Thursday, June 13, 2013

Perpaduan Melayu: Peluang Yang Terlepas


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

CERITA ketidakserasian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya, Abdul Khalid Ibrahim sudah basi.

Umum sudah tahu masalah antara Ketua Perhubungan PKR Selangor itu dengan Menteri Besar Selangor kerana telah berlaku secara terbuka.

Cerita Barisan Nasional diselamatkan oleh orang Melayu, Bumiputera dan luar bandar pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu pun sudah diketahui. Yang belum jelas ialah apa yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, akan buat untuk mereka.

Begitu juga cerita Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditolak oleh penyokongnya sendiri kerana mengorbankan prinsip perjuangan – Negara Islam dan Hukum Hudud – apabila terlalu taasub dengan kerjasama dengan PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan “Kerajaan Perpaduan” di Selangor, Terengganu dan Kedah.

Di Selangor ia ada kaitan dengan permusuhan antara Azmin dan Abdul Khalid. Di Terengganu kerana kecenderungan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ke arah perpaduan Melayu dan Islam.

Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius. Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

Di antara tiga parti itu, PAS adalah yang paling kuat di Selangor dengan menguasai 15 daripada 56 kerusi DUN, diikuti PKR 14 dan Umno 12. Daripada 14 Adun PKR, 10 adalah Melayu.

Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka.

Di Terengganu pula, kepemimpinan PAS negeri dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN manakala PAS 14 dan PKR satu.

Di Kelantan pun angin perubahan dikatakan telah mula bertiup berikutan pengunduran diri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dan digantikan oleh Ahmad Yakob.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom, telah melawat Kelantan dan menemui Ahmad (lihat di sini).

Hatta di Kedah pun ada cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

Tetapi pelung keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno tidak mahu bantuan luar.

Tanpa menolak persaingan politik dan perbezaan ideologi, adalah satu petanda baik bahawa kini muncul pemimpin tertentu dalam parti-parti yang mewakili atau yang mempunyai banyak penyokong Melayu-Islam yang mula memberikan perhatian serius kepada isu perpaduan Melayu-Islam.

Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan.

Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam. Wallahualam.

60 comments:

MUMMY ROKIAH said...

Salam Datuk,
Di Kedah apabila BN ambil alih mereka nak tutup KUIN (Kolej Universiti Insaniah) ada yang kata nak jual dan ada yang kata nak dirincik-rincikkan untuk diswastakan. Seperti bola politik dibuatnya.

Ini lah akibatnya jika terlalu mengamalkan politik dendam mendengar nasihat pentadbir negeri yang kini memangku Rektor (lucunya yang memangku itu bukan dari kalangan academician).

Semua nya atas alasan kerajaan negeri tidak ada wang.

Alasan ini sungguh cabuk kerana rakyat memilih BN adalah untuk memudahkan disalur peruntukan dari Kerajaan Persekutuan (apa peranan Kerajaan Persekutun?).

Apa yang Kerajaan BN harus lakukan ialah KUIN harus dinaik taraf sebagai Universiti penuh bukan dikoyak-koyakkan.

Sanggupkah Melayu melihat sebuah gedung ilmu hancur? Kalau kaum Cina jika sekolah vernakular mereka tidak ada wang yang pasti akan mereka ikhtiarkan untuk diselamatkan maka datanglah sumbangan dari tauke ekor haram, tauke sayur, tauke simen, tauke besi dan tauke kayu untuk memberi sumbangan janji sekolah jangan tutup.

Jika Kerajaan persekutuan mampu salurkan jutaan ringgit kepada sekolah Cina vernakular mengapa tidak disalurkan kepada KUIN?

Ingatkah kita bagaimana MCA pernah berpakat sesama Cina tidak kira parti pembangkang berhempas pulas berjuang untuk mendapatkan Universiti Merdeka satu ketika dulu?

Hari ini apa yang ada dalam tangan hendak dimusnahkan hanya perbezaan politik sempit.

SEDIH.


Lahuma said...

Dato.

Perpaduan sebenar Melayu/Islam semoga menjadi kenyataan.
----------------------------------

UMNO dan Pas perlu dudok sekelambu.
Penyatuan UMNO dan Pas sudah cukup menjamin masa depan Melayu/Islam.

Perjuangan Pas akan terlaksana juga.
Impian UMNO pun sejalan dengan inspirasi Melayu/Islam.

Biarlah PKR dan Dap berlakon di Pulau Pinang dengan wayang tongkoi dan naga mereka.

UMNO dan Pas kibarkan panji-panii Islam.Gabungkan lambang UMNO/Pas.

Tak perlu lagi menadah mangkok pada orang lain.Tergadai agama dan bangsa serta negara.

Pemimpin berjiwa Islam sejati akan disokong penyokong UMNO dan Pas.

Tukarkan semua pemimpin JADIAN yang penuh dengan skandel akhlak dulu dan kini.

UMNO/Pas jadi pemimpin bersih amanah dan cekap takbir urus negara.

Percayalah PKR dan Dap bukan tempat Melayu /Islam berteduh.

Masa depan Melayu/Islam ditangan orang Melayu/Is;am bukan ditangan orang Cina atau lainnya.

Eloklah bersatu.

Apa pun sudah pasti ada yang menentang pula dari dalam akan cadangan ini.Wajah-wajah mereka pun kita kenali.Mereka ada kepentingan diri dan kelompok.

Penentang ini mereka sudah kaya raya dan senang lenang.Cuma mereka tidak senang melihat Melayt/Islam bersatu hati berkongsi kuasa.

Semoga Allah membuka semua hati orang Melayu/Islam penuh keberkatan.

Jumpa lagi.Terima kasih.

johan5150 said...

salam...sedih tengok politik malaysia.asyik melayu defensif sahaja.tengok korean..samsung s4 aja dah jual 10juta unit.bukan susah buat talipon.it is just a RADIO!

kos radio tak sampai rgt10.jual rgt2000.tolak itu ini,untung bersih rgt1000 satu phone.10juta phone maknanya rgt10BILLION!

kenapa melayu tak buat talipon? merapu betul politik

abdullahngah said...

Orang Melayu sudah sekian lama lemah. Bukan setakat lemah malah sudah layu serba serbi, termasuk dari segi agama dan akidahnya.

Pak Cik said...

Salam Dato

Tahniah kerana menulis artikel ini.
Ini lah harapan dan suara hati rakyat marhaem Melayu Islam dan Bumiputera yg lain.

Biaq pi dengan segelintir pemimpin orang Melayu (BN & PR) yang masih gila dan mimpikan kuasa.

Mereka lupa siapa kuasa penentu

azhar said...

salam dakj

dari segi ekonomi orang melayu memang masih lemah.

ramai orang melayu yang telah berjaya tidak mempunyai ruh ,semangat dan jiwa membantu melayu yang lain.wal hal kejayaan mereka adalah disebabkan dasar -dasar yang lahir dari semangat membantu melayu yang lemah ditindas beratus tahun lamanya.

dari segi politik saya fikir orang melayu/bumiputera tiada kuasa dipulau pinang kurang sedikit di selangor dan sangat kuat di negeri negeri yang lain.Bagi peringkat negara-(parlimen) orang melayu/bumiputera sangat kuat.

kekuatan yang yang ada di harap dapat diterjemahkan didalam melaksanakan dasar dasar yang sangat menguntung melayu dan bumiputera dari segi ekonomi.

Untuk orang melayu berjaya dari segi ekonomi orang melayu perlu menanamkan semangat yang kuat dalam diri membantu sesama bangsa sendiri didalam menjalankan kegiatan ekonomi.

setiap ringgit perlu dipastikan bertukar tangan dari satu melayu kepada satu melayu yang lain dan bertukar sebanyak kali yang boleh diantara sesama melayu.setiap pertukaran ini bermakna telah berlaku satu kegiatan ekonomi sesama melayu.

Insya ALLAH boleh berjaya jika setiap melayu dapat melakukanya.


Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

Nik Aziz kata dia nak ludah orang jumpa dia nak cakap pasal perpaduan..kui3

rahimlpp@yahoo.com said...

Dato'@ Menitis air mata saya membaca catatan Dato' kali ini dan selepas melihat video persidangan akhbar oleh MB Kelantan bersama Jamil Khir. Saya nampak keiklhsan mereka untuk bergerak kearah perpaduan.
2. Halangan kearah perpaduan terlalu banyak kerana kepentingan peribadi mengatasi kepentingan ummah Melayu. Kita patut kenal pasti manusia durjana ini dan kita tentang mereka habis-habisan.
3. Kesediaan Kerajaan Kelantan menjadi tuan rumah Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ini menjadi petanda awal bahawa angin perubahan sedang bertiup cuma arahnya sahaja perlu dibetulkan. Di samping itu penyertaan peserta wanita dari Kelantan setelah sekiranya lama tidak dibenarkan satu petanda baik yang Menteri Besar yang baru lebih bersedia kearah perubahan demi perpaduan Melayu.
4. Nampak keiklhsan MB Kelantan yang baru untuk berkerjasama demi kepentingan Melayu Dan Islam tanpa taksub kepada retorik perjuangan Parti yang berubah mengikut suasana dan kepentingan pihak tertentu.

Iklas,
Rahim

antisyaitan said...


Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan.

Selamat siang Datuk AKJ,

Tahniah kerana telah sedar orang Islam-Melayu khususnya lemah disegi ekonomi setelah lebih 55tahun ditadbir oleh UMNO/Perikatan/BN.

Walaubagaimana pun orang Melayu mesti cium tangan pemimpin-pemimpin UMNO kerana telah berjaya melahirkan 3 orang billioner yang tersenarai dlm senarai 100org terkaya diMalaysia sehingga ada yang berjaya menguasai (dibelakang tabir) syarikat pengeluar arak terbesar di rantau ini.

Sempena malam jumaat (malam ini) saya menyeru seluruh rakyat Malaysia Islam-Melayu mengadakan sujud syukur bagi menyatakan kegembiraan diatas kejayaan pemerintahan UMNO/Perikatan/BN selama lebih 55tahun yang telah meletakkan Islam-Melayu ditahap yang terunggul didunia.

Jangan lupa untuk jemput DS Chua Soii Leg dan Tun Dr Mahathir untuk sama-sama mengaminkan doa.

Rawa Lanun-Bahasa said...


The Scribe

betul kah tak ada 'repercussion' dari
dalam bn di semenanjung dan sabah?

fikir betul-betul
jangan susahkan orang pas

umno, parti itu akan mati bunuh diri

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Syabas Datuk. Kupasan isu yg sungguh menarik dan signifikan sekali demi kelangsungan (survival) umat Melayu/Islam.

Izinkan saya berkongsi serba sedikit pandangan berkaitan isu tersebut.

Bahagian 1

1. Terlebih dahulu izinkan juga saya sentuh gaya kempen BN di PRU13 tempohari. Tatkala menerima Kit Tindakan dengan tema 'KITA SOKONG NAJIB RAZAK', saya agak kehairanan. Sewajarnya ditonjolkan 'KITA SOKONG BN' berserta gambar dacing yg dipangkah disebelahnya. Jelaslah bak kata Datuk yg PM Najib 'perasan' bahawa PRU13 lalu seakan pilihanraya ala presiden US. Benar kata Tun Daim bahawa 'inner circle' PM Najib mesti DIPECAT!

2. Isunya sangat mudah difahami. Bak seorang pelajar yg buat karangan tapi terkeluar tajuk! Ternyata mempromosi jenama 'Najib', logo 1Malaysia dan gambar 'jari telunjuk' secara berlebihan telah memakan diri dan SAH diBAKULSAMPAHKAN oleh lebih 90% pengundi kaum Cina.

3. Moral daripada apa yg dikatakan PM Najib sendiri berkenaan PRU13 iaitu TSUNAMI CINA ialah CUKUP-CUKUP SUDAH angkat 'jari telunjuk' itu. CUKUP-CUKUP SUDAH jerit/pekik/laung/lolong slogan KOSONG '1Malaysia'. Kita umat Melayu/Bumiputera Sabah/Sarawak sahaja yg beriya-iya menyambut lontaran suara PM Najib, "SATUUU...." dengan tulus mulus tak berbelah bahagi menjawab, "MALAYSIA!". Sedangkan kaum Cina ternyata TUMBUK RUSUK TIKAM BELAKANG!

4. Sebenarnya pendekatan pedagogi (jika dalam proses pengajaran-pembelajaran) yang mana guru melantunkan suara menyebut satu perkataan separa lengkap dan kemudian mengharapkan pelajar menyambungkannya ADALAH SANGAT KETINGGALAN ZAMAN! Misalnya, seorang guru melontarkan, "Jika mahu berjaya kita mesti belajar bersungguh-SUNG...." dan murid pula menyambungnya, "GUH...". Itulah caranya yg dilakukan PM Najib dalam melontarkan MANTERAnya, "SATUUU...." dan rakyat yg naif pun menyahut, "MALAYSIA!".

4. Tolonglah bina TRADEMARK sendiri. Kenapa ditiru suara keramat "MALAYSIA...", "BOLEHHH!"? Percayalah Datuk, mulai pasca PRU13 ini PM Najib (jiks tahu rasa malu) tak akan berani lagi melengkingkan suara, "SATU..." kepada khalayak lebih-lebih lagi dalam kalangan kaum Cina!

5. Berbalik kepada isu kemenangan BN yg diwar-warkan PM Najib bahawa UMNO semakin kuat semata-mata atas faktor angka (2008 - 79 kerusi, 2013 - 88 kerusi) ternyata beliau MASIH TERTIPU oleh penasihat-penasihat songsang seperti Omar Ong dan Alies Anor Abdul itu. Sindrom suka atau lebih tepat lagi TABIAT HANYA SUKA MENDENGAR YG ENAK-ENAK SAHAJA ternyata akan meranapkan UMNO/BN sendiri.

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Bahagian 2

6. Barangkali ramai yg sudah melupakan atau SENGAJA BUAT-BUAT LUPA akan peranan yg dimainkan oleh ratusan NGO Melayu bersama beratus-ratus laporan polis pula dan barisan Ahli Parlimen BEBAS yg begitu pro BN atas semangat patriotisme dan sayangkan tanahair. Ketika itu Pemuda UMNO yg impotent bagaikan 'no balls' langsung tidak memberi sebarang reaksi terhadap apa jua isu dan provokasi melampau puak DAP, PKR dan PAS. Waima kini ketika YDP Agong diperlekeh dan dihina, Rasulullah SAW dicela, Utusan digampangkan oleh Azran Osman Rani dan di'endorsed' oleh Nazir Razak sendiri di manakah perginya panglima KJ, Razali Ibrahim dan jentera pemudanya?

7. Justeru Datuk tidak hairanlah kenapa saat keemasan pembentukan KERAJAAN PERPADUAN MELAYU terlepas begitu sahaja. Manakan tidak jika PM Najib sebagai kepala jentera BN dan KJ panglima Pemuda UMNO/BN sendiri gagal membaca dan menganalisis secara tuntas fenomena penolakan secara TOTAL oleh kaum Cina pada PRU13 yg lalu maka tidak hairanlah jika peluang terbaik umat Melayu/Islam membentuk kerajaan perpaduan yg mana berupaya MELONJAKKAN nasib bangsa terlepas begitu sahaja. Mereka ini, termasuklah Ahli Majlis Tetinggi UMNO sendiri kebanyakannya MEDIOCRE Datuk!

8. Lihat sahaja bagaimana tatkala para penyokong yg telah menaikkan semula PM Najib di tampuk kuasa TERNANTI-NANTI IMPAK bermakna terhadap kelompok Melayu/Bumiputera Sabah/Sarawak selepas PRU13 tetapi ternyata kecewa dan hampa. Apakah cukup sekadar tindakan kosmetik dengan Majlis Tilawah Kebangsaan di Kota Bahru dan bantuan ciput Di Sarawak (oleh PM Najib) dan di Kelantan (oleh DS Jamil Khir) tempohari. Sabah pula bagaimana? Jangan lupa Lim Kit Siang telah pun melancarkan GERAK GEMPUR menawan Putrajaya dan Sabah di PRU14. Sila rujuk roketkini.com.

9. PM Najib MESTI BERANI TRANSFORMASI DIRI SENDIRI DULU! Fokuskan kawasan yg mana BN menang dan bangunkan secara strategik. Perkasakan SEKOLAH KEBANGSAAN (National School). Tambah peruntukan untuk sekolah kebangsaan. Bina dewan, gelanggang bola keranjang, tenis dan tubuhkan 'Brass Band' dan Wind Orchestra. Ambil guru-guru 'native speakers' bahasa Inggeris, Mandarin dari negara asal mereka dan hantar ke seluruh sekolah kebangsaan di segenap pelosok negara.

10. INGAT! Kita mesti JELMAKAN IMEJ YG SETARA DENGAN JENAMA 'NATIONAL SCHOOL' pada sekolah kebangsaan. Jika tidak jangan panggil sekolah kebangsaan. Panggil saja sekolah Melayu atap saja. Memang! Ini disebabkan rata-rata sekolah kebangsaan sangat daif infrastrukturnya. Guru-guru bahasa Inggeris yg kurang cekap. Kita mahu guru-guru bahasa Inggeris yg kreatif, upaya melahirkan murid yg boleh berdebat dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Mewujudkan English Drama, Coral Speaking dan English Choir di sekolah kebangsaan. Duhai PM Najib. Tolong sahut CABARAN ini! Atau UMNO/BN akan dibungkus-lingkupkan oleh yg dikendong kini (yg dikejar tak dapat-dapat walau beratus juta bantuan dicurah di SJKC, Ah Jib Gor nama diberi, 1 jari diangkat tinggi). Be realistic!

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Syabas Datuk. Kupasan isu yg sungguh menarik dan signifikan sekali demi kelangsungan (survival) umat Melayu/Islam.

Izinkan saya berkongsi serba sedikit pandangan berkaitan isu tersebut.

Bahagian 1

1. Terlebih dahulu izinkan juga saya sentuh gaya kempen BN di PRU13 tempohari. Tatkala menerima Kit Tindakan dengan tema 'KITA SOKONG NAJIB RAZAK', saya agak kehairanan. Sewajarnya ditonjolkan 'KITA SOKONG BN' berserta gambar dacing yg dipangkah disebelahnya. Jelaslah bak kata Datuk yg PM Najib 'perasan' bahawa PRU13 lalu seakan pilihanraya ala presiden US. Benar kata Tun Daim bahawa 'inner circle' PM Najib mesti DIPECAT!

