Friday, September 17, 2010

Pertahan Bangsa Bukan Perkauman Atau Ekstrem

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 22 Sept.] -- Berikut kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Koh Tsu Koon yang disiarkan oleh The Star Online: "The people should regard themselves as Malaysian first in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s 1Malaysia spirit that puts inclusiveness and social justice above race and religion.:

Dalam bahasa Melayu: "Rakyat jelata perlus menganggap diri mereka sebagai Malaysian dulu selaras dengan 1Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang meletakkan keterangkuman dan keadilan sosial di atas bangsa dan agama."

Kalau betul cakap Koh itu dan dia faham mengenai Islam, nampaknya Perdana Menteri kita yang beragama Islam lebih mengutamakan keterangkuman dan keadilan sosial daripada agama, termasuklah agama Islam. Saya sangat terkejut dan keliru.

Ini Mohd Najib wajib jawab demi akidah dan kesucian Islam serta menghormati agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan di negara kita ini.

Posting Asal

APAKAH benar ada pelampau kaum di negara kita Malaysia ini yang menolak kepelbagaian bangsa?

Saya rasa tidak ada pelampau seperti itu. Tetapi jika saya faham amaran Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, baru-baru ini, beliau seolah-olah berkata ada ekstremis seperti itu.

Boleh jadi betul kerana sebagai Perdana Menteri, tentu beliau mempunyai maklumat perisikan yang kita, sebagai rakyat biasa, tidak tahu.

Saya katakan begitu kerana laporan media memetik Mohd Najib sebagai menyatakan bangkangan keras terhadap “tindakan kumpulan dan individu ekstremis” yang didakwanya “masih tidak toleransi, apatah lagi mengakui faedah masyarakat majmuk.”

Sejak saya tahu membezakan antara Melayu, Cina, India dan Siam di kampung pinggiran sungai bernama Tanah Merah dalam mukim Guar Kepayang dalam daerah Pendang di negeri Kedah, sampailah sekarang, saya belum berjumpa seorang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau mana-mana bangsa, kaum dan suku kaum yang menolak kepelbagaian.

Baru-baru ini saya melawat anak saudara sakit di Pontian. Dia dan keluarganya tinggal dalam kebun kelapa sawit. Di sebelah pagarnya sebuah bengkel kereta milik seorang Cina.

Di tengah-tengah kampung Melayu ada sebuah dua rumah orang Cina. Di merata tempat, termasuk dalam perkampungan Melayu, ada tokong Cina.

Kalau dibuat bancian, saya rasa paling banyak tokong Cina per kapita mungkin di negeri Johor.

Kalau bangsa-bangsa dan kaum-kaum di Malaysia tidak mengamalkan toleransi, apatah lagi bersikap ekstrem, saya rasa kita bukan sahaja ada satu 13 Mei (1969), tetapi banyak 13 Mei sebelum dan selepas itu.

Hatta kempen Pas pada pilihan raya umum 1969 yang mahu “menghambat” orang Cina dan India ke dalam laut itu pun bukan berpunca daripada perasaan perkauman yang mendalam, tetapi sekadar sedap cakap dan political posturing.

Bukan apa, pada masa yang sama orang Pas berniaga dan berhutang dengan orang Cina. Orang Cina jadi Along dan Ceti melalui sistem padi kunca.

Sebaliknya, di kampung saya yang terletak dalam kawasan parlimen Kota Setar Selatan (sekarang Pendang), orang Cina undi Pas dan tolak Perikatan sehingga menyebabkan kekalahan (Tun) Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum itu.

Mungkin saya kurang cerdik dan kefahaman bahasa saya lemah. Bagi saya, orang Melayu tuntut hak dan pertahan hak bukan perkauman atau ekstrem.

Kalau orang Melayu tuntut hak dan pertahan hak dituduh perkauman dan ekstrem, maka orang Iban, Kadazan, Orang Asli, Cina dan India yang tuntut hak dan pertahan hak juga perkauman dan ekstrem.

Tetapi itulah ciri kita di Malaysia. Semua bangsa tuntut hak, semua bangsa ada hak dan semua bangsa tidak puas hati dengan hak yang mereka ada.

Kalau orang Melayu tidak bersikap toleransi, kenapa pula mereka tidak memberontak dan membuat kacau apabila kuota mereka dalam pemilikan kekayaan korporat hanya 30 peratus sedangkan bilangan mereka lebih 50 peratus? Sebetulnya bukan hanya 30 peratus, tetapi sekurang-kurangnya 30 peratus.

Zaman saya kanak-kanak dulu, jiran-jiran Cina kami memelihara, menyembelih dan menjual daging babi dalam kampung Melayu. Nenek saya membenarkan jiran Cinanya mengambil keladi dan batang pisang untuk makanan babi. Sebagai ganti, mereka memberikannya gula, kopi, kuih bulan, cerut cap ikan emas dan kepada tok wan saya rokok Rough Rider.

Atau apakah seseorang itu dianggap perkauman dan ekstrem kerana tidak memeluk erat segala bentuk mantera dan slogan pemerintah seperti 1Malaysia?

Dalam blognya (http://www.1malaysia.com.my/) pada 15 September, Perdana Menteri, antara lain mengulas: “Saya menentang perlakuan seperti ini sekeras-kerasnya. Saya berasa sungguh sedih apabila di sebalik tinggal dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan merdeka lebih dari 50 tahun, masih ada di kalangan kita ini yang tidak boleh bertoleransi, apatah lagi menerima kebaikan masyarakat yang berbeza-beza ini. Kesedihan yang saya rasakan ini adalah disebabkan dengan menolak cara hidup kita yang berbeza-beza ini, mereka juga menolak 1Malaysia.”

(I am strongly opposed to these types of behaviour. It saddens me that despite living in an independent multi-cultural nation for over 50 years, there are still those among us who cannot tolerate, much less accept the benefits of a perse (?) society. It saddens me because by rejecting our perse (?) way of life, they reject 1Malaysia.)

Kalau penolakan terhadap mantera dan slogan pemerintah boleh ditakrifkan sebagai “puak-puak dan individu-individu pelampau”, maka ramailah yang tergolong dalam kategori ini.

Mohd Najib berkata lagi: “Puak-puak pelampau ini terdiri daripada kumpulan atau inpidu-inpidu (sic) yang mempercayai pada pandangan dan tindakan radikal terhadap pihak lain. Mereka menganggap pihak yang bertentangan fahaman dengan mereka sebagai musuh dan berusaha menakut-nakutkan pihak yang tidak menerima pemikiran atau ideologi mereka dan dalam keadaan tertentu pada orang-orang yang hanya kelihatan berbeza daripada mereka.”

Apa pun diagnosis dan prognosis Perdana Menteri, saya berpendapat bahawa kita yang berbeza pendapat dengan pemerintah dan tidak memeluk erat mantera dan slogannya, bukanlah pertubuhan atau individu ekstrem, apatah lagi perkauman.

Kalau kita keras, tegas, ekstrem dan perkauman, kita tentu mengutuk dan mahu tindakan dikenakan ke atas ratusan ribu rakyat negara ini yang tidak pun boleh berbahasa Melayu dengan secukupnya, termasuklah yang memegang jawatan penting dalam politik dan pentadbiran.

Kita tentulah menuduh pertubuhan dan individu yang menolak sekolah wawasan sebagai tidak bertoleransi dan ekstrem.

Tetapi bukan sahaja konsep sekolah wawasan gagal dimartabatkan, sebaliknya ramai orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Apa yang sebenarnya berlaku pada akhir-akhir ini adalah bangsa-bangsa di Malaysia cuba menelah, memahami dan mencari tempat bagi anggota bangsa mereka dalam landskap politik yang cair dan dalam kerangka pemikiran serta tindakan baru yang berkisar di sekitar perisytiharan dan bahasa berkod (coded language) seperti meritokrasi, persamaan, Model Baru Ekonomi, 1Malaysia, keterangkuman, globalisasi dan keterbukaan.

Samalah dengan sebahagian umat Islam berbahas dan berpolemik mengenai Islam Hadhari dan akhirnya ramai menolak konsep itu kerana mereka tidak setuju Islam dilabelkan.

Bahas dan polemik yang mengutarakan isu-isu dan ciri-ciri kaum yang sedang berlangsung sekarang tidak bermakna masyarakat berbilang kaum kita semakin ekstrem dan perkauman.

Jika ada kenyataan dan pernyataan yang berbau perkauman atau ekstrem, ia mungkin tercetus akibat kebimbangan atau tanggapan bahawa struktur agung politik (political superstructure) negara tidak lagi mampu atau mirip kepada mempertahankan status quo dan kontrak sosial yang selama ini menjadi teras kestabilan dan keyakinan.

Justeru itu, kemunculan badan-badan bukan kerajaan dan individu yang berani bersuara serta bercanggah pendapat dengan pemerintah, khasnya dalam masyarakat Melayu, bukanlah satu tindakan perkauman atau ekstrem.

Malah menerima dan menghormati kepelbagaian suara serta pendapat, khasnya di kalangan kaum majoriti, adalah sesuatu yang sihat dan selaras dengan sikap toleransi dan kesederhanaan yang hendak ditegakkan itu.

136 comments:

Saya Rakyat Malaysia said...

Selagi orang Cina tidak mahu melepaskan Sekolah Jenis Cina nya, Selagi orang India masih dihantar ke Sekolah Jenis India nya, saya percaya ekstremis dan perkauman masih akan wujud dan semakin menebal.

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,
Setuju dengan Dato bagi artikel ini.
Ikhlas,

bulat said...

1MALAYSIA = ISLAM HAD-HARI

Najib dah nampak gagasan 1Malaysia senasib dengan Islam Hadhari.
Dia tak dapat terima kenyataan dan cuba menafikan realiti yang semua rakyat malaysia tak paham pun ape bende yang dia cakapkan tu.

Saya dah kata dulu, buang masa dan duit je slogan 1Malaysia ni. Abis keberas jek.

Kita dah ada landasan perjuangan- wawasan 2020, memajukan ekonomi negara. Apa perlunya 1Malaysia kalau bukan untuk mencari populariti?

Wake UP! said...

Mempertahankan hak istimewa orang Melayu bukan perkauman kerana Melayu masih tidak mencapai 30% equiti Bumi yang diperuntukkan untuk mereka.

Lagipun tidak pernah orang Melayu kurang ajar seperti rasis kiasu yang suka nak rampas hak orang lain.

Roti Planta said...

Dato',

DS Najib bercakap di Sabah maka penekanan adalah perpaduan kaum. Bila bercakap di Rantau Panjang atau Baling maka penekanan adalah hak-hak dan cara hemdak menolong Melayu. Jika bercakap di KL maka ucapanya adalah berdasarkan KDNK dan FDI. Usah bimbang dengan ucapan DS Najib. Bukankah dia orang politik? hehe.

Di Bachok pertubuhan extremis Melayu tiada masalah dengan UMNO. Di Kulai pertubuhan extremis Cina tiada masalah dengan MCA manakala di Banting pertubuhan extremis India tiada maslah dengan MIC. Jika DS Najib bimbang dengan kewujudan kumpulan estremis maka sebenarnya kumpulan-kumpulan ini ada dekat pun dengan Barisan Nasional. Ada Timbalan Menteri yang mengaku tolong memberikan hamper dan hadiah yang dibelikan oleh manusia estreme tadi.

Jadi usahlah kita bimbang dan takut dengan estremis kerana selama ini pun mereka berada disekeliling kita.

Bye/ Roti Planta

Melayu Singapura said...

Dato

baru sedekad kerajaan republik Lee Kwan Yew membawa masuk Foreign Talent dari luar dan di beri taraf kerakyatan, sudah timbul rasa tidak puas hati di kalangan majoriti rakyat mereka terhadap peluang pekerjaan dan ekonomi.

Yang peliknya dikalangan FT itu ada yang berasal dari tanah besar Cina yaini satu kapal dengan penduduk majoriti republik Lee Kwan Yew.

Kemarahan mereka dapat di rasai oleh PAP sehingga PM Lee Hsien Long masih teragak agak untuk membuat pengumuman tarikh pilihanraya yang menjelang tahun 2011.

Itu lah nama manusia yang bertuhankan keduniaaan, tak pernah merasa puas dengan hidup dunia ini.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Saya juga bersetuju dengan Datuk bahawa PM Najib mugkin mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu. Tetapi saya juga berpendapat kemugkinan juga mesej PM Najib tersebut mempunyai maksud yang terlampau tinggi sehingga susah hendak faham. Jadi, timbullah kemusykilan di otak saya tentang beberapa perkara:

1. Terdapat kontradiksi terhadap mesej PM Najib mengenai “ekstrem budaya” ini, iaitu pada satu perenggan beliau mengatakan bahawa ianya adalah meningkat, tetapi pada satu perenggan yang lain pula, beliau mengatakan ianya berjaya dikawal (effectively). Mana satu yang betul?

2. PM Najib menentang “perlakuan seperti ini” sekeras-kerasnya. Kalau tidak salah kefahaman saya, kenyataan PM Najib tersebut adalah merujuk kepada kenyataan perenggan sebelumnya iaitu kenyataan John Kennedy, antara lain berbunyi; “……The evil is not what they say about their cause, but what they say about their opponents.” Siapakah yang dimaksudkan sebagai “opponents” ini? Political opponents or what? Wajarkah tatkala John Kennedy mengeluarkan kenyataan tersebut untuk konteks politik, i.e. ketika beliau berhadapan dengan pelbagai “character assignations”, etc. daripada musuh-musuh politik beliau; PM Najib pula menggunakanya untuk konteks rakyat-kerajaan?

Atau adakah PM Najib sebenar-benarnya bermaksud untuk menggunakanya untuk “political opponents” beliau? Kalau begitu, tidak perlulah beliau bersedih jika 1Malaysia ditolak kerana sememangnya itu adalah sifat-sifat political opponents di Malaysia ini – menolak apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan dan sebaliknya.

3. Pandangan-pandangan radikal (radical views) -- di medan apakah radical views ini diutarakan/ diucapkan? Adakah PM Najib bermaksud bahawa ianya diucapkan sesama masyarakat dengan cara percakapan biasa atau melalui akhbar-akhbar, internet, blogs, etc? Adakah dengan ini bermakna radical views akan di censor atau kebebasan akan dihadkan?

Saya rasa bagus juga ianya dihadkan. Jangan terlampau bebas sangat sehingga menjadi seperti negara Soviet satu ketika dahulu yang menganjurkan “Glasnost” & “Perestroika” sehingga berpecah negara tersebut dibuatnya.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Tuk.. setuju. apa yang PERKASA laungkan ialah mempertahankan status quo. Apa yang penentang PERKASA laungkan adalah mengurangi status quo kepada bangsa Melayu. Siapa yang perkauman?

Saya tertarik pandangan Datuk bagaimana kalau ada extreme-PERKASA yang menuntut 50 peratus pemilikan ekonomi berdasarkan 50 peratus taburan penduduk?

Sesungguhnya pada saya, kemunculan dan keberlarutan desakan, tuntutan dan perkelahian berkaitan isu-isu perkauman adalah kegagalan, kelalaian dan kelemahan kepimpinan semenjak tahun 2003 hingga sekarang.

UMNO masih relevan apabila masih ada badan-badannya yang berjuang tenaga dan wang ringgit untuk menumpas penagihan dadah dikalangan anak melayu, memberi kemudahan pendidikan(biasiswa/kelas tambahan) kepada anak melayu, kemahiran untuk berkerja, peluang mendapat kerja, perumahan kepada orang miskin, perkerjaan kepada orang melayu miskin, kemudahan beribadat kepada penduduk terpencil (bukan masjid besar di Putrajaya), dan menangani masalah-masalah sosial orang melayu yang lain TANPA MENGHARAP KEPADA TINDAKAN KERAJAAN SEMATA-MATA.

Apabila UMNO sudah tidak mampu menangani sendiri perkara-perkara ini dengan titik peluh dan uang ringgit mereka, orang Melayu akan mencari payung nya sendiri samada dengan berpihak kepada NGO seperti PERKASA atau pon yang mungkin lebih ekstrim lagi.

UMNO perlu ada jaringannya sendiri untuk membantu orang-orang Melayu. Kerajaan adalah BN (penyalur aspirasi semua bangsa dan kepentingan ), jadi jangan kata apa yang kerajaan buat itu adalah perkerjaan UMNO semata. Rakyat Melayu ingin melihat hasil kerja tangan UMNO yang nyata.


PEMINATROCKY
(lahir 20 tahun selepas UMNO namun akan tetap menyayangi UMNO)

CommonerNinetyNine said...

nampaknya penjual bangsa dan negara ini lagi "kuat" dari raja tidur itu yang sebelum dia.

dia sanggup cakap macam sebelum dia mula jadi "raja", negara ini tak ada damai langsung, tak tahu apa maksudnya damai!

dia jerit 1malaysia sana sini macam nak jadi hero, sampai sekarang saya tak tahu apa pisang dia cakap mengenai 1malaysia!

kaum lain cakap / buat apa pun boleh, kaum melayu tak boleh, tanya soalan pun kena dituduh racists!

dia ingat dia pandai, buat kerja besar, orang sukakan dia!

pergilah kedai kopi dengar apa orang, terutamanya kaum lain, tuduhkan dia!

dia orang "atasan", orang kata bangsawan, dia mana ada buat kerja akar umbi, mana tahu apa akar umbi fikir, rasa dan mengadapi!

saya berasa amat sedih, lepas satu raja tidur, datang satu penjual bangsa dan negara begitu kuat!

langitbiru said...

"Selagi orang Cina tidak mahu melepaskan Sekolah Jenis Cina nya, Selagi orang India masih dihantar ke Sekolah Jenis India nya, saya percaya ekstremis dan perkauman masih akan wujud dan semakin menebal."

Saya Rakyat Malaysia,11:48 PM

TAHNIAH SAUDARA, tepat pandangan Saudara dan pandangan saya begini jugalah selalu saya sebut-sebut dalam blog Dato' AKJ.

Ini salah satu senjata paling ampuh mengikis perkauman, MELENTUR BULUH DARI REBUNGNYA!

SEWAJIBNYA, UMNO perlu perlihatkan "Ketuanan" sebenar memaksa parti komponen menghapuskan sekolah vernacular, bukan untuk kepentingan diri, TAPI UNTUK KESEJAHTERAAN DAN PERPADUAN NEGARA.

Dato', apa kata kita perjuangkan isu SATU SEKOLAH, SATU BAHASA. Tanpa ini, 1Malaysia hanya omong-omong kosong semata-mata, tinggal HANYA SLOGAN yang amat menarik, intipati sebenar hanya retorik hipokrit.

Nak pi keja, nanti menyusul lagi....

OKJ said...

Salam DAKJ

Sebenarnya, ada beberapa perkara yg kita perlu halusi. Pertamanya, sesuai dengan konsep keserderhanaan, YAB Dato’ Seri Presiden meminta seluruh rakyat Malaysia untuk bersederhana dalam segala aspek. Seperti hukum Newton ketiga, bila kita kata A, pihak B akan terasa. Begitulah lumrah alam. Eloklah kita bersederhana dalam setiap perkara. Katanya lagi, PERKASA bukanlah musuh UMNO dan UMNO tidak mampu mempunyai ramai musuh pada masa ini. Begitulah mulianya hati budi dan sifat merendah diri anak murid kepada nasihat bekas Mentornya.

Keduanya, orang yg paling kuat menjerit tak semestinya orang yg paling kuat dan bijak. Kita nakkan diam-diam ubi berisi, bagai menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak. Tak perlulah kita melalak tak tentu pasal. Jelingan mata bertentangan mata pun kita dah tahu hasrat hati. Bukan ke begitu.

