Friday, June 24, 2011

Antara Negara Kebajikan dan 1Malaysia

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

TERIMA kasih dan syabas kepada para pembahas kerana hangat membahaskan, antara satu sama lain, dua posting terbaru. Selamat datang kepada "followers" baru menjadikan bilangannya 1,170.

Mengenai kepemimpinan Pas semakin banyak diwakili oleh golongan bukan ulama dan peralihan daripada matlamat Negara Islam kepada Negara Kebajikan, saya yakin ia akan menjadi isu hangat dalam pilihan raya akan datang.

Dengan “menangguhkan” agenda Negara Islam dan memilih Negara Kebajikan, Pas bergerak lebih dekat kepada dasar sosialisme ala DAP dan keadilan sosial anjuran PKR.

Negara kebajikan bukanlah konsep baru dan pastinya tidak asing dalam sistem pemerintahan Islam sejak zaman berzaman. Tetapi konsep negara kebajikan ini memperoleh label ideologi yang tebal apabila ia diamalkan oleh komunis bermula Revolusi Bolshevik di Rusia pada tahun 1917.

Tentunya perubahan agenda Pas itu akan mempengaruhi pertimbangan orang Islam/Melayu, khasnya yang komited kepada keunggulan Islam. Di pihaknya pula, Umno sudah mengurangkan penekanan kepada nasionalisme Melayu kerana menjadi fait accompli kepada 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Tanpa frasa yang lebih sesuai, saya terpaksa berkata begini: Pas semakin kabur agenda Islamnya dan Umno semakin kabur agenda Melayunya.

Oleh kerana kedua-dua anjakan dasar ini adalah keputusan politik, maka adalah sukar mengagak dan cuba mengukur apalah implikasinya yang sebenar. Saya menjangka kedua-dua parti berasaskan Melayu-Islam ini akan memikirkan semula perubahan dasar mereka selepas melihat hasil pilihan raya akan datang.

Kalau perubahan dasar itu memberi hasil nyata, khasnya dalam memikat sokongan bukan Melayu-bukan Islam, mereka mungkin mengekalkannya, tetapi jika tidak, mereka mungkin kembali semula kepada dasar asal.

Haiwan Pun Jadi Mangsa Manusia Durjana

Mengenai manusia durjana yang menyeksa dan/atau membunuh pembantu rumah Indonesia mereka, saya ingin menambah seperti berikut. Bukan pembantu rumah Indonesia saja yang menjadi mangsa penyeksaan mereka, hatta haiwan pun mereka seksa juga demi keuntungan.

Dulu orang Asli yang tinggal di pinggir tasik dan di tepi sungai menangkap ikan sekadar cukup makan. Sekarang mereka mencuri memukat secara komersial dengan dibiayai oleh peraih-peraih dari bandar. Tidak hairanlah sungai dan tasik kita kepupusan ikan asli.

Tidak ada haiwan yang selamat selagi ada nilai komersial – sama ada kerana sedap dimakan, memberikan kesihatan dan menguatkan kejantanan.

Pembangunan Pangkalan Udara Sg Besi

Mengenai puji-pujian Pakbelalang terhadap Mohd Najib kerana berjanji memperuntukkan sebahagian pembangunan raksasa Lapangan Udara Sungai Besi kepada Bumiputera, saya tidak akan bersorak gembira.

Pakbelalang, antara lain, mengulas: “I am glad Najib is planning to build Rumah Rakyat at the old airport. But just a portion of the land to be utilised is not good enough if the demand is great. It does not solve the problem of homeless city dwellers. The whole airport runway should be converted into a huge Rumah Rakyat Complex with all the facilities like schools, multi-purpose hall, lbrary, park, mosque etc..

Saya setuju dengan Pakbelalang, tetapi saya akan tunggu dan lihat jika kata-kata yang Perdana Menteri ucapkan itu akan dikotakan. Lagipun, Harga RM220,000 seunit itu bukanlah murah bagi kebanyakan Bumiputera walaupun diberikan pinjaman 100%. Apatah lagi dalam suasana kenaikan harga sekarang.

Tanpa jaminan seperti ini, Bumiputera akan tercicir dan terpinggir dalam apa saja pembangunan yang kerajaan luluskan atau laksanakan. Hatta di luar bandar pun, apabila tanah rizab Melayu diambil alih, ditukar syarat kegunaan dan dibangunkan, bilangan Bumiputera yang mampu memiliki atau menggunakannya amat kecil.

Maka jadilah pembangunan sinonim dengan peminggiran orang Melayu dan pengukuhan orang bukan Bumiputera.

Masjid, surau, dewan dan macam-macam lagi seperti Pakbelalang sebutkan itu saya setuju. Tetapi saya lebih berharap jika agensi amanah seperti Yayasan Hartanah Bumiputera boleh masuk campur untuk membina dan mempertahankan pemilikan aset hartanah oleh Bumiputera.

66 comments:

azmie said...

dato'. negara BERkebajikan bukan negara kebajikan

Anonymous said...

terima kasih pak kadir kerana merasakan apa yang saya rasa sangat tepat sekali apa yang pak kadir katakan tentang pembangunan yang nak dibuat pemimpin utama orang melayu. kita orang melayu kalau nak harap keje gomen je tak kemana, siapa yang paling banyak bayar tax itu kita kena fikir, tak guna kita hantar anak belajar pandai2 sampai keluar negara bertahun2 alih2 balik gaji tak seberapa berbanding kelulusan yang dibawa, saya kesian tengok anak2 melayu yang berkelulusan mendapat gaji yang tak setimpal berbanding dengan bangsa lain. dan kalau yang berpengalaman pun tak akan setimpal dengan bangsa yang mengguasai ekonomi. apakah kita akan seperti pepatah kita menang sabung ayam tapi kampung tergadai.

tapi apa yang saya lihat kearah itu.

apa yang saya impikan orang melayu paling ramai bayar tax, bukankah kita majoriti di tanah air ini.

mohd paizal

Anonymous said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Lama juga saya tidak beri komen di sini, tapi bila isu ‘Negara Kebajikan ala PAS’ ini disentuh, saya terpanggil hendak bagi komen sikit.

Pertamanya, bolehkah kita mengatakan bahawa PAS semakin kabur perjuangan Islamnya apabila parti itu mengemukakan cadangan menubuhkan Negara Kebajikan? Pada hemat saya, apabila kita melihat kpd Islam itu sendiri di mana ia bukan shj menuntut pemerintahan yg adil tetapi juga pemerintahan yg berkebajikan, kita tidak dapat tidak harus mengatakan bhw cadangan PAS itu adalah baik & selaras dgn tuntutan Islam.

Ini adalah kerana konsep kebajikan di dalam Islam tidak terhad kpd bidang politik & ekonomi sahaja tetapi merangkumi juga bidang ibadah, perundangan, pendidikan, kesihatan, kemasyarakatan, dll.

Justeru pada dasarnya, pemerintahan (negara) berkebajikan adalah selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
Yang menjadi persoalannya, tidakkah tuntutan2 yg disebutkan tadi sudah diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN selama ini?

Bukankah secara umumnya Dasar Ekonomi Baru itu adalah selaras dgn tuntutan Islam, iaitu membasmi kemiskinan & menyusun semula masyarakat?

Bukankah masjid2 tumbuh dgn pesat melalui bantuan kerajaan bagi memudahkan masyarakat Islam beribadah? Begitu juga dgn Tabung Haji, Pusat2 pungutan Zakat, Sekolah2 Agama, Perbankan & Takaful Islam, dan lain lain; yang boleh dijadikan petunjuk bhw pemerintahan yg sedia ada sekarang ini menyelaraskan pemerintahanya mengikut tuntutan Islam?

Sempurna? Sudah tentu tidak, tetapi isu yg PAS ketengahkan bukanlah mengenai isu kesempurnaan tetapi mengenai suatu label/slogan yg mereka tidak sedar adalah menjadi amalan pemeritahan di negara kita selama ini.

Jadi, agak kurang tepat jika kita mengatakan bhw PAS semakin kabur di dalam perjuangan Islamnya kerana dengan mengatakan sedemikian, kita secara automatic mengatakan UMNO/BN juga tidak mengamalkan dasar2 yg selaras dengan Islam. Ia akan “backfire”.

Keduanya, saya yakin bhw PAS semestinya tidak akan mengiktiraf pemerintahan UMNO/BN yg disebutkan tadi sebagai selaras dgn tuntutan Islam. Oleh itu, saya tertarik ingin mengetahui apakah model Negara Kebajikan yg PAS hendak cadangkan? Adakah ianya nanti 100% berunsurkan syariah Islam seperti mana yg dilakukan di zaman pemerintahan Saidina Umar Al Khattab? Jika ‘ya’, maka tidakkah itu merupakan pemerintahan sebuah ‘Negara Islam’? Tidakkah ini akan “backfire” terhadap Hj Hadi pula nanti? Jadi yg mana satu? Negara Islamkah atau Negara Kebajikankah?

Ketiganya, mungkin parti-parti ‘sahabat’ PAS ingin mencadangkan supaya PAS mengadaptasikan konsep ‘welfare state’ seperti yg diamalkan oleh kebanyakan negara-negara barat kerana, seperti kata Datuk, konsep2 welfare state ini agak sesuai dgn perjuangan PKR & DAP. Jika ini benar, maka barulah saya setuju bhw perjuangan Islam PAS sudah semakin kabur…

Terima kasih
Azman Mohd Isa

saji said...

Salam Dakj

Satu cara untuk menambahbaikan sesuatu idea baru ialah membandingkannya dengan idea baru atau lama yang berlainan atau sekan-akan sama untuk mencari dan menilai kelemahan dan kekuatan masing2, dari satu aspek, dari aspek lain, mencari perbezaan dan persamaan antaranya.

Maka, bagaimana jika saya katakan idea baru di atas, dalam konteks pembahasan ini, ialah Negara Kebajikan ala PAS/PR, manakala idea lamanya ialah 1 Malaysia ala UMNO/BN.

Saya mulakan perbincangan dengan mengemukakan persamaan dan kelemahan agenda Negara Kebajikan ala PAS/PR dan 1 Malaysia ala UMNO/BNdengan mengatakan kedua2nya tiada difinisi yang menyebabkan banyak orang membuat tafsiran sendiri2

Anonymous said...

Salam Dato',

Komen Dato': Tanpa frasa yang lebih sesuai, saya terpaksa berkata begini: Pas semakin kabur agenda Islamnya dan Umno semakin kabur agenda Melayunya.

Memang sukar untuk tidak bersetuju dengan yang Dato' tuliskan tu. Tetapi itu lah wajah sebenar pentas politik, iaitu, bersikap pragmatik dan mesti realistik. Kerana hidupnya perjuangan politik itu memerlukan undi maka semuanya mesti diolah dan diserasikan dengan kehendak pengundi.

PAS realisitk kerana majoriti 2/3 dalam Parlimen diperlukan sebelum satu perubahan perlembagaan boleh digubal. Hampir mustahil untuk dapatkan sokongan MP bukan Islam menyokong usul penubuhan negara Islam. UMNO juga realistik kerana undi Cina dan India yang condong ke BN diperlukan untuk menewaskan DAP dan PAS. Dua parti ini perlu ditewaskan untuk BN terus berkuasa sambil UMNO terus menjadi teraju utama.

