Sunday, November 20, 2011

Dr Mahathir: Umno Belum Giat Berusaha

A Kadir Jasin

[KALAU mengulasmenggunakan pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudaripada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

PERHIMPUNAN Agung Umno akan diadakan penghujung bulan ini dan Pilihan Raya Umum mungkin menyusul tidak lama selepas itu.

Tetapi, orang kedua paling berpengaruh dalam politik Malaysia – mengikut kaji selidik terbaru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata - sehingga kini UMNO masih belum lagi giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat, terutamanya orang Melayu.

Bukan alang kepalang punya kata. Bukan cakap di kedai kopi atau dalam blog sendiri, tetapi kepada akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia.

Dalam temu ramah panjang lebar dengan akhbar itu, Dr Mahathir, antara lain berkata:

1. Undi bukan Melayu, khasnya undi Cina, hanyalah undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh dengan cukup banyak kalau tidak Umno/Barisan Nasional tidak boleh menang;

2. Beliau tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya, hampir waktu pilihan raya banyak aktiviti diadakan bagi memberi kefahaman mengenai perjuangan Umno. Inilah gambaran yang beliau peroleh;

3. Dahulu Umno kuat. Tidak ada orang yang meninggalkan parti, tetapi sekarang Umno perlu memenangi semula hati mereka yang telah meninggalkan parti;

4. BN/Umno menang PRU lalu dengan kelebihan suara yang kecil. Jadi, kalau ada ahli yang keluar, walaupun 200 atau 300, itu sudah cukup besar. Kalau 100 orang lari, Umno kena cari balik 200 orang. Kalau tidak mendapat dua kali ganda lebih ramai daripada yang telah meninggalkan UMNO, agak susah bagi parti itu untuk dapat kemenangan;

5. Ramai orang Melayu beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana kecewa dengan Umno. Dulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini, mereka tidak nampak Umno memperjuangkan nasib orang Melayu. NGO tidak boleh buat apa-apa, tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan ahli mereka tidak mengundi UMNO/BN, maka kesan kehadiran mereka kepada politik negara adalah besar;

6. Pemimpin Unmo kena tahu mengapa ramai orang Melayu beralih kepada NGO. Ada NGO Melayu, contohnya Perkasa, yang hendak sokong UMNO, tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO, maka Perkasa terpaksa diambil alih;

7. UMNO harus ambil tahu dan tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Umno tidak boleh mempunyai banyak musuh dalam keadaan sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh Umno pun patut pertahankan dan ambil tahu apa masalahnya;

8. Umno boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan orang Melayu. Umno harus bagi penjelasan sebab-sebab ia membuat sesuatu tindakan. Umpamanya, tempat-tempat di universiti Kerajaan Umno ambil tahu tetapi Umno tidak ambil tahu tempat-tempat di universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang di universiti awam dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat;

9. Pintu Umno semakin sempit. Masa beliau menerajui Umno, tidak banyak masalah kerana UMNO kukuh dan perwakilan memilih memimpin yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini, orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk ke dalam UMNO, sebab itu ramai masuk Pas. Jadi, di kalangan pemimpin UMNO tidak ada banyak orang yang berkaliber, tambahan lagi mereka dikaitkan pula dengan rasuah seperti menggunakan duit masa bertanding Ahli Majlis Tertinggi; dan

10. Umno rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi tuduhan rasuah. Orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini Umno yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Mohd Najib. Umno memerlukan banyak masa untuk diperkuatkan semula, tetapi Mohd Najib sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Saya yakin ramai pembesar Umno tidak akan senang hati dengan analisis Dr Mahathir itu, apatah lagi kerana mereka sendiri telah beria-ia menguar-uarkan pemulihan Umno.

Tetapi kalau mereka menyanggah kenyataan beliau, apatah lagi memarahi beliau, mereka akan menderita tindak balas yang negatif.

Walaupun Dr Mahathir telah bersara lapan tahun dan pelbagai percubaan dibuat untuk meminggir dan menutup mulut beliau, termasuk oleh Umno sendiri, namun beliau masih disanjung dan diyakini oleh ramai orang Melayu dan rakyat Malaysia, termasuk generasi muda.

Jadi Umno kenalah telan ubat pahit yang doktor politik itu berikan, kalau tidak maladi Umno mungkin lebih teruk.

Untuk temu ramah penuh, cuba layari http://http://www.utusan.com.my/utusan/search.asp?stype=kw&Str=Dr+Mahathir.

80 comments:

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Layari: http://www.sustainablelivinginstitute.blogspot.com

Thursday, October 27, 2011

"UMNO NOT NEP BASTARDIZED THE MALAYS"

The role of government is to distribute wealth and take care of the welfare of each and every one of its citizen. The poor, needy, disabled, and old should receive special attention. It may entail taking money from one group of citizens and giving it to another, eg. taxation.

What this means is that the government is a form of tongkat to all. It is only in the matter of degrees as to how much of a tongkat individuals, families or groups of citizens deserve and given. It is in the giving that is wronged by many governments.

Tongkat is now becoming a bad word. NEP meant for affirmative action for the Malays and bumiputras has boomeranged. Over time it has bastardized the beneficiaries according to Najib. We are hiding behind NEP he further said.

Many of us have nothing to hide for we have nothing. It is only the politicians who want to hide or ignore the problems of the underdogs and sweep them under the carpet. This strategy of the good look factor to win votes. Blame the child but not the rod?

There is nothing with UMNO. It is the politicians who have abused UMNO. It is a springboard to many to ambitious self-serving interests using UMNO to get rich quick, power, cronyism, corruption. Many cling to their positions till die standing. To say that NEP is a bloody tongkat then UMNO is a bloodier tongkat!

Many deadwoods are parasites who do not pick a thing in their many years in UMNO. They play safe. I rub your back and you rub my back. These are the people who hide behind UMNO. Yet the leadership still favour them. This resulted in mediocrity and that breeds insecurity in the party.

By such an analogy, then UMNO is the tongkat that has dangerously and blatantly bastardized the Malays. If that is so, it should be disbanded! With that the question of abolishing NEP does not arise.

Due to the bastardizing effect of UMNO and its being the strong arm of the government, by the same token it has weakened and bastardized its master.

Which one is of greater bastardization factor for the Malays and bumiputras?

Najib's 40x1 years experience in UMNO is an embarrassment.
Clueless as to the right things to do! UMNO is a good hiding place.

UMNO diretakkan dari dalam oleh orang2nya sendiri. Kini menanti belah.

Bulat said...

Dato',
Pembesar UMNO dah mcm pekak atau memekakkan telinga mereka. Dah lama dah org melayu bising. Mereka tetap dgn elegant silent dia. Dah byk kali Kita kata mereka penakut talk depa bust bodoh aje. Kita ni penyokong UMNO bukannya org PAS. Kalu mcm ni sudah lah kita nak pangkah dia.

Anonymous said...

Harun Lazim

Ybhg Datuk Kadir

Saya setuju bahawa UMNO belum giat berusaha untuk menang dalam PRU 13. Sebaliknya pemimpin UMNO. Peringkat bawahan sedang giat berkempen untuk merebut jawatan dalam parti.

Saya hadir dalam satu majlis sambutan hari raya Aidil Adha yang dianjurkan oleh sebuah cawangan UMNO dalam bahagian Seremban. Majlis ini dibuat untuk memberi sumbangan kepada warga emas yang berusia lebh dari tujuh puluh tahun.

Turut berucap dalam majlis ini ialah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seremban. Ramai yang terpinga-pinga apabila Ketua Penerangan mengutuk habis-habisan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Khairi Jamaludin. Orang sibuk kempen pilihan raya . Dia lagi sibuk kempen rebut jawatan parti.

Sementara itu, tidak lebih 500 meter dari majlis ini ada pula lagi satu majlis yang kononnya dibuat oleh proxy Menteri Besar.

Inilah contoh yang menguatkan bahawa UMNO belum berusaha untuk memenangi PRU, tapi lebih berusaha untuk memenangi jawatan dalam parti.

Apo kono jang. Alamatnyo kono HOBIN la UMNO Negeri Sembilan.

Harun Misai.

Anonymous said...

DAKJ,
Saya keluar UMNO tahun 98', masa zaman Tok Det semasa peristiwa Anwar. Dah masuk PAS. Masa undi PRU12 saya undi DAP..He3..
Sampai a nie, bila saya semak keahlian masih lagi ahli UMNO, kenapa tak padam?. Alasan ketua cawangan saja nak bagi nampak ahli ramai kat bahagian. Tapi yang tak best, bila mesyuarat memanjang tak pernah jemput..He3..
-sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)

Anonymous said...

DAKJ,
Saya keluar UMNO tahun 98', masa zaman Tok Det semasa peristiwa Anwar. Dah masuk PAS. Masa undi PRU12 saya undi DAP..He3..
Sampai la nie, bila saya semak keahlian masih lagi ahli UMNO, kenapa tak padam?. Alasan ketua cawangan saja nak bagi nampak ahli ramai kat bahagian. Tapi yang tak best, bila mesyuarat memanjang tak pernah jemput..He3..
-sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)

Fooart said...

Salam Dato'

Masalah Tun hanya nampak kesalahan yg dibuat oleh Tun Abdullah Badawi dgn mengaitkan keluarga beliau. Tetapi Tun Mahathir tidak pula berani menyebut kelemahan Najib dengan kerenah isteri beliau yang membuatkan ramai orang menyampah.

Anonymous said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Jenaka Cyber
(tak melanggan no story)

Saya klik

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1120&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

dapat tengok

Maaf, tiada bahan untuk kategori dan tarikh yang anda minta. (no story)

Sekian

Cyber Surfer

pcbahar said...

Apa yang TDM keluh kesahkan itu memang benar. Terlalu sukar untuk mengembalikan kepercayaan melayu kepada UMNO. Sedihnya, para pemimpin atasan masih dalam situasi 'denial'..

Anonymous said...

Perkara-perkara inilah yang sering dibayangkan TDM dalam beberapa ceramah politik beliau kepada pelbagai audiens.

Mungkin kerana pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO terlalu angkuh untuk menerima hakikat ini dan beranggapan orang Melayu berbondong-bondong kembali menyokong parti itu, maka TDM terpaksa melepaskan perasaannya dalam kesempatan yang diberikan Utusan Malaysia.

Kalau UMNO masih tidak sedar dan insaf, bersedialah untuk menghadapi kekecewaan dalam PRU ke-13 nanti.

ZMS

Hamba Allah said...

Dato:

Bila Tun Det cakap semua pakat buka mata terbeliak.Komen nampak pedas juga.

Saya cuba korek sikit pada pendokong UMNO sendiri.Antaranya sampai berkata dengan nada kecewa tentang amalan double standard dikalangan umno sendiri.Dulu berjasa pada orang Melayu.Tetapi kini UMNO banyak berjasa pada kroni sendiri sahaja.Ada pula ahli umno kelas dua.

Yang berkuasa bertambah kaya.Yang kaya bertambah kuasa.


Semoga Dato Najib baca tulisan orang bawah ini.

Sekian terima kasih Dato.


Hamba Allah.

Dato Hamed said...

Dato.

Najib sebok dengan 1Malaysia demi untok mendapat undi Cina dan India.Dia terlupa untok menumpukan usaha untok menguatkan UMNO.UMNO sekarang merupakan party yang tiada arah.Ahlinya sebok dengan projek untok membuat duit dan sudah terlupa dengan perjaunagn asal untok membela bangsa dan Negara.

Anonymous said...

Saya rujuk kepada perkara2 berikut...

3. Dahulu Umno kuat. Tidak ada orang yang meninggalkan parti, tetapi sekarang Umno perlu memenangi semula hati mereka yang telah meninggalkan parti;

10. Umno rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi tuduhan rasuah. Orang tahu tentang penglibatan menantunya.

a. Bukankah media2 massa bertuankan UMNO setiap hari dan malam dok announce ratusan ahli PAS,PKR meninggalkan parti utk sertai UMNO,malah tunjuk lagi dalam TV1237&8.

b. Pasal amalan rasuah melibatkan Abdullah Badawi & keluarganya, saya nak tanya apa kurang dengan amalan rasuah oleh Mahathir dengan keluarganya?

Ini kes the pot calling the kettle black.Tak payah tuduh menuduh,satu dunia tahu amal rasuah pemimpin2 UMNO,termasuk PM Najib dan Muhyiddin.

Pokoknya selagi ada UMNO baru ini,selagi itu amalan rasuah akan berterusan.

Tak malukah kita bila melihat bagaimana negeri2 bawa Pakatan mengurus tadbir kewangan dengan baik? Bukan saya kata ini apa yang dikatakan oleh A-G(Oditor Negara)

Jadi saya tak heran dlm PRU ke-13 ini Negeri Sembilan,Perak dan Terengganu akan jatuh ke tangan PR.

Apabila masalah NFC & Sharizat ini tak dapat ditangani UMNO dengan baik, ini nak cakap pasal rasuah?

