlu Najib selesaikan dulu....MEB,GST etc....

Tup tup THE STAR muka depan hari ni tulis CRUNCH TIME...Derih Jala kata kalau tak buat apa-apa negara akan bankrup 2019......wow....phew..kerja sapa ni???

“If we do not do anything, by 2019, our debt will equal our GDP. We do not want to end up as another Greece,” he said at the Subsidy Rationalisation Open Day.

Yang dok peliknya, sebulan dua ni, surat khabar pencacai dok habaq, ekonomi amat baik, 10 negara paling kompetitif, bla,bla,bla....lah.

DAN sekarang....bakal BANKRUP!!!

Apa cerita ni...?????

Oooo....itu cerita masa kempen PRK.

Sekarang cerita benar???? Gitu???

Paksooyon said...

Dato,

Lagi sejarah akan berulang. Pulau Temasik itu sendiri. Dah dapat kembali pada tahun 1963, hilang balik pada tahun 1965. Tahun 1509, Melaka juga diberi tanah luas sekadar belulang kambing tapi semuanya hilang. Kedah dipajak kepada British dengan harga yg amat murah, selama ada bulan dan matahari.

Syarikat JV untuk majukan tanah KTMB,bila alami kerugian besar nanti ada reverse take-over, akan hilang semuanya. KITA AKAN TERUS MENGGIGIT JARI.

Jangan biarkan Wilayah Iskandar juga terbang bersama Batu Putih.

Wilayah Iskandar dimajukan dan Singapura yang banyak melabur, nanti banyak pekerja asing dibawa masuk, lebih banyak masaalah sosial dan keselamatan. Singapura tetap aman dan selamat.WIN & WIN POSITION FOR SINGAPORE, ITS THE REVERSE FOR MALAYSIA, LOOSE AND LOSS.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Tak tau pasai apa,bila runding dgn Singapura rasa macam rugi kita.

Awat hebat sangat ka depa ni?Pandai putaq sangat ka?Dak kot.

Semua tu bab duit.Kalu ada duit sapa sapa pun hebat.Brunei pun pukui kita.

Selagi duit bukan maruah Malaysia yang dicari,selagi tu kita akn kalah dalam apa apa rundingan.

Kalu dgn Indonesia depa pulak bungkuih.

BAB NI SAYA RESPECT TUN MAHATHIR,KUAN YEW PUN HANCUS.

TK

Anonymous said...

senang cerita macam ni lah:

grup grup yang marah sangat kat najib, on this singapore issue ni, ada satu sebab sahaja. Grup grup ni rasa tertinggal, dan tak dapat merasa kueh kueh yang bakal di bahagi bahagi kan. marah sebab tak dapat. tu je.

bukan pasai melayu ke, pasai, patriotik ke, atau pasai nasionalis. cukup cukup lah kalau nak membelit pun. ini jaman internet lah.

Grup grup yang ber iya iya sangat, menyokong, dan setuju macam nak gila, pulak, is the opposite. tergolong dalam yang akan dapat. tu je.

same ol' same ol'.

Yang aku jelas, suka tak suka Madey on issue singapore, jangan sangat di pandang sebagai alasan patriotik atau nasionalis bla bla bla.

its just plain business driven decisions and sentiments, by & for him and his cronies.

was there, been there done that. jgn lah nak kelentong. Cukup cukuplah Datok Datok Tan Sri Tan Sri, kalau nak makan lebih pon.

Yang dah dapat dulu cukoplah. awat cepat sangat habis? hmmmmm boros. lebih kuah dari sudu.

-Si labu terjon dgn luncai nya-

mad said...

langitbiru, saya pun baca the star hari ni. tak boleh tulis sini sumpah seranah yg saya lemparkan bila baca minyak akan naik, gula dan banyak lagi bahan keperluan yg akan dinaikkan setahun dua kali. belum pun sampai dua minggu akbar menghebohkan negara kita di tempat ke 10 negara paling kompetitif, malah mengalahkan jepun dan korea. maaf saya bukanlah tinggi pelajaran, mungkin menjadi antara top 10 negara kompetitif tak ada kena-mengena dengan ekonomi negara. saya pun kurang pasti kompetitif dari segi apa sebenarnya. mungkin kompetitif dari segi mengawal dan menggagalkan ceramah pembangkang kot. yang ini saya setuju memang kompetitif.

Sultan Mansoor said...

Datuk.

Susan nak melawan dengan Singapura dalam hal ini.Singapura tidak akan bersutuju dengan sabarang perjanjian jika tidak menguntongkannya.

Jika tidak silap didalam POA dengan Tun daim ada di sebut Singapura akan memberi sakeping tanah di Marina Bay kapada Malaysia untok di majukan.Di dalam Perjajjian dengan najib ada di sebut tapi tidak jelas ,sapertu berapa luasnya tanah di beri,dan untok kegunaan apa.

Saya nampak barisan kabinet yang mengikut Najib berunding dengan Singapora semua nya boleh masok poket Kabinet Singapora.

Singapura juga bersetuju untok memajukan bersama kawasan banbdar Iskandar dengan Khazanah kerana ia bercadangkan memindahkan pendudoknya yang tidak mampu terutamanya orang Melayu Singapora ka Johore dan kawasan perumahaan mereka akan di bangunkan apartment mewah untok dijual kapada orang luar yang di bawa masok ka Singapora dengan harga yang tinggi.Yang Untong Singapora.

Lee Kuan yew mahu menjadikan Singapora saperti Monte Carlo di Southen France.Di Monto Carlu merupakan play groung rich and famous.Di sana ada Casino,ada F1,ada Marina,ada financial centre dan pusat entaitement yang besar.

Di Singapora pun dah ada Casino,F1,Tempat hiboran dan makanan yang khas untok orang kaya,Ada Marina,ada kemudahan kebebasan
cukai dan lain lain lagi.

Kadir saya berani bertaroh yang pembangunan bandar Iskandar oleh Singapora ia lah untok dia memindahkan orang2 melayu Singapora ka Johore.

Ahmad Mastan said...

Dato Kadir.

Singapora bersetuju untok memajukan bandar Iskandar dengan Singapora kerana Lee Kuan Yew mempunyai idea untok memindahkan orang2 Melaytu Singapora untok tinggal di Johore.

Selamat Jalan melayu Singapora.

Pak Mat Tempe said...

