Wednesday, November 09, 2011

Cerita Perkahwinan Zaman Dulu Kala


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan pengenalan  “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

PASAL bersunat dan tandas zaman dulu kala kita sudah cerita. Orang tua nostalgia, orang muda mendapatinya sangat jenaka.

Kali ini, kita cerita pula mengenai perkahwinan dulu kala. Bukan lama sangat - tahun-tahun 1950-an dan 1960-an.

Saya ingat lagi perkahwinan kakak saya. Majlis persandingan berlangsung hampir-hampir subuh. Saya ingat sangat sebab apabila abang ipar saya diusung atas bahu untuk naik ke rumah, sebab jalan lecah (becak), saya sudah bersiap untuk ke sekolah.

Jam 5.00 pagi saya sudah terpaksa berbasikal dari kampung saya ke Pendang, kira-kira lima kilometer jauhnya, untuk menaiki bas United Transport Company (UTC) ke Alor Star, kira-kira 20 kilometer dari situ.

Jadi, tidak sempatlah saya menyaksikan persandingan mereka. Waktu itu, adalah perkara biasa persandingan di buat awal pagi.

Sambil menunggu majlis persandingan, majlis membaca al-Quran, berzikir dan berzanji diadakan sepanjang malam. Pada hari sebelumnya, kenduri diadakan dari pagi sampai malam. Pada sebelah petang diadakan pula majlis bersilat (pencak silat) dengan diiringi gendang keling.

Kalau yang kaya atau moden sikit, sebelah malam diadakan persembahan ghazal parti. Di tempat saya, yang terkenal ialah Ghazal Parti Bukit Raya (kampung Allahyarham Ustaz Fadhil Noor). Tapi yang “top” ialah Ghazal Parti Kepala Batas (kampung Tun Abdullah Ahmad Badawi).

Boleh kata semua lagu dalam bahasa Arab yang diiringi tarian gelek atau tarian asyik oleh (dengan izin) pondan, darai dan ponen. Mereka pakai pakaian perempuan dan bila kena bedak, celak dan gincu, ramai jantan naik gian.

Pada hari kenduri, pagi-pagi sembelih kerbau dan lembu. Selesai siang daging, menyerok (sarapan) nasi putih dengan gulai kawah daging hancur, ikan tamban asin goreng, sambal belacan dan ulam. Lepas itu, barulah tukang masak mula memasak untuk tetamu. Tok wan saya, Haji Md Hassan, ialah ketua gedohok terkenal. Dia darah campuran Pathan.

Kerana tok wan saya ketua tukang masak, saya dapat layanan istimewa. Dapat makan awal, makan sedap-sedap – daging panggang, jantung panggang, lidah panggang cicah air asam. Sebagai upah, dia dibagi sedikit duit, rokok sekerit (cigarette) Rough Rider (rokok cap tembak), gula, susu pekat manis, kopi, teh dan kuih-muih.

Sebelum sampai majlis perkahwinan, banyak adat istiadat lain kena dibuat dan dilalui. Mula mula-mula sekali upacara menengok iaitu wakil pihak lelaki pergi menengok – lebih kurang mengendap – anak dara. Ada yang curi-curi tengok masa dia mandi di telaga, menjemur pakaian atau masa membawa hidangan dari dapur.

Kalau setuju sebab cantik, tak ada cacat cela besar, parut kudis buta tak nampak sangat,  punggung lebar dan payu dara besar, diadakan pula majlis merisik.

Hal punggung dan payu dara itu penting sebab dulu tak ada klinik bidan. Bersalin dengan bidan kampung. Kepercayaannya, punggung lebar mudah bersalin. Susu ibu pula sangat penting sebab waktu itu tak ada formula bayi dan kalau ada pun tak mampu nak beli.

Kalau anak dara belum berpunya dan keluarga tidak keberatan menerima lamaran, maka dilakukan pulas majlis meminang. Bila semua setuju, dibuat pula majlis hantar cincin bagi mengesahkan pertunangan dan diputuskan hal-hal macam hantaran, emas kahwin, upacara akad nikah dan kenduri.

Selalunya pertunangan antara enam bulan hingga setahun, bergantung kepada musim bersawah dan masa yang cukup untuk mencari duit hantaran, belanja kenduri dan memperbaiki rumah.

Jarak kenduri antara pengantin lelaki dan perempuan seminggu. Perjalanan sukar. Tak ada jalan raya yang sempurna. Jalan tanah merah. Yang kaya berarak naik kereta atau gajah. Yang kurang mampu dengan naik gerak (basikal) dan, kalau tidak jauh sangat, berjalan kaki saja. Dulu tak ada kompang. Pengantin disambut oleh muzik gendang keling dan tembakan senapang patah.

Lepas bersanding, tak boleh masuk bilik dulu. Pengantin lelaki kena balik rumah dia dan tunggu sampai pengantin perempuan datang ke rumahnya seminggu kemudian baru boleh “bersatu”.

Itu pun mak andam buat sibuk nak tumpang bilik dan geng nakal cari helah hendak mengendap (mengintai). Masa itu, rumah kampung dinding papan atau buluh anyam..

Sebelah paginya, kalau pengantin perempuan mandi basah rambut, mak bapa angkat tangan ke langit berdoa dan mengucap syukur. Sembilan bulan lagi, kalau bendang subur dan benih menjadi, dapatlah mereka timang cucu. Wallahualam.

53 comments:

Anonymous said...

Salam Dato',

Zaman dah berubah maka majlis kawin pun nampaknya turut berubah. Tetapi masih ada juga perkara-perkara yang belum berubah, antaranya:

i. Majoriti keluarga mahu mengadakan majlis yg besar kerana bimbang malu dikata orang. Semuanya mesti nampak hebat. Kalau dulu ramai yg sanggup gadai atau jual tanah untuk majlis kawin sekarang pun ramai yang sanggup berhutang kerananya. Saya pernah jumpa dengan orang yg memberitahu saya yang beliau akan ke baitulmal untuk meminta wang zakat bagi daftar anak masuk ke ipta tetapi apabila menghadiri walimah anaknya saya dapati majlisnya nampak grand juga.

ii. Wujud pembaziran dalam mengadakan majlis kawin, misalnya, pemilihan kad undangan yg mahal, pemberian goodies yang tak boleh dimakan atau tiada practical use. Maka meriahlah semua kedai berniaga barangan pengantin, baik yang di Air Hitam Johor sehinggalah yang di Bukit Kayu Hitam Kedah.

iii. Semakin hari maka semakin sophisticated majlis kawin kita sehingga tak lama lagi kita akan ada ramai full-time wedding planner. Semuanya mesti perfect dan extravagant; mesti ada tema, ada kelainan, ada surprise, bla bla bla..(baca $ $ $..)

Walhasil, kalau ditinjau dari cara-cara orang Melayu mengadakan kenduri kawin, baik dikampung atau dibandar, maka amat sukar untuk mengatakan orang Melayu ni miskin. Tak tahulah apo nak dikato; mungkin kita berpegang teguh kepada paradigma "biar papa asal bergaya" dan "biar mati anak jangan mati adat".

Pak HJ JB

Anonymous said...

Salam Dato',

Naik syeikh pulak saya ari ni. Masuk dua kali kat sini..

Kita semua maklum bahawa majlis kawin ni maksudnya ialah untuk mewar-warkan pernikahan sepasang pengantin lelaki dan perempuan. Pernikahan dianjurkan agama atau adat demi kesejahteraan keluarga dan ummah selain dari menyediakan saluran halal bagi fitrah seksual yang memang tuhan anugerahkan pada manusia. Tanpa pernikahan maka tak ada majlis kawin. Tak sama satu festival seksualiti dengan majlis kawin. Tahun 60an dulu ada festival Woodstock; walaupun tak ada orang tercedera tapi kedudukan akal manusia yang mulia telah jatuh menjadi sama taraf dengan naluri kawanan kambing. Nasab keturunan manusia jadi hancur!

Saya sedut sedikit berita menarik daripada The Star Online:

KUALA LUMPUR: Just like religion, sexual preference is a “very individual thing”, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said.

“If you want to be gay, bisexual or (have) ANY SEXUAL PREFERENCE (uppercase, mine), and if it does not harm anybody, you are entitled to that choice.

“If you want to practise (STAR pun salah spelling juga ni!) and enjoy the freedom in terms of a festival, then it attracts a lot of attention and people may not be very happy,” he said at a press conference here yesterday.

Dr Chua was commenting on the Seksualiti Merdeka event, which was scheduled to begin today and run until Nov 13 at Central Market's Annexe Gallery."



Pak Hj JB

Anonymous said...

Saya pernah sebut tentang kekeliruan antara budaya dan agama dalam artikel DAKJ yang terdahulu.

