Friday, May 10, 2013

Kabinet: Satu Lagi Nasihat Yang Tidak Diminta


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

KITA pun tidaklah terlalu tidak cerdik untuk mengetahui bahawa melantik anggota Kabinet adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Orang macam kita tidak ada hak dan bukan “prerogative” kita melantik anggota Kabinet. Tetapi, sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai, kita ada hak dan “prerogative” kita memberi pandangan, menegur dan mengkritik Perdana Menteri.

Atas dasar dan semangat itulah, saya akan memberi nasihat yang tidak diminta dan, boleh jadi juga, sangat-sangat tidak disenangi oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang kita semua tahu mempunyai banyak penasihat, perunding dan pegawai khas, termasuk lima yang kalah PRU 5 Mei lalu.

Pembaca dan pembahas pun bebas bersetuju dan tidak bersetuju dengan saya, dan bebas juga membuat cadangan.

Berikut adalah pemikiran dua sen saya mengenai Kabinet yang bakal Perdana Menteri tubuhkan.

1. Ia hendaklah jangan terlalu besar. Kita tidak perlu sampai 30 orang Menteri. Yang kita mahu bukan kuantiti tetapi kualiti. Maksimum mungkin 25 sahaja.

2. Mohd Najib perlu jadi Perdana Menteri sahaja. Seperti sudah berbuih mulut saya katakan, Perdana Menteri tidak boleh jadi Menteri Kewangan atau Menteri lain kerana beliau adalah “adjucator of last resort”. Lagipun tugas Perdana Menteri sudah cukup berat.

3. Wajib beri keutamaan kepada calon yang menang pilihan raya, tetapi mereka perlulah bersih dan dilihat bersih oleh rakyat jelata.

4. Hanya calon tewas yang luar biasa kebolehannya dan besar jasanya kepada negara sahaja boleh dipertimbangkan. Dalam konteks ini, saya setuju dengan Lim Kit Siang supaya Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor yang beliau kalahkan di Gelang Patah, diberikan jawatan Kerajaan Pusat.

5. Tambah bilangan Menteri dan Timbalan Menteri di kalangan YB muda dan wanita. Saya ulangi cadangan agar YB Khairi Jamaluddin diberikan jawatan menteri penuh dan diberikan portfolio Luar Negeri. Dia Ketua Pemuda Umno, pintar dan petah berhujah dalam bahasa Inggeris. Kalau YB Mukhriz Mahathir yang kalah pertandingan Pemuda diberikan jawatan Timbalan Menteri dan kini Menteri Besar Kedah, adalah tidak adil meminggirkan Khairi.

6. Wanita Umno wajib diberikan semula jawatan Menteri yang hilang apabila ketua mereka, Shahrizat Abdul Jalil, terpaksa berundur akibat kontroversi yang membabitkan suami beliau. Dalam PRU kali ini, Pergerakan Wanita tawar hati dan nyata tidak 100% komited kepada parti kerana kurang pengiktirafan kepada mereka dalam pelantikan calon. Lagipun, perwakilan wanita dalam dewan perundangan di negara kita adalah antara yang terhambar di dunia.

7. Hidupkan semula Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (sekarang Kementerian Dalam Negeri) kerana keselamatan negara nyata sangat membimbangkan dengan jenayah semakin berleluasa dan lantik seorang penjawat yang benar-benar berwibawa, tegas dan berwawasan. Tolonglah.

8. Hidupkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang pada masa hayatnya (sebelum ditamatkan oleh Mohd Najib) sangat berguna kepada usahawan kecil dan sederhana, khasnya Bumiputera yang kurang modal, kepakaran dan pasaran. Berani mengaku silap adalah tanda orang berhemah. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya.

9. Kementerian Sumber Manusia perlu dinaikkan taraf dan diberikan kepada seorang Menteri yang kreatif dan boleh berunding secara berkesan dengan negara-negara jiran yang membekalkan pekerja kepada kita. Masalah kita dengan Indonesia dalam hal pekerja adalah kerana kita menghantar Menteri “junior” berunding dengan mereka. Menteri Melayu/Bumiputera lebih sesuai untuk kementerian ini.

10. Tamatkan amalan mengekhaskan Kementerian tertentu kepada kaum atau parti tertentu. Jangan kosongkan Kementerian atau buat pemangkuan semata-mata kerana parti dan kaum tertentu tidak diwakili.

11. Berikan keutamaan yang lebih besar kepada Sarawak dan Sabah melalui pelantikan Kabinet (dan jawatan-jawatan pusat yang lain) kerana menyelamatkan BN daripada kekalahan dengan mengakui bahawa kedudukan kaum dan agama di dua buah negeri itu adalah unik.

12. Dan boleh lantik perwakilan Cina dan India dari kalangan bukan politik, misalnya perniagaan, profesional dan akademik, tetapi mereka bukanlah wakil orang Cina dan India sebaliknya berkhidmat atas kapasiti individu.

Itulah yang terlintas dalam fikiran saya buat masa ini. Wallahualam.

98 comments:

Zulkifli Abu said...

Selain dimasukkan Khairi Jamaludin, antara menteri dalam kabinet lalu yang boleh dikekalkan ialah Mustapa Mohamad. Beliau kuat bekerja dan kurang `bermain politik.'

kluangman said...

Sebenarnya banyak lagi cadangan yg rakyat berharap diterima pakai malah kalau ckp rakyat diterima pakai sejak awal2 lagi, bn tak seteruk ini.
Persaolannya saluran manakah yg paling berkesan rakyat salurkan cadangan Dan maklumat untuk sampai ke pm..sekurang--kurangnya cadangan itu sampai di meja pm.

Kita Ada wakil rakyat, kita Ada ketua cawangan, ketua bahagian, perhubungan negeri Dan majlis tetinggi, Ada pegawai daerah, Ada ketua jabatan Ada penghulu, Ada jkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.... tetapi semua tak berfungsi dng baik.

Isu besar, keselamatan, Dana niaga bumiputera yg betul2 menolong tanpa banyak cengkadak dan lembab, biasiswa Dan pendidikan percuma melayu, hudud perlu dilaksanakan segera.

Malah saya lihat negara semakin diselubungi terlalu banyak rentetan masalah yg sukar diatasi dalam tempo 5 tahun ini.

ab said...

Salam dato,




HARAP PM BACA lah tulisan Dato ini.



No 7-11 tu saya setuju benor benor.


Bila nak ada Menteri Penduduk bandar dan Menteri Penduduk Bukan dibandar ni?.....2 menteri khusus untuk tujuan ini.



Sangat setuju tak payah la ramai ramai sangat menteri ni...SIKIT TAPI BERKUALITI TINGGI lagi bagus.



Elok isteri PM dan menteri lain TOK SAH `glamor lebih sangat' .
Ikut la macam isteri isteri PM dulu dulu...



YANG TERPENTING, nak tengok `policy drift', lebihkan bumiputra atau cina.



Kalau lebihkan bumiputra, kami ikut PM,kalau yang lagi satu, bye bye with bigger bytes and bigger bites...



Abu Bakar Ab Rahman

Abu Bakar said...

Semua cadangan itu baik dan patut diterima.
Satu cadangan lagi, wujudkan jawatan timbalan perdana menteri kedua yang calonnya khusus dari parti komponen Sarawak iaitu PBB.

MUMMY ROKIAH said...

Secara pribadi saya kira ini satu pandangan yang cukup bernas dari rakyat di bawah dan bukan di bawah kapasiti Pegawai Khas, Penasihat dsbnya.
Tetapi seringkali pandangan-pandangan sebegini dibakul sampahkan kerana pandangan mereka yang di sekeliling PM lebih diberi perhatian kerana masing-masing ada agendanya masing-masing.
Lihat pemilihan calun yang lepas, selama 4 tahun dicanang-canang untuk memilih winnable candidate akhirnnya yang diketengahkan masih terdapat calun yang bergelumang dengan rekod buruk.
Apa kah mesti "the all president man" diletak sebagai calun hanya mereka berkelitin dengan PM mereka winnable?

abg sam said...

Salam Datuk

Saya setuju dengan pandangan 2 sen Datuk.

Kalau pandangan 2 sen datuk tak terima YAM PM akan dapat 1 sen dalam PRU14.

Dalam banyak-banyak Kementerian yang perlu diberi lebih perhatian ialah Kementerian Dalam Negeri. Kelembutan dan kelonglaian Menteri yang ada sekarang memberi advantage kepada Ketua Kongsi Gelap, Gengster, Ah Long, Ah Kong, Mafia Politik untuk berleluasa.
Saban hari di Malaysia kita sentiasa disaji dengan kes tembakan ala mafia dan sama macam mexico gudalajara. Kelembutan naluri menteri ini sesuai dihantar sebagai Menteri apa ? pandailah PM pikirkan sebab itu sedaging dia.Transformasi yang perlu ditekan oleh PM harus fokus kepada 2 perkara. 1 Keselamatan (KDN) 2 Ekonomi.

Cakap2 rakyat kat kedai kopi di simpang2 jalan semua menyumpah kegedikan Menteri KDN.Saya rasa tak nak berhujah lebih yang penting barisan Kabinet yang dibentuk benar2 ikhlas bukan nak rembat duit rakyat.

Ex-Capt said...

Cadangan yang bernas..terutama para 1,2 dan 8...kalau dengar nadi rakyat ler..

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe,
Salaams

very nice kata orang oxford
problemnya, senator post pun
non bumi tak mau fikirkan si-ghani
baba kaya seorang di dewan negara

#4 menggeletek di tetek
#6 old flame punya cerita
#9 old maid punya hal
(siapa patut pikul amanah mof?
berapa ramai senator non-bumi?
miti itu ada east asia minister?)
#1 siapa pandai guna seven 'shao lin'

presiden umno baru
Itulah yang terlintas di fikiran saya buat masa ini. Wallahualam.

OKJ said...

Salam Dato'

Sampai hati Dato' cakap macam itu. TQ.

Mak Limah said...

Satu lagi pandangan,
Jangan dilantik mana-mana tokoh yang dilihat rapat dengan Rosmah atau kelihatan rapat Rosmah atau datang dari Rosmah. Atau pegawai khas Rosmah atau penasihat Rosmah. Contoh Farid Ridzwan.

Paham-paham saja lahhhh

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin.

Semua saya setuju cadangan Dato' tu.

Terkilan sikit berkaitan cadangan Dato' Ghani Othman ke Kabinet.

Kenapa rujuk cadangan Lim Kit Siang.
Dato' tak ada cadangan sendiri ke ?

Cadangan LKS tu,sekali pandang ok. Banyak kali pandang satu penghinaan halus.

Tak payahlah dia memandai mandai walaupun dia pandai.

Kalau dia kalah, LKS tak akan kata begitu.

Salam hormat

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin

Kpd semua yang ada cadangan yang baik kpd PM tlg tulis jelas2 dlm blog Dato'ni ,saya akan cuba sampaikan kpd PM. IsyaALLAH.

Salam hormat.

Desarancang said...

1. Cadangan Saya disebabkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tewas, saya bercadang kepada PM untuk ubah nama kementerian ini daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Kementerian Perancangan Bandar dan Wilayah/ desa.

Kementerian Perancangan Bandar dan Wilayah/Desa sangat penting kerana ia lebih jelas kerana.

1. Dapat menterjemahkan dasar-dasar ekonomi, sosial, politik, institusi, perumahan, pengangkutan dan sebagainya kepada bentuk reruang/spatial di seluruh negara.

