Saturday, December 01, 2012

Antara Puji, Ampu dan Janji


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

SAYA tertarik dengan ulasan pembahas Rosiah Ismail dalam posting “Gurindam Seloka Cemburu Buta” yang, antara lain berbunyi:

“..ada yang berpantun seloka baru seminit sedih mengalir air mata sekilat rasa sudah berubah ketawa besar...ini la ragam PWTC dato..tak ada pembahas yang boleh membahaskan secara serius berkenaan ekonomi orang melayu...yang kelihatan jelas dan terang ialah memuji A memuji B terangkat ponggong....aku tidak cemburu sekadar menulis apa yang nampak.....aku nampak pinggang kerengga aku nampak peha putih..wooooo tak tahu nak cerita agak2 tahun depan ada lagi ke...Terima kasih dato.... saya hanya pekerja kilang@kuli batak...

Sebelum itu, saya mohon maaf kerana lama tidak membuat tampalan baru dan lambat menyiarkan komen pembahas. Sebagai separa pesara yang tidak lagi relevan dalam kerangka utama kehidupan di Tanah Melayu, saya menjadikan hujung tahun sebagai waktu melawat anak cucu yang menatap atau belajar di luar negara. Istilah separa perasa itu bermaksud sudah mencapai atau melebihi umur bersara tetapi terpaksa terus bekerja kerana tidak ada pencen.

Dengan izin, saya ingin secara ringkas mengulas komen pembahas Rosiah Ismail seperti berikut:

1. “baru seminit sedih mengalir air mata sekilat rasa sudah berubah ketawa besar...ini la ragam PWTC dato.” Kata pun persidangan. Tak kiralah persidangan parti atau badan mana, pasti bukan semua pembahas dan perwakilan serius, dan bukan semua hujah yang dibentangkan betul dan tepat. Lagipun, pembahas utama dilantik oleh ibu pejabat dan perhubungan negeri, dan isi kandungan ucapan mereka dipandu oleh parti.

2. “tak ada pembahas yang boleh membahaskan secara serius berkenaan ekonomi orang melayu.” Sebabnya ramai yang tak tahu. Manakala sedikit yang tahu tidak mahu mengaku. Yang berani berterus terang mungkin tidak ada can dipilih calon PRU.

3. Ekonomi Melayu hari ini jauh lebih baik daripada sebelum merdeka atau sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sudah lama berubah daripada ekonomi agraria cukup makan (subsistence farming) kepada ekonomi mata wang (monetary economy). Sebilangan orang Melayu berjaya memasuki kelas menengah (middle class) dan segelintir kelas atas (upper class).

Tetapi, kalau dibandingkan dengan orang Cina dan India secara keseluruhan, Melayu (dan Bumiputera lain) tertinggal jauh di belakang.

Malah, sejak Krisis Kewangan Asia 1997/98, jurang pendapatan antara Melayu kaya dengan Melayu miskin dan antara orang Melayu dengan Cina dan India, yang diukur menggunakan pekali gini (gini coefficient), semakin melebar. Hari ini, jurang antara orang kaya dengan miskin di Malaysia hampir sama buruk dengan negara-negara Afrika dan Amerika Latin.

Kalau globalisasi, level playing field (padang permainan yang sama rata) dan meritokrasi diamalkan secara literal, ekonomi orang Melayu akan menjadi lebih buruk kerana ketidakmampuan mereka bersaing akibat kekurangan modal, kelemahan penguasaan bahasa perdagangan dan pilih kasih kaum dalam pasaran buruh swasta.

Tetapi yang paling mengancam ialah sikap orang Melayu yang tidak positif dan kurang keyakinan diri. Saya harap, rujukan pembahas Rosiah kepada “saya hanya pekerja kilang@kuli batak” bukan mencerminkan sikap rendah diri dan kurang keyakinan beliau.

Kita akan jadi kuli kalau mentaliti kita mentaliti kuli. Kita masuk kerja sebagai buruh dan pencen sebagai buruh kalau sikap kita negatif, malas berusaha, tidak bangga dengan pekerjaan dan tidak belajar untuk menjadi pekerja yang profesional dan cekap. Melayu akan jadi kuli dan hamba walaupun dia doktor atau jurutera kalau mentalitinya mentaliti kuli dan hamba.

4. “yang kelihatan jelas dan terang ialah memuji A memuji B terangkat ponggong.”  Puji memuji adalah sebahagian daripada politik dan kelangsungan, lebih-lebih lagilah dalam politik untuk hidup, untuk selamat dan untuk senang-lenang. Puji memuji, mengangkat mengampu adalah budaya negatif dalam politik negara kita, khasnya politik Melayu. Pendirian saya, kita tidak perlu memuji pemimpin apabila mereka membuat kebaikan atau bekerja dengan betul kerana kita memang mengundi mereka untuk membuat kebaikan dan bekerja dengan betul. tetapi kita wajib beri tahu dan kritik kalau mereka buat kesilapan kerana kita tidak mengundi mereka untuk buat kesilapan dan keburukan.

5. “wooooo tak tahu nak cerita agak2 tahun depan ada lagi ke?” Selagi kita mengamalkan demokrasi pilihan raya (electoral democracy), selagi itulah retorik akan menjadi sajian. Terpulanglah kepada kita memakan atau menolak gula dan madu yang dihidangkan. Tetapi ingatlah pesanan nenek moyang kita “mati semut kerana gula.”

Bekas ahli politik Inggeris, Kenneth Robert Livingstone menulis sebuah buku berjudul “If Voting Changed Anything, They'd Abolish It” (kalau pilihan raya mengubah sesuatu, mereka tentu telah menghapuskannya.) Betul juga, kalau pilihan raya menghasilkan sebuah pemerintahan yang unggul (perfect), mengapa perlu kita mengadakan pilihan raya lagi. Malangnya, pilihan raya dan kerajaan adalah ciptaan manusia. Ia tidak lengkap seratus peratus. Wallahualam.

39 comments:

hayamwuruk said...

Saya tertarikh dengan tulisan Dato pasaran kerja swasta, kerana apa iaitu saya melalui secara langsung pengalaman bagaimana anak saya selepas balik dari luar negara terpaksa menganggur dua tahun melalui temuduga demi temuduga disyarikat swasta tanpa dipanggil untuk bekerja. Rata-rata syarikat swasta adalah milik bukan Melayu walaupun akhirnya sebuah syarikat milik luarnegara sudi mengambil untuk bekerja. Bayangkan walaupun dengan kelulusan profesional beliau masih tidak berupaya dengan mudah untuk mendapat pekerjaan bagaiman agaknya anak-anak yang hanya ijazah sastera, pengurusan pejabat dan seumpamanya bersaing sedih rasanya. Sehingga satu peringkat anak saya menyesal balik ke Tanah Melayu ini dimana dua tahun terbiar tanpa sebarang produk hanya mendengar pemimpin negara bercerita dongeng Awang Selampit dan kehebatan Misa Jaeng Kesuma
Saya harap sangat Dato sudi membuat tampalan khusus bagaimana senario graduan menganggur dengarnya seramai 70 ribu orang dan pasaran kerja yang sudah tidak menjanjikan keharmonian negara kita

Lahuma said...

