Saturday, May 08, 2010

Kemungkinan Kesan Negatif Krisis Istana Kelantan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KRISIS yang melanda Istana Kelantan menang sensasi, sedap dibaca dan hangat dibahaskan di kedai kopi.

Oleh kerana cerita mengenainya sudah melambak dalam media massa, maka tidak perlulah saya mengulanginya.

Lagipun, kita wajib berhati-hati apabila bercakap mengenai institusi raja kerana banyak implikasi undang-undang, adat resam dan tatatertib yang perlu dihormati.

Jadi, saya memohon para pembahas agar berhati-hati apabila memberi pendapat.

Namun ia tidak menghalang kita bertanya, adakah kemelut Istana Kelantan ini baik untuk institusi raja?

Nasib baiklah, institusi raja kita termaktub dalam Perlembagaan dan Raja-Raja kita adalah Raja-Raja berperlembagaan (Constitutional Monarchs).

Saya takut hendak bayangkan apakah yang akan terjadi sekiranya Raja-Raja kita adalah Raja-Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy).

Sejarah, legenda dan mitos Melayu menceritakan kisah Raja-Raja berkuasa mutlak yang bijaksana, adil dan disayangi rakyat jelata.

Tetapi sejarah, legenda dan mitos juga menceritakan tentang Raja-Raja yang kejam dan dibenci kerana berahikan isteri orang, merampas harta rakyat jelata dan menghukum sesuka hati.

Tidak kurang pula yang menggadai harta dan wilayah negeri, menyerah kuasa kepada penjajah dan meminta campur tangan luar dalam pergaduhan istana.

Kita bernasib baik kerana nasionalisme Melayu yang tercetus akibat cadangan Malayan Union pada tahun 1945 menyedarkan orang Melayu mengenai kepentingan melindungi institusi raja.

Perwakilan Umno dan Raja-Raja Melayu bersetuju bahawa institusi raja dipertahankan dan ditentukan kuasanya oleh Perlembagaan.

Maka lahirlah institusi raja berperlembagaan apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Namun, Raja-Raja Melayu dan kerabat mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar, terutamanya kerana mereka diberikan kekebalan daripada pertuduhan (immunity from prosecution) oleh Perlembagaan. Sekali sekala kekebalan ini disalahgunakan.

Bagaimanapun, kecacatan ini diperbaiki pada tahun 1993 apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengehadkan kekebalan Raja-Raja kepada tugas-tugas rasmi sahaja.

Sejak itu, Raja-Raja atau kerabat mereka boleh dibicarakan atas kes jenayah dan sivil oleh Mahkamah Khas.

Inilah yang sedang dipohon oleh Sultan Kelantan apabila Baginda memfailkan permohonan Habeas Corpus bagi mendapatkan perintah Mahkamah Khas membenarkan Baginda dibawa keluar dari Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan.

Habeas Corpus atau dalam bahasa Latin “kamu akan memiliki tubuh badan” (You (shall) have the body”) adalah saluran undang-undang yang memungkinkan seseorang yang ditahan meminta dibebaskan atas alasan penahanannya tidak sah.

Apa pun, kita berharap krisis Istana Kelantan ini tidak akan merebak atau berterusan terlalu lama.

Sekiranya keadaan menjadi lebih runcing, adalah dikhuatiri kedudukan Istana Kelantan akan menjadi lemah sehingga menjejaskan pentadbiran negeri dan taat setia rakyat.

Walaupun Raja-Raja Melayu tidak mempunyai kuasa mutlak, namun institusi raja memainkan peranan penting sebagai pelindung agama Islam, simbol keistimewaan orang Melayu dan tempat tumpuan taat setia rakyat jelata.

Jadi wajiblah Istana menunjukkan contoh dan teladan yang baik.

40 comments:

kluangman said...

Krisis atau kemelut kesultanan Kelantan mudah terurai jika kekusutan itu berlegar di kalangan mereka sahaja walau dalam isu apa sekalipun.

Jika ada campurtangan pihak luar atau pihak ketiga secara langsung itu yang ditakuti akan 'merosotkan' atau menyukarkan lagi peneyelesaian.

Secara positifnya, diharap krisis ini akan segera jernih dan menampakkan ke arah Sultan yang adik lagi bijaksana setelah begitu lama Istana Kelantan dikuasai tidak secara mutlak oleh Baginda Sultan.

Melihat krisis kesultanan Kelantan ini ia juga mencerminkan kesamaan 'suasana' yang berlaku di Putrajaya di mana angin sepoi sepoi bahasa menggambarkan ada 'kuasa' ketiga selain Najib dan Muhyiddin. Dulunya persepsi tetapi kini hampir nyata.

Semua ini tak sedap didengar kerana belum ada tanda2 ia akan reda.

light said...

Disebabkan kurang didekan ugama, kurang bimbingan ibubapa serta terlampau manja serta meletakan diri sendiri melibihi orang lain, itulah padahnya. Petunjuk kepada manusia bahawa manusia semua sama tak mengira pangkat raja atau awam, klau keimanan tidak diteguhkan dan rohani tidak diisi dengan ilmu allah maka itulah jawapan. Anak anak berantakan hingga memalukan keluarga sendiri. Lihat bagaimana persepsi orang luar bila cerita keburukan keluarga jadi tontonan umum.Lu pikirla sendiri

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Bab ni lebih kurang macam insuran.Ada yang rela beli,ada yang terpaksa beli, ada yang sanggup tanggung risiko tak beli dgn harapan tak ada musibah.

