Saturday, February 12, 2011

PRK Merlimau: Utamakan Calon Berwibawa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 13 Feb.] -- SATU pilihan raya kecil lagi; kali ini akibat kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kerdau, Pahang, Zaharuddin Abu Kassim, 63 tahun. Dia meninggal kira-kira jam 6.30 petang semalam di rumahnya di pekan Kerdau selapas terjatuh.

[Posting Asal]

DENGAN kemenangan besar dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang, Johor 30 Januari lalu, Barisan Nasional, khasnya Umno, wajib mula memberi tumpuan kepada pemilihan calon yang bermutu.

Peluang melakukan tugas ini lebih cerah dan mudah di negeri-negeri di mana Umno kuat seperti Johor dan Melaka.

Jadi, pemilihan calon yang berwibawa, bersih, disenangi serta sihat tubuh dan akal wajib menjadi matlamat utama dalam pilihan raya kecil Merlimau.

Media atas talian melaporkan tujuh orang pembesar tempatan Umno, termasuk bekas Ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusof, telah disenaraikan untuk pertimbangan BN pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, dijangka mengumumkan calon BN pada 24 Februari, dua hari sebelum penamaan calon. Pengundian adalah pada 6 Mac.

Nama-nama lain yang disenaraikan adalah Ketua Wanita Zaleha Bujang, Ketua Pemuda Zaidi Atan, Ketua Puteri Siti Faezah Aziz dan ahli jawatankuasa bahagian Nasser Selamat, Nasir Bazir dan Roslan Ahmad.

Mungkin BN/Umno tidak perlu berjudi dengan Mohd Said yang tercemar imejnya akibat pendedahan media pada tahun 2006 di mana dia didakwa meminta layanan istimewa daripada Kastam dan Eksais Melaka berkaitan kargo balak dari Indonesia yang diimport oleh syarikatnya.

Lagipun dia tidak dipilih bertanding semula dalam pilihan raya umum 2008. Tapi dengan rekod BN dan kerajaan yang suka mengitar semula pembesar-pembesar yang dipertikai wataknya, adalah tidak mustahil Mohd Said dikitarkan semula.

Eloklah BN/Umno memikirkan orang baru yang lebih muda, berpelajaran, berwibawa dan tidak tercemar oleh masalah peribadi dan kerjaya. Populariti saja tidak cukup kerana seorang yang popular tidak semestinya berkualiti.

Kalau BN dan Umno serius mengenai kelangsungannya, ia hendaklah menempatkan dirinya sebagai parti masa depan yang bersih, mesra generasi muda dan komited.

Satu lagi, seperti diuar-uar dan dijanjikan, calon BN itu nanti biarlah orang yang diketahui sihat atau setidak-tidaknya pun tidak menderita penyakit yang mengancam nyawa (life threatening).

Merlimau adakah kerusi selamat BN/Umno. Dalam PRU 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hasan yang meninggal pada usia 54 tahun menang dengan majoriti 2,154 undi atau 27.5 peratus undi popular.

Dia menewaskancalon Pas, Mejar (b) Jasme Tompang. Mohamad Hidhir memperoleh 4,981 undi atau 63.8 peratus undi sah manakala Jasme mendapat 2,827 atau 36.2 peratus.

Hal yang sama wajib diberi perhatian oleh Pas setelah pemilihan calon PRK Tenang dikatakan menjadi masalah kepada parti itu. Pas masih boleh memberi tentangan yang bermakna kepada BN.

Dikotomi politik Melaka sebenarnya adalah antara Umno dan DAP, di mana pengundi Melayu umumnya memihak kepada Umno (BN) manakala undi Cina dan India memihak kepada DAP.

Dalam PRU 2008, BN menang 23 daripada 28 kerusi DUN Melaka. Baki dimenangi oleh DAP.

70 comments:

Roti Planta said...

Dato,

Dato Rahim Tamby Chik juga perlu dipertimbangkan berdasarkan pengalamannya sebagai Ketua Menteri Melaka dahulu. Saya yakin pengundi di Merlimau akan memilih BN walaupun siapa pun dicalonkan. BN tidak perlu memilih calon berdasarkan kewibawaan atau kelayakan akademik, cukup sekadar membawa 'logo dacing' untuk dipilih oleh rakyat.

Bye/Roti Planta

azhar said...

salam dato

saya tak nampak PAS akan menang di PRK merlimau.

orang melayu masih mempercayai umno ,dan umno pula telah memberi sumbangan yang hebat kepada rakyat melaka.

orang melayu melaka tidak akan menyokong PAS sekarang kerana PAS bersekongkol dengan DAP .sejarah juga telah menyaksikan Lim kit siang dan Lim guan eng terpaksa berhijrah untuk meneruskan cita citanya.

orang melayu melaka takut dengan DAP.sebab mereka tahu siapa itu DAP.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Didlm UMNO sekarang ni ada ke calon yg betul betul bersih dan hanya memikirkan rakyat didalam semua pertimbangannya?

saji said...

Slaam Dato'

Dengan kerja kuat KM, DSAR membangunkan Negeri Melaka temasuk kejayaan beliau 'mengkonservasikan' Sungai Melaka sebagai daya tarikan unik untuk kawasan pembandaran yang diimpikan oleh mana2 urban plannerkhasnya dan di tambah dengan Melaka sebagi kubu kuat UMNO memang tidak ada masalah untuk menang PRK Merlimau.

Bagi saya, suasana pasti menang itu perlu digunakan oleh UMNO untuk membetulkan masalah lamanya yang semua orang tahu, di mana ketua bahagiannya menyekat kemasukan ahli baru yang kelulusannya lebih tinggi dsb

Suasana pasti menang itu juga perlu digunakan oleh UMNO yang menerajui kerajaan pusat supaya menjadikan PRK tersebut terhidar daripada cara kempen yang meloyakan serta kebudakkan

OKJ said...

Salam DAKJ

Alhamdulillah. Macamnilah Dato’, sekali-sekala bagi cadangan dan bersifat neutral. Ini asyik hentam YAB PM, isteri, TPM dan kerajaan. Macam semua yg kerajaan buat tak betul. Tak baiklah macam tu.

Cadangan Dato’ yg nakkan calon YB kalini dari kalangan orang muda berpengalaman, cekap, bersih, berilmu, kulit sawo matang, handsome, rambut masih hitam, body bentuk V bukan b, tak tinggal sembahyang, khatam Al Quran berkali-kali, boleh imamkan sembahyang dan tahlil, bercakap benar, tidak suka pada khabar angin, gossip dan fitnah, toleransi, berbudi, dan kadang-kadang panas baran disebalik ‘berpada-pada supaya tak kena pijak kepala’ tu, memang saya setuju 100%.

Harap-harap YAB Dato’ Seri PM terjumpalah nanti calon tu. Rasanya ada, cuma kena carilah sikit. Sekian TQ.

Anonymous said...

Salam Datuk Kadir

Saya adalah penduduk melaka dan isteri,abg ipar dan mak mertua akan mengundi dlm pilihanraya kecil DUN merlimau ini.Saya berpendapat BN akan memenangi pilihanraya kecil ini cuma majoritinya sahaja yg belum dipastikan.Ini kerana mereka semua adalah penduduk felcra dan menyokong UMNO sejak sekian lama.Saya pula adalah penyokong PAS yg sememangnya amat menantikan kehadiran wakil sulung PAS di Melaka.Saya adalah pengundi di DUN ASAHAN yg majoritinya adalah rakyat berbangsa Melayu tetapi mereka tetap mengundi MIC kerana MIC didlm BN.Begitulah totoknya pengundi melayu Melaka terhadap UMNO/BN.Di DUN Asahan yang majoriti pengundi adalah pengundi melayu tetap akan mengundi sesiapa sahaja yang menjadi calon asalkan bertanding atas tiket BN.Bak kata org "kalau letak tunggul kayu/kura2 atau tahi lembu sekali pun menggunakan lambang BN mereka tetap akan mengundinya".Begitulah taksubnya pengundi melayu Melaka terutama dikawasan Felda,felcra dan kampung2.Sebenarnya BN Melaka tidak perlulah bersusah payah utk meletakkan calon berwibawa kerana kebanyakan mereka tidak kisah soal calon asalkan mereka itu sng didekati,mesra rakyat,tidak kedekut wang,selalu trn pdg dan selalu menjayakan program2 kampung dgn menyediakan peruntukan,maka BN akan mendapat undi dari penduduk2 kampung.PAS sukar memenangi atau menawan undi dr penduduk kg ini kerana sering dimomokkan penduduk kg oleh kerajaan bahawa sekiranya pembangkang menang,maka tiada lagi peruntukan utk kg,jalan tidak akan dibaiki,segala program kg tidak akan ada duit yg masuk dr kerajaan.Maka penduduk2 kg ini berasa takut nanti kebajikan mereka terjejas sekiranya BN kalah.

PAS melaka perlu mencari calon yg benar2 berwibawa.Saya rasa jangan dipilih semula Mejar (B) Jasme Tompang kerana persepsi pengundi terhadap beliau agak negatif.Beliau dikatakan tidak mesra kpd org kampung,kurang bergaul dan sebagainya.Mak mertua saya mengenalinya dan pernah berkata "Aa'hh anak Tompang tu bkn kenal org".Beliau juga takut nk bertemu org kampung utk bersalaman sewaktu pilihanraya 2008 dulu.Penduduk kg sendiri kena mintak bendera PAS utk memastikan ada perlawanan dgn UMNO/BN.Mcm mana PAS mahu menang sekiranya betul ada calon yg bersikap sebegini.

Sbnrnya PAS paling perlu memastikan calon berintegriti mengatasi calon BN sekiranya berhajat utk menang.Calon PAS wajib mesra rakyat tidak kira siapa pun yang kita jumpa.Yng penting kebanyakn pengundi kat situ kenal dkt kita sebelum kita menjadi calon PRK.

Isu2 setempat atau nasional saya rasa tidak langsung memberikan kesan kepada pengundi2 di DUN merlimau kerana mereka tak bape kisah ttg itu.

Ahmad
Penduduk Jasin

Competente said...

Bukan setakat calun, malah pemimpin kitar semula seperti Tan Sri Isa Samad pun boleh menang besar di Bagan Pinang. Sehingga dilantik pula menjadi Pengerusi Felda.

Rekod lama tidak memberi apa-apa kesan kepada sesetengah kawasan kerana pengundi di beberapa kawasan tertentu masih mengutamakan parti dari calun.

Oleh itu calun yang berwibawa perlu disimpan untuk ditandingkan di kawasan dimana pengundi bersifat memilih calun. Di kawasan dimana pengundi memilih parti (bukan calun), tidak perlu mencari calun berwibawa kerana siapa pun dicalunkan tidak memberi apa-apa perbezaan.

Persoalan sekarang samada pengundi di Merlimau akan mengundi parti atau mengundi calun?

Kini akan timbul pula pertandingan di DUN Kerdau dan akan memerlukan calun lagi ...

ab said...

Salam Dato,



Elok kalau ada wakil rakyat yang tinggi pelajaran akademik disamping `kreteria' lain yang PM sebutkan.....


KM melaka ni macam `suka' adun BN yang `kureng' dari akedamik selama ini...senang sikit nak `ajaq' kut ni....


BAB PRESTASI WAKIL RAKYAT `RECYCLED' NI....macam kata einstein, INSANITY IS DOING THE SAME REPEATEDLY AND EXPECT A DIFFERENT RESULT...lebih kurang macam tu.



PADA SAYA WAKIL RAKYAT YANG `TERBAIK' ialah mereka yang bolih MEYAMPAIKAN DAN MEMASTIKAN projek projek `nation bulding' dari bentuk projek fizikal dan `nonphysical projects'....betui betui `menjadi' dikawasan yang diwakili mereka...


DAH RAMAI WAKIL RAYKAT `POSMEN', kita MAHU WAKIL RAKYAT `BURUH' sekarang ni....


