Wednesday, October 16, 2013

Bayangan “Ngeri” Keputusan Pemilihan Pemuda, Wanita

A Kadir Jasin


[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


KEMENANGAN total Khairy Jamaluddin dan kemenangan besar Shahrizat Abdul Jalil dalam pemilihan Ketua Pemuda dan Wanita Sabtu lalu telah mencetuskan beberapa ramalan dan cakap kedai kopi mengenai pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno Sabtu ini.

Ada yang melegakan dan tidak kurang pula yang mengerikan. Ada berunsur konspirasi dan ada yang berciri peribadi.

Berikut adalah antara inti sarinya:

1. Kedudukan Presiden, Mohd Najib Abdul Razak, yang menang tanpa cabaran semakin kukuh.

2. Presiden kini mungkin berasa beliau sudah berkedudukan untuk membuat “tuntutan” antaranya agar status quo Naib Presiden dikekalkan, khasnya demi kepentingan sepupu beliau Hishammuddin Hussein yang dikatakan paling “vulnerable” (terancam) di kalangan tiga penyandang.

3. Shahrizat yang disayangi Presiden dan akur kepada Presiden pastinya menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh Presiden atau oleh penasihat-penasihat Presiden yang sangat ramai itu.

4. Setelah menang mutlak mengikut pemilihan kolej (bahagian), Khairy kini kuat dan berpengaruh. Beliau mempunyai “voting block” yang padu yang mampu mencorakkan pemilihan Naib Presiden dan ahli biasa MT serta membuat tuntutan terhadap Presiden.

Khairy (atas) Lawan Mukhriz (bawah) - Perang proksi?

 



5. Adalah tidak memeranjatkan kalau Khairy bersimpati dengan Hishammuddin yang berupa pendahulu kepada beliau sebagai Ketua  Pemuda.

6. Dalam konteks masa depan, menyekat kemaraan Mukhriz Mahathir adalah strategi yang baik bagi Khairy kerana mereka lebih hampir dari aspek usia dan asal usul. Khairy 37 tahun dan Mukhriz 48. Khairy menantu bekas Perdana Menteri dan Mukhriz anak bekas Perdana Menteri. Khairy cergas dalam Umno sejak zaman bapa mentuanya tetapi Mukhriz cergas hanya selepas bapanya bersara.

7. Saya tidak kenal ketua baru Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin. Tetapi khabarnya beliau cerdik dan berwawasan. Harap-harap beliau juga pandai. Bangsa Melayu, khasnya Umno, memerlukan cerdik pandai. Beliau boleh memilih untuk berkecuali atau memihak kepada calon-calon MT yang segenerasi dengan beliau atau yang lebih hampir usia dengan beliau kerana merekalah yang akan menentukan hidup mati Umno pada masa akan datang.

8. Dan di pihaknya, Mohd Najib boleh memilih menjadi ketua yang adil dan tidak memihak atau beliau boleh menggunakan kemenangan tanpa perlawanannya untuk mempengaruhi pemilihan Naib Presiden dan ahli MT lainnya.

Kesimpulan rambang adalah keputusan pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri Sabtu lalu boleh mencorakkan pemilihan tiga jawatan Naib Presiden dan jawatan-jawatan lain dalam MT.

Wallahualam.


49 comments:

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Tidak apa yang harus dibimbangkan.Kita semua punyai keyakinan tersendiri pada calon pilihan kita.Dato dari utara mungkin Dato juga ada 'preference' sendiri.Begitu juga saya dari selatan semenanjong.Yang jelas kedua KJ dan Shahrizat menang CONVINCINGLY dan kita semua harus akur pada pilihan majoriti.

2.Dulu kita menaroh semua keputusan pada kurang lebih 2000 perwakilan yang bisa di beli dengan wang katanya sekarang tidak lagi.

3.Tidak dapat dinafikan incumbent jelas mempunyai kelebihan.Tidak hairan jika keputusan STATUS QUO bagi VPs dalam tilikan saya yang lepas menjadi realiti juga.Siapa lah saya yang hanya tukang ramal sahaja mengikut trend dan analisis sendiri yang subjectif .So far ok nampaknya .Kita tunggu dan lihat nanti.Hopefully, they can prove me wrong walaupun rata rata bloggers mengharapkan Mukhriz menang dan Hishamuddin kalah.

jebat said...


Salam takzim Dato',


MALAS NAK KOMEN !!

KOMEN PUN KEPUTUSAN DAH DI BUAT.


BAIK SAYA BERUSAHA UNTUK LANGKAH MASA DEPAN.

ASAS PERJUANGAN SAYA IALAH:

1) PILIH PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MELYU - NAMA MELAYU - JIWA MELAYU DAN SEBAGAI NYA.

2) JANGAN PILIH ORANG YG PILIH KRONI DAN SUKU SAKAT ATAU APA JUA YANG BERISFAT PERIBADI (ATAU FREE BODY)

3) JANGAN PILIH PEMIMPIN KERANA BAPA NYA, DATOK NYA.

BIARKAN YANG ADA TERJUN DENGAN KHAYALAN NYA KONON DIA KUAT.

SEDIA UNUTK PRU14.

INSYA ALLAH KEMENANGAN AKAN BERPIHAK KEPADA KEBENARAN !!

SALAM AIDILADHA.

zainal abidin awang kechik said...

Salam tok ..

The winner Is

Datuk seri Dr Ahmad zahid hamidi
Datuk seri Shafie afdal
Datuk seri hishammuddin

UMNO always UMNO

borhan said...

Bila Shahrizat bermasalah dengan projek lembu lakinya Kharilah pembelanya. sekarang mereka dua serangkai satu kepala wanita , satu kepala pemuda. pada satu masa ada cerita khairi nak robohkan universiti malaya nak ambil tapaknya buat projek perumahan mewah...sayak harap wanita dan pemuda umno tidak syok sendiri...cubalah bayangkan - bagaimanakah penerimaan wanita dan anak muda Melayu di luar sana kepada umno dibawah kepimpinan mereka...adakah susu dalam tempayan masih bersih setelah tumpah dua centong nila ke dalamnya..

