Tuesday, June 26, 2012

Tak Perlu Emo Dengan Kehadiran Diplomat S'pura

A Kadir Jasin


MASIH ada lagi pembahas yang guna pengenalan “Anonymous”. Kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.

SAYA rasa kita tidaklah perlu “emo” sangat mengenai kehadiran diplomat Singapura dalam tunjuk perasaan Bersih pada 28 April lalu.

Saya yakin banyak lagi Suruhanjaya dan Kedutaan yang hantar wakil untuk meninjau, memantau dan membuat laporan diplomatik peristiwa itu.

Apalah yang hendak dihebohkan sangat. Bukankah sejak bertahun-tahun mereka menghantar wakil untuk meninjau, memantau dan membuat laporan mengenai mesyuarat agung Umno, PAS, DAP, PKR dan bermacam-macam kegiatan politik lagi?

Itu kerja mereka. Melainkanlah mereka sah pakai kemeja T kuning Bersih, berarak kutuk kerajaan Malaysia dan buat laporan yang memihak kepada Bersih. Yang kita patut risau adalah diplomat kita di luar negara tidak buat macam diplomat Singapura buat di Malaysia.

Singapura Tahu "Rahsia" Kita

Yang kita perlu berhati-hati - macam sudah saya tuliskan beberapa kali - adalah kegiatan perisikan sulit Singapura ke Malaysia. Maksud saya bukan hadir dalam tunjuk perasaan atau berjumpa wartawan dan pengarang, tetapi mencari rahsia sebenar.

Itu pun kita di Malaysia tidak perlu peningkan kepala dan tidak lena tidur kerana memang pun Singapura lebih hebat daripada kita dalam hal ini. Tentera dan perisik mereka dilatih dan bekerjasama rapat dengan Amerika dan Israel.

Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mempunyai empat buah kapal terbang pengintip dan amaran awal jenis Gulfstream G550-AEW buatan Amerika/Israel yang boleh mengesan, mengenal pasti dan mengekori sasaran udara lebih 200 batu nautika dari Singapura (370.4 kilometer), iaitu melepasi Kuala Lumpur.

Ia juga mempunyai pesawat pengintip kawalan jauh (UAV) jenis Elbit Hermes 450, IAI Heron, Searcher dan Scout yang semuanya buatan Israel. UAV Elbit Hermes 450 boleh dikawal dari bumi sehingga 200 kilometer dan terbang selama 20 jam tanpa henti.

Jadi, memang Singapura tahu pergerakan tentera dan strategik yang berlaku di sebahagian besar Semenanjung Malaysia siang dan malam, sama ada dengan menggunakan kelengkapan pengintipannya sendiri atau dengan bantuan Amerika/Israel. Secara kebetulan, kerjasama tentera di antara Singapura dan Israel bermula pada 1965, iaitu sebaik saja Singapura disingkir daripada Malaysia.

Masalahnya, ramai orang kita jahil mengenai geopolitik, pertahanan dan perisikan. Yang mereka tahu adalah buat bising mengenai pembelian senjata sehingga satu dunia tahu kekuatan dan kelemahan kita.

Singapura Bimbang Perkembangan di Malaysia

Berbalik kepada kehadiran diplomat Singapura dalam tunjuk perasaan Bersih, saya rasa tujuan sebenar mereka adalah membuat laporan mengenai peristiwa itu kerana Singapura sangat bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia.

Semua orang tahu yang supremo Singapura, Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) amat bimbang dengan kemungkinan PAS berkuasa di Malaysia, sama ada dengan sendirinya atau melalui kerjasama dengan parti-parti lain.

Kedua, mereka hendak tahu psikologi penunjuk perasaan dan respons pihak berkuasa kerana mereka bimbang hal yang sama lambat laun akan berlaku di Singapura. Jadi mereka mahu bersiap sedia.

Harus diketahui bahawa sebelum merdeka (dari tahun 1940-an hingga 1960-an), Singapura mengalami banyak tunjuk perasaan ganas oleh Barisan Bersekutu Komunis (Communist United Front).