Yang pasti untung syarikat insuran tapi kalu tak beli pun tidoq tak lena
pasai kalu jadi apa apa,punah habih semua lingkop.

tk

Anak Kelantan said...

Dato menulis:-

Inilah yang sedang dipohon oleh Sultan Kelantan...

Saya berharap agar Dato juga berhati-hati bila menulis kerana DYMM Al Sultan Kelantan sedang gering. Tulisan Dato nampaknya membayangkan DYMM Al Sultan sendiri yang memohon..

Eloklah kita jangan panjang spekulasi mengenai perkara ini.

OKJ said...

Salam DAKJ

'Firestone'

Conflict and confrontation are common. Usually, both occur together and lead to frustration to both parties. The situation will be aggravated by a presence of ‘firestones’. As usual, our population has all kinds of firestones; for example; who looks like a saint but acts otherwise, or who is willing to pay RM 4M to create delusional de javu and perilous jamais vu to influence public?

The management is difficult, especially to achieve win win situation for both parties. The best antidote is counseling, and it should be handled by a third party, who is a saint, not a goblin, professional, sincere without bias, is respected by both parties and ONE Malaysia.

In summary, there are few ways to tackle and solve the problems. Some of the methods are the avoidance, accommodation, compromise or authoritarian, but it leads to win lose situation. The best is still collaboration, which probably might lead to win win situation. However, my presentiment and inkling say that we should get rid of the firestone first to conquer the summit. TQ.

Anonymous said...

YBhg Datuk Kadir.

Sempena Hari Ibu saya berpesan.
Ibu (tanpa mengira darjat) adalah orang paling berpengaruh dalam keluarga. Menjadi ibu pelu bijaksana. Jangan bezakan anak-anak. Menjadi seorang ibu semestinya juga menjadi seorang suami. Taatlah kepada suami.

SELAMAT HARI IBU.

SBR

ab said...

Salam Dato,


Kalau tak mau dok hospital,sign form discharge at your own risk (AOR discharge)dah selesai dah,dah bolih keluaq hospital dah......tak lah sampai macam ni punya susah!.


Mendapatkan rawatan kat hospital itu bukan paksaan,tapi pilihan..
bolih pilih nak dok hospital,bolih pilih nak keluaq hospital,bolih pilih nak tukaq hospital,bolih pilih dok rumah..begitu lah punya mudah....tak kan sampai susah macam ni....


Aik,...nak keluaq hospital pun kena pakai lawyers ka??? pelik ni, atau ada pihak nak buat duit seketui, seguni dalam kes ni......


Meguruskan sultan sakit pun dah jadi polimik besaq kat malaysia ni!!!


SEBELUM NI SULTAN TAK PERNAH SAKIT KA kat MALAYSIA NI???...


Alahai.....kodi betui.


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

DAKJ,

Ia adalah sistem paling adil, berimbang dan dapat mententeramkan bumi yang teruk dizalimi oleh pemimpin kelahiran negara kuasa besar, komunisme dan sosialisme.

ALPASIKU

Jati Diri said...

Datuk,

Jadi begini kerana cerdik pandai serta ulama di Kelantan sibuk nak ajar orang lain. Sibuk nak didik Sultan negeri lain.....

pakbelalang said...

Institusi Raja Melayu boleh terus berkekalan jika sekiranya anak-anak raja yang akan naik tahta diberi secukupnya ilmu dalam segala lapangan. Mereka mestilah tahu tentang hal ehwal agama, politik,ekonomi, pentadbiran dll.
Pendek kata mereka mesti "polished" dari segi perwatakan dan kelakuan dan mempunyai kelayakan akademik yang baik supaya dapat menjalankan tanggong jawab mereka dengan sempurna dan dihormati rakyat.

Martabat sebagai Raja mestilah ditahap yang tertinggi sekali supaya tidak dipersoalkan kewibawaannya, jika tidak rakyat akan mengangap institusi Raja sebagai satu bebanan kepada negara. Jika ini berlaku ianya akan memudharatkan institusi raja itu sendiri. Lama kelamaan institusi raja akan menjadi irrelevent.

Saya adalah penyokong kuat institusi raja tapi sokongan saya tidaklah bermakna ianya sebagai pasport untuk golongan kerabat diraja melakukan perkara yang bertentangan dengan adab dan tatasusila.

Daulat Tuank! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah!!

RESPECT IS TO BE EARNED!!!

What are the differnt types of earned respect?

Well there is respect earned by fear. Respect earned by people knowing you have knowldege. Respect earned by people who look up to you. Respect earned by people who believe you have great power!

Amirul Akhbar said...

