Thursday, November 26, 2015

Liputan PAU: Setiausaha Agung Umno Pun Putar


A Kadir Jasin

DOLAK-DALIK mengenai sama ada liputan media di Perhimpunan Agung Umno (PAU) bulan depan hendak diteruskan seperti yang lazim atau dihadkan adalah satu lagi contoh keterdesakan kepemimpinan parti itu.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Pada mulanya, Setiausaha Agungnya (Datuk Seri Tengku) (dulunya Teuku) Adnan Mansor dilaporkan sebagai berkata, liputan akan dihadkan kerana media massa memutarbelitkan laporan.

Berita itu mendapat kutukan meluas di kalangan pengamal media massa, termasuk yang pro-Umno atau di bawah gajian Umno serta oleh peserta media sosial.

Kini Tengku Adnan dipetik sebagai berkata tindakan itu “tidak terjadi selepas menerima maklum balas daripada wakil-wakil negeri yang mahu liputan langsung.”

"Ini bermakna media pun boleh melaporkan secara terbuka. Liputan media adalah sama seperti perhimpunan-perhimpunan agung lepas," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dolak-dalik Tengku Adnan tanda terdesak
Tengku Adnan sebelum ini berkata, sekatan terhadap media dibuat kerana media online suka "memutarkan berita".

Katanya, media akan terus dimaklumkan perkembangan perhimpunan itu melalui sidang media harian yang akan diberikan oleh dua orang naib presiden Umno.

Kepemimpinan Umno Sesat Jalan

Masalah Umno hari ini adalah kerana para pemimpinnya gagal membezakan di antara parti dan kerajaan dengan di antara Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Akibatnya mereka mengkhianati amanah dan mengetepikan asas serta dasar perjuangan parti dan hukum-hakamnya.

Mereka lupa bahawa PAU adalah badan pembuat dasar tertinggi parti. Di situlah aspirasi dan kepentingan ahli parti diperjuangkan dan ditegakkan.

Tetapi kerana kuasa, sogokan dan peras ugut, majoriti pemimpin atasan Umno telah melencongkan arah tuju PAU dengan menjadikannya seolah-olah mesyuarat Kabinet untuk menyokong kerajaan dan ikut telunjuk Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

Mereka mengabaikan tugas dan hak istimewa Umno sebagai parti yang berkuasa ke atas kerajaan sebaliknya membenarkan parti diperkuda oleh  kerajaan, khususnya oleh Perdana Menteri dan konco-konco beliau.

Mereka lupa bahawa Umno mendahului kerajaan. Sebelum ada kerajaan, Umno sudah ada. Kerajaan laku selama lima tahun sahaja, tetapi Umno laku sepanjang masa selagi mendapat sokongan orang Melayu.

Bahana Pemimpin Dangkal

Nampak sangat dangkal dan korupnya pemikiran Ahli Majlis Tertinggi, Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri, Ketua-ketua dan ahli Jawatankuasa Bahagian apabila mengorbankan parti kerana mempertahankan perbuatan Perdana Menteri.

Mereka tidak kisah akan hakikat bahawa Perdana Menteri melakukan apa yang beliau lakukan tanpa berunding atau memberitahu Umno.

Hanya setelah didedahkan dan tersepit barulah beliau dan tukang ceritanya membuat helah kononnya apa yang beliau lakukan itu adalah untuk Umno.

Kalau apa yang beliau lakukan itu untuk Umno, sekalipun seandainya salah dari segi undang-undang dan konvensyen, ia tetap salah. Umno tidak boleh diseret untuk bersubahat.

Tugas pemimpin Umno yang beriman dan bermoral bukan mempertahankan perbuatan salah Perdana Menteri atau mana-mana ahli.

Tugas pemimpin Umno yang beriman dan bermoral adalah mempertahankan nama baik Umno dan maruah orang Melayu serta Islam.

Akibat sesat jalan inilah Umno berpecah-belah, dihina dan disyaki. Kerana bersekongkol mempertahankan perkara yang salah sehinggakan sampai hendak berdepan dengan media massa pun takut.

Lari sana lari sini. Sembunyi sana sembunyi sini macam kawar, kata orang Utara. Kawar adalah salah sebut orang Kedah terhadap istilah Inggeris “coward” - penakut.

Wallahuaklam.

51 comments:

panglimo potaseh said...

PI Bala dah lama pergi
La ni timbul Charles pula.
PAU kali ni macam nak basi
Sekejap kata takde sekajap ada.

SolitaireHunter said...

Di zaman Tun M, PAU ditunggu-tunggu oleh semua pemberita, penganalisis, pengkritik kerana sesuatu dasar pentadbiran kerajaan diputuskan dan di zahirkan hasil dari aspirasi PAU.

Kini baik AMT atau ahli-ahli UMNO telah hilang roh mereka dan yang ada hanyalah ibarat 'zombie' bernyawa yang bergerak mencari bangkai!

Mohd Sufian said...

Salam Datuk Dan sekelian warga perihatin. Cuba buat bancian pro TDM ataupun DSN dalam ruangan INI. Mari kita tengok siapa yang kenaaa one vote for TDM

kluangman said...

DAP itu parti perkauman...
PAS tu peralatkan Islam...

