Monday, March 12, 2012

Shahrizat Korban Diri Kerana Kabinet dan Umno?

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

MUTAKHIR - Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Salleh Ismail (suami Shahrizat) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta milik syarikat itu. Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan mengikut Akta Syarikat 2001 kerana melakukan kedua-dua perbuatan itu tanpa kebenaran mesyuarat agung. Salleh mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM500,000. Beliau dituduh menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membeli dua unit kondominium dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat milik keluarganya, National Meat Livestock Corporation Sdn. Bhd.



Posting Asal


KALAU kefahaman kita mengenai kenyataan ringkas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, berkaitan “pengunduran” Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Shahrizat Abdul Jalil, tepat, maka antara kesimpulan yang boleh kita buat adalah Perdana Menteri tidak campur tangan.


Ini adalah kerana Media massa, antara lain, memetik Mohd Najib sebagai berkata bahawa Shahrizat “mengorbankan diri demi Kabinet dan Umno.” Untuk itu, Mohd Najib memuji beliau.


Perdana Menteri memberi tahu pemberita di Pekan petang semalam yang tindakan Shahrizat meletakkan jawatan apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator berakhir 8 April ini adalah tindakan tepat.


Mohd Najib menambah, walaupun tidak ada bukti setakat ini yang Shahrizat melakukan apa-apa kesalahan, tetapi kerana isu NFC telah mencetuskan kontroversi dan pertikaian, beliau bersedia mengundurkan diri daripada kerajaan.


Daripada kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh media massa itu, kita boleh membuat beberapa kesimpulan dan mengemukakan beberapa persoalan. Antaranya:


1. Perdana Menteri tidak campur tangan sama ada Shahrizat kekal dalam Kabinet atau meletakkan jawatan;


2. Shahrizat mengambil pilihan “mengorbankan diri” demi Kabinet dan Umno” bukan kerana didesak oleh sesiapa;


3. Kita tidak akan tahu sama ada Perdana Menteri telah mengambil keputusan sama ada menyambung atau tidak tempoh pelantikan Shahrizat sebagai Senator selepas 8 April ini; .


4. Adakah peletakan jawatan Kabinet akan mengurangkan pengaruh Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno atau mengurangkan tekanan ke atas pergerakan itu bagi mempertahankan kewibawaan ketuanya?;


5. Adakah anggota Kabinet lain yang ada masalah kewibawaan kerana mereka sendiri atau kakitangan mereka dibabitkan dengan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mengikut jejak Shahrizat; dan


6. Adakah Perdana Menteri akan menggugurkan watak-watak bermasalah seperti itu daripada senarai calon “winnable” (calon boleh menang) beliau dalam pilihan raya umum yang menjelang?


Wallahualam. Hanya Allah yang tahu, tetapi menjelang PRU tentu ada manusia yang mendongak ke langit melihat sama ada bulan, bintang dan matahari berbaris di angkasa atau menemui kiai Indonesia, sami daripada pelbagai agama dan burung serindit yang pandai menilik.


77 comments:

awang batuburok said...

Salam sejahtera Dato'

1. Perdana Menteri tidak campur tangan sama ada Shahrizat kekal dalam Kabinet atau meletakkan jawatan;

Rasanya lebih tepat kalau di rumuskan
bahawa PM Najib tidak lagi berupaya untuk menentukan yg mana baik dan yg mana burok dalam kabinet pentadbiran kerajaan Malaysia.

abdullahngah said...

Shahrizat berkata undur dirinya dari kabinet itu tiada kena mengena dan kes NFC.

Aatu dengan kata lain bukan atas sebab itu dia letak jawatan.

Betul ke begitu. Kalau betul begitu tiada sebab mesti letak jawatan.

Apa salah shahrizat sehingga boleh bertindak letak jawatan.

Kerana sudah habis tempoh senatornya.

pelantikan jawatan senator boleh disambung sehingga dua penggal. Tak jadi masalah.

Malahan Najib boleh sambung lantikan senator sampai bila bila.

Sekarang ini jelas dan nyata undur diri shahrizat atas sebab suaminya yang terbabit dengan nfc.

Untuk jaga nama baik kabinet dan umno mahu tak mahu kena buat begitu.

Lebih lebih lagi pilihanraya umum ke 13 sudah dekat.

Untuk selamatkan kabinet, umno dan najib shahrizat kena ambil jalan seumpama itu.

Kalau tak berbuat demikian sudah tentu nama baik kabinet yang sudah tercalar itu akan jadi lebih buruk.

Demikian juga nama buruk umno dan najib akan jadi lebih buruk dan ada kemungkinan memberi kesan paling buruk ketika menghadapi pilihanraya PRU 13 nanti.

Jalan pintas shahrizat boleh selamatkan kebine, umno dan Najib midkipun peletakan jawatan sebagai menteri itu dikatakan bukan atas sebab kes NFC.

Walaupun dikatakan Najib tak campurtangan, tetapi penasihat politik Najib berpuashati dengan tindakan Shahrizat itu.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Berkenaan Sharizat undur dari kabinet

1. Yg dah tentu terkorban adalah wang rakyat termasuk wang penyokong setia tak bertempat Umno. Ramai penternak lembu termasuk ahli biasa Umno yg lebih layak. Jika wang Rm250jt diagih secara hati2 maka 2500 orang penternak lembu berpeluang mendapat pinjaman RM100000 setiap orang

2. Yg tentu terkorban adalah prinsip perjuangan Wanita Umno yg yg tak tau malu yg bersorak2 apabila ketua mereka menghentam mereka yg mendedahkan skabdal NFC.

3. Yg dah terang2 terkorban ialah masa dan tenaga rakyat Malaysia yg terpaksa atau dipaksa mendengar penerangan demi penerangan nedia kerajaan yg kononnya kerajaan telus dan pandai jaga ekonomi.

4. Ayat yg lebih tepat berkaitan pengunduran Sharizat ialah patutnya berbunyi " Berbanding dgn ketua2 wanita dan Umno yg terdahulu Sharizat terpaksalah berkorban dgn angka lebih kecil iaitu cuma Rm250jt sahaja."

5. Yg saya faham erti undur ialah jika seseorang berhenti sebelum tamat tempuh. Mereka2 ni fikir rakyat Malaysia bodoh kut. Atau memang dah twrbiasa kena bodoh

Din Klang.

kluangman said...

Itu bukan letak jawatan tetapi terlucut jawatan apabila tamat tempoh 'senator'.

Tepat kerana Najib tidak perlu pening sakit kepala 'memikirkan' samada untuk menyambung atau tidak 'senator' kepada peremmpuan itu yang suaminya 'buat hal'

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan

Che'gu mengajar kita simpulan bahasa ' NASI SUDAH MENJADI BUBUR'

Menteri Wanita pula mengajar keluarga kita 'TANAK NASI SAMPAI BERKERAK'

PM 'tiada buah pelir' (No balls) cuba meyakinkan rakyat 'KERAK ITU NASI JUGA'

Nampaknya kami kena juga ikut teladan Sdrku Langitbiru,'menggaru kepalaku yang tidak gatal'
ATAU,
Pasrah dengan bahasa 'dewa-dewa' Sdrku Rao Lanun-Bahaso 'Darab pi tolak mai'
ATAU,
Tiru kesimpulan tulisan (Datuk)A Kadir Jasin,
Wallahualam. Hanya Allah yang tahu, tetapi menjelang PRU tentu ada manusia yang mendongak ke langit melihat sama ada bulan, bintang dan matahari berbaris di angkasa atau menemui kiai Indonesia, sami daripada pelbagai agama dan burung serindit yang pandai menilik.

ALFATIHAH, AMIN
Ps.Teringin juga dengar the FLOM 'sumbangkan' lagu2 Tom Jones... ' SHE IS A LADY ' dan ' WHAT'S NEW PUSSY-CAT '...

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Kalau berdasarkan sikap melawan "bersinsing lengan dan ugut selak kain" beserta gelak ketawa sinis nya, bagi saya MALU BESAR lah Shahrizat.

Seperti biasa, Najib ambil langkah selamat "playsafe".

Kalau langsung tiada arahan dari Najib, MAKA saya katakan Najib sendiri tak bertanggung jawab, tidak ambil peduli kes Lembu-Condo.

TAPI, dalam sejarah UMNO, ada kah orang nak korbankan diri sendiri???

Berada dipuncak kuasa, tiba tiba nak undur diri, korban diri???

Saya katakan MUSTAHIL.

Pengunduran Shahrizat adalah kehendak Najib. Pada masa yang sama, satu temparan hebat kepada Muhyiddin kerana Muhyiddin lah yang anugerah projek lembu tersebut. HEBAT Najib, satu peluru, 2 kena.

Muhyiddin, 1Melayu dulu, 1Malaysia kemudian, sedang mengatur strategi naik ke puncak no 1. Pak Lah dah jatuh, sekarang nak pekena Najib pula. Saya fikir hajat Muhyiddin tak kesampaian kali ini kerana calun-calun PRU majoriti calun-calun Najib.

APAPUN, "TAMATNYA" Al-Kisah Lembu-Kondo, dan "TAMATNYA" Al-Kisah SBPA, bermakna PRU sangat-sangat hampir.

Kak Ijat, jangan undur saja, kembalikan semua kondo-kondo tu.....

Kontrak cuma SEMBELIH lembu, bukan sembelih dan JUAL lembu!

LAGI BUKAN untuk beli Kondo!

Awat tunggu sampai bulan April???

Kalau betui ikhlas, la ni la.....

ab said...

Salam dato'



Pada pendapat saya, elok beliau berundur, termasuk ramai lagi dari BN dan PR yang `tak baguih' prestasi tugas dan `akhlak' nampak tak `semena'....buat menyusahkan orang saja.



Kalau saya, saya calunkan Dato, sebab Dato ada `idea' untuk memajukan negara...



KALAU nak menjadi wakil rakyat `pakai' tenguk langit,tenguk tok sami dan kiai, lebik baik jadi wakil jual nombor ekoq,juai pompuan atau juai syabu!,tak banyak bezanya pun ,ya tak?...