Jangan lebih sangat `angkat bakul' dalam masa kempen,kurangkan rhetorik, pi tenguk apa yang diperlukan rakyat,bukan yang calun nak buat....


Kalau cerdik LIMAU BOLIH MENJADI EMAS!!



Abu Bakar Ab Rahman

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Kalu dah kena pilih jadi calon,baguih dok depan cermin lama lama.Tengok dulu cun ka handsome ka dak.

Kalu rasa la ni ok,pi pulak tengok dalam lemari kot ada tengkorak ka botoi jack daniels ka vcd biru ka yang lama masa dolu dolu.

Bukan apa Tok,tak tau apa dah jadi!Rakyat terpaksa pilih bukan yang terbaik, tapi sapa lagi kurang skandal ada peluang.

Pakai baju kot ka pakai ketayap ka tudung muka ka ni semuau imej tak boleh pakai dah!Kalu tak percaya pi la mahkamah.Kena tuduh rogol pun ketayap tak tinggai.

TK

Anonymous said...

Datuk A.Kadir Jasin menulis...
"Mungkin BN/Umno tidak perlu berjudi dengan Mohd Said yang tercemar imejnya akibat pendedahan media pada tahun 2006 di mana dia didakwa meminta layanan istimewa daripada Kastam dan Eksais Melaka berkaitan kargo balak dari Indonesia yang diimport oleh syarikatnya."

"Lagipun dia tidak dipilih bertanding semula dalam pilihan raya umum 2008. Tapi dengan rekod BN dan kerajaan yang suka mengitar semula pembesar-pembesar yang dipertikai wataknya, adalah tidak mustahil Mohd Said dikitarkan semula."

LAYANAN ISTIMEWA OLEH KDRM TERHADAP DATUK SAID BERKENAAN BALAK YG DIIMPORT???
SAPA YANG MENGIMPORT BALAK ITU SEBENARNYA BUKAN DATUK SAID!
SYARIKAT DATUK SAID HANYA SEBAGAI "AGEN KASTAM"...
TAHUKAH DATUK KADIR.. APA ITU "AGEN KASTAM???"

"TENTANG TUTUP SEBELAH MATA!"
DATUK SAID, BAGI SAYA TELAH TERSALAH AYAT! DAN TERSALAH PERKATAAN!
DATUK SAID SEORANG YANG RINGKAS DALAM PERTUTURAN SEHARIANNYA...
ORANG KAMPUNG LAH KATAKAN DAN KAKI KEDAI KOPI, BUKANNYA KEDAI KOPI DIHOTEL HOTEL BERBINTANG BINTANG, TAPI HANYA KE KEDAI KOPI BIASA DI BEMBAN, TEHEL, SERKAM, MERLIMAU, JASIN, TANGKAK... HANYA KEDAI KOPI TEPI JALANRAYA DI KAMPUNG KAMPUNG...
MAKSUD SAYA, DI SINI, MAKA, PERTUTURAN DATUK SAID, TERBAWA BAWA DENGAN CARA SEHARIANNYA BERTUTUR... CARA RINGKAS, ORANG KAMPUNG...
DIA TERLUPA, BAHAWA, PADA MASA ITU, "TUTUP SEBELAH MATA" YANG TERLUAH, DIA ADALAH SEORANG AHLI PARLIMEN JASIN !
MAKA, DISITU TERJADI, MASALAH DAN SALAH FAHAMAN DAN "CONFLICT OF INTEREST"...
SEPATUTNYA, AYAT DAN PERKATAAN DATUK SAID, "BAGI PELUANG DAN PERTIMBANGAN ATAS KES BALAK TERSEBUT!". BUKAN BALAK DIA PUN!
BERKENAAN "KES BALAK" DAN "KES TUTUP MATA SEBELAH" ITU, DATUK A.KADIR, BOLEH BERTANYA SENDIRI KEPADA DATUK SAID SENDIRI, ADAKAH BENAR KATA KATA SAYA INI.

"TIDAK DIPILIH SEMULA!"
INI ADALAH PERMAINAN POLITIK DI DALAM UMNO BAHAGIAN JASIN, DATUK A.KADIR!
SATU PERMAINAN POLITIK UNTUK MENYINGKIRKAN DATUK SAID DARIPADA UMNO BAHAGIAN JASIN!
DI JASIN, JIKA "TOP MEN" TIADA JAWATAN YB, MAKA, TIADA SIAPA AKAN "MENGAPUNGNYA" KE ATAS LAGI!
DAN AKAN TERSINGKIR DENGAN SENANG!
TIADA SIAPA YANG MAHUKAN DAN AKAN MEMPERTAHANKAN SEORANG TIMBALAN KETUA UMNO, SEORANG YANG TIADA JAWATAN YB!
HE IS OUT OF THE RACE!
SIAPA YANG UNTUNG!?
TIADA SIAPA YANG AKAN MENGGUGAT "TOP MEN" YANG MENYANDANG JAWATAN!
BUAT MASA SEKARANG, TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGGUGAT KEDUDUKAN "TOP MEN" TERSEBUT! TIADA KEKUATAN SEPERTI YANG DIMILIKI OLEH DATUK SAID!
SIAPA YANG TAKUTKAN BAYANG BAYANG!?
AKU SOKONG DATUK SAID.

abdullahngah said...

membaca tulisan ini bolehlah saya buat kesimpulan bahawa Dato sangat benci dengan calon yang terbabit dengan rasuah.

Maaf cakap, benci itu hanya benci dalam satu saja. Tak lebih daripada itu.

Nampaknya itulah yang mampu dilakukan oleh orang macam Dato dan barangkali rakan rakan Dato yang lain lagi.

Dalam islam benci dalam hati adalah menunjukkan atau tredmarknya ialah "selemah lemah iman".

Atas sebab itulah apa yang dilaksanakan baik kerajaan dan Umno tak boleh ubah apa yang dikatakan kita mahu mengubah yang bagi smasih samar samar, kerana ubah ada dua perkara.

Perkara pertama ubah daripada buruk kepada baik dan perkara kedua ubah buruk kepada lebih buruk lagi.

Jarang benar kita tengok umno mengubah daripada baik kepada lebih baik baik dari segi calon untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke kecil ke.

Pendek kata, amat sukar untuk mendapat seorang calon umno yang baik menurut perspektif islam sepertimana yang dilaksanakan dizaman Rasulullah SAW dan sahabat.

Oleh itu jangan diharap umno boleh terjumpa dengan pemimpin yang baik untuk dicalonkan, hatta calon DUN merlimau yang diharap-harapkan itu.

Terbaik dari segi umno mungkin ada, Tapi terbaik menurut perspektif islam jauh sekali.

Maaf ya, cakap.

Queen Latifah said...

Salam, Dato'

Lama tak mai sini. Penat kot. Apa pun, tentang PRK Merlimau ni, saya rasa BN boleh relaks lah. Confirm menang punya. Nak letak hak recycled boleh, hak macam hero Bollywood boleh, hak tak tahu apa-apa pun boleh. Kalau letak 'orangutan Penang' pun boleh. Depa tak kisah punya! Hehe. Janji BN memang. Parti lain, buat buang masa dan beraih aje kalau pi kat situ.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Innalillah maka pergi lah seorang anak Adam.
Semoga rohnya dikumpul dlm golongan orang baik baik

Harun

saji said...

Sdr AKU SOKONG DATUK SAID.

Maaf cakap. Cara kamu sokong DATUK SAID sebiji macam orang keliling HOSNI MUBARAK sokong HOSNI MUBARAK!!!
Apa yang terjadi kepada parti MUBARAK dan MUBARAK sendiri?

Mengenai cerita DATUK SAID mendapat layanan istimewa dengan pihak kastam itu, sdr bayangkan jika hal yang sama dilakukan oleh YB PR.

Kamu cakapkan kepada member kamu DATUK SAID itu kena banyak bersyukur. Sekurang2nya tidak diseret ke mahkamah. Jangan pandai cakap kepada orang Melayu lain kena bersyukur seperti yang sering terkeluar daripada mulut para pemimpin UMNO!!!!

abdullahngah said...

Ahmad, penduduk Jasin,

Saya setuju amat dengan pendapat Ahmad penduduk Jasin itu.

Mengapa tidak? kerana orang Melayu memang begitu.

Soal calon berwibawa dan berintegeriti tidak timbul bagi orang melayu umno.

calon yang jahat pun boleh menang. Tapi dalam PAS calon diambil kira.

Mungkin kerana parti PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam maka calonnya mesti berintegeriti.

Orang melayu Melaka baik Jasin tak undi calon PAS miskipun calon itu seorang Tok Guru sekalipun.

Sebab itu PAS tak pernah menang satu kerusi pun di melaka, kecuali semasa pas menyertai umno dulu menang satu kerusi.

Memang orang PAS negeri melaka rendah nilainya berbanding orang PAS Pantai timor miskipun mereka seorang guru.

Apa lagi kebanyakan yang menyertai PAS itu terdiri dari polis pencen dan askas pencen.

Pada adatnya pas memang sukar untuk menang kerusi Merlimau, kerana orang Melayu lebih yakin dengan umno untuk memerintah negeri dan negara miskipin sudah banyak tanah adat milik orang melayu bertukar tangan.

Anak Parit/Bota/Lambor said...

Salam Dato',

Takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Zaharuddin Abu Kassim , ADUN Kerdau yang telah kembali ke rahmatullah.

Akan ada PRK ke 16 nanti di DUN Kerdau. Untuk PAS, lupakan untuk menang di PRK Merlimau, hantar calon sekadar memenuhi permintaan penyokong PAS dan jangan beri laluan mudah pada BN untuk menang. Uji populariti PAS dan tengok berapa undi yang akan diberikan oleh pengundi Merlimau.
Untuk PRK Kerdau, PAS juga akan bertanding untuk DUN tersebut. BN juga akan menang, PAS sekadar menguji populariti disitu.

Untuk pengundi kedua-dua PRK, mintalah apa yang boleh diminta , supaya boleh buat perbandingan bila janji tak ditunaikan pada PRK ini, maka boleh lah ubah selera bila PRU 13 menjelang nanti.

Mengundilah dengan bijak.

Anak Parit/Bota/Lambor

maae said...

Salam Datuk,

1.Rakyat pengundi sekarang sudah peka dengan media.Jika tidak peka mungkin pengetahuan di perolehi dari mulut-mulut orang kampung atau dari anak-anak sendiri yang berpendidikan,hidup di luar.

2.Soal kewibawaan calon ini banyak bergantung kepada perilaku calon itu sendiri.Jika mereka bijak menjaga maruah dan daya kepimpinan, tidak mustahil rakyat akan berpihak kepada nya.

3.Jika sudah tercalar maruah, bagaimana sekali pun hendak di ketengahkan semula,rakyat tetap menolak.Dalam istilah dasar politik pengundi-pengundi bersih dan jujur amat di utamakan. Sekali calon tercemar (benar atau salah), untuk bangun kembali memerlukan pengaruh bantuan dan pengorbanan yang besar.

4.Adalah lebih baik memilih calon baru setempat berwibawa,kenal masyarakat dan masyarakat selesa bersama nya. Akses secara terus amat di perlukan rakyat,bukan birokrasi.Pujian sudah tentu pada calon yang kenal hati budi masyarakat nya.

5.Ini lah demokrasi.Apa yang di pilih dan di mahu pengundi.Bukan apa yang di sogok (termasuk nama calon) untuk meraih undi.

6.Peranan penting KM memilih yang berwibawa di bawah naungan nya.Jika beliau gagal,sifat nya sebagai pemegang amanah rakyat turut tercemar.

jab sp said...

Dato'
Seorang pembahas gembira yang teramat sangat dengan ulasan Dato' kali ini.Neutral katanya.Dan yang paling dia gembira apabila Dato tak hentam PM Najib dan isterinya.
Lagi elok jika pembahas seperti ini melayari laman laman yang pro umno-bn secara 100% total kerana laman ini pasti menyiarkan posting penuh memuji kepimpinan negara.Mungkin lagi seronok kerana tiada teguran dan jika ada teguran pun pasti tak akan terlepas tapisan untuk disiarkan.

