Monday, February 04, 2013

Punca Penarafan Media Malaysia Merosot


Punca Penarafan Media Malaysia Rendah

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

HAKIKAT tidak berlaku pembaikan penarafan media massa Malaysia dalam kajian persepsi Reporters Without Border (RWB/Pemberita Tanpa Sempadan) bagi tahun 2011/2012 tidaklah memeranjatkan.

Dalam penarafan terbaru itu, RWB meletakkan Malaysia di kedudukan ke-122 daripada 179 negara yang dikaji selidik. Ini meletakkan Malaysia setaraf dengan Algeria dan Tajikistan, tetapi lebih buruk daripada Zimbabwe, Oman, Fiji dan Kemboja.

Sebenarnya kita tidak perlu dipandu oleh kajian pertubuhan-pertubuhan luar seperti RWB untuk merasai yang media massa Malaysia menjadi semakin tidak bebas dan tidak seimbang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Jadi, tidak hairanlah kalau penarafan media massa Malaysia kekal di anak tangga ke-122 tahun lalu - sama seperti tahun 2011.

Akibat cakap-cakap PRU yang berpanjangan, media massa Malaysia, khasnya media arus perdana (MAP) yang dimiliki kerajaan atau oleh parti kerajaan menjadi lebih tidak seimbang dalam laporan mereka.

Kajian penarafan RWB itu berupa kaji selidik (questionnaire) persepsi di kalangan organisasi sekutu yang meliputi 18 kumpulan kebebasan bersuara di lima benua. Turut memberi maklumat adalah 150 wakilnya di seluruh dunia serta wartawan, penyelidik, pakar perundangan dan aktivis hak asasi manusia. Soalan yang dikemukakan merangkumi kepelbagaian dan kebebasan media, persekitaran media, penapisan sendiri (self-censorship), perundangan, ketelusan dan infrastruktur media. Turut dipantau adalah pelanggaran hak wartawan, warga Internet (netizen), jurugambar dan jurukamera.

Kesan Pilihan Raya Ke Atas Media Massa

Seperti telah saya hujahkan beberapa kali sebelum ini, MAP menjadi lebih tidak bebas dan antipembangkang menjelang PRU atas arahan pihak-pihak yang menguasai mereka atau atas pilihan sendiri. Manakala media propembangkang anak menjadi lebih antikerajaan.

Apa yang lebih menarik adalah pencapaian media massa Malaysia dalam jangka masa lebih panjang. Daripada perangkaan RWB sejak 2002, media massa Malaysia diputuskan sebagai lebih bebas pada penghujung pentadbiran (Tun) Dr Mahathir “the Wizard” Mohamad dan pada awal pemerintahan (Tun) Abdullah “Mr Clean” Ahmad Badawi.

Pada tahun 2002 misalnya, Malaysia menduduki anak tangga ke-110 dan pada 2003, iaitu tahun akhir pemerintahan Dr Mahathir, penarafan menjadi bertambah baik di anak tangga 104.

Pada tahun 2004, kedudukan Malaysia merosot 18 anak tangga kepada 122 apabila Abdullah mula menampakkan taringnya dengan melakukan rombakan besar terhadap media arus perdana, khususnya media milik Umno.

Sebaik saja perubahan itu dilakukan, MAP mula menyerang Dr Mahathir dan tidak memberikan beliau ruang untuk membela diri.

Bagaimanapun, pada dua tahun berikutnya – 2005 dan 2006 – penarafan menjadi bertambah baik apabila Abdullah mula mempamerkan sikap yang lebih lembut. Serentak itu, kerajaan beliau mula dicabar pelbagai pihak, terutama oleh media alternatif. Penarafan Malaysia naik kepada 113 pada tahun 2005 dan pada 2006 mencatat aras terbaik di kedudukan ke-92.

Pada tahun 2007, ia merosot semula kepada 124 akibat laporan berat sebelah MAP terhadap tunjuk perasaan Bersih dan Hindraf serta menjadi lebih buruk apabila PRU diadakan pada 2008. Kedudukan Malaysia jatuh ke nombor 132.

Penarafan media massa Malaysia naik sedikit pada 2009 kepada 131 apabila Mohd Najib “Wira” Abdul Razak mengambil alih pentadbiran daripada Abdullah.

Tetapi pada tahun berikutnya (2010), prestasi media massa Malaysia jatuh ke paras terburuk, iaitu 141 akibat laporan media massa arus perdana mengenai kes liwat kedua Anwar Ibrahim dan tunjuk perasaan Bersih.

Sedikit Kesan Pemansuhan ISA

Selepas itu, hasil tindakan kerajaan membatalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain serta berjanji melonggarkan peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan menyebabkan penarafan media massa Malaysia naik sedikit kepada 122 pada 2011 dan kekal pada anak tangga itu tahun lalu.

Penarafan Malaysia tidak menjadi bertambah baik kerana sejak cakap-cakap PRU timbul, media massa arus perdana kembali membuat laporan berat sebelah menyokong kerajaan dan memburuk-burukkan pembangkang.

Namun begitu, secara peribadi, saya kurang setuju dengan penarafan RWB itu. Saya rasa mereka terlalu terpengaruh dengan perlakuan MAP tanpa memberi pertimbangan yang lebih berat dan positif kepada peranan media alternatif, khasnya yang berasaskan internet.

Media baru, alternatif dan internet semakin berpengaruh, lebih-lebih lagi di kalangan audiens yang tidak menggunakan MAP sebagai sumber maklumat. Kalau pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada media baru, saya rasa persekitaran media Malaysia cukup bebas. Wallahualam.

