Tuesday, May 11, 2010

Royal Belum Selama-Lamanya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KOMPLEKS rimba Belum di utara Perak mempunyai dua komponen iaitu Hutan Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor dengan keluasan 300,000 hektar atau hampir empat kali keluasan Singapura. Di tengah-tengahnya terletak Tasik Temengor yang diwujudkan oleh pembinaan empangan elektrik hidro TNB pada tahun 1975.

Keluasan Royal Belum yang terletak di utara Lebuh Raya Timur-Barat adalah 117,500 hektar. Di sini kegiatan membalak tidak lagi dibenarkan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak. Royal Belum diwartakan sebagai Hutan Negeri pada bulan Mei, 2007.

Saya terbabit dengan projek ini apabila akhbar New Straits Times pada tahun 1990-an melalui projek Alam Sekitar dan Projek Sekolah Dalam Taman mempromosi idea menjadikan Hutan Belum sebagai warisan yang kekal ke akhir zaman.

Bersama Ahmad A Talib (blogger Pahit Manis) dan Ketua Unit Pendidikan NST waktu itu, mendiang John Pillai, kami membuat kempen kesedaran. Kami berjumpa pembesar Perak bagi “menjual” idea itu.

Secara peribadi, saya terhutang budi kepada dua bekas Menteri Besar Perak – Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli Ghazali – kerana menyokong idea itu.

Ahmad dan saya juga terbabit dengan pembangunan Pulau Banding oleh Kumpulan Emkay dalam kapasiti kami sebagai ahli kumpulan pakar yang memberi nasihat mengenai pelbagai aspek projek swasta itu.

Royal Belum pasti tidak menjadi kenyataan tanpa komitmen Ramli dan Tajol serta Menteri-Menteri Besar selepas mereka, iaitu Mohd Nizar Jamaluddin dan kini Zambry Abdul Kadir.

Pemandangan waktu pagi di Royal Belum.

Pembabitan cergas serta proaktif badan-badan bukan kerajaan seperti Malaysian Nature Society (MNS), World Wildlife Fund (WWF), para penyelidik, pencinta alam semula jadi dan terulung sekali Baginda Sultan Perak, Raja Azlan Shah yang menganugerahkan taraf diraja kepada Royal Belum. Merekalah yang menjadi penggerak dan penentu kewujudan projek warisan (heritage project) ini.

Jadi tidak hairanlah jika Zambry memandang serius dan memberi perhatian mikro kepada projek sosio-ekonomi yang berlandaskan ekologi dan alam sekitar yang sangat unik ini.

Pada 9 dan 10 Mei, Zambry mengetuai ekspedisi dua hari satu malam yang membabitkan wartawan, blogger, jurukamera, jurugambar, wakil-wakil MNS dan WWF, agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat, wakil-wakil masyarakat Orang Asli dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temengor.

Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor adalah antara rimba hujan tropika tertua, terbesar dan terkaya kepelbagaiannya yang masih kekal di Planet Biru kita ini. Ia dianggarkan berusia 130 juta tahun.

Zambry menyerahkan replika kunci rumah kepada penduduk Orang Asli.

Zambry bermesra dengan kanak-kanak Orang Asli
Destinasi Mutakhir Pencinta Alam

DENGAN ciri-ciri yang luar biasa ini, kompleks rimba Royal Belum-Temengor bukanlah destinasi pelancongan biasa. Ia lebih tepat dianggap persada pertapaan dan pengembaraan mengenal diri dan menghayati keagungan ciptaan Allah.

Jadi, pada pandangan saya, setelah tiga kali melayari Tasik Temengor dan masuk ke hutan Royal Belum-Temengor, ia bukanlah destinasi anda jika anda tergolong dalam kategori berikut:

1. Memerlukan tilam empuk, tidak boleh lekang daripada TV flat screen dan bilik tidur berhawa dingin;

2. Tidak gemarkan hutan belantara dengan flora dan faunanya (disebut fona bukan fau-na) yang termasuk pacat, pelbagai macam serangga dan haiwan liar;

3. Takut kepada kegelapan dan bunyi-bunyi rimba yang pelbagai dan penuh mistik; dan

4. Kurang disiplin diri, suka membuat kotor, merokok di mana-mana saja dan gemar berkaraoke hingga awal pagi.

Pendek kata, kalau tuan dan puan bukan jenis yang sukakan alam semesta, kurang tahan lasak dan takut pacat serta serangga eksotik pelbagai warna dan rupa, maka kompleks rimba Royal Belum-Temengor bukanlah destinasi pilihan anda.

Tetapi kepada sesiapa sahaja yang mencintai alam semula jadi, kompleks rimba Royal Belum-Temengor adalah antara destinasi mutakhir yang wajib dilawati.

Ekologi Yang Sensitif

HUTAN rimba hujan tropika adalah sistem ekologi dan kepelbagaian biologi (bio-diversity) yang sangat menakjubkan, tetapi amat sensitif kepada pencerobohan luar, sama ada oleh manusia atau flora dan fauna dari luar.

Tumbuh-tumbuhan (flora) dan hidupan (fauna) dari luar boleh membinasakan flora dan fauna asal. Inilah yang sangat ditakuti oleh MNS, WWF, ahli sains, agensi-agensi penguatkuasa dan aktivis alam sekitar.

Saya dimaklumkan oleh seorang pemandu pelancong bahawa ada bukti ikan tilapia telah dilepaskan atau terlepas ke dalam Tasik Temengor.

Ikan tilapia, sebagai ikan jenis yang menetaskan anak dalam mulut (mouth breeder) boleh membiak dengan pantas dan bersifat omnivorous, iaitu makan daging dan tumbuh-tumbuhan.

Ciri-ciri ini menyebabkan ikan seperti tilapia menjadi ancaman kepada ikan residen seperti kelah, temoleh, sebarau, tengas dan jelawat.

Tanpa ancaman spesis yang diperkenalkan (introduced species) seperti tilapia, ikan-ikan air tawar dan air jernih seperti disebutkan di atas sudah pun terancam, malah mungkin pupus tanpa kawalan dan restocking, akibat tangkapan berlebihan.

Saya dimaklumkan ada peniaga luar yang secara diam-diam dan haram mengupah Orang Asli menjala dan memukat ikan-ikan ini kerana harganya yang sangat tinggi.