Saya pula sebagai seorang sedikit mirip dengan pembangkang di peringkat persekutuan juga gembira jika banyak individu seperti ini.Lagi banyak lagi baik.Biar pemimpin negara diulik dengan cerita semua baik,rakyat mewah,rakyat seronok,rakyat gembira dan rakyat semuanya memuji pemimpin negara.
Hati rakyat yang mengcengkam dan tunggu masa untuk meletup jangan diceritakan.
Dato',
Postmortem kegagalan BN mencapai majoriti 2/3 dalam PRU12 yang lalu telah lama dibuat."Mungkin dalam postmortem itu ada tercatit perkara ini,ia itu jangan pertikaikan kemampuan pemimpin umno.Pemimpin umno semuanya baik,yang tidak baik dan tidak bersyukur dan tahu berterima kasih hanyalah rakyat sahaja"

PRK Tenang telah berlalu dan kini PRK Merlimau pula.Kerdau pula sedang menunggu.
Untuk 2 PRK ini,saya memang tau PR tiada harapan,juga sebagaimana Tenang.Jesteru itu kalau bolih PR tak perlu bertandinglah.Bukan kerana takut kalah,tapi buang masa.Kalau sekadar nak gunakan sebagai medan menghebahkan Buku Jingga,yang tau ,telah pun tau,yang belum tau, memang tak mau tau.
Untuk apa PR nak bertanding,jika belum apa apa RM 5juta telah pun diumumkan kononnya untuk kesejahteraan rakyat Merlimau.Kalau tak ada PRK PASTI tiada ada pengumuman itu.
Kita Melayu yang TIDAK mudah lupa tentu ingat bagaimana PRK 1 hingga 7 dulu.PM ambil keputusan tiada projek sepanjang kempen.Hasilnya BN bungkus separuh PRK .

Dengan PR tidak bertanding(andaikata),bolihlah sama sama kita tengok adakah rahmat segera akan diterima olih rakyat Merlimau dan Kerdau.Adakah projek KEBETULAN seperti yang selalu terdapat dalam PRK selepas PRK 7-14 ,akan terus dihebahkan di Merlimau dan Kerdau kali ini.

Selayang Pandang said...

Assalamualaikum, pa
Apa yang saya tulis tidak ada kena mengena dengan mana-mana yang masih hidup atau telah mati, cuma sekadar pemerhatian.

Cadangan mengenai calon berpelajaran, muda, berwibawa, sihat memang bagus. Dari segi mentaliti orang Melaka pula tidak kiralah Melayu atau Cina atau India, calon yang ideal adalah calon yang ramah, mudah tersenyum, suka bertegur sapa, selalu melawat, beramah mesra dan yang ada "result" atau "outcome" yang bagus dari kepimpinan calon tersebut. Kriteria terakhir ni saya ertikan calon yang sudah nampak bibit-bibit jasanya kepada masyarakat.

Kalau dikaji susur galur karektor orang Melaka - meriah, tidak banyak songel, flexible. Baru kenal satu hari, macam sudah kenal bertahun-tahun. Mungkin orang dari negeri lain akan terperanjat dengan kemeriahan ini.

Orang Melaka biasanya tidak suka kondem orang lain. Kalau bunyi macam kondem tu pun hanyalah gurauan tanpa ada perasaan dendam di hati. Jadi kalau ada calon yang memang perangainya suka kondem, lama-lama orang Melaka kata "macam bagus".

Ramai permestautin dari luar Melaka, bila bekerja di Melaka hingga pencen dan memahami karektor dan mentaliti masyarakat Melaka, lepas pencen tak balik ke kampung asal,..alasan natural, kawan semua di Melaka....ramai juga peniaga dari luar Melaka mendapat kejayaan pertama perniagaan di Melaka kerana sistem Melaka telah direka supaya tidak banyak kerenah dan birokrasi.

Malah sekiranya ada masalah dengan agensi kerajaan di negeri lain, ada juga yang akan merujuk dan bertanya di pejabat di Melaka macam mana proses sebenar sebelum membuat aduan di biro pengaduan awam sebab karektor kakitangan awam Melaka mudah, ramah dan efektif.

Jadi kalau calon itu muda, berwibawa, berpelajaran, sihat adalah bagus...tapi dari segi karektor tidak secocok dengan karektor orang Melaka, saya fikir, tahan satu penggal sahaja.

Walau pun saya kurang bersetuju dengan "calon sebelah mata", kalau diperhatikan dari pembangkang pun ramai juga calon-calon yang pernah masuk lokap dan diwar-warkan ada masalah di "kitar semula". Tidak ramai yang mampu menjadi ahli politik sebab politikus tulen adalah manusia yang bermuka tebal dan tersenyum walau pun bermasaalah.

borhan said...

Melaka adalah kubu UMNO.Martabatnya lebih kurang seperti Pahang dan N Sembilan tetapi tidaklah sekental Johor. Kalau di Merlimau UMNO kalah Najib patut bersiap untuk jadi Ketua Pembangkang selepas PRU akan datang.
Pemilihan calun yang tepat adalah penting kerana ia akan memberi isyarat kepada pengundi muda jenis apa reformasi UMNO yang dicanang-canangkan itu.
Meletakkan calun recycle, calun luput tarikh atau calun yang berpenyakit orang kaya munkin memudahkan pembesar-pembesar UMNO untuk menentukan yang titah perintahnya sentiasa ditaati tetapi itu mungkin membuat pengundi muda rasa meluat. langkah sebegitu mungkin boleh memenangkan di Merlimau tetapi dalam PRU akan datang imej itu akan memalapkan UMNO.

Anonymous said...

Tok Kadir,

Susah la kalu macam ni. Kita tegor sikit PM, kerajaan atau Umno orang Macam OKJ kata kita asyik hentam YAB PM, isteri, TPM dan kerajaan. Macam semua yg kerajaan buat tak betul. Tak baiklah macam tu. Bukan saya kata, tapi OKJ yang kata.

Say baru gebang dengan seorang ketua bahagian yang pi meeting dengan PM sambil-sambil kena nasi kandar Kapitan Kling.

Dia kata PM kata kerajaan tak ada duit. Tapi dia kata kenalah adil. Jangan curah duit dalam kawasan PRK saja. Yang mati dah tentu mati. Yang tak mati pun kalu tak ada duit untuk projek kecik, projek kampung dan peniaga kecik boleh mati juga.

Dia kata takkan tak ada duit nak bagi projek kecik RM1 juta satu kerusi parlimen bila PM buleh bagi $M111 juta kat bini dia untuk satu projet saja?

Dia kata projek kecik ni berkesan pasai sampai terus kepada pengundi tak kira Melayu, Cina atau India. Semua boleh rasa. Dia kata beli kapal perang berbilion buleh. Menteri jalan satu dunia dengan bini buleh, takkan nak bagi RM1 juta peruntukan projek kecik tak ada duit kot?

Kamjat Penang

Anuardi said...

YBhg Dato'

Saya sering mengikuti penulisan Dato' dan pada saya BN sekarang ini semakin mendapat momentum sokongan daripada rakyat kerana isu dalaman yang semakin meruncing khususnya dalam PKR selain keupayaan YAB PM dalam mentransformasikan negara ini kearah negara yang lebih progresif. Wakil rakyat sebolehnya seorang pemimpin yang sihat dan bebas dari penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi...agar pemilihan yang akan diadakan nanti berbaloi kerana kita tidak mahu YB yang mempunyai masalah kesihatan dapat berkhidmat dengan lebih baik pada masa akan datang. Takziah diucapkan daripada
http://bajetwang.blogspot.com/ kepada keluarga allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Insha allah.

Norman Abdullah said...

Salam.

Dalam UMNO mana ada calon berwibawa.Orang yang macam Dato Basha,berkelulusan hanya LCE,boleh jadi Ketua Perhubongan UMNO,Kedah.Apa yang di boleh buat untok menawan samula Kedah.Kenapa tidak di lantek sahaja Dato Mukriz sabagai Ketua Perhubongan.

Di Perlis Shahidan Kassim maseh bergasak dengan Md Isa MB.

TS Isa,saorang yang bersalah dalamkes rasuah party di lantek mejadi Pengerusi Felda.Apa UMNO sudah tidak ada orang lain.

Orang2 Melayu sampai bila hendak di perkudakan oleh UMNO.Mereka bagitu taat setia mengundi UMNO setiap pilehan raya.Apa yang mereka dapat.Boleh jadi ahli JKKP.boleh jadi ahli majelis dearah,boleh jadi ahli rela.

Sampai bila orang Melayu kampong akan di tipu.

Unknown said...

adus,x positif kalau bagi UMNO menang,sbb akan menjadikan UMNO terlalu selesa sehingga xde check n balance.Segala kelemahan akan terus ditutup.

Unlikely apa yg terjadi di mesir akan terjadi di sini,oleh sbb itu,rakyat malaysia,jadilah agen perubahan!

bkn utk pas,bkn utk umno,tp utk kita!

Anonymous said...

TUAN SAJI
SAYA TAK KENAL PUN DAN TAK MAU KENAL PUN DENGAN HOSNI MUBARAK DAN KUNCU KUNCU DIA!
JANGAN SAMAKAN SAYA DENGAN HOSNI MUBARAK DAN KUNCU KUNCU DIA!
SAYA ANTI HOSNI MUBARAK KERANA TIDAK SIMPATI KEPADA PALESTIN DAN SAUDARA SEAGAMA!
APA KAIT MENGAIT SAYA DENGAN HOSNI MUBARAK DAN KUNCU KUNCU DIA!
TUAN SAJI BERSUARA SEPERTI GUNTING DALAM LIPATAN, TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT, SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM!
MAAF BEBANYAK PANDANGAN SAYA INI TERHADAP TUAN SAJI!
TUAN SAJI, MEMBACA TULISAN SAYA, HANYA HEMTAM KEROMO!
BILA SAYA MENYATAKAN BAHAWA KDRM MEMBERI LAYANAN ISTIMEWA KEPADA DATUK SAID!?
KENYATAAN SAYA ADA TANDA SOAL DISITU!
YANG MENYATAKAN DEMIKIAN ADALAH DARI KENYATAAN DAKWAAN MEDIA YANG DINYATAKAN OLEH DATUK A.KADIR!
TUAN SAJI MENYATAKAN,
"KAMU cakapkan kepada member KAMU DATUK SAID itu kena banyak bersyukur. Sekurang2nya tidak diseret ke mahkamah. Jangan pandai cakap kepada orang Melayu lain kena bersyukur seperti yang sering terkeluar daripada mulut para pemimpin UMNO!!!!"
BUNYI KENYATAAN TERSEBUT, MEMANG MACAM KURANG AJAR! BUKAN MACAM! MEMANG KURANG AJAR!
JANGANLAH KENYATAAN SAYA MENYOKONG DATUK SAID, TUAN SAJI BOLEH MENJADI BERANG TERHADAP SAYA! ADA APA APA YANG TAK KENA KE DENGAN TUAN SAJI!
ATAU TUAN SAJI SANGAT MENGENALI DATUK SAID!
SAYA BELUM LAGI MAHU KURANG AJAR DAN BERBAHASA KURANG AJAR!
DENGAN BAHASA "AKU ENGKAU!!!!"

SAYA MOHON KEPADA DATUK A.KADIR UTK MELEPASKAN KOMEN SAYA INI, BAGI MENJAWAB TOHMAHAN TUAN SAJI!
AKU SOKONG DATUK SAID.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

PAS nak tanding ke dalam PRK Merlimau ni. Dah tau nak kalah, buat apa buang masa bertanding. Silap haribulan, wang pertaruhan pun hilang nanti. Ala-ala kalah judi gak tu. Bagi jelah UMNO menang percuma, banyak jimatnya. Kurang bercakap, kurang dosa untuk semua pihak.

