Tuesday, April 22, 2014

Persepsi lwn Realiti Dalam Era Internet


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


MUTAKHIR - KETUA Umum PKR Anwar Ibrahim akhirnya menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. – Malaysiakini.

Berita di atas adalah contoh mutakhir keamaturan, keakuan dan keterdesakan pemuka politik kita, tanpa mengira parti dan afiliasi, dalam usaha membentuk persepsi massa mengenai kewibawaan, kematangan dan ketelusan politik mereka.

Sahih bahawa tujuan Anwar mengemukakan pencalonannya tidak lain dan tidak bukan kecuali bagi menyekat orang lain mencabar Dr Wan Azizah.

Peristiwa ini memperkukuhkan lagi bukti bahawa politik kita bukan semakin matang malah semakin kebudak-budakan, semakin dinastik dan suku-sakat.

Ada yang telus amalan dinastinya seperti keluarga Anwar, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh tetapi ada juga yang tersembunyi dan tidak rasmi namun kesannya kepada politik tanah air dan negara tetap hebat.

Ini semestinya tidak sihat dalam usaha kita mewujudkan masyarakat maju, bertamadun dan sama rata sedangkan politik arus semasa kita di kedua-dua belah pihak semakin dinastik dan feudalistik.

POSTING ASAL


SEMALAM (21 April) saya dijemput oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk “bersembang” mengenai isu semasa, khususnya yang berkaitan dengan peranan media massa.

IDR adalah badan pemikir yang ditubuhkan oleh Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir bagi menyemarakkan semula tradisi berfikir serta membantu menyelidik hal-hal berkaitan siasah dan pentadbiran negeri.

Dua majlis diadakan. Satu membabitkan kalangan politik Barisan Nasional bertempat di kediaman rasmi MB dan satu lagi melibatkan kakitangan kerajaan awam di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kita berbincang mengenai peranan media baru dan lama, khususnya media sosial dalam pembentukan persepsi dan persoalan sama ada media massa turut menjadi mangsa tragedi MH370.

Saya kata, dalam bidang maklumat dan propaganda, persepsi sama penting dan dalam hal-hal tertentu lebih penting daripada fakta dan realiti. Kita tidak boleh lari lagi daripada mengakui peranan media sosial dan kewartawanan jelata dalam pembentukan persepsi – buruk atau baik.

Pemerintah dan parti-parti politik perlu memahami penghijrahan audiens daripada media tradisional/media arus perdana kepada media atas talian, khususnya media sosial dalam usaha mereka merancang strategi komunikasi masing-masing.

Konspirasi Media Asing

Menjawab hujah dan pertanyaan peserta, saya berkata yang saya tidak nampak ada konspirasi (persekongkolan) oleh media massa luar untuk membusukkan nama Malaysia, khususnya dalam peristiwa kehilangan pesawat MH370 MAS pada 8 Mac lalu.

Daripada pemerhatian saya, selain beberapa berita yang sedikit disensasikan dan disuntik dengan unsur-unsur nasionalisme serta emosi, khususnya oleh media massa China, laporan mengenai tragedi itu umumnya faktual.

Saya maklumkan kepada audiens bahawa selagi pesawat itu tidak ditemui, selagi itulah media massa akan melaporkannya dan mengisi ruang yang tidak terjawab dengan teori dan spekulasi. Selepas itu, sekiranya pesawat berkenaan ditemui, siasatan mengenainya pula akan menjadi tumpuan pemberitaan.

Saya katakan kepada audiens yang kita perlu terlebih dulu melihat ke dalam diri kita sebelum menyalahkan media massa dan pihak luar jika imej antarabangsa kita rosak.

Saya sebutkan berkenaan orang kita yang tidak berhati perut (tapi ada duit) yang mendera pekerja asing mereka sehingga luka parah atau mati. Patutlah kalau negara kita dicaci cerca oleh media massa luar. Kita sendiri mengutuk kedurjanaan seperti itu.

Kemudian, dalam kita hangat membincangkan kecekapan TUDM mengawal ruang udara kita berkaitan kehilangan MH370, kita dikejutkan dengan berita seorang pegawainya ditangkap di Amerika Syarikat kerana disyaki cuba menyeludup senjata.

Ini selepas seorang warganegara kita bernama Leonard Francis atau Fat Leonard (Leonard Gemuk) yang berpangkalan di Singapura ditangkap dan didakwa di Amerika atas tuduhan menipu Tentera Laut Amerika.

Jadi bolehkah kita menuduh media massa asing memburukkan imej negara kita dengan melaporkan kejadian-kejadian seumpama itu sedangkan media massa kita pun melakukan yang sama?

Sebaliknya kita wajib mengutuk dan, di mana yang boleh, menghukum rakyat kita yang melakukan jenayah dan kesalahan undang-undang di luar negara sehingga membusukkan imej negara.

Orang macam inilah yang boleh dituduh tidak patriotik, bukan orang yang menegur pemerintah demi memperbetulkan kesalahan untuk kebaikan dan kelangsungan negara dan bangsa.

Saya ulangi mesej bahawa kita mengundi memilih wakil untuk memerintah. Kita tidak memilih anak, bini, menantu dan kawan rakan mereka. Adalah menjadi kewajipan ahli parti, pengundi, pembayar cukai dan warganegara menegur wakil yang mereka pilih. Inilah inti pati demokrasi – kerajaan rakyat, dipilih oleh rakyat untuk rakyat.

Membunuh pembawa berita (killing the messenger) tidak akan menyelesaikan masalah kalau apa yang dikatakan itu benar.

Seorang pembawa khabar buruk dilenyapkan, berpuluh yang lain akan muncul. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan setiap orang yang memiliki komputer dan telefon pintar menjadi wartawan jelata jika mereka mahu.

Kuasa membentuk persepsi dan mengawal pengaliran maklumat bukan lagi hak mutlak pemerintah dan parti-parti politik. Monopoli penjanaan persepsi dan penyaluran maklumat sudah dipecahkan oleh ledakan ICT. Wallahuaklam.

Nota Kaki: Terima kasih Saudara YAB Zambry atas hidangan gulai lemak udang buah janggus (gajus). Masakan orang kampung di Utara.

41 comments:

hang nadim said...

Andai kata Dato Kadiak di jelmakan semula sebagai Ketua pengarang kumpulan dalam era internet ini, apakah yang Tok Kadiak akan lakukan demi kepentingan pembaca, wartawan, pemilik syarikat dan juga negara selain dari menjaga hala tuju agenda oleh politikus..

usabukata said...

betol apa yang dato nyatakan.

satu lagi saya nak tambah.

isu GST tidak seberapa sebenarnya, tetapi pembaziran dan ketirisan yang melampau itu yang buat rakyat meluat. banyak sangat program merasmikan itu dan ini.

usabukata

usabukata said...

betol apa yang dato nyatakan.

satu lagi saya nak tambah.

isu GST tidak seberapa sebenarnya, tetapi pembaziran dan ketirisan yang melampau itu yang buat rakyat meluat. banyak sangat program merasmikan itu dan ini.

usabukata

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Dalam Islam, kita diberikan kebebasan membuat sesuatu TETAPI ada batasannya. Begitu jugalah dgn ruang maya. Tun Dr Mahathir pun baru saja tersedar bahayanya ruang siber tanpa batasan. Katanya lagi, jika beliau masih lagi PM, beliau akan mengubah polisi tersebut. Kalau Tun sendiri pun mengambil masa 16 tahun (1998 – 2014) baru tersedar bahaya mendatang, jadinya saya tak salahkan Dato’ Kadir kalau Dato’ masih lagi belum sedar bahaya ruang siber tanpa batasan. Mungkin Dato’ memerlukan lagi 16 tahun (2X ganda) untuk menyedarinya. W/ bagaimana pun, saya cukup setuju dgn Ops Mandi Bunga yg Dato’ cadangkan tempoh hari utk menangkap segala hantu jembalang serta pelesit yg bermaharajalela.

