Monday, August 29, 2011

Berkenaan Raya, Ulang Tahun Merdeka, Melayu dan Dunia


A Kadir Jasin

 [KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]


DI hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bundaku….”

Demikian rangkap pembukaan lagu sayu “Dendang Perantau” oleh seniman ikonik Malaysia Allahyarham P. Ramlee.

Dan seniman tragis Allahyarham Sudirman Haji Arshat yang misi hidupnya membuatkan orang lain gembira, pula berkata:

“Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira...”

Bersama takbir dan tahmid, dua lagu itu mencerminkan  roh dan semangat Aidilfitri. Dan jangan lupa ulang tahun kemerdekaan yang ke-54. Apa pun, ini negara kita. Buminya kita pijak, langitnya kita junjung. Jangan kerana menyampah dengan segelintir manusia, kita lepaskan geram kepada negara. Saya tetap kibarkan Jalur Gemilang.

Berbalik kepada hari raya, bagi kanak-kanak hari untuk bergembira – makan apa yang ada kerana matlamatnya mengutip duit raya. Kepada yang muda, hari romantis yang didedikasikan kepada cinta. Kepada yang dewasa menghayati erti Aidilfitri dan kepada yang tua (macam saya) untuk bernostalgia.

Masa Berlalu, Zaman Berubah.

Hari raya dulu dan kini, tidak sama lagi. Dulu sepasang pakaian baru belum tentu mampu. Sepuluh sen besarnya sama dengan roda kereta lembu. Masa saya kanak-kanak, kereta lembu, kereta kerbau dan anor (orang putih kata sleigh).

Sekarang, pakaian berjenama, Iphone, Ipad, Skype dan teks adalah kata kunci kepada dunia siber dan gaya hidup baru generasi muda.

Orang tua pun turut terbawa-bawa hinggakan Aidilfitri menjadi begitu peribadi dan anti-sosial kerana masing-masing taasub dengan mainan komputer dan SMS.

Buat seketika kita gembira hingga lupa yang Melayu mungkin terancam di buminya, tetapi, ibarat kata Laksamana legenda Hang Tuah, “takkan Melayu hilang di dunia.”

Pada pertengahan Ramadan, saya tumpang berbuka dan solat Magrib di Masjid KLCC. Melayu hampir-hampir hilang di dunianya kerana masjid kecil molek itu dibanjiri pendatang dan pelawat asing.

Apakah pemandangan di masjid itu berupa pra-tunjuk kepada apa yang akan berlaku kepada Malaysia – dulunya Tanah Melayu – pada masa akan datang?

Adakah orang Melayu akan terus menjadi tuan di rumahnya sendiri atau terperosok di ceruk dapur sedangkan serambinya dipenuhi orang lain?

Seelok-eloknya, biarlah orang Melayu terus duduk di serambi, kekal makmur di buminya sendiri dan, seperti kata Hang Tuah, “takkan Melayu hilang di dunia.”

Sebagai ayah, saya bersyukur walaupun berasa sayu kerana tiga daripada lima anak saya tidak berasa di sisi saya untuk bermaaf-maafan dan memberi ciuman sayang pada hari raya tahun ini.

Dua berada di Switzerland – seorang menetap di sana bersama suami dan tiga anaknya dan seorang lagi ke sana untuk temu duga pengajian permohonan pengajian lepasan ijazah.  Yang ketiga sedang belajar di Australia. Yang ada di Malaysia adalah yang sulung dan bongsu.

Kita semua ada suka dan duka hari raya. Namun kita bersyukur kerana dapat sekali lagi menunaikan puasa Ramadan dan, insya-Allah, berhari raya dalam suasana aman dan gembira.

Akhir kalam, salam eid Mubarak kepada semua pelawat, pembahas dan pengikut tetap (followers). Blog kita,  setakat ini telah menerima lebih 5.01 juta lawatan dan ada 1,205 followers. Perbahasan pun semakin rancak. Jadi, terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua.

PS: Mungkin tidak wujud lagi atur cara hari raya macam zaman saya kanak-kanak dulu. Pagi makan ketupat daun palas, pergi solat sunat, beraya dengan emak dan ayah, dapat duit raya daripada ayah. Rayau dua tiga kampung cari duit raya. Tumit melecur digesel kasut baru. Cukup duit pergi kedai mamak makan mi rebus dengan air sirap atau air menet (lemonade). Lepas zuhur bergerek (berbasikal) ke Tobiar untuk melawat kubur dan kutip duit raya. Di tanah perkuburan ramai orang bagi duit raya dan sedekah. Balik rumah kira baki duit raya. Kalau sempat, pergi pekan Tanah Merah beli apa yang dicita-citakan. Senja dah tidur kerana kekenyangan dan kepenatan.

45 comments:

Man Ysf said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin utk Dato sekeluarga, begitu juga utk pengunjung2 blog ini. Dah lama tak ngomen kat sini :-)

Man

Dr. Ben said...

