About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).

Monday, December 31, 2012

Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

KALAU kita dengar dan percaya kepada perangkaan, sama ada awam atau swasta, ekonomi kita tidaklah seteruk Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) kita tahun ini dianggarkan 5% berbanding AS sebanyak 1.5% dan Zon Euro dalam 0.3%. Tapi pertumbuhan ekonomi kita lebih rendah daripada China, India, Indonesia dan banyak lagi negara di rantau ini.

Bukan sahaja pertumbuhan ekonomi kita tidak lagi sepesat sebelum Krisis Kewangan Asia 1997/98, malah telah mengalami beberapa krisis kecil selepas itu. Sejak krisis 1997/98, KDNK kita berkembang di bawah paras 5% sedangkan kita memerlukan pertumbuhan purata 7% setahun dari awal 1990-an hingga tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju.
  
Jurang Ekonomi Melebar Semula

Seperti saya nyatakan dalam ruangan Kunta Kinte Original, Berita Harian 28 Disember bahawa perangkaan menunjukkan pada 2009, jurang pendapatan antara kaum sudah berbalik kepada yang asal yakni pada permulaan Dasar Ekonomi Baru atau lebih teruk. Jurang pendapatan bandar dan luar bandar sudah kembali kepada waktu kita mencapai kemerdekaan pada 1957.

Walaupun jurang pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera dan Cina misalnya, telah menguncup pada1990, tapi ia melebar semula pada 2009.

Pada 1990, bagi setiap RM1 pendapatan Bumiputera, Cina memperoleh RM1.70. Menjelang 2009, jurang ini meluas menjadi dua kali ganda.

Ambil contoh simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) pula. Orang Cina menyimpan 2.4 kali lebih banyak daripada Bumiputera. Orang Cina miliki 5.6 kali lebih banyak bangunan. Pada 2005, hanya 7.4 peratus syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia milik Bumiputera berbanding 58.6 peratus oleh orang Cina. Jumlah ekuiti Bumiputera hanya 18 peratus berbanding 35.8 peratus oleh orang Cina.

Dalam pasaran buruh pula, pekerja Cina peroleh gaji purata 1.77 kali lebih tinggi daripada Bumiputera. Ini tidak menghairankan kerana majoriti Bumiputera bekerja dengan Kerajaan yang lebih rendah gajinya manakala majoriti Cina bekerja dalam sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Bumiputera.

Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga

Kalau diukur mengikut pekali Gini (Gini coefficient), orang Cina dan India secara purata makin jauh meninggalkan Bumiputera dari segi pendapatan.

Saya tidak menolak ada orang Cina dan India miskin, tetapi bilangan mereka jauh lebih kecil daripada Bumiputera. Dalam konteks ekonomi, Bumiputera sudah menjadi rakyat kelas ketiga selepas orang Cina dan India.

Kerana ekonomi negara kini tidak berkembang sepesat tempoh DEB Baru dan dasar pembahagian kekayaan melalui pembasmian kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat tidak lagi diamalkan dengan serius malah sudah diganti dengan keterangkuman dan meritokrasi, maka kesan lelehan (trickle-down effect) semakin perlahan.

Manifestasi kemunduran ekonomi Bumiputera ini boleh dilihat di mana-mana saja. Beberapa hari lalu, ketika bersarapan di sebuah kedai India bukan Islam, saya ternampak sekeluarga India (yang tentunya kaya) masuk dengan diiringi seorang pengawal keselamatan Melayu berpakaian seragam biru.

Kasihan pula melihat dia berdiri terpacak di belakang majikannya sepanjang mereka bersarapan. Tetapi apa nak buat, itu cara dia mencari rezeki halal dan itulah agaknya yang diperintahkan oleh majikannya.

Boleh kata semua orang India dan Cina kaya yang ada pesaing perniagaan dan takut diculik, apatah lagi yang ada musuh akan mengambil orang Melayu, khususnya bekas anggota Unit Tindakan Khas polis sebagai pengawal peribadi.

Ada sesetengahnya sampai berbelas-belas orang. Apabila mereka ke mana-mana, mereka akan bergerak dalam konvoi tiga atau empat buah kereta. Cermin kereta mereka tentulah gelap gelemat. Kadang-kadang mereka tidak pun ada di dalam kenderaan. Sekadar helah mengelak daripada ancaman.

Kerana Melayu Taat

Alhamdulillah, kerana ramai orang Cina dan India kaya di negara kita ini dan kerap berlaku keganasan yang melibatkan mereka maka ramailah bekas anggota polis dan tentera Melayu dapat kerja jadi pengawal keselamatan.

Lagi-lagilah sekarang apabila jenayah bunuh, culik, peras ugut dan rompakan makin menjadi-jadi. Bukan tauke saja yang ketakutan, sengkeh pun ketakutan juga. 

Saya perhatikan tauke Cina dan India yang saya kenali jarang sekali mengambil orang Cina atau orang India jadi pengawal peribadi mereka. Ramai orang India jadi pemandu. Lagipun tidak ramai orang Cina yang mahu jadi pengawal keselamatan – berbahaya dan gaji tidaklah besar mana. Lebih baik buat kerja lain.

Tetapi orang Melayu dan India yang rendah pelajaran dan tidak pandai berniaga terpaksalah buat apa saja yang mereka layak untuk mencari rezeki halal. Itu pun sudah ramai orang Melayu dan India yang menjadi penjenayah, khasnya bekas tahanan Ordinan Darurat yang dimansuhkan. Dalam hal ini, saya salahkan Kerajaan dan Parlimen yang memansuhkannya. 

Tapi dalam jenayah pun, Melayu kalah kepada kaum-kaum lain. Ramai Melayu diambil menjadi pegawai keselamatan dan pengawal peribadi tauke Cina dan India kerana orang Melayu taat serta setia hasil pembabitan mereka dalam pasukan bersenjata. Lagipun, jarang sekali Melayu terbabit dengan jenayah seperti culik dan peras ugut. Kalau terbabit pun cepat kena tangkap.

Wallahualam, saya pun tidak tahu sama ada orang Melayu dan Bumiputera seronok atau tidak menjadi warga ekonomi kelas tiga serta mempertaruhkan nyawa sendiri untuk melindungi nyawa dan kekayaan orang lain.

86 comments:

abdullahngah said...

Demikian pemimpin negara melayukita yang sangat sangat diharap harapkan oleh bangsanya untuk membela melayu menerusi parti umno.

Sekarang baru ada yang tahu betapa teruk dan buruknya perangai dan tabiat pemimpin Melayu.

Dan tunggulah masa dan ketika negara akan muflis kerana para pemimpin Melayu terbabit dengan rasuah.

Kaundu lagi mereka itu undi lagi mereka agar nasib melayu terbela macam yang ada dulu dan sekarang.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Saya setuju 100% dgn paparan Dakj kali ni.

Kalau pada zaman DEB berlangsung pun ekonomi Melayu majoriti tak kemana inikan pulak selepas Mahadir membangkul sampahkan DEB!!.

Bila pemimpin Melayu UMNO yg khianat (ditambah dgn mamak yg di anggap Melayu) bersekongkol dgn penjahat ekonomi keturunan Cina dan India masa depan Melayu di negara sendiri sangat malap.

Cuba semak dasar ekonomi kerajaan yg berkait dgn usaha meningkat ekonomi Melayu pada awal tahun 70an hingga Mahadir mula menjadi PM pd tahun 1981.....hancur

Setiap pengswastaan hanya mengkayakan Cina , India dan sedikit Melayu tertentu.

Ada Melayu yg kaya. Tapi ketulinan dan kedayatahanan kekayaannya sangat dipersoalkan dan diragui....lihat saja bagaimana Mahadir menaik dan melingkupkan beberapa so called Malay billionaires pd tahun 1990 an gara2 dasarnya ditambah dgn krisis kewangan Asia.

Situasi sekarang lebih parah. Cuba lihat sebuah bank GLC kedua terbesar di Malaysia tidak menunjuk contoh yg bsik langsung dalam kerangka membantu ekonomi Melayu.Selain CEOnya bernama Melayu, ada Dakj nampakorang Melayu lain di keliling beliau?

Orang Melayu tersepit , tertindas gara2 pemimpin UMNO mereka lupa diri.....padan jugak muka Melayu bodoh tak sedar diri atau ambil sikap tak kisah sebab tembolok sendiri penuh....yg terus menyokong dan bersekongkol dgn kedurjanaan. Ini sebenarnya balasan tuhan kpd mereka yg tak mau berubah dan terus menganggap Melayu akan mati tanpa UMNOBN.

Apakan daya kawan2 OKJ masih majoriti ditambah UMNOBN tipu undi......masa dpn ekonomi tiada jalan penyelesaiannya bila pemimpin UMNO tak mahu ambil tau.

Unknown said...

Salam Datuk,

Putrajaya sebenarnya telah mengakui hakikat berkenaan. Kerana itu, BR1M diperkenalkan sebagai satu cara termudah untuk menanganinya. Ianya kemudian diteruskan dan diperluaskan skopnya di bawah BR1M v2.

Sama ada ia digunakan untuk menangani isu Bumiputera warga ekonomi kelas tiga atau mengelakkan rasa tidak puas hati orang ramai daripada merebak (dibaca: kurang undi dalam PRU akan datang) atau merancakkan aktiviti ekonomi dalam negeri, hanya mereka yang mencetuskan idea BR1M ini tahu jawapannya.

Dasa

OKJ said...

Bonjour Dato A Kadir Jasin

Apa yg you merepek lagi ni? Kenapa Dato tak tulis ttg peratusan Dr, engineer, peguam, qs dan sebagainya di kalangan org melayu sekarang? Lepastu, cuba bandingkan dgn Singapore. Juga bandingkan sebelum 13 mei dulu. Janganlah asyik menanam sifat kebencian saje. Tak baik tu.

Saya lansung tak setuju Dato kata Melayu tak ada duit. Sebabnya, plg ramai makan dekat Mc Donalds, pizzahut, domino, kfc dan starbuck adalah org Melayu. Tapi kalau kata Melayu sebenarnya tak pandai simpan duit, itu betul. W/p sekarang pukul 4 pagi, saya rasa cukup terganggu dgn artikel terbaru Dato. Hanya pandai cari keburukan saje ke? Merci.

P/s. Tq Sdr Fed Up kerana memperbetulkan saya ttg ilmu perang Melayu. Saya harap rakan pembahas dpt mencontohi sdr fed up yg bercakap menggunakan fakta bukannya auta. Insyaallah, saya tanpa segan silu akan meminta maaf jika fakta saya salah. Maafkan saya ditujukan kpd Dato dan kpd semua pembaca kerana kesalahan fakta ilmu perang Melayu.



awangbatuburok said...

Salam sejahtera Datuk,

Terimakasih kerana mengakui realiti yang berlaku didalam masyarakat hasil kegagalan JANGKA PANJANG pemerintahan UMNO/BN selama lebih 50tahun mentadbir negara tercinta.

Saya berharap kita tidak terperangkap dengan emosi sentimen melayu yang sempit kerana yang menjadi dalang kerosakan ekonomi ummat melayu-islam adalah gerombolan melayu yang bersekongkol dalam kumpulan fahaman "syaitan yang dikenali" dan sentiasa bekerja untuk menipu bangsa nya supaya tidak mengenal yang lain selain dari kumpulan "syaitan yang dikenali". Kurafat yang paling besar pada hari ini ialah fahaman yang menyatakan bahawa kumpulan syaitan yg dikenali sahaja mampu mentadbir khazanah negara perlu dihapuskan supaya majoriti umat melayu-islam dapat dikeluarkan dari kepompong tahap berfikir kelas ketiga. Berilah peluang demokrasi seadil-adil nya kepada semua anggota masyarakat melayu-islam termasuk yang berada diluar kumpulan syaitan yang dikenali kerana mereka pun ada hak keatas bumi yang tercinta ini.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Dalam saat-saat kedudukan ekonomi Bumiputera merosot patutkah kita berdebat atau mengambil tindakan memperbetulkan keadaan?Al-Quran minta kita menyampaikan berita gembira dan memberi amaran kepada mereka yang tersasar.Pada saya mula dari Tahun 2013 ini marilah kita kaji kekuatan dan kelemahan kita dan maju kehadapan. Masalah ini masalah kita dan marilah kita bersama-sama mengatasinya dan jangan berharap kepada orang lain.

Kita adalah kuasa pembeli.Mengapa kita tidak menggunakan kuasa kita ,iaitu 65%,tolong menolong membantu sesama sendiri untuk mengawal ekonomi negara.Mengapa kita tidak menggunakan kepakaran orang kita yang terlatih didalam dan diluar negara semasa menjawat jawatan awam dan keselamatan memacu arah tujuan negara dari menggunakan perunding dari luar negara. Lupakah kita kepada pendapat Tun Abdul Razak bahawa adalah tidak bijak meniru cara negara maju dengan melulu kerana keburukan yang berserta dengan kebaikannya akan merosakkan rakyat dan negara kita.

Aset orang kita masih banyak dan tenaga kerja yang terlatih pun banyak yang boleh kita gembelingkan untuk kebaikan kita bersama.Dato bolehlah dapatkan bantuan rakan-rakan Dato yang sehati sejiwa memulakan proses kesedaran ini. Saya yakin ramai yang menunggu usaha murni ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya,

Muzaffar said...

Salam Dato' & pembaca,
Saya lihat orang melayu khususnya telah dilalaikan dengan hiburan yang terlalu banyak.. Semua nak jadi penyanyi, pelakon dah sekarang. Tak macam dulu, Doktor, cikgu dan lain-lain. Pelajaran diabaikan. Mak bapak pun sama, dok sokong sangat hobi anaknya tu.. Patut terus bertegas macam mak bapak zaman dulu-dulu.
Siswazah Melayu pulak dok sibuk berpolitik.. hmm.. tak tau la apa nak jadi dengan Melayu nih...

vinnan said...

Malaysia sudah 55 tahun di perintah UMNO yang kononnya pelindung 'Ketuanan Melayu' Salah siapa?

YangBenar said...