Kelebihan Malaysia ialah disini BANYAK RANCANGAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN,( mungkin sudah terlalu banyak la!) disepanjang masa, 5 tahun ka,10 tahun ka,30 tahun ka dll..



Yang kita MAHU ialah pemimpin dan pentadbiran untuk MENTERJEMAHKAN pelbagai rancangan rancangan tersebut SEBAIK MUNGKIN didalam jangkamasa yang dirancang.... BANYAK MANA PENCAPAIAN
kita tidak dapat tentukan sehingga tamat waktunya ,TETAPI proses itu mesti berlaku dan nampak berlaku, disepanjang masa...



Kita tidak mahu pemimpin yang `MAHUKAN dan MEMASTIKAN' kita terima `kata kata mereka' bahawa bulan itu tiga segi,matahari itu empat segi,bila ada matahari dipanggil malam dan bila tiada matahari di panggil siang dsb...




CALUN CALUN wakilrakyat MESTI TAHU plan perancangan ekonomi dan pembangunan,LEPAS ITU beritahu rakyat apa mereka nak buat,macam mana nak buat,berapa belanja, berapa lama dll,dll,dll


Kalau takat nak kumpui duit cepat,saya cadangkan mereka pi rompak bank ka,pasaraya ka,pos opis ka atau `cap duit' dengan jadi along ka,buka kedai judi ka,atawa jadi bos segala judi,juai pompuan ka atau syabu ka....kalau tak kaya cepat , bolih mampuih cepat!.


Abu Bakar Ab Rahman

non-conformis said...

Dato,
kalau benar Senator Shahrizat mahu mempertahankan kewibawaan, make beliau seharusnya berundur dari awal2 lagi sebelum skandal demi skandal perihal NFC didedah umum.
Masih ingat bagaimana penafian pihak2 tertentu pada mulanya?
sekarang sudah cukup bukti untuk didakwa di makhamal berkaitan 4 kesalahan CBT. bukankah ini cukup memberitahu kita bagaimana setengah pihak yang berkuasa di kerajaan melakukan penyelewengan tanpa menghiraukan moral and undang2?

Jon

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Kalau Umno terus menerus bergantung kpd pemimpin spt Ahmad Maslan yg loyar buruk maka tak hairanlah Umno terpaksa bergantung kpd penipuan2 untuk menang PRU

Ada ke patut dia banding Anuar dgn suami Shahrizat untuk suruh Wan Azizah berundur.

Satu dunia tau Anuar difitnah. Bukankah mahkamah persekutuan telah melepas dan membebaskan Anuar?.....terima kasih pd Pak Lah. Tapi dalam kes NFC satu dunia jugak tau Ahmad Mazlan cuba nak fitnah dgn loyar buruk beliau.

Kalau bukan kerana Shahrizat tu menteri ada ke kerajaan UmnoBn nak beri sykt suaminya pinjaman hingga Rm250jt?

Kalau ada mana2 ahli biasa Umno yg pernah dpt pinjaman 250jt dari kerajaan UmnoBn, saya dgn rendah hati akan tarik balik para di atas.

Bila agaknya si Ahmad Maslan nak bertaubat!!. Memanglah dunia ini syurga anda yg punya.

Din Klang.

Anonymous said...

Salam AKJ, kalau tunggu sampai tempoh senatornya tamat bukanlah letak jawatan! tapi di"paksa"kan kerana jawatan menteri itu kerana kesenatorannya...

Wong Jowo

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya melihat perkara ini lebih kepada strategi politik BN/ UMNO. Ini tandanya PM Najib mahu mengadakan pilihanraya dalam masa yang terdekat. Segalanya telah Najib lakukan demi menarik sokongan rakyat dengan pengumuman pelbagai projek serta pemberian pelbagai bantuan. Sedikit sebanyak, apa yang telah dilakukan telah menaikkan imej serta persepsi rakyat kepada kerajaan PM Najib. Beliau tidak mahu usaha tersebut musnah dalam sekelip mata jika timbul lagi isu besar yang boleh memusnahkan segala apa yang telah dilihat cukup baik. Oleh sebab itu, semua isu sensitif, perlu diselesaikan secepat yang mungkin dan bubarkan parlimen.

Kita dapat lihat dalam isu SBPA di mana kerajaan terus membatalkan SBPA dan menambah baik SSM serta bayaran gaji kakitangan dibuat segera (bulan Mac/ April). Kelmarin Shahrizat umum letak jawatan (sebenarnya, istilah yang tepat 'tidak mahu dilantik semula ke jawatan Menteri@Senator). Hari ini, suaminya didakwa di Mahkamah. Jika beliau tidak umumkan 'perletakkan' jawatan, ia akan menjadi isu yang lebih hebat. Dengan pengumuman tersebut, sekurang2nya beliau akan menghadapi kes suaminya sebagai Ketua Wanita dan bukannya Menteri Kabinet. Bijak percaturan ini.

Bagi saya, ianya adalah win-win situation antara PM dan Shahrizat. Shahrizat dapat tamatkan tempoh Senator dan Menterinya, PM tidak perlu membuat keputusan yang boleh mendatangkan tanggapan yang buruk kepada pentadbirannya (tidak melantik semula akan memberi tanggapan bahawa isu NFC memang benar telah mencemarkan imej kerajaan seperti dakwaan pembangkang).

Jangan dipuji melangit tindakan tersebut kerana golongan yang celik akan mudah melihat sandiwara ini. Golongan lain mungkin akan melihat ianya sebagai tindakan yang tepat, tetapi golongan yang celik akan ketawa kerana MELETAK JAWATAN setelah TAMAT TEMPOH SENATOR yang membuatkannya menyandang jawatan Menteri. Mungkin istilah yang digunakan untuk mengaburi mata dan minda rakyat biasa tetapi tidak bagi yang celik. Sampai bila umno nak anggap rakyat Malaysia ini tidak berfikir atau dalam bahasa kasarnya BODOH?

Kasim PJ.

doncin cai said...

...tindakan "mengundurkan diri" perlu ada kepada politician yang berjawatan di sebabkan "parti" .....dan ini hanya ada kepada politician yang BETUL2 sayangkan "parti"nya...
tk

Anonymous said...

Keadaan HFMD di Sarawak sudah habis?

Tahun depanlah.
Banyak masa untuk UMNO


nohurryharry

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdrku langitbiru bertanya,
...
TAPI, dalam sejarah UMNO, ada kah orang nak korbankan diri sendiri???

Sdrku,

Memang ada tapi bak jawab Nujum Pak Belalang, Kad-dang, Kad-dang. Cakap orang putih, Very remote.

Dalam sejarah UMNO rasanya ada pemimpin2 besarnya yang telah mengorbankan diri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negara tercinta ini dan rasanya pemimpin2 lain dalam Barisan Nasional pun ada juga.

Kita ' darab pi tolak mai' pula dengan statistik Barisan Alternatif a.k.a Pakatan Rakyat.

Menggaru kepala juga kita nak 'darab pi' 2 x 5 atau 5 x 2 ye?

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Zaman dolu-dolu, terdapat wanita yang sambil bersantai cari kutu yang menggatal dikepala tapi la ni terdapat wanita sambil memimpin menggatal cari masalah dengan lembu... Tak dapek den nak tolong dah!

mtgbertam said...

Dulu zaman PM Dr M pun dia kata dia tak masuk campur. Samada perlantikan CEO glc ke, exec chairman ke, atau apa saja. Walhal, semua orang tahu every single perlantikan post yang berpengaruh MUSTI melalui Dr M.

Seorang pemimpin UMNO bahagian di parlimen saya kata dulu orang umno takut kat Dr M melebihi takut pada Allah.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Kita tak pasti apa punca sebenarnya Sharizat meletakkan jawatan.Yg pasti ialah Sharizat tidak berhenti kerana ugama,bangsa dan negara.Yang pasti ialah RM250 juta kita tidak mungkin akan dpt kembali

Lahuma said...

Dato.

Apa yang saya nak katakan ialah pepatah nenek moyang kita.

Masa gelak ramai-ramai.
Masa menangis sorang-sorang.

Ini lah suasana yang Shahrizat alami kini.

Negara yang diperintah oleh rakayt dan suara rakyat.Rakyat tidak boleh di permainkan lagi.

Kalau boleh PRU buat setahun sekali.Lima tahun sudah tak sesuai lagi.

Baru pemimpin politik tak ada masa nak seleweng khazanah negara.

Baru pemimpin politik rasa nikmat berpolitik.Kerana PRU setiap lima tahun maka suasana politik huru hara jadinya.

Pada Shahrizat rakyat pun nak tahu juga macamana pinjaman mudah ini begitu mudah.Tentu ada arahan mudah itu.kalau tidak macamana jadi begitu mudah.

Mudah disini menjadi tanda tanya.Sebab nama nya mudah tapi punyalah payah bagi rakyat yang lain.

Semoga menjadi batu sempadan dan tauladan pada yang lain.

Terima kasih Dato.

Awang Boria said...

Kadir.

Sharizat korban diri kerana suami la.Dia dah dapat tahu mereka nak charge Saleh,suaminya jadi dia buat pengumuman untok berhenti dari kabinet pada hari Sabtu.Ia berharap dengan berbuat demikian mereka tak akan mengangui suaminya.

Nampaknya ada sadikit miscommunacation antara Menteri2 UMNO.

Saya ingat jika ini lah layanan yang Sharizat dapat,ia patut berhenti saya dari wanita UMNO.Tengok sadikit samaada UMNO akan gelabah,

Anonymous said...

As-salam,

Biar apa pun penjelasan Najib or pemimpin2 UMNO rakyat bukan nya bodoh untuk menilai.. tamat tempoh ka, letak jawatan ka.. tu dah tak penting lagi lagi...

"Sepandai2 tupai melompat akhirnya terjatuh di belakang lembu jugak"... Tunggu pulak pemimpin2 korupsi yg lain...

Juraimizainal...

kluangman said...

Sharizat terpaksa letak jawatan, terburu buru buat pengumuman, kenapa?
Sebab dah tahu suaminya akan kena dakwa walaupun diharap 'percutiannya' akan mereda dan dapat memadam kes.

