Tuesday, September 25, 2012

Menang Pilihan Raya dan Memerintah Tak Sama


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]
 
DALAM satu forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di ibu negara baru-baru ini, soalan ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya umum akan datang.

Saya mempengerusikan sesi di mana soalan itu ditanyakan. Tetapi akibat kesuntukan masa, ia tidak dijawab.

Mungkin banyak orang dan pihak tidak berani meramalkan sesuatu yang negatif mengenai Barisan Nasional kerana ia berkuasa. Kalau ramalan seperti itu meleset, mereka mungkin mengalami masalah kerana sebagai parti yang berkuasa, BN boleh mengenakan tekanan ke atas mereka. 

Tidak meramalkan sesuatu yang positif mengenai Pakatan Rakyat juga akan menimbulkan masalah sekiranya ia berjaya dan menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum nanti. Ia juga boleh mengenakan tindakan ke atas pihak yang tidak bersimpati dengannya.

Namun dalam bahasa yang mudah, mana-mana parti pun boleh menang dan menubuhkan kerajaan sekiranya mendapat sokongan sebahagian besar pengundi.

Jadi, soal sama ada Barisan Nasional akan terus berkuasa atau Pakatan Rakyat akan mengambil alih adalah penentuan pengundi.

Memerintah Matlamat Pilihan Raya

Bagi pengundi, pilihan raya adalah cara. Ia bukan matlamat. Matlamat mereka adalah memilih sebuah kerajaan, yang pada pendapat mereka boleh memerintah dengan baik atau lebih baik daripada yang ada sebelum itu.

Kita sudah melihat bagaimana Barisan Nasional memerintah dan banyak telah dan sedang diperkatakan mengenai kebaikan dan keburukan pemerintahannya. Sedikit sebanyak, kita juga telah melihat bagaimana PR memerintah negeri-negeri yang mereka menangi. Namun harus disedari, iaitu memerintah negeri berbeza daripada memerintah negara.

Saya tidak akan mengatakan yang PR tidak akan menang atau tidak boleh menang. Kalau majoriti pengundi memilihnya, PR akan menang. Yang menjadi tanda tanya adalah sama ada ia boleh memerintah dengan baik dan berkesan.

Menang atau kalah pilihan raya adalah penentuan pengundi, tetapi sama ada pihak yang menang itu boleh memerintah bergantung dan tertakluk kepada banyak perkara.

Soalan sama ada PR boleh memerintah dengan baik dan berkesan kalau ia menang bergantung kepada sama ada parti-parti komponennya – DAP, PKR dan PAS - boleh mengatasi perbezaan ideologi, dasar dan rancangan mereka, yang buat masa ini nampak terlalu berbeza.

Soalan Sebagai Petunjuk

Jawapan kepada soalan berikut boleh menjadi panduan dan petunjuk mengenai permasalahan di atas. Soalnya, siapakah yang layak menjawabnya?

Saya rasa pengundi pun tidak boleh menjawab dengan sahih kerana bukan semua kita tahu dan faham isu-isu yang terbabit dengan mendalam. Antara soalan-soalan itu adalah:-

1. Adakah DAP, sebagai parti induk PR kerana mempunyai bilangan kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat, sanggup menerima dasar Negara Islam dan Hukum Hudud Pas?

2. Adakah PAS sanggup, secara sahih menggugurkan idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud demi memenuhi kehendak DAP dan PKR?

3. Adakah PKR yang berdiri di tengah-tengah antara DAP dan PAS cukup berpengaruh untuk memujuk Karpal Singh supaya menerima Negara Islam atau mempengaruhi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya menggugurkan janji Negara Islam dan Hudud?

4. Siapakah antara Nik Abdul Aziz dan Karpal yang lebih arif dan pintar mengenai Perlembagaan dan undang-undang kerana apa yang diidamkan oleh PAS dan ditentang oleh DAP itu membabitkan Perlembagaan?

5. Adakah Anwar Ibrahim sah menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang? dan;

6. Apakah dasar ekonomi yang akan PR laksanakan?

Pranonton Pemerintahan PR

Di kalangan pemuka kanan PR, Anwar adalah yang paling berpengalaman dalam pemerintahan hasil 16 tahun menjadi putera mahkota Umno dan anak didik (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi Anwar bukanlah seorang yang “detail” atau menyeluruh kepakarannya. Kepandaian beliau adalah berpidato dan menggunakan orang lain bagi membuat kerja atau menjadi “fall guys” kalau berlaku kepincangan.

Walaupun beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pengetahuannya dalam bidang ekonomi tidaklah mengagumkan.

Sekalipun beliau kini menguar-uarkan dasar popular seperti pengurangan cukai, kereta murah dan pendidikan percuma, dasar beliau ketika krisis kewangan 1997/98 berlainan sekali.

Beliau mirip melaksanakan penyelesaian ala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), yang antara lain menaikkan cukai, mengurangkan perbelanjaan awam dan mengimbangi belanjawan. Beliau sangat akrab dengan Pengarah Urusan IMF ketika itu, Michel Camdessus, dan meyakini penyelesaian ikat perut IMF.

Adalah sukar memahami bagaimana Anwar boleh mencapai belanjawan seimbang yang dijanjikan jikalau pada masa yang sama beliau berikrar mengurangkan cukai pemotoran dan memberikan kemudahan asas seperti air dan elektrik secara percuma kepada pengguna?

Sebagai ahli politik arus perdana, acuan Anwar adalah acuan Umno. Sampai hari ini pun beliau masih mempamerkan perwatakan Umno. Yang berbeza hanyalah lambang, cogan kata dan mantera.

Kalau boleh saya sebut contoh mudah dan semasa (current) sebagai pranonton atau trailer kepada apa yang mungkin berlaku sekiranya PR menubuhkan kerajaan dan Anwar menjadi Perdana Menteri adalah kisah beliau dan pemuka PR menggunakan jet persendirian (private jet) yang khabarnya dipinjamkan oleh seorang “kawan” untuk menjelajah Sarawak/Sabah baru-baru ini.

Selera dan gaya Anwar adalah selera orang kaya baru yang diajarkan kepada beliau oleh “corruptors” yang mengelilingi beliau ketika beliau di puncak kuasa. Para “corruptors” ini masih ada. Malah bilangan mereka mungkin bertambah kerana yakin Anwar akan menang pada PRU nanti.

Namun begitu, kita kena akui bahawa bukan Anwar seorang saja yang berkuasa dan yang menentukan hala tuju PR. Tidak kurang berpengaruh dan berkuasa adalah watak-watak seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh, Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang. Wallahualam.

63 comments:

Abdullah Sulaiman said...

Salam DAKJ dan kawan2,
Saya bertawakal kepada Allah. Saya tak suka PR kerana sy perlukan kesahihan bahawa Islam akan tegak di situ. Saya juga tak sukakan BN kerana faktor yang sama. Bezanya masa BN, kafir tak begitu melampau berbanding dlm PR. Walaupun hakikatnya kafir PR dan BN mungkin bersekongkol. Saya nak mati dengan SAHIH menegakkan/dalam Islam (meskipun bukan di Malaysia, dan tidak dinilai atau dilihat sesiapa). Wallahualam.

Taufiq Mubarak said...

Saya bersetuju dengan ayat bahawa Anwar bukan seorang yang "detail" dan mempunyai kepakaran dalam banyak perkara. Dia banyak menggunakan orang lain untuk kepentingannya.

Kelebihannya hanya satu-pidato! Acuannya dan gayanya tetap Umno. Layakkah dia jadi PM ?

Lupakan saja Anwar Berahim...

Mohd Taib Kamin said...

Assalamualaikum Dato'.

Tulisan saya telah disiarkan didalam ruangan forum sebuah akhbar perdana beberapa minggu selepas PKR menerajui Selangor. Saya meragui kewibawaan Kerajaan yang diterajui oleh PKR di Selangor ketika itu.

Beberapa bulan kemudian tulisan saya dalam ruang yang sama disiarkan kerana keraguan pertama saya mula menampakan kebenaran. Kesimpulan dari tulisan kedua ialah : Kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat adalah gambaran awal pemerintahan Negara jika mereka menguasai Kerajaan Pusat selepas PRU13 kelak.

Selepas itu satu demi isu timbul yang semuanya memberi gambaran betapa Pakatan Rakyat membuktika bahawa mereka masih perlu banyak belajar bagaimana untuk mengurus sebuah negeri sebelum mereka mampu mengurus sebuah negara.

Saya setuju dengan tulisan Dato',Dalam konteks Malaysia "Menang Pilihan Raya dan Memerintah Tak Sama". Ahli2 politik Malaysia terutama Pembangkang hanya pandai bercakap dan berpolitik selama 365 hari setahun. Apabila masa lebih banyak digunakan untuk berpolitik bermakna tumpuan untuk membangunkan negeri dan rakyat diabaikan. Akhirnya pentadbiran negeri menjadi kucar kacir dan rakyat yang menjadi mangsa.

Apa yang saya lihat hari ini tidak mungkin akan ada kesepakatan antara DAP dan PAS dalam soal hudud. Manakala PKR sebenarnya 'lemah' dalam banyak perkara. Mungkin kekuatan PKR kerana mereka mendapat 'sokongan' dana dari luar negara. Dana ini sebahagiannya digunakan untuk 'melabur' dalam PAS. Itu sebab PAS hari ini dilihat sebagai pendokong kuat Anwar Ibrahim dalam banyak perkara. sehingga mereka sanggup mengeluarkan berbagai 'fatwa' yang dilihat untuk 'mensucikan' Anwar Ibrahim. DAP pula amat sedar dan tahu serta mempunyai banyak bukti mengenai Anwar Ibrahim. DAP akan menggunakannya sebagai senjata untuk menggugut Anwar Ibrahim jika Anwar Ibrahim tidak mahu mengikut kehendak DAP. Anwar Ibrahim mahu tidak mahu terpaksa tunduk dan patuh kepada DAP.