Antara projek perintis yang sedang dilakukan adalah menangkap, membiak dan melepaskan anak-anak ikan daripada spesis yang terancam ini serta menggalakkan pemancing rekreasi mengamalkan kaedah tangkap dan lepas (catch and release).

Realitinya, haiwan paling gagah dan paling banyak makan seperti gajah dan seladang tidak akan memusnahkan Royal Belum.

Tetapi saya sangat bimbang dan amat dukacita apabila ada ahli ekspedisi sendiri merokok ketika hiking dan membuang sisa plastik di merata tempat.

Api boleh memusnahkan khazanah alam pemberian Allah ini dalam sekelip masa manakala sisa plastik tidak akan hancur hingga beratus tahun.

Jadi saya cadangkan agar kompleks Royal Belum-Temengor diisytiharkan “zon bebas rokok dan plastik” serta bilangan pelawat dihadkan kepada bilangan yang boleh ditampung oleh alam semula jadi.

Lentur Buluh Dari Rebung

BANYAK buluh dalam rimba Royal Belum. Saya cadangkan marilah kita melentur buluh dari rebungnya dengan menggesa agar ditubuhkan Briged Remaja Rakan Belum.

Anggota generasi muda inilah, khasnya di kalangan orang Asli yang mendiami bio-sfera Royal Belum-Temengor, akan mewarisi rimba belantara warisan sejagat ini.

Wajah  pewaris rimba.
 Justeru itu, usaha menjadikan masyarakat Orang Asli sebagai pemegang saham (stakeholder) utama Royal Belum amat dialu-alukan.

Blogger dengan keluarga Orang Asli.
 Sambil mempelbagaikan sumber pendapatan, Orang Asli yang arif mengenai hutan belantara boleh menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, khasnya kepada agensi-agensi penguatkuasaan, dalam usaha menghalang pencerobahan luar.

Kesimpulannya, kita amat bernasib baik menjadi penerima anugerah Allah yang tidak ternilai harganya ini dan adalah kewajipan Fardu Kifayah kita menjaganya dengan sebaik yang terdaya.

47 comments:

langitbiru said...

Salam Dato'

Tahniah Dato'.

Saya cuba bayangkan apa yang ada di Belum. 25 tahun lepas, pernah mengikuti ekspidisi mendaki Gunung Tahan.....alhamdulillah sampai ke puncak. Suasana amat nyaman di puncak sana dengan pemandangan amat menyegarkan...Subhanallah.

Pesan pemandu....mulut jangan celupar!

jebat said...

Dato' AKJ,

Tahniah. Moga ramai lagi pencinta "alam"

Expedisi saperti mengingat saya pada zaman kanak kanak dalam expedisi "budak Pengakap"

Disinilah kami belajar mencintai 'alam'

Tapi kegiatan itu kina hampir hampir kalau tak pupus sama sekali.

Muga ia akan bernafas kembali

Sekali lagi TAHNIAH !!!

Tinta Hitam said...

Datuk

Terima kasih byk byk diatas usaha Datuk untuk memberi kesedaran kepada Kerajaan Negeri Perak.Sebagai seorang pencinta alam saya sokong usah usah Datuk dan rakan rakan Datuk tu.

Anyway Datuk.saya kurang pasti jika ianya boleh kekal lama jika UMNO masih terus berkuasa secara mutlak diMalaysia ini.

Apa dah jadi pd Templar Park,Bukit Cerakah,Taman Negara Pahang,Klang Gate? Semuanya telah dicerobohi oleh orang orang UMNO.Saya yakin Hutan Simpanan kekal lain pun hanya tinggal papan tanda sahaja jika dibiarkan.

Seorang kawan saya yang bekerja sebagai renjer hutan memberitahu saya selalunya pembalak pembalak haram yan gditangkap oleh beliau tiada tindakan diambil kerana mendapat tekanan politik dari kerajan kerajaan negeri yan g dikuasai oleh UMNO.

Org org UMNO amat lapar terhadap balak balak dihutan tu.Walaubagaimanapun saya tak risau kalau org org PR lapar pd balak balak tu.Sebabnya kalau bukan org PR sendiri yang menghempuk kepala mereka,UMNO akan lakukan bagi pihak kami..

Cucu said...

Dato'
Kalau berkereta dari Grik ke Jeli ikut Lebuhraya Timur Barat maka kita akan berhimpit-himpit dgn beratus-ratus lori balak kat situ.Saya perhatikan saiz balak kat atas lori2 tu kini semakin kecil,sekecil pokok getah pun ada.Dah tak ada ke lagi balak bersaiz mega spr dulu? Apakah kini apa jua saiz balak memang dibenarkan dibawa keluar? dan kalau satu lori bawak purata 15 batang balak maknanya 200 lori akan bawa 3,000 batang balak sehari!! Dari hutan mana balak ini ditebang? Kenapa balak boleh diangkut sewenang-wenangnya sekarang? Susah sangat ke pihak penguatkuasa nak pantau aktiviti2 pembalakan ini? Hati saya memang terbakar setiap kali bertembong dengan lori2 yg sarat membawa balak kat situ.Saya sokong 100% kempen selamatkan Hutan Belom!

rose said...

Salam Dato',

Saya selalu mengimpikan untuk pergi ke sana sejak tempat tu ditabalkan jadi Royal Belum. Tapi dah 4 tahun saya di bumi Perak,belum berkesempatan. Membacanya buat saya teruja,tapi suami tak menggalakkan saya pergi kerana kesihatan.Insya Allah kalau sakit belakang saya dah sembuh,saya akan sampai.

pakbelalang said...

Seronok juga kalau dapat pergi kesitu untuk melihat sendiri keadaan semulajadi khazanah negara. Tapi saya rasa badan dah tak larat lagi untuk melakukan adventure lasak kerana faktor kesihatan dan umur. Kali terakhir saya lakukan aktiviti lasak ialah 35 tahun dulu semasa saya dapat berpeluang menjalani latihan di Outward Bound School di-Lumut selama 21 hari.

Saya rasa kawasan Royal Belum ini ada potensi untuk meningkatkan revenue negara dengan membuat promosi diluar negara sebagai aktiviti eco-tourism.

Untuk menjaga supaya kawasan tersebut tidak terlalu dicommersialisedkan dan berkemungkinan akan menjejaskan alam sekitar, pengunjung kesitu hendaklah dihadkan jumlahnya dalam setahun.

Anonymous said...

YBhg Datuk Kadir.

