Monday, March 03, 2014

Semua Pihak Penting Dalam Rekonsiliasi Nasional


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

ADA pembahas menuduh atau mengandaikan yang saya masih simpati terhadap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Macam inilah, saya tidak berkawan dengan semua orang dan rasa-rasanya tidak bermusuh dengan sesiapa.

Saya juga tidak taasub kepada perwatakan. Hatta dengan ayah saya pun, ketika hayatnya, ada perkara yang saya tidak bersetuju dengannya. Kami sering berbahas. Sampai penghujung usianya dia masih menegur dan menasihati saya.

Atas landasan itulah saya meletakkan perkenalan (acquaintance) saya dengan mana-mana jua orang politik.

Saya tidak akan menafikan yang saya pernah akrab dengan Anwar – selama 16 tahun dari 1982 hingga 1998 – iaitu tempoh beliau dalam Umno dan kerajaan.

Soalnya, waktu itu siapakah yang tidak rapat dengan beliau? Hanya parti-parti pembangkang yang hari ini beliau “pimpin” secara de facto.  Mendahului orang paling rapat dengan Anwar ialah (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Anwar Nak Ubah Kadar Mata Wang?

Hari ini saya terkejut membaca laporan media atas talian yang memetik Anwar sebagai berkata jika beliau menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Kajang, beliau akan isytiharkan RM1 bersamaan USD$1. (Baca di sini).

Kalau ini bukan hasil salah lapor atau salah mengerti oleh media massa maka ia adalah satu lagi contoh khayalan, lepas cakap dan “outrageousness” Anwar. Itulah juga kelemahan yang akhirnya memerangkap diri sendiri.

Anwar aka Saudara Anwar mirip berhujah tanpa berfikir secara mendalam dan kritis asalkan pada fikirannya ada orang yang percaya.

Tentulah di kalangan audiens Dialog Anak Muda di Seremban pada hujung minggu itu yang percaya cakap beliau. Saya pun percaya. Kalau sekadar nak tukar RM1 atau AS$1 bolehlah. Saya beri satu ringgit Malaysia dan Anwar berikan saya satu dolar Amerika, memang boleh. Saya pun setuju sebab buat untung besar. Pada kadar tukaran 1:1 itu, saya dapat untung RM2.30.

Tapi hendak ubah kadar tukaran mata wang adalah mustahil KECUALI, entah macam mana, selepas menang PRK Kajang, Anwar bukan menjadi Menteri Besar Selangor tetapi menjadi Perdana Menteri dan beliau boleh menggunakan rizab mata wang Bank Negara atau membeli bertimbun-timbun jongkong emas untuk menyokong nilai RM.

Tapi bila beliau membeli jongkong emas, beliau terpaksa bayar dengan dolar Amerika. Ini bermakna beliau kena tukar ringgit kepada dolar. Bila jual ringgit untuk beli dolar, nilai ringgit akan jatuh.

Kita boleh naikkan nilai ringgit dengan cara itu, tapi eksport kita akan menjadi lebih mahal dan pengangguran di kalangan pekerja pengeluaran akan meningkat.

Lagipun, beliau kenalah buat apa yang Dr Mahathir buat pada tahun 1998 ketika krisis kewangan Asia. Dr Mahathir melaksanakan kawalan terhad tukaran ringgit dengan menetapkan kadar tukaran ringgit RM3.80 bagi setiap dolar Amerika. Masa itu kadar tukaran RM naik hingga RM4.20 bagi setiap dolar Amerika.

Yang kita tahu, Anwar, sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, membantah keras tindakan Dr Mahathir itu. Beliau sependapat dengan Tahung Mata Wang Antarabangsa (IMF) bahawa langkah Dr Mahathir itu akan menjadikan Malaysia muflis dan paria.

Waktu itu Anwar amat akrab dengan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus, dan dasar serta pemikiran kewangan beliau dipengaruhi oleh peniaga mata wang Wall Street.

Malah dalam ucapan kepada Council on Foreign Relations (sebuah badan pemikir tajaan sektor swasta Amerika) di New York pada bulan September 1998, Anwar “mengalu-alukan” krisis mata wang Asia sebagai “creative destruction” (pemusnahan kreatif) dengan meminjam teori ahli ekonomi Amerika Josept Schumpeter.

Saya hadir majlis itu dan duduk semeja dengan beberapa orang eksekutif muda perbankan Wall Street. Mereka ternganga kagum mendengar ucapan beliau dan meminta saya memperkenalkan mereka kepadanya. Selepas ucapan, saya perkenalkan mereka kepada Saudara Anwar.

Post-Umno Anwar Lacks Organisers

Dengan izin, Anwar is not a man of detail. He is an orator and instigator (in a positive sense). He is not an organizer as some people had thought. During his Umno and Cabinet days he depended on organizers and he had organizers for all his activities. There were even people who did the reading for him.

When he was Youth Minister, I presented him a textbook on economics – “Prinsip-Prinsip Ekonomi” by the late Professor Dr. Harcharan Singh. I told him, read and you would get the basic ideas on economics.

But he is a consummate networking man. He could spent hours entertaining journalists – male and female. He could leave the VIP table to have nasi campur with padi farmers while squatting under the banana trees. I am pretty sure many young people are still mesmerized by him and he could still kill them softly with his song.

Since being sacked from Umno and the Government in 1998 the number of his supporting organizations could have dwindled. Many of his core supporters either did not join his Reformasi movement, while those who joined became disenchanted and left.

Mohd Azmin Ali and Saifuddin Nasution Ismail are among tha original group. These are people trained by Umno. Even (Tan Sri) Abdul Khalid Ibrahim is a newcomer to Reformasi. He was once a hardcore Umno man.

