Sunday, November 28, 2010

Sukan Asia: Tahniah Tapi Berjaga-jagalah

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

TAHNIAH dan terima kasih kepada Pasukan Sukan Asia kita kerana mencatatkan kejayaan yang boleh kita banggakan.

Sebenarnya kita boleh jika kita mahu. Yang menjadi masalah adalah sikap ahli sukan kita dan pengurusan sukan negara yang terlalu dipolitikkan.

Pasukan Malaysia menduduki tempat ke-10 dalam kiraan pingat emas daripada 45 buah negara dan wilayah yang mengambil bahagian. Ahli sukan Malaysia memperoleh 41 pingat kesemuanya iaitu sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.

Tuan rumah, Republik Rakyat China mendahului dengan 416 pingat diikuti Korea Selatan dengan 232 pingat, Jepun (216), Iran (59), Kazakhstan (79), India (64), Taiwan (67), Uzbekistan (56) dan Thailand (52).

Hakikat bahawa China mendapat tempat pertama tidaklah memeranjatkan. Bukan sahaja ia tuan rumah, tetapi berupa negara terbesar di dunia. Kalau dikira bilangan pingat yang diperolehnya berbanding jumlah penduduk, nisbahnya adalah sebuah pingat bagi setiap 3.2 juta orang. Penduduk China dianggarkan 1.34 bilion.

Bagi Malaysia, nisbahnya adalah satu pingat bagi setiap 689,036 orang penduduk. Berdasarkan bilangan penduduk, Malaysia lebih berjaya daripada China.

Dengan 64 pingat, nisbah India adalah satu pingat bagi setiap 18.6 juta penduduk.

Di kalangan negara yang menduduki tempat 10 ke atas, Korea Selatan paling cemerlang. Ia menang 232 pingat atau sebuah bagi setiap 214,539 orang penduduk.

Tapi jangan lupa Hong Kong. Walaupun HK sebahagian daripada negeri China, tapi sebagai Wilayah Pentadbiran Istimewa (SAR) ia menghantar kontinjen sendiri. Dengan 40 pingat, nisbah Hong Kong adalah satu pingat bagi setiap 176,530 orang penduduk.

Taiwan, sebuah lagi wilayah berbangsa Cina, mendapat 67 pingat menjadikan nisbahnya satu pingat bagi setiap 345,536 orang penduduk. Manakala Singapura, juga negara majoriti Cina, nisbahnya adalah satu pingat bagi setiap 298,629 orang penduduk.

Jadi, walaupun Malaysia mengatasi China dari aspek nisbah penduduk dengan bilangan pingat, tetapi kalah kepada Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

Nisbah Malaysia, bagaimanapun, mengatasi Indonesia (1:9,136,780), Filipina (1:5,875,820) dan Negeri Thai (1:1,289,807).

Kesimpulannya, walaupun kita berjaya memecahkan rekod kita sendiri dan menduduki tangga ke-10 dalam kiraan pingat emas, namun kita masih belum memanfaatkan sepenuh potensi yang ada.

Amaran Ketua Pengarah Majilis Sukan Negara, Kolples Embong, mengenai pergantungan kepada squash dan bowling sangat tepat.

Lima daripada sembilan pingat emas Malaysia disumbangkan oleh peserta squash dan bowling. Dua sukan ini mungkin digugurkan daripada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, pada 2014.

Takut-takut tanpa squash dan bowling, prestasi Malaysia di Incheon nanti tidak sebaik di Guangzhou.

Hanya dengan latihan yang lebih kemas dan pencarian bakat yang bersungguh-sungguh bermula dari sekolah rendah, Malaysia berpotensi menjadi negara sukan yang lebih cemerlang di arena antarabangsa.

16 comments:

jab sp said...