Pilihan 8hb April untuk mengelak 'dipecat' dan 'dilucutkan' jawatan kerana senatornya tidak akan disambung oleh Najib.

Malahan suaminya akan dibicarakan di mahkamah selepas 8hb april.

Lebih melucukan berduyun puak pemimpin UMNO kata itu 'pengorbanan' Apakah mereka masih ingat rakyat bodoh?

Nasib baik ada seseorang seperti ini.

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini telah dua kali meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan jawatan ekoran kontroversi projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hari ini menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sebagai terbaik walaupun sudah "terlambat." "Saya lihat ini keputusan yang baik walaupun lewat diambil, diumumkan oleh beliau hari ini. Bagi saya, ia sepatutnya sudah lama diputuskan," kata beliau sambil bertanya "mengapa harus mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan in

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato’ @ Perletakan jawatan Sharizat tidak banyak membantu memulihkan imej BN dalam menghadapi PR13. Sepatutnya Sharizat terus mempertahankan kedudukannya sebagai tidak terlibat dalam sebarang proses membuat keputusan yang meluluskan pinjaman untuk NFC untuk keluarganya.
2. Sharizat bagitu garang sehingga mengugut untuk selak kain bagi mempertahankan kedudukanya tidak bersalah dalam mesyuarat agong UMNO yang lepas. Bila Sharizat meletakan jawatanya sebagai Menteri,ianya memberikan petanda seolah-olah kemenangan kepada pihak yang membuat tuduhan kepadanya. Dari segi perundangan dia dan Syarikat NFC milik keluarganya adalah dua entity yang berlainan. Hanya Mahkamah boleh menentukan samada Sharizat bersalah atau tidak. Walaupun suaminya telah dihadapkan ke Mahkamah,proses perundangan akan mengambil masa yang lama untuk selesai. Mungkin berlanjutan sehingga PR14 atau PR15.
3.Perkara yang paling penting bagi mengelakan kesan burok dari perletakan jawatan Sharizat dan pengdakwaan suaminya di mahkamah adalah rakyat mesti diberi kepastian bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan kesemuanya telah lebur. Rakyat harus diyakinkan melalui langkah pembekuan asset NFC saperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan mengembalikan sebahagian besar pinjaman tersebut kepada Kerajaan.Langkah segera juga perlu diambil untuk mengambil aleh pengurusan NFC supaya matlamat asal dapat di capai.Kemungkinan anak syarikat FELDA yang terlibat dalam ternakan lembu boleh mengambil aleh NFC atau sabuah syarikat dibawah Khazanah diberi peranan untuk maksud tersebut.
4. Pihak Kerajaan dan Pembangkang harus meredakan krisis NFC ini dengan memberi focus kepada usaha menyelamatkan wang rakyat yang bagitu besar jumlahnya. Kes NFC harus menjadi teladan kepada semua pihak supaya perkara yang sama tidak berulang. Dalam proses membangunkan Negara,kita akan lalui banyak halangan dan rintangan yang sebahagian besar disebabkan sifat semula jadi manusia yang tamak kepada kekayaan.Sifat ini yang membedakan kita dari haiwan lain.Manusia mempunyai nafsu yang tidak terbatas untuk jadi kaya dan berkuasa.

Iklas,
Rahim

Don Klang said...

undur kena kutuk, tak undur pun kena kutuk.

lain kali buat macam anwar saja, dah siap dengan video cinadoll yang jelas

nafi tetap nafi.

yang kat bawah lepas leleh airliur nonton video cinadoll, sokong tetap jugak sokong.

itu baru betul politician.

Anonymous said...

Di sebalik kejayaan lelaki adalah wanita.

Di sebalik kejatuhan wanita adalah lelaki.

Benazir Bhutto, Whitney Houston adalah antara yang senasib dengan Shahrizat. Ada lagi yang tidak sempat diingat.

Apa pun, yang saya nak cakap sini ialah saya tidak nampak apa 'pengorbanan' Shahrizat seperti yang dinyatakan oleh PM Najib.

Shahrizat pilih untuk umumkan 'pengunduran diri' dari Kabinet sehari sebelum suaminya didakwa di mahkamah. Pelik? Tak, sebab dia dah tahu/diberitahu. Jadi eloklah umum peletakan jawatan sebagai ahli Dewan Negara sebelum pendakwaan. Timing pun kena dengan tempoh penggal jawatannya yang akan berakhir bulan depan.

Jadi apakah bentuk pengorbanan yang dilakukan Shahrizat? Perkataan itu lebih tepat/sesuai digunakan kalau shahrizat undur diri sebaik saja isu NFC membuak.

Apa daa PM Najib ni. Bahasa Melayu pun tak pandai.

PM Najib cuba play safe sebenarnya seolah-olah dia tak ada kena mengena dengan pengunduran diri Shahrizat tapi Shahrizat yang tidak mahu meneruskan perkhidmatan. Dan untuk mengambil hati Shahrizat supaya tidak boikot pilihan raya ke 13 nanti atau dedahkan pemimpin lain, dia pujilah shahrizat.

Jelaslah kepada kita yang PM Najib enggan memikul tanggungjawab @ takut @ always want to look good hatta ke atas isu yang boleh dianggap besar seperti NFC ini.

Persoalannya: Dengan berita mutakhir itu, adakah Wanita Umno, yang dikatakan tulang belakang dalam menentukan kemenangan Umno/BN dalam pilihan raya ke 13 nanti, masih kuat?

Jawapan: Ya, masih kuat tapi goyah. Perlu berusaha berlipat-lipat kali ganda untuk menentukan kemenangan BN. Wanita terpaksa bersiap sedia dengan fakta2 sahih untuk mematahkan serangan pembangkang. Dalam keadaan sekarang jangan cakap ikut emosi tapi guna akal sepenuhnya. Suka atau tidak, Wanita mesti bersatu padu dan teruskan langkah. Dalam kedudukan Shahrizat yang masih jadi Ketua Wanita Umno/BN, thing is set to become worst. Jadi, sabar dan berhemah, insyaAllah berjaya.

Sdr Din Klang,

Udah2lah pertahankan Anwar. Your hero is a goner. Oops maaf!

Puteri Santubong

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Sdri puteri santubong tak dpt beza pertahan bersebab dgn pertahan membabi buta sebagaimana sdri dan wanita Umno mempertahankan maksiat.

Din Klang

Anonymous said...

Salam Datuk,

Persoalannya ialah siapa selepas Shahrizat. Pengaruhnya dalam Wanita dan pengundi wanita akan menjadi lemah. Amat sayang sekali sebab saya nampak rakyat biasa selalu positif dengan program2 progresif yang di bawa kementeriannya.

Adakah pemimpin wanita Umno lain yang mampu mengambil alih tempat Shahrizat di hati kaum wanita?

Inilah dilema orang Melayu. Bukan banyak yang kita minta dari kepimpinan. Bersih, Cekap dan Amanah pun sudah memadai.

Rumpelstiltskin

sani said...

Persoalan,
1. Kenapa 1 pengarah kena dakwa, 3 lagi bila nak di dakwa?
2. Bila pula Menteri2 & bekas menteri yg terlibat dlm isu NFC akan di siasat & di dakwa?
3. Adakah RAKYAT akan dapat semula wang RM250juta+bunga pinjaman mudah tersebut?
4. Apakah harta2 yg dibeli menggunakan wang RM250juta akan di rampas?
5. Ada lagi tak menteri2 & pegawai2 kerajaan yg bersubahat akan di siasat & letak jawatan & turut di dakwa?

Kalau ini semua lambat di jawab oleh pihak berkuasa, saya mencadangkan agar RAKYAT terus bersuara menuntut ianya disegerakan. JANGAN KITA MUDAH LUPA.

Rao Lanun-Bahaso said...

Fitnah Wanita UMNO
(tua dah tak sadarkan diri)

Cerita sebenarnya tetapi tidak boleh dipastikan kesahihannya adalah najib(yab presiden UMNO) rasa Wanita UMNO sudah tidak lagi relevan dan banyak kerja parti yang duhulunya kerja Wanita berjaya dipikul oleh Puteri UMNO; dan naib percaya dan yakin Wanita UMNO sudah jadi kelab ibu tua gila harta dunia sampai lupa daratan seoalh-olah banyak masa untuk taubat dan untuk mendidik keluarga kata mereka.

Wanita UMNO tidak dapat diharap bantu najib lagi mahupun UMNO atau BN. Dan Wanita BN pun mula renggang dengan najib.
Mungking Puteri Santubung tidak setuju tetapi katakanlah saya salah. Wanita UMNO mula rosak bila Rafidah ketua dan bermain-main sumpah kuis-kuis Al-Qu'ran. Shahrizat si-politikus membaiki labu bersuamikan orang rakus dunia.

Adakah Wanita UMNO nak jadi queen control sangat-sangat dalam UMNO sehingga membawa padah kepada gerakan Wanita BN dan UMNO sendiri.
Adakah Shahrizat lawyer-politikus haprak lebih teruk dari Rafidah terbukti akhirnya?

Kamilia Ibrahim yang untung dapat mewarisi sampah Rafidah. Mereka bukan Ibu Zain.

langitbiru said...

Memang ada tapi bak jawab Nujum Pak Belalang, Kad-dang, Kad-dang. Cakap orang putih, Very remote. Tambah Pak Belalang lagi, Jar-rang, Jar-rang.

Maknanya, Kad-dang, Kad-dang, Jar-rang,Jar-rang, very remote tu tak banyak ,tak ramai, sangat sikit. Kalau tak tak banyak, tak ramai, sangat sikit……….bolehlah gamaknya nak bagi contoh!

“Masa gelak ramai-ramai.
Masa menangis sorang-sorang”.

Ya lah! Kalau gelak sorang-sorang tu kena bawa pi Tanjung Rambutanlah. Tak bawak pi pun tak apa, tapi kena makan ubat.

Ada jugak yang gelak sorang-sorang………bila dia berjaya perdaya, tipu orang!

APAPUN, gelak sorang-sorang ni, kot mana pun………alamat tak baik!

“Masa menangis sorang-sorang”
Biasa lah tu, sebab yang menangis perlu dipujuk. Kalau yang memujukpun turut menangis, susahlah.

