Saturday, June 27, 2015

Khairy, Justo dan Pampasan Berjuta Ringgit


A Kadir Jasin

SAYA sokong pandangan Ketua Pemuda Umno (KPU) Khairy Jamaluddin (KJ) agar kita menjadikan penangkapan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo (XAJ), di Thailand sebagai satu lagi kaedah mencari kebenaran mengenai 1Malaysia Development Behad (1MDB).

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

KJ yang juga Menteri Belia dan Sukan dilaporkan berkata, penangkapan XAJ boleh membantu memperbetulkan rekod mengenai dakwaan terhadap 1MDB. (Baca di sini).

PSI adalah rakan kongsi 1MDB yang paling kontroversial, khususnya kerana membabitkan ahli perniagaan misteri, Jho Low. Anak tauke Cina Pulau Pinang ini dipercayai umum sebagai dalang di belakang urus-niaga luar biasa 1MDB dan ketirisan sumber kewangannya.

Jho Low Hidup Mewah di Luar Negara

Bagaimanapun, saya rasa adalah terlalu awal untuk bersetuju dengan KPU bahawa maklumat yang dibocorkan oleh XAJ itu adalah maklumat putar-belit (distorted information).

KPU itu kata, XAJ guna fakta yang diputar-belit untuk memeras ugut majikannya.

Akhbar Thai, Bangkok Post memetik polis Thai sebagai berkata, XAJ yang berusia 49 tahun dibayar bersamaan 140 juta baht (kira-kira RM15.51 juta) untuk meninggalkan PSI setelah didapati  “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan”.

Dia juga didakwa menuntut 90 juta baht (kira-kira RM9.98 juta) lagi daripada PSI untuk tidak membocorkan maklumat seterusnya kepada syarikat-syarikat yang bersaing dengan PSI.

Buat Salah Dapat Pampasan?

Logiknya, mana-mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” disingkir tanpa pampasan dan, kalau ada unsur jenayah, dilaporkan kepada polis.

Tapi XAJ yang dituduh “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” syarikat dibagi pampasan  RM15.51 juta.

Justo (duduk) dalam tahanan Polis Thai
Tak tahulah pula kalau itu amalan PSI atau syarikat pak Arab di mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” dibagi pampasan lumayan.

Melainkan XAJ ni sangat pandai bila dia buat kontrak perjawatan dengan PSI dia letakkan syarat dibayar pampasan kalau dia disuruh berhenti.

[Khabarnya eksekutif kanan 1MDB dan anak-anak syarikatnya pun ada buat perjanjian seumpama itu yang menjanjikan mereka bonus dan pampasan lain. Tak tahulah kalau gaji RM2 juta setahun kecil, tapi itulah khabarnya gaji sesetengah eksekutif kumpulan 1MDB.]

Atau si XAJ ini dia dibayar RM15.51 juta supaya “tutup mulut”.

Kalau dia bukan penipu dan pemeras ugut kelas dunia dan dia tidak mahu meringkuk di dalam penjara, dia tentu akan beritahu polis Thai dan mahkamah Thai (sekiranya didakwa) “kisah sebenar”.

Jadi saya tidak hairan kalau penangkapan XAJ di rumahnya di Koh Samui Isnin lalu atas dakwaan membocorkan rahsia kepada laman web Sarawak Report (SR) mendebarkan jantung pihak-pihak yang berkaitan dengan 1MDB.

Kepada yang kurang maklum, SR adalah antara laman web peniup wisel (whistleblower) terunggul mengenai 1MDB. Ia sudah pun menulis surat kepada Kementerian Luar Switzerland mengenai pembabitan XAJ kerana beliau adalah warganegara Switzerland.

Jadi negara kita semakin hari semakian “terkenal” seantero dunia kerana 1MDB, FGV dan, yang terbaru, Majlis AMANAH Rakyat (Mara) kerana disyaki "merasuah" dalam urusan jual-beli harta di Australia.

Wallahuaklam.

48 comments:

JohorMali said...

DAKJ,
Ikut pengamatan saya , satu lapuran berita dari Thai sebut yang Polis Thai diberitahu si XAJ terima RM 15 mil sebagai pampasan untuk berhenti dari PSI.

Namun dia pun di tuduh oleh Polis Thai atas ugutan membocor rahsia jika tak di bayar RM 10 mil.

Now which is which? Or to which side of this divide that we are safe to be gullible?

Unknown said...

Aslkum Dakj.

1 "TDM smells a rat ""bila beri komen tentang penangkapan Justo oleh polis Thailand. Tak perlu otak geliga macam TDM untuk merasai perkara yg sama. Kecuali yg bodoh2 alang macam Kawan Lama.

2. IMDB dan Petrosaudi tak sabar2 terus komen seolah2 perbuatan Justo yg konon menyalor maklumat palsu kpd Sarawak Report lah yg menjadi punca TDM , pembangkang dll melompat marah pd Najib dan kerajaan Msia.

3. Akhbar bisnis the Edge yg lantang membuat pendedahan terperinci tentang kisah lanun kebas duit rakyat melalui IMDB pun dah mula diberi amaran oleh Zahid Hamidi.

4. Ahmad Maslan pun tumpang cari tumpuan dgn menyeru agar ahli UMNO jangan percaya dgn media sosial berkaitan dgn usaha konon memburuk2 nama Najib dan IMDB.

5. Selepas Justo ditangkap , kerajaan mau kita rakyat start kosong kosong.

Iaitu tuduhan wang dalam IMDB lesap berbillion adalah fitnah Sarawak Report semata2.

Sarawak Report yg berpangkalan di Britain mana suka tenguk Msia aman damai dan maju dibawah pimpinan Melayu. Bugis pulak tu.

TDM sebaiknya cepat bertaubat kerana cepat kutuk Najib berdasar maklumat Sarawak Report yg palsu atau tak betul.

Kesimpulan.

