Saturday, June 22, 2013

Putera Mahkota Baru Dunia Niaga


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


TIDAK sampai dua bulan selepas Barisan Nasional menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei, seorang lagi putera mahkota sektor korporat dinobatkan.

Bukan alang kepalang nobatnya. Pada 1 Jun dia dijadikan Tan Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru dunia penyiaran Malaysia.

Mohd Najib dan Eswaran di majlis pelancaran ABNxcess
Dia tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang pada 8 Jun melancarkan saluran televisyen kabel digital bernama ABNxcess dengan mengisytiharkan yang ia akan membantu menyempitkan jurang digital antara masyarakat Malaysia.

Dengan lesen yang diberikan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi itu, ABNxcess berpotensi melancarkan sehingga 500 saluran TV kabel digital – mengatasi berkali-kali ganda apa yang kini ditawarkan oleh Astro milik T. Ananda Krishnan dan HyppTv milik Telekom Malaysia Berhad (TM). 

Daripada Pemandu Kepada Tuan


Orang istimewa itu adalah K.K. Eswaran yang sehingga baru-baru ini lebih dikenali umum oleh kalangan korporat dan politik sebagai Kenneth Eswaran.

Eswaran: Daripada pekerja kepada tauke
Tidak banyak orang di luar dunia korporat dan politik kenal Eswaran. Tetapi sesiapa saja yang mengenali isi rumah Mohd Najib dari dekat pasti tidak akan terlepas pandang siapa Eswaran. Keakrabannya dengan Mohd Najib dan isterinya, Rosmah Mansor adalah luar biasa dan bukan rahsia lagi.

Dalam masa yang singkat dia naik dalam dunia perniagaan dan dipilih menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia. Dia adalah antara pelopor pekan “Little India” di Brickfields, Kuala Lumpur.

Sesiapa saja yang kenal dan menyaksikan transformasi Eswaran sejak pembunuhan kejam majikannya, Francis Clement D’cruz di Johor Baru pada tahun 2003, tentu takjub dan teruja.

Apa yang dia lakukan selepas pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan sebagai “memangku” aset korporat dan peribadi yang ditinggalkan oleh mendiang D’Cruz.

Seorang peniaga dari India, yang berupa rakan kongsi D’cruz, disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah ditangkap.

Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan dan politik Malaysia sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi tetamu isi rumah Mohd Najib dan Rosmah.

(Saya membilang beliau sebagai antara penyokong Mohd Najib yang hadir di rumahnya di Pekan pada hari penamaan calon PRU 2008).

Dapat Pinjaman RM500 Juta


Eswaran melancarkan rangkaian TV kabel itu dengan menggunakan syarikat bernama Asian Broadcasting Network (ABN) yang dimiliki bersama dengan dua orang bekas penjawat awam kanan, iaitu Laksamana (Bersara) (Tan Sri) Mohd Anwar Mohd Nor (10 peratus) dan (Tan Sri) Mohamad Noor Abdul Rahim (20 peratus).

Jentera korporat utama Eswaran ialah Pinehill Pacific Berhad, sebuah syarikat perladangan berukuran kecil,  yang asalnya Benta Rubber Estates Ltd dan pada 1971 ditukar menjadi Benta Plantations Berhad serta disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pada tahun 2011, Pinehill mencatatkan perdagangan bernilai RM50.3 juta dan keuntungan RM4.1 juta. Tiga tahun berturut-turut sebelum itu ia mengalami kerugian.

Dalam dunia korporat, penanda aras nilai dan keyakinan pasaran terhadap seseorang usahawan adalah kesediaan bank memberi pinjaman kepadanya.

Dalam kes Eswaran dan ABNxcess, media massa telah melaporkan yang Bank Pembangunan memberi pinjaman sebanyak RM500 juta (baca di sini). Sumber-sumber perbankan berkata, itu adalah had maksimum yang boleh diberikan kepada seseorang peminjam (baca di sini). Wallahualam.


54 comments:

johan5150 said...

tanya hisham hussein,nor mohamed,abrar and lim kang ho..dia akrab juga dgn ghani othman?

Adam Bachek said...

Salam DKJ,

The story of KK Eswaran should not be that surprising to Malaysians.There are similar precedents in the Malaysian corporate scenery. The lesson is that you must be close to the PM and his wife to be given opportunities to be super rich .Race is not a hindrance.

Penyokong Najibism

kluangman said...

Situasi ini boleh diterima oleh semua rakyat malaysia, kalapun ada bising, kecil dan terpencil datangnya dari puak pembangkang.

Kalau kejayan sebesar itu membawa nama seperti mamat, bukhari, sobri - itu yang tak boleh. Semua rakyat malaysia marah. Itu rasuah dan kroni umno.

Baik cina atau india - mereka naik sampai kemuncak, kaya 21 keturunan juga melalui kabel politik.

Orang melayu baru naik busut, kaya setakat cucu - sudah bising satu dunia umno parti rasuah dan kroni - itulah nyanyian si bangsat.

Ingatlah - tangan yg memberi makan hari ini adalah tangan yg sama yg akan digigit oleh mulut yg sama esok harinya. Tak lama lagi... 2018

drlangitbiru penang said...

Najib dan Rosmah memang percaya sangat dengan India...

Boleh jadi bila tersepit jadi Deepak2 Bala3....he he he

Hamzah said...

Dato Kadr.
Biar saya beri cerita yang sabenar mengenai Eswaran yang saya tahu.

Saya kenal Eswaran kerana saya yang menjual syarikat Benta Plantation kapada nya dengan harga 20 juta.

Satu hari dia datang ka Pejabat saya untok berunding dengan saya mengenaipenjualan Benta.Dia datang dengan bagitu hebat pakaiannya,dengan cincin emas dan permata dan suit Italy Broini yang paling mahal.

Didalam lift ia bersama saya dengan driver saya Ravi.Ravi menegornya dengan Berkata Halo alam bahasa India.Eswaran tiak menjawab.

Di dalam kereta Ravi driver saya berkata kapada saya,ini Eswaran banyak sombong.saya tegor di tidak jawab.
Saya kata bagaimana awak kenal dengan dia.

Ravi berkata dia asal dari Sentul,dia dulu selalu minum kopi dengan saya.Kemudia dia pergi Johore berkerja dengan Clement De Cruz sabagai massanger dan tukang urut badan.
Clement orang Kaya.Dia ada itu hotel Holiday Inn di johore baharu.Apabila Clement lari kerana Polis mahu tangkap dia,Eswaran sudah kawin dengan Isteri Clement.
(ingat Dato Clement de Crus dengan Kes Musa Hitam.Kes buku Syed Hussein Al Atas 1 miliion dollar Man)

Eswaan ini agak pandai juga walau pun ia tiada kelulusan University .Saya maseh ingat samada Estrada menjadi President Philipina.Ia mengajak saya pergimka Bangkok untok bejumpa dengan Estrada.Ia mahu memohon lesen Casino di Manila.Saya tengokmia rapat dengan Estrada saperti ia rapat dengan Najib.