2. Disebabkan tsunami bandar dan luar bandar, kementerian ini sangat berkesan dalam konteks deliver kepada rakyat disebabkan ada pelan-pelan tindakan yg hoslitik merangkumi bandar dan desa.Dalam erti kata lain merangkumi di peringkat negara, negeri, bandar, tempatan dan desa.

terima kasih.
idea yang 1 sen sahaja daripada saya...pasti orang tidak dengar....

from orang desa

R2Y said...

Setuju, terutama dengan 4 dan jangan terlupa Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin.

Izinkan saya menjawab tulisan Sdr Yangretibase bawah tajuk Cerita Dari Pulai Sape-sape Pun Tak ape, disini.

Sdr Yangretibase, intipati ayat2 44,45 dan 47 dari Surah Al Maidah ialah ..BARANGSIAPA YG TIDAK MEMUTUSKAN SESUATU PERKARA MENURUT APA YG DITURUNKAN ALLAH, MEREKA ITU ADALAH ORANG2 YG KAFIR,.ORANG2 YG ZALIM DAN ORANG2 YG FASIK,,.

Ayat 3 Surah Ibrahim pula
tak ada kaitan dgn UMNO atau PAS.

Saya berpendapat PAS dgn penuh sedar dan waras telah mengingkari ayat2 ini.

PAS tidak menghukum pemimpin2 kanan PAS yg ditangkap berkhalwat dan mukaddimah zina di Kelantan sedangkan PAS BERKUASA berbuat demikian.

PAS juga memperlekehkan ayat 32 dari Surah Al Isra'. Allah menegaskan dlm ayat ini..DAN JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA, SESUNGGUHNYA ZINA ITU PERBUATAN YG KEJI DAN SATU JALAN YG BURUK..

Apabila didesak supaya video sex mirip SU Agung PAS disiasat, TGHA kata itu perkara kecil.

Seperti dia memperlekehkan perkara lain; hukum hudud ni 0.001% jer dlm Islam, kerajaan Islam tak disebut pun dlm Al Qur'an.

Secara tak langsung PAS tidak memenuhi kehendak ayat2 44, 45 dan 47 Surah Al Maidah,jadilah PAS kafir,zalim dan fasik.

Saya tak pasti adakah MA dah bersumpah laknat di mana2 masjid bahawa lelaki yg sedang berzina dlm video tu bukan dia.

Berdasarkan perbualan, mereka ni dah kerap berzina di hotel itu atau hotel2 lain.

Kadang2 kedengaran macam suami isteri.

Harap2 bukan dia walaupun rupa macam dia,bentuk tubuh badan macam dia, suara pun macam dia.

Allah,penzina lelaki dan perempuan itu tahu akan kesahihannya.

Salam hormat.

RD. said...

Saya sangat setuju pendapat Dato mengenai Khairi. Dia amat petak bercakap Inggeris.

KDN lebih sesuai diterajui orang yang tegas seperti, bekas KPN Rahim Noor.

Mengenai Dato Ghani, saya rasa beliau sudah berjanji untuk bersara. Adalah lebih baik beliau berbuat demikian. Berilah peluang orang muda pula, sepert Ahli Parliament Kuala Selangor.

Saya amat terkilan apabila diumumkan calon yang menyaksikan ramai penasihat PM di pilih. Yang paling saya kecewa, apabila YB Wee Choo Keaong di ketepikan untuk memberi laluan kepada penasihat PM. Lepas tu kalah pula. Kadang-kadang saya pun hairan apakah gunanya ramai penasjhat-penasihat PM ini dan untuk tujuan apa mereka bertanding. Jika mereka tidak di calonkan, kemenangan UMNO akan lebih ketara. Mungkin BN akan dapat 2/3.

Bagaimana pun, saya cadangkan YB Wee Choo Keong di lantik sebagai Senator. Harap beliau dapat mengaktifkan semula mengesyorkan akta 'Foreign Agent Act' di bentang di Parliament, supaya semua NGO mengistihar belanjawaan mereka. Di Amerika, ada akta ini sejak 60an lagi.

Akhir sekali, harap Datin Rosmah mengurang penampilan di kaca TV.

Aina Emir said...

Assalam Datuk

Saya sokong cadangan Datuk kecuali tentang perlantikan Dato' Ghani Othman. Rasanya tak perlulah dengar sangat cakap LKS tu, biar dia jaga saja rumah tangga dia, tak payah jaga kelambu orang lagi. Dia cadang macam tu sebab ada udang di sebalik batu, mungkin Datuk tak berapa tahu. Apa pun, elok kalau Dato' Ghani berehat-rehat sahaja, tenangkan fikiran, mungkin jadi businessman yang berjaya.

xairlinepilot said...

Pendapat saya...

1. Hishamuddin Hussin (sepupu) sepatutnya direhatkan buat sementara. Dia Menteri yg agak keliru.. sekejap Penceroboh, dan bila anggota keselamatan kita gugur, dah ditukar jadi Pengganas. Suka hati mak bapak dia nak "branding" org Suluk tu...

2. Mr "Dickhead" aka Nazri Aziz... just a waste of human capital to have this kind of Minister without any portfolio, another dimwit.

Quality means who can deliver.. work hard walau kalah dlm PRU13. Jadikan senator spt Tim. Menteri Pelajaran...

Dia kalah bukan kerana tidak bertungkus lumus tp sbb org dah tak suka UMNO/BN.. so yg dibenci lain yg kena pancung lain..

3. Apa salahnya dgr saranan drp LKS.. its how we take his comment and views. Semua dlm hati kita, kalau kita seorang yg rasional, kita ambil pandangan secara baik OR likewise, seorang yg TIDAK rasional, maka kita sendiri yg seorang yg tidak elok kerana tidak menerima teguran. Bukan kah teguran itu sesuatu yg baik?

So Najib have another 4-5 years to improve/uphold his commitment to rakyat... so tlg kerja keras lg Bro...

Satu lagi yg patut pencen.. Kak Rosmah.. agak2 la ya Kak.. ambil la hati rakyat dan jgn jadi liability. Cukup2 la dgn luxury items... cuba2 diet dan pi slimming spa.. mudah mudahan slim balik. Ramai org suka....

Najib baca tak blog DAKJ? Sy harap najib mlm2 guna ipad sebelum tidur masuk blog DAKJ dan fahami isi hati rakyat yg lebih telus di sini....

doncin cai said...

....
....Lat Juno

..tolong le sangat sangat, cakap kat ketua kerajan baru negara kita ni, agar bersungguh sungguh menghapuskan operasi slot machine...
dulu saya dah kasi tahu pada "tuan tanah "...respone beliau,
1. yang dapat lesen judi ni, semua orang orang itu... semua punter nya pulak orang orang ini
2. tokehnya, dapat pulangan 100 juta sebulan... gamaknya, pulangan yang di perolehi tu, di pergunakan untuk "membalas " jasa kerajaan yang memberikan lesen tersebut..elok le pun....
3. "tuantanah" ter jumpa, bekas menteri yang bertindak mengharamkan operasi slot machine satu ketika dulu...bekas menteri tu cuma kesal kenapa boleh ber operasi kembali ? ia le, apa beliau nak buat, kuasa udah tak ada.. serupa kita bercakap pada dinding le...

"pasti" dapat ke mendoktrin kan, yang alumni nya akan beroleh sifat taksub... jika betul, belum terlambat untuk perelokkan "kemas" kome tu... yang tak seronoknya, udah cukup cukup "kemas",ada pulak "permata".... ibu permata ni juga, yang sedikit sebanyak telah menyumbang untuk mengurangkan undi popular

Ahmad Kedah said...

Kadir.
Saya dengar Najib sudah mula goyang.Mahayuddin mahu orangnya di beri jawatan penting.Mahayuddin sudah ridak mahu menjadi menteri Pelajaran.

Jika isteri kesayangan nya maseh campot tangan dalam lantikan kabinet,Akibatnya akan bawa bencana besar kapada Najib.
Salepas Pilehan raya 13,UMNO akan mengadakan pilehan rayanya dalam tahun ini.Najib tahu kepimpinannya akan dicabar.Ianya sekarang ini di kelilingi oleh ramai orang Mahayuddin .

general nya yang dibawa khas dari Melaka,Ali Rustam kalah pula.Pegawainya ang bertanding,Lima tewas.
Tun Mahathir kata ,performance Najib lebeh terok dari Pak Lah.BN kehilangan 7 parliment seat dan 70 dewan undangan Negeri.

Najib perlu membuat banyak perubahan radikal.Adakah ia mampu membuatnya.

Sama sama kita lihat.

Rosiah Ismail said...

Jika ikut dato maka quality kabinet ialah kabinet yang terbaik tapi kalau ikut hak PM maka kabinet akan jadi kabinet dapur lah. Mereka mesti ingat kabinet adalah untuk menentukan hala tuju setelah parti menang tapi kalau kabinet ikut kata hati PM maka kabinet itu adalah kabinet cari makan dan akhir nya rakyat jua yang akan bertindak tendang keluar.

h amri said...

Isteri Perdana Menteri atau menteri bukan sebahagian dari Kerajaan. Kegiatan mereka, kalau mereka mahu terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan boleh, tapi dibiayi sepenuhnya oleh NGO atau parti. Jangan libatkan wang kerajaan atau jentera Kerajaan.

Penyokong kerajaan said...

Banyak yang saya setuju dengan pandangan Dato', banyakkan orang baru yang mantap dalam kabinet......

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Setuju sangat dgn saranan LIM KIT SIANG agar jawatan KETUA PEMBANGKANG disama taraf dgn menteri malah TPM.

Saya masih ingat di negara kafir AUSTRALIA, gaji TAHUNAN ketua pembangkang dgn PM mereka hanya kurang AUD3000.

Di MALAYSIA kerana kezaliman UBN, gaji ketua pembangkang cuma seciput sekitar RM3000 elaun sebulan.

mk said...

Setuju dengan semua cadangan cuma tolak Khairy Jamaludin. Walaupun tidak dapat dinafikan Khairy petah bercakap, fasih berbahasa inggeris - juga tidak dapat dinafikan Khairy salah seorang yang menjahanamkan PM Tidor sebelum ini. Khairy ada kelibat Anwar - masuk kan Khairy dalam kabinet ibarat membuka ruang pada buaya yang lapar. This is only my "one cent" opinion.

Umar Preacher said...

Cadangan 2 kupang saya: Menteri sukan yg berkaliber. Kalau sukan ok, ramai kaum yg bersatu (sekurang2nya dlm stadium)dan gantikan presiden FAM.

Umar Preacher said...

Ada sebuah MRSM di Perak, bila dipamir senarai nama pelajar miskin yg layak terima biasiswa, hanya ada satu pelajar sahaja ada. Saya tengok yang hantar anak2 bawa kereta besor2. Apa dah jadi dengan MARA?. Kata nak tolong Bumiputera miskin. Sapa menteri yg akan jaga MARA minta

Din Indonesia said...

Saya setuju dengan Abu Bakar, Dato'

Beri lebih tumpuan parti PBB yang sudah lama dipinggirkan. Ataupun DS Najib perlu pilih wakil cina dari negeri-negeri sabah dan sarawak untuk menteri kabinet, memandangkn MCA sudah menolak untuk menerima jawatan menteri kabinet.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/new-cabinet-losing-pru14-over-next-few.html

langitbiru3 said...

8. Hidupkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang pada masa hayatnya (sebelum ditamatkan oleh Mohd Najib) sangat berguna kepada usahawan kecil dan sederhana, khasnya Bumiputera yang kurang modal, kepakaran dan pasaran. Berani mengaku silap adalah tanda orang berhemah. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya.

INI SATU Kementerian yang bagi parti komponen khususnya MCA dan MIC lihat KHUSUS untuk orang Melayu.

DEMI kelangsungan dan imej 1 Malaysia, NAJIB tunduk kepada MCA dan MIC dengan menghapuskan Kementerian ini.

Kalau NAJIB tubuh semula, akan tercalar imej 1 Malaysia!!!!

Oh ya, kembali kepada "Tsunami Cina", MCA perlu bersikap terbuka, undi MCA tu sama atau kurang dari jumlah keahlian MCA di kawasan tersebut.

Ha ha ha

Langitbiru jumpa seorang Dato' Cina (sebelum PRU). Ya, kita sedia maklum, DAP tak terima title Dato', yang terima title Dato' hanya Gerakan dan MCA.

Bila sembang-sembang, Dato' Cina ini langsung tak nampak gusar, sebelum berpisah, Dato' Cina berbisik kepada Langitbiru, 'INI KALI LAH".

Sekarang, NAJIB guna Khairy sebagai jurucakap National Unity. Khairy secara terbuka menawarkan diri. INI SANGAT MENARIK, semua tindakan orang politik, ada udang disebalik batu.

Masing-masing tunggang menunggang satu sama lain, win-win lah Mat Salleh kata.

NAJIB mula lemah lutut untuk berhadapan Mahathir. Mahathir meneruskan agenda nya memaju anaknya Mukhriz ke persada tampuk kuasa UMNO yang lebih tinggi rankingnya. Khairy boleh "menyekat" kemaraan Mukhriz, Najib "terselamat".

KABINET NAJIB, bukan kabinet memenuhi janji dan manifesto BN, tetapi kabinet untuk kelangsungan kuasa mutlaknya sebagai pemilihan Presiden UMNO hujung tahun ini.

........ALI RUSTAM "mengasah" parang panjang!!!

SIAPA BAKAL DIANGKAT NAJIB DARI BUMI HANG TUAH?

....sudikah Idris Harun membantu????

Al Ikhlas said...

Salam dato,

1) Cukupla jawatan PM tu, jangan la dibebankan dgn jawatan menteri kewangan dan menteri wanita.. tak perlu ikut PM sebelum ni.

2) lantik A.Ghani dan Saifudin Abdullah.. keduanya perlu untuk mengimbangi menteri lain yg kai 'Angguk'.

3) kalau susah sangat, lantik je Sharizat dan Isa Samad.. gerenti BN berjaya jadi pembangkang pada PRU14.

pendapat saya yg tak layak dapat BR1M.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

LAT JUNO

KERANA SDR SANGAT BERANI TUDUH DAN HUKUM BERSALAH PD PEMIMPIN ISLAM PR SAYA SARANKAN SDR BERTAUBAT.

KALAU TIDAK LAT JUNO DIDOAKAN JADI S--L DUNIA DAN AKHIRAT.

IR MOHD IZZAT SALO BIN ABDULLAH said...

Dato... saya tidak bersetuju kalau Ds Abd Ghani othman dilantik ke menteri pusat....sebagai rakyat Johor kita nampak dengan jelas kesilapan DS Abd Ghani Othman.....masalah tanah tergadai....penjualan anak syarikat kerajaan negeri....monopoli oleh seorang sahaja pembangunan Johor.....

Jaja said...

Yg Mulia DAKJ, Salam,

Najib kena turun beri pangkat "Tun"...ganti Mohyidin. Rombak kabinet, kekal yang berjaya dan kuat kerja. Terima yang baru serta berkaliber. Sentiment perkauman ..out totally.

Akhir sekali beri Lim Kit Siang satu portfolio dalam Jabatan PM...Menteri Cina. Ibrahim Ali sebagai menteri Melayu. Hebat Datuk. Lebih cepat Malaysia "ranap".

Sekadar pendapat saja.Wallahualam.

azhar said...

salam dakj

jangan lantik menteri melalui lantikan senator.

jawatan menteri yang di pegang oleh MCA di isikan UMNO.

lebih lantik calon yang muda.

lantik menteri dari wanita UMNO.

menteri KDN mesti orang yang berani.

lantik mereka yang pandai bercakap dan berbahas.




Pakmat Fahmy said...

..tan sri annuar musa for menteri sukan...

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

MB GANU KITA NI BENGONG KE ZALIM ATAU KEDUANYA.

DIA NAK BUAT UNDANG2 SENDIRI MACAM LA DUIT RAKYAT BAPAK DIA YG PUNYA.

CUBA TUNJUKKAN PD KITA , NEGARA MANA YG BERI PERUNTUKKAN WANG PEMBANGUNAN KEPADA PEMBANGKANG?

KALAU BERANI BERILAH WANG RAKYAT TU PD WAKIL RAKYAT YG MENANG. MB AKAN TERPERANJAT BAGAIMANA WAKIL RAKYAT PR BERHATI2 DAN TELUS BELANJA WANG RAKYAT.

BUKAN MACAM PENYAMUN UMNO

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Banyak yg tak kena dgn sistem bernegara di Malaysia termasuk Selangor.

Bila ketua2 parti dalam PR dah sebulat suara maukan KHALID IBRAHIM jadi menteri besar, pihak2 berkenaan janganlah cuba tarik2 tali.

Dalam mana2 negara SULTAN SEBENAR ADALAH RAKYAT.

TAK CUKUP LAGIKAH RAKYAT SELANGOR DI DERA DGN PELBAGAI KERENAH UBN DAN SEKUTUNYA?

maurice said...

Menteri Pertahanan perlu tahu serba sedikit tentang konsep pertahanan dan strategi peperangan.ATM perlu diyakinkan seseoarng calun itu mampu membuat sumbangan yang diperlukan bagi meningkatkan kemampuan pertahanan negara.

Lebai Harun said...

Saya sangat-sangat setuju dengan pandangan Dato'.Khairi patut menjawat menteri penuh dan kementerian luar paling sesuai untuk beliau. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hendaklah diwujudkan semula dan berikan kepada calon yang betul-betul layak serta boleh menjadi tempat bergantung kepada PDRM. PDRM pula ketandusan calon yang berkelayakan untuk Jawatan KPN.

iban said...

kalau orang malaysia etnik china, prof khoo kay kim terserlah yg dikagumi sahsiah dan pengamatannya sbg rakyat contoh.....

pungguk said...

Ramai sangat menteri kat Malaysia ni. Kalau pergi temuduga, tentu fail. Nama Kementerian pun panjang-panjang. Senator pun ramai gak. Ada yang dilantik sebab kepentingan politik bukan kepentingan rakyat. Datuk Najib pilih lah yang memenuhi kriteria untuk pastikan pembangunan negara berjalan lancar dan kami rakyak tidak dimomokkan dengan fantasi.

kebayan said...

Lain2 saya setuju la tapi....

Nombor 5 tu Pak Kadiaq dah masuk golongan melayu mudah lupa kot ? Cuba belek2 balik sejarah lama si KJ ni.

bulan bintang said...

Tuah Moderator,

Nepotisme mendapat tempat dalam kolek pembangkang tetapi gagal menempatkan mereka di PutraJaya. Natijahnya: Tidak mungkinkah nepotisme adalah sebahagian dari punca pembangkang terus tergigit jari?

Perebutan kerusi bersandarkan emosi (persaingan dalaman tidak sihat) telah menyaksikan Pas dan PKR mengalami perkara ini:

"dikejar tidak dapat, di kendong berciciran.

Natijahnya: Persaingan tidak sihat (bersandarkan emosi tetapi bukan realiti), adalah tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Penguasaan Gen Y dalam dunia politik maya telah membantu PR muncul paling popular. Ini bermakna Gen Y akan menjadi bertamgah dominan dalam waktu mendatang.

Natijahnya: hanya Gen Y sedar kemahuan generasi mereka. Tanpa mereka, tidak ada mana pihak akan mampu melepasi majoriti 2/3. Meminggirkan generasi ini kerana dipengaruhi oleh sikap berpuak-puak, bukanlah tindakan bijak.

Sekian pendapat saya.

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ, Lat Juno dan pembahas sekalian,

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Lat Juno yang berjanji akan menyampaikan cadangan kita kepada PM Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Cadangan pertama saya: Haji Mohd Najib harus berundur daripada jawatan Perdana Menteri berikutan keputusan PRU ke-13 BN yang lebih buruk daripada keputusan PRU ke-12 yang telah menyaksikan pengunduran Haji Abdullah Ahmad Badawi.

Sedarlah bahawa Mohd Najib yang terlalu banyak membazirkan wang rakyat untuk kempen pilihan raya lebih hina daripada Abdullah Ahmad Badawi yang sangat hina pada sisi Tun Mahathir.

Tolong beritahu Tun Mahathir juga bahawa dia bersikap hipokrit apabila dia tidak mendesak Mohd Najib untuk meletak jawatan PM semata-mata kerana kejayaan UMNO merampas Kedah daripada PAS yang sekali gus meletakkan anaknya Mukhriz sebagai MB Kedah.

Saya sangat yakin sekiranya Kedah masih kekal di bawah PAS, sudah barang tentu Tun Mahathir memaksa Mohd Najib berundur.

Cadangan kedua saya: Mohd Najib harus memberitahu Tun Dr Mahathir bahawa fenomena Mahathir merupakan satu faktor besar bagi kemerosotan pencapaian BN dalam PRU baru-baru ini. Dengan kata lain, rakyat sangat meluat kepadanya.

Cadangan ketiga saya: PM Mohd Najib wajib bersikap serta bersifat mesra Islam. Sebut-sebutlah selalu bahawa UMNO teringin untuk mematuhi perintah Allah untuk "berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh-Nya". Pedulikan kaum Cina dan India. Tidak perlu Najib menjaga hati mereka. Mereka juga pun tidak mempedulikan UMNO, walaupun UMNO sentiasa menolak untuk melaksanakan sistem pemerintahan Islam.

Sudah sampai masanya UMNO masuk Islam sesyumul-syumulnya. Saya yakin, UMNO pasti akan mendapat sokongan yang besar daripada umat Islam Malaysia.

Cadangan keempat saya: Mohd Najib WAJIB memaksa isterinya berpakaian menutup aurat. Tolong malu kepada Allah SWT. Patuhilah perintah-Nya. Lat Juno wajar sekali menyampaikan sekurang-kurangnya ayat 31 daripada Surah an-Nur kepada Najib.

Sangat menghairankan saya mengapa degil sangat DS Rosmah Mansor untuk mematuhi perintah Allah itu. Tolong beritahu dia bahawa seorang isteri yang berpakaian menutup aurat menyelamatkan suami daripada berstatus dayus; dan, seorang isteri solihah WAJIB berpakaian menutup aurat.

(Alhamdulillah, terasa sejuk hati rakyat melihat SPBR Permaisuri Agong yang kelihatan ayu dalam pakaian jubah labuh yang menutupi
seluruh badan baginda).

