Sunday, March 20, 2011

Cabaran Pilihan Raya Negeri Sarawak


A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

 RAMAI yang minta saya mengulas mengenai pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pada 19 Mac pengumuman dibuat bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada 21 Mac.

Pada waktu ini, saya hanya boleh membuat analisis kasar dan rambang. Lagipun, politik Sarawak tidaklah semudah yang disangka. Malah dalam beberapa hal ia lebih rumit daripada politik nasional.

Buat permulaan, Barisan Nasional diwakili oleh BN negeri yang tidak membabitkan parti-parti utama BN dari Semenanjung. BN Sarawak adalah gabungan parti-parti bangsa dan suku kaum negeri itu.

Antara perkara yang boleh dan perlu dipertimbangkan adalah:-

1. PRN ini akan menjadi penentu masa depan politik Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud. Beliau sudah pun membayangkan yang beliau akan berundur selepas PRN;

2. PRN ini akan menjadi kayu pengukur kepada kemampuan BN untuk terus bergantung kepada Sarawak sebagai “penyelamat” di Parlimen. Kalau BN Sarawak dapat mengekalkan kedudukannya, BN pusat boleh terus bergantung kepada pengundi Sarawak untuk mengekalkan penguasaannya terhadap Dewan Rakyat.

(Dalam PRU 2008, BN Sarawak menyumbangkan 30 kerusi Parlimen dan Sabah 24 kerusi untuk menjadikan kerusi Parlimen BN 140.)

3. Faktor Abdul Taib akan memainkan peranan penting menentukan sama ada BN Sarawak akan terus mendapat sokongan atau tidak. Tuduhan dan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa oleh beliau pasti akan dipergunakan sepenuhnya oleh parti-parti Pakatan Rakyat;

4. Siapa akan menggantikan Abdul Taib juga penting. Dalam amalan sistem pecah dan perintahnya, Abdul Taib tidak memberi kata putus siapa bakal menggantikan beliau.

5. Kerana Abdul Taib memerintah begitu lama iaitu sejak 1981, kepemimpinan BN Sarawak menjadi tua dan ramai pemimpin berkaliber tersingkir atau bersara daripada politik. Kalau BN gagal mengemukakan pengganti yang meyakinkan bagi Abdul Taib dan menawarkan ramai calon muda, BN Sarawak akan mengalami masalah imej dan integriti, khasnya di kalangan pengundi muda;

6. Manakala rasisme menjadi semakin ketara di Semenanjung selepas PRU 2008, di Sarawak “nasionalisme” anak negeri juga memuncak akibat isu agama dan pemilikan tanah;

7. Isu-isu seperti Tanah Adat, dakwaan pencerobohan ke atas Tanah Adat oleh pembalak dan kontroversi mengenai penyebaran kitab Injil dalam bahasa Melayu serta tuntutan Gereja Roman Katolik ke atas kalimah Allah akan mempengaruhi pengundi;

8. Di kalangan orang Islam pun komitmen kepada BN Sarawak tidak padu lagi kerana persepsi bahawa mereka dipinggirkan atas dasar suku kaum dalam apa yang sering disebut Melanau-lawan-Melayu;

9. BN Sarawak mempunyai kelebihan (advantage) berbanding pembangkang dalam aspek kewangan dan logistik. Kempen di Sarawak sukar kerana keluasan wilayah dan kesukaran untuk sampai ke pedalaman. Banyak tempat hanya boleh dihubungi dengan helikopter;

10. Cabaran kepada PR pula adalah sama ada ia berani bertanding atau boleh bertanding atas platform yang sama, khasnya mengenai isu agama dan adat resam kerana ideologi mereka yang berlainan; dan

11. Namun PR berkemungkinan memperbaiki prestasinya di kawasan-kawasan bandar di mana ramai pengundi Cina dan di luar bandar di mana Iban/Dayak menjadi majoriti pengundi.

Berpandukan hal-hal di atas, maka buat masa ini saya hanya mampu dan berani memberikan “open verdict” kepada keputusan PRN Sarawak walaupun ia masih memihak kepada BN.

Nota kaki: Mohon maaf jika terlambat menyiarkan komen. Di perantauan. Terima kasih.

53 comments:

saji said...

Salam Dakj

Tektik Abdul Taib Mahmud hendak mengundurkan diri selepas PRNS nanti sebijik dengan tektik Hosni Mubarak yang berjanji tidak mahu bertanding lagi dalam pilihan raya presiden Mesir apabila beliau diasak oleh rakyat supaya meletakkan jawatan.

Munirah Taher said...

Salam Datok:PRN Sarawak memang sudah terpaksa diadakan segera.Makin tunggu lama berbagai kemungkinan akan muncul.Kalau buah sudah hampir ranum dan isinya pun kurang enak dimakan.Tuah isteri baru KM mungkin menjadi azimat BN disana.Begitulah Dato bila seorang yang terlalu lama peganh kuasa.Bahaya bukan diri sendiri malah pArti menerima padah.Ingat ke nak turun terus.Rupanya alasan nak serah pada penganti juga di ucapkan.Takut rakyat kurang yakin dengan janji KM ini.Apa yang pasti istilah Dato iaitu CARPET BOMBING ini lazimnya akan diteruskan.Amalan biasa sebuah kerajaan yang sedang memerintah.Inilah malapetaka bagi pembangkang.PRN Sarawak ini sama sekali tidak sama dengan Merlimau/Kerdau.Aku juga meramalkan PRN Sarawak ini akan sengit ,hebat dan panas terutama dikawasan bandaraya,bandar dan pinggir bandar.Apakah isu yang akan dimain oleh pembangkang nanti.Bagaimana PAS dean PKR diSarawak.DAP memang kukuh terutama dikawasan bandar.Dato Najib mungkin sedang mengambil kira PRN Sarawak ini sebagai PRE-PRU 13.Bukan lagi dry run olok-olok yang syok sendiri.Saya berminat bagaimana pemilhan calon mereka.tentu sekali calon boleh menang dan baik kalayakannya.Sudah pasti calon SPM tak ada lagi.Semua selera pengundi nanti adalah berpunca dari KM nya sendiri.

tokman said...