Datuk Kadir,
Isu berkaitan kerabat diraja Kelantan ini sudah agak lama berlarutan, saya percaya ianya tidak akan bertukar menjadi konflik kuasa sekiranya sejak awal lagi penasihat institusi raja di Kelantan mengambil peranan yang bukan sahaja bersifat reaktif tetapi juga proaktif. Kita juga perlu melihat kemungkinan-kemungkinan masa hadapan terhadap sumbangan dan juga keutuhan institusi di raja di Malaysia bagi tahun-tahun mendatang. Umpamanya sejauhmanakah kefahaman bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India terhadap peranan institusi Raja-raja di dalam kerajaan demokrasi di Malaysia. Adakah mereka memperakuinya, adakah mereka jelas ataupun tidak ataupun hanya kerana ianya termaktub di dalam undang-undang tertinggi negara maka mereka terpaksa menerimanya. Ataupun mungkin ada dalam kalangan orang-orang Melayu sendiri yang kemungkinan telah sedikit terhakis pemahamannya tentang kepentingan Raja Berperlembagaan di Malaysia?

rakyatjelata said...

orang-orang melayu ni sayang pada raja sebenarnya. raja-raja kita kenalah tunjuk contoh yang baik pada rakyat. bila media tunjuk raja-raja pakai kereta mahal-mahal, kerabat-kerabat terlibat dalam aktiviti yang tak mencerminkan kemuliaan institusi raja, rakyat jadi menyampah, sebab yang duduk kat bawah ni banyak lagi yang susah-susah, bersusah-payah untuk meneruskan kehidupan.

raja-raja perlu menunjukkan yang peranan mereka masih penting di negara ini. rakyat semakin pandai berfikir setiap hari, mereka akan mempersoalkan berkenaan wang cukai mereka. tambahan lagi, di zaman sekarang ini di mana ada media-media tempatan yang sudah pandai mempertikai peranan raja-raja.

raja-raja perlu menunjukkan mereka sebenar-benarnya memang payung rakyat.

A KADIR JASIN said...

1. Saya tidak akan menyiarkan komen yang menyalahkan dan menuduh mana-mana pihak yang terbabit dalam krisis Istana Kelantan;

2. Wajib berhati-hati kerana kes ini juga membabitkan mahkamah dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan;

3. Saya mungkin tidak dapat melayan komen sehingga lewat petang esok kerana akan masuk Hutan Royal Belum, Perak, sebentar lagi.

Terima kasih.

dan kajang said...

Assalamualikum Dat',

1. Pada dasarnya memanglah krisis Istana Kelantan ini adalah masalah anak beranak. Maka oleh itu kalangan keluarga DiRaja itulah yang patut selesaikan.Memang betul nasihat PM Najib tu.

2. Tapi sekarang ini nampaknya krisis Istana Kelantan sudah menajdi soal kesultanan Raja Melayu. Raja Melayu atau Sultan adalah payung negeri. Raja Melayu juga adalah tunggak agama (Islam) pada satu bangsa serta pembela pada bangsa yang menjadi rakyat jelata.Jika krisis ini berterusan tanpa penyelesaian maka orang Melayulah akan mendapat kesannya. Jadi samada suka atau tidak, krisis berkenaan,walaupun ia berkisar dikalangan keluarga DiRaja berkenaan, ia tetap akan memberi kesan mendalam kepada rakyat jelata,khususnya Orang Melayu.

3. Orang Melayu begitu sensitif terhadap kesultanan Raja Melayu.Orang Melayu pantang durhaka kepada Raja. Sejarah orang Melayu yang menentang penubuhan Malayan Union yang antara lain bertujuan mengenepikan kuasa Raja Melayu menjadi bukti betapa sensitifnya orang Melayu tentang kedaulatan raja Melayu.

4. Oleh itu krisis Istana Kelantan ini harus melibatkan juga rakyat sebagai orang tengah bagi menyelesaikan krisis yang kian kusut ini. Pertamanya, TG Nik Aziz sebagai MB wajib memain peranan sebagai penasihat keluarga DiRaja itu. Kalau beliau tidak mampu juga maka terserahlah kepada PM Najib selaku Ketua Kerajaan campur tangan demi untuk kedaulatan bangsa Melayu keseluruhannya untuk menasihat keluarga DiRaja itu. Jika nasihat PM Najib pun tidak mahu didengar maka eloklah PM menasihat Majlis Raja2 Melayu campur tangan menasihat keluarga DiRaja kelantan itu menyelesaikan cara terbaik.

5. Penyelesaiannya haruslah dibuat dengan berhati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung.Rambut tidak putus,tepung tidak berselerak. Kita sebagai orang Melayu pula haruslah berhati-hati dengan kata2 yang digunakan agar krisis ini tidak mengakibatkan bangsa lain tidak lagi menghormati Raja Melayu dan seterusnya bangsa lain juga hilang hormat terhadap orang Melayu.

jab sp said...

Daripada 13 komen diatas,hanya komen Jati Diri sahaja yang layak dibakul sampahkan.Komen yang penuh dengan prasangka dan busok hati.

Tertarik dengan catatan Dato
"Saya takut hendak bayangkan apakah yang akan terjadi sekiranya Raja-Raja kita adalah Raja-Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy"
memberi justifikasi bahawa tindakan Tun Dr M pada 1993 adalah satu tindakan yang amat tepat.
Dikala pemisahan kuasa memang sewajarnya dilaksanakan berdasarkan Raja Berpelembagaan,kita dapat melihat bagaimana ada institusi raja yang campur tangan dalam hal pentadbiran.
Alasan bahawa konflik di Kelantan perlu diselesai secara dalaman(sorok kejadian) juga kurang wajar.Raja sebagai tunggak negeri adalah pelaksana perkara berkaitan Islam,andaikata penyelesaian hingga mengorban seorang pemangku yang disayangi rakyat,ia tentu suatu trajidi yang amat mendukacitakan.

bodoh.pandai said...

