Monday, September 27, 2010

Kesan Perjanjian Tanah KTM Di Singapura

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA 20 September lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian pertukaran tanah membabitkan tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd’s di republik itu.

Ia dimeterai oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, di kota singa.

Kedua-dua pemuka menguar-uarkan (bukan war-war) perjanjian itu sebagai kejayaan besar dan pembaikan ke atas “Point of Agreement (POA)” yang menjadi asas rundingan antara dua negara.

Saya tidak mahu berselisih faham, menyangkal atau menyangkal laporan dan ulasan media massa yang menghebahkan perjanjian itu sebagai “win-win” (menang-menang).

Saya sekadar ingin berkongsi maklumat dan interpretasi peribadi saya untuk kita dalami, fahami dan bahaskan. Berikut adalah antara inti pati, ciri dan implikasi perjanjian berkenaan:-

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;

2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;

3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-

(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);

(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan

(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.

4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.

6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.

7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”

[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]

9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

10. Melalui kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Business keluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.

Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.

Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).

11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.

12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.

13. Seperkara lagi yang perlu penjelasan ialah taraf pemilikan tanah gantian itu -- adakah ia pegangan kekal atau pajakan 99 tahun? Tanah KTMB di Singapura adalah pegangan tetap selagi operasi kereta api berjalan.

14. Kalau saya faham kenyataan Mohd Najib dan Pengarah Urusan Khazanah, Azman Mokhtar, projek itu tetap dilaksanakan tidak kira kita kalah atau menanang dalam timbang tara oleh PCA. Malah kata mereka, projek ini akan dimulakan tanpa menunggu keputusan PCA. Jadi timbang tara oleh PCA adalah “akademik” atau sekadar melepas batuk di tangga.

15. Dalam konteks ini kita wajib meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada Mohd Najib dan Azman. Azman memberi jaminan bahawa projek ini “masih berdaya maju dan menguntungkan” walaupun cukai pembangunannya tinggi.

16. Kita tidak mahu Mohd Najib mengisytiharkan perjanjian ini sebagai menang-menang dan dia berjaya di mana Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu gagal, tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

17. Akhir sekali kita tidak mahu pelaburan Khazanah di Singapura menjadi seperti pelaburan Sime Darby di Qatar yang menghasilkan kerugian hampir RM1 bilion.

18. Berhati-hatilah, Singapura bukan sebarang jiran. Fahamilah istilah “kiasu” dan impaknya kepada “psyche” (cara berfikir) negara Singapura.

104 comments:

King-Fx said...

Salam tuan,

Najib razak rasa dia pandai.. Selamanya dia playsafe. Satu dunia skg melihat Malaysia diperbodohkan oleh Singapura. Apa boleh tuan... Malaysia boleh, kita diperintah oleh sekumpulan 'jack ass'..

OKJ said...

Salam DAKJ

Maaf cakaplah tapi rasanya tak berapa molek kita ‘underestimate’ orang. Memanglah PM-PM dulu tak dapat selesaikan, tapi kena cuba dulu baru tahu. Bagi sayalah, ‘collaboration’ ni sekurang-kurangnya menunjukkan jalan ‘win-win’ situation. Islam pun menuntut umatnya bersederhana. Bukan ke begitu??

Satu lagi, kalau tengok ASTRO discovery cahnnel, tak dinafikan GORILA akan berkelahi dan berbunuh untuk mempertahankan wilayah dan girlfriendnya. TAPI, Gorila itu haiwan, ada nafsu besar tapi otak kecil. Jadi sekali lagi, pada pendapat sayalah, tak berapa baik samakan manusia dengan GORILA. Sebabnya, manusia ni SEPATUTNYA ada otak besar dan nafsu kecil.

Walaubagaimanapun, terpulanglah kepada kita untuk melilih jalan penyelesaian sebagai gorila atau manusia. Sekian TQ.

faezal said...

setuju dgn tuan.. seringkali isu yg dibincangkan ialah isu yg melibatkan kepentingan singapura.. tak pernah pun dengar isu kepentingan malaysia dibincangkan, jauh sekali dimuktamadkan. Dan amat tipikal sekali apabila gula2 yg diberi kepada pemimpin malaysia ialah gula2 yg paling pemimpin kita sukai.. iaitu projek pembangunan...

Anonymous said...

salam dakj,

dari sudut perundingan, kita telah kehilangan satu faktor yang asalnya mutlak milik kita dan boleh digunakan untuk perundingan (tawar-menawar) dengan singapura bagi lain-lain perkara yang lebih penting kepada negara seperti yang telah datuk sebutkan iaitu, isu simpanan rakyat malaysia dalam cpf, perjanjian bekalan air dan jambatan bengkok.

bukan itu sahaja, kita telah menggantikan faktor tanah ktmb ini dengan faktor lain iaitu, 9 keping tanah lain yang datuk sebutkan, yang bukan sahaja bukan milik mutlak Malaysia, tetapi boleh dimanipulasi oleh singapura untuk menekan malaysia dalam sebarang perundingan (buktinya cukai pembangunan yang telah disebutkan, dah jadi liabiliti la pulak)

dan saya percaya duit ini jugalah nanti yang akan digunakan untuk membangunkan tanah-tanah tersebut sekiranya perlu. maksudnya singapura telah berjaya mendapatkan modal secara percuma untuk projek pembangunannya.

Adakah formulanya seperti berikut?

sebelum
Malaysia = tanah ktmb = aset mutlak = satu faktor kekuatan dalam perundingan dengan singapura

selepas
Malaysia = 9 keping tanah = bukan aset mutlak = bukan satu faktor kekuatan (sebaliknya kelemahan) dalam perundingan dengan singapura, seperti yang telah terbukti melalui cukai pembangunan yang akan dikenakan kepada malaysia. malah tanah ini boleh dimanipulasi oleh singapura dalam perundingan dengan malaysia untuk perkara-perkara lain termasuk simpanan dalam cpf, jambatan bengkok, air, penggunaan ruang udara dan banyak lagi selama mana malaysia berhasrat untuk menjayakan projek ini.

seingat saya tiada sebarang cukai dikenakan oleh malaysia kepada pihak singapura untuk pembangunan nun di selatan sana. tak begitu datuk?

kelau begitulah, memang kena jual la rakyat malaysia ni.

entry pavillion malaysia di china oleh dr maza pun menarik untuk diwar-warkan datuk.

sekian,

aku bukan politician

azhar said...

salam tuan

ianya kelihatan tidak menguntungkan malaysia lebih memihak kepada singapura dalam banyak segi.

kenapa perlu tanah gantian dimajukan bersama dan seterusnya perlu berkongsi hak milik dengan mereka.adakah malaysia tiada kemampuan.atau perlu mengikut telunjuk mereka.

apa pula status tanah gantian.freehold?

kerajaan perlu beritahu kepada seluruh rakyat malaysia secara telus apa keuntungan yang diraih oleh malaysia dari semua segi.terangkan bagaimana kuntungan itu akan terjadi,banyak mana,sejauh mana,sampai bila.

kerajaan juga perlu buat kajian dan terangkan kepada rakyat malaysia semua risiko yang mungkin terjadi jika sekiranya berlaku sesuatu perkara seperti perbalahan ,kegagalan mana-mana pihak menguruskan tanah tersebut.

win win istilah terlalu general dan tidak sesuai lansung
untuk memberitahu rakyat malaysia berkenaan perkara ini.

Anonymous said...

Saya tak jelas hingga ke saat ini mana untung dan menangnya.Saya sekarang memahami isu tanah tu lebih kurang begini, saya ada tanah seluas 100 ekar di Damansara. Yang mana saya @ syarikat saya miliki 100% dan berstatus hakmilik kekal.Pemaju inginkan tanah saya dan membuat tawaran supaya saya menerima tanah mereka di sekitar Klang dan keluasan pun mungkin lebih kecil dari tanah asal saya sebagai ganti. Tapi.....dgn syarat, tanah tersebut hendaklah dimajukan bersama...60% saham syarikat saya dan 40% pemaju. Status hakmilik tanah gantian tu pun tak pasti lagi tu, kekal atau pajakan. KALAU saya la yang berurusan dlm perundingan ini, usah harap la saya nak bersetuju dgn pemaju tu! Katakanlah saham syarikat saya di kemudian hari....(saya tak tau keadaan 2-3 tahun akan dtg) dibeli sikit2 oleh pihak pemaju mungkin secara paksaan atau tipu helah, apa jadi pemilikan bersama tu? Siapa yg lebih berkuasa nanti?
Untuk tanah KTM di Singapura ni pula, byk lagi masalah lain mungkin timbul nanti(jika rujuk pd huraian Datuk).Jadi saya tak hairan jika 20 tahun lagi atau mungkin lebih cepat dari itu, tergadai terus tanah kita di Singapura. Lebih baik mengambilnya secara tipu helah dari berperang.Bagus betul idea pemimpin Singapura ni ye, dari mana penasihat mereka ni? Ke curi idea dari satu negara penuh tipu helah di Asia Barat?Pemimpin kita pula, siapalah yg jadi penasihat mereka ni.Bijak2 sungguh!

Saya Rakyat Malaysia

pakbelalang said...

This issue is a real test case to determine how intelligent and smart negotiators of both side. Hopefully, there is nobody "kena kencing"!! Kalau Malaysia kena kencing then I would say our negotiators as well as our Prime Minister are just "haprak and HP6" of the first order.". Their IQ levels must be very low.

Malek said...

dato'

if i'm not mistaken, according to some media sources, the railway land is under a 999-year lease, not permanent freehold land...

lease implies non-ownership...

kindly correct me if i'm wrong.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/29/parliament/6568842&sec=parliament

Veteren KTM said...

Tidak ada yg menang dlm hal ini.Malaysia yg kerugian.Mana mungkin tanah KTM yg milik mutlak digantikan dgn tanah lain yg dipaksa berkongsi dgn Singapura. Kalau tak percaya lihatlah nanti tanah2 itu juga akn dirampok oleh Singapura.Sedangkan tanah KTM yg zero pemilikan oleh Singapura boleh dirampok inikan pula yg mereka ada kuasa pemilikan. Adakah DS Najid dan Azman Mokhtar sudah abes berfikir? Biarkan saja tanah KTM itu disitu...selagi LKY hidup.

langitbiru said...

Dato' Wartawan Ekonomi tentulah lebih arif dan lebih faham dari rakyat kebanyakan.

Begitulah Dato'

Macam PM Dollah, PERGI BRUNAI, serah 2 blok minyak 320 Billion nilainya.

Kali ni, PM Najib, PERGI SINGAPURA, serah 40% TAnah kita.

PM-PM kita serah harta khazanah negara macam harta depa punya!!!

Pergi SERAH SERAH, bukan mereka datang MINTA MINTA!

Apa boleh buat. Kuasa tertinggi negara HAKIKAT SEBENARNYA bukan perlembagaan, TAPI, PM.

BOSS besar negara BUKAN RAKYAT, TAPI PM.

Tinta Emas said...

Saya menyokong kenyataan tuan. Bukanlah mudah untuk sesuatu negara menyerahkan tanah miliknya kepada negara lain tanpa apa apa penjanjian yang menguntung negara itu sendiri.

abdullahngah said...

kalau begitulah kedudukannya ada lebih jual saja tanah milik kereta tanah melayu kepada Singapura.

Kalau tak jual dan ditukar pada tempat lain pasti malaysia juga yang rugi.

Entah entah tak dapat langsung setelah kereta api tidak operasi lagi nanti.

Seperkara lagi yang harus disiasat iaitu status keraykatan rakyat singapura takut ada dua kerakyatan tiap seorang macam orang Melayu di golok dan rantau panjang.

Masing masing ada dua kerakyatan Warga negara Thailanda dan warga negara Malaysia.

Sudah banyak tanah negari johor jatuh ketangan rakyat singapura. di terengganu sudah ada china singapura memiliki harta dengan begitu mudah selain diberi oleh pihak kerajaan.

Ini juga membuat mereka boleh membeli harta di malaysia dan bermustatin sekaligus.

makbudak said...

Salam Dato'

biasanya antara melayu dgn ca ya, siapa yg lagi pandai meniaga eh? hehe...

alkundangi said...