Dato,
Bersetuju dengan Dato yang masalah dalam BN Sarawak ada tapi Pakatan mempunyai masalah lebih besar untuk buat 'roadshow' dan kempen2 diSarawak untuk menarik pengundi2 diPRN ini. Sarawak mungkin tidak sebagitu maju tapi memadai untuk rakyatnya yang sederhana keperluan mereka kerana 'nafsu' mereka bukan macam pengundi2 diSemenanjung yang agak terdedah dengan banyak 'ragam' dan 'garam'! BN Sarawak akan terus menang kerana isu KM tu adalah isu remeh temeh pada pandangan mereka kerana pemimpin2 kerajaan pusat pun tak ambil kisah pasalnya...hanya pemimpin2 Pakatan saja! Kerana dah lama pegang tapok kerajaan Sarawak jadi Tan Sri Taib telah menjadi icon kepada perpaduan rakyat lebih daripada TYT Negeri Sarawak. Dana (wang ringgit) adalah amat penting dalam PRN ini jadi Pakatan agak kesukaran dalam bidang ini dan hanya mampu membuat janji dll kerana BN akan terus mencurah berjuta2 ringgit untuk pembangunan Sarawak.

Roti Planta said...

Dato',

(perkara ini berlaku disebabkan pilihanraya Sarawak)

Nampaknya pelampau agama Kristian terus memainkan api perkauman dan agama dengan membuat tuntutan melampau berkenaan isu Injil BM. Mereka telah 'menang' apabila kerajaan telah melepaskan Injil BM dengan bersyarat namun mereka terus menekan kerajaan seperti perpatah 'diberi betis hendak paha'.

Media Alternatif, Cina dan Inggeris terus menekankan kononnya kerajaan Najib masih belum memuaskan hati panganut Kristian manakala media Melayu terus sepi supaya orang Melayu terus senyap, buat-buat tidak tahu dan tak kisah. Hasilnya bila Melayu diam maka mereka terus menyalak kerajaan. Orang Melayu mesti dibenarkan menyatakan pendiriannya kerana Injil itu 'BERBAHASA MELAYU!'.

Jika BN dapat pertahan Sarawak sekalipun bagi saya MELAYU/ISLAM telah kalah!

Jika betis telah diberi, paha pun telah diambil maka tiba masanya mereka akan gigit 'anu' Melayu. Maka Melayu tiada lagi keturunan untuk dibanggakan.

saji said...

Salam Dakj

"2. PRN ini akan menjadi kayu pengukur kepada kemampuan BN untuk terus bergantung kepada Sarawak sebagai “penyelamat” di Parlimen. Kalau BN Sarawak dapat mengekalkan kedudukannya, BN pusat boleh terus bergantung kepada pengundi Sarawak untuk mengekalkan penguasaannya terhadap Dewan Rakyat.
(Dalam PRU 2008, BN Sarawak menyumbangkan 30 kerusi Parlimen dan Sabah 24 kerusi untuk menjadikan kerusi Parlimen BN 140.)"

Bagaimana saya gunakan pandangan Dato' di atas untuk menyokong pandangan saya bahawa kekuatan yang dimiliki oleh BN Serawak yang dipimpin oleh Abdul Taib Mahmud itu telah beliau gunakan sebagai perisai untuk mengelak kegiatan rasuahnya disisat oleh SPRM dan menolak desakan meletakkan jawatan

Bahkan jika beliau mahu, beliau juga boleh gunakannya sebagai ugutan untuk keluar daripada BN!

Anonymous said...

Point 9 adalah amat pertinent. Saya diceritakan bagaimana pada 1 PRN, pihak pembangkang telah secara diam-diam menguruskan permit kerja utk pilot-pilot dari Filipina. Menjelang pilihanraya, Taib Mahmud membatalkan permit-permit ini. So this is another thing that must be thrashed out. Otherwise there will never be a level playing field.

It is within his right to do it but is it the right thing to do?
Berfalsafah lagi lah kite...

-MAKORANG-

Anonymous said...

Bukan sekadar sumber kewangan dan kekurangan kemudahan pengangkutan yang menjadi kelebihan BN.

Jika tempoh kempen dan tempoh undi yang pendek ditambah kepada faktor diatas, maka amat kekurangan lah PR dalam PRN ini.

Harap-harap peristiwa peti undi jatuh dalam laut seperti PRK dahulu tidak lagi berlaku....

p/s tanpa menamakan pengganti, ada tak orang Sarawak yang mahu komen samada percaya atau tidak akan kononnya Ketua Menteri nak bersara?

Fed Up

Bekas Tentera said...

Datuk Kadir,
Saya pernah berkhidmat di Sarawak akhir 60an sebagai anggota tentera. Masa itu, Sarawak bahkan Kuching amat mundur. Kalau nak ke kampung-kampung seberang sungai (sekarang Petrajaya) kena melalui jambatan gantung yang hanya boleh dilalui orang berjalan dan basikal saja.
Setelah lama meninggalkan tentera saya melawat Kuching awal 90an dan awal 2000. Saya terkejut besar melihatkan pembangunan di Kuching dan Sarawak amnya. Siapa kata Sarawak tak ada pembangunan.Disamping itu, ramai pelajar-pelajar Sarawak khususnya bumputera/peribumi yang melanjutkan pelajaran ke univisiti dalam dan luar negara atas tajaan kerajaan persekutuan atau kerajaan Sarawak.
Sebagai bekas tentera saya berbangga dengan kemajuan Sarawak. Tidak sia-sia kami bertarung nyawa menentang komunis.
Rakyat Sarawak berhak memilih mana-mana parti untuk memerintah negeri itu. Tapi jangan kocaknya keamanan menggunakan isu perkauman dan agama.

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Isu kitab agama kristian bukanlah isu melibatkan dua pihak sahaja tetapi sebenarnya adalah isu tiga penjuru. Segolongan besar penganut bukan beragama kristian membentuk pihak di penjuru ketiga.

Kalau pengundi menggunakan sentimen kebersamaan agama untuk mengundi makanya orang lain juga akan menggunakan sentimen yang sama juga.

Kalau satu puak bergerak ke kiri makanya pihak lain akan memberikan reaksi bertentangan dengan bergerak ke kanan. Kesan keseluruhannya adalah sifar -- tidak ada faedahnya.

PRK Hulu Selangor adalah contoh ideal demokrasi bebas sentimen ras budaya dan agama hinggakan calon Bukan Islam terpilih sebagai AP dalam kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Makanya pada PRU mendatang, alangkah baiknya kalau pengundi bukan Melayu pula menunjukkan kepada orang Melayu bahawasanya mereka juga boleh menjadikan orang Melayu AP di kawasan yang majoriti pengundinya adalah bukan Melayu.