Dato

Puji ampun dan janji.
Biasalah lah .Sudah perkara biasa.

Bukan dalam UMNO saja.
Dalam persidangan Pas pun serupa juga kena lambung dan puji semua Mursyidul Am Pas.
Dalam persidangan Mca pun kena puji juga Mursyidul Am Mca.
Dalam persidangan PKR pun begitulah juga wajib kena bodek dan puji Mursyidul Am Pkr.
Dalam persidangan DAP pun macam itu juga kena puji Mursyidul Am Dap.
Cuma dalam persidangan MIC sampai baling kerusi kerana kurang pujian pada Mursyidul Am mereka.
Begitulah pengisian persidangan politik kita.

UMNO pun tidak ketinggalan.Kena juga puji dan bodek Mursyidul Am UMNO.

Itulah cara kalau nak selamat dan kalau nak hidup lama.

Dikilang pun serupa juga kalau asyik lawan tauke alamatlah angkat kaki.

Oleh itu kita jangalah pilih jadi kuli atau pembodek.

Kita kena pilih jadi bos atau orang atas pentas supaya kita di bodek dan dipuji.

Berusahalah supaya kita jadi bos yang tak perlu dibodek.

Sebab itu PRU 13 nanti kita kena tengok calon dulu.Bukan lagi pada parti.

Kita sudah tahu semuanya kaki pembodek dan kaki pemuji kerana urusan poket dan perut sendiri dan kumpulan.

Sekarang semua janji.Rakyat adalah raja dan paling berkuasa kononnya.

Itulah agenda hidup.

Terima kasih.

ab said...

Salam Dato',



Dua perkara terpenting dalam hidup saya minggu ini.



1.Perhimpunan melayu terbesar di Malaysia masih ada dan saya harap akan terus ada setiap tahun, macam macam perkara dibahas,hirok pikok OK la tu....TETAPI terpenting ialah populasi melayu diluar dewan dalam 16-17 juta orang.



WALAUPUN melayu lemah,pastikan kesatuan melayu kekal dan bertahan kekal,kerana kesatuan orang melayu sangat penting untuk keturunan melayu akan datang...who knows,the next,next,next and next malay generations are cleverer than us and the malays before us.



YANG KEDUA ialah saya sungguh terharu dengan sedikit bayangan(image) KEGEMBIRAAN orang orang palestine selepas UNDIAN di PBB menyokong ENTITY OF PALESTINE AS A NATION..


Dulu kala ada `negeri/negara palestine'..lepas itu punah dan hilang entah pi kemana.


Bila dan macam mana `negara/ negeri' palestine yang asal punah
dan lingkup pun tak begitu jelas.


YANG JELAS ialah generasi ke `entah keberapa' keturunan orang palestine ni kelihatan gembira betul,walaupun masih belum ada permukaan bumi dan sempadan untuk negara/negeri palestine terkini.



Begitu lah nilai sebuah negara kepada satu populasi yang TELAH kehilangan negaranya yang terkenal sungguh dulu kala,sehingga melahirkan ramai rasul dan nabi..lepas tu negara itu lingkup,punah dan `hilang' macam tu saja...



OOII MELAYU MELAYU, hampa tak nampak ka apa yang terserlah ini?.

OOII MELAYU MELAYU, hargai dan sayanglah negara ini.!


Abu Bakar Ab Rahman

abdullahngah said...

Macam mana nak bahas mengenai ekonomi orang melayu, sedangkan masing masing punya kepentingan peribadi mengatasi segala galanya.

Lihat saja lebuhraya pantai timur, menteri besar, exco dan wakil rakyat semua dapat tender.Lepas itu jual kepada tauke tauke.

Pakat baham duit tak ada masa nak bahas pasal ekonomi orang.

Dahlah harga asalnya RM10 juta satu kilometer.Naik jadi RM14 juta satu kilometer. Lepas itu naik lagi jadi RM17 juta stu kilometer.

Sekarang ini naik lagi jadi RM24 juta satu kilometer.

Kos asal RM2.6 bilion, naik RM3.7 bilion. Kini naik jadi RM5 bilion.

Atas sebab itulah tiada perwakilan umno yang bahas pasal ekonomi orang, kerana mereka sudah habis masa untuk baham harta benda kerajaan.

Ini apa yang berlaku di Terengganu, mustahil tak berlaku di lain lain negeri.

A KADIR JASIN said...

To anonymous that requested the use of articles in this blog, you are welcomed. Please no the following message at the very top of this blog:

"Thank you for responding to this Weblog (blog). We wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants. In the spirit of camaraderie of the blogsphere, interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this weblog WITH THE CONDITION that they are credited to akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com to avoid misunderstanding.Thank you.

Thank you.

Unknown said...

Salam dato yang dikasihi selamat pulang ketanah air setelah menziarahi cucu2 yang dikasihi saya dan dato sama sayang kat cucu2 tapi cucu saya juga berada diluar negara belum ada kemampuan untuk menziarahi mereka namun saya yakin dengan rezeki ALLAH pasti saya mampu menziarahi cucu2 saya la itu celoteh saya dato.Ia dato menulis dengan baik sekali mengupas eokonomi dan budaya dikalangan orang2 melayu dan bukan melayu yang membezakan melayu dengan bukan melayu ialah mudah sahaja kerana orang melayu masih suka guna jari telunjuk sedangkan bukan melayu sedia bertarung dan merebut apa sahaja peluang yang ada sedangkan kita masih tercari-cari identiti siapa kita kemudian menuding jari KERAJAAN salah pihak PEMBAKANG salah jadi tak ada yang betul sedangkan yang bukan melayu telah mengaut keuntungan yang sudah sedia terhidang.....orang melayu juga yang iri hati apabila ada anak melayu berani membeli MAS syarikat kapalterbang milik negara tapi bila dia bankraf kerana MAS ada ke tidak yang ambil tahu....sekarang ini orang melayu juga yang marah2 bila ada anak melayu membeli syarikat gula dan tepung dan sedang buat kajian nak beli KTM...ini la sifat2 yang ada pada kita orang2 melayu...budaya kerja pun sudah berbeza apa lagi budaya berfikir..dato kalau kita naik komuter saya melihat anak2 melayu menggunakan TAB untuk main game tapi bukan melayu untuk cari ilmu.. dato kita kena faham2 la orang melayu sebok nya politik memang sebok sakan tapi isi nya kurang...lain kali saya cuba ulas lagi cerita dato terima kasih kerana memberi perhatian terhadap tulisan saya...wassalam..

usabukata said...

