Thursday, May 23, 2013

Let Them Start by Debating GST


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]


LET us hear some intelligent and productive debates when the new Parliament sits!

We cannot expect anything less since the Dewan Rakyat is now more balanced than ever – 133 Barisan Nasional vs 89 Pakatan Rakyat.

Let them begin by debating the good and bad of a very important fiscal measure the government has been proposing for decades, i.e the Goods and Services Tax (GST) (Read Here).

Let us see who is telling the truth. The government repeatedly argues that GST is the fairest and most equitable form of consumption tax and will not burden consumers. (Read Here).

But the Penang Chief Minister, Lim Guan Eng, said every Malaysian would be burdened by an extra RM1,000 a year should the government impose a seven-percent GST rate (Read Here).

So let them debate intelligently in the Parliament the good and evil of GST. Let them argue with facts and figures whether we should proceed with it, when and at what rate.

Let’s hear the Finance Minister debunking in the House the allegation by the Penang CM that the GST “would make it easy for the federal government to hand out 1Malaysia People's Aid (BR1M) of RM1,200 as promised in the BN’s election manifesto because the government stands to earn an extra RM5,000 from every household by implementing GST.”

Lim could have a point because the Minister in the Prime Minister’s Department, Idris Jala, recently hinted that the government could earn up to RM27 billion in extra revenue by imposing a seven-percent GST rate.

And the BN members may want to take note of Lim’s warning when he said: “Pakatan will fight against this suggestion (seven percent GST) in Parliament by reminding BN that it only has 47 percent of the popular vote, and that it doesn’t have the right to impose GST on the majority of people.”

Let us too debate.

80 comments:

PENGUNDI AMPANG said...

YBHG.DATUK,

GST??

Saya sangat-sangat yakin bahawa sebahagian pengundi biasa Ampang masih samar-samar mengenai 'binatang GST' itu.

Bagaimanakah agaknya orang kampung saya dan orang kampung kalian termasuk juga orang kampung di hulu hulu hulu kampung di Sabah dan Sarawak?

Mengikut seorang kolumnis terkenal di sebuah akhbar yang telah meramalkan keputusan PRU 13 hampir tepat - 140,80 dan Kedah balik ke pangkuan BN BAHAWA " ORANG-ORANG KAMPUNG DI PEDALAMAN, DI HULU HULU HULU PEDALAMAN SABAH DAN SARAWAK" lebih bijak mengundi kerana mereka mereka memilih BN.

Mereka (orang kampung/Hulu)tidak tahu GST yang sangat kompleks itu.Banyak lagi yang mereka tidak tahu dan tidak diberi tahu.

Jangan marah kepada orang kampung dan orang di pedalaman hulu hulu kerana 'Mereka Tidak Tahu'.Orang 'Tidak Tahu' tiada hukuman bagi mereka.

kluangman said...

Kita setuju perbahasan yg baik tentang gst.

Tetapi mempersoalkan peratus bn dapat kurang dari pr untuk melaksanakan gst sangat tidak logik. Lebih baik mereka mencadangkan pindaan kpd sistem pilihanraya.

Jika pr jadi kerajaan dan situasi ini berlaku apakah mereka akan akur.

Perkara prinsip seperti yg termaktub tidak sesuai untuk dipolitikkan

silverguy said...

Salam Datuk,

1) Idris Jala suatu masa dahulu atas kapisitinya sebagai Menteri di JPM pernah memberi hint secara terbuka bahawa Malaysia bakal bankrap.

2) Ramai pula sosok-sosok dalam UMNO dan BN ketika itu menempelak pandangan Idris Jala mungkin kerana kenyataan sebegitu dilihat sangat tidak populis dan mencemaskan rakyat.

3) Dengan mandat baru BN, Idris Jala dikekalkan dalam kabinet DS Najib. Dan dengan kapasitinya sebagai Menteri di JPM juga, Idris Jala mengeluarkan kenyataan untuk memperkenalkan GST sehingga 7%. Secara congak kasarnya, jika membeli barangan RM100, cukai RM7 akan dikenakan. Jika membeli RM50, RM3.50 akan dicukai.

4) Isu Malaysia bakal bankrap dan isu GST ini sedikit sebanyak ada hubungkait dan berkesinambungan.

5) Idris Jala berlatarbelakangkan bidang perniagaan dan korporat. Bukan career politician. Tindak-tanduknya dalam kabinet pasti dipengaruhi latarbelakang dan pengalamannya dalam bidang perniagaan. Apa yang penting dalam perniagaan adalah kestabilan kewangan dan menjana keuntungan.

6) Mekanisme penguatkuasaan GST dijangkakan menyeluruh iaitu tidak mengira status dan pola kehidupan. Sama ada miskin atau kaya semuanya tidak akan terlepas daripada dikenakan GST. GST tidak mengenal kaya atau miskin. Ini yang dijangkakan. Mungkin kerajaan ada mekanisme atau pendekatan baru.

7) Pelaksanaan GST ini sudah sekian lama ditangguh. Kerajaan mungkin merasakan ini masa yang sesuai. Jika GST digunapakai, ia pasti bakal melegakan kewangan kerajaan dengan berbilion-bilion perolehan.

8) Persoalannya, adakah rakyat dapat menerima baik beban cukai terbaru ini? Sejauh mana kesediaan rakyat untuk menghadam beban cukai ini dalam kehidupan seharian mereka?

Zack82 said...

Dato'

In order to debate. I think we need to derive what are rationale, the pro and cons for GST.

1)The main purpose of tax is for the government to get more revenue.

2)The Pro for GST is that according to BN, there will be wealth rationalization. Rich people will pay more GST then the poor. At the end of the year, GST off-set will be given to the poor or the needed in the form of BR1M. (Note: This is what Singapore is doing)

3)The Cons is that the consumer will need to pay more from the pocket regardless the rich or the poor.

Based on 1,2 and 3. We need to evaluate if it does benefit the people or it is a burden.

Singapore had adopted GST and is giving every year to its citizen money as GST-offset (similar to BR1M). But, baring in mind that Singapore do not have tangible revenues such as oil, gas and other resources such as Malaysia.

Singapore is also a high income nation. The people can afford to pay GST. At this time, based on income per capita, we are still far away from a high income nation.

Another question is that, with the extra revenue of 27 billion. Will the money from the people be used efficiently. Are the MP's going to get tripple salary increases or will there be a wastage or abuses of contracts?

So, the bottom line is, will the 27 billion extra income benefit the people. (The people means all the citizen, not the already rich but the poor and the needed.)

Siva Sundram said...

BN will not debate logically. They totally lack in intelligence. But, Pakatan have Rafizi, Nurul and Tony Pua. Let us see BN debate with facts and figures. That will be the day!

Rawa Lanun-Bahasa said...

Membaca topik GST saya pun teringat akan lagu TAK SEINDAH WAJAH - S. M. SALIM

dua melayu kalah perang:
anwar dan mohd najib

buah kerdas said...

Saya rasa tak berkelayakan nak bincangkan merit GST ni sebab tak baca apa2 mengenaninya. Saya cuma boleh andaikan GST kita sama dengan VAT kat UK. Kalau benar andaian itu, saya nak kongsi cerita.

Sistem VAT di UK mempastikan semua kedai ada mesin NCR yang rekodkan setiap jualan serentak dengan pencetakan resit jualan kepada pelanggan. Maka amaun VAT tu masuk dalam rekod kerajaan. Peniaga wajib serahkan VAT pada kerajaan. Kebetulan saya pernah berkawan dengan seorang pelajar dari Hong Kong. Katanya kerajaan UK sedang buru pakciknya kerana tak serahkan VAT daripada 8 resotorennya di seluruh UK. Jumlahnya VAT fraud tumencecah 1.6 million pound sterling.

Kita masih lagi ada masalah pemandu teksi yang tak mahu guna meter, macam mana nanti dengan masalah peniaga yang tak tahu guna sistem resit berekod?

Saya bimbang nanti apa yang diunjurkan oleh Idris Jala, iaitu revenue RM 27 b setahun tak menjadi kenyataan sebagaimana selalunya tidak menjadi realiti output daripada hydro-power electric station, sentiasa kurang daripada estimate yang diberikan atas drawing board. Sudahkah Jabatan Hasil Dalam Negeri berjaya melebih 90% memungut cukai yang patut dibayar oleh individu, peniaga dan korporat. Sampai sekarang pun kedai hardware dan spare part mengamalkan lebih dari satu buku resit jualan, yang mana satu ditunjukkan pada LHDN? Sudahkah dipastikan pasar-pasar basah kita menggunakan alat timbang yang disahkan, kalau 1 kg betul-betul ke 1000 g?

Kalau lubang-lubang ketirisan belum mampu ditutup, saya rasa yang betul-betul menikmati GST ialah peniaga yang tak jujur.

Maybe I am too pessimistic, or I am just the typical type of resisting to change.

Kampong man said...

Salam Dato,

GST will be implemented regardless.It will be just a matter of time. VAT(Value Added Tax) for UK in the 70s was just about 5% if i can remember .Now it is at 17.5% and it will be 20% January next year.

DAKJ, It has no relevent whether or not the popular vote matters.It is still a BN government for the next five years.Lets see what happen.

@ Thank god.Those involved in Sosilawati murder case were implicated at last.

sharifah said...

Info & education from the Govt patut diedarkan so that kita pun boleh beri feedback yang sewajarnya. The key is to look at the big & overall picture, bagaimana duit yang dikutip dapat digunakan. To Siva Sundram, tak dengar ke saranan author blog ini, debate based on facts lah!! Ish, belum start debate dah start name calling ... need I say more?

ting tong guy said...

Secara teori ekonomi, kita adalah negara muda dimana generasi muda pembayar cukai melebihi golongan yang sudah tidak aktif dr segi ekonomi. Dato' sendiri yang saya rasa sudah melebihi umur persaraan masih lagi aktif bekerja dan menjana pendapatan serta membayar cukai. Rasanya kita masih belum sampai kepada negara2 spt Australia dan New Zealand dari kebolehan perkembangan ekonomi. Lagipun pertambahan peduduk negara pun masih mampan untuk menjana pendapatan.

Kenapa kerajaan cuma berminat dengan perluasan jaringan pendapatandari cukai gst tetapi kurang menumpukan perhatian kepada perbelanjaan? Banyak penjimatan boleh dilakukan kalau idris jala mahu dan peka kepada urusan perbelanjaan kerajaan.

Contohnya, jumlah penasihat PM yang ramai termasuk oenasihat idris jajla sendiri. Saya beban kewangan gaji banyak boleh dijimatkan oleh kerajaan sekiranya ini diambil kira. Selepas ini semua sudah dilakukan dengan baik barulah idris boleh buka mulut dia pasal nak tambah hasil rm27 billion. Itupun dia kena jawap kemana hasil itu mahu dibekanjakan.

ab said...

Salam dato,




Saya cadang TUNDA GST.




Kalau dijadikan undang undang juga,
minta diskaun 50-80% atau dikecualikan GST untuk kedai KRIM,kedai kain 1malaysia,penerima BRIM, kooperasi dan ahli kooperasi, warganegara melebihi 55 tahun, kakitangan kerajaan,pesara, anggota tentera,kastam,polis dan yang `setaraf' tidak tinggi pendapatan mereka...




Adakan `threshold' dari segi kuantiti barangan dan perkhidmatan
untuk `triggers GST'.




Macamana untuk barangan dan perkhidmatan yang ada `warranty' dan `returnable' serta `refundable'?....




Deposit duit(iebank) dan jual beli duit (ie maoney changer/bank)dikira barangan atau perkhidmatan?...kena cukai tak?





TAK BETUI kalau seorang kena bayaq RM1000.00 setahun tu dato!.





Abu Bakar Ab Rahman

jeragang said...

