Thursday, June 04, 2015

Mohd Najib: Saya Bukan Darah Sembarangan


A Kadir Jasin 

 
MUTAKHIR, 5 JUN – Ramai memanggil dan menghantar SMS meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat dengan “no show” Mohd Najib di majlis dialog “Nothing2Hide” dengan NGO di PWTC pagi ini.

"Nothing2Hide" - Polis halang Tun Dr Mahathir

Tapi jangan bersangka buruk dan marah kepada Pahlawan Bugis yang darahnya bukan sembarangan itu.

Saya yakin ada alasan yang kuat misalnya beliau terlebih tidur dan bangun lewat kerana semalam terlalu nyenyak tidur sebantal dengan isterinya.

Atau mungkin beliau menderita maladi “hypersomnia” yang serius. [The main symptom of hypersomnia is excessive daytime sleepiness (EDS), or prolonged nighttime sleep, which has occurred for at least three months prior to diagnosis.]

Mohd Najib: Pahlawan Bugis atau "Joker"?

Tidak tahulah saya kalau beliau mengidap maladi yang lebih kronik separti “gila isin” (istilah utara daripada bahasa Inggeris “insane”) dan lebih teruk beliau kawar (kawag) (daripada istilah Inggeris “coward”). Atau beliau seorang “joker” yang mempersendakan khalayak. Untuk selamatkan bos mereka daripada dimalukan di depan khalayak, budak-budak PMO salahkan polis. Adoi, lawak.

POSTING ASAL
 
PERDANA Menteri Datuk Mohd Najib Abdul Razak berkata beliau dan isteri akan nyenyak tidur sebantal setelah mendapat sokongan rakyat Sarawak.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Serentak itu, beliau  memberi kata dua agar jangan menguji beliau kerana katanya, darah yang mengalir dalam tubuh beliau bukan darah sembarangan.

Beliau dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Kuching, hari ini.

Sarawak buatkan PM boleh tidur nyenyak
"Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya besemangat diplomatik, tapi semangat  kepahlawanan tetap ada dalam diri saya.

"Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya," katanya.

Sebelum ini, ketika berucap di majlis pelancaran laporan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Mohd Najib berkata, pantang pahlawan Bugis menyerah kalah.

Keturunan Mohd Najib dikatakan datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan. Beliau sendiri mendapat gelaran “Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone” pada tahun 2005 yang menjadikan beliau “Pahlawan Gowa”.

Sarawak menjadi negeri terkini, selepas Sabah, Pahang dan Perlis, yang “mengikrarkan” sokongan kepada beliau dalam rangka lawatannya ke seluruh negara bagi melawan cabaran terhadap pemerintahannya.

Tambah Mohd Najib lagi: "Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun  sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang."

Malam ini mereka nyenyak tidur sebantal

Sambil menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohd Najib berkata: "Dia (Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem) hanya minta satu penggal saja - lima tahun lagi pentadbiran - bukannya 22 tahun."

Katanya lagi: “ Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya kena turun kerana kehendak seorang.  Saya dipilih siapa? Rakyat bukan rakyat Malaya (semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai 'Apai Besai'. Saya nak tanya orang Sarawak... nak lagi saya jadi PM ke tidak?"

"Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.”

Isi Hati Mohd Najib

Kalau Mohd Najib kata beliau boleh baca hati orang, kita pun boleh baca hati beliau. Beliau sebenarnya tidur tak nyenyak walaupun tidur sebantal dengan isterinya.

Misalnya, beliau memilih negeri kelahiran beliau sendiri (Pahang) dan disusuli oleh Sabah, Perlis dan Sarawak kerana beliau tahu mudah mendapat audiens yang ramai bagi menyambut beliau serta bertempek sorak dengan beliau di negeri-negeri luar bandar yang miskin.

Ini adalah selaras dengan pergantungan Barisan Nasional kepada kerusi luar bandar. Lawatan ke Sarawak mempunyai erti tambahan kerana negeri itu akan mengadakan pilihan raya dewan undangan tidak lama lagi.

Kemenangan besar BN Sarawak penting untuk kelangsungan pentadbiran Mohd Najib. Tetapi tidak seperti di Semenanjung dan Sabah, BN pusat tidak mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Sarawak kerana BN Sarawak terdiri daripada parti-parti anak negeri. Parti-parti BN pusat tidak diwakili di negeri itu.

Jerayawara (roadshow) ke negeri-negeri miskin ini juga penting kepada Mohd Najib kerana audiens umumnya tidak tahu dan tidak faham isu-isu besar yang menghimpit kepemimpinan beliau seperti 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan hutang negara yang semakin meruncing akibat kelemahan mata wang.

Beliau hanya perlu berpidato berapi-api dan menjanjikan habuan itu dan ini sambil mendabik dada mengatakan yang beliau berdarah raja. 

Wallahuaklam.

125 comments:

zainal abidin awang kechik said...

Darah apa pun yang mengalir tetap darah merah...
Dari Allah jua kita datang kepada Allah jua kita kembali...
Jangan Di bangga darah itu jika Di luar tubuh tetap darah yang perlu Di basuh.. Ya Allah berikan Dia Jalan yang lurus...

" macam antara dua darjat "

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalau tidak boleh tidur, apa yang dipikirnya?

Adakah kerana pikir masalah orang melayu yang ramai susah atau pikir masalah sendiri?

Saya agak bersimpati dengan beliau yang tidak boleh tidur walhal rakyat jelata rata-ratanya dapat tidur nyenyak malam hari bersama dengan BR1M dan GST.

Berkenaan dengan "Darah Sembarangan". Ini sudah macam cerita "Game of Throne".

Harap-harap pahlawan kita dapat berentap dengan Pahlawan senior 90 tahun pengalaman, one to one dalam kaca TV nanti.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum DAKJ.

Tanya Najib bila nak tunai manifesto PRU13 nak beri royalti minyak 20% terhadap Sabah dan Sarawak.

Bagusla tu. Berapi2 depan sesama penyamun atau si bongok.

nabil suffian said...

Bongkak nya "anak raja yg seorang ini" kalau lah raja pun....takbur sungguh..tp nampak sgt sungguh "desperate..

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Dalam debat forum yang berlangsung nampaknya banyak pahlawan-pahlawan yang bersedia untuk lawan Tun Mahathir. Ahmad Maslan ada, Tunku Abd Aziz pun ada.

Saya ingat satu orang pahlawan sudah cukup?

Saya teringat dahulu debat antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery. Walaupun Ahmad Shabery kalah sedikit tapi sampai sekarang saya tabik dia kerana berani.

Yang penting bukan darah jenis apa tapi keberanian.

Di hospital besar, darah apa pun sama saja, cuma ada A, B, O dan AB. Darah bugis, jawa atau Riau tidak ada.

usin said...

Dato', salam.

Kalau dalam pilihan raya 2014 Mohd Najib dilanda tsunami cina, ada kemungkinan dalam pilihan raya akan datang Mohd Najib menghadapi tsunami sarawak?

wara said...

pahlawan tahi kucing. pahlawan penipu. come and tell the people of kl you are a pahlawan and see how they'll laugh at you.

Naza said...

Salam DAKJ,

Bercakap darah keturunan Diraja Bugis amat mudah tapi benarkah diterima oleh kalangan rijalul ghaib Bugis.. Rasanya pasti tidak. Cuma ada sikit terkilan bila beliau berkata-kata seolah-olah tidak meletakkan dirinya hanyalah 'hamba' kepada Allah SWT, bila-bila masa nyawanya boleh direntap. Seharusnya beberapa peristiwa musibah sebelum ini yang tak kita jangka sama sekali patutnya jadi teladan yakni kita jangan sesekali angkuh melebihi takdir dan ketentuan Illahi.

aku said...

Kadiag, salaam. Hang nampak dia mula2 pilih kawasan rakyat miskin untuk dia nak kempen. Alhamdulillah. Hanya aku nak boh sikit yg negeri2 ni, bukan miskin sebenaknya. Pahang, Sabah dan Sarawak sangat kaya dari segi sumber bumi, ttpi paling terpele'ot pemerintahan dia. Magnanya ada macam 'kesatuan', (orang la ni kata 'kesamaan') dari segi sejarah dan hala tuju. Jurang kekayaan (mat saleh kata 'wealth gap') antara pemerintah dan yg diperintah nala punya jauh, macam la rakyat biasa dgn dia dan mem dia kot. Magna kata, dia juga, kot la, mola dari negeri yg paling terpele'ot dulu,..orang Indon kata "daerah2 selingkuhan paling mendasar" yg sumbang buat rakyat rata2 miskin, dan mungkin yg tak sedag kediri (orang kata 'pendek akai') mudah diumpan dgn 'BRIM' la, projek2 segera 1 bilion la, cerita2 lagho, bugih la, darah dia lain la....banding layanan dia dan mem dia dapat kat Tanjong (padang sekolah Han Chiang, tak salah aku). Wallohua'lam.

Boley Jalan said...

Hek ele....dlm malaysia ni banyak darah raja, raja kapoor pun ade, setuju sangat kalau datuk kata dia tidur tak lena...dalam jaga pun dok merepek!

kluangman said...

Kenapa Najib lari menyorok di belakang bangsa bugis apabila terdesak dan tidornya terganggu.
Berapa jumlah pengundi bugis di Malaysia yang boleh membantunya.
Kenapa tidak ke tempat ahmad maslan di pontian majoriti bugis dan kenapa tidak minta tolong Sultan Johor yg juga berketurunan bugis.
Dan paling penting apakah bangsa bugis akan sokong jenis manusia seperti Najib yg lupa bugis tika berjet mewah dan bershopping sakan.

Kita empati dan simpati akan ketidak boleh tidor Najib dalam fokusnya kepada 1MDB tetapi kenapa Rosmah juga tak boleh tidor? Apa kaitan? Hantu mana pula yang mengganggunya.

Sekarang ni pun Najib jadi PM untuk 1MDB..Lain2 tugas PM sudah terbantut. Ingatkan Tun Mahathir beromongan kosong rupanya tepat kena batang hidung.

Urang Awak said...

