Monday, November 23, 2015

Ada Orang Kata, PM Tak Malu


A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 25 Nov – Pemecatan bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman, oleh Majlis Tertinggi Umno semalam adalah satu lagi contoh keterdesakan penyokong-penyokong Presiden untuk mempamerkan kesetiaan mereka kepadanya. Ini cerita pukul anak sindir menantu. Mereka tidak berani bertindak ke atas pengkritik Mohd Najib yang lebih "power" macam Dr Mahathir, Muhyiddin dan Shafie. Jadi mereka mamangsakan seorang lagi ahli Pergerakan Wanita. Ramai ahli Pergerakan Wanita berani tetapi ketua-ketua mereka (dot dot dot).

Hamidah dipecat kerana kritik Mohd Najib
 MUTAKHIR, 24 Nov - Lagi pendedahan sensasi Wall Street Journal menganai jejak duit Mohd Najib. Butir di sini.


POSTING ASAL

Berdsensasi hyumennSAYA tertarik dengan petikan dari pakar hadis Ibnu Hibban yang pembahas “Aku” tempek (tampal) dalam komen dia (10.40) bila bincang tajuk “Cerita Arul Kanda Untuk Yang Percaya”.

Kata Ibnu Hibban: “Sesungguhnya seseorang apabila bertambah kuat rasa malunya maka ia akan melindungi kehormatannya, mengubur dalam-dalam kejelekannya, dan menyebarkan kebaikan-kebaikannya. Siapa yang hilang rasa malunya, pasti hilang pula kebahagiaannya; siapa yang hilang kebahagiaannya, pasti akan hina dan dibenci oleh manusia; siapa yang dibenci manusia pasti ia akan disakiti; ....Tidak ada obat bagi orang yang tidak memiliki rasa malu; tidak ada rasa malu bagi orang yang tidak memiliki sifat setia; dan tidak ada kesetiaan bagi orang yang tidak memiliki kawan. Siapa yang sedikit rasa malunya, ia akan berbuat sekehendaknya dan berucap apa saja yang disukainya.”

Petikan di atas sangat tepat bila kita bincang sikap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

Ramai pembahas blog ini dan orang yang bersembang dengan saya berkata, Mohd Najib tak ada rasa malu dan bersalah.

Saya rasa tak macam tu. Hanya orang tak siuman, nyanyuk dan terencat akal saja tak ada rasa malu. Manusia berakal pasti ada perasaan malu.

Tapi setelah memerangkap dirinya sendiri dengan 1MDB dan SRC International serta “derma Arab” RM2.6 bilion, dia tak ada pilihan melainkan buat muka tebal dan tunjuk berani.

Kita tak boleh salahkan dia. Kita pun salah juga. Kitalah yang takut-nakutkan dia. Ada yang kata sumbat dia dalam penjara.

Sebab itulah saya rela kena kutuk dan kena caci dengan buat cadangan agar kita bagi dia “laluan selamat” (safe passage) untuk berundur tanpa ancaman tangkap, bicara dan penjara.

Mustahil Mohd Najib tak rasa malu
Ada sumber yang rapat dengan orang yang akrab dengan Mohd Najib kata, Perdana Menteri “sedia” menimbangkan cadangan itu tapi ada kuasa yang lebih kuat daripada dia yang nak lawan dan yakin menang.

Masakan Mohd Najib Tak Malu?

Saya yakin dia malu dan takut sebab dia tahu tindakan dia salah.

Kalau dia tak takut, tak malu dan tak ada apa-apa nak disembunyi, pasal apa tarik diri daripada dialog “Nothing2Hide” di PWTC pada 5 Jun lalu?

Malah mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang akan dibuat di Parlimen esok pun adalah contoh rasa malu dan takut beliau.

Mengapa di Bangunan Parlimen tidak di Menara Dato Onn? (Diperbetulkan).   (Tidak sesuai Bangunan Parlimen digunakan untuk kegiatan politik parti. Alasan Parlimen bersidang dan ramai ahli MT adalah Ahli Parlimen remeh.

Mengapa mesyuarat itu dipercepatkan daripada 27 November kepada 24 November?

Adakah kerana hendak ambil  kesempatan daripada ketidakberadaan Timbalan Presiden, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, dan Naib Presiden, (Datuk Seri) Shafie Apdal, di dalam negara?

Apakah agenda sulit mereka tak boleh jalan kalau Muhyiddin dan Shafie ada?

Khabar angin kencang mengatakan yang mesyuarat itu akan pecat ahli-ahli yang tentang Mohd Najib, termasuk Tun Dr Mahathir. Saya tak jangka mereka bodoh sangat sampai nak pecat Dr Mahathir. Nak keluarkan surat tunjuk sebab pun rasanya susah. Tapi orang tersepit akan buat apa saja.

Ada sumber kata, mesyuarat itu tak dibuat di Menara Dato Onn kerana tak mahu libatkan ibu pejabat. Apa pasal macam itu? Saya tak faham.

Atau boleh jadi juga ada bomoh, sami, tukang tilik dan pawang buaya kata jangan dibuat di Menara Dato Onn sebab ada tanda-tandanya tak baik?

Satu lagi bukti Mohd Najib malu dan takut ialah pemberhentian sidang akhbar. Saya bertanya seorang pengarang akhbar Melayu pada 16 November lalu: “Saudara, adakah betul PM tak lagi bagi PC (sidang akhbar) lepas majlis macam dulu? Adakah tanda-tanda dia cuba elak PC?”

Jawabnya: “Both questions betul. Jangan “quote” (petik) saya.”

Mengadakan sidang akhbar dan bercakap kepada wartawan selepas sesuatu majlis adalah tradisi semua PM Malaysia.

Jelas Mohd Najib malu dan takut berdepan dengan wartawan kerana takut diaibkan dengan soalan-soalan yang susah nak jawab macam 1MDB, SRC International, “derma Arab” RM2.6 bilion, besan guna nama ugut pekedai di New York, pemecatan Muhyiddin dan Shafie, saman ke atasnya oleh Anina Saaduddin, kegagalan dia memulakan saman ke Wall Street Journal dan banyak lagi soalan-soalan sensasi.

Lagi pun, masakan dia tak malu? Dia bukan anak buluh betung atau anak orang tanpa nama macam kebanyakan kita. Dia anak Tun Abdul Razak dan cucu (Tan Sri) Mohammad Noah Omar aka Noh Beirut. Abdul Razak Perdana Menteri dan Mohammad Noah Speaker pertama Dewan Rakyat.