Eid mubarak syeikh!

saji said...

Assalamualikum.Mohon ampun dan kemahafan semepena menyambut Hari Raya Puasa, dan Selamat menyambut Ulang Tahun Merdeka Dato' dan Rakan Pembahas Sekian.

Anonymous said...

Kepada Datuk AKJ dan semua pembahas / pembaca blog ini -- Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon ampun segala salah & silap perkataan saya.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Dato,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sama dengan Dato, terkenang Hari Raya zaman dahulu, tidak ada Iphone, Ipad, Camera Phone,dll, tapi suasana Hari Raya tidak sama dengan sekarang.

Mungkin zaman materialisma ini mengambil alih zaman spiritualisma atau kerohanian.

Perlu kita muhasabah seketika untuk menilai apakah nilai kebendaan yang sebenar dalam hidup kita berbanding dengan nilai yang lain seperti kerohanian, kekeluargaan, kemasyarakatan, dll.

Sallam

Iskandar PT said...

Salam Dato',

Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

Iskandar PT

kueh bakar said...

salam raya dato

semakin kita tua
semakin kita sunyi

tadi najib-rosmah buat ucapan.
tak lama..rosmah sorang buat ucapan.

najib 1
rosmah 2

apa da jadi?konpius.

ambang said...

salam lebaran
maaf zahir batin

Pok Li said...

Selamat Hari Raya Dato dan keluarga. Berhati-hati di jalanraya

jebat said...

Datu' AKJ,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan Batin. Semuga dipanjangkan umur dan di murahkan rezi.

My best regard to myour family.

Orang Kampung said...

Selamat Hari Raya Dato dan family serta semua rakan pembahas budiman.

Serupa macam Dato juga terkenang masa dulu zaman budak-budak sambut hari raya dalam serba kekurangan kerana kemiskinan.

Kenangan saya cuma satu sahaja dimana setiap hari raya baju raya ialah baju putih,seluar hitam,stokin pitih dan kasut putih.

Bukan saya seorang sahaja ramai lagi rakan senasib.

Salam untuk semua.

ab said...

Selamat hariraya aidilfitri kepada dato' dan pembaca,pembahas dan pengkritik.


Walaupun zaman sudah berubah, saya bersyukur kerana negara masih aman..bolih lagi beraya dan hidup disini...


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Pertamanya saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-54 kepada Dato'dan semua pengunjung blog Dato'.

2. Memang kedua-dua peristiwa ini telah mengimbau saya tentang nostalgia sambutan peristiwa itu. Yang paling menarik kepada sesiapa pun ialah semasa sambutan hari Raya dizaman kanak2 dan remaja. Ketika itu kita tiada masalah yang berserabut dalam otak kita. Bagi saya kedua-dua zaman itu saya lalui dalam tahun 50an-60an bagi zaman kanak2 dan akhir 60an-70an bagi zaman remaja.

3. Pada masa samada kanak2 mahupun sebagai remaja, kami tak fikir sangat tentang pakaian berjenama. Jenama yang agak terkenal pada masa itu adalah kasut Clerk dan Orbermain.Bagi pakaian pula jenama Don,Arrow, Norseman dan seluar jean pula jenama Lee, Levis dan Saddleking. Itu pun jenama2 ini hanya mampu dibeli oleh remaja yang berduit dan berlatar belakang orang kaya sahaja.

4. Bagi saya, anak seorang Kerani biasa,jenama2 itu hanya setakat menjadi idaman sahaja. Saya hanya mampu membeli pakaian yang seakan akan sama jenama itu. Saya hanya mampu membeli jenama2 itu apabila saya berkerja pada tahun awal 70an.

5. Semasa Malaya menyambut kemerdekaanya pada 31 Ogos 1957 pula, walaupun pada masa itu saya baru berumur 7 yahun dalam Darjah 1di Sekolah Rendah Tunku Abd.Halim, Kg Baru, Alor Star, tapi peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya.

6. Keluarga kami tinggal dikuarter Kerajaan di Bakar Bata,Alor Star. Kami berjiran dengan rumah seorang Pegawai Perubatan Hospital Alor Star iaitu Dr (Tun) Mahathir Mohamad dan juga berjiran dengan rumah isteri bekas TPM DSAI,(DS Dr) Wan Azizah. Saya masih ingat lagi yang seluruh penghuni kuarter disitu telah membuat persedian menghias rumah masing2 menjelang sambutan pada 31 Ogos 1957, iaitu hari Sabtu.

7. Emak saya telah menjahit sendiri bendara Malaya pada masa itu sebab tak mampu membelinya dan pada masa itu tidak ada subsidi pun dari Kerajaan dan tidak ada paksaan untuk kami menghias rumah masing2.