LALUAN TENGAH

pakbelalang said...

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?
20/03/2011 7:25pm


KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama


comment:

Bermacam-macam kontrovesi diketengahkan mengenai Islam. Dan sekarang keluar pulak seorang dari anggota Majlis Fatwa mengatakan akad nikah di masjid adalah menyimpang dari amalan Rasulullah.

Adakah hadith yang sahih mengatakan demikian? Tolonglah jelaskan dengan jelas dan tepat. Janganlah cuba nak mengelirukan orang Islam.

Soalan saya adakah perbuatan berakad nikah dimasjid HARAM? Kalau tak haram janganlah kelirukan orang ramai.

Dah ramai orang Islam akad nikah di masjid mengapa baru sekarang ditimbulkan isu ini.

Kalau tak haram hukumnya apalah yang nak dibangkitkan.

Saya ingin memberi contoh yang "extreme" iaitu bagaimana mana nak akad nikah dengan sempurna jika rumah si ibu bapanya dibawah jambatan? Maksud saya rumah ibu bapa serba kekurangan. Kan lebeh baik dilaksanakan akad nikah di masjid. Tempat yang sebaik-baiknya.

khusairi talib said...

Salam Dato'. Sebagai satu-satunya negeri yang tidak wujud parti Umno, menjadi persoalan apakah para pemimpin BN di Sarawak sedia menerima kehadiran jentera Umno bagi membantu rakan komponen BN di PRN ini. Saya pasti pucuk pimpinan BN sudah memikirkan perkara ini, samada turun atas nama BN, atau turun atas nama parti. Apapun jentera Umno di negeri-negeri di Semenanjung sentiasa bersiap siaga bagi membantu jentera BN di Sarawak atas semangat setiakawan dalam satu komponen. Kita yakin BN Sarawak mampu menggerakkan jenteranya sendiri, mengikut budaya politik negeri berkenaan. Namun budaya dan prinsip BN adalah bantu membantu antara satu sama lain. Selamat berjuang, rakan-rakan BN kita di Sarawak.

Anonymous said...

Dear Datuk,

Secara peribadinya, saya sangat malu dengan cara pemimpin-pemimpin Islam menunjuk-nunjukkan kemewahan, dan keremajaan diri dan suri, kemasan dan permata berlian berkilauan.

It's okay to have but please ... don't you feel anything for the have nots.

On another matter:

We drove once from Negara Brunei Darussalam down to Kuching. One and half day journey with night stop along the way. It was significant to note that every few kilometers, you would find a small church or chapel along this main route. But you'd not find any surau or mosque. Maybe it is better for Muslim travellers now... Because that was a few years back.

My point is:

Alangkah baik dan moleknya kalau kekayaan kita yang melimpah ruah itu, kita gunakan untuk membina surau-surau (kecil pun tak apa) sepanjang jalan-jalan besar yang menghubungi bandar-bandar utama negeri. Simple (tak perlu bergemerlapan marmar) but significant presence to indicate yes! this place has a Muslim for a leader...

XERONINE

maae said...

Salam Datuk,

1."Open verdict" yang di paparkan boleh memberi gambaran keadaan politik Sarawak untuk panduan orang-orang Semenanjung.Analisa politik dan perubahan nya baik untuk membaiki kelemahan.

2.Saya pasti orang-orang Sarawak juga dalam kekeliruan.Kayu ukur kepada BN dan pemain-pemain nya di sana.Pembangkang akan hayun 100%, pasti nya...

3.Komen Datuk dalam para 5 amat benar kerana pemimpin pelapis yang telah di abaikan atau terabai begitu lama. BN / UMNO gagal mencorak kepimpinan pelapis berwibawa tahun-tahun kebelakangan ini. Kekontangan individu pelapis!

4.Kerisauan teramat sangat kepada Agama Islam yang kian nyata musuh sudah menampakkan bentuk lembaga...
Bentuk yang sama seperti kaum-kaum asli di semenanjung.

5.Semoga tiada kesilapan berulang yang di lakukan kerana menampakkan kuasa yang tidak ingin di kongsi bersama.

wadi said...

PRN Sarawak sudah nyata menggamit pelbagai isu dan natijahnya si Taib Mahmud makin GAH mendominasikan tujahannya . BN pasti kembali mewarnai persekitaran dan kos anggaran sekitar 50 juta untuk PRN dgn pemilih yang hampir mencecah sejuta itu bisa saja merungkaikan segala kemelut . Si Gajah akan tetap maju dengan sogokan laba besar yang tak kelihatan , jesteru kekayaan hasil bumi masih luas terbentang ...si kerdil hanya bisa memandang dengan kedaifan minda mereka . Apapun keamanan saja yang bisa mendamaikan sekitar PRN kali ini . Insyaallah.

mohd yunus said...

Akad nikah di rumah atau kat masjid ok.Tapi kalau kita lihat selepas upacara ini masjid dijadikan seperti photo studio.Itu tak betul dan patut dilarang.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Pilihanraya negeri (PRN) nampaknya di Serawak menjadikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai umpan, samada umpan itu digemari rakyat Serawak atau tidak, itu yang akan menunjukkan bahawa rakyat Serawak telah matang berpolitik atau merka masih tidak tahu ape yang merka mahukan.

Tan Sri Taib adelah ikon.Pembangkang rasenya tak dapat menukar persepsi rakyat,cumanya akan ade juga ruang untuk mencari kelemahan pentadbiran semasa beliau mentadbir. Itu menjadi lumrah,y
Yang akan menyokong pembangkan rasenya masyarakat cina bandar,kerana mereka tidak merasa mereka akan tercicir dalam arus pembangunan,jadi tak salah mereka menyokong pembangkang untuk menjadi pengimbang kuasa.Penumpuan untuk kawasan luar bandar amat diperlukan kerana disitulah tempat mereka memerlukan pemimpin yang berwawasan dan berpandangan jauh,dan disitujugalah lubok yang akan memenangkan BN.

Anti Korupsi said...

Salam Dato',

Sekadar ramalan,
DUN dikawasan bandar akan didominasi oleh PR manakala kawasan luar bandar akan dimenangi oleh BN.

