Saturday, June 13, 2015

FGV Bayar Mahal Kepada Sondakh


A Kadir Jasin

MUTAKHIR, 16 Jun – Saham FGV semalam merudum ke paras paling rendah sejak diniagakan di Bursa Malaysia pada tahun 2012 apabila pelabur menolak pembeliannya ke atas Eagle High Plantations (EHP), Indonesia. Ia jatuh 21 sen kepada RM1.65 sesaham.

Firma penyelidikan pasaran, CIMB Equities Research, memberi penarafan negatif kepada pembelian EHP. Katanya harga yang dibayar oleh FGV terlalu mahal berbanding dengan semua metrik (asas) penilaian.

MUTAKHIR, 15 Jun – Pelabur tidak teruja dengan pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FGV. Walaupun FGV mendakwa penilaian berdasarkan “enterprise value” (nilai perniagaan) itu berpatutan, tetapi pelabur tidak yakin. Sahamnya jatuh di Bursa Malaysia kepada RM1.68 jam 12.29 tengah hari tadi berbanding RM1.86 apabila digantung 11 Jun.

POSTING ASAL
 

PADA pandangan mata kasar, pembelian 37 peratus saham ladang PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia oleh Felda Global Ventures Bhd (FGV) amatlah memberangsangkan.


[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


EHP adalah anak syarikat konglomerat Rajawali iaitu salah sebuah syarikat terbesar di Indonesia. Rajawali dimiliki oleh Peter Sondakh yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang kesembilan terkaya di Indonesia. Beliau bergelaran Tan Sri (kehormat).

Tan Sri Peter Sondakh "Penasihat" Mohd Najib
Urus niaga itu selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan pelaburan Malaysia di luar negara dan dengan kedudukan FGV sebagai syarikat multinasional dalam bidang perladangan.

Lagipun bagi pelabur sektor perladangan, harapan memperluaskan ladang di dalam negara sudah tidak ada atau terhad kerana kita tidak lagi membenarkan pembukaan besar-besaran hutan belantara.

Dalam urus niaga itu, FGV membayar AS$680 juta (kira-kira RM2.5 bilion) dalam bentuk tunai dan saham. Pembelian itu turut merangkumi 95 peratus ladang tebu milik Rajawali.

Bagaimanapun, timbul beberapa persoalan yang perlu dianalisis dan difahami mengenai urus niaga itu.

1. Yang menggusarkan ialah harga yang dibayar oleh FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham EHP. FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia (ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham sedang harga EHP di pasaran hanya sekitar 400 rupiah.

2. FGV nampak sangat murah hati walaupun ia sendiri berada dalam keadaan kesulitan akibat kelemahan harga minyak sawit, banjir besar Disember-Januari lalu yang menjejaskan pengeluaran ladang-ladangnya serta harga sahamnya yang merudum di Bursa Malaysia.

3. Contohnya, keuntungan tahun 2014 jatuh daripada RM1.56 bilion kepada RM826.4 juta kerana kemarau. Bagi suku pertama tahun ini (Januari-Mac) keuntungannya jatuh 98 peratus kepada hanya RM3.6 juta manakala harga sahamnya di Bursa Malaysia merudum daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada kurang daripada RM2 sekarang.

4. Jadi adakah ini masa yang sesuai bagi FGV membuat pembelian dan pada harga yang jauh melebihi harga pasaran?

5. Ini menyebabkan penganalisis membuat andaian bahawa urus niaga itu lebih berupa operasi membantu Rajawali dan Peter Sondakh.

6. Adalah pengetahuan umum di kalangan pemerhati dan penganalisis pasaran yang Rajawali mungkin mengalami tekanan setelah percubaannya mengapungkan syarikat perlombongan emas miliknya tahun lalu gagal akibat kurang sambutan pelabur.

t
FGV dan Rajawali Satu Strategi
7. Lojiknya FGV membeli saham-saham EHP dengan harga diskaun kerana sektor perladangan kini dalam suasana lembap. Lagipun, bukan semua tanah milik EHP sudah mengeluarkan hasil. Daripada pegangan seluas 419,006 hektar, baru 147,298 hektar ditanam. Bakinya masih hutan belantara.

8. Memandangkan harga sahamnya sendiri amat rendah maka FGV terpaksa menyerahkan lebih banyak saham kepada penjual EHP. Saham FGV ditutup pada kadar RM1.85 pada 11 Jun.

9. Ada ramalan mengatakan FGV mungkin diambil balik (taken private) oleh Felda dan ditarik keluar daripada Bursa Malaysia kerana penarafan pasaran yang hambar.

10. Sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan penggiat korporat dan pemerhati politik bahawa Sondakh sangat akrab dengan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dan isterinya, Rosmah Mansor. Sejak 2010 Sondakh dikatakan menjadi "penasihat" Mohd Najib mengenai Indonesia.