Keduanya, sehingga kini MH370 bukan saja tak jumpa bodynya, tapi habuk pun tarak. tapi sebok nak cari kotak hitam. Kalau Dato’ perasan, sebelum setiap keputusan kerajaan kita tentang MH370, berita spekulasi tersebut telah disebarkan media asing. Sehingga kita boleh agak apa tindakan kerajaan kita seterusnya. Dari midpoint, ACAS, ping, shake hand, corridor dan sebagainya. Akhirnya masuk angin keluar asap. Jadinya, macam mana Dato’ kata mereka report dgn tulus tanpa ada agenda tersembunyi ?????? Lihatlah Negara Iraq yg hancur yg dikatakan ada senjata pemusnah tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Sebabnya, ia telah ditulis di dalam surah Al Baqarah ayat 120 dgn terang dan nyata. Jadinya, adakah Dato’ masih lagi mempercayai media mereka dan menyifatkan mereka jujur? Pelik !!! Pelik !!!!!!

Sekian TQ.

A KADIR JASIN said...

1. Ke mana perginya Din Melaka?

2. Kali terakhir beliau menghantar komen adalah pada 27 Februari.

3. Pada 2 Mac, muncul pembahas timbangtara. Ada pembahas yang kata, timbangtara adalah nama samaran baru Din Melaka.

4. Saya tidak yakin timbangtara dan Din Melaka sama sebab gaya bahasa berbeza. Din Lagipun, Din Melaka ada blog (tetapi tidak aktif). timbangtara tidak ada blog.

5. Pada 8 penerbangan MH370 hilang. Tetapi Din Melaka tidak muncul untuk mengulas. Very unlike Din Melaka.

6. Apa pun, kita harap Din Melaka sihat dan afiat. Insya-Allah.

Terima kasih.

msh said...

Salam Dato.

Ketua Umum tarik diri.......bertanding jwtan Presiden Parti....

Memang dah agak.
Semua org tahu....sy kira Dato pun tahu...ahli Parti pun tahu...Puak Pas pun tahu....bini dia pun tahu....aaahhh...kira semua org pun tahu.

Ini bukan 'rocket science' yg sukar difahami.
Tetapi manusia ini peduli apa. Pd Umno dikutuk seribu bahasa....'tiada demokrasi.....penuh kroni....penipu...cakap taj serupa bikin..bla bla bla...

Tetapi pd dia sekeluarga...semua betul...telus...jujur..perihatin...dll.
Menyekat ahli dgn cara kotor begini pun dia rasa betul.

Pendek kata...dia semua betul..
Dan sy percaya bahawa dia merasai diri dia cukup hebat...mungkin kebal dari segala apa tohmahan dan kecaman pun....ini kah manusia yg tak berpijak dibumi nyata.
Ramai pun sedar dan ada berkata "dia ni berpenyakit"...betullah tu..
Sakit pun berbagai2..sakit gigi...sakit hati...sakit dada...sakit mata...tapi kalau dah sakit otak atau sakit mental tu yg susah nya.
Faham sajalah apa sakitnya manusia ini.

Terima kasih.

Kukikiskuku said...

It is not election they will hold, but selection

maae said...

Salam Datuk,

1. Bila demokrasi di salahguna, maka jadilah fahaman yang berlawanan naluri manusia biasa. Jadi nya batas alam siber memang tiada sempadan dan bergantung kepada individu, sama ada bertanggung jawab atau tidak. Penting nya dalam hal ini, China nampak kerakusan rakyat nya yang celik IT lantas mengekang sebelum kejadian Tianmen berulang. Dalam masa yang sama ' memaksa' dan 'membudayakan' rakyat nya menggunakan Weibo. Semua terkawal. Blackberry dan Google secara terhormat di sisih - sebelum ini telah menjadi ancaman kepada China.

2. Malaysia pun boleh. Cuma semenjak dua nenjak ini kita baru hendak mengawal yang dulu nya di dominasi Singapura. Jika tidak silap, kawalan penerbangan Malaysia baru berfungsi, ujian nya - MH370 yang terlepas kawalan.... Kawalan berpusat siber jika tidak silap hanya dua tahun lepas secara komunikasi terus dengan luar.

3. Apa-apa pun Kerajaan berhak menstruktur segala-gala nya. Bergantung kepada takrif ' kebebasan' yang di dalam kepala PM Najib. Kata nasihat Islam, anak-anak yang lahir, bergantung kepada ibu bapa yang mencorakkan nya. Putih, hitam atau berbatik.... Semua nya terbit dari pendidikan jasmani (minda) dan rohani (keimanan/ nilai murni) yang di bajai keinsanan. Baru lah semaian menjadi.

Umpama nya pembangkang yang sentiada menuding salah kepada kerajaan. Apa pula kehebatan nya mereka ?

Apa yang terserlah hanya wayang semata-mata. PERSEPSI yang berbahaya di alam REALITI untuk membina insan -insan yang berjaya di hari muka. Kenapa Melayu di sesatkan jalan nya ? Alam siber tiada manfaat nya jika di olah cantik menuju Neraka !

Saji said...

Salam Dakj,

"Kita berbincang mengenai peranan media baru dan lama, khususnya media sosial dalam pembentukan persepsi dan persoalan sama ada media massa turut menjadi mangsa tragedi MH370.
Saya kata, dalam bidang maklumat dan propaganda, persepsi sama penting dan dalam hal-hal tertentu lebih penting daripada fakta dan realiti. Kita tidak boleh lari lagi daripada mengakui peranan media sosial dan kewartawanan jelata dalam pembentukan persepsi – buruk atau baik.
Pemerintah dan parti-parti politik perlu memahami penghijrahan audiens daripada media tradisional/media arus perdana kepada media atas talian, khususnya media sosial dalam usaha mereka merancang strategi komunikasi masing-masing.
Konspirasi Media Asing
Menjawab hujah dan pertanyaan peserta, saya berkata yang saya tidak nampak ada konspirasi (persekongkolan) oleh media massa luar untuk membusukkan nama Malaysia, khususnya dalam peristiwa kehilangan pesawat MH370 MAS pada 8 Mac lalu.
Daripada pemerhatian saya, selain beberapa berita yang sedikit disensasikan dan disuntik dengan unsur-unsur nasionalisme serta emosi, khususnya oleh media massa China, laporan mengenai tragedi itu umumnya faktual. "

Saya kira bidang kewartawanan yang diceburi oleh orang2 seperti Dato' banyak dipengaruhi oleh atau dikaitkan dengan aliran pemikiran atau isme tertentu yang wujud dalam lain2 bidang seni meliputi senibina khasnya, yang antaranya, Islam, regionalisme/ nasionalisme,realisme, surrelisme, utopianisme, pascamodernisme, brutalisme, deconstructivisme.

