Friday, February 03, 2012

Cuba Sekali Sekala Bersih Sendiri Tandas

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

LEPAS bincang mengenai politik, ekonomi, sodomi dan beberapa tajuk lagi, kali ini saya hendak bali semula kepada cerita tandas.

Kita pernah panjang lebar bincang mengenai tandas dulu dan sekarang - tandas bawah pokok, dalam rumpun mengkuang, di tebing sungai, di atas jambatan dan tandas curah zaman Tun Abdul Razak.

Kerana biasa dengan bermacam jenis tandas, saya kerap buat sendiri kerja-kerja selenggara tandas. Kalau kesempitan masa atau terlalu teruk masalahnya, barulah saya upah Indah Water atau kontraktor bebas.

Jadi, antara cuti Raya Cina dan Hari Wilayah yang panjang itu, saya jadi pembersih tangki rawatan air kumbahan (septic tank). Sebenarnya tidaklah susah. Masa budak-budak dan remaja di kampung, antara tugas saya adalah menjaga tandas curah rumah kami.

Rahsia alam ciptaan Allah Taala sangat unik dan menanti untuk ditemui, dipelajari dan dimanfaatkan. Najis manusia yang terdedah busuk baunya. Tapi kalau terendam dalam air, ia tidak busuk atau kurang bau busuknya kerana sedang “diproses” oleh bakteria.

Saya pernah guna jamban tong. Kalau tidak dicurahkan minyak busuk, tak boleh “buat kerja” dan lalat pun banyak. Pernah sekali bermalam di kuaters KTM yang jamban tongnya dalam rumah. Aduhai, deritanya. Hau, kata orang Utara.

Jamban curah cukup bersih dan tak berbau kalau dijaga dengan baik. Apatah lagi tandas moden yang ada sekarang.

Yang jadi masalah dengan tandas dan sistem air kumbahan di rumah kita ialah kurang penjagaan dan penyelenggaraan ditambah pula oleh penyalahgunaan.

Ada yang campak seluar dalam, tuala wanita dan puntung rokok dalam tandas. Semua ini lambat reput atau tidak reput (non-biodegradable) menyebabkan saluran najis dan air kumbahan tersumbat.

Satu lagi yang jadi masalah besar adalah lemak dari dapur. Kalau tidak selalu dibersihkan dengan menabur garam dan menyiram air panas, saluran tandas dan air kumbahan akan tersumbat.

Masalah lemak ini menakutkan. Kalau saluran tandas dan air kumbahan di rumah kita boleh tersumbat, bayangkan saluran jantung dan tubuh badan kita. Kalau tak percaya, intailah ke dalam tangki rawatan air kumbahan dan saluran tandas di rumah kita.

Di pendekkan cerita, bukan saja sistem tandas dan air kumbahan di rumah saya bersih, malah saya dapat jimatkan duit dan bersenam secara yang produktif.

Inilah kita dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan yang memaksa kita berdikari, mereka dan mencipta apa-apa yang tidak ada atau yang tidak mampu dibeli. Alhamdulillah.

33 comments:

Anonymous said...

Salam dato

Di terengganu oleh kerana kerajaan negeri dia ada lebih duit wang royalti minyak & atas dasar nak bagi projek kepada contractor kelas F, maka di berinya Tong Najis "Septik tank" kepada orang kampung.

Tong hitam ini bagi menggantikan gelung simen yang lama.

Dulu tangki najis lama, dia jerap air dan sukar untuk melimpah keluar, kecuali musim banjir dan hujan lebat.

Namun sekarang tangki baru "tong plastik hitam ini pakai 3 bulan sudah penuh. air melimpah keluar, busuk. Kalau nak selesai masalah kena panggil indah water sedut.

Orang kampung mana tau nak panggil indah water, lagi pun sudah puluh tahun depa dok guna tandas mana ada pernah panggil indah water.

Sekarang sudah jadi masalah kepada penduduk kampung atas hadiah tong taik dari kerajaan negeri Terengganu.

Panggil Indah Water kena bayar sekali sedut Rm 250...

Mat Ali Terengganu kite

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Saya suka tambah satu lagi exercise iaitu mencuci juga longkang depan dan belakang rumah kita, sekali-sekala. Terutama bagi penginap rumah teres atau link-house.

Terlalu ramai masyarakat membiarkan longkang-longkang di depan & belakang rumah masing-masing berlumut dan berkeladak tanpa ambil inisiatif membersihkannya. Mintak mahap cakaplah Datuk, rumah masing-masing cantik berseri, tapi bila kita tengok longkang di depan atau di belakang rumah mereka, MasyaAllah. Loya tekak.

Apalah salahnya jika kita sesekali ambil paip getah air dan tembak lumut-lumut serta keladak longkang tersebut? Nanti yang bersih adalah persekitaran rumah kita juga. Lalat dan nyamuk pun dapat dikurangkan.