36 comments:

ab said...

Salam Dato,




Saya yakin dato lebih mahir tentang hal berkaitan tajuk ini.



Saya ingin tahu dari dato RWB ni assess dan nilai media media malaysia.... media media apa yang di nilai dan assess olih RWB ini?.



Surat khabar banyak,suratkhabar on line pun banyak,stesen radio pun banyak,saloran dan kompeni TV pun banyak,portal websites dan pelbagai blogs pun terbanyak...JADI MACAM MANA DAN YANG MANA RWB asess dan nilai ni?



MAP tu equals to UTUSAN MALAYSIA ka (media milik UMNO yang dato maksudkan)? Yang lain lain surat khabar NST,BH,Star,Metro,Sun dan macam macam nama surat kahabar cina dan india tu KATEGORI MANA pulak? Perdana ka bukan perdana?. Yang pelbagai websites dan blog ni yang mana perdana yang mana bukan perdana?.


Kalau dok kutuk dan bebankan UTUSAN MALAYSIA SAJA (media milik UMNO)jadikan kompas RWB punya report dan penilaian teruk macam itu, saya ingat tak betui,sebab KATANYA jualan UTUSAN MALAYSIA DAH MEROSOT begitu teruk dah...



Kalau Uusan Malaysia is equals to media perdana dan jadi MEDIA kat malaysia sebagai MAP dan UTUSAN MALAYSIA PUNYA PASAI sampai RWB puyna repot truk begitu,,,,
SAYA TABIT dan HAT OFF kat UTUSAN MALAYSIA...



SEBAB IT IS SO INFUENTIAL AND BECOMES THE KEY MEDIA IN MALAYSIA IN THE EYES OF WORLD MEDIA ASSESSMENT (RWB)...yang lain lain tu kategori hampas dan sampah la kut ni!.(kecuali saya di beritahu sebenarnya RWB ni pilih,assess dan nilai media media mana kat Malaysia ni)





Abu Bakar Ab Rahman

Unknown said...

Aslkum Dakj

Apa saja yg berkaitan dgn bawaah pemerintah zalim UMNOBN semuanya melingkupkan.

indeks rasuah merudum. Ada SPRM dgn tiada tak banyak beza.

indeks hak asasi manusia pun merudum. Kerajaan ujudkan SUHAKAM sekadar lepas batuk di tangga.

Ada polis tapi rakyat semakin tak aman. Mungkin polis dok sibuk dgn "melindungi" pemimpin zalim UMNOBN, bisnis men berpengaruh spt peguam di Banting, escort kegiatan transportasi pendatang tanpa izin atau dadah, mengamankan perhimpunan rakyat yg digam sebagai jalanan atau tak ada permit.

Bagaimana pulak dgn merudumnya kuasa beli dan mutu kesejahteraan hidup rakyat berikutan dari kenaikan harga rumah yg seolah2 dilindungi UMNOBN agar terus mengkayakan bank dan pemaju kroni.

Bagaimana pulak dgn merudumnya mutu kelengkapan tentera dgn kapal selam yg tak boleh menyelam dan kapal terbang yg terkebelakang berbanding dgn Singapura.

Elok juga dikaji merudumnya pengukur kesejahteraan rakyat yg lainberkaitan pengswastaan mengiler sektor pengangkutan , pelajaran, keperluan maha penting air dan api dan bidang kepolisian.

Terakhirnya bagaimana pulak dgn merudumnya perasaan rakyat bila setiap hari dihidang bukan lagi dgn berita tapi ULASAN BERITA yg mentuhankan pemimpin UMNOBN disamping memutar belit berita yg berkaitan dgn pembangkang.

Dakj boleh berhujah tapi rasanya badan rating antarabangsa mengenai kebebasan media tentu ada alat pengukur mereka sendiri yg saya yakin bebas dan adil.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Berdasar kepada pendedahan RCI SABAH , saya 100% yakin kerajaan pimpinan UMNOBN adalah kerajaan haram.

Cuma oleh kerana mahkamah kita dah dipenuhi oleh hakim gula2 hacks maka tiada yg berani mengistiharkan bahawa PRU 12 WAJIB di buat semula kerana daftar pengundi yg SENGAJA dicemar.

Kalau kerajaan pun dah tak halal, adakah prestasi indeks media boleh cemerlang.

Selagi ada pak sanggup spt pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yg jadi agen penipuan maka jangan harap indeks prestasi Malaysia boleh cemerlang.

Saya harap sgt org macam Mustapha Ong, OKJ, DONCIN CAI, AZMAN dan yg sealiran lebih sayang pd majoriti daripada kepentingan diri sendiri.

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Tajuk Dato' kali ini saya yakin sangat tak disukai oleh Sdr OKJ dan sewaktu dengannya.

Saya FIKIR, terlalu kerap SANGAT dah MAP kalah di mahkamah KERANA memfitnah. ITU PUN TAK SERIK SERIK.

TAK SERIK SERIK sebab "ada orang" bayar. KENA puluh juta pun tak serik juga.

ATAS DUNIA ni, "DOSA FITNAH" dikira dengan wang ringgit.

DI AKHIRAT NANTI, wallahualam....betapa dasyatnya hukuman.

YANG PASTI, MEREKA DLM MAP NI tak takut dengan ancaman ancaman dalam Quran, dosa memfitnah!!!

Buah Kerdas said...