Salam Dato

Apa pendapat Dato tentang Sultan Kelantan and kerabat terpaksa minta pertolongan Karpal Singh dan family dan bukan daripada Perkasa dan lain lain NGO ketuanan melayu

sujini said...

Scribe,

Kenapa tidak buat tampalan HARI IBU?

Tapi tidak mengapa.
Kalau sudah balik daripada Hutan Royal Belum , bolehkah berkongsi pengalaman mengenai perihal lawatan ke sana ?
Terima kasih.

ps. Kpd Pembaca/Pengomen (wanita saja), The Scribe

SELAMAT HARI IBU..

Anonymous said...

Dato'

Kata Dato:
"namun institusi raja memainkan peranan penting sebagai pelindung agama Islam, simbol keistimewaan orang Melayu dan tempat tumpuan taat setia rakyat jelata."

Adakah apa yang sedang terjadi di Istana Kelantan dan Istana Istana Lain yang Sandiwaranya agak berlainan akan menghakis Keyakinan Rakyat terhadap Institusi Raja Raja?

Raja Raja selalu dimata Rakyat. Apa saja perbuatan akan menjadi perbualan rakyat....

Pucuk Pemimpin kita tidak boleh menepis Krisis ini dengan berkata Kerajaan Pusat tidak mahu masuk campur kerana Institusi Keamanan, yaitu polis dan Jabatan AG sudah pun terbabit!



Joe Black

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ
Izinkan,

Apa jua kesan nya krisis Istana Kelantan, kita harap janganlah sampai rakyat lupakan repak sembah..

'AMPUN TUANKU BERIBU AMPUN, SEMBAH PATEK HARAP DIAMPUN'

DAULAT TUANKU!

ALFATIHAH, AMIN.

langitbiru said...

"Tetapi sejarah, legenda dan mitos juga menceritakan tentang Raja-Raja yang kejam dan dibenci kerana berahikan isteri orang, merampas harta rakyat jelata dan menghukum sesuka hati".

Dalam Kepimpinan Negara/Negeri Malaysia hari ini, ada tak yang bersifat di atas? Bagaimana MB/KM yang "mengundur diri" atas sebab-sebab "kononnya" berahikan isteri orang, berahikan anak dara orang, BAHKAN berahikan Puteri Raja!?

...merampas harta rakyat jelata..! ATAS NAMA Pembangunan, harta rakyat, tanah rakyat diambil secara halus, SECARA SAH dari segi undang-undang tapi rakyat tak tahu.....Felda Sg Buaya Hulu Selangor tu macammana? PKFZ tu macammana? ATAU INI CUMA FITNAH??

"Tidak kurang pula yang menggadai harta dan wilayah negeri...." Blok L,M tu macammana? ATAU INI CUMA FITNAH??

Kalau UMNO mewarisi lagenda dan mitos kebaikan Raja-raja OK lah, tapi banyak yang dok warisi lagenda dan Mitos keburukan Raja-raja!! TAPI rakyat tak tahu kerana cover-up sana sini.

TERKINI, TIMBALAN MENTERI DARI KELATE, NAK LULUSKAN LESEN JUDI BOLASEPAK PIALA DUNIA.....ni lah yang disebut menghalalkan yang haram.

langitbiru said...

Saya kurang berminat untuk komen hal istana Kelantan....kerana tak tahu sumber yang benar.

ANGGAPAN saya adalah "Perebutan Kuasa Sultan Antara Yang Berhak Dan Yang Tidak Berhak".

ANGGAPAN saya adalah, BAIK YANG BERHAK, MAHUPUN YANG TIDAK BERHAK, masing-masing mendapat sokongan dari pelbagai pihak.

Siapa Yang Berhak, Yang Tidak Berhak.....wallahualam.

TAPI SAYA LEBIH BERMINAT UNTUK KOMEN PENDAPAT DR.AMIR RAMLI (yang disiarkan dalam Utusan Malysia hari ini 9.5.10), Doktor Peribadi Tuanku Sultan, yang mempertikaikan Lapuran Panel Perubatan dari PAsukan Doktor Pakar Perunding dari Hospital Besar Kota Bharu, Hospital Kuala Lumpur dan HUSM.

Saya ambil sifir yang paling mudah, apakah Pendapat Seorang Doktor Pakar Perubatan Umum LEBIH TEPAT dari Sekumpulan 10 Doktor Pakar Perunding Perubatan Dalam Pelbagai Disiplin Perubatan?

10 Doktor Pakar Perunding Perubatan itu terdiri dari Pakar Perunding Kardiologi(Jantung), Pakar Perunding Nefrologi(Buah Pinggang), Pakar Perunding Neurologi(Saraf dan Otak), Pakar Perunding Anaesthesiologi(Bius), Dan beberapa Pakar Perunding Perubatan Umum.

Juga menjadi tanda tanya, mengapa Kumpulan 10 Pakar Perunding Perubatan ini dihalang dari melaksanakan tugas (dihalang masuk ke Istana), dan siapa yang menjaga dan merawat Tuanku Sultan di Istana? Dr. Amir Ramli seorang kah?

Kalau Dr.Amir Ramli sebagai doktor peribadi Tuanku Sultan yang merawat secara langsung Tuanku sejak kembali dari Singapura, tanpa 10 Pakar Perunding Perubatan Tersebut, maka bila keadaan Tuanku semakin gering, MENGAPA NAK SALAHKAN KUMPULAN 10 PAKAR PERUNDING INI?