Dalam PRU12 BN masih kekal merintah hasil majoriti yang diperolehi walaupun tak dapat 2/3 majoriti. Kita dah beri mandat BN memerentah lagi,Pada masa itu yang setuju dengan dasar BN undi BN dan yang tak setuju polisi dan kurang yakin dengan BN mereka undi PR. Keputusannya kita dah beri mandat DS Najib mengetuai kerajaan dan membentuk kabinet bermakna kita dah memberi kepercayaan kepada mereka membuat keputusan, membuat deal,dalam malaysia diluar malaysia, (dlam hal ni 'G' to 'G') bagi pehak rakyat dan negara . Itulah sistem kita.

So, kita kena percaya dan yakinlah kepada pemimpin pilihan kita . Kalau tak yakin dengan mereka bermakna kita nak yakin dengan sapa pulak kerana mereka yang kita beri mandat sebagai kerajaan dan DS Najib sebagai ketuanya. Kalau masih tak yakin juga dan mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pilihan kita bermakna kita mempersoal keputusan kita sendiri. Pemimpin tugasnya memimpin dan membuat keputusan yang kadang2 kontovesi, dan dalam kes ini badan yang pelu dirujuk dan runding oleh Ds Najib adalah kabinet dan MT UMNO dan BN. Tak kan nak runding dengan PR pula.

Kalau PR tak setuju kena sabarlah kerana yang memerintah sekarang adalah BN dan mereka mempunyai mandat membuat keputusan. Jika nak bincang juga masih boleh dibincang dalam forum satu lagi iaitu Dewan Rakyat. Tak gitu Dato'. Saya bukan orang politik sekadar memberi pandangan yang kadang2 kita terlupa .

Kalau tidak DS Najib kena tuboh 'think tank ' atau penasihat dari profesional atau bekas2 pemimpin yang berpengalaman seperti TDM, Tan Sri Sanusi dan beberapa peguam2 yang terkenal kecekapannya. Wassallam

imlan adabi said...

datuk,
kita sering terpedaya dalam isu singapura. apa muslihatnya zaman pak lah berulang lagi?

Anonymous said...

Kalaulah sikap murah hati pentadbiran Najib ini iaitu akhirnya mengimplementasikan POA dengan harap Singapura akan berlembut hati untuk membenarkan pembinaan Jambatan Bengkok di lain hari, saya merasakan ia adalah satu langkah yang sangat SILAP. Singapura tidak akan terikat dengan mana-mana sikap murah hati tetapi setiap tindakan tetap ditimbang dengan kira-kira untung ruginya sendiri, bukan atas dasar persahabatan dan tolak ansur.

pengalaman lebih 30 tahun berunding dengan mereka mengajar saya akan sikap ini.


Perang bin Haji Mohd Salleh

Masam Manis said...

Dato,

Normally such a deal, cracks and leakages can only be seen after 3 years. It could be another Sime Darby fiasco in the making if the administration is not careful.

Singaporean are well trained in negotiation and the art of deception. They have to thank their good education system and emulated well the Israel mentality. Furthermore, based on historical record, success has not been on Malaysian side either. e.g. water tariff, crooked bridge, Singapore independent and recently Batu Putih.

DS Najib, must be mindful not only about his government political dominance but also lost of nation pride and respect if such history to repeat itself.

dATO REDZUAN said...

Dato Kadir.

Tepat sekali komen dato mengenai sikap Menteri kita dalam menarek pelabor Arab.

Lee Kuan Yew sanggup tinggal di Qatar hanpir dua minggu demi untok berbaik dengan keluarga di raja Qatar.Dia pergi berkelah sekali denhan keluarga di raja di padang pasir,dia makan pagi tiap hari dengan keluarga di raja Qatar dan memberi layanan istimiwa kapada Qatar.

Bia dia pulang Kerajaan Qatar memberi kontrek kapada syarikat Singapora untok membangun pelabohannya dan juga kontrek untok menguruskan pelabohannya berjumlah hampir 5 buillion US.

Syarikat Sime darby juga ada pergi diQatar,dapat kontrek untok membena petreo chemical projeknya.Sima Darby rugi hampir 1 billion ringgit.

UEM juga dapat kontrek untok membuat jalan dan koleh teknikal.Dia ambil syarikat dari India sabagai rakan kongsinya.Saya beritahu saudara Wahid yanbg waktu itu menjadi CEO UEM supaya mengambil syarikat milek keluarga di raja sabagai rakan kongsi.Saudara Wahid kata tap payah,kami lebeh tahu dari awak.Akhirnya UEM rugi hampir 400 juta di Qatar.

Saya juga setuju dengan kenyataan Dato mengenai Menteri Luar kita.Bila dia sakit baru2 ini dia pergi berubat di Mount Elezibeth hospital di Singapora.

Saya juga setuju dengan kenyataan Dato mengenai sikap syarikat Malaysia yang membelanja berbillion ringgit membeli asset di Singapora.Contonnya YTL membelanjakan hampir 1 billion ringgit untok membeli sakeping tanah di Singapora hanya saluas 60,000 kaki per.Tapi dia tidak membeut sabarang pelaboran di bandar Iskandar.YTL menjadi billionair kerana pertolongan Tun Mahathir memberi IPP kapadnya dengan kadar yang tinggi.Jika tidak kerana pertolongan Mahathir YTL sudah benkrup.Nak bayar hutang bank 20 juta pun tidak upaya.

Genting juga telah membelanja hampit 10 billion ringgit untok membina kasino di singapura dan semua wang ini datang dari Genting Malaysia.

Khazanah Malaysia juga telah membelanjakan banyak wang di singapora.Membeli hanya 10% raffale College di singapora dengan harga 300 juta dan semalam dia mengumumkan telah membuat tawaran untok membeli saham Parkway di singapura dengan harga hampir 5billiom ringgit.

Kita orang Melayu maseh tidak sedar dan pemimpin politik kita asek berkeli dan berebut jawatan sahingga tidak sedar yang Negeri kita hampir benkrup.

Amat sedeh Dato ramai menteri kabinet kita tidak tahu apa untok mentabir negara.

Anonymous said...

Datuk, Salam.

Kadang-kadang saya tak faham, sat minta/tunggu pandangan rakyat sat pula tup-tup dengar KTMB kononnya win-win, tak pula tanya pandangan rakyat. Kalau subsidi kononya nak tanya rakyat dulu, mana satu ini yang boleh pakai!!. Ni lah orang dok kata macam-macam, nampaknya kalau keputusan macam nak masuuuuuk, tak yah dok dengar atau tanya depa, (macam juga kes lesen judi bola, ada semacam tak betui saja) TAPI kalau nak kena keluaq duit itu (subsidi), kita tanya dulu rakyat.. nanti takut tak popular .. Zaman telah berubah taktik lama tak berapa boleh pakai. Untuk kes KTMB, tengok gaya untuk jangka panjang macam nak rugi saja ... rasanya apa yang depa kata ... nak ligan Melayu Singapore tu ada logikya ....