Saya rasa lebih baik pergi terjun dalam tasik Titiwangsa lebih baik daripada dok mimpi nak ambil balik negeri2 yang ditawan PR!!!!

UMNO63.

Anonymous said...

Mahaguru ku
Salam Hormat

chedet.cc/blog
(kita sudah kena tracked)

bila saya hantar comment:

selalunya (contoh)

Khairul-Dean
November 20, 2011 at 1:05 pm | Permalink

Your comment is awaiting moderation

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Salam Sejahtera

DENGAN IZIN...


just now,
hantar comment dalam hal seksualiti Merdeka untuk @milshah

1. http://www.uasvision.com/2011/09/06/unmanned-aircraft-crash-in-hebei-province-north-china/

2. http://www.aviationweek.com/aw/generic/story_channel.jsp?channel=defense&id=news/asd/2011/07/01/02.xml

comment hilang tetapi terima
Thank you for your comment!

tiada lagi
Your comment is awaiting moderation

takpalah siapa cepat dia dapat; mati biar mati syahid, ya dak, Mahaguru ku.

Sekian dan Salam Teramat Takzim


James Labu

ab said...

Salam dato,



Pemimpin UMNO MESTI BUAT, bukan bercakap...



Zaman sekarang memerlukan penyatuan
ahli dan rakyat melalui aktiviti ekonomi..bukan penyatuan melalui ideologi politik sahaja lagi....



TERLALU ramai pemimpin politik yang kuat bercakap,tapi TAK BUAT apa yang mereka cakap...ota saja lebih siang malam...semua harap PM buat,yang lain lain tumpang sekaki,itu pun terhegeh hegeh!



Saya pernah tulis dahulu,saya hanya
yakin apabila KRIM ada disemua mukim dan dikebanyakan taman perumahan...KRIM adalah UJIAN ekonomi melayu abad 21.....INI adalah kebaikan kerajaan ini.



Tetapi melayu tetap hasad dengki, melayu tahap pemimpin `beruk',cuba halang kedai kedai runcit menjual barangan dengan harga rendah kepada rakyat berpendapatan rendah....pemimpin pemimpin tahap `beruk' ini elok kekedai sendiri,beli barang sendiri....

dan lihat harga:

daging lembu dari 14-18 ringgit sudah 26-28 ringgit sekilo sekarang...

daging kambing dari 15-18 ringgit sudah 32-52 ringgit(52 ringgit dibulan oktober)

ayam dari 3-4ringgit sekilo sekarang 7,50-8 ringgit sekilo,
cili merah dari 3 ringgit ke 10-14 ringgit sekilo dlll...

ikan kembung dari 2-3 ringgit sekilo dah sampai 12-13 ringgit sekilo,telur dari 20 sen dan 30-35 sen,itu pun grade lau ya punya..dsb, dll..


Ladang lembu pulak dihina sekarang...depa ingat bela lembu tu macam ahli politik tipu duit orang siang malam bolih untung segera ka?


Ini sangat jelas menunjukan mereka tidak pernah berniaga apa lagi menternak haiwan...ini baru 2 tahun lebih sikit depa dah ungkit
macam macam suruh lembu tu berak tahi emas dan kencing perak....


MENGAPA MEREKA tidak ke siam melihat bagaimana ladang lembu terbesar dinegara itu dan diasia tenggara MENGAMBIL MASA LEBIH 40 tahun untuk mencapai tahap tersebut sekarang....peladang tersebut mula ternak lembu PADA TAHUN 1957!.


Kenapa depa tak ungkit PETRONAS dah jadi pembekal dan peruncit utama petrol dan gas diseluroh negara?..dulu kala pergi lah kemana stesyen minyak pun, tokay dia mesti cina,jarang jarang india....SEKARANG ini,tuan tuan bolih pi kat mana pun stesyen minyak,7-8 dari sepuloh, tuan dia melayu....saya bangga.


Sudah ramai remaja dan belia melayu menamatkan pelajaran diperingkat universiti dan kolej.

Universiti dan kolej sudah banyak pun depa dah mula nak katok melayu, melayu melayu dengan `perangai beruk,'pun ikut katok melayu juga....TANYA DEPA BALIK,kat USA DARI DULU ADA TAK UNIVERSITI untuk RED INDIAN?.ADA KA UNIVERSITI untuk orang AFRIKA selepas dah `dilepaskan' dari menjadi hamba abdi?


TANYA DEPA DEPA INI, sehingga sekarang ini di USA dan Eropah ada TAK UNIVERSITI UNTUK CINA ATAU INDIA SAHAJA?..kalau ada tulis beritahu saya.....


Saya sangat berharap akan ada jaringan peruncit melayu jual simen,batu bata,besi dan paku,atap dan lain lain bahan binaan didalam 10-15 tahun akan datang....PERAK dan PAHANG luas hutan,tak bolih ka mulakan usaha ini?...


Saya juga sangat berharap akan terjadi jaringan bengkel bengkel
kereta dan motosikal melayu... PROTO,DRB HICOM dan NAZA tak bolih lihat ini kaa?


BILA lagi kerajaan nak buat basikal
murah berjuta juta bilangannya... dah ramai sangat orang bandar gemok dan tak sihat,kalau guna basikal dikawasan perumahan dan dipusat bandar,sudah tentu lebih baik,lebih bersih dan lebih sihat......buat saja la,sebab ini juga bagus..



LAST sekali,saya nak tanya kepada yang mengetahui,KENAPA gula masih mahal?sedangkan kilang gula dan firma gula FELDA punya.


BEGITU juga dengan beras, melayu juga pengimpotnya dan pengedar utama beras?....



Abu Bakar Ab Rahman

kuanderas said...

Ini ditambah pula dengan usaha yang very focus dari pembangkang yang hanya menyerang UMNO :-
1.Pembangkang melabel BN sebagai UMNO-BN
2.Pas sentiasa menyerang UMNO, Pas ganti UMNO Dan sebagainya
3.DAP juga tidak menyerang MCA dan MIC, tetapi hanya menyerang UMNO.
4.Anwar Ibrahim juga hanya menyerang UMNO
5.Lim Guan Eng juga banyak menyerang UMNO, kerana dia tahu dengan berbuat begitu Cina akan berada pada beliau, manakala undi Melayu pula pecah 3

Ini kerana pembangkang sedar bahawa kekuatan UMNO adalah pada sokongan orang Melayu. Jika mereka boleh pecahkan undi Melayu, maka mereka akan beroleh kemenangan.

Melayu Papan said...

Macamlah zaman che det dulu semua org suka UMNO. Saya masih bersikap positif dgn masa depan UMNO. Di kala org2 UMNO sendiri mentertawakan UMNO selepas PRU12,sy dgn muka tebal menyanggah mereka.Alhamdulillah,sekarang sudah semakin positif.

Saya hanya taksub kpd platform UMNO yg sy rasa masih berpotensi utk menyatu padukan rakyat malaysia.Mampu mendaulatkan agama bangsa walaupun ada kelemahannya.

Sudah2lah Tun,berpada2lah. Respek sy dah semakin terhakis,semenjak Tun megeluarkan suara mengutuk UMNO busuk dll sewaktu zaman pak lah,walhal...barisan pemimpin yg ada tu pun dulunya adalah dari era beliau. Memang malang UMNO mendapat PM seperti pak lah dulu.

Insya Allah,DSN mampu utk menempuh badai dari dalam dan luar UMNO.Segala2nya atas ketentuan Allah. Sekiranya ditakdirkan UMNO itu hancur,itulah yg tertulis.

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat

The Sufi And The Dinar II
(betul-betulkah emas dan perak)

Macamana orang kampung tak kena tipu
main gores menang pun boleh kena tipu
inikan pula disogok cerita emas dinar
benda bersalut plastik bersinar-sinar

macamana orang bandar tak kena tipu
main beli rumah pun boleh kena tipu
inikan pula disogok cerita ustaz berdoktor
cerita emas dan perak pun cerita kotor

jangan beria-ia mahu beli emas
emas tipu perak tipu mati lemas
mati kerana jantung terlalu cemas
tolong periksa betul perak atau emas


Kesian dan sekian

Orang Kampung said...

Salam Ybh Dato:

1.Bulan bersinar kerana cahaya matahari,
Rebah lalang kerana angin,
Rebah padi kerana terlalu berisi,
Rebah pemimpin kerana penyokongnya.

2.Pemimpin UMNO hari ini,
Umpama Jinak Merpati sahaja.

3.Kuasa diberi untuk berhibur,
Noda dan dosa disana-sini bertabur,
Akhirnya kita terkubur.

AzemanJelani said...

Dok cakap pasai UMNO sahaja. PAS pun dah nak terbalik masuk longkang dah. PAS lagi teruk, harap penuh dengan orang tua pakai serban bawak tasbih, mulut tak henti-henti kafirkan orang Islam lain, contohnya Al-Fadzil Ustaz Bob Lokman yang kafirkan rakyat Johor baru-baru ni. Nik Aziz pun apa kurangnya, tapi orang tak berani nak kritik dia walaupun cakap dah merapu. Ada seorang lebai Pas kat kampung pernah bawak cerita, ada orang mengumpat Nik Aziz, esok pagi, bangun tidur, teloq burut (orang Kedah punya tafsiran untuk telor bengkak). Begitulah taksubnya mereka pada dia.

Orang Melayu akan terus menyokong UMNO. Siapa lagi pilihan mereka? PAS pun hanya menjadi kuda tunggangan DAP. Nak suruh mempertahankan kalimah Allah pun lari menikus. Al-Kitab Injil pun boleh disokong tulis bahasa Melayu. Macam ni ke nak bercakap pasal Islam? PKR? Lupakan sahaja. Tak berbaloi langsung nak cakap.

Ini realiti politik sekarang lah Pak Kadir. Tak perlu berada di dalam penafian. Pak Kadir boleh tulis 14 juzuk kitab pun yang UMNO tak jaga orang Melayu, tapi realitinya, rakyat memang dah meluat dengan Ulamak Terompah dan Wali Selipar PAS, serta Parti Luar Tabie PKR.

husin syedmohamad said...

‎Datuk,
1/ Isu berkaitan UMNO telah banyak diperkatakan oleh Dato . Perkara utama adalah kesungguhan/keberanian melakukan perubahan . 2/ isu : 2.1/ kurang komitmen dan dedikasi pelbagai peringkat kepimpinan dan ahli parti jika tidak dijanjikan keuntungan material. 2.2/ Menjadi ahli parti bukan untuk beri khidmat kepada rakyat tetapi untuk jawatan yang menjanjikan kekayaan dan kuasa. 2.3/ Kurang minat dan initiatif untuk berdailog/berbincang subjek secara bebas tidak terikat kepada isu-isu yang berkait dengan dunia dan negara, melainkan mengulang kata apa yang diucap oleh pemimpin tertinggi. 2,4/ Tidak mampu menerima pendapat berbeza , kerana terlalu lama di tampok kuasa. Mengamal budaya suka di puji tidak boleh menerima teguran . Mengalakan sindrom bisu kepada/oleh pemimpin dan ahli 3/ Perlu mengangkat individu baru yang tidak memiliki sikap dan pendirian diatas 4 / Saya pasti sangat sukar , elemen sabotag , akan akibatkan kesan jangka pendek. .

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Dato dan semua,
Saya kira kita masih bernasib baik kerana ada orang sepetti Tun yang masih ikhlas bercakap tentang untung nasib UMNO. HANYA DIA yang saya kira akan didengari SEDIKIT oleh orang-orang UMNO. Jika nak harapkan pendapat kita, tak usah bermimpilah. Deme boo layan jea. Tetapi soalnya, setakat manakah mereka menyerap semangat apa yang TUN perkatakan?. atau hanya menjadi sengihan oleh puak-puak ini sahaja tat kala menghabiskan secawan espresso di cofee house...sambil ditemani dengan 3/4 handphone yang mahal2. Hmmm...entahlah!

Amir Abu Bakar Julaihi said...

Assalamualaikum datuk kadir,
1.kelangsungan rakyat malaysia tidak boleh lagi diharapkan kepada umno/Bn.Rakyat terbanyak mesti mencari alternatif lain untuk memimpin malaysia menghadapi cabaran semasa yang getir.

2.cukup lah datuk kadir tegur pemimpin umno/bn yang bebal itu.mereka berlidah dua dan bertelinga satu.nasihat datuk dah tak guna lagi.

abdullahngah said...

Ada orang kata pada saya mengapa Tun Mahathir nampak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang buat rosak umno, sedangkan dia sendiri sebelum ini telah banyak merosakkan umno.

Saya masih ingat kata kata KU LI semasa dalam 46 dulu.Mungkin orang lain pun masih ingat dengan kata kata umno pengkhianat bangsa Melayu.

Bagi saya umno lah yang menjadi pengkhianat bukan saja pada bangsa melayu, malah pada negara dan Islam.