BiLA dR aMIR rAMLI BERCAKAP, Kumpulan 10 Pakar Perunding ini tidak mengikut ETIKA PERUBATAN dalam membuat Lapuran Perubatan, SAYA fikir ini satu tuduhan yang AMAT SERIUS, yang membawa maksud Kumpulan 10 Pakar Perunding ini TIDAK BERETIKA??

Siapa Dr.AMIR RAMLI yang hebat ini???

zainal abidin awang kechik said...

TERINGAT PESAN TUN MAHATHIR

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN,

Jabatan Perdana Menteri perlu ujudka MENTERI HAL HAL EHWAL SULTAN ..bagi memastikan AKHLAK mereka yang dilantik menjadi KETUA/Ululamri yang di lantik bedasarkan akhlak.
TAN SRI P.RAMLEE BANYAK BERKARYA MENGENAI SULTAN.apa pun payah bila AHLI MAJLIS di RAJA mengambil indah tak indah..

bila nafsu di letak menjadi asas mereka buat keputusan ..ini yang belaku..

salam tok

Mustapha Ong said...

Salam Datuk AKJ,

Sebelum saya menyampaikan komen saya mengenai beberapa isu nasional yang telah mengujudkan suatu keadaan terhadap kebimbangan orang-orang Melayu yang telah mula berpecah daripada perkarangan Istana sehinggalah ke medan berpolitik di bandar dan juga di desa.

Apa telah terjadi dengan bangsa melayu kita yang dahulu nya sentiasa beradad, bersopan santun serta berkebudayaan dengan sifat murni dan bertoleransi?

Jawapan nya sudah tentu amat menyedihkan rakyat biasa bangsa Melayu yang tidak berpengaruh dan keupayaan politik serta peluang untuk menjadi jutawan dalam negara yang sedang meningkat kemajuan nya setelah kita mencapai kemerdekaan 52 tahun dahulu.

Pada ketika ini negeri Kelantan telah diwujudkan dengan suatu krisis politik istana yang hanya merendahkan murtabat dan memperlekehkan kedaulatan Raja Melayu dan moral bangsa melayu sendiri.Sesungguhnya kemelutan politik istana pernah berlaku di Perak dan juga Johor, namun demikian krisis tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan melaui kebijaksana Majlis Perundingan Kerabat Di Raja.

Pada hikmah saya, Majlis Perundingan Kerabat Di Raja harus kembali berperanan untuk menyelesaikan krisis Raja Kelantan sebelum ia nya bertambah rumit serta memalukan bangsa Melayu.Apa lah tujuan dan matlamat nya untuk dibawa ke perbicaraan di Mahkamah serta menggunakan hak mutlak keistimewaan Kerabat Di Raja?

Saya juga ingin memberi komen terhadap tulisan Tun Mahathir yang telah menyuarakan kebimbangan beliau atas perkembangan isu kebangkitan perkauman yang sedang berlaku dikalangan ahli-ahli politik di negara ini masakini.Saya bersependapat dengan anggapan Tun bahawa negara kini sedang menghadapi "Ekstremis Melayu dan Cina".

Keadaan demikian amatlah membimbangkan rakyat jelata atas kemelutan politik perkauman yang berlanjutkan dengan kesungguhan tanpa sempadan.Kerajaan Barisan Nasional hari ini dibawah kepimpinan perdana menteri Najib Tun Razak harus mengambil iktibar dan tindakan yang segera untuk mendamaikan semula suasana yang amat membimbangkan rakyat yang mahukan kesatuan dan kehormonian semua aliran bangsa tanpa bersifat rasis.

Konsep gagasan 1Malaysia harus disokong dengan secara ikhlas dan seksama tanpa prejudice. Kita tidak boleh membiarkan politikus UMNO, MCA, MIC,PPP, Gerakan dan lain-lain parti komponen untuk mangapi-api semangat perkauman Melayu, Cina, India dan sebagai nya.Sebagai contoh pada hari ini, terdapat keturunan nisbah bangsa Cina yang amat ketara serta peningkatan bangsa Melayu sebanyak 18,000 pada tahun ini di Pulau Pinang.Mengikut tulisan Wong Chun Wai (the Sunday Star), kemana kah bangsa Cina yang telah berpindah daripada negeri itu sejak tahun 2008?

Mungkin jawapan nya akan mengejutkan bahawa ramai mereka yang ada keupayaan pembelajaran, professional dan kaya raya telah berhijrah keluar negara atau berpindah ke bandaraya Kuala Lumpur dan Johor mahupun ke Singapura.Keadaan demikian akan menghambatkan kemajuan dan pentadbiran Pulau Pinang atas kekurangan dan kemampuan wang untuk Kerajaan negeri itu.

Jika setiap negeri dibawah pentadbiran kuasa Kerajaan pembangkang berlaku sedemikian, maka sudah tentu akan merugikan kemajuan dan pembangunan Malaysia keseluruhan nya di bawah Kerajaan Barisan Nasional.

Saya berpendapat bahawa rakyat tidak menggira apa jua bangsa Melayu, Cina atau India tidak seharus bimbang atau khuatir dengan pertubuhan NGO seperti Perkasa. Kerajaan BN dibawah kepimpinan Najib telah memberi kejaminan bahawa semua rakyat tidak kira bangsa (miskin tegal dengan hidup secara kias pagi makan pagi dan kias malam makan malam) akan dibantu oleh Kerajaan dibawah konsep gagasan 1Malaysian.