Salam Dato,

Najib nampaknya seperti kehilangan modal lalu berceritalah dia pada orang2 kampong tentang keturunan dan darah yang dia miliki.

Najib memang low class ... tak ada berkarisma langsung.

yana said...

Salam Datuk AKJ,

DS Najib kata dia disokong oleh rakyat Sarawak...tetapi pada masa sama beliau juga mengugut jangan diuji kerna beliau bukan orang sembarangan... Mengugutlah namanya tu, cuba menakut-nakutkan serta memaksa. Seorang pemimpin atau ketua negara tidak perlu berdarah pahlawan atau bangsawan. Yang perlu adalah integriti seorang pemimpin - jujur, amanah, bersih, boleh dipercayai, bermaruah selain bijaksana serta berwibawa memimpin. Kalau berdarah pahlawan sekalipun kalau tak betul perilaku dan tindak tanduk sia sia sahaja harus disanggah kerana orang begini membawa mudarat serta kemusnahan.

Berkaitan sesetengah pemimpin BN di Sarawak Sabah yang 'yes sir' hampir pasti mereka yang mengharapkan imbalan... mungkin nak dapat share projek Pan Borneo, mungkin kemaruk nak jadi Ketua Menteri (Sabah, mengganti KM sekarang)... wallahuaklam.

Terima kasih Datuk. Selamat beristirehat dan sweet dreams Malaysia.

Lahuma said...

Dato.

Isu dia bukan isu pahlawan bugis atau apa-apa pun.
Isu dia PM Najib buat kerja tak muafakat dalam isu 1 MDB.
Sampai menteri kabinet pun tak tahu .
MKT UMN0 pun tak tahu pada awalnya dulu.
MB dan KM pun tak tahu.
Rakyat jelata pun lagi tak tahu.
Selepas di kritik oleh TDM dengan hebat baru mengeaku sikit demi sedikit.
Semua tahu urusniaga ini ada komisyen yang lumayan.

Bila terkepit dan terbelit maka dijualnya nama Melayu.Maka melompatlat setengah Melayu.
Demi Ketua bahagian UMNo sampai hari ini tidak berani berdepan dengan ahli sendiri dan orang ramai.

Ramai tahu Ketua bahagian telah diberi upah sokongan dan kacang putih.

Rakyat tahu semua ini.

Pengajaran pada semua yang bernama pemimpin termasuk UMNo.

Terima kasih Dato.

Genting sux said...

Apa kena memgena rosmah boleh tidur nyenyak sama? Najib ni dah nyanyuk sbenanye. Makin hari makin merapu. Apalaj dia asek asek ungkit pasal darah dia? Rasanye pasal ni bukan advisor dia punya buah fikiran tapi dia yg rasa semangat nak cita. Esok lusa nak cita pasal hidup senang masa kecik2 dulu ke sebab dpt duit genting?

JMS said...

DAKJ,

. Melihat kepada sejarah, di hari-hari terakhir kebanyakan pemimpin negara, mereka berlagak begitu angkuh, sombong dan bongkak tetapi tidak lama selepas itu jatuh tersembam ke tanah dan diheret ke mahkamah atau terpaksa mencari perlindungan di luar negara. Jadi jeritan kuat Najib setiap kali memberi ucapan hanyalah untuk melindungi kegusaran yang amat sangat akan masa hadapannya.

Urang Awak said...

Salam Dato,

Perkembangan terbaru yg dipetik dari sumber Malaysiakini pada pagi ini @ 10.50am ... Najib gagal hadhir di majlis forum “Nothing2Hide".

Hahaha.. Pahlawan Bugis hanya berani didepan orang2 kampong saja

Joe Black said...

Dato,

On DS Najib's efforts at desperately attempting to mask his ineptitude by posturing...The following advise is poignant to all his Cabinet since they are currently pondering on their future:

"Never work for anyone more insecure than yourself!"

"There is a long list of people for whom one should never go to work - crooks, racists, liars - but the most dangerous of the lot are those who are in over their heads. Anyone who feels inadequate to a position of authority will inevitably:

(a) trust the wrong people for advice.
(b) betray you at the drop of a name,
(c) mess up the whole enterprise and throw everyone into unemployment (if not behind bars - my comment).

Such people may not mean to do any of those things, but they are driven, night and day, by a fear of exposure. They know that they are inept; you know that they are inept; they know that you know it. Better always to work for a competent tyrant (such as Tun Dr Mahathir - my comment)" R. Rosenblatt.

nor ishak ismail said...

Hebat ... sungguh hebat orang Melayu di abad ke 21 ini masih lagi bermimpi dengan darah itu, darah ini. Ianya seakan amalan kasta di India. Bezanya amalan kasta di India semakin mencair, tapi di Malaysia ini semakin menebal dan bercambah sehingga PM sendiri mendabik dada tentang asal usul darahnya.

Saya kira cukuplah kita ada sembilan kerabat yang berdarah Raja. Sembilan kerabat ini pun dah penat rakyat menyembah dan melayannya. Lihat saja Istana baru Sultan Terangganu ... hampir hilang akal melihat keindahan dan kemewahannya ... saya melihatnya melalui klip video. Video klip tersebut digarap hampir kesemuanya oleh orang bukan Melayu.

Prihal raja ini siapa yang berani bersuara kecuali Chedet ... nak harapkan dia seorang, susahlah ... Chedet bukan berdarah pahlawan pun ... usia Chedet juga harus diambil kira.

Semalam di Temasya Sukan dwi tahunan SEA, Malaysia berjaya merangkul 1 emas 3 perak dan 2 gangsa. Malang sekali lagi tidak seorang pun yang berdarah Melayu memenangi pingat tersebut. Kalau ada pun Katrina Ann Hadi tapi dia bukan Melayu sejati ... dia berskirt dan berbaju mandi.

Pasukan yang banyak mempunyai darah kepahlawanan Melayu ia itu bolasepak akan balik dulu ... dah kecundang (dan memberi malu) sebelum pembukaan rasmi sukan pada jumaat ini.

Satu lagi pahlawan Melayu yang dilihat mundar mandir di Singapura adalah Dato Norza. Saya tak tahu berapa banyak persatuan sukan yang beliau ceburi (seolah-oleh tak ada orang lain yang layak) dan apa pula tujuan nya.

KM Sarawak Adenan Satem berdarah apa pula. Saya melihat setakat ini Adenan adalah seorang yang pintar dan budiman. Kita sedar betapa Sarawak seperti juga Terengganu dan Sabah adalah negeri yang mempunyai hasil ekonomi yang terbesar sekali diMalaysia, tapi malang seribu kali malang negeri ini jugalah yang termiskin dan terdaif sekali penduduknya dari segi pendapatan dan ekonomi. Negeri ini juga mempunyai peratusan bumiputra yang ramai. Persoalannya mana pergi hasil negeri yang melimpah ruah tersebut?.

Cuba kita lihat kawasan hutan Sabah/Sarawak di "Google Maps" dan bandingkan dengan hutan Kalimantan. Hutan Kalimantan kelihatan menghijau ... hutan Sabah/Sarawak dipenuhi (dicakari) oleh trek lori balak. Dari cakaran trek lori balak tersebut cuba kita bayangkan berapa banyak balak yang telah dikeluarkan. Sekali lagi kemanakah hilang hasil tersebut?.

Sarawak mempunyai banyak sungai dan antara pengangkutan mereka adalah melalui sungai. Malangnya prasarana pengangkutan air ini terbiar dan daif. Keselamatan bot hampir tak ada.

2 hari lepas sebuah bot kerosakan enjin, bukan bocor tetapi enjin rosak ... bot itu telah tenggelam kemudiannya yang mengkorban 6 nyawa orang miskin ... tiada langsung alat atau pelan keselamatan untuk kecelakaan seperti ini. Sepatut negeri yang mempunyai hasil yang melimpah ruah sudah tentu membelanjakan untuk keselamatan penduduknya?.

6 nyawa miskin itu hilang begitu sahaja tanpa apa-apa pembelaan ... tak seperti 2 orang Cina yang di culik di Sandakan ... duaminggu belum habis lagi ceritanya.

Orang Kampung said...

Orang yang. tidak dapat tidur malam atau makan tak begitu berselera orang orang Melayu dulu dulu kata sebab takutkan sesuatu seperti takutkan hantu atau mala petaka menimpa diri kerana teringat kesalahan yang dilakukan. Maka lahirlah pepatah melayu yang berbunyi berani kerana benar takut kerana salah .

mad said...

saya rakyat negeri sarawak. saya tolak secara total pentadbiran najib & bn secara total. saya tidak keseorangan. abu

zueyusof said...

Orang yang bercakap besar ni biasanya jiwa mereka kecil Dato'. Tengok saja, tak berani dia nak datang ke Program Dialog Nothing To Hide. Pahlawanla sangat.. Scapegoat kali ni IGP. Who's the next?

Unknown said...

Dato', ni apa cerita pahlawan gowa guna kpn batalkan townhall meeting...

zainal abidin awang kechik said...

PDRM zalim terhadap tun mahathir

A KADIR JASIN said...

1. Alhamdulillah, Tuhan Maha Kaya. Kalau Mohd Najib seorang Melayu, malulah semua orang Melayu berketuakan beliau.

2. Alhamdulillah, Tuhan Maha Pengasih. Mohd Najib mengisyitiharkan dirinya "Malaysian First". Di akhir-akhir ini beliau menjadi "Bugis First".

3. Alhamdulillah, Tuhan Seru Sekalian Alam. Daripada "Nothing2Hide", Pahlawan Bugis "went into hiding".

4. Kita tengok apa "spin" Encik Rizal dan mother-of-all- PR Lim Kok Wing selain menyalahkan polis.

Wallahuklam.

Terima kasih.

joe black said...

Dato,

Sanggup Ahli Ahli UMNO melihat Bekas Ketua mereka yang telah begitu sekali berjasa kepada Party dan Negara di beri layanan saperti kaki jalanan....Sekurang kurangya biarlah dia habis bercakap. Dihalau begitu sahaja...Memang betul Tun Dr M pernah menulis "Melayu Mudah Lupa".