Umum mengetahwi bahawa Anwar Ibrahim juga telah banyak menerima 'pelaburan langsung luar' untuk meneruskan kerjaya politiknya. Jadi bayangkan jika Anwar Ibrahim menjadi PM Malaysia selepas PRU13 kelak. Pertama Anwar Ibrahim akan memberi 'perhatian' lebih keatas tuntutan DAP. Kedua: Anwar Ibrahim juga mesti memberi 'pulangan' keatas 'pelabur2' asing yang telah banyak 'melabur' sebelun ini.

Jika senario diatas berlaku siapa yang akan menaggung akibatnya? Jawapnya: Orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Secara jujur saya tidak boleh menerima situasi sebegini melanda Malaysia. Wallahualam.

A KADIR JASIN said...

Saya mohon kepada pembahas, tolong patuhi syarat di atas iaitu guna Google Account atau URL (tak ada alamat email pun tak apa) untuk mengulas.

Komen anonymous dengan nama di hujung tidak dilayan lagi.

Apa yang hendak ditakutkan. Kepada yang dulu takut, sekarang tak perlu takut lagi sebab ISA dah tak ada. (saya sokong ISA).

Demi kebertanggungjawaban dan ketelusan, marilah kita jadi orang berani. Cukuplah kita baling telur kemurok dan sembunyi tangan.

Kalau betul saya fitnah dan cakap buruk, Saudara dan Saudari dialu-alukan menjawab dan menyanggah hujah saya. Mari kita reformasikan diri supaya lebih berani.

Terima kasih.

Prince of Noob said...

Salam Dato',

Saya bukan peminat Anwar dan saya pula bukan juga peminat Najib (maaf saya tidak menggunakan gelaran Dato' Seri kepada Najib kerana adil kepada Anwar yg seringkali orang lupa yg beliau juga mempunyai gelaran)

Saya tak kisah BN memerintah lagi, dan saya juga tak kisah kalau PR pula memerintah kalau itu yg rakyat pilih.. cuma saya harap, kalau BN masih diberi mandat untuk memerintah, saya harap Najib tidak lagi menjadi PM dan digantikan dengan orang lain, kerana sebagaimana ramai yg tidak suka gaya dan cara Anwar, ramai juga yg tidak suka pada gaya dan cara Najib, terutama faktor isterinya Rosmah yang mana saya lihat Rosmah telah menjadi satu liabiliti kepada BN atau UMNO itu sendiri sebagaimana KJ pernah menjadi liabiliti pada Pak Lah ketika Pak Lah masih menjadi PM.

Dan saya percaya, bukan Najib seorang sahaja yang dilahirkan sebagai pemimpin, tapi ramai lagi orang2 di UMNO yang juga berbakat untuk menjadi PM.

Ikhlas dari saya,
Prince Noob

Intan Hadi said...


DAKJ,

Dari dulu. kini dan selamanya saya tak suka Anwar.. semasa dia dlm UMNO lagi..Selain imejnya yg tercalar, dia bukanlah pentadbir dan pakar ekonomi.Apa yg dilakukannya semasa menjadi Menteri pelajaran hanyalah menukar istilah Menteri Pelajaran kepada Pendidikan.. semasa krisis kewangan berlaku, strategi yg digunakan bukannya memulihkan ekonomi tapi menjahanamkan ekonomi.. interest bank telah dinaikkan begitu tinggi sehingga menjadi lebih dari 9%...mcmmana org bisnes nak berniaga? Bayaran cukai impot kenderaan dinaikkan serta merta tanpa diberi tempoh.. pengumuman dilakukan pd mlm tersebut dan cukai AP terus dinaikkan pd keesokan harinya... byk kereta yg tersadai di port kelang kerana tidak dpt byr cukai AP...nasib baik ada TDM,TDM menggunakan cara lebih perbelanjaan di dalam negara.. rakyat malaysia digalakkan bercuti di dlm negara,maka kempen cuti2 m'sia dilaksanakan,matawang RM diikat, wang RM juga tidak boleh didagangkan di luar...itu adalah langkah yg telah diambil TDM utk menyelamatkan negara.. DAKJ, bukan senang nak memerintah M'sia berbilang agama,bahasa dan budaya..org hanya tau mengkritik..semua org blh menjadi pengkritik tapi bukan semua blh menjadi pentadbir yg baik..

langitbiru said...

2. Adakah PAS sanggup, secara sahih, menggugurkan idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud demi memenuhi kehendak DAP dan PKR?

Dalam pemikiran politik Islam, bergabung dan bekerjasama dengan pemimpin yang ZALIM adalah haram dan ditegah,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”.(Hud 113)

Ini adalah HUKUM DASAR pemerintahan Islam. Hukum Dasar ini wajib dipertahankan sekuat tenaga dan fikiran, segala kekuatan yang ada, dan dipegang talinya sekuat-kuat hati.

Pun begitu, Hukum Dasar ini adalah suatu pengertian yang umum, bermakna terdapat keadaan, pertimbangan dan pengecualian yang membolehkan ‘keluar’ dari hukum dasar atas sebab-sebab yang tertentu yang kuat (yang masih terikat dengan Syariat). Ini kerana sikap Islam itu sendiri bukan rigid tapi fleksibel sesuai dengan keadaan.

1. Tuntutan Nahi-Mungkar menurut KESANGGUPAN.

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan kamu” (At-Taghabun:16)

Raja Habsyah, Najasyi memeluk Islam pada zaman Rasulullah saw. Beliau melihat dengan sendiri bagaimana Rasulullah saw memerintah Kerajaan Madinah. Walaubagaimanapun, Najasyi tidak melaksanakan dan tidak boleh menegakkan Hukum Islam dalam Pemerintahan Kerajaannya sebagaimana Kerajaan Madinah.

Kerana (TIADA KESANGGUPAN), jika beliau tergesa-gesa melaksanakannya, rakyatnya yang masih baru mengenal Islam, tidak faham dan mungkin menolaknya.

“Allah hendak memberikan keringanan kepada kamu, dan manusia itu dijadikan bersifat lemah” (An-Nisa’ 28)

2. Meninggalkan matlamat utama, nilai paling tinggi turun kepada nilai yang rendah.

Matlamat utama dan nilai paling tinggi yang telah digariskan Syariat wajib diperjuangkan secara istiqamah dan berterusan.

Pun begitu, kehidupan bermasyarakat semasa juga secara berterusan bahkan lagi kuat dan berpengaruh menghalang dan menggagalkan jalan-jalan perjuangan, jalan jalan kebaikan, sehingga matlamat dan nilai paling tinggi mustahil boleh dicapai, menjuruskan turun ketahap yang lebih rendah, bukan kaedah utama, kerana tekanan,kesulitan dan keterpaksaan.

Bererti, keadaan yang memaksa, mengharuskan apa yang dilarang.

Bererti, kesulitan yang amat sangat, memboleh mengambil pilihan yang mudah.

“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu” (Al-Baqarah 185)

“Allah hendak memberikan keringanan kepada kamu, dan manusia itu dijadikan bersifat lemah” (An-Nisa’ 28)

“Dia telah memilih untuk kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan” (Al-Hajj 78)

Berdasarkan kefahaman ini, kita boleh meninggalkan Hukum Dasar (seketika kerana terpaksa dan terlalu sulit untuk dicapai) nilai paling tinggi seperti Perundangan Jenayah Islam, KEPADA bergabung bekerjasama dengan non-muslim (bukan kaedah utama), bagi mencapai kebajikan dan kemaslahatan rakyat, memelihara hak-hak rakyat, mengurangkan kezaliman, dan menyempitkan kawasan dosa.

Mustahil kaum kafir (non-muslim) dengan senang hati, rela dan redha undang-undang Islam ditegakkan ditengah-tengah mereka, disisi-sisi mereka didalam lingkaran kehidupan mereka. Mustahil.

Inilah masalah demokrasi, suara terbanyak bererti suara yang “benar”, padahal ayat-ayat Al-Quran itu tidak memerlukan suara terbanyak untuk membuktikanNya benar.

Bergabung bekerjasamanya kita dengan kaum kafir, bukan untuk menegakkan Undang-Undang Islam (kerana pasti mereka menentangnya) tetapi untuk mencapai kebajikan rakyat melalui ciri-ciri dan roh pemerintahan Islam.

Pada masa yang sama, kita tetap berusaha, berjuang secara istiqamah mencari dan membuka jalan-jalan perjuangan, jalan-jalan kebaikan dan jalan dakwah untuk menggapai dan mencapai kembali nilai-nilai paling tinggi yang ditinggalkan seketika. Kepada Allah swt kita berserah dan bertawakkal.

Laksana berundurnya satu batolion tentera, bukan bererti mengaku kalah, tetapi mencari strategi baru melawan musuh untuk mencapai kemenangan.

LANGITBIRU

simply said...

Siapa yang percayakan Anwar sekarang? Orang muda pun dah tolak beliau, cuma masih ramai di kalangan mereka yang berada dalam penafian.