Jeragang rasa apa2 cukai pung tentu tidak disukai.... Namun diskriminasi harga di bandar dan luar bandar jauh lebih teruk dari cukai....

memang amat baik sekali kalu dapat dibahaskan dengan dengan smart di parlimen.... pengalaman duti di parliment dan menyediakan jawapan untuk menteri jeragang tak pernah nampak ada perbincangan yang smart... sebabnya wakil rakyat harap smart pakaian jer..... so called intellectual pung berbahas macam hampeh.....

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Datangkan lah bapak hatta datuk GST sekali pun kalau bos2 UMNO takvtau nak buat belanja ikut open tender, ikut nasihat ikhlas pegawai kerajaan atau belanja ikut bajet berimbabg saja selagi itulah rakyat Malaysia bakal menderita.

Tunggulah hari kehancuran mereka dan anak cucu gara2 terlalu percaya pd UBN.

TAK MAU BELAJAR DARI CUKAIVKERETA YG DAH PUN TERLALU TINGGI. APA YG UBN BUAT DGN CUKAI KERETA BERKENAAN*

PADAN MUKA DIN KALUT, DIN SETIAWANGSA, KG MAN ANWAR MAT SAMAN.....KETURUNANVKALIAN AKAN SUMPAH KALIAN GARA2 UNTUNG SECUPAK RUGI SELORI.

TAK GUNA OTAK DGN SEPATUTNYA.

Azahri said...

Kadir.
GST was introduce in many develop countries including Singapore.
The rate are varies accordingo countries.
UK is 17% but Singapore is 5%.

I think our 7% GST is a bit low.iit should be 10%.

Currently our sales tax now at 7%,

The GST will hit most people who live in town ,who spend a lot of money going shopping and supermarket.

So the anti govertment Chinese who live in town will get hit first.
The Malay who live in kampong,who hardly go shopping in supermarket,wo eat ayam kampong and telor ayam kampong and makan ikan keli dan haruan,couldnt bother about GST.
I am not suprise Guan Eng who make the first complain.

Lahuma said...

Dato.

GST pulak dah.
-------------------------

Langkag paling tak popular yang akan meranapkan selera rakyat pada BN.
Boleh juga kita ikuti perbahasan MP BN dengan MP PR.
Rasanya sedap dan bernas perbahasan dari MP PR dalam isu ini.

Lebih seronok Parlimen kedai kopi di kepala simpang atau bawah pokok bersidang.Panas punggung rasanya pro UMNO/BN kena tibai nanti.

Isu GST merupakan modal politik Mat Sabu,Mahfuz,Ssifudin Nasution,Lim Mit Siang,Lim Guan Eng,Hadi Awang,Anuar Ibrahim dllnya.

Lebih rancak jika saat yang cantik ini piloihanraya kecil Negeri atau Parlimen.
Alamat letih besar UMNO/BN kalau nak laksanakan juga GST.

GST ini lah paling senang jolok orang kampung drp orang bandar.

Elok juga kita ramai-ramai pergi ke Parlimen minta pas masuk untuk ikuti perbAhasan GST ini.

Apkah hujah MP BN nanti.Apakah pula hujah MP PR nanti.

Kalau undi memang menang BN dalam Parlimen.

Tapi ini adalah modal pukal dan sulong Pakatan Rakyat untuk dijaja pada rakyat nanti.

Minta PM Najib dan penasihatnya fikir banyak kali.

Fikir habis-habis sebelum buat keputusan.Nanti sesal tak berguna.

Penasihat PM Najib pun kena main peranan yang baik.jangan main selamat kerana isu GST memang BN tak selamat.

Terima kasih.

Jumpa lagi.

anuwar said...

Y bhg Dato, kadai jasin.

GST satu istilah yang ambo yakin 98% rakyat malaysia tak faham,termasuk ambo walaupun ambo tahu sikit2 hal-hal perakunan.
Di msia macam keadah peniaga nak lari cukai,ada yang guna dua set akaun, ada yg buat dak saja langsung tak catik apa2 dan ada pula upah orang buat dokumen palsu, jentera JHDL lemah,tak cukup kuat utk cekop orang yg ternama. akhirnya rakyat yang terbeban, kerajaan tak peroleh apa yang sepatutnya dan peniaga juga yang penoh kantongnya. Banyak contohnya, barang subsidi diperdagang semula malah diekspot kenegara jiran. satu negeri pun tahu tapi tak kena tindakan. jadi saya rasa GST ni akan jadi macamtu juga. walhasil balik asal.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Marilah kita berbahas membina dan dengan niat yang betul.

Kita telah memilih wakil yang kita percaya berwibawa. Antara mereka ada yang telah dipilih sebagai anggota Kerajaan yang memerintah. Adalah diharap mereka mempunyai semangat menganggotai Kerajaan untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya untuk ahli parti yang mereka anggotai.

Sebagai rakyat yang mengundi kita kemukakanlah semua isu yang menyentuh diri kita dan negara untuk diketengahkan wakil rakyat kita di Parlimen. Kita buatlah catitan samada mereka bersungguh-sungguh menjalankan tugas atau sambil lewa sahaja. Sebagai contoh sendainya isu GST ini di bawa ke Parlimen kita catitlah nama MP yang bersetuju, berkecuali dan yang membantah untuk pengetahuan rakyat. Hanya dengan demikian wakil rakyat akan berhati-hati untuk memberi yang terbaik untuk rakyat semasa bertugas.

Kita selalu mendengar kewangan kita telah diuruskan dengan baik dan pertumbuhan ekonomi kita baik. Jika ini benar mengapa cukai baru GST dilaksanakan.Sepatutnya beban kewangan kita bertambah selesa. Yang menjadi tanda tanya adalah sementara semua rakyat dikenakan cukai untuk penambahan pendapatan Negara mengapa pula pihak koporat dan pembayar cukai perseorangan bakal mendapat pengurangan kadar cukai mereka.Apakah rasionalnya rakyat miskin dikenakan cukai yang mereka tidak kena sebelum ini sementara orang yang sedia mampu membayar cukai dikurangkan cukai mereka,

Sekian, untuk renongan kita bersama.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

Urang Awak said...

Saya tidak menentang GST yang bakal dikuatkuasa oleh regime UMNO tidak lama lagi cuma saya berpendapat hasil dari cukai tersebut haruslah disalurkan seperti berikut:-

a) Penambah baikan & menaik taraf infrastruktur terutama di pendalaman Sabah & Sarawak

b) Menaik taraf hospitals yang sedia ada dan penambahan bilangan pusat2 kesihatan di pendalaman

c) Membekalkan kemudahan2 asas seperti api & air yang masih belum terlaksana semenjak lebih 50 tahun merdeka.

d) Mengecilkan kos serta mengurangkang perbelanjaan mengurus. Zaman sekarang adalah zaman IT berkomputer sepenuhnya dan tidak logic terdapat banyak menteri2 serta staffs di setengah2 jabatan kerajaan

e) Mengurangkan cukai kereta. Memang gila di Malaysia cukai kereta hingga 300%. DiMalaysia sesaorang terpaksa berhutang sehingga 9 tahun iaitu 1/3 dari hayat tempoh perkhidmatan hanya untuk membeli kereta sang kancil.

f) Membina banyak rumah mampu milik untuk semua gulungan.

g) Menaikkan gaji minima untuk kaum pekerja.

2 dari anak saya belajar diluar negara dan telahpun mendapat status PR dan bekerja sana. Apa yang saya ketahui disana terdapat bermacam2 jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan sehinggakan 30% dari gaji mereka habis untuk membayar cukai tetapi taraf sistem pembelajaran, kesihatan, infrastuktur & system pengangkutan awam adalah yang terbaik.

Walau banyak mana pun pertambahan pendapatan negara dari sumber cukai GST jika tidak diurus dengan baik maka ianya 'Back to Square'. PRU14 bakal menyaksikan sama ada rakyat telah dapat memahami & menerima tranformasi UMNO sepenuhnya atau tidak.

Wallahualam... Allah knows the best

X-x-umno said...

Assalamualaikum Dato.

Tak perlu buang masa berbahas. BN dah menang. Suka-hati dia nak buat apa. Rakyat dah bagi kepercayaan pada BN.

Rakyat memilih untuk bayar lebih banyak tol.

Rakyat memilih untuk menambah pendapatan negara.

Rakyat memilih untuk berhutang demi kemewahan pemimpin yang dipilih.

Tiada yang lebih mulia dan bijaksana dari pemimpin BN. Sesungguhnya apa jua kehendak BN, maka hendaklah dilihat dari sudut kebaikan semata-mata.

Sesiapa yang membantah bererti menolak kejujuran dan kemuliaan BN.Anda akan ditangkap!

Oleh yang demikian, demi keamanan dan kesejahteraan negara, marilah kita bersama-sama sujud hormat pada apa jua keputusan kerajaan pimpinan BN yang telah kita pilih.

Saya kaki ampu Menteri. Saya penyokong tegar Polis. Saya anti hasutan melawan cakap pemimpin negara. Mari kita sembah hormat pemimpin negara yang kita cintai.

Hidup UMNO! Hidup BN!

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sdr X-x-Umno

Sdr ni biar betul. Keliru betul saya dibuatnya.

Sokong 51% ke sokong penyamun diwaktu lampu sengaja dipadamkan?

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Keturunan urang awak rasanya dah dua kali migrate. Pertama dari Padang Sumatra. Kedua anaknya pulak lebih suka tak balik Malaysia.

Saya punya seorang kawan asal Minang Sumatra yg bukan main sokong UMNO atas alasan bersyukur jika dibanding dgn kehidupannya ketika di Indonesia.

Bila anaknya seorang doktor tak mau balik Malaysia tapi mau terus menetap di Australi ,kawan saya terkedu. Fahamlah saya Malaysia taklah sebaik mana.

Bersyukur hanya pada Allah. Antara tanda bersyukur ialah menurut perintah Allah dgn cara tidak sokong pemimpin zalim UMNO agar abak cucu tak perlu pindah randah .

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Tersasul.....teringat din setiawangsa teringat din klang.

Sama betul perangai .

abg sam said...

Salam Dato yang dikasihi

Saya berpendapat GST ni hadiah BN kepada rakyat. Soal rakyat terbeban itu bukan masalah universal. Singapore pun buat GST takde rakyat memberontak pun jadi oklah ada GST kalau tak negara akan Bangkrup. Tapi saya lupa pula nak tanya datok gaji tukang sapu sampah di Singapore dan Malaysia sama atau kurang atau lebih.

budak kilang said...

As salam.

Saya setuju dgn x umno.. saya tak peduli dengan gst.. asalkan majoriti ahli parlimen bsetuju dan melaksanakannya... saya terima dengan redha.. adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk patuh kepada pemimpin yang dipilih..

Tunggu lagi 5 tahun.. inshaAllah.. bN akan terkubur..

Zack82 said...

Dato’

Memang baik berdebat di sini kerana boleh menjadi sumber ilmiah.

Sepatutnya, orang yang patut berdebat adalah ketua kerajaan dan ketua pembangkang sepertimana di negara negara maju.

Debat harus ditontonkan kepada ramai supaya rakyat dapat menilai dan membuat keputusan di pilihanraya.

Malangnya, isu GST menonjol selepas pilihanraya. Di waktu pilihanraya ada isu video, sumpah dan lain-lain.

Rakyat di zaman sekarang terutamanya di kawasan Bandar bukanlah bebal seperti zaman baru merdeka yang tidak boleh menilai atau “congak” tentang isu GST dan lain-lain yang menambahkan beban.

Perkara-perkara ini patut didebatkan “sebelum” pilihanraya.

Cukai GST adalah untuk menambahkan tabung kerajaan. Kerajaan mesti meniliti semula kontrak-kontrak yang diberikan supaya harganya berpatutan. Kerajaan Selangor membuat jalan dan jambatan jauh lebih murah 70-80% dan jambatan tidak retak. Askar Diraja Johor membeli kereta perisai lebih dua kali ganda murah daripada kerajaan federal.

Sekiranya kontrak yang terlampau mahal yang untungnya tidak masuk akal, sudah tentu kerajaan tidak cukup duit.

Yang dapat kontrak kerajaan pulak bukan main sombong, kereta mewah berbaris dekat rumah.