TAPI kalau menangis sorang sorang depan khalayak ramai, SELALUNYA berlakun menangis.

Ada yang menangis teresak-esak di pentas perhimpunan agung, siap ‘secara live’ lagi masuk TV seluruh Negara. Yang ni “menangis politik” kot!!!

Ada yang lebih cool…….minta maaf. Nak minta maaf kena betul betul ikhlas…….taubat tak akan ulangi lagi kesilapan dan kesalahan. Dan kena spesifik, mohon maaf, yang mana salahnya!

Kak Ijat sensing lengan tak Dato di mahkamah? Ada ugut nak selak kain ke?

Saya cadang, Kak Ijat patutnya letak lah jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Tumpukan kepada kes suaminya, perlu bagi sokongan moral kepada suami dan anak-anak.

Ya lah, kalau ketua dok bersedih, macammana anak buah nak buat kerja, jentera pun dok bersedih!!!

Sdr ku SamuraiMelayu dan Lahuma, mohon maaf mencelah sikit.

Tertanya saya, mana Sdr Lat Juno?

Bukan apa, saya dok tengok YouTube Mahathir ulas bab hudud lagi.

Katanya hudud tak ada dalam Quran, hanya ciptaan ahli fekah. Katanya lagi, baca Quran dalam bahasa arab tak faham walaupun sedap untuk didengar, kena baca dalam bahasa yang kita faham.

Ustaz Fathul Bari, anak bekas Mufti Perlis, dah bagi ulasan. Saya setuju sangatlah.

Apa pandangan Sdr ku, Sdr SamuraiMelayu dan Sdr Lahuma?

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Adakah tarikh suami Shahrizat didakwa dimahkamah dibuat pada hari penggal baru Parlimen bermula disengajakan supaya ahli parlimen dan speaker menjadi bisu atas alasan subjudice?

Rupanya banyaj opsyen lagi yg UmnoBn ada nak tutup perbincangan tentang lembu NFC terutama sepanjang kempen PRU 13 nanti.

Yang pasti ialah kalau PR menang harapan rakyat menyaksi perbicaraan bukan olok2 sangat cerah.

Bukan setakat kes ni je tapi kes2 lain jugak.
Tak berminat ke!!!!

Din Klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Bekas menantu ketua menteri Sarawak tuntut RM 400jt dari bekas suaminya sebagai jumlah harta pencarian bersama.

Sdr Samurai Melayu yg suka mendarab tolong kirakan berapa anggaran harta anak ketua menteri berkenaan?

Agak2nya semua ahli dan kroni UmnoBn kaya spt itu. Samurai Melayu, Don Klang, Puteri Santubong dll bolehlah belanja saya, langit biru, tinta hitam dll melancong ke New Zealand ye. Kata orang celah gigi je

Din Klang

Lahuma said...

Dato.

Pada Menteri.Timbalan Menteri dan tokoh BN yang lain.
Kenapalah menuding jari pada orang lain pula bila Sharizat letak jawatan.

Seeloknya semua pemimpin Kerajaan dari bawah sampai ke atas wajib menunjukan contoh dan tauladan terpuji bila ada kuasa.

Pembangkang memang kerja dia cari salah dan cacat cela kerajaan.Nasib baik ada pembangkang kalau tidak setakat suara rakyat saja tenggelam begitu sahaja.

Dato Najib kena pastikan anggota nya nanti bersih,amanah,jujur dan dedikasi.

Semoga isu ini tidak berulang lagi dalam sejarah politik dan kerajaan BN masa akan datang.


Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Semalam Utusan meloya siar berita Anuar dpt layanan istimewa dari pihak berkuasa Amerika.

1. Bagus betul Utusan siarkan berita tersebut kerana org Melayu dpt tau tentang kehebatan Anuar sehingga dgn mudah diberi visa kerja diAmerika..

2.Rakyat Malaysia tidak akan mudah terpengaruh dgn berita utusan yg matlamat utamanya hendak mempengaruhi pengundi supaya menjauhkan diri dari Anuar atas alasan Anuar boneka Amerika.....senjata tumpul UmnoBn yg masih diguna oleh puak2 Umno spt Utusan yg leka memperbodoh penyokong mereka.

3. Negara Amerika dan barat yg lain lebih berani dan berperikemaknusiaan bila melihat kezaliman. Lihat saja barat memberi tempat berlindung kpd Ayatollah Khomeini dari kekejaman Shah Iran yg akhirnya tersungkur.

4. Amerika dan siapa saja sebenarnya adalah oportunis....kalau UmnoBn atau PR nanti memerintah, jangan cuba cari2 kesalahan org lain spt Amerika. Tanya jugak kesalahan diri sendiri.

Din klang

tokman said...

Perlantikan beliau sebagai Senator bukan hak beliau jadi kalau PM tak ada kepercayaan kepada beliau lantik buat apa? Nak kata korban untuk Kerajaan tak betul jika tak dilantik semula dan untuk UMNO jauh sekali Kerana beliau masih pegang Ketua Wanita Umno, JADI MANA PENGORBANANNYA?

ab said...

Salam Dato,



Din Klang tulis,


``Negara Amerika dan barat yg lain lebih berani dan berperikemaknusiaan bila melihat kezaliman. Lihat saja barat memberi tempat berlindung kpd Ayatollah Khomeini dari kekejaman Shah Iran yg akhirnya tersungkur'''



Hello bro, kalau you nak temberang biaq betui betui ota punya...YOU TAK TAU PUN SEJARAH betui ayatollah khomeini ni pun!


TAHU KAH ANDA bahawa presiden peranchis masa itu Gerald D' Estaing kalau tak silap saya ada hantar WAKIL ke tehran, menasihatkan shah iran masa itu SUPAYA BUNUH ayatollah tu?...shah iran tu tak setuju ayatollah itu dibunuh...


Adakah anda tahu ayatollah itu tak dapat visa untuk duduk diparis,dia guna visa pelancung 4-5 bulan,lepas itu dia pi dok kat turkey,sebelum tu dia dok kat iraq saddam hussein punya kawan laa,tapi saddam halau dia atas arahan amerika....

Sebelum tu dia dok kat iran...


Kalau you minat ayatollah tu, minat saja la..tapi jangan ubah cerita sejarah dia..



APA YOU KATA kalau saya kata ayatollah tu boyfriend lama marilyn monroe dan pernah kahwin elizabeth taylor?..



Cerita biaq betui punya, orang ingat bro ni `knowledgeble'..tapi `shallow/hollow', pakai hentam saja.....TAK BAIK begitu,ya tak?


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Zaman Pak Lah dulu kalut dgn soal menantu dan budak tingkat 4.

2. Tapi serba sedikit sebagai rakyat saya maafkan Pak Lah kerana pd zamannya Anuar dibebas mahkamah.

3. Zaman Najib, harap muka saja handsome. Dgn masaalah flom, NFC, biaya anak bertunang,masaalah pembunuhan Altantuya, masaalah SBPA, masaalah kerakyatan diberi dgn mudah demi undi, masaalah undi hantu dan pos, dan hutang negara makin membengkak

4. Masaalah terbesar Najib ialah terlalu loyar buruk. Lihat sajasemalam bagaimana loyar buruknya Najib ketika menjawab soalan Mahfuz tentang bagaimana kerajaan nak selesai masaalah 38 penjawat awam kategori premier yg telah pun dpt gaji baru utk bulan Jan dan Feb 2012. Tiba2 Najib tuduh pembangkang nak perjuang utk 38 org sementara kononnya BN nak perjuang nasib 1.4 kakitangan awam bawahan yg lain.

5. Sudah tiba masanya pihak PR mengatur strategi BERSIH 3.0. Wakaupun PSC telah ditubuh, UmnoBn buat dek je dgn projek tipu undi mereka berbekalkan manusia gila pangkat dan tak takut Allah di SPR.

Din Klang

ab said...

Salam Dato,



Din Klang tulis,


``Negara Amerika dan barat yg lain lebih berani dan berperikemaknusiaan bila melihat kezaliman. Lihat saja barat memberi tempat berlindung kpd Ayatollah Khomeini dari kekejaman Shah Iran yg akhirnya tersungkur'''



Hello bro, kalau you nak temberang biaq betui betui ota punya...YOU TAK TAU PUN SEJARAH betui ayatollah khomeini ni pun!


TAHU KAH ANDA bahawa presiden peranchis masa itu Gerald D' Estaing kalau tak silap saya ada hantar WAKIL ke tehran, menasihatkan shah iran masa itu SUPAYA BUNUH ayatollah tu?...shah iran tu tak setuju ayatollah itu dibunuh...


Adakah anda tahu ayatollah itu tak dapat visa untuk duduk diparis,dia guna visa pelancung 4-5 bulan,sebelums itu dia pi dok kat turkey,sebelum tu dia dok kat iraq saddam hussein punya kawan laa,tapi saddam halau dia atas arahan amerika....

Dia dihantaq pulang9deport) dari paris dalam tahun 1979,shah iran takut dia cabut lari kelibya atau syria kalau peranchis deport dia..

Sebelum tu dia dok kat iran...


Kalau you minat ayatollah tu, minat saja la..tapi jangan ubah cerita sejarah dia..



APA YOU KATA kalau saya kata ayatollah tu boyfriend lama marilyn monroe dan pernah kahwin elizabeth taylor?..



Cerita biaq betui punya, orang ingat bro ni `knowledgeble'..tapi `shallow/hollow', pakai hentam saja.....TAK BAIK begitu,ya tak?


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

OrangBaruLahir

Minta izin Dato' untuk membuat tanggapan mengenai isu pengunduran Sharizat .....

Kata orang putih tu - TOUCHE' - pada team supporter PM Najib - kalau pada masa Pak Lah memerintah team tersebut mungkin 'budak-budak tingkat 4" - la ni tak tahu - penasihat politik PM siapa aje.

Pada saya pengunduran Shahrizat adalah 3 langkah awal sebelum PM Najib, dapat benar-benar checkmate, the boy who dreamt to be PM by 40.