Sama ada mahu diakui atau tidak, kedua-dua BN dan PR sebenarnya sedang menjual idea yang sama, iaitu idea negara kebajikan dan 1Malaysia sekaligus. Dalam menghadapi PRU mahu tidak mahu setiap parti perlu ada slogan atau catch phrase yg mudah diucapkan; dan kini kita seolah-olah disuruh memilih antara negara kebajikan atau 1Malaysia. PR kata dia dah lama perjuangkan 1Malaysia manakala BN kata selama ini BN laksanakan dasar negara kebajikan. Berlakulah perang mulut memperlekehkan satu sama lain.

BN dah lebih setengah abad memerintah maka sudah ketara sekarang ia dilanda masalah perebutan kuasa, kroni dan nepotisme. Andainya PR memegang kuasa, ia juga akan melalui nasib yang sama. Apa yg berlaku pada DAP Perak selepas PRU12 dulu adalah bukti nyata perebutan kuasa dalam parti itu. Kerukunan yg sekarang kelihatannya dinikmati PAS saya percaya akan jadi bergolak andainya parti itu berjaya ke Putrajaya. Dalam PKR sekarang pun sedang berlaku perebutan. Alahai, siapa sangka Robert Mugabe jadi spt sekarang sedangkan beliau seorang pemuda yang idealis pada zaman menuntut kemerdekaan hujung 1970an dulu? Masih teringat lagi kawan sekuliahan saya (1979-80), Evan Makondo dari Rhodesia, begitu mengkagumi Mugabe kerap menggenggam tangan sambil bekata "People power ... Zimbabwe". Tak tahu apa khabarnya sekarang...

Dato',

Samada negara kebajikan atau 1Malaysia, rakyat tetap kena membeli rumah kediaman sendiri. Harga barang keperluan semakin tinggi maka semakin sukar untuk membuat tabungan. Harga rumah teres baru di KL rasanya paling murah RM 400k. Bermakna rumah RM200k itu ialah rumah pangsa (with a little extra finishing, facility and space, they call it apartment). Berat juga nak membayarnya. Kalau lebih murah dari RM 200k alamat terbengkalailah projek tu nanti.

Pak Hj JB

saji said...

Salam SDR Pakbelalang

Saya cuma nak tahu berapa harga 1 kaki persegi tanah bekas Lapangan Udara Sungai Basi. Kalau sekitar RM 300/ kaki persegi patutlah harga 'rumah rakyat' yang ditawarkan pada harga RM 220,000.00 yang Dakj kata tak murah untuk dibeli oleh kebanyakan Bumiputra itu

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

"I'm not sure if it's good to have freedom or not," Chan said. "I'm really confused now. If you're too free, you're like the way Hong Kong is now. It's very chaotic. Taiwan is also chaotic. Chan added: "I'm gradually beginning to feel that we Chinese need to be controlled. If we're not being controlled, we'll just do what we want."
JACKY CHAN.

OKJ said...

Salam Dato
Satu tajuk yg menarik. Semalam saya di Zurich. Saya difahamkan > 70% penduduknya hanya mampu sewa Rumah je. Tak sampai 10% Ada Rumah sendiri. Apa lagi yg kita nak sebenarnya? Sekian Tq

husin syedmohamad said...

1/ Konflik antara bangsa dan agama., mencetuskan dasar mencari pengaruh pengundi. Ukuran benar atau tidak terletak pada hasil pelaksanaan. Antara Melayu dan Islam, UMNO dan PAS, dalam organisasi tersebut adakah terdapat pemimpin atau kumpulan pemimpin yang jujur,beretika, tidak rasuah dan tidak ada kepentingan peribadi. Betulkah kepentingan rakyat diuatamakan?
2/ Tanah di TUDM Sungai Besi , dalam tahun 1990 an, sudah ada usaha untuk mengambilnya , tetapi dibatal kerana ramai menentangnya . Keuntungan hanya dari unsur wang ringgit tetapi belaum pasti ada keuntungan dari unsur sosial dan keselamatan. Akhirnya bila Melayu tidak mampu membeli, pegangan harta akan ke pihak lain. Tidak boleh menyalahkan nanti mereka yang membeli , kerana kuasa membeli mereka tinggi. Hanya dasar dan pelaksanaan yang mampu mencorakanya.
3/ Sejarah Singapura di jual, bukankah berpunca oleh kehendak ketua negeri pada masa itu yang hendakan tambahan elaun dan wang lebih?.Mengulangi sejarah , walaupun tidak sama tetapi mungkin serupa.

saji said...

Azmie

Sekadar bertanya apakah perbezaan di antara perkataan Berkebajikan dengan Kebajikan yang dikaitkan dengan arah terkini perjuangan parti PAS itu?

saji said...

Salam dakj,

"Tanpa frasa yang lebih sesuai, saya terpaksa berkata begini: Pas semakin kabur agenda Islamnya dan Umno semakin kabur agenda Melayunya."

Komen:

1.Mengapa keadaan sedemikian berlaku?

2.Ketiadaan master plan dalam merancang dan membangun agenda masing2?

3.Atau, pelaksanan agenda masing2 secara piece meal atau suku-suku atau adhok iaitu lawan bagi master palan di atas?

4.Tiada atau takut mengemukakan difinisi untuk agenda masing2?

5.Ketiadaaan "sosial engineer" untuk meterjemahkan agenda masing2 kepada realiti matlamat2 yang masing2 sasarkan?

6.Tabiat orang Melayu suka buat kerja tanpa merancang dan melepaskan batuk masing2?

7.Takut 'disergah' rakan2 dalam komponen parti masing2?

8. Walaupun bijak tetapi tidak memiliki pandangan mata hati?

Anonymous said...

tak kira cina india atau melayu semua tu rakyat malaysia kita tak boleh menafikan tu. tapi apa yang saya inginkan ialah yang bakal memerintah menjalankan tanggungjawab dengan bijaksana,jangan kekayaan negara dibolot satu bangsa je, sebab manusia ni kena dikawal, kalau tak dikawal akan membabi buta jadinya, sebab tu allah turunkan undang2 untuk dituruti oleh manusia, tapi sekarang ini nampak gayanye pemerintah gagal menjalankan tanggungjawabnya jadi kita tak ade pilihan lain sekiranya ade dah tentu parti pembangkang sekarang ni pun kecewa.

mohd paizal

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Saya fikir jika Najib benar-benar nak menolong rakyat bawahan untuk mempunyai rumah sendiri dengan membina Rumah Rakyat beliau tidak seharusnya fikirkan tentang berapa harga nilai tanah di lapangan terbang Sg. Besi. Yang penting harga rumah atau condominium yang hendak dibina mestilah mampu dibeli oleh golongan rakyat bawahan atau pertengahan. Jika tidak, Najib hanya akan membuat rakyat marah jika Rumah Rakyat yang akan dibina nanti diluar kemampuan mereka untuk membelinya.
Akhirnya nanti akan menjadi isu politik yang hangat dan akan melibatkan credibility Najib sebagai Perdana Menteri yang hanya pandai buat slogan kosong sahaja seperti "RUMAH RAKYAT" !!

Saya ingin mengambil kesempatan di sini supaya Najib melihat ke Singapura bagaimana Lee Kuan Yew urusankan beribu unit "Rumah Rakyat" untuk rakyat Singapura memilikinya. Inilah contoh yang terbaik untuk memastikan bahawa Rumah Rakyat ini akan berjaya.

Najib perlu duduk bersama dan mengadakan "brainstorming sessions" dengan mereka yang terlibat dari peringkat awal hinggalah akhir. Kalau tidak saya rasa idea Rumah Rakyat ini hanya satu idea yang "haprak" sahaja !!! Tak ada qualitinya. Setakat melepaskan batuk di tangga sahaja!!

OKJ said...

Bagi sayalah, PAS bukan saja kabur Tapi pemimpinnya kena bertaubat. Wpun saya di Frankfurt Sekarang, Tapi satu dunia dah tahu cerita sebenar video sex itu. Tak payahlah nak buat buat tak tahu. Rakyat melayu akan mengadili pads pru13 nanti dgn seadilnya. Barulah tahu langit tinggi rendah. Sekian TQ.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Dari Islam ke berkebajikan, dari yang lebih luas kepada yang lebih sempit, dari yang lebih besar kepada yang lebih kecil. Bukankah kebajikan itu terkandung di dalam Islam sedangkan kebajikan cuma salah satu juzuk dalam Islam? Tapi pengikut PAS ini taksub dan mereka akan terus mengikut sahaja kata-kata pemimpin mereka walaupun yang dipilih sekarang lebih kecil dari yang mereka miliki sebelumnya. Dan jika mereka hanya bergantung kepada pengikutnya, mereka tidak akan menang dalam pilihanraya.

saji said...

Sdr Azman Mohd Esa

"Justeru pada dasarnya, pemerintahan (negara) berkebajikan adalah selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
Yang menjadi persoalannya, tidakkah tuntutan2 yg disebutkan tadi sudah diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN selama ini?

Bukankah secara umumnya Dasar Ekonomi Baru itu adalah selaras dgn tuntutan Islam, iaitu membasmi kemiskinan & menyusun semula masyarakat?

Bukankah masjid2 tumbuh dgn pesat melalui bantuan kerajaan bagi memudahkan masyarakat Islam beribadah? Begitu juga dgn Tabung Haji, Pusat2 pungutan Zakat, Sekolah2 Agama, Perbankan & Takaful Islam, dan lain lain; yang boleh dijadikan petunjuk bhw pemerintahan yg sedia ada sekarang ini menyelaraskan pemerintahanya mengikut tuntutan Islam?"

Komen:

Saya tetap dengan komen saya sebelum ini dalam hal yang sama bahawa PAS hanya akan melakukan proses ciptaan baru yang dinamakan reverse engineering atau kejuruteraan songsang terhadap apa yang sdr maksudkan sebagai tuntutan melaksanakan konsep negara berkebajikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan UMNOBN selama ini di atas atau negara berkajikan ala UMNOBN.

Dengan maksud, konsep negara berkebajikan ala PAS akan melakukan penambahbaikan terhadap semua aspek kelemahan yang dikesan wujud dalam konsep negara kebajikan ala UMNOBN itu.

Iaitu seperti mana orang Jepun dulu melakukan reverse engineering terhadap produk2 ciptaan orang Barat seperti kereta selepas perang Dunia ke 2 hingga mereka berjaya menghasilkan kereta buatan Jepun yang bukan sahaja memiliki reka bentuk yang lebih baik, malah nilai harganya juga lebih baik daripada apa dikeluarkan oleh pengeluar kereta2 Barat sebagai pesaingnya.

Cuma yang dipersoalkan ialah tahap kemampuan penyelidik PAS untuk melakukan proses reverse engineering tersebut, mahupun kalangan rakan penyelidik PKR dan DAPnya!

Ini saya timbulkan kerana berdasarkan apa yang mereka lakukan di negeri2 PR setekat ini, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa, ia membabitkan aspek2 negara berkebajikan yang dianggap mudah atau tidak kompleks atau tidak nampak keluarbiasaan yang rakyat ingin melihatnya seperti memperkenalkan sistem tender terbuka untuk mengatasi masalah korapsi, ali-baba dan kronisme.

saji said...

Salam Dakj

Saya berusaha mencari difinisi bagi istilah Negara Berkebajikan ala PAS. Yang saya jumpa setakat ini yang saya anggap menarik ialah menurut pandangan YB Khalid Samad seperti berikut:

"Istilah Negara berkebajikan bagi ahli PAS ialah sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum menuju keadialan"

abdullahngah said...

Sesetengah pengalisis politik di negara kita mengatakan parti AKP Turky adalah parti "Islam" yang bertopengkan "liberalisme".