Akhirnya yang susah, rakyat apabila berbelanja kena tambah duit lebih “GST TAX” dalam resit.

“Janji Ditepati”

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Anwar akan tetap mengambil tindakan populis mahu membatalkan GST sama sekali dari cadangan 4% sekarang ke 7% sekira PR memerintah selepas berjaya dalam petisen keputusan PRU 13 apabila tempoh bagi petisen ini boleh difailkan bermula hari ini selama 21 hari.Petisen ini adalah hak pengundi dan calon mengikut perkara 118 Perlembagaan Persekutuan. Anwar/PR diharapkan menggunakan saluran undang undang yang ada dan bukan dijalanan lagi.Pas tidak setuju kejalan raya dan mencetusksn keganasan mengikut arahan TGNA.Patuhi keputusan , terima kekalahan dan cuba LAIN KALI LAH!!

2.Hanya Malaysia dan Myanmar sahaja negara di Asia Tenggara yang masih belum melaksanakan GST.Indonesia telah berbuat demikian dari awal 80han lagi.Singapura juga telah melaksanakan .GST adalah lebih menyeluruh daripada Sales tax dan Service tax yang ada sekarang malah ia menggantikannya bagi lebih inclusive dan adil.Cuma peratusan berapakah yang sesuai dengan negara kita Malaysia.Buat sekarang dengarnya kadar 4% akan digunakan bagi permulaan mungkin juga lebih dan perlu diperbahaskan di Parlimen bagi kelulusan.

3.Yang penting rakyat harus diberi penjelasan kerana tidak ramai yang faham saolah olah ianya satu lagi beban tax untuk rakyat.Hairan juga hanya Malaysia dan Myanmar yang ketinggalan.Harap Pembangkang tidak mempolitikan isu GST satelah KALAH di PRU 13.If only the pembangkang can be more objective and rational and not taking it to the road again for a simple issue.Poor Anwar still aspire to be a PM by more Himpunan Black 505.Anwar boleh memfailkan petisen selama 21 hari dari hari ini.Anwar is fighting a loosing battle in my view.There is no harm trying.He is no longer relevant and he should retire from politics after failing the PRU 13.Lets hope he is NOT impicated in Lahat Datu case next.He has a colourful life.Is he not?.

4.Tan Sri Khalid Ketua PDRM baru nampaknya lebih tegas dan decisive.Kita harapkan PDRM akan tidak kompromi pada mereka yang berselindung di belakang perhimpunan aman.Kita punyai undang undang dan perlembagaan dan kita akan patuhi undang undang yang ada dan RUKUN NEGARA.


@ Berbalik pada kes Sosilawati apa yang saya maksudkan ialah "Those implicated in the murder case were charged, tried and sentenced" - a correction.For special reasons I have an intense interest in the case.Glad it was all over and justice prevail.But what is done cannot be undone.May Allah mencucuri rahmat pada roh arwah mereka yang terbunuh.Ameen.PEACE to all.

Terima kasih.

Urang Awak said...

Menjawab kepada komen Din Melaka... disini saya ingin sambung.

Memang kedua2 ibubapa saya asal Padang Sumatra, migrated ke Malaysia sebelum merdeka. Ayah saya bekerja dengan syarikat lombong Cina sebagai security guard selama lebih 30 tahun. Mempunyai 8 orang adik beradik kesemuanya dan 2 orang bersekolah Cina manakala selebihnya belajar di sekolah swasta (Methodist English School - sekolah berbayar ketika itu)

Pengalaman ayah saya selama bekerja di syarikat Cina, kami sekeluarga telah dididik supaya tidak mengharapkan "Tongkat" dari mana2 pihak.

Kini giliran saya untuk mendidik anak2 saya supaya tidak mengharapkan "tongkat sakti" untuk berjaya. Kedua2 anak saya belajar diluar negara atas biaya sendiri dan kini memegang jawatan penting di Multi National Companies diluar negara.

Urang Awak said...

Kebiasaannya apabila sesebuah kerajaan berbelanja lebih dari budget dan kemampuan sebenar, mereka akan mengambil salah satu langkah & tindakan seperti berikut:-

a) Menaikkan serta mengenakan berbagai2 jenis cukai

b) Meminjam dari sumber2 luar

c) Atau mencetak lebih banyak wang haram.

Ketiga2 diatas hanya memberi keuntungan bagi kepada pemerintah tetapi membawa kesan buruk kepada rakyat untuk jangka masa panjang.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Yang paling menentang GST terlaksanan ialah wakil rakyat parti pemerintah. Itu pun jika mereka faham sikit2 bagaimana GST akan melupuskan sumber kewangan mereka. Wakil rakyat pihak pembangkang seharusnya menyokong pelaksanaan GST, sekiranya mereka benar-benar mahu menghapuskan rasuah. Janganlah wakil rakyat pihak pembangkang berselindung di sebalik tabir bebanan rakyat untuk menentang pelaksanaan GST hanya untuk menjadi popular.

Buat masa ini, sektor perkhidmatan telahpun mempraktiskan cukai berganda dalam bentuk cukai perkhidmatan. Sebagai tauke media, Datuk jurublog tentu sedia maklum tentang perkhidmatan periklanan yang dikenakan cukai 6%. Pengiklan kena bayar cukai ini. Media mengutipnya bagi pihak kerajaan dan perlu menyerahkannya kepada kerajaan setiap bulan. Dengan cara ini, semua pendapatan periklanan media dipantau secara telus oleh pihak kastam. Begitu juga dalam industri perkhidmatan yang lain seperti restoran dan sebagainya.

Pelaksanaan GST akan menutup lubang pelarian cukai oleh peniaga terutama dalam sektor peruncitan. Semua urus niaga dicatat dan diperiksa oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Tidak ada lagi amalan dua tiga akaun yang berbeza oleh peniaga. Ruang penipuan akan semakin mengecil.

Jika selama ini peniaga menipu cukai, selepas GST terlaksana ruang penipuan itu tertutup. Jika selama ini pendapatan yang tidak dicatat itu boleh disumbang kepada orang-orang di pihak pemerintah, selepas GST terlaksana, sumbangan itu akan terhenti sendiri. Dengan kata lain, jika selama ini pihak pemerintah dikatakan menerima sumbangan tauke-tauke hasil penipuan dalam perniagaannya, selepas GST terlaksana, tauke-tauke tidak lagi punya kemampuan untuk memberi sumbangan yang besar kerana penipuan telah berakhir.

Jika pihak kerajaan yang memerintah menyokong GST dilaksanakan, maka sesungguhnya kerajaan memang berminat untuk meminimumkan amalan rasuah. Sebaliknya jika pihak pembangkang bermati-matian menentang pelaksanaan GST, ternyata mereka hanya berpolitik untuk menjadi popular dan hanya berpura-pura menentang amalan rasuah.

Pokok pangkalnya, ekonomi Malaysia perlu diagihkan secara saksama kepada semua rakyat tanpa penguasaan oleh kumpulan tertentu sepertimana yang berlaku sekarang. Itu jauh lebih penting daripada GST.

nodin said...

Terima kasih Dato kerana membuka peluang untuk perbincangan terbuka berkenaan GST dan ini jua memberi peluang kepada pendidikan/pemahaman yg betul tentang GST.. harap yang lain boleh juga bincang specifically pasal GST, tak perlulah melencong kepada isu kereta kebal, kapal selam bagai.. sbb nak bincang isu itu mungkin memerlukan post yang lain..

Di bawah ini ringkasan buah fikiran sy berkenaan GST.. utk fahami/bacaan secara lebih luas perlulah ke link asal disini.. http://upfrontlife.blogspot.com/2013/05/malaysia-gst.html

Kelebihan / Keperluan GST

1. Mengurangkan kadar cukai langsung



2. Meningkatkan insentif bekerja (produktiviti )/ simpanan - "incentive to work and saving"


3. Meningkat daya saing Negara

Untuk bersaing dengan Negara lain, terutamanya untuk menarik pelaburan asing (FDI) tidak dapat tidak Negara perlu menurunkan kadar cukai lansung (income tax) dan ini diganti dengan GST.

4. Asas Cukai (Tax base) yang lebih luas dan mengurangkan ketirisan cukai



5. Mengurangkan kadar pelarian Cukai (Tax evasion/ tax avoidance/underground economy)



6. Mengurangkan kos perkhidmatan tertentu


Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan/ Sales and Service Tax (SST) pada kadar 6% akan digantikan oleh Good and Service Tax (GST) yang akan mengunakan cukai pada kadar yang lebih rendah iaitu 4% (jika) .


Adalah tidak adil jika kita hanya membincangkan tentang kelebihan system cukai GST jika tidak juga membincangkan kemungkinan kekurangan system ini yang mana boleh kita perhalusi dan sedari dari awal untuk tindakan yang sepatutnya.

1. Inflasi
Pengenalan Good and Service Tax (GST) mungkin akan meningkatkan sedikit kadar inflasi dengan kemasukan kos cukai ke dalam harga barangan tertentu dengan. Namun ini mungkin boleh diatasi dengan campur tangan kerajaan melalui pengenalan polisi tertentu; contohnya mengarahkan pengeluar untuk menyerap kos cukai barangan yang mana mereka ini telah mendapat manfaat dari pengurangan cukai pendapatan atau melalui timbal balik dalam bentuk insentif. Tapi jangan terlalu bimbang kerana, kadar inflasi jika ada hanya meningkat pada tahun pertama, anda perlu faham bahawa inflasi adalah pengurangan nilai wang dalam membeli produk / servis yang sama dibandingkn dalam tempoh sebelum, jadi perbezaan hanya antara tahun sebelum dan tahun GST dilaksanakan. Tahun berikutnya isu inflasi tidak lagi relevan.


2. Membebankan Rakyat Berpendapatan rendah
Cukai adalah proses pengagihan sumber. Jadi apa yang dikutip adalah dikembalikan pada rakyat. Cukai pendapatan dikutip daripada mereka yang berpendapatan tinggi diagih kepada mereka berpendapatan rendah (partly). GST pula adalah berdasarkan penggunaan. Jika rakyat berpendapatan rendah dibebankan dengan GST maka kerajaaan perlu membuat agihan yang berpatutan di dalam bentuk seperti insentif lansung (BRIM) atau subsidi lain lain. Fahami GST juga adalah proses penagihan cukai yang efektif (rujuk hujah-hujah sebelum ini) jadi bila kekurangan GST ini diatasi / di urus dengan / dikurangkan dengan menggunakan proses pengagihan sumber yang lain (contoh BRIM) maka kekurangan tersebut tidak lagi patut menjadi kekurangan yang menghalang GST dari dilaksana.


Factor cabaran pentadbiran system cukai ini juga hendaklah diperhalusi supaya tiada penyalahgunaan dan ketidakpatuhan berlaku dipihak peniaga. Kementerian pengguna juga perlu bekerja lebih keras untuk mengekang tekanan kenaikan harga oleh peniaga.

Commuter said...

DAKJ,

Din Melaka 7.55 merepek dan tidak membincangkan isu GST pun.Sekira DAP ada Red Bean Army sudah lebih dari 6 tahun Din Melaka memang betul pencacai PKR/PR melayu di panggil Red Bean Army Melayu.Tak nampak ilmiah pun perbahasan beliau.Out of topik lagi.Beliau pegang juara dalam blog DAKJ nampaknya.Pada saya UMNO terbaik bagi kita orang melayu.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Sebenarnya, saya pun tak berapa faham sangat tentang VAT / GST yg akan diamalkan di Malaysia. Tapi kalau VAT dekat Eropah, ianya memang molek kerana tax barang dikenakan pada setiap urusan pembelian. Jadi semua dokumen jual-beli menjadi medicolegal, di’link’melalui VAT machine dan dapat dikesan penjualnya. Income Negara akan bertambah. Tak ada lagi resit-resit buatan sendiri oleh pekedai sendiri. Yg kaya towkey kedai, yg miskin pengguna, org Melayu & bumiputra dan Negara. Resit mereka kata kita kena bayar servis tax lah dan macam-macamtax lagi, tapi adakah betul mereka membayar tax tersebut kpd kerajaan sebab tiada dokumen sah. Juga kita tengok tiap-tiap malam di bank, siapa beratur panjang masuk cash money dlm akaun persendirian?

