Tuesday, October 08, 2013

Pemilihan Umno: Peluang Terakhir Selamatkan Diri


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MEMINJAM loghat P. Ramlee, tajuk berita utama akhbar Berita Harian 8 Oktober tidaklah “menggumbirakan”.

Sebaliknya ia memalukan Umno khasnya, orang Melayu amnya dan penduduk Malaysia keseluruhannya.

Tetapi ia juga boleh dijadikan teladan dan mungkin juga petanda bahawa Umno telah bersedia berdepan dengan hantu yang sekian lama meracau dan mengacau tubuh badannya - puaka yang menyebabkan banyak ahli tawar hati dan meminggirkan diri.

Puaka yang menyebabkan sesiapa saja yang berani bersuara diketepikan. Puaka yang menjadikan pengampu, kaki bodek dan penghasut disukai dan berpengaruh di koridor kuasa.

Tahniah kepada BH atas tajuk berita “1,703 perwakilan, calon Umno muflis”.

Akhbar itu, antara lain, melaporkan: “Seramai 33,272 calon disahkan bertanding merebut pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO bulan ini selepas 869 calon gagal melepasi saringan Jawatankuasa Pemilihan parti, termasuk 334 yang didapati muflis.

“Selain itu, 1,369 daripada kira-kira 146,000 perwakilan yang telah dipilih, tidak layak kerana turut disenaraikan muflis oleh Jabatan Insolvensi.” (Baca di sini)

Syabas kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno kerana membuat tapisan yang teliti.

Saya tidak hairan sedikit pun dengan berita tersebut. Hari ini, walaupun banyak Melayu dan Islam begitu “judgmental” (suka mengukur orang) keimanan orang lain, banyak daripada mereka adalah hipokrit. Mereka sendiri lebih teruk daripada orang yang mereka ukur dan adili.

Hari ini banyak orang Melayu (dan orang Malaysia amnya) suka berhutang di luar kemampuan dan tidak berniat membayar balik hutang sedangkan Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang dan orang yang berhutang sama tarafnya dengan hamba abdi.

Orang yang berhutang, tetapi tidak membayar balik hutang, lagi-lagilah yang diisytiharkan muflis kerana tidak membayar balik hutang, tidak layak menjadi pemimpin. Memilih mereka sebagai pemimpin samalah dengan memilih hamba abdi menjadi pemimpin.

Saya bukan menghina hamba abdi. Tetapi adakah kita mahu dipimpin oleh hamba abdi yang berhutang? Tidak kira sama ada mereka muflis kerana berniaga, kerana tak bayar pinjaman pelajaran tinggi, tak bayar hutang kad kredit atau kerana menjadi penjamin orang yang berhutang, pokok pangkalnya mereka tetap muflis.

Lagi hina adalah orang yang rela diisytiharkan muflis daripada berusaha membayar balik hutang.

Tetapi bukan orang muflis sahaja wajib ditegah bertanding dan mengundi. Orang yang didapati bersalah kerana jenayah, rasuah dan politik wang juga wajib ditegah daripada bertanding dan mengundi.

Sekiranya ada orang seperti itu yang terlepas daripada pengawasan dan tindakan Jawatankuasa Pemilihan tetapi diketahui oleh pemilih dan perwakilan, mereka pun wajib ditolak juga.

Kalau Umno mahu pulih daripada delima dan maladi (penyakit) yang dialaminya sekarang dan mahu kembali menjadi parti pilihan orang Melayu, ia memerlukan kepemimpinan yang bersih, telus, berwibawa, muda dan bertenaga.

Kepemimpinan yang hormat dan akur kepada ahli bukan yang takut dan utamakan anak bini, suku-sakat, para penasihat, peniaga minyak ular dan ahli sihir. Barang dijauhkan Allah!

Pemilihan kali ini adalah peluang terakhir Umno menyegarkan semula kepemimpinannya dan mengembalikan idealisme perjuangan. Sekiranya ini tidak berlaku, kemungkinan Umno menjadi parti rumput tengah jalan (hidup segan mati tak mahu) adalah amat besar. Wallahualam.

42 comments:

-thethinker- said...

ada depa peduli ?? janji kantung penuh.. apa-apa , just blame cina sepet.

ab said...

Salam dato,



Hebat tulisan dato kali ini.


Saya SANGAT BERSETUJU dengan intipati tulisan ini.



Orang yang muflis dan disenarai hitamkan kerana tidak bayar hutang, TIDAK LAYAK menjadi pemimpin.



Yang kuat berhutang,dengan tujuan `tuang' tak bayaq pun tak layak jadi pemimpin.



Yang kuat `menunjuk' pun kena difikirkan juga sebab hutang piutang depa ni selalunya berkaitan dengan sifat menunjuk..



Setiap kali saya berselisih dengan motokar mewah,hati saya `terdetik' tanya dah ka tuan kereta mewah tu bayar ka ansuran bulan ni?




Abu Bakar Ab Rahman

Joe Black said...

Memang Tepat Tajuk Dato kali ini bukan kerana UMNO perlu diselamatkan tetapi kerana wakil wakil yang Muflis ingat bahawa peluang bertanding adalah peluang terakhir bagi mereka untuk selamatkan diri mereka. Jika mereka terpilih maka terbukalah peluang bagi mereka membuat duit untuk melepaskan diri mereka dari masaalah muflis mereka. Kalau nasib baik bolih dapat projek besar yang bukan sahaja mengangkat belenggu muflis bahkan akan buat mereka kaya raya.

Makin hari makin berdesperado nampaknya yang ingin jadi VP sampai melibatkan UMNO degan kumpulan gangster melayu untuk memberi gambaran bahawa SEMUA MELAYU BOLIH termasuk yang tak baik.

Joe Black said...

Memang Tepat Tajuk Dato kali ini bukan kerana UMNO perlu diselamatkan tetapi kerana wakil wakil yang Muflis ingat bahawa peluang bertanding adalah peluang terakhir bagi mereka untuk selamatkan diri mereka. Jika mereka terpilih maka terbukalah peluang bagi mereka membuat duit untuk melepaskan diri mereka dari masaalah muflis mereka. Kalau nasib baik bolih dapat projek besar yang bukan sahaja mengangkat belenggu muflis bahkan akan buat mereka kaya raya.

Makin hari makin berdesperado nampaknya yang ingin jadi VP sampai melibatkan UMNO degan kumpulan gangster melayu untuk memberi gambaran bahawa SEMUA MELAYU BOLIH termasuk yang tak baik.

abdullahngah said...

Kerajaan malaysia sejak dari dulu dulu lagi menggalakkan rakyat berhutang.

Dalilnya semua pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran keperingkat universiti diberi hutang.

Lepas itu digalakkan supaya tak bayar hutang.