Shadow Banker said...

Kekalahan Mukhriz bakal melengkapkan "treble" yang amat bermakna.

1. Najib kekal sebagai Presiden
2. KJ dan Kak Jat mencatat kemenangan total
3. UMNO dibersihkan dari pengaruh Mahathir bin Mohammad.

Lahuma said...

Dato.

Semakin ghairah media perdana melaporkan tentang pimilihan UMNO maka makin banyaklah persepsi buruk dan negatif dibincangkan termasuk pendokong yang darah mengalir dalam badan mereka adalah darah UMNO.

Walau apa pun teori ,andaian atau ramalan tentang siapa menang ,siapa kalah.Bersandarkan pada buku rekod pemilihan UMNO yang lepas cuma yang PEMURAH sahaja yang menang besar.Tanpa amalan PEMURAH ramai calon kalah teruk.

Begitu juga dengan post mortem pemilihan pemuda.wanita dan puteri yang terkini.Ini realiti bukan rekaan.

Tentang Naib Presiden memang hebat.
Faktor PEMURAH akan jadi penentu.Ulat-ulat mereka sedang bergerak kearah itu.

Nilai jawatan NP sama dengan satu tempayan emas.Bergelut dan bersilat lah mereka.

Perwakilan yang seramai 150,000 terfikir apakah pula untuk mereka.

Kalau salam berisi ok sahaja.
Kalau salam kosong ko lah jawapnya.

Itulah slogan perwakilan UMNO kini dulu dan selamanya.

Semua orang tahu.Pelajar kelas Tadika pun tahu.

Bayangan Ngeri ialah PRU 14.

Terima kasih Dato.

Pak Ard said...

Mengetahui keputusan pemilihan untuk ketua pemuda dan wanita UMNO cukup memberi kesan mendalam dalam diri aku. Tiada lagi UMNO yang dulu. Jadi tidak perlu ada UMNO sekarang di hati aku lagi.
UMNO yang berbangga ada 3.5 juta ahli sudah kekurang seorang ahlinya. Sudah tentu ia bukan masalah buat UMNO.
UMNO sekarang adalah yang berada di tengah tidak lagi berhaluan kanan, UMNO sekarang progresif, ini kata ketua pemudanya selepas menang. Dia akan terus memacu UMNO kearah itu dengan sokongan bala tenteranya. Golongan konservatif telah tiada, 0. Dia dipilih oleh setiap bahagian. Melayu mudah lupa, mereka yang memilihnya adalah orang yang sama yang berteriak “rasuah” dan “booo”, dialah yang didapati bersalah “politik wang” pada tahun 2009. Bukan lama, baru 4 tahun. Dalam masa 4 tahun itu apa perubahan drastik dan “taubat” si Ketua Pemuda lakukan untuk agama, bangsa dan tanahair hingga dia diterima sepenuh hati kali ini? Bukan menafikan kemenangannya yang dijangka itu tetapi kemenangan besar tanpa saingan itu amat mengecewakan. Ia mengambarkan akal budi pemuda yang bakal mewarisi kepimpinan UMNO satu hari nanti
UMNO cuma wadah siasah orang Melayu pertahankan agama, bangsa dan tanahairnya. Pada aku UMNO konservatif pada perjuanganya. Jadi jika UMNO hendak di progresifkan, tambahan pula dengan kecenderungan liberalnya, maka ia bukan lagi UMNO asal.
Aku berharap akan ada wadah baru bagi aku yang konservatif dalam mempertahan agama, bangsa dan tanahair bersama mereka yang sealiran dengan aku untuk bersama meneruskan perjuangan ini. Ia perlu disegerakan seawal mungkin sebelum PRU14. Jika terlewat, kita mungkin hilang ketiga-tiganya.
Yang tinggal adalah UMNO progresif dan liberal yang mendukung 1Malaysia tanpa Islam Melayu dan tanah Melayu lagi.

Tinta Hitam said...

Datuk,
Remember the proverb "Birds with the same feathers flock together"? Jadi pemilihan Shahrizat atau sesiapa shj spt Shahrizat membayangkan keadaan dan status mentaliti dan pegangan hidupahli ahli UMNO keseluruhannya.Bukan salah Najib,Muhyiddin atau mana mana pemimpin lama atau baru..Its their voluntarily choices.Takda sapa pun letak pistol kat kepala mereka suruh pilih pemimpn itu dan ini.Yg mereka

Ahli yg berkualiti akan memilih pemimpin yg berkualiti.Pemimpin yg berkualiti tidak takut pd sebarang rungutan dan kritikan ahli ahlinya.Ahli yg tidak berkualiti akan memilih pemimpin yg tidak berkualiti.Itu lah udg2 tidak bertulis dimana mana organisasi..

Datuk nak rasa "horror" lagi? Tunggu lah pemilihan pucuk pimpinan UMNO dlm sedikit hari lagi.Dan selepas ini kita rakyat Malaysia pulak akan rasa lagi byk "horror"nya.GST,minyak naik lagi,barangan keperluan harian akan naik lagi.index rasuah lagi naik.Hutang negara lagi naik.Tunggulah,masanya akan sampai..

azim said...

jgn jadi paklah..konon presedin parti melayu terbesar...tapi bila kawin?? sape yg dicari...buang pemimpin umno yg beristerikan bukan melayu...nak jadi pemimpin melayu mesti lah lebih melayu dari aorg melayu di akar umbi...

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Ketua2 UMNO dulu zaman Tunku dan Tun Razak , rakyat lebih didahulukan.