Selamat Petang Datuk,

Saya rasa apa yang diperkatakan oleh Datuk tidak dilihat secara keseluruhan dan objektif. Tidak semua orang Cina dan India adalah sekaya dan tidak semua Melayu semiskin spt yang diceritakan Datuk.
Contohnya di Kedah, pada waktu petang & malam restoran melayu penuh sesak, tak ada parking. Dilihat kereta semua jenis besar & mahal. Kedai emas yang baru dibuka di Mydin penuh dengan pengunjung wanita Melayu, lelaki ada juga yang membeli emas macam beli sayur di pasar. Semua keja di sektor kerajaan dan Glc di Kedah semuanya Melayu. Rumah di taman pun besar2 belaka milik Melayu Tidakah ini bermakna Melayu juga berjaya dan kaya. Kalau tidak mana ada duit naka makan direstoran mahal dengan ahli keluarga yang ramai, pakai emas tebal, kereta mewah, rumah besar, gaji besar kerja kerajaan. Manakala warga Cina dan India berniaga secara kecil-kecilan dengan modal sendiri atau pinjaman, perah keringat siang malam. Untung niaga tak pasti, tapi rugi tetap menanti. Kos perniagaan semakin tinggi. Tak ada siapa yang tahu dan kasihan. Yang mereka nampak yang kaya sahaja dan terus buat perbandingan. Adakah ini gambaran yang tepat ?

x-umno said...

Assalamualaikum. Izinkan saya Datuk.

Membela bangsa Melayu atau keistimewaan bangsa Melayu telah menjadi satu "cliche".

Walaupun kita tahu hak istimewa bangsa Melayu telah tertulis dlm perlembagaan negara, namun ia telah menjadi batu penghalang kpd kemajuan org Melayu itu sendiri.

Saya katakan begitu kerana byk sebab.

Satu dpdnya ialah pemimpin politik sekadar menjadikan perlembagaan sebagai fakta yg meyakinkan sahaja dlm usaha mereka mengejar undi org Melayu. Sedangkan realitinya, majoriti org Melayu hanya mendpt "harapan palsu".

Harapan palsu akan hanya membantutkan usaha dan kejayaan org Melayu berbanding dgn org bukan Melayu yg berusaha lebih kerana merasakan yg mereka tdk mempunyai keistimewaan.

Kpd org Melayu, sedarlah dan berusahalah kerana majoriti anda tiada keistimewaan sebenarnya.

Kpd org bukan Melayu, sedarlah bahawa majoriti org Melayu tdk mendpt apa-apa keistimewaan utk dicerca sebagai rasis dan bertongkat.

Banyak contoh-contoh yg boleh kita lihat dan tdk kurang juga contoh yg tdk boleh dibuktikan kerana tersembunyi disebalik akta rahsia.

A. Apalah gunanya bercakap pasal Melayu jika definisi Melayu dlm perlembagaan negara pun kita tdk boleh pertahankan.

1. Berapa ramai bukan Melayu yg menjadi Melayu? Sangat ramai jika kita bandingkan keahlian UMNO dgn data kaum dlm SPR. Itu baru satu sumber.

2. Berapa ramai org Melayu yg sudah tdk lagi Melayu tetapi menikmati keistimewaan Melayu kerana mereka ini tdk lagi berbahasa Melayu di rumah dan di luar rumah. Adat resam Melayu hanya pakaian semasa akad nikah atau ke mahkamah syariah.

3. Berapa ramai Melayu yg telah kaya kerana keistimewaan tetapi kemudiannya menggunakan kekayaan itu utk mendpt lebih keistimewaan dari kerajaan walaupun sudah tdk layak berstatus Melayu kerana membesar di luar negara, belanja di luar negara, belajar luar negara dan isteri atau suami pun bukan Melayu dan tdk berbahasa dan beradatresam Melayu?

4. Hari ini di sekolah anak bongsu saya yg akan ke tingkatan satu, guru beritahu saya, "kedudukan kelas pelajar akan ditentukan oleh ujian Bahasa Inggeris minggu depan". Keistimewaan kpd pelajar yg tdk berbahasa Melayu di rumah. Satu lagi harapan palsu "Bahasa Jiwa Bangsa". Bahasa Inggeris, Mandarin dan Arab itu pada saya sama penting dgn geografi, sejarah dan matematik sahaja. Bukannya lebih penting dari bahasa negara sendiri.

B. Tanah Rizab Melayu.
1. Berapa byk tanah rizab Melayu yg bertambah sejak merdeka? Yang saya tahu, bukan bertambah tetapi berkurang dgn byknya. Lagi harapan palsu. Di tempat saya, tanah rizab Melayu sewenang-wenangnya diberi pada swasta utk dibina hotel dan pusat membeli-belah. Ada yg terlepas menjadi kuil.

2. org Melayu yg ada tanah tdk dpt menandingi harga jualan yg diperolehi oleh bukan Melayu yg menjual tanah di tempat yg sama disebabkan status rizab Melayu. Baygkan kerugian org Melayu menjual tanah berharga RM40K sedangkan tanah berhampiran dgn saiz yg sama milik bukan Bumi dijual dgn harga RM200K.

3. Di Johor tempat saya, MB lebih gemar memberikan tanah kerajaan kpd pemaju, peniaga dan pelabur yg kemudiannya menghalau penduduk asal samada secara kasar atau halus. "Pelabur" ini kemudiannya, mengambil pekerja asing yg tak reti nak balik dan diberi pekerjaan; dari CEO sampailah buruh kasar. Selepas itu bangunan yg dibina seterusnya dijual kpd bukan Melayu dan bukan warganegara Malaysia. org Melayu tempatan sekadar berebut tempat dgn org asing utk hak mendirikan warung dan rumah setinggan.

4. org Melayu dgn harapan palsu mengharapkan tanah kurnia sekangkang kera dari kerajaan utk membina sebuah rumah. Siapa yg dpt? Segelintir kecil sahaja. Itupun majoriti segelintir kecil ini ialah JCS, ketua cawangan dan AJK UMNO. Bagi saya akses kpd database pejabat tanah utk saya buktikan kalau kerajaan telus dan berani.

Harapan palsu lain: biasiswa dan permit. Bersambung...

x-umno

ab said...

Salam dato,



Mudah mudahan tahun 2013 lebih baik untuk kita semua.


Saya ni dari generasi tahun 1950an.



Apa pun yang berlaku,TIAP TIAP tahun `statistik' yang bolih dikatakan sama saja....MELAYU teruk dan tetap teruk setiap tahun
dari apa segi pun lah,ekonomi ka,pelajaran ka,politik ka,`total wealth value' ka dan la ni tengah
mengigau dah kurang islam pulak dah!.




Walau macam mana pun, KALAU LA YOU ALL BETUI BETUI PUNYA `MELAYU ASLI' YANG HIDUP DARI TAHUN 1950an sampai sekarang ni ,ELOK HAMPA PI tenguk cermin dan tenguk sekeling..hampa semua kalau tak buta,tak bengap dan tak pekak ..TENTU hampa dapat `tenguk', `dengaq, baca dan pantau secara ikhlas... DAH BANYAK DAH BERUBAH MELAYU DAN PERUBAHAN ORANG MELAYU yang sangat ketara la bro...!




TOK SAH DOK TEMBERANG la kalau kata melayu dok papa kedana lagi,bodo piang,alif dan pokok pun tak kenai dll.....!.




Hakikatnya, malayu adalah PALING TERAMAI dimalaysia sudah `BERUBAH sejak tahun 1970an,...DARI 'paling daif dan miskin,tak sekolah,buta huruf rumi,tau baca jawi sikit sikit, dok rumak kayu atap nipah,mandi telaga, kerja tak tau lain selain jadi petani dan kuli estate,TAK TAU berniaga dikedai,BOLIH bilang dengan jumlah dok dirumah batu, bolih bilang dok kat pekan dan bandar, TAK TAU MAKAN beuger dan ice cream,TAK tau pi tenguk wayang,tak tau apa dia telepon dan TV pun dll....


Usahkan motorsikal dan kereta, kalau ada basikal tu pun dah kira
kalangan`orang berada' la tu dah...



La ni, kalau tanya ada `ketuat' ka depa tanya apa dia `ketuat'.Kalau tanya `tibaq layaq',`cucuq atap' dan `gelegaq' depa kata menatang apa tu.., kalau tanya ` bendang berapa relong', depa kata tu bukan metrik, kalau tanya `bengkang' depa kata tu resipi cina dll...tanya la `objects' dan `persekitaran tahun 1950an-1980an' mengenai orang melayu,BERAPA orang bolih jawap...?. things have changed alot, and i really mean a lot of changes in malayu punya mindset, life and enviroment.




SO WHAT DO YOU WANT BRO?..TO BE the ones with the most wealth, the ones with sucessful businesses,the ones with the highest education, the ones with highest talents,the ones with want to be the most `religious' the most `pious' ,and THE MOST POWERFUL politically...Of course YOU all can IF YOU KEJA KUAT KUAT,ALWAY LOOKING FOR SOLUTIONS,correct your mistakes,
dan jangan harap orang `bagi free kat you' semua tu laa..




SHOW ME ANOTHER RACE on earth that
changes like the changes in malay community in Malaysia over the last 60 years...ANY BODY?.



And WHO HAVE MANAGED TO `MATERIALISE' THE CHANGES in the malayu community over the last 60 years?.. you ingat cina ka,india ka, sikh ka, kadazan ka,iban ka.....THINK AND KEEP ON THINKING BRO!.




DO NOT DISUNITE MALAYS...period.



Selamat menyambut tahun 2013


Abu Bakar Ab Rahman




Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Ekonomi Melayu bagi saya bukan lagi kelas ketiga. Tapi tiada kelas.
2. Berkerja dgn kerajaan senakin kurang kerana gara2 pengswastaan. Berkerja pulak dgn swasta asyik di tindas dgn gaji murah berbanding gaji bukan Melayu walaupun jawatan yg sama.
3.Peluang kerja semakin kurang sebab pekerja asing sengaja dibanjirkan....bagi kerja pd Melayu u dpt apa? Tapi kalau beri izin calling visa u boleh kaya sebab boleh caj rm1000 satu kepala.
4.kalau dulu penyokong UMNO ada jugak peluang dpt satu dua, kadang2 sampai 5 permit teksi. La ni menteri gara2 dah ambil upah in advance maka permit teksi beribu2 bagi kat toke Cina.
5.Melayu dulu ada peluang jugak tutup kemiskinan dgn duduk di rumah haram. La ni kerajasn anak Toyo buat dasar Selangor setingan sifar maka semakun terserlah le kemiskinan Melayu. Yg sedih beribu2 ekar tanah setinggan tu puak pemimpin UMNO jual murah2 pd pemaju Cina......Melayu dpt apa?
6.Kalau dulu zaman pemimpin besar Umno masih kurang rasuah, peruntukkan biasiswa anak Melayu terlalu banyak. Tapi zaman mereka dah mula kenal toke universiti swasta maka spt biasa mereka pun gara2 dah ambil advance dari toke tertentu maka diujudkan la PTPTN dan orang Melayu yg sifatnya selalu bersyukur pun mulalah berhutang pd PTPTN.....oleh kerana yg ngok pun nak juga masuk U maka berhutang lah Melayu keliling pinggang. Kalau dah ngik walaupun lulus U maka tentulah tak dpt kerja yg setimpal. Kalau ada yg kurang senang dgn bahada saya.....saya mintak maaf.
7. Pemimpin Melayu yg berkuasa sepatutnya mengeluarkan bawahan mereka dari perangkap kemiskinan malah mereka menjadi ejen memiskiskan lagi org Melayu.

InshaAllah bersambung.....

Hanif said...

salam dato kadir.

saya rasa ada sikit kesilapan teknikal lah di data jurang pendapatan di antara melayu dan cina di atas tu dato. Kalau kita rujuk data awam dari EPU, memang benar jurang pendapatan telah berganda SEKIRANYA diukur dari segi 'absolute term'. Tapi kalau kita ukur dari segi nisbah, jurang telah berkurangan ke 1.38 pada tahun 2009 dari 1.70 di tahun 1990.

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih kepada semua pembahas dan pembaca. Terima kasih 1Malaysia khas buat Sdr OKJ kerana membaca dan mengulas tulisan "merapu" saya.

2. Antara lain, kata Sdr OKJ: "Apa yg you merepek lagi ni? Kenapa Dato tak tulis ttg peratusan Dr, engineer, peguam, qs dan sebagainya di kalangan org melayu sekarang? Lepastu, cuba bandingkan dgn Singapore. Juga bandingkan sebelum 13 mei dulu. Janganlah asyik menanam sifat kebencian saje. Tak baik tu.

Saya lansung tak setuju Dato kata Melayu tak ada duit. Sebabnya, plg ramai makan dekat Mc Donalds, pizzahut, domino, kfc dan starbuck adalah org Melayu. Tapi kalau kata Melayu sebenarnya tak pandai simpan duit, itu betul. W/p sekarang pukul 4 pagi, saya rasa cukup terganggu dgn artikel terbaru Dato. Hanya pandai cari keburukan saje ke? Merci."

3. Saya bercakap tentang perbandingan Melayu/Bumiputera dengan Cina dan India. Walaupun makin ramai Bumi/Melayu jadi doktor, jurureta, peguam dan pengukur bahan, tapi bilangan Cina dan India lagi ramai.

4. Memang benar ramai Melayu makan di McDonalds, Pizza Hut, Domino, KFC dan starbuck. Tapi ramai lagi Cina dan India makan di Shangri-la, Hilton, Le Meredien, JW Marriot dan Mandarin Oriental.

5. OKJ tak sebut pula tentang ramainya Melayu yang makan di gerai tepi longkang dan berbaris di soup kitchens Lorong Haji Taib. Rasanya OKJ, macam ramai pembesar kesayangannya, tidak pernah ke tempat-tempat rakyat terpinggir macam itu. Datin saya antara sukarela soup kitchen. Kalau Sdr OKJ boleh derma dan sedekah silalah.

6. Seperti saya tulis dalam Kunta Kinte Original: "Yang kita dengar hari ini, ramai orang daftar minta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan macam-macam lagi bantuan kewangan.

"Surat khabar New Straits Times baru-baru ini lapor 14.3 juta warganegara dapat atau akan dapat bantuan duit sejumlah RM4 bilion daripada Belanjawan 2013.

