Friday, November 19, 2010

Lagi Macam-Macam Ada di Malaysia

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RAKYAT jelata, pengundi, pembayar cukai dan penderma tentunya mengalu-alukan keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, membatalkan hasrat berangkat ke majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Yayasan Selangor kerana murka dengan perbelanjaan tinggi untuk sambutan itu.

Hasrat Baginda itu disampaikan menerusi satu kenyataan akhbar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Ramli Mahmud. Menurut Ramli, baginda tidak memperkenankan penganjuran majlis sambutan berkenaan kerana melibatkan kos kewangan yang terlalu tinggi – melebihi RM300,000. Baginda menyifatkannya sebagai membazir dan tidak berfaedah.

Saya rasa rakyat jelata, pengundi, pembayar cukai dan pesakit juga tentunya mengalu-alukan keputusan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya meluluskan RM5 juta bagi menaik taraf unit penjagaan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (KLH).

Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dirawat di situ dari 4 hingga 7 November lalu kerana demam campak (chicken pox). Nampaknya peruntukan itu ada kena mengena dengan pengalaman beliau di situ. Alhamdulillah, ada hikmat daripada keuzuran Perdana Menteri itu.

Kalau masa saya membesar di kampung dulu, budak-budak saja yang kena deman campak. Kalau orang dewasa dipanggil kayap melainkan ruam keluar seluruh badan sampai ke muka baru dipanggil campak. Saya sekali kena deman campak masa dewasa. Habis badan dan muka "bopeng". Tak pergi kerja tiga minggu.

Tetapi kita tidaklah perlu tunggu Perdana Menteri dan para pembesar yang berkuasa – VIPs with power – masuk ICU baru ICU dapat duit naik taraf atau masuk kampung baru jalan nak diturap dengan tar atau jatuh ke sungai baru nak kukuhkan jambatan.

Kalaulah para wakil rakyat kita berada di padang seperti yang semestinya, mereka tentulah tahu masalah rakyat. Tetapi kalau sekali-sekala turun padang, tak acilah. Parlimen dan DUN pun bukan bersidang setiap hari atau sepanjang tahun. Jadi tak masuk akallah kalau ada YB yang hanya sekali-sekala turun padang. Istilah turun padang tak relevan kalau para YB jalankan tugas sebab memang tugas mereka berada di padang dengan rakyat.

Kemudian ada berita mengenai presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Umno tidak patuh kepada undang-undang. Lantas dia mendesak Umno berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jika kalah dalam pilihan raya umum akan datang.” Pastilah itu bukan kenyataan yang mahu didengar oleh para pembesar Umno dan tidak syak lagi ramai yang kecut perut dengan kemungkinan itu.

Abdul Hadi berkata, Umno perlu bersikap terbuka menerima kekalahan dan tidak mencari helah untuk terus berkuasa macam di Perak tahun lalu.

“Parti yang memerintah kalau menghadapi masalah kenalah berundur, beri peluang kepada kita untuk memerintah,” katanya.

Tapi tembakan Abdul Hadi terhadap Umno sikit-sikit terkena PKR sebab parti rakan Pas yang memerintah Selangor itu juga sedang menghadapi krisis kepemimpinan yang runcing.

Dan Pas sendiri jatuh sikit markah apabila gagal mempertahankan kerusi DUN Galas, Kelantan dalam pilihan raya kecil 4 November lalu.

Berbalik kepada Kabinet luluskan RM5 juta untuk ICU, Hospital Kuala Lumpur, pemerintah wajib memikirkan kesesuaian melaksanakan projek-projek yang kurang mendesak seperti projek RM65 juta untuk mengubahsuai Sri Perdana.

Kalau Mohd Najib pernah suruh rakyat jelata ubah “lifestyle” (gaya atau cara hidup) masa menarik balik subsidi petrol pada tahun 2006, eloklah para pembesar negara menunjuk jalan dan jadi teladan.

RM65 juta tu banyak. Kalau tak salah, pada zaman Abdullah Ahmad Badawi duduk di situ, dia sudah belanjakan lebih RM15 juta perbaiki dan ubah suai Sri Perdana. Itulah yang dilaporkan dalam Parlimen. Sekarang khabarnya RM65 juta lagi hendak dibelanjakan.

Berita-berita macam inilah yang membuat rakyat jelata marah. Lebih-lebih lagi pada waktu perbelanjaan yang afdal macam pelajaran, kesihatan dan kebajikan masyarakat dijimatkan.

Dengan berita-berita yang tidak masuk akal ini, bolehkah para pembesar Umno dan BN menyalahkan pengundi muda yang sedang bertungkus lumus membina kehidupan dalam suasana ekonomi yang makin mencabar jika mereka memihak kepada pembangkang?

Mereka mungkin tidak benci sangat kepada Umno atau BN, tetapi mereka tidak tahan dengan kurang keprihatinan segelintir pembesar Umno/BN serta sifat hemoi sesetengah watak di sekeliling mereka yang dilihat sebagai lebih sudu dari kuah.

Alangkah elok sumber kewangan negara yang terhad digunakan secara berhemah demi kepentingan rakyat terbanyak dan bukan untuk kesenangan para YB.

Jangan sekali-kali para YB lupa siapa yang meletakkan mereka di situ. Ingatlah, ada ubi ada batas, lima tahun sekali pengundi boleh balas!

Bukan YB BN saja. YB DAP, Pas, PKR dan yang serupa pun kena juga periksa dan ikhlas mengenai perbelanjaan rasmi mereka. Kalau kemurkaan Sultan Selangor dengan perayaan ulang tahun Yayasan Selangor boleh dijadikan contoh, nampaknya kerajaan PKR pun tidak bebas daripada pembaziran.

Akan tetapi, para pembesar Umno janganlah seronok sangat membelasah kerajaan PKR Selangor kerana masih banyak perbelanjaan rasmi kerajaan Umno/BN boleh dianggap membazir dan tidak kena tempat serta masa.

Saya pun setuju dengan titah Baginda Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah, yang kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat membantu mangsa banjir negeri itu.

Tak payahlah kita politikkan semua hal dan keadaan, takut-takut yang menyalah dan melalak itu pun tidak lebih daripada mengata dulang paku serpih. Wallahualam.

52 comments:

Anonymous said...

Bagi pengkritik, peruntukan tambahan buat ICU itu mungkin dipandang seumpama "sudah terhantuk baru terngadah".

Bagi golongan atas pagar, ia hanya memperlihatkan keprihatinan pihak yang ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu pada jalan yang betul -- meningkatkan apa yang kurang.

Mungkin ada yang berasakan ianya untuk kepentingan diri sendiri tetapi hakikatnya ICU menerima sesiapa jua sebagai 'tetamu' tanpa memilih bulu.

Namun, tidak dinafikan masih ada peruntukan yang diluluskan oleh pembesar (baik BN mahupun PR) hanyalah untuk faedah diri atau pihak tertentu saja.

ATAS PAGAR

pakbelalang said...

Kalau Sri Perdana diubah suai berkali-kali dan menelan belanja berjuta-juta ringgit saya rasa Perdana Menteri Malaysia tidak sesuai menghuni Sri Perdana. Eloklah Sri Perdana dijadikan istana tetamu sahaja kerana perbelanjaan ubah-suai sebesar itu penghuninya mestilah berdarjat Sultan.

ariff said...

assalamualaikum...

wah...perbelanjaan yang amat besar tu...sudah tentu nanti akan menjadi alat penarik undi pembangkang..

banyak sangat nak ubah suai RM65juta...

kat luar ni ramai lagi rakyat yang susah...yang duduk bawa jambatan..

perkara macam ni lah dapat menjatuhkan kerajaan BN dgn cepat sebab rakyat akan beralih arah dgn mengundi PR...

lebih baik tarik balik je kerja2 ubah suai tu..sblm kalah bsr kat PRU13...