Yang paling sedih lagi hutang yang ada faedah jelas dan nyata adalah riba dan dikatakan ia bukan riba atas sebab ada akad.

Sekarang ini telah diberi jenama pebankan Islam atas nama ada panel syariah tanpa fikir barang siapa yang makan riba kekal dalam neraka.

Sekarang ini umno sudah berdepan dengan neraka dunia dalam pemilihannya dengan begitu ramainya yang muflis.

Muflis didunia biasa biasa sahaja. Tapi muflis akhirat kekal dalam neraka.



wahi said...

tuan,

mereka2 yg bermasaalah semuanya berminat untuk menyertai UMNO sebenarnya bertujuan untuk mencari pelindungan.Mereka tahu UMNO akan mempertahankan mereka sekiranya mereka diusik.Pemimpin2 besar pula akan mempergunakan mereka2 ini untuk kepentingan masing2.inilah puncanya permasaalahan berlaku di dalam umno.

PENGUNDI AMPANG said...

Sebenarnya saya tidak sesuai untuk turut serta memberi ulasan atau pendapat dalam usaha meletakkan parti ini ' di jalan yang benar ' kerana saya 'orang luar'. Saya tidak mahu dituduh bermuka-muka @ hipokrit.

Namun demikian, apabila Datuk sendiri meletakkan satu tanda aras bahawa parti ini akan melata di jalan yang hina jika satu anjakan yang sebenarnya tidak dilakukan, saya memberanikan diri meluahkan perasaan jengkel saya terhadap parti ini.

Sebelum PRU 12 pemimpin parti ini sebenarnya tidak takut langsung dengan PRU. Mereka boleh menang tanpa perlu bersusah payah.

Sebaliknya, mereka sangat takut jika tidak dicalunkan dalam PRU.

Satu lagi yang mereka takutkan ialah kalah dalam pemilihan parti.

Pemimpin parti itu 'all out' dan sanggup berhabis untuk memenangi jawatan dalam parti.Sepertimana yang kita ketahui, banyaklah perbuatan 'hodoh' dan tidak beretika dilakukan untuk mencapai kemenangan.

Namun senario selepas PRU 12 membuatkan kebanyakkan pemimpin parti ini mengalami sindrom takut yang amat sangat:

Takut kalah dalam PRU, takut tidak dicalunkan semula dalam PRU dan takut kalah dan tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.

Bagaimanapun, senario semasa masih menunjukkan bahawa masih ada di kalangan pemimpin parti ini tanpa rasa bersalah dan yakin tidak akan dihukum oleh penyokong/ahli parti sekalipun menyerlahkan perangai gila-gila/hodoh (terlibat dalam isu-isu besar atau mempamirkan kemewahan diri dan keluarga secara melampau, bersikap angkuh dll).

Sehubungan ini, penyokong/ahli parti seperti merestui sebilangan pemimpin berperangai 'tidak baik' itu.

Kendatipun demikian, pemilihan kali ini sangat menarik untuk diikuti sehingga pemenang diketahui samada oleh orang parti ini atau 'orang luar'.

Semua orang menunggu pemimpin parti ini yang berjaya menyelamatkan diri mereka. Menarik juga untuk diketahui ialah nisbah pemimpin yang berjaya dari kalangan keluarga bangsawan, legasi dari suku sakat pemimpin terdahulu dan juga dari kalangan orang biasa.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Tiada siapa yg brrfikiran waras mau jadi muflis.

2. Umumnya yg muflis ni orang kurang bijak....itu ramai dalamvUMNO.

3. Macam mana ahli boleh pilih orang muflis sebagai perwakilan. Ertinya ahli UMNO tidak buat penelitian. Mungkin sokong kerana ada habuan. Atau jugak bererti walaupun on paper muflis tapi masih ada modal sogok ahli....inilah mungkin yg Dakj maksudkan sikap buruk tak mau bayar hutang. Patutlah media melapurkan hari ini, sebanyak rm 1b hutang ahli UMNO pd Tekun tak dibayar balik.

4. Masaalah bangsa Melayu adalah yg memerintah sejak merdeka adalah org Melayu. Tapi tak betul2 jaga kepentingan Melayu. Beberapa kerat kaya raya dgn bisnis atas angin atau ibsrat buih. Tak tulin kerana selamanya ambil komisyen jual projek. Jual projek adalah kepakaran mereka. Ramai jugak bisnis men Melayu yg hari2 asal keluar dari rumah. Sibuk jadi broker angin yg tiada modal tapi asyik terharap2. Golongan ini Cina atau bos UMNO suruh sign apa pun boleh. Silap hari bulan jadi muflis kerana jadi penjamin atau pengarah syarikat yg dibelakangnya orang lain yg kawal.

5. Kata kuncinya ialah miskin dan bodoh punca utama Melayu jadi muflis.

Apa yg ketua2 UMNO buat selama ini?

din klang said...

Salam Dato

Malang nya 90% dari pemimpin UMNO dari cawangan bahagian dan sampai ke Majlis Tertinggi adalah mereka yang mempunyai kepentingan diri sendiri.

Dalam erti kata lain, zaman sekarang mereka masuk UMNO semata mata mengambil kesempatan untuk mendapatkan kekayaan dan jawatan secara jalan senang.

siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama lama mencuri.

Jika mereka mengambil kira tugas, amanah dan tanggung jawab sahaja, nescaya saya jamin tidak ramai yang sanggup menawarkan diri menjadi calon apatah lagi sanggup menyogok rasuah demi mendapatkan undi.

sebelum ini dengan cara bertanding sahaja memungkin mereka mendapat projek dan jawatan serta kuasa yang membolehkan mereka boleh di keluarkan dari senarai muflis.

Lahuma said...

Dato.

Manusia dalam UMNO macam juga manusia yang lain.
Berebut hendak jadi perwakilan kerana ada udang disebalik batu.
Setiap perwakilan ada harga dan nilai.Ada habuan.Dilayan dan ditatang macam putera puteri.
Masa inilah makan free.Tidur hotel lima bintang free.Naik kapal terbang free.Nak jumpa MB.Menteri,Timbalan Menteri,EXCO se mua ada lorong istimewa.
Ini belum termasuk habuan khas walaupun dikatakan amalan rasuah.Ini pun ada jalan gelap.
Maklumlah manusia jaga manusia.

Sudah sekian lama bahawa bila jadi perwakilan ada jaminan tambah pendapatan.Katanya lepaslah untuk beli sebuah motosikal.Tak kurang juga dapat sepasang baju kurung .Pun free.

Jadi perwakilan ada satu lambang kemegahan untuk memilih pemimpin.

Para pemimpin pun sudah siap dengan belanjaewannya yang bukan sikit untuk para penyokongnya.

Inilah imej dan persepsi kekal yang sukar diubah.