Tan sri Megat Junid amat rapat dengan Eswaran dan pernah menjadi Chairman Benta Holding.Saya hari saya pergi berjumpa dengan Megat di rumah dia samasa ia sakit.Kami bebincang mengenai Eswaran.
Megat bekata Clement De Cruz bekas Boss Eswaran pulang ka Malaysia mahu menuntut samula harta harta nya yang di ambil oleh Eswaan dan Isterinya.

Mengikut Megat samasa berlaku rompakan di rumah Clement De Cruz di johor dan ia di bunoh dalam kes rompakan itu,Eswaran dan isterinya sedang becuti di Vinece .Italy.

Kebetulan pada masa kejadian itu belaku,kawan saya Isnin merupa pegawai OCCI di Johore.Dia memberitahu saya kes itu di classify sabagai rompokan dan pembunohan Clement dibuat denga. Bagitu rapi sahingga tidak meninggalkan sabarang bukti yang kukoh.

Hubongan Eswaran dengan Rosmah amat rapat.Saya iak percaya Eswaran kesaorangan dalam venture ini.
Saya tidak tahu bagaimana Bank Pembangunan boleh membei pinjaman $500 juta kapada Benta.Pinjaman Benta yang awal untok membei Estate di Kalimantan maseh belum berbayar.

Benta mempunyai plantationnya di Telok Intan.Samasa harga kelapa sawit mencecah harga 4000 rgt satu ton,dimana semua plantation cmpany membuat untong yang besar,Benta mengalami kerugian setiap tahun.Ada leakages dalam syarikat pelanangan ang di uruskan oleh abangnya.

Saya tidak yakin Eswaran akan dapat menguruskan syaikat Medianya nya ABN dengan hanya bermodal $500 juta.
Ananda samasa memulakan Astra telah berbelanja hampir 3 billion dan terpaksa mengalami kerugian sahingga lima tahun sabelum ia membuat keuntongan.

Samasa Pak Lah menjadi PM,Vincent Tan ada melancarkan TV yang menggunakan channel free satellite.Ia sudah belanja hanpit 100 juta.sahingga sekarang susah hendak melawan Astro.

Eswaran akan mengahadi soal chiken and Egg.Dia hendak membayar untok membeli channel yang baikia tidak ada subscriber lagi.dan Subscriber tidak akan melayan channel TV ABN nya jika tiada ada programm yang bagus.
Susah henak melawan Astro.
Sekarang ini dengan teknologi IT yang tinggi,semua oang boleh access dengan ribuan Channel di serata dunia dengan hanya subscibe Unify dengan telecom atau fibre optic dengan Time . Com.Kita boleh live football dan latest movie peruma.

Goiod luck to Eswaran.


Hidupringkas said...

Walau apapun orang nak kata, kita perlu akui yang K.K pandai...itu hakikat dunia keusahawanan

Mat said...

Kadir Jasin kalau dpat menepek pada Najib Razak pun, dia takkan cakap pada orang.

Typical Melayu laa kalau nak dengki. Kalau bercakap tu, memang serupa menyindir.

ALahaI sI LunCAi said...



KADANG KADANG ORANG MELAYU RASA ' PELIK ' BILA PEMIMPIN BERCAKAP DALAM PERSIDANGAN UMNO SEBAB APA YANG DICAKAP JARANG BENAR TERLAKSANA...

suahati said...

bagusleee biar semua rumah dok penuh agent syaitan dan iblis yg menjadi musuh ketat manusia.......

Rawa Lanun-Bahasa said...

A Kadir Jasin

saya heran kenapa anda post cerita india yang pembunuh majikannya tak dijumpai?

Kalau nak cerita laksamana besara jadi pemegang saham, ini orang sama bila beli scorpene kah?

I will miss Dr Mahani Zainal Abidin.
Allahu Ghaffoorur-Rahiim melimpahkan rohnya dengan rahmatNya

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Bank Pembangun beri pinjaman hingga had maksimum kepada manusia ini. Tabung Usahawan yang macam-macam dinamakan pun, cuma diperuntukkan 50 juta. Memang kelakar kerajaan Najib membela usahawan Melayu Bumiputera. Tabung Usahawan Siswazah (TUS) hanya beri pinjaman maksimum sebanyak 20 ribu untuk modal kerja. Yang lain diberi dalam bentuk tuntutan berdasarkan invoice barang yang telah dibeli. tu pun mungkin dalam dalam jumla puluhan ribu ringgit sahaja. Siswazah semua pemegang ijazah, pun diperlakukan sedemikian rupa. Manusia ini dapat 500 juta ringgit, boleh buat sebanyak 10 Tabung Usahawan. Memang bergeliga kerajaan Najib ini. NFC yang dapat 250 juta ringgit pinjaman pun dituduh macam-macam. Ini dapat dua kali jumlah yang NFC dapat. Memang Najib perlu diturunkan dari Presiden UMNO supaya dia diganti oleh seseorang yang lebih memahami denyut jantung orang Melayu Bumiputera.

Tanpa pertandingan boleh dipenuhi dengan menamakan seorang calon tunggal sebagai Presiden UMNO. Jika cawangan-cawangan UMNO tidak bersatu hati, bersedialah untuk menjadi korban pengundi dalam PRU-14 kelak.

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk..

Tak kira siapa, samaada baik atau jahat, bersih atau kotor, kalau seseorang akrab dengan mereka yang berkuasa, sedikit sebanyak tentu akan dapat untung.

Dipihak yang berkuasa pula sepatutnya tidak begitu mudah memberi sesuatu terutama dalam bidang yang berkaitan dengan penyebaran maklumat seperti TV, kerana pengaruhnya amat besar.

Minda rakyat perlu diterapkan dengan nilai murni.


TQ Datuk.

maae said...

Salam Datuk,

1. He..he.. orang melayu kalau di beri peluang macam ni, mudah lupe kawan. Bila dah kaya, dah senang terus je sokong pembangkang! Lihat lah bandar Baru Melayu Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Bandar Putra sebagai contoh. Bukankah lebih baik bersama kerajaan seperti bandar-bandar cina dengan DAP nya. Kenapa tidak fikir pecahkan tradisi ini? Rata-rata melayu dalam bandar-bandar ini bersandar penuh pada kerajaan dalam apa jua keadaan. Kenapa selalu meludah dan salahkan ibu yang mengandung?

