Wednesday, July 28, 2010

Potong Kepala Disiplinkan Budak-Budak Desa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SUDAH banyak sangat kita bincang hal-hal berat. Maka kali ini, izinkan saya sekali lagi menyusuri kembali zaman yang telah berlalu untuk mencari, kalau-kalau ada, petunjuk bagi era yang serba mencabar ini.

Lantas teringat saya kepada salah satu muslihat ibu bapa zaman dahulu mengawal anak-anak mereka yang nakal. Mereka memberi amaran keras dengan membuat cerita ngeri mengenai “Keling potong kepala”.

Keling potong kelapa akan pengkal leher kanak-kanak yang berkeliaran jauh dari rumah dan kepala mereka akan ditanamkan di hujung jambatan yang sedang dibina atau di tapak-tapak pembinaan lain.

Waktu itu, perkataan Keling bukan luar biasa dan tidak dianggap menghina atau menghasut. Asal usul Keling dalam bahasa Melayu adalah rujukan kepada orang dari empayar kuno India bernama Kalinga yang terlatak di negeri Orissa sekarang. Diceritakan yang Empayar Kalinga sangat gagah hingga berjaya menyekat penaklukan Maharaja Asoka.

Jadi, kerana terpengaruh dengan mitos Empayar Kalinga itu, orang Melayu menyamakan orang yang datang dari benua kecil India dengan orang Kalinga. Akibatnya perkataan Keling digunakan dengan meluas.

Misalnya, salah seorang ibu saudara sepupu saya namanya Mak Cik Keling. Kemudian ada Kampung Tok Keling tidak jauh dari kampung saya di Kedah. Di Melaka ada Tanjung Keling. Sejenis gendang yang digunakan di Kedah, dipanggil gendang Keling.

Putar cepat ke belakang ke tahun 1950an dan 60an, kita akan lari bertempiaran apabila nampak orang Keling yang tidak kita kenali. Apatah lagilah bila ternampak sami Hindu berpakaian serba kuning, bersanggul, bertongkat dan membawa beg galas yang diperbuat daripada kain. Sahlah dia pemotong kepala.

Putar cepat balik ke hadapan ke abad ke-21, pembunuhan kanak-kanak kerana amalan sihir dan mistik masih berlaku di sesetengah tempat di dunia. Akhbar The Times of India, baru-baru ini melaporkan bagaimana seorang mistik bernama Abdul Gafoor, 31 dan teman wanitanya, Ramala Beevi, 28, menculik seorang budak lelaki, Khader Yusuf, berusia setahun setengah pada 1 Julai lalu dan memenggal lehernya.

Mereka meminum darah kanak-kanak itu dan menanam mayatnya di dua tempat berasingan di negeri Tamil Nadu. Abdul Gafoor memberitahu polis dia mendapat perintah mengorbankan seorang kanak-kanak dan meminum darahnya dalam mimpi untuk mendapat kuasa ajaib.

Mayat kanak-kanak itu dibalut kain warna merah dan ditanam bersama kalungan bunga serta potret dewi Hindu Kali.

Sekarang saya tidak pasti lagi apa muslihat yang digunakan oleh ibu bapa untuk mengawal anak-anak yang nakal. Hendak takutkan dengan Keling potong kepala tentu tidak boleh kerana perkataan Keling tidak boleh lagi digunakan sewenang-wenangnya.

Lagipun, doktor dan pakar psikologi tidak menggalakkan anak-anak diajar dan didisiplinkan melalui ancaman dan cerita karut. Bagi generasi saya, terima kasih kepada Keling potong kepala, kita tak jadi hantu dan jembalang, pelumba haram dan kutu rayau, kaki gian dan penghuni pusat pemulihan dadah.

Diputar laju ke belakang sekali lagi, minggu lalu, ketika rayau-rayau di Bandaraya Alor Setar, terjumpa kereta pertama saya, Volkswagen Beetle 1,300cc bernombor plat KA 7200. Saya beli kereta itu pada tahun 1970 ketika menjadi wakil Bernama Kedah dan Perlis.

Sedang saya membelek kereta yang sudah diubahsuai itu, seorang kawan sepermainan di kampung menegur. Saya terpinga-pinga kerana otak sudah karat dan lupa nama ramai kawan-kawan lama.

“Aku anak Keling Brahim la,” katanya apabila melihat ke”blur”an saya. Serta merta ingatan saya segar semula. Arwah “Keling” Brahim adalah peniaga tekstil dan pakaian di pekan kecil Tanah Merah, Pendang. Dia orang keturunan Pathan. Tetapi kerana dia dari benua kecil India, maka dia dipanggil Keling.

Itulah cerita “zaman dolu-dolu”.

46 comments:

Anonymous said...

Salam Dato dan Pembaca,

Kalau seseorang itu waras dan tidak dirasuk, mimpi apa pun akan tetap dianggap sebagai mimpi. Tetapi kalau individu itu tidak waras atau jenis yang mudah di rasuk, dia akan menganggap mimpi membawa mesej tertentu. Bersabit kes Abdul Ghafoor, rasa-rasanya dia tidak bermimpi tetapi berhalusinasi seolah-olah dia mendengar suara 'ghaib'.

Kah-Kah-Kah

Anonymous said...

Kalau DAKJ nak tukar selera, saya ada satu sketsa saya baru jumpa; masih lagi temanya masalah sosial negara kita :

Rosmah : "Abang Li ... Jom la datang rumah... I rindu la.. lagipun suami I pergi oversea tadi.."

Rosli : "Ok malam esok I pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Rosmah : "Oh ya.. sebelum datang esok.. U cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan I suka lelaki yg baby-face."

Rosli : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Rosmah : "Alaaa... abang ni nak jumpa I ke tak nie?"

Rosli : "Oklah.. oklah.. Ros punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Rosli hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini.. kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Rosli telah mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Rosli balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Rosli salin baju dan naik ke tempat tidur... tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Rosli yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Nazri... kejap lagi suami akak balik...!!"