Kalau ada upaya dikira atau diodit kesemuanya sudaj pasti berjuta RM jumlahnya setiap pemilihan UMNO.

Isu hutang piutang orang UMNO hingga menjejeskan nama sebagai perwakilan.

Penyokong UMNO pun ramai juga kaki berhutang.Pinjaman mudah dapat.Cuma susah masa nak bayar.

Banyak yang pinjaman Tekun,Bank,Mara,Kedai kayu,Koperasi,Amanah Ikhtiar ,Ah Long dan Chetti.

Mereka tahu kalau orang lain boleh jadi kaya raya senang lenang bila jadi pemimpin UMNO.Maka ramailah ingin mencuba nasib agar turut jadi kaya raya .Bukan semua berjaya.Ramai yang kecewa cuma jadi alat sahaja.Akhirnya hendak jadi perwakilan pun terkandas kerana masaalah hutant,

Dan ada juga tersangkut kes jenajah dimahkamah.Rekod buruk.Dalam UMNO semua ada.Yang baik terpuji pun ada.Bukan tak ada.dalam UMNO yang baik-baik masuk peti sejuk.Sekali sekala muncul untuk menyatakan sokongan

Ini adalah satu peringatan dan amaran pada semua pemimpin UMNO.
Sudah lama pegang kusa sebagai kerajaan.Jasa dan dosa memang ada.Tetapi bila dosa mengatasi jasa tunggulah hukumannya dari rakyat dan Allah jua.

Ramai berkata.

UMNO bukan lagi wadah Melayu.
UMNO adalah wadah perut.

Ubatilah penyakit ini segara.

Terima kasih Dato..

maae said...

Salam Datuk,

1. Bila Datuk tulis, ingin juga saya kaitkan laporan audit yang sudah di paparkan. Pemimpin pertengahan yang banyak selewengkan peruntukkan jabatan untuk kepentingan diri dan kroni mereka. Malah ada di kalangan mereka mempunyai syarikat sendiri di mana peruntukan perbekalan di salur dengan memperolehi kontrak lumayan terpilih. Tulang hanya di beri kepada kontraktor "kerbau". Kontraktor kerbau ialah yang tiada kepentingan tetapi di jadikan korban untuk mengisi nafsu kehendak mereka dengan kos yang di tanggung oleh kontraktor yang tiada kabel dan ingin mendapatkan sesuap nasi dalam jabatan tersebut. Mainan.

2. Kaitan di sini, kenapa terjadi ? Ini lah ' leadership by example". Jika pihak atasan menggila menyeleweng jutaan ringgit dengan kuasa dan peruntukan di beri tanpa audit, kenapa mereka di bawah tidak boleh melakukan yang sama ? Itu kenapa golongan ini ramai pro-pembangkang. Lihat undian di Putrajaya. Kerajaan masih tidak prihatin ?

3. Berbalik PAU. Agak terperanjat kerana ramai muflis. Ada kah nafsu atau tekanan hidup ? Ramai juga yang kaya dan senang. Adakah kuasa dan pengaruh politik ? KJ dan Majlis Tertinggi mesti mengkaji fenomena ini. Mesti ada laporan terperinci. Ini satu petunjuk atau cerminan untuk KPI MEB baru dan kegagalan pelaksanaan sebelum ini. Lantaran itu, jika politik sebagai pemangkin, jiwa komersial anak-anak Melayu masih di tahap jumud dan mesti di ubah sepenuh nya "glokal" ( kata PM Najib ) dari peringkat mengenal huruf ( pelaksanaan dasar pelajaran dalam kurikulum)

4. Let gone be bygone. TIDAK MAHU AMALAN RASUAH. Jika masih kedapatan, heret dan hukum YANG BESAR. Kemudian yang kecil. Umpama PCA, kita mampu mencegah. Jika ini di utamakan, UMNO akan jadi parti yang boleh menjuarai Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kita tidak mahu yang ekstrim baik dari kalangan Melayu, Cina, India Dan Bumiputera lain nya.

Semua mesti bermula dengan Pemimpin-Pemimpin Umno yang mesti di pilih mengikut MERIT calon-calon yang benar. Calon yang tidak MEMANDANG HINA kepada Bangsa, Agama dan Tanah Tumpah Darah nya.

Kita doakan terbaik. InsyaAllah.

DAH IKHWAN said...

Salam Datuk,

Saya setuju dengan pandangan Datuk dan setuju dengan tapisan yang lebih ketat untuk pertandingan dalam UMNO. Tetapi jangalah Datuk memandang hina terhadap semua orang muflis. Ini kerana ada yang muflis kerana sebab sebah yang munasabah seperti kegagalan dalam perniagaan. Kini kita tengah sebok menggalakkan oran Melayu berniaga dan ini bererti perlu berani berhadapan dengan risiko perniagaan. Jika orang macam Datuk mengajak masyarakat memandang serong kepada yang gagal, maka Melayu akan terus takut menghadapi kegagalan. Inilah satu sebabnya Melayu tidak maju dalam perniagaan

nickarshaw said...

Salam Dato,

Teserlah benarlah apa yang telah diperkatakan oleh Tun M sebelum ini yang UMNO sekarang ni dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin yang semakin bodo.Bagaimana nak menguruskan rakyat kalau diri sendiri tidak terurus.Tu pun ada hati nak jadi pemimpin..Apa pun kita tengok lah nanti keputusan PAU hujung bulan nanti samada benar atau tidak telahan Tun M yang mengatakan ahli-ahli UMNO makin lama makin banyak dipenuhi oleh orang-orang bodo...

ku_seman said...

Datuk, betulkah UMNO membuat tapisan ketat (macam penapis tepung gandum) apabila orang yang pernah buat dan mengamalkan politik wang ada bertanding kali ini. Saya tengok sistem baharu ini suatu yang baik dan susah sikit nak hulur duit. Tetapi syarat sah menjadi calon masih haru biru. Lepas itu pula kata tak boleh berkempen tetapi Datuk tengoklah yang ada jawatan termasuk galak berkempen, cuma dia tak katalah "undilah saya". Takkan kot dah tak ada calon lain hingga yang ada "penyakit" pun terpaksa dilepaskan dari tapisan. Saya tidak mempunyai kebolehan untuk menulis senario politik sekitar UMNO. Tetapi yang boleh menulis pun tak tulis macam Datuk tulis. Saya fikir tulisan yang kritis beginilah yang sekelian warga Melayu nak baca.

shamal66 said...