Saya pernah dengar kata-kata orang-orang tua bahawa tabiat membersihkan longkang (atau tandas) akan menjadikan seseorang itu tidak sombong dan angkuh. Tak tau lah sejauh mana kebenarannya tetapi ramai jugalah pekerja-pekerja Majlis Tempatan yang tidak sombong apabila saya berbual-bual dengan mereka. Wallahu'alam.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Salam Dato'

Terima kasih kerana "posting" yang tak sentuh politik parti.. letih dan muak.

2. Agaknyer mana lebih untung kepada rakyat: (i) perkhidmatan pembersihan tandas dan pejabat Kerajaan dilakukan sendiri oleh kakitangan tanpa perlu di "outsource" kepada kontraktor atau (ii) seperti amalan sekarang semua serah kepada kontraktor yang kemudian serah kepada sub-kontraktor dan kemudian diupah pekerja dari Indonesia atau bangladesh?

3. Terkenang dulu-dulu di musim angin timur duduk bertinggung atas titi batang nyok.. melepaskan hajat... sejuk tetapi selesa.. tak ada nyamuk..

Anak Tamu
Pokok Sena

OKJ said...

Salam DAKJ

Tandas /Bilik Air / Jamban

Saya ingatkan Dato’ nak bercerita pasal parti KITA. Rupanya cerita tentang tandas. Sebagai penumpang, saya ikut jelah. Jamban pun jambanlah.

Sebenarnya, saya memang suka mencuci bilik air sendiri. Dulu pakai tangan tapi sekarang pakai rechargeable scum buster. Saya beli dekat Parkson, pakai sampai rosak. Tapi sekarang ni dah tak jual dah. Jadi saya beli menerusi ‘ebay’. Lepas seminggu order, dapat dan elok sampai hari ini. Memang baguslah ‘ebay’ ni, nak beli apa je, serata dunia boleh dicari dan dapat bandingkan harga. Bagus! Bagus!!! Beberapa bulan sekali, saya cuci pakai acid. RM 10 sebotol dekat hardware. Ada kalanya, saya cuci pakai water jet. Memang lagi senang.

Ada beberapa kali pembentung najis tersumbat. Mula-mula nak panggil orang betulkan, tapi sayang pulak duit. Jadi saya buat sendirilah. Saya beli ‘flexible toilet scope’ dekat hardware (maaf tak tahu nama). Harga satu set Cuma RM300 lebih. Lepas tu buka pembentung, buang batu-batu karang, dan mulalah menggerudi. Sampailah karang yg menyumbat saluran pembentung tu digerudi. Lepas tu, dengan lajunya air mengalir bersama-sama kandungannya. Perasaan seronok tu memang tak dapat dinafikan bila masalah dapat diatasi. Puas hati rasa. Cuma bila jiran-jiran tanya sedang buat apa, saya kata “biarlah rahsia”.

Kepada sesiapa yg nak mencuba, sila teruskan. Geli tu memang ada. Tapi lama-kelamaan ianya hilang sendiri. Lagipun, ianya 100% buatan keluarga sendiri. Cuma bila tengok batu-batu karang yg begitu besar dan keras menyebabkan ada perasaan takut dalam diri. Macam Dato’ kata, takut salur dalam badan kita pulak yg tersumbat. Sekian TQ.

anak bandar shah alam said...

Dato

Mintak maaf cakap.

IWK dah bil secara otomatik untuk menjaga saluran tandas rumah kita.

Jadi saya tak lah mahu cuci saluran tandas itu cuma saya tak amalkan bahan lain di buang dalam saluran tandas.

kalau ada masalah, saya call IWK atau PBT. saya dah bayar bil pada mereka.

Kalau untuk senaman, saya cuci kereta sendiri atau menyapu sampah di halaman rumah pada setiap hari minggu.

Cuma kebelakangan ini, PBT di selangor dah tak jarang angkut sampah di kawasan kami dan lalat serta bau semakin banyak.

bila kita lambat bayar cukai, pelbagai surat kita terima.

besi said...

dato...
bagaimana keadaan syarikat kumbahan negara...?(indah water)
berjalan lancar ke..?

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Saya cukup yakin, majoriti rakyat Malaysia 'pandai' jaga dan guna tandas di rumah masing-masing, maksud saya, pandai jaga kebersihan dalam bilik mandi bertandas.

Sebuah rumah zaman la ni, ada minimum 2 bilik air/tandas. Rumah bau ok je maknanya kebersihan tandas tu ok lah.

CUMA yang pelik bin ajaibnya, bagaimana majoriti yang pandai jaga dan guna tandas di rumah masing-masing, TAPI langsung tak reti nak jaga, guna kebersihan tandas awam!!!

BAGAIMANA nak wujudkan kesedaran ini?

...........baca di khutbah Jumaat???

Manisan said...