Sekadar bertanya, isme yang mana satu Dato' dipengaruhi semasa di NST dulu dan selepas meninggalkannya? Nak tahu juga, wartawan2 yang suka mensensasikan berita di bawah isme mana?


SAJI

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

1. Datuk agak istimewa kerana walaupun kerapkali mengkritik pihak arus perdana tetapi masih dijemput ke majlis YAB Menteri Besar Perak. Situasi ini jarang berlaku. Pada kebiasaannya, sekali seseorang/tokoh itu tidak bersependapat/bersetuju dengan UMNO/BN, dia akan dipulaukan/bekukan kalau pun tidak diminta menarik kerakyatannya atau cari negara lain.

2. Saya juga yakin pihak Pakatan Rakyat menyenangi Datuk. Agaknya, kalau mereka menjemput Datuk ke majlis mereka, mungkin tiada keberatan bagi Datuk menerima jemputan tersebut.

3. Saya tertarik dengan pertanyaan salah seorang pembahas mengenai hala tuju Datuk jika diberi peluang menerajui sesebuah akhbar arus perdana semula. Dapatkah Datuk merealisasikan kemahuan 'ideal' atau turut larut dan bertekuk lutut dengan kerlingan penguasa?

Terima kasih.

Timbangtara said...

Salam Tok..

1. Saya setuju dengan Datuk.. kita menegur bukan kerana tidak suka.. tetapi kita menegur ialah untuk kebaikkan.. itu tandanya kita sayang.. takkan nak biarkan saja..

Teringat cerita "nostalgia" Anak Ku Sazali.. lakonan P Ramlee dan Zaitun (yang cantik lagi manis) mengenai seorang ayah yang terlalu sayang kepada anaknya.. jarang membuat teguran walaupun tau anaknya salah.. anak pulak pandai bermain kata-kata.. akhirnya telah memusnahkan masa depan anaknya sendiri.. hanya sedar bila dah ROSAK..

Adakah begini yang kita maukan untuk negara kita..

2. Kepada pembahas.. cuba teka adakah Timbangtara dan Din Melaka orang yang sama.. kalau ikut Din Kalut begitulah.. tapi tidak mengapa..

Sebagai orang lama yang banyak pengalaman.. Datuk AKJ berpendapat Timbangtara dan Din Melaka bukanlah orang sama..

Jawapan saya ialah.. betul apa yang Datuk katakan..

Saya pun teringin nak tau juga kabar Din Melaka..


Terima kasih Tok..



abg sam said...

Salam Datuk
Apa khabar semoga kerinduan terhadap pembahas Din Melaka dapat berbalas. Tapi dimana Din Melaka sekarang? harapannya Saudara Din Melaka dan lain2 Pembahas masih lagi dapat berbahas dan bertukar fikiran kerana di dalam politik tiada musuh atau kawan yang kekal selamanya. Untuk pengetahuan datuk, saya turut menerima impak yang besar hasil daripada media massa, boleh dikatakan banyak hikmah diatas kehilangan MH370. kemana-mana sahaja saya keluar ke luar negara bila disebut daripada negara mana, bila dinyatakan Malaysia ramai yang bertanya isu MH370, malah bagi orang yang tidak tahu berbahasa inggeris mereka menunjukan isyarat tangan kapal terbang hilang. Ajaib, sekelip mata saya menjadi tumpuan rakyat luar malah pernah saya diberi layanan istimewa di kedai kopi milik warga asing yang memberi percuma semata-mata ingin mendapatkan maklumat isu tersebut dari sudut pandangan sebagai rakyat Malaysia. Pengalaman yang sama turut dikongsi oleh rakan2 lain yang berada di luar negara. Ini bermakna terdapat beberapa perkara penting yang boleh dipelajari oleh Kerajaan dan rakyat Malaysia. 1. Hebahan menggila media asing isu MH370 memberi populariti yang kalau diukur dari kos pengiklanan seolah Malaysia Juara Piala Dunia Bola Sepak ( tapi juara bola sepak mustahil). 2. Semakin ramai rakyat asing di luar negara berhasrat untuk berkunjung ke Malaysia disebabkan terpegun mendengar berita aneh ini walaupun negara Komunis melancarkan boikot. 3. Sekelip mata apa sahaja berita mengenai Malaysia akan terpapar sekelip mata di dada akhbar dunia, perkara ini berlaku kerana syarikat penyiaran terkemuka dunia sepeti CNN, ALJAZEERA, BCC, CNBC dan segala media ABC sampai Z berkampung di Malaysia. 4. Rakyat Malaysia di luar negara menerima layanan istimewa daripada negara luar. Agak pelik lagi ajaib berita yang dikatakan negatif membawa rahmat kepada negara dari aspek publisiti. Saya menyokong penuh kenyataan datuk selagi MH370 tidak ditemui selagi itu publisiti dan berita atau lensa kamera akan terus terarah kepada negara ini dengan pelbagai teori dan andaian. Bukan semua laporan media itu buruk dan bukan semua orang boleh menerima berita, apa yang penting bila kita baca atau lihat berita tanyalah diri dimana peranan kita?

A KADIR JASIN said...

Terima kasih para pembahas dan pengunjung sekalian.

1. Alhamdulillah, pembahas Din Melaka sihat dan mengikuti blog kita ini.

2. Beliau menjawap ulasan saya mengenai kehilangan beliau.

3. Beliau meminta agar saya tidak menyiarkan komennya. Katanya untuk maakluman saya saja.

4. Saya hormati dan fahami permintaan dan alasan Din Melaka tidak mahu lagi berbahas dalam blog kita ini.

5. Itu hak beliau. Namun saya rasa kalau kita berhenti menyuarakan pendapat kita semata-mata kerana ada ramai cyber trooper upahan yang akan menyerang kita secara peribadi, maka, pada pendapat saya, kita memberikan kemenangan kepada mereka.

6. Tetapi betul juga. Kalau mereka tidak ada perkara untuk dibalas dan pembahas unguk dicaci, mereka akan menjadi tidak berguna dan mungkin tidak diupah lagi.

7. Namun saya berasa tidaklah terlalu ramai laskar siber upahan - kalau pun ada - yang bergiat dalam blog kita, sebab sebaik yang mungkin saya cuba mengawal komen-komen lucah dan tidak beradab.

8. Saya harap Din Melaka, sebagai seorang ahli profesional yang mencapai kejayaan tanpa perlu "mengucup" tangan sesiapa, akan kembali berbahas.

9. Pembahas macam inilah yang kita mahu apatah lagi kalau dia seorang Melayu. Kita mahu Melayu berjaya, berdikari dan pintar berartikulasi.