1. Orang desperado yg kuasanya mula goyah akan buat apa saja termasuk membayar pihak tertentu untuk menangkap personaliti spt Justo . Paling tidak dapat menarik sokongan sibongok2 yg ramai di kalangan org Melayu yg berpegang kuat pd kekeramatan parti UMNO.

2. Skrip penipuan baru harus muncul dicipta gara2 strategi penipuan lama tak berkesan.

3. Cuma sampai bila MAP nak sekongkol dgn regim zalim jika anak beranak, sdr mara dan kenalan rapat editor MAP pun poket semakin kempis.

Najib. Your days are numbered.

vasantha said...

Dear Dato,
You cant't fool all the people all the time.Going to such lengths shows that something is very fishy and stinky.'Watergate' scandal pales in comparison. It is a shame that many "sanggup bersubahat' to protect their masters. Kan lebih elok kalau kita semua malu kat boss dari langit.

Unknown said...

The fact that a sovereign fund like 1MDB is dealing with an entity heeding to absurd ransom demand (if that claim is to be believed in the first place) alone shoul raise enough concern in the first place

msh said...

Salam Dato.

Tidakah org Malaysia yg waras akal dapat melihat....semua isu2 kontroversi yg kita perkatakan melibat...Presiden Parti Umno cum PM Malaysia?

Ini tidak termasuk kes Deepak dan Bank Rakyat (pinjaman RM32 juta yg boleh dibayar tanpa faedah) bilamana Deepak kenal sngat dgn isteri tersayang.

Bagainana pula dgn kes Altantuya....yg Tun M bertanya dan tidak terjawab..."siapa yg 'order' bunuh?".

Justeru itu....tentulah peranan2 Penggilap Haram J dan 'Consultant' yg dibayar jutaan RM sngat penting untuk kerja2 'cover up' terhadap mana2 penipuan dan salah laku yg telah berlaku.

Tetapi rakyat bukannya bodoh....yg boleh diperlakukan begini berterusan.

Tun M memang betul....bagi rakyat terutama org2 Melayu....Presiden dan Ketua2 Haram J sudah tiada tempat lagi.....dan GE14 bukan milik Umno lagi nmpaknya.

Akhir kata....kerana mabuk kuasa dan tamak haloba....negara diperdagangkan...hingga bangsa dan ugama menjadi lemah.

Dato..sy tertanya2.....apa gunanya Umno perlu jawatan Timbalan Presiden Parti?

Juga apa perlunya Jawatan Ketua Pemuda.?

Dan sy masih ingat...Topik Dato...Ketua Pemuda sbgai 'Pressure Group"..
..bila mana sy berkata...."buat lawak bolehlah jawatan ini...
....KP nak jaga perut dia ka atau nak jaga Presiden? "

Kini KuNan pun berkata....tiada pemilihan kerana ditangguh 18 bulan....sebab nak tumpu pd GE14....takut nanti hilang fokus.".

He he kelakar...bila dia bercakap...mcm klip dlm pertandingan 'Raja Lawak' pula nmpak dia.




Terima kasih.

msh said...

Salam Dato.

Tidakah org Malaysia yg waras akal dapat melihat....semua isu2 kontroversi yg kita perkatakan melibat...Presiden Parti Umno cum PM Malaysia?

Ini tidak termasuk kes Deepak dan Bank Rakyat (pinjaman RM32 juta yg boleh dibayar tanpa faedah) bilamana Deepak kenal sngat dgn isteri tersayang.

Bagainana pula dgn kes Altantuya....yg Tun M bertanya dan tidak terjawab..."siapa yg 'order' bunuh?".

Justeru itu....tentulah peranan2 Penggilap Haram J dan 'Consultant' yg dibayar jutaan RM sngat penting untuk kerja2 'cover up' terhadap mana2 penipuan dan salah laku yg telah berlaku.

Tetapi rakyat bukannya bodoh....yg boleh diperlakukan begini berterusan.

Tun M memang betul....bagi rakyat terutama org2 Melayu....Presiden dan Ketua2 Haram J sudah tiada tempat lagi.....dan GE14 bukan milik Umno lagi nmpaknya.

Akhir kata....kerana mabuk kuasa dan tamak haloba....negara diperdagangkan...hingga bangsa dan ugama menjadi lemah.

Dato..sy tertanya2.....apa gunanya Umno perlu jawatan Timbalan Presiden Parti?

Juga apa perlunya Jawatan Ketua Pemuda.?

Dan sy masih ingat...Topik Dato...Ketua Pemuda sbgai 'Pressure Group"..
..bila mana sy berkata...."buat lawak bolehlah jawatan ini...
....KP nak jaga perut dia ka atau nak jaga Presiden? "

Kini KuNan pun berkata....tiada pemilihan kerana ditangguh 18 bulan....sebab nak tumpu pd GE14....takut nanti hilang fokus.".

He he kelakar...bila dia bercakap...mcm klip dlm pertandingan 'Raja Lawak' pula nmpak dia.




Terima kasih.

Josefharrys said...

Akan ada lagi perkara2 yg akan terbongkar dimasa yg terdekat ini dgn penangkapan XAJ ini dan yg menjadi persoalan skrg adakah XAJ melakukan perkara yg didakwa atau ianya sengaja diadakan cerita utk menutup isu 1mdb ini tetapi seluroh dunia dah tahu kegagalan 1mdb bukan hanya dgn urusan mereka dgn PSI tapi lain2 entiti mereka juga mengalami kegagalan dgn hutang yg menimbun so disini isu 1mdb ini tiada penghujungnya melainkan Najib harus berterus terang bukan hanya pada rakyat tetapi yg pertama ahli2 umno dan kabinet kerana pada pandangan umum rasanya para menteri dan ahli2 mkt umno tak tahu cerita sebenar kerana taksub mereka kpd pemimpin dan berkemungkinan isu2 yg lain akan terbuka spt skrg ini berkenaan MARA dan FGV dan ini semua ada berhubung kait dgn 1mdb dan dgn isu2 ini dan isu2 yg akan terbongkar dimasa yg terdekat ini maka tak hairan lah Najib menangguhkan pemilihan parti hanya kerana utk buying time dan cuba menutup mana2 perkara yg tak betul dgn alasan utk memperkukohkan umno tapi rasanya benda ini akan backfired pada dirinya dan Umno amnya.

zainal abidin awang kechik said...