8. Saya juga masih ingat bilangan jalur merah putih adalah sebelas semuanya yang dijahit oleh emak. Tapi bilangan penjuru bintang bendera mungkin dijahit emak terlebih sikit kerana tersalah kira.Tapi orang lain tak perasan pun. Begitulah betapa ikhlasnya kami menyambut perayaan kemerdekaan tersebut kerana kami terlalu gembira dan menghargai nilai kemerdekaan pada masa itu.

9. How I wish the present generation will continue to appreciate the formation of the nation, Malaya/Malaysia.

Dan Kajang

Hanezam said...

Salam Datuk,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin kepada Datuk dan semua pembaca. Tak sempat nak baca blog. Enjoyed this posting.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya juga Datuk, maaf zahir dan batin, benar apa yang Datuk kata, raya sekarang lebih meriah di alam siber, berkunjung dan ziarah menziarahi di laman FB lebhih meriah berbanding di laman rumah sedara mara...
-Hazwan Faisal Mohamad-

awang batuburok said...

salam EidulFitri Dato,

Terimakasih kerana sudi berkongsi nostalgia sambutan EidulFitri zaman dulu-dulu yakni zaman sebelum Melayu Glokal...Zaman dimana umat Melayu lebih mengenali dan menghayati erti kesyukuran kpd Allah SWT, lebih mengutamakan rezeki yg halal dan rezeki yg barakat.

Maaf Zahir Batin.

JohorMali said...

Dato'
Lagi satu yang mungkin alien bagi anak muda sekarang, iaitu telegram money order. Teringat zaman kolej thn 60'an dulu, bila nak balik cuti raya, tulis surat mohon bantuan fama (father/mother). Dulu mana ada ATM, maka TMO itu lah yang di nanti nantikan, dan kalau ada lebih, sempatlah shopping di Chortimal (Jln TAR) beli kasut Clark ,seluar Lee ,kemeja Arrow.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato'@ Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Agak sedih di penghujong bulan Ramadhan tahun ini apabila membaca berita di Utusan mengenai ucapan Mat Sabu yang kononnya hero sebenarnya bukan anggota-anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong tetapi mengiktiraf gerombolan pengganas komunis termasuklah Mat Indera sebagai hero.
2. Walaupun saya bukan penyokong PAS, saya mengharapkan laporan tersebut sebagai suatu kesilapan dan semoga Mat Sabu dapat membuat kenyataan yang lebih tepat yang beliau tidak berniat atau bermaksud saperti yang dilaporkan.
3. Sungguh malang kepada bangsa Melayu sekiranya ada pemimpin yang bagitu celupar mulutnya sehingga boleh membuat kenyataan memperkecilkan sumbangan anggota-anggota pasukan keselamatan kita dalam memeranggi komunis semasa dharurat dan juga Negara mencapai kemerdekaan.
4. Adalah lebih baik PAS secara resmi mengeluarkan satu kenyataan yang lebih menyakinkan mengenai pendirian PAS berhubung isu ini kerana PAS mungkin enggan mengiktiraf UMNO sebagai penggerak utama kearah pencapaian kemerdekaan.

Iklas,
Rahim

jab sp said...

Dato'
Selamat Hari Raya
Kepada semua rakan maya
Selamat Hari raya
Ungkapan:
Kalau Palestin dan Israel kadang kadang lakukan GENCATAN SENJATA,tak bolihkah kita yang berlainan pendapat melakukan perkara yang sama(sehari pun cukuplah,lagi lama lagi baik),sempena hari yang mulia ini.

samurai melayu said...

SALAM KASIH SAYANG
DAKJ
Izinkan,

...Seelok-eloknya, biarlah orang Melayu terus duduk di serambi, kekal makmur di buminya sendiri dan, seperti kata Hang Tuah, “takkan Melayu hilang di dunia.”

Kata Samuraimelayu pula ' Melayu tak hilang didunia bukan dendangan tetapi landasan perjuangan'

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Pancarkan Sayang Rasakan Nadi sesama kita di hari yang mulia ini.

mie@nis said...

Assalamualaikum dan salam aidilfitri kpd dato' sekeluarga...walaupun sy dikategorikan dr generasi yg lahir pd 80-an, sy sgt teruja dan terbuai seketika membaca posting berkenaan nostalgia hari raya zaman kanak-kanak dato'..Seakan sy berada pd zaman tersebut :-)

walau berlainan tempat, sy yakin sambutan pd ketika itu pastinya lebih kurang sama dgn di tempat saya-Teluk Intan.Bezanya terdapat beberapa pengalaman yg telah tidak dapat dilalui di zaman sy...

Dan mungkin tiada lagi pada zaman generasi akan datang...

arcadia said...

salam aidilfitri dato. Air menet ade lg. if member saya gi alor setar, selalu saya kirim .

OKJ said...

