Monday, November 08, 2010

Pemilihan PKR: Zaib Ibrahim Tarik Diri

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RINGKAS sahaja. Hendak maklumkan kepada pembahas dan pembaca blog (kalau belum) bahawa Mohd Zaid Ibrahim, pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dan bekas Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi telah menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden PKR yang berlangsung sekarang.

Portal berita Malaysian Insider memetik Zaid, sebagai barkata: “Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti.”

Dia berkata demikian dalam posting terbaru blognya awal pagi ini.

Malaysian Insider berkata, Zaid menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden berikutan dakwaan pemilihan kepemimpinan parti itu telah dicemari dan tidak telus.

Zaid dilaporkan berkata, dia mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

Menurut Malaysian Insider lagi, selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian, Azmin (Ali) berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam.

Saya tidak mahu tambah apa-apa sebab saya kenal siapa Zaid sejak dia menjadi peguam kepada Renong/UEM pada tahun 1980an dan kemudian cergas dalam Umno hingga menjadi Ahli Parlimen Kota Baru dan kemudian menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden Umno, tetapi gagal mendapat pencalonan yang mencukupi.

Selain itu, saya juga tidak mahu bercakap banyak sebab kes saman Zaid terhadap saya berikutan tulisan saya dalam blog ini berada di mahkamah.

Jadi, saya harap Saudara dan Saudari pun berhati-hatilah. Tolong saya. Bukan mudah dan bukan murah kena saman oleh peguam dan politikus macam Mohd Zaid.

Sekarang ini politikus di negara kita, tak kira di pihak kerajaan atau pembangkang, cepat menggunakan undang-undang dan saman ke atas blogger dan pembahas blog. Jadi, berhati-hatilah.

57 comments:

Md Radzi Ahmad said...

He was chasing a wild goose....

pakbelalang said...

Masuk je lah UMNO semula. kah,kah,kah! Jadi katak silompat katak macam rakan seangkatan dengannya, Ibrahim Ali.

There is no place for him in PKR as long as Azmin is there. Terimalah hakikat ini. Anyway, PKR pun dah mula nak layu. Dah tak gah lagi!!!

Zaid tidak meneyerlah lagi dalam gelanggang politik. Adalah lebih baik dia berjinak dengan kumpulan Perkasa bersama Brahim Ali memperjuangkan hak orang Melayu kalau dia sayangkan bangsanya.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

'A loser doesn't know what he'll do if he loses, but talks about what he'll do if he wins, and a winner doesn't talk about what he'll do if he wins, but knows what he'll do if he loses.'

Eric Berne

teringat katun born loser dgn lebai malang! kookiikaaakaaah

abdullahngah said...

Saya pernah sebut mengenai sikap dan sifat Datuk Zaid Ibrahim miskpun telah dilebalkan sebagai wira datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika bertanding di Parlimen Kuala Selangor dalam pilihanraya kecil tak lama dulu wajar label wira di gugurkan, kerana gagal mempertahankan kerusi milik PKR.

Tapi PKR tak kisah sangat dengan kekalahan itu, kerana adat orang bertanding ada kalah dan menang.

Kali ini Datuk Zaid Ibrahim mencemarkan reputasi PKR melalui tindakan tarik diri bertanding jawatan timbalan presiden dan letak semua jawatan berkaitan.

Kali inu juga PKR menjadi lebih busuk daripada tahi manusia dek tindakan yang berupa api dalam sekam yang tidak pernah ada usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Saya dah kata hati hati terima Zaid sebagai ahli PKR apatah melantik ketua PKR wilayah persekutuan.

Kalau dalam umno dia tergamak saman hudud, apalah sangat jika berada dalam PKR yang barangksli ada agenda tertentu untuk mencemar reputasi parti keadilan rakyat yang sedang buruk imejnya dek kerenah anggota anggota yang tidak ikhlas dalam melayari perjuangan.

ab said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Berada dalam UMNO,UMNO dan BN diharu birukannya,masuk PKR,PKR pula dikacau bilaukannya.
Sebaiknya Zaid Ibrahim tubuh parti sendiri dan buat perlembagaan sendiri dan lantik diri sendiri jadi Presiden.Selepas itu,tunggu PRK atau PRU13 nanti masuk bertanding,barulah tau idealisma yang dibawanya sesuai atau tidak dibumi Malaysia ini.
*Presiden Seumur Hidup

langitbiru said...

Politikus oppotunist mana-mana parti politik adalah ramai terutama sekali dalam parti politik yang berkuasa dan memerintah negara. Orang macam ni tak kemana, tiada pendirian, goyang seperti lalang. Dan tabiat lalang tu sendiri,menyemakkan tanah ladang dan tanaman.

Arif Omar said...

padan muka zaid tu dato. pedulikan. dato menulis terus. dia ingat saman dia aje yang boleh ? orang pun boleh saman juga. dan nbukan semua saman dia menang. kadang kala kalah dan dato boleh dapatb duit lagi dengan saman semula beliau.

tahniah dato. teruskan penuilisan dato bagi kepentingan anak bangsa dato. pedulikan perosak ini.

Anonymous said...

Bravo fellow learned counsel. That's the way to go. Show them we, the lawyers, are not all crooks and criminals. We have scruple and idealism.

You have no choice, I know. The PKR is no better than other political parties. It's all about Anwar and power. Your gallant struggle will cause those with scruples like you to shun the PKR.