2. Isunya sangat mudah difahami. Bak seorang pelajar yg buat karangan tapi terkeluar tajuk! Ternyata mempromosi jenama 'Najib', logo 1Malaysia dan gambar 'jari telunjuk' secara berlebihan telah memakan diri dan SAH diBAKULSAMPAHKAN oleh lebih 90% pengundi kaum Cina.

3. Moral daripada apa yg dikatakan PM Najib sendiri berkenaan PRU13 iaitu TSUNAMI CINA ialah CUKUP-CUKUP SUDAH angkat 'jari telunjuk' itu. CUKUP-CUKUP SUDAH jerit/pekik/laung/lolong slogan KOSONG '1Malaysia'. Kita umat Melayu/Bumiputera Sabah/Sarawak sahaja yg beriya-iya menyambut lontaran suara PM Najib, "SATUUU...." dengan tulus mulus tak berbelah bahagi menjawab, "MALAYSIA!". Sedangkan kaum Cina ternyata TUMBUK RUSUK TIKAM BELAKANG!

4. Sebenarnya pendekatan pedagogi (jika dalam proses pengajaran-pembelajaran) yang mana guru melantunkan suara menyebut satu perkataan separa lengkap dan kemudian mengharapkan pelajar menyambungkannya ADALAH SANGAT KETINGGALAN ZAMAN! Misalnya, seorang guru melontarkan, "Jika mahu berjaya kita mesti belajar bersungguh-SUNG...." dan murid pula menyambungnya, "GUH...". Itulah caranya yg dilakukan PM Najib dalam melontarkan MANTERAnya, "SATUUU...." dan rakyat yg naif pun menyahut, "MALAYSIA!".

4. Tolonglah bina TRADEMARK sendiri. Kenapa ditiru suara keramat "MALAYSIA...", "BOLEHHH!"? Percayalah Datuk, mulai pasca PRU13 ini PM Najib (jiks tahu rasa malu) tak akan berani lagi melengkingkan suara, "SATU..." kepada khalayak lebih-lebih lagi dalam kalangan kaum Cina!

5. Berbalik kepada isu kemenangan BN yg diwar-warkan PM Najib bahawa UMNO semakin kuat semata-mata atas faktor angka (2008 - 79 kerusi, 2013 - 88 kerusi) ternyata beliau MASIH TERTIPU oleh penasihat-penasihat songsang seperti Omar Ong dan Alies Anor Abdul itu. Sindrom suka atau lebih tepat lagi TABIAT HANYA SUKA MENDENGAR YG ENAK-ENAK SAHAJA ternyata akan meranapkan UMNO/BN sendiri.

Urang Awak said...

Saya melihat tujuan atau rancangan yang dibuat oleh pihak2 tertentu untuk menggabungkan diantara ketiga2 parti iaitu UMNO, PAS & PKR masih samar2. Saya percaya bahawa rancangan tersebut tidak akan berjaya dalam objektifnya iaitu untuk menjaga kepentingan, kekuatan serta memperjuangakan umat Melayu. Saya berani katakan sedemikian berdasarkan persepsi saya seperti berikut:-

a) Lebih 55 tahun memerintah dengan segala kekuatan wang ringgit, kuasa executive serta ahli yg begitu ramai... mengapa sekarang perlu UMNO mengumpulkan kekuatan baru demi untuk menjaga kepentingan orang2 Melayu?

b) Berlainan dengan UMNO di zaman era pemerintahan Tun Razak, kini UMNO tidak lagi mempunyai pemimpin2 yang berkelibar dalam usaha membentuk kerangka atau plan yang baik lagi tersusun demi untuk mencipta formula baru bagi orang2 Melayu. Gelagat pemimpin2 sekarang lebih kepada keazaman untuk mengumpul & meninbunkan harta seberapa banyak yang boleh semasa dalam tempoh berkuasa.

3) UMNO tidak jujur & ikhlas. Dulu UMNO telah melamar PAS ketika susah dan menendang parti tersebut keluar dari BN apabila berjaya kembali menguasi & membentuk kekuatan baru dengan kemasukan parti Gerakan dalam BN.

4) Parti yang dibentuk atas dasar PERKAUMAN tidak lagi popular dimasa2 akan datang. Rakyat Malaysia semakin lama semakin matang dan sekali gus element2 perkauman tidak lagi menjadi isu besar. Sebaliknya rakyat Malaysia dari generasi baru akan lebih mengutamakan isu2 ekonomi & persaingan ilmu.

5) Ketidakpuasan hati rakyat serta penilaian yang diambil kira dimasa2 akan datang bukan terhadap parti2 tertentu tetapi lebih kepada pemimpin2 yang berkebolehan. Pemimpin dari jenis spesis macam Rais anak Yatim, Hishamuddin, Shah~lizard, Soi Lek, dll tidak laku dimasa2 akan datang.
Rata2 mereka mahukan dari jenis2 seperti Khairy Jamaluddin & Rafizi.

Saya percaya orang2 yang masih lagi memperjuangkan serta mengutamakan soal2 ethnic adalah jenis2 orang2 yang lahir dizaman penjajah seperti Dato dan saya sendiri (mugkin sekarang saya tidak lagi). Wallahualam

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Berbeza pandangan politik bukanlah berpecah. Kesatuan mungkin membawa kekuatan tetapi tidak semestinya memacu kemakmuran. Kerajaan yang bersatu dan terlalu kuat membawa kebaikan kepada pemerintah tetapi mungkin buruk kepada rakyat jelata. Kuasa cenderung disalah guna apabila terlalu banyak yang ada di dalam tangan.

Lazimnya apabila wujud keadaan yang memerlukan, Melayu akan bersatu dengan sendirinya. Bila keadaan tenang, macam2 kumpulan wujud. Bila terdapat tekanan, perpaduan akan terbentuk sendiri. 13 Mei 1969 dan selepasnya adalah bukti terbaik tentang perpaduan, bukan sahaja di kalangan Melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Di Kedah masih ada dua kekosongan exco. Menteri Besar dan ketua pembangkangnya terhasil dari program pendidikan MARA. Meeka biasa berjumpa dalam majlis-majlis alumni sekolah dan lain2. Mungkin tidak turut serta dalam kerajaan tetapi peranan pembangkang yang membina mungkin boleh dimainkan. Manakan tidak, kedua-duanya bakal memakai tali leher yang sama pada setiap Rabu. Tun Dr. Mahathir pun pernah melawak bila diperkenalkan Ir Amiruddin sebagai ADUN Anak Bukit, "ADUN saya", katanya.

imlan adabi said...

Perkembangan tidak berakhir setakat rencana ini saja. Akan ada susulan yang menarik, juga mendebarkan!

Raison D'etre said...

AKJ,
Nak gelak pun ada, sedih pun ada baca posting ini.

Betui ka sebab agama dan bangsa ni? Pasai apa bila dah terhantuk baru nak tergadah? (Maaf kalau salah eja no... )

Pasai in between the lines terselit tak boleh komproni pasal calon MB etc.

Aik... Tiu Na? Bukan pasai prinsip? Atau perjuangan?

Bosanlah gerakan macam ni. Buatlah dari luar lagi bagiuh.

Pakat2 lah Callo He daripada Parti yang dah lari dari tembok perjuangan masing - masing dan buatlah Parti Baru yang bersungguh2 memperjuangkan agama, negara dan bangsa (in that order la sepatutnya pada hemah saya yang kerdil ini).

Baru la nampak genuine. Ini tak. Dok bergerak belakang tabir. Ape ke he...

Janji depan lain, belakang lain. Ciri munafik nih.

Wallahualam. Saya memang insan kerdil yang tak pernah nampak the bigger picture.



ab said...

Salam dato,




Bagus sekali tulisan dato ni.




Penyatuan umat muslim/bumiputra sejak 1400+ tahun lalu adalah bersifat `top-to-bottom event'




Sekarang ni,YANG kuat nak `united' sangat ni ni `bottom widespread'...YANG kat atas tu masih haru biru,tak ketahuan hala,mamun,mimpi, mengigau dan meracau..





NAK TAK NAK, `top- to- top' mesti kuat dulu baru ada a very very good `TOP'.





AKAN DATANG satu`emotional / momentum/ spiritual defining event' jadi trigger yang SANGAT SANGAT KUAT untuk mengubah haluan TOP-TO-BOTTOM ni kearah penyatuan itu...




Kematian tertentu,keruntuhan ekonomi,minyak,candu,tembakau,emas,harta rampasan perang sudah lama menjadi ``the defining event'/trigger yang mengubah kearah bersatu..(atau berpecah belah).




Sekarang nampaknya media(TV,radio),internet,twitter,spekulasi duit/bond,bank run, dll dah masuk dalam kategori tersebut..BOLIH MENJADI impetus/trigger kearah penyatuan/pecahbelah Negara...




Bila la agaknya itu?.






Abu Bakar Ab Rahman


ABD RAHMAN Ahmad said...

