Sunday, February 06, 2011

Tugas Wajib Kerajaan Jaga Keselamatan Rakyat

A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR – 7 Feb.] -- SELAIN menangani kesan krisis luar negara terhadap rakyat jelata kita di tempat-tempat ia berlaku, kita juga boleh mempelajari pengajaran berikut daripada krisis politik Mesir dan Dunia Arab:-

1. Gerakan masyarakat sivil dan gandingannya dengan media baru yang berasaskan Internet tidak boleh disekat lagi. Kerajaan Mesir dipaksa menarik balik semua sekatan terhadap tunjuk perasaan dan Internet;

2. Demokrasi pseudo tidak lagi dapat dipertahankan. Begitu jugalah pembesar yang dipilih di bawah sistem pilihan raya yang pura-pura;

3. Kerajaan suami-isteri, anak-bapa, suku-sakat dan pemimpin yang tidak efektif tidak lagi boleh diterima, khasnya dalam suasana ekonomi yang semakin meruncing;

4. Di Mesir, kebangkitan membabitkan Presiden Hosni Mubarak dan anaknya dan di Tunisia terhadap bekas Presiden Ben Ali dan isteri jelitanya. Di Yemen, Presiden Ali Abdullah Saleh menghadapi tekanan yang hampir sama. Hatta di Jordan, Raja Abdullah II mengaku reformasi politik dan sosial telah gagal dan di Syria Presiden Bashar Assad merombak kerajaan; dan

5. Pergolakan di Dunia Arab akan menjadi lebih meruncing dengan kenaikan harga makanan dan kadar pengangguran yang tinggi.


[Posting Asal]



SAYA tidak mahu membuat andaian baik atau buruk membawa balik atau membawa keluar penuntut kita dari Mesir atau mana-mana negara dalam keadaan darurat.

Tetapi saya prihatin terhadap kecemasan dan kegusaran ibu bapa dan ahli keluarga mereka kerana tiga orang anak-anak saya yang sudah dewasa pun belajar di luar negara. Tetapi mereka belajar di negara di mana situasi seperti di Mesir tidak berlaku. Dua belajar di Amerika dan seorang di New Zealand. Kini anak yang keempat baru ke luar negara juga.

Mungkin situasi di Mesir sekarang genting dan unik. Genting kerana kita tidak tahu berapa lama dan apa kesudahannya tunjuk perasaan massa terhadap Presiden Hosni Mubarak dan unik kerana banyak institusi pengajian ditutup sementara.

Adalah menjadi tanggungjawab semua kerajaan di dunia memastikan keselamatan rakyat mereka ketika berada di luar negara. Yang berbeza hanyalah ada negara yang mampu dan banyak pula negara yang tidak mampu.

Jadi bagi saya, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa yang perlu dipuji dan dipuja kerana itulah tugas sebuah kerajaan. Apatah lagi jika kerajaan itu dipilih dan dibiayai oleh rakyat jelata.

Yang penting sekarang ialah sebahagian daripada penuntut kita di Mesir sudah dikeluarkan. Isu seterusnya adalah mendoakan agar keadaan di Mesir menjadi tenang dan selamat semula dan mereka boleh kembali menyambung pengajian. Bagi ibu bapa pula, mereka kenalah berfikir dan mencari jalan mengatasi kemungkinan krisis di Mesir berlarutan dan menyediakan tambang untuk anak-anak mereka balik semula ke Mesir apabila keadaan pulih.

Kita bukan tidak pernah mengalami keadaan begini, tetapi apa yang berlaku di Mesir menjadi begitu mencemaskan kerana kita dapat melihatnya secara langsung dan terus menerus dari kaca TV dan kita pula berhubung dengan anak-anak kita secara ‘virtual’ melalui emel, Skype, Twitter, Facebook dan sistem pesanan ringkas (sms).

Jadi apabila Kerajaan Mesir dalam kepanikan mereka untuk menyekat rakyat jelata berhubung antara satu sama lain dan menyemarakkan lagi protes terhadap Presiden Mubarak itu, telah menutup semua saluran komunikasi.

Ini secara spontan dan menyeluruh menjadikan Mesir ‘lenyap’ dari peta dunia. Dalam situasi itu, tentulah ibu bapa penuntut kita di Mesir sangat bimbang dan tertanya-tanya apa yang berlaku kepada anak-anak mereka. Inilah fungsi dan kesan dunia tanpa sempadan dan komunikasi di hujung jari.

Dulu pun keadaan cemas begini, berlaku. Bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara pun berlaku. Saya ingat lagi bagaimana perhubungan telefon, telegraf  dan pos terputus buat beberapa ketika apabila berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Ramai ibu bapa yang anak-anaknya bekerja atau belajar di Kuala Lumpur tidak mendapat khabar berita hingga berminggu-minggu lamanya kerana gangguan sistem perhubungan dan komunikasi.

Daripada pengalaman Mesir ini eloklah diwujudkan pelan kontingensi tetap di Kementerian Luar bagi menangani dan menguruskan kebajikan rakyat jelata Malaysia, khasnya penuntut di luar negara, terutama sekali di negara-negara di mana situasi politik dan bencana alam sering berlaku.

Dengan semakin ramainya penuntut kita belajar di luar negara, sama ada atas tajaan kerajaan, swasta atau perbelanjaan sendiri, dan pergi pula ke tempat-tempat yang kurang selamat dan sering dilanda bencana alam, maka eloklah diwujudkan pelan seperti itu.

Inilah pun tugas asas Kerajaan dalam dunia virtual di mana maklumat mengalir pantas dan berterusan. Dan ini jugalah tanggungjawab baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khasnya Tentera Udara dan Tentera Laut yang mempunyai aset jarak jauh seperti kapal terbang dan kapal laut.

Jadi janganlah kita hilang asas perkiraan kerana menjaga keselamatan rakyat jelata, sama ada di dalam negara atau ketika mereka berada di luar negara, adalah menjadi tanggungjawab asas dan fundamental sesebuah kerajaan yang sah. Yang sepatutnya mendapat pujian dan pengiktirafan adalah elemen-elemen dari sektor swasta yang menyumbangkan aset serta kemudahan milik mereka untuk turut sama membantu penuntut kita itu.

107 comments:

Roti Planta said...

Dato',

Sebagai negara yang akan menjadi 'negara maju' maka kerajaan mestilah mampu menjaga kebajikan dan keselamatan setiap rakyatnya. Usah biarkan walaupun seorang warga kita di apa-apakan semasa berada diluar negara. Operasi Piramid adalah lambang keprihatinan negara kepada setiap rakyat. Ini meyakinkan setiap rakyat kita bahawa 'walaupun siapapun aku, negara aku prihatin kepadaku'.

*(Luar topik): Tindakan Majlis Perundingan Melayu (MPM) untuk tidak akan lagi sesekali memberikan sokongan kepada pemimpin India daripada pelbagai parti dalam mana-mana mana pilihan raya selepas ini adalah sangat tepat. Ini kerana pemimpin dan aktivis kaum India sentiasa memutarbelit dan berjaya mempengaruhi kerajaan untuk tunduk kepada Interlok. Malah mereka selalu memutarbelit isu sehingga penjenayah dianggap wira, bilangan penghuni penjara sebagai isu kaum dan pelbagai lagi isu seolah hati mereka sahaja yang perlu dijaga.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

kerajaan menguna setiap sudut unt publisity. mcm artis...

Marhaen Kacak said...

salam.... betul tu... saya dapat bayangkan kalau saya seorang bapa yang terputus hubungan dengan seorang anak di perantauan...

lepas tu terdengar pula ada kekacauan, pelajar Malaysia dirogol dan di bunuh..tak ke kecut perut...boleh pengsan tu..

so, memang perlu ada backup plan untuk pihak berwajib di Malaysia dalam berhubung dengan wakil persatuan pelajar di sana...

Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!

Sarjana said...

Semua pihak mesti menjalankan tanggungjawab mereka. Apa yg penting semuanya dapat pulang dengan selamat.InsyaAllah.

Anonymous said...

BEtui tu Datuk

Najib tok sah la nak UP sangat. Memang dah tanggungjawab dia pun sebagai pemimpin.

Tapi yang pembangkang ni pun tok sah la nak kondem gomen sangat. Nak kutuk, nak demo ni nak buat apa? Saja nak bagi panaih hati orang saja ka.

Kesian la kat mak bapak yg dok kecut perut teringat kat anak anak depa, entah makan ka tidak tu.

Ada benda kita boleh main politik. Ada benda yang tak boleh. Kalau tak habieh habieh nak main politik saja, nanti orang lain naik meluat, mau nasib kita pun sama jadi macam Murtabak. Baru padan muka kita.

Ada faham ka Mahpuz?


Zaid Kuda

Anonymous said...

Setuju 100%. Tak payahlah kerajaan angkat bakul puji memuji kerana itu antara tugas asas. Naik mual baca pujian-pujian yang tak kena tempat. Lainlah kalau pakai duit sendiri.

MI

pakbelalang said...

Syabas kepada kerajaan kerana berjaya mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir dengan segera mungkin. Satu operasi yang bukan mudah untuk dikendalikan dalam situasi tidak menentu.

Ya, mungkin ada perkara-perkara logistik yang tidak dapat tangani dengan segera tetapi keseluruhannya operasi ini boleh lah dianggap berjaya. Satu pengalaman untuk masa depan jika ada lagi berlakunya keadaan yang sama.

Tinta Hitam said...

Datuk,

MMg tanggungjawab semua kerajaan adalah menjaga keselamatan rakyat.Tapi persoalannya adakah mereke melakukannya dgn baik.Jenayah semakin meningkat.PDRM pulak asyik berlakun dgn statistik jenayah.Jenayah kononnya semakin turun sbb statistik turun.Persoalannya betul ke begitu? Banyak jenayah disorokkkan smsg smg nak jaga KPI kawasan masing masing.

Adakah orang ramai spt kita merasa selamat.Saya sendiri skg merasa amat tidak selamat berbanding 30 tahun lepas.Bila saya balik tengah malam saya akan memegang batang besi terlebih dahulu sebelum keluar kereta takut diambush oleh perompak.Byk kejadian sebegini berlaku dikawasan kawasan perumahan.Kadar kecurian,rogol dan lain lain semakin meningkat.Rakyat rasa tidak selamat.

Persoalannya apa langkha langkah tegas KDN?? Saya tak nampak pun.Polis lebih digunakan utk menjaga keselamatan UMNO agar sentiasa kekal berkuasa.Tu sebab sumber manusia tak cukup utk menjalankan tugas tugas sepatutnya.

Anonymous said...

Dato AKJ,
Setuju sangat-sangat le (luar topik)tidak akan memberi undi kepada pemimpin India 1 M'sia. Tapi masaalahnya nanti BN letak India 1 M'sia lawan PR India 1 Padang Serai..Rahyat..He..Kami undi la KAMI kot-kot Cina Islam (Ridzuan Tee ka?)
-sender Rakyat Penang Lo.

pAK tAM kELANTAN said...

Dato.
Tugas kerajaan memang untok menjaga keselamatan raayat.Di Mesir hanyaq penuntut2 yang menyokong UMNO sahaja atau dari keluarga yang menyokong UMNO di pindah dahulu.Pendudok2 yang menyokong PAS di pindah kemudian.Ada pegawai Malaysia yang berkata kenapa tidak meminta pertolongan dari Nik aZIZ.

siut21 said...

Manusia sama saja iaitu mudah tersentuh perasaannya apabila dituduh buat sesuatu perkara sedangkan tuduhan itu adalah tidak benar; atau dituduh tidak bertindak walhal ia juga adalah tidak benar.

Contohnya, banyak pihak berasakan MB Kedah tidak mengambil tindakan yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir di negeri berkenaan baru-baru ini.

Walhal, MB berasakan yang pihak negeri telah melakukan apa yang perlu dan termampu. Makanya tuduhan dan kritikan yang dianggap tidak benar pastinya menyentuh perasaan MB.

Bayangkan betapa bengkaknya hati seseorang kalau pada saat dan ketika ia sepatutnya mendapat pandangan dan pujian yang memberangsangkan, sebaliknya, tanpa diundang, tuduhan dan kritikan yang menyakitkan hati yang menjelma?

Namun, seperti kata Datuk pemblog, tugas kerajaan (negeri/pusat) ialah memberikan yang terbaik tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kalau itulah yang menjadi pegangan makanya pemerintah negeri/pusat yang matang tidak akan beremosi kalau pujian yang diharap-harapkan tidak datang.

Malah lebih penting dari itu, saya berpandangan, pemerintah harus lebih bersedia dari segi emosi untuk berdepan dengan berbagai tuduhan dan kritikan meskipun ia adalah tidak benar.

Jika dibuat perbandingan dari aspek kematangan dalam berdepan dengan masalah, makanya kes yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan pusat yang membabitkan 11,000 lebih pelajar di Mesir adalah jauh lebih besar magnitudnya berbanding bebanan yang perlu dipikul oleh pemerintah negeri dalam kes banjir di Kedah.

Namun, umum nampak dengan jelas ketenangan diraut wajah PM pusat yakni tidak menunjukkan emosi negatif ( meskipun semua tindakan yang diambil tidak ada satupun yang tidak dikritik/kecam. Sebaliknya, pihak lawan (pembangkang) yang terlalu beremosi dengan provokasi politik mereka.

Dalam konteks ini, adalah jelas pemimpin mana yang lebih bersedia dari segi emosi dan psikologi tatkala berdepan suasana cemas dan genting tetapi dalam masa sama diterjah oleh provokasi politik pihak lawan masing-masing.

Anonymous said...

Tok Kadir, patut la depa buat Tok. Kita pangkah depa. Kita Bayar cukai kat depa. Tak cukup duit, depa utang lagi atas nama kita. Yang dok tanggung utang negara tu kita la. Bukan PM sorang saja.

Tak pa orang macam Pakbelalang kacong dan OKJ kerata mewah kalu depa nak puji. Itu hak mereka la. Kita kalau kerajaan buat tak betoi, kita kena kutuk pasai kita pilih kerajaan untuk buat yang betoi. Bukan buat yang tak betoi. Kalau buat yang betoi tu baru sama dengan undi dan cukai yang kita bagi. Jadi dok apa nak puji2.

Pasai keselamatan macam Tinta Hitam kata, betoi juga. Saya pun la ni kecut perut balik malam-malam. Dulu takut hantu saja. La ni ada perompak, mat rempit, polis cari duit poket.

Memang tak selamat macam dulu. Dulu Raja2, PM dan DPM saja ada outsider dan ramai bodyguard. La ni Menteri Keselamatan dan menteri pertahanan pun wing wang wing wang hulu hilir dengan eskod. Jadi la ni negeri kita tak selamat dan tak tahan. Hampoi!

Kamjat Penang

L_J said...

Datuk,

Saya akur dengan pandangan Datuk secara amnya, tetapi secara khususnya saya amat bangga sebab Datuk mengunakan perkataan2 seperti “rakyat”, “ibu bapa”, “penuntut”, “anak-anak”, “kita” dsbnya, tidak kira bangsa atau agama. Dengan sikap tidak kira adakah anak2 tersebut menimbul dari bangsa istimewa (yakni Melayu) atau dari kaum lain2, saya rasa Datuk patut berbanggalah?

Bagus, Datuk, bagus. Itulah kesetiaan kepada Perlembagaan Persekutuan (PP) dan itu juga “bahasa” – daripada semua pemimpin-pemimpin tertinggi di negara ini - yg digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), yakni “bahasa” pelbagai bangsa dan ia berani menyuarakan falsafah itu, yakni negara Malaysia ialah untuk semua warganegara di bawah PP dan sesiapun yg memperolehi bantuan dari kerajaan akan dibantu tidak kira bangsa, agama atau rantau (tertakluk kepada PP).

Itu lah kelebihan DSAI & partinya dan oleh sebab itu saya menyokong DSAI & PKR.

Salam,

LJ

MatSaman said...

Elok Datuk suruh kerajaan PAS Kelantan yang rata-rata penyokong tegarnya bertapak di Mesir, supaya melakukan sesuatu demi kebajikan rakyat Malaysia, khasnya rakyat Kelantan. Tak payah buang masa nak berdemo kat depan kedutaan Amerika dan Mesir, menyusahkan orang sahaja.

Lagi satu, kalau pun ia suatu tanggung-jawab kerajaan, perlulah juga kita berterima kasih kepada kerajaan. Samalah seperti kita berterima-kasih kepada ibubapa yang menjaga kita sejak dari kecil hingga kita mempunyai anak-cucu sendiri.