Bila perang sesama sendiri..
Semua kisah terbangkit Dari Kubur
Banyak kisah Akan Datang Akan tersiar


Tok.. Ini kisah kau buka cerita aku.. Aku buka kisah kau...

Orang Gemuk Hodoh said...

beginilah pintarnya Orang Gemuk Hodoh yg berjaya mencapai cita2 nafsu besar dengan memperdaya PM memboroskan wang rakyat dan negara..

Bukan sedikit tapi Berbilion, GST dibebankan untuk Prepaid bagi menanggung belanja Boros ini.

Nafusu besar TAMAK & gemuk itu hanyalah satu Ilusi pemikiran..

Jika diturutkan Nafsu, ramai yg dianaiaya..

adakah beli beg tangan mahal & bergambar dgn artis dapat merubah wajah yg hodoh itu??
hanya sifat mulia sahaja yg mampu mengubah wajah hodoh anda..

Against The Wind said...

Dato,

Saya ngeri memikirkan adakah suatu hari nanti RM tidak lagi bernilai? Akan jadinkah suatu hari nanti kita terduduk seperti Zimbabwe ? Mata wang pound mereka tidak bernilai terpaksa di ganti terus dgn US dollar?

Saya bimbang kerakusan yg dilihat sperti yg berlaku pada 1MDB juga berlaku pada organisasi lain milik kerajaan, yg mana akhirnya kita papa kedana

Unknown said...

Najib says CASH IS KING. So now he buys everbody and everyone just to be on his side.

Tinta Hitam said...

Datuk,
Inilah akibatnya bila 60% melayu dan bumiputera mengundi parti amat korup Barisan Nasional..Melayu tak pernah serik kena tipu dan bangga ditipu..Mereka didlm skandal 1MDB,MARA dll tahu buat mcm mana pun mereka akan terlepas.

Jgn terperanjat jika ada melayu menyalahkan DAP pulak lepas ini disebabkan skandal skandal ini.

ismail muda said...

Syurga & Neraka adalah tempat mereka yg beriman soleh & bagi mereka yg melanggar perintah Allah. Akan tetapi bole kah dosa berbuat jahat melesapkan duit rakyat bole disucikan dan dihapuskn dgn menderma buat mesjid, membawa org kg menunaikan Umrah, menaja & derma org miskin oku dll??? Adakah ini falsafah blue ocean strategy dlm pemimpin kita???

Joe Black said...

Dato'

Dengan Habuan sebegitu Banyak ($15 Juta) yang PetroSaudi memberi kepada Pengarah Mereka, sudah tentu bayaran itu untuk melindungi Salah Laku mereka yang Amat Merbahaya kepada Syarikat! Adakah mereka yang terlibat disebelah sini tidak terasa hairan? Lagipun sesiapa yang mengambil tindakan atau membuat kenyataan terburu buru berkenaan kes ini patut tahu bahawa kes ini sedang berjalan diluar badan kuasa Kerajaan Malaysia dan belum tentu tahu haluan mana tujunya kes ini. Jadi mereka yang memegang kuasa tak patut membuat kenyataan terburu buru.

akaz said...

DAKJ,

Pada hemat saya penangkapan ini akan membuka lebih banyak pekung 1MDB. Ternyata ini akan membuka lembaran baru plot cerita 1MDB. Kepada blogger2 yg dibayar oleh majikan anda, jangan terlalu cepat meraikan kejayaan dan memdabik dada. Adakalanya startegi akan makan tuan. Tunggu dan dilihat. Kebenaran akan terungkai.

Wasallam

Unknown said...

Sdr Tinta Hitam.

Dah ada pun Melayu bongok bernama Ahmad Maslan jual nama BNM , yg konon menyalahkan TDM terhadap kejatuhan nilai ringgit..

Nasib baik sdr Anwar dah dizalimi terperesuk dlm penjara.

Kalau tidak segala masaalah IMDB dan kejatuhan nilai rgt akan di letak kebahu Anwar dan rakan Amerika beliau.

Unknown said...

Sdr Ismail.

Inilah masaalahnya bila ketua2 UMNO, barua editor MAP dan ular dalam semak bersekongkol.

Yg haram dah dihalalkan.

Unknown said...

Sdr Joe Black.

Apalah sangat beberapa juta rgt untuk kos drama menahan dan soal siasat Justo oleh pihak berkuasa negara jiran. Sedangkan negara Australia, Ukraine dan Arab pun nampaknya cair dgn pengaruh Kak Mah.

Org kata celah gigi berbanding dgn kekayaan nama2 pelakun yg terlibat dln perompakan wang rakyat melalui IMDB.

Yg penting penahanan Justo telah berjaya buat damage control agar kumpulan Najib boleh tidur lena .

Sebanyak sedikit penahanan Justo memberi peluru untuk kumpulan Najib menyejukkan hati rakyat Msia yg mula goyah dgn kebenaran laporan dari Sarawak Report.

Tak sia2 Najib berbelanja besar untuk konsultan dan tujuan2 khas.

Tapi dia belanjakan duit rakyat. Bukan duit sendiri.

mdcasa said...