Saya berpandangan tidak timbul soal BN menang atau tidak, soalnya sekarang lebih kepada berapa banyak kerusi akan dimenangi BN.

Di kalangan pimpinan PR, tiada seorang pun layak diangkat menjadi Perdana Menteri. Sindrom kronisme dan nepotisme lebih lama lagi berakar-umbi di dalam parti mereka.

Pendokong-pendokong PR saban-kali mendendangkan skrip lama bahawa BN perlu ditukar kerana berada terlalu lama di puncak kuasa. Tetapi, mereka lupa melihat ke dalam cermin bahawa pemuka-pemuka yang sama juga memimpin parti mereka sejak berzaman. Malahan, lapisan pimpinan terdiri daripada ahli-keluarga sendiri dan sahabat terdekat.

Rakyat sebenarnya, walaupun marah dan benci kepada BN, tetapi mereka tidak dapat melihat gabungan longgar Pakatan Rakyat sebagai alternatif untuk memimpin kerajaan.

langitbiru said...

Pelbagai cara, pelbagai hujah, pelbagai gaya penulisan digunakan untuk menyatakan ‘kerapuhan’ , ‘ketidakstabilan’ gagasan pakatan rakyat.

Itu satu lumrah dalam modus permainan politik berasaskan logik akal. Logik akal juga dipergunakan perbagai cara dan ragam untuk merendah-rendahkan keupayaan lawan. Satu lumrah.

Mahathir pergi lebih jauh kepada definasi gagasan, iaitu Pakatan, mengambil kata dasar PAKAT, yang pada pandangan dan pengalaman beliau, pakat bermaksud sekumpulan manusia berniat jahat- pakat-pakat nak buat jahat.

Bagi saya itu tidak tepat. Jika itu yang dimaksudkan, konspirasi fikir saya lebih tepat. DAN itu beliau sangat berpengalaman dan cekap.

Manakala artikel kali ini, bagi saya tak banyak bezanya, kesimpulan yang cuba disampaikan, gagasan DAP-PAS-PKR satu gagasan yang lemah. Walaubagaimanapun, hujah kelemahan itu satu hujah kronik, hujah zaman-berzaman menjelang bubarnya parlimen-hudud!

Sedangkan jawapannya kita amat sediamaklum!

1. Adakah DAP, sebagai parti induk PR kerana mempunyai bilangan kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat, sanggup menerima dasar Negara Islam dan Hukum Hudud Pas?

JAWAPANNYA: TIDAK

2. Adakah PAS sanggup, secara sahih menggugurkan idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud demi memenuhi kehendak DAP dan PKR?

JAWAPANNYA: TIDAK

3. Adakah PKR yang berdiri di tengah-tengah antara DAP dan PAS cukup berpengaruh untuk memujuk Karpal Singh supaya menerima Negara Islam atau mempengaruhi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya menggugurkan janji Negara Islam dan Hudud?

JAWAPANNYA :TIDAK

3. Siapakah antara Nik Abdul Aziz dan Karpal yang lebih arif dan pintar mengenai Perlembagaan dan undang-undang kerana apa yang diidamkan oleh PAS dan ditentang oleh DAP itu membabitkan Perlembagaan?

JAWAPANNYA: TIDAK PENTING SIAPA LEBIH PINTAR.
(TENTULAH KARPAL LEBIH ARIF PERLEMBAGAAN).
BUKAN SATU KRITERIA UTAMA.

5. Adakah Anwar Ibrahim sah menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang? dan;

JAWAPAN: MASA DEPAN, MANA NAK TAHU! PERANCANGANNYA BEGITULAH!

4. Apakah dasar ekonomi yang akan PR laksanakan?

JAWAPANNYA: BERI MASA 2-3 JAM PINJAMKAN RTM1,RTM2,TV3,6,8,9, ASTRO KPD PAKATAN, BAGI DEPA JELASKAN KEPADA RAKYAT.


Saya fikir, soalan-soalan ‘lapuk’ ini tidak banyak membantu memenangkan BN, kerana soalan-soalan itu majority pengundi sudah tahu jawapannya, TETAPI pengundi memandang dari sudut yang lain, bukan dari kacamata soalan diatas.

Abu Syahmi said...

Kalau orang Melayu cetek dalam pengetahuan Islam kerana kurang upaya untuk belajar lantas tidak menjunjung Islam adalah difahami. Namun setidaknya orang Melayu harus mempertahankan hak ketuanan Melayu jika ingin meneruskan kelangsungan Islam di bumi Malaysia. Nilai Melayu Islam adalah faktor 'domain' dalam perjuangan ini dan nilai tambahnya adalah institusi kesultanan Melayu. Ahli-ahli politik Melayu harus faham sejarah bangsa yang kehilangan kuasa seperti Red Indian di Amerika, kejatuhan kerajaan Uthmaniah dan terkini kemelut peperangan di negara-negara Arab.Apakah perlu 'nasi sudah menjadi bubur' baru orang Melayu mahu buka mata? Sudah terlewat...

Aldan said...

salam dato'.

Slps 2 kali mengundi pembangkang,2004 & kali terakhir yg menyebabkan tsunami pd pru12 yg lalu, sy kini 'swing' menyebelahi umno..(sblm itu sy x dpt mengundi krn tidak mendaftar).

'turning point' seingat sy adalah ketika isu kalimah Allah oleh pihak kristian yg mana disokong oleh pihak PAS sekalipun di bantah oleh Dato' Haron Din.
sejak itu sy semakin jelas parti sokongan saya ini telah makin hilang hala tuju asal, i.e hudud tiada dlm agenda pakatan, boleh kerjasama yahudi dan mcm2 lagi bg menghalalkan ('damage control')silap langkah anwar.
sy sependapat dgn dato' bahawa PR tidak atau masih tidak mempunyai rekod trek yang baik. malah kegagalan melaksana manifesto air percuma utk semua di selangor juga senang2 diketepi dgn alasan manifesto bukan janji..
bagaimana nanti dgn manifesto pru13 ini?
p/s- maaf sebab banyak short form.

71 said...

Salam, saya hairan Datuk. Kalau Anwar begitu tidak relevan kepada politik tanah air, kenapa nama beliau masih menjadi perbualan di mana-mana (termasuk di dalam komen2 terdahulu di atas).

Apa yang Rakyat hendak tahu adalah apakah hujah-hujah untuk mematahkan hujah-hujah Anwar.

Contoh, Anwar berkata beliau akan menurunkan harga minyak apabila berkuasa. Anwar juga berkata beliau juga akan menghapuskan yuran pendidikan tinggi. Melelong AP kereta dan menurukkan kadar cukai kereta baru.

Adakah parti kita sekarang mempunyai jawapan kepada janji-janji di atas.

Adi Rosli said...

Dalam sistem demokrasi, semua parti yang berdaftar layak bertanding dan menawarkan janji serta manifesto semasa pilihanraya. PR telah menawarkan Buku Jingga dan BN pula Plan Transformasi, justeru terpulang kepada pengundi memilih berdasarkan tawaran serta janji tersebut.

Saya rasa PR telah menunjukkan prestasi yang baik terutamanya di Selangor dan P.Pinang dari segi pentadbiran kerajaan negeri, pengurusan kewangan dan pengurangan salah-guna kuasa dsb. Ini diakui oleh AG Kerajaan Persekutuan, lantaran itu mereka juga layak untuk diberi peluang mentadbir kerajaan pusat. Secara persepsi PR mempunyai imej yang lebih baik berbanding BN. Jika hendak menjadikan negeri-negeri lain sebagai perbandingan sudah tentu BN tak layak memerintah di Putrajaya.

Memang diakui PR mempunyai ideologi yang berbeza tetapi mereka bersetuju bertolak ansur di dalam perkara-perkara utama tertera dalam Buku Jingga. Justeru pengundi berhak memilih pihak yang diyakini boleh memerintah dengan baik.

Saya rasa DSAI mempunyai track record yang baik semasa menjadi Menteri Kewangan, kita boleh berbeza pendapat tentang ini dan juga tentang krisis ekonomi 1998. Ternyata negara seperti Korea dan Indonesia telah pulih dan kini lebih jauh meninggalkan kita dari segi pertumbuhan.

Usahlah ditakutkan rakyat dengan persepsi kuasa Melayu akan hilang bila PR ambil alih, ini hanyalah mitos dari pihak BN.

Justeru, kita harus mendidik rakyat mengenai tawaran serta janji kedua-dua pihak di dalam manifesto mereka, janganlah fokus hanya untuk menyerang peribadi calon.

Do believe that after more than half decade of independence we Malaysian are knowledgeable enough to determine our future in the ballot box and let's not underestimate or insult our intelligence.

Satira Cun said...

Salam...

Selepas memikir panjang, menimbang, menolak, menambah kiri dan kanan... Demi kepentingan Malaysia, trend pengundi kaum lain, kelangsungan Islam di bumi Malaysia tercinta, insyaAllah 1 undi saya adalah untuk BN dalam PRU13. Semoga Malaysia terus makmur.

Naj said...

Pada pendapat saya, buat masa ini pengundi tidak ada pilihan yang baik (good), hanya kurang buruk (lesser evil). Ini terbukti bilamana penyokong tegar kedua-dua pihak bila ditegur kesalahan mereka, kerap mengeluarkan hujah "pihak yang lagi satu lebih buruk lagi kerana ______" (isi tempat kosong guna imaginasi sendiri).

