Friday, December 03, 2010

Pertanian dan Makanan Maha Penting

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

WAKTU saya membesar di kampung pinggir sungai di Kedah pada tahun 1950an dan 60an, ada dua singkatan bahawa Inggeris yang semua orang sebut tetapi jarang mengetahui maksud sebenarnya.

Pertama Rida kerana ada rumah Rida, kilang Rida dan bas Rida. Rida adalah singkatan Rural Industries Development Authority atau kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Lembaga Pembangunan Perindustrian Luar Bandar. Daripada Ridalah lahirnya Mara atau Majlis Amanah Rakyat.

Kedua adalah Maha kerana pameran Maha adalah kemuncak kepada kegiatan pertanian, penternakan dan perikanan negara kita. Maha adalah singkatan kepada Malayan/Malaysian Agricultural and Horticultural Association atau Persatuan Pertanian dan Penternakan Malaysia.

Dua hari lalu saya melawat Ekspo Maha yang sedang berlangsung di Mardi, Serdang. Emosional juga kerana inilah kegemaran Allahyarham ayah saya sepanjang hayatnya.

Boleh kata tidak ada Ekspo Maha yang tidak dilawatinya ketika dia masih sihat. Bila balik dari Maha, dia membawa kembali pelbagai cerita, maklumat dan benih tanaman.

Seletah lama tidak mengunjungi Maha, saya cukup kagum dan gembira dengan apa yang saya lihat. Tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana terus menganjurkan pameran itu.

Kegiatan pertanian, khasnya yang berkaitan dengan pengeluaran makanan, adalah sangat kritikal kepada kesejahteraan dan keamanan negara dalam situasi di mana dunia diramalkan akan mengalami kekurangan makanan dan kenaikan harga bahan makanan akibat perubahan cuaca dan peningkatan pesat penduduk dunia.

Terima kasih kepada Urusetia Pameran dan kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia atas bantuan dan layanan mereka semasa lawatan saya.

Sebagai budak kampung yang membesar dalam persekitaran pertanian dan ternakan, saya terus meminati pertanian. Jadi di mana ada kawasan lapang, saya bercucuk tanam. Itulah hobi utama saya.

Saya kagum dan gembira melihat keutamaan yang diberikan kepada kegiatan penyelidikan, pembangunan dan pengembangan yang dibuat oleh agensi-agensi macam Jabatan Pertanian, Lembaga Perindustrian Nanas dan Mardi, khasnya di kalangan petani dan usahawan Bumiputera.

Kalau dulu Ekspo Maha mirip kepada bercucuk taman dan memelihara kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik, sekarang turut dipamerkan secara meluas dan menarik adalah keluaran pertanian yang diproses dan bungkus.

Sebagai seorang yang diperkenalkan kepada perniagaan sejak kecil dan terbabit dengan perniagaan secara sederhana, saya cukup gembira melihat ramai usahawan Bumiputera tua muda, lelaki perempuan mempamer dan memasarkan bermacam-macam hasil pertanian yang mereka kilang dan bungkus dengan sempurna sekali.

Tahniah kepada mereka dan terima kasih kepada agensi-agensi yang melatih dan membantu mereka memecah masuk ke dalam bidang yang sebelum ini dimonopoli oleh orang bukan Bumiputera.

Dengan bantuan teknologi oleh agensi-agensi kerajaan dan kesampaian kepada modal, ramai pengilang makanan dan pertanian Bumiputera mampu meluaskan pasaran hasil keluaran mereka ke pasar-pasar raya tempatan dan ke pasaran luar negara, khasnya pasaran halal.

Untuk tujuan itu, kita kena pastikan yang mereka menghasilkan barang bersih (halal), bermutu tinggi dan dengan bungkusan yang menarik dan menepati piawaian antarabangsa. Label dalam bahasa Melayu saja tidak memadai dan tidak menepati piawaian antarabangsa.

Negara kita ini ada banyak kebaikan dan kelebihan, tetapi maaf cakaplah kerana kesempurnaan yang Allah Taala berikan itu, ada orang kita yang menjadi malas, kurang usaha, kurang berfikir dan asyik mengharapkan yang mudah saja.