Dato,

pengundi bukan hanya peneroka felda dan ahli keluarga serta keturunannya sahaja. ramai lagi pengundi atau bakal pengundi yang perlu umno dekati. orang kampong dan pekerja kilang yang pendapatan mereka tak seberapa kecuali mereka buat dua atau tiga kerja pun perlu didekati dan difahami masalah mereka.

tak habis habis dengan felda, macam mana dengan rakyat yang lain? apa undi mereka tidak penting?

Dato,

selepas tak menang di shah alam parlimen dan dun orang-orang umno tak kelihatan buat sesuatu untuk menang semula. mereka hanya syok sendiri dengan program dikalangan mereka. dah dekat pru barulah kononnya nak jumpa rakyat. tol batu tiga dan tol sungai rasau tak boleh nak buat apa-apa pun. kat kuala lumpur dah berapa tol di hapuskan? kat shah alam kawasan melayu tiada siapa boleh buat keputusan. kat sini saya nak buat cabaran kepada mereka untuk hapuskan tol batu tiga dan sungai rasau

usabukata

ab said...

Salam Dato'


Saudara/i hayamwuruk,



Kisah saya terbalik dari cerita anda itu. Anak saya belajar disekolah kebangsaan didalam negeri. Nasib baik dapat keuniversiti tempatan,dia ditemuduga didalam dan luar negeri selepas peperiksaan akhir.



GLC kerajaan reject permohonan dia, TETAPI 3 syarikat swasta ( dua dalam negeri dan satu luar negeri) TERIMA dia pada hari temuduga itu juga! walhal keputusan akhir TAK DAPAT lagi pun....3 temuduga dalam 5 hari,seminggu selepas permohonan dihantar melalui online saja.


Anak saya pilih bekerja diluar negeri, hanya seorang dia sahaja melayu dikalangan lebih sedozen mat salleh!..


Saya merantau dari kecil dan saya menggalakan dia merantau juga untuk kebaikan kehidupan dia dan rezeki yang lebih baik.....



YANG PELIK ialah...GLC dalam negeri itu pilih ramai coursemates (ramai) anak saya dengan `pointers' dibawah 3.2 dari 4.0. Yang tinggi points ramai kena reject,hampir semuanya dari sekolah kebangsaan pulak tu!



Apa hai ni?,graduan yang YANG TINGGI PUNYA POINTs dia orang reject ramai ramai!...apa laaa punya GLC ni?.



GLC TAK MAU PEKERJA sekolah kebangsaan ka ni?..APA PASAI INTERNATIONAL COMPANY,kompeni mat salleh terima dia.... jumaat kelmarin, bos dia tanya ada lagi tak lagi rakan rakan dia yang mahu bekerja dengan syarikat itu!.


Kompeni tu kat newcastle UK.


Abu Bakar Ab Rahman



usabukata said...

Dato,

masih ada pemimpin umno yng fikir hanya dia saja yang layak menjadi wakil rakyat.

kat segamat ada adun yang entah sudah berapa penggal menjadi adun masih tak ada rasa nak undur. harap harap kali ni bukan dia lagi. ramai lagi orang kat malaysia ni. harap-harap bukan ahli keluarga dia pulak. harap-harap dia tak duduk kat rumah je nanti.

kat muar ada seorang bekas adun yang tidak tercalon pada pru yang lepas dengar khabar masih nak melobi untuk pencalonan pru akan datang. masa pru lepas apabila dia tak tercalon dia pegi bercuti ke indon.

usabukata

sy said...

salam hormat dato'

hasil tulis dato' seperti sekarang ini,dari suatu sudut tidak mungkin kurang relevennya seperti dulu. bedanya kini audien dato'melebar segi geografi dan lain categori pemikiran. sy anggap semua orang yg berinisiatif seperti dato' dan lain blogger/penulis media lain ada berdaya kuasa membentuk pemikiran audien yg bisa di capainya. tak kira apa parti politik pilihannya bagi sy tidak sepenting kesungguhannya utk ikhlas,amanah & jujur pada diri dan perjuangan. dato' tulis, sy baca, sy process maklumat dan akhir sy guna simpulan yg sy putuskan.
pembaca yg suka teliti ,selepas ikuti suatu siri penulisan boleh menilai hasil penulis dan corak fikiran penulis yg harus dihormati.

pada sy,umum ekonomi suatu kaum bergantung pada matlamat hidup jangka singkat, jangka panjang dan lepas mati.misal jika diberi bantuan modal melayu niaga, sy nampak banyak kes gagal kurang 3 tahun.sebahgian dgn fikiran yg betul dan gigih, berjaya hingga satu generasi. Fikiran generasi seterusnya jika masih baik seperti generasi sebelumnya, mungkin bisa kekal berjaya.pola fikiran yg baik betul,tabiat budaya dan kebolehan lawan halangan penting untuk maju. pemimpin perlu bawa kaum/rakyatnya ke wawasan dgn berkesan. utama pada fikiran dan budaya.
rakyat pula perlu pilih pemimipin yg betul utk tujuan itu.
melayu banyak lagi di usaha ,di acu ke arah itu.


tk
sy

fed up said...

Sudah lama dah di PWTC, tak ramai yang pandai bincang hal ekonomi dan pendidikan.

Kali ini, dimana duduknya melayu, pun tidak kedengaran.

Kelab dangdut penuh, ada la.

p/s harga FGVH jatuh, katanya salah pembangkang. Ini lagu perang PRU.

p/s melayu seorang dua jadi tokey gula, pelabuhan dan macam-macam, itu tak bagus sebab yang melayunya di Malaysia ni juta-juta ramainya. P. Ramlee (3 Abdul) tu dengki ke bila kata "ini tidak adil!"?

Fed Up

awangbatuburok said...

Salam Sejahtera,

Dalam sehari dua ini ramai pembahas begitu ghairah bercakap tentang masa depan bangsa Melayu dan kedudukan orang Melayu di tanahair tercinta ini.

Jangan kita lupa bahawa sejarah kemuliaan bangsa Melayu ditanah air kita hanya bermula selepas kedatangan Islam dan kegemilangan bangsa Melayu di Tanah Melayu dicapai apabila pemimpin dan rakyat
kuat berpegang kapada paksi agama yakni agama Islam.

Kemunculan gerombolan Mamak Bendahara dalam pentadbiran Sultan Melaka menjadi permulaan titik hitam dalam pemerintahan ummat Melayu-Islam apabila sikap tamak haloba, mengadu-dumba, fitnah-mengfitnah bermaharaja lela. Pengaruh kumpulan Mamak Bendahara ini begitu kuat menguasai pertubuhan orang-orang Melayu-Islam sehingga hari ini. Ummat Melayu-Islam berpecah-belah dan bersengketa ratusan tahun hasil dari kerja-kerja menghasut hasil warisan kumpulan Mamak Bendahara sehingga hari ini.

Untuk mengembalikan perpaduan ummat Melau-Islam dalam negara kita perlulah kita kembali kapada prinsip pemerintahan yang adil, jauhkan dari sikap tamak haloba dan adu-dumba , fitnah mengfitnah yang ditinggalkan oleh Mamak Bendahara.