Ada paham??? ...

Dalam gelak, tentu kita terfikir...betul tak?

Fed Up

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Terlampau psikologi end-up psiko.

Roti Planta said...

Dato',
Nostaglia kereta lama susah dilupakan. Saya ada Peugeot 204 (1972) yang dalam keadaan baik. Suatu malam, datang satu pasangan yang meminta hendak beli kereta saya itu. Menurutnya dulu semasa beliau ditawarkan ke asrama penuh, ayahnya keluar dengan kereta itu dan menjualnya bagi menampung perbelanjaan beliau ke asrama penuh. Jadi, beliau ingin membelinya untuk dihadiahkan kepada ayahnya semasa harijadi nanti.

Mendengar betapa mulia dan nilai sentimental kereta itu maka saya dengan rela menjualnya. Urusniaga dijalankan pada malam itu juga walaupun nilainya agak biasa. Saya dapat bayangkan air muka bapa tersebut apabila dihadiahkan kereta tersebut seperti air muka arwah ayah saya yang menerima gaji pertama saya.

Moralnya ialah ibubapa dahulu sangguh bergolok-gadai demi pelajaran anak. Ada anak yang cuba membalas budi orang tua namum ada juga yang terlupa.

Bye/Roti Planta

Pegawai Khalwat said...

Itulah yang susah nak mengajar anak-anak kita sekarang ni tuan. Kalau dulu boleh saja kita panggil orang India itu Hindu (terutama sebelah utara). Sekarang, tidak semua India itu Hindu dan panggilan Hindu pun keras juga bagi sesetengah orang.

Anak-anak makin cerdik kerana terdedah dengan program tivi. Rasanya hantu di dalam tivi lebih menakutkan berbanding hantu di luar rumah.

raja2u said...

Assalamualaikum YBhg Dato'

Orang kita memang ada cara tersendiri untuk menguruskan perjalanan hidup yang teratur. Hanya pengaruh luaran menghakis sistem hidup tersebut kerana kononnya hendak setanding dengan zaman kini.

Kita digalakkan balik rumah apabila senja dan dilarang membaling batu diwaktu tersebut kerana ia akan kena mata hantu. Malangnya masa sekarang waktu senjalah sebahagian pemuda-pemuda kita berkeliaran diluar rumah . Hanya sebahagian kecil akan ke masjid-masjid atau surau.

Dari kecil lagi kita diajar mendisplin diri dari membuat jahat melalui penerapan dosa dan pahala. Malangnya dimasa kini ada orang yang menganggap penerapan pahala dosa ini merupakan rasuah.

Lain-lain nilai baik adalah bergotong royong dalam menghadapi kerja berat dan kemasyarakatan. Sekarang semuanya memerlukan duit.

Konsep hidup dahulu adalah kerja enam bulan makan setahun. Ini telah disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan itu adalah budaya pemalas dan telah menukarnya kepada kais pagi makan pagi. Kalau kita kaji kembali orang yang berjaya sekarang memang kerja enam bulan dalam satu tahun dan bercuti enam bulan lagi.

Dalam banyak hal saya berpendapat untuk maju dalam erti kata sebenarnya kita perlu balik kepangkal jalan dan dari situ membetulkan semula strategi kita untuk menghadapi masa depan yang mencabar tetapi penoh dengan peluang kepada mereka yang kreatif dan inovatif.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri Pembahas dimuliakan,

Minta maaf kalau terlambat menampalkan komen-komen anda.

Sedang bermusafir.

Isya-Allah sampai destinasi malam ini

Terima kasih.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Saya membesaq dalam dok kena gempaq,modai arwah mak saya ialah "titi timboi tak cukup kepala budak jantan loqlaq".memang percaya dan cukup takut.

Tu tak termasuk manusia kepala anjin,langsiaq,segala macam mak nenek punya
hantu dok ada.cukup efektif.

Masa kecik tangkai penoh badan,tangan,perut,tengkok kadang kadang sampai dua.nak halau cacing kot!

Bila besaq,sikit pun tak percaya semua tu cuma sampai la ni pun saya ada tangkai benang yang saya buat buat sendiri di lengan.takdak baca apa pun.

Cuma bila orang nampak,rasa macam
"Dont mess with me kind of feeling"

tk
p/s Kelin botoi jadi punca rezeki,ada duit boleh la perabih kat kelin roti benggali pulak.

abdullahngah said...

Hujjah utama Dato' bahawa "potong kepala" punca remaja zaman dahulu tidak jadi penagih dadah, mat rempit dan gejala gejala buruk lain.

Sekarang ini bukan setakat potong kepala, malahan ada antara remaja yang dibunuh kejam. diculik dan dirogol dan macam macam lagi kekejaman yang berlaku.

Mereka yang terbabit dengan pengedaran dadah didakwa atas akta 39B gantung sampai mati, tetapi remaja hari tetap dengan perangai jahat juga.

Yang saya nampak, orang zaman dulu beri makan makanan dari hasil yang halal, sebab itu mereka tidak meminat dengan perkara perkara buruk.

Ayah kita dulu tak makan riba, tak makan rasuah, tak tipu orang, tak makan tulang. Pendek kata hasil yang ayah kita dapat pasti halal.

Atas sebab itulah mereka tidak suka perkara perkara jahat.

Tetapi sekarang ini, ayah mereka beri makan dengan makanan yang dibeli dengan duit haram.

Terutama sekali para pemimpin ayah kepada rakyat yang hidup penuh dengan perkara perkara yang haram dan mubah.

Macam mana rakyat jadi baik sedangkan para pemimpin jahat. pemimpin jahat maka rakyat pun turut jahat.

Para pemimpin rompak dan tipu wang negara, maka lahirlah remaja dan sesiapa sahaja yang serupa sepertimana bunyi burung hantu" ayah begitu anak pun begitu.

Seperkara lagi, pegangan agama ayah ayah dahulu jauh lebih kuat berbanding dengan ayah ayah zaman sekarang.