11. Keakraban ini dikatakan menjadi pemangkin kepada pelaburan mewah Sondakh dalam projek pembinaan hotel St Regis dan pusat konvensyen antarabangsa Langkawi. Sumber-sumber perbankan mendakwa Sondakh mendapat pembiayaan mudah daripada institusi kewangan milik kerajaan Malaysia.

Peter Sondakh, Mohd Najib dan Rosmah
 12. Macam banyak saham syarikat komoditi, saham EHP juga jatuh di Bursa Indonesia (ISX) sebelum ‘ditolak-naik’ kepada sekitar 400 rupiah. FGV membeli saham-saham tersebut dengan harga 800 Rupiah, sekali gus memberikan keuntungan atas kertas 100 peratus kepada penjual EHP.

13. Pembelian oleh FGV juga bercanggah dengan arahan Kementerian Kewangan bertarikh 26 Disember lalu kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun agar memberhentikan sementara pembelian aset di luar negara bagi mengurangkan pengaliran keluar modal dan membantu menjana ekonomi domestik. Atau Mohd Najib, yang juga Mentor Felda, membuat pengecualian bagi membolehkan urus niaga itu.

Mungkin Sondakh Jelma Dalam 1MDB?

Dua bidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) Jalan Tun Razak sudah dijual terus atau secara usaha sama kepada dua pelabur asing – Lend Lease, Australia dan Mulia Group, Indonesia.

Apakah ada kemungkinan Rajawali atau Sondakh sendiri akan menjadi pembeli seterusnya? Sondakh suka kepada urus niaga berkembar. Misalnya, selepas menjual syarikat telekomunikasinya, Excelcomindo Pratama, kepada Telekom Malaysia pada pertengahan tahun 2000, beliau membeli aset perhotelan Khazanah Nasional Berhad di Kuala Lumpur dan Langkawi.

Penjualan tanah yang diperoleh dengan harga murah dari kerajaan kepada pelabur tempatan dan asing dengan harga tinggi memperkukuhkan pendapat bahawa 1MDB adalah skim cepat kaya.

Kita tidak memerlukan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan kalau sekadar untuk beli tanah dan jual tanah macam orang kampung beli tanah dan pecah jadi lot untuk dijual.

Seorang pemaju hartanah Bumiputera yang pernah membeli tanah kerajaan untuk dimajukan berkata, apa yang dibuat oleh 1MDB sekarang tidak lebih daripada membeli tanah kerajaan dengan harga yang murah kemudian menilainya semula dan menjual sebagai lot pada harga yang berganda-ganda tinggi.

Katanya, siapa pun boleh melakukan kegiatan seperti itu tanpa memerlukan modal besar dan kepakaran. Tambahnya lagi, apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB tidak lebih daripada perniagaan atas angin atau perniagaan Ali-Baba.

Maklumat mutakhir pasaran berkata, 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah syarikat swasta, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sama ada untuk membeli atau membangunkan bersama tanah bandar Malaysia di jalan Sungai Besi itu.

Antara syarikat yang disebut sebagai berkemungkinan memajukan tapak Bandar Malaysia ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Malton Berhad yang dimiliki oleh billionaire Desmond Lim Siew Choon.

Laporan media pada tahun 2010 berkata, kerajaan bersetuju konsortium membabitkan 1MDB, LTAT dan Malton Berhad membangunkan Pangkalan TUDM Sungai Besi menjadi Bandar Malaysia.

Sementara itu, sumber-sumber perakaunan pula berkata apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB sekarang adalah bagi menjustifikasikan aset, hutang dan tanggungannya supaya selaras dengan kehendak Suruhanjaya Syarikat dan mematuhi piawaian perakaunan negara sambil cuba memberi gambaran bahawa tidak berlaku kesalahan tadbir urus atau pelanggaran undang-undang.

Wallahuaklam.

36 comments:

Zed-85 said...

Sallam Dato,

Mengikut dalam media,

1MDB beli tanah dengan harga murah dengan kerajaan di Sg Besi dan tanah TRX, rakyat rugi.

1MDB beli tanah harga mahal di penang hampir 2 kali ganda, rakyat rugi.

1MDB beli penjana elektrik yang hendak tamat lesen dengan harga mahal, rakyat rugi.

1MDB bayar komisyen berjuta ringgit lebih dari sepatutnya, rakyat rugi.

dan ini pula FGV bayar mahal kepada Sondakh, rakyat/stakeholder rugi.

Nampaknya banyak benar yang rakyat rugi.

Tang mana yang slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"?

Zed-85 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Najib and his cohorts are raping and plundering this country left and right. Since there is no body above him , he is at liberty to do what he likes.

Dealing with Indonesians conglomerates can be very risky if one does not have the brains of a taipan. As we all know Najib is ' brainless' .

