Sunday, December 05, 2010

Yang Baik Dipuji, Yang Buruk Dicaci

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PEMBAHAS OKJ, dalam komen posting berjudul “Pertanian dan Makanan Maha Penting”, antara lain, berkata: “Terharu dan sedih pulak (sic) rasanya bila Dato’ asyik menceritakan kebaikan projek-projek kerajaan akhir-akhir ini.”

Terima kasih. Kalau saudara berasa terharu dan sedih, itu hak saudara. Tetapi bagi saya mudah saja. Yang baik saya puji yang buruk saya tentang. Lagipun, saya memang berminat terhadap pertanian dan pelaburan. Menggalakkan pertanian dan mewujudkan skim amanah untuk Bumiputera adalah baik. Jadi saya puji.

Tetapi membazirkan duit rakyat jelata dengan berbelanja boros seperti mengubahsuai kediaman rasmi, pejabat, pergi ke luar negara untuk tujuan-tujuan riadah dan buat majlis besar-besaran saya tentang.

Apatah lagi di saat-saat rakyat jelata dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang seperti petrol, gas masak dan gula mulai semalam. Apa pun alasan kerajaan, bebannya tetap akan dirasakan oleh pengguna.

Sdr OKJ, kalau sayalah Perdana Menteri saudara, saya akan tanggungkan dulu perbelanjaan yang tak mendesak macam mengubahsuai kediaman rasmi, pejabat, pergi ke luar negara untuk tujuan-tujuan riadah dan buat majlis besar-besaran.

Saya akan alihkannya kepada projek-projek hidup mati macam mengubati pesakit kronik, membuat pembedahan plastik budak sekolah yang disimbah cuka oleh bapa yang durjana dan membantu mangsa banjir.

RM65 juta mengubahsuai kediaman rasmi atau pergi ke pertunjukan fesyen bukanlah perbelanjaan hidup mati. Lainlah kalau pakai duit sendiri. Itu pun tak kena juga. Orang akan tanya dari mana dapat banyak duit atau siapa taja?

Saya ingin menarik perhatian saudara OKJ kepada nasihat Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, ketika mempertahankan kenaikan harga bahan-bahan petroleum pada tahun 2006 supaya rakyat jelata mengubah gaya hidup.

Oleh kerana Saudara OKJ agak kritikal terhadap sesiapa saja yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional, saya harap saudara boleh membantu saya memperjelaskan keadaan sebenar mengenai cadangan memperuntukkan RM65 juta bagi mengubahsuai Seri Perdana pada tempoh 2011-2012 seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong (DAP) baru-baru ini.

Saya mengkritik Abdullah Ahmad Badawi apabila dilaporkan di Parlimen yang pengubahsuaian Seri Perdana ketika beliau menjadi Perdana Menteri menelan belanja RM15 juta. RM65 juta berbanding RM15 juta sangatlah besar perbezaannya.

Saya tidak putus-putus mengingatkan pemilih (yakni pengundi) dan yang dipilih (Wakil Rakyat) bahawa yang kita pilih adalah mereka. Kita tidak pilih anak-bini, suku-sakat, kroni dan sahabat mereka.

Saya ingin menarik perhatian saudara OKJ kepada jawapan Perdana Menteri terhadap soalan Liew mengenai “bilangan kakitangan kontrak dan tetap, peruntukan tetap, peruntukan kunjungan luar negeri dan kemudahan lain yang diperuntukkan untuk Isteri Perdana Menteri dari tahun 2000 hingga 2010.”

Berikut jawapan Mohd Najib: “Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada kakitangan tetap dan kontrak yang diperuntukkan khusus untuk isteri YAB Perdana Menteri.

“Pegawai-pegawai daripada Pejabat YAB Perdana Menteri dari semasa ke semasa membantu isteri Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas rasmi beliau.

“Kerajaan tidak menyediakan peruntukan tetap atau peruntukan kunjungan luar negeri tahunan secara khusus kepada Isteri Perdana Menteri.

“Walau bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berkenaan Elaun-Elaun dan Keistimewaan-Keistimewaan bagi Perdana Menteri menyatakan bahawa isteri kepada Perdana Menteri yang mengiringi Perdana Menteri semasa lawatan rasmi atau semasa membuat lawatan rasmi secara bersendirian ke luar negara atau dalam negeri adalah layak menerima dan menuntut perbelanjaan seperti kelayakan tambang, elaun makan, penginapan, elaun sara hidup dan elaun pakaian panas.”

Jadi, tidak perlulah saudara OKJ “emo” kerana saya mengiktiraf (memuji) kebaikan Ekspo Maha dan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dalam blog ini. Yang baik akan saya puji dan yang buruk akan tetap saya kritik.

91 comments:

Tinta Hitam said...

Datuk dan rakan rakan rakan semua,

Pada saya kit abebas mengeluarkan pendapat didalam blog kita dan para komentator bebas mengeluarkan pendapat pro atau kontra.Cuma adab perlu dijaga.Perkataan lucah dan maki hamun yg keterlaluan diluar batas batas ugama jgn lah dibuat..

Anyway saya nak komen saranan PM ni.Ubah gaya hidup? Apa maksud dia? Jgn makan ikan kembung yg saya biasa amakn hari hari dan ditukar kepada makan nasi dgn garam? Saya tidak melancong dlam dan luarnegeri sebab saya tiada wang.Nak ubah apa.Isteri saya tidak memakai barang2 kemas dna baju pun semua murah2.Tiada yg standard butik.Anak ank say apu serupa..Apa yg perlu diubah?

PM dan pimpinan Kerajaan Malaysia menyalahkan rakyat diatas kenaikkan minyak petrol ini nampak gaya

Hanezam said...

Salam Datuk,

Seronoknya saya baca posting Datuk yang ini khusus untuk membelasah OKJ dan orang-orang sepertinya. Spesis penyokong kerajaan yang menyokong pimpinan BN secara membabi-buta tanpa mengira impak dan implikasinya terhadap rakyat jelata harus dihapuskan dan dipupuskan sama sekali dari muka bumi ini.

usabukata said...

Dato KJ,

saya bukan penyokong pembangkang tetapi setuju dengan dato untuk kritik tindakan kerajaan yang tidak patut. pasal ubah suai seri perdana tu, bukan saja tidak patut tetapi melampau. sepatutnya isu ini tidak perlu timbul, kerana tak perlu pun ubah suai tu.

susahlah kalau macam ni dato, kita beria-ia nak sokong kerajaan tapi kerajaan buat tindakan yang tak cerdik macam ni. mati akal kita kalau penyokong pembangkang pertikai.

usabukata

Anonymous said...

salam dakj,

saya sangat bersetuju. yang baik kita akui, yang tidak baik mestilah kita tegur dan beri pandangan... kalau tak dengar dan menegakkan benang yang basah, memang nak kena caci.

sebagai orang islam, pendirian kita yang hakiki adalah al quran dan al sunnah bukan al parti atau al pemimpin.

pengurusan kewangan kerajaan ni memang ada masalah, defisit dah lebih 10 tahun atas nama ekonomi, tapi tak ke mana gak. banyak pembaziran... rakyat sengsara kos sara hidup meningkat.

apapun saya harap rakyat dapat bersatu untuk memperkasakan diri dan jangan jadi alat kepada parti politik, biar parti politik yang jadi alat kepada rakyat.

wallahualam

-aku bukan politician-

pakbelalang said...

Programme to bring young Americans here to teach English
By PAUL GABRIEL
paulnews@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak’s proposal for the US-sponsored Peace Corps programme to be revived here could be realised next year.

comment:

Good move. I did comment on this in your blog earlier. I hope it will materialise. But a word of caution to Najib, please check their background to ensure that the security of the country is not being infiltrated by CIA and they must respect our culture and not to be involved in local politics. The earlier this programme is in place the better for our development of improving the standard of English language.

I hope the group of Peace Corps to be posted here is qualified to teach English and the programme should be FOC as a form of goodwill gesture by the Obama administration in order to establish good relationship with us.

artakus said...

Datuk;

Saya mempunyai pemikiran yang serupa,memberi kredit dan pujian hanya kepada yang hak.OKJ adalah tipikal masyarakat yang hanya menyokong membuta tuli,malah jika kerajaan naikkan minyak,gula sekalipun dia tetap setuju.

pakbelalang said...

Kata Najib“Pegawai-pegawai daripada Pejabat YAB Perdana Menteri dari semasa ke semasa membantu isteri Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas rasmi beliau.


comment:

Saya harap Rosmah jangan mengambil kesempatan secara tidak langsong mengarah pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri untuk membuat sesuatu yang dilihat sebagai mengambil kesempatan untuk kepentingan dirinya. Ini akan membuat pegawai-pegawai kerajaan akan merasa meluat dan implikasinya nanti ialah pegawai-pegawai tersebut akan "membawa mulut" yang kurang senang di dengar oleh rakyat dan menjadi bahan yang paling berkesan untuk menjatuhkan credibility Najib. Umpamanya telah kedengaran desas-desus di internet bahawa Rosmah dikatakan telah menggunakan pengaruuhnya sebagai isteri Perdana Menteri melibatkan diri secara tidak langsong untuk mendapatkan kontrak dari Petronas untuk kroninya.

Saya telah membaca article di internet berkaitan dengan penglibatan Rosmah secara tidak langsung untuk mendapatkan kontrak Petronas untuk kroninya. Saya harap berita ini hanyalah tohmahan sahaja.

Jika benar, PLEASE STOP IT !!!

Abdullah Ngah said...

Jika benar peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kedimanan perdana sah Datuk Seri Mohd Najib Razak seorang manusia pentingkan diri sendiri.

Menurut islam. Inilah menurut perspektif Islam manusia yang ada sifat pentingkan diri sendiri tak layak jadi pemimpin. Apa tah lagi seorang perdana menteri.

Mereka yang pentingkan diri sendiri digelar nafsi nafsi. mu, mu, dan aku, aku.

Mereka yang memiliki sifat ini memang sedap apabila bercakap. Tapi mereka tak buat apa yang mereka cakapkan.

Menurut islam sesiapa yang memilih atau undi mereka yang tak layak jadi pemimpin berdosa besar dan masuk neraka.

Jangan salah faham pulak dan berkata saya menghukum Najib masuk neraka. Tapi Allah menyatakan sesiapa yang tak layak jadi pemimpin masuk neraka.

Saya berkata apa yang dinyatakan oleh Allah dan Rasulullah SAW dan mungkin orang lain tak setuju dengan apa yang saya sebut.

Tapi itulah realitinya barangsiapa yang pentingkan diri sendiri tak layak jadi pemimpin. Apa tah lagi menjadi perdana menteri.

Jadi suaminya pun tak layak juga, kerana akan lahir anak anak dari acuan seumpama sepertimana generasi remaja hari ini yang hidupnya hanya mahu makan dan mahu seks saja, tak lebih daripada itu, punca betapa banyak anak yang dilahirkan tanpa nikah dibuang disana sini, sedangkan binatang seperti lembu sayang pada anak yang dilahirkan dan memeliharanya dengan baik.

hasil daripada ayah yang tak layak jadi suami.Inilah puncanya, maka berlakulah yang pernah berlaku pada remaja genarasi yang ada hari ini dan mungkin generasi ini akan mewarisi kepimpinan negara selanjutnya yang dinyatakan orang jahat diangkat dan dipuji dipuja jadi pemimpin.

Anonymous said...

pemimpin baik di sanjung tinggi, pemimpin zalim disanggah pergi,
tak kira haluan kanan atau kiri,
hidup malaysia..

ayaz

Anonymous said...

Harga minyak naik 5 sen. Point to ponder;

100kg dari Bangkok ke Hatyai (1000km)dengan lori kos 250baht. harga minyak 32baht seliter. Sampai dalam sehari.

Kat malaysia minyak naik 5 sen, kopi naik lima sen. Problemnya pada saya, pengusaha lori dan pemborong semua ambil kesempatan.

Kalau pakai motosikal sehari 2 liter kut, so nail 10 sen. Minum kopi 4 cawan dan roti 2 keping naik 30sen.