Oleh itu, remaja zaman dahulu takut dengan amaran ulamak pondok yang mengatakan buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka.

Sekarang ini ada antara ulama takut untuk mengatakan buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka.

Bukan setakat itu, malah ada yang mempertikaikan dan berkata, kamu tahu orang itu masuk syurga dan masuk neraka.

kita sedia maklum bahwa Masuk neraka dan masuk itu ditentukan oleh Allah bukan manusia yang menentukannya.

Tapi Al Quran mengajar kita buat jahat masuk neraka dan buat baik masuk syurga.

Salah ke jika kita jawapan apa yang Allah ajar kepada kita bahawa buat jahat masuk neraka dan buat baik masuk syurga.

Inilah yang patut disebarkan, miskipun ada yang tidak setuju dengan kaedah ini.

Ini adalah kaedah yang Allah ajar kepada kita, maka kaedah lain miskipun dirasakan ia suatu hikmah adalah tidak sesuai dengan Islam syumul.

Kaedah ini adalah suatu kaedah pendidikan mana satu yang harus kita piulih dalam melayari kehidupan serba mencabar di muka bumi ini.

Yang mana yang wajar kita pilih antara syurga dan neraka. Sudah pasti kita akan pilih syurga tempat yang paling nikmat.

Mustahil ada yang mahu pilih neraka yang paling seksa.

Tapi zaman ini kebanyakan umat Islam memilih dan beramal dengan amalan ahli neraka, Jarang yang pilih dan beramal dengan amalan ahli syurga.

mengapa? kerana mereka Islam tiada sesiapa yang boleh menentukan dia masuk neraka. Kan Allah yang menentukan segala galanya.Lebih lebih lagi Allah maha pemuruh dan penyayang.

ab said...

Salam Dato,




Ni kisah kanak kanak, remaja dan orang tua Melayu sekarang di Malaysia.....2010.



Gostan 1500 tahun dulu, orang arab bunuh anak perempuan....fast foward 2010 kat malaysia...ramai ramai buang bayi,bunuh bayi,bagi bayi dibaham anjing, bakar bayi, `flushed' bayi kat jamban tak kira lelaki atau perempuan......


Gostan 1400 tahun, islam galakan kahwin lelaki dengan perempuan ..... fast foward kat malaysia 2010.....kahwin dengan kanak kanak,setubuh kanak kanak, lelaki setubuh lelaki..kadang kadang cepat,selalu liwat...


Gostan 1400 tahun dulu...lelaki kuat sembahyang 5 waktu, fast foward 2010...terlalu ramai lelaki kadang kadang sembah-yang ...selalunya kurang, bukan genap atau lebih sembahyang......


Gostan 1400 tahun dulu...kalau kacau islam, ramai ramai tua,muda,remaja pi perang dengan yang kacau islam tu.....fast foward 2010.....ISLAM hanya dijaga mufti saja...yang lain kecut teloq!..kutuk ka,kondem ka,kalau buang sejadah dan mimbar pun kira ok, `toleransi', sabaq, liberal, open minded...orang moden,orang 1 malaysia!.


Pemuda,remaja sekarang tak suka perang mempertahankan islam...depa suka hisap/suntik dadah..berebut dapat virus HIV, ramai ramai jadi mat rempit, pi mabuk kat pub/KTV `join course' kat pusat serenti,dsb...moden la ni..



Gostan 400-500 tahun, ramai keling kat malaysia....tapi ramai berugama islam.....fast foward 2010,keturunan keling ni dah nik taraf jadi mamak mamak...DAN MASIH ISLAM
keturunannya!


SO ....RUPANYA RAMAI BETUI MELAYU kat MALAYSIA, RUPANYA TIDAK RAMAI MELAYU ISLAM dimalaysia.....


RUPA RUPA NYA RAMAI BETUI MELAYU dimalaysia 2010 lebih rendah IQ dan akhlak dibandingkan dengan arab 1400 tahun dulu.......


APA NI? elok pi mengaji kat mamak mamak keturunan keling yang semuanya ISLAM lagi baguih tak? DEPA dapat naik taraf jadi mamak
dan masih berugama islam, berbanding dengan ramai keturuunan melayu islam dah tak islam lagi.....


Kalau dema nak marah saya pun marah la...HAKIKATNYA,melayu 2010 lebih kebawah dari arab 1400 tahun dulu......dan bawah lagi dari mamak mamak! aduhai.....


Abu bakar Ab Rahman

pakbelalang said...

Kalau di Muar pada zaman saya ada cerita benar. Ada satu hamba Allah bernama Wak Sadin. Gemuk gempal orangnya. Dia penghuni masjid Malbari dikawasan bandar Maharani, Muar. Kalau dia keluar kebandar semua anak-anak dara takut bertembung dengan dia. Sebabnya dia akan kejar perempuan yang tak bertudung dengan tongkat dia.Dengar cerita Wak Sadin ini akhirnya meninggal dunia di masjid tersebut.

Cerita Keling potong kepala pun ada tapi dikampong-kampong memang biasa kedengaran untuk menakut-nakutkan anak-anak bermain di parit-parit tangkap ikan keli.

zainal abidin awang kechik said...

Selamat menyambut ramadhan

Salam untuk bonda tok di kampung

pakbelalang said...

Allow reps to endorse applications for govt contract, says Rembau MP
By LEE YEN MUN
yenmun@thestar.com.my


PETALING JAYA: Elected representatives should be allowed to endorse applications to bid for Government contracts.

Rembau MP Khairy Jamaluddin, in questioning the logic of not allowing elected representatives to speak up for their constituents, said: “What is the point of an elected representative if he is not even allowed to write a letter of endorsement (for a deserving candidate)?”

He added that a wakil rakyat who failed to defend its constituents could be booted out from his position through the ballot box.


comment:

Why the need to seek letter of endorsement from wakil rakyat to bid for govt. tenders knowing very well that the endorsement letters are worthless piece of paper. Such endoresment letters issued by wakil rakyat to please his constituents as if the letters appear to carry weight in their bid to secure govt. tenders is a reflection of hypocrisy on the part of the wakil rakyat.