Apa kah ada pada nomenclature NEP jika MEB atau "New Economic Model" akan lebih menguntungkan rakyat dengan berlipat ganda.PM telah menyatakan bahawa pentadbiran nya tidak akan hanya menguntungkan segelintir kecil orang-orang Melayu dan bumiputra sahaja, tetapi semua bangsa Melayu dan lain-lain bangsa di pusat bandar dan luar bandar akan jua mendapat bantuan dan menikmati kemajuan secara adil dan saksama.

Anonymous said...

Mendoakan agar kesihatan DYMM Sultan Kelantan beransur pulih. Harap semua pihak bawa berbincang dan mencari penyelesaian yang terbaik kerana isu ini juga akan memudaratkan kesihatan Sultan.

Harap pihak Kerajaan Negeri lebih prihatin serta bertanya khabar kerana pada pendapat saya seorang yang begitu berusia serta alim seperti Nik Aziz sepatutnya dapat membantu memyelesaian apa yang patut jangan pula lepas pandang atau lepas tanggungjawap semuanya kepada kerajaan persekutuan semata-mata, sebagai orang yang paling dekat dengan Sultan sepatutnya beliau patut dapat membantu meringankan beban setidak tidaknya memberi kata putus dimana rawatan perubatan perlu diadakan.

Sekian.

Lz.

borneo menggugat said...

Dato',

Rasa seperti mahu menulis, tapi takut nanti salah.

soalannya :DEMOKRASIKAH INI DATO'

Hambali ® said...

Salam Dato,

Hebatnya P Ramlee (Allahyarham, Alfatihah pada beliau)adalah pada kebolehan dan kehebatan beliau menonjolkan apa yang disebut sebagai "Raja Adil Disembah, Raja Zalim DIsanggah".

Sebut sahaja apa yang tidak digambarkan oleh beliau. Pemimpin atau Sultan (Lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu) gilakan isteri orang, merangkak, jadi kuda, gila judi, kejam dan sebagainya digambarkan pada masyarakat dalam filem-filem melayu lama contohnya Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang dan sebagainya. Kritikan dan sindiran pedas itulah yang saya rasakan menyebabkan beliau dilayan umpama melukut di tepi gantang apabila balik ke Malaya selepas Studio Jalan Ampas ditutup hingga tercetusnya lagu air mata di Kuala Lumpur.

Maka kerana itu, sepatutnyalah pemerintah meletakkan dirinya sebagai Pemegang Amanah Allah seperti yang didoakan dalam doa semasa khutbah. Besar amanah tu. Bukannya menganggap kewujudan title pemerintah atau kerabat itu satu kekuasaan untuk berlaku "membujur lalu melintang patah". Bahkan konsep Raja sebagai "Wakil Tuhan" seperti yang ditanam di minda orang Jepun atau Siam dulu pun sekarang dah makin terhakis.

Alfatihah untuk P Ramlee. Semoga Allah mencucuri rahmat untuknya. Bagi saya, sehingga kini tiada lagi insan istimewa setanding P Ramlee dalam bidang seni kita.

Pandangan ikhlas saya tetap sama. Raja Adil Dihormati (bukan disembah kerana hanya Allah sahaja yang layak disembah), Raja Zalim DIsanggah.

OKJ said...

Salam DAKJ

Code of Medical ethics, Autonomy & Informed consent

Each country has its own code of medical ethics. However, most of the time, the contents are quite similar. The difference between our medical ethics from the other is The Islamic Implementation.

The core values which are not to be jeopardized by any physician are “The Physician must maintain the utmost respect for human life and the human person.” “He should adhere to these core values and seek guidance whenever in doubt.”

To comply with the above statement, I will copy and paste the six of the values that apply to medical ethics:

• Autonomy - the patient has the right to refuse or choose their treatment. (Voluntas aegroti suprema lex.)
• Beneficence - a practitioner should act in the best interest of the patient. (Salus aegroti suprema lex.)
• Non-maleficence - "first, do no harm" (primum non nocere).
• Justice - concerns the distribution of scarce health resources, and the decision of who gets what treatment (fairness and equality).
• Dignity - the patient (and the person treating the patient) have the right to dignity.
• Truthfulness and honesty - the concept of informed consent has increased in importance since the historical events of the Doctors' Trial of the Nuremberg trials and Tuskegee Syphilis Study.

Maaf cakap, lain kali kalau tak tahu TOLONGLAH tanya dengan orang yg tahu. Sekian, TQ.

p/s; Dato’, Selamat pulang dari Hutan Belum. Dah jumpa bunga rafflesia ke?

pemerhati said...

Ni masalah dalaman keluarga. Bagi mereka masa untuk menyelesaikannya
Air dicincang tak akan putus.

MB Kelantan kenalah berdoa dan buat solat hajat bersama rakyat agar baginda dan keluarga sejahtera semula.

Takkan lah buat solat hajat untuk PM Najib sahaja.

Mustapha Ong said...

Salam Datuk AKJ,

Hari ini begitu nostagia bagi semua ahli-ahli UMNO diseluruh negara akan merasa megah untuk sama-sama berdiri teguh dengan semangat bagi menyambut hari kelahiran parti keramat orang-orang Melayu UMNO sejak 64 tahun dahulu.