You are right Datuk, FGV is paying nearly 100 % to this Rajawali group. Their share at the Jkt Xchange is around Rp400. ( actually it is less ) and only 40 % are planted.

As I said, Najib is above everybody in this country right now. Hence he can do what he wishes to do..for the future of his family.

maae said...

Saya ingin tahu sangat, siapa 'pakar ekonomi' di belakang PM Najib ini.

Jika di US, mereka mahukan semua nya yang besar-besar. Pelaburan besar, kilang besar, ladang besar, pasaran modal / saham besar dan institusi kewangan terbesar, mahfum nya semua nya lah...

Siapa yang 'besar' dalam pentadbiran Najib ini ?

aku said...

Kadiag, salaam. Terima kasih hang bukak satu medan baru buat nak cerita buroknya ''tadbir urus'' malaya di masa ni. Masaalah FELDA ni dah lama bernanah dan pekong dia dah tahap sangat melampau. Paling dasak, macam mana seorang bekaih guru sekolah yg Umno sendiri cap terlbat dgn 'rasyuah politik' bolih diangkat uruih satu 'konglomorat' berbilion ringgit. Aku dengak kata masa Raja Aliyeh dulu dia tinggai tabung lebih 4 bilion ringgit di Felda. Lepaih depa ambik alih, duit tu depa belanja sakan, kumudian depa pinjam tak salah aku, 6 bilion duit EPF. Jadi, cara kasak pon dapat tengok uruih kewangan depa macam mana..dan kalau betoi, dimasa sama, nak pi boh duit dlm projek ni pulakkkk...
Mintak ma'ap Kadiag, aku dengak kata sebelum ni Tabung Haji pon ada beli tanah di Indonesia, ribu ribu hektag juga, tapi kumudiannya terkankang. Aku dengak kata undang2 tanah depa lain sikit...ada hak2 pribumi, persempadanan, politik setempat....mungkin hang bulih ulaih sikit pengalaman Tabung Haji di tanah seberang tu, macam kata orang lani, ada konteks sikit. Sekali lagi, sekalung kung (basa Madura), Wa sallam.

ismail muda said...

Salam Datuk, rasanya tiada kemungkinan felda mengambil balik FGV & menarik keluar dari Bursa. Sebabnya, aliran tunai felda sgt lemah di bawah kelolaan Isa Samad. Ketika ini felda sudah terikat dgn pinjaman KWSP rm6 bilion. Tambahan pula Pengerusi Felda terlalu ghairah sibuk membina bangunan pencakar langit di tapak kompleks felda yg ada skrg. Kerja2 soil dan dokumentasi sdg rancak. Pengerusinya sudah komited dgn projek2 baru di Jalan Gurney skrg, di mane lantikan kontaktor close tender pun dah dibuat. Tak lah diketahui berape kos project ini. Tetapi berdasarkan pelan perancang, banyak sgt mixed development nak dibuat termasuk office 68 tingkat, commercial centre etc sudah tentu kosnya sgt besar. Kabarnya usaha sdg sibuk dibuat utk dapatkan pembiayaan dari luar. Utk rekod, bangunan baru felda 50 tingkat sudah ada di Jln Stoner belakang S'pore Embassy.
Utk selamatkan FGV, kalau tiada pilihan, felda terpaksa meminjam dgn luar dengan cara mencagarkan aset2nya utk dapatkan pinjaman.
Sekiranya pun felda mengambil FGV, sgt sukar felda menyusun dan memulihkan FGV. Ini kerana structure FGV sudah banyak rosak. Macam jugak MAS. Kesilapan besar yg dibuat oleh Najib ialah merestui dan meluluskan pelaburan di Kanada dan US. Perniagaan canola oil & fatty acid di North Amerika ini merugikan FGV sepanjang masa.
FGV bermurah hati pula menawarkan saham kpd Rajawali Group dgn nilai rm1.86. Ertinya dgn mudah dan begitu murah membayar rm180 juta, Rajawali sudah dpat saham fgv 2.6%. Sedangkan KWSP, Tab Hj, Kwap, KPF( koperasi peneroka) terpaksa membeli saham fgv dgn harga rm4.30-rm4.55.
Semua sedia maklom FGV, felda, Yayasan Felda, felda aset, felda investment, felda holdings adalah Pengerusi yg sama. Dalam membuat sesuatu keputusan, tak dpat lah nak ditentukan kedudukan Isa Samad ( selaku Pengerusi) samada dia perjuangkan hak peneroka atau mementingkan business FGV atau mengambil kesempatan whichever is applicable....!!!!

Urang Awak said...

Salam Dato,

Nasihat saya Najib jangan terlalu sibuk nak berniaga & buat urusan joint venture sana sini. Kita ada khazanah dan lain2 badan didalam GLC untuk buat pelaburan bagi pihak kerajaan.