Dari pandangan moral memang patutlah UMNO ini kalah dalam pilihanraya akan datang For Having No Shame!

vasantha said...

Dear Dato,
Cerita pagi ini sangat kelakar. Once again, depa 'speechless'.

poh hwa tan said...

While Najib goes round for "support"more and more have turned away from him then the ikan bilis support he hopes to be made visible to the naive public. Those who have any sense of the whole mess he created have run off... so many invisible than the few visible to show to the public.
This is a foolish attempt to think that "support" will get him off the hook.

Zulhazam Mohamed said...

Presiden umno tidak dibenarkan datang berucap di PWTC atas alasan keharmonian dan keselamatan. Hahaha cari lah alasan yang lebih logik lagi.

MyGhaz said...

Tun Mahathir has nothing to hide so he came to interact with Najib who says he has nothing to hide but sadly ended up hiding. Now who is the liar?

nor ishak ismail said...

Pak Kadir yang budiman.

Bulan ini malapetaka apa pula? ... Itu lah soalan yang semakin kerap saya tanya kebelakangan ini ... dulu sekali sekala saya tanya soalan tersebut ... awal tahun ini sebulan sekali. Tapi untuk bulan ini belum cukup seminggu, macam-macam malapetaka dah terjadi.

Awal minggu ini, sehari sebelum Najib ke Sarawak, 6 nyawa tenggelam di Sungai Sibu. Hari ini gempa bumi mengegarkan negeri Sabah dengan berukuran 5.9 Ritcher. Mungkin ini adalah gempa bumi yang pertama yang pernah berlaku di Malaysia ... sebelum ini hanya gegaran-gegaran kecil sahaja.

Nampaknya malapetaka "pelik tapi benar' ini akan beretrusan berlaku di Malaysia. Lepas ini apa pula?.

Ibu saya kerap berpesan jangan sumpah-sumpah nanti dimakan sumpah?.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

1. Sia2 saja gelaran pahlawan bugis yg diwar2 sebagai kebanggaan Najib kalau forum umum yg dah ramai hadirin tertunggu tapi batang hidung Najih pun tak nampak.

2. Nasib baik kali ni boleh menyorok bawah ketiak IGP yg selalu jadi penyelamat yg bertindak sebagai timbalan diktator.

3. Najib mungkin tidur terlalu nyenyak satu bantal dgn RM hingga kesiangan.

yana said...

Salam Datuk AKJ.

PM takut pada bayang-bayang sendiri.

Darah Najib darah pahlawan,
darah Rosmah bercampur emas;
Kenapalah Najib tak serik-serik berlawan,
dengan orang tua pun kau boleh lemas.

Terima kasih Datuk A. Kadir Jasin. Semoga Datuk pun kekal teguh dalam perjuangan.

Kaninna said...

Saya ada cadangan yang saya tidak dikenakan bayaran konsultansi untuk YAB PM kita.....
Kalau sesiapa tanya tentang 1MDB baik Tun M mahupun wartawan, cuba YB PM jawab lenggok seorang bisu....... mesti dia orang tak tanya lagi dah, silap silap rakyat boleh simpati

Mujahid said...

This guy is no longer a lame duck. He is now officially a dead one.

albi said...

What security concern is the IGP babbling about? Is he referring to that one guy who shouted hoi hoi trying to get into the hall? What a joke! For all we know may be even he was planted there just to create some commotion.

If I were a bugis i really dont know where to hide my face. Such a disgrace. Not to mention a pahlawan bugis, even a nenek bugis would be ashamed of such cowardice.

Othaman Ahmad said...

Yes Joe, I share same view and had such experience before. My former boss successfully saved the ailing company (caused by his weakling predecessor) with his no-nonsense approach. He maybe a tyrant & unpopular but an effective, self-efficient & result oriented but.. caring boss.

Good day mate

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Ada Pahlawan yang berdarah bukan sembarangan.

Tidak disangka datang Pendekar Kalaripayat 90 tahun pengalaman.

Kalaulah dibuka silat atau Kung fu, ramai yang terpelanting.

Untuk keselamatan awam, polis hentikan forum itu.

Beginilah ceritanya.

Saya rasa Dato Najib patut berhenti dari membabitkan orang Bugis dalam halnya.

Walaupun saya tidak berdarah bugis, banyak orang yang ternama di Malaysia ini orang bugis.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Dalam sejarah peradaban manusia mana ada pemerintah zalim berani berdebad.

Sejak zaman TDM mana ada debat2 ni.

Sia2 saja ada pertandingan debat piala perdana menteri antara sekolah2 berasrama penuh. Sebab bakat debat mereka akan berhenti setakat itu sahaja.

Saya berdoa sangat agar TDM tak jatuh sakit selepas dihina bila tak dibenar berucap pagi tadi.

adion said...



Lately Najib is becoming more like Raja Bersiong. suka cerita pasal darah.

Nothing to hide is about dia keturunan pahlawan bugis

cheers bro

adion said...


The other day Ahmad Husni appear on behalf of Najib and Arul on RTM 1 trying to explain about 1MDB in 30 minutes

He's more like a primary school teacher trying to teach mathematic to standard 2 kids..... 1+12+28+1 equal to 42

cheers bro

albi said...

I agree with you datuk. It’s really the will of god that what he thought would be a simple PR exercise to win over some small NGOs turned out to be the worst disaster for him. To me it has helped exposed his biggest flaw as a leader. Cowardice. To me that is bigger than the mismanagement of 1MDB itself even though billions of ringgit may be lost here.

It is no wonder that he had been proclaiming his bugis warriorship all this while. Its a bit strange that he had done so unprovoked. A warriorship is not to be self proclaimed. It is conferred by others after you have shown clear acts of bravery. It is now clear to me that the actual reason he did so was in fact a psychological attempt of his part, conscious or unconsciously, to cover this biggest flaw in him. It proved not only futile, but in the end only helped to confirmed the very opposite.

The captain is supposed to be the last to leave a ship in troubled. That requires true bravery. Would you ever board a ship along with your loved ones knowing that it is captained by a coward? Not me, never!

Widyan Widyorini said...

Dato,

Bukan nyenyak tidor sebantal. Mungkin td malam tak beri bantal kut. Itu sebab terlambat bangun. Najib setau saya dia tidak takut dengan bini dia. Cuma bini dia yg menakutkan tuh.

xairlinepilot said...

Salam DAKJ,

Tun tak sakit kalau dia x dpt vkp di PWTC. Yg sakit ialah pahlawan bugis yg dh kena leukemia sbb datah dia bkn datah sama dgn kita. Kita A, A+ and so on. Pahlawan bugis ni penuh darah jaid dlm badan dia...

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Nama forum pulak adalah "Nothing to Hide"

Ada 2 perkara yang timbul.

Pertama, Najib tidak datang.

Kedua, Tun Mahathir diberhentikan oleh Polis dari bercakap.

Bukankah lebih baik sekiranya Tun Mahathir dibiarkan habis bercakap?

Setahu saya bukanlah Tun Mahathir sendiri yang bercadang untuk berdebat tetapi pelawaan orang ramai.

Akhirnya dia datang juga walaupun dengan keadaan umurnya yang begitu besar. Inilah contoh keberanian yang nyata tidak kira darah sembarangan atau darah apa.

i-souqa said...

Najib pi Jepun, Jepun gempa bumi. Najib pi Borneo, Borneo gempa bumi. Apa la petanda agaknya.

Bakh Sani said...

Teringat artikel Dato tentang penyakit Koro. PM dah tenat...sakitnya tuh...ha ha......

Hanezam said...

Salam,

Diagnosis Datuk tentang penyakit Panglima Bugis semuanya kurang tepat. Yang lebih tepat, sekarang ini, Panglima Bugis sedang menderia penyakit koro, iaitulah penyakit yang Datuk dah story berkali-kali itu.

Widyan Widyorini said...

IGP kan org Negri Sembilan seperti RM. Org Minang lg.

Widyan Widyorini said...

That guy shouting Hoi..hoi..is the Presiden of Persatuan Veteran Tentera melayu (PVTM)..Mohd Ali if i am not mistaken

Nick Bagan said...

Salam Datuk...

Inilah contoh tindakan apabila PDRM bertukar fungsi menjadi PRDM dengan izin pemerintah tapi tanpa pengetahuan keRAJAan dan juga RAKYAT yang membayar gaji hasil dari cukai pendapatan dan juga GST..
#Nothing2Hide

https://www.youtube.com/watch?v=yP3YUU6Ix2Q

Terima kasih..

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Kebanyakan drpd kita pandai sebut. Tapi raanya tak ramai drpd kita yg menghayati maksud "Allah maha adil ".

Tak sampai pun 6 tahun Najib jadi PM, dia dah kena buku dgn ruas.

Allah gerakkan hati seorang hamba Allah bernama Mahathir Mohamnad untuk menjadi melawan segala kepincangan Najib terhadap rakyat.

Semalam dalam khutbah Jumaat sempena hari jadi Agong, ada juga diselitkan peranan pemerintah dan ulamak.

Khatib berkata kalau pemerintah dan ulamak sesuatu negara itu rosak maka rosaklah rakyat dan negara tersebut.

Pemerintah Msia teruk bukan di zaman Najib je. Malah bermula bila Mahathir berkawan rapat dgn sektor swasta dan mula petkenal macam2 undang2 menindas termasuk OSA.

Bila Mahathir sanggup buang seorang mufti demi pertahan tiga wanita Melayu yg masuk pertandingan ratu cantik maka ramailah pulak ulamak2 jadi bisu terhadap segala kemungkaran pemerintah.

Saya tertanya2. Apa sebenarnya punca TDM beria ia menentang Najib , bekas anak murid kesayangan?

Semuanya kerana kehendak Allah yg di dunia ini telah memberi balasan.

Iaitu pada umur hampir 90 tahun Mahathir telah bertemu judunya. Selepas pemenjaraan Anwar secara yg sangat diragui.

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ dan semua,

Saya penyokong PAS. Bagi saya, tiada orang UMNO yang saya boleh benar-benar percayai. Namun, antara PM Mohd Najib dengan bekas PM Dr Mahathir, saya lebih tidak percaya kepada Dr Mahathir daripada Mohd Najib.