Oleh kerana kawasan luar bandar lebih banyak kerusi, BN akan terus memerintah Sarawak, Sarawak akan terus ketinggalan dalam arus pemodenan apabila kerana KM terus menambah harta kekayaan yang sekiranya digunakan untuk Sarawak akan dapat menampung bajet negeri selama mungkin 5 hingga 6 tahun.

Anti Korupsi

zainal abidin awang kechik said...

salam tok...
20 kerusi akan BERALIH ARAH

JIKA CM YANG BARU TIDAK DI UMUNKAN SEBELUM PERMILIHAN..SALAM

pakbelalang said...

Mohd Yunus,

Saya setuju. Membuat Majlis Nikah di masjid boleh di lakukan tapi para jemputan terutmamnya kaum wanita hendaklah tertip dalam hal pakaian dan kebersihan diri. Janganlah buat majlis tersebut sebagai pesta. Perkara yang haram tetap haram dan masjid adalah tempat membuat ibadah dan kesuciannya mesti dijaga. Kalau tidak buat saja upacara pernikahan di Pejabat Agama untuk sempurnakan pernikahan.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang dihormati.Memang tepat "open verdict" yang Dato' beri.Ini adalah kerana situasi di Sarawak adalah berlainan dengan apa yang terdapat di Semenanjug.Apa-apa boleh terjadi di PRN ini.

BN Semenanjung perlu waspada supaya tidak menonjol sangat kerana ini mungkin tidak disenangi pengundi Sarawak yang berpendapat mereka tidak mendapat apa yang sepatutnya.

Apa pun adalah tidak sihat BN Semenanjung tidak yakin pada diri sendiri dan bergantung kepada BN Sabah dan Sarawak untuk kekal berkuasa.Kita juga hendaklah terus berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan kita dan tidak hanya bergantung kepada sesuatu parti untuk hidup selesa.Kita hendaklah memerdekakan diri kita dari terus bergantung pada orang lain.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

abdullahngah said...

saya pernah hadir diri dalam pilihanraya DUN Sarawak lepas selama satu minggu.

Apa yang nampak dan pada saya rakyat Sarawak semacam tak kisah pasal ketidakadilan kerajaan, asalkan mereka dapat tempat tinggal,makan dan minum, kecuali rakyat china yang memang ada motif untuk memerintah negara ini.

sebab itu dibandar bandar besar DAP boleh menang dengan mudah dan dibantu orang MCA.

Macam juga semenanjung Malaysia iaitu sangat jauh untuk sedar diri.

Atas sebab itulah para pemimpin boleh buat apa saja yang mereka suka termasuk mengumpulkan sebarapa banyak harta untuk disimpan diluar negara.

Lihat saja kegiatan dan tindakan Taib Mahmud yang dikatakan ada harta di mana mana.

Pendek kata, rakyat sudah dicucuk hidungnya sekian lama sehingga apa kejahatan yang dilakukan oleh para pemimpin dianggap sebagai perkara remeh temeh.

oleh itu, pilihanraya Sarawak tiada cabaran langsung,kerana sebahagian besar rakyat sudah jadi macam ayam daging yang tunggu masa untuk disembelih.

astar63 said...

Datuk,

Secara umumnya Sarawak akan tetap berada dibawah BN.Amat susah bagi PR yg mempunyai keupayaan terhad utk menyampaikan mesej mereka kepada penduduk penduduk dipedalaman.Cerita penyalahgunaan Mahmud Taib banyak tetapi ianya tidak memberi kesan kepada undi BN kerana masyarakat enggan berubah.Tambahan pula bila mendapat pau dari BN setiap kali PRU/PRK.

PR masih banyak kerja groundwork lagi utk dilakukan.PR masih kekurangan ahli akar umbi dan pemimpin yg committed pd perjuangan PR. So BN.This game is for you

Dato Mazlan. said...

Dato.

Orang Dayak yang majority nya berugama kristian mahu Serawak di ketuai oleh orang Dayak.Salepas Merdeka kita melantek Temenggong Juggah sabagai Gabenor dan Kalong Nikan sabagai Ketua Menteri.

Dengan tipu daya BN samasa Tengku Abdul Rahman,kedua2 pemimpin Dayak di singkirkan dan di ganti dengan Tun rahman Yaakop.

Orang Dayak tidak akan memaafkan kesilapan dan muslihat BN.Sekarang ramai orang Dayak telah pandai dan lulusan University.Niat mereka hanya lah satu.Mereka mesti mengambil samula Jawatan2 Ketua Menteri ini.Mereka tahu Kaum dayak mempunyai 50% pendudok Serawak.Melayu dan Malanau anya lah menguasai 20% sahaja pendudok.

Saya tidak akan terkejut jika parti SNAP akan memenangi Pilehan raya Serawak.Orang Cina juga akan mengundi DAP.

Taib mahmud merupakan biawak hidup yang terpaksa di galas oleh BN.Saya berharap Najib dapat membaca perkembangan politik Serawak.Save deposit sudak habis di ambil oleh Taib Mahmud dan croni2nya.

Selamat jalan.

Dato Mazlan. said...

Dato.

Orang Dayak yang majority nya berugama kristian mahu Serawak di ketuai oleh orang Dayak.Salepas Merdeka kita melantek Temenggong Juggah sabagai Gabenor dan Kalong Nikan sabagai Ketua Menteri.

Dengan tipu daya BN samasa Tengku Abdul Rahman,kedua2 pemimpin Dayak di singkirkan dan di ganti dengan Tun rahman Yaakop.

Orang Dayak tidak akan memaafkan kesilapan dan muslihat BN.Sekarang ramai orang Dayak telah pandai dan lulusan University.Niat mereka hanya lah satu.Mereka mesti mengambil samula Jawatan2 Ketua Menteri ini.Mereka tahu Kaum dayak mempunyai 50% pendudok Serawak.Melayu dan Malanau anya lah menguasai 20% sahaja pendudok.

Saya tidak akan terkejut jika parti SNAP akan memenangi Pilehan raya Serawak.Orang Cina juga akan mengundi DAP.

Taib mahmud merupakan biawak hidup yang terpaksa di galas oleh BN.Saya berharap Najib dapat membaca perkembangan politik Serawak.Save deposit sudak habis di ambil oleh Taib Mahmud dan croni2nya.

Selamat jalan.

Anonymous said...

PAS and DAP stand by Anwar
By YUEN MEIKENG


KUALA LUMPUR: PAS and DAP are standing by PKR and Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, following the release of a sex video implicating a high-ranking Opposition leader.

comment:

A leopard will never change its spots. Dah terang lagi bersuluh !!!

