Friday, July 01, 2011

Antara Hak Asasi dan Ketenteraman Awam

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

 LATEST, July 9 - (Reuters/Malaysian Insider/Malaysiakini) POLICE set up roadblocks, deployed trucks mounted with water cannon and sealed off parts of Kuala Lumpur today as hundreds of anti-government protesters took to the streets in a show of strength against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Over 200 activists were detained and thousands of police fanned out across the city of 1.6 million people to stop the protest, which could derail Najib’s economic reforms programme.

A massive turnout could signal that the ruling National Front coalition was losing ground and may spur Najib to reconsider a snap election and delay painful economic reforms seen as essential to woo substantial foreign investment.

Polls are not due until 2013 but analysts have said Najib is likely to seek an early mandate after economic growth accelerated to a 10-year high in 2010.

Bersih has vowed to bring together tens of thousands of supporters this afternoon in the city’s downtown area to demand electoral reforms. It could be the biggest anti-government demonstration since Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sacking as Deputy Prime Minister in 1998 led to violent street rallies.

Malaysiakini reported that 400 protesters had been arrested, suggesting that they were supporters of Bersih and the Umno youth. Bernama had so far not reported about the demonstration, instead it reported about distruption to businesses and traffic congestion. The Star Online reported lockdown of the City and the firing of teargas, adding that police have sealed off all major roads leading to the heart of the capital, telling people to stay away from any rally Saturday.




MUTAKHIR, 5 Julai - KETUA Bersih, Ambiga Sreeneasan, berkata selepas mengadap Yang Dipertuan Agong, yang tunjuk perasaan di ibu negara 9 Julai ini dibatalkan. Sebaliknya, satu perhimpunan akan diadakan di dalam sebuah stadium. Junjung kasih Tuanku. Terima kasih Pak Lah. Harap-harap segala pahat karat tidaklah berbunyi kerana rumah sudah elok dibina. Macam saya kata, hak berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan. Kita hormatilah Perlembagaan. 

MUTAKHIR, 2 Julai - Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram - seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.


Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.

“Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai (semalam),” kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman hari ini. - Malaysian Insider


Posting Asal

BEBERAPA orang pembahas dan kenalan kedai kopi bertanya mengapa saya tidak menulis mengenai cadangan tunjuk perasaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Sebenarnya, saya sudah menulis mengenainya beberapa bulan lalu dalam majalah ekonomi dan perniagaan Malaysian Business. Pertama, saya berkata, adalah kesilapan bagi kerajaan dan Barisan Nasional bercakap mengenai pilihan raya umum (PRU) terlalu awal.

Kedua saya berkata, saya sedikit pun tidak ragu-ragu Pakatan Rakyat dan barisan bersekutunya akan mengambil kesempatan daripada khabar angin pilihan raya itu untuk mengadakan demonstrasi jalanan.

Saya berkata lagi, pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga 2013 dan membuat spekulasi mengenai kemungkinan ia diadakan lebih awal akan menyebabkan tunjuk perasaan jalanan seperti yang berlaku pada 2007 berulang lagi.

Walaupun ramai antara kita mudah lupa – mungkin kerana menderita sindrom awalan Alzheimer - tentu tidak semua sudah lupa tunjuk perasaan haram Bersih dan protes haram pertubuhan haram Hindu Rights Action Front (Hindraf) pada tahun 2007.

Kedua-dua protes yang mengganggu ketenteraman dan keselesaan awam itu diadakan sebaik sahaja pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi membuka mulut bercakap mengenai PRU.

Pakatan Sudah Merasa Darah

Dalam rencana Malaysian Business itu, saya juga berkata pembangkang dan barisan bersatunya “sudah merasa keenakan darah” dan akan mengulanginya kerana protes 2007 membantu mereka dalam PRU 2008.

Jadi, manakala kerajaan dan BN seronok bercakap mengenai kemungkinan PRU awal kerana hanya mereka tahu tarikh sebenar bila ia akan diadakan, PR dan barisan bersatunya sudah bersedia untuk bertindak. Maka tidak hairanlah PR dan parti-parti komponennya teguh di belakang demonstrasi Bersih.

Haram atau halal tidak menjadi masalah. Kalau haram, penganjur dan pesertanya mungkin dikenakan tindakan. Itulah yang dinanti-nanti kerana ia memberi peluang kepada mereka menuduh kerajaan dan BN sebagai tidak menghormati Perlembagaan, tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi dan takut kepada reaksi massa.

Itulah yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Beliau sudah pun membuat tuduhan terbuka bahawa pemimpin BN yang “korup dan jahat” (corrupt and wicked) akan melakukan apa saja untuk terus berkuasa – tidak mengapa jika korupsi moral dan “wickedness” juga berlaku di pihak pembangkang.

Kerajaan dan BN mungkin berasa lega dengan kutukan massa terhadap penganjur tunjuk perasaan seperti yang dicanangkan oleh media massa arus perdana dan blog-blog partisan prokerajaan, pro-BN dan pro-Umno. Tetapi kerajaan dan BN tidak akan menjadi lebih kuat hanya dengan memburukkan pembangkang dan penunjuk perasaan.

Ya, tindakan mereka akan mengganggu ketenteraman, keselesaan dan keselamatan awam. Tetapi kerajaan dan BN juga wajib melihat ke dalam diri mereka sendiri.

Siapakah yang membuka pintu kuala atas nama keterbukaan, liberalisasi, globalisasi dan pelbagai jargon lagi kalau bukan kerajaan BN pada era Abdullah?

Siapakah yang menyebabkan begitu ramai orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong Umno, meluat, menyampah dan benci kepada Umno dan BN? Orang Melayu marah kerana berasa kepentingan mereka diabaikan manakala beberapa kerat “lembu suci” diberikan keutamaan dan perlindungan.

Orang bukan Melayu pula marah kerana berasa janji-janji kepada mereka tidak ditunaikan.

Abdullah membebankan Umno, BN dan kerajaan dengan beberapa kerat suku sakat, sahabat dan budak-budak Tingkat Empat. Soalnya, apakah Umno, BN dan kerajaan pasca-Abdullah bersih daripada ciri-ciri yang memualkan ini?

Siapa Yang Menonjolkan Ambiga?

Siapakah Ambiga Sreeneasan ini kalau bukan “ciptaan” era Abdullah kerana kononnya dia ini sederhana dan bersimpati dengan kerajaan? Dia ditimang ibarat minyak yang penuh oleh budak-budak Abdullah ketika dia menjadi Presiden Majlis Peguam.

Jadi, jangan marah kepada Ambiga jika hari ini dia begitu berkuasa, berpengaruh, dicintai pembangkang dan diyakini oleh Melayu, Cina dan India, haji dan lebai.

Benar PR juga mempunyai masalah. Kepemimpinannya juga sedang dilanda pelbagai kemelut moral dan intelektual, korup dan “wicked”.

Tetapi, adakah kita, sebagai pengundi dan pembayar cukai (dan mungkin juga patriot), sedia menerima situasi di mana kita terpaksa memilih yang terbaik daripada kalangan yang buruk untuk memimpin dan memerintah kita?

Saya bernasib buruk melihat dan mendengar kesan dahsyat peristiwa 13 Mei, 1969 (saya mula bekerja di Kuala Lumpur sebulan selepasnya). Tapi saya bernasib baik dapat belajar daripada peristiwa itu. Maka, biar seoptimistik mana pun saya mengenai Malaysia pasca-13 Mei, namun tertanam di dalam “subconscious” saya kebimbangan mengenai kemungkinan peristiwa seperti itu berulang.

Kalau orang lain tidak takut, itu hak mereka. Mungkin mereka berani. Mungkin mereka kebal – tikam tak mati, tembak tak lut. Atau mungkin juga kerana mereka buta sejarah atau seronok datang percuma ke ibu negara.

Saya takut bila timbul cakap-cakap ada pihak lain bercadang mengadakan tunjuk perasaan balas bagi menjawab tunjuk perasaan PR/Bersih.

Ini tidak mustahil. BN, khasnya Umno, tentu sedar jika ia tidak bertindak balas, ia akan rugi. Ia akan dianggap pengecut oleh penyokongnya sendiri. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mungkin telah menyedari hal ini.

Dan jika Perkasa turut sama, keadaan akan menjadi lebih kacau bagi Umno dan parti-parti Melayu/Islam dalam PR. Mereka mungkin hilang lebih banyak sokongan dan keyakinan orang Melayu.

Tidak mengapa kalau hendak mengutuk dan memperkecilkan Ibrahim Ali, tetapi cuba tanya diri sendiri mengapa begitu ramai orang Melayu, termasuk cendekiawan dan ahli profesional, menyokong beliau dan pergerakannya?

Awas Kesan Aksi dan Reaksi

Tindakan dan tindak balas seperti inilah yang membawa kepada ketegangan masa lampau. Peristiwa pada 13 Mei 1969 bermula dengan perarakan kemenangan DAP yang dibalas oleh perarakan kemenangan Umno.

Operasi Lalang 1987 bermula dengan agenda pendidikan Cina yang dijuarai Pemuda MCA dan dilarikan oleh DAP menyebabkan orang Melayu dan Pemuda Umno bertindak balas.

Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tentu belum lupa kerana beliaulah yang mengepalai protes balas Melayu di Kampung Baru yang berkesudahan dengan ramai penyokongnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun beliau sendiri terselamat.

Ada orang berkata, Malaysia sudah berubah dan lebih toleransi. Malah mereka begitu yakin peristiwa seperti 13 Mei, 1969 tidak akan berulang dan sesiapa yang bercakap mengenainya berhasrat menghasut dan menakut-nakutkan.

Tetapi saya berkata, lebih baik berhati-hati daripada menyesal kemudian hari. Saya tidak boleh dan tidak akan menghalang sesiapa pun mengadakan perhimpunan aman (peaceful assembly) kerana ia dijamin oleh perlembagaan, tetapi saya juga tidak boleh dan tidak akan menghalang polis daripada menjalankan tugas seperti yang mereka fikirkan wajar.

Kebebasan Tidak Pernah Mutlak

Kalau kita memahami Perlembagaan dan berpegang kepada prinsip demokrasi, kita pasti akui bahawa menangani ancaman demonstrasi Bersih atau mana-mana juga tunjuk perasaan adalah lebih rumit daripada yang digambarkan oleh media massa kedua-dua belah pihak.

Pertama, Perlembagaan menjamin hak rakyat jelata berhimpun secara aman. Perkara 10(1) memberikan hak bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. Tetapi hak itu tidaklah mutlak. Perkara10 (2), (3) dan (4), dengan jelas membenarkan Parlimen mengenakan sekatan demi keselamatan negara, perhubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam, moral, melindungi keistimewaan Parlimen, menghalang penghinaan mahkamah, mencegah fitnah dan hasutan.

Kedua, Perlembagaan memberi hak kepada polis menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Polis berkewajipan melindungi orang ramai. Dan orang ramai itu termasuklah penunjuk perasaan sah dan aman.

Hari ini, antara frasa yang kerap dimanterakan oleh kedua-dua belah pihak – BN dan PR – ialah “rakyat sudah matang”. Tetapi dalam jargon partisan mereka, rakyat hanya matang jika menyokong dan memangkah mereka.

Dalam menghadapi dan menangani demonstrasi partisan khasnya dan ketidakpatuhan sivil amnya, kedua-dua belah pihak hendaklah berhati-hati agar rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Tidak semua matlamat unggul dan tidak semua cara halal. Matlamat tidak semestinya menghalalkan cara. Dan tidak semua manusia waras, sabar dan cintakan ketenteraman.

195 comments:

besi said...

kalau susah sangat nak dapat permit untuk buat perhimpunan aman.adalah lebih baik peruntukan perkara 10 dlm perlembagaan itu dibuang sahaja...abis cerita.

Anonymous said...

saya salah seorang yang berarak sewaktu perhimpunan bersih yang lalu, sewaktu di masjid jamek telah diberitahu supaya kita hanya berarak secara aman, tapi apa yang berlaku didepan saya seorang hamba allah telah menumbuk pintu pagar masjid, dan petugas terus meenahan beliau dan ditarik kebelakang, pada pandangan saya ketika itu beliau bukanlah dari kalangan kami yang memperjuangkan bersih pada ketika itu.

mohd paizal

saji said...

Salam Dakj

Jika 8 tuntutan BERSIH/ 2.0 dianggap sebagai punca demonstrasi jalanan pada Julai 9 ini, kat mana tidak rasionalnya 8 tuntutan BERSIH/ 2.0 tersebut yang menyebabkan pihak SPR sukar melayannya?

saji said...

Salam Dakj

Jika peristiwa 13Mei, 1969 melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB),
apakah akan lahir satu lagi dasar negara bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan orang Melayu seperti DEB itu jika demonstrasi jalanan BERSIH 2.0/ akan mengulagi apa yang berlaku pada 13 Mei, 1969 seperti yang Dato' bayangkan dalam posting ini?

awang batuburok said...

salam Dato,

terimakasih kerana mengemukakan nasihat agar rakyat menghormati perlembagaan,sistem undang-undang dan kehakiman negara agar tidak terhina.

hakikat yang berlaku sekarang saya berpendapat sistem undang-undang dan kehakiman negara sudah pun terhina dengan sikap "double standard" dan tidak konsisten dalam perlaksanaan olih pihak berkuasa.

tilam KOTOR, video KOTOR, cadar KOTOR, seluar dalam KOTOR sudah diarak keluar masuk kedalam mahkamah dan kemaluan KOTOR berlendir pun sudah ditayangkan secara langsung dalam media elektronik milik kerajaan.

maaf cakap Dato, sekarang ni susah kita nak cegah generasi muda dari bercakap perkara-perkara KOTOR sebab itu sudah jadi tajuk utama yang ditayangkan setiap hari dalam media sekarang ini.

saya sangat bimbang kalau-kalau yg menentang perhimpunan tuntutan BERSIH akan diberi permit untuk menganjurkan himpunan KOTOR pula selepas ini.

Quantum Metal Consultant said...

Dato', saya tidak merasa ada kesilapan kerajaan dalam menganginkan pilihanraya akan di adakan lebih awal hingga munculnya usaha demo BERSIH seperti ini. Samada di anginkan awal atau betul betul 2013, demo2 seperti ini akan muncul juga dan jika kerajaan serta polis tidak ada pengalaman seperti sekarang, ia menambatrumitkan lagi kaedah pengawalan yang sekarang inipun namapak ada kurang dan lemah di sana sini.

Saya bersetuju demo yang semakin kerap mahu diadakan sekerang berpunca dari sikap yang ingin jadi jaguh 'keterbukaan'di era Paklah, malah lebih dari itu saya berpendapat segala masalah dan bala yang menimpa umat Melayu, Islam dan Malaysia dhari ini berpunca sebaik sahaja Mahathir meletak jawatan.

Di era Mahathir, bukan tidak ada kelemahan atau kesilapan berlaku tetapi tetapi semua itu dapat di atasi dengan cara yang bijak dan diyakini rakyat. Padat dan tegas. Rakyat mudah tidur lena untuk mencari makan esok hari.

Ramai dari kita, rakyat Melayu dan Islam sedar segala kepincangan di era Paklah tetapi malangnya di peringkat pemimpin sebangsa dan seugama, kenapa mereka seolah masih terikat kaki dan tangan, mulut disumbat sehingga begitu kaku, 'tolol' serta koro. Semua ini akan berkemungkinan akan berlaku lagi keadaan tsunami pilihanraya seperti 2008. Rakyat masih tidak yakin dengan kerajaan yang ada walaupun pilihan lain (pembangkang) jauh lebih cerca merba.

Tidak nampak ada tanda2 UMNO akan pulih kerana tidak ada pemimpin yang berpotensi, begitu juga PAS yang pada mulanya boleh diletakkan sedikit harapan rupanya lebih mudah hanyut, lintang pukang dengan impian putrajaya mereka.

Apa pilihan kita?

Serious Shepherd said...

MCA pun pernah buat demo anti hudud kat depan pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Takde pun PAS buat counter-demo depan Bangunan MCA, walaupun pada kadar yang sama.

Mampukah Perkasa dan KJ boleh contohi kematangan politik seperti ini?

OKJ said...

Salam Dato’

Memang best baca artikel Dato’ni. Gaya olahannya pun ada kelas tersendiri. Cuma apa yg saya nampak ialah Dato’ masih marah terhadap YAB PM dulu. Beginilah… Yang sudah tu sudahlah. Bukanlah saya ni baik & pemaaf sangat, tapi saya dah maafkan dah pun beliau. Dan juga bukannya semua penasihat beliau tak bagus. Ada juga yg bagus-bagus, sebab itulah YAB Dato’ Seri Presiden ambil balik jadi laksamana dan hulubalangnya. Itupun, bagi saya memang adil dan kena pada tempatnya.

Keduanya, bagi sayalah, YAB Dato’ Seri Presiden nak buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau menjadi PM bukan atas tiket ihsan orang, tapi atas kemampuan beliau sendiri. Beliau juga tak ingin menjadi PM Malaysia jika tidak direstui oleh rakyat. DAN saya cukup yakin rakyat Malaysia yg matang akan merestuinya. Sebabnya, kalau saya jadi PM pun, saya akan buat benda yg sama. Barulah ‘Anak Jantan’ namanya.

Berkenaan Bersih ni pula, saya cukup tak faham kenapa ada orang Islam boleh sokong orang yg pernah perjuangkan orang murtad. Gila ke apa ni?? Bila bercakap je, sebok kata manusia akan dihisab di akhirat bersama pemimpin mereka. So, agak-agaknya, macam mana golongan yg berotak dikepala lutut ni di padang masyar nanti? DAN setakat ni, kita tak mendengar lagi mana-mana pemimpin yg kononnya lebih Islam bertaubat nasuha dan mengaku kesilapan kepada masyarakat Malaysia sebab mengatakan VIDEO SEX tersebut adalah fitnah dari UMNO. Susah jugak nak lalui titian Siratul Mustaqim nanti, takut-takut terjatuh je. INGAT-INGAT sikit, susah nanti. Kata orang, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Akhir kata, tak payahlah buat demo yg tak berguna tu. Juga tak payahlah nak membodohkan rakyat Malaysia sebab ‘trick lama’ dah basi dah pun. Rakyat Malaysia juga tahu hanya parti yg pondan saja takut menghadapi seterunya secara berdepan dan terpaksalah gunakan taktik lain untuk tutup malu. Sekian TQ.

mekyam said...

salam tok scribe!

pd hemat saya, ini antara dua-tiga analisis yg terbaik ttg isu ini yg telah saya baca. berbaloi tunggu pandangan tok scribe. jitu, objektif dan tidak cuba menimbulkan emosi yg tidak diperlukan memandangkan situasi.

harap tok scribe ok jika saya menampalkan pautan masukan ini di dinding status FB saya. terima kasih didahulukan.

Bekas Tentera said...

Datuk Kadir,
Generasi muda tidak merasai atau melihat api yang menjulang membakar bangunan di Chow Kit, Jalan Ampang dan berbagai tempat lagi disekitar Kuala Lumpur. Masa itu saya sudah bertugas sebagai anggota tentera.

Malahan saya juga melihat mayat wanita tua terapung di dalam tasik dengan perut kembung. Dengar ceritanya wanita ini melarikan diri setelah rumahnya diserang. Dalam gelap gelita dia terjatuh ke dalam tasik. Sayu sungguh melihat mayat tersebut. Pokoknya wanita tua ini tidak tahu apa-apa. Dia bukan orang politik. Dia tidak ada apa-apa kepentingan. Tapi dia yang menjadi mangsa apabila gajah sama gajah bertempur.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Mekyam, terima kasih dan dipersilakan. Ambil dan tampalkanlah dalam buku wajah anda.

Pembahas Bekas Tentera, saya melihat mayat dan menemui keluarga mangsa di rumah mayat Hospital Besar Kuala Lumpur.

Ibu Melayu, Cina dan India menangis. Ada yang berpelukan sedangkan anak-anak mereka mati bergaduh atau menjadi mangsa pergaduhan.

Provokasi akan dibalas provokasi. Khabarnya "ketegangan" sudah meletus di Pulau Pinang.

Saya selalu berkata, siapa yang menabur angin akan menuai badai.

Wallahualam.

azhar said...

salam dakj

mereka yang hendak berdemo mungkin tidak ada pengalaman seperti dato dan tidak pernah baca sejarah 13mei.

dalam masa yang sama kejadian rakyat berdemo berlaku dimana mana dengan pelbagai tujuan.

untuk negara kita saya rasa demo tidak berapa sesuai dan demo bersih 2 lagi tak sesuai.tidak sesuai tak payah lah saya jelaskan.bagi orang yang tahu ilmu politik mereka tentu sangat faham jenis demo ini.

macammana pun sekiranya demo ini terjadi dan berakhir seperti 13 mei ia akan jadi satu pelajaran dan pengajaran kepada rakyat malaysia untuk selama 40 tahun akan datang.

dan kesan buruknya semua rakyat malaysia akan menanggungnya walau pun mereka tidak pergi berdemo.

kalau malaysia boleh merdeka dengan cara tidak berperang tetapi mengunakan akal apakah kita tidak boleh menyelesaika masalah dalaman dengan mengunakan akal.

disinilah saya melihat bahawa ianya seperti ada agenda yang lebih dari apa yang diberitahu kepada kita.

ORANGUTAN PENANG said...

SAUDARA SAJI,


Tuntutan BERSIH terdiri daripada 8 perkara, iaitu:

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

YANG 5 SAMPAI 8 TU SAMPAI KIAMAT PUN TAK HABIH

TK

Anonymous said...