Mula-mula saya nak ucap tahniah kepada Datuk. Tahniah kerana berjaya mengikuti satu ekspedisi lasak meneroka Royal Belum, walaupun sudah berusia hampir 64 tahun. Saya percaya keadaan kesihatan sebegini adalah satu usaha keras yang berterusan Datuk dan juga anugerah Allah.

Ekspedisi ini adalah satu usaha kerajaan Negeri Perak untuk mengekalkan keadaan semulajadi. Dengan lain perkataan ini juga merupakan satu gerakan enviromentalis.

Pada komen kali ini, saya cuba meneliti pandangan Vaclar Klaus, Presiden Republik Czech tentang gerakan enviromentalis ini. Dalam bukunya yang bertajuk Modra Nikoli Zelena Planeta yang diterjemah dalam bahasa Inggeris dengan tajuk Blue Planet In Green Shackles, beliau berhujah bahawa gerakan enviromentalis ini samalah kejamnya dengan komunis. Idea ini katanya merupakan satu bentuk tekenan daripada negara maju kepada negara membangun.

Dalam konteks Royal Belum, penindasnya ialah kerajaan negeri serta NGO enviromentalis dan penderitanya ialah orang asli di situ.

Saya tenguk gambar yang Datuk sisipkan, keadaan rumah orang asli sangat daif. Bangsal lesung datuk saya zaman dulu pun lebih kukuh dari itu.
Saya pasti, mata pencarian mereka juga urut terancam. Mereka tidak boleh menjala ikan kerana itu kawasan larangan. Dulu ada orang upah mereka tangkap ikan.Sekarang orang tidak berani lagi upah orang asli jala ikan kerana sudah jadi kesalahan. Itu Datuk yang tulis.
Dengan adanya peraturan , mereka tidak dapat rezeki dari hasil hutan.

Lambat laun, kawasan yang luas ini ini akanetap dibangunkan. Memang ini dasa enviroment u alis iaitu menyimpan untuk generasi akan datang. Jika berlakunya pembangunan mega, orang -orang asli ini sekali lagi akan tersisih.

Berilah bantuan yang sepatutnya kepada mereka. Dirikanlah rumah yang selesa untuk mereka. Kita lebih beri perhatian kepada tumbuhan, mergastua, serangga, hidupan akua daripada saudara kita orang asli.

Memang ada kebenarannya kata Vaclar Klaus dalam konteks Royal Belum. Orang asli menjadi penderita dengan perjuangan envirometalis ini. Inilah Royal Belum yang belum royal lagi kepada orang asli.

SOKONG BAWA REBAH.

siberangan said...

Dato AKJ.

Bila Dato' menulis panjang mengenai kompleks Hutan Tropika Royal Belum, fikiran saya kembali mengingati satu sejarah pahit yang menimpa penduduk sepanjang Sungai Perak, dari hulu Kampong Luat, Lenggong di Daerah Hulu Perak hingga ka Telok Intan di Hilir Perak.

Peristiwa yang boleh di anggapkan satu sejarah itu berlaku dalam tahun 1967 iaitu dalam bulam Ramadzan. Banjir yang sungguh besar yang menenggelamkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ianya berlaku selama hampir dua minggu.

Dikampong saya Cangkat Berangan dekat Tasik Raban, terputus sahinggakan kami disitu terpaksa sembelih ayam untuk makan dalam bulan Ramadzan. Nak cari ikan di sungai, tiada lagi kerana habis tenggelam.

Saya menceritakan peristiwa ini, kerana ingin mengucapkan terima kasih kapada Kerajaan yang telah membina dua ampangan di Sungai Perak, iaitu di Temenggor dan berhampiran Kg Belum. Di Temenggor ampangannya dapat mengeluarkan elektrik. Sabelumnya telah ada sabuah ampangan mengeluarkan tenaga elektrik, iaitu di Cenderoh. Ampangan ini dibina oleh KED, sekarang LLN.

Yang saya berterima kasih itu, dengan kerana dua ampangan itu di bina, sampai sekarang banjir tidak tidak berlaku lagi. Jika ada pun, tidak sebesar tahun 67.

'BELUM' ni sabenarnya nama sabuah kampong di tepi Sungai Perak, sekarang mereka telah berpindah ka tepi jalan besar berhampiran Lawin, antara Lenggong/Grik. Perpindahan itu kerana binaan ampangan di situ. Kampong mereka tenggelam. Dulu orang Kg Belum berulang alik keluar dengan bot kepunyaan Penghulu Lahamat. Sekarang dia telah meninggal dunia.

Dahulu orang pernah sebut Rimba Belum. Tapi, pada masa itu orang tak pernah berani kerimba tersebut. Sebab di situlah rimba yang dikira amat luas dan dihuni oleh binatang buas, saperti Harimau, Gajah, Beruang, malah Seladang pun ada di situ. Masa tu Penghulu Lahmat selalu bawa keluar daging Seladang dan di jual di Grik

Sekarang orang bebas menjelajah Hutan Belum, termasuk Dato'. Sebagai orang kuat yang diberi tanggung jawab menjaga Hutan Belu yang sekarang dipanggil 'Royal Belum'. Biarlah ianya berkeadaan begitu hingga selamalamanya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Bercakap tentang hutan, saya memang tak berapa tahu. Cuma dulu adalah sekali saya ikut projek tinggal dengan orang asli selama dekat sebulan. Kerajaan banyak sediakan bantuan seperti rumah, generator elektrik, mesin rumput dan bekalan air bersih. Pengangkutan juga disediakan jika ada kecemasan. Surau pun ada disediakan tapi jadi stor je. Makanan pagi, tengahari, petang semuanya ubi kayu bakar. Alhamdulillah, hasilnya, saya dengar khabar dari rakan-rakan, lebih separuh dari penduduknya telah memeluk Islam.

Satu lagi, saya sebenarnya tak pernah makan ikan kelah. Ramai orang kata ianya sedap. Nak juga mencubanya tapi tak tahu dekat mana. Dengar cerita selain Tasik Kenyir, Tasik Temenggor juga banyak ikan kelah. Sekian TQ.

ab said...

Salam Dato,


You have gone to the jungle,gone to kampung,gone to pekan,gone to town,gone to cities,gone to THE CITIES of the world, all in your 60
years plus time....