Tmusang

Abdullah Ngah said...

pemimpin Melyu kita di Singapura sudah sekian lama kena tipu. Macam orang Palestin juga. Kena tipu memanjang. Pada hal sudah tahu kena tipu tapi tak serik serik hingga kehari ini.

Mungkin orang melayu gemar ditipu dan kena tipu orang kafir yang jelas telah diberitahu oleh Allah bahawa mereka musuh Allah.

Allah ditipu oleh Yahhdi makan orang Melayu yang tidak pagang ajaran Rasulullah SAW.

Yang paling menghairankan kita mengapa pemimpin Melayu gemar ditipu. Mengapa tidak ambil pengajaran yang dulu dulu.

Lee Kuan Yew dah lama tipu para pemimpin (perdana menteri) kita dengan pelbagai perjanjian yang menampaknya kita ini bodoh sangat.

hendak kata bodoh mereka cerdik dan pintar. Mungkin ada sebab seban lain yang barangkali Allah sahaja yang tahu manakala rakyat tidak tahu dengan persetujuan Najib dengan Lee Hsien Loong perdana menteri Singapura itu.

Rakyat memang bodoh, Tapi pemimpin melayu mana mungkin jadi sebodoh yang kita hampak sekarang. Macam jadi pak turut dengan apa sahaja tanpa memikirkan implikasinya kepada rakyat dan negara suatu masa dahulu.

Kalau pembangunan iskandar jelas tidak menguntungkan kita. Apatah lagi pembangunan tanah KTMB yang jelas boleh rugi apabila dibangunkan nanti.

Maklum sahajalah tanah milik kita yang pasaran hartanahnya begitu tinggi, tapi kita hanya 60 peratus sahaja manakala Temasik dapat 40 peratus mendapat saham kosong.

Sepatutnya hanya 20 peratus sahaja yang harus diberi kepada Temasik dan 80 peratus hak kita, kerana tanah itu adalah milik kita.

Kita tidak tahu mana dia rasionalnya status qua itu, Ini mesti ada yang tidak kena dan pasti pemimpin kita kena tipu lagi dan asyik kena tipu dek percaya dengan dengan orang lain.

Tinta Hitam said...

Saya nak tanya pada Datuk dan sahabat semua.Dah begitu teruk sekali UMNO "pissed" kita.Masih lagi nak sokong UMNO?

langitbiru said...

Wawasan 2020, Malaysia Jadi Negara Maju, KATA UMNOBN

Wawasan 2019, Malaysia jadi Negara bankrupt, kata Derih Jala.

Alasan Derih Jala,

Gula kalau tak naik 20sen/kg Negara akan bankrupt

Gandum kalau tak naik 20sen/kg Negara akan bankrupt

Minyak masak kalau tak naik 15%/kg Negara akan bankrupt

Gas kalau tak naik RM3/MMBTU setiap 6 bulan Negara akan bankrupt

Tarif Eletrik kalau tak naik 1.6sen/kWh setiap 6 bulan Negara akan bankrupt

(Sapa-sapa pakai Elektrik kurang RM20 sebulan dapat FREE. Ehh…sapa yang dok pakai elektrik RM20 sebulan????? Mesin basuh saja dah RM20 sebulan!!!!! )

Tol kalau tak naik 10-67% tahun 2010, Negara akan bankrupt

Petrol kalau tak naik 15sen 2010, dan 10 sen setiap 6 bulan Negara akan bankrupt

HEBAT, perlu buat konvensyen khas bincang pasal subsidi, SEBAB SUBSIDI penyumbang kpd BANKRUP.

Maka dijemput pakar-pakar ekonomi mikro,makro berkelulusan Master ,PhD bla,bla,bla NAK TUNJUK BUKTI, kalau tak naik harga-harga di atas, Negara akan bankrupt 2019!!!

TAK PULAK DIBUAT KONVENSYEN KHAS bincang RASUAH,KEBOCORAN HASIL NEGARA!

Kurang-kurang KONVENSYEN bincang Lapuran Ketua Audit Negara!!!

Tak buat LA, sebab UMNOBN ni MAKSUM DARI RASUAH!!!!!

OOpppss….Nak jadi Negara Maju Wawasan 2020,

Kalau tak belanja PKFZ 12.8 Billion, takkan Berjaya

Kalau tak buat Stadium 300juta dan runtuh, takkan Berjaya

Kalau tak buat Masjid-Masjid pelancung sepanjang sg Terengganu takkan Berjaya

Kalau tak buat Monsun Cup berjuta-juta takkan berjaya

Kalau tak buat BAKUN, takkan Berjaya

Kalau tak rugi Sime Darby 1.6 bIllion, takkan Berjaya

Kalau Pak Lah tak bazirkan 279Billion, takkan Berjaya

Kalau Keretapi berkembar tak rugi berbillion-lion, takkan Berjaya

Kalau Jambatan ke 2 Pulau Pinang jalan tak ikut jadual, bayar pampasan takkan Berjaya

Kalau tak bayar pampasan Jambatan Bengkok Johor –Singapura berbillion-lion, takkan Berjaya

Kalau tak masuk F1 1Malaysia-Lotus
maintainance 1-2 Billion setahun takkan Berjaya

Kalau Petronas tak taja pasukan F1 takkan Berjaya

Penat dah ehhh dok tulis……………terlalu panjang senarai ni…..!!!!

YANG BENAR-BENAR Berjaya adalah BERJAYA GROUP!!!!

52 tahun dok memerintah baru SEDAR NEGARA NAK BANKRUP?????

SO, 2019 Negara BANKRUP, ATAU, 2020 Negara MAJU?????

RUMUSAN GINILAH,

“WAWASAN 2020 MENUJU NEGARA BANKRUP”

"UNTUK ITU, UNDILAH UMNOBN"

Anonymous said...

“I am still studying the agreement. I still cannot identify the negative or the positive aspect,” he told reporters when asked about the KTM land swap.

Bukan agreement tu bawah OSA ke? apasal ahli parlimen pun takleh nak reveal tetiba TDM boleh pegang itu agreement?

minah ronggeng

A KADIR JASIN said...

Terima kasih para pembahas dihormati.

1. Sdr (Anon) Jay Bee, terima kasih kerana berkongsi perangkaan Singapura. Saya tidak pasti apa komponen pelaburan yang Singapura guna. Mungkin termasuk pelaburan jangka pendek dan tidak langsung seperti pelaburan di Bursa Malaysia.