*sekadar pendapat saya shj..

http://riffzam.blogspot.com

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Kalu jenis mulut jahat, gigi atas tumbuh dulu, cakap tu dia aje nak memang, orang kata nak A aje, macam saya ni, memanglah risiko memaku dulang paku serpih tu tinggi.

Mengkritik memang mudah, nak terima kritikan tu belum tentu boleh, apatah lagi kalau ada kuasa di tangan.

To me macam mana perfect pun kita, tok sah bising ngata oranglahkan, melainkan kalu kita memang penulis, karyawan, wartawan yang tugasnya bikin kritik sosial.

zamrul anis. said...

Dato Kadir.

Saya setuju benar dengan komen dato mengenai hospital besar KL..Baru2 ini ibu saya masok ka hospital besar dan kali pertama saya melawat hospital besar.

Mula2 dia masok ibu saya ka wad tiga,Ibu saya terkejut dan minta dia di keluarkan segera dari wad tiga.Dia kata dia akan mati lagi cepat.Saya pun terkejut.Keadaan wadnya amat tidak terator,terlampau ramai pesakit cram macam ikan sardin,bising dan terlalu ramai doktor yang buat pratical di situ.

Kemudian ibu saya di masok ka wad kelas satu.Itu pun terok juga.tandas nya terok,aircorn rosak,Tapi di situ tidak lah bising..Saya amat terkejut.

Saya ingat menteri2 MCA yang menjadi menteri aseik sibuk dengan politik party sampai tidak ada masa dengan menyelesaikan soal hospital.Entah bagaimana dengan hospital2 dearah.Elok juga jika Najib membuat lawatan mengejut sekali sekal

ab said...

Salam dato,




Politik sudah menjadi satu `industri' di negara ini.
TETAPI `industri' ini terlalu `opaque' dari segi accounting, auditing,annual report dsb,tidak seperti industri import-export, perkilangan,pelancungan,pembinaan dll...DAN TIADA AUDITOR GENERAL REPORT untuk `industri' politik ini....



Ahli politik terbanyak, kecuali beberapa orang sahaja kut ni, pula berfungsi dan pelbagai aktivitinya berdasarkan `INCOME DRIVEN', tidak kira dari `upstream incomes' dan `fringe benefits' dan `downstream incomes dan fringe benefits'....



Penyokong penyokong ahli ahli politik juga berdasarkan `income driven' , tidak kira sama ada `upstream' atau `downstream', ambil kesemuanya.....termasuk berbagai `fringe benefits' juga...



PENGUNDI PENGUNDI pula adalah `service driven'......mereka mengharapkan ahli ahli politik menyediakan pelbagai `services' kepada mereka dan komuniti mereka....



Ahli ahli politik sekarang ni pun manusia juga,tak maksum, KECUALI BEBERAPA AHLI POLITIK yang `BUAT BUAT MAKSUM'!......




Nasihat saya ialah JANGAN KETER-LALUAN MEMPERCAYAI ahli ahli politik....pengundi pengundi harap `services' dari ahli politik. Ahli politik ligan `incomes' dan `benefits' ...MISSMATCH diantara objektif ahli politik dan pengundi ini sudah keterlaluan dan ekstreme sekarang.



KALAU MEMPERCAYAI mereka, nanti ramai yang kecewa dan gundah gulana, sakit hati,marah,benci dan sebagainya yang merupakan sifat yang buruk, tetapi PUNCANYA ialah KEPERCAYAAN rakyat teramai pengundi juga.



Kalau tidak menaruh kepercayaan, saya fikir reaksi marah,benci, sakit hati dsb tidak akan menjadi PENYAKIT MASYARAKAT seperti sekarang....




RAKYAT PERLU diterangkan dengan jelas bahawa aktiviti pentadbiran negara,negeri dan majlis tempatan adalah DARI KAKITANGAN PERTADBIRAN AWAM/NEGERI..... ahli politik KEBANYAKANYA KACAU TUGAS KAKITANGAN AWAM INI untuk tujuan fungsi dan aktiviti `income driven' mereka dan penyokong mereka.



TO ALL POLITICIANS, i say it is not very difficult for you to fight for and achieve `a principle'..BUT IT IS VERY DIFFICULT, OR NEARLY IMPOSSIBLE FOR YOU TO LIVE UP TO YOUR `PRINCIPLE' CONSISTENTLY AND PERSISTING WITH IT.....you comes in `clean' and you will leave `sinner and dirty', ALMOST ALWAYS!....



Lebih lebih lagi kalau kamu sudah jadi penipu,pembohong,pencuri atau penyangak sebelum jadi AHLI POLITIK!........



Abu Bakar Ab Rahman

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya tak kisah jika UMNO membelasah PR kerana isu Jamuan Yayasan Selangor tu.Ianya betul.Cuma satu shj.Pepatah melayu ada menyebut "Mengata dulang paku serpih,mengata orang aku yang lebih".

Sedangkan kita tahu UMNO jauh leboh teruk dari itu.Pelbagai skandal yg merugikan wang rakayat satu demi satu keluar.Patutnya org org UMNO kena sibuk dgn isu isu ini.Ia terbukti benar dan tka boleh disorokkan lagi.Yg peliknya org org UMNO yg saya jumpa pura pura tak tau semua tu.Eloklah jangan "berkokok berderai derai tetapi ekor bergelumang tahi".

Jika ada pemimpin UMNO yg menyeru rakyat mengubah gaya hidaup dan berjimat cermat,reaksi saya ialah pertama seklai ialah meludah ketanah terlebih dahulu dgn penuh rasa benci dan meluat

Ap yg org spt saya perlu ubha lifestyle? Saya tak pergu bercuti makan angin keluar negeri.Malahan kat dalam negeri pun saya tak mampu.Makanan harian saya cuma roti canai nasi dan ikan kembung shj.Saya cuma memandu kereta murah buatan Malaysia.Saya tka mampu belikan anak anak saya Bentley,BMW Coupe,Mercedes convertible.Yg saya mampu beli cuma motorsikal buruk utk kemudahan anak anak saya di IPTA.Itu pun bayar ansurdan kadangkala saya miss bayar.

Pada sya pemimpin pemimpin UMNO ini adalah pemimpin pemimpin yg tidak bermoral dan tidak boleh dipercaya sedikit pun.Mereka disokong oleh penyokong penyokong fanatik yg enggan berfikir sedikit pun.Pada mereka sebarang perbuatan salah laku pimpinan UMNO adalah demi negara dan org melayu.Jadi biarkanlah kata mereka

Apa buktinya.Tak payag la sya penat penat tulis kat sini.Rujuk balik pd skandal yang didedahkan dari masa kesemasa.Keduanya perhatikan gaya hidup pimpinan UMNO serta keluarga mereka dikawasan masing masing.BYk yg kita boleh tahu samada tuduhan tuduhan yg dibuat oleh pihak PR atau NGO2 betul atau tidak

pakbelalang said...

Kemewahan yang ada di Sri Perdana mestilah setimpal dengan usaha untuk memewahkan kesejahteraan rakyat jelata. Kalau rakyat jelata hidup mereka masih lagi dalam keadaan daif dan kais pagi makan pagi apalah gunanya penghuni Sri Perdana hidup disekelilingi dengan suasana kemewahan hasil dari titik peluh wang rakyat. Adakah itu adil namanya. Tentu tidak.