I implore you not to give up your idealistic struggle for the sake of our profession and the truth. I dare you to dream big and build your own party with struggle and public service as the clarion call. Hell with PKR and the rest. I wish you the best.

The Lawgiver II

ab said...

Salam dato,



Tak pa laa kalau macam tu...lagi pun PKR dah berserabut,bersawang,
bergaduh sana sini,kira kertas pun tak betui lagi,bilang orang pun tak
elok lagi....



TAPI PAKATAN RAKYAT asyik dok kata ,cerca,tibai SPR TAK BETUI,TAK ADIL,TAK PROFESSIONAL, PILIH KASIH dll.... TAK PULAK DENGAQ PKR lebih baguih!!...... kena kilat kuat lagi cermin kanta ni...OTA KUT NI...





Dalam dunia sekarang yang saya bolih harap dan pasti adalah:-



1.Juruterbang komersial (pilot): kalau dengan kos dan masa yang kita bayar, selalunya 75-80%, kita akan tiba ketempat tujuan didalam masa yang dijangkakan dan dengan kos yang dibayar.



2.Pemandu teksi: kita akan tiba ketempat tujuan,tetapi kos dan masa
perjalanan tidak dapat ditentukan...sehingga sampai.



3.Peramal cuaca: betul dalam 50% ramalan cuaca hari ini, esok atau minggu depan...tetapi kita tidak membayar kos ramalan (directly) dan tidak melibatkan masa kita.




4.Ahli politik: paling rendah peratusan/kurang ketepatan tujuan dan tinggi kos yang ditanggung. Selalunya tidak tepat dan rugi,melibatkan diri sendiri dan orang lain dan harta negara...


LAGI TERUK ada ahli politk yang bolih beritahu samada kita akan masuk syurga atau neraka kalau bersama atau tidak dengan mereka!!...dah SAMPAI KESYURGA ATAU NERAKA ka depa ni?...OTA saja.



5.Ahli ekonomi: lebih teruk dari ahli politik sebab ramalan, perkiraan paling tidak betul selalunya..kat US,Europah,Jepun dll penuh sakapai ahli ahli ekonomi, beribu ribu pemegang Phds dipelbagai bidang ekonomi, satu tongkang nobel prize winners didalam segenap bidang ekonomi,TETAPI ekonomi teruk juga...melibatkan semua orang.




Ahli politik dan ahli ekonomi secara langsung menyebabkan kesusahan orang ramai, sama ada mereka menang,kalah atau salah.....





TETAPI KENAPA RAMAI SANGAT ORANG MENYUKAI DAN MENJADIKAN IDOLA mereka dari kalangan ahli ahli politk dan ahli ahli ekonomi??....



SEPATUTNYA orang lebih menyukai dan mempercayai pilot,pemandu teksi dan sekali sekala peramal cuaca...tak gitu Dato?.




Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Tok, naik main teka teki. Tak ada hadoah, main seronok seronk saja. Lepas ni Zaid pi mana:
1. Masuk balik Umno, jadi senator dan jadi menteri balik. 2. Masuk Pas, pakai kepiah lebai dan jadi penasihat Nik Aziz. 3. Masuk DAP lepas tu lawan Tengku Aziz (Melayu tunggai dalm DAP). 4. Tubuh parti sendiri, jadi presiden, timbalan presiden, setiausaha agung, pengira undi dan semua jawatan. 5. Dia ikut Ayah Pin tubuh parti kerajaan atas langit. Terima kasih Tok.

Kamjat Penang

ab said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Datuk,

My humble view. Could it be that Dato' Zaid Ibrahim is somebody's transplant in the PKR? It could even be an internal dynamics intended to undermine Anwar Ibrahim and his disciples and his family member, and shape the PKR more to the liking of the Pakatan parties, especially the DAP who certainly know the fate of Anwar since he is being defended by the DAP's chairman Karpal Singh. So Zaid could be transplanted to ensure that PKR survives in the post Anwar period. He is a favorite of the DAP that supported his appointment as protem chairman of Pakatan Rakyat.

So Zaid could not afford to lose. But the PKR delegates are still in favor of Anwar or are controlled by Anwar's people, led by Azmin Ali. So when he realized he was losing, he has to cry foul in the hope that the election is stopped and his reputation is saved.

I think Anwar must be regretting his welcome of Zaid. This shows Anwar is not a clever leader. He did not know the real Zaid because when both were in Umno, they were in different camps. It is a shame that PKR has to suffer because of poor reading of Zaid's politics. But that politics at its basest.

Zong Yi

Anonymous said...

Sebenarnya PKR selama ini ialah parti "kentutkan" rakyat.

Dan sekarang pemimpinnya telah "kentut mengentut" sama sendiri.

Saya rasa PKR tak lama lagi hanyut. Orang Melayu akan tinggalkan PKR dan yang tinggal ialah orang India sahaja. Itu pun nanti orang India akan balik semula kepangkuan MIC lepas Samy Vellu hilangkan diri.

Penyokong Cina juga tidak akan bertahan lama. Apabila dilihat Anwar dah keseorangan penyokong Cina akan menjauhkan diri. Biasalah orang Cina. Depa tidak akan menyokong "losers"!!

Bubarkan sahajalah PKR. Parti inilah yang dah porak-perandakan perpaduan orang Melayu hinggakan bangsa lain ambil kesempatan.

-jintana-

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Jika parti PKR yang sedang menjalankan pemilihan parti untuk memilih pemimpin-pemimpin tertinggi parti secara ‘menyeluruh’, mengapa Anwar Ibrahim tidak bertanding?