"Kunta Kinte kata terima kasihlah kepada kerajaan kerana salurkan hasil pendapatan negara terus kepada rakyat jelata. Kunta Kinte dari dulu lagi sokong dasar pertumbuhan dengan pembahagian atau dalam bahasa Inggeris ‘growth with distribution’, iaitu pertumbuhan ekonomi disusuli dengan pembahagian yang lebih seimbang dan sama rata.

"Hakikat bahawa ada 4.3 juta isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan buktikan yang kita belum berjaya atau kurang berjaya dalam usaha tingkatkan pendapatan dan agihkan kekayaan negara dengan lebih saksama."

7. Alhamdulillah Sdr OKJ berjaya dan hidup senang. Tapi bukan semua orang Melayu berjaya dan hidup makmur macam OKJ.

Terima kasih.

Rosiah Ismail said...

Assalamulaikum Dato dan selamat menyambut tahun baru masehi 2013 yang akan menjelang tiba apabila detik jam tepat menunjukan jam 12 malam..maka akan kelihatan la anak2 melayu berteriak kegembairaan mungkin juga malam ini akan ada benih2 yang akan lahir pada bulan september nanti hanya ALLAH sahaja yang tahu...bagi saya tiada sambutan tahun baru kerana tahun baru bagi saya sudah berlalu iaitu tahun baru hijrah..Ok dato isu melayu kels ke 3 betul ke dato atau kita sudah tiada kelas mungkin bangladesh. nepal. menyanmar sudah potong orang melayu dalam bab ekonomi setekat masuk KFC ukuran ekonomi yang dibuat oleh OKJ peminta sedekah pun masuk juga kedalam kedai fastfood tu. Orang melayu jauh ketinggalan dari segi pemilikan hartanah sama ada dibandar besar mahu pun kecil yang banyak melayu jadi penyewa begitu juga dari nilai simpanan semasa dalam bank...orang melayu walaupun jadi ceo tapi company itu bukan milik nya dia masih makan gaji dan dia masih bergantung kepada pemegang saham untuk membuat keputusan....saya agak orang melayu dalam ekonomi jatuh kelas kelima...seikan dulu dato ada lagi cuma nak sambung kerja sikit lagi sebelum balik..wassalam.

A KADIR JASIN said...
This comment has been removed by the author.
A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih Sdr Hanif.

2. Untuk memperjelaskan lagi hujah Sdr Hanif, berikut adalah perangkaan Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai jurang pendapatan (purata bulanan) antara Melayu dan Cina.

Melayu (1990)RM940 (2009)RM3,624. Cina(1990)RM1,631 (2009)RM5,011.

3. Perangkaan di atas jelas menunjukkan yang jurang pendapan (income gap) antara Melayu dan Cina semakin luas.

Terima kasih.

YangBenar said...

Salam Dato

Tak kira bangsa apa Dato', saya rakyat Malaysia. Setakat gaji Tiga hingga Lima Ribu sebulan tak cukup nak beli kereta, rumah, makan McD, beli emas, shopping keperluan,berhibur, tengok wayang, beli hand phone, tengok doktor dll. Nak masuk Shangri-la tak payalah. Poket kosong. Rasa kena pergi soup kitchen juga la.

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Kalau nak bandingkan siapa makan di Mc Donalds, pizzahut, domino, kfc dan starbuck sebagai satu perbandingan kekuatan ekonomi antara kaum di Malaysia ni saya fikir SANGAT JANGGAL, DAN SANGAT LUCU lah.

Apapun, terpulanglah ….masing-masing ada cara dan gaya tersendiri.

Walaubagaimanapun, saya dok baca ramai pembesar UMNO yang bagi alasan yang tidak bijak, tidak pandai dalam banyak keadaan, contohnya isu Felda, Isa Samad salahkan pembangkang dan ANAK menyebabkan sahamnya jatuh…………itu tak bijak, tak pandai!!

Saya suka nak bandingkan hak pemilikan rumah/property sebagai perbandingan kekuatan ekonomi.

Ambillah top 10 developers di Malaysia, SP Setia, Mah Sing, IJM Land, Sunway, dan lain-lain. Semuanya bukan Melayu. DAN kita tengoklah projek-projek mereka, kuota Bumi 30%, TAPI hingga siap kondominium/rumah, kuota BUMI masih ada dan terpaksalah dibuka kuota tersebut kepada bukan bumi. MANAKALA NON-BUMI LOT, masa soft-launch dan masa launching, 90% habis dijual. 3 bulan lepas launching, semua non-bumi lot sold –out.

Siapa yang ‘main property’, mesti tahu Cina India beratur 3 hari 3 malam (sebelum launching) untuk beli kondo/rumah. DEPA upah bangla untuk beratur, masa launching depa beli kondo macam beli goreng pisang panas, atau hot cake!!!!

SEBAB APA, sebab ekonomi depa jauh lebih hebat. Masa launching , dapat rebat 7-9% dari harga jualan. Habis lauching (selalunya 2 hari sahaja iaitu Sabtu dan Ahad) tiada lagi rebat.

TAPI BUMIPUTERA AKAN DAPAT REBAT 7-9% TAMBAH LAGI BUMI DISCOUNT 5-7%, maknanya 9 + 7, atau paling rendah 7 + 5, boleh bilang dengan jari berapa ramai bumiputera berbaris beratur!!!!

Lihat sajalah rumah-rumah di Bandar-bandar utama seluruh Negara, dan di ibu Negara, Damansara, Mont Kiara, dll, siapa punya yang PALING RAMAI. DAN MEREKA YANG PALING RAMAI INI BUKAN PILIH MC DONALD UNTUK MAKAN-MAKAN, TAPI JW MARRIOT, LE MEREDIAN,ORIENATAL MANDARIN!!!

OK LAH, kalau tak nak lihat pemilikan rumah, boleh kita lihat, siapa yang pergi ke hospital swasta dan hospital kerajaan yang paling ramai. Siapa yang paling ramai pergi Tropicana Medical Centre di Damansara, Prince Court Medical Centre milik Petronas, Ampang Puteri. Siapa yang paling ramai pergi HKL, Hospital Kelang.

HARGA SEBUAH KESELESAAN DAN KEMEWAHAN ITULAH SIMBOL KEKUATAN EKONOMI.

………Melihat rumah rumah Melayu, banding dengan cina dan India, logiklah kalau dato kata Melayu kelas ke 3………

Sadiq Segaraga Dah Insaf said...

Salam Salam.

Syabas diucapkan. Satu pencerahan yang tepat dan membuka mata kita semua kecuali yang buta hati. Saya sangat tidak setuju fakta yang diberikan oleh sdr. OKJ. Cuba kita bandingkan penempatan orang melayu dengan penempatan orang cina dan orang india. Kita mungkin boleh berbangga jika kita lihat penempatan di Bandar baru Bangi, hampir 95% penduduknya melayu dan ramai rumah bertaraf banglo tetapi ingat disekeliling Bdr Baru Bangi umpama Kajang, Balakong, Seri Kembangan, Bdr Ser Putra, Bdr Baru Nilai dan Sri Petaling, siapa yang duduk disitu. Walaupun Bdr Baru Bangi dihuni oleh melayu tetapi siapa yang menopoli perniagaan di kawasan tersebut? Kedai melayu hanyalah kedai makan yang berselerak ada sesetengahnya hidup segan mati tak mahu. Begitu juga di Shah Alam di sekelilingnya penempatan siapa? Subang Jaya, Petaling Jaya, Kelana jaya, Kelang dan Bdr baru Kelang..Siapa? Kita jangan nak bermegah kalau setakat makan di KFC, Mcdonald dan lain-lain fastfood. Ntah-ntah hanya sekali dua dalam sebulan kita dapat makan kat situ.

Kesilapan terbesar pemimpin kita apabila penswastaan diujudkan kerana banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Ingatan kepada bangsa ku, kita harus sedar dimana kita berada sekarang dalam segala hal kita jauh tertinggal dari bangsa lain dan saya sangat setuju apa Yang Dato' tuliskan disini. SYABAS Dato' moga pencerahan ini dapat menyedarkan kita semua bangsa melayu.

Wassalam.

Kassim Patalon 25% said...

Salam Dato' AKJ,

Hanya satu sahaja yang dapat mengembali dan meningkatkan kedudukan ekonomi warga melayu daripada kelas ketiga adalah dengan menyingkirkan pemerintahan sekarang kepada pihak yang satu lagi. Terbukti 4 negeri yang diperintah mereka menunjukkan prestasi yang sungguh membanggakan jika dibandingkan negeri-negeri yang ditadbir oleh puak-puak mereka.

Fakta oleh Ketua Audit Negara.

Sheraff Boroi said...

Salam OJK,
jadi apakah saranan dan pesanan OJK kepada orang Melayu baik pemerintah mahupon rakyat dalam menangani hal ini ?

Tinta HItam said...

Datuk,
Kita dah 56 thn merdeka.56 thn dibwh pemerintahan UMNO.Apa UMNO buat untuk menangani peramsalahan ini?Isu dah lama diperkatakan semenjak merdeka lagi..

Yg saya perhatikan pembesar pembesar UMNO lah dalang merompak harta rakyat.BUktinya isu terbaru tanah 200 ekar yg sepatutnya dibuat kem tentera telah terlepas pd Awan Megah dan Awan Megah dlm proses nak menjualkannya dgn harga 160 juta.INilah cara UMNO merompak harta melayu..

Adakah Raja Ropiah bt Raja Abdullah tu Ketua Wanita DAP?

Lahuma said...

Dato.

Selamat tahun baru 2013.
Sejahteralah tahun 2012.

Ekonomi Melayu dalam zon kelas tiga.
Politik Melayu pun serupa berada tercorot dalam kandang kelas tiga.

Padan muka semua orang Melayu kerana tak mahu sedar diri lagi.

Bukan salah secara mutlak tentang dasar dan sistem.Yang salah besar ialah cara perlaksaannya.Pada mulanya bagus dan berhasil.Bila sudah agak lama jentera pelaksana buat hal terkeluar dari landasan.

Bukan apa ketana ada rasa tamak ,haloba,rakus ,lupa diri dan sebagainya.

Miskin dalam bandar.
Miskin luar bandar.

Kaya dalam bandar.
Kaya luar bandar.

Ada miskin tak cukup makan,pakai,dan tempat berlindung.
Ada miskin kerana tak cukup belanja.


Sah yang kaya hari ini bertambah kaya.
Sah juga yang miskin bertambah miskin hati ini.

Peluang ekonomi macam sukan rakyat tabur gula-gula.Berebutlah para peserta akan gula-gula itu.Yang lemah malu-malu tak ada kekuatan dapat pembalutnya.Itulah sifatnya.

Semua peringkat berebut rezeki.
Rakyat biasa mahu tak mahu terpaksa berebut rezeki dengan pembesar dan tuan besar negara,negeri dan daerah.

Rakyat sama rakyat pun tidak kurangnya terpaksa berebut lagi demi rezeki.

Orang Melayu kenalah kumpul segala kekuatan untuk berebut rezeki.Kalau tidak tak payah sembanglah.

Melayu kena tolong MeLayu.
Wujudlah pemikiran kelas pertama.
Biar politik Melayu kelas pertama.
Ekonomi Melayu pun kelas pertama.

Kesimpulannya Melayu agaknya gelojoh dan suka berebut-rebut.

Pemimpin Malayu pun gelojoh dan suka berebut-rebut.Akibatnya rakyt Melayu tergolek di Kelas Ketiga.

Terima kasih.

TOOLBOX said...

Datuk

In a study on wealth distribution in Malaysia done by Mohammed (2011) found that an average Bumiputera has about one month of financial reserve to cover his monthly expenditure in case of loss of income or employment. About 93% of Bumiputera households have no savings, and about 66% have no financial assets. About 72% of Malaysians who are without wealth are Bumiputera, while 17% are Chinese and 10.7% are Indians. The study also found that the distribution of wealth is skewed, top 10% of Malaysian households per capita control 35% of the country’s wealth, while the bottom 40% own only 8%. More than 96% of wealth comes from real estate, while financial assets contribute 4%. The study also found ethnic disparity in wealth is much higher than the disparity in income. The Chinese have the highest average wealth at RM 128,325, which is respectively 76% and 47% higher than the Bumiputera and the Indians. Wealth inequality is highest among the Indians, followed by the Bumiputera, while the Chinese have the lowest inequality ratio.

Full article can be read here. Another related article can be read here (pdf format).

Toolbox

Hayamwurok said...

Salam Dato',

Maka terdengarlah saya cerita sembang dari anak-anak muda perempuan berkelulusan profesional luar negara kembali ketanah air dengan harapan untuk bekerja. Malangnya kerja yang diharap tak kelihatan, janji dan omongan peluang kerja yang begitu banyak hanya mainan dan seranta sahaja. Kesimpulannya mereka sungguh kecewa dengan negara tercinta dan yang dapat bekerja menjadi kelas kedua walau jawatan sama dengan orang bangsa lain, apa yang telah berlaku ni. Akhirnya mereka menanam cita-cita untuk migrasi kerana cakap pemimpin tak serupa bikin. Ini cerita benar dan saya amat sedih sekali anak-anak muda ini mengambil keputusan sedemikian. Mengapa sampai begitu..

azmus said...

Salam Datuk,
Saya tak pergi menara gading jadi kurang arif dengan istilah KDNK dan pekali Gini untuk mengukur tahap perkembangan enonomi negara dah kemajuan ekonomi individu. Pengukur ekonomi saya ialah apa yang saya nampak dan lihat di sekeliling.

Memang tahap ekonomi Bumiputra telah meningkat jika di banding keadaan sekarang dengan 40tahun lepas.Masa dulu kita kesawah atau ke dalam semak untuk melepas.Tetapi sekarang flush toilet. Dulu pesawah dan penorih getah naik basikal cabuk tetapi sekarang anak2 mereka sudah ada yang naik BMW dan Merc( tetapi jangan lupa kadang2 hanya sebagai driver)Jika di banding dengan bangsa lain katakan ekonomi Bumiputra talah meningkat 4 kali ganda, bangsa lain meningkat 50kali ganda.