While the Parti Keadilan Rakyat can boast the presence of many young, educated and enthusiastic leaders, they are babies compared to the old-timers who helped “create” Anwar and many do not know Anwar beyond the Reformasi.

Namun kalau kepemimpinan politik Melayu - tidak kira dalam Umno, PAS atau PKR – benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh mahukan perdamaian (reconciliation) dan perpaduan nasional, faktor Anwar tidak boleh diketepikan. Beliau adalah Ketua Pembangkang.

Bagi saya, ia bukan isu suka atau tidak suka kepada seseorang. Ia adalah mengenai usaha memulihkan sistem kuasa di mana orang Melayu dan Bumiputera, sebagai bangsa dan kaum induk dan majoriti di Malaysia, kembali memainkan peranan sebagai penimbang-tara yang berwibawa, adil dan saksama.

Di permukaan memang wujud gambaran bahawa orang bukan Melayu di Semenanjung gembira dengan persepsi perpecahan Melayu. Tetapi mereka juga bimbang bahawa Melayu yang tidak bersatu atau Melayu yang hilang keyakinan kepada kepemimpinan politik Melayu boleh berpecah menjadi kelompok yang keras dan radikal.

Seperti kata penulis dan peguam Karim Raslan dalam kolumnya “Ceritalah” dalam akhbar The Star pada 25 Februari berjudul “National reconciliation is the way forward”, antara lain, berkata:

To me, “national reconciliation” must begin with my own community, the Malays….Indeed, reconciliation and a willingness to live with diversity must begin within the Malay community itself.”

(Bagi saya, “rekonsiliasi nasional” mesti bermula dengan masyarakat saya sendiri, (masyarakat) Melayu....Sesungguhnya, permuafakatan dan kesediaan hidup dalam kepelbagaian mesti bermula dalam masyarakat Melayu sendiri.” Wallahuaklam.


33 comments:

K T said...

Anwar went around shaking everyone's had at this function I attended. My impression? Oooo, his hand was very soft! In the background, Rosmah was crooning away. What a naive girl I was back then...

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

1. Sesekali balik kampung, santunilah penduduk kampung dengan belanja(membayar)mereka yang sedang bersidai di kedai kopi kampung. Nescaya nama kita akan dikenang dan disebut-sebut sepanjang masa.

Bagaimanapun, PR sebegini bukan semua orang boleh melakukannya walaupun banyak duit/pangkat besar. PR sebegini adalah satu kemahiran dan bakat.

Seperti yang Datuk paparkan, 'Brother' DSAI adalah di antara segelintir tokoh yang memiliki kelebihan itu - Brother DSAI tidak kekok makan nasi bungkus sambil mencangkung di bawah pokok pisang.

2. Benar, Melayu perlu 'berdamai' dan bersatu. Pendekatan untuk menyatukan Melayu yang diamalkan sekarang jelas tidak membantu langsung, iaitu:" Aku yang betul, kamu salah, sedemikian kamu wajib ikut aku".

Saya sangat yakin bahawa andainya Tun Dr Mahathir sanggup bertolak ansur sedikit dengan pembawaan 'tipikal Mahathirnya', beliaulah di antara tokoh yang boleh mendamaikan dan menyatukan Melayu.

Majoriti penyokong UMNO akan tetap menyokong Tun M walaupun ada diantara pembawaan 'tipikal Mahathir' yang kontroversi.

Bagaimanapun,'kebencian' pihak pembangkang terhadap Tun M tidak mutlak. Lihatlah betapa Tun M diraikan oleh pihak pembangkang semasa beliau disisihkan pada zaman Tunku dan juga 'disisihkan' oleh UMNO tidak beberapa lama dahulu.

Semoga Melayu boleh 'berdamai' dan bersatu.

looes74 said...

It's simply a jest la......If you compared to what Madhater has said.....Lagi worse.....Kampung man will say that Mukriz should never replace Najib......Hahahahaha!

http://www.youtube.com/watch?v=RqAZiilGCGU

Kajang Pak Malau said...


Dolu dolu ada siri TV Lone Ranger. Lone Ranger menyelesaikan masalah sendirian.

Kalau kita percaya Anwar boleh setel masalah cara sendirian, kita masih berada dalam zaman Lone Ranger.

Zaman orator zaman Sukarno, zaman Hitler. Sekarang orang tak berapa terpegun dengan cakap. Orang terpesona dengan tindakan yg awsome.

Khalid cakap tak pandai. Orang yang tak pandai cakap ni ada kelebihan bertindak.

Mahathir pun cakap tak pandai. Cakap dia sikit tapi tindakan dia HD , high defination.

Yeke?




Unknown said...

pak kadir... rm1 = usd 1 was a statement yang perli towards BN....

please read and understand properly what he said....

Saji said...

Salam Dakj,

"Dengan izin, Anwar is not a man of DETAIL. He is an orator and instigator (in a positive sense). He is not an organizer as some people had thought. During his Umno and Cabinet days he depended on organizers and he had organizers for all his activities. There were even people who did the reading for him."

1. Dari sudut dasar awam, tanggungjawab hakiki/sebenar ahli politik yang berkuasa, khasnya ialah mencari dan mencetus isu masyarakat untuk diatasinya dengan cara mengangkatnya ke Parlimen untuk dijadikan dasar awam dalam bentuk undang2, belanjawan atau rancangan2/projek2. Contoh terbaru dasar awam ialah BRIM.