Untuk itu saki-baki penyokong kuat Pak Lah seperti Sahrizat, yang memegang tampuk Ketua WANITA UMNO harus di dikeluarkan atau dikurangkan kekuatan jika KJ membuat serangan balas terhadap PM Najib, sudah tentu lah akan dibantu oleh kekuatan TULANG BELAKANG UMNO sekarang ini yaini PERGERAKAN WANITA UMNO.

Saya tidak fikir PM selaku Menteri Kewangan tidak diberi "briefing" dulu oleh Ketua Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara itu sudah jelas mendapat "blessing" dari PM Najib, dan secara langsung akan menyebabkan Shahrizat tidak lagi menjadi "winnable candidate"

Harapan penyokong PM Najib, Sharizat bukan hanya berhenti dari menjadi Menteri malah melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO. Tapi half of the cake is better than none.

Harapan ini mungkin bersandarkan tindak laku Chua Soi Lek, waktu didedahkan dengan adegan hangat diatas ranjang.

Itu sebab diakhir ucapan Shahrizat dia cuba "mengigit" balik PM Najib, dengan suara Ketua Wanita UMNO, untuk memberikan lebih banyak lagi kedudukan kepada WANITA.

Kelihatan pada masa ini hampir kesemua MEDIA ARUS PERDANA meniup cerita seolah-olah ROSMAH MANSOR lah Menteri WANITA, ini hanya nak memanaskan lagi bangku Sharizat sebagai Menteri atas tiket SENATOR. Mungkin ada perintah dari langit sebab ROSMAH MANSOR lebih berjasa dengan PERMATAnya dia boleh jadi SENATOR dan dapat jadi Menteri. Mudah-mudahan ini tidak menjadi kenyataan - simpang MALAIKAT 44.

Ok, Dato ...

Pada saya Sharizat adalah legacy of the old regime that has to go before the boy whou would be PM at 40, is taken to task.

Kita lihat bagaimana the old regime would fight back to survive the putsch .... siapa yang akan dibuang menjadi DUTA ke Siberia.

OrangBaruLahir

Anonymous said...

DeaR dATUK,

aS an analyst in the psychological warfare studies in one of the local unis, I have been interested in the psychological profiles of participants of many blogs, including yours. Of late, there is a new participant who calls himself Din Klang. He is very active and postures himself as a Pakatan Rakyat supporter.

Upon studying his comments since he joined your blog about 3 months ago, I find him intriguing. But Datuk, don't be fooled by his stand and stance. After closely analyzing his comments, I come to the following conclusions regarding his psychological profile.

1. He is not a PR or a Pas nor a PKR supporter. In fact, he hates Anwar and wants to do harm to him.

2. He is most likely a Trojan Horse planted by anti-PR and anti-Anwar elements to tarnish and discredit the Opposition by portraying himself as an extremist. This is to portray PR as an extremist political party.

3. When he campaigned zealously for PR, Pas, PKR and Anwar, his idea is to attract response condemning PR, Pas, PKR and Anwar. He uses the reversed psychology tactic.

4. I believe he is most likely a well trained Umno or BN cybertrooper or a political mercenary out to make financial gains from the ongoing partisan battles between the BN and PR.

5. Unfortunately many independent and partisan commentators in DatuK's blog failed to see his ploy and fell into his insidious trap.

Psywar warrior

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Din Klang yang ingin menduga,

Sdr Samurai Melayu yg suka mendarab tolong kirakan berapa anggaran harta anak ketua menteri berkenaan?

Sdr,

Kalau darab dengan 5 jumlahnya RM2,000,000,000, kalau dengan 2 jumlahnya RM800,000.

Tapi kalau 'tolak pi' semua O dan 'campur mai' angka yang tinggal, hartanya RM10 sahaja. Betui tak temberang kami ni?

Tentunya sdr akan kata betui-betui temberang... baru lah padan dengan perpatah melayu,'Paku dulang, paku serpih'

Jangan marah ye... hanya menyokong kata2 sdrku 'ab',
'Hello bro, kalau you nak temberang biaq betui betui ota punya...'

Baru lah tepat pada tempatnya darjah 'Ybhg Prof Din Klang'

ALFAIHAH, AMIN
Ps.Lagipun,baru belajar darab 5 X 2, kami dibuang sekolah kerna mencarutkan che'gu..uhuh! Masihkah kau ingat pada wayang gambar 'Siti Muslihat'?

Anonymous said...

Aslkum Dakj

kpd sdr Psywar warrior

Tahniah meneka bahawa saya bukan ahli Pas atau Pkr. Tapi saya ahli Umno pd nama. Malas nak buang masa mohon berhenti.

Yg dah tentu saya tentang Umno kerana pemimpin Umno terutama diperingkat atasan merompak harta rakyat....kecuali beberapa spisis yg semakin janang dijumpai. Tapi siapa ye.

Prinsip saya yg secara kebetulan baru pencen lantas punya lebih masa ingin tompang blog Dakj....terima kasih.

Walaupun Umno hari2 buat jasa, itu tiada yg special. Yg special ialah jika pemimpin Umno bersih. Yg special ialah jika ahli biasa Umno tolak pemimpin rasuah mereka. Yg special kalau ahli Umno biasa berani kata yg bensr tu benar dan yg salah tu salah tak kira apakah pemimpin

pembangkang atau kerajaan yg berbicara.

Hatta jika ditakdir Anuar atau Hj Hadi lupa rakyat jika berkuasa nanti maka adalah menjadi tugas baru saya berhujah mengutuk mereka. Kita tak boleh putus asa kerana walaupun di zaman Nabi banyak musuh dan samseng dizaman ini juga masih ramai manusia baik di luar Umno.

Din Klang

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Insan yang kami muliakan, Sdrku langitbiru,

Mohon maaf tidak mampu memberi pandangan tentang Hudud. Ilmu dan pengetahuan kami hanya panjang kail sejengkal, tidak berani menduga lautan dalam.

Mungkin jika sdrku ada masa lapang,cuba layari website Chedet.cc untuk penjelasan lanjut bersabit kenyataan kontroversi Ayahanda Tun tentang Hukum Hudud.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Kami tidak mampu meletakkan diri berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan seorang negarawan yang sangat kami muliakan dan kasihi, yang jauh lebih tua dalam usia dan pengalaman hidupnya dan jauh lebih berilmu dan berpengetahuan dari kami yang masih 'muda' dan kerdil ini.
Wallahualam

Anonymous said...

Aslkum Dakj

sdr ab pakar sejarah. Bolehkah sdr beritau buku sejarah mana sdr baca mengatakan pd tahun 1979 Perancis deported Ayatollah Komeini. Yg saya tau beliau pulang pada saat kemenangan sudah dirasai oleh rakyat Iran ketika menentang rejim shah Iran.

Mengenai komen2 yg lain tu saya fikir ada baik sdr ab bertaubat je. Saya terkenang bertapa senang org tertentu percaya video sex kononnya lakonan Anuar berdasarkan kempen atau berita Utusan dan tv 3. Sah mereka tak bileh fikir sendiri.

Din Klang

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr.Psywar warrior,

Perhaps, you're one of those people who saw the splashes and the ripples created by the matters thrown into the waters by Sdr. Din Klang...

Perhaps our P.S in one of our replies to him ' Soalan2 ada udang disebalik batu(muslihat) Sdr sedang diperhatikan' wud qualify your findings.

ALFATIHAH, AMIN.

ali ahmad said...

salam dato'

macam terlalu lama tidak bertinta di blog dato....

semua dah tahu "pengorbanan" menteri wanita & keluarga...

apa yang menarik adalah komen bekas ketua wanita umno....tanggal 8/4/2012 adalah hari tamat tempoh sebagai senator...maka lupuslah jawatan menteri secara otomatik....

JADI APA "KEJADAH"NYA LETAK JAWATAN.....PENGORBANAN

betul tu apa yang dimaksudkan oleh bekas menteri yang satu tu....

yang jelas, menteri yang sekarang ni masih pegang pada kata orang putih kerana dia peguam..."you are not guilty until it is proven"...."see you in court"....

apa pun...pergi lah ke Kampung Pasir Besar, Gemas, N Sembilan....tengoklah sendiri bagaimana mereka di situ bertungkus lumus pelihara lembu....orang kampung makan gaji aja...mereka tidak tahu apa...mereka cari sesuap nasi yang halal.....syarikat mereka namanya NATIONAL FEEDLOT CORPORATION....pergi sana baru cakap...temubual lah yang jaga lembu tu....

Negara kita sudah ada 1 syarikat persendirian yang berniaga lembu ini....tersangat besar hingga mampu bekalkan susu lembu untuk murid-murid sekolah rendah di bawah program bantuan susu segar.....letaknya di Keningau, Sabah.......selalu masuk AGRO JURNAL.....tapi berapa kerat lah rakyat MALAYSIA ini tengok AGRO JURNAL......kat mana? TV? Majalah? Radio? ASTRO? ASTRO jangan haraplah.....

Tidak mampukah biaya RM250 juta itu mencontohi 1 usaha yang sudah NYATA dan JELAS kejayaannya........

tapi, apa peduli...tengok fb atau "blogging" dalam kadirjasin blog lagi HEBAT.....

Matt said...

Hello. Nice blog keep it up.

Anonymous said...

Salam D Scribe,

Keputusan Sharizat memang sudah dijangka. Bak kata orang puteh: "Matter of time only." Saya tak nampak beliau akan disambung jawatan sebagai Senator apabila tamat tempoh. Sharizat orangnya rajin juga, dan kreatif. Dia mempunyani ramai kawan dan penyokong terutama di Bangsar. Apapun, beliau perlu berfikir dengan tenang masa depan Wanita Umno yang dipimpinnya. Ini juga akan menjadi persoalan - samada beliau akan terus kekal sehingga PRU13; atau ditentang dalam pemilihan parti yang akan datang. Sama2 kita tunggu.

pahit manis

ab said...

Salam dato,

Saya tulis,

``Dia dihantaq pulang9deport) dari paris dalam tahun 1979,shah iran takut dia cabut lari kelibya atau syria kalau peranchis deport dia..

Sebelum tu dia dok kat iran...'


