Sunday, January 02, 2011

"Hantu" PRU Ke-13 Bagi BN dan PR

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BANYAK petanda semasa menjurus kepada pilihan raya umum diadakan lebih awal daripada tempoh sah Parlimen.

Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak telah mula menghidangkan sajian-sajian PRU seperti cuti umum merayakan kemenangan pasukan bola kebangsaan dalam pertandingan Piala AFF Suzuki dan bayaran khas kepada peneroka Felda serta pelantikan baru dalam Umno.

Sebelum itu kerajaan mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang begitu hebat dipromosikan beberapa bulan lalu.

Dikhabarkan juga yang dalam masa beberapa hari lagi beliau akan bersidang dengan semua Wakil Rakyat Barisan Nasional bagi mendapatkan maklum balas mengenai sentimen rakyat jelata terhadap pemerintahannya.

Dari aspek undang-undang, PRU tidak perlu diadakan hingga Mac 2013 atau lewat daripada itu setelah mengambil kira tarikh PRU ke-12, tarikh persidangan pertama Parlimen dan hakikat bahawa PRU boleh diadakan dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh Parlimen.

Namun daripada gaya percakapan pemimpin politik, sama ada pemerintah atau pembangkang, PRU ke-13 akan diadakan jauh lebih awal daripada itu.

Ada ramalan mengatakan seawal Mac tahun ini kerana Mohd Najib mahukan mandatnya sendiri dan angka 11 adalah nombor “bertuah” beliau, lantas kenderaan bermotornya berangka plat 11.

Alasan yang lebih serius ialah keyakinan beliau bahawa BN sudah cukup pulih dan bersedia untuk menghadapi pengundi.

Ramalan ini dikukuhkan oleh keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 30 November lalu yang menangguhkan selama 18 bulan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini.

Ini diikuti oleh pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno bagi negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Walaupun Mohd Najib cuba meredakan spekulasi dengan mengatakan penangguhan pemilihan Umno bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan dan pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini, namun ramai yang tidak yakin.

Kemudian, ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di Phnom Penh pada 2 Disember lalu, Mohd Najib berkata PRU akan datang akan menjadi “hari penentuan” bagi BN.

Mesej Perdana Menteri yang lebih utama adalah kelangsungan BN sebagai parti peneraju pemerintahan. Katanya, sama ada PRU diadakan awal atau lewat, keputusannya kelak akan menjadi petanda kelangsungan BN.

Petanda PRU Mengejut

Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:-

1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008;

2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada “kebaharuan” kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri;

3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing;

4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu;

5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata;

6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan

7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat.

Perjalanan Tidak Mudah Bagi PM

Namun, perjalanan Mohd Najib ke arah mandat sendiri yang besar tidaklah semudah yang dibayangkan oleh para penyokong beliau.

Pemulihan BN masih tidak muktamad dan kacau-bilau dalam PR serta di kalangan parti-parti anggotanya mungkin tidak seburuk yang digembar-gemburkan oleh media massa pro-pemerintah.

Yang pasti adalah kedudukan Mohd Najib sekarang adalah lebih teguh daripada Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau memanggil PRU 2008.

Namun beberapa faktor yang menyebabkan prestasi BN merudum pada 2008 masih wujud. Mohd Najib perlu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini kalau beliau tidak mahu nasib malang yang menimpa Abdullah tidak terjadi kepadanya. Antara faktor itu adalah:-

i. Masih ramai ahli dan penyokong BN, khasnya Melayu, yang berpaling tadah kepada pembangkang kerana “benci” kepada pentadbiran Abdullah masih kurang yakin bahawa pentadbiran Mohd Najib lebih baik;

(Pentadbiran Abdullah dituduh lemah, mungkir janji dan dilarikan oleh empat lima kerat anak menantu dan sekutu-sekutu beliau.)

ii. Mohd Najib wajib meyakinkan mereka bahawa kepemimpinannya tidak mempamerkan ciri-ciri yang sama iaitu campur tangan oleh orang luar parti, orang luar pentadbiran dan oleh ahli keluarga;

iii. Ramai orang Melayu masih tidak yakin bahawa cogan kata, dasar, pelan dan projek yang Mohd Najib perkenalkan menjamin hak dan kepentingan bangsa Melayu manakala bukan Melayu pula beranggapan mereka belum mendapat hak yang secukupnya;

iv. Walaupun pertumbuhan kasar ekonomi memuaskan, namun kenaikan kos sara hidup dan kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi terus menghantui tenaga kerja, khasnya lepasan institusi pengajian tinggi; dan

v. Kesan projek-projek raksasa yang diumumkan sejak Mohd Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 masih belum meluas untuk dirasai dan dikecap oleh rakyat terbanyak.

Ini ditokok-tambah pula oleh faktor yang di luar kawalan kerajaan dan BN seperti kenaikan harga minyak dunia yang diramalkan melepasi US$100 setong tahun ini.

Faktor-faktor berikut penting dalam menentukan trend pengundian dalam PRU akan datang:

a. Bilangan pemilih baru yang semakin ramai dan kematian pengundi tua. Trend pengundian di kalangan pengundi muda sukar ditentukan dan mungkin tidak memihak kepada BN;

b. Kemampuan PR mempamerkan kelainan, khasnya di negeri-negeri yang baru mereka takluki seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah;

c. Percambahan saluran maklumat baru dan kemunculan kewartawanan jelata (citizen journalism) dieksploitasi sepenuhnya oleh PR. BN yang memperkecil dan mempersendakan peranan media baru pada PRU 2008 masih tertinggal walaupun sudah mengubah pendirian dan mula memanfaatkan saluran alternatif ini; dan

d. Pengedaran akhbar arus perdana prokerajaan yang semakin menguncup dan kegiatan “channel switching” di kalangan penonton TV dan pendengar radio.

(Perangkaan Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulations/ABC) bagi tahun audit berakhir 30 Jun, 2010 menunjukkan penjualan The Star’s jatuh daripada 295,479 kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times daripada 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus), Utusan Malaysia daripada 181,346 kepada 170,558 (-5.9 peratus) dan Berita Harian daripada 183,187 kepada 160,597 (-28.7 peratus). Jualan Utusan dan BH “dicuri” oleh dua akhbar ringan iaitu Harian Metro dan Kosmo. Kosmo mencatatkan peningkatan paling tinggi (naik 32.9 peratus) daripada 129,633 kepada 172,252 manakala Harian Metro nak 11.8 peratus kepada 378,354 naskhah.)

Kesimpulannya, walaupun Mohd Najib lebih popular berbanding Abdullah, tetapi beliau berdepan dengan pembangkang yang lebih kuat.

PR mempunyai perwakilan yang besar di Parlimen dan dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri. Mereka menguasai empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PR juga kuat di Perak dan Negeri Sembilan.

Pada PRU 2008, PR tidak kuat tetapi BN sangat lemah. PR memperoleh kerusi tambahan kerana pengundi menolak BN. PR menjadi kuat kerana kelemahan BN.

Sekarang BN dikatakan semakin pulih dan semakin kuat. Tetapi kita perlu akui bahawa PR telah mempunyai kekuatan sendiri melalui perwakilan yang lebih ramai di Parlimen dan penguasaan ke atas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Ini belum diambil kira keputusan pilihan raya DUN Sarawak yang terpaksa diadakan tidak lama lagi. Keputusannya akan memberi kesan besar kepada kedua-dua belah pihak.

Apa pun, kita akan menyaksikan PRU yang sengit yang seperti kata Mohd Najib “akan menjadi hari penentuan bagi BN”. Tidak kurang pentingnya ia juga akan menguji kelangsungan PR serta keserasian sistem dua parti.

101 comments:

Anonymous said...

An enlightening analysis Datuk. In fact, the BN not only has to compete with PR, it has started to copy and mimic what the PR is doing in the states they control. Take the environmental issue caused by excessive use of plastics. Before this the BN is on the side of plastic manufacturers. Rafidah killed the first attempt to rein ini the use of plastics when she was trade minister. Mahathir lisetened to her.

Now the PR government had shown success with controlling the use of plastic bags in Penang and the BN government is copying -- a good copying -- as reported by the Star viz:

Nationwide campaign on "No Plastic Bags on Saturdays" launched

The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry has launched a simultaneous nationwide campaign that will see all hypermarkets, supermarkets and Petronas petrol stations no longer giving out free plastic bags on Saturdays.

This copy right. Bravo Lim Guan Eng!

Ex-banker

Anak Warisan Bangsa said...

Salam Dato',

PM kita dari no 4 hingga no 5 akan memendekkan penggal pemerintahan dan memanggil PRU bila mereka yakin bahawa mereka akan menang PRU tersebut dengan majoriti 2/3. Penggal pemerintahan yang pendek sebenarnya merugikan pembayar cukai apabila setiap kali PRU dibuat dengan tak sampai 5 tahun, kos untuk PRU ditanggung oleh siapa? Para pengundilah yang menanggungnya. Kos untuk PRU pada masa kini mungkin mencecah RM 1 Billion dan banyak perkara boleh dilakukan untuk peruntukkan sebanyak itu.
PM ke 5 melakukan kesilapan besar bila memanggil PRU 12 pada Mac 2008, padahal penggal pemerintahan beliau masih ada lebih 12 bulan. BN kehilangan 5 +1 negeri dan hilang 2/3 majoriti di Parlimen.
PM ke 6 akan melakukan kesilapan paling besar dalam sejarah sekiranya memanggil PRU lebih awal sedangkan penggal PRU 12 akan berakhir lebih 24 bulan lagi,biarlah penggal ini berakhir dengan jayanya dan banyak perkara yang masih boleh dilakukan dalammasa 24 bulan ini. Sebarang perubahan atau merubah sesuatu kesilapan boleh dilakukan. Sekiranya PM ke 6 terlalu beria-ria nak menguji populariti beliau adalah dikhuatiri ini merupakan PRU terakhir untuk seorang PM dari BN kerana beliau PM terakhir dari UMNO/BN apabila PR merampas PR dari BN.
Adalah lebih baik beliau bersabar dan membuat segala kebaikan selagi masa pemerintahan beliau masih ada. Petunjuk yang di gembar-gembur oleh penganalisis beliau mungkin hanya angka penyedap telinga yang hanya seronok untuk didengar dan pada hakikatnya ianya palsu.
Kadang-kala orang-orang yang berada disekeliling kita hanya "topang yang membawa rebah", apabila kita rebah mereka akan beralih arah. PM ke 6 kena ingat bahawa "pujian yang menggunung itulah yang akan menjahanamkan diri beliau" dan jangan terlalu selesa dengan "pembaharuan" yang kononnya menaikkan ekonomi negara kerana segala plan yang dilancarkan beliau masih gagal memberi manafaat kepada golongan bawahan.
Jangan terlalu sibuk dengan agenda " menara 100 tingkat ", "permata", " ETP ", penghapusan subsidi dan sebagainya kerana ia masih gagal.

Masih ada 24 bulan untuk PM ke 6 beraksi, berikanlah aksi yang mampu merobah kehidupan golongan bawahan yang semakin terhimpit.

Anak Warisan Bangsa

tokman said...

PRU13 sangat mencabar untuk BN atas sebab 'melampau' sangat hendak bantu pihak2'tertentu' hingga mengabaikan secara langsung pihak dan hak2 rakyat lain. Tumpuan diberi terlampau sangat kepada pihak badan beruniform, guru2 dan Felda hingga banyak berasa 'tersisih' daripada bantuan pihak kerajaan.Badan beruniform telah membuktikan tidak menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur kerana banyak yang rasuah, guru2 telah lama cukup dibela dan Felda diberi bantuan2 yang berlebih2an walhal tanh 10 ekar dan rumah 1/4 ekar dianggap kaya raya dari konsep orang Melayu kampong hingga ramai orang kampong lain berasa 'terpinggir'. Tumpuan kepada satu2 pihak bukan sistem yang sihat tetapi akan mengakibatkan 'backlash' yang hebat pada PRU13 nanti! Projek2 besar seperti Empangan Bakun, Skandal pembelian kapal selam dan 'jet fighter', kes2 pembunuhan banyak belum selesai, Sime Darby dicantum dengan Golden Hope telah menimbulkan skandal kewangan yang mengemparkan Malaysia! Slogan 1 Malaysia sekarang jadi 'igauan' untuk BN kerana ramai masih tidak bersatu dan bersetuju dengan itu kerana konsep itu UMNO masih menegaskan 'ketuanan Melayu' tetapi MCA, MIC, Gerakan, parti2 komponent BN diSabah dan Sarawak serta parti2 komponent Pakatan enggan menjadi warga negara kelas kedua! 1 Malaysia perlu diselesaikan dahulu sebelum Najib istiharkan PRU13 jika BN ingin menang!

haziman ismail said...

Dato.Agaknya Najib dalam keadaan terpaksa untok mengadakan PRU 13 nanti.Agaknya juga Najib pun tidak menaruh harapan yang menggunong dengan PRU 13.Memadailah dengan keputusan cukup makan untuk membentuk kerajaan BN nanti.Sebenarnya segala agenda Najib sekadar bermain diatas sahaja.Lambat meresap kebawah rakyat jelata.Saluran maklumat untuk rakyat banyak tersangkut ditengah jalan.Kemudiannya dalaman UMNO sendiri pun belum selesai dengan baik dan selesa.Terutamanya diperingkat bahagian.Tidak ada usaha pemulihan dan perpaduan sesama ahli.Najib juga perlu berhati-hati dalam soal pemilhan calon kali ini.Kalau silap pilih calon nanti ianya akan memberi musibah besar pada BN.Penyandang jawaran utama dalam UMNO bukan lagi tiket automatik jadi calon.Selain dari itu apakah jentera pilihanraya umno dah bergerak atau pun belum wujud.SEtakat ini belumpun terbayang jentera pilihanraya umno.Masaalah dalam UMNO ini kita tahulah bila ada jentera mesti kena ada peruntukan.Inilah beban yang cukup menakutkan.Setiap jentera mesti berbayar.Kalau tidak alamat tak bergeraklah.Ini pun rasanya Najib sudah sedia maklum.Beranikah Najib memperjudikan tarikh PRU 13 nanti.Nampak sangat UMNO belum berubah dengan program Syok Sendiri.Apa pun Najib janganlah gelojoh,panik,hilang pertimbangan untok PRU 13 nanti.Mala petaka dan krisis dalam PKR bukanlah kriteria muktamad untok PRU 13.Apa yang perlu Najib kena guna teropong besar yang benar-benar sampai ke bumi tempat rakyat berpijak yang mengundi nanti.Waspada wahai Najib akan kaki ampu,bodek,cium tangan.Semoga Najib buat keputusan yang terbaik untuk UMNO/BN.

Saya Amat Pasti said...