Janganlah kita terlalu sibuk menuding jari, menjerit-jerit menyalahkan bangsa lain hinggakan terlupa untuk bermusabah melihat kelemahan diri kita sendiri.

wallahualam.

Unknown said...

Dato',
Setuju bhw org melayu tak cukup kompetetif.kita tgk nanti rncgn appreantice malaysia starring tony fernandeZ nanti. Ramai atau tidak melayu ikut atau terpilih.... Gerak hati dan hepotisis. .. Sikit. ....

Abdul R said...

Usah kata kerajaan, Orang Melayu sendiri pun malas membicarakan hal-ehwal nak martabatkan ekonomi bangsa sendiri.

Tengok surat khabar melayu cukup lah. Tak kiralah Utusan Malaysia ke, Berita Harian ke. Malah Harakah dan Suara Keadilan lagi teruk.

Ada ke yang menyentuh secara mendalam, analisa turun naik saham?Program-program pemodenan perniagaan dan bantuan kewangan dalam bentuk geran atau pinjaman mudah yang dilaksanakan kerajaan persekutuan dan negeri (termasuk negeri pembangkang juga)? Kalau ada pun, sekali-sekala. Seminar dan simposium bisnes yang dapat promosi besar-besaran? Jauh sekali lah.

Juga Radio yang lebih kepada fakta seperti Radio 24. Kalau cerita pasal bola, dari pagi sampai petang. Yang telefon hari-hari drebar teksi. Bukan nak pandang rendah drebar teksi. Tetapi ke mana komuniti bisnes Melayu pergi sekiranya nak cari maklumat berkenaan perniagaan? Bandingkan dengan radio bahasa inggeris BFM 89.9 yang terang-terang kritikal terhadap kerajaan. Pada masa yang sama, banyak juga program-program berkaitan bisnes, malahan yang dijalankan kerajaan dipromosikan di sini.

Sama juga majalah bisnes bahasa melayu. Pengedarannya pun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Yang betul-betul berjaya, itu pun jenis berniaga MLM dan skim cepat kaya.

Jadi, kalau nak persendakan ucapan perwakilan persidangan UMNO, eloklah yang kaki kritik tu sama-sama bantu martabatkan taraf hidup orang Melayu. Yang ada jenis macam Datuk Kadir ni, memang ramai kat Malaysia ni. Tahu cakap masalah je. Penyelesaian semua atas kepala kerajaan.

Abg Is said...

Salam..
Saya pernah jadi kuli,
Habis belajar, jadi kuli di kilang air mineral di Kajang, Selangor. Kerja saya kat situ ialah tengok botol kosong yang lalu ikut mesin, kalau rosak, terus ambil dan buang. Begitulah hari-hari. Otak saya akan pandai tengok botol dan buang yang rosak..tu je yang saya belajar 12 jam sehari ikut shif.
Bila rasa macam 'betul-betul jadi kuli', saya minta sambung belajar. Alhamdulillah, saya dipanggil belajar di Poli. Dari Sijil ke Diploma, habis belajar, berbekal lebihan PTPTN (RM1000) dalam bentuk sijil Simpanan Premium BSN (habis belajar saya jual - tak menang hadiah walaupun sekali), cari lah kerja di sekitar Kota Bharu, bos lama tempat saya buat latihan industri atau prektikal panggil kerja bila dia tahu saya habis belajar, kerja lah saya dengan dia, kerja yang saya minat iaitu bidang perkomputeran, syok kerja walau gaji RM380 + RM20 (elaun minyak).
Di sini saya belajar banyak ilmu, (walau gaji murah berbanding kerja di Kajang), dari ilmu juruteknik hingga ke ilmu pengurusan, panjat siling utk pasang kabel network, potong wayar, dan sebagainya. Tak kisah lah jadi kuli batak, sebab saya nakkan ilmu kerana dalam kepala saya hanya ada satu, ‘bila dah matang dalam selok belok perniagaan, nak buka kedai sendiri’.
Lama-lama kerja, memang bos dah bagi saya urus opisnya sikit-sikit, pendek kata saya ni macam pembantu pengurus lah. Semua pembekal barang kepada kedai bos saya, saya dah kenal rapat dah. Ringkas cerita, saya cari opis utk disewa dan bila dapat saya kemudiannya berhenti kerja, rasa tak cukup lagi ilmu, saya isi boring online kursus anjuran MARA, kursus keusahawanan bawah Skim Usahawan Siswazah (SUS) - tahun 2004 di Hotel Quality, bayar RM250, lain-lain kerajaan support, habis kursus seminggu, saya balik kampung dan mula jalankan perniagaan. Bila nak berniaga, kena ada modal, saya tak ‘pinjam’ dengan mek dan ayah, sebab masa kursus SUS, mereka kata, kalau kita sendiri buat pinjaman, kita akan lebih bertanggungjawab dan berusaha untuk membayarnya, BERUSAHA yang kita mahu (lebih kurang ayatnya). Saya tak buat pun loan dengan skim bawah SUS, tapi buat dengan TEKUN Nasional. Dulu TEKUN tak manjakan siswazah, mula-mula meniaga dia bagi RM3,000, mereka nak test usahawan gamaknya, boleh bayar cepat membuatkan saya ditawar lebih banyak pada loan kedua kali, tapi saya ambil separuh tawaran sebab meniaga ada turun naik.

Meniaga ni, bab urus kewangan memang kena detail dan ambil berat, jangan makan modal. Oleh kerana saya kenal pembekal masa jadi kuli lagi, jadi senang la saya nak dapat kredit dari pembekal. Bayar kena tepat pada masa atau di awalkan (contoh hari ke 25 dah bayar) sebab ada kalanya kita kena ‘ampu’ atau ‘bodek’ pembekal, supaya senang dapat diskaun, setidak-tidaknya hamper pada hari raya dan tahun baru cina bertambah besar dari supplier.

Berniaga, kalau dapat bertahan lebih tiga tahun, ia akan berjaya (kursus SUS), jangan buat hutang panjang (macam loan kereta, ptptn dan sebagainya) lebih dari 40% pendapatan (juga belajar di kursus SUS). Dari tahun 2004 mula berniaga, dari barang sikit dalam kedai kepada banyak. Dari bujang sampai anak dua, dari pakai moto EX5 2nd kepada kereta dan kereta (juga 2nd)- buat apa pakai kereta baru, saya bukan ke KL tiap-tiap minggu. Jarak kedai saya denga rumah 6km je. Naik moto, minyak RM5 seminggu. Bawa kereta masa nak angkut barang-barang dari KB – Tumpat.

Berniaga dan ibadat kena letak sama-sama, ambil untung berpada-pada dan buat kebajikan masa berurusniaga (tak sembelih pelanggan), untung dapat, pahala dapat (SUS dan bos lama ajar).