IT WOULD be a very informative if you could catalogue your thought on the `goods' and the `bads' of those places/peoples/things you have been in your own way of description....with your writing skill,i believe it would be very useful for the peoples later on,may be 100 - 200 years later on, our future generation, to `feel' the experience and perspective of a malay, and a malay writer of the late 20th and early 21st century....


Can you do this?....or somebody have to get somebody to do this?


Tak kan asyik dok pi sana sini korek cerita munshi abdullah sana sini nak tahu pasai orang melayu dulu..dah tu dokumen tu dah jadi milik orang lain dah,lagi rugi....


Sekarang akan jadi the future past.


Abu Bakar Ab Rahman

tamingsari said...

Sebelum wujud kumpulan pencinta alam mahupun gerakan hak asasi,Allah telah melarang manusia dari membuat kerosakan dimuka bumi dengan tangan mereka. Sayangnya, firman Tuhan tidak diindahkan sehingga manusia perlu pada perlindungan undang-undang untuk memelihara kesejahteraan
alam maya.

Alam tidak bergantung pada manusia untuk hidup tetapi manusialah yang memerlukan alam untuk terus kekal.Ramai yang tidak mengerti apa hubung kaitnya penebangan hutan dgn cuaca buruk. Ramai lagi yang tidak faham bagaimana kehilangan bukit boleh menyebabkan banjir. Ketiadaan concerted effort kearah mencelikan hati dan minda manusia hanya menambah kerosakan yang berterusan. Ada usaha kearah itu tapi mesej tak sampai.

Sungai dan longkang masih menjadi tempat buangan sampah dan sisa tangan manusia. Usaha Dato dan rakan serta kerjasama kerajaan negeri Perak amat dihargai. Semoga generasi masa depan dapat menikmati keindahan alam hasil perjuangan pejuang hari ini. ROYAL BELUM SELAMA-LAMANYA.

Mood, call me Mahmood said...

Hah, adakah ini akan membuat Orang Asli seperti orang Penan di Sarawak kelak? Yakni satu bahan kajian selain dari flora dan fauna? Seperti di Sarawak orang Penan harus menjadi orang pelarian hutan tertua di dunia, supaya mereka tidak terlalu "settle" dan merosakkan alam sekitar.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Semua pihak wajib menjaga khazanah alam. Sifat materialistik keterlaluan menyebabkan khazanah kita tergadai.. berapa banyak pasir terjual ke luar, berapa pula balak kita punah oleh tembolok tawkey besar dan kecil, sungai kita bertukar menjadi parit busuk.. semuanya atas kerakusan kita. Alam tidak boleh ditukar ganti.. Balak tidak boleh diganti dengan sebulan, kena tunggu lagi 100 tahun...

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dimuliakan. Terima kasih atas penyertaan.

1. Sdr Langitbiru, saya pun daki G Tahan. Tapi orang Utara kata tak aci pasal saya naik helikopter.

Melawat Belum tidaklah seteruk panjat gunung. Kita boleh pilih destinasi dan laluan. Kebanyakan masa dengan bot.

Betul mulut jangen celupar. Ada adat peraturan rimba. Gagah dipanggil orang besar atau pak belalai. Harimau, pak belang dan sebagainya.

2. Cik Rose pun boleh cuba. Jangan ambil laluan atau kegiatan yang lasak. Saya pun ada masalah sakit belakang yang agak buruk. Dah bertahun-tahun tak tidur atas tilam.

3. Cucu dan Tinta Hitam, pembalakan haram masih menjadi masalah dan ancaman kepada Belum-Temengor. Itulah yang hendak dikawal daripada berterusan.

4. Sokong Bawa Rebah, salah satu prindsip pokok Royal Belum-Temengor adalah menjadikan Orang Asli pemilik dan peserta. Alhamdulillah, dah ramai Orang Asli diambil jadi pemandu bot, tracker dan Rela.

Kemudahan moden seperti bot berjentera, sekolah, klinik dan rumah tetap sedang diperluaskan. Dalam lawatan kali ini, MB menyerahkan kunci kepada penghuni sebuat penempatan Orang Asli walaupun mereka masik mengekalkan rumah lama mereka seperti yang saya bergambar.

5. Seperti kata Pakbelalang, memang bilangan pelawat akan dihadkan supaya tidak mengganggu dan merosakkan alam sekitar.

Terima kasih.

Anonymous said...

Kenapa ye diambil nama Royal Belum? Bukan apa, saya teringat DAKJ komen tentang DBP tempohari, itu aje.

Fed Up

sujini said...

Terima Kasih Scribe.

Saya munkin dalam kategori no.3.

Walau bagaimana pun saya memang ada impian untuk melawat tempat-tempat sebegini. Selain daripada Hutan Royal Belum saya impikan untuk melawat:-

1. Danum Valley
2. Tip of Borneo
3. Orang Utan Sepilok, Sanctuary
4. Tasik Chini
5. Tasik Kenyir
diantaranya.

Cadangan ab dalam komen beliau amat dialu-alukan. Saya rasa Scribe lebih daripada berkemampuan membukukan perihal tempat-tempat pencinta alam seperti Hutan Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor ini.

Saya syorkan jangan berhenti di Hutan Royal Belum saja. Banyak lagi tempat-tempat alam semula jadi dan sanctuari-sanctuari di Malaysia ini yang perlu diambil kira, dipelihara dan dibukukan.

Syabas kepada Scribe, Dato Ahmad A. Talib dan mereka-mereka yang masih menghargai pemberian Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Pencipta lagi Maha Pemurah. Hanya hambaNya yang selalu tidak tahu bersyukur.

Terima kasih.

pakbelalang said...

Satu lagi saya nak cadangkan kepada Dato' ialah supaya diadakan kedai art and craft untuk product exclusive yang di hasilkan oleh kaum orang asli di situ dan diuruskan oleh mereka sendiri.

Untuk memberikan peluang menimpa pengalaman berniaga, masyarakat kaum asli hendaklah menubuhkan koperasi untuk mengurusankan aktiviti jualan dikedai mereka. Pihak Jabatan Orang Asli bolehlah bagi khidmat nasihat bagaimana nak menguruskan perniagaan product mereka.

Kualiti product mesti dipentingkan supaya ada "value for money" kepada pengunjung yang membeli product mereka. Di samping itu bilik pamiran patut juga difikirkan untuk memberikan informasi berkaitan dengan sejarah dan segala khazanah flora dan fauna yang terdapat di Belum dan juga aktiviti masyarakat orang asli di situ.

