Monday, February 28, 2011

Blog Kita Sudah 5 Tahun - Terima Kasih Daun Keladi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

EMPAT hari lalu iaitu pada 24 Februari genaplah lima tahun usia blog kita ini. Demikian pantas masa berlalu.

Meminjam kata-kata ahli falsafah Amerika-Sepanyol George Santayana “orang yang lupa kepada masa lampau akan mengulangi kesilapan lalu” (Those who cannot remember the past are condemned to repeat it ) jadi eloklah kita mengingati sedikit sejarah blog kita ini.

Posting pertama saya dalam blog ini pada tahun 2006 bertajuk “Tanda Tanya Di Sebalik Mohon Maaf NST” di mana kita membahaskan permohonan maaf NST (di bawah bekas Ketua Pengarang Kalimullah Hassan) kerana menyiarkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhamad (SAW) oleh kartunis Belanda Wiley Miller. Kita mendapat tujuh komen.

Sejak itu saya telah menyiarkan 560 rencana atau purata 112 rencana setahun atau sembilan sebulan. Kita sudah menerima lebih 4.7 juta kunjungan (visits) dan seramai 1104 “followers” telah membuat pautan tetap.

Dalam beberapa tajuk yang kita bincangkan, kita mendapat lebih 100 komen. Tampalan bertajuk “Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?” pada 16 Januari lalu menjana 212 komen.

Atas semua itu, saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pengikut tetap (followers), pembahas dan pelawat sekalian.

Saya amat berterima kasih kepada pembahas tetap dan pembahas berkala yang sudi memberi tindak balas kepada tulisan saya dan berbahas antara satu sama lain.

Selaras dan selari dengan wadah dan matlamat blog ini sebagai ruang bebas (free space) untuk berbahas dan bertukar-tukar fikiran, maka tidak hairanlah jika terdapat di kalangan pembahas mereka yang berparti dan yang berkecuali.

Kalau nampak ramai pembahas yang mewakili sesebuah parti politik atau aliran pemikiran tertentu, itu adalah kerana mereka berpendapat dan berasa berbahas dalam blog ini memberi manfaat kepada parti yang mereka wakili atau aliran pemikiran yang mereka anuti.

Terpulanglah kepada pemerintah, parti-parti politik dan penyokong mereka sama ada mengambil peduli ruang bebas seperti blog kita ini atau terus bergantung kepada saluran maklumat tradisional yang mereka miliki atau mereka kawal.

Saya sangat terhutang budi kepada sesiapa saja yang memberi pandangan, tidak kira mereka bersetuju atau tidak bersetuju dengan saya. Kalau saya takut dikritik dan diherdik, saya tidak akan membuka blog ini.

Apa yang sentiasa saya minta dan saya harapkan adalah kita berbahas secara yang bertanggungjawab, bersopan santun dan menghormati undang-undang dan peraturan.

Malangnya, setelah lima tahun berbahas, saya dapati masih ramai yang tidak bersedia menggunakan identiti sebenar. Malah masih ramai yang tidak pun berani menggunakan nama pena. Akibatnya komen yang mereka hantar dengan pengenalan “anonymous” sahaja tidak saya siarkan.

Bagi saya mudah saja, kalau saya hendak kesenangan, pangkat dan gelaran berjela-jela, tidaklah saya buat blog ini atau saya gunakanlah ia untuk memuji dan memuja orang atau pihak yang berkuasa yang boleh memberikan saya kesenangan, pangkat dan gelaran.

Syukurlah dengan apa yang ada. Rezeki Allah ada di mana-mana. Yang lebih penting adalah kebebasan dan hak kita untuk menegur dan memberi nasihat kepada orang yang mahu mendengarnya.

Selamat membaca dan selamat berbahas.

53 comments:

Hambali ® said...

Tahniah Dato. Tak tau nak kata apa. Tapi saya suka baca blog Dato. Bernas, tajam, ilmiah, tak emosional.

Harap Dato dapat teruskan berblog supaya pengalaman dan ilmu Dato dapat dikongsi semua, terutama kami yang masih mudah ni.

Salam.

Njah said...

Tahniah Dato.
Keep up the good work, dan semoga Dato dikurniakan kesihatan untuk terus memberi pandangan.

mr edz said...

teruskan usaha dato'... teruskan menulis.

Rakyat biasa said...

