Tuesday, February 28, 2012

Khalwat, Tangkap Basah & The Politicians


A Kadir Jasin

(If you are commenting “anonymously”, please state your name/pseudonym at the beginning and end of your comment. Thank you.)

IF one lives long enough and is observant, he or she is bound to come across a similar incident or hear a similar story more than once. Over time, the incident or story becomes familiar.

So, when I read the story of one Dr Badrul Amin Baharom being allegedly caught in close proximity – better known in the Malaysian syariah parlance as “khalwat” and the Malay language as “tangkap basah” - it reminded me of a similar story that took place some 15 years ago.

For those unfamiliar with “tangkap basah”, it literally means being caught while being wet.

Of course, like all macho and self-righteous Muslim politicians accused of khawat, Dr Badrul Amin vehemently denied it.

Only a village yokel would own up when caught. He admitted to committing the khalwat either out of fear of being beaten to pulp or because he wanted to marry his khalwat partner quickly and cheaply.

But Dr Badrul Amin is no country yokel. He is a member of Parti Keadilan Rakyat’s supreme council and the Selangor government information chief. He was a former law lecturer at the International Islamic University Malaysia and has always held the moral high ground.

But a few nights ago in Kuantan, he was accused of committing khalwat with a 28-year old married woman. They were “caught wet” by the woman’s husband and his friends.

What is similar and familiar about Dr Badul Amin’s story and the story of 15 years ago was the reason for being in the khalwat situation.

They were both being good macho men trying to help married women in distress – a sort of knight in shining armour.

In denying the “tangkap basah” allegation, Dr Badrul Amin was reported saying that “he was merely helping a woman who was facing domestic problems.”

Like the story I heard 15 years ago, the venue for helping the dame in distress was not a mosque or a surau. It was not even at the office of the party’s complaint bureau or the service centre of a wakil rakyat. Instead, the allegedly attempt to “save the mosque” took place in a hotel room. The Malays often refer to marriage as building a mosque.

The story of 15 years ago was told to me (and several other media editors) by the accused person himself. However, unlike Dr Badrul Amin, this high-ranking national politician was not accused of khalwat by any person or state authority. He was accused of having an affair or something of that sort with a housewife. His accuser was a woman who is related to a distressed housewife.

He too did not try to solve the woman’s alleged marriage problem at a mosque, his own official residence or office. He went to a posh condominium. Then, the number of such establishments was small and could be easily tracked down.

Politicians very often talk about transparency and decency. The most transparent way of solving problems and handling complaints, including marital ones, is MCA Public Complains Bureau way.

The bureau’s facilitator, (Datuk) Michael Chong is so well known that the bureau’s clientele cuts across religious, racial and political divides.
Rendezvous in a hotel room and a condominium clubhouse is not the best way for politicians to solve marital problems of distressed housewives.

Still, we must give credit to the Selangor Pakatan Rakyat Government for swiftly asking Dr Bardul Amin to go on leave for a month.

“We hope the leave will be used (by Dr Badrulamin) to focus on efforts to clear his name,” the Menteri Besar's office said a statement.

But Dr Badrul Amin does not have to worry too much. Unlike in the West, where politicians are forced to resign because of sexual improprieties, in Malaysia, politicians accused of such offences thrive.

75 comments:

Lahuma said...

Dato:

Peribahasa melayu kelasik sudah siap begitu lama untuk dihidangkan pada melayu hari ini.


KALAU GURU KENCING BERDIRI MAKA ANAK MURID NYA PULA KENCING BERLARI.

Hebat nenek moyang kita dulu.Hari ini sudah jadi kenyataan bukan simbolik atau rekaan.

Sebab itu Melayu kelam kabut:

1.politik
2.ekonomi
3.agama islam
4.pelajaran
5.sosial
6.moral
7.dsb nya

Apa nak jadi dgn melayu.
Salah siapa.
Guru salah ke
Anak murid yg salah
Atau kedua -dua salah.

Sindrom tegak benang basah cerdik pandai melayu.


Terima kasih Dato.

Anonymous said...

Dato

Kesian badrul kena PENaMPaK sedas.

wawa

iammi said...

Datuk,

Please say something about the increasing trend of using violence and gangsterism method on others to stop them from ceramah or just bcos you don't agree with them. Why is there silence from our so-called leaders? Are the leaders and people with influence like you condoning these? Rosak budaya kita.

Anonymous said...

Estupido:

No wonder the Registrar of Companies refused my application to register "Ikan Tangkap Basah Sdn Bhd" (i.e. Freshly Caught Fish Company).

But this guy caught "khalwating" or really wet? Isn't the latter equal to zina? or is Zina someone's name?

Dr. Amir said...

Dear Readers,

It is interesting to see what is the action of this PKR Party on their members caught in khalwat or corruption?

Are they as the same league as UMNO and MCA?

We are watching???

Khairus Masnan said...

En Kadir,
tak perlulah saudara memanjangkan fitnah.
Umur dah lanjut.
Silap2 minggu depan mati.
Amal tak berapa ada.
nak gonggong dosa fitnah pula ?

Anonymous said...

Tok dok tulis bahasa orang putih
Mat baca tertatih-tatih
Pasai orang putih kurang boleh
Masa mengaji buat banyak dalih.

Pasai cerita tangkap basah
BN dan PR sama-sama gagah
Pantang ada cam mereka pangkah
Tak peduli janda atau masih menikah.

Ada buat kerja berulang-ulang
Tak peduli langsung pantang larang
Tu pun ada lagi orang sayang
Dok sanjung dia malam dan siang.

Dulu orang bergaduh laki bini
Kita nak masuk campur tak berani
Silap-silap kena sebiji di dahi
Balik rumah bini maki.

La ni depa ajak jumpa di luar
Konon nak selasai masaalah besar
Dok tak dok terlondeh seluar
Kena serbu lari bertempiar.

Mat pun tak tahu apa dah jadi
Dengan orang politik zaman ini
Bila cakap lebih dari Nabi
Di belakang tirai buat kerja caci.

Mat mohon berhenti dulu
Ada kerja yang dok tunggu
Bela kambing dan bela lembu
Satu duit pun kerajaan tak bantu.

Kalau berniaga haiwan ternakan
Dipinjam pula duit kerajaan
Jangan dok buat yang bukan-bukan
Takut jadi masalah sakan.

Mat ucap sihat wal afiat
Moga-moga usaha kita dapat berkat
Anak dan bini kita selamat
Orang tak caci orang tak umpat.

Mat Tunjang Enterprise

ab said...

Salam Dato,



Aduh, MALU saya bila membaca berita ini.....


Lebai ini `graduate' al azhar punya bukan macam ramai melayu lain,`sekolah' biasa saja...


Saya tak pandai hai ugama ni,tapi islam itu adalah aqidah,akhlak dan syariah kalau pemahaman saya betui...


Aqidah suruh kita beriman ikut rukun rukunnya,salah satunya percaya qada' dan qadar dan hari kiamat....yang lebai ni buat macam tu,kena la terima hukum macam tu punya...kat hari akhirat tak tau la lagi..tapi kat dunia kena la ikut hukum islam di dunia....



Akhlak lebai pun ``semacam' saja ni... yang dia tak pi tidoq dan rehat malam hari sebagaimana diminta islam tu pasai apa?..lebai malam ka ni?... kalau tak solat malam,pi tidoq laa...


Lebai ni `apply' hukum syariah mana
pulak ni?..dia kena `cekup' dia pi tuju orang lain pulak..hukum syariah ka hukum `serabut- serabai' rekaan lebai ni ?



PELAJARAN DAN PENGAJARAN untuk semua...Berehat la dimalam hari,di rumah sendiri..!,kalau tak sembayang malam hang pa pi tidoq la sampai subuh!..so simple is the islamic teaching.......


Oh lebaiiii.....,ka hang ni sang gelembai.....?




Abu Bakar Ab Rahman

Rao Lanun-Bahaso said...

Cerita 15 tahun yang disebut-sebut mengingatkan kembali era sehari-dua sebelum cerita bangsawan Magnum-Tivoli Villa.

Sebelum itu, cerita Mat Sabu dengan saksi fasik.

Berhati-hatilah kita jangan cerita lama berulang kembali.

Anonymous said...

Salam Dato',

Menarik juga apabila Dato' menjadikan kes Badrul Amin sebagai tajuk tampalan kali ini.

Ada beberapa perkara yang saya nampak, antaranya:

1. Beria-ia Dato menjelaskan "tangkap basah" sehingga menggunakan pendekatan literal meaning, sedangkan saya amat pasti Dato' tahu kesetaraan Ingerisnya, "caught red-handed".

2. Kita tahu juga Badrul Amin adalah seorang yang dikenali ramai. Dalam beberapa ceramahnya yang saya tonton melalaui Youtube, beliau ada mengunakan kata-kata kesat yang tidak berlapik kepada individu yang diserangnya, misalnya mengatakan bekas Mufti Perlis Dr MAZA sebagai "syaitan". Nampak benar kerendahan akhlaknya.