Saudara Tinta Hitam.
Bukan bangsa melayu tidak serik rasa ditipu, tidak dibela sebaiknya tentang hak hak Melayu malah ditarik sedikit demi sedikit dan pada masa yg sama kita juga harus berterima kaseh pd UMNO diatas jasa parti keramat itu khususnya oleh pimpinan terdahulu seblm era PakLah khususnya.
Permasaalahannya adalah soal pilihan yg ada. UMNO adalah yg terbaik dpd yg ada walaupun kita dah mula benci dgn pemimpin2 UMNO yg korup dan ahli2 yg sudah tidak ada roh perjuangan.
Sebenarnya umat melayu islam amat berharap agar PAS dpt mengisi lompang ini dgn saf kepimpinannya menunjukan aura pimpinan yg menyeluruh semua bidang bkn sahaja berkisar disekitar isu ugama shj dan juga bkn pemimpin yg hanya pandai memaki hamun org dan berlawak jenaka bg memenuhi ruang ceramah.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Jika XAJ pernah dibayar oleh PSI, kali ini ada kemungkinan dia ditawarkan bayaran oleh 1mdb pula. Matlamatnya utk memutihkan segala tindak tanduk 1mdb dengan mengaku bahawa maklumat yang dibocorkan kepada sr adalah palsu. Cash is king tidak kisah berapa harganya asalkan lehernya dapat diselamatkan. Jangan twrkejut jika XAJ akan berbuat demikian untuk mewujudkan persepsi yang mengelirukan.

Unknown said...

Datuk, apakah wajar mengambil 1.5j warga asing walhal sekarang sudah pun lambakan warga asing? Salah satu sebab ringgit kita lemah adalah kerana pengaliran wang keluat oleh mereka dan juga warga tempatan terpaksa menganggur kerana semua entry level kerja termasuk supervisor telah diisi oleh warga asing. Nampaknya menteri umno mau sabotaj ekonomi orang melayu dan punca kejatuhan RM. Tak pelah sekurang nya ada seorang dua datuk umno yang akan kaya raya kerana permit.

yana said...

Salam Datuk AKJ,

Xavier warga Swiss saya rasa ia bukan suatu kebetulan dia berada dalam PetroSaudi. Maksud untuk memudahkan urusan pemindahan wang ke bank2 Swiss. Kalau Datuk pernah tonton filem Riza Aziz 'Wolf of Wall Street' cash juga dibawa masuk secara seludup melalui penumpang kapalterbang. Walaupun filem anak DS Rosmah Mansor ini kononnya liberated sebab punya trend terkini Amerika yakni pornography yang dipertonton kepada umum (seperti Fifty Shades of Grey), namun cara-cara atau the ways of these scammers buat kerja diperkongsikan kepada yang tergamak menonton filem lucah ini (kalau tak tergamak kita tak akan tahu perlakuan anaktiri PM kita).

Jadi berbalik kepada XAJ berkemungkinan dia juga digunakan sebagai kaldai bawa masuk wangtunai ke Switzerland di samping urusniaga transfer dsbnya. Walaupun kononnya dia adalah eksekutif IT. Mujgkin juga termasuk pakar pindah memindah wang secara dalam talian. Apapun berkemungkinan apabila tujuan asal syarikat ditubuhkan adalah untuk niat permainan wang haram.

1MDB...lu pikir la sendiri...apabila ia juga saling berurusniaga dengan PSI. Jangan sangka asal pak Arab je mereka itu maksum macam Nabi s.a.w. dan para nabi semua. Untuk pengetahuan pak Arab Aabar Investment (CEO) itu mengakui beliau selain Riza Aziz yang bertanggungjawab membiayai pembikinan filem tersebut (sumber kalau rajin sila baca artikel bulan april 2015 di blogspot seorang bernama tunkuaisha).

So Datuk saya ingat maka bermulalah sudah ceritera 1MDB drama plot seterusnya yakni kambing hitam pertama sudah keluar...kambing hitam XAJ yang well fed handsomely paid for the act. Selepas ini tunggu sahajalah kemunculan kambing-kambing hitam lain yang akan menyusul. Semuanya untuk memberitahu bahawasanya 1MDB dan PM tidak berdosa tau. Sebab tu lah PM tak teragak lagi untuk guna duit 1MDB baiki masjid, bagi orang pegi haji... duit halalan thoyiban tau... sambil menangis airmata buaya (croc tears).

Terima kasih Datuk A. Kadir Jasin. Selamat berbuka puasa maghrib nanti.

aku said...

Kadiag, salaam...apa habak ? Baik ka ? Tulihsan hang kali ni baguih, Alhamdulillah, hang pakai basa mudah dan seperti aku dok tengok, banyak maklumat.
Cerita baru hang ni buat aku teringat apa depa kata 'nobel terpendek di dunia'. Basa dia pon mudah jugak. Lebih korang macam ni...
"It was a dark and stormy night. Suddenly, a shot rang out. A door slammed. The maid screamed. Suddenly, a pirate ship appeared on the horizon...."
Terlintaih macam nobel ni set di Malaya pulak...akiak sekali semoga kita semua dapat tankap fadilat Lailatul Qadar. Wa sallam.

matpenang said...

Ini projek cepat kaya pemimpin umno.

Negara dah kena jual kerana salah urus tadbir@ KHIANAT

ismailrosiah said...

Assalamulaikum Dato, KJ cuba nak cari payung atas kes 1mdb moga dengan kenyataan macam tolol ini dapat la menarik minat PM untuk terus mengekal dia dalam kabinet kerajaan malaysia. Dato isu nya bukan apa cuma penjelasan kemana lesap nya wang 1MDB itu soalan pokok. OK dato undur diri dulu WASSALAM

Unknown said...

Dear DAKJ,

Mohon laluan Dato',

Najib ni sebenarnya dah sakit. Dah tak ada rasa malu, menipu rakyat Malaysia hidup hidup. Baru baru pulak,1MDB banyak berjasa pada ugama Islam, bagi 20 juta untuk menaiktaraf masjid di Kg Baru. Perdaya semua orang masjid yg datang. Layak sangat dia dan gerombolan dia yang mempertahankan 1MDB pergi pemeriksaan otak. Tempat sesuai bagi mereka sementara waktu ni ialah di Tanjung Rambutan.