Turun naik penarafan MAP kita dari era TDM, Tun AB dan DS Najib terbukti ada kaitan dengan tahap kawalan kebebasan akhbar dalam era tersebut. Bermakna instrumen yang digunakan oleh agensi penarafan itu boleh dipercayai.

Sekiranya media alternatif diambil kira dalam penarafan tersebut saya yakin ranking MAP kita tidak akan berubah kerana jika diandaikan media alternatif kita bebas maka demikian juga media alternatif negara lain. Mungkin ranking kita akan lebih rendah (maknanya jatuh) kerana sudah kedengaran DS Rais Yatim begitu vokal untuk mewujudkan akta menyekat media alternatif.

Kalaulah Utusan Melayu dan sekarang Utusan Malaysia dan MAP lainnya tidak mengambil sikap membodek kerajaan, sebaliknya menjalankan tugas utama "menyebar fikiran bangsa/rakyat" saya fikir UMNO tak sempat mereput macam sekarang. Sayangnya, orang-orang yang memegang amanah dalam MAP telah tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada bangsa. Itulah yang membezakan antara pejuang bangsa dengan yang tidak, antara pejuang tulen dengan yang palsu.

Mantinns said...

Ybhg Datuk

Tampalan ini mengenai dunia kewartawanan yang ditulis oleh Wartawan Negara. Jika tampalan ini diibarat padang, penulisnya adalah belalang.

Setelah meneliti kronologi kembangkuncup index penarafan kebebasan media, saya membuat kesimpulan bahawa semakin kuat pembangkang di dalam sesebuah negara itu maka semakin rendahlah index penarafan medianya. Contohnya negara Brunei tidak mempunyai pembangkang indeknya berada jauh di atas kita. Ituah logiknya. Logik bodoh.

Bukankah Findland yang teratas? Apakah Findland tidak mempunyai pembangkang dalam kerajaan.

Jawapan silat pulut ,( pinjam istilah Lahuma ) ialah, negara-negara Scandinavia memang jaguh indek. Macam Mawi jaguh undi SMS . Buatlah indek apa pun. Mereka tetap teratas. Negara paling aman. Negara paling bersih.Negara paling sopan santun. Negara paling lucah. Anugerah milik mereka.

Jika saya wartawan, perkara yang paling utama untuk saya tunjuk ibu jari ke atas kepada kerajaan ialah mengenai tranperansi maklumat.

Adakah maklumat yang perlu diketahui oleh rakyat mudah diperolehi. Adakah maklumat yang diberi ini telus. Katanya kita ke arah masyarakat bermaklumat.

Adakah wartawan kita mudah mendapat maklumat dari kerajaan. Maksud saya maklumat mentah yang belum digulai.


Wallahualam.
........................

Belalang... Belalang.
Habisla kita Belalang.
Aku kata jangan lawan....

dari Nujum Pak Belalang.



kueh bakar said...

media jika seimbang dalam kritikan dan laporan. yang salah salah. yang betol betol - akan menjadikan malaysia lebih baik.

kalau org dalam kerajaan buat salah, 'kena' kaw dengan media, pembangkang 'tiada suara'.

media yang baik adalah 'cermin' kepada negara.

Lahuma said...

Dato.

Apa untung rugi penarafan RWB pada kita.

Media di Malaysia teruk-teruk pun ada juga bebasnya.
Biasanya semua media jadi lidah dan mulut parti,badan badan tertentu.
Kerja dia angkut bangkul tuan sendiri.
UMNO ada Utusan.
Pas ada Harakah.
PKR ada Keadilan.
DAP ada roket.
dan macam-macam lagi media nyamuk,ulat bulu,anai-anai,semut-semut merah.
Ini tak termasuk lagi media maya.
Semuanya ada peranan masing-masing.
Kesemuanya angkut bakul serta bodek tuan sendiri.Rugilah periuk nasi kena jaga .Maka angkat lah bakul sendiri.

Ini bukan lah salah besar.Apa nak buat itulah kerja media yang menjadi ejen dan pekerja upahan demi nak jaga sara anak isteri dan nak jag tuan sendiri.

Nak tahu isi hati pemnagkang baca lah media mereka.Nak tahu isi hati kerajaan bacalah media kerajaan pula.

Rakyat kena rajin cari maklumat yang betul.Jangan percaya bulat-bulat maklumat media dari mana -mana pihak pun.

Kita pun kedrja media ini ialah penaik ekor sendiri dan menjatuh ekor lawan begitulah sebaliknya.

Zaman sudah berubah biar RWB itu dengan penarafannya.Kita yang ada akal ini jangan jadi manusia yang kena cucuk hidung,taksub buta tuli.Tidak tahu beza baik buruk.Baik kata baik.Buruk tetap kata buruk.

Ilmu banyak.pengajian tinggi tapi kalau hendak beza betul salah ,baik buruk pun kelam kabut tidak ada makna juga.

Tidak perlu risau dengan RWB ini Dato.Memang sekuruh dunia macam itu.Badan urustadbir RWB ini pun belum tentu tepat penilaiannya.Mungkin penilaian senget sebelah atau mereka sendiri pun jadi badan upahan.Dunia hari ada duit semua jalan.

Lebih malang ORANG YANG LURUS SELALU KURUS.

Kita jadilah manusia yang bebas buat perhitungan .Jangan jadi kambing kena tambat dalam kandang.Itu lagi teruk.

Malaysia masih ok lagi.Semoga terus ok.

Sebab itu isu calon lebih dari parti ada kaitan masa depan kita sempena PRU 13 nanti.

Terima kasih.

Pak Cik said...