Masalahnya, sama ada Mohd Najib malu atau tidak, takut atau berani tak bermakna lagi. Dia sudah hilang kewibawaan. Majoriti rakyat jelata dah tak yakin lagi kepada dia. Dunia pula makin skeptikal.

Sebelum skandal 1MDB meletup, dunia luar sudah pun anggap rasuah di negara kita teruk. Sekarang dengan skandal 1MDB yang babitkan Perdana Menteri sendiri, tak hairanlah kalau dunia percaya kita memang korup.

Kajian rasuah Asia-Pasifik 2013 oleh firma audit antarabangsa Ernst & Young mendapati Malaysia sebagai antara negara paling korup bersama China di dunia. (Baca di sini) 

Kita Pula Berasa Malu

Katakanlah Mohd Najib tak malu dan tak takut. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia yang ada agama dan ada nilai moral berasa malu.

Orang asing sudah mula tanya macam mana negara yang ada agama dan yang pemimpinnya bersumpah atas nama Allah boleh lakukan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan berlaku kejam?

Kita perlu rasa takut kerana akibat perbuatan segelintir pembesar kita, keyakinan terhadap ekonomi kita merudum. Pelabur lari dan nilai duit kita jatuh teruk.

Kehidupan kita makin hari makin sempit kerana segala masalah terbeban di bahu kita.

Apakah pembaca dan pembahas tahu bahawa kerajaan telah umumkan penghapusan subsidi ke atas beras jenis ST15 yang dimakan oleh rakyat miskin?

Sekarang ia akan dijual pada harga pasaran. Beras ST15 adalah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur. Ini bermakna tak ada lagi subsidi RM7.50 sekampit.

Satu demi satu jaring keselamatan yang mengelak rakyat jelata, khususnya golongan miskin, jatuh tersepuk ditarik balik kerana kewangan kerajaan makin hari makin lemah, hutang kerajaan dah sampai ke siling dan ekonomi lempap.


Wallahuaklam.

52 comments:

Azahari A Ahmad said...

Salam Dato'

Hakikatnya, rakyat Malaysia kini sedang menuai hasil dari apa yang kita usahakan...kita letak mereka yang tidak beramanah, inilah hasilnya.....

Huhu said...

Ada tebaca tak artikel LIK SWAN SICK ke apa nama malaun tu. Dia cita pasal identiti penderma arab. Bukan main lg nak pusing. Ksian kat dia. Dia guna singkatan LSS. desperate time calls for desperate measure.

Bekaitan pelabur hilang yakin yg saudara ungkit tu, bro xakhir a.k.a anjing besar (upahan) ada nyatakan yg pelabur semua tak heran micro punya kes, yg dia nak tngk macro. Orang macamni pun boleh naik ke? Sadis tak sadis.

Salam

Zalman A said...


"16. Ada iklim ketakutan yang menghalang segala kegiatan yang bersangkutan dengan mengkritik Kerajaan. Ia seolah-olah menjadi jenayah yang tidak tertulis. Tetapi dakwaan dibuat kononnya ini Negara demokrasi. Sesiapa yang cuba sabotaj demokrasi Malaysia boleh dikena penjara hingga 15 tahun. Tetapi sebenarnya yang mensabotaj demokrasi Malaysia ialah Kerajaan sendiri.

17. Bermacam jemis tekanan digunakan yang tidak demokratik.

18. Ada yang berhadapan dengan pemeriksaan pendapatan kononnya kerana tidak bayar cukai. Ada yang disoal siasat oleh polis. Ada yang dimasuk dalam tahanan tanpa berasas kepada undang-undang. Ada yang diugut akan kehilangan kontrak dll.

19.​Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan 2.6 billion ringgit dibincang."


http://chedet.cc/?p=1919



Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Prime Munafiq)"

-------

"Malaysia - The Writing IS On The Wall"

-Segala-galanya telah jelas lagi nyata... Bak kata pujangga "Sudah Terang Lagi Bersuluh"..

-Touché DAKJ.. Artikel yang Tepat & Padat.. "Me, Myself & I" Amat3 Setuju Sangat2.. Bull's Eyed!

-Kerana itulah "Me, Myself & I" lebih cenderung untuk hanya 'mengikuti/meneliti' luahan2, keluhan2 & cadangan2 yang di kongsi bersama dengan ikhlas disini.. Kerana Kita3 Semua2 Rakyat Malaysia yang kasihkan bumi pertiwi.. Diibaratkan seperti "Dicubit peha kanan, peha kiri juga terasa"..

-Syukur Alhamdu'Lillah ramai dikalangan kita disini "Arif" dengan apa yang dinukilkan... Moga Anda3 Semua2 sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. ***Ameeenn**

-AhJibGO ni dah lama suspected to be "Muka Tak Malu Tahap Mega"... Boleh jadi dari "Dulu, Kini, Selamanya"..

-Sedih memikirkan apa yang telah terjadi "To Our Fellow Countrymen"... Lebih sedih bila memikirkan apa yang telah terjadi "To Our Nation"..

-Apa kesudahannya pada "Our Magnificent 7" ? Adakah "Penyamun Mega" itu akan menyingkirkan mereka semua esok?
We All need to remember.. This AhJibGO is well-known for his "Nincompoop-ness".. Dia mungkin akan memilih untuk meneruskan "Legasi-nya" itu..

-May God Almighty opens-up his heart, so that he may "Do The Right Thing"... Its better for Us All..

-By the way, about this thing We called 'Safe-Passage'.. Its already considered "expired".. AhJibGO should have chosen it loooooong time ago.. but instead ???

-Jangan salahkan Kita3 Semua2 Rakyat Jelata kerana "The ball WAS in his court".. But now its even obvious.. His very own balls also are nowhere to be seen..

-What Our dear Statesman Tun Dr. M said earlier is agreeable without a doubt.. "This Country Is Going To The Dogs".. Its a sad reality, but its true.. ***We can feel his pain**

-Our Parliament is in "Lock-down".. Nothing "noble" can be done, thanks to the "wonderful & creatively-used" of Our "Standing Order".. Adoi! Sedih.. :-|

-We "accidentally" have TRAITORS as Our leaders.. Traitors to Our sacred Religion.. Traitors to Our cherished King.. Traitors to Our beloved Nation!

-And to think that some Malaysians had hoped that Obama would "do something just".. Hah! The truth is He ONLY just want ONE THING.. TPPA!!!