Najib seharusnya menumpukan kerjaya sebagai seorang Perdana Menteri dan menjaga hal ehwal negara serta rakyat sebagai priority.

Didalam sejarah negara, Najib merupakan menteri yang paling lama memegang portfolio menteri pertahanan. Apakah Najib & Rosmah masih tak kaya2 lagi ke...??

Din Melaka said...


Terima kasih berkongsi maklumat .Persoalan yang dulu pun Najib belum dapat jawab. Kini perlu menjawab kepada pemegang saham FGV pula.



A KADIR JASIN said...

1. Sdr Zed-85, macam saya kata, kalau di Amerika mesti ada peguam daerah (district attorney) yang akan siasat 1MDB bawah money laundering dan Ponzi Scheme. Di Malaysia susah nak siasat dengan bebas walaupun ada banyak aduan polis dan SPRM sebab mereka takut kepada PM. Saya rasa lepas Najib berhenti atau bila BN jatuh barulah siasatan tulen boleh dilakukan.

2. Pembahas Widyan Widyorini, you are right. If Najib and FGV are doing genuine business and prospering, they should only buy EHP at a discount because its shares are being traded at a discount, palm oil prices are low and only a small fraction of its land is mature. But this is not a genuine business deal. It has many other unspoken considerations.

3. Sdr Aku dan Ismail Muda, Isa Abdul Samad hidup segar pada zaman Najib setelah dihukum "politik wang" zaman Pak Lah kerana Najib terhutang budi kepada Isa macam Najib terhutang budi kepada Hassan (makan ikan) Malik dan Abu Zahar. Orang lama tahulah cerita-cerita di sebalik kekebalan mereka.

4. Sdr Urang Awak, Najib terpaksa lebih berniaga daripada tadbir negara kerana itu matlamat beliau dari awal lagi. Apatah lagi sekarang bila banyak skim cepat kaya beliau tak menjadi atau sudah dibogelkan. Susah sampai peringkat tenat jadi kenalah korek lubang untuk tutup lubang. Isu koperasi Permodalan Felda akan menyusul.

5. Masalahnya bila pemerintahan tidak berkat kerana banyak sangat tipu-helah, kita rakyat jelatalah yang akhirnya tanggung beban dan bala.

6. Media arus perdana dan blogger upahan boleh putar-belit maklumat tapi dalam hati kecil mereka, mereka tahu. Seorang bekas anak buah saya yang kini jadi orang kuat MAP hidup dalam ketakutan hingga khabarnya terpaksa ke hulu hilir dengan pistol. Tidak pernah dalam sejarah pengarang media bawa pistol hinggalah zaman Najib.

7. Jadi betullah macam IGP kata, perhimpunan Nothing2Hide di PWTC dengan Najib pun tak selamat. Najib sendiri pernah beritahu media yang polis tidak benarkan beliau pandu sendiri, kecuali sekali.

8. Zaman Dr Mahathir beliau pandu sendiri untuk tinjau Kuala Lumpur dan berjumpa rakyat jelata. Zaman Najib jadi amat tidak selamat sampai PWTC pun dah jadi kawasan berbahaya. Begitu tidak selamat dan tidak berakhlak hingga kenalan di PMO pun dah tak jawab SMS lagi.

Wallahuaklam.

Malindo said...

Mungkin saya nak bagi kemasukan hal pembebasan lahan(tanah)din Indonesia.Pembebasan tanah dikelauarkan oleh PEMDA(Pemerintah Daerah/Pejabat Daerah)Bupati(DO)ada Raja(ada decree)dan BMW(banyak makan wang)Certificate/geran dikeluarkan oleh Badan Pertanahan Negara(BPN)tingkat provinsi(kena keluar byk2 duit)dan kalau lebih dari 30hekter kena dapat greenlight pusat(kluat duit byk2)dan hak milik guna tanah adalah 20th/25thn/30thn.Walau sebaik mana kita dgn pemerintah pusat Indonesia,kita kena jaga juga di tingkat daerah kerana kuasa otonomi.hanya kalau anda macam saya,kuranglah byr sikit,sebab kalau minta2 banyak2 dari dari saya,mereka taulah akibatnya.Salam dari Seberang.

Ricesaffron@gmail.com said...

Kenapa kerajaan tidak membantu sykt sykt bumi putra yg bermodal berbayar rm1juta yg mana telah berusia lebiha dari 15tahun
Kerajaan harus melihat sykt sykt ini yg masih hidup dan menjalan kan perniagaan wlpun tampa mendapat bantuan kerajaan,,,
Kenapa banyak sykt sykt baru yg bermodal berbayar rm2 ke rm100ribu boelh menjadi kaya dalam sekelip mata dan tumbuh bagai cedawan selepas hujan bila ada kroni politik dan krono kerajaan mendapat tempat dan kuasa,,,,,
Kerajaan harus melihat sykt sykt yg benar benar masih bernyawa yg lebih dari 15thn wlpun tampa batuan kerajaan tapi masih bernafas,,, mesti ada sesuatu kebolehan pd sykt2 ini,,,
Bukan mcm 1MDB. Yg dapat mcmc mcm keistimewaan yg dapat berniaga atas angin atau berniaga puluh kasap,,,
Duit bayar gaji tak tahu berapamjuta sebulan,,,kemudia rembat tanah kerajaan murah murah,,,
Perbezaan nilai di kata kan keuntungan,,, ini berniaga apa,,, ?