Saudara Din Klang,

Ni saya punya salah, maaf

sepatutnya macam ni,

Dia hampir dihantaq pulang(deport) dari paris dalam tahun 1979,shah iran takut dia cabut lari kelibya atau syria kalau peranchis deport dia..

Sebelum tu dia dok kat iran...


Yang lain macam tu as it is.


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Nak kembang hidung pun ada, nak ketawa pun ada, nak nangis pun ada bila sdr Samurai Melayu ulangi bahawa Din Klang sedang diperhatikan.

1. Patutlah Melayu susah nak maju kalau tak de kerja lain yg lebih baik tapi asyik memerhati je. Din Klang adalah org kerdil yg berazam menyedarkan masyarakatnya bahawa mereka sedang diperintah oleh golongan penyamun tarbus yg sanggup buat apa saja demi meneruskan kuasa mereka. Din Klang tak signifikan langsung untuk Samurai Melayu setakat perhati.

2. Kalau Samurai Melayu dan yg serumpun dgnnya nak berjaya dunia dan akhirat cuba perhati, kaji dan perbaiki perkara yg lebih besar spt ketirisan wang negara beratus billion, pemberian kontrek runding langsung pd harga tinggi mengila, pengswastaan yg berpaksi pd konsep untung aku dan kroni yg punya, tapi kalau projek rugi kita serah balik pd kerajaan zalim untuk dibebankan kpd rakyat, projek pembelian tanah dan kos projek PKFZ yg sepatutnya 3b membengkak menjadi 12b, kes kerugian MAS terbaru 2.5b, rugi perwaja 9b, rugi rakyat entah berapa billion gara membayar cukai tinggi bila beli kereta demi mensubsidi keujudan projek proton, dan terakhir pengeluaran wang berjumlah 1 trillion dari sistemm ekonomi kita yg dibuat secara haram.

Din Klang.





.ngakati ajan tahan tanpa pendakwaan, berselindung pd akt


a rahsia rasmi untpi saya belum uk sorok perjanjian berat sebelah yg merugikan rakyat tapi menguntungkan kroni, memaksa sidang pengarang akhbar membodek kerajaan dgn berita hairan dan berita fitnah, menindas hakim, polis dan aparatus penguatkuasa yg lain untuk mengembirakan kerajaan tapi mengsengsaan pembangkang.

Sebenarnya saya tak menaruh harapan tinggi pd org2 spt Samurai, ab, lat juno dan yg serumpun untuk berubah. Ta

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Ulasan kepada ulasan.
Jawaban kepada jawaban.

Satu scenario baru pemimpin?

Pemberita bertanyakan Anwar mengenai Israel.

Anwar jawab.

Melalui You Tube, semua boleh lihat, boleh dengar dengan jelas.

Semua yang punyai fikiran waras, boleh nilai.

TAPI KEMUDIANNYA, Anwar ulas ulasannya, jawab jawabannya!



Pelajar mahasiswa bertanyakan Tun Mahathir pasal hudud dan pelaksanannya di Malaysia

Mahathir jawab.

Melalui You Tube, semua boleh lihat, boleh dengar dengan jelas.
Semua yang punyai fikiran waras, boleh nilai.

TAPI KEMUDIANNYA, Mahathir ulas ulasannya, jawab jawabannya!


HAKIKATNYA,

Bagi mereka yang berfikiran waras
MAMPU menilai ulasan asalnya, jawaban asalnya

MAMPU juga menilai ulasan kepada ulasannya, jawaban kepada jawabannya……

Apakah mungkin mereka yang mengulas, menjawab……..fikir orang lain tak mampu menilai, berfikir?

LUMRAH pemimpinkah LIDAH BERCABANG???

Ps
Assobiyyah bermaksud reda kepada kaumnya, pertahankan kaumnya WALAUPUN tahu kaumnya melakukan kesalahan,kezalimam dan maksiat. Pada masa yang sama, jika kaum lain lakukan kesalahan,kezaliman dan maksiat yang sama, hukuman seberat-beratnya diberikan.

Lahuma said...

Dato.

Shahrizat berenti jawatan menteri kerana pembangkang kuat.

Sekim gaji SBPA dibatalkan pun kerana pembangkang kuat.

Kerajaan pun ada sikit gemuruh.

Politik Malaysia ditahun 2012 era PRU 13 ialah GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG RAKYAT PUN DAPAT FAEDAH.

Terima kasih.

Anonymous said...

Aslkum Dato'

Shahrizat bte. Abd Jalil ..."Ini adalah ujian dpd Allah SW"

Keputusan ujian:
Shahrizat bte. Abd Jalil: F (Gagal)


Kesimpulan: Jangan buat komen yg bukan-bukan walaupun PM kata semua mungkin boleh selesai.

Fireman Sam

ku_seman said...

Bagi saya perletakan jawatan Shahrizat tidak ada kena mengena dengan berkorban. Kalau kita tengok betul betul, tarikh kontrak dia jadi Senator habis 8 April. Dia pun kata perletakan jawatan berkuatkuasa 8 April. Mana sifat pengorbanannya Datuk? Lainlah kalau dia letak jawatan dua bulan lalu. Tapi tidak berlaku. Saya fikir rakyat sekarang ini tidaklah terlalu bodoh untuk membezakan antara letak jawatan dan habis kontrak. Tapi komen-komen yang kita baca seolah-olah ini satu pengorbanan. Janganlah bodohkan rakyat hidup hidup.

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato' Kadir
Salam Hormat

Siapa Anda?
(tanya psywar warrior)

'from the mouth of babes'
tuhan itu ahad

Sdr OrangBaruLahir:
Saya tidak fikir PM selaku Menteri Kewangan tidak diberi "briefing" dulu oleh Ketua Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara itu sudah jelas mendapat "blessing" dari PM Najib, dan secara langsung akan menyebabkan Shahrizat tidak lagi menjadi "winnable candidate"


Di mana 'probability' kebenaran budak yang mahu jadi menteri itu sasaranya? tidakkah perlu OrangBaruLahir tanya siapa lulus pinjaman? NFC ada 'golden share' untuk MoF?

'playsafe' atau 'no brainer game changer', wahai bayi? ataukah susu wine dan roti?

Maafkan pelik kata kerana pelik logika kalau mahu dimenjawab seChe Det?

'playsafe' atau 'no brainer game changer', wahai bayi? ataukah susu wine dan roti?

Sekian dan Terima Kasih

Anonymous said...

OrangBaruLahir

Dato dengan izin ....

a short comment about our internal security situation with the tragedy befalling the death of a 5 year old.

Semalam dalam surat khabar THESTAR 14 Mac, Menteri Dalam Negeri kita mengambil satu muka surat untuk menegakkan benang basah dia, yang MALAYSIA ni negara AMAN dari ribuan statistitik yang di kutipnya dari beberapa organisasi dari seberang laut.

Memang character orang MELAYU kalau kita ni disanjung diluar negera, maknanya tu kita ini BAGUIH betul.... ini dapat dilihat pada character ROSMAH MANSUR juga kalau di "recognise" diluar negara, maknanya tu dah berjaya lah.. walaupun rakyat Malaysia meluat nak muntah.

Menteri Dalam Negeri ternyata GAGAL, kerana kejadian berlaku di backyard nya sendiri, dalam negeri asal usulnya sendiri, DIA tidak mampu menjamin KESELAMATAN jiwa insan yang tidak berdosa - macam mana dia boleh claim MALAYSIA ni aman.

Pada malam hari pulak ada professor, yang sanggup mengadai credibility dengan mengatakan PELABUR ASING sanggup datang kesini sebab MALAYSIA AMAN, dia tidak tahu reality bahawa PEHAK BERKUASA akan berbuat apa saja untuk ORANG ASING, tapi buat WARGANEGERA sendiri kita ni hanya dapat "LOWEST PRIOTITY TREATMENT", kalau ada yang complaint.

Sebelum PRU12 ada kes kehilangan anak kecil yang sampai sekarang MASIH OPEN, dah sampai berulang kali kejadian yang sama pun Menteri Dalam Negeri ni masih gagal untuk menyakinkan orang awam, yang warga-warga kecil kita ini selamat.

Sudah pasti perkara sebegini tidak akan berlaku pada DIA, sebab escort lebih ramai dari escort SADDAM HUSSEIN

Angkat lah BAKUL tu dengan statistik, dibawah RAKYAT masih menghakimkan DIA MASIH Minister yang terus GAGAL.

OrangBaruLahir

Anonymous said...

Sepatutnya sarizat resign bl dlantik semula selepas 8 april nanti. Yang dia umum tu bkan letak jawatan tapi tempoh dah tamat jadi dah tentu la kena berenti. Orang politik ni pandai belit jaga2 cik normah.

Shahri khan

Anonymous said...

Yang muskilnya dia pinjam juta2 interest sikit je kita ni pinjaman rumah,keta,peribadi interest je makan tahun nak habis

Lembu n(k)fc

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Juga kepada samurai melayu dan ab

Saya menerima latihan psywar dari KAF, NED dan AJC yang selalu di anjurkan di Malaysia

Latihan asas adalah memfokus kepada bagaimana untuk memesongkan perhatian pembaca dan penghantar komen dari sesuatu topik yang di lontarkan.

Jika topik berkenaan lebih kepada menyerang individu dalam PKR, maka kami akan memesongkan perhatian pembaca dengan menggunakan kaedah memberi komen yang menukar hala fokus secara halus kepada topik lain agar impak kepada individu dapat di kurangkan.

kaedahnya - jika serangan di buat keatas individu PKR, maka caranya adalah dengan mengulang cerita lama keatas pemimpin Umno yang masih boleh dibeli oleh pembaca.

Kaedah ini di panggil serangan di balas serangan.

dan dalam membalas balik serangan, detail tidak perlu di kupas, yang penting adalah tajuk dan sub title yang hangat agar dapat memesongkan fokus pembaca.

Jika kaedah ini di lihat kurang berkesan, kaedah B adalah memesongkan dengan cara membawa pembaca dengan cerita sejarah kepayahan dan pengobanan seseorang tokoh lama seperti gandhi dan ayatolah dalam mencapai matlamat politik mereka.

Kaedah ini pula di panggil serang di balas simpati.