Ketiganya, walaupun tak dizahirkan, tetapi YAB PM kita nak mengatakan ada sebahagian dari kalangan tenteranya yg bodoh sombong. Bila dibagi peluang, terus nak tunjuk pandai. Juga untuk menzahirkan lagi kepada ahli-ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia siapakah antara pemimpinnya yg diLEGASI dari pemimpin terdahulu yg standard kepimpinan tak lulus pun. Jadi bila tak dipilih semula untuk PRU akan datang, taklah jadi isu nanti. Buah dalam setandan pisang, ada juga yang buruk kan. Bukan senang nak buang buah-buah buruk ni yg juga ramai pengikutnya. Taktik kena betul dan benar macam BERNAMA. Sekian TQ.

Maswafi Abd Samat said...

Salam Dato',

Saya cuma hendak mengulas istilah bangsa daripada sudut antropologi. Bagi saya di Malaysia bangsa merujuk kepada Bangsa Malaysia, kaum merujuk kepada melayu, iban, kadazan, india, cina, orang asli dan orang ulu. Etnik pula lebih kecil seperti dalam kelompok kaum orang ulu ada etnik kayan, kejaman, lahanan dan kenyah. Oleh kerana itu visi Tun Mahathir mahu mewujudkan negara bangsa (Malaysia), dimana satu hari nanti rakyat Malaysia bangga menjadi 'Bangsa Malaysia' disamping mengekalkan identiti kaum mereka.

myaix said...

maaf datuk
bila datuk bentangkan tajuk ini dan saya membacanya, dgn mudah saya fahami.
tapi semenjak 1malaysia dilaungkan,
saya tak paham satu amende pun!
kalau 1malaysia maksudnya semua orang dalam satu negara malaysia, org skizofrenia pun tahu.
kalau 1malaysia maksudnya semua sama, tak ke macam malaysian malaysia macam DAP laungkan?
apa pa pun, saya teringat satu blog ada org paste kan pepatah ni
Alang tukang kayu terbuang
Alang bijak binasa adat
Alang alim rosak binasa
mungkin najib upah org yang terlampau pandai hinggakan apa yang dicakapkan (bagi saya) macam org yg tidak pandai.

Mata Kucing said...

Wake Up wrote, "Lagipun tidak pernah orang Melayu kurang ajar seperti rasis kiasu yang suka nak rampas hak orang lain".

Bila Kerajaan Persekutuan dan Negeri, judiciari, Polis, Universitas, GLCs, Bank Negara dan sbgs, semua dipegang oleh orang Melayu sendiri, apa hak lagi yang si-Tidur ini nak minta lagi. Bodoh benar

Anonymous said...

IMHO apa saja yang PM Najib buat sekarang - slogan 1M ke.. bagi derma sekolah Cina ke .. kasi scholarship kat semua pelajar Cina ke .. remove quota Bumi ke...buang Bumi discount ke - semuanya WILL NOT bring the Chinese votes to BN.

The Chinese wants BN out coz out in the open they claim it was due to corruption BUT the real reason I think is they want to totally control the country and the economy and they can achieve that via PR. The front could be a PKR or PAS but the real power is DAP. The rakyat can already see that happening in PR control states.

I hope PM Najib realise this.. jangan sampai yg dikejar tak dapat.. yg dikendong keciciran..

Melayu Malaysia

jebat said...

Salam DAKJ,

Tidak ada extremist perkauman ??
Tidakkah dato' dengar reaksi kaum cina dibhawahpimpinan CSL dan LGE dan lain lian lagi ?

Tidakkah dato' arif mengenai tindak tanduk KJ terhadap PERKASA ??

Semua ini bunga bunga PERKAUMAN yang sebenarnya !! Dan menyebabkan kami muak terhadap UMNO dan pemimpin nya (walaupun dulu saya UMNO )

Walau pun saya dah tua tetapi semangat MELAYU saya masih kuat.

saji said...

Salam Dato'

Nampaknya otak DSN ni sudah sampai ke peringat stretch OVER the limit ( sepatutnya stretch TO the limit yang saya bincangkan sebelum ini) dalam usahanya mendapatkan kembali sokongan daripada pengundi2 kaum Cina,khasnya yang telah jelas menolak parti2 komponen BN kaumnnya itu.

dan kajang said...

Assalammualaikum Dato',

1. Sememangnya mereka yang membangkitkan isu Artikal 152 Perlembagaan dan juga mereka yang meletakkan diri sebagai 2nd Class Citizen itu adalah mereka yang buta sejarah atau sengaja mahu mencabar kesabaran Kerajaan dan kaum Bumiputra. Bayangkan semasa sebelum kemerdekaan 31 Ogos 1957, dari o% kepada 60% taraf kewarganegaraan yang diberikan. Tidakkah mereka nampak dan sedar betapa toleransinya orang Melayu pada ketika itu.

2. Dari segi kekayaan pula di bawah DEB, ditetapkan bahawa kaum Bumiputra diberi 30% sahaja bahagian ekonomi. Dari jumlah itu pula, hingga kini kaum Bumiputra belum pun capai peratus itu. Di samping itu pula kaum bukan Bumiputra telah menguasai hampir 90% dari kekayaan negara. Lihat sahaja senarai nama orang2 terkaya di Malaysia. Berapa kerat sahaja nama orang "M". Hampir tenggelam. Yang lainnya adalah kaum "2nd Class Citizen".

3. Setahu kita Umno, Perkasa dan beberapa NGO Melayu yang lain hanya cuba mempertahankan hak kaum Bumiputra yang sedikit itu sahaja. Kita, khususnya Perkasa tidak pernah mempertikai kekayaan dan hak bangsa lain. Orang Melayu tidak pernah cemburu terhadap kekayaan yang ada pada kaum lain. Kaum Bumiputra sedar bahawa jika sebanyak mana sekali pun kontrak diberi kepada pengusaha Bumiputra, ia tidak bererti yang mereka akan menerima 100% keuntungannya. Habis banyak keuntungan yang akan dikecapi oleh Pengusaha Bumiputra hanyalah di antara 20%-25% sahaja. Yang lebihnya akan dikaut oleh towkey2 kaum bukan Bumiputra melalui pembelian peralatan dan kerja2 sub kontrek. Keadaan agihan keuntungan begini sudah tentu tidak akan berlaku jika sesuatu projek (termasuk projek swasta) itu duberi kepada pengusaha kaum bukan Bumiputra.

4. Jadi kita harap mereka yang buta sejarah ini, bukalah mata sedikit. Janganlah anggap gulungan yang cuba mempertahankan hak Bumiputra ini sebagai Perkauman dan Ektrem. Mereka itu sepatutnya janganlah tamak sangat. Hak mereka tidak pernah tergugat sejak Merdeka hinggalah ke hari ini.Jadi janganlah gugat hak kaum Bumiputra yang sedikit ini. Inilah yang dikatakan "Semangat 1Malaysia".

jab sp said...

Dato'
Saya mengulangi soalan lapuk.Kenapa setelah 50 tahun UMNO-BN mengetuai kekuasaan kita masih ketinggalan.Yang kita dapat hanya slogan.Kemana hala tuju UMNO selama ini.Apa yang Tun M buat sewaktu beliau menjadi PM.Ibrahim Ali juga punya nada yang luar dari kotak pemikiran Perkasa waktu bersama UMNO dan sebelum ditendang keluar.
Dato penulis besar dan saya percaya hampir seluruh pelosok Malaysia yelah Dato jelajahi.Bagi hanya satu nama sahaja pemimpin UMNO yang tidak punya rumah besar,kereta besar dan harta diluar kemampuan pendaptan dan elaun.
Saya bimbang kita yang dibawah hanya dijadikan alat supaya kelangsongan kuasa dikekalkan.Didepan mata,setiap masa kita didedah bencana akibat korapnya bangsa kita yang kini baru melaungkan Melayu,Melayu.Disana runtuh,disini rugi,angkara siapa.Tidak lain angkara mereka yang bertempik kamilah wira Melayu.
Kita perlu juga akui bahawa 1998 adalah detik bermulanya bukan Melayu mula meminta hak secara terang terangan.Sebelum itu,apa saja yang kerajaan laksanakan akan dipatuhi,umpama surat menyurat dalam BM dan untuk keluar dalam TV hanya kenyataan dalm BM sahaja akan dilayan.
Diulangi,siapa punya angkara.Demi mengekal kuasa Tun M sanggup melanggar semua amalan ini.
Juga soalan lapuk.Siapa yang meminta SPR supaya kawasan Parlimen majoriti Melayu tidak ditambah dan dilintang pukang kawasanya supaya kaum lain menjadi pengimbang agar BN terus berkuasa seperti Kelantan,Terangganu dan Kedah.Bukankah Tun M yang berkuasa waktu itu.
Jadi usahlah kita mudah menuding jari pada bangsa lain andai kata mereka begitu mengada ngada sekarang.Malangnya pengkhianat dikalangan kita di dewakan dan manusia lain dikambing hitamkan supaya dewa kita sentiasa terlindong pengkhinatan terhadap bangsa nya,bangsa kita bangsa Melayu.

ab said...

Salam dato,



Saya fikir kerajaan dah betui betui HILANG PUNCA!.


Ada ka logik orang melayu TAK BOLIH
berfikir,bercakap,bertindak dsb untuk MENJAGA kepentingan orang MELAYU?....


PI la kat US ka,kat UK ka,kat german ka,kat jepun ka...depa JAGA HABIH KEPENTINGAN DEPA,orang depa....


NI KAT MALAYSIA, orang melayu tak BOLIH ANGKAT KEPALA,TAK BOLIH ANGKAT SUARA,TAK BOLIH BERTINDAK.... apa punya kerajaan ni?...


KALAU NAK KATA PERKASA tu extremis sebut saja laa..jangan nak pusing kiri kanan...JUST SAY WHAT YOUR THOUGHT IS.... kalu orang suka dengaq,kalau tak suka dok diam diam....



TAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
tentang orang melayu tak bolih mempertahankan hak nya!.....


1malaysia is not equal to every body is equal!!


DEMOCRACY DOEST NOT MEAN EVERYBODY IS EQUAL!....it just means every body is entitled to a vote.


EVEN ISLAM DOES NOT MEAN EVERYBODY IS EQUAL...yang paling bertaqwa kepada allah ialah yang terbaik!.


DEFINE 1malaysia for me...tu pun kalu ada definisi...






Abu Bakar Ab Rahman

saji said...

Sdr bulat

"Kita dah ada landasan perjuangan- wawasan 2020, memajukan ekonomi negara. Apa perlunya 1Malaysia kalau bukan untuk mencari populariti?"

Komen:

Setuju. Yang diperlukan ialah suntikan dari sesasa kesemasa pelbagai ciri aspek teknikal yang mampu difikirkan oleh golongan pelaksana atau pengkaji untuk disesuaikan dengan cabaran dan kekangan zaman atau era semasa iaitu era globalisasi sekarang seperti yang saya bincangkan sebelum ini di bawah konsep dan ciri pengurusan organisasi moden yang meliputi ciri aspek teknikal yang dipanggil sistem dan tata cara sebagai prasyarat untuk memastikan idea2 di sebalik wawasan 2020 mencapai matlamat2 yang dinginkan.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Tiada dari PR yang mengatakan cinta dan mempertahankan bangsa sendiri satu kesalahan.Cinta pd bangsa adalah dituntut dengan syarat ianya diatas kebenaran yg digariskan oleh Islam.Yg ekstrim adalah apabila bangsa sendiri buat salah pun kita masih mempertahankannya.Ini yg dimaksudkan dgn istilah assobiyah

UMNO telah menggunakan semangat bangsa ini utk menuduh org org melayu yg mengkritik segala kekorupan dan salah laku mereka sebgai tidak cinta pd bangsa.Maknanya kalau kita kritik dan mengutuk UMNO samalah spt mengutuk kesucian bangsa melayu.Mereka cuba berselindung disebalik semangat ini selama 52 tahun sehingga lah kesalahan mereka menjadi semakin besar sampai semangat melayu tak boleh dah nak sembunyikan dosa dosa mereka.Mereka gunakan semangat cintakan melayu utk berterusan dgn kekorupan mereka sehingga negara skg hampir bangkrap didalam tangan mereka.

Pada saya mereka yang menjatuhkan imej bangsa melayu ini dgn segala kekorupan dan penyelewengan sebenarnya adalah pengkhianat terhadap bangsa melayu.Saya sendiri aapabila membincangkan isu ini sering menekankan bahawa UMNO dan bangsa melayu adalah dua perkara yg berlainan.Maknanya disini segala kelemahan dan penyelewengan UMNO tidaklah wajar dibebankan kepada bangsa melayu secara umum.Saya dan ramai lagi org melayu bukan ahli UMNO dan tidak pernah menyokong segala salah laku UMNO,jadi adalah tidak adil dibebankan kepada kami segala kelemahan UMNO.

Jadi tidak wajar lah dikatakan bangsa meyu ni korup dan tak reti memerintah.Tak wajarlah dikatakan semua ahli ahli korporat melayu tak reti berniaga disebabkan segelintir ahli korporat melayu yg dilantik oleh UMNO menyebabkan kerugian besar kepada GLC GLC.Itu pun kalau diselidiki kita dapati ada tgn UMNO disebalik kerugian kerugian berkenaan bukannya kerana ahli korporat berkenaan tak reti berniaga.

Demi cinta pd bangsa saya memang marah kalau ada org memperlekehkan bangsa melayu.Tapi apakan daya UMNO telah mempropagandakan Melayu itu UMNO dan UMNO itu melayu..Jadi segala salah laku UMNO itu terpaksa ditanggung oleh semua bangsa melayu

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Pertahan bangsa bukan perkauman atau ekstrem, tetapi mengatakan dalam Islam terdapat kaum munafiq memanglah satu fahaman yang ekstrem. Orang munafiq bukan orang Islam; mereka orang kafir.

Memang Allah memberikan kebebasan kepada manusia sama ada memilih Islam ataupun tidak setelah Allah SWT menerangkan perbezaan antara kebenaran dengan kesesatan. Maknanya, memilih Islam bererti memilih kebenaran, dan ganjarannya syurga; memilih selain Islam bererti memilih kesesatan, dan balasannya neraka.

Kesimpulannya, dengan kata lain, manusia tidak mempunyai pilihan. Hanya Islam yang menyelamatkan mereka di dunia dan lebih-lebih lagi di alam akhirat.

Wassalam.

dinturtle said...

Ambil test 1Msia ! Dari situ kita tahu lah ekstrem atau tak ! Hahahahahahaha... aduh terjatuh kerusi lagi..

faroki said...

Salam,
Dato
Tahniah PM kita, 1 Malaysia,1 مليسيا
,Kalau diperhatikan Malaysia dalam jawi,bunyi huruf dari kiri ke kanan = isilam@islam.. :)

Bijak & teliti orang dahulu dalam menjalankan tugas mereka.



Lembah Kelang.

azhar said...

salam Dato

1 malaysia memang malaysia itu satu

1 malaysia ,apakah 1 bangsa? 1 agama? 1 bahasa? 1 sekolah? 1 hak? atau apa?

kabur,tak jelas,lagi mengelirukan

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

DOK TUNGGU APA LAGI MR PRIME MINISTER WOI!

SAYA SOKONG 100% PI TANGKAP BUANG PUAK PELAMPAU NI HANTAQ PI KAMUNTING.

TOKSAH LA DOK BUAT LECEH MAI BUKAK ISU EXTREMIS DI SABAH.

EXTREMIS YANG SOROK KUNCI KERETA HANGPA SELAGI JACK DANIELS DAN MOTOKU TAK HABIS ADA LA.

TK

JihadEkonomiMelayu said...

Dato',
Makin lama nampaknya makin ramai orang Melayu meluat dgn PM. Asyik nak jaga hati kaum lain aje, apa hati orang Melayu yg selama ini sokong kerajaan boleh dipermainkan dan diperkecilkan. Ingat orang Melayu tak kecil hati ke bila pelbagai keistimewaan sekarang ini diberikan kepada bangsa yg dah kaya raya, ramai golongan professional tapi tak sedar diri, menindas kaum lain dengan pelbagai cara yg halus.Tak salah kerajaan nak bagi bantuan pada kaum yg dah berjaya tu, tapi diwaktu yg sama, ishyitar lah insentif baru/ tambahan utk bantu kaum Melayu. Jangan sampai orang melayu kecil hati pada pemimpin Melayu sendiri.

schenker78 said...

ada sesetengah orang komen sini, mahu 50% lah...bukan 30%, pasal populasi melayu 55%, bumi borneo 10%....siapa halang benda ni>>> berusahalah... capai lah 80% pun...xde masalah...

tapi jangan harap orang bukan melayu tutup kedai atau bagi kedai free kat melayu ...nanti semua bisnes lingkup.... bikin lah kompeny sendiri, usahakan dan majukan tu...capai lah 80%...siapa halang ??

jangan mintak barang free....x akan kekal.... jangan bila dah berjaya, berpoya2, berkaraoke, hilang tumpuan dalam bisnes...

awak suruh GLC jangan bersaing dgn melayu biasa dulu....separuh bisnes malaysia GLC buat dan kroni2 umno bukan melayu.....

UMNO rosakkan melayu, tapi banyak bodoh tuduh bukan melayu....

balik ke sekolah cina,tamil...siapa suruh umno setuju dulu...sekarang dah bagi, susah dia nk lepas....sama mcm sekolah agama jugak...

dulu lee kuan yew haram sekolah cina...dia buat sekolah English 100%, cina x marah pun....

langitbiru said...

Mohd Najib berkata lagi: “Puak-puak pelampau ini terdiri daripada kumpulan atau inpidu-inpidu (sic) yang mempercayai pada pandangan dan tindakan radikal terhadap pihak lain. Mereka menganggap pihak yang bertentangan fahaman dengan mereka sebagai musuh dan berusaha menakut-nakutkan pihak yang tidak menerima pemikiran atau ideologi mereka dan dalam keadaan tertentu pada orang-orang yang hanya kelihatan berbeza daripada mereka.”

SOALNYA SEKARANG SIAPA PUAK-PUAK PELAMPAU YANG DIMAKSUDKAN OLEH MOHD NAJIB? SIAPA?

Kalau Mohd Najib bercakap secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana puak/pihak, maka cakap-cakapnya akan hilang bersama sepoi angin bertiup. Tak kemana-mana, dan gagal mencapai objektif kerana puak sasaran gagal dikenalpasti oleh masyarakat umum.

Mohd Najib hanya mengharapkan "SIAPA MAKAN CILI, DIA RASA PEDaS"? Mana boleh pemimpin bersikap begini! Sebenarnya, Nada alunan Najib bercabang dua, cuba mententeramkan dua kumpulan, satu yang makan cili, kedua yang cili disembur kemuka mereka, laksana berbini dua!


Dato'

Sudah 53 tahun kita "merdeka", pada pandangan Dato', apakah hubungan antara kaum di negara kita semakin baik atau semakin tidak baik?

Apakah struktur agung politik (political superstructure)sedia ada perlu dikekalkan ATAU perlu SUATU penambahbaikan?

Apa yang saya nampak, "gagal" Pertahan Bangsa dan "gagal" mengikis elemen Perkauman adalah sebab pArti-parti politik yang berlandaskan KAUM, masing-masing punyai strategi "political posturing" untuk kepentingan parti, bukan untuk kepentingan negara.

Sophon said...

Offtopic :

''Mungkin saya kurang cerdik dan kefahaman bahasa saya lemah. Bagi saya, orang Melayu tuntut hak dan pertahan hak bukan perkauman atau ekstrem...''


Saya perasan style penulisan Dato' berubah sikit. Sama macam style penulisan Dr Mahathir. Merendah diri dan lembut, tapi isinya dalam. hehehe

casper c said...