Salam AidilFitri Dato’

Pada 31 Ogos 1957, Tg Abdul Rahman dapat mengembalikan hak tanah Melayu secara aman. Pada 31 Ogos 2011 pula, Dato’ Seri Najib dapat mengembalikan logi air Skudai dan Gunung Pulai kepada orang Johor juga secara aman. Tahniah saya ucapkan kepada Dato’ Seri Presiden, para perunding dan para diplomatik Malaysia w/pun sebelum ini dicerca dan dihina. Cumanya, berapa orangkah termasuk Dato’ sendiri yg nampak peristiwa “Hari semalam Dalam Sejarah” tersebut ?

Saya rasa Dato’ Seri Presiden bukannya nak menyuruh semua orang berasa kagum dengan pendekatan diplomasi beliau. Tapi bagi sayalah, benda yg betul elokkan diberi pujian yg sewajarnya. Wpun zaman Tun selama 23 tahun ianya tak dapat direalisasikan, tetapi Dato’ Seri Najib dapat melakukannya tanpa melukakan hati sesiapa cuma dalam masa 2 tahun pemerintahan beliau saja. Jadi rasanya, eloklah kita tidak memandang rendah LAGI tahap kemampuan Dato’ Seri Presiden, para perunding dan para diplomatic beliau. Sekian TQ.

Singgah abbebakar said...

Selamat Hari Raya Datuk sekeluarga. Maaf zahir batin. Kecintaan kepada tanah air menyebabkan saya suka mengunjungi blog datuk. Nak kibar bendera @ jalur gemilang tu malas dan rasa bukan cara menunjukkan kecintaan kepada negara.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Dalam dok harap PAS dan UMNO bermaafan,lupa la sat bab politik macam rakyat biasa tup tup orang politik buat hai lagi.

Yang hang pun Mat Sabu,bukan tak tau kerana mulut badan binasa.Yang UMNO plak apa lagi,terus asah pisau sembelih hang.Tak kira betui ka dak.

Sakit kepala la Tok,takda penyakit cari penyakit.Benda kecik jadi besaq.Bangsa kita dah maju boleh buat kereta la,pi angkasa lepas la tapi dok kena peleceh.

Apa pun Mat Sabu,aku tetap yakin satu hari PAS akan jadi PM cuma kalu atas sokongan bukan melayu,putuih kepala hang depa sembelih..

Dulu Pak Lah pastu Anuaq semua pakat ghapla jingga bila jawatan tinggi.Pasai hang Penang Mali,aku ada "soft spot" lagi.Mana nak pi tau kot kot hang jadi PM.

Pasai lani raya,kita lupa boria jom pi dengaq lagu khas untuk hang dan penyokong hang dendangan Sanisah Huri, Bersabarlah Sayang.

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

SELAMAT HARI RAYA MAAF DIPINTA JIKA TERKASAQ BAHASA.

TK

Anonymous said...

As'kum Dato'

1. Mat Sabu tu ingat dia tu sapa nak cuba ubah fakta sejarah. Memang dah tertulis dimana2 pun bahawa Pasukan Polis semasa peristiwa di Bukit Kepong tu adalah wira negara yang mempertahankan maruah pasukan dan maruah negara. Hingga sekarang pun, baik orang Polis mahupun rakyat (khususnya orang Melayu)tetap menganggap peristiwa itu adalah satu kejayaan bangsa menentang Komunis.

2. Nasib baik Mat Sabu keluarkan kenyataan tu pada masa sekarang. Orang Melayu kini agak rasional sikit. Kalaulah dia buat kenyataan yang serupa semasa PRU pada tahun 1969, pasti Mat Sabu akan disula dan dicincang oleh orang Melayu sendiri.

3. Agaknya Mat Sabu ni sedang cuba hendak tukar fakta sejarah dengan tujuan agar fakta sejarah kes beliau kena tangkap basah dulu akan turut bertukar. Jika usaha beliau mengherokan Komunis ni berjaya maka secara tidak langsung fakta sejarah birunya akan turut bertukar dan belaiu akan menaikan martabat dirinya menjadi hero dalam kes khalwatnya nanti. Itulah agaknya percaturan Mat Sabu bila jadi TPM nanti.

Dan Kajang

saji said...

Salam Dakj,

"Adakah orang Melayu akan terus menjadi tuan di rumahnya sendiri atau terperosok di ceruk dapur sedangkan serambinya dipenuhi orang lain?
Seelok-eloknya, biarlah orang Melayu terus duduk di serambi, kekal makmur di buminya sendiri dan, seperti kata Hang Tuah, “takkan Melayu hilang di dunia.”"

Komen:

Makanya, jika Kg Baru, Kuala Lumpur dianggap sebagai kawasan serambi orang Melayu yang terbesar dan masih jelas walaupun buruk rupanya, maka kalau kerajaan hendak memajukannya, seelok-elonya biarlah ia terus kekal dimajukan sebagai kawasan serambi orang Melayu.

usabukata said...

dato kj,

dulu orang sebut buka puasa sekarang iftar,
dulu selamat hari raya puasa sekarang eid mubarak,

salam lebaran

usabukat

Anonymous said...