2. Itu kenapa peluang besar mudah di rebut oleh bukan melayu. Contoh, Kontraktor Bumiputera klas A, dapat peluang terus dari saluran pengaruh politik(direct nego). Dapat. Melompat! Setakat itu sahaja! Kemudian peluang di tangan akan di berikan kepada bukan melayu-sangkaan banyak modal. Dari modal air liur dengan untung 10% atau kurang, minta 'godobaan' (dialog filem bujang lapok) pula pada sub-kon yang di beri (atau pada...) konon beramanah siapkan kerja! Pehtu hari-hari santai dan main golf. Mana bank hendak percayakan kita? Ini kisah benar.

3. Saya masih ingat peneraju (arwah) syarikat kereta terbesar Malaysia(pernah berurusan) gigih tidak kira waktu berusaha, mereliasasikan cita-cita perniagaan nya dari "scratch" .... hingga kini menjadi gergasi. Banyak pula halangan politik nya! Banyak pula halangan bank nya.. banyak pula DENGKI KIANAT NYA..

4. Umpama,janganlah berjubah,penampilan bersongkok,berketayap atau berserban dengan konon nya Islam nya lebih baik pada Islam kebanyakan. Melalui ceramah atau tulisan, mulut dan hati lenjun dengan kekotoran, memfitnah, menghina serta menikam belakang kerana amalan sedemikian hanya ada satu tujuan.... membinasakan sesama insan!

Maka apa yang Datuk paparkan, kias nya sama. Takut lah pada Tuhan Esa Semesta Alam. Pesan saya; Marilah bersama, kita menjadi umat Muhammad di padang masyar kelak, bukan menjadi umat mencari laba dalam kebodohan di padang merbok pula!

Kafirun tidak mengerti kecuali mencari dan memiliki sebanyak mana harta dengan apa jua cara.



PENGUNDI AMPANG said...

Ybhg Dato AKJ,

Penerbit/Pengarah filem/drama Melayu seolah-olah dilihat menguasai industri hiburan/seni filem di negara ini.

Filem/drama Melayu menggambarkan betapa orang Melayu begitu kaya raya kerana memiliki business tak habis makan tujuh keturunan.

'Endingnya', etnik India lebih mahir dari semua etnik dalam business ini di negara ini.

Mereka telah ada ASTRO, kini 'bikin' satu lagi.....

Merit!Merit!........

Melayu bangkit!!!!

alifbata said...

Datuk,

Kasihan kepada bangsa melayu melihatkan dengan gagah dan hebat,DS Najib merasmikan syarikat KK Eswaran.

Inilah satu kejayaan DS Najib dapat melahirkan usahawan dan billionair.Kejayaan suami isteri,PM dan isterinya.

Jika di sini pembaca orang melayu,saya percaya semua kancing gigi melihat DS Najib sekarang.Dalam bercakap tentang melayu diperguna,melayu tercabar dan melayu semakin hilang kuasa,inilah pula berita yang kita dapat.Mana usahawan melayu/bumi yang diangkat sebegini hebat?

Saya mula berfikir betul dan berbaloikah sokongan saya selama ini kepada UMNO,yakni kepada DS Najib?

Di sini saya menyokong pertandingan presiden dan timbalan dalam Perhimpunan UMNO pada tahun ini.Saya terasa ditipu oleh janji semangat kebangsaan melayu dari UMNO.pERJUANGAN MELAYU,PEMBELA MELAYU DAN TUNJANG KEKUATAN MELAYU yang saban tahun ditiup pada perhimpunan agung,hanya retorik dan rasuah politik dalam UMNO.

Sudahlah,jangan bercakap lagi bab melayu dan perjuangan melayu dalam perhimpunan agung nanti.Memang cakap tak serupa bikin pemimpin atasan sekarang.Tidakkah semua ini memalukan bangsa?

Rawa Lanun-Bahasa said...

mestinya mabuk tuak beras siam
kita terhegeh-hegeh nak jatuhkan presiden
mestinya pening lalat duduk diam
mohd najib bak chicken rice seller
kesian

BN shall govern only some states
tokong hidup perdana menteri baru
anwar bak drebar tergesa-gesa

syed mokthar dapat adek angkat
koboi melayu dari darwin
syed mokhtar syed koboi billionaire


alhamdulillah
chicken rice sama hainan black SOS
and in memory of allahyarhamah
- wise yet humble rose of isis
Dr Mahani Zainal Abidin

Al-Fatihah
Salam Takziah kepada ahli keluarganya


salam takzim

Lahuma said...

Dato.

Rupanya kroni UMNO sudah menjelma dalam gagasan 1 Malaysia.

Pemimpin UMNO fasal cakap dengan orang kampung untuk membela Melayu naik bulu roma.

Bila mereka balik di KL/Putra jaya lain cakapnya.

Itulah pemimpin UMNO.

Adakah UMNO tipu Melayu atau Melayu tipu UMNO.

Melayu kena tipu dengan UMNO.

Melayu kena tipu dengan PAS.
Melayu kena kelentong dengan PKR.
Melayu kena jual dengan DAP.

Terima kasih.

abdullahngah said...

itulah caranya perdana menteri dan pemimpin baik mengumpulkan harta melalui seseorang individu.

Gelaran Tan Sri adalah lesen besar dan kebal, dan boleh buat apa sahaja yang dia suka.

Perkara yang jelas tak bagus tapi dianggap sangat bagus bagi tranformasi ekonomi negara.

Tidak dinafikan ia sangat bagus tetapi bagus untuk diri sendiri (kepentingan diri sendiri) yang sangat buruk dari persepkatif Islam yang telah diketepikan pemimpin yang mengaku "saya beragama Islam".





Lahuma said...

Dato.

Pemimpin UMNO sekarang bukan boleh ditegur atau dikritik.
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Rakyat kata kalau macam ini siapa jadi kerajaan pun kita macam itu juga.

Yang dapat nikmat orang atas bukit juga.Orang bawah bukit mendongak kepala sahajalah untuk tunggu BRIM golek turun.

Sebab itu pemimpin makin gila nak jadi PM.TPM ,MB.KM,Menteri,EXCO YB.

Rupsnys sds udsng bertan metrik disebalik batu.

Menjelang PRU orang miskin adalah pertaruhan undi dan modal kemanusiaan.

Inilah sandiwara pasca PRU.


Terima kasih.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Ramai yang mengeluarkan pendapat dengan terus terang masa kini kerana sudah dapat alternatip bagi memajukan orang Melayu berbanding dengan dahulu. Suasana sudah berubah dengan adanya pelbagai sumber maklumat masa kini.Terdepat kebenaran ungkapan "You can fool all the people some time, some of the people all the time, but not all of the people all the time." Dapatkan wakil rakyat yang kita pilih berkhidmat untuk keperluan kita dan tidak sebaliknya.