Sebagai contoh,apabila saya ke Digital Mall Seksyen 14 PJ dan Wisma Low Yat untuk membeli peralatan computer , dalam peramatan saya, tak ada satu pon outlet/kedai kepunyaan Bumiputra. Bolih dikatakan 100% kepunyaan orang Cina. Ada dua tiga kerat juru jual terdiri dpd anak2 Melayu. Sedangkan saya lihat tak kurang 40% pembeli terdiri dpd Bumiputra.Bila saya tanya kepada kawan2 yang lebih arif berkenaan perniagaan, kata mereka Bumiputra susah nak masuk perniagaan computer dan peralatanya kerana tak ada 'networking'. Entah apa itu 'network' saya tak faham.Yang saya faham jika di ukur ekonomi Bumiputra dari segi peningkatan berniagaa dalam bidang computer dan sepertinya ialah zero.Di mana kesan DEB?Situasi yang sama berlaku dengan perniagaan alat2 dan barangan lain.

Ukurana saya kedua ialah jumlah bilangan pencakar langit, samada condo atau pejabat, dan shopping kompleks di KL dan PJ.Berapa banyak dan yang mana satu di punyai olih individu atau syarikat Bumiputra.Datuk tahu jawapanya. Pembaca juga tahu.Keseluruhan bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur tidak satu dipunyai invidu atau syarikat Bumiputra. Yang ada hanyalah kepunyaan agensi seperti PNB, LTAT dan Tabung Haji.

Daripada kayu pengukur di atas, bagi saya yang tak belajar ekonomi di unversiti,DEB telah gagal dan pemenrintah sekarang telah gagal untuk membangun enonomi Bumiputra sejajar dengan perkembangan ekonomi bangsa2 lain.

Olih itu saya merumuskan kita tukar kerajaan semasa PRU13. Yang kita tak kenal ada kemunkinanan lebih baik daripada yang kita kenal sudah confirm syaitan

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Purata pendapatan bulanan Melayu pd 2009 berjumlah rm3624 sementara Cina rm5011.

Apa kata kita keluarkan pendapatankeluarga Mahadir, Dolah Badawi, Najib, Daim Zainudin, Taib Mahmud, Khair Toyo, Muhammad Taib, Syed Mokhtar, keluarga Naza Motor, Sultan2, menteri/mantan menteri UMNO, ketua2 bahgian UMNO, pengerusi badan berkanun/ GLC dan entah berapa kroni UMNO yg mampu berfoya keluar negeri spt OKJ maka jumlah pendapatan purata bulanan Melayu akan sangat menyedihkan.

Mungkin benteng pertahanan terakhir sumber pendapatan Melayu yg above average adalah dari sektor kerajaan. Kalau itu pun Najib dan konco nak nafikan, apa yg tinggal utk org Melayu.

TOOLBOX said...

Tuan OKJ

1. Pendapat saya Datuk A Kadir Jasin fokus kepada isu ketidaksamaan pembahagian kekayaan antara kaum, dan bukan mengenai bangsa Melayu tiada duit.

2. Makan dan minum di McDonald's, Pizza Hut, Domino, KFC dan Starbucks bukan penanda aras yang baik untuk menunjukkan individu atau ras itu mempunyai banyak duit.

3. Datuk A Kadir Jasin juga mengaitkan ketidaksamaan pembahagian kekayaan antara kaum juga boleh memberi implikasi kepada jenayah seperti bunuh, culik, peras ugut dan rompakan.

4. Saya mengikuti The Scribe Datuk A Kadir Jasin secara pasif sejak awal beliau menulis. Walaupun terdapat penulisan beliau yang saya tidak bersetuju namun saya sentiasa menghormati pendapat beliau kerana selalunya saya rasa beliau membuat kerja rumah dahulu sebelum menulis dan beliau mengeluarkan pendapat berdasarkan fakta.

5. Saya juga sentiasa menghormati pendapat Tuan OKJ. Datuk A Kadir Jasin ada menyebut dalam artikel di atas mengenai bangsa Melayu yang taat. Tuan adalah contoh yang baik menunjukkan ketaatan bangsa Melayu kepada kerajaan.

Toolbox

pikir kool said...

jika org melayu / bumiputera berpegang teguh pada Islam, in shaa Allah kuasa ekonomi akan diberikan pada kita, malahan lebih daripada itu.

22:40 .. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

22:41 (yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

A KADIR JASIN said...

Fakta untuk difikitkan/Points to ponder

1. Dasar baik, pelaksanaan tidak baik atau kurang baik;

2. Dasar dan pelaksanaan diubah-pinda kerana tekanan kaum-kaum minoriti yang pegang kunci peti undi, pandai berartikulasi dan memonopoli ekonomi sejak zaman penjajahan.

3. Sikap orang Melayu/Bumiputera yang kurang positif – kurang disiplin, kurang azam, cepat puas hati, suka mencari jalan mudah, malas, banyak berhibur dan buang masa, mudah percaya kepada diayah dan malas mendalami ilmu.

4. Bumiputera/Melayu gagal menggunakan kedudukan majoriti dan kuasa politik untuk memperbaiki taraf ekonomi kerana dasar pembangunan tidak dapat memecahkan monopoli bukan Bumiputera, khasnya Cina, ke atas sistem ekonomi peninggalan penjajah.

5. Penghapusan Akta Koordinasi Perindustrian (ICA) dan penurunan taraf Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) menyebabkan kerajaan kilang kawalan ke atas pemilikan saham Bumiputera dalam syarikat bukan Bumiputera dan ke atas pengambilan pekerja Bumiputera oleh syarikat bukan Bumiputera.

6. Saya sangat bimbang dan curiga yang kita boleh kembali ke zaman DEB untuk membuat anjakan besar menaikkan taraf ekonomi Bumiputera atau membahagikan kekayaan negara secara lebih adil.

7. Yang lebih membimbangkan dan mendesak adalah memberikan pekerjaan kepada semakin ramai Bumiputera yang keluar IPTA/IPTS dalam dan luar negara. Saya simpati dengan sungutan sesetengah pembahas mengenai pengangguran lepasan IPTA/IPTS yang semakin meningkat. Kita tidak mahu jadi macam India atau Burma di mana ramai pemandu teksi adalah lulusan universiti.

8. Model Baru Ekonomi (MBE)dan Plan Transformasi Ekonomi (ETP) mungkin boleh memesatkan pertumbuhan ekonomi. Tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah pembahagian kekayaan negara dengan lebih adil dan sama rata supaya jurang kaum dapat disempitkan.

Wallahualam.

Terima Kasih.

abdullahngah said...

Tidak dinafikan ramai melayu kaya tetapi kaya dengan hutang.

Yang benar benar kaya ialah para menteri.

Bekas perdana yang paling lama memerintah dikatakan paling kaya.

Salah seorang kawan saya yang dapat projek ratusan juta. Tapi hutang bank juga ratusan juta.

itulah kedudukan sebenar orang melayu di malaysia dulu dan selama lamanya.

Demikian juga Syed Mukhtar. Ada harta berbilion ringgit tapi hutang pun demikian juga.

apa apa pun kena terimalah hakikat nasi sudah menjadi bubur.

Tun Mahathir pun kata begitu. Dia memang tahu hakikatnya kerana dialah punca segala galanya.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Oleh kerana Melayu banyak miskin maka mereka melahirkan anak keturunan yg samada terencat akal atau kurang pintar dek kerana kurang zat makanan. Anak2 kategori ini bagaimana susah payah pun ibu bapa atau guru cuba memberi tusyen tak akan boleh jadi pandai macam anak orang Cina dan India.Ini namanya vicious circle yg kalau tiada pertilongan dari kerajaan
maka selamanya lah Melayu bertambah susah.

Tapi dgn rekod perkhidmatan UMNOBN yg below par boleh ke Melayu miskin spt diatas mendapat pembelaan?

Nak tahu ramai tak ramai anak Melayu yg substandard cuba2lah tanya cikgu yg mengajar di sekolah kebangsaan Taman Medan ke, Taman Datok Harun Petaling Jaya ke atau Sekolah Men Pandamaran Jaya Klang.....dimana majoriti mak bapak mereka penganggur atau pekerja kilang.


Terima kasih banyak2 pd Dakj kerana tulis topik ni. Tapi sayangnya oleh kerana UMNO tak boleh menerima kritikan maka rasa2saya Dakj akan lebih tersisih di zaman Najib.

Apa2 pun tersisih oleh manusia UMNO soal kecil. Asal jangan tersisih darirahmat dan petunjuk Allah .

JohorMali said...

DAKJ,
Pada pengamatan saya amat sukar bagi bumi mengatasi bukan bumi dalam bidang ekonomi serba serbi. Pada awal dasar DEB di gubal, dimana angka keramat 30% menjadi matlamat penguasaan ekonomi negara oleh bumi, saya amat ragu ianya bisa tercapai. Ikut hukum akal dan fahaman orang kebanyakan ( man on the street ), kalau di Jln TAR, ada 100 unit kedai, 30 unit patut di punyai dan di usaha oleh bumi. Begitu juga di Bangsar, PJ, Puchong dll. Malangnya selepas hampir 43 tahun penampilan 30% belum lagi berlaku. Apa kah sebab agaknya?
Untuk menjawab, saya kaitkan dengan analogi lumba kura kura dan arnab. Di pujuk, di bantu dan di tolak macam man pun, kura kura tak bisa menang jika arnab bebas lumba kehadapan tanpa di ikat kaki nya atau di sekat.
Namun tak boleh di nafi bahawa bumi telah maju exponentially jika di banding pra1969, tapi bukan bumi pulak maju exponentially berkali kali lagi. Penentang dan pencaci DEB berjaya melakar persepsi bahawa berlaku ketidakadilan, tapi angka angka yang Datuk kemukakan menyanggah persepsi ini.

Abd Rahim Ahmad said...

Y.Bhg Dato'@ Menitis air mata saya membaca tulisan Dato dan komen-komen dari rakan-rakan yang lain mengenai tajuk yang sewajarnya kita beri perhatian serious. Kita tidak boleh mengharap pemimpin-pemimpin politik Melayu samada dari Umno, Pas atau PKR untuk memperjuangkan isu ini kerana matlamat mereka lebih kepada untuk memenangi pilehanraya.

2. Kita juga tidak boleh mengharapkan pegawai-.pegawai Kerajaan yang merancang dasar dan melaksanakannya untuk memperjuangkan saperti dizaman awal pelaksanaan dasar ekonomi baru kerana pegawai-pegawai Kerajaan sekarang terutama dalam kumpulan pengurusan tertinggi lebih tunduk kepada kehendak pemimpin-pemimpin politik dan setengah dari pegawai-pegawai tinggi Kerajaan mempunyai sikap "colour blind".

3. Keadaan akan menjadi bertambah burok kerana tidak siapa berani memperjuangkan dan menimbulkan isu sensitif melibatkan kepentingan Melayu kecuali PERKASA tetapi nampak kebelakangan ini sudah juga nampak hilang taringnya.

4. Kalau dulu Pemuda Umno menjadi pejuang kepada kepentingan Melayu tetapi sekarang telah hilang taringanya. Kita tidak dapat menaruh harapan kepada PAS kerana pemimpin -'pemimpin senantiasa meletakan kesalahan kepada Umno yang gagal dalam pemerentahannya selama lebih 50 tahun. PAS tidak pernah menimbulkan isu jurang taraf eknomi mengikut kaum kerana fokusnya kepada tuntutan untuk melaksanakan hukom-hukom islam. Saya kerap juga mengikut ceramah-ceramah PAS dimana jarang sekali menyentuh isu ini.

5. Masaalah akan menjadi lebih serious apabila berlaku ganguan kepada pertumbuhan ekonomi. Masyarakat Cina menguasai keselurohan supply chain disegenap aktiviti ekonomi. Contoh yang paling mudah dalam industri padi dan beras. Siapa yang menguasai raantai nilai atau value chain dari pembekalan nput sehingga pemprosesan menjadi beras dan pengedaran. BERNAS sabuah Syarikat Syed Mokhtar hanya mengawal permit mengimport beras tetapi keselurohan rantaian nilai tambah dalam industri beras dikawal oleh pedagang-pedagang cina.

6. Saya mencadangkan Dato ambil iniasiatif untuk menubuhkan sabuah satu kelab cendiakawan Melayu untuk cuba merungkai isu ini.

Iklas,
rahim

Hayamwurok said...

Salam Dato',

Model Baru Ekonomi (MBE) dan ETP yang Dato' sebut tu hanyalah nampak indah dalam bentuk terminologi nya sahaja dan mainan kata orang politik semata-mata. Orang kampong macam saya ni tak nampak kesan langsung khasnya tahap eknonomi tetapi yang jelas harga barang semakin naik dan perbelanjaan seharian dan bil-bil utiliti bulanan semakin membebankan. Orang-orang besar dan politik takkan nampak hal-hal begini. BR1M lima ratus ringgit hanya sogokan politik dan tak kemana pun duit tu, bawa pergi ke TESCO/GIANT dua kali dah habis akhirnya bangsa mereka juga yang untung. Alahai orang-orang besar semua elok juga kita tukar kerajaan kali ini bak kata pembahas Awangbatuburuk lebih baik kita beri peluang kepada malaikat yang tak dikenali dari yang dah tentu syaitan yang dikenali kerana syaitan tetap akan jadi syaitan. Waulahualam.

buah kerdas said...

Terima kasih Dato' kerana membangkitkan isu tercorotnya bangsa Melayu dalam ekonomi negara. Orang melayu memang wajib disedarkan dari masa ke masa mengenai kedudukan mereka yang menyedihkan.

Kalau kita menonton rancangan TV atau ASTRO, kita boleh leka kerana semua rancangan itu menggambarkan kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi kalau pun tidak lebih dari bangsa Cina dan India. Industri hiburan kita memaparkan Melayu yang memandu BMW, tinggal di banglo mewah, anak-anak yang funky dan trendy, suri rumah yang shoping di Paris dan London dan ayah-ayah CEO korporat besar. Hakikatnya, kehidupan sebenar kita adalah semakin terhempet. Nanti, jadilah kita seperti yang berlaku di India, orang-orang masuk pawagam kerena disitu ada escapism dari realiti sebenar yang sedih.