Dpd: Pak Hj JB
alam Dato',

Hari ini syawal ke-4, belum terlambat sangat utk ucapkan Selamat Aidilfitri Maaf Zahir Batin utk Dato' dan pengunjung blog Dato' ini.

Betul lah spt yg Dato' imbaukan itu; dulu lain, sekarang lain. Yang tetap sama ialah ancaman terhakisnya kerelevanan orang Melayu di bumi bertuah ini. Dulu kita terancaam dan sekarang pun terancam.

Dulu kita ada banyak tanah dan hutan rimba yang boleh digadaikan sekarang itu semua semakin berkurang, perlahan-lahan maruah yang kita gadaikan. Beginilah gayanya jika kita tidak menjadikan pelajaran sebagai agenda utama dan jika ambil enteng amalan agama. Tanpa ilmu dan iman, kita pasti akan hanyut ditelan arus zaman. Pembangunan material dan kewangan tanapa diseiringkan dengan ilmu dan iman tetap membawa kepada kebinasaan.

Petikan dari MyMetro on-line (4 syawal) menceritakan itu semua:

"SEREMBAN: Wang pampasan jutaan ringgit yang diterima 15 tahun lalu daripada kerajaan bagi menjayakan projek Koridor Teknologi Negeri Sembilan bernilai RM3 bilion, bagaikan sumpahan buat kira-kira 350 bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (Felda LBJ), Labu, Negeri Sembilan.

Bukan saja wang pampasan antara RM1.3 juta hingga hampir RM2 juta itu habis digunakan hanya dalam masa beberapa tahun, ia turut menjadi punca yang memecah-belahkan keluarga di kawasan itu hingga ada yang ditinggalkan anak tanpa khabar berita sejak masing-masing memperoleh bahagian mereka.


Malah, kunjungan Harian Metro ke kawasan Felda berkenaan baru-baru ini mendapati hanya deretan banglo setingkat yang tersergam di serata Kampung LBJ menjadi kenangan kekayaan yang pernah dimiliki bekas peneroka terbabit walaupun ada antaranya dipotong bekalan air dan elektrik akibat kegagalan menjelaskan bil tertunggak."

Dalam edisi yang sama:

"SEREMBAN: Kira-kira 150 bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, yang kerugian lebih RM20 juta apabila terbabit dalam skim cepat kaya pada 1998 meminta Bank Negara Malaysia (BNM) masuk campur dalam kes menuntut kembali wang mereka yang diuruskan seorang peguam sejak tujuh tahun lalu.

Nasib mereka bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila ditipu buat kali kedua oleh pihak yang mengambil kesempatan terhadap masalah dihadapi mereka."

... demikian adanya..

Pak Hj JB

Anonymous said...

Aslm'kum Dato',

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-54 kepada Dato'.

Dari Keluarga
Mat Putih
SElama

affendi hussain said...

Salam Dato'

Salam Aidilfitri.. maaf zahir batin..

Tak balik Pendang ka tahun ni?

Walau dunia berubah mcm mana pun janji kita ingat asal usul di mana kita bermula, di mana kita berada & kemana kita menghala..

wasalam

(",)

Anonymous said...

OKJ,

Setahu saya, dua loji itu memang dah sampai masa diserah Singapura balik ke Malaysia mengikut perjanjian asal.

Macam Hong Kong dulu diserahkan balik oleh Britain kepada Republik China pada 1999 pun sebab tarikh perjanjian pajak dah habis.

Orangutan Penang,

Saya tak pasti samada Mat Sabu ada sebut komunis atau tidak masa ceramah.

Yang pasti, saya ada baca kat blog TKO (Terengganukite Online), ada yang dakwa, semua orang Banjar di Batu Pahat kata yang Mohamad Indera bukan komunis. Malah dikatakan Mohamad Indera sebagai diperakui seorang ahli agama yang disegani rakyat tempatan, mana mungkin masuk komunis yang tiada agama.

Sama macam Shamsiah Faqeh. Masa kecil dulu, ada saya dengar dari orang-orang tua yang menyebut Shamsiah Faqeh itu pejuang bangsa. Namun dalam kitab sejarah semasa, nama Shamsiah Faqeh diletak sebaris dengan Rashid Mydin dan Chin Peng yang merupakan pemimpin utama PKM.

Soalnya, semua orang tahu ramai melayu angkat senjata tentang Jepun dan komunis. Percanggahan tiba pada isu samada ujud atau tidak angkat senjata menentang British.

Perjuangan angkat senjata Tok Janggut menentang British pada 1915 memang ada. Tapi itu pada 1915.