2. Sdr Abdullah Ngah, memanglah kalau difikirkan Melayu (bumipuetara) saja, projek tanah KTM di Singapura dan IDR tidak akan untungkan mereka secara langsung.Kalau ada pun, tak banyak.

3. Berapa ramai Melayu mampu beli atau guna hartanah yang akan dimahukan di Singapura dan yang sedang dimajukan di IDR itu?

3. Realitinya, setiap sesuatu yang dibuat atas nama pembangunan, yang paling banyak dapat faedah adalah bukan Melayu, khasnya Cina, sebab mereka kuasai ekonomi dan ada banyak modal.

4. Kaji saja asal usul Kuala Lumpur. Bila tanah di KL dibuka, yang dapat adalah pelombong dan peniaga Cina. Taukenya Kapitan Cina Yap Ah Loy. Raja Bot tumpang sekaki saja.

5. Bila British tengok Melayu tak ada tanak di Kuala Lumpur dan di masa yang sama memerlukan sokongan Melayu, mereka wujudkan Kampung Baru tapi dibagi taraf pertanian.

6. Kemudian Melayu yang susah dari kampung dan pendatang dari Indonesia kongsi buka kampung setinggan macam Kampung Kerinci, Kampung Pasir dan Pantai Dalam.

7. Melayu Kg Kerinci, Pantai Dalam dan Kg Pasir baru saja nak rasa hidup lebih sempurna dalam bandar, tiba-tiba tanah sekitarnya diambil alih untuk dimajukan sebagai "Bangsar South". Berapa kerat Melayu mampu beli hartanah mahal-mahal macam tu?

8.Melayu dan rakyat miskin lagi teruk kalau Khazanah kena tipu atau rugi macam Sime Darby. Modal susut, untung tak dapat. Cukai dan dividen kepada kerajaan entah ke mana.

9. Jadi PM Mohd Najib WAJIB bagi jaminan pelaburan serta projek berbilion ringgit ini akan memberi pulang kepada negara dan rakyat jelata, khasnya Melayu dan Bumiputera, menikmati manfaatnya.

10.Kalau tidak rakyat tak percaya, apatah lagi bila Idris Jala dah gempar nak potong subsidi sedangkan kita tengok Menteri-menteri kita macam releks saja.

11. Tak guna ada projek hebat atau Model Baru Ekonomi kalau dalam pilihan raya rakyat tak sokong!.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam semua. Tertarik dgn hujah Langit Biru bernas sekali. Tahniah kerana anda mempunyai hati yg celik.

Malang sekali, bagi org2 yg masih menyokong kepimpinan PM skrg. Hati dan minda mrk masih dlm kegelapan.

Isu judi bola, ada pembahas masih boleh bersetuju(dah tentu penyokong karat umno) menulis;

1) Tiada salahnya judi bola dihalalkan krn org bkn melayu je yg berjudi. Betul ke anggapan ni? Kalau diharamkan spt TOTO, Magnum dsb, org melayu pun ikut beratur beli, apatah lg kalau dihalalkan. Mungkin lps ni liga m'sia, perlawanan kelab2 bolasepak pun akan dilesenkan bila npk untung atas angin. Keberkatan tak penting lagi.

2) Ada yg percaya Najib luluskan judi bola utk kesejahteraan rakyat. Ini mcm dah terpesong akidah. Kegilaan berjudi ini walau sekecil hama pun boleh menghancurkan institusi keluarga. Dahlah iman kurang, terpedaya dgn budaya haram!

3) Ada jugak yg hentam kerajaan PR kerana gagal menghentikan kilang arak dan judi yg sedia ada diluluskan masa BN dulu. Wah..senangnya fikir mcm tu. Dah BN buat taik merata2 nak suruh org lain cucikan. Skrg tambah pulak dgn judi bola.

4) Ada pembahas yg bangga dgn Petronas antara GLC yg berjaya mengalahkan S'pura. Tetapi tak malukah kita sbg org Islam mengharapkan judi dan kilang arak menghasilkan pendapatan tinggi utk negara ini. Negara ini amat kaya dgn segala sumber galian dan pertanian tapi dikhianati oleh pemimpin Melayu itu sendiri.

5) Dato, tak cukupkah pendapatan negara dari hasil judi Genting dan kilang arak Carlsberg? Sampai perlu dihalalkan judi bola?

6)P.Pinang pimpinan org Cina DAP dah menolak judi bola,negeri2 pimpinan org Melayu yg lain tak nak ikut? Tak malu ke?

Subsidi nak ditarik balik. Menghukum rakyat spt kita semua peminta sedekah yg membebankan pemerintah (yg paling kesian dan sadis ahli umno yg mengundi BN pd election yg lps. baru padan muka. sbb korang semua, majoriti rakyat menderita)

Kes terbaru la ni ttg KTMB, saya percaya pd pengakhirannya, negara ini akan rugi. Malang sungguh nasib negara kita Tok, krn dulu, kini dan selamanya mendapat pemerintah yang dayus dan lemah!


Rakyat dah bijak

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato Dan semua,

Dato A Kadir Jasin Kata:-
Terima kasih para pembahas...12:41 PM
BRAVO DATO BRAVO...
Terima Kasih Dato kerna senada dengan kerisauan kami semua.
ikhlas,

Anonymous said...

Dato'

Sepatutnya Halaman Web Bank Negara dapat menunjukkan index/indices seperti FDI dll kepada orang awam, orang akademik/pelajar.

Adalah penting untuk kita membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang betul. "Its crucial for us to make a judgement base on right information". Kes di Limbang mungkin disebabkan maklumat yang tak mencukupi atau tidak betul yang diterima oleh PM dan satu keputasan yang ketika ini diungkal oleh berbagai pihak.

Maklumat yang saya sertakan sebelum (http link) ini dari Jabatan Perangkaan Spura dan ditunjukkan secara terperinci pecahan pelaburan di Malaysia. Pada tahun 2008, Manufacting sahaja sudah RM7 billion, Wholesale/Retail Rm 6 billion. Kesemua lebih kurang RM60 billion berbanding dengan maklumat Bank Negara sebanyak RM 4 billion.

Maklumat ini mustahak kerana ada hubungkait antara pembangunan di Johor dan Singapura. Perihal ini harus diambil kira oleh kerajaan dalam hubungan dua hala antara 2 negara.

Dalam kes Tanjong Pagar, sebenarnya ada pertukaran hartanah di Marina South dan Rochor, Singapura. Bukanlah PM kita memberi Tanjong Pagar secara percuma kepada Spura seperti tanggapan ramai.

Dari segi geography, KTM Tanjong Pagar sendiri adalah jauh dari Wilayah Iskandar. Kedudukkannya, jauh di Selatan Singapura. Untuk membuat hubungkait dengan Iskandar, saya rasa adalah amat rumit.