Well done "jab sp" - nampaknya ada yg tak bodoh habis, masih ada harapan tetapi bagi kelompok majoriti yg termakan racun umno, nyaya anak-anak mereka - org tua punya bodoh, dia org pikul beban.

FYI, there is no free lunch. Banyak-banyak duit yg ditabur, curi dan songlap merupakan asas utk membangunkan/memajukan M'sia yakni, melalui usaha meningkatkan taraf golongan terpelihara tetapi apakah kebenaran dari usaha duit yg diagih sebegitu ? Kemana pergi peruntukkan 30% ekuiti dan saham bumiputera ? Dari mana datangnya rezeki pembesar/menteri umno yg hanya bergaji ribu tetapi harta terkumpul - rumah, kereta, 2nd wife bersama awek simpanan - mencecah angka juta ?

Kesimpulan : ramai yg tak tahu ke buat-buat tak tahu ! Malas nak ulas panjang lebar, biar kamu sendiri pikir.

Salam Pak Kadir dan semua.

saji said...

sdr azhar

"1 malaysia ,apakah 1 bangsa? 1 agama? 1 bahasa? 1 sekolah? 1 hak? atau apa?"

Komrn:

1 Malaysia: Padah bermain dengan bahasa yang enak bunyinya tetapi sukar dijelaskan! Kan Malaysian Malaysia lebih menjelaskan? Begitulah Islam sebagai 1 cara hidup. Apa salahnya meniru kalau ilmu kurang didada?

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri pembahas yang mulia,

1. PM kata, 1Malaysia "work in progress" atau dalam bahasa Melayu, dalam pembinaan;

2. Jadi tidah hairanlah dan tidak menjadi kesalahan jika Melayu datang dengan kapak dan tukul, Cina datang dengan gergaji dan pahat, India datang dengan siku dan ketam, Iban datang dengan atap rumbia dan rotan, Kadazan datang dengan buluh dan tikar.

3. Tidaklah menghairankan kalau Islam mahu rumah menghala Kaabah, Cina tak setuju pasal Feng shui tak bagus dan Hindu mahu tempat untuk berpupuh para dewata;

4. Tidalkah menghairankan jika Melayu mahu bina dalam sawah, Cina mahu bina di Petaling Street dan Idia mahu bina di Brickfields;

5. Tidaklah menghairankan kalau Islam kata makanan halal saja, Cina bukan Islam kata kena benarkan daging babi dan India (Hindu) kata daging lembu tak boleh dihidangkan;

6. Bagi saya yang kurang cerdik ini, tak payahlah kita hidup serumah. Cukuplah berjiran, saling hormat menghormati dan jaga rumah tangga masing-masing;

7. Tetapi oleh kerana rumah PM mahu rumah 1Malaysia dan rumah ini masih dalam binaan, maka ayuhlah kita bawa parang, kapak, tukul, gerjagi, ketam, paku dan pahat untuk membantu beliau menyudahkan rumah keramat itu!

Wallahhualam. Terima kasih.

langitbiru said...

Sdr Azhar, Sdr Saji,

Siapa yang menukilkan SATU BANGSA MALAYSIA?

Bangsa Malaysia ni lagi-lagi saya tak faham. Makna kata, Bangsa ni boleh direkacipta diwujudkan, bukan berasaskan keturunan zaman berzaman?

Bangsa Cina ada Bahasa Cina yang ada bahasa percakapan dan tulisannya sekali, lengkap.

Bahasa Melayu ada bahasa percakapan. TULISAN MELAYU ada tak? Siapa yang menguburkan TULISAN MELAYU?

A KADIR JASIN said...

Pembahas "Hanafi",

Komen saudara terlalu panjang dan dipecah-pecahkan kepada banyak bahagian.

Susah nak baca dan susah nak ikut.

Tolong ringkaskan ke dalam satu post.

Terima kasih.

langitbiru said...

Minta maaf Dato', mohon laluan kalau tak keberatan. Copy & paste dari Utusan Malaysia.

Alahai Nazri… — Awang Selamat
September 19, 2010

19 SEPT — Utusan pernah dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sebelum ini. Awang melihatnya sebagai perkara biasa. Perbezaan pendapat bukan suatu masalah lalu Awang memilih untuk berdiam.

Namun Awang terpanggil menjawab tindakan terbaru Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan berhubung isu Perkasa.

Seperti biasa, melalui portal berita pro-pembangkang, Malaysian Insider, Nazri sampai ke tahap menuduh Utusan mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

‘‘Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka — Najib atau Dr. Mahathir?,’’ kata beliau dalam laporan bertajuk Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib.

Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Tafsiran Nazri begitu liar dan hairan mengapa seorang menteri boleh berfikir sebegitu.

Untuk pengetahuan Nazri, ingin ditegaskan bahawa Awang dan Utusan adalah penyokong Perdana Menteri. Jika hilang jawatan di Utusan sekalipun, Awang tetap akan menyokong Najib. Tiada keraguan.

Maka tidak timbul sama sekali kononnya ada agenda untuk menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Budak sekolah pun tahu hakikat itu.

Awang boleh faham mengapa Nazri melemparkan tuduhan itu kerana beliau sememangnya anti — Dr. Mahathir. Itulah yang menjadikan beliau tidak objektif. Awang bukan seperti Nazri yang sanggup biadap dengan negarawan yang banyak berjasa. Sebab itu, Awang tidak hairan mengapa akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr. Mahathir. Ini kerana ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Kalau suatu hari nanti, Nazri bersara, insya Allah, Awang akan menghormati beliau sebagai seorang veteran dan tokoh berjasa, walaupun jasanya tidak sebesar negarawan-negarawan kita.

Nazri juga menghentam Presiden Perkasa, Ibrahim Ali seolah-olah Ibrahim musuh Umno. Nazri lupa, ketika Umno diserang bertubi-tubi terutama selepas PRU12 dan pemimpin Umno difitnah habis-habisan, siapakah pemimpin NGO yang lantang mempertahankan Umno jika bukan Ibrahim.

Beliau berada di banyak pelosok tanah air berceramah melawan kerakusan pembangkang bagi membela Umno dan BN. Awang tidak ingat apa yang Nazri lakukan? Apakah beliau seberani Ibrahim dalam menghadapi pembangkang?

Dengar cerita daripada beberapa pemimpin Umno, Nazri sudah banyak berlembut dengan pembangkang yang motifnya, mungkin beliau tidak mahu dijadikan sasaran kritikan atau mahu ambil jalan selamat. Menurut cerita lagi, kerana strateginya itu, kini Nazri disenangi oleh ramai pemimpin pembangkang. Kalau benar andaian itu, Awang juga boleh bertanya siapa sebenarnya ketua Nazri. Najib atau Anwar Ibrahim atau mungkin Kit Siang?

Mengenai Perkasa, Nazri harus menerima hakikat Perkasa hanyalah sebuah NGO. Orang Melayu tahu membezakan antara parti politik dan NGO.

Awang sesungguhnya tidak berminat berhujah panjang dengan Nazri. Beliau berjawatan menteri, lagi pandai dan bijaksana. Biarlah orang ramai dan pembaca yang menilai. Awang takut menjadi orang yang riak. Jika Awang dilihat silap perhitungan dan terlanjur kata, Awang sedia menerima apa sahaja hukuman. Tiada penyesalan. — Mingguan Malaysia

Siapa "pelampau" disini Dato'? Nazri atau Awang?

Tg Adnan dah goyang macam lalang! Pusing 180 darjah!!

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,
Dato kata-
6. Bagi saya yang kurang cerdik ini, tak payahlah kita hidup serumah. Cukuplah berjiran, saling hormat menghormati dan jaga rumah tangga masing-masing;

********************************
Saya kata bagi mereka2 yg tak boleh duduk serumah (Tinggal Di Malaysia dan tidak menghormati Tuan Rumah).
Keluar lah dari Malaysia pergi lah kemana-mana negara yang mereka suka. Atau pergilah ke negara asal nenek moyang mereka.Tak ada siapa paksa pun mereka tinggal disini.
Buatlah tuntutan beribu2 kepada Penjajah2 yang membawa mereka masuk ke Tanah Melayu dan meninggalkan Mereka disini. Kami sanggup/akan membantu mereka untuk membuat tuntutan bersama kerana penjajah meninggalkan mereka disini hingga hampir kesemua kekayaan negara dimiliki mereka. Kerosakan yang dilakukan mereka lebih dahsyat dari penjajah sendiri. Umpama perasit menumpang ditumbuhan.
ikhlas,

A KADIR JASIN said...

The PM wants Malaysians to take the so-called 1Malaysia test by answering the following quesations:

2. Would you be promoting harmony and unity or inciting hatred towards your own race?

2. Could your actions lead to better understanding among people of different races or the contrary? -- The Star.

If I undrstand the PM statement correctly or his statement was correctly reported, I would like to respond in the following manner.

1. I would be promoting and unity;

2. If other races were hate me or my race race bacause I am defending and promoting the rights of my race, so be it. There's no point on others loving my bangsa if my bangsa is subservient and powerless.

3. Better understanding among the race is a two-way traffic. I will not sacrifice my bangsa to promote understanding with other races.

4. Maybe we should all respond to the PM by sending our thoughts to his blog. The address is in my posting.

Thank you.

JihadEkonomi Melayu said...

Dato'
Dasar 1Malaysia bukan untuk Melayu. Orang Melayu kena wadah perjuangan yang lebih berkesan dari sudut ekonomi, pendidikkan dan bidang lain yang diusakan oleh bangsa Melayu sendiri tanpa bantuan kerajaan. Kerajaan sekarang terlalu sibuk berpolitik dan takut nak bantu orang Melayu. Takut nanti dikatakan perkauman. Tapi tak takut kalau tak dapat undi Melayu di pilihanraya akan datang.

Dato',beritahu PM, jangan harap bangsa lain nak undi BN dlm pilihanraya akan datang. Bangsa Melayu yang diperlekeh oleh BN sendiri jugalah nanti yg setia mengundi BN.

Melayu kena bantu Melayu yang berniaga dengan cara utamakan membeli barangan orang Melayu atau di kedai Melayu (jika ada). Duit Melayu yang pergi ke barang/kedai bukan Melayu akhirnya akan digunakan untuk menindas Melayu semula dari segi ekonomi dan politik. Duit keuntungan berniaga hasil belian orang Melayu akan digunakan untuk derma ke parti perkauman anti Melayu.

Orang Melayu ingat'Buy Malay/Islam Product First'

abdullahngah said...

setakat hari ini saya tak nampak orang Melayu menuntut hak mereka.

Kalau orang Melayu menuntut hak mereka mana mungkin negara ini jadi macam ini.

Naman tanah Melayu sudah hilang. Yang tinggal hanya askas Melayu, kereta api tanah melayu. Tanah rezek beransur hilang.

Sedikit demikian sedekit dimajukan tetapi tidak diganti semula.

Saya merani mengatakan orang Melayu tak pernah menuntut haknya, apatah lagi orang Melayu yang bernama para pemimpin Umno.

Dulu mngkin betul, tetapi selepas itu diminta betis diberi peha. Sekarang ini bukan peha yang diberi malah semua kepalanya.

Cakap boleh, tetapi hanya dibibir mulut saja.Cakap tak serupa bikin.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Benar sekali ape yang pak Kadir tuliskan ini, saya bersetuju dengannya.

PM hanya memberitahu kita bahawa perbuatan atau menyimpan perasaan sebegitu adelah perkara yang tidak baik dan patut dibuang,dan jika ianya masih bersarang dilubuk hati bermakna kita bukan seorang rakyat yang Malaysia yang cintakan Negaranya...dia patut mula berfikir untuk mencari sebuah negara yang paling sesuai untuknya bermastautin.(dalam bahasa kasarnya dia atau mereka boleh berambus keluar dari negara ini).

OKJ said...

Salam DAKJ

BETUL !!! Berjiran boleh tapi kena ada pagar.

Betul tu Dato’. Umat Islam pun tak bersatu. Inikan pula nak bersatu dgn kafir laknatullah. Tengoklah jawapan celaka mereka (juga untuk tatapan semua) bila kita baru nak cerita sikit tentang Islam. Sedangkan Rasulullah sendiri dicaci semasa berdakwah, inikan kita manusia biasa. Sebab itulah kafir dilaknati Allah dan neraka jahanam dah dijanjikan untuk mereka nanti. Yg tak sedar dalam kesesatan dan gelap kegelapan tapi macam biasalah mengistiharkan diri sendiri lebih pandai. Bengong. Yg merempat di negara orang-orang Islam sebab tak percaya dengan negara sendiri tapi belitnya mengalahkan ular. Kesimpulannya, kafir ni kawan boleh, percaya jangan; macam maksud kata Dato ‘Berjiran boleh tapi kena ada pagar’. Begitulah juga apa yg dimaksudkan secara tersirat sebenarnya. Akhirnya tercapai juga apa yg nak disampaikan. Sekian TQ.

saji said...

Salam langitbiru

Bagaimana dengan bangsa Amerika?

ASHBURN said...

Sebagai Muslim yang baik kita tidak sepatutnya bersikap perkauman. Kerana sikap perkauman itu adalah salah satu ciri-ciri masyarakat Jahiliyah. Islam mengajar kita untuk hidup bersatu padu dan tolong menolong tanpa mengira bangsa samada Melayu, Cina, India dan sebagainya. Selagi mana kita berpaksikan semangat perkauman yang tebal, selagi itulah kita akan berpecah,lemah dan terperangkap dalam tempurung masing2.

ANTI PERKAUMAN

saji said...

Salam Dato'

" PM kata, 1Malaysia "work in progress" atau dalam bahasa Melayu, dalam pembinaan;"

Komen:

1. Kalau DS Anwar kata '1Malaysia' atau seumpamanya (idea pembinaan bangsa dan negara bangsa Malaysia yang beliau cuba lakarkan)" work in progress" saya setuju sangat, kerana beliau ketika ini di pihak pembangkang dan ketua pembangkang yang mungkin dan tak mungkin jadi PM selepas PRU 13 nanti atau sedang berangan!

2. Mengikut pakar bahasa dan pengistilahan DEB yang saya dengar dalam wawancara Radio 24 baru2 ini, syarat utama pembinaan sesuatu istilah bahasa Melayu ialah pentingnya istilah menjelaskan maksudnya. Apakah penjelasan maksud 1Malaysia oleh DS Najib setakat ini menjelaskan maksudnya? Atau, ia terlalu panjang dan berpintal2 walaupun menjelaskan maksudnya? Atau saya tersilap dengar?

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.

Kita sudahpun menjalani ujian berpuasa sepanjang bulan Ramadhan dan insyaallah kita sekarang penoh bertenaga seolah-olah tiada beban yang dipikul.

Kita sudah pun membuat kajian kemampuan Kerajaan mentadbir negara dengan baik dan medapati ianya tidak berkesan. Kita tidak seharusnya terus mengharapkan keagaiban berlaku dimana Kerajaan dapat menyelesaikan masalah kita dengan serta merta. Saya sokong cadangan Dato' kita membawa kapak , gergaji dan lain-lain kelengkapan ke rumah YAB PM dan membantu beliau membangunkan negara mengikut acuan anakbangsa. Kita perlu membebaskan beliau dari kepongan apa yang dikatakan pakar-pakar supaya beliau dapat memijak semula bumi yang nyata dan tidak berpandukan kepada apa yang diperakukan mereka sahaja.Saya mengambil contoh dimana YAB PM telah menyatakan puas hati beliau yang jenayah telah menurun walhal rakyat pada masa tersebut dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam.Ini tidak akan berlaku sekiranya beliau meneliti apa yang beliau akan umumkan dengan apa yang rakyat hadapi pada masa tersebut.

Pada 16hb Sept 2010 saya telah mengambil kesempatan mengadakan gotong royong di Kampong. Saya dapati ada saudara yang mempunyai trektor , ada yang mempunyai pam air dan lain-lain kelengkapan lagi.Gotong royong dari jam 9.00 pagi hingga 1 tengah hari berjaya sekali membersihkan kawasan kampong dan membersihkan telaga yang sudah lama tidak digunakan.

Dari contoh yang tersebut diatas marilah kita gunakan segala kemudahan yang kita ada bagi membantu diri kita dan anakbangsa dengan tidak terlalu bergantong kepada Kerajaan.

Peguam Negara hendaklah memberi amaran kepada rakyat perkara-perkara sensitif yang terdapat dalam perlembagaan yang tidak boleh dibincangkan. Jika ini dilakukan tidak timbul isu-isu yang dikatakan ekstrim. Kita misti tegas dan tidak bertolak ansur dalam perkara ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Anonymous said...

DTK,

Sebenarnya, tidaklah begitu susah sangat nak paham apa yang diperkatakan oleh PM kita...

"Dia mahu semua rakyat Malaysia YANG berbilang bangsa dan agama, berazam dalam hati sanubari diri sendiri untuk sesama berkerjasama dan membangunkan negara kita yang dicintainya ketahap tinggi didunia, tanpa se-seorang itu meracuni hatinya dengan sendiri, dengan apa apa fikiran negatif terhadap konsep 1Malaysia ini.

AZMI DAUD

Anonymous said...

Datuk,

Najib.....another Tunku Abdul Rahman in the making.
Older generation of Malays may get what I meant.


Mat Sabun

pakbelalang said...

As far as I am concerned I want the best education for the Malays and bumiputras. To earn respect from other races is by ensuring that the Malay children are highly educated. The Malays must not compromise to get the maximum opportunity to educate their children particularly the rural Malay children. The government must provide all the resources to ensure that not a single Malay child is left out to get good education.

The Malays will be a great race if their children are highly educated.

Life will be much comfortable for the Malay families if all their children receive good education.

Inilah yang paling asas untuk mempertahankan kedudukan kesejahteraan bangsa Melayu. Tak guna kita terus melaungkan hak istemewa kita dalam berbagai bidang jika asas bangsa Melayu tidak kukuh. Asasnya ialah pelajaran.

Tanpa pelajaran bangsa Melayu akan terus tercicir. Segala apa yang diberi peluang oleh kerajaan tidak akan bertahan lama kerana ilmu kurang untuk mengendalikannya. Inilah hakikatnya yang kita patut ambil kira dengan serius.

Itu sebabnya bangsa lain tidak habis-habis menyalak menekan kerajaan supaya diberi quota lebeh kepada anak-anak mereka mendapatkan biasiswa. Mereka tahu tentang pentingnya mendapakan pelajaran tinggi untuk anak-anak mereka supaya bidang ekonomi lain yang telah dikuasai mereka akan terus kekal untuk selamanya.
Mereka sudah nampak bahawa bangsa Melayu telah mula mencapai kejayaan dalam pelajaran. Dah ramai yang dah jadi professionals dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan dll.

pakbelalang said...

Masaalah One Malaysia ini kita bolehlah kaitkan cerita dalam filem Nujum Pakbelalang dimana harta khazanah Sultan telah dicuri oleh dua penyamun.

Mereka berdua tidak percaya mempercayai satu sama lain apabila nak membuat pembahagian wang mas yang disamun mereka.

Mereka berulang-ulang mengira "Satu untuk aku, satu untuk kau" !!

Akhirnya dua-dua penyamun melopong cabut lari kena sergah dengan Pakbelalang!

Beginilah keadaannya sekarang dimana masing-masing menuntut hak mereka. Oleh kerana ada yang tamak haloba maka akhirnya nanti yang tamak haloba akan MELOPONG. Mungkin nanti kena sergah dengan "hantu jembalang" !!

Bekas Tentera said...

Datuk,

Nampaknya kita orang-orang Melayu (yang masih mengaku Melayu) sudah tidak boleh lagi mempertahankan hak kita. Kita akan dituduh racist. Ini sama dengan tektik Yahudi Israel yang menggunakan istilah keramat anti-semitism bila ada negara-negara atau siapa saja yang mengkritik dasar negara Yahudi itu.