Masa saya di Jerman (Frankfurt) dulu, saya ada membeli jam Tag Heuer untuk hadiah. Dapat discount 10% dari kedai. Semasa di airport, dapat discount lagi 10% bila isi borang VAT dan tunjukkan resit pembelian. Jadi saya dapat discount 20% keseluruhannya. Duit pula diberi terus samada hendakkan dalam US dollar, Euro atau dan kadang-kadang dalam ringgit Malaysia.

Apa yg saya nak sampaikan di sini, setiap pembelian itu direkodkan. Lebih adil untuk pengguna dan Negara. Dengan ini, setiap negeri boleh membuat polisi discount sendiri macam di US. Nak bagi tax free pun boleh macam sesetengah kawasan di US. Jadi kalau Kelantan nak bagi tax free dekat penduduknya pun boleh dgn hanya menunjukkan resit VAT / GST dan kerajaan negeri bayar balik cukai tersebut. Ada berani ke?????

Akhir kata, VAT / GST ini lebih adil kepada pengguna sebenarnya sesuai dgn kehendak Islam. Sekian TQ.

antisyaitan said...


Salam Datuk,

Saya mencadangkan tidak perlulah kita memeningkan kepala rakyat yang sudah lebih 50tahun dipeningkan oleh UMNO.

Sudah saban tahun Ketua Audit Negara membuat cadangan supaya rasuah dan penipuan dalam sistem pembelian/ perolehan kerajaan yang melibatkan kehilangan wang kerajaan (wang rakyat) berbillion ringgit dihentikan. Kalau isu ini dapat di atasi oleh Kerajaan yang bertanggungjawab maka GST tidak diperlukan lagi bagi menambah tekanan hidup rakyat majoriti selain dari kroni-kroni UMNO yang kayaraya dan tidak akan merasa apa-apa kesan dari perlaksanaan GST.

APA LAGI YANG UMNO MAHU DARI RAKYAT?

Din Kalut said...

Din Melaka banyak guna teori lepas geram ala PKR/DAP.Hidupnya tak ada Qada dan Qadar dari Ilahi,

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sekitar 300 berarak di Kemaman bantah ralli 505.

300 orang. Biar betul. Banyaknya.

Kalau Kg Man tak sibuk buat ulasan kes Pathma dan tiga lagi dihukum mati mungkin jumlah kehadiran bertambai jadi 301 orang.

Kg Man tak minat pulak komen
kes pembunuhan Altantuya.

Nampak sgt..........

A KADIR JASIN said...

Mohon Kepada Semua Pembahas, khasnya Din Melaka.

1. Boleh setuju dan tidak setuju, tapi tolong elak maki-hamun dan hasutan.

2. Boleh sokong mana-mana parti dan kecam mana-mana parti.

3. Tapi mintalah berhujah dengan logik, dengan alasan yang kuat dan tersusun.

4. Elak buat kenyataan dan propaganda politik parti masing-masing. Cara Din Melaka nampak seolah-olah dia ada skrip tertentu daripada partinya.

5. Laskar siber (cybertroopers) dialu-alukan, tetapi janganlah berbahas sehingga nampak kedangkalan diri, parti serta majikan yang mereka wakili.

Terima kasih.

Kampong man said...

Salam Dato',

Pandangan Dato' pada Din Melaka berasas. Ada baiknya kita biarkan sahaja Din Melaka membebel kata orang Melaka.Masa untuk berkempen politik sudah berakhir.
Saya lihat banyak pembahas yang baik di sini.

Terima kasih pada Zack82,buah Kerdas, berasiam, nodin, okj dan ramai lagi sini memberi pandangan sebagai pencerahan pada mereka yang kurang faham isu GST.Saya yakin GST akan diterima dengan lebih terbuka, satu lagi transformasi yang adil dan baik.Terima kasih.

Yang penting akhirnya kita terima dan faham bahawa GST akan menggantikan Sales tax dan sevice tax dan bukanlah satu tax baru.

orge kampung said...

The Malay who live in kampong,who hardly go shopping in supermarket,wo eat ayam kampong and telor ayam kampong and makan ikan keli dan haruan,couldnt bother about GST.

====

How wrong you are. I heard that Mydin in Kuala Terengganu has the highest sales in term of ringgit in the whole of Malaysia.

banggoi petai said...

saya setuju GST dikenakan sebab bagus untuk perniagaan saya. . tokey gudang garam sama rokok Era. .... lagi mahal harga barang keperluan lg bagus. . itu gula kasi jual rm10 sekilo, minyak masak pun begitu, garam pun begitu. .. baru la orang kita makan masakan Rebus jaa. .. bagus untuk kesihatan. . rebus pun jangan guna dapur gas @ microwave, , pakai ja kayu kayu yg banyak di kawasan sekitar rumah, , takde kayu cabut ja lalang@rumput@temucut dalam pagar buat bahan api MEREBUS. .. Insya Allah badan makin sihat poket makin jimat. ...

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

1. RALAT. Apa yg saya maksudkan ialah ‘legal document’ bukannya ‘medicolegal document’.
2. Wilayah yg tax free di US adalah di New Hampshire. Tapi tax di Boston mak datuk tingginya.
3. TQ Dato’ kerana menegur Sdr Din Melaka. Bagi sayalah, cara penulisan seseorang mencerminkan sifat peribadi seseorang itu.
4. Saya juga bersetuju kita berbahas secara berkhemah, sesekali berkias menandakan ketidak setujuan, bukannya dgn cara memaki hamun macam Sdr Din Melaka.
5. Saya berharap lepas ini Sdr Din Melaka lebih matang dan lebih menghormati pandangan setiap individu. Waktu Maghrib tu, banyakkan mendengar tazkirah dan membaca Al Quran. Ataupun buat sembahyang sunat Awwabin. bukannya tulis blog memaki hamun orang. Dulu saya dah tegur dah, sekarang buat lagi. Apa nak jadi ni?

Sekian TQ.

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk AKJ..

Harap dapat siarkan penyertaan pertama saya ini!

Pembahas semua,

Mari kita renung sejenak tentang pemerintahan dizaman Khalifah Islam yang ke2 Sayyidina Umar RA, yang sangat perihatin dengan kehidupan rakyatnya.

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh beliau bagi mengagihkan pendapatan rakyat mengikut kehendak Islam, kadar system cukai diubah, syarat-syarat yang menyusahkan dan tidak adil kepada rakyat diubah atau dihapuskan sama sekali.

Beliau sering bertanya sendiri bagaimana kehidupan mereka.. Kalau ada cukai yang hendak dilaksanakan seperti tanah dan jizyah akan dipastikan tidak akan membebankan mereka.

Bukankah Sayyidina Umar sendiri yang memikul gandum untuk diberi kepada seorang ibu yang sedang menjerang air dan batu untuk diberi kepada anaknya yang kelaparan dimalam hari sehingga anak-anaknya tertidur kerana menunggu masakan yang disangka makanan.

Renungkanlah bukan semua orang hidup senang..

Terima kasih Datuk.


Lepas solat Jumaat.

Rawa Lanun-Bahasa said...

YgBhg The Scribe
Salaams


Simpati kita dengan The Scribe sama sdr Din Melaka
betul kata-kata kesat mesti kena pada tempat

harap rafizi pandan tak main double deceit to preempt bersih133.0


Boleh tak GST berperingkat-peringkat
12% dilaksanakan sepenunya pada 2020?

Dan pensijilan Halal boleh tak
dipelbagaikan mengikut taraf mutu dan derjat modal non-riba?


Maaf, kita menanti hari Mohd Najib
tukar kolar bertali-leher kepada
'something simpler' - moa tze dong collar?


Beijing and GST - what do they know?
- betul tak YgBhg Datuk Abdul Kadir Jasin?

and, menteri kdn disyorkan
dengar ratib anggota pdrm kawal rusuhan


UMNO lebih keras dari rom
sama hemah dengan beijing
sama dengan NORTH KOREA!




salam hormat



umno soon thinking of two zahid hamidis
to get them out of pru14 alive
and kicking

Din Kalut said...

Jelaslah bahawa Din Melaka ini ialah pendakwah politik PKR/DAP.Banyak melencong dan membosankan.

Unknown said...

pemerintah pusat rasuah dan Boros...

kalau Dulu nik aziz nak buat GST, saya setuju, sebab dia tak rasuah....

mrt dan projek HSR high speed rail adalah projek2 kroni yang tidak berfaedah...

lrt star, putra, monorel, komuter... semua mcm sampah... no planning... only cekik money for kroni..

petronas patut dipecahkan ... buat 4 anak syarikat negeri utk sabah, sarawak, tganu dan kelantan....

KLCC is a waste.... as with Putrajaya....

Seri Perdana convert jadi museum.... mahal sgt bil tnb, n maintenance...

wanzaim said...

Tahniah datuk ... sejak ada din melaka ... da mcm blog papagomo dah the scribe nie ..

abg sam said...

Dato yang dimuliakan
Isu GST adalah isu besar rakyat Malaysia . Penelitian saya di media sosial samaada bn dan pr masing2 tidak bersetuju dengan bola tanggung yang disediakan oleh rejim tok najib menghadapi pru14. Tetapi apa boleh buat sistem yang digunakan oleh BN untuk mendapatkan kuasa dengan wang.Akhirnya keris bogel yang diselit di pinggang tercucuk perut sendiri. Secara logik jika sesuatu cukai baru hendak diwujudkan bermakna kerajaan memerlukan sejumlah dana untuk menampung pentadbiran. Saya sebagai rakyat biasa akan terima pelaksanaan gst yang dibuat BN tetapi undi PRU14 sudah pasti tiada lagi dalam nota kaki saya untuk undi BN. Hasil analisis saya pelaksanaan GST disebabkan perkara berikut:
1. Pemerintah BN pada era Tok Najib menggunakan punasihat ekonomi yang tak bertauliah.
2. Semua masalah era Tok Najib diselesaikan melalui peruntukan segera dan taburan wang. Sebagai contoh pergi sekolah venakular bagi 1 juta sana sini. Jumpa orang kampung masa pru bg mesin jahit sorang sebijik
3. Ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan seperti yang Jabatan Audit Negara buat laporan setiap tahun.
4. Beli dan umpan ahli parlimen pembangkang dengan wang ringgit. Sepatut amalan ini tak perlu dibuat membazir bukan bawa untung pada BN malah kerusi dari 140 turun 133.
5. Pelaksanaan dasar ekonomi hampeh macam BRIM , Telefon pintar , skim rumah pertamaku, kedai angkat kain 1 Malaysia dan lain seangkatnya langsung tak beri impak pada rakyat dan membazir.
6. Kadar rasuah yang tinggi daripada Menteri hingga Peon. Sebab apa rasuah banyak harga rumah teres 400 k gaji ikut Jabatan statistik 60 peratus rakyat Malaysia bergaji bawah 3 k.