Salam semua..amat manis jika seluruh rakyat Malaysia mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis..Dapat kurangkan bahan buangan dalam masa dua hari itu..Cuba kita kira berapa jumlah yang kita makan dan kuantiti outputnya..Berbaloikah kita menyumbat semua makanan kedalam usus kita tanpa menilai zat dan isi kandungan yang terdapat dalam sesuatu juadah penambah selera nafsu serakah kita ??..

Betapa cantiknya Islam..mengajar kita dari sekecil-kecil perkara hinggalah memerintah negara..tapi pelik kita lebih cenderung dan masih menganggap Sains dan Teknologi yang menemui segalanya..tanpa sedari dari Al-Quraanlah segala isi kandung Alam yang diciptaNya..cuma kita yang malas mengkaji dan memahami apa yang tersirat.

Topik yang Dato kemukakan ini adalah amat simbolik pada tanggapan saya."Sebesar mana dan betapa hebatnya mahligai kita diami kini pasti ada yang tercalit satu ruang yang mana dijaga rapi agar tidak diketahui orang..betapa busuknya kita dan buruknya akhlak kita pasti dikunci rapi untuk mengelak dari diaibkan..samalah di tempat yang bergelar JAMBAN ini..kita selalu menyimpan rahsia dan sesuatu yang buruk serta busuk kerana ia amat mengaibkan..wassalam..

mustaqim abdul rahman said...

datuk...

pada tahun 87 saya darjah 1 saya diwajibkan abah menghabiskan membaca setiap inci surat kabar utusan dan berita jika ada...boleh kata cara saya berfikir dibentuk oleh akhbar...

saya suka membaca tulisan datuk..penuh inspirasi,isi,roh dan tujuan....

sekarang ini blog yang popular penuh dengan sensasi dan cerita cedok.....khuatir apa yg mendidik minda anak masa depan....

apa2 pun datuk...walaupun web datuk tidak sepopular dulu..saya ingin ucapkan terima kasih dan berharap agar datuk terus menulis demi anak bangsa dan saya....:):)

mus said...

mat ali terengganu kite...

saya harap mb terengganu dapat selesaikan masalah ini....

simpati pad aorang kg di terengganu....

harap kesilapan ini dapat dibaiki agar rakyat tidak rasa kerajaan BN tidak pernah berubah dulu kini dan selamanya tidak akan berubah...aiii...

A KADIR JASIN said...

Sdr OKJ, terima kasih atas maklumat. Sdr guna cara saintifik dan canggih. Saya guna cara kampung. Saya guna buluh hidup yang lembut yang saya taman di rumah. Kadang-kadang saya makan sebagai rebung.

Betul, bukan mencuci andas atau sistem air kumbahan yang memberi kepuasan, tetapi kejayaan melakukannya - melihat air yang bertakung tiba-tiba mengalir laju. Melihat saluran najis bersih dan berbau segar. Haha...

Saya guna gemar cuci laman. Saya taman bunya dan sayur-sayuran. Bela ikan hiasan tempatan(keli, jelawat, patin, rohu, baung dan kaloi). Ada yang seberat 7 hingga 10kg.

Saya pelihara pipit jawa dan budgerigar (Australia) dalam aviari. Mereka membiak. Dan saya buat rumah makan burung di luar untuk pipit dan ciak, merbuk dan tekukur. Itu hobby saya. Masa muda, servis sendiri kereta. Tukar minyak, tukar penapis minyak dan angin dan tune karburator. Sakarang kalau mekanik auta kita tahu.

Terima kasih.

Sha said...

You're a handyman Dato. That's good. Banyak org sekarang ni tak minat atau tak reti nak buat sendiri. Tapi bab nak servis keta sendiri tu mintak ampun la. Mcm saya ni org pempuan lagi la. baru ni kena auta RM5k baik keta.

A KADIR JASIN said...

1. Mak Dara, apologies for not posting your message. Still, I thank you very much for your kind gesture. I also apologize to you for not being able to fulfill your wish. I cannot possibly vote anybody's handiwork "the worst". I wish you all the best. Thank you.

2. Sha, it's good to try. Who knows you are actually good at something. I thank my mom and my late father for what I am today. My mom does not eat chicken or egg. When I was a boy and wanted to eat chicken or egg, I had to cook myself. Of course I had to cook also for my younger siblings. I also did their laundry, including ironing using the charcoal-heated iron.

I like cooking. Of course simple ones. Last night I cooked kucai (chives) in oyster sauce , made sambal with cili padi and young mango - all from my garden. My most "advanced dish" is spaghetti in seafood sauce with lots of chopped fresh vegetables.

That's the benefit of coming from a big, poor family with highly caring and motivating mom and dad.

Thank you.

langitbiru said...

Assalamualaikum,

OKJ, "Saya ingatkan Dato’ nak bercerita pasal parti KITA. Rupanya cerita tentang tandas. Sebagai penumpang, saya ikut jelah. Jamban pun jambanlah".