So siapa cekik darah siapa....menteri pengakutan tolong jawab, semua pemborong CINA tolong jawab....

yang benar,
saya yg bayar 32baht seliter....

ab said...

Salam Dato,



Nampaknya Dato `moody' pagi ni....
ape hea ?



Saya SETUJU betul dengan prinsip Dato, kalau BENAR katakan BENAR, kalau SALAH katakan SALAH....



KITA PUJI yang baik dan KEJI yang BUROK.....



SAYA TIDAK bantah kerajaan membangunkan negeri melalui pembinaan fizikal,pelajaran, ekonomi,sosial dll.....kerana itulah tanggungjawap kerajaan memerintah.




TETAPI pembaziran adalah sangat ketara kalau `repair' rumah PM dua kali dalam masa tak sampai 5 tahun hampir RM80 juta....itu duit rakyat.



TETAPI KALAU PM GUNA DUIT DIA SENDIRI...`repair' rumah RM100 juta setiap tahun pun tidak mengapa, bina rumah PM baru setiap tahun pun tidak mengapa....lagi bagus,SYARATNYA PM guna duit sendiri.....




ISTERI PM bukan ahli kabinet, bukan kakitangan kerajaan, bukan senator dan bukan `suami'....sejak akhir akhir ini,aktiviti beliau seakan melebihi ahli kabinet, melebihi kakitangan kerajaan, melebihi senator dan `suami' ........KENAPA PM biarkan begini....




DULU DULU PUN PM PM malaysia ada bini juga,tetapi tiada KEDENGARAN luahan begitu...maknanya ini adalah `kelainan' yang tidak direstui rakyat..



UBAH LAH, bukan susah sangatpun..kalau tak bolih `didik bini', macam mana nak `didik' rakyat 27-28 juta?



Tanpa berniat membantah allah, ingatlah bahawa perempuan ni bolih betui betui buat susah lelaki!....dulukala semasa lelaki dan perempuan tinggal di syurga dengan sempurna, perempuan itu tergoda olih hasutan syaitan suruh lelaki makan buah larangan, dah tu
kena buang dari syurga..kalau perempun itu saja tak apa, lelaki pun kena buang juga!..syaitan itu pun kena buang dari syurga juga....


Syaitan tu nak teruskan akvititi jahatnya, `u-turn' balik kat langit minta kepada allah jangan matikan dia sampai kiamat,dan dimakbulkan allah....




JANGAN SAMPAI syaitan yang `original' tu yang masih HIDUP lagi dan kacau PM dan isteri sudah laa......hehehe!!.


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

RM65 juta jika diguna bantu mangsa banjir Kedah, boleh habis ke?

Fed Up

Orang Johor said...

Dato

Kita paham harga minyak se-tong sekarang lebih USD 80 per barrel di sebabkan permintaan tinggi ( di negara musim sejuk sekarang ) untuk memasang alat pemanas manakala pengeluaran juga terjejas atas faktor cuaca ie north sea.

Gula juga naik sebab permintaan lebih tinggi dari pengeluaran yang juga atas faktor cuaca.

Tapi harap bila harga pasaran turun, jangan lah lupa untuk turunkan harga minyak dan gula ni.

anti bohmau said...

assalamualaikum dakj,

pada pahaman cek yg tak seberapa ni, cek nampak perkataan rumah PERDANA MENTERI bukan rumah ds najib atau ds rosmah.

dulu2 ramai orang pertikaikan tindakan Tun bila dia nak buat putrajaya. ada orang kata " tu doktor mahathir nak memerintah sampai mampu..la tu buat istana besaq2 macam nak tongkat donia"!!!

akhirnya bila siap, Tun duduk sat, pak lah naik & sudah 3 perdana menteri duduk di sana. lepas ni sapala pulak no? jgnla pm 16 sept. tu sudahla...lagi banyak auta dia!!!

apapun cek rasa baikpulih seri perdana tu tak perlulah dibuat dlm masa terdekat ni sbb rakyat dok tengah rasa bahang kenaikan harga barang, walaupun sikit sangat, kata mohd. nor tu, sikit saja, sikit... tapi kira kalau anak begenuak, duk rumah sewa, tempat kerja jauh, mau rebeh jugak poket pak dia kalau mak dia tak kerja sama....

secara umumnya, sama2lah berbelanja secara berhemah sebab kalau ikut hati, gaji 10,000 sebulan pun tak cukup. walhal yg gaji 2,3 ribu pun dah memadai kalau sentiasa bercermat. tak payahla nak makan di luar memanjang dlm keadaan gawat mcm ni..kita dah tempuhi zaman2 sukar. sepatutnya dah lama sedar....maaf kalau ada yg tak buleh terima seadanya...

Iskandar PT said...

Salam Dato',
Mulai 1/1/2011, 21 kawan-kawan saya dari satu jabatan kerajaan akan ditamatkan kerja kerana berjawatan kontrak. Kesemua mereka ini telah berkeluarga dan mempunyai tanggungan, bersekolah dan ada yang mempunyai 5 hingga 6 orang anak.
Hampir 16 orang telah berkhidmat melebihi 5 hingga 8 tahun dan mempunyai kepakaran dalam membuat sesuatu yang di amanahkan kepada mereka dan amat komited kepada kerja mereka.
Mereka ditamatkan kontrak kerana pada tahun hadapan, jabatan tak diberikan bajet untuk membayar gaji mereka lagi.
Dengan kos sara hidup yang meningkat, bagaimanakah mereka akan menghadapi hari-hari yang mendatang? Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui untung nasib mereka, saya hanya mampu menghulur yang termampu sahaja.
Semoga Allah SWT juga memberikan balasan kepada kerajaan yang sedia ada..hanya itu doa saya.

zainal abidin awang kechik said...

..tok Menarik,perminpin datang dan pergi
yang tinggal negara,Saya berpendapat BN tak mampu bertukar kepimpin negara.
Dato Najib ni.. SLOW.
ada kala kala.."kata orang kedah ketegaq"..
Rosmah ni.. patut patut la.. biaq suami tadbir negara
jangan dok campoq..sangat."nanti haru buru jadi nya"

salam tok

Anonymous said...

Datok ,
tak kisah lah datok nak jadi hang jebat ke hang tuah,cuma kalu ada peluang minta datok bisik kat najib supaya isterinya tidak terlalu menonjol,nampak mengalahkan menteri kabinet.saya takut sat lagi perlu undang2/akta menentukan perangai isteri pm.
zmy

Anonymous said...

Salam, mengenai programme young Americans untok mengajar bahasa inggeris kita kena berjaga lebih lagi, sebab setahu saya xstian group berselindong disebalek peace corp. Saya tahu kerana ada anak perak yang (orang dulu) berkawin dengan peace corp yang mengajar bahasa english diMalaysia(dulu) dan sekarang sudah menatap di US. Anak2 semua sudah ikut suami, seorang catholic. Setahu saya ibunya masih lagi seorang muslim tapi suami dan anak2, habiss.
ml

A KADIR JASIN said...

Pembahas Abu Seman,

1. Mohon maaf tidak dapat tampalkan komen saudara;

2. Di sini kita berbahas mengenai perhubungan PM dengan kita. Apa yang berlaku dalam rumah tangga beliau, itu masalah beliau. Kita hormati privacy beliau;

3. Saya mendapat pengesahan dari seoraang pegawai PM iaitu memang ada "parting green" di Sri Perdana, tapi tidaklah sampai RM3 juta dan dia kurang pasti bila padang golf mini itu dibina, tapi pastinya bukan zaman Tun Dr Mahathir;

4. Saya bagi tahu pegawai PM itu, berjaga-jagalah mengenai pandangan orang ramai. Yang tak perlu sangat tu, jangan belanja atau tangguh dulu sampai ekonomi teguh dan rakyat jelata semua senang; dan

5. Kalau saudara boleh tulis semula dan buang rujukan kepada hal-hal peribadi PM, saya akan timbang siarkan komen saudara. Saya tidak sekali-kali sentuh apatah lagi meminda komen para pembahas. Apa yang saudara saudari tulis, itulah yang saya tampalkan.

Terima kasih

azhar said...

salam dato

saya setuju sangat yang baik dipuji.yang buruk dicaci.
tapi pujian dan cacian perlu dinyatakan sebab kenapa dan mengapa supaya orang lain boleh memahaminya serta menilai adakah pujian dan cacian itu berasas atau tidak.takut nanti jadi fitnah pulak.

Anonymous said...

Dato'

Bukan semua polisi yang dibuat oleh kerajaan BN itu betul dan baik, dan bukan semua idea dari PR tu salah.

Jadi, yang betul tu kita sokong dan yang tidak baik itu kita kondem.

Tapi masalah dgn setengah pembaca blog Dato', akal dia orang ni kurang untuk membaca dan merenung sebentar dan menghalusi apa yang ingin dikatakan oleh Dato'. Satu saja ayat Dato' yang menyokong kerajaan, 10 lagi perenggan yang Dato' tulis sudah tak releven. Apa yang dia org nampak adalah Dato' penyokong kerajaan. Org yang sebegini mmg pendek akal.

-thibbs kid-

Anonymous said...

Salam Dato',

"Yang Baik Dipuji,Yang Jahat Dicaci"samalah juga dengan "Pemimpin yg bagus kita angkat dan sokong,yg tidak bagus,lemah ,korup dan tidak berkesan kita singkir dan ketepikan".Satu penderian dan pegangan yg baik dan adil.

Secara adil saya tidak pasti PM Najib termasuk didalam kategeri yg mana satu,tetapi apa yg saya dapat katakan secara umum iaitu PM Najib ini nampak cukup hebat dalam aspek perancangan dan penyampaian ucapan.(Mungkin kerana dibantu oleh para 'con sultan' dan APCO serta Pemandu).Namun hasilnya belum dapat dilihat dan dinikmati oleh rakyat jelata.Apa yg dirasa oleh rakyat ialah sebaleknya,iaitu kesan kenaikan haraga minyak,gula dan gas yg pastinya akan diikuti dengan kenaikan harga lain-lain barangan.

Benar,kenaikan harga minyak dan gula ini tidak seberapa tetapi dari segi saikologi, kesannya cukup negatif.Apatah lagi apabila orang ramai didedahkan dengan maklumat berkenaan pembaziran seperti peruntukan sebanyak RM 65 juta untuk mengubahsuai ruman kediaman PM yg sudah cukup lengkap dan indah itu.Pada masa yg sama rakyat dinasihat supaya berjimat cermat dan mengubah gaya hidup untuk mengurangkan perbelanjaan.Disini rakyat akan dapat melihat betapa PM Najib "cakap tidak serupa bikin".Lebih dari itu,mereka akan mengatakan pengubahsuaian rumah itu dibuat atas kehandak isteri beliau,selari dengan persepsi orang ramai,iaitu NKRA(Najib Kerja Rosmah Arah).Perkara semacam ini akan memberi impak yg cukup negatif terhadap kepimpinan PM dan Kerajaan.

Askar Tua

OKJ said...

Salam DAKJ

Bercakap tentang prinsip ‘betul kita puji, salah kita tegur’ memang tepat dan tiada siapa yg menafikan. Cuma dari pemerhatian sayalah, salah tu lebih nampak tapi yg elok selalunya buat-buat tak nampak. Itu yg saya rasa tak seronok sikit tu.

Lagi satu, kadang-kadang kita je rasa ianya salah tapi sebenarnya betul. Contohnya, harga minyak naik sebab memang sedunia tahu harga minyak tengah naik sekarang. Kerajaan sebagai bapak kenalah bertanggungjawab mendidik anak-anak dan berjimat cermat. Berdosa tu kalau bapak main lepas tangan macam tu je.

Contoh kedua, 10 tahun dulu, incidence diabetis cuma 8%, sekarang dah naik 14.2%. Kita tahu >50% pesakit dialysis, >50% buta dikalangan rakyat Malaysia disebabkan kencing manis. Jadi lebih elok rasanya kita menggalakkan kurang penggunaan gula dari merawat komplikasi akibat lebih gula yg lebih mahal. Takkan itu pun salah. Memanglah nampak pahit tapi mujarab.