Tetapi kalau kita guna sikit otak dan tulang empat kerat, hatta daun nanas pun boleh diproses secara kecil-kecilkan menjadi benang, kain dan kertas yang boleh dipasarkan sebagai cenderahati dan barang-barang mesra alam.

Dalam masa pemerintah kita menguar-uarkan transformasi ekonomi dan mahu menjadi negara berpendapatan tinggi, janganlah pula kita mengundang kecelakaan dengan mengabaikan pertanian, khasnya pengeluaran manakan.

14 comments:

Samsul said...

Salam Dato',

Saya pun baru balik dari MAHA. Yang paling menarik perhatian saya ada satu gerai daripada anak muda berpendidikan IT yang telah melancarkan Farmbook.my..bunyi ala-ala facebook tapi laman ini sebenarnya laman sosial yang lebih khusus kepada industri pertanian.

Ini menunjukkan industri pertanian kita kian moden dan canggih hingga ada pula laman sosial kuhusus untuk petani. Apa-apa pun MAHA memang best!!

pakbelalang said...

I think comparatively Thailand's agricutural sector is much more advance than us. We should emulate the way Thailand develop its food production and agribusiness sector. Thailand's R&D is much better than us. If we were to go to hypermarkets we certainly will observe that there are so many agricultural products produced by Thailand.

Why Thailand is much more successful in developing its agriculture sector? Partly it is attributed to the direct involvement of its King who is very passionate about agriculture development in his Kingdom.

If I were the Prime Minister I would focus Sarawak state as the main agricultural activity for the country. Sarawak should be the hub of food and agriculture production. We should establish a University of Agriculture in Sarawak and have a R&D station in the university specializing in tropical agriculture products.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Lepas MAHA pi la tengok kl motorshow plak Tok.

Hebat jugak Malaysia ni!Walaupun masih corot,yang penting kita pemain Tok.Potensi besaq.

Tok Nek saya kata zaman dia dulu,bekas tayar pun orang pi kerumun.Kereta pun tak pernah nampak.

tk

Pak Seman said...

Dato Kadir.

Apa dah hendak jadi dengan Dunia hari ini.Saya maseh ingat waktu saya maseh kechil ayah saya membawa saya melawat Pameran Maha di Alor Star.Sekarang dah hampir 50 tahun berlalu.Orang2 Melayu yang kebanyakannya petani maseh di takok lama.

Dulu tanam padi satahun sekali,sekarang tiga kali setahun.Hidup maseh merana.Miskin dan daif.Apa hendak jadi kapada bangsa saya,.Mari kita renongkan apa yang terjadi dengan harga bahan2 makanan pada tahun 2010.

Harga gula tertinggi sejak 30 tahun .Ini bermaana apabila kontrek kita membeli gura dengan CRS tamat tahun2011,harga gula kita akan naik $3rgt.
Minyak kelapa Sawit harganya $3600 satu tan.Tertinggi sejak 20 tahun dahulu.Harga minyak akan naik.

Harga beras US$ 800 satu Tan .juga tertinggi.Harga jagong naik,harga soya bean naik,harga kopi naik.Harga coco naik.Harga gandum naik.

Ramai orang miskin akan mati kelaparan,

Tahun 2012,Semua akan meletup.Jika piulehan raya di buat tahun ini,BN akan jadi sejarah.

OKJ said...

Salam DAKJ

Terharu dan sedih pulak rasanya bila Dato’ asyik menceritakan kebaikan projek-projek kerajaan akhir-akhir ini. Kalini, ideanya dicetuskan oleh YAB Tan Sri TPM kita. Kesimpulannya, gandingan Tuan Presiden dan Timbalannya semakin ngam dan mengancam dan makin dapat diterima semua. Bukannya kerja senang nak mengambil hati orang lama, berilmu tinggi dan berpengalaman luas ni.