Mengapa beliau mesti kekal sebagai pemimpin de facto padahal inilah peluang untuk beliau bertanding sebagai presiden, atau apa-apa tahap jawatan yang ‘lebih tinggi’ daripada Presiden, jika itu yang beliau mahukan?

Bukankah gerak-geri Anwar sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dilihat sebagai 'pemimpin tertinggi PKR', justeru istilah de facto diberikan?

Bukankah juga semua ahli-ahli parti PKR berkehendakkan beliau sebagai pemimpin tertinggi parti tersebut? Jadi, mengapa tiada satu pun cabang PKR yang mencalonkan beliau sebagai pemimpin tertinggi parti tersebut?

Hatta, mengapa tiada satu pun cabang PKR mencalonkan beliau sebagai pemimpin de facto sekali pun?

Bukankah pemilihan parti PKR ini dikatakan sesuatu yang bersejarah, yang membuka peluang sebesar-besarnya kepada ahli-ahli PKR untuk memilih pemimpin mereka? Mengapa di‘sideline’ kan Anwar Ibrahim pula?

Mengapa tidak “dirasmikan” sahaja istilah de facto tersebut melalui proses pemilihan parti kali ini? Bukankah PKR memperjuangkan ketelusan? Mengapa tidak betul-betul diteluskan sahaja siapa yang layak menjadi pemimpin tertinggi parti PKR?

Saya bukan ahli PKR, jadi saya tidak paham perlembagaan PKR. Mungkin ada klausa-klausa perti tersebut yang membenarkan pemimpin tanpa mandat memimpin parti itu secara de facto. Ada ke Tuk?

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

saji said...

Salam ab

Saya nak tumpang sekaki.


Dalam dunia sekarang kalau sdr cadang nak buat banglo anggaran harga/estimate kontraktor atau juruukur bahan/QS yang sdr lebih percaya?

saji said...

Salam Dato'

Saya dah ckap sebelum ini Dato',dalam politik, naik ikut lif turun ikut tingkap ! Tapi jangan ikut Sammy Vellu pulak, naik ikut tangga turun ikut ramp sambil merangkak! kah, kah, kah

alunbm said...

Nampak nya umno /bn pasti bergumbira dan bertepuk tangan dengan ada krisis dalam pkr.Tidak sedikit orang yang mengharapkan kehancuran parti pkr.

Pada saya kalaupun parti pkr hancur,Malaysia masih lagi mempunyai parti pembangkang iaitu parti Pas dan Dap.

Tidak sedikit juga orang yang mengharapkan parti pembangkang hancur lebur.

Persoalannya adakah Malaysia tidak memerlukan parti pembangkang?.
Adakah Malaysia mampu hidup aman bahgia tanpa parti pembangkang!.

Adakah menteri kabinet umno/bn akan menjadi suci bersih dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah tanpa pembangkang!.

Siapakah yang akan menjadi check and balance pada parti kerajaan tanpa pembangkang!.

Hotels Link Exchange said...

Kali inu juga PKR menjadi lebih busuk daripada tahi manusia dek tindakan yang berupa api dalam sekam yang tidak pernah ada usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Aina Emir said...

Salam, Datuk

Ya betul. Dia ni nak sama macam Berahim Ali tu... duk rasa macam nak jadi Hero, tapi malangnya tak ada siapa pun rasa yang dia ni boleh jadi Hero.

Tapi, Datuk... sekarang ni memang payah nak cari Hero. Saya masih mengharapkan ada tokoh di antara ramai yang ada ni, yang betul-betul nak berjuang untuk agama dan bangsa. Bukan kerana wang atau kuasa. Bilalah agaknya nak jumpa?

lebai pondok said...

Dato.Awat pulak dia jadi lagu tu.UMNO pun sudah PKR pun sudah.Lepas ini elok sangatlah kalau dia joint PAS pula.Kalau PAS pun dia tak serasi dia bolehlah tuboh parti baru yang sendiri punya.Kesian pula pada dia.Awatlah dia terima nasib yang tak baik.Kira-kira dia beruntong juga masa dalam UMNO.Jadi Ahli Parlimen .Jadi Senator.Jadi Menteri.Apa lagi nak.Kita ini habok pun tarak.Ini lah nasib manusia dah jatuh ditimpa tangga.Agaknya bila nafsu menguasai jiwa raga akhirnya kita jadi lesu.Itulah politik tak parti apa pun .Sampai masa atau tak kena cara kawan makan kawan.

Anonymous said...

The Lawgiver,

Your friend, Zaid, is already write-off in politics!! Even if he has intention to form a new party he will be just wasting his energy. Believe me he would not be able to succeed. Even as it is now the "charismatic" Anwar is struggling to "invade" Putrajaya.His dream will never come true because he has got literally no "political weapon of mass destruction" to be effectively able to "capture" Putrajaya. Harapkan air lior basi!!!
Pengikut-pengikut Anwar yang setia dan fanatik dah mula resah dan putus harapan seperti Zaid dan lama kelamaan akan menjauhkan diri dari parti PKR. Itulah trend parti PKR kebelakangan ini. Jentera parti dah "loteh" tak ada stamina lagi dan kelam-kabut.

-jintana-

Anonymous said...

Tok, macam Tok kata, macam-macam ada. Ada yang kutuk Zaid katak, ada yang sokong katak. Kita orang bendang tok, kita tau, katak kena lompat, kalu tak lompat kena telam ular. Tapi ada macam-macam katak, katak kuang, katak puru, katak daun, katak minyak.