Dato'
Tahniah diucapkan kepada ahli sukan negara di Sukan Asia yang tamat pada 27/12/2010.
Ada acara yang dijangka akan menyumbang pingat telah menepati jangkaan tersebut dan ada juga yang tersasar samada terus gagal atau pulang dengan kilauan warna yang berlainan daripada yang diharapkan.
Sukan bola sepak,hoki dan lumba basikal diantara sukan yang menambat hati saya.
Saya melihat kecekalan atlit kita dalam acara ini.Kesunguhan mereka berjuang agar lagu Negaraku berkumandang amat dikagumi.Namun dicelah itu ada sedikit kekecewaan dengan ulasan ulasan terus yang disampaikan olih penyampai TV yang dihantar kesana.Kita tidak pernah habis habis dengan "memadai""cukup bernasib baik" apabila mengulas sebarang ketewasan.Ada penyampai yang tampil dengan ayat"adalah membanggakan kita kerana dapat mempertahankan gol kita dari dibolosi lebih daripada 2 gol".Sikap bahawa kita pasukan belasahan atau masih baru dan tidak setanding dengan pasukan lain perlu dibuang jauh olih atlit kita malah penyampai TV yang punya peranan besar bagi memertabatkan mutu sukan negara.
Kita pernah menjadi RAJA TAKRAW.Tetapi bayangan daripada Sukan Asia ini menunjukkan kita bukan sahaja sudah kehilangan title guru malah ada kemungkinan akan menjadi murid paling terbelakang.Apa tidaknya,libasan pasukan wanita Cina,Myanmar malah Japan pun sudah pasti akan menakutkan pasukan lelaki Negeri Kedah,negeri kelahiran Dato dan saya.

Mknace said...

:):):)
saya setuju

Iskandar PT said...

Salam Dato,'
Kalau dilihat pencapaian negara melalui badminton dan sepaktakraw memang amat mengecewakan sepatutnya acara beregu lelaki milik kita dan sepaktakraw tidak menunjukkan peningkatan, asyik perak jer dan nyaris kalah pada China dan Korea .
Untuk hoki lelaki , syabas tetapi belum cukup kerana Pakistan bukan lah terlalu kuat seperti pasukan Australia, kita pernah mengalahkan mereka. Sekiranya Malaysia bermain seperti mengalahkan India, Pakistan pasti tersungkur.
Untuk Sukan Asia akan datang, mungkin pingat akan berkurangan sekiranya squash dan boling tidak dipertandingkan.
Kebanyakkan pemenang pingat negara semakin tua dan para pengganti masih tidak menampakkan hasil, mampukah kita meraih pingat lagi di Sukan Asia Incheon. Korea nanti?

Roti Planta said...

Dato,

Jika ikut pecahan bangsa kita lihat semua Pingat China, HongKong, Taiwan, Singapore, Macau dan sebahagian Malaysia dan Thai milik atlit berbangsa Cina. Namun saya terharu bila melihat atlit kita yang begitu bangga dan mengalir air mata apabila menyanyikan lagu Negaraku. Mereka adalah warga sejati dan tidak perlu dipertikaikan lagi kesetiaan mereka. Mereka lahir disini dan mengharumkan nama negera kita Malaysia.

Adakah ahli politik kita mempunyai sifat yang sama? Saya sangsi dan ragu. Kita lihat ahli politik berbangsa India asyik bercuti dan membeli aset di India dan yang berbangsa Cina asyik tumpu China, Singapore, Hong Kong dan Australia. Saya belum pernah saya lihat ahli politik kita menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh taat dan luhur seperti atlit negara.

Presiden FAM nampaknya terpaksa meneruskan perjuangan memartabatkan bolasepak negara untuk 20 tahun lagi memandangkan bolasepak dah mula menunjukkan prestasi baik.

Bye/ Roti Planta

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Baby Melayu dan baby India patut diajar berenang dari sekarang. Yeah Baby as early as 4 month old. Sukan renang adalah antara acara yang kalau surang pun dah bagus, dia boleh bolot banyak emas.