Bercakap tentang MAHA ni, saya baru je balik dan membawa balik lebih dua puluh benih orkid. Tiba-tiba je minat nak tanam orkid muncul bila tengok pameran tadi. Cantik sungguh rasanya. Esok, saya ingat nak beli kayu besar sikit untuk buat pangkin orkid. Mungkin rangkanya kayu 2X3 atau 2X4 kot, biar tahan lama sikit dan juga sebab dah lama tak guna mesin circular saw bosch. Takut rosak pulak sebab lama tak guna. Akhir kata, slogan ‘Pertanian itu Perniagaan’ memang tepat sekali. Sekian TQ.

The Phoenix Foundation said...

DAKJ!

Goggle Chrome offers a transaltion of your post herein - when I read it was hilarious - crickey - syntex etc- all totally frontside/back{no if I say it, you and I will be reported & then prosecuted!!!!!}.

But seriously!
If each of us can in our little green patches - plant & grow say some chilles, some onions, some ginger, some....., then pluck & process them and then have a meal, would it not make a difference!

I spent time with the people in Lembau Kelau{Felda Settlers}.

The saddest part was to witness children & adults, who are "screwed" becoz of the chemicals that was used on them a long time ago & yet FELDA gives them NO relief!

There is a generation of "mutuants" - good people, young kids - who have been {mutuated} but who we do not want to recognise!

DAKJ!

All of my "lawyering" cannot give me relief!
When I express this to my wife{retired journalist}, she says :Hubby! take this to parliament!!!!
I say, wife, I only teacher at university. OOpps: DAKJ take over!!!

Anonymous said...

1.Ulasan KPI tahun ini tak ada ke DAKJ, atau saya yang terlepas pandang?

2.Dah letih saya baca DAKJ sentuh pasal orang melayu yang makin jauh dari pertanian. Dah banyak kali DAKJ ulang kenyataan itu, hampir jadi "piring hitam lama" la pulak!

3.Cuba kaji sekali minat melayu dalam pertanian dalam konteks faktor langsung seperti nisbah pemilikan tanah, kos baja/benih tidak terkawal dan masalah petani-pemborong.

4.Saya faham peranan pembungkusan dan penghasilan barang dari hasil tani adalah penting, tapi ini sepatutnya keutamaan kedua selepas usaha meningkatkan hasil mentah pertanian, tak gitu DAKJ? Terlalu kejar projek hiliran, projek huluan (ada ke istilah ini?) dok keras cam tu saja. Jangan lupa, import makanan langsung negara setiap tahun berbillion nilainya.

5.Ini RON95, RON97, gas masak dan gula naik harga, DAKJ tak mahu komen ke?

Dah lama saya tak komen. Kurang sihat.

Fed Up

langitbiru said...

Pertanian dan Makanan Maha Penting. Dan saya fikir, kerajaan perlu perkasakan sektor pertanian dengan lebih sistematik dan berdaya saing selaras dengan teknologi pertanian moden.

Kaum Melayu takkan rugi kalau berbakti kepada tanah. Dan Kaum Melayu mampu dan mahir bercucuk tanam, YANG perlu bagi mereka adalah sokongan MODAL,TEKNOLOGI dan PASARAN hasil pertaniah mereka.

Semalam Tok Jib umum NEM fasa akhir.

Serentak itu juga Tok Derih Jala umumkan potongan subsidi. RON 95 naik 5 sen, gula naik 20sen.

TO DERIH JALA kata, perolehan potongan subsidi nanti yang berjumlah 1 billion akan digunakan untuk tingkatkan sektor PENGANGKUTAN........alasan lapuk!!!

abdullahngah said...

Kita membuat penilaian hanya pada luaran saja macam seorang lelaki yang terpikat dengan wajah yang cantik.

wajah yang cantik lazim menerusi mekup yang dilakukan sedmeikian rupa oleh mereka yang pakar dalam bidang kecantikan.

Demikian juga bagi mereka yang mengunjungi pameran MAHA yang juga turut diminati oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang presiden PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketua umum PKR.