Marah dan benci kepada meteka suatu ketika dulu masih boleh dikawal...
Tapi marah dan bencikan umno keranai perangai pemimpinnya sekarang sudah berada di tahap tertinggi...
Malu, benci, meluat, geram, marah....lalu keluar pula perkataan babi, dajjai, bewak, bangkai, bangsat....
Seterusnya celaka. sial, haramjadah...

Elok Dato' tak siarkan komen ini, sekadar saya luahkan secara peribadi...

ku_seman said...

Dalam situasi sekarang, seharusnya UMNO tidak melibatkan diri dalam isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Anggaplah itu milik peribadi dan UMNO seharusnya tahu batas-batas peribadi. Lagi pun sejak awal lagi The Wall Street Journal hanya mengatakan dalam akaun peribadi. Tetapi pelbagai lapisan pemimpin dalam UMNO menafikan "tuduhan" itu dan dianggap "tidak masuk akal". Ironinya apabila SPRM mengesahkan, UMNO mengaku pula duit itu untuk parti.

Kalau UMNO mahu dilihat sebagai menjunjung integriti, berkerja kuatlah menjelaskan kepada rakyat bahawa derma itu bukan untuk UMNO. Jangan kelirukan rakyat antara derma dan dana politik. Sekarang sudah ada kecenderungan mengalih isu derma dalam akaun peribadi kepada istilah dana politik. Rakyat marhaen yang dunia mereka sebesar tempurung faham benar perbezaan antara kedua-duanya.

Ini kerana, dana politik disalurkan dalam akaun parti dan melalui proses pengauditan. Tetapi derma dalam akaun peribadi adalah hak peribadi penerima. Kata rakyat marhaen, UMNO janganlah pandai-pandai menganggap hak peribadi sebagai hak UMNO. Oleh yang demikian, UMNO perlu menegaskan bahawa derma RM2.6 bilion itu adalah hak peribadi. Jangan menganggap hak parti sedangkan pemimpin parti sendiri tidak tahu menahu tentang kewujudannya. Pelik bukan?

: Petikan kolum Anekdot Ahad 9 Ogos 2014

Adakah isu ini akan dibahaskan oleh para perwakilan? Saya fikir tidak, sebab itu bukan ada kaitan dengan UMNO. Pemimpin UMNO boleh membezakan antara akaun parti dan akaun peribadi. Mengenai arahan Ku Nan, hmmm...dalam UMNO macam-macam ada.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Datuk, dicadangkan setiap kali guna gelaran Daeng tu diikuti kembangkan layar labuhkan sauh.

pemikir said...

As Salam,

Demikianlah UMNO, parti yang semakin takut dengan bayang bayang kehancuran sendiri.

Di kedai kedai kopi, apabila memperkatakan tentang UMNO, semua dah naik muak. Mereka menunggu penyatuan beberapa parti pembangkang untuk menidakkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

Sayangnya, BN/UMNO parti yang banyak membuat budi dan jasa dirosakkan kerana kesetiaan kepada orang yang salah konon nya atas nama tradisi dan sejarah.

Semakin hairan apabila melihat Presiden/PM Najib Razak berlagak seolah tiada dosa menganiaya dan menzalimi kakitangan kerajaan dan ahli parti sendiri. Semakin panik melihat pula segelintir anggota pasukan Najib yang sanggup berbohong tanpa mengenal dosa/pahala lagi. Dan terkejut melihat bagaimana seorang bekas Perdana Menteri dihina, dikeji dan dipermainkan seolah tiada jasa nya kepada Negara.

Mereka lupa Tuhan sentiasa akan membalas perbuatan mereka yang membohongi dan menyeleweng dari perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Wallahualam.

Take care Datuk.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Datuk, media pun jangan tidak tahu malu hendak datang juga walaupun tuan rumah tidak mahu jemput. Pengamal media mesti ada harga diri. Tiada sesiapa akan mati jika tiada berita mengenai Perhimpunan Agung UMNO tu. Rakyat pun tidak akan salahkan media.

Pemerhati Setia said...

Salam DAKJ.

Masalah terbesar yang terjadi kat UMNO sekarang adalah keterperasanan para pemimpin tertingginya. Ada yang mengaku darah bangsawan Bugis, berdarah Raden dan juga darah bangsawan istana Acheh. Sebenarnya momokan masuk-bakul-angkat-sendiri ni tak ke mana-mana pun kerana boleh dikatakan semua individu terbabit tak punya apa-apa daulat pun melainkan mereka dinaik dan dikekalkan kerana nostalgia bapa dan juga parti. Apatah lagi nak klaim yang rakyat marhein ni bodoh dungu macam rakyat zaman feudal purba, masa tu apa kaum bangsawan buat, golongan rakyat kebanyakan (hamba) tak boleh betahkan. Sekarang ni berbeza. Allah SWT pasti mengkabulkan doa-doa rakyat yang amanah mereka telah dikhianati. Biarlah masa akan menentukan di mana yang bathil akan tetap terbukti bathil..

suhaimi said...