Sdr OKJ minat nak bincang KITA. Saya langsung tak minat.....(minat manusia berbeza!). Sebab, pada pemerhatian saya, PARTI SERPIHAN dan,atau AHLI SERPIHAN (pakar lompat) dari gabungan parti pembangkang, tak bertahan lama, luput dengan sendirinya.

Saya lebih berminat untuk mengajak Sdr OKJ bincang 1CARE. Kot kot lah OKJ dapat kongsi maklumat!

(Mohon maaf Dato', lari dari tajuk)

Jaja said...

Salam DAKJ
Biasalah, kalau nak tahu orang itu bersih atau tidak cuba jengok tandas rumahnya, bukankah begitu? Sama juga nak tahu negeri itu bersih atau tidak jengoklah tandas awamnya...

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'.

Menarik juga bercerita pasal tandas ni.

Saya menyewa rumah di lorong Keramat Kiri 11.Tahun 1972.

Satu pagi,pukul 6.00,tengah.... tiba2 tong ditarik keluar kemudian dimasuk balik setelah isinya dikaut keluar.Apa lagi hebohlah hari tu rupa-rupanya ada juga tandas 'semi auto'.

Satu petua tambahan,pamlah tandas tu kerap sikit walaupun tak....Macamlah lovastatin membersihkan kolestrol dlm.salur darah.

Mencuci longkang,kawasan keliling rumah,satu senaman yang baik,20 minit dah boleh bakar 100 kelori.

Sapulah insect repellant pada badan dan elakkan waktu awal pagi dan senja kut2 diserang nyamuk aedes Aegypti pembawa denggi dan demam kuning.

Tandas awam kotor kerana pengguna kurang cakna,peralatan tandas yg. kurang bermutu cepat rosak dan tuan punya seperti stesen minyak,masjid, restoran,R&R tidak menjaganya dgn. sempurna.

Tandas yg.paling bersih sekali ialah kat R&R Tapah.Tandas rumah saya pun tak boleh lawan.

Tak cakna ni macam perokoklah. Asalkan boleh merokok dah..Orang lain dia tak peduli.Sebab itulah kita dapati kebanyakan restoran tak berhawa dingin penuh dgn.abuk rokok atas lantai termasuklah putungnya sekali.

Mereka merokok di mana saja dan buang putungnya sesuka hati.

Saya juga pelihara itik mandarin,ayam denak, ayam sabung tentunya membersihkan kaki lima rumah menjadi kerja harian.

Tanam pokok kecil di sekeliling rumah bagus juga. Mata kucing ping pong,pokok turi(ulam),Bismillah (anti kolestrol),Lidah harimau(darah tinggi),makhota dewa(pelbagai), duri tujuh bilah(anti kanser),tawa2(tambah platelet darah bila demam dengi) dll.

Kalau semua pengguna cakna tentang kebersihan,saya yakin masalah tandas awam kotor, demam dengi tak timbul lagi.

Maaf lari dari tajuk sikit.

Salam hormat,

Lat Juno.

zul said...

Bersih tandas sendiri memang itulah sebaiknya. Kita juga selalu bersihkan diri selepas buang air kecil/besar, kecuali waktu kita kecil, dan mungkin waktu kita sakit , terlalu tua dan uzur. Bersihkan tandas lebih kurang bersihkan diri juga. Kalau malu dan takut dilihat tak macho, kita boleh tutup pintu tandas supaya orang tak nampak. Kalau orang nampak sekalipun apa nak heran.

Tandas tempat kita sering kunjungi, waktu-waktu terdesak. Banyak lagi tempat lain yang kita kunjungi dalam sepanjang hidup. Bersihnya tandas menjadikan kita lebih peka terhadap keperluan kebersihan dimana-mana tempat. Baik tandas, baik rumah, baik kereta, baik pejabat tempat kerja, baik surau baik masjid.

Tempat yang bersih juga cermin kepada jiwa yang bersih. Jiwa mesti bersih dalam ibadat, dalam kerja, dalam berniaga, dalam aktiviti sosial, juga bersih dalam politik, bersih dalam apa jua.

Cuma masalahnya kadang-kadang kita terlupa menjaga kebersihan. Hati yang bersih wajar bersyukur waktu dapat rezeki, juga waktu rezeki sedikit merosot. Waktu senang dapat loan kita bukan main gembira, waktu tak dapat loan, kita dah pandai maki-maki, syak yang bukan-bukan, seolah adalah hak kita mendapat rezeki dari Allah dan mana-mana bank atau mana-mana manusia.

Begitu juga dengan kuasa politik, memang kita sedia maklum, Allah bukan ada agreement dengan sesiapa dari kita untuk kekal berkuasa. Bila dah turun atau diturunkan, kita reda sahaja. Jangan kita terlalu biasa memaki hamun tuhan dan manusia. Kita bukan eluk setakat manapun.

Mulakan bersih tandas, untuk melihat diri. Kita sekadar hamba Allah.

ab said...

Salam Dato,




Dalam 3-4 bulan ni dah dua kali dato cerita bab jamban ni, kalau saya tak silap.