Oleh itu saya berani mengatakan umno parti "kebangasaan" yang bertopengkan "Islam".

Sangat wajar kerajaan malaysia 1 malaysia yang diperintah umno/BN bertopengkan "Islam".

Atas sebab itulah Datuk Seri Mohd Najib Razak mendakwa kerajaan yang diterajuinya adalah kerajaan kebajikan selama lamanya.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan malaysia adalah sebuah kerajaan kebajikan, tetapi bertopengkan Islam ciptaan sendiri.

Kenapa saya berkata demikian? kerana Islam berpecah kepada 73 puak.

Umno dipihak yang lain, PAS dipihak yang lain PKR dipihak yang lain KITA di pihak yang lain.

dengan kata lain, parti tersebut jelas dan nyata berbeza satu sama lain.

Maka kebajikan yang masing masing dakwa itu jelas dan nyata berbeza, Ada yang bertopengkan islam, ada yang bertopengkan "sekular" dan ada yang bertopengkan "liberal". Ada yang bertopengkan "pragmatik".

Betapa hebatnya umno suatu ketika sehingga tergamak menjenamakan "loteri" sebagai loteri kebajikan.

Tak mustahil ada kalangan umno yang menjenmakan rasuah sebagai "hadiah" untuk menghalalkannya.

Apatah lagi Riba dan saham yang dijenamakan sebagai "saham syariah" atau bukan riba atas jenama perbankan Islam yang disyariahkan.

Asam Pedas said...

Assalamualaikum Dato,

Quote  "Pas semakin kabur agenda Islamnya dan Umno semakin kabur agenda Melayunya."

Hypothetically,  if Malaysia face similar situation like Greece and some other European countries which being engulf with debt crisis, does it matter which political agenda these parties stand for?

Raising food prices, shrinking of the middle class and some perceive alot of risky financial engineering happening in the country could be "the straw that break camels back" in the event collapse of the global economy as some reknown economists have predicted to happen in 2012 . My uneducated guess, it is the Malay from the middle to low will be most effected if such event occur. This is purely based on Malay being the majority but control less than 30% wealth of the country.

Voters when they go to vote in the next election most likely be abandoning party principle ideology voting line. Whether Pas or UMNO may not be the key deciding factor for "liberal" Malays.  It is a vote about the ruling govt being a  "servant" to the rakyat and being a true partner with rakyat during climate of great difficulties. UMNO ideology being protector of Malay interest will be severely question. The judge and jury will be the Malay voters.

Anonymous said...

abdullahngah,

Cerita topeng-topeng ni tak ada maknanya. Lets be practical. Janji rakyat hidup dalam keaadan baik dan selamat dan rezeki bertambah untuk hidup selesa. Itu sahaja !! Tak usahlah cerita bertopengkan Islam ke atau bertopengkan apa sahaja. Zaman sekarang tak ada nak main topeng-topeng punya!!

Cerita topeng sana dan topeng sini tak bawa rakyat kemana-mana !! Tak masuk akal !!Janganlah nak kelirukan rakyat. Rakyat dah banyak keliru dengan hujah-hujah yang tidak ada bawa apa-apa makna. Komen sekadar nak syok sendiri sahaja !!! Orang Melayu dah terlalu banyak disogokkan dengan elemen-elemen untuk menghayati keislaman tapi yang buat komen pasal Islam pun belum tentu Islamnya cemerlang !!! Cakap tak serupa bikin.

Topeng Belang !!

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Negara kebajikan kaa..1 Malaysia kaa,
dua dua ni akan merugikan orang Melayu dan Bumiputra.

DEB akan kena punggai jauh dan Melayu
akan masuk padang lawan bola tanpa but.Tu tak termasuk pemain yang kena rasuah.

Kalu tak percaya masuk la bertarung dalam gelanggang bidang di monopoli Cina.Memang penat Tok!

Tapi lawan tetap lawan,jatuh tergolek takpa,kepala terbenam,panggung balik pasai disitu lah lubuk rezeki.

Jangan harap sapa nak mai tolong PAS kaa..UMNO kaa.Sapa yang tolong diri sendiri Allah akan tolong..INSYALLAH

TK

awang batuburok said...

salam Dato KJ,

pertama sekali harap Dato semak semula buku ucapan dasar Presiden PAS yang bertajuk "Membangun Negara BERKEBAJIKAN (bukannya NEGARA KEBAJIKAN).

kedua, harap Dato sudi baca penjelasan Dato Dr Harun Din dalam akhbar SIASAH edisi 17-23 Jun 2011 tentang konsep negara berkebajikan yang berdasarkan kpd firman Allah
"Bal datun Warrabul Ghafurr".

sepertimana sifat sifat Allah Swt yang terkandung dalam 99 nama (al-asma-ul-husna), prinsip negara islam juga boleh dihuraikan dengan beberapa nama yang menggambarkan ciri-ciri negara islam antaranya adalah Negara Berkebajikan, Negara Keadilan, Negara Bertaqwa, Negara Amar Maaruf Nahi Munkar dan seumpamanya. Yang menjadi prinsipnya ialah kembali kpd Allah dan Rasul, kembali kpd Al-quran dan Hadith.

memeang semua penguasa mengaku melakukan kebajikan termasuk Firaun, Hosni Mubarak, Ben Ali, Ghadafi dll, tetapi persoalannya kebajikan itu berasaskan apa dan untuk siapa???

wallah u alam.

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ Jika maklumat bahawa sebahagian kawasan tanah di TUDM Sungai Besi akan digunapakai untuk membangunkan rumah rakyat mampu beli , oleh yang berpendapatan sederhana ( baru bekerja) , ia satu kebaikkan.
2/ Sudah adakah " master plan" bagi pembangunan di kawasan TUDM Sungai Besi tersebut?.
3/ Siapa di beri kuasa mengurus/mengawal pembangunan serta pengagihan rumah rakyat?
4/ Terdapat rumah-rumah di K.L, apabila dibuka show room sahaja, rumah sudah habis di jual, anihnya ada pembeli yang berjaya membeli lebih dari satu rumah untuk "investment" mereka. bagi mereka yang tidak ada " contact network", untuk membeli satu buah rumah pun sukar, melainkan di kawasan kurang menarik.

Anonymous said...

UMNO memperjuangkan Islam. Begitu juga PAS memperjuangkan Islam. UMNO ada ulamaknya. Begitu juga PAS ada ulamaknya.
Ulamak UMNO dan ulamak PAS tak ada bezanya. Semuanya berilmu. Semua berkelulusan ditempat pengajian yang sama dan mendapat ijazah yang sama. Ada yang berkelulusan di Universiti Kahirah, Mekah, Madinah, Jordan, Syria, Pakistan. Jadi janganlah nak mengata ulamak PAS lagi handal dari ulamak UMNO atau sebaliknya.

Janganlah nak mengata bahawa PAS lebeh Islam lagi dari UMNO atau UMNO lebeh Islam lagi dari PAS.

TAK ADA BEZANYA. Dua-dua parti layak untuk memertabatkan Islam.

Tapi malangnya PAS dan berubah pendirian. Dah berundur setapak kebelakang dalam menyemarakkan syiar Islam setelah bertahun-tahun mempertahankannya.

Adakah ini detik-detik permulaan yang memberi bayangan awal bahawa PAS telah mula lari dari prinsip perjuangan Islamnya dan berjinak-jinak dengan prinsip yang dilaungkan oleh DAP selama ini?? Kalau benar maka jarum Karpal Singh telah berjaya menakluki pemikiran pemimpin-pemimpin Parti
Islam PAS secara tidak langsung !!

Ingat Karpal Singh dengan sombongnya kata OVER MY DEAD BODY !!! he, he,he Guo caya sama lu, Karpal !!!

Inilah politik secular yang sentiasa berubah-rubah mengikut selera pemimpin masing-masing. Di suruh lompat kita lompat, di suruh terbang kita terbang, di suruh terjun kita terjun. Yang parahnya apabila di suruh terjun tidak di sediakan payong terjun. Maka akhinya "inna lilla hiwainna ilai hi ra jiuun !!

Salam.

Mat Bersih

saji said...

Sdr Pakbelalang

Bagi saya, kalau PM, DSNajib benar2 mendengar proposal sdr mengenai pembangunan ke atas tanah bekas Lapangan Terbang Udara Sungai Besi itu iaitu "the whole airport runway should be converted into a huge Rumah Rakyat Complex with all the facilities like schools, multi-purpose hall, lbrary, park, mosque etc..”, beliau sudah atau sepatutnya membuat tawaran tender terbuka dalam mengusahakan pembangunan tanah tersebut dalam bentuk atau mempakejkan pembelian tanah tersebut bersama2 proposed developemnt dengan memilih proposal yang lebih kurang sama dengan apa yang sdr cadangkan tadi.

Namun apa yang sdr mungkin maklum tanah tersebut telah diserahkan kepada pemaju tunggal untuk dibangunkan secara usahasama dengan syarikat kerajaan dengan harga pembelian tanah tersebut tidak didedahkan kepada rakyat yang saya rasa sdr pun tidak akan setuju dengannya.

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Dato’ memilih untuk terus membahaskan manifesto “Kerajaan Berkebajikan” dan juga “Kerajaan 1Malaysia”. Kita telah membahaskan dalam posting yang lepas. Mungkin ramuan perbahasan lepas kurang cukup, maka Dato’ mahu sedikit lagi tambahan ‘garam’ dan ‘gula’ nya menjadikan ramuannya lebih aroma dan sedap!

Saya cuba mengajak Dato berbahas mengenai BERSIH 2.0 dan ‘jangkitan’ himpunan dari Perkasa dan pemuda UMNO.

Walaubagaimanapun, Dato nampak agak reluctant untuk berbicara.
Semalam, saya membaca Utusan Malaysia muka depan. SIAPA AMBIGA? Kali ini saya bersetuju dengan sebahagian penulisan tersebut, terutama mengenai siapa Ambiga. Ya, catatan tersebut juga suatu masa menjadi satu penentangan hebat Pemuda Pas. Bagi saya, SEHINGGA hari ini, saya secara peribadi masih mengecam Ambiga kerana peranannya yang lepas. PUN begitu, perutusan yang cuba disampaikan BERSIH 2.0 bukan persoalan “Siapa Ambiga”, akan tetapi soal tuntutan ketelusan pilihanraya yang adil,bersih dan saksama yang bakal menentukan kuasa Pemerintahan Negara.

Saya tak nak berbicara fasal BERSIH 2.0 kerana Dato’ agak reluctant! Saya ingin berbicara soal Melayu Muslim Murtad.

Beberapa hari lepas, saya berjumpa dengan sahabat yang baru pulang dari Afrika Selatan. Beliau seorang pendakwah Islam yang gigih dan berani. Beliau sempat berguru dengan Syeikh Ahmad Deedat, seorang ulama yang selalu tampil berbahas secara terbuka dengan Paderi terkemuka dunia. Beliau juga seorang pakar rujuk kes-kes murtad di Pulau Pinang. Dan sebenarnya beliau adalah bekas Mubaligh Kristian Malaysia.

Saya tak nak berbicara mengenai Kritianisasi di Malaysia. PUN begitu, saya suka mengingatkan Para Pemerintah bahawasanya terkandung dalam Perlembagaan Malaysia aktiviti penyebaran agama selain Islam kepada Muslim adalah salah di sisi Perlembagaan. Pernahkah kita mendengar ketua-ketua agama selain Islam didakwa berdasarkan Perlembagaan di atas?