Fikir-fikirkanlah dan sedarlah bahawa penghuni Sri Perdana hanyalah penghuni sementara sahaja.Penghuni Sri Perdana saling bertukar ganti dan tidak akan selamanya berteduh disana. Mungkin satu penggal sahaja dan mungkin juga beberapa penggal. Jadi berpada-padalah apabila hendak berbelanja kasar. Janganlah berangan-angan hendak menjadikan Sri Perdana sebagai Mahligai untuk memuaskan nafsu dan ego penghuninya supaya rakyat tidak akan memandang serong. Memadailah apa yang dah ada di Sri Perdana!!

dan kajang said...

Assalamualaium Dato',

1. Nampaknya sekarang ini semuanya jadikan bahan isu politik. Bagi PAS tarikh Hari Raya Haji pun dikatakan pelik. Tujuannya bukan apa, hanya hendak dapat political millage sahaja. Kononnya dialah yang betul. Tak tahulah tarikh yang macam mana yang tak pelik bagi PAS.

2. Hari ni pula PAS dikatakan nak sambut ulang tahun ke 25 Peristiwa Mamali. Tak tahulah apa tujuannya pula. PAS mungkin nak bangkit semangat kebencian terhadap Kerajaan agaknya supaya mereka akan dapat sokongan percuma atas kematian dan penderitaan orang lain. Bagi PAS "karnival" ini tidak pelik. Lepas ini tidak hairan kalau TG Nik Aziz akan membuat fatwanya tentang "Karnival" ini.

3. Lepas ini kita tunggu pula apa pula yang akan dipolitikkan oleh DAP dan PKR. Semua ini adalah bertujuan untuk divert attention rakyat daripada masaalah dalaman yang mereka dihadapi.

zainal abidin awang kechik said...

Tok.. Umno ni banyak sunguh lupa,sebab banyak banyak peminpin nay terpilih secara tak sengaja,Najib pun terpaksa guna" NKRA"... idris jala jadi ketua pengawas Menteri umno . Saya di macca tenggok cara mereka pun saya naik takut.Ada juga yang datang ziarah orang kampung di khemah muasasah ..terima kasih YB Mukriz .suka juga orang kampung. Tapi budak budak tabung haji. Yang ni najib kena bagi tahu menteri agama. Dia bukan orang politik .dia lupa umno lantik dia.

NAJIB ni macam nak sepenggal ja...



Salam :- dari Kota suci mekkah

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

RM 65 juta? untuk baik pulih sri perdana?, Waduhhhh kok begitu mahal pakkkk, kontraktor dari luar negara barangkali, berkemungkinan segala bahanya di import dari luar juga.

Begitulah citarase orang bangsawan, mangkuk tandas pon mesti buatan italy, kalau tak, mungkin tahinya malu nak keluar.Mane nak same dengan orang kebanyakan yang bole buang najis dlm semak je..

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Isu 65 juta renovate Sri Perdana dah saya nyatakan sebelum ini. Dengan buat perbandingan, KPJ Healthcare Berhad, buat sebuah hospital lengkap dengan segala kelengkapan perubatan, kosnya 50-60 juta saja.

Jadi, 65 juta ni apa faedah yang rakyat dapat?

Fullah masuk Sri Perdana, 'nak buang ciri-ciri Mahahir', ubahsuai 15 juta.

Rosmah masuk Sri perdana, 'nak ubah dan nak buang ciri-ciri Fullah', ubah suai 65 juta.

Apa maknanya? NAFSU la Tok!

Kembali lagi isu Rosmah dengan Program PINTAR, tahun lepas dapat 36 Juta, tahu ni dapat lagi 111 juta.

Apa maknanya? NAFSU la Tok!

5 juta ubah suai ICU HKL tu celah gigi saja lah Tok. RAKYAT DIDAHULUKAN, DIUTAMAKAN katakan!

Oops. UMNOBN dah ubahsuai motto kepada, DAHULUKAN RAKYAT.

Apa ke benda laa depa ni, asyik nak kelentong rakyat je kerja!

BM dapat grade berapa depa ni Tok?

RAKYAT DIDAHULUKAN vs DAHULUKAN RAKYAT........bezanya tang mana???

MOHONG ada la Tok!!!

Tok dulu kena campakkan, MASUK ICU TAK TOK???

Bila masa pulak orang kena campak masuk ICU???

Kalau CAMPAK kena kat paru-paru atau otak, kot la masuk ICU!!!

DAN bila PM masuk ICU, saya dok bayangkanlah, ICU tu 'dikosongkan', rakyat yang sakit tenat tak dibenarkan masuk. So, rakyat yang perlu ICU ni masuk tang mana???

husin syedmohamad said...

1/ Pernah dimasukkan ke wad 3 HKL tahun 80'an. Tidak perlu komen, boleh bayangkan.
2/ Peruntukkan RM 5 juta bagus, tetapi sebab dan cara dihebahkan tidak menunjukkan rakyat didahulukan.
3/ Adakah kita masih dalam kepompong " paternalistic", "feudal" , " elitist". Media membawa berita-berita yang memaparkan kearah kepompong tersebut walaupun masyarakat semasa tidak menggemarinya. Tidak perlu turun padang dari kayangan, kita semua berada dipadang.

Hanezam said...

Salam Datuk,

Terimakasih kerana menyatakan pendirian Datuk tentang isu mempolitikkan bencana banjir di Kedah. Jeritan histerikal insan kerdil hanya akan hilang lenyap begitu sahaja di maya siber, tapi harap-harap teguran Datuk akan diambil peduli oleh pihak-pihak yang berkenaan dan dijadikan sempadan pada masa hadapan.

ku_seman said...

Datuk,
Bagus juga isu Yayasan Selangor. Kalau tak ada isu Yayasan Selangor susahlah nak tembak. Kerana ada Yayasan Selangor, kita boleh hala laras ke PKR peluru kena kepada UMNO yang memang hebat bab joli katak duit rakyat. Tapi mereka ini tumpang sekaki mengata Yayasan Selangor tanpa rasa malu dan insaf sikit pun. Inilah orang-orang hebat yang kita miliki, Datuk.

Roti Planta said...

Dato,

Baguslah jika Raja2 dan Sultan2 dah mula sedar tidak mahu membazir. Sultan Johor dah serah berpuluh motosikal besar Ayahanda dia yang bernilai RMjuta2. Sultan Selangor pun boleh menyerahkan kepada rakyat atau agensi kerajaan aset2 yang sudah tidak mahu digunakan lagi supaya boleh dimanafaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

Dalam sibuk2 Sultan dan Raja2 tidak mahu membazir, ada pula isteri pemimpin politik yang yang asyik membazir harta rakyat. Mungkin dia ini nak tunggu Sultan tegur baru berhenti. Duit lebihan RM65juta tu boleh anak-beranak shopping berlori di Eropah/Amerika sepanjang hayat. Boleh 'booking' Paris Hilton sekali lagi kot!

Rakyat sekarang sudah cerdik dan tidak taat membabi-buta. Mereka sudah 'tidak pandang tinggi' harta-benda pemimpin tetapi menghargai pemimpin yang bijak dan cerdik seperti Tuanku Mirzan, Dr Nazrin dan sekarang ini Sultan Muhammad keV.

Bye/Roti Planta

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Cukup ka 65 juta?Satni kot malu kat
Tok Nek arab mai tengok.

Depa tetinggai duit berjuta juta atas
kapai pun tak sedaq.

Hemoi betui la,kiasu pun kalah!

tq

Dr Rahmat said...

Salam Datok.

Saya amat gembira membaca berita Zaid Ibrahim.Dia kawan baik dato dan bila anak dia kawin dia jemput Dato.Itu tanda ikrabnya persahabatan.Kemudian dia marah dengan dato dan menyaman Dato.

Zaid masok UMNO,banyak keputusan yang dia buat termasok membayar pampasan kapada Tun Saleh Abbas dan the geng mendapat bermacam2 reaksi dari ramai orang politik.Tun Mahathir paling marah dan ia meneruskan menyerang Pak Lah.Akhirnya pak Lah berhenti.