Kalau hanya berterima-kasih kepada pakcik, makcik yang sekali-sekala belanja kita ais krim, pelik tuu!!

hamdan said...

Salam tok

Apa yg tok cakap benar berlaka.
Cuma yg peliknya janganlah buat tuduhan melulu terhadap kerajaan.
Memindahkan rakyat dalam krisis bukan satu kerja mudah apatah lagi berbelas ribu.
Mana datangnya tuduhan kata kawasan pas di kemudiankan?..ini saya katakan fitnah yg digunakan untuk tujuan politik.
Tok najib hanya menjawab tomahan2 dari puak2 yg tak berterimakasih ini pun.
Katanya sebagai tanggungjawab kerajaan tapi siapa yg pilih kerajaan iaitu rakyat yg yakin pada BN.
Boleh ke kita tak berterima kasih kpd mak bapak kita yg menjaga kita atas dasar dah jadi tanggungjawab mereka?.
Budaya melayu/islam sentiasa berterima kasih atas si pemberi kerana samada tanggungjawab atau tidak, islam mengajar memberi pertolongan juga satu tanggungjawab dan yg memberi lebih baik dari yg menerima. tak gitu tok?

OKJ said...

Salam DAKJ

Tahniah Dato’ kerana semua anak berjaya dan belajar kat oversea. Bukan senang nak jadi ibubapa mithali. Saya pun berdoa agar anak-anak saya berjaya macam anak Dato’ juga bila mereka besar nanti. Angkat topilah Dato’ – Syarikat besar, duit banyak, rumah besar, anak berjaya, menantu mat salleh, kawan Dato, Dato’ Seri dan Tun dan sebagainya tapi isteri masih satu.

Sedih juga tengok Mesir sebuah lagi negara Islam jadi macam ni. Tapi saya rasa, biarlah rakyat Mesir menentukan halatuju negara mereka. Kitani tak payahlah menyebok dan kerajaan eloklah berkecuali. Janganlah jadi ala ala Mr Bean yg kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Malu je nanti.

Saya juga setuju kerajaan kena tolong rakyatnya secara samarata dan dimana saja berada. Rasanya, itulah kerajaan BN sudah lakukan, sedang usahakan dan akan teruskan. Cuma, kerajaan juga kena ukur baju dibadan sendiri dan rakyat kenalah tahu kewangan negara kita bukannya macam US. Janganlah main bantai je hentam kerajaan.

Satu lagi, prinsip Darth Vader dan Emperor Palpatine tu “if you are not with me, you are my enemy”, diharap bolehlah dibuang sekali. Belum apa-apa, dah labelkan orang sesat macamlah dia dah gerenti masuk syurga, sebijik perangai Khawarij. Lepastu syok sendiri dengan melebelkan sesama sendiri ulama. Gelilah nak dengar. Sekian TQ.

ab said...

Salam Dato,


Terima kasih dan pujian untuk kerajaan malaysia.


Congratulations to all peoples involved in this herculean task.

The government deserves the credit for the excellent job done.


The procesess and procedures involved can be used as `THE BLUEPRINT' FOR THE FUTURE MALAYSIAN CITIZENS EVACUATION from anywhere, dengan pembaikan sikit tentang when to press the ON BUTTON.


Bab MESIR NI, lama lagi laa ding dong ding dong tu....


HOSNI MUBARAK IS THE KEEPER OF one of THE WORLD MOST IMPORTANT ASSET...suez canal.



If US and the westerners `press'hard on him, he can bomb or mined the whole cannal..LINGKUP SATU DUNIA!.


US DAN GANG pula boleh `freeze semua assets Hosni Mubarak...dia ni dikatakan ada net asset 40-70 BILLION DOLLARS...kalau you tak step down kita orang tutup akaun you, lepas tu gantung you dan kita orang sapu yours and your country assests!...


THE INSURANCE COMPANIES,OIL TRADERS,SHIPPING COMPANIES, CORN,SOYA,WHEAT,and etc pula kalau bolih let we all `lembut sikit,.jangan hentam dia tu teruk sangat....SUPAYA KITA SEMUA PUNYA BISNES KAT SUEZ CANAL SELAMAT!!....



IN THE END...win win solution, jaga maruah Hosni Mubarak, snap election tapi dia tak bertanding, get ANOTHER VERY STRONG DICTATOR or PRESIDENT to be another KEEPER of suez canal,terus JAGA israel, terus kasi middle east rulers supaya kowtim kat US AND THE GANG.....cerita lama happy ever after laa..


MUSLIM BROTHERHOOD and OIC apa `plan'?.....


Abu Bakar Ab Rahman

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ Manusia berminda terbuka bercakap dan memberi pandangan, mereka tidak menghentam semberono.
2/ kita bercakap akan tanggongjawab kerajaan untuk membawa balik pelajar dari Mesir untuk keselamatan mereka. Kita menghargai tindakan kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka. Wajar tindakan tersebut dihebahkan tetapi kita juga merasakan tidak perlu kerajaan tersangat menonjolkan tindakan tersebut sehingga kurang menonjolkan isu-isu lain yang sama atau lebih penting. Agensi kerajaan bertanggungjawab perlu ada mekanisma untuk memkalumkan kedudukan pelajar di Mesir kepada ibu bapa mereka.
3/ Kejadian di Mesir penting kerana ada berkaitan dengan kita. Sayangnya tidak banyak perbincangan oleh yang berpengetahuan di media perdana.
4/ Alangkah baiknya jika lebih banyak perbincangan berilmiah dan perkara penting diperbincangkan untuk sama-sama kita berfikir dan memberi renungan.
5/ Kita sedar bagaimana rapuhnya pandangan kita. Kita "bias" dengan pandangan kita . kita belajar untuk menerima kemungkinan pandangan kita salah dan tidak terlalu dogmatik dengan pandangan kita sehingga menolak pandangan orang lain tanpa memberi ruang untuk kita mendengar dan berfikir akan pandangan tersebut.
6/ Saya perpandangan kerajaan yang berkuasa wajar membuka ruang tersebut untuk membina perbincangan sihat rakyat tanpa bersikap emosional kepada pandangan yang tidak sehaluan tetapi bersikap profesional.

zeqzeq said...

Sokong Dato,'
sederhana dalam memuji diri. Sederhana dalam kritik.
MAlaysia hurahara dlm diam, tiap taman ada pegawal, maju namanya.

maae said...

Salam Dato,

1.Sudah menjadi kewajipan kerajaan menjaga kebajikan rakyat nya di luar dan dalam negara. Begitu juga kerajaan asing.

2.Kejadian tidak di sangka.Hikmah nya kita mesti bersiap siaga setiap masa dan tidak lagi 'ber'lena.

3.Kadangkala keadaan dalam negeri kita juga terabai dan bayangkan bilangan rakyat yang terlibat apabila keadaan sama melanda!Kita masih lalai dan takut mengambil tindakan positif kerana situasi politik ugutan.

4.11000 bukan sedikit,jerih dan kebijaksanaan menyelesaikan masaalah amat di perlukan.Di sini juga keterlibatan koporat mesti berfungsi dalam tanggung jawab sosial mereka bersama kerajaan. Bukan hanya mengira keuntungan!

5.Sokong kenyataan Dato bahawa kerajaan mesti ada plan penyelamat yang mesti boleh di gerak bila-bila masa.

6.Rakyat Benar adalah Aset Negara. Rakyat Palsu akan lari menyelamat diri ke merata negara lain apabila keadaan sama terjadi di sini.Mereka hanya bijak melakukan kemungkaran dan kemusnahan kepada sistem negara yang semakin berjaya di tadbir atas dasar budaya silang.

Anonymous said...

Datuk YM, saya setuju amat. Yang baik tidfak perlu terlalu disanjung karena semamangnya itu tujuan kita memilih pemerintah dan menanggung beban membiayainya. Itu adalah kontrak kita dengan mana-mana parti politik yang kita pilih. Akan tetapi yang buruk itu wajib dikutuk.

Justeru itu taktik pembangkang mempersoal tindak-tanduk pemerintah seperti yang baru dibuat oleh ketua menteri P Pinang Guan Eng tentang NKEA berkesan karena apa yang pemerintah tidak buat atau buat tatapi tidak efektif itu adalah kontrak.

Namun kita punyai masalah untuk wujudkan pemerintahan alternatif bagi BN karena PR nampaknya tidak berupaya bersatu dan parti induknya yakni PKR semakin kacau dan berpecah.

Saya bimbang manakala BN tidak mampu menawarkan pemerintahan yang bersih dan efektif, PR pula terlalu kucar-kacir untuk menjadi pemantau yang berkesan. Natijahnya masa depan kita mungkin kabur dan goyang. Itu yang kita takutkan. Karena itu wajib wujud gerakan sivil oleh rakyat sendiri melalui NGO dan gerakan berInternet untuk memantau setiap tindak-tanduk pemerintah. Dari situ membuat keputusan massa menyokong, menentang atau memboikot nama-mana parti juga dalam pilihanraya.

Profesor Pencen
Bangi

abdullahngah said...

Dalam TV di Malaysia diwar warkan bahawa perjalanan evakuasi pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan pusat.

Barangkali puluhan juta tahniah dilaungkan kebanyakan rakyat Malaysia dan percaya bulat bulat, malahan ucapan syukur serta jutaan terima kepada kerajaan Malaysia yang sangat prihatin dengan pelajar yang belajar di Mesir dek terperangkap dengan demontrasi menguling presiden kuku besi selama 30 tahun itu.

Tidak dinafikan perkembangan tindakan Kerajaan Malaysia dalam misi menyelamat pelajar-pelajar Mesir sangat memberangsangkan.Tapi apakah benar perjalanan evakuasi pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan pusat.

Sehunbungan dengan itu,kerajaan kita akan selesai memindahkan pelajar ke Jeddah pada hari Ahad ini dan boleh dikatakan kebanyakan rakyat Negara ini mengucap Tahniah demi tahniah, terutama sekali para ibu bapa pelajar yang terbabit.

Malahan kebanyakan para ibu bapa tak lupa mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri A. Kohilal dengan komitmen yang diberikan dan kelihatan para pelajar sangat gembira serta melaung laungkan ucapan terima kepada perdana menteri Mohd Najib Razak yang tidak terhingga.

Saya telah diberitahu oleh ayah salah seorang pelajar yang telah selamat sampai di Jedah pada 5 February 2011 sebagai khabar dari anaknya bahawa jika mahu pulang tambang kena tanggung sendiri.Itulah kata kata yang diucapkan kepada saya.

Katanya lagi, cuma pindah dari Khaerah ke Jeddah sahaja di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Ini cerita perbualan melalui hubungan terus dari Kuala Terengganu ke Jeddah oleh salah seorang ayah yang meminta anaknya pulang ke Malaysia kerana university tempat anak perempunnya belajar diumum bercuti selama tiga bulan.Ada univesiti yang umum bercuti selama enam bulan.

Kebanyakan pelajar diberitakan enggan pulang ke Malaysia, kerana sayang dengan kedudukannya. Tapi apa boleh mahu tak mahu mesti kena pulang juga,kerana university umum bercuti.

Saya tidak tahu yang mana satu betul, sama ada cerita pelajar Mesir yang juga menyatakan segala kos ditanggung oleh Kerajaan Malaysia atau pulang kena tanggung sendiri?

Saya tak mahu prejudis dalam kes ini, tapi pengalaman telah mengajar kita bahawa itulah mainan politik kerajaan Malaysia dalam menawan hati rakyat.

pakbelalang said...

Rupa-rupanya ada 11,000 penuntut kita di Mesir. Satu jumlah yang besar. Allahamdulillah, di harapkan mereka tidak tergendala meneruskan pelajaran mereka di sana.
Moga-moga mereka akan berjaya dalam pelajaran mereka dan dapat memberikan sumbangan bakti kepada keluarga, bangsa dan negara apabila tamat pengajian mereka kelak. Kita harap krisis di Mesir dapat diselesaikan dengan segera dan penuntut kita boleh pulang semula untuk meneruskan pelajaran mereka tanpa ganguan lagi.

Kita harus bersyukur dan berbangga kerana kerajaan perihatin tentang keselamatan penuntut di Mesir dan mengambil tindakan sewajarnya untuk membawa pulang pelajar kita dengan segera. Syabas kepada Najib! Satu usaha yang positif kearah rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan.Confirmed. Ianya bukan slogan kosong yang direka-reka untuk "syok" sendiri.

I always believe in giving "Credit Where Credit's Due". Make no mistake about it.

mtgbertam said...

Dato',

1) Urusan bawa balik dan kosnya adalah kewajipan parti yg memerintah, tak kira parti mana. Itu skop tanggung jawab asas iaitu keselamatan rakyat.

2) Mesir mempunyai sumber ilmu yang baik dan banyak. Selain ilmu agama, ilmu perubatan juga tidak kurang mendapat perhatian student malaysia. Doa saya agar pengajian mereka tidak tergendala.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Apa punya cerita politik Malaysia dah jadi politik anak bini Tok.

Ada yang lebih dari Permaisuri Agong.Keluaq TV pagi petang.Pelik betoi.takkan saya sorang kot meluat.

Pembangkang bab ni sengap teruis.Sikit punya baguih modai politik tapi almaklumlah depa lagi terok.

Behind every successful man is a woman, behind her is his wife.
Groucho Marx

tq

saji said...

Sdr OKJ

"Saya juga setuju kerajaan kena tolong rakyatnya secara samarata dan dimana saja berada. Rasanya, itulah kerajaan BN sudah lakukan, sedang usahakan dan akan teruskan. Cuma, kerajaan juga kena ukur baju dibadan sendiri dan rakyat kenalah tahu kewangan negara kita bukannya macam US. Janganlah main bantai je hentam kerajaan."

Komen:

Ayat kedua sdr di atas sepatuntnya bunyi begini:

...... Rasanya, itulah kerajaan BN CUBA (tukar perkataan sudah kepada perkatan cuba) lakukan, sedang usahakan dan akan teruskan.Insyallah.(tambah perkataan INSYALLAH selepasnya............

saji said...

Salam Dakj

"SELAIN menangani kesan krisis luar negara terhadap rakyat jelata kita di tempat-tempat ia berlaku, kita juga boleh mempelajari pengajaran berikut daripada krisis politik Mesir dan Dunia Arab:-"

Saya setuju dengan 5 pengajaran yang Dato' sebut itu.

Tetapi, apa komen Dato' kalau saya kata rakyat Malaysia yang cepat2 pulang tu tidak menyedari tindakan mereka itu seperti tidak menyokong Hosni Mubarak,atau lebih tepat lagi sokong Hosni dijatuhkan, atas sebab2 yang Dato' boleh fikirkan.Yang enggan balek tu rakyat Malaysia yang sokong Hosni

jab sp said...

Dato'
Kita berharap semua perbelanjaan pemindahan ditanggong sepenuhnya olih Kerajaan Malaysia.
Ini duit kita bersama hasil dari pungutan beberapa jenis cukai langsong dan tidak langsong.

Mungkin ada benarnya cerita AWAL bahawa pelajar terpaksa menanggong sendiri perbelanjaan pulang dari Jeddah ke Malaysia.Ini berpunca kegagalan maklumat dari Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir yang menyebabkan spekulasi demi spekulasi ditimbulkan.Tidak timbul cerita iannya dimainkan olih pemimpin pembangkang.Kalau setakat catatan blogger yang tak mahu cerita asal usul profailnya,tak perlulah ia dilayan sangat kerana kalau dilayan samalah pemimpin itu meletak taraf pemikirannya sama dengan otak jkkkp atau mkk.

Catatan tambahan Dato' menambah lagi suhu ulasan,terutama penglibatan suami isteri,anak beranak dan suku sakat.Terpulang pada kita untuk mentafsir apa yang tersirat.
Malam tadi jam 2300 saya mengikuti ulasan mengenai Hosni Mubarak dan Mesir di TV 1.Ia sama seperti ungkapan Dato',terbuka untuk difikir.Mubarak di tolak olih rakyatnya bla bla bla, dengan pertanyaan akhir daripada pengacara adakah situasi Mesir akan mempengaruhi negara Islam lain.
Sekali lagi terpulang pada kita untuk memikirkan maksudnya.

*** Bukan semua penuntut kita mahu pulang.Dua orang anak saudara saya diantara yang mahu terus berada di Mesir kerana tempat pembelajaran mereka tidak terlibat terok dengan demontrasi.

Anonymous said...

Salam Dato',

Tahniah Dato' kerana semua yg diperkatakan itu benar belaka.