2. UMNO sejak zaman Mahathir hingga kini nampaknya anak bini, gundik dan kroni dikayakan atau di bela macam bela binatang....beri makan untuk disembelih .

3. Kroni tegar akan dpt projek antara ratusan juta rgt spt projek NPC hinggalah ribuan juta rgt spt projek golden hand shake PKFZ dan BANK INTERNATIONAL INDONESIA.

4. Kroni peringkat bawah sedikit akan dapat projek antara juta2 kepada puluh2 juta

5. Kroni lebih rendah lagi akan hari raya dgn duit rakyat melalui kontrek2 puluhan hingga rutusan ribu ringgit setahun.

Tiga golongan inilah yg menayangkan kerrta dan rumah mewah mereka hingga memberi gambaran palsu bahawa kononnya orang Melsyu dah senang sangat berkat perjuangan UMNO.

6. Golongan kroni terkini ciptaan bijaksana penasihat PM NAJIB iaitu lebih 3 juta penerima BRIM.

Penyokong dan penentang boleh berbahas hingga kucing bertanduk TAPI dengan modal per penerima tak sebanyak mana berbandibg kroni2 terawal, UBN menang kerusi Melayu dalam PRU 13.

KENAPA?

Pertama ramai Melayu miskin dan bodoh

Kedua ada Melayu yg tamak haloba dan penting diri gembira membodohkan bangsanya. Ada beberapa org di blog ini sebagai siber trooper UMNO.



laimun said...

My read on the outcome of Khairy's sweep is the closing of arms by the powers in UMNO. On the day after elections, TV3 prime news at 8pm only mentioned his victory as the 3rd item, after kelapa sawit. There was none of the euphoria which greeted the news of the PM and DPM being unchallenged.
So Khairy, you are the man most Malaysians and Malays want as the one to lead this nation in the near future. Don't disappoint.

Azmi Bakri said...

KJ & Sharizat akan berbuat apa saja utk bos besar. Ada 191 bahagian & sekurang2nya 120 bahagian mesti dipegang utk maintain status quo.... Mcm2 instrumen kempen dlm saat2 genting last minute. Jgn terkejut ada MoU tak bertulis dgn Ketua Bahagian...MoU tak bertulis kadang2 lebih bahaya..

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Faham saya pemenang pemimpin peringkat nasional UMNO dipilih ikut 145000 undi pupular. Rupa2 meleset sebab masih masih bawah tempurung bahgian.

2. 14 daripada 15 pemenang jawatan wanita UMNO bahgian Kalabakan letak jawatan kerana tak puas hati dgn keseluruhan sistem pemilihan yg tak bersih.

Kalau begitu apa dah jadi dgn teriakan sesetengah pihak bahawa pemilihan kali ini paling bersih adil dan telus.

Bila penjahat mesyuarat antara mereka, tentulah yg terjahat atau terkuat akan muncul pemenang.

3. Najib memang hebat dalam urusan strategi pecah dan perintah. Bila Najib lantik KJ bermakna ada bekas PM tentu bengang habis.

Kalau ditakdir MB KEDAH kalau dalam pertandingan NP , rasanya perang baru dalam UMNO akan bermula tanpa sorok2.

Dgn PM lembik bolehlah Mahathir tunjuk hebat. Dgn Najib yg dibantu kak Ros, sorilah.

Tak sabar nak tenguk ketua2 UMNO bercakaran.

Kampong man said...

Salam semua,

"Dgn PM lembik bolehlah Mahathir tunjuk hebat. Dgn Najib yg dibantu kak Ros, sorilah.

Tak sabar nak tenguk ketua2 UMNO bercakaran." Kata Din Melaka.

Alhamdullilah, pemimpin UMNO nampaknya lebih bersatu dari mana mana parti lain.Ini adalah apa yang saya lihat sekarang walaupun sdra Din Melaka mengharapkan ianya berlaku.Baik punya doa.

1.Yang bercakaran sekarang ialah antara pemimpin DAP dan ketua ketua dan pemimpin bahagian mereka terutama dari kaum India dalam isu CEC kerana DAP adalah parti terbesar kaum Cina sekarang bukan MCA atau Gerakan.Multiracialism my foot kata rakan india saya.

2.MCA juga bermasaalah antara Chua So Lik dan Timbalannya Liow dan Ketua Pemuda Wee Ka Siong.AGM MCA dalam masa terdekat (saya tidak pasti masanya) ini akan membuat ketetapan yang penting.Lets see what happen.After all MCA had a dismal performance securing merely 7 seats from previously 15.

3.Parti multiracial PKR juga sentiasa bermasaalah .Terbaharu DSAI menemplak TS Khalid , MB Selangor yang saya lebih hormati dari DSAI dari segi mentadbir Selangor. Bayangkan sekiranya kroni rapat DSAI ahmm.. sdra Azmin Ali yang memegang jawatan MB Selangor sudah pasti Selangor kembali balik ke tangan BN.Tidak mudah bagi BN memenangi Selangor untuk PRU 14 bagaimana tidak mudahnya PR menakluki Putrajaya kerana UMNO/BN masih hebat walaupun 100% pengundi Cina di belakang DAP atau PKR.This is about the number game right.Syabas TS Khalid dari Jeram Batu 20.Saya pernah bersekolah di Sekolah Ken Jeram ,Kuala Selangor dulu dulu.

4.Tun masih dihormati kerana jasa beliau dapat kita lihat dan kini menjadi LEGASI.DSAI pula TARAK (Kata orang utara).

5.Bagi Pas pula mereka harus balik pada perjuangan asal memertabatkan Islam.Kumpulan ulamak nampaknya kurang mendapat tempat kerana pengikut Anwarinas saperti Mat Sabu, Husam amat dominan tetapi kini mula muram satelah keduanya kalah di PRU lepas.Tidak apa yang hendak dibanggakan pada pemimpin saperti Mat Sabu.Husam looks ok to me though, sensible.