Tapi semangat PAS tentu lebih berkobar selepas apa yang terjadi kepada Hosni Mubarak di Mesir. Apatah lagi ramai penuntut yang dapat balik percuma boleh tolong berkempen dalam PRK lepas ni. Khaled Nordin kena pasang ramai spy, pastikan mereka yang lari dari Mesir tidak turut serta dalam kempen PRK. Jangan sampai salah seorang yang kerajaan bawa balik itu dicalonkan oleh PAS, sudahlah.

UMNO dah lepaskan ramai calon yang baik dan berpotensi kepada pihak lain sebenarnya. Amalan budaya menapis keahlian di peringkat cawangan dan bahagian yang berleluasa sejak dulu, kini dan selamanya telahpun menunjukkan kesannya. Ramai yang berpelajaran tinggi dipinggirkan dari UMNO. Sebahagiannya memilih platform lain yang membuka pintu kepada mereka merealisasikan idealisme. Sebahagian lagi menyepi diri dari sebarang ideologi. Tinggal berapa kerat sahaja yang terus setia dengan UMNO. Sampai masanya, UMNO ketandusan tokoh untuk diketengahkan hatta sebagai calon dalam pilihanraya.

zainal abidin awang kechik said...

TOK, MASA DEPAN BN BUKAN SAHAJA TERLENTAK DI BAHU SEMANANJUNG, SEBAGAI CONTOH JIKA SERAWAK MENPUNYAI PELUANG YANG AMAT NIPIS UNTUK MENANG DALAM PILIHARAYA NEGERI,HANYA KERANA BN TAKUT UNTUK MENBERI LALUAN PADA MUKA BARU DAN SYORKAN UNTUK KETUA MENTERI BARU,INI JUGA TELAH BELAKU BI PULAU PINANG,BILA SAYA SYORKAN KEPADA PAK LAH 2008,SUPAYA BERIKAN RAKYAT SIAPA KETUA MENTERI PULAU PINANG JIKA MANDAT DI SAMBUNG,PADA MASA ITU SYOR SAYA DI ANGAP REMIH,

JIKA DATUK SERI NAJIB PADANG REMIH SIAPA KETUA MENTERI SERAWAK JIKA SERAWAK DI BERI PELUANG MENDAPAT MANDAT BARU..KERANA JIKA SERAWAK TIDAK BERUBAH,JADUH PULA KERAJAAN KEPADA PEMBANGKANG..MAKA TAMAT LAH RIWAYAT UMNO DAN BN DI MALAYSIA. SAYA MELIHAT RAKYAT MULA BOSAN DENGAN BN KERANA BN TAKUT UNTUK MENYATAKAN YANG SESUNGUH NYA.

SERAWAK ADA MASA DEPAN BN DI MALAYSIA,
BUKAN KERANA PEMBANGKANG KUAT..TAPI YANG SEBENARNYA UMNO ITU LEMAH..

SALAM

Anonymous said...

Datuk YM, ada beberap pendebat di sini yang mahu Pas tidak bertanding karena mustahil bisa menang. Ada yang seolah-olah dia penyokong Pas dan ada seolah-olah dia penyokong Umno. Ini kapada saya adalah pemikiran citik yang tidak demoktratik dan tidak futuristik.

Sekalipun Pas tidak menang nanum ia wajib tidak menghampakan penyokongnya di Merlimau yang ribuan bilangannya. Inilah arti perjuangan apatahlagi kalau benar Pas berpegang kepada Islam. Islam benci orang yang kecewa dan penakut.

Saya berhijrah ke Malaysia pada awal tahun 1970an untuk belajar. Waktu itu Pas sudahpun kuat tetapi hanya di negeri-negeri Utara dan Timur. Tidak berbayangkan oleh saya Pas bisa bertapak di Selangor. Ironinya kerusi awal yang dimenangi Pas di Selangor adalah di Bangi yang dibina khas oleh PKNS untuk orang Melayu khasnya di UKM dan institusi2 penyelidikan. Pas menang kerana undi orang Melayu yang berpelajaran dan berpendapatan tinggi. Sampai hari ini kerusi DUN Bangi terus dipegang Pas.

Pas mungkin tidak bisa menang di Merlimau, tetapi saya jaga tidak menyangka Pas bisa menang di Johor. Tapi kini Pas sudah bertapak di Johor. Pas dewasa ini bukan lagi Pas ortodoks tahun 1970an. Hari ini Pas lebih progresif daripada Umno dalam aspek pemikiran dan kemepimpinan muda yang berilmu.

Itulah pandangan saya berasaskan kajian dan penelitian akademik di mana Umno mungkin menjadi lebih lemah karena gagal menyuntikkan darah dan semangat baru sedangkan Pas menampilkan imej moden dengan kemasukann ramai aktivis yang berpendidikan tinggi dari aliran agama dan liberal. Umno bukan saja perlu menang, tatapi yang lebih penting perlu berubah untuk terus menang atau era gemilangnya akan terus berlalu. Pas akan jadi partai utama orang Melayu suka atau tidak.

Profesor Pencen
Bangi

Anonymous said...

Tok Kadir, dok fikir-fikir juga. Yang mati-mati dok lawan dalam PRK adalah Muhyiddin TPM. Tapi bila menang PM yang depa puji. 1Malaysia la. NEM la. Rosmah kenai raja-raja satu dunia la. Tapi kalu kalah, depa buat muka masam kepada Muhyiddin.

Tapi memang pun muka dia jenis masam. Orang kita utara kata muka tak elok tapi hati baik. Syabas TS Mahyuddin. Kalu buleh jangan dok bagi bini mai ke depan sangat. Dok macam la dah cantik. Orang meluat kalu hemoi sangat.

Masa saya dok cergas dalan belia dulu zaman Mahyuddin jadi Menteri Belia dan Sukan, kita kerja mati-mati tulung dia dalam Sukan Komanwel di Bukit Jalil. Macam nak putuih kepada pasai masa tu Anwar dok buat reformasi. Dia kacau satu Kuala Lumpur.

Ts Muhyiddin ni dia pandai menari zapin. Syabas TS. Inilah Melayu yang kita mau. Anak guru agama di Johor. Pandai mengaji Quran, pandai menari zapin. Tapi dia menari zapin dengan orang jantan. Di Johor kalu menari zapin di kampung, perempuan menari dengan perempuan, jantan dengan jantan.

Kamjat Penang

mtgbertam said...

Dato',

Bagi saya parti mana yang bertanding, kalah atau menang, wang deposit hilang atau tidak itu adalah adat bagi bertanding.

Bagaimanapun, dalam trend kehendak rakyat sekarang yang lebih terdedah kepada maklumat, rakyat inginkan pertandingan yang sihat dan adil. Rakyat boleh terima kalau kalah, tetapi rakyat akan menyimpan perasaan benci jika pertandingan itu amat ketara berat sebelah.

Kalau BN benar2 yakin prestasi mereka benar2 mendapat tempat di hati rakyat, mengapa tidak mulakan pertandingan yang adil dan saksama. SPR jalankan tugas mengikut spesifikasi tanpa takut pada tuan. PDRM kuatkuasakan peraturan tanpa memilih bulu. Manakala jabatan2 kerajaan tidak dilibatkan dalam kempen. Kalau ini dilaksanakan, InsyaAllah rakyat yang cerdik dan bijaksana akan menghargai ketelusan pemimpin negara.

Dan satu lagi, mulakanlah langkah tidak mengandaikan parti pembangkang seolah2 pertubuhan haram.

Sekilas renungan said...

Pandangan Professor pencen adalah menarik kerana hasil di Bangi sebenarnya adalah strategi PAS di institut pengajian tinggi yang mengambil masa bertahun-tahun.

Di Mesir, Ikhwan Muslimin telah menyediakan satu idea yang berteraskan 3C - iaitu usrah : communication, community and commitment. Secara basic usrah bermaksud "keluarga". Dan idea ini telah diterimapakai di Malaysia. Terdapat tiga kelompok besar yang menjalankan usrah - PAS melalui platform Hizbi, ABIM dan Jemaah Islam Malaysia.

Secara kasar usrah adalah baik kerana ia mendidik anak muda untuk taat kepada agama, tetapi ia juga menjadi platform kepada pengaruh politik di kalangan anak muda yang bakal menjadi intelek.


Malah, sekiranya dianalisa jawapan Nik Aziz kepada Dr. Mahathir baru-baru ini, jawapan beliau bersandarkan kepada hujah dan ijtihad Sayed Qutb - yang menyamakan "nasionalisma" sebagai "jahiliyah". Mungkin agak keterlaluan ijtihad seperti ini...

Bekas pemimpin UMNO sebenarnya pernah mempunyai pengaruh melalui usrah. Mungkin tidak lagi sekarang. Sanusi Junid dan Anwar Ibrahim pernah memimpin ABIM. Walau pun tidak terlibat di dalam politik, rata-rata ahli ABIM menghormati Sanusi Junid dan Anwar Ibrahim.

Masalah yang berlaku sesama penuntut Islam pada satu ketika dahulu, usrah menyebabkan kelompok anak-anak muda muslim bertelagah antara satu sama lain. Contohnya, pada satu, di kelompok pelajar Malaysia di Amerika, terdapat perebutan pucuk kepimpinan dan pengaruh MISG. MISG adalah singkatan kepada Malaysian Islamic Study Group.

Jadi sekiranya UMNO ingin mempunyai pengaruh melalui anak muda yang mempunyai intelek dan berwibawa, bukanlah mengambil jalan singkat dengan meletak anak muda ini menjadi calon pilihanraya, tetapi mengasuh bakat terpendam dan mendidik mereka supaya mempunyai commitment terhadap agama, bangsa dan negara yang utuh melalui program-program berteraskan agama seperti usrah ini sejak dari sekolah menengah lagi. Kerana disitulah usia yang boleh dipengaruhi pemikiran. Usrah mengasuh anak muda tetapi perlu di"perfectkan" agar umat Islam di peringkat pelajar tidak bertelagah antara satu sama lain kerana perpecahan di dalam umat Islam adalah tidak Islamik.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10)

Sabda Rasulullah s.a.w.,

“Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”

makbudak said...

Salam Dato'

Dalam hal letak tongkol kayu pun bn boleh menang, saya sangat sedih sebab menunjukkan betapa rosaknya pemikiran kebanyakan rakyat sekarang. apa maksudnya? kalau benarlah dakwaan demikian, maksudnya, mereka dah tak peduli soal moral, tak peduli taraf pemimpin/wakil mereka. mungkin juga sebab rasuah, menipu, salahguna kuasa, atau apa jua jenayah dan maksiat sudah menjadi perkara biasa. jika begitu saya bimbang dgn situasi ini, sebab situasi begini akan mengundang azab Allah, mungkin juga naiknya pemimpin yg zalim/jahat itu salah satu tanda azab yg ALLAH turun pada manusia.

Dari segi lain, saya lebih suka pandangan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yg mencadangkan agar prk tidak perlu diadakan sekiranya berlaku kematian adun atau mp. kerusi yg kosong serah saja pada yg pihak menang sebelum ini bagi menjimatkan wang dan masa yg diguna sekiranya diadakan prk, sptmana yg beliau tulis di ... http://tuanibrahim.blogspot.com/2010/04/hentikan-sistem-pilihanraya-kecil.html

Dato' n pembahas semua,

di kesempatan ini saya nak ucap terima kasih dan minta maaf pada semua andaikata selama saya mengeluarkan komen di sini ada komen yg menyakitkan hati. apa jua yg saya komen, mana yg baik, ambillah, manakala yg tak elok, abaikan saja dan anggaplah ianya hanya salah sangka dan sangka buruk saya saja. Saya mohon ampun dgn ALLAH. saya mungkin tak dpt masuk sini utk beberapa ketika, kalau panjang umur dan ada rezeki InsyaALLAH saya dtg lagi; mungkin dgn nama yg lain.

terima kasih. :)

Anonymous said...