A letter of endoresment to recommend children of his constituency who fail to enter public university is much more relevent than endoresment for bidding govt. contract. Likewise endoresment to get assistance for the poor family to have free textbooks or uniforms for their children.

Anonymous said...

DAKJ dan Saudara/ri,

Menggunakan taktik menakut-nakutkan bagi mendisiplinkan kanak-kanak mungkin berkesan tetapi adalah lebih berkesan kalau mereka menjadi berdisiplin disebabkan pendedahan terhadap perlakuan yang baik-baik dan layak dicontohi.

Dalam konteks merempit, orang yang lebih dewasa boleh menggunakan pendekatan menakut-nakutkan seperti "jangan merempit nanti kepala kena potong". "Jangan merempit, tuhan tidak suka". "Jangan merempit, nanti patah kaki, masuk wad" dsbnya. Ia mungkin berkesan dan mungkin tidak.

Ia bertambah tidak berkesan kalau kanak-kanak tadi terdedah pada persekitaran yang tidak terarah kepada melahirkan masyarakat yang bebas dari gejala negatif (rempit).

Cuba bayangkan apa tanggapan dan apa pengaruh yang ditanam dalam minda kanak-kanak apabila melihat orang dewasa/belia yang menunggang motosikal lama yang mengeluarkan asap hitam pekat dan bunyi yang kuat, tanpa pakai topi keledar, dengan hanya sebelah tangan memegang "handle" dan sebelah tangan lagi terselit sepontong rokok?

Soalnya, bolehkah individu yang terdedah dengan gambaran tingkah laku permotoran yang tidak baik sejak sedari usia kanak-kanak (seperti gambaran di atas) menahan diri daripada pengaruh dan ajakan rakan-rakan perempit? Majoritinya mungkin tidak tetapi akan ada segelintir yang terpengaruh.

ALPASIKU

mat nisfu said...

Terima kasih Datuk kerana membangkitkan nostalgia lama.

Memang betoi, masa kecik2 dulu keluarga saya dan rakan2 yg lain selalu di"gempaq"kan cerita keling potong kepala ( KPP ). Bila dengaq je cerite KPP ni , seminggu tak berani keluaq rumah. Tapi ada juga kawan2 yang terlebih penakut. Bila nampak keling botoi pun dia buka langkah seribu... sembunyi bawah ketiak tok wan.

Difikirkan balik, memang berkesan cara mak bapak zaman dahulu nak disiplinkan anak2 supaya jgn. merayau tak tentu hala. Zaman sekarang ? Hhmmm, lagi dilarang lagi depa nak buat

mat nisfu said...

Terima kasih Datuk kerana membangkitkan nostalgia lama.

Memang betoi, masa kecik2 dulu keluarga saya dan rakan2 yg lain selalu di"gempaq"kan cerita keling potong kepala ( KPP ). Bila dengaq je cerite KPP ni , seminggu tak berani keluaq rumah. Tapi ada juga kawan2 yang terlebih penakut. Bila nampak keling botoi pun dia buka langkah seribu... sembunyi bawah ketiak tok wan.

Difikirkan balik, memang berkesan cara mak bapak zaman dahulu nak disiplinkan anak2 supaya jgn. merayau tak tentu hala. Zaman sekarang ? Hhmmm, lagi dilarang lagi depa nak buat

said said...

Salam Nisfu Syakban Dato
La ni pun masih laku juga "gendang kelin" waktu kenduri kawin di Kedah ni . . . . http://www.youtube.com/watch?v=Q0X0sg0e5MA

serpico said...

DAKJ

di kawasan perumahan saya di KL,
anak-anak sekolah rendah dan menengah kebanyakkan nya akan pulang ke rumah dari padang permainan menjelang waktu maghrib.

Satu hari anak saya yang baru pulang dari padang permainan yg berhampiran sabuah kedai mamak
bertanya.

"Kenapa pakcik pakcik dan abang abang jiran kita tu hari hari lepak kat kedai mamak sampai time maghrib ayah?

Terkedu juga saya nak menjawabnya.

Sampuk isteri saya " keling potong kepala sekarang dah bukak restoran"

Makin bingung anak saya mendengar jawapan ibu nya. kesian dia.

Anonymous said...

Salam Dato',

Cerita "Keling potong kepala" kalau kat tempat saya (pedalaman Batu Pahat) kami semasa kecil dulu ditakutkan dengan "Benggali penyabit kepala" yg sama maksudnya. Kami seriau kalau nampak orang India yg memang sedang menyabit rumput untuk makanan ternakannya. Agaknya India tu pun tak tahu kenapa budak-budak Melayu takut kat dia.

Sekarang ni kalau berjalan malam dikampung mertua saya yg gelap gelita, saya tak terganggu oleh rasa takutkan hantu tapi saya seram juga kalau-kalau ada ular sawa, harimau, babi hutan atau pun kerbau liar. Itu semua ancaman yang real bagi kampung pedalaman di Pahang.

Bila saya ada anak sendiri saya tak mahu terikut2 cara menakutkan budak dengan benda yg tak sahih. Saya kerap menegur isteri saya jika dia menakutkan anak2 kami dengan cerita hantu atau pontianak yg dia sendiri pun tak pernah tengok. Itu amat bertentangan dengan ajaran agama.

Orang dulu2 suka menakutkan anak2 dengan polis atau pun cikgu. Sekarang pun saya pernah terdengar biras saya menakutkan anaknya dengan ancaman "nanti polis tangkap" walau pun suami dia seorang anggota polis. Masih ada yg takutkan anak dengan ancaman "nanti cikgu pukul". Tolonglah rentikan semua ni.