Cadangan kelima saya: Hanya Ahli Parlimen yang wajar dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri. Jawatan itu hak mereka. Sangat tidak adil kepada mereka yang sudah sekian lama berkorban demi memenangi pilihan raya, tiba-tiba 'orang luar' tak semena-mena dikurniai jawatan menteri atau timbalan menteri.

Saya berpendapat, sesiapa pun mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik apabila diberi peluang. Jangan sekali-kali seseorang itu diukur rendah.

Cadangan keenam saya: Lat Juno tolong beritahu PM Mohd Najib bahawa dia wajib berlaku adil seadil-adilnya dalam pemerintahannya. Sesungguhnya, sebagai khalifah Allah di muka bumi Allah ini, dia bertanggungjawab memegang amanah Allah SWT bagi memakmurkannya. Sampaikan kepadanya bahawa dia pasti akan dibicarakan di Mahkamah Maha Agung, nanti.

Akhirnya, saya harap Lat Juno bertanya PM Mohd Najib berapa RM bilionkah wang rakyat negeri Terengganu yang terpaksa dikorbankan kepada Najib bagi menubuh dan menggerakkan 1MDB.

Wassalam.

wanzaim said...

Salam, sewajarnya pandangan DAKJ perlu dipertimbangkan oleh PM kita.
Lebih berkesan kalau pembahas2 kt sini share link blog AKJ kt twitter PM kita. PM kita aktif dalam media sosial. Mungkin ini boleh membantu supaya PM kita tak terlepas pandang. Saya akan mulakan

dina said...

saya rasa masih ramai yang tak faham senario yang sebenar. ramai orang suruh najib buat itu dan ini tapi hakikat sebenarnye cina memang takkan sokong bn lagi.
mereka dah kuasai ekonomi jadi mereka mahukan kuasa politik pulak. fitnah di biarkan berleluasa dan ini lah akibatnye sekarang.selagi tiada tindakan diambil letak lah sape pun di kabinet tetap tak bawak apa2 makna pada orang cina. wake up please!

kebayan said...

Yangretibase,

1) Najib terpaksa cuci tahi lama. Ada pula tahi baru kena cuci. Maka ambil masa untuk cuci. Najib tak perlu letak jawatan cuma kena betulkan kembali perjuangan kerana Agama, Bangsa dan Tanahair.

2) Mungkin tak berapa nak reti bahasa kot. Faktor Mahathir lah BN dapat tawan Kedah. Orang Kedah terhutang budi pada Mahathir. Faktor Mahathir lah Husam tak dapat Putrajaya. Faktor Mahathir lah ramai pengundi Melayu kembali mengundi calon BN/UMNO.

3) Kena pakai lebai segitiga macam Nik Aziz baru dikatakan mesra agama Islam ? Ka nak jadi arab terlebih ?

4) Sebenarnya media kena mainkan peranan. Tak payah expose Rosmah sangat. Rambut ala nonya tu kena kurangkan tingginya. Kena cari hair stylist barulah.

5) Setuju tapi tak semuanya boleh jadi menteri. Kena pilih-pilih juga.


Mc jenin said...

Salam DATo KJ. Kalau tak silap saya, PM pernah mengatakan Bahawa politic is about perception.pada masa ini byk persepsi negatif tidak ditangani dgn betul atau pun bersungguh sungguh. isu. DS Rosmah, rasuah Dsb terpasak dlm pemikiran rakyat dan tidak ditangani dgn betul walaupun PM kita dikelilingi oleh para penasihat. Persepsi ini rasa ya Ada yg betul, Ada yang tidak dan ada yg setengah masak tapi dimasak oleh puak puak pembangkang dgn baik. Demi kelangsungan kuasa kita, tanganilah perkara ini dgn baik.

moya said...

1) considerlah MP Labis jadi Menteri Belia dan Multimedia, supaya dapat mengembeling bersama pemuda cina dalam aktiviti belia dan juga memberi saingan tak berbelah bagi terhadap cybertroopers DAP.

2) KJ wajib jadi Menteri penuh, Menteri Luar ok,

3) Hishamudin jadi Menteri Pendidikan Tinggi, KDN bagi Zahid

4)Noh Pertanian ok

5) Shafie Apdal Pertahanan

6) Anifah Aman Kementerian Luar Bandar

7) Kementerian Tenaga, Air dan dan Kebajikan masyarakat, Azalina Othman Pengerang. So, hal air, letrik dan kebajikan satu Menteri

Yang lain ambil yang baru. Nazri Aziz, ok juga jaga parlimen.

hehehehe terasa jadi PM pulak.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Ramai yang masih ingat kerosakan yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada zaman bapa mertua beliau. Itu belum lagi beliau mendapat kuasa. Baru tumpang kuasa mertua. Kalau dapat kuasa sendiri, entah macam mana jadinya. Mungkin jadi lebih dahsyat daripada Anwar Ibrahim. Akibat tindak tanduk KJ dan rakan-rakannya ketika itu, yang sebahagiannya masih berterusan hingga sekarang, UMNO menghadapi pelbagai masalah.

Atas dasar itu, walaupun dia memang bijak dan sebagainya, eloklah peranannya dibataskan di peringkat parti sahaja. Banyak lagi kerja yang perlu dibereskan untuk memulihkan sokongan golongan muda kepada BN dan UMNO khususnya. Selama dia menggalas Ketua Pemuda UMNO, sokongan orang muda dikatakan menurun.

Alasan bahawa Mukhriz yang tewas Ketua Pemuda boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri tidak boleh diterima. Jawatan Ketua Pemuda bukan tiket untuk meraih jawatan dalam kabinet. Latar belakang sejarahnya perlu diambil kira dengan teliti. Janganlah UMNO dipatuk dua kali dalam lubang yang sama, oleh ular yang sama.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Hebat betul loyar buruk NAJIB.

Sekarang nak berkelip2 dibawah ketiak mahkamah pulak untuk terus berkuasa.

Soalnya patutkah rakyat percaya pd sistem keadilan yg terdiri drpd penglibatan polis, pendakwa dam hakim yg dikuasai okeh rejim zalim yg pertabalannya sendiri sedang dipertikai oleh rakyat?

Mungkin sudah tiba masanya mahkamah rakyat menghukum PRU13 TAK SAH DAN KERAJAAN SEMENTARA DIBENTUK OLEH AGONG.

LAWAN TETAP LAWAN

Lahuma said...

Dato.

Nasihat yg tak undang.
------------------------------

PM Najib cakap sahaja untuk menerima kritikan,teguran atau nasihat dari rakyat atau siapa sahaja.

Ini pun manis dibibir sahaja.Akhirnya semua tuguran dan nasihat macam air keldaun keladi.

PM Najib lebih percaya pada SU Agungnya,Pegawai Khsnya,Setpolnya atau yang berada diPejabat Dato Onn.

Ada menteri lebih tunduk pada setpol atau pegawai khas PM Najib.Apa cerita ini semua.

Khabarnya ada juga yg pernah diberi notis amaran kerana khianat parti pun dipilih jadi calon di Kedah.

Ada juga yang tergila nak jadi calon tergamak potong Corner dan diterima oleh pimpinan.Kemudian kalah

Inilah postmortem dikedai kopi dan dilobi hotel yang merupakan suara rakyat dibawah.

Perjalanan PRU 14 bukanlah jauh.Kalau PM Najib dan krewnya tak berubah percayalah UMNO juga akan menerima nasib seperti MCA/Gerakan.

Kerana cakap lain buat lain.

Jumpa lagi .

Terima kasih.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Hairan jugak ye. Kenapa sekutu UMNO iaitu MCA dan GERAKAN tak mau join kabinet BN dan tak mau dilantik dlm jawatan kerajaan BN samada peringkat persekutuan, negeri maupun daerah.

Jawapan nya mudah iaitu mereka merajuk. Bukan kerana kalah teruk. Bukan. Bukan. Tapi meraju
k sebab UMNO TAMAK HINGGA BILA MEREKA ARAH SPR BUAT KERJA TIPU , MEREKA LUPA NAK SURUH COVER JUGAK KAWASAN DI MANA MCA DAN GERAKAN BERTANDING.

PADAN MUKA MCA DAN GERAKAN. DAH TAU PEMIMPIN UMNO TU LANUN BIG TIME KENAPA MASIH NAK SEKONGKOL.

Dengan berbekal cuma 7 kerusi parlimen LAYAKKAH MCA PEGANG PERANAN PARTI KOMPONEN BN YG KEDUA TERBESAR SPT ZAMAN KEGEMILANGAN DULU2?.

ok ok lah said...

Adakah orang nampak bahawa Mahatir sebenarny mensabotaj Najib ?.

Kenapa dia sokong Ibrahim Ali dan Zul Nordin untuk bertanding ?. Kenapa ?. Takkan lah tiada calon yang lebih baik ?. Hakikatnya ini adalah suatu kerja menyabotaj Najib dan ini adalah Udang disebalik Batu dalam ceramah Mahathir.

Mahathir tahu Najib sedang berusaha untuk meraihkan sokong orang Tiong Hua tetapi dalam ceramahnya dia mencaci dan menhina orang Tion Hua. Apakah tujuannya ?.

Adakah sebenarnya, Mahathir tidak mahu Najib mendapat 2/3 majority ?. Kerana kalau itu belaku, maka pegangan Mahatir keatas Najib akan terlucut kerana Najib sudahpun mendapat mandat yang kukuh daripada rakyat.

Tak kah semua nampak sendiwara Mahathir serta caturnya ?. Lihat macam mana anaknya yang tewas dipilihan parti boleh jadi Timbalan Menteri dan yang menang tak dapat apa apa jawatan ?. Sekarang Mukhriz boleh jadi MB Kedah ?. Tiada lain yang layak ke ?

Mika Angel-0 said...


yangretibahasa,
kau peduli apa orang bn nak buat
kau banggang undi pru13 kalah parlimen

pedulilah bn nak bagi hancur negara
senang pru14 anti-bn ambilalih

hang kalau nak tegur
tegur selangor
tegur kelantan
tegur anti-bn

yangretibahasa is a fucking shit

raja2u said...

Assalamualaikum

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Menegor dengan kebenaran dan kesabaran adalah suruhan Allah. YAB PM telah membuat kenyataan yang bertepatan dengan kehendak rakyat, iatu Kerajaan yang akan dibentuk adalah Kerajaan untuk semua Rakyat Malaysia.

Kita sudah mengadakan pemilihan. Seramai 222 orang telah dipilih rakyat sebagai layak mewakilkan mereka di Parlimen. Terimalah keputusan tersebut dengan berlapang dada dan hentikan tuduh menuduh terutamanya perkauman. Saya telah dapati rakyat pelbagai kaum yang turun mengundi pada 5.5.2013 telah bergaul dengan beramah mesra dan tiada sebab kita mengubah suasana ini.

Gunakanlah 222 orang ini sebagai satu pasukan untuk membawa negara ke puncak kejayaan. Adalah tidak wajar mengenepikan mereka yang dipilih dengan mengambil orang luar menyandang jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri. Mengambil orang luar akan menunjukkan kita mementingkan diri kita dari mereka yang dipilih rakyat.

Perkukuhkan Kementerian Pertanian dan Kemterian Luar Bandar.Adakan menteri yang betul-betul berjiwa rakyat yang sentiasa berkerja seperti yang diamanahkan. PM tidak berhenti-henti bercakap bersabit dengan transformasi untuk menaikkan taraf hidup rakyat. Soalannya selama 4 tahun yang lepas adakah menteri yang penoh semangat turun padang bersama-sama agensi-agensi berkenaan berintraksi dengan rakyat membuat blue print bagaimana untuk menghasilkan cita-cita murni Kerajaan.