Sebagai rakyat Malaysia saya melihat era Tok Najib takan lama beban politik dan kelakuan isteri akan menyebabkan beliau akan jatuh lebih hina dari Pak Lah. Kini terpulang kepada anggota BN untuk meperbetulkan keadaan. Mintalah pandangan Tun Dr Mahathir buat lah dasar atau projek yang mempunyai impak pada kelangsungan ekonomi negara. Contohi pembinaan KLIA dulu dikatakan projek membazir oleh PR sekarang bersaing hebat dengan changi di Singapura dari segi kemasukan pelawat. Saya nak minta tolong kepada Lat Juno ke atau OKJ atau Kampong Man untuk bagi tahu dekat Tok Najib hentikan lah nakbina bagunan 1 Malaysia dekat tapak stadium merdeka kerana projek tersebut tidak mempunyai impak kepada negara dan lagi satu lagi kalau iamya hendak dijadikan legasi macam tak lengkap sebab ibarat batu nisan tunggal. Mungkin sebagai alternatif Tok Jib boleh pindah peruntukan tersebut untuk menggantikan Hospital Besar KL ke kawasan yang lebih besar dan luas. Sekarang nak pergi GH bukan main susah bawa kereta takde parking naik bas jalan jem. Datang awal pagi di klinik pesakit luar balik awal petang. Moga sahabat pembahas saya yang diatas boleh membawa cadangan ini. Kesimpulanya apa yang saya lihat pasal GST ialah PR dah dihampar karpet merah untuk ke Putrajaya jadi bro Anwar jangan gopoh sebab memang bro takan jadi PM tapi akan ada PM dari PR. Ibnu Khaldun telah menyatakan sesuatu tamadun itu akan ada tempoh matangbdan saya melihat BN dah melebihi tempoh matang dan semakin tidak matang. Petanda yang jelas 2 kali PRU secara berturut tidak capai 2/3 . Malah makin menghampiri titik persilangan.

Nota kaki- Pergerakan Ikhwan Muslim di Mesir telah berjuang bermati matian untuk memerintah mesir sehingga 60 tahun lama. Tiba2 Hosni Mubarak terlingkup Ikhwan Muslim berjaya mentadbir negara lagi teruk kerosakan yang berlaku. Pengajaran kuasa tidak menjamin kebahagian . Kepada NEGARAWAN MalaysianTun Dr M saya berbangga tuan diberi penghormatan oleh Ikhwan Muslim.

fed up said...

GST adalah pengganti sales tax & service tax dan bukan cukai baru? Fakta mana ni? Sejak bila beli baju sekolah kena caj kedua-dua sales tax dan service tax tu?

Nak senang faham, tengok bil astro. Dahulu ada berapa jenis tax kena? Sekarang ada berapa jenis tax kena?

Bukankah pada bil astro, tanpa perubahan pakej atau harga pakej, sekarang kita pengguna kena bayar lebih dari dulu, betul tak?

Jadi saya yakin, kita boleh bayangkan kenaikan tanggungan kos astro itu boleh dibayangkan pada kos membeli baju sekolah, beras, kuih raya dan lain-lain.

GST hanya memberi kesan kepada orang bandar? Fakta mana ni?

Orang kampung tak beli baja atau anak benih ke? Kain baju dan kain langsir tenun sendiri ke?

Bukan semua orang kampung tanam padi. Bukan semua orang kampung tanam sayur.

Penoreh getah makan biji getah ke? Yang ada kebun sawit, perah sendiri ke minyak masak?

GST mampu kurangkan rasuah?

Idris Jala kata GST boleh jana RM26 Bilion. Wang haram yang tiris keluar negara sampai cecah ratus billion tu apa cerita?

Adakah ketirisan wang haram boleh cecah sampai ratusan billion itu kerana amalan dual accounting atau kelemahan pemantau?

Melalui amalan duit lembu dibawa ke Singapura, adakah GST kita berkuatkuasa disana?

Melalui EPF, Socso, Tabung Haji, Malaysia pada tahun 2012 adalah pelabur terbesar hartanah di London. GST kita laku ke disana?

Sejak dari mula jadi PM, Najib dah heboh tentang tender terbuka. Tapi tender tertutup masih juga jadi amalan terutamanya projek mega.

Impak GST pada peniaga cina dan bukan pengguna? Habis tiada impak kah GST kepada peniaga melayu?

Oh ya, GST ini ada ke dalam manisfesto PRU13? Adakah berpuluh-puluh janji dalam manifesto PRU13 itu sudah dibuat semuanya maka baru 3 MINGGU PRU13 berlalu sudah kecoh-kecoh tentang GST?

OKJ cabar kerajaan negeri Kelantan bagi reimbursent GST. Apa logiknya cabaran ini bila si kutip duit GST adalah kerajaan pusat. Maknanya tidak pasal-pasal, kerajaan negeri kena bayar GST kepada kerajaan persekutuan pulak?

OKJ tak terfikir ke, di Malaysia, di Kelantanlah paling ramai peniaga melayu (bila dibanding melalui nisbah dengan penduduk)? Di Kelantan, tidak timbul pun isu kempen boikot kerana ramainya peniaga melayu dalam rangkaian perniagaan disana.

DAKJ, apa jenis cukai yang dikenakan keatas kertas yang akan dijadikan suratkhabar, buku dan majalah? Apa pula impak GST kepada harga suratkhabar, buku dan majalah?

Fed Up

tinta hitam said...

Datuk,
Persoalannya kita tak tahu GST ni sejauh mana jangkauan perlaksanaannya,rate dia berapa..Tapi apa yg saya dgr cukai pendapatan dan cukai korporat akan dikurangkan..Jadi bagai kami pembayar cukai ni campur tolak campur tolak lbh kurang tu juga kot..Golongan kami kecuali golongan korporat ni majoriti tidak menyokong BN.

Cuma yg jadi persoalan adakah makcik/pakcik Felda,kampung,estet yg menjadi penyokong tegar BN turut kena GST ini..Kalau merek kena,simpati saya pd mereka agak kurang lah.Stop short from saying "serve you right"..

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1 SAYA AMBIL PERHATIAN TEGURAN DAKJ.

2. BLOG NI DAKJ YG PUNYA. KALAU DAKJ TAK MAU LIHAT TULISAN YG TIADA MAKNA LANGSUNG DAN YG MENGGUNA TULISAN LUCAH SPT PERKATAAN ANU WAR DAKJ SEPATUTNYA DAH PANGKAH AWAL2.

3. ANUAR DIDAPATI BERSALAH ATAS KES YG SENGAJA DIADA2 IAITU KES SALAH GUNA KUASA . IA TIDAK MELIBATKAN SE SEN PUN WANG RASUAH. JADI BILA ADA PEMBAHAS TERUS MENGGUNAKAN ISU ANUAR PERASUAH DIN MELAKA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAP , BUKAN SEBAGAI LASKAR SIBER TETAPI SEBAGAI SEORANG ISLAM YG FAHAM DAN MAU MEMBASMI KEZALIMAN.

4. SOAL DIM MELAKA GUNA BAHASA KASAR JANGAN HENDAKNYA DIJADI ALASAN UNTUK MEMUSING PERHATIAN PEMBACA DRPD ISU SEBENAR.

5. ISU YG BESAR MELIBATKAN KEJAHATAN PEMIMPIN UBN MANA MUNGKIN DIN MELAKA BERKELIP2 DGN BAHASA SANTAI SPT SAYANG, INTAN PUYUNG DSBNYA.

6. KALAU DIHITUNG DRPD JUMLAH POSTING, DIN MELAKA PALING BANYAK. INI TIDAK BERMAKNA DIN MELAKA PENULIS UPAHAN SPT MANA LAGAK SRSETENGAH PENULIS DIBLOG DAKJ.

7. TIDAK SPT SESETENGAH PENULIS, YG SUKA HEBOH DAN HEBAH KEMANA BELIAU PERGI DAN JAM APA BELIAU BELI, DIN MELAKA JUGA DAH PUSING SELURUH DUNIA DAH PUNYA 4 ANAK YG WAKTU BELAJAR DIBIAYAI SENDIRI DAN ALHAMDULLILAH SEKARANG MENJAWAT JABATAN DI SYKT MULTI NASIONAL GARA2 WRITTEN DAN SPOKEN ENGLISH MEREKA YG POWER GILER.

8. DAKJ, DIN MELAKA MEMANA ADA PARTI TAPI BUKAN PAS ATAU PKR. PARTI DIN MELAKA MEMPERJUANG YG HAK DAN MELAWAN YG BATIL DALAM USIA YG DAH MAGHRIB.

9. DAKJ SEBENARNYA TELAH BANYAK MEMBANTUVDIN MELAKA MENYEDIAKAN PENTAS YG SESUAI. DAKJ DAN DIM MELAKA TAK LEBIH MELAINKAN CUMA HAMBA ALLAH SAHAJA.



berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Semalam, sebelum khutbah Jumaat, Nazir masjid telah berucap berkenaan dengan GST. Antara ucapan hasutannya ialah mengatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, "harga air minuman yang dibeli oleh seorang peminta sedekah akan sama dengan harga yang perlu dibayar oleh tauke kaya". Saya tertanya-tanya adakah sekarang ini terdapat harga yang berbeza untuk produk yang sama bagi dua golongan berkenaan? Selain itu, dia sebut bahawa cukai korporat dan cukai individu akan dikurangkan dan bebannya akan dipindahkan kepada rakyat melalui GST.

Nampaknya pembangkang telahpun menyemai propaganda negatif mereka mengenai GST dan menggunakan kenyataan Idris Jala bahawa kerajaan akan memperoleh 27B setahun sebagai hujah utama mengelirukan rakyat. Pihak kerajaan masih membisu seribu bahasa, tidak ada penerangan yang mudah untuk rakyat memahami mekanisme GST yang mahu dilaksanakan serta kesan positifnya. Janganlah hendaknya kerajaan mengupah lagi perunding media untuk membuat iklan yang kos produksinya jutaan ringgit tetapi mesejnya tidak sampai kepada rakyat.

Ingatan TS Sanusi Junid mengenai "penerangan" oleh kerajaan nampaknya tidak diambil peduli oleh pemerintah dan terus dengan sikap membiarkan pihak pembangkan mengelirukan rakyat terlebih dahulu. Kita khuatir isu GST ini akan menjadi seperti pelaksaan kamera keselamatan jalanraya dahulu, tujuan baiknya tenggelam dek pelaksanaan yang tidak dirancang dengan teliti. Jika dahulu pembekal kamera pun dipertikaikan, dalam GST ini nanti juga, pembekal mesin akan menerima nasib yang serupa. SPRM harus ambil tindakan proaktif memantau perkara ini jika pelaksanaan GST diteruskan.

Dulu Najib mahu mandat sendiri, sekarang mandat telah diberi. Apalagi yang Najib mahu?

Zack82 said...

Dato, (maaf resend kerana tidak letak nama)

Mengikut laporan dari pihak kerajaan, cukai GST bukan cukai baru tetapi cukai yang menggantikan yang sedia (Sales Tax).

Ini bukan persoalan utama, persoalan yang paling utama adalah samada harga barang akan naik atau tidak.

Dalam pepatah mat salleh “You have to ask the right question to get the right answer”

Mengikut website kerajaan yang disertakan dalam oleh Dato (GST/Customs....), disebabkan cukai GST yang lebih rendah daripada yang sedia ada, maka 8 kategori barang akan turun harga.

Pihak pembangkang pula mengatakan harga barang akan naik.

Siapa yang cakap benar.

Sepatutnya debat patut diadakan di antara pembangkang dan kerajaan dalam forum rakyat supaya rakyat lebih jelas. Debat di Parlimen, sekarang ini tidak disiarkan dan ditapis.

Didalam system cukai barangan yang sedia ada. Pengeluar, umpamanya pengeluar kasut dikenakan cukai pada kadar 10% atas jualan. Cukai ini dikenakan “Sekali”.

Didalam system cukai GST, cukai akan dikenakan dalam kesemua distribusi rangkaian daripada pengeluar hingga akhirnya ke pelanggan. Kedai runcit kecit tidak dikenakan syarat untuk daftar GST.

Oleh itu, barangan contohnya pengeluaran kasut, pengeluar akan dikenakan cukai GST apabila menjual kepada pemborong. Pemborong dikenakan cukai GST apabila menjual kepada peruncit dan akhirnya peruncit (sekiranya peruncit besar seperti Giant/Tesco) akan mengenakan cukai GST kepada pembeli.

Cukai GST akan dikenakan sekurang-kurangnya “dua kali” atau lebih.