Bermakna rosaknya umno bermula bukan saja ketika Tun Mahathir jadi perdana menteri malah sebelum itu lagi.

Atas sebab itulah orang yang tidak mahu terbabit dengan saham itu lari keluar dan tubuh PAS, tubuh semangat 46 dan tubuh parti keadilan rakyat (PKR).

Bagi rosak umno jelas pada Tun Mahathir sendiri. Zaman itulah terlalu banyak tindakan cantas mencantas.

Bukan setakat cantas mencantas saja yang berlaku sewenang wenangnya malah bunuh membunuh juga berlaku.

Yang paling menakutkan Najib ialah undi China pada PRU 13 nanti yang barangkali akan diadakan pada ogos 2012 nanti.

Undi china adalah undi penentu kekalahan BN pada PRU 13 yang kelihatan tak boleh buat apa apa dah.

Bukan macam bangsa melayu dapat RM100, RM300 dan RM500 tak nampak parti lain boleh memerintah negara ini.

Baik buruknya umno atas sebab bantuan tersebut.Bantuan itu membuat orang Melayu bersyukur. Apabila dah bersyukur dajal pun mereka undi.

Inilah perangai melayu, termasuk para pemimpin umno yang disebut sebagai pengkhianat bangsa oleh Ku Li itu.

Orang China tak boleh jualbeli undi hatta jutaan bantuan yang didapatinya. Yang penting bagi mereka ialah negara ini akan dimilikinya suatu hari nanti.

Mereka mahu supaya bangsa mereka menjadi perdana menteri. Sebab itu PRU 12 umno Bn tak dapat dua pertiga.Undi Melayu tak hilang. Yang hilang ialah undi china MCA dan Gerakan.

inilah punca umno/bn sukar menang dalam pru 13 nanti.

Anonymous said...

Salaam Datuk,

Agreed with many commentators here. But unfair to pin all blames on Tun AAB alone. He's a poor choice from the outset. But he was Tun DRM's choice. The choice was between AAB and Najib, but DrM had more faith then in AAB. He needed a pious, clean and uncontroversial successor. He thought AAB would make him an adviser of sorts.

He was wrong. AAB was being personal and even vindictive towards DrM. He detested and bested DrM and thought his big 2004 victory was an endorsement for him. Then he allowed himself to be hijacked by the 4th Floor Boys. DrM and Muhyiddin Yassin ganged up to bring him down after disasterous 08 GE. Najib as per usual played safe and reaped the bounty of war.

Now DrM is not happy with Najib. But he would not do to Najib what he did to AAB. He is grateful to Najib's father, Tun Razak. But his comment hurt Najib and there's not much Najib could do because he's not a grassroot leader, and he could not afford to offend DrM. So are his close allies and associates.

Unlike DrM, Najib does not have the Megat Junid, the Aziz Samsuddin, the Sanusi Junid, the Daim Zainuddin, the Tun Dr Siti Hasmah, and, at one time, the Anwar Ibrahim, to help hik with the grassroot.

Najib's strongmen and women are themselves vulnerable. His only hope is the break-up of Pakatan over ideologies and policies. But if the PR people could hold their peace until the GE, the BN could very well be seeing the end of its days.

The Lawgiver

Anonymous said...

Mohamad Idris Ahmad

"Half hearted and lame activities by UMNO Leaders in understanding and addressing the concern of the RAKYAT"

Ybhg Dato dengan izin.

Saya berpendapat kegiatan para pemimpin UMNO masih belum berupaya memahami dan mengapai rintihan dan keluhan rakyat. Pendapat saya ini bersandarkan dari aktiviti yang dikatakan aktiviti turun padang yang dianjurkan oleh UMNO / BN di peringkat cawangan, bahagian dan negeri.

Nampak macam pemimpin negeri masih sedang sibuk untuk mempertahankan kerusi mereka, perut mereka dulu dan kroni mereka dulu. Seolah-olah mereka tidak mahu senasib dengan Tun Abdullah Badawi tengelam dengan labu-labunya. Dan kelihatan mereka berkerja keras menampung perahu dan bahtera mereka yang bcocr akibat tsunami PRU2008 sebelum mereka ditendang atau diterajang dalam pemilihan kerusi ADUN dan MP.

Aktiviti-aktiviti diperingkat bahagian dan cawangan kelihatan lesu dan merupakan sandiwara dengan lebih banyak pelakon-pelakon kanak-kanak dan warga tua yang mendapat undangan khas untuk hadir majlis-majlis tajaan UMNO.

Hampir tidak kelihatan sama sekali jejaka-jejaka tampan dari puak-puak pemuda UMNO dan gadis-gadis lincah dari PUTERI UMNO untuk benar-benar memenangi hati pengundi muda.

Hidangan UMNO/BN agak basi, dan tidak mempunyai makna yang dapat merwarnakan dan membahagiakan kehidupan orang banyak.

The issues and objectives targeted by the NKRA appears lost in the communication plan at the National level and cannot be properly understood by UMNO own leadership nor the down trodden grass roots members much less the RAKYAT. The ideas mooted by the President and the PM appears unmeaningful to the simple folks as to how the NKRA has actually improved their daily livelihood.

The issues in PRU2008
- arrogant UMNO / BN Leadership
- high cost of living
- too many foreign aliens
- high rates of VIOLENT CRIME
- the never ending song by the former MIC President about the UNCONCESSIONED TOLL rate hike
- UMNO versus Abdullah clan / budak-budak tingkat 4,

were some of the issues from the past, are still here in different phases of ending or restarting, with inconsistent programs and activities that are too far away from the ordinay folks.

UMNO dynasty has now moved from the Abdullah dynasty to the Najib - Hishamuddin - {must be mentioned} - Rosmah dynasty.

UMNO remain a house with no proper direction and leadership. Penang will remain a DAP fortress as the state BN appears to be floundering, Selangor will remain with PKR as UMNO does not have a strong credible charater to lead Selangor from the mess left by Khir Toyo. Kedah will remain under PAS again the UMNO boys dont have the integrity and values to win over the hard core middle class Malay in Kedah. Whilst the state with the 50-50 play, Perak will remain the unstable limbo again because it is a Malay - Chinese battle ground with the Indian being the King Maker.

All is lost for UMNO and BN as the people does not sense any value proposition worth considering apart from the half hearted last minute money throwing game { who would have thought that in this day and age - leaders can still expect to win votes by throwing money around}

I therefore tend to agree with Tun Mahathir - that UMNO/BN has still not establish good and credible vote winning conditions. I thhink the main weakness is the leadership skill remains "trying to win their love one hearts by buying the material goods" - its a Najib - Rosmah cat and mouse game.

Good day - "Orang Baru Lahir - reborn"

raja2u said...

Assalamualaikum.

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Perkara yang di bangkitkan TDM bukan perkara baru dan sudah pun dibahas dengan meluasnya di blog ini.Saya rasa tidak perlulah kita panjangkan isu ini kerana TDM telah menghuraikannya secara terperinci. Ianya bukan datang dari parti pembangkang sebagai parti yang selalu dikatakan oleh sesetengah pembahas sebagai dengki dengan dengan UMNO dan suka memfitnah.

Yang pentingnya kita mahu mendengar apa tujuan TDM menegor pemimpin UMNO secara terbuka. Tengah hari tadi rakan bukan Melayu saya menyatakan "So Dr. Mahathir is now after Najib....". Implikasi kenyataan tersebut adalah jika pemimpin kanan UMNO tidak bersetuju dengan kepimpinan UMNO yang ada sekarang maka bagaimanakah pendirian rakyat jelata.

Kita masih ingat lagi diambang PRU ke 12 TDM telah mencadangkan mejoriti BN dikurangkan. Ini telah menjadi kenyataan dimana BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan hilang 4 buah Negeri. Sepatutnya BN selepas kekalahan tersebut tersebut memperbaiki kedudukannya dengan memenangi semula hati rakyat. Tapi apa yang saya lihat masa banyak dihabiskan menyalah pemimpin dan parti lawan yang kadang-kadang dengan berbuat demikian secara tidak langsung mempromosi parti lawan berkenaan.

Saya setuju dengan Pembahas yang mengsyurkan kita kurang bercakap tetapi menumpukan perhatian meningkatkan ekonomi kita.Ianya hendaklah sesuatu yang konkrit dan tidak seperti yang dirancang oleh beberapa rakan Melayu saya pagi tadi untuk membeli saham FELDA apabila ia disenaraikan dan menjual separuh darinya apabila harga saham naik untuk mendapat untung segera.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Anonymous said...

dakj.
jika tuntutan 8.0 perkara dilaksanakan, selepas pru13 pr ke putrajaya.
jika kongkalikong bermaharajalela,
selepas pru13, malaysia akan huruhara.
ini kerana rakyat sudah muak dengan kerenah pemimpin2 bn/umno.
satu contoh terbaru, shahrizat dengan projek lembunya.

- gemas mari.

sujini said...

Datuk Kadir,

Saya rasa gerun selepas membaca hujah-hujah daripada pembahas-pembahas ruang blog ini.

Analisa Tun Dr Mahathir itu memang tepat. Tetapi Tun Dr Mahathir bukan maksom dan beliau juga ada membuat kesilapan.
Walaupun saya berterima kasih diatas segala jasa Tun Dr Mahathir, tetapi salah satu kesilapan beliau adalah dengan memperkenalkan PPSMI.

Dengan memperkenalkan PPSMI orang Melayu bertambah hilang jatidiri. Apabila orang Melayu sendiri tidak bangga dan percaya kepada bahasa sendiri, bangsa itu akan 'mati'. Ingatlah kepada peribahasa Bahasa Jiwa Bangsa.
Jika bahasa 'mati' maka bangsa akan turut 'mati'. Apabila sesuatu bangsa itu 'mati' mana munkin bangsa lain menghormati bangsa tersebut. Bangsa Melayu akan 'mati' sekali lagi seperti mana berlaku keatas bangsa Melayu dahulu selama 400 tahun.

Semasa Tun Dr Mahathir masih memegang kuasa beliau pun hendak buang tongkat orang Melayu. Sekarang ini bila dah nampak sokongan orang Melayu merudum beliau kata DEB masih relevan dan belum masanya tongkat dibuang.Ini cakap orang politik.

Secara terang, pemimpin yang dilihat cuba memperbetulkan keadaan adalah TS Muhyiddin. Bukan DSNajib.

Sudah jelas DS Najib lemah. Tun Dr Mahathir sedar faktor ini. Salah satu langkah sengkat DS Najib sekarang ialah dengan memberi mandat kepada pihak media sosial pro-BN ( KMS1M - MyVoice) untuk memberi penerangan kepada rakyat keadaan sebenar. Tetapi sejauh mana KMS1M dapat mendekati hati rakyat?

Harus sedar pengundi Melayu ramai di kampong-kampong dan pendalaman. Bolehkah mereka dijejaki oleh internet atau rangkaian komunikasi yang baik?

Betul pendapat salah seorang penghujah dalam tampalan Datuk yang lepas, DS Najib terbawa-bawa dengan konsep 1MALAYSIA hingga beliau lupa orang Melayu dikampong.

Suatu langkah drastik perlu dibuat sendiri oleh DS Najib untuk mengambil hati orang Melayu di kampong, dipendalaman dan juga rakyat di Sabah dan Sarawak. Tidak cukup dengan KSM1M sahaja.

DS Najib susah hendak tawan hati Melayu, kalau beliau hanya asyik melayan sahabat-sahabat on-line dengan bersama-sama menonton perlawanan bola sepak negara asing yang tidak langsong menunjukkan semangat kebangsaan dan jatidiri bangsa Melayu.
Kalau faktor jatidiri ini pun tidak dapat difahami sememangnya Allah telah mengunci mata hati pemimpin-pemimpin UMNO.

Hanya Allah swt yang lebih mengetahui.Terima kasih.

Mustapha Ong said...

Salam Dato'

Saya setuju dan sokong pendapat mantan PM Tun Mahathir yang telah mendesak kepimpinan Najib untuk memantapkan lagi kedudukan UMNO. Sokongan orang-orang Melayu telah merosot atas perebutan kuasa dikalangan puak-puak yang tertentu di dalam UMNO sejak tahun lapan pulohan.

Perpaduan Melayu telah berpecah apabila PAS dan PKR dapat meraikan sokongan orang-orang Melayu yang tidak sehaluan dengan tindak tanduk kepimpinan UMNO yang sedia ada.

Namun demikian, adalah kurang tepat jika kita menolak sokongan kaum Cina yang masih kuat melalui MCA, Gerakan, SUPP dan lain-lain parti komponen dalam BN. UMNO tidak boleh menaruh harapan untuk mendapat undi-undi kaum Cina sekira nya dasar kita tidak seimbang kepada kaum-kaum yang lain di negara ini.

Saya yakin bahawa melalui transformasi politik yang dilakukan oleh perdana menteri Najib akan dapat mengembalikan semangat kaum Cina dan India untuk terus menyokong BN dalam PRU13 akan datang.