Pada saya kita kurangkanlah bercakap dan bergerak maju kehadapan dengan mata dan telinga terbuka dan tidak terperangkap dengan janji-jaji mereka yang mengakui diri sebagai pejuang agama , bangsa dan negara tetapi tidak beramal dengannya. Ambil tahu hak kita terutamanya apa yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan negeri dan tentukan tiada siapa mengambil kesempatan menggadainya.Masih tidak terlembat untuk menentukan kedudukan kita baik dengan izin Allah. Negara kita kaya dan yang penting adalah tidak membenarkan orang asing sebagai penasehat kita. Ini adalah kerana mereka ada agenda sendiri yang tidak memihak kepada kita.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

drlangitbiru penang said...

SEMACAM FILEM BOLLYWOOD.

Jikalau seorang penulis dan pengarah filem berkhayal menerbitkan sebuah filem, beliau mungkin berfikir begini jalan ceritanya;

Al-Kisah sebuah cerita di Negeri Pasir Berdengung. Seorang pemandu kepada pasangan usahawan besar dan berjaya, menjalinkan cinta haram hingga ke rancang dengan isteri usahawan tersebut. Pemandu tersebut melalui isteri usahawan tersebut mengenali baik dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Pasing Berdengung. Akhirnya pemandu tersebut mengahwini isteri usahawan tersebut. Semasa pemandu dan isterinya berbulan madu di luar negara, berlaku rompakan dirumah usahawan tersebut hinggakan usahawan tersebut dibunuh dengan kejam. Pemandu dan isterinya mewarisi segala harta peninggalan usahawan tersebut dan sekelip mata menjadi kaya raya.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Pasir Berdengung mengarahkan siasatan rapi kes rompakan dan pembunuhan kejam usahawan tersebut, tetapi gagal mengesan dan menangkap siapa pembunuh dan dalang dalam kes tersebut.

10 tahun selepas tragedi tersebut, bekas pemandu tersebut dianugerah darjah kebesaran Tertinggi Negara oleh Perdana Menteri Pasir Berdengung, dan dianugerahkan Projek TV Mega bernilai 500juta.

Adakah ceritanya berakhir di sini?

PADA SISI PANDANG YANG LAIN.

Bagi Langitbiru, pada sisi pandang yang lain, saluran TV tanpa henti 500 saluran ini tidak mencerminkan kesungguhan Najib untuk membentuk sebuah Negara yang berilmu, berakhlak tinggi dan gagal melahirkan modal insan yang berintegriti, siasah yang tinggi dan moral yang baik.

Saluran TV 500 ini bakal menyajikan tiada lain melainkan hiburan, hiburan dan hiburan. Tak tahulah Langitbiru, kalau dari 500 saluran , 499 saluran diperuntukkan untuk dakwah dan penyebaran ilmu!

Mustahil akan berlaku sedemikian, kerana sebagai contoh, selepas menang PRU13, Kerajaan UMNO Kedah menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz SAINS di Pulau Tuba Langkawi dan bercadang menjual Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil yang dibuat dengan harga 330juta ringgit tanpa bantuan kerajaan pusat walau 1 sen.

Rumusan Langitbiru, Syarikat 3 Tan Sri 500 saluran TV ini bukan membawa generasi yang lebih berilmu dan bertamaddun, tetapi akan membawa kerosakan sahsiah,dan rohani anak bangsa Negara.

Kg Oren said...

Dato'

Yg penting lesen penyiaran nya. I believe most of u missed the point. Mula2 labur sikit duit then hutang RM500m then jual lesen RM2billion atas alasan merger n acquisition. Paling best buat IPO supaya ble rembat duit public. Worse case govt bail out also another way of rembat duit rakyat. Tengok je la setahun dua ni yaaa...

Hamid ahmad said...

Dato.
Dalam membuat pinjaman Bank,selalunya loan to equity ratio 2:1. ini bermakna jika Wswaran hendak pinjam $500 juta dia mesti ada equity $ 1 billion.

Jika dia hendak menggunakan 100% pinjaman Bank untok memulakan ABN,sudah tentu Bank Pembangunan tidak dapat mengutip wang pinjaman nya balek.
Ini merupakan sau keputusan yang Cuai.

Jika kita lihat balance sheet Benta,ia tidak ada want satu billion rgt.Eswaran juga taka ada 1 billion.

Najib memang tidak sensitive dengan salah guna kuasa dan corruption.

Ini merupakan satu indakanyang tidak beranggung jawab Bank Pembangunan.

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk..

Terima kasih pembahas Hamzah kerana mencerahkan siapa Eswaran.

Soalnya sekarang bukan berjaya atau tidak syarikat yang bakal diuruskan, tetapi kejayaanya mendapat lesen yang sama dengan Astro dan dari kaum yang sama pula dengan Ananda.

Saya biasa kerja dengan puak-puak ni, mereka sangat mahir dalam bodek-membodek selagi tak dapat apa yang dia hajat selagi itu dia tak akan berhenti.

Tapi bila hajat dah dapat habis kawan-kawan semua ditibai, sakit hati dibuatnya.

Wahai bangsaku Melayu, apakah yang bakal kita tinggalkan untuk untuk anak cucu kita.

TQ Datuk.

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe
Salam Hormat

keroncong untuk ana

it is go to be back
home sweet home:
posting sudah terjawab jugalah


terima kasih









A KADIR JASIN said...

Pembahas Abdullahngah.

1. Terima kasih atas penyertaan Sdra/Sdri dalam blog ini.

2. Walaupun komen-komen Sdra/Sdri kadang kala keterlaluan/melampau dan terkeluar tajuk, saya mengambil risiko menyiarkannya juga.

3. Saya rasa sudah sampailah masa dan hadnya saya mula bertanya siapa Sdra/Sdri sebenarnya.

4. Saya tahu Sdra/Sdri seperti banyak pembahas lain dalam blog ini takut, malu atau kurang yakin untuk guna nama sendiri atau untuk dedahkan identiti.

5. Selaras dengan negara kita yang dikatakan lebih demokratik dan bebas (ISA pun dah tak ada) dan pembankang pun lebih kuat, saya rasa sudah sampailah masanya bagi Sdra/Sdri Abdullahngah memperkenalkan diri supaya bukan saya seorang sahaja menanggung beban dan risiko ke atas apa yang Sdra/Sdri Abdullahngah hujahkan.

6. Begitu jugalah dengan pembahas lain. Eloklah kita perkenalkan diri kita. Setidak-tidaknya latar belakang kita, kerjaya kita, usia kita. Apalah yang hendak dirahsiakan sangat dan apalah yang hendak ditakutkan sangat?