Dato',
Akhir-akhir ini, ucapan PM lebih kepada merayu kepada pengundi untuk terus mengundi BN dalam PRU akan datang. Tetapi apabila beliau ingin melancarkan sesuatu plan yang dirancang pula atau mengumumkan penghapusan subsidi atau kenaikan harga barangan, tiada rayuan atau belas kasian yang dipaparkan.
Menjelang 1/1/2011, ribuan pekerja kontrak dan sementara ditamatkan perkhidmatan mereka di jabatan kerajaan, sedangkan kerajaan terus bermewah dengan duit rakyat dengan perbelanjaan yang tidak perlu seperti program permata, ubahsuai rumah PM, KL greater, menara 100 tingkat.
90 % pekerja kontrak dan sementara
yang ditamatkan perkhidmatan mereka adalah terdiri daripada mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak bersekolah. Rata-rata mereka telah berkhidmat lebih dari 5 tahun dan ada yang mencapai 15 tahun perkhidmatan dan telah berumur, bagaimana agaknya mereka akan menghadapi tahun 2011.
Pada 31/12/2010, saya menghantar anak kesekolah darjah satu, kos untuk yuran dan buku mencecah
RM 200/= seorang.Sekirannya terdapat keluarga yang mempunyai 5 anak bersekolah dan secara puratanya kos ialah RM 200/= maka RM 1000/= diperlukan, itu tidak termasuk kos bas/van sekolah. Bagaimana nak menyekolahkan anak sekiranya bapa/ibu tersebut baru dibuang kerja? Sedangkan sekiranya mereka dapat memberi makan kepada anak2 dan tempat tinggal pun adalah suatu rahmat.
Bagaimana kerajaan membuat keputusan tidak menyambung kontrak atau perkhidmatan mereka-mereka ini tanpa mengambil kira kehidupan mereka, PM suruh rakyat mengubah cara hidup, tetapi PM yang ubah cara hidup rakyat dari sedikit senang kepada susah banyak.
Rakyat tak perlukan menara 100 tingkat RM 5 Billion, KL greater sampai RM 36 Billion, Seri Perdana RM 65 Juta,Skandal PKFZ RM 12 Billion, Skandal Sime RM 2 Billion dan macam-macam lagi salahguna/urus
guna kuasa.
Rakyat hanya mahukan kehidupan, besarkan anak, sekolahkan anak, kerja untuk sesuap nasi.
Apa jua plan, apa jua konsep, apa jua ETP, nampaknya masih gagal..PM masih gagal, KPI zero, rasuah masih tinggi, kabinet yang dibentuk hanya kabinet dapor, tak responsif dan tak sensitif.
Menghabiskan duit rakyat umpama menang duit loteri, bermacam skandal masih belum diselesai, masih tak terjawab.
Kalau PRU dibuat dalam tahun 2011, saya gerenti BN akan hancur dan Putrajaya akan berpindah tangan.

Saya Amat Pasti.

abd ghani kuala ketil said...

Salam Datuk.Saya orang Kedah.Tinggal dan bekerja di Perak.Saya dan isteri mengundi di Kedah.Datuk tolong buat analisa sikit mengenai politik di Kadah.Saya dengar macam-macam cerita.Rasanya Datuk tentu mampu buat ramalan mengenai masa depan politik Kedah.Ada yang kata PAS sudah lemah UMNO kembali kuat.Ada pula kata PAS masih kuat UMNO pula makin lemah kerana tak ada pemimpin yang kelibar.

Aina Emir said...

Dato'

Betul tu. Kita dah dapat rasakan semangatnya. PRU ke-13 memang dah tak jauh lagi. Tapi... PM Najib, harus berjaga-jaga, jangan yakin sangat. Jangan terlalu dengar cakap orang-orang yang tukang kipas. Semua bagus dan meyakinkan. PM dan orang kuat-kuat BN kena turun padang dan dengar sendiri apa rungutan orang ramai. Orang ramai juga tak bodoh sangat dengan apa yang dipaparkan di surat khabar dan media TV pro kerajaan. Banyak cara lain orang dapat maklumat. PM mesti tahu, orang Melayu sedang berada dalam keadaan yang paling tak selesa. Harga barang keperluan terlalu tinggi melambung. Ramai Melayu hidup berhutang, harta tak ada. Orang kerajaan, okeylah... gaji jauh lebih baik daripada orang yang bekerja sendiri atau makan gaji dengan swasta (kecuali swasta kaya). Orang mengeluh sana sini. Itu yang Melayu. Yang Cina pulak, macam biasalah. Mana pernah cukup. Daripada apa yang kita selalu dengar, Cina akan 'all out support' DAP. Mereka lebih yakin. Lagipun, tengoklah Pulau Pinang... okey apa? Di Selangor pula, tengoklah isu-isu yang dibangkitkan, misalnya pasal air. Tak betul ke cakap MB Selangor, pasal apa nak bawak air dari Pahang, nak korek selagi ada gunung, nak perabihkan selagi ada duit, sedangkan perbelanjaan lagi kurang kalau sungai-sungai yang sedia ada dibersihkan? Alam sekitar pun terjaga.
Orang sekarang boleh dapat maklumat dari macam-macam sumber. Kalau nak tipu pun tak guna.
Ramai yang sedang tunggu untuk melihat sesuatu yang betul-betul meyakinkan. Kalau tanya saya, saya ingin lihat rasuah dihapuskan atau dikurangkan secara serius, bukan secara hangat-hangat tahi ayam, atau setakat melepaskan batuk di tangga. Tangkap yang comel-comel, yang gergasi dibiarkan. Hal rasuah ini sahaja boleh membuat saya berasa loya dan bosan. Tapi kalau soal ini ditangani dengan sejujur-jujurnya, jentera pentadbiran kerajaan BN akan meyakinkan. Tapi kalau hal kroni, hal rasuah masih menjadi budaya, entahlah... saya tak kisahlah siapa yang nak menerajui negara. DAP pun tak apa kot... hahaha! Tak ada bezanya. (Saja buat lawak bodoh)

jab sp said...

Thursday, December 30, 2010
Bola, Cuti, Menteri Dapat Gaji, Majikan Boleh Mati
A Kadir Jasin

Salam,Dato'
Diatas adalah tajuk laman Dato yang lepas.Ada yang menyokong dan ada yang menentang.
Tak perlu saya bertanya mengenai mereka yang membantah,cuma ingin dapat kepastian adakah mereka yang menyokong apa yang Najib umumkan itu juga menyokong penuh kepimpinannya,maksudnya dulu,kini dan selama lamanya.
Dato'
Tidak cukup dengan ruangan Dato',rupanya isu ini juga jadi perbualan dikedai kedai kopi dan ruang beranda surau-masjid.Dan ulasannya juga sama,ada pro kontra nya.
Saya bawa cerita ini bukan saja saja tapi nak tegaskan bahawa menyokong tindakan tidak semesti diterjemahkan dalam peti undi,kerana yang terlibat dalam perbincangan di kedai kopi dan surau-masjid ini bukan penyokong pentadbiran "Kerajaan Persekutuan" yang pasti telah tertanam dalam pemikiran mereka undiku,undi keluargaku,sama sekali TIDAK untuk BN.
Dato'
Najib bolih berkata,ekonomi cerah semula,tetapi rakyat yang dibawah ,(yang benar benar dibawah )tahu jawapan yang sebenar.Awal tahun 2010 harga bawang RM3.90,dan harga minggu ini RM RM15.50 sekampit,itu baru satu barang,belum dicerita lagi harga santan,cabai,minyak masak.
Saya mengalu ngalukan keseronokan BN menerima servey yang mengatakan bahawa kelebihan semasa berada pada mereka.Biarlah servey ini menjadi perangkap bagi mereka.
Mungkin yang hilang akan kembali,tetapi yang ada belum tentu tak pergi.Kata kata hikmah,mempertahan kemenangan yang dinikmati olih Pakatan mungkin sukar,tetapi merebut kemenangan dari BN juga mungkin tidak sesukar yang dijangka.
Hanya satu harapan(yang mungkin hanya sekadar harapan):Bertarunglah diatas padang yang sama rata.Kalau tak sanggup bermain dipadang yang samarata,memadai bermain dengan jumlah pemain yang sama.Mungkin inilah yang amat sukar dilakukan olih Najib bersama teamnya,kerana nak diletak dimana semua pemain simpanannya,penjaga garisan dan pengadil yang dibawa bersamanya. .

pakbelalang said...

Najib must position his wife at the right place,time and forum in order to gain more respect from the rakyat particularly some of the few elite Malays who are not comfortable with her "exposure" in practically every public function organized by govt. agencies and "friendly" NGOs. It seems that she is fond to be involved in "everything" and is seen to be interfering/dictating with govt. agencies and ministries affairs. This is proven glaringly by her appearance on TV practically every other day.

There is no doubt as a "First Lady" she is rather a dynamic lady but she must be wise in positioning herself.She should learn how other First Ladies behave in other countries and get few tips from them. Learn from grand lady Tun Hasmah!! It is good to be selective in trying to get good political mileage for her husband's standing but do it gracefully and sparingly so that the rakyat will appreciate more rather than it is now the talk of the town that she is perceived to be having the "upper hand" in govt. affairs as if she is the Prime Minister!

Kadang-kadang "meluat" juga. Apabila suami meluat isteri pun terikut sama meluat!!

Her over-exposure could cause damage not only to her husband's credibility but also BN.

Fikir-fikirkanlah. Dah banyak orang cerita tentang hal ini terutama sekali di Majlis Perkahwinan apabila cerita politik menjadi topik perbualan.

Dr Abdullah Kedah said...

Dato Kadir.

Apakah hantu sabenarnya PRU ke 13 bagi BN.Jawabnya kenaikan harga barang yang tidak dapat dikawal.Harga gula,beras,minyak makan,kopi,koko,gandum,kacang soya,semuanya naik mendadak dipasaran dunia.arga minyak juga akan naik mendadak.Sebabnya kerana nilai mata wang US jatok mendadak.Federal Reserve sudak tidak dapat lagi mengawal kejatohan US.

Salain dari itu Malaysia juga akan benkrup jika kita lihak bagaimana Kerajaan Najib membelanjakan wang kerajaan.Kita tidak mempunyai simpanan reserve langsong saperti Singapora.Kita berbelanja lebeh dari apa yang kita perolohi.Bahaya Dato.Pelaboran luar negeri juga tidak masokini kerana Cina dan Vietnam maseh lagi menjadi fovourate spot.

Jika Najib mahu juga melaksanakan PRke 13,ia perlu mengubah kawasan/sempadan pilehan raya sekarang.Ini kerana sokongan kaum cina dan India kapada BN masek samar.Orang2 Melayu yang menyokong PAS juga tegap.Sunggoh pun PKR menghadapi masaalah tapi party PAS dan DAP maseh solid.

Parti Gerakan ,MCA,MiC maseh lagi menghadapi masaalah sokongan raayat.Mereka di beri macam oleh Najib tapi raayat tahu yang mereka ini merupakan adek2 kapada UMNO dalam BN.Ini merupakan masaalah percepsi yang bagitu besar dan bermasaalah.

Saya tidak yakin PRU 13 akan di adakan tahun ini.

Nor Rahman said...

Dato.

Jika Najib maseh mahu mengekalkan kuasa Melayu di Malaysia dan menjamin kemenangan besar dalam PRU13,Najib perlu mengambil tindakan berani untok meminda Perlembagaan dan akta Pilehan raya.Najib perlu suspen Parliment.

Saya cadangkan dalam Pelehan raya di masa depat,Orang Melayu memileh pemimpin Melayu ka Parliment,Orang Cina pileh kaum Cina dan orang India pileh kaum India.

Oleh kerana orang Melayu majoritynua 60% maka Parliment pun mestilah memperuntokan 60% kerusinya kapada orang Melayu,25% orang Cina,10$ India dan 5% bangsa lain.Ini bermaana PAS hanya akan berlawan dengan UMNO untok merebut kerusi Parliment,DAP akan berlawan dengan Gerakan dan MCA dan MIC pula akan berlawan denga parti lain yang mewakili kaum India saperti Maakal sakti,KIMMA,PPP dan Nala Kurapan.

Kemudian Parti Melayu yang menang akan bergabong dengan parti India dan Cina untok membentok kerajaan.

Singapora terpaksa mengubah kawasan pilehan rayanya sabelum ini apabila tekanan dari party Pembangkang kuat sekali.Di singapora ia adakan Group Ahli Parliment.sampai kiamat pembangkang tidak akan meneng.

Saya menyeru kapada Najib buat lah apa yang patut demi untok mempertahankan negara ini dari jatoh katangan Cina,India,dan Kristian Dayak dan Kadazan.

Salam.

Anonymous said...

Salam Moderator dan Rakan,

Sebagai pengundi kita kenalah membuat penilaian secara adil dan unistandard (yakni bukan double standard).

Contohnya, kalau kekerapan penganjuran aktiviti (oleh YB) dijadikan sebagai salah satu kayu pengukur kerajinan maka buatlah ianya secara objektif, tidak berat sebelah dan tidak pula memberikan keistimewaan berlebihan terhadap faktor-faktor yang dekat/menyentuh hati/perasaan.

Makanya kalau YB-YB dibandingkan dalam kategori keaktifan penjayaan gaya hidup sihat, perbandingan harus meliputi aspek ini:

1. Kekerapan -- berapa kali acara itu diadakan dalam tempoh sebulan? Dalam konteks ini, 2 kali seminggu adalah lebih baik daripada 2 kali sebulan atau 2 kali setahun atau 2 kali dalam tempoh menduduki kerusi YB.

2. Kemahiran jurulatih -- YB yang hadir bukanlah jurulatih tetapi sebagai salah seorang peserta.

3. Premis -- Tidak ada kelebihan signifikan sama ada ianya diadakan di premis ibadat (surau, masjid, kuil, gereja dsbnya) atau gimnasium atau stadium.

4. Keberkesanan -- Bukan saja diukur pada aspek sambutan malah lebih tepat diukur dari segi kecergasan dan kesihatan. Ini kerana jumlah pengambilbahagian bagi aktiviti seperti senamrobik contohnya banyak dipengaruhi oleh suasana seperti 'cuci mata' dan betapa ia mampu menghilangkan 'dahaga' secara 'sambil menyelam minum air'!

Kah-Kah-Kah

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Mulai sekarang orang ramai, khususnya Media akan mula buat spekulasi dan ramalan tentang tarikh PRU 13.Berbagai teori dan symtom akan terpancar untuk menjustifikasikan hujah masing2.

2. Walau apapun, tarikh sebenar PRU 13 hanya ada pada PM sendiri. Beliau tentu akan membuat keputusannya untuk membubar Parlimen mengikut gerak hatinya. Pasti beliau akan pohon petunjuk dari Allah. Tapi adalah tidak salah untuk kita membuat ramalan masing2. Somebody will definately "hit the jackpot".

3. Bagi saya, PRU 13 may be held toward the middle of 2011, either in June or July 2011. My "gerak hati" says so. I think PM Najib is now gaining his popularity and support from the people. Of course I am not saying he has gain 100% support.But I am quite sure he has at least more then 65% support. I am also quite convince the BN will regain control of Federal Goverment. However, the chances of securing 2/3 majority is only 50/50.

4. As for the states level, I have a strong feeling that Selangor and Kedah will be returned to BN. Selangor have actually not done well in their first term of their ruling. Being a Malay dominant state, the PR goverment though headed by TS Khalid (a Malay MB), the state is actually being run by the DAP. The Malay voters do not like this to happen. The PAS influece in the state is fading and in fact they have fail.

5. As for Kedah, though I am Kedahan and would not mind who ever rule the State, but from my observation, PAS will not be able to sustain the same support as in the previous PRU 12. The Kedah PAS goverment have actually few obvious weakness as compare to previous BN goverment. But this do not mean they are more efficient or better off of previous BN, but because they have not done much to develop the state. So with no or not much development will mean less mistake can be seen. This is either because they don't have the money or they lack planning. Honestly, by right they should take advantage to improve some of the remaining projects from the previous goverment. Should these took placed, I am sure the Kedahan will not have much "pain and suffering" as we see today and they will continue their support on PAS goverment. But it's too late to start now.

6. So let's wait and see "Siapa yang kena" (Dialog filem Ali Baba Bujang Lapuk).

mtgbertam said...

Salam Dato',

Perjuangan berteras Islam senang. Kalau rajin mengaji ilmu agama akan faham. Kalah menang ketetapan Allah. Pejuang di suruh berusaha dengan sungguh2 mengikut kemampuan. Kalau ikhlas, di akhirat ada ganjaran.

Kalau suatu hari Allah takdirkan UMNO jatuh, ia akan jatuh. Kuasa Allah, bukan kerana PAS kuat atau lemah.

Rajin2 la mengaji dato' di surau2 atau masjid2.

Roti Planta said...

Dato,

BN boleh meningkat jika Rosmah bercuti daripada menjadi 'Menteri/Perdana Menteri' tidak rasmi.

/Roti Planta

Roti Planta said...