-Barangkali Kita3 Semua2 TERlupa bahawa Amerika adalah "Big-Brother" kepada 'Rejim Israel'... THEY ALWAYS PROTECT THEIR INTEREST.. ***Adoi! Kenapa kita ramai yang buta!**

-Moga Allah SWT lindungi Kita3 Semua2 dari segala malapetaka... Ameeenn..

-------

"To me, the thing that is worse than death is betrayal"
-Malcolm X

-------

"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects us all from Iblis & Dajjal**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Stay focus Malaysia...Never Give-Up!
Take care & W'Salam :-)

kohlberg steven said...

benci sungguh tuan dengan najib ni ya..??
agaknya apalah yg tuan nak dari najib tapi najib tak layan dulu ya...???

Zalman A said...


Datuk,

On the subject of Prime Ministers, may I humbly recommend this article by TSSJ:

http://sanusijunid.blogspot.my/2015/11/memories-of-prime-ministers.html

The 98th point has a poignant title:

"MEMORIES FOR THE FUTURE: 98. Below is a rough sketch of the 'bombshell' for future generation to ponder. It is an unfolding tragedy which is just beginning."

The "unfolding tragedy" referred to is the reign of the incumbent PM.

Yes, it is a tragedy.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Sifat malu sebahagian iman. Lebih tebal iman seseorang, lebih ketara sifat malunya. Begitulah sebaliknya. Sifat malu bukan sesuatu yang dipendam di dalam diri. Sifat malu akan nampak jelas kepada orang lain di sekitarnya. Bila buat muka tebal tu tidak ada sifat malulah. Bila berbohong cakap berpusing2 dengan selambanya tu juga menunjukkan tidak ada sifat malulah. Kalau setakat malu disimpan dalam hati, itu bukanlah malu. Pak Lah telah menunjukkan contoh terbaik sifat malu sebagai perdana menteri dengan meletak jawatan bila didesak kerana tindak tanduk menantunya terutamanya. Orang tidak menjadikannya sasaran malahan menantunya terus melonjak dalam karier politik parti dan kerajaan. Najib yang masih berdegil dan nampak tidak mahu mengalah memang tidak mempunyai sifat malu. Tidak ada apa lagi yang boleh dihujahkan untuk menafikan. Siapa pun ibu bapa atau datuk seseorang tidak menentukan iman dan sifat malunya. Memang kita simpati tapi dia yang membuat semua pilihan dengan kerelaan hatinya. Banyak pilihannya menunjukkan dia memang tidak ada sifat malu.

Suka sama suka said...

Datuk. walaupun kerajaan umno sudah gila dan takut pada bayang bayang sendiri, aku pula is not a hero. demi allah dan rasul nya, saya setuju dia di lepaskan tanpa syarat atau 'safe passage'. terima kasih datuk kerana dapat melembutkan hati ini. kalau ini lah kehendakNya.

msh said...

Salam Dato.

Hadis petikan 'Aku' memang kena tepat pd Mangkuk Manpadulung ini.

Dan bila Dato berkata; hanya org terencat akal dsb sahaja yg tiada rasa malu dgn kelakuan begini; sy kira dia tentu ada perasaan malu....sebab sbg President Parti dan PM negara dia bukan org yg terencat akal.

Sy percaya bahawa dia ada rasa malu ..mana mungkin tidak...jika tidak... dia hanya tinggal kemaluan yg telah pula terlondeh dan dilihat semua.

Sanggup kah dia menerima semua ini.

Tetapi pula....
Sanggup kah dia mengaku salah dan bukan sahaja menerima malu tetapi akan dihadapkan kemahkamah diatas tuduhan rasuah dan pecah amanah.

Ini yg menjadi masalah.

Justeru itu... "Safe Passage" saranan Dato memang 'the best solution' pd dia dan juga negara....lagi pun...'damage has been done'.

Lebih baik sahaja negara atau org2 UMNO yg masih waras mencari jln keluar dgn 'menyahkan' dia dan isteri tersayang dgn cara ini....dari dok melakukan yg bukan2.


Tapi jika ini 'safe passage' jadi pilihan...setujukah Org No 2 yg kemaruk kuasa menerima...kerana tanpa Mangkuk Manpadulung...org No 2 ini akan jadi 'tidak relevan' lagi.

Wallahmuallam.

AbGJaS said...

Tiada...

zakaria 56 said...

Salam Dato...org yg tidak tahu malu bukanlah org yg beriman....mungkin tergolong kalangan org munafik...yg jelas sekarang yg menyokongnya pun sokong membawa rebah....tunggu tenggelam bersama kapal yg di labuh

Zakaria Ali said...

Salam Dato...org yg tidak tahu malu bukanlah org yg beriman....mungkin tergolong kalangan org munafik...yg jelas sekarang yg menyokongnya pun sokong membawa rebah....tunggu tenggelam bersama kapal yg di labuh

A KADIR JASIN said...

1. Setuju dengan pembahas Zakaria Ali/zakaria 56 bila dia kata: "Salam Dato...org yg tidak tahu malu bukanlah org yg beriman....mungkin tergolong kalangan org munafik…"

2. Orang yang berilmu tak semestinya beriman. Ini cerita ulama yang tidak alim. Ada ilmu disalahguna. Kalau menipu dia lebih teruk sebab dia guna ilmu dengan cara yang salah.

3. Nombor satu kita kerap kena tipu kerana kita tertipu dan teruja dengan orang yang mengaji agama, pakai jubah, serban, janggut, selawat panjang berjela dan sana sini petik Firman dan Sabda. Atau dengan yang bunyi Islam macam Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam. Kita pun simpan duit dan bagi derma.

4. Kedua kita malas belajar asal usul atau kita mudah tertipu kerana asal usul dan keturunan. Kita ingat bila bapa baik, anak pun baik.

5. Ambil contoh ungkapan haram jadah atau di Utara, haram bejadah. Berapa ramai tahu asal usulnya. Haram jadah ada gabungan istilah Arab “haram” dan Parsi “zada”. Kita tahu apa itu haram. Tapi rasanya tak ramai tahu apa dia "zada" yang kita sebut sebagai jadah atau bejadah. "Zada" adalah istilah Parsi yang ertinya anak. Jadi “haram zada” atau haram jadah ertinya anak haram.