Cara menakut2 kan anak dengan cerita hantu (atau "Keling potong kepala") boleh juga mendatangkan kesusahan kpd ibu bapa. Seorang kawan saya (kini arwah) pernah diminta oleh bapanya untuk membeli sedikit barang keperluan dari kedai yg tak jauh dari rumah mereka. Oleh kerana hari telah malam dan kawan saya tu takutkan hantu maka dia enggan pergi. Ayahnya telah cuba menggunakan psikologi memujuk beliau kekedai, antara katanya, "Mana ada hantu. Ayah yang dah tua ni tak pernah pun terjumpa tahi hantu..tak adalah tu". Walau sebijak itu cara sang ayah berhelah, kawan saya tu tetap tak tak mahu pergi ke kedai kerana takutkan hantu. Demikianlah hebatnya kesan psikologi kalau kita menanamkan "fikiran" tertentu kpd anak-anak kecil. Maka teringatlah saya kpd jiran saya berbangsa Cina yg menanamkan "fikiran" kepada anak-anaknya yg masih kecil (tadika) bahawa "lu mesti kerja (belajar) rajin. Itu Melayu tak apa. Kerja cincai pun tak apa. Dia orang ada gomen tolong". Tak tahu apa agaknya fikiran budak tu sekarang (late 20s) tentang orang Melayu. Tak tahu adakah semua Cina cakap macam tu kat anak-anak kecil mereka.

Pak Hj JKB

Tinta Hitam said...

Cerita keling potong kepala skg dah lain pulak.ebih kuran sama juga dgn cerit potong kepala ni.

Cerita nya potong kuasa.Kata UMNO kalau melayu leka akan hilang kuasa,Melayu jadi takut.Tapi sama spt auta cerita keling potong kepala yang mak sya ceritakan sekitar tahun 60an dan awal 70an dulu.Tujuan cerita suapaya kami jgn adventerous sgt main jauh jauh.

Tujuan cerita keling potong kepala versi baru ni sama juga.Supaya melayu jgn adventurous sgt.Pergi sokong DAP/PAS/PKR.Takut UMNO hilang kuasa.

Anonymous said...

Salam Dato,

Citer pasal keling potong kepala mengingatkan saya sewaktu kecil ketika masih menetap di singapura di akhir tahun 60an. Citer keling potong kepala memang hangat dan menakutkan ketika itu lebih2 lagi waktu itu kebetulan banyak jambatan di singapura sedang dalam pembinaan. Jadi helah orang2 tua ketika itu macam betul. Ditambahkan lagi citer benar kehilangan beberapa kanak2 entah betul entah tidak pasal kena tangkap keling, kanak2 masa tu hanya dengar dari mulut orang2 tua dan percaya aje.

Suatu hari ketika bermain2 semasa menunggu waktu sekolah agama sesi petang bermula kami bermain2 dipadang hadapan sekolah. Terdapat sekumpulan lembu sedang meragut berhampiran kami bermain dan biasalah kanak2 lembu pun ikut sama dikacau. Tiba2 datang seorang india tua berserban dan berkain putih lipat separuh datang kearah kami dengan membawa sabit rumput pendek seolah2 mahu memengal kepala. Apa lagi berterabur semua masuk ke kelas. Mendengar jeritan kami yg panik dan pucat datang seorang guru utk menenangkan keadaan. Melihat guru kami keluar india tersebut berhenti dari mengejar kami dan membebel sendirian dan terus berlalu. Apa lagi guru pun ambil kesempatan dgn berkata "Itulah awak nakal sangat kan dah datang keling potong kepala"

Pada saya walaupun sudah hampir 40 tahun peristiwa itu berlaku ianya masih segar dan cukup memberi kesan dalam menguatkan helah orang2 tua dahulu. Tak tahulah apa sebab india tu mengejar kami mungkin pasal lembu dia kena kacau atau dia memang benar seorang keling potong kepala. Wallahualam.

Hamzah

Anonymous said...

Salam Dato'
Dengan izin,

Tinta Hitam kata,

"Tujuan cerita potong kepala versi baru ni sama juga.Supaya melayu jgn adventurous sgt.Pergi sokong DAP/PAS/PKR.Takut UMNO hilang kuasa."

Komen saya:

Kalau ada sesiapa cakap: "Pergilah sokong DAP/PKR/Pas. Takut UMNO hilang kuasa." Meskipun nampak seperti versi baru "potong kepala" tetapi sebenarnya ada versi yang lebih baru!

Versi paling baru ialah "Moh sokong 'parti kami'. Syurga dalam tangan. Sokong 'parti kebangsaan'. Sebaliknya anda dapat".

Sebagai pengundi atas pagar, kami berasa keliru versi mana satu yang terbaik untuk dikhabarkan kepada rakan dan taulan.

Apakah versi baru atau yang terbaru? Pilihan kami menjadi lebih sukar apabila kawan kepada 'parti kami' mengungkapkan versi "potong kepala paling klasik: "langkah mayat saya saya kalau mahu.... "

Mungkin Tinta Hitam dapat memberikan kami sedikit nasihat versi yang mana satu yang paling sesuai untuk kami dengan mengambil kira kami itu adalah golongan atas pagar.

ATAS PAGAR

saji said...

Salam Dato' dan abdullahngah

"Hujjah utama Dato' bahawa "potong kepala" punca remaja zaman dahulu tidak jadi penagih dadah, mat rempit dan gejala gejala buruk lain."

Komen:

Saya tak setuju kerana zaman dulu motosikal kapcai tak ada lagi, dadah tak ada lagi. Sekolah perempuan dan lelaki pun berasingan..

saji said...

Salam Dato'

"Keling potong kelapa akan pengkal leher kanak-kanak yang berkeliaran jauh dari rumah dan kepala mereka akan ditanamkan di hujung jambatan yang sedang dibina atau di tapak-tapak pembinaan lain."

Komen:

1. Mengapa kepala yang dipotong ditanamkan dihujung jambatan yang sedang dibina atau tapak pembinaan lain?

2. Jawapan yang saya perolehi di era 80an ialah,hantu kelaparan darah manusia mati potong kepala yang ditanam ditapak pembinaan projek bahaya yang jika tidak dilayan akan menyebabkan kematian pekerja2 binaan terjatuh semasa pembinaan dsb, seperti yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas.

alunbm said...