Kenapa/mengapa ahli-ahli PKR yang Melayu tu tak menjadi ahli PAS terus?

Sufian Idrus said...

Datuk,

Saya merujuk kepada komen berasiam bahawa kedua-dua MB dan Ketua Pembangkang Kedah memakai tali leher yang sama pada hari Rabu. Ingin diperbetulkan di sini bahawa pemakaian tali leher yang sama pada hari Rabu adalah amalan bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar atau ahli MCOBA. Manakala bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara atau ahli ANSARA tidak mempunyai amalan sedemikian.

Walaubagaimanapun, orang Melayu memerlukan pemimpin yang benar-benar berwibawa dan berkebolehan untuk menyatukan orang Melayu. Bukan pemimpin yang merendah-rendahkan dan memburuk-burukkan seteru politik demi kepentingan diri sahaja. Setakat ini, masih tidak ada pemimpin yang sedemikian dari mana-mana pihak.

Sufian Idrus

musang king said...

Datuk,

Saya setuju lah dengan cadangan Fikir Tajam itu,mengenai sekolah kebangsaan.Sekarang ini, sekolah yang paling asas ialah sekolah kebangsaanlah.Sekolah bagi orang miskin,orang kebanyakan dan sekolah kebanyakannya untuk orang melayu.Maklumlah orang melayu rata-rata senak memanjang.Pemimpin-pemimpin umno pun puas hatilah sudah sedia sekolah pada rakyat melayu amnya.Mereka lupa nak perkasakannya.Sekadar ada sudahlah.

Kebanyakan murid melayu duduk jauh dari sekolah.Memakan masa dan duit tambang untuk sampai ke sekolah.Banyak juga mak bapak hantar dan ambil anak mereka.Masa terbuang banyak dan kerja terpaksa tunda dan terganggu.Sungguh rugi benar di sini.Lain dari pelajar cina yang sekolah berada di tepi rumah mereka sahaja.Ini pun polisi kerajaan yang tidak pun menguntungkan melayu.Penasihat dan pembuat dasar yang gagal bagi melayu.

Biasanya kita pilih yang terbaik.Jika sekolah kebangsaan lebih baik dan lebih lengkap,jangan kata cina india,apa bangsa pun akan ke situ.Ketika itu,sesuailah kerajaan bagi tekanan dan kerumitan sikit kepada sekolah jenis kebangsaan yang semakin semak itu.

'Yang tu pun nak kena bagi tau dekat kerajaan ka'?

terima kasih,sekian.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Sebenarnya dalam Islam tiada istillah terlepas peluang selagi kita masih hidup. Tiap-tiap kejadian ada hikmahnya selagi kita yakin dengan ayat disebalik tiap-tiap kesukaran ada kebaikannya.

Yang penting kita belajar dari kesilapan kita dan mengambil tindakan untuk memperbaikinya. Pada saya masalah yang dihadapi UMNO adalah mereka tiada pelan alternatip untuk menghadapi perubahan kepada sesuatu keadaan. UMNO telah diyakinkan akan menang 145 kerusi dan dengan itu tidak mempunya pelan sekiranya mereka gagal mencapai tahap tersebut. Bahan kempen terlalu agresif sehingga sukar untuk merendah diri meminta bantuan dari pihak lawan yang telah dikutuk habis-habisan.

Saya tahu amat mengerunkan jika PR dapat memberi perkhidmatan terbaik bagi 5 tahun akan datang.Ini bermakna BN akan kehilangan pengaruhnya sebagai sebuah parti yang boleh memberi kemakmuran kepada rakyat.

Kepada YAB PM saya seru memperkukuhkan diri dan tidak lagi bergantung kepada penasihat yang menjadi sokong membawa rebah.Berlapang dada dan memahami keperluan rakyat dan tidak kepada mereka yang mempunyai agenda tersendiri.Tanya diri sendiri adakah aku adil semasa menjalankan amanah yang diberi rakyat. Mengapa Pulau Pinang diberi peruntukan membina 2 buah jambatan sementara rakyat Kelantan tidak diberi bekalan air bersih walaupun negeri itu menyumbang hasil minyak negara.

Jangan ada was-was dalam menjalankan tugas terutamanya membantu mereka yang memerlukan. Hulurkan tangan persahabatan kepada semua.Yang penting adalah untuk mewujudkan suasana tanggungjawab setiap MP berkerja sebagai satu pasukan untuk kepentingan rakyat tidak kira apa parti yang mereka wakili.Pada mulanya ia mungkin janggal sehingga ianya menjadi kebiasaan.

Kita bersyukur kerana mempunyai ramai wakil rakyat dari kalangan kita yang dilantik rakyat. Gunakanlah kedudukan terbaik untuk menyelesaikan masalah umat dan negara.Memang terdapat kesukaran kepada sesetengah orang yang pernah memandang rendah bangsanya sendiri sebelum ini.Yang perlu adalah untuk berlapang dada dan maju kehadapan. Insyaallah dengan adanya political will kita akan menjadi bertambah kuat.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencentus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

Mat said...

Mummy Rokiah serkap jarang.

realiti said...

ramai orang melayu yang telah berjaya tidak mempunyai ruh ,semangat dan jiwa membantu melayu yang lain.wal hal kejayaan mereka adalah disebabkan dasar -dasar yang lahir dari semangat membantu melayu yang lemah ditindas beratus tahun lamanya.

===

Ini adalah kenyataan, yang berusaha dapat menikmati hasil titik peluhnya. Takkan nak bagi kepada orang lain pulak.

Tentang perpaduan, tak kira apa bangsa dan agama pun mana ada 100 % ?. Belainan pendapat memang biasa kalo 100% "perpaduan" maknanya, ada yang pegang tali dan semua lain adalah macam lembu, ikut buta buta.

Dikalangan orang Tiong Hua pun ada pepechahan: MCA, Gerakan, Dap dsb. Di kalangan India pula; MIC, PPP dan lain lagi.

Memang biasalah. Di Pakistan. Mesir dsb, pun tiada perpaduan 100 %.

Dalam agama pun, banyak mazahab.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Perpaduan Islam mmg dialu alukan tetapi tidak dgn UMNO.Perpaduan pd UMNO ialah PAS kena duduk dibawah telapak kaki UMNO..Nothing less than that..

Saya tak tau lah jika masih ada pemimpin PAS yg tidak mempunyai maruah dan harga diri sanggup menerima lamaran UMNO..

Semua tawaran tawaran UMNO kepada PAS adalah diibaratkan telunjuk lurus kelingking berkait..Tujuannya ialah utk memecah belahkan Pakatan Rakyat.Bila PR telah punah dan UMNO sudah pulih semula maka PAS akan dicampak keluar spt kucing kurap..

Cukuplah pengalaman PAS bersama UMNO diawal 70an dulu menjadi panduan dan pengajaran..

abg sam said...

Salam datuk
Kerajaan perpaduan atau melayu bersatu. Itulah kegagalan orang politik dan tokoh wartawan memahami pemikiran rakyat marhaen melayu. Asas perpaduan melayu hanya mencedok berapa jumlah kerusi yang dimenangi oleh orang melayu kemudianbntuk kerajaan perpaduan. Bila takde kerusi yang dimenangi hilang perpaduan seperti yang jadi pada awal 70 an pada pas. Sepatutnya pada zaman milenium tak timbul isu perpaduan melayu lagi sebab semenjak merdeka dah memang. orang melayu yang berkuasa tapi apa tindakan orang melayu berkuasa. sibuk mengaut harta negara untuk suku sakat. Bagi saya politik perpaduan tidak boleh disandarkan kepada hanya kata2 retorik pihak 2 yang semakin hilang kuasa baik bn dan pr semakin menuju ke arah kerajaan kapitalis.

Lembah Tasnim said...

Salam datuk..

KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA seperti yang datuk tulis tentang "Perpaduan Melayu" sebenarnya itu adalah perkara yang sungguh bagus lagi baik, tetapi peluang itu "Sudah Terlepas"

Tetapi kenapa peluang itu boleh terlepas apa masaalahnya. Kalau ikut Datuk antaranya kerana BN khasnya Umno tidak mempunyai "Operator" yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan diSelangor ada pihak yang terbabit tak mau didedahkan dll.

Dari kaca mata saya sebagai rakyat biasa Datuk kunci satu-satu perundingan ialah KEIKHLASAN terutama pihak yang lebih berkuasa. Tanpa keikhlasan rundingan akan gagal, peluang jadi terlepas.

Bacalah kesah sejarah rundingan diantara Khalifah Saidina Ali Ra dengan Muawiah Ra.

Apa yang kita lihat hari ini tindakan tidak sama seperti yang diucapkan.


Kepada Din Kalut terima kasih atas teguran, kalau anda percaya saya orang yang sama dengan Din Melaka, terserah..


TQ Datuk..



cili padi said...

Akum Dato

UMNO dan PAS tidak perlu bergabung tetapi perlu berkongsi matlamat perjuangan yaitu demi Melayu dan Bumiputera.

Biar satu duduk di luar dan satu lagi di dalam tetapi tujuan tetap sama.

Jika dua dua duduk didalam siapa yang akan buat check and balance agar matlamat sentiasa di landasan yang betul.