Perlakuan mencuci jamban,longkang, laman dll adalah sangat baik,dan kebersihan adalah sebahagian islam..petunjuk akhlak yang baik.



Saya melihat tajuk ini dari sudut akhlak..terutamanya akhlak umat islam dan muslim.



Mari kita semak asas ni sikit.


Telah diterangkankan didalam alquran, apa bila bilangan manusia diatas bumi ini bertambah,AKAN BERTAMBAH bilangan manusia yang akhlak tak baik,dari tahap paling buruk sampai la had kurang sikit saja dari baik... adam dan hawa bagus, diantara anak anak nya sudah ada yang berbunuhan, kemudian kaum bani israel yang tidak disukai allah kerana akhlak buruk mereka dan alquran juga menerangkan diakhir zaman ada berpuluh `fahaman' islam....



Satu lagi, pernahkah bumi ini didiami dengan begitu ramai sekali
macam hari ini? lebih 7 bilion....



Kalau 40-50% akhlak tak baik macamamana?..kalau lebih lagi apa hai!


Saya terjemahkan kemalaysia dengan 30 juta orang sekarang, dalam 3 juta masa 1950an....

Ramai laa orang yang `cacat' akhlak!


Kalau 10-15 juta atau lebih bilangan `orang' di malaysia dengan akhlak tidak baik macamana ni dato?


Wallah'huallam.



Abu Bakar Ab Rahman

Sata Saalimun @1974 said...

Kalau tengok kutipan masjid setiap Jumaat..beribu masuk tabung tp tandas masjid mmg teruk..ada yg tiada selak pintu,flush air rosak mcm2...

https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150583752679321

TQ Datok buka minda....

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Saya amat kecewa Dato'sebagai seorang cendiakawan dan wartawan bertaraf lima bintang memileh cerita mengenai bersih tandas sendiri untuk dibincangkan sewaktu kita orang Melayu berada dalam keadaan sungguh kalut dan membimbangkan.

2.Tajuksaperti ini layak berada di blog wartawan satu bintang saja.

3. Pada mulanya saya menjangkakan seolah-olah Dato' cerita mengenai bersih tandas ini seolah-olah nak kiaskan bagaimana kita orang Melayu patut bersatu tenaga nak bersihkan keburukan yang ada dalam Kerajaan,parti-parti politik atau NGO Melayu.

4.Saya fikir masa dah terlalu singkat kerana pilehanraya ke 13 sangat penting kepada orang Melayu.Salah perhitungan samada UMNO,PAS atau PKR terpaksa membuat konsesi yang besar kepada DAP untuk membentuk Kerajaan.

5.Sebelum terlambat marilah kita pakat bersih segala kekotoran dalam politik Melayu supaya kita dapat bersatu saperti kita bersatu menentang Malayan Union sehingga kita boleh merdeka dengan mempertahankan hak dan keistemewaan orang Melayu.

6. Nasib masa depan bangsa Melayu sedang diperjudikan oleh pihak-pihak yang kotor dalam permainan politik mereka saperti najis dalam tandas. Kita perlu bersatu bersihkan kekotoran ini sebelum ianya tersumbat saperti tersumbatnya kolam air takongan najis.

iklas,
Rahim

Mustapha Ong said...

Salam Datuk

Jadi kita semua dah cukup bosan dengan hal-hal politik dan ekonomik negara yang telah dipaparkan di muka hadapan surat-surat khabar sama ada secara penerbitan mahupun internet (maya). Elok lah Datuk telah mengambil inisiatif untuk membongkarkan perkara-perkara dan hal-hal sosial dan keadaan persekitaran di halaman rumah dan masyarakat kita.

Datuk, soal kebersihan tandas telah menjadi suatu isu negara pada satu ketika di kawasan Bukit Bintang di mana sebuah Jawatankuasa khas telah ditubuhkan sebagai kawalselia. Apa telah terjadi pada masakini dengan "projek" yang hangat-hangat tahi ayam aje.

Baru hari sabtu yang lalu saya telah pergi berjalan-jalan di Bukit Bintang pada tengah hari. Saya juga amat terkejut apabila saya jalan melalui Jalan Alor dan lihat begitu kotor,bersepah dan berbau di sepanjang jalan itu. Keadaan persekitaran amat mendukacitakan kita sebagai warga kota yang indah ini.

Perasaan saya demikian amat dirasai apabila saya dan keluarga telah bercuti seminggu di Singapura pada awal minggu sebelum tahun baru Cina. Di Singapura, bukan sahaja kawasan Orchard Road, Tangling Road bersih dan nyaman, tetapi di Gelang dan Arab Street juga bersih, teratur dan nyaman.

Akan tetapi di kota dan bandar-bandar di Malaysia, semua yang kita ilhamkan pada mula pelancaran nya bagus dan positif, tetapi selepas "hangat-hangat tahi ayam itu" keadaan mula bertukar wajah. contoh nya "little India di Brickfield" telah menjadi bahan ketawa yang mencerminkan pihak-pihak yang berkuasa seperti Kementerian WP, Datuk Bandar DBKL atas pemantauan nya yang lembab, di mana berjuta-juta wang rakyat telah dibelanjakan.