Sebagai seorang Islam kalau benar dan nyata bahawa Anwar melakukannya apakah patut kita terus terima dia lagi sebagai pemimpin kita. Adakah PAS masih sanggup mempertahankan kedudukanya semata-mata nak kejarkan kuasa.

Mana maruah kita sebagai pemimpin Islam. Kalau di Europa jika ada skandal sedemikian pemimpinya terus letak jawatan. Itu pemimpinnya bukan Islam !! Dan kalau pemimpin Islam didapati telah melaku skandal sex dan telah diexposekan kita masih nak mempertahankannya saya rasa adalah amat malang sekali !!
Fikir-fikirlah !!

Isu ini melibatkan maruah seluruh umat Islam dan saya rasa patut dibincangkan dengan hati yang ikhlas. Jika perkara ini sengaja terlepas pandang dan dibiarkan sahaja, kemungkinan anak cucu kita pada masa depan akan terima sahaja pemimpin sedemikian rupa tanpa mengambil kira tentang moral dan agama. Semakin parahlah umat Melayu dan Islam !!

-Mat Sekodeng-

Anonymous said...

Laporan Utusan Malaysia Online:

Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.

“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.

“Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang ‘kuat agama’ terpedaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Komen:
Mat Motor ni sendiri pun tak tau samada dia dah tengok atau belum video tu tapi kalau dibaca kenyataannya, dia "yakin" itu dalah pemimpin Mr. Y yang disebut-sebut oleh puak-puak UMNO.

Mungkin betul dan mungkin jugak tak betul dakwaan puak-puak UMNO. bagi yang memakai ketayap dan membawa imej Islam, bila dia sebut dia "yakin 110%" maka dah jelas berlaku "subahat" kalau individu yang berada dalam video tersebut bukan Mr. Y yang disebut-sebut oleh puak-puak UMNO.

Betul atau tidak kita pun tak tau sebab aku yakin kita semua belum tengok lagi video tu dan kita pun tak tau kesahihan video tu.

Kalau video tu palsu, maka yang jelas bersubahat akan menanggung dosa selama mana dia tidak mohon maaf pada individu yang menjadi mangsa fitnah. dosa memfitnah tidak akan mendapat pengampunan daripada Allah melainkan hanya boleh dimaafkan oleh individu yang menjadi mangsa fitnah.

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Aku tak mau terlibat dalam menanggung dosa fitnah, jadi buat masa ni aku tak nak komen apa-apa pasal video yang disebut-sebut tu.

Cuma sebagai rakyat Malaysia, aku rasa sangat-sangat sedih sebab dalam era kemodenan, era menuju negara maju, negara yang hebat dengan teknologi Nuklear yang akan kita bina, kita masih menggunakan taktik kuno zaman jahiliah iaitu menjatuhkan lawan politik dengan "fitnah".

Masuk dekad baru, kita semakin kebelakang. musuh politik tidak dijatuhkan dengan hujah kebijaksanaan berpolitik sebaliknya cuba dijatuhkan dengan skandal "seks".

13 tahun dulu adik-adik aku baca surat khabar sebab ada cerita seks & 13 tahun kemudian aku tak sangka anak-anak aku & anak-anak kita semua masih membaca cerita yang sama di dalam surat khabar. paling hebat, cerita-cerita ni terpapar dimuka depan akhbar Media Perdana.

(DATUK JGN LUPA PERANAN DATUK DI NSTP DULU YA...MINTA MAAF LAH DENGAN ORG TU KALAU ADA RASA BERSALAH LA YA..)

MAN REMOS

Anonymous said...

SAMBUNGAN

Majalah seks cuma letak tajuk dekat muka surat depan dan bila kita bukak mua surat dalam, cerita yang ada dekat dalam tu kadang-kadang langsung tak de kena mengena dengan seks. lain pulak dengan akhbar sekarang. tajuk besar dekat muka surat depan dah jelas berunsur seks, bila baca cukup detail siap cerita apa itu "oral seks".

13 tahun dulu umur aku 23 tahun, bila aku baca dekat surat akhbar bab oral seks, aku kena tanya ramai orang apa tu "oral seks" dan masa tu aku rasa bila aku tanya oral seks tu apa, hampir semua orang yang berumur daripada aku tak tau apebenda "oral seks".

Last skali aku dapat tau "oral seks" tu melalui sorang sasterawan yang arif dalam bahasa melayu lama & baru. baru aku tau "oral seks" tu apa. tahun ni umur aku 36 tahun, budak-budak sekolah rendah yang aku jumpa pun tau oral seks tu menatang apa... betul la... Malaysia dah maju.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah Negara Maju, maka taktik mengalahkanmusuh dengan hujah dah berguna lagi... rakyat makin bijak menilai hujah, rakyat makin terdedah dengan berbagai fakta dan akan mengadili semuanya dengan akal yang sihat hatta sambil-sambil menikmati "oral seks" pun rakyat masih sempat berBB mencari maklumat.

Jadi Negara ini harus undur sedikit kebelakang. undur kebelakang adalah 1 cara yang bagus untuk mengelirukan manusia-manusia bermaklumat. cara kuno ni kira macam lebih kurang pakai santau la... kes macam ni selalunya yang buat bijak pandai yang ada lulusan PhD terbongkang tak leh nak jawab dengan jelas sebab maklumat tak jelas.

Bila maklumat tak jelas, akan jadi masalah untuk buat kajian... jadi lulusan PhD hanya akan keluarkan "pandangan" sahaja. pandangan ni tak berapa jelas, dan akan jadi bahan debat sampai bila-bila.

Bagi yang ada "gen MeLAYU bodoh" macam Zul Kulim, tak payah fikir panjang, terima ke bulat-bulat pandangan sekerat jalan tanpa hujah berbukti.

Ini yang berlaku sekarang.

MAN REMOS

A KADIR JASIN said...

Mohon maaf, saya tidak akan siarkan komen mengenai video "Omega Man" yang menyebut nama orang atau pihak tertentu.

Yang membuat tuduhan itu pun tak berani memperkenalkan diri selain menggunakan nama samaran "Datuk T".

Di pihak yang lain, Anwar Ibrahim sudah menafikan penglibatannya dan telah membuat aduan polis.

Ironis bila orang disuruh carikan jam Omega yang hilang berjumpa alat perakan video dan seorang perempuan di bilik dan menyimpannya lebih sebulan sebelum mendedahkan kewujudan bahan itu.