Kedua-dua pihak pun kena perbaiki diri, namun pada pendapat saya Pakatan perlu berusaha lebih keras untuk baiki diri (maksudnya, Pakatan di mata saya ialah the greater evil). Saya tak nampak kebolehan mereka mentadbir, malah dalam membangkang pun mereka beri tumpuan lebih kepada masalah berbanding penyelesaian dan hanya hentam, hentam dan hentam. Sepatutnya kalau ada yang tak betul, kita tegur supaya betul. Kutuk dan hentam semata adalah perbuatan kebudak-budakan (cry babies) yang tak mendatangkan kemajuan.

Jaja said...

Salam Yang dihormati DAKJ,

Apa-apa pun mesti berdasarkan "track record".
Anwar? Hm, usah cerita panjang. Kes Baling. Selepas jadi TPM kes Baling "dibaling" ketepi. Saya bukan kanak-kanak lagi pada era itu.

Jet dari "ehsan" seorang kawan. Mengikut Anwar kawan yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa. Haha.. Kita bukannya anak-anak lagi.

Jika kuasa pengundi lebih kepada PR? Saya pun tertanya-tanya dan was-was perihal kerajaan PR. Sebelum PR13 ramai yang sakit kerongkong dan hilang suara dalam PAS. Apa akan jadi masa akan datang? Apa buktinya "PAS boleh"?

Wallahualam.



A Malay Dah-Lah-Lama said...

DAKJ
Saya rasa UMNO dapat menang hampir semua kerusi yang dipertandingkan, kecuali Kelantan dimana UMNO punyai 51% harapan untuk menang.
Apa yang UMNO perlu prepare mentally atau physically adalah kemungkinan hanyutnya kerusi MCA dan Gerakan semasa PRU 13.
Tidak dapat dinafikan bahwa pengundi Cina Malaysia, 80% akan pangkah DAP. Seandainya tanggapan saya salah, maka BN pasti dapat 75% kerusi.
Mantra masyarakat Cina (DAP) ketika ini ialah untuk berkuasa di P Pinang, Selangor, Perak dan NS. Di negeri negeri ini lah engine of growth negara berpaksi (termasuk Johor) dan di negeri negeri ini lah segala cukai dan hasil kerajaan dapat di pungut mengatasi negeri negeri lain.
Saya tak sebut pun PKR , well the less said the better!

fed up said...

Betul soalannya pengundi akan memilih kerajaan semasa mengundi. Saya setuju.

Malah saya pernah sebut seawal 2008 (jika DAKJ ingat), tidak lama lepas Najib jadi PM, bahawanya tugas Najib perlu berfokus kepada 2 jika mahu menyakinkan pengundi - ekonomi dan pendidikan.

Masa itu tengah heboh dikatakan yang PR menang semata-mata bukan sebab PR kuat tetapi sebab BN lemah.

Pada PRU 13 nanti, perkara yang sama akan diamati pengundi.

Apa pun statistiknya, kuasa membeli pengguna semakin merosot. Kalau dulu sekadar barang keperluan, kini harga belian/sewaan rumah juga melambung.

Itupun masih kuat dok kempen pasal GST.

Bila Mahfuz kata BN = Barang Naik, pandai pula Khairy marah.

Soal pendidikan? Selain pembelajaran Sains dan Matematik yang kembali diajar dalam Bahasa Malaysia, yang lainnya masih kabur. Yang ibu bapa nampak, semakin banyak projek yang melibatkan masa guru-guru bagi mencukupkan dana perbelanjaan sekolah hatta membayar gaji pengawal keselamatan sekalipun.

Bagi saya, pengundi tidak melihat PR sebagai calun tidak sesuai sebagai kerajaan.

Pada saya, pengundi melihat risiko BN yang gagal memahami keperluan rakyat dan dianggap sebagai sudah tidak sesuai sebagai kerajaan.

Kebocoran kepada polisi yang baik seperti isu NFC akan hanya menambah garam kepada luka yang sudah sedia terdedah.

Ini bicara saya yang sudah fed up. Lain padang, lain belalang.

p/s pada musim perayaan, harga telur sekitar 25 sen. Kini sekitar 35 sen. Sudah terbalik dari keadaan yang lepas-lepas. Biasanya harga naik masa musim perayaan sahaja. Menteri kerja pun ikut musim ke?

Fed Up

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

A Kadir Jasin said,
Kalau betul saya fitnah dan cakap buruk, Saudara dan Saudari dialu-alukan menjawab dan menyanggah hujah saya. Mari kita reformasikan diri supaya lebih berani.

A sober or a somber/sombre reaction.. a debater's choice..?

ALFATIHAH, AMIN
Ps.. and a 'Lady's choice' for Najib's bread and butter..?

GoldTrex said...

Y. Bhg Dato' Kadir

Isu yang utama ialah Bersediakah PR menjadi Kerajaan yang baik dan effektif sekiranya dapat menduduki Putra Jaya?

Pada 2008, PR menjadi satu entity di Parlimen. Hingga kini, PR belum mengumumkan Kabinet Bayangan. Parlimen 2008 - 2012 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi!!

Bila ada isu, seperti yang terkini isu HUDUD, kita lihat PR berbalah sesama sendiri dan diikuti pula pujuk memujuk. Itu pun isu yang timbul tidak dapat ditangani secara muktamat. Habis masa. Pi mai pi mai tang tu juga!.

Adakah style pentadbiran ini yang akan dihidangkan kepada rakyat Malaysia nanti pada 2013?. Malaysia tidak ada masa lagi untuk cuba itu, cuba ini, pujuk sana pujuk sini, buat experimen itu dan experimen ini.

PR must show they can "hit the road running". Demi kepentingan Rakyat Malaysia, tubuhkan lah Kabinet Bayangan, dan mainkan lah peranan sebagai PEMBAGNKANG yang effektif. Jadi terpaksalah masuk bilik darjah semula di sekolah pembangkangan satu penggal lagi. Peluang pada penggal 2008 - 2012 telah dipersiasiakan saja.

Terima kaseh kerana dapat buat komen ini di blog Dato' Kadir.

sepat said...

nampaknya dato terpaksa memusing telinga lah.terpaksa menulis,sejarah pas pkr dap,pandai dato tulis,fakta tetap,pr terbaik,masalah air,masalah syabas,gaji ceo berapa,ada terpaksa mengaku tak suka anwar,bila anwar jadi pm,mengaku balik, orang melay macam tulahh,apa umno bagi,syukur ke umno,umno curi bilion bilon ringgit ,tak pa,janji melayu je dapat,

Husein said...

Saya fikir PAS tak mampu pujuk kafir DAP a.k.a Kapal singh untuk laksana undang-undang Islam (Hudud) seperti yang termaktud di dalam Al-quran kerana PAS pun tak mampu nak pujuk UMNO yang yang mejority ahli nya mengucap 2 kalimah syhadah dan mengaku beriman kepada Al-quran, sebngsa dan dan seagama dengan ahli PAS..untuk sama-sama melaksanakan hukum Allah ini.

ali said...

"Menang pilihanraya dengan memerintah negara adalah dua pekara yang berbeza, kita tak tahu macam mana PR mampu merintah atau tidak....."

Bekerja sebagai pemberita dan menjadi pengarah syarikat dengan menjadi pemilik syarikat adalah dua pekara yang berbeza. Kita tak tahu samada "DIA" mampu atau tidak menjadi pemilik syarikat......

jebat said...

Salam takzim, Dato'.

Saya tak suka PR. Dan saya tak suka suka juga BN (Badut Nsional).

Tapi apa pilihan yang ada?

Saya akan undi Protes !!

Biar pun saya bersendirian, tak jadi apa.

Asasnya PROTES mesti diteruskan !!!

Antara BADUT-BADUT yang terkenal:

NMY dai P.Pinang
MRY dari N 9.
HHO dari Johor.
MZH dari Perak.
GO dari Johor.

.... dan lain-lain lagi !!

TheInsider said...

tidak ada pencerahan dalam rancangan PR untuk memerintah,sekadar retorik untuk menurunkan itu dan ini. Untuk budak-budak mentah bolehlah diumpan dgn cara sedemikian. Untuk pihak BN pula, PM kita,jangan mengutamakan sesetengah golongan sahaja,dan nasihatkan Rosmah tu sikit ye datuk sri.

abdullahngah said...

Datuk Seri Abdul Hadi Awang presiden PAS telah memberi jawapan yang paling tepat bahawa "hudud" akan dilaksanakan mengikut saluran demokrasi.

Tidak tidak PAS kena gugur dasar yang diperjuangkan bermula sejak PAS ditubuhkan dan selama lamanya.

Presiden PAS faham bahawa demokrasi segala galanya.kuasa PAS tertakluk pada kerusi yang dimenanginya.

Begitulah mengikut saluran demukrasi.

Sebab Presiden cakap hudud dilaksanakan mengikut saluran demokrasi.

Demikian juga DAP dan PKR. Jika DAP menang banyak kerusi pasti kuasanya lebih kuasa.

PAS dan PKR kena ikut DAP miskipun Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

Demikian kata kata ikut saluran demikrasi yang diungkapkan Presiden PAS tempoh hari.

Jelas dan nyata itulah pendirian PAS.

Sebab itu ustaz Nasharuddin Mat Isa minta kaji semula kerjasama yang dibuat.

Ini bukan soal untung dan rugi dalam kerjasama tersebut.

Tetapi mereka yang membangkitkan isu ini ada dasar kebenaran yang misti diperjuangkan oleh gerakan Islam agar survival umat Islam dapat dipertahankan.