Izinkan saya untuk memetik kenyataan DS Najib selaku Presiden UMNO di Phnom Penh pada hari semalam:
"UMNO NEEDS TO BE REALIST AND TO CHANGE".Saya selaku seorang yang telah mula berjinak dengan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO sejak tahun 1962 bertapak di Pontian, Johor pada ketika itu amatlah berbangga sebagai seorang yang sentiasa setia dengan perjuangan ala politik UMNO.

Pada pendapat saya teguran Najib adalah tepat pada masa dan situasi UMNO ketika ini,dimana kemelutan perpecahan bangsa Melayu sendiri cukup membimbangkan bukan sahaja terdapat dikalangan Kerabat DiRaja tetapi juga medan permainan politik orang-orang Melayu yang hanya mementingkan "agenda perebutan kuasa" tanpa mengambil risko dalam perjuangan mereka ketika ini.

Pada hikmah saya Najib adalah seorang yang penuh kewibawaan, berani serta bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang realist untuk terus membela nasib "bangun dan jatuh nya" orang-orang Melayu mengikut aliran masa yang perlu kita melalui sebagai satu bangsa Malaysia dibawah gagasan 1Malaysia.

Tak payahlah kita mempunyai perasaan prasangka atas perjuangan nasional yang diamalkan oleh pemimpin nombor satu negara ini, dengan menghidupkan kembali emosi atas peristiwa tragedi konflik perkauman bangsa kita pada 13 Mei 1969 yang dieksploitasikan oleh segelintir politikus ekstremis yang tidak bermoral dan bertanggungjawab.

Saya berharap Najib akan memperkotakan kenyataan dan janji beliau dalam agenda transformasi politik nya supaya UMNO akan terus relevan dan menjadi sebagai jaguh perjuangan untuk memperkukuhkan perpaduan dan solidariti bangsa dalam pergerakkan politik UMNO dan Barisan Nasional.

Anonymous said...

OKJ,

Orang awam biasanya baca apa yang tertampal di dinding masa menunggu giliran di hospital tapi sering kecewa dengan apa yang di lihat.

Fed Up

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Salaam, Dato

Please permit me to ask the following questions:

(1) Who made the decision that HRH should be treated at the Mount Elizabeth Hospital in Singapore in the first place?

(2) Were HRH's Malaysian doctors allowed to audit or review the procedures, treatment regimes and decisions made by the Singapore-based heart specialists who were responsible for HRH in the Singapore hospital?

(3) Did the Singapore-based specialists follow up when HRH was discharged and returned to Malaysia (i.e. did they pass all the relevant case notes over to their Malaysian counterparts and did they ensure that post-discharge follow-up in Malaysia is up to standard)?

(4) Who made the decision that HRH is not allowed to go back to Singapore for post-op treatment? On what basis was this decision made and did both the Malaysian and Singapore specialists agree with the decision?

pakbelalang said...

Saya harap keluarga diraja Kelantan dapat mempertahankan maruah dan martabat keluarga raja ketahap yang tertinggi sekali dan diselesaikan apa jua masaalah dalaman yang berlaku.

Lagi cepat controversi ini diselesaikan lagi baik bagi keluarga diraja Kelantan supaya tidak timbul berbagai andaian yang kurang manis disebarkan oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan dan akibatnya nanti ialah akan lahirlah elemen berpuak-puak dikalangan rakyat Kelantan.

Saya rasa adalah tanggong jawab kerajaan negeri Kelantan menjadi "mediator" dan cari jalan bagaimana untuk menyelesaikan hal sensitif ini. Kerajaan negeri Kelantan tidak boleh ambil sikap menyepikan diri.

Anonymous said...

Salam Dato',

Adalah amat sukar untuk kita tidak berfikir bahawa kemelut kerabat Diraja Kelantan hari ini adalah drama perebutan kuasa (perebutan takhta?). Cerita keluarga raja berebut kuasa semasa Sultan gering adalah cerita universal berlaku di seluruh dunia; plot, watak utama, watak antagonis, watak batu api dan skrip nya berkisar yang itu itu juga.

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutan tak boleh masuk campur sebab ini krisis keluarga. Kalau masuk campur maka jadilah macam watak batu api. Setakat ni kita tak dengar pun ulasan Tengku Razaleigh maka nampaknya dia pun tak mampu nak masuk campur. Istimewa pula negeri Kelantan, satu-satunya negeri yang Sultannya tidak tandatangan apa nama tu (?) yg mentakrifkan bidang kuasa raja berperlembagaan.

Drama yang penuh dengan unsur pusingan dan kejutan ini jika berterusan pasti akan menghakis rasa hormat dan sanjungan ramai orang kepada institusi raja. Bagi saya hakisan itu telah pun bermula sejak membaca Hikayat Abdullah lebih 45 tahun yg lepas.

Kepada Allah Berserah.

Pak Hj JB

A KADIR JASIN said...

Sdr Fed-Up,

Maaf tak dapat poskan komen anda. Saya mohon Sdr link kepada rencana Malaysian Insider yang Sdr rujuk itu. Kalau link, semua boleh baca dan taklah susah saya dan pembaca lain mencari. Maaf. Terima kasih.

Anonymous said...

DAKJ, ada dua komen yang saya tulis. Dua-duanya tak lepas ke?

Dalam kedua-dua komen ada link (web address) kepada apa yang saya ketengahkan.