Saya kata bagus zaid keluar PKR. Dulu tunggu pun jadi macam kera sumbang saja. Dia dah tau dia nak kelah, pasai tu la dia tarik diri kata undian tak telus. Lebih kurang macam dia petisen SPR bila dia kalah hulu Selangor.Kalau dia menang, semua ok, macam dia menang ketua bahgian Umno KB dulu. All fair and square, orang putih kata.

Saya rasa lagi bagi PKR tendang keluar orang macam Zaid, Zahrain dan Zulkifli. Mana tahu PKR jadi lebih kuat dengan penyokong fanatik dan komited. Tapi kalu Umno do gatai dan terima balik Zaid, jahanam. Macam-macam boleh jadi Tok, dok tak dok Zaid jadi menteri balik. Padan muka kita.

Kamjat Penang

ibni ismail said...

Dato.Ingat ke PKR parti ideal bagus dan hebat.Rupanya rumah tangga tangga PKR pun bergoncang juga.Inilah nasib rumah tangga dalam PKR semasa proses pemilhan pucuk pimpinan mereka.Apa nak kata PKR pun indah khabar dari rupa.Ada juga tokoh yang jadi tikus dikejar kucing.Dalam kes ini UMNO jangalah rasa akan menguntongkan umno pula.Ini krisis rumah tangga mereka.UMNO pun tak kurang juga krisis rumah tangga sendiri.Mereka ini walaupun kecewa dengan PKR jiwa mereka pada asasnya tetap berada di barisan pembangkang.Jadi kalau ada jalan keluar pun mereka tentu akan berpindah pada parti pembangkang juga.Saya meramalkan situasi konflik dalam PKR ini akan melemahkan mereka.Yang akan untong nanti ialah rakan sekole mereka iaitu PAS dan DAP.UMNO kalau nak dapat pun sikit sahaja.Ini adalah realiti anutan politik hari ini.Ceritanya bukan Zaid sahaja yang tak puas hati malah tokoh seperti Mustafa Kamil yang baik ini jadi mangsa.Dalam hendak naik keatas untok mendapat tempat berlaku kejadian pijak kawan sendiri.Yang peliknya kenapa Bigboss PKR membisu sahaja dan membiarkan tokoh hebat mereka ini lari ketempat lain.Barngkali malu nak berkata sesuatu kerana malu besar.Apa pun PKR kian meruncing dalam pentas politik Malaysia.

OKJ said...

Salam DAKJ

Bagi sayalah, parti kangkong ni memang tak bermoral. Dahlah chiefnya bekas banduan, lepastu masih turun naik court mempertangguhkan kes liwatnya lagi. YBnya pula tidur terkangkang sambil dengan ayunya menutup mata tapi anunya terbuka. Lepastu, demokerusi dipertontonkan seluruh Malaya TAPI dikomen oleh professor kangkungnya sebagai demoskasi yg sebenar. Ulama kangkongnya pula mempertahankan kalimah Allah tapi dia tak ingat bala Merapi, Tsunami dan macam-macam bala lagi pada tiap-tiap tahun (atau berkali-kali dalam setahun) di negara Islam yg membenarkan kalimah Allah selain Islam. Peguam kangkongnya pula diberitakan cuba mengajar sumpah palsu ala sesumpah untuk memfitnah orang lain. Ex kaki botol pula dulu kata SPR tak adil, sekarang kata pemilihan parti pula dibawah par ala-ala pemilihan kangkong je. Cuma satu je, Tok-tok janggoat ni jugalah masih lagi nak berkawan dengan mereka. Sebab apa, jangan tanya saya sebab saya pun tak tahu, atau mungkin SELERA yg sama. Harap-harapnya selera memfitnah je, bukannya selera-selera yg lain. Sekian TQ.

langitbiru said...

Tok,

Pemimpin dari Kelate agak special, tapi tak ke mana!!!

Ku Li......

Brahim......

Zaid.......

Ku Li tubuh 46

Brahim tubuh Perkasa

Zaid tubuh apa?

Special jugok ore kelate ni, tapi tak kemana.

Ku Li sudah di hujung senja...

Brahim 3 salur coronary jantung sumbat, dah tak larat...

Zaid nak kemana?

Dok dalam UMNO kata UMNO tak betui....

Dok dalam PKR kata PKR tak betui....

Nak minta masuk PAS, saman Hudud PAS belum ditarik balik....

Berkokoklah sorang diri Zaid....!

Alahai Zaid!

So, dengan begini perangai Zaid, pengunduran beliau dari UMNO atau PKR, tidak akan beri apa-apa kesan kepada UMNO atau PKR...! Itu yang saya pasti!

pakbelalang said...

Zaid kata: “Saya menyertai PKR atas kepercayaan saya boleh mengembangkan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini, tetapi saya sebenarnya tersilap. (Utusan Malaysia)

comment:

Saya yang tak pandai berpolitik pun tahu dari awal lagi bahawa PKR adalah parti untuk memperjuangkan nafsu Anwar Ibrahim kononnya untuk merampas Putrajaya dan naik tahta sebagai Perdana Menteri.Itulah agenda utama parti PKR.

Macam mana orang bijak berpolitik seperti Zaid boleh silap?

Perbezaan Zaid dengan Anwar ialah Zaid lebih "polished" budaya "Mat Saleh"nya berbanding dengan Anwar yang suka "melalak" di tepi jalan.