Salam, pinjam tulisan datuk ini, untuk saya salain tampal ke blog saya.terima kasih. Selamat hari Raya, maaf zahit batin.

ab said...

Salam dato,


Amboi `lapaq' sungguh Pm dan tsa no?....


TUNGGU ICA judgement dulu laa, Hampa nak kejaq masa ka nak kejaq commission?....


TAKAT ni tak ada satu pun `kerja' dengan jiran ni yang menguntungkan negara ni..asyik kena tipu saja.....


TUNGGU dulu,jangan terburu buru...


Nanti tanah yang luas hilang, dah tu depa `bagi' tanah yang ada lagi kecik SAIZNYA(TOLAK 40% DEPA PUNYA)....kalau interest naik,duit depa naik bukan S2bilion, entah 3-4 bilion....tak ka kita rugi berganda nama nya tu?


Takat ni la bila gomen nak buat projek,nilai selalu x ringgit saja,bila tengah buat jadi x+ y ringgit,bila siap 2-3X + 2-3 y ringgit lagi!...

Kalu tak percaya semak laa...



Tunggu...pikiaq lagi...atoq langkah lagi,tanya lagi nasihat dan pendapat`orang lama' `orang lama' yang masih idup....jangan dok silat macam kat kenduri kahwin!..



Kalau ikut pm dan tsa ni macam nak merugikan negara saja ni....


Tak salah lambat,tak rugi lambat..tanah KTMB tu pun 999 taun punya...umuq pm dan tsa tak sampai 5% dari bilangan taun tu pun...


TAK KAN TAKDAK orang orang lain nanti dinegara ini yang lebih `cayaq otaknya' dalam 95% dari `umuq tanah' tu no?........


NI macam nak kecikkan lagi `wilayah' malaysia lepas tolak tanjung,tolak selat,tolak rel!!!


SEKALI LAGI PIKIAQ nak hal ni jadi macam kat gaza dimana israel paksa bina rumah ditanah milik palestin, cuba tukaq nama israel dengan singapura dan gaza dangan malaysia!!!


ALAHAI PM DAN TSA.....awat sampai macam ni?.


Abu Bakar Ab Rahman

ibni ismail said...

Salam Dato..saya masih belum paham kenapa pemimpin melaysia kita ini lembut dan mudah tolak ansur sangat.Tanah KTMB di Singapura nampak jelas kita tundok tuntutan mereka.Tapi bila kes air yang datang dari Johor pun menguntungkan Singapura.Apakah ada jaminan nanti pengaliaran berbilion RM ke SIngapura akan mendapat pulangan yang mesti menguntungkan Ma;aysia.Kalau belum ada jaminan ramai boleh jadi Pegawai Utama dalam Khazanah Nasional.Sebenarnya ramai rakyat jelata yang masih kabur mengenai hal ini.Cuma akhbar perdana dan media masa kerajaan sahaja yang menjadi rujukan rakyat biasa.Secara perbincagan pakar ekonomi dan pakar sosial serta politik belum kedengaran.Terima kasih Dato diatas analisa dan huraian tersebut.

Anonymous said...

Dato'

Ini sama juga dengan "Win-Win" dimana kita telah mamberi kawasan Perlombongan Minyak dasar laut kepada Brunei!!

Kalau ini semua istilah Win-Win beliau....
Apa agak nya Istilah Win-Lose DS Najib?



Joe Black

chemat said...

satu lagi kerja lawak dibuat pemimpin kita.. DEAL ngan S'PORAH!!!.. (lol)
tak pernah ngalah depa tuu..

betambah lingkop harta benda rakyat laa :(((

Roti Planta said...

Dato',

Senaraikan juga nama perunding Malaysia supaya kita dapat 'mencari' mereka jika sebarang tindakan yang merugikan negara ditutup mata sebelah oleh mereka.

Tanah diKampung Gelam sebenarnya hak milik kekal Melayu di bawah Ordinan Raja Hussin (kalau tidak silap saya). Jadi apabila kita cuba membangunkannya nanti maka seolah Syarikat Malaysia cuba menghalau dan menghapuskan indentiti Melayu Singapura. Melayu Malaysia tikam Melayu Singapura... bijak, bijak perunding Singapura.

Bye/ Roti lanta

Anonymous said...

For the sake of Malaysia and Malaysians, I hope this venture will succeed.. despite Khazanah's mixed track record..

Malaysian Malay..

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Saya rasa bukanlah ‘psyche’ Singapura yang perlu kita risaukan sangat, tetapi ‘psyche’ kerajaan kita sendiri yang lebih membimbangkan.

Apa yang saya lihat, kerajaan kita terlampau heboh hendak mencanang dan melaung kononnya mereka hebat berunding daripada berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan hak milik rakyat dan negara.

Kononnya hebat berunding tetapi rundingan itu sudah ternampak rompong sana, rompong sini. Baru bulan Jun mengistiharkan “win-win solution”, bulan September sudah timbul kemelut baru cukai pembangunan pula. Inikah yang dipanggil sebagai prestasi diutamakan?

Saya melihat apabila isu cukai pembangunan hendak dibawa ke Arbitrator di Belanda, kita sudah boleh diibaratkan seperti “pelanduk masuk jerat” Sudah tentu isu asal berkenaan tanah KTMB yang sepatutnya kita pertahankan, sudah tidak akan dibahaskan langsung kerana pertikaian cukai pembangunan adalah berkenaan isu “tanah baru” yang sudah semestinya Singapura mempunyai banyak kelebihan. Itu hak mereka.

Inilah dia tak ada kerja cari pasal. Elok-elok kita mempunyai asset yang sangat strategik di negara asing, kita akan pening kepala pula memikirkan hujah-hujah untuk mengelak daripada pembayaran cukai yang tinggi. Akhirnya, samada tinggi atau rendah, kita akan kena bayar juga.

Tak ke bodoh namanya itu? Tanah kita punya, kita bagi orang, akhirnya kita kena bayar!

Sebab tu orang-orang tua berpesan “yang baru hendaklah dicari, yang ada jangan dibuang”. Malangnya, kerajaan kita yang dikatakan dikelilingi oleh penasihat-penasihat (apa yang saya gelar sebagai “strategist syok sendiri”) berasa strategi yang diguna pakai sebagai hebat sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sudah termakan “ploy” musuh.

Dalam pada itu seperti Datuk cakap, isu berkenaan CPF, perjanjian air, jambatan bengkok, dan lain lain masih terbengkalai. Sepatutnya isu-isu inilah yang mesti diselesaikan dahulu daripada dok heboh buat projek baru.

Dikatakan kerajaan kekurangan duit, jadi selesaikanlah isu CPF itu dan bawa baliklah ke Malaysia. Dapat juga digunakan oleh rakyat kita dan dapatlah domestic ekonomi berkembang.

Isu perjanjian air tahun 1961 – dikatakan perjanjian itu akan tamat pada Jun tahun depan, 2011. Perjanjian itu, kalau tak silap saya, melibatkan loji air Skudai, Tebrau dan Gunung Pulai. Persoalannya, mengapa hanya loji Skudai sahaja yang akan diserahkan kembali kepada Johor apabila perjanjian itu tamat nanti (Utusan Malaysia, 27/4/2010)?

Inilah yang saya kata pada awal tadi – psyche kerajaan kita lebih membimbangkan daripada psyche Singapura. Tanah KTMB yang tidak bergantung kepada apa-apa perjanjian tamat, senang-senang sahaja kita bagi kepada orang. Manakala orang menumpang di tanah kita yang mempunyai perjanjian tamat, senang-senag juga kita bagi dia teruskan.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

al-Deen said...

Apabila disebut Singapura hati setiap Melayu jati mesti terkilan tidak kesudahan. Perasaan Melayu dibodohi Cina dan Melayu bodoh sombong pun ada. Terlampau banyak detik-detik sejarah yang memalukan Melayu nak persalahkan siapa?:

- todak melanggar rakyat diperintah tahan betis!
- Temenggong serahkan pulau
- kalah pembicaraan kes Natrah
- setelah ia jadikan kita kuda tunggangan senang2 keluar dari Malaysia
- bekalkan air dengan murah beli kembali dengan harga tinggi
- tanah/harta dijohor berpindah hak
- koridor Iskandar utk siapa?
- hilang Pulau Batu Putih
- entah kerap mana mereka mencerobohi ruang udara kita
- LKY menyalak kita
- Melayu singapura dianaktirikan
- jambatan dibatalkan
- dibekalkan pasir untuk menyempitkan selat
- Melayu yang kaya menyimpan dana diSingapura
- kini tanah di woodlands

Sampai bila pemimpin Melayu menggadai bangsa, tanahair dan maruah?

saji said...

Salam Dato'

4.Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.


15.Dalam konteks ini kita wajib meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada Mohd Najib dan Azman. Azman memberi jaminan bahawa projek ini “masih berdaya maju dan menguntungkan” walaupun cukai pembangunannya tinggi.


Komen:

a)Dalam Islam trasaksi barangan yang tidak wujud ketika akad seperti cadangan projek pembangunaan di tanah2 gantian KTMB berkenaan tidak diharuskan oleh mazhab Maliki, Hambali dan Shafiee' jika menggunakan kontrak pembinaan al-Istisnaa /Tempahan yang, saya percaya, mereka (syarikat usaha sama Malaysia-Singapura) akan gunakan.

b) Kalau pun kita tidak terikat dengan mazhab untuk mengharuskannya dengan berpegang kepada mazhab Hanfi,bagi saya, syarikat pemaju usaha sama Malaysia-Singapura tersebut perlu mengemukakan pelan2 cadangan pembangunannya bagi keperluan menentukan daya majunya atau menguntungkan bersama2 unjuran cash flow. Maksud saya, pelan lakaran cadangan pembangunan tersebut bersama cash flownya sudah dibuat atau tidak?

A KADIR JASIN said...

Pembahas Malik, saya rujukkan Sdr kepada laporan berikut:-

"Jul 12, 2010

KTM RAILWAY LAND
New light on an old issue

By Yang Razali Kassim

MALAYSIAN Deputy Foreign Minister Richard Riot Jaem's statement in Parliament on June 28, on the landmark deal on Malayan Railway (KTM) land in Singapore, has shed new light on an old issue. Responding to a question from an MP from the opposition Parti Islam SeMalaysia, the deputy minister unveiled what had hitherto been little known to the public in Malaysia as well as in Singapore.

As reported by the national news agency Bernama, Datuk Jaem dismissed the MP's allegation that the KTM land in Tanjong Pagar was to be sold to Singapore.

'The land is not ours,' he said. Rather, it had been leased in 1918 for 999 years from the Straits Settlements, of which Singapore was then a part.

The deputy minister continued: 'The Singapore Railway land leased was 434.26 acres (175.7ha). Out of this, 352.52 acres (142.6ha) was to be held by the Federal Land Commissioner for a period of 999 years, while 81.74 acres (33.1ha) was for perpetuity.

'If the land were no longer to be used for rail services, it was to be returned to the respective Straits Settlement without compensation whatsoever. As such, such allegations (those made by the MP) are not true because the land is not ours,' he was quoted as saying."

So Sdr Malik, if we run only one train a day to Tanjong Pasar, we get to keep 142.6 hectares for 999 years or whatever is left of it and another 33.1 hectares for perpetuity (forever).

Terima kasih.

Anonymous said...

Tuan Blog....
Maka berbondong-bondong atau ber tan tan lah duit ringgit oleh khazanah menagalir ke Singapura sebagai FDI dan FDI ke WPI pula tinggal sepi. Entah lah siapa yang bodoh atau siapa yang pandai dalam urusan Tanah milik Keretapi Tanah Melayu ini.

"Jual sahaja lah RM0.30 sen sekaki atau derma sahaja tanah tersebut pada Singapura".


Utuh Amunthai

A KADIR JASIN said...

Pembahas OKJ,

Kalau nak sokong atau "jack" PM pun tak mengapa. Saya akan siarkan.

Tapi jangan kelirukan saya, pembahas dan pembaca.

Tidak siapapun yang menyamakan sesiapa dengan gorila, bonobo atau chimpanzee.

Sdr mengulas seolah-olah saya menyamakan manusia dengan haiwan-haiwan itu.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato,

Mengikut ordinan pada tahun 1918, tanah tanjong pagar adalah dipajak untuk kegunaan perkhidmatan keretapi selama 999 tahun.