Saya berpendapat, penyelesaian kes Tanjong Pagar ini adalah lebih positif dari kes Limbang/Brunei. Dengan adanya tren MRT/LRT secara terus dari Singapura ke JB pada 2018, ini boleh menaikkan ekonomi JB dan menyelesaikan kesesakkan lalulintas di tambak Johor.

Pemimpin kita yang paling kritikal terhadap Spura sekarang ini amat senyap. Mungkin menyokong perkembangan yang terbaru atau tak lama akan memberi respon yang tertentu.

Saya ucapkan terima kasih kepada Dato kerana memberi respon dalam blog ini.

Sallam, Jay Bee

saji said...

Salam Dato'

Bos Cina kontraktor kelas A saya dulu hanya memiliki kelulusan Diploma Civil Engineering.Tetapi apabila buat deal kontrak/bisnes dengan pegawai tinggi kerajaan, perunding dan mat salleh beliau memang mempunyai skill negotiation yang tinggi dari segi menjaga kepentingn syarikatnya. Di mana, saya sebagai pekerjanya, pernah terlibat menyumbang fikiran untuk memastikan dealnya berjaya.

Bagi saya, orang Cina dianugerah Ilahi memiliki skill negotiation yang tinggi berbanding bangsa2 lain termasuk mat salleh yang saya percaya ia dimiliki oleh Cina2 yang mengurus Temasek, tetapi tidak ada pada Melayu2 yang mengurus Khazanah.

saji said...

Salam Dato'

Untuk Khazanah memastikn projek2kendalian GLC2nya yang meliputi Sime Darby dan UEM tidak mengalami masalah kerugian/ cost over run, ada kualiti dan tak lewat siap hentikanlah perangai lamanya mengali-babakan projek atau total subkontrak atau sub -letting atau usaha sama.

saji said...

Salam dATO RIDZUAN

UEM juga dapat kontrek untok membuat jalan dan koleh teknikal.Dia ambil syarikat dari India sabagai rakan kongsinya.

Syarikat dari India tu sebagai rakan kongsi UEM atau syarikat ali-baba? Maksud saya, apa yang sdr maksudkan syarikat India tu sebagai rakan kongsi UEM?

Anonymous said...

assalamualaikum wbt.....


nampak gaya kita terus mengalah apabila berhadapan dengan negara jiran.....

diharapkan peristiwa pulau batu putih dan kes blok minyak brunei tidak terulang

amin..

H.A.P.R.A.K

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Kita sudah buat bancian dahulu. Kita sudah memberi penilaian kita.Apa yang kita hadapi sekarang sepatutnya tidak memeranjatkan kita kerana "Everything is written on the wall". Pada pandangan saya kita tidak boleh mengharapkan YAB PM dan kabinet berpatah balik kerana telah terikat dengan panel penasihat yang meyakinkan beliau bahawa inilah sahaja jalan yang terbaik untuk berjaya.Yang kita bimbang apa yang berlaku adalah terdapat agenda halus ,seperti yang dirasakan salah seorang panel "Ekonomi Bumiputra" bertujuan menjatuhkan UMNO/BN melalui dasar ekonomi yang tidak mesra bumiputera.

Kita misti maju kehadapan dengan bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kita dimaklumkan subsidi akan dikurangkan. Apa sebenarnya subsidi. Adakah ianya betul-betul untuk mengurangkan beban rakyat atau menampung pendapatan ahli-ahli perniagaan supaya nilai saham mereka tidak jatuh.Kita sekarang sudah banyak pakar ekonomi. Mereka perlulah kehadapan sekarang menolong anakbangsa maju melalui saranan bagimana tiap-tiap individu itu bertindak untuk memajukan diri sendiri , keluarga , masyarakat dan negara dengan tidak berharap kepada Kerajaan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

Hj Junid.Keramat said...

Dato kadir.

Dalam ulusan datuk,kesimpulannya dato mengatakan yang kita orang Melayu sukar nak bersaing dengan bangsa CINA.Pokok cerita Dato di sini ia lah Bangsa Cina.Singapora juga mempunyai pemerentah bangsa Cina yang bagitu pintar.Tengku Abdul Rahman kena tipu dengan Singapura dan Dr mahathir yang pandai dan bijak pun tak berupaya melawan Lee Kuan yew.

Bila cerita pasal CINA saya ingin memberi ulasan yang agak berbeza.Semalam saya terbaca satu buku yang di tulis oleh saorang Arab saudi yang membuat kajian pasar Dzulkarnian yang di sebut ceritanya dalam Quran surah Al Kalf.

Ceritanya berbunyi bagini,Zulkarnian mengembara ka Timur dan ia berjumpa dengan satu kaum yang meminta ia membuat satu tembok untok menghalang YAJOK dan MAKJUD dari menyerang mereka.

Dia amat terkejut bila ia dapati bahawa YAJUK DAN MAJUK itu berasal dari perkataan Cina(mandrin) yang bermaksud Orang dari Asia Continent dan Orang yang mahir berkuda.

Dalam hadith rasuallah riwayat Muslim Baginda ada menyebut yang YAJUK dan MAJUK itu rupa nya puteh,mata sepet dan hidong penyet.

Tembok yang di bena oleh Zulkranian itu ia lah Tembok Besar CINA.dan Yajuk dan Majuk itu merupakan bangsa CINA dari Utara.

Hadith juga ada menyebut yang apabila Yajuk dan majuk ini dapat melepasi Tembok yang di bena ia akan menjelajah serata Dunia dan memakan dan mengambil apa yang barada di bumi.

Kesimpulan saya YAJUK dan MAJUK ini bangsa Cina dan sekarang ini ia telah merayap serata Dunia.Kesemua negara Afrika penoh dengan bangsa Cina,bagitu juga dengan South Amerika,Australia,Europah dan Amerika.

Malah saya amat terkejut bila saya melawat satu kampong di selatan Turkey saya terjumpa dengan bangsa cina yang menetap di situ,Mereka buka restoran Cina dan membeli keluaran pertanian dari Turkey untok di hantar ka CINA.

Di Afrika,Australia dan Amerika Selatan dan Timur tengah mereka membeli semua lombong arang batu,bijeh besi,minyak emas,Boxied dan kayu balak dan hasil petanian dan laut.

Baru2 ini mereka juga telah memasoki Mekah dan Madinah kerana Kerajaan saudi telah memberi kontrek kereta api bullet kapada syarikat Cina.Oleh kerana hanya orang Islah yang boleh masok Mekah dan Madinah maka kesemua engineer dan Pekerja nya yang saramai 600 orang telah masok Islam.

