Saturday, April 28, 2012

Libertarian Cergas Ko-opt Penyertaan Melayu

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

PAGI ini, rancangan saya “dicemarkan” oleh demonstrasi Bersih di ibu negara. Laluan saya sesak kerana beberapa batang jalan ditutup. Setelah beberapa lama tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, saya berpatah balik dan menukar haluan.

Saya ucapkan tahniah kepada kenalan saya pada ketika saya bekerja dengan Kumpulan New Straits Times (1976-2000), Abdul Samad Said aka A Samad Said kerana buat kali pertama berjaya menggagalkan saya.

Walaupun A Samad Said kanan daripada saya di NST/Berita Harian, tetapi beliau tidak pernah menjadi halangan atau ancaman apatah lagi menggagalkan saya.

Tetapi hari ini, A Samad Said berjaya menggagalkan saya. Akibat demonstrasi yang beliau dokong bersama seorang lain bernama Ambiga a/p G. Sreenevasan, saya gagal sampai ke destinasi saya. Tetapi saya tidak keseorangan. Ramai lagi yang menderita nasib yang sama.

Saya ucapkan tahniah kepada Sasterawan Negara itu kerana persekongkolan beliau dengan Ambiga dan libertarian lain berjaya memujuk, menghasut dan mempengaruhi orang dan kelompok tertentu berdemonstrasi di ibu negara.

Saya yakin kedudukan istimewa A Samad Said sebagai sasterawan Melayu yang terkenal dan perwatakan beliau yang lemah lembut telah berjaya dimanfaatkan oleh golongan libertarian untuk menarik penyertaan Melayu ikutan.

Libertarian adalah aktivis politik yang menekankan kebebasan, hak individu dan perkongsian atau pakatan sukarela. Melalui pakatan dan perkongsian sukarela inilah mereka bergerak sebagai gerakan politik.

Di negara barat, gerakan libertarian inilah yang menjadi pemangkin kepada kegiatan politik apa yang disebut sebagai LGBT (lesbian, gay, bisexual dan transsexual).

Saya tidak berani mengatakan A Samad Said tidak tahu atau tidak faham falsafah politik libertarian ini. Sebagai penulis dan Sasterawan Negara, saya andaikan beliau cukup berilmu dan bermaklumat.

Jadi, beliau mungkin membabitkan diri dalam gerakan politik golongan libertarian ini kerana beliau ingin menjejaki laluan sasterawan besar seperti (antara lain) Allahyarham A Samad Ismail, Usman Awang (Tongkat Waran) dan Ishak Haji Muhamad (Pak Sako) yang agung, unggul dan terkenal kerana activism politik mereka.

Dari sudut pandangan peribadi saya, A Samad Said telah sedikit sebanyak berjaya menonjolkan imej itu melalui pembabitannya sebagai Pengerusi Bersama (Co-Chairman) Bersih. Kini ramai yang mengaitkan keterampilan beliau dengan pejuang komunis Vietnam, “Uncle” Ho Chi Minh. Kelainan A Samad Said mudah dipisahkan daripada khalayak.

Malah di kalangan generasi muda, termasuk dalam media massa, mereka mula mengelirukan beliau dengan A Samad Ismail apabila mereka menggelar beliau Pak Samad. Bagi generasi saya dan mereka yang dekat dengan dunia kesusasteraan Melayu, panggilan mesra dan hormat Pak Samad adalah sinonim dengan dan eksklusif kepada A Samad Ismail. Bagi kami, wujud dikotomi yang luas antara A Samad Ismail (Pak Samad) dengan A Samad Said.

Mungkin baik bagi pengkaji sosial, politik dan sastera Melayu mendalami hal ini kerana ia berkait rapat dengan minda Melayu yang suka mengikut dan mudah teruja dengan idea-idea asing yang tidak mereka fahami.

Penjajah Inggeris dulu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia memahami psyche orang Melayu ini dan mereka secara sengaja mengko-opt atau melantik orang Melayu ke dalam pergerakan mereka bagi mewujudkan gambaran dan imageri yang pergerakan mereka adalah pergerakan nasional.

Kita lihat bagaimana DAP sejak akhir-akhir ini begitu gigih mencari keahlian Melayu bagi menghapuskan imej yang ia adalah parti komunal orang Cina. Jadi, tidaklah menghairankan kalau gerakan libertarian dan pinggiran juga mengko-opt orang Melayu sebagai maskot dan tukang jampi mereka.

Lagipun, adalah lebih berkesan melihat orang Melayu sebagai bangsa majoriti, berguling di atas jalan raya atau berkonfrontasi dengan polis Melayu berbanding orang Cina atau India. Sebab itulah dalam banyak demonstrasi jalanan sejak kebelakangan ini, yang berada di barisan hadapan adalah Melayu.

Apabila berkonfrontasi dengan polis atau ketika berperang dengan pengganas komunis, ketuanan (leadership) orang Melayu tidak dipertikaikan. Orang Melayu menjadi “tuan” di barisan hadapan. Ketuanan Melayu menjadi busuk dan hanyir hanyalah apabila orang Melayu menuntut hak asasi mereka. Wallahualam.

111 comments:

Anonymous said...

To me Datuk, with apologies, the involvement of A Samad Said in the bersih movement is insignificant. Those of us who knew him, don't think highly of him anyway. He was spineless and clueless as editor of Berita Harian. He was afraid of making political decisions. He was and still is a literary person, only that in his old age he is carried away by the nostalgia of his childhood and youth, when, unlike Samad Ismail and Abang Usman, he was not politically involved.

There's no way that he can battle and match the agility and agenda of the likes of Ambiga who are seeking to change the status quo and put an end to the Malay power and Umno's hegemony. The blame is on the corrupt and inept Malay leaders among us, be they in Umno, Pas or PKR. Power and money, coupled with the lack of intellect among the current crop of Malay leaders, are the real cause of the current Malay malady.

Like viruses in our body, the Ambigas are merely reacting to the changing heath of the Malay Bangsa. They are growing, mutating and becoming virulent because the malay body and soul are week, thanks to Mahathir's pampering of the Malays and the opening of the floodgates by Abdullah and the removal of the entire barrier by Najib.

The corrupt Malays in Umno, Pas and PKR who are today in power are the real cause of the downfall of the Malays. Period.

Lawgiver

Anonymous said...

PS Datuk, Bersih's free, fair and clean election crusade is only a ruse. The unspoken agenda is the weakening of the Malay power by breaking up the Malays so that their majority position is reduced to statistics. By playing one Malay party/group against another, the puppet masters like Ambiga and the anti-Malays among the Malay Libertarians will gain influence and eventaully power.

Lawgiver.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato' @ Respon secara spontan saya kepada tulisan Dato' diatas dapat saya ringkaskan sebagai amat sedih dan menyayat hati melihat permulaan kepada proses kejatuhan sabuah Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu. Proses ini diterajui oleh puak yang berniat jahat untuk menjatuhkan Kerajaan BN dan disokong oleh puak Melayu yang tamak kepada kuasa untuk memerentah. Paling menyayat hati melihat pasukan keselamatan yang hampir 100 peratus Melayu bertungkus lumus semnjak beberapa hari berdepan dengan pserta-peserta demontrasi yang juga kebanyakan Melayu tetapi diketuai oleh seorang perempuan India.

Saya melihat A Samad Said sebagai manusia kerdil yang sudah diperalatkan oleh puak-puak yang berhati busok untuk menjatuhkan sabuah Kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu. Sabuah Kerajaan yang telah berjaya membawa orang Melayu kesuatu tahap yang lebih baik berbanding 50 tahun dulu. Dulu orang Melayu hanya kepada hamba surohan penjajah dan juga koli, buroh kepada tauke Cina atau petani dan nelayan miskin.

Sekiranya sesuatu berlaku kepada bangsa Melayu maka siapa harus dipersalahkan. A Samad Said,manusia kerdil, sudah tentu tidak mempunyai sebarang perasaan kepada bangsanya sendiri kerana perjuangannya tidak mempunyai matlamat yang jelas. PAS yang mungkin mendapat faidah dari kemungkinan jatuhnya BN hanya junior partner dalam sabuah Kerajaan yang dikuasai golongan berfahmaman liberal. PAS hanya melukut ditepi gantang saperti dalam kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor sekarang.

Akhirnya orang Melayu akan hilang kedudokan dan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan saperti yang dinikmati semenjak negara mencapai kemerdekaan.Itulah matlamat perjuangan puak-puak yang berselindung disebalik Bersih 3.

Iklas,
Rahim

Lahuma said...

Dato.

Semua ini adalah agenda PRU 13 semata.

Apa ada pada penghormatan yang Dato katakan itu.Semuanya berbentuk sementara.
Bila nafsu menguasai fikiran.Waras pun jadi luntur dan rapoh.
Nak undur sudah tersilap langkah.Maka biarlah alang-alang selok pekasam.Genggam bara api biar jadi abu walau pun jari sendiri terbakar.

Rupanya terlalu ramai dahaga dan gila pada kuasa.Kuasa sudah jadi isu cemburu antara tokoh cerdik dan jahil serta buta kayu.

Bila wang terlalu mewah maka askar upahan pun menjadi sumber kekuatan antara mereka.

Mereka bukan pejuang tetapi adalah askar upahan semetara.Inilah budaya umpama buaya lapar.

Melayu bersatu Pak Lebai bersatu Ke Adilan bersatu semua darah Melayu sudah ada askar upahan.NGO dijadikan alat sebagai CEO askar upahan.

Melayu ,

Kalah jadi abu,
Menang jadi arang.

Terima kasih.

suhaimi said...

Salam,
Saya tumpang simpati kerana DAKJ gagal sampai ke destinasi akibat demonstrasi.
Cuma, rasa saya tiada apa-apa kekeliruan dengan panggilan "Pak" itu, sebagai tanda hormat dan sopan kepada orang yang lebih tua. Saya pun biasa memanggil/menyebut Pak Asraf (arwah Asraf Abdul Wahab, Pak Samad arwah A. Samad Ismail), Pak Latiff (Latiff Mohidin), Pak Samad (A. Samad Said), dan beberapa lagi.
...beliau mungkin membabitkan diri dalam gerakan politik golongan libertarian ini kerana beliau ingin menjejaki laluan sasterawan besar... . Maafkan saya, tapi saya terasa ada nada “memperkecil dan memperlecehkan”, apatah lagi dengan kata “mungkin” pada tulisan DAKJ ini. Dalam keadaan ketidakpastian (dengan adanya kata “mungkin” itu), tulisan bernada memperlecehkan ini dapat mempengaruhi, bukan satu atau sepuluh, malah 100 atau 1,000 orang lain. Dulu semasa saya belajar ilmu kewartawanan (1980-an), tulisan begini amat tidak digalakkan. Mungkin itu dulu, bukan sekarang. Mungkin itu dalam pemberitaan dan bukan dalam penulisan di blog, agaknya. Mungkin DAKJ dapat memberikan pencerahan.
Rasa saya, eloklah bersangka baik daripada memperlecehkan Pak Samad tentang pembabitannya dalam BERSIH. Seperti saya yang turut menyokong BERSIH supaya daftar pengundi dibersihkan (antara tuntutannya). Puncanya ialah nama isteri saya tiada dalam daftar pengundi 2008 dulu, padahal dalam PRU yang sebelum-sebelumnya dapat pula ia mengundi. Yang lebih mengelirukan saya ialah nama arwah bapa saya dan arwah adik-beradik beliau masih ada dalam daftar pengundi! Tak taulah pulak kalau arwah-arwah tu bangkit untuk mengundi. Mintak-mintak tidak, tetapi saya tidak semak.
Jadi, elok sangatlah daftar pengundi tu diBERSIHkan. Atau kita masih keliru, NAK BERSIH atau TIDAK?
Terima kasih.

Melayu said...

Begitulah nasib orang Melayu. Terus-terusan menjadi bola sepak. Dah dapat jadi kerajaan, jawatan tak diberi. Tapi, bab demonstrasi, dikerah bak anjing. Hai Melayu oh Melayu. Bilakah mahu kau sedar?

Anonymous said...

Jarang baca tulisan dato yang 'low standard'macam ni.. Pak Kadir, pak bukan sahaja cuba secara sinis memperkecilkan Pak Samad, tapi juga orang Melayu.. Dato' adalah antara insan di Malaysia yang menganggap Melayu itu bodoh.. 'come-on' lah dato', orang Melayu pun bijak lah Dato', ikut serta bukan sebab ikut ikut atau terpengaruh dengan seorang Hindu Dato Ambiga tapi semua boleh berfikir sendiri lah, tak tahan sangat tengok gelagat UMNO parti Dato' dan konco SPR! lainlah kalau kami ni lembu! Hmm..

Wan Ismail

Anonymous said...

A Samad Said..
Dewasa ini saya pun keliru dengan perjuangan A Samad Said.

Mungkin dia tidak faham,
sengaja dia diperalatkan,
akhir zaman,
jatuh sebagai sialan.

Ajman

Anonymous said...

Bila tak masuk 'poket mereka'.. tulisan Dato' di gelar Low Standard (seperti kata pengomen Wan Ismail).

Harammu & Hallalku..

Bila datuk Nik Abdul Aziz mengulas, 'Lompat parti hukumnya Harus' - ADUN Bota lompat masuk PKR. Bila lompat masuk BN balik, Datuk Nik kata Haram..