Panjang saya bercerita, dan ia memang panjang lagi. Mungkin saya kena tulis pengalaman saya dalam blog bila ada masa lapang. Oh, saya tak cerita lagi bab saya di awal-awal perniagaan, edar Brochures atau sakelar di masjid-masjid waktu pagi sebelum solat Jumaat, pasar minggu dan tempat ceramah politik sampai hampir di halau sebab petugas tpt ceramah ingat saya edar propaganda pihak lawan!

Abg Is said...

- sambungan -
Bila rakan-rakan yang habis belajar merungut tiada kerja dan perlu merantau, saya bagi mereka idea, bertani (Pertaniah adalah Perniagaan – motto zaman tun Pak Lah), Tebu, ayam, puyuh, itik telur, padi, sayur, cili, rumput, ubi kayu semua ada permintaan. Kena tengok rencana Agrotek di TV1 – baru idea ada. Utk pengatahuan rakan-rakan, pesawah padi zaman Najib razak ni boleh cecah gaji guru dalam sebulan! Bayangkan, RM35,000 semusim (6 bulan), tolak hutang benih, baja, racun dan vitamin padi, tolak upah pembajak dan jentuai (ada subsidi sebenarnya), RM 15,000. Total 35,000-15,000 bahagi 6 bulan, zaman sekarang mana ada pesawah tanam satu relong, sekarang tanam berpuluh relong seorang dan masih ada relong-relong sawah terbiar.

Dan saya bersyukur kepada Tuhan atas pengalaman dan apa yang saya capai.
Ok.., harap puluh-puluh ribu siswazah yang masih tercari-cari kerja, moga-moga dapat idea dari kisah saya dan kisah orang keliling saya ini.
Waullahu ‘alam

Nota : Bila dah berjaya, ada yang nk jadikan menantu, ada yang nak jadikan kita adik ipar.

Mat keluang said...

Dato.
Mesyuarat Perwakilan Agong UMNO,merupakan satu pesta bagi ahli ahli UMNO.Mereka datang mendengar amanat President,membahas resolusi dan hampir kesemua perwakilan yang beruchap membuat ceita kelakar.

Setahu saya tidak ada satu resolusi yang di setujui di ambil seriousmoleh pegawai Kerajaan yang hadhir kechuali di arahkan oleh Menteri.

Malangnya gejala ini berlaku sejak Tun Mahathir menjadi President UMNO ,ia tidak ambil kesah apa yangnorang UMNO bicara kerana ia berasa,dia lah yang lebeh pandai.Keadaan ini idak berlaku. Semasa Tun Hussein menjadi Presient U!MNO.

Hanya satu sahaja desakan oleh Pewakilan UMNO yang dilaksanakan oleh Musa Hitam,bila ia memerentahkan di serang kumpulan Ibrahim Libya di mamali.saya tahu sunggohpun ini tidak disetujui oleh Tun.


Perhimpunan Agong UMNO merupakan pesta tahunan,dimana ketua bahagian,Pak Menteri,Menteri Besar,Timbalan Menteri mengambil kesempatan ini menghiburkan ahli ahli UMNO dengan Jamuan resmi,jamuan di coffee house,memberi hadiah dan wang sagu hati dan sabagainya.

Tahun ini semua perwakilan UMNO memberi pengakuan akan patoh kapada puchok pimpinan parti dalam menghadapi pilehan Raya.Saya rasa tidak sampai seminggu,semua ini akan lupa dan bila pilehan raya datang mari kita lihat,apa yang terjadi kapada orang yang tidak dapat calum.

Unknown said...

Salam pak dato Salam hormat semoga kita tetap kekal sebagai hamba ALLAH yang taksub kepada peraturan nya kerana kita tidak kemana pasti akan kesana jua kita akan wariskan kepada warisam kita ialah ilmu yang memberi menfaat kepada anak2 dan cucu2 kita semua.Apakah dato ada meneliti kenyataan YB dato sri naib presiden umno merangkap menteri pertahanan yang dalam kenyataan nya dia akan menjawab segala apa yang dikatakan oleh carpetman sebagai tuduhan melulu namun tak berlaku yang berlaku hanyalah kata2 pujian sahaja begitu juga dengan YB menteri dalam negeri tidak juga menjawab persoalan mantan KPN beliau juga mengambil pendekatan seperti rakan nya juga...patutlah mereka dipanggil oleh presiden sebagai 3 ekor....dato yang dikasihi ampu ini sudah menjadi budaya didalam masyarakat kita setiap acara apa pun tak kira parti apa yang pasti kata2 aluan menjurus kepada ampu untuk tetamu kehormat nya...dato bekas kakitangan swasta lebih faham dimana ampu2 tak main la mahu lebih bonus kerja kuat la itu sebab nya dalam laporan tahunan setiap kakitangan nya mesti ada sebab mengapa dia perlu dapat cemerlang begitu juga kalau merit dia rendah kenapa merit dia rendah pihak komiti yang mengendalikan bertindak adil tanpa ada ampu2. Kalau kita nak maju dan berjaya tingkat budaya berfikiran terbuka amalkan konsep kejayaan melalui pengorbanan...sekian dato ada masa kita berbahas lagi...WASSALM...

Ibni Ismail said...

Dato,

Puji, ampu dan janji ini diamalkan bukan sahaja oleh umno tetapi juga pas, pkr, dap, mca, mic dll.. Ini mentaliti ahli politik kita. Saya sebenar amat menyampah dengan ahli politik sebegini tetapi dalam masa yang sama saya enggan dan tidak sanggup untuk jadi ahli politik.

Saya sudah selesa dengan kehidupan saya yang mana saya rasa jauh lebih selesa dari ahli politik yang saya menyampah tu.. jadinya, saya akui yang saya termasuk dalam golongan yg hanya mementingkan diri sendiri.. hentam ahli politik tapi tiada kemahuan untuk ceburi politik.

Selain puji dan ampu, umno mengamalkan sikap menakut nakutkan org melayu. Ini pada saya satu penghinaan kepada bangsa melayu.

Apa yg kita nak takutkan?

Nak kata takut harta kekayaan kita dirampas oleh bangsa lain, cina khususnya.. kaya ke bangsa kita ni!! Ada ke kita tanah atau harta benda kita yg hendak dirampas!!

Nak kata kita takut terjadi sekali lagi 13 mei.. apa yang kita nak takut jika wasiat raja melayu dah tinggalkan askar melayu diraja untuk menjaga keselamatan kita!! Orang yg pendek akal sahaja akan percaya yang bangsa lain khusus nya cina akan bunuh kita.. ini taktik lama yang dah patut di muziumkan..

Nak kata kita takut ber perdana menterikan orang bukan melayu.. apa nak ditakutkan jika kita ada raja raja melayu yang akan menjadi DYMM SPB YDP Agung!! takut ber erti kita tidak percaya pada raja kita.. itu derhaka namanya..