Blog Dato wajib saya kunjungi setiap hari. Pemikiran Dato amat saya kagumi,komen-komen pengunjung saya senangi. Majoritinya mereka golongan terpelajar.

Memang best! Ya Allah, panjangkan usia penulis yang hambamu segani ini, murahkan rezekinya dan peliharlah keluarganya. Amin.

Tok Mudim said...

Salam Dato KJ

Tahniah berjaya capai usia 5 tahun dan teruskan mencabar minda rakyat.

Terima kasih daun keladi saja ke?
Tak akan tak boleh belanja capati.

Salam

Iskandar PT said...

Salam Dato',

Syabas dan selamat ulangtahun ke 5. Dah Pra Sekolah.

Iskandar PT

Eda Ezani said...

Tahniah Dato,

Saya doakan dato sihat selalu dan dimurahkan rezeki,Amin.Saya memang meminati tulisan Dato dari dulu lagi.
Semoga Dato sukses selalu,pandangan dan pendapat Dato dlm penulisan amat2 dihargai.

rozais al-anamy said...

Tahniah Dato'. Semoga lestari dalam menyuarakan yang haq walaupun pahit.

Saya suka cara Dato' yang berhujah secara berhikmah, tidak berlebih-lebihan dalam cara menegur kesilapan; dan sangat berhati-hati menitip kebenaran.

DZULHIJAHSOKARNO said...

TAHNIAH Dato'.

Saya kunjungi blog ini setiap hari tetapi Dato' tidak menulis hari-hari.

Sebenarnya minda saya perlukan input daripada pandangan bernas dan huraian analitikal daripada Dato. Sungguh menyegarkan.

Tulisan-tulisan dalam akhbar, sama ada bercetak atau versi digital, sama ada lidah pemerintah atau lidah pembangkang, sangat mengecewakan.

Cadangan saya supaya Dato menawarkan kelas bimbingan berfikir untuk menulis supaya pengalaman dan kemahiran Dato dapat diperturunkan kepada anak-anak Melayu.

Salam hormat

. said...

Blog saya juga sudah berusia lima tahun. Sementara kita banya berkongsi, kita juga banyak belajar dari sahabat-sahabat yang lain. Tahniah, Dato!

Anonymous said...

Dear Dato'

Tahniah dan semoga hati-hati kita sentiasa terbuka dengan pandangan dan saranan orang lain.

Semoga kita dapat memerhati, membeza dan menilai, antara emas, berlian, kayu dan kuartza.

Memerhati, membeza dan menilai jalan dan penyelesaian yang menghormati hak dan tidak menzalimi diri, manusia dan alam.

Yang elok insyaALLAH pasti untuk mereka yang elok juga.

Sentiasa kita mendoakan yang terbaik bagi semua yang berniat baik. Ameen

XERONINE

raja2u said...

Assalamualaikum,

Tahniah YBhg Dato'.Pengendali media arus perdana sepatutnya menjadikan blog Dato' sebagai contoh bagaimana untuk mengekalkan minat pelanggan. Apa yang diperlukan rakyat adalah berita yang sebenar mungkin dan tidak berat sebelah. Adalah tidak mungkin dizaman teknologi tinggi ini berbohong setiap masa.

Alhamdulillah blog Dato' memberi seluas-luasnya ruang untuk meluahkan isi hati atas isu-isu berkepentingan awam. Saya yakin Kerajaan juga memahami melalui blog ini mereka boleh mendapat pandangan dari pelbagai pihak untuk mereka jadikan panduan walaupun mereka tidak menyatakannya dengan terang hakikat tersebut.

Disini saya ingin mencadangkan kita hormati perlembagaan yang orang tua kita telah gubal lebih 50 tahun dahulu. Jika kebebasan untuk menyuarakan pendapat dibenarkan maka biarkanlah ianya dilakukan secara terbuka. Kita tidak mahu mereka "go underground " seperti dizaman komunis dahulu. Jika ada orang yang hendak berarak secara aman biarlah mereka berbuat demikian dengan pihak berkuasa menentukan tempatnya supaya ia tidak mengganggu lalu lintas , kedai-kedai perniagaan dan pergerakan awam.Mungkin beri mereka kemudahan di stadium atau ditempat-tempat lain yang sesuai bagi kedua pihak.

Yang pentingnya kita sudah dewasa dan tahu menimbang diantara yang baik dan yang buruk.Teruskan kerja yang baik ini supaya ianya mewujudkan kembali suasana ramah mesra dikalangan semua pihak tidak kira bangsa, ugama dan fahaman politik.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Masih Atas Pagar said...