Betul tu tinta hitam kalau dulu orang-orang tua menakutkan budak-budak dengan versi kelin potong kepala tetapi sekarang versi moden pemimpin-pemimpin umno menakut-nakutkan orang melayu kalau pangkah parti pembangkang, orang cina akan berkuasa.Betui ka, ke cuba nak memperbodokan orang melayu.tu pun ramai orang percaya!.
Majoriti penduduk Malaysia orang melayu takkan pemimpin-pemimpin melayu dalam pembangkang nak membiarkan kuasa melayu hilang dibumi melayu?.

Terus terang saya katakan saya lebih mempercayai pemimpin melayu dalam pakatan rakyat terutama pemimpin pas dari mempercayai pemimpin umno yang sudah terang -terang hanya nak menyusahkan rakyat bukan nak menyenangkan rakyat.
Harapkan slogan(rakyat didahulukan) saja lebih tapi habuk pun tarakkk!!!.

sujini said...

Scribe,

Zaman dolu, dolu, pemimpin Melayu terpaksa jual harta benda sendiri bila nak adakan pilihanraya.
Mereka yang berduit dengan rela hati menderma kepada parti kerana hendakkan parti menang.

Zaman sikalang, kalu mau jadi pemimpin kena ada modal.
Modal latang dalipada kapitan cina atau dalipada plojek kelajaan.
Atau pun lebih bagut, kalu itu pemimpin dalipada olang bangsawan dan sudah manyak wang punya.
Kalu ada itu gigi sama lidah aja aiya..susah mau jadi pemimpin maa..

LibangLibu said...

Tuan Kadir,

di kg saya, cerita potong kepala berversi lain.

kepala yg dipotong akan ditanam ditiang jambatan keretapi untuk meneguhkan jambatan!

ha ha pernah dengar??

Zaid@Zaidel said...

Memang mencabar mendidik anak-anak sekarang tuan...

Anonymous said...

UMNO KATA - Politik dan Islam tak ada hubungkait, Islam lain - politik lain.

PAS KATA – Islam itu merangkumi politik dan seluruh kehidupan.

Confirm UMNO tak boleh nak pujuk PAS. Gi main jauh jauh UMNO. Muka tak malu pipi tersorong sorong...

kutuk PAS bukan main lagi mcm tak hingat dunia, lepas tu nak usha PAS ajak bersatu.

Boleh jalan lah UMNO...

SO deperado.

UMNO.....Mual sungguh rasa tekak ni....

mentidakmentaduk

umar said...

Ketua penggajian Melayu di Universiti Malaya pun dulunya di kenal - Prof. Datuk Zainal Keling. Baru bersara. So masyarakat melayu tidak menghina " keling ", padahal terimapakai istilah ini.
Cuma pada zaman sekarang ahli-ahli politik salah guna istilah ini untuk mengutuk atau menghina bangsa India dengan " Keling ".
Apa reaksi kita bila bangsa lain memanggil kita, " Jakun , belacan dan sebagainya ?

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Seronok juga Dato' bawa cerita bagaimana orang dulu2 mendisiplin anak2 mereka. Cuma oleh kerana orang dulu2 (termasuk saya semasa kecil) tidak banyak menguna logik, depa terima sahaja cerita2 itu bulat2 tanpa soal banyak. Tapi kebanyakan cerita2 itu kini telah pupus ditelan zaman moden yang lebih berpandukan logik.

2. Saya teringat cerita seorang jiran saya semasa tinggal di kuarters Kerajaan di Bakar Bata Alor Setar (berdekatan dengan rumah Pegawai Perubatan, Hospital Alor Setar ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad). Nama beliau ialah Pak Murad (walaupun kulitnya gelap sikit, tapi kami tidak panggil dia Pak Murad Keling). Kami kanak2 cukup suka dengan dia kerana selain dia ramah dan mesra dengan kanak2, beliau juga kelakar. Beliau juga adalah seorang ahli sukan dan mungkin pernah mewakili negeri Kedah pada tahun 50an dalam permainan Badminton. Oleh itu kami pada mulanya anggap dia seorang yang berani dan hero.

3. Bagaimanapun pada kejadian di suatu malam dibulan Ramadhan suatu ketika telah menukar persepsi kami terhadapnya. Pada malam itu kami beramai bersamanya berjalan kaki menuju ke rumah Tok Guru Quran kami yang tidak berapa jauh dari rumah kami untuk membayar Zakat Fitrah. Dalam perjalanan itu kami diserang oleh seekor anjing garang bernama Polo.

4. Kami,kanak2 semua ketakutan dan ingin cabut lari. Tapi Pak Murad telah melarang kami tapi sebaliknya telah suruh kami berdiri sekelilingnya. Oleh karana menganggap beliau seorang "hero" dan "berani", kami pun berdiri kelilingnya. Kami tidak sedar bahawa secara tidak langsung kami juga sebenarnya melindunginya dari anjing yang garang itu. Tapi oleh kerana anjing itu terus menyerang kami maka kami semua terus cabut lari meninggalkan Pak Murad. Akibatnya Pak Murad pun juga turut cabut lari dan meninggalkan kami dibelakang. Jelas sekali bahawa cara Pak Murad nak mendisiplinkan kamiitu tidak menjadi tapi makan diri.

Alfatihah kepada Arwah Pak Murad. Semoga Allah mencuri rahmat ke atas rohnya. Amin

saji said...

Salam mentadakmentaguk

"UMNO KATA - Politik dan Islam tak ada hubungkait, Islam lain - politik lain."

Komen:

Berikut antara contoh mudah politik dan Islam ada hubungkait yang saya belajar dulu:

1.Umat Islam satu dunia daripada pelbagai negara,bangsa dan keturunan berhimpun dan mengelilingi Kabah semasa musim haji.