Dato',

Tembakan peluru-peluru media menampakkan seolah benteng Pakatan Rakyat telah mula lemah dan rapuh. Parti Keadilan mula senget dan memerlukan sokongan PAS untuk berdiri. Namun mungkin ini adalah strategi Pakatan Rakyat untuk menyerang balas apabila Parlimen dibubarkan.

Perlu diingat juga bahawa 'bukan media tetapi rakyat' yang akan menentukan pemenang pilihanraya. BN usah terlalu yakin.

/Roti Planta

abdullahngah said...

Tanda tanda bahawa pilihanraya umum ke 13 sudah dekat.

Memang semakin hari semakin dekat, kerana pejam celik pejam celik MAC ini dah cukup tiga tahun.

Tiga tahun belum masak lagi macam mana hendak adakan pilihanraya.

Jika ada pilihanraya juga malanglah bagi wakil rakyat wakil rakyat yang tak cukup usia.

Apabila tah cukup usia pencen tak dapat aniayalah namanya.

Bagi saya jahatlah jika buat pilihanraya belum cukup usianya.

Maka pilihanraya umum ke 13 mustahil diadakan lebih awal. Jika diadakan sah perdana menteri tak siuman.

Bagaimana orang tak siuman boleh jadi perdana menteri tahaf sokongan puashati rakyat pada 76 peratus enam bulan lepas turun jadi 72 peratus dan kini turun lagi 69 peratus.

masih tinggi tu dan baik untuk adakan pilihanraya.

Betul ke baik? Tak lama dulu Tun Mahathir sendiri menyarankan melihat tahaf puashati rakyat pada perdana menteri baik untuk UMNO /BN.

maae said...

tidak ada satu yang baik dari kacamata parti lawan yang terus membenamkan kepercayaan kepada awam.

Ada kah realiti nya 'eksploitasi retorik' sungguh hebat sehingga kita perlu mengubah semua nya ? Akal yang sihat tidak akan mengakui nya...

Menteri-menteri BN sudah tidak ada 'flagship'dan takut menyelesaikan kemelut sesuatu isu secara berhemah dan menyakinkan penyokong mereka.

Tunggu bagaimana Pilihanraya untuk rakyat Sarawak 'menterjemah' kesetiaan,tidak berbelah-bagi atau telah 'mendongak' sebagai rakyat Serawak untuk Malaysia yang cintakan kemanan dan kemakmuran.

No 13...tak de dalam taman perumahan...tak de tingkat 13...

m said...

Asalam datuk,,,Seaharusnya kita tak perlu bimbang sangat,,,najib mengadakan g13 lebih awal atau tidak ,,,ia tidak menyalah mana2 undang2... Seharus nya kita sepatut lebih matang dalam mmenghadapi ini semua,,,apakah tampa umno dan bn menjadi pemerintahan kita di malaysia,,,malaysia akan hancur ??? Ini adalah sikap dan tangapan yg sangat kurang baik,,, Kita telah mengunakan sistem yg kita pilih sekian lama, senjak merderka ??? mINDA yg lapok ini sepatut di pinda dan di ubah berani menerima pembaharuan??? Hingga bila jiwa kita harus di kawal oleh umno ??? Biar akal dgn permikiran yg waras, menjadi petujuk kepada yg morni ???Boktikan bahawa kita seharus dapat menerima yg baru,,,tiada kecewaan ??.. Menjelang g13 hari yg memberi hak untuk kita menilai yg mana satu parti yg layak di beri sokongan,,, rekod umno bn di tarif veteran, semantara pr junior,,, tapi terbokti kerajaan di bawah pr, penang, selangor, kelantan,kedah,,, terlalu banyak perkara yg positif, dan kemajuan ....tq

Anonymous said...

Dato AKJ,

Jika diamati,trend sokongan mula menghala ke BN.Mungkin jika diadakan PRU13,keputusan tak seteruk dahulu.BN kena terima hakikat,kini pengundi dah mula pandai guna undi mereka.

Ramalan saya Penang,Kelantan tetap di bawah PR.Negeri yang lain inshaAllah BN dapat tadbir.

m fadhil yahya

zainal abidin awang kechik said...

saya bersertuju bulan 3/2011.

tok punya tulis tepat.
BN MUST WIN

Orang alor staq said...

SALAM datuk,terasa PRUke13 dahsampai seru ,
mana tidaknya pihak polis mula-mula mengeluarkan kenyataan tentang persediaan mereka JIKA terjadinya pru dengan pilihanraya negeri sarawak. takkan polis pun nak berpolitik, sudah tentu mereka sebagai salah satu badan kerajaan mendapat isyarat dari orang atasan dan ucapan 2011 najib, seperti ucapan-ucapan beliau di konvoksyen bn dan mesyuarat agung umno.

akhir sekali diharap datuk, sebagai anak negeri kedah dapat mengulas politik di kedah dari segi kerajaan negeri@pihak pembangkang,kerana tidak ketahui politik di kedah tengah duk hot ka,suam-suam kuku ka atau duk cool selalu.terima kasih

saji said...

Salam Dato'

Bagi saya, tahap pencapaian parti BN sekarang seakan-akan sama kuatnya dengan pasukan bola sepak negara.

ab said...

Salam Dato,




Apa hei ni Dato?. baru 2 hari tahun 2011 dah `start' balik dah bab politik.....teman dah LEMAS dah ni hei poltik ni...!.



KALAU betul `dugaan' Dato, maknanya
PM ni CON ARTIST TAHAP TERTINGGI laa namanya.



Apa tak nya, baru tak sampai 12 bulan cerita dan janji `bulan dan bintang' KPI la,NKRA la,model ekonomi baru laa,pendapatan tinggi la dan macam macam lagi....LAA ni tak nampak apa pun hasil lagi dah nak adakan PRU?....



HARI INI saya melawat anak saya kat kota damansara, dia bawa saya dan isteri ke The Curve, saya memang tak tau dan tak pernah kesana,tak tau langsung kawsan damansara dan PJ!!.....



ADA TIGA perkara yang saya tenguk disana...PERTAMANYA RAMAI SUNGGUH ORANG ORANG BERKEDUT DAHI DAN MUKA PANJANG DENGAN TEPI MULUT KENDUR KEBAWAH dan RAMAI SUNGGUH PEREMPUAN GEMUK GEMUK BETUI!!! ....SATU LAGI BEGITU BANYAK RUMAH PANGSA/CONDO tinggi tinggi, tetapi hampir tiada orang berjalan,kecuali seorang dua bangla? dijalan tepi jalan besar walaupun banyak pokok...`malas' berjalan kadepa ni?



Saya tanya anak saya kenapa begitu.
Anak saya terangkan kepada saya bahawa kehidupan disana mahal sekali sebab itu ramai orang muda dan separuh umur juai `muka tua', `muka sedih' dan malas berjalan jalan!......agaknya dok rumah tenguk TV/video/komputer/telepon sana sini,sms,twitter dll dan makan minum saja kut!



Kalau harga minyak ,beras,gula, tepung,susu ikan,kain baju,tambang bas dll NAIK lagi,entah entah lagi ramai orang juai `muka tua' juai `muka sedih' dan gemuk gemuk betui.....Dah tu PM bolih la `booking' bas untuk balik kampung laa..lepas PRU.



ELOK JUGA KALAU PM hantar orang orang nya pergi `check' kat taman depan KLCC tu tenguk berapa ramai bangla,indian,indon dok `picnic' kat situ dihujung minggu....LAGI RAMAI MEREKA, MACAM LAGI susah la penduduk KL nampaknya!....petanda tak baik juga untuk PRU.



PRU ni bukan nation building!. PRU ni nak tunjuk exx saja, tapi mahai sangat laa kalau hanya untuk tunjuk exx...elok guna duit tu buat jembatan,jalan,sekolah,klinik dan sebagainya....


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

BN akan keuntungan jika menang PRU13. Begitu juga PR, bila menang akan menikmati keuntungan.

Rakyat hanya akan untung bila dapat kerajaan yang betul-betul kerja untuk rakyat.

Oleh itu, apa ada pada parti?

Jom! Kita beri undi pada calun.

"JANGAN PANGKAH PARTI TAPI PANGKAH CALUN"

p/s PR dah keluar deklarasi 100 hari. BN cam mana pulak?

Fed Up

Anonymous said...

Err....panjang atau pendeknya tempoh bulan madu Ketua Menteri Sarawak, boleh ke dijadikan kayu ukur dekat atau jauhnya PRU13?

Fed Up

Anonymous said...

Pada pendapat saya, Najib & UMNO-BN yakin menang PRU13 kerana SPR menyebelahi mereka.

- Adnan Zain.

Anonymous said...

Sepatutnya kita tanya siapa jadi "hantu" PRU13??

1. Hantu ni sifatnya menakutkan bagi sesetengah orang dan ada yang bersahabat dgn hantu untuk zahirkan sifat syirik.

2. Ada juga orang guna hantu & jin untuk menang bertanding.

3. Contohnya: pengundi hantu, Undi pos yang tidak bertuan dan orang dah lama mati boleh mengundi lagi pun kira hantu.

4. Terbaru, "Hantu" Wikileaks yang boleh buat BN adan PR ketakutan.

5. Orang kampung pun dah pandai ulas isu-isu wikileaks di kedai kopi dan surau. Cemas juga YB-YB menunggu latest news dari wikileaks. hehehe...

6. Malaysia kalahkan Indonesia dalam saingan bolasepak pun boleh jadi hantu kerana ramai rupanya orang kita aslinya indo pak.

7. Mereka kecewa Indonesia kalah dan dendam mereka berlarutan hingga ke topik harga barang keperluan naik berganda. Ditambah cerita terbaru wikileaks. Panasss...

8. Bagi rakyat biasa macam saya ni yang menghantui kami ialah gaji bulanan yg pra-matang, habis tak cukup bulan kerana kenaikan menggila harga barang harian.

9. Apa yang kami boleh buat hanya lah kuasa undi kami kepada yg perihatin masalah rakyak bawahan.

10. Kalau YB-YB terus terlena hingga PRU13 maka ramai lah YB yang akan menjadi "Hantu" jelmaan selepas PRU13 nanti.

- Han-Tu-Ah Melaka -

pendaftar pengundi said...

Dato,

lambat lagi PRU. Ada faktor yang dato lupa.

jumlah anakmuda terutamanya Melayu mendaftar masih kecil. BN juga ambilkira benda ni

Anonymous said...

Dato' Kadiaq,
PRU 13 akan di adakan tahun 2011 atau 2012 sama saja bagi saya. Yang saya tertanya-tanya siapa calun BN?. Kalau yang dok ada sekarang, hancurla BN sebabnya tak nampak masa hadapan. Tok Basah nak jadi MB Kedah, lencun la..Rakyat..He3..

saji said...

Salam Dato' dan rakan pembahas

Seperti yang saya kata sebelum ini tahap perancagan dan pembangunan negera, dari sudut teori perancagan dan pembangunan bandar dan desa, sudah sampai peringkat "blur point" atau titik kabur sejak tamatnya era Dr M.

Cara melepasinya ialah dengan melakukan R&D yang sesuai dan melibatkan pakar2 dalam pelbagai bidang berkitan yang kadang2 melibatkan pakar2 daripada luar (negara).

Parti BN dan PR telah melakukannya. Bahkan di pihak BN melibatkan perunding luar, APCO. Tetapi apa yang telah dilakukan oleh BN, khasnya masih berkisar dalam rung lingkup apa yang dipanggil dasar atau konsep iaitu 1Malaysia, model iaitu Model Ekonomi Baru yang berteraskan meritorkrasi dan strategi2 iaitu Pelan Transformasi Nasional. Atau, dari sudut konsep dan ciri pengurusan organisasi moden, masih diperingkat ciri2 aspek kemanusian yang, bagi saya, hanya difahami oleh kalangan akademik dan penciptanya sendiri. Maksud saya, ciri2 aspek teknikalnya membabitkan transformasi sistem dan tataca pelaksanaan, khasnya bagaikan tidak berlaku yang meneyebabkan orang kebanyakan tidak faham.Dan kalau pun berlaku ianya berkisar dalam ruang lingkup ciri struktur (organisasi) membabitkan pembahagian tugas dan saiz. Sebagai contoh transformasi organisasi BPR kepada SPRM dalam usaha BN mencegah dan memerangi gejala rasuah yang kesanya sedikit, berbanding dangan transformasi sistem dan tatacara pelaksannan.Contoh perubahan sistem dan tatacara ialah memberhentikan sistem tender rundingan terus dan berubah kepada sistem tender terbuka (sebagai satu cara mencegah gejala rasuah projek/kontrak ) yang kita tidak dapat nafikan sedang dilakukan di negeri2 PR. Malangnya, ia tidak dipersetujui oleh kontraktor yang bersekongkol dengn UMNO/BN, disamping mendapat sokongan sesetengah pemimpin UMNO dan NGO Melayu PERKASA dan PERWARIS!

L_J said...

Datuk,

Tahniah atas suatu kupasan dan analisa yang begitu mendalam, jelas dan memilukan; memang suatu maha karya (tour de force)!

Saya bersetuju dengan pandangan Datuk bahawa pembangkang PR - yang dipamerkan oleh media arus perdana dan prokerajaan kononnya pecah-belah dan hatta lemah - memang lebih kuat berbanding keadaan 2008 kerana sebab2 yang telah pun disentuh oleh Datuk. Akan tetapi, pada pandangan saya, sebab utama keadaan sedemikian ialah prestasi pentabiran di negeri2 yang diperintah oleh PR.

Khusuhnya misal kekurangan rasuah dan perkembangan keadah tender terbuka yang diamalkan dalam negeri2 itu mengakibatkan projek2 dimenang oleh syarikat2 Bumiputera yang cekap (dan bukan ekoran menjadi kroni UMNO), khususnya di Pulau Pinang. Keadah macam inilah yang semestinya menjadi acuan dalam pengurusan ekonomi dan pembagunaan diperingkat negara seluruhannya.

Salam,

LJ

NASSURY IBRAHIM said...

Dato'

Teori PM Malaysia berdasarkan huruf R-A-H-M-A-N. N ialah DS Najib. Apakah ini bermakna, selepas N=Najib, PM Malaysia datang dari PR? Atau Malaysia akan kembali dijajah? Atau, kemusnahan akan berlaku untuk membentuk R-A-H-M-A-N yang lain?

darus yan said...

Dato.Saya ada sembang dengan geng-geng UMNO di Kedah.Mereka rata-rata kata UMNO cukop kuat dan mantap semula.Kemudian saya tanya apakah sumber yang yang diguna pakai.Mereka kata KEMAS dan JASA punya kajian.Saya cuma diam tanpa komen.Kalau gitu eloklah PM buat pilihanraya secapat mungkin.

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Saya amat setuju dengan pandangan Pakbelalang supaya PM Najib sebelum mengambil keputusan membubar Parlimen untuk PRU 13 perlulah memperbetulkan dulu his First Lady. Ramai rakyat sayangkan PM Najib. Cara beliau ini telah membuat rakyat begitu senang dengannya. Seperti yang saya katakan, beliau telah berjaya menarik tidak kurang 65% sokongan rakyat.

2. Malangnya apabila melihat telatah First Lady yang agak keterlaluan kita menjadi meluat. Boleh dikatakan hari2 mukanya akan terpampang di TV atau surat khabar. Rakayat dah agak meluat. Sedikit sebanyak perasaan meluat itu akan mula terjangkit pula kepada PM Najib juga. Seolah-olah beliau gagal menegur isterinya. Inilah yang merosakkan beliau.

3. Jadi kita harap PM Najib will do something in order to save his position and to save BN.

Anak Parit/Bota/Lambor said...