Dato' mengemukakan data berbentuk peratusan menunjukkan terkebelakangnya kedudukan pegangan ekuiti dan pendapatan Melayu berbanding Cina dan India namun seorang OKJ, penyokong tegar UMNO yang mengaku dirinya doktor dan hajj, tak boleh faham dan marah-marah (meracau?). Perjuangan UMNO hari ini telah tersasar dari matlamat asal penubuhannya; UMNO sekarang ditenggek oleh para pembesarnya yang menjadikan parti itu vehicle untuk mereka mengaut kekayaan negara. Tak percaya? Mana ada AJK UMNO bahagian dan pusat yang tidak kaya? Ketua JKK kampung pun kaya, malah ada Ketua JKK taman perumahan yang bertaraf jutawan. Semua peruntukan Kerajaan Malaysia (bukan peruntukan dari UMNO) disalurkan melalui mereka. Selebihnya tuan-tuan faham-fahamlah sendiri...

Mengikut paradigma Dr M, kita perlu membesarkan kek ekonomi negara supaya pemilikan Melayu turut bertambah. Betul dan benar; kita tidak boleh menambah kekayaan dengan merompak orang lain. Maka terjadilah koridor ekonomi disana sini, penswastaan itu dan ini, pembangunan pelbagai infra-struktur tahap mega dan kebanjiran pendatang asing. Maka terjadilah transformasi sosial pada tahap yang menjadikan Melayu seakan-akan fana kerana semuanya berlaku pada kadar yang relatif cepat. Dalam kefanaan itulah Melayu menjadi bangsa yang doyan rasuah dan rasuahlah yang membawa kita ketahap yang ada sekarang, iaitu tercicir semula kebelakang.

Tuan Hj Dr OKJ, I pity you for not seeing things straight. Don't you agree with your idol, Dr M ? He was quoted saying " UMNO is rotten to the core". Well, you may argue that this Dato' Kadir's posting is not about UMNO so why all these nonesense (merepek) UMNO bashings. You go figure.

I pity him.

x-umno said...

Terima kasih Datuk kerana senaraikan fakta utk difikirkan. Begini pemikiran saya utk setiap fakta.

1. Dasar baik, pelaksanaan tidak baik atau kurang baik;

Ini akan terus berlaku tanpa mengira parti politik yg memerintah. Pelaksana dasar dan pemimpin politik setempat bersekongkol hanya membantu suku sakat mereka dan YB saja. Dari masuk anak ke asrama penuh, universiti, biasiswa, kerja kerajaan, pinjaman mudah, rumah murah, kuota haji, tanah kurnia/felcra hinggalah mendapatkan permit atau kemudahan yg lain-lain. Kita tiada ngo yg dedikasi dan tiada maklumat perlaksanaan yg telus utk mengawasi perkara ini. Kebanyakan maklumat dilindungi oleh akta rahsia. Jika di negara lain, belanja alat tulis Majlis Tempatan pun dipaparkan di laman web mereka.

2. Dasar dan pelaksanaan diubah-pinda kerana tekanan kaum-kaum minoriti.....

Pada saya, kaum-kaum minoriti ini bukanlah kaum Cina, India, Kadazan atau lain-lain. Sebaliknya, kaum bangsawan, kaum pelabur, kaum MCA, kaum MIC dan yg sewaktu dgnnya.

3. Sikap org Melayu/Bumiputera yg kurang positif – kurang disiplin, bla bla bla....

Sikap ini ada pada semua bangsa dan negara di dunia ini Datuk. Tidak perlulah ditujukan pada bangsa Melayu sahaja.

4. Bumiputera/Melayu gagal menggunakan kedudukan majoriti dan kuasa politik utk memperbaiki taraf ekonomi......

Bumiputera/Melayu yg gagal ini ialah pemimpin UMNO, JCS, PTD, KSU, KSN dan yg sewaktu dgnnya sebab mereka yg pegang jawatan.

5. Penghapusan Akta Koordinasi Perindustrian (ICA)....

Kalau tiada akta tersebut, pemegang saham bumiputera tu pun sekadar pencukup syarat saja. Lagipun kebanyakan mnc/syarikat bukan bumi sudah jadi syarikat yg dikatakan "too big to fail". Baru nampak bunga-bunga nak gagal, cepat-cepat kerajaan buat bailout, merger, insentif dan bagi pelbagai "grant" (biasanya RnD atau infrastruktur) yg tidak perlu bayar semula.

6. Saya sangat bimbang dan curiga yg kita boleh kembali ke zaman DEB.....

Memang sudah terlambat Datuk. Apatah lagi sejak persempadanan semula kawasan pilihanraya pada 2004 di mana kawasan yg majoriti Melayu melebihi 80% telah dipecah-pecahkan menyebabkan kuasa mengundi org Melayu menjadi lemah.

7. Yg lebih membimbangkan dan mendesak adalah memberikan pekerjaan ....

Pelbagai alasan utk tidak ambil Melayu bekerja. Faktor bahasa Inggeris/Mandarin. Faktor gaji. Tiada pengalaman, tiada skil yg diperlukan...bla bla bla.. Lagipun jgn ingat pendatang yg dah berjuta tu balik semula atau cuma kerja di ladang dan tapak perumahan saja. Perkara ini dah penat rakyat merungut. Kerajaan buat bodoh saja.

8. MBE ETP bla bla bla

Lagu lama diberi nafas baru. Bolehlah layan tapi ...

Terima kasih.


x-umno
Kalau dah pengasas UMNO lama dan baru pun keluar UMNO kerana tidak sependapat, mengapa tidak kita. Lebih baik atas pagar dan keluar mengundi bila tiba masa.

Rizdaham said...

Assalamualaikum Dato,

Suka untuk kembali mengingita pantun melayu...

Pilih-pilih tempat mandi
Pertama teluk kedua pantai
Pilih-pilih pemimpin bestari
pertama ELOK kedua pandai.

Pilihlah yang ELOK. Insyaallah negara kita akan jadi ELOK

XERONINE said...

Salam Datuk , adoiii sedih nye ...

ke kitani kerap berkhianat sesama sendiri ... tetapi taat dengan orang lain ...

ini rasa dan perasaan saya lah yang selalu dapat phd orang lain ...

macam mana lah nak ke depan ye ... bak kata seorang ketua yang sangat saya hormati ... kita ni macam ketam dalam bakul ... ada ketam yang nak keluar ... ketam lain akan tarik kebawah semula ...

Wallahua'lam ...


Prince of Noob said...

terima kasih atas pencerahan dato a kadir jasin kali ini. sebenarnya ada 2 faktor yang menjadikan melayu susah nak maju

1. kuat makan rasuah
2. susah nak tepati masa dan janji

sebab tu muncul ungkapan "
janji melayu".

Lahuma said...

Dato.

Hari ini siapa dia yang membela nasib Melayu.

Dap jolok sarang tebuan.
Pas jual islam.
UMNO jual melayu.
PKR tak boleh diharapkan.

Pilihlah calon dahulu.Parti kemudiannya.

Calon petlu amanah.
Calon perlu ada disiplin hidup.
Akhlak baik yang sebenar.

Penapisan SPRM belum tentu dapat wakil suara rakyat yg baik.

Orang Melayu perlu wakil suara rakyat.
Melayu punah kerana YB adalah suara wakil parti yang banyak bersuara membela pemimpin parti mereka.

Selamat mengundi PRU 13 nanti.

Terima kasih.

Mantinns said...

Kerajaan bagi modal pun peniaga Melayu gagal.
Kerajaan buat bangunan untuk orang Melayi berniaga bangunan tu jadi sarang penagih.
Kerajaan bagi lesen import, lesen sewa kat orang.

Kerajaan bina gelanggang futsal memang betul betul bagi manfaat kat orang Melayu.

Kerajaan anugerah tanah kat dia, dia anugerah kat kat orang lain . Orang lain tu pulak anugerah kat orang lain dan anugerah kat orang lain sehingga lah dapat kat orang Perak. Barulah diusahakan.

Alahai keturunanku. Nak kutuk darah daging kita. Banyak sangat sumpah. Sumpah Mahsuri, Sumpah Semerah Padi, Maka jadilah sesumpah yang tiada jati diri. Sentiasa berubah warna demi kelangsungan

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sedih...sedih . Sangat sedih. Zaman org bukan melayu berlomba menguasai teknologi moden terkini orang Melayu melalui MARA cuma cipta rekod buat bunga paha terbesar di Malaysia.

Contoh terbaik penghalang Melayu menjadi kaya..... bila pemimpin Melayu ajak Melayu lain buang masa.

Kan lebih baik tenaga masa dan wang ringgit yg di peruntukkan untuk org Melayu melalui MARA diguna untuk membaiki program MARA yg asas?

Kalau pengerusi MARA nak guna sumber sendiri buat kerja mengarut , paling2 pun org kata buaat apa membazir!!!

Rosiah Ismail said...

Assalamulaikum Dato.
Bila kita membincangkan ekonomi orang melayu tiada titik noktah nya seperti lautan tiada bertepian macam2 model dan dasar diperkenalkan namun orang melayu masih ditakuk lama lagi. Kesan2 dari dasar ekonomi baru sangat bagus dan baik tapi apabila tampuk kuasa berubah kepada M maka dasar juga berubah dan orang melayu masih dianggap peminta sedekah lagi namun ada juga yang mendapat peluang namun akhir nya gagal sehingga kerajaan terpaksa menghalalkan hutang nya kepada rakyat apakah ini bukan kesan dari DEB kalau bukan dari DEB dari dasar apa pula. Kenapa dato meletakan kita orang melayu kelas ke3 sudah tentu ada sebab dan musabab nya kita ambil contoh jika kita kerja di kilang PEKERJA rendah tetap melayu sama taraf dengan pendatang iaitu NEPAL.BANGLADESH. INDONESIA. Atau MENYANMAR. Supervisor cina kalau tidak cina ialah india dan melayu jauh ketinggalan dan orang melayu akan diletakan sebagai pengurus di personel department itu memang dah sinonim jawatan itu untuk melayu. Kearah mana kerajaan nak bawa kita dalam Negara yang asal usul nya memang tanah melayu tapi sedikit demi sedikit berubah hingga tanah hak simpanan melayu pun semakin pupus siapa yang melupuskan nya kalau bukan pemimpin melayu juga jadi sekarang pada siapa kita nak sandarkan harapan kalau pemimpin melayu itu sendiri yang tidak menjaga kepentingan melayu apakah kita nak salahkan kepada DAP atau PKR yang tiada punya kuasa kalau bukan UMNO atau BN itu sendiri. Mari kita buak minda kita luas-luas juga buka hati kita dan jangan persempitkan pemikiran kita pandang dengan mata terima dengan hati kalau kita ukur berapa pemilikan harta orang melayu dimalaysia sama ada tanah unit2 kedai sama ada saiz kecil atau besar mungkin orang melayu tak sampai 30% apakah dengan pemilikan seperti ini kita boleh dipanggil tuan tanah kepada Negara kita ini fikirkan la ia. Kalau kita pergi hospital sama ada kerajaan atau swasta yang bertugas sebagai doktor bilangan nya melayu atau bukan melayu yang ramai sudah pasti india dan cina mengatasi melayu kalau kita ke makhamah peguam yang ramai pasti bukan melayu begitu juga engineer. Kita kena memikirkan semula adakah dasar ekonomi baru itu menguntungkan orang melayu keseluruhan atau sebahagian yang dipanggil KRONI atau apa sahaja. Saya percaya dato mahupun saya tidak mendapat apa2 menfaat sebenar nya dari DEB ini mungkin juga ramai seperti saya. SEKIAN UNTUK KALI INI DATO AKAN DISAMBUNG LAGI ESOK..WASSALAM.

Rosiah Ismail said...

Assalamulaikum Dato.
Bila kita membincangkan ekonomi orang melayu tiada titik noktah nya seperti lautan tiada bertepian macam2 model dan dasar diperkenalkan namun orang melayu masih ditakuk lama lagi. Kesan2 dari dasar ekonomi baru sangat bagus dan baik tapi apabila tampuk kuasa berubah kepada M maka dasar juga berubah dan orang melayu masih dianggap peminta sedekah lagi namun ada juga yang mendapat peluang namun akhir nya gagal sehingga kerajaan terpaksa menghalalkan hutang nya kepada rakyat apakah ini bukan kesan dari DEB kalau bukan dari DEB dari dasar apa pula. Kenapa dato meletakan kita orang melayu kelas ke3 sudah tentu ada sebab dan musabab nya kita ambil contoh jika kita kerja di kilang PEKERJA rendah tetap melayu sama taraf dengan pendatang iaitu NEPAL.BANGLADESH. INDONESIA. Atau MENYANMAR. Supervisor cina kalau tidak cina ialah india dan melayu jauh ketinggalan dan orang melayu akan diletakan sebagai pengurus di personel department itu memang dah sinonim jawatan itu untuk melayu. Kearah mana kerajaan nak bawa kita dalam Negara yang asal usul nya memang tanah melayu tapi sedikit demi sedikit berubah hingga tanah hak simpanan melayu pun semakin pupus siapa yang melupuskan nya kalau bukan pemimpin melayu juga jadi sekarang pada siapa kita nak sandarkan harapan kalau pemimpin melayu itu sendiri yang tidak menjaga kepentingan melayu apakah kita nak salahkan kepada DAP atau PKR yang tiada punya kuasa kalau bukan UMNO atau BN itu sendiri. Mari kita buak minda kita luas-luas juga buka hati kita dan jangan persempitkan pemikiran kita pandang dengan mata terima dengan hati kalau kita ukur berapa pemilikan harta orang melayu dimalaysia sama ada tanah unit2 kedai sama ada saiz kecil atau besar mungkin orang melayu tak sampai 30% apakah dengan pemilikan seperti ini kita boleh dipanggil tuan tanah kepada Negara kita ini fikirkan la ia. Kalau kita pergi hospital sama ada kerajaan atau swasta yang bertugas sebagai doktor bilangan nya melayu atau bukan melayu yang ramai sudah pasti india dan cina mengatasi melayu kalau kita ke makhamah peguam yang ramai pasti bukan melayu begitu juga engineer. Kita kena memikirkan semula adakah dasar ekonomi baru itu menguntungkan orang melayu keseluruhan atau sebahagian yang dipanggil KRONI atau apa sahaja. Saya percaya dato mahupun saya tidak mendapat apa2 menfaat sebenar nya dari DEB ini mungkin juga ramai seperti saya. SEKIAN UNTUK KALI INI DATO AKAN DISAMBUNG LAGI ESOK..WASSALAM.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Saya bukannya nak berlawan bahas dgn Dato’. Tak berani saya. TAPI, kenyataaan Dato’ tentang golongan professional Melayu terutamanya pakar-pakar perubatan di Negara kita itu memang sangat SALAH dan boleh menimbulkan fitnah kepada pemerintah. Sbg contoh, siapakah majoriti pakar jantung di Malaysia selepas penubuhan IJN oleh bekas presiden UMNO Tun Dr Mahathir??? Yg dianggap mahazalim dan mahafiraun oleh org Melayu sendiri????