Dalam kes dialog antara Mohd Najib dengan NGO yang banyak diperkatakan ini, saya dapati kebanyakan komen sangatlah bias, tidak logik dan tidak relevan sehingga komen-komen itu menggambarkan bahawa sesi dialog anjuran Sukaguam itu dibuat khusus antara Mohd Najib dengan Dr Mahathir!

Bukankah sesi dialog berkenaan diadakan khusus antara Mohd Najib dengan NGOs? Dr Mahathir tidak pun dijemput secara rasmi untuk menyertai sesi dialog itu! Namun, dia begitu ghairah datang melaporkan diri sekitar pukul 8 pagi, padahal dia tahu sesi Mohd Najib ditetapkan bermula pada pukul 10 pagi.

Sekiranya Dr Mahathir ikhlas dan berani hendak berdialog dengan Mohd Najib, dia tidak sepatutnya memasuki dewan terlalu awal. Dia sepatutnya datang dan masuk ke dewan setelah Mohd Najib berada di atas pentas. Maka barulah Mohd Najib terperangkap olehnya. Nampak sangat Dr Mahathir pengecut!

Sangat menghairankan saya apabila Dr Mahathir dengan selambanya menguasai rostrum seolah-olah program berkenaan miliknya. Mengada-ada sungguh dia.

Saya berpendapat, tindakan yang diambil oleh KPN bagi mengelakkan kemungkinan tragedi buruk wajar dipuji. Tahniah KPN.

Wassalam. Tolong maafkan saya. Saya ikhlas,

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Pusing sana pusing sini kita tak dpt lari perjuangan yg lebih universal.

Kalau rakyat mahu hak mereka mengadakan perhimpunan dan menyatakan pendapat dihormati oleh kerajaan dan barua mereka maka mereka mesti kutuk tindakan menghalang TDM drpd berucap.

Kalau di AS , England dan Australia mana mungkin atau mana berani polis surai perhimpunan rakyat. Yg aman pulak tu.

Bapa borik anak rintik. Pemerintah ikut perangai pemerintah sebelum. Polis pulak ikut rentak pemerintah.

Kalau tidak ramai yg idam jawatan IGP.

Mahathir. Mahathir. Nak kesian pun ada. Nak ........pun ada.


Peristiwa semalam memalukan kita dikaca mata dunia. Nak berucap pun tak boleh.

SiNajib pulak dah jadi Hang PI MANA.



Inikah negara yg berangan nak jadi negara maju 2020?

Bila Allah marah gara krjahatan ketua2 UMNO jangan ingat penyokong dan cucu cicit mereka boleh selamat.

A KADIR JASIN said...

1. Adalah amat menakutkan apabila keselamatan negara dan ketenteraman awam telah merudum dengan begitu teruk sekali sehingga perhimpunan sivil di premis terhormat seperti PWTC terpaksa dihalang oleh PDRM.

2. Adalah amat menakutkan apabila PDRM tidak lagi mempunyai kapasiti dan keyakinan untuk mengawal ketenteraman awam supaya Perdana Menteri boleh berinteraksi dengan rakyat jelata.

3. Adalah amat menakutkan apabila Perdana Menteri tidak lagi berasa selamat berinteraksi dengan rakyat jelata di Ibu Negara. (Beliau hanya berani berpidato di hadapan lautan manusia desa di Sawarak, Sabah, Johor, Perlis dan Pahang.

4. Adalah amat menakutkan apabila tugas mutakhir IGP/KPN ada mentweet mengenai betapa bahawanya KL sehingga perjumpaan sivil di premis milik Umno pun tidak lagi selamat.

5. Alhamdulillah, semua yang berhimpun untuk sesi "Nothing2Hide" dengan Mohd Najib aka Pahlawan Bugis yang berdarah bukan sembarangan, termasuk Dr Mahathir, selamat sejahtera tanpa setitik pun darah tumpah.

6. Terima kasih kepada hadirin yang sivil yang datang untuk berinteraksi dengan PM tetapi gagal kerana IGP dan PDRM tidak yakin kepada "civility" rakyat Malaysia.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

zainal abidin awang kechik said...

Tok ... Teringat kan kata kata tok pada saya... " non bila bala turun kita semua kena"

Msh said...

Salam Dato.

Jika sampai ketahap ini sy cukup sedih sekali.
Sedih kerana bila melihat pihak polis kunonnya atas arahan KPN sendiri menyuruh Tun berhenti bercakap.

Ada pula bloggers dlm tulisan mereka mengherdik/mengkritik Tun kunonnya telah 'hijacked' program ini dari Najib.

Lekeh...cukup lekeh semua ini.

Isu sebenar diputar belitkan oleh org2 Melayu sendiri demi .... mempertahankan Maharaja yg tiada Jatidiri Bangsa dan nementingkan wang dan kuasa sahaja.

Malah.. berbohong hingga ketahap yg melampau dan semata2 hendak melepaskan diri dari isu yg ada unsur jenayah menipu 'CBT'.

Lebih menakutkan bila org2 Melayu.. Ahli2 tertinggi Parti....seperti Penggilap2 epal pula menyokong (bukan membabi buta)....tetapi kerana imbuhan dan survival diri semata2.

Hancur bangsa dan ugama mereka perlakukan .

Maliq Alsamani said...

Hang betui2 kenai ka anuwar ?kalau tak hang duk diam lagi baguih....tak payah hang sebut sangat .....pasai hang tak kenai dia !

Zubir Iberahim said...

Saya hormati pendapat anda. Anda mungkin membuat rumusan berdasarkan sumber-sumber yang anda telah perolehi. Sila baca posting berkenaan insiden ini di blog Din Turtle bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku.
Berkenaan Tun M, beliau telah ditempatkan di VIP holding room bagi menunggu ketibaan PM yang tidak kunjung tiba (beliau tidak masuk dulu ke dalam dewan kerana menghormati PM dan tidak mahu steal the thunder). Setelah 2 jam di holding room, barulah beliau bergerak masuk ke dalam dewan setelah dimaklumkan PM tak dapat hadir. Ribuan hadirin yang memenuhi dewan termasuk di luar dewan rasa sangat kecewa. Menyedari hal tersebut, bagi tidak mengecewakan ribuan hadirin yang datang dari seluruh pelusok tanah air, pihak penganjur rasa bersalah dan berbesar hati menjemput Tun M untuk memberikan sepatah dua kata agar hadirin tidak pulang dengan hampa.
Setelah 10 minit Tun memberi ucapan, beberapa orang pegawai polis naik ke atas pentas dan meminta Tun berhenti berucap. Tun akur dan meminta izin untuk mengadakan sidang media kepada pihak wartawan. Rakaman penuh sidang media berdurasi 17 minit uniterrupted boleh didapati di blog jinggo-fotopages.

zallman ismail said...

Saya antara mereka yg di sana dari awal. Keadaan adalah amat terkawalsehingga bole mkn dan minum dgn senang hati di cafe berdekatan.
1. SukaGuam ada menghantar jemputan pada Tun M. Dibuktikan ada keratan akhbar dan juga ada kerusi khas utk Tun M disediakan. Mengapa mereka menyediakan tempat khas klau tidak dijemput?
2. Setelah Najib tidak muncul2 dan ramai yg menunggu terdapat seorang yg MENJEMPUT Tun M utk memberi satu dua kata. Ini sesuai dgn tema Nothing To Hide. Jika si penjawan soalan tak muncul, salahkan yg nak bertanya memberikan kewajaran dgn diberi penghormatan utk berkata. Adakah PM rasa rakyat2 yg menunggu ni tidak ada apa2 makna.
3. Jika pihak Polis berkata ada kekacauan, mengapa suasana pada tersebut amatlah santai dan muhibbah. Apa kekacauan yg di maksudkan oleh IGP.
Ini bezanya org UMNO dan Pas. Dlm UMNO, Presiden yg tidak berfungsi akan disingkirkan. Tidak guna menyimpan liabiliti...

asy said...

as salam dato
saya rakyat biasa nk bertanya
tun m mengatakan ada sahabat lama hendak memburukkannya.sahabat itu baru dilantik pm. siap call tun warning bagai...tapi tun dah sembur apek tu balik? boleh kah dato jelaskn siapa apek ini. saya x kenal..tapi mcm hebat la sgttt

A KADIR JASIN said...

1. Come to think of it, it wasn't Dr Mahathir who spooked Mohd Najib aka the Bugis warrior of no-ordinary blood although when he was Dr Mahathir's minister he terrified of the man.

2. A former colleague of the PM in the Cabinet told me that he (Mohd Najib) had confessed to him that each time he met Dr Mahathir, he couldn't open his mouth. He wondered what "ilmu" Dr Mahathir. Only a person who believes in "ilmu" (loosely, black magic) would suspect others of practicing the same.

3. Since he became PM, he apparently lost fear of Dr Mahathir. In fact he lately "lectured" his former boss when they met privately. Of course he maligned Dr Mahathir openly these days.

4. I think the person who really spooked him to the point that he was willing to be publicly ridiculed by not turning up for the "Nothing2Hide" town hall meeting was Arul Kanda.

5. Arul Kanda's explanation of 1MDB's RM42 billion debt gave rise to so many questions and suspicion that Mohd Najib would not know or dare to answer.

6. Arul Kanda's revelations were far more shocking than the informed public had expected.

7. Either Arul Kanda's and his team had "cooked up" the 1MDB's book to hide what that happened since 2009 or this ex-Military College boy had told the truth in order to safe himself from blame.

8. Buying mostly aging IPPs with their PPAs running out at RM12 billion and inheriting RM6 billion in debt do look like good, prudent businessbnes unless there were side deals that Arul Kanda had not revealed. Now it's up to PAC to grill Arul Kanda. Surely he does want to destroy his reputation or worse, go to jail.

9. So it was Arul Kanda who spooked Mohd Najib. Dr Mahathir was just a convenient excuse to ask the IGP to declare a "mini emergency" that aborted the "Nothing2Hide" town hall meeting.

10. I "told" Tun Dr Mahathir to ask "his good friend" (Ananda Krishnan) about 1MDB. AK is chest-deep in the 1MDB affair so much so he was obliged to advance the company RM2 billion.