Nampak macam harapkan pagar, pagar makan padi dan segala yang lain yang ada dalam sawah. "Nasib kau lah Labu!".

Mengenai Taib Mahmud, dia boleh membuat perkara berikut untuk memperbaiki harapan BN Sarawak:-

1. Umumkan tarikh peletakan jawatannya sebagai KM;

2. Umumkan nama pengganti beliau dan

3. Pulihkan balik sokongan orang Dayak dengan memberikan, sama ada, jawatan Gebenor atau KM kepada mereka. (Rujuk komen Datuk Mazlan).

Terima kasih.

Anonymous said...

Dear Datuk,

Firstly, welcome back. Since you did mention in the footnote that you were in perantauan. Mohon doa mereka yang bermusafir supaya negara kita dan umat Islam di lindungi ALLAH SWT dari fitnah-fitnah yang zalim.

Secondly, thank you to DM for the information that almost 50% of the the people in Sarawak are of kaum Dayak and that they are mostly Christians.

Now, I am more convinced that new Muslim brothers and sisters should maintain their born names or part of their born names so that we can appreciate where each other are from. The community will also appreciate that Islam is close to them through their own Muslim families and friends.

Finally, if it is appropriate ... can anyone state a few names of well-known Muslim Dayak of Sarawak. Sorry for the ignorance ...

Terima kasih.

XERONINE

Anonymous said...

DDOMSDAY FOR UMNO?


PERTAMA MEMBOCORKAN SIAPA DATUk T

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

BERSAMBUNG

Anonymous said...

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Akan berlaku perpecahan bila pengganti di beritahu sebelum PRN.
Dan tarikh juga akan menyebabkan adenya persaingan yang hebat untuk merebut jawatan itu.

Musuh akan selalu mencari peluang dan masuk jarum, make akan ade tawar menawar,dan melompat parti.

pakbelalang said...

KL and Riyadh in talks on billion-ringgit economic cooperation


KUALA LUMPUR: Malaysia and Saudi Arabia have begun discussions on a potential multi-billion-ringgit economic cooperation package.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who disclosed this in a statement here, said the details of the package would be worked out and announced in due course.

It is learnt that the economic package is expected to include investments in financial services.

Najib also noted that PetroSaudi had paid an additional cash profit of US$81.5mil (RM246mil) to 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

He said this after a meeting with Saudi Arabia’s National Security Council secretary-general Prince Bandar Sultan Abdulaziz Al-Saud on Monday.

Prince Bandar was sent as a special envoy to deliver several key messages to the Prime Minister from Saudi Arabia ruler King Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

comment:

If Najib wants to make this Saudi multi-billion ringgit investment package to materialise, I would like to urge Najib to get involve and deal directly with the ruler or his special envoy from A to Z. He must be conscious that the Arab style of doing business is based on personal trust and to get the trust there must be personal touch in the relationship.

I think Lee Kuan Yew is doing it. So don't miss the boat.

OOD said...

Assalamualaikum Datuk,

saya ingin email saja pada Datuk, tapi tak tau di mana. Nak menulis di sini, saya malu. tak mahu komen tersiar.

Namun nampaknya, di sini saja saya boleh menghubungi Datuk.

Mohon kalau Datuk boleh buat apa-apa, saya rimas membaca tentang perihal seks ahli politik kita. Siapa mereka tiduri, cara mana mereka lakukannya, saya rasa masyarakat dah muak membaca. Sesiapa pun, nak tidur dengan lelaki ke, perempuan ke, atau apa makhluk sekali pun, kita dah letih mendengarnya. Dan media pula, dalam menggambarkan perlakuan tersebut, begitu grafik begitu detail! lebih baik disiarkan saja di tv!

Sebagai rakyat, Datuk, saya mahu lihat 'action' dan mahu mendengar laporan status kemajuan negara. Saya hadir ke mesyuarat JPPN yang dipengerusikan KSN semalam. begitu banyak isu besar dalam negara yang perlu ditangani, namun kita galak menonton video itu dan ini.

Sedih Datuk! Itu yang membuatkan bila diberitakan harga ayam naik, marah kita lebih dari biasa, kita jadi marah mendengar kerajaan, media dan masyarakat ter-aleh perhatiannya, sebok pula tentang berita si polan yang naik ayam.

Datuk boleh buat sesuatu, banyak pihak 'dengar' apa yang datuk suarakan. Saya harap, ada ramai orang seperti datuk, yang bijak berbahasa, bijak hal semasa, kasihkan negara dan berada di kedudukan yang boleh membuat perubahan.

Saya juga kasihkan negara Malaysia kita ini, Datuk.

siut21 said...

DAKJ said,

"Nampak macam harapkan pagar, pagar makan padi dan segala yang lain yang ada dalam sawah. "Nasib kau lah Labu!".

Komen:

Kalau Labu itu adalah tuan Sawah, memang patutlah dia (si Labu) disindir sedemikian kerana tidak pernah mahu belajar daripada sejarah dan pengalaman lampau.

Maksudnya masakan si Labu yang dulunya pernah menjadi sang Pagar tidak sedar bahawa 'Pagar boleh makan padi'?

Makanya apabila telah jadi tuan Sawah, dan kalau pun perlukan khidmat sang Pagar, gunakanlah perkhidmatan pagar elektronik atau Pagar yang tidak makan padi.

A KADIR JASIN said...

1. Pembaca yang menghantar pesanan menggunakan pengenalan "OOD", saya rasa lebih baik Sdra/Sdri luahkan rasa hati dalam blog ini daripada menghantar emel peribadi kepada saya. Kalau OOD membaca respons ini, saya harap beliau membenarkan saya menyiarkan pendapatnya.

2. Pakbelalang, it's indeed a good news if Saudi is pumping a lot of investment into our country. In the past, Arab nations tended to put their money in the Western countries. I am also happy with the annoucement by the PM that "PetroSaudi had paid an additional cash profit of US$81.5mil (RM246mil) to 1Malaysia Development Berhad (1MDB)." My concern is investments made in the name of the rakyat and with government guarantee are being hijacked by commission agents and Wall Street-type speculators.

3. Sdr XERONINE, thank you. I am still abroad. Blogging at a coffee shop while lisetening to old songs on the radio. Having bfast of tea and toast -- equivalent to RM22. Di Malaysia kalau ikut gaya hidup saya dah cukup sata hari.