Pada kadar cukai 7% yang diwar-warkan. Gedung besar seperti Giant atau Tesco mungkin boleh membeli sebahagian barangan terus daripada pengeluar. Barangan daripada pengeluar akan dicukai 7% bila jual kepada Tesco/Giant dan barangan yang sama akan dicukai sekali lagi pada kadar 7% bila Giant/Tesco menjual kepada pembeli. Sekiranya diambil kira keuntungan yang dimasukkan dalam harga barang di Giant/Tesco, maka cukai yang dikenakan pada kali “kedua” sebanyak 7% akan menaikkan harga barang lebih tinggi daripada cukai sebanyak 14% pada kali pertama.

Pendek-kata (bottom line), melainkan barangan kawalan seperti gula, daging dan ayam, semua barang dalam Giant dan Tesco akan naik harga.

Pekedai runcit kecil pula tidak membeli terus daripada pengeluar tetapi pemborong, maka cukai GST masih dikenakan “dua kali”

Disebabkan cukai yang dikenakan lebih melalui system GST maka kerajaan akan mendapat lebihan cukai daripada rakyat.
Persoalan seterusnya,

1. Adakah BR1M mencukupi untuk mengalas beban yang lebih dikenakan kepada rakyat.
2. Disebabkan lebihan cukai daripada GST, adakah cukai yang lain seperti cukai kereta akan dikurangkan
3. Adakan lebihan cukai yang dibebankan kepada rakyat digunakan untuk menaikkan gaji tiga kali ganda menteri menteri dikerajaan seperti mana ahli parlimen di Sarawak.
4. Adakah gaji minima 900 cukup untuk dengan suasana harga barang yang tinggi.

Sekian Terima Kasih.

langitbiru3 said...

Sistem cukai GST yang diperkenalkan dan Pemotongan Subsidi secara berkala, berperingkat peringkat akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan harapan hasil Negara bertambah, melalui “sumbangan” dari rakyat jelata. Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Idris Jala menyatakan Kerajaan Malaysia akan bangkrap seperti Negara Greece jika subsidi kepada rakyat diteruskan.

Perdebatan di alam siber khususnya, dan juga di Parlimen Malaysia kedua-dua perkara diatas cukup hangat dan hebat membicarakan KEWAJARAN kedua-dua pendekatan tersebut.

Saya tertanya-tanya, apakah HUKUMNYA dari pandangan Syariat Islam? Langitbiru suka mengimbas Sejarah Tamaddun Islam, iaitu Kerajaan Memalik Mesir.

Kerajaan Memalik Mesir adalah sebuah kerajaan yang tiada kestabilan politik,ekonomi,kacau bilau, tidak tenteram, perpecahan teruk berlaku di kalangan umat Islam, umumnya terbahagi kepada dua golongan iaitu Memalik Bahriah dan memalik Muizziah. Kerajaan Memalik Bahriah umpamanya memerintah Mesir selama 144 tahun dengan 29 orang Sultan silih berganti. 10 daripadanya mati dibunuh, 12 lagi digulingkan. Golongan Memalik lazimnya menyelesaikan sesuatu konflik dengan kekuatan dan kekerasan.

Raja Memalik Muizziah, Raja Izzuddin Aibak berjaya mengembalikan kestabilan politik Kerajaan Memalik seketika, namun beliau dan isteri juga dibunuh, sehingga akhirnya Kerajaan Memalik dipimpin oleh Saifudin Qutuz. Qutuz mewarisi Kerajaan Memalik yang kacau bilau pada tahun 657H, setahun selepas Kerajaan Islam Abbasiyah yang di terajui oleh Khalifah Muktasim di Bahgdad jatuh ke tangan Tentera Mongul (656H) yang diketuai oleh Hulagu, cucu Genghiz Khan. Lebih 1.8 juta umat Islam Iraq dibunuh oleh Hulagu tanpa perikemanusiaan. Mongul bercita-cita besar untuk menakluki Empayar Kerajaan Islam Abbasiyah. Mongul terus mara ke Timur.

langitbiru3 said...

Bertiup kencang di seluruh Dunia Arab Islam kata-kata, “Mustahil Mongul dapat dikalahkan”. Menyedari hakikat kekuatan Mongul dan keganasan,kekejaman tanpa perikemanusiaan Mongul, ramai Raja-Raja Islam (Gabenor) yang memerintah negeri masing-masing melakukan hubungan persahabatan dan melakukan perjanjian damai dengan Hulagu. Ulama-Ulama semuanya dipaksa memberi fatwa keharusan memeterai perjanjian damai dengan Hulagu.

Hanya 2 orang Gabenor yang tidak mahu tunduk kepada Hulagu iaitu Raja Kamil Muhammad Al-Ayubi (yang menguasai Timur Turki, Barat Laut Iraq dan Timur Laut Syiria) dan Kerajaan Memalik Mesir di bawah Saifudin Qutuz.

Raja Kamil akhirnya dikalahkan Hulagu, Bandar Damsyik dimusnahkan dan Turki jatuh ke tangan Hulagu Mongul. Mongul memasuki Syria, Lubnan,Jordan dan Palestin tanpa tentangan, berhasrat menuju ke Mesir. Qutuz tidak mempunyai banyak masa. 3 bulan naik tahta, Mongul sudah sampai ke Palestin. Ringkasnya, kebijaksanaan Qutuz berjaya mendamaikan Bahriah dan Muizziah sekaligus mencapai kestabilan politik Memalik.

Isu utama selepas itu adalah KETIADAAN SUMBER NEGARA, BAITULMAL. Baitulmal kering kontang, tiada peruntukan untuk belanjawan menghadapi perang. Mongul menghantar utusannya kepada Qutuz, samada menyerah atau diserang. Qutuz memanggil mesyuarat tergempar para pemimpin Negara. Cadangan para pembesar, menaikkan CUKAI RAKYAT bagi menampung dana berperang. Qutuz kesuntukan masa, Mongul siap siaga di Palestin.

langitbiru3 said...

Qutuz cepat memanggil semua Ulama’ untuk mendengar FATWA MENAIKKAN CUKAI RAKYAT.
Alasan,

DEMI ISLAM,
DEMI MEMPERTAHANKAN NEGARA,
DEMI MEMPERTAHANKAN NYAWA RAKYAT.

Semua ulama’ mengharuskan Kerajaan Memalik menaikkan cukai rakyat, KECUALI SEORANG ULAMA BERNAMA AL-IZZ BIN ABDUL SALAM, lebih dikenali Izzudin Abdul Salam, yang mengharamkannya dengan syarat.

Katanya,

“Setiap kamu (para pemimpin) dan rakyat jelata adalah sama dalam masalah ini. Jika mengambil harta rakyat sedangkan pemimpin memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya (naikkan cukai) adalah tidak dibolehkan”. Qutuz menerima fatwa Ulama Izzudin Abdul Salam dan melaksanakannya dengan tegas. Dalam masa yang sangat pendek, Baitulmal melimpah ruah dengan harta kekayaan para pembesar Negara.

Dipendekkan cerita sejarah, Qutuz berjaya menewaskan tentera Mongul di Palestin dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. TIADA SEORANGPUN tentera Mongul terselamat, termasuk Panglima Perangnya Katabgha, yang dipancung kepalanya oleh panglima Perang Memalik, Jamaludin Aqusy Syams.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Masih adakah pemimpin Islam seperti Saifudin Qutuz?.

Masih adakah Ulama’ Islam seperti Izzudin Abdul Salam yang digelar “Sultan Kepada Semua Ulama”?.

Sesungguhnya, Perang Memalik-Mongol , atau terkenal dengan nama Peperangan Ain Jalut, banyak pengajaran bagi pemimpin Negara, ulama, dan rakyat jelata.

Kajang Pak Malau said...

Mahu tak mahu, baik atau buruk GST kita terima sajalah.

Kita telah diberi pilihan dan kita juga telah membuat pilihan.

Majoriti Melayu telah memilih PTPTN dari pelajaran percuma.

Majoriti Melayu telah memilih membayar tol

Majoriti Melayu telah memilih harga kereta mahal

Majorii Melayu memilih membayar minyak mahal

Majoriti Melayu memilih BR1M RM500

Majoriti Melayu telah memilih GST walaupun telah diberi amaran.

Jadi kita terima sajalah apa-apa yang BN akan kenakan.

Syabas Melayu kerana memilih membayar lebih berbanding dari Cina.

Syabas kerana Melayu kini lebih kaya dari Cina. Hanya orang kaya sahaja yang tidak kesah membayar lebih.

Kesian minoriti Melayu yang menjadi mangsa keegoan bangsa sendiri.

Dah namanya minoriti apa boleh buat!

Din Kalut said...

Maka terjawablah.Kemunjulan Din Melaka kerana pembela insan yang belum ditakdirkan jadi PM.Itu saja ke.

din Klang said...

Din Melaka,

Anda masih tidak membincangkan isu GST dalam komen anda di blog ini.Cuba anda lihat komen komen anda yang lepas lepas banyak lari dari tajuk hanya lebih berpolitik dan maki hamun.

Anda terlalau mempertahankan Anwar.Anda rasa Anu-war sensitif pada anda dan satu spelling yang salah. Ingat,anda juga salah spelling ! Bukan Anuwar (spelling Din Melaka) tetapi Anwar tau!

Ada baik saya bawak anak anak ke Citrawarna di Dataran Merdeka dan Sambutan Hari Belia di Putrajaya bagi semua rakyat Malaysia dari hadhir ke Perhimpunan haram Black 505 dimana Anwar dalangnya.Tak gitu?.

Anda tetap pencacai PKR/DAP.Anda tidak refine dan agak kasar dari segi bahasa.

B is me said...

Salam Dato'

Saya termasuk ke dalam golongan yang memahami GST ini secara samar-samar sahaja. Bacaan di http://www.thenutgraph.com/understanding-gst/ serba sedikit membantu saya memahaminya dengan lebih baik.

Saya setuju dengan cadangan salah seorang pengulas yang berharap kerajaan berusaha untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu ini.

Saya juga amat bersetuju dengan apa yang dipaparkan oleh langitbiru, "Izzudin Abdul Salam, yang mengharamkannya dengan syarat.

Katanya,“Setiap kamu (para pemimpin) dan rakyat jelata adalah sama dalam masalah ini. Jika mengambil harta rakyat sedangkan pemimpin memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya (naikkan cukai) adalah tidak dibolehkan”.

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk AKJ..

Walau apa pun alasan yang di beri GST IF IMPLEMENTED akan tetap membebankan rayat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Memang tidak terasa sangat kalau kita membeli barangan bernilai RM100+7%GST kita hanya menambah RM7 sahaja menjadi RM107, tetapi kalau kita membeli 5kali sebulan bermakna kita kena bayar 500+7%GST jumlah tambahan yang perlu dibayar sebanyak RM35.

Itu belum lagi bil elektrik, bil air, minyak motosikal/kereta, urusan anak-anak yang bersekolah DLL.

Rakyat kita masih ramai lagi berpendapatan RM2000 kebawah sebulan, mereka yang menerima bantuan Lembaga Zakat sebagai fakir/miskin disetiap kampung masih terlalu ramai.

Kepada mereka yang berkereta mewah, GST tidak menjadi masaalah langsung.

Terima kasih Datuk.


lepas solat isyak.

Din Kalut said...

Lazimnya orang politik UMNO/PAS/PKR bila nak tamat ceramah akan berkata yang baik itu drp Allah SWT.Manakala yg buruk itu drp saya sendiri.
Din Melaka kena tafsirlah ungkapan ini kerana hidup pun sudah mahgrib..
















Concern said...

Din Melaka hanya melihat kezaliman kerajaan BN/UBN tetapi gagal sama sekali melihat kebaikan kerajaan.Pada Din Melaka Anwar adalah hero.Apa yang Anwar lakukan saperti salah guna kuasa, korup,kesalahan moral, pencetus huruhara, berdusta dan bermuka muka dan berbagai lagi ada kebenarannya.Tidak hsiran Pas juga menolak manusia jenis ini."Anwar mesti bertaubat .Dia perosak negara" kata Karpal Singh.