Agar perdana menteri kita Najib juga turut malu di mana beliau telah melancarkan kawasan baru "little India dan Brickfield" itu "with a bang and boom-boom". Kementerian WP dan DBKL telah memalukan imej dan keperhatinan perdana menteri sendiri yang telah mengambil initiatif serious untuk tujuan membangunkan kawasan pelancungan itu.

Sebagai ulasan kita semua warga-warga kota mahupun individual dan keluarga kita perlu mengambil sikap yang lebih bertanggung jawab atas soal kebersihan di rumah dan juga di kawasan dan persekitaran umum.

"It's all about one's social bahaviour as part of our society that need to be addressed in order to transform ourselves towards the preservation of the value change down the line. Malaysians should stop blaming each other as well as the regulated authorities of the government.Having said that,we always do things with a "bang and boom" as long as somebody along the line benefit and not long after that"the attitude of who cares creep into our system less our responsibility towards our own welfare and society.

Anonymous said...

Salam DKJ

Alangkah bersihnya tandas awam kalau pengguna-pengguna bukan sahaja celik kedua-dua mata tetapi celik hati sekali. Saya hairan juga label denda RM 500 di merata-rata tempat. Hampir berkarat tetapi jarang saya dengar ada yang kena denda. Cara terbaru meletakkan pengawal dengan resit bayaran dan kaki leter. Barulah bersih. Bolehlah. Sikap manusia. Sukar sangatkah untuk menjaga kebersihan?

sakitmata

Lahuma said...

Salam Dato.

Saya rasa tingkat kesedaran masyarakat Malaysia mengenai kebersihan sudah boleh dibanggakan.Cuma masih ada sebilangan kecil yang tak berapa kisah hal ehwal kebersihan tandas ini.

2.Di luar bandar masih ada lagi yg tandas mereka yg tidak diurus dan dibuna dgn sempurna.Barangkali masaalah kos nak bina tandas tak mampu.

3.Ada juga restoran yg tandas mereka yg cukup teruk dan meloyakan,Ditambah dgn bau nya pula.Ini berpunca drp sikap pengguna yg kaki pengotor serta tuan punya restoran yg tak perihatin soal kebersihan.

4.Warung-warung tepi jalan juga ada yg tandas mereka di dindingkan dengan pelastik atau zink yg berkarat.Sudah pasti bagi orang yg utamakan kebersihan sudah pasti dia tak makan kat situ.

5.Lebih memalukan tandas awam kepunyaan PBT ada juga lebih teruk drp tandas orang kampung.Tak terjaga dgn baik.Ini salah penggguna yg tak tahu nilai kebersihan yg kemudahan awam.

Kita ini kadang kala punyalah berpolitik terlupa hal hal penghidupan yg lain.Seolah-olah politik itu adalah segalanya.

Kebersihan lahir dan batin juga asas penghidupan kita seluruhnya.

Terima kasih Dato.

din klang said...

Aslkum Dakj

Dua hari lalu saya dan keluarga pergi makan di Bagan Nakhoda Omar.
Tandas awamnya sangat kotor tanpa air. Kemana perginya wang yg dikutip dari pelanggan yg begitu ramai tu.

Di Malaysia, selain dari masaalah tandas awam yg sgt memakukan( tapi tahniah pd stesen minyak kerana tandas awam yg semakin baik) rakyat Malaysia punyai banyak lagi sifat buruk, hipokrit dan mamalukan.

1. Kedekut untuk senyum

2. Yg berjawatan sikit berlagak dan tiada tanam sifat membantu.

3. Tanpa segan silu atau rasa bersalah suka mencuri tulang. Contoh terbaik lepas clock in terus pergi makan kat kantin hingga berjam2.

4. Bawa kenderaan macam samseng termasuk pemandu truck dan bas. Kalau nak kena marah atau penumbuk silalah tegur mereka.

5. Tak malu curi, raasuah dan salahguna kuasa tapi tak mengaku bersalah, terus beri alasan dll.

6. Terakhir takut bini. Dirumah pijak semut pun tak mati diluar langani pelacur. Atau bini dia tak takut pd dia macam pemimpin tertentu.

Sebenar terlalu banyak lagi.

Din klang

Anonymous said...

Salam DAKJ

Premier Lee Kuan Yu mengambil masa hampir sedekad untuk 'mendidik' rakyat Singapura terutama orang2 Cina berkaitan dengan tandas dan kebersihan.

Di Jepun pernah suatu ketika dahulu murid di Tadika dan sekolah rendah mempunyai 'umpau' sampah diikat pada pinggang seluar mereka.

Jangan salahkan kawasan di Malaysia ini terlalu luas dan 'beyond the scope' pada PBT.