Sound crazy tapi cubalah google goldfish swim school. Lagi pun, Nabi suruh ajar anak berenang. Tak guna ngaku negara Islam, sayang nabi, cinta nabi tapi tak tau berenang.

ab said...

Salam dato,



Tahniah kepada semua ahli sukan yang mengambil bahagian kat ghonzhou ni.... sungguh gembira saya melihat banyak juga pingat yang didapati MEREKA.



DAH HAMPA SUKA MAIN SUKAN... MAIN LAGI KUAT KUAT DAN BERSUNGGUH SUNGGUH, lantak pi laa pengawai dan ketua yang suka POLITIK TAPI `MENEMPEK NYAWA' DEPA KAT HAMPA SEMUA.....




BIDANG SUKAN NI bolih menjadi sumber pendapatan yang baik untuk ramai rakyat malaysia,jika diBUAT BERSUNGGUH SUNGGUH....




Tenguk dulu sapa yang kata BRUCE LEE tu siuman?...laa ni jikalau melihat KUNGFU dan MARTIAL ART, automatik/ spontan orang fikir dan sebut CHINA/HONGKONG/TAIWAN....



KALAU TENGUK orang INDIA menari, spontan/automatik orang pikiaq/ sebut BOLLYWOOD.....



Sebut kriket, orang sontan fikir/sebut Pakistan...



TAKAT NI LAA kalau pi kat negara negara lain, sebut malaysia,DEPA KAT SANA kata....ooooohh, mahasir/ mahatir/malasie....MACAM TU BARU
dalam 25 tahun ni....



MANA TAU LAGI 25 tahun bila sebut
squash/bowling/wushu...spontan orang fikir dan sebut MALAYSIA!, atau lagi baik badminton,karate dan sepaktakraw.....



BOLASEPAK BOLIH `hidup balik' tak ?...



YANG kita tak mahu ialah bila sebut
`human trafficking',jemaah islamiah,dera pembantu rumah,drug trafficking, rasuah,flip flop policies/ decisions.......orang spontan fikir/sebut ....MALAYSIA la tu!.




Abu Bakar Ab Rahman

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya juga mengucapkan tahniah dengan kejayaan Skuad Sukan Asia Malaysia. Juga kepada Majlis Sukan Negara dan Kementerian Sukan serta Dato’ Menterinya. Dan statistik yg Dato’ keluarkan juga amat menarik ala-ala ‘prevalence’. Cuma tak tahu pulak saya statistik prevalence juga digunakan dalam sukan, saya ingatkan dalam ‘disease epidemiology’ je.

Cuma agak terkilan dengan skuad bolasepak kita. Rasanya dah sampai masanya kita perlukan pemain import mewakili Malaysia untuk melonjakkan bolasepak negara. Tak pelulah tunding jari ke sesiapa dan kita kenalah tahu had limit (limitation) kita. Macam Zidane mewakili France, Oozil mewakili Germany, Deco mewakili Portugal. Sedangkan negara mereka memang gergasi bolasepak pun masih mencari pemain luar memperkuatkan skaud mereka. Tiada apa yg nak dimalukan dan bagi sayalah, lagi malu tengok ranking bolasepak Malaysia dimata dunia. Sekian TQ.

Roti Planta said...

Sdr OKJ,

Peraturan FIFA bagi mewakili negara tidak membenarkan sebarangan pemain untuk diimport. Ianya berlainan dengan peraturan bagi kelab. Untuk membenarkan pemain mewakili negara lain ialah;

1. Mendapat status warga negara dan bermain di liga negara tersebut sekurang-kurang 5 tahun (kalau tak silap) dan juga tidak pernah bermain di negara asal. Jadi pemain yang hampir boleh bermain untuk negara kita dulu ialah Scott Ollerenshaw (bekas pemain Johor dan Sabah). Dia pernah mohon warga negara kerana berkahwin dengan warga Malaysia.