Ada mengaji, berzikir dan berzanji. Ada juga tarian gelek selain tarian asyik oleh pondan, darai dan ponen.

Isi dalam artikel DAKJ yang ini, saya panggil "Exhibit A"

Fed Up

doncin cai said...

salam tuan dll.

mula saya tak faham apa itu " nikah gantung"
sampai lah, semasa giliran saya.. baru saya faham se penuh penuh nya..
terima kasih

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

"Pantun Penganten"

(Peranakan pantun by Si Melata. 1894)

Hal nikah tepok rebana,
Perkara baik bukannya hina.
Karangan burok tiada guna,
Buat ramai tambah warna.

Bilik cantek berbagei bagei,
Dalam kelambu berbau stanggi.
Malam berchakap sampai pagi,
Chuchi muka kiasai pergi.


http://sustainablelivinginstitute.blogspot.com

Anonymous said...

tok..

apa makna mandi basah rambut tu?kenapa dengan mandi basah rambut tu?

deris pisang.

MUMMY ROKIAH said...

Very nostalgic.
MR dulu tangkap ikan temekong tahan taut dalam tali ayaq belakang rumah.

Ikan temekong gemok-gemok kalau musim anak cucu balik kampung kerana di situ depa meruah. End product di makan ikan temekong.

Cuti sekolah pi sauk ikan karin (ikan laga)atau ikan semilai. Bubuh dalam botol kilik (bawak) bersama mengaji quran di rumah Ustaz Hasan.

Panjang cerita masa dulu-dulu.

Hafifi said...

Assalamualaikum Dato AKJ. Tulis lah pulak macam mana majlis katika Dato kahwin!

langitbiru said...

Cerita kahwin zaman dulu kala.

Bila Dato’ bernostalgia, seharusnya para komentar bernostalgia sama, kongsi cerita kahwin zaman dulu kala…..lain padang lain belalang. Di Perlis macammana, di Johor macammana, atau di Sabah macammana. Bagus bernostalgia, mengimbau sejarah dan pengalaman, menyegarkan minda yang kian kusut dengan pelbagai masalah dan himpitan hidup dek kepimpinan Negara yang bermewah-mewahan!

Dengan pelbagai masalah semasa, isu semasa yang jadi semakin tegang dan panas, dengan PRU semakin hampir, menyebabkan saya kurang berselera untuk bernostalgia masa lampau, kerana didepan penuh pelbagai cabaran yang tidak diketahui bagaimana penghujungnya!

Kisah para pelajar berhutang untuk ke Universiti, sesetengah ibubapa bergolok bergadai tanah pusaka sekangkang kera untuk ke Universiti, TAPI anak pembesar Wanita UMNO berusia 20an amat mudah dapat soft-loan RM250juta dari Tabung Makanan Negara, katanya untuk ternak dan sembelih lembu untuk Negara! Berpengalaman luaskah anak-anak wanita umno ini menternak lembu sebelum ini?

Selepas sekian lama membisu, dengan pembesar UMNO lain yang jadi jurujawab dan jurucakap, akhirnya wanita umno no 1 bersuara, katanya ini perancangan jahat pembangkang untuk menghancur Wanita Umno. Amat pelik dan jelek, bagaimana hal beliau bersama suami dan anak-anak yang terbabit, TETAPi berselindung di sebalik nama Wanita UMNO Malaysia. Wanita Umno Malaysia, tiada kena mengena mengena dengan lembu-lembu dan tanah 5000 ekar! DAN bukan pembangkang yang membuka cerita,TETAPI Ketua Audit Negara!

Beginilah modus operandi pemimpin UMNO, ‘merompak’ duit rakyat untuk kepentingan peribadi. DAN HAKIKATNYA, itulah tujuan Melayu Umno bekerja keras mendapat kedudukan dalam Parti, KERANA habuannya nanti AMAT menguntungkan, cepat kaya lebih cepat dari skim cepat kaya.

Mereka berpolitik untuk mengejar habuan dunia, sebahagian di berikan kepada rakyat DAN itu diperbesar-besarkan seolah-olah merekalah maha ikhlas berjuang untuk rakyat.

Bagaimana saya nak berselera bernostalgia masa lampau, pembelian peralatan Tentera dilakukan secara sulit, bila ditanya di Parlimen, melenting Zahid Hamidi, ini soal keselamatan Negara, rahsia Negara, bukan boleh dibincangkan secara terbuka!

Ohh…kita bukan nak bincang rahsia tentera, rahsia keselamatan Negara yang dikawal selia oleh tentera, kita bertanya bagaimana proses PEMBELIAN peralatan tentera.

Itupun pemimpin UMNO, terutama Zahid tak faham ditambah buat-buat tak faham, macam rakyat kualiti pemikiran Pak Pandir dibuatnya!

Bagaimana nak berselera bernostalgia masa lampau, banyak perkara berlaku! 4 pelajar Universiti cabar AUKU di Mahkamah dan menang. Bagaimana kedudukan AUKU sekarang? Juga Profesor Perlembagaan Aziz Bari, dituduh derhaka kepada Sultan.

Lupakah kita nostalgia 1993, berapa banyak kenyataan pemimpin UMNO menghina Sultan dan Raja, dalam media utusan m,berita h, NSTP dan lain-lain?

Porak peranda hari ini sebenarnya banyak dicetuskan oleh MelayuUMNO, yang takut kehilangan KUASA yang dipegang sejak 54 tahun lalu. Apakah MelayuUMNO (BARU), masih bermaruah tinggi?

Anonymous said...

Heran:

i. posted by A KADIR JASIN at 12:53 PM on Nov 9, 2011

ii. Pak HJ JB 3:01 PM

iii. sustainablelivinginst 4:45 PM

saya terima posting: 10hb 11am?


Silvio, Rome

Anonymous said...

Harun Misai

Ybhg Datuk

1. Waktu dulu kenduri kahwin tidak terhad pada hari Sabtu atau Ahad atau Jumaat. Hari apa pun boleh.

2. Di belah utara kenduri dulu-dulu makan atas balai. Balai dibuat dari buluh dan atap bertam. Makan berhidang. Mesti cukup empat orang baru boleh makan satu hidang. Kalau tidak cukup 4, kena tunggu. Budak-budak makan nasi kuah taruh atas. Hanya sada atu gelas sahaja dalam satu hidangan. Kongsi-kongsi. GulaiKawah campur umbut bayas atau umbut pisang untuk tambah volume.

3. Di kampung saya satu-satunya peluang anak muda guna mikrofon ialah pada majlis perkahwinan. PA Sistem guna bateri kereta. Budak muda main mikrofon dari senja sampai subuh. Budak kecil curi-curi main mikrofon jika ada peluang.

3. Entertaiment malam biasanya ghazal parti. Waktu kemudian-kemudian ini Orkes Chandeni di Batu 5 Sik Kedah ngetop. Hanya yang mampu sahaja mampu undang ghazal parti ini. Yang datang bukan saja orang kampung tempat kenduri kahwi tapi anak muda dari kampung lain yang jaraknya lebih 20 batu pun datang.

Seronoknya waktu dulu.

Harun Misai

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Terima kasih bangkitkan cerita kahwin zaman dulu kala. Katanya ramai isteri2 yang basah rambut pada pagi jumaat kerana pengantin baru dulu2 mahu mengambil kesempatan pahala sunat pada malam Jumaat (malam wajib).

Ini ada satu cerita untuk kongsi bersama..lucu jika dilucukan.

"Disuatu malam Jumaat, setelah berjemaah solat Isyak bersama isterinya, si suami menjeling kebelakang memberi isyarat untuk 'bersedia'. Si isteri geleng kepala dan berkata ' Nanti dulu, sayang, nak mengemas sikit didapur.Sementara itu Ayang bacalah surah Yaasin, dapat juga pahala sunat, nanti bila dah siap, Ayang panggil lah.

Maka bermula bacaan si suami(darah sedang naik kepala tu) dengan A'uzubillah...' dan habis saja baca 'Bismillahirrahmanirrahim', terdengar sahutan si isteri..'Sudah, Yang.'
Terus si suami menamatkan bacaan. 'sadaqallah'ulazim'..
Dapatlah juga si suami 3 pahala sunat dari bacaan."

Lazimnya kekuatan iman tidak terdaya menahan kehangatan bara nafsu cinta terhadap seorang wanita bergelar ISTERI.

ALFATIHAH, AMIN
Ps.. suka dengan lagu Permata ( Isteri ku) dendangan kumpulan Kopratasa.

Anonymous said...

Dato,

Kadang-kadang ada yang keliru antara MENGUNDANG dan MENJEMPUT.

Orang dulu-dulu tidak ada kad kahwin. Kalau di kampung saya di N9, saudara-saudara atau jiran-jiran dekat rumah yang nak mengadakan majlis kahwin diminta pergi rumah ke rumah dan MENJEMPUT mereka hadir ke majlis kenduri kahwin tersebut. Mereka biasanya pergi dengan berjalan kaki.