Menurut sahabat saya, kes Murtad di Pulau Pinang adalah tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Terbaru katanya seorang pelajar UIA dirujuk kepada nya kerana memeluk Kristian.
Semasa beliau di Afrika Selatan, beliau menemui ramai Ulama Islam dan juga Kristian. Salah satu statistik yang dikemukakan adalah jumlah penganut Kristian di Indonesia. 1976, ada 3 juta penganut Kristian Indonesia. 2010, ada 27 juta penganut Kristian, sebahagian besarnya adalah kerana murtad. Berdasarkan artikel Dato’ yang lepas (majikan durjana), salah satu punca adalah KEMISKINAN. Kemiskinan membawa kepada kekufuran. Punca ke 2 paling penting, katanya, adalah kerana BIBLE dalam bahasa Indonesia dan Kalimah Allah digunakan dalam Kitab Bible. Katanya, di seluruh dunia, Kitab Bible diterjemahkan dalam pelbagai bahasa tetapi HANYA dua negeri sahaja yangmana Kitab Bible menggunakan Kalimah Allah, iaitu Negeri-negeri Arab dan Indonesia. MENGAPA?

Katanya, di seluruh dunia, mubaligh-mubaligh Kristian paling sukar untuk menembusi ‘pasaran’nya adalah di Malaysia. MENGAPA?

Dalam kita berbicara hebat soal politik, 2 soalan yang saya ajukan diatas menuntut komitmen dan peranan kita sebagai Muslim, untuk berfikir sejenak dan bertanyakan diri kita, APAKAH AKU SUDAH MENYAMPAIKAN SATU AYAT (AL-QURAN, AL-HADIS) KEPADA BUKAN MUSLIM?

Anonymous said...

Salam Datuk Kadir YM, lama tidak berdebat kerna kurang sihat. Maklumlah warga emas dalam golongan yang bukan emas. Wang pencen tidak ke mana dewasa ini Datuk. Inflasi memakan sebahgian besar daripadanya.

1. Saya amat tertarik dengan dua unjuran Mohd Najib. Pertama Rumah Rakyat. Di Malaysia kita, rakyat sinonim dengan kemiskinan, kedaifan dan perlukan pertolongan. Kedua harga "Rumah Rakyat" RM220,000 seunit;

2. Rakyat mana yang bisa bayar RM220,000 untuk sebuah rumah Datuk? Kalau dibaca statistik Kementerian Kewangan yakni kementerian Najib (saya dulu ajar political economy) banyak rumah mampu milik di bawah RM150,000 seunit yang tidak laku dijual kerana pengguna tidak mampu atau kerana lokasinya buruk;

3. Jadi rakyat mana yang Najib maksudkan bisa membeli rumah RM220,000 di tapak TUDM itu?;

4. Datuk YM, inilah sifat dan sikap elitis Najib dan kelompok aristokrat-feaudal Melayunya yang kini menerajui UMno dan negara. Kenyataan Njaib itu mejunjukkan betapa jauh dan terpisahnya golongan elit ini daripada rialiti hidup rakyat jelata Melayu yang rata-rata miskin dan tertekan akibat inflasi dan kebekuan pendapatan/penghasilan;

5. Elitisme politik Umno era Najib ini diburukkan lagi oleh elitisme ekonomi seperti yang diwakili oleh teknokrat kapitalis seperti Idris Jala yang pro-pasaran dan Nor Mohd Yakcop yang opportunistik, tetapi mereka ini amat berpengaruh ke atas Najib yang kurang ilmu sosio-ekonomi dan tidak berani membuat keputusan sendiri.

6. Di sebaliknya, Pas juga tidak menampilkan pemikiran sosio-ekonomi yang mantap dan pemerintahan mereka yang lama di Kelantan adalah simptomatik kepada ketidakupayaan mereka mentadbir ekonomi secara berkesan. Hal ini mula kelihatan di Kedah. Unjurannya, kalau Pas menggantikan Umno sebagai kuasa pokok politik orang Melayu/Islam, kebimbangannya mereka akan dimanipulasi oleh DAP yang tuntas ideologi politiknya;

7. Itulah Datuk YM, dilema kita orang Melayu/Islam. Kita ketandusan kepemimpinan yang berkebajikan dan yang tahu siapa sebenarnya kita sebagai rakyat jelata. Hatta Melayu kelas menengah pun dewasa ini semakin tertekan akibat ekonomi dan pemerintahan yang kabur. Wassalam.

Profesor Pencen
Bangi

saji said...

Sdr Mat Bersih

"UMNO memperjuangkan Islam. Begitu juga PAS memperjuangkan Islam."

Komen:

1. Saya dari dulu tidak berapa setuju dengan penggunaan istilah 'memperjuangkan Islam' di atas, atas alasan ia tidak dapat memberikan kefahaman atau gambaran yang menjelaskan bagaimana Islam mahu diperjuangkan atau bagaimana para pejuang Islam hendak memperjuangkan Islam untuk diterjemahkan kepada peringkat pelaksanannya!

2. Bagi saya, usaha membangun dan memajukan Sistem Kewangan Islam yang meliputi sistem perbankan Islam,pajak gadai Islam, bond Islam dan insuran Islam yang seadanya itu sebagai alternatif kepada sistem2 konvensionalnya perlu ditafsirkan sebagai suatu usaha murni di kalangan para pejuang Islam di zaman moden ini untuk 'mengkonservasikan' atau 'memulih dan melihara' hukum2 yang berkiatan dengan sistem2 kewangan Islam di atas daripada bentuk asalnya yang klasik itu untuk mereka sesuaikan dengan keperluan kehendak penggunaan di zaman moden ini.

Sukar difahami? Mungkin penjelasan secara analogi di bawah sdr perlukan.

3. Atas alasan istilah 'mengkonservasikan' di atas saya pinjam daripada ilmu konservasi bangunan bersejarah, saya umpamakan usaha kerajaan UMNOBN membangun dan memajukan sistem kewangan Islam di atas bagaikan tindakan ahli konservasi bangunan sejarah tempatan mengkonservasikan Bangunan Lama Central Market di Pusat Bandar KL untuk dijadikan Bangunan Pasar Seni yang seadanya itu.

4. Namun, usaha membangun dan memajukan siatem kewangan Islam di atas dilakuan berdasarkan nilai2 Islam yang dipegang oleh para pejuangnya dan kalangan para ahli dan pemimpin UMNO yang, dari sudut ilmu konservasi, nilainya didasarkan kepada nilai gunaan yang mecakupi nilai fungsi, ekonomi, politik dan etnik yang, saya percaya, orang seperti sdr abdullahngah tidak setuju dengannya.

saji said...

Sdr awang batuburuk

" sepertimana sifat sifat Allah Swt yang terkandung dalam 99 nama (al-asma-ul-husna), prinsip negara islam juga boleh dihuraikan dengan beberapa nama yang menggambarkan ciri-ciri negara islam antaranya adalah Negara Berkebajikan, Negara Keadilan, Negara Bertaqwa, Negara Amar Maaruf Nahi Munkar dan seumpamanya. Yang menjadi prinsipnya ialah kembali kpd Allah dan Rasul, kembali kpd Al-quran dan Hadith.

memeang semua penguasa mengaku melakukan kebajikan termasuk Firaun, Hosni Mubarak, Ben Ali, Ghadafi dll, tetapi persoalannya kebajikan itu berasaskan apa dan untuk siapa???"

Komen:

Yang sdr jelaskan mengenai prinsip2 Negara Islam dan Negara Berkebajikan ala PAS di atas masih dalam bentuk apa yang dipanggil KONSEP dengan ayat-ayat penjelasan yang mengiringnya yang meungkin eak bunyinya tetapi tak semua orang boleh faham dan, apatah lagi, ia tidak dijelaskan secara sistematik, berbanding dengan konsep reka bentuk senibina yang biasa dijelaskan oleh arkiteknya yang bukan sahaja dijelaskan dengan gamabar-gambar dan ayat-ayat yang menjelaskan konsepnya, malah dijelaskan secara lisan.

Nani said...


pakbelalang said...
Sdra Saji,

Saya fikir jika Najib benar-benar nak menolong rakyat bawahan untuk mempunyai rumah sendiri dengan membina Rumah Rakyat beliau tidak seharusnya fikirkan tentang berapa harga nilai tanah di lapangan terbang Sg. Besi. Yang penting harga rumah atau condominium yang hendak dibina mestilah mampu dibeli oleh golongan rakyat bawahan atau pertengahan. Jika tidak, Najib hanya akan membuat rakyat marah jika Rumah Rakyat yang akan dibina nanti diluar kemampuan mereka untuk membelinya.
Akhirnya nanti akan menjadi isu politik yang hangat dan akan melibatkan credibility Najib sebagai Perdana Menteri yang hanya pandai buat slogan kosong sahaja seperti "RUMAH RAKYAT" !!

Saya ingin mengambil kesempatan di sini supaya Najib melihat ke Singapura bagaimana Lee Kuan Yew urusankan beribu unit "Rumah Rakyat" untuk rakyat Singapura memilikinya. Inilah contoh yang terbaik untuk memastikan bahawa Rumah Rakyat ini akan berjaya.

Najib perlu duduk bersama dan mengadakan "brainstorming sessions" dengan mereka yang terlibat dari peringkat awal hinggalah akhir. Kalau tidak saya rasa idea Rumah Rakyat ini hanya satu idea yang "haprak" sahaja !!! Tak ada qualitinya. Setakat melepaskan batuk di tangga sahaja!!

11:55 PM



Najib kena itulah, Najib kena inilah. Singapore contoh terbaiklah. Nah, Saudara!! Baca artikel ni. Bukan semua model boleh diguna-pakai di tempat lain. Apatah lagi model itu mungkin sudah ketinggalan zaman.

http://www.themalaysianinsider.com/business/article/singaporeans-look-to-jb-as-hdb-prices-rise/

Anonymous said...

Buat sebanyak mana rumah PPR, memang tak kan cukup ... sebab ... rumah sewa PPR tu sepatutnya utk org miskin !!!

Ade DBKL buat bancian/sebuan terhadap penghuni rumah PPR ?

Pernah 'org kaya' diusir dari rumah PPR ?

Kita selalu nampak 'kereta besar' parking dirumah PPR setiap malam, drebar bawa pulang kereta besar setiap hari ?

UBAHLAH !!!

Nani PJ

saji said...

Sdr langitbiru

"Katanya, di seluruh dunia, mubaligh-mubaligh Kristian paling sukar untuk menembusi ‘pasaran’nya adalah di Malaysia. MENGAPA?"

Komen:

Mengikut kajian yang saya lakukan untuk meningkatkan kemajuan orang Melayu dalam industri pembinaan, saya membuat rumusan orang Melayu mempunyai perangai 'luar biasa' yang hanya boleh diatasi dengan cara melaksanakan hukum Islam berkaitan yang sesuai dan berkesan untuk mengatasi perangai 'luar biasa'nya itu.

Antara perangai 'luar biasa'nya yang saya maksudkan ialah
diberi kontrak kerajaan mereka jual atau ali-babakan kepada bukan Melayu, diberikan wang pendahuluan 25% untuk mengatasi masalah ali-baba disebabkan masalah ketiadaan modal mencukupi, mereka gunakannya untuk tujuan lain yang tidak perlu dijelaskan dan diberikan latihan kemahiran ketukangan untuk memasuki industri pembinaan sebagai pekerja mahir kebanyakan mereka memasuki bidang lain yang tiada kaitan.