Betul betul malu pada bangsa sendiri. Lagi boleh cakap pasal good governance lah, SOP lah, suruh SPRM buat penyesiatan terperinci lah pasal pembelian blok apartment di Australia dan macam macam lagi lah. Saya pun terkejut, graduate Oxfort, macam Khairi, pun boleh menyalak macam manusia tak boleh buat pertimbangan. Tak kan lah SR di kecam seolah olah semua yg di terbitkan tak boleh di pakai langsung. Orang kampung boleh lah tipu dan gula gulakan mereka.

Saya sangat berterima kasih kepada orang luar seperti SR ke atas usaha mereka yg tidak mengenal jemu. Juga terima kasih ke Justo. Tanpa mereka habislah duit negara kita Malaysia di lesapkan. Bukan 10 juta ke 50 juta ke, tapi melibatan skandal yg terlalu besar 42 billion (42,000,000,000.00). Yg kita tak tahu entah apa lagi yg lesapkan.

Yg peliknya, kenapa pulak manusia pengkianat dah durjana tu, si Jo low tu, langsung boleh di lepas pandang begitu saja. PDRM, SPRM dan Bank Negara jangan lah tunggu lagi. Keadaan sebenarnya dah sampai ketahap yg membolehkan badan badan ini bertindak tanpa menunggu lagi arahan atasan. Kan kita ni ada raja. Nak tunggu Zahid bagi arahan, tak payahlah. Sebenarnya rakyat Malaysia, termasuk ramai yg senyap dalam UMNO akan duduk di duduk di belakang badan badan ini. Buat lah sesuatu demi negara kita ini ketika rakyat rata rata tersangat memerlukan badan badan dan suruhanjaya ini untuk melaksanakan tugas siasatan terus ke atas penyangak penyangak ini yg berlindung di atas nama pemimpin negara.

Sebelum ini, saya proud jugalah to be a Malaysian. Tapi sekarang tidak lagi, kalau kita boleh berfikir dah semacam rasa malu nak kata " I am from Malaysia".

Sakan said...

TOK, orang kita Melayu sangat mudah ditipu sebab mengaji tak cerdik, balajar malas. Baca tak mahu asyik tengok drama mengarut. Justa kena taangkap ka ataau tidak, salahka atau tida, tipu ka atau tidak, 1MDB hutang juga.

Sakan punya hutang. Bukan kecik-kecik anak RM42 bilion. Beli aset dari taukeh China dan India malah. Duit pi mana? Kompani rugi tapi bagi derma. Hantar orang pi Mekah dan buat mesjid guna duit hutang. Islam tak suru hmacaam tu. Islam tak surah pi Mekah dng duit hutang.

Dukacita bila desperate guna Islam untuk tutup tipudaya 1MDB buat duit untuk JHo Low dan kuncu-kuncu dia.

Sakan.

ADUHAI said...

Salam Datuk AKJ,

1. SR mengeluarkan berita, jadual, emel serta amaun skandal 1MDB sejak 2009 lagi.

2. Antara lain beban faedah sebanyak RM2.7billion setahun bagi bon-bon yang hanya akan matang 30 tahun lagi.

3. XAJ ditangkap di Thailand atas tuduhan memeras ugut dengan memutarbelit dokumen PS dalam minggu ini penghujung Jun 2015.

4. Diantara 2009 sehingga XAJ ditangkap, ada tak kemungkinan 1MDB dan PSI "membuat" semula dokumen2 yang telah dikeluarkan oleh SR dan mengklaim sebagai dokumen asli.

5. Yang mana sebenarnya yang asli dan yang "tampered" ni?

6. Sesiapa yang pakar boleh beri pencerahan sikit.

7. Heheheheheheheh tipah tertipu

hajibaharudin said...

Salam dakj
Salam ramadhan kariem

CEO Imdb akan mengadap PAC sebaik Xavier ditangkap atau dan ini adakah secara kebetulan? Adakah INI satu perancangan lanun dan perompak

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Berkaitan IMDB dan penangkapan Justo.

Nampak nya mantan menteri Zam lebih direct. Tak berkelit kelit dalam penelitiannya.

Poin paling meyakinkan oleh Zam adalah sekonyong2 wartawan MAP bernama NST media UMNO yg tinggal nyawa2 ikan boleh pulak berada di Thailand untuk melapur kejadian penangkapan Justo.

Kenapa berita ni direct. Bukan dari sumber agensi berita Thailand.

Siapalah yg Najib cuba nak tipu.

Berkaitan komen KJ lulusan Universiti Oxford.

Agaknya lepas beliau tamat belajar di u terkemuka tu, ada wayar dalam otaknya dah terputus.

Mana mungkin budak Oxford beri komen macam standar blogger bangang.

Di Msia waktu ini selain pemimpin pembangkang, cuma ada 3 pemimpin berani tegur Najib.

Iaitu TDM, ZAM dan DAKJ.

Tun Daim dah diam ke.

Lahuma said...

Orang Melayu dan rakyat Malaysia janganlah jadi setia yang membuta tuli.
Sepatutnya setia pada kebenaran.Bukan setia pada kepalsuan kerana diberi makan dedak.

Macam -macam cerita amat kotor sudah terbit dari 1 MDB sampai cerita MARA pun ada masaalah.

Orang UMNo janganlah jadi penyokong kuda kayu sampai tak tahu beza yang benar dengan palsu atau pembohongan.

Khabarnya hari hari pemimpin UMNo dijamu makan bersama bos mereka.
Selepas itu diberi upahan untuk jadi manjadi setia.

PAC pun banyak main wayang dengan 1 MDB.Adakah masuk akal siasatan pun macam tenggelam timbul.

Begitulah hebatnya penyangak mencuri duit.

Puncanya bila ketam barjalan tak betul.Makan anak-anaknya jalan bengkok .Malah lagi teruk dari mak bapa ketam.