Dan ketiga, mereka perlu tahu kesan perkembangan politik di Malaysia ke atas keselamatan pelaburan dan rakyat jelata mereka di Malaysia. Apatah lagi sekarang apabila kerajaan Malaysia begitu beria-ia memujuk pelabur dan pelancong Singapura.

Namun begitu, kita tidak boleh menolak bulat-bulat kemungkinan adanya parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik tertentu di Malaysia yang menggunakan perwakilan asing untuk tujuan politik mereka, termasuk memburuk-burukkan imej Malaysia di mata dunia.

Bagi saya, mereka inilah yang lebih berbahaya dan perlu diawasi kerana mereka boleh diperalatkan oleh agen-agen perisik luar untuk mendapatkan rahsia negara kita dengan tujuan melemahkan kita dan menjadikan kita boneka mereka. Wallahualam.

19 comments:

AYY said...

Saya sangat setuju dengan pandangan tuan. Masalahnya terlalu ramai rakyat "TOO IGNORANCE" dalam pelbagai isu dan ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan utk kepentingan sendiri atau parti. Malaysia "DESPARATE" orang seperti tuan. Teruskan perjuangan utk Gemilang Malaysia.

sicfallacy said...

Salam.
Tapi Singapura beri jawapan kehadiran kakitangan merka adalah bersifat peribadi, bukan atas kerja memantau/ buat laporan.

Kat sebelah kata DAP ni sangat rapat dengan Singapura (PAP), jadi kena hati-hati kalau DAP naik kuasa. Kat sebelah sini pula kata Singapura khuatir kalau PAS ambil kuasa. Tapi DAP dan PAS sekarang satu kapal.. Semacam ada tak kena dengan kenyataan2 kat atas ni. Apa pendapat tuan tanah?

Panglima Perang said...

Masalahnya tuan , pernahkah tuan terfikir ada berapa parliamentary seats di Singapura.Mungkin pandangan ini bersifat mengarut tetapi ianya boleh terjadi. Apakah keperluan Singapura ? Tanah dan keluasan tempat tinggal bukan? Apakah keperluan pembangkang? Kuasa Bukan? tidakkah tuan terfikir sekiranya Pembangkang yang didominasi kekuatan DAP (umpama pelobi yahudi, sedikit tetapi berpengaruh) akan menjemput Singapura untuk masuk ke dalam Malaysia menjadi 1 Negara? Parlimen yang dikuasai puak Cina akan bertambah dan dengan itu, Melayu tidak Akan langsung boleh berkuasa. Ianya mengarut tetapi boleh dilaksanakan........... www.myhomesoil.blogspot.com ..salam perjuangan .ini blog saya...

A KADIR JASIN said...

1. AAY, majoriti rakyat Malaysia yang "ignorant" (jahil) memilih untuk jahil. Ada peluang belajar dan cari maklumat bermanfaat, mereka pilih untuk baca benda remeh temeh. Nak salahkan siapa kalau mereka diperkerbaukan?

2. sicfallacy, (A)memang dalam hal sebegitu, termaksuklah jumpa wartawan dan pengarang atau hadiri rumah terbuka, mereka anggap urusan peribadi. Kalau urusan rasmi dan protokol, banyak yang kena ikut peraturan Wisma Putra. Jadi mereka pergi secara peribadi supaya terlepas daripada protokal diplomatik dan ada pintu keluar bila berlaku kontroversi.

(B) DAP adalah jelmaan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar Malaysia, PAP ada seorang MP dalam Parlimen Malaysia iaitu C V Devan Nair (MP Bangsar). Dia dan Lim Kit Siang mengasaskan DAP pada tahun 1967,

(C) Walaupun PAS kini bersama DAP, Singapura tetap takutkan PAS kerana ideologi Islam parti itu. DAP pun bukan intim sangat dengan PAS. DAP berpakat dengan PAS kerana Anwar/PKR.