10. Terima kasih pembahas Timbangtara. Mengenai ulasan Pengundi Ampang pula, falsafaah saya mudah saja. Orang berbudi kita berbahasa. Mana-mana pihak yang sanggup menjalin rangkaian dengan saya, saya berterima kasih. Apa yang saya buat dan ucap, kalau baik jadikan teladan, kalau buruk jadikan sempadan.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Pegawai TUDM kena tangkap kerana seludup senjata di AS.
Ini juga merupakan kes yang memalukan kita.Adakah dia jahil yang amat teruk undang-undang atau dia dia juga menjadi ajen tertentu.

Harap pagar .Pagar pun makan pokok padi.Dawai pagar pun dimakan.

Macamana nak padam segala persepsi buruk ini.

Kementerian Pertahanan dan kerajaan kena beri penjelasan mengenai isu ini.Kerana nila setitik rosak habis semua.

Lagi pun kerajaan Malaysia masih lagi di label sebagai kerajaan Melayu dimana PM nya Melayu,Menteri Pertahanannya pun Melayu.Panglima ATM pun Melayu.

Nama kapal-kapal perang pun pahlawan atau panglima Melayu.

Itulah realitinya.

Cerita yang bertiup kencang sana sini pula khabarnya dua MB akan kena bersara.PM Najib akan tukar mereka.

Rasanya elok juga kalau lama-lama jadi MB pun habis balak di kerjakannya.Bukan ada idea pun nak bangunkan negeri.

Lagi pun PM Najib kena ingat PRU 14 cuma ada 48 bulan sahaja lagi.

Masih ada lagi menteri dan timbalannya serta pegawainya makan angin.Berfikiran SANTAI dan LONGGAR-LONGGAR.

UMNO pun serupa juga.Pemimpinnya sebuk buat majlis mesra yang tak begitu mesra.

Nasib baik ada media maya.Jika tidak semua syok sendiri.

Terima kasih Dato.

Zed-85 said...

Dato’

Di zaman technologi maklumat sekarang ini, berbeda dari dulu, pentadbiran kerajaan akan dilihat dengan kanta yang lebih besar dan diteliti dengan lebih halus oleh rakyat.

Cara yang terbaik untuk mengelak daripada dikritik, ialah jangan buat perkara yang akan menjadi bahan kritik. Umpamanya ketirisan, masalah rasuah dan lain-lain.

Berkenaan dengan Din Melaka,
Saya lihat Din Melaka ada pendirian dan ada juga hujah-hujah releven dan boleh berbahas.
Ada juga yang lain yang tidak selari dengan dengan kerajaan tetapi ada hujah-hujah.

Begitu juga yang menyokong kerajaan yang ada hujah-hujah masing-masing.

Kalau ada pendirian dan hujah-hujah yang betul, maka perbahasan pun menjadi baik dan menarik.

Yang tidak baik saya rasa adalah yang tidak ada pendirian dan tidak ada hujah-hujah melainkan kritik pembahas lain.

Golongan ini saya rasa, pemikirannya ada malap sikit.

Tidak perlu saya rasa “Din Melaka” berasa sensitive kepada golongan yang malap pikirannya.

Saya lihat Karpal Singh macam-macam dicerca di Parlimen, sehingga di kerusi roda, masih lagi berani dengan pendiriannya. Tidak kenal erti kalah.

Sebab itu digelar "Harimau Jelutong" walaupun di Penang tidak ada harimau, yang banyak monyet di Kebun Bunga dan Bukit Bendera.

Brite Lite said...

Saya cukup menyukai blog ini kerana bolehnya berbahas dengan ilmiah.

Bukan dengan prejudis politik dan kegemaran meluahkan kata-kata kesat. Macamlah diri sendiri hebat dan maksum.

Kalau salah katakan salah. Baru boleh mula selesaikan masalah.

Ya, memang selalu jugak komen menyerang peribadi terkeluar di sini. Tapi kebiasaannya kita dapat mengenal peribadi dan budi bahasa pengucapnya - kaki bodek dan pencarut upahan professional. Tiada isi ibarat tong kosong.

Jadi saya harap saudara Din Melaka dan para pembahas lain, janganlah ambil hati. Banyak teguran yang boleh kita sampaikan. Lagipun DAKJ ada suaranya yang tersendiri, boleh kita wakilkan sedikit sebanyak teguran yang terbuku di hati.

Contohnya pagi tadi lanun menyamun kapal di perairan negara. Selamba saja merompak kapal minyak, relaks saja pam minyak 7-8 jam, lepas tu lari. TIADA TINDAKAN. Mereka pun tak takut. Memang tahu pun tentera kita tak dapat kesan. Di mana kedaulatan negara kita? Di mana kehebatan sistem pertahanan kita?

Kalau kita tak tegur benda seperti ini, apalah nasib generasi depan. Harap semua pembahas fikirkan.

Kampong man said...

Salam Dato dan rakan rakan disini,

Agak lama saya tidak menjengok blog Dato kerana tidak punyai banyak masa lagi saperti dulu.Bila sudah petang petang begini banyak perkara yang perlu dikurangkan dan di perbaiki apabila kita menilai semula kekurangan diri sendiri.Banyak rupa nya.

Ya, demi masa sesungguhnya manusia sentiasa didalam kerugian

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar....

Salam sejahtera semua rakan blogger di sini.Semoga di rahmati Allah Ameen.

Kampong man said...

Salam,

Alhamdulillah, bayak yang telah dapat di bereskan kecuali antara lain tragedi kehilangan MH 370 yang saya kira bijak diatasi sdra Hishamudin Hussin Onn dan permasaalahan percatuan air di Selangor yang amat membebankan rakyat Selangor gara gara mempolitikkan isu air dan Langat 2. Disebabkan agak lama saya tidak memberi komen di blog Dato dan KKA pun sudah tidak relevan lagi izinkan saya reposting komen lama saya semula saperti dibawah:

"Salam Dato,

PRK dan Masaalah Air Selangor.

1.Akhirnya Kerajaan negeri Selangor AKUR dengan loji rawatan air Langat 2 satelah enam tahun(sejak 2008) terbengkalai dan tertangguh.Langat 2 saperti juga Jambatan kedua Pulau Pinang adalah penyelesaian jangka panjang bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat yang tidak seharusnya di politikkan di PRU 14.Kita perhatikan.

2.Kerjasama beginilah yang kita mahukan.All thanks to PRK 'Kajang betrayal' and the serious water problems in Selangor.Rakyat harus bijak menilai kerajaan mana yang lebih jujur dan kurangkan 'emo' apabila membuat pilihan nanti.