Zaid masok PKR untok meneruskan agenda dia.Mula2 ramai orang suka kemudian ia tidak setuju dengan macam macam dan dia akan berhenti pada 16 Dec.Hari ini dia mula menyerang Anwar dan PKR.Nampak sangat tembelangnya.

Sekarang dia mengumumkan hendak membuat party politik baru dan bertanding dalam pilehan raya.Ini merupakan satu jalan keluar yang baik.Tengku Razaligh keluar UMNO
dan tuboh semangat 46.Dato Mohd Nasir keluar PAS dan tuboh party BERJASA.Dato Harith Saleh keluar USNO dan menubohkan party BERJAYA.

Dr Tan Chee Koon keluar Gerakan dan menubohkan PERKEMAS.Semuanya berkubor tampa batu nisan.

Ini bermakna Demokrasi kita Berjaya.

Mari lah kita belajar dari sejarah PAP dan Lee Kuan Yew.Masa dia mula2 menubohkan PAP ia berkawan dengan ramai orang.Ini termasok lah Chinese warlord,Chinese Chauvenis,Chinese socialist.Comradenya yang paling rapat termasok lah Deven Nair.

Salepas dia berkuasa semua kawannya tadi sabagai Chinese warlord,Socialist dan Chauvenis di tangkap.Devan Nair di lantek menjadi President Singapora sakejab,kemuadian ia di pecat dan di halau tinggal di Canada.

Ini dunia politik Dato.Tidak ada kawan yang kekal dan musoh yang kekal.

Cucu Nenek said...

Pengumuman tambahan untuk ICU bukanlah sesuatu yang membanggakan, malah jika saya jadi pemimpin saya malu mengumumkan betapa terbiarnya hospital kerajaan di bawah pentadbiran saya. Sepatutnya, semakin negara kita maju, semakin baiklah keadaan hospital-hospital kerajaan kita. Dari pengalaman arwah datuk saya di awal 70-an, arwah ayah saya di awal 90-an, sehingga kini - tiada banyak perubahan. Saya amat setuju dengan Dato', wang yang diperuntukkan untuk Sri Perdana dan lain-lain perkara yang tidak penting patut dibelanjakan untuk sektor kesihatan dan pelajaran, di mana rakyat dapat menikmati perubahan secara langsung.

Lagi menyedihkan, gaji bagi rakyat yang berkerja di sektor-sektor kesihatan dan pelajaran masih rendah. Saya merasa amat terkejut bila membaca gaji pegawai kanan di syarikat berkaitan kerajaan seperti Khazanah mencapai RM80,000 hingga RM100,000, sedangkan guru-guru yang kita harapkan membentuk generasi muda kita dibayar hanya di antara RM1,000, dan RM6,000.

OKJ said...

Salam DAKJ

Bercakap tentang ICU ni, ianya memang memerlukan kos yg tinggi. Biasanya RM2000 - RM3000 sehari!!! itu pun consultation dari pakar-pakar & senior consultant free je ma !!!! Lagi teruk sakit, lagi lama tinggal, lagi tinggilah kosnya. Alhamdulillah, kerajaaan UMNO dan BN yg prihatin bagi free je kepada rakyat Malaysia yg masuk ICU tak kira dari parti mana pun, dan tak pernah ditanya pun, DAN juga, tak pernah diungkit pun tapi itupun komplen berbakul-bakul. Ini baru manage banjir dah kelam kabut, marah-marah dan merajuk. Dahlah lembab, lambat, tak cekap dan tak professional langsung. Kalau macam inilah manage pesakit kat ICU, bertimbun-timbunlah yg good bye jawabnya.

Keduanya, bagi sayalah, sejak merdeka hingga hari ini, kita cuma ada 6 perdana menteri je dari seluruh rakyat Malaysia. Jasa mereka jika dibandingkan dengan kita ni macam langit dan bumi. Dari negara miskin, sekarang dah dekat jadi negara maju. Jadi apa salahnya diberikan keistemewaaan kepada PM kita yg hanya seorang pada satu masa. Bagilah mereka tidur dengan selesa sikit, apa salahnya. Jika kita ikhlas, Allah juga akan iklas kat kita. Win Win maa !!!!! Sekian TQ.

maae said...

Sekarang parti-parti politik dah bertukar wajah,jadi kelab-kelab mewah.Ahli-ahli tak leh dangdut lagi..Ape klas (melayu punya) nak berjoget dan beronggeng... Makan lak pakai tangan.

Salsa,waltz still no 1.My style.We are billionaires anyway!Who are you? Bastardization.

Lepas tu gerenti main game 'hole in one' bila dah tersenarai nama dalam kelab.Hole ni Macam-Macam Ada di Malaysia macam tajuk artikel Dato'.

Bila ada lubang jadi saja.Kita nak pukul bola terus masuk.Kat 'bunker' kita kaut sampai berlubang-lubang. Bila jadi dan dapat lubang depan belakang pulun sampai 'sabun'. (Maksud sabun ialah lubang masih ada tapi dah tertutup dengan sampah sarap) Lubang kecil untuk orang kecil,tapi orang kelab redah juga nak pakai sama.Boleh saja lubang engkau lubang aku juge...Aku yang beri..

Bila jatuh lubang baru lah kita sedar yang selama ini kita tidak pedulikan kehidupan orang lain yang miskin,melarat,kais pagi makan pagi,macam contoh orang biasa masuk ICU.

Sebab lubang,Sultan pun tak berani jalan sebab semua jalan dah teruk berlubang -lubang.

Akhir kalam Ahli-ahli kelab ini terus terlupa nak tutup lubang tersebut.Maka jadi lah lubang maut!

Kita dah lupa yang hidup ini bukan untuk selama-lama nya.Lubang'rumah' kita sentiasa melambai-lambai.

Saya pun kena campak kedua kali pada peringkat umur dewasa sekitar umur 40an dulu. Arwah ibu kata kena taubat balik semula kepangkal jalan. Maklumlah kita segak,ada sikit duit dan boleh lah nak cuba rasa apa yang patut... tak lah sampai macam ahli-ahli kelab billionaire buat.Kerja sendiri je.

Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya.Jika tidak tersasar entah ke apa jadi nya....

Apa yang pasti 'bertaubat nasuha' lah semua pemimpin-pemimpin politik melayu berpengaruh, berpangkat dan berdarjat di dunia ini.Esok lusa malaikalmaut datang menjemput,nyawa tersekat kat halkum je...mati tidak hidup pun tidak macam sharon yang terkenal dengan...tu.

Nauzubillah min zalik.Semoga Allah terima taubat kita insyaallah.

van der stone said...

Saya suka comments dato > adil dan dtujukan pada semua parti politik dan bebas serta berani kerna benar. kebanyakan isu2 muthakhir ini banyak fitnah bukan berita yg dmainkan oleh kerajaan dan penyokong2nya dan dsebabkan niat tak baik, fitnah2 tersebut semuanya terkena balik kemuka2 penfitnah tersebut. masaalahnya penfitnah2 tsbt berbangsa melayu. ini menunjukan sistem kita masih KUNO dan kerajaa yg ada mmg patut dtukar selepas GAGAL bila dberi peluang selama 53 thn dan masih dtahap KUNO serta memalukan bangsa melayu..

abdullahngah said...

belanja besar yang dikatakan membazirkan duit rakyat bukan perkara baru.

Ia berlaku selama lamanya. Pendek kata sejak orang umno pandai buat duit lagi.

Ia tak pernah berhenti hingga hari ini.

Dulu sultanlah yang dikatakan sering membazirkan duit rakyat, sehingga Tun Mahathir sangat tidak berkenan dengan institusi itu.

Entah macam mana, tak jadi hendak buang sultan, ia terhenti setakat melondeh tinggal seluar dalam.