Kekuatan orang-orang Melayu melalui sokongan bersepadu kepada UMNO akan menjadi faktur penentuan kemenangan BN yang besar tanpa bergantung kepada MCA, Gerakan dan SUPP yang sedang terpaksa berhadapan dengan pengaruh DAP yang masih mendapat sokongan kaum Cina.

Orang Kampung said...

Dato.Kalau ikut teori RAHMAN UMNO sudah hampir digarisan penamat.Kenapa ahli UMNO pun terikut dengan teori RAHMAN ini.Sepatutnya ahli UMNO kena sanggah dengan teori ini.Jangan beri huruf N tu muncul lagi.Barulah teori RAHMAN ini tak jadi kenyataan.

Mengenai teguran TDM pada UMNO.Sejak dari dulu lagi TDM memang seorang ahli politik yang berani.Dia suka hidup dalam isu yang mencabar.Bukan macam pemimpin lain yang suka hidup dalam play safe.Sepanjang TDM jadi pemimpin UMNO pelbagai isu besar dan hebat dia hadapi.Sebab itu TDM boleh jadi PM lebih drp 20 tahun.Pada pemimpin UMNO tak perlulah nak ikut cara TDM.Lagi pun TDM adalah pemimpin dari akar umbi yang tulen.Belia bukan anak bangsawan atau hartawan.TDM berjaya dari awal kerana pendidikan nya.Sebab itu denyut nadi rakyat TDM telah hayati sendiri segala suka duka,pahit maung derita rakyat kerana dia pengalaman sebenar.

Berlainan dengan pemimpin yang ada hari ini.Ibarat pelakon derama sahaja yang diarah memegang watak orang miskin,orang kaya,pahlawan,samseng dsbnya.

Kalau UMNO tak mahu hilang kuasa dan pengaruh eloklah dengar nasihat dan baiki segera apa jua kelemahan yang amat banyak diperkatakan oleh orang ramai.

Apa yang TDM tegur itu samalah dengan suara orang ramai yang lain.Apa nak buat suara orang rami tak laku dan bernilai.Surat Khabar pun tak peduli.TV/RTM jauh sekali.Bila TDM bersuara maka ada nilai dan kesannya.

Segala terserah pada orang UMNO sendiri.Buatlah apa yang patut.Kadang-kadang terfikir mana kerajaan perintah puh serupa juga hatta kalau bukan UMNO.

Semoga suara TDM akan menjadi ubat yang baik untuk UMNO.

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir,
Salam Hormat

saya tak faham apa si-general secretary telah katakan. Problems dalam UMNO dan dengan pegawai?
(harapnya tidaklah saperti dengan female bloggers)


Sudah berapa tahun si najib presiden, Mahaguru ku?
Inikan pula 1Malaysia.

Menyenangkan kerja - o ya, Dato Kadir - tetapi dengan maaf kerana dalam bahasa inggeris dan boleh dikatakan ciplak, potong dan tampal, dari Facebook Dr Mahathir:

NAJIB IS A DANGEROUS CHAMELEON AND VERY, VERY BAD FOR MALAYSIA. HE IS A FAKE, A DANGEROUS FAKE WITH VERY SWEET WORDS.

HE WILL DESTROY NOT ONLY THE VISION2020 BUT THE COUNTRY


DOWN WITH NAJIB!
BRING NAJIB DOWN!

Sekian dan Salam Sejahtera.

Anonymous said...

Tok, mana pi wira-wira siber Umno/BN Tok? Asyik cyber warrior PR saja yang masuk blog Tok, bantai Najib & Geng. Atau dasar mereka tak masuk blog yang berkecuali atau pro-PR? Mereka asyik syiok sendiri dalam blog, facebook dan twitter pro-BN saja. Mereka tak dengar kelohan orang Melayu dan orang Umno macam Tun kata. Saya ahli cawangan Umno, orang mati dan orang yang dah 3, 4 PRU kempen dan undi Pas pun ada dalam daftar lagi. Tak hairanlah Umno ada 3 juta ahli, tapi dalam PRU menyawa ikan. Salam

Cha Lembu

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ,
Izinkan,

Sdr. Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain berkata,

Saya setuju dengan Pembahas yang mengsyurkan kita kurang bercakap tetapi menumpukan perhatian meningkatkan ekonomi kita....

Salam kasih sayang sdr. yang mulia,

Pagi tadi kami kepasar membeli telur..gred C kini RM0.39 sen. Ditanya siapa pemborong/pembekal nya. Jawab peruncit..'TOWKAY' kat pasar borong. Pergi pula ke gerai ikan.. jawapan nya sama juga.

Kami sangat setuju dengan Yang Mulia seperti yang dinyatakan diatas tetapi selagi kaum lanun yang menguasai ekonomi mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dengan alasan cuaca buruk dan bencana alam.. selagi itu lah rakyat negara ini akan tertekan dek kenaikan harga2 runcit dan akan membenci Najib dan kerajaan BN nya.. terutamanya bangsa melayu yang terkenal dengan sikap 'amok' nya..

Menyenangkan kerja - o ya, Dato Kadir - tetapi dengan maaf kerana dalam bahasa inggeris (ciplak, potong dan tampal, dari komen Sdrku Rao Lanun-Bahaso)

THE PIRATES OF THE SOUTH CHINA SEA KNOW THAT THE TIDE IS HIGH ENOUGH TO BURN AND DROWN THE 'SHIP' THAT HAS PROTECTED THE SHORES OF THE MALAY PENINSULA AND THAT HAS TREATED THEM AS 'OUTLAWS' (PENDATANG) FOR THE LAST 50 YEARS ..AND HOPE FOR A NEW DAWN WITH THE PREACHERS OF PAKATAN RAKYAT.. THE PREACHERS AND THE PIRATES, GOOD PARTNERSHIP..EH?

Yang tersurat.. kenaikan harga
Yang tersirat.. kejatuhan kerajaan

ALFATIHAH, AMIN
Ps.. We wondered whether the rakyat will still buy the eggs offered by Najib...oops,forgot that he has lost his.

Orang Ketiga said...

the most important person in a political party is its number one leader. He must be seen as a credible, strong and dynamic. As long as he has these criteria the party he leads will continue to enjoy the support of the voters at each general election.
The talks of Umno having corrupt, weak, mediocre and half past six leaders are nothing new. It has always been there. Not just Umno, but all ruling political parties world wide. Even PKR, DAP and PAS led State Governments share the same fate.
Of course, armchair critics will criticise everybody and anybody who represent the ruling parties. Nobody is spared. They will stop when the party no longer rules and move to aim their targets at the next ruling party.
Unfortunately for Malaysia, the nation never reunite after each general election. They continue to be divided. Cant blame them because politicians continuously carry election campaigns non-stop.
So the only option left is to live with it

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Seni Perang
(di dalam surau hospital)

Alhamdulillah, hebat-hebat belaka mereka yang memberi pandangan mengenai Najib, UMNO, PRU13 dan TDM.

Kita ini yang nak bawa turun si-najib berterima kasih bebanyak dan bukanlah ianya perkara mudah walaupun sudah diambil kira pendapat-pendapat Sdra-Sdri itu.

Maka bermainlah di kepala kita keadaan-keadaan di mana si-najib terdorong untuk lepaskan jawatan Perdana Menteri.

Haruslah diteliti dan direnungkan keadaan -keadaan itu, yakni:

1. Bagaimana sekiranya najib tewas di kawasan dia bertanding pada PRU13.

2. Bagaimana sekiranya BN menang tetapi berkedudukan sebelum masuk PRU13.

3. Bagaimana sekiranya BN menang lebih sedikit dari sebelum masuk PRU13.

4. Bagaimana sekiranya TDM pun bertanding dan BN menang walaupun kedudukan selepas bertanding sedikit baik dari masuk PRU13.

Apakah kebarangkalian keadaan-keadaan ini berlaku, wahai Mahaguru ku?

Bagaimana pula kebarangkaliannya serta natijahnya sekira BN menang baik tetapi prestasi UMNO buruk?

Itulah yang bermain di kepala.
Adakah keadaan yang tidak terlintas, terlepas pandang tetapi harus difikirakan masak-masak dan direnungi sedalam-dalamnya berserta natijah-natijah yang timbul darinya, Dato Kadir? Kita ini bukanlah arif sangat perkara-perkara sebegini.

Maaf, Dato Kadir dan pencinta-pencinta UMNO dan Najib sekiranya kita telah menguris hati anda semua kerana kita pun faham anda semua cintakan bangsa, agama dan negara.

Walau apapun, sekiranya masih berlaku najib masih YAB Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas PRU13, maka terpulanglah YAB Presiden ambil tindakan kepada ahli marhean UMNO ini.

Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya telah menguris hati saudara-saudari pelawat blog Dato A Kadir Jasin ini mahupun rakan-rakan mulia di dalam UMNO.

Akhirkata, marilah kita semua mohon Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada minggu hadapan berjalan dengan selamat dan lancar.

Sekian dan Salam Takzim

Doktor Muda said...

"fahaman' bahawa UMN0-BN sahaja yg pandai n bijak menjaga negara sudah lapok sama sekali & sgt muak utk didengari. cuma media massa yg dikuasai sahaja mencanangkan 'kehebatan' UMNO-BN,walhal sudah makin gering jadinya.

cukuplah menipu ayah & datok kami,tidak semudah itu utk kami percayai zaman ini. sombong, penipu & korup (KURAP) sudah lama menjadi 'ibadah' seharian mereka.

kami mendoakan kejatuhan UMNO-BN semua,amin. no more tears & bless for u ols guys...

Mika Angel-0 said...

Dato Kadir
Salam Hormat


Pondok Perdana Peace Foundation
(adayusufislamadatdmadadinaremas)

sekiranya ada sebuah gerai
didataran pwtc untuk kita
mahu menyebarkan dakwah kita
lagu moonshadow buku doktor
dinar emas and barangan terlarang

poster antaranya

DOWN WITH NAJIB!
BRING DOWN NAJIB!

siap kamera

pondok tajaan perdana peace
semasa PAU berjalan
pencinta bersih buat kerja

duke of umno pastinya ada
marinam pastinya ada
yusuf islam pastinya ada
gerai seribu dagang

siap kamera dan lagu
payung meja dan bangku
computer riba ku

semuanya dengan izin belaka
dengan restu

di dataran pwtc



salam hormat

ORG KERAJAAN said...

Salam Dato'

Saya juga seorang ahli UMNO dan pegawai kerajaan kanan didalam salah satu jabatan di JPM . Terus saya katakan bahawa sentimen penjawat awam at all levels dari PRA , PAR hingga peringkat tertinggi bukan sahaja dijabatan saya tetapi di jabatan-jabatan lain memang tidak percaya kepada DSAI melalui pemerhatian dan pergaulan saban hari . Pada masa yang sama , kami agak MELUAT SANGAT kepada DSRMansor yang LEBIH SUDU DARI KUAH bila mencampuri urusan pentadbiran dan tindakan-tindakan kami.

Kami disuruh jimat cermat dan ikat perut tapi RM boleh dapat apa sahaja yang dia mahu.

Kalau ada PEMILU 13 hari ini , silap-silap pUTRAJAYA akan terlepas pada PR . Kalau Dato' dan pembaca-pembaca disini menyatakan apa yang dinukilkan disini adalah omongan dan rekaan , sila turun sendiri ke bawah dan tanya pada warga putrajaya ..

Maaf kerana bercakap BENAR !!!

Anonymous said...

Tok Kadir, kita ni sama-sama
Sokong Umno macam nak gila
Gadai harta gadai masa
Kerana bangsa, agama dan negara.

Jadi ahli masuk cawangan
Bagi derma bayar yuran
Depa buat mesyuarat kita tak perasan
Rupa-ruapa depa dah ada rancangan.

Orang pandai kena jaga
Takut rampas kerusi depa
Borang keahlian hilang pi mama
Pi cari setiausaha kata tak ada.

Kalau lawyer janganlah dok cuba
Jurutera dan doktor macam tu jua
Mesti depa buat lambat2 punya
Guru kampung pun depa tak percaya.

Masa kita masuk dulu tak serupa
Dalam Umno ada doktor dan pendita
Orang cerdik Umno cukup suka
Buat Umno kuat dan perkasa.

Lepas tu Umno jadi parti usahawan
Guru dan pegawai hilang jawatan
Duit dan projek jadi tujuan
Jadilah Umno tak ketahuan.

La ni orang muda dah ramai meluat
Nak masuk Umno cawangan buat lambat
Jawatankuasa bahagian dok tunjuk kuat
Dok kira kroni, kawan dan sahabat.

Di Kuala Lumpur depa dok cakap transformasi
Orang kampung terngaga satupun tak reti
Nkra di sana KPI di sini
Harga dok naik tiap-tiap hari.

La ni surat khabar pun orang dah tak baca
Depa dok kata merapu semua
Tranformasi sini tranformasi sana
Habis padi dimakan tikus dan bena.