Kita patut bersyukur kepada Allah kerana Parlimen sekarang mempunyai ramai wakil yang berkebolehan untuk membawa negara maju kehadapan. Malangnya terlalu banyak fitnah memfitnah telah berlalu menyukarkan sesetengah orang merapatkan saf.Kali ini kita perlu ada menteri penerangan yang mampu menyekat gejala yang tidak baik ini dari tersebar luas.

Akhir sekali jika kita lihat video bersabit dengan perhimpunan yang telah diadakan kita akan lihat ianya mengandungi ramai orang muda dari pelbagai kaum. Cara untuk memenangi hati mereka bukan dengan cara kekerasan. Beri mereka ruang untuk melepaskan perasaan mereka dan Insyaallah mereka akan akhirnya sayang kepada negara yang memberi mereka kebebasan untuk bersuara dan berhimpun. Menyertai perhimpunan tidak bererti mereka terikat dengan kumpulan berkenaan seperti yang terdapat di PRU 13 . YAB PM perlu memikirkan tindakan yang sedang diambil pihak berkuasa sekarang terhadap penganjur perhimpunan adakah akan menguntungkan Kerajaan atau sebaliknya jangka panjang.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

azhar said...

salam dakj

lantik menteri berdasarkan arah aliran politik semasa.mereka yang menang.

barisan menteri mesti selari dengan corak realiti kemenangan BN.ini hakikat.mereka yang dipilih untuk tadbir negara.memadai melatik seorang menteri dari kaum cina.

jangan melantik menteri dari kalangan professional yang bukan peminpin parti sebab mereka bukan peminpin dan tidak punya jiwa,roh dan semangat perjuangan seorang peminpin.golongan ini boleh dilantik sebagai penasihat atau perunding sahaja kepada kementerian.golongan yang bukan peminpin menjadi menteri boleh melemahkan parti.

KL Beatboxer Tmn Melati Setapak said...

Malaysia sebuah negara yang berpotensi maju jika mempunyai pememrintah yang dinamik, beroptimistik, berwawasan dan berhemah. Pandangan2 Dato amat saya setujui. Kalau bolih ditambah iaitu pada pandangan says disini
1. Setiap jawatan menteri/timabalan menteri mesti seorang SME(subject matter expert) cth: Menteri Pelajaran pastikan seorang yang professional & berpegalaman di bidang tersebut bukan semata2 seorang politik begitu juga dengan jawatan Menteri2 yang lain.
2. Kena ada satu boundary diantara
politik dan urusan perniagaan.
3. Budaya usahawan perlukan di didik & dikembang dari sekolah rendah dan seterusnya ke peringkat universiti kerana untuk menakluki dunia perniagaan diperingkat negara dan dunia perlu bergerak secara total.
Akhir kata, kits kena sentiasa berubah kepada yang lebih baik agar kita tidak leka didalam comfort zone.

x-umno said...

Assalamualaikum Dato. Izinkan saya.

Dato Ghani Othman bertanggung-jawab di atas kehilangan Parlimen pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat bermulanya UMNO iaitu Batu Pahat. Buat malu orang Johor saja.

Alang-alang meyeluk pekasam, bagilah dia jawatan menteri supaya hilang UMNO di peringkat negara pula.

KJ patut letak jawatan, bukan diberi jawatan. Gagal tambah undi pengundi muda. Gagal mengerah pemuda BN di peringkat nasional, negeri dan bahagian. Cakap berdegar-degar bolehlah.

Orang Melayu memang respek abis kalau anak muda pandai berbahasa Arab atau omputih. Tak gitu?

Tapi, gabungan KJ dan Ghani Othman sangat memenuhi citarasa LKS. Hehehehehe

serious said...

yangretibase : janganlah merepek dan merapu macam budak mentah.

nabil said...

saya rasa PM kita ada degil sikit. dia lebih dengar cakap cina dari melayu. kalau dia tak ubah sikap GE14 habislah kita.

ujang kutik said...

Assalamualaikom Datuk,

KJ YB Rembau, daerah asal saya agak menarik untuk diambil perhatian kerana kawan dan lawan berharap beliau 'diberi perhatian'.

Hatta, seorang blogger pro-PR yang terkenal mengungkapkan,"Andainya cuma seorang sahaja calun BN yang menang,orang itu biarlah KJ".

Saya menumpang bangga. Semoga KJ hari ini akan menjadi jauh lebih baik dari KJ semalam.

rosnan nordin said...

saya bersetuju dengan padangan ini, satu lagi memohon agar menteri kabinet yang dilantik jika dimajlis majlis hendaklah menajdi rakyat tidak dikompangka dan mengurangkan acara acara berbentuk majlis yang membazir yang dilihat rakyat.....terutama mengurangkan peranan isteri PM dalam acara atau menajdi jurucakap atau menganjurkan majlis majlis yang dilihat pembaziran...saya amat bersetuju jika PM kita menjadi rakyat dan akan disegani bukannya dihalangkan penasihat punasihat.....bila telah menjadi Menteri....lihatlah perkara perkara yanglogik kerana kita sayang malaysia dan PM kita...

Cik WalinongSari said...

salam hormat Dato'. saya berkesempatan membaca banyak blog politik dan baru-baru ini kenyataan Khairy menawarkan diri menyertai kabinet telah diulas dengan pelbagai reaksi dari banyak pihak termasuk bloggers & warga internet.

ramai berpendapat bahawa Khairy adalah jelmaan kepada Anwar Ibrahim dan pernah mengatakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri menjelang usianya 40 tahun.

saya mengutarakan teori MAKMUR bagi menggantikan teori RAHMAN dalam entry Dato sebelum ini.

M-Muhyiddin (adakah Najib akan disuruh berhenti seperti Pak Lah kerana prestasi yang teruk dalam PRU13 ini?)
A-
K-Khairy (?)
M-Mukhriz
U-
R-

saya berpendapat mengapa K (Khairy) lebih dahulu dari M(Mukhriz) menjadi PM adalah kerana kelicikan taktik politiknya yang dikatakan dipelajari dari idolanya Anwar Ibrahim?

kemudian M (Mukhriz) mengambil alih mencuci kekotoran noda dan dosa dan kerosakan yang diakibatkan oleh Khairy?

ada mengatakan kedatangan KJ ke Temerloh telah menyumbang kepada kekalahan BN di Parlimen Temerloh.

dia juga telah didapati bersalah dalam 'politik' wang dengan memenangi Ketua Pemuda UMNO.

saya cadangkan Dato menulis satu entry khas untuk membincangkan adakah KJ layak diberi jawatan di dalam kabinet.

saya pasti kita akan dapat membaca komen-komen yang menarik. masih belum terlambat sebelum DS Najib mengumumkan kabinet beliau yang akan menjadi penentu kesinambungan BN sebagai pemerintah Malaysia pada PRU14 kelak.

terima kasih & salam hormat.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin,

Sdr Yangretibase, apabila saya kata saya bersedia bawa cadangan ialah cadangan2 baik, bernas atas sifat kematangan dan kebijaksanaan kita.

Cadangan anda seperti cadangan drp orang 'kurang empuk',tak matang dan tak retibase.

Ingat ker..dah matang.

Anda pergilah jumpa PM bersama langitbiru dan Din Melaka.

Saya tak sudi.

Salam hormat.

Lat Juno said...

Assalamualaiku Dato' dgn izin,

Sdr Din Melaka, saya bukan menghukum.Hanya menjawab permintaan Sdr Yangretibase, nama saya disebut secara langsung,untuk menghayati ayat2 44, 45 dan 47 Surah Al Maidah.

Sebenarnya itulah tafsir yg dikehendaki oleh Sdr Yangretibase tapi saya rujuk kpd perbuatan PAS bukan BN.

Pelik juga kenapa Din Melaka pula yg beria-ia benar.

Ker anda berdua ni kembar seiras ?


Salam hormat.

S/I Banir said...

Salam Dato AKJ...,

Saya melihat ramai menuding jari ke arah individu tertentu. Berfikiran secara matang adalah lebih baik ke arah menjernihkan hubungan sesama sendiri. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Jangan pula tiada beban batu nak digalas. YAB DS Mohd Najib Tun Abd Razak selaku Perdana Menteri, walaupun mempunyai ramai penasihat, namun segala keputusan mesti diambil dan risiko tertanggung oleh beliau. Membuat keputusan berdasarkan nasihat dengan jawpan yang tersedia mengundang bencana yang tidak berkesudahan. Membuat keputusan terburu-buru dalam konteks “mesyuarah” belum tentu mendapat hasil yang bijak.

Ada pendapat meminta YAB DSN berundur, itu satu cadangan kurang bijak. Apakah alasan setelah prestasi buruk kehendak pengundi kurang menyerlah. Namun jika digantikan dengan orang lain, prestasi tetap sama. Dalam konteks ini nyata, suatu nasihat yang benar-benar konsisten bagi memartabat jiwa bangsa paling utama. Jika kita berpenadapat orang itu tidak baik, orang itu seharusnya diangkat menjadi Perdana Menteri, sedangkan kepimpinan yang belum tentu terarah ia boleh merugikan perjalanan hala tuju yang telah tersemat disanubari YAB PM.

Kita boleh “berlawan” pendapat, termasuk dari pihak lawan. Bukan kehendak melulu semata-mata. Mengenai Keselamatan Dalam Negeri perlu ditangani dengan bijaksana. Seorang menteri yang benar-benar ikhlas tidak mempunyai kepentingan politik peribadi, tetapi mempunyai agenda memartabatkan keselamatan negara termasuk dari ancaman luaran. Ancaman luaran bukan bererti kita hanya bimbangkan kepada serangan bersenjata, sepertimana insiden di Lahad Datu, Sabah tempoh hari. Ancaman yang berat juga termasuk melalui serangan ekonomi, sosial, politik, bentuk hiburan, kemasukan pelabor-pelabor asing, pelajar-pelajar, buroh-buroh binaan, tidak terkecuali melalui ancaman sukan. Perbincangan keselamatan dua hala, dengan mendedahkan maklumat melalui media massa tanpa kawalan teras kemasukan mereka tanpa ditapis menjadi ancaman yang sangat berat untuk dipikul oleh YAB PM. Untuk sama-sama memikirkan keselamatan negara, YAB PM seharusnya memikirkan apakah dasar yang perlu dibuat negara, jangan sampai kematangan ahli-ahli politik yang dilihat matang tetapi hakikat sebenarnya mereka dilihat terlalu “letih” apabila sampai musim perayaan “lima tahun” sekali yang cuma mengharapkan “kata-kata” apa yang akan diluahkan oleh YAB PM, sepatutnya bermula dari sekarang “pra kunsul” hendaklah sentiasa berlangsung dari masa ke semasa.

S/I Banir.

mesin taip Buruk said...

Jangan gadoh2... esok PM umum barisan Kabinetnya...