Alhamdulillah, Sultan selangor yang ada hari ini sangat dukacita dengan belanja besar dan dikatakan membazirkan duit rakyat.

Bagus sungguh sikap yang ditunjukan itu.

Kita harap semua sultan yang ada turut setuju dengan sultan selangor yang punya hati mulia.

bercakap membazirkan wang rakyat ini teringat saya dengan negeri terengganu baik sewaktu diperintah Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad, Datuk Seri Idris jusoh dan Datuk Seri Ahmad said ke, sama saja.

Zaman Wan Muhktar wang rakyat sejumlah RM 7 bilion sntah kemana.

Tak dinafikan projek banyak dilaksanakan, tetapi harganya tak munsabah.

Harga kadang kadang seratrus peratus daripada harga asal yang ditentukan oleh pihak ukur bahan.

zaman Idis Jusoh jadi menteri besar wang RM 11 bilion entah kemana.

Dia jadi kayaraya. Demikian juga waktu Ahmad Said jadi menteri besar sekarang ini.

Cuba anda bayangkan jalan sepanjang 5.6 kilo meter harganya RM 204 juta. Sebuah jambatan harganya RM210 juta.

Mungkin ia projek, masing masing dapat faedah dimasukkan kedalam suku. Sebab tak ada yang bising.

Yang membuat ada pihak yang bising cuma belanja besar majlis yang dianjurkan yayasan Selangor saja.

jab sp said...

Dato'
1.Perbelanjaan besar Yayasan Selangor sempena Majlis Ulang Tahunke 40 mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor.Malah kes ini dipahamkan telah menjadi kes SPRM.
Adalah diharapkan Baginda Sultan Selangor tidak terhenti setakat itu sahaja apabila melihat pembaziran berlaku.
Baginda juga perlu menunjukan perkara ini adalah sesuatu yang amat serius dan perlu diberi perhatian dengan memulaukan semua majlis yang dibelanjakan dalam "katogori disfatkan perbaziran melampau "termasuk Perayaan Ulang Tahun Keputraan,Cuti Cuti luar negara jika ianya melibatkan penggunaan wang rakyat.
2.Tidak dapat dinafikan perbelanjaan berlebihan malah terlampau ini kadang kadang berlaku disebabkan amanah pelaksanaan telah dikhianati olih mereka yang diamanahkan.Apa saja yang bolih "di toi" untuk keuntungan peribadi akan dilakukan atas nama ianya untuk kepuasan majlis.Pelakunya pula tidak kira siapa tuannya,BN pun ada,Pakatan tidak terkecuali.
Inilah DIANTARA PUNCA keruntuhan beberapa kerajaan negeri dalam PRU12 yang lalu dan ia akan berulang pada PRU13 akan datang.Cakap cakap kedai kopi merekalah juara menentang penyelewangan,tetapi dalam kehidupan harian ,apa yang ditentang inilah yang mereka lakukan.Ia melangkau taksub kepartian.
3.Peringatan Ustaz Hadi Awang,BN perlu undur secara baik jika kalah dirasakan dituju pada Najib akibat kata kata Najib dalam PAU yang lalu.
Kekalahan PAS di Galas bukan lah perunjuk sebenar penerimaan rakyat samada kepada PAS atau UMNO.Hanya perlawanan dengan pemain yang seimbang sahaja dapat membuktikan pasukan mana yang lebih kuat,dan dalam perlawanan pasukan yang sama kuat,kalah dan menang berlaku silih berganti.
4.Krisis PKR walaupun besar dan gah,ianya ibarat krisis dua panglima dalam merebut penghurmatan ketuanya.Gah dimedia,gah diblogger,gah juga pada peminat politik,tetapi pengundi lebih gah lagi dengan kebencian pada kemungkaran yang dilakukan olih mana mana parti pada rakyat,dan jika BN masih melakukannya krisis PKR bukan faktor utama membantunya memenangi semula hati rakyat.
Dalam PKR ini faktor Anwar adalah faktor utama,bukan Azmin,bukan Zaid dan bukan juga Mustafa Kamil.Pengikut asal Anwar akan tetap bersamanya bukan kerana partinya tetapi kerana dirinya.
5.Perbelanjaan mengubah suai kediaman PM adalah diantara faktor yang disebut diatas bahawa krisis pembangkang tidak semestinya menyebabkan rakyat berpaling semula pada BN.Selain melihat kepincangan dan perebutan kuasa dalam PKR,DAP,mungkin rakyat juga berpendapat mereka yang melakukan pembaziran perlu disingkirkan dahulu kerana BN tidak pernah serik melakukan walaupun inilah antara punca mereka tewas dalam PRU12 dan rakyat telah memberi amaran melalui peti undi.

Anonymous said...

Bak kata pepatah,
"A politician is one who shakes your hand before elections and your confidence after"

RM65juta mahal tu, mungkin dah lebih dari kos taj mahal.
Duit tu boleh beri banyak biasiswa pada pelajar. Kalau takut pelajar tak reti pegang duit banyak(nanti tersangkut kat MLM), bagi subsidi untuk beli buku rujukan/ilmiah. Buku rujukan RM100 kerajaan diskaunkan 80%,takde la terkehel sangat pelajar nak membeli.

Baginda Sultan dah bagi signal pada yang lain untuk berjimat, kerajaan patut mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjunjung titah tuanku.

~Peace

Anonymous said...

Kos 65 juta untuk baik pulih Seri Perdana adalah hasil ilham dari "Timbalan Perdana Menteri ke 2". kah, kah, kah

-jintana-

pakbelalang said...

Najib tidak bijak membelanjakan wang berjuta-juta untuk ubah-suai Seri Perdana. Inilah senjata yang tajam yang akan digunakan oleh pihak pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka apabila menjelang pilihan raya. Apabila isu ini diulangi bertubi-tubi akhirnya isu ini akan makan diri Najib dan Barisan Nasional. Rakyat akan marah dan hasilnya ialah kertas undian akan memihak kepada pembangkang. Najib pun akan melopong dan terlopong bersama "First Lady" dihumban keluar dari Seri Perdana.

Gelombang Rakyat said...

Salam Perjuangan,

Saya ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas. Saya memang mengikuti perkembangan blog Tuan sepanjang masa.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Saya akan turut sama membantu dalam mendedah dan membongkar strategi kotor pembangkang.

Saya tlhpun linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

Harap Tuan juga dapat linkkan blog saya bagi memperkenalkan kepada pengunjung di blog anda..


SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Blogger GELOMBANG RAKYAT.

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBgh Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Kita hendaklah bersangka baik. Kita ucapkan berbanyak terima kasih Kepada YAB PM atas peruntukan RM 5 juta kepada Hospital Besar Kuala Lumpur. Janganlah kita menghabiskan masa berbahas atas keikhlasan dan kewajaran pemberian peruntukan tersebut.Kita berdoa ini akan menjadi panduan pada masa hadapan.Peruntukan diberi kepada yang memerlukan.

Urusan ingat- mengingati adalah tuntutan ugama kita.Kita hendaklah spesifik dalam menghadapi sesuatu isu itu supaya ianya berkesan. Apa bila kita menegur ketidak wajaran perbelanjaan besar mengubahsuai Sri Perdana kita janganlah campur aduk dengan perbelanjaan besar yang dirancangkan bagi majlis Ulang Tahun PKNS kerana ianya akan membawa suasana 'Tak apa'kerana ianya perkara biasa bagi semua pihak berkuasa.