Ni baru 'low standard'.

Waj Jong

Anonymous said...

Malaysian Insider -- KUALA LUMPUR, April 28 — Pockets of unruly Bersih protestors continued to challenge the police even after the end of the rally for free and fair elections that organisers have admitted to have lost control of.

About 1,000-odd protestors spread along Jalan Tun Perak and Jalan Raja Laut continued to defy police orders even after the rally ended at 4pm, taunting and jeering the men in blue.

Things took a violent turn when a police officer was seen dragging a man across Jalan Tun Perak, which resulted in Bersih supporters attacking the police with broken bottles, mineral water bottles and broken concrete slabs.

1. Ambiga dan A Samad Said (ASS) mungkir janji. Gagal kawal pengikut yang ganas.

2. Minta bawa balik ISA. Najib Koro hapuskan ISA, jadi yang dulu koro sekarang berani lawan dan hina polis.

3. Pengikut Bersih are violent people. Melayu cetek akal bawah telunjuk Ambiga. ASS iiiikut saja.

BenDol

Anonymous said...

Datuk,

Sikap berlembut kerajaan dengan memberi kebenaran bersyarat kepada Bersih berdemonstrasi ialah kemenangan bagi BN.

Demo Bersih jadi kotor dan ganas ialah kekalahan bagi Pakatan Rakyat.

Polis yang dulu benci pada Najib kerana hapuskan ISA sekarang benci pada PR kerana ganas dan hina mereka.

Ketua kepada demo Bersih yang jadi kotor bukan Ambiga dan Samad Said seperti Datuk katakan.

Ketua demo Bersih ialah ketua kepada segala demo iaitu Anwar bin Ibrahim yang cakap tentang tamadun dan ilmu, tapi terus guna demo walaupun PR memang besar dalam PRU. Anwar dan demo ganas adalah sinonim.

MelayuFirst

Anonymous said...

Dato, datok serta orang-orang Melayu yang pandai bolehlah cakap pasal hak asasi. Tapi macam mana saya yang bawa teksi bandaraya dan isteri saya yang berniaga runcit di Masjid India boleh cari makan bila satu kuala Lumpur tatup sebab Bersih.
Semua jalan tutup datok. Penumpang maki kami pemandu teksi sebab pergi sana sini cari jalan pintas. mereka sangka kami nak tipu mereka.
Orang besar dan pandai bolehlah cakap, kami yang tak ada pelajaran inilah yang susah bila ada demo.

Din Teksi

Anonymous said...

datuk,

This morning my family&I were supposed to go breakfast in Mid-valley.But unfortunately,there was a massive traffic jam.There were police blocking the road.I was told that all this is because of Bersih.I couldn't go to the mall!!!!!!.
Bersih says that they want freedom and human rights.Well,what about us?.We are humans and we want our right to have a normal breakfast without unnecessary traffic jams.They are so juvenile.

mylittlediary

A KADIR JASIN said...

Mohon maaf. Sungguh mengecewakan kerana ramai penyokong Bersih dan pembela A Samad Said yang memaki hamun saya tetapi tidak berani memberikan nama, hatta nama samaran.

Saya bersedia menyiarkan kutukan mereka kalau mereka tidak menderita penyakit koro dan berani memberikan nama, hatta mana samaran sekali pun demi memudahkan identifikasi.

Bukan Bersih namanya kalau baling batu sembunyi tangan.

Terima kasih.

Rawo Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Menonggeng Kepada Bini
(samad said samad ismail sama saja)

Macam dah meletus peperangan besar!!!

Apalah Melayu Totok macam manira ini boleh buat?

Selak kain binilah:
samad said samad ismail
macam najib sama anwar
batuapi: sepupu najib

menonggenglah hamba
sujud zikirkan tuhan

Melayu Totok pun akan fana jua


Sekian

Anonymous said...

salam Dato

sayang sekali orang melayu baru berkuasa 54 tahun dah kecoh.

sayang orang melayu baru menguasai ekonomi 23 peratus dah kecoh.

sayang orang melayu baru menjadi bangsa majoriti 55% dah kecoh.

sayang orang melayu dah semakin senang dah kecoh.

malang sekali 54 tahun itu yang sebenarnya singkat dan pendek masanya bagi mengukir tamadun yang hebat.

malang sekali 23% peguasaan ekonomi sebenarnya masih terlalu rendah.

malang sekali bangsa melayu 55% itu sebenarya belum betul-betul kuat untuk berkuasa berdasarkan sistem demokrasi.

sayang sekali kesenangan orang melayu itu bukanlah sekaya raya sebagaimana orang cina.

sayang sekali melayu gaduh melayu sebab tak puas hati sahaja.

sayang melayu gaduh melayu sebab seorang peminpin bukan melayu.

sayang islam sama islam tak boleh berbincang.

sayang islam sama islam telah hilang pertimbangan.

melayu sekarang banyak dah pandai,pandai menghancur bangsa nya sendiri.

bila dah pandai dan berkuasa lupa agama,lupa bangsa,lupa negara,lupa asal usul, lupa segala.

semuga ALLAH sentiasa melindungi hambanya yang ikhlas membantu agamanya dan umat melayu yang islam agamanya.ameen.

Anonymous said...

Assalammualaikum Dato' dan pembaca semua,

Bila membaca tulisan Dato’ kali ini, saya seperti tidak percaya itu adalah pandangan Dato’. Tafsiran saya seolah-olah macam ada dendam kesumat terselit dicelah batu yang telah lama berlumut. Segala yang cantik dari seorang kawan lama Dato' bernama A Samad Said (ASS) selama ini punah dek kegagalan ASS memenuhi citarasa Dato’ kali ini. Banyak pula sentuhan negatif mula terluah. Semuanya kerana haluan yang bertentangan. Sebagai bekas wartawan, penulis atau journalis berpengalam gemilang dan terbilang tentunya amat mudah bagi Dato' mendapatkan peluang mewawancara ASS untuk bertanyakan sesuatu yang memungkinkan ASS berbuat demikian. Tentunya mudah kerana Dato’ dan ASS adalah kenalan lama. Dan atas kepakaran dan keterbukaan Dato’ juga tentunya pandangan ASS boleh diabadikan sekurang-kurangnya dalam halaman Dato’ bagi tatapan ramai.
Bagaimana pula dengan sasterawan yang bersekongkol dengan pemimpin yang diseliputi rasuah, putar belit, sek (bukan Sek Menengah atau Sek Rendah ...), atau lain-lain kemungkaran ?. Benarkah hanya orang yang bersekongkol dengan gejala-gejala ini sahaja yang merasakan 'derita' dengan perjuangan ASS.

Selama ini saya sangkakan pengorbanan seorang wartawan tiada sempadannya. Namun, Dato baru diuji dengan kesesakan jalan telah mula mengeluh panjang. Adakah ‘Bersih’ yang menutup jalan?. Mungkin usia kita yang semakin kabur!. Bagi saya tetap mengatakan YA! kepada Bersih! dan perjuangannya. Mudah-mudahan negara kita dijahui dari segala bencana.

Haji Kampung

Anonymous said...

Mylittlediary,

"We are humans and we want our right to have a normal breakfast without unnecessary traffic jams."

Having breakfast not in a home, instead, in Mid Valley, is definitely, NOT normal.

Say what you all want of A Samad Said or Ambiga; were they wrong to say that our past PRU were not bersih? Were they that far off when suspecting the next PRU to be as non-bersih as those in the past?

People are in protest with regard to THE ISSUE. Not simply for the calling by mere persons named A Samad Said or Ambiga.

This is my opinion.

If the authority really want the crowd to disperse, why close down the services of nearby LRT stations?

Better still, why not let the crowd be IN Dataran Merdeka? Wouldnt this localise them; making it easier to enforce crowd control (by both organiser and authority)?

DAKJ, you over estimated A Samad Said. And you under estimated the common protester.

p/s I did not have any problem visiting HKL today. I planned my route. Don't we all plan our route accordingly when there were events in Dataran Merdeka?

Fed Up

junhoe said...

Hm, banyak pernyataan berbentuk "logical leap", iaitu pernyataan yang dibuat tanp premis yang jelas. Contohnya, kalau ada A nanti C berlaku, tanpa ada apa-apa penjelasan tentang faktor B.

1. Bagaimanakah tuntutan Bersih => kehilangan kuasa pemerintahan Melayu? Adakah salah satu tuntutan Bersih menghalan calon-calon Melayu daripada bertanding?

2. Dalam PRU lepas, walaupun UMNO hilang lebih kerusi, namun bilangan MP Melayu bertambah. Kalau tak percaya cuba bilang. Pelik pulak kepimpinan Melayu hanya diiktiraf sekiranya daripada pihak BN.

3. Cuba namakan satu negara lain selain Malaysia di mana kaum majoritinya sentiasa panik akan kehilangan kuasa kepimpinan, ekonomi dan ancaman kepada agama. Padahal pucuk kepimpinan negara daripada dulu sampai sekarang masih Melayu. Pelik pula kaum minoriti lain tidak sentiasa berada dalam keadaan takut.

samurai melayu said...

Salam kasih sayang
Dakj
izinkan,

Sdr. Wan Ismail,

Bila sdr katakan,

Jarang baca tulisan dato yang 'low standard'macam ni..

Kami tidak terfikir penilaian 'low standard' sdr. mampu menjejas 'poket' AKJ tetapi melayu bersih dan waras seperti sdr mungkin terfikir tentang periuk nasi perniaga kecil dan pemandu teksi di ibu kota yang majoritinya bangsa Melayu dan rata ratanya 'low income'?

Tidak seperti Ybhg Datuk, mereka itu tidak mampu berpatah balik dan menukar haluan .. jawabnya fulus tak masuk 'poket mereka'(pinjam kata Waj Jong)lah...

Kalau Dato' adalah antara insan di Malaysia yang menganggap Melayu itu bodoh.. bagaimana pula gamaknya tanggapan seorang dewi Hindu Datuk Ambiga ( capital H,D,A) terhadap Melayu?

Mungkin Melayu Bersih dan Bijak yang menafi terikut ikut 'mentera' dewi Hindu berhimpun diDataran Merdeka mampu memberi buah fikiran yang berhasil.

Mengapa bila dewi hindu Bersih itu berusung dengan loceng 'manderam' nya (kling klang, kling klang) kedataran Merdeka, ramai yang naik 'ranggi' dan kena rasuk (naik syik) adalah orang yang mengaku diri mereka orang melayu/Islam?

Kami berasa kalau niat Bersih itu betul2 bersih dan menghormati arahan Datuk Bandar KL yang berbangsa Melayu/Islam, ibukota tentunya bersih,aman dan selesa untuk semua orang..

Himpun Bersih aman di stadiumnya, dataran Merdeka aman kepada pengungjungnya, yang berjual/beli, yang menziarah dan merawat pesakit, yang memandu dan dipandu dan lain lain urusan akan berjalan dengan lancarnya.Oh ya,...dan sudah tentunya Abg Samad bukan lah 'penghalang' urusan Dakj pada hari tersebut.

Wallahualam.

Terima kasih.

Anak Jati Kelate said...

Hebat tulisan dato..

Namun lagi hebat puisi unggun bersih dari pak samad..

Saya x nak cakap banyak pasal peserta bersih ni?tengok youtube dan nilai sendiri..(1st time police kat malaysia pandu kereta peronda pakai helmet)

Soalan saya senang shaja kenapa mereka turun berdemo..

Pengerusi spr ahli umno..any komen dato?

Ini baru 1 isu..

Blum lagi isu2 lain..

So kepada melayu yang terlebih melayu yang bersorak "hidup melayu"..

Fikir2 lah apa jadi pada melayu lagi 30 tahun..

Apa ada pada melayu jika sekarang pun melayu merempat dibumi sendiri disebabkan pemimpin melayu korup tindas tipu rembat rompak rogol rasuah sesuka ati mereka..

Anonymous said...

Salam DAKJ.
Saya banyak membaca blog Datuk. Saya mohon bercanggah dengan tulisan Datuk kali ini. Ramai kami yang menyertai BERSIH bukan kerana Ambiga atau Pak Samad. Apa sukarnya untuk mengadakan pilihanraya secara bersih. Kami bukannya kurang ilmu untuk menilai segala perjalanan ketamaddunan Malaysia dan masyarakatnya. Matlamat untuk menjadikan Malaysia negara sudah jauh tersasar, salah satu sebabnya adalah dasar perjalanan pilihanraya tidak membolehkan orang yang berkelayakan untuk menjadi penggubal dan pendebat di parlimen mahupun di dewan rakyat. maka mundurlah kita jadinya. Ramai cerdik pandai kita tanpa mengira bangsa yang memilih untuk tidak berkhidmat di Malaysia kerana dasar kerajaan semasa yang tidak memberikan ruang kepada mereka. lalu apakah dengan menuntut supaya satu perjalanan pilihanraya yang BERSIH itu dinamakan menyokong golongan tertentu, LGBT etc..!! Ilmu kami tidaklah secetek itu yang tidak dapat membezakan apakah matlamat bersih.

Mohon laluan Datuk.