Tanah ini walaupun bernilai tinggi, ianya hanya adalah untuk perkhidmatan keretapi. Ia bukan hak mutlak Malaysia seperti mana anggapan ramai.

Saya rasa fakta yang betul mesti didapatkan dahulu sebelum kita membuat kesimpulan kerana kalau fakta tidak tepat akan menimbulkan kekeliruan.

Melalui penukaran hartanah, Tanjong Pagar akan dibangunkan dan terdapat penukaran bidang tanah. Antaranya yang bernilai tinggi di Marina yang terletak di pusat kewangan Singupara. Kalau di Malaysia, umpamanya samalah dengan tanah di persekitaran KLCC.

Hasil pembangunan tanah ini dibahagikan mengikut nisbah tertentu antara Malaysia dan Singapura.

Sekiranya kita masih kekal ditanjong pagar, maka pulangan hanya penjualan tiket keretapi sampai 999 tahun. Melalui perjanjian ini, maka sepatutnya pulangan hasil adalah jauh lebih.

Dalam POA ini, sudah termasuk isu air dimana Singapura akan berhenti mengambil air dan kesemua infrastruktur di Johor akan dipulangkan.

Maka, isu yang tertunggak adalah hanya isu CPF.

Tidak salah untuk kita curiga dengan dengan jiran kita diselatan. Namun, kita harus berlandas fakta dan rasional.

Antara perkara yang lain yang positif adalah pembinaan LRT terus dari Singapura ke JB. Ini akan mengurangkan kesesakkan di tambak memangkin pembangunan di JB yang setakat ini amat lembab. Kedatangan pelancong bukan hanya dari Singapura tetapi juga dari negara lain kerana JB adalah salah satu pintu masuk pelancong utama.

Sepatutnya ketika ini , kerajaan kita akan meneliti perjanjian ini secara terperinci supaya kita mendapat habuan yang maksima dalam perjanjian ini.

Melalui komen-komen yang sedia ada, saya lihat banyak yang keliru akan isu-isu yang sebenar.

Jay Bee

alunbm said...

Dato'

Nampaknya pemimpin Singapura lebih panjang akal nya dalam menangani isu ini.Macam biasa sikap orang kita "tidak apa"biar orang lain untung lebih dari kita tidak ada masalah sebab dah baca kita pun untung jugak.

Lucu sekali ada seorang pengomen tu minta kita bersikap bersederhana dalam menuntut hak dan kedaulatan.

Disebabkan sikap bersederhana lah agaknya pulau tergadai padang minyak tergadai.

Bersederhana tak kena tempat!!!

Orang Jauh said...

Yang saya tak paham, kenapa kita tak bangunkankan sendiri tanah KTMB tu? kenapa lak nak ditukar ke tanah lain? Apa alasan yg begitu kuat dari pihak Singapore sampaikan kita kena tukar tanah tu ke tanah lain?

Kalau cakap pasal untung, lagila banyak untung kalau tanah KTMB tu kita bangunkan sendiri.

Orang kat atas ni banyak yg terlampau pandai sampai mata mereka dah jadi rabun.

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato'

1. Sejak dulu lagi saya amat tidak bersetuju Stesen Tanjung Pagar diserah kepada Singapura. Ini kerana Singapoura memang terkenal dengan kiasunya. Bagi mereka mana ada istilah "menang-menang". Yang ada ialah samada mereka menang semua atau pihak Malaysia menang "sedikit" dan mereka menang banyak. Tidak ada istilah 50/50 bagi mereka.

2, Apa perlunya kita tukar tanah KTM itu dengan tanah lain. Kita janganlah fikir sangat soal commercial value tanah itu. Walau pun dari segi saiznya tanah itu mungkin kecil, tapi ia tetap menjadi hak KTM ( hak Tanah Melayu). Ia akan tetap menjadi bargaining power bagi Kerajaan Malaysia. Apa perlunya dipercepatkan menyelesaian isu ini sedangkan isu lain seperti pengeluaran wang CPF dan Titi Bengkok lebih perlu diselesaikan dulu.

3. Kita tidak fikir PM Singapura itu akan seceria ini jika soal titi bengkok dan soal CPF dibangkitkan.Sebabnya ialah ia tidak menuntungkan mereka.

Anonymous said...

Dato'

Your comment,

"So Sdr Malik, if we run only one train a day to Tanjong Pasar, we get to keep 142.6 hectares for 999 years or whatever is left of it and another 33.1 hectares for perpetuity (forever)."

My comment

If we run one train a day vs developing the land and get other incomes from other lands, (some of them are from prime land). Looks like the math is inclining to the latter.

Secondly, what kind of train are we going to run for the single train a day for perpetuity (forever).....the diesel KTM train?. We should have gotten rid of it long time ago. Electric power train or the new generation bullet train (Maglev) requires DC power and infrastructures to be built in Singapore. Do you think Singapore going to let us built those infrastructures?

Thirdly, what else can we get from the a single train a day for perpetuity other then train tickets and free sight seeing in Singapore?

Sorry Dato' just need to be rationale and contribute for a healthy discussion.
I am from JB who are more directly involved on the outcome of this then the others.

Jay Bee

Melayu Singapura said...

Dato

Satu satu keuntungan dalam swap deal ini adalah Mas Selamat juga telah di swap kan sekali dalam deal ini.

Kalau nak tahu perangai pemerintah Pay and Pay ( PAP ), Najib kena lah rujuk pada website The Temasek Review atau Citizen Online.

Kalau mereka boleh melayan rakyat mereka sendiri seperti 2nd class, apatah lagi yang mereka akan buat kepada Malaysia.

Kemungkinan PAP akan dilanda Tsunami politik dalam PRU 2010 atau 2011 adalah amat tinggi. PM LHL masih takut umumkan tarikh PRU.

Pelbagai isu hangat seperti Foreign Talent, CPF, Flat HDB, unemployment, cost of living menjadi perbualan hangat rakyat singapura.

Sebenarnya advantage ada di tangn Najib. Kenapa tidak digunakan dengan bijak.

azienmat said...

Singapore negara robot tiada perasaan.. Untuk DSNajib percobaan yg baekkk

Anonymous said...

sori datuk..lari sikit..tapi kenapa segelintir melayu bodoh sombong...tengok sahaja berita dibawah ini..

IKLIM PERLABURAN: RICHARD BRANSON SELAR SIKAP ANWAR - melayau

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.

Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan


BRANSON SAYS ANWAR TRAIL DAMAGES MALAYSIA -minsider

Virgin Group founder Sir Richard Branson has called on the Malaysian prime minister to intervene in Anwar Ibrahim’s sodomy trial, calling the issue “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation.


“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he said today at the “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia” conference here.

“This has gone on for a long, long time. It looks bad overseas.”

While Branson did not think Anwar’s Sodomy II trial was causing foreign investors to shy away from Malaysia in any major way, the mercurial entrepreneur nonetheless said more people would want to invest in Malaysia if it were more open and liberal.

He added that it was incumbent on the prime minister to address the “damaging” trial as good leaders looked after their citizens well, much like how good employers take care of their employees.


INI LAH BAHAYA KALAU JADI WARTAWAN TAK FAHAM BI….

ORANG CAKAP LAIN… MALAON INI TULIS LAIN…

TAK HERAN KENAPA KITA KALAH PULAU BATU PUTIH..

'WIN-WIN SITUATION' KEPALA HOTAK DIA..

sori datuk ter emo sikit

minah ronggeng

Ciku said...

Pasal apa yang kalut nak settle isu ni cepat-cepat? Kalau saya lah PM Mesia, akan saya simpan tanah KTMB sampai tamat tempoh-999 tahun..lama tu. Biaq pi dia duduk kat singapore tu..tak kacau kita pun.
Mungkin ade broker nak nak buat duit agaknye.

Anonymous said...

JUGA..

wartawan media melayau ini telah
menterjemah virgin airlines company
sebagai: syarikat kapal terbang yang belum pernah bersetubuh..

minah ronggeng

saji said...

Salam Dato'

4.Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.

Komen:

a) Tak mengapa kalau saham Temasek 40 peratus jika ia didasarkan skop dan tanggungjawabnya kontraknya seperti berikut:

i) Melantik dan membayar duit sendiri perunding berkaitan bagi penyediaan lukisan konsep pembangunan dan kajian daya maju projek.

ii}Melantik dan membayar duit sendiri perunding bagi penyediaan pelan2 untuk kelulusan perancangan oleh jururancang dan mendirikan bangunan oleh arkitek, jurutera c%s,jurutera m&e, pelan landskap.

iii) Melantik dan membayar duit sendiri perunding kewangan untuk mendapatkan pembiayaan titian bagi pembiayaan kos kerja2 pembinaan sebenar.

iv) Melantik dan membayar duit sendiri perunding pemasaran untuk biaya kos pemasaran produk pembangunan.

b) Tak mengapa saham Khazanah 60 peratus jika ia didasarkan kepada sekop dan tanggungjawab kontrak berikut:

i) Melantik dan membayar duit sendiri perunding PMC (project management consultant)dari Malaysia.

ii)Melantik dan membayar duit sendiri kontraktor utama dan subkontraktor daripada Malaysia.

iii) Membyar cukai pembangunan/development charges.


c)7.Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

Komen:

i) Di mana2 negara, development charges dibayar oleh pemilik tanah. Terlalu tinggi itu soal lain!

ii) Persoalan yang perlu ditanya, bagaimana ia dikira?

iii) Perunding Khazanah kena check kadar development charges/ m2 semasa yang dikenakan ke atas pembangunan2 di tanah berhampiran/bersebelahan dengan tanah gantian KTMB tersebut.

iv) Tetapi Khazanah kena beritahu jumlah keluasan lantai cadangan pembangunan untuk kesemua tanah gantian KTMB tersebut untuk dikalikan dengan kadar developement charges berkenaan. Sebab itu saya tanya sebelum ini pelan pembangunan dah buat ke belum? Atau sekadar anggaran?

saji said...

Salam Dato'

Di Malayasia, bayaran premium tanah dikenakan oleh kerajaan negeri jika berlaku pertukaran syarat penggunaan tanah dalam geran seperti daripada penggunaan tanah pertanian kepada perumahan atau komersial dan sebagainya.

Tak tahula di Singapura. Lagipun mana ada tanah gunaan pertanian di Singapura.

saji said...

Sdr OKJ

"Maaf cakaplah tapi rasanya tak berapa molek kita ‘underestimate’ orang. Memanglah PM-PM dulu tak dapat selesaikan, tapi kena cuba dulu baru tahu."

Komen:

Ingin saya ingatkan kepada sdr, pembangunan komersil berbelion2 seperti yang dibincangkan ini bukan benda yang boleh dicuba dulu baru tahu atau cuba2. Bukan kerja main2. Apa yang telah terjadi diQatar? Siapa yang mengurusnya? Jawablah? Mana dia pelan pembangunaanya? Kena ingat, apabila pembangunan dimulakan duit akan mengalir keluar macam arus deras. Duit siapa?

saji said...

Sdr abdullahngah

"kalau begitulah kedudukannya ada lebih jual saja tanah milik kereta tanah melayu kepada Singapura."

Komen:

Ini yang dikehendaki oleh muamalt Islam, kalau DS Najib dan Azman tak tahu.Mungkin tak sempat tanya mufti/ulamak masing2. Tak faham?

Prinsip muamalat Islam melarang mengaitgantungkan/mentaklikan sesuatu transaksi jual beli tertentu yang belum selesai dengan jual beli yang lain.

Contoh mudahnya, saya akan jelaskan bayaran pembelian kereta daripada kamu jika (ditaklikan) saya mendapat bayaran daripada penjualan rumah saya nanti.

OKJ said...

Salam DAKJ

Salam kemaafan Dato’

1.Mohon berbanyak maaf Dato’. Maksud hati kecil saya bukan seperti yg Dato’ rasakan. Apa yg sebenarnya saya maksudkan ialah janganlah kita bermusuh-musuhan hanya kerana hendak mempertahankan tanah tu. Insyaallah, Allah sentiasa menyediakan jalan penyelesaian yg terbaik jika kita berusaha dan berfikir. Allah maha adil.