Jangan hairan sekira Pas akan berjuang tanpa PKR dan DAP disatu masa nanti .Sekira ini berlaku pengundi Cina DAP tidak mungkin berani buat biadab lagi.Wallahwuallam.


@Saya tabik pada sdra maae diblog Sakmongkol (Blog DAP fan Club)atas keberanian beliau memberi hujah.I have long given up writing in that blog after too many comments got deleted.Jangan lupa puji Dtk Ariff dulu maae.Kalau tidak panas telinga kerana mereka amat fanatik..Ariff hebat memenangi Raub atas sokongan pengundi Cina.Bro Aspan pulak langsong tidak dinamakan.Kedua ini kenalan baik saya di Mahbob dan Cawan di Bangsar tau!.Bezanya mereka memilih politik dan saya pilih entrepreneurship.You need a lot of energy melawan arus, tapi berbaloi dan puas hati macam bro Din Melaka kini nampak ada substance sikit.Jangan marah ...

Pemerhati said...

Dato' AKJ

Niat perlu betul. Niat untuk bertanding kenalah betul. Niat untuk bertanding ialah kalau mendapat kemenangan dapatlah pemenang tadi memberikan khidmat dan seterusnya memandu organisasi ke depan.

Apa yang berlaku dalam CECoo, PAUwan, Muktaram dll adalah niat untuk bertanding jatuh nombor dua sebaliknya cubaan untuk menjatuhkan pihak lawan dan penghukuman adalah diutamakan hingga mengujudkan pertembungan metafora:

1. AnWaris vs Ularmakis vs Iranis

2. Dinasti Kim vs Dinasti Singh vs Dinasti Rebels.

3. Assmin vs Yesman vs Batman

4. Ketuanan vs Keperkasaan vs Legasian

Apabila pertandingan didasari oleh niat untuk menjatuhkan dan menghukum lawan ia akan disudahi dengan bidalan ini, 'menang jadi arang dan kalah jadi abu'.

Kampong man said...

Salam semua,

Din Melaka kata :

".. ramai Melayu miskin dan bodoh.."

sweeping statement yang amat bahaya kerana terdapat ramai Melayu yang kaya dan pandai diluar sana( hanya mereka buat macam bodoh kot) yang terus menyokong UMNO sebenarnya.Din Melaka perasan pandai dan kaya mungkin. Biarlah dia dengan dunianya.

"14 daripada 15 pemenang jawatan wanita UMNO bahgian Kalabakan letak jawatan kerana tak puas hati dgn keseluruhan sistem pemilihan yg tak bersih." Kata Din Melaka.

Benar , 14 wanita UMNO dari Kalabangan telah meletak jawatan.

Tak puas hati dari "keseluruhan sistem pemilihan?".Ini perlu pembetulan dan ini hanya unik pada Kalabangan pada saya dan bukanlah pada KESELURUHAN sistem (Kalau benci pun pada UMNO tak perlulah over dan janganlah perbodohkan orang Melayu). Laporan ke HQ harus di buat dan tindakan susulan pasti juga diambil pada dalang dalang ini jika benar.Dtk Rauf (Rakan kampong den) tolong beri penjelasan segera satelah mendapat laporan. Biarlah telus dan demokratik di Kalabangan. Kalau pemuda disana boleh wanita juga mestilah boleh. Buatlah pilihan semula.

Walaubagaimana pun dari apa yang saya tahu dan difahamkan Datuk Hamisa Samat ketua wanita yang kalah tidak puas hati kerana adanya mereka yang tidak 'authorised' berada dan didapati telah campur tangan ditempat undi menggangu proses pengundian yang bebas dan telus bagi ketua wanita di situ.Bagi pemuda pula ianya berjalan lancar tanpa masaalah.

Hamisa kalah dengan 33 undi kepada Cahaya Sulaiman bagi Ketua Wanita UMNO disitu.

Kita akan lihat perkembangan di Kalabangan, Insyaallah .

Teri.a kasih.

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir..

"Bila kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga"..Din Melaka faham tak maksud tu?

"Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" Din Melaka ada faham?..

Pak Kadir mcm "tak dapat Tanduk,Telinga dipulas",
UMNO berevolusi sejak dari dulu lagi
UMNO pertubuhan yg ramai cerdik pandai didalamnya, adalah tidak cerdik sekiranya kita katakan mereka tak ada visi...

Din Melaka mahu berfantasi & reformasinya dah nk basi..

mokhtar bin Zainol Abidin said...

salam dato,

- dengan lantikan KJ menjadi mentri dan Sharizat sebagai ' penasihat', keputusan telah dijangka. ini adalah ' YES endorsement ' daripada PM Najib untuk menolong ahli-ahli UMNO membuat keputusan bebas untuk memilih sesiapa sahaja walaupun mereka berdua masih ada tahi dibaju.formula ini akan dikekalkan untuk jawatan NP.
- sehingga PRU 14, PM najib memerlukan Yes man untuk merealisasikan agenda2 beliau.sekarang ini 'their balls are in his hand', beliau perlu lagi 3/6 biji untuk tujuan yang sama.
- ahli UMNO akan pastikan mereka menang untuk masa depan orang melayu / bumiputra, islam dan negara?.........tapi orang melayu / bumiputra pula akan menentukan hidup mati UMNO pada PRU 14.
- satu sinopsis yang menakutkan.

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

Dato', 'status quo' tu maksud dia apa? Kurang jelas kadang2 maksud dia..he3

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Alhamfulillah ada lagi konplain pasal pemilihan UMNO yg tak telus

Khabarnya penyandang ketua bhg Lembah Pantai didakwa salah guna kuasa.

Begitu juga anak ketua ketua bahgian UMNO di Perak guna politik wang.