Assalam DAKJ,
Tugas pemimpin umno yg bermoral dan beriman...? Jika dilihat senario sekarang, masih adakah yang bermoral dan beriman? Atau ramai yang dah keliru tentang konsep moral dan iman? Tak tau bezanya antara derma dengan rasuah; antara tanggungjawab dengan salah guna kuasa; dsb.

tebing tinggi said...


re ,Setiaushanya ( DS Tengku ) (dulu teuku) Adnan Mansor .

UMNO sudah tiada kejatian Melayu lagi , presidentnya (DS Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone ) Mohd Najib Abdul Razak.

Mungkin ini satu faktor mengapa UMNO menjadi porak peranda ,kerana kejatian Melayu itu telah tercemar .

Harus difikirkan .

Competente said...

DAKJ,

Kata orang-orang tua, siakap senohong gelama ikan duri.

Jadi, kalau ingin memilih pemimpin, elakkanlah dari melantik orang yang berbohong. Lambat laun, ia akan mula mencuri.

Kasihan ..., kepada ahli-ahli UMNO yang masih taat kepada Najib & Rosmah. Mereka harus dipertanggungjawabkan atas harga minyak yang akan terus naik, tarif elekrik yang akan terus naik, harga barangan yang akan terus naik, dan keadaan ekonomi yang terus merudum.

Pilihan perwakilan UMNO telah jelas memusnahkan agama, bangsa dan tanah air.

Suara bekas negarawan disisih dan suara Timbalan Presiden disenyapkan. Bak kata seorang lagi Teuku, inilah yang dipanggil "demokrasi terpimpin".

Jika ahli-ahli UMNO tidak mengubah pendirian, parti UMNO akan pupus menjelang PRU yang akan datang. Ketika itu, janganlah dipersalahkan pengundi, tetapi salahkan kedegilan yang membuta tuli.


-Competente-

Fendi Ahmad said...

Saya rindu zaman membesar dulu dikala Perdana Menteri bernama Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ...

Saya sayang UMNO yang banyak jasanya

Saya berdoa moga Allah singkirkan kereka yang telah mengkhianati amanah

adzzam adzzam said...

Saya sokong kenyataan saudara.

Setelah berbual dgn ketua cawangan merangkap ' org MB' yg baru balik drpd pertemuan dengan Najib di Janda Baik baru2 ini, memang isu 2.6b ini telah diperjelaskan oleh Najib.
Dalam pertemuan ini juga, gambar putera raja yg beri derma telah ditunjukkan.

Isu ini juga dikatakan menjadi sensasi kerana dimanipulasi oleh seorang kerani di BNM yg punya kekasih di Singapura.

KC ini juga mengakui Najib secara terus terang mengaitkan duit tersebut utk PRU dan Umno.

Najib akui cukup sukar utk menjelaskan kpd rakyat ttg isu ini kerana ia berkaitan dgn soal kesejahteraan dan keselamatan negara.

Najib juga khuatir, isu ini akan menyebabkan pihak pembangkang bertindak membawa masuk dana luar utk membantu mereka.

Begitu juga, Najib, kata KC ini lagi, tidak mahu memperpanjangkan isu ini demi menjaga nama seseorg yg ternama, negarawan yg banyak berjasa kpd negara.

Tambah adikong2 Najib pula, mantan2 pemimpin Umno dulu pun dapat berbilion2 duit derma. Hanya nama Pak Lah yg tak tersenarai.

Najib juga dlm pertemuan ini berkata, beliau sanggup terima kritikan, tuduhan dan cacian rakyat kerana isu ini.

Najib juga berkata, dia tidak kisah ttg persepsi yg ditimbulkan drpd penjelasan2 kerana ia sudah pasti dimanipulasi.

Jika benar berita yg disampaikan oleh KC ini kpd saya, inilah sebahagian skrip penjelasan Najib pada 3Disember nanti.

Zakaria Ali said...

Salam Dato....teringat dulu dulu kat kampong,org kampung banyak bela ayam tapi bila musim hawaq mai habis satu kampung.La ni dok nampak umno ni macam kena penyakit hawaq pulak.Sebab dlm umno ni banyak sangat kawaq. .....

RD. said...

Salam Dato.

Elok saja pihak akhbar memboikot PAU. Jangan di siarkan langsong apa-apa berita mengenai PAU. Biarkan saja pada TV3, NST, Utusan atau RTM. Mungkin

Kalau ada PC oleh Teuku Adnan, baru mereka pergi. Itu pun, tanya dia perkembangan mengenai kemelut pembinaan kondominium mewah atas tanah bekas setinggan Kg Datuk Keramat. Yang lain, jangan tanya atau laporkan apa yang dia katakan. Baru mereka akan 'tersedar' dari mimpi.

Suka sama suka said...

Datuk. posting kali in 100% tepat, tiada salah cacatnya. perfect. bulls eye.

kerajaan umno sudah gila, takut bayang bayang sendiri.

kerajaan sekarang yang diterajui olih umno/bn gila sebab umno sudah jadi gila.

kerajaan selepas pru14 tidak bolih diterajui olih umno-bn kerana umno yang gila, maka bn pun sudah jadi gila.

kerajaan baru selepas pru14 ada lah kerajaan bukan diterajui umno-bn sebab susah mau cari ubat orang gila...tidak ada ubatnya kecuali diliang lahat. bukan saya kata, tanya la mana mana doktor-doktor pakar.

saya tulis bukan menyindir, bukan puisi.

penyakit gila, penyakit otak. penyakit dalaman. orang umno faham apa yang saya tulis.

tolong carikan saya ubat orang gila supaya dia bolih sembuh jadi normal macam datuk, lautan api akan saya harungi.


joe black said...