Boleh dikatakan kebanyakan yang hadir kagum tidak kurang juga yang berbangga dengan apa apa kejayaan yang dicapai.

Tapi malangnya, mereka yang terbabit itu melibatkan diri dengan hutang bank yang bagitu banyak yang barangkali masih tak sedar yang mereka itu secara tidak langsung memakan riba yang telah diharamkan oleh Allah.

Bukan setakat itu saja malahan barangsiapa yang tidak berhenti mengamalkan riba maka kekal dialam neraka.

Apabila saya sering sebut, maka ramai yang marah marah dengan berkata, kalau tak buat begitu macam mana hendak melibatkan diri dalam dunia berniaga zaman sekarang yang serba serbi mencabar ini.

Ada yang kurang senang apabila saya sebut halal dan haram, malahan ada yang nyatakan kalau tak mahu simpan saja wang dalam bantal macam orang zaman dulu.

Saya hendak cerita pasal kita sangat berbangga dengan apa yang ada dalam MAHA 2010.

Wajar mereka berbangga kerana mereka tak sedar memiliki sifat itu berdosa kerana takabur yang dilarang oleh Allah.

Saya ulangi seorang kawan lama saya memceritakan perihal ayahnya yang dikatakan orang kaya oleh masyarakat setempat.

Beliau menyatakan pada saya, bahawa ayahnya yang sudah meninggal dunia ada hutang dengan salah sebuah bank sebanyak RM 500 ribu bercgarkan tanah pertanian getah seluar 36 ekar.

Cuba kita bayangkan berapakah harga tanah yang dicagar itu sekarang ini. Sudah tentu jutaan ringgit. Tapi hutangnya hanya RM 500 ribu saja.

Kawan saya itu berkata lagi. kamu tahu. Apa dia tanya saya. Kawan saya yang kayaraya ada pelbagai projek tapi hutanngnya RM 17 juta.

Kagumklah kita dengan orang bisnis seumpama ini. Demikian juga apa yang kita lihat di Maha 2010 itu.

Berapa banyakkah hutang bagi pengusaha pengusaha bumiputera yang di banggakan itu.

Canggih tidak akan kemana. bagaimana pula jika hutang yang banyak itu tidak dapat dibayar, sedangkan hutang wajib dibayar.

Apa pula implikasinya kita sebagai orang yang mengaku beragama islam?

Ia hanya indah pada wajahnya saja, tapi hakikatnya sangat merana dan menderita.

Anonymous said...

abdullahagah,

komen sdra sungguh negatif. Sekurang-kurangnya mereka berani menceburkan diri dan berusaha memajukan diri mereka sendiri. Orang berniaga ada risikonya. Terimalah hakikat ini. Mereka berniaga untuk memperbaiki kehidupan mereka. Janganlah dipersoalkan halal-haram. Mereka adalah orang Islam. Mereka tahu apa itu haram dan apa itu halal. Yang penting galakan mesti diberikan seterusnya untuk memajukan perniagaan mereka. Tak payahlah nak berkutbah panjang tentang halal-haram.

Saya dah pergi mengunjungi pameran MAHA dan saya sungguh kagum melihat ramai dah berkecimpong dalam industri kecilan pertanian. Adalah diharapkan masa depan perniagaan mereka akan terus maju kehadapan. Dan yang tidak berjaya mungkin itu adala satu pengalaman bagi mereka. Mungkin mereka akan bangun semula.

Pak Kadok

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Canned pineapple is one of our export crop. It is a peat crop. Much of it is grown by Lee Pineapple at Pontian. Farms that grow the crop will sell their produce to the Lee factory.

Used to, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (Pineapple Industry Board Malaysia) carried out their own research on agronomy at its station in Pontian. It had a canning research facility at Skudai. Come MARDI in 1969 took over all their research functions.

Since MARDI researches are very encompassing on crops other than rubber, oil palm, cocoa, and also on animals. It has more than enough to chew. As it is now only several MARDI researchers working on pineaaple but they are also involved with other research responsibilities.

Thus,it was bad planning Mardi got involved directly into pineapple research. Pineapple research lost continuity of manpower, aggressiveness, focus and years.