Terbaru badan perhubungan UMNO Perak desak agar keputusan pemilihan anggota MT peringkat Perak didedah dahulukpd perhubungan negeri Perak sebelum dihantar ke UMNO pusat.

Nampak gaya zaman NAJIB transformasi pemilihan dalam UMNO gah pd nama saja.

Kalau dah terbiasa tipu, sesama UMNO pun nak curang jugak.

Mohon sdr kg man beri komen

A KADIR JASIN said...

Sdr Wan Kamarul,

1. Status quo dalam bahasa Latin ertinya "seperti yang ada sekarang."

2. Tak ada apa yang akan berubah.

3. Walhasil balik asal itu pasal tak hasil.

Terima kasih.

awangbatuburok said...


Salam Dato,

Pemilihan pimpinan MT UMNO minggu depan susah nak diramalkan samada puak kanan atau puak kiri yang akan menang kerana dalam pusingan pemilihan minggu depan makin ramai perwakilan yang sapu kanan dan sapu kiri, janji kocek penuh dengan hadiah dan sedekah dari agen-agen kempen (bukan rasuah ye!!!).

din klang said...

Din meelaka

Hang ni ahlul umno cawangan mana ekk. komen macam dia pengasas umno pulak.... Hang pi perbetui kan dulu diri dan parti hang la

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Minta izin.

1. Jurutera2 yg saya kenal semua pandai mathematik dan stastik. Yg sorang ni betul ke jurutera.

2. Cuba kg man senaraikan drpd beribu atau mungkin berjuta unit rumah mewah, rumah kedai dan bangunan pejabat di bandar besarmaupun kecil di Malaysia ada berapa buah atau peratus yg tertulis nama wisma kg man, wisma maae , wisma azman dsbnya?

3. Kalau pun kg man kaya raya hingga boleh menggaji pegawai asing hingga beratus ribu USD sebulan janganlah buat kesimpulan bahawa ramai Melayu kaya macam sdr kg man.

4 Tak payah susah2 kaji macam2 statistik purata pendapatan Melayu yg sangat distorted kerana di dalamnya termasuk si maha kaya spt anak2 mantan PM, anak2 kumpulan NAZA, SYED MOKHTAR, suami kak Ijat, anak menteri yg mampu beli rumah rm7jt, dan mungkin kg man sendiri.

Cuba kg man hitung drpd 10 kereta yg bergerak dijalan raya yg dipandu org Cina berapakah dari jenama murah.

Bandingkan pulak dgn 10 buah kereta yg dipandu 10 pemandu Melayu.

Kesimpulan.

Orang pandai tiba2 jadi bodoh demi pertahan yg tak betul.

Mentang2 di rumahnya penuh dgn kereta mewah terus buat sweeping statement Melayu lain kaya macammereka jugak.

Macam lah Najib yg sejak lahir tak kenal susah boleh menghayati erti kesengsaraan rakyat bila minyak naik harga.




Kampong man said...

Salam sdra Din Melaka,

Maaf, saya pun dah tak pandai nak beri komen pada soalan Din Melaka. Bukan semua isu yang saya tahu dan hendak ambil tahu.

I prefer to look at the forest than the trees if you know what I mean.Continue contributing positively and lets all of us benefit from the good discussion.Good night.Salam.


@ DAKJ nampak macam disappointed dengan jawapan status quo ni .Politic is politic Dato.We are not politician like they are.While they were busy politicking I was busy developing my little business and it is only now (Since 2012 prior election ) that I realise that I must show my malay folks that they too can succeed without a sen of political money and political projects .Now you can stand tall without any tongkat competing on level ground.Alhamdulillah, shukur kepadanya.Amat berbaloi rupanya bekerja sendiri.

maae said...

Salam Datuk,

1. Memang ngeri Tuk...
2. Masih ada cantas mencantas. Tidak macam dulu cuma di lakukan berbeza sedikit. Ikut susunan. Kata bloggers lain, cai. Mungkin juga untuk Naib Presiden dan MT lain nya sabtu ini.
3. Sayang sungguh, belum ada ketelusan sepenuh nya.

Cuma apabila selesai pemilihan nanti, masa untuk saf - saf bekerja dan menunaikan janji. Baca chedet.

Hadapi pembangkang hingga lubang cacing....

Lahuma said...

Dato.

Sebenarya keNgerian yang membayangi UMNO ialah ramai Jenaral.
Bila PRU nanti jadilah Jeneral yang tidak ada soldadu.

Terima kasih Dato.

Ghab said...

Sebenarnya manusia seperti Din Melaka bukan saja Bodoh tapi Bebal, tidak mengerti evolusi pembangunan kemajuan masyarakat yang mana dasar rakyat didahulukan telah wujud senjak zaman Tungku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Mahathir sehingga terus ke zaman Dato Sri Najib.

Pasti Din Melaka seorang pemalas totok dan seorang yang tidak peka lebih lagi kecewa kerana tidak mampu mengajar kejayaan dan kekayaan. Peluang  ekonomi dan pendidikan  yang disediakan oleh pihak kerajaan sejak nun dulu untuk membina diri tidak diambil peduli. Terkini hanya ia boleh membalun kerajaan dan menemplak kepada orang yang berjaya dan maju dalam ekonomi. Menunjukan bahawa  kejahilan dan kebebalanya sendiri. 

Ia  ikut sedap mulutnya untuk menghukum sebelum memeriksa dan mengatakan bahawa orang Melayu itu malas, bodoh dan tamak haloba. Arwah bapa saya saorang buruh dan emak saya menjual kueh untuk membesarkan dan mendidik kami lima beradik. Kami bersukur kerana kami tiba diperengkat pengajian tinggi untuk membena diri hasil daripada sistem pelajaran kerajaan Umno/BN. Ibu bapa kami tidak mampu tampa biasiswa kerajaan.