Ketiga, sekali lagi, kita boleh dengar ‘mereka’ bercakap tapi jangan percaya sangat terutamanya yg ada udang disebalik batu. Daya tarikan pidato mereka memang hebat sampai ramai anak gadis dan janda tergoda dan dijadikan bini No 2. Yg lelakinya pula akan terpaku dan ulang apa je kata chiefnya macam burung kakak tua. Harap-harapnya, kita taklah mudah ditipu hidup-hidup dan mudah percaya cakap belit mereka ni.

Akhir kata, JANGANLAH kita serkap jarang dan suruh orang yg diserkap pula menafikannya. Tak berapa kena rasanya tu dan juga tak mengikut hukum syarak. Sekian TQ.

maae said...

Salam Dato',

1.Pertama nya saya tak payah komen fasal makanan dan pertanian maha (MAHA) penting kerana ekspo begini memang baik dan bijak.Saya sokong penuh sebab kita tahu natijah nya untuk rakyat dan skala ekonomi pada negara. Jika perlu di perbaiki lagi dan di beri nafas yang lebih selesa Begitu juga pengetahuan terakru teknologi untuk tingkatkan kuantiti kualiti dan produktiviti.

2.Kita sebagai rakyat mesti membuat pilihan terbaik mencorak masa depan kehidupan kita dan warisan generasi akan datang.Tiada nya semalam bermakna tiada nya hari ini yang lebih baik dan untuk hari ini mesti di sulam kemas untuk menyatakan yang terbaik perancangan di hari esok.Begitu lah hukum alam.Tiada siapa ingin bercawat dan hidup dalam kenaifan kecuali syaitan dan iblis menjanjikan kerosakan kekal hingga akhir dunia.

3.Siapa lagi yang layak buat penilaian jika bukan kita.Dato' tergolong ulul al-bab,rentetan kejadian semalam dan hari ini untuk esok sesuai menyatakan kebaikan dan kepincangan 'berfakta' untuk di nilai bersama.Prasyarat keimanan.

4.Jangan kita menghukum sesuka hati,yang nampak buruk belum tentu jelik (kecuali sudah nyata) dan nampak baik (dimata) belum tentu bermanfaat. Hukum Allah SWT pun begitu.Ada ruang dan masa untuk kesempatan memperbaiki keadaan,dan ini lah di namakan muhasabah.Jika masih melakukan kesalahan kerap berulang,kita tidak hayati makna ayat AL-Ash'r.Kita mengaku orang hebat!

5.Lantaran itu Teramat Nyata dan Jelas kejelikan dan Tidak di Terima di dunia dan akhirat ialah orang-orang riak,mendabik dada dan takbur diri kerana dia nya syirik karfi di sisi Allah.

6.Oleh itu pujian kebaikan dan mencaci keburukan dalam kesamaran (tanpa bukti) akan menjerumus kita dalam kesyirikan juga.

Tiada lain pilihan,mesti bersikap sederhana dan mengamalkan nya.Sikap berhikmah gemilang yang selalu kita abaikan kerana kehadiran nya sering kita abaikan kerana teruja tipu daya dan bisikan syaitan.

pakbelalang said...

It is good to reduce subsidy gradually to reflect the true market forces. The rakyat and corporations cannot be too dependent on subsidies of all kinds.It is artificial and very costly for the taxpayers to absorb and therefore it is timely to adjust the policy, but it must be done without affecting the well being of the rakyat.

JKA said...

Alah Datuk, kita nampak 65 juta saja,yang 'pembaziran' tu kita tak nampak.

masuk bilik air, gosok gigi, biar paip air terbuka,

naik kereta, tekan minyak kuat-kuat sebab nak laju dan sampai cepat.

minum kat kedai mamak, mintak milo ais kaw

Datuk, kalau nak cakap pasal pembaziran ni, tak kira nilai berapa, tok!

3 perkara di atas saya jamin, bila diulang-ulang rakyat Malaysia yang hidup penuh dengan subsidi ni, dah lebih dari rm65 juta pembazirannya. betul tak? dah tentu saya betul.

hang_nadim2 said...

Salam Datuk

Pemimpin sejati ialah pemimpin yang tidak makan selagi rakyat tak makan. Dia tidak akan ada rumah selagi rakyat tak berumah.

Kalau ubah suai rumah Seri Perdana sebanyak 65 juta, apahal kepada rakyat yang tak berumah.

Rakyat tidak minta kekayaan dan kemewahan tetapi minta keadilan.

Sekian Terima Kasih
Harap Maaf

pakbelalang said...

I hope with the gradual reduction in subsidy the govt. would also reduce the personal income tax of lower and middle income group to cover for the higher cost of living. As for the poorest who are affected by the higher cost of living the govt. should enforce strictly price control on essential goods. It doesn't mean that every time there is reduction in oil subsidy by 5% (for example) the prices of essential goods should increase by 20%.
As for excesses in govt. spending I think the govt. should have the political will to ensure that it doesn't go overboard. Or else "tiada maaf untuk mu" !!!!Enough is enough!! The rakyat is really sick about mismanagement of govt. funds. Najib has got to show good example and rectify all those "bad habits" !!!!!

langitbiru said...

Dato' kepada Pembahas Abu Seman,

2. Di sini kita berbahas mengenai perhubungan PM dengan kita.

Ya, perhubungan PM dengan kita, dengan Negara. KESAN keputusan PM kepada kita dan Negara.

Terbaru, Anwar digantung menghadiri Parlimen selama 6 bulan, TANPA dipanggil membela diri. ‘Salah’ Anwar adalah kerana membongkarkan penglibatan syarikat dari Israel/Yahudi APCO sebagai penasihat kerajaan dan pengaturcara sistem komunikasi kerajaan.

Apakah KESANNYA kepada Negara, keputusan UMNOBN yang terus menerus menerima khidmat APCO? Sepatutnya APCO yang digantung ditamatkan khidmat, bukannya Anwar!

Apakah pemimpin UMNO tidak perhatikan 2 ayat ini dari surah Al-Baqarah dan Al-Maidah?

2:120 “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

5:51 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin mu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.

Ibnu Katsier dalam kitabnya berkata, Allah melarang hamba-Nya yang beriman berwali,berlindung,bersandar,berpemimpin pada semua musuh Islam baik dari Yahudi atau Nasrani, mereka saling berwali atau bertolongan di antara sesame mereka.

Umar Al-Khattab r.a menyuruh Abu Musa Al-‘asy’ari r.a supaya melapurkan kepadanya penerimaan dan pengeluaran dalam satu surat. Ketika Umar menerima lapuran dari Abu Musa, kagumlah Uamr dan berkata, “sungguh orang itu (penulis lapuran) teliti , apakah anda dapat membaca surat di Masjid yang baru kami terima dari Syam?”. “Tidak dapat,” jawab Abu Musa. Umar bertanya, “Mengapakah, apakah dia sahabat?”. Jawab Abu Musa, “Tidak, tetapi dia (penulis lapuran) Nasrani.

Maka langsung Umar membentak aku dan memukul pupuku sambil berkata, “Keluarkan dia dari sini!” lalu membaca ayat 51 Al-Maidah. (R. Ibn Abi Hatim).

Kalau UMNO perhatikan kisah Umar r.a, tentu sekali APCO dikeluarkan dari Malaysia!!!

langitbiru said...

Saya seperti juga Dato,

Yang baik saya puji
Yang tak baik saya hentam!

AHB dan MAHA adalah baik, saya puji.

PERMATA 111juta, Sri Perdana 65 juta saya hentam, jadi Jebat!

APa lagi?

Fesyen Busana Muslim di Monte Carlo oleh Rosmah et al, saya hentam. FITNAHKAH INI???

Fitnah Monte Carlo????

Monte Carlo ni Tok, orang-orang kaya sedunia tahu dan kenal benar. Maklumlah, Monte Carlo ni bukan untuk jutawan, TAPI UNTUK Billionnair. F1 Monte Carlo dianggap yang paling berprestij kerana KEKAYAAN Monte Carlo yang luar biasa. SYURGA DUNIA.

Dan Rosmah et al memilih Monte Carlo bagi mendidik masyarakat dunia, "INILAH PAKAIAN WANITA MUSLIM". Maka yang ditampilkan adalah pakaian wanita Islam dari kacamata Rosmah!!!!!!

NAJIB yang menghadiri pertunjukkan Fesyen tu senyum ikut saja bergambar bersama pembesar dunia bukan Islam!!!!!!

Boleh tanya sikit Tok?

Berapa kos Fesyen Busana Muslim ni Tok?

Darimana dapat duit peruntukannya Tok? Duit Kerajaan, atau duit poket NajibRosmah?

Apa kebaikan/manfaat yang diberi kepada rakyat jelata melalui Fesyen di Monte Carlo ni Tok?

TAK PERNAH ADA FIRST LADY MACAM ROSMAH NI TOK!!!!

TAPI NAJIB 'GAGAL' KUASAI NAFSU ROSMAH!!!!!

TABIK SPRING saya kepada Tun HAsmah, dan Allahyarhamah Endon, dan Tun Jean.

langitbiru said...

Semalam 2 demontrasi di KL, satu oleh PR, satu oleh BN.

Demontrasinya hal yang sama, AIR OH AIR di Selangor!

Mudah saja, sapa yang setuju AIR di Selangor ikut sifir SYABAS bersama kerajaan Pusat, naik kos 37% hari ini, 27% lagi 2 tahun dan 25% 2 tahun kemudiannya, berjumlah 89% dalam masa 5 tahun akan datang maka UNDILAH UMNOBN.

Sapa yang setuju AIR di Selangor diambilalih oleh Kerajaan Negeri dengan kos air 12% maka UNDILAH PR.

Boleh tanya sikit Tok? Soalan yang dah ditanya pun di Parlimen!

BERAPA GAJI sebulan PENGARAH SYARIKAT SYABAS???

Gaji PM RM22K sebulan saja Tok!

Gaji Pengarah SYABAS lebih tinggi dari gaji PM????? Betui ke?????

dan kajang said...

Assalamualikum Dato',

1. Saya dan beberapa ramai lagi se pendirian dengan Dato'. Yang baik patut dipuji dan disokong, khususnya yang memberi kebaikan kepada rakyat.Tapi yang tidak baik,khususnya yang tidak memberi apa-apa erti dan kebaikan kepada rakyat patutnya ditegur dan tidak disokong.

2. PM DS Najib, yang juga Pengerusi BN, semalam juga telah mengingatkan ahli BN,khususnya pemimpin BN supaya mengikis sikap khayal, lupa diri, jumud dan angkuh. Sikap ini wajib dikikis jika mahu dikekal sebagai Kerajaan.

3. Pembaziran yang melampau merupa suatu sikap lupa diri dan angkuh. Apatah lagi yang tidak menguntungkan rakyat. Rakyat bukan sahaja meluat, tetapi juga tidak mengokong sesiapa sahaja yang bersetongkol dengannya. Ini sudah tentulah Kerajaan BN yang bertanggungjawab meluluskan peruntukan kewangan sedemikian secara membutatuli.

4. Saya amat menyokong PM DS Najib dalam banyak segi. Kepimpinannya, perwatakannya, visinya dll. Namun saya amat sedih dan kecewa dengan First Ladynya. Saya tidak mahu bercakap untuk mewakili ramai lagi rakyat, tapi mewakili diri saya sendiri. Secara peribadi saya rasa kebanyakan tingkah laku First Lady ini banyak merosakan kreadibili DS Najib sendiri. First Lady ini terlalu sangat menonjol diri hingga kadangkala mengalahkan TPM sendiri.