Caranya - balasan di buat dengan menarik simpati pembaca dengan menghuraikan secara detail sejarah pengorbanan dan kepayahan seseorang tokoh politik seperti gandhi dan ayatolah.

dan pada para graph terakhir setelah mendapat perhatian dan simpati pembaca, baru kami mengulangi kaedah menyerang semula pemimpin umno berkaitan topik yang di bangkit kan oleh tuan punya blog.

cerita tentang kaedah psywar yang lain akan saya sambung kemudian


Din Klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1 Kementerian pelajaran siasat kajian kecenderungan politik guru2 di Tawau.

Baling batu sembunyi tangan nampak!!!. Sejak bila PPD berani memandai2. Kes yg sama berlaku di sekolah2 di Klang dan Kl tu apa cite. Kenapa lah UmnoBn buat kerja tak berfaedah tu. Kaji selidik spt itu tak berfaedah sebab guru tentulah berpura2 sokong UmnoBn. Bila kaji selidek tidak memihak kpd kerajaan maka pengetua cepat arah kerani mengubah hasil kajian supaya semua kelihatan ok.

Agaknya kerajaan UmnoBn dah tak boleh percaya laporan hanya dari Special Branch saja.

Kan lebih baik kerajaan hantar pihak nazir ke pejabat tanah lihat siapa yg masih minum di kantin atau tak de di meja walaupun dah jam 9 pagi.

Bapa borek anak rintik. PR kena sabar jika berkuasa nanti sebab majoriti dah terbiasa

Din Klang

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr Din Klang ni spesi kromosom apa ye, Kromosom XYY, kot?
Bahasa 'dewa-dewa' dan bahasa 'campur dan adok' dah kami cuba tetapi masih buntu menggubah sikap orang yang kembang hidung(bodoh sombong), yang ketawa sendirian (kurang siuman) dan menangis keseorangan (kurang belaian)

Maka kena lah dilayan beliau seperti seorang pesakit'ABI' (Aggravated Brain Injury) yang 'DUMB'(Deranged Useless Mental Blockhead)

Mohon Maaf sdr pembahas sekelian. Sesekali terikut2 juga bahasa Kromosom XYY. Bahasa 'ganas'.

Mungkin hanya bahasa 'ganas' sahaja yang terdapat dalam kamus Sdr Din Klang, yang kerap ditonjolkan beliau dalam komen2nya.

Wallahualam

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Banyakkan berasthafar.. agar tenang dan tenteram jiwa sdr... insyaallah.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. Din Klang bagaikan 'anjing menyalak, bukit takkan runtuh'

Lebi baik sdr pergi berjuang menawan bukit dan hutan rimbanya, menjadi pemimpin mengawal atau pupuskan binatang2 buas yang sedang menjahanamkan khazanah rimba tersebut dan pertahankan bukit dari runtuh dek hakisan!

Molek juga YB Din Klang mengekori langkah YB DSAI mengubah lanskap bukit yang ditawan.


ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Samurai cuba berjinak dengan bahasa 'dewa-dewa'.. Hentam sajalah kata Pendekar Mustarjo, ngeling kepala

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1 Zahid Hamidi gagal membatalkan saman sivil seorang ahli perniagaan yg menuduh Zahid menumbuh muka beliau apabila mahkamah rayuan mengenepikan rayuan Zahid.

Dalam kes2 spt ini saya memang keliru. Kenapa kes sivil? Bukankah kalau seseorang dituduh memukul org maka polis boleh siasat dan tuduh dia bawah kanun kesiksaan.

Boleh tak mana2 loyar beri sedikit penerangan. Loyar tau, bukan loyar buruk.

2. Isa Samad dan Ali Rustam pernah didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin Umno kerana amalkan rasuah semasa pemilihan jawatan dalam Umno. Soalan saya adakah rasuah spt ni oleh kerana ia mekibatkan rumah tangga Umno maka SPRM tak punya kuasa siasat.

Dalam kedua2 kes di atas adakah undang2 negara memang membezakan antara org Umno dgn yg bukan? Atau saya yg tak faham2

Pening2

Din Klang

Rao Lanun-Bahaso said...

YBhg Dato' Kadir
Salam Hormat

Main-main Politik Melayu
(setiap nafs akan merasai al-maut)

Sedangkan tajuk tajam tuan
"Shahrizat Korban Diri Kerana Kabinet dan Umno?"

Pertanyaan gampang senang manira
"apa che det dok buat dengan hukum hududnya"

apakah pernah wujud sebelum ini
insan politikus melayu
mindanya sehebat izin tuhannya
insan tetap insan dunia permainan
dan mati ada hidup semula
hari perhitungannya
hari pertemuan yakin dan cinta

nasib najib terserahlah kepada tuhannya


Seribu maaf sekiranya terkasar bahasa
dan sekian

padang pasir said...

Salam Dato

all your writing - be it for or against the government, remind me of what my teacher said.

Malays are particularly partial to one nasty disposition - dengki.

After over 50 years of independence, modernisation, material accretion and revitalized religious zeal, this streak still persists - from the lowest to the highest level.

You don't need others to break up the Malays. They can do a jolly good job on their own.

especially Enchik din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Sekali lag rakyat dibisukan oleh tektik penyalahgunaan mahkamah UmnoBn apabila wakil rakyat tidak dibena oleh speaker menyoal kerajaan soal NFC sebaik saja suami Shahrizat dituduh dimahkamah.

2. Di Malaysia oleh kerana kuasa hakim sangat didewakan( takut dikira menghiba mahkamah) maka rakyat menjadi takut atau dipaksa takut untuk menberi komen walaupun perkara yg dibicara melibat kepentingan wang awam. Sebagai contoh dalam kes NFC yg tertuduh menyalahguna tujuan asal pinjaman diberi oleh rakyat kpd NPC!!! Akan tetapi kenapa pulak wakil rakyat tidak diberi izin menyoal tentang peranan Najib,muhyidin dan noh omar dalam meluluskan penggunaab wang rakyat kpd syarikat kepunyaan suami menteri? Jelas di negara boleh land nama mahkamah telah dijual untuk temberang rakyat. Demi kepebtingan negara ada baiknya mahkamah persekutuan membuat ketetapan khusaus tentang definasi subjudice atau tingkah laku yg bokeh dierti sebagai menghina mahkamah

Kepada pembahas blog ini yg tak tau makna atau contoh temberang bolehlah rujuk kepada keputusan speaker dewan rajyat tidak membenar sebarang pertanyaan atau perbincangan berkaitan kes rasuah Khir Toyo, PKFZ dan terbaru NFC.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Ada pembahas terpaksa attack personal bila tak de point nak rebutt hujah org lain. Sepanjang yg saya ingat saya belum pernah guna bahasa kasar atau lucah spt berkata pembahas lain bodoh, babi, anjing atau ayat seumpamanya. Serangan kepada saya dalam bentuk hujah saya tak kisah. Saya dah diajar bersabar kalau pun dgn bahasa merapu Samurai Melayu yg bagi saya mendedahkan sendiri perangai org Umno secara majoriti.

2. Tak hairanlah Najib sangat takut berdebat dgn Anuar sebab beliau tau tak akan dapat tegak benang basah.Kalau tidak sejak bila org Umno spt Najib tak mau glamour.

Din Klang

Hanezam said...

Salam Datuk,

Kalau skandal cowgate ini buat kita semua marah dan berkumpul ramai-ramai kat bloghouse Datuk ini, saya katakan ini satu petanda baik. Ada rahmat yang lembu-lembu ini bawa. Betul lagi Lady Lahuma; gajah sama gajah berjuang, rakyat yang dapat untung. Saya tambah, lembu-lembu yang tegolek dog.

Dalam masa terdekat ini rakyat telah didedahkan dengan satu demi satu penyelewengan dlm kerajaan. Itu pun, masih nak beri peluang lagi. Sebabnya pengganti yang boleh diharap belum nampak kelibat dan batang hidungnya pun lagi. Kalau diganti pun entah-entah sama ja korupnya. Lagi banyak hiccupnya, dah tentu. Tapi sumbangan Pembangkang untuk kesejahteraan yang lebih bebas-lembu, rakyat ucapkan terima kasih.

Berbanding Tun Dr M yang ambik masa dan hanya kirimkan Timbalannya ke Washington bila dia pegang kuasa (Tun’s memoirs, pages 419-420), saya berpendapat Najib (dan Rosmoh) tidak buang banyak masa pi nak salam dengan Obama. (Rosmah pakai baju cantik, you..) Well, kalau sungguhlah Obama ni menginspirasikan, saya harap aspek yang paling menginspirasikan pada Obama ini adalah aspek “transparency and open government’ yang dianjurkannya itu.

Malaysia ni nak sangat gah kat luar negara. Tapi US dan UK dah beriya adakan transparent government , menteri-menteri kita dan anak bini/laki depa makin sibuk sembunyikan tulang-belulang tengkorak dalam lemari.

Sorok-sorok ni dah tak main lagi lah. Boleh tak lepas ini ciri-ciri transparent government itu kita serapkan dalam sistem pendidikan kita di sekolah-sekolah. Biar anak-anak kita pun tahu, apa itu good government. Apa salahnya, kerana kepimpinan masa hadapan negara ini bukan hak milik eksklusif kerabat pemimpin yang ada hari ini sahaja. Dari kecik lagi kena di’groom’, jangan sorok-sorok tulang-tulang-belulang tengkorak dalam lemari . Nanti ke depan ke depan payah nak buat keputusan , kalau asyik dihantui oleh tulang-belulang tengkorak itu.

Pemimpin Islam check-and-balancenya ada dalam dada (ie tak dak dalam Perlembagaan pun tak apa). Tapi sayang iman dah lama hilang dari dada. Sebab tu lah, nak mentadbir negara pun kena belajar dari orang bukan Islam.

ab said...

Salam Dato'


Din Klang menulis,


`Kaedah ini di panggil serangan di balas serangan.

Kaedah ini pula di panggil serang di balas simpati.'