2. Umat Islam satu dunia mendirikan solat 5 waktu menghadap ke arah Kabah.

3. Umat Islam berhimpun di masjid setiap Jumaat untuk mendengar khutbah dan meunaikan solat Jumaat.

4. Umat Islam walaupun pemikirannya berpecah kepada pengikut 4 mazhab utama -Maliki,Hanbali, Shafie dan Hanafi masing2, tetapi pegangan akedahnya sama.

Anonymous said...

Kalau Melayu dah tak nak sokong UMNO OK lah. No big deal. Sokonglah PAS dan PKR (Pakatan). Kalau itulah kehendak orang Melayu.

Tapi janganlah sampai nak mencaci UMNO. Sebagai orang Melayu beragama Islam,bermaruah,beradab dan berhemah tinggi kita tidak harus melahirkan kata-kata yang kurang manis didengar.

Begitu juga kalau kita tak sokong PAS atau PKR.

Dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan mencerminkan peribadi yang kurang pengetahuan berpolitik dan cetek pemikiran. Seperti memperlihatkan orang yang tidak bertamadun Islam yang tinggi.

-Nan-

Roti Planta said...

Dato',

Tun Ling Liong Sik sudah kena 'potong kepala'. Dia adalah Tun pertama yang kena potong kepala. Lepas ini akan diikuti oleh seorang VIP dari UMNO dan MIC. Apabila cukup 'quota' baru rakyat tidak marah dan kata perkauman.

Tangkap seorang dua lagi Pak Jib, baru akan nampak 'clean' macam PakLah dulu.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Saudara Roti Planta.

Kisah Peugeot dan membalas budi ibubapa yang anda kongsikan amat menyentuh hati.

Izinkan saya menggunakan kisah tersebut dalam motivasi hidup ini seterusnya berkongsi dengan rakan yang lain.

aziang mazwang sapwang

abdullahngah said...

saji,

Kita boleh setuju jika mengatakan motosikal ada tapi tidak banyak macam hari.

Yang kita tidak boleh setuju dikatakan dadah tidak ada sebab itu remaja zaman dulu tidak jadi ketagih dadah macam hari ini.

Tapi jangan lupa rokok terlalu banyak dipasaran dan ganja tetap ada serta menjadi pilihan remaja yang nakal.

Oleh kerana peratus remaja yang nakal tidak ramai berbanding dengan hari ini maka kejahatan remaja tidak terserlah.

Kita juga tidak lupa bahawa remaja zaman dulu sangat hormat kepada ibubapa dan guru.

Apatah lagi ustaz yang berperanan memberi kesedaran kepada muridnya macam anak sendiri.

Hari ini bukan sahaja ibubapa yang menjadi mangsa anak anak, malah guru nya diterajang dan ditumbuk apabila mengambilalih peranan sebagai ibubapa mereka.

Yang kita nampak puncanya ialah remaja hari ini tidak solat, sedangkan solat itu menghindar kejahatan.

Hujjah saya pemimpin yang baik melahirkan rakyat yang baik dan pemimpin jahat melahirkan rakyat yang jahat.

tengok kerajaan dan pemimpinnya.Tengok ibubapa dan istitusi kekeluargaan.Berapa paratus yang solat dan yang tidak solat.

Bayangkan 83 peratus tidak solat. Apa akan terjadi kepada negara dan masyarakat masa depan kerajaan.

mtgbertam said...

Mak bapa saya dulu kdg2 tarbiah terbalik. Cth, bila kita naik pokok mak suruh turun...mmg tak turun.

Tapi bila dia pegang ranting, dgn cekak pinggang dia kata `naik tinggi lagi !!'...dan2 kita meloroih turun.

Mungkin mat2 rempit pun kita kena suruh lagi kot, jgn halang.

affendi hussain said...

Saudara Atas pagar..

Begitulah hakikatnya dunia politaik Malaysia ini..

Golongan "politician" kaki lima ini yg suka kata org lain bodoh, diperbodohkan dan memperbodohkan diri inilah sebenarnya yang bodoh kerana berasa puak anutan merekalah yg terbaik & terpandai diantara semua berbanding org mcm kita ni..

Tunding jari kt orang tetapi lupa 3 datang balik & 1 tunjai dahi dia sendiri..kalau dah "perfect" takkan ada ruang org nak tibai balik dek kerana apa yg dilafaz & dibuat kononnya terhebat..

Really insult OUR intelligence..

kita yg diatas pagar ni saja yg guna otak sebenarnya kerana tahu utk melihat, menilai & memilih..

("/)

Anonymous said...

Salam En Bakar Ab Rahman,

Kenapa kaum india muslim a.k.a. mamak masih berpegang teguh kepada ajaran Islam?

ada berkawan dengan orang india muslim? tengok 'upbringing' mereka..semuanya bermula dengan islam 1st, race is second!

pernahkah anda sembahyang di masjid india muslim?

Anda perasan atau tidak jemaah mereka tiada 'separation' diantara jemaah muda dan tua dalam menghadapi allah s.w.t.

Siapa cepat dia dapat...jadi...pastikan anak solat bersebelahan.....

tetapi kalau nak tengok lagi dekat perangai melayu..pergi sahaja masjid TTDI ramadan nanti..masjid 'posh area' la katakan..

ramai jemaah tinggalkan anak muda mereka bermain2 di perkarangan masjid.....budak2 main mercun tak ingat dunia dan tak ingat mati...berdentum macam bunyi c4..yang solat boleh terkejut beruk...nak marah bukan anak kita..

yang datang nak 'dating' tu biasalah..

ada lagi cerita situa hipokrit..
disuruhnya budak muda yang dapat tempat di saf depan supaya sembahyang dekat saf belakang, konon situa tu nak solat didepan...

selesai 8 rakaat situa dah cabut, tapi sianak muda masih meneruskan hingga ke rakaat 20...

biar mati anak, jangan mati adat?

hj hamid

OKJ said...

Salam DAKJ

Maaf tak berkesempatan nak berbahas seminggu dua ni. Bagaimanapun, terdetik dan tersentuh hati saya bilamana nama Tun Dr Mahathir dihina sebegitu rupa. Seorang negarawan yg tidak ternilai jasanya.