4. Mengenai renovation Seri Perdana yang menelan belanja RM65 juta dan juga beberapa lawatan luar negara oleh pemimpin serta isteri mereka yang tidak begitu perlu eloklah DS Najib berani dan merendahkan diri untuk menangguh atau membatalkan cadangan itu dan peruntukannya disalurkan untuk keperluan lain, seperti membaikpulih kerosakan banjir di Kedah dsb. Jika ini berani dilakukan sekarang, rakyat pasti akan sokong dan menghormati beliau sejajar dengan cogan "Rakyat didahulukan dan pencapian diutamakan".

5. Sambil itu, sejajar dengan tranformasi politik baru, eloklah BN/UMNO mulai sekarang tidak lagi berotorik dengan membuat berbagai janji hingga akhirnya janji tinggal janji. Kerajaan BN haruslah membuat kerja dan pengumuman mengenai projek yang dijalankan itu hanyalah dibuat (jika perlu) selepas projek2 itu siap untuk dilaksanakan atau berjaya dilaksanakan.

Anonymous said...

Salam Dato Kadir dan pembahas semua

Nampaknya pembahas Tinta Hitam dah meluahkan apa yg terbuku dibenak sebahagian besar rakyat Malaysia. Terima kasih.

Mungkin ada sebahagian kecil rakyat yg tek terkesan dengan sebarang kenaikan harga yg berlaku selama ni. Kesannya, orang bercucuk tanam pasal nak tambah pendapatan, dia pulak cucuk tanam jugak. Tapi nak kasi cantik laman rumah.

Yalah, rumah banglo ada banyak tanah kosong kenalah bagi nampak cantik sikit. Tapi takpalah itu kan rezeki dia, bukannya dengki. Cuma minta tolonglah mengerti.

Kita ni duk rumah teres, ada sikit tanah belakang rumah tanamlah serai, pokok kesum, halia, pandan dan cili. Kalau nak guna, tak payah cari di kedai. Duit tu, kalau sekali beli 50 sen, setahun berapa banyak kali kita beli.

Lagi nak tambah pendapatan, kita suruh isteri yg tak berkerja tu buat kuih berjual kat kantin tempat kerja kita. Dulu harga gula naik, tepung naik, minyak masak naik. La ni harga gula naik lagi, gas masak naik. Dulu sebutir kuih boleh la dapat untung 7-8 sen. sekarang ni agak-agak la berapa untung boleh dapat. Harga kelapa parut pun dah naik. Dulu sebiji kelapa parut RM1.20 sekarang dah RM1.60.

Kita ni jual kuih takkan la nak jual kuih tawar takde rasa, sapa yg nak beli.

Untuk makluman, saya dah lama ubah gaya hidup. Beli seluar raya hari tu bajet RM30 saja. Baju ada yg molek lagi, syarikat bagi saya pakai. Cuma Beli baju anak2 sebab dioarang kan dah membesar, baju dah tak muat. Kalau muat lagi sah saya tak beli.

Sekian.

JJ

karnine said...

Kerajaan kita memang suka membazir. Kontrak renovation itu tender pada siapa lah agaknya, kroni kah??

Jumaat lepas, sakit hati dengar pengumuman harga minyak naik di TV3. Politician and economist beriya-iya cakap untuk kurangkan subsidi, dan penjimatan itu boleh digunakan untuk pembagunan sektor pengangkutan. Itu cerita lama. Bak orang putih kata, lame excuse. 10thn dulu pun cerita sama. Kalau ada pngangkutan bagus sekali pun saya yakin tak ramai mampu gunakannya. Bayangkan tren Putrajaya ke KL Sentral pergi balik RM19, itu tak masuk transit ke last destination!! Jadinya sehari kos pegangkutan saja sudah hampir rm25. Untung jadi bos2, sudahlah kaya, pergi kerja tak perlu keluar duit pun. Dapat elaun minyak lah, kereta lah. Kami rakyat biasa pergi kerja (mencari duit) kena keluar duit!!byk pulak tu..

Tinta Hitam said...

Slogan dizaman Najib " PENCAPAIAN DIUTAMAKAN,RAKYAT DIDAHULUKAN".Persoalannya skg mana dia nya slogan tu???Baru aje buat slogan tu dah mereka langgar on the spot.Yang langgar tu bukan PAS,DAP.PKR tetapi UMNO dan sekutu sekutunya.

Saya malas nak komen pasal 1Malaysia sbb jawapannya pun sama juga..

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

1.MAHA memang menunjukan pertambahan dan kemajuan dari masa kemasa,ramai usahawan Melayu ditonjolkan kehebatan mereka dari segi pertanian dan kemahiran berniaga.Rasenyalah itu yang membuatkan sikiasu negara ni merase tak senang hati terhadap pencapaian orang Melayu,mereka mahu orang Melayu menjadi pengguna sahaja, dan biarkan kerja menjadi usahawan ini hak monopoli mereka.

2.Memanglah menjadi lumrah alam bahawa yang baik akan selalu mendapat pujian dan yang buruk akan dicaci, tetapi dalam kita meluahkan cacian itu, dalam Islam kita ade caranya yang begitu tertib dan masin bersantun.Berpandulah dengan Islam insyaallah kita tak keterlaluan.

3.Pemimpin hendaklah tidak terlalu taksub dengan duniawi semate mate,kite telah melaluinya sebelum ini, hanya kerana takut tertinggal dalam pembangunan duniawi kita telah terkebelakang dalam mengejar akhirat, yang menjadi mangsa keadaan adelah rakyat, kerana hawa nafsu pemimpin rakyat ramai yang terkorban.

Busu said...

1. Penganjuran MAHA masih di tahap kampung.
2. Kelemahan kecil yang tak sepatutnya berlaku layak untuk kita kutuk.
3. Kita harap pihak penganjur tidak berkecil hati dan mengambil sikap menjeruk rasa atau merajuk.
4. Makcik Pakcik dan mereka yang membawa anak2 kecil, orang kurang upaya, maupun muda remaja yang kurang berstamina- anda tidak dialu-alukan di pameran MAHA hebat ini.
5. laburkan 200-300 juta untuk menaiktarafkan tapak pameran ini. Jadikan ia tarikan global seperti Global Village di Dubai.
6. Dengan pelaburan sebegitu, kita boleh jadikan ia acara tahunan.

Anonymous said...

"Saya tidak putus-putus mengingatkan pemilih (yakni pengundi) dan yang dipilih (Wakil Rakyat) bahawa yang kita pilih adalah mereka. Kita tidak pilih anak-bini, suku-sakat, kroni dan sahabat mereka."

Dato,
Saya sangat setuju dengan ayat Dato ni. Ni satu sebab kerajaan DOL hampir tumbang. Pemilih tak payah diingatkan lagi, diorang dah cerdik dan banyak maklumat sekarang ni. Wakil rakyat tu yang kena beringat. Lagi sekali kalau orang meluat, terus berkubur la BN ni. Memang pembesar ni tak rasa apa-apa sebab orang bawah kena ikut cakap dia atau nak bodek boss, kena ikut rentak angin anak bini dia jugak. Tapi siap la bila PRU nanti. Lagi satu, propaganda billboard muka besar-besaran peninggalan zaman DOL masih ada lagi. Ni lagi satu pembaziran dan buat orang meluat. Heran betul, apasal la diorang ni tak belajar ikut cara TUN dulu. Dapat kuasa, semua nak lenjan termasuk anak pinak diorang.
Dan lagi satu Dato', terima kasih kerana memeberi pengharapan bahawasanya masih ramai lagi yang berfikiran waras, cuma kita tak nak rugi dikemudian hari oleh sebab-sebab yang orang lain buat.
BILLY.

Anonymous said...

Dato'

OKJ ni patut buat blog sendiri la.. banyak ulasan dia pulak melebihi blog entry yang ada..

rockybrew

Abu Seman said...

Dato.

Minta maaf,hendak tulis balek dah tak ingat.Illham itu datang sekali sahaja.

Saya tidak nampak apa salahnya kerana Dato Kata yang baik di Puji dan yang buruk di caci.

Apa yang saya beritahu itu merupakan yang burok yang perlu di caci.

Mengenai putting green di Sri Perdana,belanjanya to be exect ialah $1.3 juta.Ia di buat oleh kawan saya.Tapi dato mesti ingai bukan sahaja putting green yang di buat tapi sand bunker,Tee box untok pukul bola ka dalam tasek.Najib mahu putting green itu sama quality dengan di KLGCC.Ini fakta bukan fitnah.

Apa ,dato takut hendak siarkan persepsi saya kaatas najib dan Rosmah.Najib boleh bercakap soal kemiskinan,Hishamuddin juga boleh bercakap mengenai kemiskinan,tapi mereka ini anak bangsawan dan hidup dalam suasana bangsawan.Mereka tidak tahu dan tidak dapat merasa periknya menjadi miskin.Bagaimana bapa dan ibu bertungkus lumus untok mencari wang untok membela anak2 meraka yang perlu makan dan sekolah.

Sebab itu bila Anwar dan Hishamuddin Rais atau Syed hamid bercakap soal kemiskinan,raayat lebeh percaya kerana mereka datang dari kampong,mandi ayer telaga,makan nasi dengan ikan kering,pergi sekolah naik basikal tua dan pakai baju dan seluar yang sama dalam satu minggu sekolah.

Demonstrasi baling tahun 1974 kenapa jadi bagitu besar dan sensitive,kerana penderitaan raayat baling yang menderita akibat kejatohan harga getah.Kerajaan BN tak tahu apa yang berlaku di sana.

Kenapa perjuangan PAS mendapat sambutan orang kampong.Ada kah kerana dasar Islamnya.Saya tidak percaya,ianya lebeh berputar di sekitar sikap orang UMNO dan Party nya yang hanya memberi habuan kapada crony2nya.

Kenapa PAS yang gagal memenagi banyak kerusi Parliment sabelum ini tiba berjaya mendapat banyak kerusi Parliment dan negeri dalam pilehanRaya 2008.Ini ada kerana PAS yang sabelum ini yang hanya bergantong kapada undi melayu,tiba2 mendapat sokongan mendadak pengundi Cina dan India.

Najib tahu masaalahnya.Ia mencuba macam untok menarek sokongan orang Cina tapi sekarang ini orang Melayu pula mula memarahi Najib dan UMNO.

Saya bercakap soal yang burok yang Najib lakukan bukan untok menghinanya tapi dengan harapan ia dapat betulkan kesilapannya.

just1 said...

Salam DAKJ
Pada saya la..kerajaan tak pentingkan rakyat kebanyakan..bonus tak boleh bagi, harga barang melambung bila minyak dan gas naik..kerana ini kos pengangkutan..pada masa yg sama IPP terus menikmati subsidi,nak buat 100 menara,ubah suai sri perdana, istana,menteri mewah menikmati elaun..kami terpaksa berhutang dan ikat perut di ujung tahun mana nak bayar saman,beli peralatan sekolah, yuran, upah van sekolah , beli susu anak..rakyat sudah tak mampu nak biayai kos pendidikan hatta kos perubatan atau insurans..jd bagaimana mahu rakyat berpendapatan tinggi,,,

MERBOK TIMES said...

Tahniah DKJ,
SayA juga berpendapat yang sama seperti Dtk.

Tentang isu lebih camca dari bubur ini saya sendiri melalui pengalaman dan feedback yang amat tidak enak didengar yang datangnya dari remaja bahawahan seperti beberapa waiter dan waitress di beberapa buah hotel yang kerap dipetronised oleh wanita no 1 negara ini yang tidak perlu saya sebut nama hotel itu.

Mereka seperti cacing kepanasan apabila wanita no 1 ini berkunjung atau mengadakan acara di hotel mereka.

Kata mereka "kami lebih bimbang pada Rosmah daripda Najib" kerana protokolnya terlalu hebat.

"Kami perlu elak waitress yang cantik untuk serve DS Najib,kerana takut dimuka panjang oleh Rosmah"

Apa pun, benar atau tidak kenyataan ini atau ditambah-tambah itu bukan isunya kerana ini persepsi golongan remaja pengundi baru.

Mengapa persepsi sebegini tidak diperkatakan atau diperbualkan semasa Tun Siti Hasmah menjadi wanita pertama dahulu?