Wallahuaklam.

Thank you.

Melayu said...

Dato.

If all attempts by Tun and others who want Najib to leave office, fail or unsuccessful and he continues holding the position of PM, i would say, its the end of the road for Umno.

Its truly the beginning of a full destruction of the Party and all efforts by our forefathers in their struggle for 'Merdeka' has gone to the drain.

This sentimen of mine, perhaps is best understood if you are a Malay and meant no harm or malicious to other races.

Thank you

jebat said...



Salam dato' AKJ,

Ithinkits time for UJMNO to chamge their leaders or the peoples will change UMNO from leading the nation. It is onle one choice to do it now or never.


Thinks carefully,please !!!

ORANGUTAN PENANG said...


Tok Kadiaq

Despair gives courage to a coward.
Thomas Fuller

Najib is very dangerous to UMNO as an institution..and to us Malays, dont worry since it high time for new generations to take over.

AN ENTITY LIKE PHOENIX RISING FROM THE ASHES WILL BE BORN..FOR THE BETTER

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum sdr Yangretibase.

Berdasarkan penerangan berlainan oleh sdr zubir dan zallman rasanya sdr Yanretibase wajib buat penafian atau pertahan diri.

Agar org tak perlekeh org PAS.

Saya memang setakat ini penyokong PR .

Tapi sejak Hadi sapu bersih saya jadi pening dan keliru.

Zed-85 said...

Saudara Yangretibahasa,

Komen Saudara,

Saya penyokong PAS.

Sekiranya Dr Mahathir ikhlas dan berani hendak berdialog dengan Mohd Najib, dia tidak sepatutnya memasuki dewan terlalu awal. Dia sepatutnya datang dan masuk ke dewan setelah Mohd Najib berada di atas pentas. Maka barulah Mohd Najib terperangkap olehnya. Nampak sangat Dr Mahathir pengecut!

Komen Saya,

Sebenarnya, bukan sahaja hukum hudud yang wajib, hukum sembahyang jumaat adalah juga wajib tidak kira seorang itu ahli PAS atau bukan.

Adalah tidak masuk akal untuk pergi ke forum pada hari Jumaat pukul 11pagi. Tun Mahathir datang awal memang betul, kerana hari Jumaat.

tarmizi said...

darah manusia semua sama. yang lain darah dracula. suka hisap darah.

A KADIR JASIN said...

1. ORANGUTAN PENANG, among other things, said: "Najib is very dangerous to UMNO as an institution..and to us Malays, dont worry since it high time for new generations to take over."

2. Agree 100% with you that "it's high time for new generations to take over." Been saying that forever. But not dilly-dally young man like Khairy Jamaluddin. He has lost my respect for his now you see me, now you don't over 1MDB and Mohd Najib.

3. Mohd Najis dangerous not only to the Umno and the Malays. He is dangerous to all Malaysians since he declared himself a Bugis warrior.

Wallahuaklan.

Thank you.

A KADIR JASIN said...

1. zainal abidin awang kechik berkata: "Tok ... Teringat kan kata kata tok pada saya... " non bila bala turun kita semua kena".

2. Nal, itu yang saya kata kepada Nal masa Pak Lah dan konco-konco beliau mula buat hal. Mula-mula mereka caci dan keji orang tua Dr Mahathir.

3. Apa jadi dengan Pak Lah?

4. Sekarang saya nak kata kepada Nal, bala dan balasan zaman Najib lebih teruk. Pernahkah sebelum ini orang mati di bumi Malaysia ini kerana gempa bumi?

5. State Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Masidi Manjun tweeted today that rescue teams have recovered 11 bodies from Mount Kinabalu following an earthquake which shook Sabah yesterday.

6. Nal, tok nenek kita sangat pantang kita bersumpah. Depa kata, silap-silap sumpah, sumpah makan diri.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Leong said...

Ada yang tak kena dengan sumpah DS Najib tu.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Setuju sangat Tok. Jangan buat main dgn sumpah.

Sikit2 cakap demi Allah. Itu contoh bersumpah.

Ada yg sanggup sumpah palsu. Di masjidil haram pun ada. Hukum nya sama jadi saksi palsu. Tak cium bau syurga.

Ada yg sumpah tak kenal Altantuya. Tapi yg hairannya kenapa rekod masuk dan keluar Altantuya di pejabat imigresen habis kena delete.

Zaman Najib , Pak Lah dan Mahathir umat Islam senang2 diperbodoh dgn sumpah pemimpin UMNO.

Ada pulak ulamak sanggup jadi permudah cara majlis sumpah.

Baik Najib maupun Mahathir tunggu je sumpah kalian sebagai PM akan makan diri.

JMS said...

DAKJ,

Yangretibase memang tak reti bahasa, tak reti protokol malah tak reti segala-galanya.

1. TDM terkenal ketepatan masanya manghadiri apa jua acara, baik dalam negeri mahupun di luar negara. Kehadiranya di PWTC pada pagi itu tentulah mengikut masa yang terdapat dalam agenda.

2. Najib adalah PM dan main speaker. Mengikut protokol sudah tentulah lain-lain para tetamu dan jemputan termasuk TDM hadir dan mengambil tempat sebelum beliau.

3. Selama 22 tahun TDM menjadi PM tidak pernah sekalipun beliau menunjukkan sikap pengecutnya terhadap apa jua cabaran, halangan dan keadaan. Beliau berani berhadapan dengan kuasa-kuasa besar demi kedaulatan dan integriti negara. Dalam satu lawatan kerja ke sebuah negara luar, walaupun dinasihatkan pasukan keselamatan yg mengiringi beliau, beliau bersedia dan sanggup berhadapan dengan tunjuk perasaan anti-Malaysia yang dilancarkan di jalan menunju ke venue persidangan. JADI WHO IS NAJIB TO HIM?

zallman ismail said...

Macam mana anda tahu sumpahnya palsu.. mungkin sebab takut sumpah la ada yg hanya berani bagi kenyataan saja..

anda dah dapat cium bau syurga ka? Hairan...

Anti Liwat. said...

Tumpu pd isu.
Isu disini adalah Najib.

Apa pula Zaman Tun M dan Pak Lah.

Tak habis2 nak hentam Umno dan Tun M.

The Eugenist said...

Pak Kadir.. kalau tengok gaya, takda beza darah Bugis orang tu dengan darah pompuan yang mai bulan. Cukup time dia keluaq.

Abdullah Ngah said...

TUN Mahthir tiada niat jahat dengan Mohd Najib Razak Beliau bertinbdak untuk selamat Najib, Tidak mustahil Najib adalah perdana pertama malaysia yang akan disabit dengan salahgunakuasa, macam menteri besar Terengganu dan menteri besar Perak dan menteri besar Johor suatu masa dahulu. untuk selamat diri adalah lebih baik letak jawatan. Jika degil juga tidak mustahil akan dikenakan tindakan. Itulah pandangan saya sebab itu Tun Mahathir meminta Najib berundur sebelum ditahankan di siasat.

yana said...

Salam Datuk AKJ,

Banjir besar, puting beliung, ribut melanda negara. Sekarang gempa bumi. Gunung Kinabalu memang gunung berapi pendam. Bila-bila boleh meledak. Aktiviti dalam perut bumi masih ada.

Jadi jangan rakyat Malaysia ingat semuanya OKAY semuanya PALING SELAMAT kat Malaysia. Apa pun boleh terjadi kat mana-mana negeri sekali pun kalau Allah sudah izin ia terjadi. Lebih lagi kalau pemimpin-pemimpin tak betul dan umatnya saling bertikaman.

Sabah dilanda musibah gempa bumi. Setakat ini 13 mayat sudah dijumpai. Ada yang masih hilang. 5 Jun 2015 tarikh berlaku. Tetapi di mana PM DSNajib??? Sibuk lagi??? Sudah dapat sokongan yang diminta musibah menimpa dia hilang entah ke mana. Dasar lintah dah dapat darah kekenyangan dia tergoleklah buat hal dia sendiri. Barulah para pemimpin Sabah yang beriya-iya menyokong terangguk-angguk terkebil-kebil kena buli Najib. Najib seronok oversea tour lagi ke Arab Saudi. Rakyat ditimpa malapetaka Najib dan Rosmah lesap jalan-jalan sakan.

Terima kasih Datuk A. Kadir Jasin. Have a restful weekend.

Kawanlama said...

Cukup sedih dan amat tidak terfikir yang Datuk punyai tahap pemikiran dan tanggapan sebegini...terutama sebagai seorang wartawan berpengalaman beragama Islam.

Maaf ye Datuk..

ADUHAI said...

Salam Datuk,

PM beri alasan (betul kah atas nasihat IGP ?) bahawasanya beliau "chicken-out" dialog Nothing to Hide dengan alasan "terdapat isu keselamatan" yang boleh mengancam keselamatan.

Dunia mengetahui bahawa PWTC adalah fortress UMNO. Maka, pada pendapat saya DS Najib telah menghina kekukuhan UMNO secara tidak langsung dan mencurigai kehebatan UMNO secara keseluruhannya. Suatu penghinaan yang amat memilukan.

Saya berpendapat, wajar diambil tindakan memecat keahlian beliau.

Sekian.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Dengar berita pahlawan Bugis yg penakut kini berada di Arab Saudi.

Apa jugakla yg nak diharap drpd lawatan tu selain drpd nak tunjuk2 pd org Melayu yg mudah diperbodoh bahawa apa TDM nak menyibuk. Raja Saudi pun ada waktu untuk Najib.

Selain buat umrah baik Najib suruh King Salman jadi berani dgn pertahan hak rakyat Palestin drpd di bom atau dirampas Yahudi.

Salman jangan hanya berani bom bumi Yamen guna pesawat juang Amerika.

Saya doa agar Allah beri ilham pd Najib berhenti jadi PM sebab perbendaharaan negara bawah Najib semakin tenat.

msh said...

Setuju.

Tun M ..tepati masa dan tidak membohongi sesiapa.

Najib yg kuat bohong..dan memang lebih teruk dari Pak Lah.