Dato

saya lebih gemar membuat perbandingan penarafaan media antara Malaysia dan Singapura- sabuah negara yang mempunyai kerajaan yang suka menyaman musuh politik mereka.

Jika Singapura lebih baik dari Malaysia, maka elok jika kita abaikan saja RWP ini.

Ps. Kemboja lebih baik dari Malaysia ? Sesiapa yang pernah ke Kemboja pasti akan tersenyum kambing

don din klang said...

Salaam Dato AKJ

sebenar Malaysia ini semenjak dari sebelum merdeka penduduknya telah bersikap racist antara satu sama lain tak kira antara negeri, agama mahupun bangsa.

itu antara puncanya media kita telah di tapis dan dikawal ketat sejak zaman British lagi. akan tetapi British juga yang mengamalkan sikap divide and rule.

Jika kita lihat nama partinya pun sudah cukup racist - UMNO @ United Malay National Organisation, PAS @ parti Islam seMalaya, MCA @ Malaysia Chinese Association, MIC % Malaysia Indian Congress, PBDS @ Parti Bangsa Dayak Sabah dan lain lain lagi yang berlandaskan bangsa atau agama.

cuma yang tidak rasis kita lihat dari segi namanya adalah DAP @ democratic action party dan juga PAP @ people action party.

mungkin sudah tiba masanya nama parti yang ada sekarang di ubah kepada parti 1Malaysia umpamanya.

Apakah kita sudah bersedia untuk berubah???

DinSup said...

Assalam Dato',

Khabarnya utusan tersebut di miliki oleh parti pemerintah dari kaum melayu yang beragama Islam. Semua ambil maklum sisipan kecil beritanya menonjolkan, menyiar, dan mempromosi artis wanita melayu yang juga beragama Islam dengan skala pendedahan aurat yang sangat membeliakan mata pembaca. Isinya juga ada penuh juga dengan rencana keagamaan, nasihat dan gosip.

Inilah punca utusan tersebut tak dapat maju dan sidang pengarangnya penuh dengan tipu helah dan delima sehingga berita yang disampaikan mempunyai unsur fitnah yang akhirnya terbukti benar setelah tuan hakim menjatuhkan hukuman dunia.

Inilah antara tanda-tanda sudah hilang rahmat Allah atas utusan tersebut. Hidup tak ada rahmat akan penuh dengan ujian kesengsaraan dan Allah permudahkan dan membantu pula urusan pihak yang diinaya dengan kejayaan yang tak diduga.

Oleh itu moralnya, buatlah perkerja yang nyata dan jelas dengan nilai murni seperti yang disuruh oleh agama Isalam, jangan buat kerja yang bercampur aduk dengan dosa dan pahala kelak dihina oleh Allah di dunia lagi, apatah pula di akhirat kelak. Semoga Allah jauh bala ke atas negara kita sebaliknya di suburkan dengan rasa cinta yang membara. Amin

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Bagi sayalah, di Malaysia ni, bukan sahaja semua orang boleh terbang, tetapi semua orang boleh memberi pendapat dimedia baru. Saya rasa cukup pelik bila orang luar memberi penarafan media kita cukup rendah. Sedangakan ‘senior consultant journalist’ macam Dato’ pun mengakui memang persekitaran media Malaysia cukup bebas sebenarnya. Tahniah Dato’ kerana dapat menghidu temberang mereka.

Cuma, saya tak faham kenapa Sdr Langitbiru tak perasan atau buat-buat tak perasan agenda negara asing ke atas kedaulatan negara kita. Adakah sdr telalu banyak membaca Harakah Daily?

Kalau kita perhatikan, harakah daily ini penuh dgn iklan ubat kuat je. 'lambang lelaki sebenar’, ‘bahagiakan isteri anda’, ‘suami hebat dan gagah’, ‘merawat luka isteri’, ‘pl supergel’, ‘produk terbaik suami isteri’, ‘kesihatan suami isteri’ dan sebagainya. Kenapa agaknya ye???? Saya malas nak jawab sebab nanti terasa pulak.

Akhir kata, adakah akhbar seperti harakah daily yg diperlukan oleh rakyat Malaysia utk menaikkan penarafan media Malaysia???? Sekian TQ.

WargaSA said...

"Kalau pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada media baru, saya rasa persekitaran media Malaysia cukup bebas. "

Saya rasa tak perlu ada pengiktirafan media baru sebab Internet tak dipunyai oleh sesiapa berbanding MSM. Cuma akses Internet tiada tapisan kerajaan Malaysia seperti di China atau Singapura.

Yang menjadi masalah adalah MSM perlukan lesen dan telah sekian lama "indirectly" dipunyai parti-parti politik menyebabkan ia amat berat sebelah.

Orang asing yang datang ke Malaysia boleh menilai suasana politik Malaysia dengan hanya menonton atau membaca MSM, terlalu berkiblatkan Barisan Nasional.

Justeru itu, untuk melepaskan belenggu dan menyelesaikan dilema orang-orang Melayu, MSM perlu dimerdekakan agar minda orang-orang Melayu dibebaskan terus.

x-umno said...

Assalamualaikum Datuk.

Media Arus Perdana (MAP) yg kebanyakan pengundi ikuti ialah radio dan tv.

Jalan jam berjam-jam. Telinga diisi dengan siaran radio. Balik rumah mata mengadap tv. Akhbar dan majalah semakin terpinggir disebabkan kos yg tinggi.

Siapa kawal radio dan tv?