3. Panglima Perang, yang utama sebenarnya bukan DAP atau Malaysia jemput Singapura masuk balik, tetapi LKY yang mungkin hendak masuk balik. Beliau berulang kali menyebut kemungkinan Singapura masuk semula ke dalam Malaysia "tetapi dengan syarat-syarat yang berlainan."
Orang yang celik politik dan faham demografi boleh memahami sentimen Encik Lee Kuan Yew itu.

Terima kasih.

Azmi said...

Dato.
LKY dah sakit kuat dan dan hendak mati.Dia suah tidak dapat bergerak.Angan tidak boleh angkat.Kenapa akut kapada dia.

Anaknya LSLeong,tidak lah pandai saperti bapanya.Jikalau ia bijak idak kan ia kalah Pilehan Raya di Al Junid an Hoogian kapada worker Party.

Kita takut jika UMNO kalah pilehan raya.

JohorMali said...

DAKJ,
Orang Msia tak perlu lah risau sangat tentang ketangkasan angkaran bersenjata Spura. Memang telah jadi percaturan war game dimana Spura boleh invade Semenanjung, tetapi takat Segamat saja. Lepas tu mungkin dia orang pening bukan saja menghadapi askar kita tapi gurila gurila Melayu yang pasti siap sedia untuk serang hendap musuh dari selatan itu.Senjata yang paling utuh untuk bangsa Melayu adalah jangan jadi terlampau complacence . Musuh utama adalah ignorant.

mohroslan said...

Busuk2 s.pore pun dia melabur beribu2 juta setiap tahun di msia yg menyebabkan salah satu pendapatan besar melalui cukai untuk negara dan rakyat msia....
yg benar2 original harus di takutkan adalah sepupu kita sendiri indon..yg amat marah dgn msia sampai baling taik ke kedutaan,baru2 ni rosakkan msia hall..rakyat mereka sentiasa siap sedia anytime untuk berperang secara besar2an dgn msia sampai ada yg cadangkan jajah msia dan jadikan sebahagian indon raya.
takut biar tepat.

OKJ said...

Salam DAKJ

Pertamanya, apa yg Dato’ Seri PM cakap tentang calon yg menolak pencalonannya sebagai YB sebab sedang mengerjakan haji memang tepat sekali. Saya cukup kenal dgn arwah Ustaz tersebut. Begitulah contoh murninya seorang pemimpin UMNO yg meletakkan fardu Ain melebihi segala-galanya. Inilah ciri-ciri pemimpin yg mencari keredoaan Allah, berbeza dengan pemimpin yg mencari keredoan sesama manusia, bermatlamat untuk menang pilihanraya, dgn menghalalkan cara. Teruk!!!! Teruk!!!!!

Keduanya, saya rasa cukup pelik bila tetamu yg datang ke Negara kita dan buat KURANG AJAR, ada warganegara kata tak apalah. Apa punya BANGSAT tetamu sebegini tapi ada pemerhati kata taka pa???? Dimanakah maruah kita sebagai rakyat Malaysia? Masih ada telur ke atau telur dah masuk ke dalam? Inilah ciri-ciri ‘koro’ yg ada pada sesetengah rakyat kita dimasa kini, tapi tak perasan pun ianya ada pada diri sendiri. Sedih hati saya rasa.

Akhir kata, saya dah banyak kali bagi pesanan. Buatlah baik tapi berpada-pada, jangan sampai kena pijak kepala. Saya harap tetamu-tetamu BANGSAT tersebut wajiblah di halau dari bumi Malaysia ini. Malaysia tidak perlukan tetamu KURANG AJAR dan BANGSAT sebegini. Sekian TQ.

ab said...

Salam Dato,


Nak menang `perang' macam ni kena
cerdik dan pandai serta hands-on di bidang electronic coding, interference,signal breakage, electromagnetic reroute,jamming dll.


Kita dah ada ramai ka yang `ahli dibidang bidang ni?.Kalau ada nak takut apa.Besi bolih jatuh gedebuk
dari langit,duit digital bolih `disihir' lesap dan komunikasi terkini dok diam diam....internet ka,twitter ka,telepon ka dll.