The big news in the national paper today is about a police report by an 18-year old university student against the the Chief Wip of the opposition party and it was of "sexual nature."

And mind you this is not a Muslim country. To be exact, it's a Christian country and a developed one. Maybe (maybe) politicians the world over are the same when it come to that.

Terima kasih.

Anonymous said...

Apa jenis 3 manusia macam ni
Lebih buruk perangai daripada haiwan
Tak dapat cara baik, cara haram pun jadi
Spesis syaitan yang tak beriman
Fitnah dan zina jadi mainan
Cuma untuk satu tujuan, pangkat, amno dan harta dunia
Agama dan Tuhan entah ke mana
Macam hidup menjunjung dunia selama-lama
Binatang buas pun tak kan sanggup buat begini
Kecuali iblis dan syaitan
Macam kafirun tak berpegangan
Dulu kita ada juga sikit-sikit mula nak percaya
Tapi sekarang tau dah mana kaca mana permata
Tau dah mana emas mana tembaga
Mana gading mana arang
Mana yang benar mana yang batil

Syukurlah
Allah membukakan mata kita
Membukakan hati kita
Mengajar memandu kita memilih mana yang benar mana yang dusta

Kita ni cuma sementara
Umur yang pendek ni biarlah jadi ibadat yang memakmurkan kita hidup di kemudian hari
Salah pilih salah pangkah, ke neraka jahanam jadinya

Betullah kata Yusuf Al-Qardhawi
Hati-hati syaitan bertopeng manusia

minah ronggeng

Anonymous said...

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Juga di pertandingan Bowling kilangku
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu
atau upacara pengkebumian orang tertentu
dan majlis tahlil dll pada waktu tertentu...

- Saya biasa guna nickname lain, tapi kali ni nak guna anonymous, boleh kot no !

anakbuah said...

Sdr Mat Sekodeng kata..."Sebagai seorang Islam kalau benar dan nyata bahawa Anwar melakukannya apakah patut kita terus terima dia lagi sebagai pemimpin kita. Adakah PAS masih sanggup mempertahankan kedudukanya semata-mata nak kejarkan kuasa."

# Bukankah Islam menyuruh kita berhati2 dan siasat dahulu latarbelakang org yg membawa berita/cerita? Dia pernah menipu ke, seorg munafik ke, kafir ke atau sebagainya? Boleh jadi juga fitnah seperti yg biasa berlaku skrg? Belum apa2 sudah percaya dan sebarkan pula.

# Kepala hotak Sdr lebih dungu drp otak udang jika bulat2 menerima berita begini yg tindakan2 awal mereka terang2 bermotif samada politik, berniat jahat atau membalas dendam. Sia2 tuhan kurniakan akal kerana hotak Sdr gagal berfugsi dan berfikir!

# Cara kita menerima dan melayan berita2 beginilah yg membuatkan kita leka drp t/jawap sebenar sebagai seorg pemimpin maupun rakyat. Masa, wang dan tenaga kita dihabiskan dgn perkara2 yg tidak produktif.

Aishah Jamal said...

As Salam Datuk,

Secara peribadi apa yang saya nampak setiap kali menjelang piliharaya, MEREKA tanpa segan silu akhirnya membuka AIB mereka sendiri.

Allah swt itu lebih bijak untuk mengkucar-kacirkan perancangan manusia.

pakbelalang said...

Datuk AKJ,

Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan Najib dalam menguruskan cara mana yang terbaik untuk mengelakkan "commission agents" dari menenggek. Itu sebab saya katakan Najib mesti tentukan bahawa pelaburan dari Saudi ini dikendalikan oleh beliau sendiri dari A to Z bersama dengan orang-orang kanannya yang boleh dipercayai. Janganlah pulak harapkan pagar, pagar makan padi. Kalau ini berlaku maka jadi kes beratlah dan musnahlah harapan rakyat untuk mempercayai kerajaan.Segala urusan mestilah ada credibility, transparent dan accountable.

Harap jangan ada main "silap mata" oleh orang tertentu seperti zaman tahun 80 han dan 90 han!!

pakbelalang said...

Macam-macam gelaran nama Datuk kita dengar sekarang ini. Sudah menjadi trend ada Datuk K, Datuk Y dan yang terbaru ialah Datuk T.

Tapi saya berminat "sample Y" !!

Walau apa pun Datuk AKJ tetap steady !!!!

anakbuah said...

Sdr pakbelalang kata..."Tapi saya berminat "sample Y" !!"

# Saya pulak tertarik dgn gelaran 'Omega Man'! Mcm tajuk filem barat dulu2.

OOD said...

Dato',
senyum saya membaca jawapan Dato kepada komen-komen yang lain. Kalau ada faedahnya menyiarkan pendapat saya, silakan lah dato'.

Suratkhabar sekarang, ceritanya tak ada lain, kisah kematian dan kemalangan atau kisah asmara ahli politik! Masa saya kecil, kerana cemburukan Hadafi, saya juga membaca suratkabar seawal usia 4 tahun. Bagus baca nsuratkhabar, dengar berita tv pon bagus, kata aruah abah.

Saya kini terpaksa haramkan suratkhabar dari anak-anak sebab kandungannya 18SG dan 18SX!

Anonymous said...

Anakbuah kata,

"# Kepala hotak Sdr Anu lebih dungu drp otak udang jika bulat2 menerima berita begini yg tindakan2 awal mereka terang2 bermotif samada politik, berniat jahat atau membalas dendam. Sia2 tuhan kurniakan akal kerana hotak Sdr gagal berfugsi dan berfikir!"

Komen:

1. saya bukan mat skodeng dan jauh sekali mahu membela dia

2. tidak salah untuk saudara menunjukkan reaksi balas terhadap komentar mat skodeng tetapi cara saudara sedikit kurang ajar apabila menggunakan perkataan kepala hotak, dungu dan seolah-olah mat skodeng mensia-siakan akal anugerah tuhan? Wow!

3. bagi saya siapa jua tetamu di laman ini sepatutnya bebas menghantar pandangan sendiri dan tetamu yang lain harus bersedia menerima pandangan berkenaan meskipun berbeza dengan pandangannya sendiri.

4. apa yang nampak di sini ialah saudara terpesong dari amalan murni berkarya di laman ini dengan mengambil pendirian mengutuk, memperkecilkan dan menghina tetamu lain yang memberikan pandangan berlawanan dengan kemahuan saudara.