6. Maaf cakaplah kalau saya kata, memang "haram zada" bila 1MDB beli IPP milik warganegara Malaysia kemudian jual kepada pemodal dari negeri China. Saya bukan anti-China atau anti-FDI, tapi bila syarikat kerajaan bawah telunjuk PM sendiri beli aset warganegara Malaysia kemudian jual kepada orang asing, menang kerja “haram zada”.

7. Tapi apa nak buat. Inilah hebatnya “syarikat pelaburan strategik” ciptaan Mohd Najib. 1MDB ni dah jadi Sang Kelembai kelas dunia. Apa ia sentuh jadi batu. Bila timbul berita TNB akan dipaksa belia IPP milik 1MDB, nilai saham TNB jatuh RM10 bilion di Bursa Malaysia.

8. Inilah angsa telur emas yang Teuku (sekarang Tengku) Adnan Mansor laung-laungkan untuk kabui mata orang Umno. Inilah urusan luar piawaian dan konvensyen yang Arul Kanda Kandasamy (aka Azrul Kanda????) nak cuba susun semula dan halalkan.

Wallahuaklam. Terima kasih.

MOKHTAR said...

Salam Datuk,

Sebagai pemimpin beragama Islam, mereka bersumpah dengan Alquran..adakah itu yang dikehendaki agama Islam? atau angkat sumpah itu untuk formaliti sahaja? saya tak fikir mereka ini semua orang yang beragama Islam atau pun orang yang beragama.. sepatutnya dia berkata'Cash is God',berkata dia lagi 'saya sembahyang kerana Wang'..there no god except Cash..realiti dia sudah sewel..hanya orang gila sahaja yang tidak tahu malu, tak bermaruah,jual bangsa,agama dan negara...mereka masih lagi mahu cakap pasal maruah diri,agama dan negara...

Apanama said...

Malu ? http://graphics.wsj.com/1mdb-decoded/?mod=e2tw

Hanezam said...

Salam Datuk,

Boleh jadi juga, Najib ni dah nak give up, tapi orang di sekelilingnya, yang mengambil manfaat daripada kedudukannya, menasihatkan dia suruh bertahan. Mereka suapkan dia dengan harapan-harapan palsu. Kesian dia, kan ? Mungkin dia yang sebenar, hanya ingin luluh jadi debu yang terbang hilang di angin lalu.

Masing-masing pun sayang jawatan. Bukan senang nak dapat jawatan. Dah dapat, senang-senang ko nak suruh aku lepaskan ? Oh... no no no ! Dan mereka rasa, masih ada harapan. Hakikatnya, makin ketegag depa ni, makin banyak damage depa buat. Tidakkah kita mampu membaca dengan mata hati, kenapa cerita-cerita rasuah makin berleluasa sekarang ini ?

Saya yakin, tidak ada yang masih sokong Najib, selain mereka yang harapkan habuan duniawi dengan dia.

Harus diingat bahawa, urusan negara bila terletak di tangan seorang yang supa dupa banyak baggage akan menjadi teramat bahaya. Apa yang tak sanggup digadainya? Harga diri ? Rasa malu ?

kuseman kuhussain said...

Assalammualaikum Datuk, saya malu kerana "keadaan" yang melingkari Najib bin Razak telah membuatkan seolah-olah wartawan media arus perdana tidak mampu menghidu kebenaran dan penipuan di depan hidung dan mata mereka. Saya bukan nak cakap besar Datuk, tetapi wartawan-wartawan kita kalau tak lebih hebat pun tetapi sama hebat dengan wartawan akhbar luar seperti The Wall Street Journal dan New York Times. Saya percaya mereka lebih tahu dari apa yang The Wall Street Journal tahu.

Sebab itu saya rasa sangat malu apa orang luar beribu-ribu batu seolah-olah lebih tahu. Tetapi sesetengah daripada wartawan kita masih menganggap rakyat hanya mendapat maklumat daripada yang mereka laporkan sahaja. Saya tidak ada kuasa untuk mengubah keadaan ini, saya hanya mampu mengubah diri saya sendiri sahaja.

Satu lagi, kalau nak bawa Obama yang menyalurkan bantuan kepada Israel antaranya untuk membunuh orang Palestin sebulan sekali pun tidak jadi masalah tetapi jangan memjual negara ini. Tak mengapalah kalau hendak menganggap Dr. Mahathir bukan Perdana Menteri Malaysia terbaik kerana sepanjang 22 tahun beliau gagal membawa seorang pun Presiden Amerika. Dr. Mahathir juga gagal membawa Presiden AS untuk mengajar kita supaya "toleran" dengan LGBT. Dalam bab ini kita kena mengakui Dr. Mahathir memang gagal.

Dengue fever said...

As long as he is up there, the 1MDB scandal will never die down.

Kawanlama said...

Terima kasih DAKJ,

Saya juga hairan dan rasa juga amat malu kenapa yang Datuk juga rasa tak malu-malu sampai sekarang?

A KADIR JASIN said...

1. Kemungkinan tindakan disiplin dan pemecatan ke atas ahli Umno dilakukan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi sebentar lagi tidak boleh diketepikan begitu saja.

2. Watak-watak seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal malah Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Sanusi Junid pun mungkin berdepan dengan tindakan itu.

3. Turut menjadi sasaran adalah ketua-ketua dan ahli-ahli jawatankuasa cawangan yang secara terbuka menggesa pengundurun Mohd Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

4. Seorang pemimpin veteran Umno telah memanjangkan kepada saya reaksi seorang anggota MT mengenai tindakan disiplin ke atas Muhyiddin. Kata ahli MT itu:

(i) Disiplin di kalanga ahli penting;

(ii) Apabila Muhyiddin dan Shafie hadir sidang akhbar Dr Mahathir (bersama Ku Li dan Sanusi) ia dianggap bersekongkol dengan Dr Mahathir yang mahu Mohd Najib digulingkan melalui undi tidak percaya.

(iii) Lebih teruk lagi Dr Mahathir menghasut rakyat Pekan supaya mengalahkan Mohd Najib di PRU ke-14.

(iv) Sepatutnya Muhyiddin (dan Shafie) tidak hadir sidang akhbar Dr Mahathir itu.

5. Sebaliknya, jika tindakan tatatertib diambil, jelaslah MT mengakui ada penentangan terhadap Presiden parti dan kesahihan Mohd Najib sebagai Presiden telah tercemar.

Wallahuaklam. Terima kasih.

RD. said...

Salam Dato.