Datuk,

Telatah Setiausaha Agung UMNO menunjukkan bahawa Pemimpin Pemimpin UMNO sudah TAK TENTU HARU kerana mereka tahu bahawa Ahli Ahli UMNO sudah tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap mereka. Ini disahkan sendiri olih Hishamuddin Hussein.

Jika Pemimpin UMNO terasa tidak punyai keyakinan terhadap Ahli dan Ahli pula tidak punya keyakinan terhadap Pemimpin maka Pemimpin dan Ahli saling tidak punyai keyakinan. Maka lebih sahaja batalkan sahaja Perhimpunan Agung tersebut untuk menghindari dari terjadinya kacau bilau.

Apa yang sudah terjadi adalah disebabkan olih Najib Abdul Razak yang kononnya Pemimpin tetapi sudah sah menunjukkan bahawa beliau tidak punyai bakat memimpin.

Hussein Hakim said...
This comment has been removed by the author.
msh said...

Salam Dato.

Memang jelas UMNO sudah sesat jauh dari matlamat asal..untuk "mempertahankan...Bangsa... Ugama dan Negara".

Lanjutan dari lontaran Dato;

Memang sah dan sahih betapa dangkal..hina serta lekehnya bangsa Melayu yg memerintah negara bilamana ahli2 yg terlibat dgn sengaja membutakan mata...hati dan menjadi tuli....bila berterusan menyokong ketua yg terlibat dlm kontroversi dan salah laku demi imbuhan dan survival diri.

Apa lagi yg boleh kita katakan tentang bangsa Melayu ini jika Ketua yg terang2 terlibat dlm melakukan 'the mother of all sins' (spt yg disebut2 oleh ramai) masih dijulang dan ditatang.

Apa yg tak kenanya dgn bangsa ini yg cuma merasa megah dan syok sendiri...kunonya berdarjat..istemewa...berkuasa dsb tetapi pd hakikatnya adalah satu bangsa yg lemah dan berpecah belah.

Dari tindak tanduk penyokong2 yg masih menyokong...sy bertanya pd diri sendiri....betulkah ini cara Islam bila kemungkaran yg dilakukan Ketua pun masih boleh diterima.

Astaghfirullahaazim !!!!

Fikirlah.

awang batuburok said...


Salam Pagi Jumaat Dato,


Sungguh malang bagi orang melayu/islam mutakhir ini kerana Presiden dan Kepimpinan dua parti terbesar iaitu UMNO dan PAS diserang penyakit koro akibat banyak sangat terkena nasi kangkang.

Halatuju politik umat melayu/islam habis bercelaru dan haru biru dibuat oleh dua puak tersebut yang akan menjahanamkan umat melayu/islam dalam negara tercinta ini. Lebih membimbangkan lagi kedua dua kepimpinan yang berpenyakit ini sedang giat berusaha untuk perpadu tenaga dalam gagasan kerajaan perpaduan yang sangat kabur dari segi integriti dan kredibiliti mereka.

Semuga Allah SWT menghindarkan kita dari bala dan kecelaruan yang berpanjangan....aminn

Jedimaster said...

Salam Dato

Sedihnya senario politik Malaysia sekarang ni... Timbul sana kambus sana...timbul sini kambus sini... Last-last rakyat yang terkambus...

Ni dah charles morais pulak bising...

Malindo said...

Salam Datuk,dulu kira di tahun 80an sewaktu saya masih tinggal di kampong, saya cukup bangga terpilih jadi Naib Ketua Pemuda Cawangan UMNO,kemudian terpilih ke perwakilan UMNO Bahagian.Di tahun 90an,saya masih bangga terpilih jadi AJK Pemuda UMNO Bahagian(waktu itu DS Najib jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia).2009,masih juga rasa bangga apabila diminta dan diaturkan oleh Kedutaan Malaysia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia dan beliau masih saperti saya kenal lama dulu.Berselang waktu....saya dan teman teman disini sudah sulit untuk adakan pertemuan dengan Beliau walaupun Kedutaan Malaysia cuba aturkan,saya tak minta untuk bertemu beliau,hanya sebagai Rakyat Malaysia nak ucapkan selamat datang ke.......kata kedutaan susah sekarang kerna pegawai pegawai PMO.NO problem,we are good in this country,making wealth..tapi kasihan sahabat sahabat lama kami yang ada jiwa kental perjuangan UMNO tapi terpaksa akur dengan pemimpin tertinggi yang tidak begitu pentingkan perjuangan UMNO secara collective.Pray for UMNO.

AbGJaS said...

Slps putar belit selama ini, masihkah ianya boleh dipercayai? Atau satu lagi putar utk lepaskan diri...

Zalman A said...


"As strange as this decision may seem, being deprived of news about the assembly in the Putra World Trade Centre will not be a great loss to anyone.
 