Sekarang sudah ada kad kahwin. Mana yang berada seperti kata Pak HJ JB tebalnya seperti buku budak tadika. Kad ini MENGUNDANG mereka hadir ke majlis perkahwinan itu.

ZMS

Tong Sampah said...

Salam tuan.

mai saya tambah.

1)sebelum kenduri berlangsong, tuan rumah pi memangge. selalunya habis satu kampong kena pangge.

2)dekat2 nak kenduri, kaum ibu gotong royong buat kerisek. orang lelaki pulak dirikan balai. bumbung balai tu guna kain tarpan.

3)hari kenduri pulak lebihkurang pukoi 10 pagi, mentara makan nasik serok berlaukkan ikan kering goreng, sambal belacan dan gulai pisang.

4)lagi satu kumpulan ghazal parti yg selalu buat persembahan ialah dari batu 5 sik. takkan tuan dah lupa kot!

masa berubah, zaman pun berubahlah. sesuai dengan perubahan tu, la ni benda2 tu semua (dan termasuklah yg tuan tulis) dah takdak lagi dah.

Khairul-Dean Mohamed said...

DAKJ,
Salam Sejahtera

Weather Forecast
(from bbc)

Realy heavy rain starting from Friday till Sunday.

Standby.

Salam Hormat

Anonymous said...

Dato’
Kenduri kendara masa itu memang meriah. Lebih-lebih lagi kendaranya.
Seminggu dua sebelum kenduri, sudah sibuk lelaki perempuan bergotong royong. Yang lelaki menebang pokok dan membelah kayu untuk dibuat kayu api. Ada pula yang menebang pokok nibung atau kelapa untuk di buat tiang balai. Kemudian gotong royong buat balai. Dulu orang tak pakai khemah.
Kaum ibu pula sibuk memilih beras (buang antah), menjemur cabai kering dan rempah untuk ditumbuk. Tidak ketinggalan yang menunjukkan kehandalan membuat bunga telur menggunakan kertas berwarna-warni.
Makin hampir hari kenduri, kaum keluarga terdekat boleh dikatakan berpindah tinggal dirumah tuan kenduri. Kanak-kanak banyak yang ambil cuti sendiri dan tidak kesekolah.
Semuanya ini hanya tinggal dalam kenangan.

PakChak

anakbuah said...

Salam Dato' dan blogger semua,

Sdr deris pisang tanya..."apa makna mandi basah rambut tu?kenapa dengan mandi basah rambut tu?"

# Saya sebenarnya tak mahu mendahului dato' AKJ tapi saya tersengeh seorang2 dgn pertanyaan yg 'inviting' ni. Tak tahulah samada Sdr deris pisang betul2 nak tahu atau saja nak dengar jawapan drp veteran mcm dato' AKJ.

# Kalaulah Sdr tanya saya, saya akan jawap pasangan mandi basah rambut sebab pasangan telah berjaya 'bersatu bersama' pada mlm pertama. Org Melayu skrg kata bersegama, kalaulah Sdr faham. Orang yg sudah lama kahwin pun kadang2 kena usik mcm itu juga, terutama pagi Jumaat di tempat kerja. Tapi saya rasa dato' akan memberikan jawapan yg lebih tepat, mungkin siap dgn perkataan Inggeris lagi.

# Maaf dato', saya tak dapat tahan nk simpan.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Kampong saya bernama Kg Tiak dipendalaman dalam dairah Baling, Kedah. Saya mempunyai nostalgia saperti yang Dato'catatkan mengenai kenduri nikah kahwin di tahun lima pulohan dan enampulohan. Keadaan sosio ekonomi penduduk kampong hampir sama dan kebanyakan penduduk berketurunan dari wilayah Patani, Thailand. Saya terseyum dan kemudian tersebak mengenang masa silam yang dalam serba kemiskinan.

Majlis kenduri memang meriah dan itulah peluang untuk menikmati masakan tradisional dan peluang untuk makan daging samada lembu atau kerbau. Biasanya daging lembu atau kerbau dimasak kari dalam kawah dicampor dengan rias batang pisang. Perut lembu atau kerbau dibuat kerabu dengan daun setang atau umbut rias yang diambil dari hutan.Saya sangat suka makan ulam buah beka yang dicicah dengan sambal belacan.Sekarang sudah tak ada lagi buah beka.
Paling seronok dimajlis perkahwinan dimana pembesar suara yang orang kampong panggil spekar dipasang atas pokok kelapa. Riuh sekampong kerana volumesuara yang dipancarkan untuk seluroh kampong dengar.
Banyak lagi nostalgia yang boleh membuatkan kita terseyum dan sebak.

Kg Tiak,Baling

A KADIR JASIN said...

Terima kasik kepada Anak Buah kerana jawab Deris Pisang. Lebih kurang macam tu la.

Orang dulu-dulu suka kias. Mandi basah rambut tu maksudnya mandi junub lah. Mandi wajib lepas suami-isteri melakukan perhubungan ikut tabii.

Dulu, orang memang jaga tepi kain orang lain secara positif. Mak dan ahli keluarga yang perempuan tengok kalau-kalau ada yang tak kena dengan pengantin. Kalau tak mandi tu ada dua sebab. Satu, tak jadi apa-apa malam tu atau anak dara lupa mandi wajib. Dua-dua kena tanya.

Pernah berlaku, tak berlaku apa-apa sampai berbulan-bulan kerana tak suka satu sama lain atau si suami lain pula selera dia. Ramai juga berakhir dengan jadi janda berhias.

Kalau tak tahu, mak, mak cik atau kakak yang dah kahwin akan ajar. Maklumlah zaman itu tak banyak bahan mengenai seks. Ada tak ada pun kita belajar daripada kerbau, lembu, ayam dan itik.

Lagipun, masa itu tak ada air paip. Kita mandi di telaga atau sungai, jadi semua orang boleh nampak. Dulu tak ada syampu. Kita pakai sintok campur daun dan buah limau purut. Pengering rambut pun tak ada, jadi lambatlah rambut nak kering.

Itulah lebih kurang ceritanya. Tapi saya rasa pembahas Deris Pisang nak buat lawak saja.

Terima kasih.

mtgbertam said...

Salam dato'.

Ghazal pati kepala batas tu tempat saya. Heran, tempat ni zaman tu ada sekolah pondok yang amat masyhur. Cucu pengasas pondok tu pernah jadi PM Malaysia. Orang mai mengaji dari pelbagai pelusuk tempat. Dari utara, timur dan barat.

Tapi, puak2 ghazal pati tu pi minta orang2 pondok terjemah lagu2 arab ke bahasa melayu untuk didendangkan di rumah2 kenduri secara melalaikan.

Mujur ada sekelompok manusia di zaman kemudiannya yang digelar orang dakwah, mengembalikan maruah syariat Allah yang sebenar untuk ditaati.

Satu lagi, di majlis2 kenduri kawin spt yg dato' cerita (saya sempat juga ketika zaman kanak2), berlaku percampuran antara syariat dan adat. Syariat sikit saja tapi yang adat tu yang berlebih2. Malangnya, adat itu ditafsirkan sebagai syariat oleh generasi kemudian hingga ke hari ini dalam majlis perkahwinan. Kalau ada yang cuba merubah, akan dianggap songsang oleh masyarakat.

Rao Lanun-Bahaso said...

Dtk Kadir & Rakan Kenalan yang dihormati
Salaam

Bring Down Najib!
(cerita dari mukabuku)

Alhamdulillah, dalam meriah cerita majlis Perkahwinan banyaklah tukar-tukar cerita. Nah kita pula ada cerita untuk orang-orang dewasa yang di bawa dari Facebook Dr Mahathir Mohamad: ASEAN BUSINESSMEN

Megat Saiful Johar
Oh, I managed to actually glean a few points from all that rubbish. How is MSC not a good thing? It brought about technological investments into the country, and helped jump start our economy and proved to be a focal point in the early stages of Malaysian internet. KLCC is a commercial hub. And that is bad how? Do you even know how much it generates annually? How is the transition from agricultural into manufacturing not good? Are you saying the US and Western Europe should start to depend on agricultural exports instead? I must be too free to respond to an idiot like you, oh well. Keep it coming.
23 hours ago · Like · 1

Fara Farhana ‎019 - 980 6003...........sape2 yg boring n de keje leh contact no ni....... dia sdang mncari kwn......... ksian sungguh sy tgok..............
23 hours ago · Like

Sunny Theng
Multimedia super corridor hahaha , I believe many countries do have just they no need to strongly POP it out as a great job because for them it is only part of the facility of a country so what so great about it ? it is just like I m tellin...See more
22 hours ago · Like

Khairul-Dean Mohamed http://www.bbc.co.uk/news/health-15661977
New hope for head injury patients
www.bbc.co.uk

(to be continue; and while waiting for the rain, it may be worthwhile to checkout the avatar - hit me said the Lanun-Bahaso:)

besi said...

dato A.K.J...lucu la dengar kalau nak tengok ciri2 bakal isteri yg baik tang bab fizikal tu..pungkok lebar dan tet besar bertujuan utk senang bersalin dan menyusu anak...

saya masih bujang...nak cari la ciri2 macam tu...hehehehe

Rao Lanun-Bahaso said...

continuation:

Bring Down Najib!
(part ii)

Khairul-Dean Mohamed
‎@Sunny Theng, you are the smartest around. So help.