Dulu arial tv dah memadai. Sekarang nak siaran kena bayar AstroIndiamari@tokeyjudi tiap2 bulan. Duit bulanan Astro dah gantikan duit beli akhbar, buku rujukan dan majalah.

Biasanya media baru/internet hanya sekadar kegunaan waktu kerja atau hiburan sosial dan game sahaja.

Media baru atau internet sebagai sumber maklumat memerlukan pembaca yg bijak kerana dipenuhi dengan fakta dan auta berbanding MAP yg sekadar isi yang diolah oleh petugas parti.

Kalau ada sesiapa yg mempertikaikan kewibawaan MAP, maka pandangan saya ialah:

"Sudah Terang Lagi Bersuluh"

Terima kasih.

PS: Harap2 pemerintah baru akan datang, melantik Datuk jadi Senator walaupun Datuk mungkin bukan calon "winnable" PM. Bila tengok senarai Senator di Malaysia ini, saya cuma boleh geleng kepala membaca kepakaran dan pengalaman mereka. Ramai sekadar ambil gaji dan pencen.

fed up said...

Bukankah baru-baru ini, seorang bos dari sebuah media pemerintah ada membuat pengakuan di mahkamah kononnya nilai komersil berita adalah utama malah lebih penting dari menyemak sumber sesuatu berita itu sendiri.

Fed Up

Mustapha Ong said...

Salam saudara DAKJ,

Siapa kah mengambil perhatian atas punca penarafan Media Malaysia Merosot? Apa aku peduli kerana ini semua permainan media politik antarabangsa yang sengaja nak memburukkan kedudukan Malaysia dalam dunia penerafan media yang tidak ada kesan kepada negara ini.Negara kita patut jaga dari segi penyebaran berita yang tepat dan berkesan kepada rakyat melalui banyak saluran yang sedia ada.

Pada hari ini kita juga disajikan dengan banyak berita baik dan buruk yang disiarkan melalui "mainstream media mahupun di alternatif media yang di bawah kawalan pihak pembangkang." Kerajaan tidak pernah sekat mana mana pihak yang cuba nak memburukkan imej negara sama ada terdapat di surat-surat khabar, majallah dan buku-buku kepunyaaan DAP, PAS dan PKR. Jika di lain negara, semua ini akan diharam oleh pihak Kerajaan yang memerintah.

Menjelang pilihan raya PRU13, rakyat ada kebebasan untuk membaca baik dan buruk terhadap pemerintahan Kerajaan BN ayang sedia berkuasa. Mereka juga bebas memberi komen menerusi apa aje saluran media, termasuk media sosial tanpa sekatan.

Oleh yang demikian biarlah rakyat yang membaca memberi penilaian yang sewajar nya.Tiada apa mahu di takutkan sebab kita masih bebas membaca, memikir dan juga membalas apa sahaja yang kita nak komen. Itu lah hakikat kebebasan yang sebenar nya terdapat di negera kita ini pada masakini.

Saji said...

Sdr Mantainns

"Tampalan ini mengenai dunia kewartawanan yang ditulis oleh Wartawan Negara. Jika tampalan ini diibarat padang, penulisnya adalah belalang.

Setelah meneliti kronologi kembangkuncup index penarafan kebebasan media, saya membuat kesimpulan bahawa semakin kuat pembangkang di dalam sesebuah negara itu maka semakin rendahlah index penarafan medianya. Contohnya negara Brunei tidak mempunyai pembangkang indeknya berada jauh di atas kita. Ituah logiknya. Logik bodoh."

Berdasarkan pengalaman negara2 yang sekian lama diperintah secara kuku besi di zaman moden ini, kemudian digantikan dengan kerajaan yang tidak lagi kuku besi, saya kira, logik bodoh sdr di atas akan berubah jika pembangkang yang terlalu kuat itu menjadi kerajaan kelak.



...SAJI

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Satu tajuk yang menarik. Pada saya kita sekarang terlalu bergantung kepada apa orang kata. Dalam Islam pendapat terbanyak tidak semistinya yang terbaik. Ianya mistilah diukur dengan kayu ukur tertentu mengikut nilai yang betul-betul baik bagi semua. Marilah kita amalkan kebebasan bersuara berpandu kepada bertanggung jawab atas semua yang kita nyatakan. Jika kita membuat kesilapan kita perlu menerima akibatnya seperti yang berlaku kepada beberapa buah syarikat surat khabar.

Lagi pun sudah banyak sumber berita alternatip. Adalah malang sekali kepada agensi berita memutar belit fakta kerana ianya akan memburukkan kewibawaan agensi yang berkenaan apabila ada pihak yang dapat menyakinkan orang keadaan sebenarnya. Rakyat Malaysia sudah bijak maka dengan itulah beberapa akhbar arus perdana merusut pelanggannya kerana hilang kepercayaan atas apa yang disiarkan. kita hendaklah tanam semula penghayatan berani kerana benar dan takut kerana salah. Hanya dengan demikian kita akan menjadi bangsa yang disegani kawan dan lawan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision
Petaling Jaya.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Satu tajuk yang menarik. Pada saya kita sekarang terlalu bergantung kepada apa orang kata. Dalam Islam pendapat terbanyak tidak semistinya yang terbaik. Ianya mistilah diukur dengan kayu ukur tertentu mengikut nilai yang betul-betul baik bagi semua. Marilah kita amalkan kebebasan bersuara berpandu kepada bertanggung jawab atas semua yang kita nyatakan. Jika kita membuat kesilapan kita perlu menerima akibatnya seperti yang berlaku kepada beberapa buah syarikat surat khabar.