Umno masih tidak berubah..yg kaya lagi kaya, yg berbolehan di pancung. Yg di lantik pengerusi GLC, Senator, tak ada muka lain kah? Org berduit dan berkuasa apa pun boleh buat, atur. Pru14 pengundi akanajar Bn @ Umno. psnajwat awam di suruh betjimat? Tpi boss di atas lulus sesuka hati. nak jimat pa taiknya jika benda tak ada.. baget kian kurang, tanya byk jabatan..nak buat al pun alasan standard no baget..no peruntukan, peruntukan da di potong..bla bla bla..sekarang pejawat awam dlm diam da meluat dgn kerajaan.. Bahaya tuuuu.

drlangitbiru penang said...

UMNO Penyamun Dato'

Tu kesimpulan tepat.

Yang muflis tu sengaja tak nak bayar hutang.....

Kalau seorang hutang 1 juta, 1700 orang bermakna 1700,000,000.00 Ringgit

Tu pun kalau seorang 1 juta..... yang kita kenai orang UMNO zaman la ni tak lalu dah nak makan 1 juta.....ratusan juta
.....bahkan billion...

Tak reti niaga, tubuh syarikat 2 ringgit, lobi projek 10-20 juta.....bagi kat Cina..... tu lah modus operandi Sang Penyamun.....

TAK CAYA?

Baca lah Audit Negara by Amrin Buang!!!!!!

Amrin Buang dan K-Pop
Kalau tak kena buang, kena ke-pak..

Tahniah Amrin....lakukan kerana Alla swt.....Jadilah Ulil Amri....
Amanah itu dari Allah....bukan dari UMNO Penyamun....

UMNO Penyamun...memang tak silap...

wahi said...

salam dato

rupa2nya sarapan pagi dicaj RM6000 di Kelantan ada kaitan dengan UMNO. Patutla.....he..he..he.

Kampong man said...

Salam DAKJ dan sdra semua,

1.Mereka yang muflis tidak sepatutnya mohon bertanding in the first place.Sekira dengan berundur mengharapkan imbuhan maka specis ini harus terus di tolak.Nawaitu bagi mewakili rakyat secara bersih dan jujur amat penting.

2.Pemilihan cara baru TRANSFORMASI politik UMNO kali ini memberi ruang pada ramai ahli (146K) membuat pilihan dan satu sampling yang baik dan lebih menyeluruh terutama didalam mencari ramai lagi pemimpin pelapis sekira UMNO mahu terus relevan.

3.Kita sudah mula melihat keterbukaan dan penerimaan dalam UMNO dimana kita mahukan pertandingan kali ini adalah secara sihat di atas semangat KEKELUARGAAN.Tidak saperti dulu lagi dimana budaya cah keting, unsur menjatuhkan lawan secara lemparan negatif yang emo (guna bahasa Dato) , menggunakan wang perolehi pengaruh yang tidak objektif tidak akan dapat diterima lagi pada pandangan saya,insyallah.

4.Melihat kembali keputusan PRU 13 dimana rakyat , lebih lebih lagi kaum cina telah memberikan isyarat jelas penolakan mereka kepada BN dan MCA/Gerakan. Tidak mustahil PRU14 akan menjadi medan dimana DAP menjadi parti utama sementara BN pula terpaksa berhempas pulas untuk sekadar dapat memerintah di satu atau dua negeri. Dengan fenomena baru ni, andai UMNO/BN tidak mengorak langkah aktif daripada sekarang dengan pemimpin yang baik jangan terperanjat andai BN hanya dapat menguasai Melaka,Perlis, Pahang,Johor,Sabah dan Sarawak untuk PRU 14. Sementara parlimen/dewan rakyat akan di kuasai DAP atau PR. UMNO dan BN harus memilih pemimpin yang berkualiti , telus, amanah , bersih, jujur dan sanggup bekerja bersama rakyat . Kejayaan PRU 13 yanng tipis bukan untuk di rayakan tetapi harus dijadikan penanda aras kemahuan rakyat berasaskan sosioekonomi, bangsa dan agama.

5.Kita semua tahu hanya UMNO /BN yang mampu memperjuangkan hak orang Melayu dan bumiputra tanpa menjejaskan hak bangsa asing .Parti PKR dan Pas masih belum berupaya lagi memimpin negara. Pilihlah respectable and committed leaders with PRU 14 and 15 in mind.Yang tidak baik kita tolak dan kita tahu siapa yang layak dan tidak .Selamat memilih .Wallahwualam.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya rasa pelik la.Kenapa ramai pemimpin pemimpin UMNO ramai yg muflis? Bkn ke kalau join UMNO hidup serba mewah,maju dan senang.Tak perlu la berhutang sana sini sampai muflis..

Lembah Tasnim said...

Salam Tok Kadir..

Sebab itu dalam PRU 13 Umno tak dapat sokongan orang Melayu yang dah cerdik yang dah tau apa yang sebenarnya berlaku terhadap pamimpin Umno yang diatas.. terutama Melayu dikawasan bandar dan pinggir bandar..

Pengundi Umno dari Kampung yang tak tau apa yang hidup susah yang nampak kereta mewah pemimpin pun ternganga.. orang inilah yang memenangkan Umno.. orang-orang macam inilah yang Umno jadikan (maaf cakap) macam hamba abdi, jangan tanyalah pasal audit.. kosong.. sedih Tok sebab saya pun orang kampung..

Dijaminkah calun-calun perwakilan yang bolih bertanding selepas
ditapis tak kira yang tua atau yang muda keadaanya "bersih".. tak yakin..

TQ Tok..

sujini said...

Datuk,

1.Perkara yang menarik perhatian saya ialah mengenai lapuran Datuk yang mengatakan seramai 146,000 perwakilan telah dipilih...kalau gitu sama jugalah ceritanya sebelum pindaan Perlembagaan dibuat.Cuma bezanya bilangan perwakilan saja.

2. Datuk, kalau perwakilan sudah dipilih oleh Ketua Bahagian atau Jawatan Kuasa Pemilih, orang Cina kata "sap sap suwei"...maknanya lebih kurang "kira-kira bereslah"...(not to worry everything's been taken care of), *perbetulkan sekiranya saya tersalah tafsir*

3. Bukankah lebih telus jika kesemua 3juta lebih ahli diberi peluang mengundi serupa macam PRU sebab 2,500 ke,146,000 ke, gempaknya melebihi PRU. Alang-alang biar semua ahli diberi peluang mengundi. Barulah betul-betul transformasi.

4. Saya tidak melanggan Berita Harian jadi saya pun terkejut juga membaca pos Datuk ini.Muflis pun berhajat nak bertanding dan jadi perwakilan Ish..Ish..Ish..Kenapa tak tahu diri sendiri dah muflis?

5. Sekarang saya faham kenapa timbulnya slogan.."ABU - Anything But UMNO".Rupa-rupanya orang UMNO ini ibarat- Paku Dulang Kayu Serpih Kata Orang Dia Yang Lebih

6. Jelas sekali terdapat beberapa kelemahan diatas pindaan Perlembagaan UMNO yang dibuat terutama berkaitan syarat-syarat bertanding.Ini harus diperbaiki semula.