2.Keduanya, saya ni cuma memberi pandangan dari sudut positif usaha PM kita tu. Kalau Dato’ perasan dari pembahas blog Dato’ dulu, kini dan ?akan datang (termasuk survey yg Dato’ buat), berapa orang je yg mengambil pendekatan positif? Jadi apa salahnya saya memberi pandangan berbentuk membina pula sebagai mewarnai dan menghangatkan perbahasan kita.

3.Akhir sekali, SOKONG betul tapi rasanya tak berapa baik kata saya nak ampu, bodek, jack atau kipas PM kita tu. Saya dengan PM tiada pertalian keluarga pun. Sedih pulak rasa bila Dato’ tuduh saya begitu. Sekian TQ.

azmie said...

datuk,
UK sanggup redah lautan nak berperang dgn argentina masa kes falklands dulu sebab nak pertahan tanah depa. kita bukan nak kena perang pun, duduk bincang pun dah kalah. pemimpin kita makin lama makin kurang guna otak agaknya. ktmb boleh offer unique experience kpd tourist, tapi malas nak guna otak utk buat planning. sekarang buat pulak keretapi laju yg hasilnya akan lancarkan lagi perjalanan dari singapore terus ke thailand. tourist akan turun di changi, lepas makan angin di singapore akan terus ke thailand sebab ktmb tak ada apa nak offer di malaysia, vice-versa. win-win utk siapa sebenarnya? kita tak mau guna otak utk ambil faedah dari apa yg ada.

tungkaran hati said...

Sultan dan rakyat Johor mahu jambatan ganti Tambak Johor...
mana perginya Menteri dan kakitangannya untuk menjalankan titah Sultan? Jangan jadi PEMIMPIN yang DAYUS dan DERHAKA..!

pakbelalang said...

Branson calls for open competition in Malaysia


KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) - British billionaire Richard Branson said Monday that Malaysia should split up and privatize large government-owned companies to increase competition and woo foreign investors.

comment:

Yes, Malaysia should encourage competition. Firstly, Malaysia should allow few more budget airlines to compete with Air Asia. Air Asia seems to be making lucrative profits by more or less mnopolizing the budget airline industry. I think there is still room for few more players to compete with MAS and Air Asia.
MAS should be privatised but of course not to offer it to Tony Fernandez or Branson.!!

Anonymous said...

Datuk,

Kalau SINGAPURA pun tergadai,apalah yg nak bandingkan dgn tanah KTM tu!
Diatas kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita,apa lagi yg tidak tergadai? Pulau...pasir...air....maruah!
Sewaktu Badawi baru ambil alih PM,dia kata cara hubungan dgn Singapura perlu pendekatan yg lebih lembut,dia adakan gong xi-raya dan main golf.Nak tanya sikit,apa yg dia dapat?
Harap-harap 50 thn lagi, wilayah Iskandar tak tergadai!
Inilah akibatnya jika kita meletak nilai atau harga atas segalanya termasuk isu-isu kedaulatan.
Kebelakangan ini diperhatikan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa resmi pun amat diperlekehkan.Apa kita nak jadi? Oh..nak jadi macam Singapura kot!
Baru ada 'class',betul tak Datuk?
Kepimpinan? Betul ke kita ada kepimpinan?



Mat Sabun

Pengspawnie said...

Dato', saya sangat setuju dengan fakta ke 18. Berhati-hatilah, Singapura bukan sebarang jiran. Fahamilah istilah “kiasu” dan impaknya kepada “psyche” (cara berfikir) negara Singapura. Mereka tidak akan berunding jika ia merugikan.

SP

Anonymous said...

dear dato

1. It is quite obvious that we are more desperate to monetize the land than the sgprean, we need the $$ more than them

2. Why wait when, the current politician might not have the power to do it after next GE

3. We know the quality of our leader, mediocre at best. So do not expect them to do well in negotiation when most of them cant speak proper english, cant debate objectively and not articulate

4. The land is strictly for railway use, of course there is a value there in the land itself. But there is no way to generate and unlock the value, KTM was there since like 50yrs

Think bout this, would KTM able to make more $$$ if it is to remain status quo?

5. This is not the first time, we get the shorter end of the stick. Anyone wonders why?

Rgds,

A.P.

tungkaran hati said...

Sultan dan rakyat Johor mahukan jambatan dan Tambak Johor dirobohkan...
Apakah PM sengaja tidak mahu melihat perkara ini?

affendi hussain said...

Salam Dato',

Selain daripada mantan Perdana Menteri pertama hingga keempat, saya nampak masa depan yang gelap dalam apa jua rundingan Malaysia dengan Singapura jika diuruskan pemimpin2 Malaysia masakini..semua fikir kepentingan masing2 dulu bukan masadepan negara..

Dengan S'pura yg dikatakan tenggelam 2 inci setiap tahun, tanah di Marina Bay tu bakal jd nasib mcm 2 tunggul batu yg Malaysia dapat di Batu Putih di masa depan..nk buat "waterworld" ke? Duit nampak byk perlu keluar je, masuknya belum tentu lagi..

Bukan "underestimate"..bab politik, psiko/sentimen/propaganda, pancing orang, tawan balik negeri, itu mmg pemimpin2 negara dari parti UMNO boleh dpt A+, hebat sungguh pemimpin Melayu, boleh memperdajal & memperbodoh pemimpin pembangkang Cina, India, Melayu liberal yang perasan diri mereka yg terbagus & bongkak suka mengutuk/memperleceh pemimpin Melayu UMNO konon bodoh, walhal akhirnya diri mereka sendiri tak sedar tergadai mcm kaldai..

..tetapi kalau bab rundingan teknikal, kewangan & ilmiah dgn Singapura, mereka sebenarnya yg "underestimate"..dan skor gred terbukti sejak kisah jambatan bengkok, isu air, CPF, pasir & batu putih hanya sekitar F & D+ saja..sah kena "checkmate"!

Mungkin byk yg menyalahkan Tunku Abd Rahman membuang S'pura, tetapi mereka tak berfikir bahawa S'pura ketika itu ibarat penyakit berjangkit yg terpaksa dipotong utk elak berjangkit & melarat kebahagian anggota lain w/pun sayang..skrg ni pun punca penyakit nya masih hidup lg..tak takut & belajar ke? Ohh lupa, ada org naik pentas politik atas tiket populariti bapak sendiri..apa kisah belajar susah..

Pak Lah & Najib (two of a kind rupanya..same product, only different packaging) rasanya sayangkan 'kepentingan minoriti' semata & biar majoriti merana ke kubur kerana mereka tak kisah masa depan kerana dah sama2 kita ke kubur juga ketika itu...ada makna tu..hujah "damage control" mcm biasa, akan ada watak yg akan ckp situasi "win-win"..hakikat sebenar yg bakal adalah "gone with the wind". ..cannot unwind..or rewind!

kita tunggu sajalah untuk menyumpah seranah & pasrah kesudahan trajis kisah tanah pajakan Keretapi Tanah Melayu ini yg masih berbaki 900++ thn yg bakal lenyap sekelip mata seperti biasa..

itulah hebatnya "Gaban Melayu"..0.05saat..pfuf bertukar!! Masakan nak samakan mereka dgn gorilla, mereka ini jauh maha hebat & menyusahkan manusia..

("/)

Abgbent said...

Huraian Dato' di atas memberikan saya kefahaman bahawa Singapura lebih menguasai perundingan itu berbanding Malaysia.

Ya, Singapura memperolehi lebih keuntungan berbanding Malaysia.

Lalu, diharapkan agar bijak pandai bersama-sama Perdana Menteri ketika ini dapat mengembling tenaga dan memerah idea Kreatif dan Inovatif supaya pada akhirnya, percikan kegembiraan kepada saya, khususnya yang bernama Anak Malaysia dapat menikmati keindahan paparannya.

mae1000 said...

1. Dulu Tanah KTMB hanya diseberang tambak, sangat berguna dari segi strategi ketenteraan. Sekarang advantage ini sudah hilang.

2. Tanah-tanah yang baru akan dibangunkan BERSAMA. Agaknya siapalah yang akan sebenarnya membangunkan tanah-tanah itu ? Adakah eksekutif-eksekutif malaysia akan bekerja disana ? Biasakah mereka dengan suasana biz di Singapura ?

3. Sekarang tanah-tanah baru itu dah jadi milik swasta dibawah Akta Syarikat Singapura. Pihak Singapura boleh dengan mudah meminda akta Syarikatnya untuk menelan syarikat usahasama M-S Pte Ltd itu.

Anonymous said...

DAKJ, salam.

On the issues that the PM had not touched or failed ti get Singapore to negotiate and agree on, there are three main ones. The CPF saving of Peninsula Malysians, the water agreement and the Tambah Johor redevelopment. On the CPF, my understanding as a former banker is as follows.

Central Provident Fund

Depositers from Penninsular Malaysia who have ceased to work in Singapore and returned from Singapore are not eligible to withdraw their savings until they reach the age of 55. Those from Sabah and Sarawak are not subjected to such restrictions and can withdraw their money upon ceasing work and leaving Singapore.

This unjustifiably discriminatory policy by Singapore deprives thousands of Malaysians of their hard earned savings, critically needed to sustain themselves after they have relocated and begun life anew in Malaysia.

According to unofficial estimates, the total amount of savings of Peninsular Malaysians frozen in Central Provident Fund account stands at about S$2 billion (RM4.7 billion);a small percentage indeed measured against the total assets of the cash soaked Fund.

Allowing the returning Malaysians to withdraw their savings is a win-win solution for both parties; no adverse financial impact on the Fund and a boon, great relief to the long suffering depositors. From a broader national economic perspective, the outflow of the money to Malaysia, would not have any financial repercussions given Singapore's massive national reserves.

The repeated and impassioned appeals by the contributors over the years have fallen on the deaf ears of the Singapore government, which in characteristic form, chooses to invoke legalistic arguments to dismiss their pleas. It shows a callous disregard to the rights of these workers to their own money and the cold indifference to the real pressing problems faced by these people.

It is an issue that is amenable to immediate resolution without any cost to Singapore. One can, therefore, be forgiven for reading sinister motives in the smug intransigence and deliberate discriminatory treatment by Singapore government towards Malaysians from Sabah and Sarawak and the Peninsular.

This hard line and uncompromising position of the Singapore government makes a mockery of the claim by the commentator of Singapore's allegedly newly found warmth of generosity towards Malaysia. Only those who do not know the facts or are unable to comprehend their repercussions and implications on Malaysia's national interest can fall victim to such transparent charm offensive of the slick spin-masters from the South. Where do they see the generosity from Singapore, when thousands of Malaysians are denied the right to their own money?

(to be continued)

Ex-Banker

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Bagaimana sekiranya pihak Singapura tak memerlukan KTM beroperasi di sana?.Adekah dengan sendirinya tanah tersebut akan menjadi kepunyaan Singapura?.Jika itulah keadaanya Najib telah berjaya dalam perundingan tersebut.

Walaubagaimanapon Malaysia perlu untuk meminta pihak Singapura untuk tidak mengenakan kadar cukai yang tinggi, kita boleh membincangkan hal itu bersama dengan perjanjian air yang akan tamat tempoh tak lama lagi. Kita masih punya kuasa tawar menawar yang menarik.

Dato Ismail Johore said...

Salam Dato.

Perjanjian Tanah KTM dengan Singapore kita kalah.No win win situation.Kita tidak buat homework dahulu bila pergi berunding dengan Singapura.AG office tak buat kerja dengan betul.

Bagaimana kita hendak membalas balek dengan Singapura.Singapura maseh membeli air kita dengan harga yang murah dan ini akan berterusan sampai 2060.Saya ingin cadangkan kapada Najib dan Ghani MB Johore supaya kita kenakan enviorament tax kapada Syarikat Bekalan air Singapura.Tujian cukai enviroment ini ialah kita perlukan wang untok mencuci sungai Johore dan menjaga kawasan Tadahan di Johore.Saya cadangkan kita kenakan Enviroment Tax ini dengan kadar $50 juta satu bulan.

Sudah sampai masanya kita buat sesuatu untok mendapatkan hasil maxima hasil dari jualan air kapada Singapura.Apa komen Dato.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Dato' Ismail Johor, antara lain, berkata:

"Saya ingin cadangkan kapada Najib dan Ghani MB Johore supaya kita kenakan enviorament tax kapada Syarikat Bekalan air Singapura."