Tahniah kepada kerajaan kerana walaupun itu memang tugasnya menjaga keselamatan rakyat di mana-mana saja tetapi dalam konteks di Mesir ternyata kerajaan berjaya melaksanakan tugasnya. Saya tak mau heboh sangat dengan demonstrasi kat Malaysia kerana mentaliti pembangkang kita (sama ada PR atau BN) sama saja, iaitu membangkang at the slightest chance.

Bersyukur kerana rakyat kita telah dapat dijauhkan dari tempat berlakunya huru-hara kerana dalam keadaan huru-hara anarki boleh terjadi dalam bentuk yg tidak terduga. Kalau gomen boleh bagi tambang balik ke Malaysia, alhamdulillah; kalau tidak maka terpaksa uruskan sendiri ongkosnya. Terimalah hakikat bahawa kita tidak sentiasa dapat semuanya percuma. Kata orang kampung saya "Bukit kalau hari-hari dicangkul pun boleh jadi rata."

Balik kepada beberapa poin dalam update Dato' ni, iaitu pseudo-democracy dan faktor ekonomi. Demokrasi palsu pasti akan hancur kerana kebatilan tetap akan kalah kepada kebenaran. Malangnya, wujud persepsi bahawa demokrasi di Malaysia adalah demokrasi yg herot... pengundi hantu, SPR dilihat berat sebelah, ketidaktelusan undi pos, salah guna instrumen kerajaan semasa PRU/PRK adalah antara isu-isu yg cukup merimaskan yg tidak pernah tertangani secara tuntas. These are the characteristics of pseudo-democracy, to say the least.

Kita mula mendengar kebangkitan rakyat menentang status-quo di negara-negara Timur Tengah. Tidak ada sebab besar lain keculai ekonomi yg semakin buruk yang melahirkan pengangguran dan kemiskinan yg teruk. Hakikatnya tidak ada satu negara pun dalam dunia ini yg boleh terus menerus melenakan rakyatnya dengan pelbagai largesse. Kerajaan mesti merancang sosio-ekonomi negara sehingga rakyat menjadi berdikari. Hari ini kita sedang mendengar kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir dan gelombang kecil di Yemen, Jordan dan Syria. Akan tiba masanya perkara yg sama berlaku di Negara Teluk dan Arab Saudi. Di sebelah sini, kita akan dengar juga ia berlaku di Brunei. Di negara kita sendiri, ia sedang berlaku cuma belum mencapai "critical mass" dan "flash point". Jika pengangguran dan inflasi terus meningkat tidak mustahil ianya terjadi lebih cepat daripada yg kita jangkakan. Mudah-mudahan barang dijauhkan Allah.

Pak Hj JB

Anonymous said...

Sakit benar ke hati mereka yang memandang serong usaha kerajaan untuk membawa pulang penuntut kita pulang ke tanah air?

Cukuplah tu! Dah tak ada modal lain ke nak kritik kerajaan. Carilah modal lain. Penuntut kita yang terkapar-kapar meminta pertolongan ada juga suara sumbang yang mencari kesempatan untuk mencari salah kerajaan.

Jawahir

Anonymous said...

Dato',

Rasanya Dato' keliru sedikit. Saya tak nampak pun yang Kerajaan BN ini minta pujian. Yang dilakukan oleh Kerajaan ialah untuk menyebar maklumat/informasi melalui media cetak perdana dan media elektronik mengenai usaha-usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak Kerajaan (Operasi Piramid)untuk membawa keluar pelajar/rakyat Malaysia dari negara Mesir dan seterusnya membawa pulang mereka ke Malaysia.

Fence-sitter

Bawal said...

Dato',

Ada yang memuji ada yang kata tak payah sanjung sebab dh jadi tanggungjawab dan sebagainya. Saya setuju memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyatnya.

Saya rasa macam tugas ibu bapa menjaga anak2 yang telah diamanahkan kepada ibu bapa, mcm saya lah, saya memang berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah mendidik dan menjaga saya selama ini. Memang itu tanggungjawab ibu bapa saya tapi tak salah malah lebih baik juga jika saya berterima kasih kepada mereka berdua. Saya rasa tak salah malah ada banyak baiknya jika kita berterima kasih kepada kerajaan sebab menjaga rakyatnya walaupun itu adalah amanahnya.

Saya dulu pun pelajar tajaan juga. Saya rasa penaja saya juga harus bertanggungjawab kepada saya ketika saya belajar di tempat orang. Dalam hal penghantaran balik. Penaja juga haruslah bertanggungjawab. Saya rasa adil juga kalau penaja mengambil alih penghantaran balik ke Malaysia sesudah pelajar-pelajar terselamat dari darurat. Jangan harap kerajaan sahaja, penaja juga harus ambil tanggungjawab.

Sayang Bangsa said...

Sebagai seorang parent yang mepunyai tiga orang anak yang belajar di luar negara, saya faham kegusaran ibu-bapa.
Tapi janganlah terlalu mendesak sangat nakkan anak mereka cepat pulang.
Faham sahajalah macam mana birokrasi red tape dan masalah pendaratan yang perlu dibuat sebelum dapat membawa mereka pulang.
Balaslah budi kerajaan dengan baik ya, ibu-bapa.
Bukan apa tetapi nak ingatkan saja memandangkan itu Kaherah dan mngkin ramai anak bukan penyokong kerajaan.
Nampak cutting some of them, very likely possibility.
Tak mungkin PAS atau Keadilan membuat jasa yang sama jika memerintah.
Dan baliklah ya menyumbang kepada negara.
Bertuahlah ya kita punyai kerajaan peri-hatin. Dengar kata, Najib akan berada di Sepang menyambut kepulangan mereka.
Aduh untungnya budak-budak ni.
Macam taraf VIP pula.
kesian PM yang disayangi. Nak dapatkan undi, terpaksa buat kerja macam tu.
Nak cakap kepada ibu-bapa sikit. Bila kita hantar anak ke luar negara, Bertawakallah dan doakan kesejahteraan mereka.
Mereka harusnya diajar jangan takut tak tentu hala. Belajar berani as a preparation for life's survival.
Yang kaya sikit tu, bawalah balik anak dengan tiket sendiri. Janganlah mengharapkan penaja saja.
11,000 is no joke ya on our government coffers. Please think.

makbudak said...

Salam Dato,

Saya ingin sekali tengok berita2 perkembangan tentang pelajar2 kita yg kat mesir. tadi kat berita tengahari, adalah keluar, saya nampak, bebudak tu mcm berlakon lah pulak, sambil turun kapalterbang tu, ada beberapa pelajar2 yg masing2 pegang kain tulis..."terima kasih" ada yg tertulis.."kerajaan"..."tabung haji"... ada lagi beberapa nama n last sekali "PM". mana saya tak meluat tengok tv ni. ok, takpe, saya tengok lagi teruskan, tengok budak2 tu salam, yg pompuan salam dgn pompuan, dgn rosmah, yg lelaki salam dgn lelaki n pm saja. boleh pun rosmah tak salam pelajar2 lelaki tu.

last2 bila mula tunjuk pm berucap memuji2 kerajaan yg uruskan benda2 tu semua, tak kira siapa, takde kira politik siapa ke apa ke, maksud pas ke umno ke semua kerajaan tolong, kununnya buat tu semua bukan niat politik, saya pun terus tukar channel. bukan niat politik apa kalau dah disebut2 mcm tu?

satu lagi kepada mereka2 yg suka ckp kerajaan mcm mak ayah kita kena terima kasih, memanglah, bukan tak terima kasih, tapi mak ayah kita terima kasih pasal kita lahir dari mereka. kita tak undi mereka untuk jadi mak ayah kita. dgn mak ayah, bukan takat terima kasih, kena balas budi dan taat, tapi taat pun pada yg tidak bertentangan dgn perintah ALLAH.

tapi kerajaan ni dipilih. sapa2 pun boleh jadi kerajaan, bukan mcm mak ayah. so tak timbul kena terima kasih dgn cara undi mereka, ataupun dgn cakap terima kasih kerajaan, ataupun memuji2 kerajaan, sekalipun pemimpin mereka tu terlibat dgn rasuah, salahguna kuasa, menindas dan apa2 saja tindakan yang tidak selari dgn Islam. apa guna berterimakasih dgn kerajaan dgn cara undi bn, tapi undang2 kita langgar, rasuah makan, kerja monteng atau curi masa, kuasa disalahguna, ataupun merompak, menyamun, menipu tapi mulut cakap terima kasihlah kerajaan pasal kerajaanlah saya berjaya, pasal kerajaanlah saya boleh kaya,bla bla bla... tangan undi bn...tu ke cara berterima kasih?

dah untung banyaklah pembangkang n rakyat tak buat macam kat mesir n tunisia nun, kerajaan taknak terima kasih ke kat rakyat n pembangkang pasal masih hormat undang2? esok2 kalau ditakdirkan tukar kerajaan sebab rakyat dah bosan dgn berlakunya banyak kepincangan dlm pemerintahan di negara ni, jangan pulak buat mcm kat mesir tu ye?

maaf dgn gaya bahasa saya rakyat biasa ni... terima kasih.

makbudak said...

Salam Dato'

(sambung...)

cara saya berterima kasih pd kerajaan ialah dgn tidak melanggar undang2 negara, sekalipun undang2 jalanraya seboleh mungkin saya patuh, saya tidak membuang sampah merata2, saya tak mencemarkan sungai, saya tak ambil hak orang, saya beri anak2 saya ilmu dunia akhirat agar mereka jadi insan yg berguna pada ugama bangsa dan negara, saya didik anak2 saya juga agar patuhi undang2, saya larang anak2 saya bawa motor kereta tanpa lesen, jangan jadi mat rempit atau jadi penyumbang dlm masalah2 remaja hingga menyusahkan kerajaan dan banyak lagi usaha sebagaimana yg diajar dlm Islam... InsyaALLAH.

jadi kalau saya tak undi bn kerana tak setuju dgn kerajaan sebab saya lihat banyak berlaku penyelewengan, pemimpin tidak amanah, yg tidak bermoral diangkat jadi pemimpin, adakah saya ini dianggap rakyat yang tidak mengenang jasa dan tidak tahu berrterima kasih?

Wallahua'lam....

ahmad shamshudin said...

assalamualaikum ................

dalam bab pindah ni,elok sangatlah kalau kerajaan dah cuba bawak balik semua pelajar kat mesir tu,kerana ianya berbaloi dari sibuk nak bawak balik mereka yang tersesat kat lombok dek rentuman jiwa gelora,

cuma bab ada yang komen apasal tak mintak kat parti satu lagi untuk penyokongnya saya kurang setuju sikit,kerana apa yang saya tau tak de pulak pengasingan bayaran cukai untuk penyokong kerajaan atau pembangkang,

bab mesir lak,
apakah kita juga akan menghadapi situasi sebegitu,jatuhnya marcos siapa penyebabnya....
jatuhnya shah iran sipakah disebelahnya.........
jatuhnya tunisia tempohari bagaimana anak isterinya........
agak agak kes hosni ni ada hubungkait tak dengan anak bininya......
jadi apa hubungkaitnya dengan negara kita yang tercinta ini...
rasanya seakan ada sedikit link dengan post datuk januari dulu kot,

pasal artikel melayu terdahulu,agak nama MELAYU harus ditukarkan kot,kita guna malay kot,lagipun orang thai panggil kita malay,baru kita akan ok,taklah melayu je,dulu kalau tak silap saya cikgu ada ajar imbuhan me,men, meng,me ni digunakan untuk sesuatu yang sedang terjadi,jadi MELAYU maknaya..........
sampaikan india boleh ambik kesempatan atas karya sastrawan kita dek hal yang remeh,dan kita lak terpaksa terhegeh hegeh nak cuba berkompromi.......malu oooo
cino dok hina kita dalam youtube dah disanjung,melayu protes sikit nak di ISA kan,(rasist ke ni)
cino duk hino ugama pasal bersalaman tak de lak hiruk kat akbar atau tv,pasal nak berpiket havoc sedunia...
saya duk tengah2 atas pagar kata orang hak tetap hak,salah kena bagi tau....
maaf ku pohon andai emo.....
kalau ada yang sudi jawap atau betulkan saya amat alu alukan....
love malay jawi

A KADIR JASIN said...

Terima kasih pembahas Makbudak kerana menjawab Bawal dan pembahas lain yang sehaluan dengan beliau.

1. Memang tak patut, tak kena dan menghina membanding dan menyamakan ibu bapa kita dengan kerajaan;

2. Kita tidak pilih atau undi siapa jadi ibu bapa kita. Siapa ibu dan bapa kita adalah ketentual Allah;

3. Kita pun tak bayar cukai kepada ibu bapa kita. Sebaliknya ibu bapa kitalah yang memeras otak dan membanting tulang mencari rezeki membesar dan menyekolahkan kita;

4. Jadi, macam mana pun taasub kepada pemimpin dan berasa perlu memuji dan memuja mereka, janganlah sampai tergamak membanding dan menyamakan ibu bapa kita dengan para pembesar yang kita undi, kita bayar cukai dan bagi gajian;

5. Ibu dan bapa kita tidak ternilai harganya. Namun begitu, ada segelintir ibu bapa durjana yang seksa dan sisihkan anak sendiri. Itu bukan ibu bapa. Itu adalah kilang yang mengeluarkan manusia. Hatta haiwan pun sayangkan anak.

Terima kasih.

pakbelalang said...

Operasi Piramid tak usahlah dipolitikkan. Rakyat tahu menilainya. Kepada Najib saya nasihatkan jangan "overdo". It will be backfired.Buat statement sebagai Perdana Menteri yang bertanggong jawab kepada rakyat dan jangan ada unsur untuk menampakkan seolah-olah Najib mengambil kesempatan untuk hendak meraih undi.Tak payah!!! Buatlah sesuatu kebaikan itu untuk rakyat dengan ikhlas kerana ada ganjarannya kemudian. Tapi kalau sibuk nak dapatkan political mileage segala usaha yang dilakukan akhirnya tidak menguntungkan malahan rakyat akan jadi meluat.

OKJ said...

Salam DAKJ

Walaupun kita berbeza pendapat, tapi rujukan mesti berdasarkan kepada Al Quran dan hadith. Ada yg boleh kita fikir dengan otak (dalil Aqli) tetapi ada yg memang dah terkandung dalam Quran dan Hadith (dalil Naqli). Marilah kita sama-sama menghayati hadith ini. Daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w.
1. “setiap kamu adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin, maka ketua negara yang memerintah adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diperintah, dan lelaki itu pemimpin terhadap keluarganya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Dan isteri seseorang lelaki (suami) itu pemimpin terhadap rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya. Dan hamba seorang tuan adalah pemimpin terhadap harta tuannya, dan dia bertanggungjawab terhadapnya. Ketahuilah semua kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan. Di sinilah kedua pihak itu tidak mungkin dipisahkan”.

Kalau kewajipan setiap anak mestilah taat dan berterimakasih kepada ibubapa, begitulah juga rakyat dengan pemimpin selagi mereka tidak menyuruh membuat maksiat. Ini hadith sahih ni, bukannya boleh ikut sedap cakap je.

Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kalian." (An-Nisa': 59).
Sabda Rasulullah saw.,
1. "Barangsiapa taat kepadaku, ia taat kepada Allah. Barangsiapa bermaksiat kepadaku, ia bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa taat kepada pemimpinku, ia taat kepadaku. Dan barangsiapa bermaksiat kepada pemimpinku, ia bermaksiat kepadaku." .
2. “Barangsiapa yang taat kepada penguasa maka, ia benar-benar telah taat kepadaku, dan barangsiapa yang durhaka kepada penguasa maka ia benar-benar telah durhaka kepadaku.” [HR. Bukhari dan Muslim].
3. "Barang siapa tidak menyukai sesuatu pada pemimpin, hendaklah ia bersabar, karena barangsiapa keluar dari pemimpin sejengkal saja, ia mati dalam keadaan mati jahiliyah." "Barangsiapa menghina pemimpin (Muslim), maka Allah menghinanya." Diriwayatkan At-Tirmidzi.
Akan tetapi, ketaatan kepada pemimpin bukanlah ketaatan yang bersifat mutlak tanpa ada batasan. Ketaatan harus diberikan kepada pemimpin, selama dirinya taat kepada Allah SWT dan RasulNya. Jika pemimpin tidak lagi mentaati Allah dan RasulNya, maka tidak ada ketaan bagi dirinya. Al-Qur’an telah memberikan batasan yang sangat jelas dan tegas dalam memberikan ketaatan. Allah SWT berfirman:
1. “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami.” (Qs. al-Kahfi [18]: 28).
2. “Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir.” (Qs. Fâthir [35]: 52).
3. “Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.” (Qs. al-Qalam [68]: 8).
4. “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina.” (Qs. al-Qalam [68]: 10).
5. “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.” (Qs. al-Insân [76]: 24).
6. “Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].