3. Kes Badrul Amin, walau apa pun penjelasannya, telah menambahkan statistik kes-kes "orang agama" (agamawan?) terlibat, atau paling tidak terpalit, dengan salahlaku moral, sama ada maksiat melibatkan perempuan bukan mahram atau pun rasuah.

4. Ada beberapa iktibar daripada kes Badrul Amin:

Pertama, jangan memandai-mandai membuat sesuatu kerja yang kita tidak ada kepakaran atau pun otoriti. Misalnya, kalau kita bukan pakar atau profesional kaunselor keluarga maka janganlah memandai-mandai melakukan kerja itu, kelak menjadi seperti tikus membaiki labu.

Kedua, saya pernah menulis di laman Dato' ini bahawa Islam itu mudah, justeru amat mencabar untuk melaksanakannya. Kunci Islam itu ialah iman dan asanya ialah ikhlas tetapi kesempurnannya hanya datang bersama ilmu. Kita sering mendengar orang agama berceramah mengatakan bahawa janganlah kita berdua-duaan dengan yang bukan mahram kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Perempuan yang keluar rumah tanpa mahram akan menimbulkan fitnah, itu kata-kata peringatan daripada agamawan dalam ceramah mereka. Namun, kini kita mendengar berita seorang agamawan Badrul Amin terbelit dengan isu yang golongan ini sering memperingatkan. Ini mengingatkan saya kepada taksonomi kognitif Bloom, yang meletakkan knowledge sebagai pencapaian kognitif paling bawah sebelum diikuti dengan comprehension dan yang lain-lain. Kalaulah Badrul Amin faham bahawa bertemu dengan perempuan bukan mahram itu salah disisi agama tentulah dia tidak melakukanya, walau apa pun alasan dan nawaitunya. In the worst circumstance, the distressed wife can get help from the police, not by Badrul Amin at wee hours of the morning in a hotel.

Ketiga, ini yang paling utama khususnya sebagai pengajaran kepada diri sendiri, bahawa amat mudah melihat kelemahan orang lain tetapi sukar melihat kelemahan diri sendiri. Peringatan daripada agamawan, janganlah kamu menyangka bahawa diri kamau itu teah beriman melainkan Allah akan menguji kamu.

Wallahu a'lam.

Pak Hj JB

LaM said...

Kadiaq,

Yr comment is typical of those stupid Umno members.

I just read in Msiakini, the 28yr old woman said all this Khalwat allegation is slander. She said she was not in the same room as Badrul. Khalwat means the man and the woman must be caught in the same room, isn't it. Let see that Umno religious dept. Jaip charged Badrul and let's see the evidence presented in court. Before that stop rumor mongering.

Anyway the S'gor PR led gov't asked Badrul to go on leave and they said the problem is between Badrul and Jaip. Unlike Umno people they will defend to the hilt corrupt Umno men and women accused of corruption.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Dalam artikel The Scribe yang terdahulu Sdr. din klang telah berhujah dan mengutarakan soalan berikut;

'Nah sekarang cuba sdr Doncin Cai bandingkan Hasan Ali dgn sikafir Lee Lam Tai.'

Nah sekarang cuba sdr din klang bandingkan pula Dr. Badrul Amin Baharom dengan sikafir(Datuk) Michael Chong?

Ikut kata Dr. Amir,

We are watching???

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. We were once confronted and questioned by our beloved wife for being a good macho man trying to help a 'ibu tunggal' in distress – a sort of knight in shining armour too. This macho man trembled and answered... KESIAN, KESIAN, KESIAAAN?

langitbiru said...

TERLALU AWAL untuk Dato’ dan pembahas membuat kesimpulan.

Apapun, itu fikiran masing-masing, pilihan masing-masing.

Bagi saya, melihat beberapa siri provokasi oleh juak-juak UMNO sejak mutakhir ini pelbagai nama, PERKASA PEKIDA dan lain-lain, serta BUDAYA FITNAH berunsur “lucah”oleh “bekas” orang UMNO, kebarangkalian kes ini kes terancang yang didalangi juak-juak di atas AMAT tinggi.

Pun begitu, “sasaran” mereka tidak tepat. Memilih Dr Badrul Amin sebagai sasaran boleh jadi terjadi “senjata makan tuan”. Apapun, tunggu dan lihatlah apa akan jadi. SEMUAnya akan dilalui dan berlalu bersama MASA.

Mengingatkan saya kepada nasihat seorang Sahabat,

'SAya MUlut muRai' Melayu... 'SA MU RAI' Melayu, menjelaskan maksud apa ‘Yang tersurat,yang tersirat’:

Yang tersurat...Terharu kami melihat Sdrku membuka kata dengan salam 'Rahman dan Rahim'.

Yang tersirat... keikhlasan niat sdr yang melafazkan nya...

Mungkin boleh saya jelaskan begini,
“Yang tersurat…….AMAL”
“Yang tersirat………IMAN”

Amal, samada baik atau buruk.
Iman, itu taqwa……lawannya, munafik.

Terimakasih Sdr ku “SA MU RAI’.
Jangkaan ku sebelumnya, Sdr Ku seorang Pahlawan UMNO, pandang ke Timur (“samurai”Jepun), pandang ke hadapan, luar kotak untuk maju ke depan.

Ps.

“Yang tersurat 'langitbiru', Yang tersirat ' ruang angkasa yang jernih”

Bagi saya,


Yang tersurat langit biru, ruang angkasa yang jernih, menenangkan, menyejukkan dan damai, bagi yang melihatnya……………

Melihatnya “Yang tersirat”, KEBESARAN ILLAHI, Pencipta langit biru.

pakteh said...

Ya Allah peliharalah kami semua dari maksiat dan peliharalah juga kami dari fitnah di akhir zaman

Don Klang said...

Din Klang

I am still waiting for your comment on this hot topic.

As someone with an important position in Selangor, maybe you have some great opinion that you would like to share with us rather than keeping it just to yourself.

As the English proverb says, bad news travel fast.

JJ @ Jawa Johor said...

Salam Dato

zaman sekarang dah ramai sangat dah jadi ustad "celup". Sudahnya kerjanya suka mencelup orang.

La ni dato bawak RM150 pi kat masjid india beli jubah, kopiah, celak, tasbih, balik rumah jiran dah panggil ustad.

susah dah sekarang ni kita nak bezakan ustad asli dgn ustad "celup"

apa kata abang din klang.

Anonymous said...

Lagi lawak bodoh Umno

awang ali

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Pemunya blog berstatus 5 bintang spt Dato patut tunggu dulu sebelum komen. Ini bukan brg mainan tapi soal maruah. Tak pasal2 org pendek akal dah terkinja2 gembira makan daging sdr Islam mereka.

2 sdr Lahuma.....terima kasih sebut perbidalan guru kencing berdiri maka murid kencing berlari kerana ia mengingatkan bagaimana rakyat nak jadi baik kalau ketua mereka iaitu pemimpin Umno bergelumang dgn dosa. Terbaru bagaimana polis dan PBT boleh biarkan beribu2 pelacur Cina dipusat masiat.

3. Kepada mereka yg dgn yakin telah pun membuat kesimpulan bahawa Ust Badrulamin tentu bersalah khalwat saya nak dengar sgt apa hujah mereka.Kalau tidak lebih baik bertaubat. Kalau sdr jahat atau sdr dikelilingi org jahat, jangan fikir org lain juga jahat macam sdr.Jalan pemikiran spt inilah yg menyebabkan Cina tak percaya ada org Islam benar2 boleh berpuasa kerana didepan mata mereka sendiri ramai Melayu tak puasa.Kalau ramai pemimpin Umno berzina(mereka memang senang terdedah sebab disponsor oleh atasan mereka)janganlah borong pemimpinPAS dan PKR juga sama!!!!

4 Sebenarnya ruang blog ni akan lebih bermanafaat untuk topik2 yg lebih berfaedahdan mendesak.

5. Dosa pd Manusia tak cukup taubat pd Allah saja.

Din Klang

maae said...

Salam Dato

1.Tidak kira apa - MALU nya kepada semua MELAYU dan HINA Islam akibat perbuatan si polan dalam perspektif logik fikiran waras bersandarkan jawaban beliau.
(Zaman sekarang sudah tidak relevan jika kita sebut 'perjuangkan Islam' kerana keindahan Islam itu sudah di sediakan lengkap oleh para pejuang, pendakwah,ilmuan Islam terdahulu) Kita GAGAL PERKASAKAN DAN MEYEBAR LUAS DAKWAH ISLAMIYYAH. Bukan Islam bertambah takut dengan mainan lidah-lidah musyrik.

2.Tiada yang remeh temeh dalam Islam. Setiap perkara di tegakkan dengan kalimah Allah. Bukan seperti yang di lakukan oleh sebahagian pihak pembangkang - mengabui pengikut fanatik bersaksikan dan memuji 'kalimah manusia' yang terang-terangan memanipulasi dan menghalalkan cara DEMI POLITIK UNTUK MENDAPAT KUASA.