Pembinaan chalet atau hotel untuk penginapan mestilah disediakan jauh dari kawasan tersebut supaya tidak ada ganguan yang boleh merosakan ketenteraman alam sekitar dari segi kebisingan yang akan berlaku terutama sekali di malam hari.

Ini adalah hanya cadangan 2 sen saya. Mungkin ada cadangan yang lebeh menarik lagi di luar sana.

saji said...

Salam Dato'

1. Dalam muamalat Islam, ada bab yang bincangkan mengenai hukum menghidupkan bumi yang mati atau istilah Arabnya babu ahya-ul-maut.Ia diharuskan iaitu buat dapat pahala tak buat tak dapat apa2.

2. Bolehkah kita anggap pengwujudan KOMPLEKS Rimba Belum di utara Perak yang mengandungi komponen Hutan Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor itu memenuhi takrif hukum menghidupkan bumi yang mati tersebut.

mad said...

ramainya pencinta alam disini. kalau pencinta alam biasanya pencinta binatang jugak kan. tak gitu datuk?

http://www.thepetitionsite.com/1/StopPlansForAnimalTestingMalaysia/429376560/taf

Anonymous said...

Salam Dato',

Hutan (Rimba) Royal Belum adalah sebahagian kecil daripada jutaan hektar hutan yg ada di Malaysia. Orang Asli dan Orang Asal adalah antara penghuni asal hutan yg antara leluhur mereka telah menjadi penghuni hutan itu sejak 25000 tahun yang lalu.

Orang Asli dan Orang Asal harmoni dengan hutan dan mereka melayani dan menghormati hutan sebagai satu kehidupan. Orang Melayu, hatta Orang Cina juga, tidak secara semulajadi suka merosakkan hutan tetapi sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan mereka (kita lah tu) rakus memerah hasil hutan tanpa rasa belas. Saya yakin sekali bahawa Orang Asli di Semenanjung dan Orang Asal di Sabah dan Sarawak akan berubah menjadi serakus dan sebengis kita dengan hutan apabila menjadikan ekonomi komersial cara hidup mereka. Ekonomi komersial telah merubah Melayu daripada bangsa yg suka gotong royong kepada bangsa yang memberikan tag harga pada tenaga dan kemahirannya. Maka tak ada sebab mengapa Orangh Asli dan Orang Asal tidak akan mengalami perubahan sikap yang sama. Sekarang pun Orang Asli dah mula menebang hutan membuka ladang (to be exact, kebun) sawit dan getah. Kalau nak sekolahkan anak tak cukup ongkosnya jika hanya bergantung hidup dengan memungut hasil hutan....

Tapi satu yg pasti ialah Bumi terlalu perkasa untuk ditundukkan oleh manusia. Allah menjadikan Bumi dengan fitrah tak bergantung kepada manusia tetapi sebaliknya manusia yg bergantung kepada bumi. Gurun Gobi, Sahara dan Kalahari semakin membesar sementara suhu muka Bumi semakin naik. Glasier semakin mencair dan aras laut semakin tinggi. Semua ini menjadikan iklim dunia semakin kacaubilau dan sukar diramal. Tanpa usaha ikhlas dan sungguh-sungguh Bumi akan menjadi planet yg tidak serasi buat spesis manusia...Insya Allah Bumi akan tetap beredar pada orbitnya tetapi manusia akan mengalami kemnatian skala besar kerana kebuluran sehinggalah proses-proses yg merosakkan permukaan Bumi terhenti dan proses penghijauan Bumi kembali semula. Kelompok manusia yg terselamat daripada bencana itu mungkin telah pun melalui evolusi kearah spesis yg boleh "dormant" macam sesetengah serangga dan reptelia..Wallahu a'lam.

Tahniah atas usaha Dato' dan rakan-rakan untuk menjadikan Rimba Belum kekal hijau dan menuliskan tajuk ini guna membangkitkan kesedaran.

Pak Hj JB

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Plight of my people.

Imagined or real there are spirits in the jungle, evil ones and kind-hearted ones. And among all these hive and jive, live the human jungle dwellers, the Orang Asli, the so-called Proto-Malays, the pioneer brother of the Deutro-Malays.

The Orang Asli are my people. Unscrupulous people have taken many parts of the jungle ie. my kampongs and my towns so to speak. They simply come in with huge machines to get timber and make way for roads and farms. What are we supposed to do?

Our sources of plants for food and medicine are increasingly difficult to get. The rivers where we take our bath and catch fishes are no more prestine but coloured like teh-tarik. Our catch of birds, monkeys, squirrels and snakes are getting meager day by day because you have killed them directly or indirectly or driven them far into the jungle.

Now, we cannot hold wildboar feasts often anymore. When the outsiders use guns to hunt them wildlife dear to us such as seladang and deer, these animals become a rarity . We use traps and sumpit to hunt for food. The blowpipe dart cannot go very far as your bullets. Our catch are thus limited. Moreover, many of us are getting old and cannot blow our sumpit strong like before.

We are an ignorant and confused lot. We live by the land. Whatever extra money we have we buy salt, sugar, rice, Panadol, and titbits for the children from the van-seller. Please do not make it more difficult for us by proclaiming that out traditional shifting cultivation is bad for the environment. How could we move the mountains with our bare hands and primitive tools? It is the supposedly civilized people with machines who flatten the mountains and destroy the forests and everything in them including us.

pakbelalang said...

Dato',

Tak dapat pergi kesana tak mengapalah at least saya dapat tengok dalam youtube keadaan suasana di Royal Belum. It is very interesting indeed.

http://www.youtube.com/watch?v=kG5vyq-31vo

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri Citi,

1. Thank you for visiting this blog.

2. I appreciate your comment and goodwill during the expedition.

3. I will not publish your comment because I believe your e-mail address and cellphone number are intended for me only.

Thank you.

Anonymous said...

Salam dato kadir dan pembahas sekalian. Minta dato ulas sikit ttg tajuk akhbar di bawah. Adakah benar atau fitnah?

Jika benar, alangkah malangnya nasib umat melayu dan islam di negara ini. Terang-terangan dikhianati pemimpin umno.

Apa akah jadi pada generasi kita akan datang ni. Tolonglah nasihat byk2 kat pembesar2 umno tu tok. Saya tak mahu bersubahat dgn maksiat yg semakin bertambah skrg.