Kesimpulannya, ada benda yg kita boleh fikir logik tetapi ada benda yg mesti mengikut ketetapan yg Allah dan Rasul gariskan. Berderau darah saya bila membaca komen yg pelik-pelik ni. Sekian TQ.

DD said...

I'm supportive of the governments efforts to save Malaysian in Egypt...truly I am. If my children were in that situation, I would find any means to buy air ticket on the next available flight ASAP. And if there complications like that in Egypt, I would certainly seek help (pull strings?) from Malaysian authorities to make it happen.

However, the use of tax payers money for this rescue is being taken for granted by those rescued citizens. This may sound harsh but as a taxpayer, I feel that they should be thankful and reciprocate by offering to pick up some (if not all) of the individual rescue costs. If these Malaysians can afford to send their children to Egypt at their own cost, they ought to offer to pick up the logistics cost. The government had done their best politically & diplomatically (kudos to Datuk Najib, Datuk Anifah, TUDM general & his team, MAS, AirAsia et al) to get air space clearance etc and act responsibly by pulling off this rescue mission in such expeditious manner.

Why not reciprocate and do the right thing? Bak kata orang Melayu "Orang berbudi, kita berbahasa". Don't take things for granted - be a responsible and a proud "1Malaysian" and showcase sifat orang Melayu yang terpuji yang akan di hormati dan disegani oleh rakyat "1Malaysia" yang lain.

anakbuah said...

Dato',

Pernah saya dengar cerita di zaman Nabi s.a.w dulu, org yg memuji seorang yg lain dilempar pasir oleh org yg dipuji. Kata ustaz saya, supaya mengelakkan kita (yg dipuji) ini drp rasa riak dan membangga diri kerana sifat yg menjadi penyakit hati ini adalah syirik kecil. Dan kata arwah bapa saya, tanda kesyukuran dan terima kasih kita kepada Allah s.w.t adalah dgn beribadat dan mengabdikan diri kpdNya tanpa mengharap balasan drpNya (w/pun telah dijanjikan pahala dan ultimate-nya syurga). Barulah keEsaanNya ujud dlm diri kita.

Bagi saya kerajaan tidak patut mengharapkan pujian drp rakyat bila melaksanakan t/jawap kerana t/jawap menjaga keselamatan dan nyawa rakyat adalah amanah besar yg diberikan oleh rakyat. Sepatutnya melaksanakan t/jawap secara ikhlas dikala rakyat susah maupun senang menunjukkan rasa terima kasih kerajaan kpd rakyat tidak kira agama, bangsa dan fahaman politik tanpa perlu mengharapkan pujian. Keikhlasan melaksanakan t/jawap itu biarlah Dia shj yg menilainya. Rakyat tidak layak menilai keihlasan itu.

Dalam masa yg sama rakyat tidak patut memburuk-burukkan usaha menyelamat tersebut. Emergency tetap emergency dan keselamatan nyawa tidak patut dikompromi, apatah lagi dipolitikkan. Matangkah kita jika perkara huru-hara begini dijadikan modal politik?

Kepada kerajaan - apalah sgt membelanjakan berjuta2 ringgit dan mengerahkan askar berserta kelengkapannya menyelamatkan nyawa rakyat? Bukankan sudah berbilion disedut dan dibelanjakan tanpa rela rakyat? Bukankah anggota keselamatan dan agensi2 kerajaan ini juga yg dikerah untuk keuntungan politik? Secara ikhlas, adakah layak kerajaan dipuji sebenarnya?

Asam Pedas said...

Dato,

Saya cuma nak menambah muktahir artikel Dato para5. Tajuk penting media dunia hari ini melapurkan mengenai harga makanan sedunia yang melambung merujuk lapuran UN terbaru.

Menurut UN Food and Agriculture (FOA) harga makanan sedunia mencecah harga paras tertinggi 7 bulan berturut sehingga bulan Januari 2011.
http://www.fao.org/news/story/en/item/50519/icode/

Dikaitkan pemberontakan rakyat di Mesir dan Tunisia kerana kekurangan makanan untuk rakyat disebabkan harga makanan melambung naik diluar kemampuan mereka.

Untuk pengetahuan Malaysia masih mengimpot 70% bahan keperluan makanan.

Negara Norway mungkin telah nampak bahaya kekurangan makanan sedunia dan juga potensi ekonomi dengan menubuhkan Svalbard Global Seed Vault untuk menyimpan benih2 makanan dan tumbuhan yang asli dan baik dari seluruh dunia. Antara penumbang ternama adalah Bill Gates.

Dikatakan benih2 baik sedunia sudah berkurangan kerana pencemaran alam dan juga benih asal sudah di Genetically Modified (GM)

Negara kaya seperti China dan negara pengeluar minyak Timur Tengah banyak membeli tanah serata dunia untuk dimajukan pertanian.

Malaysia hendaknya tidak leka dengan politik saja dan ingat campak saja benih, pokok akan tumbuh lepas tu berbuah untuk dimakan. Tanya sajalah petani2 yang rata2 kata tanah dah tak sesubur dulu walaupun dah banyak baja subsidi ditabur.

simply said...


makbudak said...
Salam Dato,

Saya ingin sekali tengok berita2 perkembangan tentang pelajar2 kita yg kat mesir. tadi kat berita tengahari, adalah keluar, saya nampak, bebudak tu mcm berlakon lah pulak, sambil turun kapalterbang tu, ada beberapa pelajar2 yg masing2 pegang kain tulis..."terima kasih" ada yg tertulis.."kerajaan"..."tabung haji"... ada lagi beberapa nama n last sekali "PM". mana saya tak meluat tengok tv ni. ok, takpe, saya tengok lagi teruskan, tengok budak2 tu salam, yg pompuan salam dgn pompuan, dgn rosmah, yg lelaki salam dgn lelaki n pm saja. boleh pun rosmah tak salam pelajar2 lelaki tu.

last2 bila mula tunjuk pm berucap memuji2 kerajaan yg uruskan benda2 tu semua, tak kira siapa, takde kira politik siapa ke apa ke, maksud pas ke umno ke semua kerajaan tolong, kununnya buat tu semua bukan niat politik, saya pun terus tukar channel. bukan niat politik apa kalau dah disebut2 mcm tu?

satu lagi kepada mereka2 yg suka ckp kerajaan mcm mak ayah kita kena terima kasih, memanglah, bukan tak terima kasih, tapi mak ayah kita terima kasih pasal kita lahir dari mereka. kita tak undi mereka untuk jadi mak ayah kita. dgn mak ayah, bukan takat terima kasih, kena balas budi dan taat, tapi taat pun pada yg tidak bertentangan dgn perintah ALLAH.

tapi kerajaan ni dipilih. sapa2 pun boleh jadi kerajaan, bukan mcm mak ayah. so tak timbul kena terima kasih dgn cara undi mereka, ataupun dgn cakap terima kasih kerajaan, ataupun memuji2 kerajaan, sekalipun pemimpin mereka tu terlibat dgn rasuah, salahguna kuasa, menindas dan apa2 saja tindakan yang tidak selari dgn Islam. apa guna berterimakasih dgn kerajaan dgn cara undi bn, tapi undang2 kita langgar, rasuah makan, kerja monteng atau curi masa, kuasa disalahguna, ataupun merompak, menyamun, menipu tapi mulut cakap terima kasihlah kerajaan pasal kerajaanlah saya berjaya, pasal kerajaanlah saya boleh kaya,bla bla bla... tangan undi bn...tu ke cara berterima kasih?

dah untung banyaklah pembangkang n rakyat tak buat macam kat mesir n tunisia nun, kerajaan taknak terima kasih ke kat rakyat n pembangkang pasal masih hormat undang2? esok2 kalau ditakdirkan tukar kerajaan sebab rakyat dah bosan dgn berlakunya banyak kepincangan dlm pemerintahan di negara ni, jangan pulak buat mcm kat mesir tu ye?

maaf dgn gaya bahasa saya rakyat biasa ni... terima kasih.

4:50 PM


haii makbudak, kalau taknak berterima-kasih pada kerajaan pun tak apa lah, diorang pun tak minta dihargai, awak tu 1 orang aje, kalau tayar kereta awak pancit kat tepi highway, peronda PLUS tolong ganti tayar, yang ni pun awak tak perlu berterima-kasih, sebab? abang-abang peronda tu bukan lahirkan awak, tak gitu? dangkal sungguh hujah anda.

kerajaan itu bukan sahaja pak najib, ia termasuk petugas-petugas yang masih tinggal di kaherah kerana nak keluarkan budak-budak pelajar tuu, juruterbang yang ulang-alik selama 12 jam, angkatan tentera, majlis keselamatan negara, dan semua yang dibayar gaji kerajaan yang seciput dan duduk kuarters tuu dan tak dapat balik cuti kerana terpaksa berkorban untuk anak orang lain.

TOOLBOX said...

Datuk

Mungkin agak terlewat tapi izinkan saya war-warkan dua pautan yg mungkin ada pembahas terlepas pandang:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir

Puan Makbudak: Izinkan saya mengambil kandungan komen puan. Ianya sesuatu pandangan berhemah yang sangat ikhlas pada saya. Terima kasih!

mtgbertam said...

Mak budak,

Totally agreed with you.

Anonymous said...

Terima Kasih kerajaan. Itu macamlah.
Rakyat didahulukan. Kerajaan BN memang patut di puji. Dah banyak rakyat merasai nikmatnya. Tengok sahajalah 11,000 penuntut belajar di Mesir. Cuba teka berapa ribu yang di taja oleh kerajaan dan berapa million yang dibelanjakan setiap tahun? Tak percaya lagi kah......? Yang bencikan BN akan beri jawapan yang standard iaitu " ITU TANGGONG JAWAB KERAJAAN". Itu sahajalah jawapannya !!!

-simanja-

Anonymous said...

Ybhg Datuk Kadir

Ramai yang berkata bahawa dengan adanya internet mereka akan lebih berpengetahuan. Betul. Tapi ramai jugak yang tidak sedar bahawa debgan adanya internet mereka lebih mudah dipengaruhi.

Early bird Caught Early Fly

ab said...

Salam Dato,


11,000 + orang rakyat Malaysia diMesir yang dipindahkan dari Mesir ke Malaysia.




Implikasi:


1.Kalau kos seorang RM5000.00 untuk tujuan pemindahan tersebut
kos keseluruhan dah 55 juta ringgit, kalau tambah kos tak langsung..kakitangan,kapalterbang,bas,teksi,makanan,tempat tidur dll...bolih jadi 100 juta ringgit atau lebih.


2.NI nak balik Mesir nanti untuk meneruskan pelajaran, kalau seorang 2500 ringgit, dah 27-28 juta ringgit lagi.....


3. Kalau satu universiti ada 4-5 tahun kursus pengajian,dan kalau satu tahun pengajian ada 100 orang, dah ada lebih kurang 500 orang satu universiti, kalau nak belajar di sini,kena ada `instant' 22-23 universiti, dengan bidang bidang yang berkenaan...SANGAT SUSAH NI!....


4. Kalau tangguh lama lagi sampai lepas Jualai-September nanti, tambah lagi 2500-3000 pelajar baru lagi ke Mesir, dah la jadi 14-15 ribu orang...alahai ramainya.



5.Kos dari penaja penaja dan keluarga tak saya mampu kira lagi dah....



RINGKASAN:-


Tuan tuan, puan puan dan anak anak semua, HARGAILAH PELAJARAN... kerana DAPAT PELUANG MENGAJI TU DAH SANGAT SANGAT BAGUS DAH, kalau tiada penajaan dari kerajaan Malaysia ni(teramai)SUSAH, SESUSAH SUSAHNYA LAH kamu semua nak pi mengaji sana tu......



KEPADA RAKYAT CINA DAN INDIA jangan dok marah gomen kerana ramai pelajar melayu dimesir, HAMPA PI LAA mengaji kat sana, JANGAN SALAHKAN KERAJAAN MALAYSIA KALAU TAK RAMAI PELAJAR CINA DAN INDIA KAT SANA....kerana sana itu MESIR!.



Yang minat demo kat kedutaan Mesir kat KL tu ELOK HAMPA SEWA 10-15 KAPALTERBANG pi demo kat TAHIR Square, bolih tak, tu baru hero betui.... kalau kat keduataan Mesir KL tu, penyebok dan penyusah namanya.......


Anyway democracy `train schedule' is unavailable in Exgypt!, and it has never been programmed to have one...yet.



Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Datuk dan Pembahas,

Memang betul mak/pak adalah ketentuan Tuhan. Makanya dalam aspek keselamatan keluarga, anak-anak perlu berterima kasih kepada mereka.

Dalam konteks yang sama, timbul persoalan apakah pemimpin berada di luar ketentuan Allah? Dan dengan itu apakah ketua negara tidak perlu diberikan ucapan terima kasih kerana menjaga keselamatan negara (keselamatan rakyat)?

Untuk mengupas isu ini, apa kata perhatikan fakta berikut:

1. Ada berjuta-juta Mak dan Pak tetapi hanya ada satu ketua negara.

2. Mak dan Pak hanya bertanggungjawab terhadap institusi keluarga tetapi ketua negara bertanggungjawab terhadap semua institusi keluarga.

3. Kalau mengikut ketentuan Tuhan, bukan saja Mak dan Pak tergolong dalam ketentuan-Nya malah pemimpin jua tidak akan terlepas dari ketentuan-Nya.

4. Oleh kerana Ketua Negara dibayar gaji makanya semua tugasan adalah dianggap kewajipan makanya apa jua tugasan PM tidak perlulah diberikan ucapan terima kasih. Dalam konteks yang sama, kalau guru juga mendapat gaji hasil dari pungutan cukai, kenapa anak-anak diajar perkataan ini: "terima kasih chikgu"?

Akhirulkalam, apakah kita telah memberikan pendidikan sivik yang tersasar dari hakikat dan realiti kehidupan yang sebenar? Kalau benar, apakah kita akan ajukan cadangan agar perkara ini diperbetulkan dari bangku sekolah lagi?

Chinglot

Anonymous said...

dato'

saya sokong pendapat Zaid Kuda

hidup ZAid Kuda !!!

xyy

saji said...

Salam OKJ

1. Sdr dah berhujah gunakan ayat al Quran dan Hadis.Bagus.Bagus kerana itulah cara Islam untuk mengelak pembahasan terlalu terikat dengan pandangan menggunakan logik akal atau sains yang dipegang oleh golongan sekular Islam dan bukan Islam yang terbatas sifatnya lantaran sukar diterima oleh semua pihak.

2. Tetapi sdr kena ingat, ajaran Islam dengan hukum2nya tidak terhenti kat alQuran dan Hadis sahaja. Kerana ia meliputi Ijmak ulamak dan qias yang fungsinya bagi menjelaskan apa yang masih umum dan tidak terang dalam alQuran dan Hadis seperti yang sdr bahaskan itu.Saya harap sdr faham.

3. Berdasarkan hujah saya di atas, pohon sdr huraikan tanggungjawab DSN sebagai PM dan wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat berdasarkan hukum al-Wakalah atau wakil -mewakil yang bersumberkan Ijmak ulamak tersebut.

Bumi Boy said...

Sayang Bangsa

Saya setuju dengan pandangan anda mengenai ibu-bapa kita terlalu sangat mendesak itu dan ini.
Dah dapat belajar di Mesirpun alhamdulilah.
Saya salut pelajar yang tak mahu balik kerana takut missed exams yang akan diadakan dalam masa seminggu lagi.
Apa yang ditakutkan. Patuhi curfew. Jangan pergi tempat larangan.
Ini dengar ada yang turut masuk perhimpunan pro-Mubakarak.
Belajar habis dulu dan kemduian masuk politik, wahai abang-abang dan kakak ku.
Learn how to adapt in times of difficuties.


Uncle AKJ


Saya sedang belajar A-Levels and insya-Allah akan ke England tahun depan untuk menyambung pelajaran.
Wanna asked you is it cost-effective to bring home these students?
Why not stationed them In Jeddah? The sponsors can pay them subsidies and what nots. We also have embassy in Saudi Arabia.
Once things have calmed down, they can return to Egypt.
It is cheaper than flying them from Malaysia to Egypt.
Bear in mind they are sitting for exams. Easy to conduct a centralised exam from one centre.
Imagine the money spent to conduct exams in Malaysia and flying the students who are spread everywhere.
Then the plane ticket home.
Yang paling takut ialah seronok balik kampung dan tak nak balik. Nak belajar pulak di U tempatan.
Bolehke kita menampung mereka?
Saya takut Uncle Najib kalah pilihanraya dalam isu pelajar ni. I may be wrong but I do fear the repercussions since it's already turned into a political issue.
Tahulah orang kita. niat baik jadi buruk.

ali ahmad said...