2. Tanggungjawab men'DETAIL'kan dasar awam dalam bentuk undang2, belanjawan atau rancangan2/projek2 tersebut, dengan maksud menterjemahkanya kepada realiti yang diinginkan ialah kakitangan awam di Kementerian2 terbabit dan konsultan2 yang dilatik oleh kerajaan (jika diperlukan).

3. Maksud saya, "Anwar is not a man of DETAIL" bukan satu masalah besar.


SAJI

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Alhamdulillah. Macam inilah yg rakyat Malaysia mahukan. Ada masanya Dato’ hentam UMNO dan ada masanya Dato’ menjentik Anwar. Inilah sifat terpuji yg ada pada Tokoh Kewartawanan Negara. Saya rasalah, Dato’ ni dilahirkan terus jadi bijak.

Saya juga cukup bersetuju dgn Dato’, kalau betul Anwar nak samakan RM dgn USD, ilmu ekonomi dia memang teruk dan tak reti langsung. Eloklah dia jangan bercakap tentang ekonomi sebab cuma buka pekung di dada. Tahun 1998 dulu, habis ekonomi Malaysia. Sekarang, tengok apa dah jadi dgn Selangor dimana beliau juga penasihat ekonomi RM1.

MB dan EXCO naik gaji 2-3 kali ganda tapi rakyat menderita tiada air. GILA !!!!! Lepas tu, mulalah terhegeh-hegeh buat MOU dgn kerajaan UMNO utk Langat 2. Bila susah, tahu pula Khalid Ibrahim nak cari UMNO. Sampai Anwar sendiri pun katanya tak tahu menahu. Saya rasalah, Khalid sendiri pun tak berapa percaya penasihat ekonomi RM1 dia. Sebabnya, UMNO dah kata, Selangor akan menghadapi masalah air pada 2014 sejak dari 2008 lagi, tapi mereka ni degil dan keras kepala. Yang kesian ialah pengikut2 tegar mereka seperti Din Melaka. Kesian! Kesian!!!!!

Akhir kata, tentang rekonsilasi tu, saya tak bersetuju langsung. Sebabnya, didalam Al Quran surat Al Mumtahanah ayat 13, Allah berfirman “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menjadikan teman rapat mana-mana kaum yg dimurkai Allah, mereka telah berputus asa dari mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang orang kafir yg ada di dalam kubur”. Sekian TQ.

JohorMali said...

DAKJ,
Sebut fasal National Reconciliation, ini ada sikit heavy. Kalau kita imbas NR Afrika Selatan selepas tamatnya apartheid, the gist of the NR is the admittance by the Whites of their wrongdoings and the South African Blacks not to pursue any sort of revenge or vengence against the Whites.
Zoom pulak ke M'sia, siapa menganiaya dan siapa pulak teraniaya?

azhar said...

salam DAKJ

berat rasanya kita hendak bermuafakat di belakang pemimpin yang ada masalah moral dan sejarah berkhidmat yang sangat teruk.



Timbangtara said...

Salam Tok..

Saya sangat setuju dengan Datuk hidup kita bukan hendak bermusuh..


Perdamaian.. Jika semua pihak berlapang dada sanggup memberi dan menerima perkara yang susah akan menjadi mudah..

Samaada Umno, Pas, atau PKR masing-masing harus membuang EGO.. kerana diantara mereka ada kelebihan dan ada kekurangan.. Perkara yang pernah menyinggung perasaan lupakan saja..

PM, Anwar dan Haji Hadi pernah menyebut ayat ini dulu lagi "Kita akan kuat kalau kita bersatu" Walau sebutan itu untuk parti masing-masing.. tetapi hakikatnya lebih dari itu..

Pardamaian ini bukan Umno dan Pas sahaja atau Umno dan PKR sahaja tapi mesti melibatkan ketiga-tiga parti tersebut..

Perkara yang baik tentu akan jadi baik..

Kajang teruskan saja..


T kasih Tok..


msh said...

Salam Dato.

Kenapa begitu Cemas?
'National Reconciliation' ?

Apa semua ini?
'For What'?

Inilah yg ramai sahabat handai sy bertanya bila sy berkongsi pandangan hasil artikel 'Conspiracy Theory' CT Dato.

Ada juga sahabat2 yg bekas 'politcian' pun menawab dgn bertanya...'apa perlu semua ini' bila sy berkongsi Alkisah CT ini yg memungkinkan rekonsiliasi national ini terjadi.

Ramai berpandangan bahawa semua ini adalah permainan Anwar untuk menyelamat diri dia dlm banyak hal.
Ini memang ada meritnya pun.....kes liwat 'pending'.....Azmin dan Khalid tak sebulu...perpecahan dalaman PKR nampak begitu menjadi gara2 kelemahan Anwar mengawal keadaan..dll lagi

Sy setuju pandangan Dato bahawa Anwar adalah faktor penting dan tidak bolih diketepikan bila saja bercakap tentang perpaduan....suka atau pun tidak.

Tetapi dlm hal ini sy masih berpendirian...bahawa Najib masih mampu bertahan dan dapat mencari perpaduan walau pun tanpa Anwar dan tidak perlu sampai ketahap Rekonsiliasi Nasional pun.

Ramai org berkata dan GE13 mebuktikan bahawa Melayu sudah mulai sedar siapa Anwar dan apa yg dia bolih buat lagi....nak ada..'street demo' selalu?....pengikut tegar pun dah letih berguling atas jalan dan nampak mcm tak menjadi pula...
W7alau pun dia menjadi ketua pembangkang bersama Pas dan Dap tapi segala apa yg dia lakukan pun nmpak tak menjadi lagi.
Lagi pun kebelakangan ini dia sudah kelihatan saperti 'hero' org Cina dan segelintir Melayu tegar dari Pakatan sahaja dan Dap pun dah pun kelihatan 'biul' dgn karenah dia.