Rawa Lanun-Bahasa said...

dengan izin,


dear @nabil,
salaams

mohd najib has every right to remain as pm
alhamdulillah he did a great job

however, do you think
only the wanita umno is crying deep inside look at the numbers
mca is hurting so is gerakan
mun hoe lost, fook onn too
mic is holding remembrance

non is his peer of mohd najib
but pak lah(dr) and dr mahathir
no reason to stand down as pm

looking forward as umno could
we love mca gerakan and be fair to
sarawak and sabah

sabah costs us more than just names
of heroes whose corpse would never decay

it is their say, too
but umno needs a new yab presiden
mohd najib need not step down

on a lighter thought
do you think hamilton can handle it
or rosberg the better silver arrow

thank you and salaams

Kampong man said...

Salam semua,

1.Berbagai percubaan dilakukan dari pre dan pasca PRU 13 memperkecilkan UMNO, DS Najib, Tun Dr Mahathir dengan cemekan yang tidak baik terutama dari pembahas yang masih tidak dapat menerima ketetapan Allah kemenangan UMNO/BN baru baru ini.

2.Mereka memberi berbagai pandangan.Ada yang boleh diterima dan ada yang tidak.Ada yang jujur dan ada yang tidak jujur.Kalau di negeri barat teguran yang sinis dan tidak membina yang berbentuk perli dan tidak jujur akan mendapat jawapan yang begini.

"I am sorry, I do not seek and ask for your opinion ! "

DAKJ,

Whilst we are free to exercise our rights to express our views and this so called freedom of expression,in this democratic country as good citizens, some comments are not welcomed and not worth the two cents sir.Thank you.

Khun Banjuan said...

Saya tidak mahu memberi ulasan tentang calon2 menteri. Mereka telah disenaraikan oleh PM hanya petang ini akan disahkan.
Hanya beberapa perkara yg ingin saya minta sama2 kita renungkan:
1. Bagi saya tsunami cina bukanlah merupakan tsunami sebenar tetapi merupakan kesedaran politik generasi cina sekarang. Dulu massyarakat cina tiak ambil kisah tentang politik. Mereka hanya berminat untuk berniaga peruncitan ataupun gerai/warong. Politik hanya dimonopoli oleh towkay2 yang kaya bagi mencari kepentigan untuk bertambah kaya.
2.Renungkan bagaimana anak2 VIP/VVIP mudah menapat biasiswa untuk belajar at the expense of other deserving applicants.
3. Orang2 melayu/B.Putra yang mampu lebih berminat untuk menukar kereta besar, TV besar, perabot baru dari menghantar anak2 mereka belajar. "Apa susah boleh mintak biasiswa".
Seorang kenalan cina tiap2 hari mengayuh basikal menjual minuman kacang soya di Aloq Setaq. Bila ditanya ia berkata anaknya belajar di Australia.Cuti semester kerja cuci pinggan direstaurant. Renungkanlah

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Melaka bersejarah dan geng tongong UMNO seperti Din JB, Mika Angel-O, serious, OKJ, Lat Juno, Pikir Tajam, Rawa Lanun bahasa, Kampong man dan mereka yang 'berseotak' sekalian,

Mengapa kamu semua menzalimi diri sendiri dengan berkekalan menjadi manusia yang kurang cerdik? Merayaplah atau merangkaklah kamu perlahan-lahan daripada kepompong kegelapan menujui ruang sinar cahaya kebenaran.

Saya mengambil kesempatan pada hari ini untuk membuat pencerahan mengenai satu fakta sesat yang diuar-uarkan oleh ulama UMNO yang terus sahaja diyakini oleh anda semua bahawa menjadi satu kesalahan besar bagi orang PAS
"menggunakan agama bagi tujuan politik".

Saya ingin bertanya anda sekalian: 1. Apa yang hendak anda gunakan untuk tujuan politik? Guna syaitankah?

2. Apa maknanya "menggunakan agama untuk tujuan politik? Berikan contoh.

3. Mengapa agama tidak boleh digunakan untuk tujuan politik? Bukakah agama itu "kebenaran"?

4. Dalam perkara apakah lagi agama tidak boleh digunakan? Bukankah agama (Islam) itu bersifat syumul dan menyeluruh? Kamu tidak tahukah bahawa tiada sesuatu walau sebesar zarah sekalipun yang terpisah dan terasing daripada agama? Inikan pula aspek politik dalam sistem pemerintahan negara yang difardhukan kepada kita sebagai khalifah Allah di muka bumi?

Hanya beberapa soalan yang terkandung jawapan di dalamnya. Terpulanglah kepada anda semua sekiranya masih lagi berpegang pada ajaran ulama UMNO seperti Fathul Bari bahawa Islam tiada kaitan dengan kepentingan politik, parti-parti politik dan bahkan kepentingan individu, termasuk PM Mohd Najib.

Wassalam.

botax9 said...

Dato,
1. KJ Menjadi menteri penuh ? Masih ingatkah lagi semasa pak lah menjadi PM mcm mana perangai dia bila ada kuasa?. Dimanakah KPI dia selama ini apa bila dia manjadi ketua pemuda?. (Pemuda sekarang seakan mati dan tiada semangat).

2. Salah 1 prestasi najib jatuh disebabkan rosmah, di mana org menperkatakan rosmah adalah PM malaysia bukan najib. (Rosmah wajib jadi suri rumah sepenuh masa utk tahun 2013 dan selamanya).

3. Nazri/Isa samad/ Azalina - Adakah org ini akan menjadi menteri kabinet najib ? (Saya rasa depa ni kasi jadi JKK kawasan cukup lah).

4. Pastikan Najib memilih menteri kabinet yg betul-betul boleh buat keje bukan hanya pandai bercakap dan ambil lah iktibar atas kelemahan dahulu. (Rakyat akan melihat/mendengar dan mereka mahu pembaharuan).

5. Pastikan semua YB2 turun padang setiap 3 bulan untuk bertanyakan keadaan dan masalah rakyat bukan 4-5 tahun sekali. (jadilah YB mesra rakyat yg mana dilakukan olh pembankang).

6. kepada menteri kabinet yg di lantik nanti, tolonglah buat kajian sedalamnya apakah rakyat mahukan selama ini ? (Banyak luahan rakyat yg menokong PR dari situ boleh kita ambik sebagai rujukan).

7. kepada YB2 yang telah dipilih olh rakyat buangkan kehidupan luxury dan ego anda, jadilah mesra rakyat bukan mesra bodek ketua pemimpin anda.

8. Kepada Najib biarlah rakyat yang menentukan 30% KPI menteri dan YB-YB mereka, Rakyat yg memmilih mereka dan rakyat wajib menilaikanya.

Orang Kampung said...

Diharap Najib tidak melantik seseorang yang boleh merosakkan nasib dan masa depan bangsa dan negara sebagai anggota kabinetnya. Masa depan bangsa dan negara harus diambil kira . Cukuplah dengan apa yang telah dan sedang berlaku.

langitbiru3 said...

Membaca rangkaian blog, nampak pembahas para penyokong UMNO sangat angkuh dan sombong, kata-kata kesat bersepah merata, Melayu menentang UMNO di peti undi DEMOKRASI digelar Pengkhianat Bangsa, Cina menentang UMNO di peti undi DEMOKRASI digelar RASIS CAUVUNIS tidak mengenang jasa, sombong dan angkuhnya mereka tiada tara.

Mereka UMNO minoriti yang menang, tidak menghormati kebebasan mengundi di peti undi Demokrasi. Mereka gagal membaca dan memahami, “APA LAGI MAJORITI MAHU”.

UMNO lupa mereka sebenarnya MINORITI YANG MENANG! Mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa sebenarnya kami “PR MAJORITI YANG KALAH”.

Langitbiru guna ilmu hisab asas sahaja, sebenarnya HANYA 470,000 (0.47JUTA) orang sahaja Melayu Malaysia mengundi UMNO, ditambah dengan ahli Melayu UMNO 3.2 JUTA, jumlahnya 3.67 JUTA orang.
Inilah UMNO, MINORITI YANG MENANG!

4.21 JUTA orang Melayu Malaysia menentang UMNO di peti undi DEMOKRASI.

Para penganalisis, termasuklah yang ada Master dan PhD, dari Profesor Madya kepada Profesor penuh, RUPANYA malas untuk membuat analisa yang lebih lengkap, TETAPI cepat sangat memuji dan memuji Kepimpinan UMNO, mereka menang cemerlang, dan gemilang.

7.88 juta Melayu keluar mengundi dari 11.26 juta orang. HANYA 3.67 juta sahaja sokong undi UMNO. 4.21 juta menentang UMNO.

Pengiraan ini berdasarkan undi popular BN seluruh Negara 46.8% dari 11.26juta, iaitu 5.24 juta rakyat Malaysia sokong UMNO. 70% dari 5.24 juta pengundi mengundi UMNO adalah dari Kaum Melayu sebanyak 3.67 juta orang. ITU SAHAJA SOKONGAN MELAYU KEPADA UMNO.
UMNO usah sombong, wahai MINORITI YANG MENANG!

Kamu UMNO minoriti yang menang, masih tidak sedar diri, berjalan menongkah langit, menyalahkan semua orang kecuali diri kamu sendiri, menyalahkan “Tsunami Cina” tetapi hakikat nya “Tsunami (kecil) Melayu” sudahpun berlaku, menunggu gelombang ombak yang semakin hari semakin besar, semakin kuat momentumnya, dan “Tsunami Besar Melayu” bakal berlaku!

Kamu UMNO minoriti yang menang, usah sombong, usah berselindung di sebalik “Tsunami Cina” kerana hakikatnya Melayu Majoriti juga sedang menghambat kamu. Kamu bertanya, “Apa lagi Cina Mahu?”, kamu lupa dan alpa untuk bertanya, sekurang-kurangnya terfikir sejenak, “Apa Sebenarnya Melayu Mahu?”.

Bagaimana mungkin kamu UMNO minority yang menang, boleh memahami masalah Melayu jika kamu UMNO minority yang menang, hanya bermesyuarat di bilik hawa dingin, berdindingkan kaca, berlangsirkan kain buatan Italy,Perancis tidak pernah kaki berselutkan bendang.

Tiada yang Langitbiru rasa hairan, 5 SETPOL NAJIB yang maha bijaksana memahami Melayu, tiada seorang tetapi KESEMUANYA kecundang, “disepak keluar, dihambat keluar,dicampak keluar” oleh Melayu Kedah, Melayu Kelantan, Melayu Pahang, bukan oleh Cina. Mereka ini hanya terkena “tsunami kecil Melayu”, peringatan kepada NAJIB, “Tsunami Besar Melayu” bakal mendatang mengunjung tiba!

Kalau 5 SETPOL yang sangat hebat di mata NAJIB, terpelanting, apakah KABINET NAJIB nanti boleh memahami, “APA MAJORITI MELAYU MAHU”?

Wahai UMNO Minoriti Yang Menang, apa yang dibuat dirancang, semua tak kena, tak menjadi, carcamerba, itulah akibat “MENCURI HAK KEMENANGAN” majority yang menang!

Mika Angel-0 said...


langitbiru3,

majoriti mahu islam?
majoriti mahu hudud?
majoriti mahu non riba banking?
majoriti mahu apa?




langitbiru3 said...

Pada 13 Mei 2013, Zaini Hassan menulis, “Pasca PRU13: Ke mana Melayu selepas ini… “. Langitbiru tidak berminat untuk menokok tambah atau membantah pendapatnya mengenai halatuju Melayu pasca PRU13. Tidak berminat, kerana Langitbiru yakin, Kaum Melayu semakin matang dan bijak membaca iklim politik dan isu semasa terutama sekali bagaimana UMNO menanganinya. UMNO gagal mendapat majoriti undi popular, hanya setakat 46.8% bukan salah Cina, bukan salah Melayu TAPI salah UMNO.