Kami dok dengar PM pi jalan-jalan
Dalam media dia dok gelak sakan
Tapi dia pi ke pekan-pekan
Kami di kampung tak ada harapan.

Pemimpin dok cakap nak turun padang
Kami dok tunggu malam dan siang
Tak nampak hidung tak nampak bayang
Yang ramai dok mai pemimpin pembangkang.

Orang sakit depa melawat
Orang mati depa mai cepat-cepat
Orang Umno depa dah buat sahabat
Nasib baik undi depa boleh dapat.

Betoilah macam pembahas kata
Dalam Umno ada berjuta nama
Yang hidup dan mati semua ada
Yang dah masuk Pas pun kekal juga.

Umno dok seronok dengan ahli
Ada yang hidup ada yang dah mati
Ada yang dah masuk lain-lain parti
Pasai tu bila pilihan raya tak berapa menjadi.

Mat Tunjang tak berapa cergas lagi
UMno la bukan macam dulu lagi
Geng-geng lama dah banyak berenti
Yang tua-tua dah habis mati.

Dok cari makan bela anak bini
Parti Pas dah perentah negeri
Kita kena pandai bawa diri
Dengan pemimpin Pas kena dekati.

Kepada Umno bukan kita tak sayang
Banyak jasa dia dah sumbang
Tapi yang dok buat kita meradang
Perangai pemimpin keji dan sumbang.

Mat Tunjang berundur dulu
Hendah pergi ke Tasik Pedu
Ada sikit projek di situ
Harap-harap Datok sehat selalu.

Mat Tunjang Enterprise

Yangretibase said...

Yang saya nampak dan saksikan, UMNO sudah terlebih berusaha. Berapa ratus saluran medium yang terdiri daripada media yang tidak berotak dan manusia yang berotak dunia pada saban waktu dengan pelbagai cara tipu helah dan kaedah telah dan sedang digunakan oleh UMNO bagi memenangi hati pengundi,terutama Melayu.

Walau bagaimanapun, hati pengundi Melayu yang beriman kental kepada Allah SWT pasti tertutup rapat untuk UMNO. Bagi mereka, UMNO sebuah parti pengkhianat: pengkhianat bangsa Melayu, pengkhianat bahasa Melayu, pengkhianat agama Islam, pengkhianat ekonomi negara, dan pengkhianat 'masa depan' ummah.

Sebenarnya, jalan penyelesaian demi keberlangsungan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, makmur, harmoni dan paling penting ialah negara yang sentiasa mendapat pemeliharaan Allah SWT adalah dengan mentransformasikan sistem pemerintahan sekular negara di bawah UMNO sekarang kepada sistem Pengurusan dan pemerintahan Islam yang berlandas dan berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah.

Wassalam.

Zubair said...

Sebagai Melayu Islam saya percaya perbincangan ini akan selesai bila selesai PRU13. Keputusan itu menjadi bukti pada dakwaan kelebihan dan kelemahan semua individu dan partai politik. Tentu saja sana sini akan ada yg tidak puas hati dan dakwa dakwi tetapi bila dihalusi diseluruh negara akan ada analisis yang munasabah.Bagi org Islam seperti saya, Islam lebih penting dari parti dan jika ditakdirkan perlu berjihad saya sambutnya dengan hati reda, sabar dan putih bersih. Alhamdulillah.. saya tak perlu pergi jauh untuk mati syahid. Wallahu alam.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato',@ Tahniah Mat Tunjang Enteprise!. Satu seloka yang menyentuh perasaan saya. Menitis air mata saya kerana saya faham isi hati penulisnya yang menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku diperingkat akar umbi.
Hari ini orang tidak lagi menghormati pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat cawangan dan Bahagian saperti dulu. Tidak banyak aktiviti diperingkat cawangan khususnya untuk menarik golongan belia. Kalau dulu kegiatan belia dan pemuda UMNObsangat sinonim tetapi sekarang kedua-dua pegerakan telah mati.

Di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, kegiatan PAS sangat menonjol. Kelas Pasti penuh dengan murid berbanding Tadika Kemas walaupun Kerajaan membiayai kelas Tadika Kemas. Masjid Dan surau padat dengan aktiviti ceramah yang menjadi medan terbaik menyebarkan pengaruh PAS.

Pemimpin UMNO masih sibuk sesama sendiri seolah-olah mereka masih memerintah di negeri- negeri negeri
PKR. Kalau senario ini berterusan, bagaimana UMNO boleh menang dalam PR13?.

UMNO pernah berpecah semasa perebutan kuasa antara Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh dulu. Tetapi kebijaksanaan Dato Mohammad Rahmat mengadakan program Semarak berjaya mengembalikan kekuatan Parti dan juga memberi sumbangan besar kepada kemenangan BN walaupun pada mulanya difikirkan UMNO hancur. Tetapi sekarang ini saya tak nampak peranan yang dimainkan oleh Setiausa Agong UMNO atau Ketua Penerangan UMNO untuk memulihkan sokongan pengundi kepada UMNO dan BN. Untuk menguatkan peluang BN menguasai semula negeri-negeri yang sudah hilang maka perlu ada seorang pemimpin yang kreatif saperti Allahyarham Dato' Mohammmad Rahmat. Peranan ini sepatutnya dimainkan oleh Dato Rais Yatim selaku Menteri Penerangan untuk menaikan semangat rakyat untuk menyokong BN Demi kestabilan politik Negara.

Keadaan masih terkawal dan masa belum terlambat. Kementerian Penerangan patut ambil peluang dari meluapnya semangat patriotisma dikalangan apabila Pasukan Harimaun Muda berjaya menewaskan Garuda. Satu gerakan besaran saperti kempen Semarak dulu diadakan dalam tempoh terdekat untuk menaikan semangat rakyat untuk terus menyokong Kerajaan melalui formula perkongsian kuasa BN.

Saya khuatir teguran Dr Mahathir menjadi titik permulaan untuk beliau terus mengkritik pentadbiran Najib saperti beliau menghentam Pak Lah sehingga membawa kepada kekalahan BN pada PR 13. Dr Mahathir seorang negarawan besar. Beliau masih yakin dengan kemampuan UMNO tetapi jangan biarkan teguranya saperti mencurah air keatas daun keladi. Teguranya boleh berbisa dan memberi kesan yang besar. Najib perlu bertindak segera!

Iklas,
Rahim

Anonymous said...

ARMA Ipoh

Salam Dato',

Betul kata TDM bahawa UMNO belum giat berusaha. Dalam blog dan coffee house asyik cerita yang giat dibuat oleh juak-juak UMNO ialah cuba kumpul harta, seolah-olah ini last term bagi mereka. Apa ni...pemimpin UMNO harus sedar perkara ni..jangan dibiarkan juak2 mereka bermaharajalela

saji said...

Sdr ORG KRAJAAN

Bagaiamana dengan dakwaan UTUSAN MALAYSIA baru2 ini ada ORG KERAJAAN yang bocorkan rahsia kerajaan umnobn kepada ANWAR!

Mat Debu said...

Punca utama kecoh sekarang ialah umno tidak menjaga hak/hati orang melayu.
" saya luluskan RM..... juta..... Inilah kerja Najib setiap kali ke majlis kaum cina/india ...

Paling hebat kenaikan harga barang adalah pada era la ni. Yang paling terjejas adalh orang melayu.

saji said...

Salam Dakj

PAC: NFC received LOAN before signing contrct....Malaysiakini

Kes JENAYAH atau KONTRAK atau TORT?

http://ujangchengkau.blogspot.com said...

Dato',

Tun masih relevan samada kepada UMNO/BN atau PR dalam nawaitu yang berbeza.

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat

@Duke Of UMNO
(demi bangsa agama dan negara)

Duke,

you punya 'titles' banyak pakai
gemparrrr..!!! gemparrr..!!!
i tak boleh kata apa-apa lah, bro
cuma-
all right lah brother

gemparrrr..!!!

la ni, duke, you boleh bikin satu title,
tak ada cerita pun takpa.

you satu duke of umno,
tak kan tak boleh post satu posting bertitle

small letters -
gemparrr..!!! ahli marhaen umno tanjung mahu PM najib turun!!! ASAP!!!

just a title, kalau tak jelas cerita
siapa nak komen dia komen

what say you brother?

ahli marhaen umno itu avatarnya banyak
dari anonymous ke James Labu adanya
ada pula Cyber Surfer sampai last
Rao Lanun-Bahasa

cari dia di blog A Kadir Jasin

gemparrr..!!! BERSIH3.0 mahu political funds auditing
mungkin in the works,
mungkin sebarang mungkin
mungkin najib menang besar
mungkin ekonomi berubah
yang tak mungkin keyakinan ahli
marhaen umno tanjung ini hidup kembali percaya kepada najib





Sekian dan Salam Hormat

Rao Lanun-Bahasa




Maka sekira adanya, duke of umno mempromosi nama baik Rao Lanun-Bahasa, barulah Seni Perang bermula, Mahaguru ku.

saji said...

"8. Umno boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan orang Melayu. Umno harus bagi penjelasan sebab-sebab ia membuat sesuatu tindakan. Umpamanya, tempat-tempat di universiti Kerajaan Umno ambil tahu tetapi Umno tidak ambil tahu tempat-tempat di universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang di universiti awam dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat;"

Komen:

a/ Bukankah alasan UMNO menjaga kepentingan bukan Melayu kerana keputusan PRU 12 mengatakan, orang bukan Melayu jelas menolak GERAKAN, MCA dan MIC khasnya, berbanding dengan UMNO yang dikatakan masih mendapat sokongan di kalangan orang Melayu?

b/ Mengapa tidak diberikan contoh dalam hal agihan peluang2 perniagaan yang dicetuskan oleh UMNO dan diminati oleh orang Melayu yang kebanyakannya diagihkan secara direct nego dan close tender kepada syarikat2 kroni UMNO seperti Projek NFC -close tender dan pendafataran pemutihan pekerja asing -direct nego?

Anonymous said...

Datuk, salam, realitinya Tok, BN dan PR, terutamanya PKR, adalah mengata dulang paku serpih. Seandainya, dengan takdir dan izin Allah, Anwar jadi PM, beban sejarah beliau juga sama hebat dan sama berat dengan Najib. Cuma ramai orang Malaysia buta sejarah dan cepat lupa.

Puteri politik Anwar Nurul Izzah (cut&paste Malaysian Insider) berkata: "By Shazwan Mustafa Kamal
November 24, 2011

KUALA LUMPUR, Nov 24 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) must investigate all government deals with French engineering group Alstom, which was fined RM133 million by Swiss authorities for allegedly bribing civil servants in several countries including Malaysia, Pakatan Rakyat (PR) has demanded.

It is the second French company in as many years to be fined for bribing government officials, after telco firm Alcatel-Lucent paid RM435 million to resolve US criminal and civil probes in December 2010.

Alstom was awarded a RM2.8 billion contract by Tenaga Nasional earlier this year to provide key power generation equipment to Southeast Asia’s first 1,000-megawatt (MW) supercritical coal-fired power plant in Manjung.

PKR vice-president Nurul Izzah Anwar told The Malaysian Insider the MACC should immediately investigate Alstom’s latest contract, as well as past deals with the government.

“It must be immediately investigated by the MACC as well as scrutinised by the Public Accounts Committee.

“This move is also crucial considering Tenaga’s past dealings with the company — Hulu Terengganu hydropower plant in 2010, and as turnkey contractors in 1994 and 2000,” she said."

Dia orang muda Tok, dia tak sedar masa itu ayah dia Menteri Kewangan, ayah dia jaga MRCB. MRCB majority shareholder Lumut/Segari di Manjong. Boleh jadi Nurul Izzah dan wartawan MI tak kenal siapa Ir Bustaman dan Nazri Abdullah yang jadi originator Segari. Macam mana MRCB, TV3, NST, Quek Leng Chan dan Tong Kooi Oon jadi financial backers ayah dia. Boleh jadi dia tak baca SD Murad Khalid Bank Negara.

Pokok pangkalnya Tok, kedua-dua parti alternatif kita iaitu BN dan PR dengan pemimpim-pemimpin mereka ada masalah kredibiliti yang teruk. Di Amerika, aspiran politik kena terajang kerana hantar SMS lucah dan asyik. Di negara kita, procurer dan pelompat politik pun boleh dilantik jadi YB. Sedih sungguh bila ramai orang kita buta sejarah dan mudah lupa.

x-team wawasan

saji said...

Sdr Abu Bakar Ab Rahman

"LAST sekali,saya nak tanya kepada yang mengetahui,KENAPA gula masih mahal?sedangkan kilang gula dan firma gula FELDA punya.


BEGITU juga dengan beras, melayu juga pengimpotnya dan pengedar utama beras?...."

Kawan saya yang merupakan peniaga pasar malam di sekitar Selayang kata, kalau nak murahkan harga hasil pertanian dari mula kena tanam sendiri cara anak beranak -macam apa yang orang2 Cina buat dulu di kampung2 dulu. Ini yang saya cuba buat di kawasan tanah 6 ekar di Telok Panglima Garang.

besi said...