Lagi pun sudah banyak sumber berita alternatip. Adalah malang sekali kepada agensi berita memutar belit fakta kerana ianya akan memburukkan kewibawaan agensi yang berkenaan apabila ada pihak yang dapat menyakinkan orang keadaan sebenarnya. Rakyat Malaysia sudah bijak maka dengan itulah beberapa akhbar arus perdana merusut pelanggannya kerana hilang kepercayaan atas apa yang disiarkan. kita hendaklah tanam semula penghayatan berani kerana benar dan takut kerana salah. Hanya dengan demikian kita akan menjadi bangsa yang disegani kawan dan lawan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision
Petaling Jaya.

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelawat sekalian,

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah badan-badan penarafan antarabangsa umumnya beroperasi dalam bahasa Inggeris.

Jadi lazimnya di Malaysia kita ini, sepenjang mengengenai media massa, mereka hanya membaca dan menilai media berbahasa Inggeris.

Maka saya tidak hairan kalau sebahagian besat penilaian mereka berdasarkan apa yang disiarkan oleh The Star, The Sun, The New Straits Times dan The Malay Mail.

Terima kasih.

Mantinns said...

Ybhg Datuk

Saudara Saji.

Saya setuju ayat akhir saudara. Jika pembangkang tersangat kuat dan membentuk kerajaan sehingga tiada yang bangkang maka naiklah indek. Wartawan sendiri puas hati maka eloklah tulisan mereka.

Lagipun yang diberikan soal selidik ini dalam kalangan wartawan.

Tapi ini pemikiran idealis. Mana mungkin terjadi begini. Saudara naik saya bangkang. Saya naik saudara bangkang. Saudara ada kawan. Saya pun ada kawan. Begitulah hakikat.

Sekian.
-------------------
(Se)bodoh bodoh alang
bodoh lagi orang yang tidak dibangkang.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Kepada pembodek UMNOBN kalau nak sanggah prestasi buruk UMNOBN dalam kebebasan media biarlah dgn hujah yg mantap.

Prestasi kerajaan mungkin lebih baik jika pembangkang di benar punyai akhbar, tv dan radio sendiri.

Jangan kemuka hujah bodoh. Harakah, Suara Keadilan dan Roket bukan akhbar sebab ia hanya bolrh dijual pd ahli dan tidak dibenar dikeluar setiap hari berbanding dgn Utusan, Berita dan The Star.

Oleh kerana Indonesia tak punya akhbar bahasa Inggeris berpengaruh kerana faktor sejarah ,adakah kita boleh buat kesimpulan pihak penaraf media disana lagi tersasar kerana buat indeks prestasi berdasarkan surat kabar bahasa inggeris yg tidak berpengaruh lantaran tak ramai pembaca?

Bagaimana pula dgn penarafan media di negara Arab yg majoriti medianya berbahasa Aeab, bukan Inggeris.

Bagaimana pula dgn peraturan yg mencengkam kebebasan pengamal media spt syarat membaharui lesen yg sengaja membuli. Penulis dan pengamal yg terpaksa jadi hipokrit bagi mengelakkan kemungkinan didakwa menfitnah atau menghasut

Media maya yg menyediakan level playing field yg lebih sama tidak boleh memberi kredit kpd kerajaan UMNOBN kerana ia sudah dianggap diluar kemampuan atau kawalan kerajaan yg masih tau malu pd org luar. Kalau boleh dan ada pilihan UMNOBN tak ingin melihat keujudan media maya atau media alternatif.

Kalau dari dulu Dakj kritikal( tak payah tunggu menjadi sangat kritikal) Dakj sudah lama tercampak entah kemana.....mimpilah nak jadi TOKOH. Melihat kpd sejarah terhukumnya penulis atau wartawan yg tak pandai membodek apalagi kalau kritikal maka adakah kita yakin bahawa indeks prestasi media bawah kelolaan UMNOBN wajar diupgrade?.

ab said...

Salam Dato,




The business of reporter without borders(RWB).



HQ: Paris,(Reporters Sans Frontières-RSF)



Finaciers:

-Sanofi-Aventis
-Fondation de France
-Open Society Institute of George Soros
-Sigrid Rausing Trust
-Center for a Free Cuba
-Saatchi & Saatchi

`Donations'

-French government
-Organization for Security and Co-operation in Europe,
-UNESCO
-Organisation internationale de la francophonie)
-National Endowment for Democracy (USA)
-Taiwan Foundation for Democracy.


Other incomes

- sale of photo-albums.
- T-shirts,books etc.


BETUI ka RWB ni tiada `vested' interests?..



Depa ni MACAM NAK `KEPUNG'atau `containment' pemikiran manusia nampaknya.. atawa to socialise the public thinking worldwide ka ni dato?


Atau enforcement of `monopolised ideas'?




Abu Bakar Ab Rahman



Rawa Lanun-Bahasa said...

YBhg The Scribe
Salam Hormat


Bagaimana keadaannya bila kedudukan media kita - alternatif dan arus perdana - naik di mata RWB?

Akur, media kita tidak cekap menceritakan emosi rakyat mengejar impian negara. Apakah kerana masih belum cekap memahami ilmu dari pengamal media negara maju?

Tidak tahulah bagaimana kita mahu menilai keberkesanan media dalam memajukan negara di nusantara melayu sekiranya sifar nyata tercorot kedudukannya media kita.

Mungkin budaya media Israel dapat membantu media kita di mata dunia bilamana pers bbc itu contoh rtm.

Stiff upper lip, pun; lidah muslim pun tak bertulang.