Jika sekiranya Dato’ nak tahu peratusan yg tepat, bolehlah ke Bahagian Amalan Perubatan KKM, Jalan Cenderasari, KL. Tak sedap pula saya nak berikan peratusannya, nanti tersinggung pula pihak-pihak tertentu. Tapi kalau tak cakap, timbul pula fitnah ke atas bangsa sendiri seperti Melayu kelas ke 3lah, Melayu miskinlah, melayu malaslah dan sebagainya.

Keduanya, betul! Saya kadang-kadang makan dekat Le Meridian dan Hilton, juga sponsor staff makan buffet ramadhan dekat hotel sebagai tanda terima kasih. Tapi dari pengamatan sayalah, lebih ramai org Melayu makan buffet Ramadhan di hotel-hotel sepanjang bulan Ramadhan berbanding kaum lain sepanjang tahun.

Akhir kata, percayalah, org Melayu sekarang berduit Dato’, Cuma tak pandai nak simpan duit je. Sebab itulah kerajaan UMNO cuba tolong dgn mewujudkan amanah-amanah saham. Tapi masih lagi dianggap zalim oleh org Melayu sendiri. Tak tahu nak kalalah!!!!!! Bila saya kata “Dasar Tak sedar diri”, ramai pula yg marah. Sekian TQ dan izinkan saya berehat beberapa hari selepas penat makan angin.

ab said...

Salam Dato,



Din Melaka tulis,


`...Oleh kerana Melayu banyak miskin maka mereka melahirkan anak keturunan yg samada terencat akal atau kurang pintar dek kerana kurang zat makanan. Anak2 kategori ini bagaimana susah payah pun ibu bapa atau guru cuba memberi tusyen tak akan boleh jadi pandai macam anak orang Cina dan India.Ini namanya vicious circle yg kalau tiada pertilongan dari kerajaan
maka selamanya lah Melayu bertambah susah.'......


Saudara Din Melaka,

Saya nak soai hang ni,

Hang tulis ni masa hang siuman ka tak ni? Cuba hang baca balik ayat itu dan pikiaq apa yang hang tulis balik, nampak macam fikiran hang yang `terencat akal' atau `kurang pintar'....



Hang habaq mai kat saya ni mana bukti nya ...kalau tak ada bukti terkini,bukti lama pun tak pa, bagi tau saya bilangan orang orang melayu terencat akal atau kurang pintar katakan diantara tahun 1950-1970, atau 1930-1950, bolih bagi tau tak?



Anda adalah satu contoh melayu yang `tak dak tulang belikat', tak dak kederat nak hidup,tak berani,taku kat orang lain,`semak perut' tenguk orang maju dan tak mau bangsa maju....you BOLIH BUAT SATU CEKERAWALA PUNYA ALASAN KALAU tak mau memajukan bangsa. You prefer to perpetually dwell in the maize of problems rather than acting in a small but inperfect ways of solution....



Saya harap tidak ramai melayu macam ini ,dan tidak gemar dengan melayu macam ni punya...no life and no future punya mindset!.



PLEASE CAN YOU TELL ME of the first 400-500 PTD officers in the civil service in 1964-1968/9....were they `mentally retarded' or `tidak pintar'? with YOUR REAL REASONS as well....


Kalau you rajin baca dan semak, tidak kurang dari 50 orang melayu`keturunan' bangsawan/raja/kaya/sangat senang, yang cukup makan(lebih makan?) sejak dari 1874 sampai sekarang
yang telah melakukan perkara perkara yang dilakukan olih orang orang dari kategori `mentally retarded' atau `kurang pintar'..
go check and figure out.


Abu Bakar Ab Rahman

dr roshana takim said...

Saya suka membaca tulisan datuk

pikir kool said...

@Abu Bakar Ab Rahman

din melaka has a point, despite not being able to prove it eloquently.

although the impact is not confined to intellectual affinity per se, the occupation of parents does play a vital role in the development of the students. in depth researches have been done on this from the aspect of psychological and sociological study.

given the economic progress of other indigenous races like chinese and indians, they can offer a much promising educational opportunity to their offspring. this improves with every generational cycle.

specifically, i have been involved in the research of malay underachievers in the past as an external consultant. one of the contributory factors is the lack of support from parents. parents with lower education tend to be more complacent of education. in effect, their children might carry this idealism when they start their own family and thus, as din melaka had pointed out, perpetuating the vicious cycle. in the end, if the parents are struggling farmers, the succeeding generations might not deviate effectively from this vocation.

u can do ur own research by downloading related publications if need be. now, it would best that u refrain urself from indulging from excessive *diatribe* against others like din melaka. the capacity to reason with clarity is often inversely proportionate to the degree of an emotional outburst, as u had profoundly demonstrated. just thought u should know.

Rosiah Ismail said...

Salam dato. OKJ masih meraban lagi pemikiran nya dato bukan cerita berapa orang pakar berapa orang yang jadi itu jadi ini tapi dia berhujah kenapa kita orang melayu menjadi WARGA EKONOMI KELAS KE3 hujah la dengan fakta kedudukan kita orang melayu dimana.Adakah kita berbangga dengan orang melayu makan buffet ramdhan di hotel 5 star itu isu OKJ kalau minggu lalu dia bangga kerana melayu pergi makan di KFC dan lain2 restauran fastfood itu ukuran yang diberikan bukankah itu satu ukuran yang janggal bahkan terpesong. Bagi saya bukan nak kondem kerajaan atau pemerintah bahkan jauh sekali nak kutuk umno tapi perlukan komen dan pembetulan agar warga ekonomi kelas ke 3 dapat diubah. Dalam merencana ekonomi bukan perubahan pemimpin tapi kalau dasar sudah ada terus berjalan terlampau banyak dasar pening kepala dibuat nya kalau dah ada DEB teruskan hingga orang2 melayu pada keseluruhan nya keluar dari sarang kemiskinan apakah dengan pemberian BR1M orang melayu akan keluar dari kepompong kemiskinan jawapan nya pasti tidak kalau jumlah billion2 tu direncana dengan baik pasti ianya dapat keluar dari kotak warga ekonomi kelas ke 3 mungkin wang berbillion untuk BR1M itu boleh membeli company seperti ESSO yang dijual lalu keuntungan berpanjangan dapat diberikan kepada rakyat itu satu contoh jadi company itu tak perlu dijual kepada syarikat judi dari luar negara..SEKIAN DATO WAKTU KERJA DAH SAMPAI SAYA KOMEN LAGI MALAM INI..WASSALAM..

Lahuma said...

Dato.

Melayu kian layu.
Ini lah bala untuk Melayu.
Memang wajar pun bala timpa pada semua Melayu.

Orang harapan Melayu apa jadi.Apa mereka buat.

Orang harapan Melayu cuma bersih.Bukan suci.

Ramai oranh harapan Melayu sekadar bersih.

Kerana tidak suci maka Melayu terima padah hari ini.

Cuba senarai orang harapan Malayu hari ini.Siapa bersih dan siapa suci.

Berih dan suci tak sama.

Sebab itu apa jua peluang orang harapan Melayu sapu bersih.

Bukan Melayu yakin mereka akan terus jolok biar Melayu terus menari dan bertokak sama sendiri.

Untuk PRU 13 pengundi kena undi calin yang suci bukan calon bersih atau sekadar dibersihkan SPRM dan kaki ampu pemimpin yang bersih tapi tak suci.

Calon diutamakan.Parti kemudian.

Terima kasih.

Hanif said...

OKJ said 11.19pm " percayalah, org Melayu sekarang berduit Dato''. Well, lets look at the data. Gaji purata orang melayu - menurut sumber dari economic planning unit- adalah RM 1600 sebulan pada tahun 2009. Berduit kah tu?

memang betul ada peningkatan yg baik dalam penglibatan org melayu di bidang professional, tapi masih berlambak melayu yg kerja gaji kecik dan berkerja di bidang bukan profesionals.. Dari sumber yg sama, lebih kurang 72% unskilled workers in malaysia adalah org melayu. sama juga untuk machine operators - 68%. kalau majority berkerja bukan dlm bidang professional dan bergaji kecik - mana datang idea bahawa melayu banyak duit?

OKJ also said " Tapi dari pengamatan sayalah, lebih ramai org Melayu makan buffet Ramadhan di hotel-hotel sepanjang bulan Ramadhan berbanding kaum lain sepanjang tahun" - True, but mostly sponsor by the companies. Not from their pockets.

Sometimes our conclusion is clouded by our surroundings - if we stay in posh areas, eating at expensive restaurants, mingle with high society layan philahrmonik atau art gallery, we tend to think that majority of the malays must be doing orait. But if we venture out to Kedah, kelantan, terengganu, maybe the perception on 'melayu ada duit' will disappear. Tak payah pergi jauh, just ask those malays in kuala selangor, sg buloh. better still, senang ja. buka internet and tengok data. senang. jelas org melayu takdak duit.

A KADIR JASIN said...

1. Saya tidak ada masalah bagi OKJ atau sesiapa saja berbahas dan mempertikaikan hujah dan perangkaan saya. Jadi janganlah Sdr OKJ beri alasan tidak mahu berlawan bahas dengan saya.

2. Sdr OKJ, antara lain berkata: “TAPI, kenyataaan Dato’ tentang golongan professional Melayu terutamanya pakar-pakar perubatan di Negara kita itu memang sangat SALAH dan boleh menimbulkan fitnah kepada pemerintah. Sbg contoh, siapakah majoriti pakar jantung di Malaysia selepas penubuhan IJN oleh bekas presiden UMNO Tun Dr Mahathir??? Yg dianggap mahazalim dan mahafiraun oleh org Melayu sendiri????”

3. Saya tak sepatah pun menulis mengenai doktor Melayu, apatah lagi mempertikaikan kepakaran mereka. Ramai doktor pakar yang jaga saya adalah Melayu. Jadi Sdr OKJ lah yang salah faham atau sengaja memutarbelitkan kenyataan saya.

4. Saya mengukur ekonomi Bumiputera/Melayu secara perbandingan. Ya, kini ada ramai profesional Bumi/Melayu, tapi peratusannya berbanding Cina dan India masih rendah. Kira-kira 60% rakyat Malaysia adalah Bumi, tapi peratus profesional Bumi pada tahun 2002 (Rosnani Hashim, Institute of Education, International Islamic University Malaysia) hanyalah 37.2% merangkumi akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, doktor haiwan, jurutera, juru ukur dan peguam) berbanding Cina 50.1% dan India 11.2%. Cina dengan 32% bilangan penduduk menguasai 50% bidang profesional. India dengan 8% mengisi 11% tenaga kerja profesional.

5. Hanya dalam bidang kedoktoran dan haiwan saja Bumi/Melayu mengatasi Cina dan India.

6. Dalam dua bidang di mana Bumi mengatasi Cina dan India pun pendapatan Bumi lebih rendah kerana majoriti Bumi kerja dengan kerajaan. Cina dan India bekerja dengan swasta atau bekerja sendiri. Begitu jugalah dengan bidang-bidang lain.

7. Yang saya bincangkan ini ekonomi, bukan politik. Jadi suka tak suka kita terpaksa akui bahawa walaupun bilangan Bumi/Melayu ramai, tapi di dalam bidang ekonomi mereka tertinggal di belakang Cina dan India.

8. Sebab itulah saja tekankan dasar pertumbuhan dengan pembahagian (growth with distribution) wajib diteruskan, mungkin bukan berasas kepada bangsa semata-mata tetapi kepada siapa yang memerlukan.

Terima kasih

Din Melaka said...

Dakj

Kpd sdr ab dan yg sewaktu.

1.melayu lebih miskin dari cina dan india secara purata tak payah nak pertikai

ab said...

Salam Dato,



Saudara fikir kool,


Saya minta maaf kepada saudara jika tersinggung dengan tulisan saya itu.



Tetapi penulis itu bersifat merendahkan bangsa melayu sebegitu
buruk dan rendah mertabatnya, terutamanya orang melayu miskin TANPA bukti kukuh.



Saya tidak marah kalau dia tulis tidak sedemikian.



Cuba saudara fikirkan, KALAU FAKTA melayu miskin-beri anak kurang makan -dan menyebabkan anak anak `mentally retarded'- dan `kurang pintar'...bagaimana diterangkan setiap tahun lebih kurang 400-500 orang pelajar melayu miskin yang teramai disekolah sekolah alam shah, sekolah tun fatimah, kolej tunku kursiah,sekolah kolam air,sdar dll ditahun 1963-1970an yang rata rata berumur 13 tahun keatas berjaya menjadi PTD, doktor,peguam,arkitek,engineer,juruterbang, dan beribu pegawai PTD dan PTA....dan mereka ini juga `merealisaikan' perubahan ekonomi dan pelajaran orang melayu lain dizaman tersebut ...




Apa `argument' beliau tentang
kejayaan pelajar pelajar miskin
dan tak cukup makan ini sedangkan otak mereka sudak bertahun tahun di`penuhkan' dengan
kemiskinan dan kurang makan?.



Persepsi dan impresi jauh berbeza dari realiti bro..


Dato Kadir Jasin, Dato Melan, Datuk Usman Awang,Hamka,Pak Sako, Dr Burhadudin, dll itu bukankah dari kumpulan orang melayu miskin dan tak cukup makan...tapi saya tidak nampak dimana mereka ini mentally retarded atau tidak pintar..



MALAH meraka ini sangat pintar dan merubah melayu lain..



Abu Bakar Ab Rahman

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Soal Melayu miskin secara purata adalah fakta. Tapi tukang auta cuba suruh saya buang masa layan dia..Bukti apa lagi yg sdr ab nak. Kalau dia pergi tolong Melayu yg ramai miskin lagi baik.

org putih di AS lebih senang dan kaya dari org hitam adalah juga fakta.Justeru itu anak org putih lebih pintar dari anak org gelap yg tinggal pun di tempat daif, kerja low class dan makan tak berzat jugak selalu sakit2 serta tak hadir sekolah.