7.Saya tak tahu samada Datuk ahli UMNO atau pun tidak tapi saya bukan ahli UMNO.. jadi bak kata God Father orang UMNO kena dengar suara orang luar daripada UMNO kalau nak selamatkan UMNO.

kluangman said...

Ada kesengajaan pihak tertentu dalam dan luar termasuk bersekongkol dng pembangkang untuk meletakkan org muflis ini untuk bertanding atau jadi perwakilan yg memungkin mesyuarat tidak sahaja jika ada calon tertentu kalah atau atas tujuan memalukan umno.

kluangman said...

Ada kesengajaan pihak tertentu dalam dan luar termasuk bersekongkol dng pembangkang untuk meletakkan org muflis ini untuk bertanding atau jadi perwakilan yg memungkin mesyuarat tidak sahaja jika ada calon tertentu kalah atau atas tujuan memalukan umno.

Kampong man said...

Salam sdra Din Melaka,

1.If we look at Felda /FGVH as a succesful business entity (Without political bias) we will appreciate that the idea to get it listed is to raise fund to go and be a global player as the name suggest .

2.Saya bukanlah pemain saham di bursa tetapi pernah berjaya menjual saham kepunyaan saya melalui 'Reverse takeover' kepada Crest Engineering of TH Loy. Alhamdullillah, hasil jualan jutaan kompani ini dapat saya kembangkan business O&G saya hingga kehari ini.Enough said.

3. Walaubagaimana pun soalan sdra Din Melaka terlalu asas dan ada baiknya saya turunkan cebisan untuk pembaca keratan akhbar latar belakang dan fakta listing FGVH ini saperti dibawah.(Ref: FGVH IPO)

Published: Thursday June 28, 2012 MYT 8:53:00 AM
Updated: Thursday June 28, 2012 MYT 11:24:17 AM

Felda Global world's 2nd largest IPO this year, opens at RM5.39

BY JOSEPH CHIN

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) opened at RM5.39, or 84 sen above its institutional price of RM4.55 sen, in its much-anticipated debut on the Main Market of Bursa Malaysia on Thursday. The retail price was RM4.45.

There were 21.14 million shares transacted at the opening bell.

UOB Kay Hian Malaysia Research said based on the IPO price of RM4.55 (institutional price), FGVH was valued at 17.6 times 2011 price-to-earnings.

Public Investment Bank Research has an Outperform on FGVH and a fair value of RM5.44.

Under its listing exercise, there were 58,526 applications for 565.40 million issue shares from the public for 72.96 million issue shares available for public subscription, or an oversubscription rate of 6.75 times.

It raised a total RM9.93bil from its initial public offering (IPO) based on an institutional price of RM4.55 per share and a final retail price of RM4.45 per share.

Chairman of Malaysia's Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Mohd Isa Abdul Samad speaks during a news conference after the listing of the company's initial public offering (IPO) in Kuala Lumpur June 28, 2012. Shares in Malaysian palm oil firm Felda Global surged 20 percent in their trading debut on Thursday, as investors cheered on the world's second largest IPO.

Of the total RM9.93bil raised from the IPO, RM5.5bil would accrue entirely to selling shareholders. The balance of RM4.43bil arising from the public issue would be fully utilised for the core business of FGVH.

Fakta diatas penting buat pengetahuan semua.Sekian , harap maklum dan terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Secra teori kuasa politik ditangan orang Melayu(UMNO).
Realitinya kuasa ekonomi ditangan sudagar Cina.

Tetapi pemimpin yang menjadi teraju tampuk kuasa bergantung pada bantuan kewangan orang Cina.

Apa yang terjadi pada PRU 12 dan
PRU 13 menjelaskan kuasa ekonomi yang ada pada saudagar Cina boleh mencaturkan senario politik orang Melayu itu sendiri.

Perkongsian kuasa dan perkongsian berat sebelah ekonomi memakan diri sendiri.

Pemimpin UMNO telah menipu orangnya sendiri dengan fakta dan maklumat yang mengelirukan.

Adkah semua perwakilan UMNO sedang berfikir bagaimana cara hendak memilih pemimpin mereka menjelang PRU 14.

Adakah bakal atau pemimpin sedia ada ini mempunyai halatuju.

a.hendak mengekalkan jawatan mereka.
b.hendak mengekalkan kekayaan dan harta mereka.

c.hendak mengekal atau memperkukuhkan kepercayaan rakyat pada UMNO/BN

d.hendak pastikan suku sakat atau saudara mara mereka mewarisi UMNO nanti.

e.hendak mencari jawatan demi kuasa dan pengaruh tanpa memikirkan masa depam orang UMNO sendiri.

Sudah lama kuasa yang ada kini telah boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Malah perwakilan itu sendiri pun boleh dijual beli.

Akhirnya pemimpin UMNO juga telag ada jual beli.

Siapa yangg rajin dan ada waktu serta modal silalah buat sedikit kajian tentang keupayaan dan hala tuju mereka.

Mampukah mereka ini nanti berdepan dengan rakyat dalam proses PRU 14.

Yang ini orang UMNO kena laju dan pantas.

Terima kasih Dato.

Kampong man said...

Salam Dato dan rakan semua,

Secara santai saya berjenaka di satu blog lain kerana blogger tetap blogger.Mereka punyai favourite masing masing dan mereka bukan politician pun dan mereka juga punyai prejudis dan bias masing masing termasoklah juga saya dan kita semua.He is a Mukhriz supporter anyway.

"Tambi,

1.Contrary to your prediction,after consulting my kampong bomoh and that Bangsar Feng Shui master this is going to be the result for the VPs.

Zahid will be the strongest.DSHH will be among the three.The third shall be between Shafie and Mukriz.Isa Samad and Ali Rustam will not make it.They are old horses.

2.DSHH has held many ministerial portfolios. In UMNO he is a senior and more of a moderate man well suited to handle multiracial Malaysia hence will be well accepted and a good candidate.He has long headed the Pemuda which is advantageous.

3.The minus thingy about Mukhriz is that he has yet to prove that he is a good leader and a good MB for Kedah and still lack experience.He has never hold full ministerial position.Just because Outsyedthebox has pushed for Mukhriz does not mean that Mukhriz will be the favourite, please lah.After all Tuan Syed fail to get Najib challanged after so much csmpaign not favoring Najib in his blog .Padan muka.

Do not be surprised if the 150K members from the 191 divisions will prefer to maintain the STAUS QUO on the basis of those three seniority.Why not?.

I am for the STATUS QUO.Don't forget even that less democratic and supposedly multiracial DAP recent election proved that members still prefer to maintain status quo as not to rock the boat.Proven in DAP maaa....
Only one fake Malay Zairil made it to the CEC and this time they(DAP) count it right.The other Malays can go and fly kites. Multiracialism at play ?? .