Pada 1950 (semasa berlakunya peristiwa Bukit Kepong), perjuangan menentang British ada haluan kanan dan haluan kiri.

Haluan kanan berpolitik secara kompromi dan meja bulat manakala haluan kiri menentang secara berkonfrontasi. Samada Haluan kiri ada yang mengangkat senjata (selain komunis), tidak lah dapat saya sahkan.

Oleh itu, jika ada rakan disini yang merupakan pakar sejarah, tolong bagi terang.

Fed Up

Anonymous said...

Rujukan berita (Berita Harian 13 Disember 2010) berkenaan Mohamad Indera.

http://4.bp.blogspot.com/-27BFbOgmm04/Tl-uW-nLaOI/AAAAAAAAMOk/R4rtDKYysFM/s1600/Berita%2BHarian%2BOnline%2B%2B%2BKopi%2Bkecubung%2Btewaskan%2Bkekebalan%2BMat%2BIndera%2528half%2529.png

Fed Up

Dr Mazlan said...

Kadir.
Tahun ini hari Raya special bagi Malaysia.Ia jatoh pada hari Merdeka 31August.

Dalam kegembiraan umat Islam menyambut hari Raya dan Hari Merdeka,Rosmal FLOM telah di beri satu slop di TV Malaysia untok adress rayaat.Tak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia.

Untok mengelakkan hari raya jatok pada hari Merdeka,kerajaan telah mengistiharkan raya pada hari 30 Aug.kita puasa hanya 29 hari.

Hari Merdeka pada tahun ini tiada sambutan langsong.Najib naik jet kerajaan pergi bercuti diluar negeri.Adakah merdeka sudah tidak lagi akan di sambut di tahun hadapan.mari kita lihat.

Anonymous said...

184 fatalities in Ops Sikap


PETALING JAYA: There has been a total of 184 road accident fatalities in the 10 days since the 24th Ops Sikap campaign was launched by police during Hari Raya.

Federal traffic deputy chief Asst Comm Mohd Fuad Abd Latiff said the road fatality rate had increased by 6%, a rise of 11 deaths when compared to the same period last year.

“Since Ops Sikap was launched 10 days ago, a total of 13,399 road accidents have been reported nationwide,” he told The Star yesterday.

ACP Mohd Fuad said the number of road accidents increased by 18% compared to the 11,348 road accidents reported during the same period last year.

comment:

The Operasi Sikap GAGAL !!
What is happening? The Police mobilise 10,000 personnel and yet it fails to reduce the number of road accident fatalities.

Surely there is a better strategy to apply to reduce road accidents.

Dah bertahun operasi ini di lancarkan tapi HAPRAK !!

Jinah

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Seperti yang dijangka, Mat Sabu tetap mempertahan pendiran biadabnya mengherokan Komunis dan memperlekehkan Pasukan Polis Bukit Kepong. Sana sini rakyat mengutuk beliau dan ada yang membuat laporan Polis.

2. Keadaan begini nampaknya dah jadi lumrah di Malaysia. Dari kes liwat dan video lucah mengenai DSAI, tunjuk perasaan BERSIH-2, tindakan biadab oleh Ambiga dan sekarang pula kes kenyataan Mat Sabu. Berbagai kenyataan berapi dibuat bagi mengutuk semua tindakan2 itu dan ada yang mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab, termasuk ditahan di bawah ISA.

3. Semuanya itu hanya tinnggal omong kosong sahaja. KDN, Menteri Dalam Negeri, Peguan Negara, PDRM, IGP dan Timbalan IGP hanya setakat garang pada peringkat awal sahaja. Menteri Datuk Hishamudin pula hanya mampu keluar kata keramatnya "TIDAK AKAN BERKOMPROMI" sahaja. Akhirnya, hanya rakyat sesama rakyat sahaja yang berterlanggah tanpa tindakan dari Kerajaan.

4. Nampaknya sekarang tindakan terhadap pesalah undang2 negara dah ada 3-4 standard. Pertamnya, kesalahan oleh pihak pembangakang yang nampaknya begitu kebal sekali tanpa dikenakan tindakan. Kedua, kesalahan oleh pihak parti politik Kerajaan yang tidak begitu kebal dan ada yang dikenakan tindakan. Ketiga, kesalahan oleh rakyat biasa yang akan terus diheret ke mahkamah meskipun kesalahan sekecil mana.

5. Kalaulah begini caranya Kerajaan bertindakan,maka tak perlulah diadakan KDN dan Menteri Dlm.Negeri atau Peguam Negara atau IGP. Semuanya sekarang "free for all". Penyokong Kerajaan dah mula muak dengan cara Kerajaan bertindak sekarang.

6. Cara melepaskan geram ni, nampakanya tidak ada jalan lain kecuali hanyalah semasa PRU 13 nanti.

Dan Kajang

Anonymous said...