Org Cina ada yg suka berjudi walaupun haram, skrg bila kerajaan sediakan lesen utk menghalalkan yg haram, tak mustahil org melayu juga terikut2 dgn budaya judi yg berlesen. Masyaallah...

KERAJAAN LULUS JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA – harakah daily

Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

p/s: semoga kata2 dan tulisan dato menegur pembesar2 ttg kekhilafan mrk akan digunapakai semasa mentadbir negara tercinta ini.

rakyat dah bijak

Anonymous said...

Loji nuklear dicadang samada di Terengganu, Pahang atau Johor.

Sedang bincang hutan Malaysia, DAKJ tak mahu komen ke?

Di blog pro-PR tengah banyak kesah lesen judi Piala Dunia dan isu Perkeso dalam Carlsberg.

Harap juga dapat komen fari DAKJ.

Fed Up

A KADIR JASIN said...

Sdr Fed-Up,

1. Cadangan loji penjana elektrik nuklear ini bukanlah perkara baru. Sejak awal tahun 1970an apabila berlaku krisis kenaikan harga minyak dunia, opsyen nuklear ini telah dibincangkan;

2. Tetapi apabila krisis minyak berlalu dan minyak serta gas ditemui dengan banyak di persisiran pantai Sarawak, Sabah dan Pantai Timur Semenanjung, bahas tenaga nuklear sejuk semula.

3. Di samping itu, penjanaan guna arang batu menjadi semakin bersih dan efisyen. Sekali lagi opsyen nuklear diketepikan.

4. Kita juga mempunyai sumber air yang banyak untuk menjana elektrik hidro. Tetapi penggunaan sumber ini akan memberi kesan negatif kepada hutan rimba.

5. Sumber minyak kita semakin berkurangan walaupun gas asli masih banyak. Tetapi kita perlukan minyak dan gas sebagai punca pendapat eksport.

6. Jadi opsyen nuklear ini tidaklah boleh ditolak begitu saja walaupun ini mempunyai unsur risiko yang tinggi dan sangat memudaratkan seperti terbukti oleh meltdown di Chernobyl (bekas Soviet Rusia) dan Three Mile Island, Amerika Syarikat.

7. Mengenai cadangan Johor (Timur), Kelantan atau Terengganu sebagai lokasi, lojik di sebaliknya ialah loji tenaga nuklear lebih selamat didirikan di kawasan yang tipis taburan penduduknya dan di mana terdapat bekalan air yang banyak. Loji tenaga nuklear memerlukan air sebagi agen penyejuk.

8. Kesimpulannya, nuklear adalah opsyen terakhir dan perlu difikirkan sedalam-dalammnya. Mungkin kita belum memaksimumkan opsyen-opsyen yang lebih mesra alam seperti suria (solar), angin, ombak, hidro mini dan biomass.

Terima kasih.

mad said...

apakah pandangan datuk dalam isu loji nuklear yg sedang dipertimbangkan oleh kerajaan utk dibina di salah sebuah negeri pantai timur semenanjung. kita semua maklum akan bahaya loji nuklear dan kemusnahan yg tinggi kepada alam sekitar jika terjadi kebocoran radio aktiv, seperti yang berlaku di chernobyl, russia pada tahun 80an. sehingga sekarang bandar itu tak boleh diduduki kerana kesan radio aktiv yg tinggi.

dipeti dari wikipedia:

"On April 26, 1986, reactor number four at the Chernobyl plant, near Pripyať in the Ukrainian Soviet Socialist Republic, had a meltdown. The resulting fire sent a plume of radioactive fallout into the atmosphere and over an extensive geographical area, including the nearby town of Pripyat. The plume drifted over large parts of the western Soviet Union, Eastern Europe, Western Europe, and Northern Europe. Large areas in Ukraine, Belarus, and Russia had to be evacuated, with over 336,000 people resettled. According to official post-Soviet data, about 60% of the fallout landed in Belarus."

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

'Look deep into nature, and then you will understand everything better'.

Albert Einstein

tk

MegaPena said...

Bagaimanakah caranya kalau kita nak masuk dan explore kesana? teringin nak mengalaminya..

Saya pernah panjat Bukit Bendera masa zaman persekolahan dlm tahun 70an dulu.

langitbiru said...

Cadangan Saudara Fed Up dan jawapan Dato’ menarik perhatian saya.

Perlukah sumber Tenaga Nuclear? Saya fikir perlu, kalau kita mampu, mengapa tidak?

Sumber tenaga utama dunia sebelum ini adalah minyak dan arang batu sebagaimana penjelasan Dato’. Bila gas ditemui, kebergantungan kepada minyak sedikit sebanyak berkurangan.

Empangan Hidroelectric sebenarnya telah banyak memusnahkan alam semulajadi dunia. Royal Belum dan Empangan Temenggor, Empangan Kenyir, Empangan Pergau, dan Bakun Sarawak hakikatnya telah memusnahkan alam semulajadi begitu teruk sekali. Empangan itu memusnahkan hutan rimba jadi tasik buatan manusia. Bakun seluas bumi Singapura contoh paling ketara.

Apa masalah dengan Tenaga Nuklear? Nak kira buruk, banyak juga kesan buruk, nak kira baik pun banyak juga. Macam internet, banyak kesan buruk, kesan baiknya. Akan tetapi, loji Tenaga Nuklear yang diseliakan mengikut spesifikasi standard antarabangsa yang tinggi, sepatutnya tidak mengalami sebarang masalah besar.

…….jangan lantik orang UMNO kawalselia loji sudah….lantiklah orang yang benar-benar berkelayakan dalam kejuruteraan nuclear, InsyaAllah OK.

A KADIR JASIN said...

Sdr Rakyat Sudah Bijak,

1. Pengeluaran "semula" lesen itu sudah pun disahkan.

2. Alasannya ia akan menyelesaikan masalah judi haram bolasepak.

3.Lesen ini pernah diberikan tetapi ditarik balik pada tahun 1990, kalau tak silap saya waktu Tun Daim Zainuddin jadi Menteri Kewangan.

4. Inilah yang saya kata orang bukan Islam ada sektor khas dalam ekonomi negara iaitu judi dan arak yang mana orang Islam tak boleh ambil bahagian kerana ditegah oleh agama.

Terima kasih.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Sorry Dato'... Off topic lagi... but still relevant to UMNO and BN...

As reported by The Sun, Vincent Tan kata "I am glad the current government under the PM DSN is economically-sound like TDM who understands that the revenue is important to the government."