4.Mereka taburkan anggapan bahawa Islam yang sudah gemilang di perkasakan sehingga kini di anggap bahan mainan rasuah dan picisan Pihak Pemerintah Benar! Naau zu billah min zalik.

5.Melayu majoriti sudah rosak akidah. Kemungkaran itu di anggap penyeri hidup. Kalimah Allah itu, waima kepada sebahagian Alim Ulama berpolitik, hanya di anggap kata-kata politik sahaja ! Tiada lagi Nilai-Nilai Keimanan....

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Terlebih dahulu izinkan kami mengucapkan terima kasih kepada (Datuk) A Kadir Jasin memberi ruang berkongsi pendapat dan kepada Sdr. langitbiru dengan tulisan nya tempoh hari yang telah membuka pintu2 Ilmu bagi kami yang serba kekurangan ini.

TERIMA KASIH.

Sdrku langit biru memanjangkan,

Mungkin boleh saya jelaskan begini,
“Yang tersurat…….AMAL”
“Yang tersirat………IMAN”

Amal, samada baik atau buruk.
Iman, itu taqwa……lawannya, munafik.

Izinkan kami rumuskan sedikit.

Amalan selalunya kami kaitkan kepada insan yang bertakwa berlandaskan rukun Islam dan Iman...
titiknya diSyurga ....insyaallah

Yang 'amal' satu lagi, sama ada baik atau buruk, kami kaitkan kepada pergerakan atau perbuatan manusia yang berlandaskan hawa Nafsu... titiknya didunia fana'

WALLAHUALAM.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps.Jika umat manusia menghayati akan kalimah 'BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM' dan mengamalkannya, pasti dunia ini akan menjadi aman dan sejahtera... mampu lah umat manusia SENYUM selalu.

Mika Angel-0 said...

Orang cakap pasal kena tangkap basah bukan pasal lain.

Ini yang dibuatnya lawak UMNO yang orang faham. nak taubat itu apa perlunya.

Anonymous said...

Dato,

In this case, there werer 3 person involved. A man, a woman and a child.

Since there were three person involved, a charged of khalwat will not stick.

Why do a person who want meet for an affair would bring a child along.

It makes no sense.

in BM,

Dalam hal ini ada 3 orang, lelaki, perempuan dan anak kepada perempuan itu.

Kalau ada 3 orang, ini bukan khalwat tetapi fitnah.

Adakan munasabah seseorang yang hendak berjumpa dengan tujuan maksiat membawa anak perempuannya sekali.

Kita harus menggunakan akal fikiran kita untuk menilai sesuatu perkara bukan dengan hanya baca media massa yang berat sebelah.

Politik semasa ketika ini adalah amat kotor dan tidak sihat. Apa cara sahaja akan digunakan termasuk putar belit cerita untuk memburukkan lawan.

Orang Johor

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Kami terlepas pandang pada P.S. Sdr langitbiru

Bagi saya,

Yang tersurat langit biru, ruang angkasa yang jernih, menenangkan, menyejukkan dan damai, bagi yang melihatnya……………

Melihatnya “Yang tersirat”, KEBESARAN ILLAHI, Pencipta langit biru.

BERSINARLAH HENDAKNYA WAJAH SEORANG INSAN YANG BERTAKWA...

ALFATIHAH, AMIN

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Maaf dan izinkan saya menyimpang sedikit.

Kepada peminat blog ini tanpa terikat kpd mana2 parti saya ingin mengusulkan agar sdr secara sendiri atau berkumpulan mengumpulkan wang sedekah amal jariah setiap bulan.

Wang tersebut hanya untuk salah satu dari 3 tujuan dibawah:

1. Membantu ibu mengandung yg miskin membeli makanan dan vitamin
2. Membantu kanak2 miskin berumur satu hari hingga 6 tahun membeli makanan berzat agar mereka menjadi kanak2 yg cerdik.
3.Sebagai biasiswa pelajaran kpd kanak2 miskin mulai tahun 6 hinggalah ke U.


Untuk berjawa sumbabgan bulanan sdr secara sendiri atau berkongsi hendaknya tidak kurang Rm350 sebulan bagi setiap individu yg sdr hendak bantu.

Bayangkan jika 200000Melayu atau 5% dari tenaga kerja Melayu gigih mengujudkan 200000 sumbangan spt ini maka dalam tempoh 15-20 tahun akan datang 200000lagi para doktor, akauntan, ulamak dan lain2 profesional lahir dari program spt ini.

Saya sebenarnya sgt berterima kasih kpd seorang sahabat yg telah lama menubuhkan tabung khas yg telah sekian lama berjaya membantu jiran dan keluarga beliau yg memerlukan bantuan kewangan termasuk pinjaman pd ahli keluarga.

Din Klang

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin.

Terima kasih atas tulisan Dato' yg. berani ini.Walaupun agak awal sikit tapi tak apa demi kebaikan kita semua.Umat Islam.

Kepada tuan2,terutama kpd. din klang, LaM, Awang ali dan langit biru, yg. ikhlas mencari kebaikan, hayatilah firman Allah ini:

1.Surah Al Isra' ayat 32,bermaksud
Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yg. keji dan suatu jalan yg. buruk.

2.Surah An Nisaa' ayat 148, bermaksud Allah tidak menyukai ucapan buruk yg.diucapkan dgn. terus terang kecuali oleh orang yg. dianiaya.Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Saya guna terjemahan Yayasan Penyelenggara Penterjemahan/Pentafsir Al Qur'an, Indonesia.

Dr.Badrul walaupun berkelulusan agama tetapi telah lalai dan lupa akan larangan2 Allah mungkin kerana nafsu atau salah perkiraan.Allah dan dia sahaja yg.tahu niatnya.

Masih belum terlambat untuk bertaubat

Salam hormat,

Lat Juno

borhan said...

Adakah orang PKR pun sama juga dengan orang UMNO, MCA dan MIC yang lazimnya mengamalkan budaya sexual polotik seperti ini. Menteri Besar letak jawatan kerana bermukah dengan dengan iparnya, Presiden MCA yang menjadi bintang blue video, Timbalan speaker Dewan Rakyat yang menjadi superstar video lucah...jadi yang ini real ke ?

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sahabatku langitbiru yang IKHLAS(antara sifat Junjungan) berkata,

Mengingatkan saya kepada nasihat seorang Sahabat,

Sahabatku,

Semoga kita sama2 nasihat menasihati, bersangka dan berkata baik dan 'pandang ke hadapan, luar kotak untuk maju ke depan' agar tercapai matlamat membina 'kenderaan' yang sempurna model 'Insan Allah' dengan 'pelekat' KHAS untuk menyeberang 'sirratul mustakim'..jambatan 'TOL' yang pasti dilalui setiap Muslim yang bersyahadat ' Laila ha il allah'!

Tol-free hanya khas buat tetamu Allah sahaja.. Permohonan hanya terbuka kepada umat Yang Maha Mulia Junjungan Nabi Muhammad saw. Insyaallah, Insan yang bertakwa akan dianugerahkan 'pelekat' tersebut...

WALLAHUALAM

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Tidak rugi malah menguntungkan bagi sesaorang bersangka dan berkata baik dari buruk.. Yang baik diketengahkan, yang buruk diketepikan.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Kalau sebelum ni saya yakin 95%Ust Badrulamin tak bersalah, tapi selepas membaca tulisan Sdr Orang Johor kini saya berani istihar bahawa Ust Badrul 100% tidak bersalah tapi difitnah.

Samalah dgn kes Anuar Ibrahim difitnah 2 kali kes sodomi dan kes rasuah keatasnya semuanya fitnah yg tidak diragui langsung.

Lanun2 ni, kalau ada kesempatan TG Nik Aziz pun nak dituduh khalwat. Apakan daya TG dah tua dan tektik tu tak akan laku.

Terakhir, saya masih tertunggu hujah jitu mereka yg telah menjatuhkan hukuman bersalah kpd Ust Badrulamin.

Kalau tidak ada hujah, sdr2 lah yg patut bertobat

Din Klang

SB said...

Assalamualaikum Dato'

Umum mengetahui, sejak merdeka UMNO menunjangi pemerintahan. Sejak merdeka juga judi, arak dan pelacuran boleh didapati dengan mudah. Khalwat dan zina tak payah cakaplah. Demi agama hanya slogan.

Sesiapa yang rapat dengan pemimpin UMNO, sudah tentu mereka dapat mengenali penzina lokal dan glokal pemimpin mereka yang bergelar haji serta bijak menyembunyikan noda dan maksiat. Syaitan tidak pilih ahli parti apa pun.

Lebih baik blog tentang pemimpin yang akan dipilih oleh PM untuk mewakili rakyat. Mereka ini wakil rakyat atau wakil PM?

Anonymous said...