7. Serentak itu saya akan menolak komen-komen yang keterlaluan dan berisiko tinggi.

Tolonglah. Terima kasih.

Dotcom said...

Salama Tok,

Setuju dengan Kg Oren.

Kalau betol Bank Pembangunan lulus pinjalan setengah bilion kepada Eswaran, ia wajib sahkan dan bagi rasional macam mana start-up macam ABNXcess boleh dapat pinjaman sebesar itu. Risiko perniagaan dalam bidang ICT sangat tinggi. Dah lupa ka Dotcom bubble?

Bidang penyiaran sangat kompetitif dan untung tidak besar. Dulu kereajaan terbitkan tiga lesen TV free to air yaitu NTV7, TV8 dan TV9 yang semua bankrupt dan terpaksa dibeliu oleh TV3. Kalau bagi saluran tambahan kepada Media Prima bukankah lebih baik? Kurang-kurang pun Media Prima yang diuruskan oleh Melayu tak rugi, malah untung.

Tak hairan kalau lepas ini Eswaran dan Melayu-Melayu Proxi di belakang dia akan cuba jaja ABNXcess kepada Ananda Krishmnan, Media Prima atau YTL Communications for quick buck after all Eswaran had just received Maggi Mi Tan Sri.

Tapi apo nak dikato? Rosmah akan dapat channel khas dari Eswaran. Sekarang pun berita TV3 penuh dengan Rosmah.

Kampong man said...

Salam Dato dan sdra yang dihormati semua,

Sebelum Dato menolak penulisan dari para pengomen saya kira ramai yang menulis adalah kerana beberapa sebab.Ada yang jujur dengan pandangan dan perjuangan masing masing dan atas berbagai sebab.Tidak kurang juga ada yang menulis "BUKAN KERNA NAMA"- Sdra M.Sharif

Hayati lirik dan lagunya dibawah:


Jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama

apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
kerana dia bisa merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai anai
Lambat laun HANCURLAH diri mu.!! "


Sekian, salam hormat dan terima kasih.

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum Dato'

Saya mendengar keluhan Dato'.

Bagi pelayar Pro-UMNO, apa nak ditakutkan sangat MEMPERKENALKAN DIRI?

pelayar Pro-UMNO buat hujah macam-macam, kebarangkalian nak kena tangkap Akta Hasutan cuma 0.1% sahaja.

Husam bercakap pada Blackout 505 di Kota Bahru, beberapa orang UMNO buat lapuran polis, hadir blackout 505 di Padang Merbok ditangkap, dibawa balik ke Kelantan, dan la ni dok tahanan reman 4 hari. Menteri besar Kelantan, Ahmad Yaacob nak melawat pun polis tak beri kebenaran.

So far tak da pula pemimpin UMNO ditahan sedemikian rupa.

Mat Sabu cakap pasal Mat Indera, lebih 1000 lapuran polis dibuat oleh orang UMNO, terus sahaja Mat Sabu ditangkap di hadap ke Mahkamah.

TAPI bila orang pembangkang buat lapuran polis, tak pernah pula polis tangkap di KL bawa balik ke Kelantan orang-orang UMNO.....

INILAH KETIDAKADILAN PDRM, YG MENDAKWA MEREKA BUKAN MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PIHAK.

So, kalau pelayar di sini dari pembangkang, resiko tu tinggi walaupun apa yang ditulis itu ada kebenarannya...

Bagaimanapun, pada dasarnya saya sangat setuju dengan pandangan Dato' mereka disini wajar memperkenalkan diri mereka.

Tahniah Dato.

.....mohon maaf kalau catatan saya menumpang di sini membebankan Dato.

Terimakasih

Abu Awis @solehnet said...

salam dato...

kurangkan risiko,

tapi high risk, high return...

kundoq13 said...

Datuk AJK,

Saya rasa terpanggil untuk komen tentang peringatan Datuk yang terpaksa menanggung risiko menyiarkan komen-komen di sini.

Sepanjang beberapa bulan ini,saya kerapkali membaca komen yang ada.Rasa seperti bagus,sebab ada ruang untuk orang ramai nyatakan pendirian,juga reaksi spontan.Alasan dan sabab musabab saya boleh faham.Tak naampak pun unsur-unsur hasutan melampau atau perkara yang menggugat keamanan di Malaysia.

Apa rasionalnya untuk tuan blog menapis komen di sini?Komen Abdullahngah dalam beberapa tajuk lepas pun saya baca.Tak nampak satu bentuk pun seperti bahaya atau mengundang risiko kepada sesiapa juga.Apapun,saya rasa Abdullahngah menyatakan parkara yang biasa berlaku serta tak berapa berkenan dengan pemimpin yang tidak bekerja dengan betul.Saya tidak nampak ini mengancam kepada tuan blog,DAJK.Lainlah jika ada tekanan ke atas Datuk.Itupun bukan elok sebagai pengamal media kini apatah lagi melibatkan orang ternama macam Datuk.

Cuba Datuk bandingkan komen di sini dengan komen di blok Parpukari.Di sini tidak nampak maki hamun,hasutan teruk dan penghinaan keterlaluan.Mungkin Datuk sudah tapis,ini sudah memadai.

Walaubagaimanapun,ini blog Datuk.Ikit suka tuanpunyalah nak buat apa.Ayat Datuk berupa ugutan yang saya tak berapa berkenan.

Satu perkara yang saya nak sebut ialah,sebenarnya,ayat Datuk selama ini memang lembut dan nampak biasa tetapi lebih besar kesan dan akibatnyanya dari pembahas yang banyak ini.Datuk lupa bahawa mereka inilah juga yang mengangkat blog The SCRIBE ini.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Dengan izin

Terima kasih kita kepada Sdr drlangitbiru kerana membawa cerita lama yang bedengung bau-bau bacang.

Kg Oren beri setengah jawaban.
Setengah jawaban kerana kes masih berjalan: 'a murder case is always open until the killer(s) are apprehended': ketua polis Pasir Putera Bedengung.

Khairy Jamaluddin agak saya pun tahu fakta ini kerana dia seorang Menteri dan Pemuda UMNO.


Maaf

o ya, Tuan The Scribe, saya ini orang tua ahli umno duduk dalam gua celik astro dan rabun internet.

Saya tidak suka kepada Mohd Najib Tun razak sebagai Presiden UMNO
dan saya mahu Khairy Jamaluddin sebagai Naib Presiden dalam UMNO.

Saya rasa masalah jerebu ini suatu petunjuk kelas besar: nampak depan mata rasa sendiri.