1. Saya setuju. Saya tambah. Kita kenakan cukai yang sama ke atas kenderaan Singapura yang masuk negara kita;

2. Mereka tak perlu bawa kereta mereka masuk Malaysia. Mereka boleh guna KTM, bas atau kapal terbang;

3. Adalah can tambahan pagi pengusaha tempatan cari makan.

4. Lagipun ramai pemandu Singapura tak biasa dengan jalan kita dan sangat "kiasu";

5. Mereka guna lebuh raya dan jalan kita sebagai litar nak tayang kereta mahal mereka;

6. Di Singapura mereka ikut undang-undang. Di Malaysia mereka langgar semua undang-undang yang ada.

Terima kasih.

langitbiru said...

Ciku said...
Pasal apa yang kalut nak settle isu ni cepat-cepat? Kalau saya lah PM Mesia, akan saya simpan tanah KTMB sampai tamat tempoh-999 tahun..lama tu. Biaq pi dia duduk kat singapore tu..tak kacau kita pun.
Mungkin ade broker nak nak buat duit agaknye.
7:24 PM

Orang Jauh said...
Yang saya tak paham, kenapa kita tak bangunkankan sendiri tanah KTMB tu? kenapa lak nak ditukar ke tanah lain? Apa alasan yg begitu kuat dari pihak Singapore sampaikan kita kena tukar tanah tu ke tanah lain?

Kalau cakap pasal untung, lagila banyak untung kalau tanah KTMB tu kita bangunkan sendiri.

Orang kat atas ni banyak yg terlampau pandai sampai mata mereka dah jadi rabun.
5:33 PM

Assalamualaikum Dato’

Saya mengambil catatan Ciku dan Orang Jauh. Saya setuju dengan Dato’, juga dengan Ciku dan Orang Jauh.

Bagi yang tidak sependapat dengan Dato’, tak ada masalah, kita semua berlapang dada kerana di sini kita berdiskusi mencari “jawapan” yang lebih baik. Saya menyokong pendapat Dato’, tapi tak ada apa nak saya tokok tambah sebab banyak sangat tak tahu mengenai “perjanjian” Malaysia/Sinpapore ni. Bagi mereka yang tak setuju, saya fikir ada baiknya memberi hujah-hujah menyokong yang bernas, logik akalnya ada akan baiknya untungnya “Perjanjian” ini. Mungkin Dato’ terlepas pandang beberapa fakta yang kuat ke dsb.

Kalau Perjanjian Hudaibiyah, sekali imbas tidak memihak kepada RAsulullah saw, TAPI hakikatnya perjanjian itu mendapat Petunjuk dari Allah swt kepada RasulNya.

Perjanjian Malaysia/Singapore juga sekali imbas tidak memihak kepada Malaysia, DAN perjanjian ini mendapat dorongan “nafsu dan otak Gorila” atau petunjuk dari mana saya tak tahu!

SIAPA NEGOTIATOR KITA DATO’?

OK. Mengenai pendapat Sdr Ciku, saya fikir ada juga kebaikannya. Biarlah duduk situ, sampai satu masa ada perancangan yang menguntungkan bagi Malaysia. Mungkin dari segi aspek ketenteraan ada kelebihan! (So, janganlah nak “gadai” Pengkalan Udara Sg Besi kpd Jho Low! Putrajaya tu sapa nak tolong jaga? Takkan nak harap Tentera Udara Butterworth/Kuantan/Kuching nak tolong jaga!)

Mengenai pendapat Orang Jauh, pun ada juga kelebihannya. AKAN TETAPI, sepertimana perbincangan kita mengenai Pembangunan Kg Baru, ada yang menyatakan TANPA penyertaan Cina, projek jadi habuk! APATAH lagi projek di bumi Singapore yang terkenal dengan kiasunya, mengalahkan kiasu Cina di Penang! Jadi, mungkin nak tak nak kena ada penyertaan Cina Singapore untuk majukan Tanah kita di sana. Mungkinlah. Tapi bagi free “saham” 40% tu tak berapa nak kenalah!

Anonymous said...

Setelah membaca tulisan Datuk yg ini, terasa kecewa sangat.

Membiarkan isu development charges di bawa ke arbitrator antarabangsa, sangat lah tidak bijak.

Siapakah mereka ini yg berunding bagi pihak Malaysia. Mengapa kita cukup lemah bab runding merunding, susah betul nak menang sikit dgn Singapura.

~~ Nur Razali

OKJ said...

Salam Saudara Saji

Terima kasih kerana mengingatkan saya dan juga seluruh rakyat Malaysia yg membaca blog Dato’ tentang satu perkara iaitu ‘Lebih panjang janggut, lebih labuh jubah, lebih tebal serban atau lebih petah bercakap Arab tak semestinya lebih kuat iman dan takwanya’. Saya juga amat bersetuju bahawasanya ianya bukan saja berlaku di Qatar, tetapi banyak sekali berlaku di Malaysia sendiri dan saya merasakan contoh dah tak diperlukan lagi. Sifat terpuji saudara dalam ingat-mengingati antara sesama muslim dan mu’min sepatutnya menjadi contoh kepada yg lain. Sekian TQ.

Anonymous said...

Dato'

Komen Dato',

1. Saya setuju. Saya tambah. Kita kenakan cukai yang sama ke atas kenderaan Singapura yang masuk negara kita;

2. Mereka tak perlu bawa kereta mereka masuk Malaysia. Mereka boleh guna KTM, bas atau kapal terbang;

3. Adalah can tambahan pagi pengusaha tempatan cari makan.

Komen saya,

Apa kata kalau tutup saja sempadan di Johor Bahru, senang cerita. Tak payah lagi orang Singapore datang.

Kalau setakat nak suruh orang singapore guna KTM, BAS dan Kapalterbang, pengusaha tempatan tauke besar BAS yang mamang dah kaya menambahkan kaya. Jadi tak payahlah.

Lagipun banyak bas dah terbalik, kereta dah terbalik kat lebuhraya, kita patut dah guna keretapi maju guna letrik, lebih cepat dan lebih selamat. Ashik nak tolong pengusaha bas menambahkan kaya.

Kalau zaman 70an dan awal 80an, duit malaysia sama dengan duit Singapura, Lee Kuan Yew bukak pintu besar-besar suruh rakyat Malaysia tabur di Singapura di pusat membeli belah.

Sekarang ini duit Singapura dua kali ganda, sepatutnya kita menggunakan imaginasi kita supaya duit mengalir ke arah kita. Masalahnya orang kita memang tak ada daya imaginasi. Daya nak berkelahi memang bagus.

Sallam

Jay Bee

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan beri komen sikit kepada Sdr/i Jay Bee, 5:06pm.

Sdr/i,

Antara lain Sdr/i menyebut “Dalam POA ini, sudah termasuk isu air dimana Singapura akan berhenti mengambil air dan kesemua infrastruktur di Johor akan dipulangkan.”

Benarkah POA tahun 1990 mahupun “POA terbaru” ini termasuk isu air seperti yang Sdr/i sebutkan di atas? Jika benar, saya mohon dilampirkan “link” agar dapat saya membacanya dengan lebih lanjut.

Saya tidak jumpa pula apa-apa bukti pun yang boleh menyokong kenyataan Sdr/i itu. Contohnya yang pertama, sila rujuk di bawah ini dahulu:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm

Kenyataan di atas dibuat pada Disember 2009 yang mengatakan ketiga-tiga loji Skudai, Tebrau dan Gunung Pulai akan diserahkan kpd Johor.

Tetapi, sila rujuk yang berikut pula:

http://e.hmetro.com.my/bharian/articles/SingapuratamatkontraklojiSkudai/Article/index_html

Kenyataan ini dibuat pada April 2010 yang mengatakan hanya loji air Skudai sahaja yang akan diserahkan semula. Apa jadi kepada loji Tebrau & Gunung Pulai?

Kemudian, sila rujuk link di bawah ini pula yang mengatakan bahawa “POA terbaru” melibatkan isu tanah KTM tidak termasuk apa-apa isu air:

http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia%E2%80%93Singapore_Points_of_Agreement_of_1990#Agreement_reached

Sementara “wikipidea” sememangnya bukanlah suatu rujukan yang mempunyai “highest credibility”, saya mohonlah jasa baik Sdr/i untuk memberi rujukan yang lebih kredibel, agar saya dapat berlandaskan fakta dan rasional.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

langitbiru said...

Minta maaf Dato'
Lari dari tajuk!

Saya masih memikirkan apa itu ETP/GTP.

Ada TUKAR, ada PAKAR dll. Yang saya termenung panjang adalah "1Malaysia Mall".

Rancangan Program adalah mewujudkan 1Malaysia Mall di Guangzhou, Ho Chi Minh, Hanoi, Dong Guan, Can Tho, Nanjing, Shenyang, Haiphong dan Harbin, 21 1Malaysia Malls pada 2020.

Tujuannya adalah untuk bawa barangan "Made In Malaysia" untuk dijual di China dan Viatnam!!!

Logik ke Tok idea ni. Buat 21 1Malaysia Mall di CHINA dan Vietnam!!! Nak jual barangan kita kpd orang China???

Nak tiru macam "French Carrefour", Jusco, Giant dll. Carrefour pun tak mampu nak jual barangan "Made in France", dok penuh dengan barangan "Made In China" JUGAK. Jubah-jubah, kopiah,serban, songkok yang orang PAS dok pakai tu pun semuanya "Made In China". Bahkan Di Mekah MAdinah pun pakaian "Made In China". Ni kita nak BINA MALLS besar-besar di China? Kos bina 1 Malls tu dah brapa? Tanah orang pulak!

DARIPADA BUAT 21 MALLS DI CHINA, LEBIH BAIKLAH BUAT 21 MALLS DI MALAYSIA. TAK DAK BUMI DAH KE NAJIB NAK BUAT MALLS DI MALAYSIA??? BUAT 2 DI KELATE,2 DI TEGANUNG,2 DI PAHANG, 2 DI KEDAH KAN LEBIH BERBALOI???

SAPA YANG BAGI IDEA BUKA 21 MALLS DI CHINA NI??? Chinese Malaysian ke Malay Malaysia???

Patutlah ETP ni 1 Trillion rm!!!!

BANGANG ke APA???

SELARAS DENGAN PERLEMBAGAAN KE DATO'?

(minta maaf banyak-banyak Tok keluar Tajuk. Dato' tak siarkan pun tak apa. At least, saya melepas luahan kpd Dato'. many thanks once again Dato')

makbudak said...

Salam Dato',

Cadangan Dato' Ismail Johore n Dato' sendiri memang bagus. tapi masalahnya pemimpin2 kita ni lebih sayangkan org singapura. takut nanti kalau mcm2 tax atau peraturan dibuat ke atas rakyat singapura, dorang takmoh dtg malaysia. bila tak dtg, rugi dari segi kemasukan pelancong dari singapura. walhal, org singapura tu kalau tak kat malaysia atau lalu malaysia ni, dorang nak pegi mana? takkan semua mampu nak naik kapalterbang lintas malaysia utk melancong tempat lain? balik2 dorang musti dtg malaysia punya. bukan setakat saudara mara, harta benda dorang, tanah pun berlambak ada kat malaysia ni. takkan dorang nak tinggal mcm tu je?

saya asal j.b. saya pun memang geram sebab singapura buat mcm2 tax dan peraturan utk rakyat kita masuk dan kerja di singapura, tapi rakyat kita pergi dan kerja jugak di singapura. tapi pemimpin malaysia takut sgt nak buat perkara yg serupa pd rakyat singapura. toksah jauh2, nak dptkan saman dari rakyat singapura yg bawak kereta mcm hantu puaka pun payah sangat. kalau dgn rakyat sendiri bukan main lagi sampai sanggup tahan kemudahan menghidupkan roadtax kalau tak bayar saman!!!

geram nih... :(

Anonymous said...

(Continue) The long drawn out negotiations on the sale price of water to Singapore would appear to have grounded to halt after 2003 when Singapore cited legal arguments to reject Malaysia's attempt to revise the water tariff after 25 years as provided for under the bilateral water agreements.