Salam DAKJ dan blogawan/nis,

Calon bukan saja perlu bersih tetapi harus nampak bersih. Calon yang kotor akan nampak kurang kotor kalau berkawan dengan kalangan yang bersih. Calon yang kotor akan nampak bersih kalau kawan yang bersih tolong membersihkan calon yang kotor tadi.

Dan begitu juga calon yang bersih akan nampak tidak lebih bersih dari calon yang kotor kalau dia (calon yang bersih tadi) terlalu berasosiasi dengan kalangan/golongan yang berikut:

1. puak haprak, kurang ajar, suka buat cerita, tidak melihat insiden 13 Mei sebagai pengajaran.

2. Bersekongkol dengan kaki itu dan ini, mengaku cerdik tapi tak boleh dikuti,

3. Apabila golongan hipokrit dijadikan ketua/idola walhal marhaen yang tidak hipokrit melihat situasi sebegitu sebagai satu penghinaan terhadap daya fikir yang dimiliki.

Kesimpulan yang amat relevan dan berkaitan dengan perkembangan politik kontemporari dewasa ini ialah: kalau calon yang bersih terlalu kerap membantu membasuh kekotoran yang dimiliki oleh rakan/kroni, lama-kelamaan calon yang paling bersih sekalipun akan turut menjadi kotor!

ATAS PAGAR

saji said...

Salam sdr jap_sap


"
Untuk apa PR nak bertanding,jika belum apa apa RM 5juta telah pun diumumkan kononnya untuk kesejahteraan rakyat Merlimau.Kalau tak ada PRK PASTI tiada ada pengumuman itu.
Kita Melayu yang TIDAK mudah lupa tentu ingat bagaimana PRK 1 hingga 7 dulu.PM ambil keputusan tiada
projek sepanjang kempen.Hasilnya BN bungkus separuh PRK .
Dengan PR tidak bertanding(andaikata),bolihlah sama sama kita tengok adakah rahmat segera akan diterima olih rakyat Merlimau dan Kerdau.Adakah projek KEBETULAN seperti yang selalu terdapat dalam PRK selepas PRK 7-14 ,akan terus dihebahkan di Merlimau dan Kerdau kali ini."

Komen:

Berdasarkan ulasan sdr di atas saya rasa ramai yang bersetuju jika saya katakan bahawa, parti UMN0/BN sekarang dalam menghadapi pilihan raya bagaikan terperangkap dek 'perbuatan rasuah terselindungnya sendiri'.

Maksudnya, UMNO yang yang sekain lama dulu menolak mentah2 dakwaan parti pembangkang dan NGO berkaitan mengamal rasuah pilihan raya, tetapi akhir2 ini macam sudah mula mengaku dakwaan rasuah pilihan raya tersebut benar2 memberi bebanan kepada UMNO/BN dan tak baik untuk rakyat.

Maksudnya lagi, kalau dulu para pengundi pilihanraya dirasuah dalam tempuh masa berkempen, kini rasuah tersebut dilakukan sebelum tempuh tersebut supaya tak nampak sangat dituduh mengamalkan rasuah pilihnraya.

tokman said...

Sudah sampai masanya BN berani letak calun wanita bertanding di ADUN Merlimau.....ini untuk memberi semangat kepada kaum wanita UMNO khasnya dan kaum wanita lain amnya dalam sistem demokrasi kita....jangan takut kalah kerana BN akan menang siapa pun calun....BN ada 'ramuan khasnya' yang cukup disukai ramai!

saji said...

Saudari makbudak

Tak banyak kos pilihanraya kalau kita anggap pilihanraya semudah murid2 dalam satu kelas pilih ketua darjahnya atau macam tok imam mengacah2 orang lain dibelakangnya jadi imam atau dalam majlis kenduri tok imam mengacah2 orang lain membaca doa.

Yang saya tahu, tak pernah tok imam mengacah2 bilalnya jadi imam. Mengapa?

Yang penting, hukum muamalat Islam al-Wakalah atau Wakil- mewakil diamalkan demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan umat manusia.

Masalahnya, kita bertaklid kepada pemikiran materialis Barat yang seperti menetapkan setiap perkara yang diwakilkan kepada orang lain mesti dibayar dengan gaji atau upah.

Anonymous said...

Salam Dato'

Kalau calon pilihan pusat tu yg tak disangka oleh bahagian dan bukan taraf kanan dalam jawatankuasa bahagian, harapnya sokonglah calon tersebut 100% untuk kejayaan parti. Janganlah pula ada kempen dalam kempen. Maklumlah...kita semua tahu, bukan sedikit dihabiskan wang untuk menang jawatan-jawatan tinggi dalam bahagian ni. Kebiasaannya dahulu, ketua bahagian lah yang selalunya jadi calon pilihanraya dan sudah semestinya menang. Bila menang....hidup pun senang sebab dah ada title 'Yang Berhormat DUN atau Ahli Parlimen'. Apa-apapun tahniah kepada barisan kepimpinan Datuk Seri Najib kerana telah melakukan perubahan ni di satu dua PRK sebelum ini. Pada peringkat tertinggi bahagian tu, jika tak dipilih berilah tunjuk ajar dan nasihat sebaiknya pada calon yang dipilih. Keadaan telah berubah tapi nasihat, pengalaman dan tunjuk ajar masih diperlukan.Sekian terima kasih.

Sukri,
Mutiara Damansara

Hanezam said...

Salam Datuk,

Kalau adik kita dari Mesir tiba-tiba muncul di muka pintu, sekaligus meleraikan rindu-dendam dan resah-gelisah Mak kita setelah berminggu, maka seharusnya kita rakamkan terima kasih dan penghargaan kita di sini. Terima kasih pihak-pihak yang terlibat. Semoga Allah memudahkan urusan anda pula.

Datuk,
Terlalu banyak PRK penggal ini. Menghabiskan duit dan tenaga. Boleh tak kita tukar undang-undang, mansuhkan PRK ? Setiap ADUN/MP wajib namakan pengganti kot-kot mati atas kerusi. Boleh gitu ? Biar mati bergaya.

Tiada perbahasan diperlukan untuk topik terkini ini. Bak kata orang-orang sebelah sini, letak tongkoi kayu dan ketui batu pun calon BN boleh menang. Melainkan, orang-orang Merlimau maju selangkah dan buktikan ini silap dengan mengusulkan calon mereka sendiri, yang mereka nak, yang bersih daripada power brokerage dan kira-bicara. Boleh gitu ?

Datuk,
Akhir-akhir ini masa berlalu begitu pantas. Datang menjenguk pun dengan menciluk dan memintas. Mana sempat mencelah isu semasa yang sedang dikupas dan dibahas. Menyakat Datuk pun belum puas. Betullah kata orang, masa itu emas.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas-pembahas yang saya hormati.Satu usaha yang baik bagi menentukan perjalanan pentadbiran negara bagi masa hadapan yang terbaik jika calun-calun wakil rakyat terdiri dari mereka-mereka yang berwibawa.

Sebelum kita sampai keperingkat yang ideal tersebut yang penting kepada pemimpin sesebuah parti politik berkenaan adalah memenangi setiap kerusi yang dipertandingkan. Dalam hal ini kriteria yang penting adalah calun-calun yang dipileh disenangi pengundi.Ini terutamanya di kawasan luar bandar kerana mereka lebih percaya kepada orang yang mereka kenal dari seseorang yang didatangkan dari tempat lain walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi.

Sungguh menarik terdapat keyakinan begitu kuat mengatakan UMNO/BN akan menang dengan mudah dan dengan itu PAS tidak perlu meletakkan calun. Kalau kita yakin Allah berkuasa membalik-balik hati manusia maka soal ini tidak timbul.Yang penting tiap-tiap parti mempunyai strategi bagi memenangi hati pengundi. Semasa berkempen lakukan apa yang pengundi mahu dan bukannya hibuh dengan berita-berita sensasi. Orang boleh memberi tepokan bergemuruh tetapi tidak memberi undi mereka.Barang diingat orang Melayu pada hakikatnya benci pada fitnah-memfitnah dan kezaliman. Walaupun sesuatu perkara buruk itu benar mereka tidak suka ianya dihebuhkan. Mereka berpegang kepada konsep menyelesaikan sesuatu masalah dengan berhemah seperti yang diajar Islam.

Disini fakta yang akan menentu kemenangan adalah berjaya atau tidak seseorang calun itu mendapat keyakinan pengundi bahawa mereka bersedia memberi yang terbaik untuk kawasan yang dipertandingkan itu. Mereka perlu membawa pelan bersama-sama dengan dengan individu-individu yang akan membantu membawa perubahan yang lebih baik bagi kawasan tersebut dan bukannya janji-janji sahaja.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Eda Ezani said...

Roti Planta,

Dato Rahim Tamby Chik bukan calon yg sesuai untuk dipertimbangkan ini berdasarkan kisah "skandal" silam beliau.

Saya bersetuju dengan Dato, Kita harus memberi ruang kepada golongan muda yg ada wawasan dan ada ciri2 seorang pemimpin.Seorang pemimpin yang sihat tubuh badan dan akal fikiran yg waras.

Walauapapun siapa calon nyer,xkira latar belakang,Melaka seperti Johor semangat BN mereka masih tebal..

BN boleh menang mudah di Merlimau..cayerlah.

Competente said...

Rata-rata pengundi yang mengundi BN bukanlah kerana kewibawaan calun BN, tetapi kerana keyakinan terhadap kerajaan BN (atau ketidakyakinan terhadap parti bukan-BN). Pengundi-pengundi ini amat kenal dengan BN dan selesa dengan keadaan semasa dalam pemerintahan BN.

Jadi tidak salah kalau dikatakan bahawa "kalau diletakkan tunggul kayu pun sebagai wakil BN, mereka akan undi"; kerana undi mereka adalah berdasarkan bahawa "walau siapa pun calun, kata muktamad adalah di bawah DS Najib sebagai Perdana Menteri".

Pendekatan samada untuk meletakkan calun berwibawa atau tidak di kawasan kubu kuat BN adalah unsur trivial kerana DS Najib dan DS Ali Rustam telah pun menang di kawasan berkenaan.

Anonymous said...

saya amat tertarik dgn PRK di merlimau ini kerana saya sendiri adalah anak jati merlimau. apa yg ingin dikongsi bersama rakan blogger semua adalah betapa 'berubahnya' merlimau menjelang PRK ini. tidak dinafikan pembangunan itu wajib dilaksanakan oleh pemimpin(tidak kira samada BN/PR)kerana mereka telah 'mengabdikan' diri utk berbakti kpd rakyat. namun, jika wujudnya projek2 wahyu samada yg telah dirancang/baru saja dirancang spt yg berlaku di kmpung saya skrg ini, saya khuatir mereka akan menjadi rakyat yg meminta2/ tidak matang kerana menunggu pilihanraya utk mendapat apa yg dihajati.

tidak wajar sekali bagi mana2 parti politik 'menjamu' rakyat semata2 utk memperoleh undi mudah.saya setuju,pembangunan itu penting. tetapi jgn ada yg menangguk air yg keruh, kelak maruah & integriti kita diperkotak-katik....

-nurazman-

saji said...