The only party that is democratic for all other political parties to follow and for better sampling is the new and transformed UMNO election process way of course.UMNO/BN shall remain a dominant political party of choice well suited for our multiracial Malaysia because UMNO practise MODERATION and is willing to share power.Other parties are just so so. Disagree still ?.Lets hear from you guys.Cheers.

NANDRE and VANNAKAM."

Ada yang tak setuju?.Kita masih ada banyak lagi pelapis di MT.Apa yang di kuatirkan?. Patah tumbuh hilang berganti.Tak gitu. Dipersilakan .

Terima kasih Dato.

zed-85 said...

Dato'

Adalah perlu untuk kita mengkaji mengapa begitu ramai perwakilan yang muflis.

Mungkin orang melayu kita yang bijak pandai di University boleh membuat analisa secara teliti puncanya (root cause)

Adakah kerana disebabkan kelemahan berniaga ataupun kerana berlumba-lumba mengukur kereta siapa yang lebih besar.

Pernah saya terbaca di negara-negara maju, orang-orang yang pandai dan paling berkebolehan ditarik masuk ke dalam parti pemerintah dan kerajaan.

Di Singapura umpamanya, orang yang kategori cemerlang di pelawa masuk dalam parti PAP. Setakat ini, Singapura antara negara terkaya di Asean.

Di negara kita, mengikut Tun Dr.M, orang-orang bodoh diajak dan dipelawa masuk dalam parti UMNO.

Mungkin sebab itu begitu ramai yang muflis walaupun diberikan bantuan.

Setakat ini, hutang negara sudah pun RM550 billion. Tidak perlulah orang-orang yang bankrupt(muflis) masuk bertanding.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Intipati paparan Dakj kali ialah ketua2 UMNO disetiap lapisan bermatian2 berlomba memegang jawatan untuk kepentingan diri sendiri. Cakap2 mengenai kepentingan , masa depan dan keperkasaan agenda Melayu hanya halwa telinga sahaja , dulu kini dan selamanya.

2. Bahaya gerombolsn ahli yg tak cerdik tspi ada jawatan dalam UMNO ini sangat bahaya kepada anak negeri. Sebagai contoh bekas cikgu dan tercalar dgn pelbagai isu rasuah pulak tu jadi pengerusi badan yg sudah menjurus kepafa budaya korporat Felda. Ada pulak ketua UMNO yg kekulusan akademiknya dipertikai kerana diperolehi drpd U yg jual kertas jugak tiba2 jadi penherusi badan urus orang pergi haji.

Bayangkan betapa tersiksanya kakitangan awam termasuk ahli profesional Melayu yg terpaksa bekerja dgn org kelainsn upaya dalam dunia kotporat.


Dari segi keadilan pagawai awam yg terpaksa berhempas pulas bekerja disamping hsrus bersaing sebekum mendapat awatan pengarah atau setarafcuma dibayar gaji beberapa ribu sebulan. Habuan gaji dan pebagai elaun pengerusi Felda, TH, PUNB sebagai orang politik UMNO hanya Allah saja yg tahu.

3. Stitistik oleh Berita Harian tentang ketua UMNO yg muflis membangkitkan pertanyaan apakah orang2 serupa ini yg memerintah negara atau orang2 lain seperti tauke yg pernah sponsor mereka?

4. Sayang sekali BH tidak punya statistik tentang berapa ramai drpd ketua2 UMNO tu yg jadi ahli atau ketua samseng yang mrlatik diri sendiri sebagai orang kuat JKKKK, RELA , UMNO cawangan/bahagian dsbnya yg cuba menonjolkan diri hingga kadang kala digeruni oleh pegawai awam sendiri.

Nasib bsik UMNO masih menang atau dengan apa cara dimenangkan? dalam PRU 13 lalu. Kalau tidak kiamat telah berlaku lebih awal untuk sesetengah ketua dan yang ibarat umang2 kepada UMNO.

Bagaimana pun akibat UBN telah memerintah negara terlalu lama sangat costly kepada semua.

Sebagai contoh Malaysia bukan saja ada dinasti drpd 9 Raja2 tetapi juga entah berapa ribu dinasti kecil hingga besar dikalangan keturunan ketua2 UMNO yg rata2 produktiviti mereka tak sesuai dgn kemahuan sendiri, anak bini dan pengikut.yg tak pernah reda.

Kalau tidak masakan hutang negara boleh melambung darp kira2 rm300b pafa tahun 2009 kpd rm550 pada tahun 2013.

Bab ni ramai diktator dunia cemburu dan harus belajar dari pemerintah Malaysia.

Sedih teramat sedih. Walaupun dah terang lagi bersuluh, masih kira2 46% pengundi dengan bangganya menyokong UMNO. Termasuk yg sepatutnya pandai dan bermaruah spt jurutera O & G kita di blog ini.

din klang said...

Kampung Man
I doubt din melaka understood your points....

mokhtar bin Zainol Abidin said...

salam dato,

- tolong jangan marah sangat dengan UMNO. satu-satunya parti politik yang cuba sebaik untuk mertabatkan bangsa Melayu, Agama Islam & Negara.
- sekarang ni ada melayu cerdik pandai, melayu korporat, melayu gangster, melayu muflis, melayu penipu, melayu syiah, ada yang baik dan ada juga yang jahat macam
pelisit, ini semua adalah atas perjuangan UMNO.
- hakikatnya UMNO berahi menghadapi keadaan dan mengubahnya.orang melayu patut memberi sokongan moral walaupun bukan ahli parti.
- mengenai calun-calun kali ini, ada banyak calun yang mempunyai persepsi kurang baik, bukan yang berhati melayu, yang salah guna kuasa dan kaya raya melampau saperti ketua Pemuda sekarang.itu pun dilantik menteri.apa dak jadi........

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir.

Jika tergeraklah hati Anwar bin Ibrahim untuk rujuk balik kepangkuan UMNO,& pemimpin & ahli UMNO pula bersedia untuk terima,apa akan terjadi ye?.

Andaian saya:
1.UMNO tidak lagi berbau busuk dan hanyir.
2.UMNO akan dilihat sebagai dewa dari kayangan yang turun untuk menyelamatkan Malaysia yang tercinta ini.
3.Din Melaka lah manusia paling gumbira adanya..

Sekianlah adanya hayalan saya yang tak mungkin menjadi kenyataan. wallahualam.

org tua taiping said...

setiap perkara yg terjadi misti ada hikmahnya, bagitu juga detik detik yang berlaku dan akan berlaku pada ajenda pemilihan umno.saya suka mengingatkan diri saya dan saudara seagama kerugian yang paling besar ialah tidak lain dan tidak bukan muflis di akhirat dan jadikan ini sebagai pengajaran,kita rasa kita dh cukup lengkap dgn amalan kita tetapi di sana tak dapat diterima jadilah dia umpama saham yg tak laku kerana kita masih derhaka dgn NYA sekian wassalam

Kampong man said...