Duitsen said...

We are all grown up. Every story have two side. Every action there is reaction. Every argument for there is argument against. It is better to have 'two coalition front' to check and counter check. Differences can be iron out it will run it course. I do not want BN to break and PR to break. The issue here is to govern for the right of the people not for the benefit of the elected. And I am sure both of them know now the people really mean business in giving their vote so that the politician are sincere and honest, ideology comes second. In the long run everything will even out because of check and recheck of both coalition. That the ideal dream situation. BN is no saint and neither PR is so that the purpose check and recheck.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Eye check:


Anonymous abdullahngah said... Tetapi mereka yang membangkitkan isu ini ada dasar kebenaran yang misti diperjuangkan oleh gerakan Islam agar survival umat Islam dapat dipertahankan.

10:09 AM

maka saya ingin bertanya 'gerakan islam' manakah itu, Sdr abdullahngah? perkim?

dan kenapa mesti ada gerakan islam bilamana raja-raja melayu kepala agama? adakah raja-raja melayu tidur - beradu - dan tiada beranian memperjuangkan islam?

nyata visi2020 itu hanya omong-omong kosong mahathir.
sembilan cabaran? - bohong!

Mika Angel-0 said...

YBhg The Scribe
Salam Hormat

Maaf kerana lari dari topic sedikit.

Weather Watch
(apa kata pawang hujan)


http://phys.org/news/2012-09-nasa-infrared-super-typhoon-jelawat.html

This combined image was created from infrared AIRS data of Super Typhoon Jelawat on Sept. 25 and Tropical Storm Ewiniar on Sept. 24 to give perspective of their distance from each other. The eye of Jelawat is clearly visible in the middle of powerful thunderstorms (purple) with very cold cloud top temperatures. Credit: NASA JPL/Ed Olsen NASA's Aqua satellite has been obtaining infrared, visible and other data everytime it passes over Typhoon Jelawat and Tropical Storm Ewiniar in the western North Pacific, and a combination of two images from Aqua's AIRS satellite puts the storms in perspective.


Apa keberangkalian Typhoon Jelawat dan Tropical Storm Ewiniar bertembung?

Apakah dunia berpeluang menyaksikan 'the perfect storm'?

Bagaimana nanti bila sesudah PRU13 nanti lagak 'the perfect political storm' datang ke tanahair kita ini?

bagaimana agaknya 'the perfect political storm' itu?

Tentunya amat ngeri.
Apakah akan berasa aman?
Bertapa agaknya peringatan tuhan?

Maaf dan Salam Hormat

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Pemimpin datang dan pergi, Allah jua yang kekal abadi.

Selagi dunia belum kiamat,pemimpin tetap diperlukan oleh setiap makhluk ciptaan Allah, tidak seorng pon yang disukai semua dan tidak seorng pon yang dibenci semua,sedangkan kekasih Allah mempunyai ramai musuh.

Kelebihan manusia mempunyai akal, dengan akal manusia boleh berbuat kebaikkan dan kejahatan dengan izin Allah, dan dengan akal juga manusia boleh memilih yang baik atau yang jahat, Allah juga memberi manusia pilihan, tepuk dada tanyalah akal...wallahualam.

Rawa Lanun-Bahasa said...

"Menang Pilihan Raya dan Memerintah Tak Sama"

Benar kata anda: Tidak meramalkan sesuatu yang positif mengenai Pakatan Rakyat juga akan menimbulkan masalah sekiranya ia berjaya dan menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum nanti. Ia juga boleh mengenakan tindakan ke atas pihak yang tidak bersimpati dengannya

Maka saya cuba fahami ungkapan Dato dalam konteks yang lebih luas.

1. President Obama’s Escalation of the Drone Program
When President Bush left office in January 2009, the US had carried out at least 45 drone strikes according to the New America Foundation, or 52 according to The Bureau of Investigative Journalism (TBIJ), inside Pakistan.[48] Since then, President Obama has reportedly carried out more than five times that number: 292 strikes in just over three and a half years.[49] This dramatic escalation in the US use of drones to carry out targeted killings has brought with it escalating tensions between the US and Pakistan, as well as continued questions about the efficacy and accuracy of such strikes.[50]

“Personality Strikes” and so-called “Signature Strikes”

A key feature of the Obama administration’s use of drones has been a reported expansion in the use of “signature” strikes...

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-19725289

3. China morning round-up: Aircraft carrier
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-china-19725228


maaaf tiada nota kaki kerana termanggu dengan soal-soalan bagaimana sentimen kaum Tionghua sini juga turut terpengaruh dengan sentimen kaum mereka di PRC dan Taiwan - dalam hal ekonomi dan politik; apakah kapal induk Liaoning akan membawa drone buatan PRU yang dapat menandingi drone buatan barat.

apa warna PR dan BN berbeza dalam 'foreign policy' mereka?


Sekian

awang batuburok said...


Adakah PAS sanggup, secara sahih menggugurkan idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud demi memenuhi kehendak DAP dan PKR?

Salam Dato,

Saya rasa persoalan ini telah terjawap apabila PAS secara kolektif dalam muktamar tahunan 2011 meletakkan gagasan Negara Berkebajikan sebagai prioriti semasa dalam menangani kemelut dan kepincangan yang berlaku dibawah pemerintahan UMNO/BN sekarang ini.

Saya sangat hairan kenapa pendokong dan penyokong tegar UBN samakin galak/ghairah memainkan isu Negara Islam dan Hukum Hudud yang satu ketika dulu ditolak mentah-mentah olih UBN selama lebih 50tahun.

Sebagaimana kita belajar dalam ilmu tauhid dan ilmu feqah, kerja-kerja menimbulkan rasa waswas dalam hati manusia keatas kebenaran risalah dakwah islam adalah sebahagian dari kerja utama makhluk yang disebut oleh Tun Dr Mahathir dlm perumpamaan/kiasan dlm bahasa Inggeris tempoh hari...Nauzubillah.

Lahuma said...

Dato.

Menang pilihanraya makna nya dapat kuasa.
Bila dapat kuasa baru jadi pemerintah dgn kuasa yg ada.
Sudah tentu siapa yg berkuasa kena kongsi kuasa sama ada BN atau Pakatan Rakyat.Ini lah amalan di Malaysia.

Kuasa rakyat selesai.Tunggulah beberapa tahun lagi untuk kuasa dipulangkan pada rakyat.

Insya Allah BN akan menang.
Pakatan Rakyat pun hebat juga.
BN pun tak boleh ego.
Pakatan Rakyat pun ada ruangnya.

Najib kena pastikan calon BN nya hebat dan bersih.Soal tua muda bukan kakyu ukur utma.
Pengundi sentiasa hendak melihat wajah calon.Najib jangan pandang ringan soal ini.

PAS/DAP/PKR--katanya dah siap calon yg hebat juga.Pertarungan hebat PRU 13.Tapi ada juga calon lekeh.

Calon BN yg ada kudis dan penyakit undur sajalah.

Bila dapat kuasa belajar dari pengalaman yg lalu.

Jangan jadi kan kuasa macam Syarikat Sdn Bhd.

Rakyat banyak maklumat.

Petani masih susah dan miskin di bawah.

Keperluan asas rakyat jangan abaikan.

1.tempat berlindung.
2.makanan
3.pendidikan
4.kesihatan
5.keselamatan
6.dan dll.

Semoga Najib dan Mahyudin faham resah dan gelisah rakyat.Apa pun semua nya ditangan rakyat.

Dimalaysia kerajaan yg menguasai politik.Bukan politik pemerintah yg menguasai kerajaan.

Selamat mengundi.

Terima kasih.

berasiam said...

Salam Datuk A Kadir Jasin

Bila kali pertama isu video muncul, nama Datuk T jadi popular. Walaupun sekadar gelaran, namun Datuk meniti bibir sebagai topik hangat.

Bila isu jet peribadi timbul, sekali lagi Datuk T terbabit. Kali ini T mewakili Taufik, seorang usahawan yang telah menceburi pengangkutan udara seperti helikopter dan sekolah penerbangan untuk tempoh yang lama.

Dan T jugalah yang membocorkan rahsia jet mewah iaitu Tian Chua. Saluran yang Tian Chua gunakan juga adalah T, Twitter.

Banyak T yang nampaknya tidak memihak kepada Anwar. Pilihanraya kampus pun menggambarkan petunjuk yang kurang menceriakan.

Seolah-olah Anwar perlu bersedia untuk menerima hakikat T yang lebih besar pada PRU nanti iaitu TEWAS. Orang Permatang Pauh harus menjadi wira menyelamatkan negara dengan memastikan Annwar TUNDUK di tangan mereka. Apa pula senarionya jika PR menang tapi Anwar sendiri kalah. Mungkinkah Haji Hadi akan menjadi PM.

Sama ada menang atau kalah adalah ketentuan Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk negara kita. Jika BN adalah yang lebih baik, insya Allah BN akan dimenangkan. Begitulah sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa mohon Allah sentiasa memenangkan yang lebih baik untuk negara ini dan mmelihara daripada pemimpin yang zalim.

Amir Abu Bakar Julaihi said...

salam datuk
selaku orang muda saya tidak kisah jika Bn kalah,saya boleh survival hidup tanpa Bn..kerja kilang di singapura lebih lumayan dari penjawat awam malaysia.

setelah tsunami politik 2008,BN tidak boleh lagi dikatakan sebagai parti yang bijak memerintah,buatlah perbandingan dengan tadbir urus yang baik oleh PR di penang,selangor maupun kelantan.

bahkan pembangkang(BN) di negeri tersebut dilihat amat bodoh dan tolol sekali.

kermitt said...

