Monday, June 09, 2014

ISU Tanah Johor: Siakap Senohong Gelama Ikan Duri...





A Kadir Jasin

RANG Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Semua 38 Adun Barisan Nasional menyokong dan semua 18 Adun Pakatan Rakyat dilaporkan “tidak mengundi”.



[Peringatan: Komen menggunakan anonymous tidak akan disiarkan.]

Tetapi siapa rakyat hendak percaya. Pengerusi Majlis di Raja Johor Abdul Rahim Ramli, dilaporkan berkata Sultan bukan orang di belakang rang undang-undang itu.


Rang undang-undang itu dilaporkan memberi kuasa kepada Sultan dan dikritik keras oleh banyak pihak di dalam dan luar Umno.


Seandainya betul Sultan bukan di belakang rang undang-undang itu, siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Umno Khaled Nordin?


Tentu bukan orang bunian dari Seri Bunian, Pontian!


Atau ini cerita sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu versi politik ajaib era Mohd Najib Abdul Razak?


Sorong papan tarik papan. Buah keranji di dalam perahu. Suruh luluskan aku luluskan. Rakyat benci aku buat tak tahu.


Abdul Rahim memberitahu sidang akhbar di Johor Baru, Sultan tidak campur tangan dalam hal-ehwal kerajaan negeri dan rang undang-undang itu (yang kononnya ditulis semula untuk mengurangkan kuasa Sultan) dikarang oleh kerajaan.


"Bukan Sultan (yang mewujudkan rang undang-undang itu). Sultan tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri.  Adalah hak kerajaan negeri mencadangkan mana-mana undang-undang yang boleh membawa manfaat kepada rakyat," kata beliau.


Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama-lama rakyat tak bagi undi.


Gurindam kanak-kanak zaman dulu - ABC keladi hutan, tikus mati kucing makan.

ABC Keladi Hutan.....(greenlife-ranjeet.blogspot)

Gurindam politik 1Malaysia macam-macam ada - ABC keladi hutan, kucing kembiri tikus jadi tuan.


Wallahuaklam.

16 comments:

berasiam said...

salam DAKJ

patrick lim yang disebut-sebut dalam media kebelakangan ini sama dengan patrick lim yang masyhur pada zaman pak lah dan menantunya dahulukah? nampaknya walaupun pucuk pimpinan kerajaan pusat telah bertukar, sayap patrick semakin kembang di johor khususnya.

khaled nordin sebagai warga bukan muar sebagai menteri besar memang lain dari yang lain. permainan apa yang sedang berlangsung sukar ditelah. johor semakin unik dalam lanskap politik negara dengan enakmen yang baru diluluskan ini.

nak ulas lebih lanjut pun tidak adil kerana apa yang diluluskan dengan sepuluh pindaan itu pun tidak dapat dibaca lagi. apa pun diharap enakmen berkenaan tidak konflik dengan mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada baik di peringkat negeri atau persekutuan. jangan hendaknya enakmen itu akan mewujudkan lebih banyak tuding menuding di antara pentadbiran negeri dengan istana selepas ini, sedang dalam masa yang sama kepentingan rakyat dan negeri terus terabai.

Feudalism Out You Go said...

Orang Johor bukan bodoh. Tindak tanduk Khazanah Nasional, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dan Istana berlumba-lumba menjual tanah Johor kepada syarikat-syarikat asing adalah rahsia terbuka yang menyebabkan rakyat menyampah dengan kerajaan Negeri, kerajaan Persekutuan dan institusi istana. Rakyat tak perlu dihasut lagi, rakyat dah memang meluat.

Janganlah buat-buat terperanjat apabila rakyat meletakkan Umno dalam tong sampah dalam pilihanraya akan datang dan memilih parti lain yang tidak komited untuk mempertahankan Melayu dan institusi raja-raja Melayu sebab sejarah selalu membuktikan harapkan pagar, pagar makan padi.

safiai saad said...

Salam Sdr Kadir, the fact that the enactment has been passed by the state legislative body does not make it right in terms of pitch and substance.
Procedure wise might be legally right but the crux of the matter is,the legislative body has failed to protect the interest of the rakyat.
The role of monarchy has also been secrutinised. Can monarchy paticipate in business activities,if there is commercial dispute can the current judicial system has the jurisdiction to deal with it.The special court that has been set up to try the monarchy(reads..the ruling personalities ) need to have the consent of the AG before any legal matter to be instituted.Look at the case of The Pahang Sultan vs Faridah Begum.
That Dr. mahathir averred that certain foreign parties has orchastreted in this issue caused a great concern.Are we being colonised again during the British or Dutch period?
It looks like UMNO who claimed to protect the Malays from being colonised has herself withdraw those sheild.
Sdr Kadir,can you look this issue at much bigger picture. I am worried about the whole insident.As usual, I rest my case.

jebat said...