Salam Dato',

Semakin kuat media pro-BN menghentam PR bermakna semakin takutnya BN pada PRU 13, BN masih dihantui oleh dosa-dosa yang telah mereka lakukan selama 53 tahun. Tidak dinafikan bahawa BN telah melakukan banyak kebaikan kepada negara ini, tetapi dalam masa yang sama pemimpin BN menjana kekayaan mereka hasil pemerintahan mereka selama 53 tahun.
Senarai pembangunan yang mereka lakukan adalah masih kurang berbanding 'jenayah korupsi, kronisme,nepotisme, salah guna kuasa dan berjela-jela lagi penganiayaan ' terhadap rakyat sekiranya disenaraikan.
Kenapa PM masih tergapai-gapai sokongan dari rakyat sekiranya bancian Merdeka Center menunjukkan bahawa sokongan masih kuat terhadap beliau?
Kenapa PM tercanang-canang bahawa semua plan yang dilancarkan telah membuahkan hasil, sedangkan rakyat masih dihimpit dengan kos yang tinggi sedangkan pendapatan masih ditakuk lama?
Bank Negara terus memaparkan angka-angka peningkatan ekonomi negara sedangkan rakyat tahu semuanya adalah sekadar angka yang mudah di'auta'kan.
Kalau BN dah yakin akan terus menduduki Putrajaya untuk mungkin sedekad atau seabad lagi, terus lah lakukan apa yang BN inginkan. Teruskanlah agenda menindas , membohongi, mengianaya, menipu, menyalah guna kuasa, teruskan agenda mendendangkan lagu-lagu menakutkan atau tahyul.
Teruskanlah berkata, Hanya BN yang mampu memerintah Malaysia.
Teruskanlah........

Wassalam...

A KADIR JASIN said...

Pembahas "Sender Rakyat Penang Lo", tidak ada PRU pada tahun 1998.

Terima kasih.

makbudak said...

Salam Dato',

bagi saya rakyat biasa ni, semakin dekat pru, semakin menyampah saya nak tengok berita tv. bn pun mcm tak belajar2 dr pru dulu, semakin banyak fitnah dan kutukan kat tv pasal pembangkang, org bukan makin suka, tapi meluat. kita kalau suka sgt kat seseorang tu pun, tapi kalau dah hari2 dia asyik muji diri sendiri, dia je betul org lain jahat belaka, lama2 menyampah gak kita Dato'. walaupun org tu sahabat baik kita sendiri. silap2 kalau kawan baik kita tu jadi calon pun kita takkan pangkah dia senyap2 sebab dia bukan tau. saja nak bagi ajar dia jgn dok eksen sgt bila bercakap tu.

kdg2 saya spt hairan dgn bn atau media2 ni. dorang layan pembangkang ni.. mcm seolah2 pembangkang ni bukan rakyat malaysia. mcm pembangkang ni penjenayah yg patot dihantar ke penjara saja layaknya. mcm pembangkang teruk sgt, takde faedah pun wujud kat malaysia ni. DrM pun pernah berharap agar malaysia ni kalau boleh zero pembangkang.

kami ni pun bukanlah suka sgt dgn pakatan2 ni sume. nak2 pkr, dorang pun dulu umno jugak. so perangai tu terbawak2 dr umno jugak dulu. tak heran pun. tapi saja kami ni nak ajar pemimpin2 yg bo*oh sombong. ikut Islam yg mana sesuai dgn nafsu saja. nak buat mcmana, nak cari alternatif lain yg betul2 ikut perintah ALLAH dan Rasul, entahlah... tapi kalau ada yg pihak yg walaupun belum dpt sepenuhnya berbuat begitu tapi tetap menyanjung tinggi Al-Quran Sunnah dan tidak memperlekehkan hukum Islam, kami akan sokong walaupun hati tidak sepenuhnya setuju dgn beberapa tindak tanduk mereka.

Sekurang2nya kami mahu melihat pemimpin2 yg memimpin malaysia ni bukan saja pandai mentadbir, tapi takut dgn dosa. takut nak makan rasuah, takut nak salahguna kuasa, takut nak makan harta rakyat, takut nak menipu, tapi bukan sebab undi, sebab nawaitu Lillahi Ta'ala.

undang2 juga begitu, jgn ada double standard. sapa juga yg salah, hatta pemimpin paling atas sekalipun, hukum. jgn tangkap ni ikan2 bilis jer. mana2 pemimpin yg dah buat salah tu, heret mereka ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua.

rakyat juga hendaklah dididik dgn Islam. mcmana rasuah dah tak jadi barah dlm negara kalau rakyat sudah terbiasa dgn keadaan ini? seolah2 rasuah bukan satu dosa. dianggapnya semua org pun pasti pernah rasuah, kalau aku tak sebat, org lain pulak yang ambil, fikirnya. walhal kenyataannya tidak begitu. orang begini, pantang ada peluang, sebat aje. tak kira halal haram. pasal? pasal hati dah tak peka lagi dgn dosa. bila maksiat banyak mcm tulah. dosa dah tak rasa terasa lagi. org mukmin anggap dosa mcm bukit nak hempap kepala, tapi org fasiq... dosa mcm lalat jer nak hinggap kat hidung, tak kesah pun...

Wallahua'lam... terima kasih.

makbudak said...

Salam Dato',

bagi saya rakyat biasa ni, semakin dekat pru, semakin menyampah saya nak tengok berita tv. bn pun mcm tak belajar2 dr pru dulu, semakin banyak fitnah dan kutukan kat tv pasal pembangkang org bukan makin suka, tapi meluat. kita kalau suka sgt kat seseorang tu pun, tapi kalau dah hari2 dia asyik muji diri sendiri, dia je betul org lain jahat belaka, lama2 menyampah gak kita Dato'. walaupun org tu sahabat baik kita sendiri. silap2 kalau kawan baik kita tu jadi calon pun kita takkan pangkah dia senyap2 sebab dia bukan tau. saja nak bagi ajar dia jgn dok eksen sgt bila bercakap tu.

kdg2 saya spt hairan dgn bn atau media2. dorang layan pembangkang ni.. mcm seolah2 pembangkang ni bukan rakyat malaysia. mcm pembangkang ni penjenayah yg patot dihantar ke penjara saja layaknya. mcm pembangkang teruk sgt, takde faedah pun wujud kat malaysia ni. DrM pun pernah berharap agar malaysia ni kalau boleh zero pembangkang.

kami ni pun bukanlah suka sgt dgn pakatan2 ni sume. nak2 pkr, dorang pun dulu umno jugak. so perangai tu terbawak2 dr umno jugak dulu. tak heran pun. tapi saja kami ni nak ajar pemimpin2 yg bo*oh sombong. ikut Islam yg mana sesuai dgn nafsu saja. nak buat mcmana, nak cari alternatif lain yg betul2 ikut perintah ALLAH dan Rasul, entahlah... tapi kalau ada yg pihak yg walaupun belum dpt sepenuhnya berbuat begitu tapi tetap menyanjung tinggi Al-Quran Sunnah dan tidak memperlekehkan hukum Islam, kami akan sokong walaupun hati tidak sepenuhnya setuju dgn beberapa tindak tanduk mereka.

Sekurang2nya kami mahu melihat pemimpin2 yg memimpin malaysia ni bukan saja pandai mentadbir, tapi takut dgn dosa. takut nak makan rasuah, takut nak salahguna kuasa, takut nak makan harta rakyat, takut nak menipu, tapi bukan sebab undi, sebab nawaitu Lillahi Ta'ala.

Harap2 masih ada lagi pemimpin yg begitu kat malaysia ni....

(sambung)

makbudak said...

(...sambung)

undang2 pun begitu. jangan ada double standard. sapa pun buat salah hukum. walaupun dia pemimpin tertinggi kerajaan. jgn ditangkap hanya ikan2 bilis saja, mana2 pemimpin yg dah buat jenayah, heret mereka ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua.

Alangkah bagusnya kalau undang2 Islam dpt ditegakkan. undang2 bukan bermaksud menghukum sahaja, tapi lebih kepada mendidik. rakyat juga hendaklah dididik dgn nilai2 Islam. macamana rasuah tidak menjadi barah dlm negara kalau rakyat dah tak peka lagi dgn dosa? seolah2 rasuah bukan lagi dianggap dosa. mereka fikir semua orang pun rasuah. kalau aku tak ambil, org lain pun sebat juga, fikirnya. walhal hakikatnya tidak begitu. begitulah kalau hati sudah tidak peka lagi dgn dosa. hati yg tidak peka dgn dosa adalah antaranya disebabkan oleh maksiat dan makanan dari sumber yg haram. orang mukmin memandang dosa mcm bukit nak hempap kepala, tapi orang fasiq atau 'asi(ahli maksiat), memandang dosa mcm lalat jer nak hinggap kat hidung. tak kesah pun...

Wallahua'lam... terima kasih.

saji said...

Sdr darus yan

Tak terfikirkah sdr negeri2 PR tidak mungkin ikut tarikh pilihan raya DUN di negeri2 BN?

mack said...

BARANG NAIK melambung sampai tak tercapai tangan untuk mengambil nya.Semua nya melambung kata pak menteri tidak membebankan rakyat itu la ayat power pak menteri yang bijak sana.Hakikat nya rakyat yang terbelit dengan masaalah ini bangun pagi dah di kejutkan anak2 nak duit untuk itu ini hanya keluhan sahaja yang mampu di luahkan oleh ibu bapa...apa nak buat sudah nasib...apakah dengan keluhan itu menyelesaikan masaalah? Maka gunakan la kebijakan kita untuk memilih kerajaan yang sanggup berkhidmat untuk rakyat bukan untik kroni....tentukan PRU 13 ini adalah hanya pemimpin yang benar2 berusha membaiki taraf hidup rakyat bukan pemimpin yang enjoy..sekian dato terima kasih..

Anonymous said...

kita hanya boleh menipu semua orang pada satu masa saja bukan semua orang pada semua masa.inilah musibah yang ditanggung umno la ni.umno dan bn bukan tidak ada projek atau tawaran yang hebat2 kepada rakyat tapi bila kita dengar tawaq saja .umno sudah hilang ummmp
zmy

Anonymous said...

Salam Dato',

mohon di kongsi artikel ini.. terima kasih.


chokito

Sufian Idrus said...

Baru bulan lepas harga minyak petrol naik, kini harga minyak RON97 naik lagi 10 sen menjadi RM2.40.

Bila pula agaknya harga minyak masak akan naik? Para menteri mencanangkan bahawa harga minyak masak kelapa sawit di negara kita masih rendah jika dibandingkan gengan harga minyak masak kelapa sawit di negara China yang lebih mahal dua kali ganda dari di sini. Bila pula negara China jadi pengeluar minyak kelapa sawit? Menteri yang bodoh atau rakyat yang diperbodohkan?

Anonymous said...

Ron97 naik harga lagi. DAKJ masih fikir PRU13 sudah dekat?

Fed Up

Shaharudin, KL said...

Tulisan Datuk amat tepat. PR tidak kuat semasa PRU 2008 tetapi BN yang menjadi amat lemah. Kini PR kelihatan semakin lemah, tetapi adakah BN menjadi lebih kuat dari 2008 atau juga semakin lemah?

Dengan slogan 1Malaysia, keadaan menjadi lebih bercelaru. Kaum bukan bumiputera mula menggambarkan bahawa hak kesama-rataan akan diberikan kepada mereka; namun kecewa apabila BN berdolak-dalik kepada permintaan mereka. Kaum Bumiputera pula mula rasa kecewa melihat keistimewaan mereka mula dikurangkan dan berganjak kepada kaedah meritokrasi. Jika BN masih tidak berjaya menambat hati rakyat; mungkin rakyat juga tidak akan memberikan 100% atau 2/3 kepercayaan kepada BN.

Oleh kerana harga barangan yang semakin meningkat dan pengaruh kuat ahli keluarga yang tidak dilantik rakyat semakin menonjol dalam pentadbiran BN, mungkin juga rakyat akan menjadi semakin jelak dan mengundi PR bukan kerana menyokong PR yang lemah tetapi sebagai protes terhadap ketidakprihatinan BN kepada rakyat.

Mungkin juga rakyat akan mengundi PR bagi DUN dan BN bagi Parlimen, atau sebaliknya; kerana mengundi disebelah mana pun, kepentingan rakyat masih tidak akan dijaga.

Bagaimana pula parti-parti politik yang baru?

langitbiru said...

2011 PRU13?

Pak Lah susah payah jadi moderator anjur pertemuan Najib/Muhyiddin dengan Nik Aziz/Hadi dengan Yang Di-Pertuan Agong jadi Tuan Rumah.

Pak Lah ooi Pak Lah......masa kamu dah berlalu!!!. Awat tak guna sepenuhnya kuasa masa jadi PM dulu???

Hadi dikatakan tak hadir. Nasharudin tak diketahui hadir ke tak.

Kenapa nak jumpa ni? PAS tu dah 'bertunang' dengan PKR dan DAP. Janganlah UMNO dok kacau orang tengah 'bertunang'!!! Malulah sikit. Orang dah tak sudi, tak sudi lah!

KALAULAH, kalaulah

Hadi dan Nasha HADIR tapi Nik Aziz tak hadir pertemuan tersebut, ALAMAT PAS PECAH DUA.....!

Tapi Nik Aziz yang hadir, Hadi tak hadir, so kalu blogger/media pro-UMNO nak canangkan KONONNYA perbincangan kerajaan perpaduan hidup kembali (nak pecah belahkan PAS) ....tak yah mimpilah!

Kenapa UMNO bersungguh sangat???
Kecut perut ke nak hadapi PR dalam PRU13???

Daripada tak habis-habis merisik PAS, lebih baiklah UMNO cuba RUJUK dengan PKR.....sebab mereka dari acuan yang sama!!! TAPI saya yakin, acuan PKR dah berbeza sekarang. tu pasal UMNO kecut perut untuk hadapi PRU13 lawan satu lawan satu dengan PR.

Pertemuan UMNO-PAS di Istana Terengganu KL ni siapa yang TERDESAK???

UMNO.....boleh blah laa!

(sapa tok, Menteri Kanan yang gosip katakan telah merogol Indon maid tu Tok??)

Anonymous said...

Bila pun PRU aku tak kisah. Aku pengundi tegar BN. Tapi ...... kali ni aku nak tukaq. Pasai apa .... aku dah tak harap ... harapan tinggai harapan. Makin teruk lagi ada.

PM sembang ja lebih. PR dia baguih tapi ... rakyat makin tertekan. Harga barang naik pon dia tak boleh buat apa.

Aku tak keseorangan .......

BAH ....

abd rahim said...

Y.Bhg Dato,
Kekalahan Barisan Nasional pada PR13 untuk mengekalkan kejayaan PR 11 kerana dua faktor utama. Pertama pengundi benci kepada beberapa personaliti tertentu saperti Khir Toyo dan keduanya KJ menantu Pak Lah. Keduanya pengundi mempunyai persepsi burok kepada kepimpinan Pak Lah yang lemah kerana didominasi oleh anak pinaknya dan juga beberapa kroni yang lain.
2. Saya berpendapat Najib tidak ada pilehan melainkan membuat analisa dua alasan ditas sebelum memikirkan untuk membubarkan Parlimen. Rakyat mempunyai persepsi dan prangsangka kepada peranan individu tertentu yang boleh menjejaskan peluang Najib mempertahankan kemenangan yang lebih baik kerana pembangkang membakar isue ini disetiap ceramah yang diadakan. Bersihkan kedudukan supaya perasaan benci rakyat ini tidak membawa padah saperti benci rakyat kepada KJ dan khir Toyo sehingga kekalahan yang sangat besar kepada BN.

3. Najib perlu ingat bahawa persepsi dan prasangka adalah sangat penting dalam menentukan corak pengundian terutamanya pengundi atas pagar dari kalangan pengundi muda.

4. Masa masih panjang dan jangan gopoh. Perbetulkan perkara yang negatif. Tanyalah kawan yang jujor dan bukanya kawan yang ingin mengejar kekayaan. Ramai orang Melayu yang masih sayang kepada UMNO dan mereka tidak rela UMNO tewas. Terlalu banyak jasa UMNO kepada negara ini.