Katanya 17% penduduk pulau tu jutawan..depa ni `nak tunggu rumah' ka kalu `perang'..kalau tenguk muka dan tabiat depa,depa chow dulu kalau `angin tak baguih', yang dok tumpang `tui' cari duit/buat duit kat pulau tu pun jenis `gatai kaki' jugak, silap sikit depa pun chow juga!..nak idup dan cari duit beb,bukan cari susah dan perang!.


Anyway, dah BERAPA peperangan dah singapura menang dari dulu kala?....depa nak ota kut ni,bagi kita takut.

gue tak takut mah..


Abu Bakar Ab Rahman

Prince of Noob said...

negara2 luar tengah perhati je orang2 kita gaduh sama sendiri... jangan sampai lepas ni negara tergadai sudah la...

wayau said...

Alang-alang Singapura menyebok dalam hal dalaman Malaysia, apa kata kita pula menyebok hal diorang; kita mainkan "Semangat Hougang". Hal dalaman diaorang sendiri pun tak terurus.

Mustapha Ong said...

Saudara DAKJ,

Sebagai seorang bekas pegawai diplomatik kanan Kedutaan Malaysia yang telah berkhidmat di beberapa negara sensitif dari segi permainan diplomasi, saya anggap tindakan pegawai-pegawai Singapura itu sengaja dilakukan atas salah satu daripada tugas utama mereka yang terlibat.

Sesungguh nya kita memahami tujuan kerja perisikan mereka untuk mendapatkan maklumat dan bukti yang kukuh dan sempurna atas tugas dan peranan mereka sebagai diplomat perisikan, seperti juga pegawai-pegawai Malaysia kita di luar negara dari masa ke semasa. Saya yakin bahawa pegawai-pegawai daripada perwakilan yang lain di Kuala Lumpur juga telah melakukan tugas perisikan mereka yang dimaksudkan itu.

Tetapi yang membezakan hanyalah modus operandi mereka dan sama ada secara halus, kasar atau pun secara terbuka melalui seluran-saluran perisikan mereka melalui agent-agent yang tertentu. Yang sebenar nya tindakan sedemikian tidak bersalan dan boleh dilakukan asalkan tidak melampau batasan diplomatik atau bertentangan dengan amalan diplomasi mengikut Vienna Convention dan sebagai nya.

Namun demikian negara kita amat sensitif sekira nya kerja-kerja perisikan kedua-dua negara jiran ini boleh menjejaskan hubungan bilateral Malaysia/Singapura yang kini semakin rapat untuk menjalin tahap kerjasama yang lebih kukuh dan berkesan di antara kepimpinan Kerajaan dan rakyat jelata.

Dalam konteks hubungan duahala perantaraan ASEAN kita harus berhati-hati dan tidak mengambil tindakan balas yang boleh mengwujudkan keadaan yang tegang, seperti baru-baru ini yang berlaku dengan Indonesia dan Thailand. Saya yakin dan percaya bahawa kepintaran perisikan Kerajaan kita untuk menjaga dan mengawalkan keselamatan negara oleh pihak yang berkuasa, adalah sentiasa kukuh tanpa sebarang kompromi demi kedaulatan dan kesejahteraan negara.

Malaysia adalah sebuah negara yang matang dan dihormati oleh negara asing atas ketulusan kita dari segi kebebasan bersuara dan sebagai nya. Sebagai bukti nya kita ada Suruhanjaya Suhakam, yang mencerminkan ketulusan kita dari segi mengutamakan "Human Right" dan tidak seperti Kerajaan Singapura yang hanya "cakap tidak seperti bikin".

Mohd Taib Kamin said...

Assalamualaikum Dato'

Ada TIGA perkara yang menarik perhatian saya didalam posting Dato' kali ini. Sebelum itu saya ingin bertanya benarkah rakyat Malaysia 'TOO IGNORANCE' atau rakyat Singapura 'TOO ARROGANT'?