Salam buat Dato',

Amat menyedihkan apabila melihat keadaan yang berlaku di Mesir.....

...situasinya sama sahaja dengan Malaysia sedikit ketika dahulu....

...Amerika sebagai "polis" "cowboy" angkuh sekali perintah Hosni Mubarak letak jawatan....

...siapa boleh lupa apabila Al-Gore meminta Tun M letak jawatan....

.......yang paling pelik...KENAPA KITA ORANG MALAYSIA IKUT PERGI DOMENTRASI......

Hosni Mubarak dipilih secara SAH...ikut perlembangaan Mesir...ikut amalan demokrasi...PILIHANRAYA....

jadi, yang EU, AS, PBB suruh dia letak jawatan betul ke?

provokasi melalui media TERKINI yang berpusat di London, Doha, US ternyata berjaya MEMUKAU sebahagian rakyat Mesir dan DUNIA...

lupa kah kita siapa Mohamed AlBaredei.....seorang yang digilap oleh "polis" antarabangsa yang berjaya MENIPU kita hidup-hidup mengenai senjata nuklear negara PAKSI KEJAHATAN....."KONONNYA"....

lupakah kita hubungan baik ikhwanul muslimin (muslim brotherhood) dengan beberapa parti politik bukan sahaja di negara kita bahkan di negara lain......siapa PENAJANYA.....

BIAR RAKYAT MESIR MENCARI PENYELESAIANNYA SENDIRI.....

KITA DI MALAYSIA PUN AKAN JADI SEPERTI ITU CUMA KITA RAKYAT MALAYSIA MASIH PUNYA AKAL FIKIRAN....MASIH DAPAT MENIMBANG DOSA DAN PAHALA....

CUMA....PEMIMPIN JANGAN LUPA JIKA MEREKA JUGA CUBA BERBUAT SEPERTI PEMIMPIN MESIR....RAKYAT PUNYA AGENDA SENDIRI UNTUK MENOLAK MEREKA SAMA SEKALI.....

makbudak said...

Salam Dato'

Saya langsung tak pertikai usaha kerajaan bawa balik pelajar2 kita yg kat mesir. saya pun tak peduli jika ada pihak2 yg pertikai pakai duet sapa ke apa, sebab kalau duit rakyat kerajaan nak pakai pun saya tak kesah, janji rakyat kita kat mesir selamat. tu sebab saya nak tengok berita pelajar2 tu balik. cuma saya memang meluat tengok usaha2 ini dipolitikkan. sikit2 nak kena ucap terima kasih, sikit2 nak ucap terima kasih. kalau nak ucap pun tak perlu tv2 ni dok tayang, mcmla kita tak tahu niat dia.

samala dgn pm. kalau ikhlas tolong, tak perlu diungkit2. tolong jer niat kerana ALLAH, pujian itu akan dtg dgn sendiri kalau nak sgt diri dipuji. org pun sendiri dgn rela hati pangkah bn.

samala kita kalau orang tolong, kita sendiri yg rela hati ucap terima kasih, tak pernah saya dengar orang yg menolong tu memaksa2 org yg ditolong tu ucap terima kasih. bentuk terima kasih ni bukan mesti hanya diucap. terima kasih kerajaan, terima kasih pm, terima kasih rosmah.... saya dah kata, apa guna kita ucap terima kasih pd plus yg menolong menunda kereta kita lepas tu kita cabut tak bayar tol... dahlah tak bayar, lepas tu kita baling pulak rumah tol tu dgn batu... haha kan lawak tu? tentunya lepas plus dah tolong tu, kita sendiri ucap terima kasih, tapi tol tetap bayar. tak payah tunggu plus, waima guard perumahan kita yg tolong jaga kawasan perumahan kita pun kita kena ucap terima kasih, tapi adakah tiap2 hari kita pi jumpa guard tu ucap terima kasih? setakat angkat tangan setiap kali melepasi mereka pun dah cukup sebagai tanda terima kasih.

oleh itu, kalau jadi pemimpin, sapa2 pun lah, tunaikan tanggungjawab anda dgn jujur dan adil sebab nanti di akhirat anda akan ditanya tentang apa yg anda pimpin. menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin bukan bermakna anda above the law. kalau nak tahu, mungkin saya seoranglah, orang lain saya tak tahu, saya tak sokong umno sebab dlm umno, pemimpin yg baik, mereka tak pandang. tapi yg tak bermoral mereka boleh kekalkan. penyelewengan, salahguna kuasa berlaku di mana2. tak perlu baca media alternative, melalui pengalaman sendiri pun kita nampak. undang2 diperolokkan. kalau pembangkang, cepat sungguh diambil tindakan, tapi kalau pemimpin kerajaan??? saya suka nak link kan satu article yg sesuai dgn pandangan saya ni, anda boleh baca di...http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/02/shuhaimi-dituduh-menghasut-kenapa-dr.html

saya bagi satu contoh, kat tempat saya dulu ustaz amran kasimin yg jadi wakil rakyat, tapi dlm pilihanraya yg lepas, kenapa beliau tak dicalonkan lagi utk lawan wakil pas? sedangkan kita kenal siapa ustaz amran kasimin, tak payah jadi orang umno pun kita kenal ustaz amran kasimin, tapi sayang, beliau tak dicalon lagi. saya tak peduli apa pun sebabnya tapi yg saya nampak begitulah dlm umno ni pakar2 ugama hanya penting sebagai bila nak baca doa, bila ada kematian atau majlis2 keugamaan. langsung tak jadi pakar rujuk dlm hal2 pentadbiran negara. bukankah malaysia negara Islam?

pada pandangan saya, pemimpin ni biarlah yg ahli dlm ilmu kepimpinan. tak semesti ulama'. ulama' pula tak mesti memimpin sebab bukan semua ulama' ahli dlm ilmu kepimpinan, tapi pemimpin itu sendiri mestilah yg berilmu dan bertaqwa. yg saya nampak, pm sekarang ni bukan takat kelayakan dari segi taqwa pun tak lepas, dari segi ilmu kepimpinan pun jauh beza dari TDM.

taqwa bukan mesti alim ulama'. selain dari itu kepimpinannya mestilah mendapat nasihat dari kalangan ahli ugama supaya apa yg dipimpin selari dgn kehendak Islam. jgn cakap soal pentadbiran di dunia yg serba canggih ni tak ada dlm hukum Islam! Nauzubillahi minzalliq.

jab sp said...

Dato'
Amat kesian.Tengok cara setengah daripada pembahas.Dah terlalu banyak berfikir,akhirnya apa yang nak ditulis tak jumpa.Mula lah merapu dan melilau sana sini.
Kaum kaum yang tak ulas mengenai pemindahan ini pun mahu diheret sama.
Niat hati tak perlu disorok."Mungkin nama akan tercatit,inilah salah seorang yang kuat backing kita dan layak untuk memimpin satu lagi NGO yang pro kita."
Tambah tambah sasau untuk tumpang sekaki bagi menunjukan dirinya penyokong numbur wahid mengalahkan Ibrahim Ali setelah PM Najib mengatakan rakyat Malaysia tidak perlu mengikut apa yang rakyat Mesir buat.Andai ujud kata dari PM Najib,kita harus bersama rakyat Mesir sebagai tanda sokongan,bukan setakat 15 kapal terbang dicadang disewa,malah akan dicadang semua kapal terbang yang kita ada diguna kan untuk mengangkut mereka yang mahu ke Mesir kerana bukan sebab menyokong rakyat Mesir tetapi nak menunjukan dialah penyokong apa saja cakap cakap PM Najib.
Nak buat macam mana.Cari makan.

makbudak said...

Salam Dato',

(sambung)

saya malas nak cakap lagi pasal cara nak terima kasih ni. senang cakap ikut bahasa mudahnya mcm nilah...

saya ambil contoh. katalah taman perumahan tu ada gunakan khidmat pengawal keselamatan. dah berpuluh tahun taman tu gunakan khidmat tersebut. sebelum2 ni bagus perkhidmatannya. kita pun sukalah. hari2 ucap terima kasih pd syarikat tu sebab dah memberikan khidmat mereka yg terbaik.

tapi dek kerana lama sgt pegang contract, lama2 pengawal2 mereka dah mula culas, keselamatan rumah2 dah mula tergugat, ragut menjadi2, pengawal2 nya asik monteng, suka suki jer bawak masuk orang tak kira siapa pun boleh jadik pengawal, yg tak amanah, kaki penipu, yg minum arak ke...semua ok jadi pengawal.

jadi, bila berlakunya keadaan mcm tu, adakah kita masih lagi nak teruskan khidmat syarikat keselamatn tersebut, atas dasar nanti dicap lupa daratan, tak kenang budi, tak tahu berterima kasih dsb? ataupun boleh ke kita cakap jgn lupa, syarikat ni yg begitu lama jaga taman kita ni sampai kita jadi seronok, jadi aman tenteram selama ni?

kemudian, bila sampai masa contract nak habis, ada syarikat lain yg offer khidmat kawalan yg lebih baik, membekalkan pengawal2 yg lebih effision, yg ada kelulusan, boleh dipercayai, berilmu, tak tinggal solat atau sebagainyalah.. (sekadar contohlah), adakah kita tetap mahu kekalkan syarikat lama? sedangkan syarikat lama dah makin teruk prestasinya? atau mungkin kita tak peduli sebab kita pun sama taraf jer dgn pengawal2 yg dah mabuk kuasa tu? atau mungkin sebab jenayah2 yg berlaku tak kena kat kita? kena kat orang lain dorang punya pasallah, sapa suruh tak beli mangga yg canggih manggih? contohhh...

satu lagi. saya memang setuju sangatlah dgn pandangan yg mengatakan kita wajib taat pada pemerintah asal saja tidak memerintahkan kita berbuat yg dilarang ALLAH. tu sebablah saya sgt2 tak setuju dgn apa yg berlaku di perak. mengubah kerajaan negeri melalui "rampasan kuasa cara terhormat".

malaysia mengamalkan sistem demokrasi. ok, sebab tu ada parlimen, pembangkang semua tulah sebab sesuai dgn amalan demokrasi kan? ada ke kat malaysia ni pembangkang atau rakyat2 yg tak setuju dgn parti pemerintah membuat pakatan pemberontak? mcm komunis dulu2 dgn cara angkat senjata? rampas kuasa mcm yg berlaku kat tunisia atau mesir baru2 ni? saya tak nampak pun. yg ada, pihak pembangkang menyuarakan apa jua yg tak setuju melalui parlimen. tapi ada kerajaan nak dengar? kalau mereka dengar pun mereka tak mahu mengaku tu idea pembangkang. takkesahlah, janji boleh terima idea yg baik.

16 september dulupun, dah kerajaan taknak terima cadangan pembangkang, apa pembangkang boleh buat? adakah mereka melawan kerajaan dgn cara rampas kuasa? bila tak berjaya, diperli2 kata dsai penipulah bagai....

rakyat pun kalau nak suarakan apa yg mereka tak setuju pun kat mana? mungkin pd wakil2 rakyat agar mereka dpt sampaikan masalah mereka pd kerajaan. kalau wakil rakyat tak jalankan tugas mereka atau jalankan tugas cara berpilih2, kat mana lagi? kat media2 alternatiflah. kat suratkhabar mainstream pun tak laku. so, adakah ini dikira derhaka, tak tahu berterima kasih pada kerajaan/pemerintah?

kemudian, kalau kerajaan pulak tak mahu lagi mendengar suara2 rakyat, tak prihatin lagi dgn masalah rakyat bawahan, pemimpin jadi wakil rakyat sebab nak kumpul kekayaan, pemimpin salahguna kuasa, ambil tindakan berpilih2, adakah salah rakyat kalau mahu menghukum sedikit mereka ini melalui hak yg diberikan sendiri oleh pemerintah? bukankah rakyat ada hak untuk mengundi? kalau tak bagi rakyat undi pihak lain, atau buat segala mcm usaha agar mereka menang walau dgn cara yg kotor sekalipun, buat apa adakan pilihanraya? kata demokrasi, tapi kerajaan sendiri tak mahu hormat sistem demokrasi itu sendiri, bagaimana rakyat nak hormat?

Wallahu A'lam, yg baik dari ALLAH, yg buruk berpunca dr kelemahan saya sendiri.

terima kasih pd Dato' dan semua pembaca... :)

Anonymous said...

Apabila isteri pemimpin campur tangan.
Pengajaran dari Tunisia dan Jordan.

Petikan drp AFP

.....They warned against the "interference in executive decisions by those who have no constitutional powers," in an apparent reference to Queen Rania, wife of King Abdullah.
"The queen is building centres to boost her power and serve her interests, against the will of Jordanians and Hashemites," the leaders said, comparing her to the wife of ousted Tunisian president Ben Ali.
The group said the country suffers from a "crisis of authority" and growing influence of "corrupt businessmen in the entourage of the executive power, affecting political decisions and ignoring national interest."


RENUNG2

Tahu berterima kasih said...

Mak budak

Apa punya logik anda pakai? Tak payahlah bawa soal mak-bapak.
Semua orang tahu pengorbanan dan segala jerit payah ibu-bapa. Tanpa mereka tak delah kita.
Tapi kita juga mesti menghargai jasa orang lain di samping ibu-bapa.
Tak hairanlah pandangan anda begitu. Sekilas ikan di air, dah tau jantan betinanya.
Andapun selalu komen dalam sebuah blog orang UMNO dengan cuma mengutuk UMNO.
Tak ada yang betul dbuat oleh UMNO pada pandangan anda.
Tahu-tahu bersyukur sikit dengan apa yang dikurniakan kepada kita.
You expect too much from the government and did not give anything in return.

sniper said...

DATO

PUNCA KEJATUHAN HOSNI MUBARAK BERMULA APABILA DIA MERANCANG MELETAKKAN ANAKNYA - JAMAL MOBARAK SEBAGAI CALON PENGGANTI DIRINYA SEBAGAI PRESIDEN.

MESIR DAN HOSNI, SEPERTIMANA INDONESIA DAN SUHARTO SUATU KETIKA DULU ADALAH SAMA.

KERAJAAN MEREKA DI PERINTAH OLEH KUASA MILITERI. KABINET, EKONOMI DAN PELBAGAI KEPENTINGAN NEGARA DI PEGANG DAN DI KONGSI OLEH TENTERA.

EKONOMI HANYA DI BERI KEPADA PROKSI YANG SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN TENTERA.

APABILA HOSNI MENCALONKAN ANAKNYA SEBAGAI CALON PRESIDEN, RAMAI PARA JENERAL YANG TIDAK BERPUASHATI DAN SECARA SENYAP MEMULAKAN GERAKAN ANTI HOSNI.

SEBAB ITU KITA LIHAT TENTERA HANYA MELIHAT DAN MENGAWAL KEADAAN DI DATARAN TAHRIR TANPA MENGGANGGU PENUNJUK PERASAAN.

INI SEBAGAI STRATEGI DEMI MENJAGA KEPENTINGAN PIHAK TENTERA DALAM JANGKAMASA PANJANG AGAR MEREKA BOLEH TERUS BERKUASA DENGAN SOKONGAN RAKYAT

YANG MENGGANGGU PENUNJUK PERASAAN HANYALAH POLIS ( YG TIADA KUASA PENUH DI MESIR ), POLIS RAHSIA HOSNI MUBARAK DAN PENYOKONGNYA.

CUMA KITA BELUM DAPAT MELIHAT DENGAN NYATA HUBUNGAN TENTERA MESIR INI DENGAN PEMERINTAH REGIM ZIONIS.

TETAPI WIKILEAKS TELAH MENGELUARKAN CABLE BAHAWA PADA 2008, ISRAEL MEMUJI DAN PERCAYA KEPADA AMIR SULEIMAN - KETUA PERISIK MESIR YANG DI LANTIK OLEH HOSNI SEBAGARI TIMBALAN PRESIDEN PADA MINGGU LEPAS.

Anonymous said...

Orang politik yang naik kerana undi rakyat adalah ibarat pekerja bagi 'Syarikat Rakyat' (SR).

Dalam konteks ini pilihanraya adalah satu proses temuduga dan hanya yang terbaik yang dipilih untuk bekerja dengan SR.

Setelah diterima bekerja, mereka akan diberikan gaji, emolumen, elaun dan kemudahan itu, ini dsbnya.

Kalau prestasi pekerja adalah baik, mereka akan dipuji, diberikan bonus dan sijil.