"Nombor satu kita kerap kena tipu kerana kita tertipu dan teruja dengan orang yang mengaji agama, pakai jubah, serban, janggut, selawat panjang berjela dan sana sini petik Firman dan Sabda. Atau dengan yang bunyi Islam macam Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam. Kita pun simpan duit dan bagi derma."

Bab ini, saya sangat setuju. Saya sendiri terkena temberang adik-ipar "haramjadah" yang membawa perwatakan 'alim & warak' sebegini.

Seorang lagi contoh terbaik adalah bekas TPM yang dipecat dari UMNO pada 1998. Kerana perwatakan alim yang dipamerkan beliau, Mat Sabu telah mengelarkannya Al-J****i. Sekarang Mat Sabu telah tersingkir dari PAS dan mahu mengalas 'Amanah' Rakyat, tanpa mewakili mana-mana kerusi ADUN atau Parlimen. Jika Mat Sabu seorang yang beramanah, beliau mesti berterus-terang kepada Rakyat Malaysia, mengapa beliau bersama mendiang Karpal Singh di Parlimen, mengatakan bahawa kita punyai seorang peliwat sebagai TPM pada 1997.
Saya rasa perkara ini amat penting, kerana sehingga hari ini, masih ramai yang beranggapan bahawa Dato seri Anwar Ibrahim difitnah dan dianiayai. Mereka anggap pemenjaraan kali kedua Anwar sebagai konspirasi jahat UMNO untuk menjahanamkan karier politik beliau. Apabila penyelewengan 1MDB meletop, mereka anggap Najib adalah 'kepala-penyamun' dan bertambah yakin mereka bahawa Anwar dianiaya oleh UMNO yang jahat.

Berbalik kepada 1MDB sebagai 'angsa yang bernelor emas', laungan Teuku Adnan Mansor, saya tak nampak langsung 'telur' yang dihasilkan. Harta tergadai dan terjual, hanya untuk bayar hutang...akhirnya 'telor' sendiri pun boleh tergadai.
Teuku ni pun sudah seolah-olah mahu guna agama untuk mengaburi mata Rakyat ketika kemelut pembinaan kondominium mewah atas tanah bekas setinggan Kg Datuk Keramat sedang hangat. Baru-baru ini beliau mencadangkan semua sekolah mewajibkan murid dan guru bersolat subuh berjemaah. Pada saya, cadangan ini tidak baik untuk 'kesihatan' agama Islam.

Untuk tujuan 'politik-poket-sendiri', nampak-gayanya habis semua institusi agama tercemar. Yap##m dicetuskan atas niat yang baik, tetapi setelah diresapi 'politik-poket-sendiri', terjadilah apa yang berlaku sekarang. Sebab itu saya tidak terkejut jika ada yang mahu dibubar Jakim.

Hussein Hakim said...
This comment has been removed by the author.
Paine said...

Salam Dato,
Whilst all this nonsense to defend the indefensible of 1MDB,no one seems to be governing the country.The country is drifting aimlessly and there are dangerous forces at play that can tear the fabric of the country apart.
People can now quite openly talk of leaving the federation...that in itself seditious, I would think. Alas, it was also proclaimed by royalty.
Sarawak can now flex its muscles and get concessions from the federal government..the Dayak issue and English. I personally don't have a problem with their legitimate demands...however, these are symptomatic of a deep malaise of weak leadership that can't govern.
I wonder what other forces would come into play to demand their pound of flesh, when they can see how weak the PM is and how focused he is on survival, rather than governing.

RON said...

Seseorang akan berasa malu kalau dia berasakan dia bersalah atau ditangkap sedang melakukan kesalahan. Namun kalau dia berasa dirinya betul dan semua pertuduhan itu hanya separuh saja yang betul, tidak ada sebab dia berasa malu.

Contohnya ialah kes MP ditangkap bergambar dengan Jacel Kiram. Kalau rakyat biasa tentunya akan berasa malu tetapi bagi MP berkenaan dia tidak berasa malu kerana dia tidak merasa bersalah.

Dan meskipun ada foto sebagai bahan bukti namun itu juga bukan sebab untuk berasa malu kerana ada alasan lain yang boleh diberikan: "sekeping gambar mungkin hanya menceritakan separuh kebenaran"

Mat Bakar said...

Sallam Dato'

Rakyat sekarang sedang berdepan dengan Raja Badut (king of the clowns) dalam sebuah sarkas murah yang hanya mampu menyediakan binatang kecil seperti beruk, lotong dan kera saja. Badut ini akan cuba menghiburkan hati penonton yang terdiri dari anak anak down syndrome dan terencat akal. binatang binatang tadi akan terhinggut dan terhoyong hayang mengikut arahan si Raja Badut dengan harapan dapat menghiburkan penonton penonton tadi. Dalam keadaan terpaksa si badut ini akan sedaya upaya mencari berbagai helah lucu walau mengtahui upah yang bakal diterima tidak seberapa.

Muka nya kelihatan sentiasa ceria kerana diconteng sebegitu rupa, sedangkan hakikatnya ia sedang menderta. Itulah hakikatnya yang sedang di hadapi oleh Najib dan beruk beruknya. Seandainya sarkas ini bungkus kemanakah monyet monyet ini akan dihantar hantar ? ke zoo ? atau put to sleep. Allahuwalaklam.

Unknown said...

tambang lrt dan ktm komuter etc naik 20 hingga 80 peratus ...mulai december 2, 2015..

any komen orang seremban, kl, selangor...
berterima kasih lagi kat syed hamid albar dan najib atau nak protes ???

adion said...

Dato... minta Dato tulis versi tempatan ... timeline dan chronology beserta alasan yg diberi oleh Najib dan 1mdb sepanjang isu 1mdb src dan derma... pebih jelas kita boleh baca

tehtareksatubos! said...

DAKJ..

Putting aside Islamic principles based on AlQuran and Hadith sahih,my mother told me once that politics is about proving the other party is wrong.

Voltaire said if you want to know who is controlling u try to criticise them.

The late JJ and Sanusi Joned once qouted if you are in power and you are not powerful then you are a bloody fool.

A Seiko advertisement stated that man created time and Seiko perfected it.
(Another related version is:Mahathir created absolute power Najib perfected it)

Now in reality we are watching a football match whereby when the referee blows his whistle for a bad foul the referee was given a red card.

I would like to seek your opinion on wether we are watching right in front of us a political and power play in EVOLUTION or a REVOLUTION?


eri said...

veteren umno itu memang haram zada..