Saya lihat pegawai2 penguatkuasa tempatan hanya sibuk bertukar2 bentuk dan warna uniform tapi tahap kebersihan persekitaran termasuklah tandas awam 'dok tang tu jugak'-tak berubah apahal.

Kalau 'semua' mengambil bahagian tak jadi macam sekarang ini, Dato

-pecintaalam

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Saya percaya motif Dato' membincangkan bersabit dengan tandas adalah untuk mengajak kita focus atas sesuatu tajuk yang dibincangkan dan tidak hanya mengambil kesempatan meluahkan pendirian kita mengenai dasar sesebuah parti yang kita sokong atau sesebuah parti yang kita tidak berkenaan apabila isu politik atau ekonomi dibincangkan.Amat mendukacitakan kadang-kadang mereka yang tidak mengambil bahagian langsung dalam perbahasan di blog ini kena belasah semata-mata kerana mereka adalah pemimpin parti yang tidak disenangi pembahas tertentu.

Kita lihat pandangan yang diberi bersabit dengan tajuk ini amat focus dimana ada yang berkongsi pendapat mengenai peralatan yang berkesan bagi mencuci tandas , cara mencuci dan sebagainya.Ini berlainan dengan apabila isu politik dan ekonomi dibincangkan dimana ada pembahas tidak memberi pandangan atau fakta yang diperlukan atas tajuk yang dibincangkan bagi dikongsikan dengan pembahas yang lain.

Mungkin ada yang berpendapat apabila sesuatu teguran dibuat keatas sesebuah parti atau sesuatu dasar ianya datang dari parti lawan. Sebenarnya mereka ini mempunyai kemuskilan dan apa yang perlu ada pihak yang menjawab atau memberi penjelasan dengan memberi keterangan keadaan sebenarnya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petalin Jaya.

din klang said...

Aslkum Dakj

Timbalan pengerusi SPR, berkata pihak pembangkang jangan gairah undang pemerhati luar negeri memantau perjalanan PRU 13.

Macam mana kotornya najis ditandas awam begitulah kotornya perangai pengerusi dan timbalan pengerusi SPR Malaysia.

Kalau Dato Wan jujur dan takut pd Allah tentu dia akan mengalu2kan kehadiran pemantau luar negeri agar semua rakyat berbangga dan berkata kerajaan kita memang sah dipilih tanpa sebarang keraguan akibat penipuan.

Kualiti macam tandas awam ada dlm diri Dato Wan. Kasian kakitangan bawahan dipaksa turut menipu.

Din klang

Anonymous said...

Tok Kadir dok tulis pasai jamban
Mat nak gelak tak boleh tahan
Pasai pernah ada pengalaman
Buang air besar duduk atas dahan.

Masa tu budak-budak lagi
Hujan turun tak berhenti-henti
Tenggelam jalan, tenggelam titi
Bila nak buang air kena naik tinggi.

Mat dok baca cerita kondo dan lembu
Susah juga kita nak buat2 tah tahu
Pasai kalau macam selalu
kalau tak betoi depan saman melulu.

Bila depa sebut nama menerong
Mat sayu terus termenung
Pasai menerong banyak di kampung
Tapi taklah mahai tinggi melambong.

Menerong tumbuh dalam paya
Batangnya tajam amat bahaya
Salah-salah pegang mesti luka
Tapi bila diproses ada guna.

La ni menerong ada di kuala Lumpur
Kondo mahal di tempat mashor
Orang kaya beli untuk melabor
Harga berjuta kita tak boleh ukor.

Janganlah dok cerita kondo saja
Kami di utara sedang sengsara
Padi dah kena serang serangga
Berautus relong sudah binasa.

Jangan la dok asyik pi taipusam
Raya Cina pakai chiong sam
Mai la guna ke paya dan kolam
Tengpk Melayu makin tenggelam.

Jangan dok pi restoran india saja
Atau di kedai kopi orang Cina
Orang Melayu pun ada yang meniaga
di gerai buruh tepi jalan raya.

Mat Tunjang dah lama meniaga
La ni projek kerajaan dah tak ada
Kenalah buat apa saja
Macam ambil upah tanam semula.

Bukan semua melayu kroni
Ada banyak yang usaha sendiri
Tapi menteri tentulah tak peduli
Pasai tak ampu, puja dan puji.

Mat minta berundur dulu
Ada kerja di Alor Mengkudi
Di Tok Keling pun ada satu
Ambil upah buat rumah batu.

Mat Tunjang Enterprise

Anonymous said...

Salam..

Yang tersurat dari artikel kebersihan ni.. sangat mudah untuk diambil hikmahnya..

Yang tersirat pun nampak agak jelas hikmahnya..

Tapi.. agak menakutkan kalau difikirkan dalam2..

YAA RABB.. PERMUDAHKAN URUSAN ORANG2 YANG SUJUD PADA AJARAN/ATURANMU

ATURAN PENCIPTA MENUJU SAATNYA

..siti..