Alhamdulillah DAKJ,

nice post n saya masih memerhati dan menyokong segala yang butiran berbentuk ilmiah dan informasi non-partisan materials..

Bagi pembaca "anonymous" tu, untuk pengetahuan mereka kalau nak maki hamun or sumpah seranah or etc, nama tu tak penting tetapi IP computer anda yang penting menjadi bahan bukti.

So moral of the story, sila la guna nama-nama pena anda..

Sepanjang pemerhatian saya, post ttg "1st Lady" mmg ramai yg perihatin... :)

Hopefully ada lagi cerita-cerita sensasi dari piahk DAKJ utk masa mendatang ini.


Terima kasih
ps: until now masih memerhati sahaja.

abd rahim said...

Y.Bhg Dato'
Saya ucapkan tahniah diatas kejayaan teraebut dan semoga terus mendapat idea dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan suci ini. Saya beranggapan Dato' adalah nasionalis Melayu yang masih percaya kepada kekuatan UMNO untuk terus memperjuangkan kepentingan Melayu serta mempertahankan kesucian Islam. Kalau itu menjadi asas perjuangan Dato', maka saya bersama Dato' untuk mempastikan pemimpin yang ada tidak lupa daratan dan asas perjuangan untuk kepentingan bangsa dan negara serta paling utama kesucian Islam.
2. Tumpuan penulisan Dato' untuk seterusnya patut difokuskan kepada pembentukan dan pengurusan sabuah Kerajaan yang lebih telus, bebas dari rasuah, menolak sepenuhnya nepotisma Dan kronisma. Tulisan Dato' yang menyentuh peranan isteri PM adalah sesuatu yang berani dan patut diteruskan bagi menjamin pemerentahan negara yang lebih bertanggung jawap dan telus.
3. Tahniah dan semoga mendapat restu Allah SWT.


Yang iklas,
Rahim

Zulfahan said...

Tahniah Dato',

Saya doa kan Dato', agar panjang umur dan sihat tubuh badan agar terus dapat menyiarkan karya dan buah fikiran.

Terima kasih saya pada Dato', tak salahkan berterima kasih.

zainal abidin awang kechik said...

Saya mohon maaf kat tok jika ada terkasar bahasa.. Untuk makluman tok BLOG A KADIR JASIN blog yang teliti Dan fakta... KAWAN SAYA STAF 2 .. HARI HARI DIA BACA ..BLOG A KADIR JASIN ...ADA SATU TAJUK KENA DI BATANG HIDUNG DIA... Lepas tu dia call saya..
Dia kata kat saya... Kena Atas batang hidung aku. APA boleh buat arahan menteri...


Selamat ulang than ke Lima .......cuma saya takut SATU sahaja...JANGAN SAMPAI BERTUKAQ KERUSI JE DALAM DEWAN RAKYAT..

eddy said...

Tahniah Dato'..here's to another 10 years more. InsyaAllah.

Wan Shamsudin said...

Salam Datuk;

Tahniah Datuk. Semoga kita semua bertambah matang dalam semua hal....

Disini saya mohon kesempatan Datuk menulis sedikit tentang 'statement' sahabat kita Dato Dr Zainal Aznam dan Tengku zafrul mengenai Pengerusi Felda, Tan Sri Mohamad Isa samad. Ramai Pengampu pengampu politik, terutama ORANG ORANG UMNO melatah nampaknya akan komen mereka berdua.

Saya amat bangga akan keberanian mereka berdua.Semoga kita mempunyai ramai certik pandai yang berani memberi pendapat yang jujur lagi ikhlas seperti mereka.

Syabas dan terima kasih Dr zainal dan Tengku Zafrul.

AH said...

5 tahun and still going strong. Tahniah Dato'! Posting2 di blog Dato' factual berdasarkan ilmu, pengalaman dan analisa . Sebagai orang lama, teguran(dan sindiran) pun beradap dan dalam bahasa/penulisan yang mudah di faham. Jadi senang untuk kami berbahas...

Wassalam

pakbelalang said...

Congratulations Dato' for being able to sustain your blog for 5 years. What a great effort !! Keep going !!