Apalah beza dgn anak 2 Melayu yg tinggal di rumah2 flat murah seluruh negara berkat perjuangan pemimpin UMNO yg sdr ab dan OKJ sangat gemar meminatinya. Anak2 Melayu ini dan ibu bapa mereka perlu bantuan khas untuk mencapai taraf sebagai MANUSIA bukan asyik dibuli oleh bangsawan UMNO yg akhirnya hidup sebagai sampah masyarakat dihina bukan saja oleh Cina dan India tapi oleh bangsawan UMNO sendiri.Bantuan BR1M tu gula2 je.

Berhentilah berbangga dgn kejayaan satu dua kerat anak Melayu yg tinggal di flat2 murah tu. Sebab ramai lagi yg hidup melarat.

Apa yg kita mau kerajaan yg boleh mengeluarkan mungkin 99% melayu dari kepopong kemiskinan. Yg pasti UMNOBN bukan kerajaan itu.

.

fed up said...

Rasanya selepas ini OKJ jangan melancong keluar negara.

Saya cadang, pergi ke homestay. Kat Kuala Selangor pun banyak.

Dan bila pergi tinggal di homestay, betul-betul ikut aktiviti ahli tuan rumah.

Itulah cara jika benar-benar nak tahu denyut nadi rakyat.

Bukan di Meridien. Bukan di Paris.

Fed Up

Faisal Zakaria said...

Salam Datuk,
From DEB implementation up to today, the situation have yet to improve and in fact, as per your opinion, it has worsen. What does this tell us?

An implementation of policy planned for the well-being of "Bumiputera" sector in Malaysian demography have successfully brought up entrepreneurs which brings you strong GLCs, but unfortunately, the success is not widespread as we hoped.

Perhaps, the approach needs to be changed. We cant press on with the same mechanism 40 odd years after the same mechanism failed to work.

The system needs to be overhauled. Government agencies working culture needs to be improved, mindset needs to be changed, and to achieve this, a lot of negativity needs to be shed.

I am one of the victim of this preferential policy, as I am unfortunately not smart enough to attain high-paying professions in these GLCs, and at the same time, not well-connected enough to acquire import APs and various other benefits that envelope that particular segment of the "Bumiputeras", and furthermore, a staff of a company that recently relocated to the Philippines, making Malaysian staffs of ALL races redundant.

It is time we shed these ethnic based discrimination, yes, discrimination as the Prophet pbuh in his final Khutbah clearly mentioned : "Wahai Manusia, kamu semua berasal daripada Adam, dan Adam berasal daripada tanah. Tidak kelebihan seorang Arab ke atas seorang Parsi, mahupun seorang Parsi ke atas Arab, mahupun yang merah ke atas yang hitam, ataupun yang hitam ke atas yang merah, melainkan ketakwaan."

Embrace people of different background and culture welcomingly, and objectively.

40 odd years of help, and we are still lagging. Perhaps its time for us to reflect, are we worth all the millions spent to help ourselves?

don kadok said...

apa dato' dok buat leceh? pekida ada, pekasa ada nak bela org melayu... pak menteri pun ada. pak menteri balaih 10.00 ringgit, dia bagi kat kita 0.001 sen...ok apa?! Kah..Kah..Kah.. sorry dato' it's a new year joke!

Saji said...

Sdr Abd Rahim Ahmad



"6. Saya mencadangkan Dato ambil iniasiatif untuk menubuhkan sabuah satu kelab cendiakawan Melayu untuk cuba merungkai isu ini."

Saya sudah mengambil iniasiatif mengkaji dan menulis di akhbar mengemukakan penyelesaian, dari sudut amalan kontrak pembinaan Barat dan Islam sekali gus, terhadap 2 masalah lama pengelibatan orang Melayu dalam sektor pembinaan projek kerajaan berikut; a/ projek kerajaan yang ditawarkan kepada kontraktor tiris/ diali-baba ke tangan kontraktor bukan Melayu dan b/ ketiadaan rangkaian sub-kontraktor kerja dan bekal Melayu.

Kemudian saya buat kajian bersama dengan prof2 di USM selama 3 tahuan dengan dana kerajaan pusat. Malangnya apabila kajian mengemukakan hasil kajian termasuk penyelesaian kepada 2 masalah di atas kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia ( yang merupakan NGO kroni UMNO) mereka menolaknya mentah2. Apa cerita!

...SAJI

Mantinns said...

YBhg Datuk,

Agaknya duit orang Melayu banyak tak kalau dimasuk kira duit dalam EPF, duitd dalam Tabung Haji, duit dalam saham felda, duit zakat., nilai harta kampung halaman. Malu jugak nak tanyasoalan bodoh macam ini.

saji said...

Salam Dakj,

"8. Sebab itulah saja tekankan dasar pertumbuhan dengan pembahagian (growth with distribution) wajib diteruskan, mungkin bukan berasas kepada bangsa semata-mata tetapi kepada siapa yang memerlukan."

A/ Dato' tahu untuk tujuan pelaksanaan dasar pertumbuhan dengan pembahagian (PDP)di atas oleh pihak pelaksana dasar iaitu kakitangan kerajaan berkaitan ia memerlukan apa yang dipanggil makanisme penterjemahan dasar, di mana dalam pelaksanaan projek pembinaan mekanisme penterjemahannya ialah kontrak pembinaan yang saya banyak bincangkan sebelum ini.

B/Cuma saya ingatkan Dato' dasar PDP dalam pelaksanaan projek kerajaan memerlukan agensi2 pelaksana seperti JKR, FELDA dll meninggalkan penggunaan bentuk2 kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advance atau maksud Islamya kontrak al-Istisnaa' membabitkan bentuk Lump Sum, Bills of Quantities dan Design and Build dan berpindah menggunakan bentuk2 kontrak pembinaan Barat jenis Cost Reimbursement atau maksud Islamnya kontrak al-Ijarah membabitkan bentuk Direct Labour, Cos Plus dan Management Contract.

...SAJI

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. siapa termakan cili dia terasa pedas. tak perlu sesiapa pun emosi atau marah sebab selama ini secara purata Melayu bertambah miskin di bawah pemerintahan UMNOBN.

2. Ilmu perubatan telah membuktikan bahawa perkembangan tubuh termasuk otak yg paling penting adalah semasa peringkat janin hingga manusia mencapai umur enam tahun. Makanan yg baik2, berzat dan seimbang sangat penting sejak dalam kandungan lagi.Oleh yg demikian dari segi strategi maka baik kerajaan, NGO Melayu dan individu Melayu hendaklah menyumbangkan dana kearah pemakanan yg baik untuk Melayu sejak dalam kandungan. Mungkin amalan selalu makan di tempat berprestij dan melancung keluar negeri harus dikurangkan jika kerananya boleh menggugat amalan bersedekah.

3.ketika menjadi guru sementara saya pernah mengajar beberapamurid dari keluarga yg sama yg berada di kelas corot sedangkan abang sulongnya merupakan pelajar paling pintar waktu itu hingga berjaya ke sek asrama penuh.Moral cerita ini ialah walau pun mereks dari keluarga miskin, abang mereka mungkin lebih beruntung kerana sebagai anak yg pertama beliau mendapat kelebihan tertentu ketika dalam perut ibu lagi. Apakah tak mungkin sejarah yg saya sebutkan itu mungkin sama atau serupa dgn sejarah hidup org yg namanya ada di sebut sdr ab?

bersambung.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

sambung cerita.

1.Saya sgt kritikal dgn org Melayu yg buat amal jariah tapi impaknya tak m.aksimal. Sebagai contoh kalau ramai dermawan Melayu asyik buka pusat tahfiz, saya takut mereka sukar nak jumpa Melayu pintaruntuk masuk ke sekolah berkenaan. Begitu jugak ada Melayu terlalu taasub buat yg sunat(spt umrah beberapa kali setahun) tapi meninggalkan amalan wajib spt zakat dan sedekah wajib. Maksud saya dgn sumber tenaga dan ekonomi Melayu yg terbatas pilihlah jalan yg memberi impak maksimum kpd kebaikan masyarakat.

2. Saya perhatikan semangat menolong sesama Melayu tiada atau kurang. Nak berobst mereka jumpa doktor bukan Melayu. Nak buat perjanjian jual beli mereka cari peguam bukan Melayu. Nak beli stau jual rumahcari agen bukan Melayu Yg lebih teruk nak makan pun cari restoran bukan Melsyu....asal ada tulisan halal terus percaya.

mohd paizal said...

betul kata din melaka...
kalau melayu nak lakukan sesuatu benda cari melayu dah tentu...sedikit sebanyak akan membantu melayu jugak...



mohd paizal

JohorMali said...

'DAKJ,
Dak Din ni kalau nak generalise pun janganlah over sangat.
Nak berubat, jumpa doktor bukan M - not me
Pakai loyar bukan M - not me
Estate ejen bukan M - not me
Restoran bukan M - not me
And I can safely say almost 80% of Melayu are like me!
( tapi M folks in Bangsar, Damansara,, Kiara and the likes mungkin kot?)

Lahuma said...

Dato.

Sudahlah Ekonomi Melayu berada dalam kelas ketiga.
Remaja Melayu pula berada di kelas pertama dalam kelas penagih dadah dan peminum setia air ketum.

Ini pun ada kaitan dengan peyumbang perkembangan ekonomi Melayu.

Melayu banyak masaalah.

Terima kasih.

ab said...

Salam Dato,



Saudara Saji tulis,


.....Cuma saya ingatkan Dato' dasar PDP dalam pelaksanaan projek kerajaan memerlukan agensi2 pelaksana seperti JKR, FELDA dll meninggalkan penggunaan bentuk2 kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advance atau maksud Islamya kontrak al-Istisnaa' membabitkan bentuk Lump Sum, Bills of Quantities dan Design and Build dan berpindah menggunakan bentuk2 kontrak pembinaan Barat jenis Cost Reimbursement atau maksud Islamnya kontrak al-Ijarah membabitkan bentuk Direct Labour, Cos Plus dan Management Contract......



Apa kata saudara `halusi' lagi bagaimana pendekatan ini dapat digunakan olih kerajaan dengan melalui begitu banyak `PDP' yang di swastakan.



Pendekatan dan proses pembinaaan itu juga bolih digunakan untuk penyediaan perkhidmatan selain dari pembinaan.


Penjimatan kos adalah sangat ketara jika saya faham maksud saudara.


Apa pasal mereka tolak hasil penyelidikan tersebut? Ada maklum balas ke tidak?..


Abu Bakar Ab Rahman

Rosiah Ismail said...

Salam kepada dato penulis. Saya perhati para pembahas disini bijak2 belaka cuma ada seorang dua sahaja yang tidak mahu menerima fakta yang dato telah jelaskan. Dato cuma menulis kenapa kita ini orang melayu menjadi warga ekonomi kelas ke 3 itu satu kenyataan yang tepat dan bernas. Kegagalan orang melayu dalam menjana ekonomi kerana orang melayu tidak mempunyai sikap mempertahankan hak nya contoh paling terang dan jelas tanah simpanan melayu dan juga tanah wakaf apa sudah jadi mungkin juga kampong baru juga hilang hak begini la nasib melayu kita dato...ok sekian nanti saya sambong lagi kena buat kerja dulu...wassalam..

YangBenar said...

Faizal Zakaria,

Your are one in a million. What you said touch the hearts of all Malaysians. I for one is with you. It's time we shed our ethnic base discrimination. We are all the decendants of Adam. The colour of one's skin does not make one superior than the other. Thus to be denied of help when in need.

It's time we embrace people of all ethnic and background and help all the poor up. After all if the economy drops, we all sink together and will be out of job together. The world is full of people of different ethnics and yet can move on at such a rapid pace of advancement. Here in Malaysia we still harping over our difference and who is more richer than who. It's time we let go and move on from this to bigger things.

Who will help us in this challenging times and in our hour of need if not for our own people.
The beloved people of Malaysia.

botax9 said...

Datuk,

Saya langsung takde rasa irihati pasal cina dan india lebih berjaya. datuk tenguk kalau di kedai mamak waktu sabtu ahad yg kita nampak yg sebuk nak pegi kerja org cina dan india org melayu lebih selesa duduk dirumah dari bekerja.

kalau dibezakan gaji org melayu dengan org cina memang cina jauh beza walaupun kalau dibezakan melayu dengan cina melayu lebih banyak yg ada ijazah dari cina or india (setiap tahun beribu anak2 melayu yg habis lepasan IPTA).

Cuma apa yg saya sedih kenapa org melayu sendiri tak mahu berubah...semua mengharapkan bantuan kerajaan kita dah ada bukti depan mata yg mana cina yg kuat berusaha telah banyak berjaya tapi kita masih lagi lena dengan mimpi2 indah kita.

Melayu takan berjaya selagi kita tidak ubah sikap pemalas kita. walaupun kerajaan bagi kita sorang satu bukit emas lama kelamaan akan bertukar tangan ke bangsa cina or india jugak kerana kemalasan kita. Patutkah kita nak salahkan bangsa lain megambil harta benda kita.

semua mak bapak mahukan anak mereka jadi doktor, lawyer, engineer,etc. Tapi kita sendiri yg membinasakan waktu dan masa kita sendiri yg lebih suka mengharapkan bulan jatuh keriba.


Botax9

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Good afternoon, Dato

You have put forward some well-reasoned arguments.

And, yet, haven't we been through all these before?

What are the alternatives?

Consider the geopolitical realities in this region.

Do you think that the countries around us will obligingly slow their progress to a walk just so that we can catch up?

There are limits to Asean solidarity!

Unfortunately, there are no quick fixes, no shortcuts.

Everything you want to achieve has to be worked for. No one, in this day and age, is going to hand things to you on a silver platter.

As a businessman, I have seen the competition out there. It's, in a word, scary.

And anyone who tells you otherwise is just trying to sell you a busted bundle of goods.

azmus said...

Salam DKJ dan pembahas semua.