Din Melaka sebenarnya tidak sukakan UMNO itu saja.Sedangkan UMNO/BN sudah diberi kuasa selama ini.Silap Mahathir juga memberi laluan shortcut pada Anwar yang masih berangan angan hendak menjadi No 1 .Lupakan saja idaman itu.Janji Anwar hanya manis dibibir dan janji palsu sahaja.

Ada lebih baik kita berfikiran waras. Dalam isu GST nampaknya Malaysia ketinggalan dari banyak begara di rantau ini.Other countries cannot be all wrong when they implement GST.Kalau fakta saorang pengomen kata hanya Malaysia dan Myanmar sahaja yang belum implementasikan GST maka Malaysia samalah saperti negara Myanmar kemundurannya.Betul ke ?.Sedangkan sistem VAT/GST ini telah lama di guna pakai di banyak negara.

Kerajaan tetap memikirkan yang terbaik bagi negara dan rakyatnya.Nothing is free.You have to rightly pay for services and goods.Dari kutipan GST ini kerajaan dapat menggunakan wang ini bagi kebaikan dan membina negara.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

UBN MEMANG MEMPUNYAI NIAT TERPENDAM MENGENAKAN GST LAMA SEBELUM PRU 13.

KALAU TIDAK MASAKAN SELEPAS 2 MINGGU ? PRU ISU GST MENJADI HADIAH UBN KPD RAKYAT.

SEMUA DAH TAU GST AKAN MEMBERI RUANG KUTIP CUKAI YG LEBIH OLEH KERAJAAN ADIL? UBN. ....IDRIS JALA ANGGAR SEKITAR LEBIH 26B

PERSOALANNYA TAK MUNGKIN CUKAI TU DITADAH TURUNVDARI LANGIT. NAMANYA PUN CUKAI ATAS PERBELANJAAN. APAKAH RAKYAT MISKIN TAK PERLU BERBELANJA? SEHINGGA MEREKA TAK PERLU RISAU DGN GST? DUIT GAJI BULANAN MEREKA, JANGAN KATA NAK BAYAR GST, NAK BAYAR BIL WAJIB PUN TAK CUKUP.

JANGAN HANYA SEBUT NEGARA ITU DAN INI DAH LAKSANA GST TAPI KENAPA MALAYSIA BELUM?

SINGAPURA DAH LAKSANA GST. TAPI LIHAT BERAPA TINGGI GAJI PEKERJA TERMASUK BURUH KADAR MEREKA DAN BANDINGKAN DGN KOS HIDUP YG SANGAT TERJANGKAU.

GST HANYALAH SATU2 TALIAN HAYAT KERAJAAN SAH? UBN UNTUK KUTIP CUKSI BUAT BANTU TUTUP DEFISIT BAJET YG DAH BERTERUSAN 16 TAHUN. UBN HANYA PANDAI CARI SUMBER BARU CUKAI.

DENGAN PELBAGAI BIL DAN HUTANG PD KRONI BUAT BIAYA PRU 13, UBN MANA TAU NAK KURANG BELANJA.... SAYA ULANGI MEREKA TAK TAU NAK KURANG BELANJA.

PERSOALAN SEKARANG IALAH BUKAN SAMADA UBN PERLU LAKSANA GST ATAU TIDAK TETAPI RSKYAT TERUTAMA YG KELAS MEMENGAH KEBAWAH KENA FIKIR BALA APA LAGI YG BAKAL DIHENTAKKAN DI ATAS KEPALA MEREKA.

SIMPATI DIN MELAKA KPD YG KERANA KEMISKINAN TELAH TERPAKSA JADI PEMINTA SEDEKAH DRPD KETUA2 BAHGIAN.


Rawa Lanun-Bahasa said...

simpati saya kepada mu A Kadir Jasin
kerana terpaksa siarkan angan-angan langitbiru3 dalam zaman karpal singh menghina PAS.


kesian betul langitbiru3 hanya hidup dalam alam maya.

langitbiru3 said...

Sewajarnya DS NAjib menyairkan secara langsung perdebatan di Parlimen tersebut, bukannya sedutan beberapa patah ucapan oleh YB BN.

Baru lah kita para pengundi kenal siapa YB kangkung,timun, kubis dan sawinya yang kita pilih baru-baru ini.

ADA BARANI KA?

langitbiru3.wordpress.com

Rawa Lanun-Bahasa said...



langitbiru3,
tunggu proses petisyen habis.

lepas itu kita tengok lihat
dan rasa.

kadir jasin,
mahathir dah nak sewel
tak percaya? tunggu
paguh dah terjerat
- baru terjerat

fed up said...

Sdr Concern,

Tak perlulah banding Malaysia dengan negara lain.

Di Thailand dan Singapura, ada zon pelacuran halal. Malaysia ketinggalan ke?

Majoriti negara di Asean guna harga minyak dunia sebagai kayu pengukur (termasuklah Indonesia). Malaysia ketinggalan ke dengan amalan sekarang?

Adakah penglibatan GLC (modal asalnya dari wang rakyat) yang begitu meluas rangkaiannya (dalam semua industri utama) perlu diubah? Negara Asean yang lain, tidak meluas penglibatan mereka seperti di Malaysia.

Oh ya, bukankah sekarang pun kita sudah membayar untuk produk and services? Bezanya, bila ada GST, kos produk dan perkhidmatan bagi konsumer adalah meningkat.

Tanpa GST, berapa peratus rakyat Malaysia yang bayar cukai? Dan dengan GST, berapa peratus pula yang akan membayar cukai?

Formula cukai perorangan diturunkan bila memberi jalan kepada GST tidak masuk akal kerana akan lebih ramai yang akan membayar cukai.

Jangan lupa ada berapa juta rakyat Malaysia yang menerima BR1M!

Fed Up

Lahuma said...

Dato.

GST saya yakin kerajaan BN tetap akan laksanakan jika bil ini dibahas dalam parlimen nanti.

Ramai rakan pengkomen dalam blok Dato beri pandangan yang cukup baik untuk ilmu tambahan berhubung isu GST ini.

Sudah jadi prinsip MP BN akan sokong.Manakala MP PR tetap bangkang walau pun dengan apa cara sekali pun.

Jika Kerajaan BN laksanakan juga agar kerajaan perlu lihat golongan miskin/sederhana tidak dibebankan.
Kecualikanlah keperluan asas seperti beras,gula,minyak masak.tepung,ikan ,sayuran dan lain-lain yang layak dikecualikan.

Yang peliknya kenapa media perdana BN masih menyembunyikan isu Gst ini.Media perdana BN masih sebuk dengan isu-isu ulangan sahaja.

Berbanding dengan media pro PR telah membuat kupasan keburukan dan negatifnya GST ini.

Sebab itu pembaca media pro PR lebih advane dari pembaca media perdana pri BN.

Inilah perbandingan bagaimana media perdana pro BN masih berada dibelakang sejak dulu kini dan selamanya dalam banyak isu termasuklah isu GST ini.

GST ini ada baik buruknya.Kerajaan BN masih sebuk dengan temubual dengan Menteri baru yang semua bagus-bagus.

Manakala MP yang menang punya sebuk buat kenduri kesyukuran.

Percayalah isu GST ini kalau UMNO/BN pandang ringan tanpa penjelasan lengkap pada rakyat tunggulah saatnya.

Nampak jelas penyokong PP lebih dinamik dan pro aktif dro UMNO/BN.

Boleh jadi kerajaan BN belum bersedia memberi maklumat pada rakyat.Pembangkang sudah mula tembak UMNO/BN disegenap tempat.

Biarlah barangkali UMNO/BN masih bermimpin enak.

Yang seronok di Kedah.Apa nak jadi sengan slogan BN MENANG KEDAH SENANG.
Persoalannya.

Siapa yang senang.
Berapa ramai yang akan senang.
Siapa yang susag.
Berapa ramai yang akan susah.

Itulah cerita GST dan slogan di Kedah tanpa menggunakan astatistk atau angka sebagai rujukan.

Jumpa lagi.

Terima kasih.




raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Isu GST ini besar implikasinya jika kita mahu melaksanakan sistem kewangan Islam yang membawa kesejahteraan dan kebajikan kepada rakyat. Sistem zakat hampir-hampir menyamai sistem percukaian yang ada sekarang kecuali peningkatan kadar bayaran apabila sesorang itu bertambah pendapatannya mungkin boleh disusun semula untuk mewujudkan keadaan yang lebih adil.

Zakat akan hanya dikenakan jika seseorang itu mengeluarkan hasil mengiut kadar tertentu. Ini bermakna orang miskin tidak terbeban hidupnya dengan cukai bahkan akan dibantu kehidupannya jika pendapatannya tidak mengcukupi untuk menanggung hidup. Begitu juga dengan sistem percukaian yang terdapat sekarang. Jabatan Kebajikan akan menyalurkan wang bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Memperkenalkan GST bermakna semua akan perlu membayar cukai termasuk mereka yang miskin. Mereka akan dibebankan dengan pertambahan kos sara hidup antara 4% ke 20%. Ada yang menyatakan masalah ini boleh dibantu dengan pembayaran Brim sebanyak antara RM 500 ke RM 1200 setahun.Kita jangan lupa mereka perlu mengharungi kos sara hidup tinggi sebelum mendapat bantuan.Ini tidak berlaku dalam sistem kewangan Islam.

Ada pembahas yang berpendapat kita mundur jika kita tidak mengikut negara-negara lain yang mengamalnya. Disini saya ingin merujuk falsah Allayarham Tun Abdul Razak yang menyatakan kita tidak perlu mengikut negara lain pada perkara yang tidak baik. Bukankah matlamat Islam adalah memberi kebajikan kepada umat manusia. Bukankah ini bermakna lebih kurang cukai dikenakan kepada rakyat dengan pengurusan khazanah negara dengan baik lagi berkat negara itu.

Pada saya masalah kekurangan pengutipan hasil adalah dari segi penguatkuasaan.Selesaikan perkara ini dengan terbaik maka tidak perlulah kita mengenakan cukai baru yang mengakibat kezaliman jika seseorang yang memerlukan bantuan terlepas pandang oleh agensi-agensi yang berkenaan dan mengalami tekanan hidup disebabnya.

Wakil-wakil Rakyat terutamanya yang berugama Islam perlu mengambil ingatan dalam hal ini supaya tidak disoal diakhirat kelak.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.GST mempunyai implikasi jika kita hendak mengamalkan sistem kewangan Islam. Zakat akan hanya perlu dikeluarkan jika seseorang mendapat hasil melebihi suatu kadar yang ditetapkan. Begitu juga dengan sistem percukaian yang diamalkan di negara ini tinggal lagi kadarnya berlainan.

Dengan memperkenalkan GST semua orang akan dikenakan cukai termasuk yang miskin. Mereka perlu menanggung pertambahan kos sara hidup antara 4% ke 20% melalui sistem percukaian ini. Ada yang menyatakan masalah ini boleh diatasi dengan pemberian BRIM antara RM 500 ke RM 1200 setahun.

Ada pembahas mengatakan kita ketinggalan kerana tidak mengikut negara-negara lain yang mengamalkannya. Disini saya ingin menyatakan falsafah Allahyarham Tun Abdul Razak yang menyatakan adalah tidar wajar kita mengikut negara lain dalam perkara yang tidak baik.Bukankah lebih baik jika kita dapat mengurangkan kadar percukaian dari masa kemasa melalui pengurusan kewangan negara dengan baik untuk kesejahteraan rakyat berbanding dengan membebankan rakyat dengan mengenakan cukai baru.

Wakil Rakyat terutamanya yang berugama Islam perlu mengkaji perkara ini supaya terlepas dari soalan di akhirat kelak seandainya sebarang keputusan melibatkan kezaliman.

Raja Abdul Rahman Bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya,

ujang kutik said...

Assalamualaikom Datuk,

Saya perhatikan ada kecondorongan mengutuk antara sesama pengulas.

Apa kata Datuk tetapkan pengulas tidak boleh mengutuk pengulas yang lain. Pengulas cuma dibenarkan memberikan pendapat/ulasan masing-masing.