Pokok persoalannya Datuk, orang lain naik angin kerana orang Melayu juga. Orang Melayu bermusuh sesama sendiri sampai mati semata-mata kerana perbezaan politik. Lihatlah komen-komen di dalam blog Datuk ni.

Sedangkan orang lain akan mempertahan apa yang ada dan menuntut mana yang belum dapat tanpa mengira parti yang mereka sokong.

lensalyza said...

Konsep 1Malaysia agak mengelirukan. Adakah ianya konsep 1Bangsa? 1Agama? 1Citarasa Makanan? Atau 1Apa?

Kalau nak mudah dilaksanakan 1Malysia kita contohi saja negara Indonesia di mana nama individu yang bukan pribumi telah di doktrinkan dengan sebutan Indonesia. Rasanya kalau syarat ini diwajibkan dalam "1Malaysia test" ramai yang akan berhijrah nanti.

Anonymous said...

salam semua

kudos to Jab sp & casper c

glad that you've noticed this, seems like alot from the 'rest' have not

i believe that, equity & wealth are given and hoarded to selected few, and disposed off

just understand this equation

1 -1 = 0

As long as pple give it to you and you spend it all on rumah besar, kreta mewah, and dun accumulate, dun say 19%, 1 % pun tak ade

rgrds,

Sad

A KADIR JASIN said...

Nak tumpang sekaki jawab soalan Saji kepada langitbiru ysng berbunyi:

"Bagaimana dengan bangsa Amerika?"

Kebetulan malam tadi saya dikunjungi pembantu khas kepada Prof. John Louis Esposito, Prof. International Affairs and Islamic Studies di Georgetown Universiti, Washington DC.

Dia kata dia orang Amerika tapi bangsa/keturunannya India.

Dia bangga jadi Indian-American seperti orang Cina bangga jadi Chinese-American.

Di Amerika mereka mengakui kepelbagaian bangsa. Jadi ada Anglo-Saxon American,ada African-American, ada Mexican-America, Arab-American, Japanese-American dan Korean-American.

Kita boleh guna kuasa/pengaruh paksa berbagai bangsa jadi satu, tetapi apakah ini yang kita mahu dan praktikal?

Marshall Tito melalui kuasa kuku besi mewujudkan negara-bangsa Yugoslavia, tapi bila beliau mati dan Empayar Komunis Soviet runtuh, Yugoslavia hancur dan bangsa-bangsa dipaksa bersatu saling berbunuhan atas nama bangsa dan agama.

Terima kasih.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Kpd anon 10.43am.

Saya tak pasti adekah anda orang Melayu atau lain lain bangsa.
Jika anda berbangsa Melayu,teramat malang rasenya perkataan itu terkeluar dari mulut anda.
anda marahkan orang melayu lain yang berjaya,kenapa? adekah kerana anda tidak berjaya?kenapa?mungkin anda suka berpeluk tubuh dan merasa iri hati melihat kejayaan mereka yang berusaha untuk berjaya.

A KADIR JASIN said...

Sdr OKJ,

Secara literal, saya berjirang dengan orang Cina. Pada mulanya kami tidak digalakkan bina pagar.

Tapi akhir semua bina pagar sebab, yang Islam tidak mahu anjing masuk ke kawasan rumahnya.

Yang bukan Islam kerana bertimbang rasa dan sayangkan anjing pun bina pagar.

Mereka tidak mahu anjing mereka keluar mengganngu jiran-jiran.
Lagipun anjing mereka mahal-mahal.

Buatlah satu atau one apa pun, tapi pagar kena ada.

Terima kasih.

awangdeman said...

Salam Dato,

Apabila orbg berkata dikena tahu apa maksud sebenar. Oleh itu kita perlu kaji dan fokus sebelum kita mengulas pe yang dicakapkan oleh orng lain. Sbb itula Tun M menyarankan bangsa melayu menuntut ilmu, membaca dan memerhati sebelum bertindak.. Bukan berkata tanpa rujukan.. saya sokongan persoalan yang diulaskan oleh Dato.

pakbelalang said...

Pada pandangan saya konsep One Malaysia ini jelas. Ianya akan menjadi jelas lagi apabila dasar-dasar yang di usahakan Najib berkaitan dengan konsep One Malaysia menjadi realiti. Kita tunggu dan lihat adakah konsep ini akan terus membawa kebaikan kepada semua lapisan rakyat atau terus menjadi khayalan Najib sahaja.

Yang tak faham tentang konsep ini mungkin sengaja "buat tak faham" dan cuba memperkecil-kecilkan usaha Najib. Itulah yang saya dapat buat andaian mengapa konsep ini dah jadi "kelabu" dikalangan rakyat.

Konsep One Malaysia ini bukannya "sophisticated" sangat tapi oleh kerana ramai yang "excited" tentang slogan atau konsep ini maka keluarlah berbagai hujah-hujah yang bermacam-macam ragam. Ada hujah-hujah yang bernas dan ada juga yang "melucukan". Yang sedih ialah apabila ada yang sengaja cuba mengelirukan konsep ini semata-mata kerana kepentingan politik.

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’ dan Sdr Saji,

"Bagaimana dengan bangsa Amerika?"

Wujudkah satu bangsa bernama Bangsa Amerika?

Apakah “American” itu bermaksud Bangsa Amerika?
Atau Rakyat Amerika?
Atau istilah laymannya, Orang Amerika?

Indian-American bermaksud keturunan Bangsa/Kaum India, berkerakyatan Amerika atau satu bangsa baru dicipta namanya Bangsa Indian-American ?

Dunia hari ini lihat America sebagai “Negara Demokrasi Total” termasuklah rakyat Malaysia. Nak juga Tanya Dato’, Sdr Saji, Di America tu ada tak Sekolah Jenis Kebangsaan Chinese-American yang bahasa pengantarnya Bahasa Mandarin? Ada tak Sekolah Jenis Kebangsaan Indian-American, Mexican-American,Japanese-American, Spanish-American? Di sekolah dan diluar sekolah dalam masyarakat, mereka bercakap bahasa ibunda masing-masing atau bahasa English-American?

Pada pendapat saya, bila disebut dalam bahasa Inggeris, “Malaysian” bermakna saya rakyat Malaysia, bukan saya Bangsa Malaysia.

Dan pada pendapat saya, sesiapa yang menyebut saya Bangsa Malaysia, dia sebenarnya buta sejarah asal usul Bangsanya sendiri yang berada di tanahair sendiri.

....akhirnya, tanahairnya dikuasai oleh orang lain yang juga mengaku (menanam tebu dibibir) saya juga Bangsa Malaysia!!!

Dengan sebab itu saya tak setuju 1Malaysia, yang bukan setakat Bangsa dirangkum bersama, bahkan Agama pun disamaratakan (sila rujuk percakapan Rais Yatim)

Meminjam kata-kata Dato', "Buatlah satu atau one apa pun, tapi pagar kena ada".

langitbiru said...

"And yes I am a Malaysian first and Malay next. Does any bigot have a problem with that?"

* This letter by Datuk Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz is in response to a Mingguan Malaysia editorial “Alahai Nazri ...” by Awang Selamat.

Nazri Aziz BerBangsa Malaysia, bukan BerBangsa Melayu!

Habis tu, UMNO tu apa? M untuk Malayu ke Malaysian?

Lebih baik Nazri cadangkan pindaan nama UMNO kpd United Malaysian National Organisation!!! He he he

.....Jiwa dan Akal dah Ceroi!

saji said...

Sdr OKJ dan DAKJ

Cerita pasal buat pagar kerana anjing, teringat saya kisah Nabi Muhamad SAW mebina pagar masjid guna pelepah pokok korma atas alasan menghidar anjing masuk ke dalam kawasan masjid.

Yang saya tahu bina pagar di kawasan bawah pentadbiran majlis tempatan kena mendapat kelulusan bangunan.Di kampung tak tahula.

albukhary said...

Salam
Saya pernah menulis artikel mengenai perpaduan bangsa melalui 1 Malaysia tidak akan wujud selagi teras tidak diubah dan dibaiki. Teras untuk mewujudkan perpaduan antara pelbagai bangsa ialah melalui sistem pendidikan. Sistem pendidikan mesti diubah. Hanya perlu ada sekolah satu aliran dan ini bermakna SRJK9C) dan SRJK (T) perlu diubah menjadi SRK. Barnes dalam Laporan Barnes telah menyatakan " Tanah Melayu tidak akan bersatu jika mempunyai sekolah pelbagai aliran". saya percaya laporan Barnes ini ada kebenarannya. Bagi saya kebanyakkan pemimpin dan penyokong ultra kiasu adalah lhasil dari produk Sek Rendah jenis kebangsaan.

A KADIR JASIN said...

Sdr Langitbiru,

1. Janganlah ambil hati sangat dengan "Pendekar" Nazri Aziz. Kalau dia nak jadi Malaysian first, Malay second, lantak dilah;

2. Saya yang tak cerdik ni, berfikir begini. Malaysian tu "nationality" kita. Malay tu bangsa kita. Nak dulukan yang mana satu, ikut suka pendekarlah;

3. Lagipun pendekar ni memang macam tu tabiat dia. Dia menyalah dan melalak ikut ketua dan ikut musim. Zaman Dr Mahathir, dia melalak ikut rentak Dr Mahathir. Dr Mahathir bersara dia gasak orang tua itu. Dia melalak pula untuk Abdullah Badawi. Sekarang melalak ikut irama Mohd Najib pula;

4. Tapi Mohd Najib dah tukar sikit irama. Dia kata Umno tak bermusuh dengan mana-mana NGO;

5. Kita tunggu dan tengok pendekar Perak akan tukar lalakan dia atau tidak.

Terima kasih.

khazeq said...

bila mp dap masuk masjid.. ramai yg kecoh, tp bila mp 'kamalanathan' masuk masjid...senyap jer...


saya just nk tengok fair tak pembahas2 sekalian

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya amat bersetuju dgn pandangan bernas Datuk serta ramai lagi pembahas yg bijaksana. Cuma persoalan saya ialah:

Siapakah yang mempunyai kekuatan untuk merubah segala kepincangan ini? PM sekarang? PM akan datang?

I don't see anyone doing anything for the next 100 years...

Itulah dia rupa sebenar Melayu yg sentiasa mengutamakan orang lain dari kepentingan diri sendiri... biarpun diri sentiasa dipijak dan ditekan, perkataan sabar tak pernah lekang diucapkan...biarpun orang menolak kita beransur...

Sayang sungguh sifat2 'mulia' Melayu yg hanya membawa musibah dan bala kepada anak-cucu esok hari...

Jimizul

affendi hussain said...

Salam Dato',

Nazri Aziz tu mcm lalang..
ikut je arah angin bertiup..tapi hakikatnya dirinya tu bukan ada apa nilai pun..tetapi perasan bagus ingat dirinya tu padi..lebih kpd liabiliti..hahahaha..

mukanya jauh lebih tebal dari tembok besar negeri China malahan dah setebal kerak bumi..

ni lg satu contoh makhluk ada krisis identiti..jilat bos jer kerjanya..pembodek a.k.a pencacai uno..

1Malaysia = Malaysian Malaysia = Malayan Union!

Hidup 1Najib! Setiap yang hidup pasti akan mati..itu Qada' & Qadar.

("/)

affendi hussain said...

Lagi satu Dato'..

bila membicarakan soal BANGSA, jgn kita kelirukan diri dengan soal KAUM/ETNIK!

Bangsa merujuk kepada peradaban & institusi sebuah tamadun a.k.a NEGARA.. setiap bangsa ada BUDAYA, BAHASA, ADAT & NORMA2 SOSIAL SENDIRI.. cth norma2 bangsa sepertilah Arab yg pantang ditepuk belakang tetapi OK kalau ditepuk kepala atau Melayu yg pantang diusung penyapu.

tiada masalah jika org cina nak identitikan dirinya seorang keturunan kaum han, hui, kek, manchu, mongol etc. atau seorang india nak identitikan dirinya keturunan kaum tamil, telegu, punjabi, malayamam etc..atau melayu yg beridentiti keturunan kaum bugis, jawa, banjar, minang, atau siam..atau pribumi keturunan senoi, penan, dayak, bajau, kadazan.

tetapi jika ingin bertegas nak membawa & menegakkan BANGSA asing di bumi ini yg dah ada NEGARA BANGSA, itu melawan fitrah namanya..apa masalah buat hal masing2 mcm jiran & "acknowledge" apa yg dah ada dlm perlembagaan "kejiranan"?

ini bukan 1Malaysia..ini 3Malaysia..
Defy logic Tok Najib..? that is tantamount to spelling FAILURE to represent SUCCESS.. what work in progress..? more like a "tikus membaiki labu"..what a grandiose fantasy & total BS! Wake up..look at your own fundamental..the root of your planning for failure..

wasalam

("/)

saji said...

Sdr albukhari

Berdasarkan hujah sdr berkenaan, bagaimana jika kaum Cina dan India suruh tutup sekolah agama kita termasuk sekolah pondok, disamping mencadangkan semua subjek agama Islam, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan pendidikan moral bagi murid Cina dan India dsb sebagai subjek elektif untuk semua kaum?

Shaharudin said...

Saya bersetuju dengan SRM, asimilasi kaum cina dan india tidak berlaku kerana keengganan mereka sendiri. Mereka masih menegakkan sifat perkauman dengan mempertahankan sekolah perkauman masing-masing, seolah-olah hati mereka masih di Negara China dan India. Mereka lebih berbangga menjadi orang Cina dan India daripada menjadi rakyat Malaysia; sanggup menjadi 'orang asing' di Malaysia dengan menggunakan bahasa asing samada bahasa negara asal mereka ataupun bahasa Inggeris. Ramai dikalangan mereka tidak yakin untuk berbahasa Malaysia dengan fasih. Ramai yang memandang rendah bahasa Malaysia. Hairannya, apabila mereka menuntut hak sama rata, mereka berkata mereka rakyat Malaysia.

saji said...

Salam kepada semua yang bincng isu
1Malaysia

Dari kata2 sindirin Dato' 'buatlah satu atau one apa pun, tapi pagar kena ada' terhadap gagasan 1Malaysia, berbanding dengan apa yang dijelaskan oleh DS Najib setakat ini mengenainya, bagaimana jika saya katakan bahawa,

apa yang Dato' bayangkan dan impikan mengenai pembinaan bangsa dan negara bangsa Malaysia yang berbilang kaum itu bagaikan kehidupan penghuni berbilang kaum di perumahan jenis teres yang setiap unit rumah mempunyi pagar itu, sebaliknya DS Najib membayangkan dan menimpikan kehidupan di perumahan jenis pagsa/flat/ apartmen yang tidak mempunyai pagar itu, selain konsep perumahan teres di Putrajaya yang tidak mempunyai pagar itu.

saji said...

Salam pakbelanag

"Pada pandangan saya konsep One Malaysia ini jelas. Ianya akan menjadi jelas lagi apabila dasar-dasar yang di usahakan Najib berkaitan dengan konsep One Malaysia menjadi realiti."

Komen:

Untuk menjadikan sesuatu gagasan/konsep/dasar dsb seperti 1Malaysia kepada realiti yang diinginkan oleh penciptanya, ia memperlukan alat atau mekanisme penterjemahan yang sesuai dalam bentuk apa yang dipanggil 'sistem' yang dikaitkan dengan kesemua aspek kehidupan rakyat yang meliputi sistem pendidikan, sistem ekonomi dsb melibatkan peringkat makro dan mikro yang lengkap dengan tata cara/method statement yang menjelaskannya bagi maksud memudahkan pelaksanaannya oleh kumpulan pelaksana.

Maksud saya, ini belum dijelaskan oleh DS Najib kalau dia dan penasihatnya tidak tahu atau kalau dia dan penasihatnya tidak tahu dia sengaja tak mahu komit. Mengapa?

saji said...

Salam

"Pada pandangan saya konsep One Malaysia ini jelas. Ianya akan menjadi jelas lagi apabila dasar-dasar yang di usahakan Najib berkaitan dengan konsep One Malaysia menjadi realiti."

Komen:

Untuk menjadikan sesuatu gagasan/konsep/dasar dsb seperti 1Malaysia kepada realiti yang diinginkan oleh penciptanya, ia memperlukan alat atau mekanisme penterjemahan dalam bentuk apa yang dipanggil sistem yang dikaitkan dengan kesemua aspek kehidupan rakyat yang meliputi sistem pendidikan, sistem ekonomi dsb melibatkan peringkat makro dan mikro yang lengkap dengan tata cara/method statement yang menjelaskannya bagi maksud memudahkan pelaksanaannya oleh pihak pelaksana.Maksud saya, ini belum dijelaskan oleh DS Najib kalau dia dan penasihatnya tidak tahu atau kalau dia dan penasihatnya tidak tahu dia sengaja tak mahu komit. Mengapa?

NEO-MALAY said...

Apa mau kira lagi.. dah tiba masanya orang melayu bersikap ekstrem.. lagi ekstrem daripada ekstrem mereka.. itu sahaja cara untuk menyelesaikan permasalahan yang wujud sekarang.Lagi dibiar lagi melampau.. bukan melayu bersikap ekstrem kerana mereka melihat orang melayu mudah bertolak ansur, sangat suka berunding, individualistik,tidak bersatu, tidak saling menyokong, terlalu mementingkan perpaduan, TIDAK EKSTREM dan beberapa kelemahan yang lain..

Orang melayu perlu ada lebih banyak NGO seperti PERKASA bagi mengimbangi situasi sosial politik negara masa kini.. Jika situasi dalam negara ini terus tidak seimbang, kemungkinan keadaan makin bertambah teruk dan sukar dikawal. Bukan semua situasi boleh ditangani dengan undang-undang.

Orang Melayu mesti saling menyokong antara satu sama lain dalam apa jua aspek, tindakan dan juga keadaan walaupun berbeza fahaman politik. Bila tiba waktu mengundi, undilah parti politik masing-masing, tetapi matlamat dan hasrat biarlah seragam..iaitu semua orang melayu ingin melihat bangsa melayu menguasai keadaan tidak kira parti apa pun,yang penting ORANG MELAYU kuat ORANG MELAYU sukar digugat...

Apabila MELAYU KUAT.. hasrat untuk melihat 1 MALAYSIA mungkin tercapai.. selagi MELAYU tidak kuat, selagi itulah hasrat kerajaan tidak dapat dicapai.Ini adalah kerana MELAYU adalah tunjang kekuatan nasional..

TQ..

Anonymous said...

Datuk,

Gelaran "Pendekar" tu tak sesuai la sebab istilah "Pendekar" itu merujuk kepada pahlawan Melayu.

Memandangkan dia ni macam tak suka jer dengan Melayu, apa kata kita panggil dia "Samurai Konto".

Masa PRU13 nanti, kita harap Samurai Konto ni janganlah bertanding atas tiket UMNO lagi tapi bertandinglah atas tiket Gerakan ke, PKR ke, DAP ke, PPP ke atau parti cap Kepala Kerbau.


-sinbad-

Anonymous said...

Datuk

Beza antara konsep "1Malaysia" dgn "Malaysian Malaysia" ialah pada ikatannya terhadap Perlembagaan negara.

1Malaysia masih terikat dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Ini termasuklah hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi. Hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dan hak beragama bagi orang bukan Islam.

Malaysian Malaysia pula tidak terikat dengan semua perkara ini.

Jadi, saya harap rakan-rakan semua dapat melihat perbezaan ini. Sebenarnya ia mudah sajakan. Tapi oleh sebab-sebab tertentu, ia sengaja dikelirukan.

Terima kasih.