RM2.8mil facelift

...Nor Mohamed claimed that the state government had failed to help the residents there although Chief Minister Lim Guan Eng is the Bagan MP and the Bagan Dalam state constituency is also held by the DAP.

Nor Mohamed said the Federal Government did not differentiate between an Opposition-held constituency or the ones held by Barisan.

He said it provided help to all who were in need.


Fed Gov is so stupid! Down with Najib!

‎@Sunny Theng, Help bring down Najib: you are the smartest around. Unless, of course you are on the Mamak's pay just working for this Mamak's Facebook; just to make a funeral house more lively - are you for real? PR is having problem in PRU13. Bring down Najib. My PC is compromised. I can't go to Najib's to post anything; serious.

Sunny Theng
Khairul-Dean Mohamed I m not smart just saying the real thing, u should know all the while the UMNO leaders are following Mahathir the mamak way, and Most of the Malay till now still think and believe that Mahathir is the best, so when UMNO leaders think follow his way is a correct way, so just by using some small money can very easily buy their vote , but by doing that may bring our country into black hole, Chinese know about it , but many of the Malay still dont understand.


(to be continued; and from the dark clouds the rain came)

langitbiru said...

Najib pernah berkata, “Berubah, atau Diubah”, kepada ahli-ahli UMNO.

Sejak kata-kata tersebut, apakah ahli-ahli UMNO dan para pemimpin UMNO khususnya sudah berubah?

Apa agaknya indicator yang sesuai bagi menunjukkan skala perubahan sikap dan mentaliti orang-orang UMNO?

Perubahan adalah satu fitrah kemanusiaan. Perubahan minda, perubahan budaya, perubahan kepercayaan adat, perubahan apa jua sesuai dengan perubahan semulajadi persekitaran mengikut masa.

Adat kahwin dulu-dulu, dah berubah sekarang, seperti kata Pak Hj JB yang dikasihi.

Cuma Dato’ tak sebut ‘kahwin kerana politik’. Banyak juga sejarahnya!

Perubahan yang signifikan kepada masyarakat dan Negara adalah perubahan pemikiran politik rakyat jelata. Apa yang Najib maksudkan perlu berubah kita tak pasti, berubah kepada apa, dari apa, dan untuk apa.

BAGI RAKYAT, tiada yang lain, berubah untuk hidup lebih baik, kos saraan hidup lebih baik, kos pendidikan dan mutu pendidikan lebih baik, pendek kata, segala KEPERLUAN ASAS KEHIDUPAN perlu lebih baik.

Perubahan pemikiran politik rakyat jelata telah menjatuhkan Kerajaan Mesir, Tunisia, dan terakhir Libya. Contoh awal sebelum itu, adalah LDP Jepun, Golkar Indonesia.

Faktor kejatuhan banyak, SALAH SATUNYA adalah amalan rasuah berleluasa, berskala amat besar, dan dapat dilihat dengan jelas dan terang melalui gaya hidup mewah pemimpin, AKAN TETAPI mustahil dapat dilihat melalui jendela kebenaran, kerana tabir hijab yang tebal melalui pelbagai (manipulasi terhadap) akta, bahkan Parlimen.

Penguasa yang ‘dilondehkan’ oleh intitusi tinggi Kerajaan, memberi komen tersenyum lebar didada TV dan akhbar, menafikan segala tuduhan sebaliknya melontar batu kea rah lawan.

SAYA FIKIR, perubahan pemikiran politik rakyat Malaysia hari ini bukan nya pemikiran politik yang hebat-hebat, SEKADAR menyedari AMALAN RASUAH sudah gagal dibendung bahkan lebih parah.

Rakyat mahukan pemimpin yang bersih, berjiwa rakyat, faham masalah bebanan hidup rakyat, dan bersama rakyat. Jangan banjir, pemimpin masuk TV TAPI kasutpun tak basah!

MAKA saya fikir, indicator objektif yang sesuai untuk perubahan adalah RASUAH. Dan dapat dilihat dari LAPURAN AUDIT NEGARA, saban tahun. 2009,2010,2011 dah tiga tahun, boleh kita nilai kebocoran hasil Negara/negeri. Bolehlah kita banding secara objektif, negeri pimpinan BN dan PR.

Saya fikir, baik penyokong BN mahupun PR, semua sedia maklum, kecuali mereka yang berada dalam alam penafian, untuk meyambung talian hayat masing-masing!

RASUAH telah menjatuhkan LDP, dan sehingga hari ini, LDP tak mampu bangkit. Macammana nak bangkit, kaki kena potong kena kencing manis kerana banyak makan dari hasil rasuah!!!

Saya fikir, UMNO akan mengikuti jejak LDP Jepun. Sekali jatuh, sampai bila-bila tak mampu bangkit! Tinggal SEJARAH……………………..masuk muzium!

Mohon maaf Dato, lari dari tajuk!

Rao Lanun-Bahaso said...

Seterusnya(Continuation):

Bring Down Najib!
(part ii)

Abby Duncan: Wow..now Fara Farhana starts a dating agency...or is it escort agency and I agree with Megat Saiful JoHar...it is difficult and almost impossible to explain Politics to idiots who think it is like prostituting...I admire your patients MSJ...What most of these people think Politic is about.....money!

Isfahan An-Nur Haslan: To me, I see a relation to this story. Why have you given rise to people that are vicious, malicious and lack of conscience and have sealed Malaysian culture in such manner? You have molded their attitude. Why the need to implement a vision through deception? Life is already a challenge why increase the obstacle? A 1000 steps forward 400 steps back is still progress but is it substantial? Why let down the good people down even if they are the minority with injustice? Aren't they what your fight should be all about? Why keep on hiding the truth how the world is from the eyes of the Malays? Have you no faith in them to decide the right things for themselves. But then maybe I can empathize with you. It's difficult to see past disappointment when loyalty, sincerity and selflessness is scarce, might as well please yourself right?

Sunny Theng: Well said Isfahan An-Nur Haslan, Mahathir just like to show people he was so much better than other countries leaders but he had forgot that still many old Malaysians had witness what he had done.


(kita sambung cerita Bring Down najib nantinya; kita berhenti dahululah di sini, Dato Kadir dan Rakan-Kenalan: solat asar itu fardu bagi yang cukup syarat)

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir,
Salam Sejahtera.

Cerita Bring Down Najib ini bersiri. Sekiranya ada yang terkejar masa silalah mereka ke Facebook Dr Mahathir.

Kita berterima kasih kerana orang rumah sudi beri ruang kepada kita membawa cerita.

Apapun bagi merancakkan lagi jalan cerita boleh tak kita minta Sdr Langitbiru mahupun para tamu yang lain sekiranya mereka tahu, memaklumkan kita di mana boleh kita lihat gambar-gambar - video lagi baik - Najib semasa di Saudi Arabia semasa beliau ke sana atas jemputan Raja Saud untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini - Musim Haji 2011.

Sekali lagi Terima Kasih dan Salam Takzim

Hj Hamid said...

Dato Kadir.

Masa perkahwinan zaman dulu,saya maseh ingat,pada malam pertama pengantin si lelaki kena tidor di rumah pengantin perempuan.Sewaktu saya hendak tidor saya nampak ada tepak sireh di hujong katil.Saya bertanya isteri saya kenapa di letak telepak sireh di hujong kepala.Dia kata jika didapati yang dia buka lagi "Dara'maka telapak sireh itu di pulangkan samula kapada ayahnya.

Sekarang ini sudah tidak ada telapak sireh itu di letak di hujong kepala kerana kebanyakan perempuan yang berkahwin sudah hilang daranya,sama ada dengan boy friend dia atau dengan orang lain.

Kawan saya berkata orang2 sekarang tidak kesah sanga dara atau tidak.Sebab itu kebanyakan kawin tak kekal.

Salam.

Hj Hamid said...

Dato Kadir.

Masa perkahwinan zaman dulu,saya maseh ingat,pada malam pertama pengantin si lelaki kena tidor di rumah pengantin perempuan.Sewaktu saya hendak tidor saya nampak ada tepak sireh di hujong katil.Saya bertanya isteri saya kenapa di letak telepak sireh di hujong kepala.Dia kata jika didapati yang dia buka lagi "Dara'maka telapak sireh itu di pulangkan samula kapada ayahnya.