Manakala hukum Islam yang sesuai dan berkesan untuk mengatasi perangai buruknya di atas yang saya maksudkan ialah dengan melaksanakan hukum bagi kontrak pembinaan yang dinamakan al-Ijarah atau Melayunya Upahan atau Inggerisnya Cost Reimbursement

Sementara perangai 'luar biasa, yang boleh dikaitkan dengan kesukaran mubaligh-mubaligh Kristian meng'kristian'kan orang Melayu ialah kedudukan komponen AKEDAH atau IMAN orang Melayu yang sentiasa kuat, walaupun komponen AKHLAKnya atau perangainya lebih buruk daripada bukan Islam dan tidak menyampurnakan segala tuntutan berkaitan komponen SYARIAH membabitkan fardu ain dan fardu kifayah atau ibadah umum dan ibadah khusus sepanjang hidupnya

maae said...

Salam Datuk,

1.Mengambil kira pasca merdeka, kita begitu selesa beibadat di mana-mana sahaja, di dalam masjid dan surau dimana-mana sahaja. Dari utara hingga ke selatan, rumah Allah berada di mana-mana.Senario pertama.Alhamdulillah ada nya.

2.Umno sudah lama sinonim dengan berkebajikan. Lihat lah sekeliling, majoriti rakyat terbela. Ekonomi rumahtangga, berada dan tidak berada, termasuk pembangkang, masih stabil. Ekonomi-berniaga tiada batas nya; paling ketara, model terbaru kereta2 mewah di pasaran, pak-pak ustaz pun mampu membeli nya Apa lagi pada yang sudah ada jenama.

3.Dari segi pembangunan,kita agak lalai. Kelalaian berganda di sebab kan folio kerajaan tempatan di beri kepada bukan melayu. Kawalan dan pemantauan terlalu longgar ketika perancangan pembangunan bandar di laksanakan. Pemaju bebas mengikut kesesuaian sendiri termasuk mengawal 'supply& demand' dan penilaian harta.

4.Kini impak nya tidak memihak kepada taburan penduduk majmuk, di biar satu kaum mendominasi tempat (purchasing power) keseluruhan harta termasuk semua premis perniagaan walaupun berkuota. Harga sudah melambung tinggi secara luar biasa(rujuk laporan dulu)hartanah berharga sederhana rendah(mampu milik) sudah di monopoli sepenuh nya dengan diwartakan oleh pihak-pihak-pihak pemaju tertentu!

5.Tanah kerajaan(TUDM Sg Besi)amat terbaik mengimbangi Greater KL. Imbangan dari segi polar undi dan pemecahan dominasi termasuk di tapak penjara Pudu dan pembangunan Kg. Baru. Mesti lakukan perincian strategik, masa untuk pewujudan Bandar Besar Melayu pula(Pusat Komersial Melayu) setaraf bukit bintang,chow kit, petaling street, little india dan golden triangle di KL. Jika kita gagal kali ini,KL bukan milik kita lagi.Bangunan berkembar Petronas hanya di mata dunia.Kompleks dayabumi hilang di telan zaman.Jalan Raja Laut dan persekitaran cuma tempat bekerja, semua nya jauh dari kediaman.

6.Saranan Datuk tepat sekali. Kita tidak mahu seperti haiwan menjadi mangsa durjana, semata-mata demi keuntungan. Berkebajikan atau sebalik nya, itu soal kedua.

7.Apa yang mesti di beri perhatian ialah hari-hari esok yang semakin suram di pihak Melayu kerana begitu ramai bijak pandai melayu semakin tertipu akibat kemilau palsu yang mejanjikan syurga abadi!

* maka saya teringat tulisan pengarang Utusan, minda melayu bertahap rendah dalam kehidupan sehari-harian. Saya tambah sedikit lagi....melayu juga teruja dan taksub dengan LAGHO. Itu kenapa kita menjadi bahan dagangan tidak berjenama dan di letak di rak-rak tersorok,belakang untuk memberi ruang emas kelangsungan kuasa ekonomi dan politik kaum lain.

Berpelajaran bukan menjadi lebih bijak, ilmu hanya di simpan bangga dalam skrol, tak apa di bodoh,tak apa di suruh berguling atas jalanraya, tak apa melutut demi kesumat memusuhi darah daging sendiri, tak apa juga akhir nya di pijak-pijak kepala (mertabat otak sudah tiada lagi)

Berkebajikan atau Bersimpati tuntutan, menambah lagi keuntungan telah sedia berlebih-lebihan untuk melayan bangsa yang tidak pernah lagi mengucapkan terimakasih walau sepatah perkataan pun.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Izinkan saya memberikan pandangan berbeza...

Agenda parti BN dan PAS bukannya menjadi kabur dek cogankata 1Malaysia dan Negara Berkebajikan itu. Pada saya, kedua-dua parti ini seolah-olah sudah dapat melihat dengan jelas perkara utama yang harus diperjuangkan, melangkaui Melayu dan Islam.

Seorang Pemimpin bijaksana, pada saya, bukan hanya sekadar membela bangsa dan agamanya, tetapi membela umat manusia secara keseluruhannya supaya mengecapi kesejahteraan hidup.

Membina tamadun bangsa, memerlukan pengorbanan, termasuklah membuka seluas-luasnya pintu persempadanan yang masih sempit di minda. Kalau tidak, bangsa ini akan terus terkongkong pada laman yang kecil, walhal muka bumi ini sebenarnya luas untuk diteroka.

Saya tidak menafikan bahawa yang miskin perlu dibantu, dan yang kaya dikayakan sekaya-kayanya, tetapi bila sudah kaya, harus juga diberitahu supaya berhemah dan bersedekah kepada yang memerlukannya.

Inilah barangkali yang diinginkan NEGARA BERKEBAJIKAN supaya menjadi SATU.

(*__*)
Abgbent

tokman said...

Sebelum DAP dan PKR bersama Pas maka slogan Pas adalah 'Negara Islam'. Sekarang Pas terpaksa tukar nama slogan itu atas sebab dasar politik kepada 'Negara Berkebajikan'tapi objektifnya adalah sama kalau faham apa yang tersirat......disebabkan ini dianjurkan olih Pas maka slogan mereka itu berunsur keIslaman sesuai dengan kerjasama dengan DAP dan PKR. "NEGARA BERKEBAJIKAN' Pas mungkin agak serupa dengan UMNO/BN tapi unsur2 rasuah, kroni2 dll tak ujud sama sekali. Rakyat nak pembangunan dan layanan saksama dalam semua bidang jadi 'Negara Kebajikan' UMNO/BN banyak mempunyai 'rahsia2' dan 'perkara2 sulit' yang hanya menguntungkan pihak tertentu!

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Pada pendapat saya PAS terpaksa menukar matlamatnya daripada mengwudkan sebuah Islam Malaysia kepada negara kebajikan. Ini kerana sebagai parti yang dipimpin oleh manusia biasa (walau ada yang menganggap diri mereka Ulama), mereka juga bercita-cita tinggi untuk memimpin negara. Mungkin ada dari kepimpinannya yang bercita menjadi PM atau sekurang-kurangnya TPM jika berjaya memerintah negara kelak.

2. Mereka tidak sanggup bersama Umno kerana dari pengiraan mereka kepimpinn PAS yang ada sekarang mungkin dapat duduk ditempat nombor 1 atau 2. Tapi kalau PAS bersama PR, walaupun belum jelas lagi kedudukannya kerana belum ada satu susunan hierarki yang jelas oleh PR, mereka begitu yakin sekurang-kurangnya jawatan TPM akan jadi hak mereka. Oleh itu terpaksalah kepimpinan PAS gugurkan niat mewujud negara Islam dalam perjuangan mereka demi mencapai cita-cita ini.

3. Jadi walau apa sekalipun alasan PAS, bottom linenya ialah mereka kepingan nak jadi PM atau TPM. Itu sahaja. Oleh itu mereka akan berbuat apa sahaja demi mencapai impian ini. Tentang samada penyokong mereka menerima atau tidak perubahan haluan ini tidak menjadi soal. Mereka tahu bagaimana nak terangkan kepada mereka dengan mengunakan nas-nas mereka sendiri. Mereka yakin penyokong akan terima bulat2 penerangan mereka itu tanpa soal.

Dan Kajang

Competente said...

Datuk,

Bagi saya, PAS masih tidak berjaya menarik sokongan kebanyakan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. Mereka masih tidak berjaya mempamirkan bentuk pentadbiran yang lebih baik. Kesimpulannya PAS masih amat lemah untuk memerintah sebuah negara.

Mungkin ramai ahli PAS yang merasa masanya telah tiba untuk mereka meneraju negara ini. Saya sarankan agar mereka lihat kepada diri mereka sendiri secara keseluruhannya. Adakah mereka telah bersedia? Setelah ditubuhkan dari tahun 50an, PAS masih tidak dapat memperlengkapkan diri ahli-ahli mereka dengan ilmu yang mantap untuk mereka mentadbir sebuah negara, selain dari mendabik dada dan bersangka bahawa diri mereka lebih baik dari UMNO.

Hakikatnya, ahli PAS tidak lebih baik dari ahli UMNO dan parti PAS tidak lebih baik dari parti UMNO. Golongan yang menyangka diri mereka ilmuwan ugama adalah lebih hampir kepada perasaan riak dan kemurkaan Allah jika mereka tidak berhati-hati.

UMNO pula semakin hari semakin bongkak dan merasakan bahawa mereka saja yang selayaknya mentadbir negara ini. Pemimpin UMNO atasan yang elitis hanya melihat golongan mereka sahaja dan tidak memperdulikan kesusahan rakyat. Harga barangan semakin meningkat, subsidi dikurangkan diwaktu kesempitan ekonomi; sementara golongan atasan berbelanja mewah. Golongan bawahan UMNO pula hanyalah bagai lembu-lembu yang dicucuk hidung yang sentiasa menurut kata pemimpin mereka bulat-bulat. Manakan pemimpin UMNO tidak berasa seperti 'raja'?

Golongan yang mengenepikan perlaksanaan agama demi kepentingan diri pemimpin mereka adalah seolah-olah mempertuhankan manusia jika terlalu taksub kepada pemimpin mereka.

Jadi dimana surutnya orang Melayu? Kepada DAP?

Anonymous said...

Salam Datuk,

1. Negara Berkebajikan: Sdr Awang batuburuk explains... NB adalah satu daripada ciri-ciri negara Islam ... ciri-ciri negara islam antaranya adalah Negara Berkebajikan, Negara Keadilan, Negara Bertaqwa, Negara Amar Maaruf Nahi Munkar dan seumpamanya. Yang menjadi prinsipnya ialah kembali kpd Allah dan Rasul, kembali kpd Al-quran dan Hadith.

2. Negara Berkebajikan: Sdr SAJI states ...Yang saya jumpa setakat ini yang saya anggap menarik ialah menurut pandangan YB Khalid Samad seperti berikut:

"Istilah Negara berkebajikan bagi ahli PAS ialah sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum menuju keadialan"

3. Maka apa yang kita dapati adalah falsafah, konsep dan ciri-cirinya ... untuk panduan setiap perbuatan bagi experts yang bermata hati sudah cukup.

4. I am pretty sure ada map pelaksanaannya. Only lacking in CONNECTIVITY. Islands of implementation information that are yet to be linked clearly for the benefits of the people.

5. Many good things we wish to do ...Among setbacks are lack of know-how, perseverance, consistency and continuity of good purpose.

6. But ... don't despair ... itulah maka kita orang Islam AlhamduLILLAH menjadi amal jariah dalam menyampaikan ... ilmu dan know-how, pandangan kearah penambahbaikan dan peringatan ...