Sdr AKU SOKONG DATUK SAID

"SAYA TAK KENAL PUN DAN TAK MAU KENAL PUN DENGAN HOSNI MUBARAK DAN KUNCU KUNCU DIA!
JANGAN SAMAKAN SAYA DENGAN HOSNI MUBARAK DAN KUNCU KUNCU DIA!
SAYA ANTI HOSNI MUBARAK KERANA TIDAK SIMPATI KEPADA PALESTIN DAN SAUDARA SEAGAMA!
APA KAIT MENGAIT SAYA DENGAN HOSNI MUBARAK DAN KUNCU KUNCU DIA!
TUAN SAJI BERSUARA SEPERTI GUNTING DALAM LIPATAN, TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT, SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM!
MAAF BEBANYAK PANDANGAN SAYA INI TERHADAP TUAN SAJI!
TUAN SAJI, MEMBACA TULISAN SAYA, HANYA HEMTAM KEROMO!
BILA SAYA MENYATAKAN BAHAWA KDRM MEMBERI LAYANAN ISTIMEWA KEPADA DATUK SAID!?
KENYATAAN SAYA ADA TANDA SOAL DISITU!
YANG MENYATAKAN DEMIKIAN ADALAH DARI KENYATAAN DAKWAAN MEDIA YANG DINYATAKAN OLEH DATUK A.KADIR!
TUAN SAJI MENYATAKAN,"

Komen:

1. Dalam al-Quran ada ayat yang jelas Allah mengharamkan makan DAGING BABI. Maka ditimbulkan isu macam mana dengan LEMAK BABI? Ekoran itu, ulmak berijtihad menggunakan kaedah Qias (salah satu sumber sistem perundangan Islam selain daipada al-Quran, Hadis dan Ijma')yang hasilnya ialah fatwa LEMAK BABI Islam haramkan sama dengan DAGING BABI tadi.

2. Barat pinjam kaedah QIAS Islam diatas untuk dijadikan apa yang dipanggil sinektiks iaitu teknik merangka, mengenalpasti dan menyelesaikan sesuatu masalah yang hendak diatasi jika situsinya mempunyai perkaitan dengan dua atau lebih situasi bermasalah lain yang sudah pun ada penyelesainnya.

3. Dimana, dalam kes DATUK SAID yang Dakj timbulkan ini, DATUK SAID, dari sudut sinektiks di atas dari segi merangka dan mengnalpasti masalah, diandaikan sebagai mewakili lain2 bekas YB UMNO yang bermasalah yang saya tidak perlu jelaskan yang masih beria2 hendak jadi YB semula. Saya tidak bersetuju dengannya dan cuba tolong atasi dalam blog ini dengan menggunakan kaedah sinektiks di atas.

3. Dari segi menyeleai masalah pula, saya andaikan penyelesainya sudah ada cotoh dahuluan /precedentnya di Mesir yang menyaksikan HOSNI MUBARAK ditombangkan melalui pilihanraya dijalan raya.

jab sp said...

Dato'
Penat,letih.Bukan meminta,bukan memaksa.Semua berpunca kerana ada yang masih dengan dunia fantasinya,dengan khayalan visionnya.Dengan keangkuhan kerabatnya.

Rasionalnya banyak pembahas berbincang dengan fakta dan realiti.Mengikut kepercayaan dan pemahaman masing masing.Ternyata saya percaya mereka berada dicelah pelakun pelaku politik.Dan hasilnya lahir kepelbagaian hujah.

Namun ada yang masih dengan khayalan dan fantasi.Hikayat Melayu lama pun mahu dibohongi seolah daif sangat pembacaan pembahas disini.
Kah kah kah,Melayu bukan bangsa yang suka memfitnah.Manusia Melayu bangsa yang suka kembali kepada Islam bagi penyelesaian sesuatu masaalah.Baru bangun tidur atau ini imijinasi apa yang terdapat pada "khayalan vision" seorang kerabat.Minggu lepas Hang Tuah(warna) di TV1,dalam satu kerajaan beraja bernama Melaka tetapi kini musnah tinggal dibawah seorang Yang Dipertua perlantikan politik ,bukankah sebabnya akibat dan angkara busuknya hati manusia bernama Melayu.

{Sesuai dengan Merlimau Melaka,saya tertarik dengan ayat penutup cerita Hang Tuah (versi warna)yang dituturkan olih Hang Tuah selepas Hang Jebat tewas ditangan nya,itupun selepas Taming Sari diserah sendiri olih Jebat kepada Tuah:
Jebatkah benar atau akukah(Tuah)benar?.}

Anonymous said...

Salam Datok Abd Kadir dan para pembahas sekelian.

Sdr abdullahngah

Terima kasih kerana respon terhdp pandangan yg saya berikan kpd pengundi Melayu Melaka khususnya.
Pengundi Melayu melaka sebenarnya tidak pandai bermain politik walaupun pemimpin politik BN asyik bermain politik sahaja dgn mereka.

Mereka nampaknya smcm percaya sahaja kalau tak 100% pun mungkin 80% kebanyakan mereka meletakkan kepercayaan kpd pemimpin UMNO utk menjaga org Melayu khasnya negeri Melaka.

Dikalangan penduduk kg saya di Jasin juga telah ada suara2 ketua kampung mengatakan yang dlm pilihanraya umum akan dtg tidak mustahil DAP akan memerintah Melaka & ketua menteri dari kalangan DAP.Ini amat menakutkan org Melayu di kampung saya.
Doktrin sebegini tetap kekal melekat dihati org2 kampung bahawa sekiranya DAP memerintah Melaka maka kuasa org Melayu akan hilang di bumi Melaka dan seterusnya di Malaysia.

PAS perlu trn bkn stkt berjumpa dgn org2 kampung tetapi kalau boleh menerangkan sedalam2nya kpd pengundi2 sebegini bahawa mereka tetap akan membela org Melayu andainya BN tumbang di Melaka.Tetapi smmgnya amat susah utk menerangkan kpd golongan sebegini kerana mmg telah tertanam dihati mereka bahawa kalau UMNO kalah maka org Melayu akan terus merempat di bumi sendiri.

Saya sendiri masih gagal utk menyakinkan kpd sanak saudara yg terdekat bahawasanya sekiranya UMNO kalah bahawasanya PAS akan ambik alih utk menjaga org melayu dan Islam keseluruhannya.Dan juga tidak akan berlaku huruhara sekiranya berlaku pertukaran kerajaan kelak.

Begitulah kuatnya doktrin propaganda yg telah di tanam oleh UMNO/BN melalui media sejak sekian lama.
Agak sukar bagi parti2 pembangkang terutama PAS utk menawan Melaka.
Saya kira PR hanya boleh menawan Melaka sekiranya PR memerintah Malaysia.PR dpt membuktikan bahawasanya peralihan kuasa dpt dibuat secara aman,org Melayu tidak merempat di negara sendiri,kuasa membeli rakyat dpt dikembalikan, semua kebaikan PR dpt didedahkan dlm media maka pada masa itu kemungkinan rakyat negeri Melaka dpt membuka mata & hati bahawasanya segala kenyataan oleh pemimpin BN sblm PR berjaya membentuk kerajaan adalah satu pembohongan dan fitnah,maka mungkin mereka akan memilih PR pula.
Tetapi,utk menawan Malaysia itu amat sukar dilakukan PR tanpa sokongan pengundi2 Melayu pendalaman kerana manipulasi keatas undi2 POS,sogokan wang kpd pengundi dan juga projek2 segera menyebabkan pengundi akan tetap mengundi BN.

Harapan saya adalah berilah peluang kpd PAS sekurang2nya memperolehi 1 kerusi utk membolehkan mereka menegur kerajaan negeri Melaka dlm perlaksanaan projek yg tidak berfaedah kpd rakyat dan juga ttg Islam khususnya.

Ahmad
Penduduk Jasin

maae said...

Salam Datuk,

1.Saya nak komen sikit pasal beberapa pembahas di sini

2.Apa yang saya amati selama ini, saudara saji,pemikiran nya nampak bercelaru.Seolah-olah politik BN yang di dokong UMNO tiada memberi kebaikan langsung.Gaya bahasa nya kasar dan suka menyondol.Tak tahu apa yang berkecamuk dalam fikiran nya.Mungkin DAP baik untuk nya...

3.Kepada saudara Prof. Pencen , Bangi,memang betul pernyataan nya. Kadangkala saya amat malu dengan sikap melayu ini.Makan gaji,hidup senang lenang,hasil kemakmuran yang di lakar peneraju UMNO.Pada masa yang sama meludah dan mengkahak kerajaan.Kemudian jilat balik dengan pendapatan bulanan dan pencen.Jenis manusia apa ini?

3.Shah Alam pun sama sehingga PM sedih dan sebak dek perangai orang melayu penyombong ini.

4.Jika begini keadaan nya maka tidak mustahil DAP akan dapat menawan semua melayu satu hari kelak.Bila sampai waktu itu, yang pertama meninggalkan negara ialah orang-orang yang tidak pernah ada pendirian dan jatidiri sebagai melayu yang mempunyai hak-hak nya.

5.Saya bukan bercakap pasal sokongan politik tetapi kesedihan kepada melayu-melayu yang telah hilang pegangan,sombong dan angkuh.

6.Tanya Datuk pasal Zaman Jepun,13 Mei dan berbagai peristiwa menyayat hati survival melayu tidak berkesudahan. Bangsa asing sudah melangkaui kita berzaman lama nya. Kita masih di sini!Mereka tidak peduli siapa dan apa kemelut dan masaalah melayu.Agenda 'menguasai' akan tetap di laksana.

Insaf lah!Baik atau buruk nya kita simpan untuk menjadi Melayu yang hanya ada satu-satu Negara bernama Malaysia yakni Tanah Melayu.

Jangan kita bunuh dan hilangkan sejarah nya.

Anonymous said...

Di Tenang, calunnya dicemar dengan saman salah guna kuasa semasa jadi ADO. Saya tak kata dia salah (hanya mahkamah yang boleh kata gitu). Yang penting, saman itu ujud maka sudah dilihat sebagai calun tercemar.

Itu pun BN masih menang dengan majoriti besar.

Tidak hairan jika sifir sama dibaca untuk PRK Merlimau.

Namun saya tidak setuju bila ramai yang mencadang supaya PR tidak bertanding langsung. Sama seperti tentangan dari dalam UMNO bila PM kata tak perlu lawan di Permatang Pauh.

Jika anda merasakan pembaziran BERJUTA-JUTA dengan adanya begitu banyak PRK, lebih baik anda risaukan BERBILLION wang rakyat yang dibazirkan sepertimana laporan audit negara setiap tahun.

Lagi pula memilih ADUN/MP adalah hak setiap rakyat yang dijamin oleh perlembagaan. Jangan hak mereka (kami) dinafikan.

Saya, secara realistik menjangka BN akan menang. Namun dengan kenaikan harga minyak sejurus selepas berakhirnya PRK Tenang, saya tertanya-tanya samada adakah lagi kejutan "pelarasan harga barang" yang baru....

Perangkap makan tuan bila terlalu mabuk menabur janji sudah ada dalam rekod Hulu Selangor. PM janji masalah tanah peneroka akan selesai jika BN/MIC menang. Malangnya bila menang, rupa-rupanya kena tunggu selangor balik semula ketangan BN baru boleh buat.

Itu cerita tabur harapan. Kalau tabur duit, tengok sajalah nanti siapa yang kena makan, maklum lah PRK Tenang, PRK Merlimau, PRK Kerdau dan PRU Sarawak semuanya berderet.

Satu lagi saya nak minta kalau boleh,

Di Tenang, calun membawa perawakan dan perwatakan bersih sementara superstar BN seperti Chua Soi Lek dan MB Johor dok pukul canang pasal sarung tangan, sisuami yang MC tapi sihat dan yang sewaktu dengannya.

Anak-anak muda (dibaca : pengundi baru) pun boleh nampak taktik kebudak-budakan seperti itu.

Harap biarlah kempen tu cara yang lebih intelektual. Jagalah standard nama UMNO dan BN tu sikit.

p/s Salam untuk OKJ. Pernah dengar pepatah "berpijak di bumi nyata"?

Fed Up

Anonymous said...

Komen Saji:

Berdasarkan ulasan sdr di atas saya rasa ramai yang bersetuju jika saya katakan bahawa, parti UMN0/BN sekarang dalam menghadapi pilihan raya bagaikan terperangkap dek 'perbuatan rasuah terselindungnya sendiri'.

Maksudnya, UMNO yang yang sekain lama dulu menolak mentah2 dakwaan parti pembangkang dan NGO berkaitan mengamal rasuah pilihan raya, tetapi akhir2 ini macam sudah mula mengaku dakwaan rasuah pilihan raya tersebut benar2 memberi bebanan kepada UMNO/BN dan tak baik untuk rakyat.