Lahuma said...

Dato.

Biar lah mereka joli dengan apa yang ada.
Macam-macam terbit cerita.
Biarlah TV3 suku dan media mereka syok sendiri.
Aliran yang tak sokong dan undi BN makin meningkat.
Sudah banyak askar upahan diwujudkan ketika ini.
Yang bercakap semua baik-baik dan puji melambung semuanya sudah disuap pisang dengan roti mayat.

Kadar tol pun akan naik sedikit masa lagi.Tunggulah.
Sekarang semua penjualan dan urusniaga akan ada komisyen yang dinantikan.
Pemimpin dapat komisyen yang banyak.
Rakyat dapat BRIM.
Itulah bezanya pemimpin hari ini.

Kalau ada peluang atau rezeki mereka sapu dulu.Selebihnya baru untuk rakyat.
Nak harap wakil rakyat kerajaan atau pembangkang semua nya utamakan temolok dan poket mereka dahulu.

Pemimpin sudah berlakon dan sandiwara sesama mereka .Rakyat dibawah syok sendiri.

Terima kasih Dato.

jon said...

Assalamualaikum Dato'

Saya dan keluarga baru balik bercuti di London.Hari-hari baca suratkhabar mereka di sana takde pula ada cerita kerajaan mereka terlibat dalam urus niaga yang berjumlah berbilion-bilion.

Kami sekeluarga memasak di sana untuk menjimatkan kos.Isteri saya yang membeli barang terkejut dengan harga barangan yang jauh lebih murah dari kuala lumpur. (Dengan syarat kita jangan convertkan harga tersebut kepada RM kita yang sentiasa di laporkan di tutup teguh!)

Juga saya memandu di sana, jalan raya besar dan tiada tol! Petrol pun baru £1.20 per liter.Bila gunakan public transport, masyaallah sangat efisien dan mudah.

Pendek kata tak pening la sangat duduk di sana jika di bandingkan dengan kuala lumpur.

Bila agaknya kita boleh nikmati hidup yang sebegitudi Malaysia ini?

Tapi ramai juga orang Malaysia satu keluarga bercuti di sana.Hairan juga saya, dalam keadaan ekonomi sekarang ni ramai orang Melayu yang mampu bercuti di luar negara.

Wassalam.

nor ishak ismail said...

Banyak sangat kata nasihat, nista dan caci yang telah dilontarkan pada Najib. Malahan dizamannya juga banyak malapetaka fizikal telah diturunkan. Tapi nampak gaya Najib masih macam tu juga, malahan semakin bebal.

Sedang kita sibuk bak langau menghurungi Najib ... tup tup Najib terus buat satu lagi "deal" menerusi FGV pula. Lepas tu Tol nak di naikan lepas tu Api pula. Hal FGV rakyat tak faham tapi hal tol dan api sudah tentu rakyat akan bising macam murai tercabut ekor ... bisingnya pun tak lama. Tau lah Najib nak buat macammana.

Sekarang tukaran ringgit dengan US Dollar dah hampir mencecah 3.80. Najib tak nampak panik pun. Malahan Najib terus membuat pelaburan-pelaburan pelik bin ganjil dan kita tak tahu apa kesudahannya nanti.

Seingat saya semasa gawat 1997, Chedet, pemimpin dan rakyat melatah sehingga tak nyenyak tidur dan tak lalu makan apabila matawang kita merudum. Macam-macam strategi Chedet buat untuk menghalang kejatuhan ringgit.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Dah la mahal tapi FGV cuma dpt 37%.

Bererti bukan suara majoriti.

Ertinya FGV tak mungkin kuasai pentadbiran hari2.

Kan itu kerja bodoh namanya.

FGV rugi tak pe. Asalkan belakang tabir pasti kroni akan kaya.

Tak mungkinla kroni Zahid atau Hishamudin atau Nazri. Mereka tak jaga Felda.

Yg jaga adalah Najib dan Isa.

Selepas 6 tahun Najib jadi PM, lingkup Msia.

pengundi Melayu said...

hutang Najib kepada Isa samad lebihi besar dari 1mdb. lebih besar dari hutang pada Hasan dan Abu zahar. Hutang budi di Pd.

Unknown said...

Kalau ikut komen nazri, rakyat biasa dan royalti tak boleh komen pasal ahli politik. Nampak gaya ahli politik di malaysia ni boleh lakukan apa saja.

vasantha said...