7. Train our people to be better at observing, comparing and contrasting, differentiating and how to move forward and connecting ...

8. Maka I submit a formal request to Sdr Professor Pencen ... please create a blog to give our implementors and common people, ilmu dan kemahiran yang membolehkan kita tidak hanya bergantung kepada penyelesaian seperti yang terjadi dewasa ini. As you've said ..."Elitisme politik Umno era Najib ini diburukkan lagi oleh elitisme ekonomi seperti yang diwakili oleh teknokrat kapitalis seperti Idris Jala yang pro-pasaran dan Nor Mohd Yakcop yang opportunistik, tetapi mereka ini amat berpengaruh ke atas Najib yang kurang ilmu sosio-ekonomi dan tidak berani membuat keputusan sendiri... Di sebaliknya, Pas juga tidak menampilkan pemikiran sosio-ekonomi yang mantap dan pemerintahan mereka yang lama di Kelantan adalah simptomatik kepada ketidakupayaan mereka mentadbir ekonomi secara berkesan. Hal ini mula kelihatan di Kedah. Unjurannya, kalau Pas menggantikan Umno sebagai kuasa pokok politik orang Melayu/Islam, kebimbangannya mereka akan dimanipulasi oleh DAP yang tuntas ideologi politiknya."

9. Kenangan saya many many moons ago, no electricity, no tv ... Prof Dr Ungku Aziz used to give talks in Radio Malaysia ...saya sekolah lagi masa tu ... tetapi sampai sekarang saya ingat apa maksudnya KOS MELEPAS yang diterangkan oleh esteemed Prof tersebut. MasyaALLAH. And in many ways I've made decisions based upon this simple understanding.

2. To Sdr Langit Biru who said: "Dalam kita berbicara hebat soal politik, 2 soalan yang saya ajukan diatas menuntut komitmen dan peranan kita sebagai Muslim, untuk berfikir sejenak dan bertanyakan diri kita, APAKAH AKU SUDAH MENYAMPAIKAN SATU AYAT (AL-QURAN, AL-HADIS) KEPADA BUKAN MUSLIM?"
Thank you for the reminder ...

Terima kasih

XERONINE

Anonymous said...

Tok Kadir, PM dok cakap pasi perumahan rakyat, pasai ubah lifestyle dan pasai jimat cermat.

Tuan Profesor Pencen kata, RM220,000 sebuah tu bukan rumah rakyat. Mana ada rakyat Kg Kerinchi atau Kg Melayu Ayer Itam mampu Tok.

Tapi cuba baca berita Malaysian Insider ni. Dalam media perdana tak siar la kot. Ini ka Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan? Dok ingatkan zaman Pak Lah saja PM boros, zaman la pun sama.

RM48m to maintain PM, DPM homes
By Clara Chooi
June 28, 2011
KUALA LUMPUR, June 28 — The official residences of the prime minister and his deputy cost the taxpayer RM48.7 million in the last five years for rent, repairs, electricity and water, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz has revealed.

The minister in the Prime Minister’s Department said this in his written response to Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) last week.

In a breakdown of the expenses, Nazri said the combined rental cost between 2006 and 2010 for both official residences — Seri Perdana for the prime minister and Seri Satria for his deputy — amounted to RM32,972,115.55.

Repair work on the homes for the same period amounted to RM3,581,744.78 while electricity cost totalled RM10,267,868.15 and water RM1,967,386.55, he said.

The total cost for both homes, he said, amounted to RM48,789,115.03.

At a press conference in Parliament this afternoon, Siti Zailah slammed the administration for the exorbitant bills merely to maintain the two homes of the country’s top leaders.

She pointed out that while the government complained of a ballooning subsidy bill and was hiking prices for the common man on the street, the country’s top two leaders were recklessly racking up hefty bills with taxpayers’ funds.

“They ask the people to tighten their belts, they say that the economy is on the decline but our two top leaders are spending the people’s money for this,” she said.

Tu la Tok, susah nak tak meluat dengan pemimpin kita ni. Cakap tak serupa bikin. Tu rumah saja. Tak kira lagi bodyguard, driver, pembantu Indonesia, tukang urut, tukang masak, upak orang "baca doa" dan macam-macam lagi. Tak heranlah budget deficits Teruk Tok.

Kamjat Penang.

pakbelalang said...

Nani kata,

Bukan semua model boleh diguna-pakai di tempat lain. Apatah lagi model itu mungkin sudah ketinggalan zaman.


comment:

Itu hanya cadangan dan contoh sahaja. Kalau tak boleh guna-pakai kita cari jalan yang lebeh baik lagi dari contoh yang ada di Singapura. Kita ubah suai kepada yang lebeh baik lagi. Mungkin di negara lain ada contoh yang sesuai untuk kita. Itu sebab saya cadangkan Najib mesti adakan brain-storming sessions untuk menentukan bahawa pembinaan Rumah Rakyat dapat direalisasikan dengan cara yang lebeh baik dan diterima pakai di negara kita.

Dato Mazlan. said...

Dato Kadir.

Jika kita bertanya Che Gu sekilah,Pegawai Kerajaan ,pegawai polis ,pegawai tentera,Tok pengulu dan Ah Chong apa yang di fahami mengenai 1 Malaysia,mereka ini memberi interprsi yang berbeza.Ini bermaana raayat belum lagi faham apa iyi slogan 1 malaysia.

Dalam keghariahan najib untok melaksanakan slogan 1 Malaysia,bermacam program di lancarkan atas nama 1 malaysia.

Najib juga menubohkan satu co dengan modal 5 billion atas nama 1MDB.Dengan kata account 1MDB maseh tidak dapat di auditkan.Dengar kata wang 5 billion telah habis di labor termasok lah mengunakan sabanyak 1.7 billion untok membeli 3 syarikat public yang di mileki oleh keluarga taib Mahmud.Saya tidak tahu apa kah sabenarnya matlamat menubohkan 1MDB ini.

Niat Najib baik tapi nampaknya pelaksanaan satengah2 projek yang di lancarkan tidak ada hala tuju.

harga barang naik melambong,ramai lagi raayat yang tidak ada rumah sendiri.Nak beli tak mampu kerana harga mahal.,Ramai juga graduan2 yang maseh mengangur.Peniaga Bumiputra juga menghadapi cabaran yang besar untok hidup.HButang negara makin naik dan telah sampai ka tahap yang meragukan.

Saya amat terkejut sekali najib telah jadi gelabah dengan ancaman BERSEH untok demonstarsi.Sasterawan Negara A Samad Ismail telah dipanggil oleh polis untok soal siasat salama hampit 2 jam kerana deklamasi sajak nya.Apa dah nak jadi Dato Kadir.

pakbelalang said...

Kamjat Penang,

Saya rasa tidak keterlaluan kita mendesak Najib dan Mahyuddin sebagai penghuni Sri Perdana dan Sri Satria untuk membuat kenyataan resmi tentang bagaimana boleh terjadinya perbelanjaan kos penyelenggaraan kedua-dua rumah rasmi kerajaan ini begitu tinggi hingga bermillion ringgit. Inilah masanya kita dapat menentukan sejauh mana kedua-dua pemimpin ini mempraktikkan elemen integrity dan transparency dalam diri mereka. Mereka mesti berhadapan dengan rakyat dengan melaporkan bagaimana perbelanjaan yang terlalu besar ini boleh berlaku untuk mengelakkan dari rakyat mempersoalkannya berterusan sampai ke PRU 13.

Kita tunggu dan lihat sama ada mereka perihatin dengan perkara ini. Harap Datuk AKJ dpat sampaikan kepada Najib tentang kewajaran bagi Najib untuk menjelaskan kepada rakyat.

Setakat melaporkan di Parlimen pecahan perbelanjaan tidaklah memadai.

Kita mahu apa rasionalnya yang menyebabkan perbelanjaan begitu "mind boggling" !!

Anonymous said...

Datuk, pardom me for saying that our politicians, be they from the Government or the Opposition, irrespective of whether they are Muslims or non-Muslims, Malays, Chinese or Indians -- they are all morally corrupt and intellectually deficient. They are liars and hyprocrites. Don't be fooled by the cloths they wear and the lengthy prayers they recite.

One does not have to be legally corrupt like accepting bribes and misusing power to be considered corrupt. Moral corruption is equally evil. Many of our so-called leaders are morally corrupt.

Yet, the same misguided souls could pontificate about morality and corruption and accusing each other of wrongdoings. Mengata dulang paku serpeh, the kettle calling the pot black.

Listen to Anwar Ibrahim accusing BN leaders of being corrupt and wicked. He said in a Malaysiakini report that "corrupt and wicked leaders will use whatever excuse to maintain their grip on power."

Who is he to talk about other people being corrupt and wicked? Who was he when he was for 16 years in Umno and who is he thereafter?

Does he himself understand the meaning of corruption and wickedness?

Sad but true Datuk, our politicians did some of the most wicked things morally and religiously and yet accused others of corruption and wickedness.

Simply put, there are too many bad apples in our political arena. God saves us and our children and grandchildren from these philanderers, pontifficators and fornicators. Pardon me for my harshness.

Old Generation

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Kerajaan Pakatan Negeri Selangor ada tak buat Rumah Rakyat untuk rakyat Selangor? Kalau ada dimana agaknya? Kalau boleh saya nak beli Rumah Rakyat yang di bena oleh kerajaan Pakatan Negeri Selangor kerana PRU 12 saya undi PKR.

Kalau kerajaan Selangor PKR tak ada projek perumahan untuk rakyat tak gunalah saya undi PKR. Habiskan boghais je !! Apa untungnya? Tak ada apa-apa pun!! Takkan kena tunggu lepas PRU13 baru ada projek perumahan rakyat!! Berjanggutlah kena tunggu. Tungguuuuuuu sampai kucing bertanduk !!!


Melayu Gagap

Anonymous said...

Tokman kata,

Pas mungkin agak serupa dengan UMNO/BN tapi unsur2 rasuah, kroni2 dll tak ujud sama sekali.

comment;

Alah Tokman. Belum dapat kuasa penuh. Nantilah bila dah dapat kuasa 2 x 5 macam UMNO juga. Darah sama, bangsa sama, agama sama dan perangai pun sama. Melayu !!

Semua pemimpin PAS naik tocang pasal baru nak merasa kuasa. Dah lebeh 50 tahun tunggu. Tengoklah nanti bagaimana gelojoh pemimpin PAS. Bila hari-hari towkay Cina ketok pintu iman pun tah kemana!! Mungkin lagi terok dari pemimpin UMNO sebab Allah akan bagi dugaan dan ujian kepada pemimpin PAS bagaimana kuatnya iman mereka. Saya rasa separuh akan goncang imannya apabila dapat kuasa. Percayalah! Apa sebab? Sebabnya ialah mereka bangsa Melayu !! Melayu UMNO dan Melayu PAS sama sikap mereka.