Maksudnya lagi, kalau dulu para pengundi pilihanraya dirasuah dalam tempuh masa berkempen, kini rasuah tersebut dilakukan sebelum tempuh tersebut supaya tak nampak sangat dituduh mengamalkan rasuah pilihnraya.

10:54 AM

========================

Apa nak heran.

Nik Aziz, time PRK lah baru dia nak sibuk bagi zakat kat orang asli pun. Hahaha ....

Samalah dgn orang BN. Depa nak bagi projek. Depa nak bagi apa pun, itu hak depa la sebab depa pegang kuasa sama macam Nik Aziz kat Kelantan nun.

Orang ramai pun dah faham. Semua benda ni permainan dan percaturan politik saja. Bab Islam setuju ka atau tak dgn cara ni ... mmmm itu kena tanya Nik Aziz jugak la sebab dia pun sama jugak terlibat buat benda yang sama.

Jadi, takdak apa yang terperangkap lah. Orang yang kuat angan2 dan terlebih imiginasi saja yg kata kena perangkap. Orang politik kata,
pelawok ... pelawok ...pelawok ...

hahaha


Zaid Kuda

Anonymous said...

Salam Dato',

Sudah semestinya setiap parti yg bertanding meletakkan calon yg berwibawa dan yg terbaik dikalangan mereka. Tentu ada saringan dan akhirnya kata putus diberikan oleh sang Presiden.

Memang UMNO boleh membuat macam-macam ujian dengan PRK Merlimau tapi pada akhirnya yg mesti diutamakan ialah kemenangan. Memang PAS boleh mengutamakan PRK Kerdau berbanding Merlimau tapi sebagai parti nasional adalah perlu bagi PAS terus mengesahkan kehadirannya dimana-mana. Saya tidak fikir pimpinan PAS akan ambil keputusan tidak bertanding di Merlimau walau pun baru saja kena TKO di PRK Tenang. Bagaimanapun saya salut Tuan Ibrahim yg cadangkan agar PRK dimansuhkan sekiranya ADUN atau MP mati, lantik saja wakil baru daripada parti yg sama. Jimat kos, tenaga dan masa. ADUN/MP bebas? Sendiri mau ingat lah!

Menarik juga kerana dalam tajuk PRK Merlimau pun boleh timbul cerita 13 Mei. Saya dapat melihat julangan api kebakaran rumah dan kereta dari tingkat empat asrama sekolah masa kejadian tu. Merasa juga macamana makanan diasrama dicatu, dari makan nasi berlauk ayam/daging/ikan kepada makan nasi berlauk sardin. Dari sardin berketul lama-lama jadi sardin hancur. Tapi 13 Mei telah menghasilkan DEB yg menyaksikan lahirnya amalan affirmative discrimination yg menguntungkan Melayu. Dan kita telah menjadi bangsa yang kecanduan DEB.

Hakikatnya orang Cina tak mahu "13 Mei" berlaku kerana peristiwa itu telah menjadi milestone bermulanya kehadiran Melayu dalam bidang-bidang yg sebelumnya menjadi bidang monopoli mereka spt bisnes, perkhidmatan dan profesional. Andainya berlaku lagi "13 Mei" pasti semakin banyak bidang monopoli mereka akan terpaksa dikongsi dengan Melayu. Orang bisnes tak gemarkan persaingan.

Hakikatnya DEB juga adalah satu langkah sementara kerana DEB yg Melayu ketagihkan itu tidak boleh bertahan dengan kek ekonomi yg tidak membesar. Tun Dr Mahathir berkali-kali ingatkan hal ini. Ironinya, sumbangan besar cukai yg dipungut kerajaan datangnya dari Orang Cina kerana mereka yg berdagang. Projek kerajaan dibiayai dengan pungutan cukai dan hutang; jika cukai tidak bertambah maka hutang kerajaan yg akan bertambah seperti yang berlaku sekarang. Disinilah cabaran terbesar, iaitu membesarkan kek ekonomi. BN seperti yg kita saksikan sekarang tetapi PR hanya sekadar menjanjikan amalan governance yang lebih baik tanpa mencadangkan langkah-langkah mengembangkan kek ekonomi. Orang yang telah kecanduan memang sukakan layanan mesera dan adil tetapi mereka lebih sukakan candu dari segala yang lain.

Balik ke PRK Merlimau. Pengundi berdaftar DUN Merlimau yg akan menentukan siapa wakil mereka. Kita disini boleh doakan agar mereka memilih yg terbaik untuk mereka.

Pak Hj JB

anakbuah said...

Kalau tak sokong UMNO/BN kita khinati Melayu? Apalah baghal sgt kepala hotak org2 mcm ni!??

abdullahngah said...

Ahmad,

saya pernah tinggal di Jasin selama 6 tahun, maka apa yang disebut oleh Ahmad penduduk Jasin itu tersangat benar.

Orang Melayu melaka memang tak yakin dengan parto lain selain parti umno, macam zaman jahilaih dululah.

Mereka tak yakin dengan rasulullah SAW hatta abu thalib bapa saudaranya sendiri.

Mereka percaya kepada Allah malahan mereka itu pernah bersumpah dengan nama Allah, tapi tak percaya dengan agama yang dibawah oleh Rasulullah dan lebih yakin dengan agama nenek moyeng.

Demikianlah juga orang melayu melaka yang solat tapi masih minum arak selepas tunai solat di masjid.

Minuman air sirap dicampur dengan arak (dulu) dalam majlis perkahwinan adalah perkara biasa. Atas sebab itulah mereka berjonget lambak sampai ke pagi.

Atas sebab ini jugalah mereka agar sukar hendak menerima PAS dan mengundi calon PAS yang bertanding di melaka.

Solat mereka mungkinmacam solat adat saja tak lebih daripada itu. Mungkin hari ini tak ada lagi perkara seumpama yang saya sebut itu.

Tapi generasi air haram dalam batang tubuhnya masih mengalir membuat mereka sukar untuk memilih Islam sebenar sebagai cara hidup.

Ia sebagai penghalang parti islam bertapak.

Ramai kalangan guru terlibat dengan parti Pas, Cikgu Yahaya (allahyarham, Cikgu Ali, Cikgu Idris cikgu Ishak. Tapi malangnya orang jasin tetap juga memilih umno yang pernah mengkhianti bangsa Melayu itu.

Hendak kata mereka buta mata mata masih celek. Barangkali mereka sudah buta hati punca enggan memerina perubahan yang akan dilakukan oleh PAS apabila memerintah nanti sepertimana yang dinyatakan Ahmad. Tahniah kerana komited dengan Perjuangan Islam.

Ikhlas said...

Dato',

UMNO/BN tidak lagi mementingkan soal calon berwibawa atau tidak kerana dek terdesak untuk meneruskan momentum kemenangan.
Apa yang penting pada UMNO/BN adalah kemenangan semata2, soal calon adalah bersih, korup atau apa saja diletakkan dalam senarai paling akhir, sekiranya calon tersebut popular dan boleh meraih undi, pasti akan dipilih oleh UMNO/BN.
Adalah besar kemungkinan Dato' Ahmad Said akan dipilih berdasarkan prestasi cemerlang sebelum beliau disingkir pada PRU 12, beliau disingkirkan disebabkan terdapat 'perebutan' ketua bahagian UMNO di kawasan yang beliau wakili.
Di pihak PR, agak sukar menggugat BN/UMNO di kawasan ini disebabkan prestasi DS Ali Rustam yang agak cemerlang memajukan negeri Melaka.
Isu setempat akan menjadi agenda ceramah politik disebabkan isu nasional amat gagal di peringkat PRK.
Seperti biasa, BN/UMNO terus mencurahkan 'mee segera' dan janji manis untuk meraih undi, taktik ini akan memakan diri BN/UMNO disebabkan PRU 13 yang akan menjelang pada 2013, seandainya BN gagal menunaikan janji di PRK ini, BN hanya perlu memberi lambaian terakhir pada negeri Melaka.
PRK ini akan memberikan kemenangan kepada BN disebabkan pengundi tidak mahu membuat apa-apa perubahan kerusi kerana ia tak mendatangkan kesan pada pemerintahan negeri. Mungkin majoriti lebih besar akan diperolehi BN kerana sebab yang saya nyatakan diatas.
Walau apapun PAS pastinya ingin mengurangkan majoriti BN, yang mungkin amat selesa di Melaka.

Wallahhualam bissawab.

Ikhlas

Anonymous said...

Datuk dan Pembahas,

Mungkin ada betulnya penyokong BN akan memilih calon 'kayu, tunggul atau batu' dalam keadaan tertentu (di kawasan kubu kuat) tetapi sedar atau tidak penyokong PR juga akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap calon 'tunggul, kayu dan batu' terutama di kawasan-kawasan bandar.

Siapa yang boleh menafikan bahawa penyokong PR terutama di kawasan elit akan memberikan undi kepada calon yang bertanding atas tiket Pas atau PKR atau Dap bukan atas kapasiti individu tetapi disebabkan ketaksuban terhadap PR.

Ini bermakna, asalkan calon berkenaan mewakili PR, penyokong-penyokong yang fanatik tidak akan menggunakan akal untuk membuat pilihan sebaliknya cukup dengan hanya menggunakan emosi dan naluri.

Disebabkan pemilihan bersandarkan sentimen, naluri dan emosi, penyokong-penyokong PR terlepas pandang kriteria invidu calon makanya ramai 'kayu, tunggul dan batu' yang menjadi calon 'payung terjun' PR pada PRU 2008 telah menjadi YB.

Cumanya apakah impak susulan dari pemilihan tunggul, kayu dan batu berkenaan?

Di pihak BN, disebabkan calon 'kayu, tunggul dan batu' telah tewas pada PRU 2008, maka YB yang ada sekarang ini tidak banyak memiliki sifat 'kayu, tunggul dan batu' justeru tidaklah timbul kesan sampingan yang ketara.

Ini berbeza dengan senario di pihak PR, disebabkan para penyokong fanatik PR hanya memandang lambang Pas/PKR/Dap dan bukan individu calon, makanya ramailah muka-muka 'kayu, tunggul dan batu' dapat gelaran YB. Makanya tidak hairanlah menggejalanya insiden-insiden yang memalukan PR: rasuah seks, ponteng, lawan tauke, belot, baiah, kebejatan moral, gangsterisme dan banyak lagi.

Kesimpulannya: ketaksuban terhadap barisan atau pakatan kepartian hinggakan hadirnya YB2 'kayu, tunggul dan batu' bukanlah bersifat terpencil sebalik merentasi sempadan partisan. Keadaan ini bukan saja menyusahkan parti-parti yang diwakili malah menyusahkan rakyat yang diwakilinya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya ingat malas nak komen, tapi bila belum bertanding lagi, puak-puak ni dah menghina penduduk Merlimau, tak sedap hati pulak rasanya. Nampak macam kalau orang tak ikut dia je terus kata macam-macam, sampai kata letaklah siapa pun malahan tunggul kayu pun boleh menang. Dahlah tak hormat orang lain, lepastu hati hitam legam macam ‘The Dark Side’ je. Tak payah operate hati pun boleh nampak.

Cubalah berdoa kepada Allah, minta dibukakan hati tu supaya nampak kebenaran dan tidak mendustakan kebenaran. Buatlah sembahyang hajat beramai-ramai untuk membersihkan hati masing-masing, bukannya berdoa pecah perut orang. Niat tu kenalah ikhlas barulah dimakbulkan.

Satu lagi, ingatke negeri kononnya lebih isle, zahirnya je yg kotor (tandas masjid pun kotor), rupanya ada juga ‘haji datang main-main’. Bukan saya cakap, tapi ada orang cakap. Biasanya, benda-benda macam ni saya tak percaya sangat. Tapi bila ditunjuk gambar, siap ada interview, Hai, kes berat ni !!!! Payoh nok jawab ni. Sekian TQ.

saji said...