Maka UMNo dan nasib orang Melayu dijadikan benteng kesilapan mereka.
Maka melompat dan berteriaklah askar upahan ini.

Rupanya itu kerja mereka selama ini.

Terima kasih DaTO.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Hari ni semua bank di Greece di tutup . Bagi elak panik dan pelangan serbu mahu keluarkan wang mereka.

Besuk 30/6 rasanya rasmilah sudah Greece tak mampu bayar hutang yg mereka janjikan kpd banyak pemiutang termasuk IMF.

Ngeri bila difikir apa akan terjadi kpd rakyat Greece . Nak berniaga dgn siapa kalau tiada yg percaya.

Nak beli brg makanan drpd siapa kalau hutang lama belum lunas.

Greece sekarang sudah jatuh ditimpa tangga. Di hempap pasu bunga dan pasu yg ada tahi ayam pulak tu.

Pengajaran drpd Greece. Biar papa asal bergaya. Kerajaan berbelanja lebih dgn berhutang. Bila pendapatan negara tak cukup mulalah buat hutang baru nak tutup hutang lama.

Bila pemiutang lama serentak minta bayaran. Dan org2 yg selama ni tolong beri hutang baru dah tarik brake maka bangkrupla Greece.

Kalau individu dan syarikat boleh bankrup siapa kata negara tak boleh?

Dalam kes Msia bila duit PNB, TH, KWSP, KWAP, BANK, PETRONAS tak lagi selamat maka bunga2 macam Greece tu semakin jelas.

Pesara kerajaanlah yg bakal paling merana. Sebab merekalah yg paling bangga sokong UBN.

Cina dan India tak ramai pesara kerajaan.

Berdoalah agar Najib cepat berhenti dan negara selamat.

aku said...

En Sakan, salaam, duit 1MDB, yg depa kata guna untuk hantak orang pi Makkah, rasaa la bukan saja duit hutang, tapi mungkin jugak yg palit dgn riba' dan lain2 subaHah. Berkenaan masjid Kg Baru pulak, duit untuk merobohkan bangunan yg lama yg masih gagah dan dlm bentok yg terpahat sebagai mercu dlm diri aku ni pon mungkin dari sumbak yg sama. Macam2 hai jadi, orang terjun dari menara azan la...aircond tak hidup la, sungguh pon ada kipaih2 gasi, asyik dok kisak udara panaih laa...sebab bangunan baru tu korang saloran keluak masuk udara, pasai nak pakai aircond, dan bentok baru ni, tak nampak macam masjid pon, tapi kot aku ni depa kata jenih ol fesyen kot...wallohua'lam. Astaghfirulloh. Mungkin puak2 mufti atau orang2 'alim dapat bagitau sikit....

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Ramai yang tidak setuju dengan PAC kunonnya berat sebelah kerana ada pembangkang dalam PAC.

Sekadar perbanding, di Malaysia, PAC adalah badan di bawah Parlimen dan Dato Nur Jazlan dari BN adalah ketua PAC.

Berbeza di UK, chairman PAC adalah dari Parti Pembangkang yang utama. Hal yang sedemikian kerana rakyat orang putih mungkin lebih cerdik atau "wise".

Sudah tentu, kerajaan yang sedia ada lebih berhati-hati dalam urusan perbendeharaan sekiranya ketua PAC adalah dari ketua pembangkang dalam Parlimen.

Obama Bangau said...

Dato, saya bimbang satu je. Kemungkinan besar 1MDB @ Najib yang bayar si XAJ tu dan pusinh cerita kononnya PSI yang bayar. Apalah ada pada 15 juta dibandingkan yang dah beribu (beliyon) juta yang dirembat olih Najib dan kroni. 15 juta tu `kacang peas` saja daa...

Kawanlama said...

Sdra Zed, agaknya sejak bila pihak pembangkang dijemput menganggotai PAC dalam negara ini?

Kawanlama said...

Terima kasih Datuk AKJ,

Sdra Umar ini kalau komen biarlah berisi sikit, tolong bandingkan data2 ekonomi negara ini dengan Greece dan negara2 lain.

Tolong berikan negara2 yg sudah bangkrap dalam sejarah dunia ini?

Ulas hanya dengan modal air liur amat lah mudah kot.

Kawanlama said...

Sdra Lahuma, apa agaknya perbezaan antara kebenaran dan kepalsuan?

Adakah dengan maklumat di akhbar, blog dll dengan tiada keputusan keadilan melalui sistem undang-undang itu dah jadi pegangan sdra?

Kawanlama said...

Komen sdra Umar kali ini lebih teruk daripada mereka yang dah putus sebahagian daripada urat otak agaknya.

Penggunaan media arus perdana dalam pertahankan pemerintah telah dilaksanakan sejak dulu lagi. Tanya lah TDM, ZAM & DAKJ..

Unknown said...

Sdr Zed-85.

Oleh kerana UBN dah terlalu lama bergelumang dgn dosa dan salah guna kuasa maka parlimen Msia dijadikan macam pertunjukan sarkis yg diketuai lanun bernama Speaker.

Mana mungkin UBN mahu lepas jawatan ketua PAC.

Saya masih ingat di Australia.

Oleh kerana mereka menghormati jawatan ketua pembangkang maka beza gaji antara perdana menteri dgn ketua pembangkang cuma sekitar AUD5000 sahaja.

Di parlimen Msia elaun ketua pembangkang macam melepas batuk ditangga berbanding dgn pelbagai pendapatan perdana menteri.

Negara kafir pun tak zalim.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Dua minggu lalu Ahmad Maslan memberi 3 sebab kejatuhan nilai ringgit.

Pertama kerana komen2 negatif TDM.

Kedua kerana kejatuhan harga minyak mentah.

Ketiga kerana kejatuhan harga minyak sawit.

Hari ni spt kata sdr Azhar. Atas dasar Qada dan Qadar kejadian kegagalan ekonomi Greece bolehlah dijadikan sebab KEEMPAT kejatuhan nilai ringgit.