3.Dalam kesibukan dan berbagai PROPAGANDA' over' dari rakan kita diblog ini menjelang PRK Kajang kini terdapat pula satu peperangan dalaman PKR.Khalid menafikan keputusan survey UMCED yang mahukan Khalid digantikan mengikut Anwar sebagai tidak reliable dan bukan kehendak electorate.Anwar pula menguatkan azam bahawa akhirnya beliau mahu mengnepikan Khalid juga menjadi MB Selangor bagi menyelsaikan feud dalaman Azmin dan Khalid yang kita semua tahu ditahap serius.Ini semua adalah buah fikiran budak naive politik Rafizi graduate Oxbridge jugalah dengan PRK Kajang ni.Issshhhh. .Presiden PKR Wan Azizah pula maintain her elegant silent.Teringat lagu "Silence is Golden' The Tremelos dan apabila mereka bermasaalah (in trouble) dengan "Reflectios Of My Life- The Marmalade.Dato orang lama dan sekolah omputeh di St Michel , Alor Star zaman 60han mesti pernah dengar tu.Inilah ceritanya PKR yang terbilang di Selangor.Ya , hanya di Selangor.Phew.. .

Wassallam "

Satelah artikal Dato yang ini bertarikh 25 feb bro Din Melaka terus memilih menghilangkan diri.Mungkin beliau kechewa dengan apa yang berlaku dalam PKR dan idola beliau Anwar gamaknya.Wallahwu'lam

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Terima kasih kerana memaklumkan kepada pengikut blog ini mengenai Sdr Din Melaka.

Kepada Sdr Din Melaka saya ingin mngucapkan sepatah-dua kata," Jangan ikut langkah seorang Pendikar di negeri anda yang hilang begitu sahaja walaupun meninggalkan nama terbilang."

Saji said...

Sd0 maae


" Umpama nya pembangkang yang sentiada menuding salah kepada kerajaan. Apa pula kehebatan nya mereka ?"

Nak tahu hebatnya pembangkang bagilah PR peluang menang PRU14 nanti. Ada berani? Tak hebatke lagi pemerintahan PR di Selangor? Kalau tidak hebat, kenapa ADUN UMNO yang menang pada PRU 13 berkurangan, berbanding sebelumnya?


SAJI

maae said...

Tak payah cuba. ...Jika berlaku, neraka natijah nya. Anda suka negara di robek mengikut suka ? Di luar sana...lidah terjelir umpama serigala yang bakal menerkam tanpa ihsan.... sekarang pun terlalu banyak suara-suara puaka...

Din Kalut said...

Saji.
Setakat hari ini kerajaan PR diSelangor dan BN UMNO dulu 2x5=5x2
Konsep isi temolok masih ada.

OKJ said...

Salah faham

Alhamdulillah, Sdr kita, Din Melaka sihat katanya. So, Din, Relaks la. Janganlah ambil hati. Tujuan utama kita berbahas ni bukanlah untuk mengetahui siapa pemenang dan siapa yg kalah tetapi utk mendapatkan kebenaran.

Keduanya, saya cukup sedih apabila hadis Rasullullah dipermainkan demi menjustifikasikan tunduk hormat kepada Karpal Singh. Tak takut ke balasan neraka kpd sesiapa yg mendustakan hadis nabi ?????

Saya juga cukup terganggu bila membaca komen dlm harakah daily seolah-olah kebanyakan anak muda sekarang faham hudud hanya utk orang Islam sahaja. Sebab itulah saya katakan PAS kena memberi penerangan sebenarnya dgn jelas, beza hudud Allah dan hudud PAS supaya tidak timbul salah faham. Jangan cuba mendustakan kebenaran utk kepentingan politik. Adakah penerangan ringkas ini menjawab pertanyaan sdr Mat Penang?

Akhir kata, dilaporkan mungkin terjumpa pula debri MH370 dekat-dekat dgn pantai pulak. Nak kita percaya lagi ke?????? Sekian TQ.

awang batuburok said...


Salam sejahtera Dato AKJ dan pengunjung The Scribe AKJ,

Saya sangat bersetuju bahawa politik dalam masyarakat Malaysia semakin dinastik dan dipenuhi dengan politik ampusana-ampusini.

Sesetengah kelompok meletakkan pemimpin dan kuasawan (mohon izin meminjam istilah Pak Samad Said) berada ditahap hampir maksum tidak boleh dikritik oleh golongan bawahan. Akhlaq dan perbuatan kuasawan tidak boleh dikritik. Kalau cuba mengkritik mereka akan di keronyok dan dituduh durhaka, tidak ada wala', perosak parti/jamaah dan sebagainya. Ada yang sampai ketahap dituduh sebagai munafik kalau mengkritik golongan kuasawan.

Fenomena ini berlaku dikedua-dua pihak samada UMNO/BN maupun PKR/PR.

Semuga Allah SWT menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia dari bala yang lebih parah...aminn.

Zed-85 said...

Saudara Din Kalot,

Komen Saudara,

Setakat hari ini kerajaan PR diSelangor dan BN UMNO dulu 2x5=5x2
Konsep isi temolok masih ada.


Komen Saya,

Mungkin ada isu isi tembolok. Tapi kurang sikit kerana Selangor makin kaya, tabung bertambah sampai 2 billion. Dulu tak sampai 1 billion.

Kalau di kampong ada satu gerai roti canai, maka tauke naik kepala , sedap tak sedap sental aja.

kalau ada 2 kedai roti canai, tauke roti canai lembut sikit, nak ambil ambil hati pelanggan.

2 kedai roti canai lagi baik dari satu.

Monopoli tak bagus samada dalam business dan politik.

Zed-85 said...

Saudara OKJ,

Sebenarnya, sejak tahun 1993 lagi hukum Hudud telah diluluskan dalam DUN Kelantan.

Yang menjadi penghalangnya adalah Dewan Rakyat kerana bertentangan dengan perlembagaan. (Bukan hanya Karpal Singh)

Mengikut pahaman saya, PAS akan bentangkan usul (Bill) untuk membuat pindaan perlembagaan hanya untuk negeri Kelantan.

Usul ini memerlukan simple majority iaitu 112 undi. Jumlah ahli Parlimen Islam dari UMNO dan PAS tidak sampai 112 undi.

Sekiranya, dapat 112 undi maka hukum hudud akan dilaksanakan tetapi hanya di Negeri Kelantan.

Saya lihat DAP, PKR dan PAS, juga termasuk Dr.M konsisten dengan pendirian mengenai hukum hudud.

Yang main wayang gambar adalah UMNO yang tolak hudud di Terengganu baru-baru ini , tetapi kata akan setuju di Kelantan. Perkataan Allah boleh diguna di Malaysia Timur tetapi tidak boleh di Semenanjung.

Perkara kedua adalah, mengikut pahaman saya, Hukuman Hudud akan hanya dilaksanankan setelah umat setempat telah betul-betul faham dengan hukum Hudud. Setakat mana masyarakat kita paham apa itu hukum hudud?

msh said...

Salam Dato

Persepsi vs Realiti...
Topik yg menarik dan membuka minda.

Apa berita yg disogok.. sama ada betul atau berfakta atau sebaliknya akan diterima olih mana2 manusia....lebih2 lagi jika ianya dilontarkan dgn penuh sensasi.

Minda kita secara semula jadi akan menerima secara terus tanpa mengupas atau menyelidik atau meng 'edit' apa2 pun....kerana kita secara semula jadi juga tidak berminat dan tiada masa untuk membuat apa2 penyelidikan....kerana majoriti kita pun sama ada sibuk...atau tak kisah atau merasai bahawa kebenaran akan timbul juga dan akan dibawa olih mana2 pemberita atau pun ia dtg secara 'semula jadi'.
Lagi pun ini ini bukanlah kerja kita untuk menyelidik lebih.