D.A.K.J...
rasanya kedua-dua pihak sedang berusaha utk memenangi hati rakyat...BN dan Pakatan.

Tun M...nasihat kat UMNO(BN) kurang usaha utk org melayu... Pendokong dan penyokong UMNO kena kerja kuat la...sbb dilihat kurang berusaha..(Ahmad Masalan dlm rancangan kerusi Panas Radio 24 bernama dah jawab isu ini..)habis semua program dia dah buat..tak pe la itu jawapan Dato Ahmad masalan.

rakyat biasa dibawah akan menilainya dlm PRU 13 nanti..

wait N see..x perlu kata apa2....SENYUM je

Tinta Hitam said...

Datuk,

Apa perlunya UMNO kepada majoriti undi org org melayu jika 2 juta PATI sudah cukup utk memberikan kemenangan kepada UMNO?

Anonymous said...

OrangBaruLahir

Orang perjuangan memang macam tu, tak berkira sangat titik peluh, kadang kala wang ringgit dan disamping tu waktu yang amat berharga, yang tidak boleh ditukar ganti dengan emas dan perak, untuk perjuangan parti, bangsa, agama dan tanah air,

Semangat pengorbanan terhadap parti, terhadap bangsa dan agama telah lama hilang kerana pengorbanan hanya dikenang setelah sesorang itu meninggal dunia, dan itu pun sebagai menunjukkan "kebesaran hati" pemimpin masa kini terhadap mereka yang telah pergi. Jadi memanglah kita tidak boleh bercakap tentang pengorbanan sama sekali baik yang ikhlas maupun yang mempunyai niat udang sebalik batu, sebab tiada lagi yang mahu berkorban.

Prinsip dalam parti-parti {semua parti} lebih kepada "what can the party do for me, rather what can I do to make the party better".

Tsunami politik ini bukan hanya di Malaysia, bahkan dikesemua ceruk rantau Asia Tenggara, yang agak terang benderang adalah tsunami di Indonesia, dan Thailand, dimana keberadaan sistem multi party jelas merubah corak political landscape negara tersebut. The common rallying call proposed by the WEST to these countries are more OPEN democracy, similary in countries like Myanmar and soon to be in the Philipines.


The hope of having a strong government with a strong 2/3 majority maybe a political wish that can only be realised if the though and focus is how to make Malaysia a better country compared to the rest of the countries in the region. "Malaysia First" rather than party first would be a major prime mover to strengthen the country, but in a country like Malaysia building a 1 MALAYSIA DREAM can only come about, if the harsh external realty confronting MALAYSIA are explained and understood by the widest audience of the general population. Things are no longer the same for all the nation of the world - China has overtaken Japan as the No 2 economy in the world and if things progress in the same way maybe even America will lose its prime position.

Tetapi susasana ekonomi dan politik dunia yang semakin memburok tidak sangat dirasakan oleh RAKYAT Malaysia, yang selama ini begitu dilindungi oleh pemimpin UMNO/BN generasi TDM.

Mau tidak mau the two coalition party/government system maybe here to stay, and maybe be further consolidated by the wish of not only the newer generation of Malaysia but FORCES EXTERNAL to the sovereignty of the countries of ASEAN. There maybe external political condition that may now be shaping the US-CHINA tug of war for the varius nation within ASEAN , but because we are a small nation,that cant beat any of them, must some how find ways to join them without losing our identity.

UNDERSTABLY the job of our leaders are not easy, but they must make the necessary sacrifices if not we might as well ask to become the 53rd state of the US or one of the autonomous provices of the PRC.


Salam perjuangan - OrangBaruLahir

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Dah lama rasanya tak singgah ke anjung DAKJ ni. Maklumlah, cari makan.

Apa pun saya bersyukur, kini dah ada yang ambil tahu harga telur.

Harga telur 38 sen. Satu papan/sarang ada 30 biji bersamaan dengan RM10.80. Ini lah cerita saya pada sekitar masa raya haji tempohari.

Makanya saya gemakan pantun Mat Tunjang sekali lagi - orang politik sibuk kata hang salah aku betoi; sedangkan harga barang terus naik.

Bagi yang marah bila orang tegur pasal NFC, cubalah fikirkan yang berikut:

Saya nak soft loan RM50 juta (tak banyak pun) untuk projek ayam telur, boleh? Niat saya ikhlas memandangkan harga telur ayam yang tinggi sekarang ini.

Saya janji saya hanya jual hasil saya kepada kedai rakyat 1Malaysia.

Yang penting, kena bagi saya lump-sum RM50 juta sekaligus. Hasilnya boleh dilihat selepas 2/3 tahun nanti.

Jika mahukan pembentangan perancangan korporat atau keperluan kepada ahli korporat/ahli politik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, itu boleh diusahakan.

Malahan saya harap saya boleh berbincang masalah saya ini dengan PM Najib secara peribadi dirumahnya/Sri Perdana.

(Tak kan Saiful je boleh kot)

Boleh ke macam tu?

Fed Up

saji said...

Sdr Zubir

"Sebagai Melayu Islam saya percaya perbincangan ini akan selesai bila selesai PRU13. Keputusan itu menjadi bukti pada dakwaan kelebihan dan kelemahan semua individu dan partai politik."

Perbincangan yang sdr maksudkan itu akan selesai jika BN menang besar atau kalah teruk yang, pada saya, tak mungkin berlaku.

A KADIR JASIN said...

Sdr Fed Up dan para pembahas yang mulia,

Masalah usahawan dan peniaga Melayu adalah:

1. Kurang pengetahuan dan kurang modal, jadi tak ada staying power;

2. Kurang pasaran. Pasaran terbesar Melayu - terima kasih Perkara 153 dan DEB - adalah kerajaan;

3. Tapi susah tembusi pasaran kerajaan kalau tidak ada koneksi politik;

4. Kena ada mentor politik kalau tidak, idea original, cadangan original hilang atau kena ciplak;

5. Saya rasalah saya baru kena ciplak. Hantar satu cadangan kepada sebuah agensi kerajaan kira-kira setahun lalu. Tak ada acknowledgement. Baru-baru ini, boleh kata 80% yang saya cadangkan orang lain dah buat untuk agensi itu. Wallahualam;

6. Dulu ada buat latihan bagi pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). MeCD tutup, kursus tak diteruskan dan baki bayaran sampai sekarang belum bayar. Dah letih tulis surat dan naik turun pejabat;

7. Satu lagi pengalaman peribadi. Saya nak beli bangunan pejabat 3 tingkat, tiga pintu. Minta kepada 2 bank GLC dan satu bank Cina. Satu bank GLC tawar 65% pembiayaan, satu langsung tak jawab. Bank Cina (Malaysia) bagi 85% tanpa tanya banyak soalan;

8. Kalau orang kata jadi usahawan Melayu senang, jawabnya TAK BETUL; dan

9. Dulu senang sikit pasal IPO banyak dan harga saham kukuh. Sekarang IPO pun kurang dan pasaran saham lembab. Kalau minta public portion IPO, memang susah sangat-sangat nak dapat.

Itulah, lebih kurang ceritanya.

Terima kasih

Anonymous said...

Datuk, salam, Tok izin cut&paste Malaysiakini dengan soalan adakah Azmin menjangka Anwar masuk jail lagi dan dia (Azmin) jadi hero reformasi II?

"Azmin: We'll break through prison walls to free Anwar
Aidila Razak
11:32AM Nov 25, 2011
PKR deputy president Azmin Ali today rallied his party to stand by the party’s de facto leader Anwar Ibrahim, vowing a revolt should the latter be jailed.

In his policy speech during the party congress in Johor today, Azmin said that the party vowed to free their leader if he again ends up in jail.

“This is a strong warning against Umno. Whatever conspiracies there may be to imprison Anwar Ibrahim, we, the youth and women (wings), vow to rise to break through the cruel walls of prison to free (him).

“Pakatan Rakyat is resolved to make Anwar Ibrahim the seventh prime minister,” he said, to resounding applause."

Tok, ada asol ka dalam konfrensi PKR di Johore supaya Anwar angkat sumpah laknat? BUdak jambu tu dah buat lama Tok, tunggu apa lagi?

x-team wawasan

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Dr M: Demo&Oli
(http://chedet.cc/blog/?p=641#comment-135793)


Ini adalah potong dan tampal dari komen yang sedang dalam pertimbangan:

Dear Dr Mahathir
Salaams


The Positronic Malay
(he wants to be an insan not just another umno member)

Democracy And Oligarchy is short posting.
I wonder why Demo&Oli is here when next week is Perhimpunan Agung UMNO. There should be other things on our minds, too; if just to fill the time with good thoughts when one is blessed with useful times.

Bernama (http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=629653) said Dr Mahathir said those making criticism must be careful so that the matters raised were not used as issues by the opposition. That is a clever thought, I say.

Democracy of the Americans and Euro has failed when with their capitalist abuses seek Oligarchic China to help them out of the present financial crisis. Now, how is the PRC trying to help out? Can PRC go alone to help them out of the crisis or will it be proved contagious unless help is given wisely prescribed and diligently, intelligently carried out.

The present financial crisis is both fragile and complex, the way one see it. In America, there is the Occupy Wall Street movement. There is a facebook page created for Cause called Occupy Wall Street (http://www.facebook.com/Gilded.Age?sk=info) and on the info page it is stated Mission
To end corporate corruption of our governments and our lives. As of writing, OWS is in it's 70th day. There is a posting Senators Demand the Military Lock Up American Citizens in a “Battlefield” They Define as Being Right (www.aclu.org) that one would read again if one find it needing going over.

In China, they have started trading gold in Hong Kong. Where does China gets her supply of gold from and how does China converts semi-worthless but important papers into more credit-worthy things. There are talks of a housing bubble and food price inflation.

This posting is a very nice distraction from thinking too much about the PAU. You can't have too much PAU in you. It will give you a lot of gas.

Holding on to that thought, it is good, too to know that Dr Mahahtir is not thinking of how can Malaysia go about helping both Demo&Oli and still be Merdeka enough to deliver Vision2020 and at the same time please the Arabs, the Palestinians, the Mid East if not the world in the end. Which is a much, much heavier excuse for one to dwell on than pleasing oneself and please one's lord, a positronic malay would reason.

If only one could know more about the capitalist abuses, then one can try to seek for solution when one understands the causes, don't you think, Dr Mahathir?


Sekian dan Thank You..


Nota:
Bukan apa, Dato. Nak bermain dengan besi rasanya belum habis lebur besi dan unsur-unsur lain dan banyak lagi kerja. Jauh lagi cerita sebelum sampai bab nak buka lilit kain kuning, mencabut keris, berbasmallah betul diiriigni selawat dan niat.

Dalam PAU adatah agenda ekonomi Melayu dan Negara di Dekad Yang Hilang(The Lost Decade by IMF) dan bagaimana Negara menghadapinya, Dato?

Dalam hal ekonomi dan memimpin kita tertanya-tanya bagaimana pula kebolehan Nurul Izzah?

Bukan apa, nak acah si-Duke of UMNO dan 'act' sikit dengan Lawyer Garang. Mereka ini HEBAAAAAAT..!!!

Nurul Izzah lagi hebat dan berani!

Maaf sekiranya tertelib makan kacang Dato Kadir.

Sekian dan terima Kasih.

sujini said...

Datuk,

Saya dengan ini mengesahkan 100% betul keatas catatan-catatan terkini Datuk daripada 1-9.

Keluarga saya juga mempunyai latar belakang sebagai usahawan bumiputra. Kami juga telah melalui apa yang Datuk lalui.

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat

9. Dulu senang sikit pasal IPO banyak dan harga saham kukuh. Sekarang IPO pun kurang dan pasaran saham lembab. Kalau minta public portion IPO, memang susah sangat-sangat nak dapat.


Backdoor Take Over
(kerja special team)

Ingatkan kita kepada cerita IOI
dinyahtersenarai di bursa KL?

Lost Decades will be full
of volatility and uncertainties

Felda ada dua tahun sebelum ia dimiliki 90% oleh bukan-Malaysia

wall street, sihir dollar dan euro
usul pinjaman dari mereka yang tak ada duit


Sekian dahulu, Mahaguru ku.

Anonymous said...

DAKJ,

"Masalah usahawan dan peniaga Melayu adalah:

1. Kurang pengetahuan dan kurang modal, jadi tak ada staying power;

2. Kurang pasaran. Pasaran terbesar Melayu - terima kasih Perkara 153 dan DEB - adalah kerajaan;"

Yang lain saya lebih kurangnya senada, cuma nak tambah garam bagi duit point di atas.

Cina main dengan kredit. Yang paling menarik adalah kredit bila ambil barang stok. Sebabnya sistem payung dia buat betul-betul.

Melayu, dua masalah. Satu, suka cantas sebab pantang ada pesaing. Kedua, bela kroni lebih bermakna dari bina bangsa.