Lihat saja DAP dan MCA..yang penting pada mereka bangsa Cina terus untung

Hj Ismail said...

Dato Kadir.

Semalam saya tersemprak dengan YB Shahidan Kasim di Hotel One World.Dia bersama sama dengan gang yang mewakili wakil raayat UMNO ang marah dengan Najib kerana tidak mendapat apa apa jawatan.

Yang menarek dalam pembincan mereka ia lah Shahidan sedang memujok mereka supada tidak berpaling tadah.Rupanya mereka ini ada banyak option.

Option Pertama,mereka berpaling tadah dan menyokong Pakatan Raayat.Jadi BN akan menjadi kerajaan minority.

Option Kedua mereka menyokong Tengku Razaligh,PAS sudah pun memberi jaminan akan menyokong Tengku Razalig sabagai PM dan ustad Haji sabagai TPM.Ini agak sukar kerana Anwar dan DAP mungkin tidak dapat menyokong nya.

Option ketiga,Tengku sabagai PM dan Anwar,Hadi,dan Guan Eng sabagai DPM.

Rupa rupa nya,ramai MP dari Sabah sudah menberi sokongan kapada Tengku sabagai PM.

Nampaknya Najib pun sudah panic dan dia sudah menghubongi Jusuf Kala meminta pandangan dan pertolongannya.
fomula Jusof Kala saperti berikut.Najib menjemput PKR,DAP menyertai kerajaan unity.PAS tidak ada jalan lain melainkan menyertai juga kerajaan unity.
Najib akan kekal sabagai PM dan Anwar sabagai TPM.

Nampaknya dalam perundingan ini bukan sahaja jusuf Kala terlibat tetapi SBY juga telibat.
SBY telah menjemput Anwar ka Jakarta untok bertemu dengan nya dan jusuf Kala pada hari Sabtu ini.
Peang ini Anwar sudah bertolak ka Jakarta.

Ini merupakan laporannterakhir perkembangan politik kerajaan unity.

PENGUNDI AMPANG said...

Ybhg Dato'AKJ,

Jika berita ini benar, pasti,lokasi perbualan cuma berlaku di lobi-lobi hotel 5 bintang atau sekurang-kurangnya Paparich, Coffee Bean.....

Pasti, 'pembual' di warung-warung tepi jalan atau restoran mamak tidak terjangkau akal mereka untuk membincangkan isu secanggih ini.

"Mendungnya hari nampak berbalam
Awan berarak langit membiru
Biar ke tepi kisah semalam
Kita mengorak langkah yang baru"

(Dari Buku Pantun Melayu oleh Datin Asima Hj.Abdul Latiff)

doncin cai said...

....
laaaa.... baru tau ke ?
budak tadika kemas sedia maklum , yang pas bukan musuh umno
budak tadika pasti pun lagi tau, yang umno tu bukan musuh pas....
sayang, kebanyakannya udah berumur lanjut....rupa rupanya terkejut bila perkara seperti ini di tulis... ia le,ini yang dikatakan sebagai orang orang melayu

hehehe Din Melaka udah jadi Antisyaitan....spesies budak kat airasia x tu

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Tentang teguran saudara Sufian Idrus, jika diperhatikan, lepasan MRSM juga memakai tali leher yang sama setiap Rabu. Memang harinya sama dengan amalan MCOBA tetapi itu mungkin salah satu bentuk perpaduan di kalangan alumni. Tidak timbul soal siapa tiru siapa melainkan untuk mewujudkan keseragaman di kalangan alumni. Mungkin alumni sekolah lain pun ada yang melakukan amalan yang serupa.

Mustapha Ong said...

Salam saudaraku AKJ,

Tajuk perbahasan ini amat tepat pada saat ini akibat daripada uggutan dan perasaan anti Kerajaan BN yang telah kembali untuk mentadbir negara selama 5 tahun akan datang. Namun demikian, kita amat khuatir jika uggutan anti Kerajaan akan menjejaskan perpaduan rakyat negara, khususnya jika permainan isu rasis tidak dapat dikawal dan dibendung. Sudah tentu perpaduan bangsa Melayu akan terjejas. Tetapi masih belum terlambat untuk bangsa Melayu bersatu kembali sekiranya kita mempunyai kematangan politik.

Kita harus menyedari bahawa DAP yang menggunakan semangat bangsa kecinaan itu amat merbahaya yang boleh mencetuskan pergaduhan perkauman. Maka berasaskan kepada hakikat ini, bangsa Melayu perlu bersatu kembali untuk menghadapi cabaran ini. Masih belum terlambat sekiranya kedua-dua parti UMNO dan PAS untuk bersatu kembali untuk memantapkan perpaduan bangsa Melayu. Apabila bangsa Melayu kuat, bangsa lain akan menghormati kita tanpa menyoalkan kedudukan kita mengikut sejarah negara Malaysia ini.

wak segen said...

Salam Datuk,
Satu pandangan yang amat tepat dari Datuk.
Memang telah banyak perbincangan dari dulu lagi tentang gabungan perpaduan Melayu-Islam antara UMNO-Pas dan kini termasuk Melayu PKR , tetapi maseh belum jadi kenyataan.
Perjuangan Melayu-Islam dalam politik Malaysia akan terus releven walau bagaimana bentuk perubahan di kalangan masyarakat rakyat Malaysia.
Ini ada lah kerana demografi rakyat yang makin memihak kepada majoriti Melayu - Islam.
Tentang 'operator ' di kalangan UMNO yang Datuk sebutkan memang pada hari ini kita tidak nampak sesiapa dalam UMNO yang 'qualified'.
Kita imbas kembali kenyataan Tun Mahathir tentang penipuan yang paling besar dia alami.
Kemasukkan DSAI kedalam UMNO dulu yang diusahakan sendiri oleh Tun M ,ialah sebab Tun telah begitu tertarik pada watak pejuang Melayu - Islam yang di tunjukkan DSAI pada waktu itu.
Tetapi malang nya di sebalik watak itu banyak perkara lain dalam diri DSAI yang hari ini telah menjadi umum dan tak perlu kita bincangkan disini.
Kita perlu tanya apa kah dalam fikiran Tun M pada waktu itu untuk memasukkan seorang pejuang Melayu - Islam kedalam UMNO dan pucuk kepimpinan.
Mungkin dari situ kita akan dapat jawapan dan perpaduan gabungan Melayu-islam UMNO-PAS-PKR akan dapat di ujudkan.
WALLAHUALAM.

din malacca said...

Hj Ismail

Isu begini tidak akan di bincang di coffee house secara terbuka.

agak agak lah sikit kalau nak buat cerita. Jangan jadi seperti anwar

Hj nazri said...

Dato kadir.
Najib sekarang di Jakarta bercuti dan besok akan berjumpa dengan SBY.

Anwar juga hari ini akan ka Jakarta atas jemputan SBY.

Pada hari Ahad ,Anwar.Najib dan SBY akan dudok satu meja makan tengahhari.

Dato boleh chek apa yang saya cakap ini betul atau tidak.

abdullahngah said...

Datuk,

Pada saya bahawa perpaduan Melayu; peluang yang terlepas ini hanya diada adakan oleh datuk tidak lebih daripada itu.

Umno sendiri tak mahu pada perpaduan. mereka hanya bercakap dan bercakap dan bercakap.

Mereka orang umno mahu pada perpduan Melayu sudah tentu dah lama dah ia berlaku.

PAS pernah terjun dalam BN tetapi tak tahan lama.

Semua tahu dan sedia maklum. masing masing salah menyalah satu sama lain.

tuding jari pas begini dan umno begitu.

Ini menunjukkan umno sendiri tak mahu pada perpaduan Melayu.

Setakat hari tiada sebarang usaha untuk menyatukan melayu PAS dan Melayu umno.

Yang ada cuma cakap, cekapa dan cakap.lepas itu cakap PAS tak mahu.

Bagaiamana pula dengan UMNO. Mahukah dia.

Oleh itu, tulisan ini hanya rekaan Datuk dan mengatakan perpduan Melayu: peluang yang terlepas. Sedangkan dia usaha yang sistematisasi yang dilakukan.

lakum said...

Datuk,

Cerita mengenai cubaan untuk kerajaan perpaduan melayu seperti cerita Datuk ini,tak pernah menjadi pun.Lama sangat dah kita dengar tapi habuk pun tarak.

Lebih 20 tahun saya ikut UMNO.Perubahan sikap pemimpin boleh nampak antara dulu dan sekarang,maklumlah masa pun berubah.Kita nampak terang dan jelas mana ada pemimpin-pemimpin UMNO yang ada duit dan harta-harta yang cukup-cukup sahaja.Semuanya menjadi OKB.tanah merata tempat dia punya,syarikat bermacam-macam ada syer,bab saham tahu-tahulah.Yang peringkat bahagian pun dah lain lenggangnya sekarang bila jadi sekadar AJK.Dah naik kereta ratus ribu,rumah pun sesuailah dengan cap kereta tu.

Bolehkah kita kata depa ni iklas dalam soal perpaduan ini?Bukanlah maksud saya orang dah kaya tak iklas tetapi sikap mereka itu yang menunjukkan mereka tidak jujur dan tidak boleh diharap.Sebab itulah kita dapat lihat bagaimana pemimpin-pemimpin kerajaan menangani masalah tentang isu ekonomi,agama Islam dan isu penghinaan kepada melayu dan raja-raja tidak berkesudahan.