Zalman A said...


Salam Datuk,

It appears the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone was not able to summon the courage (or numbers?) to give the chop to those whom you mentioned.

Instead, Datuk Hamidah Osman has been axed.

Were her sins so great? Judge for yourself:

http://www.sinarharian.com.my/politik/pm-kena-terima-realiti-kata-hamidah-1.389201

Hmmmmm, it seems that giving good advice to the Mappadulung is now not allowed.

The most laughable episode of all was what happened to the Chinese news on RTM for showing a "depressed-looking" photo of our great leader. They were banned from using a video wall for several days.

Hence as citizens we have learned this so far:

a) If you ever show the great leader in a less than heroic and glorious pose, action will be taken against you.

b) The great leader cannot be told to take issues like 1MDB seriously. He will sack you.

c) You can expect either unfair acquittals or unfair legal charges, depending on who you are.

d) "Cash Is King."

e) If you are a woman in Umno, your chances of getting sacked seem higher than if you are a man.

I am not surprised that Umno branches are breaking off from the Bugis tree.


Zakaria Ali said...

Salam Datuk...malu bertanya sesat jalan.Malu PM kita kerana sudah tidak bolih menjawap persoalan,yang lurus telah membengkok.Untuk melegakan diri terus diam membatu,Hatta dibiarkan pencacai menjawap persoalan,dan jawapan pencacai menambah kemaluan nya.Makin sehari bertambah pekong dan panau.PM kita sekarang berada dlm igauan tidor yg tidak lena.Muka tebal.....takut dan serba serbi dah tak keruan.....tunggu hari tinggal

Zalman A said...


"Ini cerita pukul anak sindir menantu. Mereka tidak berani bertindak ke atas pengkritik Mohd Najib yang lebih "power" macam Dr Mahathir, Muhyiddin dan Shafie. Jadi mereka mamangsakan seorang lagi ahli Pergerakan Wanita."

Correct.

You would expect the Mappadulung to oppress the Opposition (and of course, oppress investigations).

Ironically, he has now started to oppress his own party members.

Suka sama suka said...

Datuk. najib sudah boring la tu kalau pukul anak sindir menantu. free passage kira ngam la. risau juga nanti kalau dia terlalu boring sangat, dia pukul rosmah sindir datuk. atau pukul datuk, sindir rosmah. kerajaan umno sudah gila, datuk. nanti semua orang najib pukul, mau sindir siapa pula. bodoh. DS MOHD NAJIB TU ANAK HARAM JADAH...BIAR LA DIA TERUS TERUS JADI ANAK HARAM JADAH...saya tak marah pun.

Lets be open, kalau ada orang PMO buka dan baca blog datuk ini...read my lips...DATU SERI MOHD NAJIB ITU ANAK HARAM JADAH. Period.

Zalman A said...



Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa kesan penubuhan 1MDB adalah:

a) kesemua syarikat syarikat milik rakyat Malaysia akhirnya jatuh ke tangan negara asing

b) rakyat Malaysia melalui 1MDB sia sia terpaksa membuat hutang sebanyak RM18 billion. Pelaburan ini boleh dikatakan hangus begitu sahaja

c) rakyat Malaysia melalui 1MDB sia sia membeli syarikat syarikat IPP pada harga lebih tinggi dari pasaran iaitu sebanyak RM18 billion

d) rakyat Malaysia dijanjikan tarif eletrik lebih rendah apabila pembelian dilakukan dalam tahun 2012 tetapi tarif eletrik naik 15% dalam tahun 2014

e) industri strategik tanahair iaitu penjanaan kuasa elektrik boleh dimiliki 100% oleh negara asing

Jika 1MDB tidak pernah ditubuhkan maka kesan yang mungkin rakyat rasai adalah:

a) apabila tamat tempoh konsensi, IPP tersebut boleh dibeli oleh TNB pada harga yang jauh lebih rendah

b) syarikat Malaysia tidak perlu berhutang sebanyak RM18 billion untuk membelinya

c) syarikat milik Malaysia tidak perlu jatuh ke tangan pihak asing dengan lesen konsensi diperbaharui dengan begitu lama sekali

d) para menteri dan pengampu tegar tidak kedengaran begitu bodoh setiap kali bercakap untuk mempertahankan 1MDB

e) industri penjanaan kuasa eletrik tidak perlu diliberalisasi untuk tujuan menyelamatkan 1MDB

See:

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/11/24/aset-1mdb-susut-dari-rm52-billion-ke-rm34-billion-akibat-jualan-edra-global-energy/

1MDB memang tak malu langsung....

OKJ said...

Salam Dato Kadir Jasin

Bagi sayalah, ada orang dah dapat syndrome ‘paranoid’. Meeting pun kena buat tepi parlimen je sebab takut tiba-tiba Dato’ yg dipertua akan adakan undian usul tak percaya w/pun usulnya adalah usul yg terakhir bagi persidangan kalini. PAU kalini pun nak diadakan secara tertutup. Timb Presiden dah tak dibenarkan bercakap dan katanya, tiada lagi live press conference selain dari 2 naib presiden yg sepatutnya 3. Makin teruk UMNO nampaknya sekarang. Eeeeeee!!!! Tak tahulah, UMNO yg makin teruk atau pemimpinnya yg makin takut atau kedua-duanya.

Paranoid syndrome ini penyakit makan dalam, kata orang Melayu kita. Mana taknya, hidup jadi tak keruan, dah tak percaya dah dekat sesiapa pun. Tidur malam terjaga-jaga, gastrik makin menjadi-jadi dan silap-silap, darah makin naik, syahwat pulak makin turun. Bak kata pepatah, orang lain nampak bayang-bayang, dia nampak hantu-jembalang.

Akhair kata, tak tahulah apa nak jadi dgn UMNO selepas ini Dato’. Sekian TQ.

Aku said...

En MSH 10.03, salaam.
____BUKAN HADITH
Ungkapan dlm posting Aku, yg di petik olih Datuk Abdul Kadir Jasin, dlm entri bertajuk 'Ada Orang Kata, PM Tak Malu' bukanlah hadith, tetapi adalah ulasan2 Imam Ibn Hibban dlm "Raudhatul 'Uqala wa Nuzhatul Fudhala" (hal.55) dari 'pustakaimamsyafii.com'./ Malu, akhlak Islam.‘

Harap ma'lum.