-sinbad-

OKJ said...

Salam DAKJ

LABA vs SPRIVA

Cerita pasal politik ni tak habi-habis. Kalini saya nak cerita pasal ubat terbaru pulak sebab baru je dipublished.

Talking about asthma, the current guidelines for treating moderate persistent asthma, which is not improved by low dose steroid, is to use long acting B2 agonist (LABA). As everybody knows, the long acting anti-cholinergic drug (tiotropium bromide) is not licensed for asthma but is widely used for chronic obstructive pulmonary disease (COPD).

Recently, a study who is conducted by Peters et al. try to prove that tiotropium is as good as LABA. Using a triple-blind, placebo-controlled, three-way crossover design, with each treatment period lasting 14 weeks and a 2-week washout between treatments, the investigators compared three regimens: adding tiotropium (at a dose of 18 μg once daily) to the low dose of inhaled glucocorticoid, doubling the dose of inhaled glucocorticoid (160 μg twice daily), or adding the LABA salmeterol (at a dose of 50 μg twice daily) to the low dose of inhaled glucocorticoid. Surprisingly, the result shows the combination of steroid with tiotropium has better efficacy compare to the double dosage of steroid. On the same time, there is no statistically significant when comparing tiotropium with LABA. They also demonstrate that tiotropium is safe and there is no increase risk in the cardiovascular event.

At least, now we have other alternative inhalers to choose for moderate persistent asthma. The only dilemma is, although it shows beneficial for a prophylaxis but patients still need an acute reliever to control the acute symptoms. Whether like it or not, I think LABA is more superior compare to tiotropium in terms of simplicity and the double action, especially in the management of acute asthma. For me, I prefer LABA compare to tiotropium as the first line treatment in moderate persistent asthma. Sekian TQ.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Petikan daripada albukhary:

"Saya pernah menulis artikel mengenai perpaduan bangsa melalui 1Malaysia tidak akan wujud selagi teras tidak diubah dan dibaiki. Teras untuk mewujudkan perpaduan antara pelbagai bangsa ialah melalui sistem pendidikan. Sistem pendidikan mesti diubah. Hanya perlu ada sekolah satu aliran dan ini bermakna SRJK9C) dan SRJK (T) perlu diubah menjadi SRK. Barnes dalam Laporan Barnes telah menyatakan " Tanah Melayu tidak akan bersatu jika mempunyai sekolah pelbagai aliran". saya percaya laporan Barnes ini ada kebenarannya".

Saya amat bersetuju dengan statement ini, cuma sedih dan terkilan bila memikirkan adakah kerajaan (pimpinan Umno semestinya) mempunyai political will and guts to do it in the near future...

Jimizul

Anonymous said...

Pemimpin politik ni kalau nak bertahan lama tak boleh berprinsip tetap. Mcm lalang lagi bagus. Kalau diperhatikan itulah yang dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk terus dipandang pemimpin no. 1 hinggalah ke MT. Jadi tak lah menghairankan kalau ada yang berpendirian begitu DAKJ.'Pendekar' dikalangan mereka la kata org. Dikalangan pemimpin pembangkang, tengoklah 10-15 tahun lagi, kalau nak kekalkan kuasa juga, begitu juga agaknya.....

Azmi, Shah Alam.

A KADIR JASIN said...

Sdr Sinbad,

Saya tahu sebab itu saya guna pendekar dalam inverted commas. Yang bagi gelaran pendekar itu adalah Nazri sendiri semasa dia mempertahankan Abdullah Badawi daripada serangan Dr Mahathir.

Saya tidak akan cemarkan istilah pendekar dengan sewenang-wenangnya memanggil seseorang pendekar, apatah lagi pahlawan.

Watak macam Nazri lebih sesuai dipanggil "cowboy" iaitu penjaga lembu di Amerika Syarikat.

Macam dalam wayang Hollywood, cowboy sanggup mati dan membunuh untuk jaga lembu daripada dicuri atau jaga tuan lembu daripada diserang oleh cowboy lain.

Terima kasih.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Bagaimana caranya hendak menyatukan orang Melayu apabila ahli UMNO sendiri nampaknya tidak sekata.Sekarang timbul soal siapakah ketua UMNO ? Presidennya atau atau ada selain dari itu .Masalah ini perlu dirungkai supaya semua yang berkenaan memahaminya dan bertindak dengan betul supaya apa yang diperjuangkan mendapat hasil yang diharapkan.

Secara akademik Kerajaan yang memerintah dan UMNO adalah dua entiti yang berlainan. UNNO sebagai parti politik yang ditubuhkan bagi kebajikan dan kesejahteraan orang Melayu sepatutnya menjaga kepentingan orang Melayu bukan setakat mempertahankan apa yang ada bahkan menambahnya dari masa kesemasa. Kerajaan pula hendaklah mentadbir negara dengan adil kepada semua rakyat dengan mengambil kira kepentingan negara keseluruhannya.

Mungkin apa yang telah berlaku adalah ahli UMNO telah menyerahkan sepenohnya soal memperjuangkan nasib orang Melayu sepenohnya kepada kepimpinan.Pemimpin telah menjalankan tanggungjawab mereka mengikut apa yang mereka rasa betul. Ini termasuklah membuat dasar dengan tidak merujuk dahulu kepada akar umbi.Maka berlakulah apa yang berlaku sekarang terdapat dua pihak yang berbeza pendapat yang pada masa yang sama tidak mahu menunjukkanya secara terang-terang. Cara yang paling baik mengikut mereka adalah menubuh satu organisasi untuk menyatakan sesuatu kepada kerajaan yang mereka tidak sanggup berdepan dengan pemimpin mereka.Maka jadilah perang dimana peranan media parti turut dipersoalkan dipihak mana mereka sokong.

Mudah-mudahan akan timbul kembali semangat "Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh".

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

hamdan said...

salam Tok!

mari kita tengok tok...

1. Dalam matlamat penubuhan perkasa, tak ada satu pun yang berlawanan dgn perlembagaan negara dan juga perlembagaan umno.

2. 1M pula berkata mesti berasaskan perlembagaan.

3. jadi, perkasa tak menentang perlembagaan dan juga umno.

4. DAN yg peliknya kenapa "cowboy-cowboy" umno menentang Perkasa?

5. Kemudian cowboy ni kaitkan pula Perkasa menggugat 1M. Lagi tak faham..

6. Menteri MCA dan gerakan persoalkan 153 perlembagaan negara tentang hak orang melayu dan kaitkan Perkasa dgn menentang 1 malaysia.

7. YANG jadi lebih pelik, semuanya Najib telan seolah-olah membenarkan maksud 1M tu ikut suka menteri kabinetnya dan cowboy beliau.

8. dengan tiada tindakan terhadap keslahan cowboy2nya saya andaikan begini...

9....Najib suka "Play arround the bush" dan biarkan orang "feel good" dengan andaian masing2.

10. 1M baik tetapi ianya tak sekuat asasnya Wawasan 2020..yg ada falsafahnya, ada matlamatnya yg di pantau melalui objektifnya.

tak gitu tok?

saji said...

Salam Dato' dan langitbiru

Saya faham apa yang sdr berdua huraikan mengenai kedudukan bangsa Amerika yang saya tanya itu.

Soalan susulan saya, bagaimana pula dengan kes Dr Redwan Tee Abdullah yang lebih Melayu daripada kebanyakan Melayu itu dan yang lain2 iaitu kes mualaf dan anak angkat saya campuran bangsa Bangla (bapa) dan Indon (ibu)?

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Kita tunggulah " Model Ekonomi Baru" yang akan diumumkan oleh Najib pada bulan depan. Mungkin dari pengumuman itu nanti kita akan dapat penjelasan lebeh menyeluruh dan nyata tentang hala tuju yang ada kaitan dengan konsep One Malaysia yang di war-warkan oleh Najib.

Dasar Ekonomi Baru yang ada sekarang memang banyak cacatnya dan adalah diharapkan Model Ekonomi Baru dapat membentuk satu "sistem" yang efektif dari segi pelaksanaannya dan memberikan nafas baru untuk memparbaikan segala kepincangan yang berlaku selama ini demi kesejahteraan rakyat terutama sekali dikalangan masyarakat bawahan terutamanya orang Melayu dan bumiputra.

Adalah diharapkan juga dalam dasar baru ini Najib mesti juga melihat kepada sistem ekonomi Islam dan melaksanakanya jika mampu. Kemampuan melaksanakan sistem ekonomi Islam bergantung kepada kepakaran yang ada. Jangan pula apabila dalam keghairahan kita untuk mengamalkan sistem ekonomi Islam timbul pulak berbagai masaalah dari segi pelaksanaannya. Ada yang tak kena dan ada cacatnya.Kita harus berhati-hati semoga sistem ekonomi Islam benar-benar dapat memberi contoh yang baik berbanding dengan berbagai sistem kapitalis ala Barat.

Anonymous said...

Salam datuk,

Saya nak meramaikan dan memeriahkan lagi komen kat ruangan datuk.

Saya suka dengan tulisan datuk tentang melayu.

Saya juga suka PM dan menteri2nya membuat kenyataan buruk terhadap PERKASA.

Saya juga menunggu PM dan menteri2nya sebut perkara yang lebih buruk lagi tentang orang melayu.

Saya juga tak sabar menunggu datuk dan orang melayu bertindak balas terhadap perkara tersebut termasuk saya sendiri.

Bagi saya tanpa lahirnya watak-watak sebegini yang memainkan peranan masing-masing maka bila melayu nak jadi kaum yang berani dan kiasu sikit.

Maka biarlah najib dan menterinya memainkan peranannya sikit sebagai kumpulan yang akan membangkitkan semangat orang melayu untuk menjadi kiasu. Bagi lagi galakan pada mereka lagi elok jugak takut nanti depa senyap maka rugilah peluang nak tunjuk berani hilang macam tu saja..saya yakin dah 53 tahun merdeka orang melayu, cina, india dan lain-lain dan cerdik dan boleh hidup rukun dan damai. Kalau orang melayu nak tunjuk kuasa sekarang pun kaum lain tidak menjadi hal..paling kuat pun mereka bising2 macam kita jugak. Sebab sekarang siapa cepat dia dapat. Siapa berani dan bijak dia senang. Itu pegangan orang sekarang. Mereka tak akan sanggup berperang dan bergadai nyawa. Dulu pun begitu, kalau tak mesti dah berpuluh-puluh kes pergaduhan kaum dilaporkan dari dulu sampai sekarang.

Kata orang untung sabut timbul..untung batu tenggelam.
kalau tak pecah ruyong bila nak dapat sagu.

So,Melayu kalau nak bangkit kena ada sikit orang bagi panas atau angin..jadi inilah masanya bila najib dan menterinya dah buka jalan..gunakanlah peluang sebaiknya. Tapi ingat satu hal penting..berpada-pada..jangan menzalami sesama kita..buat ikut akal bukan nafsu..insyllah berjaya. amin

abdullahngah said...

Satu Malaysia agenda para pemimpin umnon untuk tipu Melayu yang taksub pada pemimpin.

Kalau tak berbuat demikian rupa orang Melayu tak beri kepercayaan lagi kepada kepimpinan umno.

Namun itulah kaedah yang ambil oleh Datok Seri Najib Razak agar umno boleh bertahan lama memerintah negara ini.

Ramai yang tak sedar bahawa tindakan itu hanya sandiwara para pemimpin umno yang berada dalam keadaan tertekan kini.

Satu malaysia realitinya ialah untuk membunuh agama Islam, bangsa dan negara tergadai.

Lebih lebih lagi tiada usaha untuk mempertahankan hak Melayu. Usah menuntut hak, malahan segala hak diserahkan kepada yang bukan haknya.

saji said...

Sdr Jimizul

"Siapakah yang mempunyai kekuatan untuk merubah segala kepincangan ini? PM sekarang? PM akan datang?"

Komen:

Kalau di negara2 maju yang meliputi negara UK, US, German dan Jepun kepincangan dilihat lebih mudah diatasi melalui pilihan raya umum dengan menumbangkan kerajaan yang rakyatnya anggap telah melakukan banyak kepincangan yang sukar mereka atasi melibatkan dasar,khasnya. Cuma masalahnya di negara kita, PR belum tentu mampu mengatasinya.

saji said...

Sdr sinbad yang dihormati

"1Malaysia masih terikat dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Ini termasuklah hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi. Hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dan hak beragama bagi orang bukan Islam.

Malaysian Malaysia pula tidak terikat dengan semua perkara ini.

Jadi, saya harap rakan-rakan semua dapat melihat perbezaan ini. Sebenarnya ia mudah sajakan. Tapi oleh sebab-sebab tertentu, ia sengaja dikelirukan."

Komen:

Apa yang sdr cuba teranagkan mengenai konsep 1Malaysia di atas sebiji macam apa yang DS Najib cakap.

Masalahnya dia (DS Najib)berani cakap macam tu depan orang Melayu, depan peneroka FELDA dan PERKASA. Tetapi depan orang Cina dan India serta pelabur luar dia tak cakap serupa tu - sebiji macam mulut Anwar masa kempen PRU 12 dulu! Tak percaya tanya sdr Roti Pelanta
kita.

Yang sebenarnya percakapan orang politik kita yang mengelirukan.Dan yang akan dikelirukan ialah rakyat yang tak cukup ilmu.

pakbelalang said...

DAP adviser Lim Kit Siang, in his blog, congratulated Nazri for being the first in the Cabinet to declare he was Malaysian first and put race second.

comment:

I am a Muslim first.A Malay second. Period.

I will only declare myself as a Malaysian second until such time when all the races can really understand the meaning of what a true Malaysian should be.

langitbiru said...

"1Malaysia masih terikat dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Ini termasuklah hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi".

-sinbad- 11:59 PM

Betui ke Sinbad? Atas kertas puteh betui la kot, realiti pelaksanaannya macammana?

Yang Perkasa dan Mahathir dok cakap tu pasai apa?

langitbiru said...

Saya ambil contoh, Islam Hadhari. Pak Lah dengan tegas menyatakan Malaysia sebuah Negara Islam. (Mahathir pernah dicabar oleh PAS supaya mengistiharkan Malaysia Sebuah Negara Islam di PARLIMEN, tetapi Mahathir hanya mengumumkan di Perhimpunan Agung Gerakan)

Para Ulama' UMNO zaman Pak Lah mengemukakan 3 sebab menyokong kenyataan Pak Lah.

Sebab pertama, berasaskan MAKSUD dan TAFSIRAN, Perkara 3 dan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia.

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Artikel 11
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dirangka oleh Lord Reid, Penjajah British (sudah pasti kafir laknatullah). Pengertian AGAMA bagi Lord Reid, British, dan Barat adalah sepertimana pengertian mereka kepada ajaran Nasrani di dunia Barat. Bagi mereka , AGAMA tiada tempat di dalam Pentadbiran Negara. AGAMA hanya terhad kepada hubungan perasaan dan rohani dengan Tuhan, terhad kepada ibadat khusus kepada Tuhan. Kekuasaan Gereja kepada Negara dirampas melalui "kebangkitan rakyat" atas nama demokrasi, dan AGAMA/Gereja dipisahkan sepenuhnya dari politik/kekuasaan Negara. Bagi Barat, semua AGAMA adalah sama, tiada beza, hanya khusus untuk ibadat kepada Tuhan. Pengertian AGAMA kepada ajaran Nasrani di dunia Barat, cuba disamaertikan kepada pengertian Agama Islam di dunia Timur. Iaitu pemisahan mutlak AGAMA dan KEKUASAAN NEGARA. Fahaman sekularisma.

Jika gunakan MAKSUD DAN TAFSIRAN "AGAMA" dari kacamata Sekularisma, maka AGAMA bercerai dari kekuasaan negara, jadilah Negara Sekular.

Pengertian AGAMA bagi Islam adalah agama sebagai Nasihat, Agama sebagai Petunjuk dan Rahmat. Tabiat Islam adalah Petunjuk lengkap dan sempurna bagi kehidupan manusia dan Alam Semesta. Akidah dan Syariat sebagai tunjang, disokong oleh cabang-cabangnya yang melengkapi dan menyempurnakannya sebagai panduan hidup, termasuklah cabang kekuasaan dan kenegaraan atau Fiqah Daulah. Islam amat menitik beratkan kepada Kekuasaan Negara bagi menegakkan Syariat Islam dan mengembangkan Syiar Islam. Nabi Muhammad saw dihalang Musyrikin Mekah mengerjakan Umrah pada tahun ke 8 Hijrah kerana Mekah dibawah kekuasaan Musyrikin. Susulan Perjanjian Hudaibiyah, Nabi saw bertekad untuk merampas kekuasaan Mekah dari tangan Musyrikin bagi tujuan menegakkan Syariat dan mengembangkan Syiar Islam. Tahun ke 10 Hijrah, Nabi saw membuka Kota Mekah, sekaligus menguasai Mekah. Tanpa penguasaan Islam ke atas Kota Mekah, sampai bila-bila umat islam tak boleh mengerjakan Haji dan Umrah! Maka, Kekuasaan Negara adalah salah satu keutamaan Islam.

Jika menggantikan katanama AGAMA kepada PETUNJUK, maka Perlembagaan Malaysia berbunyi:

Perkara 3. Petunjuk bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah Petunjuk bagi Persekutuan;

Artikel 11
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan PETUNJUK rasmi Persekutuan.

Jika gunakan MAKSUD DAN TAFSIRAN "AGAMA" dari kacamata Islam, maka AGAMA menguasai kekuasaan negara, jadilah Negara Islam.

Berdasarkan maksud dan tafsiran Perkara 3 dan Artikel 11, Ulama' UMNO zaman Pak Lah merumuskan Malaysia Sebuah Negara Islam. MAKA ianya benar dari segi Perlembagaan.

Apakah dari segi realiti Kepimpinan Negara, Malaysia sebuah Negara Islam?

Sama seperti Tafsiran Perlembagaan tadi, jika Sekularisma dijadikan "Penapis", maka Undang-Undang Islam akan dibuang sebagai bahan buangan.

Jika Islam dijadikan "Penapis", maka Undang-Undang Islam akan tegak berdiri.

langitbiru said...

Dan sebenarnya, Perkara 3 dan Artikel 11, sudah mencukupi untuk melaksanakan Undang-Undang Islam di Malaysia.

TANPA memerlukan apa-apa pindaan Perlembagaan.

Sebenarnya, tiada apa-apa perkara didalam perlembagaan malaysia yang perlu dipinda bagi melaksanaka Undang-undang Islam.

TERPULANG KPD PEMERINTAH bagaimana mereka mentafsirkan Perkara 3 dan Artikel 11.

Anonymous said...

salam syawal kepada smua

1. doktrin collective responsiblity
memerlukan nazri bertindak menjaga
dan mempertahankan dasar pee em nya.


2. Mahathir pun tak kurang hebat jab jadi
pee em pun penuh dengan kontorversi.

3.Saya dapati [ my take totally] mahathir
ialah perusak bangsa melayu-


Macam mana?

> semasa jadi pee em dia ada pro big business. Semasa Tun Razak/THO jadi pee
em banyak kontraktor kelas F di tubuhkan
dan banyak skim untuk membina mereka
di perkenalkan. Kerja undi [tanpa tender/
kerja khas] di beri kontrektor kelas rendah.

>apabila dr m mengambilalih teraju kerajaan, dia gopoh nak habiskan kerja
30 tahun dalam 10 tahun dengan sebab dia
saja yang tahu. My Take- dr M wants to be the greatest?

malah , di dalam satu function YTL ,
saya sendiri lihat Francis Yeoh menyembah kat dr M dan berkata "you are
the greatest...'