Apa perlu kita persalahkan Tun M pula? Isu disini adalah 'Najib's No Show' pd acara yg dia sendiri war2kan.

Jika keselamatan yg jadi isu...seperti kata ramai dan DAKJ lebih kurang begini....."negara sudah hilang kawalan lah nmpak nya".

Siapa yg takut?
Apa yg ditakuti?
Kalau dah Pahlawan Bugis...apa yg takuti?

Nmpak jelas...dia takut dgn Pahlawan Melayu yg sudah berumur 90 tahun.

Betulah seperti org kata "tong kosong memang kuat bunyinya bila diketuk".

Betullah kata Khairuddin..."Najib Bacul".

Dan sy tidak nmpak apa2 kesalahan Tun M....dan apa perlu putar belit isu...dan menyalhkan Tun M?

Kalau dah Najib kaki belit dan kuat bohong...inilah jadi nya....semua yg Tun M bongkarkan tentang 1MDB memang betulah...ianya adalah suatu salah laku dan menyalah guna kuasa untuk org2 yg berkuasa 'menggelapkan wang negara hak rakyat'.

Umar Abdul Aziz said...

Zallman Ismail.

Anda macam org makan cili terasa pedas.

Ada kah saya ada sebut nama mereka yg sumpah palsu?

Lain kali pergi baca buku tentang hukum sumpah termasuk sumpah palsu.

Kslau sdr jugak ada sumpah palsu hukum kata sdr tak akan masuk syurga.

Apalah beza dgn hakim2 yg di bayar untuk fitnah org tak bersalah tiba2 jadi bersalah.

Hanya org bodoh tanya samada sy dah pernah cium bau syurga.

Kawanlama said...

Sdra AntiLiwat, macam nak tumpu pada Najib sahaja sebab TunMahathir, an Orchestra Conductor, is an important subject too, he is now dictating the political performance.

Ia amat lah berkaitan sebab apabila hendak menegakkan keadilan TDM perlu ADIL kot.

Kawanlama said...

Quote by Sdra JoeBlack "Better always to work for a competent tyrant (such as Tun Dr Mahathir - my comment)" R. Rosenblatt." Juga disetujui bersama oleh sdra Orhaman.

Zalim tetap zalim, ada pula a "competent tyrant"..

Seorang pemimpin rakus dan zalim bagi mereka yang rakus dan zalim kot....Allah is very just.

Terima kasih Datuk AKJ

RD. said...

Orang sedang berbicara mengenai Najib yang terserlah bersalah kerana tidak berani berhadapan dengan Dr.M, menjawab isu 1MDB.

Bukan mengenai "pemenjaraan" idola awak. Lagi pun, ketika dia liwat Saiful pada 2008, Negarawan Dr.M, sudah 5 tahun bersara. Jadi, Dr.M tidak ada kena-mengena dengan dengan Sodomy II. Tak tahu lah, kalau kali ini, Peliwat di bebaskan dari penjara lebih awal untuk 'mengenakan' Dr.M. Sama seperti zaman Pak Lah, Anwar bebas awal dari hukuman salah-guna kuasa. Kalau dibebaskan awal kali ini, jangan lakuan lagi perbuatan sumbang itu, sudahlah. Nanti jadi Sodomy III, pula.

Din Kalut. said...

Umar Abdul Aziz.Nama ok dah.Tapi merapu banyak sangat.

Din Klang said...

Tok

begini lah jadi nya bila Najib mengambil pakar PR yang mindset nya lebih kearah seperti mengorek dan menutup rahsia artis dan celebrity...

Pakar Pr Najib menganggap action plan terhadap gosip artis dan gosip politik sama sahaja. rasa nak jawab, kalau tidak sembunyi saja.

Road tour Najib pun dah macam sarkis channel tv j×× ××××h... buat lah apa saja asal nampak ramai yg datang

Orang Kampung said...

Maaf Datuk ,

Saya sekadar untuk berkongsi tentang 'pelanggaran sumpah ' atau dusta dari sisi syariat islamiah iaitu: hukum nya dikenakan kifarah (denda ). Kifarah nya :

1. Merdeka kan seorang hamba muslim ATAU

2. Memberi makan sepuluh orang fakir miskin dengan kadar tertentu ATAU

3. Beri (sedekah ) pakaian kepada sepuluh orang fakir miskin, ATAU

4. Jika tidak dapat menunaikan tiga perkara di atas hendaklah berpuasa tiga hari ( tidak perl u berturut turut .

Satu perkara lagi yang berkaitan sumpah ini terdapat sebuah hadis , Rasulullah saw bersabda, maksudnya : " Barangsiapa yang bersumpah dengan Allah atas sesuatu sumpah pada hal dia
berdusta di dalam sumpah nya untuk tujuan dia dapat mengambil , melalui sumpah nya itu , akan harta seorang Islam (ada ulama mengatakan termasuk harta kafir zimmi dan kafir mu' ahadah) nescaya dia bertemu Allah dan Allah murka kepadanya ". Sadaqa Rasulullah.

Mengikut ulama kemurkaan Allah itu ditunjukkan menerusi pelbagai musibah dan bala bencana . Setakat ini sahaja yang saya tahu selebihnya Allahu 'alam.

leleaq said...



Datuk Kadir,

En.Umar Abdul Aziz,

Komen encik pada 10.45 pagi membuat saya terhenti sebentar.Betapa malang sungguh orang melayu dan Malaysia .

Betul seperti kata TDM,beliau sokong Najib jadi PM hanya atas dasar balas budi.Ayat power kiranya tu.

Ketika itu saya tidak pun tahu mengenai Rosmah Mansor dan tidak pun kisah tentang dia.Sabar betul RM ketika itu.Kini belang dan tompok tompok taik unta sudah terang benderang.

Hanya Najib menyebut bertalu talu tentang Malaysia Maju 2020 sekarang ini,hakikatnya jauh panggang dari api.Mat Jenin adalah versi lama,yang baru ialah Mat Najib.

Sedangkan orang yang memulakan dan merencanakan Malaysia Maju 2020 sudah mengatakan hanya keajaiban sahaja visi ini akan menjadi nyata,Mat Najib pula sudah sedia maju pada 2020.Sesuai dengan namanya,Mat sorang ni memang benarlah tak reti apa pun.Naik pun atas simpati orang.

Saya pun bukannya penyokong tegar TDM tetapi yang baik dari sesiapa pun patut dipuji,yang huduh kalau dari Siti Nurhaliza pun kita kata huduh.

Saya resah memikir masa depan anak anak,bangsa dan negara walaupun hanya kebanyakan orang.

Competente said...

DAKJ,

Ironinya, setiap kali bencana alam menimpa tanah air dan rakyat Malaysia, pahlawan Bugis ini akan ke luar negara.

Ketika banjir menimpa Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak, pahlawan Bugis keluar ke Amerika Syarikat.

Ketika gempa bumi menggoncang Sabah, pahlawan Bugis pergi ke Arab Saudi.

Kenapalah rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India memilih seorang pahlawan Bugis sebagai ketua negara?


-Competente-

Umar Abdul Aziz said...

RD.

Bapa borek anak rintik.

Bapa mulakan Sodomi 1. Pak Lah yg masih ada iman kesian.

Datang anak Bugis banyak berhati setan lanyak dgn sodomi 2.

Datang si bongok tiada sekolah dan pertimbangan bernama RD terus mengiyakan tanpa mahu tanya iman.

Sebab dah banyak termakan habuan .

Itu je masaalahnya.

Mohamed Fudzail said...

Here in Dubai.....the nothing2hide fiasco has become a joke......nowhere2hide our kemaluan.....

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya tengok di Singapura, selepas Lee Kuan Yew berhenti jadi PM, tidak ada pula masalah isu pemimpin.

Sudah dua orang pengganti LKY.

Selepas Dr.M, kedua-dua bermasalah.

Kita kena tahu apa sebenarnya kriteria yang perlu untuk menjadi pemimpin yang baik.

Saya tengok di Amerika dan UK, bakal pemimpin kena berdebat dan berhujah di forum depan orang ramai sebelum dilantik jadi PM.

Bakal PM perlu menjawap banyak soalan dari rakyat sebelum dilantik jadi PM/Presiden.

Disini, hal ini tidak berlaku.

Adakah darah pahlawan salah satu kriteria menjadi satu pemimpin?

Kita perlu ada reformasi, tak kira reformasi siapa, Anwar atau Tun M atau Tg. Razaleigh.

Pada pandangan saya, ada yang masih tidak mencukupi dalam proses perlantikan seorang PM.

RD. said...

Satu lagi tindakan Najib yang bangang.
Sepatutnya pergi ke Sabah dulu. Takan lah Pak Arab tak boleh tangguh jadual sekejap, selepas Negara Najib dilanda gempa-bumi. Pergi ke Arab Saudi pulak ketika banyak Negara, terutamanya Iran, sedang marah kerana Arab Saudi mengepalai, bagi pihak Amerika dan Eropah, menyerang Yemen. Serangan keatas Yemen, meningkatkan lagi permusuhan antara Syiah dan Sunni. Takut dikelilingi Syiah (Houti) Yemen. Arab Saudi juga takut kepada ancaman militan IS yang sudah tentu anti-Raja.

Apa tujuan yang begitu terdesak, lawat Arab Saudi selain dari minta tambah kuota jemaah Haji dan lawat Makkah Metro yang melibatkan Prasarana? Mungkin sedang lobi 'jual' asset 1MDB?

Harap, tahun ini Najib tidak menawarkan tajaan Haji atas nama 1MDB. Buat malu saja. Berhutang untuk hantar rakyat yang 'terpilih' untuk pergi Haji.

madd deng said...