2. Lahir di negara yang ingin diwakili. Pemain Scotland Shaun Richard Maloney dilahirkan di Miri, Sarawak namun dia memilih mewakili Scotland. Keluarganya telah berpindah ke kampung ibunya di Aberdeen, Scotland semasa Maloney berumur 5 tahun

3. Ibu atau bapa adalah warga negara yang ingin diwakili. Pemain yang hampir ialah Brendan Gan dilahirkan di Australia namun ayahnya berasal dari Negeri Sembilan dan kini sedang beraksi bersama Sydney United dalam Liga Australia. FAM sedang menilai prestasi beliau.

Berdasarkan ktiteria-kriteria tersebut dan ranking dunia negara kita adalah hampir mustahil pemain yang 'ada nama' memilih untuk mewakili negara.

Pihak FAM pun tidak pernah membuat langkah pro-aktif untuk mencari pemain yang memenuhi syarat tersebut.

Pernah Persatuan Bolasepak Indonesia telah mengiklankan /mengesan bilangan pemain yang 'layak' mewakili Indonesia berdasarkan syarat2 FIFA. Mereka dapat mengesan 40 pemain profesional di Eropah yang 'layak' mewakili Indonesia terutama di Belanda. Namun pemain2 itu menolak mungkin kerana status ranking FIFA, kewangan dan kewarganegaraan.

Jadi usah bermimpi kita akan mendapat pemain import yang baik. Pemain import LigaM dulu pun sekadar 'standard mat black jual tali pinggang'.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Tuan Rumah yang dihormati,

Hanya 3 individu/pasangan/pasukan atlet dari setiap kategori sukan yang dipertandingkan di sukan Asia yang diberikan pingat iaitu sama ada emas, perak atau gangsa kerana berjaya meletakkan diri pada kedudukan 1, 2 atau 3.

Kalau dalam sesuatu acara itu disertai oleh 45 buah negara, makanya individu atau pasukan yang memenangi sebarang pingat bolehlah dikategorikan sebagai 3 yang terbaik dalam kalangan 45 buah negara peserta.

Kalau dilihat dari sudut Asia sebagai sebuah entiti tanpa sempadan (dan kalau penduduk Asia dianggar 2.5 bilion) maka pemenang pingat emas, perak dan gangsa bolehlah dianggap sebagai 3 jaguh sukan yang terbaik dalam kategorinya dari kalangan 2.5 bilion manusia.

Ini menunjukkan, tempat ketiga di peringkat Asia bukanlah calang-calang pencapaian apatah lagi tempat kedua atau yang pertama. Oleh itu, kemampuan meraih pingat di Sukan Asia adalah gambaran tahap keupayaan, kekuatan, kesungguhan, kecekalan, semangat dan kegigihan yang bukan kepalang.

Semua kejayaan layak diberikan pengiktirafan pada tahap tertentu. Pengiktirafan tidak semestinya milik total para atlet yang menang malah perlu ditujukan kepada semua pihak yang terbabit -- jurulatih, persatuan dan kerajaan.

Dalam konteks kebanggaan, darjah kebanggaan yang dirasai di Sukan Asia tidak lagi bersifat nasional atau regional malah menjangkau peringkat global. Ini harus dijadikan dorongan untuk mana-mana pihak meningkatkan iltizam bagi meraih lebih banyak kejayaan.

Semua kilauan di Sukan Asia adalah bermula dengan bakat. Mereka adalah segelintir dari 2.5 bilion manusia yang memiliki bakat yang boleh digilap, dibentuk dan ditambahnilai hingga dapat menunjukkan potensi dan upaya diri ke tahap maksima.

Dalam konteks manusia sebagai makhluk Tuhan, hakikat yang tidak berapa disedari adalah setiap insan dianugerahkan dengan bakat dan keistimewaan masing-masing. Yang membezakan antara satu dengan yang lain adalah ruang dan peluang untuk bakat berkenaan dicungkil atau terus terpendam.