Perwatakan Zaid memperlihatkan wajah "orang sombong", mungkin egonya tinggi dan menganggap dirinya seorang peguam yang berjaya dan kaya raya.

Perwatakan Anwar seperti orang jual ubat jalanan. Apabila dia menjual dia akan pastikan bahawa "audience" dia akan menjadi fanatik kepadanya.

Dua-dua tidak boleh pakai.
Dua-dua pentingkan diri sendiri.
Dua-dua cita-cita tinggi melambong.
Dua-dua silap kira-kira.

ngah mi.. said...

dato'
sebelum kena kencing lebih baik kencing dulu....

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Perkara seperti ini baik bagi parti politik kerana hanya yang cekal dan mempunyai misi yang melepasi kepentingan diri sendiri akan tinggal dan bergerak sebagai satu pasukan. Sesiapa yang mempunyai agenda tersendiri akan menarik diri. Tidak kiralah jika tidak menang banyak pada pilihan raya pada permulaannya tetapi jika dapat menjaga reputisi dengan baik ianya akan berjaya pada akhirnya.

Saya percaya generasi akan datang tidak terikat seperti sebahagian dari kita kepada mana-mana individu atau parti. Sekarang ini terdapat seseorang terus sahaja bersetuju dengan pendapat individu-individu tertentu tidak kira samada ianya menguntungkan anakbangsa dan negara atau tidak.Generasi muda akan memilih siapa yang mereka dapati boleh memimpin dengan baik dan adil.

Pada ahli dan pemimpin parti politik adalah baik menumpukan perhatian mengukuhkan parti sendiri dari menghabiskan masa mencari kelemahan parti lawan. Pengundi akan datang akan bertindak atas data yang konkrit dan tidak apa yang ucapkan orang politik.Yang perlu dingatkan adalah orang Melayu pada umumnya tidak heran dengan kemewahan berbanding dengan maruah negara dan anakbangsa. Mereka bencikan orang yang menyebarkan fitnah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Zaid did it again.Now he had quit all post in PKR.I prefer to call him a loose cannon.Loose cannon is no benefit to anybody including himself..

He should improves his esprit de crop.After all he is in an organization.Tak boleh nak ikut kepala sendiri shj.I understand many aspect of PKR need to improve.But sulking will not improves anything

Hopefully Zaid will not sue me for giving comment..

ab said...

Salam Saudara Saji,




Bab bina banglow ni saya kira sendiri macam ni....



1.Harga tanah sekaki...katakan RM50-100 sekakipersegi.


Lepas tawar ,menawar dapat la
harga RM75 sekaki persegi, kalau 8000 kakipersegi, harga tanah RM600,000.00...dah tak bolih nego lagi dah.



2.Harga binaan- katakan saya guna bahan binaan yang paling asas dan murah, katakan RM100-150 sekaki.


Katakan saya nak bina build up area seluas 5000 kaki persegi,dua tingkat.....10,000x 100-150= RM 1.0 - 1.5 juta,untuk bangunan sahaja.




Saya akan cari kontraktor, minta `quotation' harga, kalau siapa dapat beri harga RM70-80 binaan sekaki, saya terima sebab masih ada `variasi' kos RM30-70 sekaki persegi, saya bolih ubah jenis tiles,jenis kayu pintu,panel tingkap, jenis cermin tingkap, jenis tiles bumbung, jenis besi pagar, interior deco sikit sebanyak dll.....



SAYA TAK TERIMA `quatation' lebih dari itu RM 70-80 sekaki persegi, sebab setiap pembinaan mesti selalunya `underquoted'!...


TETAPI SAYA sediakan juga bajet sehingga RM150 sekaki persegi binaan.


KALAU SAYA BETUL, paling tinggi saya belanja RM1.5 juta untuk banglow tersebut, dengan variasi harga bergantung kepada `finishings' tersebut diatas, bolih lagi murah kalau pilih bahan bahan `finishings' tersebut yang agak murah.....


Macam itu lah cara saya....



Abu Bakar Ab Rahman

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato dan semua,
Dato...apo lah kono dengan mamat sekor ni.. menyalahkan oranggggggg jooo kojo eh.. tak sudah2 dari dulu ..
kang den khobar banggang .. ado pulak yg kono saman fitnah nanti..
Dato...apo kono dengan PKR ni.. sejarah semangat 46 akan berulang semula?
ikhlas,

Anonymous said...

Zaid ni pada saya kelakar sungguh orangnya. Mengingatkan saya seorang budak yang saya kenal di kampung dulu. Dia ni kalau main apa-apa mesti nak menanggggg je. Tak boleh kalah. Kalau menang dia pun tersenyum simpul, lepas tu canang konon kemenangan dia tu takdela apa sangat, cuma sebab dia ni hebat berstrategi, kononnya. Tapi... kalau rasa-rasa dah nak kalah, dan-dan tu dia bagi seribu satu alasan kononnya budak-budak lain menipula, pakat nak bagi dia kalahla, macam-macam!

Haih! Lagi saya ingat, lagi banyak persamaan yang ada pada si Zaid nih. Aneh sungguh dia ni.


Bebudakingus.

Anonymous said...

Salam buat Moderator dan rakan,

Apa yang dilalui oleh Zaid (pengalaman), adalah juga pengalaman yang pernah dilalui oleh kebanyakan pelayar internet.

Yang dimaksudkan adalah pengalaman berkaitan penggunaan produk baru. Setelah dicuba, barulah dapat ditentukan sama ada ia menepati ciri-ciri yang dikehendaki.