Banyak yang mengata pada Anwar.. tetapi saban hari berita kutuk anwar mesti ada punya.. beliau (Anwar) kalau tidak kuat dan tidak bijak beliau tidak akan bertanding dan menjadi ketua pembangkang.. terlalu ramai memandang rendah Anwar tetapi masih menyebut nyebut namanya dan namanya hingga kini menjadi mimpi ngeri BN..

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdrku RL-B,

nyata visi2020 itu hanya omong-omong kosong mahathir...BIAR BETUL?
sembilan cabaran? - bohong!..BETUL!

Blue-print blurred..yang tersurat.. NYATA, yang tersirat RAHSIA!

Eye-check, please.

ALFATIHAH, AMIN
Ps. YB ahli telah berbohong kepada Dewan yang mulia ini. Sebenarnya ada satu lagi rumah di...
The Samurai still sits on the dock of the bay watching the tide rambo mambo!
"Wawasan 2020 Bukan Titik Penyudah, Bagi Jenerasi Mendatang Ia Bermula."

usop said...

Datuk AKJ , sungguh tak saya sangka dato seorang yang memenangi anugerah dalam bidang kewartawanan boleh menulis penulisan yang berunsurkan spin ini .

Memerintah bila menang . Adakah Dato juga ahlul nujum yang sudah dapat melihat masa depan ? Adakah dato masih memainkan sentimen ketika kelantan dimenangi oleh PAS berpuluh tahun dahulu dimana TV dan akhbar sehinggakan mendakwa kjaan PAS kelantan hanya bertahan 3 bulan ! Beras di kelantan habis ! dan berbagai2 sekatan peruntukan dikenakan ke KELANTAN .

Boleh dato jelaskan mengapa kjaan persekutuan sehingga sekarang tidak berani menyalurkan peruntukan2 pusat melalui kjaan Pakatan Rakyat ? Peruntukan pertanian , tebatan banjir , kebajikan semuanya disalurkan melalui BN yang kalah di kedah . Mengapa tidak berani menyerahkan kepada Us. Azizan ?

Mengapa 5 tahun PR memerintah terengganu kjaan persekutuan tidak berani menyalurkan wang ehsan RM600juta melalui kjaan PAS terengganu ? Mengapa dato ... ?

Tidak lain tidak bukan kerana sekiranya kantung negara beroleh kepada kerajaan PR maka dengan ketelusan yang ada berbagai projek dan prasaranan dan kebajikan untuk rakyat dapat dilaksana . Maka pecahlah tembelang BN yang mendakwa PAS dan PR tak mampu memerintah .

Adakah kenyataan di atas masih boleh di spin oleh DATO seorang wartawan yang menerima anugerah ...

raja2u said...

Assalamualaikum
YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Memang keadaan sungguh menarik.Apa yang saya harapkan kita melihat sesuatu dengan hati terbuka dan menerima kenyataan dan tidak menipu diri sendiri.BN telah menggunakan segala-segalanya untuk mempertahankan kedudukan dan hanya Allah akan menentukan BN berjaya atau tidak. Bagi PKR ulasan Dato perlu diambil berat. Jika ada kelemahan masih ada masa untuk memperbetulkannya sebelum PRU 13. Kepada PAS perlu terus berdoa dengan Allah supaya terus berdiri diatas landasan yang betul dan tidak mudah melatah.Agak anih melihat orang minta PAS keluar dari PR kerana dikatakan akan dikuasai oleh DAP. Bukankah suatu perkara yang luar biasa PAS sekarang mendapat sokongan DAP yang disuatu hari dahulu tidak sealiran.Perbezaan antara PAS dan UMNO kebelakangan ini adalah kejayaan PAS menarik perhatian bukan Melayu sementara UMNO tidak berusaha menarik orang Melayu dari parti lawan tetapi terus menghengtam mereka.Apa yang saya utarakan bukan memihak kepada mana pihak sekadar lita berfikir untuk kebaikan bersama,

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Sdr.Awang batu burok berhujah:

"Sebagaimana kita belajar dalam ilmu tauhid dan ilmu feqah, kerja-kerja menimbulkan rasa waswas dalam hati manusia keatas kebenaran risalah dakwah islam adalah sebahagian dari kerja utama makhluk yang disebut oleh Tun Dr Mahathir dlm perumpamaan/kiasan dlm bahasa Inggeris tempoh hari...Nauzubillah."

Jawapan tuduhan anda:

http://www.youtube.com/watch?v=qW_iJK35zMk&feature=player_embedded.

Awang batu burok,berlaku adil,jujur kepada diri dan orang sekeliling adalah tuntutan sebagai manusia yang mengucapkan syahadah,ketahuilah bahawa kita akan disoal kelak ditempat perhimpunan semua manusia,tanpa mulut dapat berbicara. wallahualam.

mad said...

alangkah eloknya dato adakan undian di blog dato ini utk melihat parti mana yg lebih popular, pr atau bn. berani tak dato?

zm.azami said...

Asalam DAKJ

mohon share artikel ini.. di blog saya..

terima kasih

adi_fimiyun said...

Sekalipun beliau kini menguar-uarkan dasar popular seperti pengurangan cukai, kereta murah dan pendidikan percuma, dasar beliau ketika krisis kewangan 1997/98 berlainan sekali.

Beliau mirip melaksanakan penyelesaian ala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), yang antara lain menaikkan cukai, mengurangkan perbelanjaan awam dan mengimbangi belanjawan. Beliau sangat akrab dengan Pengarah Urusan IMF ketika itu, Michel Camdessus, dan meyakini penyelesaian ikat perut IMF.


Ada kontradiksi dalam penulisan kali ini,mohon datuk perbetulkan antara pengurangan cukai atau menaikkan cukai?

sy said...

salam hormat dato'
sy fikir ramai rakyat malaysia akan/sedang merasa takut, cemas, teruja bercampur lain perasaan samada suka, benci atau kesal , bila tiba masa negara bertukar kumpulan pemimpin. perasaan takut adalah lumrah jika seorang itu tahu terlalu sedikit apa bakal berlaku kepada negara selepas pertukaran. atau terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab .terutama kita-rakyat tidak pernah melalui fasa ini. tiada siapa betul betul pasti apa yang akan berlaku.

teknikal & skil anwar tidak sekuat dr mahadir sy pasti. namun anwar boleh gunakan apa yg dipelajari atas silapnya yg lalu. dan sy juga yakin anwar ada kelebihan, resource & pengalaman cukup untuk urus negara jauh lebih baik dari pak lah, najib atau mohidin.

watak corruptors sentiasa ada pada mana mana kisah pemimpin , dari dulu lagi.cuma skala mungkin tak sama. sy tak tau pasal balancing game antara objective , power & parameter lain. cuma berharap next pm jangan hilang focus dengan corruptors.sy ada sikit reserve feeling cara anwar tackle item ni, namun sy mahu beri anwar peluang sekurang kurangnya sepenggal. selepas tu sy review decision in GE14. if it is acceptable performance pr can proceed.



undi sy akan tentukan nasib kita, rakyat seterusnya nasib negara.
sy dan pengundi bukan budak mentah. sudah tiba masa buat keputusan yang mungkin akan sungguh mengesankan jiwa dan raga sy. apapun keputusan mesti dibuat. mesti berani memilih.

sy juga patut takut kepercayaan sy pd pr tidak berbaloi. namun setakat ini jelas sekali pr boleh memerintah negeri dengan baik. berdasar kan itu walaupun ada halangan & golak , ada mungkin pr boleh perintah negara dengan semangat,nilai yg lebih baik.

muafakat pr sy percaya belum 'solid' & perlu diperinci, dibincang dan di kemas masa ke masa. muafakat yg organic perlukan ruang & masa.

keadaan negara yang kini pincang di sana sini & rakyat yang terkesan akan dapat di baiki & pulih dengan method terbaik pr. itu step utama sebelum pergi ke rancangan jauh di depan.

sy yg tidak terikat dgn kelompok tertentu pasti bertindak tukar pr kpd yang lebih baik jika pincang yg significan berlaku lagi.sy dan semua yg sudah cukup usia perlu menggalas amanah untuk melakukan terbaik demi tuhan, negara .
sy

Rawa Lanun-Bahasa said...


Sdr Samurai Melayu:

Keadaan ekonomi mana sekarang yang boleh dikatakan sama di tahun 90an - perkembangan ekonomi berapa peratus pula sekarang mencapai wawasan dengan kemelut kemelesetan ekonomi global?

Samurai Melayu, Dubai is a city of modern living infrastructure wasting away...

Kekuatan jiwa?
'Sultan of Johor upset over quality equipment procured for johor special forces'

Apa yang terjadi?
No need for external investigation into the acquisition for a rapid intervention vehicle: kata menteri pertahanan. Terlupa cerita eurocopters pulak.

Paling teruk dari che det sendiri :
hukum hudud potong tangan tak adil kerana ramai melayu mencuri.

Seolah-olah tahun 2020, baru nak bermula?

Mind check, please; saya menunggu hujah anda 2020 itu titik sampai ketaraf negara maju.