Kesimpulannya dato.Hari Kiamat dah hampir,YAJUK dan MAKJUD ( Bangsa CINA) telah keluar dari sarangnya dan merayap serata Dunia.Orang Islah akan kalah sahinggalah turun Imam Mahadi.

Kerajaan Singapura di perintah oleh Yajuk dan Majuk.Orang Melayu Islam tak akan dapat melawannya.
Saya rasa dah tak bermaya untok hidup
WaaAllahul alam.

Anonymous said...

Datok
melihat komen dan ulasan pembahas dan fakta,data yang dikemukan seperti nilai fdi,ipp,ytl,dan macam-macam lagi yang menampakkan malaysia rugi dan kalah dengan singapura tenya membuktikan bahawa kerajaan (umno ) telah gagal bersaing dengan singapura.masalah saya ialah adakah musibah ini baru berlaku atau setelah sekian lama.kenapa kita nak sedih sekarang waktu nasi sudah menjadi bubur,kenapa tak sedih 30 tahun lalu waktu tun mahatir masih berkuasa,jangan nak salahkan pemimpin yang ada la ni,tengok punca masalah yang sebenar,contoh sudah diketahu bahawa ytl dapat ipp dengan tnb dan pembayaran dibuat dengan cash dan tnb sengsara menanggung biawak hidup untuk tempoh yang lama.ds najib cepat2 buat penyerahan tanah itu atas desakab singapura kerana bimbang dalam pru 13 bn/umno akan kalah.makna kalau nak harap umno nak pertahankan hak malaysia minta maaf lah,sepatutnya ngos yang heret kepala lembu hari tu buat demo di singapura.perkara ini sudah dibangkitkan lama dulu oleh PAS tetapi biasalah masyarakat termasuk pembahas dalam entri ini akan menafi dan mempertahankan umno .sekarang ambik engkau.jangan pelik orang2 acam ini akan mengajak seluruh rakyat jelata mempertahankan kedaulatan,bersatu dan macam2 lagi.kesimpulan umno telah lama gagal menjaga dan mempertahankan hak malaysia.
sekian
zmy

Mustapha Ong said...

Salam Sdra Datuk Kadir Jasin,

Saya amat tertarik sekali dengan ulasan Hj.Junid Keramat yang agar lucu tetapi benar sekali.Mungkin sdra Junid itu keturunan Arab kut? Bukan Melayu rasa nya kerana mentality Melayu "simple" dan tidak begitu berkesan apabila mereka dicabar walaupun mereka kuat mengamuk.Itu sebab, Almarhum Sultan Iskandar dulu tidak dapat menerima kepimpinan bangsa Arab Malaysia keturunan "Syed"untuk merajui negeri Johor. Mereka itu pintar dan keras kepala seperti juga mamak di Malaysia utara.

Namun demikian, saya suka memberi sedikit pandangan untuk menguatkan lagi ulasan Hj.Junid tentang kehebatan Cina semasa pemerintahan Rasalullah.Bangsa Cina adalah lebih bertoleransi jika dibanding dengan bangsa-bangsa yang lain.Mereka disifatkan sebagai Yayudi Cina yang bukan sahaja mempunyai kebijaksanaan dalam semua bidang, termasuk keagamaan Islam, tetapi juga bangsa yang praktik dan mempunyai pandangan jauh.

Mereka itu jatuh dan bangun adalah perkara biasa dan tidak mudah kecewa.Mereka itu suka menyimpan dendam sehingga cucu-cucu cicit.Ada satu perpatah Cina yang berbunyi:"jika kita nak membalas dendam,biarlah tunggu sampai satu ribu tahun pun tidak lama".

Akhirkata, jika bangsa melayu dapat memperolehi sebahagian sikap orang-orang Cina, bangsa kita akan selamat dan tidaklah semati-mati untuk mempertahankan soal "ketuanan Melayu" yang tidak kehabisan sebagai perjuangan kolot mereka.

Kita jangan menjadi satu bangsa Melayu yang jenis "subsidi" dan pembalas untuk berdikari tanpa bantuan Kerajaan.Kita jangan jadi terlalu sombong tanpa menghormati kemuliaan bangsa lain yang lebih pandai daripada anak cucu-cucu kita.Kita syok sendiri atas nama keistimewaan dan kebebasan untuk membidas kesalahan orang lain, tetapi tidak nampak kelemahan kita bangsa sendiri.Kita rasa kita bangsa di bumi yang bertuah ini dan boleh hidup tanpa bangsa lain, khususnya bangsa Cina. Bagi renungan dan tafsiran sekelian,apa akan jadi kepada negara kita sekira nya semua atau separuh daripada kaum Cina menghijrah keluar negeri dengan kekayaan mereka?

Boleh kah bangsa Melayu terus maju untuk mentadbir dan memajukan negara?Siapa kah yang telah bertanggungjawab untuk membangunkan bandar-bandar baru dan kotaraya di negara yang bertuah ini?Jawapan nya bangsa Cina juga dengan imbuhan dan insentif Kerajaan, bukan orang-orang Melayu atau India.

Itulah hakikat nya yang sebenar dan kita mesti insaf dan mengakui kehebatan bangsa Cina di dunia sekarang ini.Jadi tidak hiranlah jika ada bangsa Cina di merata dunia termasuk di negara Arab dan Afrika.

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan Semua,
Tahukah saudara semua mengenai tamadun cina? Cina telah bertamadun 5000 tahun dahulu.Dunia juga telah mengiktiraf bahawa RASUAH bermula disana.
Adakah itu alasan kita bahawa kita tidak akan maju seperti mereka.?
Dan semua mengetahui bahawa Nabi Kita pun pernah mengatakan bahawa tuntutlah ilmu walaupun ke Negara China.Iaitu lebih kurang seribu tahun lebih dahulu.
Jadi kenapa kita tidak mempelajari budaya mereka? Untuk menjadi cemerlang seperti mereka BUKANNYA SUSAH :-
CARANYA ADALAH DENGAN.......

Zabri Mokhtar said...

JADI LAH KITA SEORANG YANG CEMERLANG
Marilah kita mulakan dengan diri sendiri.. majukan diri sendiri dulu...cemerlangkan diri sendiri dalam apa jua bidang yang kita ceburi sama ada dalam bidang perkerjaan/ pelajaran/ perniagaan/pimpinan dan sebagainya.

sebagai contoh apabila kita adalah seorang pelajar. cemerlanglah kita dalam pelajaran sehingga mendapat first class dalam ijazah.