"Why should the government forego this revenue and benefit the illegal bookies so much?"

Dengan itu, ia juga sebagai satu kemenangan moral buat Dep Finance Minister kita yang beragama Islam. Nasib baik dia tak jadi MB Kelantan...

Macam tak percaya pulak.... Lepas ni apa pulak... Halalkan lesen pelacuran...???

The above is free from any political mileage....

Anonymous said...

DAKJ, yang merisaukan, judi bola ni on-line. Jika betul on-line, siapa yang nak pantau siapa yang berjudi?

Lagipun, setahu saya, masyarakat cina dan india juga memandang judi sebagai penyakit masyarakat.

Arak tu lainlah, dah jadi budaya mereka malah dalam acara adat mereka seperti majlis perkahwinan pun ada minum arak.

Tentang tenaga nuklear, saya bayangkan Kenyir. Secara berperingkat menggantikan fungsi stesyen elektrik hidro disitu. Dengan cara ini juga, kita tidak perlu "meneroka" tanah baru.

Satu lagi, janganlah pengurusannya diswastakan. Biar kekal entiti yang terus dibawah Kementerian Tenaga.

Takut jadi macam BERNAS.

Fed Up

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'
Dan Saudara Ab Razak Hj Ahmad,

"Macam tak percaya pulak.... Lepas ni apa pulak... Halalkan lesen pelacuran...???"

Di mana ada judi,
Di situ ada arak,
Akrabnya seperti belangkas,

Arak dan Judi disebut serentak dalam Quran.

Tambahan,

Dimana ada arak,
Di situ ada wanita (zina),
Kerap kali, wanita jadi habuan arak judi,

Jadi,

Trio tiga serangkai,
Arak, judi, dan wanita,
berpisah tiada,
Pelampias nafsu ammarah,

Bukan tiba-tiba,
Sudah lama bersarang berkurun,
Serangkai ke empatnya siapa,
Sudah terang lagi bersuluh,
Ke empatnya UMNO,
Kononnya pembela Islam, pembela Melayu,
Kalau dipanggil berperangai seperti munafik,
Marah tak terperi, bersaga merah api,

Kalau benar Titah Agung dijunjungi,
Mengapa Titah Allah swt dilanggar suka hati?

APA LAGI YANG TIADA PADA UMNO HARI INI?

siberangan said...

Salam Dato' AKJ,

Pos Dato' mengenai "Royal Belum Selama-lamanya".

Kita cakap fasal ni saja lah Dato'. Buat apa Dato' laya fasala judi bola piala dunia yang dibangkitkan? Nak cakap fasal berkenaan, Dato' buat story fasal judi lah pulak.

Saya tahu Dato' tak setuju
Kerajaan bagi lessen tersebut. Tak kera lah kapada sesiapa pun. Berjaya ka, Genting ka atau Toto ka?. Brangkali fasal tu yang Dato' layan komen2 yang tidak berkaitan dengan tajok.

Mengenai tajok yang Dato' poskan tu, kita nak kan orang ramai bagi komen yang berkaitan dengan alam semulajadi dinegara kita. Hutan Belum ka, Hutan Gunong Tahan ka, Hutan Sipilok Sabah ka, Hutan Rompeh ka dan banyak lagi taman2 yang di jadikan peliharaan Kerajaan yang harus diberi perhatian oleh orang ramai. Mengenai ini lah yang kita kehendakki supaya orang ramai yang bijak pandai harus bagi pendapat, bagaimana harus dijaga bersama.

Dengan alam semulajadi inilah yang memungkinkan rakyat negara kita dapat beriadzah, beristirahat, dapat menghurup udara bersih, minum air bersih dan berbagai2 lagi keindahanpermainya negara yang tercinta ini.

Tiba2, bila orang komen fasal judi bola, Dato' layan. Saya tak faham lah.

pakbelalang said...

Ab Razak Hj Ahmad said...

"Why should the government forego this revenue and benefit the illegal bookies so much?"

comment:

I am in favour of our government issuing gambling license to generate revenue. It is indeed a huge source of revenue if you were to consider the massive amount of illegal bookies making billions of ringgit tax free. And this billions of "haram" money is circulating in our country creating spin off economic activities which I am sure some of the money are being deposited in the Islamic banking products.

Anyway, I think Vincent is lobbying for the license to be issued to his company. Should the govt. entertain him if he were to apply for the license?

pakbelalang said...

ASIA BUSINESS MAY 13, 2010, 8:05 A.M. ET

Sime Darby CEO Asked to Leave Amid Losses

BY ELFFIE CHEW

KUALA LUMPUR—Malaysia's Sime Darby Bhd., the world's largest publicly traded palm-oil producer, asked its chief executive to go on a leave of absence as it looks into about $300 million in cost overruns from its energy and utility projects.

The state-controlled conglomerate is bracing itself for losses totaling 964 million Malaysian ringgit (about $300 million) from various energy and utility projects in the second half of its fiscal year, which ends June 30. The losses are expected to result in Sime Darby's first quarterly loss.

Losses were caused mainly by cost overruns from several key projects, including 450 million ringgit ...

comment:

What a shock Sime Darby is again making a mess in its business operation. This is the second time Sime Darby got hit by the blunder made by its top exectives.

What a shame when you have high powered board members seat on the board of Sime Darby and yet they made the same huge financial loss again.

I think it is high time to overhaul the whole Sime Darby organization structure.

To me there seems to be lack of management skills among the top executives of Sime Darby. I wonder who recommended this "tyreman" to be the CEO.

Going through the current corporate profile of Sime Darby it looks like the second or third generation of Sime Darby top management executives do not have the charisma and quality to run a multi-national company like Sime Darby. They lack the experience and the exposure to handle high profile international business dealings especially in general trading and contracting.

Anonymous said...

Sdra DAKJ,

Royal Belum is heaven to nature lovers. ive been there few times. Ive also visited the orang asli there. but i wonder if the people running the hotel and resort there are not exploiting the orang asli for their selfish end. that includes the emkay people who's quick to move in to "help" the orang asli community...

kawan

Ahmad A Talib said...

Brother Scribe,

Jom kita ke Belum lagi. Dah lama saya tak ke sana. Makan tengahari di medan ikan bakar di tasik Raban amat menyelerakan. Elok kita pergi senyap2 supaya kita dapat menikmati alam semulajadi kat situ.