Dalam konteks pasaran politik, yang menjadi golongan penjaja-penjaja adalah parti-parti yang ada yakni ada yang lama, ada yang baru dan ada yang bakal dilahirkan berdasarkan permintaan.

Lazimnya, pengguna lebih selesa menggunakan produk yang telah biasa digunakan sejak sekian lama. Selagi barangan itu tidak mengecewakan maka ia akan terus digunakan.

Namun dari semasa ke semasa, akan muncul produk-produk baru kerana dalam pasaran terbuka sesiapa jua bebas untuk mencuba nasib.

Naluri pengguna sudah tentu otomatik tertarik kepada benda baru apatah lagi kalau benda baru tadi dipromosikan secukupnya atau lebih dari cukup (lebih sudu dari kuah).

Makanya tidak hairan kalau pengguna suka mencuba-cuba produk baru. Ada yang apabila dicuba terus jatuh hati dan menjadi pengguna setia.

Ada yang mencuba beberapa kali tetapi akhirnya berasakan produk berkenaan tida serasi dengan kemahuannya lantas menukar kepada yang lain atau kembali menggunakan produk lama.

Tetapi ada yang sekali cuba terus mendapat kesimpulan dan itulah kali pertama dan terakhir dicuba produk baru itu.

Dalam masa sama ada pengguna yang terus menggunakan sesuatu jenama produk dari mula hingga ke hujung hayat disebabkan pengeluar sedar tentang kemahuan pengguna.

Pengeluar sedar bahawa tidak ada keperluan untuk menyajikan jenama baru sebaliknya memadai kalau pengguna disajikan dengan isian baru.

Dengan itu dari shampoo biasa akan dijadikan shampoo 10 dalam 1; susu biasa kan menjadi susu plus+++; rokok biasa akan menjadi rokok mild, dll) tetapi kesemuanya mengekalkan jenama yang sama.

Kesimpulannya tidak semua produk baru bakal menambat hati pengguna terutama kalau pengguna perasan ia tidak lebih baik dari produk lama.

Dan begitu juga tidak semua jenama lama akan ditinggalkan oleh pengguna kalau isiannya terus diperbaharui agar sesuai dengan keperluan dan citarasa golongan baru.

ALPASIKU

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Saye melihat Azmin adelah pejuang tulin(Soal prinsip kita tolak tepi)ahli politik asli, yang daya juangnya begitu tinggi, "tak takut dilambong ombak" "membujur lalu melintang patah" "alang alang menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan".Dia anak jantan.

Berbanding Zaid yang lebih tersohor dan dikira lebih matang,apekan daya terkulai layu jua ditangan Azmin yang lebih muda dan kurang pengalaman berpolitik jika dibanding Zaid.

Zaid tak perlu berputus harap dan perlu teruskan perjuangan.(Bak kate orang sabah "agi idup agi ngelaban") betul ke tu..hehehehehe

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Sdr langitbiru..

Tengku Razaliegh tubuh-semangat 46
Datok Ibrahim Ali tubuh-Perkasa
Datok Zaid Ibrahim tubuh-Bersetubuh

opsss jahatnya molot..tak sayang molot kerrrr

Sdr mencadangkan supaya Zaid Ibrahim tubuhkan parti sendiri, oleh itu saye mencadangkan.

jab sp said...

Dato'
Amat malang laman yang dikira amat berwibawa ini mempunyai manusia manusia yang telah diprogram kepalanya olih UMNO-BN dan apabila bercakap atau menulis sering merujuk apa yang diperkatakan olih penulis berbayar di media media utama,atau melanjutkan apa yang dicatat dalam olih blogger tanpa nama.
Tiada diguna otak sendiri dalam membuat penilaian adalah punca UMNO terkangkang selama ini.
Apa yang terjadi dalam sistem kehakiman,perundangan,penguasaan semua dilihat dengan sebelah mata,padahal budak baru lepas SPM pun tak adegan adegan ini luar kotak pemikiran manusia normal untuk menerimanya.
OKJ anda adalah seorang dari mereka ini.Dan hanya disebabkan bermula salam saja mungkin ada tanda tanda OKJ seorang Islam,tanpa ini ia akan saya sangka seorang yang bukan dikalangan umat Nabi Mohammad.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Di kampung saya kalu dah tua, duit pun banyak,depa nanti pi bertobat,mengaji
pondok.Dunia pun dapat akhirat insyallah.

Mat salleh yang liberal pulus banyak plak,depa nanti pi cuti tepi laut dok pekena curut cohiba dengan Macallan whiskey.(curut cap ikan emas atau jack daniels tak main la!)

Tapi ada juga yang miang miang keladi,makin tua makin menjadi!

tq

zainal abidin awang kechik said...

tok.. subjek ini memang bebai(kata orang kedah)..dia pi mana pun tak kena.. kerana subjek

saji said...

Salam ab

1. Maknanya sdr percayakan estimate kontraktor daripada QS. Itulah yang diajar oleh building lecturer saya semasa belajar diUK dulu.

2. Sdr guna volumetric calculation. Bahasa tempatannya kiraan kaki. Indon yang ambil kontrak buat /repair banglo pun dah tahu cara kiraan ini.

3. Tak sangka sdr ada ilmu estimate kos pembinaan dan tahu harga semasa.

zainal abidin awang kechik said...

"Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya.

Ditanya wartawan, siapa yang patut ambil alih kepimpinan PKR jika Anwar dan Azmin berundur, balas Zaid, "I'm a good leader too," katanya ketawa.
oiii boleh mati. dakwat tak kering lagi dia nak halau anwar dari rumah ... zaid zaid zaid..

petikan agenda daily

maae said...