"Wawasan 2020 Bukan Titik Penyudah, Bagi Jenerasi Mendatang Ia Bermula."???????

apa? macam cerita pengumpul hadith jumpa dengan orang mahu tipu kambing? - omong-omong kosong

"hit me with your best shot" PLEASE!







samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdrku RL-B,

You have rightly said... 'Omong omong kosong' so we wud simply put it 'No shot for you, please'

Thank you.

ALFATIHAH, AMIN
Ps.. Tun Mahathir to receive 2012 Rafik Hariri UN-Habitat Award today

awangkumboi said...

1. Dap tidak akan menjadi dominan dalam kerana bertanding hanya 43 kerusi dalam parlimen.179 kerusi ditandingi oleh pas dan pkr.

2.Pas akan teruskan hudud melalui demokrasi berparlimen.w/laupun karpal menentang,majoriti termasuk umno menyokong ia akan dilaksanakan.

3.anwar diyakini menjadi pm kerana dia lebih berwibawa berbanding dengan najid.

4.nik aziz lebih tahu mengenai islam.karpal arif dalam perlembagaan.semua orang ada kelebihan dan kekurangan.

Para pelabur,teknorat dan diplomat asing menyatakan secara ikhlas dan bukan mengampu,bahawa akan mencapai lebih banyak kejayaan dan keadaan ekonomi menjadi lebih baik di bawah pentadbiran anwar dan pakatan,malah intelektual dan pakar di kalangan rakyat Malaysia di luarnegara menanti saat itu.

langitbiru said...

awang batuburok said...

Adakah PAS sanggup, secara sahih menggugurkan idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud demi memenuhi kehendak DAP dan PKR?

Salam Dato,


Sebagaimana kita belajar dalam ilmu tauhid dan ilmu feqah, kerja-kerja menimbulkan rasa waswas dalam hati manusia keatas kebenaran risalah dakwah islam adalah sebahagian dari kerja utama makhluk yang disebut oleh Tun Dr Mahathir dlm perumpamaan/kiasan dlm bahasa Inggeris tempoh hari...Nauzubillah.


11:48 PM



azman said...
Assalamualaikum pak Kadir

Sdr.Awang batu burok berhujah:

Jawapan tuduhan anda:

Awang batu burok,berlaku adil,jujur kepada diri dan orang sekeliling adalah tuntutan sebagai manusia yang mengucapkan syahadah,ketahuilah bahawa kita akan disoal kelak ditempat perhimpunan semua manusia,tanpa mulut dapat berbicara. wallahualam.

12:19 AM


Assalamualaikum Dato,

Saya tidak nampak dimana salah dan silap kenyataan dibuat oleh awangbatuburuk.

"kerja-kerja menimbulkan rasa waswas dalam hati manusia keatas kebenaran risalah dakwah islam adalah sebahagian dari kerja utama makhluk (syaitan)", tiada apa yang salah dan silap melainkan satu kenyataan yang benar, dan benar, lagi benar dan membenarkan sifat utama syaitan.

Sesiapa yang membacanya dengan pandangan matahati melalui tingkap taqwa akan merasai dan mengiakan kebenaran kenyataan di atas, TANPA RAGU-RAGU.

Kebenaran agama perlu ditegakkan melangkaui segala sesuatu di atas dunia, melangkaui pemikiran kepartian.

Mahathir bukan macam Ayatullah Syiah yang dianggap maksum oleh pengikutnya

Mahathir bukan macam Pope yang dianggap maksum, bahkan boleh menghapuskan dosa pengikutnya

TETAPI jika ada pengikut dan penyokong Mahathir yang begitu taksub kepadanya (sebagaimana pengikut Syiah dan Pope) sehinggakan kenyataan yang boleh menggugat akidah Islam terus juga disokong, maka yang salah bukan Mahathir, tetapi pengikut dan penyokongnya yang "kurang ilmu" tauhid dan fekah Islam, tetapi menyokong membabi buta berdasarkan logik akal dan nafsu.

Apa tuduhan awangbatuburuk???

awangbatuburuk bukan menghentam Mahathir, tetapi menghurai perangai syaitan!!!

ulitmayang said...

analisa mudah tulisan terkini dato'
1. pertama , dato fokus kpd perbezaan dlm PR , eg hudud
2. kedua , dato cari hal2 negatif dlm diri dsai

hasil tulisan ini dpt digambarkan betapa dato sgt takut andainya PR memerintah selepas pru13

SmartTinta said...

Kenapa tidak kita cuba Beri PR memerintah sepenggal. Kalau mereka tak betul jatuhkan mereka balik. mereka PAS DAP sudah pun bertahan bertahun2 dalam keadaan dihimpit dizalimi kebebasannya dan BN mengunakan segala mcm akta dan jentera kerajaan dan rasuah untuk menang.walau macamana pun mereka PAS DAP Keadilan boleh bertahan sampai kini. Ini bermakna mereka ada pegangan ideologi disiplin yng sangat kuat. Kita cuba BN sepenggal sahaja jadi pembangkang, kita tengok boleh kah parti ini bertahan. Kalau tidak dapat bertahan bermakna yng ada sekarang ini hanyalah kerana kuasa, harta kroni rasuah. BN pun sekarang ada yg jadi pembagkang di penang, Selangor dll tetapi mereka ini bertahan kerana UMNO BN masih hidup di Puterajaya dan masih memberi bantuan projek jawatan pangkat. kurang2 pun jadi ketua bahagian walaupun kalah tapi Masuuuuuuk!. kalau tak de kuasa lgi di putrajaya? Mari kita tegok siapa yng kena. Muyidin dah kata kalau UMNO tak berkuasa lagi alamatnya UMNO akan di muzium kan.mari kita try ASALKAN BUKAN UMNO. tak kira la Anwar ke, A Hadi ke, Nik A Aziz ke. Banyak yng pandai2 dlm PR(kata mahatir dlm UMNO tida org pandai)Yng ko org dok bising pasal anuar tu apa hal. Yang kami mahu ialah Janji bukan UMNO,letak le siapa pun. UMNO pencinta guru dan penagih tegar rasuah.

Saji said...

Salam Dakj

Dato, antara berkata, di kalangan pemuka kanan PR, Anwar adalah yang paling berpengalaman dalam pemerintahan hasil 16 tahun menjadi putera mahkota Umno dan anak didik (Tun) Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi Anwar bukanlah seorang yang “detail” atau menyeluruh kepakarannya. Kepandaian beliau adalah berpidato dan menggunakan orang lain bagi membuat kerja atau menjadi “fall guys” kalau berlaku kepincangan.
Walaupun beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pengetahuannya dalam bidang ekonomi tidaklah mengagumkan.

Di zaman kegemilangan tamaddun Islam yang berlaku antara kurun ke- 6 hingga ke 12 rata2 para ilmuan Islam memiliki ilmu dan kepakaran dalam apa yang dipanggil ilmu2 ukhrawi (agama) dan duniawi (ilmu2 kemanusiaan dan teknikal termasuk ilmu sains) sekali gus.

Apabila tamaddun Barat mengambil alih tamaddun Islam, Barat telah menukar konsep pemilikan ilmu dan kepakaran Islam di atas dengan bukan sahaja memperkenalkan pengkusususan semua jenis bidangan ilmu malah telah membahagikan ilmu dan kepakaran kepada apa yang dipanggil ilmu kemanusiaan /humaniti dan teknikal termasuk ilmu sains. Di mana ia ada kaitan dengan pemikiran modennya yang dinamakan kapitalis dan sekular.

Berdasarkan hujah saya di atas, siapakah di antara barisan bekas PM dan TPM serta PM dan TPM kita sekarang yang Dato' rasa ilmu dan kepakaranya masing2 hampir2 dengan konsep pemilikan ilmu dalam Islam di atas?


...SAJI

doncin cai said...

salam semua......

...jangan bersandiwara dakj oii...
adakah saya prejudice ?
TIDAK !!!

...saya rasa tiada lagi bahagian anggota badan dakj yang belum di ikat oleh anwar...

dakj main wayang dalam tulisan ini...

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Sdr.Langitbiru:

Bukanlah tujuan saya untuk menuduh Sdr.awang batuburok,tetapi saya sekadar mengingatkan bahawa kesudahan hidup ini adalah penilaian dari Allah.Tak perlulah saya berhujah,cukup jika 2 rakaman youtube ini untuk sdr.amati apa yang kita perhujahkan ini sebagai renungan.
Sila tuan Langitbiru pergi ka youtube yang saya turunkan disini tajuknya.
1.Ustaz Kazim, Tun Tolak Hudud?
2.Hudud:Surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz.

Saya berlapang dada jika tuan masih mahu menuduh Tun Mahathir adalah seorng yang menjadi penghalang kepada hukum Hudud dijalankan di Malaysia.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Sdr.Langitbiru:

Bukanlah tujuan saya untuk menuduh Sdr.awang batuburok,tetapi saya sekadar mengingatkan bahawa kesudahan hidup ini adalah penilaian dari Allah.Tak perlulah saya berhujah,cukup jika 2 rakaman youtube ini untuk sdr.amati apa yang kita perhujahkan ini sebagai renungan.
Sila tuan Langitbiru pergi ka youtube yang saya turunkan disini tajuknya.
1.Ustaz Kazim, Tun Tolak Hudud?
2.Hudud:Surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz.

Saya berlapang dada jika tuan masih mahu menuduh Tun Mahathir adalah seorng yang menjadi penghalang kepada hukum Hudud dijalankan di Malaysia.

fed up said...

Jika benar Anwar itu tiada isi, inilah masanya untuk dibuktikan.