Yang iklas,
Rahim

Anonymous said...

Sufian Idrus kata

"Para menteri mencanangkan bahawa harga minyak masak kelapa sawit di negara kita masih rendah jika dibandingkan gengan harga minyak masak kelapa sawit di negara China yang lebih mahal dua kali ganda dari di sini. Bila pula negara China jadi pengeluar minyak kelapa sawit? Menteri yang bodoh atau rakyat yang diperbodohkan?"

China adalah antara pengimport utama minyak sawit mentah dari Malaysia.

Dan jangan tak tahu, ramai ahli industri sawit Malaysia yang telah membuka kilang memproses minyak sawit di China.

Fed Up

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati,

Saya syurkan kita biarkanlah YAB PM dan rakan-rakan beliau menentukan tarikh PRU 13.Kita bersedialah membuat pilihan calun yang kita percaya berwibawa dan sedia berkhidmat untuk rakyat yang mengangkat mereka.

Keadaan sungguh tidak menentu sekarang. Firma 'public relation' yang menasihati YAB PM berkerja keras menaikkan imej Kerajaan supaya orang berbondong-bondong menyokong Kerajan diatas konsep orang suka bersama dengan orang yang berjaya.Bolehkah ini terjadi kerana orang sekarang boleh mendapat maklumat dari pelbagai sumber dan dengan itu boleh membuat keputusan sendiri.

Yang penting diambil kira adalah pendapat YABhg Tun Mahathir dahulu bawa lagi lama PR memerintah lebih ramai rakyat akan selesa dengan PR dan menjadikan bertambah sukar bagi BN menawan semula hati rakyat. Begitu juga dengan pandangan Dato' bersabit kelainan yang dibawa oleh PR. Bayangkan PR Selangor berperang untuk mendapatkan balik hak mengurus air yang telah diswastakan untuk kepentigan rakyat Selangor sementara BN bermati-matian mengekalkan kedudukan yang sediada. Yang terbahru PR Selangor bercadang meminda perlembagaan Negeri Selangor untuk memulihkan kuasa Sultan sementara UMNO dikatakan akan menentangnya. Ini pasti akan menyukarkan PERKASA dan UMNO yang menyatakan mereka adalah pejuang Bangsa dan Raja yang sebelum ini menuduh PR menderhaka kepada Raja.

Perlu dingatkan BN tewas dalam pilehan raya umum lepas kerana tiada Pemimpin UMNO yang menentang tindakan sebahagian dari pemimpin UMNO yang berkempin untuk tidak mengundi BN. Pemimpin kanan UMNO juga telah mengkritk secara terbuka pemimpin sendiri diluar negara yang menyebabkan bermulanya kritikan besar-besaran kepada pemimpin Kerajaan. Logiknya Pemimpin UMNO perlu meminta ahli-ahli UMNO bersatu dan tidak mengulangi kesilapan ini jika hendak memulihkan keadaan. Jangan habiskan masa mencari salah PR kerana ini akan memberi publisiti yang meluas kepada PR yang merugikan BN akgirnya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

Saya Amat Pasti said...

Salam dato',

Dengan kenaikan harga barang-barang dan 'kehilangan' minyak masak dipasaran ditambah pula dengan kenaikan RON 97, saya rasalah, ia petunjuk yang baik untuk BN buat PRU 13.
Kabinet PM dibarisi oleh menteri-menteri "bijaksana" yang sering "mengautakan" pengundi dengan janji manis seperti "tiada kenaikan harga", "harga barangan itu dan ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara...", "kenaikan tarif atau penghapusan subsidi tak membebankan rakyat..".
Menteri -menteri "bijaksana" ini lah yang di katakan tak "kompeten"
oleh jiran kita di selatan semenanjung.
Menteri b*ng*ng dan b*ng*k ini kerap membohong, menipu dan autakan rakyat@pengundi.
Saya nak tengok sangat PM buat PRU 13 dalammasa terdekat ini dan kita akan lihat BN akan hilang dari mukabumi Malaysia.

Saya Amat Pasti.

Anonymous said...

Salam....

Saudara Sufian Idrus, bila saya membaca akhbar Sinar Harian hari ni (Rabu 5 Jan 2011) m/s S5 yang menyiarkan wawancara berkaitan harga minyak ni, bukan saja kepala saya sakit setelah penat berfikir logiknya penerangan yang diberi....hati saya juga mula sakit. Semacam ada benarnya penerangan yang diberi oleh Pakar Matematik Gunaan iaitu Prof Madya Hamid Yeop Zainuddin dalam ruangan tersebut.Bijak-bijak sungguh la barisan kabinet kerajaan Malaysia ni uruskan isu minyak ni.Tahniah sunggguh la saya ucapkan!Dah lama rupanya saya di 'auta' oleh menteri yang bijak pandai sambil dibantu oleh media utama. PRU 13?....pandai-pandai korang la nak menang 2/3 ke atau menang 'cukup-cukup' mcm PRU 12 ke atau jadi pembangkang pula.Terima kasih DAKJ kerana memberi peluang dan ruang.

Middle Class Citizen
Mutiara Damansara

Anonymous said...

Dato AKJ,
Barang-barang keperluan harian SEDANG DISELARASKAN HARGA. Di Malaysia tidak ada istilah barang naik la. Nanti PRU 13 rakyat pun akan selaraskan kedudukan BN kemana..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Wajasetia said...

Salam Dato'
Pilihanraya semakin hampir. Sesungguhnya negara kita memerlukan pembangkang yang kuat. Tidak dapat dinafikan, UMNO merupakan calon yang terbaik untuk menjadi pembangkang yang hebat. Ini telah pun dibuktikan dalam pelbagai kejadian yang berlaku di negeri-negeri yang diterajui oleh PR. Menjadi impian saya untuk melihat UMNO menjadi pembangkang yang hebat di peringkat pusat, yang mana hasilnya akan dinikmati oleh seluruh rakyat

Anonymous said...

Perhaps Najib should understand that " if there is no guts, there is no glory"


Mat Sabun

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Kenapa ade "Hantu" dalam post kali ni?.

Pengertian "hantu" adelah jelmaan syaitan, same ade menyerupai manusia atau haiwan atau sesuatu yang menakutkan.(hantu raya, hantu kom kom,hantu penanggal).Dan ade juge "hantu" dikaitkan dengan kesukaan atau kegilaan(hantu durian, hantu makan atau hantu menyanyi).

Mengaitkan PRU dengan hantu agak mengelirukan saye, adekah ia menakutkan atau menjadi kegilaan?.
BN rasenya tidak dalam keadaan ketakutan kerana ia mempunyai kekuatan jentera pilihanraye yang amat ampuh, dan juge rakyat memang perlukan sebuah kerajaan yang dapat menjamin segala yang asas dapat disediakan dengan sempurna, dan itu telah dapat disediakan oleh kerajaan pimpinan BN.

PR mungkin dalam ketakutan dan tidak mahu PRU diadakan dalam mase yang terdekat ini,kerana kepincangan sesama mereka dalam mentadbir negeri negeri yang mereka menjadi pemerentahnya masih tidak dapat merka selesaikan.

Rasenya jika diminta rakyat untuk memilih siapakah yang patut memerentah, rakyat telah ade jawapannya.

Wake UP! said...

Kalau rasa RON 97 mahal, gunalah RON 95. hehehe

Anonymous said...

Pelik benar Malaysia ni.

Kita ada kes kematian seseorang selepas jatuh dari tingkat 5.
Siasat punya siasat...
Verdict dia...
Dia tak bunuh diri.
Dan dia juga tak dibunuh.
Mangsa ada kesan cedera kat leher yang bukan penyebab kematian.
Apasal saksi ada kesan cedera?

Habis tu,adakah dia terjatuh sebab terpelanting keluar masa main tampoline dalam pejabat SPRM?


Seorang translator/negotiator.
Mati kena bom.
Mayat takde. Tinggal sisa.
Bapak kandung tanya kenapa anak dia kena bunuh?
Takde orang jawab kenapa.
Last-last ada dua orang polis kena hukum.
Yang keluar arahan, tak tau sapa.

Habis tu,adakah dia mati sebab dia saja-saja main bom?

Kita ada seorang orang kenamaan.
Dia dah didakwa rasuah.
Dah dikenakan tindakan disiplin.
Dah dipecat dari semua jawatan.
Apa diorang buat?

Bagi dia pegang FELDA.
Nasib peneroka nampak huru hara.
Bakal jadi bahan rasuah nanti2 agaknya.

"Aku rasuahkan dikau dengan anak peneroka di Lot bernombor sekian-sekian..tunai!"

Apa benda punya negara?
Buat malu kaum aje kerja
Kerja merosak Malaysia.
Claim diri pejuang bangsa.

minah ronggeng

saji said...

Salam Dato' dan rakan pembahas

PRU hujung tahun mengikut satu sumber yang saya baru perolehi

anakbuah said...

Sdr abd rahim kata..."....UMNO tewas. Terlalu banyak jasa UMNO kepada negara ini."

Rasanyalah...jasa banyak, dosa lagi banyak. Boleh ke jasa2 UMNO/BN yg sudah menjadi t/jawap dibayar utk dosa yg menggunung tu?

Dacing BN tu sebenarnya berat sebelah kiri!

Anonymous said...

Yang akan menghantui PR adalah janji PRU 12 dan yang akan menghantui BN adalah ponti-anak yang berkeliaran pada PRU 12. Sekadar gurauan Dato'.

Paranormala

anakdagang(ASK) said...

assalamualaikum tok,
Saya taklah pandai dalam bab politik ni,tapi satu yang saya perasan,kita semua memang telah di perbodohkan oleh kerajaan sekarang,

pemerhatian saya dalam UMNO ni,penafian tu BETUL,diam tu hampir2 betul,
pengalaman saya,
terengganu,apa yang BN dah buat?tak de apa pun....opss sorry ada tuk," wak abih pitih je".ni kalau betul dapat royalty balik makin berkepaklah hantu2 tu,
kat thailand, biarpun berperang kata orang,tapi 3tahun kat sana saya rasa happy,betul minyak mahal,tapi bila cuti sekolah saya dapat bawak anak2 bercuti kepulau2siap tidur 2/3malam cuma bermodalkan rm 1000 tu pun tak habis,cuba kat sini,(jarak rumah ke pulau +500km,siap tambang feri).

pengalaman kat hospital,saya warga asing kat sana,harganya masih murah berbanding kat sini,apatah lagi untuk rakyatnya,kat sana pesakit cuma bayar duit pendaftaran sahaja,30bhat,duduklah berapa hari itu je bayarannya,barulah negara berkebajikkan namanya,
satu lagi tok,
kat sana cari makan dengan buat jalan,kat sini buat jalan untuk cari makan.ada beza ke?

betul hujan emas negeri orang,betul rakyatnya ramai yang datang kat sini berkerja tapi cuba lihat bila mereka pulang ke sana,dgn duit rm20000 pun mereka dapat buat rumah yang selesa untuk keluarga silap2 dapat beli kebun lagi,cuba kat kita,apa nilainya yang bolih dibuat dgan rm 20000 tu,itulah kenyataannya pembohongan yang dilakukan.
entahlah tuk,berapa lama lagi la kita ni mampu di kelengtong oleh juak2 ni,
anak kecil main api,terbakar hatinya yang sepi......

Anonymous said...

Wake Up! kata;

"Kalau rasa RON 97 mahal, gunalah RON 95. hehehe"

Ayat itu berbanding dengan ayat "ubah lah gaya hidup" adalah seakan-akan sama.

Rhetoric or sarcasm? Or both?

Middle Class Citizen Mutiara Damansara,

Sayang sekali saudara tidak memasukkan rujukan kepada wawancara Sinar Harian itu.

Saya terjumpa ulasan berkenaannya dari forum al-Fikrah.net seperti berikut:

Tuan-tuan saudaraku sekalian, marilah berbahas berdasarkan FAKTA.

1) Pada tahun 2008, satu kajian telah dibuat dlm program pembasmian kemiskinan di mana satu formula dihasilkan iaitu dgn menurunkan harga mnyak sebanyak 30 sen/liter

2) Harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran

3) Hasil petroleum negara masih boleh disubsidikan dgn cara menjual pada harga murah utk pasaran domestik manakala menjual mengikut formula pasaran untuk eksport. Formula adalah sama seperti penjualan minyak sawit.

4) Kenaikan harga minyak mentah dunia tidak akan merugikan negara.

5) Walaupun dgn penarikan subsidi, harga minyak masih boleh diturunkan

6) Rakyat mungkin telah ditipu kononnya kerajaan memberi subsidi

7) Reserve minyak mentah Malaysia bukan sekitar 50 tahun

http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19423&postdays=0&postorder=asc&start=90

dan sambungannya;

Berbalik kepada fakta yang saya bawa itu, di bawah adalah penjelasannya:-

1) Bahanapi petrol menjadi 30 sen/liter. Cuba selidik sendiri, ketika harga petrol di Malaysia RM2.70/liter terdapat negara lain di dunia ini menjual hanya 16 sen/liter sahaja

2) & (3) Conto CPO, kita adalah negara pengeluar terbesar. Ianya meningkat dari RM1000/tan kepada RM3000/tan. Adakah kita rugi? Jika Malaysia jual 600,000 tong COP pada kadar $90/tong ini bermakna perolehan setahun ialah $19.7 bil (RM68 bil). Dgn anggaran perolehan melebihi RM1 trillion utk 10 tahun pd kadar disebutkan tadi, maka bolehkah Malaysia menurunkan harga bahanapi ini?

4) Berdasarkan perkiraan ringkas di atas, Malaysia sebaliknya mendapat untung berganda. Keuntungan ini pula belum masuk lagi keuntungan hasil drp produk petroleum lain, juga petrol dan diesel.

5) Ramai yg tertanya-tanya dan ingin tahu ke manakah perginya lebihan hasil kenaikan COP ini? Sepatutnya lebih banyak lebihan maka lebih banyak pula subsidi.

6) Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kpd semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Esso dll? Tanpa subsidi atau suatu bentuk perjanjian bayaran tertentu, mustahil mereka mahu menjual dgn harga yg sama seperti dijual Petronas. Pengusaha stesen minyak hanya mendapat komisen sebanyak RM0.095/lier. Bermakna pengusaha tidak menerima subsidi. Jadi berkemungkinan besar subsidi ini diberikan kpd syarikat asing. Jadi jumlah lebihan berbillion tu hampir 80% diberikan (subsidi) kpd syarikat asing!

7) Siapa kerja petroleum (eksplorasi) tahu duduk perkara sebenar. Sumber ini bukan seperti tasik atau lombong yang mana sumber adalah limited pada kawasan tertentu. Minyak mentah seperti akar tumbuhan. Korek depan ada lagi akar kat belakang. Malaysia lebih beruntung apabila lokasi bukan berada dlm lingkaran gempa. Ianya mcm telaga air. Sentiasa ada mata air.

http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19423&postdays=0&postorder=asc&start=105

Kedua-duanya di tulis oleh seorang forumer yang menggelarkan dirinya sebagai "Sir".

Fed Up

Anonymous said...

Wake Up! kata;

"Kalau rasa RON 97 mahal, gunalah RON 95. hehehe"

Ayat itu berbanding dengan ayat "ubah lah gaya hidup" adalah seakan-akan sama.

Rhetoric or sarcasm? Or both?

Middle Class Citizen Mutiara Damansara,

Sayang sekali saudara tidak memasukkan rujukan kepada wawancara Sinar Harian itu.

Saya terjumpa ulasan berkenaannya dari forum al-Fikrah.net seperti berikut:

Tuan-tuan saudaraku sekalian, marilah berbahas berdasarkan FAKTA.

1) Pada tahun 2008, satu kajian telah dibuat dlm program pembasmian kemiskinan di mana satu formula dihasilkan iaitu dgn menurunkan harga mnyak sebanyak 30 sen/liter

2) Harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran

3) Hasil petroleum negara masih boleh disubsidikan dgn cara menjual pada harga murah utk pasaran domestik manakala menjual mengikut formula pasaran untuk eksport. Formula adalah sama seperti penjualan minyak sawit.