Saya tidak pasti samada link-link yang saya beri itu boleh langsung di klik atau tidak. Setidak-tidaknya, copy link itu dan paste pada search engine. Tak susah sebenarnya.

Boleh tahu kenapa komen saya tak lulus? Bagus juga sebenarnya kerana seperti yang saya tulis, seelok-eloknya bincang secara berdepan dan bukan dalam tatapan awam.

Fed Up

Anonymous said...

Salam DAKJ dan semua para komentar.

Pendapat saya adalah biarpun orang itu Raja, Sultan ataupun Rakyat Jelata, hakikatnya kita adalah manusia dan hamba Allah SWT. Problemanya, kita terlalu meninggikan Raja dan Sultan sehingga menyembah-nyembah. Padahal mereka juga seperti kita, ada masalah peribadi dan di uji dugaannya oleh yg maha esa. Tak perlu libat politik dalam hal ini. Saya setuju dgn kata seorang komentar disini.. Raja yang baik harus di teladani...

Tetapi adakah Raja atau Sultan itu mempunyai satu nilai yang murni? Yang mementingkan kesejahteraan serta memastikan rakyat jelata di dalam negeri beliau mampu menempuhi hidup.. tidah susah sehingga mengemis. Sanggupkan dan adakah? Yang kita tahu tiap tahun dapat beli kereta mewah baru X6, Bentley atau Rolls Royce.. apa kata semua wang untuk semua itu diberi kepada Rakyat yang susah dan memerlukan? Adakah Raja atau Sultan fikir itu semua?

Yang saya rasa.. berak sama busuk.. sakit tetap sakit dan bila ajal dah sampai.. tetap diambil juga.

Renungkan lah....

1280K Taman Malik

Anonymous said...

1280K Taman Malik kata,

"Yang saya rasa.. berak sama busuk.. sakit tetap sakit dan bila ajal dah sampai.. tetap diambil juga."

Yang sakit tu Sultan, yang buat perangai tu bukan Sultan.

Jangan kurang ajar!

p/s saya dok tunggu mana pergi tukang-tukang komen yang mengaku orang Kelantan, semua pakat senyap je....

Fed Up

Anonymous said...

Datuk,

Dari pengamatan saya, kebanyakan komenter serta komen yang diberi adalah lebih kepada pembacaan didalam media2 samada akhbar2 atau blog2 dan kebanyakannya bukan berasal dari Kelantan. Walaupun Kelantan di anggap negeri yang paling miskin(?) dalam persekutuan malaysia, tetapi rakyat kebanyakan adalah sangat tinggi pekerti dan budi bahasanya.

Pada Rakyat kelantan kebanyakannya tidak terlalu serius memperkatakan isu ini malah merasa amat malu dengan berita-berita yang saban hari di pamirkan di dada2 akhbar.

Kebanyakkan rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku...tiada penderhakaan atau rampasan kuasa seperti yang digembur-gemburkan...ianya lebih kepada KETENTUAN ALLAH YANG MAHA ESA.... kami bersetuju dengan pendirian MB yang tidak mencampuri urusan secara langsung kerana ini akan mengeruhkan lagi keadaan... desakan pihak yang mahukan MB mencampurinya akan membuatkan perkara ini akan bertambah rumit... terdapat banyak komen2 yang telah di buat oleh waris-waris terdekat keluarga diraja...dimana sesetengahnya mendapat liputan yang sungguh meluas sedangkan sesetengahnya di pinggirkan sahaja....

Kalau boleh tak payah lah lagi berita-berita sangsi mengenai krisis ini diperbesar2kan yang mana hanya akan menuntungkan pemilik2 media sahaja....banyak lagi isu-isu negara yang perlu rakyat marhean tau seperti hilangnya 2 telaga minyak...kerugiaan GLC Sime Darby, Pos Malaysia, lesen judi halal dan sebagainya

Wassaalam

yz

affendi hussain said...

Salam semua,

Apa kaitan keimanan, budi bahasa dengan negeri? Manusia bukan dibentuk ikut cap (branding) negerinya..iman tak dpt diwarisi..

"Walaupun Kelantan di anggap negeri yang paling miskin(?) dalam persekutuan malaysia, tetapi rakyat kebanyakan adalah sangat tinggi pekerti dan budi bahasanya."..?

Tak perlulah masuk bakul angkat sendiri..org Kelantan bukan semua wali walau negeri Serambi Mekah..

Tu insiden rusuhan bola sapa nak jawab..? org negeri2 lain pun tak pernah se'terer' org Kelantan.. Tok Guru pun tepuk dahi malu dgn org negeri dia sendiri..

Hal istana biarlah mereka yg ahlinya selesaikan sendiri..mcm Nik Aziz juga kata..ini bukan ada kaitan dgn isu atau hal ehwal kerajaan negeri..ini hal keluarga..masalah rumahtangga..hal peribadi.. apasal mau 'keh poh chi'?

(",)

Anonymous said...

Salam DAKJ serta komentar semua.

Kepada Fed up... maksud saya, kita.. awak, saya, DAKJ, Sultan atau sesiapa sahaja bila dah ajal sampai .. akan pergi juga. Ya.. Sultan sakit.. yang buat hal pun sakit juga.. SAKIT JIWA.. seperti anda.. Bukan kurang ajar, tetapi dengan orang bodoh seperti kamu.. memenag kena kurang ajar sikit... hahaha.

1280-K Taman Malik

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).