In fact, it could have a positive effect since it will spare the larger community of Malaysians from having to read about the UMNO delegates’ tirades, which are usually directed at Chinese, Jews and Malay liberals.

They rarely discuss anything remotely useful, like why so many UMNO members are sacked for speaking up on issues that affect the party. Forget about them having a dispassionate discussion on the prospect of UMNO losing the next election if Datuk Seri Najib Razak is still Prime Minister and President of the party. Will the delegates dare talk about putting Deputy Prime Minister Datuk Seri Zahid Hamidi in the top seat before everyone is drowned? Unlikely?

The party’s real reason for excluding the media must be its fear that opposition to Najib’s rule may surface in large numbers, and may then cascade to the far reaches of the country. If that were to happen, even Najib’s highly-paid spin doctors will be overwhelmed and won’t be able to save him."

http://www.zaid.my/current/tidak-zahid-hamidi-hilang-di-dunia/

In last year's PAU, Wanita UMNO warned us against adopting Jewish Style and Sports (although I never knew Jews were famous for either.

This year we will hear warnings about the Jews controlling Waze and Google Maps to spy on us.

There will also be many heartfelt speeches given of how thankful we should be that the great Islamic leader Najib Razak was able to receive 7 times the amount given to the United Nations by Saudi Arabia.

(And he got it secretly, too. The UN gift was proclaimed to the entire world media.)

Anyway if the anti-Najib rally by 5,000 branches really happens then it seems the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone's time will be over, although I admire his very, very thick skin. He may not care. It's only 25% of branches.

Maybe even if all 21,000 out of 21,000 branches ask him to go, he will refuse, and some Sabahan mouthpiece will then claim: "it's only a small minority".



ku_seman said...

Kalau betullah cakap Adnan bin Mansor bahawa alasan mengadakan sekatan liputan media ke atas perhimpunan agung UMNO Disember depan untuk mengelak portal berita "memutar belit" isu dalam perhimpunan, saya harap selepas ini semua pemimpin UMNO, menteri dan Perdana Menteri jangan keluar rumah atau ke majlis-majlis yang terbuka. Ini kerana di majlis terbuka itu akan ada wartawan portal berita yang akan memutar belit apa yang diperkatakan.

Saya tidak menyangka begini caranya UMNO menangani isu pada era liberalisasi media. Saya menyarankan supaya UMNO terutama orang macam Adnan bin Mansor mencari pendekatan lain untuk berdepan dengan media atas talian yang dikatakan kerap putar belit berita. Kalau formula Adnan bin Mansor digunapakai, ini bererti pemimpin UMNO tidak boleh tampil di depan khalayak yang tidak dapat dipastikan tidak ada wakil media atas talian.

Pada masa yang sama Adnan bin Mansor juga perlu menasihatkan pemimpin UMNO supaya jangan putar belit selepas berita disiarkan. Ada yang tidak mengaku bercakap seperti yang dilaporkan, padahal wartawan ada merakamkan dan suaranya kita boleh kenal. UMNO pun banyak juga putar belit dan putar lagi hingga kita berbelit-belit jadinya apabila timbul isu derma RM2.6 bilion.

Pada suatu ketika wartawan pun terpedaya dengan putar belit tentang dalang mengguling kerajaan yang dikatakan akan bertemu Perdana Menteri pada petang itu (berbuloan-bulan lalu) yang sehingga kini dalang itu tidak muncul-muncul. Kepada UMNO diucapkan selamat bersidang. Harap tidak ada lagi retorik. Tambahan pula perhimpunan kali ini sangat istimewa apabila Timbalan Presiden UMNO tidak diberi peluang merasmikan mesyuarat sayap parti.


Amer said...

Untuk logik akal, cerita KC kepada saudara mungkin boleh diterima walaupun seperti ada skrip yang telah disusun dan disesuaikan dengan situasi semasa negara. Wallahua'lam

Persoalannya, kalau itu adalah benar, mengapa segala macam usaha dilakukan untuk menghentikan atau mengganggu proses siasatan. Tidakkah lebih elok sekiranya kebenaran itu disahkan oleh pihak yang menyiasat tanpa perlu menghebahkan kepada umum?

Najib sepatutnya tidak menggunakan pentas Umno untuk menerangkan 'hal sebenarnya' kerana wang derma in tiada kaitan langsung dengan Umno. Barangkali DS Najib perlukan tepukan dan sorakan 'membodek' untuk membuat pendedahan ini. Maka tidak ada pentas yg paling aulia selain dari PAU

Apa yang pasti, atas faktor masa, apa juga alasan DS Najib berikan tidak akan mengembalikan keyakinan rakyat pada Umno dengan segera.

vinnan said...

Tok. mengapa UMNO dan bukan Pekembar?

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,




Dia tak putaq dan tak pusing laa dato....

Cuma pagi dia `tutup', petang dia `buka'..hahaha.

Elok benar kalau ada parti semua orang bisu,SUnya dia, dia seorang saja bercakap untuk semua.

Dia ni hidup silap zaman dan silap planet ni....