Salam Dato'
Setahu says ..INI Tanah Melayu yang kemudiannya ditukar jepafa Malaysia..
Perlembagaan Malaysia adalah JELAS..Perdana Menteri mestilah Melayu Islam.
Kala Bugis Dato ..rasanya Najib tak layak ..Dan memang terbukti pun dia tak layak menjadi PM....yang layak adalah orang Melayu sejati....
Saya dah tulis dan pos ke ruangan Dato dulu pasal Melayu ni...( lupa bila)..Sekarang kena gubal undang 2..semua ahli politik Melayu jati sahaja yang boleh menjadi PM...yang mengaku darah minang ke..darah bugis ke...darah India ke...darah China ke ...darah Arab ke ...TIDAK BOLEH jadi PM..
Ha..ha ..lawak betul baca ucapan ben Abd Razak ...
Jho Low tu bersosial dengan pelbagai selebriti dari amerika ..Britain..Dan eropah ...dengan pelakun L%c%$ ...orang sebegini dilantik sebagai orang penting 1mdb??????????
Who is he????
Tapi Tun seorang yang berani ...namun pdrm nampaknya tak heran pun dengan Tun...
Apa sudah jadi dan apalagi yang akan terjadi?????
T.K Dato'

adion said...

May day May day

Dato, Please check RM$ value against all major currency ie Usd / Euro / Gbp / Sgd and even IDrupiah for the past 1 week. very very volatile.

Is it has to do with FGV or nothing to hide jokes. shit ....the petrol price might go up again next month if RM$ has a free fall and worst is Ramadhan and Hari Raya is coming soon.

What is the Finance Minister and BNM going to do about this. dont give us another lame joke

Othaman Ahmad said...

Ada apa2 dgn deal Petro Saudi ke....??

DKAI said...

TOK Kadir, OK lah Umar Abdul Aziz pertahan Anwar. Itu hak dia.

Pasal liwat kita dah tahu. Dah 2 kali masuk Sg Buloh. Tapi pasal rasuah dan salah guna kuasa banyak orang tak tahu.

Liwat itu cerita dia dengan lover-lover dia. Geng suka sama suka lepas tu buat angkara pasal cemburu. Saya kata, go to hell. Tapi hal rasuah dan salah guna kuasa ni libatkan semua rakyat jelata.

Generasi saya tahu cerita ini. Kami kawan tapi kami tak sokong dan tak simpati pasal kami tahu siapa Brother Anwar.

Semua cerita ini ada pada SPRM/ACA dalam kes siasatan Dato' Murad Khalid bekas naib gabenor Bank Negara yang pernah jadi orang kanan Anwar. Dalam siasatan itu semua ada berkenaan slush fund Anwar dan punca duit.

Tak boleh salahkan orang muda dan orang yang kenal Brother Anwar hanya dari jauh. Mereka hanya tahu metos tapi tak tahu realiti. Salam

Abdullah Ngah said...

saya dengar guru guru duduk bercakap pasal pendidikan negera sudah turun mendadak,sedangkan kepimpinanan duduk bercakap bahawa pendidikan kita setanding dengan pendidikan dunia. saya harap kiranya Datuk tulisan rencana mengenai pendidikan negara dan malaysia yang diterajui datuk Seri Mohd Najib Razak.

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Terima kasih sdr DKAI kerana hormati hak sesiapa termasuk saya pertahan Anwar insan difitnah dalam kes sodomi1 &2.

Kes rasuah lagi teruk beliau difitnah sebab buktinya tiada. Yg ada cakap2 kosong. Dan kes rasuahnya juga tak pernah dibawa ke mahkamah.

Kalau dulu Mahathir tak buang ketua hakim negara dan hakim2 kanan dengan mengantikan dengan hakim2 UBN mungkin darjah kebimbangan saya terhadap kebebasan mahkamah tidak berasas.

Kalau kes2 sodomi dan salah guna kuasa terhadap Anwar dibicara di mahkamah bebas spt zaman Tun Azlan Shah, Tun Salleh Abas dan Tun Suffian mungkin kes tu dah kena buang awal2 lagi.

Bukan senang nak dptkan kepercayaan rakyat terhadap kebebasan mahkamah. Sebab bukan semua rakyat bodoh, mau percaya bulat2 hujah walaupun dari mulut hakim.

Sedangkan hakim2 bebas dimahkamah negara maju pun terdedah kpd dikritik inikan pulak hakim negara kelas keempat atau tercorot.

Kalau ramai yg bersetuju dgn mahkamah mebsabitkan Anwar bersalah, ramai lagi iaitu 52% rakyat tak bersetuju, sebagaimana hasil undi majoriti PRU13.

Dan tiada siapa boleh memaksa rakyat supaya bersetuju dgn keputusan mahkamah tanpa soal jawab.

Oleh kerana pihak bersetuju dan tak bersetuju diberi akal oleh Allah, maka inilah masanya kita tunjukkan akal kita tu cerdik atau bodoh.

Iaitu adakah kita 100% yakin atau terlalu yakin hingga berani menggelar Anwar peliawt? Atau paling tidak akal kata ada sedikit was2.

Memandangkan kebebasan sistem kehakiman sendiri sedang dipertikaikan maka bodoh sangatlah kita atau tiada otaklah kita jika berani gelar Anwar peliwat 100% hanya berdasar satu sumber iaitu keputusan mahkamah. Tak boleh guna otak sendiri ke.

Org2 yg berfikiran sempit spt ini hanya percaya apa yg ada depan mata saja spt duit, saham, projek, gelaran dsb.

Adakah salah demi kebaikan mrk2 yg berkenaan jika saya bertanya " adakah sdr2 tenguk sendiri perbuatan terkutuk Anwar? "

Perkara2 ghaib spt Allah, dosa, dan neraka saya rasa mereka tak percaya.

Itulah sebab sebenar mereka terlaku berani menyokong yg zalim.

Umar Abdul Aziz said...

Sdr adion.

Dulu bila ringgit terperesuk hingga melebihi rm5 per satu USD ,;berbanding dgn nilai biasa 2.55, sibuk Mahathir persalah org lain spt spekulator.

Sekarang bila sibuk dgn IMDB dan harga minyak jatuh nilai rm berbanding USD terperesuk lagi dari 3.3 kpd lebih 3.72.

Pembodek di sini tetap menyanyi lagu lama.

Sebab kalau setakat ambil gaji dari PMO, mereka mana ada beli mata wang USD atau € atau £.

RD. said...

Saiful sudah tentu sudah 'termakan habuan' yang disogok oleh boss atau majikannya. Dengan gaji RM1000 + elaun lumayan tanpa rekod, dibawa keluar negara dan menginap di hotel-hotel lima bintang. Sudah tentu, j***r Saiful tergadai akibat 'terhutang-budi. Ada perpatah mengatakan; Orang memberi, kita merasa. Itukah habuan yang saudara maksudkan.

Saudara DKAI.
Anwar Ibrahim amat mahir menpergunakan Agama untuk mengabui tabiat dan sikap buruk beliau. Hanya seorang perasuah tegar akan menuduh orang lain melakukan rasuah untuk mengabui perbuatan diri sendiri. Mengunakan nama samaran tokoh agama kuno yang tersohor juga adalah kaedah berkesan untuk mempengaruhi permikiran umum bahawa sesaorang itu 'bertakwa'.
Oleh itu, berwaspada lah di alam maya ini. Jangan jadi seperti remaja yang tertipu oleh kenalan di laman Facebook. Ada yang kena rogol atau diliwat pada dating pertama.

Anti Liwat. said...

Boring.

Same old stories.

Go open your own blog.

Anti Liwat. said...

Cerita sama.

Boring.

Mengutuk RD kalau tidak sokong Anwar.

Bro, Lu buka Blog sendiri lagi baik la.

Anti Liwat. said...

Kesian.
Pemuja Peliwat tidak mendapat sambutan.

Pergi kempen blog lain atau buja blog sendirilah.

Makhluk 2 alam tiada tempat diblog ini.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Apapun skandal Najib Presiden UMNO tak sehebat skandal Blatter Presiden FIFA, dan hukuman tak sama berlaku kepada pesalah bila dia dari kalangan Istana, tak begitu. Dan hudud sunni dan hudud syiah tak sama.

Yang menang adalah mereka yang beriman kepada tuhan Muhammad nabi ummi dan beramal soleh.

Tamaddun kita sekarang tamaddun si jahil, kata kita yang buta kitab dan hikmah.

azhar said...

salam DAKJ

setakat ini tiada jawapan yang menyakin untuk difahami.

bolehkah kita faham sebuah syarikat mengambil alih/membeli sebuah syarikat lain yang banyak hutang.saya pasti semua orang akan banyak soalan untuk bertanya bagi mendapat kefahaman.

yana said...

Salam Datuk.

Saya setuju dengan saudara adion 2.32am, mohon pencerahan serta pandangan Datuk mengenai keadaan matawang Ringgit kita berbanding matawang asing, yang dilihat semakin parah.

Dalam tv media perdana tidak memberi gambaran sebenar malah terdapat cubaan nak cover. Begitu juga kenyataan pihak kerajaan, gambaran yang menyimpang daripada hakikat dihidangkan.

Terima kasih Datuk AKJ. Semoga Datuk beringat selalu, jaga diri jaga keselamatan.

Stopa said...

Datuk,

Saya ingin bagi cadangan kepada UAA.

Untuk membuktikan anwar memang peliwat, UAA pergi periksa lubang bontot anwar. UAA akan tahu jawapannya

angsana said...


Am thinking about what you said, drop all those who disagree with the PM, I think its not fair , he must listen to everyone that wants to help. am not politicians I just want to see a stable govt.

Pm is a nice man, but he must follow the govt frame work, especially when it comes to Finance. If IMDB is a govt comp under MOF, Federal Constitution clauses97-112 on finance, and Financial act,must be adhered too, as its the treasury financial instruments on foreign borrowing etc, so is Bank Negara it also has its own instruments on borrowing especially if gov of Msia stood as gurantor.

So T Mahathir is right, otherwise we will be in trouble.

So at least get him PM to listen . am waiting for audit report, what I can see it is run like a private company., when in trouble you get govt trust funds( now they call GLC) to pay like KWAP, T.H KWSP etc it is wrong.

Many dont understand all this issues, to me its not political this is financial governance rule and regulations for accountability . ours is world class std too. That is my concern so please adhere to std procedure governing finance. We never borrow large amout of money to pay debt too. So if govt officer cannot agree on this issue we have valid reason. That is all I want to tell you.