Kaedah ini telah berjaya memantau pengulas/penonton oleh The Deen Show, Dr Zakir Naik.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Raja Abdul Rahman Bin Raja Mohammad Dain, aku nak tanya hang sikit pasal hang pandai bab islam:
malaysia ini negara islam kah?


macam ini elok tukat tiub halalkah, babe

langitbiru3 said...

Rawa Lanun-Bahasa said...

simpati saya kepada mu A Kadir Jasin
kerana terpaksa siarkan angan-angan langitbiru3 dalam zaman karpal singh menghina PAS.


kesian betul langitbiru3 hanya hidup dalam alam maya.

10:13 AM


Terimakasih.

Angan-angan untuk kebaikan satu keharusan. Jika disusuli dengan tindakan dan usaha,dengan ikhlas kerana Allah, insyaAllah jadi satu ibadat.

Masih ingat maksua ayat Az-Zariyat 56,
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”.




Tak apa lah Karpal hina PAS.

PAS itu cuma satu parti politik. Baik buruk PAS 100% bergantung kepada AHLInya. Orang hina PAS, ada yang tak kena dengan perangai ahlinya.


Bagaimana Chua Soi Lek hina Islam?

Islam itu Tauhid dan Akidah. Kesucian dan kesempurnaannya dijamin Allah swt. Orang yang hina Islam, ada yang tak kena dengan dirinya. TAPI kalau sekutu UMNO hina Islam, UMNO berpeluk tubuh berdiam diri, menunjukkan UMNO (di dalam fahaman politiknya) tidak komited dengan Islam.




Rawa Lanun-Bahasa said...


langitbiru3,
tunggu proses petisyen habis
Terimakasih.

Pengalaman PAS, patisyen tak pernah menang! JADi, Langitbiru tidak mengharapkan apa-apa kepada 27 patisyen kerusi Parlimen. Peluang nak menang SATU kerusi saja pun Cuma 0.1%.



Rawa Lanun-Bahasa said...
Raja Abdul Rahman Bin Raja Mohammad Dain, aku nak tanya hang sikit pasal hang pandai bab islam:
malaysia ini negara islam kah?


macam ini elok tukat tiub halalkah, babe
8:52 AM

Pemimpin Islam yang komited dengan falsafah pentadbiran Negara Islam, akan mendahulukan ZAKAT dari cukai.

ZAKAT adalah RUKUN ISLAM.
CUKAI adalah satu keperluan Negara.

ZAKAT wajib dilaksanakan.
CUKAI mesti dilaksanakan.

Rawa Lanun-Bahasa said...



hai, tak percaya kepada proses petisyen kah? empat kerusi; satu di balik pulau...rafizi yang kata dengan yakin

chua soi lek itu akhirnya di mana dengan poetic justice?

langitbiru3
bila nak jadi langitbiru7?
karpal singh kata over my dead body

Pemimpin Islam yang komited dengan falsafah pentadbiran Negara Islam, akan mendahulukan ZAKAT dari cukai

langitbiru3 berapa lama you jadi ahli pas?





raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Terima kasih kepada Sdr Rawa Lanun -Bahasa kerana beri repon kepada pendapat saya mengenai GST.Pada saya soal Negara Islam atau tidak bukan penting kerana kita tinggal di Bumi Allah. Saya yakin dengan ayat 58 Surah Adz-Dzuariyaat dan percaya Al-Qur'an adalah panduan hidup kepada semua manusia. Negara kita terkenal kerana mewujudkan Bank Islam, Persijilan Halal dan lain-lain produk berunsurkan Islam yang diterima baik banyak pihak. Bukanlah suatu perkara mustahil wakil rakyat kita boleh memperkenalkan sistem percukaian mesra Islam.

Tidak dinafikan ada masanya Kerajaan perlu mengenakan cukai untuk menampong perbelanjaan negara.Dicerita pada masa dahulu seorang Penguasa Negara Islam memerlukan dana untuk melawan musuh dalam peperangan.Beliau meminta persetujuan Ulamak mengenakan cukai kepada rakyat. Seorang Ulamak bagaimana tidak bersetuju melainkan pembesar-pembesar dan orang kaya menyumbang dahulu sebelum melibatkan rakyat,

Dikhabarkan GST akan dikenakan kepada semua rakyat termasuk yang miskin yang pada masa yang sama akan mengurangkan kadar cukai pendapatan perseorangan dan koporat.

Sekiranya GST dibentang di Parlimen maka terpulanglah kepada wakil rayat untuk bersetuju, bersetuju dengan pindaan ,menolaknya atau mengemukakan sistem cukai alternatip.Disini wakil rakyat berugama Islam perlu melihat samada sistem cukai yang diluluskan mesra Islam atau tidak.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

zainal abidin awang kechik said...

SELAGI UMNO DUK INGAT UMNO PARTI PUSAKA.. SELAGI ITU MALAYU LEMAH..TUN DAIM PUNYA KEBIJAKAN TU DAH BETUL..NAJIB DOK BACA DIA LEBIH POPULAR DARI BARISAN NASIONAL DAN UMNO..MCA PERLU UBAH SIKAP JIKA PELAKUN FILEM BOLEH JADI PEMINPIN.. ITU SILAP BESAR MCA,MCA TUN RAZAK BAGI KAT ANAK DIA JADI CALON.. ADA KAH ITU WAJAR.??? TAPI BAK KATA ORANG UTARA.. "KETEGAK" TADAK MANUSIA...
BILA NAJIB PUNYA MINIT DAH SAMA DENGAN PAK LAH.. TAK BERJALAN MAKA BN ITU LEMAH ..KERANA PM NYA LEMAH..ZAMAN TUN MAHATHIR..."SILA LIHAT" minit tun berbunyi>>seluruh EPU berlari untuk siapkan kelulusan kepada candangan kertas kerja. untuk di angkat ke JAMAAH MENTERI.

CEO MAYBANK DAH JADI TREND BOLEH JADI MENTERI.. INI MEMBUAT BN BERTAMBAH LEMAH KERANA DALAM BN TADAK SEKOQ PUN BOLEH TADBIR EKONOMI.. APA AWO TAU TENTANG KEPAYAHAN BN UNTUK MENANG PRU 13.. KITA LIHAT..NANTI.. MANA MALAYU AKAN TINGGAL ..DAN BAGAIMANA AWO MEMBANTU MALAYU DAN BN...
TAK SEKOQ LAWYER MALAYU DI BERI TUGAS UNTUK MAYBANK SELAMAT AWO JADI CEO..

TOK YANG TERBAIK NAJIB KENA CUTI.. BAGI KUASA KAT TPM UNTUK ^6 BULAN.. KITA TEST TPM..

KALAU TAK LINGKUP BN DAN UMNO AKAN JADI LDP DAN KOMINTANG ..

SAYA BERKERJA 3 BULUN UNTUK BN... APA TUN DAIM KATA TU DAH BETUL SANGAT...SAYA NAK TUNGGU MENTERI MANA NAK BEILI KERETA BARU DAN ADA SCANDAL...

ALLAH SELAMATAKAN MALAYSIA NEGARA KU...
(maaf tok agak kasaq sikit soal tanah air ku)



salam

Rawa Lanun-Bahasa said...

Terima kasih atas prihatin anda, The Scribe.

<a href="http://www.malaysiakini.com/news/230972'>No GST decision as yet, 7pct just a reference</a>

The Performance Management and Delivery Unit of the Prime Minister's Office (Pemandu) today clarified that no decision has been made on the implementation of the Goods and Services Tax (GST), and the final decision will come from the cabinet.

Please login to read full story.

Mika Angel-0 said...



Sdr Raja Abdul Rahman,
Cukai tetap cukai dan pepatah : don't evade tax; avoid it if you can.

Kita jangan lupa mereka perlu mengharungi kos sara hidup tinggi sebelum mendapat bantuan.Ini tidak berlaku dalam sistem kewangan Islam

Bukankah lebih baik jika kita dapat mengurangkan kadar percukaian dari masa kemasa melalui pengurusan kewangan negara dengan baik untuk kesejahteraan rakyat berbanding dengan membebankan rakyat dengan mengenakan cukai baru

Kita jangan lupa mereka perlu mengharungi kos sara hidup tinggi sebelum mendapat bantuan.Ini tidak berlaku dalam sistem kewangan Islam

Maka sedikit 'light reading'

http://www.adelaidenow.com.au/jessica-irvine-takes-a-look-at-the-goods-and-services-tax-gst/story-e6frea6u-1226647873312

Why the GST may not be good for us

Pertanyaan saya, sistem kewangan Islam macam mana?
Itu pokoknya; dan fahaman saya:
'guan eng is pm material; not mohd najib tetapi apa boleh buat semua dah terlambat'

maaf, anda cakap pusing-pusing
dan gst itu jadi bahan politik pembangkang tiba-tiba saperti di atas - permulaan;

Zaharuddin Abdullah said...

Kata nak bantu rakyat dan kurangkan kos sara hidup?
Cukai yg ada sekarang pun dah tak larat.
Kereta mahal, rumah lagi tak mampu nak beli, uiit ini cukai makanan pula ke?

Habis bungkus lah lame duck PM!

Please fire all ur pembantu who are dumb! Take me as ur advisor.
Nasihat no 1: Turunkan cukai kenderaan
No 2 Prima di pendalaman
No 3 Rumah untuk Felda Gen 2
No 4 Lahirkan usahawan graduan
No 5 Kedai Ikan 1Malaysia di setiap parlimen
No 6 Buang MB@ Pengerusi perhubungan yang gagal
No 7 Hapuskan politik wang dalam pemilihan Umno Bahagian

din said...

sokong GST
banyak kelebihannya..

APA YANG ANDA PERLU TAHU BERKENAAN GST?.. BACA DULU & FAHAM SEBELUM BERI PENDAPAT ..

SUPAYA PENDAPAT TUAN / PUAN LEBIH BERISI


sumber - baca disini

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Terima kasih saya ucapkan kepada Sdr Mika Angel-o kerana berkongsi pendapat mengenai isu GST dan sistem kewangan Islam. Saya berpendirian mana-mana Kerajaan atau wakil rakyat boleh membentangkan apa-apa isu di Parlimen. Jika diterima untuk dibahaskan adalah harapan saya tiap-tiap wakil rakyat bebas untuk melahirkan pendapat mereka dengan tidak terikat dengan "Either you are with us or you are not".

Sebagai seorang Islam adalah tanggungjawab kita menentukan tiap-tiap rang undang-undang tidak becanggah dengan syariah Islam.GST adalah sejenis cukai dikenakan kepada rakyat maka adalah tanggungjawab wakil rakyat berugama Islam menentukan ianya tidak bercanggah dengan apa yang ditentu Allah dalam Al-Qur'an bagi kesejahteraan umat manusia.

Memang tiada sistem kewangan Islam secara menyeluruh. Ini adalah kerana keadaan tidak serupa diseluruh dunia mengikut geografi dan sumber asli.Yang penting Allah telah memberi panduan secukupnya dalam Al-Qur'an cara mengurus hidup yang adil pada semua.

Terpulanglah kepada wakil rakyat berusaha sedaya upaya memertabatkan cara hidup yang mesra Islam melalui perundangan yang diluluskan Parlimen. Inilah masanya untuk PAS memperkenalkan undang-undang kewangan mesra Islam dalam usaha memperjuangkan negera berkebajikan.

Pada masa lampau tidak banyak wakil rakyat berugama Islam yang membangkitkan isu-isu seperti ini kerana diterapkan dengan budaya Kerajaan yang ada diterajui oleh orang Islam dan dengan itu tidak ada yang perlu dirisaukan kerana pemimpin kita akan terus mempertahankan kedudukan Islam.

Salah satu cara untuk membantu negara menguruskan kewangan negara dengan baik supaya rakyatnya sejahtera adalah dengan menentukan cara hasil minyak yang dikurniakan Allah kepada negara diagihkan dengan mengutamakan hak rakyat. Banyak lagi yang boleh dimajukan wakil rakyat bagi meningkatkan hasil negara tanpa perlu memperkenalkan cukai tambahan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).