a,kum,datuk masih bermazhab mahathir,banyak cerdik pandai melayu menjadi makanan nya. syukran
```fauzi

husin syedmohamad said...

1/ Sebab dan akibat ( cause and effect), demostrasi dan tunjuk perasaan, adakah kesan dari kurang ruang untuk bersuara dan memberi pandangan oleh mereka yang berbeza pendapat?.
2/ Media perdana juga mungkin menjadi punca perasaan tidak yakin sebahagian rakyat kerana bercanggah dengan realiti dilapangan.
3/ Pembangkang pasti akan menggunakan semua option untuk mencari pengaruh, tindakan tersebut lumrah dalam demokrasi. Pemerintah wajar bijaksana untuk memberi respon , terutama memberi butiran dan kaedah penerangan yang mampu diterima rakyat. Saya tidak fikir agensi penerangan mampu dan berjaya untuk melaksanakan tugas tersebut.
4/ Pihak yang telah diberi kuasa tersebut jangan tersangat merendahkan kebijaksanaan rakyat. Tulisan Datuk dalam Malaysian Business setiap 2 minggu membuatkan saya berfikir akan nasib anak cucu saya, dan mereka yang sebangsa. Tajuk bulan Julai, contohnya, sukar saya fahami bagaimana MAS kerugian besar ( pada saya besar) setelah begitu diangkat pemulihanya oleh DS Idris Jala hanya beberapa purnama sahaja..
5/ saya tidak setuju dengan demostrasi jalanan, baik penyokong atau pembangkan pemerintahan, kerana kita belum matang. saya juga tidak bersetuju kurang ruang untuk bersuara bagi mereka yang berbeza pandangan untuk menyampaikan pendangan mereka.

Anonymous said...

YBhg Datuk AKJ,

Saya sangat bersetuju bhw PRU tidak perlu diadakan sehingga 2013, kecualilah jika PM merasakan ego beliau agak goyang kerana mandat dan barisan kabinet yg beliau pusakai bukanlah ‘direct endorsement’ daripada rakyat kpd beliau.

Saya berdoa agar PM tidak mementingkan ego peribadi melebihi kepentingan parti, Barisan Nasional, kerajaan dan negara kerana banyak faktor yg tidak menyebelahi beliau jika PRU diadakan sebelum 2013.

Pada saya, mengapa perlu mengulangi kesilapan yg sama seperti mengadakan PRU secara tergesa2 seperti yg berlaku pada zaman Pak Lah? Bukankah tindakan terlalu yakin terhadap kekuatan BN ketika itu telah membawa bencana? Bukankah nasihat2 dari pakar2 penasihat ketika itu semuanya ibarat nujum pak belalang belaka?

Walaupun PM Najib telah byk memperkenalkan beberapa slogan serta mengubah polisi2 tertentu di dalam parti & kerajaan, sentimen marah atau perasaan tidak puas hati rakyat terhadap Umno & BN seperti apa yg berlaku ketika tahun 2008, masih belum pulih sepenuhnya. Banyak lagi perkara2 yg perlu Umno & BN perbetulkan dahulu sebelum boleh mengatakan dgn yakin bhw sokongan rakyat sudah berduyun2 kembali datang.

Dalam pada itu pula, parti2 komponen BN pun bukan semuanya sudah pulih dari nazak. Jika tidak kerana Umno yg sudah sedikit sebanyak bangun dari tidor, kekuatan parti2 komponen BN yg lain bolehlah dikatakan sebagai menumpang tuah Umno shj, terutama di dalam beberapa pilihan raya kecil yg lepas.

Kemuafakatan di antara parti2 komponen BN juga tidak ternampak sebagai bulat dan padu. Terdapat beberapa isu yg agak besar & penting di hati rakyat, terutamanya di hati orang2 Melayu, yg parti2 komponen BN tidak menunjukkan kemuafakatan. Contohnya, isu2 agama Islam, isu2 ekonomi, isu2 biasiswa, isu2 sastera Melayu, dsb; yg ternampak parti2 komponen BN memberi tekanan pula kpd Umno.

Mana mungkin parti2 komponen BN yg bukan shj belum pulih dari nazak malah menumpang tuah Umno akan mendapat sokongan drp masyarakat Melayu jika parti2 itu tidak menunjukkan sokongan padu terhadap isu2 yg diperjuangkan oleh Umno?

Selain daripada itu, sentimen rakyat terhadap ekonomi juga tidak banyak perbezaannya di antara sekarang dan tahun 2008. Walaupun kerajaan berjaya membendung kadar inflasi, namun kesan drp inflasi tersebut telah menyebabkan banyak kenaikan harga barang2 dan perkhimatan tidak dapat diturunkan semula harganya kpd harga sebelum inflasi melambung. Maklumlah, bila sudah naik, susah nak turun.

Ini semua menyumbang kpd bara ketidakpuasan hati rakyat masih membahang. Jadi, tidak sesuai sangat jika masih nak teruskan PRU pada tahun ini.

Terima kasih
Azman Mohd Isa

ORANGUTAN PENANG said...

SAUDARA OKJ,

Awat hang kata yang sudah, sudah lah!

Apa yang Pak Lah buat tu kita kena selalu ungkit agar jangan pisang berbuah dua kali.

Biaq pemimpin Melayu lani dan akan datang sentiasa beringat.

Sokong pun kalu bawak rebah lagi ghapla jingga.

TK

Anonymous said...

Salam Dato',

Walau pun BERSIH 2.0 nampaknya spt anjuran NGO, namun agak sukar utk tidak melihatnya sbg aktiviti PR. Kita telah melalui 12 PRU dan ratusan PRK, namun beberapa isu yg menyangkut ketelusan dan keadilan dalam pelaksanaan PRU/PRK masih disuarakan, khususnya oleh PR. Isu daftar pengundi aka pengundi hantu dan isu undi pos masih belum memuaskan semua pihak yg terlibat dalam pilihanraya. Keliatan atau kelembapan SPR bertindak menangangi isu-isu tersebut secara tuntas menyebabkan SPR dilihat spt menjadi instrumen BN untuk memenangkan mereka. Sama ada disedarinya atau tidak, dalam Siaran Langsung TV Pengerusi SPR telah menunjukkan tingkahlaku yang boleh diconstrue sbg berpihak kepada BN pada malam pengiraan undi PRN Sarawak yg baru lalu. Tentu beliau boleh menjadi penyokong die-hard BN, itu haknya tetapi kapasitinya pada malam itu adalah Pengerusi SPR, iaitu satu instrumen kerajaan. Sebagai instrumen negara, SPR mesti neutral dan mesti nampak neutral. The same applies to PDRM and to ALL other govt apparatus.

Bukan mudah untuk ajak orang ramai menyertai demonstrasi apatahlagi jika belantan, gas pemedih mata dan water cannon FRU siap sedia menantinya. Jika ramai juga yg sanggup datang bermakna mereka ada genuine cause utk berbuat demikian. Saya tidak akan turut serta kerana saya jenis manusia yg tak mahu ambil risiko (pengecut? selfish?) tetapi saya tidak akan mencemuhnya kerana saya yakin mereka ada sebab yg tulen untuk berbuat demikian. Label atau istilah perhimpunan haram @ tak ada permit hanyalah manifestasi daripada apa yg telah diungkapkan oleh golongan post-modernist selepas Perang Dunia II dulu, iaitu "Language is a game of power".

BERSIH 2.0, jika menjadi kenyataan, adalah satu event. Satu hukum alam yg tak pernah gagal berlaku ialah setiap inovasi, termasuklah inovasi sosio-politik dan kenegaraan, memerlukan banyak event utk menjadikannya berlaku. Misalnya inovasi sosio-politik spt DEB berlaku kerana macam-macam event, antaranya event DAP mengarak penyapu (utk menyapu Melayu masuk hutan), kemudian event Datuk Harun berarak di Kg Baru, dan event rusuhan kaum 13 Mei berlaku, dan macam-macam event lain. Ramai antara kita menikmati DEB kini tetapi kita atau ibu-bapa kita dulu mungkin antara yg tak mahu ikut serta Datuk Harun berarak di Kg Baru.

Awal tahun 1960an dulu dirantau Asia, negara kita hanya nombor 2 dibawah Jepun. Korea Selatan dibawah kita. Negara Singapura belum wujud lagi. Sekarang kita sudah ditinggalkan jauh oleh Jepun dan Korea Selatan. Singapura? Lu fikirlah sendiri kata Nabil. Mesti ada yg tak kena dengan kita sehingga begini jadinya. Satu yang saya nampak, ketelusan dan good governance. Dalam konteks inilah saya tak mahu cemuh BERSIH 2.0 walaupun mungkin saya akan susah kerananya sebab saya ada kerja perlu disempurnakan di KL pada 6 hingga 9 Julai di KL. Sekarang pun, gara-gara sekatan jalanraya oleh PDRM disetiap pintu masuk tol sejak seminggu lepas telah pun menyusahkan pergerakan. Banyak masa terbuang, lebih banyak asap kenderaan dilepaskan utk mencemarkan alam dan lebih banyak petrol terbakar sia-sia. Mudah-mudahan ada hikmahnya.

Pak Hj JB

Anonymous said...

andaikanlah, kalau tiba-tiba penyokong pemerintah dapat kumpulkan setengah juta orang untuk berhimpun diKL untuk tunjukkan sokongan rakyat (pada waktu lain dari himpunan BERSIH), adakah layanan polis akan sama seperti ugutan terhadap BERSIH? atau kita terpaksa menerima hakikat hidup didalam negara dunia ketiga, setiap undang-undang sentiasa ada dua kelas. dan setiap pemain api perkauman sentiasa dilindungi. kalau begini hakikatnya, apa lagi yang kita nak harapkan kepada yang bukan islam untuk hormat kepada penganut islam. kita lebih bangga orang takut kepada kita, selagi berkuasa.

darikamunting.

saji said...

Salam Dakj

"Kalau kita memahami Perlembagaan dan berpegang kepada prinsip demokrasi, kita pasti akui bahawa menangani ancaman demonstrasi Bersih atau mana-mana juga tunjuk perasaan adalah lebih rumit daripada yang digambarkan oleh media massa kedua-dua belah pihak.

Pertama, Perlembagaan menjamin hak rakyat jelata berhimpun secara aman. Perkara 10(1) memberikan hak bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. Tetapi hak itu tidaklah mutlak. Perkara10 (2), (3) dan (4), dengan jelas membenarkan Parlimen mengenakan sekatan demi keselamatan negara, perhubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam, moral, melindungi keistimewaan Parlimen, menghalang penghinaan mahkamah, mencegah fitnah dan hasutan."

Komen:

Yang menjadi RUMIT untuk rakyat memahami Perlembagaan di bawah Perkara 10 dan sub2nya di atas ia gubal dengan begitu cara untuk rakyat memahaminya banyak bergantung kepada struktur NIALI yang dipegang oleh setiap rakyat tentang pentingnya atau tidak pentingnya berdemonstrasi dalam mencetus dan menyelesaikan isu rakyat dalam menterjemahkan prinsip demokrasi, yang memberikan hak bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Tahniah Dato'. Memang tepat bahawa kebebasan tidak mutlak terutamanya keadaan sosio politik Malaysia yang unik dan sangat rapoh. Boleh meletup dengan mudah. Penganjur Bersih mungkin tidak sedar apa yang akan berlaku kepada Negara apabila berlaku provokasi semasa perhimpunan yang melibatkan pulohan ribu manusia.

2. Saya berpendapat tidak ada satu sistem yang seratus peratus sempurna dalam dunia ini. Sekiranya parti-parti dalam Pakatan Rakyat merasakan diri mereka sudah cukop kuat mengapa perlu diwujudkan keadaan huru hara sebelum PR13. Bekerja secara aman dan bila PR13 diadakan dan sekiranya mereka dapat kemenangan majoriti, bentuklah Kerajaan yang mereka hajatkan. Tetapi kalau huru hara diwujudkan, saya tak fikir mudah bagi bagi mereka untuk bentuk Kerajaan yang setabil sekiranya mereka menang PR13 nanti. Pakatan Rakyat jangan ulangi kesilapan pembangkang yang mengakibatkan Mei 13 yang akhirnya Kerajaan Perikatan mengistiharkan darurat dan menggantung Parlimen. Kesilapan terbesarnya apabila DAP mengadakan perarakan kemenangan selepas pilehanraya dan membuat provokasi yang sangat dasyat terhadap UMNO. Akhirnya UMNO bertindak balas mengadakan perarakan yang serupa pada hari berikutnya sehingga mencetuskan peristiwa berdarah.

3. Negara sekarang berada dalam keadaan baik. Berjuta buroh asing bekerja mencari rezeki. Iklim pelaboran juga baik yang membawa masuk pelaburan modal asing membuka peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Graduan kita dihasilkan beratus ribu setiap tahun perlukan peluang kerja dan sekarang ini mereka berupaya diserapkan dalam keadaan ekonomi yang berkembang. Kalau Kerajan dapat terus mengekal pertumbuhan ekonomi sekitar 5 atau 6 peratus setahun, negara akan senantiasa menikmati penggunan tenaga penuh dan taraf hidup rakyat akan senanantiasa meningkat. Taraf hidup keselurohan rakyat telah meningkat dengan infrastruktur fizikal dan sosial terus ditingkatkan. Program pembasmian kemiskinan terus menghapuskan kemiskinan tegar. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa terus diberi perhatian oleh kerajaan melalui SPRM. Namun demikian kita tidak boleh perfect. Akan senantiasa ada ruang untuk pembaikan. Tetapi bukan dengan kaidah bakar kelambu sehingga rumah pun boleh terbakar apabila api sudah merebak. Api dan air boleh jadi kawan sekiranya kecil tetapi api dan air boleh membunoh kalau diluar kawalan.

5. PAS selaku rakan kuat dalam Pakatan Rakyat harus bertindak rasional. DAP dan PKR tidak ada apa yang merugikan mereka kerana kedua-dua parti tidak ada asas fundamental perjuangan mereka. PAS berasaskan fundamental untuk mewujudkan sabuah negara yang menegakan syariat islam dan berkebajikan. Saya berpendapat UMNO telah berjaya mewujudkan sabuah Negara yang moden dan islam telah diletakan pada kedudukan yang sangat tinggi sesuai dengan latarbelakang sosio poltik negara. Lihat sahaja Putrajaya sebagai sabuah pusat pemerentahan Negara. Saya gembira kerana ianya mencerminkan sabuah negara islam yang berjaya dengan seni bina dan kemudahan infrastruktur untuk orang islam . Tersergam indah dua buah masjid yang bertentangan antara satu sama lain disamping berpuloh buah surau disetiap precint. Bagitu juga dibandar besar yang lain di negara kita. Islam mendapat tempat yang sangat tinggi kalau dilihat tersergam indah masjid-masjid dan surau. Tumpuan kita adalah kearah memperkuatkan umah dari segi ekonomi, pelajaran dan sosial. Disini PAS harus memainkan peranan utama supaya umat islam dibina atas kekuatan ekonomi dan poltik dan bukanya berusaha meruntuhkan sabuah Kerajaan yang diterajui oleh orang islam iaitu UMNO dan telah pun membuktikan kejayaanya selepas lebih 50 tahun memerintah. Negara perlu kepada pemimpin yang serious dan mempunyai wawasan untuk membangunkan negara menjadi negara maju.

Iklas,
Rahim.

Anonymous said...

Datuk,

What's happening now will only hardened attitude and resolve of the anti-government and anti-BN segment of the voters and generation population. It will perpetuate the support for the oppositions and embolden the oppositions.

On the other hand, it puts the more intelligent and intellectual supporters of the BN in the defensive. They cannot argue on behalf of the government with the skeptics and the cynics.

Arrests will make heroes of out of otherwise ordinary protesters and law-breakers. The wisdom of the government leaving this entirely to the police is questionable.

Najib must rethink this policy and stance. At the end of the day, his future and the future of the country are at stake. He could be repeating the mistakes of his predecessors. He is falling deep into the traps set by master provocateur Anvar Ibrahim.

Let the protesters protest. Set a stringent rules; duration, place and time. They break the rule even by an inch, a minute or a person, arrest and charge them in court.

Neutralist

Anonymous said...

Salam Datuk,

I always enjoy reading your postings.
Fully agreed to all your comments especially the part kemungkinan May 13 akan berulang.Untuk makluman Datuk my family and I will never forget May 13...cos I lost my beloved father tanpa pusara. Am not racist cos I came from a Mission school and all my friends Chinese , Malays and Indians mourn with me the lost of my DAD. Prevention is Better than Cure...so the tots of Demonstrations always makes me SHIVERS...sebab saya lalui zaman 13 May.

MORRIZO

abdullahngah said...

Pelik juga dengan kenyataan ketua polis negara yang mengatakan perhimpunan haram itu boleh memurdaratkan ketenteraman negara.

Apakah yang bersih itu boleh memuduratkan ketenteraman negara? lainlah "kotor" jelas boleh memurduratkan ketenteraman negara.

Apa yang mereka lakukan sehingga boleh memmurduaratkan ketenteraman negara.

Mereka hanya berhimpunan untuk serah momerumdum kepada agung saja. Tak lebih daripada itu.

Bagi saya kenyataan itu tak masuk akal, sedangkan dari segi undang undang hak asasi manusia rakyat negara malaysia ada hak untuk berhimpun.

Tak dinafikan kerajaan juga ada hak untuk tidak membenar atau memberi kebenaran dengan tidak mengeluarkan permit. Tapi, mestilah ada alasan yang munasabah dan boleh diterima akal.

Tak hak rakyat dihalang dengan sewenangn wenangnya. Ini bukan negara kominis. Negara kominis China pernah bertindak membunuh rakyat yang berhimpun.

Malaysia negara demokrasi maka berilah hak rakyat dengan adil adilnya.

Jika perhimpunan bersih ini jelaa dan nyatakan memurduratkan ketenteraman negara wajar pihak kerajaan bertindak menghalangnya.

Anonymous said...

UMNO BARU sebuah parti yang terus menghina Presidennya yang lepas-lepas seperti macam era pemerintahan TDM. Mamak saja yang betul-betul Melayu dan Islam. Yang lain semua tu Allahyarham Tengku AR, TAR, THO, TAB dan lain-lain semua tak dak standard dan tak tau memimpin negara.

Musuh dalam selimut kat parti tu siapa sebenarnya? Kerana nak kekayaan, kuasa dan menurunkan dynasti takta, maka semua yang difikirkan pencabar dianggap musuh. Sampai parti yang mewakili orang Melayu pada permulaannya kini semakin hilang adat resam, bersopan santun dan keMelayuaannya.

Sekarang, sebenarnya yang merupakan parti orang Melayu tulen anehnya ialah PAS. UMNO telah dikuasai oleh Melayu celup dan bertopengkan Islam yang sekarang cuba merampas kuasa daripada Melayu bangsawan yang mungkin telah dipegang telur oleh orang-orang tertentu.

Lama-kelamaam, ahli-ahli KIMMA akan lebih ramai dan menguasai pilihanraya Agong UMNO dan muncul lah puak yang akan menentukan hala tuju nasib Melayu kat UMNO. Silap-silap nama UMNO BARU pun ditukarkan juga kepada nama baru seperti Majapahit, Sri Vijaya atau Kerala.

Jadi, berwaspada le terhadap siapa-siapa yang datang mengatakan berjuang untuk UMNO BARU. Tengok lah latar belakang mereka kerana harimau tak kan hilang belangnya walaupun disapu dengan bedak talkum berlapis-lapis.

Melayu Bodoh.

Anonymous said...

Salam Dato'

Datuk ada menulis khabarnya P. Pinang dah ada yang berdemo. Saya pun dah membacanya. Saya naik hairan dah ketika ini.Macammana BN nak tawan balik P. Pinang kalau belum apa pun PERKASA dah dok demo dulu kat sana. Apa pandangan dan tanggapan bangsa India dan Cina bila melihat keadaan ni.Sudahlah dibiarkan tanpa halangan dan adegan berkejaran bersama pihak polis.Boleh lagi demo diatas jambatan Pulau Pinang. PERKASA dah tentu dikaitkan dengan UMNO.Apa lah strategi barisan pemimpin tertinggi BN ketika ini, saya pun tak tahu la.Ini sebenarnya sedikit sebanyak akan menjejaskan nama BN di P. Pinang.Tapi bagi saya....PERKASA ni terutama presidennya hanya nak menonjolkan diri je. Kita berharap supaya Datuk Ibrahim Ali tidak diterima UMNO buat masa terdekat, biarkan dia BEBAS. Supaya PERKASA terus LANTANG!Dan...buat PERKASA cubalah ambil dan letak ahli-ahli yang terkenal dari parti PAS dan PKR yang sebangsa sebagai ahli.Sama-sama berjuang mempertahankan Melayu. Barulah saya sebagai seorang profesional melayu tidak akan terus beranggapan PERKASA hanya penyambung hayat sesetengah pemimpin dalam politik. Cubalah menjadi pertubuhan yang bebas....hentam Anwar kerana pendedahan yang ada.Lantang juga hentam kerajaan mengenai Melayu Islam yang murtad.Mana kelemahan kerajaan dalam menangani permasalahan ini dikritik secara terbuka.Ini tidak, ditulis media Menteri kata tiada kes murtad.Tapi kecoh pula ada bekas presiden peguam yang menyokong kes Melayu murtad.Mana yang benar saya pun tak tahu.Kalau PERKASA ...LANTANG dan benar BEBAS juga ADIL hentam saja semua pemimpin Melayu beragama Islam yang tersalah langkah. Tidak kira dia dari parti mana pun. Saya akan menerima pelawaan rakan untuk menjadi ahli PERKASA kerana waktu itu saya benar-benar yakin PERKASA bukan sebuah pertubuhan yang tetap menjurus kepartian.

Yang Bengang.....

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Kebanyakan yang menyokong Bersih 2.0 ini ialah generasi yang ketika berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 masih di alam ruh, di dalam buaian atau berhingus lagi. Mereka menerima manfaat DEB sepanjang hidup mereka tanpa pernah meneliti sejarah bagaimana dasar itu tercetus. Dengan kata lain, mereka ini adalah anak-anak manja yang tidak pernah ambil tahu bagaimana susah dan payahnya ibu bapa mereka membanting tulang memanjakan mereka.

Bagi sebahagian mereka, Peristiwa 13 Mei hanya catatan sejarah seperti pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Mereka tidak pernah memahaminya, apatah lagi melalui pahit getir yang menyusul semasa dan selepas Peristiwa itu. Hidup mereka dilimpahi keamanan dan kesenangan, dari kampung masuk ke sekolah berasrama penuh, MRSM dan sebagainya, mendapat biasiswa dan pinjaman boleh ubah, dan hari ini megah dengan kejayaan diri sendiri.

Golongan menengah inilah yang mampu membentuk pandangan masyarakat dan melonjakkan agenda-agenda Bersih 2.0 dan seumpamanya atas nama kebebasan. Mereka tidak mahu dan tidak pernah ambil tahu denyut nadi bangsa mereka yang masih merempat di celah-celah kemewahan negara.

Anonymous said...

Dato
I takut nanti ada puak2 rakyat asing d upah kacau bilau dlm perhimpunan Kotor.Ini sangat mencemaskn keadaan.Ya Allah selamatkn negara ku yg tercinta ini.

wawa

Anonymous said...

Komen saya singkat sahaja. Nak ada demo BERSIH adalah usaha yang sangat BODOH !! Apabila kita diperbodohkan dengan menyahut sambutan dari mereka yang menganjurkan demo BERSIH maka ianya memperlihatkan bagaimana maruah kita boleh dibeli dengan begitu murah sahaja kerana kebodohan kita. Ini pandangan peribadi saya. Kalau tak bersetuju itu adalah hak masing-masing. Janganlah nak mencaci saya.

Cik

saji said...

Sdr Cik

Saya tak setuju dengan komen sdr
6:52 PM kerana bercanggah dengan konsep 1 Malaysia seperti yang diiklankan oleh kerajaan UMNOBN dalam TV 1, 2 dan 3

azam said...

pandangan yang amat dinantikan.

saji said...

Sdr Neutralist

"Let the protesters protest. Set a stringent rules; duration, place and time. They break the rule even by an inch, a minute or a person, arrest and charge them in court."

Komen:

Berdasarkan komen sdr di atas, sdr saya anggap tidak pernah terlibat dalam mana2 demonnstrasi anjuran pihak2 yang menetang dasar kerajaan UMNOBN.

Tak percaya boleh tanya pembahas mohd paizal

saji said...

Sdr beraqsiam

"Kebanyakan yang menyokong Bersih 2.0 ini ialah generasi yang ketika berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 masih di alam ruh, di dalam buaian atau berhingus lagi. Mereka menerima manfaat DEB sepanjang hidup mereka tanpa pernah meneliti sejarah bagaimana dasar itu tercetus. Dengan kata lain, mereka ini adalah anak-anak manja yang tidak pernah ambil tahu bagaimana susah dan payahnya ibu bapa mereka membanting tulang memanjakan mereka.

Bagi sebahagian mereka, Peristiwa 13 Mei hanya catatan sejarah seperti pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Mereka tidak pernah memahaminya, apatah lagi melalui pahit getir yang menyusul semasa dan selepas Peristiwa itu."

Komen:

Tidakkah untuk membolehkan semua golongan rakyat memahami peristiwa 13 Mei 1969 yang menakutkan itu ialah dengan membukukannya dan diajar disekolah?

Ikut Suka Saya said...

Assalamualaikum Dato'

Saya nak minta Dato' ulas sedikit mengenai tanah KTM di Tanjung Pagar Singapura yang telah bertukar tangan.Saya merasa sedih kerana kita sentiasa tewas dalam banyak hal bila berdepan dengan Singapura.

Meskipun Mantan PM Pak Lah dilihat lembik, tetapi beliau tidak pula dikenang sebagai PM yang menyedekahkan tanah KTM kepada Singapura.PM glokal kita ini seolah2 mengulangi kesilapan Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia.

Terima kasih.

AkaZukii ChaCha said...

dato' di kawasan saya ni sudah mula 'perang poster'...rasa macam nk pilihanraya je..

TOKMAN said...

Rakyat hanya nak berarak beramai secara aman menuju keIstana Negara untuk menghantar memorandum kepada DYMM Agong kerana semua tahu pemimpin2 kita dah ramai melanggar undang2 dunia dan ajaran2 Islam dan Parlimen hanya tempat mainan mereka! Kalau tiada pihak ketiga yang cari gaduh, insyaallah perhimpunan itu berjalan dengan aman. Tidak patut dibangkit semangat perkauman kerana ini masalah rakyat Malaysia bersama.....Dato lebih mengetahui berapa korupnya pemimpin2 kita selama dalam NST!

saji said...

Salam Dakj

"Sebenarnya, saya (Dakj) sudah menulis mengenainya (tunjuk perasaan BERSIH/2.0)beberapa bulan lalu dalam majalah ekonomi dan perniagaan Malaysian Business. Pertama, saya berkata, adalah kesilapan bagi kerajaan dan Barisan Nasional bercakap mengenai pilihan raya umum (PRU) terlalu awal."

Komen:

Atas alasan presiden UMNO adalah juga PM, Malaysia, UMNO kena lebih banyak bercakap pasal pilihan rayanya sendiri yang ditangguhkan oleh presidennya sekarang, DSNajib itu. Kan orang tua2 kita dulu suka berpesan KERJA TERTANGGUH2 TAK MENJADI?