Elok sesaorang memberitahu beliau bahawa dizaman ini;diplanet bumi;dinegeri ni; bukan sahaja dinding,bahkan lantai,siling,tingkap,pintu seta bumbong pun bolih `melihat', `mendengar' serta bercakap, dan dikesemua tempat itu sudah bolih ber`audio' serta ber`video'..


Jamban pun sudah jadi `studio' yang lengkap dengan multimedia di planet bumi dan dizaman ini.


Teruk betui dia ni ya..


Alahai, melayu jugak yang nampak `idiot' dam moron'.




Abu Bakar Ab Rahman


berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Ada liputan ke tiada liputan pun lebih kurang sahaja. PAU bukan lagi bawa makna apa2 kepada umum sejak era parti menguasai kerajaan berakhir. Ahli umno dan pemegang jawatan pun tak berapa kisah tentang PAU. Daripada media mengabihkan boreh buat liputan yang rendah nilai beritanya, lebih baik buat kerja lain yang lebih berfaedah. Selagi Najib dan gerombolannya terlibat, minat orang ramai terhadap program yang melibatkan mereka adalah hambar. Jangan sampai ucapan perasmian lengang dan lebih banyak kerusi daripada perwakilan sudahlah.

ahmad said...

Susah betulkah nak buat sidang akhbar dan berhadapan dengan pemberita? Atau takut sangatkan buat sidang akhbar dan menerima pelbagai macam soalan dari para pemberita? Keputusan sekejap boleh sekejap tak boleh membuat liputan di PAU Umno mencerminkan betapa tidak senangnya Umno dengan mata pena. Penyakit takut kepada mata pena ini udah merebak luas. Hari ini, hanya segelintir kecil sahaja menteri dan pembesar negara yang sangguo berhadapan dengan pemberita. Kita semua tahu ini merugikan. Mungkin ada baiknya juga satu kajian ikhlas dibuat untuk mencari siapa antara wartawarn yang bertugas di PAU nanti yang benar2 "excited" untuk membuat liputan. Mungkin ada yang tak kisah samada ditugaskan membuat liputan atau tidak. Itulah hakikatnya hari ini..

Pahit Manis

Din Klang said...

mungkin SUA dan Presiden Umno kena baca balik tujuan PAU di adakan saban tahun sejak zaman Dato Onn.
Ini bukan nya parti bekas makanan plastik milik mereka.

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Saya fikir PAU itu roti pau yang popular dikalangan orang Melayu dan Cina.

2. Yang sedap Pau inti daging babi.

3. Banyak orang Melayu sudah makan, tetapi tidak tau.

4. PAU yang ini pun sama juga.

5. Duit naik kapal terbang, sewa hotel, sewa kenderaan, makan dan minum semua dari duit curi, rasuah dan tipu. Air minuman botol pun dari duit haram juga. Kalau tidak tau, bolih makan minum macam pau babi. Sedap rasanya.

6. Kalau tau itu pau ada babi macam mana? Pandai pandai la. Tutup mata, tutup telinga, tutup hidung pun bolih makan, jangan saja tutup mulut.

7. Jangan pura-pura la, sedap kan pau babi? Mau? Kalau mau datang beramai-ramai dengan rombongan media sekali, ada jamuan pada bulan depan. Jom kita pergi, nanti tidak dapat, kita rugi. Melayu!

Pakcik said...

Bukan hanya sesat, tetapi menyesatkan...ramai yg dah tak boleh beza mana yg baik, mana yg buruk..tak hairanlah bila Dajjal dtg, hanya segelintir yg masih beriman..

abdul majid said...

Salam Jumaat Datuk...

Entah kenapa serba-serbi janggal pulak menjelang PAU kali ini. Janggal dari dalaman, janggal juga dari DS Shafie & TS Muhyiddin.

Dalam medan tempur, ada masanya kapten yang perlu kehadapan, ada masanya prebet yang akan kehadapan dahulu. Tetapi suasana sekarang ini seolah prebet sahaja yang kehadapan, kapten jauh beribu tapak.

'Ada orang kata, PM tak malu' ini :- Selalunya pelaku memang kurang akan terasa malu, lebih-lebih lagi dalam keadaan sangat terdesak. Kesian pada parents pelaku itu yang terpaksa tunduk kepala setiap kali brrtembung masyarakat terutama masa menghala surau & masjid. Perkara yang sangat saya elakkan dalam prinsip hidup.

'Cerita Arul Kanda untuk yang percaya' :- Bangga hadirin waktu itu mendengar penjelasan yang tak berapa jelas dari Arul. Pada pandangan saya, Arul suka ke tak suka kena juga menghafal skrip cos lumayan imbuhannya...

Zakaria Ali said...

Datok.....kenapa yg takut sangat bersemuka dgn orang parti sendiri,lebih lebih mantan PM kita.Berani kerana benar.....nampak nya ahli ahli umno masih di ulit mimpi bahawa parti mereka parti keramat.Umno bukan najib dan najib bukan umno....fikir fikir kan

Zalman A said...


http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/nur-jazlan-dont-expect-fireworks-at-umno-assembly

Salam Datuk,

As usual, the agenda has been very carefully vetted and the speeches have been screened, so that only the usual empty rhetoric, racism and rubbish will be seen and heard.