Dato setakat pandangan Karim Raslan..sy kira tak lah begitu bolih diterima bulat2....tetapi sy tetap juga percaya faktor Anwar ini masih ada...tapi sy beri 4 saja dari 'scale 1 to 10' pd pndangan org Melayu.....ini telah kelihatan salepas GE 13.....jadi ini semua permainan dia...mungkin mcm ramai yg berkata.....Selangor ini Lubuk Emas untuk sesiapa yg memerintah dan Khalid menjadi penghalang pd Anwar.....atau mungkin mcm Dato kata 'its just a red herring'.

Pokoknya...Anwar 'create' situasi 'cemas ini' ..bila dia nak bertanding sebagai calon di PRK Kajang......dan memberi signal yg dia akan menjadi MB Selangor...tetapi bagaimana pendirian Pas pula?..

Kita tunggu dan lihatlah Dato...

Cemas?....ia...tapi bukan dgn Anwar tapi dgn Najib yg sah tidak berkebolihan memerintah Negara.

Terima kasih.


abg sam said...

Salam Datuk
Apa khabar semoga sihat waalfiat disamping keluarga.
Saya bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim atau DSAI faktor utama yang perlu diberi perhatian oleh BN jika hendak wujudkan pemuafakatan nasional. Bagi saya DSAI seorang manusia yang unik boleh memukau rakyat dengan idea pinjaman dan diolah secara mudah kepada rakyat. Sebagai perbandingan beliau boleh bercakap apa sahaja isu tetapi logik dan rakyat faham berbanding dengan gerombolan menteri kabinet pada hari ini mengeluarkan kenyataan tak masuk akal seperti harga minyak naik sebab harga minyak dunia naik atau saman aes diswastakan untuk kurangkan kemalangan.
Tetapi sebagai manusia waras dan berpijak dibumi nyata dan mempunyai sedikt pengetahuan saya berpendapat DSAI gagal untuk menterjemah segala idea kepada realiti. Mungkin beliau seorang pemidato yang hebat tetapi bab memerintah negara memerlukan lebih dari sekadar bercakap. Buktinya beliau gagal menguruskan pergolakan di Selangor antara MB dan Azmin. Kenapa jadi begini? sebab politik pidato atau bercakap tidak boleh menahan kerakusan manusia dari merompak duit rakyat. Air liur terleleh melihat projek sana sini di Selangor.
Bagi saya pemuafakatan Nasional tidak lebih dari sekadar cakap2 untuk dibuat capati kerana realiti yang berlaku pada hari ini pemimpin politik bukan berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk anak bini. Mana ada pemimpin politik sekarang sanggup untuk ketepi kehendak pribadi. Kalau kita tengok di Kelantan pun semakin menarik sudah wujud perbalahan biarpun yang memerintah disana dianggap syumul. Jangan terkejut besok satu hari nanti anak cucu kita tak kesio nak memangkah parti yang ada unsur melayu.

zed-85 said...

Dato,

1US = 1RM kalau menang Kajang adalah sindiran Anwar terhadap Mahathir yang mengatakan Anwar pro-Amerika kerana tidak mungkin MB Selangor boleh ubah kadar tukaran asing atau pengaruhi polisi luar negara.

Saya rasa nada orang seperti Mahathir dan Daim, terutamanya Dr.M harus dikurangkan di dalam politik kerana pada pandangan saya ada “conflict of interest” atau percanggahan kepentingan kerana diri atau keluarga mempunyai kemewahan yang luar dari biasa. Antara mereka, salah seorang ahli keluarganya mempunyai kemewahan hampir atau lebih dari simpanan satu negeri di Malaysia.

Adakah ungkapan Dr.M dan Daim untuk kesejahteraan rakyat negara atau untuk kelangsungan kekayaan mereka dan keluarga?

Saya bukan mengatakan supaya kita tidak menghormati Dr.M, saya hormati Tun Dr.M sebagai bekas PM tetapi secara reailti memang ada percanggahan kepentingan. Oleh itu tidak wajar Tun Dr.M terlampau ketara dalam pengaruh politik negara.

Anwar Ibrahim adalah ketua pembangkang di Malaysia. Anwar juga seorang yang bertanggungjawap mewujudkan system dua parti di Malaysia iaitu PR dan BN.

Ini bukan bermakna system dua parti memecahbelahkan masyarakat sepertimana komentar dari pembahas pro-BN tetapi memberikan “pilihan” kepada rakyat sebuah negara sepertimana di Amerika, Jepun, Britain, negara barat dan juga kebanyakkan negara di Asia.

Bagi rakyat biasa, seorang yang lebih cenderong kepada parti pemerintah atau pembangkang, tidak menjadi satu punca atau sebab untuk bermusuh oleh itu tidak timbul soal memecah-belahkan masyarakat.

Yang bermusuh adalah pemimpin Parti politik bukan rakyat. Di Taiwan umpamanya, pemimpin ahli politik baling kerusi antara satu sama lain tetapi rakyat biasa tidak bermusuh. Di negara maju juga serupa dimana pegangan politik individu tidak menyebabkan sebarang prejudis atau permusuhan.

Saya berpandangan rekonsiliasi nasional mungkin boleh menjadi satu pilihan sekiranya dapat meredakan masalah terutamanya masalah toleransi kaum juga masalah ekonomi negara sekiranya masalah ini semakin meningkat.

Di negara lain di dunia, rekonsiliasi nasional kebiasaannya dilakukan pada waktu-waktu yang genting supaya keadaan negara dapat lebih terkawal.

Urang Awak said...