Apabila menjadi seorang jurutera atau perunding, jadilah dengan mengamalkan professionalisme yang tinggi,berintrigiti dan beretika. dengan amalan tersebut pasti kepentingan peribadi atau kepentingan orang2 tertentu dapat dihidari.

Apabila kita menjadi penjual buah jadilah pakar apabila ditepuk2 buah tembikai tau ianya dah masak.

Apabila menjadi seorang mekanik jadilah cemerlang dengan mendengar bunyi sudah tahu dimana kerosakannya.

Apabila menjadi seorang tukang cleaner jadilah dengan pakar apabila melihat sahaja kekotoran tahu apa yang peralatan dan bahan kimia yg perlu dipakai.

Apabila menjadi seorang pelayan restoran layan lah dengan dedikasi.

Apabila membuka restoran pastikan kita pemilik mempunyai ilmu menyediakan makanan yang terlazat DLL

Ingat tiada siapa memaksa , mengugut , mengancam kita untuk memohon sesuatu kerja itu. carilah bidang yang kita minati dan lakukan dengan cemerlang.

kemudian kita mulakan dengan sekeliling kita. sekiranya kita seorang bapa ajarlah dan turunkan kepada generasi kita sifat2 budaya ini.

kemudian pada rakan2 sekeliling, pelanggan2 , saudara mara dll. amalkanlah budaya melakukan apa saja dengan cemerlang.

Dengan cara ini setiap masyarakat kita mempunyai ilmu kecermerlang dalam bidang masing2. Akhirnya kita tidak diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri dan orang lain malah akan dikagumi dan dihormati oleh bangsa/orang lain.Sepanjang hayat dan zaman.

Jadi fikir2lah semua.

Ikhlas

saji said...

Salam Mustafa Ong

Kalau Malaysia melaksanakan 100% sistem ekonomi Islam iaitu yang melarang amalan ekonomi berteraskan riba, spekulasi, monopoli,sorok barang, garar/ketidakpastian dalam berkontrak, penipuan dan banyak lagi, adakah orang Cina Malaysia akan bersetuju?

Bagi saya, tiba masanya DS Najib laksanakan sistem ekonomi Islam 100% di atas. Bukan sekadar berkisar dalam ruang lingkup sistem kewangan Islam yang meliputi sistem perbankan, pajak gadai, saham dan makan halal!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Datuk,

Saya tertarik dengan komen Hj Junid Keramat dan Mustapha Ong. Izinkan saya memberi pendapat saya yang tidak seberapa ini.

Seringkali bila kita ingin membandingkan kejayaan, kita hanya membandingkannya dari sudut materialistik dan wang ringgit. Bagi kita, seseorang itu lebih berjaya jika ia mempunyai harta dan wang ringgit yang lebih banyak dari seseorang yang lain.

Di Malaysia, kalau kita bandingkan kekayaan orang Melayu dengan orang Cina, kita akan membuat kesimpulan bahawa orang Cina itu lebih berjaya dari orang Melayu. Begitu juga dari sudut perbandingan antara negara, kita akan berkata Singapura itu lebih berjaya dari Malaysia hanya kerana Singapura itu lebih kaya dari Malaysia.

Kalau faktor wang ringgit inilah yang menjadi kayu pengukur sesuatu kejayaan, saya rasa sampai kiamatlah, orang Melayu kita ini akan dianggap sebagai gagal.

Tetapi Datuk, apakah wang ringgit ini adalah segala-galanya?

Kita, orang Melayu beragama Islam dididik dari kecil agar sentiasa hidup bersederhana dan tidak terlalu mengejar kemewahan dunia. Yang lebih utama bagi kita adalah kejayaan di akhirat dan bukan kejayaan di dunia ini. Pemikiran sebeginilah yang banyak mempengaruhi tindak tanduk dan motivasi orang Melayu terhadap mengaut kekayaan dan kemewahan.

Berlainan pula dengan didikan yang diterima oleh kebanyakan orang Cina yang mementingkan kejayaan dari sudut material dan wang ringgit ini.

Bagi saya kedua-dua "mind-set" ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Banyak yang boleh diambil iktibar jika kita dapat memahami dan mempelajari budaya pemikiran orang-orang Melayu dan Cina di Malaysia ini.


-sinbad-

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato Dan semua,
Mustapha Ong said...
Boleh kah bangsa Melayu terus maju untuk mentadbir dan memajukan negara?Siapa kah yang telah bertanggungjawab untuk membangunkan bandar-bandar baru dan kotaraya di negara yang bertuah ini?Jawapan nya bangsa Cina juga dengan imbuhan dan insentif Kerajaan, bukan orang-orang Melayu atau India.
***********************************
Kenyataan ini saya tak setuju dengan saudara?
Siapa kata bangsa Melayu tak boleh maju? BANGSA MELAYU MAMPU MELAKUKAN PEMBANGUNAN. BUKANNYA SUSAH NAK MEMBUAT BANGUNAN . TEKNOLOGI PEMBANGUNAN DAH BERUSIA LEBIH DARI 250 TAHUN. Tiada yang baru dalam pembinaan , hanya perlu besi, simen , pasir dan dapat dibina sudah tentulah pengiraan saiz besi, struktur , tiang dll diambil kira.
BAGI PADA SAYA/KAMI . SAYA/KAMI MELAYU MAMPU MELAKUKAN.
Apa yg berlaku hari ini banyak projek2 yg dapat oleh pemimpim2 politik dibahagikan kepada cina. Dari pemimpin Negara hinggalah ke ajk2 cawangan semua dapat dibagi ke cina.Melayu tak ingin usahakan kerna yg dapat projek bukan ahli perniagaan. Mereka hiject DEB spt kata TUN.
Begitu jugak dengan mainan rasuah yg diberi kepada pemerintah/ penjawat2 awam oleh tokey2 cina dan juga politikus2.
Kamu kata bagsa cina membangunkan bandar2 ini? NANTI DULU. Tanpa penjawat2 awam Melayu yg majoriti yg bijak sana didalam merancang sesuatu pembangunan tida juga pembangunan yg dapat dijalankan.
Kamu kata Cina buat bangunan? Nanti dulu Melayu Indon juga yg buat hampir seluruh pembangunan di Malaysia.
So pls,, tiada satu pun pembangunan boleh berjaya kalau tiada semua kaum yg terlibat.Begitu juga dengan India yg terkenal dengan membuat jalan2 raya. Cina ada kaaaa? of course adalah tp tak ramai..
Jd Melayu yg genuin yg berniaga tidak mendapat projek. Syarikat saya yg berkerja hingga kini tidak mendapat projek gara-gara Tun Ngantuk yg mengamalkan ekonomi MONOPOLY MELALUI CENTRAL CONTRACT.