MAKA dengan kekalahan itu, amat wajar Langitbiru bertanya kepada orang-orang UMNO, Pasca PRU13, kemana halatuju UMNO? Bukan halatuju Melayu!

Bagaimana UMNO mahu membawa bahtera ini yang mengandungi bukan sahaja Melayu UMNO, tetapi juga Melayu Pas, Melayu PKR dan tidak lupa “Chauvunis” Cina DAP. Seperti Langitbiru katakan, Sebelum PRU13 UMNO menentang Cina DAP, Selepas PRU13 UMNO menentang Cina Malaysia. Langitbiru tidak mahu bertanya dasar luar Negara kerajaan Malaysia, tetapi dasar dalam Negara terutama soal perpaduan kaum. ATAU lebih spesifik, bagaimana UMNO mahu menangani Kaum Cina selepas serangan demi serangan oleh panglima dan bangsawan UMNO ke atas para pengundi Cina.

Jelas sekali perkara ini sangat sukar bagi Presiden UMNO, NAJIB RAZAK. Beliau bukan sahaja menghadapi tekanan luar, tetapi LEBIH HEBAT adalah tekanan dari dalam Parti UMNO. Kegagalan beliau mendapat UNDI POPULAR hanya 46.8% satu pukulan hebat baginya. Tidak pernah UMNOBN, Pasca PRU1969 gagal mendapat majoriti undi popular.

Akibat Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga. Gagasan 1 Malaysia, punah ranah, rosak binasa, koyak rabak pasca PRU13, sebaik sahaja Najib terpacul menyalahkan cina “Tsunami Cina”, bersambung rentetan serangan oleh Mahathir, Ali Rustam, Ghani Othman dan panglima UMNO yang lain. NAJIB mempunyai masa yang ampuh untuk berfikir, akan tetapi sekali lagi beliau melakukan kesilapan mempertahankan UTUSAN MALAYSIA menyerang Cina melalui artikel “Apa lagi Cina Mahu”.

Dalam menghadapi Kaum Cina, kemana halatuju NAJIB? Transformernya nampaknya kehabisan tenaga!

langitbiru3 said...

DILEMMA NAJIB nampaknya tiada titik noktah, tetapi semakin berpanjangan, semakin kusut.

Keadaan sedemikian juga menyebabkan orang-orang UMNO juga dalam DILEMMA. Dilemma orang-orang UMNO bukan dilemma yang dihadapi NAJIB, tapi dilemma samada mempertahankan NAJIB sebagai Presiden UMNO, atau mengenepikan NAJIB dengan mengangkat Muhyiddin sebagai Presiden UMNO.

Muhyiddin pernah “menyelar” Gagasan 1 Malaysia, dengan berani menyebut , 1Melayu dulu!

Nampak pendekatan Muhyiddin “lebih Melayu” dari Najib. Sebagaimana hujah Langitbiru, di bawah Gagasan 1 Malaysia, Melayu terkial-kial, tapi Kaum Cina dapat banyak manfaat. Gagasan 1 Malaysia itu sebenarnya nampak “lebih moderate” dan sesuai bagi rakyat Malaysia, tetapi nampak agak keterlaluan dengan mengikis identiti Melayu. Gagasan 1 Malaysia sebenarnya disukai oleh majoriti Cina dan India sebagai satu gagasan yang “moderate”. Menghapuskan Gagasan 1 Malaysia sekelip mata dengan pendekatan “lebih Melayu” akan membawa kesan yang lebih buruk kepada UMNOBN.

NAJIB memberi segala-galanya kepada Cina dan India di bawah Gagasan 1 Malaysia. India membalasnya dengan 60% mengundi BN. Cina pada pemikiran UMNO, membalasnya dengan tuba, maka terhambur kata-kata diselubungi amarah, “Apa lagi Cina Mahu”? Mahu teruskan agenda 1 Malaysia wahai Najib dan UMNO Minoriti Yang Menang?

Atau orang UMNO mahu membuang terus 1Malaysia kerana terbukti bagi mereka Cina tidak mengenang jasa dengan menggantikan satu gagasan “lebih Melayu”? Gagasan “lebih Melayu” dari 1Malaysia nampak “tidak moderate”, melebihkan satu kaum dari kaum yang lain. DAN sebenarnya, apa apa gagasan yang menggantikan Gagasan 1Malaysia akan dilihat, dibaca, ditafsirkan oleh bukan Melayu sebagai “tidak moderate” sebagaimana “moderatenya” 1 Malaysia.

Rumusan Langitbiru, Gagasan 1 Malaysia sudah cacat, sudah terkena nila, susu sebelanga dah tak berguna. Ianya akan menemui kegagalan jika diteruskan.

Pada masa yang sama, gagasan lain menggantikan 1Malaysia, juga akan menemui kegagalan.

DILEMMA NAJIB NAMPAKNYA LAIN DAN TAK SAMA DARI DILEMMA UMNO.

Asrul Sani said...

Semua saya setuju...kecuali KJ di bawa masuk ke kabinet.
KJ ni lebih dahsyat dari Nuwar Ibrahim...dia dah buktikan semasa Pak Lah mentadbir negara.
Tak semestinya pandai cakap Inggeris maka sangat berguna kpd agama, bangsa dan negara.

Din Melaka said...

Aslkum Dakjat aduan

KETUA2 polis cekap betul buat kenyataan kata himpunan rakyat itu ini haram.

KETUA2 akan dianggap lebih cekap kalau cepat siasat aduan rakyat terutama samada kerajaan BN HALAL ATAU HARAM.

SAYA RISAU KALAU2 PERLANTIKAN KETUA JABATAN KERAJAAN TERMASUK BOS2 POLIS MENJADI HARAM GARA2 YG MELANTIK ITU SENDIRI KERAJAAN HARAM.

KAN AMAM DUNIA KALAU SEMUA POLIS PERTAHAN RAKYAT BUKAN REJIM ZALIM APA LAGI YG HARAM.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

MANUSIA ADA MACAM2 DARJAT:

1. YG BODOH TAPI TAK MUDAH DI PERBODOH.

2. YG BODOH DAN SENANG DIPERBODOH.

3. YG PANDAI DAN TAK MUDAH DIPENGARUHI UNTUK DIPERBODOH.

4. YG PANDAI TAPI BERFIKIR MACAM ORANG BODOH .

KALAU RAMAI MELAYU ADA DUA OTAK DILUTUT PATUTLAH SENANG DITIPU OLEH LANUN2 UMNO.

KALAU DAH TAWARAN TOL TURUN , HARGA MINYAK TURUN ,HARGA KERETA TURUN DLL TUTUN ATAU PERCUMA DENGAN BANGGANYA MEREKA TOLAK KALAU BUKAN BODOH CUBA LAT JUNO BERI PENDAPAT APA BENDANYA

BERJAYA SUNGGUH UMNO DAN LAT JUNO KALAU DIUKUR DARI SUDUT KEJAYAAN MEMBODOHKAN MELAYU.

Din Melaka said...

Askum Dakj

SYUKURLAH DAH TIGA PERHIMPUNAN RAKYAT BLACKOUT YG DISERTAI BERATUS RIBU BERJALAN LANCAR TANPA SEKATAN DAN GAS PEMEDIH MATA.

PENGALAMAN DI NEGARA REVOLUSI BILA ANAK MENANTU, SDR MARA DAN KAWAN2 POLIS SUDAH BERDEMO, BIASANYA GAS PEMEDIH MATA DAH TAK BERKESAN.

MAKA TUMBANGLAH REJIM ZALIM

PEMBAHAS SPT KG MAN , LAT JUNO TLG BELAJAR SEJARAH. DAN JANGAN TAKBUR . ALLAH TAK SURUH UBN CURANG UNTUK JADI KERAJAAN.

Kampong man said...

Salam Dato,

Allow me to digress a little from the topic.I wish to respond and to correct Langitbiru analysis on the Malay voting preferrance for PRU 13as follows:

1.In the first place, it was indeed a CHINESE TSUNAMI and there is no two way about it and not a Malaysian Tsunami as you suggest. How do you explain Sabah,Sarawak, Johor and many other peninsular states.Face the facts that the chinese are out to oust BN by voting DAP/PR as the figures below shows.

Recent analysis of the PRU 13 shows that on the overall a 10.8 % Chinese, 43.2% Indians and 63.3% Malays have voted for BN in the Peninsular Malaysia (Malaya).On this basis it means :

a)only 36.7% Malays voted for PR.

b)89.2% Chinese vote for PR especially DAP. MCA suffered worst defeat in history,a CHINESE TSUNAMI surely.

(Ref:DAH IKHWAN Weblog- PRU 13 Analysis Undi dan Kerusi Mengikut Kaum )

2.The Chinese were made to believe by DAP and Anwar that PR will make it to Putrajaya, INI KALI LAH !!. They(The chinese) were wrong and true enough despite their almost full support for DAP/PR the BN govt prevailed.Malu sendiri sahajalah mereka.Didalam kepandaian terdapat juga kebodohan menggadaikan STABILITI POLITIK dan KEAAMANAN NEGARA.

3.They continue beleiving Anwar and DAP that the election was unfair and being rigged resulting in PR failing to form a new government and hence the
"Perhimpunan Haram " in Kelana Jaya and yesterday was at Batu Kawan causing great problems and inconveniences to the public especially road users.They tested the PDRM patience .Their gatherings were illegal and they have no respect for the law, uncivilised and are all out to create trouble and havocs in this peaceful Malaysia as more rallies are planned.DAP and Anwar are BIADAP.

4.Their mission is simple to get the international community attention to show the world that the ruling BN govt is/was not democratically elected and that only continuous ARAB SPRING like rallies can topple this democratically elected govt they belived.

5.Generally, right thinking chinese do not normally participate in such protest rallies as it will not be good for business and it is uncharacteristic of Malaysian Chinese who are generally peaceful people.Anwar have made them believed that a new reelection is a possibility.Those who believe them are FOOLS !.Remember the song "A FOOL NEVER LEARN" that is what they are.God bless them,thank you.Maaf and Gracias.


@ Kindly note that 'Kampong man' and 'Orang Kampung' are two separate entities .Note the spelling.Thank you.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin,

Sdr Yangretibase sdr menggelarkan Melaka bersejarah, Din JB, Mike Angel O, serious, OKJ, Fikir Tajam, Rawa lanun bahasa dan Lat Juno sebagai Tongong.

Tongong: tolol, dungun, pandir dan bodoh. Inikah yg sdr maksudkan ?

Ada peringatan daripada Allah kpd orang2 bersifat seperti sdr.

Fahamilah ayat 11 dan 12 Surah Al Hujurat.

Saya jawab soalan 1 dan 2 dulu.

1.Untuk tujuan politik gunalah akal
fikiran dan kebijaksanaan untuk mencapai segala matlamat yg telah dirancang dgn teliti, bukan berasaskan populis semata mata, untuk membangunkan negara rakyat majmuk.

Syaitan mungkin digunakan oleh PAS kerana TGNA kata syaitan boleh dibuat sahabat walaupun Allah menegaskan dlm ayat 208 Surah Al Baqarah, di hujung ayat,..SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU MUSUH YG NYATA BAGI MU...

2.Mengguna agama untuk tujuan politik bermaksud, sebahagianya ialah memutar belit ayat2 Al Qur'an dan hadis bagi mendapatkan sokongan.