Hasan Ahmad

focalthought said...

dato,

mungkin saya terlalu bodoh dan bendul untuk memahami isi kandungan yang dato tuliskan, terlalu berbeza dengan tulisan sebelumnya

namun saya suka melihat dari sudut didikan yang cuba dato terapkan secara simbolik

1/ ucapan tahniah dato kepada a samad said dan memang selayaknya kami membahasakan beliau dengan geleran 'pak' sebagaimana layaknya a samad ismail sewaktu zaman gemilang beliau
2/ menjelaskan bahawa sememangnya umNo diko-opt oleh british demi mewujudkan imageri National
3/ pujian atas kegigihan DAP dalam mengikis imageri parti komunal cina
4/ pujian atas kebangkitan semula melayu vokal seperti di zaman penjajah, yang nampak kelam sejak kebelakangan ini
5/ persoalan kenapa mesti melayu dianggap busuk dan hanyir bila mendepani barisan demi memperjuangkan hak asasi mereka

terima kasih dato, atau selayaknya, Pak Kadir

-focalthought-

PS: mohon maaf kiranya ini hanyalah imaginasi saya

sukrimustapha said...

datok,janganlah kerana benci anwar,semua yang najib buat menjadi betul,janganlah melihat a.samad said xcerdek,semua tindakannya menjadi bodoh,sekurangkurang dia meluahkan apa yang dia rasa betul,menilainya puak cerdek macam datok lah yang nilaikan,cuma jangan cerdek sampai xboleh nak tumpang,apakah najib boleh berubah dengan satu suara selain suara rosmah.datok menjadi juara dulu dan samad said menjadi juara hari ini untok puak masingmasing,biarkan sejarah menilai nanti.xbaik menilaikan hanya kita yang terbaik tapi xbuat apaapa pun.

Anonymous said...

Dato'

Unfortunately you and many other's are living in your make believe world.

Nothing ever stays constant in this world, so too the rule of BN.

Melayu hanya akan bangkit jika dibebaskan pemikiran mereka dan jika diajar bagaimana memanfaatkan akal kurniaan Allah dalam mengenal yang baik dan yang buruk.

Malangnya sistem pendidikkan yang ditaja kerajaan BN selama ini gagal membentuk pemikiran terutama golongan muda ke arah di atas.

Budaya tidak menyoal (not challenging all presumptions and assumptions) ini tidak "conducive" bagi pembentukan sebuah negara maju yang semua rakyat Malaysia baik yang menyokong PR atau BN impikan.

Jangan hanya kita lihat Bersih 3.0 dari luaran sahaja, kita terutama pemimpin negara perlu juga bertanya mengapa sokongan terhadap Bersih 3.0 masih padu sedangkan media mainstream semua mengatakan sokongan (or popularity) kepada Dato' Najib sebagai PM agak tinggi sehingga 69% katanya.


Azlan

abdullahngah said...

Saya tak tahu apakah punca sebenar datuk marah sangat pada Samad Said sehingga mengatakan Pak Samad yang sebelum ini tak pernah mengagalkannya, tapi hari ini telah mengagalkannya untuk sampai ke pejabat.

Datuk sangat kecewa kerana orang pak Samad hentam dan maki hamun.

Saya rasa puncanya duduk pada datuk sendiri kerana hujah dan alasan datu kali ini sangat tak rasional.

Gagal ke pejabat sebagai seorang ketua jabatan perkara kecil berbanding ketua yang sering poting kerana politik.

Jadi apalah sangat jika gagal sampai ke pejabat yang mungkin tak ada risiko besar.

Alasan sebegini tak lain dan tak bukan ialah alasan emosi yang tak harus datuk tulis dan lemparkan kepada pembahas semua.

Pada saya ada lebih baik datuk diam berbanding bersuara punca datuk jadi kecewa kerana dihentam.

kali ini semakin jelas datuk sangat sayangkn umno dan pemimpin yang pernah datuk labelkan sebagai dajal kecil yang masih boleh dberi undi dalam pilihanraya.

sebagai orang Islam adalah sangat tak wajar kita beri undi kepada dajal hatta dajal kecil sekalipun.

Islam larang. Hari ini apa yang dilarang oleh Allah sangat diminati oleh kebanyakan manusia yang mengaku Islam.tidak terkecuali pada yang hadir duduk bantah anjuran bersih 3 itu.

Tidak terkecuali juga pada yang bergelar ulamak ke. Mereka berdosa kerana bersekongkol dengan orang kafir yang menuntut kemungkaran.

Istilah mungkar tidak ada pada orang kafir baik halal haram tapi bagi orang Islam halal haram yang diutamakan.

Anonymous said...

Rumpelstiltskin

Salam Datuk,

Semalam saya tengok satu gambar masa rusuhan tu, masa orang melayu dok lawan polis, cina DAP duduk makan dalam restoran makanan segera. Diaorang ni datang jugak tapi cukup untuk cucuk orang Melayu saja.

Inilah kebodohan nyata melayu PAS dan PKR. Bila kepimpinan taksub untuk menang pilihanraya, siapa saja dijadikan kawan.

Menang sorak, kampung tergadai.

Rumpelstiltskin

Pembawa berita said...

Bersih kononnya non-political. Ironically, 99% crowd bersih adalah pembangkang.

Pembangkang Kata EC orang UMNO. Bila pembangkang naik takhta, 100% EC orang pembangkang. Contoh, di Penang dan Selangor, sebelum pilihanraya kononnya tak mahu jadi ahli majlis. Lepas pilihanraya.. sapu juga kerusi majlis.

Rakyat marhain mudah ditipu. Madu habis dihisap, sepah dibuang. Lidah, bibir dan gusi penuh dengan gula. Cakap lembut,perli dan keras menghasut, tapi dalam akal, ini aku punya kepentingan. Mungkin novel "shit" amat sesuai untuk mereka.

Menanam tebu di bibir, ayam menang bersabung si luncai tergadai kampung.

Kalau dianalisa berita si kafir, semuanya Melayu salah. Hatta, bersih jadi ganas, dikhabarkan Azmin Ali juga salah.

Hendakkan EC dari golongan kafir dan munafik, maka dikatakan EC ni anggotanya UMNO (baca : Melayu)
Bila dah ada Bersih, dan bersih jadi ganas, katanya salah Azmin Ali ( baca Melayu). Konon-kononnya tak mahu jawatan... bila kuasa sudah dapat...si kafir dan munafik jugak duduk itu kerusi.

Bersih hanya menjadi alat pada mereka yang menghasut. Yang pemenangnya adalah si penghasut yang memerintah dengan dasar "Pecah" dan "Perintah". Contoh jelas depan mata - Ahli Majlis... buta hati dan mata ke rakyat Malaysia ?

Anonymous said...

Dear Dato, dan Pembaca yang Lain,

Saya seorang Cina (tak tau lah Dato benarkan rintitan saya ini dimuat turun!) pemuda dan mendapat 1A dalam Mpelajaran Sejarah di SRP dan SPM.

Darisegi análisis, saya lihat sebegini:-

1- Pro-government: arus kritikan menjurus kpd tanda-tanda "kehapusan kuasa orang Melayu"

2-Pro-opposition: arus kritikan menjurus kpd "ketelusan dan keluhuran pengurusan negara".

Dalam kontek 1, ia selalunya dikait rapat soal Bangsa-bangsa lain yang menjadi tali barut, menyusahkan orang Melayu, menggunakan kelemahan orang Melayu menentang orang Mlayu sendiri, sindiran kehapusan atau krisis pencabaran Raja Raja dan Islam.

Dalam kontek 2, ia selalunya dikait rapat soal keangkuhan orang Mlyu di Umno, kerakusan, pembaziran, rasuah dan hipokrasi, kronisme, dan semua ini hujah hujah yang didokong orang "bangsa bangsa lain".

Tidak pernah dalam sejarah negara Kita, kita disumbatkan konflik kefahaman sebegini rupa. Rupa nya berbentuk bentuk dan mempunyai banyak dimensi, dan bergantung kpd orang yang bercakap, boleh beralih dari satu sebut kepada yang lain.

Dari pandangan saya sebagai seorang pemuda 30-han Cina yang menjalankan perniagaan, pada permukaannya dan pada jiwa saya, saya lebih terdorong kpd pro-opposition kontek.

Setiap tahta ada tarikh dan nohtahnya. Sejarah tercatit orang Melayu (jika diambil titik permulaan dari Parameswara) memang hanya sekita 500 tahun. itupun belum syak lagi samada di betul-betul Melayu, atau dari Mingankabau, Bajau, bugis ke apa tah.

Dan kita lihat Zaman Kemasyuran Melaka, hanya bertahan 100 tahun sekitar. Tiada tahta yang boleh kekal abadi. Manusia memang dicipta sebegitu.

Dan bandingkan zaman melaka dengan mraja roman, Chulalongkon, Meiji, dinasti Cina juga begitu.

Kesemua ini terjatuh BUKAN hanya kerana ORANG LUAR yang menolak atau menjatuhkan. Orang luar hanya reaksi kepada kelemahan yang ada.

Apabila sesuatu kuasa itu mencapai tahap puncak, ia banyak mempengaruhi orang orang dalam dan luar. Dan apabila kuasa yang luas ini tidak boleh mengambil kritikan, rakus, dan korup, ia akan memakan tuan,

Dan dari sebut inilah diekploitasi kan oleh semua orang, termasuklah orang dari dalam.

Semacam kita semua yang menjadi bapa. Kalo bapa rakus .....

ab said...

Salam dato,



Tajuk tulisan mengenai Libertarian.


Libertarian ni berdasarkan semua orang bebas buat apa saja- bebas fikiran,bebas perlakuan.


Didalam masyarakat, libertarian tidak dikongkong olih undang undang
dan tidak memerlukan adanya kerajaan/pihak berkuasa.




KALAU itu maksud dato kali ini, perkara ini TIDAK MUNGKIN berlaku dikalangan orang melayu..



`TRADISI' komuniti orang melayu di negara ini adalah penuh `BERKASTA',
mungkin bilangan `kasta melayu' paling tinggi di dunia..apa tak nya,ada kasta raja,kasta tun,kasta tuh puan,kasta tan sri, puan sri,kasta datuk/dato,datin,kasta datuk/dato gomen,datuk/dato swasta,
kasta`kontraktor pilihan',kasta kontraktor chokia dll...`pengikut pengikut' mereka ni pun pelbagai bagai.



Elok sapa sapa yang bijak, tolong mohon kepada yang `berkuasa' pa kata TOK SAH anugerah(moratorium) macam macam `titles'tu untuk 20-30 tahun lagi?..kurang sikit kut pengikut pengikut pelbagai `kasta' yang tak perlu dan tak dak dalam perlembagaan ni...




Ini mengundang riak,ego,sombong dll..



Didalam persekitaran begini, libertarian TAK BOLIH jadi punya...


Kelmarin, ada pulak dah benci polis,sebenci benci nya!..



KALAU dato ada masa, elok tenguk sepintas lalu, nama nama pembenci melayu,pembenci islam, pembenci gomen,pembenci polis,pembenci macam macam di pelbagai blog, lepas itu bandingkan dengan melayu melayu yang pi demo kelmarin...
TERLALU KETARA dimana bilangan `bukan melayu' yang pi demo tidak seramai yang bertulis..kenapa?



Betui tulisan dato, ramai TUAN TUAN melayu dah kedepan dalam demo ni..tetapi tuan tuan melayu ni dapat apa?..tu yang dok tak pi demo,dok tulis tapi tak nampak tu la yang nak BALON yang dok kat jalan nanti!..




Saya nak tanya sikit, la ni kata nama pengundi ramai tak betui,dah ada ramai loyar,ramai pandai IT..awat tak repot dan pi mahkamah,mohon tangguh PRU sampai senarai nama betui?.



Awat tak pi mohon kat mahkamah mohon EC kansel senarai lama dan BUAT pendafataran baru diseluruh negara, katakan dalam 6 bulan ka?


Awat pi ambik bahagian `partici-pate' dalam PRU?,tok sah la lagi baik.



Awat dok pi dok `kerusi' yang dah menang melalui proses undian SPR `tipu punya' , tok sah la,drop it, dan tok sah la ambil elaun atau gaji sebab menang dalam proses tipu punya....tak gitu?



So lepas ho ha ho ha kelmarin, dapat DUDUK DIDATARAN MERDEKA tak?.


DAPAT dah ubah EC? dapat dah ubah gomen?...




SAYA sangat kesian keatas yang tercedera semasa bertugas. Mereka di keji dan dibenci lagi!!..ADAKAH MEREKA ini yang buat senarai nama pengundi itu? adalah mereka ini yang buat pilihan raya? adakah mereka ini pemerintah?



Abu Bakar Ab Rahman

Hanezam said...

Salam,
Datuk dan pembaca-pembaca Datuk,

Saya
• tidak pernah terkeliru A Samad Said dengan A Samad Ismail;
• amat menghargai kupasan Datuk tentang peng”ko-opt”an muka-muka Melayu ke dalam pergerakan/parti politik untuk memberikan pengimejan nasional kepada entiti-entiti berkenaan, dalam artikel ini. Sekarang, saya bukan sahaja nampak wajah kaldai ko-opt itu di dalam DAP atau politik amnya, tetapi juga di arena yang lebih luas,dan untuk imej-imej yang lain juga;
• kata, teruja dengan ilham-ilham baru dalam bahan bacaan adalah lumrah. Ia pemangkin kepada memahami ilham-ilham itu dengan lebih mendalam. Keterujaan itu bukan bererti terikut. Orang dulu berpesan, manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang.

Zaid@Zaidel said...