Kesimpulannya ialah,jangan salah orang lain jika pemimpin UMNO sendiri tak bersungguh.Apa maksudnya jika orang pertikai kredibiliti pemimpin sendiri,orang luar telahlah.

Orang ramai mengetahui cerita ini dari tulisan Datuk.Tentu Datuk ada hubungan langsung dengan ketua-ketua tersebut

.Datuk yang hampir dengan depa tak buat apa-apa pun ka?Hanya komen dan hebah sahaja.Lepas tu,salahkan orang itu ini...

budak kilang said...

Dulu ada perkasa.. malangnya sekarang dah jadi pekasam..

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk..

Tuan Hj Ismail.. Atas nama Perpaduan Melayu, benarkah ada rundingan dibelakang tabir dengan berbagai "Option" diperingkat lebih tinggi yang melibatkan ketiga-tiga parti Melayu, sehingga Najib sudah menghubungi Jusuf Kala manakala Anwar akan bertemu SBY.

Kalau ditakdirkan ALLAH rundingan ini berjaya maka akan lahirlah nanti kerajaan gabungan parti-parti Melayu.


Dan kalau ini menjadi kenyataan mungkin suatu hari nanti PAS dan PKR akan hilang pengaruh sedikit demi sedikit, tiada lagi "Imbangan kuasa dan kesan positive" untuk rakkyat seperti hari ini, walaupun alasanya baik untuk Melayu.


TQ Datuk.

maae said...

Salam Datuk,

1. Perpaduan sudah kerap di gembar-gemburkan. Hasil nya pelanduk juga yang tersepit. Pelanduk juga yang kena lapah.

2. Fobia TGNA(walaupun sudah bersara) dan persepsi negatif yang kian parah pada umno tidak memungkinkan dalam waktu terdekat. Apa lagi dengan percaturan PKR dan tentu nya DAP sebagai kuasa mutlak lebih berperanan balik tabir.

3.PRU13 sekali lagi kita saksikan penyokong tegar elit umno berpaling tadah. Kata lain,tidak bersungguh-sungguh membenamkan pihak lawan. Oleh itu pengundi atas pagar lebih terpengaruh dengan kempen pembangkang.Apa lagi kepada yang sudah mula menyokong setia dalam setiap agenda mereka. Undi cina tidak memungkinkan DAP menang banyak kerusi.

4. Kita perlukan tokoh seperti Tun M. Dimanakah tokoh-tokoh ini? Harap Datuk boleh gambarkan dalam tulisan akan datang demi perpaduan melayu. Kita mohon PM Najib transformasikan diri demi kuasa Melayu.

Kini Melayu sudah tidak lagi melangkah sederap.

banggoi petai said...

aikkkk. ... ko bangsa melayu ker? ??? yg ko sibuk sibuk pasal perpaduan melayu tu knape ?? anak ko kan berabis cuba jahanamkan hak hak bangsa melayu n bumiputra !!! takkan ko dah jd sesumpah pulaa sekarang. .

Lahuma said...

Dato.

Politik adalah perniagaan.
Perniagaan yang berlebel politik mambawa pulangan yang lumayan.

Sebab itu soal perpaduan Melayu jadi diskusi hangat tahi ayam.

Dalam UMNO pun berpecah.
Dalam PAS pun sumbing dan retak sana sini.
Dalam PKR yang parti sebelah kaki untuk Melayu pun celaru.

Apa pun biarlah para Melayu/Islam dibawah sama ada miskin,kaya,para cerdik pandai atau kurang pandai
bulat dan tekad untuk bersatu.

Biar rakyat Melayu/Islam yang menguasai memulakan langkah dulu.

Pemimpin yang ibarat enau dalam belukar di buang jauh-jauh.
Mereka perosak Melayu/Islan.

Tak akan Melayu/Islam tenggelam dibumi Tanah Melayu/Malaysia.

Terima kasih.

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe
Salaams

For BlogAd@DrM
(he is in the dark it seems)

Dr Mahathir Tells Government Not To Be Soft Anymore

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu : Tsunami ekonomi bakal melanda bulan Oktober ini

Zeti Urges Nations To Be Prepared To Face Easing Of US Stimulus Programme


Komen:

Tentang nasib dan apa Melayu boleh buat kalau MTEM pun boleh walk out dan kata tsunami bulan oktober.
Macam kerajaan Mohd Najib tak mesra Melayu, The Scribe.


ps,

The merong is a section of a composition for Javanese gamelan, a musical ensemble featuring metallophones, xylophones, drums, and gongs. Specifically, the merong is the initial part of a gendhing. A merong cannot be played on its own, but must be followed by a minggah, which may also take the form of a ladrang or other colotomic structure.

The merong is the longest of the sections used in gamelan composition...

abg sam said...

Salam datuk Kadir izinkan saya membuat ulasan berkaitan tajuk di atas "perpaduan yang hampas"
Saya faham sebab munasabab post ini keluar diambang PM atau presiden Umno dan saf kepimpinan sudah diasak dari dalam dan luar maka permainan ciptaan tsun zu pun keluar.
Kesilapan atau kejahilan yang jelas wujud asas perpaduan itu sendiri. Asas perpaduan yang dicanang mula meleleh dari bibir mengelebeh bila pru ke 12 UMno dibadai tsunami. Badai tsunami ini kemudian jadi episod pula pada pru13 dan dijangka episod terakhir pada pru14.
Oklah cukuplah saya bermadah dan biarlah saya berterus terang. Perpaduan yang dicanang adalah hampas kerana berlegar pada kuasa atau kerusi yang dimenangi x lebih daripada itu. Kebebalan ahli politik membuat percaturan sehingga terlupa pada rakyat yang memilih. Biarlah saya ajar macam mana PERPADUAN sesama melayu akan tercapai malah kalau ia berjaya PERPADUAN antara rakyat malaysia akan terjalin erat. Formula ini bukan saya belajar atau cedok dari Kak Ros atau bujang tua sosialis dari brickfields. Kunci kepada perpaduan ada 2satu ekonomi dua keselamatan. Kenapa saya berhujah begitu perpecahan dan bangkangan yang wujud pada hari ini lahir dari kekejaman ekonomi UMNO yang satu ketika dulu pembela melayu bertukar kepada Pembela kapitalis. Taikun dijaga rakyat marhaen jadi tukun. Mungkin pembahas yang lain akan cakap mana bukti? Apa kena mengena dengan perpaduan. Ok kita lihat 2 perkara asas untuk hidup rumah dan makanan. Adakah kerajaan yang dipilih rakyat berjaya membela rakyat dengan harga rumah dan makanan berjaya dineutralkan. Jawapan nya tidak. Bila rakyat susah rakyat mencari jalan bukan ahli politik aja boleh main silap mata. Kita lihatlah berapa ramai ahli politik terkangkang bila umpan dimakan joran tenggelam. Begitu juga aspek keselamatan . Saya pernah berborak dengan shabat polis pangkat pun agak tinggi juga lah yg menyatakan kadar jenayah di Malaysia tinggi hari ini disebabkan kegagalan kerajaan menangani lambakan pekerja asing yang bekerja dengan taikun besar yang tamak. Ini kata beliau statistik kes jenayah yang kejam. hasil siasatan banyak dilakukan oleh warga asing. Kenapa keselamatan kena mengena dengan perpaduan? Jawapannya perpaduan takan tercapai kalau masyarakat hidup dalam syakwasangka dan paranoid. Betulkan 2 perkara asas inssyallah UMNO tak perlu lah lagi mendedang lagu perpaduan kerana perpaduan sendiri akan datang kepada mu. Bidak berlalu kiambang bertaut

Adam Bachek said...

Salam DAKJ,

Kalau betul 'Kerajaan Unity' adalah ilham dari Yusuf Kala dan SBY, dan Najib terpengaruh olehnya,rakyat Malaysia berbangsa Melayu/Islam dan Bumiputra seharusnya rekodkan 'protes' sekuat-kuatnya.Kita tak perlu 'outside leaders' jadi penasihat bagaimana nak tadbir negara kita. Perpaduan ialah antara UMNO dan PAS sahaja. PKR is out.PKR tidak terima Islam sebagai asas perjuangannya.Remember the ALLAH issue ? PKR tak memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu/Bumiputra.

Jelaslah pada kita sekarang bahwa Najib adalah seorang pemimpin yang lemah.Not creative and a gutsy leader. Apa kata Tun M tentang isu ni ? Saya fikir dia tak akan setuju formula yang dicdangkan.

Sepatutnya, Najib tak indah dan tolak terus formula 'KERAJAAN UNITY" ini. Tak yah pergi ke Jakarta pun.

Penyokong UMNO khususnya akan protes dan tukar haluan dan tidak menyokong UMNO lagi.

Penyokong Mahathirism.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Terima kasih:
kunta kinte berkerja keras:

M Nasir - KIAS FANSURI

Tak sempat di papas
Hidangan ku habis
Bila ku terpandang

Dia melangkah masuk
hendak menjamu selera

Geletar tubuhku
Di belakang tabir
Bila ku terdengar
Namaku di panggil

Dia..matanya merah menyala
Dia..hadiahkan tubuhku
Tujuh lacutan pedang saktinya

Dia...