Jika berita itu palsu atau fitnah...ia akan kekal seketika dlm fikiran dan ingatan kita hingga ada berita lain yg menyusul untuk membetulkannya.....
.....jika tiada timbul juga apa2 berita untuk menyanggah berita palsu dan fitnah ini.......kita kera berita itu sebagai betul.

Justeru itu.......ingatan kita pd berita palsu atau fitnah itu tetap kekal sebagai benar dan terus mempengaruhi kita bila melakukan apa2 tindakan susulan...saperti membuat apa2 keputusan terhadap sesuatu perkara.

Inilah yg menjadi 'alat mainan' dan strategi Pemerintah atau mana2 ahli politik (sperti kata Dato)..yg sngat faham dgn 'the mind game'...untuk mengaburi rakyat dgn menabur fitnah atau pembohongan untuk kepentingan mereka.
Umum tahu...RBA dgn begitu jayanya menabur 1001 fitnah terhadap pemerintah sejak GE12..GE13...hingga kehari ini.

Sy kira tiada satu apa pun yg baik terhadap pemerintah yg ditaburkan olih RBA melalui media sosial ini.
Mereka tidak memerlukan apa2 fakta dlm hujah2 yg dilontar dan memang berjaya sekali didlm nempengaruhi minda rakyat membenci kerajaan...

Persepsi yg diolah olih RBA tentang betapa buruk..kejam dan kuat rasuah nya pemerintah dan Umno terhadap rakyat jelata telah memberi impak yg
dlm pd org2 Cina hingga timbul rasa meluat dan benci langsung pd kerajaan BN....
Ini suatu contoh paling terang tentang apa yg dikatan 'Persepsi vs Fakta' yg telah dilakukan olih RBA dgn jayanya.

Sy yakin...semua org tahu.... kwan2 diblog ini pun tahu.. Najib pun tahu....Zahid pun tahu....LKS dan anak dia....Anwar...Sabudan Hadi pun tahu..kira semua org tahulah....org2 Cina tentu lagi tahulah.....

Tentu lah penasihat2 dan org 'Yes Men' pd PM..dan ketua2 Umno lain pun tahu tapi buat2 tak tahu saja lah....nanti bila kata tahu....susah pula jadinya...banyak kerja pula 'damage control'yg nak dibuat.

Tetapi kalau Persepsi buruk yg di tonjolkan berulang kali.....

Bak kata 'lies told a million times will appear to be true'...

Tanya Anwar...dia lagi tahu.kebebaran kata2 ini.
Jadi betul saperti kata Dato...Persepsi yg dibentuk melalui media sosial ini memang lebih penting didlm hal2 tertentu....sy tambah disini....ianya lebih penting Fakta malah menenggelamkam langsung....dan juga memungkinnya ianya (fakta) tak diperlukan lagi.

Terima kasih.

Saji said...

Sdi maae

"Tak payah cuba. ...(menangkan PR pada PRU 14) Jika berlaku, neraka natijah nya. Anda suka negara di robek mengikut suka ?"

Mungkin maae bayangkan apa yang telah berlaku di Mesir apabila Parti pimpinan Husni Mubarak ditumbangkan oleh rakyat baru2 ini. Memang macam 'neraka'.

Betul atau tidak Malaysia akan jadi macam 'neraka' (jika PR diberi peluang memerentah) saya cuma boleh anggap maae jenis manusia yang nilai hidupnya suka menyampan benda2 lama yang tidak dinafikan mempunyai jasa luar biasa. Soal benda lama itu (jika disimpan) membahayakan masyarakat dan negara atau tidak, itu soal lain.

SAJI

berasiam said...

Salam DAKJ

Sebuah cerpen dalam sebuah akhbar perdana baru-baru ini mencatat topik yang sama. Internet memang telah mengubah cara hidup manusia secara revolusi. Komputer peribadi yang muncul pada tahun 80-an telah memulakan revolusi ini hingga terus berkembang kepada keadaan sekarang. Akan datang, tidak sesiapa dapat meramalkan bagaimana keadaannya.

Namun Islam yang kita yakini sebagai panduan hidup sepanjang zaman telahpun meletakkan asas utama dalam menghadapi dunia sebegini. "Sekiranya datang seorang yang fasik membawa berita, selidikilah, agar kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan........" adalah maksud ayat al-Qur'an yang diketahui ramai di kalangan kita. Jika dahulu media massa dikawal menerusi barisan editorialnya, massa kini telah bebas untuk mengutip apa sahaja maklumat daripada lambakan maklumat dalam kawah komunikasi. Jika peringatan dan panduan al-Qur'an tidak diguna pakai, kita akan tersesat ke dalam dunia persepsi yang jauh daripada realiti.

Sekalipun komunikasi telah maju ke tahap ini dan akan terus berkembang, skala dosa dan pahala tetap sama. Sepatutnya kemajuan ini lebih menginsafkan diri kita supaya meyakini bahawa memang segala perbuatan kita dirakamkan. Dengan mengambil kira cctv yang mampu memerhati, sudah pasti Allah Maha Berkuasa untuk memerhati dan merakam setiap perbuatan hambaNya.

Termasuklah juga dalam skala itu ialah hudud sebagai hukum yang perlu dilaksanakan dan bukan Islam juga tertakluk untuk menerimanya. Masih ramai yang kurang memahami proses yang sedang digerakkan oleh kerajaan Kelantan melalui ahli parlimennya dalam usaha melaksanakan hudud di sana. Jika dahulu dikatakan pelaksanaannya memerlukan Pindaan Perlembagaan, yang memerlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat, strategi sekarang ialah dengan memperkenalkan Undang-undang Persendirian yang hanya memerlukan persetujuan majoriti mudah. Tidak melibatkan pindaan Perlembagaan da tidak memerlukan sokongan dua pertiga Parlimen.

Apa yang lebih menarik, strategi ini dirintis oleh sekumpulan pengamal undang-undang yang mempunyai latar belakang fahaman politik PAS dan UMNO. Oleh itu kita tidak perlu terkejut jika UMNO membuat keputusan menyokong Undang-undang Persendirian itu nanti untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud di sana.

Kita berharap usaha yang dirintis sejak selepas PRU 2008 oleh kumpulan profesional ini akan membuahkan hasil. Islam itu termaju dan kita pun mahu menjadi negara maju. Hukum hududlah yang sesuai untuk masyarakat yang maju.

din klang said...

Salam Dato

sebenarnya din melaka sudah meletak kan jawatan nya kerana sekarang idolanya telah terbukti akan berkampung di sg buluh tidak lama lagi....

untuk menutup kehampaan nya, maka timbang tara pula di gunakan

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ dan semua,

1. Saya Yangretibase. Saya akui saya hanya pembahas 'tenggelam timbul'; namun saya tetap istiqamah mengikuti blog DAKJ ini dengan penuh minat.