Salam Takzim DAKJ,

Selama ini rakyat diam sahaja dengan mainan politik BADUT2 NASIONAL yang membiarkan harga rumah melambung-lambung macam bola Tampar.

Apa yang dibuat oleh NAJIB dan BADUT2 NASIONAL ?

Cuma gula-gula . Rumah Mesra Rakyat yang hany selebar KANGKANG KERA. KONONNYA MURA !!

SIAPA LAGI YANG DAPAT DI HARAPKAN.

Setelah BADUT2 NASINAL itu hanyut dan dihanyutkan oleh impian masing-masing,terbukalah sedikit HARAPAN RAKYAT untuk memiliki rumah.

WAHAI KHALID NORDIN, buktikan kepada rakyat JOHOR bahawa tindakan anda betul dan jujur.

Selam ini BADUT2 NASIONAL ITU DILAMUN DENGAN DENDANGAN:


LAGU TIGA KUPANG,
SAKU PENUH GAJI;
ENAM EKOR BURUNG,
MAMSUK KE KUALI,

BILA SUDAH MASAK,
NAJIB NYANYI SAJA,
"TENTU SEDAP MAKAN"
BAGI PADA ISTERI.

RAJA DALAM ISTANA,
BUAT KIRA-KIRA,
MACAM MANA NAK TOLONG RAKYAT,
YANG KENA GULA-GULA.

HOOOI !!

RAJA PANGGIL NORDIN,
AJAK BERBICARA,
UNTUK TOLONG RAKYAT,
YAG SEDANG TERSIKSA.


sekian terima kasih.




Unknown said...

Dato,

Ini isu

executive nak share executive power dengan monarch

ataupun monarch ingin executive share power dengan executive

bolehkah kuasa monarch share dengan executive?

Inikan mimik modus operandi kerajaan pusat, akta akta 'di fast track' untuk diluluskan

rakyat marah, buat tak tau..

A Malay Dah-Lah-Lama said...

DAKJ,
Dak Kaled ni bilang orang semua melulu bagi komen tanpa usul periksa. But why the last minute 10 amendments? So siapa yang melulu dan tergopoh gapah tanpa usul periksa?

jumbeaux said...

Salam Datuk,

Ini lah akibatnya bila Melayu jadi lemah selepas PRU 13. Kita terpaksa bergantung kepada kuasa Raja untuk mempertahankan keistimewaan dan hak orang Melayu seperti di dalam pemilihan Menteri Besar dll.

Kenapa jadi begitu? Sebabnya kerana Umno sudah tidak lagi menjalankan peranan mempertahankan Melayu. Terlalu sibuk dengan 1 Malaysia. Dan tersipu malu kalau nak cakap pasal MARA dan mana2 organisasi yang objektifnya membantu orang Melayu.

Apakah untung nasib bangsa di masa depan. Mungkin akan jadi kuli ditanahair sendiri. Sekarang pun dah ada bukti. Sila pergi ke restoran2 kelas atasan di KL. Tengok siapa yang jadi waiter, siapa yang datang makan.

Zed-85 said...

Dato'

Di luar negara orang sanggup bergadai nyawa untuk dapat demokrasi supaya rakyat berkuasa dan dapat menentukan masadepan masing-masing.

Khaled Nordin pula hendak bawa orang Johor balik semula zaman feudal.

Boleh dikatakan semua pihak bangkang tindakan MB Johor. Mujurlah pembetulan rang-rang undang-undang hartanah dilakukan.

Sekarang ini, disebabkan nama "Iskandar", harga hartanah naik di Johor dan banyak rumah, condo mewan dibina.

Harga Condo di pusat bandar JB sekitar RM1000-RM1200 sekaki. Oleh itu harga condo/apartment mewah sekitar RM800k-RM1.5 juta.

Harga apartment di pinggir bandar sekitar RM500k hingga RM700k

Harga rumah banglo baru dan teres tak perlu sebut.

Banyak cerita dari UMNO yang tidak suka orang asing beli rumah di JB tapi yang bina Iskandar pun UMNO juga.

Harga rumah, RM1juta, bermakna sebulan intallment sekitar RM6000 Gaji sekitar RM15000.

Berapa ramai orang melayu kerja di JB gaji RM15,000.

Kalau orang Singapura beli, disebabkan pertukaran wang asing, RM1juta jadi S400,000. Lebih murah dari hartanah Singapura.

Langkah penyelesaian MB Johor, buat rumah murah untuk orang melayu.

Sampai bila langkah penyelesaian orang melayu rumah murah sahaja?

Kalau beli rumah condo, selepas 10 tahun, harga naik 2 kali ganda.