KadirJasin, do you know of the 'tangkap basah' case in Port Dickson less than 15 years ago ? What about the hentam basah case by our AG, Gani Patail ? Did the Rahim Thamby Chik case really happened ? Or was it just a fiction ? Who actually fathered the child ? What about Pak Lah and Jean - was it that innocent and clean ? What about Zainuddin Maidin, what about Rais Yatim and his maid ? I hope you spend sometime to do research on these ' flawless ' folks.

Anonymous said...

the story I heard 15 years ago...is actually called Peristiwa Port Dickson....Main actor Najib Tun Razak + a demsel in NO distress & it is NOT Rosmah. He was not caught basah.....but macam Taib ex MB of Selangor with Sultan Daughter in Thailand. Problem is whether Rosmah will obliterate the child like Altantuya to remove anymore DNA evidence..... That is why this matter is always raised.......but how to get Najis DNA to compare....or have they already done it ??....Just that its always good to have dirty linen for special days to threaten and keep threatening!!

Anonymous said...

Samurai Melayu,

Apa pasal setiap kali anda komen, kita perlu baca fatihah.

Ini amalan datang dari mana? siapa yang ajar?

Kita tidak boleh memandai me-reka yang bukan-bukan. Selepas komen, letak sallam atau terima kasih.

Kita tidak perlu baca fatihah untuk komen anda.

Ini mengarut namanya.

Sallam

Anonymous said...

Samurai Melayu,

Apa pasal setiap kali anda komen, kita perlu baca fatihah.

Ini amalan datang dari mana? siapa yang ajar?

Kita tidak boleh memandai me-reka yang bukan-bukan. Selepas komen, letak sallam atau terima kasih.

Kita tidak perlu baca fatihah untuk komen anda.

Ini mengarut namanya.

Orang Johor

Sallam

A KADIR JASIN said...

1. Sdr doncin cai, maaf tidak dapat tampalkan ulasan yang menggunakan analogi Anwar Ibrahim mandi "bolen" dalam Sungai Bukit Belacan. Namun saya setuju yang beliau sejak awal lagi berusaha menampilkan watak unggul dan sempurna sehingga ramai orang menolak segala tuduhan dan bukti negatif mengenai beliau.

2. Sdr Zamrin, saya juga mohon maaf tidak dapat tampalkan dakwaan Sdr mengenai Perdana Menteri. Namun begitu, kalau Sdr ada bukti, itu hak Sdr mendedahkannya. Lagipun, kecuali Allahyarham Megat Junid, watak-watak lain dalam dakwaan Sdr itu masih hidup, malah ada yang sangat berpengaruh.

3. Debater LaM, among other things, said: "Yr comment is typical of those stupid Umno members." I thank you for reading and reacting to a comment by "stupid Umno members."

Thank you

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. din klang mencadangkan,

Kepada peminat blog ini tanpa terikat kpd mana2 parti saya ingin mengusulkan agar sdr secara sendiri atau berkumpulan mengumpulkan wang sedekah amal jariah setiap bulan.

Syukur alhamdulillah.. satu2nya cadangan yang buat kami TERSENYUM.

Rupanya ada 'Suci dalam Debu'

ALFATIHAH, AMIN

Anonymous said...

Pada asasnya, tolong menolong itu tidak salah. Bagus sebenarnya. Tak perlu ada kepakaran untuk sinsing lengan menolong orang.

Najib sendiri berslogankan "saya tolong awak, awak tolong saya". Saiful juga pernah diterima bertamu dirumahnya walaupun tolongnya sekadar nasihat.

Samada benar atau salah si Badrul itu berkhalwat, saya tidak tahu.

Jika lambat-lambat dakwaannya, kita tahulah yang ceritanya setaraf dengan cerita MB Selangor rasuah lembu.

Sempena tema artikel ini, saya sekali lagi nak menyeru, undilah calon dan bukan parti.

Fed Up

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Orang Johor berungut,

Samurai Melayu,

Apa pasal setiap kali anda komen, kita perlu baca fatihah.

Ini amalan datang dari mana? siapa yang ajar?

Kita tidak boleh memandai me-reka yang bukan-bukan. Selepas komen, letak sallam atau terima kasih.

Kita tidak perlu baca fatihah untuk komen anda.

Ini mengarut namanya.

Sdr. Orang Johor yang dimuliakan,

KAMI MENGAMALKAN SURAH 'ALFATIHAH' KERANA BAGI KAMI IANYA ADALAH BACAAN YANG DITUNTUT DALAM AMALAN FARDU AIN' DAN FARDHU KIFAYAH AGAR 'SAH' SOLAT WAJIB DAN SOLAT SUNAT DAN DITERIMA DOA KITA SELEPAS SEMBAHYANG, BERTALKIN, DOA SELAMAT DLL.

ALFATIHAH YANG MENGAKHIRI KOMEN KAMI DI BLOG THE SCRIBE INI PULA ADALAH 'DOA' KAMI UNTUK MENYEMPURNAKAN TERIMA KASIH KAMI TERHADAP EMPUNYA BLOG (DATUK) A KADIR JASIN YANG SUDI MENERIMA KAMI DALAM BLOGNYA UNTUK BERKONGSI ILMU DAN PENGETAHUAN.

Namun begitu, kami memohon maaf jika amalan kami diblog ini menaikan 'BP' saudara.

Kami mohon 'copy & paste' nukilan sahabat kami sdr. langitbiru untuk tatapan sdr Orang Johor dibawah;

Mungkin boleh saya jelaskan begini,
“Yang tersurat…….AMAL”
“Yang tersirat………IMAN”

Amal, samada baik atau buruk.
Iman, itu taqwa……lawannya, munafik.

WALLAHUALAM

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Tidak rugi malah menguntungkan bagi sesaorang bersangka dan berkata baik dari buruk.. Yang baik diketengahkan, yang buruk diketepikan.

Anonymous said...

Kalau ikutkan teori kebanyakan orang UMNO, pada PRU12, PR tak kuat tapi BN yang lemah.

BN lemah kerana ramai orang UMNO yang marahkan Pak Lah anak-menantu.

Kini Khairy dilantik jadi bos PUNB. Najib sendiri yang umumkan.

Adakah budak-budak tingkat empat akan kembali bersayap? Adakah BN akan kekal lemah seperti pra PRU12? Atau sentimen anti Pak Lah anak menantu sudah menipis?

DAKJ ada komen?

Fed Up

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

(Datuk) A Kadir Jasin said,
...
3. Debater LaM, among other things, said: "Yr comment is typical of those stupid Umno members." I thank you for reading and reacting to a comment by "stupid Umno members."

Debater LaM... are you still 'alive'?
If I were you, I would have 'drop dead' laughing at myself or go crazy talking to myself, ' what a fool am I'.... hahaha...hehehe...hohoho

Thank you dear Datuk for exibiting your razor-sharp Samurai S-words.

ALFATIHAH, AMIN
Ps.Last nite(29th Feb) was our darling wife's 14th Birthday dinner party and together we sang the song 'Doa buat kekasih' by Kathy & Papa Rock.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr Orang Johor yg berpengetahuan,

Buka kata kami dengan 'SALAM KASIH DAN SAYANG', tutup kata dengan permohonan doa 'ALFATIHAH, AMIN'

Tidak siapa selain kami perlu mengamalkan nya. Tetapi jika saudara ikhlas sambut dan membaca surah penutup kami, insyaallah akan diberi ganjaran PAHALA AMALAN DAN IMAN

Jika saudara hanya ingin membaca komen sahaja, insyaallah terima juga lah pahala AMAL itupun jika diterima dengan bersangka baik dan manafaat diri saudara.Tohmahan hanya akan merugikan sahaja. Yang baik sdr jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Seperti dijelaskan sahabat kami,
“Yang tersurat…….AMAL”
“Yang tersirat………IMAN”
Amal, samada baik atau buruk.
Iman, itu taqwa……lawannya, munafik.

WALLAHUALAM

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Yang baik dari Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang, yang buruk dari kami yang Lemah dan Lalai..Amin

chempaka said...

Dato AKJ

agak agaknyalah boleh tak dalam kes macam ni kita bebaskan minda kita sekejap daripada politik kepartian. Kes begini tak ada kaitan dengan parti apa pun kerana dalam semua parti ada orang yang ditangkap khalwat, berzina, perasuah dan segala macam perbuatan jelik. Tak ada parti sekurang-kuranya di Malaysia ini yang menghalalkan perilaku buruk.

Kalau orang yang ada kes begini, sahih atau terfitnah pun, pilihannya di tangan kita. Yang mudahnya jangan undi tak kira dari parti mana. Kita mahu calon pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih. Tak perlu riuh sekampung menambah dosa, menambah stress dan menambahkan perpecahan.

Wassalam.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Sekaran ni saya dah sampai satu peringkat tak larat nak marah tapi timbul perasan kesian dgn Najib yg strategi menyerang pembangkang semakin tak menjadi.