Salam sdr zaid kuda

Sdr, antara lain berkata, "Nik Aziz, time PRK lah baru dia nak sibuk bagi zakat kat orang asli pun. Hahaha ...."

Berdasarkan komen sdr di atas, bagaimana jika saya katakan UMNO masuk perangkap yang perangkapnya dipasang oleh UMNO sendiri.

PAS pula masuk perangkap yang dipasang oleh UMNO

Nak tanya sikit, agaknya parti mana yang bodoh sombong dan parti mana pula yang nampak cerdik tetapi sebenarnya bebal Ha Ha Ha

P/s Kalau sdr merasakan fikiran saya celaru tak perlu jawab

saji said...

Saudari maae, antara lain berkata, "Apa yang saya amati selama ini, saudara saji,pemikiran nya nampak bercelaru.Seolah-olah politik BN yang di dokong UMNO tiada memberi kebaikan langsung.Gaya bahasa nya kasar dan suka menyondol.Tak tahu apa yang berkecamuk dalam fikiran nya.Mungkin DAP baik untuk nya..."

Komen:

Kalau saudari kata kat saya, saya seolah-oleh mengatakan politik BN yang di dokong UMNO tiada memberi kebaikan langsung, saya nak tanya kat sdr apa kurangnya UMNO jika dibandingkan dengan parti2 di negara lain yang sebaya dan sinonim dengan UMNO di Indonesia,India, Mesir rakyatnya masing-masing menjadi meluat dan merasa loya hingga menolaknya!! Cuma dalam kes di Mesir rakyatnya lambat sikit meluat dan rasa loya. Ada yang bangun semula dan ada yang masih tidok????????????????? He he he Jawab jangan tak jawab

saji said...

Sdr Fed up

"Namun saya tidak setuju bila ramai yang mencadang supaya PR tidak bertanding langsung. Sama seperti tentangan dari dalam UMNO bila PM kata tak perlu lawan di Permatang Pauh."

Komen:

1. Yang saya tahu, bakal calon PRK UMNO, ketua bahagian UMNO dan ketua2 cawangan UMNO yang banyak tak setuju kerana al fulus tak masuk?

anakbuah said...

Sdr abdullahngah & Sdr Ahmad,

Pernah sebelum ini saya katakan pengundi2 yg memastikan kemenangan UMNO/BN di Tenang sebagai buta hati. Ada yg marah2 tapi saya tak pernah kisah.

Baru shj tadi seorang rakan dr Johor yg ada rakan di Labis memberi tahu yg melaun2 UMNO/BN sudah tidak perduli lagi dgn keadaan mereka menghadapi banjir sedangkan sebelum PRK baru2 ini, mereka berduyun2 datang menolong. Semasa PRK itu, kaum Cina dan India yg sukar pergi mengundi akibat banjir tidak diperdulikan kerana mereka mendapat tahu kaum bukan Melayu bakal memangkah calon PR.

Hipokrit besar! - itu sahaja yg patut dicop di dahi melaun2 ini bila dah menang! Dgrnya melaun2 ini sedang menumpukan tenaga dan jentera terhadap PRK Merlimau tak lama lagi. Tunjukkan hipokrit di Merlimau pula dan lepas menang, tinggalkan utk pastikan menang di Kerdau pulak.

Sahlah mereka2 ini buta hati. Dah diberitahu, melaun2 ini marah2. Jadi biarlah buta hati sampai bila2!

Anonymous said...

Orang Merlimau mesti pilih wakil rakyat yang pandai cakap orang putih dengan faseh. Baca Quran dengan faseh. Wakil rakyat tak pandai menulis dan bercakap orang putih tak akan kemana. Wakil rakyat ini akan mengalami inferiority complex. Setakat jadi jagoh di Merlimau sahaja le. Apabila di pilih jadi exco dan di beri peluang untuk melawat ke negara maju untuk melawat sambil belajar dia tidak akan dapat memberikan sumbangan yang berkesan untuk memberikan idea baru kepada negeri Melaka. Setakat melancong je lah !!! Saya bukan nak memperkecilkan orang yang tak pandai cakap orang putih tapi ini lah realiti zaman sekarang. Kita lihat di Mesir negara Arab mereka ramai yang pandai berbahasa orang putih. Pemimipinnya bercakap bahasa orang putih sangat faseh sungguhpun ada slang Arab.

Nyonya

mack said...

Mereka anggap tugas pengundi hanya memilih ada quality ke tak ada pengundi tidak boleh persoalkan.Memilih wakil rakyat macam memilih rajalawak atau penyanyi popular yang ada quality bagus baik tapi tak terpilih kerana tidak ada undi itu la quality yang ada pada hari ini....

Anonymous said...

"1. Yang saya tahu, bakal calon PRK UMNO, ketua bahagian UMNO dan ketua2 cawangan UMNO yang banyak tak setuju kerana al fulus tak masuk?"

Bila saya menulis pernyataan saya, saya sekadar merujuk kepada "penentangan" itu sendiri dan bukan motifnya.

Namun itulah bahasa melayu kita, pernyataan fakta jika ditulis dengan betul, boleh serentak ditafsir sebagai sinis, ironi atau retorik (bagi yang memahami).

Fed Up

Anonymous said...

TUDUNGSAJI NI!!!???
MEMANG TAK PERLU... TAK PAYAH DILAYAN LA!
LAGI DILAYAN... MACAM ORANG MABUK TODI LA...!!!
NI TALIPERUTCAPPINGPONG... TALIPERUTHIJAU... TALIPERUTMATALEBAM... TALIPERUTDOGSANDPIGS...
TAK BOLEH DILAYAN SANGAT!
BUANG KARAN AJE... CAKAP ENTAH APA APA!
ENTAH KE MANA MANA MERABAN... MEREPEK... MERAPU...
NI WAYAR HIJAU TERKONTOT NI!
ENGKAU TAK BAGUS LA... TUDUNGSAJI!!!
JANGAN PERASAN ENGKAU BAGUS!!!
AKU PUN SOKONG - "AKU SOKONG DATUKSAID"

Anonymous said...

SAYA MINTAK MAAF BEBANYAK DENGAN DATUK... KOMEN SAYA TERHADAP SAJI!!!
MUNGKIN SEDIKIT KASAR!!!
TAPI SAJI TU... MEMANG TAK BOLEH DILAYAN BENAO!
MACAM BAGUSSSS NAOOOOO!!!
AKU PUN SOKONG "AKU SOKONG DATUKSAID"

maae said...

Saji,

Tak payah lah saya komen panjang. Saya tak boleh ikut pemikiran budak-budak yang menghentam sesuka hati.Memanggil orang sesuka hati.

Satu waktu dulu (dah lebih empat dekad), saya tanya seorang cina tua, apa 'rahsia nya' memasukkan khinzir dalam raga yang betul-betul muat binatang tu,untuk mudah di angkut lori...jawab nya, 'haieya,manyak sinang la tuan, wa taluk laga lepan kipala,kemuli_an, wak talik lia eko!tepelanjat..telus masuk itu laga aa!manyak sinang...

Jadi saji saya baru tarik sikit ekor anda...

tokman said...

Dato,
UMNO akan meraih kemenangan dipilihanraya kecil diMerlimau kerana pemimpin2 UMNO ada cukup 'ramuan khas' untuk pengundi2 tempatan. Pengundi2 kita masih belum cukup matang atau segan nak memikir panjang bila mengundi kerana ramai mereka enggan ada anjakkan minda daripada pemikiran tradisional dan masih mengambil jalan yang mudah dengan menggundi kepada parti politik dan bukan calun2 yang bertanding. Sebenarnya bukan parti politik yang salah tapi banyak pemimpin2nya yang menyeleweng atau salah gunakan jawatan/tanggungjawab yang diberi bukan hanya kelompok BN tapi juga Pakatan. Manusia ni bila diberi kuasa lazimnya lupa daratan dan berlagak seperti 'above the law' hinggakan menolak ajaran2 agama mereka. Apa komen Dato dalam perkara ni?

hang_nadim2 said...

Salam Datuk

Bagi saya pilihan raya di Merlimau Melaka, samada UMNO atau PAS menang ke, sama saja. Kedua-dua parti tersebut gagal memaju dan mengatasi masalah orang melayu.

Selagi orang melayu tidak mempunyai pemimpin yang adil, bijaksana dan taqwa kepada ALLAH, selagi itulah orang melayu bermasalah dan selagi itulah orang melayu berperang sesama sendiri dan akhirnya orang yang lain untung.

Saya terkenang sejarah melayu semasa kesultanan melayu Melaka di abad ke -15. Pada masa itu Melaka menjadi kuat di bawah pemerintahan bendara Tun Perak. Jajahan Melaka sampai ke Sumatera, Semenanjung Melayu dan Singapura. Pada masa itu, mana ada UMNO ataupun PAS.

Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam

Anonymous said...

Kepada pengundi Merlimau pilihlah yang terbaik asalkan dapat hidup bahagia dan aman damai. Itulah tujuan utama kita. Hidup hanya untuk Allah. Kesudahannya kita hidup segala-galanya untuk menghambakan diri untuk Allah. Bukan untuk UMNO, PAS atau PKR. Itu hanya pilihan dunia untuk sementara sahaja. Kita tidak akan dapat berlindung dengan UMNO, PAS atau PKR apabila berhadapan dengan Allah nanti.

Allah beri kita akal untuk membuat pilihan yang bijak untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah. Ke jalan yang lurus.

UMNO tak bawa kita kejalan yang lurus. PAS dan PKR pun sama juga
2X5.

Semuanya ada kelemahan kerana pemimpinnya manusia biasa seperti kita juga. Ada hasad dengki, cemburu, khianat, sombong, pentingkan diri dll. Kita hanya diberi peluang untuk memelih yang terbaik di antara 3 parti yang terburuk !!!

Pilihan TERBAIK ialah berdampingan dengan ALLAH. Yang MAHA segala-galanya!!Bukan UMNO, Bukan PAS dan Bukan PKR !!!

Pak Waras

saji said...

Salam maae 12:41 AM


Kalau saya nak tanya kawan Cina pasal natang babi saya akan dakwahnya sekali, bukan terus akur dengan peranginya yang menyeksa binatang tu! Bunyinya begini:


Apa pasal lu suka makan babi? Lepastu ceritakan mengapa orang Islam tak boleh makan babi bla bla bla?



Kue maae aku bapakae

Anonymous said...

Pak Waras,

Memang benar kata Pak Waras. Ketiga-tiga parti ini semuanya main sandiwara dunia sahaja.

UMNO main dondang sayang!
PAS main dzikir barat!
PKR main poco poco!

Kesemua pemimpinnya tidak layak jadi khalifah di bumi Allah ini. Semuanya hipokrit!!

Kesimpulannya kesemua pemimpinnya berjuang untuk mendapat kuasa bagi kepentingan kelompok atau puak segelintir manusia sahaja. Kelompok manusia yang berbagai ragam nilai hidup mereka yang kacau bilau pemikirannya. Ada yang kononnya mengikut pegangan Quran dan sunnah dan ada ramai juga kelompok yang munafik dan kafir.

-baba melaka-

xairlinepilot said...

Salam DAKJ serta para komentar,

Anonymous 4:29 rasanya penyokong kuat Dato Mohd Said, anak dia ataupun Dato Mohd Said sendiri.

Dari komen beliau nampak sangat terang-terangan polemik kalau bilau dalaman Umno Melaka.

Tak perlu emotional .. yang penting seperti kata rakan komentar ab...masa sekarang kita perlukan wakil rakyat buruh dan buka wakil rakyat posmen.

Yang amat perlu dipastikan apabila menang nanti (tak kira sesiapa dan parti mana) wakil rakyat itu harus memainkan peranan mereka dengan effective supaya dekat dengan masyarakat.. itu yang pengundi mahukan.

sekian.

1280-K Taman Malik

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).