Lahuma said...

Dato.

Kebebasan Minda dan Kekebasan Minda.

Untuk menjadi kader,jurujual,atau ejen yang terbaik dan cenerlang bukanlah sukar.

Memadai dengan ada sedikit kursus agar mudah menjadi taksub dan mempunyai kepompongan minda atau mental blok.

Inilah kayu ukur untuk kader mana pihak.

Kalau hitam katakan putih.
kalau putih katakan hitam.

Maka jadilah kekebasan minda yang tidak termasuk dalam lingkungan RWB.

Kasihan jika kita dipenjarakan oleh kita sendiri.

Lebih baik kita bebaskan diri kita sendiri drp menjadi tambatan pihak lain tanpa menjadi alat pada sesiapa.

Mental block adalah satu penyakit yang merugikan kita sendiri..

Terima kasih.

matpenang said...

If you don't read the newspaper, you're uninformed. If you read the newspaper, you're misinformed.

Saya pun tak ingat penulis madah ini.

langitbiru said...

Cuma, saya tak faham kenapa Sdr Langitbiru tak perasan atau buat-buat tak perasan agenda negara asing ke atas kedaulatan negara kita. Adakah sdr telalu banyak membaca Harakah Daily? OKJ

Hemmm,

Saya tak ulas pun RWB ni, Dato' yang ulas....he he

Yang saya ulas MAP kerap kali kantoi sebab buat fitnah!

Kebebasan Media perlu definisi yang menyeluruh.

Contohnya....(itu pun pada pendapat sayalah)

UTUSAN MELAYU dulu tu sangat sangat bagus, bebas, tepat dengan tagnya "Penyebar Fikiran Rakyat".

Lepas mogok Utusan Melayu, Utusan Melayu mula mereput sebab Utusan Melayu bukan lagi bebas menyebarkan fikiran rakyat TETAPI menyebar propaganda UMNO.

Utusan Melayu TAK SAMA dengan Utusan Malaysia.

Macam UMNO asal yang ditubuh pada 1946, TAK SAMA dengan UMNO ditubuh pada 1988, ini UMNO Mahadey!

Utusan Melayu dah mati.
UMNO 1946 pun dah mati.

SEMUA SURAT KHABAR LAMA DAN BARU HARI INI ADALAH SURAT KHABAR PARTISAN

TAK ADA YG BENAR-BENAR BERKECUALI

Surat khabar yang benar-benar mewakili rakyat mesti berkecuali, bukan partisan.

Harakah,Roket,Suara Keadilan MEMANG DAH SAH lidah parti masing-masing. Tak payah nak persoallah.

Utusan Malaysia tu sebenarnya lidah Parti UMNO dan Kerajaan.

Mana-mana surat khabar yang berkecuali dan mengkritik UMNOBN dan kerajaan tak boleh bertahan lama, mati bungkus terus sebab 'kena tekanan'.

Nak bertahan, kena 'bergabung' atau tumpang nama parti politik pembangkang.

Ringkasnya, tiada surat khabar yang berkecuali, semuanya bersifat partisan.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Bila Melayu nak maju kalau terus menerus beri macam2 alasan.

RWB ada vested interest la. Tak telus la. Tak menyeluruh la.

Semua hujah tu nak pertahan UMNOBN.

Kalau pun tak percaya dgn barat. Cuba belajar dari kebebasan media di negara maju asia spt Jepun dan Korea.

Mana mungkin kerajaan perbaiki mutu kerja kalau terus dibodek nedia yg tak mesra rakyat.

zul said...

Kalau termakan lada pedasnya terasa....

zul said...

Salam.
Jika masih ada yang cuba untuk mempertikaikan penarafan yang dibuat oleh RWB ni, berilah sekurang-kurangnya satu dua fakta yang sahih. Jangan menampakkan kedangkalan diri yang sememangnya sudah terlalu dangkal.
p/s- Pakatan Rakyat sepatutnya berterima kasih kepada MAP ni kerana telah berjaya mereputkan parti pemerintah dan pendokong-pendokongnya.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin. Izinkan saya memberi sedikit ucapan penghargaan.

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina. Juga selamat bercuti kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Keduanya, walaupun terlambat sedikit, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Seri Hj Abd Jabbar B Hj Ibrahim ke atas penganugerahan sebagai Dato’ Seri dari pihak istana baru-baru ini. Diharap Dato’ Seri sentiasa diberikan kesihatan yg sempurna dan sentiasa beristiqamah dalam menjalankan tugas. Juga tahniah Dato’ Seri kerana memacu KOSMA sehingga menjadi salah sebuah koperasi yg terbaik di Malaysia selepas Bank Rakyat dan Felda.

Mungkin ada baiknya, KOSMA maju setapak lagi dgn menyenaraikan sahamnya ke bursa Malaysia seperti langkah Bank Rakyat dan Felda, utk menjadi jaguh GLOKAL seperti yg disarankan oleh YAB Dato’ Seri Presiden. Elok juga KOSMA membuka sayap dalam perniagaan lain seperti penjagaan kesihatan dan hartanah seperi mana yg dilakukan oleh Sime Darby pula.

Saya juga berasa amat berbangga kerana jasa Dato’ Seri mengendalikan KOSMA mendapat pengiktirafan dari Tuanku Sultan. Macam Dato’ Seri kata “Rambut je yg nampak putih, tapi badan masih kuat lagi”. Jatuh bangunnya Dato’ Seri dalam mengambil hati rakyat sepatutnya menjadi contoh yg terbaik bagi golongan pemimpin muda masa kini. Sekian TQ. Ikhlas sepenuh hati dari saya, OKJ. (Orang Kampong Je)

Lahuma said...