Kalau pun nak serang peribadi pemimpin PKR dgn kes khalwat carilah ahl PKRi yg dulunya orang Umno. Mungkin, saya ulangi mungkin ada peluang org kurang cerdik akan percaya. Malangnya mereka cuba Ust Badrulam, siapa nak percaya!!!

Kerajaan UmnoBn bagai nak rak rasuah rakyat dgn BR1M yg saya anggar tak lebih Rm1b tapi terpaksa ditabur seluruh negara. Apalah sgt impaknya jika dibanding dgn bajet keseluruhan kerajaan persekutuan bagi 2012 berjumlah 230b

Sekarang bandingkan peruntukan kerajaan pusat itu dgn sebuah negeri iaitu Selangor yg bajet tahun 2012 cuma1.6b, boleh pula menyediakan tambahan 300jt untuk bantu rakyat Selangor yg memerlukan bantuan kewangan.

Untung betul rakyat miskin di Selangor. Moralnya ialah mereka hendaklah terus sokong PR sebab telah terbukti dpt layanan istimewa iaitu ikhlas dari PR dan terpaksa dari UmnoBn.

Din Klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Pasal bekas Adun Umno Sg Air Sabak Bernam bersalah atas 10 pertuduhan rasuah

1. Ini dah benar2 bersalah kerana telah diputus mahkamah..... Ada sesiapa nak komen?

2. Saya ngeri baca kes ni sebab perbuatan salah diulang2 sampai 10 kali. Adun Umno di Selangor yg lain bagaimana?

3.Sekali pandang saya rasa nak salahkan individu.Tapi bila fikir balik kita rakyat Malaysia pun turut bersalah kerana bersekongkol dgn sistem yg tak betul dari mula. Bayangkan oleh kerana rakyat Malaysia ada budaya mintak sedekah....sikit2 minta wang drpd yb. Tidakkah mereka terfikir yb tu nak korek wang dari mana? Kalau yb dari Klang ke atau Sementa ke banyak projek bole le. Ini cuma Sg Air Tawar....ulu. Nasib badan. Moral ceritanya ialah rakyat juga mesti tanya dari mana yg dpt wang

Akhirnya saya tertanya2 Sprm tak minat ke nak intai2 akaun peribadi Awang Adek.

Din Klang

Anonymous said...

Salam DAKJ

Waimah Malaysia lengkap dengan institusi berbagai cth biro guaman. Biro guaman dibuka pada waktu pejabat. semua tahu. Tak tahu pulak jika Dr Badrul bertugas overtime. Kalau malam memang akan menimbulkan fitnah tanpa saksi2 . Makin parah jika dengan perempuan dan bukan muhrim.

-tertangkapbiarkering

Anonymous said...

dato....tak payah la kita bincang pasal aib org ni....nanti yg dah bahagia bersama keluarga dek cerita lama porak peranda jadinya....


ape kate dato' cuit sikit pasal konsesi TOL SAMY VELU ni.....perlu hapuskan ke tak...


cowboy taiping

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Pengetahuan yang kami perolehi... menanti waktu subuh.

'Islam itu mudah, justeru amat mencabar untuk melaksanakannya.

Kunci Islam itu ialah iman dan asanya ialah ikhlas tetapi kesempurnannya hanya datang bersama ilmu.'

Terima kasih Tuan Hj JB yang dimuliakan.

ALFATIHAH, AMIN

Lahuma said...

Dato.

Satu lagi peribahasa melayu kelasik untuk renungan semua melayu sama ada bijak pandai atau pun belum lagi jadi bijak pandai.

SEPERTI KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN BETUL.

Barangkali inilah juga yang sedang menimpa umat melayu dan islam di negara Tanah Melayu.

Apakah hasilnya dengan begitu banyak IPTA/UPTS.
Ditambah pula dengan beratus institusi agama islam.

Ceramah Perdana/Forum Perdana/Forum Agama/Kuliah Agama.
Sana sinialam bandar dan laur bandar ada selalu.Kenapa umat melayu masih lagi pincang.

Yang yang sedang direbut dan jadikan hala tuju umat melayu.
Kuasa atau ekonomi atau pelajaran dsb nya.

Semua macam ketam.Pemimpin ramai tapi belum ada sepakat.

Tunggulah masa nya akan runtuh dan himpit melayu.Sesuaikah melayu nak sepakat waktu terhimpit dan dihimpit.Dah sesak nafas kerana nafsu besar nak jadi ORANG BESAR.

Terima kasih Dato.

Anonymous said...

Dear Dato',
I have a bone to pick with YB Badrul Amin. It is a gross unfairly conduct on his part to totally ignore the marital distress faced by the opposite gender to what he used to lend his ears to.

We,manfolks do face similar marital problem of our own and it do happen at ungodly hours too.There are man who are abused black and blue by their respective spouses and sometimes even benevolent MrMichael Chong refuse to see us.

We are tremendously elated to hear that the malay has an equvalent or atleast a man of similar standing and emphatatic heart of Mr Michael Chong in the form of YB Badrul Amin when dealings with people in distress.

Hopefully The self annointed expert of marital distress YB would kindly post his daily whereabouts on the net . .This would help many of us , as some of us may have a marital dispute and being at the wrong end of the broom on our head at ungodly hours too.

Nothing would ease our daily sleep other than knowing that YB is forever ready to mediate the matter regardless of time and place as Swiss Garden hotel room at 230am proven his new benovalonic nature .

Thank You

DrPotong

abdullahngah said...

Din Klng,

nak buat macam mana lagi, kerana kerajaan yang memerintah negara selama lamanya ajar rakyat minta duit,

Mungkin para pemimpin negara diajar buat duit menerusi rampas hak rakyat.

maka tugas rakyat kena minta pitis dengan para pemimpin termasuk YB.YB.

Apa tidaknya. kebanyakan YB, YB, UMNO jadi YB satu penggal dah dapat bina rumah berharaga jutaan ringgit.

Apatah lagi empat lima buah kereta mewah ada didepan rumah.

Sangat patut rakyat minta duit dengan YB.

Anonymous said...

Samurai Melayu,

Komen Saudara,

KAMI MENGAMALKAN SURAH 'ALFATIHAH' KERANA BAGI KAMI IANYA ADALAH BACAAN YANG DITUNTUT DALAM AMALAN FARDU AIN' DAN FARDHU KIFAYAH AGAR 'SAH' SOLAT WAJIB DAN SOLAT SUNAT DAN DITERIMA DOA KITA SELEPAS SEMBAHYANG, BERTALKIN, DOA SELAMAT DLL.

ALFATIHAH YANG MENGAKHIRI KOMEN KAMI DI BLOG THE SCRIBE INI PULA ADALAH 'DOA' KAMI UNTUK MENYEMPURNAKAN TERIMA KASIH KAMI TERHADAP EMPUNYA BLOG (DATUK) A KADIR JASIN YANG SUDI MENERIMA KAMI DALAM BLOGNYA UNTUK BERKONGSI ILMU DAN PENGETAHUAN.

Komen Saya,

Dalam dunia ini, tidak ada orang yang mengakhiri dengan kpmen dengan baca Al-Fatihah melainkan saudara sahaja.

Dalam sembahyang pun salah satu rukun adalah tertib, kalau kita baca Alfatihah pada tahyat akhir, tidak sah sembahyang.

Alfatihah perlu dibaca pada waktu yang sesuai.

Forum ini adalah forum semasa, berkenaan dengan politik dan lain-lain. Adalah tidak sesuai apabila saudara komen pasal politik kemudian seru orang baca Al-Fatihah. Orang Ulamak mengatakan hal ini sebagai "Ghalil Adab"

Tidak ada siapa yang akan baca Al-Fatihah apabila membaca komen saudara apatah lagi dalam hal-hal politik.

Betul ke Saudara baca Alfatihah setiapkali selepas komen atau letak sahaja perkataan Alfatihah Amin.

Dalam Islam, tidak boleh syok sendiri dan me-reka mengikut selera perkara yang bukan-bukan.

Maaf terkeluar daripada topik tetapi perlu dinyatakan.

Orang Johor

langitbiru said...

Ujian Allah swt kepada manusia dan orang yang beriman khususnya datang dalam berbagai cara.

Berjayalah bagi mereka yang redha dengan ujian Allah.

29:2 "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ""Kami telah beriman"", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabut)

Badrul Amin, mungkin sedang menjalani ujian dari Allah swt.

Dosa manusia, terbahagi kepada 2, dosa dengan manusia, dosa dengan Allah.

Berdosa dengan manusia, terampun dosanya bila manusia itu mengampunkannya. Dosa dengan Allah, sebesar mana dosa sekalipun, KECUALI bersyirik dengan-Nya, insyaAllah akan diampunkan Allah swt, jika benar-benar bertaubat. Dosa manusia dengan Allah, sebenarnya dosa kerana menzalimi diri sendiri.

Badrul Amin, tiada apa-apa dengan masyarakat Malaysia. Dia tidak rompak duit Negara, duit rakyat. Dia tidak melakukan rasuah, baik dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, mahupun dalam bentuk kewangan dan material.