Kalau tak ada hujan di kawasan kebakaran dan angin tiada maka saya teruskan dengar keroncong untuk ana.


Salam Hormat

Singgah abbebakar said...

Saya amat menghormati Datuk,

Urutan sejarah dan pensejarahan Melayu dan Tanah Melayu, kini Malayia akan mengingatkan kita kepada Melayu dan budinya.

Baik budi orang Melayu yang sanggup susui kera di hutan biarpun anak mati tak makan atau robohkan rumah (pondok dan kemiskinannya} untuk tanak nasi kepada dagang yang lalu akan terus berlaku.

Kita tidak mungkin berjumpa dengan kezaliman dagang keatas anak bumi Melayu tanpa bergatung kepada pembesar-pembesar Melayu. Sayang Melayu mudah lupa. Lebih sayangnya Melayu yang pelupa jarang ada catatan. Makanya segala kebaikan Melayu sukar dubuktikan dan keburukan Melayu amat senang dubuktikan.

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum Dato'

Tun Mahathir dah bagi "consent" kpd Najib, tak perlu ada pertandingan peringkat tertinggi parti UMNO.

Tengku (bukan Tengku ori)Adnan kata "demokrasi terpimpin", tak perlu pertandingan terbuka.....

Hemmm...bagaimana pertemuan Daim dan Mahathir tu Dato'?

Bagaimanapun, saya setuju 100% dengan mahathir, Najib masih yang terbaik, tak ada alternatif kata mahathir....he he he

Muhyiddin dulu ada barani lawan Pak Lah sebab dia tahu Mahathir dan Najib (dalam diam-diam dan sembunyi--playsafe katakan) sokong nak guling Pak Lah.

La ni...Muhyiddin tak dak barani lah....bila Mahathir secara terbuka kata Najib satu-satu(1MAlaysia)nya, tiada alternatif.....

Hemmm...atau Muhyiddin boleh guna konsep dan modus operandi Sulaiman Palestin....lambung orang lain masuk bertanding aku dapat untungnya...hehehe....

Itupun Langitbiru fikir Muhyiddin tak dak baranilah.....dia nak lambung sapa?

Lambung orang yang tak dak kausa dalam parti dan kerajaan, maknanya jerut leher sendirilah....he he he

Nak lambung Ghani, atau Ali Rustam?

Awal-awal lagi MB Johor dan KM Melaka yang baru "bagi" warning...hehe

KESIMPULANNYA, NAJIB AKAN KEKAL SBG PRESIDEN UMNO HINGGA PRU14....

Dan langitbiru suka ini...

SEBAB, Najib dah tak da halatuju yang konsisten menegnai hal ehwal orang Cina.....sb najib bukan lawan Cina DAP, TAPI seluruh Cina Malaysia selepas terpacul keluar apa yang terbuku dihatinya TSUNAMI CINA...

Dengan MELAYU la ni pung NAJIB dah tak percaya sangat dah.....DAH SEDAR lah tu....

SEBAB ITU NAJIB MENGUBAH RADARNYA MENCARI KAUM INDIA FRIENDLY BN.....he he he

Semua parti parti halus, kecik, besar, gergasi, India boleh BERNAUNG BAWAH BN

.....DAN BOLEH PULA PROJEK BERATUS JUTA RINGGIT....PERRRGH HIDUP NAJIB...KATA PEMIMPIN INDIA..

ok LAH tOK, MOHON MAAF, bahasa agak santai sikit tak amcam biasa....ubah selera skit

shaty said...

as salam ... saya setuju mereka yang tak berani meletak nama tak perlu di layan komen nya. Berani kerana benar ... !!

A KADIR JASIN said...

Pembahas (baru) Singgah abbebakar, antara lain, berkata:

"Baik budi orang Melayu yang sanggup susui kera di hutan biarpun anak mati tak makan atau robohkan rumah (pondok dan kemiskinannya} untuk tanak nasi kepada dagang yang lalu akan terus berlaku."

1. Itu orang dulu-dulu. Tak salah. Cuma jangan hilang pegangan. Memang kita ikhlas berbudi. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

2. Kita susui kera di hutan pun itu susu kita. Kalau kita tanak nasi bagi menjamu dagang dan musafir lalu pun, berasnya milik kita.

3. Tetapi projek, kontrak, konsesi, hutan rimba dan lesen bukan milik kita. Ia milik negara. Milik rakyat jelata. Kita tidak boleh berbudi menyusui kera di hutan atau menjamu musafir lalu dengan duit negara dan rakyat jelata.

4. Itu kita kena bezakan dan kena faham. Kita bukan negara berpemerintah mutlak macam sesetengah negara Arab di mana duit negara adalah duit Raja.

5. Saya sudah arahkan wartawan saya minta pengesahan dari Bank Pembangunan. Janji nak jawab hari ini. Tetapi mungkin kerana jerebu, eksekutif yang janji itu cuti sakit. Wallahualam.

Terima kasih.

Mat Tunjang Enterprise said...

Dah lamalah saya tak dok mai cerita
Tapi blog Tok Kadir tetap dok baca
Ada masa Tok buat saya gelak ketawa
Ada masa Tok buat saya penin kepada.

pasai banyak saloran TV saya suka
Macam-macam karut-marut ada
Bila kita dok penin kepala
Tengok Raja Lawak rasa sikit lega.

Kenet Iswaran tu saya tak tau sapa
Di sini tak ada macam tu punya nama
Mamak Maidin dan Karupaya ada la
Tapi depa bukan la orang kaya.

Bila ada stesen TV baru
Lagi khayallah orang Melayu
La ni pun tak cukup merapu
Asyik dok tengoh cerita hantu.

La ni timbul balik cerita Attantuya
Sama naik dengan Ayah Pin dan Abuya
Stesen baru ni bolehla buat drama
Cerita Ayah Pin Altantuya dan Abuya.

Betoila macam Tok selalu dok kata
Dalam Malaysia ada macam2 cerita Hantu Altantuya dok maharajalela
Pasai benda karut kita percaya.

Di Kedah Umno dah balik perentah
Orang Pas depa silap langkah
Pasai bos bergaduh depa naik marah
Masa mengundi depa tak pangkah.

Orang Umno depa naik gomrah
Dengan ketua ada rasa nak marah
Tapi kepada DAP depa rasa resah
Kalau DAP menang Melayu parah.

Cukup dulu Mat dok merapu
Lama tak pantun kepada buntu
Budaya lama tambahlah layu
Kalau tak jaga satu per satu.

Mat Tunjang Enterprise

ab said...

Salam dato,





Hari ini dah hampir lengkap dah la kerajaan Malaysia;ada kabinet,ada dewan rakyat dan dewan negara berfungsi disamping badan kehakiman, untuk pemerintahan Malaysia olih Yang Dipertuan Agong.