Kalau semua bakat yang dianugerahkan Tuhan di salurkan secara optima ke jalan yang betul, ia dapat dimanfaatkan oleh manusia yang lain. Ini bermakna setiap insan yang dilahirkan adalah anugerah Tuhan buat insan disekelilingnya.

Antara manusia dengan manusia, semuanya sama saja. Sama ada insan itu berada di atas atau di dasar; besar atau kecil; tinggi atau rendah; lelaki atau perempuan, semuanya adalah istimewa yakni memiliki kelebihan masing-masing yang berguna untuk satu sama lain.

Mungkin ada pihak yang mahu meletakkan seorang insan sebagai lebih istimewa berbanding insan-insan yang lain. Peletakkan itu mungkin dikongsikan oleh semua orang atau sekadar satu atau dua individu saja.

Ini menunjukkan bahawa penilaian seseorang mungkin tidak sama dengan penilaian seseorang yang lain. Seorang suami mungkin nampak istimewa pada pandangan mata si isteri tetapi mungkin tidak pada pandangan orang lain.

Berat mata memandang tidak semestinya berat bahu yang memikulnya. Dalam aspek ini, anak "Down syndrome" mungkin nampak sebagai anak yang menyusahkan tetapi pada keluarga anak sebegini adalah anugerah istimewa dari Tuhan.

Memang ada insan di masa lalu yang jelas dan nyata mempunyai kedudukan yang amat istimewa (iaitu para anbia) tetapi kedudukan itu bukan dinilai dan ditarafkan oleh manusia tetapi oleh Tuhan Maha Pencipta.

Chinglot

pakbelalang said...

Kalau nak maju lagi kehadapan dalam bidang sukan asasnya ialah disekolah. Murid-murid sekolah mestilah bukan sahaja digalak untuk bersukan tetapi pihak sekolah mestilah melengkapkan segala kemudahan dan kelengkapan sukan serta mempunyai guru sukan yang berkelayakan dan dapat mengenal pasti lebeh awal lagi murud-murid yang berpotensi untuk berjaya di arena sukan dan seterusnya dipupuk sampai berjaya.

Jika ini tidak diambil perhatian serious dan tidak diberi keutamaan saya rasa prestasi sukan kita di gelanggang antarabangsa akan terus stagnant, hanya setakat dapat pingat emas sekadar 10 "ketul" sahaja tiap kali diadakan sukan Asia dan 1 atau 2 ketul emas di sukan Olympic kalau nasib baik.

langitbiru said...

Tahniah kpd semua atlit yg ambil bahagian. Dan tahniah lagi sekali yang berjaya peroleh pingat. Tahniah.

Mereka dah cuba yang terbaik sebaik mungkin. DAN jangan lupa, pencabar mereka juga dah cuba yang terbaik sebaik mungkin.

Pada panadangan saya, LEBIH BAIK atlit Malaysia dan pengurusan menumpukan sebaik-baik perhatian kepada SUKAN PERMAINAN, seperti bolasepak, hoki,badminton, bowling, squash dan lain-lain. Sukan permainan memerlukan skil yang tinggi, yang boleh digilap diasuh. Buktinya, Lee Chong Wei, Nicol David, Hoki,bowling.

Sukan olahraga, sukar nak bersaing diperingkat antarabangsa sebab kita bersaiz kecik, pendek. Macam Watson Nyambek masuk 100 meter, 5 langkah Watson baru sama dengan 3 langkah Carl Lewis. Kayuh basikal lain, sebab pedal basikal tu sama untuk semua orang, kaki pendek ke panjang. Mungkin kaki pendek ada kelebihan....Tahniah Azizul hasni dan Josiah Ng.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

F1 team kita pun boleh tahan Tok.

Terbaik antara yang tercorot.

Bangga la jugak pasai ni jeneh sukan
yang bukan lekeh.