Jangan sesekali kau ceritakan
Pengalamanmu Yusuf
Takut-takut mengundang bencana

Siapa yang tahu
Betapa berat cinta yang di tanggung
Sehingga dia sanggup lakukan
Biar apa saja demi mendapatkan
Restu sultan cahaya hatinya

Tak sia-sia azam zulaikha
Bisa jadi cermin mengintai jiwa
Tak sia-sia mimpi zulaikha
Bisa jadi lorong insan bercinta

Bisikan memujuk
Memupuk nurani
Lalu terbukalah
Pintu yang menghijab

Dia...

Aku kenal dia lama dahulu

Dia...

Yang melamarku dalam mimpi

Aaaa....

Kias fansuri madah bersari
Kias fansuri langit yang tinggi
Kias fansuri mawar berduri
Kias fansuri lembah yang sepi

LAGU: M.NASIR
LIRIK: LOLOQ


komen: BN has no time to prevent Lim Guan Eng become PM after PRU-14


Salam Hormat

Lahuma said...

Dato.

Pasca PRU 13 Politik Perpaduan Melayu/Islam.
Perniagaan selepas pasca DEB ialah Tan Sri/Dato Sri/Dato/Tuan Puan Haji/Encik Ali Baba.

Terima kasih.

kundoq13 said...

Datuk,

Saya tertunggu penjelasan dari Datuk mengenai beberapa komen yang terdapat di sini.Ada mengatakan tulisan Datuk cuma rekaan,ada mengatakan pula ini satu lagi retorik UMNO.

Bagi saya, tulisan Datuk ini tergantung-gantung.tidak jelas langsung sumber mana Datuk dapat dan jika betul,apa salahnya dedah nama pemimpin yang bersangkutan.Apa yang Datuk malu sangat nak berterus terang.Sebenarnya bagi saya,tulisan Datuk ini semacam satu cerita rekaan dan spekulasi semata-mata.Tiada fakta yang menyokong.

Apa bezanya kredibiliti Datuk dengan blogger politik lain , walaupun saya menghormati pencapaian dan kebolehan Datuk.

Mustapha Ong said...

Salam saudaraKu AKJ,

Ada orang-orang Melayu yang taksub dengan ideologi DAP dan tiada kemungkinan akan sedia bersatu semula untuk menegakkan bangsa Melayu yang bertamadun!

Dalam perkara ini, saya suka mengambil kesempatan untuk menggunakan ruang saudaraKU dunia dan akhirat, dam disini menyatakan sesuatu dengan nada yang agak serius dan MARAH:

ADA KAH SIPOLAN ITU MENYATAKAN BAHAWA ANAK MENANTYU KESAYANGAN SAYA: DATIN ROZITA BINTI RAMELAN ITU CINA AH MOI ATAU CINEMOI? SESUNGGUH NYA ROSZ ONG YANG TIDAK PAYAH BERSUARA, TETAPI PADA PAGI YANG MULIA INI BAGI SEMUA BAPA2 SAYA INGIN MEMBERI AMARAN KEPADA SI PENGECUT ITU JANGAN MENGKRITIK ORANG YANG KAMU TIDAK KENAL MENGENAL...ITU FITNAH, TOHMAH DAN BERDOSA BESAR APABILA ANAK ORANG DIPERMAINKAN BANGSA NYA! UNTUK MAKLUMAN UMUM, ANAK SAYA ITU AYAH NYA SEORANG JAWA TULIN DAN IBU NYA SEORANG BUGIS DARI JOHOR!!!!TERIMA KASIH DAN ASLAMU'ALAIKUM!

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelawat dihormati,

1. Selagi orang Melayu tidak membuangkan sifat taasub terhadap politik kepartian, selama itulah orang Melayu akan berpecah-belah, lemah dan diperalatkan oleh ahli politik Melayu dan bukan Melayu.

2. Di kalangan pembahas blog ini pun ada yang taasub kepada parti politik dan memuja ahli politik sehingga nampak seolah-olah mereka malaikat. Jadi, apabila saya menulis rencana ini, ada yang berkata saya sengaja mereka-reka cerita.

3. Kerana taasub dan terlalu partisan, mereka beranggapan perpaduan hanya boleh dicapai melalui penggabungan Umno-Pas. Itu bukan maksud saya. Saya pun tidak mahu Umno dan Pas bergabung bagi menubuhkan parti baru.

4. Tak tubuh kerajaan perpaduan pun tak apa, tetapi parti-parti Melayu-Islam wajib sekata dalam hal-hal berkaitan Islam dan bangsa Melayu.

5. Parti-parti Cina pun tak bergabung. Malah mereka lawan satu sama lain untuk dapatkan yang terbaik bagi orang Cina di segi ekonomi, bahasa dan budaya.

6. Parti-parti Melayu-Islam pun wajib buat macam itu. Bukan ketepikan agenda Islam dan Melayu kerana hendak tidur sebantal dengan Cina dan India.

7. Alhamdulillah, sudah muncul sekumpulan ahli politik dan cendekiawan Melayu-Islam yang berbincang dan bertindak di luar kerangka politik parti walaupun mereka menganggotai atau menyokong parti-parti tertentu.

8. Malangnya ketika PRU lalu ada pertubuhan Melayu yang sesat jalan dan menyokong parti tertentu secara terbukan. (Saya telah berhenti daripada menjadi ahli salah sebuah daripadanya kerana badan itu tidak berkecuali ketika PRU 5 Mei lalu.)

9. Masalah dengan banyak orang Melayu adalah mereka terlalu fanatik dengan politik parti dan berpendapat perpaduan Melayu hanya boleh dicapai melalui politik atau jika dipelopori oleh orang politik.

10. Kalau kita serahkan segala-galanya kepada orang politik, harapan mewujudkan perpaduan Melayu adalah pudar kerana pemimpin politik yang berjiwa besar seperti Allahyarham Tun Abdul Razak hanya datang sekali-sekala sahaja.

Wallahualam.

sujini said...

Assalammualaikom Datuk Kadir,

1. Perpaduan Melayu perlu diutamakan sebelum Penyatuan Nasional.

2. Jika peluang telah terlepas untuk menyatukan orang2 Islam melalui UMNO/PAS munkin Allah tidak merestuinya.

3. Munkin pemimpin2 Islam sekarang tidak ikhlas untuk berpadu.

4. Namun pemimpin2 Islam harus mengambil iktibar drp kaum Cina bagaimana mereka bersatu hati untuk jatuhkan Parti UMNO/BN.

5.Selagi pemimpin2 UMNO/PAS tidak sedar hakikat ini maka nasib UMNO/BN munkin lebih gelap drp PRU13.

6. Lihat sajalah keujudan slogan ABU-Anything But UMNO.Orang2 UMNO harus mentafsir kenapa timbulnya slogan ini.

7. Terang2 sebahagian rakyat sudah jelik dan meluat dengan 'Warlords" UMNO.

8. Najib berjanji hendak transformasikan kerajaan dan UMNO.

9. Tapi apa yang rakyat baca/dengar orang2 kuat UMNO awal2 lagi dah bersuara jawatan Tim.&Presiden UMNO jangan ditandingi.Ada mengesyorkan jawatan Ketua Pemuda&Ketua Wanita juga tidak ditandingi.

10. Bila orang2 UMNO/Menteri Kabinet menuding jari kpd pihak PR kenapa menerima kemenangan mereka dinegeri2 Selangor,P.Pinang dan Kelantan dengan rela hati tetapi tidak diperingkat Pusat samalah juga jika orang2 UMNO memilih demokrasi secara selektif.

11. Kenapa beri alasan bahawa perpecahan akan berlaku sekiranya jawatan2 tertinggi dalam UMNO ditandingi? Adakah orang2 besar UMNO tidak percaya kpd qadha'dan qadar?

12. Persepsi majoriti rakyat terhadap UMNO sekarang adalah seperti apa yang dinyatakan oleh Chedet dalam posnya 'UMNO Dahulu Dan Sekarang".Oleh itu tersangat wajar orang2 besar UMNO kikiskan persepsi tersebut.

13. Tugas Presiden UMNO sekarang amat mencabar.Berjayakah beliau mentransformasikan UMNO jika gagasan 1Malaysia pun sudah nampak goyang?
Waullah hu'alam bisawab.

sy said...

salam sejahtera , salam hormat dato' dan semua

point DAKJ 11:53 AM sy setuju sangat. sesuai untuk keadaan semasa.
kaum china ada kelebihan dari segi kematangan menjaga kepentingan persatuan mereka.maklum mereka ada rujukan tamadun tanah besar mereka. kaum kita perlu juga belajar dari mereka yang banyak ilmu.

utamanya orang islam (melayu,cina,india dll) perlu bersatu dalam skop yg lebih besar

keduanya pemerintahan kerajaan orang melayu harus berfikir matang dan rangka strategi perkasakan kedaulatan kerajaan.kaum lain perlu lihat raja dan kaum melayu sebagai mereka yg disegani, dihormati.point keseimbangan yang memihak kepada orang melayu perlu di kekal. ini jika perlu perubahan asas,perlembagaan yang drastik boleh dibuat jika kena masanya. parallel perlu juga untuk kaum melayu(juga raja) berkelakuan ,pencapaian yang reasonable, signifikan sebelum ubah perlembagaan.

setakat ini struktur binaan kelumpuk umno untuk perjuang kaum melayu nyata tidak effective. melayu tidak di pandang dgn positive.sy masih memberi ruang untuk umno memikir luar kotak untuk ubah jadi effective.mungkin sehingga tahap ubah drastik perlembagaan parti.melayu kena struggle untuk ini.perkara ini tidak mudah, tapi possible.

sekian pandangan sy

sy

Lahuma said...