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya pun berterima kasih kepada Dato’ kerana memberikan ruang untuk saya lepaskan pandangan yg tak seberapa. Pejam celik-pejam celik dah tiga tahun saya mengikuti blog ni. Tahun pertama hanya pasif, tahun kedua barulah secara aktif hantar komen, itupun bila rasa dah berani sikit. Sekarang dah ketagih pula nak hantar komen. Ada je rasanya nak dikomen dan makin panjang pulak. Bahaya betullah blog Dato’ ni.

Dan saya juga telah dapat ramai kenalan maya seperti saudara Saji, Langitbiru, Fed Up, Tuan Kamjat Penang, Jab sp, Yangretibase, Makbudak, Roti Planta, Professor Pencen dan beberapa nama lagi. Walaupun kadang kala pandangan berbeza, tapi saya tetap menghormati pandangan masing-masing. Dan juga terima kasih kerana sekali-sekala memberi respon terhadap komen saya. Walaupun pedas tapi seronok jugak berbalas-balas pendapat.

Pendek kata, memang bestlah blog Dato’ ni. Selamat malam dan sekian TQ.

maae said...

Salam Datuk,

1.Tahniah kerana paparan Blog yang penuh kesederhanaan.Itu lah yang di suka dengan blog ini.

2.Baik di papan muka,maka anggapan saya,baik juga di hati.

3.Kita bertanggungan terhadap diri sendiri orang-orang terdekat dan yang berada di sekeliling kita.

Keep it up.

saji said...

Salam Dakj

SAJI itu singkatan bagi Syukur Amanah Jujur Ikhlas. Apapun tahniah Dato'

jab sp said...

Dato'
1-Sama dengan pengikut blog TSAKJ yang lain,ucapan tahniah pada Dato kerana bertahan sejak ia bermula.
2-Tidak ramai mereka mereka yang punya hubungan yang cukup luas dengan orang orang pelbagai bidang dapat menjadikan blog mereka sibagai satu medan bertukar pandangan selain mendapat informasi terkini yang mungkin ditinggalkan olih media dan blogger lain.
Membincang beberapa tajuk yang adakalanya bolih menghilangkan kebosanan pada politik yang melampau adalah satu kelebihan pada TSAKJ.
3-Beberapa tokoh yang cuba menjadi seorang blogger dengan nawaitu tersendiri telah gagal kerana ketidak upayaan mereka mengawal harsat mereka menyebabkan terdedahlah siapa mereka yang sebenarnya dan tujuan apa blog mereka diujudkan.
4-Saya terus berharap tidak akan ada,(dan jika ada diharap Dato tidak melepaskan ia daripada disiarkan)ulasan ulasan yang melabelkan seseorang dengan panggilan(gelaran) yang bolih menimbulkan kemarahan pada umum.Kita memang bolih berbeda pendapat dan berhujah apa apa jua kesalahan dan kesilapan pemimpin dimata kita,tetapi melabel nama mereka dengan gelaran yang tidak wajar bolih menunjukan tahab pemikiran kita yang sebenar iaitu kejahilan moral.
5-Tidak menyembunyikan identiti kita sewaktu bahas adalah lebih baik kerana secara tidak langsong kita bertanggong jawap apa yang kita catatkan.
6-Tahniah TSAKJ

Bila Diary Bercerita said...

Tahniah Dato.

Ada masa saya sekadar membaca. Ada ketika terasa nak beri komen juga.

Apapun, semoga Dato sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt agar terus menulis diblog ini lagi dan berkongsi pendapat dengan bloggers di luar sana.

A KADIR JASIN said...

Terima kasih kepada pembaca dan pembahas sekalian. (Sekalian erti literalnya adalah mereka yang berkongsi sebuah kali. Kali adalah sungai dalam bahasa Jawa -- macam Kali Ciliwung di Jawa atau Batang Kali, di Selangor).

Selain anda semua saya juga perlu ucap terima kasih kepada kedai kopi dan restoran yang membenarkan saya menggunakan Wifi dan elektrik mereka.

Antaranya Killiney Kopitian di Damansara Uptown. Pemilihnya Puan Hajah Rahimah sangat ramah dan pemurah. Hidangannya cocok dengan selera saya. Teh si kosongnya nyam-nyam!

Kemudian restoran Hadtijah Maju di Kelana Jaya. Kanna Caurry House di Jalan Gasing dan Seksyen 17, Petaling Jaya.