PERTAMA

Kita sedar Singapura mempunyai sistem ketenteraan dan perisikan yang canggih yang membolehkan mereka memantau apa juga aktibiti yang berlaku diMalaysi. Mereka tahu 'Rahsia' kita. Soalnya: Mengapa perlu 'menghantar' diplomat mereka untuk memantau Bersih 3.0? Tidakkah lebih mudah bagi mereka menghantar perisik2 dan agen2 terlatih mereka daripada menghantar diplomat yang mudah dikenalpasti identiti mereka? Dan tidakah perbuatan tersebut boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia/Singapura? Tidak mungkin Singapura terlalu bodoh melakukan tidakan tersebut kan?

KEDUA

Singapura bimbang perkembangan diMalaysia. PAP amat bimbang dengan kemungkinan PAS berkuasa diMalaysia? Benarkah? Singapura tidak perlu bersusah payah untuk memantau PAS dengan menhantar diplomat menyertai demo Bersih 3.0. PAP boleh menggunakan adiknya DAP untuk memantau 'kekuatan dan kelemahan' PAS dan seterusnya memberi lapuran lengkap kepada PAP. Hari ini perkara tersebut lebih mudah dilakukan kerana PAS berada dalam satu kem dengan DAP. Tidak tahu lah pula jika mereka hanya ingin melihat betapa 'beraninya' unit amal PAS merempuh sekatan dan halangan polis?

KETIGA

Persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku di Singapura?
Kalau sekadar untuk membuat 'persediaan', saya fikir Singapura tidak menghadapi sebarang masaalah. Singapura adalah negara yang tidak mengguna pakai pendekatan 'kompromi' didalam aspek menguatkuasakan undang2 dinegara berkenaan. Itu sebab rakyat Singapura 'patuh dan menghormati' undang2 dinegara mereka. Rakyat Singapura ini pula akan bertukar watak bila berada diMalaysia dengan banyak melakukan kesalahan jalan raya. Dilapurkan saman keatas rakyat/kenderaan dari Singapura bernilai puluhan juta ringgit belum dijelaskan. Mungkin mereka berfikir Malaysia lemah dalam aspek penguatkuasan undang2 dan selesa melakukan kesalahan tanpa rasa hormat kepada sisitem perundangan Malaysia. Itu pun Kerajaan Malaysia masih 'berkompromi'. Mungkin Malaysia mahu dilihat sebagai negara 'mesra pelancung'. Saya gagal untuk memahami perkara tersebut.

Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan Dato' dalam soal 'Apalah yang hendak dihebohkan sangat' dalam isu yang Dato' utarakan kerana saya percaya Suruhanjaya atau Kedutaan Asing diMalaysia mempunyai saluran lain untuk mendapat maklumat dari kedua2 pihak tanpa perlu sama2 hadir dalam perhimpunan seperti Bersih 3.0. Ianya sama sekali berbeza dengan menghadiri atau menghantar wakil untuk meninjau, mamantau dan melapur mesyuarat agung parti2 politik yang saya percaya kehadiran tersebut adalah atas jemputan.

Adakah kehadiran diplomat diplomat Singapura diatas jemputan? Maaf Dato' saya bukan emosi tetapi saya benci. Wallahualam.

Panglima Perang said...

Terima kasih Dato' atas komen dato di atas. Saya sememangnya sangsi dengan perjuangan DAP dan penglibatan Singapura dalam politik dalaman Malaysia. Saya rasa rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu Islam juga merasakan perkara yang sama. Kerana apa, dato' , Kerana kita tak mahu lihat anak cucu kita berada di bawah jambatan dan membawa kad UNHCR kelak di bumi sendiri! justeru , jalan terbaik adalah muzakarah politik dan gabungan perpaduan semua umat Islam di Malaysia di bawah satu payung. Jangan kita merasa bosan menggesa pihak-pihak berkenaan yang berkepentingan terutamanya ketika ini PAS, UMNO dan NGO-NGO ISLAM MELAYU untuk bersatu.. itu sahaja...salam perjuangan... www.myhomesoil.blogspot.com

Kajang Pak Malau said...

Pendapat generasi pertama, masih belum keluar dari kepompong.