Fireman Sam said...

Salam Dato',

Mungkinkah peristiwa gelap May 13 berulang lagi? Saya anggap tidak mungkin. Walaupun di minda ramai, kekacauan kecil "sudah pasti" berlaku, ia tidak akan sebesar peristiwa zaman dahulu.

Ini kerana:
1. Berita dan maklumat cepat disiarkan (dulu tidak ada CNN, Twitter, Facebook. Al-Jazeera, Reuters dan BBC pun ada wakilnya di merata tempat)

2.Watak-watak bukan nasionalis. (Lihatlah kualiti yang ada: Zul Nordin, Brahim Ali, Ezam Md Noor, dll. Semuanya opportunis semasa)

3.Yang paling ketara, kini dah jadi Melayu lawan Melayu.

Cuba lihat ketua parti Nazi Adolf Hitler. Akhirnya orang dalaman yang pernah cuba menyinkirkannya. Orang German sendiri yang tersedar dari yang betul dan salah. Walaupun jati diri Nazi adalah kebangsaan, tetapi pelaksanaannya menjadi ekstrem. Elemen-elemen di negara ini kini dah banyak merupai pihak Nazi dahulu. Lihatlah apa yang terjadi kepada pemimpin-pemimpin Nazi tersebut. Akhirnya, dikejar di seluruh pelusok dunia.

Persoalannya, kalau Barisan Nasional terutamanya UMO begitu konfiden kembali untuk satu penggal, apa yang harus ditakuti?
Kalau dah belajar dan sedia untuk peperiksaan, tak perlulah berpeluh dan belajar sampai larut malam sehari sebelum ujian. Tidak guna nak sembahyang hajat kalau tidak mengaji.


Ada juga pihak yang menginginkan huru-hara sengaja berlaku. Tak payah nak berhujah perkara ini. Siapa yang tau, tau. Yang tak tau, lebih baik tak tau. Lebih baik, negara aman dan makmur. Yang korup dan jahat dipencenkan.

saji said...

Sdr abdullahngah

"Tak dinafikan kerajaan juga ada hak untuk tidak membenar atau memberi kebenaran dengan tidak mengeluarkan permit. Tapi, mestilah ada alasan yang munasabah dan boleh diterima akal.

Tak hak rakyat dihalang dengan sewenangn wenangnya. Ini bukan negara kominis. Negara kominis China pernah bertindak membunuh rakyat yang berhimpun."

Komen:

Tidak munasabahke dan tidak diterima akalke alasan berikut yang memaksa polis tidak memberikan permit kepada BERSIH/ 2.0:-

1. Boleh mejejaskan imej Malaysia di luar negara?

2. Boleh bukan sahaja memudaratkan ketenteraman awam, malah mencetuskan huruhara?

PakDin said...

BN payah dah nak tawan balik Penang. Sebab cina memang support Guan Eng. Dia macam dewa bagi depa. Dia bukan buat kerja sangat pun, gebang banyak. Tapi, dia jaga cina. Yang ni hakikat. Melayu, memang dia abaikan. Yang ni pun hakikat jugak.

Untuk BN dapat balik, mengikut sentimen sekarang, yang banyak melayu dah kembali pada UMNO, ialah hanya dengan meramaikan lagi pengundi melayu. Tu saja. Itu belum kira 'pengundi hantu' - yakni, pengundi yang tak duduk dalam kawasan, tapi balik mengundi, sebab hometown depa kat sini.

Sebab tu, kita tengok melayu kat Penang all-out. Cina nak cakap apa, depa cakap laa. Melayu dah tau, kerajaan BN nak bentuk balik, memang payah. UMNO ada 15 kerusi. Nak cari kawasan cina, 8 kerusi lagi nak bentuk kerajaan, payah dah.

A KADIR JASIN said...

PEMBAHAS Ikut Suka Saya, antara lain menulis: "Saya nak minta Dato' ulas sedikit mengenai tanah KTM di Tanjung Pagar Singapura yang telah bertukar tangan.Saya merasa sedih kerana kita sentiasa tewas dalam banyak hal bila berdepan dengan Singapura."

1. Saya tak banyak kali tulis hal "BEKAS" tanah KTM di Singapura.

2. Mengenai penutupan Stesen KTM Tanjung Pagar, tak guna cakap lagi. Buang masa saja.

3. Cuma yang nak pinjam dan sesuaikan jawapan Allahyarhan Tun Mohd Ghazali Shafie aka King Ghaz apabila ditanya wartawan RTM ketika beliau melihat kebakaran bangunan Pejabat Pendaftaran di PJ ketika beliua Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

King Ghaz berkata: "Apa pandangan-pandangan lagi, pandanglah, kan bengunan tu dah hangus terbakar?"

4. Jawapan saya: "Apa nak bincang-bincang lagi,kan stesen KTM tu dah ditutup?"

Terima kasih.

suara timur said...

Saya setuju kata-kata Dato',apakah kita terpaksa memilih yang lebih baik dari yang burok-burok. Memang rakyat kalau boleh biarlah dapat yang baik dari yang baik-baik. namun kenyataan terpaksa ditelan.
saya rasa rakyat ni kalau ada alternatif yang lebih baik dari BN , pasti dia orang dah lama pilih. Masaalahnya tiada alternatif yang lebih baik. Pembangkang sekarang ni bukan satu organisasi teguh yang boleh dijadikan tempat untuk rakyat berpaut. Mereka tidak menunjukkan cici-ciri organisasi yang boleh dipercayai. Mereka lebih mementingkan bagaimana mengekalkan pengikut taksub dari menarik sokongan rakyat kebanyakan. Mereka gagal membaca minda rakyat Malaysia keseluruhannya. Peranan Pas sebagai parti pembangkang Islam telah rosak . Ini kerana Pas cuba bermain dengan api dengan menjadi rakan sekutu DAP. Api kecil-kecil menjadi kawan , sudah besar menjadi lawan. Tindak tanduk pemimpin Pas tidak menunjukkan kebijaksanaan dan kejujuran. Terlalu banyak ketua dalam Pas. Hingga tak tahu yang mana satu nak ikut. Tiada orang bijak dalam Pas, yang ada hanya orang berani, itu pun bukan berani kerana benar.
Jadi kenapa salahkan rakyat kalau rakyat pilih BN. Bukan rakyat tak nampak kekurangan BN. Rakyat sendiri merungut kesusahan yang terpaksa ditanggung bawah BN. (Bukan tak ade kesenangan. Kalau kesenangan buat senyap saja). Rakyat nampak korupsi bawah BN. Rakyat masih boleh menelan. Ini kerana apa? Kerana rakyat tak ade pilihan lain yang lebih baik.
Pada saya parti bembangkang memang belum bersedia untuk memerintah Malaysia. Tiada kejujuran dalam kesatuan mereka. Tiada jaminan untuk rakyat hidup lebih baik dari sekarang.
Tapi sampai bila pula rakyat terpaksa melihat saja kebobrokan dalam umno/BN??
Pada saya umno perlu dipelihara dan di baikpulih hingga ada satu gabungan alternatif lain yang lebih baik yang dapat menggantikannya di Malaysia.
Peranan cendakiawan seperti dato' dan lain2 amatlah penting dalam hal ini dalam menasihati umno dan menekankan kepentingan peranan BN untuk menekankan keadilan, menghapuskan perkara korup dan yang sebetulnya kembali kepangkal jalan sebagai orang Islam sejati.
Pada saya kriteria pemimpin mestilah dari orang yang sidik, amanah, tabligh dan fatanah.Bukan orang yang bila saja dipilih jadi pemimpin mula buat rumah berjuta-juta harga. Dari mana dapat duit sebanyak itu??
Bukan dari duit rakyat?? Sampai bila taraf hidup rakyat nak meningkat??

Jika umno terus terusan begini, tiada perubahan, sampai bila rakyat hendak lihat saja. Lama-kelamaan mereka pasti bangun memberontak --for better or for worse.

wassalam

abdullahngah said...

Saji,

Nampak dengan jelas ada tanda tanda ia akan berlaku huru hara.

Baju merah (umno),perkasa dan persatuan silat juga akan turun berhimpun.

Jika polis tak halang sudah tentu akan jadi huru hara.

Kerana mereka ini akan buat kacau dan ganggu ketenteraman awam.

Sejarah telah membuktikan setakat hari ini perhimpunan yang dianjurkan itu tak boleh menjejaskan negara jauh sekali jadi huru hara.

Yang huru haranya ialah hati hati para pemimpin negara yang kecut perut tak sedap duduk dek perhimpunan yang boleh menjejaskan sokongan rakyat.

Tengok laporan TV setiap malam bahawa perhimpunan bersih ini tak boleh menjejaskan negara jauh sekali boleh memudharatkan keteteraman awam dan negara.

mengapa saya kata begitu, kerana umno mendapat sokongan yang begitu baik dan hebat.

Lihat saja ketika perdana menteri mengadakan lawatan sehari ke kelantan.

Sokongan yang diberi memang tak berbelah bahagi, Malah hari ini boleh dikatakan sangat sesuai diadakan pilihanraya umum ke 13.

memandangkan sokoangan rakyat sudah naik semula peratusnya yang membuat umno/BN mudah menang.

kemungkinan UMNO menang dengan majoriti dua pertiga.Lihat pada laporan media massa.

hairulfitri said...

Salam DAKJ

Kalau hujah demi keamanan dan perpaduan bangsa Arab diterima saja oleh nabi kita maka Dato dan saya mmungkin bukan Islam ketika ini.

Nabi menolak segala janji kemewahan dan pangkat demi menegak kebenaran Islam

Harga yg nabi bayar bukan murah termasuk cubaan dibunuh.

Setiap perjuangan perlu pengorbanan. Perjuangan bagi mendapatkan hak pilihan raya yg benar2 adil juga menuntut pengorbanan daripadi semua pihak yg faham perjuangan nabi .

Susah sangat ke nak ujudkan SPR yg benar2 bebas spt di negara maju. Komisi Pilihan RayaIndonesia yg miskin tu pun tidak membantu kerajaan menipu dlm pilihan raya.

Saya malu melihat org terpelajar tapi tak dpt menerima kebenaran demi alasan sebenar iaitu CARI MAKAN.

Demonstrasi BERSIH memang tak perlu jika kerajaan tidak memperkuda SPR

ORANGUTAN PENANG said...

Pak Din,

Bila pikiaq balik lagi baguih DAP dari BN.

Cina Gerakan lagi bahaya pasai depa musuh dalam selimut.

Lani orang UMNO boleh jugak tunjuk perasaan gerenti masuk TV3.

Orang tua tua dapat jugak RM100.Boleh la beli rokok daun dgn tembakau jawa.

Guan Eng kena jugak mai dok bersila makan pakai tangan pasai nak ambik hati.

Dah lama dah Melayu Penang dok berkuntau dgn Cina, ALAH BISA TEGAL BIASA.

TK

Dato Aziz said...

Dato Kadir.

Saya berpendapat masaalah yang timbul ini kerana kedua pehak cuba hendak menunjok siapa yang berkuasa.Kerajaan Najib tidak pandai mengunakan otak dan menggunakan kuasa polis untok mengugut NGO Berseh.

Apa kah masaalah nya dan tuntutan mereka.Kata mereka surohanjaya pilehan raya tidak di tabir dengan betul.Ramai pengundi hantu yang di pindakkah ka kawasan Perliment lain tanpa pengetahuan mereka.

Ada kah tudohan ini fitnah atau mereka mempunyai bukti yang kukoh.Jika mereka ada bukti yang kukoh maka sudah menjadi tugas Surohanjaya Pilehan raya untok menyiasat dan jika berlaku kesilapan cuba betulkannya.

Saya salah kan Tan Sri Aziz dan Wan Omer dari surohanjaya PR yang maseh lagi dalam denial mood.Mereka mesti ingat di dalam Pejabat SurohanJaya itu banyak juga pekerjanya yang simpati denganPAS,DAP dan Pakatan.Mereka tahu manipulasi yang berlaku dalam SPR.

Ada kah itu merupakan tuntutan yang liar.Saya rasa tidak dan kita mesti ingat bahawa ramai MP pakatan dahulunya orang UMNO dan mereka tahu SPR memang di gunakan oleh UMNO untok mempengarohi keputusan Pilehan Raya sama ada melalui pindaan kawasan piulehan raya atau pemindhaan pengundi.

Saya rasa tension yang timbul ini kerana Kerajaan tidak mahu berdailog dan berjuampa dengan NGO Berseh dan cuba melihat sama ada niat mereka itu tulin atau sengaja hendak buat kacau.

Kenapa kita harus takut denga Ambagia atau party Sosalist.Kenapa membuat tudohan liar yang mereka ini simpati komunist dan anti Melayu dan Islam.

Mereka itu bukan anak sekolah yang takut kapada Polis.Kesilapan yang berlaku di Mesir,Yemen,Syria dan Tunisia ialah mereka cuba mengunakan kuasa polis untok menindas suara yang mengkritik kerajaan.

Bayang kan apa akan terjadi pada 9 Julai ini ada penunjok perasaan yang membakar dirinya di hadapan Parliment kerana membantah tindakan Polis dan SPR.

ab said...

Salam Dato'


Saya meluat dengan orang dewasa asyik nak bergaduh saja!.


Anak anak disuruh menghormati orang lain...yang tua sebaliknya!


Islam menyuruh kita berbaik dan menghormati orang lain...nampaknya dah terbalik dah kini.!



TETAPI RAMAI SANGAT YANG NAK BERGADUH NI...OK, kalau dah gatai sangat mai kita bergaduh.


POLIS DAN TENTERA jaga lah negara. TOKSAH cakap apa apa lagi...WHO CROSSES THE LINE, bantai pi biaq mampuih!!


YANG HIDUP pi hantar kursus berdikari..cari pulau pulau kosong,bagi sekotak mancis dan sekotak garam, tak payah warden,tak payah bangunan pun ...
pi tenguk depa seminggu sekali,kalau dah berdikari dan insaf mai kedarat,kalau tak bolih berdikari dan tak insaf ,terus kursus lagi sampai pandai...



PM dan geng tu jangan la dok cerita bab PRU siang malam, banyak hai hai besar laian perlu dibuat untuk membangunkan masyarakat dan negara.. ni siang malam cerita hai PRU,sampai cukup mual nak muntah dengaq cerita cerita macam tu..


Ambiga dan geng ni nak mampih dah ka?..hampa dok kat Malaysia kalau tunjuk tunjuk kurang ajaq nanti hampa bolih hilang tak tau kemana...ramai kat kemboja dan vietnam dah melalui perkara macam itu dulu....


YANG MINAT `COMMUNNISM' TU elok pi baca pasai apa USSR dah lingkup dan kenapa ada kesah`tenamien square' kat beijing dan kenapa China pun dah tukaq kompas?..


SANGAT GERAM,MELUAT DAN RASA MACAM nak siggai depa ni dengan tangan saya sendiri!!!



Abu Bakar Ab Rahman

saji said...

Salam dakj

Bagi saya, garis pemisah untuk memudahkan saya memilih antara kepemimpinan yang dilanda pelbagai kemelut moral dan intelektual, di satu pihak, dan yang korup dan jahat, dipihak lain, yang semuanya buruk itu ialah memilih di antaranya yang saya rasa mempunyai kesanggupan yang lebih untuk membetulkan mekanisme penterjemahan dasar awam negara seperti DEB dalam bentuk struktur (perorganisasian pentadbiran awam, pembahagian tugas dan saiz), kemudahan dan peralatan, sistem -sistem dan tatacara-tatacara pelaksanaannya yang selama ini telah dikorupkan atau menggalakan amalan korapsi di kalangan pak2 menteri yang mengetuai kemeterian masing2 dan penjawat awam di bawahnya.

Antara contoh mekanisme pentrjemahan dasar awam negara yang saya maksudkan di atas telah dikorapkan atau mengalakan amalan korapsi ialah penawaran kontrak kerajaan tulen dan diswastakan yang tidak dilakukan secara tender terbuka.

Anonymous said...

patutlah kita lama dijajah sebab kita tak berani menegakkan apa yang kita rasa, kalau orang kita dulu menentang habis-habisan penjajah mesti kita tak jadi macam ni, pasti kuasa orang melayu jadi kuat macam orang indonesia.

dapatkah kita jadi macam tu.

mohd paizal

Anonymous said...

Demo BERSIH karut mengarut. Tak ada faedah. Buang masa. Demo-demo ini semua mainan budak-budak. Orang yang berdemo itu kadangkala majoritinya tak tahu hujung pangkal tujuan berdemo. Main ikut-ikut je. Cuba pihak TV media ambil 10 pengikut biasa dari kalangan mereka yang berdemo dan tanya mereka apa tujuan mereka berdemo. Saya rasa mereka akan menjawabnya dengan pemikiran yang amat cetik sekali. Kita akan ketahui bahawa mungkin semuanya tidak mengetahui apa tujuan sebenarnya mereka berdemo.Ikut macam orang bodoh, syok sendiri tak tentu pasal.

Melayu Bijak

Tinta Hitam said...

Datuk,

Tuntutan BERSIH hanya satu shj.Pikihanraya yg adil dan bebas shj.Maknanya disini tuntutan berkenaan memberi faedah kepad akedua dua belah pihak.

Persolannya mwengapa UMNO dan penyokong penyokongnya merasakan begitu sukar utk memahami dan menyokong prinsip berkenaan.Tuntutan berkenaan tiada kena mengena dgn sesiapa shj samada DSAI,Ambiga,PakLah dll.

Pada saya cuma satu shj kesimpulannya.UMNO tidak boleh hidu didalm suasana yg adil dan saksama sbb mereka selama ini asyik menipu shj.Ketidakadilan merupakan makanan mereka setiap hari.Ianya sama spt ulat najis yg hidup hanya memakn najis dan benda kotor.Kalau diletakkanh ditempat yg BERSIH dia akan mati lemas.

Bangsa Melayu tidak perlu pd ulat najis.Ulat najis hanya akan mereputkan bangsa melayu shj.Itu lah yg sedang berlaku skg

Anonymous said...

Kpd "ikut suka saya"

"Meskipun Mantan PM Pak Lah dilihat lembik, tetapi beliau tidak pula dikenang sebagai PM yang menyedekahkan tanah KTM kepada Singapura.PM glokal kita ini seolah2 mengulangi kesilapan Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia."

Memang tidak guna cerita lagi.

Cuma nak perbetulkan, takkan semua salah negara nak hentam Pak Lah.

Sebenarnya perkara ini sudah bermula zaman Tun lagi (Daim sign POA pada 1990) dan yang sempurnakannya (pertukaran tanah) adalah PM sekarang.

Eloklah cari cerita sebenar sebelum menuduh membuta tuli. Dalam internet sekarang ini semua boleh dicari.

Bukan kita sedekahkan secara free tapi ada pertukaran tanah. Cuma harap tanah yang ditukarkan di pusat bandar Singapura yang bernilai berbillion ringgit ini digunakan untuk faedah rakyat bukan korporat.

Orang Johor

saji said...

Sdr suara timur

Kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO pasca kepimpinan TDM dipengaruhi pemikiran kapitalis yang dikaitkan dengan ciri2 atau perilaku seperti takut dengan persaingan terbuka atau menekankan monopoli, mementingkan diri, keluarga, kumpulan, kroni, organisasi dan bangsa, serta menghalalkan cara yang salah.

Lawan pemikiran kapitalis di atas ialah pemikiran Islamik

Atas alasan orang UMNO sendiri yang banyak mengatakan PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, apa komen sdr jika UMNO mengambil alih memperjuangkan Islam daripada PAS sebagai satu cara untuk memulih dan memelihara UMNO?

Anonymous said...

Kesian orang Islam di Malaysia mudah sangat diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk meraih sokongan. Akhirnya nanti orang Islam yang MELOPONG dan orang yang memperalatkan orang Islam senyum simpul kerana melihat kebodohan orang Islam!! Ramai orang Islam tak sedar diri bahawa mereka telah diperalatkan! Memang sungguh nasib malang orang Islam selalu diperalatkan. Apa sebabnya? Pasal orang Islam banyak ikutkan hati dari ikutkan akal. Itulah kelemahan sifat semula jadi orang Islam !! Makin lama makin lemah akalnya !!

Hj. Boceng

Anonymous said...

Dato'

Ada banyak komen yang menarik dalam blog ini,

Saya setuju dengan HusinSyedMohd,

Memang kita tidak setuju dengan demonstrasi jalanan tapi media massa yang ada terlampau berat sebelah dan tidak berkecuali. Ruangan untuk pembangkang menyampaikan mesej pula adalah terhad.

Ini merupakan antara sebab yang utama ramai yang mengikuti demonstrasi ini kerana menganggap masalah yang ada tidak dapat perhatian yang sepatutnya.

Ketika ini, isu-isu yang ada dalam arus politik adalah yang bukan-bukan yang tidak berapa releven kepada kehidupan rakyat negara.

Sememangnya kita sebagai rakyat negara dapat menggunakah hak kita dalam mengundi.

Sebaik-baiknya dalam demokrasi, sebelum memangkah dikertas undi, pengundi sepatutnya dapat diberikan penyampaian yang saksama oleh kedua-dua pihak supaya dapat menilai dan memilih untuk yang terbaik untuk masadepannya dan negara.

Mungkin ada kebenaran juga yang mengatakan rakyat kita belum lagi matang sepenuhnya untuk sistem politik yang sangat terbuka ala-barat. Namun, media massa dan journalis yang ada sepatutnya pandai. Kalau hendak memihak kepada pemerintah pun perlu secara intelek atau secara halus yang mana boleh diterima akal oleh orang zaman sekarang.

Orang Johor

maae said...

Salam Datuk,

1.Ulasan Datuk berpijak di bumi nyata. Pengalaman Datuk tepat mengajar kita semua tentang kecelaruan politik masakini yang terbit dari zaman Pak Lah.

2.Jika masih tidak boleh di ambil iktibar oleh pihak-pihak terlibat sesungguh nya bencana lah yang di cari.Apa guna nya undang-undang dan ISA?

3.Untuk pertama kali, kerajaan bertindak sehaluan dengan aspirasi majoriti rakyat. Rakyat akan berterima kasih. Majoriti Rakyat akan rasa terbela dan selamat. Hanya yang lurus bendul,taksub akan menyatakan berlainan (minoriti)

4.Datuk sebut KJ. Cuma saya ter tanya-tanya tindakan KJ. Adakah untuk UMNO (majoriti melayu) atau menjadi pemangkin(galor) demonstrasi bersih? Agak pelik, beliau bertindak sendirian tidak sehaluan suara-suara majoriti melayu khas nya,Perkasa (Presiden Perkasa), ngo-ngo, persatuan dan terakru , gabungan pesilat-pesilat melayu. Lagi pelik beliau dengan flotilla di masa ini.

5.Atau tindakan ini kepingin sangat mengulangi 13Mei69 dengan wujud nya sentimen pro-komunis? Perlukan peralihan kuasa seperti ini yang di bayangi bersih?

6.Semoga pihak berkuasa (polis) kembali ke GAGANG nya sekarang dan mendatang.Naikkan semula maruah dan mertabat. Jangan lagi menjadi mainan atau alat politik murahan. Tegakkan undang-undang tersedia. Bela rakyat jelata demi Negara Berdaulat.

7.Politik dan kuasa bukan semesti nya mereka kebal undang-undang. Boleh menyorok di sebalik nya. Malah kredibiliti peguam atau ahli dalam majlis nya(partisan) bukan bererti mereka kebal dalam salah laku membelakangi perpaduan dan keselamatan Negara.

8.Demokrasi bukan bererti kebebasan mutlak dan bertindak sesuka hati. Melanggar HAK NEGARA (menjadikan Negara darurat) dan Ingkar Perlembagaan, bukan lagi hak asasi tetapi kesalahan laku jenayah ada nya.

raja2u said...

Assalamualaikum.

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Mengapa keadaan menjadi macam ini. Bertahun-tahun rakyat terbanyak telah memberi mandat 2/3 kepada BN untuk memerintah dan memberi yang terbaik kepada rakyat dan negara. Sekarang pemimpin negara termasuk PM dikutuk dengan sewenang-wenangnya.Soalnya siapakah yang mula-mula mengutuk PM kita secara terang-terang dan disahut media perdana. Bukankah pepatah kita mengatakan terlanjur perahu boleh ditarik balik terlanjur kata padah akibatnya. Kita perlu berfikir sebelum kita bercakap. PM menyeru supaya demonstrasi di hindarkan dan PDRM menyambut gesaan itu dengan mengatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang merancang dan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan. Apa yang berlaku kumpulan yang menyatakan menyokong kerajaan telah tiba-tiba berdemontrasi di Pulau Pinang dan PDRM digambarkan sebagai tidak mengambil tindakan tegas.Saya menyeru kita hendaklah membantu PM kita dan tidak mengambil tindakan bercanggah. Ini penting kalau tidak kredibiliti beliau boleh dipersoalkan.

Mudah mengharamkan Bersih tetapi adakah PERKASA dan lain-lain organisasi berdaftar.Adakah kerajaan pada masa ini sanggup mengambil tindakan yang sama terhadap lain-lain kumpulan yang tidak berdaftar disamping Bersih.

Akhir sekali Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah memberi amanah besar kepada YAB PM kita untuk menangani isu ini dengan baik.Ini bermakna setiap tindak tanduk pihak berkuasa termasuk PDRM perlu diawasi PM supaya tidak keterlaluan

Saya berdoa Allah melindungi kita dengan memberi keinsafan dan kesedaran kepada semua yang berkenaan supaya berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

al-Balingi said...

Salam Dato'

Mendoakan Pak Kadiaq mengikut jejak Pak Samad. InsyaAllah.

al-Balingi said...

Salam Dato'

Mendoakan Pak Kadiaq mengikut jejak Pak Samad. InsyaAllah.

A KADIR JASIN said...

Pembahas dan pembaca dihormati,

1. Tahun lalu penyokong bekas PM Thai,Thaksin Shinawatra yang berbaju kuning "merampas" Bangkok;

2. Kerajaan PM Abhisit Vejjajiva menghantar kereta kepal menecahkan sekatan mereka. Ramai mati dan cedera. Bangkok dijilat api;

3. Semalam, adik perempuan Thaksin Yingluck Shinawatra memimpin parti Pheu Thai bagi menewaskan Abhisit Vejjajiva;

4. Pada 2007 Bersih dan Hindraf (kini kedua-duanya haram) mengadakan tunjuk perasaan di Kuala Lumpur. Polis bertindak "tegas";

5. Bekas PM Abdullah Badawi ditajukberitkan "Saya Pantang Dicabar";

6. Dalam PRU 2008, rakyat sahut cabaran. Pakatan Rakyat menang besar. BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan kalah lima buah negeri/wilayah;

7. Bersih cadang buat tunjuk perasaan pada 9 Julai ini. Bersih diharamlan; dan

8. Apakah reaksi pengundi Malaysia kali ini? Kita tunggu PRU diadakan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Datuk,

1. Tuntutan Bersih seperti yang dijelaskan oleh Saudara OrangUtanPenang itu tiada masalahnya. Reasonable belaka ... achievable? That's another matter...

2. Cumanya tak perlulah Ambiga jadi heroinnya. Kalau nak heroin sangat, pilihlah heroin-heroin lain, Erra Fazira ke, Maya Karin ke, Wahida ke, campur-campur lah supaya jelas tidak partisan ...

3. Seriously I am joking about Erra et.al ... but seriously I am not joking about Ambiga.

4. Sampaikanlah maksud dan tujuan tetapi biarlah aman dan berkesan.

5. ... But no heroin please ... juga hero-hero yang tiba-tiba menempel ... tak original lah ...

Terima kasih

XERONINE

Anonymous said...

Salam Datuk dan semua,

Saya mengambil risiko menawarkan penyelesaian simplistik untuk isu yang sedang dalam tangan ini.

Krisis perhimpunan celaka Bersih ini boleh jadi peluang keemasan dan intan-berlian kepada BN dengan cara-cara berikut : -

i. Haramkan Bersih (sudah dibuat); menyumbat beberapa individu ke dalam tahanan ISA sebab kegatalan mereka nak juga buat perhimpunan haram ini adalah idea yang sangat-sangat brilliant;