Dulu saya kerap ke Raju, Jalan Chantek, PJ. Tapi bila dia tak bagi guna elektrik walaupun saya sudah berdekad berlanggan dengannya dan menulis mengenai kedainya dalam akhbar-akhbar yang pernah saya selenggara, saya pun berhenti ke situ.

Sebenarnya saya menulis, membaca dan melayari Internet di mana-mana saja. Sekarang dengan wireless 3G dalam kereta pun boleh layari Internet. Setakat nak pos komen pembahas, saya boleh guna telefon bimbit.

Zaman saya mula bekerja sebagai pemberita dulu (1969), kita guna mesin taip, telefon di kedai kopi atau pondok telefon. Hantar berita guna telex. Di Bernama kita digalakkan belajar guna teleprinter.

Ah...betapa pantas masa berlalu dan zaman berubah. Semuanya membuatkan kita dilanda nostalgia.

Tentang menulis surat cinta kepada gadis jelita di sekolah sebelah, lengkap dengan puisi, pantun dan seloka hanya untuk dijawab: "Gatai, muka tak malu."
Itu pun sudah cukup bahagia kerana dapat menghidu aroma tangannya. Kalau dia betul-betul marah dan benci, tentu dia tak layan surat kita. "Tricknya", jangan serik, tulis lagi. Kali ini petik sajak Usman Awang atau Keats.

Terima kasih.

borhan said...

Tahniah dan terima kasih.saya mengikuti dan menyertai perbahasan blog Dato. Pada hemat saya blog adalah bebas,jujur dan telus.Bahasan dilakukan dengan cara yang waras dan sopan. pendapat semua orang dihormati disamping dato sendiri m,eluahkan pendapat dengan jujur.

Doktor Muda said...

Salam Dato’ & rakan blogger semua,
Tahniah kpd Dato’ di atas segala lontaran & cambahan minda buat kita semua. Buat rakan2 blogger lain,tahniah juga kerana masing2 agak terbuka bermadah & berkongsi idea walaupun sesetengahnya agak kasar & tidak cocok dgn budaya kita. pun begitu,itulah asam garam kehidupan.tak semua akan bersetuju terhadap sesuatu perkara,yg penting ialah keterbukaan penerimaan pendapat antara satu sama lain. inilah yg patut diwarisi keturunan kita, demi menjadikan kita muslim sejati,bangsa merdeka & bebas daripada budaya hedonisme & kebendaan. Syabas utk Dato’ & rakan2 blogger semua.
-Doktor Muda-

Hanezam said...

Salam Datuk,

Terima kasih untuk 5 tahun mendidik minda kami semua dengan artikulasi dari suara hati Datuk. Saya ketinggalan dua tahun pertama. Yang menjadikan blog Datuk istimewa, pandangan-pandangan Datuk adalah pandangan dari generasi istimewa, yang lahir sebelum merdeka. Saya belum temui penulis/wartawan Melayu yang lebih muda yang garapan sosio-politiknya ingin saya baca sebagaimana saya membaca blog ini. Selebihnya saya tidak perlu tulis lagi, sebab Datuk tidak suka dipuji dan disanjung-sanjung.

Saya fikir Datuk juga harus berani menulis tentang cerita cinta Datuk pada masa lalu, bukan sekadar menghadkannya kepada pengalaman menulis surat berseloka cinta dan pengalaman berakit dengan gadis pujaan yang bapanya hampir nak belah kepala Datuk dengan kapak selepas itu. Datuk tulislah macam Russell Baker tulis tentang Miminya. Melalui 'Growing Up' saya faham serba sedikit tentang gambaran kemelut dalam kehidupan masyarakat di Amerika sekitar the Great Depression dan selepas Perang Dunia Kedua. Datuk boleh selitkan kisah cinta awal Datuk itu dalam memoir Datuk tentang zaman Datuk membesar dahulu dan zaman awal-awal Datuk jadi wartawan. Saya pun ingin tahu bagaimana Dr M membuat penampilan pertamanya dalam politik di Pendang (Kota Setar Selatan) ketika itu. Saya pun ingin tahu bagaimana agaknya segenap masyarakat desa meraikan kemerdekaan pada 1957. Tentu Datuk boleh anyam dan sulam semua itu dalam memoir Datuk. Datuk tulislah.

ab said...

Salam Dato,




TERUSKAN selagi bolih menulis!...



Saya suka `aqal' dan`fikiran' dato,..ramai orang bolih menulis
, tapi susah menuliskan aqal dan fikiran seperti dato..