Salam Datuk,

Saya berpendapat Datuk boleh menyuarakan pendapat tapi tidak seharusnya memandang rendah usaha pihak lain dalam memastikan negara bangsa Malaysia mantap. Saya juga berpendapat, seharusnya Datuk menguraikan beberapa perkara yang rakyat ingin tahu misalnya isu Lembu, altantuya dan macam banyak isu yang melibatkan integriti yang lain. Saya juga berpendapat, isu-isu pembangunan bukanlah keutamaan yang rakyat inginkan tetapi soal sosial yang lebih telus dalam aspek kemanusiaan, atau lebih tepat lagi dalam hal berkaitan kesopanan dan kesusilaan. Yang saya tahu dan kerap diberitahu, rakyat sayangkan kerajaan yang memerintah sekarang ini, (ALHAMDULILLAH), cuma kerajaan tidak mahu menerima teguran yang baik untuk kebaikan pimpinan barisan kerajaan sendiri. Adapun saluran yang dikatakan ada itu, hanya atas kertas, tidak saluran yang benar-benar sahih dan ada, dan maklumatnya tidak akan sampai kepada pihak atasan. Datuk sendiri mengakui, dalam budaya sedia ada, maklumat hanya dikawal oleh penjaga pintu, tidak sampai ke pihak seharusnya. Itulah yang berlaku, dan itulah yang kerajaan perlu beri perhatian. Saya amat yakin, rakyat malaysia masih waras tidak akan membenarkan pertukaran kerajaan yang memerintah sewenang-wenangnya sebab itu semua akan memberikan kesan kepada suasana kehiduapan seharian. Cuma yang rakyat mahukan ialah pemimpin yang berkerja untuk rakyat, dan menghargai adanya rakyat adalah yang memlih pemimpin. Bukannya pemimpin yang mengambil kesempatan atas dasar memimpin dan seterusnya dikatakan mengambil kesempatan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan pribadi.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayahnya kepada barisan kepimpinan Malaysia agar mereka memahami akan erti tanggungjawab sebagai pemimpin, dan ingat bahawa hisab di akhirat kelak lebih teliti kepada para pemimpin rakyat berbanding masyarakat yang dipimpin.

doncin cai said...

..salam
mungkin tulisan saya kali ini agak emosional sikit...
dakj berani akan menyerang siapa sahaja pemimpin politik,najib, muhiyudin, mat sabu, nik aziz, hadi awang, kit siang, guan eng malahan din klang pun tidak terkecuali TETAPI dkaj tidak sama sekali akan mencuit, menyentuh anwar ibrahim....mungkin saya prejudice.. tetapi isu TV3 dan NSTP mungkin menjadi penghalang... "melayu kalah kepada budi" .. tiada apa masalahnya A Samad Said dengan dakj.. cuma dakj main wayang konon nya beliau seorang yang rasional dalam pendirian.. tiada sebab lain..
dari se orang kawan .. ".. masa nuar baru masuk umno, siapa yang tinggal kat bungalow di seksyen 14...dulu cukup selekeh sekarang ni ni dah jadi tokeh paper harian...yang tak laku pun tak apa", ..saya harap perkara ini bukan fitnah..
terima kasih

doncin cai said...

..salam
mungkin tulisan saya kali ini agak emosional sikit...
dakj berani akan menyerang siapa sahaja pemimpin politik,najib, muhiyudin, mat sabu, nik aziz, hadi awang, kit siang, guan eng malahan din klang pun tidak terkecuali TETAPI dkaj tidak sama sekali akan mencuit, menyentuh anwar ibrahim....mungkin saya prejudice.. tetapi isu TV3 dan NSTP mungkin menjadi penghalang... "melayu kalah kepada budi" .. tiada apa masalahnya A Samad Said dengan dakj.. cuma dakj main wayang konon nya beliau seorang yang rasional dalam pendirian.. tiada sebab lain..
dari se orang kawan .. ".. masa nuar baru masuk umno, siapa yang tinggal kat bungalow di seksyen 14...dulu cukup selekeh sekarang ni ni dah jadi tokeh paper harian...yang tak laku pun tak apa", ..saya harap perkara ini bukan fitnah..
terima kasih

Anonymous said...

DAKJ,

Saya baru melihat di youtube, kejadian kereta polis diserang dikawasan SOGO.

Pemandunya bertopi keledar. Tidak beruniform malah berseluar pendek. Dia telah ditarik keluar sebelum dipukul manakala temannya kekal berada didalam kereta.

Temannya juga tidak beruniform.

Jika dikait dengan laporan di Malaysia Insider, kereta berkenaan telah merempuh beberapa orang awam sebelum terbabas dan terhenti.

Maka saya terfikir :

1.Adakah tukang protes menyangka kereta polis itu sedang dicuri lalu mengejar dan menghalangnya.

2.Rempuhan keatas beberapa orang protester menaikkan lagi kemarahan kumpulan awam itu. Ini membawa kepada kejadian memukul "pencuri" itu. Perlu diingat, temannya langsung tidak diusik.

3.Unit Amal dari PAS yang menghalang "pencuri" dari terus dipukul tidak dinyatakan dalam media awam. Malah Unit Amal PAS itu juga melindungi teman sipencuri sehinggalah mereka dibawa pergi oleh ambulan.

4.Kereta polis itu diterbalikkan bagi mengelak kejadian curi dan langgar lari itu dari berulang.

ini adalah apa yang berlegar dalam kepala saya sejurus selepas melihat video tersebut.

Jika DAKJ nak tengok sendiri, carilah di youtube. Sengaja saya tidak berikan link khusus kerana dengan kata kunci carian secara umum, DAKJ akan jumpa macam-macam disana.

Fed Up

Anonymous said...

Pak Samad, together with Kadir Syeikh Fadzir were just disgruntled and disheartened old men who thought they could achieve so much more in their career but soon fizzled out. Things that look so promising in the beginning had came to an ubrupt end. They just couldn't accept the fact that their times are already past and desperate to recapture old glories via strange platform. A writer who no longer writes and a politician, that lose his way into political wilderness and trying to find a reason for existence (It's funny he blamed his own party for money politic as if it didn't happened during his heyday in politics or while he was serving as UMNO Minister) .
Why didn't they just ride into the sunset they way you did?

Kwai Creek boy.

Malik said...

Salam,

kalau bersih sebelum ini majoritinya melayu, tapi bersih 3.0 ini nampaknya lain. Pernyertaan kaum Cina nampaknya meningkat mendadak. Mungkin Dato' boleh buat telahan kenapa tiba-tiba sahaja kaum Cina minat pulak berdemontrasi ini.

collateral damage... Dato' selamat tapi terlambat sedikit pasal kesesakan jalan raya. Janganlah pentingkan diri sendiri sangat. Oranglain pun bermasalah Dato'

Salam

Kajang Pak Malau said...

Salam,

Rata-rata pembahas bimbang akan kejatuhan kuasa politik melayu atau lebih tepat lagi UMNO. Bertolak dari situ lahirlah komen yang rasis dan lebih menyedihkan 50 tahun selepas merdeka kita masih lagi ditahak ini.

Masih lagi benci-membenci dan tidak percaya satu sama lain. Kita masih melihat sseorang itu siapa, Melayu , Hindu, Atau Cina. Kita GAGAL melihat tentang isu yang dibawa kerana dia Hindu, Kerana dia Cina. Sedih .Kita masih melihat siap mereka sebelum menyokong usaha mereka walaupun kita tahu apa yang diperjuangkan itu baik.

Kita lihat isu Lynas dimana Australia yang punya besar negaranya dan mempunyai gurun yang begitu luas tidak menerima kilang seperti ini Tapi Malaysia terima.. dimana silapnya... Silap kita atau silap Australia. Kaum Cina nampak kedepan dalam membantah Lynas berbanding dengan Melayu. Pada pendapat saya sesuatu yang kita perlu tabik.

Rasis yang masih menebal dalam hati-hati kita bagi saya menjelas kan KEGAGALAN UMNO/BN menyatukan kita sebagai sebuah negara bangsa, menyatukan pemikiran, menyatukan wawasan, mmertabatkan bahasa, jiwa dan raga sebagai satu pasukan.

Marilah kita sama-sama betulkan ini walaupun mungkin mengambil masa 50 tahun lagi.

A KADIR JASIN said...

Maklumat housekeeping

Ada beberapa pembahas yang mengkritik dan mengutuk saya atas tulisan ini, tatapi tidak memberikan nama, sama ada nama dalam MyKad atau nama samaran. Jadi saya tidak dapat menyiarkan komen mereka.

Dalam kita menuntut hak, menuntut kebebasan dan menuntut ketelusan, maka adalah amat baik kalau semua pembahas guna nama sendiri atau lagi elok kalau ada URL/Email sendiri.

Tak guna kita tuntut hak, tuntut kebersihan dan tuduh orang lain penakut, kalau kita sendiri berasa selamat berselindung di sebalik anonymous/nama samaran.

Terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum Datuk.

Satu pandangan sisi kepada post-Bersih: kedua-dua belah pihak masih bertekak siapa betul siapa salah. Sayang bila ukhuwah yang terbina sebelum ini goyah akibat perbezaan pendapat.

Ada yang mengikuti perhimpunan Bersih kerana objektif asalnya; demi pilihan raya yang Bersih. Namun yang selebihnya saya meragui tujuan mereka. Kalau benar Bersih tidak berpihak kepada mana-mana parti, kenapa orang besar parti pembangkang turun sekali?

Saya juga mempersoalkan tindakan Ambiga yang menghampiri Dataran. Agak naif kalau menyangka para pengikutnya akan terus berada di tempat duduk masing-masing (duduk bantah bukan?) dan tidak mengikutinya.

Dan agak naif kalau tidak memikirkan kemungkinan demonstrasi yang sepatutnya aman boleh bertukar ganas. Lihat saja di alam maya; terlalu banyak degradasi adab dalam kalangan rakyat Malaysia. Pantang berbeza idea, habis diserangnya. Macam mana nak bersatu padu kalau masing-masing egoistik dengan ideologi dan persaudaraan Islam diketepikan untuk agenda orang lain?

Sudahlah generasi muda seperti saya dijadikan boneka politik. Masa yang sepatutnya digunakan untuk membina jati diri positif dibazirkan dengan membina lebih banyak kecamukan yang tidak perlu. Sedih bila ada yang berusaha keras dalam pelajaran mereka dilabel 'ternakan' hanya kerana mereka tidak 'searif' rakan-rakan sebaya mereka dalam hal-hal politik.

Terlalu banyak percanggahan menimbun setelah PRU 12. Mungkin PRU 13 ini kita akan lihat penerangan kepada timbunan percanggahan itu, tidak kiralah parti mana yang menang.

Apa-apa pun, mungkin diri ini yang terlebih naif. Naif kerana meragui buah pendapat Ambiga, yang cukup terkenal dengan isu-isu panas sebelum ini. Naif kerana meragui tentang fatwa wajib turun Bersih oleh ulama' tertentu, sehingga timbul perbalahan dalam golongan belia Melayu Islam tentang ijtihad dan sebagainya. Entah bila naif ini akan berhenti.

-Zurina-

Lahuma said...

Dato.

Drama Bersih 3.0 dan seterusnya.

Bukan lah kepentingan rakyat umum itu banyak sangat.Yang banyak tu ialah kepentingan tokoh sahaja.

Bersih 3.0 atau seterusnya cara tak cerdik pun nampak jelas pertarungan antara bekas harimau dari sarkas UMNO juga lah yang telah disingkirkan.

Bekas harimau UMNO bertarung dengan harimau UMNO je.Semua ini adalah harimau sarkas.Bekas harimau sarkas UMNO cedera tentulah garang.

Pi mai pi mai harimau UMNO dan bekas harimau UMNO yang berdrama.
Maka agaknya yang lain jadi tukang pukul gendang.

Kepentingan rakyat ada juga lah disuarakan tetapi kepentingan tokoh nampak jelas.Maklumlah harimau cedera.

Tanpa ada bekas harimau UMNO sebelum ini kurang hebat.Rupanya politik UMNO masih berlegar dibumi Tanah Melayu.

Apa agaknya kalau bekas harimau UMNO ini diterima semula masuk dalam Sarkas induknya seperti dulu......

Haraimau sama harimau berjuang tanah ladang jadi berkubang.

Terima kasih.

Anonymous said...

"I never dared to be radical when young
For fear it would make me
conservative when old."
- Robert Frost

Perhaps, we are seeing a process in reverse, Dato?
(nudge-nudge, wink wink)

Naughty Boy

awang batuburok said...

"Ketuanan Melayu menjadi busuk dan hanyir hanyalah apabila orang Melayu menuntut hak asasi mereka".

Salam Dato',

Minta maaf saya kurang bersetuju dengan kenyataan diatas...agak dangkal.

Saya lebih yakin Ketuanan Melayu TELAH menjadi busuk dan hanyir kerana golongan melayu yang diberi kuasa oleh rakyat telah merosakkan amanah dengan melakukan kerja-kerja
rasuah, boros, kezaliman, tidak ada jatidiri penuh dgn keangkuhan dan lupadiri kedudukan mereka disisi manusia dan disisi ALLAH SWT. Wallahualam.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Kalau Dakj atau sesiapa ada bukti solid yg boleh menidakkan 8 tuntutan Bersih tu maka silakan berhujah. Kalau tidak diam tentu lebih baik.