Mereka yang diberi kuasa (politik), atau diberi amanah kuasa, tetapi menyalahgunakan kuasa politik untuk kepentingan diri, melakukan rasuah, sebenarnya berdosa dengan semua rakyat Malaysia. Dosa itu tidak akan terampun,kecuali rakyat mengampunkannya.

Banyak perkara yang amat membimbangkan berlaku, jauh membimbangkan dari kes Badrul Amin.

— Ahli parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 kerana membuat lapan tuntutan palsu.
Abdul Rahman dari Umno dituduh membuat tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang TIDAK PERNAH DIJALANKAN.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

INI LEBIH MEMBIMBANGKAN


— Malaysia Airlines recorded a stunning net loss of RM2.52 billion for 2011 and the company is now in “crisis”, the national flag carrier said today. “MAS-Gate” terus menghantui rakyat Malaysia. Semuanya bermula dengan “penyalahgunaan kuasa” memberi syernya kepada Tajuddin. Billion ringgit wang rakyat digunakan. Sampai sekarang, MAS-Tajuddin kekal menjadi rahsia, tiada siapa tahu. MAS-Gate Saga diteruskan dengan pertukaran syer MAS-AirAsia, berapa banyak wang bertukar hasil pertukaran tersebut, TETAPI, MAS tetap rugi, billion ringgit.

INI LEBIH MEMBIMBANGKAN

-NFC-LEMBU-Gate macammana? Lagi sekali duit rakyat digunakan. Jangan pula ambil jalan mudah,dengan mengatakan mereka ini akan diadili di Padang Masyar. Kalau berhujah begini, apa guna Quran diturunkan untuk beri petunjuk dan hokum?
INI LEBIH MEMBIMBANGKAN


-Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Chairman baru Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB). Apakah berdasarkan pengalaman luas, criteria kelulusan akedemik ATAU berdasarkan kedudukan politik dalam Parti UMNO, maka dia dilantik sbg Chairman? Jika kerana kedudukan politiknya, maka TAK HAIRANLAH berebut-rebut beringgit-ringgit orang UMNO melobi untuk mencapai kedudukan politik, kerana menanti mereka adalah “Telaga Emas”. Hakikatnya, mereka inilah merosakkan DEB, melahirkan kapitalis Melayu elit, atas kepayahan dan kemiskinan bangsa Melayu.
INI LEBIH MEMBIMBANGKAN

-JCORP bakal menjualkan KFC kepada Syarikat Yahudi.
INI LEBIH MEMBIMBANGKAN

Banyak lagi perkara yang jauh lebih membimbangkan, yang menimpa rakyat secara halus dan tersembunyi.

Kes Badrul Amin ini tiada kena mengena dengan rakyat.
TAK PERLU DIBIMBANGKAN.

Kalau menyebar fitnah, yang dapat hanya DOSA KERING!

Anonymous said...

Aslkum Dakj
Tambahan pd paparan Abdullahngah

Hampir kesemua yb Umno kena ada duit, halal haram belakang kira sebab penyokong mereka tak mau ambil tau. Yg penting bila minta sumbangan, wangnya ada.

Yb juga yg biasanya terdiri dari ketua bahgian Umno mesti banyak wang. Kalau tidak mereka akan ditumbangkan oleh timbalan ketua atau naib ketua yg kewangannya lebih kuat.

Itulah fakta hidup dan budaya Umno........jawatan menjamin wang dan wang menjamin masa depan yg gemilang. Tak ada kelulusan tinggi tak pe. Cuba tanya Tan Sri Bad di Kedah ke atau Dato Rahman Palil di Sementa

Tapi tak pe sebab peminat Umno selalu ambil sikap tak jaga tepi kain org asal nasi di dapu hari nir masih ada..tak sempat nak fikir masa depan anak bangsa sebab..moto mereka..bersyukur lah pd Umno

Terakhir, betul ke sambutan pd siri jelajah Hasan Ali dah mula kelat?

Din Klang.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

MAS baru mencatat kerugian berjumlah RM2.5b, bukan 25jt dan jugak bukan 250jt tapi 2500jt bagi tahun kewangan berakhir 2011.

Oleh kerana majoriti saham MAS dipegang oleh kerajaan melalui Khazanah Nasional maka kalau dalam bahasa mudahnya rakyat Malaysia berniaga rugi....patutlah urusan nak naik gaji kakitangan awam terkial2.

Tiada sebarang komen dari surat khabar atau tv yg terkenal dgn kelantangan mereka mengkomen laporan fitnah terhadap pembangkang.

Bila MAS atau mana2 agensi milik negara rugi berterusan maka adalah yg tak kena dgn bisnis tu sendiri atau pengurusannya.

Tahun sudah Asia untung banyak, Singapore Airline, Qatar Airways, Ethihad dan Emirates semuanya untung banyak.
Kenapa MAS boleh rugi?

Bila MAS rugi kerajaan UmnoBn terpaksa pump in modal baru, bererti kuranglah peruntukan pd rakyat spt sekolah dan hospital baru dsbnya.

Lebih teruk kerajaan terpaksa pinjam duit melalui jualan bon untuk cari sumber dana. Negara boleh tergadai kalau begini caranya. Apanak dikata sebab kerajaan UmnoBn selalu beranggapan Malaysia tak mungkin bangkrap.....yg boleh bangkrap tu negara lain spt Argintina, Greece, Portugal, Spain dan Italy.

Berbanding dgn kerugian MAS, yg hairan kewangan negeri2 Pakatan Rakyat seperti Selangor, P Pinang Kedah dan Kelantan jauh lebih baik tanpa ketirisan.

Percayalah, MAS di bawah Pakatan Rakyat akan untung.

Mana lebih berbalui bincang soal MAS rugi atau DR Badrulamin kena fitnah?

Din Klang

WADIRONI said...

i dont understand la Dato' ...lidah tergeliat disebabkan maksiat. Pemimpin Melayu dot.dot sewaktunya juga tak mampu nak berkerudung ...malah membuka pekong . Siapa yg untung ? Mungkinkah hukum pancung mampu menolong ?

atau

mungkinkah mereka itu memang sombong.//

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Orang Johor

Kami akan hanya 'copy & paste' penjelasan dua orang insan berikut yang kami syok sendiri menghayatinya.

Sahabatku langitbiru yang telah mengkukuhkan lagi 'buku panduan' kami;

“Yang tersurat…….AMAL”
“Yang tersirat………IMAN”

Amal, samada baik atau buruk.
Iman, itu taqwa……lawannya, munafik.
DAN...
Tuan Hj JB yang menghadiahkan 'lampu suloh' antara alat bagi perjalanan kami;

'Islam itu mudah, justeru amat mencabar untuk melaksanakannya.

Kunci Islam itu ialah iman dan asanya ialah ikhlas tetapi kesempurnannya hanya datang bersama ilmu.'

Sdr. bertanya,

Betul ke Saudara baca Alfatihah setiapkali selepas komen atau letak sahaja perkataan Alfatihah Amin.

Soalan cepu emas sdr. kami tanya dengan tenang dan pendek...baca dengan mulut atau hati?

WALLAHUALAM.

Seperti saudara, kami juga berhak menyatakan... Kita jaga kubur masing2 lah.. dan sdr boleh lah bersadaqallah sampai disini

ALFATIHAH, AMIN.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan penyokong UmnoBn khasnya

1. Sdr tak jemu ke dgn golongan perompak harta rakyat yg sdr dah bela selama lebih 54 tahun.

2. Sdr tak mau belajar dari Filipina. Selepas Diktator yg bernama Marcos ditumbang oleh pejuangan rakyat yg diketuai oleh pejuang politik bernama Banigno Aquino, Filipina kini jauh lebih baik keadaan sosial, politik, ekonomi, taraf hidup, kehakiman, keselamatan, hak asasi dan media yg tidak dikawal.

3. Keadaan yg sama sedang dinikmati oleh rakyat Indonesia setelah berjaya membebaskan negara dari pemerintahan kuku besi Suharto.

4 Bagi kedua2 negara tersebut rakyat telah memaksakan kehendak mereka iaitu tempuh paling lama presiden memerintah tak boleh melebihi 8 tahun........sama spt perlembagaan negara paling kuat didunia iaitu Amerika Syarikat.

4.Dengan tempoh maksima 8 tahun rakyat akan untung sebab pemimpin tak sempat nak berlagak macam raja mutlak. Isteri mereka pun tak sempat nak jadi presiden atau perdana menteri no 2. Anak2 mereka pula tak sempat membesar dgn fikiran bahawa negara, bapak mereka yg punya.