Salam ,

1.Saya lebih cenderung pada memperbaiki keaadaan dan tidak mencelarukannya.Kita cuba memperbaiki kelemahan kerana kita semua adalah hamba yang lemah disisi nya.

2.Izinkan saya perbetulkan fakta yang TIDAK betul dari kajian Din Melaka( sekira ada kajianlah !).'Terlepas perahu boleh undur , terlepas kata buruk padahnya' kata nenek saya di kampong kurang gitulah bunyinya.

Kita semua berhak memberi sokongan pada mana mana parti dan ideologi politik.Berbeza tapi bersatu sepatutnya saperti kaum Cina.

"Sedih teramat sedih. Walaupun dah terang lagi bersuluh, masih kira2 46% pengundi dengan bangganya menyokong UMNO. Termasuk yg sepatutnya pandai dan bermaruah spt jurutera O & G kita di blog ini."

Mengikut kajian secara statistik (tanpa emo) menggunakan kaedah 'Regression Anslysis' oleh sdra DAH IKHWAN dalam tajuk - "Pilihan Raya Umum ke 13 (tahun 2013):Analisis Undi dan Kerusi Mengikit Kaum" terdapat fakta saperti dibawah. (Ref: DAH IKHWAN Weblog, bertarikh 9 May 2013, dengan izin))

a) Bagi Semenanjung Malaysia, analisis menunjukan 63.7% undi Melayu, 10.8% undi Cina dan 43.2% berpihak kepada BN.

b.Jadual pengundian Mengikut kaum bagi kawasan Parlimen ada diterakan menunjukan sokongan orang Melayu pada BN teringgi di Johor (84.1%), N9 dan Melaka(81.8%) dan tetendah di Kelsntan (46.7%).

c) Terdapat undi kaum Cina pada BN meredum ke 10.8% atas keyakinan PR diketua DAP membentuk kerajaan dengan janji janji DSAI .

d) Harus di ketahui bahawa fakta bahawa 30% pengundi berdaftar adalah dari kaum Cina sedangkan mereka mewakili 24% penduduk Malaysia.Bayangkan sekira semua pengundi yang layak secara automatik boleh mengundi tanpa daftar, peratusan undi Melayu pada UMNO/BN mungkin sata yakin akan lebih meningkat.Kerana UMNO /BN perjuangkan hak Melayu ,Bumiputra dan semua kaum di Malaysia.Ini terbukti.DAP di P.Pinang tidak begitu dan mereka terus bercelaru bertengkar dalam parti ketika UMNO memperkasakan kedudukan dengan pemilihan yang lebih terbuka dan demokratik sekarang .Syabas dengan transformasi ini.Tetapi masih terlalu awal dapat kita bincangkan kesannya.Sama sama kita lihat apa yang akan terjadi di Sg Limau kubu kuat Pas selama ini.

Mungkin Din Melaka boleh huraikan basis pecahan 46% itu.Awas dengan 'Sweeping dan General statement' yang mengelirukan tanpa rujukan .Ramai orang Melayu mula sedar kesan 'Tsunami Cina' pada kuasa politik orang Melayu/Bumiputra tidak baik bagi mereka (Melayu) dan negara.Hanya kaum Melayu yang akan mempengaruhi politik negara ini.BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH, pilihlah.

Realitinya semua kaum saling perlu memerlukan bekerjasama berkongsi kekayaan ekonomi dan berkongsi politik sekira masih bangga dengan negara ini. Ciri ciri ini ada dalam gabungan BN dan BELUM ada dalam PR lagi.Wallahwuallam.

Wassallam, terima kasih.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sdr Azman

Kalau sdr sedar betapa malangnya bangsa Melayu yg asyik di tipu dulu oleh org putih dan sekarang oleh UMNO sdr sepatutnya menangis dan tidak berjenaka yg tak lucu pun.

Simpan je lah khayalan sdr tu.

Org PANDAI macam Anwar dibuang. Sekarsng Mshathir pulak yg kata yg tinggal dalam UMNO cuma yg bodoh sahaja.

Saya harap sdr Azman bukan ahli UMNO. Kalau ia, apa komen sdr terhadap kenyataan Mahathir.

Biasanya otg suka berkhayal tak akan ambil kisah.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Mohon izin.

1. Satu Malaya tau UBN cuma dapat lebih sedikit drpd 46% undi popular tapi dengan tak malu berkokok kesana kemari mengaku menang semata2 kerana kecacatan sistem pembahgian kerusi berbanding bilangan penduduk yg membolehkan mereka menang lebih 60% kerusi parlimen. Nak kajian apa lagi!.

2.Pemimpin pembangkang , NGO ,dan SUHAKAM sendiri bukanlah terdiri drpd orang tidak siuman bila mereka bangkitkan isu PRU Malaysia yg tercemar dgn dgn pelbagai penipuan oleh penguasa khususnya dalam memastikan daftar pengundi yg bersih drpd pengundi hantu, pengundi berkali2, nama penyokong pembangkang dinyah keluar tanpa pengetshwan atau izin mereka, pengundi yg dpt ic segera dsb.

Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang Kg Man oooi!

3. Bagaimana pulak dgn penyalah gunaan aparatus kerajaan sewaktu UBN jadi kerajaan dan kerajaan sementara yg menidakkan hak parti prmbangkang sebagai rakyat.

4. Apa hal pulak dgn mahkamah pilihan raya yg dengan mudah tanpa bicara menghukum petisyen rskyat terhadap kepincangan PRU 13 tak boleh dilayan atas alasan paling bersahaja, tak hormat manusia langsung iaitu alasan teknikal.

5. Kalau depan bos kita cakap saja kita cuma orang bawahan tapi tak buat kerja, apakah bos akan bayar gaji?

Begitu jugak kalau dimulut mengaku diri sebagai hamba Allah yg lemah tetapi dalam kehidupan harian tidak menzahirkan ketakutan pd Allah dgn melawan kemungkaran YG SUDAH TERANG LAGI BERSULUH maka takut2 ditempelak di akhirat nanti.

Tak cukup berikrar dan bertaubat nak jadi baik kalau ada harta org lain termasuk harta rakyat yg ada pada tangan kita tak dikembalikan . Ada berani ke.

Bila Kg Man kata hanya UMNO boleh memperjuangkan nasib Melayu, bukankah itu contoh sweeping statement.

Bila Kg Man kata kerajaan DAP Pulau Pinang bercelaru bukankah itu sweeping statement?