Dear dato,
Your stand in wanting to expose all these crooked deals is laudable. Every other day is a shocking new revelation to us. God help us all. The rich and powerful remain indifferent. The middle wage earners are busy making ends meet. The lower income group take to heart god's words,"a contented life is the essence of a peaceful life." The opportunists live by the maxim,"you scratch my back.I scratch your back." People like you strive to make it a better Malaysia for all of us.
I am also deeply saddened at the vicious attack on our national car, Proton. Somethings are above politics and should be revered. Where is the concept of fighting like a gentleman? We are indeed living in the worse of times.

zainal abidin awang kechik said...

siapa layak jadi PM

msh said...

Salam Dato.

Nazri melambang ketua Melayu yg bongkak...biadap dan lupa daratan.
Ini bukan kali pertama dia bersikap begini.

Apa yg kita nmpak ialah.... dia cukup bermegah diri dgn berkelakuan begini dari dulu lagi...dan tiada tanda2 berubah.

Jika Tun M pun dianggap tidak layak atau setanding untuk berjumpa atau berdebat dgn Najib....bagaimana pula mereka yg ahli biasa dlm Parti?
Bagaimana pula dgn org ramai yg diluar Parti?

Mesej dia jelas sekali.....
...."aku Ketua....engkau rakyat....kita tidak setanding.....tidak sama".

Ingin sy beri MESEJ ini pd dia...

.."Nazri....engkau disitu...sbgai ketua Parti kerana kami (rakyat yg mengundi engkau)....jgn lupa dan terlepas pandang semua ini.
CUKUPLAH2 BERSIKAP KURANG AJAR dan jgn merasa diri kamu itu besar kerana sikap ini tidak ubah seperti sikap 'gangster' atau kucing kurap jalanan sahaja langsung tidak layak dilayan sbgai ketua Melayu Islam.
Nama Umno akan bertambah jahanam dgn org2 seperti kamu sbgai ketua !!!!!!".

Harap maklum.

yana said...

Salam sejahtera Datuk AKJ.

Saya lihat PM kita serta gerombolan beliau semakin ditegur semakin menjadi-jadi, seolah tunjuk taring macam budak rebelious. Tidak matang tidak profesional langsung gayanya. Lebih kepada kaki gaduh. Jauh daripada memiliki sifat kepimpinan beliau lebih kepada memiliki sifat 'kepunyaan' ie. bahawa negara ini milik dia dan keluarga atas sebab dia Perdana Menteri, maka dia boleh buat sesuka hati.

Yang dijaja hanya cereka bahawa Tun Mahathir sengaja cetuskan sengketa terhadap PM, bahawa rakyat masih teguh bersama PM. Looks like our PM believes in his own lies which is really a psychiatric disorder known as pathological lying. How pathetic.

Terima kasih Datuk :))

Unknown said...

Aslkum Dakj

Setelah ramai rakyat rugi kerana kerugian membeli saham FGV, kerajaan terutama Najib ada tabggungjawab untuk memberi penerangan jujur dan ikhlas.

FGV dan FELDA buat deal2 yg pelik2 sejak Najib jaga FELDA waktu zaman Pak Lah lagi mewajibkan Najib menjawab pelbagai soalan.

Belum pun reda kemarahan rakyat terhadap kerugian FELDA dan FGV, kini timbul pulak cerita FGV beli PT Eagle High Plantation pd harga kong kalikong.

Kalau Najib jujur dan berani sila jawab soalan berikut.

1. kenapa beli 37% saham . Kenapa tak beli lebih 50%, malah 100%.

2. Adakah FGV diberi hak nengurus pentadbiran harian?

3. Adakah FGV akan menguasai komposisi lembaga pengarah?

4. Apakah asas penilaian harga yg digunakan sehingga FGV berani ambil langkah nembeli saham PT EHP.

Berapa Net asset valuenya
Berapa dividend yield.
Berapa PER yg lepas dan yg dijangka.
Berapa prestasi hasil buah per hektar.
Berapa pulak tanahnya yg ada dev potential
Dll.

Setahu sy di Indon tu ramai peniaga yg bersifat penyamun tarbus.Tenguk je la apa layanan mereka terhadap BANK Int Indonesia kepunyaan Maybank yg merugikan pelabur ASB.

Sesuaila tu . Perompak jena samun dgn penyamun.

Yg penting rakyat dirugikan. Asalkan perompak digemukkan.

Joe Black said...

Dato'

Apparently FGV was smitten by your comments and went ahead to deny it based on the so called "lower EV" payment for Eagle High's Plantation.

Doesn't the lower EV reflect more on the "maturity" (i.e. productivity) of the Pokok rather than actual land valuation? What about the future costs to be incurred in replanting?. Does't this ring a bell? i.e. similar to the case of buying old and decrepit power plants at high costs as in 1MDB?