ii. Janji untuk tangani setiap permintaan Bersih bukan secara defensif tetapi proaktif; ramai penyokong Bersih yang profesional katanya tidak partisan; ini juga mengembalikan sokongan pengundi-pengundi atas pagar; tidak rugi BN korek sampai habis kelemahan system pengendalian pilihanraya, SPR UMNO/BN dan JANJI akan atasinya menjelang PRU13;

iii. jawapan kepada apa yang Bersih minta patut menjadi intipati manifesto BN pada pilihanraya akan datang;
iv. UMNO mesti berubah;

v. tanpa rally pun mereka yang ghairah sangat nak ber’rally’ ni akan dapat apa yang mereka hendakkan. A win-win situation. Peace and prosperity for all ! Yeah !

vi. selepas menang pilihanraya mesti kotakan semua janji-janji pilihanraya itu, kalau tidak there will never be a next time for Najib.

Saya katakan ia perhimpunan celaka kerana ia hanya akan pergunakan dan perkudakan sokongan muda Melayu-Melayu berdarah panas untuk me’rally’ agenda-agenda individu tertentu di sebalik agenda Bersih.

$

saji said...

Raja2u

"Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah memberi amanah besar kepada YAB PM kita untuk menangani isu ini dengan baik.Ini bermakna setiap tindak tanduk pihak berkuasa termasuk PDRM perlu diawasi PM supaya tidak keterlaluan"

Seri Paduka Baginada bukan sahaja memberi amanah besar kepada YAB PM untuk menagani isu tuntutan BERSIH 2.0 dengan baik, malah memberikan PM peluang menutup malunya, kalau tidak memberikan talian hayat kepadanya.

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT DAKJ

Mengapakah SPR begitu susah utk menerima atau sekurang2kurangnya mengkaji 8 tuntutan BERSIH tersebut?Bukankah tuntutan BERSIH itu adalah satu tuntutan yang mulia utk melihat pilihanraya di Malaysia dijalankan dgn seadil-adilnya.
Penolakan terhadap kesemua tuntutan BERSIH itu boleh menguatkan lagi persepsi rakyat bahawasanya SPR bukanlah sebuah badan yg benar2 bebas dan adil dan juga merupakan salah satu komponen BN.Sekiranya begitu sudah tentu akan berlaku manipulasi pilihanraya dari SPR utk memberi kemenangan kepada BN dan menutup terus ruang demokrasi tulen kepada negara Malaysia.
Kemenangan PR di peringkat parlimen dan negeri pada PRU12 bukanlah bukti bahawa demokrasi telah dijalankan seadil-adilnya.
Banyak lagi kelemahan SPR yang sememangnya wajib diperbaiki.BERSIH mempunyai segala bukti2 tersebut dan sedia berdialog dan berdebat dgn SPR utk membuktikan segala kepincangan SPR semenjak hampir 54 tahun merdeka.

Kalau SPR suatu badan yg benar2 bebas/telus dan adil mereka sdh lama menerima cadangan yg baik utk memperbaiki demokrasi di Malaysia dan tuntutan BERSIH itu adalah satu tuntutan yg sgt adil utk membolehkan pilihanraya di Malaysa di adakan dgn seadil-adilnya.

Ingatlah wahai SPR,keadilan bukan diukur mengikut neraca manusia atau neraca BN tetapi perlu dan wajib mengikut neraca Allah.

Setiap dari Ketua SPR hingga peringkat bawahan yang mengurus perjalanan pilihanraya akan disoal oleh Allah SWT adakah kamu mengurus pilihanraya dgn seadil2nya atau mengikut telunjuk pemerintah yang zalim

Akmal,Selayang

saji said...

Sdr Hj Bonceng

"Ramai orang Islam tak sedar diri bahawa mereka telah diperalatkan! Memang sungguh nasib malang orang Islam selalu diperalatkan. Apa sebabnya? Pasal orang Islam banyak ikutkan hati dari ikutkan akal. Itulah kelemahan sifat semula jadi orang Islam !! Makin lama makin lemah akalnya !!"

Komen:
Bukankah, antara sebabnya,ialah agama Islam yang kita anuti mengajar kita melakukan keADILan sebagai prinsip utama dalam melakukan sebarang aktiviti muamalat di dunia membabitkan sesama Islam dan bukan Islam yang meliputi aktiviti berpolitik membabitkan pelkasanaan hukum al-Wakalah atau Melayunya Wakil-mewakil?

Maksud saya, tak berapa betul Tuan Hj menuduh umat Islam kita menjadi lemah kerana ikutkan hati dari akalnya.

Maaf Tuan Hj, dalam keadaan tersepit menghadapi hari Sabtu ini, saya terpkasa merujuk kepada Islam seperti diatas.

ORANGUTAN PENANG said...

Saudara Abdullahngah,

Betui jugak bila hang rasa pelik macam mana Bersih boleh buat huru hara.

Yang dok bagi nampak mcm nak huru hara ialah BN.

BN yang yang akan untung pasai rata rata kita semua mau aman.

Ambiga umpama penyelamat BN yang turun dari langit.

Pasai tu depa tangkap sat,kemudian lepas.

Kalu betui tak mau kacau bilau,awat tak tangkap semua terus.

ELECTION IS DEFINITELY AROUND THE CORNER!

TK

saji said...

Sdr abdullahngah

"Nampak dengan jelas ada tanda tanda ia akan berlaku huru hara.

Baju merah (umno),perkasa dan persatuan silat juga akan turun berhimpun.

Jika polis tak halang sudah tentu akan jadi huru hara.

Kerana mereka ini akan buat kacau dan ganggu ketenteraman awam."

Komen:

Huru hara akan berlaku pada Sabtu ini bila BODY CONTACT berlaku di antara pihak pencetus BERSIH/ 2.0 dengan penetangnya yang sdr maksudkan itu. Saya percaya, pihak polis sudah tahu di mana lokasi sebenar BODY CONTACT tersebut akan berlaku dengan dahsyatnya. Maksud saya,jika domontrasi diteruskan, polis kena bertindak secara profesional untuk mereka pastikan BODY CONTACT tersebut tidak akan berlaku.

A KADIR JASIN said...

Pembahas dan pelawat dihormati,

1. Dalam tulisan saya, antara lain, saya berkata: "Siapakah Ambiga Sreeneasan ini kalau bukan “ciptaan” era Abdullah kerana kononnya dia ini sederhana dan bersimpati dengan kerajaan? Dia ditimang ibarat minyak yang penuh oleh budak-budak Abdullah ketika dia menjadi Presiden Majlis Peguam."

2. Hari ini, Malaysian Insider, antara lain, melaporkan:

"Bersih to seek audience with King, willing to cancel rally
By Clara Chooi
July 04, 2011

PETALING JAYA, July 4 — In an unexpected turn of events today, Bersih 2.0 pledged to abide by the Yang di-Pertuan Agong’s advice, saying it will seek an audience with him before Saturday and call off the rally if told to do so.

The group’s steering committee chairman, Datuk Ambiga Sreenevasan, who had just returned from a meeting with former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi this morning, made the announcement at a press conference here in the afternoon and revealed that the decision was reached during an emergency meeting held last night after the King released his statement."

3. Alhamdulillah. Saya harap Tun Abdullah, sebagai orang yang berpengaruh ke atas Ambiga, memainkan parasan untuk meredakan keadaan; dan

4. Saya rasa, keadaan lebih mudah ditangangi, kalau aktivis seperti Ambiga dan organisasi sivik seperti Bersih tidak membenarkan diri mereka didominasi oleh part-parti politiki, tidak kira parti-parti politik kerajaan atau pembangkang.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato',

Bersih hanya meminta 8 perkara utk dipertmbangkan agar tatacara pengundian yang lebih adil untuk semua pengundi termasuk dari kalangan pengundi umnobn seperti yang di sebut oleh orangutan penang.

Permintaan ini telah dimajukan bertahun-tahun lamanya sehingga hari ini tidak layan oleh SPR dengan pelbagai alasan. Bersih 1.0 telah mengingatkan SPR dan kerajaan yg memerintah juga tidak ada tindakan oleh SPR. Runding? Dah beberapa kali runding SPR tetap dgn seribu kali alasan. Dalam alasan demi alasan SPR, pembesar2 umnobn berebut2 merompak harta negara yang dipungut dari rakyat. Simpanan EPF rakyat semacam jadi piggy bank pembesar2 umnobn. Badan Kehakiman, Peguam Negara, SPR, SPRM, POLIS, KDN, semacam dah jadi komponen umno.

Soalnya; kenapa mesti dilaungkan perarakan Bersih akan menjadi huruhara jika polis memberikan kerjasama menjaga trafik? Bukankah dgn kehadiran yg begitu ramai akan meningkatkan lagi perniagaan di sekitar KL, Bukankah pelancung2 dah biasa dgn demonstrasi di negara mereka? Bukankah dgn perarakkan ini akan meningkatkan lagi jumlah pelancung dlm dan luar negara ke kuala Lumpur? Insiden 13 mei akan berlaku? Bukankah insiden 13 mei yg sebenarnya berpunca dari pembesar2 umno yg berebut dan berbalah utk tampuk kuasa utama umno sehingga menggadaikan nyawa melayu dan cina.

Lihat saja sekarang, siapa yg menjerit2, terpekik-pekik jika bukan dari kalangan Melayu Perkasa dan umno? Siapa mencabar siapa? Tapi pihak polis lebih berminat utk menangkap orang yang memakai baru kuning..adilkan?


Kecelaruan kepimpinan negara berlaku dizaman pemerintahan Tun Dr Mahathir apabila rasuah, kroni telah dapat dihidu oleh rakyat jelata.

Drp; zuki ahmad

saji said...

Salam Dakj

Yang saya tahu, Prof Abdul Aziz Bari orang yang mula2 mencadangkan DYMM Agong kena segera campur tangan

Kemudian Pak Lah buat follow up cadangan Prof tersebut yang darinya membuahkan cadangan Datuk Ambiga mengadap Agong yang kita semua nanti2kannya

Nampak gaya Pak Lah bakal menjadi penyelamat DSNajib menutup malunya

Siapa kata Pak Lah lembek?

Anonymous said...

Tinta Hitam,

Kau ni bangsa Melayu ke? Atau bangsa Taliban. Orang bangsa Melayu tidak buat komen macam kau. Kau ni orang Islam sokong parti Islam tapi komen kau macam Dajjal. Islam apa yang kau anuti? Orang Islam tak menghina orang lain macam kau. Kau ni ikut Islam mazhab taik kucing kut !!!

Hj Boceng

langitbiru said...

Perkara 10(1) sebenarnya dah lama 'tak bermakna' bila mahathir perkasakan Akta Polis tahun 1984.

Saya tak tahu berapa ramai pembahas di sini adalah aktivis partisan. Cukup mudah, bagi partisan BN, BERSIH adalah HARAM, bagi PR,ianya perlu.

Di Permatang Pauh contohnya,petugas pkr berjaya mengesan ramai 'pengundi hantu'. Dr Mansor memaklumkan,sebuah rumah di Seberang Jaya, terdapat 80 nama daftar pemilih. Terdapat juga alamat sebuah apartment di tengah2 bendang yang tak wujud. Ini hanyalah beberapa contoh unsur2 yang amat mencurigakan. Apakah perkara ini tidak diadukan kpd spr? Aduan demi aduan tapi 'disapu bersih'.

Atas ketidakpuasan inilah mendorong PR untuk berdemo. Maka,salah satu tuntutan adalah bersihkan senarai daftar pemilih dari 'pengundi hantu' yang secara sah berdaftar sbg pengundi.

Susah sangatkah spr nak bersihkan nama daftar pemilih?

Ingat, hari ini pkr dah ada 500,000 ahli, 90 peratus adalah bekas ahli umno dan ramai bekas hulubalang strategis umno. Mereka amat sediamaklum cara umno, sebab itu Daim kata, kalau umno guna cara lama,umno perlu bersedia jadi pembangkang!

Saya amat bimbang umno tak dapat menerima hakikat tewas jadi naib juara sepertimana jadi di Penang. LAGAK macam nak berperang!Memalukan!

Anonymous said...

Salam Datuk,

1. Saya di luar negara semasa demonstrasi reformasi, but my sweet sister, a UTM graduate was there when they did it di Jalan TAR. Worried for her safety, I asked her why? Sambil gelak dia kata "Seronok saja ... bila Polis datang dan Bomba sembur air kami lari masuk KFC" ... saya geleng saja kepala and this was what I told her ... Saya berdoa kemenangan bagi mereka yang berada di landasan yang benar dan mereka yang dizalimi ... Only ALLAH SWT knows the truth and that only He can protect the innocents.

2. Sometimes perkataan-perkataan yang digunakan di media massa juga perlu dinilai semula ... lihat saja Awang Selamat di MM ... Semboyan Berbunyi ... Kami pergi untuk pertahankan keamanan dan mungkin takkan kembali ...

3. What are those words for ...

4. AlhamduLillah, from Datuk's last posting, mudahan people can listen to each other better and till the time Islam yang dihina, I think we can still talk to each other ... civilly ... insyaALLAH.

5. Marilah kita menegakkan kebenaran bukan menegakkan orang ...

Terima kasih

XERONINE

Anonymous said...

Apalah sibuk-sibuk nak demo Bersih ni? Dah tak ada kerja lain ke? Orang sibuk nak cari makan depa sibuk nak berdemo tak tentu pasal. Kononnya demo Bersih !! Apa yang bersihnya. Tak ada apa pun. Negara kita dah bersih dah ! Apa nak lagi. Yang dah bersih jangan nak di kotorkan. Jangan nak "mengada-ngada". Jangan nak tunjuk jadi jagoh. Jagoh taik kucing !! Semua ni karut!!

Paiman

pakatan haprak-yat said...



langitbiru said...
Perkara 10(1) sebenarnya dah lama 'tak bermakna' bila mahathir perkasakan Akta Polis tahun 1984.

Saya tak tahu berapa ramai pembahas di sini adalah aktivis partisan. Cukup mudah, bagi partisan BN, BERSIH adalah HARAM, bagi PR,ianya perlu.

Di Permatang Pauh contohnya,petugas pkr berjaya mengesan ramai 'pengundi hantu'. Dr Mansor memaklumkan,sebuah rumah di Seberang Jaya, terdapat 80 nama daftar pemilih. Terdapat juga alamat sebuah apartment di tengah2 bendang yang tak wujud. Ini hanyalah beberapa contoh unsur2 yang amat mencurigakan. Apakah perkara ini tidak diadukan kpd spr? Aduan demi aduan tapi 'disapu bersih'.

Atas ketidakpuasan inilah mendorong PR untuk berdemo. Maka,salah satu tuntutan adalah bersihkan senarai daftar pemilih dari 'pengundi hantu' yang secara sah berdaftar sbg pengundi.

Susah sangatkah spr nak bersihkan nama daftar pemilih?

Ingat, hari ini pkr dah ada 500,000 ahli, 90 peratus adalah bekas ahli umno dan ramai bekas hulubalang strategis umno. Mereka amat sediamaklum cara umno, sebab itu Daim kata, kalau umno guna cara lama,umno perlu bersedia jadi pembangkang!

Saya amat bimbang umno tak dapat menerima hakikat tewas jadi naib juara sepertimana jadi di Penang. LAGAK macam nak berperang!Memalukan!

1:19 AM



Apa yang saudara merapu ni?

1 Daftar pemilih dibuat sendiri oleh pemilih

2 Kemudiannya, secara berkala, daftar pemilih untuk sesuatu kawasan dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti masjid dan kompleks beli-belah, ataupun boleh dibeli sendiri oleh mereka yang berminat pada harga kurang daripada RM30.

3 Daftar pemilih akhirnya diwartakan sekiranya tiada bantahan

4 Sekiranya ada bantahan selepas penwartaan dilakukan, 'open trial' dilakukan di mana orang-orang yang dituduh sebagai 'pengundi hantu' dipanggil untuk membela diri

Jadi, dekat pilihanraya baru timbul isu ni. Masa-masa biasa, tak timbul pulak. Tapi, kawasan yang pakatan haprak ni menang, diorang senyap je.

Tapi, kalau saudara nak mengikut 'pejuang murtad' itu berarak pada 9hb Julai ni, silakan.

Anonymous said...

Salam Dato,

Seronok juga bila ada komenter yg dah berpuas hati dengan apa yg kerajaan umnobn dah buat selama ini.

Perarakan BERSIH di anggap tidak perlu malah didakwa bakal menghuru-harakan negara. Hanya dgn menghantar memorandum bakal menjadi huru hara dan ada yg percaya! Jadi pada mereka tuntutan 8 perkara seperti pengundi hantu ( 1 rumah ada 88 nama pengundi), menggunakan dakwat bagi yg telah mengundi,dgn tidak menggunakan dakwat kekal maka seorang pengundi boleh berulangkali mengundi.Takpe kan? Pasal nak pertahankan ketuanan Melayu dan kaum kerabat di kalangan Pembesar-Pembesar Umno kan? Tentunya setiap orang Melayu amat bimbang Melayu akan jadi peminta sedekah di Negara sendiri? Sambil anda menjerit, melaungkan ketuanan Melayu bersama pemuda umno dan Ibrahim Perkasa dalam waktu yg sama Ibrahim Perkasa sedang berkira-kira utk mengalibabakan projek-projek sesama mereka dan kaum kerabat merebut-rebut merompak khazanah negara dan simpanan EPF utk di agihkan sesama mereka. Bagi kroni pula tubuh syarikat GLC yg besar-besar. Modal? Kerajaan bagi. Gaji- besar2 mencecah ratusan ribu setiap pegawai. Asset syarikat? Kerajaan bagi free. Bahan mentah? Kerajaan bagi murah dan ada yg free. Tapi Syarikat masih rugi. Tapi masih dapat gelaran Tan Sri dan Dato. Diatas nama menjaga pekerja-pekerja yg ramai maka kerajaan bantu lagi (bail out); ada yg bangkrup? Takde? Seronokan? Kalau kita rakyat biasa yg berniaga tak dapat bayar hutang bank akan declare bangkrup. Padan muka.

Diantara tuntutan BERSIH lagi; Reformasi undi pos yg menjadi fixed deposit umnobn, masa kempen minima 21 hari, akses kepada media bebas dan adil, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Hai; apa masalahnya dgn tuntutan 8 perkara itu sehingga boleh menyebabkan huruhara? Hentikan rasuah umnobn, perkasa dan silat lincah menjerit macam orang gila menghulurkan keris?

Drp; azam malik

Anonymous said...

HJ BOCENG

ORG MCM TINTA HITAM NI LAH MENYEBABKAN PENGIKUT UMNO DAN ORANG TUA DIKAMPUNG TAK NK IKUT DN MENYERTAI PARTI YANG DIKATAKAN ISLAM TU, ORANG SEMUA SLAH MEREKA YANG BETUL.KITA KALAU NAK KRIKTIK ORANG SEDAP JE TAK BERBAYAR KATAKAN KELUAR JE.....

ATAS PAGAR

Anonymous said...

HJ BOCENG

ORG MCM TINTA HITAM NI LAH MENYEBABKAN PENGIKUT UMNO DAN ORANG TUA DIKAMPUNG TAK NK IKUT DN MENYERTAI PARTI YANG DIKATAKAN ISLAM TU, ORANG SEMUA SLAH MEREKA YANG BETUL.KITA KALAU NAK KRIKTIK ORANG SEDAP JE TAK BERBAYAR KATAKAN KELUAR JE.....

ATAS PAGAR

sani said...

1. Mengapa pihak PDRM mengadakan kerjasama dgn ATM utk menangani BERSIH 2.0,

2. Tuntutan BERSIH 2.0 adalah tuntutan yg munasabah. Hanya org yg mempunyai agenda merompak hasil negara shj tidak bersetuju dgn pemBERSIHan berkenaan,

3. Malaysia semakin lama semakin hilang daya saing & kemakmurannya akibat kehilangan byk sumber2 kekayaan negara melalui RASUAH & rompakan oleh org2 politik termasuk MENTERI2,

4. Semoga BERSIH 2.0 terlaksana & semoga semua MENTERI2 yg jenis perompak, perogol, pembunuh dll sejenisnya dijatuhkan hukumannya kelak...bila??? BILA PILIHANRAYA KITA BERSIH.

langitbiru said...

Sdr Haprak-yat,

Alhamdulillah Sdr tahu dan ambil tahu tatacara daftar pemilih. Itulah prinsip asas,telus dan adil yang SEWAJIBNYA badan bebas dan berkecuali SPR lakukan.

Apakah SPR lakukan dan laksanakan?

Berapa kali Sdr dengar SPR buat ' open trial'?

Macam-macam aduan, macam-macam bukti aktivis PR kemukakan, tak pernah SPR buat 'open trial'!

Atau Sdr boleh buktikan apa-apa?

Kalau nak berhujah berdebat,buat cara berhujah berdebat yang berhemah, tak payah lah guna perkataan merapu dsb,tiada makna.

Setuju, tak bersetuju satu kebiasaan, satu lumrah manusia! Pilihan di fikiran masing-masing!

langitbiru said...

Yang DiPertuan Agong berkenan berjumpa dan berbincang dengan Secritariat BERSIH.Daulat Tuanku.

Tatkala Putrajaya istihar BERSIH haram

Tatkala KDN dan Menteri Amaran istihar BERSIH haram

Tatkala PDRM tutup pintu rundingan

Tatkala SPR tutup pintu perbincangan

Jadi Dato, apakah BERSIH masih HARAM bagi Putrajaya,KDN,PDRM,SPR?

Apakah aktivis parti berbaju kuning akan berterusan ditangkap menjelang 9 Julai?

Pelik juga dikaitkan bersih dengan komunis dan badan kristian antarabangsa! Bukankah komunis dan kristian satu yang amat berbeza dan bertentangan?

saji said...

Sdr sani

Sdr bertanya,mengapa pihak PDRM mengadakan kerjasama dgn ATM utk menangani BERSIH 2.0?

Saya hanya mampu menjawab, Kerajaan UMNObn belajar dari pengalaman demonstrasi di Mesir baru2 ini.

OKJ said...

Salam DAKJ dan para pembahas

Alhamdulillah. Bersih tak jadi. Saya juga mengucapkan TQ kepada Pak Lah dalam menyelesaikan isu ini secara diam-diam. Juga kepada Dato’ Seri Presiden kerana mencadangkan Bersih dibuat di stadium dan bolehlah mereka melalak sampai ke pagi. Janji tak ganggu orang lain. Juga terima kasih kepada Dato’ Kadir kerana memberi peluang pembahas meluahkan pendapat secara demokrasi.

Kepada orang-orang Islam yg masih nak ikut pemimpin yg pro murtad, silakanlah. Cuma pastikan dapat sediakan jawapan yg bernas di padang masyar nanti. Didunia ni bolehlah bagi seribu satu alasan, tapi TIDAK diakhirat kelak. Sebabnya, mulut akan terkunci bisu, tapi setiap angota badan akan menjadi saksi. Saya cuma ucapkan selamat maju jaya di dunia dan di akhirat nanti.

Dan bolehlah saya pergi ke KLCC Sabtu ni sebab nak beli IPAD2. Dah berapa kali saya pergi nak beli tapi sold out je. Harap-harap kali ni dapatlah saya beli IPAD 2 WIFI + 3G yg 64 GB. Dah lama dah mengidam ni. Sekian TQ.

hairulfitri said...

Aslkum dakj

PM kata kalau UMNOBN tipu dlm pilihan raya 2008 mana mungkin PR rakyat menang 5 negeri.

Itu cakap org loyar buruk. Saya kata kalau UMNOBN tak tipu pd thn 2008 mereka dah tentu kalah pilihan raya berkenaan.

Sebab undi pos yg berjumlah 330,000 secara purata telah membantu kemenangan di 33 parlimen.


Ditambah pula dgn kehadiran pengundi hantu yg beribu2, pengundi yg menyokong pembangkang dibuang namanya tanpa berita,dan pengundi dua tiga kali.

oleh kerana pernyataan diatas adalah benar maka faham2 lah kita semua kenapa kerajaan haram UMNOBN SENGAJA tidak mahu melayan tuntutan rakyat melalui BERSIH.

Walaupun penyokong tegar UMNOBN yg rata2 otak mereka masih baru(sebab jarang dipakai) tidak kisah perkara spt ini tapi kita hendaklah sentiasa cuba menyadarkan minda mereka demi masa dpn anak cucu kita agar tidak diperintah oleh regim penipu, pencuri ,perasuah dll

Ingat menang cara haram bererti gaji menteri juga haram.

Anonymous said...

Sesiapa yang beria-ria nak adakan demo Bersih tidak lain tujuannya adalah untuk menyemarakkan rasa kebencian kepada kerajaan. Itulah tujuannya disebalik mengadakan demo Bersih. Demo Bersih sebenarnya adalah rekaan sahaja sebagai slogan KOSONG untuk menipu orang ramai.

Jadi mereka yang anti-kerajaan mencari peluang untuk beramai-ramai mencetuskan semangat kebencian terhadap kerajaan untuk mendapatkan "political mileage" untuk parti pembangkang.

Inilah kerja orang yang tak ada kerja. Kerjanya tak habis-habis menghasut rakyat.

Demo BERSIH konon!! Ambiga dan penyokong dibelakangnya adalah hipokrit,penipu besar dan tidak bertanggong jawab. Ambiga tidak layak mengadap Yang Dipertuan Agong.

Rahiman

Anonymous said...

Selagi Anwar Ibrahim ada digelanggang politik selagi itulah negara tidak akan aman dan huru hara dibuatnya. Akhirnya hancur negara. Itulah hakikatnya. Rakyat berpecah-belah dan terus bermusuh-musuhan. Adakah ini yang rakyat inginkan? Sama-samalah kita renungkan hal ini dengan ikhlas dan rasional tanpa emosi. Inilah yang selama ini saya perhatikan keadaan politik sekarang. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahukan. Kita mahu "CHANGE" !! Adakah Anwar mampu "CHANGE". Dengan ikhlas saya katakan bahawa Anwar tidak mampu membawa negara kita ketahap yang "luar biasa" ke arah yang lebeh cemerlang lagi. Percayalah!! Tapi kalau berani cubalah "CHANGE"!!

Mr Short-change

saji said...

Sdr Paiman

"Apalah sibuk-sibuk nak demo Bersih ni? Dah tak ada kerja lain ke? Orang sibuk nak cari makan depa sibuk nak berdemo tak tentu pasal. Kononnya demo Bersih !! Apa yang bersihnya. Tak ada apa pun. Negara kita dah bersih dah ! Apa nak lagi. Yang dah bersih jangan nak di kotorkan. Jangan nak "mengada-ngada". Jangan nak tunjuk jadi jagoh. Jagoh taik kucing !! Semua ni karut!!"

Komen:

Yang sdr kata BERSIH tu ialah sistem politik dan pentadibiran negara bagaikan hamparan permaidani di ruang tamu rumah yang bukan sahaja hari-hari divaccummm oleh orang gaji supaya dilihat BERSIH dan sedap dipijak oleh tuan rumahnya, malah dishampooo seminggu sekali supaya sedap baunya.

Yang KOTOR ialah permukaan di bawah hamparan permaidani tersebut yang berdebu itu yang tuan rumahnya tak perasan-perasan, tetapi tetamu cepat perasan.Mengapa?

Anonymous said...

Tinta Hitam ni bangsa apa agaknya ya? Melayu celup ke? Tengok gambar macam orang datang dari pergunungan Afghanistan. Baru turun dari gunung kut. Kalau dia Melayu UMNO atau PAS dia tidak akan komen macam orang tak ada pedoman. Bahasa apa yang dituturkannya? Bukan bahasa Melayu tapi bahasa orang gunung. Mungkin dia bertutur bahasa loghat orang gunung. Tak pernah jumpa tamadun. Itulah yang saya boleh baca sifat si Tinta Hitam yang selalu buat komen melalut. Inilah manusia yang bertopengkan Islam tapi tidak menghayati tentang amalan baik apabila bertutur. Pertuturan macam orang jahil !!! Sedih! Berapa umur si Tinta Hitam ni? Kalau dah berkahwin, macam mana dia didik anaknya ya?

-Urdu-

Anonymous said...

Seorang wanita India Hindu dapat memperalatkan orang Islam untuk bersamanya berdemo BERSIH. Syabas !!! Secara tidak langsung dia memperkecilkan orang Islam kerana tidak BERSIH !! Syabas!!

Memang handal wanita ini !!!

Muruku

Anonymous said...

Salam Dato’