Saya sangat meminati serta menghayati tulisan DAKJ yang disampaikannya dalam bahasa yang sangat cantik, persis, tertib serta terjaga tatabahasnya, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Malangnya, saya dapati hampir tiada seorang pun pembahas blog DAKJ yang benar-benar dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Bahkah, kebanyakan daripada mereka menulis dalam bahasa Melayu yang 'cacamarba'.

Amat dahsyat bahasa Melayu mereka. Tertanya-tanya saya sama ada mereka masih 'belum pandai' berbahasa Melayu ataukah mereka
memang tiada maruah diri sehingga tergamak menjahanamkan bahasa sendiri?

Kepada saudara pembahas sekalian, sukalah saya sarankan agar saudara belajar bahasa Melayu daripada karangan DAKJ, khususnya dalam dua aspek, iaitu 'ayat' dan 'ejaan'. Contoh mudah: Adakah pernah DAKJ mengeja 'bolih', 'olih', 'kebanyakkan'?

2. Kepada OKJ yang mencari kebenaran, sukalah saya jelaskan kepadanya bahawa Undang-Undang Islam ekslusif untuk orang Islam (sahaja). Orang bukan Islam tidak diwajibkan bersolat atau berpuasa.
Mereka bebas meminum arak.


Oleh yang demikian, mereka tidak akan ditangkap kerana tidak menunaikan solat Jumaat. Mereka tidak akan ditangkap kerana mereka tidak berpuasa. Mereka tidak akan ditangkap kerana minum arak. Mereka tidak akan ditangkap kerana berzina.

Demikian juga dalam kes pelaksanaan hukum Hudud. Hukum Hudud tidak 'dikenakan' kepada orang bukan Islam.

Walaupun begitu, demi keadilan yang istimewa kepada non-Muslim, mereka diberi kebebasan untuk memilih sama ada hukum Hudud atau hukum Undang-Undang Sivil sebagaimana yang diamalkan pada masa ini.

Terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan. Tidakkah itu
lebih adil kepada mereka?

Akhirnya, saya harap OKJ janganlah sekali-kali asyik mengungkit istilah "Hudud PAS". Tidakkah OKJ berasa takut jatuh syirik kerana mempersenda-senda hukum Allah? Hukum Hudud hanya satu. Hudud ialah hukum yang diturunkan oleh Allah SWT. Mana ada hudud PAS, atau hudud UMNO?

OKJ, tolonglah rasional sedikit.

Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

wanitabukittinggi said...

Datuk,

Saya hendak membawa kepengetahuan Datuk dan pembaca bahawa pengawasan keselamatan perairan kita bolos lagi.

Dalam kesibukan SAR MH370; pelancaran KLIA2; memburu PATI dan lawatan Presiden AS esok ( Sabtu 26/4) kapal tangki minyak Jepun berisi disel telah dirampas dan dirompak pada 22 April jam 1:00pagi.

Kejadian berlaku DIPERAIRAN PELABUHAN KLANG semasa kapal dalam perjalanan dari Singapura ke Myanmar. Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang melaporkan 5 penjenayah bersenjata merompak disel dengan menyedut disel daripada kapal Jepun ke 2 kapal mereka yang bertangki selama 7 jam dan terus melarikan diri bersama-sama 3 anak kapal yang dikatakan diculik.

Sebelum ini penculikan berlaku di pulau peranginan Singgahmata di perairan Sabah.
Wang tebusan USD 10m diminta.
Sapa yang nak bayak tu Datuk?
Kes culik masih dalam perundingan.

Datuk, kalau pesawat MAS boleh hilang; pelancong kena colek; tak hairanlah minyak disel boleh disedut ditengah-tengah perairan kita selama 7 jam tanpa diketahui oleh pihak penguatkuasaan maritim.

Tun M duk kata, sekarang perkara berlaku banyak yang salah. Ini memang realiti bukan persepsi.

Ada angin tiup kencang kabinet hendak dirombak.
Kalau depa-depa jugak yang jadi Menteri cuma tukak tempat duduk ja apa ada.
PM Najib kenalah berani tukak yang tak boleh buat kerja tu.

Seriously Datuk kalau PM Najib betul-betul hendak buat perubahan beliau kena tukak mereka yang korup daripada atas hingga kebawah (sampai yang si-tukang cari fail pun) yang ada dalam Jabatan Kerajaan dan UMNO tu. Ini realiti.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada PM Najib.
Amin.

Saji said...

Sdr yangretibase

"2. Kepada OKJ yang mencari kebenaran, sukalah saya jelaskan kepadanya bahawa Undang-Undang Islam ekslusif untuk orang Islam (sahaja). Orang bukan Islam tidak diwajibkan bersolat atau berpuasa.
Mereka bebas meminum arak.


Oleh yang demikian, mereka tidak akan ditangkap kerana tidak menunaikan solat Jumaat. Mereka tidak akan ditangkap kerana mereka tidak berpuasa. Mereka tidak akan ditangkap kerana minum arak. Mereka tidak akan ditangkap kerana berzina.

Demikian juga dalam kes pelaksanaan hukum Hudud. Hukum Hudud tidak 'dikenakan' kepada orang bukan Islam.

Walaupun begitu, demi keadilan yang istimewa kepada non-Muslim, mereka diberi kebebasan untuk memilih sama ada hukum Hudud atau hukum Undang-Undang Sivil sebagaimana yang diamalkan pada masa ini.

Terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan. Tidakkah itu
lebih adil kepada mereka?

Akhirnya, saya harap OKJ janganlah sekali-kali asyik mengungkit istilah "Hudud PAS". Tidakkah OKJ berasa takut jatuh syirik kerana mempersenda-senda hukum Allah? Hukum Hudud hanya satu. Hudud ialah hukum yang diturunkan oleh Allah SWT. Mana ada hudud PAS, atau hudud UMNO?"

Yang saya tahu mengenai Hukum2 Islam termasuk Hukum Hudud, ia disediakan dengan atau mempunyai apa yang dipanggil a) takrif, termasuk rujukan nas2 al-Quran, Hadis, pandangan ulamak muktabar dan qias mengenainya, b) rukun2nya yang ditetapkan c) syarat2 sah penggunaannya yang ditetapkan, dan d)contoh2 penggunaan dan pengaplikasiannya untuk ianya mudah difahami dan dilaksanakan.

Jika Hukum Hudud yang bakal dibentangkan oleh PAS di Parlemen nanti disediakan atau mempunyai kesemua apa yang saya meksudkan di atas, maka tidak akan timbul polimik Hudud Pas, Hudud politik dan sebagainya seperti yang dibangkitkan oleh orang UMNO seperti sdr OKJ. Kalau sdr orang kuat PAS, maaf cakap, ia memberikan contoh orang2 PAS tidak pandai menjelaskan Hukum2 Islam di peringkat asasnya sekalipun.





SAJI

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Terima kasih sdr Yangretibase kerana telah nampak kelainan dan sedikit kelembutan bila berbahas. Macam tulah.

Bila mendengar penjelasan saudara, saya tertanya-tanya adakah kefahaman saudara mengenai hudud mewakili majority pengikut PAS? Sebagai contoh mudah, adakah meninggalkan sembahyang termasuk di dlm hukum hudud? Dan macam mana pula orang murtad? Adakah mereka terlepas sebab dah jadi kafir ???????