Esok perasmian parlimen olih Yang diPertuan Agong.




Tinggal lagi 58 bulan untuk PRU14.




Saya MASIH TERTUNGGU TUNGGU `kembalinya' Dato Seri Mohd Najib,Presiden UMNO dan Perdana Menteri pilihan Yang diPertuan Agong untuk untuk MEMPEROLIHI
dan MENYERAHKAN SEMUA PERUNTUKAN
yang telah ditersediakan untuk orang melayu/bumiputra sebagaimana yang didalam perlembagaan persekutuan.





Saya lihat beliau MASIH BELUM `menolih kebelakang' lagi dimana melayu/bumiputra SEKALI LAGI LETAK BELIAU DI PEJABAT PM didalam PRU13.




Tuan PM, jika orang berbudi kita berbahasa,TETAPI KALAU TUAN lupa budi dan lupa bahasa,kami tidak teragak agak lupakan UMNO,TUAN DAN SEKELIAN NYA!,




Susu kami yang tinggai sikit sangat ni JANGANLAH TUAN tumpahkan nila,beras kami yang sikit sangat ini janganlah, tuan taburkan bubuk,dan tanah kami yang sejengaka ni janganlah tuan timbuskan...




IT EITHER you give what are ours (RIGHTLY OURS,as stated in the constitution) or you continue showing your back to us,MINUS YOUR LIPS SERVICE.....in 58 months,sir, within 58 months we will wait with minimal patience...


Abu Bakar Ab Rahman

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk..

I am the real Kampung Man Datuk, hidup setakat cukup makan sebab itu saya hargai ingatan Datuk..

Sebagai rakyat kerdil dulu-dulu kita tak pernah rasa ada peluang menyatakan pendapat dan pandangan,
Kita hanya membaca dan mendengar tapi tak dapat nak buat comments walau tak setuju.

Dengan adanya Blog seperti blog Datuk dapatlah pembahas menyatakan apa yang tersirat dihati, yang kadang begitu tajam tapi saya percaya tujuannya untuk kebaikan negara kita juga, yang harap-harap suara rakyat bawahan dapat didengar olih mereka.

Sebenarnya kebimbangan Datuk kebimbangan kita bersama.

Hidup ini penuh ranjau dan duri.

TQ Datuk.

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
Rawa Lanun-Bahasa said...

Dengan Izin

Betoila macam Tok selalu dok kata
Dalam Malaysia ada macam2 cerita Hantu Altantuya dok maharajalela
Pasai benda karut kita percaya

(Mat Tunjang Enterprise)

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/altantuya-murder-trial-dsp-musa-should-have-testified/


Tetapi siapakah yang empunya Malaysian Insider dan siapa sebenarnya dalang jenayah hodoh ini adalah perkara yang boleh dibincang kerana ianya kes dalam rayuan, betul tak, The Scribe -
tak gabra kah bila umno cempera kita tanya

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Di Malaysia ni usahawan yg mempunyai balance sheet yg cantik akan dikejar oleh bank2 tier 1 spt maybank, public bank, cimb dan hong leong serta bank asing spt citibank dll.

Usahawan yg balance sheetnya tak berapa cantik terpaksa cuba nasib dgn bank grade amber spt affin, ambank dan mungkin rhb bank.

Kalau bsnk2 lain tu kecenderungan menggunakan kabel politik sgt tinggi.

Kalau din melaka ada kuasa lebih baik wang 500jt tu diperuntukkan pd 500 usahawan melayu atau siswazah melayu berpotensi untuk lebih maju.

Buruk sungguh perangai pemimpin kerajaan melsyu umno konon. Suami kat ijat pun cuma dpt 250jt.

Janji najib mau berubah cuna bohong belaka.

Padan muka melayu2 yg tsk serik ditipu pemimpin UBN. TAHUN 2018 NANTI PILIH LAGI UMNO.

XERONINE said...

Salam Semua

Salam and in agreement with Sdr Kampong Man

http://www.youtube.com/watch?v=T06i6qHv5zk

Only ... Ramli Sarip actually ...

Thank you

merlimau9 said...

Dato
Perjuangan UMNO adalah BENAR.
Pemimpin yg tidak amanah pasti akan terhukum cepat atau lambat.

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Edited Version
(falsafah cinta)

Rawa Lanun-Bahasa
June 26, 2013 at 10:43 AM | Permalink

Your comment is awaiting moderation

For mubarakchan

Maybe you’re right, maybe you’re wrong
but i ain’t gonna argue with you no more

I will try to make it as crystal clear as I can;
do you think Lim Guan Eng gives a damn about Singapore, brader
Hong Kong is the model lah and what why would 90% of the local chinese gives a damn about what 10% pro-Malays think?

I know you next to nothing except that you're just another homo sapien on the internet.

For Tired

Right lah brader, and it was never meant as a joke
i don’t know you and what you are up to

how i wish you are six feet seven inches and weighs 400ibs
so i can slit your throat with pleasure when need be
allah allah allah and muhammad is for me

BlogAd@DrM
salaams

maaf, bro
i am giving you a pain in the neck time
i owe you one

And this:
(Falsafah Cinta-M.Nasir (Konsert ALAM)
Uploaded on Nov 18, 2010

Lagu yang di sampaikan ketika Konsert ALAM.
Lagu asal di nyanyikan bersama Rahim Maarof dalam album Rahim sekitar tahun 1987.

DVD Konsert ALAM sudah berada di pasaran keluaran BoxOffice.
Dapatkan yang original.

Bila hadir kasih sayang
Tanda cinta sudah berakar
Terkadang buta hidupmu
Terkadang semangat gelora
Rasa cinta kepada keindahan
Tanda yang peka kepada kejadian
Berdiri di atas kehendak keamanan
Kedamaian
Cinta menciptakan rindu
Juga membuat kita sendu
Semangat terbakar hangus
Hidup mesti terus
Kerana cinta duniamu berperang
Itu cinta sesat di perjalanan
Demi cinta kita terlupa dunia
Kesesatan
Marilah kita bersama terus bercinta
Menjadi cermin untuk manusia
Hentikan tangisan rindukan ketenangan
Cinta ini penuh keindahan
Kasih dan sayang


Khairy Jamaluddin, my dear blogad@drm, khairy jamaluddin
time will tell
'bang apa kita nak buat sekarang?'
'go on a road show, kj'
naib presiden tak datang tergolek
kalau tak bergolek sebelumnya

a lanun-bahasa gathers no moss but moses


komen:

Usahawan bumoputera yang kenal hala haram dengan baik tidak perlu khuatir mahupun gundah

razeki di tangan tuhan
manusia dikurniakan akal
dan al-kitaab


salaams

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Din Melaka sempat membaca penyata kewangan Bank Pembangunan Msia Bhd berakhir 31/3/3013.