If so, shouldn't this be made clear by all parties concerned and not used to justify the overall cost of the share purchase by FGV?

RAWA LANUN-BAHASA said...

The Scribe
Salaams

The Najib-Rosmah Gambit
(pmcumdiktator)

Kita hanya boleh kata bila kita perhati apa yang sedang berlaku dengan 1MBD adalah seolah PM Mohd Najib sedang melaksanakan kemusnahan terkawal.

Kalau diteliti siapa dapat komisyen dalam semua jualbeli 1MBD, barulah jelas apa yang kita ujarkan. Adakah orang cerdik buruk sudah belajar dari jual-beli kapal selam Scorpene dulu? Atau Audit PAC tidak perasan akan hal ini? Pernah ada komen disini yang menyuarakan perkara ambil komysen secara ini bukan jenayah.

Duit adalah raja; dan pada PRU14 nanti barulah jelas apa yang akan berlaku.

Maaf tetapi adalah pendapat kita ahli UMNO yang daif ini bahawa tidak cukup hanya dengan satu atau dua suara mulia membantah muamalat tidak bermoral dari kalangan Istana akan membantu atasi kemelut yang tercetus oleh Presiden UMNO ini. Suara Tun Mahathir sahaja tidak cukup.

Cuba bayangkan keadaan bila nilai RM jatuh lagi pada kadar USD1 : RM4.5-5.1 ??!!
RM1 : PHP10. Baht Siam lagi stabil dan Istana mereka masih bertanggungjawab kepada rakyat.

Kebarangkalian besar UMNO akan kurang majoriti di PRU14 tetapi masih berkuasa. Cuma persoalan bila kaum bukan bumiputra mula guna kuasa ekonomi mereka maka negara adakah negara akan tidak stabil mahu kita tanya Tun Mahathir dan Tun Daim serta Raja-raja Melayu. Sarawak akan lebih autonomi, Scribe.

Namun kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup; tetapi ada orang yakin dia akan panjang umur dan sehat wal-afiat saperti Tun M agaknya.

Bolehkah Tun Mahathir harap ada suara mulia dari institisi Istana yang tidak setuju jualbeli 1MBD bila orang Johor pun telah ditegur. Ini bukan langsung soal politik tetapi bab muamalat halal dan haram.

Presiden UMNO licik dan beliau yakin kekayaan adalah kuasa maharajalela.


Salam Hormat.

hasan said...

Pelabur tidak terima baik pelaburan FGV dalam Eagle High Plantation. Harga saham FGV jatun lagi di Bursa Malaysia kepada hanya RM1.70, lebih rendah daripada apabila urus niaga digantung pada 12 Jun. Bunyi macam cerita sang kelembai. Apa saja yang disentuh dan ditegur jadi batu.

nor ishak ismail said...

Minggu ini kapal tanker pulak hilang. Kata TV3 semalam dan sebentar tadi (15/6) PM Najib sangat berdukacita dan akan berdoa supaya kapal itu dapat dikesan. Harapan kita pun begitulah, semuga keluarga yang terlibat bersabarlah.

Nampak gaya sejak kebelakangan ini tiap minggu pulak malapetaka dan kejadian yang tak pernah berlaku melanda negara ini.

Lepas ini apa pula?. Kapalterbang dah tiga biji. Helikopter dah. Keretaapi perlu lebih menjaga keselamatan, kapalselam pun perlu bersedia ... oopp lupa lak kapalselam kita dah buleh menyelam ke? Kalau belum buleh menyelam maknanya risiko kuranglah?.

Unknown said...

If FGV's interest is less than 50% in this buyout, I doubt they can get good returns or it will take a long time to recover the investment.

Joe Black said...

Dato'

Your Take on the current Issue of FGV paying too high a Price for Eagle High Shares have been VINDICATED by all local and foreign Merchant Bankers as well as Shareholders of FGV. They have ignored the Spin by FGV's CEO and made their own assessment of the situation which appears to be similar to what you have expounded.

The big question remains as to how FGV came to this decision? Is the company operating under similar management conditions as FGV?, i.e. simply following orders from an "Adviser"? Who is the "Advise"? Little surprise if foreign investors run helter skelter when they perceive that this is how the GLCs are run!

faqqirulkhoir said...

Antara 'trending now' adalah laporan Felda Global Venture bayar lebih untuk 37% saham syarlkat Indon nama 'eagle high' ke apaka, di kala harga sahamnya sendiri semakin tenat, syarikar 1MDB tak bolih mulakan odit untuk tahun berakhir Mac 31,2015 dilaporkan konon2 kerana syarikat odit tak cukup kakitangan, kapal tanker minyak 'Orlim Harmony' hilang dekat Johor, orang Bangla dan Myammar di'niagakan' dan diseludup masok sejak lima tahun dulu, dilaporkan juga 80% pihak kuatkuasa disempadan, rasyuah atau turut makan gaji dengan penyeludup...HOI orang2 yang ada telinga tapi tak mau dengar, ada mata tapi tak mau tengok, ada hati tapi tak mau rasa, adakah kamu masih bernafas...?