Sebaliknya kalau prestasi pekerja adalah kurang memberangsangkan, majikan mempunyai hak untuk memberhentikan pekerja mengikut peraturan sedia ada.

Dalam konteks hubungan 'majikan-pekerja', majikan ada hak dan pekerja ada hak masing-masing. Soalnya sedarkah pembahas Datuk tentang perkara ini?

Berdasarkan komen-komen pembahas, saya rasa mereka sebagai 'majikan' kepada PM tidak menitikberatkan aspek hubungan baik antara majikan pekerja. Malah ada yang terlalu beremosi terhadap pekerja (PM).

Apa yang kebanyakan pembahas mahukan adalah:

1. Pekerja perlu abdikan diri pada majikan (rakyat).

2. Pekerja akan di'bamboo' kaw-kaw kalau tidak dengar cakap.

3. Majikan akan setiap hari menungkit-ungkit tentang fakta ini: "gaji anda saya yang bayar"

4. Majikan berhak mengherdik, bertempik dan memaki-hamun pekerja.

Nota kaki: "jangan marah Pak, nanti kena jual!"

Kah-Kah-Kah

Qaseh Bonda said...

Yes! makbudak,

I follow..

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Seandainya Allah tidurkan kita selama 30 tahun kita akan terkejut melihat suasana sekarang didalam negara berbanding dengan 30 tahun dahulu. Pada masa tersebut rakyat dan Kerajaan erat sekali hubungannya dan tidak berpuak-puak seperti apa yang terdapat masa ini. Jika terdapat sebarang krisis rakyat dan kerajaan akan berganding bahu mengatasinya tidak kira parti politik ,bangsa dan agama. Apabila kita diluar negara kita bangga sebagai rakyat Malaysia dan tidak mengutuk negara sendiri.

Masalah yang kita hadapi sekarang mungkin berpunca dari satu perkara kecil tetapi menjadi besar. Kerajaan tidak lagi mengatakan ianya Kerajaan Persekutuan tetapi Kerajaan.......(Parti politik) Malaysia atau Negeri. Ini dengan secara langsung telah membina tembuk pemisah dikalangan rakyat yang menjiwai parti politik yang mereka sokong.Walaupun Kerajaan mengwar-warkan satu Malaysia tetapi papan-papan tanda dan kain rentang masih menonjolkan jasa-jasa parti yang memerintah.

Ucapan terima kasih akan keluar dengan sepontan pada penerima yang merasakan apa yang diberi itu adalah jujur dan ikhlas.

Isu ini belum habis lagi dan perlu kita berkerjasama memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas ini. Bab pertama menyelamatkan rakyat kita sudahpun selesai , Alhamdulillah. Kita sekarang perlu memikirkan apa tindakan selanjutnya perlu diambil bagi membolehkan pelajar kita menyambung pelajaraan mereka dan sumber dana yang diperlukan.

Jika kita hendakkan perubahan kepada yang lebih baik kita janganlah meletakkan sepenoh harapan kepada mereka-mereka yang berkenaan berbuat demikian . Kita perlu menyatakan dengan jelas apa yang kita mahu untuk pertimbangan mereka yang berkenaan. Lepas itu kita pilihlah siapa yang kita percaya akan memenohi aspirasi kita.Hanya dengan demikian kita akan dapat meletakkan negara kita atas landasan yang betul, Insyaallah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

mehmeh said...

amenda makbudak punya pandangan sampai cerita pak guard pulak ni? lari tajuk betul.

siut21 said...

Analogi Mak Budak berhubung khidmat 'pengawal keselamatan' dan senario politik semasa ada benarnya tetapi ada juga maklumat politik yang tidak didedahkan.

Maksudnya, meskipun terdapat keinginan untuk menggantikan pengawal keselamatan yang lama dengan yang baru, pastikan terlebih dahulu fakta maklumat dan penilaian berikut:

1. Apakah pengawal yang baru itu bekerja untuk syarikat baru atau syarikat lama yang telah dijenamakan semula.

2. Syarikat mungkin bernama baru tetapi apakah pekerjanya orang baru? Kalau pekerjanya adalah orang lama, sudahkah dilihat rekod lampaunya.

3. Siapa yang rekomen syarikat baru itu? Adakah kroni pada syarikat baru yang rekomen atau pihak ketiga (pihak yang berkecuali)? Kalau kroni sendiri yang beri cadangan maka ia pasti bias.

4. Dalam konteks politik semasa, untuk apa ambil syarikat baru walhal pengawal yang akan dibekalkan oleh syarikat baru tadi hanyalah pengawal lama yang telah dibuang oleh syarikat lain atas berbagai kesalahan?

Persepsi terhadap syarikat adalah penting tetapi apa yang lebih penting adalah individu pengawal yang akan digajikan oleh syarikat.

Kalau individu yang bercadang untuk digajikan itu telah tidak mendapat kepercayaan oleh lain-lain syarikat pengawal keselamatan, tang mana lojiknya buat kita sebagai pengguna menggajikannya untuk menggantikan kontrak pengawal lama yang telah diketahui secara mendalam latar belakangnya?

Tidakkah lebih bijak kalau dikekalkan khidmat pengawal yang lama ini daripada menanggung risiko kalau mengambil individu baru yang telah ada rekod buruk yakni kalau diberikan peluang kedua sekali pun akan ada risiko yang lebih tinggi berbanding individu pengawal yang sedia ada?

makbudak said...

Salam Dato'

minta izin saya nak tanya pada pembahas "Tahu berterima kasih".

Saya musykil dgn dakwaan anda tentang saya rajin kutuk umno di blog umno??? sungguh2 saya musykil. boleh bagitau blog mana?

setahu saya sendirilah, saya hanya rajin komen di blog Kadir Jasin saja. dan saya pun tak rajin pergi blog orang umno. saya suka baca blog orang yg tak bias sangat kat mana2, dan tulisan yang tahu menghormati orang lain. yang tak suka maki hamun dan seimbang dalam memberi pandangan. itupun boleh kata saya tak pernah komen pasal politik dan tersiar kecuali hanya sekali di blog aspanalias. blog TDM pernah juga tapi bukan dgn nama makbudak. itupun dah lama sangat saya tak pergi apalagi nak komen.

minta maaf kalau anda salah orang. tapi elok juga anda bagitahu saya mungkin saya dah terguna nick orang lain, atau orang yg dah terguna nick saya. maklum, kat cyber ni mcm2 nama org guna yg kebetulan nama serupa, atau hampir2 serupa.

satu lagi saya fikir anda juga tak baca komen tentang cara saya berterima kasih dgn kerajaan, sebab tu anda tulis..."You expect too much from the government and did not give anything in return." harap anda ulang baca kalau sudi dan boleh terima pandangan saya.

Wallahua'lam. terima kasih pada Dato' dan pd "Tahu berterima kasih"...

makbudak said...

Salam Dato'

minta izin sekali lagi nak tambah sikit.

maaf cakap. ramai orang marah dan menganggap suara2 yg tak setuju dgn kerajaan dianggap tak tahu bersyukur, tak tahu berterima kasih, lupa daratan dsb. tapi adakah kita nampak berapa banyak manusia yg TIDAK TAHU berterima kasih dan bersyukur pada ALLAH kerana telah memberi kita nikmat yg langsung tak dpt kita hitung?

ALLAH bagi akal tapi tak mahu berfikir, bagi mata tapi dia guna utk tengok maksiat, beri telinga tapi diguna utk dengar perkara2 yg melalaikan, beri mulut tapi diguna untuk mengumpat, memfitnah, mengadu domba, maki hamun, bagi tangan diguna utk membayar/menerima rasuah, mengambil hak orang, mencuri, menyeleweng, songlap sana sini, diberi kuasa, disalahguna, tak adil dlm menghukum, diberi kaki tapi masjid tak pergi sebaliknya pergi pub, disco, kelab malam, karaoke, diberi ilmu dgn taraf professor, doctor, master, degree tapi bersikap angkuh sombong, suka memandang rendah pada orang lain dan langsung tak boleh terima nasihat dan pandangan orang lain.

Perintah ALLAH diabai, larangan ALLAH dibuat. adilkah begitu? Wallahua'lam.
terima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

Tok Kadir, nampak sangatbanyak yang dok tulis dalam blog Tok ni tak pedang prinsip atau taka faham pun ada dia prinsip.

Prinsip nonbor 1 kerajaan wajib jalankan tugas jaga keselamatan dan kebajikan rakyat.

Prinsip nombor dua. Rakyat pilih kerajaan.

Prinsip no 3, rakyat bayar cukai dan bayar gaji orang yang mereka pilih.

Prinsip no 4 terima kasih rakyat ialah bila mereka pangkah kerajaan dalam pilihan raya.

Prinsip no 5 karajaan tak perlu dipuji bila buak kebaikan pasai itulah tujuan kita pilih depa. Tapi kalu depada buat keburukan, kita wajib kutuk.

Prinsip no 6 kalau depa tak peduli juga, kita tak pangkah depa lagi dalam PRU.

Ada faham ka?

Kamjat Penang

A KADIR JASIN said...

Pembahas "Tahu Berterima Kasih" antara lain mengulas: "Andapun selalu komen dalam sebuah blog orang UMNO dengan cuma mengutuk UMNO."

1. Blog ini mungkin blog "orang Umno" dan mungkin tudak. Saya serah kepada andaian Tuan/Puan;

2. Yang nak saya jelaskan, ini bukan blog mana-mana parti politik;

3. Ini adalah blog peribadi dan persendirian saya; dan

4. Justeru itu, pendapat dan pandangan dalam blog ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya.

Terima Kasih.

A KADIR JASIN said...

Debater Bumi Boy, I am touched by your comment and your eloquence. I pray that you do well in your A-Level and get to go abroad to study.

You said: "Wanna asked you is it cost-effective to bring home these students?
Why not stationed them In Jeddah?"

The answer is no. It could be better to station them temporarily in Jeddah is there's sufficient accommodation.

I too salute those brave students who stayed back to sit for their examinations. Not the whole of Egypt is in turmoil and unsafe.

As many people are being murdered, robbed, raped and many more died and injured in road accidents in Malaysia compared to those who died or were hurt by the emergency in Egypt.

The parents may be worried sick about the safety of their children in Egypt, but I suspect that many of their children are having a gala time leaving the country and not attending classes.

I am afraid we believed too much the reports by the very same foreign media (CNN, BBC, Aljazeera ect.) that we often said are biased.

I don't think the taxpayers should be made to foot the bill for sending them back to Egypt later. Otherwise we may have to do that with all our students abroad when the so-called emergency arises. Alternatively they do not have to be send back to Egypt. Instead the government finds them places in the local universities.

Thank you and all the best.

JJBEH said...


Anonymous said...
Tok Kadir, nampak sangatbanyak yang dok tulis dalam blog Tok ni tak pedang prinsip atau taka faham pun ada dia prinsip.

Prinsip nonbor 1 kerajaan wajib jalankan tugas jaga keselamatan dan kebajikan rakyat.

Prinsip nombor dua. Rakyat pilih kerajaan.

Prinsip no 3, rakyat bayar cukai dan bayar gaji orang yang mereka pilih.

Prinsip no 4 terima kasih rakyat ialah bila mereka pangkah kerajaan dalam pilihan raya.

Prinsip no 5 karajaan tak perlu dipuji bila buak kebaikan pasai itulah tujuan kita pilih depa. Tapi kalu depada buat keburukan, kita wajib kutuk.

Prinsip no 6 kalau depa tak peduli juga, kita tak pangkah depa lagi dalam PRU.

Ada faham ka?

Kamjat Penang

2:17 PM


Hai Mat Jenin, semua tu prinsip ko sendiri cipta aje. Ko nak ke taknak terima kasih, tak jadi suatu perkara besar.

Tapi make sure ko terima kasih pada satu Tok Guru dari klate dah tolong semayang hajat, jap lagi tikar terbang sampai ler ke Mesir. PM punya semayang hajat tak boleh pakai, haram syarie kata YB Nizar bekas MB Perak.

Bumi Boy said...

Uncle AKJ

Thanks for your response. Insya-Allah I will be pursuing a degree in bio-chemistry.
Pray that I will suceed.
I went to a private boarding school at 12. So I am not too dependent on my parents.
They want me to strive on my own. I am also learning so much through your bog.

Tahu berterima kasih said...

Mak budak

I am not in the habit of tittle-tattle. But since you asked I will obliged.
Blog Sakmongkol AK47. Orang UMNO yang kadang-kadang nak membetulkan so-called UMNO errors of its way.
Of courselah it invites critics from UMNO haters.
Dan I banyak nampak Mak budak's comments turut tumpang mengutuk Najib dan UMNO.
Kalau bukan anda, adalah orang guna nama anda.
Waimapun, tak salahkan having a different view and taking an anti-govt stance. It's your right.
There's no need to be defensive.
You got bouquets for you viewpoints.
Enough said. We heard you loud and clear. We know your stance.
And we respect your opinion. Janganlah sensitif tak tentu hala.

Datuk AKJ

Blog UMNO itu ialah Sakmongkol bukan you.
We know you as a brave journalist who writes without fear nor favor.
We know that no journalist except you are brave enough to tell Mahathir in the face if he's wrong.
We salute you. That is why we follow your blog.
We Like your style. Kadang-kadang mual membawa terlalu mengutuk atau terlalu memuja seseorang.
And you do not do that.
Thanks. keep on truckin' as the Americans say.

hamdan said...

Salam Tok
Kenapa tak boleh bandingkan tanggungjawab ibu bapa dgn kerajaan dalam konsep terima kasih?
Betul dibayar..dan dipilih tetapi sama juga kita diajar dari kecik membayar di kedai pun kita sama2 ucap terima kasih . Nak kira buat apa sebab kita beli barang dia.
Kita beretrima kasih kpd kerajaan bukan hanya kerana tanggungjawabnya tetapi kerana berjaya menjalankan tanggungjawabnya..berterima kasih atas amanah yg berjaya dipikul.
Jadi kenapa tak boleh di analogikanperkara tersebut tok?

makbudak said...

Salam Dato,

minta izin sekali lagi nak ucap terima kasih pd pembahas "Tahu Berterima kasih".

Kalau betul yg anda cakap, memang soheh anda salah orang. saya langsung tak pernah tahu ada blog "Sakmongkol AK47" tu, apalagi nak hantar komen. kalau macam tu mungkin saya akan pertimbang untuk guna nick lain, sebab takut orang salah faham.

terima kasih juga kerana sedia menerima pandangan saya walau kita berbeza pendapat.

Akhirulkalam, Nabi dah tinggalkan kita Quran dan Sunnah, dan ALLAH juga dah kurniakan kita akal, maka mari kita sesama menafaatkannya.

Wallahua'lam... :)

awat said...

Dato'
Maaf diperturunkan,inilah catatan JJBEP

Hai Mat Jenin, semua tu prinsip ko sendiri cipta aje. Ko nak ke taknak terima kasih, tak jadi suatu perkara besar.

Tapi make sure ko terima kasih pada satu Tok Guru dari klate dah tolong semayang hajat, jap lagi tikar terbang sampai ler ke Mesir. PM punya semayang hajat tak boleh pakai, haram syarie kata YB Nizar bekas MB Perak

Komen:
JJBEH,kalau nak marah Kamjat pun marahlah ,tapi ingat Kamjat masih dalam topik yang dibahas,tapi kau merapu akibat terlalu taksub dengan Najib dan parti sokongan mu.

Apa diheret sama dengan tikar sembahyang hingga terbang ke Mesir.
Kalau kamu tak percaya amalan sembahyang hajat agama kami agama Islam,jangan lakukan penghinaan kerana padahnya burok.
Kau bolih dengan pahaman agama kamu,samada hindu atau kristian,tak ada sesiapa yang larang.

hang_nadim2 said...

Salam Datuk

Saya terkedu dengan kata-kata Anonymous Said….

Memang betul mak/pak adalah ketentuan Tuhan. Makanya dalam aspek keselamatan keluarga, anak-anak perlu berterima kasih kepada mereka.

Dalam konteks yang sama, timbul persoalan apakah pemimpin berada di luar ketentuan Allah? Dan dengan itu apakah ketua negara tidak perlu diberikan ucapan terima kasih kerana menjaga keselamatan negara (keselamatan rakyat)?

Untuk mengupas isu ini, apa kata perhatikan fakta berikut:

1. Ada berjuta-juta Mak dan Pak tetapi hanya ada satu ketua negara.

2. Mak dan Pak hanya bertanggungjawab terhadap institusi keluarga tetapi ketua negara bertanggungjawab terhadap semua institusi keluarga.