Dato.

Selamat Raya Cina.

Orang Cina memang bijak niaga.
DAP jual isu.
Dua parti Melayu/Islam bergomoi sakan.
PKR parti majmuk segala kaum tepuk tangan.

Bersilat pulut kawan-kawan kita dalam UMNO dan Pas.

Ada yang jadi kura-kura sembunyi kepala dalam badan.Takut hilang undi Cina.

Kena nak pilihanraya.Bunyi pun raya juga.

Yang paling syok Ulamak pun pecat kawan sendiri.

Terima kasih.



.

Rawa Lanun-Bahasa said...

256 Jalan Air Hitam
(depan han chiang high school dulu)


selamat menyambut tahun baru cina

dan kepada saudara muslim tionghua:
allah selamatkan kami
allah selamatkan kami
allah selamatkan kami
allah selamatkan kami

kongsi! kongsi!

gang nam stail!
gang nam stail!

- najib bo ong
- ee bey ong
- guan eng la ay

allah selamatkan kami!

Saji said...

Sdr langitbiru

"SEMUA SURAT KHABAR LAMA DAN BARU HARI INI ADALAH SURAT KHABAR PARTISAN

TAK ADA YG BENAR-BENAR BERKECUALI

Surat khabar yang benar-benar mewakili rakyat mesti berkecuali, bukan partisan.

Harakah,Roket,Suara Keadilan MEMANG DAH SAH lidah parti masing-masing. Tak payah nak persoallah.

Utusan Malaysia tu sebenarnya lidah Parti UMNO dan Kerajaan.

Mana-mana surat khabar yang berkecuali dan mengkritik UMNOBN dan kerajaan tak boleh bertahan lama, mati bungkus terus sebab 'kena tekanan'.

Nak bertahan, kena 'bergabung' atau tumpang nama parti politik pembangkang.

Ringkasnya, tiada surat khabar yang berkecuali, semuanya bersifat partisan."

1/Kalau surat khabar di Barat, Korea dan Jepun dikatakan berkecuali, susahkah pengamal2 media kita nak tiru? Kalau susah, di mana susahnya? Kalau ada masalah, di mana masalahnya?

2/ Kalau Blog The Scribe A Kadir Jasin ini kita anggap sebagai surat khabar di Malaysia tidakkah ia sudah mempunyai ciri-ciri berkecuali?


3/ Tidakkahmaksud surat khabar yang berkecuali, dalam konteks Malaysia hari ini, adalah surat khabar yang melapur dan mengkritik kegiatan parti pemerintah dan pembangkang sekaligus yang, pada saya, merupakan contoh ciri berkecuali yang ada pada Blog The Scribe ini?



...SAJI

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Ada aku kesah? Cermin diri dulu..
Siapa pon yg buat penarafan sama aja, nk tahu apa agendanya?. Kenapa nak takut sangat.

Pemimpin kita berhempas pulas untuk memulihkan imej Malaysia dimata dunia dlm banyak sudut,yang patut didahulukan telah dilakukan, dan banyak lagi yg lebih penting,misalnya keselamatan dalam negeri lebih perlu di utamakan.
Jika kita terjerumus dalam keadaan perang saudara,ada mereka kesah?, malah mereka akan lekehkan pemimpin kerana tidak cekap...

Perintah lah negara ini dengan berpandukan perinsip Islam sunnah waljamaah..Insya Allah kita akan dipelihara oleh Allah..Wallahualam.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Tindakan PBT turunkan poster Najib yg tak dinaikkan tanpa ikut undang2 dituduh oleh Teunku Adnan sebagai pengecut. Engkau ingat mentang2 jadi PM, nak jadi samseng boleh buat sesuka hati. Macam mana rakyat nak ikut undang2.

Ada wartawan berani tanya kenapa poster tu diturunkan?

Noh Omar tuduh harga pasir mahal penyebab harga rumah melambung di Selangor.

Ada wartawan berani tanya betul atau bohong?

Harga rumah naik kerana penipuan terang2an antara pemaju besar dan bank yg berlumba2 nak rekod keuntungan. Kerajaan persekutuan UMNO BN merestui perbuatan spekulasi pemaju dgn strateji beli sendiri bagi menaikkan harga dan membenarkan spekulasi rakyat asing secara berlebihan hingga harga naik mengiler tak terjangkau oleh rakyat terutama Melayu.

Gara2 tak mampu Melayu semakin pindah jauh ke pedalaman.....lobok kemiskinan yg berterusan. Kenapa ahli UMNO membiarkan pemimpin mereka dgn dasar harga rumah yg tak terkawal membunuh masa depan anak cucu sendiri.

Pasir bukan komponen besar dalam menentukan kos rumah. Muka pembohong, orangnya pun pembohong.

Najib dgn yakin mintak pembangkang terima keputusan PRU 13 jika kalah.

Kalau press kita benar2 bebas dan telus , mana muka wartawan yg berani bertanya Najib kenapa overconfident sgt tu.

Jawapan saya ialah Najib overconfident sebab pengerusi dan timbalan pengerusi SPR dah bisik bahawa jumlah pendatang asing yg diberi kerakyatan dan hak mengundi telah lebih drpd yg secukupnya. Tentunya berjuta2.

Padan muka anak cucu pembodek UMNOBN kerana tak tau halal haram.

Tahniah kpd bekas penyokong UMNOBN.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).