Bagi saya dah terlambat agaknya kalau nak memberi pandangan tentang strategi dan kreadibiliti. BERSIH 2.0 akan diadakan untuk menuntut SPR sebagai badan yang BEBAS dan ADIL dalam menjalankan pilihanraya umum dan kecil di Malaysia melaksanakan 8 tuntutan mereka.Itupun setelah rundingan dan desakan selama ini hasil pertemuan yang dilangsungkan tiada hasil. Kenapa pihak BN terutama barisan Kabinet tidak mengambil peluang ini untuk mengembalikan dan menambah lagi keyakinan rakyat pada mereka? BN juga boleh menganjurkan perhimpunan secara aman mendesak SPR supaya menjalankan pilihanraya yang adil mungkin diketuai sendiri oleh Pengerusi BN. BN biasa mengadakan perhimpunan aman secara besar-besaran.Ini tidak, sebenarnya risiko juga telah diambil ketika pihak berkuasa digerakkan untuk menentang BERSIH disamping NGO (PERKASA dan lain-lain) dan sayap parti (Pemuda UMNO) walaupun berlandaskan berbagai kemungkinan yang akan berlaku. Seolah-olah kerajaan dan penyokong-penyokong yang mempunyai kepentingan takut dengan pilihanraya yang bersih. Risau jika tuntutan tersebut dilaksanakan secara berkesan akan menyebabkan kerajaan BN tidak dapat dipertahankan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Ini sebenarnya tidak elok jika berlaku. Pihak PR akan terus memperkatakan mengenai perkara ini sehingga PRU 13....percayalah.Apakah kita boleh menyekat logik apa yang bakal difikirkan oleh majoriti pengundi muda nanti? Tapi pakar-pakar strategi di Putrajaya lebih arif agaknya mengenai hal ini. Saya lebih suka perbincangan diadakan dari awal antara SPR, Kerajaan Malaysia dan penganjur BERSIH mulai mengumuman mereka untuk mengadakan perhimpunan lagi. Cegah perhimpunan secara terbuka di pusat bandaraya sebelum jadi kalut begini...berbincang bukan bermakna kita kalah.Tapi sekurang-kurangnya rakyat akan berfikir sebaliknya.Kalau tidakpun pun mungkin BN dan NGO yang menyokongnya mengadakan perhimpunan juga pada hari yang berlainan mendesak SPR supaya melaksanakan tuntutan-tuntutan mereka sendiri. Sudah tentu yang menanggung beban atas desakan ini ialah SPR tapi itu lebih baik dari anggapan SPR menurut arahan BN dan saya rasa ia lebih bagus dari kreadibiliti kerajaan BN tercalar. Berita terkini, penganjur BERSIH 2.0 (tanpa mana-mana wakil parti politik)mengadap Yang Dipertuan Agong 5 Julai di Istana Negara. Hasil pertemuan perhimpunan jalanan tersebut akan bertukar lokasi dan akan dibuat di stadium. Kerajaan Malaysia juga akan mengadakan perbincangan tentang perlaksanaan perhimpunan di stadium ini. Apapun kreadibiliti Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan melonjak kerana dapat mencari jalan penyelasaian dalam masa tak sampai setengah hari. DAULAT TUANKU! Macam mana ni Tuan Memanda Menteri dan para penasihatnya? Datuk......berkenaan tuntutan penganjur BERSIH ini, anak lelaki remaja saya telah meluahkan pendapatnya ‘Tiada angin masakan pohon bergoyang’. Saya terfikir mungkin terlalu banyak kera agaknya di pohon tersebut. Cuma kita nampak tapi buat tak tahu atau buat-buat tak nampak saja agaknya. Semoga keamanan dapat dikekalkan hasil kebijaksanaan semua pihak.

Mutiara Damansara

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Sandiwara 1 Malaysia yang dijangka berakhir dgn tragedi tup tup dah bertukaq jadi boria yang 'hepi ending'.

Tapi ada 3 hari lagi tok!Politik kita ni penoh tipu muslihat.La ni musim pilihan raya tok.Perkara pokok depa mau undi.

Lagi baguih kalu PR dok di rumah sengap sengap pasai kalu pi stadium pun depa akan terdedah pada huru hara dan disalahkan.

La ni apa dunia luaq pikiaq tak penting,depa bukan boleh undi pun.BN dan PR kena ligan pengundi atas pagaq.

Kalu sandiwara tragedi BN untung kalu boria PR untung.CUBA PIKIAQ BETUI BETUI!

TK

A KADIR JASIN said...

Pembahas dan pelawat dihormati,

1. Ada pembahas yang menggunakan nama samaran lucah (kemaluan manusia). Kalau marah pun, takkan sampai mencarut. Gunakanlah bahasa dan nama samaran yang sesuai;

2. Ada pembahas yang kerana marahkan seseorang, menulis mendahului mahkamah. Ini boleh dianggap menghina mahkamah. Kita tunggulah keputusan mahkamah;

3. Mengenai ada pembahas yang terlalu taasub kepada parti, saya tidak boleh melarang. Cuma, kalau boleh biarlah berpada dan berpadan;

4. Sebenarnya pengikut fanatik mana-mana parti pun jarang boleh menaraik sokongan baru kerana pandangan dan cara mereka yang tergangat melampau sehingga orang meluat; dan

5. Begitu jugalah orang yang banyak bercakap mengenai Islam. Ada yang tak ada seorang pun kawan atau kenalan bukan Islam. Jadi macam mana nak kembangkan kefahaman mengenai Islam apatah lagi mengIslmkan orang bukan Islam.

Terima kasih.

Anonymous said...

Sdra Saji kata;

Yang KOTOR ialah permukaan di bawah hamparan permaidani tersebut yang berdebu itu yang tuan rumahnya tak perasan-perasan, tetapi tetamu cepat perasan.Mengapa?


comment:

Kalau tuan rumah tak perasan takkanlah sampai tetamu nak menghina tuan rumah dengan mengatakan secara "kasar" (berdemo) bahawa rumah dia berdebu. Mesti ada cara untuk sampaikan secara berhemah. Betul tak sdra.

Saya kesian dengan orang yang sibuk nak berdemo. Tujuannya tidak lain untuk nak "distract" rakyat tak tentu pasal. Apa gunanya. Dahlah keadaan dunia tidak menentu dengan berbagai cabaran. Kita masih lagi khayal dengan berpolitik sepanjang masa. Kurang bijak akal orang kita. Hentikanlah menghasut perkara yang remeh temeh. Saya rasa Sra Saji bijak orangnya dan harus terima bahawa perkara berdemo BERSIH tidak mendatangkan apa-apa faedah, hanya untuk tujuan politik yang keterlaluan.


Paiman

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Bersyukur kita kepada Allah kerana telah memberi kita jalan keluar dari masalah yang sebenarnya kecil tetapi telah dibesar-besarkan pihak tertentu.

Saya berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada YAB PM kita untuk mengatasi isu dengan memakai topi PM satu Malaysia dan bukannya terhad kepada kepimpinan politik sahaja.Kita mahu melihat apa yang didendangkan di radio atas tema "PM kita" dilaksanakan sepenohnya.

Tugas ini amat sukar kerana skripnya sudah tertulis dan memerlukan tindakan tidak popular untuk menukarnya.Dilapurkan berlaku kesesakan jalan di Lembah Klang hari ini disebabkan sekatan jalan walaupun diketahui umum bahawa Bersih telah membatalkan demonstrasi jalanan.

Agak membingongkan terdapat lapuran latihan bersama antara PDRM dan ATM dan terjumpanya senjata berbahaya yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih.Disini saya mengajak ,terutamanya orang Melayu berfikir apa akan berlaku sekiranya tercetus huru-hara tidak kira siapa yang memulakannya. Sahabat bukan Melayu kita bijak dan belajar dari sejarah. Dalam hal ini mereka tidak akan kehadapan mencari fasal.Contohnya walaupun demonstrasi jalanan berlaku di Pulau Pinang penduduk setempat tidak melatah walaupun melalui kesusahan yang tidak diundang berlaku.Oleh itu adalah dibimbangi jika berlaku persengketaan yang dimulakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ianya akan melibatkan pergaduhan antara orang Melayu .Ini merugikan bangsa dan Negara

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah membimbing kita kejalan yang lurus untuk kebaikan kita bersama.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision
Petaling Jaya.

langitbiru said...

UtusanM masih lagi mempropagandakan BERSIH ada udang di sebalik batu,masih menuntut pihak berkuasa menghalang himpunan di stadium yg dijamin dibawah perlembagaan, yg TETAP dijamin HARAM oleh UMNOBN.

Saya cadangkan Najib n Hisham bagi satu stadium lain kpd PERKASA dan satu lagi yang lain kpd Pemuda UMNO!

Sebenarnya, UMNOBN amat khuatir jika Himpunan BERSIH mencapai target 100,000 orang, maka AURA himpunan tersebut mampu mengubah minda rakyat khususnya orang muda kpd PR dan PRU13.

Tengok berita pagi tadi, Ketua Polis Negara mukanya amat serius,manakala bekas Timbalan Ketua Polis mahu BEKUkan akaun aktivis bersih.Boleh ke Dato?

Apapun, satu tamparan hebat kpd Najib

Dan sebenarnya,apapun alasan satu kemenangan moral kpd bersih!

.....Brahim,KJ berputeh mata!

langitbiru said...

Mengundi dapat pahala, tak mengundi dapat dosa?

Pilihanraya atau pemberian suara bermakna pemilih atau pengundi, memilih dan melantik individu tertentu mewakili dirinya dalam menentukan segala urusan masyarakat dan Negara. Tiang seri utama menentukan urusan masyarakat dan Negara adalah Menegakkan Keadilan. Adil dari segi sosial,ekonomi, politik dan segalanya.

Pemilih bermakna pemberi kesaksian atau sebagai saksi kepada wakilnya. Bermakna, wakilnya menerima kesaksian kelayakan dari pemilih.

Dalam Islam, seorang saksi wajib memenuhi kriteria sebagai seorang saksi sesuai dengan keadaan (samada kriteria itu perlu diringankan , sesuai dengan keadaan). Secara umumnya, saksi mestilah bersifat adil dan baik/diredhai perilakunya seperti firman Allah:

“Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kalian” ( Ath-Thalaq: 2)

“……………dari saksi-saksi yang kalian redhai” (Al-Baqarah: 282)

Memberi kesaksian ini bukan sahaja terbatas di Mahkamah, tetapi juga merangkumi dalam memilih perwakilan (memberi kesaksian kelayakan) melalui Pilihanraya, bermakna pengundi itu adalah saksi dalam pandangan Islam.

Apakah peranan sebagai saksi/pemilih dalam Pilihanraya?

WAJIB memilih calun yang benar-benar layak.

1. Maka, sesiapa yang memberikan kesaksian kepada calun yang tidak layak, bererti dia telah melakukan dosa besar, kerana sama halnya dengan memberi kesaksian yang PALSU.

2. Sesiapa yang memberi kan kesaksiannya dengan pertimbangan kerana kaum kerabatnya, atau kerana ada kepentingan dirinya, bererti beliau menyalahi perintah Allah swt.

“Dan hendaklah kalian tegakkan keadilan itu kerana Allah” (Ath-Thalaq:2)

Keadilan wajib ditegakkan kerana Allah, bukan kerana mencari keredhaan manusia dan pemimpin.

3. Tidak menggunakan atau menunaikan haknya sebagai pemilih/pengundi sehingga calun yang benar-benar layak dipilih kalah, memberi kemenangan kepada calun yang sebenarnya tidak layak, bererti beliau telah menyalahi perintah Allah swt untuk memberi kesaksiannya pada saat dia amat diperlukan untuk memberikan kesaksiannya.

“Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil” (Al-Baqarah: 282)
“Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan persaksiannya, dan barangsiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.” (Al-Baqarah: 283)

Mudahnya untuk memahami peranan pengundi/pemilih adalah memberi kesaksian kelayakan sebagaimana kita memberi kesaksian kelayakan “Tiada Tuhan yang wajib Disembah Melainkan Allah swt dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Kerana kesaksian kita, menentukan siapa menjadi Pemimpin Masyarakat Dan Negara. Pemimpin Negara itu mestilah mempunyai ciri-ciri Ulil Amri.

4:59 Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa :59)

4:83 Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut setan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu). (An-Nisa : 83)

Bagaimana halnya jika pihak berkuasa memanipulasikan daftar saksi-saksi (pemilih)?

Anonymous said...

Datuk AKJ YM, dengan izin, amat nyata daripada reaksi pemerintah kepada ancaman demonstrasi Bersih 2.0 yakni:-

1. PM telah mendapat nasihat yang salah dan hambar daripada Menteri KDN, petugas-petugas atasan KDN dan Polis. Kalau di negara lain, Menteri KDN sudah ditukar atau dilucut jawatan.

2. Kerana salah nasihat dan maklumat itu, PM melihat isu ini daripada aspek keselamatan semata-mata sedangkan protes ini adalah gerakan politik.

3. Saya setuju dengan Datuk dan banyak pendebat tentang Bersih dibenarkan berdemonstrasi tatapi dengan syarat yang ketat.

4. Sekarang, akibat campur tangan DYMM Agong dan mantan PM Abdullah, Najib terpaksa akur, berpatah balik dan sekaligus memalukan Menteri KDN, penjawat kanan KDN dan Polis yang bersikap konfrontasi.

5. Ramai harliners dalam pemerintahan, dalam Umno, di kalangan media massa arus perdana dan blogger pro-Umno pasti kecewa dengan pengunduran PM itu karena kempen harline mereka kini berkecai.

6. Natijahnya, pada masa mendatang, PM perlulah lebih berhati-hati dan mendengar daripada lebih ramai orang, bukan hanya bergantung kepada para yes men dan hardliner yang sudah terpisah daripada arus perdana yang semakin sivil dan terbuka.

Profesor Pencen, Bangi

anakbuah said...

Dato' dan blogger2 semua,

Saya sokong komen Dato Aziz. Kerajaan dan SPR sebenarnya tidak mahu berkomunikasi dan sentiasa dlm denial mood. Seperti memang ada yg disorokkan dan tindakan2nya mcm pihak yg bersalah. Kerajaan dan SPR patut berasa malu kerana menafikan hak rakyat utk menuntut pilihanraya yg adil dan bebas. Nampak sgt PRU selama ini tidak adil, tidak bebas dan tidak bersih! Nampak sgt mahu terus menang dan merampas dengan apa cara sekalipun. Cara kerajaan dan SPR menangani tuntutan2 ini bukan cara negara yg menuju negara maju tetapi merupakan tindakan kebelakang dan ini tidak langsung menuntungkan UMNO/BN maupun kerajaan. Persepsi rakyat sebenarnya lebih byk berpihak kepada pembangkang. Rakyat tidak mahu dilayan secara tidak adil dan tidak mahu dinafikan hak asasi mendapatkan kebebasan berpendapat dan bersuara.

Terima kasih.

pakatan haprak-yat said...



langitbiru said...
Sdr Haprak-yat,

Alhamdulillah Sdr tahu dan ambil tahu tatacara daftar pemilih. Itulah prinsip asas,telus dan adil yang SEWAJIBNYA badan bebas dan berkecuali SPR lakukan.

Apakah SPR lakukan dan laksanakan?

Berapa kali Sdr dengar SPR buat ' open trial'?

Macam-macam aduan, macam-macam bukti aktivis PR kemukakan, tak pernah SPR buat 'open trial'!

Atau Sdr boleh buktikan apa-apa?

Kalau nak berhujah berdebat,buat cara berhujah berdebat yang berhemah, tak payah lah guna perkataan merapu dsb,tiada makna.

Setuju, tak bersetuju satu kebiasaan, satu lumrah manusia! Pilihan di fikiran masing-masing!

7:29 PM


Saya tahu, sebab sedara saya kerja dengan SPR. Tapi, bukan saya yang buat tuduhan, saudara dan juak-juak Pakatan Haprak itu yang buat tuduhan tanpa bukti. Jadi, saudara yang kena buktikan SPR tak buat kerja.

Kalau setakat hari-hari melalak dalam internet tanpa memahami sesuatu isu, memang mudah. Kot ye pon, buat laa cross check fakta.

Prosedur-prosedur yang disebutkan sebelum ini semuanya masih diamalkan, dan sentiasa diamalkan mengikut peruntukan undang-undang semasa.

Samada ia dapat liputan media atau tidak, itu perkara nombor 2. Malaysiakini dengan MalaysianInsider dah sah tak bagi liputan.

Nak berbeza pendapat, tak ada masalah. Nak tuduh orang tak buat kerja memang mudah. Nak pegang tanggung-jawab atas perbuatan dan percakapan sendiri, yang ni ramai tak sanggup.

Mintak maap le Datuk KJ, kadang tu kena keras jugak bercakap, orang kita ni tebal tengkoraknya. Itu banyak yang bebal.

pakatan haprak-yat said...

Tuntutan Bersih:


1 Bersihkan Senarai Undi


a Daftar pemilih dilakukan oleh pemilih
b Daftar pemilih dipamerkan di tempat umum, tiada bantahan baru diwartakan
c Sekiranya ada bantahan selepas pewartaan, diadakan perbicaraan terbuka


2 Mereformasi undi pos


Ayat standard Anwar Ibrahim. Rakaman CCTV pergerakan peti undi dilakukan dari awal sampai habis. Ada bantahan, boleh rujuk SPR lagi.


3 Guna dakwat kekal


Ini idea pelik Tun Pak Lah Badawi dulu yang di-recycle oleh Ambiga. Peruntukan undang-undang kata tidak boleh halang pengundi untuk mengundi. Katakan pengundi tangan dia tertumpah dakwat, tak sempat nak cuci, SPR nak halang kah?

Kalau ikut penjelasan seorang blogger, guna dakwat kekal ni hanya di negara-negara mundur seperti di Afghanistan dan Pakistan, di mana rakyatnya bukan semua ada IC. Kalau panggil sorang "Kadir!!!", 10 orang nama Kadir bangun. Jadi diorang pakai la dakwat kekal. Kita kat sini ada IC.

SPR pun dah buat cadangan nak guna sistem biometrik untuk buat pengesahan selain guna IC, ni untuk pilihanraya akan datang laa.


4 Minima kempen 21 hari


Ini kerja gila kempen 21 hari. Kat negara jiran siap ada cooling-off period lagi.

Apa nak cerita kempen lama-lama? Yang selama 5 tahun tu tak cukup lagi ka? Kempen dalam ertikata sebenar adalah bagi wakil rakyat tu buat kerja selama 5 tahun jadi wakil rakyat. Bukan dalam 21 hari boleh kawtim rakyat.


5 Akses media yang bebas dan adil


Malaysiakini, MalaysianInsider, SelangorKini, Harakah, selama ni ada bagi coverage baik kah untuk kem lawan? Cakap dulang paku sepih, mengata orang paku yang lebih.


6 Kukuhkan institusi awam


Apa benda ni? Kerja SPR ke? Setakat nak meramaikan senarai tuntutan sahaja kot?


7 Hentikan rasuah

Kerja SPR ke SPRM? Sah hanya nak bagi nampak tuntutan panjang sikit


8 Hentikan politik kotor


Kalau siapa makan cili, dia sendiri laa rasa pedas. Terfikir laa jugak saya, kalau lah UMNO tu benci sangat dengan Nik Aziz ke, Lim Kit Siang ke, kenapa diorang tak keluarkan video seks Nik Aziz atau Lim Kit Siang? Jawapan saya mudah saja - sebab memang diorang tak buat benda tak senonoh tu. Tu saja.

Anonymous said...

Salam

Pagi tadi yang saya amat kesalkan ialah kenapa pihak polis membuat sekatan jalan iaitu di tempat yang saya lalui pihak polis menutup satu lorong menyebabkan jalan tinggal 2 lorong. Kesesakan tu memang menyesakkan nafas di pagi hari. Saya tak tahu la pandangan orang lain...lagi-lagi warga lembah klang yang muda-muda ni. Dengan harga minyak nya yang masih dihebohkan 'cun', terperangkap terlalu lama di jalan menuju ke lokasi atau tempat kerja.Yang saya nak luahkan ni ialah saya telah melakukan satu dosa pagi tadi. Saya memaki polis-polis tu dalam hati...dalam kereta sorang-sorang.Kalau mereka nak duduk atau membuat sekatan tanpa memeriksa dengan teliti baik tak payah buat!Ni sebenarnya siapa yang menyusahkan rakyat? Perhimpunan BERSIH hari Sabtu....hari ni baru hari Rabu!Betul-betul tak faham la dengan sepupu PM kali ni!Entah apa yang ditakutkan sangat pun tak tahu la.Macam takut jadi itu ini....tapi kalau sekadar menjenguk-jenguk melihat dalam kereta selepas tu arah teruskan perjalanan baik tak payah buat sekatan pada waktu puncak!Duduk beramai-ramai didepan van polis pun buat pengguna jalan sakit hati.Kalau tujuan untuk cari penyokong BERSIH nak berhimpun SABTU nanti dikalangan warga lembah klang yang ingin pergi kerja hari RABU,KHAMIS DAN JUMAAT minggu ni....cari bersungguh.Menyampah la pulak dengan Kerajaan mengelabah cam ni.Cakap takut berlaku itu ini, tapi kesungguhan tiada.Kalau macam ni terus terang dah saya tak kan salahkan penganjur BERSIH.Mereka dah setuju nak buat perhimpunan di stadium. Biaq pi la....sesak jalan pun hari Sabtu...jalan-jalan yang sesak pun yang menuju ke stadium.Final bola perkara macam tu dah biasa.Teruk la pemimpin-pemimpin di putrajaya ni...siapa penasihat mereka ni???Datuk Seri-Datuk Seri para menteri sekelian senang la...polis trafik boleh bagi perjalanan lancar....sesak la berpuluh kilometer sekalipun. Sekian terima kasih Dato'. Itulah masalah saya hari ni dan seterusnya untuk 2 hari bekerja mendatang.

Yang Bengang

Fireman Sam said...

Salam Dato',

Menteri Dalam Negeri harus dilucutkan jawatan dengan segara kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Banyak kes yang tidak dikendalikan dengan betul kerana kesilapan KDN terutama menterinya. Ini hanya merumitkan kakitangan kerajaan yang akhirnya dipersalahkan.

Kemana perginya pemantauan prestasi menteri yang dulu dihebohkan Koh Tsu Khoon? Agaknya kementerian in dapat gred D sahaja. Paling tinggi pun C-

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Bercakap mengenai kawan bukan Islam ni, kawan saya masa kecil dulu seorang budak Cina bisu. Setelah membesar bersama-sama, sekarang beliau telah memeluk Islam dan kawin dengan orang Islam. Juga semasa di asrama dulu, kawan saya dari Malaysia Timur juga telah memeluk Islam setelah bertahun-tahun curi-curi mendengar tazkirah selepas solat maghrib dan isyak. Saya juga bersyukur kerana dapat mengambil bahagian dalam program 3 buah kampong orang asli dan hasilnya, Masyaallah!!!! tersangat lumayan, dimana mereka beramai-ramai mentauhidkan Allah dan memeluk Islam.

Begitulah pengalaman hidup saya yg tak seberapa ni. Bagi sayalah, strategi berdakwah bukannya hanya pergi dari rumah ke rumah atau bagi ceramah tetapi dengan menyelitkan sedikit-sebanyak kefahaman Islam mengikut isu semasa. Insyaallah, akan ada orang yg sudi membaca dan terdetik dihatinya untuk mengetahui apa selanjutnya. Insyaallah. Sekian TQ.

hairulfitri said...

DAKJ

Kepada pembahas yg marah sgt dgn BERSIH dan PR cuba pertinbangkan perkara2 berikut:

1. Sebelum zaman Mahadhir biasiswa pd pelajar Melayu melalui JPA dan Mara dijamin kerana ia dianggap hak istimewa Melayu.

2. Sebelum zaman Mahadir kita tak pernah dengar konsep kontrek runding terus berbillion rgt.


3. Pd zaman M juga kroni merompak berbillion rgt wang rakyat dlm Perwaja, Bank Bumi, Bakun, PKFZ, dan projek membekal kapal tentera laut.

4. Jangan lupa rakyat juga dirompak melalui penubuhan Penjana Letrik Bebas yg mengenakan harga mahal kpd TNB.

5. Kroni menjadi instant billionaire bila jabatan bekalan air diswasta sementara rakyat dibeban dgn harga air yg mahal.

6. Melayu menjadi bertambah miskin bila terus dibeban dgn hutang PTPTN dan penganguran siswazah.

7. Upah pd pekerja Melayu untuk jawatan yg sama rendah berbanding dgn pekerja bukan Melayu.

8. Melayu dipaksa kesekolah melayu yg dhaif sementara anak PM dan menteri dihantar belajar disekolah antara bangsa atau keluar neg.

9. dulu kita bangga dgn Bank Bumi tempat Melayu cari makan tapi sekarang Melayu melukut ditepi gantang di CIMB

10. Orang Kristian tapi bernama macam Islam sekarang dah jadi menteri penting demi nak ambil hati bukan Islam.

11. Sebelum 1988 sistem kehakiman kita bebas dari pengaruh PM tapi sekarang ni kalau UMNOBN berpendapat anda tidak memehak pd mereka maka anda akan dicantas pd perinkat hakim mahkamah sesyen lagi. Maka lahirlah penghakiman yg memalukan.

12. Kerjaan skrg memang tak berduit....dpt bayar hutang negara dan gaji ktgn pun dah baik. Kemana perginya wang yg ada selama ni. Nak bukti cuba tanya pegawai Kem Kewangan.

13. Media perdana cuba mengalihkan isu sebenar kepada isu lain yg kononnya seorang perempuan India mahu menggulingkan kerajaan Melayu

Kerajaan UMNOBN memang wajib diBERSIHKAN. Bantulah kami demi membantu masa dpn kita terutamanya org Melayu.













11.

Anonymous said...

Jangan ikutkan nafsu nanti badan yang binasa. Demo BERSIH memanglah tak BERSIH. Bagi orang yang berakal dia tahu demo ini tujuannya adalah niat jahat parti pembangkang.

Kalaulah ada kepincangan dalam pentadbiran SPR apakah harus kita berduyun-duyun berdemo? Ada berbagai kaedah yang boleh diguna pakai untuk memperbetulkan pentadbiran SRP. Gunakanlah cara berhemah melalui berbagai saluran yang tertib.

Kadangkala saya rasa kecewa melihat gelagat setengah pihak terutama sekali parti pembangkang yang masih lagi "childish" dalam cara mereka betindak diluar "rule of law". Malangnya orang yang menganjurkan demo BERSIH ini adalah orang yang tahu tentang undang-undang negara tapi mengapa mereka ini berkelakuan seperti orang BODOH.

Dahlah BODOH, STUPID pulak tu !!

Darwis

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saudara OKJ,
Apa jawapan anda di Padang Mahsyar nanti apabila ditanya:
i. Mengapa anda bersekongkol dan bersubahat dengan UMNO, sedangkan UMNO itu sebuah parti politik sekular yang ingkar akan Perintah Allah SWT? Dengan kata lain, UMNO bersifat fasiq; oleh yang demikian anda juga fasiq.

ii. Mengapa anda malu dan hormat kepada PM Mohd. Najib lebih daripada Allah SWT? Dengan kata lain, anda lebih malu kepada manusia daripada Allah SWT, sedangkan malu seorang Hamba Allah hanya kepada Allah SWT. Seorang Hamba Allah dilarang malu kepada manusia yang fasiq. Malu kepada manusia fasiq bermakna tidak malu kepada Allah SWT.

iii. Mengikut Hukum Fiqah, seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat telah menjadi dayus. Tanpa segan silu dan terasa malu kepada Allah SWT, dia tergamak membiarkan isterinya mempamerkan auratnya.

Seorang lelaki yang dayus tidak wajar sekali-kali dihormati, apalagi disanjung, sementelahan pula, lelaki itu pemimpin tertinggi negara. Ringkas kata, anda malu kepada PM Mohd.Najib, padahal dia tidak malu pun kepada Allah. Ini bermakna, anda lebih malu kepada manusia daripada malu kepada Allah.

Sekadar tiga soalan sahaja hingga 'bertemu' lagi.
Wassalam.

saji said...

Sdr Pakatan Haprak-yat

"6 Kukuhkan institusi awam


Apa benda ni? Kerja SPR ke? Setakat nak meramaikan senarai tuntutan sahaja kot?


7 Hentikan rasuah

Kerja SPR ke SPRM? Sah hanya nak bagi nampak tuntutan panjang sikit"