Salam Dato,

Dato diantara lain ada menyebut …” Anwar is not a man of detail. He is an orator and instigator (in a positive sense). He is not an organizer as some people had thought. During his Umno and Cabinet days he depended on organizers and he had organizers for all his activities. There were even people who did the reading for him".

Hahaha… Dato masih confuse dan tidak tahu perbezaan diantara orang PANDAI dengan orang BIJAK.

Saya pernah berkhidmat sebagai pengurus disalah sebuah institusi kewangan 30 tahun lepas dan saya pernah terlibat secara langsung meluluskan beberapa pinjaman kepada individu2 yang telah berjaya dan diantara mereka adalah Dato Haji Shahrani the founder of Shapadu (asal kerani), the founder of YTL mendiang Tan Sri Yeoh Tion Lay (asal crane driver/operator), mendiang Tan Sri Lim Goh Tong the founder of Genting Berhad (sekolah hingga darjah 3 di China) Dato Ramly Mokni the founder of Ramly Burger (asal butcher boy). Mereka adalah diantara individu2 bukan dari jenis orang yang pandai didalam bidang acedemic tetapi BIJAK orangnya.

Kalau kita rajin Google di internet kita dapati bayak lagi individu2 yang terkaya didunia yang tidak beberapa pandai seperti Bill Gates (dropout). Mereka berupaya menyupah berpuluh2 orang accountant, engineer, consultant, wartawan2 sebagai setiausaha akbar untuk berkhidmad dengan mereka.

The botton-line....Si PANDAI serve si BIJAK. Orang yang BIJAK tidak perlu bekerja keras kerana mereka akan menyupah orang2 PANDAI untuk bekerja dengannya.

Hahahaha….wallahualam

RD. said...

Salam Dato.

Saya memang sangat setuju jika orang Melayu bersatu demi perpaduan seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama dengan syarat.... Anwar Ibrahim tiada dalam sebarang 'equation‘ itu. Beliau mesti bersara, lenyap dari persada politik tanah-air atau di....penjaralah, senang sikit. Kes mahkamah pun banyak belum selesai. Asyik tangguh saja. Cuba kalau rakyat biasa, jangan harap nak tangguh-tangguh.

Karpal Singh pun pernah berkata; "Anwar has created enough trouble for the country".

Kalau Anwar jadi PM atau orang nombor dua, kita sudah tentu akan jadi sekutu-kuat Amerika dan ini tidak 'sihat' untuk hubungan diplomatic antara Malaysia dengan China. Kita mesti bersikap berkecuali dalam ‘perang-dingin’ antara Amerika dan China/Russia sekarang. Cuba lihat persengketaan antara China dengan Jepun/Korea Selatan/Filipina/Vietnam dalam perebutan pulau atau kawasan perairan yang banyak fosil carbon. Sebenarnya, China hanya mencari alasan. Jika kita berbaik-baik, mereka akan lebih bertimbang-rasa, takut kehilangan sekutu dan juga peluang perniagaan.

Hampir kesemua negara yang bersengketa dengan China adalah sekutu kuat Amerika dan mempunyai pengkalan tentera Amerika di negara mereka. Saya tidak terkejut, jika satu hari nanti ditakdirkan Pakatan dapat Putrajaya, kita akan terpaksa menempatkan Pengkalan Amerika dibumi kita, macam Arab Saudi. LGBT akan berleluasa. Jenuh 'Orang Agama' kena buat squad mengendap orang berkhalwat/berzina dan berliwat pula. Nak cari 4 saksi orang beriman dan budiman, bukannya senang pada zaman ini.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Sangat tidak relevan sekali OKJ menujukan QS: al-Mumtahanah: 13 itu kepada Anwar Ibrahim dan partinya tanpa sokongan bukti dan dalil yang sahih bahawa Anwar Ibrahim dan partinya itu kaum yang dimurkai Allah; bahkan sebaliknya, firman Allah yang berkenaan itu sesuai ditujukan kepada OKJ dan partinya sendiri.

Saya berpendapat, OKJ dan partinyalah kaum yang dimurkai Allah SWT kerana kerajaan parti OKJ "tidak berhukum dengan hukum yang dirurunkan oleh Allah SWT sebagaimana perintah-Nya dalam QS: al-Maidah: 44, 45 dan 47 sehingga mereka dicap kafir (44), zalim (45) atau paling minimum, fasiq (47).

Saya berdoa ke hadhrat Allah SWT agar terbukalah hati OKJ untuk mencari kebenaran melalui al-Quran. Berdosalah sesiapa yang pandai-pandai membuat tafsiran al-Quran sesuaka hatinya tanpa dalil yang sahih.

Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

Unknown said...

There cannot be 2 unknowns in a blog as there will be a confusion to the ownership of that piece of opinion.

A good leader is a person who can bring the best out of his "team" to achieve the aims that he has set for. He can have a team of advisers to advise him. Ideally he should be able to assess the advise given to him so that the advise won't haunt him in the future and he should be honest and sincere. (But no politician is honest and sincere.) As a Muslim, the ultimate responsibility is to Allah. If he has sinned let Allah be the judge and that he cannot escape.
Let us be sincere in our discussion, that is to find the solution to Malay Unity. Without Malay Unity, there will be no National Integration.

Suffian said...

Dato...saya tak paham apa perlunya nak bangkitkan hal tentang Anwar is not a man of detail & his organizing skill .
Anwar ialah pemimpin bertaraf international ,bukannya pemimpin pelajar atau pengurus besar syarikat.
Dato tak perlu rasa bersalah pada orang mcm OKJ dan sewaktu dengannya.

RD. said...

Salam Dato.