Tindakan Kerajaan Negeri Selangor menggantong kerja Pegawai Kanan PKNS dengan segera untuk membolehkan siasatan dijalankan dengan licin dan juga menjemput Suruhan Jaya Pencegah Membuat siasatan adalah suatu contoh yang baik yang perlu diikuti oleh lain-lain pehak berkuasa Negeri dan Persekutuan . Jika terdapat unsur fitnah maka orang yang membuat fitnah itu hendaklah dihukum dengan seberat-beratnya kerana telah mengwujudkan suasana kegelisahan yang tidak perlu bagi negara kita.

Semua Kerajaan Negeri hendaklah menumpukan perhatian memajukan Negeri masing-masing dan tidak mengharapkan bantuan Kerajaan Persekutuan semata-mata.Contohilah Singapura yang menggunakan kreatif dan inovatif untuk maju. Jika ini dilakukan Negara kita akan menjadi maju secara 'total' dalam masa terdekat.Berfikirlah diluar kotak dan tidak terperangkap dengan cara lama.

Wakil rakyat yang berdamping rapat dengan rakyat yang akan mendapat kejayaan dimasa hadapan diatas konsep siapa yang kamu kenal.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

saji said...

Salam Dato'

Kadang2 Dato' tuan rumah sendiri tak tahu apa yang perlu diubahsuai tehadap rumahnya. Tetapi ada jenis orang yang kalau berkunjung ke rumah bos mulutnya menjadi gatal mencadangkan rumah bosnya
diubahsuai begitu dan begini

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Saya cukup setuju dengan pandangan Pakbelalang bahawa adalah tidak bijak bagi DS Najib membuat pengubahsuai pada Seri Perdana yang bernilai RM65 juta itu. Apa yang kita tahu PM dan isteri tidak juga tinggal disitu. Seri Perdana hanya digunakan untuk majlis rasmi PM sahaja. Jadi apa salahnya dikekalkan keadaan sedia ada.Tambahan pula ia baru sahaja diupgrade semasa Tun AAB tidak lama dulu.Dan tambah lagi wang sebanyak itu sebaliknya boleh digunakan untuk membaikpulih beratus malah beribu rumah yang rosak di Kedah akibat banjir besar baru2 ini.

2. Kita khuatir jumlah RM65 juta itu akan menjadikan DS Najib kehilangan undi, termasuk dari Umno/BN sendiri jika pembangkang dan beberapa lagi musuh politik DS Najib dapat menupulasikan isu ini hingga menjadikan ia isu pembaziran wang rakyat. Jika ini terjadi, bukan sahaja kerja2 mengupgradekan Seri Perdana tak siap dan DS Najib dan DS Rosmah tidak lagi dapat menjijak kaki di Seri Perdana itu lagi, malah Kerajaan BNpun boleh tombang dan Putrajaya akan menjadi milik pembangkang.

3. Jadi masih tidak terlewat, malah adalah amat wajar bagi DS Najib mengarahkan supaya kerja2 pembaikpulih itu dibatal terus demi menyelamat wang rakyat dan demi menyelamatkan Putrajaya dari jatuh ke tangan pembangkang.

al-Deen said...

Rakyat tidak percaya kapada pemerintah yang membazir buta tuli demi keagungannya.

Lamunan syaitan menutup kesengsaraan rakyat dan ummah - Iraq, Pakistan, Afghanistan, Somali ...

Pembaziran lampauan laknati amanat Allah sebagai pentadbir. Rakyat menyumpah.

saji said...

Salam Dato'

"Tetapi kita tidaklah perlu tunggu Perdana Menteri dan para pembesar yang berkuasa – VIPs with power – masuk ICU baru ICU dapat duit naik taraf atau masuk kampung baru jalan nak diturap dengan tar atau jatuh ke sungai baru nak kukuhkan jambatan.

Kalaulah para wakil rakyat kita berada di padang seperti yang semestinya, mereka tentulah tahu masalah rakyat. Tetapi kalau sekali-sekala turun padang, tak acilah. Parlimen dan DUN pun bukan bersidang setiap hari atau sepanjang tahun. Jadi tak masuk akallah kalau ada YB yang hanya sekali-sekala turun padang. Istilah turun padang tak relevan kalau para YB jalankan tugas sebab memang tugas mereka berada di padang dengan rakyat."

Komen:

1. Berdasarkan pengalaman saya berkerja dengan sebuah agensi pembangunan luar bandar di jabatan khidmat teknikal sekitar 70an dan 80an dulu, saya kira, wakil rakyat, menteri dan perdana menteri tidak perlu turun padang (seperti yang Dato' ingatkan diatas), jika tradisi setiap pegawai teknikal agensi pelaksana kerajaan turun padang diteruskan dari segi tanggungjawabnya menyediakan lapuran kerja2 penyelenggaraan dan kemudahan awam baru yang diperlukan oleh agensi pelaksana kerajaan bagi belanjawan tahunannya.

2. Cuma masalah yang saya hadapi dulu dan mungkin pegawai teknikal semasa terbabit ialah tidak semua kerja2 penyelerangaan dan prasarana awam baru yang dicadangkan dalam lapuran belanjawan jabatan itu diluluskan oleh sama ada bos ketua jabatan sendiri atau bahagaian belanjawan agensi mahupun di peringkat belanjawan kementerian. Bahkan, akhir2 ini, saya diberi tahu terdapat kes belanjawan tahunan dilarikan oleh pengerusi agensi terbabit yang merupakan orang politik wakil rakyat pemerintah untuk projek khusus di kawasannya.

ali ahmad said...

Salam Dato',


YB-YB ini banyak yang lupa....yang mengurus, mengelola perbelanjaan dan pengurusan adalah JUTAAN KAKITANGAN AWAM....

siapa JUTAAN KAKITANGAN AWAM ini...

inilah rakyat marhein...rakyat yang duduk rumah setinggan, duduk rumah kayu, duduk rumah flat, duduk rumah PPRT, duduk rumah PPR, duduk kuarters kerajaan....

mereka ini ada "first hand information".....

tanyalah orang JKR kat Putrajaya sana tu...depa ada nama lain...macam Pasukan Projek Kerajaan .....

berapa juta mantan menteri-menteri yang berubah-rubah di aras 8, 10 parcel B, C, D,...bla...bla..presint 1, 2....bla...bla pakai duit buat ubah suai pejabat....

tak masuk Seri Perdana, rumah TPM lagi....

BAGUS KALAU PAKAI DUIT SENDIRI....ini pakai TUNJUK JARI...ITU, INI.......TAK PAYAH TENDER-TENDER....

NOBODY CARES.

rakyat di-dah "ulu" kan....
......
pencapaian di-u "TAMAK" an....

Anonymous said...

Dato,

1. mengikut konsep federalisma yang mnjadi asas pembentukan persekutuan tanah melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia - tanggungjawab MELAKSANAKAN DAN MENGAGIHKAN PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG KEPADA SEMUA NEGERI-NEGERI DALAM PERSEKUTUAN TERSEBUT ADALAH TANGGUNGAWAB MUTLAK KERAJAAN PUSAT!

Ini bermaksud ia adalah tanggungjawab kerajaan yang mesti ditunaikan mengikut perjanjian asal penubuhan persekutuan. Ini kerana semua cukai-cukai kecuali cukai tanah dan beberapa perkara lain semuanya diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Sebagai balasan, Kerajaan persekutuan bertanggungjawab menjalankan dan mengagihkan pembangunan secara adil kepada setiap negeri.

jadi soal kerajaan negerihendaklah membangun negeri masing-masing say, atas sebabkerajaan persekutuan tak mampu atau sebagainya tidak timbul dan bercangah dengan perjanjian penubuhan persekutuan dalam tahun 1948 dulu.