Mimlamyawau

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato'@ Kerajaan nampak sangat telus dalam membentangkan jumlah perbelanjaan berkaitan kos perjalanan keluar Negara melibatkan Perdana Menteri Dan juga Timbalan Perdana Menteri serta kos berkaitan penyelenggaraan rumah kediaman resmi mereka. Pihak pembangkang terus mengambil kesempatan ini untuk menjadi bahan untuk memburokan Kerajaan. Saya yakin ramai yang akan terpengaruh dengan bahan fitnah ini tetapi masih ramai lagi rakyat yang melihat kos terlibat sebagai satu keperluan untuk menentukan negara diurus dengan baik disamping mengekalkan keduduokan negara diperingkat antarabangsa. Namun demikian Kerajaan perlu ambil perhatian bahawa setiap sen duit rakyat perlu diuruskan dengan baik dan berhemah. Saya tak fikir setiap lawaatan PM keluar negara perlu ada entourage yang besar serta melibatkan isteri PM. Perbelajaan negara perlu berhemah dan sekiranaya isteri PM turut serta akan melibatkan kos yang besar disamping memberi imej yang sangat negative seolah-olah Rosmah terlalu menonjolkan imejnya.
2. Kita semua harus berdoa semoga perhimpunan Bersiah dapat dibatalkan bagi mengelakan keadaan huru hara dalam negara. Orang Melayu yang rugi nanti kerana yang berarak hanya Melayu saperti perarakan di istana Perak dulu. Malu melihat seorang berjubah tidier atas jalan kerana. Nak pertahankan kerajaan majority DAP. Keadaan yang sama akan berlaku sekiraanya perhimpunan Bersih berlaku. Orang Melayu yang berarak, terpekik terlolong tetapi yang dapat nama perempuan India yang kononnya Pengerusi Bersih. Saya pun tak tahu siapa yang beri dia gelaran Pengerusi Bersih. Bila keadaan jadi huru hara dia pasti lari ke US untuk perlindungan dan dapat publicity di CNN atau BBC. Dia akan jadi hero. Itu sebenarnya yang dia idamkan. Saya yakin sekiranya peraraakan Bersih diteruskan maka akan lebih ramai yang berjubah akan tidur atas jalan dan ramai akan mejerit-jerit nama Allah tanpa mereka sedari yang rugi adaalah orang islam tetapi heronya seorang perempuan India yang pernah dapat medal dari Clinton, Setiausaha Negara Amerika.

Iklas,

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Walaupun Dato' agak ragu2 tentang pembangunan di tanah Airport Sg. Besi, tapi jika jadi kenyataan perancangan PM DS Najib itu akan dapat juga kita lihat penghuninya dari kalangan Bumiputra walaupun mungkin hanya ada lebih kurang 30%.

2. Walaupun ia tak begitu banyak sangat peratusnya penghuni Bumiputra, tapi sekurangnya tidaklah sakit sangat mata kita memandangnya. Tapi kalau Dato' berkesempatan turun ke Kajang untuk menjamah Satey Kajang, Dato' boleh tengok dikiri kanan jalan ke Bandar Kajang dah bertukar landskapnya. Kalau dulu ia dipenuhi pokok2 warna hijau, tapi sekarang dah ada bermacam warna.

3. Bandar Kajang sekarang dah jadi "Car Junk". Sepanjang jalan ia dipenuhi dengan pameran kereta second hand yang berbagai jenis dan warna. Apa yang lebih menarik ialah apabila baru2 ini Kerajaan bercadang membangunkan penggangkutan MRT, terdapat kain rentang yang membantah kononnya nak mempertahankan "Kampung Tradisi Melayu". Malu saya tengok ungkapan protes dikain rentang itu.

4. Mereka rela membenarkan kawasan laman rumah mereka disewakan kepada Towkey Kereta Second hand dengan sewaan tak seberapa. Ada juga dari mereka yang terpaksa meminta izin dari Towkey Kereta Second hand apabila untuk menggunakan ruang laman mereka sendiri bagi mengadakan kenduri kendara. Tapi mereka tidak sanggup membenarkan sedikit kawasan mereka untuk pembagunan MRT bagi kepentingan rakyat.

Dan Kajang

A KADIR JASIN said...

Dato' Mazlan, bukan A Samad Ismail. Tan Sri Samad Ismail dah lama meninggal. Yang sdr maksudkan itu A Samad Said. Mungkin selain berpuisi, beliau kini barasa teringin berdemonstrasi. Itu haknya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato'Mazlan,

Sila layari website:

http://1mdb.com.my/

untuk mengetahui lanjut tentang syarikat 1MDB. Saya rasa semua informasi berkaitan dengan IMDB ada diwebsite tersebut.

Berkaitan dengan demo BERSIH. IT IS ALL RUBBISH !! Bodoh punya kerja. Yang berdemo nanti majoritinya orang Melayu dipergunakan. Apa benda sampai nak berdemo-demo. Tak mendatangkan faedah. Tak ada makna. Hanya terlalak, terjerit tak tentu pasal. Bangsa lain senyum sahaja melihat gelagat orang Melayu berkeliaran di jalanan habiskan masa saja. Cukuplah! Zaman demo-demo dah tak boleh pakai. Menyusahkan orang ramai je !! Nak tombangkan UMNO tunggulah PRU 13. Pangkahlah LIm Kit Siang, Karpal Singh, Elizabeth Wong !!


Cik

abdullahngah said...

Terlalu ramai yang tak tahu apa yang sudah berlaku.

Sebab itu, hingga sekarang ini masih ada yang tak dapat menilai kualiti kerajaan umno/BN.

Mereka selesa juga dengan bebanan yang diterpaksa di pikul membuat kehidupan keluarga tertekan.

Bukan setakat itu saja malahan mereka setuju dengan cakap Najib bahwa kerajaan ini adalah kerajaan kebajikan.

Tak dinafikan kerajaan banyak melakukan kebajikan, tetapi sangat tidak adil.

Ada pihak yang tak dapat bantuan kebajikan, kerana dia bukan orang kita, sedangkan mereka adalah rakyat negara ini.

bagi saya, ia berkaitan dengan ketidakadilan yang membuat rakyat tak sokong kerajaan.

Inilah yang membuat pihak kerajaan cuba pakai topeng agar ketidakadilan itu terlindung disebalik Islam.

Inilah juga membuat rakyat tak kenal wajah sebenar para pemimpin negara.

memang pun rakyat hingga hari tak kenal wajah sebenar para pemimpin.

Tak hairn jika ada yang masih mengatakan mereka itu adalah "muslim".

"Muslim" tak sama dengan umat islam, kerana umat islam terbahagi kepada 73 puak.

Muslim adalah nama khususiah kepada mereka yang patuh dengan ajaran islam. Demikian juga "mukmin".

Usah istilah muslim dan dan mukmin, malahan istilah "bangga" ramai yang tak tahu.

Pada hal "bangga" itu adalah "takbur" yang sama sekali tak harus di miliki oleh muslim.

Jika dia seorang muslim mustahil ucapan "saya berbangga jadi Melayu" meniti dari mulut kemulut dengan begitu ghairah.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Pada faham saya, tidak timbul langsung isu pengguguran penubuhan nergara Islam Malaysia oleh PAS. PAS tetap istiqomah memperjuangkannya hingga mencapai kejayaan. Perlembagaan parti wajib didukung tinggi.

Sebenarnya tiada garis pemisah antara negara Islam dengan negara berkebajikan. Penubuhan negara berkebajikan berlaku serentak dan seiring dengan penegakan negara Islam. Dengan kata lain, dalam negara Islam itulah berlakunya sistem negara berkebajikan sebagai pengisian pemerintahan dan pentadbiran.

Kita mesti faham bahawa PAS belum berkuasa. Tanpa kuasa, tiada apa yang PAS boleh lakukan. Setelah berkuasa penuh dengan izin Allah SWT nanti, barulah akan tertegaknya negara Islam Malaysia yang perlembagaan negaranya berdasar, bertunjang dan berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun Allah SWT tidak menyebut per se untuk dinamakan 'negara Islam', namun Allah SWT mengeluarkan perintah supaya manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini berhukum dengan hukum yang diturunkan olen-Nya. Maka secara automatis, apabila hukum Allah ditegakkan, terdirilah sebuah negara Islam.

Dalam masa yang sama, konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan pada masa ini akan terlaksana. Konsep negara berkebajikan ini berpaksikan dasar yang asas, antaranya:
i. keimanan kepada Allah SWT, ii. keadilan yang sesempurna mungkin dalam sistem kenegaraaan,
iii. pembahagian kekayaan yang berihsan,
iv. pemeliharaan dan penjagaan keselamatan, ketenteraman dan kemurnian hidup rakyat demi keamanan dan ketenteraman negara.

Oleh yang demikian, akan tercapai nanti matlamat penubuhan sebuah negara Islam "baldatun toyyibatun warabbun ghofur".

Wassalam.

Anonymous said...

Salam Dato'

Manusia ini ada yang menyokong ada yang menentang.Terpulanglah apa pun pilihan manusia tersebut.Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa Melayu saya hairan juga bila ada pihak mencanang dan hebohkan di internet atau dimana-mana bahawa kau sokong BN bodoh ada pula yang berkata sokong PR hancurkan bangsa hilang keistimewaan melayu dan berbagai perkara lah.Kita ini terikat pada PERLEMBAGAAN....perlembagaan negara ini. Ingin saya bertanya berapa ramai diantara kita telah membaca buku atau risalah Hak-hak kita sebagai rakyat yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan? Saya senderi belum habis membacanya kerana baru bermula itupun setelah teringat pesanan pensyarah ketika belajar 20 tahun lalu.
Apa pun yang tertulis didalam PERLEMBAGAAN yang telah diwartakan itu perlulah dipatuhi oleh rakyat Malaysia. Bagi saya tidak kira siapa pun yang memerintah selagi mereka mengikut PERLEMBAGAAN dan dipantau secara adil oleh badan-badan bebas yang dilantik tiada isu besar yang akan timbul. Sebab kalau cerita mengenai orang MELAYU akan hilang itu ini bila PR berkuasa, sekarang pun dah menyusut kuasa ekonomi MELAYU. Kuasa masih la pada majoriti orang Melayu tapi yang beria-ia nak mempertahankan kuasa ini adakah ikhlas disebabkan takut bangsa MELAYU yang lain bakal terpinggir atau kesenangan dan pangkat sendiri akan hilang?Perkara yang saya cukup kesalkan sehingga saat ini ialah mengapakah parti UMNO yang telah diberi peluang dan kuasa sehingga satu tahap telah kuat dan teguh sokongan diberikan menjadi alpa tentang menjaga kepentingan bangsa.Tidak bertelagah atau meminggirkan PAS ketika kuat dan tidak terlalu bertolak ansur hanya semata-mata inginkan terus undi dari org bukan Bumiputera. Diharapkan kita dapat berbalik semula kepada Perlembagaan Malaysia. Jika kita tak bersetuju atau tak puas hati pada intipati Perlembagaan rujuklah sejarah.Siapa yang merangka dan menggubalnya.
Dato'.....Negara Kebajikan atau 1 malaysia ni hanya slogan.Kalau pemerintah sendiri tak kira BN atau PR bila dan terasa sokongan rakyat kuat kemudian pinggirkan perlembagaan tak guna juga.Apa yang hampir pasti kini rakyat Malaysia tak paham pun Perlembagaan dan Rukun Negara.

Luahan Hati
Mutiara Damansara

Anonymous said...

Salam Dato'.

Hanya untuk berkongsi pada yang lupa atau terlupakan 'RUKUN NEGARA'. 3 perkara yang terakhir untuk situasi mutakhir kini.

3.KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Mutiara Damansara.

ORANGUTAN PENANG said...

Saudara Abdullahngah,

Perkara paling pokok kalu nak jadi Negara Kebajikan adalah ekonomi yang kukuh.

Norway,Sweden, Brunei dan negara yang kaya dengan minyak cuba melaksanakan dasar ini.

Saya tak nampak negeri yang di bawah PAS mampu melaksanakannya begitu jugak dengan BN.