Hanya Singapura yang mempunyai perspective politic yang paling hampir dengan Malaysia. Bezanya, nak kata sikit, tidak juga.
-Singapura tidak benarkan Party politik berteraskan Agama.(apa pun).-
-Di Singapura, masyarakat Cina adalah majority.
-Disana tiada istilah pribumi atau bumiputera.
-Di radio dan TV, pengacara atau juru-hebah tidak dibenar menyebut atau melafaskan apa-apa perkataan atau ayat berbentuk keagamaan. e.g. May God Bless you, Syukur Alhamdulilah dan sebagainya.
-Negara mereka kecil. Tiada Raja yang berdaulat atas daerah/negeri seperti di Malaysia

Taiwan, saya tidak tahu, kerana amat jauh dari Malaysia dan saya pun tak pernah melancong ke sana. Yang pasti, mereka tidak berebut nama Allah dan warna-kulit, tak nampak banyak beza. Rakyatnya percaya pada Tuhan ke tidak, saya pun tak tahu

Memang benar, jika ahli politik Taiwan baling kerusi, rakyat mereka tidak akan berkelahi sesama sendiri di jalan raya.

Tapi...kalau di Malaysia, isu Ahli Parliament enggan pakai songkok pun boleh jadi isu besar, sedikit masa dahulu. Sekarang bila ramai dari ahli politik DAP sudah 'born again' evangelist, mereka bukan saja dengan sendiri sarung songkok, tetapi siap berbaju Melayu dan yang wanita pula, berbaju kurung, siap bertudung dan sanggup masuk masjid dan surau. Yang Melayu pula, masuk Gereja beri ceramah politik.

Oleh yang demikian, mengambil contoh Politik di Taiwan untuk disumbat dalam acuan Malaysia yang berbagai bangsa dan agama, tidak praktikal sama-sekali.

Memang Anwar adalah pemimpin international ketika bersama UMNO dahulu. Ketika menjadi TPM dan hampir di pecat dan buat lawatan ke Amerika, beliau telah diberi sambutan permaidaini merah sambil memeriksa pembarisan tentera yang memakai pakaian ‘No.1’. (Istilah Navy: Seragam adat-istiadat kehormat).
Dr. M, sebagai PM pun, Amerika tak pernah layan sedemikian rupa.
Tetapi selepas di pecat, kehebatan beliau lebih terserlah di persada ‘international’ kerana masaalah moral yang buruk. Anak saya yang baru darjah 3 pun kenal beliau. Kalau keluar gambarnya di kaca TV, dia akan menjerit Anuwar, Anuwar….
Bayangkan sudah hampir 17 tahun, beliau asyik tajuk berita di media elektronic dan cetak. Patut la ‘international’.

Saji said...

Salam Dakj,

"Namun kalau kepemimpinan politik Melayu - tidak kira dalam Umno, PAS atau PKR – benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh mahukan perdamaian (reconciliation) dan perpaduan nasional, faktor Anwar tidak boleh diketepikan. Beliau adalah Ketua Pembangkang.
Bagi saya, ia bukan isu suka atau tidak suka kepada seseorang. Ia adalah mengenai usaha memulihkan sistem kuasa di mana orang Melayu dan Bumiputera, sebagai bangsa dan kaum induk dan majoriti di Malaysia, kembali memainkan peranan sebagai penimbang-tara yang berwibawa, adil dan saksama."

Saya bayangkan Rekonsilisai Nasional (RN) yang Dakj maksudkan di atas sebagai usaha terbaru para pemimpin politik Melayu untuk membuat seutas rantai. Di mana, DSNajib sebagai mata lubang pencangkuknya, DSAnwar sebagai mata pencangkuknya, manakala yang lain sebagai beberapa mata rantai yang berselang-seli mewakili pihak Najib dan Anwar masing2.

Bagi pembahas2 yang setuju dengan proses membuat RN ini,tetapi memberikan syarat asal tidak melibatkan Anwar, mereka, bagi saya, perlu mencalunkan pemimpin politik Melayu lain sebagai pengganti yang setaraf dengan Anwar untuk kita bahaskan.

SAJI

Hj ismail said...

Kadir.
Anwar tak kata $1 rgt sama dengan $1 US.

Maksud dia,duit ringgit kita dah jatoh nilai dengan terok.
Tukaran satu ringgit dengan satu singapore dollar dan jadi $2.6 paling tinggi dalam sejarah hubongan matawang kita dengan singapore.
Ini bermaana,syarikat syarikat milek Singapore dan raayatnya boleh membeli banyak tanah dan company di Malaysia dengan harga murah.

Anwar,lulusan Pengajian Melayu dari University Malaya.
Memang dia tidak pandai ekonomi saperti Daim dan Mahathir.Sebab itu semasa ia jadi menteri Kewangan dia tidak pandain ambil saham,atau projek untok keluarga dia .

Daim,menteri Kewangan yang paling di takuti oleh peniaga Cina,saperti Vincent Tan TKlim,Quek,Koy Kay Ping dan ramai lagi.
Mereka takut Daim buat masaalah bagi company mereka dan suroh bank ambil tindakan.
Contoh yang jelas ialah Syed Kechik dan Wong Kee Tat.
Mereka merupakan dua ahli perniagaan yang kaya dan di geroni.
Dalam krisis ekonomi tahun 1985 ,waktu itu Daim sudah menjadi Menteri Kewangan,kedua kedua mereka di bankrupkan oleh bank .Banyak asset mereka dijual dengan murah oleh Bank saperti Regent Hotel,Sungai Wang Dan sri Hartamas.
Semua harta ini di beli oleh Tan Sri Razali dari Perimba.orang yang rapat dengan Daim.