Sekarang ini sudah tidak ada telapak sireh itu di letak di hujong kepala kerana kebanyakan perempuan yang berkahwin sudah hilang daranya,sama ada dengan boy friend dia atau dengan orang lain.

Kawan saya berkata orang2 sekarang tidak kesah sanga dara atau tidak.Sebab itu kebanyakan kawin tak kekal.

Salam.

Hj Hamid said...

Dato Kadir.

Masa perkahwinan zaman dulu,saya maseh ingat,pada malam pertama pengantin si lelaki kena tidor di rumah pengantin perempuan.Sewaktu saya hendak tidor saya nampak ada tepak sireh di hujong katil.Saya bertanya isteri saya kenapa di letak telepak sireh di hujong kepala.Dia kata jika didapati yang dia buka lagi "Dara'maka telapak sireh itu di pulangkan samula kapada ayahnya.

Sekarang ini sudah tidak ada telapak sireh itu di letak di hujong kepala kerana kebanyakan perempuan yang berkahwin sudah hilang daranya,sama ada dengan boy friend dia atau dengan orang lain.

Kawan saya berkata orang2 sekarang tidak kesah sanga dara atau tidak.Sebab itu kebanyakan kawin tak kekal.

Salam.

Orang Kampung said...

Dato:

Dulu-dulu punya cerita kalau ada kenduri kahwin dalam kampung Melayu jadi kelam kabut kalau dalam kampung itu ada dua parti politik iaitu PAS dan UMNO.

Dato pun sedia maklum.kalau puak UMNO sembelih tobat puak PAS tak makan.Tak kira lah lembu ke,kerbau ke atau ayam ke.Sebab dia soal kafir mengkafir la.

Kemudian kalau tok iman itu puak UMNO pula.Puak PAS nikah lagi sekali pula.

Pulau memulau berlaku.Kenduri puak UMNO tak pergi .kenduri puak PAS pula UMNO tak pergi.Selalunya yang banyak mengalah ini puak UMNO lah.

Kadang-kadang nak cari menantu pun kena tengok parti juga.takut silap anutan parti yg berlainan.

Selain drp apa yg Dato cerita saya rasa ini juga nastolgia kenduri dulu-dulu dikaitkan dengan politik.

Cerita lain semua orang tahu tentang semangat dulu-dulu.Yang baik pun ada.Yang terok pun ada.

Tak semua zaman dulu sesuai sepanjang masa.

maae said...

Salam Datuk,

1.Nostalgia Datuk masih segar dalam ingatan. Hampir sama. Cuma pada malam kenduri,ada malam terinai, pencak silat, pengantin bersanding dengan baju-baju dan fesyen rambut bertukar ganti ala 1Malaysia(puluh tahun dah..1Malaysia orang negeri saya amalkan) meriah sekali dengan sanak saudara, usik mengusik bergurau senda sambil masak memasak, buat pulut kuning lumuran santan kelapa-cicah sambal ikan bilis pula, air kopi, sambil rebus berpuluh biji telor ayam dan macam-macam kerja lagi. Rokok tembak/gold leaf,555, rokok gulung nipah dan sirih sudah pasti nenek dan atuk cari. Curi-curi juge sebatang dua...yang gulung hisap di depan atuk je... rokok tembak hisap nyorok balik kepok padi...Majlis sampai ke pagi, tak tidur sebab pukul lima teruja nak tolong kumpulan sembelih kerbau pula ...ligat sampai petang....

2. Tempat saya dengan kumpulan rebana dan gong nya. Mendayu-dayu tengah malam. Bukan lagu lalok tapi lirik agama dalam loghat sendiri. Sebahagian tempat habis kenduri kahwin, giliran orang pangkal di jamu tuan rumah untuk besuka ria, jemputan kugiran dengan langganan perempuan joget, ada juga suka joget lambak. Satu kumpulan kugiran yang semua tempo boleh mainkan... rock, twist, 60an, keroncong, joget, blues hentam semacam je....

3.Selama majlis, selama itu lah satu kampung bekerjasama, tolong menolong, masak memasak, tanam menanam (bantu bahan makan seperti beras, gula, telur atau apa saja keperluan sehingga lah di balas balik di majlis kenduri kahwin jiran yang menanam - beri duit belum jadi amalan). Begitu erat silatulrahim di antara satu sama yang lain. Seorang dalam kesusahan, maka seratus orang datang membantu! Seratus orang sanggup bersenseng lengan! Pencatur utama ialah Ketua Kampung di bantu oleh ank-anak buah, buapak,orang semenda dan orang berada. Orang muda dan tua sama-sama akan menyediakan segala asas untuk bangsal makan, memasak, air termasuk pentas joget (semua dari batang-batang buluh dan kayu dari hutan)

4.Kini tiada lagi. Kerjasama hanya dengan wang ringgit. Katering dan pakej konsultan kahwin. Serba serbi duit....Makan kenduri lepas tu cabut, tanpa jiwa bersama meraikan majlis...

5.Apa yang hilang sudah di lupakan. Tidak ingin di ingat kembali. Kuno, kata nya ! Sekarang semua mesti berubah. Termasuk peraturan. Keadaan majlis bebas sakan dan tidak pula berlaku maksiat dan kemungkaran melampau ! Semua terlibat, kuat pada adat dan adab agama nya. Ada tegur menegur nya. Patuh Ikutan nya. Bersuka ria hanya waktu itu sahaja dan bukan selalu, sekali dalam jarak masa. Tidak pula bawa bencana pada semua !

6. Sekarang semua di halalkan ! di benarkan ! Orang kata itu ini, cerca hina, beri malapetaka, tiada siapa lagi yang sudi datang membela kecuali senyap atau membebel sahaja Bantu dan tolong macam lepas batuk di tangga. Yang susah kerap di hina, yang kaya raya di bantu.di bela berlaba-laba sehingga hilang maruah di jaja, tidak juga mengapa, masih teruja ikut cara penjajah !

7.Lelaki perempuan atau sama-sama sejenis suka, dua jantina atau satu saja tak boleh guna sudah tidak tahu beza, di bolehkan belaka. Anak dalam tong sampah, aah dosa kau saja...Pandai agama nya, bertambah gemok badan dan harta nya. Kalau masih kecil-kecil boleh lah kata main kahwin-kahwin je..kini dah dewasa, berumur, salah siapa ? Ibu bapa juga ! atau... undang-undang takut dengan hak asasi manusia?

8.Tidak susah membuka mata. Tidak susah mencari sengsara. Yang susah nya, bila lagi ingin bersama ? Kita kahwin lah secara benar, bukan main kahwin-kahwin, jangan nakal saja kata suka-suka.... kelak badan binasa. Ini Agama dan Budaya kita. Ini Malaysia, Negara kita. Kita yang mencorakkan nya ! Bukan pada orang cilaka yang suka bawa malapetaka dan bencana !

husin syedmohamad said...

Datuk.
1/ Ghazal parti ada, ganja pun ada, ada air akar pinang campur dalam teh.
2/ Ada juga joget lambak, tengok tempat dan status.
3/ Pengantin di usung , ada perlu ikut batas bendang. Musim menuai kurang masalah sebab musim kemarau.
4/ Makanan -- daging bakar air asam, kerabu macam-macam , gulai nangka. Di utara masih ada lauk-pauk macam ini dihidangkan.
5/ Kalau la ni Ghazal Parti dengan ponen-- riuh rendah .

A KADIR JASIN said...

KHAS buat pembahas Rao Lanun-Bahaso, tetapi berguna juga kepada yang lain.

Mulai sekarang, saya tidak akan siarkan lagi petikan langsung daripada atau rujukan kepada blog lain atau facebook.

Sila kemukakan pandangan ORIGINAL saudara sendiri.

Eloklah kita jadikan laman ini sebagai laman pemikiran dan penghujahan ORIGINAL. Kurangkan cut&paste dan ciplak.

Kalau hendak potong&tampal, sila sertakan komen ORIGINAL saudara.

Terima kasih.

Rao Lanun-Bahaso said...

Mahaguru-ku
Salam Hormat.

I read you and hear you loud and clear as a bell, Mahaguru-ku.

Dalam hal Bring Down Najib! dan Down With Najib! itu yang pentingnya tidak perlulah khuatir lagi dan Dato Kadir boleh tidur dengan nyenyak dan yakin bahawa bab itu dah selesai. Dato pun tahu ianya hanya usaha saya buat promosi murahan. But it needed to be done. Dato bukan berblog dalam Gua Hira semua pun orang tahu; dan tanggungjawab saya kepada partai pun UMNO selesai.