Kami tidak diberi makan oleh kerajaan tapi kerajaan telah memberi kami pelung dalam segi pendidkan dan dari pendidikan ini kami dapat berpelung menjayakan kerjaya kami yang agak sempurna dan selesa daripada perkorbanan dan kerajinan ibu bapa kami. Dalam masa yang sama kami dapat membena daya diri kami untuk bersaing. Kami tidak disembelihkan olih kerajaan Umno/BN.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Hari tu kg man mengguna alasan terkeluar tajuk bila Din Melaka minta beliau ulas pasal tanah rakyat di Sri Hartamas dilelong murah2 oleh ketua2 UMNO.

Berdasar hujah yg sama Din Melaka nak tanya apa kena mengena tajuk kali ini dgn statement beliau PAS dah lari perjuangan asal.

2. PAS konon lari dari perjuangan asal Islam entah dah berapa puluh kali diulang2 oleh org macam kg man.

Macamlah sebelum ni sewaktu PAS belum berpakat dgn DAP, kg man telah sekian lama bersama perjuangan Islam.

3. Sedikit pertanyaan sdr kg man sibuk dakwa PAS lari drpd perjuangan asal Islam. Umno tu pulak dah lurus sangatkah landasan Islamnya di kacamata org spt kg man?

A.Z said...

The Scribe

After all the tribulation that UMNO faces from GE 2008, it's the same people who come up on top.

Nak kata belum cukup kaya, mereka semua kaya-kaya semuanya. Nak kata berpandangan jauh, tak ada apa-apa langkah praktikal yang mereka war-warkan.

Meanwhile, Malaysia hanyut, industrialization ada tapi masih di takuk lama, Korea Selatan jauh mengatasi kita, pertanian hidup segan mati tak mahu.

We need leaders who is practical now, who connects with the middle class, the unemployed grads, the minimum pay school leavers. Who makes tough decision w/o fear or favour.

Why can't they have an open debate and the delegates can see for themselves who they want to choose


Zed-85 said...

Dato'

Saya terserempak di dalam satu blog, ahli UMNO yang mengundi ada orang di belakangnya.

Zaman sekarang ini, boleh dikatakan ramai yang memiliki "smartphone" yang disertai kamera digital.

Ada yang komen di sini bahawa ada yang menang "convincingly" dan kita harus menerima keputusan.

Persoalan dari gambar adalah samada ahli yang mengundi "bebas" semasa mengundi.

http://kudaranggi.blogspot.com/2013/10/pemilihan-sayap-di-umno-bahagian.html

Terima Kasih

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

Ok. Terima kasih Dato'. =)

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Benar mengerikan dengan keputusan bagi wanita,pemuda dan putri yang DECISIVE except for the timbalan pemuda yang 50; 50.

2.The race for UMNO VPs will be a very keen contest between six formidable leaders with their own strength , support and past track record . Tomorrow will be the D -day.All thanks to 2009 UMNO constitutional amendments that allows a more meaningful democratic election process system where new faces and hopefuls can offer their expertise, commitment and love to serve the party and moving up the ladder where everuone has s fighting chsnce.

3.Now, back to the VPs my take is still with the incumbents despites though at one point Hishammudin appear left behind a bit but not now.The Unspinners blog has gila gila supported him.The Outsyedthebox Tuan Syed kits is all out for Mukhriz.Very exciting with everyone has his favourites.We saw how busy candidates were doing a last minute campaign to even today.Hishamuddin had the support of wanita as Shahrizat seems very comfortable with Hisham.Both fought hard and partly responsible for improvement in seats for UMO to 88 seats from previously 79, despite Bersih road rallies of the PR.With reformed Khairy winning big behind Hishamuddin seems Hishamuddin will still be there in my evaluation .Zahid Hamidi of course will be there .He is 61 now and was from Sekolah Izzudin Shah, Ipoh a religious school near my STAR , Ipoh.I have said all along don't be surprised if a STATUS QUO will prevail.I am not a fan of Mukhriz but his father yang dikasihi Tun Dr Mahathir ,one in millions being the father of modern Malaysia is a legacy.Yang tak suka UMNO dan Tun boleh join blog bro Aspan dan yang tak suka UMNO dan Najib boleh bermain di blog Sakmongkol DAP fan clubs.No offence to both Adpan snd Ariff. No big deal and is good for democracy.

4.Look ,equally exciting is the supreme coucil seats.There are 62 candidates contesting for 25 seats and intetestingly 37 of them are new faces.

Pada perwakilan dan ahli yang skan mengundi selamat memilih yang terbaik bagi mereka yang akan meneruskan perjuangan UMNO/BN bagi PRU 14 .Bersatu teguh , bercerai roboh.Siapa juga pilihan majoriti kita akan terima dan redha demi kesinambungan parti tunjang kita orang Melayu, UMNO. Wassallam.

Terima kasih Dato.

wanzaim said...

Salam DAKJ,

Dalam UTUSAN MALAYSIA (dulunya Utusan Melayu) hari ini, penyandang jawatan Ketua Wanita UMNO katanya akan memastikan para perwakilan wanita undi kepada Zahid, Shafie dan Hisham .. Alahai Ibu Ijat ... selamat menjahanamkan UMNO ..

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Kalau orang UMNO nak semua selamat dunia akhirat pilihlah dikalangan Melayu yang super kalibar seperti sdr Anwar Ibrahim.

Walaupun seriibu satu macam cara penjahat cuba membunuh karektor beliau, tetap tak berjaya.

Alhamdulillah hari ini diberi penghormatan beri khutbah Jumaat di masjid Adelaide Australia.

Kalaulah ada dikalangan presiden, timbalan atau naib presiden UMNO sekarang boleh atau layak diberi penhormartan seperti itu selamat orang Melayu.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok Kadir..

Siapa pun yang di pilih menjadi pemimpin Umno kalau tak dapat mengawal kenaikan harga barang tiada artinya pada rakyat..