Kita hidup ada tempoh nya,Dato'.Itu janji Allah.

Daripada tiada kepada ada.Khudrat dan Iradat akuan perjanjian kita.

Maka terlalu ramai di zaman ini mengimpikan suara-suara himar....

Sesungguh nya memohon dan memberi kemaafan itu tidak ternilai darjat nya..

Semoga Dato' yakin dengan lindungan Nya.

pakbelalang said...

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim and Azmin Ali must go in order for PKR to move forward, says Datuk Zaid Ibrahim.

He said Anwar and Azmin were the ones that caused problems in the party.


comment:

You make my day, Zaid! ha,ha,ha. I do not really know whether to classify Zaid as a pendekar or penderhaka!!

pakbelalang said...

Najib should bring Zaid back to UMNO. Appoint him as senator and become Minister of Foreign Affairs. That position is right for him. Tapi jangan pulak nak lawan "towkay"!!

Actually, I have soft spot in him. I never like him to be with the opposition. It is a waste of talent for him to be in the opposition.

Disamping itu tariklah balik saman kat Dato' AKJ. Apalah nak main saman-saman.!!!

Anonymous said...

Bubar je lah PKR. Habiskan boghas je !! PKR tak tentu hala kemana depa nak pergi. Perjuangan tak ada hujung pangkalnya. Perjuangan untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim bukannya rakyat.Itulah perjuangan PKR pagi, petang, siang dan malam. Apa ada untungnya. Buat pemilihan pemimpin pun kelam kabut apatah lagi nak memimpin rakyat.

Anwar dah melalut. Kaki temberang besar!!Perjuangan "tong kosong" !!!

Mat Letih

Anonymous said...

Zaid main wayang kulit ke atau dia dah kena "main bontot" dengan Azmin dan Anwar.

Zaid Oh Zaid. Apa yang Zaid dapat masuk PKR? Sebijak-bijak Zaid kena "main bontot" juga dia.

Main bontot maksud saya bukan main benda yang dilaknat Allah !!! Jangan salah faham.

budak IPTA

mat merton said...

Dato..orang Kedah kata tu laa angan-angan tinggi sangat.Had yang lekeh dan bawah-bawah ni tak mahu.Bila tak dapat apa yang diidamkan tu maka angin bebai pun mai lah.Dia tak tau yang kata politik itu dalam parti apa pun banyak tarbus dan musang-nusang yang suka makan ayam.Sebab itu dalam perlawanan bola sepak pun ada istilah curi ayam .Sebenarnya kita ini layak pasang angan-angan dan merancang je lah.Yang menentukan ialah Allah S.W.T.Termasuklah Penasihat parti dia pun dia yang merancang tapi apa nak buat Allah lebih mengetahui segalanya.Oleh itu jangan kalut depa bukan susah atau miskin cuma nak kuasa je.

Anonymous said...

Dah kena la tu Tok. Anwar-Azmin lawan Zaid. Dulu bukan main Anwar sambut Zaid. Zaid pun naik tocang. La ni dia nak tendang Anwar dan Azmin keluar PKR. Dia kata dia lagi baguih dari Anwar dan Azmin. Rasmi jenalu tok. Dia tumpang pokok, pokok mati dia idup lagi. Lawak gila Tok.
PKR dah jadi parti kaki rayan. Semua rayan ingat depa baguih. Tapi Umno pun janganlah seronok sangat. Takut jadi kata dulang paku serpeh.

Kamjat Penang.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Semua parti, termasuk UMNO, pasti akan hancur lebur, berkecai dan berkubur; KECUALI parti yang memperjuangkan Islam dan istiqamah membela Islam.

Sesungguhnya Allah SWT tidak sekali-kali memungkiri janji-Nya bahawa Dia akan memenangkan Islam apabila sampai masanya. Dan sesungguhnya Allah SWT akan menolong sesiapa yang menolong-Nya.

Dunia ini terlalu sementara. Umur manusia pun tak panjang mana. Akhirat juga sudahnya; kekal abadi selama-lamanya di sana.

Maka, sesiapa yang mengingini syurga di alam baqa', wajiblah di dunia ini, dia berjuang bersama-sama dengan jemaah yang memperjuangkan Islam dan membela Islam. Membela Islam bermakna membela Allah SWT dan Rasul-Nya.

Saya dengan ikhlasnya menasihati saudara-saudara Islam saya agar saudara-saudara sekalian memuhasabah diri banyak-banyak dan dengan bersungguh-sungguh pula.

Wassalam. Tolong maafkan saya.

CIP said...

Serabut la dengar cerita PKR ni dato... belum memerintah dah mcm2 perangai..

Anonymous said...

Datuk, the Malaysia Insider reports; PETALING JAYA, Nov 9 — PKR will proceed with its ongoing direct elections as scheduled as various allegations against the process have been found to be made without basis, party secretary-general Saifuddin Nasution said today.

He also dismissed deputy presidential contender Datuk Zaid Ibrahim’s allegation that the voting process had been manipulated.

“Will this affect the process? No, we have been getting strong support from the grassroots,” Saifuddin (picture) told a press conference here.

In another word, Datuk, Sdr Saifuddin is saying Zaid was telling a cock and bull story about the election that he was about to lose. What if the delegates continue to vote for him and he win? Will he tarik balik keputusan tarik diri? I think he will. That's why he hangs around just in case. So much for scruples Datuk!