4. Implikasi pro big business yang saya
sebutkan -pelaksanaan projek di jalankan
secara urgent dan mendadak. Gomen takde
masa untuk small business kontraktor.

kerja kerja dilonggokkan untuk diberi
kepada kontraktor kelas A.Mampuslah kontraktor kelas F-banyak kuantity tapi
kerja kureng!!!!

5.Pelaksanaan projek secara turnkey-
bagi rm100 juta kepada geng chukong dan
india/ melayu baru yang menjalankan projek secara pukal. Cukong bila dapat projek akan pas pas kat pak cik/anak sedara/ cousin secara kontrek. There is
no place for bumi. Ignorance of chukong
culture ketara antara politikus dan opiser gomen.

6.dr M sangat pro big business -hanya mendengar keluhan big business. berapa kali dr m bend backwards untuk tolong
big business , Lihat senario ini. Cukong
mintak privatisation projek gomen. bila
dah jalankan , namfpak rugi-minta gomen
nationalise pulak.

Contoh: a)MAS b) Indah water c) ada lagi
rahsia yang belum di korek.

6.dr M perkenal dasar bm untuk sekolah?
ini dapat jawab pasal apa melayu berpikiran mundur di dalam blog syedoutsidethebox.

notoktok

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri Zairyin, untuk kajian IPT Sdra/Sdri, sila hubungi saya di akadir@yahoo.com. terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Mohd Najib lebih utamakan keterangkuman dan keadilan social daripada bangsa dan agama?

Berikut petitakan berita The Star Online:

"The people should regard themselves as Malaysian first in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s 1Malaysia spirit that puts inclusiveness and social justice above race and religion, says Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon."

Saya sangat terkejut dan sangat keliru.

Terima kasih.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Isu "Malaysian first" ini sudah jadi mengarut teramat sangat. Sepatutnya ia tidak perlu langsung dibahas, diulas dan dijadikan topik perbualan masyarakat kerana ianya adalah permainan atau jerat Lim Kit Siang pada asalnya.

Biarlah Lim Kit Siang menyalak sana sini tanpa perlu seorang menteri pun yang melayan & menyambut salakan tersebut, tetapi dek terlampau pandai berstrategi politik, dan terkinja-kinja sangat hendakkan nama agaknya, jerat tersebut langsung dia orang tak nampak.

Lim Kit Siang melalak sekali sahaja berkenaan perkara ini, tetapi kerajaan pulak yang berjoget berbulan-bulan lamanya. Apa kerajaan tak retikah nak matikan ke isu ini ada mulanya?

Sekarang, Lim Kit Siang tak perlu hendak bersusah payah melaksanakan slogan 'Malaysian Malaysia', kerana Koh Soo Koon & beberapa menteri kabinet nampak gaya begitu selesa mengaitkan 1Malaysia untuk menolong DAP.

Padan muka kita.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Datuk

dan rakan-rakan sekalian.

Saya mohon maaflah sebab tidak mampu lagi nak buang masa berdebat. Apa kan daya, masa saya terhad. Banyak masa diguna cari rezeki untuk tanggung keluarga dan pekerja. Saya tahu, ada yang sangat rindu nak berdebat dengan saya ni semacam ada hutang perlu dibayar pula gayanya. Hahaha ...

Buat masa sekarang ini. Saya hanya mampu beri pandangan saya sahaja. Samada nak bersetuju atau tidak, itu terpulanglah pada diri masing-masing. Kalau nak harap saya berdebat, minta maaf banyak-banyaklah. Saya tak de masa. Lebih-lebih lagi dengan pembantu kanan Lord Reid yang serba tahu apa isi hati "orang puteh" itu ketika dia menulis perlembagaan negara.

Salam hormat dan selamat maju jaya hendaknya.


-sinbad-

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Saya setuju dengan pandangan sdra bahawa belum tentu PR dapat mengatasi kepincangan yang yang berlaku sekarang. Kemungkinan besar PR akan merombak segala-galanya dasar kerajaan BN dan membuat dasar-dasar baru beteraskan konsep Malaysian Malaysia mengikut selera dan kehendak parti-parti gabungan mereka terutama sekali DAP.

DAPlah nanti yang akan menerajui segala dasar kerajaan PR kerana saya rasa pemimpin-pemimpin PKR kurang menyerlah untuk membuat dasar-dasar.Kalau dilihat pemimpin-pemimpin PKR yang ada sekarang kita tentunya akan bertanya adakah mereka benar-benar mempunyai credential yang cemerlang untuk mentadbir negara dengan lebih baik lagi dari kerajaan BN.

Bagaimana pula peranan dan kedudukan parti PAS dalam PR. Pemimpin-peminpin PAS mungkin juga akan menjadi "spoiler" kepada segala dasar-dasar yang diutarakan oleh pihak DAP. Akhirnya nanti semuanya jadi kelam-kabut.

Pandangan ikhlas dari saya. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Tidak mengapalah!!

saji said...

Sdr pakbelalang

Kita sambung bincang

"Kita tunggulah " Model Ekonomi Baru" yang akan diumumkan oleh Najib pada bulan depan. Mungkin dari pengumuman itu nanti kita akan dapat penjelasan lebeh menyeluruh dan nyata tentang hala tuju yang ada kaitan dengan konsep One Malaysia yang di war-warkan oleh Najib."

Komen"

1. Mertua saya seorang ustaz buat rumah sesebuah 2 tingkat selepas besara DBP di Telok Panglima Garang tanpa pelan arkitek. Rumah memang jadi, tetapi tangga dalam rumah dan depan menaik ke tingkat atas terlalu mendongak melebihi 42 darjah- tak ikut by law- undang2 kecil bangunan melibatkan raiser dan treadnya. Ia membahayakan peghuninya, terutama bagi orang dewasa dan kanak2. Tak boleh dibaiki, melainkan sanggup merombaknya dengan kos. Ini tak termasuk masalah bumbung genting di ruang tamu yang bocor kerana tak cukup curam/pitch yang terpaksa digantikan dengan bumbung metal deck dan keadaan jubin lantainya macam pinggan kaca pecah seribu.

2. Bagi saya, DS Najib buat konsep 1Malaysia macam mertua saya di atas buat rumah tanpa pelan arkitek. Begitulah Islam Hadhari Pak Lah dulu. Kalau sdr setuju buat rumah tanpa pelan arkitek, saya tak boleh kata apa2 lagi.

OKJ said...

Salam DAKJ

Pening-pening. YAB PM kata 1Malayia. YAB TPM mentafsirkan Melayu Malaysia. PERKASA pula kata Pribumi Malaysia. YB Dato’ Nazri (dari parti orang Melayu) pula kata Malaysia Melayu. Sama dengan Presiden GERAKAN. PAS pula kata tak bangga jadi Bangsa Melayu (eeeaaaaaa….. kecuali masa pilihanraya). Sedangkan, Rasullullah masa fasa pertama berdakwah (jihad dakwah) adalah kepada keluarga & sahabat terdekat baginda dulu. Orang Amerika seperti disebut Dato’ pun berbangga dengan bangsa dulu baru negara. DAP pula dengan Malaysian Malaysia / Middle Malysia ala-ala konsep bapaknya, Singapore.

Nampaknya lebih ramai yg tak faham konsep 1Malayisa. Tun Dr Mahathir pun tak berapa faham. Dato’ juga nampaknya buat-buat terkejut harini. Kalau Tun, Dato’ Seri, Tan Seri, Dato’-Dato’ pun tak berapa faham konsep 1Malaysia dan ada macam macam tafsiran, inikan pula rakyat jelata macam saya yg pangkat datok diperolehi bila dapat cucu je.

Tapi, sekali lagi bila diperhalusi intipati dan isihati YAB kita, rasanyalah dan kalau tak silap sayalah, clue 1Malaysia ni adalah berasaskan dan berlandaskan Perlembagaan Negara kita. Kalau kita faham perlembagaan, fahamlah prinsip 1Malaysia. Ia sebenarnya jelas, terang dan nyata, macam hukum Izhar. Dizahirkan secara diam-diam ubi berisi. Sekali lagi, bijak-bijak YAB kitani macam bapaknya jugak. Ituje rasanya. Sekian TQ.

saji said...

Sdr pakbelalang

(sambungan)

Pelan arkitek yang saya analogikan di atas merupakan 'alat' sebagai'mekanisme' penterjemahan yang diperlukan oleh kontraktor untuk menterjemahkan idea/konsep reka bentuk arkitek bersama2 pemilik rumah kepada realiti yang diinginkan yang dalam sistem pengurusan projek dan pembinaan memerlukan 'sistem' kontrak pembinaan seperti kontrak Lum Sum, Design and Build dsb dan 'tatacara' binaan komponen bangunan seperti binaan dinding bata, sisling dsb sebagai 'mekanisme' pertejemahannya.

Anonymous said...

asslamualaikum wbt....

1. no satu,saya seorang Islam..no dua, saya seorang melayu dan no tiga, saya rakyat malaysia...

2. saya adalah seorang islam berbangsa melayu dan rakyat malaysia

3. malaysia dah bersatu tanpa perlu adanya 1Malaysia...ahli politik dan tuka ng belit yang merosakkan kesatuan ini...

-adli-

saji said...

Sdr notoktok

1. Dari sudut pengurusan projek yang saya kaji dari sudut amalan kontrak pembinaan Barat dan Islam, tak salah Dr M pro big business, pro kontraktor kelas A, pro projek mega atau menyatukan projek kecil menjadi projek mega/besar, pro penswastaan dsb atas alasan meningkatkan productivity, compititivness, value for money dsb, khasnya, berbanding dengan melaksanakan projek secara kecil-kecilan, piece meal dsb yang banyak unsur pembaziran itu.

2. Yang kita kena persalahkan ialah golongan teknikal pelaksana di agensi2 kerajaan yang meliputi juruperunding projek kerajaan yang dilantiknya yang langsung tidak mencadangkan kepada Dr M mengenai penggunaan sistem2 kontrak pembinaan bentuk alternatif seperti management contract yang dari sudut amalan kontrak mempunyai sistem dan tatacara pelaksanaan yang bukan sahaja mengurangkan hak mutlak kontrak kepada main contractor (dibawah sistem kontrak pembinaan tradisional yang meliputi turnkey dan design and build), malah memberi hak kontrak kepada kontraktor kecil/subkontraktor atau pemberian/penawaran terus pakej2 subkontrak oleh majikan projek iaitu kerajaan kepada subcontractor.

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Saya ambil nota komen sdra. Terima kasih.

pakbelalang said...

NUJ president refutes Perkasa's accusation


PETALING JAYA: National Union of Journalists Malaysia (NUJ) president Hata Wahari has refuted Malay rights group Perkasa's accusation that he is an Opposition supporter.

The newly-elected president said Wednesday that the statement by Perkasa supreme council member Mohd Zahid Md Arip was both "illogical" and "irrelevant".



"My struggle is to see the newspapers in this country freed from the grasps of its political masters, be it Barisan, Pakatan Rakyat or other political leaders."



He added that the media should belong to the people and only then could it serve the people.




comment:



The media can never be belong to the rakyat. Such notion of saying that the media should serve the rakyat is RUBBISH. The media belong to the owners of the media.They are the one who would normally have influence in guiding the news contents particularly the editorial.



Ada baiknya Hata Wahari ini "disergah" lebih awal lagi oleh NGO Perkasa walaupun dia menafikannya bahawa dia bukan memihak kepada pembangkang. Kita tunggu dan lihat gelagat dia nanti.

Anonymous said...

what is wrong with putting malaysia first, it is a very personal choice

being truthful & faithful to our religion carry no harm

trying to relate everything else to religion is hypocrisy

come on msia lets move on...

rgds,

A.Sam

sujini said...

Salam YB Datuk AKadir (sila perhatikan saya guna nama asal berserta anugerah yg diberi kpd Scribe oleh kerajaan dulu)

1. Tampalan mutakhir Datuk(22Sep) menyatakan bahawa Datuk terkejut dan keliru.Saya tidak terkejut dan keliru pun.

2. Saya ada meninggalkan ulasan dlm blog 1Msia YAB PM dimana saya ada menyatakan bahawa konsep 1Msia beliau sungguh kabur(very blur) dan ini akan mengakibatkan salah tafsiran oleh sesiapa saja. Makanya pihak tertentu akan mengunakan kesempatan ini untuk mentafsir ikut citarasa masing-masing.

3. Tetapi sekiranya apa yang dijelaskan oleh Koh Tsu Koon itu adalah aspirasi sebenar YAB PM mengenai 1Msia, maka saya setuju dengan cadangan Datuk agar YAB PM wajib menjawab persoalan ini secara muktamat.

4. Saya sebagai seorang Islam, berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia meminta jasa baik Datuk dan juga blogger-blogger lain yg sependapat dgn Datuk mengorak langkah berjumpa dengan YAB PM selepas beliau balik dari US nanti.

5. Tiada gunanya kita terlalak-lalak dalam alam maya ini tetapi tidak mahu mengambil langkah berani untuk meminta PM menghurai segala simpul mati yg terjadi sejak 1Msia diilhamkan.

6. Kita hanya mampu berteka teki diatas ilham YAB PM mengenai 1Malaysia.Munkin betul munkin tidak.

7. Mengikut penelitian saya, apa yang PM zahirkan dalam ucapan-ucapan beliau setakat ini, selalu berubah-ubah berpandukan siapa penonton/pendengar(audience) beliau semasa membuat ucapan.Tetapi yg pasti tindak tanduk beliau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

8. Adakah ini bererti beliau sudah hilang punca diatas asas perjuangan parti beliau selama ini kerana terlalu terpengaruh dengan golongan penasihatnya?

9. Seandainya orang2 Melayu akan menjadi kuasa minoriti selepas GTP, ETP,NKEA,EPP,NKRA, Greater Kuala Lumpur,meritokrasi,kesamarataan, RMK10, Budget 2011 dan akhir sekali PRU13, munkin kita semua perlu sokong Perkasa atau pun bawa balik the "Old Man".

10. Saya menunggu langkah Datuk seterusnya demi Ugama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Insya Allah, Amin.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DATUK AKJ
Izinkan,
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada ybhg. Datuk sekeluarga dan memohon Maaf Zahir dan Batin ( kesihatan baru beransur pulih setelah 2 minggu terganggu)

Persoalan kami Datuk.. apakah kita dilahirkan seorang Islam atau seorang Melayu?
Tanpa keturunan bagaimana kah sesaorang yang dilahirkan didunia yang fana' ini mengenali dirinya sebelum merdeka memilih agama yang hendak dianuti nya?

Kami belum begitu sihat hendak berbahas ketika ini..

Kepada pembahas keturunan Melayu dan bukan keturunan Melayu berugama Islam kami ucapkan Selamat Berhari Raya Maaf Zahir Batin.

ALFATIHAH, AMIN.
ps. akhir2 ni ada gangguan melawat Chedet.cc??

1Malaysia said...

Jadilah Malay 1st Malaysian 1st jugak. Atau nak terbalikkan pun tak apa - Malaysian 1st Malay 1st.

Itu hanya retorik politik sahaja. Kenapa kita perlu pilih antara keduanya? Apa salahnya mempertahankan bangsa dan pada masa yang sama mempertahankan kenegaraan?

Kita pertahankan bangsa kerana ia mencerminkan budaya, agama dan semestinya cara hidup kita.

Kita pertahankan kenegaraan kerana ia mencerminkan kepelbagaian budaya kita dan keperluan kita untuk menghormati hak bangsa lain dan juga keperluan bangsa lain menghormati hak kita. Kita pertahankan kenegaraan kerana memang asas negara kita ni didokong oleh kepelbagaian kaum.

Adakah Datuk Najib atau Tan Sri Koh bercakap mengenai pelupusan artikel 151 perlembagaan? Adakah Najib bercakap mengenai penghapusan hak orang Melayu?

Kalau tak ada, kenapa kita nak takut? Kenapa kita nak letakkan Melayu 1st Malaysian 2nd atau sebaliknya? Kedua-duanya sama penting.

Kita jangan terperangkap dengan permainan politik sesetengah pemimpin yang akhirnya merugikan kita sendiri. Malahan di kalangan pemimpin sendiri juga ada yang berfikiran bercelaru.

langitbiru said...

Saudara Sinbad,

Prinsip paling asas bila membuat sesuatu kenyataan , perlu ada penjelasan, ada penerangan sebagai hujah menyokong kenyataan yang dibuat. Inlah salah satu kegagalan utama orang politik, hanya pandai membuat kenyataan, tanpa penjelasan,tanpa penerangan dan tanpa hujah-hujah dan fakta. Menampakkan kenyataan dibuat tanpa kajian terperinci! (Dalam hal ini, tidak dinafikan saya kagum dengan Sdr Affendi Hussain, hujahnya padat dan padu, walaupun saya tak sependapat dengannya dalam beberapa perkara)

Apabila Saudara menyatakan, “1Malaysia masih terikat dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Ini termasuklah hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi”, saya bertanya santai, betui ke? Menuntut kepada penjelasan,penerangan dan hujah menyokong.

Tiada elemen “ada yang sangat rindu nak berdebat dengan saya ni semacam ada hutang perlu dibayar pula gayanya”, kerana diskusi kepada sesuatu perkara sangat-sangat subjektif, bukan semacam bolasepak ada menang-kalahnya! Dan bukan matlamat berdiskusi untuk mencari kemenangan!

Saya fikir, Saudara Sinbad juga tidak perlu menyindir secara halus, tajam: “…… pembantu kanan Lord Reid yang serba tahu apa isi hati "orang puteh" itu ketika dia menulis perlembagaan Negara”.

Perlembagaan dan Undang-Undang juga sesuatu yang sangat-sangat subjektif. Pendakwaraya dan Peguambela bertungkus lumus berhujah berdasarkan tafsiran masing-masing kepada sesuatu Undang-Undang di Mahkamah dalam mengadili sesuatu kes.

Sebagaimana para Ulama Mujtahid yang pakar dalam ilmu wahyu dan hadis, perlu mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis berdasarkan bagaimana keadaan ianya diturunkan, sebab-sebab ianya diturunkan, cuba mendalami maksud Pencipta Seluruh Alam melalui lidah RasulNya (Ilmu Asbabun Nuzul).

British dan Barat (Eropah) sudah beberapai kali berperang dengan Islam dalam peperangan Salib. Kali terakhir mereka menang dalam peperangan Salib menakluki Jaruselam dan Baitulmaqdis, beribu-ribu umat Islam dibunuh secara kejam. Dendam kesumat mereka terhadap Islam tidak pernah luntur bahkan semakin menebal.

Bukankah British yang menyerahkan Baitul Maqdis dan Palestin kepada Yahudi Israel? Apakah wajar kita bersangka baik dengan British/Barat dalam merangka perlembagaan bagi sebuah Negara yang majoriti pribuminya Muslim? Apakah tidak cukup pengajaran untuk kita melihat Negara “Islam”Afrika Utara bekas jajahan Perancis (sekutu paling rapat British dalam perang Salib)?

Senjata UTAMA bagi Muslim adalah Islam. Dalam apa jua perkara, bila "Roh Islam" ditiupkan, InsyaAllah akan mendapat pertolongan Illahi.

langitbiru said...

Dato'

Kalau najib yang berkata,

"The people should regard themselves as Malaysian first in line with 1Malaysia spirit that puts inclusiveness and social justice above race and religion".

Tentu lebih ramai yang sangat terkejut dan sangat keliru.

TAPI apa bezanya kalau seseorang itu membiarkan orang lain jadi jurucakap bagi produk mereka?

Bukankah beliau juga DIKIRA bersetuju dengan jurucakapnya?

Apakah beliau sudah jadi "kuda tunggangan" cukong yang berlindung dibawah 1Malaysia?

Anak Permatang Pauh said...