Bila Dakj kutuk Bersih dan Sastrawan Negara Dato A Samad. Said, Dakj kenalah bersedia terima hentam.

Tahniah kpd pembahas2 baru yg begitu ramai dan memberi harapan baru. Syukur pd Allah rupa2nya bila keadaan memerlukan org2 bermaruah ni muncul.

Jelas pd kita Dakj masih bersama Umbobn dalam cara berfikir.......demi Melayu bla bla bla. Tapi samada Umno zaman Najib Rosmah masih mau dekat dgn Dakj itu soal lain.

Pd Din Klang, buat ikut perintah Allah itu tiada tolak ansor.

Kalau SPR tu telus dan adil tak perlu ada Bersih. Susah sgt ke nak bagi faham.

Maaf 2 hari saya kelu selepas baca paparan Dakj kali ni.

Pertanyaan!!! Pernah ke ada rejim jahat berundur secara hormat selepas dinasihat secara diplomasi? Jangan harap

Din Klang

kermitt said...

assalamualaikum datuk, rasanya kena tengok juga puncanya mereka kuar berdemo.. masalahnya dato.. yg kuar berdemo ni bukan melayu aje. cina pun ada india pun ada dan lagi dahsyat warga malaysia yg diluar negara dari toronto sampai ke dhaka sampai ke moscow sampai ke austria sampai ke finland sampai ke yaman sampai ke saudi semua buat jugak dato adakah mereka ini tak berpelajaran atau 100% bodoh? tidak datok mereka keluar untuk menuntut pilihanraya yang bersih dari keraguan, kalau dah spr sendiri org umno bagaimana mahu dipercayai datuk..akses media yang adil dato' kalau ada raanya dah lama tumabng, politik kotor.. yang duk ulang ulang kat tv, surat khabar semua.. ramai yang tak suka dato'.. pdrm.. kenapa jadi agen provokasi pulak.. kantoi datok yg dedahkan pun org umno sendiri dato' siap dedah dalam fb lagi.. fikirlah daot kalau tak buat reform dalam isitem pilihanraya negara ni.. maka bn akan makin dibenci..

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Assalamualaikum Dato' AKJ,

Pertama kali saya membaca tulisan Dato' seperti ini. Saya hanya mampu duduk dan terdiam merenung.

Saya mengambil catatan Saudara Amin Idris,rakan aktivis mahasiswa dan pengantara TV Al-Hijrah untuk rakaman semua.Di kala keadaan politik kian panas dalam negara kita, teringat saya akan satu hadis Nabi SAW:

"Sesungguhnya sebelum kedatangan dajal: sebelum kiamat - adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu ar-Ruwaibidoh.

Para sahabat bertanya; "Siapakah ar-Ruwaibidoh?"

Sabda Nabi SAW; "Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)"

(Diriwayatkan oleh al-Iman Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan asnadnya sahih dan disetujui oleh Al-Zahabi).

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Assalamualaikum Dato' AKJ,

Pertama kali saya membaca tulisan Dato' seperti ini. Saya hanya mampu duduk dan terdiam merenung.

Saya mengambil catatan Saudara Amin Idris,rakan aktivis mahasiswa dan pengantara TV Al-Hijrah untuk rakaman semua.Di kala keadaan politik kian panas dalam negara kita, teringat saya akan satu hadis Nabi SAW:

"Sesungguhnya sebelum kedatangan dajal: sebelum kiamat - adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu ar-Ruwaibidoh.

Para sahabat bertanya; "Siapakah ar-Ruwaibidoh?"

Sabda Nabi SAW; "Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)"

(Diriwayatkan oleh al-Iman Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan asnadnya sahih dan disetujui oleh Al-Zahabi).

Rahimi said...

Apa yang saya baca banyak komen komen drp aktivis bersih menyatakan bahawa gerakan ini telah dicuri oleh golongan partisan untuk mencetuskan huru hara . Telah wujud keretakan yg serius di dalam organisasi bersih ini.

idrisfaizal said...

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said
Maaf DAKJ,
meminjam puisi Pak Samad Said yang cukup meresap dalam jiwa saya.Benar tulisan Dato kali ini berlainan nadanya kerana sebagai journalist Dato punya pandangan dan persepsi tersendiri dalam tafsiran Dato terhadap isu bersih dan sesungguhnya,demokrasi yang matang itu membenarkan perbezaan pendapat dan semua orang dijamin hak untuk mezahirkan pendapat itu melalui apa wacana yang wujud.Tetapi Dato,manakah suara protes pemuda-pemudi Malaysia yang patriotik dan prihatin nak disalurkan?Dimanakah mereka hendak mendapat jawapan terhadap apa sahaja masaalah atau skandal yang ditimbulkan apabila secara terang-terangan mereka melihat SPRM dan mahkamah sendiri jelas bias dan seolah-olah menari ikut rentak yang didendangkan mereka yang berkuasa.Dato sendiri sedar bahawa Estet ke4 negara telah pincang dan sama sekali hilang integriti apabila mereka lebih takut periuk nasi mereka tak berasap daripada takut menjawap kehadapan ALLAH SWT nanti.Bukanlah Ambiga atau sesiapa pun Dato yang menjadi tarikan Bersih itu sendiri dan jangan juga Dato samatarafkan diri Dato dengan mereka yang masih mamai dan dalam penafian dengan menganggap punca semua masaalah ini adalah Anwar sedangkan semua ini adalah jauh melampaui individu.Ini sebenarnya Dato adalah perjuangan rakyat menentang kemungkaran yang wujud kerana segala avenue lain tampak telah tertutup dan tidak lagi boleh dipercayai.Itu pandangan naif saya.Terimakasih.

Anonymous said...

Saya fikir kita semua sudah cukup matang dan dengan itu bersedia menerima teguran, nasihat serta kritikan. Tapi rupa-rupanya sebahagian besar kita masih belum baligh dan lantang mengutuk orang tapi tidak bersedia dikutuk.

Bila Datuk tegur Kerajaan BN, pembesar negara dan hulubalang-hulubalangnya,semua orang pakat setuju dengan Datuk. Tapi bila Datuk tegur Pas, Dap, Pkr, PR, A Samad Said dan Ambiga a/p G Sreenevasan, semua orang pakat tibai Datuk.

Pasal apa?

Pasal kita sudah ditulikan mulut, dipekakkan telinga dan dibutakan mata. Pasal kita sudah tidak kenal yang mana intan dan yang mana permata. Pasal kita sudah hilang pertimbangan, pedoman dan rasa. Pasal kita ORANG MELAYU SUDAH LAYU, rela dipijak dihentak dan dihenyak oleh pengkhianat bangsa...dari dulu, sekarang dan mungkin kah selama-lamanya?

Yang berdemonstrasi itu sebahagian besarnya anak Melayu... entah cukup makan entahkan tidak. Yang menggulingkan badan di tengah jalan itu sebahagian besarnya anak Melayu... entah tinggi pelajarannya entahkan tidak. Yang lari bertempiaran itu sebahagian besarnya anak Melayu... entah banyak duitnya entahkan tidak. Yang berpanas bermandi peluh itu sebahagian besarnya anak Melayu... entah faham entahkan tidak.

Sedangkan si ketua yang membunyikan loceng demonstrasi datang berarak dari dalam kereta besar berhawa dingin, mengarah dari dalam bilik mewah sambil tersenyum sumbing.

Bila sudah tersepit dan temberangnya terbongkar dan helahnya dihidu, pantas melangkah ke luar negara untuk mengadu. Apa cerita?

Jangan seronok menjerit memekik di tengah jalan tak tentu hala sampai menjejaskan periuk nasi orang di sekeliling kita. Itu tamak namanya. Jangan ghairah berjuang konon atas prinsip menegak keadilan, menghapus kemungkaran kalau tindakan kita berdemonstrasi itu menggugat perjalanan orang di sekeliling kita. Itu kerja bodoh namanya. Tidak kiralah ke mana orang mahu pergi, itu hak mereka sama macam kita berdemonstrasi konon untuk menuntut hak.

Kita negara demokrasi, ada pilihan raya untuk pilih wakil negeri. Proteslah di atas kertas undi. Tidak berapa lama saja lagi.

Hak orang, kita mahu cabuli tapi hak kita mahu dijaga rapi. Apa halnya ini? Peniaga kecil dan sederhana sudah rugi kantung mereka kelmarin hanya kerana setitik nila yang telah merosakkan susu sebelanga. Dan siapakah golongan peniaga kecil dan sederhana ini? Ya, sebahagian besarnya ORANG MELAYU KITA!

Melayu dipijak kepala oleh Melayu yang mendapat wahyu daripada orang bukan Melayu. Hebat! Hebat Melayu ku yang semakin layu...

Melati Putih

Anonymous said...

Datuk,

Sekadar ingin berkongsi lagu yang sangat membakar jiwa dan rasa ini.

Najib Razak, Nik Aziz, Anwar Ibrahim serta ibu-ibu dan bapa-bapa yang seangkatannya sudah lama hidup di dunia, tapi bagaimana dengan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit kita yang baru mahu menikmati indahnya negara merdeka.

*****

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Melati Putih

Anonymous said...

Sebuah puisi untuk A Samad Said.

Bapa, dulu namamu kusanjung
Karya-karyamu kusanjung
Engkau dewasakan aku dengan Salina
Engkau makmurkan jiwaku dengan penamu.

Engkau sudah tua
Aku sudah dewasa
Janggut dan rambutmu suasa
Engkau dan aku dimakan masa.

Tetapi mengapa tiba-tiba
Engkau campakkan pena
Engkau keringkan tinta
Engkau berhenti berkarya?

Sekonyong-konyong engkau jadi penunjuk perasaan jalanan
Konon atas nama kemanusiaan
Hak asasi dan kebebasan
Engkau bersekongokol dengan entah siapa
Yang dulu entah di mana
Ketika askar dan polis kita
Bertumpah darah pertahankan bangsa.

Ke mana pergi lagu dan gurindammu
Ke mana pergi jejarimu yang harus
Ke mana pergi puisi mencuit kalbu
Ke mana pergi bahasamu yang halus?

Apakah engkau juga sudah gila
Tidak siuman karena nama dan kuasa
Atau mahu membentuk semula dirimu
Dalam acuan Laclav Havel?

Aku tak tahu
Mungkin itu hukum usia
Kita jadi keliru
Tidak kenal lagi siapa kita.

Tetapi Bapak, kenapa protes jalanan
Kena bersama orang tidak engkau tahu?
Maka mudah engkau tinggalkan
Rakan-rakan seperjuangan
Aku dan anak-anakmu dalam dunia
bahasa dan budaya.

Apakah engkau tidak percaya lagi kepada tajamnya mata penamu
Dan tinta keramat dunia sastera
Yang selama ini menjadi mercu tandamu
Maka engkau duduk rapat dengan seorang bernama Ambiga
Yang aku tidak tahu siapa atau
sebaris pun pusisinya?

Mungkin itu hukum usia
Rambut suasa kita pun lupa
Keliru tidak meentu
Mahu jadi muda semula
Dengan tarian joget dan samba
Sedang kita sudah tua
Sudah kurang tenaga
Nampak hodoh bila berdansa.

Aku tidak tahu
Tapi yang pasti
A samad Said kini
Bukan lagi idolaku yang dulu
A Samad Said itu sudah mati.

S Jinggo II

Anonymous said...

Datuk,

Just think how much more money a lawyer like Ambiga can make if the LGBT community can be co-opted into the mainstream and operate openly. Much more legal work for her and other money-minded legal eagles. Lawgiver

Anonymous said...

Ijin Datuk Kadir YM, lama tidak berbicara. Bila tua dan pencen, banyak bervisata. Layari Internet cari tambang murah AirAsia dan Firefly.

Saya tidak heran dengan transformasi A Samad Said (ASS) daripada sesterawan kapada penganjur protes jalanan.

ASS segenerasi dengan saya. Dia lebih berupa penyampai kisah masyarakat melalui karya-karya. Dia bercerita tentang apa yang ada - Salina contohnya. Tidak semacam A Samad Ismail yang mahu merobah masyarakatnya. Kesimpulannya ASS pasif/reaktif, Pak Samad proaktif.

Macam di Indonesia juga, ASS sedar yang di Malaysia perjuangan dalam dan melalui dunia sastera sudah berakhir. Generasi mudah ketandusan jiwa seni dan tidak peduli lagi sastera Melayu. Yang masih berminat, mereka membaca dalam bahasa Inggeris.

ASS tahu hal ini. Maka untuk terus relevan dia terpaksa membuat transformasi daripada dunia sastera kepada dunia politik. Kepemimpinan beliau dalam Bersih adalah langkah natural sepelas dia berjinak-jinak dengan Pas dan PKR. Dia berjinak-jinak dengan Pas dan PKR kerana Umno dan kerajaan BN sudah tidak peduli lagi kepada dunia kesusasteraan Melayu selepas era Mahathir-Anwar. Jadi, ramai sasterawan mencari perlindungan di bawah payung Pas dan PKR.

Pada jangkaan saya, ASS bukan diko-opt oleh Ambiga, tatapi besar kungkinan dicalonkan oleh Pas atau PKR sebagai wakil utama Melayu dalam Bersih. Tapi saya tahu ASS lebih akrab dengan PAS. Demikian pendapat saya. Natijahnya, ASS adalah aktivis politik melalui Bersih dan perlu dinilai daripada sudut itu dan bukan sebagai Sasterawan Negara.