Anonymous said...

Salam Dato',

Perkara tanah KTMB ini takkan jadi huru hara kalau di bawa ke parlimen dan dibahas cukup-cukup.

Jika parlimen setuju, rakyat takada masalah. Mungkin mereka beri sokongan 100%.

Bagi mereka baik kata parlimen baik kata mereka.

Bukankah parlimen itu rumah rakyat.

Ini, takada angin dan pokok pun tak bergoyang, tiba-tiba saja perjanjian sudah terjalin.

Macam mana rakyat tak bengang.

Batu Putih hilang, Blok M dan Blok L ghaib. Limbang...??

Kini, tanah KTMB pula nak di bungkus.

Apa, parlimen kita takada kuasa ke?

Kepada pemerintah dengarlah rintihan rakyat.

Ex-Journalist

borhan said...

Ada berapa perjanjian air dengan Singapura ini semaunya ? Rasanya lebih dari satu. Hanya perjanjian yang tamat pada 2011 itu saja yang disebut dalam persetujuan yang dicapai oleh Najib baru-baru ini.

Bagaimana dengan perjanjian yang membuat Dr Mahathir naik berang dulu kerana Singapura mendakwa malaysia telah telepas tempoh untuk merundingkannya. Yang ini macam tak sebut pula. Macam mana tu ? Tentang jambatan bengkok tu kelihatannya tak selesai lagi. Bolehlah Singapura guna untuk modal masa depan.

Stesen KTM kini dipindahkan ke Woodland dan pada 2018 nanti KTM tak boleh masuk Singapura lagi. ia hanya sampai ke Johor Bahru saja. Singapura akan sambung MRTnya ke Stesen KTM JB. Itulah yang dia mahukan.

Anonymous said...

Datok,
kes malaysia tewas dengan singapura telah bermula zaman british lagi sebab syarat kemerdekaan yang dijanjikan oleh british kepada tunku abd rahman adalah singapura menjadi wilayah autonmi kaum cina atas permintaan l.k.yew.oleh kerana tunku abd rahman beriya2 nak merdeka dan bimbang perjuangan kemerdekaan kaum nasionalis kiri hampir berjaya serta british mulai lemah,maka tunku abd rahman mengiyakan saja syarat kemerdekaan yang dituntut oleh british.alasan singapura diberi kepada kaum cina adalah untuk mengurangkan populasi cina adalah hujjah mat jenin. samalah juga diwujudkan w,persekutuan untuk mengurangkan populasi cina di selangor.maka orang melayu/umno memang telah lama gagal dan hari ini kesan kelemahan itu berlaku satu demi satu.cuba tengok kalau keadaan ini berlaku di indonesia nescaya mereka akan merusuh kerana kemerdekaan wilyah mereka dibayar dengan darah sedangkan kita atas ehsan /rundingan british saja.dimomokkan konon orang melayu/t,abdul rahman cekap dan telah menang dalam rundingan dengan british.saya tetap tidak percaya walau buku sejarah ada yang menulis sedemikian.kita ditipu dalam kes malayan union/1946 konon umno/melayu bangkit menentang kerana tidak setuju dengan syarat2 yang ada tetapi bila british menukar dengan nama persekutuan tanah melayu/1948 kita terima padahal tidak ada beza antara m/union dan p.t,melayu beza hanya bahasa ingeris dan b melayu saja.malayan union diwujudjan untuk menyatukan tiga bentuk negeri di t.melayu selat/ bersekutu/tidak bersekutu) dan kewujudan per.tanah melayu adalah terjemahan m,union saja.umno menolak m,union kerana menghapuskan kuasa raja maka dalam per.tanah melayu dimana letak kuasa raja,juga tiada kerana raja disekat oleh perlembagaan.saya tidak hairan kalau satu demi satu kita kalah.
zmy

saji said...

Sdr Ex-Journalist

Penswastaan projek kerajaan, menswastakan bandan2 berkanun untuk dijadikan GLC seperti KTMB dan pengwujudan GLC2 baru seperti UEM di bawah dasar pensyarikatan Malaysia memang banyak kebaikannya seperti mencepatkan proses penyediaan prasarana negara dan mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Namun ramai yang tidak tahu, bahawa dasar penswastaan negara merupakan ruang dan peluang bagi UMNO/BN untuk memperkayakan kroninya dengan cara yang tidak beretika seperti menyalurkan peluang perniagaan kepada kroninya tanpa tender. So, apa perlunya dibincangkan di parlimen?

affendi hussain said...

Sdr Mustapha Ong,

Bangsa Cina mana yg sdr maksudkan..yg di Tanah Besar kah atau si diaspora yg dari Selatan yg lari diburu Dinasti Manchu semasa pemberontakan Taiping?

Hakikatnya Tamadun China itu sendiri dibina oleh bukan 'keturunan Cina diaspora' di Malaysia yg rata-rata perasan diri..ia dibina oleh bangsa Juchen, Tartar, Mongol & Manchu..diaspora tak sedar diri ini hanya menumpang & menciplak budaya & tamadun dibina pemerintah mereka..

Lihatlah gambar2 lukisan wajah2 maharaja-maharaja cina..tak serupa lansung dgn cina di Malaysia..Qin Shi Huang Ti berjambang walhal cina seperti sedia maklum misai & bulu kaki pun susah tumbuh..

Yg beradap pun yg keturunan Baba Nyonya saja..tu pun dah terpengaruh jd ektrimis kerena pengaruh mereka yg dtg kemudian bersama British..

Hakikatnya, bangsa diaspora ini hanya hidup berdasarkan survival ala kongsi gelap saja..segalanya boleh..matlamat menghalalkan cara

Bersyukurlah wahai Melayu kerana anda ada Raja, tamadun & budaya yg asal dari genetik bangsa anda sendiri..

wasalam

("/)

ali ahmad said...

Salam Dato AKJ,

Terlalu jauh dan banyak implikasi persetujuan PM kita dengan PM Singapura.....


....lupakah kita SIAPA YANG MELAWAT PM KETIKA BARU SAHAJA DILANTIK JADI PM.....melawat free-free sahaja? Apa yang dirungkai dalam lawatan itu PM dengan Kuan Yew je yang tahu!....

......kita terlalu banyak BERANSUR.....LAMA-LAMA KITA LANGSUNG TAK DA TEMPAT NAK PIJAK....

...Hang Tuah kata," ta' Melayu hilang di dunia"

....TAPI, mana kekuatan Hang Tuah (tanya si Wak Jawa tu?)....

......sekarang huruf HA tu dah jadi BA.........

..betul-betul kita kena nujum Pak Belalang......

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).