Sdr khazeq,
Kenapa standard `fairness' hanya diletak kepada blog yang `rata-rata' agak pro-Melayu macam Blog Dato' Kadiaq. Cuba masuk blog yang anti Melayu/UMNO apakah mereka boleh bersifat adil dan saksama dalam membenarkan pembahas menyatakan pendirian yang tidak sehaluan dengan tuan blog yang rata-rata anti Melayu/UMNO.

Saya dah puas menjelajah ke blog-blog `sebelah sana' namun tak pernah idea/posting saya dibenarkan/disiarkan.

Inilah susah bila Melayu nak jadi `liberal' dan bersifat `magnanimous' konon. Yang ditekan ialah bangsanya sendiri, walhal elemen anti Melayu dan rasis di dalam blog lain tidak pula cuba di `kawal'.

Pigidah kononnya Melayu Liberal. MElayu Liberal adalah Melayu bodoh. Cina tak pernah mendabik dada sebagai Cina Liberal. Cina adalah cina.

Denone said...

Ada dua model masyarakat berbilang kaum/majmuk. Pertama di kenali sebagai `Salad Bowl' atau Rojak Pesembur dan satu lagi `Melting Pot' atau Bubur (Kanji).

Malaysia memilih untuk menggunakan model `salad bowl/Rojak Pesembur' Ada macam-macam jenis ulam/sayur, tapi identiti setiap bahan masih kenali.

Amerika Syarikat/ Thailand/ Indonesia memilih `melting pot/bubur'. Model melting pot perlu pengorbanan kaum pendatang untuk melalui proses asimilasi menyesuaikan diri dengan menerima nilai-nilai kaum dominan/asal (western white di Amerika Syarikat, Thai di Thailand, and Jawa/Melayu Indonesia di Indonesia.

Apakah kita mengambil model yang salah untuk mewujudkan negara kita sejak dari awal kemerdekaan?

affendi hussain said...

"The people should regard themselves as Malaysian first in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s 1Malaysia spirit that puts inclusiveness and social justice above race and religion, says Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon."

Saya sangat terkejut dan sangat keliru.


Saya pun begitu Dato'.. Koh Tsu Koon dah tertekan butang "self destruct mode" untuk 1Malaysia... clock ticking..

The ball is yours Najib for next course of action - damage control..hang memang tak belajaq dari zaman Pak Lah laa, biaq sapa saja "pendekaq","pendek-akal", "ilmu sejengkal" etc. main keluar kenyataan sesuka hati..tahniah Najib! 2x5 bos versi Pak Lah jugak rupanya..aduss! hehehe..

Suasana semasa politik skrg pada penelitian saya berpihak kpd PAS selagi mana Nik Aziz tak keluar komen2 kontroversinya..
PAS dah mula kembali fokus kpd isu rakyat semasa spt saman ekor, tarif utiliti, pinjaman pendidikan, tanah KTM,isu ekonomi semasa, keadilan kpd mangsa jenayah/birokrasi dll yg senafas dgn hasrat perjuangan rakyat..

lg kurang mereka berhubungan dgn DAP lebih baik hasilnya kerana mereka tak perlu tongkat PR sebenarnya yg jauh tersasar drpd perjuangan asal rakyat kerana agenda2 retorik terselindung oleh DAP & PKR..kedua-duanya adalah liabiliti besar kpd imej PAS sendiri.

Itu roda politik..kini 1Malaysia dah bergerak ke arah HP6 (bawah roda)..PAS just need to keep up a good pace..i.e. brain ahead, verbal & action follow, not vise versa if they wanna be & look smart. Its called political marketing..know your market.
Focus on your potential customer only! Not those cheapskate bargainer..talk only, but have no intention of buying..zilch!

("/)

abdullahngah said...

Bercakap pasal perdana menteri Malaysia hebat hebat berlaku.

Ya, apa kurangnya dengan Tun Mahathir Mohamad.

Memang Tun Mahahtir hebat orangnya, tapi hebat kumpul harta dan kroni kroninya jadi kayaraya.

Datuk Seri Mohd Najib pun hebat juga, termasuk dengan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Lagi pun NKRA sebagai ukuranya dan ditafsir oleh kebanyakan rakyat negara ini hebuh memperkatakan "Najib kerja rosmah arah".(NKRA).

Sambung semula pasal perdana menteri malaysia hebat hebat berlaka.

memang hebat.Najib lebih hebat kerana melalui ETP rangsangan ekonomi berlangsung sebanyak RM1.4 trilion.

Barangkali ini mengatasi Amerika Syarikat dan China sebagai negara gergasi dunia.

Wah hebatnya.Bangsa, negara dan agama entah kemana?

makbudak said...

Salam Dato'

Alah, kdg2 pemimpin2 ni berlakon je lebih, karang depan melayu cakap lain, depan cina cakap lain, depan india cakap lain. kadang2 dengar inti pati ucapan dah boleh agak siapa audian dia. contoh...kalau dengar najib suruh umat Islam kena ikut ajaran Ugama, oh.. dia tengah berucap sempena Maal Hijrah, kalau dengar dia cakap "i help u, u help mi" ooh.. dia tengah berucap depan pengundi....hehe...

tapi saya lebih sependapat dgn anon "melayu malaysia - 10.34a.m." memang itulah yang saya nampak pun. sayangnya, kita sesama Islam penuh dgn pra sangka buruk sesama sendiri tapi dgn bukan Islam bukan main lagi baiknya hati.

Dato', terkejut pulak saya baca komen Dato' pasal penggunaan kata "pendekar", agak kasar bunyinya bila Dato' guna perkataan "melalak". marah benar nampaknya Dato' pada "pendekar" tersebut?

Rakyat malaysia ni memang ramai yg mengaku sayangkan negara, tapi mari tengok kalau perang, siapa yang akan berani angkat senjata? atau lebih ramai yg lari balik negeri? Ni suami saya yg cakap sebab dia bekas tentera yang sudah banyak kali bermain dgn bom tangan. :)

satu lagi, saya ni bukan kata buat pagar, kalau boleh berjiran dengan bukan islam pun kalau boleh saya elak, saya nak elak. sebab dah banyak pengalaman...

Wallahua'lam.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

1. Saya yakin, TG Nik Aziz pasti berbangga besar dan bersyukur amat ke hadrat Allah SWT menjadi Melayu, sekiranya Melayu Islam di Malaysia kita ini majoritinya terdiri daripada Melayu Islam yang beriman dan bertaqwa.

Tak perlulah saya senaraikan sifat-sifat buruk dan jahat yang dimiliki Melayu Islam Malaysia, nanti pasti saya akan menjadi sasaran kemarahan orang Melayu; walaupun semua orang sedia maklum senarai saya itu mutlak benarnya.

2. Saya berandaian, Koh Tsu Koon yang salah mentafsir kenyataan PM Mohd.Najib itu. Amat tidak masuk akal sekali sekiranya Najib tergamak meletakkan apa-apa sahaja MENGATASI agama (Islam).

Tetapi kalau benar demikian, saya bimbang Najib jatuh kufur. Oleh yang demikian, Najib wajib bersyahadah, beristighfar dan bertaubat nasuha.

Sukalah saya dengan ikhlasnya menasihati sesiapa sahaja pemimpin politik Malaysia: "Janganlah sekali-kali anda mengkafiri diri sendiri, semata-mata kerana anda hendak mengambil hati orang kafir. Berjuanglah demi masa depan hakiki anda".

Wassalam.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Sementara kita bercakap pasal isu “Malaysian first” ini, saya nak komen sikit lagilah.

Kalau kita bercakap di dalam Bahasa Melayu, bagaimana kita hendak membezakan sesuatu kaum bukan Melayu di negara ini dengan kaum sama yang berasal dari negara lain? Maksudnya, adakah kita akan menyebut kaum Cina Malaysia atau Malaysia Cina? Begitu juga dengan kaum India Malaysia atau Malaysia India?

Maklumlah negara kita ini adalah sebuah negara majmuk dan sejak akhir-akhir ini sudah ramai pendatang-pendatang dari negara-negara luar mencari rezeki atau belajar di sini. Sekali pandang, sukar hendak kita bezakan samada jiran-jiran, perniaga-perniaga, atau pelajar-pelajar adalah rakyat Malaysia atau tidak.

Jadi, sebutan yang betul mengenai kaum-kaum ini akan dapat membezakan di antara Cina Malaysia dengan Cina China, Cina Singapura, Cina Thailand dan lain lain; atau India Malaysia dengan India India, dan sebagainya (atau Jawa Selangor / Johor dengan Jawa Indonesia -- no pun intended).

Sebaliknya, jika kita menyebut di dalam bahasa Inggeris, kita akan menyebut “Malaysian Chinese” atau “Malaysian Indian”, dll.

Jadi soalan saya, konsep 1Malaysia ini hendak memberi penekanan apa? Bahasa Melayu atau Inggeris?

Bukanlah niat saya hendak mengenepikan kepentingan bahasa Inggeris (kerana saya sangat menyokong PPSMI tetapi kerajaan pulak yang tak tetap pendirian), tetapi di dalam membicarakan konsep 1Malaysia, penekanan sepatutnya diberikan terhadap penyebutan bahasa Melayu kerana Bahasa Melayulah yang sewajibnya menjadi teras penyatuan dan keharmonian masyarakat di negara ini. Bukan bahasa Cina, bukan bahasa Tamil, bukan Inggeris atau apa-apa bahasa lain sekali pun.

Saya rasa majoriti besar orang Melayu sahaja yang menggunakan bahasa Melayu, samada untuk percakapan mahupun pemikiran. Kaum-kaum lain masih lagi bercakap dan berfikir di dalam bahasa ibunda masing-masing. Kecuali sebahagian kecil dari kaum bukan Melayu, bila mereka bercakap di dalam bahasa Melayu, lintang pukang dibuatnya. Kucar kacir jadinya bahasa tersebut.

Justeru, jika konsep 1Malaysia ini hendak menyatu-padu dan mengharmonikan masyarakat berbilang kaum di negara ini, mengapa perlu “berfikir” di dalam bahasa Inggeris…atau Cina, atau India, dan lain lain?

Terima kasih

Azman Mohd Isa

langitbiru said...

ETP dan Trilion ringgit ni apa ke benda Dato'?

Dato' wartawan ekonomi boleh cepat paham.

Saya habuk tak paham lagi, bunyi trilion, terliur sangat-sangat, takut mati lemas dalam air liur sendiri, atau seperti semut mampuih dalam timbunan gula!!

Jerung-jerung mana dok keliling ETP Trilion ni Dato'? Berjaya,YTL,Gamuda,Sp Setia, Tan & Tan........bla bla bla.

Melayu dikampung dapat rasa tak?

Apa cerita Casino 3.4billion di Karembunai Sabah?
Inikah maksud "above race and religion"?

Koridor-koridor dulu dah siap ke belum?

....tengok rumah Pak Lah hampir 75% berkaca. Pandai arkitek dia buat!

Anonymous said...

Salam rakan dan Pemblog,

Kalau diberi pilihan sama ada untuk pertahankan kuasa atau membelakangkan bangsa, menjaga imej agama sendiri atau imej agama pakatan, maka apakah pilihan kebanyakan kita?

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, nampaknya ramai dari kalangan muslim telah memilih untuk mempertahankan perasaan kawan (kuasa) berbanding perasaan sedara sendiri (agama).

Hinggakan yang terbaru ada pihak yang memilih untuk menerima replika cek sejumlah 4 bilion atas andaian yang ia untuk memajukan parti dan umat tanpa terlebih dahulu memandang sama ada ianya mungkin bertentangan dengan agama atau pun tidak.

Oleh itu kalau situasi ini berterusan, tidak salah membuat andaian bahawa pada akhirnya semua pihak akan berada dalam kotak pemikiran yang ini: "Dapatkan kerusi majoriti terlebih dulu, yang lain akan menyusul kemudiannya!"

Kah-Kah-Kah

saji said...

Salam Dato'

Bercakap pasal konsep 1Malaysia yang mengelirukan, dalam Islam kalau seseorang pendakwah berasa sukar untuk menjelaskan sesuatu dasar, konsep, teori dan hukum Islam atas alasan mahu mengelak menimbulkan kekeliruan dsb mereka akan melakukan kiasan atau analogi. Contoh klasik, iman itu bagaikan pohon yang subur.

Anonymous said...

chingkie koh telah menjahanamkan semangat satu kawan bee en
di p pinang hingga melayu di pulau menghumban bee en keluar
dari mentadbir negeri

alangkah ironik, dulu dia jaga 1 chingkie,

sekarang bila telah ditendang keluar, dia mahu melayu pikiak 1 malaysia.

tak mungkin, melayu p pinang akan terima gerakan lagi-hardcore chingkie yang kejam kepada melayu merata rata

kesalan yang pernah diucapkan olih hardcore chingkie koh takkan bawa ppinang balik ke pengkalan gerakan.


nasi sudah jadi bubur

notoktok

OKJ said...

Salam DAKJ

Alhamdulillah, raya baru ni, saya sedekah RM2 untuk budak-budak kampung, RM5 untuk sedara-sedara yg lebih rapat dan RM 10 untuk anak-anak sedara dan anak-anak staff saya untuk menghiburkan hati anak-anak beraya. Itu jelah yg saya mampu.

Tapi rupanya ada yg dapat RM4 Billion (RM 4,000,000,000) replika cek sedekah. Dato’ ada dengar cerita jugak ke. Kalau ada dengar-dengar, bolehlah Dato’ ceritakan sikit sebab rasanya ramai juga yg nak mendengar. Kaya betul company tu ye, sama standard dengan PETRONAS bunyinya. Sekian TQ.

Anonymous said...

Datuk

dengan izin ...

sdr langit biru.

sdr ni suka cakap berleret-leret, berjela-jela, macam nak tunjuk pandai walaupun dah 2, 3 kali terkantoi menipu dan bagi hujah silap.

saya masih ingat lagi bagaimana sdr cuba menipu dengan menuduh orang UMNO minum arak sebelum main golf. Bagaimana "waiter" cuba memujuk sdr..."minumlah sikit", kawan2 you (orang UMNO) pun minum juga. Ini semua pembohongan sdr untuk menunjukkan betapa jahatnya orang2 UMNO itu. Tapi silapnya, sdr ni menipu macamlah kami ni bodoh sangat. Punyalah busuk hati sampai sanggup buat fitnah supaya orang benci UMNO.

Kemudian sdr menuduh orang2 UMNO sebagai kafir, kufur kerana menolak undang2 Islam. Maka berkajang-kajanglah tafsir Al-Quran saudara kemukakan untuk membuktikan hujah saudara itu. Malah saya masih ingat lagi betapa bongkaknya saudara mencabar saya, pak belalang dan beberapa forumer yang pro-UMNO yang lain untuk menyangkal hujah saudara itu.

Tapi yang kelakarnya, saudara tulis tafsiran Al-Quran mengenai hukuman zina. Tapi nak jatuhkan hukum keatas hukuman berkhalwat. Perbezaan zina dengan khalwat pun saudara dah kantoi. Lagi nak cabar2 orang. Samalah juga halnya bila sdr tak dapat nak bezakan antara Revenue dan Profit masa berhujah hal Petronas dulu. Berjela-jela saudara berhujah betapa silapnya kerajaan dan Petronas. Tapi bila saya dan sdr Affendi Hussein beritahu kesilapan sdr tentang Revenue dan Profit itu, apa pula tindakan saudara selepas itu. Nak minta maaf ... sorrylah. Inilah sifat orang bongkak. Orang tak tahu malu.

Saya dah nasihatkan sdr dari dulu lagi, jangan terlalu angkuh sangat bila berhujah. Tapi sdr masih degil. Sikap terlalu bencikan UMNO itu dan sikap menyangka diri sendiri itu lebih hebat dari orang lain menyebabkan sdr selalu lupa diri.

Sekarang, timbul pula hal "laknatullah" Lord Reid. Sdr buat kesimpulan sendiri betapa jahatnya orang kafir ini. Sdr berhujah dengan panjang lebar agenda jahat orang kafir ini seolah-olah sdr sendiri berada disebelah orang kafir ini semasa beliau menulis Perlembagaan tersebut.

Buat pengetahuan sdr, Lord Reid ini hanyalah pengerusi Suruhanjaya Perlembagaan. Suruhanjaya ini melakukan 118 kali mesyuarat dengan persatuan, pertubuhan dan lain-lain pihak berkepentingan di Malaya dan menerima 131 memorandum dari mereka. Dari memorandum2 inilah, Perlembagaan Negara itu dibentuk. Bukannya dari kepala otak Lord Reid ikut suka hati dia sahaja nak tulis apa saja dalam Perlembagaan negara itu.

Sekian, terima kasih.


-sinbad-

langitbiru said...

Saudara Sinbad,

Saya tidak nampak apa hujah menyokong pendapat Sdr, 1 Malaysia tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Di sini, di topik ini, kita berbicara dan berdiskusi. Samada Sdr hilang FOKUS atau sememangnya sengaja mengelak untuk berhujah.

Kalau tiada hujah balas, saya fikir mungkin ada baiknya Sdr diam! (maaflah, kalau tak terima nasihat pun tak apa).

Tampalan Sdr kali ini menampakkan kecamukan emosi Sdr, seolah-olah "Sdr semacam ada hutang perlu dibayar pula gayanya".

Tiada sebarang ilmu atau pengajaran boleh diambil dari tampalan Sdr kali ini. Inilah hujah-hujah kalau kecamukan emosi menguasai akal fikiran.Tak kemana hujah-hujah sebegini!

Tipikal Melayu yang suka pandang ke belakang, bukan pandang ke depan, mengungkitkan perkara lama dengan penjelasan atau kupasan atau kesimpulan yang jauh benar berbeza dari jalan perbincangan sebenar. (Semuanya ada dalam blog Dato' kalau mahu buat rujukan). Macammana nak maju!

Sdr Sinbad,

Boleh terangkan bagaimana 1Malaysia tak bercanggah dengan Perlembagaan?

Kenal benar Saudara dengan lord Reid!!

saji said...

Salam langitbiru

"...tengok rumah Pak Lah hampir 75% berkaca. Pandai arkitek dia buat!"

Komen:

Untuk pengtahuan sdr, seni bina era awal 80an hingga hujung 90an atau era Dr M di negara ini dikuasai oleh seni bina moden bentuk pacamoden (maksudnya, hiasan dalam motifnya moden, luar motifnya aka palsu/false klasikal untuk mudah difahami) yang kurang menggunakan dinding kaca berbanding dinding bata berplaster dsb.

Seni bina era awal 2000 hingga sekarang dikuasai oleh seni bina yang banyak menggunakan kaca yang dari segi bentuknya boleh dipanggil neomodernism atau enrich modernism. Begitulah reka bentuk pondok bas di sekitar Kuala Lumpur.

Yang pasti dan penting untuk sdr tahu, era seni bina sekarang itu lebih mempaparkan falsafah ketelusan /tranperency dua hala -dalam keluar dan luar ke dalam yang dilambangkan oleh arkitek sekarang melalui penggunaan bahan kaca (atas alasan telus cahaya dan pandangan) yang banyak itu melibatkan bukan sahaja elemen dinding malah bumbung, tangga dan balkoni.

Rasanya tidak sukar untuk sdr membuat interpetasi politik dan pentadbiran negara di sebalik falsafah seni bina sekarang iaitu yang banyak menggunakan bahan kaca untuk sdr manfaatkan dalam kajian politik tempatan dan Islam sdr.

saji said...