Sekadar penjelasan agar tidak timbul kekeliruan.

wak jerman

Anak Perelih said...

sebuah universiti awam di utara pada tahun 2009 pernah membelanjakan dalam lebih RM400k untuk majlis makan malam dan konsert untuk meraikan hari keputeraan seorang raja.. duit dobi pakaian pesembahan sahaja menjangkau RM10k.... dan tahun ini (2010) juga telah mengadakan majlis yang sama tetpi berapa RM yang digunakan tidak pasti.. yang saya rasa lebih dari apa yang yayasan selangor belanjakan untuk majlis makan malam itu... tetapi kenapa media tidak buat bising.. hanya semata mata kerna selangor dibawah pentadbiran PR..>????

pakbelalang said...

Cuepacs tells residents to stay put in govt quarters

KUALA LUMPUR: Cuepacs has told about 400 residents living in the Jalan Cochrane government quarters to disregard the Dec 15 notice to vacate their homes until better terms are negotiated.

Its president Omar Osman said they had yet to receive a reply to their Oct 13 letter sent to the related division and Chief Secretary to the Government Tan Sri Sidek Hassan asking for the deadline to be extended until Dec 31 next year to give the residents more time.

comment:

The govt. should entertain their demand if it is reasonable so as to make the affected residents adjust their "new" life less stressful financially and emotionally after living for so many years in the quarters. Psychologically, it is human nature to expect resistance to any change from normal routine. This is very important when handling this kind of "forced eviction". It can cause havoc. Just accommodate what they want on humanitarian ground and settle it amicably to avoid unnecessary tension and reaction.

I hope the Cuepacs president is not politicizing the issue by demanding unreasonable compensation.

Anonymous said...

Anak Perelih,

Kenapa tak timbulkan isu itu dulu. Baru ni nak ditimbulkan. Kalau nak jadi champion, jadilah champion betul-betul. Kalau betul faktanya buatlah pengaduan.Jangan buat fitnah.

-don-

Anonymous said...

PR ngan BN sama aje.

dua-dua kalau ada peluang cikau duit, memang kaki rembat. Pasalnya dua-dua ada otak melayu nak cepat senang. Parti politik tu setakat idealogi aje, culture bangsa tetap sama.

Letih la..

melayu jawa.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.

Terima kasih Wak Jerman kerana telah menjelaskan fungsi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Ini memudahkan kita membuat perhitungan samada sesuatu pihak berkuasa itu menjalankan tugas seperti yang diamanahkan atau mempolitiknya dimana yang menjadi mangsa adalah rakyat jelata.

Pembangunan sekarang dikatakan tidak seimbang. Yang teruknya sudahlah peruntukan sewajarnya tidak disalurkan kepada sesebuah negeri ,pemimpinnya pula dikutuk kerana kurangnya pembangunan di negeri berkenaan.Begitu juga penubuhan Jabatan Kemajuan Negeri Persekuatan disesebuah Negeri dan perlantikan Ketua Kampong Persekutuan disesebuah negeri tertentu bukan sahaja membazirkan kewangan kerana pertindehan tugas tetapi juga boleh memecah belahkan rakyat. Tidak cukup dengan itu hak Kerajaan Negeri seperti wang Royalti Minyak boleh ditukar kepada wang ehsan begitu sahaja. Mengikut amalan biasa rundingan mistilah diadakan dan dipersetujui semua pihak sebelum perubahan dibuat kepada mana-mana perjanjian.

Ini mungkin akan berlarutan dan untuk mengelak rakyak sesebuah Negeri terus ketinggalan maka wajarlah pemimpin-pemimpin berkenaan berkerja keras mencari punca pendapatan lain bagi kebajikan dan kesejahteraan rakyat dibawah tanggungjawab mereka.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Sam PPuteh said...

Salam Dato' & semua.
Peruntukan utk rakyat RM15J di heboh-heboh seluruh negara, tapi belanja puaskan nafsu yang tak akan puas-puas sampai mati RM65J.. Hahaha hebat pemimpin kita ni. Kita mahu macam nilah, pemimpin yang hebat bergaya yg mana kita semua patut rasa bangga punyai pemimpin yang bergeliga yg cuba menyorok berita2 sebegini..

Pemimpin kita ni rupanya belum sedar lagi, kita sekarang ni berada di alaf canggih yang mana semua info hanya berada dihujung jari. Cara pemimpin berkempin seperti rakyat ini berada dizaman 50an atau 60an lagi, camno nak suruh rakyat sokong.. Patutlah PRU 12 hampir lingkok, kalau camni PRU13 nanti siap laaa...

Wahai Pemimpinku, rupanya kau masih belum lagi belajar dari sejarah yang selalunya berulang-ulang. UMNO tidak perlu slogan yang canggih manggih tapi kepimpinan yang bijaksana seiring dengan wawasan menuju negara maju 2020.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Saya agak kagum dengan Rosmah ni Tok.

Pasti dia ada kelebihan tersendiri yang kita boleh belajaq.

Yang nampak bingai ialah gerombolan hulubalang yang tak mampu buat apa apa malah depa yang bagi lulus.

tk

Anonymous said...

Untung jadi PR kerana boleh buat apa saja tanpa khuatir akan mendapat tempelakan kerana setiap tempelakan boleh dijustifikasikan sebagai menuruti langkah BN.

Contohnya kalau PR jatuh lombong, ia bukanlah perkara yang melucukan kerana bagi mereka BN juga pernah jatuh jambatan.

Kalau mereka makan duit rakyat ia bukanlah menjatuhkan kredibiliti dan air muka kerana bagi mereka BN juga tidak lebih maksum dari mereka.

Dan akhirnya kalau PR kecundang pada PRU013 mereka tidak perlu berasa tebal muka kerana pada mereka BN juga pernah ditebalmukakan pada PRU012.

Kesimpulannya, PR tidak perlu berasa malu untuk terus mewarisi kerusi oposisi kerana bagi mereka BN juga pernah duduk di kerusi yang sama!

kah-kah-kah

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Bila Dato' nak tulis pasal ramalan-ramalan PRU13? Nampak dah hangat sangat dah diperkatakan, daripada penganalisis bertaraf profesor hinggakan 'profesor kedai kopi'!

Ya lah Tok,

PRU Sarawak wajib buat paling akhir May 2011, kalau tak buat jugak, automatik DUN Sarawak bubar.

Jadi, Najib nak buat serentak dgn PRU13, atau buat PRU Sarawak dulu. Kedua-dua ada resiko masing-masing.

Semalam, sembang-sembang dgn YB, yang dia lebih pikir adalah soal pencen YB. Kalau dibuat PRU13 May 2011, YB-YB PRU12 TAK LAYAK DAPAT PENCEN, sebab tompoh berkhidmat tak cukup, singkat sangat!!!

Sapa tak nak Tok, duit pencen, pasif income katakan! Lepah mati pun anak-anak dapat makan lagi duit pencen. Klu sebelum mati ni, YB-YB guna duit pencen bayar ansuran kereta mewah depa!!

Lawak betui lah, YB-YB UMNO ni dok pikir nak duit mudah je!! KERJA haprak malas!

Iskandar PT said...