Aku

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Jangan terkejut jika dengan selambanya PAU kali ini digunakan sebagai pelantar untuk meluluskan undi tidak percaya kepada Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden. Jika ketua cawangan pun telah dicuci otaknya dengan kenyataan bahawa Azmin curi RM30 bilion bagi menghalalkan sedekah yang diterima Najib, kita tidak tahu apa yang disumbat ke dalam otak perwakilan ke PAU. Tidak mustahil perwakilan telah disetkan untuk mendesak mereka mengosongkan jawatan atau mengundi kedua-dua pemimpin tinggi itu keluar. Cash is king untuk lebih kurang 2000 perwakilan tidaklah seberapa berbanding keselesaan yang dikecapi jika kedua2nya dapat disisihkan melalui PAU. Sementelahan PAU adalah badan tertinggi dalam parti melebihi MKT dan lain2. Jika itu yang dirancang dan berjaya dilaksana, kedua2nya boleh didiamkan terus. Jika Edra pun boleh terlepas 100% kepada entiti asing dengan sewenang2nya, tidak ada juga sebarang langkah yang mustahil dalam Umno kebelakangan ini.

msh said...

Salam Dato.

Tentang 'Berita Muktakhir" Dato...org Putih kata."Desperate time calls for desperate measures....atau when the going gets tough...the tough gets going".


Apalah sngt..buat meeting Parti diparlimen dah memecah tradisi kunon nya....dan melulus resolusi menyekat Timb President dari berucap semasa Persidangan Tahunan UMNO?

Ini kira dosa kecil sahaja.... Sedangkan dosa2 besar pun telah dilakukan.

Kalau duit sbnyk RM2.6bb pun boleh dikelepekan...dan bila pula 'Duit menjadi Tuhan' pd dia dan ketua2 Melayu penjilat2 tegar..semuanya boleh dilakukan.

Duit adalah segala2 nya.... buat Melayu2 didlm UMNO. Dari No 1..No 2 dan mungkin smpai lebih 20 ribu Ketua2 Melayu Cawangan juga

Dosa ..Pahala...Bangsa..Ugama. . Tak penting lagi..
Hmmmm....memang Haram Jadah....oops..An dot dot Haram betul depa ni semua.

T

Takut? said...

Dato, you have to update with the latest revelations by Charles Morais and the pendrive. IN which case your subject title Ada Orang Kata PM tak malu is too benign. Use another title?

nothing to hide said...

altantuya will not stay buried and kelvin morais will not stay cemented. both are clear evidence that politicians or just a politician is directly involved. care to comment about the revelation by morais's brother?

abdullah ngah said...

Demikianlah tindakan pemimpin bijakjahat yang disokong oleh rakyat jelata Melayu yang bodoh sombong. Dahlah bodoh, sombong pulak.Jika kita maafkan dan biarkan tak mustahil negara satu Malaysia ini akan dijual jugak.

A KADIR JASIN said...

1. Para pembahas sekalian, khususnya Suka Sama Suka, mohon maaf. Saya rasa ungkapan "haram jadah" agak kasar apatah lagi anak haram jadah.

2. Sebab itulah saya ceritakan asal usulnya. Dalam bentuk asalnya iaitu "haram zada" bunyinya tak berapa kasar sangat. Tapi haram jadah dan anak haram bunyi sangat kesat apatah lagi apabila dikaitkan dengan seseorang.

3. Mohon maaf kalau saya tidak siarkan beberapa komen yang terlebih atau keterlaluan menggunakan frasa itu. Minta ampun.

4. Berkenaan surat akuan bersumpah adik mendiang Pendakwa Raya Kevin Morais, Anthony Kevin Morias, berkenaan pembabitan abangnya dalam kes melibatkan Mohd Najib, boleh baca di alamat http://www.malaysiakini.com/news/321058

Wallahuaklam. Terima kasih.

msh said...

Salam Dato dan sdra Aku.

Sdra Aku...terima kasih pd pencerahan sdra mengenai petikan yg bukan dari Hadis...sy 'take note'.

Dato....sy setuju...frasa Haram Jadah dan 'anak h' memang kasar ..maaf kerana tiba2 jadi terlalu emo...bila menulis dan post.

Tetapi sesekali bila emo.. sy tulis HZ sahaja boleh kot...tetapi harapnya tidak emo...InshAllah.

Apa pun Dato...mengenai kelakuan Mappadulung Timung ini...sy percaya.. Doa dan sembahyang Hajat oleh jutaan rakyat negara akan termakbul juga oleh Allah SWT.

Zakaria Ali said...

Salam Dato....bala telah tertimpa timpa,jenuh kelepiaq pula pee em kita ni.Lepaih satu satu,masa ni duit banyak pun nak buat apa tidog pun tak lena.

Suka sama suka said...

Datuk. saya maklum. juga minta maaf kalau terkasar bahasa. nanti ada pula orang terasa, kurang manis dan sopan. terima kasih datuk kerana jujur menegur orang kampung macam saya. kami ni bodoh bodoh, kurang segalanya.

Josefharrys said...

Salam Datuk
Soal malu dah tiada dlm kamus najib dan rosmah ni cuma yg kasihan keluarga sebelah najib iaitu Toh Puan Hjh Raha dan Nazir Razak serta adik2 beliau yg lain kerana menjatuhkan maruah Tun Razak dan diharapkan pihak keluarga sebelah najib dpt memberi komen ttg dudok perkara sebenar dimana walaupun pahit dan meruntuhkan keluarga namun saya rasa bagi pihak keluarga Tun Razak mereka harus lakukan sesuatu utk membersihkan nama arwah Tun Razak kerana ini soal maruah dan sejarah supaya generasi akan dtg tidak keliru ttg sejarah Malaysia terutama Umno and i think the family had to do something.

buah kerdas said...

Akhirnya OKJ (4.23pm) pun turut mengeluh kerana tak tahu apa nak jadi dengan UMNO. Ini dah macam pusingan 180 darjah berbanding pendirian OKJ tidak lama dulu. Inilah sebenarnya yang akan terjadi apabila satu organisasi diserahkan kepercayaan bulat-bulat kepada Dato Seri Presiden, meminjam frasa OKJ dulu. Hakikatnya, UMNO lebih penting daripada Presidennya dan Melayu lebih penting daripada UMNO.