5.Hanya pemerintah yg TAKUT pd rakyat tidak akan akan menyiksa rakyat. Adakah sdr fikir UmnoBn TAKUT rakyat atau rakyat yg terpaksa takut pd UmnoBn melalui pelbagai sekatan dan hukuman yg dibuat2

6.PRU 13 memberi peluang pd rakyat Malaysia mengajar UmnoBn siapa sebenarnya tuan. Tolong jangan sampai ditertawakan oleh rakyat negara jiran atau tolong jangan sampai dimarahi generasi anak cucu kerana tak pandai pilih kerajaan.

7. Biar sejuta pengundi hantu yg diujud UmnoBn, atas kesedaran sdr2, inshaAllah sizalim yg bernama UmnoBn akan lenyap.

Din Klang.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Nampaknya Najib sedang cuba bakat lakunan agar boleh menjadi pelakon Melayu terhandal mengalahkan MM dan Abdullah Badawi.

1. Dia ingat minta maaf pd rakyat begitu senang..cakap maaf settle semua perkara. Kalau begitu tak payah ada undang2 dan tak perlu ada polis dan mahkamah

2 Sebelum dimaaf kena denda dulu...kena pulangkan yg dicuri. Yg difitnah pulak harus dibersihkan maruah mereka

3Dan yg terakhir sebagai tanda dah benar2 bertaubat......Najib kena declare "oleh kerana kami telah banyak berdosa pd rakyat maka kami rela tak diundi buat kali ini. Berilah peluang pd PR pulak" Itu barulah nampak iklas sikit.

4. Dah habis berkasar, Najib nanpaknya pakai reversed psychology pulak. Ada yg mula cair nampak!!!!!Nasib Melayu!!!!

Din Klang

Anonymous said...

Masa Idris Jala jadi bos MAS, banyak aset MAS yang kena jual. Langsung atas kertas, nampak untung.

Kini terbukti, "kekebalan" MAS tak boleh kekal @ sustain. Sebabnya mudah. Sebab hasil kerja Idris Jala hanya cantik di atas kertas sahaja.

Perubahan yang dilakukan Idris Jala hanya mengubat simptom MAS dan bukan penyakitnya.

Apa-apa sekalipun, atas "kejayaan" Idris Jala di MAS itu, dia diangkat sebagai pakar. Malah diberi kerusi penting mengkaji dan membuat cadangan "transformasi" ekonomi negara.

Adakah ubat-ubatan unjuran Idris Jala itu akan sekadar mengubat simptom atau keseluruhan penyakit ekonomi negara?

Fikir-fikir lah sendiri. Saya tak mahu cakap sebab tak ramai mana yang nak mendengar. Maklum saja saya bukan sekolah tinggi.

Saya sekadar boleh berdoa agar tidak perlu terhantuk lagi.

Fed Up

abdullahngah said...

saya tengok ramai orang PAS bersempati sebaik saja Dr Hassan Ali di pecat.

Bermakna ada penyokong yang tersendiri.

Setelah dia jelajah atas nama JATI seolah olah telah memberi saham kepada umno,sempati orang PAS mula kurang.

Dah ada yang benci,Malah ada yang meluat.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Najib buat kenyataan terbuka mint maaf atas keterlanjuran UmnoBn yg lepas2. Najib dah dpt clearance terutama dari MM ke? Setahu saya minta maaf tiada dalam kamus MM dan UmnoBn. Adakah ini petanda Najib tau UmnoBn akan kalah sehingga terpaksa melutut pd rakyat.

2. Zahid Hamidi minta pembangkang jangan politik aset pertahanan negara. Ertinya pembangkang jangan sibuk2 bertanya apakah komisyen dibayar pd pihak twrtentu semasa pembelian. Pembangkang juga jangan bising kalau kapal selam boleh menyelam atau tidak. Juga jangan bising kalau kapal terbang terpaksa diparking saja sebab tak ada spareparts. Jangan juga tanya kalau kelengkapan tentera negara jiran baru dan moden. Dan jangan juga tanya kenapa tentera udara masih pakai pesawat atau helikopter tua menyebabkan banyak kecelakaan dan kemaian pilot Melayu.

3. Semua orang tau apabila Israil menyerang dan merampas tanah arab pd tahun 1967, ianya dibuat dalam masa beberapa hari saja keraba kecangihan peralatan tentera mereka. Dan hingga hari ini tanah itu belum dipulangkan. Apakah Zahid mahu Malaysia mengalami nasib yg sama? Ngeri saya membayangkan kalau kejadian sama berlaku tiba2 separuh negeri selatan semenanjung diserang dan diannex dlm masa beberapa jam sahaja.

4. Atau, bagi Zahid apa nak gaduh2 pasal pertahanan negara.Bukankah Umno serah Singapuru pd LKU dgn senang pd tahun 1965.

Din Klang

Maaf Sebut said...

Islam itu cantik. Bila kita menerima sesuatu berita ttg saudare semuslim kita, hendaklah disiasat kesahihannya.
Kerana itu bila saya dengar cerita tak baik samada dari pas dari umno dari bn dari pakatan rakyat, saya mengambil pendekatan tidak terus menghukum kerana apa yang dikata itu tidak semestinya benar dan betul. Mungkin boleh jadi hanya feksyen semata-mata.

http://maafsebut.blogspot.com/

Raja Abdul Rahman Dain said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Saya lihat pembahas kita berdisplin dan tidak berlebih-lebihan memberi komen dalam isu ini. Ini kerana mereka sedar suruhan Allah supaya apabila terdapat berita yang tidak menyenangkan mereka tidak terus menerimanya tetapi berbaik sangka hinggalah ianya dihakimi pihak yang berkuasa.

Dalam hal ini difahamkan Polis hanya menerima lapuran dari JAIP dan yang tertuduh telah memberi penerangan kepada Jabatan Islam Pahang. Pihak hotel ada rakaman CCTV yang boleh menyenangkan pihak menuduh dan tertuduh membuat kes masing-masing. Kita tunggulah samada pertuduhan akan dibuat dan jika ini berlaku kita tunggu keputusan Mahkamah.

Bersabit dengan masalah MAS sehingga tahun lapanpuluhan MAS dikendalikan oleh kakitangan yang tiada berkepentingan. Mereka fokus dalam tanggungjawab mereka. Ianya kebanggaan rakyat kerana berdaya maju dan bukan sahaja dapat mengumpul eset yang banyak tetapi terkenal diseluruh dunia sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan yang baik.Hanya kemudian bila ianya diserahkan kepada ahli perniagaan yang tidak fokus untuk meneruskan apa yang telah dirancang maka terjadilah apa yang berlaku sekarang.Apabila YAB PM mengakui Kerajaan ada membuat kesilapan maka salah satu langkah yang perlu diambil adalah menentukan tiap-tiap agensi diserahkan kepada ahlinya dan tidak berdasarkan kepada politik semata-mata.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

anakbuah said...

Sdr Fed Up,

"Perubahan yang dilakukan Idris Jala hanya mengubat simptom MAS dan bukan penyakitnya.

Apa-apa sekalipun, atas "kejayaan" Idris Jala di MAS itu, dia diangkat sebagai pakar. Malah diberi kerusi penting mengkaji dan membuat cadangan "transformasi" ekonomi negara.

Adakah ubat-ubatan unjuran Idris Jala itu akan sekadar mengubat simptom atau keseluruhan penyakit ekonomi negara?


# Agak malang negara melalui PM Najib memberikan kepercayaan kpd Idris Jala men'transform'kan segala kekayaan ekonomi dan pemilikan negara kepada aktiviti2 dan pendekatan2 yg berisiko tinggi semata2 utk mengekalkan kuasa BN dan melayan nafsu pemimpin2 yg menganggap apa saja yg tinggal dlm perbendaharaan adalah milik mereka dan emak-bapak mereka. Ini amat tepat jika kita perhatikan banting2 di merata tempat dgn wajah Najib dan 1M'sianya dgn sombongnya bertema "MALAYSIA MILIK KITA"!

# Tidakkah kita nampak, sudah berapa byk rancangan transformasi terdesak yg dicadang/dibuat oleh PEMANDU yg rata2nya lebih menguntungkan 2-3 pihak yg nampak sgt berkepentingan. Lihat saja kes MAS-AirAsia, Felda Venture, Proton/Khazanah-HICOM, Khairy-PUNB dan entah apa lagi?

# Tak payah jadi 'sepakar' Idris Jala utk membaca semua ini. Semua tranformasi beliau adalah usaha terdesak Najib utk memenangi hati rakyat dgn gula-gula ekonomi, kononnya negara bakal menjadi negara maju dgn berpendapatan tinggi dan negara akan aman makmur selama2 (di bawah naungan BN/Umno) dgnnya. Apa guna bergaji tinggi tapi terpaksa berbelanja lebih tinggi? Apa faedahnya jika kadar hutang negara semakin meningkat? Kenapa harga kereta di M'sia menjadi kedua paling tinggi selepas S'pura di Asia Tenggara? Saya boleh teruskan dgn bermacam2 lagi.

p.s. Bukankah Al Fatihah dibaca sebagai surah pembuka atau dipermulaan doa, bukan dipengakhiran? 'Kami' siapa yg dimaksudkan oleh Sdr Samurai Melayu? (Dan 'Kami' ni saya biasa jumpa dlm terjemahan Al Quran sahaja). Bida'ah datang drp mana pula yg diamalkan oleh mereka2 ni Dato'?