Komen:

PUKUL ANAK SINDIR MENANTU:


ANAK = SPR

MENANTU = SPRM

Yang lain lu fikir sendiri

Anonymous said...

SAUDARA PAKATAN HAPRAK-YAT

KITA TUNGGU JE NANTI BILA PAKATAN DAPAT MENUBUHKAN KERAJAAN YANG BERSIH,TELUS,KEBEBASAN MEDIA,JAWATAN PENTING DAN KRITIKAL YANG AKAN DILANTIK MELALUI KELULUSAN PARLIMEN DSBNYA.JANGAN HARAPLAH KALAU KITA NI ORANG MELAYU DAN BUDAYA POLITIK DI M'SIA ....BILA DAH JADI ORANG YANG BERKUASA TAK KIRA BN ATAU PAKATAN.

ATAS PAGAR

A KADIR JASIN said...

Pembahas dan pelawat dihormati,

1. Sekatan jalan raya menyebabkan ramai mengeluh. Tersangkut di jalan raya, lambat sampai tempat kerja dan sebagainya. Takut-takut ada yang mati dalam kerata dan ambulans.

2. Di kedai kopi, ada yang tanya saya "nak store makanan ka?" Saya kata, terpulang kepada saudara.

3. Yang tersurat - sekatan jalan raya adalah hak polis atas alasan menjaga keselamatan.

4. Yang tersirat moga-moga orang ramai marah kepada perancang demo.

5. Yang mungkin berlaku, orang yang pro-kerajaan pun marah kepada perancang demo, tapi marah juga kepada polis dan akhirnya marah kepada kerajaan. Pendemo belum berdemo, tapi orang ramai dah susah.

6. Kalau Yang Dipertuan Agong dah bagi nasihat, mantan PM Pal Lah dah main peranan dan PM Najib pun dak kata boleh protes dalam stadium, buat sajalah. Tak payahlah ramai sangat pahat dan tukul buruk masuk campur.

Terima kasih.

Anonymous said...

Sdr pakatan haprak-yat kata,

Hentikan politik kotor

komen saya:

Sdra haprak memanglah haprak. Itu sebab sdara pilih Haprak sebagai nama samaran sdra. Memang sdra sendiri tahu yang diri sdra haprak kut.

Sdra kata hentikan politik kotor. Parti pembangkang kalau dapat berkuasa dan Anwar dijadikannya sebagai Perdana Menteri saya rasa MUNGKIN Sri Perdana akan di jadikan markas maksiat dengan segala benda yang haram akan disimpannya di Seri Perdana. Sri Perdana akan jadi macam Istana president Tunisia yang telah digulingkan oleh rakyatnya. Bermacam khazanah haram ada didalam istana itu termasuk dadah dan gundek-gundek. Percayalah. Kita dah tahu siapa Anwar sebenarnya. Anwar ahli politik yang mempunyai putaran akal dua alam macam Sukarno!!

Sdra fikir parti pembangkang tak main politik kotor? Oleh kerana sdra ini haprak bolehlah di takrifkan sdra seperti orang "pekak, buta dan tuli" !!! Fikiran BLUR !!

Darwis

saji said...

Sdr Yangretibase

Nak tambah soalan kepada sdr OKJ kita berikut:

Saudara OKJ,


Apa jawapan anda di Padang Mahsyar nanti apabila ditanya juga:

Sudahkah sdr OKJ sebagai orang Islam yang dekat dengan UMNObn yang tahu pasal hukum Allah dan percaya pada Hari Balasan berusaha mengingatkan kerajaan BN yang diketuai oleh parti UMNO yang memperjuangkan agama Allah itu melaksanakan hukum al Wakalah atau Melayunya Wakil-mewakil bagi kerperluan perlantian wakil-wakil rakyat untuk PRU dan PRK di Malaysia yang di bawahnya ada terangkan dengan jelas mengenai rukun dan syarat2 penggunaannya yang menjelaskan prinsip KEADIALAN Islam dalam melaksanakan aktiviti muamalat sesama Islam dan bukan Islam, sedangkan sdr OKJ tahu ia telah dilaksanakan bagi keperluan sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia ??????

besi said...

buang saja perkara 10 dlm perlembagaan semua org tak payah nak berhimpun setuju tak DAKJ?

langitbiru said...

Mula-mula,

Hishamuddin sepupu Najib cadangkan Bersih rally dlm stadium.

Kemudian,

Najib sepupu Hishamuddin sokong,Bersih rally dlm stadium.

Kemudiannya,

DYMM Agong cadangkan Bersih rally dlm stadium,senada dgn cadangan Hisham sepupu Najib dan Najib sepupu Hisham.

Kemudiannya lagi,

Menyusul titah Agong, Najib muncul di kaca TV semua siaran tanpa terkecuali, setuju Bersih rally dlm Stadium.

Kemudian kemudiannya,

KPN kata tertakluk kepada Akta Polis, Najib sepupu Hisham pun kata terserah pada Polis. KPN tahu tak Polis bertanggungjawab kepada Agung?

Dan kemudiannya lagi,

Hisham sepupu Najib istihar Bersih tetap HARAM. Dan Mesyuarat Menteri Kabinet juga Rais Yatim haramkan stadium untuk Bersih nak rally alasan Bersih Haram.

.....Apapun, rakyat memerhati tingkah laku 'ala kartun' pemimpin!

RUMUSAN mudah saya, Putrajaya dibawah Najib GAGAL menangani Bersih dgn bijak. Kesannya, hayat BN di Putrajaya dah pendek sangat dah....!

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato@ Saya tak setuju dengan respon Dato' yang terakhir mencadangkan supaya perhimpunan dibenarkan di stadium. Semua pihak harus patuh kepada peruntukan undang- undang khususnya Akta Polis yang menggariskan kaidah untuk menganjurkan sesuatu perhimpunan. Perlu dipohon permit oleh individual atau organisasi berdaftar. Bersih bukan sabuah organisasi berdaftar. Ianya merupakan seekor hantu atau jembalang yang diketuai oleh seorang perempuan berketurunan India. Dia guna orang Melayu untuk memecah belahkan keamanan Negara.
2. Permohonan permit mesti debut kepada polis Dan kemudianya membuat penilaian samaada boleh menjejaskan kestabilan Negara atau tidak. Berasaskan kepada persekitaran yang ada sekarang maka tak wajar kalau permit perhimpunan hendaklah diluluskan. Boleh timbal huru hara dan memusnahkan Negara tercinta ini. Kita jangan ambil jalan mudah dan mengalah. Sumbatkan mereka yang langgar undang-undang dalam lock up polis.
3. Kepada mereka yang menyokong Bersih tolong ambil masa berfikir sebagai orang Islam Dan Melayu. Ikut nasihatkan Yang Dipertuan Agong jangan kita jadi saperti yang dikejar takdapat manakala yang dikandung tercicir. Kita dah kehilangan Penang, Selangor kerana bijaknya DAP memecahbelahkan politik Melayu.
Ilkas,
Rahim

Bulat said...

Dollah Badawi ni semua bende yang dia usik akan jadi masalah.

Kalau hal ni dia cuba nak jadi hero, malapetaka lah akhirnya nanti.

saji said...

Sdr Darwis

Mengapa agaknya apabila ketua2 negara disepanjang pemerintahannya kelihatan BERSIH di mata majoriti rakyat masing2 hinggakan sesetangahnya mendapat tidak kurang 98% undi rakyat setiap kali PRUnya di adakan seperti Hosni Mubarak,antara contoh terbaru, tetapi dan mengapa apabila mereka tiba2 ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri masing2 atau kuasa luar, mereka dan anak beranaknya dituduh itu dan ini oleh mahkamah negara mereka masing?

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

There were two songs that we loved to listen and ponder their lyrics after the the BLACK day then..
One was 'Paranoid' by BLACK SABBATH
and the other was 'Bad Moon Rising' by CCR

Hope history do not repeat to us...

Mohon kita dijauhi dari orang2 'paranoid' dikalangan rakyat yang majoritinya kasih dan sayangkan negara tercinta ini..

YANG TERSURAT ITU PENGETAHUAN
YANG TERSIRAT ITU ILMU

ALFATIHAH, AMIN

aks said...

Datuk pun sama dengan nereka di Malaysian insider dan malaysia kini yang duduk di bawah telunjuk pembangkang. Sepatutnya Datuk tahu sepak terajang politik. Sekarang jelas UMNO tewas dengan campuran tangan Agong. Sebagai seorang wartawan berpelengalaman sepatutnya datuk tahu membacanya. Saya orang biasapun tahu. Datuk masuk kerja sebulan selepas 13 Mei, jadi tak tahu sangat apa yang terjadi.

Anonymous said...

Rakyat jangan diperbodohkan oleh Ambiga. Sebenarnya Ambiga ada agenda peribadi, bercita-cita hendak pegang jawatan di United Nations. Jadi dengan cara menganjurkan demo BERSIH ini konon dia dapat publisiti antarabangsa sebagai seorang yang berjuang untuk hak asasi manusia. Apabila suaranya kedengaran diluar negara maka peluangnya untuk mendapatkan jawatan di United Nations akan diiktarf lebeh tinggi lagi.

Saya hairan mengapa si Ambiga ini beria-ria nak ada demo BERSIH. Orang Melayu kenal ke siapa dia ni? Cakap Melayu pun tak pandai aleh-aleh timbul nak jadi jagoh !!!

Ayam Jantan

pakatan haprak-yat said...



saji said...
Sdr Pakatan Haprak-yat

"6 Kukuhkan institusi awam


Apa benda ni? Kerja SPR ke? Setakat nak meramaikan senarai tuntutan sahaja kot?


7 Hentikan rasuah

Kerja SPR ke SPRM? Sah hanya nak bagi nampak tuntutan panjang sikit"

Komen:

PUKUL ANAK SINDIR MENANTU:


ANAK = SPR

MENANTU = SPRM

Yang lain lu fikir sendiri

8:47 AM


Ni saja kah yang hang boleh jawab? Kesian, kesian. Patut laa yang sah muka 99.9% sama hang tak percaya. yang lagi 0.1% hang percaya.



Anonymous said...
SAUDARA PAKATAN HAPRAK-YAT

KITA TUNGGU JE NANTI BILA PAKATAN DAPAT MENUBUHKAN KERAJAAN YANG BERSIH,TELUS,KEBEBASAN MEDIA,JAWATAN PENTING DAN KRITIKAL YANG AKAN DILANTIK MELALUI KELULUSAN PARLIMEN DSBNYA.JANGAN HARAPLAH KALAU KITA NI ORANG MELAYU DAN BUDAYA POLITIK DI M'SIA ....BILA DAH JADI ORANG YANG BERKUASA TAK KIRA BN ATAU PAKATAN.

ATAS PAGAR

9:38 AM


Hang kata "...bila Pakatan dapat menubuhkan kerajaan..."

Saya kata, "Biar kerajaan yang adil terus memerintah."

At the end of day, it's just your words against mine. Kita lawan masa pilihanraya laa. Mana gentleman buat rusuhan tepi jalan.

p/s: Betul ke atas pagar?

langitbiru said...

Badan ini sakit-sakit. Kaki lutut tak kuat nak berlari. Badan ini rasanya tak mampu lagi menahan pancutan air yang pedih,belantan FRU yg keras. Semangat mahu ke sana tapi apakan daya.....

Ubah tajuk sat Dato,

Nak tanya, apa rasional Deris Jala nak lupuskan 33 GLC?

Apa tujuan Penasihat Ekonomi beragama Kristian ni Dato?

Mintalah Tok, tlg sampaikan Najib kaji semula. Tok sah kaji lagi baguih,buang terus idea 'pelik' Deris Jala ni.

GLCs ni hakikat sebenarnya adalah Agenda Ekonomi Bumiputera khususnya dan negara amnya. Maknanya,ianya adalah hak ekuiti amanah rakyat Malaysia khususnya yang berpendapatan rendah.

Nak hapus GLC untuk memenuhi perut nafsu kapitalis pelabur swasta dalam pasaran modal?

Tlg Tok habaq kat Najib tu, sekelip mata kapitalis ni rampas Felda, Tabung Haji, JCorp bahkan termasuk Khazanah.

Kapitalis ni besaq, buakan setakat GLCs depa boleh ambil alih, bahkan satu Pulau Pinang pun depa mampu BELI.

Ni Deris Jala nak DAHULUKAN RAKYAT atau nak pelingkupkan rakyat?

Kalau GLCs dihapuskan,mampuih la Agenda Ekonomi Bumiputera!!!bb

OKJ said...

Saudara Yangretibase

Saya mengaku tidak mengenali saudara tapi tulisan-tulisan saudara boleh memberi gambaran cara pemikiran saudara. Jika mengikut perubatan terkini (WHO ICD10), saudara menepati kriteria untuk didiagnosed sebagai Paranoid Personality Disorder. SEBABNYA; Pertama, tidak perlulah saudara melantik diri sendiri sebagai ‘wali’ dan melebelkan seseorang itu fasiq, masuk syurga atau tidak, selagi diri sendiri belum tentu masuk syurga. Juga perasaan pendendam saudara yg tidak sudah-sudah hingga saudara menyiarkan beberapa komen termasuk satu sajak bodoh kepada Tun dulu. Juga menganggap segala yg berlaku dipersekitaran sebagai konspirasi kerajaan termasuk kesalahan meliwat, dituduh meliwat lagi dan video sex walaupun satu dunia dah tahu cerita sebenar. Juga keras hati saudara untuk menerima kebenaran walaupun kebenaran dah ada di depan mata. Juga sikap negatif saudara sesama Islam dan memandang rendah keislaman orang lain selain dari parti saudara. Cuma saya tidak pasti samada saudara mempercayai isteri sendiri atau tidak kerana salah satu ciri paranoid personality adalah tidak mempercayai kesetiaan isteri sendiri.

Untuk mendiagnosed penyakit di atas, hanya 3 kriteria perlulah dipenuhi tetapi rasanya, kriteria saudara dah hampir penuh semua pun. Dibawah ini saya lampirkan criteria yg dikeluarkan oleh WHO untuk mendiagnosed penyakit tersebut bagi tatapan saudara.

The World Health Organization's ICD-10 criteria for the paranoid personality disorder. It is characterized by at least 3 of the following:

• excessive sensitivity to setbacks and rebuffs;
• tendency to bear grudges persistently, i.e. refusal to forgive insults and injuries or slights;
• suspiciousness and a pervasive tendency to distort experience by misconstruing the neutral or friendly actions of others as hostile or contemptuous;
• a combative and tenacious sense of personal rights out of keeping with the actual situation;
• recurrent suspicions, without justification, regarding sexual fidelity of spouse or sexual partner;
• tendency to experience excessive self-importance, manifest in a persistent self-referential attitude;
• preoccupation with unsubstantiated "conspiratorial" explanations of events both immediate to the patient and in the world at large.

Akhir kata, jika penyakit tersebut tidak dirawat, ia boleh mengarah kepada schizophrenia iaitu penyakit gila. Eloklah saudara berjumpa doktor dan meminta dirujuk ke pakar sakit jiwa untuk rawatan awal. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati. Sekian, tolong maafkan saya kerana terpaksa berkata benar walaupun pahit. TQ.

saji said...

Sdr hairulfitri

"2. Sebelum zaman Mahadir kita tak pernah dengar konsep kontrek runding terus berbillion rgt."

Komen:

Konsep kontrak runding terus/direct negotiaton dibolehkan dalam amalan kontrak pembinaan Barat. Penggunaannya, bagaimanapun, disyurkan bagi kontrak pembinaan yang memerlukan kepakaran tinggi, di samping dapat dibuktikan hanya sebuah syarikat kontraktor di dunia yang layak membinanya.Maknanya, ia tidak boleh digunakan sewenag2nya seperti yang kita lihat di negara ini.

Lazimnya, ia dikaitkan dengan penggunaan kontrak pembinaan Design and Build with contractor's design input, di mana di negara ini dikaitkan dengan projek penswastaan yang diperkenalkan oleh TDM.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan pembahas yang saya hormati.Isu ini sungguh menarik sekarang kalau kita hendak menjadikannya happy ending.YAB PM yang diberi tanggungjawab menyelesaikan perkara ini secara baik telah menyerahkannya kepada PDRM untuk mengendalikannya. Terpulanglah kepada kita membuat andaian samada beliau tiada ciri-ciri kepimpinan untuk berhadapan dengan isu ini atau dinasihat oleh penasihat-penasihat beliau untuk tidak menurut cadangan dari mana-mana pihak untuk menjaga status sebagai orang nombor satu negara. Buat masa ini beliau dan penasehat bolehlah tersenyum kerana dapat mengelak dari menerima nasehat dari mana-mana pihak. Masalah akan timbul apabila beliau perlu mengangkat sumpah taat jawatan dihadapan SPB Yang di Pertuan Agong pada 31hb Ogos kelak.

Banyak diperkatakan mengenai pengeluaran permit. Permit diperlukan bagi perhimpun 3 orang atau lebih. Tujuannya adalah untuk membolihkan pihak PDRM menjaga keselamatan rakyat yang berhimpun dari kejadian yang tidak diingini dari berlaku. Kehadiran polis adalah "to facilitate".Saya rasa soal hanya yang berdaftar sahaja boleh membuat permohonan tidak timbul.

Memandangkan semua option telah ditutup saya cadangkan pengajur perhimpunan ini selesaikan masalah sebagai mana yang dilakukan Nabi kita apabila hendak masuk Mekah. Beliau bersabar dan tidak menggempur masuk apabila dihalang walaupun Baginda ramai pengikut. Seperti yang kita maklum berkat kesabaran tersebut beliau akhirnya dapat memasuki Mekah dengan kemenangan yang besar dengan tidak berlaku sebarang kekasaran.

Pihak Bersih tidak perlu bergaduh dengan mana-mana pihak kerana Bersih sebenarnya sudah mencapai matlamat menyampaikan rintihan hati rakyat apabila diterima mengadap SPB Yang di Pertuan Agong tempoh hari.Apa yang diperlukan adalah menghantar memorandam pengesahan ditempat dan masa yang sesuai.Bolehlah dilapurkan hasrat untuk berhimpun didalam stadium tidak tercapai kerana ada pihak yang membantahnya.

Pihak Kerajaan sebenarnya telah membantu mempopularkan perjuangan Bersih melalui operasi mencegah di seluruh negara. Bersih bukannya berada di Lembah Klang sahaja. Jadi jangan risaulah jika ada orang yang berkempen Bersih gagal kerana tiada sambutan rakyat pada 9hb Julai 2011.

Anonymous said...

Come on, boys !! This demo BERSIH is rubbish!! There is a big hidden agenda behind all this. We are NOT stupid.Those people who are organizing this demo BERSIH are all political opportunists of the first order. They are trying hard to push further to topple the government by continuing to destabilise the government administration with the hope that they will gain political mileage by instigating the public.

What peaceful demonstration!! Past experience had proven again and again that everytime there was demonstration everything became chaotic and people just could not do their normal daily business.

It is time for a responsible govt. to act firmly even at the expense of losing support from the people. Prevention is better than cure. Enough is enough of the sandiwara !! Ini semua mainan Anwar Ibrahim! Cukuplah tu!! Naik meluat di buatnya.

Banyak benda lain kita boleh buat lebeh berhasil lagi.

Pawiro

Anonymous said...

Tinta Hitam,

Biasanya orang yang berjanggut lebat ada jin aprit di celah-celah janggut yang lebat. Saya nasihat cukurlah janggut tu supaya jin tak dapat berlindung. he he he he...... dan sdra punya otak akan lebeh matang lagi untuk membuat komen.

Boria Tanjung

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Datuk kata "Mengenai penutupan Stesen KTM Tanjung Pagar, tak guna cakap lagi. Buang masa saja.

komen:

Ya, buang masa sahaja. Tak usahlah nak emosional sangat. Kalau seluruh pulau dah di "jual", what is Station KTM !!Nothing.

So we must move forward and think of the future. There are a lot of other opportunities that are worth more than the selling of Station KTM. Be positive!! Dunia belum kiamat lagi. Apa yang nak dihibakan. Kita anak jantan bukannya pondan. Kita akan lebeh berjaya lagi dari Singapura jika kita bersatu tenaga untuk memajukan negara kita. Kita ada lebeh banyak sumber yang membolehkan negara kita maju kehadapan dengan pesat lagi. Cuma apa yang patut kita lakukan ialah tekun dalam segala usaha kita. Tak payahlah nak berdemo-demo BERSIH.
Buang tenaga dan buang masa.Apa yang kita dapat? Hanya yang dapat ialah AMBIGA dan Omega!!!

Kudin

Anonymous said...

Kalaulah nak tumbangkan UMNO gentlemanlah sikit. Tak payahlah nak mencaci. Sampai PRU13 tumbangkanlah UMNO jika itulah yang rakyat nak. Apa yang hendak di gelojohkan.

Kalau UMNO untuk orang Melayu dah tak diterima oleh orang Melayu, kuburkanlah terus UMNO. Senangkan !! Tak payah nak terlalak dijalanan dengan berdemo tak tentu pasal.

Ahli UMNO dan pemimpinnya sebagai orang Melayu Islam pun ada maruahnya. Kalau dah benci yang amat sangat gugurkan UMNO dengan cara gentlemanlah. Itu baru dipanggil bangsa Melayu yang berhemah tinggi.

Kudin

Anonymous said...

MORIZZO,

Saya bersimpati dengan sdra kerana kehilangan bapa tanpa pusara. Ingin saya katakan bahawa kemungkinan berlakunya peristiwa gelap May13 berulang lagi sentiasa ada, kerana apabila ada demo ianya tentu akan mencetuskan emosi yang tak terkawal dan mungkin ada setengah dari mereka yang hilang pedoman dan pertimbangan yang
siuman. Bila-bila masa sahaja "time bomb" akan melutup. Jadi pihak kerajaan yang bertanggong jawab mesti ambil tindakan tegas walaupun ianya tidak popular. Prevention is better than cure. Kita tidak mahu peristiwa berdarah ini berlaku sampai bila-bila. Merugikan bangsa dan negara. Punah harapan kita untuk membina masyarakat harmoni dan maju kehadapan.

Contoh di Kahirah dan Libya sudah cukup kita saksikan. Akhirnya negara mereka jadi huru hara dan rakyatnya bertempiaran jadi orang pelarian duduk di kemah-kemah di negara lain. Adakah itu yang kita mahu?


Kudin

abdullahngah said...

OKJ,

saya tak hairan sikit pun OKJ berkata Yangretibase mengidap penyakit "Paranoid Personality Disorder".

Kerana Rasulullah SAW sendiri pernah dituduh sebagai "gila".

Bayangkan seorang Nabi lagi Rasul boleh dituduh sebagai gila.

Ini kan "yangretibase" seorang manusia biasa yang tak pernah lekang dengan berbuat dosa.

Saya tak tahu dan tak kena sama ada OKJ ini Islam atau bukan Islam.

Kalau yang bukan Islam wajar benci dengan nasihat orang lain. Yang peliknya jika "OKJ" ini seorang yang mengaku "muslim" sepertimana pernah datuk Kadir Jasin sebut sebut itu.

"Muslim" berbeza dengan "umat Islam" Apatah lagi "mukmin".

Umat islam ialah keturunan "baka" orang islam kerana dikahwinkan secara islam hatta walinya "fasik".

Oleh itu tak hairan jika yangretibase dikatakan oleh OKJ kepada yang ritebase berpenyakit gila, kerana bercakap pasal neraka dan syurga yang barangkali ramai kalangan umat islam hari ini tak peka.

Atau dengan kata lain kebanyakan umat islam tak kisah sangat soal neraka dan syurga berbanding dengan cari dan kumpul seberapa banyak harta.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Salam kasih sayang Sdr. OKJ,

Terima kasih atas penjelasan kriteria seorang yang mengidap penyakit Paranoid Personality Disorder...

Sdr. Saji,

Kita harus berhati2 bila bersoal tentang perkara2 dihari kemudian... Adakah sdr. OKJ akan diajukan soalan2 sdr yang mulia nyatakan?...

Ilmu kami yang tidak sampai sebulu roma ini berasakan soalan adalah kepada 'cermin' diri kita dan bukan 'cermin'diri orang lain...
wallahualam

Mohon maaf saudara2ku

YANG TERSURAT ITU PENGETAHUAN,
YANG TERSIRAT ITU ILMU

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Mohon maaf Datuk, tersasar dari tajuk. Semoga solat Jumaat kita hari ini dilimpahi dengan Zat Kasih dan Sayang... Mohon kami, Ya ALLAH

saji said...

Sdr Bulat

"Dollah Badawi ni semua bende yang dia usik akan jadi masalah."

Kan ada satu benda bila Dollah Badawi usik tak jadi masalah? Tau takpe, tak tau pun takpe.

RDA

saji said...

Sdr raja2u

"Memandangkan semua option telah ditutup saya cadangkan pengajur perhimpunan ini selesaikan masalah sebagai mana yang dilakukan Nabi kita apabila hendak masuk Mekah. Beliau bersabar dan tidak menggempur masuk apabila dihalang walaupun Baginda ramai pengikut. Seperti yang kita maklum berkat kesabaran tersebut beliau akhirnya dapat memasuki Mekah dengan kemenangan yang besar dengan tidak berlaku sebarang kekasaran."

Komen:

Sdr menggunakan teknik sinektiks cara analogi langsung (iaitu mencari perkaitan yang seakan-akan sama antara satu atau lebih situasi bermasalah) dalam merangka dan menyelesaikan isu pilihan raya atau EC yang didakwa oleh NGO Bersih, khasnya tidak bersih itu.

Sesuai atau tidak, tidakkah apa jua tindakan Nabi Muhamad SAW sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT menerusi wahyunya yang tidak ada pada manusia Islam lain?

A KADIR JASIN said...

Sdr Samurai Melayu,antara lain, menulis: "Ps. Mohon maaf Datuk, tersasar dari tajuk. Semoga solat Jumaat kita hari ini dilimpahi dengan Zat Kasih dan Sayang... Mohon kami, Ya ALLAH."

1. Terima kasih atas doa anda. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Hari ini, akibat cakap-cakap kawalan ketat di pusat bandar ibu negara, saya tidak ke Masjid Negara. Saya melencong ke Masjid Bulat, Seksyen 14 PJ.

2. Satu lagi, dalam sistem demokrasi Raja Berpembagaan, ada "His/Her Majesty's Government" dan "His/Her Majesty's Most Loyal Opposition." Sekurang-kurangnya itulah yang saya faham daripada Sistem Westminster.

3. Jadi apalah salahnya sesiapa pun mengadap Yang Dipertuan Agong asalkan tujuannya bukan untuk menderhaka kepada Raja dan negara. Sesiapa pun yang berasa Raja-Raja boleh tolong, silalah minta mengadap;

4. Inilah fungsi perkongsian kuasa dan proses "checks and balance" dalam sistem demokrasi; dan

5. Salahkah Raja-Raja campur tangan demi kebaikan?

Terima kasih.

Hanezam said...

Episod Bersih 2.0 ini membuktikan bukan mudah mengimbangkan hak-hak asasi warganegara dengan keamanan awam di dalam masyarakat Malaysia yang majmuk bangsa, majmuk agama, makmuk bahasa, makmuk budaya dan makmuk prejudisnya.

Kebebasan bersuara dan ekspresi adalah perlu tapi harus diimbangi dengan keperluan ketenteraman awam. India sebagai contoh adalah sebuah negara yang mengamalkan darjah kebebasan bersuara dan hak-hak asasi yang lebih tinggi (berbanding Malaysia). Sebagai contoh, filem-filem Tamil yang selalu paparkan rasuah dan salahlaku ahli-ahli politik mereka. Daripada sudut ini ia bagus kerana orang awam dididik melalui pendedahan yang dibuat menerusi tontonan filem. Yang tidak baik pun ada juga kat dalam filem Tamil ni. Selain hero dia yang tak pernah handsome dan heroinenya pula yang gedik lebih, tuhan-tuhan mereka pun dicabar dan ditempelak sesuka hati. Saya ingat filem-filem begini (untuk dua-dua aspek di atas) tidak akan lulus tayangannya jika dibikin oleh pembuat filem kita. Kita tidak boleh buat filem dengan mesej sesuka hati. Namun tidak semestinya darjah kebebasan yang tinggi itu lebih baik bagi sesuatu masyarakat. Cuba bilang berapa ramai pemimpin negara India yang mati dibunuh, atau diletupkan sampai terburai isi perut.