Tok Kadir (Kadiaq) orang mulia
macam macam ilmu dia bagi kita
Jadi Mat Tunjang nak tumpang sama
kat Tok Kadir ucap selamat hari raya.

Negeri kita macam-macam ada
gila sasau tak kira apa
kita dok tengok rasa loya
silap-silap hari jadi gila.

Betoi lah macam kata Dr Mazlan
Mat dok tengok pun naik terkilan
Bini Perdana Menteri buat ucapan
Apa bejadah dia punya kedudukan?

Inilah penyakit queen control
Otak baik boleh jadi bahlol
Dia dok ingat kita semua tolol
Apa dia buat semul betol.

Dah tak buleh buat apa-apa Tok
ubun Kepala dah kena ketok
Bini cakap dia terus angguk
Dia pimpin bini yang tunjuk.

Inilah contoh satu Malaysia
Laki dan bini perentah bersama
Negara kita dan macam hak depa
Depa buat apa yang depa suka.

Apa nak buat nasib kita tok
Zaman Pak Lah kita dok kutok
Ingatkan Mat Najib lagi elok
Nampak nampak kedua dua telor kemurok.

Umno dan Pas sama saja
Dalam Umno bini ada kuasa
Pas pula kata kominis perwira
Yang mana satu kita nak percaya?

Itulah nasib kita dalam satu Malaysia
Pemimpin merapu tak kira masa
Tak kira pada hari raya
Atau masa sambut merdeka.

Ampun daan maaf Mat Tujang minta
Kepada Datuk dan pembahas semua
Biarlah pemimpin buat kerja gila
Sampai masa kita guna undi kita.

Mat Tunjang minta diri
Nak pi raya dengan anak biri
Sebelah Sik di Pekan Jeneri
Lepas tu pi pula Gajah Mati.

Mat Tunjang enterprise

ORANGUTAN PENANG said...

Saudara/saudari Fed Up,


"It really doesn't matter whether it's the villain or the hero. Sometimes the villain is the most colorful. But I prefer a part where you don't know what he is until the end".
Glenn Ford

A PAS HERO WOULD BE AN UMNO VILLAIN BUT A MALAY HERO MUST ALWAYS BE OUR HERO COME WHAT MAY!

TK

Anonymous said...

Datuk AKJ kata:

Adakah orang Melayu akan terus menjadi tuan di rumahnya sendiri atau terperosok di ceruk dapur sedangkan serambinya dipenuhi orang lain?

comment:

Kalau Melayu tak nak hilang didunia senang je. Jangan asyik sibuk cakap politik siang malam.
Jaga anak dan cucu supaya jangan merempit, jangan hisap dadah, jangan jadi bojan, bosia dll yang memudharatkan bangsa dan agama.

Bagi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran anak cucu walau pun sempit macam mana pun kedudukan kehidupan kita.

Inilah aset yang terbaik sekali untuk masa depan bangsa Melayu. Buat macam orang Cina. Mereka bukan kisah sangat dengan politik tapi pelajaran anak-anak mereka yang mereka dahulukan.

Dah ramai keluarga kampong di luar bandar yang sekarang hidup mereka bertambah baik kerana penat lelah mereka untuk memberikan pelajaran yang sempurna untuk anak-anak mereka. Hasilnya ialah mereka dapat berbangga kerana anak-anak mereka telah berjaya hasil dari pengorbanan mereka.

Don

abdullahngah said...

hari raya sama saja malah tak berlainan sama sekali cuma perangai manusia saja yang tak sama tak macam orang dulu.

Hari ini saya nampak perangai orang Melayu yang mengaku islam tak ubah macam perangai kafir.

Malah tak ada yang jadi kafirpun, sedangkan Allah larang jadi macam kafir dan jangan ikut kafir.

Sambut hariraya juga macam kafir. main mercun memgila tak sedar budaya itu adalah budaya kafir yang kita tiru.makan minum pun macam kafir miskipun baca bismillah.

Oleh itu sambutan hariraya jelas berbeza, kerana perangai melayu sudah berubah jadi macam kafir.

Hamba Allah said...

Dato,

Sejak hari raya hinggalah sampai saat ini kemana saya pergi rumah kenduri ke,rumah orang mati ke,kedai kopi ke,jamuan raya ke,kat kedai nasi kandak ke,stesyen minyak ke,dsb lagi lah cerita dan topik politik yg panas ialah cerita politik Mat Sabu.Handal juga dia main dan cari isu politik.Isu komunis dan bukit kepong menjadi topik utama.Ada yang kata betul dan ada yang kata tak betoi dan kejam mat sabu.Apa pun Mat Sabu berjaya popularkan dirinya denagn isu SONGSANG agar dirinya terus menonjol dan melonjak.