Apapun DKJ teruslah berkata benar walaupun pahit untuk ditelah kerana kita sayangkan Melayu bukan kita kasihkan isteri PM.

Silap percaturan Najib akan berakhir dengan PM Melayu terakhir.

FULLSTOP.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Abu Seman, antara lain, berkata:

"Najib boleh bercakap soal kemiskinan,Hishamuddin juga boleh bercakap mengenai kemiskinan,tapi mereka ini anak bangsawan dan hidup dalam suasana bangsawan.Mereka tidak tahu dan tidak dapat merasa periknya menjadi miskin."

1. Tetapi bukankah Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak juga orang bangsawan? Malah Tunku adalah putera raja. Bolehkah kita menafikan jiwa rakyat yang tersemat di sanudari dan dipancarkan oleh gerak geri Tunku dan Tun Razak?

2. Bukan soal latar belakang, tapi soal pendidikan dan soal jiwa. Ramai juga budak kampung, anak orang susah yang lupa diri bila jadi Melayu baru atas ihsan DEB;

3. Tapi memanglah anak orang kaya dan bangsawan tidak tahu erti susah, apatah lagi kelaparan dan kesuntukan wang;

4. Terima kasih kepada ibu saya yang membekalkan nasi, mee, bihun dan ubi kayu yang dibungkus dalam upih masa saya bersekolah Melayu pada tahun 1950an;

5. Kerana malu kepada anak guru, kerani dan dresser yang makan di kantin, kita anak petani curi-curi makan nasi bekal dalam kebun getah. Pergi sekolah naik gerek (basikal). Di sekolah menengah nak bayar yuran RM15 sebulan pun bertangguh.

6. Anak bangsawan yang berjiwa rakyat macan Tunku dan Tun Abdul Razak mereka tahu susah senang hidup rakyat. Mereka hayati erti rakyat didahulukan bukan sekadar slogan. Saya pernah interview Tunku di bawah sayap kapal terbang Mas di Pulau Pinang.

7. Those were the days, sdr Abu Seman.

Terima kasih

Anonymous said...

DAKJ,

Many of today's Editors and journalists are driven by fear. Those days, though we worked for party-owned papers, we had no fears.

As such it was a pleasure working under you, when told us to report and you took the final responsibility. How many of today's editors protect their reports?

I remember how you told us to play down Tun Dr Mahathir stories and pictures in the aftermath of Anwar's sacking, instead we used pictures of ordinary people in the front page of NST.

Your never explained your reason, but many photographers were not happy because Tun's pictures that they took were no longer automatically destined for the front page.

Only later that we knew the reason, but it remained unspoken among us.

Today, it seems that editors fear some personalities that their stories and pics are published not for news value, but just to make life easy for the editors and newspaper owners. No wonder people are rejecting newspapers.

EX-Riong

anakbuah said...

Sdr OKJ seronok pulak cakap pasal harga minyak dan harga gula naik, masih nak pertahankan kerajaan tapi tak pandai pulak komen pasal RM65juta "mengubahsuai kediaman rasmi, pejabat, pergi ke luar negara untuk tujuan-tujuan riadah dan buat majlis besar-besaran" yg kita bincangkan di blog Dato' ni.

Spesis OKJ ni sama dgn PM Najip juga - cakap tak serupa bikin. Jauh drp slogan "Rakyat diutamakan..." tu! Saya pernah benci dgn polisi2 Tun M tapi saya tak pernah meluat dan benci dgn tindakan2 Najip seteruk ini. Kalaulah zaman Pak Lah saya tak pangkah BN/Umno, PRU13 nanti apatah lagi? Mereka pasti hilang undi saya.

Peja said...

YBhg Dato,

Khusus lepada komen Sdr OKJ & Sdr JKA.

Harap mereka berdua berlapang dada dan kembali fokus kepada mesej yg cuba dilontarkan oleh Dato melalui 'postings' di blog ini.

Rakyat marah kepada perbelanjaan seperti pengubahsuaian kediaman yg menuntut sehingga berpuluh juta ringgit.

Ramai dikalangan rakyat yg bersifat boros. Apabila berbelanja melampaui pendapatan, seseorang akan mendapat balasan yg amat pedih dgn kesusahan yg tidak tertanggung.

Apabila Kerajaan berbelanja tidak mengikut keutamaan, mereka akan ditolak.

Inilah yg kita mesti cuba elakkan.

Untuk inilah kita wajar beringat dan saling mengingati. Kerajaan perlu diingat.

Menyokong Kerajaan secara membuta tuli, akan membawa rebah. Berubah sebelum diubah adalah kata2 DS Najib sendiri. Kita kasihkan pemimpin, kita perlu ingatkan pemimpin.

Wallahulam.

Peja said...

YBhg Dato,

Khusus lepada komen Sdr OKJ & Sdr JKA.

Harap mereka berdua berlapang dada dan kembali fokus kepada mesej yg cuba dilontarkan oleh Dato melalui 'postings' di blog ini.

Rakyat marah kepada perbelanjaan seperti pengubahsuaian kediaman yg menuntut sehingga berpuluh juta ringgit.

Ramai dikalangan rakyat yg bersifat boros. Apabila berbelanja melampaui pendapatan, seseorang akan mendapat balasan yg amat pedih dgn kesusahan yg tidak tertanggung.

Apabila Kerajaan berbelanja tidak mengikut keutamaan, mereka akan ditolak.

Inilah yg kita mesti cuba elakkan.

Untuk inilah kita wajar beringat dan saling mengingati. Kerajaan perlu diingat.

Menyokong Kerajaan secara membuta tuli, akan membawa rebah. Berubah sebelum diubah adalah kata2 DS Najib sendiri. Kita kasihkan pemimpin, kita perlu ingatkan pemimpin.

Wallahulam.

Anonymous said...

JKA kata,

"masuk bilik air, gosok gigi, biar paip air terbuka,

naik kereta, tekan minyak kuat-kuat sebab nak laju dan sampai cepat.

minum kat kedai mamak, mintak milo ais kaw"

Bil air poket sendiri bayar. Minyak kereta sendiri bayar. Milo ais kaw sendiri bayar.

RM65 juta renovate gagau duit poket siapa?

OKJ, awat tak kempen bagi murah harga sayur dan buah? Bukan kurangkan gula saja sihat tapi banyakkan sayur dan buah juga sihat, tak gitu tuan doktor?

Fed Up

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saya berpendapat, walaupun sebanyak 999 daripada 1,000 agenda kerajaan berjaya dilaksanakan dengan baik, tetapi kerajaan tidak berhak mendapat pujian rakyat, kerana kerajaan hanya menyempurnakan amanah, kewajipan dan tanggungjawab yang wajib sebagai pengurus tadbir negara.

Namun, kerajaan wajib dikutuk dan dicerca kerana gagal melaksanakan walaupun cuma satu daripada 1000 agenda yang wajib disempurnakan.

Wassalam.

saji said...

Salam Dato'

Ada bini yang jika ditegur oleh suaminya supaya pakai tudung akan cepat menjawab, " Ini mesti ada betina yang hendakkan you kan ?"

Sibini itu sebenarnya jenis perempuan tak mahu pakai tudung.

husin syedmohamad said...

1/ kita jangan taksub, iaitu menyokong kepada parti atau individu sehingga membenarkan semua yang mereka ucap dan lakukan. jika salah kita katakan salah dan jika benar kita katakan benar.
2/Jika kita sendiri melakukan kesilapan , kita wajar mengaku akan kesilapan kita. Sebahagian besar tanggapan kita , bukan berasaskan fakta yang berada dihadapan kita, maka kesilapan mungkin berlaku.
3/ Kenaikkan harga barang , termasuk pengurangan subsidi boleh diterima rakyat , jika rakyat tidak melihat perbelanjaan projek mewah yang tidak memberi kesan positif secara langsung atau tidak langsung kepada rakyat. Membaca laporan odit negara , banyak boleh dilakukan untuk menjimatkan perbelanjaan.
4/ Maklumat yang disampaikan oleh kerajaan wajar tidak memilih yang baik sahaja. Rakyat faham dan tahu tidak semestinya semua sentiasa baik dalam dunia global bagi Malaysia. Hutang negara yang tinggi tidak banyak diketengahkan dan dibincang. Apakah kesan kepada rakyat, terutama anak cucu kita?.

Anonymous said...

Kita harus menerima hakikat bahawa tidak ada sebuah kerajaan dalam dunia dapat menyempurnakan kesemua agenda untuk rakyatnya.

Kalau sebuah kerajaan dapat menyempurnakan 99% peratus agenda maka itu patutlah diberi penghargaan dengan terus diberi mandat untuk mentadbir negara.

Kutuk mengutuk dan cerca-mencerca bukan satu budaya yang baik.Tidak perlu! Sekadar menegur dengan berhemah tinggi sudah mencukupi untuk memperbaiki dan memperbetulkan kepincangan dalam kerajaan.

Pak Kadok

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Yangretibase,

Sebagai ketua keluarga, memberi segala keperluan untuk keluarga adelah tanggungjawab beliau, betulkah begitu?.Jika jawapanya betul sdr masih siuman.

Sebagai ketua keluarga siapakah yang perlu mendapat cacian jika ade ahli keluarga yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga yang lain?.Jika jawapanya ketua keluarga tersebut, anda kurang siuman.

Tetapi jika jawapan anda adelah ahli keluarga yang tak bertanggung jawab tersbut, anda memang tidak siuman.hehehehehehehe

Iskandar PT said...

Salam Dato',
Pada PRU 13 nanti, diharapkan DS Najib pilih DS Rosmah bertanding di mana-mana Kawasan parlimen untuk membuktikan kewibawaan DS Rosmah tak seburuk yang disangka, kalau dia menang kerusi tu,bolehlah PM lantik dia jadi Menteri Mentor macam LKY di Singapura.
Perlu DS Rosmah dicalonkan supaya dapat menutup mulut-mulut yang banyak mengkritik beliau semenjak Najib jadi PM. Kita juga dapat tengok populariti beliau dan berapa undi yang beliau akan dapat, kalau hilang wang pertaruhan memang sahlah beliau amat "digemari" oleh pengundi kawasan tersebut.
Kalau beliau menang, maka terhapuslah segala fitnah dan dakyah mengenai beliau.
Hari ini, EIU meramalkan BN akan kalah lebih banyak kerusi Parlimen walaupun mereka tak kehilangan Putrajaya, maksudnya BN akan gagal mendapat undi 2/3 di Parlimen .
Kajian tersebut juga mendapati golongan melayu moden muda, moden dan moderat tidak menyokong UMNO /BN kerana sudah bosan dengan isu semasa seperti keborosan dan rasuah yang sering ditimbulkan semasa pemerintahan BN dan ingin beralih arah ke PR yang lebih menampakkan ketelusan seperti negeri-negeri yang diperintah PR seperti Kelantan.PPinang, Kedah dan Selangor.
Sikap UMNO/BN yang seperti "Cakap tak serupa bikin" seperti isu rasuah, pengubahsuaian kediaman rasmi,APCO, Pemandu dan kenaikan harga barang menambahkan kebencian golongan melayu muda tersebut, namun demikian golongan melayu di luar bandar masih menyokong BN/UMNO menurut laporan tersebut.

Walau apapun, saya sebagai pengundi berdaftar akan menterjemahkan protes saya kepada BN bila tiba masanya.

Anonymous said...

menteri jamin harga ron95 kekal tahun ini..

saya rasa tak salah kalau rakyat saman kerajaan sbb tak menepati janji!

p/s:
kesian kat idris jala.. dia adalah CEO MAS yg bagus.. sebab dia MAS naik balik. tapi disebabkan politik terpaksa jadi menteri yg asyik di'guna'kan..

minah ronggeng

Anonymous said...

harga RON97 di Singapore ialah SD2.10/liter

harga RON97 di Malaysia ialah RM2.30/liter

'dollar to dollar' harga minyak RON 97 mahal 20 sen di Malaysia.

Tak payahlah nak 'tipu' rakyat dengan berkata harga minyak di Malaysia masih murah dengan menyatakan/menukar kadar harga minyak di Singapura kedalam Ringgit Malaysia.