Najib dan Ahmad Maslan tentu ibarat org mengantuk disorong bantal dan bersyukur giler atas kejadian kebangkrapan Greece.

Percayalah selepas ni MAP akan jadi burung kakak tua menjadikan Greece sebagai kambing hitam atas kegagalan Najib tadbir negara.

RAWA LANUN-BAHASA said...

The scribe
Salaams

Kita pun heran:

Bangkok Post quoted Thai police as saying Justo, 49, was paid the equivalent of 140 million baht (RM15.51mil) to leave the company after he was found to have “behaved against the company’s rules and regulations”.

Dan kita heran di Malaysia sekarang ini seolah-olah selainlah Raja-raja Melayu, ada golongan yang tak tertakluk kepada Undang-undang Negara yang berlaku keatas rakyat yang lain. Bagaimana pula bilanya Hukum Hudud ala PAS berlaku?

Yang dekat pada Tuhan Nabi Muhammad saw adalah mereka yang bertaqwa, bukan begitu?

Heran kita dengan nama tuhan apakah mereka bersumpah sebelum tanggung amamah yang mereka pikul? Tuhan Nabi Muhamaad saw perintah sempuranakan perjanjian, tak begitu The Scribe?

Dan kita heran kenapa PATI Afrika dan Timur Tengah ramai lari ke EU?
Semacam Tamaddun Arab Moden dah hancur. Dan mungking dalam pembunuhan ramai-ramai sesama mereka yang tinggal ramai yang pandai jual agama.

Heran kita kerana faham dari Kerajaan BN seolah-olah Presiden UMNO kata Duit dan Kekayaan boleh beli TAQWA; dan PAS pula kata ikut ulama mereka masuk syurga.

Maka kita amalkan doa dalam ayat 67-68 surah al-ahzab:

33:67
And they will say, "Our Lord, indeed we obeyed our masters and our dignitaries, and they led us astray from the [right] way.
33:68
Our Lord, give them double the punishment and curse them with a great curse."


Kerana itulah antara yang patut kita mampu buat dalam kerobohan tamadun Melayu yang sedang berlaku; dan PAU suah pun ditangguhkan sekali lagi.

Maaf kerana kita ini pun baru belajar bertaubat.

Salam Hormat.




ADUHAI said...

Datuk,

Agak2 kalau dokumen XAJ tu palsu, sanggup ke dia nak blackmail?
heheheheheheh

Zed-85 said...

Saudara Kawanlama,

Komen saudara,

Sdra Zed, agaknya sejak bila pihak pembangkang dijemput menganggotai PAC dalam negara ini?

Komen saya,

Agaknya zaman Tun Abdul Razak. Agak saudara bila rasanya? Saya pun hendak serkap jarang juga.

Yang pentingnya adalah konsep "separation of power". PAC adalah dibawah Parlimen, bukan kerajaan, oleh itu kalaulah anggota PAC kesemuanya anggota kerajaan, maka tidak bermaknalah PAC.

Ada juga yang mengatakan PAC tidak sepatutnya ada anggota pembangkang.

Walhal PAC di UK dan Canada diketuai oleh pembangkang.

Mat Sabu kata PAS kena "tipu" oleh UMNO dalam soal hudud kerana sampai sekarang tidak dibahas pun di parlimen walaupun perkara lain boleh dibahaskan sampai 2 pagi di Parlimen.

Saya tidak mahu bahas tentang PAS tetapi soal "tipu".

Banyak anasir zaman sekarang ini hendak menipu orang melayu. Orang melayu tidak boleh biarkan ditipu sepanjang zaman.

Nick JTK said...

Assalamualaikum Datuk, para pengkomen serta Salam Sejahtera.

Ini adalah kali kedua tergerak hati saya nak turut sama memberi pendapat kerana isu 1MDB ini dah pun masuk ke plot yg sangat2 menarik perhatian jika dibandingkan dgn kesemua drama/filem yg dihasilkan oleh karyawan negara kita.

1. Pernah dulu saya katakan saya 'tidak memihak'. Maksud sebenarnya adalah dalam politik saya tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti pun.

2. Dalam isu 1MDB ini, saya memihak kepada barisan pengkritik 1MDB kerana saya adalah pembayar cukai secara PCB yg mahu tahu kemana perginya duit rakyat yg 'dipergunakan' oleh kerajaan.

3. Sama ada perlu atau tidak 'bail out' akhirnya nanti duit rakyat jugalah yg akan menjadi sandaran untuk kerajaan membayar segala pinjaman kerana barisan kerajaan masa kini tak pandai berniaga, asyik rugi, kaki songlap serta mudah sangat diperbodohkan oleh pihak lain. Juga suka memperbodohkan rakyat dengan imbuhan'rasuah' yang mahukan rakyat menerimanya sebagai pemberian ikhlas 'rakyat diutamakan'.

4. 'JUSTO' dibaca dalam bahasa Melayu bermaksud 'hanya/sekadar untuk'. Kemushkilan saya mungkinkah hadirnya 'Justo' ini 'hanya sekadar untuk' membersihkan segala salahlaku 1MDB serta PM Najib..???

5. Kepada para penyokong 1MDB lebih2 lagi kepada barisan penjilat pengampu bontot PM serta isteri, gunakanlah akal yg ada di kepala anda tapi jgnlah gunakan akal kepala lutut.

6. Andaikata ANDA melakukan kesalahan di tempat kerja dan diminta oleh majikan supaya anda meletakkan jawatan dengan dibayar pampasan sebanyak RM 15 juta. Agaknya kenapalah anda ditawarkan pampasan yg sangat lumayan tersebut jika bukan kerana tujuan 'menutup mulut' anda kerana anda tahu segala rahsia syarikat dan anda jugalah orang yang melakukan segala urusan kotor untuk majikan anda.