Profesor Pencen
Bangi

Anonymous said...

dato,

It is funny that, you think that ASS failed you, cos you cant reach your destination in time.

But have you thought of who have failed the rakyat for having more crowded road in the city, without efficient public transportation alternatives. With uncontrolled total vehicle volume, you dont need a Bersih to make you stuck in traffic.

Najib. This guy is just lame.
He cant even make a simple decision. There are many instances where he can mend things up. But he chose to do nothing. Just like how he did nothing to Sharizat's NFC.

When you gave a nod, yet, the things done by your sobordinate showed otherwise, it tells you something right. Either you have no control over your subordiante, or your nod is just a wayang kulit, or PR stunt.

There are many things he can do within his power, but most of time he chose to do nothing, he likes engaging auto pilot mode. Just like its predecessor.

Unlike Mahathir, he made decision, be it a good one or otherwise, but he made a decision. Najib, would just sit on the ball.

Truly, you cannot expect him to be good, when all thing he got are mostly inherited.

Many of these inhererited leaders hardly understand the power of social media, the pple knew what you've done. The damange is done, i reckon many cant wait for the ballot box moment.

Rgds
NY

Kamal Sanusi said...

Salam Dato

Saya rasa ramai yg keliru dengan 1001 mcm maklumat yg berlegar di alam maya dan tak maya ini mengenai matlamat penganjuran BERSIH 3.0.

Ramai yg menyokong dan ramai yg tidak menyokong dengan pandangan masing-masing bergantung kepada sudut perspektif mana yg dilihat.

Saya sendiri terkeliru, saya mengaku.

TAPI persoalan yg selalu bermain di kefala hotak saya ini adalah...

"KENAPA SUSAH SANGAT KERAJAAN NAK MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN KE ATAS PROSES PILIHANRAYA BAGI MEMBERI KEYAKINAN KEPADA PENGUNDI YG IANYA ADALAH BEBAS DAN 'BERSIH'?"

Saya mungkin ketinggalan keretapi/bas/flight tapi damage controls ke atas tuntutan tersebut have been poorly done at the early stage.

Salam hormat.

Mika Angel-0 said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Minda Platik 2020
(jiwa kerdil terpimpin)

Nak jadi 'developed nation by 2020' hanya angan-angan bagi mereka yang tidak boleh sabar menerima cabaran-cabaran negara maju.

"the government knows better than the rakyat" itulah adat politik Malaysia; dan sistem kehakiman dan Mahkamahnya hanyalah satu bohongan untuk memperdayakan rakyat yang marhaen yang buta hati tehadap tatasusila budaya Wawasan2020.

Samad Said itu berminda sendiri saperti Shanon Ahmad pernah terpedaya dengan dakwah Al-Arqam dan dakyah PAS.

Namun, sepasang Sasterawan Negara ini mereka berjiwa bebas dan minda tajam semacam jugalah Dato' Kadir yang telah digagalkan rencananya oleh jelmaan Chairil Anwar itu. ASS mahu jadi Binatang Jalang untuk dikaryakannya versinya.

Kalau mahu mendidik bangsa dengan mata pena; harus dahulu celik dunia dan akhirat, Mahaguruku. tak kah begitu?

Maaf dan Salam Hormat

Anonymous said...

Banyak paradoks dalam tulisan adtuk kali ini dan dalam komentar oleh pembahas.

1. Datuk menulis secara kiasan dan sindiran. Banyak unsur sinis dan skeptis.

2. Tapi ramai pembahas yang mengaku cerdik, berakal dan tidak bodoh lagi tidak pun faham mesej Datuk.

3. Ramai tidak dapat melihat bahasa Bersih adalah gerakan politik massa yang berkesan. Tetapi pembangkang nampak lantas mereka memperalatkannya.

4. Saya setuju tentang unsur libertarian dalam Bersih. Macam juga politikus, libertarian telah menyusup masuk dan menguasai agenda Bersih.

5. Kalau Bersih khusus mengenai pilihanraya, isu ini sedang ditangani. Berilah peluang kepada SPRM.

6. Malah ramai tertipu apabila Beresih dipestakan. Maka ada ibu bapa bawa anak kecil tunjuk perasaan.

BenDol.

Anonymous said...

Let's try peace for awhile
all the best

Peter Squire

Anonymous said...

salam Dato',

Banayak yg boleh diusik dalam tulisan Dato kali ini, yang menonjol ialah tentang penglibatan samad said.

Saya melihat SN kita itu akan jadi korban politik kali ke seterusnya, sebagaimana Shahnon. Nampaknya bukan org biasa saja yg gagal belajar sepak terajangnya.

Saya masih menunggu selepas dua hari kenyataan Samad Said di media berkenaan himpunan berkenaan. Kita dah baca Ambiga dan beberapa pemimpin politik. contohnya skrip basi dari Lim Guan Eng, rusuhan bermula dengan provokasi polis.

Sedangkan maklumat yang hampir disahkan rusuhan berlaku setelah 4 jam waktu rasmi himpunan tamat, dan arahan rasmi dah dikeluarkan oleh penganjur.

Dan Ambiga kini lepas tangan untuk perkara-perkara di luar waktu tersebut (saya yakin ada dalam akta perhimpunan aman berkenaan perkara-perkara selepas wakti rasmi perhimpunan) untuk mengambil tindakan undang-undang.

berkenaan samad said, saya melihatnya sebagai agak personal sebab pengalaman lepas dalam beberapa program bersama dengan beliau.

melihat kepada mogok seni atas kapasiti peribadi anjuran beliau, rasanya seperti org lain, sasterawan perlukan perhatian dan belaian - ini pandangan peribadi yang didasarkan kepada pengalaman dan dapatan-dapatan psikologi. beberapa tahun lalu Samad masih lagi diundang dalam majlis-majlis baca puisi dll oleh agensi tertentu.

bukan kewangan soal utamanya, tetapi rasa tidak dihiraukan. Ini masalahnya, dan ada penyelesaiannya.

Kepada pihak kerajaan, dah ada agensi yang jika kepala ketuanya kreatif, boleh digunakan sepenuhnya. Mungkin juga di bawah jabatan yang jaga adat istiadat, boleh juga di JPM khususnya BTN atau lain-lain.

Jika bekas politician kita bg jawatan mcm-mcm di glc, sama juga dengan sasterawan dan pelbagai wan lagi. mereka biasa didengar sebelum ini. Jadi bagi lah telinga kita untuk dengar mereka.

Mudahnya, jaga mereka sebelum dan selepas. Adakan tugas khas di jabatan yang memantau dan menjaga mereka-jika tak ada pihak lain yang akan jaga mereka untuk kepentingan mereka.

Kerjanya tak rumit tapi kesannya besar. Cadangan ini tertakluk kepada semua pegawai2 tinggi negara, panglima-panglima tentera dan lain-lain dan masukkan dalam program pra persaraan.

Sekadar cadangan, terima kasih Datuk.

umarzain@yahoo.com

Anonymous said...

Datuk, Saya ahli Umno dari generasi sbl merdeka. Saya ambil bahagian atau tengok banyak tunjuk perasaan. Umno adalah antara yang paling awalbujat tunjuk perasaan. Tapi masa itu kita tentang British dan tunjuk perasaan kita tidak ganas. Masa itu tunjuk perasaan Parti Sosialis dan Parti Boroh selalu ganas.

Saya tetap sokong hak berhimpun dan buat bantahan. Masa zaman student UM kita selalu buat tunjuk perasaan. Anwar pun ada. Di UTM ada hishamuddin Rais dan Ibrahim Ali. Kita kena balon dengan rotan di kaki dan betis oleh FRU. Kita tak tuduh ganas pasal kita tahu risiko tunjuk perasaan. Kita pun tak sebabkan kesesakan lalulintas. Kita buat di tempat tertentu dan polis pun tak tutup jalan macam sekarang.

Masa reformasi tahun 1998 Anwar guna Dataran tapi tak berlaku kesesakan macam Sabtu lepas pasal masa itu polis dan Bandaraya tak gila tutup jalan raya. Dr Mahathir lebih liberal dan lebih berani. Dia biar Anwar protes. Tapi masa tu orang penakut tak ambil bahagian dalam protes sebab takut ISA. Sekarang ponen pun ambil bahagian pasal Najib dan batal ISA.

Saya sokong sesiapapun boleh guna Dataran Merdeka tapi dengan syarat. Kalau merusuh, tankap perusuh dan tangkap penganjor macam Ambiga dan Samad Said Sabtu lepas. Apa guna Dataran Merdeka kalau nak guna tunjuk hak kita pon tak boleh?

Veteran Umno

Anonymous said...

nak tanya, azmin ali, anwar ibrahim datang demonstrasi bersih ni sebab nak bantah kemenangan mereka di pilihanraya lepas ke? saya pengundi lembah pantai, isteri saya mengundi di hulu langat. kedua2 tempat menang oleh pembangkang. boleh tak saya tuduh SPR tipu keputusan ni?

- kadiology

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Saya kasihan melihat polis yg bertungkus lumus bertugas kerana dikerah pd Bersih 3.

Tapi saya lebih kasihan mengenang nasib anak cucu saya kerana akan terus diperintah oleh lanun2 bergelar Umno dan kroni mereka berikutan lulusnya undang2 mee segera yg menghalang parti politik membina barong dan meletak wakil mereka untuk menyemak kesahihan pengenalan pengundi.

Mungkin Bersih 4 Sabtu depan jawapan terbaik. Atau paling tidak 80% rakyat tulin(bukan rakyat nee segera) hendaklah bersatu menyokong PR dalam PRU 13.

Memandangkan biaya hidup pun dah meningkat saya cadangkan ahli Umno tak payahlah keluar mengundi sebab calon mereka dah tentu memang.

Hanya Allah maha berkuasa.

Din Klang

MrB said...

Salam,

Saya menganggap diri saya seorang Libertarian, tetapi saya tidak menyokong LGBT dan demonstrasi. Tetapi, tidak bermakna saya menghalang mereka berdemonstrasi secara aman dan puak LGBT yg mahukan kebebasan mereka. Kerana bagi saya mereka adalah warganegara ini juga.

Saya juga ingin bertanya jika Bersih 3.0 diadakan juga di Bukit Bintang?

Berkenaan A Samad Said, saya fikir dia memerlukan dana yg besar atau peruntukan wang yg tidak mahu dilayan oleh Kerajaan atau tidak diberi projek oleh DBP lagi sehingga menggigit tangan mereka yg menyokongnya selama ini. Di facebooknya sibuk mengarang puisi ttg kebobrokan kemewahan pemimpin, walhal pemimpin pembangkang seperti anwar ibrahim, azmin pun mewah juga. heheh

Saracen said...

Dato'

with all due respect kenapa atuk tak main dgn cucu jer hari tu. Ada juga dapat pahala dari mengata A Samad Said yg rooting for fair erection.

Anonymous said...

Salam hormat DAKJ,

Proses pemecahan kekuasaan pemerintahan Melayu. Very simple. Apabila sudah lemah senang dari segi pengawalan oleh pihak tertentu.

Bodoh kah Melayu yang malas untuk mengkaji sistem baru yang hampir diperkenalkan oleh pihak tertentu?

-anakmelayumalaysia

Anonymous said...

Salam hormat DAKJ,

Saudara Ajman,

"Jatuh sebagai sialan" agaknya untuk menempa nukilan sejarah badut-badut dengan nasib paling sial.

-anakmelayumalaysia

Anonymous said...

Din klang kali ni banyak guna ID lain pasai pembaca dah tahu.

tapi style tulisan dia kita tahu separuh dari penghantar komen adalah din klang

kaya lah dia dapat banyak duit hantar komen


don klang

Anonymous said...

Salam Dakj

Anwar menodai perjuangan samad said

itu yang sebenarnya.

polis lari dari penyokong anwar di dataran merdeka ( lihat video )

unit amal pas merempuh barisan polis di depan klcc ( lihat video )

buat lihat penilaian sendiri.

din klang

malique said...

Saya tidak sangka A kadir jasin tergolong daripada orang2 yang racist. Bila la nak masuk kepala otak, Malaysia ni untuk semua. Matlamat ambiga adalah satu, sama seperti melayu, cina, india dan lain - to have a clean voting sytem at the next election. BN mmg corrupt, terang-terangan, perompak di siang hari. Pak Samad is our national treasure, always. OUR TRUE HERO.

Malique

Anonymous said...

Pak Samad memang layak digelar wira & sasterawan ulung. Hatinya BERSIH berjuang untuk rakyat.

Azmi razali.

Suri said...

Sangat pentingkah ketuanan melayu Dato'? malaysia ni HAK BANGSA MELAYU?sangat pentingkah HAK itu? Kenapa? sebab BANGSA MELAYU datang beribu tahun lebih awal ke TANAH ini? Sebab BANGSA MELAYU adalah ISLAM? Bangsa lain kurang bermoral...jahat dan perampas? Satu ideologi yang baik ke untuk diajarkan...diturunkan pada anak-anak muda? Pentingkah kita melihat dan mengukur perbuatan...ideologi seseorang individu daripada bangsanya dulu bukannya melihat daripada moral dan peribadi, dan pemikirannya?

- suri

abdullah said...

Dato AKJ..plse dont insult the Vietnamese people by equating Samad Said with Ho Chih Minh..plse lah they are worlds apart...