Jumlah pinjanan terkumpul yg mereka keluarkan pd peminjam2 setakat tarikh berkenaan adalsh 22.6 b.

Hebatkan Eswaran. Dia srorang akan sedut 500 jt dana BPMB. Lepas ni ada ke lagi baki dana utk peniaga Melayu......HIDUP MELAYU. PADAN MUKA .....YG INI UNTUK YG TAK SEDAR DIRI.

Din Melaka juga keliru adakah pinjaman BPMB kpd Eswaran termasuk dlm guideline sektor yg diluluskan?

Kalau berani melawan alsmat terbanglah jawatan pengerusi dan CEO BPMB.

Rawa Lanun-Bahasa said...


by election di besut!

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/besut-assemblyman-dies-first-by-election-expected-soon/


The Scribe

well what can you say?
vote pas?

drlangitbiru penang said...

komen:

Usahawan bumoputera yang kenal hala haram dengan baik tidak perlu khuatir mahupun gundah

razeki di tangan tuhan
manusia dikurniakan akal
dan al-kitaab


salaams

12:02 PM

Sebab itu kita kata, sapa kata rezeki Melayu hilang tanpa UMNO, Melayu hilang tanpa UMNO, kita kata tak betul, bolehjadi syirik.....sebsb semua tu kuasa Allah swt, bukan kuasa UMNO!!!

malaysianinsaf.blogspot.com

zainal abidin awang kechik said...

TULISAN DATUK ... YANG TERBAIK DALAM SEJARAH BLOG MALAYSIA....

TAHNIAH..
itu pun umno tak sedaq lagi...
UMNO HILANG PUNCA.
KETUA UMNO BAHGAIAN PENAKUT.

ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA

selamat posa tok dan datin

Kampong man said...

Salam Dato,buddy RLB dan semua,

1.We have enjoyed the quality air thus far until this JEREBU spoils it.Oh yeah,those peace, tranquility, harmonony and political stability until this POLITICAL JEREBU change the landscape ehh...It is our choice for the better we hope.I think it will be,left to be seen.

2.However,the jerebu , be it the haze or the political jerebu itself,will soon settle down and hopefully those CHOOSEN ones will put their political differences aside and start working for us rakyat.Overpoiticking is bad for health just as the jerebu.

3.I hope Najib would have choosen me instead of Eswaran wirh all due respect.Surely I am too can make it being an ushawan anytime than Eswaran !.I mean it but I have no political connection and NEVER a politician so cannot be.I do suffer from superiority complex sometime to be saying this.But 'Siapalah aku..' a lyric from Jamal Abdillah.I am like RLB, pencinta seni but in reality a mere technical guy with a nurtured left and rught brain for technical and creativity/seni for a balance you.

4.Else I wont dwell on 'Bukan Kerna Nama'-Ramli Sharif(Not M Shariff- correction) and RLB 'Keroncong Untuk Ana' equally soothing to the ear.My neighbour Wan Radzi (Wan Zaleha ,the once newscaster father ) would listen to the keroncong nightly without fail at 10 pm through BEST 104.1 fm .Try and have a listen.My musical repertoire being also a peminat seni is equally wide from classics, Jazz, R&B and Rocks among others.But those are hobbies to keep your sanity at times when you can find time.

5.RLB,Some merely listen to musics.As for me I go beyond as hobby.Classical and acoustic guitar fingerstyling and photography and a little sports are my pastimes to keep me away from golf (Game Orang Lupa Family, they said).Am not a golfer anyway, too time consuming.How about your hobby away from politics and your dual with Mubarakchan and Tired in Che Det ? Tell me ,now that DAKJ wants to know us better. Tak kenal tak cinta kan?.Takut kena delete pulak hiding behind anonymous.Betul kata Dato dan beliau sudah bagi warning jangan keterlaluan dan jauhi dari komen yang berisiko tinggi.Takut salah tafsiran. Saya setuju.Anyway sekadar mengusik cikit.

Btw, I read Che Det.There are many good and sensible comments there.I do not have the luxury of time really,mostly occupied, as the business is keeping me busy at least the mind is.The good news is I do not need politics to make it, NEVER.

Maaf, salam dan Gracias.

Dinoscots said...

Rawa Lanun-Bahasa,

Awat hang tak habaq hang orang tanjung.Jom aku pi belanja hang makan dekat 'Line Clear' atau 'Mohmeddiah' nu.Kita bukak table.Hang jangan ganggu KM.Hang ingat aku berani kah?.Aku takut tau!!...

Itu sebab lah.Apa apa pun KP polis Penang tu adik penakan aku,so hang don'play play.Story no use.

Aku guna Lawyer Adam Bachek &Co diatas sebagai.Apa macam sekarang.Jadik ?



Rawa Lanun-Bahasa said...


langitbiru,

macamana persiapan untuk by-election
di besut?

best wishes

Rawa Lanun-Bahasa said...

dinosscot

no problem
you kenal kp penang
kita pi sembang
bagi you punya tel

tajuk: bring down umno.


Rawa Lanun-Bahasa said...

DENGAN IZIN


dai kampong man

Membaca Basmalah di awal surah Bara'ah ( al-Tawbah ) adalah dilarang menurut para Qurra' dan Fuqaha' serta Muhadditsin.

1. Imam Al-Syathibiy iaitu pengarang kitab qiraat yang terkenal, berkata dalam Mandzumah Hirz al-Amaniy Wawajh al-Tahaniy atau masyhur dengan Almandzumah al-Asyathibiyyah;

" Dan bila-bila masa sahaja kamu wasalkan, atau kamu mulai surah Bara'ah kerana turunnya bersama ayat pedang, tidaklah kamu membaca Basmalah. Dan tidak dapat tidak daripada Basmalah ketika kamu memulai akan surah kecuali Bara'ah, dan pada permulaan bahagian-bahagian al-Quran, dapatlah memilih orang yang membacanya."...


Tell me ,now that DAKJ wants to know us better. Tak kenal tak cinta kan?.Takut kena delete pulak hiding behind anonymous.Betul kata Dato dan beliau sudah bagi warning jangan keterlaluan dan jauhi dari komen yang berisiko tinggi.Takut salah tafsiran


The Scribe,
Salaam


Betulkah apanama
Betul kata Dato dan beliau sudah bagi warning jangan keterlaluan dan jauhi dari komen yang berisiko tinggi.Takut salah tafsiran...


Terima Kasih, The Scribe.

Now, kesianlah sama kampung man.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).