Dato pun apa kurangnya.Semasa Daim jadi Menteri Kewangan dato tak dapat apa apa ,hanya jadi pemberita biasa.

Bila Anwar menjadi Menteri Kewangan ,Dato dimasokkan dalam konsotium untok membeli NST dan TV3, Saya ingat saham Dato dapat 5%. cukop lah.Dengan peluang yang Anwar bagi kapada Dato,maka Dato sudah boleh berasa jutaan ringhit.Boleh beli rumah Banglow di Tropikana.

Tak payah lah kita hendak menjijik orang yang menolong kita.

Sebab itu UMNO sekarang sudah sampai tahap kehanchoran kerana sudah tidak lagi dapat membendong pemimpin nya yang corrupt.

Anwar di dakwa dalam kes corruption bukan kerana makan duit tapi kerana guna polis untok gempak orang.

Selamat Melayu.

tin kosong said...


jika anwar benar seorang pemimpin yang bersih, cekap dan amanah, sudah lama dia menjadi pm malaysia walau besar mana pun halangan nya.

malang nya.......

max said...

Salam Dato

pendapat saya kesemua generasi pemimpin politik di Malaysia sekarang tak kira parti patut di campak keluar dahulu sebelum kita membuat rekonsiliasi Nasional.

Mereka ini lah punca utama kepada kesemua perpecahan di Malaysia.

Sudah tiba Malaysia di pimpin oleh ahli politik generasi baru yang tidak di cemari minda mereka oleh pemimpin yang sudah karat.

Lahuma said...

Dato.

Kita pun tak tahu apa sebenarnya yang dalam pemikiran pemimpin politik Melayu/Islam kini.
Apa matlamat mereka sebenarnya.Apa agenda mereka hingga membawa porak peranda rakyat jelata.
Antara Najib dan Anwar .Anwar lebih terserlah gaya kepimpinannya.Cuma Anwar ini tercalar isu peribadinya.Pemimpin Pas dan Daplah yang mula-mula sekali menconteng arang muka Anwar sewaktu dia TPM.Kemudian jilat balik arang yang dilomok muka Anwar.
Najib pula banyak main selamat dalam dunia politik UMNO dan antarabangsa.
Masa Ku Li lawan Dr M saat akhir Najib baru buat pendirian.
Memang betul Anwat boleh makan nasi bungkus dengan rakyat di perdu pisang.Najib tentu kekok.

Kalau nak buat rekonsiliasi nasional Pas tak patut di ketepikan.Pas lebih penting dari PKR yang nampak macam rojak dan parti sebagai alat Anwar sahaja.

Hanya UMNO dan Pas yang menjadi teras Melayu/Islam.Apa pun kena pujuk Nik Aziz dulu.Nik Aziz kena bagi dia faham dulu.Kalau tidak dia akan mengamuk lagi bila dengar perkataan rekonsiliasi ini.

Yang peliknya akar umbi UMNO/Pas/PKR masih masih tak tahu apa-apa.Maka berpuaklah mereka.

Lagi pun Anawar pun sudah berusia 67 tahun.Lebih tua dari Najib dan Mahyudin.

Boleh jadi sejarah 1511 akan berulang seperti sejarah Melaka.Ramai si kitol yang menjadi orang kanan dan peneraju utama.

Si kitol inilah yang banyak main peranan dan buat dasar itu dan ini.

Sikitol beraksi lagi terutama dalam UMNO sendiri.

Terima kasih Dato.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Izinkan saya respond kpd Sdr Yangretibase.

Sdr Yangretibase. saya akan memberi respond secara berkhemah w/pun sdr memberi respond secara takretibase. Jika saudara perhatikan betul-betul surah Mumtahanah ayat ke13, jelas sekali Allah memberikan peringatan kepada orang-org yg beriman.

Tidak terfikirkah saudara, dimana org-org yg kurang imamnya dan yg tidak beriman akan cuba sedaya upaya utk mendustakan kebenaran walaupun kebenaran dah ada di hadapan mata. Agak-agaknya, sdr Yangretibase termasuk didalam golongan yg mana????

Sepertimana surah Al Baqarah ayat 146 menerangkan org-org Yahudi dan Nasrani bukan sahaja mengetahui kebenaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi tetap menyembunyikan kebenaran.

Perlukah saya mengungkit tentang tafsiran ayat Al Quran sdr tedahulu, yg terbukti SESAT. Saya berharap saudara sudah bertaubat. Bukan itu sahaja, disebabkan tafsiran itu dibuat di dlm blog Dato’ Kadir dan ramai yg membacanya, sdr juga perlu meminta maaf ke atas setiap pengunjung di dlm blog ini, kerana syarat taubat yg keempat ialah memberitahu kesalahan yg telah dilakukan jika ianya melibatkan sesama manusia. (takut ada yg terpengaruh dgn tafsiran SESAT sdr itu). Saya doakan agar sdr termasuk di dalam golongan orang-orang beriman. Fikir-fikirkanlah. Sekian, tolong maafkan saya.

A KADIR JASIN said...

Pembahas zed-85, antara lain, mengulas: "1US = 1RM kalau menang Kajang adalah sindiran Anwar terhadap Mahathir yang mengatakan Anwar pro-Amerika kerana tidak mungkin MB Selangor boleh ubah kadar tukaran asing atau pengaruhi polisi luar negara."

Saya juga rujuk ulasan pembahas Hj Ismail yang lebih serius.

Bagi saya, Anwar boleh menyindir. Dia pandai menyindir. Tapi bila dia sindir mengenai nilai ringgit di depan audiens yang tak berapa faham hal mata wang dan tukaran mata wang, mereka sama ada keliru atau percaya.