Yang saya nak minta maaf seribu maaf kerana kita telah menyusahkan Dato dek murahnya hati Dato sudi menelitinya dan ini mengambil masa berharga Dato.

Kita pun tahu mengurus syarikat Dato bukan perkara enteng. Dato bolehnya membakul sampahkan saja kiriman-kiriman itu semua tanpa menelitinya; tetapi itulah hakikatnya yang amat terserlah - kurnia Ilahi kepada kita dan Negara - Dato Abdul Kadir Jasin seorang yang murah hati, jujur, sabar, cerdik dan berhemah.

Saya bersyukur yang amat kehadrat Ilahi.

Dalam hal Facebook Che Det (dan juga si-Najib) itu sebenarnya ianya ibarat Rumah Mayat; ataupun kedai kopi murahan tepi jalan. Itu yang hendak saya sampaikan antara yang lainnya kalau diteliti dengan lebih dalam. Mungkin Samurai Melayu, F-Up, lawgiver dan lain-lain pun setuju, mungkin tidak. Terpulanglah. Semuanya dah besar panjang. Cuma Samurai Melayu bahasanya bak sigadis ayu. Malang sekali; tetapi perhatikanlah Ali Rustam pun tumpang sekaki.

Kembali ke hal Bring Down Najib! dan Down With Najib! saya tak kuasa nak e-mailkan ke alamat PMO.

Pembesar-pembesar UMNO akan bersidang 29hb November. Biarkanlah. Saya dah tak peduli, tidak lain gebang bab PRU13. Yang sepatutnya dibawa bicara ialah kebolehan Najib membawa, memimpin Negara menghadapi 'Lost Decade' pesanan Le Garde IMF.

Di sini saya ambil kesempatan mengulangi kata saya bahawa Najib tidak mampu membawa Negara mengharunginya tanpa Negara berkecai seribu. Biar ber-Idris Jala kah, Nor MY kah, Mus Miti kah maupun 10 Daim sebagai penasihat ditambah segala pawang diraja, bomoh dan dukun.

Umpama yang kita bawa adalah saperi kebolehan pemandu F1 yang kita perlu bagi sampai Wawasan. Yang kita ada pada Najib? - taraf Bruno Senna membawa Petronas1 katakan bilamana bakat yang perlu sekurang-kurangnya Hamilton atau Webber. Bukan sekali-kali Rosberg mahupun bangkai hidup Schummi.

Vision2020 itu hanya cerita temberang Orang Tua yang dah nak padam. Yang didahulukan anak-beranaknya. Maka haruslah kita ambil iktibar, bukankah begitu, Mahaguru-ku. Sekali lagi Maaf, Dato Kadir.

Ada yang marah? Biarkanlah. Tikaman maut saya - kalau SPRM itu kelas setaraf ACA Hong Kong lainlah ceritanya, wahai Mahaguru-ku. Memang nasib Negara ini akhirnya khadam pencuci buntut Barat.

Bangsa yang boleh dibeli adalah bangsa yang tiada bermaruah. Itulah bangsa 1Malaysia. Termasuklah Che Det kita sekeluarga.

Betul kata Dato dalam posting Kedai Kopi perkara terakhir. Saya pun mahu angkat bungkus setelah tanggungjawab yang ada sekarang ditunaiselesai dengan baik.

Selain dari itu happy-happy sahajalah buang masa tunggu kapalterbang berangkat berazimatkan rezeki yang datang biarlah halal toyibban.

Yang lainnya: Please, Don't insult My Intelligence. Betul tak, Dato'
Wisdom from hindsight is bloody worthless. tak ke hawau percaya kurafat 11.11.11, banggang punya bangsa! kata saya. Maaf kasar bahasa.

Maaf seribu maaf. Dilain kali tobat tak buat dah.

Sekian dan Terima Kasih.

sambakar said...

Jemputan sekarang pakai kad jemputan dari email dari Facebook....dan sms !!!

A KADIR JASIN said...

Sdra Rao Lanun-Bahaso,

Terima kasih atas keprihatinan Saudara.

Saya tak kata tak boleh bahas mengenai PM atau mana-mana public figure. Wajib bahasa, tapi eloklah original.

Malah adalah hak fundamental kita, menaik dan menurunkan mereka.

Terima kasih.

Anonymous said...

Saya terlarut dlm buaian kisah nostalgia dato ini.tp betul ke dorg mengendap malam pertama pengantin melalui dinding papan dan anyaman mengkuang rumah pengantin?nampak ke. Hehehe.


org mude

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Rao Lanun-Bahaso berkata,
...
Cuma Samurai Melayu bahasanya bak sigadis ayu. Malang sekali; tetapi perhatikanlah Ali Rustam pun tumpang sekaki.

Salam kasih sayang Sdrku.,

Kami anggap sdr. kaya dengan ilmu pengetahuan. Malang sekali tanggapan kami meleset.

Tiada apa yang mampu kami bahaskan dengan orang/munusia yang riak dan angkuh seperti sdr. tapi hanya mampu memohon doa agar suatu masa nanti(dengan izin Allah SWT) sdr. akan jumpa Sinaran Zat sifat yang terkandung dalam 'BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM'.

Jika ditemukan dengan kasih sayang Yang Maha Pengasih dan Penyayang, bukan saja Lanun-bahaso bak gadis ayu tetapi bak bidadari dari kayangan. Mungkin ketika itu persepsi hidup sdr. akan berubah daripada seorang MANUSIA yang riak berpengetahuan kepada seorang INSAN yang rendah diri berilmu.. Insyaallah.

'PENGETAHUAN HIDANGAN NAFSU HIDUP DIDUNIA FANA, ILMU HIDANGAN IMAN HIDUP DIALAM KEKAL'

Wallahualam.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Kita hentikanlah berbahaso lanun dan mulakanlah berbahasa 'Bismillahirrahmanirrahim'...mohon ampun dan maaf dari hamba yang lemah (disisi NYA) ini.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Copy & paste A Kadir Jasin said..

KHAS buat pembahas Rao Lanun-Bahaso,...

Samurai Melayu yang bahasanya bak sigadis ayu..lembut bahasa bukan bererti beliau lemah semangat.

Dulunya kami seorang yang bengis sehinggakan dua beradik Berjaya tidak berani bertikam lidah dengan kami

Dulu kami cepat marah dan melenting.
Pernah sekumpulan pemimpin dan ahli UMNO Pahang yang sedang marah mengutuk Presiden/PM nya kerna melantik Daim dan bukan nya Sabaruddin Chik dinaikkan Menteri penuh.
Dengan memohon kudrat dari Allah swt( niat dihati), kami cabar dan tentang kutukan mereka dengan suara lantang akan sikap mereka yang 'tikam' pemimpin dari belakang.
Tidak seorang antara mereka yang sedang marah tadi berani menegur kami, hanya mengundur diri dari ruang rehat Rumah Rehat Bentong.
(digerakkan oleh kuasa 'ghaib')

Ketika itu kami yang sedang bertukar fikiran dengan penghulu2 Bentong dan Kuala Tembeling bagaimana hendak memajukan JKKK masing2.

Banyak lagi 'keganjilan' terdapat pada sisamuraimelayu yang kini berbahasa bak sigadis ayu..kerana KAMI adalah 'Kita Anak Melayu Insaf'.

Cukuplah sampai disini sayang... Mohon ampun dan maaf.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Pernah suatu ketika dulu langit mendung diKelab Golf Seri Selangor dan sababat kami KSN gusar akan hujan yang akan menyusuri mendung dilangit..sampuk Pro Latiff Mahmood Ambak(Datuk).. Don't worry Tan Sri, ' Penghulu Hujan ada, merujuk kpd kami.. hehe

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Saye tak begitu faham adat orang sebelah utara, sebab saye dilahirkan di Selangor dan membesar di
selanor juge.Seronok membaca pengalaman kawan kawan,tapi ade perkataan perkataan yang tidak saye begitu faham,harap kawan kawan dan pak Kadir boleh jelaskan.

Umpamanya Pondan, darai, ponen dan juge gedohok.

Hj Hamid Peneng. said...

Dato.

saya tertarek dengan komen husin syedmohamad.Saya ini dia ni orang Penang.Masa majelis kawin jikalau ada Ghazal Party Kepala batas,cukop megah.Ditambah pula dengan penyayi dan penari gelek pondan.upak ganja dan minum ayer akar pinang dengana ayer teh.boleh pecak kepala.

Itu lah senerio Majelis Perkahwinan orang Melayu di kampong.Cukop seronok.

Zulkifli said...