Anonymous said...

kalau kita merasakan kita lebih bijak, pandangan kita lebih betul dan pandangan orang lain salah inilah dia..cuba renung di mana silapnya kerajaan sekarang sampai orang ramai marah tersangat2..kalau kerajaan ok, sistemnya ok, rakyat tidak jadi macam ini..mungkin rakyat hanya tidak bersetuju..tapi tidaklah sampai marah2 macam ini..apapun2 datuk saya hormat pandangan datuk,,,dalam Malaysia ni
kita amalkan demokrasi walaupn adakalnya ia seakan mati..peace

farizal said...

why having b/fast @ midvalley not normal???

Anonymous said...

nampaknya satu pukulan maut
buat pak samad said.
tapi mungkin nada yang berlainan
sekiranya bersih & pr berjaya
ke putrajaya.
kalau akj tak mau sertai bersih 3.0
jangan perlekehkan pak samad.
akj harus menghormati apa
orang lain buat.
pak samad tak usik akj.
jangan sebuk2 apa dia nak buat.
kalau pak samad perlekehkan
blog the scribe, bagaimana?

- salina.

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, May 1 — Lim Guan Eng today suggested that a panel of international experts investigate the violent attacks against pressmen during last Saturday’s rally, claiming the public would not trust any probe conducted by the police on their own colleagues.

“Malaysians have great doubts as to whether a full and proper investigation will be fruitful and action taken against the perpetrators.

“Only an independent inquiry comprising international experts can trusted with providing a credible report on how to apportion blame to the police so that we can find out the truth of what happened,” he said in a statement here.

Malaysian mana yang Guan Eng cakap tu Datok? Tentu bukan Melayu macam saya. Dulu Tok, pendatang China hasut raja dan penbesar melayu Perak supaya bergaduh sana sendiri. Masa itu raja dan pembesar melayu serah kerja pungut cukai di Sungei Perak kepada "lanun" China dan kongsi gelap China buat kacau di Larut. Raja Muda Abdullah minta tulung kawan China dia di Singapura Tan Kim Chong supaya perkenal dia kepada British.

Tan tulis surat dan RM Abdullah tanda tangan minta British campor tangan. Dengan itu termeterailah Pangkor Treaty yang jadi batu asas penjajahan British di Tanah Melayu.

Di Melaka sebelom itu seorang India yang bergelar Si Kitol jadi tali barot Portugis dan bantu Portugis taklok Melaka.

Sekarang Anwar Ibrahim minta tolong Ambiga dan Guan Eng supaya pemerhati luar masok campur dalam hal tunjok perasaan Bersih/pembangkang dan dalam proses pilihanraya kita. Macam pembesar Melayu zaman dulu, Anwar (Haji Hadi dan NIK Azit) minta tolong China dan India supaya Malaysia dijajah balik dengan penjajahan bentuk baru semata-mata kerana Anwar hendak jadi PM macam Raja Muda Abdullah nak jadi Sultan.

Melayu dungu tak belajar sejarah jadi alat konspirasi orang yang cemburu dengan kuasa orang Melayu, kuasa Raja Melayu, kuasa polis Melayu dan kuasa askar Melayu. Melayu macam inilah yang jual negara kerana hendak berkuasa.

Pena Keramat

Anonymous said...

Tambah sikit lagi Tok, kalau Melayu dungu tak percaya, ini apa yang saya petek dari sumber orang putih Wikipedia.

In her book "The Golden Chersonese and The Way Thither" (Published 1892 G.P. Putnam's Sons) Victorian traveller and adventuress, Isabella Lucy Bird (1831–1904), describes how Raja Muda Abdullah as he then was turned to his friend in Singapore, Tan Kim Ching. Tan, together with an English merchant in Singapore drafted a letter to Governor Sir Andrew Clarke which Abdullah signed. The letter expressed Abdullah's desire to place Perak under British protection, and "to have a man of sufficient abilities to show (him) a good system of government." On the 26th of September, 1872 Chung Keng Quee had already presented a petition, signed by himself and 44 other Chinese leaders, seeking British interference following the attack of 12,000 men of Chung Shan by 2,000 men of Sen Ning. (The Petition.) The British immediately saw this as a great opportunity to expand its influence in Southeast Asia and strengthened its monopoly on tin. As a result, the Pangkor Treaty of 1874 was signed.

Melayu dungu ni Tok, dulu ada sekarang pun ada macam itu juga manipulative Chinese. Sekarang China MCA gaduh dengan Chiba DAP, China DAP minta campor tangan luar. Melayu dungu ikut macam kerbau kena cucok hidung.

Pena Keramat

Anonymous said...

Ramai orang berbahas sokong bersih.

Tapi perkara paling pokoknya ialah, PM harapan PR tidaklah bersih, penuh dengan noda dan dosa. Kalau itulah orang harapan mereka, maka musnahlah Malaysia satu hari nanti.

Ya betul, UMNO tidaklah bersih, tapi bak kata mahathir, bersih sikit2 pun bolehlah, mana ada orang sekarang maksum. Kalau pembahas rasa mereka bersih sangat, ceburila politik, nak jugak tengok berapa lama mereka boleh tahan bersih dari segala kekotoran. Lupakah politik dan demokrasi adalah berkaitan populariti?, dan popular tidak semestinya betul, bersih dan suci.

man bersih

Anonymous said...

Dato' rupanya pengunjung blog Dato' ramai juga di kalangan MELAYU emosi yea!! Mungkin latar hidup yang berbeza


arjuna

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1, kpd din klang palsu lagi bangsat Anuar tak pernah atau tak akan nodai perjuangan A Samad Said

2. Melayu dgn mentaliti Umno tiada apa yg nak dibanggakan. Jauh sekali hendak dipertuankan.

3. Mahadir pondan bertanggungjawab membawa mamak2 masuk Umno dan diberi taraf Melayu dan mendapat hak istimewa Melayu.....itu pun. pembodek Umno bisu.

4. Tak sabar bila pulak Bersih 4 nak diistihar.

5. kesian polis dan penjawat awam yg baik2 bila di paksa jadi jahat...lihat je gelagat polis menyamar jadi peserta bersih?

Din klang

JomMerdekaMinda said...

Uishhh..

Sini blog "racist" ker??

Lebih melayu dari ISLAM..

Dalam blog bertulis takut,paranoid serta benci sgt dgn bangsa selain melaYU kalau berkawan, dlm kehidupan harian pula, berpeluk bersalam berbodek-bodek dgn cina serta india duk hua-hua-hua.. (Make money maaa - UMNO la tu)

Tak sangka la saya pembaca blog melaYU penyokong bangsa umno melaYU totok masih berpikiran KUNO tahap jingga..

Apa punya hiprokrasi la blog ni jadik wahai saudara AkJ?

Kalau mcm ni metality melayu dahulu kala, sampai bila pun takkan maju negara malaysiaku ini..

Punah ranah melaYU diasut agar jauhkan diri dari lain-lain bangsa selain melaYU..

mmg kijer umno perosak bangsa agama dan negara.. elok halau je rla semua bangsa lain selain melayu dlm malaysia ni..

Heh nanti dulu, gula nak beli dari siapa ek kalau cina semua kena halau?
Heh nanti dulu, tv cable plak nak negok mcm mana plak ek kalau semua india/sri lanka dah kena halau?

Makin singkat la pengikut melaYU umno saudara AkJ ni..

Anonymous said...

NAK TUNTUT PILIHANRAYA BERSIH KUNUN

ANWAR DENGAN AZMIN DATANG PROVOKE PENDEMO BUAT RUSUHAN

TAPI PILIHANRAYA DALAM PKR SENDIRI KOTOR.

APA LAH BODOH SANGAT RAKYAT MALAYA NI


din klang

Lahuma said...

Dato.

Cakap soal BERSIH ni,

BERSIH kah UMNO parti Melayu itu.

BERSIH kah PAS parti Islam itu.


BERSIH kah PKR parti yg dikatakan cukup adil itu.

BERSIH kah parti DAP yg dikatakan demokratik itu.

Jangan cari Pembersih Upahan pula supaya nampak BERSIH.

Terima kasih.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

1. Kepada siapa yg punya kecenderungan jadi but, pekak dan tuli malah sokong pulak segala putar belit pemimpin Umno maka ingatlah mereka iaitu pemimpin Umno sedang membawa anda kepada kehancuran di dunia dan mungkin beberapa langkah ke neraka.

2. Kalau kita masih mengaku umat Islam sejati maka kita tiada pilihan lain tapi satu saja iaitu membuat kebaikan DAN mencegah kemungkaran. Dan perbuatan pemimpin Umno merompak rasuah tipu undi adalah kemungkaran yg terang.....tak payah nak tercari2 alasan lagi.

3. Allah tak akan mungkir janji iaitu setiap kepayahan akan diikuti kesenangan. Saya ulangi setiap kepayahan akan diikuti kesenangan.Demi kebaikan semua maka jangan kata Bersih 4. ..........Bersih 10 apa salahnya.

4. Lain2 hal.....dulu zaman duit banyak kerajaan Umno paksa semua yg terpilih hadir PLKN. Sekarang bila dah tak de duit mulalah beri pngecualian pd pelajar yg dpt sambung belajar. Tinggal lah yg ngok2 habiskan duit rakyat kerana hadir program kroni. Pada pendapat saya kalau bukan kerananak tolong kroni, PLKN dah lama tutup. Cukup2 lah tu

Din Klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Dosa fitnah lebih besar dari membunuh

Dosa syirik tidak akan diampun Allah kecuali bernasib baik sebab taubat diterima sebelum mati. Antsra perkara yg mengundang syirik ialah lebih takut pd manusia berbanding Allah.

kpd sdr man bersih dan yg sekumpulan cuba tunjukkan tulisan sdr tu pd ustaz atau orang alim. Apa kata mereka!!!

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Tak payah masuk U untuk faham taktik kotor polis pd Bersih 3.

polis yg ditugas menjadi tukang provoke akan beratur dekat pagar duri siap dgn alat pemotong dawai.

ketua mereka yg kemarok nak jadi ACP atau SAC akan beri arahan potong dawai bila Anuar dan Azmin telah menghampiri Dataran Merdeka.

Lepas tu yg haram jadi halal.....iaitu menembak gas kearah peserta demo dan menyalahkan Anuar dan Azmin konon kerana mengarah peserta demo rempoh dawai penghadang.

Strategi ni biasa kita dengar. Yg tak pernah dengar cuma barua2 Umno je sebab mereka tak baca atau tak pergi sekolah atau ada sijil pun sijil beli.

Semalam KDN panggil pengarang akhbar......nak pujuk nampak. Selepas wartawan dikasari polis cuba nak pujuk pulak? Tak peyah le pinda akta mesin cetak kalau perangai KDN dan polis tak berubah.

Jom umdi PR pulak.

Din klang

maae said...

Salam Datuk,

1.Apa lagi kelompok melayu tidak bertamadun ini tidak puas hati, tidak jelas pula di ketahui, selain membabi buta!

2.Apa pula kelompok BUKAN melayu parasit yang tidak menghargai Bangsa Melayu dan adab nya yang sudah mewujudkan harmoni/keamanan di Malaysia, tidak lain kelompok ini terlalu kepingin sangat menjadi dan mencari permusuhan dengan majoriti Melayu! AWAS!

3.Betapa yang di anugerahkan sebagai 'Sasterawan Negara' kini sudah mula menjadi racun berbisa, melupakan 'Yang Satu' dengan langkah-langkah mengajak kita semua ke Neraka! Maka mentornya (dalam dan luar negara) senyum puas dan bergembira sekali.Akan menerima pula anugerah nobel tertinggi Perancis(yang kedua selepas..), kemungkinan nya!

4.Betapa KELALAIAN Kerajaan Malaysia ketika ini tidak lagi seperti dahulu nya, mendefinasikan demokrasi sebagai 'tiada batasan' yang langsung TIDAK diamalkan oleh negara-negara lain(termasuk Amerika) yang konon nya begitu berdemokrasi/berteloransi yang realiti praktis nya dalam nilai "face value"

5.Ini kah Malaysia yang di dambar kan di hati? BETAPA SEDIH NYA MENUSUK HATI....Apa lagi yang tinggal?

Anonymous said...

Salam hormat DAKJ,

saudara fedup,

jangan merepek kalau tidak menyaksikan sendiri..

Harap maaf.

-bolt

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Ada pembahas mengatakan sasterawan perlu dibelai. Perlukah? Bukankah sasterawan adalah makhluk yang bebas dan inginkan kebebasan?

Tapi kerajaan sentiasa membelai ahli-ahli sasterawan setahu saya..

Atau sasterawan yang hilang kreativiti sudah hampir pupus??

-Bolt

Jaja said...

Salam DAKJ,

Saudara Pena Keramat,
Terima kasih kerana memberi tahu.
Dasar 'survivor' memanglah begitu. Kalau tidak boleh berarak kekanan mestilah berhinjut kekiri kalau kedua arah tanpa peluang maka dengan rakus minta bantuan singa diluar.

Diharapkan bertambah ramailah rakyat berTIBAI dan mengABAI.
Itu pun kepada rakyat yang waras dan bukan "bawah sedar".