Jika sebelum ini Najib tak layan Anwar berdebat berkenaan ekonomi, inilah masanya untuk menyahut anjuran debat bajet dari Anwar.

Jangan kata Najib malas nak layan Anwar kerana bila Najib singgah ke cawangan/bahagian UMNO, nama Anwar juga yang disebut-sebutnya.

Fed Up

Mantinns said...

Terima kasoh

Mantinns said...

Hidup Umno

Hanezam said...

Salam Datuk,
(edisi cari fasal, risiko sendiri tanggung)

Saya teka BN akan akan meraih majoriti yang lebih baik berbanding PRU 2008. Ini adalah kerana pengundi-pengundi atas pagar yang nak mengajar BN/Pak Lah pada PRU lepas dengan cara merosakkan undi dan/atau memangkah Pembangkang telah sedar dan menyesal kerja bodoh yang mereka dah buat, dan pulangkan undi kepada BN semula pada PRU kali ini. So, Najib, tak perlu panik. Memang isu Rosmah amat mengecewakan, tapi rakyat ketepikan demi perpaduan Melayu. Perpaduan Melayu dan kuasa politik di tangan Melayu bererti kebebasan mengamalkan Islam. Rasuah (dan Rosmah?) boleh diperbaiki dengan desakan rakyat dan government transparency.

Sebaliknya saya membayangkan perkara-perkara ini akan terjadi jika PR menang(yang mana saya tegaskan tekaan saya, takkan terjadi); Majlis Peguam akan dengan segera anjurkan forum kebebasan beragama, forum untuk sokong LBGT dan forum tentang ketuanan Melayu dan forum-forum seumpamanya. Kali ini PAS takkan dapat berbuat apa-apa, nak bangkang pun tak boleh, sebab kote-kote depa (jika ada, yang mana diragui. Jika ada, sila buktikan) semuanya telah dikepit oleh DAP. Ketuanan Melayu tidak relevan pada PAS sebab assobiyah. PKR pulak liberal. (mana ada ketuanan Melayu ?) Kalau isu-isu serupa isu kalimah Allah, isu penyebaran agama Kristian secara lebih terbuka dan isu murtad berbangkit, tuan-tuan bayangkan sendiri apa kesudahnya. Lepas tu bila satu persatu hak Melayu dipinggirkan atas nama liberisasi, Melayu puak mana agaknya yang akan mengamuk, (kalau tidak generasi berdarah muda yang gemar akan demonstrasi jalanan itu)?

Kepada saudara al-Ustaz Langitbiru, saya tertarik soal menangguhkan hukum dasar perjuangan PAS yang saudara tulis itu (ooo.. hukum dasar boleh ditangguhkan rupa-rupanya ye ?), tapi saya yakin ianya tidak lebih dari kes ‘yang dikejar tak dapat-dapat, yang dikendong pun akan habis berciciran’.

Saudara Langitbiru, andai dapat “diIslamkan” ahli-ahli UMNO itu, tidakkah matlamat perjuangan PAS seperti yang saudara Langitbiru bayangkan itu boleh tercapai ? Dan lagi satu, di antara Melayu UMNO dengan ahli-ahli DAP, yang mana satu lebih mudah orang-orang PAS berdakwah supaya terima Islam sepertimana PAS nak, orang Melayu UMNO ke orang DAP (contohnye yang macam Karpal Singh tu) ? Tolong jawab, wahai Langitbiru.

langitbiru said...

Asslamualaikum Dato'

Mohon laluan balas Sdr Hanezam

Saya tidak nampak betapa perlunya saya berhujah dengan Saudara Hanezam.

Hujah Sdr bukan bersandarkan ilmu ilmiah tetapi berprasangka buruk dan prejudis kepada penjelasan saya tersebut. Ini terbukti apaboila Sdr menyindir,

"(ooo.. hukum dasar boleh ditangguhkan rupa-rupanya ye ?)"

Walhal, apa yang saya utarakan adalah bersifat umum dalam Islam, dan dipraktikkan dalam politik Pas.

Sdr perlu memahami PRINSIP KEUTAMAAN dalam Islam berdasarkan situasi semasa dan keadaan.

Adakah Raja Najasyi mengUTAMAkan hukum Jenayah Islam dan Hudud?

Adakah Ikhwannul Muslimin Mesir melalui Presiden Mesir, Dr Morsi mengUTAMAkan HUDUD?

Adakah Tayyib Erdogan mengUTAMAkan Hudud di Turki?

Apakah Najasyi, Morsi, dan Erdogan TIDAK PERCAYA atau TIDAK PERJUANGKAN HUDUD?

Mereka sebenarnya yakin dan percaya kepada Hudud, dan perjuangkan Hudud, TETAPI keadaan semasa HUDUD bukan satu keUTAMAAN mereka.

Kalau tak paham jugak, bacalah peribahasa Melayu,

"TIADA ROTAN, AKAR PUN BOLEH".

Tinta Hitam said...

Datuk AKJ,

Seringkali persoalan adakah PR boleh memerintah dgn lbh berksan dan lbh baik dari UMNO/BN..Jawapannya ialah YA.Sila lihat negeri negeri yg diperintah oleh PR skg..Itu adalah kayu ukur yg jelas mengenai kebolehan PR.Itu baru peringkat negeri.Jika PR menguasai Kerajaan Pusat ini bermakna ajensi ajensi penguatkuasa boleh digembelingkan dgn lbh efektif utk menangani segala permasalahan skg dari rasuah ,jenayah dll lagi..

Persaolannya adakah melayu hilang kuasa.Jawapannya ialah YA.Maksud say ialah melayu UMNO dan UMNOPutra.Saya peduli apa mereka hilang kuasa.Lagi cepat lagi bagus.Mereka senang saya tidak juga senang,mereka hilang segala galanya ianya tidak bermakna saya pun turut hilang segalanya.

Melayu secara umumnya akan lbh berjaya dan menjadi lbh kompetitif tanpa UMNO.Hari Kejatuhan UMNO/BN dari persada negara adalah hari yg akan saya rayakan secara besar besaran

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Sdr.Langitbiru&Tinta Hitam:

Tak usahlah anda terjerit terlalak mengatakan perjuangan Pas adalah lebih baik dari perjuangan UMNO/BN, sebelum pun mendapat kuasa Pas telah rebah dicelah kelengkang Dap (parti yang paling rasis di Malaysia)kenapa? tunggu Dap suruh jilat konek mereka kah?.

Cerita rasuah dan persen yang diuar uarkan Pas tak kemana,mengapa tidak ada tindakan susulan dari apa yang sekadar cemuhan dari Pas sahaja untuk menutup mulut atau untuk sekadar mengalihkan perhatian rakyat dari melihat kelemahan sebenar Pas.

Semestinya Pas komited dalam memperjuangkan sesuatu hal sahingga berjaya, bukannya sekadar melepas batuk ditangga. Tolong berikan jawapan apakah jasa yang telah Pas lakukan untuk kesejahteraan umat Malaysia?.Saya secara peribadi mahu melihat Pas melakukan sesuatu bagi faedah umat islam terutamanya diMalaysia ini.

Pas berusahalah bersungguh sungguh untuk memertabatkan Islam,diMalaysia ini.Kenapa mahu disalahkan UMNO/BN kerana Pas tak dapat berbuat sesuatu?, itu hanyalah kerja manusia tak berguna yang akan melepaskan segala tanggungjawab kepada orang lain, cerminlah diri sebelum menyalahkan orang lain.

fed up said...

Langit Bitu dan Hanezam,

Masa di Perak lebih kurang 25 tahun dahulu, saya pernah hadir satu ceramah berkenaan perkembangan islam di Tanah Melayu.

Kata penceramah, disebabkan budaya, dakwah kepada rakyat melayu yang hindu semasa itu adalah tertumpu kepada Sultannya.

Bila Sultannya memeluk islam, ia diikuti seluruh rakyat jelata.

Namun, pengaruh hindu yang sudah sebati dalam adat resam melayu tidak didesak untuk dihapuskan serta-merta.

Maklum saja, Sultan zaman itu turut bersabung ayam, minum tuak masam selain menyimpan ramai gundik.

Setelah memeluk islam, Sultan perlu ada penasihat agama yang akan melakukan dakwah secara berterusan sehinggalah Sultan, keturunannya dan rakyat jelata benar-benar bersih tentang islam dan membersihkan diri dari unsur-unsur hindu dan mengamalkan islam yang tulen.

Sayangnya kehadiran kuasa barat sebagai penjajah telah membantutkan usaha dakwah berkenaan malah ada kalanya mengelirukan.

Kerana itulah, pada awal abad 20, sabung ayam, tuak masam, puja pantai dan sebagainya masih ada sebagai sebahagian budaya orang melayu.

Malah menutup rambut bagi perempuan juga masih tidak diamalkan semasa era kemerdekaan walaupun bila bersalam lelaki dan perempuan, kain selendang digunakan sebagai alas.

Adakah ini yang dimaksudkan dengan "hukum dasar boleh ditangguhkan"?

Fed Up

sleman said...

UBN itu sudah kronik sakitnya .pimpinan atasan,tengah,bawahan semuanya sakit tahap 4 kanker,,dgn cara HILANG KUASA satu2nya kaedah untuk mereka muhasabah diri kembali pada penjuangan yg direhdai.Peristiwa wakil Pas naik jadi MB bukti kita tak perlu takut nasib kekuasaan org melayu kalu PR memerintah

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).