4) Kenaikan harga minyak mentah dunia tidak akan merugikan negara.

5) Walaupun dgn penarikan subsidi, harga minyak masih boleh diturunkan

6) Rakyat mungkin telah ditipu kononnya kerajaan memberi subsidi

7) Reserve minyak mentah Malaysia bukan sekitar 50 tahun

http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19423&postdays=0&postorder=asc&start=90

Fed Up

Anonymous said...

dan sambungan seterusnya berkait wawancara di Sinar Harian itu;

Berbalik kepada fakta yang saya bawa itu, di bawah adalah penjelasannya:-

1) Bahanapi petrol menjadi 30 sen/liter. Cuba selidik sendiri, ketika harga petrol di Malaysia RM2.70/liter terdapat negara lain di dunia ini menjual hanya 16 sen/liter sahaja

2) & (3) Conto CPO, kita adalah negara pengeluar terbesar. Ianya meningkat dari RM1000/tan kepada RM3000/tan. Adakah kita rugi? Jika Malaysia jual 600,000 tong COP pada kadar $90/tong ini bermakna perolehan setahun ialah $19.7 bil (RM68 bil). Dgn anggaran perolehan melebihi RM1 trillion utk 10 tahun pd kadar disebutkan tadi, maka bolehkah Malaysia menurunkan harga bahanapi ini?

4) Berdasarkan perkiraan ringkas di atas, Malaysia sebaliknya mendapat untung berganda. Keuntungan ini pula belum masuk lagi keuntungan hasil drp produk petroleum lain, juga petrol dan diesel.

5) Ramai yg tertanya-tanya dan ingin tahu ke manakah perginya lebihan hasil kenaikan COP ini? Sepatutnya lebih banyak lebihan maka lebih banyak pula subsidi.

6) Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kpd semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Esso dll? Tanpa subsidi atau suatu bentuk perjanjian bayaran tertentu, mustahil mereka mahu menjual dgn harga yg sama seperti dijual Petronas. Pengusaha stesen minyak hanya mendapat komisen sebanyak RM0.095/lier. Bermakna pengusaha tidak menerima subsidi. Jadi berkemungkinan besar subsidi ini diberikan kpd syarikat asing. Jadi jumlah lebihan berbillion tu hampir 80% diberikan (subsidi) kpd syarikat asing!

7) Siapa kerja petroleum (eksplorasi) tahu duduk perkara sebenar. Sumber ini bukan seperti tasik atau lombong yang mana sumber adalah limited pada kawasan tertentu. Minyak mentah seperti akar tumbuhan. Korek depan ada lagi akar kat belakang. Malaysia lebih beruntung apabila lokasi bukan berada dlm lingkaran gempa. Ianya mcm telaga air. Sentiasa ada mata air.

http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19423&postdays=0&postorder=asc&start=105

Kedua-duanya di tulis oleh seorang forumer yang menggelarkan dirinya sebagai "Sir".

Fed Up

Mustapha Ong said...

Salam Sdrku AKJ,

Assalamualaikum. Sudah lama kita tidak bersua muka dalam blog maya saudara. Maklumlah musim cuti sekolah dan cuti untuk merehatkan minda fisikal dan mental.Orang-orang politik kita di sana-sini bercuti di dalam dan juga di luar negara; ada yang diam-diam ubi dan keluar negeri untuk memohon dana dari teman-teman politik seperjuangan (bitamin Mlah) agar lebih selesa lagi menjelang persiapan PRU13.Terbang ke UK, USA, Turki, negara-negara di Timur Tengah semata-mata untuk mendapatkan "wang haram itu". Amboi, muka tebal dan tak tahu malu langsung!

"Hantu" PRU13 akan bermula dan berakhir di Tenang, tetapi yang pasti tidak bergitu "tenang" dibawah kawalan keselamatan seramai 3,000 anggota polis terang dan gelap bermula daripada Januari 15 sehingga selesai nya pada hari pengundian pada Januari 30. Tahap keselamatan ini tidak termasuk beribu-ribu PATI dan "gangster daripada Brickfield" yang diupah untuk memulakan perang revolusi bagi memastikan kemenangan pihak pembangkang PKR+DAP+PAS=PR.

Selaku seorang rakyat setia negeri Johor, saya amat bimbang atas cara revolusi jalanan pihak pembangkang untuk merebut kuasa agar dapat mencapai cita-cita seorang luar biasa yang dianugerahi Tuhan utuk merampas Putrajaya daripada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Tun Razak.

'Orang itu gila bini, gila isteri dan gila talak tanpa mengiraukan kebajikan rakyat dan keselamatan negara'.Penghianat Bangsa Nama Nya!

Patek sembah Tuanku Johor agar mengeluarkan kenyataan mutlak dan memberikan amaran keras kepada apa yang bakal berlaku di Tenang yang boleh menggugut keselamatan negara Johor khas nya dan negara 1Malaysia secara am nya, jika ketamakan gila kuasa itu terus berlakukan oleh setengah pemimpin yang tidak bertanggungjawab mahupun bermoral.

Oleh yang demikian seperti yang terjadi di Selangor dengan seorang ketua pemimpin PKR yang "flip Flop" seperti seekor kera kena belacan dalam menguruskan pentadbiran negeri kebawah Tuanku Selangor yang semakin menuju ke tahap bankrapsi, melalui wayang kulit dan wayang opera Cina di bawah payung terjung Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung tanpa pengalaman dan kecekapan dari segi penguasaan dan pentadbiran sesebuah Kerajaan.

'Patek menjunjung kasih Tuanku atas ketegasan dan amaran kepada pihak pemimpin kerajaan PR agar tidak terus menghina Kedaulatan Tuanku yang tidak bersifat politik.Mereka itu telah murka dan menderhaka kebawah Tuanku.Macam-macam isu telah dipolitikkan tanpa integriti dan sempadan, dari isu hangat kegunaan lOGO 1Malaysia,Kelinik 1Malaysia, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, kes rasuah sorokan dibawah pemimpin PKR dan DAP dan banyak lagi isu-isu yang tidak ketahui rakyat umum.

Anonymous said...

Sdr Azman kata :

"BN rasenya tidak dalam keadaan ketakutan kerana ia mempunyai kekuatan jentera pilihanraye yang amat ampuh, dan juge rakyat memang perlukan sebuah kerajaan yang dapat menjamin segala yang asas dapat disediakan dengan sempurna, dan itu telah dapat disediakan oleh kerajaan pimpinan BN"

Dia bagi sikit, yg asas-asas aja. Tapi dia amik utk dia, utk 7 keturunan dia, utk sedara mara dia, kroni-kroni dia berkoyan-koyan, bertan-tan, berbillion-billion.

kita kata, "takpe. cukuplah apa yg aku dah dapat ni. Amik banyak-banyak bukan boleh bawak masuk kubur pun."

Wassalam

JJ

N.A.J said...

Salam Dato' dan lain2...

Jangan mimpi kami golongan muda ni nak bagi undi pada BN...cukupla sebelum ni kena tipu hidup2 ngan BN ni...kami mahukan perubahan!!

abdullahngah said...

saji berkata, dia baru saja dapat berita bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada hujung tahun 2011.

Jika benar maka betullah ramalan Dato Kadir itu bahawa pilihanraya umum ke 13 akan didadakan pada tahun ini (2011).

Saya kata mutahil, kerana parliman masak pada September 2011 dan baru boleh diadakan pilihanraya umum ke 13 yang dihadkan selama lima tahun.

Kalau benar pilihanraya umum ke13 akan diadakan pada hujung tahun ini sepertimana kata saji itu, bermakna akan berlangsung pada bulan Oktober dan November selepas hariraya puasa.

Agak agak jadi ke diadakan pada boleh Oktober dan November (2011)sedangkan banyak perkara yang belum selesai termasuk harga barang yang naik dan naik ini yang membuat kepuashatian rakyat sikit terjejas.

tahap puashati rakyat kelihatan turun 3 mata jadi 69 setakat hari ini dan mungkin turun 3 mata lagi bulan depan tinggal 66 mata.

Walaun Tun Mahathir berkata 67 sudah cukup baik untuk Najib buat pilihanraya umum ke 13 bagaimana jika turun 3 mata lagi tinggal 63.

Sudah tentu tak baik untuk diadakan pilihanraya umum ke 13 bagi meraih 2/3 parlimen.

saji said...

Sdr Mustapha Ong, antara lain berkata," Orang-orang politik kita di sana-sini bercuti di dalam dan juga di luar negara; ada yang diam-diam ubi dan keluar negeri untuk memohon dana dari teman-teman politik seperjuangan (bitamin Mlah) agar lebih selesa lagi menjelang persiapan PRU13.Terbang ke UK, USA, Turki, negara-negara di Timur Tengah semata-mata untuk mendapatkan "wang haram itu". Amboi, muka tebal dan tak tahu malu langsung!"

Saya tanya, mana lebih haram orang politik kita mengambil wang daripada projek2 kerajaan UMNO/ BN dengan memohon dana dari teman-teman politik seperjuangan di UK, USA, Turki, negara-negara di Timur Tengah?

Z said...

Assalam datuk dan para pembaca semua..
saya berpendapat sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh terdekat ini BN akan mengalami kekalahan besar sekali lagi bukan sahaja tidak dapat merampas negeri yang kalah bahkan negeri - negeri yang diperintah sekarang akan banyak jatuh ke tangan pembangkang.Ini bukan lah kerana pembangkang kuat tetapi disebabkan kerana benci dan meluat terhadap beberapa perkara dan kelemahan Menteri BN sendiri dalm menjaga kementerian mereka contohnya KPDNKK,KDN,KPT,KPM,JPM di tambah pula denganmarah keseluruhan rakyat dengan kenaikan barangan yang makin ketara akibat kenaikan minyak dan gas walaupun pihak menteri berulangkali mengatakan tiada sebarang kenaikan dilaporkan berlaku dan memberi amaran kepada peniaga tetapi kenaikan tetap berlaku bahkan makin galak sekali(mungkin menteri tidak masuk pasar sebab tu ia tidak tahu ada kenaikan atau menteri mendapat atau membeli barangan dengan harga istimewa atau sebab duit banyak tak merasa langsung kenaikan) Untuk pengetahuan hampir semua barangan pengguna mengalami kenaikan harga yang sungguh dashat dan nilai wang kita menjadi begitu kecil sekali.Keenganan PM memberi bonus kepada kakitangan kerajaan dengan alasan remeh iaitu melibatkan perbelanjaan kerajaan yang tinggi juga membuat golongan ini tidak berminat untuk mengundi kerajaan. Ketahui lah oleh PM dan barisan kabinet nya pada zaman pemerintahan TUN Dr Mahatthir dulu bonus pernah dibayar pada pertengahan tahun kepada penjawat awam bagi tujuan menggerakkan ekonomi negara disebabkan wang ini akan kembali semula pada kerajaan dan minyak tidak pernah naik pun lebih 10 sen hanya sekadar di bawah 5 sen sahaja walau pun ada kenaikan.Kekurangan barangan pengguna yang silih berganti kemudian nya disusuli kenaikan harga membuat rakyat berfikir kerajaan gagal menjaga kebajikan mereka kerana ingin membeli bukannya mendapatkan secara percumaSepatutnya sebagai PM yang pernah bekerja denagan TDM cara bekerja dan memimpin dan mengolah ekonomi negara sepatutnya mengunakan kaedah yang digunakan oleh TDM yang mana rakyat merasa sungguh aman dan mewah sekali.Ingat BN peluang ini saja lah yang ada jika dipersiakan maka akan terlepaslah semuanya dan tidak akan kembali lagi.

Mustapha Ong said...

Salam Tok KJ,

Kesian nya Kerajaan BN kena blasah dari atas, bawah dan tepi oleh setengah pihak yang tidak faham "principle of simple economic theories".

Pada gulungan ini hanyalah tahu memberontak tanpa lojik atas penguatkuasaan dan kenaikan harga barang-barang keperluan harian dan perkhidmatan lain seperti diumumkan dan dilaksanakan oleh kerajaan.

Sekira kita betul memahami hasrat kerajaan BN di bawah kepimpinan PM Najib, bahawasanya negara hanya bolih mencapai status maju menjelang 2020, adalah melalui pengujudan gulungan pertengahan dan sederhana dengan kenaikan gaji semoga menyimbangkan kenaikan harga-harga keperluan barangan dan perkhidmatan.

Semua negara-negara pasti dikehendaki melalui proses transformasi demikian, dimana negara maju, termasuk Singapura telahpun berjaya mencapai taraf kemajuan seperti dinikmat oleh rakyat mereka pada masakini.

Janganlah kita mempolitikan isu ini yang hanya akan merugikan negara. Pihak pembangkang yang bertanggungjawab bolih membahas isu-isu ini di sesi parlimen tanpa emosi. Tetapi dukacita bahawa mereka hanya sentiasa menghidupkan isu melalui pemerontakan dan demonstrasi jalanan untuk memperbodohkan rakyat jelata.

Ketekanan kos penghidupan kepada gulungan rakyat yang bergaji hanya bersifat sementara. Kita perlu kerja kuat dengan adanya kenaikan gaji bakal dilaksanakan dan lebih produktif dibidang industri dan pertanian serta sektur perkhidmatan dan lain-lain bidang ekonomi.

Proses economi transformasi ini akan dapat dilaksanakan tanpa emosi yang tidak ada faedah mahupun nilai ekonomi. Janganlah kita nak jadi rakyat yang lemah dan hidup mewah melalui "subsidi" yang akan membebankan Kerajaan.

TUKAR CEO PUTRAJAYA said...

Dato',
Hantu untuk BN ialah dosa-dosa kelmarin yang berusia 53 tahun, kalau perkhidmatan kakitangan awam sehingga 58 tahun, lagi 5 tahun sepatutnya BN pencen dan dibesarakan oleh pengundi. Kalau lagi cepat lagi bagus kerana BN tiada lagi produktiviti atau dah 'menopaus'.
Lebih baik lah pengundi mencari 'orang muda' yang kederatnya kuat, tak mudah lupa, inovatif dan yang paling penting tiada 'dosa-dosa' kelmarin.
53 tahun kekadang dah nyanyuk, kerap lupa, tak ingat bila dah buat sesuatu (macam BN ler tu). Dah melahap berbilion pun masih kata tak melakukan apa-apa dosa pun.
Barisan kabinet yang tak kompeten seperti kabinet dapor rumah, tak inovatif, tak sensitif dan responsif kepada masalah rakyat wajarlah kita buang dan tanam jer mereka-mereka ni, kalau untung boleh buat baja organik.
Naik meluat bilamana ayat ini kerap diucapkan oleh kabinet tak kompeten "penyelarasan harga, harga kita masih murah berbanding negara-negara jiran, kenaikan tak membebankan rakyat, tiada kenaikan harga".
Ribuan kakitangan awam bertaraf kontrak dan sementara ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang tepat 12.00 mlm 1/1/2011. Tiada usaha oleh BN nak mengambil mereka untuk bekerja semula sebaliknya BN lebih ghairah nak membantu korporat dengan subsidi RM 19 billion, buat menara 100 tgkt RM 5 Billion,KL greater RM36 billion.
Program "BN Juara Rakyat" menelan jutaan RM yang kalau dimanafaat kepada golongan miskin lebih baik daripada dibazirkan kepada puak-puak kroni yang memang dah kaya-raya.
Kerajaan BN yang ada sekarang tak tahu menilai 'projek keutamaan' dan lebih mengutamakan projek-projek untuk mengenyangkan kaum kerabat/kroni dari memberi keutamaan kepada rakyat terbanyak.
Dengan panorama ekonomi yang dihidangkan oleh BN pada masa ini , adalah wajar BN mengundur pada PRU 13 kerana BN sudah tidak mampu mentadbir negara dengan baik dan berkesan. BN hanya memaparkan angka-angka retorik tentang ekonomi sedangkan kita tahu sudah 13 tahun bajet kita alami defisit dan hutang negara meningkat ratusan billion.
BN terus membelanjakan dana rakyat dengan projek-projek yang tak memberi impak untuk rakyat secara lebih bermanafaat.
Dana yang dibekalkan oleh Petronas terus habis dikebas oleh lanun-lanun BN secara terhormat tanpa ada rasa bertanggungjawab tentang kerugian-kerugian yang dibuat .
Kalau dijumlahkan nilai kerugian sejak 53 tahun BN memerintah, dianggarkan trillion RM dan sepatutnya kita tak mempunyai hutang atau defisit sekiranya nilai trillion RM tersebut diuruskan dengan cekap, amanah dan berhemah.