Saya baru balik dari Tasik Kenyir untuk menguruskan satu petandingan memancing. Saya cuba meningkatkan kesedaran di kalangan pengail supaya mengamalkan kaedah tangkap dan lepas. Kalau ikan masih kecil, elok lepaskan semula. di Tasik Kenyir, semua pengail mengikut peraturan. Ini satu permulaan.

moga2 di Belum juga kaedah ini akan digunakan.

PAHIT MANIS

Ahmad A Talib said...

Brother Scribe,

Jom kita ke Belum lagi. Dah lama saya tak ke sana. Makan tengahari di medan ikan bakar di tasik Raban amat menyelerakan. Elok kita pergi senyap2 supaya kita dapat menikmati alam semulajadi kat situ.

Saya baru balik dari Tasik Kenyir untuk menguruskan satu petandingan memancing. Saya cuba meningkatkan kesedaran di kalangan pengail supaya mengamalkan kaedah tangkap dan lepas. Kalau ikan masih kecil, elok lepaskan semula. di Tasik Kenyir, semua pengail mengikut peraturan. Ini satu permulaan.

moga2 di Belum juga kaedah ini akan digunakan.

PAHIT MANIS

saji said...

Sdr pakbelalang

Sime Darby CEO Asked to Leave Amid Losses

Komen:

Itulah standard pemaju/kontraktor Melayu dan kerajaan. Kalau tak runtuh, terbengkalai, kerugian besar.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Buat Si Berangan... jangan lah emosi sangat.. Nampak mcm saudara baru dalam dunia 'blog' atau 'blog' Dato' AKJ ni... Owner blog pun tak kisah... kita orang luar pulak kisah....

Mana boleh duduk diam soal yang terang-terang bercanggah dengan Agama.. selagi ada medium nak komen, maka komenlah...

Anyway thanks Dato' for the new specific topic pasal isu judi ni....

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Saya tak pernah ke Royal Belum tetapi memang berniat nak ke sana satu hari nanti isyaAllah.Saya selalu ke Tasik Kenyir untuk memancing Toman dan Sebarau.Berdasarkan gambar-gambar, Royal Belum( Tasik Banding) dan Tasik Kenyir lebih kurang sama.Menyusuri Tasik Kenyir dgn.'house boat'amat mengasyikkan dikelilingi pokok-pokok yang menghijau dan bukit-bukit yang dipenuhi flora yang pelbagai jenis walaupun faunanya jarang sekali ditemui.

Sesuatu yang amat menyedihkan ialah masih ramai pengunjung yang tidak menyayangi keindahan semula jadi ini dengan membuang bekas-bekas air plastik,bekas makanan dan sampah lain ke dalam tasik tanpa rasa bersalah.

Mata pelajaran khusus berkaitan alam sekitar patut diadakan disekolah-sekolah rendah atau menengah.Lawatan oleh pelajar-pelajar patut digalakkan agar dari kecil lagi mereka sudah menyayangi dan menghormati alam semula jadi.
Pertandingan fotografi dan lukisan berkaitan alam semula jadi ini patut dijadikan acara tetap sebagai salah satu cara mempromosikan destinasi pelancungan ini.

NGO_NGO perlu bergabung tenaga mepromosikan keindahan semula jadinya agar kekal sampai bila-bila.

Salam hormat,
Lat Juno.

Anonymous said...

Sdr.Ahmad,

Kalau kita guna 'circle hook' bolehlah diamalkan tangkap dan lepas.Ini pun untuk ikan besar seperti Toman, Temoleh, Arapaima Gigas dll.Itu pun belum pasti akan hidup kerana ikan-ikan itu sangat terseksa dan luka pada mulut,mungkin berminggu tak dapat makan.Belum ada bukti yang jelas ikan yang dilepas akan hidup sempurna. DiRPBIC Rompin, kita amalkan cara yang sama tetapi belum ada fakta ikan Layaran yang dilepaskan datang kembali ke laut Rompin.

Ikan kecil tak payahlah dilepaskan lebih-lebih lagi kalau guna 'J' hook.Buat lauk lagi baik.Lagi pun ikan banyak di Tasik Kenyir.

Yang perlu diambil berat ialah menghalang aktiviti menangkap ikan Kelah hidup-hidup untuk dijual dengan harga mahal.

Lat Juno

Nazran said...

I was here in Royal Belum (still named Belum hat time) in 1995 with Yayasan Perak's entourage. We stayed at Banding Island Resort and scouted the lake and forest for about 3 days. It was a fantastic experience and we delivered foodstuffs to the orang asli folks in 4 diiferent locations around the forest. Travelling was by boat and walking. My only regret is that I didn't have a good camera then or else it would be something awesome to cherish and capture on the lens. I wanted to return since but time is now a factor. Perhaps next year. However, to those who have not visited Royal Belum and to those who love nature, don't miss the chance of a lifetime. Royal Belum is a must for every Malaysian.

laili said...

Salam Dato',
Saya dah lama teringin nak ke Belum, tapi sampai sekarang hajat tu masih tak kesampaian.
Tapi insya Allah, dalam tahun ni saya akan cuba juga jejakkan kaki ke sana.
Satu lagi Dato', saya nak tanya, sesuai tak Royal Belum ni dilawati pelajar2 sekolah? Sebab dalam gambar-gambar kawan saya, ada camping site di situ. Kalau boleh saya nak tau, recommended number of visistors tu berapa. Kalau boleh saya tak nak bawak ramai-ramai, bukan apa, rasanya nanti hingar-bingar hutan tu dek ramainya budak-budak.
Esok saya nak tanya beberapa pihak tentang cara-cara nak masuk dan camping di situ. Saya google memang ada banyak resort, tapi saya lebih suka camping, tidur bawah fly.
I think that's all.
Kudos to your effort in saving Malaysia's forests.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Laili,

1. Sekolah boleh buat lawatan/ekspedisi. Jangan tinggal di hotel, tinggal di tempat berkhemah. Ada dua lokasi sesuai untuk tujuan itu;

2. Saya galakkan ibu bapa dan guru-guru bawa anak-anak dan anak murid ke Belum/Temengor;

3. Tetapi pastikan mereka menjaga kebersihan dan menghormati alam sekitar. Merekalah pewaris alam ciptaan Tuhan ini; dan

4. Banyak laman web termasuk WWF dan MNS memberi maklumat terperinci.

Terima kasih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).