Pasaran terbesar adalah melayu; setuju. Tapi melayu majoritinya miskin. Mereka akan cari harga murah dan seringkali terpaksa berkompromi dengan kualiti.

Dan harga murah jarang kedapatan dari peniaga melayu. Sebab melayu tidak mampu untuk buat bulk order. Tak macam cina yang dijamin taiko kecik dan kemudiannya direstui taiko besar.

Teringat kawan saya yang dulu berniaga t-shirt printing untuk corporate event. Tak tahan dia nak lawan harga cina yang bawa masuk t-shirt kosong dari cina pakai kontena.

DAKJ mungkin arif dalam pasaran harga kertas - penerbitan dan pencetakan. Siapa taiko kecik dan siapa taiko besarnya?

Satu lagi, tengok saja contoh NFC. Berbanding loan untuk satu melayu sahaja, bayangkan jika NFC dibuat secara payung kepada orang kampung dan felda.

Hari ini boss Khazanah kata GLC tidak dapat kelebihan. Nak tergelak rasanya.

Fed Up

Rao Lanun-Bahaso said...

Wahai Orang Tua Otak Geliga!
Salam Hormat

Bertapa Handal Si-Anak Yasin
(apa bergegar tiang arash tuhan ku)

Dato A Kadir Jasin
Salam Hormat


Message kepada TSri Muhyiddin Yassin melalui facebooknya:

TSri
Salam Hormat

PAU, PPSMI & TDM

Sekiranya di PAU nanti TSri Timbalan Presiden tidak dapat mempertahankan pendirian Kementerian Pelajaran dalam hal memberhentikan PPSMI dengan cantik terserlah hikmah kerana usaha pencinta Bahasa menggunakan teknologi tercanggih IT dan kaedah video dan audio terkini beserta broadband ke kapung-kampung dan pendalaman bagi memudahkan proses fikir dalam Bangsa Malaysia maka saya fikir kemungkinan besar ada terlintas di fikiran TDM:
we don't need another Gordon Brown.

MAAF dan Salam Teramat Takzim


Dato,
kita tidak mahu Gordon brown sekarang bilamana angin OWS anak Arab Spring dan The Lost Decade sampai selesai PRU13. Syria masih bertahan. Alhamdulillah.


Sekian.

Write a reply...



Wahai Orang Tua Otak Geliga,

Apa sistem peperangan Osama Bin Ladin (Allah Merahmati Ruhnya)?

Siapa hulubalang-laksamana si-najib yang terhandal?

Harus diperhatikan Dr Mahathir wahai Muhyiddin, apa itu fikir Bangsa Malaysia melalui bahan pendidikan bersastera sains dan matematik terkini - generasi i-phone, e-book dan broadband, TSri
kita ada sediakan bahan pendidikan dari negara berbahasa American English kalau mahu periksa mutunya, TSri. Bukankah begitu?

Komputer kecil buatan India itu berapa harganya, TSri?

jangan belayar melawan arus kalau kelok mu tiada ijin ke-kuda gagah dan ganas, TSri.

Apakah betul jalan fikir kita, Wahai Mahaguru ku?

Maaf dan maaf sekira kasar bahasa
dan Salam Hormat.

A KADIR JASIN said...

Pembahas AzemanJelani,

Maaf tidak dapat siarkan komen Tuan. Ada unsur fitnah di dalamnya. Jawapan saya kepada Tuan ialah, ramai lagi orang Melayu sayang kepada Umno. Orang bukan Melayu pun ramai yang masih mahu Umno memerintah. Di bawah Umno mereka jadi kaya raya.

Yang jadi masalah adalah imej dan keupayaan kepemimpinan Umno yang ada sekarang.

Malangnya, kalau Umno calar, parti-parti Melayu lain balar. Jadi itulah dilema kita.

Terima kasih.

Anonymous said...

umno susah nak menang-
1) kes shahrizat
2) tiada pembaharuan setiap kali AG bentangkan audit findings walau selepas 54 tahun merdeka.
3) Pemimpin UMNO muka tu aje. Muka nak kuasa dan duit.
4) Naik gaji orang kerajaan gila2 untuk undi depa. Orang swasta yg macam aku bayar cukai ni dah la tak naik gaji, cukai aku bayar untuk naikkan gaji orang lain. Bukannya nak kawal harga barang. Tol tak nak turun/hapus.

Rasa macam dah fed up nak hidup kat Malaysia ni. Nak migrate pulak takde skill hebat untuk dijual..

Melayulayu Fadil

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat


Perbahasan Usul Kepimpinan PM
(integriti najib dan kebolehan memimpin)

Lawyer Lydia
Salam Hormat

Circumstantial Evidence
(when further proof is needed)

Itulah perbahsannya; siapa yang layak mengurus NFC? Pengurusan sekarang sudah timbulkan banyak persoalan, yang besar bagi saya pengurusan kewangan; tetapi kenapa perlu ada hirau tentang lambat sain kontrak? Kenapa ada unsur 'terkejar-kejar' dan pada masa yang sama ada unsur 'melengah-lengahkan?' Darimana datangnya unsur-unsur ini? Projek kerajaan diurus oleh pembesar UMNO sendiri. Ini baru setakat syarikat kerajaan berskala RM250 juta.

Maaf, kerana cerita kita 'a leopard will never loose its spots'; najib bagaimana pula dengan kesan demam campaknya?

Fikir good times and kemudian fikir bad times
good times bad times contrast - austerity drive in NATO is a further deliberation

Bad management in good times can be tolerated;
but bad management in bad times would most probably
bring about tragedy, do you agree?

At the moment, from this posting the way I see it is this: non-malays are having a good laugh at the failure of BNUMNO company management to the extent a non-malay can loot the coffer of the management and the police can not do much.

One reason Greece default is many citizen evade tax
One reason for Italian default fears is not enough returns to service soverign debts, is that not right?

Why should we tolerate najib as PM when he is just another cow we can pull along by the nose when somebody else can do a better job; and at the same time exercise our fundamental rights as good citizens for better leadership.

Or are we expecting good times when PRU13 is over, Lawyer Lydia?

It is very nice to be reminded of May 13th 1969; but now it is all human rights. The right of superpower to decide who get what when.

Was ever najib as good as his father?
najib is certainly a good smooth talker, that I give you, lawyer Lydia.

Of course, to consider bad management - what do we need to even the balance a bit? Better Courts; AG officers, honorable PDRM and MACC?

DOWN WITH NAJIB!
BRING DOWN NAJIB!
hanyalah mentera.

Sekian dan Salam Hormat



Sebarang komen yang terbit hanyalah bagaimana tepat kenyataan najib is a good, smooth talker berkait kepada bad management of BNUMNO ventures in bad times, Dato Kadir?

Saya percaya banyak perwakilan akan terpesona dengan persembahan Orang Kaya Pekan terkaya di dunia ini, Dato Kadir.


Saya harap ini bukanlah sesuatu yang berunsur fitnah, kerana persoalan nya hanya 'character witnesses' dalam kes Bersih Cekap dan Amanah. Kita hanya berligar-ligar dalam kolam circumstantial evidence kerana terlintas di kepala kalau kes pembesar UMNO ada kes tetapi 99% 'Wasted Time, Wasting Time Cases' kata IGP menyampaikan kata A-G, maka masakan nak bawah turun najib bersuara merdu bak buluh perindu.


Sekian.

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya tak sangka yang TDM sudah tak kenal UMNOnya. Tahun 1946-1980 dulu UMNO adalah sebuah parti yang merakyat. Sekarang UMNO parti MT dan JKK. Angka 3 juta ahli yang sering kita dengar itu amat meleset daripada realitinya apatah lagi jika kita maksudkan ahli parti sebagai mereka yang memahami dasar perjuangan parti dan turut serta aktiviti parti terutama semasa mesyuarat cawangan. Jika ada kemasukan ahli baru secara beramai-ramai, hampir pasti itu disebabkan oleh salah satu daripada dua perkara: (1) Ada seseorang "power broker" yang bercita-cita diperingkat cawangan (2) Ada keinginan bersama yang cuba didapatkan melalui pertolongan parti, misalnya, memohon status tanah TOL bagi kawasan yang mereka tinggal. Pokok pangkalnya, bukan ideologi perjuangan parti tetapi mengharapkan sesuatu daripada parti. Sedih tetapi benar.

Jentera penerangan UMNO menerangkan dasar-dasar parti dan kerajaan kepada rakyat sudah sampai ketahap maksimum. Jika lebih daripada apa yang dilakukan sekarang maka mungkin akan sama seperti yang dilakukan Ghadafi di Libya dan Saddam di Iraq. Atas dasar itu maka saya fikir, UMNO telah pun berusaha meraih sokongan rakyat kepadanya. Cuma yang kita semua faham, semakain cerdik seseorang itu maka tidak semakin mudah kita mengambilnya secara mudah. UMNO melalui dasar pendidikannya telah bejaya menjadikan Melayu semakin cerdik berbanding 1946. Kalau dulu kita tak dengar remaja Melayu memaki polis atau gurunya, tetapi sekarang kita sering terbaca berita yang sedemikian. As we becoming a more scientific race we are gradually alienating ourselves from dogmatism and gullibility. We are becoming more rational in our judgment; as such, the notion that only UMNO can rule and bring prosperity to this country is being received as a pure myth. Don't forget, not many centuries ago in Kota Tinggi, our ancestor had shed the blood of a sultan, and that broke the spell of sultan's white blood myth.

Andainya saya seorang ahli UMNO maka penerangan apa yang hendak saya berikan kepada rakan-rakan? Isu BERSIH 2.0 telah pun dijelaskan oleh RTM/TV3 dan BH/UM/NST. Isu Najib-Altantuya telah pun disahkan sebagai bukan-isu dimahkamah. Isu perbicaraan sodomi Anwar telah dan sedang dijelaskan oleh media. Isu lelmbu keluarga Shahrizat telah pun dijelaskan oleh suaminya. Sekiranya saya cuba menjelaskannya lagi tentulah saya menjadi penokok tambah sedangkan saya tak ada sumber maklumatnya.

Walau pun sekarang zaman ICT, namun majoriti pengundi Melayu masih sayangkan UMNO. Jangan buat onar, lama-lama sayang bertukar jadi benci.

Pak Hj JB

Rao Lanun-Bahaso said...

Pak Haji JB
Salam Hormat

Saya ini mahu bikin onar besar!

Saya mahu turunkan si-najib anak Tun Razak dari jawatan PM secepat mungkin.

Seandainya kerja itu berjaya, siapa harus mengganti najib sebagai PM?

Itulah onar ahli yang sudah hilang kepercayaan kepada si-najib anak Tun Razak ini.

Maaf. Saya tak sehebat arwah Khalid Jefri dengan 50 dalil-dalilnya yang baik tersusun. Anwar semestinya membenci si Jefri itu.

Maaf.
Perangai menyibuk di blog Dato Kadir ini hanya galak musim PAU hendaknya. Selepas PAU nanti orang UMNO pun tak ingat lagi apa yang dibahaskan di Perhimpunan masakan pula komen dia yang mahu si-najib lepas jawatan PM as soon as possible.

O ya, Dato Kadir, pada hemat anda pada PRU13 nanti ramaikah calon-calon bebas dan calon tajaan BN?


Sekian.

Anonymous said...

Pak Haji JB,

"Andainya saya seorang ahli UMNO maka penerangan apa yang hendak saya berikan kepada rakan-rakan? Isu BERSIH 2.0 telah pun dijelaskan oleh RTM/TV3 dan BH/UM/NST. Isu Najib-Altantuya telah pun disahkan sebagai bukan-isu dimahkamah. Isu perbicaraan sodomi Anwar telah dan sedang dijelaskan oleh media. Isu lelmbu keluarga Shahrizat telah pun dijelaskan oleh suaminya. Sekiranya saya cuba menjelaskannya lagi tentulah saya menjadi penokok tambah sedangkan saya tak ada sumber maklumatnya."

Masalahnya penerangan yang dibuat itu kebanyakannya tidak menjawab soalan. Malah membuahkan lagi soalan-soalan baru.

Maka bersembanglah orang kampung;

1.Dua kondo? Ingatkan satu. Berniaga kondo lagi untung dari meniaga lembu (ingat dialog cerita 3 Abdul?)

2.Beli baka lembu anak kat siam baru berapa je duitnya. Bukan tak biasa buat untuk raya haji lagi setahun.

3.Kalau NFC yang banyak duit tu ambil anak aku kerja sambilan, dah tentu anak aku boleh belajar berniaga. Lepas tu boleh anak aku nanti pinjam juga dengan kerajaan. Kalau depa ambil bangla, tak da can la.

Inilah tanda pelaksana tidak punya denyut nadi rakyat.

Fed Up

Anonymous said...

DAKJ,

1.Saya rasa Najib terlalu obsess dengan akronim-akronim, mungkin untuk menunjukkan kelainnya dengan PM-PM yang lalu dari segi stail pengurusannya.