BOLIH TAK SAYA CADANG DATO bukukan kesemua tulisan blog ni...


Semuga dato panjang umur,panjang aqal dan panjang fikiran, insyaallah...



Abu Bakar Ab Rahman

fendy ahmad said...

Salam,

Buat Dato' AKJ,

Saya sebenarnya memang peminat Dato' sejak zaman berzaman, Other Thots Dato' di NST dahululah yang mula-mula saya tertarik, itu zaman saya di sekolah.

Masuk Universiti, Dato' sudah tiada di NST, maka saya melanggan Malaysian Business sebab suka sama Other Thots Dato'.

Dato' buat blog 2006, sayapun 'tiru' Dato', sayapun buat blog juga, Dato' lah inspirasi saya untuk berblog ...

Saya ucapkan ribuan terima kasih sebab tanpa dibayar, secara percuma sahaja saya banyak dapat ilmu daripda Dato' di blog ini.

Yang percuma saya suka dan yang kena belipun saya beli juga. Malaysian Business, buku-buku koleksi rencana tulisan Dato' pun saya beli.

Kita Melayu ni mentaliti untuk ilmu dan maklumat kenalah terbuka sedikit, percuma kita sokong, bila kena kuar duit sikitpun apa salahnya sokongkan :)

Roti Planta said...

Dato'

Tahniah. Kenalah buat pulut kuning untuk meraikan ulangtahun ke 5. Jika PM boleh buat perjumpaan dengan followers FB beliau maka adalah dicadangkan Dato' juga dapat sponsor 1104 followers Blog Dato' ni.

/Roti Planta

husin syedmohamad said...

Datuk
1/ Ruang Datuk memberi maklumat yang tidak akan saya peroleh dari media-media lain. Sudah semestinya Datuk memperoleh maklumat lebih banyak dan lebih sensitif dari yang dipaparkan.
2/ Pendedahan maklumat secara terus atau kiasan , menghadapkan Datuk kepada risiko , dari pihak yang ada kaitan. Sebagai pengulas/pembahas , wajar kita berhati-hati supaya tidak mendedahkan Datuk kepada risiko terlalu besar. Kita pasti tidak mahu kehilangan " the scribe " ini.
3/ Ruang ini juga memacu dan mengajar kita berfikir , membaca untuk berkongsi maklumat .
4/ Terima kasih.

Baijat said...

tahniah datuk kerana usia blog ini sudah mencapai usia 5 tahun...

Semoga Allah memanjangkan usia datuk seterusnya memberi peluang kepada untuk berkongsi pendapat dan pandangan serta saranan yang bernas untuk manafaat kita semua.

Terima Kasih

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Tahniah kerana masih bertahan dengan gelagat pengunjung yang pelbagai kqerenah, pak kadir juga memang berpengalaman, tapi yang ini lebih bermakne kerana ianya hakmilik mutlak pak Kadir tak gitu?

Saye berdoa semuga pak Kadir di beri kekuatan tenaga dan minda dalam berkarya dan juga keberkatan.

Ikhlas said...

Salam , Syabas dan Tahniah buat Dato' kerana terus mencurahkan pengalaman, pengetahuan dan ilmu buat kami pengunjung setia blog Dato'.

Teruskan usaha murni Dato' semoga terus di anugerahkan kesihatan yang mantap supaya kami sebagai pengunjung setia dapat memanafaatkan segala debat atau hujah hasil dari blog Dato'.

Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Ikhlas.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Tahniah diatas kejayaan blog ini.Semoga kejayaan ini berterusan

Anonymous said...

Salam Dato

Taahniah, ini first post saya diblog Dato walaupun telah menjadi pengikut setia blog beberapa tahun, nak masuk dalam statistic pengomen.

Kalau dah jadi pengikut setia tentu ada perkara yang saya suka tentang penulisan Dato, tahniah sekali lagi.

Azim

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Tahniah Datuk serta sekelian pengikut dan pembahas yang terus menyumbang kepada blog ini. Terima kasih kepada yang empunya blog kerana sudi membukakan ruang untuk berkongsi fikiran seadanya. Semoga blog ini akan terus hidup dan lebih berjaya pada masa hadapan.

Anonymous said...

Tahniah Dato.

Ini entry pertama saya selepas mengikuti blog Dato hampir selama 4 tahun.