7. RM 15 juta tu sebenarnya dah boleh cukup pakai sampai ANDA mati tanpa anda perlu bekerja semula dimana mana syarikat lain... Betul tak..?

8. Tapi ANDA rasa tak cukup kerana anda rasakan terlalu banyak urusan kotor yg anda uruskan dulu dan anda tahu bahawa majikan anda perolehi hasil yg beratus kali ganda daripada yg diberikan kepada anda.

9. Lalu ANDA pun meminta supaya diberikan sebanyak RM 10 juta lagi dan jikalau tidak dipenuhi anda katakan bahawa anda akan dedahkan segala urusan kotor yg telah anda uruskan dulu serta semua rahsia syarikat kepada pihak lain.

10. Kenapa ANDA tidak takut untuk meminta lebih, adalah kerana ANDA ada bukti serta salinan yg anda dah buat sebelum anda meletakkan jawatan dahulu.

11. Jadi kepada para penyokong setia 1MDB, kepada semua menteri dan pemimpin politik yg telah mengeluarkan kenyataan media untuk menunjukkan bahawa anda seorang penjilat serta pengampu yg setia kepada bos anda, itulah situasinya jika ANDA berada di tempat 'JUSTO' dan anda sudah semestinyalah perlu sedar dan takut lalu insaflah di bulan mulia ini.

12. Umpama kata MP Raub, dengan memberikan segala alasan ataupun menggariskan langkah keluar dari permasalahan, hakikatnya 1MDB serta MoF tetap juga telah melakukan kesalahan pada peringkat yg awal lagi dan kesalahan itu tidaklah dapat dimaafkan atau dilepaskan begitu saja tanpa hukuman dan dipertanggungjawapkan.

13. Saya adalah peminat TDM sejak remaja tapi saya bukanlah penyokongnya. Apalagi dengan DS Najib, minat tidak sokong lagi lah tidak.

14. Sasterawan Negara Prof Shahnon Ahmad pernah memberikan pendapat dan kritikannya dalam sebuah novel dengan menggunakan 'SHIT' sebagai tajuk dan 'kepala taik' sebagai watak utama. Cerita mengisahkan barisan 'taik-taik' yg diketuai oleh 'kepala taik' pakat berebut nak keluar dari lubang taik yg telah tersangat busuk. Malangnya, selagi si 'kepala taik' yg dah sembelit mengeras tak dapat keluar maka begitulah juga nasib kepada barisan 'taik-taik' yang dibelakngnya. Malangnya novel fiksyen ini telah pun diharamkan di Malaysia...

Sekian terima kasih... Selamat berpuasa

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Hari ni kerajaan UBN dengan selambanya umum kenaikan harga minyak lagi.

Naik antara 10-20 sen per liter.

Hairannya dalam keadaan harga pasaran minyak dunia semakin turun berbanding harga bulan Jun.

Najib memang berani.

Berani tabur janji. Berani tarik balik subsidi minyak. Berani terlibat dalam pelbagai kes spt IMDB.

Macam2 skandal.

Kalau tak silap antara sebab Najib batal subsidi minyak kerana janji nak salur wang baiki sistem pengangkutan awam agar lebih murah dan cekap.

malah tambang bas dan teksi naik jugak.

Bersama2 dgn pengenalan GST , memang lengkap keberanian Najib uji kesabaran rakyat.

Rasa2nya lepas raya ni tol pulak akan naik.

Lepas TNB bailout IMDB, tak kan la tarif letrik dok takok lama?.

Semua ni boleh berlaku kerana ramai sgt Melayu bodoh2 alang macam Kawan Lama.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Tepat pukul 6 pagi tadi waktu Msia rasmilah sudah Greece jadi muflis kerana gagal membayar balik hutang USD1.7B yg mereka pinjam drpd bank negara dunia bernama IMF.

Kegagalan ini mempunyai banyak impkikasi.

1. Greece menjadi negara maju pertama di dunia yg gagal bayar hutang.

2. Selepas ini giliran negara2 pemiutang yg lain pulak akan menerima nasib yg sama iaitu hutang mereka tak dibayar oleh Greece yg dah tiada wang.

3. Sebagai negara bangkrup Greece terpaksa mulakan hidup baru mungkin sebagai negara miskin di eropah. Negara miskin bererti rakyat jugak hidup susah untuk entah brp tahun akan datang.

Apalah beza dgn syarijat penerbangan MAS lama yg baru bangkrup dan diganti dgn entiti baru bernama MAS jugak. Terpaksa buang pekerja dan runding balik hutang2 lama.

4. Kalau individu di istihar oleh mahkamah sebagai bangkrup maka beliau akan banyak kehilangan hak kebebasan berbanding sebelum menjadi bangkrup.

pemiutang individu muflis biasanya tidak akan dpt balik kesemua wang mereka. Mereka dikira bernasib baik kalau boleh dpt balik 50% saja.

Dalam kes Greece , bank atau negara pemiutang terpaksa lah memulakan hidup baru dgn Greece yg muflis termasuk terpaksa memberi potongan atau diskaun asalkan masih boleh dapat bayaran dari Greece.

Kakitangan dan pesara Greece jugak tentu antara golongan paling menderita sebab majikan mereka dah tak cukup wang.

5. Berapa terukkah kesan Greece muflis terhadap ekonomi Msia, telah pun kelihatan pd kejatuhan nilai ringgit yg berterusan.

Negara ekonomi kuat macam Spore tak akan terkesan apa2.

Ada betulnya kata2 gobenor BNM Zeti kejatuhan nilai ringgit dan seterusnya ekonomi negara Msia berkait rapat dgn persepsi pelabur dalam dan luar negara.

Kalau dah jelas lanun2 yg jaga ekononi dan kehakiman Msia tak mungkin pelabur nak tunggu.

Tak susah nak faham. Betul tak.

Kecuali pd blogger yg bangang lagi makan upah drpd PMO.

Unknown said...

Bijak2 ADUHAI.

Terima kasih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).