Kita TUKAR CEO PUTRAJAYA.

anakbuah said...

Kes perkosa 2007, kenapa baru ditimbulkan?
- Utusan

Dato',

Kami bukan generasi Melayu mudah lupa mcm dulu lagi!

Mana boleh lupa pasal Altantuya? Mana boleh lupa pasal royalti petroleum T'ganu? Mana boleh lupa pasal Anwar dikatakan menumbuk dirinya sendiri? Mana boleh lupa mcm2 fiasco yg meleburkan berbilion wang perbendaharaan dan syarikat2 GLC? Mana boleh lupa jambatan bengkok kat JB? Dan mcm2 lagi. Yang tua2 pun boleh ingat, inikan pula pengundi2 muda.

Saya masih ingat "cerita di Port Dickson" suatu masa dahulu. Patutlah Felda dapat pengerusi baru yang itu. Boleh ke saya buat2 lupa Dato'?

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Anon:JJ:9:45am

Pada pendapatan saye yang tak tinggi ni, cukup sahaja benda yang asas itu disediakan dengan sempurna untuk semua lapisan rakyat,jangan ade rakyat yang tertinggal dalam menikmati arus pembangunan ini.

Keperluan asas ini sahaja masih belum dapat disalurkan dengan sepenuhnya keseluruh pelusuk negara kita,tak kiralah barat atau timur atau utara dan selatan.Sekadar contoh,jalanraya,sekolah,kesihatan,dan banyak lagi perkara yang perlu kerajaan berikan perhatian.

Kerajaan BN memang bertanggungjawab didalam memberikan keselesaan kepada rakyat, dan mereka juga tidak dapat terlepas dari membuat kesilapan.

Sebagai rakyat yang bertanggung jawab,apekah sumbangan kita? cukupkah sekadar menyalak sahaja? tanpa kita dapat memberikan sedikit sumbangan yang membawa manafaat?.

Berusahalah kita dalam membasmi rasuah.Jangan kita menghalalkan untuk diri kita, mengharamkan untuk orang lain.

DinSup said...

Dato',

"First Lady" depa buat lawatan rasmi ke 'oversea' lagi. Kali ini ke Timur tengah pulak. Nak tau juga apa hasilnya kali ini dengan duit tambang, elaun penginapan, elauan makan dan macam-macam lagi jenis elaun yang "dibolehkan" hasil pemberian oleh RAKYAT jelata. Penting sangatkah lawatan tersebut berbanding RAKYAT yang sedang bergelut dengan kenaikan harga barang dan demi mencari sesuap nasi bagi keluarga seharian.

Sesiapa yang ada kemampuan boleh la tulis sikit laporannya dan Dato' boleh siarkannya...Boleh tak Dato'?. Kita ni, rakyat biasa saja, bukan ahli parlimen nak tanya dalam sidang Dewan Rakyat.

"...Ya ALLAH, jadikanlah kami RAKYAT yang sentiasa bersyukur...Ya ALLAH, bukakanlah "pintu hati" pemimpin kami. Tunjukanlah kepada isterinya jalan (lawatan) yang lurus dan bukan jalan (lawatan) yang menuju kerosakan.
Amin, yarabbala'lamin..."

BOS AN said...

Dato',

Biasanya la, kalau nak jadi hantu kena banyak dosa, barulah jadi hantu sebab roh dah tak diterima oleh langit dan berkeliaran dimukabumi.

Orang yang banyak dosa pula biasanya umurnya panjang, tu sebab buat banyak dosa dan bila mati.

Sehingga tahun 2011, BN dah memerintah Malaysia selama hampir 54 tahun manakala PR di Kedah, PP dan Selangor baru tak sampai 3 tahun manakala Pas di Kelantan dah 20 tahun. Kalau ikut umur memerintah, BN akan jadi hantu bila talkin datang menjemput, manakala PAS di Kelantan bila dah lama perintah akan jadi hantu juga. Di Tiga buah negeri pula PR tak sampai akil baligh lagi, jadi lambat lagi ler jadi hantu sebab dosa baru sikit berbanding BN.
BN ni kalau ditimbang dosa-dosa berbanding pahala yang dia buat mungkin timbang pun patah, berjela-jela senarai kejahatan yang dah dilakukannya samada oleh pemimpin atau parti.
Kalau dihimpun pula duit yang dah dibazir, diseleweng atau songlap, mungkin lebih tinggi dari Gunung Kinabalu atau kurang sikit dari Gunung Everest.
Harta pemimpin BN dan kroninya pula kalau dikumpul pula boleh buat jambatan dari Semenanjung Ke Sabah dengan laluan 8 lorong.
BN akan terus dihantui oleh dosa-dosa silam kerana ke"bijak"sanaan pemimpin masa lalu.
Negara mempuyai hutang ratus billion menurut Laporan Audit Negara iaitu suatu angka yang besar dan jika dibahagikan dengan 26 juta rakyat Malaysia, setiap rakyat berhutang hampir RM 13 ribu .
Mana perginya wang sebanyak RM 300 billion dibelanjakan?
Negara mengalami 13 tahun fiskal berturut-turut bajet defisit, tetapi dalam masa yang sama BN terus mencanangkan ekonomi negara dilandasan yang betul. Siapa yang ditipu atau menipu.
Inikah dinamakan kerajaan yang cekap? Cekap buat hutang tetapi tak tahu nak bayar.
Mana Menteri Kewangan I dan II yang kononnya disokong oleh pakar-pakar ekonomi, mana angka -angka dari BNM yang kononnya setiap tahun terus mencatatkan peningkatan ? Siapa bohong siapa?
Mana angka Inflasi? IHP? Pengangguran? Berikan dsengan tepat?
BN hanya pandai membohongi rakyat. Mana menteri yang kompeten dalam kabinet Najib? Tiada seorang pun layak dilantik menteri kerana semuanya pembodek, pembohong dan tidak ada kekompetenan langsung, hanya kompeten mengauta pengundi jer.

BOS AN

saji said...

Sdr azman, antara lain berkata, sebagai rakyat yang bertanggung jawab,apekah sumbangan kita? cukupkah sekadar menyalak sahaja? tanpa kita dapat memberikan sedikit sumbangan yang membawa manafaat?.

Saya mungkin rakyat yang sdr tidak maksudkan.

Soalanya, bukankah barisan kabinet PM, DSN lebih banyak menyalak mencari silap pembangkang berbanding dengan menyelesaikan masalah ekonomi rakyat yang terus terperangkap dengan sistem ekonomi kapitalis BN ?

Anonymous said...

Mustapha Ong,

Sudah 13 tahun, negara mengamalkan bajet defisit. Sejak kejatuhan ekonomi pada 1997.

Jika benar dikatakan ekonomi pada landasan yang betul, berapa tahun lagi nak ditambah kepada 13 tahun itu?

Tahun 2020 (10 tahun lagi) baru dapat lihat kesannya ke?

Dasar Ekonomi Baru yang pelan asalnya dari 1970 dan tamat pada 1990, dilanjutkan sebab apa? Sebab perlaksanaan DEB itu mencapai matlamat ke? Sebab pada 1990, kita berada pada landasan yang betul ke?

Sejak 1997, negara hadapi masalah beban defisit yang bertambah (terutamanya kerana amalan bajet defisit), selain indeks harga tenaga, makanan dan hartanah yang meningkat berterusan.

Apa itu "principle of simple economic theories"? Dalam ekonomi 101 banyak teori diperkenalkan, yang mana satu?

Pada sub-topik pertama kebanyakan buku rujukan Ekonomi 101, Piramid Hirarki Keperluan Maslow akan diperkenalkan. Dari keperluan paling bawah kepada keperluan paling atas, susunannya adalah:
1.Keperluan Fisiologi
2.Keperluan Sekuriti
3.Keperluan Kekeluargaan/Kemasyarakatan
4.Keperluan Kepada Pencapaian
5.Keperluan kepada Penghargaan

Yang no. 1, ramai yang mengeluh bila kos sara hidup meningkat tinggi.

Kerana itu memenuhi no.2 adalah sukar.

Kerana itu juga masalah sosial kini meningkat malah dilaporkan hubungan antara kaum sudah semakin tegang. (No. 4)

Nak saya teruskan dengan no. 5?

Mustapa Ong, kebanyakan rakyat Malaysia hanya sekadar mengisi masa cuti dengan keluarga atau menziarah saudara-mara dan tidak mampu melancung keluar negara.

NEVER SHORT-CHANGED THEM. THEY MAY NOT BE WELL EDUCATED BUT THEY ARE NOT IGNORANT.

Persoalan mereka adalah mengisi teori asas ekonomi seperti Hirarki Keperluan Maslow, cuma mereka tidak mengetahui terma-termanya.

Jika di temu bual, ramai yang boleh memberi pendapat melalui kaedah "cause and effect" yang juga salah satu dari teori ekonomi.

Jika umum rakyat Malaysia adalah jahil, kenapa tidak dididik? Jawapannya senang saja.

DENGAN KEKUATAN KAKITANGAN LEBIH DARI 40 RIBU SELAIN BANTUAN PULUHAN KONSULTAN, JPM MASIH SEKADAR DI TAHAP MELAHIRKAN SLOGAN DAN KONSEP TANPA PELAN PERLAKSANAAN YANG REALISTIK DAN MENYELURUH.

Fed Up

anakbuah said...

Sdr azman said..."Sebagai rakyat yang bertanggung jawab,apekah sumbangan kita? cukupkah sekadar menyalak sahaja? tanpa kita dapat memberikan sedikit sumbangan yang membawa manafaat?"

Sdr Azman,

Dulu org mcm kami ni dikatakan selalu menyalak je tapi skrg tidak lagi. Saya sendiri tgh menunggu utk memangkah mana2 calon yg patut sahaja utk PRU13 yg dirasakan tidak lama lagi. Tanggungjawap saya nanti adalah utk memastikan calon2 pemimpin yg bersih, cekap dan amanah sahaja yg menang. Itulah paling kurang sumbangan saya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Saya tidak berupaya menghalang mereka2 ini menyalahgunakan kuasa, memberi/menerima rasuah, tidak berupaya menghalang pemimpin2 skrg menggunakan dan menghabiskan wang negara sewenang2nya dan tidak memastikan hakim2 atau peguam negara berlaku adil dan bijak. Siapa dapat halang pemerintah menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan seperti Polis/Tentera, MACC atau SPR? Sampai skrg saya tidak yakin dgn mahkamah di negara ini apatah lagi dgn kes2 yg berprofil tinggi dan melibatkan VVIP/menteri yg disenyapkan dan tidak diambil tindakan/hukuman yg sewajarnya.

Saya cuma dpt berharap dan berdoa agar sampai suatu ketika Allah gagalkan niat2 jahat mereka2 ini dan tidak izinkan lagi jenayah2 mereka.

Pak Lang said...

Datuk Kadir,

Wah nampaknya ramai betul orang-orang Melayu dah meluat dengan UMNO pasti UMNO dan BN kecundang dalam PRU 13.

Herannya makin naik harga minyak makin banyak kereta dijalanan. Jelahlah orang Melayu ramai yang dah hidup senang lenang. Ada sampai 3-4 kereta. Sudah ramai yang jadi middle class. Ramai pula yang punya rumah lebih dari 2. Dah dapat untung sewa rumah. Heran juga mereka ini bukan kroni UMNO.

Mungkin PR boleh beri lebih dari ini. Undilah PR di PRU 13.

Wajasetia said...

Salam Dato',
Jasa UMNO/BN memang tidak dapat kita nafikan. Itu adalah fakta yang tak dapat kita tolak. Akan tetapi tempoh 53 tahun telah menjadikan UMNO/BN pada tahap yang terlalu selesa. Sangat selesa sehinggakan pernah satu ketika dulu terdengar ungkapan, "Tiang lampu kalau jadi calon BN pun pasti menang pilihanraya".

Situasi yang terlalu selesa sehinggakan Najib dan juak-juaknya tidak langsung memikirkan apakah implikasi di sebalik segala kenaikan harga keperluan, terlalu selesa sehinggakan ajk UMNO cawangan pun seakan-akan kebal dari undang-undang. Tahap terlalu selasa inilah yang perlu kita hapuskan dari pihak yang memerintah. Terlalu selesa sehinggakan segala laporan audit tahunan yang menunjukkan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan negara dan negeri seakan-akan tiada makna.

Tidak dinafikan, PR juga akan pasti menghidapi sindrom yang sama sekiranya terlalu lama memerintah. Akan tetapi sekurang-kurangnya untuk satu atau dua generasi pemerintahan, mereka akan masih memikirkan kepentingan rakyat dalam apa jua tindakan. Sama seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN sewaktu awal-awal kemerdekaan dahulu.

Wajasetia said...

Salam sekali lagi Dato',
Seperkara lagi, saya sangat-sangat berharap agar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memfailkan saman terhadap pihak yang telah menyebarkan "fitnah" terhadap beliau. Bukan sekadar menidakkannya secara lisan dan selepas itu seperti biasa, tiada apapun berita yang dikeluarkan.

hmmmm.... tahap keselesaan yang melampau???

AntiBohong said...

Salam Dato',

Terlalu ramai "penasihat-penasihat" PM pada masa ini, Koh Tsu Koon, Idris Jala, Nor Mohamed Yakcop, Farid Ridzuan, APCO , Menteri kabinet dan tak termasuk yang kita tak ketahui lagi..
Makmal -makmal yang ditubuhkan juga terlalu banyak seperti makmal PEMANDU, NKRA, NKEA dan bermacam yang kita tak tahu apa tujuannya tetapi apa yang kita tahu ia semata-mata untuk "memperabihkan" duit rakyat secara terang-terangan.
Dalam Bajet 2011, Jabatan Perdana Menteri "mentekedarah" bajet tertinggi antara kementerian, sedangkan kita tahu bahawa JPM bukan penjana kepada hasil negara, JPM adalah hanya perabih dana rakyat.
Penasihat-penasihat luar yang dilantik untuk kononnya membuat dasar bersesuaian kepada halatuju ekonomi kebanyakkannya dari luar negara yang tentunya bukan peduli atau tak tahu suasana, budaya , adat rakyat tempatan. Mereka-mereka ini hanya membuat analisis berdasarkan statistik atau angka-angka bancian secara rambang dan bukan 100% sampel, persampelan secara rambang tidak akan memberikan keputusan terbaik untuk mengubah sesuatu dasar atau plan.
Rancangan seperti liberalisasi ekonomi hanya mengenyangkan syarikat korporat sedangkan rakyat terbanyak terus kebulur dan terpinggir dalam kerancakkan kerajaan menjana dana asing. Apakah ertinya "kera dihutan disusukan dan anak sendiri mati kelaparan" dan adakah kera-kera dihutan itu akan mengundi BN pada PRU 13?, Adakah kera-kera dihutan tersebut akan terus menyokong BN bila ekonomi gawat sekali lagi? Adakah kera-kera tersebut tak akan bawa dana asing lari dari negara ini bila gawat?
Sekiranya jawapan adalah YA, bantulah kera-kera tersebut dan sekiranya TIDAK, kerajaan buatlah apa yang patut untuk rakyat.
Rakyat terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi sedangkan BN bersenang-lenang dengan harta rakyat seperti harta mak bapak mereka,tiap-tiap tahun saya membayar cukai beribu ringgit tetapi apa yang disajikan BN hanya sampah dan sisa jer. Rakyat masih terpaksa membuat pelbagai kerja untuk menyara hidup. Ada yang terpaksa membuat 3 kerja sehari tanpa rehat untuk hidup secara sederhana buka mewah pun. Kalau Dato' meninjau ketempat pelupusan sampah, ramai yang menjadi pengumpul barangan kitarsemula untuk dijual dan menyara hidup demi mencari sesuap nasi dan halal.
Kerajaan tanpa "turun padang" hanya tahu membuat "pelarasan harga naik" dan tak pernah buat "pelarasan harga turun".
GST yang kononnya tidak akan dilaksanakan buat masa ini sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh kerajaan pada kad kredit.
Nasihat saya pada kerajaan, BERBOHONG LAH, MENIPU LAH SELAGI ADA MASA UNTUK MELAKUKANNYA DAN SELEPAS PRU 13, BN MUNGKIN TAK MAMPU BERKATA-KATA LAGI.