Kena cari potensi kot kot ada mat rempit yang handai.

Bangsa kita ni,kalu kena gaya memang cukup tera Tok.

tk

affendi hussain said...

Salam Dato',

ntah tak sempat sukan asia kat incheon..bedebom kena balun dgn pyongyang..

("/)

hang_nadim2 said...

Salam Datuk.

Apa bidang sekali pun baik ekonomi, politik, sukan, dan lain-lain lagi, kita perlu kepada kebijakan. Begitu juga sukan. Tanpa kebijakan, pencapaian sukan tidak kemana. Bijak di sini ialah bijak dalam membangunkan sukan.

Cuba perhatikan negara Australia yang penduduknya lebih kurang sama dengan kita. Bila sukan Olimpik 2008 yang lepas, mereka mendapat berbelas-belas pingat emas, sedangkan kita satu pingat emas pun tidak dapat.

Begitu juga sukan Asia yang baru lepas di China, di mana Sepak Takraw dan Badminton, kita gagal mendapat sebarang pingat emas.

Sukan badminton bukannya baru bagi kita, kita telah bermain sebelum merdeka lagi. Banyak masa, tenaga, wang dan lain-lain lagi digunakan untuk memajukan sukan badminton tetapi hasilnya tidak memuaskan. Ini menunjukkan, kita tidak bijak membangunkan sukan. Untuk membangunkan sukan, kita perlukan penglibatan seluruh rakyat secara langsung dan tak secara langsung.

Saya tidak dapat menerangkan secara detail, bagaimana nak mebangunkan sukan kerana ia melibatkan soal politik, ekonomi, kebudayaan, sosial dan lain-lain lagi.

Cuba perhatikan kebanyakkan negara maju dan kaya, kebanyakan sukannya kuat. Manakala kebanyakkan negara-negara miskin sukannya lemah.

Sekian Terima Kasih
Harap maaf

OKJ said...

Salam Sdr Roti Planta

Terima kasih kerana memberi penerangan yg jelas dan jujur. Juga contoh-contoh yg tepat. Pengetahuan saudara dalam arena bola sepak memang up to date. Diharap pengurus-pengurus bolasepak kita disetiap peringkat juga berpengetahuan seperti ini, professional dalam bidangnya dalam ertikata sebenar.

Saya juga merindui perbahasan-perbahasan yg sebegini rupa, yg benar dan tidak sesekali menuduh, menipu dan fitnah. Alangkah indahnya jika semua pembahas blog Dato’ jujur pada diri sendiri dan jujur bila berbahas. Sekian, Solute.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Antara 9 pingat emas, hanya basikal acara keirin yang dipertandingkan sukan olimpik. Acara seperti squash, bowling dan wushu walau secemerlang mana tiada dalam senarai olimpik.. Tapi pingat perak hoki amat bernilai dan lebih dari nilai emas bagi acara squash atau bowling.

Menang 8 emas masa di Sukan Asia Doha, tapi tak dapat sebarang emas di Olimpik Beijing. 9 emas di Guangzhou, yang nampak ada kelibat emas mungkin dari acara Keirin...

Anugerah kecemerlangan sukan seperti pemberian RM80,000 untuk pingat emas Komanwel perlu di teliti dan pemeberian berdasarkan tahap dan cabaran saingan. Acara badminton Komanwel yang menang pingat emas selepas menang dengan India, Nigeria, Maldives dll... bukan cabaran sebenar dan sepatutnya nilai hadiah dikurangkan.. Berbeza dengan acara squash yang mana tahap komanwel lebih tinggi sebab ada Australia, NZ, England dan Scotland. Sukan Asia, cabaran squash hanya dari HK dan Pakistan.

Bukan nya apa Dato', saya juga as a tax payer juga terlibat sama dalam pembentukan kontijen ke Sukan Asia, Olimpik, Sea atau apa-apa lagi lah...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).