You kena tambah lagi `kaedah'....

serangan, dibalas dengan kematian..tak kira la mati sakit ka,mati cedera ka atau mati bunuh diri.


serangan maut `kamekaze' atau `suicide bomber'..penyerang terus bersepai. tak tau la apa dapat balasannya, kuboq pun tak tentu ada mayat punya.




Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Aslkum Dakj
Kpd sdr padang pasir

1 Kalau kerana pengalaman sendiri yg terpaksa merantau keluar negara cari rezeki akibat permainan kotor kawan sepejabat atau bos yg nak letakkan org2nya maka saya bersimpati dgn sdr padang pasir. Dengki khianat, itu perbuatan syaitan yg terkutuk.

2 Lihat pd air muka dan prestasi kerja sangat baik CEO Proton sekarang yg sepanjang perkhidmatannya terhindar dari berita rasuah dan penyalahgunaan kuasa yg menyebavkan pembeli kereta proton rata2 gembira. Kalau beliau diketepikan tanpa sebab, maka sah kerana ada orang dengki. Kalau CEO lama terpelanting gara2 terpalit dgn macam2, tapi masih nak kata org dengki itu dia yg tak faham erti dengki atau sengaja cari alasan.

3. Bila Nabi dan para sahabat ditegur tak pulak mereka gelar org lain pedengki.

4. Oleh kerana takut digelar pedengki, sdr padang pasir mau rakyat diam walaupun wang mereka dirompak?

Contoh product pendidikan Islam ala Umno.
Kepada org Melayu, bersuara bila perlu demi Allah bukan manusia. Tak timbul soal dengki.

Din Klang

Anonymous said...

Datuk,
Kes ni samalah macam pegawai kerajaan yang buat pilihan untuk bersra apabila sampai umur 60 tahun berkata dia akan melepaskan jawatan pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-60. Apakah istimewanya kenyataan pegawai ini dan apakah pengorbanan yang dilakukannya apabila dia melepaskan jawatan?

--Balanglama

Hanezam said...

Datuk,

Lahuma is the male protagonist in Ranjau Sepanjang Jalan, not the wife Jeha.

Ampun..

Anonymous said...

Sdr Ali Ahmad,

Budak-budak Uni tukarkan baucer dengan duit kerana kos sara hidup / kos sara belajar mahal.

Dapat duit guna untuk fotostat buku manakala lebihnya boleh belanja buat tambang.

Ada beza ke cerita ini dengan cerita anda? Atau cerita AGRO Jurnal?

Jika RM200 pun kerajaan berkeras, ini pula RM250 juta (sepatutnya).

Jika duit beli condo itu diguna untuk jadi pendahuluan membina pusat penyembelihan yang ditangguhkan kerajaan, bukankah ini common sense?

NFC ditanda tangani bukan sekadar untuk penduduk Kampung Pasir Besar, Gemas, N Sembilan sahaja tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.

Agenda nasional. Baru berbaloi keluarkan RM250 juta.

Sdr Din Klang,

Secara peribadi, saya berpendapat Pak Lah tidak boleh dimaafkan semata-mata kerana membebaskan Anwar.

Malah kerosakan oleh onar budak tingkat empat wajib dibaiki Najib.

Sebaliknya saya jadi Fed Up bila Najib, pada tika dilantik jadi PM, buat majlis makan-makan merakamkan terima kasih kepada Pak Lah.

Malah saya berterusan Fed Up kerana Najib bukan sekadar tidak membaiki tetapi meneruskan hampir semua delegasi peninggalan Pak Lah.

Untuk rujukan; kawalan matawang, matawang Dinar, harga minyak, Synergy Drive, projek gajah putih seperti Masjid Kristal, bangunan runtuh seperti stadium Kuala Terengganu dan lain-lain.

Semuanya itu berkali ganda bocornya berbanding RM250 juta.

p/s suara amarah rakyat pada PRU12, walaupun jelas, tidak dipedulikan. Adakah rakyat perlu kuatkan lagi suara pada PRU13 ini?

Fed Up

Anonymous said...

Salam Dato dan pembaca...

Saya bersyukur dewasa ini rakyat M'sia terutama org2 Melayu khasnya telah terbuka mata/minda dan semakin bijak menilai berbanding beberapa puluh tahun yg lepas. Dgn adanya sistem dua parti terbentuk, kematangan berpolitik rakyat M'sia semakin terserlah. Isu2 peribadi, perkauman, jumud, hasutan dan provokasi telah gagal mencapai matlamatnya. Alhamdulillah...

Saya ambil contoh terkini; kes lembu Sharizat. Org2 Melayu dah pandai menilai perbuatan ini adalah salahguna kuasa yg serius. Kita tidak lagi memikirkan asalkan ianya kesalahan pemimpin Melayu maka bolehlah tutup mata/telinga.

Salah tetap salah. Hukuman mesti dilaksanakan mengikut undang2 tanpa mengira status dan campurtangan kuasa eksekutif. Walopun kesalahan2 itu membabitkan hatta Perdana Menteri sekalipun. Rakyat wajib mengajar pemimpin2 ini supaya lebih bertanggungjawab dan amanah di masa2 akan dtg. SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

Rasuah dan salahguna kuasa boleh menghancurkan tamadun bangsa dan negara ini. Ia harus dihentikan dgn penguatkuasaan paling ketat tak kiralah ianya dari BN atau PR.

Negara ini kita/rakyat yg punya bukan milik pemimpin2 korup yg telah jadi perasuah tegar. Ini mesti dihentikan demi kesinambungan generasi akan dtg.

Quote from Thomas Jefferson ~"When the people fear their government, there is tyranny; when the government fears the people, there is liberty."

ps: Saya kagum dgn semangat pakcik Din Klang berbahas di sini walopun kekadang melebihi Dato Kadir. hahaha...Menceriakan suasana yg agak hambar.

*rakyat dah bijak*

Doktor Muda said...

"Pengorbanan"??? usah dikotori perkataan suci ini dgn tindakan jijik sesetengah pemimpin ini. ada org yg hatinya akan terus kekal hitam, sekiranya tidak kembali ikhlas mencari Nur Illahi.

sudah sampai waktunya pemimpin BN menilai kembali diri sendiri & parti. taburlah rakyat dgn duit2, kerana itu selayak baginya. usahlah 'dibaham' lg harta negara yg sedikit ini. kelak rakyat akan 'memarahi'....

Anonymous said...

tak yah la pembahas semua sibuk ngan kes NFC ni.....skrip nye dah siap.... Mahkamah akan putuskan yg pengarah NFC tiada niat untuk pecah amanah dan apa yg dilakukan semata2 untuk menambah nilai pelaburan syarikat... Syarizat dan suami dengan senyum dibebaskan,,kalau adapun kena bayar denda sikit... kenapa???? sebab kalau didapati bersalah..habis satu keluarga masuk dalam...tinggai lah sharizat sorang kat luar....hangpa ingat dia nak duk diam.....nak x nak terpaksa kut mana pun kena lepas gak....

cowboy taiping

ORANGUTAN PENANG said...

TOK KADIAQ,

PELIK BETUI SPECIES ORANG POLITIK NI!

APA YANG DEPA DOK LIGAN PUN BUAT KITA PENIN.

BN KA PR KA DEPA SEMUA SAMA,YANG LAGI PELIK BILA ADA ANTARA KITA YANG TAKSUB.TAPI TAK DAPAT APA

TK

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir,
Salam Hormat

Blood Money Scopene
(perangkap untuk najib dari euro)

Sdr Cowboy Taiping,
Mungkin ada benarnya cerita saperti itu berlaku; cuma time-lime yang ada sekarang pada Shahrizat. Ingat PRU13 'anytime from now'.

Dato Kadir,
Adakah dia calun BN nanti?
nasib tak baik satu keluarga akan masuk.

Nasib Shahrizat tentunya baik sekiranya berat kata-kata anda.

Harapnya kita tidak dikatakan contempt of court, baik yang mammoth atau kangaroo selepas PDRM letih buat kerja siasatan.

Hishamuddin bukan sedangkal najib pupunya mahupun si-nazir dan akan biar AG main-main di mahkamah.

Shahrizat tengah lemas sekarang bak orang jatuh ferry dekat dengan propellornya

Hukum Hudud merantai najib, Dato.

Sekian

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Apalah malangnya bangsa dan rumpun yg dikenali sebagai orang Melayu.

1. Di Malaysia walaupun Melayu dan bumiputra nerupakan 65% penduduk akan tetapi mereka secara bersama mengawal tak sampai 15%kekayaan negara. Itu pun sejumlah besarnya berada dalam kawalan puak2 dan kroni Umno.

2. Kes perceraian anak anak lelakikedua ketua menteri Sarawak telah secara tidak langsung mendedahkan kpd kita bahawa harta beliau tak kurang 800jt. Kalau begitu cuba kita bayangkan junlah kekayaan abang dan bapa beliau.

3. Adik perdana menteri yg menjadi top banker disenaraikan sebagai salah seorang terkaya di Malaysia dgn abggaran 700jt.

4. Perbicaraan Khir toyo dan Muhammad Tyson jugak sedikit sebanyak menceritakan kpd kita bertapa kayanya mereka sebagai menteri besar.

5. Ketika Mahadir jadi oerdana menteri, anak2 lekaki beliau jugak digelar billionaire okeh majalah the forbes.

6. Menteri Agama yg belum pun tamat penggal 5 tahun dah dikhabarkan buat rumah 5jt.

7. Ada pulak bekas menteri MCA nenjadi instant biklionaire gara2 diberi ruang oleh MB dan PM Melayumelalui projek PKFZ.Nak tanya pd On Ismail dan Rahman Palil, Org Melayu dpt apa nelalui prohek PKFZ? Projek PKFZ adalah contoh terbaik bagaimana pemimpin politik Umno nebjual tanah kepunyaan koperasi Melayu dgn sedukit habuan. Yg kaya raya tetap Cina.

Berdasarkan cobtoh di atas tak payah le Shahrizat naksuruh Melayu jangan ulangi konon kesilapan undi PR pd 2008.

Kesilapan Melayu terutama org spt ab dan samurai melayu ialah mereka pulak seronok menyokong pemimpin maksiat dan tak rasa bersalah pun atau tanpa usul periksa.

Din Klang

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).