Salam langitbiru dan Sinbad

Selagi sdr berdua bincang pasal 1Malaysia berkisar dalam ruang lingkup ciri2 aspek kemanusiaan yang meliputi perlembangaan, dasar, gagasan, konsep, model dsb, perbincangan sdr berdua tak kemana2 -rujuk perbincangan saya sebelum ini mengenai konsep dan ciri pengurusan organisasi moden; melainkan sdr memiliki dan menguasai ilmu kemanusiaan dan teknikal berkaitan seklai gus. Begitulah kandungan ajaran Islam dalam alQuran yang belum atau sukar dilaksanakan dalam dunia moden ini termasuk hukum hudud.

Sdr akan faham jika DS Najib sudah menjelaskan ciri2 aspek teknikalnya iaitu alat atau mekanisme yang menterjemahkan konsep 1 Malaysia -rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan itu nanti sepenuhnya yang meliputi sistem dan tatacara pelaksanannya untuk semua aspek pentadbiran kerajaan dan kehidupan rakyat membabitkan peringkat makro dan mikro, seperti yang saya tekankan dalam perbincangan saya dengan sdr pakbelalang di atas.

Namun, berdasarkan kepada pengalaman pelaksanaan DEB dulu membabitkan aspek teknikal juga, saya mempunyai sebab untuk mengatakan bahawa ciri2 aspek teknikal yang bakal dijelaskan oleh DS Najib nanti akan berkisar dalam ruang lingkup aspek teknikal peringkat makro atau umum yang, pada saya, itu sahaja yang diketahui oleh golongan kemanusiaan seperti sdr berdua.

affendi hussain said...

dulu lee kuan yew haram sekolah cina...dia buat sekolah English 100%, cina x marah pun..

Tak marah Schenker78?? Betul ke? Bukan tak marah, ttp tak dpt muka & kena belasah "kaw"2 dgn LKY..Melayu ni baik hati sgt dgn Cina, tak mcm LKY, "racist" dgn bangsa sendiri tak dikira "racist"..

Berikut adalah kenyataan LKY sendiri dlm New York Times..bacalah:

"Well, yes, because otherwise they are running around and causing havoc playing on Chinese language and culture, and accusing me of destroying Chinese education. You’ve not been here when the Communists were running around. They do not believe in the democratic process. They don’t believe in one man, one vote. They believe in one bullet, one vote. They had killer squads. But they at the same time had a united front exploiting the democratic game. It gave them cover. But my business, my job was to make sure that they did not succeed. Sometimes you just got to lock the leaders up. They are confusing the people. The reality is that if you allow these people to work up animosity against the government because it’s keeping down the Chinese language, because we’ve promoted English, keeping down Chinese culture because you have allowed English literature, and we suppress our Chinese values and the Chinese language, the Chinese press, well, you will break up the society. They harp on these things when they know they are not true. They know that if you actually do in Chinese language and culture, the Chinese will riot and the society must break up."

Proven remedy..wanna have some in Malaysia, kawan?

("/)

azhar said...

salam dato

rakyat malaysia yang mencorakkan malaysia.bukannya slogan.

saya nampak setiap kaum cuba mengekalkan konsep,gaya hidup atau kehendak mereka sendiri.manakala kerajaan yang ada tidak mempunyai keazaman politik yang kuat untuk untuk menjadikankanya satu konsep menjadi reality

kaum ,agama , bahasa serta penampilan yang berbeza adalah lebih merumitkan

walau bagaimana pun biasanya corak rakyat sesuatu negara biasanya dicorakan oleh penduduk majoriti sesabuah negara.

di malaysia corak masyarakatnya berbeza dari satu negeri kenegeri yang lain.bagi negeri di pantai barat semenanjung seperti johor,melaka,ns,selangor,perak dan pulau pinang satu corak yang pelbagai bangsa kelihatan. walau pun begitu corak kearah corak melayu sedang berlaku agak pesat disebabkan pertabahan bilangan penduduk melayu yang semakin besar di negeri negeri tersebut.

bagi penduduk bukan melayu mereka sekarang nampaknya cuba menapikanya
dan mencari kesalahan apa yang berlaku.mereka tidak bersedia dan rela untuk menghadapinya.

saya yakin 20 tahun dari sekarang satu corak yang sama iaitu corak budaya melayu akan mencorakkan seluruh semenanjung malaysia kerana ketika itu orang melayu membentuk lebih 70% penduduk semenanjung malaysia dan membentuk majoriti disemua negeri.serta kuasa politik bukan melayu mungkin menjadi semakin lemah.mereka perlu ikut jika tidak mereka akan kelihatan ganjil dan mungkin terpinggir.

maka terbentuklah satu corak satu malaysia.

Anonymous said...

Ini apa yang saya komen dulu.


Datuk

Beza antara konsep "1Malaysia" dgn "Malaysian Malaysia" ialah pada ikatannya terhadap Perlembagaan negara.

1Malaysia masih terikat dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Ini termasuklah hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi. Hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dan hak beragama bagi orang bukan Islam.

Malaysian Malaysia pula tidak terikat dengan semua perkara ini.

Jadi, saya harap rakan-rakan semua dapat melihat perbezaan ini. Sebenarnya ia mudah sajakan. Tapi oleh sebab-sebab tertentu, ia sengaja dikelirukan.

Terima kasih.


-sinbad-

11:59 PM




Silalah baca betul-betul. Saya tak cerita pun pasal konsep 1Malaysia ni. Saya hanya beri pendapat tentang perbezaan diantara 1Malaysia dan Malaysian Malaysia.

Ada orang bagi pendapat bahawa kedua-dua konsep ini adalah sama. Saya tak setujulah. Bagi saya, ikatan terhadap Perlembagaan Negara menjadi perbezaannya.

Najib pun dah jelaskan bahawa 1Malaysia ni perlu ikut Perlembagaan. Samada beliau beretorik politik atau perlaksanaan dasarnya ini kelam kabut, itu adatlah. You are free to agree or disagree. Tapi apa-apa pun, bagi saya, ia tidak sama langsung dengan konsep DAP Malaysian Malaysia yang bercanggah dengan beberapa perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara itu.

Yang saya pelik, ada orang melalut sampai bukak cerita Lord Reid laknatullah ... bla... bla...bla... ni apabendanya ni? Nak tunjuk pandai? Nak mengarut?

Pergi main jauh-jauhlah.

Anwar Ibrahim pun kata Malaysia ni bukan Melayu punya tapi Cina punya, India punya ... bla... bla... bla...

Nizar Jamaludin pun pernah kata dalam perlembagaan PAS, tak ada langsung cakap nak tubuh negara Islam, bla... bla...bla...

So, what is the big deal?

Cakap tak serupa bikin atau cakap lari dari konsep ni biasalah. Mana-mana parti politik pun kantoi.

Kalau kita asyik nak tengok pada "imperfection" memang sampai bila-bila lah kita akan hanya nampak cacat dan kekurangannya. Lebih-lebih lagi dengan negara yang punya masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama. Ingat senang ke nak bagi semua orang "happy" dan puas hati ni. Look at the positive side of it. 1Malaysia ni ada juga baiknya terutama pada penekanan terhadap "unity", yang sangat-sangat kekurangan sekarang ni.


BER-1Malaysia!


-sinbad-

Bukit Larut said...

Datuk,

Saranan Koh Tsu Koon mengenai Malaysia First ini pada pandangan saya ditujukan kepada orang-orang Melayu. Tujuan untuk memporak perandakan orang Melayu. Menambah pecahbelahkan orang-orang Melayu. Mencelaru pemikiran Melayu. Sekarang ini pun sudah ada orang Melayu yang tidak bangga jadi Melayu. Kesian betul!

Betulkah Malaysia First Tsu Koon? Kalau Malaysia First kenapa orang-orang Cina dan India beri keutamaan kepada kaum sendiri. Dulu sering kedengaran Malaysia Chinese dan Malaysian Indian. Tapi sekarang dah berubah utamakan etnik dulu seperti Chinese Malaysian dan Indian Malaysian. Tapi bila tinggal di Amerika Syarikat tidak pula sebut Chinese American tapi bangga jadi American Chinese (termasuklah jenis muka tak malu yang tinggal di AS secara haram).

Saya tetap Melayu First. Tanpa Melayu tidak ada Bahasa Melayu, adat istiadat, budaya Melayu, Tanah Melayu dan Raja-raja Melayu. Orang Arab pun mengaku Arab dulu kemudiannya baru agama. Ini kerana tak semua orang Arab tu Islam.

langitbiru said...

"Pergi main jauh-jauhlah".
-sinbad- 8:40 AM

Sdr Sinbad,

Sinbad dan Langitbiru di sini adalah sebagai "tetamu" The Scribe, selaku "Tuan Rumah". Kalau tetamu menghalau tetamu Tuan Rumah, "Pergi main jauh-jauhlah", itu nampaknya tidak beradab, tidak sopan, dan angkuh sombong. Kita kan rumpun bangsa Melayu yang terkenal dengan adat kesopanan dan kesusilaan. Jangan begitu, kurang molek!

Sesiapa yang membaca di sini pun tahu, Sinbad yang membuat kenyataan, "1Malaysia masih terikat dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara". Maka saya mencabar kenyataan Sinbad,menuntut Sinbad memberi hujah,penerangan atau penjelasan BAGI mempertahankan kenyataan Sinbad di atas. (Termasuk rujukan pandangan Mahathir dan Perkasa mengenai 1 Malaysia)

Cukup mudah dan simple kan? Tak payah copy & paste banyak-banyak kali kenyataan Sinbad diatas, semua dah baca dah! Dan tak payah minta "baca betul-betul",cukup mudah bahasa ibunda kita. Tak perlu lateral thinking ke, horizontal ke vertical ke nak paham , tak perlu! Cukup jelas.

Kalau nak jadi "Jurucakap" 1Malaysia, kena beri penjelasan,penerangan dan hujah kepada orang yang tak faham,kabur,tak setuju,atau menentang konsep 1Malaysia. Cukup mudah kan?

Kalau jawab soalan esei SPM/STPM, berbunyi, "Sila jelaskan 1Malaysia masih terikat dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara", Sdr dapat F, spanar. Kenal spanar? Kantoi lah!

PM Dollah dulu dengan Konsep Islam Hadhari. Juga didakwa selari dengan Perlembagaan Malaysia, bahkan Pak Lah istihar Malaysia Negara Islam. Ulama-ulama Pak Lah berhujah menyokong kenyataan Pak Lah, berdasarkan kacamata ISLAM, tapi hakikat pelaksanaannya berdasarkan kacamata sekular.Bermakna, Islam Hadhari tidak selari dengan Islam (tiada Roh Islam) sepertimana dalam Perlembagaan, tetapi selari dengan sekular. Itu sebabnya Konsep Islam Hadhari gagal. Itu contoh Islam Hadhari, untuk Sinbad ambil nota (kalau mahu lah) untuk berhujah mengenai 1Malaysia! Paham?

OK lah Dato'. Banyak-banyak terimakasih la Dato' kerana beri laluan. kalau bazirkan masa Tok, minta maaf Tok.

Cukup sini saja lah Sinbad. Sdr kan tak ada masa!!

......takecare Bro!

Anonymous said...

Datuk,

Sorry, ini last call.

sdr langit biru nampak gayanya masih meracau-racau dan semakin tebal rasa tidak puas hati. Lebih2 lagi bila kena "pegi main jauh-jauh" dengan saya. Hahaha ...

Saya dah katakan bahawa komen saya yang dulu hanya menyentuh mengenai perbezaan diantara konsep 1Malaysia dan Malaysian Malaysia. Saya tak cakap pun mengenai tatacara perlaksanaannya dan langkah bagaimana Najib hendak mencapainya. Yang sdr langit biru tak semena-mena meracau-racau dan mencabar dan menuntut saya menjelaskan konsep 1Malaysia ini kenapa?

Bersungguh2 benar sdr langit biru ini menentang konsep 1Malaysia. Malah cuba menarik nama Dr.Mahathir dan PERKASA sebagai pihak yang turut menentang konsep 1Malaysia ini.

Yang saya baca diakhbar la, Dr. Mahathir dan PERKASA hanya meminta Najib menjelaskan dengan lebih terperinci dan menyeluruh mengenai konsep berkenaan bagi mengelak perbezaan pandangan dikalangan masyarakat berbilang kaum. Tidak cakap pun mereka menentang terus konsep 1Malaysia tu.

Tapi ada orang dah buat kesimpulan sendiri bahawa Dr.Mahathir dan PERKASA menentang 1Malaysia. Ini memang saya fahamlah kenapa. Sebabnya mereka2 ini memang ada dendam kesumat pada UMNO dan pemimpin2 UMNO. Sikap dendam kesumat yang membara inilah yang selalu membutakan mata hati dan sikap rasional orang seperti langit biru dalam berbicara, malah sampai ketahap sanggup menabur fitnah dan membuat cerita tipu hanya semata-mata untuk memburuk-burukkan orang UMNO.

Saya ni pun bukannya setuju sangat dengan "pembesar2 UMNO" ini. Selalu jugaklah saya hentam mereka sampai jadi ketupat. Tapi kita kenalah juga membezakan diantara politik dan negara. Najib tu Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Jangan kita ghairah sangat nak belasah UMNO tapi terkena dengan Malaysia sekali cedera parah.


Sdr langit biru ini, sekali lagi saya lihat masalah yang sama berulang. Sebab terlalu bencikan Najib dan UMNO, sdr langit biru pintas melompat meracau apabila ada suara yang seakan menyokong konsep 1Malaysia ini. Keracauannya menjadi lebih dahsyat apabila suara yang menyokong itu pulak datang dari "sinbad" yang telah banyak kali buat dia telan ludah sendiri.

Oleh kerana dendam kesumat ini, sdr langit biru sudah buta hati dan gagal membezakan apa itu "konsep" dan apa itu "perlaksanaan". Sdr langit biru membangkitkan hal Pak Lah dgn Islam Hadhari nya dahulu bagi menegakkan hujah-hujahnya. (Tolonglah! Jangan kaitkan saya dengan Pak Lah, KJ, Kali, Samurai Konto dan lain-lain. Saya pun tak puas hati dengan mereka ini!) – (bersambung: Sinbad)

Anonymous said...

Saya sekali lagi mengulangi bahawa komen saya dulu hanya menerangkan tentang beza diantara konsep 1Malaysia dan Malaysian Malaysia. Saya tak sentuh pun mengenai dasar perlaksanaan dan apa-apa itik, ayam, kambing, lembu, biri-biri dan lain-lain mengenai 1Malaysia.

Kena fahamlah. Konsep dan perlaksanaan adalah 2 perkara yang berbeza.

Dari segi konsepnya, Najib menegaskan bahawa 1Malaysia ini masih terikat dengan Perlembagaan Negara. Dari segi perlaksanaan pula? Itu kita masih tidak tahu lagi. Sama-samalah kita lihat dan menilainya. Menilai ni pula, kenalah tengok pada pro dan kontranya. Jangan tengok pada buruknya sahaja. Lepas tu kondem setengah mampos. Mana boleh macam tu?

Kita fahamlah, banyak berlaku dimana pemimpin cakap tidak serupa bikin. Dari segi konsep memang cantik tapi dari segi perlaksanaan ... huduh. Tidak kiralah samada kerajaan BN, DAP, PKR mahupun PAS. Masing-masing akan ada kekurangannya lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara yang subjektif. Ada orang yang suka, tapi ada yang tidak.

Di Kelantan misalnya. Kerajaan PAS Kelantan kata konsep pemerintahannya mengikut hukum Islam. Malah negeri Kelantan digelar Serambi Mekah pun. Alhamdulillah. Tapi kerajaan Kelantan juga tidak membenarkan orang Islam dari negeri lain dari membeli tanah-tanah di Kelantan yang hanya dihadkan kepada anak Kelantan. Adakah ini mengikut hukum Islam? Ada orang kata ya. Ada orang kata tidak. Dan pastinya bagi orang-orang yang kata tidak tadi, akan membuat kesimpulan bahawa kerajaan Kelantan mengamalkan perbezaan dari segi konsep dan perlaksanaan dasar-dasarnya.

Konsep dan perlaksanaan PPSMI pula. Ada yang sokong. Ada yang tidak. Ada orang puji. Ada orang keji. Tapi yang kena kutuk, yang kena kondem... kerajaan jugalah. Apa nak buat. Nasib badan ...

Berkenaan dengan cabaran sdr langit biru kepada saya mengenai konsep 1Malaysia pula. Saya tidak mahu buang "banyak" masa saya berhujah dengan orang yang buta hati dengan dendam. Tak produktif langsung. Tapi kalau buang "sikit masa" tu bolehlah. Sdr langit biru nak saya tulis panjang-panjang, sorrylah. Tidak ada masa. Kalau sdr rasa tak puas hati sangat, sdr lah yang tulis apa konsep 1Malaysia ini yang tidak terikat dengan Perlembagaan Negara. Biar sdr yang buang banyak masa. Saya berniaga sendiri. Masa saya duit. Lain la macam sesetengah orang yang kerja makan gaji. Boleh buang-buang masa tulis panjang lebar, meleret-leret walau curi waktu pejabat. Lepas tu cakap bab Islam macam alim sangat.


-sinbad-

ali ahmad said...

Salam buat Dato',

Ada juga terbaca saya satu artikel oleh Prof Khoo Khay Kim.......bahawa kerajaan dan kedaulatan Melayu sememangnya diiktiraf oleh pihak British sejak zaman dahulu kala lagi.....

JADI, perkauman kah atau ekstrem kah jika ada pihak ingin membela KEDAULATAN MELAYU.....

Jelas dari dulu lagi bahawa YANG BELAJAR SEJARAH TANAH AIR YANG BERNAMA MALAYSIA INI kebanyakannya dan mungkin hampir 90% adalah budak-budak Melayu.....

budak-budak ambil SCIENCE STREAM ada belajar SEJARAH KA?

budak-budak SCIENCE STREAM ni berapa peratus aja budak Melayu!!!Yang sekolah Asrama Penuh/MRSM aje yang kasi naik peratus dia.....sekolah harian biasa.....Kementerian Pelajaran GO AND THINK!!!!!

Minta Kementerian Pelajaran ambil sedikit iktibar lah....usaha sedikit....BRAIN STORMING sedikit...tolong tengok statistik pelajar....SUSAH SANGAT KA?

SEMAKIN HARI SEMAKIN SEDIH MELIHAT SESAMA BANGSA MEMPERSOALKAN KEDAULATAN BANGSANYA SENDIRI....

SESUNGGUHNYA TIDAK YANG SEMPURNA DI DUNIA INI....

Pergi la Amerika....perkauman juga...LUPA KITA KEPADA KUNTA KINTE...

Pergi la Australia....perkauman juga...LUPA KITA KEPADA ORANG OBORIGIN......

Pergi la New Zealand...perkauman juga...LUPA KITA KEPADA ORANG MOARI..

Pergi la Kanada....perkauman juga...LUPA KITA KEPADA NEGARA YANG TERBAHAGI DUA OLEH BAHASA...SATU MAHU BAHASA INGGERIS, SATU MAHU FRENCH....

Pergi la Perancis...perkauman juga..LUPA KITA KEPADA LAYANAN BANGSA ASING SELAIN FRENCH...

JADI, BERSYUKUR LAH DI MALAYSIA....

ali ahmad said...

Salam buat Dato',

Saya suka menonton berita TV....tidak kira berita Melayu, Cina, India atau Inggeris....

Tapi, akhir-akhir ini saya perhatikan terdapat jurang perbezaan berita yang disampaikan oleh saluran RTM......

Berita Melayu...penuh cerita orang Melayu....

Berita Mandarin .....penuh cerita orang Cina....

Berita Tamil....penuh cerita orang India....

Berita Inggeris...campur-campur; kadang-kadang tidak sentuh satu pun pasal yang lain.....

ADA MASALAH KA?

RAKYAT MALAYSIA INI SATU AJA...WARGANEGARA MALAYSIA.....

Apasal berita lain-lain?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).