Kalau rumah murah, kalau naik 2 kali ganda pun tidak seberapa.

Akhirnya, orang melayu dulu, kini dan selamanya masih juga serba kekurangan.

BN sepatutnya pikir bagaimana hendak meningkat "Net Worth" orang melayu.

A KADIR JASIN said...

Saudara/Saudari pembahas dihormati,

1. Lambat laun orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya akan membuat keputusan sama ada secara sukarela atau terpaksa.

2. Bagi ahli dan penyokong Umno, mereka terpaksa membuat keputusan sama ada membiarkan Umno terumbang ambing di bawah kepemimpinan yang dikepalai oleh Mohd Najib atau menukar kepemimpinan parti mereka.

3. Jelas sejak mengambil pemerintahan negara pada awal 2009, Mohd Najib gagal memperkuatkan Umno dan BN. Kuasa Umno dan Melayu dicabar daripada pelbagai penjuru, termasuk oleh sesetengah Raja Melayu.

4. Mohd Najib telah hilang kuasa dan kawalan ke atas politik negara apabila kuasa Raja mengatasi undi rakyat jelata dalam pemilihan MB di sesetengah negeri.

5. Kini pemimpin Umno sendiri seperti yang dipamerkan oleh Mohd Khaled dan konco-konconya di Johor telah menconteng arang di muka Mohd Najib melainkanlah Mohd Najib bersekongkol dengan Mohd Khaled tanpa pengetahuan kita.

6. Tolak Muhyiddin sebelah kerana dia bukan lagi “hero” macam zaman Abdullah. Jadi soalan saya adalah kepada pemimpin Umno yang paling “legitimate” (sah) kerana diundi oleh perwakilan iaitu Ahmad Zahid Hamidi.

7. Soalan saya, apakah beliau juga sanggup menghampakan aspirasi dan harapan ahli serta penyokong Umno semata-mata untuk selamat?

8. Sampai bilakah ahli dan penyokong Umno akan terus setia dan berjuang untuk Umno kalau kepemimpinan Umno ibarat rumput di tengah jalan – hidup segan mati tak mahu?

9. Kita tahu Ahmad Zahid “berjaya” dalam bidang perniagaan sebelum menyertai Kabinet. Tetapi adalah beliau tahu dan peduli kedaifan orang Melayu, termasuk usahawan SME Bumiputera? Adakah beliau tahu tahun lalu hanya memperoleh 25% daripada keseluruhan pembiayaan SME diberikan kepada SME Bumiputera?

10. Adalah beliau tahu dan peduli bawa hanya 20% kontrak projek kerajaan dinikmati oleh usahawan Bumiputera?

Wallahuaklam.

jebat said...



Salam takzim, DAKJ,


Saudara Vergant John, Terima kasih ats pandangan saudara.


Tapi bagi saya seorang rakyat marhain biasa, tidak timbul aDakah monarci nak share kuasa dengan eksekutif atau sebaliknya.


Yang penting ialah keperluan kami asas kami.


Selama ini telah begitu ENAK badut2 nasional itu bersandiwara menipu kami.

Kononnya perumahan untuk rakyat tapi hakikatnya perumahan untuk KRONI BABUT2 itu mengaut keuntungan dan kekayaan.

Perbuatan ini di sokong oleh arkitek2 dan Pegawai Bank yang bersekongkol dengan mereka.


Kemanakah kami akan mengadu ?


Apakah kami akan berdiam diri membiarkan KAPITALIS2 Hartanah membolot kekayaan dengan menipu rakyat.


Akitek pula ialah kumpulan pembohong pertama yang menyaipkan laporang bahawa projek perumahan itu telah siap 70 peratus atau sbagainya.


PEGAMAI BANK pula menganggok YA laorang akitek itu (entah atas kepentingan apa).


Tiba-tiba projek perumahan itu di klassifikasikan sebagai TERBENGKALAI !!


BILA DI LIHAT RELITINYA, PROJEK ITU BATU 25% SIAP.


Aoabila rakyat membuat bising datnglah PENCACAI yang dipangil Lembaga Perumahan Negara mengabil alih tetapi memekan masa yang begitu lama dengan 1001 macam alasan

Rakyat terpaksa menunggu !! Bank goyang kaki menugtip hasil. Setenah rakyat di isytriharkan MUPIS.

Apa yang AJIB KOH buat?


Ketawa terkekek bersama keroninya yang tifdak pun di isytihrkan muflis malah boleh menubuhkan syarikat perumahan yang baru


Jangan cakap sesedap mulut sahaja.


KHALID NORDIN !!
BERTUGAS LAH DENGAN AMANAH DAN JUJUR.


TOLONGLAH RAKYAT JOHOR YNG DAHAGAKAN RUMAH !!