Aku seronok baca cerita cerita nostalgia dari Dato AKJ dan lain lain pembaca tapi tiba tiba jadi meluat untuk terus baca bila ada yang tak habis habis nak cerita politik dalam laman nostalgia kawin ni. Dah banyak laman politik dalam laman kawinpun nak masuk cerita politik. Fedup dgn org macam ni!

unik said...

artikel yang sangat menarik

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Panggilan Semboyan
(wajib bahasa ungkapan yang benar)

Apa pun dahulu didulukan
kita pun semacam Sdra Azman
tak paham kita apa itu
XY, XXY, XXXY, XXYY
coda genetika agaknya

Gedohok itu pun tak paham
selalunya tukang masak majlis kawin
mesti handal berisi senduknya
jangan nasi tak masak masak
walau ditanak sehari semalam
dan jangan berbau hapak
hangus berulat

Dalam bab ekonomi si-lanun-bahasa
duduk bak si-musa di bawah pohon
terpinggir mohon kebaikan dari tuhannya
apakah sedikit sebanyak kebaikan
tolonglah diturunkan kepadanya
si-musa pesalah besar lari negeri
hanya gambaran ngeri kita

Yang di kepala apa
senario harus terjadi pada negara
bila angin gawat tiba di rantau
nusantara ini gambarmainan ekonomi
maunya bila pertumbuhan
di negeri atas angin perlahan
hampir nul katakan dan negara
naga-naga timur pun harimau
rehat-rehat sahaja

Persoalannya
ETP itu bagaimana
Iskandar bagaimana
SCORE bagaimana
ECER bagaimana
NCER bagaimana

Waduuuuh! pening kepala dibuatnya
panggilan semboyan calling, callingnya
kepada pandai dan pakar ekonomi
nujum handalan semuanya wah
apa itu ekonomi dunia arab

Maaf ya mahaguru-ku
bahasa lanun-bahasa kekadang
bak kekata mula surah at-taubah
bahasa perang tanpa basmallah

Maaf ya
tetapi lelanun pun mesti arif
tahu bila mahu belayar pergi
bila pula pulang dari merompak
merampok bukankah begitu

Dan selalunya
bila lanun mahu berbuat onarnya
ketawa gelaknya gelak besar
umpama si afrit sembelit perut
angin panas keluar atas dan bawah
jijiknya cemuh si gadis ayu
namun itu baru original lanun
namanya gelagatnya wataknya

Terima Kasih Harus Bahasa

Rao Lanun-Bahaso said...

Mahaguru-ku
Salam Hormat


Dengan Izin.

Dato Kadir, manira buta ekonomi dan ada pepatah melayu mengatakan berbunyi segan bertanya sesat jalan. Ini semuanya kerana mahu menguatkan lagi hujah-hujah kenapa Bring Najib Down! dan Down With Najib! harus di teruskan ataupun diberhentikan sahaja.

1. Manira ingin faham apakah natijahnya nanti sekiranya 'downgrading the US' berlaku?
("First of all we need to look at this year's economic growth and then predict next year's trends. If in the year 2012 the overall projections are not very good, meaning that the sources of payment, and liabilities, are bad and cannot be changed, or change for the worse, then we will lower the rating once again." -Talk to Aljazeera)

2. Kenapa PRC menyatakan bahawa kenaikan nilai Yuan tidak akan dapat membabtu Amerika Syarikat?

3. Apakah natijah dari OWS(Occupy Wall Street) sekiranya berjaya membesar. Ini berdasarkan How I Stopped Worrying and Learned to Love the OWS Protests nukilan Matt Taibbi(http://www.rollingstone.com)

4. Dengan kadar pinjaman yang semakin rendah di EuroZone maka senanglah kita pinjam dari mereka maupun dari PRC, bukankah begitu?

5. Dan apa dia sebenarnya 'kontraktor diraja?'

Maaf, Mahaguruku sekiranya soalan-soalan ini diajukan kepada yang bukan pakar dalam bab perekonomian tetapi manira faham di blog Dato ada yang pakar.

Sekian dan Terim Kasih

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Mohon maaf dan laluan sekali lagi lari dari topik! (Kalau tak bagi laluan pun tak apa Dato', jangan susah hati.)

Kata lapuran M.Insider hari ini, Majlis Tertinggi BN mesyuarat lagi sekali, susulan mesyuarat Jumaat lepas. Dijangkakan, bincang pengagihan kerusi dan senarai calun-calun berpotensi menang.

Sementara itu, tarikh PRU 13 masih lagi jadi tandatanya. Saya YAKIN, Najib terlebih dahulu akan mengotakan janji Bajet 2012 nya, bagi duit kpd pelajar sekolah dan rakyat! Kalau dah janji, duit tak bagi, alamat lingkuplah.....Pun begitu, kalau peruntukkan sudah disalurkan, akan sampaikah kepada tangan penerima?

LEPAS bagi duit, barulah akan dipanggil PRU.

Salam sejahtera ke atas kamu, sahabat kita, Rao Lanun bahaso. Saya tak ada gambar-gambar Najib di Mekah. Buat haji, sama juga dengan puasa, zakat, sembahyang. Satu ibadat khusus. Kita serahkan kepada Allah swt, DIA yang menentukan segalanya.

CUMA saya tertarik penjelasan Khir, katanya, LENGGOK BAHASA Najib tu tak betul, maksudnya lain. Yang dimaksudkan haji dah selesai ialah dah selesai WUKUF DI ARAFAH. Kerana haji itu wukuf!

Tak apa lah Khir, lenggok bahasa tak betui ke, apa ke, tup-tup Zahid Hamidi mengaku pi Saudi naik Jet Peribadi...........hebat benar menteri Malaysia. Saya dok ingat, cuma PM,Agong saja naik jet peribadi, tapi menteri pun layak naik jet peribadi. Kita Malaysia ada 39 Menteri, jenuh lah rakyat dok tanggung perbelanjaan bapak-bapak menteri.

Kalah PRU pun boleh jadi Menteri! Jadi, apa matlamat Najib nak calun-calun yang boleh menang PRU, kalau kalah pun boleh jadi menteri???

Apapun, pemilihan calun-calun PRU BNUMNO akan memecah belahkan lagi BNUMNO. Sebab, yang kalah PRU lepas, tapi dilantik jadi menteri penuh, SAH akan bertanding lagi! Ketua-Ketua Bahagian yang kalah dulu, pun mahu bertanding lagi. UMNO akan jadi punah ranah!

TERKINI, (khabar taufan melapurkan) AMANAH bakal meletakkan calun-calun Melayu berpengaruh besar peringkat Negeri dan Nasional, bertanding di kawasan MCA,Gerakan,MIC,PPP, yang merupakan majoriti pengundi Melayu.

APA strategi Ku Li?

PERKASA nak tumpang tang mana? ATAU jadi tukang sorak??

YANG AMAT PASTI, "Kerkatak" pastinya akan dilupakan....hilang tah kemana.....biasanya sudah habis!

....hmmm, Palanivel nak bertanding di Hulu Selangor lagi ke??

Cik Siti said...

Salam sejahtera ke atas Dato',

Saya dilahirkan pada tahun 1979. Sekarang umur saya dah 32 tahun. Tapi saya masih ingat zaman-zaman saya duduk di kampung dulu memang seronok dan best gila! Kenduri-kendara jangan ceritalah. Kampung saya di belah barat Pahang, dan kalau kenduri nikah kahwin ni lauk utamanya ikan kolam-patin atau talapia masak asam tempoyak, masak lemak rebung, ikan goreng dan sambal belacan. Ayam goreng pun ada, tapi biasanya untuk budak-budak. Tapi kalau ikan kolam tak berapa nak ada, barulah kita gantikan dengan daging atau ayam. Jadilah masak lemak rebung dengan ayam dan atau masak lemak/kari daging dengan kentang.

Jadi bila nak kenduri tu biasanya siapa yang ada kolam ikan, kita akan "bukak kolam"-panggil orang kampung untuk tangkap ikan kolam yang nak dibuat kenduri tu. Seronoknya tak terkata, tambah lagi usik-usik orang kampung bila budak-budak macam kami kena gigit dengan pacat. Lepas tu dua-tiga hari sebelum kenduri, kena buat bangsal dulu. Dah siap bangsal habis semua pinggan mangkuk dan periuk kawah berkeluar dari almari dan bawah rumah.

Makan kenduri biasanya start pukul 12 tgh hari. So malam sebelumnya dah siap-siap kena masak daging supaya semua rempah mesra, masuk ke dalam daging. Esoknya pagi-pagi dah kena kerah buat air dan makanan untuk orang menolong masak/kupas bawang/siap hidang.

Tapi di kampung saya takde hired ghazal atau buat joget lambak..masa zaman 80-90an dah pun..tapi last saya pergi kenduri di Port Dickson tahun 2000 tak silap, masih ada joget lambak di majlis kenduri tu..siap karaoke lagi.

Anonymous said...

Rao Lanun Bahaso,

Saya bukan pakar, malah tak sekolah tinggi pun. Jadi pandangan saya bersifat mudah.