Lainlah kalau gaji kita disini dalam Sing Dollar!

minah ronggeng

A KADIR JASIN said...

Mohon maaf kepada Minah Ronggeng dan DinSup kerana tidak dapat menyiarkan komen mereka.

1. Adalah tidak sopan dan tidak patut memberi gelaran atau jolokan kepada seseorang kerana susuk bandannya. Kita bersyukur dengan apa yang Allah Taala berikan kepada kita. Bukan semua wanita macam Datuk Sarimah, Maria Menado atau Angelina Jolie dan Permaisuri Rania.

2. Apa salahnya kalau betul ada isteri menteri yang suci tangan dengan sanitiser lepas bersalam dengan orang ramai. Itu jaga kebersihan, tapi janganlah di depan khalayak; dan

3. Tak boleh mudah-mudah tuduh atau syak seseorang menerima komisyen daripada projek kerajaan. Kalau tak betul, mereka boleh saman.

Terima kasih

izam said...

Salam dato,

Pasal banyak tu tok? Sampai 65 juta. Nak baik pulih ke nak buat baru..mungkin bagi tok jib 65 juta tu kecil kot, kalu kita dan dapat bina satu pekan kecil tu...

Jangan boros sangat tok jib..kesian kat rakyat yg berjimat nak beri makan dan besarkan anak2..

Anonymous said...

sdri minah ronggeng..

sebenarnya bila menteri itu berkata "tidak naik tahun ini", beliau merujuk kepada kalendar islam barangkali.

Cuma terawal beberapa hari sebelum 1 Muharram. Kamu semua yang salah faham!

Kan negara malaysia sebuah negara islam??

gebhart

anakbuah said...

Saya setuju dgn Sdr husin syedmohamad yg kata "Maklumat yang disampaikan oleh kerajaan wajar tidak memilih yang baik sahaja."

Tak usah kata kita kerajaan yg telus dan beritegriti kalau report yg kita selalu dengar yg cantik dan baik saja. Tengok shj di muka depan akhbar arus perdana terutama yg berbahasa Melayu, yg berita buruk hanya berita kemalangan, buang anak, bunuh atau rompakan tetapi berita2 dan berita2 kepincangan dan
kelemahan sendiri hanya panas di halaman media alternatif sahaja hingga hampir semuanya dituduh berita palsu atau dikategorikan sabagai khabar angin sahaja sehinggalah tahik gajah sudah tidak boleh ditutup dgn nyiru, barulah rakyat kebanyakan tahu - itu pun masih dgn ayat menafi-nafikan lagi. Orang akan kata, pembangkang pun begitu tapi jangan lupa, rakyat sudah makin bijak - maklumlah, sudah selalu sangat ditipu dan tertipu.

Samalah mcm report yg sampai ke tangan pak2 menteri kita, semua yg sudah ditapis dan di'makeup'kan.

izam said...

Salam tok,

Apa..RM65 juta??? Banyak tu tok...
Apa yg diubahkan suaikan tu..buat Sri Perdana baru ke? Pak Najib-pak najib pasai apa boros sangat ..Pada saya RM65 juta tu dah boleh bina satu pekan kecil di kampung2 tok.

Mungkin bagi kita rakyat biasa yg kata RM65 juta banyak, bagi Tok jib dan datin Ros itu sikit aje..

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelawat dihormati,

MAKLUMAT tambahan dan mutakhir. Satu sumber yang rapat dengan PMO memaklumkan kepada saya, belanja ubahsuai Seri Perdana tak sampai RM65 juta, tapi "substantial" (besar);

Sumber itu tidak dapat memberikan angka sebenar yang "substantial" itu. "Substantial" adalah istilah yang digunakan oleh sumbar berkenaan.

Terima kasih.

anakbuah said...

"Substantial"? Whatever-lah Dato', ayat nak cover tu. Seperti juga belanja bina istana baru, jadi bukan pertama kali. Mcm kata Sdr izam, berpuluh juta tu rasa kecil je bagi diorang yg menggunakan duit perbendaharaan - bukan keluar dr poket sendiri. Jumlah mcm tu kalau dibelanjakan dgn lebih berhemah, mungkin dpt bantu dan kurangkan kadar kemiskinan tegar dlm negara. Bantu mereka2 ini supaya dapat berdiri sendiri dan mencari rezeki. Bantu anak2 mereka dgn pendidikan - tidaklah terabai atau tidaklah kemudian mencari rezeki dgn cara salah - merompak, gangster, jadi pelacur dll. Bukankah lebih ramai yg mendapat faedah drp bermegah2 dan bersenang2 dlm kediaman yg sudah sedia selesa dan mewah?

makbudak said...

Salam Dato',

dah teruk kena kondem dgn rakyat dan di parlimen pun, projek ubahsuai tu tetap diteruskan jugak ke Dato'? aduyai, macamana kami kat rumah ni tak meluat tengok bila tv tayang pm berucap. cakap mcm bagus sgt suruh rakyat begitu begini, bn kena begitu begini, tapi seolahnya dia tak rasa malu dgn ucapannya yg tak serupa bikin. rasa macam berlakon je pemimpin2 bn ni.

saya rasa nak bagi cermin je kat pm ni masa dia berucap tu, tapi nanti orang kata saya tak siuman pulak...

pakbelalang said...

Somebody in the govt. should release the information about the actual costs of renovating the Seri Perdana and be transparent rather than the rakyat keep on harping on the issue practically everyday. It is gross stupidity if Najib just remain silence and letting the rakyat to criticize him.

Apa susah sangat nak beritahu rakyat. Najib mesti ikhlas dan beri sebab-sebab munasabah mengapa perlunya diubah suai Seri Perdana. Adakah Seri Perdana dah nak roboh maka perbelanjaan RM65 juta terpaksa dibelanjakan.

pakbelalang said...

Saya setuju susidi minyak dikurangkan sehingga harga minyak dapat diselaraskan dengan harga pasaran sebenar. Walaubagaimana pun pengjimatan subsidi minyak hendaklah digunakan untuk meningkatkan lagi taraf pengangkutan awam ketahap "world class" dan disamping itu juga kerajaan mesti kurangkan kos pengangkutan dengan memberikan subsidi kepada pengguna pengankutan awam sebagai galakan.

Tahap pembangunan pengankutan awam kita pada masa ini sangat lemah dan tidak cekap. Kelam kabut!! Negara membangun lain seperti negara Cina telah jauh meninggalkan kita dalam menyediakan sistem pengangkutan yang canggih dan cekap hingga dinegara itu telah dapat menyediakan rangkaian keretapi laju beribu kilometer jauhnya.

Kerajaan kita tidak fokus 100% tentang keperluan yang mendesak untuk membangunkan infrastruktur sistem pengankutan.Sistem pengangkutan yang cekap dan canggih akan mengurangkan kos pembuatan barangan dan juga meringankan kos sara hidup rakyat.

Tahun 2020 akan menjelma iaitu hanya tinggal 10 tahun lagi tapi kalau keadaan pengankutan kita masih lagi ketahap status negara membangun
kita tidak boleh mendabik dada bahawa negara kita telah mencapai negara maju. Inilah ukuran yang paling jelas kalau kita nak mentakrifkan negara kita telah menjadi negara maju selain dari rakyat kita mempunyai nilai budaya " bertutur" yang sopan dan bertamadun.

Shaharudin said...

Bukankah semasa pembentangan bajet 2011 baru-baru ini, PM telah menyatakan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun? Adakah beliau bermaksud tahun Gregorian atau tahun Hijrah? Sebab tahun Gregorian belum ke penghujung lagi, tapi tahun Hijrah kini berada di tahun yang baru.

Anonymous said...

DAKJ,

Ada tanya dia, apa yang telah di"renovate"kan itu?

Dari angka RM65 juta cuba dikaburkan dengan istilah substantial.

Saya jamin, kawan DAKJ itu tak akan dapat beri jawapan kepada soalan saya yang ringkas diatas itu.

p/s cuba tanya dia, berapakah pula belanja maintenance bulanan Sri Perdana termasuk orang gaji, letrik, penjagaan taman dan lain-lain. Jika gaji PM RM20k ++, berapa pula elaunnya?

Dan berapa kerap pula Sri Perdana terima tetamu dari luar negara?

Fed Up

Iskandar PT said...

Salam Dato',

"Substantial" yang dimaksudkan berkemungkinan kerja-kerja tambahan yang diperlukan untuk membuat sesuatu seperti meratakan tanah, meroboh objek yang sedia ada dan membuang ketapak yang diluluskan, kekadang Dato' membuat pengubahsuaian lagi mahal dari membuat bangunan baru.
Adalah lebih baik bangunan baru dibuat daripada membuat pengubahsuaian, sepertimana membaiki bangunan Parlimen yang memerlukan hampir RM 500 juta itu belum lagi kerja-kerja luar jangka disebabkan BQ yang tidak teliti yang disediakan oleh perunding.
Banyak projek menjadi mahal disebabkan ketidakcekapan perunding dan kelemahan kontraktor binaan serta tidak dinafikan juga disebab "ketirisan" atau"tumbuk rusuk".
Kita dapat melihat betapa kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan beberapa projek besar sekiranya kita membaca dengan teliti laporan ketua audit 2008 dan 2009.
Harga barangan yang sengaja dinaikan melebihi 3 kali ganda dari harga asal dan barangan dibekalkan berkualiti rendah atau tidak berkualiti adalah disebabkan "ketirisan".
Seorang pembekal barangan komputer di satu jabatan kerajaan memberitahu saya bahawa perkara tersebut terpaksa dilakukan disebabkan terlalu ramai yang perlu di"suap", dari penjaga stor hinggalah ketua jabatan, macamana beliau nak berniaga sekiranya hanya menjual pada harga runcit.
Akta Rasuah perlu sekali lagi digubal supaya menghukum mati penerima dan pemberi rasuah seperti yang dilakukan di negeri China, hukuman yang ada sekarang hanya membuatkan perasuah makin kaya dan tidak menakutkan mereka.
Kita tidak menafikan bahawa terdapat juga agensi pelaksana yang menjalankan amanah dengan jujur dan hanya segelintir yang membuat petaka sedemikian namun "nila setitik inilah merosakkan susu sebelanga" dan kita harus bertanya kenapa negara Singapura/Hongkong/Australia dan banyak lagi negara bukan muslim penduduknya mampu meminimakan kegiatan rasuah tetapi ia tidak berlaku di Malaysia?
Ia berlaku kerana , kerajaan yang ada sekarang merasuah pengundi bila pilihanraya samada PRU atau PRK, pemimpin politik negara kita sendiri tidak bersih bila diberi amanah, tak perlu kita memberi sebarang contoh.Sudah 53 tahun merdeka , gimik politik yang sama kita dengar setiap kali berkempen. Inilah sebab utama para MP BN, tidak mahu menggubal akta rasuah supaya hukuman mati dilaksanakan kerana mereka takut, merekalah orang pertama akan menjadi pesalah yang dijatuhkan hukuman tersebut.

Wallahualam.

A KADIR JASIN said...

Sdr Langitbiru,

Minta sangat-sangat. Boleh tak buangkan geralan yang sdr berikan kepada Presiden MCA?

Saya tahu sdr "saved" komen sdr itu. Buang gelaran itu dan buang "tak ada t---" saya akan siarkan.

Terima kasih.

saji said...

Sdr Iskandar PT

"Adalah lebih baik bangunan baru dibuat daripada membuat pengubahsuaian, sepertimana membaiki bangunan Parlimen yang memerlukan hampir RM 500 juta itu belum lagi kerja-kerja luar jangka disebabkan BQ yang tidak teliti yang disediakan oleh perunding.
Banyak projek menjadi mahal disebabkan ketidakcekapan perunding dan kelemahan kontraktor binaan serta tidak dinafikan juga disebab "ketirisan" atau"tumbuk rusuk".
Kita dapat melihat betapa kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan beberapa projek besar sekiranya kita membaca dengan teliti laporan ketua audit 2008 dan 2009.
Harga barangan yang sengaja dinaikan melebihi 3 kali ganda dari harga asal dan barangan dibekalkan berkualiti rendah atau tidak berkualiti adalah disebabkan "ketirisan"."