MUGA ALLAH BERSAMA MU, AMIN




rakyatkahsaya said...

datuk maaf off topic.saya pernah minta pinjaman mara bawa 7 ekar tanah sebagai cagaran.jawapan yg saya terima 'kami tak yakin produk awak boleh laku.lepas satu tahun saya terima surat dukacita, itu pun selepas jumpa pengurusi mara.

saya tak MINTA 1.8b hanya 80k sahaja dgn cagaran tanah 7 ekar berbanding 30m tanpa cagaran dan faedah.

sekiranya produk saya tak laku lelong sahaja tanah saya,7 ekar bukan sikit.

HIDUP AGENSI MELAYU hidup-hidup dan jadikan peniaga melayu merempat

saya sekarang tak percaya langsung
dengan agency KERAjaan.hidup DEEPAK

zainal abidin awang kechik said...

Salam Tok
Suasana di hilton sou paulo serupa
DI malaysia sibuk untuk pilih president FIFA

SEMALAM SAYA DI BERIKAN KESIHATAN UNTUK MAI TENGOK OPENING BRAZIL FIFA WORLD CUP..

SERUPA JUGA RASUAH YANG BELEGAR DI PEMILIHAN FIFA DISINI

DI MALAYSIA SIAPA PUN KITA BAGI KUASA SERUPA
AKHIRNYA TAN SRI TAN SRI YANG MANA ADA SENARAI JUGAK YANG DEPA BAGI HARTA NEGARA DAN YANG AKHIRNYA MALAYU MEMGEMIS DI BUMI SENDIRI

SALAM SOU PAULO

DATUK DATIN SEISI KELUARGA

harry@drongplases said...

Salaams

Lenovo and the raja of the hill
Is there notice of vacancy for yab paguh
Why worry Kedah owns langkawi

Lahuma said...

Dato.

Jelas yang pemimpin UMNO sudah terlalu mabuk dan pening dengan kuasa.
Suara rakyat hanya diutamakan bila ada sebulan dua dekat PRU sahaja.
Mana pergi lain-lain pemimpin UMNO.
Maknanya 100% mereka adalah kaki anggok sahaja.

Eloklah Dato UMNO ditamatkan hujung kuasa yang ada.
Nampak makin merapu dan hilang hala tuju.

Siapakah sebenarnya hendak didahulukan macam PM Najib punya Slogan.

Atasan punya pemimpin UMNO sudah tidak boleh diharap lagi.

Melayu dan rakyat kian ditekan dan dihimpit.

Mana MT UMNO.
Mana Exco Pemuda
Mana EXCO Wanita
Mana EXCO Puteri.
Mana Tuan-Tuan ketua bahagian.

Kuasa yang diberi untuk apa.
Masih belum insaf.

Dengan sedikit kuasa pun amalan joli kuasa masih berlaku.

Ramai tak faham mesyuarat semua peringkat UMNO dari atas sampai bawah apakah hasil dan isi perbincangan mereka.

Ada yang syok sendiri.
Ada yang jaga diri sendiri
Ada yang lupa amanah rakyat.

PRU 14 UMNO/BN dalam bahaya kerana ciptaan mereka sendiri.

Jangan salah rakyat dengan istilah tak kenang budi.

Pemimpin yang tak kenang budi rakyat.

Demikianlah adanya sebuah Hikayat Melayu Kini.

Terima kasih Dato.

budak kilang said...

As salam..

Ramai betul yang marah2..

Hahahahaktuiihhh...

Apabila sultan mula campur tangan..

Yang mula2 panas adalah mereka2 yang mengambil untung atas angin kepada pemaju.. referral komisen ke.. hadiah ke.. pasni x dpt dah..

Apabila sultan campur tangan...

Tak silap saya.. pada zaman dahulu kala.. sultan memiliki semua tanah2 yang ada di seluruh jajahan takluk baginda.. itu cerita dulu.. sekarang dah lain..

Apabila sultan mula campur tangan..

Mungkin harga tanah akan turun.. harga rumah akan turun.. rakyat akan dapat memiliki rumah yang selesa..

Bagaimanapun.. cerita 'mungkin' memang sedap didengar..

Sekian.. terima kasih..

Daeng said...

Dato

sebenarnya tiada siapa yang menyelidiki siapa CEO Syarikat Milik Keluarga Keturunan Sultan Johor.

Segala urusan MADOS akan di jalankan oleh CEO nya dan bukan Sultan mahupun keluarganya.

AKAN TETAPI... terdapat segolongan opportunist bangsa Cina yang menggunakan adik beradik Sultan bagi mendapatkan kontrak projek Kerajaan Negeri dan juga dari JCorp.

Nasib baik kakitangan kontrak negeri Johor cepat dapat tangkap dalang di sebalik ini semua.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).