1.Rezab Malaysia didominasi US Dollar. Penurunan taraf ekonomi US akan mengheret sama nilai rezab negara kita.

2.Walaupun perdagangan US-China adalah besar, relatifnya China tidak bergantung kepada US. China adalah negara yang self sufficient dalam hal pasaran dan penghasilan makanan. Kenaikan Yuan tidak ada relatif langsung dengan kedudukan USD. Lagipun, didalam negara, China pakai matawang lain dan bukan Yuan.

3.Penyokong OWS sudah dihalau mahkamah. Kena tunggu perkembangannya, lihat samada sokongan sebenar OWS adalah berkenaan bantahan terhadap SOP Wall Street ataupun sebenarnya adalah gerakan anti-kapitalis. Namun mahu saya katakan pelabur Malaysia suka berkiblatkan merit ekonomi US berbanding merit ekonomi Malaysia semasa menjual beli di Bursa Malaysia.

4.Ini statement retorik jadi saya pun tak nak komen.

5.Pertama kali saya jumpa istilah 'kontraktor diraja'. Mungkin Saji boleh jawab?

Fed Up

saji said...

Sdr Fed Up


Saya pun pertama kali jumpa istilah 'kontraktor diraja'. Rao kena bagi tahu kat mana dia jumpa.Tapi,kalau paksa saya jawab, 'kontraktor diraja' ialah kontraktor yang buat kerja2 kontrak untuk istana/raja.

Rao Lanun-Bahaso said...

(Pembetulan)

Dato Kadir
Salam Hormat

Terima kasih dan alhamdulillah; dan ini wahai Mahaguru ku mungkin lanjutan cerita kita The Art of War: To Bring Down A Decadant Government.
(berasaskan The contradiction of the Arab Spring
http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2011/11/20111111101711539134.html)


Dengan Izin.

Sdra Fed-Up dan Sdra Saji,
Salam Sejahtera.

(Saya pun tak mahu beretorik dan maaf sejuta maaf terjadinya 'quantum leap' membawa cerita, Dato Kadir, Sdra Fed-Up dan Saji)

Sebuah cerita pendek yang diiringi lagu dan puisi Industrial Disease oleh Dire Straits(Love Over Gold)(http://www.youtube.com/watch?v=7rWuc5kar3Y).


Cerita Si Rao Lanun-Bahaso: Nothing Changes But Change Itself
(but i am a muslim and answerable for my acts)

'Try to close all the doors of Riba' - Rao Lanun-Bahaso

What will change? Nothing changes. Melainkan sekarang bilangan manusia sudah mencecah 7 billion. Semakin hari semakin murah agaknya nyawa manusia; cuaca tidak menentu, menganas; gempa bumi kerap berlaku; Naga PRC tidak akan tidur lagi, Beruang Rusia menunggu. Si-muslim di mana?

Complex dan canggih hidup abad ke-21 ini. Manakah dia si ar-Rahmaan?

USD adalah 'sihir besar' meminjam kata-kata Ian Dallas @Dr AbdulQadir As-Sufi. Jadi susahlah sihir lain mahu menandinginya. Namun China mahu mencoba dengan bermulanya berdagang emas di Hong Kong dan si-Ian mahu berdagang dari Afrika Selatan.

Walauapa pun, kata kunci yang mustahak: Wall Street dan The Lost Decade.

Wall Street diserang. Bagaimana mahu mempertahankannya? Satu cara melenyapkan OWS. Tetapi ini agak mustahil dalam zaman sekarang, dirumitkan lagi dengan Mexico Drug War. Apa yang akan berlaku? Mass unemployment dan mungkin rusuhan besar-besaran di USA sekiranya tidak ada perang untuk mengalih perhatian.

Perang? Di mana? Afrika? Middle-East? Asean?

Maka kita si-muslim bertopengkan melayu, duduk diam? Bala jelas mendatang tetapi masih mahu diam diri? Masya-allah; gajah berantakan, kita pelanduk di tengah. Kalau nak beretorik pun izinkan menjajah peringatan bahawa nasib kita, kita yang tentukan.

Bagaimana mahu sekali pukul jatuh semua? Mega Islam Bank that is too big to fail?

Maka persoalan yang harus dijawab adalah bagaimana mahu didirikan Mega Islam bank yang too big to fail dan berbarakah? Kenapa perlu berbarakah? Dan apa kena-mengena si Rao Lanun-Bahaso menggila dengan Down With Najib! dan Bring down Najib! nya?

Akhir kata, ungkapan 'kontrator diraja' itu jenaka mereka di RTM. Maaf.
Kita budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukan; dan si-Rao Lanun-Bahaso berangan-angan mat jeninnya mahu mengisytihar perang kepada pemakan riba yang mahu mengamuk kerana sudah tiada kerja lain asyik-asyik mahu berperang kerana cinta kepada Tuhan dan nabinya. Gila! Lebih-lebih lagi mengatakan si-Najib batu penghalang dan nyawa si-muslim tidak semurah itu.

Kata kunci paling penting: Mega Islam Bank Too Big To Fail dan Halal-Toyibban


Tamat cerita.

Sekian, Terima Kasih

(Sdra Fed-Up sungguh rendah diri, Saji pun sama)

abe said...

Aku lahir thn 72, ingat lagi akhir 70an dan awal 80an masih ada org buat joget lambak di kenduri kawin...

ayah saya pernah bercerita masa zamannya bila kenduri kawin tetamu tak dijemput pun dtg nak makan nasi minyak...tapi zaman sekarang jemput 500 org yg dtg selalunya kurang dari tu...

Rao Lanun-Bahaso said...

Sdra-Sdri Pelawat kadirjasin.blogspot.com
Salam Hormat

WAWASAN 2020

Dewasa ini saya sedang berusaha untuk membawa turun Sdr Dato Seri Mohd Najib anak Tun Abdul Razak dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Sdra-Sdri semestinya bertanya kenapa saya mahu berbuat demikian?

Biarlah saya beri satu jawaban yang mudah.
Saya telah hilang kepercayaan kepada Sdr Najib untuk memimpin negara bagi mencapai, merealisasikan WAWASAN 2020.

Saya juga sudah hilang kepercayan kepada Sdr Najib untuk membawa negara bagi mencapai walaupun satu objektif daripada sembilan objektif Wawasan 2020 tiba pada hari terakhir tahun 2020 nanti mahupun pada tahun 2030 saperti yang pernah dikatakan olehnya semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi(Tun) dulu selagimana Sdr Najib berlagak Perdana Menteri.

Sdra-Sdri mungkin setuju dengan pendapat saya atau sebaliknya.

Sekiranya Sdra-Sdri setuju dengan pendapat saya, saya amat besar hatilah dan berterima kasih sekiranya Sdra-Sdri dapat mengemukakan hujah-hujah yang bernas menyokong pendapat kita ini.

Sekiranya Sdra-Sdri tidak setuju dengan pendapat saya, saya mengalu-alukan apa-apa hujah yang bernas bagi tidak menyokong pendapat saya ini.

Dalam hal ini, saya juga kenalah terima hakikat bahawa Sdra-Sdri mungkin tidaklah begitu bebas boleh mengeluarkan apa-apa hujah menyokong maupun menentang kerana desakan-desakan tertentu.

Sdra-Sdri mungkin ada kontrak bagi mempromosi nama baik Sdr Najib ataupun Sdra-Sdri tidak mahu terbabit dalam satu-satu usaha yang anda anggap tidak masuk akal apatah lagi akan tidak mendatangkan faedah langsung kepada Sdra-Sdri mahupun UMNO.

Biarlah saya berterus-terang di sini bahawa saya mahu Sdr Najib melepaskan jawatannya sebagai PM; itulah objektif utama saya.

Saya berharap Sdra-Sdri dapat membantu saya dalam usaha saya ini. PRU13 semakin hampir dan Perhimpunan Agung UMNO(PAU) hanyalah selepas PRU13 nanti.

Sekiranya Sdra-Sdri setuju Sdr Mohd Najib anak Tun Abdul Razak sudah tidak layak lagi berlaku Perdana Menteri maka sebarkanlah pendirian Sdra-Sdri ini dengan cara yang baik; setidak-tidaknya mengamalkan mantera

DOWN WITH NAJIB! BRING DOWN NAJIB!;

dan bayangkan realitinya Sdr Anwar Ibrahim Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ke-enam.

Akhirkata, sekiranya saya ada terkasar bahasa saya mohon maaf seribu maaf.

Sekian.

adi_fimiyun said...

Assalamualaikum Dato' AKJ,

Agak lama tidak singgah di blog Dato'. Saya sekarang di London, sambung belajaq.

Senyum sorang-sorang baca cerita macam gini.

Ada masa nanti,cerita pengalaman pilih isteri pulak…orang kedah kedah panggil 'marka' kan?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).