Komen:

1. Saya sudah bagi maklumat kajian sebelum ini, sistem kontrak pembinaan bagi pelaksanaan projek kerajaan dan GLC merupakan jenis Price-in-advance atau maksud Islamnya al-Istisnaa' atau Melayu Tempahan membabitkan bentuk Lump Sum, Bills of Quantities.Turnkey dan Design and Build.

2. Ia tidak diharuskan oleh mazhab Hambali, Maliki dan mazhab kita Shafi'e, atas alasan, pertama, ia bukan kontrak tetapi tanggungjawapan melunaskan amanah oleh pihak2 yang berkontrak dan pihak lain yang mempunyai kepentingan dengannya.

Kedua, sukar bagi si penempah atau maksud modenya kontraktor utama menyiap dan menyerahkan barangan yang ditempah atau maksud modenya projek pembinaan kepada pihak pemberi tempahan atau maksud modennya pemilik projek pembinaan mengikut harga, kualiti dan kos yang dipersetujui semasa majlis akad.

3. Di mana, alasan kedua di atas, dalam sistem kontrak pembinaan (Barat), dipanggil sebagai kelemahan hakiki, dengan maksud ia merupakan bentuk kelemahan yang tidak boleh diperbaikai, melainkan pengamal kontrak berpindah kepada satu lagi jenis sistem kontrak pembinaan yang dinamakan Cost Reimbursement atau maksud Islamnya al-Ijarah atau Melayunya Upahan membabitkan bentuk Direct Labour, Target Cost, Cost Plus Percentage, Management Contract dan Construction and Design Management yang diharukan oleh kesemua 4 mazhab Islam.

4. Khusus untuk kontrak pengubahsuaian bangunan seperti bangunan Perlimen tersebut sistem kontrak pembinaan bentuk Management Contract adalah paling sesuai.

5. Jika sdr ingin tahu dengan lebih lanjut mengapa saya mencadangkan bentuk Management Contract tersebut, saya, bagi pihak ISDEV,USM mejumput sdr meghadiri seminar bertajuk: Sistem Pemerolehan Kontrak Berteraskan Islam pada 31/12/2010.

mack said...

ASSALAMUALAIKUM DATO AKJ= Isu nya yang baik di puji.yang buruk di caci.
Sudah menjadi lumrah alam mana ada orang memuji jika ia tidak baik bahkan buruk mana ada orang nak terima menantu kalau tubuh badan nya cacat pasti pinangan nya akan di tolak mungkin DATO pun sama juga macam itu kan.
Namun hakikat nya kebaikan itu ada hikmah nya sama ada terlindung atau terbuka pasti kesan kebaikan ada cuma lambat atau cepat.Memang manusia mudah bercakap ubah gaya hidup nah hidup yang macam mana perlu di ubah dari petani jadi saudagar dari bilal jadi imam atau sedagai nya ubah la kerana itu kebaikan...tapi kalau setekat suruh tukar gaya hidup dari guna minyak 10 liter kepada 5 liter kerana harga nya mahal dari guna gula 2 sudu kepada 1 sudu dari buat cok kodok kepada rebus ubi...baik tak payah cakap la buang masa sahaja. Menteri kita sebenar nya banyak membazir sahaja dan pandai pulak berjanji yang kerajaan tak akan naik barang ini hingga ke tahun depan woooh cakap manis macam air tebu campur air nyok kelapa tua....tukang naikan YB IDRIS JALA tukang cakap tak naik YB ISMAIL SABRI...ini la wajah auta nombor WAHID..Tu dia kita semua bangga dengan mereka sehingga tokoh yang mengabaikan kesopanan islam pun jadi tokoh maal hijrah..menutup aurat wajib bagi wanita yang mengaku islam sebagai agama nya...namun hampehhh..itu sahaja la celoteh saya DATO....Nanti kita jumpa lagi kita hentam lagi sampai depa khatam...wassalam

makbudak said...

Salam Dato',

minta izin dato' nak ulas komen pak belalang.

"Saya setuju susidi minyak dikurangkan sehingga harga minyak dapat diselaraskan dengan harga pasaran sebenar. Walaubagaimana pun pengjimatan subsidi minyak hendaklah digunakan untuk meningkatkan lagi taraf pengangkutan awam ketahap "world class" dan disamping itu juga kerajaan mesti kurangkan kos pengangkutan dengan memberikan subsidi kepada pengguna pengankutan awam sebagai galakan."

komen:

dah berpuluh tahun kita dengar kerajaan gunakan alasan tersebut utk membenarkan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pak belalang... tapi sejauh mana canggihnya perkhidmatan awam kat malaysia ni? takat erl utk org kaya2 tu bolehla... org miskin boleh naik ke dgn tambangnya? lagipun org miskin tak naik kapalterbang. airportnya pun canggih manggih. tapi yg guna selalunya org kaya2. org miskin guna hentian bas pudu. tapi camana rupa pudu? nak menyampai ke pudu pun silap2 boleh terlepas bas.

itu belum cerita perkhidmatan keretapi antara bandar. saya ni antara pengguna ktmb. banyak kali saya naik, tapi rasanya dlm banyak kali tu, keretapinya lebih banyak dtg lambat dari tepatnya. saya dah lali dengan pengumuman kakitangannya mengatakan keretapi mengalami sedikit kerosakan, sampai dah naik ragu tiap kali waktu keretapi sampai, adakah keretapi akan benar2 sampai? bukan sekali dua saya terpaksa tunggu lebih 1 jam! malah kelewatan keretapi dah jadi bualan biasa sesama penumpang bila diberitahu bahwa keretapi akan tiba lewat lagi utk hari itu. saya fikir kakitangannya pun dah tak tak rasa bersalah lagi dgn kelewatan keretapi dek terlampau kerap sangat. ingatkan dgn jadual baru yg agak lewat sikit ni boleh lah dtg on time, rupanya lambat jugak! dah jadi dua kali lambat. tak tahu apa jadi dgn keretapi tanah melayu yg kita sayangi ni. rasanya dah berpuluh tahun berpengalaman menjalankan khidmat keretapi tapi mana penambahbaikkannya? hanya pada harga koc, naiktaraf bangunan dan harga tiket saja ke?

samala jugak dengan khidmat komuter. nak ketawa pun ada kalau diingat betapa teruknya ketepatan waktu komuter ni. teringat saya satu sedutan dlm cerita hindi. satu babab tunjuk pelakon tu nak naik keretapi memuji pada kakitangan keretapi tu sebab itulah kali pertama dia rasa keretapi dtg tepat pd waktunya. tapi disambut oleh kakitangan tersebut, ini bukan keretapi hari ni, tapi keretapi semalam! haha... bolehlah kawan dengan ktmb ni...

terima kasih...

Iskandar PT said...

Salam Dato' dan para pendebat,

Terima kasih kepada saudara/i Saji kerana memberikan ulasan. Insyaallah saya akan menghadiri seminar yang saudara/i nyatakan.

pakbelalang said...

Nasihat supaya "tukar gaya hidup" tidak sesuai ditujukan kepada rakyat. Ahli politik harus pandai meneliti cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada rakyat kerana ada perkara-perkara yang amat sensitif jika dilahirkan secara "generalised".

Penerangan secara specific dan terus terang dalam sesuatu isu adalah lebih bijak supaya rakyat tidak keliru dan mempersoalkannya.

Umpamanya apabila disuruh rakyat tukar gaya hidup, ini bermakna seolah-olah rakyat dipersalahkan, wal hal majoriti rakyat tidak ada apa-apa yang hendak digayakan hidup mereka jika pendapatan mereka setakat kais pagi, makan pagi.

Kalau saya jadi Najib saya akan berkata secara simple sahaja iaitu bahawa rakyat mesti berjimat cermat memandangkan harga barangan asas telah naik dan bagi pihak kerajaan kita akan pantau dan memastikan bahawa kenaikan harga tidak akan menjejas dan membebankan rakyat. Inilah yang patut disebut oleh Najib dan bukanya disuruh "tukar gaya hidup". Apa nak digayakan????

langitbiru said...

Berbanyak minta maaf Dato', lari dari topik.

APakan daya, pelihanraya kian terasa!

Saya tertunggu-tunggu, ternanti-nanti APA ULASAN Dato' mengenai Konvensyen BN di Dewan MCA, terutama sekali mengenai ucapan CSL

Menarik.
Di Dewan milik MCA.
MCA yang bagi saya telah banyak mencalarkan muka pemimpin UMNO.

MCA yang dikepalai CSL, yang mahu samarata dalam semua hal, berasaskan merit dalam semua hal, DAN mahukan pemilikan ekonomi bumiputera 30% dihapuskan dengan alasan punca gagalnya menjadikan Malaysia negara maju.

Dan terbaru, CSL mahu kata-kata ‘KETUANAN MELAYU’ diharamkan dalam kamus Malaysia. TAK CUKUP dengan itu, CSL mahu UMNO hentikan tradisi meluluskan polisi kerajaan didalam mensyuarat UMNO.

WADUuuuuuh!

Apa Presiden UMNO nak jawab???
Persepsi saya,

CSL sebenarnya mengambil kesempatan diatas KELESUAN kepimpinan Najib, di hadapan penyokong UMNO, Najib berpidato 'AKULAH PALING MELAYU', dihadapan penyokong MCA, MIC ,Najib berpidato kesamarataan dan merit, apologetik dan liberal.

Sebenarnya, saya tak ambil pandang sangat kalau Najib bertemu secara tertutup dengan para pemimpin UMNO. Kerana saya amat yakin, pemimpin UMNO akan cair dengan perwatakan luarbiasa kemelayuan Najib. Janjinya akan hilang bersama angin pagi!

Yang saya amat bimbang bilamana Najib bertemu secara tertutup dengan pemimpin MCA, dan Dewan Perniagaan Cina, kerana saya yakin janji Najib kepada mereka akan ditunaikan seberapa segera!!!

Inilah gambaran personality disorder 'youhelpmeihelpyou' yang amat merunsingkan saya terhadap Najib, yang TAK PERNAH melalui KRISIS, yang senantiasa playsafe, yang hanya berani mengenepikan hak orang Melayu secara halus laksana menarik rambut dalam tepung, tapi kecut teloq bila berhadapan dengan species CSL!

Mahathir 1982, memecat Presiden MCA dari Kabinetnya, tiada seorangpun pemimpin MCA berani bersuara.

Beranikah Najib menyergah CSL'?

.....jauh panggang dari api!

( gelaran apa yang sesuai untuk CSL Tok? Seorang yang menjawat jawatan Menteri, menggunakan kedudukan beliau melakukan perbuatan terkutuk di waktu kerja (bukan di malam hari) sebagai Menteri Kerajaan?

....gelaran seperti ketam mengajar anaknya berjalan betui?

...kalau kpd Khir Toyo Si Pemberi Penyapu mungkin tepat, tapi masih TIDAK tepat untuk CSL...

SANGGUPKAH ORANG UMNO TERIMA CSL SEBAGAI KAWAN,SAHABAT,RAKAN POLITIK, DAN SEBAGAI MENTERI (MUNGKIN) DI SEBUAH NEGERI YANG DIDAKWA UMNO NEGARA ISLAM??

Anonymous said...

Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut “kedaulatan Melayu” kerana ia mencakupi kedudukan raja-raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara “tuan” dan “hamba”, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

comment:

Tak ada bezanya! Yang ada pada orang Melayu ketika ini ialah "Kebodohan Melayu".

Selagi kita tak menghayati "SATU MELAYU" selagi itulah "Kebodohan Melayu" akan terus kekal selama-lamanya hingga ke anak cucu!!