Kita juga tidak perlu takut kerana UMNO melalui SPR dah susun atur agar kerusi parlimen ini majoritinya tetap akan dikuasai oleh orang melayu melainkan orang melayu dikawasan yg mereka adalah majoriti tetap memilih bukan melayu sebagai ahli parlimen. Jika ini terjadi, apa nak ditakutkan kerana ini adalah pilihan umat melayu.

Cukup cukup lah tanamkan perasaan takut pada bangsa kita. Kita ini bangsa yang gagah yang akan hidup dimana saja kita dicampak.

wankamarul701 said...

Mengenai persidangan agung umno baru2 ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah Presien mengumumkan had pinjaman AIM iaitu tempat saya bekerja dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM100,000. Sememangnya Kerajaan dari dulu lagi sentiasa memberi bantuan untuk menaikkan taraf ekonomi orang Melayu. Kita sahaja yang buta hari dengan budi baik Kerajaan.

Prince of Noob said...

saya ada satu masalah dengan sistem demokrasi di malaysia ni. kita tidak boleh pilih sendiri perdana menteri kita tak seperti di us, rakyat diberi kuasa pilih presiden, yang kita boleh pilih hanya partinya. perdana menteri yg dilantik adalah ketua parti yg menang pilihanraya. yg pilih ketua tu adalah ahli2 parti, bukannya rakyat. dan apabila ketua dilantik oleh ahli parti, maka disitulah timbulnya puji, ampu dan janji yang bermacam2. dan jawatan presiden pula parti haram dicabar, so selagi presiden parti tak sedar diri tak mo undur, selagi tula pencacai2 ni akan mengampu dan selagi tu la dia akan jadi presiden.

http://buasirotak.blogspot.com/

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Bagi sayalah, PAU 2012 kalini memang hebat. Juga keyakinan penuh YAB Dato’Seri Presiden menang 2/3 majoriti pada PRU13 nanti menaikkan semangat para perwakilan dan ahli UMNO. Cumanya, beliau sangat terkilan dgn para’musang berbulu ayam’ atau pensabotaj parti. Tan Sri Timb. Presiden pun mengungkitkan perkara yg sama. Tun Mahathir juga berfikiran begitu. Begitu juga para perwakilan dan ahli UMNO.

Walaupun saya tidak berdarjat, tapi saya juga sependapat dgn Tun, Dato’ Seri dan juga Tan Sri. Juga bagi sayalah, eloklah kita kenal pasti ‘musang-musang’ tersebut secepat mungkin. Buat perangkap, tangkap, sebarkan, hukum dan pecat. Tak guna punya manusia. Sekian TQ.

Lahuma said...

Dato.

Dari segi teorinya memang nampak SAMA RATA SAMA RASA.
Tapi,
Bila di peringkat perlaksanaan sudah jadi lain.

Sama rata tapi tak sama rasa.

Inilah puncanya yang rakyat menjadi cacing panas.

Lebih parah bila orang politik sendiri jadi batu api dikalangan rakyat.

Setiap hari hari batu api melantun hasil ciptaan orang politik.

Begitulah bijaknya orang politik.

Rakyat kena pastikan batu api ciptaan orang politik tidak menjahanamkan kita.

Terima kasih.

azman said...

Assalamualaikum, pak Kadir

Allah adalah pencipta alam ini dan dialah mencipta manusia dan berfirman"Tidak aku ciptakan Manusia selain untuk beribadat kepada Ku"..apa maksudnya tu?.

Bukankah disebabkan itu kita bekerja bermati matian hanya untuk mendapt keredhoan Allah jua?.

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Dato’ di Zurich ke melawat cucu? Saya baru balik dari Brussels. Sejuk sangat rasanya tapi salji tiada lagi. Rasanya, Zurich dah mula ada salji.

Saya nak update Dato’ tentang kamera AES. Kerajaan Selangor dah mengotakan janjinya dgn mencabut satu kamera AES dekat SKVE. Terus terang saya katakan, walaupun saya tak suka kerajaan Selangor sekarang, tapi saya cukup suka bila mereka mencabut AES. Sebabnya, ia masih tak sesuai di Negara kita.

KP JPJ kata kajian dilakukan di Negara maju. Tapi dia lupa yg Negara maju, system pengangkutan awam dan keretapinya begitu cekap sampai kalau tiada kereta pun boleh pergi kemana-mana dan Metro mereka, setiap 2 minit satu. Lepastu, dia beri alasan utk mengurangkan kemalangan maut. Masalahnya, yg banyak mati accident adalah penunggang motosikal dan di jalan persekutuan BUKANNYA di highway. Itulah masalahnya, bila tak reti nak buat study tapi nak buat juga. Dahlah membazir, menyusahkan ramai orang pulak sampai beratas ribu saman dikeluarkan dalam beberapa bulan.

Akhir kata, sayani, kalau betul saya sokong. Tapi kalau keputusan yg bodoh dibuat seperti kamera AES, saya juga menyampah dan tak sokong. Ini menunjukkan tiada langsung sifat Assobiyah serta ABC (ampu, bodek dan cucuk). Diharap kerajaan UMNO BN lebih berhati-hati terutamanya PRU13 dah dekat sangat dah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekian TQ.

Unknown said...

Salam Dakj

Cantik bebeno ulasan sdr Azman tu

Unknown said...

Dato' AKJ

Do Malays and Islam will survive in Pakatan government?

I love to read your opinion and analysis about this.

Thank you.

Unknown said...

Salam Dakj dan pembahas semua.

Apakah kaitan puji dan ampu dgn sejarah kejatuhan raja Farouk di Masir, Shah Iran, raja2 di Perancis, mantan presiden Mubarak, Suharto dan Marcos?

Kalau raja dan pemerintah berkenaan adil dan mesra rakyat, kenapa mereka turun tahta atau kuasa dgn cara yg hina?

Berapa ramai raja dan pemerintah yg mau belajar daripada sejarah? Mereka lupa bahawa, apabila perbuatan zalim mereka pd rakyat sudah melampau2 maka rakyat akan marah dan akhirnya jawatan mereka akan hilang.

Melihat pd banyaknya pengampu di PAU minggu lalu boleh mempercepatkan rasa kebencian rakyat.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Din Melaka, antara lain menulis: "Apakah kaitan puji dan ampu dgn sejarah kejatuhan raja Farouk di Masir, Shah Iran, raja2 di Perancis, mantan presiden Mubarak, Suharto dan Marcos?"

1. Mereka semuanya diktator. Mereka bukan pilihan rakyat. Tentu ramai kaki ampu. Tetapi mereka sebenarnya tidak perlukan ampuan dan pujian kerana kuasa sebenar mereka adalah tentera.

2. Silap kita bandingkan diktator dengan pemimpin yang kita sendiri pilih. Tapi ramai orang kita keliru. Mereka puji, puja dan ampu sampai pemimpin yang dipilih itu rasa diri dia terlalu kuat dan popular hingga dia menjadi macam diktator (dictatorial).