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Rupa2nya wang bank kecil yg hidup segan mati tak mahu macam Exim Bank tu pun turut dipaksa sumbang rm540m pd IMDB.

Drpd kita berdebar2 tunggu siapa atai bank mana jadi mangsa bapak buaya bernama IMDB lebih baik rakyat tuntut agar Najib senaraikan mangsa dan banyak mana pinjaman yg IMDB ambil drpd mereka.

Rasanya nama bank Cina satu pun tak de.

Siapa kata Najib bukan Melayu glokal.

A KADIR JASIN said...

1. Debater Joe Black, among other things, said: "Your Take on the current Issue of FGV paying too high a Price for Eagle High Shares have been VINDICATED by all local and foreign Merchant Bankers as well as Shareholders of FGV. They have ignored the Spin by FGV's CEO and made their own assessment of the situation which appears to be similar to what you have expounded."

2. Sdr Joe Black, I take no pride and feel no pleasure in being right about the wrong in FGV-EHP deal. My being right does not mean much but Mohd Najib being wrong is causing disaster to the country.

3. Mohd Najib lacks barakah that everything he touched or initiated - 1MDB, FGV, Private Financing Initiatives (PFI) and many more - has turned massive financial burden to the country, the people and the taxpayers.

4. For as long as he stays as PM, the kelembai/gedembai effect is bound to continue. Everything kelembai/gedemdai touches or shouts out turns into stone.

5. For as long as Mohd Najib stays, others will lie and cover-up for him because they fear being turned into rocks and stones.

Wallahuaklam.

Thank you.

Hanezam said...

Salaam,

Nak kongsi nostalgia dengan Datuk sebelum puasa.

Dulu bila Tun Dr M pada zaman pemerintahannya buat ucapan tahun baru selamat hari raya dsbnya, Tun selalu kata, kita bersyukur dikurniakan negara yang aman, bebas daripada bencana, malapetaka. Besar ertinya ayat ini, sekarang baru perasan. Sekarang rasa kehilangan, sebab, perasan tak ayat ni dah tak boleh dipakai dek Najib lagi? Dah berapa banyak bala skala besar dah ? Kalau kita sebut, orang akan kata kita nak jadi tuhan. Hakikatnya amaran tuhan kenapa tak nak ambil peduli ?

Satu lagi, Datuk. Perasan tak, beberapa tahun lepas, bulan Jun ja, kita akan dok dalam jerebu. Kita sesak nafas. Tapi tahun ni langit cerah. Jadi Jokowi tentu dah buat sesuatu dengan betul. Orang-orang kecil, boleh saja mencapai cita-cita besar mereka, asalkan mereka tegar.

Akhir sekali, Melayu marhaen mesti faham politik, supaya kalis politik.

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Kepala Spinner akan membuat apa saja untuk hidup.. dia tahu bahawa sekiranya dia jatuh
habis la dia,isterinya, anak2nya dan juga kadam2 dia akan tinggal di Hotel Sg Buloh..
Dia akan tinggal legacy kerana menjual bangsanya,agamannya,negaranya dan juga keturunanya untuk duit.baginya duit..wang..dollar adalah tuhan baginya..potret gambarnya akan digunakan sebagai gantian untuk Ringgit..waktu itu harga Ringgit samalah dengan duit Pokok Pisang..zaman Jepun.

mad said...

ramai orang berpendapat najib pm yang gagal. tapi jika kita berfikir di luar kotak, najib sebenarnya melakukan apa yang harus dia lakukan.
ingat lagi foto pm najib bermain golf dgn obama? hanya org2 tertentu saja dapat rapat dgn presiden amerika. kita tahu di amerika hanya ada dua parti besar dan kedua-duanya dikawal di belakang tabir oleh golongan elit illuminati/freemason. antara agenda mereka ialah memporak-peranda dunia melalui krisis ekonomi atau perang. ini adalah agenda new world order.
kehilangan pesawat mh370 dan letupan mh17 bukanlah kebetulan. ia didalangi oleh tangan-tangan ghaib yg sama yg meletupkan twin tower 9-11.
ada bisik-bisik mengatakan beberpa org ahli politik negara ini merupakan ahli freemason. mungkin dato kadir lebih tahu perkara ini.

Aida said...

Najib has made a mess with Felda, he should not go for IPO in the first place. He is neither good as a statesman nor as a businessman.

hussain lempoyang said...

Negara dipimpin dan dinasihati oleh manusia yang curang...Najib dan kabinetnya...serta Idris Jala yang memandu tanpa tanggungjawab dan akauntabiliti....period

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).