Salam Dato',

Baru-baru ini BTN mengadakan Kursus Bina Semangat untuk kakitangan awam di suatu kem di utara, seperti biasa motivator dan fasilitator BTN memainkan api nasionalis dengan memburuk-burukkan PR dan mengagungkan pemimpin BN/UMNO.
Dari ceramah yang diberikan, menunjukkan betapa BN/UMNO amat terdesak untuk terus memerintah negara bilamana mendesak peserta kursus untuk mengundi BN seperti yang mereka arahkan secara membuta tuli. Sepatutnya BTN ini di mansuhkan kerana ia tak mampu menaikkan semangat peserta kursus pun sebaliknya menanam bibit-bibit kebencian kepada peserta supaya membenci pembangkang atau pun selain daripada BN/UMNO.
BTN tak menyegarkan minda peserta untuk berfikir lebih inovatif, sekiranya modul ini diteruskan nescaya negara tak kan maju kerana mengarahkan peserta menyokong pemimpin BN walau apapun yang mereka lakukan.
Adalah amat nyata BN/UMNO semakin dihimpit PRU phobia kerana tarikh kematian BN semakin hampir bilamana tarikh PRU semakin mendekati mereka.
Hentikan tindakan memprovokasi rakyat dan pengundi dengan cerita klasik zaman 60 an bilamana BN/UMNO mengatakan bila PR memerintah negara akan hancur dan musnah. Biarkan rakyat yang menilai dengan situasi yang ada sekarang. Cara pemimpin BN berpolitik amat terbelakang 50 tahun. Semangat federalisme yang sepatutnya disanjung oleh pemimpin di Putrajaya juga diketepikan, memperuntukkan bajet untuk kroni/bini menampakkan ketidakadilan pemimpin Putrajaya.
Buka lah mata dan lihat rakyat di bawah..dan janganlah rakyat yang akan menutup mata pemimpin di Putrajaya bilamana keputusan PRU 13diumumkan.
BN/UMNO akan hanya menjadi notakaki sejarah

OKJ said...

Salam DAKJ

Maaf Dato’ lari dari tajuk sikit. Sehari dua ni BH asyik bercerita tentang hospital kerajaan vs hospital swasta. Pendapat pembaca pula berbeza. Cuma saya tak puas hati sikit kata bil hospital kerajaan amat murah berbanding swasta.

Memanglah nampak murah sebab > 95% bil setiap pesakit ditanggung oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Itupun kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tak pernah ungkit pun dan tak pilih bulu pun, semua warganegara dapat.

Cadangan saya kepada KKM adalah, lepas ni tunjukkan bil sebenar yg detail siap dengan harga ubat, harga jarum, harga kapas, harga fluids dan semua sekali macam hospital swasta. Kemudian diletakkan bil yg perlu dibayar oleh pesakit dan bil yg DITANGGUNG oleh kerajaan, siap dengan percentage sekali. Mungkin barulah ramai menghargai. Saya letak mungkin sebab selalunya benda free ni, orang tak hargai sangat pun. Sekian TQ.

pakbelalang said...

The monthly salary of the Prime Minister was RM22,826.65, while his deputy received RM18,168.15.

Other ministers were paid a monthly salary of RM14,907.20 while a political secretary got RM5,709.99 a month. (the Star)

comment:

I don't mind cabinet ministers getting double their salary as long as they can contribute making this country more advance and the rakyat enjoy higher standard of living with excellent public infrastructure like transport system, clean water, decent housing, good education etc.

But they are not worth even a single sen salary if their performance is haprak and HP6.

nasir said...

- 65 JUTA untuk ubahsuai kediaman Perdana Menteri yang sudah berjuta2 nilainya . Didiami ataupun hanya disinggahi oleh beberapa orang .

- 5 JUTA untuk penambahbaikan HOSPITAL yang menerima dan menempatkan beratus2 orang yang sakit dan tenat ..tua dan marhaen .

Itulah konsep rakyat DIDAHULUKAN . Bukan HKL sahaja malahan kalau di bandar2 negeri HOSPITAL dan macam PASAR MALAM . Pagi di bilik A petang dipindah ke bilik B Tup2 pindah pula kerana tak cukup ruang . Last2 ICU pun menginap di WAD biasa . Itu belum kira pengalaman mak sedara saya yang ditempatkan di atas tilam di atas lantai . Tapi nak kata apa .. Nanti PM dan gerombolan menteri UMNO akan kata

-nun di sana rakyat HAITI nak ke hospital pun tak boleh ..
-nun di afrika sana mati atas jalan takdak tempat nak berubat .

kemudian mereka senang lenang kembali ke singahsana dan istana yang empuk .... sekian

Anonymous said...

Salam Datuk,
Sebenarnya bukan Sri Perdana sahaja yg dalam proses pengubahsuaian, kediaman rasmi TPM tercinta juga dalam proses perngubahsuaian. Kosnya kurang sikit jer kos rumah big bosnya. Tak caya? Tunggu bila siap nanti.

Inilah jadinya bila harta hamba rakyat diperlakukan seolah-olah harta sendiri demi kepuasan nafsu serakah.

alangkah berat, siksa dan azabnya kelak sewaktu dihisab di hadapan hakim yg maha adil apabila ditanya tentang amanah rakyat yg telah dicabuli. Itu pun jika percaya kepada adanya hari tersebut.

Jebat

jantan said said...

salam. itulah sebenarnya falsafah rakyat didahulukan. lu pikir le sendiri

Anonymous said...

Salam

Macam saya pernah kata dulu, saya suka mengikuti blog ini. Kerana pengisiannya yg bagus bagi menjana minda agar tak beku dan karat.

Lagi seronok bila membaca komen para pembahas. Macam-macam ada.

Melencong keluar dari tajuk; memang seronok menjadi pengkomen kerana sedap sungguh jejari ni mengetuk keyboard. Boleh tulis apa yg dia suka. Tak ada siapa yg boleh memotong (kalau bercakap secara berdepan pun pasti cakap dah kena potong. Betul kan?)
Ada komen yg boleh pakai, boleh difikir secara membina dan boleh dibahas secara sihat namun yg sebaliknya pun pasti ada.

Teringat kisah ulama yang bernama Izzuddin bin Abd Salam yang digelar sebagai ‘sultanul ulama’ . ketika Negara berhadapan serangan tentera Tartar sedangkan perbendaharaan Negara hampir kontang. Maka khalifah ketika itu mengumpulkan para pembesar untuk memikirkan cara mendapatkan dana perang. Lalu dicadangkan supaya dikutip cukai daripada rakyat untuk membiayai perang. Lalu dikumpul pula para ulama supaya sepakat mengelaurkan fatwa meghalalkan tindakan itu (mengutip cukai). Sepakat ulama mengeluarkan fatwa kecuali ulama bernama Izzuddin ini yang menentang. Hujahnya, kenapa perlu mengutip cukai daripada rakyat jelata sedangkan dipinggang setiap pelayan istana sahaja terlilit perhiasan rantai emas (kalau pelayan istana yang berjumlah ratusan orang itu masing-masing memiliki perhiasan emas, bagaimana pula para pembesar, ahli keluarga khalifah dan segala isi istan tentu dipenuhi dengan perhiasan yang tentu mahal harganya). Maka katanya, jual dulu semua milik khalifah barulah boleh dikutip cukai untuk menampung kekurangan dana. Agaknya khalifah “Rakyat didahulukan’ pula bagaimana bereaksi dgn ulama atau rakyat sebegini. Mau dikat; sudah beruntung kamu dibandingkan dengan rakyat Haiti, Bangladesh dan sebagainya. Yelah, kalau susah tu rakyatlah dulu, kan..

Kemudian teringat pula kisah sahabat yang mulia Saidina Umar Al Khattab. Bagaimana dia membantu satu keluarga yang dalam kesulitan (melahirkan anak diluar kota Madinah di tengah malam). Khalifah sendiri mengambil makanan dan ubatan daripada Baitulmal. Memasak air dan menyediakan makanan sedang isteri khalifah menjadi bidan. Agak-agaknya tergamak tak khalifah keluarkan bil pada orang tu. Kemudian tulis ‘Bil ini ditanggung oleh Kerajaan Islam Madinah ‘ manakala pada bekalan tertera ‘ini adalah sumbangan daripada Kerajaan Islam Madinah’ dan sebagainya.

Rasanya kami rakyat kebanyakan bukannya nak banyak mana pun. Minta timbang rasa ajelah. Kalau bil hospital aje dah RM2000 semalam tu sama dengan sebulan gaji. Bukan bertambah baik tapi bertambah sakit jadinya.

JJ

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).