Anonymous said...

salam DKJ,

Baguslah Mat Tunjang
Asalkan kita tak telanjang
Kalau padi tak menjadi
Jangan guna akal untuk mencuri

Restoran Cina memang ada
Begitu juga restoran India
Tapi mesti berwaspada
Tanpa logo halal Melayu tak kesana

Menteri sukar peduli
tapi kerja di Alor Mengkudi
Bersyukurlah kpd Ilahi
Mat Tunjang sudah pandai berdikari

Kesilapan kita tak berdikari
Cuma kita mengharapkan subsidi
Mencari ilmu jauh sekali
Penat sedikit disangka dah mati...

usah kita berhati kecil
berfikirlah seperti kancil
Salahkah bermula kereta kancil
muga hidup Melayu tak terpencil

Tanpa kita tiada negara
Pak menteri banyak nak selenggara
Hendak dikejar tempatnya merata
Negara berbilang bangsa..

-akujugapeniaga

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Elok juga Dato' muatkan cerita pasal tandas.Setengah anggap ia anti climax atau potong stim.Tengah2 cerita hangat politik tiba2 Dato' bawa cerita tandas.

2. Tajuk ini bukan sahaja meredakan sedikit tension sesetengah pihak "ahli politik" tapi sebenarnya cerita macam ni membuat kita insaf sedikit tentang asal usul kita. Jangan asyik nak komplain sahaja. Bayangkan kalau tidak ada jamban atau tandas yang sempurna. Bagaimana agaknya kita. Tentu tidak selesa. Nak berpolitik pun terbatas sikit kerana tandas tak selesa.

3. Saya teringat pada tahun 60an, walau pun saya tinggal di Goverment Quarters, tapi masih gunakan jamban tong angkut. Setiap petang kadang2 waktu malam, cina angkat najis akan angkut najis dari jamban2 Quarters kami. Dia tidak kira samada ada orang atau tidak didalam jamban. Dia tetap dengan tugasnya menarik tong untuk dikosongkan dan diganti dengan tong kosong yang lain. Kadang2 tersentaplah juga orang di dalam jamban.

4. Pada tahun 1971, apaabila saya mula bertapak di Kuala Lumpur, saya tinggal bersama rakan saya di Lorong Kiri 13 Kampung Datuk Keramat. Tuan rumah kami juga menyewa satu unit lagi kepada orang lain. Jadi jumlah penghuni rumah kami itu adalah lebih kurang 10 orang. Jamban rumah kami itu masih menggunakan jamban tong. Jadi di K.L pada masa itu pun menggunakan jamban tong. Saya tidak tahu bila mereka mula mengguna tandas pam.

5. Saya tidak fikir anak2 kita akan memahami kepayahan kita zaman dulu. Jadi biarlah anak2 muda sekarang hanya sekadar membaca atau mendengar cerita sahaja. Tidak payahlah nak tutup hidung memikir cerita orang dolu2.

Dan Kajang

Anonymous said...

salam datuk......bab kebersihan ini kurang diberi perhatian generasi skrg...kenapa??????

1. saya salahkan dasar pelajaran disekolah skrg......dulu tiap tiap hari di sekolah saya mungkin sekolah anda semua kita ada jadual waktu untuk sapu kelas, susun meja, paam papan hitan dan sebagainya dan dalam semunggu murid tahun 6 digilirkan untuk mencuci tandas membantu pekerja am sekolah....walaupun nanpak seperti mendera tetapi sebenarnya ia mendidik....

2. kini kerja -kerja tersebut diambil alih kontraktor pembersihan dan kalau adapun sekolah yg melaksanakannya, pasti melompat ibubapa menghantar surat komen kepada jabatan dan jabatan seperti lembu dicucuk hidung pun memberi amaran kepada sekolah.... bila dewasa mereka tiada rasa sayang pada kebersihan dan harta benda....semuanya harap org lain yg buat..


itu pendapat saya la...


cowboy taiping

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato' Kadir
Salam Hormat

O2 Udara Bersih
(syukur nikmat sihat)

rezeki halal
sihat jasmani rohani
rough work, Dato'

lapok
http://chedet.cc/blog/?p=689#comment-137208

lapuk
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/2/25/nation/13504202&sec=nation

Saturday February 25, 2006
Dirty loos giving Malaysia a bad name, says Najib


lapok
masa berlari manusia berubah

Published Feb 05 2012 by The Sun Daily
Mahathir hopes more join 6th Viva Palestina convoy

: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad hopes more Malaysian volunteers will participate in the sixth land convoy of the 'Viva Palestina Malaysia' (VPM), on May 15.

He said this would prove the concern and support of the Malaysian people for the struggle to free the people of Palestine from the clutches..


lapuk
gaza dan kesihatan
lapuk gaza dan pendidikan

lapuk
hidup itu rapuh

malaysia - harum nama mu
di madinah dan makkah


salam hormat

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).