Balik semula ke tanah air kita yang tercinta, saya ingatkan isu Bersih 2.0 ini hampir selesai bila Ambiga dilaporkan akan batalkan perhimpunan selepas pertemuan dengan YDPA, tup tup pada masa yg hampir sama Najib pula dilapor berkata dia akan sediakan stadium. Lepas tu, macam-macam lagi berbangkit. Sekatan jalanraya oleh polis pada waktu puncak pula menyiksakan orang awam. Semua ini gara-gara Bersih 2.0. Tadi ada sms saya terima gesa sokongan untuk Bersih “demi agama”. Heeeee.. kebodohan boleh mengambil macam-macam bentuk !

Saya rasa tuntutan-tuntutan yang semakin vokal dilihat menyebelahi Pembangkang kini adalah bibit-bibit kepada pembentukan sistem dua parti yang mungkin akan jadi penyelesaian kepada kita. Kalau kita tidak mampu mengadakan sebuah kerajaan yang berpaksikan kuasa Melayu, yang bersih daripada rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran, yang boleh menyebabkan bertrilion lagi duit ringgit akan terbazir dan negara serta anak-cucu kita lagi banyak menanggung hutang, kita tidak ada pilihan lain selain terpaksa menggantikannya dengan sistem dua parti. Dalam transisi kepada sistem itu, apa ketegangan sementara berbentuk politikal ekonomikal dan sosial yang kita alami kini mungkin hanya ‘hiccups’ sahaja dalam mencapai kestabilan sistem tersebut. Kita baru akan jadi masyarakat matang bila penyuaraan ketidakpuasan hati mana-mana pihak dibuat secara aman dan pihak satu lagi tidak lagi tidak rasa tergugat, gabra dan gentar seMalaysia, serta keamanan awam tidak sampai jadi tergugat.

Selagi ini tidak tercapai, takkan habis-habislah orang apolitik bercakap politik.

saji said...

Sdr Hanezam

"Saya rasa tuntutan-tuntutan yang semakin vokal dilihat menyebelahi Pembangkang kini adalah bibit-bibit kepada pembentukan sistem dua parti yang mungkin akan jadi penyelesaian kepada kita. Kalau kita tidak mampu mengadakan sebuah kerajaan yang berpaksikan kuasa Melayu, yang bersih daripada rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran, yang boleh menyebabkan bertrilion lagi duit ringgit akan terbazir dan negara serta anak-cucu kita lagi banyak menanggung hutang, kita tidak ada pilihan lain selain terpaksa menggantikannya dengan sistem dua parti. Dalam transisi kepada sistem itu, apa ketegangan sementara berbentuk politikal ekonomikal dan sosial yang kita alami kini mungkin hanya ‘hiccups’ sahaja dalam mencapai kestabilan sistem tersebut."

Komen:

SISTEM 2 PARTI

Saya setuju pandangan sdr di atas. Tetapi bilakah ia harus bermula? Selepas PRU Ke -13?

Bagi saya, ia sudah bermula semenjak keputusan PRU Ke-12 lagi, atas alasan seperti Kerajaan UMNbn dilihat berlumba-lumba berusaha menjawab, menagani dan mengatasi isu2 nasional dan setempat yang dicetuskan oleh PR, khasnya di negeri2 yang diperintah oleh PR.

saji said...

Sdr Kudin

Boleh sdr sebutkan sebanyak mungkin contoh UMNO sebuah parti gentleman?

Hanezam said...

Salam Datuk,

Dengan izin,

Encik Saji,

Sefaham saya setakat hari ini Pakatan adalah pakatan yang tidak rasmi. PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftar sebagai sebuah gabungan yang rasmi dengan PKR DAP dan PAS sebagai parti-parti komponen.

Sejauh itu sistem dua parti belum lagi mungkin.

Again, halatuju masing-masing bagai langit dengan bumi. Datuk dah pernah kupas isu ini tahun lepas atau sebelumnya. Atas dasar apa gabungan itu akan berpaksi, selain membangkang dan menidakkan BN tidaklah saya tahu.

Saya ingat Zaid Ibrahim sebelum keluar drpd PKR pernah submit permohonan untuk pendaftaran itu. Selepas itu saya tak pernah pulak terbaca perkembangan seterusnya.

Meluat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
saji said...

Sdr hairulfitri

Mengubah kerajaan tak semudah mengubah benda-benda lain. Itu pandangan yang saya sering dengar dari mulut orang Melayu yang terus-terusan memangkah dacing.

saji said...

Sdr Hanezam

"Again, halatuju masing-masing (PKR, DAP dan PAS)bagai langit dengan bumi."

Komen:

Saya kira sdr dan Dakj melihat perbezaan halatuju PKR, DAP dan PAS dari sudut ideologinya masing2.

Tetapi, sekadar bertanya tidakkah perbezaan halatuju juga berlaku di antara UMNO, MCA dan MIC iaitu parti utama BN dari segi kepentingan memeprjuangkan hak kaum masing2 yang selepas PRU KE-12 mula menampakan masalah halatuju?

berasiam said...

Salam Datuk AKJ,

zaman Rom. demokrasi memang hidup di jalanan. masa tu tiada komunikasi. undi pun angkat tangan aja kot.

semakin maju peradaban, berubahlah kaedah demokrasi itu. dari angkat tangan, pangkah di kertas.

zaman pasca moden ini, Internet suatu lumrah. setakat nak dapatkan pandangan ramai, melalui Internet pun, dah boleh. mengapa perlu turun ke jalanraya.

memang kita akan disoal tentang tidak tanduk kita di dunia pada hari perhitungan nanti. setiap kita adalah pemimpin dan akan ditanya tentang tanggung jawab sebagai pemimpin. lebih besar kuasa kita, lebih banyak pengaruh kita, lebihlah soalan yang kita kena jawab. kadang2 jadi satu kecenderungan, kita menempatkan diri kita di tempat yang salah. rasanya lebih baik kita tumpukan perhatian untuk memenuhi tanggung jawab sebagai pemimpin daripada sibuk menuntu hak kita sebagai manusia yang dipimpin.

mustahil Rasulullah saw berbohong bila menegah sahabat menentang pemimpin yang zalim selagi pemimpin itu bersolat. yang nak lawan sangat itu, ikut ajaran rasul apa pula agaknya?

Anonymous said...

Salam Datuk,

1. Niat yang baik sudah didengar. Yang durjana minta jauhkan.

2. Hari ini, semoga semuanya di Lembah Klang khususnya dan Malaysia amnya, dalam aman sejahtera. Ameen ya Rabbal A'lamin

Wassalam

XERONINE

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Dalam apa-apa perkara Allah minta kita berfikir sebelum melakukannya.Dalam pemerhatian saya bab berfikir sebelum bercakap inilah kelemahan sebahagian dari kita.Pemimpin atasan kita telah secara umum mengatakan Bersih boleh berhimpun distadium pada 9hb Julai 2011. Tiba-tiba tidak lama lepas itu persetujuan secara gentelman itu di nafikan dengan pelbagai alasan olih Menteri yang berkenaan. Sekarang ini pula dilapurkan Menteri berkenaan mengumumkan Bersih boleh berhimpun di luar Kuala Lumpur.Pendirian yang berubah-ubah macam inilah yang mencalar kewibawaan pemimpin kita.

Sebagai seorang Islam wajarkah tindakan Bersih mengenengahkan isu ini. Jawabnya wajar jika betul ada penipuan kerana adalah malang bagi sesebuah negara melantik seseorang pemimpin melalui penipuan.Saya heran mengapa ada orang bermati-matian tidak mahu perkara ini diselesaikan secara terbuka.Marilah kita buktikan tuduhan tersebut fitnah semata-mata .Ini mudah dilakukan "once and for all".Bagi tuduhan mengatakan ada 88 orang pengundi disebuah rumah SPR hendaklah pergi ke rumah tersebut dan tanya tuan punya rumah betulkah ada orang seperti didalam senarai tersebut. Jika tiada potong nama-nama berkenaan, Begitu juga melalui sistem berkomputer sekarang daftar pengundi mudah dibersihkan dari orang yang sudah meninggal dan yang telah hilang kelayakan mengundi.

Kepada Encik Saji saya dapati Al-Qur'an adalah sebaik-baik pertunjuk yang jika kita ikuti membawa kejayaan.Saya juga percaya bahawa Allah memberi hidayah kepada siapa sahaja Ia kehendakki tidak kira apa status orang itu. Dalam hal yang sedang berlaku ini jelas ada pihak dalam Kerajaan tidak mahu perhimpunan diadakan.Kita juga mengetahui sudah ada senarai nama orang-orang yang tidak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur hari ini. Disamping itu arahan telah diberi kepada PBRM untuk menangkap sesiapa yang memakai baju Bersih. Yang lebih menggerunkan dikatakan terdapatnya askar lengkap dengan kain rentang yang menyatakan akan menembak jika tidak mahu bersurai apabila diminta berbuat demikian. Terdapat juga lain-lain pertubuhan yang menyatakan tidak sehaluan dengan Bersih berada disana yang mungkin mencetuskan perbalahan yang tiada diminta.

Memandang kepada keadaan ini maka kita ikutlah suruhan Allah supaya tidak meletakkan diri kita dalam bahaya.Yang paling baik pada saya adalah mengelak diri kita dari disakiti orang.

Saya berdoa apa-apa buruk yang saya tulis diatas tidak benar dan semata-mata khabar angin sahaja. Saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh hidup aman damai bersama-sama seperti apa yang kita nikmati dahulu.Marilah kita berusaha menyudahi episod ini dengan "Happy Ending".

aks said...

Bagus betul, ribu yang setengah mati kena sembur gas oleh Polis, ANwar Ibrahim,isteri dan anakanya bersenang lenang di bilik hotel hilton.

Dalam masa yang sama cabas kepada orang cina dan India yang tidak mengambil bahagian dala demostrasi itu, Bagus, biar Melayu bahalol Melayu bergomoi ditengah jalan.

Anonymous said...

SAUDARA HAIRUL FITRI & SAJI

ADA DIA ORANG KATA KT NEGERI PR MEMERINTAH DAN BN SAMA JE TAK ADA YG ISTIMEWA PUN ......


ATAS PAGAR

Anonymous said...

Tok Kadir,

Boria Tok. Dok Baca online, satu KL lawak. Kepong sini, depa lari sana. Kepong kiri depa lari kanan. Kepong atas depa lari bawah. Satu KL pelancong boleh tengok macam mana lawaknya kita.

Kalu bagi puak ni himpun dalam Stadium Merdeka lagi senang jaga. Kepong satu stadium habis cerita. Ni dok kena hambat satu bandar. macam kita dok main cakplong dan semunyi-semunyi dalam bendang masa padi masak. Sambil-sambil semunyi, kita gagau ikan puyu, baling kepala kawan sampai bercalar.

Sapa punya otak ni Tok? Kalah Raja Lawak. Orang kita belah sini kata, nak tegelak tu. Mai Penang Tok, kena nasik kandar.

Kamjat Penang

Anonymous said...

hampir 40 tahun hidup di bumi malaysia, saya bersyukur sgt dengan nikmat keamanan dan kemakmuran hidup selama ini. walaupun hidup sbg rakyat biasa dan serba sederhana tp rasanya tidaklah sampai saya perlu `memusnahkan' keamanan yang sedia ada dengan menyokong mereka yang tiba2 muncul nak buat itu dan ini atas alasan negara kita tak adil, tak aman dan macam2 lagi. sy terfikir, teruk sgtkah hidup sebagai rakyat malaysia? kalau dibanding dgn negara lain, lebih baik jadi rakyat malaysia. terima kasih di atas pandangan Datuk yg cukup `waras' dan patut dibaca oleh semua pihak sebelum bertindak membabi buta kerana ikut emosi. usahlah kita musnahkan apa yg telah kita ada kerana rasa benci pd kerajaan skg. lagipun kalau tumbang kerajaan sekarang, sya tak fikir pemimpin pembangkang yg ada sekrang layak untuk jadi pemimpin yg terbaik di negara yang kita cintai ini. macm datuk cakap sekarang kita terpaksa pilih pemimpin terbaik dari kalangan yg yang terburuk. fikirkanlah...

saji said...

aks

"Dalam masa yang sama cabas kepada orang cina dan India yang tidak mengambil bahagian dala demostrasi itu, Bagus, biar Melayu bahalol Melayu bergomoi ditengah jalan."

Sdr mungkin tengok berita dalam TV1, TV2 dan TV3 kot.

Tetapi, dalam banyak2 orang Melayu yang sdr tengok dan tertengok dalam berita TV tu sdr nampak x kelibat Ibrahim Ali proksi UMNO tu?

Anonymous said...

YBhg Dato,

Pembahas semua,
cukup2lah..dah berbuih mulut, penat menulis,otakpun letih diperah tak henti2, jangan bergaduh2, hina menghina, tuduh menuduh. Kita ini insan kerdil yang menumpang hidup atas ihsanNya.

Marilah kita mendekati yang miskin dan tak punya apa2 terkais-kais pagi dan petang hulurlah apa2 bantuan dengan ikhlas. Ada ramai di bandar2 terutama di KL yang malu dan tak mungkin nak meminta2 untuk sesuap nasi,nak bayar belanja sekolah anak2,tol2,saman ekor,dsb.

Menteri Polis kita anak orang berada dan dia tahu ramai terpaksa bayar walaupun tak berduit kerana tak mampu nak ambil peguam untuk saman kerajaan. Mahkamah hanya dapat mendengar tuntutan atau menjaga mereka yang berduit.

Mentaliti tahun2 60,70an masih tebal. Zaman dah berubah patutnya pendekatan dan reosoning kita turut berubah. Tambah malang bila menganggap orang ramai itu BODOH DAN TAK DENGAR NASIHAT.

TOLONG email,tweet,sms kat PM lagi dan lagi bahawa rumah dah 90% dimakan anai2 dah nak roboh bila2 masa(menitik air mata saya! ) tak guna di cat baru, masih sempat untuk ganti sahaja semua tiang yang kena anai2 kalau tak tunggu roboh binalah yang baru.

Tak usahlah kita menyalahkan anai2, angin taufan, hujan ribut, banjir tsunami akibat kelekaan kita sendiri.

Jangan sampai terkeluar kata..biarlah pemerintah bodoh asal jangan pemerintah memperbodohkan kita..

Salam sayang & maafkan saya Dato.

Biso Bonar

saji said...

SAUDARA ATAS PAGAR

"ADA DIA ORANG KATA KT NEGERI PR MEMERINTAH DAN BN SAMA JE TAK ADA YG ISTIMEWA PUN ......"

Komen:

Orang mana, jenis apa dan bangsa apa yang kata negeri PR memerintah dan BN sama je tak ada istimewa tu? Dan, apa bentuk2 keistimewaan yang mereka kehendaki? Maksud saya, kena tanya kepada mereka ini bentuk2 keistimewaan yang mereka kehendaki!

Juga, tanya kepada mereka ini, adakah keistimewaan yang mereka rungutkan itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat atau negeri, mahupun pihak berkuasa tempatan majlis atau bandaraya? Dan jangan lupa tanya, adakah maksud keistimewaan itu sesuatu yang istimewa untuk dirinya dan kumpulannya, tetapi tidak untuk orang dan kumpulan lain?

Sebagai contoh, kalau mereka sekarang peniaga warong tepi jalan yang mengotorkan longkang dengan sisa makanan dan air kumbahan, menimbulkan kesesakan lalu lintas, menyekat orang makan di restoran berdekatan dan memajak lesen kepada warga asing, apakah bentuk keistimewaan yang mereka kehendaki?

Begitulah kontraktor Melayu yang dapat kontrak projek kerajaan tetapi mengali-babakan kepada bukan Melayu atau warga asing dan kontraktor Melayu yang memegang sebilangan lesen kelas F.

Yang saya tahu, semua penjualan hasil balak di negeri2 PR ditawarkan secara tender terbuka.

Anonymous said...

DAKJ

Saya ingin bertanya kepada Datok,adakah tuntutan BERSIH itu bagus utk kebaikan negara?Cuba jawab dan berterus terang dgn soalan saya datok?

Pada saya tuntutan BERSIH itu satu tuntutan yg baik supaya pilihanraya kita bersih dan adil.

Selama ini kita cuba lihat dengan hati yang terbuka betapa semua perkara BN mahu kawal walaupun kerajaan atau parlimen sudah dibubarkan,siapakah yang sepatutnya mengambil alih pemerintahan atau pun dipanggil "caretaker government"?Cuba jawab datok!!Bukankah sepatutnya diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung utk mengurus negara buat sementara waktu sebelum tertubuhnya kerajaan baru?

Mengapa BN masih lagi berkuasa utk mengarahkan kakitangan awam,menyalahgunakan dana peruntukan kewangan awam utk kepentingan parti BN walaupun setelah parlimen dibubarkan?Apa maknanya parlimen dibubarkan tetapi kerajaan sebelumnya masih lagi berkuasa utk berbuat apa sahaja dia suka?

Perkara mcm ini yang menyebabkan rakyat meluat dan juga bosan dengan BN dan juga SPR yang begitu berat sebelah dlm menjalankan proses pilihanraya.

Sepatutnya lagi SPR bagilah peluang yang sama adil utk pembangkang atau parti2 bertanding utk menjelaskan isu2 semasa dan juga perancangan parti bertanding di dlm semua media yang dimiliki kerajaan sebelumnya.

Ini tidak,kesemuanya dibolot dan dimonopoli parti BN yang tidak lagi berkuasa itu.

Saya setuju sangat dengan idea "open trial" di antara SPR dan BERSIH/PR utk menjelaskan segala isu yang berbangkit dgn SPR.Tapi malangnya SPR mengambil sikap acuh tak acuh dgn isu yg dibangkitkan.

SPR sepatutnya menyahut cabaran tersebut utk membuktikan SPR bukanlah kuda tunggangan BN walaupun setelah dibubarkan parlimen.

Saya amat berharap SPR dapat dibersihkan dari sebarang kekotoran lantas selepas dari penambahbaikan maka layaklah kerajaan yg memerintah itu boleh dikatakan mendapat mandat yg bersih & suci tak kiralah dari BN atau PR.

Dari rakyat Malaysia yg cintakan keadilan

h said...

Aslkum DAKJ

Nak tanya pembahas termasuk penyokong tegar UMNO.

Di 30 bandar seluruh dunia termasuk London, Melbourne dan Perth rakyat Malaysia disana berdemo menyokong tuntutan agar Malaysia melaksana pilihanraya yg benar2 bersih. Tak dengar pulak polis disana kepong, kejar, dan tangkap. Mereka hanya perhati dan awasi saja.

Perhimpunan di KL siang tadi tak de pulak kita dengar kedai/bangunan dipecah, atau dibakar atau diceroboh sebagaimana ditakuti oleh sesetengah pihak. Ertinya telah terbukti perhimpunan tadi tidak ganas. Yg jadi kelam kabut bila polis tembak air dan gas pemedih mata.

Yg nyata kerajaan UMNOBN TAKUT dengan pilihanraya yg betul2 bersih. Bayangkan kalau tanpa ganguan polis bukan 50000 orang hadir spt ptg tadi tapi tak mustahil 500000 yg akan hadir.

Sebahgian rakyat pecaya UMNOBN TELAH DAN AKAN MENIPU dlm setiap pilihanraya. Kerajaan pulak biasalah takkan mengaku. Sebagai jalan tengah apa kata YDP Agong dan Majlis Raja2 lantik Suruhanjaya Draja. Kalau kerajaan enggan....tentu ada udang disebalik batu.

Org spt Atas Pagar moga cepat sedar kecuali kalian memang dari spisies yg suka bertolong2 dlm melaku maksiat

Seperti biasa cubalah kita beri peluang pd PR pulak. Sekali pun cukup la. Ingat mereka bukan malaikat. Kalau ternyata mereka pun 2 kali 5 UMNOBN kita tau apa nak buat

Saya bukan penyokong bahalol.

saji said...

Sdr Bersiam

Di zaman Rasulullah saw hingga zaman para Sahabatnya dulu, wujudkah pilihan raya umum seperti yang diadakan dan diurus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia?

Tinta Hitam said...

Datuk dan rakan rakan semua,

BERSIH bukan Ambiga,DSAI.TG Hadi,Lim Kit Siang atau sesiapa shj.BERSIH adalah gerakan rakyat.Samada Ambiga jadi pengerusi BERSIH atau sebaliknya tidak penting.BERSIH akan tetap wujud selagi ketidadilan yg dituntut utk dibetulkan tidak dilaksanakan.Semua tuntutan ini adalah universal dan memberi faedah pd BN dan PR.Syaratnya hanya perlu jujur.Kalau menipu dan tak jujur maka tuntutan berkenaan adalah musuh pd org org yg tidak jujur dan mmg suka menipu

Persoalannya kalau UMNO tak menipu apa perlu takut.Berani kerana benar takut kerana salah. Kami tau UMNO hidup dgn penipuan selama ini.UMNO sebenarnya tka boleh hidup kalau tak menipu. Bila BERSIH mengutarakan 8 tuntutannya,UMNO pun mula menggelepar mcm org tak cukup oksigen.Mengapa perlu menggelepar? UMNO spt biasa mula menggunakan isu perkauman.Ambiga tu hindu,ambiga telah mentololkan org org melayu,nanti ambiga jadi PM,org melayu akan dipinggirkan, Ambiga menderhaka pd Raja dll.

Saya telah mencabar ramai org org UMNO dan pemimpin mereka.Saya kata sila tunjukkan mana satu dari 8 tuntutan itu yg akan menjadikan org melayu terpinggir,menderhaka pd Raja Melayu,menghina org melayu dan apa shj tuduhan yg boleh mereka fikirkan.Takada seorang pun yg berani menjawab dan menghubungkaitkan jawapan mereka dgn 8 tuntutan berkenaan.Mereka merepek repek perkara perkara yg tak relevan spt yg saya sebutkan tadi.Disini saya ulangi sekali lagi soalan pd rakan rakan semua.

Mana satu dari 8 tuntutan BERSIH ni yg mendatangkan kesan negatif pd org melayu?

Anonymous said...

YB Dato';
Saudara OKJ,
Ulasan saudara OKJ mengenai penyakit Yangretibase tu memang betul dan tepat sekali, jadi kepada pembahas-pembahas sekalian tak usah ambil hati lah ye dengan si Yangretibase ni sebab dia ni sememangnya BERPENYAKIT!! ape boleh buat ye?!!.....
Oh ye Dato' hampir terlupa pula saya, sebenarnya ramai lagi pembahas-pembahas di blog Dato' ni yang menghidap penyakit yang sama dengan Yangretibase ni seperti Hairulfitri, Abdullahngah,Saji,Tinta_Hitam dan pendek kata ramai lagilah.
Akhirnya syabas kepada saudara OKJ, pelengkung saudara memang tepat mengena. Semoga saudara akan terus memberi pandangan-pandangan yang berguna di blog Dato' ini, hujah dan pandangan saudara amat dikagumi, menandakan saudara seorang yang jujur dan ikhlas. Sekali lagi diucapkan syabas.

Sarip Dolase ni seperti HairulFitri,AdbullahNgah,Saji,Tinta_Hitam dan pendek kata ramai lagilah.
Akhirnya shabas kepada saudara OKJ pelenkung saudara memang tepat mengena.Semoga saudara akan terus memberi pandangan-pandangan yang berguna di blog Dato' ini hujah dan pandangan saudara amat dikagumi menandakan saudara seorang yang jujur dan ikhlas. Sekali lagi diucapkan syabas.

Sarip Dol

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Pagi tadi dari bilik hotel di Kota Kinabalu dari awai dok tengok jalan ka airport takut takut jam.

Saja saya pilih bilik yang terus boleh nampak airport takut telepas kapai terbang pi Tawau.

La ni di Sandakan memang tenang amai damai Tok.Betoi kata Kamjat Penang,dah jadi boria pasai semua kata depa menang.lepaih tu pakat pekena nasi kandaq.

Yang kalah ialah Anwar pasai bila tengok muka dia sakit terlantaq di Malaysiakini,lani saya yakin memang dia dalam video.

Nak kelentong pun agak agak la..takut orang meluat.

TK

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir. Mohon kebenaran untuk menjawab para pembahas dengan berhemah

Salam Sdr Hairulfitri. Saya masa mula bekerja dulu, tak mampu nak beli rumah pun dan menyewa je bertahun-tahun. Wpun begitu, prinsip saya ialah ukur baju dibadan sendiri dan banyak bersyukur dengan kurniaan Allah, kerana manusia tidak akan cukup dengan apa yg dimilikinya. Alhamdulillah, sekarang kerajaan kita siap nak tolong orang muda untuk beli rumah. Dan dalam satu syarikat gergasi, cuma seorang je CEOnya. Bagi sayalah, kita jadikan gaji besar mereka itu cabaran untuk kita berusaha lebih keras supaya dapat setanding atau melebihi dengan beliau. Jangan sekali-kali kita berhasad dengki dengan rezeki orang. Insyaallah, Allah akan membalas untuk kita dikemudian hari. Nasihat saya ialah perbanyakkan sembahyang sunat Duha dan berdoalah semoga dipermudahkan pekerjaan kita nanti.

Salam Tuan Haji Saji. Prinsip saya, jika hendak menukar sesuatu, lebih mudah diperbetulkan dari dalam dari diluar. Jangan sesekali kita bakar kelambu semata marahkan nyamuk. Juga tiada manusia atau organisasi yg lengkap tanpa cacat celanya sekarang. Sebenarnya, buah fikiran Tuan Haji sebagai seorang yg pintar, berpengalaman dan berilmu tinggi amat-amat diperlukan untuk penambahbaikan dari dalam parti, bukannya dari luar. Cuma Tuan Haji kenalah bersabar sedikit dan tidak cepat putus asa dengan asam garam kehidupan. Pintu parti sentiasa terbuka untuk bijak pandai seprti Tuan Haji.

Salam Ustaz Abdullahngah. Insyaallah, saya tidak menipu dengan setiap tulisan saya dari dulu sehingga kehari ini di dalam Blog Dato’ Kadir. Dan saya juga akan memberikan bukti secara scientific untuk sesuatu yg saya perkatakan. Terserahlah kepada Ustaz untuk menerimanya atau tidak. Kajian scientific juga sebenarnya adalah berasal dari zaman kegemilangan Islam dan dari cendiakawan Islam seperti Ibnu Sinar (Pakar Perubatan), Al Khawarizmi (Pakar Mathematik), Omar Kahyyan (Pakar Astronomi), Imam Bukhari dan Iman Muslim (pakar Hadis) dan banyak pakar-pakar Islam lagi. Islam di zaman dulu menjadi terbilang kerana setiap sesuatu dibuktikan secara scintifik bukannya dengan air liur. Marilah kita bersama-sama memartabatkan Islam seperti di zaman kegemilangannya. Insyaallah Sekian TQ.

maae said...

Salam Datuk,

1. Bila lihat perlakuan demonstrasi ini, malu pula rasa nya menjadi Melayu beragama Islam.Tidak lain akibat perbuatan mungkar yang di paparkan saudara sebangsa, seagama demi politik jalanan. BERSIH 2.0 untuk apa dan siapa? Agak nya jika mereka berkuasa, apa akan jadi pada SPR? Sampai bila maruah melayu mesti di gadai kepada pelacur-pelacur politik ini? Ini bukan "check and balance" tapi mirip "check and give a damn!"

2.Aktivis melayu lemah pendirian, berkopiah, berserban, muda, tua, lelaki, perempuan semua "diperkudakan" oleh golongan "impian kuasa meroyan". Menjerit "la illah haillallah dan..." yang terang- terangan menggadaikan iman dan kepercayaan....Islam apa ini? Di mana Tuhan mereka?

3.Dalam Islam kita di benarkan bermahzab imam yang empat kerana akhir nya, kita semua tetap jua bersaudara, beriman dengan pegangan yang sama untuk mengikhlaskan Tuhan yang sama, ia itu Allah SWT. Ini pegangan dan kesyumulan Ajaran Agama Islam yang Benar.