Kalu takat nak bergebang dan tunggu rezeki turun dari langit,sampai bila pun keadilan takan sampai.

TK

kermitt said...

assalamualaikum..
mengenai negara berkebajikan ni saya ernah bertanya dengan orang kuat pas di kg saya.. beliau memberitahu PAS tidak pernah meninggalkan agenda negara Islam, negara berkebajikan adalah tema untuk pru akan datang, sesuai dengan keadaan ekonomi rakyat bawahan yang terhimpit dengan kenaikan harga barang dan nilai duit mengecil.. dan isu2 terkini seperti kos maintenance rumah PM, kos keluar negara yang tinggi dan hutang luar negara yang tak balance dengan pendapatan negara juga telah disampaikan kepada umum.. mengenai bersih2.0 itu adalah hak yang termaktub dalam perlembagaan, ia bukan satu perhimpunan untuk menimbulkan huru hara.. ia adalah hak rakyat utk mempraktiskan demokrasi.. di amerika syarikat satu ketika dulu golongan kulit hitam bersama sama kulit putih pun berhimpun memohon hak pekerjaan yang saksama di washington DC, adakah mereka ini di tangkap dan dihalang? tidak.. mereka disediakan bas... malah polis mengawal lalu lintas.. perhimpunan ini tidak akan menjadi ganas kecuali ada ajen provokasi.. http://www.youtube.com/watch?v=d7s30wFCqlw

suara timur said...

sdra Yangretibase, saudara nampaknya seorang yang bijak. jadi saya ingin bertanya, apakah yang yang saudara maksudkan Pas memerintah dengan bantuan DAP? Apakah setelah Pakatan menang Pas akan merampas kuasa Pakatan?
Saya bertanya itu kerana saya tak nampak sekarang ni Pas berkuasa dalam Pakatan.
Kalau pakatan menang dan Pas rampaskuasa, apa nak kita panggil Pas --?pengkhianat Pakatan?? Bagaimana pula Dap? apa tak mungkin juga akan jadi pengkhianat Pakatan??
Satu pakatan yang dianggotai bakal-bakal pengkhianat.
memang Anuar Ibrahim bila jumpa mana-mana ulama akan lembut lidah cakap pasal negara Islam kalau Pakatan menang. Saudara mungkin salah seorang yang mempercayainya.

suara timur said...

Dato', orang melayu ni dari dulu sampai sekarang memang suka berbalah. Bila dah berbalah dan berpuak,ape lagi, mintak pula bantuan luar. Kalau zaman sebelum penjajahan mereka suka minta tolong orang putih lawan musoh mereka. Bila menang adalah imbuhannya, dapat tanahlah, dapat pulaulah.
Ni dah lepas merdeka berbalah terus ,dari merdeka sampai sekarang.Bila rasa tak mampu menang , minta tolong extremist Cina. Senang cerita dua-dua pihak minta bantuan puak Cina. Yang satu Cina agak moderate, Yang satu dek tak ada cina moderate, minta bantuan Cina extremist. Nampak macam desperate sangat.
Ginilah Dato, saya cuma nak kata, kita dijajah 400 tahun oleh orang putih, masih boleh nampak cahaya merdeka, tapi kalau dijajah oleh Cina, agak-agak boleh merdeka tak. Saya tak nampak cahaya merdeka di Singapore.
Dato',
Dalam banyak-banyak keburokan umno, satu kabaikkan yang saya puji ialah kesungguhan mendidik anak bangsa dalam bidang pelajaran. Ukhrawi dan duniawi. Dalam bab ini umno tidak lokek. Inilah satu-satunya kerberuntungan yang membolehkan anak bangsa dapat mengangkat sedikit muka mereka dan dapat terus menapak di tanah air mereka.

Salam sejahtera.

hang_nadim2 said...

Salam Datuk dan Salam Semua

1) Bagi saya, baik 1 Malaysia ke atau negara berkebajikan, sama je, orang melayu masih banyak masalah yang tidak dapat di selesaikan.
2) Adalah malang bagi orang melayu, di mana negara ini di pimpin oleh orang melayu, seperti perdana menteri atau menteri besar, tetapi orang melayu masih lemah dari segi ekonomi, politik, akidah dan akhlak.
3) Setelah kita merdeka 53 tahun lebih, sepatutnya kita menjadi sebuah Negara maju. Lebih maju daripada Singapura. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
4) Malaysia sebagai Negara Islam, sepatutnya penghayatan islamnya mesti kukuh, di mana rasuah hampir-hampir tiada, begitu juga jenayah.
5) Mengenai harga barang yang sentiasa naik, terutamanya barang keperluan, ini di sebabkan kerajaan tidak bijak mengawalnya. Kerajaan memerlukan seorang pakar ekonomi yang bijak yang berfikiran luar biasa.
6) Perkara yang penting yang hendak saya kemukakan ialah masalah rumah.
Rumah merupakan keperluan asas selepas makanan dan pakaian. Sepatutnya kerajaan dapat mengawal harganya dan pemiliknya.
Kalau kerajaan bijak, rumah boleh di jadikan sebagai universiti pendidikan tak secara langsung. Dengan ini wujudlah beribu-ribu universiti di tanah air kita, selain daripada universiti yang sedia ada seperti universiti kebangsaan dan lain-lain lagi.

Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Apa kata Dato’ tulis sikit tentang Bersih ni. Saya pun nak tahu juga pandangan sebelah sana, boleh pakai ke tak…. Ada kata Bersih tu kotor, mufti kata Haram dan macam-macam lagi. Elok jugalah kita bagi peluang sebelah sana bagi pandangan mereka. Sekian cadangan saya. TQ.

abdullahngah said...

ORANGUTAN PENANG,

Apa kurangnya negara Arab. Dari segi ekonomi negara negara Arab memang kukuh. Tapi apa sudah jadi.

Berkebajikan bukan ekonomi saja.

Sebab itu saya dah kata ramai tak faham atau salah faham mengena berkebajikan.

berkebajikan ialah pemimpinnya yang sanggup berkorban apa saja terhadap rakyatnya.

Jika pemimpin utamakan harta sudah tentu kebajikan entah kemana.

Jika pemimpin pagar,Jangan harap dapat melaksanakan kebajikan terhadap rakyat.

Kukuh manapun ekonomi negara,akan hancur lebur jua, kerana abaikan kebajikan yang telah disyariat Islam.

Kebajikan adalah keadilan bermakna meletakkan suatu perkara kena pada tempatnya.

Anonymous said...

kermitt,

Masalahnya bukan tak boleh berdemo tapi tiap kali berdemo kita lihat mereka yang berdemo terlalak terpekik mengucap perkataan cacian yang kesat dan lucah yang menjijikan. Malangnya kebanyakkan orang yang berdemo adalah majoritinya orang Melayu. Ini bukan caranya untuk berdemo. Kita lihat ada perbezaan yang nyata bila orang barat berdemo dengan orang Melayu berdemo. Masih mentah dan tidak bersopan. Akhirnya akan memudharatkan keselamatan dan ketenteraman negara.

Kita belum lagi mencapai tahap masyarakat sivil yang benar-benar faham tentang erti berdemo. Bila berdemo tujuannya sudah lari hinggakan yang berdemo dah tak sedar diri kerana terlalu ghairah berkumpul beramai-ramai untuk menunjukan kekuatan mereka. Akhirnya menyusahkan orang ramai.

Cik

kermitt said...

saudara cik,
adakah saudara lihat ketika bersih 2007 berlaku perkara yang seperti saudara katakan? saya rasa tidak berlaku kerana unit amal mengawal dengan baik dan tiada provokasi.. tetapi berbeza dengan demo dari umno.. lihat saja baru baru ini mereka yang menggelarkan mereka patriot telah datang ke ibu pejabat pkr sambil mengugut dan mencerca.. ia jelas dan boleh dilihat di utube.. perhimpunan kepala lembu.. siap pijak kepala lembu.. siapa provokaturnya? yang saya lihat benar benar mahu menghuru harakan selangor pasca pru12.. adalah dari juak2 umno.. media perdana juga kelihatan sengaja mengapi apikan suasana.. lihat saja mereka yang menentang bersih.. mereka sentiasa menyebut perkataan yg berbaur ugutan walaupun belum lagi berdemo.. omardin.. perkasa.. patriot.. semuanya bagi saya berniat untuk menimbulkan huru hara.. mengapa mereka ini tidak berhimpun di lain hari.. tidak lah saya tahu sebabnya..

Anonymous said...

kermitt,

Saya tak tuduh UMNO, PAS atau PKR.
Saya mempersoalkan kematangan masyarakat Melayu berdemo. Masyarakat Melayu belum lagi mencapai tahap civil society apabila kita lihat cara mereka tiap kali berdemo. Ada kebodohannya apabila mereka berhimpun beramai-ramai baik dari UMNO, PAS atau PKR. Sama sahaja perangai mereka. Terpekiek, terlalak, terjerit macam orang tak siuman dan tak bersopan.

Demo Bersih untuk apa? Apa objektifnya? Objektifnya adalah BODOH !!Ini pendapat saya. Sdra mungkin berpendapat sebaliknya. Itu hak Sdra. Umur saya sudah hendak kekubur. Saya dah lama hidup dan tahu gelagat orang politik punya permainan. Tidak menguntungkan kita. Hanya dipergunakan untuk memuaskan nafsu pemimpin yang gelojoh untuk nak berkuasa baik UMNO, PKR atau PAS. Sama sahaja.

Jadi saya rasa dengan pengalaman hidup saya yang hampir nak kekubur saya layak menasihati sdra yang masih muda lagi (melihat gambar sdra) supaya berhati-hatilah apabila menilai sesuatu perkara supaya tidak memudharatkan bangsa kita.

Cik

saji said...

Sdr Cik

Mengapa masyarakat Melayu belum lagi mencapai tahap civil society ?

kermitt said...

Cik,
saya faham maksud cik itu, tetapi perhimpunan BERSIH ini bukanlah bertujuan untuk menumbangkan kerajaan, sesungguhnya adalah fitnah mengatakan perhimpunan tersebut untuk menggulingkan kerajaan.. ia adalah tuntutan yang selaras dengan demokrasi, iaitu menuntut pilihanraya dijalankan dengan adil dan bersih agar pilihanraya dijalankan di atas tanah yang rata dan tidak berat sebelah. Itu saja.. tetapi belum pun hujan guruh sudah berdentum mengatakan itu dan ini.. ia bagi saya hanyalah untuk menangguk di air keruh, untuk mengembalikan sokongan rakyat pada BN adalah mencipta 'ketakutan'.. sambil itu tambah mereka dengan tuduhan komunisme agar rakyat bertambah serong pada mereka.. tangkap sana tangkap sini.. cipta ketakutan.. semua ini (tangkapan & berat sebelah) hanya 'time bomb' untuk revolusi sebenar bakal berlaku sekiranya pihak pemerintah masih kekal bersikap anti demokrasi..

Anonymous said...

kermitt,

Kali ini saya tak payahlah nak sambut komen sdra. Sdra fikirlah sendiri. Gunakan akal yang ada pada sdra dengan sebaik-baiknya dan halusilah secara rational tujuan sebenar nak diadakan demo Bersih. Gunakan kebijaksanaan sdra untuk berfikir. Kalau sdra berfikir berlainan dengan pandangan saya, itu adalah hak sdra. Saya tetap dengan pandangan saya bahawa demo BERSIH ini tidak mendatangkan hasil yang produktif. Kerja BODOH !!! Nawaitunya tidak BERSIH sebenarnya!!!


Cik

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).