3. Dalam demokrasi pilihan raya, kita puji dan iktiraf seseorang pemimpin apabila kita beri undi kepadanya.

4. Lepas kita beri undi kepadanya, adalah kewajipan beliau melakukan yang terbaik dan terpuji. Kalau nak puji boleh, tapi sebenarnya tak perlu.

5. Akan tetapi kalau beliau tidak buat yang terbaik, sebaliknya buat yang buruk, adalah jewajipan kita mengegur dan kalau beliau tidak ambil kisah, adalah menjadi hak kita menarik balik sokongan dan apabila pilihan raya diadakan, kita tidak undi beliau lagi.

6. Yang puji, ampu, kipas dan angkat membuta-tuli itulah pada pandangan saya sesungguhnya musang berbulu ayam kerana mereka cuba mendapatkan sesuatu dengar menyamar dan berpura-pura. Mereka puji, ampu, kipas dan angkat walaupun pihak kesayangan mereka itu melakukan pelbagai kesilapan dan keburukan.

Wallahualam.

A KADIR JASIN said...

Sdr OKJ, terima kasih atas maklumat.

1. Mula-mula saya di Australia tengok anak perempuan yang belajar di sana. Dia tak balik cuti musim penas sebab dia kerja sambilan di kedai makan milik orang Malaysia (Melayu). Untuk makluman OKJ, dia ajk Kelab Umno pekan dia belajar.

2. Sekarang di Zurich tengok cucu, anak dan menantu yang menetap di sini. Tapi tujuan lebih utama kali ini ialah hadiri graduasi anak jantan tunggal saya. Dia buat MBA di IMD, Lausanne. Pasal dia belanja duit sendiri (dia gadai rumah dia dan dapat bantuan IMD), saya kena tunjuk penghargaan dan sokongan.

3. Macam mana hebat pun kita, peninggalan kita yang abadi adalah anak-anak yang baik dan berbakti serta ilmu dan sedekah. Jadi kita cubalah didik anak-anak kita sebaik mungkin.

4. Berkenaan AES, saya kata gunalah sistem apapun tak akan berkesan selagi pengguna jalan raya kita bodoh, bebal dan tidak berdisiplin.
OKJ dah jelajah dunia dan dah tengok dan memandu di negara maju.

5. Dah macam-macam sistem diadakan. Yang untung pembekal. Daripada lampu merah dan siren bila lori dan bas lepasi had laju kepada kamera di simpang jalan, saman kepala dan ekor, semuanya tak banyak bawa kebaikan.

6. AES pun sama tapi lebih teruk dan tak bermoral kerana diswastakan. Kita tidak boleh dan tidak patut swastakan law and order. Wallahualam.

langitbiru said...

“Akhir kata, sayani, kalau betul saya sokong. Tapi kalau keputusan yg bodoh dibuat seperti kamera AES, saya juga menyampah dan tak sokong. Ini menunjukkan tiada langsung sifat Assobiyah serta ABC (ampu, bodek dan cucuk)”. OKJ.

Assalamualaikum Dato’ dan para pelayar sekelian.

Ulasan Sdr OKJ tu dah cukup dan mencukupi, tak perlu saya tokok tambah bahawasanya AES itu tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.

Juga ulasan Dato’ AKJ, “6. AES pun sama tapi lebih teruk dan tak bermoral kerana diswastakan. Kita tidak boleh dan tidak patut swastakan law and order.” Sangat-sangat tepat. Mengapa diswastakan? Sangat tidak bermoral.

Apapun, saya kurang arif samada menentang AES ini sebagai bukti tiada sifat Assobiyyah.

Andaikata tujuan AES dilaksanakan dan diswastakan pelaksanaannya demi merompak secara sah duit rakyat, maka menentangnya adalah menentang kezaliman pemerintah, benarlah tiada sifat Assobiyyah.

Andaikata tujuan AES itu benar-benar ikhlas untuk mengurangkan kemalangan jalanraya tanpa ada sebarang niat langsung untuk kepentingan diri dan pihak-pihak tertentu, maka menentangnya adalah salah, walaupun hujah kita benar, dan ini tiada kena mengena dengan Assobiyyah.

Assobiyyah ni cukup mudah nak faham, kalau kaum keluarga, suku sakat, kaum dan bangsa sesuatu kaum buat salah tapi pihak berkuasa yang satu bakul dengan depa tu pejam mata, bahkan mempertahankan kesalahan mereka itulah dipanggil Assobiyyah.

Kalau orang lain,kaum lain, bangsa lain buat salah yang sama, dihukum seberat-beratnya.


USUL EKONOMI pun mungkin ada kena mengena dengan Assobiyyah juga.


Bacalah Utusan Malaysia, surat khabar perutusan UMNO kepada rakyat Malaysia, tajuk muka 19, Utusan Malaysia, 30 November: “Petronas sudah luluskan royalti”.

Apakah itu sebagai respon kepada NGO “R”? Jangan lupa, jangan buat pekak badak dan buta ayam jantan, Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke 5, sendiri turun padang dan menandatangani tanda sokongan kepada Kerajaan Kelantan menuntut Royalti minyak Petronas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas menjelaskan: “Petronas sedia maklum bahawa syarikat ini tidak pernah berhutang dan telah melunaskan pembayaran royalti kepada semua negeri dan kerajaan persekutuan mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kepada kerajaan persekutuan. Terpulanglah kepada kerajaan persekutuan untuk membuat agihan itu sama da dalam bentuk royalti atau wang ihsan.”

MAKNANYA, semua bayaran royalty 5 % (kepada Kerajaan Kelantan) telah dan sudah dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan, BUKANNYA kepada Kerajaan Kelantan.

Ini BERMAKNA, Kerajaan persekutuan tidak menyampaikan pembayaran itu kepada kerajaan negeri Kelantan, tidak juga memasukkan ke dalam Akaun Wang Yang diSatukan Kerajaan Persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957 serta membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak akta yang sama.

Kalau Sdr OKJ menentang tindakan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh parti UMNO, parti OKJ, kerana menafikan hak rakyat Kelantan, HANYA semata-mata Kelantan ditadbir oleh PAS (bukan UMNO), maka itu sah satu bukti yang terang dan nyata “tiada langsung sifat Assobiyah serta ABC (ampu, bodek dan cucuk)”.

Bagi mereka yang memakan hak rakyat Kelantan royalty 5% minyak ini, mereka adalah tersangat sangat zalim dan tidak bermoral.

Di akhirat nanti, di hadapan pengadilan Yang Maha Adil, mereka terpaksa mencari dan berjumpa dengan setiap rakyat Kelantan memohon maaf. Apakah mereka tidak sedar dan takut ancaman Allah swt bagi pemimpin yang memakan hak rakyat mereka?

YA, kalau Sdr OKJ rakyat Kelantan, tentu saja akan memaafkan mereka di dunia ini, kerana mereka (UMNO) parti OKJ. ITULAH ASSOBIYYAH NAMANYA.