5. tidak salah berdiri teguh di belakang si polan atau si polan tetapi janganlah sampai sanggup 'mati' atau melakukan sesuatu terhadap lawan hingga boleh mendatangkan dosa.

6. oleh kerana dosa individu terhadap individu lain tidak akan terampun kalau individu itu sendiri tidak mengampunkannya, makanya saudara haruslah meminta maaf dari mat skodeng.

PELAYAR BLOG POLITIK

Dato Mazlan. said...

Dato.
Satu lagi factor yang critikal dalam pilehan raya Serawak ia lah peranan Pergerakan Kristian.Kebanyak orang Dayak berugama kristian.Orang Kristian Serawak dan Sabah amat benchi dengan Kerajaan Islam UMNO.Soal pengunaan Allah,soal Bible,Soal sekolah mubalig,Soal gereja.

Pada Tahun 1975,apabila Party Berjaya mahu melawan Tun Mustapa dan USNO,Badan Kristian telah memberi wang sabanyak $20 juta kapada Berjaya.BN hanya lah memberi $ 500 ribu sahaja.

USNO amat yakin ia akan dapat mengalahkan Berjaya.Apa dah jadi.

Orang Kristian mahu memerentah Serawak dan Sabah saperti PAS di Kelantan.Mereka memainkan issu ugama yang merupakan faktor yang dapat menyatukan orang Dayak,Iban dan Kadazan .

Taib Mahmud bagitu Yakin akan menang.Didalam Party Taib Mahmud ada komponent Dayak tapi mereka ini macam MCA dan Gerakan dalam BN.

Kita lihat sendiri didalam Blog bagaimana orang kristian menyerang maximus ongkili,Idris Jaya.

Kita berharap Najib dan Hishamuddin sedar akan bahaya ini dan meminta Taib Mahmud jangan bertanding dalam pilehan rayan kali ini.

Wajasetia said...

Salam Dato'
Maaf Dato', banyak pulak sub-topik post Dato' kali ni

PRN Sarawak:
PRN Sarawak? Macam biasa la Dato', maaf cakap, memang dalam tangan BN. Memang dah jadi tabiat orang kita, hanya disebabkan sehelai kain yang kita dapat 5 tahun sekali (atau 2 kali kalau wakil rakyat meninggal), kita tidak berani untuk berubah. Apatah lagi dengan segala lambakan projek dan janji-janji projek yang akan dan telah dibuat. macamanapun... lawan tetap lawan

Akad Nikah di masjid?:
Kontroversi? kita sendiri yang jadikan satu-satu isu itu kontroversi. kan dah disebut tak digalakkan? yang bercakap tu pulak bukan saya, tapi ahli majlis fatwa, maka saya yakin dia bercakap berdasarkan ilmu yang dia ada. jadi tak perlulah dimasukkan contoh-contoh yang extreme kerana dalam keadaan extreme, hukum makan babi pun menjadi harus. Pemula bicara sendiri dalam komen yang berikutnya memberi pelbagai syarat yang sepatutnya diikuti sekiranya hendak mengadakan majlis seumpama itu di masjid, jadi di manakah kontroversinya?

Video:
Zulkifli Noordin???? no komen. cite pun tak guna

Dato' Jo,
Alhamdulillah dan tahniah. masih ada lagi hamba allah yang tak tersirna dengan kilauan dunia dan kebendaan. ketegasan dan keberanian Dato' berpegang pada prinsip amat saya hormati.

Hj Mahmaud said...

Wahai Pak Belalang.

PERTOSAUDI merupakan syarikat yang di daftar di Sycheel islang.Modalnya hanya US$100.Ia maseh berhutang dengan 1MDB $1.7 billion apabila mereka membeli 3 syarikat dari Taib Mahmud family.

Untok pengetahuan saudara wang $5 billion kepunyaan 1MDB sudah hangus kerana mereka membeli derivative product yang di jual oleh investment banker.

1MDB rugi dan keuntongan 1mdb yang di umumkan oleh Najib itu merupakan paper profit yang pada masa ini sudah habis.

Ini merupakan satu lagi skandal kewangan yang Najib sudah pun di maalum dan dia tidak tahu apa hendak di buat.Sebab itu is meminta Prince Badar menolongnya.

Mengenai Dato T yang heboh sekarang ini.Ini merupakan satu lagi kesilapan UMNO yang cuba mengexplotasi skandal sex Anwar tampa mahu memereksa siapa itu Dato Eskay dan latar belakangnya.

S\Good Luck Najib.

Anonymous said...

Pak Belalang kata,

"Tapi saya berminat "sample Y" !!"

Saya lebih berminat kepada soal kenapa saful hanya punya tuduhan terhadap Anwar seorang saja dalam hal ini sedangkan ada lebih dari satu DNA dalam dotdotdotnya....... Ini bukan fakta sekadar logik akal.

Azman kata,

"Akan berlaku perpecahan bila pengganti di beritahu sebelum PRN."

Setidak-tidaknya Taib Mahmud kena umum yang dia sendiri tak bertanding, baru lah mudah nak percaya.

Fed Up

pakbelalang said...

Hj Mahmaud,

Good. Very informative. Syabas !!!

Anonymous said...

Datuk, one key point that the debaters here had missed is the possible domination of Sarawak by the Semenanjung national parties should the Pakatan Rakyat wins the state election.

The local partner of PR is too small and too weak to influence the PKR, DAP and Pas. Effectively Sarawak which had since 1963 been ruled by local BN parties, will be taken over by the national parties based in Kuala Lumpur if the PR wins.

Will this be good for us the Sarawak people. I wish the Sarawak BN parties and leaders are less corrupt and more dedicated to the Sarawak people so that we can continue to support them.

Sarawakian Abroad

saji said...

Srawakian Abroad

Who make peace in Iraq and Afghanistan now?

Anonymous said...

Sarawakian Abroad said,

"Datuk, one key point that the debaters here had missed is the possible domination of Sarawak by the Semenanjung national parties should the Pakatan Rakyat wins the state election."

I, for one, does not believe in voting a party. I believe in voting the person who is going to represent me.

Thus, to me, such domination do not exist.

On past record, does PR not put local candidates to stand for local elections?

p/s If you are so much into "only Sarawakian can serve Sarawak best", I must humbly point out to you that you are too deep into the "divide and rule game".

Fed Up

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).