Komen.
Untuk ulasan tersebut ingin saya memberi sedikit ungkapan iaitu
1)Anak-anak rosak, kita salahkan
ibu bapa
2)Murid-murid rosak, kita salahkan
guru
3)Kalau rakyat rosak, siapa hendak
di salahkan….?

Cuba renung dan fakir-fikirkan

Sekian Terima Kasih,
Harap Maaf,
Wssslam

Ahli Umno said...

Apa yang budak Bumi Boy, Sayang Bangsa dan sewaktu dengan mereka tu cakap memang tepat sekali.
Tapi dah bawak balik budak-budak tu, nak buat macam mana.
Kalau tak bawak balik, ibu-bapa mengamok pula menyalahkan Najib jika terjadi apa-apa (nauzubillah) kepada anak-anak tu ya tak? Buat salah, tak buat salah.
Yang sebenarnya I boleh guarantee takkan apa apa yang menimpa mereka jika mereka menjalani hidup like normal.
Tapi yang menggelikan hati saya ialah seperti biasa pemimpin kita go overboard on this issue.
Okaylah, PM dan isteri dah sambut anak-anak tu.
Tadi saya tengok TV3, Kohilan dan Riot pulak jemput mereka kat airport.
And of course Azeez Rahim, Putera UMNO mesti tumpang sekaki for political mileage.
Besok ada roster ke siapa nak jemput sampai plane terakhir budak-budak itu on Sunday?
Takde kerja ke depa ni? Hello, budak-budak tu hale and hearty, happy jumpa families depa.
Mereka bukan balik dari berperang atau menderita akibat gempa bumi atau tsunami.
Macam sarkas pulak ya. kahkahkah.
Reminds me of our embassy officials in London whose duty is mainly to fetch VIPs. Maklumlah our bigwigs like shopping in London.
Sometimes they even have to help carry the hand luggage of the VIPs wives.
And before I forget, is it necessary to bring pressmen on the TUDM aircraft to cover the rescue operation in Jeddah? If need be, Bernama reporter is enough.
Lain-lain boleh interview the students at Subang airport. The seats could have been given to the students.
And of course kalau dah di Jeddah, dapat pergi UMRAHla.
Ini yang membazirkan duit yang saya amat tak faham.

Bawal said...

Dato',

Terima kasih kerana menulis di blog ini.

OrangNST said...

Tok.. wisma putra kena bantai kiri kanan oleh Utusan ni ada makna ka? Nak tambah political appointee ka?

Anonymous said...

Salam

Saya 'cut & paste' drp Harian Metro kolum Minda dibawah tajuk: Pemimpin mesti dahulukan rakyat

"Ciri keenam yang digariskan oleh Imam al-Ghazali ialah seseorang pemimpin mesti mempunyai kesedaran tinggi bahawa dia berhadapan dengan amanah Allah yang pasti akan ditanya mengenai tanggungjawab di akhirat kelak. Tidak ada sebarang makna kepada rakyat jelata seandainya pemimpinnya menyeleweng dan cuai dari tanggungjawabnya atau tidak jujur dalam urusan rakyat. Sebab itu kita dapati bahawa Umar Al-Khattab apabila melihat ada seekor kambing mati, dia termenung dan sedih atau risau sangat kalau-kalau kambing itu mati akibat kecuaiannya. Hebatnya peribadi dan hati Umar itu. Adakah lagi pemimpin seperti Umar di bumi Allah ini ? Seterusnya kata Imam Al-Ghazali, pemimpin Islam yang baik itu akan sentiasa suka berdamping dengan alim ulama dan sukakan kepada orang-orang yang berilmu. Pemimpin Islam yang berwibawa lagi hebat keperibadiannya menjadi penggiat dan pendorong kepada aktiviti keilmuan. Inilah yang ada pada diri khalifah ar-Rasyidin, pemimpin kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah dan juga kerajaan Turki Uthmaniyah dulu. Tidak hairan pusat pengajian ilmu pengetahuan dan kegiatan meneroka ilmu begitu rancak dijalankan sehingga terbina masyarakat Islam yang hebat dalam segenap bidang. Pemimpin yang mencintai ilmu pengetahuan adalah seorang pemimpin Islam yang sejati. Hal itu tergambar bukan semata-mata mengarahkan atau mewar-warkan agar rakyat mendalami ilmu pengetahuan, tetapi dia sendiri menunjukkan teladan kepada rakyat yang dia juga seorang yang dahagakan ilmu."

Sama-samalah kita renungkan kerana dalam diri setiap kita, kita sendiri sebenarnya adalah pemimpin.

Saya percaya kita sendiri selalu buat kebaikan. Adakah kita menharapkan ucapan terima kasih, pujian dan sanjungan? Bagi mereka yg ikhlas dalam menjalankan tugas, pasti bukan itu semua yg dimahukan. Namun kalau ada yg menghargai, Alhamdulillah. Kalau tiada, kita pasti setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan jua.

Maka bagi saya, tak salah berterima kasih kpd pihak yg membuat kebaikan. Tak salah juga memuji. Namun jangan berlebihan dalam memuji dan memuja, nanti dibimbangi jadi riak maka tiada pahala yg mereka dapat.

Bersederhanalah.

JJ (Islam-Melayu)

Anonymous said...

Salam Dato',

Pembesar-Pembesar Umnobn memang semakin bongkak. Mereka masih tidak sedar diri dgn tugas dan tanggungjawab apabila masih mahu rakyat bersyukur, berterima kasih dan tak cukup dgn itu malah mahu pula rakyat memberi penghargaan dan di sanjung pula oleh media perdana dgn komen-komen masuk bakul angkat tinggi-tinggi sendiri.

Inilah yg dinamakan sokong membawa rebah.

Drp; zailan

saji said...

Salam sdr hamdan

"Kenapa tak boleh bandingkan tanggungjawab ibu bapa dgn kerajaan dalam konsep terima kasih?
Betul dibayar..dan dipilih tetapi sama juga kita diajar dari kecik membayar di kedai pun kita sama2 ucap terima kasih . Nak kira buat apa sebab kita beli barang dia.
Kita beretrima kasih kpd kerajaan bukan hanya kerana tanggungjawabnya tetapi kerana berjaya menjalankan tanggungjawabnya..berterima kasih atas amanah yg berjaya dipikul.
Jadi kenapa tak boleh di analogikanperkara tersebut tok?"

Komen:

1. Bagi ucapan terima kasih kepada seseorang sebagai balasan jasa yang diberikannya memang digalakan oleh mana2 budaya. Yang penting jangan BERLEBIH2. Dan, dalam konteks perbincangan ini, perlu dijelaskan duit tambang tu duit rakyat atau duit kerajaan persekutuan, di mana PM yang mengetuai kerajaan dan parti BN bertindak mewakili seluruh rakyat di bawah hukum/kontrak al-wakalah atau wakil- mewakil menggunakan duit cukai berdasarkan prosedur kerjaan tertentu (jika ada) untuk melulus dan membayar tambang tersebut. Ia akan nampak JELAS dan TELUS.

2. Persoalannya, apa yang dimaksudkan BERLEBIH2 dalam konteks perbincangan ini? Tindakan seseorang atau kumpulan yang membuat orang lain yang tidak bersetuju dengannya merasa meluat, loya dsb? Mensyaki satu mainan politik murahan? Mengambil kesempatan kelemahan utama orang Melayu yang mudah dijinakan dengan merasuahynya? Sukar dijawab?

3. Kalangan bukan arkitek atau ahli seni yang lain mungkin tidak menyadari bahawa era pemerintahan TDM merupakan era bermulanya kemasukan ke negara ini style senibina yang dinamakan pascamoden atau postmodrnisam.Iaitu bentuk baru senibina yang, mengikut pengkritik senibina di UK yang tidak suka dengannya, yang ciri2 utamanya dijelaskan dengan false statement atau kenyataan palsu yang digambarkan oleh arkiteknya dengan cara menjadikan saiz tiang2 klasikal romen LEBIH besar daripada sepatutnya dengan senibina muka luar bangunan diberi garapan penuh motif2 klasikal membabitkan elemen bumbung, tingkap, pintu, tangga, bumbung termasuk tiang dan pagarnya yang dibina menggunakan bahan binaan moden tetapi dibina secara dipalsukan.

Sebaliknya, hiasan dalamannya digarapkan dengan motif moden yang binaannya juga dibuat menggunakan bahan binaan moden yang cara binaannya juga secara dipalsukan seperti binaan siling yang dinamakan false ceiling.

4. Semenjak era Pak Lah, para arkitek di negara ini dan diluar sana telah mula menyisihkan senibina pascamoden tersebut dan berubah kepada style senibina moden baru yang saya namakan sebagai enrich modernisam dengan ciri2 JELAS dan TELUS dibahgaian dinding luar bangunaan yang ditunjukan oleh arkiteknya dengan mengarapkan sebayak mungkin bahan kaca dari jenis frameless clear galas.

Tahu berterima kasih said...

mak budak

Thanks. Ok I terima bukan you. Tapi kalau itu you pun, tak salah.
No big deal. Kita berhak mengatakan apa saja.
Kita juga orang invisible. Jadi tak kisahlah orang guna nickname kita. Kalau guna nama kita yalah nahas jawabnya.
Saya peminat setia Sakmongkol.Ada juga buat komen.
Saya sanjung keberaniannya. Mana ada orang parti pembangkang yang memburukkan partinya.
Tapi Sak berniat mereformasikan parti kesayangannya. Dah tentulah ada orang tuduh dia sour grapes dan macam-macam lagi.
Bila dia mengutuk UMNO, ewah ramainya yang turut mengutuk.
Tapi bila dia memuji UMNO, orang yang sama mengutuk Sak pula. Especially mak budak tu. Aduhai.
Berdesing telinga saya kerana saya sayangkan UMNO.
To me it's okay for members to criticise the party, but not others.

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/Kurang faham mengapa dalam perbincangan dan perbahasan, banyak tertumpu kepada Pemerintah dan Pembangkang, UMNO dan PAS?. Kedua-duanya ada betul dan ada salah. Yang betul kita hargai dan yang salah kita tegor. Ia berkisar kepada isu . Tidak semestnya Pemerintah semuanya betul dan Pembangkang semuanya salah dan sebaliknya tidak Pembangkang semuanya betul dan Pemerintah salah. Sebagai parti yang memerintah mereka memegang amanah , dan keputusan yang dibuat memberi kesan kepada kita dan anak cucu kita.Maka kita memberi tumpuan kepada keputusan dan tindakan mereka. Bagi pembangkang walau apa pun mereka kata, tidak memberi impak kepada kita.

Anonymous said...

Salam Dato'

Nak meraih sokongan dan undi untuk menjamin kemenangan dalam PRU seterusnya mengekalkan kuasa baik di peringkat pusat atau negeri-negeri, PERLU diingatkan kepada BN dan PR, TOLONG.....kurangkan hebahan dan berita tentang kerja yang telah dilaksanakan, jasa atau apa sahaja yang telah dibuat untuk rakyat. Asyik diulang-ulang di media. Rakyat telah diberi pendidikan yang sewajarnya dan semua pemimpin politik ini baik BN atau PR memandang rendahkah tahap pemikiran rakyat untuk berfikir dan menilai? Jika anda tak cekap dan korup terimalah saja hasil penilaian rakyat terhadap anda. Jadi...jalankan sahaja tanggungjawab anda sebagai pemerintah yang telah dipilih oleh majoriti rakyat baik di peringkat pusat dan negeri dengan usaha untuk menjadi yang terbaik secara ikhlas. Majoriti kami dah menjalankan tanggungjawab melunaskan cukai-cukai yang sepatutnya bagi melancarkan urusan pentadbiran kerajaan yang memerintah. Tau lah kami untuk memilih pihak yang mana untuk terus memimpin negara kami...negeri kami. Elok-elok suka pada pihak yang ada, walaupun mungkin sukanya sedikit seperti peribahasa ala-ala 'hangat tahi ayam', tak mustahil terus jadi menyampah dan benci bila ada pihak buat kerja pujiannya tak habis-habis diungkit sehinggalah hari pengundian PRU 13.

Sukri
Mutiara Damansara.

ku_seman said...

Datuk,
Apabila kita mendapat pertolongan atau bantuan, ucapan terima kasih patutlah diberikan kepada yang membantu. Sementara yang membantu pula tak perlulah mencanang pertolongan yang diberikan, lebih-lebih lagi kerajaan. Saya setuju dengan Datuk, membantu rakyat adalah perkara asas. Sebenarnya tidak ada apa yang luar biasa dalam soal membawa pulang pelajar kita dari Mesir. Saya fikir yang mempolitikkan bukanlah pembangkang tapi kalangan dalam kerajaan juga. Kenapa perlu diulang-ulang sebut kos membawa pulang RM50 juta? Kenapa perlu ada sepanduk yang dijulang oleh pelajar atau keluarga di KLIA? Siapa yang punya kerja tak berapa cerdik ini? Anehnya dalam keadaan darurat begitu masih sempat lagi pihak menjulang sepanduk ucap terima kasih. Rakyat memang boleh menilai bantuan yang kerajaan berikan dalam isu ini, dan mereka berterima kasih. Kalau kita membuat dengan ikhlas, tidak perlulah bimbang dipolitikan atau apa. Tetapi kalau nak kata kita hebat dan pantas sangat menghulurkan bantuan, mungkin tak berapa tepat. Kalau cepat taklah pelajar-pelajar kita ratap tangis minta tolong ibubapa di sini sebab Wisma Putra kata semua "terkawal".

Anonymous said...

Lebih cool kalau tak tunjuk sepanduk.
Nampak kelakar la pulak.

~Peace

makbudak said...

Salam Dato',

(maaf, tak masuk topik)

"tahu terima kasih",

Saya dah pergi blog yg anda maksudkan, tapi saya tk jumpa pula komen oleh "makbudak"?, tapi "makorang" adalah. yg tu ke anda maksudkan? memang bukan saya.

tulah masalahnya dlm umno ni, org2 mcm sakmongkol tu adakah akan dipandang dlm party? kenapa beliau tak jadi wakil rakyat lagi? sebab yg saya nampak, org2 yg boleh bekerja dlm party biasanya diketepikan, yg penting bolehkah dia dipercayai. mcm sakmongkol tu tulis lah kan?

saya dulu pernah menjadi pengundi pos, tapi sepanjang hampir 25 tahun saya kahwen dgn army officers, hanya sekali saya dpt peluang memangkah kertas undi. yg lain2 saya tak tahu sapa yg tolong pangkah kertas undi saya.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Salam Pemblog,

Izinkan saya respons kepada Mak budak kerana ada pengakuan yang dibuat oleh beliau perlu penjelasan lanjut kerana amat berkaitan dengan integriti pihak tertentu yang kita semua berurusan dengannya.

"saya dulu pernah menjadi pengundi pos, tapi sepanjang hampir 25 tahun saya kahwen dgn army officers, hanya sekali saya dpt peluang memangkah kertas undi. yg lain2 saya tak tahu sapa yg tolong pangkah kertas undi saya."

Isunya:

1. Tidak ada peluang atau tidak ada kesempatan? Kalau tidak ada peluang kenapa? Di halang? Kalau tidak ada kesempatan, tak payahlah dedahkan maklumat ini kerana ia hanya menunjukkan betapa sibuknya anda.

2. Kalau anda tidak pergi mengundi, kertas undi anda sudah tentu tidak akan digunakan. Betulkan? Habis kenapa pula anda syak ada orang lain yang tolong pangkah kertas undi anda?

3. Kalau betul kertas undi anda ditolong pangkah oleh orang lain makanya kemungkinan yang paling lojikal ialah anda sendiri yang menyerahkan dokumen pengenalan kepada seseorang dan orang itu telah memangkah bagi pihak anda.

Tolong respons. Terima kasehhh!

Chinglot

OKJ said...

Salam DAKJ

Kesimpulan & penutup

1. Bukan senang nak tegakkan benang basah. Kenalah berbakul-bakul hantar komen, bunyi macam murai tercabut ekor je.
2. Sebab itulah kita dituntut menimba ilmu dari lahir hingga ke liang lahat, bukan main sedap mulut je terutama menyentuh soal akidah.
3. Ukurlah baju dibadan sendiri. Bagilah contoh yg standard sikit bukannya JAGAlah, ‘mengikut kata laki saya lah’, ‘mengikut kata mak menakan saya lah dan’ sebagainya.
4. Nampak macam orang yg tak tahu, berbincang sama-sama dengan yg tak tahu. Dan keluarlah benda yg pelik-pelik ni. Sekian TQ.

zimin said...