Dato

Didahului dengan ucapan Selamat Hari Kebapaan khas buat Dato dan rakan-rakan penyumbang idea dalam blok Dato ini.

Jika di amati betul-betul kecelakaan yang menjadi penyumbang utama pada perpecahan Melayu kerana fahaman politik.

Berapa kerat NGO yang benar-benar berkecuali.Kebanyakan NGO yang wujud dikalangan Melayu sudah di JARUM dengan racun politik.NGO ini adalah bayangan parti politik sebagai kaldai politik.

Melayu/Islam menjadikan politik itu sebagai puncak matlamat tanpa ada blue print yang mantap.

Semua orang sedar Melayu/Islam sengketa termasuk semua pemimpin Melayu/Islam.

Ternyata Melayu ini masih terlalu angkuh dengan sikap TAMAK dan HALOBA walau pun sudah cukup akan kurniaan Allah pada mereka.

Bila bincang isu ekonomi,pelajaran,budaya,agama dan kepentingan Melayu/Islam maka dihujungnya akan dikaitkan dengan aliran politik.

Pemimpin parti politik Melayu/Islam pun jahat juga.Mereka lah yang menanam dan mengajar orang bawah akan keburukan kebencian sesama sendiri.

Orang Cina sama sekali jauh bezanya.Cantik dan kemas hala tuju mereka dalam isu ekonomi,pelajaran ,budaya dan lainnya.

Mereka tak taksub dan tak jadi bodoh dalam politik.Parti adalah kuda tunggangan dan pemimpin Melayu juga adalah sebahagian dari kuda-kuda mereka.

Sebab itu mereka tidak celaru yang bukan-bukan macam Melayu yang suka MENGAMUK.

Ibarat curah air di daun keladi.Pi mai pi mai tang tu.

Terima kasih.

abdullahngah said...


saya sangat setuju dengan kata datuk vahawa "Kalau kita serahkan segala-galanya kepada orang politik, harapan mewujudkan perpaduan Melayu adalah pudar".

kerana pemimpin politik yang yang ada sekarang "tak mahu ubah" dirinya yang jahat (makan rasuah dan makan riba) kepada berhenti dan bertaubat.

Akan tetapi apa yang boleh kita buat. Cakap memang boleh. Dah lama bijakpandai melayu kita bercakap setiap kali diadakan seminar, mana hasilnya.

bagaimana praktisnya.Tak pernah menelurkan hasil setakat hari ini.

pada saya antara pas dan umno tak dinafikan akan bersatu padu suau masa nanti.

Mengapa? kerana PAS pada suatu masa dulu, hukum bekerjasama dengan kafir. Tapi sekarang ini diharuskan.

Kalau dengan kafir harbi pas boleh bekerjasama tidak mustahil suatu masa nanti boleh bersatu dengan umno.

persoalan yang timbul cuma umno sahaja yang tak mahu berbuat demikian.

Yang dimahukan oleh umno ialah menerusi cakap cakap sahaja tidak lebih daripada itu.

Ajakannya adalah ajakan ayam jantan terhadap ayam betina.

Seperkara lagi pemimpin yang menerajui umno hari ini tidak akan berkawan dengan orang baik, kerana ada pendapat apabila berkawan dengan orang baik dia akan jadi baik, maka akan hilang peluang untuk makan rasuah dan makan ribu.

Hilang peluang untuk kumpul harta dari satu lembah kepada satu lembah lagi.

Pemimpin PAS barangkali masih fikir jika berkawan dengan orang jahat dia akan jadi jahat sama.

Oleh itu mereka terpaksa fikir banyak kali yang mana lebih utama dan mudharat.

Mungkin pemimpin selepas ini akan buat keputusan bahawa perpaduan itu lebih utama. Tak mustahil, kerana pemimpin boleh pergi dan boleh datang.
berjiwa besar seperti Allahyarham Tun Abdul Razak hanya datang sekali-sekala sahaja.

Kampong man said...

Salam Hj Ismail,

None of your options is applicable sir. It is NOT sensible, logical and practical. Further it was more of a 'Kedai kopi' talk with no logic.The President of UMNO will continue to be our PM and BN will not be a minority.

Tolong jangan membuat spekulasi yang tidak munasabah.DSAI pernah menjanjikan katak si katak lompat bulan dan bintang dengan peristiwa 16 Sept dahulu, GAGAL.

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe
Salaams


Terima Kasih kerana memperjelaskan peluang kerjasama Melayu di Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah.

Kita rasa tumpuan akan lebih kepada Darul-Iman. Nantinya, YB Ahmad Said sungguh amat membantu Tuanku mengasasjayakan negeri Raja Melayu yang sempurna dan jelas Kerajaan Islam. Darul Iman biarlah contoh baik negera kecil Islam selain UAE dan Iran.

Kemungkinan ini serlah dan UMNO Terengganu perlulah menyambut peluang ini serta YB Kijal nasihatkan Tuanku mohon royalti minyak dan gas Terengganu biarlah 20 peratus.

Wallahualam.

Kampong man said...

Salam,

1.Sebagai orang lama Oil&Gas kita harus akur keoada perjanjian PSC (Production Sharing Contract) yang mengehadkan 5% pada negeri negeri pengluar minyak.

2.Dari segi perundangan dan definisi boundary Kelantan belum layak pun menerima royalti minyak.Isu ini masih belun mendapat penyelesaian dan keputusan dari PETRONAS yang bertanggung jawab mengikikut PDA (Petroleum Development Act 1974) hak mengurus minyak dan gas bagi negara.

3.Kita harap Kelantan berhak menerimanya.

kundoq13 said...

Datuk,

Komen Datuk bahawa taksub kepada parti politik sebagai punca kegagalannya perpaduan melayu.Betul,memang itulah masalah besar .Saya yakin semua orang sedia maklum akan perkara ini kerana tidak ada punca lain melainkan ini sahaja.

Menyalahkan semua melayu yang taksub rasanya tidaklah adil.Patutnya kita cari punca.Apa sebab ramai juga melayu menjadi taksub politik.

Saya katakan bahawa orang melayu yang menjadi orang besar-besar,adalah penyebar virus ini kepada masyarakat melayu.Pemimpin politik pihak manapun mahu penyokong-penyokongnya sedemikian rupa.Kalau saya menjadi seorang pemimpin politik pun,demikian juga yang saya mahu,bersesuaian pulalah dengan tahap pendidikan dan pengetahuan saya ini.

Tokoh korporat dan profesional ternama melayu juga penyumbang yang bukan sedikit.Mereka ini merupakan kebanggaan orang melayu dan mengguna pakai cakap mereka sebagai benar dan betul belaka.Tokoh-tokoh ini pun bercakap atas kapasiti perniagaan dan keuntungan.Samada pro kerajaan atau pembangkang,sama saja.

Bagi rakyat kebanyakan,golongan taksub tidak dapat berfikir dengan terbukakerana hanya bercampur dengan kelompok mereka sahaja.Sebab itulah perkara yang patut diberi pertimbangan sudah tiada,ditambah pula cucukan dari orang-orang besar.

Kesedaran tentang usaha perpaduan ini tidaklah perlu ssangat dari rakyat bawahan,tetapi orang-orang yang 'ada nama'mesti fikir dan buat kerja.Peniaga kecil,pesawah,pekebun getah takkanlah di suruh fikir bab-bab sebegini kot?

Saya hairan juga kenapa baru sekarang cendikiawan melayu seperti Datuk katakan,terdorong mengusahakan perpaduan ini,sedangkan masalah ini dibiar terlalu lama?Yalah,orang-orang terpelajar,berilmu,tentu pandangan kedepan,tidak seperti kami rakyat marhaen ni.Walaupun kira terlambat,jika tak berjalan langsung,lagilah teruk.

Kesimpulan,apapun,pemimpin yang mula dan pemimpin juga akhirnya.Perkara ini tidak boleh disalahkan kepada para penyokong.

Hebat atau runtuh sesuatu bangsa terletak kepada pemimpin.Adakah pemimpin dan cendikiawam melayu kini berkebolehan dan bijak, atau sebaliknya.Mereka SEDANG mencorakkan bangsa melayu

T.kasih.

Rawa Lanun-Bahasa said...


Sdra Kampong man,

There was a comment on chedet.cc
regarding setting up a megabank halal-toyibban where all the Malay Sultans of Persekutuan Tanah Melayu.
But then Petronas for the time being be the majority stake holder.

A halal-toyyiban megabank that even the king of Saud would want a piece.

Legal nitty-gritties.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).