-bolt

mana mungkin said...

pak kadir,
saya sedih melihat himpunan bersih 3 baru-baru ini. apakah sikap seumpama itu yang dikatakan masyarakat bertamaddun yang inginkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020? jika begitulah istilah maju dan tamaddunnya masyarakat malaysia sepertimana yang dimimpikan oleh anwar ibrahim, maka akan rosak binasalah masyarakat dan sebuah negara yang dipanggil malaysia. anwar perlu ingat, dia tak boleh perintah negara ini melalui kekerasan kerana melalui kekerasan juga dia akan tumbang menyembah bumi. gunalah proses demokrasi sebaik mungkin melalui pilihanraya umum nanti. kenapa anwar tak kata spr tipu apabila menang di kelantan, kedah, penang, perak (bn dapat semula melalui keputusan mahkamah) dan selangor? apa akan jadi sekiranya yang memerintah kerajaan persekutuan sekarang ialah kerajaan pakatan rakyat? sudah pasti anwar tak melalak ke sana ke mari. fikir-fikirlah wahai para pembaca sekalian.

Anonymous said...

Salam Dakj

BERSIH DAN DEMOKRASI KE PEMILIHAN JAWATAN DALAM PKR DAN DAP ?

JAWATAN UTAMA SEMUA DI PEGANG OLEH AHLI KELUARGA DAN JUGA KRONI.

LU FIKIR LA SENDIRI

din klang

haba haba said...

Dato

Kawan saya orang Melayu turun bersih dapat RM 200 seorang

Bila tiba di dataran, penyokong bersih dari kaum cina cakap mereka di bayar RM500 hingga RM700 seorang

begitu murah harga orang Melayu....

Anonymous said...

Aslkum Dakj

sdr mana mungkin

kalau ditakdir PR menang putra jaya dan Anuar jadi PM dan kemudian lupa diri hingga jadi zalim macam pemimpin Umno sekarang maka waktu itu sdr mana mungkin dan ketua pembangkang iaitu Najib wajib turun berdemo.

Apa macam ada setuju?

Berkenaan Perak, mentang2 Umno kawan polis,SPR, SPRM, mahkamah dan S----N mereka juga rompak kerajaan Perak dari rakyat. Kalau berani sgt kenapa tak buat PRU beru diperak pd tahun 2009.

Dasar. macamUmno. jugak......busuk. Ulat tahi tu pun ada gunanya.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Tak sangka kalau ada pertandingan anugerah juara penipu dan pembelit peringkat dunia maka Najib dan Umno bakal menang mudah.

Sebab?

Apa ada masaalah. Sedangkan laporan CNN, BBC dan ALJAZIRH pun UMNO boleh blok. Inikan pulak setakat Astro Awani.

Maka pembahas yg tak tamat belajar pun beria2 hentam peserta Bersih3 dan bodek Umno.

Selayaknya lah Melayu semakin miskinakibat kurang berfikir.......din klang palsu tak syak lagi termasuk golongan ini sebab nak guna nama samaran pun terpaksa tiru org.

Jangan salahkan Cina dan India saja.....mereka tu pun manusia dan tak semua mereka jahat macam pemimpin Umno.

Din klang

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Bersih3 vs polis....siapa salah siapa cakap benar.

Bersih3 vs polis......bila kebebasan polis sendiri sedang dihakimi rakyat tak kan nak suruh rakyat buat laporan pada polis pasal dakwaan noda teman2 mereka.

Bersih 3 vs polis......bila bos2 polis sanggup jadi anjing Umnobn maka bagaimana polis bawahan nak buat kerja telus tanpa memihak.

Di Israel pun polis jadi hamba rakyat bukan politik.

Barulah tiadakejadian doctored evidence, saksi palsu, video sex oleh tiga datok dan kenyataan berhemah yg dipaksakan.

Yg jelas zaman sebelum Mahadir kita tak pernah dengar dakwaan polis, mahkamah dan pendakwa jadi anjing Umno.

Din klang

jab sp said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kalau orang Pas atau DAP kutuk UMNsaya buleh terima sebab dari azali lagi sudah seteru. Tapi bila puak PKR yang dulu pun sama melantak dengan UMNO malah kecewa kerana tak dapat lebih kutuk UMNO saya rasa nak muntah. Poodah.

Don King

INDIGO said...

Dato' Kadir
Salam Hormat

Merenung Bung Samad Said
(belajar hal k p f)


libertarian...

bersih 3.0 - sokong!
pendita samad said kepala!
nanti dengar cerita

libertarian!

sokong kpf...lepas pru13
mana durian runtuh
pendita samad said kepala

li-bertari-an!

libur bertarian!
pendita samad said salahkan
lantai tak rata

nanti lepas pru13
cerita pendita samad said
merenung dari sepasang jendela
siapa libertarian
siapa binatang jalang
siapa hidup tiga ribu tahun lagi

libertarian...
itu bahasa napoleon bonaparte

Salam Hormat Bung A Samad Said

Mustapha Ong said...

Salam Datuk KJ, her aboi

I share your sincere opinion about the status of Pak Samad, although he was seen to be supporting Ambiga and her nonsense as a non politician from the outside.No big deal for someone like Pak Samad given his golden age but hope he is not senile in his body and mind.

Ambiga is too bloody arrogant and she does not have any honour and neither integrity, when someone questioned her about the funds that she had received in organising Bersih movement. She didn't have the guts to respond and is now not fit to be a lawyer by profession and should be deregistered from the roll of legal practitioners.Now she had failed her mission to instigate support for Anwar and his stooges.

I have question those guys behind Anwar including Ambiga why they do not have the guts to comment about the May Day Rally at the Central Market attended by more than 5000 demonstrators of various races as in the spirit of 1Malaysia.

Lim Kit Siang was once a very vocal voice to champion the spirit of May Day celebration and workers power in the 60s and 70s.The police were there as merely spectators like me and other demonstrators.LKS is also your friend too bro and please lend me your ears.

Anonymous said...

Aslkum Dakj

Najib loyar buruk jangan cuba ubah perhatian. Nak tubuh badan bebas siasat dakwaan keganasan polis semasa Bersih 3 itu Najib punya hak.

Tapi tuntutan rakyat yg mau pilihan raya adil dan bersih takkan Najib nak buat de je.

Pd saya penubuhan panel bebas tak lain tak bukan merupakan satu lagi tektik kerajaan haran Najib nak alih perhatian dari isu sebenar.

Sebelum ini harapan tinggi rakyat hancur setelah menunggu lebih 6 bulan, bila PSC yg dikuasai Umnobn tak buat apa2 pun untuk mejamin pilihan raya yg adil dan bebas

Apa kata Bersih 4 dlm tempoh terdekat jika Najib. terus dgn tektik ding dong.

Din klang

Anonymous said...

Kepada penyokong BERSIH ..

PKR ADAKAH SEBUAH PARTI YG BERSIH ...PEMILIHAN PARTI PUN X BERSIH ..AHLI 1000 BOLEH JADI 2000 , peti undi dibawa lari ...boleh ke diharapkan memberi kerajaan yg bersih bila memerintah ...saya tak mudah terpedaya ..


---mahadir ---

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk,
Saya mengenali A Samad Said melalui 'SALINA'. Tidak mengikuti perkembangan dirinya selepas itu sehingga apabila dia menerima Anugerah sebagai Sasterawan Negara. Sesekali melihat dan mendengar beliau membaca puisi dikaca TV. Sesekali juga terserempak beliau berbeg sandang didalam LRT. Dia bukan tokoh politik dimasa mudanya.
Apabila saya melihat dia diusung kesana sini dan 'berpidato' dipentas politik saya merasa sangsi dan bertanya kepada diri sendiri 'Apa yang menyebabkan beliau 'terguris' hati sehingga beliau beralih 180darjah terhadap Kerajaan yang dipilih secara demokratik? Apa yang beliau boleh sumbangkan pada usianya sekarang? Adakah beliau akan menerima nasib yang serupa dengan Shahnon Ahmad yang kabarnya hari ini telah menjadi keliru dengan perjuangan dan hala tuju Pas yang suatu ketika dahulu memfatwakan 'Tuhan pun mancarut' semata2 untuk menghalalkan 'SHIT' Shahnon Ahmad? Shahnon Ahmad dikhabarkan sedang menghabiskan sisa2 usianya dengan kencing manisnya. Tidak dapat dipastinya berapa kerap dia dikunjungi oleh pemimpin2 partinya untuk bertanya khabar.

Secara jujur saya tidak nampak A Samad Said dapat memberi sumbangan bermakna keatas perjuangan barunya.
Secara peribadi saya berpendapat tindak taduknya hari ini sedikit sebanyak telah mengikis rasa hormat khalyak terhadap dirinya.
Atau Mungkin juga A Samad Said sedang mengumpul bahan untuk menulis karya terakhirnya sebagai bingkisan penutup dalam hidupnya.
Wallahua'lam
Mohd Taib Kamin

Anonymous said...

Saya pernah bersama pejuang di Bosnia, Dhagestan dan di Kabul. Saya melihat ramai Melayu di sini tidak layak menjadi Mujahidin. Meskipun di sekeliling saya ada yang muda dan tua, tanpa makan dan minum beberapa hari malah di Bosnia hampir tiada makanan ketika terkepung di atas bukit, kami tidak emosi. Sebabnya, kumpulan yang emosi itu telah lama kecundang. Kami berjuang long live, bukan harapkan kemenangan tetapi mencari keredaan Allah. Akhirnya Allah beri kejayaan. Kami berbaris gembira di Zaghreb sewaktu diminta keluar dari sana. Apakah yang saya nak katakan di sini. Jika tuan-tuan emosi, tuan2 bertindak diluar kewarasan. Allah tidak suka orang begini. Gelaran pejuang dan shahid sebenarnya dari sisi Allah, bukan dari manusia hatta ulama sekalipun.

NEVER FORGET SREBRENICA

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin.

Din Klang tlg senaraikan apa2 yg. tak bersih dlm.pilihanraya kita yg.diperjuangkan oleh BERSIH hingga sanggup mencetuskan HURU HARA di Kuala Lumpur dan MENCEMARKAN kota suci MADINAH.

Tak malu ke ditegur oleh Kerajaan Arab Saudi. Kata Islam. Mana 'Islamnya' kalau penyertaan dlm demonstrasi Bersih dikatakan wajib.

Apa jenis 'fatwa' ni?

Salam hormat,
Lat Juno.

Anonymous said...

Salam. Ulasan Dati kadir bagus, ada isi, namun ia tetap saya anggap sebagai "armchair analysis"

Satu ulasan yang tidak punya roh.

Pak Faisal

Anonymous said...

Sekilas membaca catatan ini, saya bersetuju dgn HAJI KAMPUNG bahawa ada dendam kesumat, dendam tak sudah terhahap PAK SAMAD ! Dendam yang kami tidak tahu, semata-mata kerana jalan ditutup maka tersemburlah segala yang terpendam didada.
Tak bijaksana menulis dengan emosi buruk dan busuk !
Cuba lagi menulis...
HAJI SAMSUDIN

Anonymous said...

Salam Dato,

Dato tahu ada perhimpunan Bersih pada hari tersebut. Dato juga tahu 'perangai polis' dalam menangani hal Bersih ini macam budak takutkan hantu senja.

Dalam hal 'tergendala perjalanan ke destinasi ini bukan hanya Dato saja yang gagal sampai ke destinasi, malah orang ramai lain juga gagal sampai kedestinasi mereka gara-gara kebijaksanan pihak polis dengan menutup jalan-jalan dan lebuh raya yang tidak ada kena mengena dengan laluan ke tenpat perhimpunan. Mungkin dengan berbuat demikian orang ramai akan marah-marah kepada penganjur Bersih seperti Dato juga.

Sesungguhnya memang ramai yang menyumpah tapi bukan kepada Bersih tapi menyumpah seranah pihakpolis yang tidak professional dengan merelakan anggota polis mengikut telunjuk pembesar umno.

Nampaknya akhir-akhir ini dato semacam aje macam dah kembali rujuk dengan umno. Ada apa-apa ke? maklum saja lah sekarang ini banyak durian dah semakin banyak yang runtuh.

Ada orang kata ' rezeki' ada pula orang kata poko tu dah nak mati.

drp: zuki ahmad

Anonymous said...

Setuju dengan focalthought..

ada kiasan di sebalik tulisan dato' kali ini.

-Seroja

Anonymous said...

Aslkum Dakj

sdr Lat Jono ni siapa berbanding dgn Ust Nik Akiz yg bukan sahaja menteri besar tapi juga telah terkenal dan di akui ilmu sebagai ulamak

Lain kali kalau tak mau pergi demo bersih 3, sdr patut bertanya pd kawan2 yg arif pasal agama. Jangan kurang sopan dgn ulama yg bukan sebarang ulamak.

Pasal demo di kota Madinah...hanya pemerintah bersih akan benarkan hak asasi rakyat berhimpun dan berdemo di sana. Nasib baik Allah turunkan Rasul di sana, kalau tidak lagi teruk.

Yg demikian kita jgn ambil kisah sgt dgn teguran pemerintah sana....kalau pun ada.

Di Kl kalau bukan kerja probokator atau arahan pihak tertentu lepas gas, tak mungkin huruhara berlaku dan kelam kabut berlaku.

Yg tak kelam kabut hanya org yg ekonominya sentiasa cantik waktu Umno berkuasa hingga anggap org lain pun sudah senang macam mereka...lantaran punya mentaliti apa yg engkau org sibuk2 kata pemimpin Umno jahat ni?

Din klang

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).