Salam Dato',

(maaf, tak masuk topik)

"tahu terima kasih",

Saya dah pergi blog yg anda maksudkan, tapi saya tk jumpa pula komen oleh "makbudak"?, tapi "makorang" adalah. yg tu ke anda maksudkan? memang bukan saya.

tulah masalahnya dlm umno ni, org2 mcm sakmongkol tu adakah akan dipandang dlm party? kenapa beliau tak jadi wakil rakyat lagi? sebab yg saya nampak, org2 yg boleh bekerja dlm party biasanya diketepikan, yg penting bolehkah dia dipercayai. mcm sakmongkol tu tulis lah kan?

saya dulu pernah menjadi pengundi pos, tapi sepanjang hampir 25 tahun saya kahwen dgn army officers, hanya sekali saya dpt peluang memangkah kertas undi. yg lain2 saya tak tahu sapa yg tolong pangkah kertas undi saya.

Wallahua'lam.

6:03 PM


tak payah cakap pasal blogger sakmongkol lah, walhal wakil rakyat yang perform dalam PKR pun ramai yang keluar parti sebab kecewa dengan kacau-bilau parti itu. yang ni bukan khabar angin, dah terang lagi bersuluh.

kalau awak tak pangkah kertas undi, takde sapa nak pangkah kertas awak. tu jee. tak payah nak buat teori. typical mindset pembangkang.

Anonymous said...

Datuk AKJ, greetings from an old Wisma Putra dog. Like you I am now retired. But my 2 sen's worse of opinion.

I think the govt, the students and their parents/guardians should prepare for a long haul. I don't think the Egyptian crisis will end soon for the following reasons.

1. Mubarak will not go immediately, but the protesters want him to go prompto;

2. Mubarak is willing to go only when he ends his term in September. For now he's willing only to transfer power to VP. Datuk, we were young when Tunku was forced to cede power to Tun Razak, but stayed on for a while.

3. If Mubarak goes now there is no guarantee that peace will return to Egypt. There is no political structure to fill the vacuum. This is a military-ruled country and the military is revered. So Egypt could go back to the generals instead of the politicians.

4. Mubarak can't go because Washington does want him to go until the US is sure Egypt will not fall into the hands of anti-US and anti-Israel forces. Remember US gives Egypt US1.5 billion a year.

5. So we could be wasting a lot of money and insulting Mubarak who has been our friend for a long time, accommodating tens of thousands Malaysian students. At the slightest of trouble, we abandon him.

6. What is our government stand and stance on Egypt? Zilch except to boast about taking out our students.

Ex-Wisma

A KADIR JASIN said...

I agree with Ex-Wisma that the US could be playing double-game here.

They want Mubarak to go, but not now or until such a time that they are sure their interest and the interest of Israel are guaranteed.

Egypt from the time of Anwar el Sadat has been the US and Israel best friend. For that Egypt is richly rewarded in financial, diplomatic and military terms by Washington. El Sadat signed peace treaty and recognised Israel. What more could the US want?

The US biggest fear is the Muslim Brotherhood, about the only viable political alternative now in Egypt other than the military. On the other hand, having preached reforms and democratization to the Egyptians, the US cannot now say no to the protesters and continue to back Mubarak openly.

It looks to me that having sown the wind of change, the US must now reap the tsunami of political change in the Arab World, where the US needs allies to protect Israel and ward off Iran. So the US will continue to prop up Mubarak until such a time that an equally reliable ally emerges in Egypt. But that's going to be tough.

Thank you.

makbudak said...

Salam Dato,

minta izin nak respon pd chenglot sahaja.

jawapan saya "Wallahua'lam".

yg saya tahu, seingat saya ada sekali saja kami ramai2 diminta mengundi dlm kem. yg lain2 kertas undi pun saya tak pernah nampak, bukan pasal sibuk, pasal tak pernah dapat pun. apatah lagi nak serah kat orang lain.

yang lain2 saya tak mahu ulas, pasal dah terlalu jauh tersasar dari tajuk. nanti dikata mcm murai pulak.

maaf dato' saya dah tersilap tulis, ramai orang marah kat saya.

terima kasih banyak2 Dato'... :)

pakbelalang said...

What is our government stand and stance on Egypt?

comment:

Apply Tun Musa's policy. Be "elegant silence" is the best policy for the moment when the political situation in Egypt is murky.

ku_seman said...

Datuk Kadir,
Dalam kita dok cakap pasal sepanduk, dalam surat khabar hari ini (11 Feb) nah, segerombolan NGO menyerahkan sepanduk terima kasih kepada Perdana Menteri. Maaflah, saya rasa macam sangat kelakar usaha yang dilakukan oleh NGO-NGO ini. Saya jenuh fikir siapalah yang bagi idea nak hantar sepanduk kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri pun tak memerlukan orang "menghargai" dia dengan cara begini. Barangkali saya antara yang sudah ketinggalan zaman bahawa untuk menyatakan terima kasih kita mesti hantar benda yang ada tulis terima kasih. Perkara-perkara begini sebenarnya telah melunturkan hasrat ikhlas kerajaan membantu pelajar kita yang terkandas di Mesir. Apabila banyak sangat yang "berterima kasih" ia akan menjadi lain. Selepas ini saya pasti akan bertambah banyak syarikat yang menyediakan khidmat membuat sepanduk. Selepas ini kita akan memerlukan lebih banyak sepanduk untuk mengucapkan terima kasih kepada orang itu dan ini. Tak terfikirkah Datuk nak menceburi business membuat sepanduk?

simply said...

Salam semua,

Artikel daripada YB Zulkifli Nordin ini agak baik untuk dibaca. Berkenaan Ops Piramid


http://zul4kulim.blogspot.com/2011/02/bravo-ops-piramid

Sufian Idrus said...

Saya rasa adalah wajar bagi rakyat Malaysia; terutama ibu-bapa dan pelajar yang terlibat untuk berterima-kasih kepada kerajaan. Kerajaan tetap mempunyai pilihan samada untuk membiarkan pelajar-pelajar berkenaan ataupun menangguhkan tindakan membawa pulang pelajar-pelajar kita dari Mesir ataupun hanya melayan mereka yang berkemampuan untuk kembali dengan kos ditanggung sendiri.

Namun oleh kerana ia juga adalah sebahagian dari tanggungjawab sebuah kerajaan yang baik, pihak media dan juga lain-lain pihak yang tidak berkenaan tidak perlulah membesar-besarkan perkara ini untuk dijadikan 'political mileage' bagi DS Najib.

Menurut penerangan Zulkifli Nordin, hubungan baik DS Rosmah dengan Suzanne Mubarak telah memungkinkan Ops Piramid dapat dijayakan dengan baik. Seolah-olah jika tanpa DS Rosmah, pelajar kita akan tersadai disana. Rasa-rasanya bagaimana negara lain yang tidak mempunyai seorang DS Rosmah dapat membawa kembali rakyat mereka?

Maka, kita perlulah berterima-kasih kepada DS Rosmah dan juga Suzanne Mubarak.

Anonymous said...

Simply,

Anda rekomen yang ini:

"Artikel daripada YB Zulkifli Nordin ini agak baik untuk dibaca. Berkenaan Ops Piramid


"http://zul4kulim.blogspot.com/2011/02/bravo-ops-piramid

Saya kata usah jadi penulis syok sendiri. Maksudnya penulisan yang baik saja tidak mencukupi untuk menarik pelayar internet membacanya kalau tidak diikuti oleh komentar2, baik dari kalangan yang bersetuju dan yang tidak bersetuju.

Pernahkah anda menghantar komen di blog berkenaan? Adakah ianya disiarkan? Cuba lihat artikel operasi piramid, ada tak komentar?

Penulis yang baik ialah penulis yang meraikan pendapat mereka-mereka yang membaca tulisannya itu. Kalau tidak ia seumpama membaca buku teks iaitu kalau di hantar komenpun kepada penulisnya, tidak semestinya akan dibalas.

PELAYAR BLOG POLITIK

jab sp said...

Dato'
Izinkan saya untuk komen atas komen.(terkeluar terus dari tajuk)
Saya melihat sejak kebelakangan ini ada kelainan "trend' pembahas dalam setiap blog yang memapar isue yang melibatkan kepimpinan negara.Tentu tidak ketinggalan laman Dato' The Scribe A Kadir Jasin.
Setiap pemulaan perbahasan(komen)selalunya akan dilakukan olih pembahas "tetap" seperti saudara Pak Belalang,Saji,Roti Plata,OKJ (sekadar beberapa nama).
Berbeda pendapat tapi masih dalam ruang ruang perbahasan yang baik.
Kemudian akan meyusul Kamjat Penang dan Profesor Pencen.Ulasan masih lagi terkawal.Penuh emosi tapi diisi dengan lojik akal dan setengah point bolih dikongsi bersama.
Tiba tiba dalam seronok bertukar pendapat,datang serangan secara tiba tiba dari satu kelompok pembahas yang seakan mahu menjadikan hura hara laman ini.
Dan setelah selak punya selak,intipati musababnya,kumpulan ini tidak betah jika pembahas "membelasah" kepimpinan negara walaupun bersama komen ini diserta fakta demi fakta mengikut definasi pembahas.
Dato'
Adakah mereka ini merupakan "kumpulan pengacau IT" yang ditubuhkan semata mata membuat jiwa kacau dan hasilnya mereka merasakan kita akan muak dengan blog dan meninggalkannya.Satu contohnya mereka membawa dan melobi blog yang penulisnya sendiri bukan sahaja terumbang ambing kreabilitinya tetapi perinsip hidupnya pun bolih digadai beli.
Agaknya sudah banyak pembaca meninggal blog itu,kini ada yang terhegeh membawa kesini.
Jika itu niat mereka,saya berdapat ia tidak semudah itu.
Sepatutnya pembahas itu membawa tuanpunya blog itu kembali kekawasan Parlimennya dan menjalankan tugas yang diamanahkan padanya.

*** saya pesara tak ber pencen,tentu ada masa yang panjang untuk memerhati perkara ini.

Competente said...

Saya dah baca blogspot yang direkomenkan oleh simply.

Tapi tak ada isi, cuma mengarut pasal hubungan DS Rosmah dengan 'kerajaan' UAE, Saudi dan Suzanne Mubarak yang telah menjayakan Ops Piramid. Kata-kata 'bodek' sebegini lah yang menghancurkan orang Melayu.

Dalam rencana yang sebelumnya Zulkifli Nordin mengomel pasal kesukaran memasuki bumi Palestin yang diadakan oleh rejim Mesir, kemudian beliau menceritakan pula 'keajaiban' yang terhasil oleh kerana hubungan DS Rosmah dengan Suzanne Mubarak dan lain-lain keluarga "DiRaja".

Lalang sebegini yang tak tahu dimana hendak letak diri beliau sendiri tak perlu dilayan, apatah lagi untuk direkomenkan blog beliau.

Shaharuddin said...

Bagi setiap kebaikan yang diterima samada dari keluarga mahupun kerajaan; perlulah kita ucapkan terima kasih. Itu tandanya kita mengenang jasa orang yang telah membantu kita. Maka, amat wajarlah bagi rakyat Malaysia berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah membantu rakyat kita di Mesir.

Di pihak kerajaan pula, anggaplah bantuan yang diberi sebagai tanggungjawab mereka kepada rakyat. Nescaya, rakyat akan mengenang-jasa yang diberi dan Allah akan membalas kebaikan dengan kebaikan.

Janganlah orang-orang politik dan juga bukan-politik cuba memperbesar-besarkan bantuan yang diberi sehingga timbul sifat riak dan bangga diri.

"Kejayaan kita membawa pulang pelajar-pelajar dari Mesir adalah hasil dari hubungan akrab isteri saya dengan pihak-pihak di Mesir, UAE, Oman dan Arab Saudi".

Seolah-olah Menteri Luar kita terlalu lembab sehinggakan si isteri mengaku beliau terus menghubungi pihak di Oman, Arab Saudi dan Mesir untuk meminta bantuan tanpa memberitahu pihak Kementerian Luar terlebih dahulu.

Di waktu pentadbiran Dr. M, kita lihat pengagihan tugas diantara Kementerian amat baik dan tiada percanggahan. Kini, kita lihat banyak Kementerian yang tidak menjalankan fungsi mereka dan wajar ditutup.

Bantuan yang diberi dilihat sebagai mencari populariti dan tidak baik untuk semua; samada rakyat yang menerima bantuan atau pihak pemimpin. Biarlah agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan tugas mereka dengan baik.

Dari blog yang dicadangkan oleh simply, saya lihat Zulkifli Noordin ini sebagai seorang yang tiada pendirian. Dari penggunaan perkataan yang kasar, susunan bahasa yang teruk sehingga isi yang membodohkan diri sendiri. Semasa dalam PKR, beliau mengutuk UMNO; apabila keluar PKR beliau mengutuk pula PR. Semasa ingin memasuki Palestin beliau komplen mengenai rejim Mesir, kemudian beliau puji pula Suzanne Mubarak. Saya rasa beliau ini orang yang terkeliru, maka tidak perlulah kita layan orang yang sebegini. Agaknya beliau bercita-cita untuk bertanding lagi dalam PR yang akan datang; namun jika kita lihat cerita beliau mengenai DS Rosmah, lebih baik beliau serahkan saja kerusi Parlimen Kulim kepada DS Rosmah.

Anak Parit/Bota/Lambor said...

Salam Dato',

Saya bersetuju dengan pembahas jap sp, terdapat beberapa pengacau yang sengaja menghuru-harakan 'suasana' kehangatan pembahas-pembahas popular dalam blog Dato' dan sengaja menyerang dan memperkecilkan pendapat orang lain.
Sepatutnya, kita baca, kita fikir, kita selidik dan berikanlah hujah kita berdasarkan pemerhatian, pengalaman,pembacaan atau ilmu yang kita miliki.

Sekian Terima Kasih.

Anak Parit/Bota/Lambor

nur adibah said...

Assalamualaikum pak Kadir

Allah yang menjadikan manusia dan seluruh makhluk di dunia ini,menyuruh kita bersyukur kepadanya tanda terima kasih.Tidakkah kita mendapat pengajaran daripadanya?.

Blogger menulis bahawa pelajar yang dibawa balik ade yang tidak mahu berterima kasih kepada kerajaan,kenapa jadi begitu? bukankah pelajar pelajar tersebut datangnya dari manusia yang diberi sedikit kecerdikan akal.Berterima kasih adelah tuntutan agama, tak kiralah samada ia sudah menjadi tanggungjawab atau bukan, itu bukan menjadi persoalannya, sebagai manusia yang telah diberikan sedikit kecerdikan sepatutnya tahu membezakan.

simply said...



Anonymous said...
Simply,

Anda rekomen yang ini:

"Artikel daripada YB Zulkifli Nordin ini agak baik untuk dibaca. Berkenaan Ops Piramid


"http://zul4kulim.blogspot.com/2011/02/bravo-ops-piramid

Saya kata usah jadi penulis syok sendiri. Maksudnya penulisan yang baik saja tidak mencukupi untuk menarik pelayar internet membacanya kalau tidak diikuti oleh komentar2, baik dari kalangan yang bersetuju dan yang tidak bersetuju.

Pernahkah anda menghantar komen di blog berkenaan? Adakah ianya disiarkan? Cuba lihat artikel operasi piramid, ada tak komentar?

Penulis yang baik ialah penulis yang meraikan pendapat mereka-mereka yang membaca tulisannya itu. Kalau tidak ia seumpama membaca buku teks iaitu kalau di hantar komenpun kepada penulisnya, tidak semestinya akan dibalas.

PELAYAR BLOG POLITIK

4:02 PM



Saudara,

You are entitled to your own opinion and I am entitled to mine.

Argue all you want, because at the end of the day, it's just your words against mine, nothing more. So, don't get too agitated and behave like a small kid.

Good articles don't need 100 praises, likewise, bad articles don't need 100 insults.

rudy bluehikari said...

Salam Dato' AKJ,

Hanya mereka yang tahu kondisi kami yang sudah hilang tenaga utk tujuan murni membantu rakyat Malaysia. Terima kasih kpd Allah kerana memberi kami kekuatan menguruskan penghantaran pulang rakyat kita, terutamanya via Jakarta selama 3 hari berturut2 termasuk yg terakhir sbntr tadi dengan pswt Charlie.

Rudy
Jakarta.

faizi said...

Salam DAKJ serta para komentar,

Saudara Saji,

OKJ cuma "Cut & Paste" saja.. apa susah? Rasa saya tak susah pun dan tak payah fikir2 pun.

Dah beli kereta baru OKJ?

1280-K Taman Malik

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).