Saya banyak belajar dari semua yang berbahas di sini. Terima kasih.


max assaffah

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

'No writer, no matter how gifted, immortalises himself unless he has crystallised into expressive and original phrase the eternal sentiments and yearnings of the human heart.'
Alfred de Vigny

Tahniah Tok,tak tau pasai apa,satu satunya blog yang saya boleh luah perasaan walau pun tak bernas dan merapu tahap maksima.

Anonymous said...

Salam Dato,

Saya tertarik ungkapan Dato' seperti di bawah;

'Bagi saya mudah saja, kalau saya hendak kesenangan, pangkat dan gelaran berjela-jela, tidaklah saya buat blog ini atau saya gunakanlah ia untuk memuji dan memuja orang atau pihak yang berkuasa yang boleh memberikan saya kesenangan, pangkat dan gelaran'.

Ingin saya kaitkan ungkapan ini keatas Sdr Anwar Ibrahim. Bukan itu saja malah Sdr Anwar sanggup menanggung derita dalam penjara di belasah dan di perlakukan sehinanya. Malah Keluarga anwar mendapat aib.

Kenapa Sdr Anwar tidak memilih utk mengalah dan menikmati segala kemewahan yang bakal tiba seperti bekas TPM Musa dan Ghafar Baba.

Saya percaya Dato penyokong kuat Tun Dr. M namun saya juga percaya Dato' memiliki kewarasan tersendiri.

Drp; rakyat marhean

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ,

Semoga Datuk dan peminat Datuk sekalian senantiasa berada di bawah perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama mengambil sikap bertenang dan berlapang dada meneroka dan mencari kebenaran yang hakiki. Mudah-mudahan Allah SWT menunjuki kita semua JALAN YANG DIREDHAI-NYA.

Kita sekali-kali tidak akan sesat selagi kita menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup dan mati kita.

Wassalam.

Anonymous said...

Semoga panjang umur blog ini dan semoga kebebasan berblog terus terpwlihara

Saya yang berkala

xairlinepilot said...

Salam DAKJ

Tahniah.. Tahniah dan Tahniah !!!

Teruskan berkongsi ilmu di dalam blog DAKJ ini..

1280-K Taman Malik

Anonymous said...

RPK: Freedom of speech cuts both ways


PETALING JAYA: Fugitive blogger Raja Petra Kamarudin has hit out at the Opposition for condemning those who criticise them as traitors.

He said criticism in the name of freedom of speech should work both ways, and not just targeted at the Government.

He said many within the Opposition did not seem to understand this.

“The Opposition supporters have to grow up. They have to be mature and understand that freedom cuts both ways,” he said.

He questioned the Opposition’s thinking that any criticism directed at them was based on ulterior motives and not freedom of speech.

“This is a very primitive and immature thinking of many within the Opposition – some leaders included.

“You cannot ask for freedom to criticise the Government but do not wish anyone to criticise you. This is not what freedom of speech is all about,” he said.


comment:

Dah betul lah tu RPK. Bukan semuanya apa yang pihak pembangkang buat adalah betul segalanya.
Ada kalanya kenyataan yang dibuat oleh pihak pembangkang sungguh "mengelikan hati"!!!
Tidak masuk akal tapi ada juga penyokong tegar yang mati-matian mempertahankannya.

Itulah bagaimana ceteknya akal setengah manusia. Ada yang cerdik dan tidak kurangnya yang kurang cerdik.

-pelarian terhormat-

mdshah53.blogspot.com said...

Salam Dato'
Jangan lupa pengikut senyap yang tetap membaca walau pun ada kala tak bersetuju dengan pandangan Dato' tetapi tetap menghormati pendapat individu.

MBA said...

Tahniah Dato' Blog terbaik. Teruskan Penulisan yang Bernas

affendi hussain said...

Salam Dato'

5thn.. cepatnya masa berlalu..

(",)

saji said...

Sdr AnakJatiKL

Mengkritik Isa Samad bermakna mengkritik kepimpinan DSNajib dan pembodeknya

rudy bluehikari said...

Dato', saya cadangkan inti blog ini dibukukan. Saya org pertama akan beli.

hang_nadim2 said...

Tahniah Datuk

Blog datuk banyak ilmu

Mudah-mudahan usaha datuk di berkati Allah

Nur Afiqah Izzatie Zainudin said...

tahniah juga dari www.kelabchedet.com. semuga usaha dato akan terus diberkati Allah...!!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).