4.Teramat sedih jika Rasul Allah di jadikan perbandingan untuk perlakuan mungkar ini! Rasul Allah berjuang demi menegakkan syiar, dakwah Islamiyyah. Arahan Allah SWT supaya manusia meninggalkan alam kejahilan (kekafiran). Melawan janji-janji syaitan menyesatkan.

5.Pelik nya, melayu semakin JAHIL! Balik semula ke zaman jahilliyyah. Na'uzubillah min zalik. Maka ketawa berdekah-dekah lah syaitan-syaitan yang selalu mengimpikan kehancuran Islam di Malaysia...

Apo nak jadi?

awang batuburok said...

Salam Dato KJ,

apa cerita ni Dato? PM bercakap berbuih airliok cabar Bersih 2.0 buat perhimpunan aman di stadium, alih alih main sorok sorok dengan PDRM supaya stadium tak dapat digunakan.

inilah susahnya Dato kalau PM dipilih secara sistem feudal, diwarisi olih golongan bangsawan,
tak ada kredibiliti langsung!!!

malu kita Dato, sebagai rakyat Malaysia yang nak jadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri Pembahas sekalian,

1. Ada masalah dengan blog kita ini. Jadi minta tolong sangat-sangat;

2. Sampai masalah ini diatasi, tolong letakkan nama Sdra/Sdri DI PERMULAAN komen, kemudian di penghujung.

Terima kasih

saji said...

Daripada: Saji
Kepada:Sdr maae

"Pelik nya, melayu semakin JAHIL! Balik semula ke zaman jahilliyyah. Na'uzubillah min zalik. Maka ketawa berdekah-dekah lah syaitan-syaitan yang selalu mengimpikan kehancuran Islam di Malaysia... "

Komen:

Apakah Sastrawan Negara, A Samad Said yang mengambil alih tugas Ambiga dihujung demontrasi BERSIH/ 2.0 seorang yang JAHIL?

Saji

berasiam said...

salam Datuk AKJ

mempertikaikan pendapat tidak mengapa asalkan jangan mempertikaikan seruan Rasulullah saw. setakat manalah kebijaksanaan akal berbanding dengan pedoman wahyu. hikmah larangan Rasulullah saw sudah pastinya meliputi segala zaman dan keadaan.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato'@ Saya ucapkan terima kasih kepada Dato' kerana terus membuka ruangan ini. Saya rasa sedih dan dukacita melihat gambar-gambar demontrasi bersih semalam. Sedih kerana Melayu diperalatkan mereka yang bertempik terlolong dijalanraya adalah anak-anak muda Melayu yang tidak mengerti sejarah pembangunan tamadun Melayu. Mereka lahir selepas peristiwa Mei 13 dan kebanyakannya dari luar KL. Saya yakin ramai dari mereka masih belum berdaftar sebagai pemileh. Juga saya yakin mereka tidak faham apa maksud demokrasi dalam konteks Negara Malaysia yang unik ini. Adakah mereka faham maksud pemerentahan Raja berpelembagaan, hak-hak keistemewaan orang Melayu dan peruntukan berkaitan Islam sebagai ugama resmi Negara. Juga mereka tidak faham bagaimana selepas 50 tahun lebih Negara ini merdeka telah berjaya membawa orang Melayu keluar dari kemiskinan dan kepapaan disamping berjaya meletakan Islam diatas kedudokan yang tinggi dalam Negara yang berbilang ugama dan kaum. Mereka juga tidak sedar bagaimana kita telah berjaya mengalahkan komunis yang berjuang untuk merampas hak pemerentahan di Negara ini.
2. Saya dukacita dan rasa marah yang teramat sangat melihat pemimpin parti pembangkang sapaerti DSAI, Tuan Guru Haji Hadi dan beberapa cerdik pandai Melayu boleh mengadai maruah bangsa dan ugama kerana ingin mencapai matlamat politik mereka. Perpecahan orang Melayu akan merugikan bangsa Melayu dan islam. Bagaimana TG Haji Hadi seorang ulama boleh menghalalkan demontrasi ganas untuk menjatuhkan sabuah Kerajaan yang diterajui oleh orang Islam dan menyokong satu gerakan haram yang diterajui oleh seorang perempuan india berugama Hindu. Lupakan DSAI kerana dia ada agenda politik tersendiri tetapi malling sungguh bagi golongan ulama terlibat dalam gerakan haram dan sanggup bertempur dengan anggota polis yang kebanyakannya orang Melayu Islam.
3. Saya ucap tahniah kepada pasukan polis diatas kecekapan mereka. PAS patut fikir sebaik-baiknya, lebih baik tumpukan kepada kempen secara aman untuk memenangi pilehanraya. Saya yakin SPR tidak sebegitu kotor sehingga boleh menidakan kemenangan PAS sekiranya PAS yakin mendapat sokongan majority rakyat. Sekiranya PAS percaya kepada politik secara demontrasi haram, maka saya yakin PAS juga akan jatuh secara demontrasi haram sekiranya PAS dapat menawan Putrajaya.
Iklas,
Rahim

mad said...

kepada yg menentang bersih dan mengundi bn dalam setiap pilihanraya walaupun tahu bn banyak tipu dan rasuah, jawablah di akhirat nanti. kita hidup bukannya lama, bila-bila masa saja kita akan mati. janganlah sokong kerajaan yg terang-terangan rasuah dan zalim kepada rakyat. saya tengok pihak kerajaan baik dari polis, spr, lebih-lebih lagi pm banyak mengeluarkan kenyataan yg memperbodohkan rakyat. jelas sekali mereka gelabah mempertahankan kerajaan yg ada yg saya tahu sudah tidak relevan lagi di abad ke 21 ini.

saji said...

Sdr berasim

Betul seruan Rasulullah saw satu wahyu untuk dijadikan pedoman yang pastinya meliputi segala zaman dan keadaan.

Tetapi bagaimana dengan perkara2 baru yang tidak wujud di zaman Rasulullah saw atau tiada nas al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias yang terang menjelaskannya iaitu untuk dijadikan pendoman seluruh umat manusia membabitkan bidang muamalat duniawiyah seperti pilihan raya umum yang dari sudut perundagan Islam Masalih Mursalah merupakan perkara baru yang harus diijtihadkan atau diberikan pandagan, demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan seluruh umat manusia dalam melakukan aktiviti muamalat di dunia ini sesama Islam dan bukan Islam, termasuk keharusan meminjam sistem2 daripada Barat seperti sistem pilihan raya yang diterima sejagat sebagai adil, asalkan ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam mebabitkan akedah, akhlak dan syariah?

saji said...

Salam sdr OKJ

" Prinsip saya, jika hendak menukar sesuatu, lebih mudah diperbetulkan dari dalam dari diluar. Jangan sesekali kita bakar kelambu semata marahkan nyamuk. Juga tiada manusia atau organisasi yg lengkap tanpa cacat celanya sekarang. Sebenarnya, buah fikiran Tuan Haji sebagai seorang yg pintar, berpengalaman dan berilmu tinggi amat-amat diperlukan untuk penambahbaikan dari dalam parti, bukannya dari luar. Cuma Tuan Haji kenalah bersabar sedikit dan tidak cepat putus asa dengan asam garam kehidupan. Pintu parti sentiasa terbuka untuk bijak pandai seprti Tuan Haji."

Komen:

Apa yang sdr maksudkan hendak menukar sesuatu, lebih mudah diperbetulkan dari dalam dari diluar, dan apa yang hendak diperbetulkan jika ia merujuk kepada UMNO?

langitbiru said...

Apa kesimpulan yg Dato' boleh rumuskan?

Mengenai,

KEpimpinan UMNO?

Ternyata, Najib gagal menangani dengan bijak Bersih. Ternyata, Najib lebih percaya kpd nasihat org kelilingnya, dari mata hati nalurinya sendiri-selepas setuju Bersih rally di stadium disiarkan semua siaran TV kpd rakyat,tapi 'menyerah' kpd Polis. Hari ini, Najib memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih yg gagal mencapai target 500,000 org sebaliknya,kata Najib tak sampai 10,000 org. Soalnya, betulkah tak samapai 10,000 org? Dan kalau tak capai 500,000 org,apakah ,,Najib tak tahu kenapa? Ooo...sudah tentu penasihatnya kata, sebab tak ramai sebenarnya sokong Bersih! Begitulah Najib,kredibilitinya jatuh bedebuk spt Nangka Busuk jatuh dari pohonnya!

Mengenai Kepimpinan Perkasa?

Ternyata CAKAP BESAR tapi hati kecik menikus. Apapun,tahniah Perkasa yg seoalah-olah jadi jurucakap UMNO, yg mana saya AMAT YAKIN, Perkasa adalah sokong membawa rebah kpd UMNO, sekali lagi Najib gagal menangani dengan
bijak Perkasa.
m

Najib nak bawa 3juta ahli UMNO turun KL?

Silakan!

mo said...

salam brother kadir, alasan yg brother buat ini, terlalu mild ? Rakyat senantiasa memantau dan melihat, kelakuan kerajaan yg kita , di paksa menerima keputusan undi. Yg nyata bersih only demand for fsir and clean election ? tq

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Kalau melihat pd air muka diktator2 dunia yg jatuh tersungkur seperti Marcos, Suharto, Shah Iran, King Farouk, Bin Ali, Hosni Mubarak dan Edi Amin, tiada siapa pun akan menjangka bahawa suatu hari nanti mereka akan tersembam jua.

Ambil saja contoh diktator Suharto. Selama kira2 30 tahun pemerintahannya rasuah berleluasa, perintahnya menjadi undang2, yg menentang akan dipenjara, ada yg ditangkap dan terus hilang tanpa berita, harta negara ibarat harta sendiri, rakyat majoriti terpinggir drpd mengecapi kekayaan negara.

Kini walaupun selepas 13 tahun pemerintahannya tamat rakyat tetap menderita membayar hutang negara(setelah meminjam melalui penjualan bon)yg dicipta angkara kerakusan ,pemborosan dan perompakan harta negara dizaman Suharto.

PERSAMAAN yg ada pd diktator2 yg namanya tersebut di atas ialah air muka mereka kelihatan selamba,toya, bersahaja, nampak baik pijak semut pun tak mati, meyakinkan dan tenang ketika sedang bercakap/menipu rakyat.....sebab itu rakyat selalu terpesona, dan berterusan menyokong mereka.

Apa pendapat anda tentang pemimpin Malaysia pulak?

Anonymous said...

Tinta Hitam,

Otak sdra sangat sempit tak boleh pakai langsong. Nak buat tuntutan apa pasal nak sampai berdemo hinggakan menyusahkan orang ramai.

Gunakan akal yang bijak. Akal berserabut macam sdralah yang boleh membuat orang Melayu jadi tongong macam sdra.

Cukuplah sdra seorang je yang tongong!! Orang Melayu tak setongong macam sdra.

Darwis

berasiam said...

salam Datuk AKJ,

mohon maaf kerana berkali2 mengulas/menjawab entri kali ini. soalan tuan saji itu telahpun dijelaskan oleh SS Tan Sri Harussani semasa kecelaruan politik Perak selepas PRU-12 dan dimaklumkan dalam satu forum di UKM, kalau tidak silap. Prisipnya ialah pemerintah dan pengikut/rakyat, tanggung jawab dan hak. Nasnya jelas. Tidak perlu ijtihad. Ambil orang kafir sebagai pembantu pun dilarang inikan pula berketuakan orang kafir. Ijtihad mana yang membenarkan sedangkan nasnya adalah al-Qur'an.

maae said...

Sdr anon saji,

Kenapa begitu bangga dengan ambiga? Masih tunduk hormat dengan orang yang sudah mengkahakkan muka kita, orang-orang Islam? Jenis ini,dia akan berpihak kepada arus untung "survival" masa depan nya.Mereka tak rugi berpihak di mana.Perhati hindraf..rugi nya melayu menjual, menggadai maruah bangsa negara.

Sasterawan Negara,dulu nya pembela melayu,dari awal tertubuh nya akbar melayu. Apa sudah jadi dengan semangat nya? Alih kiblat atau betul-betul mencari keadilan? Apa yang saya tahu beliau menentang penguasaan bahasa inggeris dalam matapelajaran sekolah.Itu saja.tapi kenapa bersekongkol dengan pakatan yang ada agenda tersembunyi ini?
Di mana BERSIH 2.0 nya? hanya ulangan laungan 'reformasi'..untuk apa?

Bukan kah jiwa seni itu tersusun kata-kata hikmah,menanam semangat, mencorak maju negara bangsa? melakar,merakam sejarah yang beribu dan berbapa? bukan pula terpedaya di panggil pendatang yang sejarah nya wujud sudah berabad-abad lama?

Jika ini idola-idola melayu,walau pun cerdik,bijak tetapi tidak ada nilai pada negara bangsa,tegar bila-bila sahaja menikam belakang bangsa sendiri.Di mana keimanan? Umpama ulama,bersifat baik di depan umum tetapi penuh bermaksiat di belakang tulang sum-sum...

Kaum cina,buruk,baik,jahat,pembelit penipu,perompak,penyamun,pembunuh pemaksiat,atau komunis zalim sekali pun, mereka TETAP bangga dengan bangsa nya ! Mereka utuh berdiri dari awal nya sebagai pendatang sehingga kini tersirat pula hendak "menawan" dan memutarkan sejarah peradaban melayu menidakkan negara bangsa! WALHAL mereka sudah menjadi warganegara? Apa lagi kelibat jahat nya?

Anon saji masih lagi terlelap lena?

Hebat nya kita apabila berjaya di dunia untuk akhirat.Ini lah yang di tuntut.Ini fisabilillah agama kita.
Sedih nya politik sudah jadi ritual agama.Bathil,benar semua sama!

Perkasakan semula bangsa negara walaupun hati sudah terluka.Asam garam hidup bersaudara. Kerana INI satu-satu nya Negara KITA.Hak milik jerih derita ayahanda,ibunda dan moyang kita.

Masih terngiang di telinga, seorang cina berkata satu waktu dulu," olang milayu aa,manyak sinang la, wa bagi lokok sibatang sulah muleh sume ambik kasi..."

Anonymous said...

kalau keamanan yang kita inginkan dan sibuk kita nak jagakan walaupun tiada keadilan dan kepentingan kita dicabut satu persatu oleh pemimpin sekarang lebih baik kita diperintah oleh british dah tentu negara kita akan aman dan maju jugak.

ingat siapa yang menarik kekebalan raja2 kita.

mohd paizal

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Salam kasih sayang Sdr. maae,

Tiada kata secantik Bahasa... Melayu

Terima Kasih.

ALFATIHAH, AMIN

ORANGUTAN PENANG said...

DEAR PAS PRESIDENT,

As a son,i have this to say,please dont go to the street again.At least not for Ambiga..if you dont understand,i will write it in Malay.

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Dear Tok Guru, I hope this is not true..

TK

Anonymous said...

mohd paizal,

Apa yang kau nak lagi? Kerja kuat kuat macam orang Cina. Peluang macam-macam ada. Negara aman. Kemana-mana kau boleh pergi cari makan. Tak ada siapa yang nak menggangu kau.

Apa lagi kau nak?


Atan

Anonymous said...

mad,

BN tak tipu. Yang kena tipu kau sahaja. Pasal akal kau tak bijak. Tak siapa yang memperbodohkan rakyat. Kaulah sahaja yang diperbodohkan. Kesian. Bijak-bijaklah akal. Mesti nak banyak baca buku !!

Atan

hairulfitri said...

Aslmkum DAKJ

Saya mohon agar dato tak keluarkan komen yg tak ada sustance spt komen si Atan yg hanya tahu kutuk org tanpa hujah yg didokong oleh penerangan atau dalil2

Hari ni saya benar2 bangga dgn posting Dato terutama yg berkaitan dgn tjawab kerajaan.

Untuk pengetahwan walaupun Negara Israil haram tu jahat tetapi sistem perundangan mereka tidak pernah melindungi presiden atau perdana menteri mereka yg rasuah.

Tapi di Malaysia perdana menteri atau mantan perdana menteri disanjung2 ibarat tuhan......maksud saya kalau gambar mereka dah terpampang dimerata ceruk untuk tujuan di agung2kan bgm mungkin mereka dihadap ke mahkamah walaupun selepas bersara.

Anonymous said...

hairulfitri,

Tak usahlah cerita pasal gambar. PM kita kalau rasuah atau prestasinya tak cemerlang tumbangkan dia. Rakyat menentukannya. Dia boleh tampal gambar dia merata-rata tapi akhirnya rakyat yang akan menentukan dimana kedudukanya. Simple and logical kan!!
Semuanya kena gunakan akal. Bila akal merapu-rapu kita tidak akan dapat berfikir dengan bijaksana!

Atan

saji said...

Salam Dakj,

Sdr Atan berkata dan bertanya kepada sdr mohd paizal,"Apa yang kau nak lagi? Kerja kuat kuat macam orang Cina. Peluang macam-macam ada. Negara aman. Kemana-mana kau boleh pergi cari makan. Tak ada siapa yang nak menggangu kau.

Apa lagi kau nak?"


Komen:

1. Bagaimana dengan kes tukang2 lama Melayu dan para lulusan institut2 kemahiran ketukangan dalam pelbagai bidang di bandar2, pinggir2 bandar dan kampung2 yang peluangnya mendapatkan kerja sebagai pekerja kontrak pembinaan atau mengambil upah membina rumah, mengubasuai rumah dan merepair rumah yang haknya mendapat peluang2 pekerjaan tersebut di negaranya sendiri dinafikan oleh pekerja2 warga asing yang bukan sahaja menawarkan gaji atau upah yang murah yang tukang Cina pun tak sanggup, malah, akhir2 ini, sudah menjadi sub-kontraktor dalam pelbagai bidang kepakaran pembinaan?

2. Dan, dalam hal yang sama, bagaimana juga dengan pekerja2 ladang di kalangan orang Melayu, khasnya yang juga dinafikan hak pekarjaan di negaranya sendiri oleh warga asing yang menawarkan gaji yang murah?

Anonymous said...

Saji,

Sampai bila nak bertongkat? Saya terbaca sdra mengatakan sdra berasal dari Parit Setongkat. Mungkin sekarang sdra dah tak pakai tongkat lagi. Kalau sdra dah tak pakai tongkat dengan usaha sdra sendiri takkan orang Melayu lain tidak boleh mencontohi sdra.

Sebenarnya orang Melayu terlalu memilih kerja dan tak sanggup berkeja kuat. Bila dah dapat sijil semuanya nak jadi instructors rather than workers. Tak tahan panaslah, kerja kotorlah, gaji sikitlah. Dahlah tu ponteng kerjalah. Macam mano sdra. Nak salahkan kerajaan juga. Ada sijil tak guna kalau tak di praktikkan dari bawah dulu. Sebab utama sebenarnya orang Melayu gagal dapat perkerjaan adalah sikap mereka sendiri.

Saya sedang membaca buku berjodol IMMIGRANTS (Your country needs them) written by Philippe Legrain. I recommend you to read the book berharga RM54.95. Buku ini terdapat di Kinokuniya KLCC bookstore.

Atan

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Si Atan yg katanya cerdik dan ashyik membodohkan org lain tak faham kenapa saya dan ramai org anti gambar PM dan mantan PM yg dipamir dimerata tempat?

Jawabnya begini En Atan.

1. Duit poster tu mahal sampai berjuta rgt.

2. Tak de ajaran Islam yg galakkan kita menyembah/memuja/mengagong pemimpin memalui poster. Tambahan pulak pemimpin tu terkenal dgn jahat pd rakyat dan negara macam pemimpin UMNOBN.

3. Ramai anak2 Melayu yg lemah segala segi kerana kurang zat makanan bukan saja sejak kecil tapi sejak dlm kandungan lagi. Bukankah lebih baik duit kerajaan/rakyat dibelanja membantu anak2 Melayu spt di atas. supaya bukan saja pandai malah lebih pandai dari En Atan.

Mulai sekarang apa kata kita ramai2 sponsor bayi yg masih dlm kandungan dan anak kecil Melayu yg berada dihadapan mata kita agar mereka lahir dgn akal dan fizikal yg lebih sempurna.

Saya terfikir kalau PERMATA Rosmah dpt belanjakan Rm100jt je untuk tujuan diatas kan lebih bagus. Harap En Atan yg berakal dpt meyakinkan Rosmah

Anonymous said...

hairulfitri,

komen sdra cetek. Tak guna komen panjang-panjang. Buka minda sdra.

Atan

Anonymous said...

Saudara Hairul Fitri

Rasa tak ada pengikut yang ingin menyembah dan menagungkan pemimpin mcm kita sembah allah hatta pnyokong PR pun kecuali pengikut ajaran sesat.... realistik dan jgn emosional sgt komen tu saya tahu saudara seorang educated dan mempunyai knowledge yang tinggi dan baik.

PR 168.

hairulfitri said...

Terima kasih PR168 kerana tidak mudah terpengaruh dgn poster PM dan mantan PM. Yg penting kita yakin tujuan penayangan poster2 mereka secara bersama termasuk di lapangan terbang adalah bertujuan menyanjung2 mereka secara berlebihan dprd sepatutnya.

Bila saya berhujah dgn diserta contoh2 atau alasan sdr tak tak patut kata saya emosional sebab kata2 sdr itu adalah MIRIP sweeping statement yg biasa dipakai atau dipinjam oleh pembodek UMNOBN yg kehabisan modal utk berhujah dgn mantap. Sdr tentu biasa mendengar label spt BODOH, CETEK, TAK PAKAI AKAL, BUKA MINDA, ANASIR ANTI NASIONAL, DERHAKA,TAK BERSYUKUR,ANTI MELAYU, KUDA TUNGGANGAN DAP, PENGKHIANAT BANGSA DLL.

Tak gitu En Atan?

Anonymous said...

Saudara Atan

Mcamana nk komen saudara Hairul Fitri ni tolong....



PR 168

Anonymous said...

hairulfitri,

Walau apa pun sdra komen, saya rasa sdra punya level of intellectuality masih below average. Belum sampai ke tahap yang boleh masuk akal. Setengah komen sdra is just to ridicule UMNO, nothing more than that. Boleh diperbaiki lagi dengan cara membuat komen yang lebeh baik lagi. Practice makes perfect !!

Atan

affendi hussain said...

malai lembus...terutamanya Hadi Awang.. mana leftenan2 pro Anwar anda..?
General sendiri turun padang ka untuk mati?

Tengok bapak & anak di Penang tu, relax jer tengok dari jauh para malai lembus bertaburan atas jalan bekorban demi mereka.. memang calon terbaik bab2 guling atas jalan ni..dah terbukti..

Dah lupa isu Artikel 11?
Tuntutannya mcm yg dicerita sdr Org Utan Penang.. tu lah dok sedap kutuk Mahathir mudah lupa masa kes Lingam..kan dah berjangkit..

Bijak jugak Nik Aziz..tak suka & taknak nampak lawan tauke baik pi Mekah..

sempoi!


("/)

Anonymous said...

Dato',
Kita yang berfikiran waras perlu berfikir kenapa wujudnya perhimpunan. Tentu sekali kerana tuntutan sekian lama yang secara baik tidak dilayan oleh pemerintah. Tuntutan itu berdasarkan dari pengalaman2 pilihanraya yang lepas2. Dibawah saya berikan sebahagian fakta2 penipuan tersebut:-
1. Pada PRK DUN Tenang 1,200 anggota tentera mengundi dua kali (undi pos dan awam).
2. Orang mati dah 5-10th balik mengundi semula.
3. Seorang lelaki pernah ditangkap membawa 10keping kad pengenalan org lain dikawasan tempat mengundi.
4. Ramai pengundi,bila nak mengundi didapati namanya telah dipangkah.
5. Kenapa SPR tukar sistem dari ikut saluran ke no siri.
6. Kes mahkamah parlimen Gaya (Sabah) dulu mendedahkan 40ribu kad pengenalan palsu diberi kpd pendatang Filipina untuk mengundi BN.
Penipuan2 diatas jelas melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR.
Dalam hal ketenteraman awam, adakah berlaku rusuhan seperti digambarkan polis dan media,cuma sedikit kekasaran dilakukan polis-itu biasa. Kalau larian amal,lumba bisikal dsbnya tidak mengganggu org awam jika polis bekerjasama, kenapa perhimpunan tidak dijaga. Kenapa Bersih 2 dilabel 'pertubuhan'haram sedangkan ianya dibawah NGO bukan pertubuhan. Ini kerja pemerintah yg merasakan dirinya tergugat-org yang tahu dia nak mati tentu meracau yg bukan2. Pengerusi Suhakam telah minta kerajaan benarkan perhimpunan. Ini menunjukkan perhimpuan Bersih memang sah dan aman. Disini saya katakan penggunaan dakwat kekal perlu dilaksanakan dan undi pos tentera dihapuskan krn negara sudah aman damai. Tuntutan2 lain juga perlu di teliti oleh pemerintah jika tidak mahu Bersih berlaku berterusan.

Has, Putrajaya.

Anonymous said...

Dato'
Pemimpim Umno kata perhimpunan Bersih mengganggu ketenteraman awam, lebih2 lg menyekat rezeki warga KL. Siapa sebenarnya pencipta gangguan2 tsbt. Media memberi gambaran yang amat menakutkan. Jalan2 dan tempat2 penting awam disekat,LRT dihadkan perjalanan, permit bas dari luar KL dibatalkan - atas arahan siapa? Apa yang saya lihat kedai makan untung berganda. Siapa yang termakan tipu daya media memang rugi berganda. Ada rusuhan besar? Parang dan bom api dirampas, tp pemiliknya tdk ditangkap- pelik. Sekarang rakyat dapat menilai siapa pembohong dan pengkhianat negara. Sebelum perhimpunan,diadakan perundingan dengan Agong yg mana Agong benarkan berhimpun diStadium. Akhirnya Najib kata dia serahkan pada polis (yg sememangnya diarahkan tidak keluarkan permit). Jadi siapa penderhaka kepada Agong. Dulu Najib kt kalau nak berdemonstrasi,dia benarkan jika di stadium. Itulah gambaran pemimpin Umno yang serba zalim. Wallahu'alam.

Has, Putrajaya.

Anonymous said...

Has Putrajaya,

Nak buat apa berdemo. UMNO dah kalah 5 negeri. Nak apa lagi? Kalau boleh nak suruh UMNO kalah habis. Tunggulah PRU 13.

Bila UMNO kalah terok nanti di PRU13 bolehlah berarak dan berdemo puas-puas maki hamun UMNO. Maki hamun orang Melayu yang sokong UMNO. Begitulah caranya.

Adakah itu yang sdra kehendaki?

Otak Badak

saji said...

Sdr Has, Putrajaya

Tidak timbul polimik jika DSN bertegas kepada Ambiga dengan berkata, boleh buat kat stadium, tetapi bukan stadium merdeka. Atau DSN memang sebelumnya tak tahu stadium yang bakal dipilih oleh Ambiga ialah stadium merdeka?

saji said...

Sdr hairulfitri

"3. Ramai anak2 Melayu yg lemah segala segi kerana kurang zat makanan bukan saja sejak kecil tapi sejak dlm kandungan lagi. Bukankah lebih baik duit kerajaan/rakyat (yang dibelanjakan untuk buat poster PM) dibelanja membantu anak2 Melayu spt di atas.

Mulai sekarang apa kata kita ramai2 sponsor bayi yg masih dlm kandungan dan anak kecil Melayu yg berada dihadapan mata kita agar mereka lahir dgn akal dan fizikal yg lebih sempurna.

Saya terfikir kalau PERMATA Rosmah dpt belanjakan Rm100jt je untuk tujuan diatas kan lebih bagus. "

Komen:

Wang belanjuan PERMATA Rosmah RM 100 juta tu diambil daripada peruntukan Kementerian Pendidikan untuk keperluan kerja2 penyelenggaran sekolah mengikut seorang rakan saya kontraktor kelas F minggu lepas.

Anonymous said...

salam dakj

berhimpun secara aman memang ok tapi jika keadaan bertukar menjadi tidak aman siapa yang mesti bertangungjawab.siapa yang boleh beri jaminan semua perserta perhimpunan akan berdemo secara aman.tidak menggangu perniagaan dan kehidupan orang lain dan bersedia membayar segala kerugian yang ditangung disebabkan keadaan yang berubah.

bercakap memang senang bila dah terjadi semua menyalah satu sama lain.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).