However, this also means that any discussion of the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone's performance is also firmly off the agenda. Hence the topics will be the usual - Chinese, Jews, and the continuation of the "struggle" to make as much money as quickly as possible, with as little effort as possible.

As UMNO election have been postponed since 2018, it is now impossible for any ordinary UMNO member to speak up about the Mappadulung. They cannot bring it up internally, as they will never get past the self-interest of their KBUs; they can be sacked from the party without even a hearing by the disciplinary committee (which is a right guaranteed by the UMNO constitution); and if a "trust fund" is held in their name, they have no right to ask what happened to the money.

Hence UMNO is party to which nobody is invited, or as someone remarked, it should now stand for "Untuk Mohd Najib Only".

However you can be sure that the PAU will be hailed as a "great success" by the paid media dnd bloggers, and the only question is whether the Mappadulung will call anyone "bangang", "haram jadah" "bangsat" or other choice insults from his extensive vocabulary.

We shall have to wait and see.

eri said...

kalau tanya kawan2 mengenai liputan pau ni jawapan standardnya ialah 'Ada aku kesah'.....bagi saya pula pergi mampus la umno nak buat apa pun macamlah kalau nak makan depa tolong suapkan....nak makan pakai tangan sendiri gak....

Zalman A said...


A footnote to Democracy In UMNO:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ada-usul-tolak-najib-tapi-disekat-dedah-pemimpin-cawangan

" "Kalau kita kaji, memang ada usul yang menolak presiden tetapi usul yang dibawa daripada cawangan ke bahagian tidak sampai.

"Selalunya akan ditapis sebelum ataupun ketika sampai di peringkat bahagian. Jadi itu ternampak seakan-akan keadaan di bahagian tenang tetapi sebenarnya bergolak," kata Kamarul pada sidang media bersama ketua-ketua Umno cawangan lain di Puchong malam tadi.

Menurutnya, salah satu cawangan yang membawa usul itu ialah Umno Cawangan Taman TKK.

"Banyak sebenarnya cawangan-cawangan yang memohon supaya presiden berundur, salah satu cawangan yang membuat usul itu adalah cawangan Taman TKK dari Bahagian Teluk Kemang.

"Tetapi tidak dibacakan ke peringkat bahagian kerana ada usaha untuk menutup usul-usul yang dibawa daripada cawangan," katanya."

No wonder all 3 million love the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Or do they?


Fendi Ahmad said...

Komen terbaik di atas ialah yang menyebut UMNO - Untuk Mohd Najib Only !

Yeahh, begitulah adanya. Key Jey pun sudah jadi PONDAN , Si Hisha dah lama PONDAN. Semua Kawar semua Pondan dah. Yang tak Pondan, mungkin Pengkid ��

Fendi Ahmad said...

Suruh Adnan Bin Mansor ni masa PRU14 selaku Pak Menteri Wilayah dan org kanan Mappadulung yangA Agong supaya bertanding di Pembah Pantai atau Bandar Tun Razak dan bukan lagi Putrajaya. Putrajaya bagi pada calon muda lah sbb x mencabar.

msh said...

Salam Dato.

Dulu2 Dato pernah lontar..lebih kurang;

"UMNO bukan milik laki bini....suku sakat..sahabat handai..rakan taulan dsb.."

Sy pernah juga menambah dgn berkata..."Umno bukan milik atau syarikat Persendirian (sole proprietorship) atau Syarikat Perkongsian (Partnership)...untuk dibuat sesuka hati"

Tetapi dgn Bugis HZ bersama2 Jawa kemaruk kuasa... UMNO terang2 telah dijadikan HAK MEREKA.

Kalau Syarikat Persendirian atau Perkongsian...rakan2 kongsi kenalah keluar modal untuk berniaga.

Tetapi dgn Parti UMNO ini ..bermodalkan air liur penuh retorik hasil sokongan dan amanah dari ahli....Parti dbuat mcm "BAPA DEPA PUNYA".. .memandai2 dlm banyak hal...hingga Timb Presiden dan Naib Presiden pun disekat.

HZ sungguh Bugis dan Jawa dua org ini.

Zalman A said...


https://www.youtube.com/watch?v=YozajcVnwW8

This UMNO branch chief mentions the royal directive from the Conference Of Rulers that the 1MDB issue should be settled fast, transparently and honestly.

However:

a) Bank Negara requested TWICE to the AGC to prosecute 1MDB. They were ignored.

b) Then, Bank Negara tried to exercise their statutory powers to ask 1MDB to bring the money back. Arul Kanda brushed them off and said "spent already."

Would you say that the royal directive has been complied with so far?


Zamri Taksis said...

to vinnan 3:53 PM,
UMNO bukan PEKEMBAR sebab UMNO ni wakil British dari dulu sehingga sekarang dan akan datang.
Betul kata Rasulullah, di akhir zaman nanti, Dajjal akan datang kepada kamu bersama riba.

British datang ke Tanah Melayu dan install akta-akta terutama Akta Bank Negara.

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Apa itu duit haram?