Contoh: a) Sdr Yangretibase sendiri telah mentafsirkan ayat 124 Surah An Nisa' secara mengelirukan. Sdr kata ayat ini menqiaskan sesiapa yg beriman yg mengundi PAS pasti masuk syurga. Ini salah.

b)TGHA melalui amanatnya menyatakan antara lain...OLEHKERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.PERCAYALAH SAUDARA, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD,DAN KERANA KITA BERJUANG DGN PUAK2 NI,KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID. MATI KITA MATI ISLAM.

Inilah kekuatan yg ada pada PAS sebelum bersahabat dgn DAP. Mengkafirkan orang2 UMNO.

Syahid : Mati kerana berjuang di jalan Allah.

Melawan UMNO tu berjuang di jalan Allah ke..begitulah takkaburnya TGHA.

c)TGNA memfitnah UMNO bahawa UMNO menolak Islam dan menjadi murtad tanpa alasan kukuh dari segi syara'.

Dan banyak lagi, setakat ini dulu.

Salam hormat.

Din Kalut. said...

Din Melaka bukan tahu yang Pak Sheh dia makan cengkeram awal.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin,

Sdr Yangretibase..sambungan.

3.Agama boleh digunakan untuk tujuan politik asalkan digunakan dgn betul.

contoh:...UNDI PAS MASUK SYURGA..ini salah kerana hal2 berkaitan syurga neraka adalah hak Allah.

4.Agama boleh digunakan dlm semua hal kecuali dgn niat jahat.

contoh:

a.masjid yg dibina oleh kerajaan dipanggil masjid BN jadi tak boleh digunakan untuk solat.

b.TGHA kata hudud hanya 0.001% sahaja dlm Islam. Ini merendahkan keagungan Islam secara langsung.

c.Katanya lagi Islam tak ada dalam Al Qur'an, sedangkan Kerajaan Islam Madinah wujud di alam nyata.

d.Mengadakan tahalluf siyasi dgn DAP sedangkan DAP menentang Islam. Termasuklah menentang hukum hudud.

Sdr kadang2 saya rasa bersalah, seolah-olah mengajar ITIK BERENANAG pulak.


Salam hormat.

Din Melaka said...

ASLKUM DAKJ

STRATEGI RALLI MINGGUAN RATUSAN RIBU RAKYAT PROTES PRU TAK ADIL MESTI DITERUS.

STRATEGI BAWA KES KE MAHKAMAH UNTUK ISTIHAR KERAJAAN UBN HARAM MESTI DIBUAT CEPAT.

WALAUPUN HAKIM GAYA HAKIM GULA2 HACKS ADA BANYAK GARA2 TERHUTANG BUDI DGN UBN , SAYA YAKIN MASIH RAMAI YG LEBIH TAKUT TUHAN.

LAGI PUN BILA RAKYAT DAH MARAH , TIADA HAKIM, POLIS, SPR ATAU TENTERA YG BOLEH PERTAHAN MANA2 KERAJAAN DRPD REBAH.

MAIN SENTIMEN KETUANAN MELAYU DAH BASI. MEREKA CUMA NAK PERTAHAN KETUANAN LANUN2 UMNO.

abu said...

Pendapat 15sen dari saya..
Kementerian keselamatan dalam negeri patut dipegang oleh tan sri rahim nor (bekasKPN). Dia ni tegas dan banyak pengalaman..sejak tak ada ISA ni makin huru hara malaysia anwar dan puak puak harbi lakukan.

awangbatuburok said...


Salam semua,

Secara umumnya saya boleh bersetuju dengan dgn pandangan Dato.

Namun setelah lebih 55tahun menjadi tonggak pemerintahan, UMNO masih mempermainkan isu perkauman dan assobiyyah sebagai modal utama dalam usaha mempengaruhi dan memperbodohkan orang melayu.

Semangat assobiyyah ini menjadi lebih ekstrim di negeri-negeri majoriti orang melayu seperti kelantan, kedah dan terengganu dimana pemimpin UMNO berfatwa hanya pengundi UMNO/BN sahaja yang akan diberi hak menikmati segala peruntukan pembangunan kerajaan.
(Fatwa terkini dari MB Kijal-Trg)..

Negeri-negeri majoriti melayu inilah juga dinafikan hak royalti petroleum oleh UMNO/BN. Sememangnya sangat benar peringatan dari Allah SWT bahawa golongan syaitan (dikenali?) sentiasa berusaha merosakkan keharmonian hidup manusia sehinnga hari kiamat...
Nauzubillah.

Apakah pihak kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat berbilang kaum tidak merasa dia lebih bertanggung jawab dalam memperbetulkan segala kepincangan ini??? APA LAGI YANG UMNO MAHU???

Adam Bachek said...

Salam DKJ,

One of the reasons why some Malays did not support UMNO is becasue Najib short-changed the Malays in terms of winnable candidates.A few of the candidates ought not to have been selected. They could have won in their on turf but the fact remains that they are not popular on the federal platform.So UMNO got the backlash- protest votes.

DS Najib must not now short change the rakyat in terms of "winnable cabinet candidates ". Those MPs with problems of integrity and credibility should not be appointed. Lest, DS Najib will face the back lash : PRU 14 PR as the victor.

Datuk suggested KJ as a candidate for Foreign Affairs. This reminds me of DR. M's famous adage : Melayu mudah lupa.

AB


BOTAKALORGAJAH said...

Salam DAKJ

Tertarik dengan tulisan Datuk. Tapi yang paling menarik hati saya adalah note 5 DAKJ.

Datuk membuat perbandingan between KJ dgn Mukriz...biar benar datuk punya analysis tu..

Ngapa dan kenapa KJ tidak di pilih menjadi menteri sedangkan beliau adalah Ketua PEMUDA UMNO. Jawapan nya datuk sendiri yang dapat menjawapnya..kejadian ketika itu..TROJENHOUSE ...MultiGlory..Temasek..

Mudah2an YB KJ telah mempelajari akan kesilapan yg belaiu telah lakukan.

Yang lain lain nya ok lah...Terima kasih

Concern said...

Saya melihat Din Melaka banyak membodohkan orang.Perkataan bodoh dan haram melambangkan betapa ceramok nya hati dan jiwa Din Melaka yang tidak mendapat ketenteran dari perbahadan beliau.

Bahasa melambangkan peribadi.Din Melaka sangat tidak mempunyai peribadi dan integrati sama saperti Anu-war dalam pandangan saya.Menegak menang basah.

din Setiawangsa said...

Din Melaka terus memalukan orang Melaka.Beliau menduh BN menipu.Nasib baik di Selangor dan Penang BN tak sempat buat tipu kalau tidak Selangor dan Penang pasti di tangan BN.
Din Melaka bodoh tak boleh diajar.Pergi complain kat Mahkamah tinggi cara tertib sekira ada penipuan.Dah kalah terima ketentuan.Kita jumpa di PRu 14 nanti lah!!

Lahuma said...

Dato.

Hal Ehwal Pulau Pinang.
-------------------------

Yang amat menghairankan kenapa Jawatan EXCO Agama tidak diebri pada YB Pas .Sebaliknya EXCO Agama ini diberi pada YB PKR.

Adakah YB PKR lebih Islamik dari YB Pas.
Adakah ADUN Pas hanya layak pegang YDP Agama Islam sahaja.

Sebenarnya Pas sudah bisu dan hilang suara.

Masa khutabh di sebuah masjid di Seberang Prai kata undi parti yang berjuang Islam.

Nampak sangat Tok Imam baca khutbah itu sendiri pun tak tahu kepala ekor hal senario politik Pulau Pinang.

Sebenarnya Islam/Melayu di Pulau Pinang macam Pak Pandir Moden sahaja.Keluar dari mulut Naga masuk mulut buaya lagi ganas.

Melayu/Islam Pulau Pinang kuat pukul gendang dan menari serancaknya.

UMNO/Pas di Pulau Pinang sudah menjadi ulam pucuk paku DAP/PKR.

Itulah kabinet Pulau Pinang.

Kabinet Selangor juga rasa Pas akan berputih mata.
Tunggu dan lihat.

Jumpa lagi.

Terima kasih.

ku_seman said...

Semua syor Datuk uktuk kabinet baru Najib saya setuju kecuali tentang Khairy. Saya fikir hujah Datuk supaya Khairy dilantik menjadi Menteri Luar kerana pintar dan fasih berbahasa Inggeris tak kukuh. Saya berpandangan biarlah dia lalui sepak terajang politik dulu sebelum baji jadi menteri. Sebabnya dulu dia masuk politik mudah sangat sebab pak mentua dia Perdana Menteri. Dia ikut laluan ekspres sbb semua takut nak bertanding jawatan naib ketua Pemuda UMNO. Lagi pun Datuk buat apalah Khairy jadi menteri luar, dulu kan dia dah jadi Perdana Menteri.

ku_seman said...

Semua syor Datuk uktuk kabinet baru Najib saya setuju kecuali tentang Khairy. Saya fikir hujah Datuk supaya Khairy dilantik menjadi Menteri Luar kerana pintar dan fasih berbahasa Inggeris tak kukuh. Saya berpandangan biarlah dia lalui sepak terajang politik dulu sebelum baji jadi menteri. Sebabnya dulu dia masuk politik mudah sangat sebab pak mentua dia Perdana Menteri. Dia ikut laluan ekspres sbb semua takut nak bertanding jawatan naib ketua Pemuda UMNO. Lagi pun Datuk buat apalah Khairy jadi menteri luar, dulu kan dia dah jadi Perdana Menteri.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sdr Lahuma

Apalah yg sdr perihatin sgt PAS tak dpt kerusi exco agama.

Pas sentiasa baik hati dan sedar diri Mereka kan cuma dpt 1 kerusi di Penang.

Ada org cuba nak laga2 Melayu PAS dgn Melayu PKR nampak. Supaya penjahat UMNO BERPESTA?

PASAL bahgian PAS dalam exco Selangor saya yakin jangkaan Lahuma 100% akan salah.

Dugong said...

Din Melaka kata...PAS sentiasa baik hati dan sedar diri mereka kan cuma dpt 1 kerusi di Penang.. ada orang cuba melaga laga Melayu PAS dgn Melayu PKR nampak. Supaya penjahat UMNO BERPESTA ?..

Din Melaka, bila pulak PAS baik hati dan sedar diri ? Awak ni buta hati dan telinga pekak ke ?

Yg duk mengkafirkan sesama Islam,UMNO, tu, apa? Baik hati ke ?

Melayu PAS, Melayu PKR mereka berlaga sendiri tak payah ada tukang laga pun.

Contoh ? Awak dah tahu. Dah lah gaharu cendana pula.

Bahkan Melayu PAS sanggup berlaga dgn Melayu PAS. Macam cape buffalo kat NatGeo tu. Terutama kalau berebut betina. Buffalo ni kita boleh faham, mana ada akal.

Yang direbut di Kelantan tu Jawatan MB Kelantan.

Akhirnya kalah le..Dato' Husam. pahlawan PAS selama ni.

Awak kata UMNO jahat, hakikatnya PAS lagi jahat. Cuma tak nak ngaku je..ngaku le...bukti dah ada di hati kau. Lainlah kalau kau buta hati.

Ubat buta hati ialah Al Qur'an dan Hadis. Ustaz PAS ajar.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).