Unknown said...

Salam Dakj danpembahas semua

Jangan silap. Saya dan rasanya ramai lagi bersetuju dgn mana2 pihak berkuasa yg hendakkan kebaikan kepada rakyat termasuklah dalam menjaga keselamatan di jalan raya.

Yang saya benci dan sakit hati bila dua kroni dikayakan atas nama konon keselamatan jalan raya.

Sudah banyak contoh rakyat di rugikan dalam kes2 serupa spt TNB vs PENJANA TENAGA BEBAS, SYABAS vs RAKYAT SELANGOR dan PEMEGANG KONSESI vs RAKYAT MALAYSIA.

KalauUMNOBN dah jemu jadi kerajaan sebab semua kerja nak serah pd swasta, saya cadang mereka ditukar dgn kerajaan lain.

Tapi selagi ramai rakyatsuka jadi pengampu jangan harap kerajaan zalim boleh tumbang.

Padaaaan muka.

Unknown said...

Salam dato untuk tajuk ini adalah perbahasan yang akhir ( Final ) AES> Ampu.......Ego.....Scrap, Semasa saya diperth pemandu disana cukup tinggi disiplin nya jalan lebar macam mana pun semasa ada orang melintas kenderaan laju macam mana sekalipun berhenti untuk memberi ruang kepada pejalan kaki melintas,,,,adakah kita ada sikap macam ini, Itu sebab nya kita kat sini kalau ampu nombor wahid..Ego pun wahid juga...Scrap juga wahid..jadi tepuk dada tanya akal apa jawab akal itu la yang kita dapat..

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Saya tertanya-tanya, apa relevan Najib mengingatkan kekalahan Mitt Romney kepada Barrack Obama di PAU2012 baru-baru ini.

Apakah mungkin Najib melihat persaingan dan pertarungan hebat Obama-Romney seperti persaingan dan pertarungan beliau, Najib dengan ketua pembangkang, Anwar?

Namun, saya melihat persaingan Obama-Romney jauh sekali kalau nak dibandingkan atau disamakan persaingan Najib-Anwar.

Obama penyandang Presiden, sanggup berdebat dan berkempen di seluruh pelusuk Amerika secara terbuka dan bebas, tanpa menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden Amerika untuk menyekat/sabotaj kempen Romney.

Apakah Najib lakukan menghadapi Anwar sebagaimana Obama lakukan menghadapi Romney?

Oh ya. Ada perwakilan UMNO menyamakan Anwar seperti ayam jantan buta. Hiruk pikuk gegak gempita dewan dengan gelak ketawa yang kuat. TAPI itu sebenarnya lagak seorang yang ‘penakut’, hanya berani di gelanggang sendiri, di hadapan penyokong sendiri, takut untuk berdebat bukan saja di Parlimen, jauh sekali di hadapan rakyat secara terbuka sebagaimana Obama-Romney lakukan.

JADI Najib, tak payahlah nak ingatkan delegasi tentang kekalahan Romney kerana sebahagian besar perwakilan UMNO itu tak tahu apa yang diperdebatkan di antara Obama-Romney.

Nak tengok Najib berdebat dengan Anwar pasal ekonomi? MUSTAHIL berlaku.

Baca dan tengok sajalah jawapan Najib bila ditanya isu scandal RM40 juta Musa Aman Sabah. Katanya, pembangkang pun menerima sumbangan derma juga, apa salahnya UMNO terima sumbangan? Nampak sangat tak menjawab soalan??

Saya fikir, Najib sedang menghitung hari, hari terakhir baginya dan UMNO di persada Putrajaya!!!

OKJ said...

Salam DAKJ

RALAT

Dengan in saya OKJ meminta beribu ampun dan maaf kepada Dato’ dan seluruh pembaca blog Dato’ kerana mengatakan kamera AES di SKVE telah dicabut. YB Menteri Besar Selangor hari ini melalui lidah Malaysiakini telah memutuskan tidak akan mencabut kamera AES di Selangor tetapi akan menyarungkan kamera-kamera AES di Selangor beberapa hari lagi. Sekian terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj dan semua

SPRM dan Peguam Negara nak adakan kursus pada ahli parlimen supaya tak rasuah.

Lawak bodoh nampak.

Yang rakyat mau ialah SPRM dan Peguam Negara yg setelah dilantik, mereka bebas dan olehbyg demikian tidak boleh dibuang oleh Perdana Menteri seorang diri tanpa persetujuan Agong dan parlimen. UMNOBN ada berani ke?

A KADIR JASIN said...

1. Sdr OKJ, ambil maklum.

2. Tak kiralah apa yang kerajaan BN atau PR buat dengan AES, saya, sebagai pembayar saman lalu lintas tetap dan setia, tetap kata penswastaan undang-undang dan peraturan adalah tak bermoral.

3. Kita lihat bagaimana penswastaan penjara di Amerika menjadikan jenayah satu industri.

4. Akan tetapi, kalau JPJ ambil alih AES dan bayar apa yang pemegang konsesi AES dah belanja, saya bersedia beri second chance kepada sistem itu.

5. Tapi kalau tiap RM300 kita bayar kerana pandu lebih had di atas Lebuh Raya Utara-Selatan yang bertaraf dunua, RM16 atau RM17 masuk poket pemenang konsesi, saya akan tentang AES atas dasar immorality.

6. Saya yakin ramai akan fikir hal-hal macam ini, termasuk OKJ, apabila memasuki bilik mengundi pada PRU akan datang.

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj dan semua

Kakitangan awam dilarang buat kenyataan media kecuali dgn izin menteri atau kalau kenyataan tu ada unsur mengampu.

Cerah masa depan ketua pengarah JPJ bila tolong berhujah bagi pihak kerajaan zalim dgn berkata " AES, bawa ke mahkamah kalau tak setuju, jangan robohkan"

Kalau UMNOBN terus berkuasa org begini calun jadi Ketua Setiausaha Kementerian Pengankutan. Tapi belun tentu sebab pegawai PTD dari spisies pengampu pun ramai dan semakin cangih2.

Bagaimanapun maaf ye. Kalau nak jadi Ketua Setiausaha Negara , pegawai PTD tu mesti seorang mamak.

Maklumlah pada zaman Najib Melayu dan mamak telah dianggap sama dan orang Melayu hemdaklah faham bahawa yg namanya mamak, tentu lebih baik dari Melayu seluruh Malaysia.

Kalau begini pemimpin UMNO berfikir, jangan terkejut satu hari nanti bekas pendatang haram jadi perdana menteri.

Semangat Melayu, kalau tak bermula dgn pemimpin dan ahli UMNO, lebih baik berhenti mendabik dada sebagai pejuang Melayu.

ab said...


salam Dato,


Saudara Din Melaka,

Saudara ni pejuang melayu ka?
maaf la ya,saya nak tau saja.


Abu Bakar Ab Rahman

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).