2.Belum sempat orang ramai dapat memahami dan menghayati sesuatu akronim yang sedia ada, beliau akan keluar dengan satu yang baru. Ada kalanya kita pun naik letih dibuatnya.

3.Apakah 1Malaysia? Konsep? Falsafah? atau Ideologi? TDM sendiri pernah menyuarakan keraguannya rakyat Malaysia betul-betul memahaminya. Peliknya Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO, boleh menuduh mereka yang tidak memahami 1Malaysia masih tinggal dalam gua. Inikah kaliber dan kewibawaan seorang Ketua Penerangan UMNO yang boleh ditunjulkan UMNO?

4.Kelmarin, dalam wawancara Najib dengan Bernama, beliau menyatakan 'walaupun kita dengan slogan 1Malaysia tetapi kita tidak pernah kata bahawa agenda Bumiputra itu kita sudah tiadakan. Malah ia masih lagi merupakan agenda utama UMNO dan sebahagian agenda nasional'. Ini jelas menunjukkan bahawa orang ramai khasnya orang Melayu selama kini masih keliru dan beranggapan slogan tersebut membawa pengertian kesamarataan semua kaum dalam semua bidang. Apatah lagi, sedikit masa dulu Najib dikatakan akan menghapuskan kuota 30% bumiputra. Tetapi setelah beberapa pihak menyuarakan bantahan, beliau menuduh Bernama salah petik ucapannya.

5.Terbaru Najib keluar dengan akronim Teraju dan TeraS yang akan memacukan lagi ekonomi bumiputra. Sebelum ini, ada Pemandu tetapi dituduh badan-badan bumiputra gagal dalam melaksanakan peranan dan tanggung-jawabnya. Bagaimana nasib Teraju dan TeraS nanti?

6.Era TDM, tidak banyak akronim-akronim yang gah dan hebat bunyinya tetapi negara masih mampu berkembang maju dan mendapat sokongan besar orang ramai. Beliau tidak pernah gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam setiap PRU walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang besar termasuk tikaman dari belakang PBS di saat-saat akhir dan isu penyingkiran ABI.

7.Semuanya bertitik-tolak daripada kekuatan kepimpinan yang boleh diterima dan dihormati sebahagian besar rakyat Malaysia dari semua kaum.

ZMS

Hamba Allah said...

Dato:

We love Najib.But we dont like UMNO/BN.

PRU 13 faktor calon amat penting.
Inilah ungkapan jalanan yang saya dengar.

Sekian terima kasih

Hamba Allah.>

Anonymous said...

DAKJ
Salam maal hijrah!

Tak banyak yang hendak dikatakan lagi dan ianya tidak akan seindah dari tinta seorang ilmuwan:

INTEGRITI DALAM POLITIK
(Ruhanie Ahmad)


Komen,

Bagaimana wajib mengukur integriti najib dengan ukuran yang jujur?
Bagaimana mahu mengukur Bersihnya, Cekapnya, Amanahnya?

Ringan kata, apa yang ingin disampaikan, harapnya tersampailah ia semuanya dengan baik.

Antara sekarang dan PRU13 berhitung hari. Seronok kita melihat pembahas-pembahas dan gelagat UMNO di PAU. Biarlah bersidang dengan selamat dan lancar. Amiin.


Salam Hormat Maal Hijrah



Rao Lanun-Bahaso

AzemanJelani said...

Datuk kata saya fitnah, walhal banyak lagi pembahas dalam blog Datuk ni yang mulut tak lekang-lekang dengan kata-nista dan tuduhan yang setara dengan fitnah, terutamanya terhadap BN, UMNO, Rosmah Mansor, walaupun boleh dikatakan mereka ini tak kenal pun individu yang dihina tersebut, sekadar dengar buah-mulut orang sahaja.

Datuk dan juga kebanyakan orang di sini kerap-kali membicarakan berkenaan UMNO yang 'kononnya' parti berkenaan dah hilang sentuhan terhadap rakyatlah, curi duit rakyatlah, dan pelbagai lagi.

Saban-kali juga Datuk cakap berkenaan kekecewaan, sambil terus menutup sumbangan dan jasa kerajaan yang ditunjangi kerajaan sejak setengah abas lalu.

Seperti juga kebanyakan Melayu yang suka menghabiskan masa di kedai kopi yang suka bercakap hal buruk orang lain, tiada langsung cadangan alternatif, selain daripada seruan berterusan untuk suruh PM pecat orang itulah, orang inilah...


Jadi, Datuk, nyatakan di sini, siapa sebenarnya calon pemimpin yang nampak lebih berkaliber untuk menggantikan Najib dan UMNO sebagai teraju kerajaan?


Kalau tak ada, tak perlulah buang masa untuk bicara hal sia-sia.

Umpama membubuh racun pada pokok yang dah keluarkan buah walaupun buahnya mungkin kurang ranum, sebaliknya mengharapkan pada sebutir benih yang belum tentu pun bertunas. Apa salahnya bantu menjaga pokok yang dah berbuah tersebut, kerana hasilnya boleh dinikmati bersama?

Kalau ada kemampuan untuk beri sumbangan pada negara, apa salahnya sertai kerajaan?

Anonymous said...

Semua orang tau menahu agenda TDM tapi tak berani nak cakap secara terus terang saje. Asyik berselindung di belakang cerita lain-lain.

"TDM tak akan kata mana-mana pemimpin sekarang atau yang akan datang bagus atau parti dipimpin dengan baik kecuali bila anaknya yang naik takta. Erti tak?"

Selama ni dia saje yang dikatakan bagus sebagai PM dan PM sebelum dan selepasnya, semuanya nyanyuk dan tak berkaliber.

Betul tak anggapan saya ni?




Mamak No 1

Anonymous said...

Dato Kadir
Salam Hormat

The Strange Case Of A Jelani
(tell him even anwar is better)

Apakah agaknya YB Mohd Ali Rustam mimpi bila masuk PRU13?

Ali Rustam lebih baik dari najib sebagai PM? - Pastinya!

Fikir-fikirkan.

Salam Maal Hijrah



James Labu

Anonymous said...

Dato Kadir,
Salam Hormat

Que Sera Sera


Dear Dr Mahathir,
Salam Hormat

Endorsement & Trust

I was reading an interestingly titled article The Road To Wars And Economic Collapse(http://www.counterpunch.org/2011/11/24/the-roads-to-war-and-economic-collapse/) which was reminding one of Thanksgiving Day and rambling about the Republican presidential campaign debate and the Russian President’s statement about his country’s response to Washington’s missile bases surrounding his country. Mundane, ordinary stuff by Paul Craig Roberts until I came across this: the failure of a German government bond auction.

…The day prior to Thanksgiving also brought another extraordinary development–the failure of a German government bond auction, an unparalleled event.

Why would Germany, the only member of the EU with financial rectitude, not be able to sell 35 per cent of its offerings of 10-year bonds? Germany has no debt problems, and its economy is expected by EU and US authorities to bear the lion’s share of the bailout of the EU member countries that do lack financial rectitude.

I suspect that the answer to this question is that the failure of the German government’s bond auction was orchestrated by the US, by EU authorities, especially the European Central Bank, and private banks in order to punish Germany for obstructing the purchase of EU member countries’ sovereign debt by the European Central Bank…

Is that true? It is all very complicated to me. Why would Germany obstruct the purchase of EU member countries’ sovereign debt by the European Central Bank?

So, I thought it is best one share the article with Dr Mahathir.

Dr Mahathir knows a lot of things good and bad; and it must be with good reason why he said what he said that najib is on the right track with regard to Wawasan2020.

One can only say if that is what Mahathir wants so be it. One wants no part of it any more. Que sera sera.

Sekian dan Salam Hormat Maal Hijrah.



I have nothing much to say. Now, my burden is much, much lighter. Alhamdulillah.

Sekian dan Salam Hormat.


Free Man

Pandak Leman said...

Jom lah kita pergi ramai-ramai mendengar ucapan retorik ketua wanita umno malaysia mengenai perjuangan melayu yg masih ramai miskin,kesempitan hidup,serba kekurangan.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Salam kasih sayang Sdr.Harun Lazim

Kami sangat bersetuju dengan pandangan saudara tetapi tidak terperanjat apabila tuan menyatakan..
"Turut berucap dalam majlis ini ialah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seremban. Ramai yang terpinga-pinga apabila Ketua Penerangan mengutuk habis-habisan Menteri Besar Negeri Sembilan..."

Orang macam Ketua Penerangan itu mungkin tidak mendapat layanan dari YAB MB N9 untuk memenuhi 'permintaan' peribadinya atau telah 'diupah' oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan C.E.O N9 yang 'no nonsense' itu kerana banyak menolak permohonan2 yang tidak serasi dengan Dasar Pembangunan Stratejik N9 demi imbangan kemajuan dan pembangunan bandar dan desa.

Keputusan sedemikian rupa tidak disenangi mereka yang berkepentingan dan sanggup memfitnah dan bersekongkol dengan pihak lawan demi kepuasan nafsu menjatuhkan kepimpinan yang bervisi.

YAB MB ini kenalan lama kami sejak diBBMB dan pernah merujuk terus permohonan tanah kepada beliau untuk projek perikanan kami..

Ini jawab beliau...'minta maaflah warikh, saya takde kuasa untuk meluluskan... kena ikut peraturanlah.. mohon dari bawah dan kalau jabatan berkenaan 'recommend' barulah boleh EXCO saya pertimbangkan..'

Itulah YAB MB N9 yang kami kenali dan hormati kerna pendirian nya 'Without fear or Favour' dan kami tidak membenci atau mengutuk beliau kerna beliau telah membuktikan kemampuan memajukan N9 mengikut landasan wawasan yang telah beliau gariskan, kearah N9 negeri maju...

Semoga Allah SWT 'kun faya kun' segala usaha murni YAB MB dan EXCO nya demi masa depan anak cucu warikh2 den diN9!

HOBEN JANG HOBEN!

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Kepada seluruh Kito Anak Melayu Insaf (KAMI) N9.. kesinambungan sangat diperlukan jika warikh2 ingin melihat N9 berwajah SERI.. maju jaya dan aman sentosa. KAMI juga menantikan the 'New Image' of Port Dickson.. THE Malaysian Resort City!

anakbuah said...

Salam semua,

Sdr Mamak No 1 kata.."Semua orang tau menahu agenda TDM tapi tak berani nak cakap secara terus terang saje. Asyik berselindung di belakang cerita lain-lain.
....
Selama ni dia saje yang dikatakan bagus sebagai PM dan PM sebelum dan selepasnya, semuanya nyanyuk dan tak berkaliber."


# Saya rasa Dato' AKJ sudah tahu pendirian saya terhadap TDM dan ianya tidak banyak berubah sehingga beberapa tahun lepas, saya pernah menulis begini (dgn izin):

"Terlanjur menyentuh mengenai Mahathir ini, ada kemungkinan pengaruh, ketokohan, kekayaan, ketajaman fikiran serta umur panjang beliau merupakan istidraj. Saya katakan begitu kerana apa yg terjadi kepada rakyat dan negara kita skrg banyak berpunca akibat 22thn pemerintahan beliau. Legasi regim beliau terlalu mencengkam dan bagi saya amat sukar utk mengubahnya. Ada kemungkinan Tuhan mahu Manathir melihat sendiri parti Umno (Baru) ciptaan beliau hancur berkubur dlm sisa-sisa umur yg semakin senja itu. Kalau tidak jasmani, Tuhan mungkin sedang menyiksa emosi beliau sampai lupa dgn kematian dan masih sibuk dgn hal2 dunia (parti, penyokong, harta, kroni, keluarga/suku-sakat & dll). "Jasa-jasa besar" (dosa-dosa?) beliau yg banyak itu kini menjadi beban, bala dan bahana kepada kita semua. Setakat PakLah, memang tidak mampu menanggungnya. Pandangan saya, hanya pentadbiran dan kerajaan baru sahaja dapat mengubah sedikit sebanyak nasib rakyat dan negara. Nasib baik atau buruk, kita serahkan semula kepada kehendak Allah. Kita hanya berharap doa drp sebahagian kita yg beriman, para solihin dan wali dimakbulkanNya."

# Bagi saya, TDM telah redefine maksud 'jasa' dan samada kita suka atau tidak, kesannya akan dirasai oleh kita sampai bila2.

Anonymous said...

Sdra anakbuah,
Salam Hormat

Pandangan saya, hanya pentadbiran dan kerajaan baru sahaja dapat mengubah sedikit sebanyak nasib rakyat dan negara. Nasib baik atau buruk, kita serahkan semula kepada kehendak Allah. Kita hanya berharap doa drp sebahagian kita yg beriman, para solihin dan wali dimakbulkanNya.

Pandangan salafi progresif moderen yang mengkagumkan adalah djin-djin islam soleh bersama-samanya TDM!

salam hormat

peminat uwais

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).