Don Klang said...

din klang

Dato cerita topik khalwat.

Yang hang divert nak cover kes badrul amin apa hal.

hang cerita perbezaan Filipina dan Indonesia zaman dulu dan sekarang. Hang pernah duduk kat sana masa dulu dan sekarang ke ?

berapa ramai rakyat Indonesia dan Filipina masih cari makan kat Malaysia hari ini ?

Kalau ekonomi dia orang dah cukup bagus, depa pun tak ingin nak kerja di sini. simple as that.

cuba hang fokus balik topik khalwat ni. cuba cerita sikit hal badrul amin tu. Tak perlu nak cerita bab anwar pun.

salam

padang pasir said...

Askm Sdr Din Klang

Sdr bercerita mengenai perubahan di Filipina dan Indonesia.

Buat pengetahun sdr, kami rakyat Malaysia yang bekerja di Timur Tengah menikmati gaji yang lebih tinggi dari pekerja yang berasal dari Thai, India, Pakistan, Filipina dan Indonesia walaupun memegang jawatan yang sama.

Ini semua kerana majikan di sana memandang tinggi akan pengetahuan, pengalaman, skill serta sikap kerja
kami yang kami perolehi sewaktu belajar dan bekerja di Malaysia.

Perkara ini menjadi satu isu yang hangat di kalangan pekerja di sini sehingga kan ada di antara mereka yang berkata " we wish we have Mahathir as our PM ".

Bila di tanya kenapa, jawap mereka kerana wawasan nya yang amat jelas serta nampak akan hasil yang akan di nikmati oleh rakyat Malaysia di kemudian hari.

Bila di tanya mengenai pemimpin mereka selepas era marcos dan suharto, jawab mereka " they are too busy trying to defend their post and not to defend their people"

Itu lah hakikat nya.

Note Gaji kami cuma rendah sedikit dari warga arab dan juga pekerja dari Eropah / US walau pun dalam gred yang sama.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Sdr Padang Pasir

Tahniah kerana diterima bekerja diluar neg....biasanya dgn gaji lebih besar. Cuma harap2 sdr tidak tergolong dari bekas senior exec I n P, Negara Property atau Guthrie yg terpelanting.

Memang pak Arab pandang sedikit tinggi keupayaan perkerja Malaysia kerana rata 2 disiplin yg tinggi dan mendapat pwndidikan di England....saya yakin termasuk sdr padang pasir.
Tak perlulah sdr buat andaian yg lain, takut nanti ada org lain nak tumpang credit.

Cuma saya nak tanya sdr selain dari faktor gaji, adakah sdr setuju sgt dgn sistem tak demokrarik yg diamal disana? Kalau anda suka, sahlah sdr penyokong kuat UmnoBn.


Kpd Don Klang, sejak bila blog ni dah tukar bin.?

Din Klang

samurai melayu said...
This comment has been removed by the author.
samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Kehadrat Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang kami mohon izin diperkenankan (sedekah) Alfatihah' hamba mu ini untuk roh Sdrku 'anakbuah' semoga diampuni dosanya dan diangkat darjahnya kepada insan (hamba Allah)yang bertakwa dengan Ilmu MU, Ya Allah, Ya Subhanahuwataala.

ALFATIHAH,( dibaca dalam hati)AMIN
Ps.. Kami bersadaqallah sampai disini saja.. tidak lagi mampu melayan orang yang tinggi Pengetahuan dari Ilmu nya... wallahualam

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Pasal komen2 terkini Daim Zainudin

1. Kalau saya tak silap pernah org2 kuat MM merejuk kerana Mahadir dikatakan terlalu percaya pd Daim.

2. Menurut laporan media pd tahun 1991, oleh kerana hubungan akrab Daim dgn Anuar maka Daim telah berjaya merekomen pd Mahadir agar Anuar menjadi menteri kewangan menganti Daim. Selepas itu hubungan mereka semakin renggang akibat projek termasuk projek KLIA.....itu dakwa majalah luar negara!!

3. Zaman awal 1990an juga majalah luar negara sering mengelar Daim sebagai salah seorabg paling kaya di Malaysia.

4. Zaman Anuar jadi menteri kewangan kita biasa dengar syarikat Melayu diberi peruntukan saham secara saksama dan transparent. Zaman menteri kewangan dan menteriperdangan antarabangsa sebelum/waktu itu saya tak pernah dengar pulak.

5. Ada orang walaupun diusia muda perangai macam syaitan, tapi sekarang dah bertaubat dan ajak pulak orang lain buat kebaikan melalui NGO Amanah. Semoga Allah terima amalnya walaupun ada org tempelak kenapa jadi baik bila dah tak de kuasa.

6. Sejak dulu Daim tak banyak cakap. Tapi bila beliau memuji Najib berbanding Anuar saya seru kita kaji dulu sejarah.Sangat tak adil dancpenuh dgn dendam kesumat bercampur risau.

Din Klang

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
IZINKAN,

Sdrku Din Klang antara lain berkata,
...
6. Sejak dulu Daim tak banyak cakap. Tapi bila beliau memuji Najib berbanding Anuar saya seru kita kaji dulu sejarah.Sangat tak adil dancpenuh dgn dendam kesumat bercampur risau.

MEMANG ADA KEBENARAN NYA!

Sdrku, izinkan kami 'darab pi tolak mai'( pinjam bahasa 'qias' Sdrku. Rao Lanun Bahaso yg berilmu) pula komen diatas dan bersama kita timbangkan keserasian kedua2nya..

'6. Sejak dulu Din Klang banyak cakap. Tapi bila beliau memuji Anuar berbanding Najib saya seru kita kaji dulu sejarah( Anuar). Sangat tak adil dan penuh dgn dendam kesumat bercampur risau.

SERASI BERSAMA...???

ALFATIHAH,AMIN
('doa buat kekasih' sekeluarga)

abikhsan said...

"Barangsiapa yang menutup aib saidaranya di dunia... maka Allah akan tutup aibnya di akhirat... Barangsiapa yang dedahkan aib saudaranya di dunia... makan Allah akan dedahkan aib nya di akhirat dan dia akan merasa malu sehingga gugur daging mukanya..."

Dedah aib ni bukannya dedah aib khalwat je... aib lembu NFC, aib kapal selam, aib rasuah Adun Ayer Tawar, aib Khir Toyo, aib Sepul and Anuwar, aib, ab, aib, aib... bla bla bla bla......

Malu bila anak tanya.... Baba.... Liwat tu apa...??? Baba.... kenapa orang tu amik rasuah...??? Baba ... kenapa amoi dlm TV tadi tutup muka ramai-ramai..... dunia oh dunia.....

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Saya rasa pemahaman Sdr Abikhsan soal menutup aib sdrnya sangat tersasar dari matlamat hadis tersebut.

Contoh aib yg wajib ditutup ialah

1. Ahmad ada masaalah kewangan dan datang pd kita nak pinjam wang. Tak perlulah kita menjaja kejadian tersebut.

2. Ahmad rugi dalam pelaburan skim cepat kaya kerana tamak atau tak faham.

3. Anak Ahmad cuma bawa balik 3 A dalam SPM berbanding dgn 8A yg diwar2.

Hadis nabi tu tidak sekali bertujuan menutup perbuatan jahat individu maupun pemerintah spt kejadian tipu, rasuah,salahguna kuasa, fitnah dsb.

Kalau semua aib wajib ditutup maka kita tak perlulah ada polis, SPRM, mahkamah dsb.

Berhadapan dgn perkara di atas malah kita sebagai rakyat harus berjihat membongkar bukan menutup.

Din Klang

Golokians said...

Hai... Lawok memang lawok.

Shahrizat punya case belum masuk court, sekarang diorang dah melopat.

Ini Badrul kaki b*r*k kena tangkap khalwat, diorang suruh Pak Kadir tarik hand-brake dulu.

Ape cerita ni?

Anonymous said...

"But Dr Badrul Amin does not have to worry too much. Unlike in the West, where politicians are forced to resign because of sexual improprieties, in Malaysia, politicians accused of such offences thrive."

HAHAHA...betul sesangat. Political mileage lagi naik setiap kali pembangkang gunakan tagline "saya difitnah", "saya dianiaya", "ini satu konspirasi", "UMNO upah isteri orang dan suaminya serta gangster untuk perangkap saya"...HAHAHA...

Ketawa dalam tangis

Anonymous said...

Datuk..

Bad Habits Die Hard..

Dulu dalam NST selalu dok tulis cerita fitnah dan aib, terutamanya yang melibatkan kes DSAI, sekarang NST tak da dah kurang tulis..tapi nak berhenti tulis benda2 fitnah dan pengaiban orang nie agak susah kan?

minah ronggeng

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).