ANTI BOHONG

Bohong said...

Salam Dato',

Terlalu ramai "penasihat-penasihat" PM pada masa ini, Koh Tsu Koon, Idris Jala, Nor Mohamed Yakcop, Farid Ridzuan, APCO , Menteri kabinet dan tak termasuk yang kita tak ketahui lagi..
Makmal -makmal yang ditubuhkan juga terlalu banyak seperti makmal PEMANDU, NKRA, NKEA dan bermacam yang kita tak tahu apa tujuannya tetapi apa yang kita tahu ia semata-mata untuk "memperabihkan" duit rakyat secara terang-terangan.
Dalam Bajet 2011, Jabatan Perdana Menteri "mentekedarah" bajet tertinggi antara kementerian, sedangkan kita tahu bahawa JPM bukan penjana kepada hasil negara, JPM adalah hanya perabih dana rakyat.
Penasihat-penasihat luar yang dilantik untuk kononnya membuat dasar bersesuaian kepada halatuju ekonomi kebanyakkannya dari luar negara yang tentunya bukan peduli atau tak tahu suasana, budaya , adat rakyat tempatan. Mereka-mereka ini hanya membuat analisis berdasarkan statistik atau angka-angka bancian secara rambang dan bukan 100% sampel, persampelan secara rambang tidak akan memberikan keputusan terbaik untuk mengubah sesuatu dasar atau plan.
Rancangan seperti liberalisasi ekonomi hanya mengenyangkan syarikat korporat sedangkan rakyat terbanyak terus kebulur dan terpinggir dalam kerancakkan kerajaan menjana dana asing. Apakah ertinya "kera dihutan disusukan dan anak sendiri mati kelaparan" dan adakah kera-kera dihutan itu akan mengundi BN pada PRU 13?, Adakah kera-kera dihutan tersebut akan terus menyokong BN bila ekonomi gawat sekali lagi? Adakah kera-kera tersebut tak akan bawa dana asing lari dari negara ini bila gawat?
Sekiranya jawapan adalah YA, bantulah kera-kera tersebut dan sekiranya TIDAK, kerajaan buatlah apa yang patut untuk rakyat.
Rakyat terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi sedangkan BN bersenang-lenang dengan harta rakyat seperti harta mak bapak mereka,tiap-tiap tahun saya membayar cukai beribu ringgit tetapi apa yang disajikan BN hanya sampah dan sisa jer. Rakyat masih terpaksa membuat pelbagai kerja untuk menyara hidup. Ada yang terpaksa membuat 3 kerja sehari tanpa rehat untuk hidup secara sederhana buka mewah pun. Kalau Dato' meninjau ketempat pelupusan sampah, ramai yang menjadi pengumpul barangan kitarsemula untuk dijual dan menyara hidup demi mencari sesuap nasi dan halal.
Kerajaan tanpa "turun padang" hanya tahu membuat "pelarasan harga naik" dan tak pernah buat "pelarasan harga turun".
GST yang kononnya tidak akan dilaksanakan buat masa ini sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh kerajaan pada kad kredit.
Nasihat saya pada kerajaan, BERBOHONG LAH, MENIPU LAH SELAGI ADA MASA UNTUK MELAKUKANNYA DAN SELEPAS PRU 13, BN MUNGKIN TAK MAMPU BERKATA-KATA LAGI.

ANTI BOHONG

Hanezam said...

Datuk,

Alasan-alasan yang Datuk bagi untuk menyokong ramalan bahawa PRU dah dekat ini bunyinya meyakinkan.

Semenjak itu saya tengok Najib dan Shahrir kat TV tersenyum mengulum gula menepis soalan-soalan daripada pemberita.

Saya teka senyuman tu senyuman orang belum confident. Dia orang belum decide lagi la. Sementara tekanan pula makin mengganda selagi rakyat tak tau sampai bila PRU akan ditangguhkan.

Saya teka PRU13 adalah dalam tahun 2012. Saya tidak fikir prestasi BN sudah cukup memberansangkan dan mereka patut memanfaatkan keseluruhan tahun 2011 untuk mengubah persepsi ini. Najib perlu bersabar untuk mandatnya sendiri.

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato',

1. Samada kita suka atau tidak, nak percaya atau tidak,PRU 13 is around the corner. Tidak kiralah apa jawapan yang diberikan oleh PM Najib bila ditanya samada perjumpaannya dengan Wakil2 Rakyat BN ada kaitan dengan PRU 13. Tapi dari body languagenya jelas beliau tidak mampu menepis sangkaan bahawa perjmpaan itu bertujuan persiapan PRU 13 yang akan berlaku tidak lama lagi.

2. Namun,tidaklah dapat dinafikan juga bahawa isu DSU Dr. Rais sedikit sebanyak telah memeningkan kepala PM Najib. Tapi hakikatnya, beliau juga tidak seharusnya risau sangat kerana as a politician mereka tahu cari jalan keluarnya. Tidak kira apa jenis kes sekali pun.

3. Sebenarnya orang-orang politik ini (khususnya Pemimpin2 tinggi) tidak kira parti apa, tetap mempunyai imunity atau kekekebalan. Bayangkan, kalau orang biasa, samada kesalahan sekecil-kecilnya seperti terima rasuah RM3.00 atau kesalahan besar seperti pembunuhan, ia dengan sekelip mata sahaja akan ditangkap dan terima hukuman. Tapi sebaliknya bagi orang politik pula, apa sahaja jenis kesalahan yang dilakukan, dari sekecil-kecilnya hinggalah seteruk2nya seperti rasuah berbillion ringgit, pembunuhan, rogol, berkhalwat dengan bini orang atau liwat, maka ada sahaja "perisai"nya.

4. Orang2 politik yang licik ini akan menggunakan isu "polical assasination". Kononnya musuh politiknya ingin menjatuhnya dengan membuat fitnah yang kononnya tidak berasas. Akhirnya, pengikut setianya akan percaya bulat2 dan terus mempertahankan ketuanya mati-matian hingga akhirnya orang politik licik ini akan terlepas dari terima hukuman.

5. Moral of the story, jika nak buat jahat, maka jadilah pemimpin politik yang licik dan putar alam.

Zul said...

Pengundi melihat ROSMAH MANSUR adalah PM sebenar Malaysia. Najib akan bungkus angkara kerenah ROSMAH MANSUR!

mtgbertam said...

Dato',

Isteri2 PM yg lepas2 tak pernah buat lawatan sendiri, hanya mengiringi suami.

Tapi Rosmah la ni, mcm ada jawatan dalam kabinet. Habis duit rakyat diperkosa, kali ini pi 3 negara sekaligus. Tak tau naik airline apa, takkan commercial flight kot.

TV1 sampai kena buat rancangan khas cerita pasal negara Oman. Menteri rtm takut digugur dari kabinet gamaknya, kena la seiring dengan 1st Lady.

Letih la tok....dok bayaq tax puluh2 ribu setahun depa senang2 tibai. Kita ni nak isi minyak pun tercungap2.

Anonymous said...

Dalam konteks PRU, sama ada dinyatakan atau tidak, kedua-dua belah pihak mempunyai strategi masing-masing. Pada PRU 12 strategi PR adalah terang dan jelas iaitu "Putrajaya 1".

Pada pengamatan saya "Putrajaya 2" boleh maju setapak lagi berbanding Putrajaya 1 kalau PRU diadakan dalam waktu terdekat kerana adanya saki-baki momentum PRU 12.

Dan kalau PRU diadakan sewaktu momentum PR berada pada titik terendah, kita pasti akan didendangkan dengan "Putrajaya 3" dan seterusnya.... Sesungguhnya politik tidak kenal erti putus asa.

Hik...Hik...Hik

saji said...

Sdr Wajasetia,antara lain berkata, jasa UMNO/BN memang tidak dapat kita nafikan. Itu adalah fakta yang tak dapat kita tolak. Akan tetapi tempoh 53 tahun telah menjadikan UMNO/BN pada tahap yang terlalu selesa. Sangat selesa sehinggakan pernah satu ketika dulu terdengar ungkapan, "Tiang lampu kalau jadi calon BN pun pasti menang pilihanraya".

Komen:

Kalau hendak dikira jasa UMNO/BN jasa tamadun Islam lebih banyak hingga disanjungi pihak lawan.

Tetapi, mengapa tamadun Islam runtuh? Masalah dalaman? Ilmu2 Islam tidak disesuaikan dengan perubahan masa, keadaan dan tempat?
Atau, timbulnya tamadun baru iaitu Barat yang umat Islam juga terpegun dengannya?

saji said...

Sdr Zul


Dalam perjumpaan DSN dengan wakil2 rakyat, apa agaknya jawapan DSN apabila ditegur oleh wakil2 rakyat pasal Rosmah tu? Saya bertanya kerana Mustapha Ong tak pernah cerita.

Anonymous said...

Salam Dato serta para komentar semua..

Semalam di TV3 ada satu segmen berita yg menunjukkan tindakan ADUN DAP Penang telah melaksanakan tanggung jawab undang2 bagi mencegah para peniaga yg berniaga di kaki lima. Saya rasa tindakan ADUN ini adalah berlandaskan undang2 seperti mana juga tindakan oleh mana2 agnesi penguatkuasaan kerajaan mahupun negeri ataupun pusat untuk untuk memastikan undang2 yang termakbut dilaksanakan dan tidak dilanggari oleh individu berkepentingan.

Tapi saya amat hairan bilamana pejuang2 UMNO Penang telah menyatakan bahawa tindakan ADUN tersebut adalah salah.

Ini merupakan provokasi politik yg agak kurang siuman kerana saya pernah melihat yang pihak berkuasa tempatan di Penang talah dengan terang terangan meroboh dan mengangkat semua hasil jualan penjaja di Jalan McAlister atas alasan penjaja tersebut menjual di tepi jalan walaupun penjaja tersebut ada mempunyai lesen penjaja.

Pada masa itu tiada pun pejuang2 UMNO buat press statement utk mengutuk tindakan MPPP. Dimana mereka masa itu terutama Dato Azeeeeeezzzzz? Hero mamak yg sekarang ini ingin menjadi hero kampung.

Jangan sekadar menjadi pejuang celah ketiak jika ingin menjadi ikon politikus yg kurang ilmu. Ia seumpama pengemis yang menagguk air keruh..

Sekian.

721, Jalan Pegawai

Anonymous said...

Ketika ini 'Menteri Kanan' sedang dalam lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh disertai 20 delegasi.

Padan muka 'Menteri-Menteri Kiri' sebab tak tahu buat kerja.

Hanya tahu bersalam cium tangan bodek TELAN jer..hehe

minah ronggeng

Bawal said...

Dato',

komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan.

Orang dah meluat ngan dia, jgn la dok tambah lagi.

Anonymous said...

Kepada Saudara Mustapha Ong dan yang sewaktu dengannya..

1. Singapura menjadi negara asing sedangkan sejarah menunjukkan Singapura adalah milik jajahan Negeri Johor yang dikenali sebagai kerajaan Johor-Riau. Siapa yang menyedekahk...annya jika bukan Tunku Abdul Rahman yang merupakan Ketua UMNO.

2. Penyerahan wilayah Pulau Batu Putih kepada Singapura melalui Mahkamah Antabangsa. Pembicaraan berfakta 'dengar dan sebut' menyebabkan Singapura mendapat pulau dan Malaysia mendapat trumbu. Ini menunjukkan betapa bijaknya menteri-menteri Malaysia pada masa itu yang diketahui oleh seorang Perdana Menteri yang bangga dengan keUMNOannya.
Sehingga sekarang menteri 'bakar jambatan' diam tak terkata. Sehari sebelum mahkamah antarabangsa umumkan keputusan, menteri 'bakar jambatan' telah berkata Malaysia pasti menang kes Pulau Batu Putih. Bila Singapura menag kes tersebut dan dapat pulau tersebut, 'win-win' situation katanya..hampeh!

3. Disebabkan kebijakan kabinet dengan dipertuankan kaki lentok, maka Brunei dengan senyum lebar mendapat dua wilayah maritim yang kaya dengan minyak. Siapa yang bodoh dan siapa yang bijak?

Ini menunjukkan betapa wilayah negara kita iaitu darat dan laut kian mengecil gara-gara tindakan sonsang oleh pemimpin UMNO. Tidak perlu sorak, kampung sudah jadi milik orang. Kita akan lihat bahawa wilayah Johor Selatan akan menjadi milik orang bila Bandar Iskandar siap sepenuhnya. Wilayah ini akan menjadi jajahan takluk Singapura secara perlahan-lahan.

53 tahun merdeka wilayah negara kian mengecil. Sekiranya UMNO memerintah terus negara ini untuk tempoh 53 tahun lagi, rasa saya yang tinggal dan bernamakan Malaysia adalah Pulau Langkawi sahaja. Singapura menjadi besar seperti Malaysia pada kini dan Malaysia menjadi kecil seperti Singapura.

minah ronggeng

Anonymous said...

Salam DAKJ serta para komentar semua,

Menambah kepada komen Minah Ronggeng..

Itupun nasib baik sepertimana kata anda Malaysia hanya tinggal Pulau Langkawi bila Cendiawan2 UMNO/BN beri seluruh Malaysia kepada Singapore sepertimana Menteri Bakar Jambatan tu bagi pada rakan2 serantau beliau..

Lebih teruk lagi kalau Malaysia nanti hanya tinggal terumbu batu putih saja.. ramai2 la kita hidup atas terumbu tu.. win-win situation apa?

Masa tu cuba kita fikir .. kat mana Menteri2 kita tinggal? atas terumbu seperti kita atau..... jeng..jeng..jeng....

721, Jln Pegawai

saji said...

Sdr Bawal

Saya dah komen sebelum ini, ada jenis bini yang tak boleh ditegur. Kalau ditegur makin menjadi-jadi. Silap-silap bini tuduh suami dah ada betina lain. Pun ada. Maaf kaum hawa nak defend PM sikit.

Anonymous said...

Tuan Moderator,

Perkembangan semasa menampakkan sedikit demi sedikit pengakuan-pengakuan PR bahawa mereka bakal menjadi pemerintah yang lebih baik mula menampakkan retoriknya.

Kalau dalam kerangka pentadbiran negeri dan pusat yang digunapakai sekarang ini membuatkan pentadbiran PR semudah itu menggelabah, apakah ada jaminan PR mampu menunjukkan prestasi lebih baik kalau-kalau ditakdirkan ada sistem lain yang diimaginasikan menjadi realiti?

Secara khusus, apakah kalau sistem pentadbiran yang dijaja oleh Pas dibeli oleh PKR dan DAP lalu dipraktikkan, yakinkah rakyat bahawa PR dapat mentadbir dengan licin dan lancar berpaksikan sistem yang asing bagi tiga parti berkenaan?

AntiRetorik

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).