2. Duit haram adalah duit yang ada unsur-ubsur ianya

a. di-CURI (dari cukai, tabung anak yatim piatu, tabung haji, tabung orang miskin/orang tua/tanah runtuh/rumah miskin/tabung nelayan/subsidi baja petani/motor sangkut/dsbnya),

b. RASUAH (sogokan dapat kontrak, jam tangan, kereta, tiket naik haji, tiket umrah, kereta mewah, rumah mewah, tiket makan angin, beg tangan, harga runding, tumbuk rusuk, wang kopi dll)

c. JUDI (nombor ekor, bomoh tukang tilek tangan/kaki/lutut/mimpi, derivatives, speculative stocks, insider trading, stock manipulation dll)

d. ARAK (protection money, drugs etc}

f. SEX (pelacuran, pembunuhan, peras ugut, dsb)

3. Semua...SEMUA...pemimpin UMNO dari cawangan ke bahagian terus ke Putrajaya terlibat dengan jenayah duit haram...SEMUA. SEMUA bermakna tiada pengecualian. Berani berdiri depan public kata 'saya tidak buat any of those'...ini fitnah online dari Suka sama suka. Cuba lah. Siapa itu Adnan ooooo kawan? Kita mali minum minum loh.

4. Tun M kata, bukan saya yang kata, siapa makan duit haram macam makan babi.

5. Sedap o makan babi. Mari kita datang beramai-ramai ada jemputan PAU. Minim makan free.

6. Duit haram juga membantu media-media UMNO untuk survive. Siapa berani cakap tiada bantuan, cakap la.

Contohnya: Utusan Malaysia, cakap la kalau anak jantan. MAKE AN OPEN STATEMENT, kalau berani. Saya bukan salahkan pekerja pekerja Utusan yang tidak tahu menahu. Mereka orang baik. Yang tahu dalam Utusan, kamu tahu ke apa yang kamu buat? Kamu tahu itu duit haram kan? Pandai pandai lah kamu.

Zalman A said...


Salam Datuk,

Even the young can see the country is headed towards disaster:

“First you unjustly and arbitrarily detain a politician. Now you’re going after his lawyer as well?” he wrote, referring to the arrests of Chang and former Umno leader Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

“Sosma was designed to detain terrorists who pose a direct threat to our national security, not to suppress dissenters!

“You expelled your vocal colleagues (former deputy prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and former minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal), you derailed the Public Accounts Committee (PAC), you arbitrarily dismissed the attorney-general (Tan Sri Abdul Gani Patail). You interfered in MACC affairs through continuous intimidation.

“You suppressed news portals which unravelled the scandal, you quashed dissenters through a law intended for terrorists, you haven’t sued foreign newspapers which you claimed that you would, the list continues...

“I guess you really do not care about the trust deficit which you’re facing or the prospects of sinking Malaysia with you.

“In the end, it’s all about you and not about Malaysia. That’s a national disgrace. You are a national disgrace.”


http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/calling-najib-national-disgrace

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Maaf tersasar sikit dari tajuk tapi saya rasa agak penting.

Pasal dolak dalik ini, bukan ini sahaja tetapi dalam perkara asap Vape pun berdolak dalik.

DYMM Sultan Johor telah menitahkan mengharamkan Vape dalam negeri Johor bermula 1 January tahun depan atas alasan merosakkan kesihatan dan merosakkan generasi muda.

Di Sekolah pun sekarang ini ada yang bawa Vape.

Kalaulah perkara Vape ini pun tidak boleh buat keputusan maka apatah lagi perkara yang lebih berat.

Dato Ismail Sabri dengan pandangan jauh, dalam media massa mengatakan beliau mahu industri Vape negara terkenal di dunia.

Ini pandangan jauh Dato Ismail Sabri, walaupun Malaysia kalah bola 10:0 dan 5:0 dengan negara Arab, kita boleh terkenal di dunia dengan "Vape".

adion said...

umno di tubuhkan oleh pemimpin Melayu dan di sokong oleh rakyat Marhaem yang sedar akan kelicikan Penjajah British yg mahu menguasai Tanah Melayu dan menghadkan kuasa para Sultan melalui Malayan Union.
Kini para pemimpin Melayu jugak yang mahu mengondol semua kuasa di Tanah Melayu dan mahu bersikap seperti Kolonial British.
Ini belum lagi di ambilkira pemimpun umno yang menyambut gembira Tppa yang seakan akan Malayan Union.
Apa sudah jadi kepada pemimpin kita Dato?

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Ringkasan PAU cukup tepat melambangkan UMNO sebab suka 'pau' duit kerajaan. Minggu depan akan berlaku 'pau" sesama sendiri iaitu ahli pau perwakilan, perwakilan pau pemimpin, pemimpin pau menteri, menteri pau kerajaan, kerajaan pau. Ringkasnya, PAU ATAS PAU, DATANG PAU MAKAN PAU,TINGGAL PAU UMNO (Untuk Mohd Najib Only).

Dapatgajibukanpengorbanan said...

MT UMNO semua makan taggung,
MT UMNO semua memang tunggul,
MT UMNO semua dikira sudah bersubahat,
MT UMNO semua tiada akal,
MT UMNO semua tidak waras,
MT UMNO semua dah dapat syer masing-masing dari RM2.6b,
Jadilah MT UMNO semua MATI TELUR.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO ialah Ahli Mati Telur (AMT) UMNO.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).