As long as the stalemate persists, Singapore will continue to pay a pittance for water from Malaysia, at 3 cents per 1000 gallons. All efforts to revise the tariff to reflect the real economic cost of this vital natural resource have been rejected by Singapore.

For a government, which flaunts its intellectual heft in rigorous analytics of policy issues, the Singapore government seems to make an exception to their conventional practice when it comes to the calculations on the price of water sourced from Malaysia.

They are averse to factor in the appropriate value in the pricing of the water. There is enough open data on the cost and sale price of treated water, new water and desalinated water as well as raw water tariff rates used by other exporting countries to be included in the price matrix to arrive at a fair and reasonable tariff for both sides.

But our "generous" neighbour dismisses all such reasonable approaches at arriving at a fair solution, contend to exploit its position without any moral compunction.

One cannot help but view the current legalistic position as nothing more than a political ploy to continue to profit from cheap water from Malaysia. Prior to 2003, Singapore was engaged in a series of negotiations involving the price, nature and volume of future supply of water to the city state.

At that time Singapore was not averse to negotiations, particularly in the aftermath of the 1997 economic and financial crisis, when Malaysia was perceived at its weakest and most vulnerable to accept terms dictated by Singapore.

The resolution of this issue lies in an approach whose outcome is fair to both parties. No fair minded person can accept that in this day and age 3 cents per 1000 gallons of raw water is by any stretch of the imagination a fair price.

(to be continued)

EX-Banker

Anonymous said...

(continue) Replacing the Causeway

When Malaysia's proposal to replace the causeway with a bridge was mooted, the interests of both were fully taken on board. There were compelling environmental benefits from the free flow of water in the Tebrau Straits and the enormous potential economic development along the water fronts on both sides of the Straits.

Coastal maritime traffic between the east and west of the Straits would also be promoted. The flow of goods and people between the two countries would be much improved, smoother and faster movement of vehicular traffic.

The eventual design of the bridge to be agreed by both sides would incorporate provisions for the water pipes from Johore and any other features deemed necessary by both sides. Both countries have successfully collaborated in the building of the second link and the same model of cooperation can be replicated in the case of the new bridge to replace the causeway.

So far no contrary case has been made against the proposed bridge on technical, economic and security grounds. The only reason we hear why the project did not get off the ground was the condition imposed by the Singapore government that is Malaysia must lift its ban on the export of sand to Singapore.

The assumption in Singapore's conditionality is that the bridge would bring overwhelming benefits to Malaysia and Singapore would be paying an unacceptable price for it, or being worst off with the new bridge.

This is totally false and flies in the face of all facts. Both sides stand to reap deliverables form the impact of the new bridge. The question of export of sand to Singapore is a separate issue altogether and to set that as a conditionality is to descend to the level of crude bazzar bargaining, not flattering to a government so preoccupied with its stature and image in the world.

The proposed bridge would be in the best interests of both countries. No country will be worse off. It will bring a balance of benefits to both countries.


EX-Banker

A KADIR JASIN said...

Just thinking about statement in Parliament by Deputy Foreign Minister, Richard Riot:

"'The Singapore Railway land leased was 434.26 acres (175.7ha). Out of this, 352.52 acres (142.6ha) was to be held by the Federal Land Commissioner for a period of 999 years, while 81.74 acres (33.1ha) was for perpetuity."

Just a thought:

1. Why don't we develop just the 175.7 hectares of the 999-year lease land?;

2. We should continue to use the 33.1-hectare land that is KTM's for perpetuity (selagi ada bulan dan matahari) for railway operation;

3. If the 33.1-hactare is not enought, we use part of the 999-year lease land;

4. In that way, we can development the land (with Singapore if we want to) and still run the train to Singapore.

5. Maaflah kalau pandangan saya ini bodoh, maklumlah saya tak pergi Oxford atau Harvard. Ada tak ada pun pergi "Leadership Course" di Harvard lama dulu. Hehe....

Terima kasih.

pakbelalang said...

It looks like whenever there are negotiations involving foreign countries particularly Singapore, Malaysia is always ending up with unfavorable results in the final agreements. There were so many clauses which Malaysian negotiators overlooked and finally being taken for a ride. There were so many loopholes in the agreements and as a result of which Malaysia is in disadvantage position and always at the losing end. Why??

1. "Tidak apa" attitude.
2. "Mudah lupa" attitude.
3. "Bodoh sombong" attitude.
4. HP6 attitude.
6. "Haprak" attitude.
7. "Tak sedar diri" attitude.

All the above attitude lead Malaysian negotiators "DAH BODOH, STUPID"!!

Anonymous said...

Kepada Saudara Azman,

Maaf, ralat daripada saya,

Dalam POA (updated) tahun 2000, perjanjian air yang tidak dilanjutkan adalah 1961, iaitu dari sumber gunung pulai, sg. tebrau dan sg. skudai.

Aggreement 1962 masih digunapakai sehingga 2061 iaitu dari sumber Sg. Johor. Bermakna Singapura masih import air dari Malaysia sehingga tahun tahun 2061.

Link adalah seperti dibawah,

http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore/Story/A1Story20100920-238187.html


Sallam

Jay Bee

Shaharudin, KL said...

The KTMB land lease with Singapore is for a period of 999 years commencing 1918. As such; until the year 2917 the land shall belong to KTMB. It will be 907 years to go from now. So why the rush if the effect of such exchanges will not be truly beneficial for Malaysia? 907 years is a very long way to go. Since the Portuguese invaded Malacca in 1511; we are still less than 907 years from the event. Andalucia only lasted about 800 years. Which formal nation had lasted more than 900 years? The USA still has long way to go before the celebrate their 907th birthday. The Soviet Union lasted less. We do not know what will become to Malaysia and/or Singapore in the next 907 year? So why the rush; we could just let it be if it poses no threat or provide very small benefit to us.

saji said...

Salam Dato'

Apakah agaknya rupa bentuk pembangunan yang kerajaan Singapura fikirkan di atas tanah rezab KTMB yang panjang berjela2 dan sempit tu?

Pernahkah kerajaan Malaysia memikirkannya jugak?

affendi hussain said...

Salam Dato',

Lari topik sikit, tetapi masih sipi2..

ekstrak drpd Straits Times Singapore:

"With the $11.8 million he allegedly took from conspiring with a colleague to cheat the Singapore Land Authority (SLA), Koh Seah Wee, a former SLA deputy director, bought two flashy cars for his wife and mother-in-law.

He gave his wife Yeing Nyok Sea, 38, a $1.6 million Lamborghini and his mum-in-law Kok A Mui a $300,000 Mercedes Benz coupe."


Selama ini segolongan org percaya terutama kalangan idealis, liberalis, meritokarasis apa bala spisis di Malaysia, bahawa Singapore adalah tanah suci dari korupsi..

LKY seperti biasa dlm komen damage control hanya bongkak menyimpang isu asal :

" ...And if you go by the Transparency Index, we are always in the top three... That's an enormous advantage when it comes to doing business."

YES Mr. LKY, it will definitely be an extra more enormous advantage to have these type of people running negotiation business with the like of greedy idiots coming from Malaysia..can't agree more with that, especially the culprit seeds inside some land authority entity..

hah, sah tegolek dogg lah Malaysia nanti..

p/s: of course lah top three, yg "running" negara tu pun puak suku sakat DNA dia saja..hang cover aku, aku cover hang, tak mcm malaysia..bersuku-suku sakat keparat..hang tak cover org aku, aku dengki expose kan org hang..sure lah lingkup semua!
("/)

mo said...

Salam sejastra datuk,,, Di waktu zaman tun mahthir, isu ini menjadi isu besar dan bukan mudah di ereskan. Namun di zaman najib seolah isu yg sekian lama tak selesai, dengan mudah menjadi ok. Inilah akibat dari peraturan negara kita, pm dan kabinet boleh putus untuk kepentingan negara tampa perlu merojuk kepada parliment atan referendum. Kalau di negara lain walau pun pm dan karbinet setuju, harus di rojuk dgn parliment, sekira di lulus maka boleh di laksanakan.. Kelemahan sistem yg kita ada memberi terlalu luas kuasa kepada pm dan kabinet. Misal juga d permasaalah blok m di zaman pak lah, apa dah jadi. Rakyat sekadar bisa mengeloh dan keciwa...Rakyat keciwa dgn keputusan yg tidak memberi kelebihan kepada rakyat. tq

orgkpgdoha said...

SALAM DAKJ

Sudah pasti khazanah dan Malaysia akan terkena bulat-bulat dengan Singapura terhadap Malaysia. Win-Win situation ini hanya kepada org tengah sahaja,

Selamat Maju Jaya Malaysia

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Salam Datuk.

Singapura umpama 'pain in the arse' to Nusantara, esp Malaya. Singapura semenjak kehadiran British - Francis Light (Penang) dan kemudiannya Stamford Raffles umpama pusat lintah yang menyedut hasil kekayaan Tanah Melayu keluar negara.

Singapura-Melaka (Bandar Hilir) juga menjadi pusat menukar sejarah Bangsa Melayu melalui percetakan2 songsang hasil usahasama Musnyi Abdullah dan Mission Press.

Sejarah Bangsa Melayu di Malaysia telah dicorakkan di Singapura.

Kehilangan Pulau Batu Puteh telah dapat diramalkan walaupun cara kemenangan Singapura itu adalah dengan alasan yang tidak masuk akal. Dan paling tidak masuk akal sekali dia juga dikatakan win-win situation. Apa yang 'menang' jika tergadai harta benda?

(Batu asas rumah api Pulau Batu Puteh telah diletakkan oleh golongan Freemason - ICJ tu sapa pulak?)


Kehilangan tapak KTM yang milik mutlak bangsa Melayu ini salah satu contoh kekalahan yang memperbodoh umat Melayu yang telah dirancang sejak sekian lama.

Kita perlu ingat, setiap kali Singapura turun ke meja rundingan ia adalah umpama runding Perang buat mereka, manakala dipihak kita umpama rundingan serah tengkuk negara tetapi mengenyangkan pula perut sesetengah pihak.

Pemimpin Malaysia perlu bertegas dengan Singapura walaupun Malaysia menjadi miskin (logiknya ini tidak mungkin berlaku sebab ini adalah semenanjung emas).


Putuskan tambak johor.

Sekian
Herman Abdullah

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Setiap kali berunding dengan Singapura setiap kali itula akan tergadai harta negara.

panas...

mtgbertam said...

win win situation definisi Rais Yatim, pulau batu putih hilang....

Dgn Singapura pun, dia kata win win jugak....

Entahla.....

Mohammed Bin Bakar said...

Sallam Dato'

Masalah ini sudah lama sejak zaman PM Tun M, bagai kebah selepas demam panjang bila DS Najib ambil alih. Harap harap jangan demam berulang lagi dan lebih parah lagi.

Anonymous said...

Kepada The Malay Press,

Tanjong Pagar bukan milik mutlak kita, kita sewa dengan depa (lease) selama 999 tahun mengikut ordinan 1918.

Boleh rujuk link di bawah,

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/29/parliament/6568842&sec=parliament

Selagi keretapi lalu Singapore, maka kita boleh sewa sama depa 999 tahun. Kalau stop keretapi, maka tanjong pagar kena pulang balik.

Sefahaman saya, tanah ini tidak boleh guna atau dibangunkan kecuali untuk keretapi saja.

Perjanjian Tanjong Pagar untuk dipindahkan bukan dimulakan oleh PM sekarang tapi zaman Tun Dr.M pada tahun 1990, Daim Zainuddin sign sama Lee Kuan Yew.

Tak adil kita nak marah PM sekarang, bukan dia yang mulakan.