Ahli PAS mereka tetap akur dengan hujah Mat Sabu.Mklumlah Timbalan Presiden mereka.
Manakala orang UMNO sudah tentu pertahan fakta sejarah.
Cuma orang tak berparti.Bagaimana.Mereka boleh pilih mana=mana pun.Yang penting hidup mereka selamat.Undi lambat lagi.

Walau bagaimana pun Mat Sabu dilihat sudah hilang modal politik.Dia pakai hantam keromo sahaja.
Mat Sabu pada saya dilihat sebagai pemimpin PAS Low Class.
Karpal Sing pula dilihat seorang pilitikus rasional jika dibanding dengan Mat Sabu.
Kita jangan melihat dan menilai sesuatu peristiwa itu dengan selera politik kita sendiri.Waktu itu orang Melayu majoritinya bersatu menetang komunis,Ada lah juga satu dua yg jadi ahli PKM.

Mat Sabu janganlah terlalu gelojoh dan bermain mercun dalam isu ini.

Itulah politik murahan namanya.Apa pun janganlah sampai jadi pelelong politik pula.

Namun kita pun tak paati apakah tersirat dan tersurat Mat Sabu berbuat demekian.

Demekianlah warna-warni sambutan raya puasa dan merdeka kali ini.

raja2u said...

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada YBhg Dato' dan semua Pembahas yang saya hormati. Moga-moga Allah terus memberi keberkatan dan keamanan kepada kita.

Saya berHari Raya di kampong dan gembira melihat kampong sesak dengan pelbagai jenis kereta. Hampir setiap rumah ada kereta dihalamannya. Ada yang sampai 4 -5 buah. Di malamnya selepas sembahyang Isyak berdentumlah meriam buluh , pelbagai jenis merecun dan langit pula diterangi bunga api.Pada masa dahulu bunga api menerangi langit diupacara besar sahaja dan itu pun terhad kepada 20 minit kerana mahalnya kos pertunjukkan tersebut.

Ya ! Melayu Takkan Hilang di Dunia selagi mereka tenang dan tidak melatah.Perosak bangsa dan negara sebenarnya tidak ramai sekitar 10,000 orang sahaja.Kekuatan yang ditunjukkan mereka hanya melalui kawalan maklumat dan pelbagai undang-undang yang dikatakan untuk keselamatan negara.Banyak masa terbuang berbincang perkara-perkara yang tidak memberi sebarang hasil dan faedah kepada rakyat dan negara. Terdapat juga kepercayaan kemenangan boleh diperolehi dengan memburuk-burukan lawan.Lupakah kita kita kepada formula kejayaan yang ditunjuk orang tua kita dahulu "Ada ubi ada batas , orang berbudi kita membalas".Buat kerja baik dahulu sebelum mengharapkan sokongan.

Allah minta kita bersyukur dengan segala nikmat yang ada pada kita . Jika itu kita lakukan Allah akan menambahnya lagi.Diantara nikmat Allah yang besar adalah Ketenanganan hati dan hilangnya rasa hasad dengki. Jadi tidak kira apa parti yang kita wakili gunakanlah kuasa yang ada pada kita untuk " agama , bangsa dan negara kerana Allah semata-mata". Jangan oleh kerana rasa cemburunya kepada pesaing kita , kita sunggup merosakkan segala-galanya kerana berpegang kepada konsep " biar putih mata".

Pilihan adalah ditangan kita. Marilah kita membuat pilihan terbaik dan berserah kepada Allah untuk menentukan kesudahanya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

saji said...

Sdr Fed Up

Kisah Nabi Isa ada vesi Islam yang orang Islam wajib percaya dan ada versi Kristian yang orang Kristian wajib percaya.

Begitulah kisah Mat Indra. Ada vesi UMNO/Inggeris dsb. dan ada versi PAS/PKMM dsb.

Saya boleh terima kisah Nabi Isa versi Kristian tidak tepat, kerana kisahnya berlaku kira2 2,000 tahun lalu. Tetapi tidak kisah Mt Indra, kerana kisahnya berlaku kira2 60 tahun lalu.

saji said...

Sdr Don

"Kalau Melayu tak nak hilang didunia senang je. Jangan asyik sibuk cakap politik siang malam.
Jaga anak dan cucu supaya jangan merempit, jangan hisap dadah, jangan jadi bojan, bosia dll yang memudharatkan bangsa dan agama."

Saya setuju. Tetapi bagaimana dengan orang Melayu yang hendak diangkat menjadi pemimpin?

Anonymous said...

Saji kata:

Tetapi bagaimana dengan orang Melayu yang hendak diangkat menjadi pemimpin?

comment:

Bila dah ramai orang Melayu yang dah cerdik pandai maka mencari pemimpin yang berqualiti tidak menjadi hal.

Tak lah Melayu dapat pemimpin yang cakap merapu-rapu dan meghaban-ghaban tak tentu hala !! Ikut sedap cakap je dan putar belit!!

Don

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).