As it is, the Board's function is more towards product promotion. The people manning it are not scientists. They are from PSD.

There has been talk of establishing pineapple plantation in the peat soil of Sarawak. But without a critical mass of competent crop scientists we remain hesitant.

Pineapple research in Malaysia has been maligned. To forge ahead to meet global demand (now shortage) pineapple research need to be revamped along its original mould.

abdullahngah said...

Orang yang tak mempersoalkan halal haram ialah orang kafir.Mereka mana ada halal haram. Tapi orang islam ada halal haram.

Kalau kita tak kisah halal haram maka kafirlah kita. Jangan jadi macam kafir dan jangan ikut macam yahudi.

Orang islam wajib mempersoalkan halal haram, kerana mereka akan mati dan dijanjikan dengan surga dan neraka sebagai balasan apa yang diamalkan diatas muka bumi.

Kafir tak ada semua itu. Halal haram jangan main main dan jangan buat sebarangan.

Risiko persoalan lain, halal haram garis panduan sebagai orang yang mengaku Islam.

A KADIR JASIN said...

Sdr Abu Seman,

1. Terima kasih. Saya harap kalau angka yang sdr bagi tidak tepat, pegawai PM akan jawab. Saya sudah merayu seorang pegawai PM yang saya kenal baik agar sentiasa melayari dan memberi maklum balas kepada perbahasan dalam blog kita ini. Saya dah merayu, kalau dia tak peduli, saya nak kata apa lagi;

2. Masa di sekolah rendah di Pendang pada tahun 1950an, mak bekalkan saya nasi lemah, nasi goreng atau nasi putih yang dibungkus dengan upih. Ke sekolah naik gerek (basikal). Makan nasi bekal dalam kebun getah sebab malu kepada kawan-kawan yang makan di kantin.

3. Bukan latar belakang saja, tapi jiwa kita. Allahyarham Tun Abdul Razak orang kenamaan dan orang besar Istana, tapi jiwanya jiwa rakyat. Macam itu juga Tunku Abdul Rahman. Anak raja, tapi jiwa dan perwatakannya sangat mesra rakyat.

Terima kasih.

pakbelalang said...

Where has it gone wrong?

The Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn Bhd (Komita) had sent a mission to promote products of the small entrepreneurs in conjunction with the 1Malaysia Best Carnival in Perth, Australia, recently.


More than 100 chilled and dry products managed to enter the Australian market. Among the products are pulut panggang (barbequed glutinous rice), kuih bakar, murtabak raja and tamarind juice, which went through the tight quarantine process of the country.

As Malaysian, Awang was very happy of the news. Who says that the products of bumiputera companies are of no quality? Awang was made to understand that the same products that had made it to the Australian market, failed to be listed under the Malaysian hypermarket range of products.

Various terms and charges are imposed to these small entrepreneurs. According to the Executive Chairman of Komita, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohammad, even if the products got listed, it would not be placed on an “eye-catching level”.

So Awang took time out to survey some of the supermarkets. What has been voiced out by Sheikh Ahmad, holds water. This issue is not new. What has gone wrong and how long more will the products of the small entrepreneurs need to be “beggars” in their own country (source: Utusan Malaysia).

comment:

I would like to suggest for FAMA to build a specialised agrobased supemarket or hypermarket in Kuala Lumpur to help farmers all over the country producing all kinds of agricultural products to reach the market.

What FAMA should do is to provide racks or shelves for rent to these usahawan irrespective of race as long as it is a local agrobased products.FAMA should also provide refrigeration facility in the supermarket and also rent it out. Like wise storage area.
FAMA does not have to buy and carry stocks.There should be no credit facility involved. All products to be sold at the supermarket should be on consignment basis. The usahawan should just provide their own promoters or sales rep. to stand by and supervise their products inventory. All the daily sales proceed should be handled by FAMA and settled the payment every end of the month. Of course, all the detailed operations and pocedures can be worked out further to ensure that it is run professionally by making use of efficient computerised system.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).