Boleh rujuk, link dibawah,

http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia%E2%80%93Singapore_Points_of_Agreement_of_1990

Jay Bee

Anonymous said...

salam dakj,

cuma nak tambah satu je lagi.

sebenarnya, ini juga membuktikan (untuk kesekian kalinya) singapura perlukan malaysia lebih dari malaysia perlukan singapura.

malaysia boleh hidup tanpa singapura, sebab tu kita tak fikir nak kelentong diorang. tapi singapura ni, tak boleh hidup tanpa malaysia. cuma takkan la dia nak mengaku. jadi apa yang dia boleh buat, adalah mengikat malaysia dengan cara kelentong je lah. lepas tu claim dia bagus.

kalau tak percaya, kita kenakan yuran kemasukan yang tinggi kepada rakyat singapura yang nak masuk malaysia ni. rasa-rasa diorang boikot ke masuk malaysia? kalau dia boikot, boleh ke rakyat dia hidup dengan dok kat pulau sekangkang kera tu? boleh ke rakyat dia yang berpendapatan rendah survive dengan taraf hidup di sana? inilah buktinya.

tapi malaysia tak la buat macam tu, sebab kita memang boleh hidup tanpa singapura.

jadi para pemimpin kita ni janganlah buat pekak saja tentang perkara ni. kenalah ambil kira bila berunding tu.

aku bukan politician

saji said...

Salam Dato'

Just a thought:

1. Why don't we develop just the 175.7 hectares of the 999-year lease land?;

2. We should continue to use the 33.1-hectare land that is KTM's for perpetuity (selagi ada bulan dan matahari) for railway operation;

3. If the 33.1-hactare is not enought, we use part of the 999-year lease land;

4. In that way, we can development the land (with Singapore if we want to) and still run the train to Singapore.

Komen:

Saya setuju.

Persoalannya,bagaimana jika kerajaan Singapura mengenakan cukai pembangunan/development charges yang bukan-bukan? Dan bagaimana jika height restriction dikenakan sekali atau mengenakan perataus kawasan hijau yang tinggi?

saji said...

Salam Dato'

Dalam pembahasan ini, saya dapati ada golongan (pembahas) yang mahu Tambak Johor yang umurnya hampir seabad itu dibuang, tetapi pada masa yang sama mahu mengekalkan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura itu.Walhal keduanya harta warisan negara silam yang mempunyai nilai/value konservasi.

Maksudnya, mengapa nilai yang mereka peganag dari segi kepentingan menjaga dan mengekalkan harta warisan silam negaranya berbeza atau tidak konsisten, iaitu Tamabak Johor mereka berpegang kepada nilai gunaan,manakala tanah keretapi tersebut mereka berpegang kepada nilai emosi atau budaya atau kedua2nya?

A KADIR JASIN said...

Pembahas Saji,

Jadi apakah Singapura mengenakan cukai pembangunan yang bukan-bukan itu untuk:

1. Buat duit daripada Malaysia yang murah hati dan boros dengan duit negara;

2. Singapura sebenarnya mahu menggagalkan projek ini kerana tidak mahu Malaysia mempunyai aset yang lebih betnilai di muka buminya?; atau

3. Perunding Singapura nampak perunding kita desperate dan kurang cerdik, maka mereka pun balun betul-betul?

Wallahualam.

Terima kasih.

abdullahngah said...

T H E . M A L A Y . P R E S S,

Pemimpin yang mengaku Melayu/islam ini sudah lama mengamalkan "tak boleh buruk sangka atau jangan buruk sangka.

Oleh itu kenalah baik sangka" atau sangka baik dengan pemimpin Singapura.

Inilah punca pemimpin Melayu/Islam sering kena tipu, termasuk rugi serba serbi.

Sangka baik ini yang membuat Melaysia mendapat padah, termasuk akan hilang harta warisan yang ada disingapura jika silap perhitungan.

Atau silap buat keputusan, termasuk terlalu cepat buat keputusan inilah segala gala akan berputih mata.

Tapi ingat pemimpin yang mengaku Melayu Islam dan beramal dengan sikap baik sangka dan tak buruk sangka akan mendapat laba yang besar setelah tanah itu dibangunkan nanti.

Kalau beli kapal selam ada pihak yang dapat RM500 juta dan RM 300 pihak yang dilantik apatah lagi dengan projek membangunkan tanah ini nanti.

Kita nampak pemimpin melayu bodoh, tetapi bodoh kena ke dia, manakala rakyat jadi mangsa dengan gula gula rakyat didahulukan.

Itulah hebatnya perdana menteri Malaysia. Lebih lebih lagi perdana menteri sebelum ini dah jual Singapura kepada Lee Kuan Yew kerana takut bersaing.

Oleh itu tidak mustahil malaysia juga turut tergadai dek kerja perdana menteri yang hebat ini.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.

Perkara yang kita bincang ini sungguh manarik kerana ianya akan membuka mata kita samada kita selama ini tahu apakah yang berlaku dalam pemerintahan negara. Seperti yang Dato' kata ada dikalangan kita melihat sesuatu dari segi politik saja dan tidak dari isu sebenar samada ianya menguntungan negara atau tidak. kita perlu berubah keperingkat menyampaikan pendapat dengan bermatlamatkan membantu menyelesaikan masalah jika ada.

Ada pembahas menyatakan kerisauan beliau bahawa PM Malaysia mempunyai kuasa yang terlalu luas dimana Parlimen bukannya kuasa penentu. Betulkah itu ? Atau ianya berlaku demikian kerana tiada orang yang melihat apakah sebenarnya kuasa PM.

Setahu saya kita mempunyai Majlis Tanah Negara dimana isu berkaitan tanah perlu dibincang dan diputuskan sebelum dilaksanakan. Soalnya adakah perkara ini pernah dibincangkan .Seandainya ini adalah satu keperluan maka adalah wajar ianya dibincangkan untuk pengesahan atau sebaliknya.Ini adalah suatu perkara biasa dimana sebarang persetujuan yang di buat wakil kerajaan , seumpamanya olih wakil kita di Bangsa-bangsa Bersatu perlu disahkan Kerajaan secara rasmi sebelum ianya sah. Dalam hal-hal tertentu Parlimen perlu bersidang untuk mengesahkannya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Anonymous said...

Komen Dato,

Pembahas Saji,

"Jadi apakah Singapura mengenakan cukai pembangunan yang bukan-bukan itu untuk":

Komen saya,

Sebenarnya bukan cukai pembangunan tapi cost pembangunan Tanjong Pagar.

Pembangunan di Tanjong Pagar diusahakan sama-sama dan pulangan (revenue) dibahagikan mengikut nisbah tertentu.

Saya rasa terdapat banyak kekeliruan dalam topik ini.

Link seperti dibawah.

http://www.nst.com.my/nst/articles/S_pore_Malaysiatoreviselandswapagreement/Article/

Jay Bee

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Datuk.

Saya bercakap dengan bukti.

(update 120608: Yang meletakkan batu asas bagi pembinaan rumah api Hosbourg Light House di Pulau Batu Puteh 24 May 1850 juga adalah dari golongan Freemason! Oleh itu adakah ini bermakna penulis surat perlepasan (PeMangKuk SUK Johor) yang menjadi bukti utama ICJ dan penyebab kekalahan 'Gail Patani and the team' baru2 ini - adalah juga seorang Mason? Ini perlu siasatan lanjut. Lagi bukti Freemason bertapak di nusantara semenjak pada tahun 1786 : Major Masonic Event in South East Asia in 150 years)


http://themalaypress.blogspot.com/2009/01/fikirkan-konspirasi-tanah-melayu.html

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Tanjong Pagar bukan milik mutlak kita, kita sewa dengan depa (lease) selama 999 tahun mengikut ordinan 1918.

Baik saudara Jay Bee apa bagaimana jika saya kata Singapura itu Milik Mutlak Bangsa Melayu.

Setuju jika saya katakan singapura mesti diserahkan kembali kepada Johor.

Ada kemungkinan?

Ada perkara yang kita tidak tahu sebenarnya....:-)

sulteambo said...

Sulteambo mengeji keputusan yang diambil. Tak sikit banyak rakyat pasti merasa kesannya, sejarah di Kota Singa pasti lenyap akibat keputusan kurang bijak. Persoalannya adakah keputusan 'pembelian' dibuat tanpa suara majoriti?. Apapun kita terus akur bak burung terkukur.
sulteambo.wordpress.com

OKJ said...

Salam DAKJ

Bercakap pasal tanah ni, saya setahun sekali bayar cukai tanah. Biasanya, kalau cukai tanah tinggi bermakna penafsiran ke atas tanah itu juga tinggi dan tinggi potensi untuk dimajukan. Kalau teori saya ni betul,Singapore mengiktiraf tanah-tanah kita disana tu memang tinggi valuenya dan menjadi rebutan untuk pembangunan.

Teringat pula kata maksud seorang jutawan hartanah (dalam bukunya) kepada kenalannya yg menyimpan tanah dan nak tunggu tanah tu harganya lagi tinggi, baru nak dijual. Antara maksud katanya ‘Kita berniaga ni nak buat untung BERKALI-KALI, bukannya hanya sekali’. Rasanya, prinsip jutawan hartanah tu memang tepat dan sebab itulah beliau berjaya dalam investmentnya. Sama-samalah kita fikirkan. Sekian TQ.

saji said...

Salam Dato'

"Jadi apakah Singapura mengenakan cukai pembangunan yang bukan-bukan itu untuk:

1. Buat duit daripada Malaysia yang murah hati dan boros dengan duit negara;

2. Singapura sebenarnya mahu menggagalkan projek ini kerana tidak mahu Malaysia mempunyai aset yang lebih betnilai di muka buminya?; atau

3. Perunding Singapura nampak perunding kita desperate dan kurang cerdik, maka mereka pun balun betul-betul?

Komen:

a) Ada kebenarnnya.

b) Namun apa yang sebenarnya ingin saya timbulkan ialah, strategi lemah perunding Malaysia yang berfikiran mudah kerana langsung tidak berusaha membuat cadangan membangunkan tanah2 KTMB dulu atas dasar mahu membangunkannya sebagai projek konservasi di bawah nilai gunaan/use value yang boleh dieksplorekan untuk dijadikan isu baru dengan Singapura yang kalaupun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan dan akhirnya gagal pun, saya percaya, rakyat Malaysia bukan sahaja tidak akan mempertikaikannya, malah memberi laluan mudah kepadanya untuk pergi kepada option memajukan pembangunan tanah2 gantian yang kita bincangkan ini.

saji said...

Sdr Jay bee

"Sefahaman saya, tanah ini tidak boleh guna atau dibangunkan kecuali untuk keretapi saja."

Komen:

Kalaupun betul, perunding Malaysia kena manipulasikannya untuk dibangunkan sebagai projek konservasi di bawah nilai gunaan dengan mendapatkan nasihat daripada badan konservasi dunia, UNESCO. Dan kita tengok dulu bagaimana perunding Singapura membantahnya. Saya percaya, banyak yang kita boleh pelajari. Saya juga orang Johor.

Anonymous said...

Saudara the Malay Press,

Komen anda,

"Baik saudara Jay Bee apa bagaimana jika saya kata Singapura itu Milik Mutlak Bangsa Melayu."

Memang Singapura sebahagian daripada Malaysia. Bermula tahun 1962 dan berakhir tahun 1965.

PM kita yang pertama keluarkan Singapura dari Malaysia. Mungkin ada yang persalahkan PM pertama tapi pada waktu itu ada perkara-perkara yang rumit. Sila rujuk sejarah, sekarang dalam dunia IT, boleh dapat maklumat dengan senang. Saya berasa ada hikmahnya.

Saudara Saji,

Kalau tidak silap saya, Tanjong Pagar akan dibaik-pulih sebagai tempat sejarah oleh kedua-dua negara (Konservasi). Saya tidak pasti kerana dengar berita dari TV.

Perlu diingatkan ada sudut komersial dalam perjanjian ini, ada tanah yang lain yang akan ditukarganti dan ada pulangan wang (revenue).

Motivasi perunding kita dipengaruhi oleh sudut komersial. Kalau negara kita ini kaya seperti Arab Saudi mungkin kita boleh tolah nilai komersial tapi tatkala ini mengikut Idris Jala, ekonomi kita bukan pada tahap cemerlang.

Jay Bee

Tinta Hitam said...

Saya merasa kesian dgn rakyat Malaysia kerana bertuankan UMNO.Singapura sebesar tungau pun tak boleh nak atasi..Di mana kehebatan bangsa melayu ni spt yang diwar warkan oleh UMNO selama ini?

Inilah akibat memilih pemimpin yang korup.Mudah diugut dan dibeli.Mana perginya PERKASA? Ini isu besar.Jangan hanya pandai menyalak kat KOMTAR atas isu isu picisan..

sujini said...