Sejak petrol naik barang-barang keperluan lain ikut sama naik apa nak jadi.. susah orang macam saya Tok orang kampung yang tak ada pencen..

BR1M pun bukan semua dapat ada pilih-pilih.. tak jujur..

Yang akan gembira orang atas-atas.. hajat jadi orang besar Umno tercapai..

Menyentuh post yang lepas.. di akhbar Sinar DR Asri tak sama pendapat dengan Noh Gadut.. kalau ikut Noh Gadut yang mempertikaikan keputusan mahkamah bolih jatuh murtad.. bagaimana pula yang membenarkanya seperti diSabah dan Serawak..

TQ Tok..

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1 Yes. Yes. Dah jelas menurut bapanya Mukhriz bukan calun NP yg disokong Najib.

2. Ada peluang lihat sengketa Mahathir /Najib terutama kalau MB Kedah tu kalah.

3. Bunga2 pendirian Mahathir dah diketepi oleh Najib amat jelas bila KJ dilantik menteri penuh.

4. Manusia....manusia. Tak pernah mau sedar yg manusia tetap manusia. Takkan lah asyik nak menang je. Dulu semua Timbalan tak betul. Tum Musa kena buang. Tun Ghafar kena buang. DSAI lagilah bukan saja kena pecat siap kena penjara.Pak Lah lagi teruk. Sebagai PM boleh kena tumbang

Tapi zaman Nsjib saya rasa Mahathir makan hati berulam jantung.

din klang said...

Din melaka kata anwar ibrahim super kaliber sampai boleh baca kutbah kat masjid ostolia... Haha... Baru berapa hari lepas anwar kata org kapir boleh guna perkataan Allah dalam gereja...

Hotak hang din melaka pakat letak kat lutut ke... Org macam ni hang suruh orang melayu pilih...?

Din melaka hang ajak lah kembar hang tu terjun lombong... Jangan la nak kempen yg memperbodohkan diri di khalayak awam...

Ghab said...

Maaf Dato,

Sungguh meluwat, 'meliwat' dan lebih lagi pilu apabila membaca ayat berikut: "Kalau orang UMNO nak semua selamat dunia akhirat pilihlah dikalangan Melayu yang super kalibar seperti sdr Anwar Ibrahim.......Alhamdulillah hari ini diberi penghormatan beri khutbah Jumaat di masjid Adelaide Australia." merewang daripada ayunan sindiran Din Melaka, dan ia telah membuat bandingan kolot bahawa tiada pemimpin Islam Umno mampu 'beri khutbah Jumaat'.

Jelas dia ini daripada kalangan orang munafiq yang bersifat merecok, selama ini telah mencemarkan  nama baik blog ini dan orang Melayu Umno beragama Islam dengan pendapat dan kesimpulanya yang songsang, jahil dan memprovokasi.

azman said...

Assalamualaikum wbt....

Sekarang tanpa berselindung lagi Din Melaka dah suntik racun kedalam nadi pembaca budiman blog ini....
Hamba hanya boleh bermunajat kepada Allah,agar racun itu boleh menjadi penawar...

imlan adabi said...

Inilah reality yang menakutkan. Apabila perwakilan gagal menggunakan demokrasi yang sepatutnya

looes74 said...

Allah Akbar.....Mukriz is KAPUT!

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk,

Walau bagaimana meluatnya sekali pun orang luar atau orang yang 'benci tapi sayang kepada UMNO, itulah UMNO.

Itulah pilihan anggota parti itu.

Mereka; pemimpin dan orang bawahan peduli apa dengan orang lain.

Anggota bawahan parti itu seminggu dua ini sehingga tidak larat lagi memenuhi undangan makan percuma di tempat yang istimewa sedikit dari warung-warung tepi jalan.

Orang luar dan orang benci tetapi sayangkan UMNO jangan bebankan diri anda dengan perasaan meluat yang melampau. Berpada-padalah!

mohamed said...

din Melaka..kata

"Kalaulah ada dikalangan presiden, timbalan atau naib presiden UMNO sekarang boleh atau layak diberi penhormartan seperti itu selamat orang Melayu"

Kalau sekadar "khutbah Jumaat di masjid Adelaide Australia" BABI jadi mulia dari pemimpin UMNO yang lain aku tak setuju.

Aku setuju jika ada yang kata kau ni tidak cerdik

PENGUNDI AMPANG said...

Sdr Saudagar Kampong man,

Tuan rumah blog ini dilihat mengalukan pelawat dari spesis mana sekalipun.

Kenapa tuan pula yang memandai-mandai mengarahkan mereka yang tidak sealiran dengan tuan agar bermain di blog Aspan atau Samungkol?

Buatlah blog sendiri ' Blog Kampong man' dan tetapkan syarat-syaratnya semahu hati.

Tuan tiada hak menjadikan rumah orang sebagai ' balai raya di kampung-kampung'. Jangan terbawa-bawa gejala tidak baik itu ke tempat lain.

YB KJ yang ingin membawa partinya ke satu anjakan berpolitik yang lebih baik pun mungkin tidak sependapat dengan pemahaman politik 'kacau ganggu' yang tuan fahami.

Silakan kita meluahkan pendapat dengan keyakinan masing-masing. Jangan ganggu orang lain.

Harap maaf jika terkasar sedikit.

Kampong man said...

Salam PENGUNDI AMPANG,

Komen saudara :

"Kenapa tuan pula yang memandai-mandai mengarahkan mereka yang tidak sealiran dengan tuan agar bermain di blog Aspan atau Samungkol? "

Kita boleh bermain dimana mana blog pun sebenarnya dan ini tidak menjadi satu kesalahan besar pun.Tidak sealiran tidak menjadi hal.Saya boleh menerima apa juga perbezaan pendapa asalkan tidak emo.