Mengapa Yahudi kuat? Pasal Yahudi mempunyai daya kekuatan mental dan semangat yang kental hingga boleh mengarah Amerika Syarikat mengikut telunjuknya dan membuli negara-negara Arab disekelilingnya.Kalau dilihat orang Yahudi populasinya lebih kurang sama dengan orang Melayu tapi orang Melayu masih terkapar-kapar hidupnya seperti orang Palestin. Sebabnya ialah budaya orang Melayu memang lemah dalam segala hal terutamanya yang ketara sekali ialah orang Melayu suka menuding jari kepada orang lain. Semuanya salah. Sikap orang Melayu ialah "aku sahaja yang betul".

Melayu takkan hilang di dunia !!! Apa bendanya !!!

Pak Kadok

abdullahngah said...

Dari segi kosnya Memang ada lebih baik bina bangunan baru daripada ubahsuai sepertimana kata saudara saji tu.

Tapi soal "tiris" tetap tidak boleh dielakkan lagi kerana amalan "gandaan harga" satu satu projek berlaku begitu berleluasa.

Malahan sudah sampai pada peringkat bermaharajalela dah.

Inilah kaedah yang digunpakai oleh pemerintah negara aman dan makmur sejak sekian lama.

Inilah kaedah untuk kalangan kroni mengumpul harta yang akan jadi bahan bakar api neraka di akhirat nanti.

Emas dan perak yang disimpan dan tidak dibelanjakan ke jalan Allah akan dijadikan bahan bakar api neraka kepada sesiapa yang melakukannya.

Jadi soal lebih baik bina bangunan baru dengan ubahsuai adalah dua kali lima saja.

Tiris tetap tiris, kerana itulah amalan pemerintah negara sejak dulu dan kini.

Bina bangunan baru tak akan jadi lebih baik daripada ubahsuai yang sedang dilakukan oleh penghuni Putrajaya.

Percayalah.Lebih lebih lagi kebanyakan hanya cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Tok Kadir Salam,

Besar periuk, besar kerak. Besar rumah, besar belanja. Polis pencen balik kampong Jabi, Pokok Sena boleh buat rumah batu setingkat RM35,000 atas tanah pesaka. Cukup.

Kalau yang duduk Seri Perdana boros dan taste tinggi, RM35,000 baru cukup pasang lansir dari Milan pada satu tingkap. Berapa banyak tingkap Seri perdana ada?

Kerusi meja import. Pinggan, mangkuk, camca dan garpu pun import juga. kena bone China tok kalau tak, tak ada style.

Tolak pi tolak mai, campur komisyen dan variation cost, Rm64 juta tu sikit. Tengok pula sapa arkitek dan sapa pula supplier. Bukan duit poket atau duit pesaka tok, dua rakyat. Bila rasa salah, bagilah $60 juta kepada mangsa banjir. Duit rakyat juga tok, bukan duit derma atau sedekah.

Macam ni la tok, gah macam mana pun depa kena hadap pilihan raya juga. Masa tu depa baru tau tanah tinggi rendah. Kalau ditakdirkan kalah, kerajaan baru akan gasak depa. Silap-silap jadi macam Khir Toyo. Buat masa ni biar depa joli. Kita aram sat sampai PRU mai.

Kamjat Penang

abdullahngah said...

Pak belalang,

Minta rakyat tukar "gayahidup" selari dengan apa yang telah diamalkan oleh perdana Menteri Najib Razak itu.

Pak Belalang mungkin silap tu.

Tukar gayahidup untuk disesuaikan dengan wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju.

Rakyat kena bina rumah berharga RM300 ribu hingga RM 500 ribu sebuah dan ada kereta mewah kurang kurang Berabus.

Ini cukup selari dengan hasrat dan slogan rakyat di dahulukan dan pencapaian diutamakan.

Negara maju sebuah rumah kenderaan pensendirian tak kurang dari lima buah macam rakyat Berunai.

Anonymous said...

Saya pun antara mereka yang terperasan konon tak lama lagi ada PRU.

Lalu saya bilang apa tinggalan Najib sejak jadi PM.

Saya dok bilang-bilang dengan jari. Mohd Najib banyak plannning. Tapi hasilnya saya tak nampak.

Bila saya cuba congak depan kawan, kawan tu kata, dari segi hasilnya, tak ada banyak beza antara Najib dan Pak Lah.

Betul ke gitu? Dalam hati, saya harap saya yang silap congak.

Maklumlah Pak Lah dulu kena hukum sebab janjikan perubahan tapi tak tunaikan. Najib pun dah terlanjur banyak dah janji ni.

p/s Malaysian Insider kata, pelajar perubatan dan farmasi di Mesir yang dijanjikan bantuan dana mungkin tersadai kerana tidak dipenuhi janji walaupun telah memenuhi syarat akademik. Lalu saya teringat kos RM65 juta untuk Sri Perdana.

Fed Up

saji said...

Sdr abdullahngah

"Tapi soal "tiris" tetap tidak boleh dielakkan lagi kerana amalan "gandaan harga" satu satu projek berlaku begitu berleluasa.

Malahan sudah sampai pada peringkat bermaharajalela dah.

Inilah kaedah yang digunpakai oleh pemerintah negara aman dan makmur sejak sekian lama.

Inilah kaedah untuk kalangan kroni mengumpul harta yang akan jadi bahan bakar api neraka di akhirat nanti."

Komen:

Jika soal "tiris" membabitkan amalan "gandaan harga " itu sdr maksudkan sebagai amalan alibaba kontrak dalam pelaksanaan projek kerajaan dan GLC di bawah pemerintahan kerajaan UMNO/BN, ramai rakan saya yang bertanya (kepada saya), "apakah amalan alibaba kontrak sedemikian tidak akan berlaku di bawah pemerintahan kerajaan PR nanti?"

Boleh sdr berikan jawapannya?

Atau, sdr beresetuju dengan jawapan saya berikut:

Tidak akan berlaku amalan alibaba kontrak dalam pelaksanaan projek kerajaan dan GLC jika sistem kontrak pembinaan -Management Contract yang diaplikasikan berteraskan Syariat Islam dilaksanakan oleh pemerintah kerajaan PR nanti.

makbudak said...

salam Dato',

nak komen lagi sikit. saya tertarik dgn ulasan langitbiru pasal csl. ish.. ish.., ye ke csl cakap mcm tu? tak heboh pun di suratkhabar? yg saya jumpa heboh suratkhabar kata dswa yg cakap suruh buang ketuanan melayu..? sampai naik minyak pemimpin2 umno kita menghentam beliau. ke agaknya saya yg tak baca suratkhabar...

pasal najib yg bersikap depan kita cakap lain, depan ca cakap lain, lama dah saya nampak. maaf cakap, sebab tu saya kata saya memang meluat kalau tengok pm berucap...

terima kasih...

abdullahngah said...

Tidak mustahil, kerana pkr serpihan Umno yang mahu tidak mahu macam umno jugalah miskipun PAS ada didalam pakatan rakyat sekalipun.

Sufian Idrus said...

Pemimpin yang terlalu 'memberi' kepada kaum lain dengan tujuan untuk mengambilhati kaum lain dan mengenepikan orang Melayu dengan andaian orang Melayu akan sentiasa menyokong beliau akan hanya membuat kampung orang Melayu tergadai. Akhirnya orang Melayu akan hidup papa kedana di kampung sendiri, menyewa di tanah orang kerana semua telah ter'beri' kepada orang lain.

Anonymous said...

Minnah ronggeng kata; harga RON97 di Singapore ialah SD2.10/liter

harga RON97 di Malaysia ialah RM2.30/liter

Izinkan saya tambah. Saya dengar dalam radio IKIM di negara jiran Singapura harga teh tarik hanya $0.70.

Di Malaysia harga teh tarik dah RM1
- 1.20.

Macamana nak jadikan Malaysia negara penduduk berpendapatan tinggi kalau harga setiap barang tinggi melambung. Takde maknanya.

JJ

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kat Malaysia RON95 RM1.90 - Singapore SD$1.81 (RM4.36)
Kat Malaysia lebih mahal or Singapore lagi mahal..???

Kalu convert to RM memang la nampak harga kat Malaysia lagi murah... Tapi it's not apple to apple comparison.. Kena ambil kira pendapatan isi rumah, KDNK negara berkenaan dan juga inflation rate.. Also kadar income tax kat negara berkenaan... Lagi satu, Singapore bukan negara pengeluar minyak..

Gaji Fresh Grad kat Malaysia RM2,500 - Singapore SD$2,500.00 (RM6,010.89)... Fresh grad kat Malaysia yang lebih untung or kat Singapore...

Kalu betul nak ikut harga pasaran dunia, turunkan duti import Toyota VIOS, Honda City, Altis, Nissan... ada berani.....???? Duit bayar interest bank masa buat loan boleh jimat dan bayar minyak.

Bila naikkan harga minyak akan kata penambahbaikan pengangkutan awam... Saya yang guna pengangkutan awam dah 6 tahun tiada langsung peningkatan... Tak lama lagi khidmat KTM Komuter boleh lumpuh biala masih tiada set EMU baru sampai. Banyangkan Komuter ditarik oleh diesel lokomotif... Ingat kat Ghana ke..???

Ab Razak Hj Ahmad said...

Setuju dengan Minah Ronggeng;

Nasi Ayam kat JB RM5.00. Kat Woodlands, Singapore SD$5.00. Kalu convert ke RM (rate SD$1 = RM2.394) maka Nasi Ayam kat Woodlands akan jadi RM11.97. Jadi bolehkah kita melalak dan pukul canang Nasi Ayam di Malaysia jauh lebih murah dari Singapore... Tolong la wei... nak buat comparison jangan convert to RM.....

anakbuah said...

g

Mantra said...

Salam datuk,

Saya amat suka dengan post-post di blog ini. Saya baru terjumpa dan akan jadikan blog ini satu inspirasi dan tempat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman...

BUNGA BANGSA said...

Saya hairan mengapa masih ada lagi orang yang tidak berfikir akan kesan jangka masa panjang atas apa juga tindakan yang diambil (khususnya yang membabitkan aspek perbelanjaan). Ketika harga minyak dinaikkan satu ketika dahulu (sebelum kenaikan terbaru) ianya adalah untuk tujuan pengurangan subsidi. Katanya untuk menambahbaik mutu pengangkutan negara. Sehingga kini saya masih lagi menanti akan aspek apakah yang telah ditambahbaik khususnya yang berkaitan dengan pengangkutan. Kali ini, berlaku kenaikan harga minyak serta barang makanan yang dekat dengan rakyat khususnya gula (maaf saya tidak menyatakan secara terperinci akan kenaikan harga barangan yang lain). Maka dikaitkan pula dengan kesihatan. Baguslah sebenarnya pengurangan gula ini tetapi bolehkah pihak yang berkenaan menunjukkan data yang lengkap akan jumlah penggunaan gula bagi penduduk Malaysia yang mencecah angka 28 juta orang itu. Dan berapa ramaikah yang sebenarnya tidak mengambil gula di dalam kehidupan seharian mereka. Adakah langkah yang diambil menerusi peningkatan harga barangan ini (gula) adalah langkah yang betul atau ia sebenarnya menambahkan lagi kesengsaraan mereka. Ketika saya di kampung dahulu (Sg Dua, Butterworth) kami tidak cukup wang untuk membeli susu, jadi sebagai gantinya arwah ibu saya membeli gula dan kami minum teh O (itu pun dah kira sedap) cicah dengan roti kering (yang sememangnya keras dan hanya lembut apabila terkena teh O...sedapnya terasa) Kini saya tertanya adakah mereka khususnya petani-petani di luar bandar masih boleh minum teh O (ada gula atau tiada gula) Mungkin sesetengah orang sudah lupa akan kesusahan orang lain tetapi tidak bagi saya. Untuk apa juga kenaikan khususnya yang membabitkan barangan keperluan harian, ianya perlulah dipertimbangkan dengan penuh berhemah. Ingatlah bahawa taburan kekayaan di Malaysia masih belum rata dan masih ada dalam kalangan masyarakat Melayu/ Bumiputera, India dan Cina yang masih berada di bawah garis kemiskinan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).