Datuk AKadir

1. Tidak hairan kalau kebanyakan rakyat merasakan sukar untuk membaca dan memahami pemikiran PM DS Najib. Ini termasuklah tindakan-tindakan beliau selama memegang jawatan PM Malaysia yang keenam.

2. Sejak setahun jadi PM, sudah berapa kali beliau menjejakkan kaki ke tanah jiran Singapura?

3. Jika dibandingkan dengan PM Malaysia no.4 yang
telah mentadbir negara selama 22 tahun,
rasanya PM no.6 lebih kerap ke Singapura dalam
jangkamasa setahun.

4. Munkinkah sebab itu, sejak daripada era pentadbiran PM no.4,segala isu dengan Singapura tidak dapat diselesaikan.Tiada "personal touch" diantara kedua pemimpin yang berjiran.

5. Secara kasar saya dapat menilaikan bahawa perwatakan PM no.6 ini suka berlembut dan mudah mesra dengan sesiapa pun.Memang ini adalah diantara sifat-sifat terpuji yang ada pada Rasullullah saw kita. Tapi kita harus ingat, Rasullullah menerima wahyu (petunjuk) daripada Aza Wajalla melalui malaikat Jibril.

6. PM no. 6 mendapat petunjuk daripada siapa?

7. Saya berdoa semoga PM no.6 mendapat petunjuk hanya daripada nan SATU. Amin.

saji said...

Sdr Jay Bee

"Sebenarnya bukan cukai pembangunan tapi cost pembangunan Tanjong Pagar."

Komen:

Kos pembangunan or development cost = kos beli/pajak/sewa tanah untuk dibangunkan + kos yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan atau PBT termasuk kos pengemukaan pelan2 pembangunan, caj/cukai pembangunan (jika ada) dan bayaran perimiun tanah (jika ada), kos team reka bentuk juruperunding -pmc, jurukar tanah, jururancang, arkitek, jurutera, jurukur bahan dsb dan kos pembinaan oleh jurubina/kontraktor dan kos pinjaman titian dan pemasaran.

saji said...

Sdr OKJ

"Teringat pula kata maksud seorang jutawan hartanah (dalam bukunya) kepada kenalannya yg menyimpan tanah dan nak tunggu tanah tu harganya lagi tinggi, baru nak dijual. Antara maksud katanya ‘Kita berniaga ni nak buat untung BERKALI-KALI, bukannya hanya sekali’. Rasanya, prinsip jutawan hartanah tu memang tepat dan sebab itulah beliau berjaya dalam investmentnya. Sama-samalah kita fikirkan."

Komen:

Bagaimana, dalam konteks perbincangan ini, saya katakan bahawa, maksud 'kita berniaga ni nak buat untung berkali-kalai, bukannya sekali' ialah, Malaysia kena jual satu demi satu tanah2, KTMB tersebut. Kemudian duit2nya digunakan untuk membeli tanah2 di Singapura yang meliputi 9 keping tanah gantian berkenaan dengan harga murah atas harapan untuk sama ada menjualnya semula atau dibangunkan untuk dijual atau kedua2nya.

saji said...

Sdr Jay Bee

Konsep konservasi bangunan bersejarah membenarkan ahli konservasi /conservator mengkonservasikan bangunan bersejarah menggunakan nilai gunaan atau use value - functional, economic, politic dan etnic dalam satu kawasan tanah yang sama, dengan syarat ciri2 seni bina utama asalnya dikekalkan. Bahkan kegunaan asalnya (Dalam konteks perbincangan ini, Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan tanah rezab trek keretapi KTMB) boleh berubah kepada bentuk fungsi baru yang lebih kurang sama dan sesuai dengan pembangunan persekitran barunya, demi memastikan ia terus berfungsi atau functional dan terus wujud.

Sebagai contoh, bangunan pasar lama Central Market di pusat bandar Kuala Lumpur yang kini dijadikan bangunan Pasar Seni yang maju itu.

Dalam kes bagunan lama Sekolah Victoria di Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur yang kini dijadikan Kompleks Taman Budaya ada disediakan bangunan tambahan konsep anex dua tingkat di bahagian belakangnya.

Rujuk perbincangan saya sebelum ini dan dapatkan buku Conservation of Historical Bulding.

saji said...

Sdr Jay Bee

Konsep konservasi bangunan bersejarah membenarkan ahli konservasi /conservator mengkonservasikan bangunan bersejarah menggunakan nilai gunaan atau use value - functional, economic, politic dan etnic dalam satu kawasan tanah yang sama, dengan syarat ciri2 seni bina utama asalnya dikekalkan. Bahkan kegunaan asalnya (Dalam konteks perbincangan ini, Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan tanah rezab trek keretapi KTMB) boleh berubah kepada bentuk fungsi baru yang lebih kurang sama dan sesuai dengan pembangunan persekitran barunya, demi memastikan ia terus berfungsi atau functional dan terus wujud.

Sebagai contoh, bangunan pasar lama Central Market di pusat bandar Kuala Lumpur yang kini dijadikan bangunan Pasar Seni yang maju itu.

Dalam kes bagunan lama Sekolah Victoria di Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur yang kini dijadikan Kompleks Taman Budaya ada disediakan bangunan tambahan konsep anex dua tingkat di bahagian belakangnya.

Rujuk perbincangan saya sebelum ini dan dapatkan buku Conservation of Historical Bulding.

Anonymous said...

Saudara Saji,

Antara orang Johor dengan orang Johor, saya rasa kita tidak banyak melihat isu-isu yang lebih besar kerana banyak dipengaruhi oleh isu-isu yang dibawa oleh ahli politik.

Kalau kita lihat pembangunan di Johor Bahru sangat lembab. Terdapat perbezaan yang amat ketara dan suasana yang amat berlainan kalau kita seberang ke negara jiran di selatan.

Projek seperti bandar baru Tebrau amat baik dan mendapat sambutan dari pengunjung tapi projek daripada kerajaan sentral seperti Iskandar sudah bertahun lamanya tapi tidak nampak hasilnya dan ke mana hala tujunya. Dengar khabar angin, pelabur timur tengah sudah pun tarik diri.

Sekarang ini sudah ada jalan baru yang dibina (eastern dispersil link)tapi akan dikenakan toll. Tidak tahu projek sentral atau negeri. Kalau hendak kira, jalan yang dibina tidaklah jauh sangat kerana didalam bandar JB, bukan menghubung negeri.

Perpindahan pusat pentadbiran telah berpindah ke Nusajaya sejauh berpuluh km menyusahkan orang kerana begitu jauh dan terpaksa membayar toll. Masih Tidak ramai yang tinggal di Nusajaya, yang ramai lebih Jin dari Manusia.

Ada banyak perkara yang lebih releven yang ada hubungkait dengan kehidupan dan masa depan kita yang patut kita bahaskan.

Isu Tanjong Pagar sudah 20 tahun.Walaupun Khazanah mengambil alih dari segi hasil pulangan dari pembanguna, persoalannya adakan kita sebagai rakyat biasa akan mendapat faedah?

Tatkala ini banyak isu yang dikeluarkan oleh ahli politik untuk memainkan sentimen kita dan mengalihkan perhatian daripada melihat perkara-perkara yang lebih penting.

Jay Bee

Aman said...

Salam Dato,

Setuju dgn apa yang dato katakan. Rasanya masih jauh lagi untuk DS Najib mengatakan win win situation yang sebenarnya. Kegagalan perdana menteri terdahulu menangani isu isu antara kedua negara adalah kerana telah faham sangat dengan putarbelit negara tersebut. Hanya PM yang dangkal saja yang akan bersetuju dan akhirnya merugukan negara sendiri. Harap harap perjanjian tanah tersebut bukanlah semata mata untuk menunjukkan bahawa perdana menteri malaysia sekarang (DS najib) adalah seorang budak baik dimata pemimpin amerika, mahupun big boss singapura. Takut kelak, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sejarah pasti berulang lagi....

makbudak said...

Salam Dato' n pembahas semua,

sedikit nak lari tajuk tapi rasanya ada kaitan. nak kongsi apa yg saya baca di http://drmaza.com/home/?p=1230

walaupun banyak juga pandangan beliau saya tak setuju tapi rencana ni sedikit sebanyak menimbulkan persoalan mengenai konsep 1mlaysia.

terima kasih n Wallahua'lam.

terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato'
Kadang kita tertanya2 kenapa Singapura beria-ria sangat untuk menyelesaikan isu tanah KTM ini kalau tidak kerana "keuntungan besar" yg bakal diperolehinya. Ini mengambil kira sikap "opprtunist" republik itu dan kecerdikannya dalam membuat perhitungan jangka panjang. Malaysia sepatutnya (dari pengalaman2 lampau) sudah pandai menyelak "udang di sebalik mee" dari keputusan Singapura itu.

Kita sebenarnya tidak rugi mengekalkan statu quo tanah KTM itu kerana Singapura tidak dapat berbuat apa-apa. Apa sangat nak dikejarkan potensi pembangunan tanah tersebut kerana seperti kata Dato sebarang pelaburan keluar hanya akan melibatkan pengaliran keluar dana kita yang diperlukan untuk memajukan negara sendiri.

Sekian.

Yang tak pernah ke Singapore.

saji said...

Salam Jay Bee

Nusajaya cubaan MB Ghani tiru pembangunan Putrajaya ciptaan Dr M yang saya terlibat dengannya di Taman Selatan. Khasnya, dari segi untuk mengatasi masalah kesesakan bandaraya KL dan JB masing2 di samping mengwujdkan pusat pertumbuhan baru. Ia sepatutnya libih baik atau sekurang2nya sama dengan Putrajaya, seperti mewujudkan perkhidmatan keretapi laju Nusajaya -JB/Tanjung Pagar- Airport Sekudai dan ke utara.

Yang pasti, Nusajaya merupakan strategi MB Ghani memanjangkan hayat jawatan MBnya.

saji said...

Sdr Yang tak pernah ke Singapore

"Kita sebenarnya tidak rugi mengekalkan statu quo tanah KTM itu kerana Singapura tidak dapat berbuat apa-apa. Apa sangat nak dikejarkan potensi pembangunan tanah tersebut kerana seperti kata Dato sebarang pelaburan keluar hanya akan melibatkan pengaliran keluar dana kita yang diperlukan untuk memajukan negara sendiri."

Komen:

Membuat projek mega yang luar biasa seperti Putrjaya, LRT, PROTON. Lebuhraya Bertol dsb boleh memanjangkan hayat politik seseorang ketua negara. Di negara ini, ia dimula dan ditunjukan oleh Dr M hingga melibihi dua dekad lamanya.

Mantan PM, Pak Lah cuba menirunya melalui projek2 koridornya, tetapi tidak kesampaian.

Satu ketika, saya menjangkakan PM2 selepas era Dr M nanti bukan sahaja akan menghadapi masalah kehabisan idea baru mewujudkan projek2 mega di negara ini yang rakyat dan kerajaan benar2 memerlukannya seperti di atas, kerana menganggap projek2 mega negara yang diperlukan sedimikian sudah disiapkan oleh Dr M, malah mereka akan berdepan dengan masalah pengurusan aset fizikal negara yang telah dibina oleh Dr M yang meliputi projek2 mega tersebut. Ini, khasnya, kos urus penyelenggaraan yang tinggi di sebabkan projek disiapkan dengan cepat dan penggunaan bahan dan kelengkapan jenis mewah.

Pak Lah sudah merasakannya. Kini giliran DS Najib. Bukan begitu?

Anonymous said...

Saudara Saji,

Projek Nusajaya adalah besar (dari Prolink-Renong). Projek ini dari 90an, sekarang bertukar nama baru,Iskandar.

Memang baik secara teori untuk membina kawasan pertumbuhan baru tapi setakat ini tidak menunjukkan kesudahan yang positif.

Ada kaitan perjanjian KTM/POA dengan Iskandar, tapi bercampur aduk juga hal-hal politik terutamanya kaitan antara Singapura dengan pembangunan Iskandar. PM kelima tidak dapat selesaikan masalah ini, saya tidak pasti dengan PM ke 6.

Berkenaan dengan LRT Nusajaya _JB, link Kota Damansara-Cheras di KL masih tertangguh, apatah lagi di JB. Seperti saya nyatakan, kadar pembangunan di JB terlalu lambat.

Sallam

Jay Bee

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).