Akhir sekali Din Melaka masih tertunggu komen hamba Allah yg lemah bernama Kg Man yg terkenal dgn kajiannya dan kepandaian konputer beliau terhadap 2 isu:

Pertama penjualan tanah rakyat beratus2 ekar di Sri Hartamas pd kroni UMBO pd harga much below than market price selepas PRU 12 lalu.

Kedua pembelian ladang oleh FGV daripada Pontian Plantation di Sandakan pada harga rm1.2b. Atas dasar apa Kg Man sokong pembelian tersebut?

Kampong man said...

Salam ,

1.Tahniah UMNO kerana mendahului keterbukaan demokrasi.Jelas,sistem pemilhan terbuka ini adalah satu pilihan tepat, telus dan berjaya .

2.Tahniah juga kepada Shahrizat , Khairy, dan Mas Ermieyati yang berjaya terpilih dan di beri mandat oleh perwakilan.Kita menghormati keputusan ini dan saya yakin ini satu pendekatan dan KEMATANGAN politik yang UMNO pelupuri bagi parti lain ikuti.

3.Terbukti politik wang, cah keting , politik memburukan peribadi calon tidak berlaku dalam sistem baru ini.Syabas dengan transformasi politik ini.

4.Survival UMNO terletak pada PERJUANGAN parti ini dalam memperkasakan agenda bangsa Melayu dan Islam tanpa kompromi.Inilah sebenarnya yang membuat UMNO terus menjadi pilihan orang Melayu dan Bumiputra kerana UMNO di tubuhkan dengan wadah dan roh ini dari zaman PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dulu.UMNO bukanlah parti racis dalam masyarakat majmuk Malaysia.Tiada Melayu dan Islam tiadalah UMNO dalam kontek negara kita. Wallahwuallam.

Shamsul Al Bakri said...

Orang Melayu yang malang bukan Azman tapi Din Melaka yang berkhayal dengan mimpi Anu-war yang merapu dan merepek menjadi PM.Lupakan si Anu-war penghianat bangsa dan ugama ni.

budakjawa said...

As salam dakj,

Keputusan sayap UMNO dah keluar. Parti utama yang memerintah Kerajaan.

Transformation? Transformation apa?

Saya tak nampak politik kita menuju ke arah yang lebih baik.

Takpelah, Allah Maha Berkuasa. Manusia merancang, Allah jua merancang dan Allah jualah sebaik-baik perancang.

Muhasabah diri, perbaiki diri, keluarga, masyarakat dan negara. Manusia punya asa tuhan punya kuasa. Sebagai hamba boleh berusaha selagi tidak melampaui batas agama kerana dunia hanyalah tempat persinggahan sementara, akhirat jua yang kekal selama-lamanya dan mengingati Allah itu lebih utama dari yang lain-lain.

Terima kasih.

Semut api said...

Sebenarnya bangsa Melayu sangat malang dibawah Anwar/PKR kerana mereka diperalatkan Anwar.Tidak hairan ramai orang kuat PKR Melayu keluar PKR termasok Zaid Ibrahum , Fairuz Kamaruddin Timbalan ketua Menteri P.Pinang dulu kerana percaturan Anwar yang bermuka muka , licik dan tidak jujur macam ular saperti Din Melaka.

Kampong man said...

Salam Sdra Din Melaka,

1 Sekira Din Melaka bijak membaca analisis pembelian yang dibuat FGVH pada Pontian Plantation yang telah pun banyak saya komen, jawapan nya ada disana.Bacalah semula.Ingat ,bukan 30% tetapi 100% sebenarnya.

2.Bagi Sri Hartamas pula saya tidak layak memberi komen kerana saya tidak ada knowledge dalam penjualan ini dan ia tidak ada kaitan dengan FGVH yang kita bincangkan disini.Isu isu saperti ini masih tidak dapat memberi kemenangan pada PR pun di PRU 13 lepas.Boleh Din Melaka ulas kenapa ?.

3.Tidak mudah bagi saya memperkecilkan dan membodohkan siapa siapa dalam komen di blog mana pun.Bukan cara saya .Biarlah pembaca dan pembahas yang menilai mutu penulisan Din Melaka dan apa niat sebenarnya nya. Sekadar teguran kecil sahaja.Tak perlu emo bro.You have a long way to go .Cheers.

4.Esok mahkamah rayuan akan membuat satu keputusan yang amat penting .Kita berdoa kehadirat Allah supaya isu kalimat ALLAH memihak pada kita esok.Ameen.

Terima kasih.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sdr kg man dan din klang

1. Kepada din klang..... Siapa tak faham siapa? Cuba din klang cerita sedikit apa dia PER, DY, NTA, NAV, EPS dalam konteks penilaian mahal - murah sesuatu saham? Kalau sdr tak faham lebih baikjangan menyampuk.

2. Berbalik pd FGV. Pada harga rm4.55 sesaham, PER 17.6 yg diluluskan oleh SECURITIES COMMISSION tu tinggi atau mahal sangat.

Biasanya untuk permohonan IPO lain, demi menjaga kepentingan pelabur SC menghadkan PER tak lebih 10 sahaja.

Bila melibatkan permohonan penguasa yg kantong kering, berani ke SC tolak harga IPO RM4.55 tu.

3. Oleh kerana projected EPS FGV rendahlah maka pd harga rm4.55 pun PERnya dah tinggi iaitu 17.6.

Kalau pd harga mahal itu, ertinya upside potential harga untuk pelabur baru buat untung sangat tipis. Nah itulah yg sedang berlaku harga FGV tak naik2 spt hari pertama melibatkan kerugian betul2 atau paper loss di alami oleh peneroka Felda, pelabur runcit dan dana awam milik rakyat.

4 Sebagai perbandingan mahal murah cuba banding Public Bank yg mempunyai PER yg kurang sedikit drpd 17 tetapi harga pasarannya rm17.60. Kenapa tak rm4.55? Ertinya untung Public Bank sebagaimana di ukur oleh EPS atau earnings per sharenya sangat tinggi. Sebab itu pelabur pelabur yg dulu beli saham Public Bank pd harga katalah rm14 sesaham(lebih tinggi dari harga saham FGV RM4.55 sesaham) masih boleh tersenyum gembira.

Lain kali kalau org cakap pasal kapal terbang , jangankah kita cakap pasal burung.

Dulu Din Melaka cakap pasal mahal murah saham Pontian Plantation bukan FGV

Hisyam Bukhari said...

Dah la Din Melaka..ckp ngan karat umno ni xguna pun. Byk yg kritik, kutuk umno tp ttp ngaku umno the best. (Mcm bangang ja..) bila dh ngaju umno teruk undi, sokong, ajak org kg undi Pas. Ni duk dakyah Pas kuda Dap. Nk tnya depa Vincent Tan, goh tong, ananda tu belaan siapa ya?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).