Zong Yi

pakbelalang said...

ALPASIKU,

Parti politik boleh bertahan lama jika parti itu mengamalkan prinsip pemasaran moden. Parti politik boleh diumpamakan seperti produk juga. Umpamanya jika parti itu baru di "pasarkan" dan jika "marketing mix"nya berkesan parti itu akan mendapat sambutan hangat dengan segera. Tapi lama kelamaan jika parti itu tidak di promosikan berterusan ianya akan mula mendapati "permintaannya" akan berkurungan kerana kemungkinan ada parti baru muncul yang boleh memberikan "satisfaction" yang lebih baik lagi.

Pendek kata, jika sesebuah parti nak terus berkekalan untuk mendapatkan "loyaty" yang kekal, parti itu mesti senantiasa meningkatkan "spesifikasinya" ketahap yang lebih canggih lagi supaya "product life cycle-nya" akan di panjangkan seberapa lama yang boleh. Banyak elemen-elemen pemasaran yang perlu dilakukan oleh parti politik jika hendak terus mendapat "share of the market"!!!

borhan said...

Sejak zaman dia menjadi siswa di ITM dulu lagi perangainya memang begitu.Dia terpilih dalam pilihan raya pelajar selepas berkempen dengan bergaya menjadikan semua siswa baru terpesona dengan gayanya dan terpilih pemimpin pelajar.tetapi tak sampai dua bulan selepas itu dia meletak jawatan...agaknya kerana ideanya tidak diterima oleh majlis siswa. Dalam politik semua telah melihat gelagatnya... sama ada dalam UMNO atau PKR..saya rasa dia pun hendak menjadi perdana memteri juga.halangannya dia bukan seorang yang istiqomah..jadi dia tidak akan sampai ke mana-mana..Mungkin selepas ini dia boleh mencuba masuk DAP pula dan merebut jawatan setia usaha agung parti itu. halangannya anak beranak Lim..Cubalah untuk memberi wajah malaysian malaysia yang baru..

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Jika kita lihat latarbelakang Zaid tentunya susah baginya untuk bekerja sebagai pasukan. Dia hendak terus menjadi team leader tapi malangnya tidak ada apa pengalaman(track record). Dia seperti hampir semua wakil rakyat DAP dan PKR kini yang menang secara mengejut atas kelemahan UMNO. Kesimpulan nya orang-orang sebegini tidak layak menjadi pemimpin keran tidak ada daya ketahanan dan berkemungkinan akan memakan diri. Sudahlah wahai Bangsa Melayu balik lah ke pangkal jalan. Jangan bertelagah sesama sendiri - see the big picture your fellow Malays are not the enemy but elements form outside that wishes so.

Melayu Nusantara

ORANGUTAN PENANG said...

ZONG YI,

I WOULD NOT BE SURPRISED IF ANWAR HIMSELF IS NOW A BN TROJAN HORSE IN PR.

MALAYSIAN POLITICS AT ITS WORST.

TQ

Anonymous said...

pakbelalang said...

"Umpamanya jika parti itu baru di "pasarkan" dan jika "marketing mix"nya berkesan parti itu akan mendapat sambutan hangat dengan segera."

Komen:

Saya sangat bersetuju dengan anda berhubung keperluan terhadap strategi pemasaran. Produk yang sederhana kualitinya masih mampu menambat hati pelanggan kalau strategi pemasarannya adalah baik dan sebaliknya produk yang baik belum tentu boleh laris kalau aspek pemasaran diabaikan.

Namun, strategi pemasaran harus juga mengambil kira sikap pengguna. Ini kerana merekalah yang bakal menentukan sama ada sesuatu produk itu sesuai atau tidak dan seterusnya laris atau tersadai. Dalam konteks ini, pengguna terbahagi kepada beberapa kategori:

1. Pengguna yang mencari produk murah. Kualiti tidak diutamakan, janji boleh pakai.

2. Pengguna yang mementingkan kualiti tetapi faktor harga tetap diambil kira.

3. Pengguna yang melihat kualiti adalah segala-galanya, harga bukan penghalang.

4. Pengguna yang memandang berat aspek halal tetapi mengabaikan aspek kualiti.

5. Pengguna yang memandang berat aspek halal dan juga kualiti.

6. Pengguna yang terlalu liberal yang memandang tinggi semua aspek tetapi memandang rendah aspek halal.

Antara kesemua kategori itu yang menarik untuk diulas adalah kategori yang terakhir (6) kerana bilangannya bukanlah sedikit.

Dan begitu juga dalam konteks politik. Sudah ada trend untuk memandang tinggi sesebuah parti berdasarkan perkiraan parti berkenaan kononnya mampu menyajikan itu dan ini walhal belum terbukti parti berkenaan telah menyajikan nilai yang selaras dengan tuntutan dan keperluan pengundi muslim itu sendiri.

Kalau dalam konteks makanan, semata-mata kerana mengejar keuntungan ada peniaga tergamak melekatkan logo halal palsu, makanya apakah tidak mungkin kaedah yang sama digunapakai oleh parti-parti yang tersangat teruja untuk berpejabat di Putrajaya?

ALPASIKU

saji said...

Sdr ALPASIKU

Dalam BN ada parti yang memperjuangkan Islam. Begitu juga dalam PR. Persepsi orang Melayu yang cendrung Islam nampak terhakisnya perjuangan Islam oleh parti2 yang pemperjuannya. Apatah lagi yang fanatik Islam Zul Nordin!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).