Wartawan Far Eastern Economic Review pada penghujug 1980an (1987? - artikel bertajuk "Paradise Postponed") dulu pernah merekodkan rumusan Dr Mahathir mengenai kegagalan bangsa Melayu, iaitu tidak pandai berorganisasi kerana menggantungkan kepentingan organisasi kepada satu individu. Sayangnya, Dr Mahathir jugalah Presiden UMNO yang menjadikan jawatan itu secara efektif begitu berkuasa menentukan segala-galanya dalam UMNO dan kerajaan sehingga tertutup ruang untuk pembetulan kendiri walau pun sudah terserlah terang berlaku penyelewengan dalam UMNO dan kerajaan. Kata orang "Anda menuai apa yang anda semai."

Jika OKJ seorang yang memang tulus memberi kepercayaan 100% kepada Dato Seri Presiden dan sekarang mula menyesalinya, maka apa pula perasaan OKJ apabila apa pembahas dalam blog Dato ini menempelak beliau dengan ungkapan seperti "apa yang Sdr OKJ tak dapat lagi dari DS Presiden ni?" seperti yang pernah OKJ sendiri tanyakan kepada Dato Kadir Jasin dulu? Tentu akan lebvih sakit hati jika ada yang menempelak "Sudah tak dapat kontrak lagi ke?".

Apa pun Dato Kadir Jasin adalah seorang wartawan veteran yang bagaikan seorang askar tua, biarpun seluruh sendi, tulang gemulang dan otot telah mulai lemah namun semangat juangnya tidak akan mati. Juangnya tidak terbantut dik kata nista kerana dia tahu kemenangan akan berpihak kepada yang menegakkan kebenaran. Mungkin, seperti mana dengan Dr. Mahathir, Dato Kadir Jasin juga sedang menuai apa yang telah disemainya dahulu. Presiden UMNO tidak menjadi sebegini berkuasa jika semua wartawan dahulu tidak menjadikan Presiden UMNO satu ikon bertaraf dewa yang sentiasa betul tanpa cacat cela. Kebobrokan dalam organisasi tidak menjelma dalam semalaman tetapi melalui peringkat pertumbuhan yang beransur-ansur; menjadi semakin parah dan menular apabila orang yang celik mata dan cerdik tidak melakukan tugas mereka memperbetulkannya. UMNO bukan bapa kepada Melayu tetapi anak harapan orang Melayu. Apabila bapa tidak mendidik anaknya dengan kebenaran maka jadilah dia anak yang akan meranapkan dirinya sendiri seperti apa yang telah digarap oleh Arwah P Ramlee melalui filemnya Anakku Sazali (1956).

Semua ini telah dan akan menjadi fakta dalam lipatan sejarah bangsa Melayu Malaysia yang relatif singkat berbanding sejarah bangsa agung yang lain. Saya percaya Dato Kadir Jasin dan ramai antara pembaca disini berpegang kepada falsafah bahawa selagi nyawa dikandung badan dan selagi kemahuan meneruskan hidup masih ada maka tiada apa pun yang sudah terlewat untuk kita melakukannya. Cara mungkin berbeza tetapi tujuannya cukup dengan satu, iaitu meletakkan kembali maruah dan ketuanan Melayu di bumi tercinta ini.

BTW, to Mr OKJ, although it seems that I single out you in this posting, the truth is that I dont have even a slightest personal grudge or agenda over you except that your articulated postings here a couple of years ago did catch my attention and I became a fan of yours, so to speak.

MOKHTAR said...
This comment has been removed by a blog administrator.
pemikir said...

Salam Datuk,

Pemecatan Datuk Hamidah akan menyebabkan kemerosotan beberapa ribu undi di Perak. Ahli MKT UMNO perlu sedar, seorang yang dipecat, mereka akan kehilangan beribu undi di dalam pilihan raya umum.

Apabila sesebuah Parti melanggar tradisi, maka semakin dekatlah kehancurannya.

Saya masih teringat bab orang baru kahwin. Walaupun dah menikah, tapi tak boleh bersama sehingga kenduri diadakan. Ini adat dan tradisi orang Melayu.

Itu tradisi. Yang Presiden melanggar Peraturan pula kenapa tidak dikenakan tindakan seperti berikut:-

1. Menerima sogokan wang derma RM2.6b tanpa memberitahu Timbalan Presiden dan MKT.
2. Mengecualikan Timbalan Presiden dari mesyuarat Biro Politik (bukankah tugas Timbalan Presiden
membantu Presiden?)
3. Menggunakan kuasa Perdana Menteri melakukan keputusan tanpa memberitahu MKT UMNO menyebabkan UMNO
berada dalam keadaan yang terumbang ambing untuk mendapat kepercayaan rakyat.

Perkara perkara ini perlu disuarakan dan dibangkitkan dengan jelas oleh ahli MKT UMNO kepada Presiden dan bukan mengalih isu kepada Timbalan Presiden.

Oleh kerana Najib mempunyai kuasa, maka habislah ahli MKT kecut dan melakukan perbuatan tidak bermaruah dengan memecat Datuk Hamidah yang memperjuangan integriti sebenar yang harus ada pada seseorang pemimpin.

Bilakah masa mereka ini akan sedar bahawa rakyat yang memilih mereka hanya menunggu masa menjatuhkan mereka didalam pilihan raya. pada masa itu jangan lah datang berlakun didepan kita menyalahkan Najib yang akan menghilang entah kemana dengan baki RM2.6b.

Untuk makluman Datuk, benar ada kursus yang dianjurkan oleh BTN di Balik Pulau, Pulau Pinang dan oleh UMNO di Janda Baik, Kelantan yang menekankan bahawa usaha menjatuhkan Najib adalah perbuatan jahat Tun Mahathir dan kuncu kuncunya.

Salah seorang yang yg dilapurkan yang agak terkenal ialah Puad Zarkashi.

Kedua dua tempat itu tarikh nya ialah dari 31/10/2015 - 2-11/2015.

Sekian Wassalam.

Take care, Datuk,

suhaimi said...

Assalam DAKJ.
Sdr buah kerdas. Ur the man. Saya pun baru nak tulis perkara yg hampir sama ttg okj. Geli-geliman saya dng org mcm ni. Tp elok jugaklah kalau dia dah sedar, biarpun terlambat. Rasa saya, lebik baik lagi, kalau dia dah sedar, dia buat tindakan susulan terhadap datuk seri presiden booogis tu.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Amaran, jangan cabar PAHLAWAN KEMBANGKAN LAYAR LABUHKAN SAUH tunjukkan kemaluannya.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

PAHLAWAN KEMBANGKAN LAYAR LABUHKAN SAUH

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).