Saya sentiasa terbuka dan menggalakan kita memberi komen di mana mana blog bukan sahaja diblog Dato yang neutral dan kritikal ini tetapi juga di blog lain saperti Che Det, Outsyedthebox, Jebat Must die,Rocky bru,Bigdog, Zamkata,WZWH, dan juga blog blog lain yang tidak mesti sealiran saperti blog bro Aspan dan Sakmongkol , Din Merican dan banyak lagi.

Kepalbagaian namanya.Tak salahkan?kampong man ada banyak beri komen diblog rakan kita Sakmongkol dan Aspan (Dua blog DAP fan club)dan saya mempromosikan blog mereka lagi walaupun saya tahu DAP tak akan kemana dengan perjuangan orang Melayu.

Rasa saya tuan Pengundi Ampang pun tidak ada HAK menghalang saya (mempromosikan) dan sesiapa juga yang hendak memberi pandangan diblog mana pun termasok blog Dato ini.Siapa tuan dan saya diblog ini?.Hanya pengomen sahaja.Hak blogger terpelihara janji jaga peradaban.Tak gitu?.Lagi pun saya tidak berapa bijak dan pandai untuk punyai blog sendiri dah petang petang ni kerana kesuntukan masa gamaknya.

Yang pasti harapan saya Din Melaka akan lebih terhibur bersama kawan kawan di blog sana membelasah apa juga UMNO kerana saya pernah juga terhibur diblog pembangkang. Sdra Aspan TIDAK pernah delete komen saya walaupun Tun Dr Mahathir idola saya because Aspan is a good brother.Sakmongkol berbeza pulak.

Saya mengikuti pandangan sdra PA disini dan juga sdra Ghab diblog lain.Tidak mudah sdra Ghab sanggup memberi hujah membelasah Din Melaka begitu.Setahu saya Ghab ni orang lama dan saorang political scientist graduate dari Kanada ketika Din Melaka baru masok sekolah rendah.Beliau tidak prejudis dan bias tetapi amat tidak senang jika ada diantara kita yang MEMBODOHKAN orang Melayu !!.Tak kisahlah dari parti mana mereka cenderung. Itulah Ghab yang saya tahu dan kenal dialam maya.Kesian Din Melaka.

Berbeza tapi bersatu.Kita mahu memperkasakan Melayu, ugama , Raja dan tanah air cuma saya ikut jalan kampung dan sdra highway plus.Sasarannya sama.Saya bukan peminat DSAI walaupun beliau pernah menjadi jiran saya dulu.Maaf bro dan PEACE.





Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Khas untuk mereka yg menganggap diri terlalu pandai dan dah berjaya sangat gara2 jasa UMNO.

1. Kalau setakat ukur jasa ketua2 UMNO kerana diri sendiri dan mungkin anak keluarga dapst bsntuan spt biasiswa, apa hal dgn Melayu yg tak dapat? Apa hal pulak dgn generasi Melayu dulu berlambak2 peluang biasiswa tapi sekarang cuma seciput, yg lain kena berhutang PTPTN sebab nak hidupkan U swasta?

Sdr2 semua patut malu kenapa zaman dulu dgn penghasilan pendapatan negara sangat terbatas UMNO zaman Tun Razak mampu menyediakan pelbagai bantuan pd org Melayu.

Kerana pertamanya memang Melayu miskin. Bila miskin peluang nak jadi bodoh tu cerah. Kedua ketua2 UMNO waktu itu memang perihatin serta ikhlas mau mengeluarkan Melayu dari kepompong kemiskinan. Psra perwakilan dalam perhimpunan agong UMNO akan minta pertanggungjawaban ketua2 UMNO setakat mana agenda tolong bangsa Melayu telah di capai.

Perhimounan sekarang paling2 pun nak tunjuk jaguh dgn csra hunus keris.

Yg lain pesta cium tangan, pesta puji pemimpin kadang2 hingga over dan makan2.

2. Dulu kalau 2000 perwakilan UMNO dikatakan mugkin tak rasional dalam memilih pemimpin terbaik UMNO dan negara kerana mungkin terpengaruh dgn janji pangkat dan wang ringgit, sekarang aps dah jadi? 150,000 otg perwakilan tak ada calun lain kah yg boleh di undi untuk duduk di MT agsr ada checks n balances yg boleh menguntungkan parti dan negara jika anggota kabinet dan ahli MT org berbeza?

Nah sekarang yg lulus U pun belum tentu pandai. Inikan pulak sekadar jaadi perwakilan UMNO.

Yg dah tentu ialah semua kita dilahirkan sebagai pemimpin. Saya risau kalau kita gagal sebagai pemimpin kerana tergiur dgn kejayaan dunia semata2.

Yg tentunya dipelopor oleh majoriti ketua2 UMNO

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sdr mohamed

Cuba sdr buktikan ada mana2 bahgian paparan saya mengenai Anwar di beri penghornatan beri khutbah di Adelaide boleh membawa erti Anwar lebih mulia dari pemimpin UMNO ?

Sdr jangan asal tulis. Atau sdr memang tak sekolah tinggi hingga tak faham perkara yg senang2. Atau sdr macam ibarat siapa makan cili terasa pedas.

Kalau sdr kata masyarakat Islam Australia tak terpengaruh langsung dgn usaha penjshat yg mau membunuh ksrektor Anwar dgn tuduhan liwat.Itu sangat betul.

Saya teringat Nabi kita yg tak diterima oleh masyarakat degil Mekah tapi dialu2kan oleh penduduk Madinah.

Demi kebaikan sdr sendiri jangan putar belit.

Kalau saya terlepas pandang sila betulkan. Iaitu pernahkan presiden , timbalan dan 3 naib presiden UMNO sekarabg ni tampil memberi khutbah di mana2 masjid khusus di kuar negara kerana diberi penghornatan.

Prudential bsn takaful said...

Harap2 umno/bn akan menerima nasib sama mcm burung dodo

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).