Berbalik kita kepada tajuk tulisan Dato "Bumiputra Warga Ekonomi Kelas Tiga".
Tanpa membuang masa mengali hard facts and figures sebagai pengukur, seperti tulisan saya yg lepas kita lihat saja sekeliling kita.
Saya sudah sebutkan berapa banyakkah pencakar langit dan shopping complex di KL dan Petaling Jaya kupunyaan individu atau syarikat bumiputra.lihat pula berapa ramaikah bumiputra tinggal di kawasan perumahan mewah seprti Bukit Damansara, Bungsar, Sri Hartamas,Tamana Tun Dr Ismail, Country Heights dll.Berapa ramai bumiputra yg tinggal di condo mewah seperti di sekitar KLCC, Jalan Ampang, Sri Hartamas dll.Saya rasa tak lebih dpd 30%. Di jalan raya pula berapa ramai Bumputra menaiki BMW, Merc ,Lexus dan Porche.
Cuba kita jenguk pada hari minggu di restoren hotel mewah seperti Cilantro, Lafite,Sage, Sense, Millseme, berapa keratkah Bumiputra membawa keluarga kesana. Kalau cerita Bumiputra sudah mampu makan piza, McD, KFC ini samalah dengan makan nasi campur tepi jalan. Di USA ini semua fast food keseluruhannya untuk golongan miskin.

Saya minta pembahas dengan jujur menjawab soalan diatas dan tolong letakkan dimanakah Kelas Ekonomi Bumiputra.

YangBenar said...

Salam Datuk

Dalam tahun baru ini saya terbaca di suratkhabar satu keluarga cina tiga beranak yang tinggal di Pengerang, Johor 'commit suicide' bunuh diri kerana kemurungan akibat tekanan kesempitan hidup yang teramat.

Isterinya sakit angin akmar 'stroke', anaknya down's syndrome, Suaminya (63 tahun) tidak bekerja menjaga isteri dan anak dengan bantuan JKM RM300.00 sebulan. Rumah mereka yang satu-satunya akan diambil alih untuk projek RAPID dengan pampasan hanya RM20,000.00.

Nak beli rumah lain, harganya RM65,000, keluarga ini tidak mampu.Akhirnya suaminya telah mengambil nyawa satu keluarga dengan cara bunuh diri. Satu keluarga yang miskin teramat sehingga mengalami kemurungan kritikal.

Cuba bandingkan dengan semua yang dapat makan di Hotel taraf lima bintang, di fast food, kereta besar, rumah besar, dapat projek, bantuan pelbagai.

Saya ingin tanya semua apakah kelas ekonomi keluraga ini? Kelas Tiga, Empat, Lima ....??

anakbuah said...

Sdr ab,

"...dan tak cukup makan ini sedangkan otak mereka sudak bertahun tahun di`penuhkan' dengan kemiskinan dan kurang makan?"

# Terima kasih kerana menulis mengenai otak dan pemakanan. Agak malang, ada yg makan di Le Meridian dan Hilton - nafsu besar tapi otaknya mengecut dan semakin kecil.

Dato',

Org mcm ni, bersama UMNO/BN memang seronok biarkan rata2 Bumiputra kekal ditakuk lama, kurang bijak atau tidak cerdik utk terus berkuasa dan kekal dgn gaya hidup mewah. Yg bijak sedikit, yg melawan banyak dicantas cepat2. Apa mereka peduli kalau bumiputra jadi warga ekonomi tak ada kelas sekali pun? Mereka ke hulu, ke hilir dgn kereta mewah dan escort. Melancong dan berbelanja ke luar negara tidak pernah tinggal.

Kalau Dato' kata "...tidak tahu sama ada orang Melayu dan Bumiputera seronok atau tidak menjadi warga ekonomi kelas tiga serta mempertaruhkan nyawa sendiri untuk melindungi nyawa dan kekayaan orang lain.", apa komen Dato' jika saya katakan rata2 rakyat kita sedang mempertaruhkan nyawa pergi dan balik bekerja dgn kerata yg dihutang secara melampau kesan polisi automotif negara? Bukankah kita patut enjoy kualiti kenderaan yg lebih baik berpatutan dgn harga/hutang yg kita bayar? Bukankah kerajaan sendiri yg menjadikan rakyat warga kelas tiga? Kesannya, jangan hairan, mentaliti kelas tiga juga yg kerajaan dapat drp rakyat di jalan raya dan di mana saja!

Saji said...

Salam Sdr ab

1/"Apa kata saudara `halusi' lagi bagaimana pendekatan ini dapat digunakan olih kerajaan dengan melalui begitu banyak `PDP' yang di swastakan.

Pendekatan dan proses pembinaaan itu juga bolih digunakan untuk penyediaan perkhidmatan selain dari pembinaan.


Penjimatan kos adalah sangat ketara jika saya faham maksud saudara."

Jika apa yang sdr suruh saya 'halusi' itu ialah kontrak pembinaan Management Contract yang diperkenalkan oleh CIDB, United Kingdom seperti saya bincangkan sebelum ini sebagai makanisme penterjemahan kepada dasar PDP/GWD, saya sudah 'halusi'nya, khasnya bagaimana kontrak tersebut menjimatkan kos pembinaan dan kemampuannya diadaptasi dalam pelaksanaan projek2 kerajaan yang diswastakan dan perkhidmatan2 kerajaan yang diswastakan seperti pelaksanaan sistem AES.



2/ "Apa pasal mereka tolak hasil penyelidikan tersebut? Ada maklum balas ke tidak?"

Saya cuma dimaklumkan oleh setiausaha persatuan berkenaan yang Dato' pengerusinya tidak bersetuju untuk mengadakan seminar bersama (USM)di KL mengenai hasil penyelidikan tersebut.

...SAJI

Rosiah Ismail said...

Salam dato, Semakin panas isu ini para pembahas dengan idea dan cara mempertahankan hak masing2 dan juga pendapatnya. Saya bandingkan sekolah berasaskan cina dipekan sekichan dan sekolah menengah kebangsaan berasaskan melayu cara permakanan nya berbeza sekolah berasaskan cina melarang pihak kantin menjual nasi lemak dan sekolah yang asas nya melayu berlambak nasi lemak. Saya tak pasti apa motif nasi lemak dan bubur nasi bersama ayam goreng harap para pembahas boleh la lontarkan pandangan yang bernas untuk kita kongsi bersama. SEKIAN.

ab said...

Salam Dato,


Saudara Saji,



Saya cadangkan saudara courier hasil penyelidikan itu kepada
PM, Menteri Perdagangan dan Menteri Keewangan..lepas itu tunggu response dari mereka.


Abu Bakar Ab Rahman

Saji said...

Sdr ab

Apa yang saya cakap kat rakan2 prof di USM berkenaan untuk sementera waktu ini. kita tunggu kerajaan PR memerintah, atas alasan Management Contract dan PDP tidak sesuai dengan kerajaan yang cenderung mengamalkan sistem ekonomi kapitalis melampau berbanding dengan kerajaan yang cenderung mengamalkan sistem ekonomi Islam atau sosialis atau kombinasinya.

...SAJI

Megat Trawis said...

Dato,

Nasi lemak dan Nasi bubur ayam goreng.

Kpd Rosiah dll.

Kalau nasi lemak dimakan dgn sedikit sambal bilis, telur rebus (tanpa telur kuning)serta ulam dan Bubur nasi dimakan dgn ayam daging goreng, lebih baik makan nasi lemak.Tak ada kolestrol hanya ada lemak lebih sikit.

Ayam goreng tinggi kolestrol dan lain2 bahan suntikan.Kalau selalu makan boleh menyebabkan barah.Kalau jualan di kantin sekolah dah tentu minyak menggoreng digunakan berkali-kali lagi bahaya.

Pendapat saya.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin,

Saya yakin hampir semua pembahas orang Melayu.

Tolonglah jangan buka pekung lebih-lebih. Nampak macam seronok pulak memburuk-burukkan bangsa sendiri.

Kita, orang Melayu segala-galanya kurang dibanding dgn. orang Cina.

Jadi saya minta tuan-puan tolonglah cadangkan bagaimana nak jadikan orang kita cemerlang, gemilang dan terbilang. Terutama dlm. bidang perniagaan.

Perniagaan menjana pendapatan.Pendapatan pula akar kpd.kekuatan ekonomi.

Salam hormat.

Azlan Ali said...

Salam DAKJ,

Jurang ekonomi yang besar kemungkinan besar akan membawa kepada ketidakstabilan terutama kepada socio-economy sesebuah negara. Tidak kira Malaysia atau negara-negara lain. Menanganinya akan menjadi lebih sukar sekiranya ia berada di tahap yang kritikal. Kapitalisma ada bagusnya ada kurang bagusnya. 'Survival of the fittest', itulah motto kapitalisma. Yang kurang akan tercicir. Yang kuat akan ke hadapan. Maka lahirlah bangsawan, hartawan bergelar elitist. Maka lahirlah juga yang akan tercicir.

This is the world as it is. You want a better quality of life, you yourself got to realise what it takes to achieve it. Attitude itu penting. Kesedaran diri itu penting. Malangnya, faktor-faktor ini masih belum jadi second nature lagi. Bantuan dan 'crutches' hanya boleh membantu tetapi ianya bukan satu mekanisma atau formula effektif untuk jangkamasa panjang.

Muzaffar said...

Salam Dato'

Saya tak faham dengan sikap orang-orang yang tidak ingin membincang tentang isu-isu yang melandai masyarakat Melayu malahan pula ingin membelakangi masalah-masalah seperti ni. Tak habis-habis nak suruh kita jangan bukak pekung. Habis? lagi elok ke kalau biarkan orang kita tak tahu.

Jangan anggap semua Melayu sedar apa yang dialami oleh golongan Melayu lain. Yang kaya anggap kelilingnya semua baik belaka. Pemimpin kita pun serupa. Semasa mendengar ceramah Pak Ungku Aziz, dia bercerita waktu ketika dia bertemu dengan Tengku Abdul Rahman. Apabila Pak Ungku menanya Tengku tentang masalah kemiskinan, jawap Tengku, "Mana ada orang merana kerana kemiskinan di Malaysia". Demikianlah tahap kesedaran sesetengah pemimpin kita.

Masalah kemiskinan Melayu terletak pada psikologi, sistem masyarakat, dan sistem ekonomi. Dari segi psikologi Melayu dibelenggu oleh pemahaman dunia yang tidak saintifik, fahaman takdir yang menggalakkan kehidupan pasif dan fatalis (ditangkap oleh peribahasa "kalau secupak takkan segantang") walaupun Islam sebenarnya mengajar manusia berusaha untuk mengubah nasib sendiri "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah kondisi dalaman mereka sendiri”. Pemikiran tidak saintifik menyebabkan kita buta dalam menentukan "cause" dan "effect".

Sistem masyarakat yang menggalakkan pengampuan kepada orang-orang berstatus tinggi, mengelakkan kita daripada berkata benar, dan memberi kritikan membina. Contohnya, apabila raja yang mengepalai FAM, tiada siapa yang berani keluar dengan terbuka untuk mengkritik pengelolaan organization tersebut.

Dari segi sistem ekonomi pula, sistem kewangan dan perbankan tidak menolong golongan miskin untuk panjat keluar dari kemiskinan mereka. Orang miskin tidak layak mendapat pinjaman wang bank jadi peluang untuk mengusaha pun terbatas. Sistem perbankan juga menggalakkan kenaikan harga-harga barang, contohnya harga rumah, jadi orang miskin yang tidak boleh meminjam lagi ketinggalan.

Sekian itu saja pada kali ni


Jaja said...

Salam Hormat Yg Mulia DAKJ,

Saya pun turut khuatir pemuda-pemudi yang bankrap mencecah ratusan ribu itu adalah Melayu. Harap sangat itu bukan kenyataan. Kenapa Melayu Dato? Kenapa tidak Cina dan India? Adakah Melayu terlampau selesa berbanding bangsa-bangsa lain yang bersifiat 'survival'. Pernah Dr M mengatakan, beliau pernah merayu,pernah menangis kerana Melayu tapi kesannya "tang tu juga". tapi ramai juga yang berubah. Terima kasih Dr M.

Dato, saya rasa sikap Melayu yang sukar diubah. Terutama yang paling lekeh berkaitan dengan "financial management". Tapi kini mungkin ramai juga yang sudah sedar dan bukan lagi "di bawah sedar". Contoh sudah ada anak Melayu yang membiayai yuran di IPTS dengan wang hasil dari mencari peluang baru melalui perniagaan. Bukan ibu bapanya tidak mampu, malah lebih dari mampu.Tapi mengajar anak erti "survival" dan mengubah sikap. Maafkan saya kalau saya tersilap.

Wallahualam.
Terima Kasih Dato kerana berpeluang ke laman.

amarneng said...

Salam Datuk....

Terasa bergetar sedikit naluri saya sebagai anak Melayu yang sehingga kini terwaris dengan kemunduran dan kekesalan.

Kegagalam pembinaan pewaris kekayaan negara, kita akui banyak faktor untuk dibahaskan,dan kita tidak akan menemui jawaban yang menyenangkan dan adil.

Saya dan kita semua sudah maklum...pencapaian selepas setengah abad dunia Melayu moden dianggap sebagai sederhana kerana kita berkongsi kuasa dan ekonomi dalam sebuah negara majmuk.

Saya yakin sudah ada beberapa orang Melayu yang sudah menjadi Melayu Bilionare dan ribuan jutawan Melayu.Dan tidak terkecuali ribuan jutawan kelas ketiga sedang bergerak kearah itu....

Proses itu Datuk saya rasa sentiasa berjalan diluar sana manakala pemerhati seperti kita hanya menjeguk di tepi jendela sahaja.
Lalu mencari fakta untuk berpolimik sebagai pemuas hati yang dibelenggu kegagalan dan kefasikkan.

Kita kebanyakannya sentiasa mahu menjebakkan diri dengan emosi yang tak terkawal untuk bersengketa minda dan jiwa...untuk apa itu....
sedangkan masih banyak ruang waktu untuk kita kerah bersama menuju dan mengisi wawasan negara....

Saya khuatir datuk...jendela 2013 sudah terkuak dan kita perlu memastikan rantaian waktu sepanjang tahun ini dan akan datang terisi dengan berfaedah....

hindarkan sengketa ....dan sebagai pemikir dalam pelbagai peringkat kita bertanggungjawab untuk memancu bersama...bermula dari rumah hinggalah ke puncak global.Jangan kita tersungkur di puncak kejayaan....