Lagipun ini bukan isu yang boleh main sindir-sindir. Ini isu besar dan berat.

Kita perlu bimbang dengan kemerosotan ringgit walaupun kerajaan dan Bank Negara nampak macam steady saja.

Dilaporkan pada 29 Januari 2014 bahawa “The Malaysian ringgit slumped to an all-time low against the Singapore dollar earlier this week, but recovered slightly on Wednesday amid a relief rally among emerging market currencies.

“One Singdollar bought 2.611 ringgit on Wednesday, a tad down from a historical high of 2.624 on Monday.

“The ringgit has now fallen some 0.6 per cent against the Singdollar since the start of the year and is down about 5 per cent in the last 12 months.”

Pada 31 Julai 2013 dilaporkan “The Malaysian ringgit’s prospects appear bearish, the Wall Street Journal (WSJ) has reported after the local currency fell to a three-year low against the US currency and a 15-year slump against the Singapore dollar.

"WSJ said the Malaysian ringgit had declined against a backdrop of weaker export figures and worries that the US may halt its quantitative easing policy, which may place Malaysia at risk of outflows.

"Malaysia is now vulnerable because a big proportion of its government debt is foreign-owned, close to 49.5 per cent in May, WSJ cited the Bank of America-Merrill Lynch as saying.”

Jadi kalau Anwar sindir-sindir saja, saya sangat bimbang. Apakah politik dan kepemimpinan sindiran?

Saya cukup risau dengan prestasi ringgit. Ini bukan isu untuk sindir-menyindir.

Sebagai bekas Menteri Kewangan, Anwar sepatutnya mengulas dan memberi jawapan kepada masalah yang sangat berat ini.

Terima kasih.

Saji said...

Sdr max

"pendapat saya kesemua generasi pemimpin politik di Malaysia sekarang tak kira parti patut di campak keluar dahulu sebelum kita membuat rekonsiliasi Nasional.

Mereka ini lah punca utama kepada kesemua perpecahan di Malaysia.

Sudah tiba Malaysia di pimpin oleh ahli politik generasi baru yang tidak di cemari minda mereka oleh pemimpin yang sudah karat."

1. Cara sdr cakap sebiji macam blogger Aspan Alias.

2. Sdr tidak sedikit pun memiliki nilai murni konservasi yang mencakupi nilai emosi, dokumenteri dan kegunaan iaitu naluri manusia menyimpan benda lama yang, padanya/ dan masyarakatnya, telah banyak berjasa atau bersejarah bagi bangunan lama.

3. Maknanya, jika saya ibaratkan UMNO sekarang bagaikan tangki air besi awam yang bukan sahaja suduh bocor dan berkarat sana -sini, malah injab bebolanya sekali-sekala tidak berfungsi, sdr akan terus runtuhkan tangki air tersebut dan menggantikannya dengan yang baru, tanpa memikirkan usaha koservasi masih boleh dilakukan terhadapnya!


SAJI

Omboh Besar V12 said...

Salam Dato'

Jangan pedulikan USD sahaja. Sejak setahun setengah duit kita dah jatuh 10 persen dibanding Yuan China. Yang Maidin/Tesco/Giant dan kedai2 runcit ambil barang di mana? Datok dan Datok Sri Najib mungkin tidak terasa sangat kot?

max said...

Saji

analogi tangki air... sekarang musim catu air.

guna lah analogi epal busuk ke

Kawanlama said...

Saudara Yangretibase,

Lanjutan daripada komen Sdra jam 11.24 AM sebagai respon kepada OKJ, saya ingin bertanya dua soalan untuk penjelasan ikhlas dari Sdra:-

Bagaimana pula pandangan Sdra tentang Parti Keadilan yang juga jelas tidak berhukum dengan hukum Allah SWT dan adakah parti tersebut juga dicapkan KAFIR, ZALIM & FASIQ?

Terima kasih.

Kawanlama said...

Saudara Yangretibase,

Tertinggal soalan kedua tadi:


(2) Adakah Sdra turut serta sama ada sebagai pengundi atau ahli parti dan setuju kepada proses pilihanraya dan demokrasi kita ketika ini, yang jelas nampaknya adalah “a western rather than an Islamic doctrine and that it carries western values and viewpoints”.

Kawanlama said...

Yg Datuk AKJ,

Saya turut berkongsi kebimbangan yang teramat sangat tentang kadar pertukaran penurunan matawang negara ketika ini.

Walaupun kita sedia maklum bahawa ketetapan pertukaran sesuatu matawang banyak bergantung kepada “market force” dan kejituan pemilikan aset-aset antarabangsa/”foreign reserves”, tetapi pihak kerajaan diharapkan campur tangan dalam menyediakan peruntukkan untuk mempertahan kadar pertukaran Ringgit Malaysia terutamanya dengan matawang milik negara-negara rakan niaga dan juga pesaing kita, sebagaimana dilaksanakan dengan amat berkesan oleh negara jiran kita Singapore.

“Since 1985 the Singapore government has control its exchange rate through its monetory authority by adopting a monitoring band i.e. S$ is allowed to float within an undisclosed bandwith of an established exchange rate against a concealed basket of currencies of their major trading partners and competitors, in addition to its huge foreign reserves. The monetary policy framework centred on the exchange rate has been proved successful in securing price stability in the country by recording one of the lowest consumer price inflation rate in the world i.e. average 1.3% per annum from 1985 – 2005.”

But before 1985, its currency was pegged against a FIXED and UNDISCLOSED trade-weighted basket of currencies.”

Terima kasih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).