Am not wanting to be popular etc , I merely want the whole thing to be cleared as soon as possible. So all of us have a clear mind . and 11 Msia Plan can go on in place.....angsana

nabil suffian said...

Dasyatnya org yg konon terpelajar...fitnah dan cacian , makian umpama dia angin lalu...

Fitnah sy makan gaji dr PMO pun tk minta maaf lg...sekarang suka2 tulis " tak percaya allah , dosa dan pahala" wow...saya kagum dgn tahap ke jumudan seseirang yg mcm ini.

52% sokong anwar? Lol....saya kutip fakta tepi longlang tp barangkali fakta UAA ikut sefap jari menaip.. sy antara 52% yg bkn sokong najib...hihihi ...tp tk maksud pun sy sokong anwar...

Mohon datul empunya blog kluarkan komen saya...
sy maaih menuntut permohonan maaf dr UAA Sbb fitnah sy makan gaji dr PMO

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Beberapa minggu lalu Datuk telah menyatakan kebimbangan bahawa hutang rakyat ciptaan bos2 di IMDB mungkin boleh meruntuhkan kewangan negara secara menyeluruh.

Walaupun hari ini cuba disangkal oleh Wahid Omar akauntan bertauliah yg tak lagi nampak profesional angka2 kewangan cenderung menyokong kebimbangan Dakj.

Hari ini ringgit jatuh lagi kpd 3.772 berbanding USD.

Angka ini paling rendah sejak 2006 .

Dana luar yg memegang 32% drpd bon kerajaan terus menjual bon mereka dan menghantar pulang wang ke AS kerana jangkaan kadar bunga yg lebih tinggi. Tindakan ini akan melenahkan lagi ringgit.

Pelabor institusi dan runcit rasanya sedang meniru aksi yg sama.

Bagi sesetengah pihak di blog ni, wang Amerika mereka tak hairan. Sebab org sini terutama Melayu kaya2.

Saya menjangka kalau kadar tukaran merudum kepada 3.80 bererti kita dah tiba ke kadar sikologi kadar ringgit di pegged pd 1998 dulu.

Kali ni nak salahkan Anwar, beliau yg di fitnah dah pun dalam penjara.

Nak salahkan TDM, beliau nak berceramah pun dah kena gam.

Nak salahkan RM? Jangan cari pasal.

Kesian Melayu jugak semakin miskin bila negara miskin , sebab jatah mereka dah kena kebas oleh Melayu dan bukan Melayu kroni.

RAWA LANUN-BAHASA said...

YgBhg Datuk AKadirJasin
Salaamunsalaam

Alhamdulillah dan saya bersyukur perkara MP Pekan ini telah sampai kesini dengan izin Allah saw.

Najib tidak akan letak jawatan dan tidak akan kalah di PAU tahun depan.

Apa yang lebih penting rakyat jelata sedar apa yang di hadapan mereka. Maka terpulanglah kepada rakyat menentukan nasib mereka bagaimana mahu mengatasi masalah MP dari Pekan ini yang seolah-olah Qarun moderen.

Yang menjadi saguhati sedikit adalah cerita Ketua Pemuda PAS dewasa hari nanti dan YAB Mukhriz Mahathir. Kalau panjang umur tetapi tidaklah ia penting. Perkara berhimpun di Padang Mahsyar lebih utama kerana kita tidak banyak amal soleh saperti Datuk dan Tun M.

Jazakallah kathiran dan salam teramat takzim.

Alhamdulillah

Anti Liwat. said...

Jangan terlampau membuat andaian.

Kalau sudah menyokong Peliwat, itu hak saudara dan jangan pula mahu orang ramai menerima rasa hati kamu.

Simpanlah sayang dan taksub kamu pada sang Peliwat dan jangan selalu hendak berkempen untuk dia diblog ini dan asyik mencaci orang lain jika tidak bersetuju.

Berbahas dengan lebih berhemah dan biar hujah2 didokong oleh fakta yang tepat bukan main tangkap muat.

Seperkara lagi, orang lain ada hak untuk memberi pandangan dan bukan hak kamu mencaci dan menghina pula dengan pandangan mereka.

Siapa kamu yg berhak menidakan pandangan orang?
Lebih2 lagi, ini bukan blog kamu.

Tumpu pada topik dan jadilah pembahas yang cerdik dan berakal dengan hujah2 yang masuj akal dan matang.

Asyik2 berkempen untuk orang menyokong Peliwat dan membenci Umno dan Tun M.

Tidak tahujah lembahas2 sudah bosan dan jemu dengan taktik kamu yang sama sahaja berulang kali.

adion said...

sodara omar

tq for your 2 sen tot. tapi kalau tak bagi lagi tqvm. period

zainal abidin awang kechik said...

....tok, yang manpu saya katakan... "ALLAHUKHABAR"

..mengapa mereka semua tengelam punca...

zainal abidin awang kechik said...

YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA DARI TANGGAN TANGGAN MEREKA YANG KOTOR.....


ALLAHUKHABAR

doncin cai said...

Din Melaka = Umar Abdul Aziz
post paid..
tak tulis, nanti makan duit tak berkat pulak..

nor ishak ismail said...

Beberapa kawan Sabahan saya menyatakan "jauh hati"nya perasaan mereka, apabila negeri lain di Malaysia tidak turut serta berkabung bersama negeri Sabah dan negara Singapura semalam.

Saya turut bersimpati dengan rakyat Sabah dan mendoakan Sabah dan lain-lain tempat di Ma;aysia ini dijauhkan malapetaka dan suwey, begitu juga dengan tempat dan penduduk didunia ini semoga kalau boleh kemalangan dan suwey ini jika berlaku juga daripada Malaysia ini, tidak akan melibatkan mereka.

Jelas kemalangan sejak peristiwa suwey bas terjun gauang telah melibatkan masyarakat antarabangsa:

1). Bas terjun gaung: Melibatkan pelancong Siam dan China.
2). MH 370: Melibatkan ramai rakyat China.
3). MH 17: Melibatkan ramai rakyat Belanda dan Australia.
4). Airasia: Melibatkan ramai rakyat Indonesia.
5). Mini tsunami Kelantan: Berskil tempatan
6). Gempa Bumi: Pertama kali mengorbankan jiwa (jiwa yang ramai) melibatkan korban masyarakat antarabangsa terutama rakyat Singapura.

Dari segi alam nyata saya tak faham mengapa malapetaka dan suwey ini menimpa kita bertalu-talu dalam jarak masa tertentu. Lebih malang lagi ia melibatkan masyarakat antarabangsa.
Satu siasatan ala "X-Files" atau melihat sesuatu melalui dimensi kelima harus dilakukan.

Betul cakap Dato, bahawa orang tua kita dulu acap kali berpesan bahawa jangan main-main dengan sumpah ... mereka (orang tua dulu-dulu) semestinya serius tentang perkara ini, sebab itu mereka berpesan banyak kali.

Othaman Ahmad said...

Exactly.....on the dot....!!!

Othaman Ahmad said...

Tua tua si daun keladi
Semakin tua semakin berisi
Tua tua si buah kelapa
Senakin tua banyak santannya

Bustanul Bistari Bey said...

Salam Datuk,

Saya ingin bertanya, apakah akan berlaku, dan apakah yang akan terjadi jika Tun M tiada ketika ini? Ternyata ketika ini Tun M menjadi suara kita, bayangkan jika beliau tiada, siapakah yang boleh jadi suara kita ketika ini? Yang mempunyai aura dan pengaruh yang boleh menggoyangkan pemerintahan negara.

Apa yang saya ternampak ketika ini tiada seorang pun dalam cabinet yang berani bersuara, berani menyampaikan pandangan akar umbi rakyat bawahan macam kita ni. Struktur penyampaian maklumat yang berlaku dalam UMNO ketika ini adalah from top to bottom (kaedah cara dictator), dimana jika diikutkan amalan demokrasi ianya mesti from bottom to the top. Akhirnya message reality / kebenaran yang berlaku kepada rakyat bawahan tidak sampai kepada PM / President UMNO.

Berbanding ketika kepimpinan terdahulu (4 PM dan sebelumnya) jiwa dan semangat nasionalisma dan perjuangan masih lagi tebal dalam setiap mereka. Jadi message yang cuba disampaikan oleh akar umbi dan rakyat bawahan akan masih lagi sampai ke telinga pemimpin.

Soal saya, apakah yang harus kita lakukan? Jelas rakyat masih lagi terlalu bergantung kepada Tun M, kerana semangat perjuangan beliau masih lagi membara. Siapakah yang boleh kita bergantung selain dari beliau?

Ya saya akur, ramai pemimpin UMNO dan Negara ketika ini tidak ikhlas. Apakah sebabnya dan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pemimpin yang ikhlas dan berkualiti? Jika inilah kualiti yang ada pada kepimpinan Negara, saya percaya Malaysia bakal tersungkur suatu masa nanti.

Adakah ini disebabkan kualiti pendidikan dan pembelajaran Negara? Yang gagal membentuk nilai baik dikalangan rakyatnya, atau disebabkan factor luaran, yang tidak boleh dibendung sebagai contoh internet? Atau factor - factor lain yang Datuk nampak?

Saya terpanggil untuk menanyakan soalan ini kerana bapa Najib merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Negara. Malangnya kualiti beliau berbanding bapa beliau jelas amat berbeza, seperti siang dan malam.

Din Klang said...

Don
aku setuju dgn hang. din melaka dah mai balik

madd deng said...

Orang yang bersalah selalunya takut kerana salahnya.
Orang Yang benar berani kerana benarnya.
Dalam hal nothing to hide....
Kenapa seorang PM takut berhadapan dengan bekas PM...
Tun has no power anymore..
Kalau 1MDB tidak ada apa-apa make disembunyikan...datang sajalah...
Malay RM pun tidak ada apa2 nk disoorokkan...tak perlu takut...
Kalau Altantuya tidak ada kena mengena dengan NR...kenapa nak rasa bimbang ???
Kalau benar 1MDB tidak menanggung hutang Ber billion ringgit ...kalau Jho low tidak menyeleweng Dan kalau kabinet diberitahu tentang 1MDB awal2..there is nothing to hide. That's the fact DKaj

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).