Semasa kunjungan saya ke South Africa, saya ada berbicara dengan seorang veteran journalist yg begitu menghormati negara kita. Beliau menceritakan bagaimana penindasan semasa dasar apartheid, rakyat kulit sawa matang & gelap dihalau macam anjing di District Six, Nelson Mandela ditahan selama 26 tahun dan 18 tahunnya di Robben Island, sehinggalah Mandela dibebaskan dan dasar apartheid dihapuskan sekitar tahun 1996.

Yg menariknya, beliau juga memuji Malaysia kerana mempunyai seorang arkitek terulung iaitu Tun Dr Mahathir. Beliau juga menceritakan hubungan rapat antara Dr Mahathir dan Nelson Mandela dimana kedua-duanya telah bertemu beberapa kali. Hasilnya, banyak adaptasi yg dilakukan oleh Nelson Mandela selepas dasar apartheid diambil dari dasar-dasar Malaysia terutamanya dasar bumiputra.

Pada hari ini, mereka telah hidup dalam suasana harmoni, imej kotaraya hitam telah diubah kepada selamat, kadar pengangguran diturunkan kepada sekitar 40% (Walaupun masih tinggi tetapi mereka tetap bersyukur). DAN dari diharamkan memasuki apa-apa pertandingan bolasepak FIFA sehingga menjadi penganjur FIFA world cup yg cukup hebat.

Kali terakhir beliau ke Malaysia adalah pada tahun 1997. Beliau teringin sekali, kembali lagi ke Malaysia untuk melihat KLIA dan PUTRAJAYA yg diceritakan oleh Tun kepada bekas presidennya lebih 15 tahun dahulu. Dan tak putus-putus mulutnya memuji Tun Dr Mahathir. Katanya, Arkitek South Afrika adalah Nelson Mandela dan dibantu secara diam-diam oleh Tun Dr Mahathir.

Begitulah hebatnya negawaran kita. Akhir kata, terima kasih Tun kerana membanggakan seluruh rakyat Malaysia diseluruh dunia. Sekian TQ.

Anonymous said...

Datuk,
Teringatkah seorang kling silap mata dengan pertunjukkan potong kepala anaknya.
Bapa : ADOL, Apa ini?
Adol: Pen
Bapa : Apa Pen
Adol : Parker

Skrip ini diulangi setiap pertunjukannya:

Panggilan kling bagi kita orang Kedah ok saja, kakak saya dilahir agak gelap sikit, aruah atuk saya panggil dia "kling"
Anak India (hindu) pun kita panggil anak kling kedai runcit india kita kedai kling. Kawan kawan Hindi kita panggil kling.
Sampai sekrang saya pangg
il muthu kawaan form V (1962) ggil kling kodiang. Dia tak marah pun.

ZUK.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Beruntunglah Kabinet 2002 kerana keling pemotong kepala sudah tiada lagi. Kalau keling pemotong kepala masih wujud, bolehlah mereka memotong semua kepala anggota Kabinet 2002, kecuali kepala Tun Ling Liong Sik.

Saya berpendapat, Tun Ling Liong Sik tidak bersalah; beliau hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai menteri pengangkutan. Yang bersalah ialah jemaah kabinet bodoh yang meluluskan permohonan Tun Ling.

Saya tidak rela negara saya diperintah oleh kerajaan bodoh!

puaka said...

Salam Dato,

Lama saya tak menulis komen di blog Dato ini tetapi kali ini saya terpanggil untuk menulis sedikit di sini. Memang saya antara peminat setia blog Dato, khasnya bila Dato menulis pasal makanan dan yang berbentuk 'down memory lane'.

'Keling potong kepala'...tergelak saya membaca cerita Dato. Betul. Cerita ini banyak diceritakan kepada saya semasa saya sekolah rendah dulu. Bezanya di kampung saya di Melaka, bukan 'keling potong kepala' tapi 'benggali potong kepala'. Objektifnya tetap sama. Kami memang takut dengan Benggali yang pakai 'turban'.

TEHrasaCOKE said...

"Ha pi la meretau jauh-jauh, jumpa kelin gila kerat kepala baru tau"... ini versi yang saya dan kengkawan selalu dengar dari mulut orang-orang dewasa tahun 70'an dulu
sewaktu tinggal di sebuah estet diBukit Jenun,Gurun (la ni pendang) dolu-dolu.

Kemudian ditambah lagi cara-cara kepala kita dipotong seperti berikut...

"Kita terjumpa dia, lepas tu kan dia bagi pisang. Kita ambik. Kita pusin belakang, dia pun cantas kepala kita...nak buat jambatan"

Memang berkesan. Tapi mai time nak cari buluh nak buat cakplong dan peluru buah cenerai, bukit-bukau, hutan tetap diredahhhhh....

-----------------------------------
Aruah pak saya dulu ada mutu honda C50...KA 2239 (tahun 70an). Tak pernah mandi. Kalau kami nak keBendang kira-kira 7km dari rumah
terpaksa melalui sebuah gon berdekatan kuil hindu. (Kami memanggil gon tokong).

Menaiki gon tersebut, bapa terpaksa toi kakinya diatas tanah untuk melepasi gon dengan kapasiti 3 penumpang (bapa,emak& saya)... nostalgia sungguh.

dira said...

Kat tempat saya ada keling yg dok berteriak"tajam batu,tajam batu".Dia sebenarnya nak mengasah batu giling.Jadi yg bebudak ni ditakutkan kononnya keling tu nak potong anu mereka.Kami yg perempuan ni pun takut,jadi kami semua taklah merayau-rayau sangat macam budak sekarang.Memang pandai orang-orang dulu.

Y Ismail said...

Salam Dato',

Nak kongsi cerita tentang asal-usul perkataan 'keling' diceritakan, orang 'keling' ni suka pakai gelang kaki yang berloceng, bila mereka berjalan maka akan berbunyilah 'kling..kling..kling..'= keling.
Sejauh mana kebenarannya, walllahualam..TQ

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).