Kesian..

azhar said...

salam dakj

apakah dato cuba beritahu kita bahawa kita tidak perlu emo sebab singapura mempunyai kekuatan ketenteraan?

dato takutke?

Azlan Ali said...

Salam Dato A Kadir

Saya setuju. Tak perlu kecoh-kecoh dan emo. Ini kira modus operandi biasa bagi perhubungan diplomatik antara negara. Bagi saya model pertahanan ketenteraan Singapura yang berpaksikan model Israel yang saya risaukan. Ability to go into full aggression mode if necessary.

Seperti keadaan ekonomi dunia yang agak meruncingkan masakini, beberapa negara telah meningkatkan defense spending. Ini yang membimbangkan. Geo-political stability juga semakin rapuh.

Like the last great depression, dunia perang kedua berlaku. I am not saying we are going into another phase of world war, but when uncertainties are extremely high, we will start seeing countries increase percentage of their defense spending to GDP. Arab Saudi is one of the highest spender of defense to GDP. Mungkin disebabkan oleh pergolakan yang semakin meruncing yang sedang berlaku di benua timur tengah.

Malaysia masih diparas yang rendah dalam perbelanjaan defense to GDP. Idealistically, we should be spending more.

Saya tak sokong peperangan tapi kuasa-kuasa dunia, mereka dah biasa melalui konflik-konflik di segala pelusuk dunia. Mungkin pada mereka ini semua adalah satu jenis permainan dunia.

Jaja said...

Salam hormat DAKJ,

Memang betul kata Datuk. Kita lebih mementingkan yang bukan-bukan . Remeh temeh jadi satu perkara besar.Tidak seperti Tun Dr Mahathir. Apa yang di buat tepat dan padat. Mana ada flip flop.
Bila saya ke singapura bagai nak rak. Sehingga dalam seluar saya discan. Borang yang perlu diisi pun begitu detail. Kenderaan pun kena scan. Maksud saya begitu telitinya dalam 'scanning'. Rakyat mereka masuk Malaysia seperti masuk sempadan Kedah dari Perak gayanya. Apa tidaknya di Malaysia, contoh paling menakjubkan kes PATI.
Secured kah ? Sekiranya ada peperangan,ibarat Jepun masuk ikut Kelantan dalam tahun 1941. Seperti permainan luncur air.

poknik said...

Salam sejahtera untuk semua, dari sedikit ilmu yang dimiliki olrh semua manusia . kaedah Islam tentunya langkah selamat yang sebenar dan mudah untuk menyelamatkan semua bangsa, samaada Malaysia, S'pura. dan seluruhnya.
Namun.disebabkan terdapat kekuatan yang "luarbiasa" dari dalam dan luar kelompok Islam yang telah menyebabkan pemimpin pemimpin dan orang melayu tidak menemui titik kerjasama dan persefahaman. Pengaruh dan taktik iblis dan syaitan membisikkan kepada ramai semua manusia supaya ke arah perpisahan dan salahfaham terhadap Islam. Manusia berpengaruh lagi berharta tentunya besarlah akibatnya.
Umumnya. pemimpin Islam (melayu) semua mestilah benar benar bersedia dengan lengkap rangka dan strategi untuk dimuzakarahkan selama beberapa ketika sehingga selesai. Tempat muzakarah pula bukan tidak cara Islamic, ia mestilah betul betul privasi dari bukan melayu.
Sebabnya, selama ini negara kita memangpun menghadapi masaalah teruk dengan prasangka dan kejadian fitnah berkenaan mereka.
Oleh itu, amat sesuailah Mekah sebagai tempat muzakarah.

Islam sebenar tentulah taqwa dan hidup aman sentosa semua manusia, ia memerlukan kaedah Nabi kita yang disembunyikan oleh anti keamanan iaitu kakitangan syaitan.

Saya yakin semua teori dan pengalaman gabungan ramai pemimpin melayu muda dan tua tentu dapat membuahkan kejayaan sebenar.

Saya akhiri kata kata saya dengan ucapan selamat sejahtera untuk Dato' serta keluarga, kawan kawan dan semua 'manusia'.

P atau Pi ( facebook )

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).