Akhir kata, saya cukup kesian melihat orang-orang yg bodoh sombong ni. Sekian TQ.

Lahuma said...

Dato.

Apakah kesudahannya dengan isu hudud di Malaysia.

Pas bertegas tanpa undur kebelakang.Nampak bersemangat dan confident.
UMNO sokong dari belakang.Perlu kajian mendalam.
DAp tentang.PKR tentang.Gerakan akan saman.MCA tolak.Itulah antara
riuh rendah bila Pas dapat mapu hijau untuk bawa usul dalam parlimen nanti.

Diwaktu yang sama Lembah Kelang,Ipoh,Tanjung,JB,Seremban Alor Setar dan lainnya sudah berlambak aktiviti maksiat dan kemungkaran.

Termasuk juga Kelantan yang apa kurangnya maksiat dan kemungkaran.

Pas kena tegas jangan undur belakang.

Pas dan pemimpinnya sendiri pun kalau dilihat main sansiwara sama mereka.

Pas Pulau Pinang macam tikus.
Pas Selabgor pun macam tikus tanah.

Pas Kelantan yang cukup semangat.
Pas Kedah pun masih main wayang.

Ceramah dalam bandar cakap lain.Ceramah dalam kampung cakapa lain.Ceramah dalam masjid cakap lain.

Saya yakin pendokong tulin Pas tak aakan undur untuk tunai matlamat juang asal mereka.

Inilah juga antara persepsi dan realiti.

UMNO pun terpaksa bila dia tahu undi Melayu/Islam sudah menjadi tujuan nanti.

Disini nampak Pas dan UMNO boleh sepakat.Berpakatlah Pas dan UMNO.Semoga mendapat berkat dan rahmat.

Begitullah Melayu bila tersepit boleh sehati.

Itulah rahmat disebalik UNMO/BN kurang 2/3 PRU 13 yang lalu.

Terima kasih Dato.

Zed-85 said...

Saudara Berasiam,

Komen Saudara,

Apa yang lebih menarik, strategi ini dirintis oleh sekumpulan pengamal undang-undang yang mempunyai latar belakang fahaman politik PAS dan UMNO. Oleh itu kita tidak perlu terkejut jika UMNO membuat keputusan menyokong Undang-undang Persendirian itu nanti untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud di sana.

Komen Saya,

PM Najib mengatakan dalam media kerajaan tidak pernah tolak hudud.

Terengganu menolak usul bahas hudud pada bulan ini.

PM Najib juga telah umumkan pada tahun 2011 Malaysia tidak akan laksanakan Hudud.

http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM

Melihat kepada keadaan suasana masyarakat sekarang, adakah kerajaan BN sekarang bersedia menjalankan hukuman seperti Hukum bunuh bagi mereka yang melakukan zina sepertimana dalam Hukum Hudud.

atau

Ini adalah sandiwara politik untuk melagakan DAP dan PAS dan melemahkan pembangkang.

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk OKJ,

Tiada syak lagi bahawa PAS akan menghadapai masalah dengan regunya dalam PR dalam usaha parti itu hendak merealisasikan perundangan Islam di Kelantan.

Sebelum ini UMNO-BN menjadi batu api kepada bukan Melayu/Islam dengan cara menakut-nakutkan mereka (bukan Melayu/Islam)mengenai perundangan Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS.

Bukan itu sahaja, sebelum ini sebilangan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO-BN (ada yang telah bersara dan tidak berkuasa lagi) menunjukkan penentangan yang keras terhadap sebarang usaha/niat hendak melaksanakan hukum hudud.

Bagaimanapun, mutakhir ini pada zahirnya ada anjakan positif di kalangan segolongan pemimpin UMNO-BN terutamanya di Kelantan terhadap pelaksanaan hukum hudud yang dicita-citakan oleh PAS.

Anjakan positif UMNO-BN dilihat tidak dicetuskan oleh ahli-ahli agama dalam UMNO-BN tetapi datang terus dari pemimpin UMNO-BN tertentu.

Ini perkembangan yang baik.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Sukalah saya menjelaskan kepada Sdr Saji bahawa saya sekali-kali tidak membicarakan "Hukum-Hukum Islam" sebagaimana yang saudara maksudkan itu.

Saya cuma menjelaskan kepada Sdr Okj bahawa "Hukum-Hukum Islam" hanya ekslusif untuk orang Islam sahaja.

Kepada Sdr Okj, saya minta saudara bacalah komen saya yang berkenaan beberapa kali sehingga saudara benar-benar faham.

Takkanlah saudara Okj tolol sangat sehingga membuat kesimpulan bahawa 'meninggalkan sembahyang pun termasuk di dalam hukum hudud'?

Untuk pengetahuan Sdr Okj, jenayah murtad merupakan satu daripada (sekurang-kurangnya)tujuh perkara kesalahan yang dikenakan hukuman Hudud.

Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

Saji said...

Sdr Zed-85

Mengenai Hukum Hudud.

Salah satu sebab mengapa orang Melayu tidak mengundi PAS pada PRU lalu (yang menyebabkan PAS banyak hilang kerusi Parlimen dan DUN) ialah kerana PAS dilihat tidak lagi bersungguh2 memperjuangkan Islam seperti sebelumnya membabitkan pelaksanaan Hukum Hudud khasnya. Apa komen sdr mengenai tanggapan di atas.

SAJI

gogogo said...


It is our freedom to broadcast hate

this is a democrazy country

who cares about others

its about me not you

its about us not they

Zed-85 said...

Saudara Saji,

Saudara Saji,

Kerusi PAS bertambah dari 7 pada tahun 2004 menjadi 24 pada tahun 2008.

Pada tahun 2013 menjadi 21, kurang 3 kerusi.

Angka tidak menunjukkan satu perubahan besar (3 kerusi) relatif kepada tiga pilihanraya lepas.

Pada pandangan saya, kekalahan PAS di Kedah bukan kerana Hukum hudud tetapi masalah pentadbiran Kedah tidak membuat perubahan seperti mana yang diharapkan. UMNO yang mengambil alih juga tidak menjalankan Hudud.

Ada dua golongan dalam PAS , golongan konservatif dan golongan terpelajar.

Golongan terpelajar banyak membawa dan mendokong tema “Negara Kebajikan”.

Pada pandangan saya, tema ini sangat kuat dan lebih relevan untuk PRU akan datang 2018, dalam suasana keadaaan ekonomi yang sangat mencabar.

Golongan muda yang semakin besar bilangannya menggantikan pengundi lama akan lebih terbuka dengan tema “Negara Kebajikan” di bawa oleh PAS dan PR.

Saya yakin, PAS masih boleh “maintain” kerusi sekitar 20’an di Parlimen sekiranya meneruskan “status quo” yang sedia ada.

Negara Brunei akan melaksanakan Hukum Hudud bermula 30 April ini. Kita berpeluang melihat perlaksaannya di sana.

Sekiranya dibanding dengan Malaysia, tahap ekonomi Brunei dan Malaysia tidak sama.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).